Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Corat-Coret: Tentang solaa @ komitmen

with 455 comments

1.  Solaa @ komitmen adalah aktiviti seharian – sepanjang hidup

Pada kefahaman saya, saya berpendapat – di dalam Al-Quran – secara umumnya Tuhan membahagikan satu hari kepada empat (4) bahagian iaitu;

  • Pagi
  • Petang
  • Awal malam, dan
  • Malam

Kita lihat malam dulu.  Pada dasarnya malam dimaksudkan oleh Allah sebagai waktu tidur atau waktu untuk berehat. Ini dinyatakan dengan jelas dalam ayat-ayat berikut:

6:96  “Dia menyebabkan matahari terbit dan dia telah menjadikan malam untuk berehat…”

10:67  “Dia yang telah menjadikan untukmu malam supaya kamu boleh berehat di dalamnya…”

27:86  “Tidakkah mereka memikirkan yang kami telah menjadikan malam supaya mereka boleh berehat di dalamnya…”

Di bahagian hari yang ini – iaitu malam – kita berehat, kita tidur – jadi ia bukanlah waktu untuk apa-apa komitmen. Kalau boleh dikatakan, komitmen kita di waktu malam adalah berehat iaitu tidur.

Bagaimanapun pada bahagian-bahagian hari yang lain – pagi, petang dan awal malam – iaitu sebelum waktu tidur, Tuhan suruh kita penuhi waktu-waktu itu dengan menunaikan komitmen atau dengan kata lain, Tuhan suruh kita buat kerja – selesaikan semua urusan dan tanggungjawab. Ini dijelaskan dalam ayat berikut.

11:114 “Dan tunaikanlah komitmen-komitmen di dua bahagian siang, dan beberapa jam dari malam, sesungguhnya kerja-kerja yang baik menjauhkan amalan kerja-kerja buruk; ini adalah peringatan kepada mereka yang mahu berfikir”.

Kesimpulan saya:

–> Dua bahagian siang – pagi dan petang

–> Beberapa jam dari malam – awal malam

Kita kena faham bahawa apa yang dimaksudkan dengan solaa @ komitmen bukan saja perkara yang berkaitan ketetapan-ketetapan yang telah direstui Tuhan (masjidillah) secara khusus tetapi turut melibatkan semua komitmen yang berada dalam batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam) seperti yang melibatkan kerjaya, perniagaan, mencari ilmu, menguruskan rumahtangga, bersukan, melayan anak-anak dan seribu satu macam hal lagi.

Oleh itu tidak hairanlah Tuhan memperuntukan supaya kita melaksanakan komitmen-komitmen itu dari waktu pagi, sehingga ke petang dan membawa ke awal malam – iaitu sebelum kita tidur di waktu malam. Dengan kata lain Tuhan suruh kita tunaikan solaa @ komitmen sepanjang hari dari awal pagi sehinggalah kita masuk tidur semula di waktu malam.

2.  Solaa @ komitmen menjauhkan perbuatan buruk dan sia-sia

Solaa atau komitmen yang baik – sebarang kerja atau usaha yang dilaksanakan dalam ketetapan dipersetujui yang direstui (masjidilharam) akan dapat menghindarkan kita dari melakukan kerja-kerja buruk atau tidak berfaedah. Jika jadual harian kita penuh dengan aktiviti positif kita tidak akan ada masa untuk terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti penagihan dadah, merempit siang-malam, kepit kekasih ke hulu ke hilir, berdangdut sampai ke pagi dan sebagainya.

Peranan komitmen sebagai penghindar dari perbuatan atau amalan buruk yang sia-sia juga dijelaskan melalui ayat ini.

11:114 “Dan tunaikanlah komitmen-komitmen di dua bahagian siang, dan beberapa jam dari malam, sesungguhnya kerja-kerja yang baik menjauhkan kerja-kerja buruk; ini adalah peringatan kepada mereka yang mahu berfikir”.

3.  Solaa @ komitmen perlu dilaksanakan mengikut keutamaan – first thing first

Selain mengingatkan kita supaya memenuhkan jadual seharian dengan pelbagai komitmen, Tuhan turut menasihatkan kita supaya melaksanakannya mengikut susunan keutamaan atau dalam istilah moden – first thing first.

2:238  “Sentiasalah tunaikan komitmen-komitmen kamu dan lebih-lebih lagi komitmen yang menjadi keutamaan/prioriti (alwusta) dan berdirilah di atas kepatuhan kepada Allah”.

Mungkin ada yang akan bertanya dari mana saya dapat mentafsirkan perkataan wusta sebagai keutamaan atau prioriti. Saya fikir. Dan saya dapati ia sangat sesuai dengan konteks ayat. Malah sesetengah penterjemah telah menterjemahkan perkataan wusta sebagai “midmost” dan ramai yang menggunakan perkataan “middle”. Midmost lebih menggambarkan perkataan yang saya cari, iaitu yang paling penting atau yang menjadi prioriti. Secara kasarnya, apa yang kita letak di tengah tentulah lebih diutamakan dari yang kita letakkan di tepi.

Sebagai menguatkan lagi pendapat saya, mari kita  lihat satu lagi ayat yang mengandungi perkataan dari akar huruf yang sama dengan wusta.

2:143  Dan begitulah kami menjadikan kamu umat yang diutamakan (wasatan) supaya kamu menjadi saksi kepada orang lain dan supaya rasul bersama kamu sebagai saksi. Dan Kami tidak menjadikan arah tumpuan yang kamu sendiri di atasnya – tetapi Kami tahu siapa yang akan menuruti rasul – dari mereka yang berpaling di atas tumit mereka. Sesungguhnya ia adalah berat kecuali kepada mereka yang telah diberi petunjuk oleh Tuhan. Dan Tuhan tidak akan mensia-siakan kepercayaan kamu. Sesungguhnya Tuhan Penyayang, Mengasihani manusia.

Saya rasa cukup yakin. Maka itu ketetapan Allah supaya kita mendahulukan yang lebih utama apabila melaksanakan solaa @ komitmen dapat dibuktikan apabila secara universal ia adalah selaras dengan tabiat orang-orang yang berjaya di dunia ini.

4.  Solaa @ komitmen perlu dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.

Satu lagi aspek yang penting tentang perlaksanaan sesuatu komitmen adalah penjadualan masa atau penetapan tempoh atau dateline. Kita buat janjitemu dengan orang, kita tetapkan masa dan kita mesti tunaikan komitmen kita itu tepat pada masanya. Janji pukul 3.00 datanglah pukul 3.00.

Selain dari aspek penjadualan masa, aspek tempoh dan dateline juga berkaitan. Misalnya jika kita telah berjanji untuk menyiapkan projek dalam masa sebulan, kita kena siap sebulan – bukan 3 bulan atau 4 bulan atau tak siap langsung. Begitu juga dengan dateline. Jika kita diarahkan untuk menghantar assignment sebelum pukul 12.00 tengah hari, maka kita perlu siapkan dan hantar assignment kita sebelum pukul 12.00 tengah hari pada tarikh yang berkenaan.

4:103 Dan apabila kamu selesai dengan komitmen tersebut (berperang ), ingatlah Allah sambil berdiri, duduk atau bersandar; tetapi apabila kamu telah benar-benar selamat; tunaikanlah komitmen-komitmen yang rutin, sesungguhnya setiap komitmen mempunyai garismasa (dateline) kepada orang-orang yang percaya.

5.  Solaa @ komitmen perlu dilakukan bersama sifat tekun dan sabar

Satu lagi aspek yang penting untuk menjayakan sesuatu komitmen, kita mestilah tekun dan sabar. Tidak ada kerja yang mudah tetapi biasanya orang-orang yang tekun dan sabar dalam usaha mereka  akan lebih berjaya dari mereka yang tidak cekal hati dan cepat mengalah.

2:153  Wahai kamu yang percaya! Mintalah pertolongan melalui kesabaran dan komitmen, sesungguhnya Tuhan bersama-sama mereka yang sabar.

Dan sebagai penutup, saya harap corat-coret mengenai solaa @ komitmen ini akan menjana perbincangan yang sihat dari para pembaca semua.

Written by tolokminda

February 24, 2010 at 5:33 pm

455 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Saya setuju dengan cara TM mengulang2 pasal topik solaa (komitmen) ini. Seperti yang kita tahu, solaa yang telah menjadi solat iaitu amalan ritual menyembah objek2 tertentu adalah tabiat manusia yang paling sukar dikikis. Berpuluh2 Rasul dibangkitkan, manusia masih sukar nak membuang masa buat amalan yang sia-sia itu.

    Apabila kita mula nampak maksud solaa yang sebenar, kita mula ada kesedaran untuk mempergunakan masa kita secara bermanfaat dan menjaga penjadualan masa kita.

    Sebagai orang Melayu yang terkenal dengan “janji Melayu”, kita sedar kelemahan utama bangsa kita adalah bagaimana kita menggunakan masa. Semua bangsa diberikan masa yang sama iaitu 24 jam sehari, tetapi kenapa ada bangsa yang boleh mencipta teknologi, dan kenapa ada bangsa yang tidak mampu? Maka pada penggunaan masa itulah jawapan yang membezakan nasib sesuatu bangsa atau manusia itu.

    Saya sendiri akui kelemahan nak menggunakan masa dan menjadualkan masa sebaik2nya. Namun semenjak mengkaji Al Quran, barulah datang kesedaran untuk menjaga masa sebaik2nya dengan memenuhi aktiviti2 yang berkait dengan minda dan belajar.

    Dan tahniah kepada saudara kerana berjaya merungkai makna pasal “solat wusta” itu. Semakin jelas maksud solaa adalah komitmen.

    Di sini saya nampak, bagaimana cara terbaik nak menguruskan masa adalah dengan kita senaraikan komitmen2 kita dan letakkan priority pada setiap komitmen itu. Mana yang perlu diutamakan, disiapkan dahulu. Mana yang kurang penting, dilakukan kemudian.

    Dan satu lagi cabaran, kalau kita jenis yang suka melepak membuang masa, sudah tentu kita tidak ada idea nak komit pada sesuatu perkara. Lebih2 lagi yang sudah bekerja. Duit, kereta, rumah semua sudah ada. Buat apa nak peruntukkan masa nak belajar, menyelidik dan segala yang memerlukan daya fikir yang tinggi? Lebih baik melepak tengok tv?

    Kegagalan menjaga masa agar tidak terbazir itulah punca orang kita agak ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain.

    Juang

    February 24, 2010 at 6:41 pm

  2. Sejak mengikuti blog TM ini untuk memahami terjemahan Al Quran dengan makna yang jauh berbeza daripada terapan tradisi sebelum ini, tiada sebab umat Islam jadi lemah dan ketinggalan seperti sekarang.

    Al Quran mengajar kita jadi insan yang rajin berusaha dan tidak melepak membuang masa. Adanya surah Al Ashr yang mengajar kita tentang masa itu emas. Dengan adanya suruhan kita membaca, berfikir dan berR&D, sepatutnya umat Islam setanding dan lebih di hadapan berbanding orang Barat sana.

    Namun bila maksud2 sesuatu perkataan itu diubah kepada amalan ritual yang tidak ada langsung perkaitan dengan pembangunan insan, maka lahirlah umat yang lemah, pemalas dan suka berpecah-belah.

    Makin terungkai persoalan saya selama ini tentang kenapa umat Islam hari ini ketinggalan jauh berbanding bangsa-bangsa lain. Semuanya sebab tidak ikut ajaran Al Quran yang berlandaskan rasional dan logik.

    Juang

    February 24, 2010 at 8:06 pm

  3. 4:103 Dan apabila kamu selesai dengan komitmen tersebut (berperang ), ingatlah Allah sambil berdiri, duduk atau bersandar; tetapi apabila kamu telah benar-benar selamat; tunaikanlah komitmen-komitmen yang rutin, sesungguhnya setiap komitmen mempunyai garismasa (dateline) kepada orang-orang yang percaya…..

    adakah ingatlah allah = komitmen jugak?.. macam lebih specifik kepada berdoa secara ringkas .

    komitmen – dari manusia kepada allah manakala doa pula memohon keampunan dan menyatakan setiap komitmen yg telah kita buat adalah dari allah jadi kita bersyukur sebagai hamba dan inilah yg dikatakan tidak melakukan syirik .

    slipar

    February 25, 2010 at 1:17 am

  4. 13:28. Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram dengan mengingati Allah – dengan mengingati Allah, hati tenteram.

    Pada pandangan saya, mengingati Allah bertujuan untuk mententeramkan jiwa. Sudah tentu selepas berperang, jiwa dalam keadaan tidak stabil. Kepenatan bertarung dengan maut sudah pasti mencemaskan.

    Jadi, macam mana nak teruskan dengan komitmen lain kalau hati masih tak tenteram? Sebab itu dalam ayat 4:103 menyuruh kita mengingati Allah dengan maksud untuk menenangkan jiwa dahulu sebelum tunaikan komitmen2 lain.

    Bukankah komitmen yang dilakukan dalam keadaan jiwa yang tenteram lebih berkualiti hasilnya daripada dalam jiwa yang gundah-gulana?

    Juang

    February 25, 2010 at 3:10 am

  5. Salam Slipar,

    Saya berpendapat solaa atau komitmen berbeza dari doa. Komitmen adalah kepatuhan kepada Tuhan dengan mempraktikkan hanya cara hidup yang direstuiNya.

    Doa pula adalah memohon dari Allah secara terus melalui niat atau perkataan dengan harapan Dia akan mendengar dan memakbulkan. Doa perlu dilakukan sendiri dan tidak perlu pakai wakil atau mesti melalui kaedah-kaedah tertentu. Juga tidak perlu menyebut atau menyekutukan dengan apa-apa pengantara.

    Ayat-ayat mengenai doa, bagaimana nabi-nabi berdoa juga terdapat di dalam Al-Quran. Perkataan Arabnya adalah doa juga.

    tolokminda

    February 25, 2010 at 3:29 am

  6. salam.

    boleh saya tahu asbabun nuzul ayat2 yg tuan petik ?

    nampak macam tuan tafsir ayat ikut suka hati jer.

    cegu pelatih

    February 25, 2010 at 3:51 am

  7. Salam tuan,

    Tuan boleh memeriksa pandangan saya tentang solat di dalam artikel-artikel berkaitannya. Sila lawat arkib ini dan baca semua artikel yang berkenaan. Mungkin ia dapat membantu.

    Terima kasih.

    tolokminda

    February 25, 2010 at 4:09 am

  8. salam.

    saya dah baca artikel tuan. saya nampak argumen dan bukti yg tuan kemukanan hanyalah pendapat pribadi tuan.

    contohnya, tuan mula artikel ni dgn: …Pada kefahaman saya, saya berpendapat …

    sebab tu saya tanya apa asbab dan insiden turunya ayat2 tu, supaya kita boleh relate-kan.

    cegu pelatih

    February 25, 2010 at 4:13 am

  9. Salam Cegu,

    Ya. Tentulah semua artikel saya merupakan pendapat saya. Jika tuan mahu mendapatkan pengesahan atau keyakinan tuan sendiri, tuan kenalah periksa apa yang saya kemukakan itu. Kemudian buatlah kesimpulan tuan samada apa yang saya utarakan itu berasas atau tidak.

    Apa insiden menyebabkan ayat-ayat itu turun? Kalau Tuhan tak beritahu saya apa sebabnya, saya pun tak tahu. Saya berpendapat, apa yang lebih penting adalah untuk saya relate wahyu-wahyu Tuhan dengan kehidupan saya hari ini.

    Al-Quran bukan kitab sejarah. Al-Quran adalah pedoman hidup yang melangkaui sempadan masa dan tempat.

    tolokminda

    February 25, 2010 at 4:20 am

  10. “Sesungguhnya ia (Al Quran) benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam – diturunkan dengannya Ruhul Amin kedalam hati kamu supaya kamu menjadi salah seorang yang memberi peringatan.” (26:192-194)

    Cerita azbabul nuzul ini dibuat oleh tukang-tukang karut cerita dongeng untuk menyeleweng manusia dari jalan Allah sehinggakan mereka berjaya menipu semua orang mengatakan jumlah ayat Al Quran ialah 6666. Mereka juga percaya ada ayat-ayat Quran yang tidak boleh pakai.

    Gunumaro

    February 25, 2010 at 5:08 am

  11. cegu bertanya: apa asbabun nuzul ayat tadi?

    sepatutnya TM jawab: errr saya tak tahu ceguu …

    jawaban mudah, ringkas dan tepat.

    [ tapi kalau TM jawab camtu nampak bodo lah pulak! ]

    P)

    Juru Skodeng

    February 25, 2010 at 6:16 am

  12. Salam Juru Skodeng,

    Kan saya dah jawab tak tahu kat atas tu. Sebab kalau Tuhan tak beritahu apa sebabnya Dia turunkan sesuatu ayat, macamana saya nak tahu? Dan saya percaya kalau Dia nak saya tahu sesuatu, tentu Dia nyatakan mengenainya di dalam Al-Quran.

    Tapi kalau betul-betul tuan tahu, atau Cegu tahu, apa salahnya kongsikan pengetahuan tu kat sini. Silakan. Saya nak tau juga.

    tolokminda

    February 25, 2010 at 8:06 am

  13. Salam,

    Bila kita sudah nampak yang solaa itu adalah komitmen, maka kita tidak perlu hidup menurut membuta-tuli pihak2 tertentu yang merasakan mereka adalah pewaris Nabi.

    Tiada konsep sah atau tak sah dalam komitmen kita itu. Kita tidak perlu takut2 lagi dan terkial2 mencari riwayat “sunnah” Nabi. Yang penting perlu kita fikirkan, apakah komitmen kita itu mencapai matlamat dan bagaimana kita nak pertingkatkan mutu komitmen kita itu. Kita yang tahu sejauh mana mutu komitmen2 kita dalam hidup.

    Ini juga dapat membebaskan diri kita daripada dibelenggu dengan ajaran2 tak masuk akal dan cerita2 dusta.

    Apa yang penting kita lakukan sesuatu yang logik dan rasional (tidak melampaui batas). Kita hidup berpijak pada bumi yang nyata dan bukan bermimpi di siang hari lagi.

    🙂

    Juang

    February 25, 2010 at 8:18 am

  14. Salam,

    Keamanan akan terhasil jika kita saling mengetahui apa peranan dan tanggungjawab kita dalam kehidupan ini. Tapi sayang,kita dipenuhi dengan prasangka yang buruk, walaupun solat tak tinggal, puasa penuh sebulan ditambah lagi dengan puasa sunat. Buat itu dan ini, tak cukup lagi pi mekah nak tebus dosa. Tapi kita masih melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah kebaikan.

    Kalau kita betul berkecuali dan tidak memihak kepada sesiapa, kita sudah boleh berfikir kenapa ini berlaku, walhal kita telah melakukan apa yang disuruh oleh Tuhan, tetapi masih melakukan kejahatan, walaupun sedikit. Kita tahu sebenarnya bahawa kita telah melakukan kejahatan tapi kita berselindung di sebalik itu dan ini.

    Pada saya, ini sudah tentu ada yang tak kena dengan amalan kita seharian.

    tok janggut

    February 25, 2010 at 9:43 am

  15. apa tok janggut merepek ni. sebab berbaik sangkalah kita tegor si TM tu, supaya dia tak sesat cari jalan. jangan takbur, suka-suka guna ayat suci untuk back-up pendapat/fahaman peribadi. taawuz dulu. jangan sombong semedang.

    nama blog pun “Tolokminda belajar” … nak belajar ada tartib, ada kaedah, ada usul periksa. bukan main terjah jer. asbabun nuzul pun tak tahu, tapi nak tafsir ayat macam hero filem keling. banyak drama!

    Juru Skodeng

    February 25, 2010 at 11:45 am

  16. Kalau nak tegur orang pun ada tertib juga. Jika rasa orang tu salah, tunjukkanlah ayat mana yang salahnya dan bawa apa yang betulnya. Barulah boleh sama-sama belajar dan fikirkan.

    Ini tidak, masuk2 aje meraban entah ke mana. Tiru perangai orang kafir terdahulu yang sekadar mampu berkata “inilah sihir yang nyata”. Tapi apa yang sihir daripada kata2 Rasul mereka, tidak pula dibuktikan.

    Macam manalah nak percaya pada orang macam itu perangainya? Tak matang langsung.

    Buah cempedak di luar pagar
    Ambil galah tolong jolokkan
    Blog ini tempat belajar
    Kalau salah tolong tunjukkan

    Bijak pandai dahulu dah sediakan pantun buat pedoman pun taknak ikut. No wonderlah Al Quran yang logik dan rasional tu pun mereka engkar.

    Juang

    February 25, 2010 at 12:16 pm

  17. Salam,

    Juru Skodeng asyik dgn asbabun nuzul, sepatutnya jika ada tidak bersetuju dgn TM dan mementingkan asbabun nuzul anda sepatutnya mengemukakan hujah2 tntng pentingnya asbabun nuzul dulu… apakah asbabun nuzul itukah yg penting dahulu atapun al-Quran??

    Jebon

    February 25, 2010 at 12:18 pm

  18. kan dah kantoi!

    nak tafsir Quran ni bukan boleh ikut perasaan.
    atau ikut logik semata-mata macam loyar selak buku law.
    orang tegor skit dah melenting. sepatutnya ucap trima kasih. ada orang nak tolong ajar. belum apa-apa dah tunjuk sombong. lepas tu baru mintak diajar. keling punya filem!

    idak ke komer menengok?
    idak ke komer memikio?
    … ate .. ate ..

    Juru Skodeng

    February 25, 2010 at 12:31 pm

  19. Apa yg kantoi nih??

    Bukankah ayat2 al-Quran itu sendiri suruh fikir ayat2 al-Quran itu???

    Jgn asyik buat hujah secara defacto… soklan diatas belum lagi terjawab…

    Apakah kitab asbabun nuzul itukah yg penting dahulu atapun al-Quran??

    Cuba terang sikit…

    Jebon

    February 25, 2010 at 1:11 pm

  20. 11:114 “Dan tunaikanlah komitmen-komitmen di dua bahagian siang, dan beberapa jam dari malam, sesungguhnya amalan (kerja-kerja) yang baik menjauhkan amalan (kerja-kerja) buruk; ini adalah peringatan kepada mereka yang mahu berfikir”.

    Peringatan Al Quran hanya untuk orang yang mahu berfikir. Kalau yang malas nak berfikir, kita lihat cara mereka berhujah tidak membawa apa2 isi untuk difikirkan. Mereka terasa orang lain berlaku sombong pada mereka, tetapi mereka datang dengan berlagak sombong.

    Kot yea pun bawalah hujah2 untuk mematahkan apa yang TM bawakan itu kalau rasa diri itu betul. Setakat datang nak menghukum, orang2 kafir terdahulu pun hukum Rasul mereka tukang sihir. Apa nak hairan?

    Juang

    February 25, 2010 at 1:27 pm

  21. “SJ: nak tafsir Quran ni bukan boleh ikut perasaan.
    atau ikut logik semata-mata macam loyar selak buku law.”

    Saya setujulah kalau dikatakan nak tafsir Quran bukan boleh ikut perasaan (hati). Tapi kalau dikatakan tidak boleh ikut logik (akal), bukankah sudah bercanggah dengan ayat Al Quran yang suruh manusia berfikir?

    16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami menurunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu memperjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka memikirkan.

    Akal lawannya nafsu. Kalau tolak akal, bermakna manusia itu tafsir Al Quran ikut nafsu ke? Patutlah umat sampai hidup lemah dan berpecah-belah. Itu pun masih tak sedar2 diri lagi tuh.

    Juang

    February 25, 2010 at 1:36 pm

  22. salam tolok minda

    bukan kah doa juga komitmen jugak atau bagaimana pendapat tuan . bolehkah kita kata doa ialah komitmen yg di tetapkan masa nya ?

    slipar

    February 25, 2010 at 1:47 pm

  23. Salam,

    Apabila kita menyempitkan tafsiran ayat-ayat Al-Quran mengikut Asbabun Nuzul, maknanya kita menjadikan Al-Quran sebagai sebuah Kitab yang berkisar di sekitar sejarah penurunannya.

    Dengan kata lain keseluruhan Al-Quran hanyalah tentang nabi, tentang keluarganya, tentang para sahabat (?), tentang kaum Arab, tentang masalah mereka, tentang persekitaran mereka, tentang budaya mereka, tentang kepercayaan mereka, tentang amalan-amalan mereka, tentang tempat-tempat suci mereka…

    Jika begitu, ia tidak selaras dengan sifat Al-Quran yang sepatutnya membawa nilai-nilai dan budaya-budaya universal. Sebenarnya semua Kitab Allah membawa perspektif universal. Samada ia diturunkan kepada orang Yahudi atau orang Nasrani atau orang Arab – samada ia Taurat atau Injil atau Zabur atau Al-Quran, soal bangsa, budaya dan zaman bukanlah faktor yang dititikberatkan.

    Saya berpendapat adalah lebih layak untuk kita percaya kepada Allah dan KitabNYa dari percaya kepada kitab-kitab ciptaan manusia yang kita sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.

    Cuba fikir apa yang Tuhan ajar Nabi dan ajar kita,

    2:136 Katakan: Kami percaya kepada Allah dan yang telah diwahyukan kepada kami (Al-Quran) dan yang telah diwahyukan kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yakub dan nabi-nabi lain dan apa yang telah diberi kepada para nabi dari Tuhan mereka, kami langsung tidak membeza-bezakan di antara mereka dan kepadaNya kami patuh.

    Adakah kita patut mentafsirkan Taurat, Injil dan Zabur dari perspektif Asbabun Nuzul juga?

    tolokminda

    February 25, 2010 at 2:41 pm

  24. terima kasih pada mereka yang datang menggelar dan mengejek tanpa hujah berdasarkan Qur’an.

    sebenarnya jika mereka ini faham benar dengan apa yang mereka percaya, sudah tentu mereka tiada masalah untuk mengomen terus dengan penerangan yang tidak dapat disangkal daripada pembuka kata dengan mengejek.

    yang menggunakan akal akan dapat melihat perbezaan hujah yang kukuh dengan mereka yang datang dengan ejekan dan ayat yang menerawang kesana sini.

    jika belajar tidak menggunakan akal, kita nak guna apa? lutut?

    mungkin kerana tidak menggunakan akal maka komen yang datang seperti budak belasan tahun yang separuh masak yang hanya tahu menggunakan perkataan seperti bodoh dan keling.

    maklumlah perbendaharaan kata belum cukup luas. Kanak-kanak.

    muaddib

    February 25, 2010 at 2:55 pm

  25. Salam,

    Benar TM. Al Quran tidak pun menyuruh Rasulullah mencari asbabun Nuzul ayat2 Taurat, Injil, Zabur dan Kitab2 terdahulu untuk membenarkannya. Ini kerana kebenaran sesuatu perkara bukan terletak pada sebab2 ia diturunkan, tetapi kerana adanya bukti2 yang jelas dan logik.

    Kebenaran adanya daya graviti bukan kerana sebab Isaac Newton terlihat buah epal jatuh, tetapi ada bukti2 yang boleh diuji untuk membenarkan adanya daya tersebut. Kisah Isaac Newton itu tidak mempengaruhi pun kelogikan daya graviti.

    Begitulah kebenaran Al Quran kerana adanya bukti2 di langit dan di bumi untuk memperkukuhkan ayat-ayatnya.

    Juang

    February 25, 2010 at 2:56 pm

  26. Salam Slipar,

    Saya beri contoh ayat yang mengandungi perkataan solaa @ komitmen dan doa (memohon kepada Allah).

    14:40 Wahai Empunyaku! Jadikanlah aku seorang yang melaksanakan komitmen dan dari kalangan keturunanku juga, wahai Tuhan, dan terimalah doaku.

    Transliterasi: Rabbi ijAAalnee muqeema alssalati wamin thurriyyatee rabbana wtaqabbal duAAa/-i

    Ayat ini menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim berdoa kepada Tuhan supaya menjadikan beliau seorang yang komited iaitu seorang yang melaksanakan komitmennya dan beliau memohon supaya keturunannya juga begitu.

    Dari ayat ini saya harap tuan akan dapat mendefinasikan apa itu komitmen dan apa itu doa.

    tolokminda

    February 25, 2010 at 2:56 pm

  27. Salam Muaddib,

    36:1 Ya Sin
    36:2 Aku bersumpah di sisi Quran yang penuh kebijaksanaan

    Tuhan pun bersumpah di sisi Al-Quran yang disifatkanNya penuh kebijaksanaan. Malangnya ramai tetap menolak Kitab Tuhan ini dan memilih untuk masuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ke 7 – 10 surah yang sama – surah yang paling kerap mereka baca dan hafal. Tetapi tidak pernah cuba untuk faham.

    tolokminda

    February 25, 2010 at 3:20 pm

  28. Salam Juang,

    Setiap kaum penyekutu Tuhan yang diutuskan rasul dan menerima Kitab mencipta dan menuruti kitab asbabun nuzul masing-masing. Sebab itulah masing-masing terperuk dalam tempurung taksub golongan sendiri.

    tolokminda

    February 25, 2010 at 3:25 pm

  29. Bila ayat ayat Quran menyatakan sesuatu yang belum berlaku ( tapi akan berlaku – future) contoh; ayat 25:30, bagaimana asbabun nuzul dapat membantu kita memahami ayat itu?

    Mempercayai hanya memahami/ mengetahui sebab ayat turun baru kita boleh faham maksud ayat Quran sebenar membuatkan orang takut nak baca Quran sebab pra-syarat yang ketat dan tak mudah didapati.

    Sapa tahu sebab apa (asbabun nuzul) turun ayat 25:30 turun?

    Tolong kongsikan?

    Aduh....

    February 25, 2010 at 9:10 pm

  30. Assalammualaikom

    solat bermaksud sembahyang,dan sembahyang bagi orang islam adalah perbuatan dan perkataan yg di dahulukn dgn takbir dan di sudahi oleh salam,dan itu yg tlh dibawa dan dilakukan oleh utusan ALLAH yg terakhir(Muhamad s,a,w),jgn memandai ye,saya syorkn saudara mendalami ilmu nahu,sorof dan balagho,supaya lebih memahami tata bahasa arab,maaf

    shah

    February 25, 2010 at 9:19 pm

  31. solat bermaksud sembahyang,dan sembahyang bagi orang islam adalah perbuatan dan perkataan yg di dahulukn dgn takbir dan di sudahi oleh salam,dan itu yg tlh dibawa dan dilakukan oleh utusan ALLAH yg terakhir(Muhamad s,a,w),jgn ….

    Tolong jelaskan lebih detail lagi dari mana Shah dapat buat kesimpulan begitu. Boleh kita sama sama bincangkan dan belajar…?

    Aduh....

    February 25, 2010 at 10:00 pm

  32. Mengapa dalam ayat Quran 25:30 rasul tidak berkata; Ya Tuhanku sesungguhnya kaumku menjadikan solat ini sesuatu yang tidak di achuhkan.

    Mengapa Quran? Mengapa bukan solat?

    Bagi saya baca dan fahamkan kandungan Quran lagi penting, sebab ia membangun/membebas minda. Sembahyang tonggang toggeng tanpa faham apa yang diucapkan hanyalah perbuatan sia sia.

    Aduh....

    February 25, 2010 at 10:22 pm

  33. Dengan mengada adakan pra-syarat pra-syarat yang bukan bukan untuk memahami Quran (kena wudhuk ada wudhuk la, kena tahu asbabun nuzul laa…Dan macam macam lagi) maka dengan secara automatik orang akan menjauhkan diri dari membaca Quran.

    Maka benarlah ayat Quran 25:30.

    Aduh....

    February 25, 2010 at 10:30 pm

  34. Sdr Shah percaya untuk beriman kepada Allah manusia kena ikut apa yang disyorkannya seperti berikut:

    “jgn memandai ye,saya syorkn saudara mendalami ilmu nahu,sorof dan balagho,supaya lebih memahami tata bahasa arab,maaf”

    Sebaliknya pula Allah telah menetapkan:-

    “Sekiranya dikehendaki Tuhanmu – sudah tentu berimanlah kesemua orang dimuka bumi keseluruhannya. Apakah kamu mahu paksa manusia supaya mereka beriman? Dan tidak siapa yang akan beriman kecuali dengan izin Allah. Allah jadikan najis keatas orang-orang yang tidak mengunakan akal.” (10:99-100)

    Dalam ayat-ayat diatas Allah tidak pun menyuruh kita belajar ilmu-ilmu nahu, sorof dan balagho tetapi Dia mengesyorkan kita untuk mengunakan “AKAL”.

    Saya percaya Sdr Shah tentu kata Allah bodoh.

    Gunumaro

    February 25, 2010 at 11:44 pm

  35. Saya nampak banyak idea dan Perspektif Submitters http://www.submission.org yang diciplak masuk ke dalam perspektif blog TM ini. Antara agenda penting puak Submitters/Quranist dan pengikut nabi pelesu Rashad Khalifa ialah menimbulkan keraguan terhadap Sunnah dan Hadith. Langkah seterusnya ialah meranapkan Fiqh dan asas aqidah serta ibadat orang Islam.

    Kita tahu pencetus anti-hadith tersohor Kassim Ahmad adalah juga seorang ‘peminat setia’ Rashad Khalifa. Dalam kata-kata Kassim sendiri: “Oleh yang demikian, saya berazam untuk menguji semua kenyataan yang dibuat oleh Dr. Rashad Khalifa. Saya pun membaca dan mengkaji semua bukunya serta ulasan-ulasan yang telah dibuat terhadapnya dengan teliti. Dalam masa lebih kurang tiga bulan saya berpuas hati bahawa tesis pokok Rashad Khalifa, iaitu Hadis/Sunnah merupakan satu penyelewengan daripada ajaran-ajaran Nabi Muhammad dan tidak boleh diterima sebagai sumber perundangan adalah benar.”

    Saya lihat persamaan kelompok pasca-Rashad ini bukanlah satu kebetulan yg selektif semata-mata, tapi satu corak yang sedang dilakar secara subversif ke dalam minda generasi muda Islam yg terlalu rakus mendakap liberalisme dan reformasisme dalam agama mereka. Mungkin puak jumud dan mandul-idea seperti JAKIM dan institusi agamawan turut menyumbang dalam menyalakan semangat anti-hadith/sunnah/fiqh ini.

    Saya tidak ada masalah dengan TM, malahan saya berpendapat blog TM adalah satu contoh yg baik bagaimana idea yg segar boleh memberi kejutan kepada fikiran yg lesu.

    AgnostikA@ymail.com

    p/s: satu email dari seseorang yg mengaku mengenali Rashad Khalifa http://www.scribd.com/doc/27366735/Who-is-Rashad-Khalifa

    Agnostika

    February 26, 2010 at 12:57 am

  36. saudara shah,

    kami disini amat menghargai jika anda dapat memberi penerangan tentang balagho, nahu, tatabahasa arab yang betul tentang ayat Quran yang menyatakan solaa itu sembahyang 5 waktu.

    kami sentiasa bersedia mendengar.

    muaddib

    February 26, 2010 at 1:28 am

  37. Salam,

    Umat Islam percaya perintah ritual sembahyang disampaikan oleh Allah kepada Nabi secara bersemuka dalam satu peristiwa yang dipanggil israk mikraj. Dalam peristiwa itu Nabi dikatakan diterbangkan dari Mekah ke Baitul Muqaddis sebelum diterbangkan merentas tujuh lapis langit ke untuk menemui Allah dan menerima perintah sembahyang.

    Bagaimanapun kita telah memeriksa ayat yang dikaitkan dengan peristiwa israk mikraj dan didapati ia merujuk kepada Nabi Musa – bukan Nabi Muhamad. Dalam peristiwa yang dimaksudkan Tuhan telah menemui Nabi Musa untuk memberikannya mukjizat-mukjizat bagi berdepan dengan firaun.

    Perbincangan mengenainya di sini.

    Kemudian kita juga telah membincangkan perihal kiblat yang sebenarnya bukan bermaksud arah tumpuan sembahan di sini.

    Kita juga telah membincangkan mengenai bangunan kaabah yang dijadikan objek pengantara atau sekutu kepada Allah sedangkan maksud sebenar perkataan kaabah adalah buku lali. Artikelnya di sini.

    Kita juga telah membincangkan bagaimana nabi-nabi terdahulu membawa mesej yang sama tentang solaa kepada kaum atau umat mereka. Maknanya jika solaa itu benar perbuatan ritual sepertimana yang kita faham sebelum ini, maka semua umat penerima Kitab terdahulu juga tentulah sembahyang sebagaimana yang diamalkan umat Islam. Perbincangannya di sini.

    tolokminda

    February 26, 2010 at 2:29 am

  38. Benar seperti yang muaddib katakan itu saudara shah.

    Apabila saudara TM quotekan sesuatu ayat Al Quran dan bawakan huraian mengikut pemahamannya, maka jika saudara rasa pandangan beliau itu salah, bawakanlah segala ilmu2 yang saudara ada mengikut balagho, nahu, tatabahasa Arab etc untuk mencanggahi apa yang saudara TM kemukakan. Barulah kita sama2 boleh menilai.

    Kalau setakat menulis menerewang entah ke mana, macam mana kami nak belajar dan ambil pengajaran?

    Kami lihat TM lebih komited mengemukakan hujah dengan bukti2 yang beliau ada sedangkan kebanyakan pengomen yang tak berpuas hati pada beliau hanya merapu sahaja. Macam manalah kami nak terima orang2 yang merapu itu? Mereka tidak sedar cara mereka berhujah (menulis) itu menjadi faktor penting untuk menilai siapa mereka itu.

    Juang

    February 26, 2010 at 2:31 am

  39. Salam,

    Sumber2 tafsiran2 al-Quran dari pelbagai pandangan hanyalah sebagai maklumat atau info… samada tafsiran Dr. Rashad Khalifa, Kassim Ahmad, Othman Ali atau Aidid Safar etc… hanyalah maklumat atau info sahaja… adalah lebih baik membuat kajian al-Quran secara tersendiri sebelum bersetuju, tanpa taksub pada mana2 pihak, sebagaimana anjuran memikirkan ayat2 al-Quran oleh al-Quran itu sendiri…

    Jika kita lihat golongan “bersunnah” itupun taksub dgn Imam2 favourite mereka, ada Syiah, ada Wahabi, ada Sunnah Syafie, Sunnah Maliki, Sunnah Hanafi, Sunnah Hambali etc… tidak ada sebarang kajian mereka terhadap al-Quran utk pembaharuan ilmu… persoalan ini ada dibincangkan dlm blog sy…

    http://doktrinisasi.blogspot.com/2009_05_01_archive.html

    http://doktrinisasi.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

    🙂

    Jebon

    February 26, 2010 at 2:42 am

  40. Sdr Agnostika, dengar sini dan dengar baik-baik. Rashad Khalifa bukan pengikut kami dan begitu juga dengan Kassim Ahmad.

    Rashad Khalifa percaya “Sol-laa” itu sembahyang ritual dan dia percaya “rumah batu” yang dibina oleh tangan-tangan Pak Arab di Mekah itu sebagai saluran untuk sembah Allah – serupa dengan kepercayaan Sdr.

    Kalau Sdr tak boleh menyumbang idea-idea yang bernas atau berhujah untuk mematahkan apa yang ditulis dalam Blog ini tak perlulah dikaitkan TM dengan sesiapa.

    Al Quran adalah “Furqan” atau “Pembeza” diantara yang “bathil” dan yang “hak” – atau diantara yang “salah” dan yang “benar”.

    Figh atau syariah tidak disahkan oleh Al Quran sebagai “petunjuk” atau “Hukum” dari Allah. Ianya dicipta dan direka oleh syaitan-syaitan jenis manusia iaitu musuh-musuh yang nyata kepada Nabi:

    “Dan demikianlah Kami adakan bagi setiap Nabi musuh-musuh dari syaitan jenis MANUSIA dan jin. Sebahagian mereka membisik kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan palsu yang indah-indah untuk menipu. Sekiranya dikehendaki Allah sudah tentu mereka tidak meLALKUKANNYA. Maka tinggallah mereka dengan “APA YANG MEREKA ADA-ADAKAN”. (6:112)

    Gunumaro

    February 26, 2010 at 2:49 am

  41. Salam Jebon,

    Terima kasih. Itulah sebenarnya saya cuba saya sampaikan selama ini. Sebab itulah saya kata jangan jadikan tulisan saya sebagai sumber rujukan. Tetapi jadikanlah penyelidikan sendiri sebagai sumber keyakinan masing-masing. Paling baik pun tulisan saya di blog ini hanyalah untuk memberi “cue” kepada para pembaca dari mana dan bagaimana mereka patut memulakan penyelidikan mereka.

    Itulah yang berlaku kepada saya apabila saya membaca Aidid Safar sehingga lahirnya blog belajar ini. Yang penting kita mesti sentiasa sedia membuka minda untuk mencari kebenaran yang hakiki. Tetapi kalau kita lebih selesa untuk terus terperangkap dalam tempurung taksub kepada ajaran ulama turun temurun, memang susahlah untuk minda kita berkembang.

    tolokminda

    February 26, 2010 at 3:03 am

  42. Salam,

    Berkenaan doa dan komitmen, bolehlah dikatakan doa adalah keinginan (batin) dan komitmen adalah pelaksanaannya (zahir).

    2:153 Wahai kamu yang percaya! Mintalah pertolongan melalui kesabaran dan komitmen, sesungguhnya Tuhan bersama-sama mereka yang sabar.

    Kita berdoa adalah untuk mengharapkan pertolongan daripada Allah. Jalan untuk merealisasikan doa kita itu adalah dengan kesabaran dan melakukan komitmen2 kita.

    Jadi kita nampak perbezaan definasi doa dan komitmen.

    Allah suruh kita jadi seorang yang tekun, sabar, cekal, rajin berusaha dan menghargai masa kerana sifat2 itulah yang membina sahsiah diri dan ketamadunan manusia yang gemilang.

    Sifat2 inilah yang tiada dalam umat Islam hari ini yang menyebabkan mereka lemah, ketinggalan dan suka berpecah-belah (sebab tiada kerja lain selain nak bermusuh2an).

    Juang

    February 26, 2010 at 3:10 am

  43. Saya setuju dengan pendapat saudara Jebon pasal penyelidikan sendiri terhadap Al Quran.

    Ramai orang Islam hari ini terperangkap dengan tempurung taksub mereka. Bila kita usulkan mengkaji Al Quran dengan memikirkan sendiri, mereka kata tidak boleh kaji Al Quran guna akal sendiri.

    Bagi mereka, Al Quran hanya perlu dituruti daripada imam2 atau ulamak faveret mereka. Jika pendapat imam2 puak lain, mereka label sesat. Bayangkanlah orang2 yang bertaraf imam atau ulamak pun mereka labelkan sesat semata2 berlainan mazhab atau puak, apatah lagi orang2 yang tiada gelaran macam saudara TM.

    Patutlah umat Islam susah nak maju sebab minda mereka susah nak berkembang. Terbatas dengan ajaran turun temurun sahaja.

    Juang

    February 26, 2010 at 3:15 am

  44. Salam Gunumaro,

    Terima kasih.

    Saya katakan begini: Kebenaran adalah universal sifatnya. Jika cikgu saya kata 1 + 1 = 2, saya menerimanya bukan kerana saya pengikut cikgu saya, tetapi kerana 1 + 1 memang 2. Semua orang yang berakal pun akan dapat kesimpulan yang sama.

    tolokminda

    February 26, 2010 at 3:16 am

  45. Kemudian katakan datang seorang manusia mendakwa 1+1=3 kerana mengikut riwayat seorang ahli matematik terdahulu. Takkanlah disebabkan manusia itu guna nama ahli matemetik terdahulu, dakwaan tak berasas itu nak dipercayai juga?

    Juang

    February 26, 2010 at 3:24 am

  46. Salam,

    Manusia akan komited dalam sesuatu perkara bila memiliki kemahuan dan minat yang tinggi. Jika kita mempunyai minat yang mendalam, tanpa disuruh-suruh pun kita akan melakukannya dengan tekun dan sabar. Itulah cara kita nak capai keikhlasan dalam sesuatu perkara.

    Kita kena tanya diri kita, atas sebab apakah kita melakukan sesuatu perkara. Sama ada ia lahir daripada jiwa kerana minat atau kerana ikut-ikutan?

    Orang yang berbuat sesuatu kerana ikut-ikutan, ia tidak akan mencapai kualiti yang tinggi. Mereka hanya buat asal cukup-cukup makan. Mereka buat dengan hati yang penuh kemalasan. Kalau buat pun nak menunjuk-nunjuk depan orang ramai.

    Sebaliknya orang yang berbuat sesuatu kerana minat, mereka akan berusaha setinggi mana yang dia boleh capai. Dia akan memurnikan komitmennya agar nilai amal perbuatannya semakin berkualiti. Setiap masa yang terluang akan digunakan untuk mempertajamkan kemahirannya.

    Begitulah bezanya antara orang yang mendakwa mereka pengikut Al Quran tetapi tak pernah mengkajinya dengan orang-orang yang benar-benar minat menyelidik Al Quran sampai faham segala isi kandungannya. Sudah pasti kualiti dan nilai dalam diri mereka ada perbezaannya. Daripada cara mereka berhujah pun kita boleh lihat perbezaannya.

    Juang

    February 26, 2010 at 3:38 am

  47. Salam Juang,

    Tuhan menjelaskan seperti berikut:

    4:142 Sesungguhnya mereka yang hipokrit/munafik berusaha untuk mengkhianati Allah dan Dia akan membalas apa yang mereka khianatkan kepada mereka, dan apabila mereka mendirikan sesuatu komitmen mereka mendirikannya sambil lewa; mereka hanya mahu dilihat orang lain dan langsung tidak mengingati Allah sedikit pun.

    tolokminda

    February 26, 2010 at 4:30 am

  48. Salam,
    Juang: Menurut guru saya, 1+1=3 atau4 atau sebagainya. Alasannya Emak+ayah=beberapa orang anak. Hehehe… joke semata.

    tok janggut

    February 26, 2010 at 5:00 am

  49. Salam Tok janggut,

    Ya, mereka boleh mengatakan 1+1=3 atau 4 atau sebagainya, tetapi dalam bentuk kata2 gurauan atau permainan sahajalah. Bukan dengan hujah2 yang kukuh.

    7:50. Orang-orang Api memanggil orang-orang Taman, “Curahkanlah kepada kami air, atau daripada apa yang Allah merezekikan kamu!” Mereka berkata, “Allah mengharamkan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya,

    7:51. Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu permainan, dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka.” Maka pada hari ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka ini, dan mereka menyangkal ayat-ayat Kami.

    Juang

    February 26, 2010 at 5:10 am

  50. ……..Allah jadikan najis keatas orang-orang yang tidak mengunakan akal.” (10:99-100)

    الرجس = ‘rrijsa = najis, kotor, squalor, filth, atrocity

    rendah Dan jijik sekali mertabat orang yang tidal mahu guna akal!!

    Gunumaro,
    terimakasih kerana membawa ayat di atas. (Yunus 10:100).

    Saya dok baca terjemahan Yusuf Ali, tak nampak الرجس membawa maksud najis, hinggalah saya selidek lebih detail lagi.

    Aduh....

    February 26, 2010 at 6:21 am

  51. salam utk semua,

    saya buat carian internet, dan betul mcm kata sdr Agnostika bhw idea sini banyak persamaan dgn http://www.submission.org – yakni, anti-hadith dan sunnah Rasul saw

    1. apa motif sebenar blog ini? elok dikemukakan dengan terang dan berani. tak perlu takut-takut. takder siapa yg nak gigit tuan-tuan yg bijak pandai.

    2. jika berhujah guna Quran, pastilah semuanya sama. tak kiralah ASWJ, Shie, Salafi, Quranist – maka tak patut timbul cabaran dari satu pihak ke atas yg lain menegakkan hujah dgn ayat Quran saja. [ malah kelihatan angkuh utk merujuk ayat Quran semberono utk pembahasan seperti di sini, elok guna kajian sains/logika terlebih dulu ]

    3. semua ayat Quran diturunkan melalui perantaraan Jibril kepada Muhammad saw. pendapat saya, kita mengenal Quran melalui [Rasul saw] yang hidup dalam qalb/hati kita. qalb yg tiada hadir kecintaan terhadap Rasul saw di dalamnya adalah qalb yg berpenyakit @ fi qulubihi marad, maka pada qalb yg seperti itu samalah saja diberi peringatan atau tidak.

    putri elle

    February 26, 2010 at 6:33 am

  52. Salam,

    Jika Al Quran pun sudah meletakkan kejijikan (najis) pada orang2 yang tidak mahu menggunakan akal, apakah masih ada alasan lagi mereka yang berkata “dalam agama tidak boleh guna akal”?

    Apakah mereka hendak manusia menurut membuta-tuli ajaran2 dusta mereka sehingga sanggup meletakkan diri mereka setaraf najis?

    Juang

    February 26, 2010 at 7:12 am

  53. Selain orang2 yang tidak menggunakan akal diletakkan taraf sebagai najis, orang2 menyekutukan, munafik (hipokrit), berhala2 juga adalah najis.

    9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang menyekutukan adalah najis (najasuun); maka janganlah membenarkan mereka mendekati batasan ketetapan2 yang direstui (masjidil haram) selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan mencukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia mengkehendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

    9:95. Mereka (orang2 Arab yang hipokrit – rujuk drp ayat 9:90 & 9:97) akan bersumpah kepada kamu dengan Allah, apabila kamu balik kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka. Maka berpalinglah daripada mereka kerana mereka adalah najis (rijsuun), dan tempat menginap mereka ialah Jahanam – satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan.

    22:30. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah najis (‘rrijsa) berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,

    Daripada situ kita nampak, akibat hidup tidak menggunakan akal, manusia akan jadi musyrik, munafik dan penyembah2 berhala.

    Juang

    February 26, 2010 at 7:30 am

  54. Salam Puteri Elle,

    Tanggungjawab saya untuk menjawab soalan 1. Apa motif blog ini?

    Motif blog ini adalah untuk saya belajar. Dan orang lain boleh join belajar sama. Setiap orang bebas memberi pendapat mereka. Kita belajar sama-sama. Tidak ada apa yang nak disembunyikan.

    Terfikir juga kalau-kalau saya patut buka blog ini kepada sesiapa yang berminat mahu menjadi penulis artikel – jadi mereka boleh membantu meluaskan pandangan dan mempelbagaikan topik perbincangan. Jadi tidaklah bergantung kepada saya saja.

    Apa pandangan semua?

    tolokminda

    February 26, 2010 at 1:21 pm

  55. assalamualaikum
    ramai juga yg tetarik dgn komen saya ye.
    sebenarnye didalam kitab fiqh mane2 sekolah agama di malaysia ada ditulis akn maksud sebenar solat,sepatutnya saya yg minta saudara tunjukkan pada saya kamus mana yg mengatakan maksud solat adalah komitmen,
    sebab dari apa yg saya belajar solat memerlukan komitmen,dan komitmen bukan solat.,
    untuk membawa kereta kita harus belajar mrmandunya,untuk berbahasa arab kita haruslah mempelajari tata bahasanya.jika tidak,tersalah arah la jawabnye.,
    jika makna salah secara tak langsung tafsir pun akan salah juga kan,jika sudah salah untuk apa lagi berhujah,sia2 kn..,

    shah

    February 26, 2010 at 2:33 pm

  56. Salam…
    TM merumuskan semua ajaran Alquran
    sebagai komitmen hidup biasa.Puasa,
    solat,haji pun dalam erti komitmen.

    Sekiranya Allah ingin menyatakan amal
    manusia tu sebagai cara hidup….maka
    tak perlulah ayat solat,haji dan puasa
    tu digunakan.

    Mungkin Allah akan gunakan perkatan
    amal kebajikan atau amal soleh suduh
    cukup untuk merangkumi semua komitmen.

    Hal kedua ialah…dimana letaknya
    kefahaman TM dan gulongan sewaktunya
    tentang beriman pada rasul dan rasul
    itu dilantik untuk apa..sekiranya
    manusia telah pun mampu memahami
    Alquran tanpa bantuan ahli ilmu atau
    ajaran2 nabi.

    Tok Syam

    February 26, 2010 at 3:55 pm

  57. Salam Tok Syam,

    Tuan mempertikaikan mengapa Tuhan gunakan perkataan solat, haji, puasa dan sebagainya kalau perkataan-perkataan itu bukan bermaksud ritual-ritual yang diajar oleh guru-guru agama dan ulama tuan.

    Bukankah itu bermakna Tuhan suruh tuan berfikir dan mencari jawapanya dan bukan sekadar percaya bulat-bulat kepada ajaran nenek moyang? Tuan perlu mencontohi Nabi Ibrahim yang juga telah Tuhan uji dengan perkataan-perkataan yang sama. Kalau tak percaya cuba fahamkan betul-betul ayat ini.

    2:136 Katakan: Kami percaya kepada Allah dan yang telah diwahyukan kepada kami (Al-Quran) dan yang telah diwahyukan kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yakub dan nabi-nabi lain dan apa yang telah diberi kepada para nabi dari Tuhan mereka, kami langsung tidak membeza-bezakan di antara mereka dan kepadaNya kami patuh.

    Maknanya apa yang telah Tuhan wahyukan kepada Ibrahim adalah sama dengan apa ynag telah diwahyukan kepada kita. Jika di dalam Al-Quran Tuhan gunakan istilah solat, haji atau puasa dalam bahasa Arab – maknanya Tuhan juga telah menggunakan perkataan-perkataan yang sama untuk menguji Ibrahim – walaupun dalam bahasa yang berlainan; iaitu tentunya bahasa ibunda Ibrahim.

    Nabi Ibrahim membuat penyelidikannya sendiri, berjaya memahami maksud perkataan-perkataan Tuhan itu dan bebas dari melakukan penyekutuan terhadap Tuhan seperti yang diamalkan masyarakatnya. Atas kejayaan Nabi Ibrahim itu Tuhan jadikan beliau contoh kepada seluruh manusia.

    2:124 Dan bila Tuhannya menguji Ibrahim dengan perkataan-perkataan tertentu dia menyempurnakannya. Dia berkata: “Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu contoh kepada seluruh manusia…”

    Tentang peranan nabi dan rasul pula, tolong buktikan dari nas-nas Al-Quran apabila ada nabi yang diwahyukan kepadanya Kitab Allah maka masyarakatnya akan terus menerima apa yang disampaikan dan meninggalkan amalan-amalan buruk turun temurun mereka.

    Kalau Tok Syam boleh buktikan setiap kaum yang menerima Al-Kitab berubah apabila ‘ada nabi/rasul’ bersama mereka – barulah saya boleh setuju dengan kefahaman Tok Syam bahawa hanya apabila ada nabi dan rasul saja Kitab Tuhan boleh difahami.

    tolokminda

    February 26, 2010 at 4:38 pm

  58. Syah menulis,

    sebenarnye didalam kitab fiqh mane2 sekolah agama di malaysia ada ditulis akn maksud sebenar solat,sepatutnya saya yg minta saudara tunjukkan pada saya kamus mana yg mengatakan maksud solat adalah komitmen, sebab dari apa yg saya belajar solat memerlukan komitmen,dan komitmen bukan solat.

    Salam,

    Saya percaya tuan telah mendapat keyakinan yang perkataan solaa itu bermaksud ritual sembahyang tonggang tonggek menyembah kaabah bukan dari mana-mana kamus. Jadi kenapa mempertikaikan keyakinan saya bahawa perkataan solaa itu bermaksud komitmen dan meminta saya membuktikannya menggunakan kamus?

    tolokminda

    February 26, 2010 at 5:07 pm

  59. Saya ulangi apa yang shah kata;

    ………sembahyang bagi orang islam adalah perbuatan dan perkataan yg di dahulukn dgn takbir dan di sudahi oleh salam,

    ——————

    Kat mana dapat benda ni. Kalau ianya tiada disebutkan dalam quran, tapi anda buat dan katakan ini Islam, anda telah mengatakan Quran tidak lengkap jadi anda tambah tambah itu dan ini. Tak manis.

    Kalau anda baca betul betul apa yang TM tulis dan rumus tentang solaa itu komitmen, ianya adalah deduksi TM dari garis panduan solaa yang disebut dalam quran. Maksudnya dia tak tambah tambah seperti; kena angkat takbir kedua tangan kena bubuh kat perut masa berdiri tegak. Kena angkat jari telunjuk bagi tegak dan keras waktu duduk antara dua sujud – setengah2 tu kena goyang goyang lagi jari telunjuk tu. Sesetengah tu pulak kena bubuh batu atau kayu ditempat dahi sujud. Kalau tak dapat benda benda tu,  dia pegi sembahyang belakang daun pintu kayu masjid sorang sorang, jauh dari saf saf.  Apasal? Kalau terkentut sia sia semua tu kena ulang lawat bilik air ambik wudhuk.   

    Dalam Quran ada perintah sujud dan rukuk. Dalam definasi komitmen TM, dia rukuk dan sujud. Tapi bukan cara fizikal. Ini telah dibincangkan bawah tajuk lain dalam blog ini. Saya nampak komitmen definasi TM tidak lari keluar dari garis panduan yang telah di tulis dalam quran. Mungkin TM telah buat silap membuat kesimpulan komitmen=solaa, tapi saya pasti kesimpulan yang  dia telah buat tentang solaa tidak terkeluar dari garis panduan yang tertera dalam Quran. Dia tak tambah tambah dengan goyang goyang jari telunjuk.

    Kalau anda pasti dia telah buat silap tentang maksud solaa,  
    dengan lapang hati tolonglah betulkan dia. Jangan lah kata TM salah sebab dia tak togenggeng punggung dia macam kamu toggeng ponggong kamu. Tak kenalah macam tu.

    Aduh....

    February 26, 2010 at 9:02 pm

  60. Salam Aduh,

    [ Aduh: Dalam Quran ada perintah sujud dan rukuk. Dalam definasi komitmen TM, dia rukuk dan sujud. Tapi bukan cara fizikal.]

    Saya sangat tertarik dengan keterangan tuan. Saya belum pernah dengar sebelum ini.

    Boleh tak bagi keterangan baik cara fizikal maupun yg bukan cara fizikal, cara-cara mendirikan solaa yg tuan katakan tadi?

    Bilakah waktu-waktunya solaa itu dilakukan?

    Bagaimana tuan Aduh memulakan solaa dan apakah prosedur, bacaan jika ada dan bagaimana mengakhiri solaa itu?

    Di atas murah hati tuan menjawab, saya ucapkan berbanyak terima kasih.

    Ana Musafir

    February 26, 2010 at 11:59 pm

  61. Salam,

    Pada pandangan saya, yang menguatkan definasi solaa adalah komitmen bila dikaitkan dengan waktu berkomitmen itu iaitu di antara dua pinggir siang (pagi & petang) dan awal malam. Memang waktu itu secara lumrahnya kita akan berkomitmen kerana kemudian kita perlukan rehat.

    Allah tidak suruh kita berkomitmen 24jam sehari sebab itu sudah melampau batas kejadian tubuh badan kita yang Dia ciptakan.

    Jadi kita nampak keuniversalan solaa di sini kerana ia sesuai dengan fitrah kejadian kita. Andaikata kita perlu berkomitmen di angkasa (angkasawan), kita tetap perlukan rehat selepas berkomitmen.

    Kalau dikatakan solaa itu amalan ritual tonggang tonggek ke arah bangunan batu di tanah Arab itu, sudah tentu angkasawan sukar mencari arah yang sesuai. Sudah tak universal-lah macam tu.

    Saya lihat saudara TM mendapat makna solaa berdasar ayat2 Al Quran sendiri. Beliau kait2kan sesuatu ayat Al Quran berkenaan solaa sehingga nampak jawapan terbaik makna solaa itu adalah komitmen.

    Contohnya, hujah beliau perihal ayat solaa Nabi dengan orang2 kafir. Kalau dikatakan solaa itu amalan ritual tunggang tunggek tu, takkanlah Nabi nak buat amalan itu bersama2 dengan orang2 kafir? Hujah2 beliau kukuh dan tidak boleh dibantah oleh akal seperti seorang yang membawa bukti bahawa 1+1=2.

    Sebaliknya orang2 yang mempromosikan amalan ritual tunggang tunggek itu, bukan sahaja mereka tidak mampu tunjukkan ayat Al Quran mana yang membenarkan amalan mereka itu malah kamus2 pun tidak menspesifikkan definasi solaa itu adalah amalan tersebut.

    Kalau kita renungkan, Allah bangkitkan Nabi daripada bermacam-macam kaum, adat dan budaya. Kalau solat itu adalah amalan tunggang tunggek, kenapa tidak ada persamaan di antara kaum2 yang pernah dibangkitkan seseorang Nabi?

    Tapi kalau dikatakan solaa itu adalah komitmen, kita nampak semua kaum akan berkomitmen untuk maju dalam hidup baik mereka keturunan Yahudi, Nasrani, Sabiin atau orang2 yang percaya.

    Juang

    February 27, 2010 at 2:02 am

  62. Salam,

    Bagaimana orang yang mendakwa 1+1=3 ingin dilihat di pihak yang benar? Oleh kerana dia tahu dia tiada bukti untuk menunjukkan 1+1=3 adalah benar, maka cara untuk menipu manusia adalah dengan memburukan peribadi orang yang mengatakan 1+1=2.

    Apabila masyarakat mula mempercayai orang yang dakwa 1+1=3 itu, maka kebenaran 1+1=2 mula diragui biarpun ada bukti2 yang nyata (boleh dikira dengan jari mereka sendiri).

    Cuba lihat cara orang2 yang berhujah nak menentang hujah saudara TM itu. Bagaimana cara mereka nak tonjolkan kononnya mereka di pihak yang benar? Adakah mereka bawa apa2 bukti yang boleh difikirkan atau sekadar menghukum atau mengaitkan dengan individu2 tertentu?

    Juang

    February 27, 2010 at 3:01 am

  63. Salam,

    Kita tengok satu lagi sudut bagaimana perkataan solaa di dalam Al-Quran adalah merujuk kepada komitmen.

    107:1 Sudahkah kamu memikirkan seseorang yang mengatakan cara hidup ini (Islam) dusta.
    107:2 Dia adalah seseorang yang melayan anak yatim dengan buruk.
    107:3 Dan tidak menggalakkan memberi makan orang miskin.
    107:4 Maka celakalah mereka yang mempunyai komitmen
    107:5 Tetapi tidak mengambilberat komitmen mereka
    107:6 Sesiapa yang melakukan sesuatu hanya untuk dilihat
    107:7 Dan tidak mahu membantu keperluan sekitarnya.

    Dalam ayat di atas Tuhan menyebut tiga perkara yang sepatutnya menjadi komitmen kepada orang-orang yang percaya kepada cara hidup (deen) Islam. Iaitu menjaga anak-anak yatim dengan baik, menggalakkan memberi makan orang miskin dan memberi bantuan kepada anggota masyarakat yang memerlukan.

    Oleh itu – Tuhan kata – jika seseorang itu melakukan sebaliknya iaitu berlaku buruk kepada anak yatim, tidak menggalakkan memberi makan orang miskin, tidak mahu memberi bantuan kepada keperluan anggota masyarakat yang memerlukan di sekitarnya kecuali jika ia sesuatu yang dilihat orang lain – maka celakalah orang itu kerana mengabaikan komitmennya. Orang seperti inilah yang mendustakan cara hidup Islam yang telah Tuhan gariskan.

    Kalau solaa dalam Surah di atas bermaksud sembahyang tonggang tonggek – apa kena mengena sembahyang seseorang dengan kegagalannya melayan anak yatim dengan baik, atau tidak beri makan orang miskin dan tidak mahu tolong orang lain? Kita tidak pernah dengar pun sesiapa kata sembahyang tidak sah atau Tuhan cela jika kita tidak melakukan ketiga-tiga perkara itu sedangkan kita mengamalkan sembahyang.

    tolokminda

    February 27, 2010 at 3:03 am

  64. Salam,

    Masih ramai yg tidak mengkaji al-Quran, ada yg berusaha mengkaji tetapi biasanya ramai yg kaji dlm lingkungan dipengaruhi oleh pendapat2 ulama dan dari pemahaman2 para pentafsir favourite masing2 (samada yg berhadis ataupun yg antihadis)… tanda yg menunjukkan seseorang itu taksub ialah MEMBUAT KAJIAN SECARA TERPILIH BUKAN MEMBUAT KAJIAN SECARA NEUTRAL dahulu… persoalan2 tntng kajian al-Quran nih ada dibincangkan di blog sy

    http://doktrinisasi.blogspot.com/2009_05_01_archive.html

    http://doktrinisasi.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

    http://doktrinisasi.blogspot.com/2009_08_01_archive.html

    Oleh kerana sikap taksub perbincangan yg sepatutnya tersusun menjadi caca merba… jadi tidak mencapai objektif kefahaman yg betol apatahlagi persetujuan, akhirnya aku dgn kepercayaan aku, kamu dgn kepercayaan kamu… ini yg byk berlaku, contohnya di forum Terjah.com…

    Jebon

    February 27, 2010 at 3:58 am

  65. Ana Musafir menulis,

    Boleh tak bagi keterangan baik cara fizikal maupun yg bukan cara fizikal, cara-cara mendirikan solaa yg tuan katakan tadi?

    Bilakah waktu-waktunya solaa itu dilakukan?

    Bagaimana tuan Aduh memulakan solaa dan apakah prosedur, bacaan jika ada dan bagaimana mengakhiri solaa itu?

    Salam,

    Walaupun soalan ditujukan kepada tuan Aduh.., saya berasa ingin juga memberi pandangan saya. Kita harap tuan Aduh akan turut memberi jawapan beliau.

    Tentang waktu-waktu solaa. Jika tuan Ana Musafir baca dengan teliti ayat-ayat yang saya kemukakan dalam artikel di atas, sebenarnya semua merujuk kepada “waktu-waktu solat”. Matlamat utama artikel di atas adalah untuk memprovokasi pembacanya supaya memikir dan memeriksa samada benarkah “waktu-waktu solaa” yang Tuhan maksudkan di dalam Al-Quran selaras dengan apa yang bapa-bapa atau guru-guru mereka faham dan ajar kepada mereka.

    Pendapat yang saya kemukakan – dua bahagian siang dan awal malam bukan bermaksud zohor, asar dan isyak. Tetapi tentang pagi, petang dan waktu malam sebelum tidur. Solaa wusta bukan bermaksud sembahyang maghrib atau sembahyang tengah, tetapi adalah komitmen yang menjadi prioriti. Maknanya Tuhan suruh kita penuhkan pagi, petang dan malam kita selagi belum tidur dengan komitmen-komitmen seharian dan Tuhan nasihatkan supaya kita susun mengikut prioritinya.

    Saya juga berpendapat solaa bukan ritual khusus sebagaimana amalan-amalan ritual penyekutu Tuhan yang penuh dengan prosidur, bacaan (mentera) ataupun manifestasi fizikal tetapi solaa @ komitmen yang sebenarnya adalah tentang melaksanakan tanggungjawab dan rutin seharian kita. Yang penting apa saja yang kita buat mestilah sesuatu yang selaras dengan ketetapan-ketetapan yang direstui Tuhan dan tidak melanggar sebarang batasan ketetapan-ketetapan berkenaan dengan satu niat murni – tidak ada sebab lain kecuali untuk berbakti kepada Tuhan.

    Dari semua pendapat yang saya utarakan itu – maka kepada sesiapa yang cenderung untuk mencari kebenaran – saya telah tunjukkan di mana mereka patut memulakan pencarian mereka.

    tolokminda

    February 27, 2010 at 4:05 am

  66. salam..

    Kita semua faham tentang konsep umat yg.ketiadaan lagi nabi melainkan yg.
    kita yakin adalah pada keterangan
    Alquran.

    Kita umat yg.bukan bangsa Arab pula
    memahami Alquran melalui terjemahan.
    Kemudian terjemahan menjadi pelbagai
    tafsiran oleh orang2 yg.berhajat
    menyampaikan ilmunya.

    Kemudian terdapat pula catitan hadith
    yg.telah dijadikan rujukan oleh
    ahli kaji mengenai diri nabi dan apa
    yg.telah diamalkan.

    Dalam hal mempercayai hadith yg.
    ditulis oleh penulisnya terdapat pula
    sebahagian umat tidak yakin dan ada
    yg.yakin.

    Sebaliknya yg.tidak yakin akan
    kembali pada konsep Alquran….dan
    membuat fahaman tersendiri tentang
    maksud2 perkataan yg.dimuskilkan
    seperti HAJI,PUASA dan SOLAT dan
    beberapa lagi.

    Orang yg.melakukan ritual2 ibadah
    sememangnya tidak dapat membuktikan
    bahawa mereka lihat nabi solat,puasa
    atau buat haji.Melainkan dari ajaran
    hadith mereka beriman.

    Atas dasar apakah mereka mempercayai
    amal ritual itu..? Ia adalah dari
    petunjuk Alquran juga sebagaimana
    anda meyakini erti ayat2 itu mengikut
    kefahaman yg.anda yakin.

    Jadi dalam soal ini antara pihak
    yg.tidak mempercayai akan adanya
    ritual2 ibadah tidak dipaksa untuk
    melakukan atau tidak wajar pula
    mengubah apa yg.dipercayai oleh
    pengamalnya.

    Apa yg.menjadi kesalahan kepada anda
    ialah mengatakan dengan pasti bahawa
    ritual itu salah dan yg.betul adalah
    mengikut fahaman anda.

    Demikian juga pihak yg.beriman pada
    hadith akan melakukan perkara yg.sama.

    Bagi saya ini soal yakin.Yakin dengan
    konsep beriman dan percaya tidak
    sama.

    Memahami ajaran Ibrahim adalah konsep
    tauhid.Memahami ajaran Muhammad ada
    lah konsep ritual kerohanian.

    Apa yg.salahnya pada orang yg.ber
    RITUAL apabila ia berdiri,sujud dan
    rukuk ia membaca ayat Allah agar
    ia dapat menghayati.

    Dan tak salah juga jika anda tidak
    membuat ritual2 sedangkan anda tidak
    lalai.

    Apa saja gerak amal anda,…anda
    berada dalam solah…(beribadah tanpa
    ritual khusus)

    Saya memahami solah dan solat dalam
    satu makna.Dalam keadaan aman dan
    tidak tenteram.Dalam keadaan sendiri
    dan dalam masyarakat.

    Bagi saya solat bukan ritual sembahan
    atau ingin sujud dan ruku pada tuhan.
    Ia adalah konsep meditasi yg.ada
    rahsianya untuk jasmani dan rohani.

    Bagi saya…melakukannya bukan atas
    dasar hukum wajib atau nabi
    melakukan.Sebaliknya dengan meniru
    dan mencuba suatu berita dari ajaran
    nabi lalu mengenali rahsianya.

    Nabi mengatakan,…apakah salah ia
    buat solat ritual kerana bersyukur
    dan mengingati Allah..!

    Oleh itu cuba terangkan dimana salah
    nya beritual itu sekiranya tujuannya
    kerana ingat Allah sebagaimana
    anda buat komitmen seperti bersukan
    dan lain2 kerana ingat Allah..?

    Tok Syam

    February 27, 2010 at 4:34 am

  67. Anti hadith dan anti sunnah rasulullah?

    dan blog ini banyak membawa persamaan tersebut?

    boleh tunjuk dengan tepat dimana kenyataan yang mengatakan anti Hadith dan sunnah rasulullah?

    saya berpendapat kami tiada masalah menerima Hadith yang selari dengan Quran.

    dan kami tidak menentang sunnah Muhammad. kami amat menghormati beliau yang penuh dengan sikap terpuji. cuma kami tidak mendewa-dewakan beliau sehingga meletakkan nama beliau sebaris dengan Pencipta.

    sekali lagi saya cadangkan jangan hanya baca satu topik sahaja diblog ini. baca semua termasuk komen untuk kefahaman sebelum turut berhujah.

    jika tidak anda akan nampak tidak dewasa dengan komen separuh masak anda tanpa hujah yang rasional dan kukuh tapi penuh emosi.

    muaddib

    February 27, 2010 at 4:43 am

  68. Tok Syam menulis,

    Nabi mengatakan,…apakah salah ia
    buat solat ritual kerana bersyukur
    dan mengingati Allah..!

    Oleh itu cuba terangkan dimana salah
    nya beritual itu sekiranya tujuannya
    kerana ingat Allah sebagaimana
    anda buat komitmen seperti bersukan
    dan lain2 kerana ingat Allah..?

    Salam,

    Boleh tuan buktikan Nabi ada mengatakan amalan solat ritual sebegaimana yang tuan amalkan itu satu manifestasi kesyukuran dan cara mengingati Allah?

    Pada pendapat saya, salahnya ritual itu adalah kerana ia menyekutukan Tuhan dengan pelbagai objek dan ketetapan-ketetapan yang bukan dari Tuhan. Jika tuan baca semua artikel dalam blog ini, tuan akan faham mengapa saya begitu yakin bahawa amalan solat ritual itu salah.

    Bagaimanapun saya tidak paksa tuan mengikut pandangan saya. Tuan boleh terus dengan amalan-amalan tuan itu. Tuhan telah menjelaskan bahawa Dialah yang akan menyelesaikan perselisihan di antara kita nanti. Jadi peace, tuan!

    tolokminda

    February 27, 2010 at 4:44 am

  69. Salam…
    Allah telah menyebut tentang Alfurqan
    dan Alquran.
    Allah menyatakan terdapat umat yg.
    tidak dibebankan dengan hukum dan
    syariat melainkan soal bertauhid.

    Terdapat hal2 hukum yg.Allah batalkan
    dan mengantikan sewaktu dengan nya
    kpd.umat baru.

    Tidak satu manusia pun selepas nabi
    dapat membuktikan apakah ritual2
    yg.pernah jadi amalan.Dan hal ini
    tidak perlu Allah ceritakan kerana
    setiap umat digantikan akan ada
    nabi yg.membawa konsep amal ketuhanan.,membetulkan akidah tauhid
    dan jalan2 pembersihan zahir batin.

    Apakah kita bergitu yakin mengatakan
    bahawa nabi tidak beramal dengan
    ritual melainkan ritual2 itu hanya
    dikarang oleh penulis hadith…!

    Dalam hal ini terpulang memasing utk.
    mengkaji dan mencari bukti.

    Tok Syam

    February 27, 2010 at 4:47 am

  70. Salam,

    Apabila kita baca Al Quran yang mengandungi kisah Ibrahim menentang amalan ritual menyembah binaan manusia oleh kaumnya dan jumpa ayat Al Quran yang melarang sujud kepada matahari dan bulan, apakah patut kita katakan Muhammad menyuruh buat amalan ritual sujud kepada sesuatu binaan?

    Pada saya, lebih selamat tidak meletakkan persangkaan yang Muhammad mengajar ajaran2 ke arah menyekutukan Allah dengan sesuatu, demi mengelakkan kita memfitnah baginda.

    Lainlah kita sudah melihat dengan mata kepala kita sendiri yang Muhammad tunggang tunggek ke arah bangunan kotak itu. Yakin juga kita nak jawab di akhirat nanti.

    Masalahnya kita semua tidak pernah melihat zahir perbuatan baginda dan ramai yang sekadar bersangka2 sahaja mengikut ajaran orang terdahulu mereka. Walhal Al Quran sebut persangkaan itu tiada kebenarannya.

    Kalau dikatakan solaa itu komitmen, sudah pasti logik Nabi Muhammad berkomitmen dalam hidupnya sebab mana mungkin manusia yang malas akan berjaya dalam hidupnya?

    Yang saya nampak, saudara TM hanya bawakan hujah2 yang rasional supaya kita tidak bersangka2 atas perbuatan Nabi yang kita tidak nampak bagi menjauhkan diri daripada memfitnah baginda.

    Jika Rasulullah tinggalkan kita Al Quran yang memerlukan manusia cari kitab lain untuk mengetahui perbuatan fizikal baginda, itu menunjukkan Al Quran tidak lengkap dan sempurna. Jadi lebih baik saya berpegang kepada hujah2 yang menunjukkan Al Quran itu lengkap, dan universal (sesuai pada semua keadaan, tempat dan masa).

    Terpulanglah pada diri masing2. Sama ada nak pegang kepercayaan yang kukuh atau sekadar bersangka2. No offense, no war. Just peace.

    Juang

    February 27, 2010 at 5:14 am

  71. Di kala kaum musyrik zaman Nabi Nuh ada amalan ritual sembahan mereka, tetapi yang Allah selamatkan adalah Nabi Nuh dan orang2 beriman dengan usaha mereka membina bahtera yang besar.

    Untuk membina bahtera, sudah pasti memerlukan orang2 yang komited, tekun dan sabar, sebab tak logik orang2 yang pemalas membuang masa akan dapat mencipta sesuatu yang sukar dan mempunyai manfaat besar.

    Hukum Allah telah menetapkan, untuk memiliki kepandaian sesuatu yang mampu memberi sumbangan yang besar, manusia itu kena rajin, tekun dan sabar.

    2:153 Wahai kamu yang percaya! Mintalah pertolongan melalui kesabaran dan komitmen, sesungguhnya Tuhan bersama-sama mereka yang sabar.

    Gabungan kisah Nabi Nuh dan ayat2 Al Quran yang lain menampakkan lagi bahawa solaa itu adalah komitmen kerana kalau solaa itu amalan ritual sembahan, sudah pasti bukan Nabi Nuh dan orang2 beriman itu yang Allah selamatkan, kaumnya yang menyembah berhala2 itulah sepatutnya selamat.

    Juang

    February 27, 2010 at 5:51 am

  72. Sdr Tok Syam, apabila kita beri pendapat mengenai Allah – terutama sekali bila kita kata Allah menyatakan atau Allah menetapkan sesuatu kita harus beri bukti apa yang kita cakap itu benar. Bila Sdr berkata:

    “Allah menyatakan terdapat umat yg.
    tidak dibebankan dengan hukum dan
    syariat melainkan soal bertauhid.”

    Bolehkah Sdr Tok Syam tunjukkan bukti bahawa Allah benar-benar berkata begitu?

    Penganut-penganut agama Yahudi dan Nasrani biasa berkata, “Tiada siapa yang boleh masuk syurga melainkan mereka beragama Yahudi atau Nasrani.” (2:111)

    Allah mengajar kita untuk meminta bukti dalam ayat yang sama tentang pendapat-pendapat mereka dengan berkata, “Tunjukkan lah bukti kebenaran kamu sekirannya kamu orang-orang yang benar.” (2:111)

    Orang-orang yang berkomited dengan ajaran Allah akan sentiasa meminta bukti dari sesiapa saja apabila mereka berbincang tentang cara hidup yang ditetapkan oleh Allah mengikut Al Quran.

    Jadi saya harap Sdr Tok Syam tidak marah kerana saya meminta bukti.

    Gunumaro

    February 27, 2010 at 6:02 am

  73. Salam…

    Juang:
    Apabila kita baca Al Quran yang mengandungi kisah Ibrahim menentang amalan ritual menyembah binaan manusia oleh kaumnya dan jumpa ayat Al Quran yang melarang sujud kepada matahari dan bulan, apakah patut kita katakan Muhammad menyuruh buat amalan ritual sujud kepada sesuatu binaan?
    ——————————
    TS:
    Apakah buktinya nabi suruh atau
    mengatakan amal ritual itu adalah
    menyembah..?Tentu tidak ada melainkan
    sejarah menyatakan tentang adanya
    umat yg,bertawaf,mengerjakan umrah,shaie dan baginda telah mengajarkan solat ritual sebgaimana
    dalam ayat:(An Nisaa:102&43&101&103) ,(Al BAqarah150&239), (Al Maaidah58),(Yunus87),
    (Ibrahim40),(Al Israa79),(Al Anbiyaa73), (Al Ankabut45)dan banyak
    lagi.
    ———————————–
    Juang:

    Pada saya, lebih selamat tidak meletakkan persangkaan yang Muhammad mengajar ajaran2 ke arah menyekutukan Allah dengan sesuatu, demi mengelakkan kita memfitnah baginda.

    Lainlah kita sudah melihat dengan mata kepala kita sendiri yang Muhammad tunggang tunggek ke arah bangunan kotak itu. Yakin juga kita nak jawab di akhirat nanti.

    Masalahnya kita semua tidak pernah melihat zahir perbuatan baginda dan ramai yang sekadar bersangka2 sahaja mengikut ajaran orang terdahulu mereka. Walhal Al Quran sebut persangkaan itu tiada kebenarannya.
    ——————————–
    TS;
    Beriman adalah kepada yg.ghaib
    nasakan boleh dibuktikan dgn.mata.
    Terpulang kpd.kurnia Allah dlam
    memahami ayat2nya…dan apa yg.
    dibukakan adalah untuk diri sendiri.
    ———————————
    Juang:
    Kalau dikatakan solaa itu komitmen, sudah pasti logik Nabi Muhammad berkomitmen dalam hidupnya sebab mana mungkin manusia yang malas akan berjaya dalam hidupnya?
    ———————————-
    TS:
    Sebelum suruhan dan lengkapnya Alquran
    nabi telah pun buat pelbagai komitmen
    tanpa ajaran melainkan atas dasar
    kehidupan sebagai manusia yg.berusaha.
    ————————————
    Juang:

    Yang saya nampak, saudara TM hanya bawakan hujah2 yang rasional supaya kita tidak bersangka2 atas perbuatan Nabi yang kita tidak nampak bagi menjauhkan diri daripada memfitnah baginda.

    Jika Rasulullah tinggalkan kita Al Quran yang memerlukan manusia cari kitab lain untuk mengetahui perbuatan fizikal baginda, itu menunjukkan Al Quran tidak lengkap dan sempurna. Jadi lebih baik saya berpegang kepada hujah2 yang menunjukkan Al Quran itu lengkap, dan universal (sesuai pada semua keadaan, tempat dan masa).

    ————————————
    TS:
    Bagaimana anda meyakini Alquran dan
    ajaran nabi2 yg.diceritakan,..sedangkan anda tidak
    melihat Alquran itu semasa turunnya.

    Apakah anda yakin kitab itu asli dan
    makna terjemahan yg.disampaikan adalah dari gulongan dipercayai..?

    Anda juga tidak meyakini terjemahan
    ulama sebaliknya anda bersetuju
    dengan pihak lain dalam menterjemah.

    Ia adalah kerana terdapat ritual2
    yg.anda fikir karut marut.

    Tok Syam

    February 27, 2010 at 6:33 am

  74. salam.

    apa yg dibentangkan oleh puak TM adalah keraguan orang yg bodoh-sombong. tidak ada mana-mana dlm Quran yg mengatakan solaa itu komitmen. TM saja yg memandai mengatakan solaa itu komitmen. iltizam ialah komitmen. solaa ialah perintah Allah. kita ni hamba Allah, kita turut saja apa ‘Tuan’ kita suruh. kita dengar, kita patuh. bukan utk kita berbahas panjang lebar dan kata ini sinambungan kejahilan nenek moyang. lebih tepat disarankan sini bahawa kebodohon puak TM lah yg menyangkal perintah Allah. apakah puak TM fikir para fuqaha, ataupun ahlul-bayt nabi sendiri mencipta gerak, posture, bacaan dalam solat kerana mereka mahu menipu pencinta rasul dan ibad Allah?

    sunnah, hadith,ilmu tafseer Quran, usuludin, furu-udin dan fiqh dan syariahibarat pohon tinggi dan teduh yang bukannya tumbuh sekelip mata. ramai para awliya, orang yg bersih hati, mutaqin mendedikasi hidup mereka mengkaji demi cinta pada Allah dan RasulNya

    mengambil ayat itu dan ini, kemudian memberikan makna ikut ‘perspektif’ sendiri adalah amalan org yang angkuh, delusional dan dibawah pengaruh iblis.

    cegu pelatih

    February 27, 2010 at 7:31 am

  75. Saya minta Tok Syam beri petikan penuh kepada kesemua rujukan ayat-ayat yang ditulis terutama sekali dalam kontex surah 4:101-103 dimana rasul dikatakan bersembahyang dengan orang-orang kafir.

    Gunumaro

    February 27, 2010 at 7:53 am

  76. puak yahudi yang menyelewengkan ajaran isa sebelum Muhammad juga ada ritual fizikal membongkokkan badan dan sujud.

    google sahaja ‘how orthodox jew pray’.

    berpegang teguh atau komited dengan larangan pencipta sudah tentu akan menghindarkan diri anda dari memanggil orang lain bodoh sombong.

    jika begini Islam yang anda bawa, ianya amat memalukan.

    anda hanya menyebut golongan itu ini tanpa hujah anda sendiri seolah olah mereka betul 100%

    sedangkan Quran menyatakan jangan bertaklid buta.

    muaddib

    February 27, 2010 at 7:55 am

  77. “TS:
    Apakah buktinya nabi suruh atau
    mengatakan amal ritual itu adalah
    menyembah..?Tentu tidak ada melainkan
    sejarah menyatakan tentang adanya
    umat yg,bertawaf,mengerjakan umrah,shaie dan baginda telah mengajarkan solat ritual sebgaimana
    dalam ayat:(An Nisaa:102&43&101&103) ,(Al BAqarah150&239), (Al Maaidah58),(Yunus87),
    (Ibrahim40),(Al Israa79),(Al Anbiyaa73), (Al Ankabut45)dan banyak
    lagi.”

    Malangnya tiada bukti menunjukkan solat ritual tunggang tunggek itu daripada Nabi. Hanya atas persangkaan “sejarah” sahaja. Sebab itu mereka tidak dapat bukti2 guna ayat2 Al Quran seperti mana saudara TM buktikan pendapat beliau pasal solaa adalah komitmen.

    “TS;
    Beriman adalah kepada yg.ghaib
    nasakan boleh dibuktikan dgn.mata.
    Terpulang kpd.kurnia Allah dlam
    memahami ayat2nya…dan apa yg.
    dibukakan adalah untuk diri sendiri.”

    Benar. Namun walaupun Allah paling ghaib daripada segala yang ghaib, KeesaanNya pun diperjelaskan secara logik dalam Al Quran (17:42 & 23:91).

    Rasulullah tidak diajar setakat sampaikan bahawa “Allah itu Esa” sahaja, tetapi baginda memperjelaskan dari segi hukum, kenapa tidak mungkin tuhan ada banyak. Jadi, walaupun mata kasar kita tak nampak Tuhan untuk percaya Dia Esa, tetapi logik membuktikan KeesaanNya.

    Jadi bagi saya, sesuatu yang benar itu pasti mampu dibuktikan secara logik, apatah lagi kalau perkara itu sudah 1500 tahun yang lampau.

    Kita tidak tahu sejak bila hukum 1+1=2 ditemui manusia. Tetapi sejak ia ditemui, kelogikan hukum itu tetap terpelihara bagi membuktikan ia adalah benar. Tak payah kita cari riwayat ahli matematik yang mula2 temui hukum tersebut.

    “TS:
    Sebelum suruhan dan lengkapnya Alquran
    nabi telah pun buat pelbagai komitmen
    tanpa ajaran melainkan atas dasar
    kehidupan sebagai manusia yg.berusaha.”

    Namun komitmen Nabi untuk menyampaikan wahyu tidak lengkap sehingga turunnya wahyu terakhir. Itu belum masuk komitmen untuk tidak menyekutukan Allah kerana syaitan tidak akan berdiam diri daripada menyesatkan manusia. Komitmen tidak menyekutukan Allah itulah yang paling utamanya.

    “TS:
    Bagaimana anda meyakini Alquran dan
    ajaran nabi2 yg.diceritakan,..sedangkan anda tidak
    melihat Alquran itu semasa turunnya.

    Apakah anda yakin kitab itu asli dan
    makna terjemahan yg.disampaikan adalah dari gulongan dipercayai..?

    Anda juga tidak meyakini terjemahan
    ulama sebaliknya anda bersetuju
    dengan pihak lain dalam menterjemah.

    Ia adalah kerana terdapat ritual2
    yg.anda fikir karut marut.”

    Saya hanya berpegang pada yang ada bukti logik sahaja seperti mana Keesaan Allah yang Maha ghaib itu boleh dibuktikan secara logik.

    Jika tiada bukti logik, bukankah nilainya sama macam dakwaan ulamak Yahudi dan Nasrani yang mengatakan Uzair dan Al Masih itu putera Allah?

    Jadi, tidak kiralah manusia itu digelar ulamak ke atau tidak, asalkan kata2nya ada bukti2 logik, itu yang saya pegang.

    Seperti dalam blog TM ini, saya melihat beliau banyak bawa huraian yang logik dan rasional yang akal saya tidak boleh menolaknya. Sedangkan pihak yang membangkang beliau lebih suka menghukum dengan kata2 yang kosong. Apabila saya meletakkan diri saya secara neutral, sudah pasti saya terima kata2 yang ada bukti bukannya kata2 kosong itu.

    Harap Tok Syam dapat memahami jiwa orang yang mencari kebenaran. Mereka bukan lihat pada siapa yang menyampaikan, tetapi pada bukti2 yang dibawa. Itu sahaja.

    Juang

    February 27, 2010 at 8:30 am

  78. Salam Tok Syam,

    “CP:apa yg dibentangkan oleh puak TM adalah keraguan orang yg bodoh-sombong. tidak ada mana-mana dlm Quran yg mengatakan solaa itu komitmen.”

    Cuba TS tengok ayat2 mereka yang membangkang saudara TM. Bukannya mereka nak quotekan tulisan2 TM dengan bawakan ayat2 Al Quran nak menyokong, tetapi setakat cakap kosong macam itu sahaja. Mereka tidak sedar mereka bersikap angkuh pada Al Quran. Kalau tidak sudah pasti mereka jadikan Al Quran itu penyokong hukum mereka.

    Bila Allah perintahkan manusia jangan menyekutukanNya, dan manusia itu beriltizam (komited) untuk tidak menyekutukan Dia, bukankah itu sudah melaksanakan perintah Allah?

    Orang2 yang sembah matahari, bulan, batu, bangunan, busut etc, mereka pun komited buat amalan tersebut. Cuma bezanya komitmen mereka itu pada yang dusta atau taghut, sedangkan Allah suruh komited pada yang benar, baik dan bermanfaat.

    Antara komited pada yang dusta dan sia2 dengan komited pada yang benar dan bermanfaat, yang mana kita pilih?

    Juang

    February 27, 2010 at 8:41 am

  79. Salam,

    Konsep perjanjian dan komitmen di antara kita dengan Tuhan dan Tuhan dengan kita menurut pandangan saya ada dalam artikel yang boleh dibaca di sini.

    tolokminda

    February 27, 2010 at 8:45 am

  80. salam.

    apalah artinya tuan-tuan merujuk ayat Quran hanya sekadar mantik & senaman minda? tuan hanya menyambung pekerjaan iblis yg sombong saja!!!

    pertanyaan putri elle & ana musafir, di atas pun tak terjawab. soalan mudah, tapi tuan2 gelabah tak tentu arah.

    adakah puak TM berfikir, orang lain atau saya sendiri tak boleh letak ayat-ayat Quran sebaris dgn argumen saya dengan tafseeran saya sendiri? apalah hebat sangat tafseer yang entah hapakajadah di bawah pengaruh iblis dan ego, yg langsung tidak ada manfaat bagi pencerahan jiwa atau meningkatkan taqwa terhadap Allah? apalah gunanya merasuk org untuk tinggalkan sembahyang, puasa dan haji seprti yg sedia diamalkan. hanya kerana tuan2 tak setuju cara mereka?

    lihat apa jadi pada Kassim Ahmad yg endorse penipuan Rashad Khalifa, bila dah terlajak susah nak kembali ke pangkal jalan. tuan2 puak TM ambil lah iktibar, dan janganlah sombong mencabar dgn ayat2 Quran. jangan lah membantah hanya kerana tuan2 boleh membantah. buanglah perangai infantile tu dan pulihkan dengan taqwa.

    insaflah, sebijak mana sekalipun diri tuan, ada insan lain yg lebih hebat yg menjadi pilihan Allah krn ketaqwaan mereka. jadilah seperti uwais qarani yg buta mata, tapi kasih sayangnya pd Rasululullah saw dapat baginda rasakan dan kenal walaupun dari jarak jauh dan tak pernah bersua. jika di dalam hati tuan2 tidak merasa kasih pada Rasulullah saw, janganlah pula menyebar fitnah supaya sunnah baginda diragukan.

    jangan tuan2 sedih kalau tuan2 tidak dipilih Allah, hinggakan tuan2 meroyan dengan sepenuh komitmen untuk menyesatkan orang lain pula. lihat saja apa jadi pd Rashad Khalifa yg mati dalam kekufuran yg nyata. jangan tuan2 jadi macam dia.

    nb: terima kasih tuan agnostika krn membongkar kepalsuan anti-hadith/sunnah, Kassim ahmad, Rashad dan org submitters.

    Rabbi zidni ilm.

    cegu pelatih

    February 27, 2010 at 11:49 am

  81. Cegu pelatih tulis:

    “apakah puak TM fikir para fuqaha, ataupun ahlul-bayt nabi sendiri mencipta gerak, posture, bacaan dalam solat kerana mereka mahu menipu pencinta rasul dan ibad Allah?

    Saya ingin bertanya:

    Dimanakah dalam Al Quran kita boleh tahu Allah telah melantik “Fuqaha” atau “ahlul-bayt sebagai wakil untuk hamba-hamba Allah untuk mendapat petunjukNya?

    Cegu pelatih tulis:

    “sunnah, hadith,ilmu tafseer Quran, usuludin, furu-udin dan fiqh dan syariahibarat pohon tinggi dan teduh yang bukannya tumbuh sekelip mata. ramai para awliya, orang yg bersih hati, mutaqin mendedikasi hidup mereka mengkaji demi cinta pada Allah dan RasulNya”

    Jawapan saya:

    Tolong berikan ayat-ayat dari Al Quran bahawa setiap hamba Allah perlu tahu kesemua apa yang Cegu pelatih tulis diatas sebagai syarat untuk mendapat petunjuk dari Allah.

    Mengikut Al Quran cuma ada dua sumber sahaja:-

    1. Dari Allah melalui RasulNya – dan ini kita boleh mencari dalam KitabNya iaitu Al Quran…

    dan

    2. kalau ianya tidak terdapat dari Kitab Allah sumbernya sudah pasti datang dari ajaran “Syaitan” yang mengada-adakah dusta terhadap Allah – sedang Allah sendir telah berpesan kepada Rasul dan juga kepada mereka-mereka yang mahu percaya:

    “Alif, Min, Shaad. Sebuah Kitab yang diturunkan kepada kamu – maka janganlah ada dalam dada kamu sebarang kesempitan disebabkannya – supaya kamu memberi pelajaran dengannya dan sebagai pelajaran bagi orang-orang yang percaya. Ikutilah apa yang diturunkan kepada kamu ‘DARI TUHAN KAMU’ DAN ‘JANGANLAH KAMU MENGIKUTI SELAIN DARIPADANYA. Tetapi amat sedikit diantara kamu yang mengambil pelajara.” (7:1-3)

    Bagi mereka yang benci kepada Al Quran (seperti Cegu pelatih) mungkin mereka boleh mengambil pelajaran dari apa yang disampaikan oleh Rasul melalui Al Quran:

    “Maka berpegang teguhlah kepada apa yang telah diilhamkan kepada kamu – sesungguhnya kamu berada dijalan yang lurus.” (41:43)

    “Barang siapa lalai dari peringatan Yang Maha Pemurah – Kami sediakan baginya syaitan-syaitan sebagai teman – dan kemudian mereka benar-benar akan menghalangnya dari jalan (Allah) – dan mereka sangka mereka benar-benar mendapat petujuk.” (41:36)

    Cegu pelatih, dari sumber mana Cegu mencari petunjuk Allah?

    Gunumaro

    February 27, 2010 at 2:28 pm

  82. Salam,

    Orang bersih hatinya sudah pasti komited pada Kitab Allah. Mereka akan mengutamakan Kitab Allah dahulu sebagai sumber hukum dan petunjuk, bukannya selain Kitab Allah.

    Mana2 yang tiada dalam Kitab Allah, mereka tidak akan jadikan sebagai sumber hukum agar kehidupan tidak disempitkan mengikut pandangan sesuatu puak.

    Juang

    February 27, 2010 at 4:14 pm

  83. Cegu pelatih menulis,

    apa yg dibentangkan oleh puak TM adalah keraguan orang yg bodoh-sombong. tidak ada mana-mana dlm Quran yg mengatakan solaa itu komitmen. TM saja yg memandai mengatakan solaa itu komitmen.

    Mari kita lihat satu contoh dari penjelasan Allah bagaimana solaa itu bukanlah ritual sembahyang tonggang tonggek yang menyekutukan Allah. Tetapi ia bermaksud komitmen-komitmen yang Tuhan gariskan supaya dipatuhi oleh orang-orang yang percaya kepada Kitab dan nabi-nabiNya.

    11.84 Dan kepada Madyan saudara mereka Shuib. Dia berkata: Wahai kaumku! Berbaktilah kepada Allah, kamu tidak mempunyai Tuhan selain Dia dan jangan mengurangkan ukuran dan timbangan: sesungguhnya aku melihat kamu dalam kemakmuran dan sesungguhnya aku bimbang kepada kamu hukuman di hari perkumpulan.

    11.85 Dan wahai kaumku! Berikan ukuran dan timbangan yang adil, jangan ambil dari orang apa yang patut mereka perolehi; jangan buat kerosakan di tanah ini dengan niat yang buruk.

    11.86 Apa yang ada bersama Allah adalah yang terbaik untukmu; jika kamu percaya tetapi aku bukanlah penjaga kamu.

    11.87 Mereka berkata: Wahai Shuib! Adakah solaa @ komitmen kamu turut menyuruh kami meninggalkan bakti (ibadat) yang diamalkan oleh bapa-bapa kami atau kami tidak boleh berbuat sesuka hati ke atas harta kami? Sudah pasti kamu seorang yang penyabar dan bijak.

    11.88 Dia (Shuib) berkata: “Wahai kaumku! Tidakkah kamu mempertimbangkan jika kalau aku mempunyai bukti kukuh dari Empunyaku dan Dia telah memberikan aku kurniaan yang baik dari pihakNya dan aku tidak mengingini yang apabila dalam percanggahan dengan kamu aku harus melakukan apa yang telah aku larang ke atas kamu – aku tidak mengingini apapun kecuali perubahan sejauh yang aku mampu. Dan kejayaanku hanya datang dari Allah – kepadaNya aku bergantung dan kepadaNya aku patuh.

    Dari ayat-ayat di atas adakah kata-kata kaum Nabi Shuib menggambarkan solaa Nabi Shuib itu berupa ritual sembahyang tonggang-tonggek? Tentulah tidak. Solaa @ komitmen Nabi Shuib adalah untuk menyampaikan perintah Tuhan supaya kaumnya berbakti hanya kepada Tuhan yang Esa, tidak menipu ukuran dan timbangan dan jangan membuat kerosakan atau kejahatan.

    Sebenarnya begitulah juga komitmen nabi-nabi lain yang telah Tuhan wahyukan Kitab melalui mereka. Mereka tidak mengajar apa-apa amalan ritual bahkan mereka membenteras amalan-amalan ritual sedia ada kaum mereka supaya mereka berubah menjadi masyarakat yang lebih bijaksana, adil dan tidak menyekutukan Allah dengan apa benda sekalipun.

    Cegu pelatih turut menulis,

    ramai para awliya, orang yg bersih hati, mutaqin mendedikasi hidup mereka mengkaji demi cinta pada Allah dan RasulNya

    Jadi tuan lebih percaya kepada yang mana sebenarnya? Tuhan dan rasulNya? Atau tuan lebih percaya kepada mereka yang tuan anggap awliya, orang yang bersih hati, mutaqin dan sebagainya itu? Jika tuan percaya kepada Tuhan dan rasulNya, kenapa tak rujuk terus pada Kitab yang Tuhan dan rasulNya tinggalkan kepada kita?

    tolokminda

    February 27, 2010 at 4:58 pm

  84. salam…
    Kepada semua yg.mencari kebenaran.
    Semoga masing2 akan mendapat kesudahan
    yg.baik.

    Soal ilmu ne bagi saya bukanlah tulisan
    tulisan yg.dibaca dan untuk dihafal.
    Alquran adalah pokok segala ilmu yg.
    akan difahami dengan pelbagai ketentuan
    oleh setiap orang mengikut peraturannya.

    Kita sebagai manusia yg.mengambil
    iktibar dari pokok ilmunya tidak
    dapat memberi keyakinan pada yg.lain,
    melainkan untuk diri sendiri.Biar
    Allah menetapkan kebenaran itu dalam
    hati masing2 dan dengan itu mereka
    beramal.

    Begitu juga dengan saya…tentang apa
    yg.telah benar2 saya yakin,…tidak
    siapa dapat menyesatkan dan
    memesongkan.

    Sebagai perkongsian pengalaman dalam
    mencari kebenaran ini,…saya juga
    bukanlah bermula dari mana2 perguruan
    atau berkawan dengan orang2 alim.
    Pendek kata….amal saya adalah amal
    ahli neraka dan saya memang tak kesah
    soal cari kebenaran.

    Namun…Allah tau akan perihal hamba
    nya yg.sengaja dikurniakan amal ahli
    neraka,…maka dengan amal itu saya
    kenal jalan ahli surga.

    Ada juga orang yg.bermula dengan
    jalan ahli surga tapi akhirnya jadi
    ahli neraka.

    Dalam hal memahami Alquran ne…buka
    penting untuk diterjemahkan.Kerana
    Alquran sebenar bukanlah pada tulisan
    kalamnya dan yg.dikatakan terpelihara
    itu adalah dalam setiap hati yg.telah
    Allah tetapkan petunjuknya.

    Tok Syam

    February 27, 2010 at 7:34 pm

  85. Salam…
    Sebelum datang ajaran,manusia buat
    macam2 komitmen hingga komitmen mereka
    dikatakan melanggar peraturan hidup
    sebenar.Selain itu manusia yg.ingin
    bertuhan telah memileh tuhan yg.salah.

    Maka tujuan jalan yg.lurus tu senang
    aje….jika berdasarkan peraturan yg.
    Allah tetapkan.Memang tak perlu banyak
    buku dan banyak syarahan jika Allah
    sendiri yg.mengajar.

    Sejak dari bayi kecil lagi,…manusia
    telah dibimbing dan diajar Allah
    hingga ia berakal dan dapat membezakan.Maka setelah berakal
    carilah jalan yg,benar dengan masuk
    islam sepenuhnya dan beriman
    sepenuhnya.

    Islam untuk semua manusia dan Allah
    memahami setiap islam yg.termampu
    oleh setiap diri dan pembawaannya.

    Soal ibadah khusus adalah satu urusan
    dan soal beriman satu urusan.
    Sesungguhnya Allah tidak memberi
    kemaafan kepada dosa sirik secara
    mudah.

    Tok Syam

    February 27, 2010 at 7:47 pm

  86. 23:1. Beruntunglah orang-orang mukmin,
    23:2. Yang dalam komitmen (solaa) mereka, mereka merendahkan hati;

    Oleh kerana solaa itu adalah aktiviti seharian dan sepanjang hidup, maka jika manusia itu berkomitmen dalam merendah diri, sudah pasti sepanjang hayatnya dia akan hidup sebagai seorang yang mulia di sisi Allah.

    Tetapi jika dikatakan solaa itu adalah amalan ritual tunggang tunggek selama 5 minit, 5 kali sehari, maka jika mereka mampu merendah diri dalam amalan itu, setakat dalam 30 minit sahajalah dia merendah diri. Itu pun kalau syaitan tidak bisikkan kononnya kerana dia beramal macam itu, dia sahajalah yang benar dan orang yang tak beramal macam dia, semuanya salah. Kalau tidak, sepanjang hidupnya akan jadi orang yang berbangga diri. Sia-sia sahaja hidup sebegitu.

    Bila kita nampak solaa itu komitmen, kita tidak perlu simpan rasa yang komitmen kita sahaja cara yang betul. Asalkan manusia itu berkomitmen dan memurnikannya, maka betullah cara mereka itu. Maka tidak wujud lagi hukum sah tak sah dalam beramal. Hidup dapat dilapangkan dan semakin mudah. Bukankah Islam itu melapangkan hidup?

    Juang

    February 28, 2010 at 11:58 am

  87. 29:41. Persamaan orang-orang yang mengambil untuk mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Allah, ialah seperti persamaan labah-labah betina yang mengambil untuknya sebuah rumah; dan sesungguhnya yang paling lemah antara rumah-rumah ialah rumah labah-labah betina, jika mereka mengetahui.

    29:42. Allah mengetahui apa sahaja benda yang mereka seru selain daripada Allah; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

    Keadaan orang2 yang mengambil selain Allah sebagai wakil (perantara) mereka terhadap Tuhan seperti sarang labah2 yang lemah itu. Sebab itulah kita lihat kaum yang sembah sesuatu objek itu tidak mampu jadi kaum yang kuat menggunakan amalan ritual mereka.

    Tiada bukti menunjukkan sesuatu bangsa itu jadi maju, berilmu tinggi dan kuat kerana amalan ritualnya. Semua jadi maju kerana mereka meninggalkan amalan ritual tradisi nenek moyang mereka untuk hidup mengkaji ilmu2 Allah.

    Ini kerana Allah Yang Perkasa itu adalah Yang Bijaksana, Yang Memiliki semua ilmu. Si penyembah matahari tidak mungkin dapat ilmu sekadar beritual menyembah matahari. Yang dapat ilmu bahawa matahari ada tenaga solar yang boleh dimanfaatkan oleh manusia adalah para saintis, bukannya penyembah matahari itu.

    29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukanlah komitmen; komitmen melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingat Allah adalah lebih besar; dan Allah mengetahui apa yang kamu mengerjakan.

    Siapakah yang telah mengkitabkan bahawa pada pancaran sinar matahari ada tenaga solar? Sudah pasti Pencipta matahari itu yang tetapkan. Para saintis hanya menjumpainya sahaja setelah mereka komited dalam rutin menyelidik rahsia semesta ini.

    Bila manusia itu komited mengkaji rahsia2 sinar matahari, agak2 dia ada masa nak pergi mencuri, merompak, merempit dan buat kekejian yang lain? Kalau kita faham perasaan seorang yang seronok mengkaji sesuatu bidang ilmu, pasti mereka akan nampak bahawa ketekunan dalam R&D itu akan menjauhkan diri manusia itu mensia-siakan masa untuk aktiviti tidak berfaedah.

    Setiap kali kaji selidik ilmu semesta ini, ingatilah Allah, Pencipta alam ini. Kerana yang mencetuskan ilham untuk menjumpai sesuatu ilmu itu adalah daripadaNya. Ia bertujuan supaya kita yakin bahawa Allah itu amat dekat kepada manusia.

    Sesiapa yang berusaha pada jalan yang layak dapat ilmu, pasti Dia akan beri. Hidup ini kena ada inisiatif sendiri untuk teroka ilmu2 yang belum pernah ditemui oleh manusia. Kalau nak tunggu disuapkan oleh pihak2 tertentu, bila masa nak terfikir ilmu2 yang belum diterokai lagi?

    Sebab itulah kita lihat umat Islam hari ini amat ketinggalan dalam penemuan ilmu2 baru. Ini kerana mereka takut berfikir dan hidup menurut sahaja. Minda mereka tidak mampu meneroka bidang2 yang belum pernah ditemui oleh manusia lain.

    Tengok orang Melayu kita. Nak buat kereta yang berkualiti pun terkial2 lagi. Bangsa2 lain sudah buat roket naik ke angkasa. Itu pun masih ramai yang tak sedar2 diri lagi sebab pemalas berfikir.

    Juang

    February 28, 2010 at 12:27 pm

  88. Bagi yang suka menuduh orang lain SESAT atau terpesong aqidah, Puteri ingin tanyakan, apakah anda YAKIN akan masuk syurga dengan kepercayaan anda sekarang ini?

    Renungkan… apakah mustahil untuk anda memahami dengan kefahaman tersendiri dan bukan menjadi pengikut kepada fahaman orang lain, bilamana anda membaca Quran? “BACA” dalam ayat ini, Puteri tak maksudkan membaca dengan bertajwid dan berlagu, tapi membaca dengan mengamati dan menghayati mesej ayat2 Quran satu persatu.

    Puteri

    February 28, 2010 at 4:04 pm

  89. Salam,

    Kalau kita menghayati mesej ayat2 Al Quran, kita akan nampak bagaimana Al Quran mampu membangunkan ketamadunan manusia.

    Umum mengetahui bahawa sesuatu bangsa hanya akan maju bila mereka berilmu tinggi. Nak jadi bangsa yang berilmu tinggi, kenalah rajin menggunakan masa untuk belajar, membaca, berfikir dan mengkaji. Suruhan belajar, membaca, berfikir dan mengkaji itu ada dalam Al Quran tanpa was-was lagi.

    Kenapa anak mat saleh sana tahu mencipta kapal selam sedangkan anak Melayu hanya tahu membelinya sahaja? Walhal mereka dilahirkan sama2 ada otak, dan semasa kecil anak mat saleh tu pun kena belajar mengenal huruf, mengeja, membaca dan mengira macam anak Melayu juga. Tetapi kenapa bila dewasa, perbezaan daya fikir mereka jauh ketara? Nampak tak di mana punca anak2 Melayu jadi ketinggalan berbanding bangsa2 lain?

    Bila kita faham mesej sebenar Al Quran, kita akan nampak bahawa keupayaan anak2 Melayu hakikat sama sahaja dengan anak2 bangsa lain. Jika anak2 Melayu komited dengan Al Quran yang menyebut pasal “time management” dan “quality management”, tidak mustahil anak2 Melayu boleh berdiri sama tinggi dengan bangsa2 lain.

    Ketika itu, mana2 anak Melayu yang minat berlumba, mereka bukannya menggadaikan nyawa secara sia2 di jalanraya, tetapi nama mereka harum di litar2 antarabangsa sebab mereka menjadi orang2 yang berkomitmen tinggi, sentiasa meningkatkan kualiti komitmen mereka dan menghargai masa.

    Kini kita nampak bagaimana solaa yang benar2 realistik ke arah pembangunan modal insan dan ketamadunan manusia. Barulah logik seruan “marilah solaa, marilah menuju kejayaan”.

    Setakat tonggang tonggek pada sesuatu arah objek, di mana perkaitannya ke arah menuju kejayaan? Sedangkan yang menonggeng pada matahari yang pancaran cahaya sepanjang masa pun takkan maju dengan amalan sebegitu, apatah lagi yang menonggeng pada objek2 lain. Apakah mereka tidak menggunakan akal?

    Juang

    March 1, 2010 at 12:42 am

  90. ambillah dari Quran apa yg mampu kamu faham. sesungguhnya makna yg terkandung dalam ayat Quran itu banyak lapisannya, menurut paras niat dan kesucian hati kamu.

    di dalam bentuk2 ritual sola qiyam, ruku, sujud terkandung makna-makna spiritual. jika anda mencemek ritual sembahyang dan nampak hanya tungang-tunggek, mungkin penglihatan hati anda terhijab. hati anda tidak komited untuk beriman dgn yg ghaib atau terdedah dgn riak dan takbur.

    Allah tidak melihat pd komitmen nafsu atau R&D dan segala projek nafsu kamu. Allah melihat pada hati kamu, itupun kalau kamu mahu percaya hadith qudsi: bhw seluruh alam tidak dapat menanggung rahasia Allah, kecuali hati itu ….

    cegu pelatih

    March 1, 2010 at 12:56 am

  91. Apakah orang2 yang mengadakan dusta itu sama dengan orang2 yang berhujah dengan bukti2 yang nyata? Sedikit sekali manusia memikirkan.

    Juang

    March 1, 2010 at 1:06 am

  92. Apakah orang yang berdusta itu dilepaskan daripada azab Allah dengan amalan nenek moyang mereka itu? Bukankah mereka sama senasib dengan kaum2 lain iaitu bila buat kebaikan, Allah balas dengan kebaikan dan bila buat kejahatan, Allah balas sesuai dengan kejahatan mereka? Tidak bernilai sedikit habuk pun amalan2 yang mereka ada-adakan itu untuk mendapat balasan Allah.

    Perbezaan mereka hanyalah sejauh mana mereka mengurus masa sahaja. Tidakkah mereka mempunyai minda?

    Juang

    March 1, 2010 at 1:10 am

  93. salam..
    Alquran adalah mukjizat…ianya bukan
    semata mata huruf AR RABB.Tafsiran
    hanyalah terjemahan zahir.

    Sebagaimana kenyataan Cegu Pelatih tu
    benar.

    Untuk memahami petunjuk Alquran….
    pertamanya Hati Bersih.Semakin bersih
    semakin kuat daya pancaran Nur Alquran.

    Sebelum manusia dapat beribadah….
    hatinya perlu menjadi perbendaharaan
    ilmu.Untuk ilmu Alquran….Hard Drive
    nya adalah HATI.Hati kena bersih
    dari VIRUS2 dan kena ada ANTI VIRUS.

    Akal hanya menjana ilmu dari hati.
    Tapi hati tidak menerima persepsi
    akal.

    Sebgaimana kenyataan Allah bahawa….
    Hati adalah berkata bendar sedangkan
    akal berbelah bagi dalam menentukan
    dua kebaikan.

    Dalam memileh betul dan salah…akal
    sangat mudah membedakan.Tapi dalam
    memileh antara Ibu dan Ayah….akal
    akan serba salah kerana keduanya
    adalah baik dan disayangi.

    Tok Syam

    March 1, 2010 at 1:22 am

  94. cegu pelatih,

    “di dalam bentuk2 ritual sola qiyam, ruku, sujud terkandung makna-makna spiritual. jika anda mencemek ritual sembahyang dan nampak hanya tungang-tunggek, mungkin penglihatan hati anda terhijab. hati anda tidak komited untuk beriman dgn yg ghaib atau terdedah dgn riak dan takbur”

    Jika benar anda beriman dan percaya kepada yang ghaib, adakah anda masih memerlukan simbol buatan manusia untuk sujud secara fizikal untuk mengakui adanya Pencipta?

    Tidak cukupkah dengan gunung-ganang, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sebagai bukti ada kuasa yang tidak nampak oleh mata kasar yang mencipta semua ini? Terhijabkah penglihatan anda?

    Apakah tujuan meletakkan haji pada pangkal nama? untuk beritahu pada orang lain anda mampu. Bukankah ada sedikit riak dan takbur disitu? Ramai haji yang masih melanggar larangan Pencipta dengan makan rasuah, menyeleweng wang anak yatim, sombong dan banyak lagi.

    muaddib

    March 1, 2010 at 1:27 am

  95. Cegu Pelatih,

    “Allah tidak melihat pd komitmen nafsu atau R&D dan segala projek nafsu kamu. Allah melihat pada hati kamu, itupun kalau kamu mahu percaya hadith qudsi: bhw seluruh alam tidak dapat menanggung rahasia Allah, kecuali hati itu”

    R&D adalah komitmen nafsu dan projek nafsu pada anda?

    Jika tiada R&D, maka tiadalah ubat-ubatan dan peralatan untuk memulihkan manusia dari penyakit. Tiadalah kenderaan untuk memudahkan anda pergi kesana-sini, tiadalah internet untuk memudahkan anda mencari ilmu.

    muaddib

    March 1, 2010 at 1:33 am

  96. Puteri,

    “Bagi yang suka menuduh orang lain SESAT atau terpesong aqidah, Puteri ingin tanyakan, apakah anda YAKIN akan masuk syurga dengan kepercayaan anda sekarang ini”

    seperti kebanyakan guru agama mengajar anak murid “kalau nak masuk syurga, hormat ibubapa, buat baik dan lain lain”

    tidak ikhlas jika melakukan sesuatu perkara hanya ingin ke syurga dan mengelakkan diri dari neraka, pada pendapat saya.

    keikhlasan ialah apabila membuat sesuatu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

    muaddib

    March 1, 2010 at 1:38 am

  97. Salam

    Rasulullah buktikan keikhlasan baginda dengan menyampaikan peringatan kepada manusia tanpa mengharapkan upah. Baginda tidak jadikan agama sebagai sumber pendapatannya.

    Bersihkah hati orang-orang yang mengatakan sujud ke arah bagngunan kotak itu benar semata-mata itu amalan bapa-bapa mereka, sedangkan mereka melihat orang-orang yang sembah matahari, bulan, patung atau busut adalah salah semata-mata kerana bukan amalan bapa-bapa mereka? Tidak mustahil jika mereka lahir daripada keturunan yang sembah patung, pasti mereka kata sujud kepada patung itu benar dan melihat orang lain salah.

    Di mana kebersihan hati orang2 yang tidak berlaku adil?

    Juang

    March 1, 2010 at 2:44 am

  98. Nak mengaku benar, semua orang boleh cakap. Tetapi nak bawakan bukti2 yang menunjukkan pegangannya adalah benar itulah yang susahnya.

    Nak mengaku adil, semua orang boleh cakap. Tetapi nak meletakkan diri di tengah2 dalam menilai kebenaran itu yang susahnya.

    Kebanyakan manusia lebih suka bersikap bias dengan mengutamakan ajaran puak, kaum, bapa2 mereka. Jika mereka lahir dari keturunan penyembah matahari, maka mereka hanya sokong kata2 yang menunjukkan amalan sembah matahari itu sahaja. Begitu juga yang lahir dari keturunan menyembah objek2 lain.

    Dalam blog ini kita boleh belajar meletakkan diri di tengah2. Jika datang kata2 yang mempunyai bukti2 yang logik dan rasional, dengan kata2 sekadar bersandarkan pada nama “bapa-bapa” mereka, yang mana satu kita nak pilih?

    Sesiapa yang nak tiru perangai kaum musyrik dahulu, sudah pasti mereka hanya akan bias pada amalan bapa2 mereka sahaja, dan menolak logik.

    Juang

    March 1, 2010 at 4:14 am

  99. Ingin beriman dan melihat kebesaran Pencipta?

    sila tonton dokumentari Planet Earth oleh David Attenborough.

    Tidak cukup? masih memerlukan simbol?

    muaddib

    March 1, 2010 at 4:24 am

  100. Mungkin tidak cukup untuk membuka pintu empangan mereka sebab yang buat dokumentari itu tidak bernama kearaban atau kemelayuan.

    Kalau yang buat dokumentari itu namanya Haji Daun bin Atan, ada sedikit harapan untuk mereka untuk menjauhi amalan menyembah simbol2 ketuhanan.

    Juang

    March 1, 2010 at 5:16 am

  101. Puteri ringkaskan kefahaman Puteri dari kekata Toksyam iaitu membersihkan HATI sebagai yang UTAMA. SETUJU! Lantaran setelah lakukan itu, apakah mustahil ALLAH memasukkan sesuatu ke dalam hati yagn bersih itu?

    Seterusnya, siapakah pula yang layak menilai hati manusia jika kita sering amalkan tuduhan2 kepada orang sedang kita tak tau bagaimana ikhlasnya hati seseorang dalam BERSERAH kepada ALLAH.

    Saya juga setuju dengan Muaddib, “tidak ikhlas jika melakukan sesuatu perkara hanya ingin ke syurga dan mengelakkan diri dari neraka, pada pendapat saya.”. Puteri sengaja bertanyakan begitu sebagai UMPAMA syurga itu adalah untuk orang2 yang benar, yang seringkali dikejar2 dan diajar2 oleh para agamawan. Tambahan dalam blog ini, Puteri lihat ada juga yang semacam dah yakin telah berada dalam mutlak benar, lantaran menuduh orang yang berbeza fahama sebagai terpesong aqidah atau sesat. Cikgu2 dan para agamawan biasa mengajarkan bahawa neraka jahanamlah tempat orang2 yang sesat. Maka, Puteri sesuaikanlah pertanyaan itu, menurut kesedapan fikiran orang itu dalam “lancapan minda”.

    Puteri sekadar menari ikut rentak.

    Puteri

    March 1, 2010 at 7:20 am

  102. Orang yang SEDAR akan sentiada MELIHAT kebesaran pencipta dan berada di mana2 setiap masa.

    Cewah! nak tulis omputih sket ni…(sbb kalau terjemah dalam bahasa melayu, agak kurang menepati maksud agaknya )

    SEE does not always mean you OBSERVE.
    HEAR does not always mean you LISTEN.

    Untuk OBSERVE and LISTEN, diri mestilah berada dalam keadaan TEKUN, tanpa fikiran, tanpa keinginan, amati shj tanpa sebarang prasangka fikiran atau keinginan perasaan….totally TEKUN dalam PASRAH serta merendah hati bhw aku tak tau, barulah akan hadir “SESUATU” yang TULEN.

    ooopss.. mungkin ada yg kata Puteri dah merepek…. he he he.. bagi yang FAHAM akan faham.

    Puteri

    March 1, 2010 at 7:29 am

  103. Salam Puteri,

    Apakah puan ingat perbincangan di sini sia-sia atau main-main? Ini adalah soal kepercayaan dan tidak ada sebab kita ragu-ragu dengan Tuhan.

    2.2 Kitab ini, tiada keraguan di dalamnya, sebagai pedoman kepada mereka yang takut kepada Allah.

    2:147 Kebenaran adalah dari Allah, oleh sebab itu kamu tidak patut menjadi di antara mereka yang ragu-ragu.

    3:60 Kebenaran ini dari Empunya kamu, jadi janganlah menjadi di kalangan mereka yang mempertikaikan.

    Ayat-ayat seperti contoh di atas banyak disebut di dalam Al-Quran. Tidak ada tempat bagi mereka yang berada di atas pagar. Ia samada syurga atau neraka. Itu saja pilihan yang Tuhan beri pada kita.

    tolokminda

    March 1, 2010 at 7:37 am

  104. Minda yg kosong-iman adalah bengkel Satan. Hati yg kosong-taqwa adalah sahabat Iblis.

    Sami hindu, padri kristian, submitters, nabi pelesu, Rashad Khalifa, kassim ahmad, anti-hadith, anti-sunnah, quranist, ahli politik, peliwat, pedofil dan macam-macam orang juga boleh baca/tafsir Quran ikut nafsu dan kepentingan masing-masing. Seperti yg berlaku di blog ini, ayat Quran dijadikan grafiti utk bermegah-megah.

    Kita boleh nampak dengan terang kelompok mana yg berkomited utk tolak solaa, sunnah/hadith dan ibadat. Mereka bukanlah dari kalangan Islam, walaupun mereka teringin sangat nak jadi Islam.

    Ya, iman tak dapat dijual beli. Hatta, intelek pun bukanlah syarat utama utk peroleh Qalbun Saleem. Ada yg lain, dan yang lain ….

    Agnostika

    March 1, 2010 at 7:43 am

  105. Oh! tulisan saya telah disalah ertikan. Maafkan bahasa saya yang kurang mantap. Tidak sekali-kali saya maksudkan perbincangan di sini sia-sia atau main-main. Saya tiada kuasa memahamkan, sekadar menulis untuk renungan. Semoga satu ketika akan dtg ilham.

    Tuan Agnostika, dalam keadaan hati yang cukup pasrah kepada ALLAH, kurang sungguh ke kuasa Allah melawan syaitan? Mengapa dalam Quran terdapat saranan BERSERAH kepada ALLAH?

    Puteri

    March 1, 2010 at 7:52 am

  106. Tuan TM, saya tidak sedikit pun ragu2 tentang ALLAH. Hanya kerana yang mencari kepastian itu saya dari maklhkuk manusia yang tidak tahu mutlak benar itu yang mana satu, itu bukanlah bermakna saya ragu tentang ALLAH. Yang saya ragu adalah kefahaman saya, maka inilah yang menggerakkan saya untuk terus menimba ilmu semoga kepastian jitu datang menjelma.

    Puteri

    March 1, 2010 at 7:56 am

  107. Kalau sudah awal2 lagi tolak akal (intelek), bukankah sama macam percaya orang2 Yahudi dan Nasrani yang percaya (beriman) bahawa Uzair dan Al Masih itu putera Allah? Mereka tiada hujah intelek pun nak membenarkan dakwaan mereka.

    Begitu juga, apakah hujah intelek bagi orang2 yang beriman bahawa sujud kepada matahari, bulan, patung atau busut itu benar? Mereka tiada hujah intelek pun untuk nak buktikan kebenaran dakwaan mereka. Apa yang mereka mampu kata adalah “sebab kami lihat bapa-bapa kami melakukannya”.

    Jadi, kalau kita jumpa orang yang teringin sangat nak jadi Islam atau perasan dirinya sudah Islam mengikut ajaran bapa2 mereka, tetapi berhujah macam kaum2 musyrik terdahulu (yang tak mampu bawah bukti intelek), takkanlah orang macam itu jadi ikutan kita?

    Di sini kita nampak, iman yang benar bukan setakat mengaku sahaja beriman. Semua orang mengaku mereka beriman. Orang2 musyrik pun beriman pada ajaran2 bapa2 mereka itu. Iman yang benar adalah iman yang mampu membawa bukti2 intelek sesuai dengan sifat para Nabi yang bijaksana, sebab mana ada Nabi2 yang bersifat bodoh.

    Juang

    March 1, 2010 at 7:58 am

  108. Jika belom faham akan sesuatu kekata pelik yang Puteri gunakan, jangan terus attack Puteri. Carilah dulu dalam hati nurani. Semoga ketemu yang tulen sejatai.. Niat Puteri adalah baik dan tidak berniat hasad dengki.

    Puteri

    March 1, 2010 at 7:59 am

  109. Salam Puteri,

    Tidak ada siapa ragu tentang Tuhan. Semua manusia mengakui kewujudan Tuhan. Kalau ditanya siapa yang menjadikan bumi ini, mereka akan kata Tuhan. Kalau ditanya siapa yang menghidupkan dan mematikan mereka, meraka akan kata Tuhan. Tetapi apabila disuruh percaya kepada KItab Tuhan, mereka akan percaya kepada ajaran turun temurun. Itulah masalahnya.

    Cuba lihat semula ayat-ayat ini. Kepada apakah yang sebenarnya Tuhan suruh kita jangan ragu?

    2.2 Kitab ini, tiada keraguan di dalamnya, sebagai pedoman kepada mereka yang takut kepada Allah.

    2:147 Kebenaran adalah dari Allah, oleh sebab itu kamu tidak patut menjadi di antara mereka yang ragu-ragu.

    3:60 Kebenaran ini dari Empunya kamu, jadi janganlah menjadi di kalangan mereka yang mempertikaikan.

    tolokminda

    March 1, 2010 at 8:20 am

  110. Salam Puteri,

    dengan izin tuanrumah, saya mohon utk menjawab:

    Kita ni hanyalah manusia biasa, dan cybernetics aqal kita belajar melalui kesalahan. Berbuat salah tidaklah menyalahi fitrah, tetapi engkar utk belajar dari kesalahan adalah fitrah Satanic. Macam penulis Salman Rushdi, yang mencela Nabi saw dan isteri baginda, dlm buku yg dilhamkan oleh minda pesesat.

    Hanya Allah yg tahu sepenuhnya kandungan hati kita, yg mungkin kita sendiri tak faham 100%. Sebab tu adakalanya kita lepas cakap dan kemdian menyesal. Allah Maha Mengasihani dan Dia utuskan Rasul saw yg hadir di dalam hati kita. ‘Suara’ utusan itu adalah conscience atau hati-kecil kita dan adalah tali-hayat kita kepada Allah. [ jangan pula anda terbayang Speaker dan Tali joran ]

    Usaha2 kita hendaklah lebih awal lagi diisi dgn ilm. Bersama ilm kita pasangkan niat serta iltizam utk melakukan transaksi semata-mata kerana Allah. Ini adalah komitmen kita. [ bukan Solaa kita ]

    Oleh krn kita lakukan krna Allah, results atau keputusan adalah bersama Allah. Setelah ikhlas beribadat, tak usahlah pula kita menuntut bayaran atau apa2 anugerah, karamah dll. Terima sajalah apa yg Allah berikan. Rahsia dlm setiap apa yg kita kerjakan, yakni komitmen kita, ialah: IKHLAS

    Agnostika

    March 1, 2010 at 8:28 am

  111. Salam,

    Berkenaan erti solaa, kita ada 2 pandangan. 1 pandangan mengatakan solaa itu adalah perbuatan ritual sembahan pada arah sesuatu objek, dan 1 lagi pandangan mendakwa solaa itu adalah komitmen.

    Letakkan diri kita di tengah2 di antara 2 pandangan ini untuk menilai dengan adil. Cuba lihat nasib kaum yang mengatakan solaa itu adalah amalan sembahan ritual itu. Apakah mereka diberikan keamanan, keilmuan, kebijaksanaan dan kekuatan? Bukankah mereka adalah kaum yang lemah dan berpecah-belah sehingga nasib bangsa mereka di Palestin pun tidak terbela biarpun di kelilingi sesama mereka. Mereka tiada kesatuan hati dan berpuak2 kerana berlainan mengikut imam2 faveret mereka.

    Cuba lihat pula nasib kaum yang berkomitmen tinggi dalam hidup (rajin). Mereka diberikan keamanan, keilmuan, kebijaksanaan sehingga mudah menggunakan ilmu2 Allah di muka bumi malah di angkasa untuk menyumbang kepada peradaban manusia.

    Jadi nilai manakah yang lebih logik dan sesuai dikaitkan dengan erti solaa itu? Takkanlah Allah turunkan Al Quran untuk melahirkan manusia yang berpecah-belah atas nama agama kerana tidak boleh berbeza pandangan walaupun amalan sembahannya sujud ke arah bangunan yang sama?

    Juang

    March 1, 2010 at 8:34 am

  112. Salam,

    Sy rasa baik Dr Rashad Khalifa, Aidid Safar, Kassim Ahmad dan lain-lain lagi tidaklah mencela Nabi. Kena baca statement mereka betol2… begitu juga halnya di blog nih kena baca betol2… entah kenapa la sdr Agnostika asyik mengaitkan dgn orang2 yg tidak ada kena mengena dgn perbincangan di blog nih…

    Jebon

    March 1, 2010 at 8:36 am

  113. Salam Jebon,

    Macam saya pernah bawa perumpamaan bagaimana orang2 yang berpegang 1+1=3 untuk menampakkan mereka di pihak yang benar (sebab mereka tiada bukti nak benarkan 1+1=3), maka taktik mereka adalah dengan cara memburuk2kan orang yang berpegang 1+1=2 itu .

    Bila ada manusia yang tidak berfikir dan mudah terpengaruh dengan usaha memburuk2kan itu, maka mereka akan percayalah bahawa 1+1=3. Tetapi apakah semua manusia boleh ditipu daya?

    “You can cheat somebody everytime, you can cheat everybody sometime, but you cannot cheat everybody, everytime”.

    Juang

    March 1, 2010 at 8:47 am

  114. Tuan TM,
    Petikan ayat2 yang tuan bawakan itu secara rumusan Puteri katakan, menganjukan agar tiada keraguan lagi pada Allah dan kitabNYA. Itulah keyakinan Puteri sejak dulu. Bagaimana pun, dalam mengkaji KITABNYA, berbagai terjemahan serta tafsiran Puteri terjumpa juga terdapat dalam berbagai bahasa. Persoalan mencari yang manakah yang PALING BENAR menghampiri mutlak benar? Sudah tentu para penterjemah dan pentafsir, masing2 meyakini dia punyalah yang benar. Inilah realitinya. Bagi Puteri, tidak sekali-kali Puteri akan berhenti mengkaji dan bertukar2 pendapat, dan Puteri bersedia mengubah serta berubah dalam kesedaran diri TAK TAU.

    Tuan Agnostika,
    Saya bersetuju dengan kebanyakan hujah anda itu. Terutama bab IKHLAS. Tksh. Saya komited hendak belajar, maka sebab itulah dalam mana2 forum atau blog yang saya tekuni, saya tak malu2 untuk dedahkan pekung diri yang saya tak pandai, meskipun kadang2 persoalan2 dan tulisan2 saya kelihatan bodoh pada orang2 cerdik. Ilmu saya tak tinggi, mohon janganlah gunakan perkataan BOMBASTIK pada saya, tak mudah untuk saya memahaminya. (… speaker dan tali joran…. tadi tak terbayang, bila terbaca tulisan tuan ni, terbayang la pulak.. :D)

    Saya masih lagi menekuni maksud solaa, masih lagi mengengsot serta merangkak meskipun dah bertahun-tahun saya menekuninya. Banyak bersetuju dengan maksud solaa yang TM bawakan. Masih ada “SESUATU” yang belum terungaki dari pengamatan saya dalam kajian itu. Saya pasti kembali untuk berkongsi.

    Puteri

    March 1, 2010 at 8:58 am

  115. Salam Puteri,

    Baguslah ada keinginan mengkaji dan bertukar pendapat. Itulah cara untuk kita bebaskan minda dari belenggu ajaran yang tidak masuk akal.

    Cuba Puteri bayangkan yang Puteri dilahirkan daripada keturunan yang sembah patung sebagai manifestasi kepada Tuhan. Dari kecil diajar bahawa menyembah patung itu adalah amalan yang benar. Jika Puteri tidak buka minda, pasti sampai ke mati Puteri anggap iaitulah yang benarnya.

    Dengan adanya blog untuk bertukar2 pendapat sebegini, maka kita tidak meniru kembali perangai kaum2 musyrik terdahulu yang tegar mengikut amalan2 bapa2 mereka kerana mereka sudah menutup minda. Allah telah letakkan kotoran di atas mereka sehingga mereka merasakan amalan tradisi mereka itu adalah benar biarpun mereka tiada hujah ilmiah untuk membuktikan kebenaran.

    Tidakkah kita merasakan perbuatan berdusta atas nama Allah atau RasulNya itu adalah kejahatan dan kekejian yang mengotorkan?

    Juang

    March 1, 2010 at 9:38 am

  116. Salam…
    Petunjuk yg.diberi Alquran adalah yg.
    terbaik dalam mengenal tuhan.Ringkas
    dan mudah serta jelas.

    Apa yg.nak diperlihara dan didalamai
    ialah ilmu hakikat… setiap amal dan
    penglihatan.

    Ilmu hakikat bukanlah apa sangat.Semua
    nya ada dalam Alquran.Maksud hakikat
    ialah dapat melihat hak Allahutaala
    dalam setiap amal dan pandangan.

    Sebagai contoh…ketika jahil dulu,
    manusia lihat matahari berkuasa dan
    mengambilnya sebagai tuhan.Bila
    datang petunjuk hakikat…maka kenal
    lah bahawa matahari tu ciptaannya
    dan tanda kebesaran dan kekeuasaannya
    dalam penciptaan.

    Bila mana faham ilmu hakikat…maka
    terselamat diri dari sirik kecil.
    Namun sirik halus perlu pula sentiasa
    bermakrifah kpd.Allah setiap masa…
    dalam setiap gerak….hingga sedar
    bahawa tiada daya upaya melainkan
    izinnya.

    Tok Syam

    March 1, 2010 at 9:41 am

  117. Salam,

    Jika kita kaji balik dan perhalusi kisah iblis dimurkai Allah adalah akibat penyakit berbangga diri dengan unsur penciptaannya. Dia merasakan puak api adalah lebih baik daripada puak tanah. Itulah bahaya menjadikan agama sebagai alat untuk mengagung2kan puak sendiri.

    Dalam saya menilai pendapat saudara TM, beliau membawa pandangan yang universal. Maknanya tiada ajaran yang berunsur mengagungkan sesuatu bangsa, budaya atau bahasanya. Semuanya dilihat sama.

    Inilah jalan terbaik untuk menjauhi diri daripada memiliki perasaan seperti iblis. Harus kita ingat, punca iblis dimurkai bukannya kerana arak, judi, tidak menegakkan negara Islam atau tidak membuat amalan sembahan ritual. Dia dihukum salah hanya kerana merasa bangga diri dengan kejadiaan sehingga tidak mahu merendah diri pada Adam yang lebih berilmu daripadanya.

    Namun sedikit sekali manusia memikirkan pelajaran daripada kisah iblis itu.

    Juang

    March 1, 2010 at 10:03 am

  118. Salam,

    Katakan saya ingin belajar memandu kereta. Ada 2 orang yang mengajar memandu. Bila saya tanya orang pertama apa gunanya memegang stereng, dia pun menjawab “sebab ada orang nampak cikgu memandu terdahulu pegang stereng”. Bila saya tanya orang kedua, dia pun memberi hujah2 konkrit kenapa perlu pegang stereng dan kegunaannya dalam pemandua.

    Jika saya meletakkan diri di tengah2 antara 2 orang tersebut, saya lebih yakin untuk belajar memandu dengan orang yang kedua itu. Dan saya tidak sanggup mempertaruhkan nyawa saya dengan belajar pada orang yang pertama yang kelihatan dia tidak tahu apa yang dia lakukan.

    Begitulah dalam menilai erti solaa. Ada satu pihak kata solaa itu adalah amalan sembahan ritual yang kononnya ada orang nampak Nabi pernah buat macam itu (guna persangkaan sahaja). Ada satu pihak lagi membawa hujah yang kukuh untuk mengatakan solaa itu adalah komitmen. Bila diuji pada ayat2 Al Quran, ternyata ia selaras dengan mesej Al Quran.

    Jadi bila saya letakkan diri saya di tengah2, apakah saya patut mempertaruhkan jiwa saya pada pihak pertama yang bersangka2 atas perbuatan orang terdahulu? Lebih selamat lagi saya berpegang pada sesuatu yang kukuh.

    Juang

    March 1, 2010 at 12:55 pm

  119. saya kongsikan satu pelayaran minda kepada semua. Selamat bermusafir saudara(ri) Ana Musafir dan semua yang membaca. Semoga tuhan menyuluh jalan lurus dengan terang untuk anda. Jangan bimbang sangat pasal solat ni.  Kefahaman itu akan datang sendiri bila minda anda dah sedia.

    Kepada yang faham, faham. 
    Kepada yang tak faham, harap harap satu hari nanti, anda akan faham.

    Langkah:
    1- Komputer anda sedang beroperasi dibawah windows XP operating system (OS).  Banyak virus. Jangan upgrade ke Vista. Banyak virus. Jangan upgrade ke Windows 7. Banyak virus. Dan jangan cuba down grade ke Windows 95, NT dsbnya sebab ia masih dalam keluarga Windows. Banyak virus.

    2 – Reformat hardisk anda. ( Padam virus. Runtuslah semua berhala minda.) 

    3 – Install  UnixOS. Biasakan diri anda dengan OS asal ini. Ramai orang dah lupa dengan OS ini. Malah sudah hilang skill.  Tapi inilah OS asal komputer. Memang susah guna unix ni. Sebab dia tak ada ” cut and paste” atau “drag and drop”. Tapi sabarlah. Lama lama ia akan jadi kebiasaan.

    4 – baca Quran. Baca Quran baca Quran. Kalau boleh waktu malam atau awal pagi. Alpha/beta minda adalah ditahap puncak diwaktu waktu ini.    

    5 – langkah 5 bermula dengan fokus pada hajj (kaji selidek – diblog TM dia panggil Reseach and Development atau Penyelidikan & Pembanggunan).. Contohi Nabi Ibrahim yang hanif. Sebab suruhan hajj untuk semua insan. Suruhan hajj adalah untuk “muslim”. Ingatlah, suruhan haji bermula dengan “wahai manusia…..” Ada sebabnya. Teruskan langkah 4 sebagai satu yang berterusan. Kisah nabi Ibrahim dalam Quran dia musnahkan patung berhala. Disini anda juga musnahkan berhala. Musnahkan semua berhala berhala  dalam minda anda.

    6 – Ingat anda baru reformat hardisk anda. Anda telah percaya tuhan hanya satu, iaitu tuhan yang cipta alam semesta ini. Anda telah muslim (49:14). Anda belum mukmin. (49:15). Jangan bergegas untuk mengerjakan sesuatu yang ditujukan pada orang mukmin. Kalut jadinya. Ramai sangat yang ingat dia mukmin walhal dia baru Muslim. Asyik nak solat….. tak cukup 5 waktu tambah lagi solat sunat.
    tapi tak dapat memahami arti solat.

    7 – Pada titik ini lupakan saja dulu pasal solat ni. Solat ni fikir kemudian. Solat, zakat puasa untuk orang mukmin. Fikir pasal tu kemudian. Itu semua peringkat “advance”. Ayat solat , puasa, zakat bermula dengan “wahai orang yang percaya….” ada sebabnya dan hikmatnya. Solat, zakat, siyam tak penting di tahap ini. Fokus pada hajj (langkah 5). Contohi Nabi Ibrahim. Baca Quran. Teruskan langkah 4.

    8 – langkah 8 ialah  belajar tulis program sendiri guna komputer anda. Buat kesimpulan anda sendiri. Nak tulis program sendiri anda kena banyak membaca dan berfikir. Baca quran. Layari semua laman web yang berkaitan yang anda mampu layari. Baca Quran. Contohi Ibrahim yang hanif. Baca semua pandangan. Ambil pandangan terbaik (39:18). Teruskan langkah 4.   

    9 – disini anda sudah sedia untuk menjejak peringkat “advance”.

    10 – solat, zakat dan saum adalah berkaitan. Kaji selidek 3 tajuk ini berterusan hingga anda YAKIN. Kalau dah yakin, terjemahkan keyakinan anda itu dalam kehidupan harian anda.
    Teruskan langkah 4. Teruskan langkah 8 kerana semua kesimpulan yang dibuat pada langkah 8 ini akan dibawa mengadap ” Boss ” nanti. Teruskan buat kesimpulan hingga yakin sampai waktu nyawa meninggalkan badan. 

    FAQ
    Soalan 1.
    Berapa lama masa perlu diambil untuk sampai ke langkah 10 dari langkah 1?

    Jawapan;
    tak tahu. Mungkin 2 tahun, mungkin 3, mungkin 10. Mungkin sepanjang hayat. Ia adalah satu pengembaraan yang berterusan. 

    Soalan 2.
    Bagaimana saya tahu saya benar? 

    Jawapan;
    Anda tak kan tahu anda benar. Anda takkan tahu anda akan masuk syurga. Anda hanya boleh cuba dan berusaha untuk masuk syurga. 

    Kebenaran mutlak itu hanya milek Tuhan. 

    Aduh....

    March 1, 2010 at 1:02 pm

  120. Salam,

    Dalam hidup ini, yang pentingnya kita yakin pada diri sendiri. Yakin dengan apa yang kita buat. Bukannya hidup untuk merasakan diri di pihak yang benar.

    Orang yang ada perasaan dirinya sudah benar, dia akan jadi malas nak belajar dan mengkaji. Dia akan jadi statik pada apa yang diterapkan sebelum ini.

    Tetapi jika matlamat hidup kita untuk jadi orang2 yang yakin, kita akan push diri kita untuk mencari bukti2 yang kukuh yang mententeramkan jiwa. Itu lebih bernilai daripada merasakan diri di pihak yang benar.

    Orang2 yang berdusta, dia tidak akan yakin pada dirinya sendiri sebab dia tahu dia berdusta. Jadi jauhilah kedustaan kerana ia merosakkan jiwa kita sendiri.

    Hati akan jadi kental jika berpegang pada bukti2 yang kukuh. Bila kita banyak mengetahui rahsia sesuatu perkara, kita tidak akan jadi takut.

    Kalau sebelum ini kita takut nak kaji Al Quran. Tetapi bila kita banyak belajar, keyakinan itu akan datang dengan sendiri. Itulah permata dalam hidup ini.

    Juang

    March 1, 2010 at 1:37 pm

  121. Adakah prosedur Aduh di atas menjawab soalan Ana Musafir di bawah ini?

    [ Boleh tak bagi keterangan baik cara fizikal maupun yg bukan cara fizikal, cara-cara mendirikan solaa yg tuan katakan tadi?

    Bilakah waktu-waktunya solaa itu dilakukan?

    Bagaimana tuan Aduh memulakan solaa dan apakah prosedur, bacaan jika ada dan bagaimana mengakhiri solaa itu? ]

    Jika Aduh tak dapat jawab, lebih baik suruh Juang atau TM sendiri yg jawabkan.

    Agnostika

    March 1, 2010 at 1:55 pm

  122. Salam,

    Jika ada orang2 yang sembah patung atau busut mengatakan itulah cara sembahan yang benar, tentu kita tidak boleh terima. Tambahan pula, sudahlah mereka rasa diri mereka benar, tapi hidup secara malas, berperang sesama sendiri dan tidak tahu menyumbang teknologi. Sudah pasti jika kita kata mereka tak betul.

    Tetapi bila kita renung pada diri yang kita pun sembah objek lain dan kaum kita hidup secara malas dan tak mampu sumbangkan teknologi, kita tak anggap itu salah sebab ia kena pada batang hidung sendiri.

    Itulah yang dikatakan, kuman di seberang lain nampak, gajah depan mata tak nampak.

    Manusia yang hidup terawang2 berbangga diri sering tidak nampak kesalahan dirinya sendiri. Mereka hanya nampak salah kaum2 lain yang mereka kata kafir atau bukan Islam. Walhal perangai mereka pun sama juga iaitu menyembah objek juga. Cuma objek yang dijadikan simbol ketuhanan itu berlainan dengan kaum2 lain.

    Juang

    March 1, 2010 at 3:07 pm

  123. Nampaknya Juang juga tak mampu jawab soalan Musafir, adakah sebab soalan-soalan itu tak jelas?

    [x] Boleh tak bagi keterangan baik cara fizikal maupun yg bukan cara fizikal, cara-cara mendirikan solaa yg tuan katakan tadi?

    [x] Bilakah waktu-waktunya solaa itu dilakukan?

    [x] Bagaimana tuan Aduh memulakan solaa dan apakah prosedur, bacaan jika ada dan bagaimana mengakhiri solaa itu?

    Saya pasti ramai yg tunggu jawapan yang straight forward dgn keterangan yg mudah.

    Agnostika

    March 1, 2010 at 3:29 pm

  124. “Boleh tak bagi keterangan baik cara fizikal maupun yg bukan cara fizikal, cara-cara mendirikan solaa yg tuan katakan tadi?”

    Anda masih tidak memahami solaa yang diterangkan diblog ini. masih bertanya cara fizikal dan bukan fizikal.

    solaa yang didefinisikan sebagai komitmen atau kesungguhan dalam mematuhi terhadap suruhan Pencipta.

    Apakah dia suruhan Pencipta?

    Ini adalah antara suruhan-suruhan Pencipta.

    1. Percaya kepada Pencipta.
    2. Jangan menyekutukan Pencipta.
    3. Hormat ibubapa
    4. Hormat pemimpin, bukan memuja pemimpin.
    5. Sentiasa merendah diri.
    6. Sentiasa memaafkan orang lain.
    7. Jangan mengejek orang lain.
    8. Jangan menghina mereka yang menyekutukan Pencipta.
    9. Dengar semua pandangan dan ikut yang terbaik.
    10. Bersatu padu, jangan berpecah belah.
    11. Bersedekah sentiasa kepada yang memerlukan.
    12. Gunakan akal.
    13. Makan dan minum dengan sederhana, elakkan benda-benda yang memabukkan.
    14. Berpakaian dengan sederhana.

    “Bilakah waktu-waktunya solaa itu dilakukan?”

    Setiap masa anda (dari bangun tidur sehingga tidur) perlu ‘bersolaa’ (bersungguh untuk mematuhi suruhan Pencipta)

    “Bagaimana tuan Aduh memulakan solaa dan apakah prosedur, bacaan jika ada dan bagaimana mengakhiri solaa itu”

    Apabila solaa didefinisikan sebagai kesungguhan atau komitmen, makanya tiadalah bacaaan tertentu. Jika suruhan Pencipta adalah menghormati kedua ibubapa, mana ada bacaan, ianya manifestasi perbuatan terhadap kedua orang tua anda.

    muaddib

    March 2, 2010 at 12:40 am

  125. Nampaknya Juang juga tak mampu jawab soalan Musafir, adakah sebab soalan-soalan itu tak jelas?
    [x] Boleh tak bagi keterangan baik cara fizikal maupun yg bukan cara fizikal, cara-cara mendirikan solaa yg tuan katakan tadi?
    ——————————————–

    Dibawah adalah cara fazikal sekai gus bukan fizikal.
    menjalani kehidupan seharian seperti hari hari biasa TANPA sembahyang 5 waktu arus perdana dan kerja kerja jahat, seperti merompak, merogol, rasuah dsbnya.

    Ringkasnya:
    tak ada “ceremony” tonggang tonggeng ponggong, baca bacaan bahasa arab yang anda tak faham ujung pangkal . Maksud sujud dan rukuk faham saya ialah merendah diri. (ini adalah bersangkutan dengan id, ego dan superego dalam diri manusia – baca buku psychology) Baca blog Tolokminda kalau mahu tau lebih lanjut tentang sujud seperti Quran anjurkan.
    Apa yang TM faham saya, saya juga faham begitu. Saya tak pernah kenal TM dan saya telah faham sebegini, lama sebelum saja bertemu blog TM ini. Kesimpulan saya adalah berdasar kajian/pemerhatian saya (hajj).

    [x] Bilakah waktu-waktunya solaa itu dilakukan?
    ————————————————

    Waktunya ialah 24/7, setiap saat dan ketika. Sola maksud nya sendi (hinge) atau sesuatu yang menghubungkan 2 objek. Jika sendi hanya berfunsi 5 waktu sehari, apa jadi kepada 2 objek yang di hubungkan oleh sendi tadi diluar 5 waktu tadi?

    Jawabnya ialah terputus.

    Contoh; Engsel daun pintu rumah kita.

    Bukankah engsel yang berfungsi memegang daun pintu dan struktur rumah. Ensel itu mesti memegang bersama daun pintu dan struktur rumah setiap masa setiap detik dan ketika. Kalau tidak, terputus hubungan daun pintu kepada struktur rumah.

    sebab itulah waktu sola ialah mesti 24/7., setiap saat setiap minit. Kita mesti setiap saat dan ketika “in contact” dengan Pencipta kita.
    Bila kita “ in contact” dengan Pencipta setiap saat dan ketika, adakah kita akan menipu dan rasuah dalam satu nafas?

    [x] Bagaimana tuan Aduh memulakan solaa dan apakah prosedur, bacaan jika ada dan bagaimana mengakhiri solaa itu?
    ———————————————–

    Bangun pagi, gosok gigi, mandi, pakai baju, sarapan pagi, cium anak anak, ucap terima kaseh pada isteri kerana menyediakan sarapan. Pandu kereta ke pejabat dengan berhemah, patuhi undang trafik. Letak kereta di mana kereta patut di letak. Masuk perjabat, ucap ucapan yang baik baik kepada rakan sekeliling. Buat kerja, tak curi tulang, amanah, jujur, cekap, adil dsbnya. Waktu tengah hari pergi makan. Layar web tolok minda melalui iphone, kalau ada waktu terluang. Baca quran dalam iphone kalau ada waktu terluang. Masuk kerja tepat pada waktu. Sambung kerja. Kalau ada kerja yang perlu perhatian segera, balik lambat sikit. Habis kerja ucap ucapan yang baik baik kepada rakan sejawat. Pandu kereta pulang kerumah dengan berhemah dan beradap. Cium pipi isteri bila sampai rumah. Peluk sayang isteri dan anak anak. Tanya apa cerita, aktiviti mereka. Tolong isteri masak makan malam. Potong bawang, cuci pinggan apa yang patut. Lepas makan, tengok TV kalau ada masa terluang. Tolong dan bantu anak kerja sekolah anak anak. Baca buku cerita dengan anak anak. Tidurkan anak anak. Kalau ada masa lagi berbicara dengan isteri. Bincang pasal apa saja topik. Kalau mood bagus, berasmara dengan isteri. Kalau tidak baca quran dan cuba fahamkan sebaik mungkin. Kalau pun tak faham maksud quran, rendahkan juga diri/hati itu (ingat rendahkan id, ego dan superego) kerana kagum dengan Pencipta kita. Mungkin hari lain akan faham maksud quran. Tidur. Bangun pagi esoknya, ulang semua yang di atas.

    Lihatlah tak ada “ceremony” tonggang tonggeng ponggong, baca bacaan bahasa arab bahasa asing yang anda tak faham ujung pangkal .

    >>>Saya pasti ramai yg tunggu jawapan yang straight forward dgn keterangan yg mudah.
    ——————————————–

    Saya rasa ini cukup “straight forwad” dan tak ada selindung selindung.

    Tapi, macam yang telah saya katakan sebelum ini. Kalau faham fahamlah. Kalau tak faham, harapnya suatu hari nanti, kefahaman itu akan datang sendiri.

    Saudara(ri) minta saya perincikan, maka telah saya perincikan. Kalian tak perlu setuju dengan pandangan saya.

    Aduh....

    March 2, 2010 at 12:51 am

  126. Apabila kita masih keliru yang mana solaa itu adalah perbuatan ritual yang memerlukan rukuk dan sujud dan bacaan puji-pujian tertentu terhadap Pencipta sudah tentu anda akan berkali-kali bertanya seperti soalan diatas.

    Ianya dua benda yang berbeza, disini ‘menyembah’ Pencipta didefinisikan sebagai kesungguhan manusia untuk berbakti sesama manusia dengan mengikut suruhan dan larangan Pencipta bukan ritual penyembahan yang memerlukan bacaan tertentu, rukuk dan sujud terhadap Pencipta (kearah simbol yang dikatakan rumah Allah).

    muaddib

    March 2, 2010 at 12:52 am

  127. saya tambah sedikit lagi.

    “…bagaimana mengakhiri solaa itu?”

    solaa apabila didefinisikan sebagai kesungguhan mengikut suruhan dan meninggalkan larangan Pencipta, maka ianya tidak akan timbul isu mengakhiri dimana anda perlu bersungguh sampai anda mati.

    Apabila Pencipta menyuruh kita menggunakan akal dalam kehidupan seharian, gunakan lah akal sampai anda mati.

    Kalau boleh elakkan guna nafsu yang berlebihan lebih-lebih lagi dalam membuat keputusan. Contoh, hendak beli kereta, kalau ikut nafsu, hendak beli kereta continental. Suka pula Audi A4 yang berharga RM250K++, mungkin kalau ikut gaji kasar memang mampu, tapi gunakanlah akal, kira balik, perbelanjaan yang perlu dibayar, adakah duit lebih untuk disimpan, yuran anak-anak yang meningkat setiap tahun bagaimana? bila guna akal kira balik, dapat kita lihat, cuma mampu beli BMW E46 terpakai, jadi sebab guna akal lebih sikit, dapat juga pakai continental dan dalam masa yang sama dapat simpan wang untuk kecemasan dan tidak menggugat bayaran yuran sekolah anak-anak contohnya.

    Mudah bukan? bukankah Islam itu mudah?

    muaddib

    March 2, 2010 at 1:14 am

  128. Contoh sekali lagi.

    Pencipta suruh kita hormat pemimpin, bukan memuja atau mendewa-dewakan pemimpin.

    Muhammad adalah antara pemimpin Islam yang terkemuka.

    Bersungguh (solaa) menghormati Muhammad ialah apabila mengikut sifat beliau yang terpuji sebagai contoh sifat beliau yang berilmu yang mana beliau mula berniaga pada usia yang awal dan berjaya mendagi peniaga yang berjaya.

    Bersungguhlah (solaa) dalam menimba ilmu. Jangan malas belajar, belajar sampai tua. Gunakanlah apa yang anda belajar dalam kehidupan seharian anda.

    Muhammad juga adalah seorang yang sederhana dan tidak suka menunjuk. Berpakaian sederhana. Apabila beliau sederhana dalam berpakaian, secara automatik turun ego dalam diri.

    Bersungguhlah (solaa) dalam ikut cara Muhammad berpakaian iaitu bersederhana, bukan ikut apa yang Muhammad pakai berserban dan berjubah, walaupun anda tinggal diiklim yang panas. Ini lebih kepada memuja bukan hormat.

    Ada rasional kenapa Muhammad berserban. Muhammad berserban kerana dia orang Arab. Orang arab memang berserban (tutup kepala) terutama dimalam hari kerana cuaca Arab yang sejuk pada waktu malam.

    Tujuan utama adalah untuk memanaskan badan, apabila suhu badan akan meresap keluar melalui kepala.

    Kita disini berjubah dan berserban atas alasan ikut Muhammad membuta tuli. Sampai ada yang sanggup naik motor tak pakai helmet sebab cakap ikut sunnah nabi. Ada yang taksub sampai cakap serban lagi selamat dari helmet.

    Pada saya, siapa yang cakap sebegitu suruh dia pakai serban dan naik motor, lantunkan kedinding dengan kelajuan yang sama dengan mereka yang berhelmet. Boleh kita lihat siapa yang cedera lebih.

    Ilmu matematik membantu mengira pada kelajuan tertentu, bahan apakah yang dapat menahan impak supaya kepala selamat.

    Ini yang kita panggil memuja sehingga sanggup meninggalkan larangan Pencipta, sedangkan Pencipta dah pesan hormat pemimpin, bukan puja.

    Faham sekarang konsep solaa (kesungguhan) disini?

    muaddib

    March 2, 2010 at 1:40 am

  129. 🙂 hehehe Aduh

    cakap jer lah awak tak sembahyang.
    senang nanti bila awak mati, gali kubur blakang rumah.

    sendiri angkut masuk, sendiri kambus ma!

    Serendit

    March 2, 2010 at 1:46 am

  130. renungan:

    Quran pun tak beri perincian macam mana nak urus jenazah, kan?

    Serendit

    March 2, 2010 at 1:49 am

  131. Serendit,

    Saya masih tidak nampak yang ‘sembahyang’ itu mencegah dari anda dari mengejek saudara Aduh.

    Sedangkan kita diajar yang ‘sembahyang itu mencegah dari melakukan perbuatan mungkar’

    sedangkan Pencipta melarang kita mengejek orang lain (Q:49.11).

    Ayat anda yang berbunyi “senang nanti bila awak mati, gali kubur blakang rumah. sendiri angkut masuk, sendiri kambus ma” lebih kepada meninggi diri merasakan yang anda benar, apabila Aduh meninggal dunia, tiada siapa yang hendak membantu menguburkan beliau kerana kepercayaan beliau yang berbeza.

    Sedangkan Pencipta melarang kita dari meninggi diri (Q31:18).

    Sekali lagi saya masih tidak nampak ‘sembahyang’ itu mencegah anda dari meninggi diri.

    Jika kita kaji, tidak perlu kita keluar dari blog ini, banyak contoh ‘sembahyang’ itu tidak mencegah manusia dari melakukan larangan Pencipta.

    muaddib

    March 2, 2010 at 1:59 am

  132. Salam Muaddib,

    Saya setuju pendapat saudara itu. Dalam blog ini kita sudah nampak orang2 yang “sembahyang” itu tidak mampu mencegah perbuatan mungkar.

    Itu belum kita lihat mereka berpecah-belah pasal berbeza mazhab, berebut kuasa atas alasan menegakkan hukum hudud, mengejek2 dan mencaci maki musuh politik mereka.

    Adakah orang yang berakal nak tiru perangai macam itu?

    Juang

    March 2, 2010 at 2:06 am

  133. Saudara Juang,

    Pada pendapat saya, perpecahan dan perbezaan pendapat adalah perkara biasa, kerana ianya adalah lumrah manusia berdasarkan taraf pendidikan, perbezaan status keluarga, taraf ekonomi dan lain-lain lagi.

    Cuma, jangan sekali-kali mengejek, meninggi diri dan yang paling utama menghukum sesiapa yang tidak sependapat.

    Muhammad mengajar berdasarkan contoh dengan memberi alternatif yang lebih baik bagaimana masyarakat majmuk boleh hidup bersama dengan aman. Bukan menghukum siapa yang tidak sependapat dengan beliau.

    muaddib

    March 2, 2010 at 2:30 am

  134. Kukuhkan logika anda terlebih dulu, dan guna aqal sebelum membuat sweeping statement tentang isu sembahyang.

    Sembahyang orang lain bukan tanggungjawab anda. Apatah lagi kalau mereka buat mungkar, dosa pun bukan anda yang tanggung.

    Tanggungjawab anda ialah sembahyang anda sendiri.

    Pada pemerhatian saya, jawaban Aduh tentang sola sangatlah keterlaluan jahil lagi angkuh. Respon saya hanyalah [mirror] mencerminkan ia.

    Serendit

    March 2, 2010 at 2:37 am

  135. “Kukuhkan logika anda terlebih dulu, dan guna aqal sebelum membuat sweeping statement tentang isu sembahyang”

    Kerana menggunakan logik dan akal ada kami disini berpendapat bahawa perbuatan rukuk dan sujud mengadap bangunan ciptaan manusia yang dipanggil rumah Allah itu sia-sia. Anda boleh check sendiri ditopik sebelum-sebelum ini.

    “Sembahyang orang lain bukan tanggungjawab anda. Apatah lagi kalau mereka buat mungkar, dosa pun bukan anda yang tanggung”

    Memang bukan kami yang tanggung, tetapi dikatakan sembahyang itu mencegah dari orang itu sendiri (saya ulang: orang itu sendiri) yang menbuat perkara mungkar (larangan Pencipta). Kami disini tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang kami yang tanggung, selari dengan ayat Qur’an yang menyatakan seorang manusia tidak akan menanggung beban dosa manusia yang lain (Q6:164)

    “Pada pemerhatian saya, jawaban Aduh tentang sola sangatlah keterlaluan jahil lagi angkuh. Respon saya hanyalah [mirror] mencerminkan ia”

    Anda berhak sepenuhnya terhadap pemerhatian anda. Jahil boleh didefinisikan sebagai orang yang tidak berilmu mungkin kerana malas belajar atau orang itu sendiri lemah untuk menerima pelajaran.

    Yang saya nampak mereka-mereka ini rajin berusaha semula membuat kajian semula tentang ayat Qu’ran, bukan bertaklid buta, berpegang hanya pada apa yang disampaikan oleh pembesar-pembesar agama tanpa pengesahan sendiri seperti majoriti kebanyakan kita. Sedangkan Quran kata jangan terima sebarang maklumat tanpa membuta tuli tanpa pengesahan (Q17:36)

    Dan saya tidak nampak mereka ini angkuh, tidak pernah mereka mengejek, memanggil nama seperti tolol, kafir kepada mereka yang tidak sependapat dengan mereka.

    muaddib

    March 2, 2010 at 2:58 am

  136. Itu sebab dikatakan tiada waktu tertentu untuk bersolaa (bersungguh) kerana ianya adalah proses yang tidak berhenti dalam mengikut suruhan dan meninggalkan larangan Pencipta.

    Waktu ‘sembahyang’ fizikal rukuk dan sujud, ada manusia akan kusyuk tidak menyakiti hati orang lain, merendah diri, tapi habis waktu sembahyang, mereka kembali angkuh, mengejek orang lain dan menghukum orang yang tidak sependapat dengan mereka.

    Yang mana lebih nampak meninggalkan kemungkaran?

    solaa (rukuk dan sujud) pada waktu tertentu atau solaa (kesungguhan) meninggalkan larangan Pencipta sepanjang masa?

    muaddib

    March 2, 2010 at 3:07 am

  137. soalan… jika solaa itu bukan sembahyang ritual.. masjid atau banggunan yang dipanggil masjid/mosque itu berfungsi sebagai apa?..dan umum mengetahui bahawa masjid telah di bina pada zaman nabi lagi.. untuk apa nabi mendirikan masjid jika bukan untuk bersembahyang secara ritual berjemaah?

    troopze

    March 2, 2010 at 3:14 am

  138. Masjid bukankah sama fungsi seperti gereja untuk kristian dan synagogue untuk yahudi? untuk berkumpul melakukan sembahyang secara ritual dan fizikal?

    Masjid disini didefinisikan sebagai ‘suruhan’ bukan bangunan.

    muaddib

    March 2, 2010 at 3:27 am

  139. Salam Muaddib,

    “Cuma, jangan sekali-kali mengejek, meninggi diri dan yang paling utama menghukum sesiapa yang tidak sependapat.”

    Benar. Perbezaan pendapat atau pandangan memang tidak boleh dielakkan. Tetapi Allah ciptakan perbezaan itu bukan untuk manusia berpecah-belah, berpuak2, bergolongan2 yang berbangga diri kononnya merekalah yang benar, dan sesiapa yang tak macam mereka, dilabelkan salah.

    Sepatutnya perbezaan itu untuk kita meluaskan pandangan agar otak kita semakin kreatif.

    Juang

    March 2, 2010 at 3:40 am

  140. muaddid – Masjid disini didefinisikan sebagai ’suruhan’ bukan bangunan.

    saya tak tanya tentang definasi masjid di dalam al-quran.. tetapi fungsi masjid (atau panggil banggunan itu apa sajalah) sewaktu dibina di zaman nabi..

    untuk apa dibina masjid itu jika bukan untuk mengerjakan ritual sembahyang?.. atau mungkin ada fungsi yang lain?..

    troopze

    March 2, 2010 at 5:22 am

  141. Masjid disamakan dengan suruhan. Salat disamakan dengan komitmen. Orang Islam sembahyang dikatakan tunggang-tunggek. Tak perlu salat, puasa, haji dll ibadat. Semua kerana mereka ini kununnya ada super-aqal yg mampu mentafsir dengan 100% tepat kandungan Quran. Fantastik ! Merekalah genius, kita semua sembah berhala nenek moyang. Bodohlah saya, bodohlah anda yang ikut Rasul saw dan sunnah baginda.

    Dan mereka ini merendah hati dan tawaduk dalam setiap tulisan mereka. Apa punya hipokrit.

    Serendit

    March 2, 2010 at 5:25 am

  142. Salam troopze,

    “saya tak tanya tentang definasi masjid di dalam al-quran.. tetapi fungsi masjid (atau panggil banggunan itu apa sajalah) sewaktu dibina di zaman nabi..”

    Sekadar bertanya;

    Daripada mana saudara dapat bukti yang “rumah ibadat” di bina di zaman Nabi? Apakah saudara maksudkan Nabi yang memerintahkan rumah ibadat itu dibina atau orang lain bina dan memanggil ia “masjid” untuk disesuaikan dengan ayat Al Quran (sama macam kes Kaabah yang bermaksud buku lali)?

    Juang

    March 2, 2010 at 6:42 am

  143. Salam Serendit,

    “Merekalah genius, kita semua sembah berhala nenek moyang. Bodohlah saya, bodohlah anda yang ikut Rasul saw dan sunnah baginda.”

    Boleh beri bukti Rasul mana yang suruh sembah berhala?

    Juang

    March 2, 2010 at 6:50 am

  144. Salam Serindit,

    Memang benar perkataan masjid bermaksud suruhan atau pun ketetapan. Dan dalam konteks Al-Quran yang isikandungannya penuh dengan ketetapan-ketetapan Tuhan itu, kita bolehlah tafsirkan ia sebagai ketetapan yang direstui, kerana jika kita laksanakan ketetapan yang berkenaan sudah pasti Tuhan akan merestuiNya.

    Masjid membawa maksud ketetapan yang direstui. Masjidillah bermaksud ketetapan yang direstui Tuhan. Masjidilharam, bermaksud batasan ketetapan yang direstui. Maknanya solaa atau komitmen kita adalah untuk sentiasa hidup dalam ketetapan yang direstui Tuhan dan tidak melanggar batasan ketetapan yang direstui Tuhan.

    Tengok. Tidak ada sebarang benda yang kita sekutukan dengan Tuhan apabila kita faham Al-Quran dengan betul. Kita dapat elak dari dosa mensyirikkan Tuhan.

    Kita tidak sekutukan Tuhan dengan apa-apa bangunan. Kita tidak sekutukan Tuhan dengan ajaran-ajaran ciptaan manusia. Kita tidak sembah bangunan batu sebagai pengantara. Kita tidak sekutukan Tuhan dengan bangsa Arab. Kita tidak sekutukan Tuhan dengan Nabi.

    tolokminda

    March 2, 2010 at 6:53 am

  145. Troopze menulis,

    soalan… jika solaa itu bukan sembahyang ritual.. masjid atau banggunan yang dipanggil masjid/mosque itu berfungsi sebagai apa?..dan umum mengetahui bahawa masjid telah di bina pada zaman nabi lagi.. untuk apa nabi mendirikan masjid jika bukan untuk bersembahyang secara ritual berjemaah?

    Salam Troopze,

    Semua umat agama yang menyekutukan Tuhan masing-masing mempunyai bangunan untuk menjalankan ritual penyekutuan mereka. Bukankah kuil, tokong, gereja itu semua dianggap sebagai rumah Tuhan oleh kaum penyekutu Tuhan? Masjid (bangunan) pun sama.

    Tuhan sebenarnya tak suruh pun kita bina bangunan dan namakannya masjid atau rumah Tuhan. Sebenarnya Al-Quran yang diwahyukan kepada kita itulah yang mengandungi masjid-masjid (ketetapan-ketetapan @ suruhan-suruhan) Allah. Kita hanya perlu hidup mematuhi masjid-masjid berkenaan dan tidak keluar dari batasan.

    Tuhan tidak memerlukan bangunan yang kita bina sebagai rumahnya. Tetapi kitalah yang memerlukan pedoman untuk hidup dalam restuNya.

    tolokminda

    March 2, 2010 at 7:27 am

  146. troopze,

    “saya tak tanya tentang definasi masjid di dalam al-quran.. tetapi fungsi masjid (atau panggil banggunan itu apa sajalah) sewaktu dibina di zaman nabi..”

    masjid dibina pada zaman nabi? siapa yang bina?

    saya rasa saya dah jawab apa fungsi masjid seperti fungsi gereja dan synagogue.

    serindit,

    “Bodohlah saya, bodohlah anda yang ikut Rasul saw dan sunnah baginda”

    dimana dalam Qur’an yang dikatakan Muhammad sujud dan rukuk mengadap kaabah?

    muaddib

    March 2, 2010 at 7:31 am

  147. salam

    saya boleh bersetuju bahawa masjid itu bermaksud suruhan atau ketetapan (saya perlu sedikit masa untuk lebih mengkajinya).. kita ketepikan soal maksud perkataan itu..

    baiklah kita gunakan perkataan “rumah ibadat” jika itu lebih memudahkan perbincangan..tidak ada sebarang bukti-bukti penggalian, sejarah, arkeologi akan rumah ibadat yang boleh kita relatekan dengan nabi-nabi yang terdahulu tidak kira musa, ibrahim, nuh, isa dan nabi-nabi yang lain.. tetapi rumah ibadat (masjid) ada seperti masjid al-nabawi atau masjid nabi.. yang dibina pada zamam nabi muhammad..dan menurut sejarah masjid nabi itu dibina atas perintah nabi.. maaf saya bukan ahli sejarah..tetapi saya baca sejarah.. dan kalau sahabat dapat membuktikan bahawa masjid-masjid itu terutamanya masjid nabi tidak dibina pada zaman kehidupan nabi..saya tidak ada masalah untuk menerimanya..tapi kena buktikanlah..

    persoalan saya.. jika sejarah membuktikan (saya terpaksa percaya selagi tidak dibuktikan sebaliknya) bahawa nabi memerintahkan rumah ibadat (masjid) dibina..maka apakah fungsi rumah ibadat itu jika tidak untuk bersembahyang berjemaah.?

    troopze

    March 2, 2010 at 7:42 am

  148. Salam,

    Pada pandangan saya, sebelum kita buat kesimpulan “masjid Nabi” itu dibina oleh Nabi, kita kena bawakan bukti apakah ada perintah Allah suruh Nabi bina rumah ibadat itu?

    Jika tiada ayat2 Al Quran menunjukkan perintah membina rumah ibadat, bukankah tidak mustahil ada manusia yang menipu dengan membuat rumah ibadat kemudian mereka labelkan sebagai “masjid Nabi” (perkara yang diada2kan)?

    Samalah konsepnya macam ada manusia mendakwa atas nama “sejarah” kononnya Nabi suruh sujud ke pada bangunan kotak yang dinamakan kaabah itu. Tetapi bila kita periksa dalam Al Quran, tiada pun suruhan tersebut.

    Cuba kita bersikap lurus atau jujur terhadap Al Quran. Jika tiada suruhan Allah untuk kita buat sesuatu, janganlah nak tokok tambah atas alasan “sebab Nabi suruh”. Jika dibuatnya Nabi tak pernah suruh seperti yang didakwa itu, tidakkah kita sudah memfitnah baginda?

    Ada manusia seolah2 mereka tidak risau memfitnah Nabi atau mengguna nama Nabi untuk kepentingan peribadi mereka.

    Juang

    March 2, 2010 at 7:53 am

  149. Salam Troopze,

    Benar. Tidak ada satu pun kesan tinggalan rumah ibadat nabi-nabi dalam dunia ini. Kalau tinggalan tapak rumah ibadat kaum-kaum penyekutu Tuhan ada banyak.

    Tentang masjid Nabi saya berpendapat kita perlu pulangkannya kepada Al-Quran kerana jika kita ikut sejarah Nabi yang ditulis di luar Al-Quran, maknanya kita tidak lain hanyalah kembali kepada sumber yang selama ini menyebabkan kita berada dalam kesesatan.

    Jadi adakah Al-Quran mengesahkan apa-apa tentang Nabi membina masjid?

    tolokminda

    March 2, 2010 at 7:55 am

  150. hehehe Aduh
    cakap jer lah awak tak sembahyang.
    senang nanti bila awak mati, gali kubur blakang rumah.
    sendiri angkut masuk, sendiri kambus ma!

    Serendit
    March 2, 2010 at 1:46 am

    —-/////———-///——-/////—

    serindit,
    saya lebih senang begitu dari hidup tonggang tonggeng menyembah batu 4 segi berkelubung kain hitam, syirik brader….
    Memang pelik, kalau tengok penganut agama lain sembah berhala anda kata mereka ahli neraka, tapi semuanya ok kalau diri sendiri sembah batu ribuan batu jauhnya.

    Itu angkuh namanya.

    Aduh....

    March 2, 2010 at 9:15 am

  151. Kukuhkan logika anda terlebih dulu, dan guna aqal sebelum membuat sweeping statement tentang isu sembahyang.

    >>Sembahyang orang lain bukan tanggungjawab anda. 

    Setuju. Saya pun hairan mengapa orang nak tahu macam mana saya sembahyang. Dalam blog ini orang tanya saya macam mana saya sembahyang,   jadi saya jawab. Salah menjawab pertanyaan?

    >>>>Apatah lagi kalau mereka buat mungkar, dosa pun bukan anda yang tanggung.

    Saya setuju. Jadi kalau saya buat mungkar, kenapa anda kena komen dgn ejekan begini;
     
    “hehehe Aduh

    Cakap jer lah awak tak sembahyang.
    senang nanti bila awak mati, gali kubur blakang rumah.
    sendiri angkut masuk, sendiri kambus ma!

    Serendit
    March 2, 2010 at 1:46 am”

    Adakah anda yang akan tanggung kemungkaran saya. Apa anda dapat? Hmmm…cakap pasal logika konon.

    >>>Tanggungjawab anda ialah sembahyang anda sendiri. 

    Setuju. Orang tanya saya macam mana saya sembahyang. Saya jawab. Adakah ini salah? 

    >>>>Pada pemerhatian saya, jawaban Aduh tentang sola sangatlah keterlaluan jahil lagi angkuh. Respon saya hanyalah [mirror] mencerminkan ia.

    Oooo….Bite me! 

    Aduh....

    March 2, 2010 at 9:21 am

  152. marah nampak?

    buat ler apa yang awak suka.
    janji jangan tipu orang lain ikut cara awak… dan

    jangan lupa reserve lubang di blakang rumah, k?

    🙂

    Serendit

    March 2, 2010 at 10:18 am

  153. Di dalam kubur mana pun,
    Jasad aku ditanam,
    Aku…akulah jua…

    Jangan masuk lubang neraka gara2 sekutukan Allah sudahlah.

    🙂

    Juang

    March 2, 2010 at 10:31 am

  154. Salam,

    Mungkin ramai tidak perasaan, ajaran yang diamalkan oleh rata-rata umat Islam hari ini mengajak mereka jadi orang-orang yang angkuh. Kononnya dengan amalan membongkok dan menonggeng ke arah bangunan kotak, merekalah lebih baik daripada kaum-kaum lain. Bukankah sama sifat mereka dengan sifat iblis yang merasakan kononnya dia lebih baik daripada Adam kerana diciptakan daripada api?

    Tetapi bila dikatakan solat/solaa itu adalah komitmen, kita tidak perlu angkuh sesama manusia sebab semua manusia boleh berkomitmen. Semua manusia boleh memurnikan komitmen mereka. Tak perlu nak rasa diri mulia berbanding manusia lain.

    Begitu juga tentang masjid. Sebelum ini kita diajar bahawa masjid itu adalah rumah ibadat yang suci. Siapa yang rajin pergi ke sana dianggap mulia. Yang pergi ke kuil, tokong, gereja dianggap hina sebab amalan ritual mereka berlainan. Nampak tak keangkuhan di sana?

    Tetapi bila kita melihat makna masjid iaitu suruhan ke arah sesuatu yang Allah restui, maka tidak wujud sebab kita nak angkuh kerana semua manusia boleh mematuhi suruhan2 untuk melakukan sesuatu manfaat dan suruhan meninggalkan yang mudarat.

    Dengan kata lain, bolehlah disimpulkan bahawa Al Quran menyedarkan manusia supaya jangan jadi orang2 yang angkuh macam iblis. Itu sahaja mesej utama Al Quran.

    Bila penyakit angkuh dapat diubati, maka masyarakat akan hidup aman dan tenteram.

    p/s: Cuba kita fikirkan, apakah iblis dimurkai Allah kerana dia tidak mahu menonggeng ke arah Adam atau kerana dia tidak mahu merendah diri kepada Adam? Yang mana satu lebih logik?

    Juang

    March 2, 2010 at 2:21 pm

  155. Memang Iblis dimurkai Allah kerana dia ingkar perintah.

    Tapi lebih dari itu, kerana dia enggan sujud … maka Iblis telah mendapat ilmu tentang kejadian Adam as kerana telah melihat apa yang malaikat lain [ yang patuh sujud ] tidak nampak.

    Iblis adalah pemilik ilmu haqiqat insan yang malaikat lain tidak tahu. Iblis bukanlah ‘logo’ makhluk yang sombong, tapi adalah protaip pohon ilmu.

    Seterusnya, Iblis berjaya memujuk Adam untuk mendekati pohon ilmu melalui logika atau akal-fikiran. Kerana terpedaya dengan logika Iblis, hati Adam tiba-tiba berhenti berputar. QLB QBL = Qalbu dan Qibla. Bayangkan ‘Radar’ yg hanya dapat mengesan jika ianya berputar, tapi tidak berfungsi jika kaku.

    Bila QLB Adam berhenti berputar kerana terpegun melihat ranting, daun dan buah ilmu – pakaian Adam, yakni kehormatannya, terlucut dan membuat Adam tersedar dan mohon maaf kepada Allah Maha Pengasih.

    Irfan Muhammad

    March 2, 2010 at 4:29 pm

  156. Salam Irfan Mohamad,

    Apakah kelebihan Adam berbanding Iblis dan para malaikat? Akalnya. Jika tuan tak faham perkara ini, memang sia-sialah akal yang Tuhan beri kepada tuan.

    Bukankah Tuhan telah ceritakan dengan jelas tentang Dia mengajar Adam, dan Adam berjaya membuktikan kemampuannya untuk belajar – yakni menggunakan akalnya sehingga para malaikat sanggup merendah diri kepadanya?

    Adakah tuan masih mahu mempromosikan dakyah Iblis yang kononnya kita tidak boleh menggunakan akal sedangkan akal itulah kelebihan yang kita miliki berbanding makhluk sombong yang telah berjanji menyesatkan kita itu?

    Tuan belum tahukah di atas kepentingan akal kita itu Tuhan menyifatkan mereka yang tidak menggunakannya sebagai najis?

    10:100 “…Allah jadikan najis ke atas orang-orang yang tidak mengunakan akal.”

    tolokminda

    March 2, 2010 at 5:03 pm

  157. Kita lihat semesta alam, dari sekecil atom hinggalah ke super nova – semuanya berputar atau tawaf pada satu titik.

    Begitu jugalah jemaah haji bila mengerjakan ibadat haji, tak ubah macam atom dan planet tawaf keliling satu pusat yg didirikan oleh para rasul yang disebut Kaabah itu. Satu kiub yang tidak menghadap ke mana-mana arah, tapi semua mengarah kepadanya. Kaabah yg pada asalnya tidak berbumbung dan tiada apa-apa di dalamnya itu, yakni kosong. Ianya bukanlah struktur bangunan, tapi adalah sumber pencerahan jiwa dan tempat di mana ruh mendapat raha [orang melayu sebut rehat]. Sungguh, dalam mengingat Allah hati jadi tenteram.

    Saya tak mampu terangkan dgn istilah sains seperti Stephen Hawking, tapi saya pasti ada gelombang realiti yg amat kuat yang menarik jemaah dan sekaligus buat mereka ‘hilang’ dalam arus manusia yang walaupun nampak chaotic tapi melaksanakan disiplin haji dengan berjaya mencium ibu-yang-hitam @ hagar al-aswad. Saya rasa itulah kemuncak cinta, di mana si-anak mencium ibu yg jenuh mencari air di padang pasir. Kita semua di saat itu bagai anak-anak yg hilang induk, tapi akhirnya bertemu ibu-yang-hitam. From womb to tomb. Kita diperingatkan akan jasa dan kasih ibu. Kita diperingatkan pasrah Ishmael dan betapa ketabahan dan kesedihan Ibrahim tidak berlalu sia-sia.

    Upacara tahunan Haji adalah lakon-semula satu drama yang menyayat hati, dan kita semua boleh memegang watak-watak utama. Kita semua dijemput oleh Allah sendiri untuk ke satu audition yg nantinya mengingatkan kita akan rumah asal kita.

    Alastu birRabbikum?
    Qaloo bala. Yes, of couse.

    Irfan Muhammad

    March 2, 2010 at 5:08 pm

  158. Salam Irfan,

    Orang Hindu pun tawaf 7 kali mengelilingi kuil mereka mengikut arah lawan jam. Bezanya umat Islam hanya tawaf di kaabah sedangkan orang Hindu boleh melakukan di mana-mana kuil mereka

    Tentang kisah Nabi Ibrahim, Hajar dan Ismail.

    Pertama: tidak ada bukti Nabi Ibrahim pernah sampai ke Melakh. Allah telah menyatakan bahawa kaum Nabi tidak pernah menerima sebarang rasul dan Kitab sebelum beliau.

    Kedua: apakah jenis suami dan bapa jika benar Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya di tengah-tengah padang pasir yang kosong dan kontang?

    Ketiga: Bagaimana batu hajar aswad boleh mendatangkan apa-apa kebaikan mahupun mudarat kepada kita?

    tolokminda

    March 2, 2010 at 5:23 pm

  159. Salam tolokminda,

    pada mulanya ada kelebihan Adam ke atas Iblis. Allah perintah malaikat dan Iblis tunduk sujud pada Adam bukanlah sebab taraf aqaliyyah Adam, tapi atas sebab yang lain. Adam dikurniakan Qalbu @ Nur Muhammad.

    Adam mempunyai hati/qalb yang bersih beserta niat yang baik dan tidak berburuk sangka. Tapi hati yang baik boleh dipedaya oleh aqal/logika. Iblis guna kelebihan logika/aqal untuk menipu Adam. Allah kata pada Adam, jangan hampiri pohon itu. Adam patuh pada ‘Freedom of No Choice’ … no choice but to obey Allah.

    Tapi Iblis mencarum satu gagasan baru, Freedom of Choice. Yakni, kebebasan untuk meingkari perintah Allah dan untuk memilih selain Allah, dan kerana itu ruh diturunkan ke bumi untuk di uji.

    Allah berpesan, bahawa Dia tidak menempatkan dua jantung/qalb dalam satu dada. Allah tidak mahu kita ulangi kesilapan Adam. Dan kerana itu, kita jangan lupa bahawa ibadat kita terletak di satu plane, satu paras yang jauh lebih tinggi dari aqal. Dan kerana itu juga kita jangan lupa Sola 5-waktu dan Qibla kita, supaya tumpuan Qalbu kita tidak lagi terpesong dan kalah dengan pujukan logika Iblis.

    Oh hati yang tenteram dalam mengingat Allah,
    Allah dan para malaikat bersalawat ke atas Nabi.
    Maka berselawatlah kamu ke atas Nabi yang mengasihimu lebih dari ibu yang sedang menyusukan anaknya.

    Irfan Muhammad

    March 2, 2010 at 5:49 pm

  160. Salam,

    “IM: Adam mempunyai hati/qalb yang bersih beserta niat yang baik dan tidak berburuk sangka. Tapi hati yang baik boleh dipedaya oleh aqal/logika. Iblis guna kelebihan logika/aqal untuk menipu Adam. Allah kata pada Adam, jangan hampiri pohon itu. Adam patuh pada ‘Freedom of No Choice’ … no choice but to obey Allah”

    Benarkah hati diperdayakan oleh logik (akal)? Mari kita lihat contoh mudah dalam kehidupan hari ini.

    Merokok membahayakan kesihatan. Ada logik2 menunjukkan merokok suatu yang memudaratkan. Malah ia membazirkan duit. Apabila seseorang yang sudah nampak merokok itu membahayakan kesihatan, tetapi dia sengaja nak merokok juga, apakah itu disebabkan logik atau disebabkan nafsunya?

    Kalau ikut logik, sudah pasti dia tahu yang merokok itu tidak baik dan dia akan meninggalkan tabiat merokak. Jadi, di sini kita nampak, yang tetap nak merokok itu bukan kerana diperdayakan oleh akal, tetapi kerana nafsunya.

    Begitulah perumpamaan kisah Adam itu. Allah sudah beritahu Adam bahawa pohon larangan itu akan menyebabkan dia menjadi zalim pada dirinya sendiri. Maknya Adam sendiri sudah tahu (nampak logik) mudarat perkara itu. Tetapi kelalaian dia menjaga keinginannya (hawa) itulah yang mendorong dia mendekati pohon larangan seperti seorang yang nak mencuba2 merokok walaupun pada kotak rokok itu ada kata amaran yang merokok itu membahayakan kesihatan.

    Sebab itulah kita kena hidup ikut rasional. Umpamanya bila ada orang nak ajak kita hisap dadah. Letakkan diri di tengah2, kemudian fikirkan apakah logik kesan daripada pengambilan dadah itu. Apakah ada kebaikan atau keburukan. Kemudian kuatkan hati (pendirian) agar tak terpengaruh dengan ajakan orang tersebut setelah kita nampak kesan mudarat menagih dadah.

    Sama juga bila ada orang ajak sembah berhala2 (objek yang dijadikan simbol kepada Tuhan). Kita sudah nampak keburukan menyekutukan Allah di mana mereka jadi orang2 yang malas dan lemah daya kreativitinya. Bila datang orang2 yang ajak kepada yang memudaratkan yang kita sudah nampak logiknya, kuatkan hati dan pendirian agar tidak terpengaruh.

    Pernah tak kita terfikir, kenapa hati anak2 Melayu kita mudah terpengaruh dengan ajakan kawan2nya yang suruh merokok, hisap dadah atau merempit? Itu menunjukkan jiwa mereka lemah. Mereka tiada sistem pertahankan diri yang kental walaupun kononnya Islam. Mereka mudah terdorong ikut hawa nafsu.

    Kalaulah anak2 Melayu itu jenis berfikir panjang, mencari logik untuk menilai buruk-baik sesuatu perkara, tidaklah mereka mudah diperdaya sampai menghisap najis dadah.

    Di sini kita nampak logik, kenapa Allah letakkan najis kepada orang2 yang tak menggunakan akal (10:100). Mereka yang tidak menggunakan akal itu mudah terpedaya dipengaruhi ajakan2 yang memudaratkan.

    Juang

    March 3, 2010 at 1:22 am

  161. Salam sahabat kalian,

    Saya tertarik dengan kenyataan saudara Irfan “Allah kata pada Adam, jangan hampiri pohon itu. Adam patuh pada ‘Freedom of No Choice’ … no choice but to obey Allah.”

    ..tetapi saya lebih percaya bahawa larangan itu tidak lain hanya merupakan pencetus kepada keingkaran Adam.. turunnya Adam ke bumi sebagai akibat dan larangan itu adalah sebab..jika tuhan itu melarang pohon lain..jika Allah itu melarang dengan larangan yang lain.. Adam tetap akan ingkarinya jua..kerana ultimately Adam itu sememangnya dicipta bukan untuk hidup di syurga tetapi sebagai khalifah di muka bumi..

    Allah melarang bukan dengan tujuan untuk melarang..
    apabila Allah melarang..secara tidak langsung Allah telah mencetus naluri ingin tahu nabi Adam.. dan kita tahu naluri manusia itu lagi dilarang..lagilah dibuat.. lebih-lebih lagi nabi adam yang baru sahaja dicipta..seakan anak kecil terlalu banyak persoalan..terlalu banyak yang ingin diexplore..Semua itu termasuk di dalam perancanganNya.. bukankan Allah itu maha merancang?

    Kembali kepada solaa.. izinkan saya bertanya lagi..

    jika solaa itu tidak bermaksud sembahyang ritual..tetapi kita lakukan juga dengan niat yang baik..memberikan kebaikan kepada diri, keluarga, masyarakat..adakah sembahyang itu dilarang? saya percaya sesetengah perkara itu walaupun tidak dinyatakan oleh Allah di dalam Al Quran tetapi baik untuk dilakukan..mengapa tidak? contohnya seperti berbincang secara berhemah di internet..

    troopze

    March 3, 2010 at 2:17 am

  162. TM menjawab:

    Pertama: tidak ada bukti Nabi Ibrahim pernah sampai ke Melakh. Allah telah menyatakan bahawa kaum Nabi tidak pernah menerima sebarang rasul dan Kitab sebelum beliau.

    Saudara Irfan,
    Sila beri bukti dari Quran yang menyatakan Ibrahim ke Mekah dan bina Kaabah. Ada kisah sejarah yang menyatakan bahawa Kaabah dibina oleh orang Yaman sebagai pusat menyembahan pada waktu itu, dan juga berfungsi sebagai pusat perniagaan yang menjana ekonomi Mekah pada waktu itu.

    Kedua: apakah jenis suami dan bapa jika benar Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya di tengah-tengah padang pasir yang kosong dan kontang?

    Pencipta memilih utusan-utusan beliau dari kalangan manusia yang sedia ada dengan sifat terpuji. Cerita Ibrahim meninggalkan isteri dipadang pasir datang daripada mana?

    Ketiga: Bagaimana batu hajar aswad boleh mendatangkan apa-apa kebaikan mahupun mudarat kepada kita?

    Sekali lagi, bagaimana batu hitam tersebut boleh mendatangkan kebaikan?

    Kami amat berbesar hati jika saudara dapat memberi jawapan kepada soalan-soalan ini terlebih dahulu, sebelum saudara pergi bercerita tentang hal yang lain.

    Tidak sukar untuk menjana apa yang ada dalam minda ke tangan untuk menekan papan kekunci jika kita faham dan tahu apa yang kita percaya.

    Masalah timbul jika kita percaya membuta tuli tanpa bertanya apa rasional atau logik apa yang dipelajari kerana selama ini kita diajar supaya jangan mempertikaikan apa yang diajar.

    muaddib

    March 3, 2010 at 2:48 am

  163. Salam,

    “troopze: .. dan kita tahu naluri manusia itu lagi dilarang..lagilah dibuat.. lebih-lebih lagi nabi adam yang baru sahaja dicipta..seakan anak kecil terlalu banyak persoalan..terlalu banyak yang ingin diexplore..Semua itu termasuk di dalam perancanganNya.. bukankan Allah itu maha merancang?”

    Saya setuju dengan pendapat saudara troopze. Manusia ada sifat degil, iaitu bila dilarang sesuatu, lagi mereka nak buat.

    41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

    Allah sudah larang sujud kepada matahari dan bulan, tetapi ada manusia yang degil pergi sujud pula ke patung, bangunan kotak atau busut.

    Ada yang berkata, “kami tak sembah bangunan kotak itu sebab ia duduk jauh sana”. Bukankah matahari dan bulan itu lagi2 jauh daripada bangunan kotak itu? Tetapi kenapa Allah kata “janganlah kamu sujud pada matahari dan bulan…”?

    Pada pandangan saya, jika manusia itu nak buat pergerakan membongkok atau menonggeng atas nama senaman, sudah pasti ia bukan membawa mudarat. Tetapi bila mereka berdusta mengatakan Allah suruh buat macam itu, dan sesiapa yang tidak buat macam itu dikatakan kafir, itu yang salahnya. Pada berdusta itu yang salahnya.

    Apakah kita anggap orang yang berdusta senang2 masuk syurga?

    Lagi satu, kenapa nak membongkok ke mengadap sesuatu objek? Ke mana arah kita membongkok, kesannya pada pinggang kita. Takde kaitan pun dengan arah sesuatu objek.

    Point penting yang saya belajar daripada blog TM ini, kita jangan berdusta atas nama Allah kononnya Allah suruh buat itu ini yang bila diperiksa dalam KitabNya, tiada pun ketetapan tersebut.

    29:17. Kamu hanya menyembah, selain daripada Allah, berhala-hala, dan kamu mencipta kedustaan; sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan sembahlah Dia, dan berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

    29:18. Tetapi, jika kamu mendustakan aku, umat-umat sebelum kamu telah mendustakan; dan hanyalah atas rasul untuk menyampaikan yang jelas.”

    Juang

    March 3, 2010 at 2:53 am

  164. Salam Sdr troopze,

    Subhanallah. Anda telah nampak siratan makna dari peristiwa Adam dan pohon larangan itu. Allahu khairul maakirin. Sungguh Dia-lah sebaik-baik perancang.

    Jibril a.s. membawa Adam as melihat keindahan Jannah dan kebesaran Allah. Adam diperlihatkan pelbagai makhluk dan jin yg melakukan ibadat. Ada yang baring, berdiri, tunduk, sujud, berpusing-pusing dan mcm-mcm lagi. Semuanya betasbih, bertahmid dan bertahlil ikut susuk masing-masing. Adam sangat terpegun, lalu minta diajar cara bersembahyang bagi dirinya pula.

    Jibril menunjukan kepada Adam satu cahaya yg sangat indah. Adam tanya Jibril siapakah dia itu? Jibril menjawab itulah Nur-Muhammad. Itulah cahaya yang menerangi qalbu kamu, wahai Adam.

    Begitulah muqadimmah asal usul solat dan rehasia sabda Rasul saw, “kuntu Nabiyyan wa adamu bayni-l-ma’i wa-t-tin”

    Allah Hu Ahad,
    RasulNya Muhammad.

    Irfan Muhammad

    March 3, 2010 at 2:54 am

  165. Salam..

    Benar.. Allahu khairul maakirin..

    Bab Jibril membawa Adam lawatan sambil belajar tu saya terima sekadar riwayat mistik penyedap minda sebelum tidur aje bang..lebih-lebih lagi bila dah melibatkan Nur-Muhammad and whatnot..

    ..boleh saudara Irfan bagi rujukan atau rujukan atas rujukan atas rujukan bagi cerita itu?.. saya hairan betullah daripada mana perkara-perkara macam tu orang boleh tahu.. dalam al quran tak de?.. kalau takat orang ngaku alim kata dia dapat ilham dari tuhan mintak maaf bang susah saya nak terima… saya pun ada macam-macam ilham jugak tapi takdela claim daripada tuhan.. lagi-lagi bila melibatkan perkara-perkara ghaib ni…

    ada benarnya jugak jika kita terus merujuk pada al quran bukankah al quran itu lengkap mudah sebagai petunjuk buat meneruskan hidup yang sejahtera di bumi ini?.. bila bukak kitab-kitab lain banyak betul benda-benda mistik yang tak entah iya atau tidak.. banyak sangat pikir pasal perkara-perkara itu terasa buang masa pulak.. kebenarannya tidak mungkin dapat dipastikan..

    troopze

    March 3, 2010 at 3:30 am

  166. Tak apa dik .. abang pun mcm tu juga dulu. Hinggalah abang mati selama 7-hari. Koma di IJN.

    Adik-adik ambil sajalah setakat yg mana boleh faham. Jangan paksa diri … semuanya ilmu akan datang berlapis-lapis. Siapkan hati, bersihkan minda dari sangkaan buruk. Jadi macam Jake Sully ….

    Bila tonton filem AVATAR anak-anak abang terpegun lihat efek CGI dan seronok sangat. Mereka tanya itu ini, tapi abang taknak lah bongkar dan dedah dan analisa cerita itu hingga ke akar umbi hingga meregut kegumbiraan mereka. Belum tiba masanya.

    Planet, bulan, matahari, super nova semua ikut giliran masing-masing. Begitulah juga kita yg baru mula nak belajar.

    Allah Hu Ahad
    RasulNya Muhammad

    Irfan Muhammad

    March 3, 2010 at 4:05 am

  167. Salam,

    6:93. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, “Kepada aku ia diwahyukan”; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, “Aku akan menurunkan yang serupa dengan apa yang Allah menurunkan”? Jika kamu dapat melihat ketika orang-orang yang zalim dalam kesengsaraan kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, “Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu mengatakan yang tidak benar terhadap Allah, dan menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.”

    Mengada-adakan dusta terhadap Allah adalah perbuatan yang zalim. Janganlah kerana nak merasakan kata2 kita itu dipercayai oleh orang lain, kita kata ia datang daripada Allah.

    Allah itu mengatakan yang hak sahaja. Sesuatu yang hak itu, ada logiknya sebagai bukti. Bukankah Keesaan Allah yang tak nampak itu pun boleh dibuktikan secara logik?

    Ramai manusia guna alasan “ghaib” untuk membuat ajaran2 berunsur mistik. Mereka tidak mampu bawakan bukti logik, melainkan suruh orang lain percaya kepada mereka sebab mereka ada status di mata masyarakat.

    Begitulah mereka mengada-adakan amalan ritual dengan hujah yang kabur dan persangkaan sahaja.

    Juang

    March 3, 2010 at 4:08 am

  168. troopze bertanya:

    ..boleh saudara Irfan bagi rujukan atau rujukan atas rujukan atas rujukan bagi cerita itu?..

    Irwan Muhammad menjawab:

    “Tak apa dik .. abang pun mcm tu juga dulu. Hinggalah abang mati selama 7-hari. Koma di IJN.

    Adik-adik ambil sajalah setakat yg mana boleh faham. Jangan paksa diri … semuanya ilmu akan datang berlapis-lapis. Siapkan hati, bersihkan minda dari sangkaan buruk. Jadi macam Jake Sully”

    saudara Irwan,

    troopze hanya bertanya dari mana sumber rujukan. samada troopze faham atau tidak ianya isu yang berlainan. apa kata saudara berikan sahaja rujukkan tersebut, surah mana dan ayat yang keberapa.

    janganlah bersangka yang saudara troopze sama seperti saudara irwan sendiri yang mungkin memerlukan masa yang lama, koma, pengsan, atau tidur untuk hanya dapat memahami sesuatu perkara.

    muaddib

    March 3, 2010 at 7:19 am

  169. Salam,

    6:31. Sungguh rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah, sehingga apabila Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata, “Aduhai, menyesalnya kami, bahawa kami melalaikannya!” Di atas punggung mereka, mereka memikul beban mereka; alangkah buruknya apa yang mereka pikul!

    Sikap orang2 yang berdusta, sudah terhantuk barulah nak tergadah. Sementara sihat, mereka tidak mahu beringat untuk memahami. Dah mati barulah mereka nak menyesal.

    34:31. Orang-orang yang tidak percaya berkata, “Kami tidak akan mempercayai al-Qur’an ini, dan tidak juga pada yang sebelumnya.” Dan, jika kamu dapat melihat ketika orang-orang yang zalim diberhentikan di hadapan Pemelihara mereka, berbalas-balas ucapan antara sebahagian mereka dan sebahagian yang lain! Orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri, “Kalau tidak kerana kamu, tentu kami menjadi orang-orang mukmin.”

    34:32. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang hina, “Apa, adakah kami menghalangi kamu daripada petunjuk setelah ia datang kepada kamu? Tidak, bahkan kamulah orang-orang yang berdosa.”

    34:33. Dan orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri, “Tidak, tetapi tipu daya malam dan siang, apabila kamu menyuruh kami supaya tidak percaya kepada Allah, dan untuk mengadakan rakan-rakan bagi-Nya.” Mereka merahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab; dan Kami meletakkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang tidak percaya; tidakkah mereka dibalas melainkan apa yang mereka telah buat?”

    Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

    Juang

    March 3, 2010 at 7:52 am

  170. Saudara Irfan – “Adik-adik ambil sajalah setakat yg mana boleh faham. Jangan paksa diri … semuanya ilmu akan datang berlapis-lapis. Siapkan hati, bersihkan minda dari sangkaan buruk. Jadi macam Jake Sully ….”

    Ehh..takkan saya nak main ambil aje sesuatu perkara tanpa usul periksa? mestilah kaji, buat cross reference periksa sumber-sumbernya dulu sebelum buat keputusan samada nak terima atau tidak.. sebagai berbaik sangka saya percaya saudara Irfan juga begitu..

    ..tapi memang cam tulah.. saya peratikan bila kat surau depan rumah..bila ceramah.. para audience masing-masing terangguk-angguk bila ustaz kat depan bercakap walaupun kadang-kadang uztaz tu merepek meraban..keluar dari tajuk hampir sepanjang penceramahannya.. kemudian bila dah selesai.. masing-masing berborak mengulang-ngulang semula bab merepek itu..mengiakan kesemua perkataan ustaz tersebut tadi..

    tak dengar ceramah..surau depan rumah..bila dengar rasa macam buang masa pulak.. baik lepak rumah tengok discovery channel..

    mintak maaf bang.. saya tak nak jadi macam tu.. sekarang ni saya dah berjinak-jinak bukak terjemahan al quran.. saya buka http://www.openburqan.net ada 25 terjemahan..bagus betul.. sekarang bukan alasan untuk kata kita tak boleh faham al quran..

    selama ini saya main dengar aje..mengaji tapi tak faham sepatah haram apa yang saya ngajikan.. mengiayakan saja apa kata ustaz..sekarang saya bukan rasa makin pandai tapi makin bodoh..dan diperbodohkan..

    mulai sekarang saya ingin lebih terbuka.. mengunyah semua pendapat perlahan-lahan dan telan selepas benar-benar hadam..

    troopze

    March 4, 2010 at 3:24 am

  171. assalamualaikum

    Jika saya katakan,otak anda seperti batu geliga,tetiba seorang india menyampuk,.betol2, ini orang otak manyak keras macam itu batu,cakap apa macam pun dia talak dengar.,apakah yg akan anda katakan padanya?..,

    1 perlu di+ 1 untuk mendapatkan =2
    jika di+ dgn yg tidak sesuai tentu hasilnya berbeza atau tidak seperti yg dikehendaki,dan jelas ianya akan ditolak oleh logik akal..,
    adakah patut kami menidakkan kata2 ulama yg memang telah dikenali dan di akui kebenaran mereka.,dan mngikuti anda yg tidak diketahui asal usul dan tidak memahami bahasa arab ini…,

    saya hairan kenapa anda meninggalkan ayat2 asal(yg berbahasa arab)didalam tafsir2 anda,adalah tidak mustahil jika saya katakan anda sedang mengulang cara kaum yahudi mengubah isi kandungan injil,dengan meninggalkan ayat2 asal dalam karangan2 anda supaya penganut2 baru tidak menjumpai kecacatan dalam hujah2 anda..,

    dan apa yang pasti,ajaran yg anda bawa menyerupai apa yg dibawa oleh rasul palsu(melayu)yg telah ditangkap,(maaf saya lupa namanya)yg dgn jelas telah memesongkan kandungan alquran..,NAUZUBILLAH

    jika benar apa yg saya katakan,BERTAUBATLAH,sedarlah,anda tidak akan mampu mengubah ketentuan ALLAH…dan ALLAH ta’ala itu maha mengetahui

    shah

    March 6, 2010 at 1:16 pm

  172. Sdr Shah, beberapa tahun dulu semasa otak saya lembut macam jelly (bukan KY Jelly) sayalah orang yang paling taksub sekali kepada ajaran-ajaran ulamak.

    Mereka mengajar saya supaya beriman kepada “Hadith” selain dari Al Quran. Saya pun bertanya, apa kah ini perintah dari Allah? Mereka kata ya.

    Saya bertanya: Di mana boleh saya belajar “Hadith-Hadith” ini?

    Mereka menjawab: Dari kitab-kitab yang ditulis oleh imam-imam mukhtabar seperti imam Bukhari dan Muslim untuk orang-orang bermazhab Sunnah Wal Jumaah.

    Saya tanya lagi – mana perintah Allah dalam Al Quran menyuruh saya beriman kepada ajaran-ajaran ini?

    Mereka jawab: Ada….. dalam Quran banyak kali Allah kata: “Wa-ati-ullah – wa-ati-ulrasul” atau “Taat lah Allah dan Taat lah Rasul”.

    Saya pun bertanya lagi: Kalau Al Quran kata “Taat Allah dan Taat Rasul” – siapa rasul kita?

    Mereka menjawab: Muhammad.

    Saya bertanya lagi: Kalau Muhammad rasul kita – Tok Imam tak boleh bezakah siapa rasul dan siapa bukan rasul kita? Bila masa imam Bukhari dan imam Muslim jadi rasul-rasul Allah?

    Pada ketika itu terus dia menjerit:-

    “Jika saya katakan,otak anda seperti batu geliga,tetiba seorang india menyampuk,.betol2, ini orang otak manyak keras macam itu batu,cakap apa macam pun dia talak dengar.,apakah yg akan anda katakan padanya?..,”

    Jadi, saya pun tinggal Tok Imam itu dan tak mahu berkata apa-apa.

    Saya akan tulis pengalaman saya dengan ulamak-ulamak pada masa-masa akan datang.

    Gunumaro

    March 6, 2010 at 6:12 pm

  173. Salam Gunumaro,

    Begitulah sifat2 orang yang perasan dia betul dengan mengikut ajaran tradisi mereka.

    Mereka tidak boleh berhujah dengan tenang dan matang. Pasti mereka akan naik darah bila saudara berjaya memerangkap kata-kata mereka. Tahniah untuk saudara.

    Sebab itu perbincangan pasal Al Quran sesuai dibuat di dalam internet sebegini. Setiap kata-kata boleh dirakam untuk menjadi penilaian semua orang yang mahu menggunakan akal. Kita boleh menilai tahap kematangan hujah.

    Dan satu yang saya nampak jelas, mereka yang tidak setuju dengan saudara TM tidak dapat bawakan hujah baik dari segi rasional mahu pun ayat2 Al Quran untuk menunjukkan di mana silapnya TM dan di mana benarnya mereka. Yang mereka mampu hanyalah untuk mengejek2 sahaja apatah lagi bila mereka kehabisan hujah. Makin terserlah persamaan mereka dengan perangai kaum2 musyrik di zaman Nabi dahulu.

    Juang

    March 7, 2010 at 12:36 am

  174. Bukanlah kita nak katakan semua yang saudara TM coretkan itu adalah betul. Tetapi kalau kita tak bersetuju pun, bawalah hujah2 yang kukuh untuk semua pembaca di sini belajar dan menilai mana yang paling baik. Kalau setakat merapu meraban entah ke mana, macam mana kita nak nampak mereka orang-orang yang benar?

    Nak mengaku diri itu benar, semua orang boleh cakap. Nak bawa bukti2 yang benar itulah yang susahnya.

    Matangkanlah diri itu. Umur sudah semakin lanjut. Kubur sudah memanggil pergi. Takkanlah nak matang berhujah pun tak tahu2 lagi?

    Juang

    March 7, 2010 at 12:40 am

  175. saya lihat ada kalangan yg agak sombong, tak perlulah saya namakan siapa mereka itu, yg tak selaras dgn hasrat orang yg mahu belajar – tapi lebih kepada keinginan menunjuk-nunjuk hasil dari usaha mereka mengkaji Quran. tak manislah gitu bang!

    golongan ini agak keras dan ada unsur militan dlm approach dan perspektif mereka dlm menjulang Quran sebagai pedoman. menuduh orang yg tak sealiran mereka sebagai penyembah berhala kaabah dll.

    saya khuatir, apa yg mereka kemukakan, walaupun ayat Quran, namun hanyalah pengisian maksud yg terbatas kepada pemikiran mereka sahaja.

    jangan lupa, orang kafir juga boleh mentafsir Quran. apa bezanya hero-hero kat sini dengan mereka itu?

    Qistina

    March 7, 2010 at 5:04 am

  176. Salam Qistina,

    Jika saudari bukan orang yang tunjuk sombong, bawalah hujah saudari nak menunjukkan apa yang tidak benar daripada orang2 yang saudari kata sombong itu. Dan apa yang benar daripada saudari pula.

    Nak mengatakan orang itu dan ini sombong, semua orang boleh cakap. Nabi Nuh dahulu pun dituduh sombong semata-mata mengatakan amalan menyembah berhala kaumnya itu salah.

    Jika saudari berhujah kosong, apa bezanya saudari dengan penyembah berhala zaman Nabi Nuh itu yang marah bila baginda menyampaikan peringatan pasal kesalahan menyembah berhala itu?

    p/s: Harap2 tidak ada yang tersinggung. Kita di sini nak mengambil pelajaran Al Quran yang mengandungi kisah para Nabi dan para penyembah berhala terdahulu.

    Juang

    March 7, 2010 at 5:31 am

  177. mereka itu, seolah-olah mahu dunia tahu bhw mereka telah mengkaji Quran. tak seperti org Islam lain yg hanya kononnya jadi pak turut yg taklid buta kpd ulama dan mujtahid.

    mereka itu, menunjuk-nunjuk kebolehan mereka membaca Quran dan faham isi kandungannya, tak seperti org lain yg kononnya hafal bacaan arabik dan tak tahu erti bacaan ketika mengerjakan solat dan ibadat lain.

    mereka itu, adalah manusia hebat yg pragmatist, yg melakukan R&D secara 24/7 terhadap makna Quran, tanpa perlu merujuk sunnah dan hadith.

    mereka itu, kononnya adalah pemuka sains Quran yg setia dengan Quran, sehinggakan kedudukan mereka terangkat [ sendiri angkat ] mengatasi ilmu para ulama yg mengkaji tafsir Quran lebih dari 1000 tahun

    mereka itu, perasaan takjub diri mereka meluap-luap hinggakan perasan mereka di maqam yg tinggi sehingga mampu membuat penilaian ke atas diri rasulullah Muhammad saw.

    mereka itu, suka mencabar-cabar, suka berdebat untuk memenangkan diri. mungkin musibah dari penyakit hati yg sukar dikawal.

    mereka itu, orang buta lagi sesat yg dibimbing Iblis utk menilai Quran. apa ada beza mereka ini dgn orang kafir?

    Qistina

    March 7, 2010 at 5:40 am

  178. Asalamualaikum

    saya ulangi..,

    jika saya katakan otak anda seperti batu geliga,,
    tetiba seorang india menyampuk.,’betol2,ini orang otak banyak keras macam itu batu,cakap apa macam pun dia talak dengar”.,,
    APAKAH YG AKAN ANDA KATAKAN PADANYA(orang india tadi)

    bagaimana kami boleh percaya dengan tafsir2 kalian sedangkan kata2 saya yg mudah ini pun anda tidak dapat fahami

    sila hadirkan ayat2 asal alquran(yg berbahasa arab),jika kalian orang yg benar.,
    kemudian kita berhujah mengikut nahu dan sorof,dan istilah2 mereka,bukan seperti india yg menyampuk kata2 saya tadi,INSYAALLAH

    shah

    March 7, 2010 at 5:57 am

  179. Salam,

    “shah: bagaimana kami boleh percaya dengan tafsir2 kalian sedangkan kata2 saya yg mudah ini pun anda tidak dapat fahami”

    Dan bagaimana kami nak percaya kepada tafsir2 saudara pegang sedangkan orang-orang seperti saudara datang sini tanpa mampu tunjukkan di mana tidak betulnya coretan saudara TM itu? (seperti datangnya india menyampuk)

    Orang yang matang mindanya, jika dia melihat coretan orang lain itu tidak betul, dia akan bawa bukti-bukti untuk tunjukkan di mana tidak betulnya coretan saudara TM dan apa bukti yang betulnya daripada mereka.

    Barulah orang lain boleh belajar sama.

    Juang

    March 7, 2010 at 7:42 am

  180. Sepanjang pemerhatian saya sejak saudara TM buka blog ini, kebanyakan yang tidak bersetuju dengan beliau tidak mampu quotekan mana hujah2 beliau yang tak betul dan apa yang betul daripada mereka. Kebanyakannya mereka tulis secara umum meraban entah ke mana.

    Cubalah pick-up point2 saudara TM itu satu-persatu, dan tunjukkan di mana salahnya, kenapa ia dikatakan salah dan apa pula betulnya. Kan senang nak berbincang macam itu? Pembaca lain pun boleh buat penilaian di antara hujah TM dan hujah yang menolaknya.

    Umur sudah lanjut, nak berhujah dengan matang pun tak tahu-tahu lagi. Apa punya manusia entah.

    Juang

    March 7, 2010 at 7:47 am

  181. Cuba kita renungi senario seorang tokoh negara yang dikaitkan dengan pertuduhan meliwat. Bagi menafikan perbuatan itu, pihak yang membelanya bukannya nak bawa bukti-bukti yang orang itu tidak melakukan perbuata tersebut, tetapi mereka cuba buruk-burukkan kerajaan.

    Jika kita meletakkan diri kita ditengah-tengah, kita hanya nak tahu apa bukti daripada pihak pendakwa dan apa bukti daripada pihak tertuduh. Kemudian daripada bukti itulah kita buat kesimpulan.

    Begitulah yang kita boleh nampak daripada blog TM kalau kita letakkan diri kita di tengah2 tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

    TM telah membawa bukti-bukti (Al Quran) yang beliau ada untuk mendakwa solat adalah komitmen. Pihak yang membangkang pula sepatutnya bawalah bukti menunjukkan solat adalah amalan sembahan ritual. Baru kita boleh menilai dengan adil.

    Kalau nak merapu dan meraban tak tentu pasal, lagi-lagilah hujah TM dilihat benar. Macam perangai kaum musyrik terdahulu, untuk buktikan Rasul mereka salah, mereka kata “inilah sihir yang nyata”. Mereka ingat setakat cakap menghukum macam itu, semua orang nak percaya ke? Orang-orang tiada akal sahaja percaya cakap-cakap kosong macam itu.

    Juang

    March 7, 2010 at 8:22 am

  182. Seorang pak guard yg bekerja shift malam telah dipanggil oleh majikan kerana didapati tidur di waktu kerja.

    Apabila disoal, pak guard tu dgn sombong menjawab:

    6:96 “Dia menyebabkan matahari terbit dan Dia telah menjadikan malam untuk berehat…”

    10:67 “Dia yang telah menjadikan untukmu malam supaya kamu boleh berehat di dalamnya…”

    27:86 “Tidakkah mereka memikirkan yang Kami telah menjadikan malam supaya mereka boleh berehat di dalamnya…”

    Agak-agak tuan, apalah respon majikan dia nanti?

    Sewel ke hapa mamat nih 🙂

    Sisters In Islam

    March 7, 2010 at 8:30 am

  183. Salam,

    Semasa majikan itu interview mamat tersebut untuk diambil bekerja, sudah pasti majikan itu akan bertanya “sanggupkah awak bekerja malam?”. Dan sebagai orang yang tahu komitmennya sebagai pak guard, dia kena sanggup bekerja malam. Kalau tak sanggup, sudah pasti majikan itu tidak ambil dia bekerja.

    Bila dia sudah ambil perjanjian dengan majikan tersebut, apa ke halnya dia nak bawa ayat Al Quran untuk membenarkan hujah dia boleh tidur malan pada waktu bekerja?

    Kalau nak tidur malam, carilah kerja yang tidak memerlukan dia berjaga pada waktu malam. Dan apa guna majikan itu ambil pak guard kalau untuk tidur malam? Serupa macam takde pak guard?

    🙂

    Juang

    March 7, 2010 at 9:09 am

  184. sila hadirkan ayat2 asal alquran(yg berbahasa arab),jika kalian orang yg benar.,
    kemudian kita berhujah mengikut nahu dan sorof,dan istilah2 mereka,bukan seperti india yg menyampuk kata2 saya tadi,INSYAALLAH

    Shah/TM,
    Maaf keluar tajuk, tapi kalau tuan rumah TM izinkan mari bincangkan disini. TM harap izinkan. Atau pun Shah tolong jawabkan bawah tajuk kaabah=bukulali diluar sana.

    Saya berminat mendengar, kaji dan pertimbangkan hujah Shah, pasal ayat mengenai kaabah=buku lali. Lebih lebih lagi pasal ayat yang berbunyi, “hadyan baligha alkaAAbati” dalam ayat 5:95?

    Shah, tolong buktikan pada saya/pembaca bahawa “kaabah” tu banggunan 4 segi berkelubung kain hitam dan bukan buku lali seperti yang TM faktakan/wartakan —– ayat ayat 5:6, 5:95 dan 5:97 dalam topik kaabah yang kat luar tu. Tolong patahkan hujah TM.

    OK. Saya hadhirkan ayat ayat berikut;

    5:6: “Ya ayyuha allatheena amanoo itha qumtum ila alssalati faighsiloo wujoohakum waaydiyakum ila almarafiqi waimsahoo biruoosikum waarjulakum ila alkaAAbayni wa-in kuntum junuban faittahharoo wa-in kuntum marda aw AAala safarin aw jaa ahadun minkum mina algha-iti aw lamastumu alnnisaa falam tajidoo maan fatayammamoo saAAeedan tayyiban faimsahoo biwujoohikum waaydeekum minhu ma yureedu Allahu liyajAAala AAalaykum min harajin walakin yureedu liyutahhirakum waliyutimma niAAmatahu AAalaykum laAAallakum tashkuroona”

    5:95 “Ya ayyuha allatheena amanoo la taqtuloo alssayda waantum hurumun waman qatalahu minkum mutaAAammidan fajazaon mithlu ma qatala mina alnnaAAami yahkumu bihi thawa AAadlin minkum hadyan baligha alkaAAbati aw kaffaratun taAAamu masakeena aw AAadlu thalika siyaman liyathooqa wabala amrihi AAafa Allahu AAamma salafa waman AAada fayantaqimu Allahu minhu waAllahu AAazeezun thoo intiqamin”

    5:97 “JaAAala Allahu alkaAAbata albayta alharama qiyaman lilnnasi waalshshahra alharama waalhadya waalqala-ida thalika litaAAlamoo anna Allaha yaAAlamu ma fee alssamawati wama fee al-ardi waanna Allaha bikulli shay-in AAaleemun”

    Sementara menunggu jawapan dari Shah, pendirian saya ialah maksud kaabah dalam quran adalah bukulali. Apa apapun saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kaseh.

    Silakan, Shah.

    Aduh....

    March 7, 2010 at 9:30 am

  185. Salam,

    Saya harap Qistina, Syah, Cegu Pelatih dan lain-lain yang tidak setuju dengan apa-apa yang diutarakan di blog ini supaya membuat pencerahan menurut kaedah-kaedah yang tuan/puan semua gunapakai.

    Mulakan dengan permintaan tuan Aduh supaya tuan/puan buktikan perkataan kaabah dalam Al-Quran bukan bermaksud buku lali. Cuma ada 3 ayat yang mengandungi perkataan itu di dalam Al-Quran, jadi tidaklah susah sangat.

    tolokminda

    March 7, 2010 at 10:16 am

  186. Salam,

    Salam Juang,

    Betul kate sdr Juang tuh, kalu dikatakan siang utk aktif itu bukan bermakna tak boleh aktif diwaktu malam…

    [34:18] Dan Kami menjadikan diantara mereka dan komuniti-komuniti yang Kami memberkati didalamnya komuniti-kominuti yang kelihatan, dan Kami menentukan perjalanan diantaranya: “Berjalanlah kamu diantaranya malam dan siang hari dengan aman.”

    Jebon

    March 7, 2010 at 10:40 am

  187. Salam,

    Ya. Saya ternanti-nanti juga kaedah-kaedah mereka pakai itu yang saya kira sudah berapa ratus tahun diwujudkan dan sudah berapa ratus ribu para imam dan syeikh pakai akan berupaya mematahkan kaedah saudara TM yang baru beberapa bulan wujud di internet ini.

    Saya tak nak jadi penurut membuta-tuli TM. 🙂

    Juang

    March 7, 2010 at 10:40 am

  188. Salam Jebon,

    Bak kata Tun M dalam blognya, andaikata para penjenayah menghormati waktu Allah tetapkan itu untuk berehat di waktu malam, dan hanya beraktiviti di waktu siang (ikut waktu pejabat), tidaklah polis dan pak guard sampai kena kerja malam.

    Tapi ada ke penjenayah yang menghormati waktu Allah tetapkan itu? Kalau mereka hormati Allah, tidaklah mereka jadi penjenayah kan? 🙂

    Juang

    March 7, 2010 at 10:45 am

  189. Salam,

    Tentang waktu malam untuk berehat. Saya pun hairan apa yang cuba dipertikaikan oleh Sisters In Islam. Bukankah saya cuma mengemukakan ayat-ayat Tuhan yang menyifatkan waktu malam itu sebagai waktu untuk berehat? Dan jika kita fahami betul-betul ayat-ayat berkenaan sebenarnya bersifat umum dan bukan suatu ketetapan atau peraturan khusus. Dan saya menggunakan ayat-ayat berkenaan untuk membuktikan pendapat saya bahawa Tuhan membahagikan satu hari kepada 4 bahagian. Itu saja. Saya tidak kata Tuhan perintahkan supaya kita mesti tidur pada waktu malam. Dan saya percaya Tuhan sememangnya tidak bermaksud demikian dengan ayat-ayat berkenaan. Tetapi secara umumnya,memang benar waktu malam adalah bila mana majoriti manusia meluangkan masa mereka untuk berehat dan tidur.

    tolokminda

    March 7, 2010 at 11:00 am

  190. cerita pak guard & majikan.

    1. makna ayat tu betul
    2. aplikasi ayat tak betul
    3. pak guard tu kafir nepal
    4. dia cari hujah dgn Quran
    5. dia nampak peluang, dia tibai
    6. memang ada orang macam ni. dlm blog ni.

    🙂

    pak guard

    March 7, 2010 at 12:24 pm

  191. Salam TM,

    Bayangkan ayat Al Quran yang dibawakan pun mereka maksudkan perintah khusus, apakah lagi sesuatu perkara yang tidak ada dalam Al Quran tetapi mereka jadikan perintah khusus umpamanya menyembah berhala itu.

    Tidak tidak hairan perangai orang begitu. Dalam dunia ini ramai.

    🙂

    Juang

    March 7, 2010 at 12:36 pm

  192. Salam,

    Kadang-kadang saya tersenyum dengan perangai kebudak-budakan pihak yang tidak bersetuju dengan saudara TM. Ada yang kaitkan beliau dengan Rashad Khalifa-lah, Kassim Ahmad-lah dan terbaru dengan Rasul Melayu-lah. Bukannya mereka nak bawa hujah untuk menunjukkan di mana tak betulnya pemahaman Al Quran yang saudara TM huraikan selama ini.

    Mujurlah tiada yang kaitkan saudara TM dengan Ayah Pin. Maklumlah ajaran Ayah Pin mengajar pengikutnya kena kelilingi (tawaf) objek berupa teko besar itu. Mungkin mereka rasa ajaran Ayah Pin itu sama macam mereka kot.

    🙂

    Juang

    March 7, 2010 at 2:53 pm

  193. Tatacara berhujah:

    HUJAH (pembuktian kesalahan) hendaklah diumumkan dengan maklumat2nya. Maka sesiapa di dalam mengenakan HUJAH(pembuktian kesalahan2), maka janganlah berperangai tak senonoh dan jangan berlengah2 dan janganlah bergaduh2 dalam berHUJAH (membuktian kesalahan). Dan apa2 kerja kebaikan Allah maha mengetahui. Dan saralah(org yg ditahan), maka sesungguhnya peruntukan yang baik adalah taqwa (taat). Dan taqwa (taat) kepadaKu adalah yang terbaik wahai orang2 yg berfikir.

    Tidak bersalah ke atas kamu ingin kedudukan yang baik dari Tuhanmu. Maka jika kamu berselerak/berterabur dalam memahami, maka ingatlah Allah dengan rasa bersalah. Dan ingatlah DIA yang telah memberi petunjuk padamu , dan kamu dulunya adalah sesat.

    Kemudian(dalam mengingati DIA) alirkanlah dari mana curahan perasaanmu terbuai dan mohon ampunlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu pengampun, pengasih

    Puteri

    March 7, 2010 at 4:45 pm

  194. assalamualaikum

    berkenaan dgn ka’ba.,
    jika dilihat pada ejaan sama..,,KAF,AIN,BA..,

    jika dibaca dgn dimatikan huruf ain(KA’BA) akn membawa maksud buku lali dan didalam ayat 5;6,dibaca dengan AL KA’ BAI NI.,penambahan ya dan nun merujuk pada sepasang atau 2,
    bebalik pada ayat tadi terbukti ia merujuk pada anggota badan yg perlu disucikan sebelum kita menunaikan solat seperti apa yg dilakukan umat islam..,

    dan jika dibaca dengan disabdukan ain(KA’A BA) akan bermaksud berbentuk kubus atau bersegi,dan bahasa sains menyebutnya sebagai kiub(di ciplak dari bahasa arab).,dinamakah sebagai ka’bah dgn penambahan ta bulat,mungkin untuk membezakannya dari kiub2 lain,sehingga kini jika disebut ka’bah kita akn tahu apa yg dimaksudkan adalah bangunan berbentuk empat segi yg terletak di mekah,dan itulah kehendak ALLAH..,
    berbalik pd ayat 5;95, jelas menunjuk pd tempat,dimana sesiapa yg melanggar larangan ihram perlu membawa hewan korban ke ka’bah..,
    dan pd ayat 5;97, ka’bah disebut sebagai rumah suci tempat manusia berhimpun,dan jelas ia merujuk pd tempat..,
    dan inilah kehendak ALLAH.,sebenarnya ka’ba jika ditambah ta bulat tidak akan membawa apa apa maksud kecuali ka’bah,bangunan 4segi yg terdapat di mekah,WALLAHHUALAM…,

    shah

    March 7, 2010 at 7:01 pm

  195. berkenaan dgn komitmen.,
    berasal dari bahasa inggeris.,bermaksud bersungguh2 dalam mencapai matlamat.,merujuk pada sifat seseorang..,

    solat pula merujuk pada nama perbuatan,seperti zakat dan haji dan membaca alquran dan berpuasa dan berniaga..,

    sebenarnya tulisan arab asal tidak mempunyai baris,,dan ianya hanya dapat dibaca dengan memahami nahu dan sorof,,jika solat di maksudkn sebagai sifat,maka sebutannya akan bertukar dan jelas ia bukan lagi firman ALLAH…..,NAUZUBILLAH…,

    shah

    March 7, 2010 at 7:31 pm

  196. Salam Shah,

    Terima kasih kerana membawa pendapat saudara dan apa yang saudara telah diajar tentangnya.

    Bagaimana pula dengan perkataaan “baligh” yang dikaitkan dengan “kaabah” dalam ayat 5:95? Kalau buku lali, logiklah ia akan mengalami proses kematangan (baligh) sebab ia makhluk Allah yang bernyawa, tetapi bangunan kotak itu bukannya bernyawa?

    Yang memberi nyawa kepada sesuatu makhluk itu adalah atas Kehendak Allah. Jadi buku lali lagi dilihat sebagai Kehendak Allah.

    Harap saudara dapat berikan lagi pencerahan.

    Juang

    March 8, 2010 at 12:37 am

  197. maaf sebenarnya akan lebih mudah difahami jika menggunakan huruf jawi,tetapi saya kekurangan disitu,maaf……,

    baligh yg anda maksudkan dieja dgn BA,LAM,GHEN.,dan bermaksud sampai.,didalam ayat tersebut ia menunjuk pada ka’bah..,
    dan untuk mendapatkan maksud cukup umur perlu dieja begini,BA,ALIF,LAM,GHEN,samakan sebutannya.,

    sebenarnya didalam bahasa melayu banyak istilah2 yg diambil terus dari bahasa2 lain sehingga kita sendiri menjadi ragu atas maksud sebenar perkataan itu sendiri..,
    dan saya harap tuan2 dapat mempelajari bahasa arab dengan fasih sebelum meneruskan kerja2 tuan ini,ia amat penting dan sangat penting agar tidak terkhilaf lagi.,,

    anda telah banyak melakukan kesalahan,bagaimana jika ada pembaca2 yg menjadikan tafsir2 anda ini sebagai pegangan,ingat!,anda yg akan dipertanggungjawabkan disana nanti.,NAUZUBILLAH…,

    mohonlah keampunan dari ALLAH,DIA maha pengampun lagi maha mengetahui,semoga kita semua medapat petunjuk dariNYA,INSYAALLAH……..,

    sekian,assalamualaikum…………….,

    shah

    March 8, 2010 at 2:41 am

  198. Salam,

    Terima kasih Shah. Sekarang ini mengikut pengetahuan Shah, perkataan “baligh” itu dimaksudkan adalah “sampai”.

    Kalau pada ayat 5:6, “ila alkaAAbayni” ia menggunakan perkataaan “ila” yang dimaksudkan sampai ke buku lali juga.

    Jadi saya nampak ada perbezaan di sini. Namun, semua orang boleh kata bahasa Arab itu luas. Oleh itu, saya serahkan pada yang pakar2 lain.

    Cuma pada pendapat peribadi saya berdasarkan kisah Nabi Ibrahim melarang kaumnya menyembah binaan manusia, maksud kaabah sebagai buku lali lagi menjauhkan saya daripada menyembah mana2 binaan.

    Seperti yang kita tahu, dosa menyekutukan Allah tidak akan diampunkan.

    Juang

    March 8, 2010 at 3:21 am

  199. Shah tulis;
    >>>baligh yg anda maksudkan dieja dgn BA,LAM,GHEN.,dan bermaksud sampai.,didalam ayat tersebut ia menunjuk pada ka’bah..,
    dan untuk mendapatkan maksud cukup umur perlu dieja begini,BA,ALIF,LAM,GHEN,samakan sebutannya.,

    INI TIDAK BENAR. DUSTA.
    Shah, anda cuai atau tak tahu?
    kalau tak tahu cakap tak tahu. tolonglah.

    rujuk ayat 24:59

    24:59

    وَإِذا بَلَغَ الأَطفٰلُ مِنكُمُ
    الحُلُمَ فَليَستَـٔذِنوا كَمَا
    استَـٔذَنَ الَّذينَ مِن قَبلِهِم ۚ
    كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُم
    ءايٰتِهِ ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ حَكيمٌ

    Malay translation
    ______________________________

    Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka
    hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang
    telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah
    Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-
    hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    Ba lam gen = cukup umur. bukan ba alif lam ghen.

    Saya akan kembali.

    Aduh....

    March 8, 2010 at 3:28 am

  200. maaf didalam ayat tersebut juga bermaksud sampai,
    begini,’dan apabila telah sampai anak2 dari kalangan kamu bermimpi basah(baligh)istilah dalam ilmu fikh)…,
    sekali lagi di ingatkan anda perlu pelajari nahu dan sorof untuk memahami bahasa arab…….,

    sekian…..,

    shah

    March 8, 2010 at 3:46 am

  201. Salam,

    “Shah: untuk mendapatkan maksud cukup umur perlu dieja begini,BA,ALIF,LAM,GHEN,samakan sebutannya”

    Saya sudah semak tulisan Arab pasal perkataan “baligh” dalam ayat 5:95 dan 24:59, kedua2 ayat ini tulis BA,LAM,GHEN.

    Jika saya ikut kata2 saudara shah sendiri yang saya quote itu, maka saya tidak akan dapat maksud “cukup umur” dalam ayat 24:59 sebab tidak wujud tulisan yang dieja BA, ALIF, LAM, GHEN seperti yang dia katakan itu.

    Saya tak beranilah nak hukum saudara Shah pendusta. Saya serahkan kepada Allah. Saya anggap dia terkilaf masa menulis yang pertama tu.

    Apa-apalah, mari kita belajar lagi.

    Puji-pujian bagi Allah.

    Juang

    March 8, 2010 at 4:29 am

  202. Salam,

    “Shah: dan apabila telah sampai anak2 dari kalangan kamu bermimpi basah(baligh)istilah dalam ilmu fikh)…”

    Setahu saya, orang lelaki sahaja mudah dapat mimpi basah. Saya ada bertanya pada seorang wanita tentang pengalaman mimpi basahnya, dia kata dia tidak pernah dapat mimpi itu. Takkanlah umur dah lebih suku abad umur wanita itu, dia tak baligh2 lagi?

    Jadi ayat 24:59 itu ada macam tak kena kalau dilihat dari sudut fikh (daripada kacamata saudara Shah) kerana ayat itu tidak spesifikkan anak lelaki ke perempuan.

    Jika dalam ilmu ejaan Arab, memang saya susah nak pertikaikan sebab saya tak belajar bahasa Arab. Tetapi bila sesuatu yang melibatkan perihal diri manusia, saya akan pilih yang lebih logik dan rasional.

    Juang

    March 8, 2010 at 4:49 am

  203. Salam,

    Jika kita fikirkan ayat 24:59 itu, adalah lebih mudah para ibubapa nak menilai sama ada anak2nya sudah baligh atau tidak, dengan melihat dari segi kematangan minda anak-anaknya berbanding memeriksa anaknya sudah mimpi basah ke belum.

    Seingat saya tidak pernah ibubapa saya bertanya sama ada saya sudah mengalami mimpi basah ke belum dahulu. Apatah lagi perkara tersebut agak memalukan untuk ditanya.

    Jadi, melihat dari segi praktikalnya, baligh = kematangan lebih sesuai berbanding baligh = mimpi basah.

    Juang

    March 8, 2010 at 5:21 am

  204. Shah,

    Juang tulis

    “Saya tak beranilah nak hukum saudara Shah pendusta. Saya serahkan kepada Allah. Saya anggap dia terkilaf masa menulis yang pertama tu.”

    Saya ambil pandangan Juang.
    Maaf Shah, kerana cepat buat kesimpulan. Tapi tolong jelaskan diri anda. Kepada Juang, terimakaseh kerana peringatkan saya.

    Balagha -24:59
    baligha – 5:95

    keduanya adalah “ba lam ghen”.

    Contoh lain : baligha
    quran 54:5

    حِكمَةٌ بٰلِغَةٌ ۖ فَما تُغنِ
    النُّذُرُ

    (Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna (matang); dalam pada itu,
    segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada
    mereka yang ingkar).

    >>>Komen saya:
    Disini kalau baligha diganti dengan “membawa atau sampai”, ia tidak memberi maksud yang masuk di akal.

    lagi contoh lain; baligha
    quran 6:149

    قُل فَلِلَّهِ الحُجَّةُ البٰلِغَةُ ۖ
    فَلَو شاءَ لَهَدىٰكُم أَجمَعينَ

    Katakanlah (wahai Muhammad: Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti)
    maka Allah mempunyai hujah yang tegas nyata (matang/kuat). Oleh itu, jika Dia
    menghendaki tentulah Dia akan memberi hidayat petunjuk kepada kamu
    semuanya.

    Komen saya:
    Pada ayat ini, kalau baligha (tegas dan nyata) diganti dengan matang ia maseh memberi makna.
    Tapi makna ini semua hilang kalau baligha diganti dengan “sampai atau membawa” anjuran Shah.

    Anda boleh cuba kaedah yang sama dalam ayat ayat laindalam quran.
    Ayat ayat lain yang punya akar kata yang sama;

    Balagha (ba lam ghen); sampai
    2:231/2:234/ 3:40 / 12:22 /18:61/24:59 / 18:76 / 18:90 / 46:15 dan banyak lagi

    Ayat 5:95 (baligha); saya cenderung kepada maksud matang. Maaf saya tak dapatsetuju dengan shah.

    Ayat 24:59 (balagha); saya setuju dengan shah, balagha maksudnya sampai

    Apa apa pun saya ucapkan terimakaseh.

    Aduh....

    March 8, 2010 at 5:24 am

  205. Salam,

    Terima kasih juga kepada saudara Aduh yang kemukakan pandangan saudara untuk kita sama-sama belajar.

    Juang

    March 8, 2010 at 5:59 am

  206. aduh.,cuba saudara semak pada alquran asal,apa yg anda catit tidak sama,dan jelas ia satu penipuan,hati2 saudara,jgn berbuat sesuka hati hanya untuk memuaskan hati,jauhilah kemurkaan ALLAH…,

    kekadang saya tertanya2,jika saya meninggal anda sekarang,adakah anda akan pergi mencari guru bahasa untuk mencari kebenaran?,atau anda akan berasa selesa dengan pendapat anda yg tidak berasas ini..,sedangkan kamu orang2 yg berfikir..,

    shah

    March 8, 2010 at 6:48 am

  207. Shah..

    Teruskan.. jika penipuan bongkarkan..jangan bagi peluang..jangan biarkan hujah anda tergantung..

    troopze

    March 8, 2010 at 7:03 am

  208. Saya setuju dengan trooopze.

    Ya.
    Bongkarkan dan jangan lupakan permintaan saya dalam pos saya sebelum ini.

    Terima kaseh.

    Aduh....

    March 8, 2010 at 7:39 am

  209. Terjemahan yang saya pakai adalah dari almubin.com. Bukan sebab dia betul tapi itu saja yang ada dalam iPhone apps. saya.

    Terjemahan itu bukan saya pandai pandai buat.
    Saya gunakan terjemahan itu hanya untuk bentangkan point saya tentang maksud baligha.

    Tera kaseh.

    Aduh....

    March 8, 2010 at 7:53 am

  210. Terjemahan yang saya pakai adalah dari almubin.com. Bukan sebab dia betul tapi itu saja yang ada dalam iPhone apps. saya.

    Terjemahan itu bukan saya pandai pandai buat.
    Saya gunakan terjemahan itu hanya untuk bentangkan point saya tentang maksud baligha.

    Yang penting bagi saya ialah maksud baligha dalam 5:95

    Tera kaseh.

    Aduh....

    March 8, 2010 at 7:59 am

  211. Maaf double posting.
    ada sedikit masalah signal.

    Aduh....

    March 8, 2010 at 8:05 am

  212. shah.. you really dissapoint me with ur answer.. cammon shah you can do better than that..

    troopze

    March 8, 2010 at 8:09 am

  213. Salam,

    Tidak adillah kalau bias pada mana2 terjemahan Al Quran. Janganlah disebabkan ada terjemahan yang menyokongan amalan nenek moyang, maka ia dikatakan benar biarpun bila diperiksa, wujudnya percanggahan2 seperti yang saudara Aduh kemukakan.

    Setiap terjemahan Al Quran tidak lepas daripada kesilapan kerana yang menterjemahkan itu pun manusia biasa.

    Oleh kerana semua manusia tidak lepas daripada berbuat kesilapan, maka kita di sini nak membongkarkan mana-mana kesilapan untuk diperbetulkan. Bukan nak salahkan sesiapa.

    Orang dahulu tiada internet nak periksa dengan teliti terjemahan Al Quran. Di zaman kita ini, Allah sudah sediakan kita platform untuk memperbetulkan mana yang salah secara terbuka dan matang seperti dalam blog ini. Mengapa tidak kita pakat2 perbetulkan mana yang salah?

    Selagi rasa diri itu sentiasa betul, bila masa nak nampak kesilapan dalam diri?

    Juang

    March 9, 2010 at 1:00 am

  214. aduh,ayat yg sebenar dieja dengan BA,ALIF,LAM,GHEN,TA,
    anda telah mengubah ayat asal,adakah anda tidak takut akan azab ALLAH,bertaubatlah,anda telah melampaui batas.,NAUZUBILLAH……,

    shah

    March 9, 2010 at 3:49 am

  215. Salam Shah,

    Sudahkah tuan memeriksa kesahihan terjemahan atau tafsiran yang tuan terimapakai sebelum mengatakan orang lain mengubah itu dan ini?

    Apa kata tuan kemukakan terjemahan atau tafsiran tuan di sini dan kita sama-sama tengok.

    tolokminda

    March 9, 2010 at 4:46 am

  216. BELAJARLAH BAHASA ARAB,
    RASULULLAH JUGA BERBAHASA ARAB.,

    shah

    March 9, 2010 at 5:00 am

  217. Saya dengar. Saya sedang cuba slow slow.
    Shah jangan bimbang.

    Aduh....

    March 9, 2010 at 5:07 am

  218. Saya pun…

    Tapi kalau boleh kita nak Shah kemukakan terjemahan dan pendapatnya sendiri untuk ayat-ayat yang mengandungi perkataan kaabah tu. Mungkin dapat menjelaskan apa yang tidak betulnya dengan terjemahan yang kami terima.

    tolokminda

    March 9, 2010 at 5:15 am

  219. Salam tolokminda.
    Saya masih baru mengikut fahaman anda.
    1)Adakah solat itu bermaana komitment atau ritual ???
    2)Tidakkah komitmen bermaana menunaikan tanggung jawab ???
    3)Maana yang anda beri pada komitment adalah kerja yang baik. Ini sama maana dengan amal maaruf.

    Maaf saya maseh tidak faham .
    Bagi saya solat itu adalah ritual,dan tidak perlu di terjemah.
    Sila terangkan kapada saya.

    pakyeh

    March 17, 2010 at 10:13 am

  220. dalam kata-kata Juang, solat itu ialah tunggang-tunggek lima waktu sehari mengadap berhala batu hitam yg dipanggil Kaabah.

    observer

    March 17, 2010 at 10:42 am

  221. Salam

    4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidaklah bersalah ke atas kamu untuk memendekkan solat, jika kamu takut orang-orang yang tidak percaya akan menganiaya kamu; orang-orang yang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.

    4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum solat datang, dan solat bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.

    Ayat 4:101 memberi kebenaran kepada Rasulullah untuk memendekkan solat bila dalam perjalanan atau takut dianiaya oleh musuh (orang kafir).

    Ayat 4:102 mengajar cara-cara solat ketika berada di kalangan musuh.

    Daripada ayat 4:101 dengan 4:102 yang berkaitan dengan memerangi musuh, logikkah Rasulullah bersembahyang ritual dengan musuh?

    Tetapi bila kita lihat erti solat adalah komiten, kedua2 ayat tersebut ada logiknya. Contohnya bila kita diperangi musuh, logiklah kita pendekkan komitmen atau tugas kita. Kemudian bila berada di kalangan musuh, logiklah kita kena berkomitmen untuk mempertahankan diri dan mengalahkan musuh. Ayat 4:102 itu menunjukkan cara-cara berperang dengan musuh.

    Juang

    March 17, 2010 at 10:42 am

  222. “Observer: dalam kata-kata Juang, solat itu ialah tunggang-tunggek lima waktu sehari mengadap berhala batu hitam yg dipanggil Kaabah.”

    Tak payah saya cakap kerana itulah realitinya yang mereka buat. Apakah mereka buta melihat perbuatan mereka sendiri?

    Perumpamaannya, si A sedang melakukan perbuatan mencangkung. Perlukah kita kata “dalam kata-kata si B, si A itu sedang mencangkung”? Bukankah realitinya si A itu memang sedang mencangkung? Nak juga petik nama orang lain macam para penghikayat2 itu.

    🙂

    Juang

    March 17, 2010 at 10:48 am

  223. betul tu.

    kita pun tak pernah diberitahu terperinci bagaimana Adam, Noh, Ibrahim , Isa dan Muhammmad sembahyang.

    actually, siapa yg reka-reka gerak bgeri sembahyang 5-waktu tuh?

    observer

    March 17, 2010 at 11:29 am

  224. Obsever berkata :
    dalam kata-kata Juang, solat itu ialah tunggang-tunggek lima waktu sehari mengadap berhala batu hitam yg dipanggil Kaabah.

    Ini nampak macam fahaman Aidid Safar. Waima saya maseh belum baca buku dia sebab terlalu mahal.Kalau terlampau mahal tu tentu bukan kerana Allah lah tu .Heh,heh.

    Bagi mereka yang was2 dengan menyembah berhala berhala mahupun Kaabah, sila baca sahaja falsafah Wahdatal wujud tulisan Shaikh Al Akhbar Ibn Arabi,
    Bukan berhala yang di sembah dan di solat tetapi Tuhan yang di hala ritual dan solatyang. Si penyembah berhalapun akui bahawa berhala itu bukan Tuhan tapi hala tuju ritual solatnya kapada Tuhan nya.
    Beza kita dengan si penyembah berhala lain adalah satu Tuhan dan banyak Tuhan di mana Tuhan yang lain dari yang satu itu adalah Tuhan yang palsu.

    Ayat yang perlu di fikir2kan berkenaan wahdatul wujud ia lah .. 1)”Akulah yang Zahir dan yang Batin” dan 2) “Akulah yang mula dan yang Akhir” .
    Orang putih kata wahdatul wujud ini phanteism atau “semuanya adalah Tuhan”
    Waima kita dan alm bukan Tuhan tetapi setitik dari lautan Tuhan.

    pakyeh

    March 17, 2010 at 1:31 pm

  225. “observer: actually, siapa yg reka-reka gerak bgeri sembahyang 5-waktu tuh?”

    Secara jujurnya, tiada ayat-ayat Allah dalam Al Quran menetapkan gerak-geri sembahyang. Semuanya terpaksa guna alasan kononnya ada si polan bin si polan pernah nampak Nabi buat macam itu atau ada imam terdahulu si polan bin si polan tetapkan kena buat macam itu. Mereka bersangka2 atas kekaburan perbuatan yang mereka sendiri tak pernah tengok.

    Logikkah Allah suruh manusia buat sesuatu atas kekaburan dan persangkaan sedangkan dalam Al Quran ada sebut, “pada persangkaan itu tiada kebenaran”? Jadi, kalau bukan daripada Tuhan, sudah pasti sesuatu yang diada-adakan itu direka2 oleh syaitan.

    Dalam Al Quran juga, tiada ketetapan mengatakan solat kena sebanyak 5 kali sehari. Sebab itulah mereka terpaksa bersandarkan kepada hikayat Nabi tawar-menawar dengan Allah. Kononnya hikayat itu adalah pengalaman Nabi sendiri naik ke langit. Yang peliknya, pengalaman Nabi Adam dengan iblis boleh pula direkodkan dalam Al Quran, kenapa pengalaman Nabi sendiri ke langit tidak direkod dalam Al Quran? Bukankah itu satu kontradiksi yang jelas menunjukkan adanya pendustaan di situ?

    Cuba kita fikirkan. Dalam Al Quran ada suruhan membaca dan ada suruhan berfikir. Tetapi pernahkah Tuhan tetapkan berapa kali manusia kena membaca dan berfikir dalam sehari? Kalau ada yang mengatakan Allah tetapkan manusia membaca 5 kali sehari, sudah pasti itu kata-kata syaitan. Namun kalau manusia itu menetapkan untuk dirinya membaca 5 kali sehari kerana nak cepat faham, bukanlah dikatakan itu kata2 syaitan sebab memang logik orang yang rajin dan berdisplin dalam membaca akan cepat faham sesuatu ilmu yang dibacanya.

    Juang

    March 17, 2010 at 1:53 pm

  226. Aku cari punya cari, dapat info bhw orang Zorostrian, bukan Zorro yg komen tu, tapi Zoro Majusi pun sembahyang 5-waktu. Masa-masa dan gerak geri pun lebih kurang sama.

    Teori mengatakan sahabat yg bernama Salman al Farisi-lah yg mengajar teknik solat kpd orang Arab. Dia ni sblum masuk Islam, beragama Majusi. Dia tengok orang Arab tak seragam cara sembahyang, so dia tunjuk cara Farsi.

    Kalau baca buku sejarah, sahabat ni ‘lesap’ bila Nabi wafat. Ada yg kata dia merajuk dan bawa diri ke Turki. Tapi misteri atas misteri, sahabat yg dianggap top-10 ini bersama Bilal dan Abu Zar hilang without a trace.

    ;}

    observer

    March 17, 2010 at 4:47 pm

  227. bro pakyeh,

    buku aidid safar boleh donlot FREE jer. Mental Bondage, the Arab Conspiracy dll

    tapi tak tahu pasal apa aidid ni anti-Arab, sama ada dia tu Majusi atau awek dia kena liwath dek Pak Arab ! wakakaka

    🙂

    observer

    March 17, 2010 at 4:51 pm

  228. Salam Sheikh Tolokminda !
    Kenapa membisu aje ?
    Tak terjawab ke soalan2 saya yang simple tu ???

    pakyeh

    March 18, 2010 at 12:09 am

  229. Salam,

    Kadang2 hairan juga melihat perangai manusia yang mengaku ikut Al Quran. Dalam Al Quran, tidak diceritakan bagaimana para Nabi buat amalan sembahan ritual. Baik daripada Nabi Adam, sampai ke Nabi Muhammad.

    Yang banyak diceritakan adalah para Nabi itu menolak amalan ritual kaumnya sendiri. Mereka tidak mengada-adakan segala bentuk menyembah berhala.

    Juga banyak disebutkan bagaimana para Nabi menggunakan ilmu2 yang Allah ajar kepada mereka untuk membantu masyaratnya (berbuat kebaikan).

    Jadi, takkan manusia tak nampak-nampak lagi apa erti ajaran Al Quran yang sebenar? Apakah mereka tidak memikirkan?

    🙂

    Juang

    March 18, 2010 at 1:26 am

  230. “Aku cari punya cari, dapat info bhw orang Zorostrian, bukan Zorro yg komen tu, tapi Zoro Majusi pun sembahyang 5-waktu. Masa-masa dan gerak geri pun lebih kurang sama.

    Teori mengatakan sahabat yg bernama Salman al Farisi-lah yg mengajar teknik solat kpd orang Arab. Dia ni sblum masuk Islam, beragama Majusi. Dia tengok orang Arab tak seragam cara sembahyang, so dia tunjuk cara Farsi.”

    salam observer,

    boleh beri link kepada kenyataan anda diatas.

    teknik sembahyang sekarang juga menyerupai teknik sembahyang golongan ortodoks yahudi.

    muaddib

    March 18, 2010 at 2:18 am

  231. “muaddib: teknik sembahyang sekarang juga menyerupai teknik sembahyang golongan ortodoks yahudi.”

    Ada logiknya sebab dalam Al Quran tiada teknik macam itu. Dan Nabi sudah peringatkan kita pasal orang2 Yahudi terdahulu (yang ortodoks) tidak akan berpuas hati jika orang2 beriman tidak ikut macam cara hidup mereka.

    2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Nasrani, sehingga kamu mengikuti anutan mereka. Katakanlah, “Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar.” Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung (wali) dan penolong bagimu.

    Dan pada hari ini Allah telah buktikan kebenaran ayat Al Quran itu walaupun sudah lebih kurang 1500 diturunkan. Berapa banyak perangai orang2 Yahudi dan Nasrani boleh kita nampak dalam masyarakat yang mengaku sahaja Islam pada hari ini. Sesungguhnya janji Allah adalah benar.

    Juang

    March 18, 2010 at 2:44 am

  232. Pakyeh bertanya:

    1)Adakah solat itu bermaana komitment atau ritual ???

    ——-

    Pakyeh, perkataan “Sol-laa” adalah akar kata kepada banyak perkataan-perkataan terbitan yang digunakan dalam Al Quran sperti Sol-luu, Sol-lee, Yu-sol-luu, yu-sol-lee, Ya-sil-luu, Solaa-ta, Solaa-tu, Solaa-tee, mu-sol-lan, mu-sol-leen dll.

    Setiap akar perkataan Arab mempunyai maksud fundemental dan apabila ianya diguna untuk dijadikan perkataan-perkataan terbitan – maksud fundementalnya harus dikekal – terutama sekali apabila satu perkataan yang bermaksud “HARAM” tidak mungkin dijadikan “SUCI” sebab kedua-dua perkataan ini mempunyai “perkataan” nya tersendiri dan juga kata-kata terbitannya tersendiri.

    Kesemua bunyi huruf (vowels)akar kata perkataan, bertukar dengan “aa”, atau “ee”, atau “uu” sepertimana kita belajar mengaji Al Quran “Alif diatas “aa” – Alif diabawah “ee” “Alif didepan “uu” – tapi ianya masih lagi “Alif” – dalam bahasa Arab ianya dinama sebagai fat-hah, kasrah dan dammah.

    Pertama sekali kita harus ingat mesej dalam Alquran dalam bahasa Arab mengunakan kalimat-kalimat Allah yang konsisten sepertimana kita diberitahu dalam sura 4 ayat 82 yang jelas sekali mengatakan “Kalau ianya datang selain daripada Allah – niscaya mereka akan mendapati banyak “PERCANGGAHAN”.

    Kesemua penterjemah adalah manusia biasa – ini bermakna, walau setinggi mana ilmu mereka sekali pun – kita akan dapati hasil kerja mereka akan bercanggah – terutama sekali apabila mereka cuba menerangkan maksud bahasa Arab asli yang digunakan oleh Allah dalam KitabNya.

    Sehingga hari ini tiada satu pun orang Arab yang boleh mengaku dia benar-benar tahu kesemua maksud kepada perkataan-perkataan Arab yang digunakan oleh Allah dalam Al Quran.

    Bahasa Arab dalam Al Quran ialah bahasa Arab asli Allah – ianya ada kelainan sedikit jika dibandingkan dengan bahasa pertuturan orang-orang Arab. Pada zaman Nabi sehingga ada menuduh Al Quran itu sebagai sya’ir.

    Pakyeh, apa yang jadi kontrovesi sekarang ialah pemahaman kita tentang perkataan “Sol-laa”. Saya menyebut “Sol-laa” sebab itulah sebutan yang betul dalam Al Quran untuk perkataan ini. Dengar apa tukang azan sebut hari-hari. “Hai ya-ayaas-So-laa…….”

    Mari kita ambil satu contoh yang paling senang – supaya kita dapat bandingkan hasil-hasil kerja penterjemah-penterjemah samada pengertian mereka yang mereka sampai kepada mempunyai percanggahan atau tidak.

    Perkataan “Sol-laa”:

    Terdapat dalam ayat-ayat 75:31 dan 96:10 dan kesemua penterjamah memberi maksudnya sebagai “Sembahyang Ritual”.

    Perkataan “Sol-lee”:

    Terdapat dalam sura 9:103 dan kesemua penterjemah memberi maksudnya sebagai “Doa” yang dilakukan oleh Nabi untuk orang lain sedangkan Allah menguna perkataan khas untuk “Doa” dibeberapa ayat lain.

    Perkataan “Sol-luu” (perhatikan bila perkataan ini digunakan dalam ayat lain)

    Terdapat dalam sura 33:56 yang diterjemahkan sebagai semua orang diminta “Sol-luu” atas Nabi. Ada yang terjemahkannya sebagai “Selawat” dan ada yang kata “Hormatilah” atas dia.

    Perkataan Yu-Sol-luu:

    Dalam 33:56 diterjemah sebagai “Allah dan Malaikat “YU-SOL-LUU” atas “Nabi. Ada yang kata “memohon rahmat” atas Nabi dan ada yang kata “Selawat” atas Nabi. Tiada siapa terjemahnya sebagai “Sembahyang” atas Nabi.

    Dalam 4:102 perkataan ini diguna sebanyak dua (2) kali dan kesemua penterjemah memberi maksud kepada kedua-duanya perkataan “YU-SOL-LUU” ini sebagai “Sembahyang Ritual”.

    Saya minta kepada mereka yang mengambil berat tentang perhubungan mereka dengan Allah periksa sendiri perkataan-perkataan ini dalam Quran. Kemudia terpulanglah kepada mereka samada mereka mahu mempersoalkan “percanggahan” ini atau tidak.

    Kata-kata terbitan yang selainnya dari akar perkataan “Sol-laa” yang dijadikan “So-laa-ta”, So-laa-tee, So-laa-tu dan yang mempunyai akhir kata “ka”, “hu”, “heem”, dan “hum” serta kata awalan seperti “mu”, “yu”, “tu” dan “Fa” saya belum jelas.

    Apa yang saya tulis hanyalah untuk menunjukkan terdapatnya percanggahan dalam terjemahan bagi sebahagian kecil dari akar kata “Sol-laa”.

    Gunumaro

    March 18, 2010 at 2:54 am

  233. Salam,

    Kunci untuk membezakan benar atau tidak adalah dengan melihat sama ada wujud atau tidak sesuatu percanggahan. Jika sesuatu itu benar, ia tidak akan bercanggah-canggah. Konsep ini juga digunakan dalam mahkamah dunia untuk membezakan siapa yang benar dan siapa yang bersalah.

    Jadi, bila wujud percanggahan2, maka seseorang yang ikhlas mencari kebenaran pasti akan berusaha menyelidiknya.

    Terima kasih kepada mereka yang bawakan bukti2 wujudnya percanggahan2 tersebut untuk kita sama2 menyelidik dan menilai.

    Juang

    March 18, 2010 at 3:30 am

  234. Sy sedang kumpul maklumat tetang solat 5-waktu yg menyamai sembahyang penganut Zoroatrian/Majusi, satu agama yg muncul lebih awal dari agama Kristian.

    Nabi Zarathushtra, mungkin juga seorang nabi yg diberi kitab oleh Allah. Salman alFarisi adalah sahabat yg dianggap seperti ahli keluarga Rasulullah sendiri adalah anak seorang ulamak Zorostrian – mungkin telah menunjuk ajar cara Nabi Zarathushtra melakukan sembahyang 5-waktu, yg sekarang ini digunapakai oleh org Islam seluruh dunia.

    ============== Zoroastrian influence in Islam =======

    Islam inherited from Judaism and Christianity many of the earlier apparent influences of Zoroastrianism. It too, in subtle ways, also adopted further concepts from Zoroastrianism, especially after the Arabic conquest of Persia and the close contact this gave them with followers of Zoroastrianism. The details of the bridge of judgement (Sarat), punishments of hell, and rewards of heaven, resurrection and return of the souls to the Source in the Koran are the best witness to this fact. Other Islamic views that are derived from Zoroastrianism are the “five times daily prayers”, emphasis on wisdom, rejection of images, and of God being a kind and merciful entity who is “the light of the heavens and the earth”.

    observer

    March 18, 2010 at 3:56 am

  235. very interesting , kan?

    —> Other Islamic views that are derived from Zoroastrianism are the “five times daily prayers”, emphasis on wisdom, rejection of images, and of God being a kind and merciful entity who is “the light of the heavens and the earth”.

    🙂

    observer

    March 18, 2010 at 3:57 am

  236. The Quran gives us examples and explanations of other creations such as angels and jinn, which reflect pre-Islamic belifs among the Arabs. Made of light, angels have no choice but to follow their prescribed patterning. Jinn, who are made of fire and air, reflect the elemental volatility in both virtuous or evil behaviour.

    Muhammad at first instituted two daily prayers, but this was increased to three – the morning, middle and evening prayers, corresponding to the Jewish shakharith, minkah & arbith. –> When the Muslims came into contact with the Persian faith, they also adopted the practice of five prayers a day.<–

    Just as Zoroastrians acquire merit by reciting the Avestan Vendidad, so Muslims acquire merit by reciting various parts of the Quran.

    Zoroastrians believe that on Judgement Day, two angels will stand on the bridge between heaven and hell, examining every person as he passes; one angel, representing divine mercy, will hold a balance to weigh the actions of all men. Muslims believe that on Judgement Day, the angel Gabriel will hold the scales on which the good and bad deeds will be weighed.

    observer

    March 18, 2010 at 4:02 am

  237. Disebut bahwa Allah telah menghantar 128,000 nabi ke dunia. Sy percaya Nabi Zarathushtra adalah salah satu drp mereka. Perhatikan persamaan kitab Avesta dgn Quran:

    The Quran mentions Huris several times 44:50, 52:20, 55:60, 56:20, 78:33. Who or what are they? They are ‘bashful virgins’, ‘fair as coral and ruby’, ‘dark eyed youths’, ‘high bosomed maidens (big breasted)’.

    Arent they the same Paris in the Zoroastrian holy book Avesta? Pari = Fairy / Bird (Par=to fly)

    Where are Huris? They are in Faradaws, what is Faradaws? In Quran Faradaws, is described as an eternal spring and garden with which the trees have continuous blossoms and everything is joyful. There is no corruption in this world. The minerals are valuable and crystallized. In Faradaws the faithful recline at ease, drinking and enjoying the embraces of their celestial spouses. In this garden, there is no time and its inhabitants are all young.

    Isn’t it the same Paridaeza in Avesta? Paridaeza (Garden of Paris) = Paradise

    In Quran there is a bridge which passes over Hell to Paradise, it is called Sirat, the Bridge of Sirat is narrower than a spider’s thread and sharper than a sword. Only the good pass swiftly over it, while the wicked fall down to the mid-Hell it spans.

    And in Avesta it is: Chinvat = Chain / the connecting link

    Din -> Daena (Religion), Jahannam -> Gahnam (Hell), Barzakh -> Bardax (Isthmus), Jen -> Jina (Demon), Rab -> Rahba (God/the way), Shara -> Shah Rah (Religion/King way), Raheb -> Rah Ban (Monk/Follower of the way), Jaziya -> Gazyat (Tribute), Harut -> Hurvatat (Name of an angle), Marut -> Ameretat [Immortal] (Name of an angle), …

    observer

    March 18, 2010 at 4:11 am

  238. Salam,

    Cuba baca kisah Nabi Musa dan kaumnya selepas berjaya menyeberangi laut setelah dikejar Firaun. Dalam perjalanan mereka kembali ke tanah nenek moyang mereka (Nabi Yaakob), mereka bertemu dengan satu kaum yang bertekun menyembah berhala. Mereka mengusulkan kepada Nabi Musa agar buat amalan sembahan seperti kaum itu. Tetapi Musa membantah usul mereka itu.

    Kemudian apabila Musa meninggalkan mereka untuk sementara waktu untuk bertemu Allah (untuk menerima Taurat), orang-orang musyrik di kalangan mereka mengadakan amalan sembah patung anak lembu.

    Di sini kita nampak, tabiat suka membuat amalan ritual itu bukannya ajaran Nabi, melainkan diada-adakan oleh orang musyrik. Kalau tidak, Nabi Musa sudah menerima usul kaumnya itu untuk meniru amalan sembahan yang mereka lihat dilakukan oleh kaum lain.

    Mungkin yang menyebabkan orang yang mengaku ikut Al Quran boleh melakukan amalan ritual yang Al Quran tidak pernah tetapkan kerana ada manusia2 yang bertopengkan “Islam” yang terikut-ikut dengan amalan ritual kaum2 lain.

    Perangai mereka seperti kaum Nabi Musa yang nak juga ada amalan ritual untuk mereka sendiri. Yalah, kalau kaum lain ada amalan ritual, mereka pun nak juga ada amalan ritual.

    Sebab itu ada ayat Al Quran sebut, jika kita ikut majoriti manusia, pasti mereka akan sesatkan kita. Jadi, ajaran Al Quran bukannya ajaran ikut-ikutan masyarakat. Kita kena ada pendirian sendiri.

    Juang

    March 18, 2010 at 4:16 am

  239. Salam Gunumaro,
    Terima kaseh atas penjelasan anda.
    Waima ia nya tidak mennerang tapi mengkaburkan lagi soalannya.

    Dari segi mantik,linguistik sesuatu perkataan tidak bermaana melainka maana itu di beri padanya.
    Jadi mengikut majority yang terlampau banyak ia itu 99.999% dari umat Islam memberi maananya kapada perkataan solaa itu sebagai ritual yang di pelahari secara praktik, sama seperti praktik Haj.

    Apakah golongan 0.0001% dapat mentafsirkan bahawa solaa itu adalah komitmen.???
    Ada kala sesuatu perkataan dalam Arab itu, tidak wujud sama sekali perkataan dalam bahasa yang lain.

    Maka tidakkah besar kemungkinan bahawa maana solaa itu komitmen itu salah.
    Apabila solaa di terjemahkan kapada komitment ia perlu di terangkan lagi supaya orang faham apa jenis komitmennya ???

    Aki mu solaa = Dirikan komitmen ???
    Komitmen apa ???
    Komitment pada ritual bernama solaa???
    Di sini komitmen adalah bahasa Ingeris yang bermaana “tanggung jawab”
    Jadi adakah “solaa” itu maananya tanggung jawab???
    Ya! Saya boleh terima maana sola itu komitmen ataupun tanggung jawab. Tetapi kita maseh terngaga hendak tahu apakah tanggung jawab itu ???
    Jika benar, apakah tanggung jawab itu ???

    Hakikatnya 99.999 % Muslim memberi maana solaa itu sebagai ritual atau sembahyang.
    Hakikatnya ..Apakah “perbuatan” atau “verb” yang di sebut solaa dalam bahasa Arab, komitmen dalambahasa Ingeris dan tanggung jawab dalam bahasa Melayu itu.???

    Silakan jawab sheikh Gurumaro.
    Awat sheikh Tolokminda maseh membisu ???

    pakyeh

    March 18, 2010 at 4:27 am

  240. Jang,

    satu agama yg tidak ada ritual akan kelihatan kosong, sepi dan sunyi dari aktiviti. mungkin agama yg macam tu sesuai utk org intelek dan ahli falsafah greek. mereka berkumpul dan bincang hal falsafah, bermacam2 ilmu, ketuhanan dll. orang tua janggut putih jer yg mau macam tu. atau orang gila buku dan suka senaman minda 🙂 hehehe

    sinagog, gereja dan mesjid adalah tempat berkumpul. kalau dah kumpul kena ada aktiviti. macam org kumpul untuk konsert Sure Heboh. mestilah Heboh, kalo diam kaku jer tak syurr lah macam tu. kena ada Emcee, ada artis, ada lawak + + + sama macam tu jugaklah, agama adalah aktiviti yg mampu mendisiplinkan manusia supaya jangan buat havoc kat mukabumi ni

    semua agama adalah sama, dan tak sama.

    —> sama sebab semua agama percaya pada tuhan yang SATU.
    tak kesah lah dia kata ada anak abang adik kakak bini Tuhan.
    Tapi tak ada agaama yg sebut Tuhan ada Grandfather, maknanya Tuhan tak ada mak bapak. Yatim bin Piatu.

    —> tak sama sebab masing2 ada takrif, formula, ritual yang berlainan tentang CARA menyembah Tuhan.

    Sekarang sy dah nampak bhwa sembahyang lima waktu yg tak terrtulis dalam kitab Quran, sebenarnya ada dalam Kitab Avesta.

    Tak Sama, Tapi Serupa ! sebab ‘Rupa Allah, Wajah Allah’ adalah serupa tak kira di planet Earth atau planet Avatar.

    observer

    March 18, 2010 at 4:46 am

  241. …sambongan .
    Premis Sheikh Tolokminda dan Gunumaro untok mentidakkan /refut/tahafut amalan solaa sebagai lain dari ritual/sembahyang yang di praktikkan masa kini, dengan mengunakan linguistik sahaja,tidak berasas(unfounded premise).

    Sesuatu culture, tamadun seperti solaa itu di ajar dan di transmit adalah cara praktiknya dan tidak semestinya di dalam bentok tulisan.

    Fikirkan aspek praktik/amali adat2 Islam.
    Quran memberi guidline melalui Quran. Rasu dan umatnya memberi praktik/amalannya

    pakyeh

    March 18, 2010 at 4:46 am

  242. Salam Pakyeh,

    Maaf. Saya mempunyai masalah mengakses internet sekejab. Okay, untuk tuan memahami apakah komitmen yang dimaksudkan sila baca artikel saya yang ini.

    tolokminda

    March 18, 2010 at 4:48 am

  243. Salam,

    “observer: satu agama yg tidak ada ritual akan kelihatan kosong, sepi dan sunyi dari aktiviti. mungkin agama yg macam tu sesuai utk org intelek dan ahli falsafah greek. mereka berkumpul dan bincang hal falsafah, bermacam2 ilmu, ketuhanan dll. orang tua janggut putih jer yg mau macam tu. atau orang gila buku dan suka senaman minda 🙂 hehehe”

    Mungkin sebab itulah kaum Nabi Nuh tolak baginda. Nabi Nuh tidak menyuruh buat amalan ritual sedangkan mereka sudah sebati buat amalan ritual. Kalau mereka tak buat ritual, hidup mereka terasa sunyi. 🙂

    Juang

    March 18, 2010 at 5:23 am

  244. “observer: sinagog, gereja dan mesjid adalah tempat berkumpul. kalau dah kumpul kena ada aktiviti. macam org kumpul untuk konsert Sure Heboh. mestilah Heboh, kalo diam kaku jer tak syurr lah macam tu. kena ada Emcee, ada artis, ada lawak + + + sama macam tu jugaklah, agama adalah aktiviti yg mampu mendisiplinkan manusia supaya jangan buat havoc kat mukabumi ni”

    Punca manusia suka buat havoc bila mereka berkumpul ramai-ramai. Macam para demontrasi jalanan dan penyokong bolesepak yang merusuh di stadium. Tapi daripada kisah Nabi Yusuf, baginda lebih suka bertekun sendirian belajar (mungkin baginda ulat buku kot) sehingga dikurniakan kepandaian menafsir mimpi dan kepandaian ekonomi.

    Jika manusia sibuk menggunakan masa untuk mengasah potensi diri sendiri, bila masa dia nak pergi buat havoc?

    Juang

    March 18, 2010 at 5:28 am

  245. “Observer: Sekarang sy dah nampak bhwa sembahyang lima waktu yg tak terrtulis dalam kitab Quran, sebenarnya ada dalam Kitab Avesta.”

    Tidak kisah jika seseorang itu nak buat amalan guna ajaran kitab2 lain pun. Itu hak masing2. Apa-apa hal sendiri buat, sendiri tanggung.

    Yang masalahnya jika mereka tipu orang lain kononnya mereka hidup ikut Al Quran, tetapi bila ditanya daripada mana amalan mereka itu, mereka tak dapat jawap guna Al Quran.

    Kalau awal2 mereka isytihar mereka ikut kitab Avesta ke, kitab Bible ke, kitab Talmud ke, tidaklah mengelirukan manusia.

    Kita di sini nak bersihkan kekeliruan2 atas nama ikut ajaran Al Quran sahaja, sebab ada orang kata mereka ikut Al Quran tetapi sebenarnya tak ikut pun. Jadi bila dia buat sesuatu yang tiada dalam Al Quran, orang lain anggap itu ajaran Al Quran yang sebenar. Bukankah itu akan mencemar Al Quran?

    Ada orang Islam hari ini marah bila Nabi Muhammad dihina melalui karikatur. Walhal karikatur itu dilukis berdasarkan perangai umat Islam sendiri yang setakat mengaku sahaja ikut ajaran baginda, tetapi akhlak tak seperti ajaran Al Quran.

    Juang

    March 18, 2010 at 5:54 am

  246. Salam tolokminda.
    Saya telah baca article anda.
    Membaca alQuran itu komitmen.?
    Ya tapi ia salah satu dari komitmen2yang banyak di sebut dalam alQuran.
    Solaa ritual tungang tungik menghadap kaabah juga satu komitmen.
    Haj, Amal maaruf nahi mungkar,zakat, ekonomi tanpa riba ,berbaik dengan semua, juga satu komitmen.

    Jika solaa maananya adalah komitmen ianya ada maksud specific, ia itu ritual tungang tungik menghadap kaabah.

    Ya solaa itu komitmen atau tanggung jawab mengikut akar hurufnya, tapi komitmen berbentok apa ???

    99.999% Muslim kata so;aa@komitmen@tanggung jawab adalah ritual tungang tungik menghadap kaabah.
    Apa bukti anda yang ianya bukan ritual tunggang tungik itu ???

    pakyeh

    March 18, 2010 at 7:42 am

  247. thanx jang ,

    now i begin to see your point of view : Kalau awal2 mereka isytihar mereka ikut kitab Avesta ke, kitab Bible ke, kitab Talmud ke, tidaklah mengelirukan manusia….’masalahnya jika mereka tipu orang lain kononnya mereka hidup ikut Al Quran, tetapi bila ditanya daripada mana amalan mereka itu, mereka tak dapat jawap guna Al Quran.’

    betul. kalau kata ikut Quran, ikut Quranlah. jangan tambah crita hikayat yg ditulis 300+ tahun lepas rasul wafat. tapi bolehkah Quran [recorder] meng-explain rekoding? kita pasang tape .. kuar bacaan Quran, dlm bahsa Arab plak tu.. boleh faham ker? katakanlah kita ada tape terjemah Quran … boleh faham ka> Ha Meem .. Ta Ha .. Alif Lam Raa

    kita tahu[?] ok-lah, kita percaya, yes, dgn andaian Quran tu diturunkan melalui Jibril kepada Nabi. bila nak dapat wahyu Nabi akan terketaq2 dan peluh sejuk. macam komputer aku kekadang menggigil bila nak donlot fail 400MB. hehe . so, macam tulah agaknya wahyu di-donlot ke hati Rasul. orang Arab sbb geografi dia kuat ingatan. bila donlot, nabi akan crita kat sahabat – ada yg hafal ada yg catit.

    yang aku heran, mana pergi catitan quran & sunnah yang ditulis oleh Imam Ali, Salman Farisi? di manakah tlah disorok kitab2 tu?

    tapi banyak pulak hadith yg dihimpun Bukhari, Muslim, Abu Hurairah … yang muncul misteri 300 tahun kemdian besepah dgn lebih 600,000 hadith.. aku nampak ada konspirasi untk sorok sunnah/ucapan rasulullah yang ORI, dan menketengahkan hadith palsu utk tujuan politik/ekonomi/perkauman.

    observer

    March 18, 2010 at 7:52 am

  248. solaa itu komitmen. iltizam.
    komitmen pula boleh berubah jadi habit/tabeat.
    tabeat boleh bertukar ritual, dan sebaliknya.
    human beings are animals of habit.

    there are 2 types of prayers.
    one, performed in ritual forms. akrobat 5-waktu.
    two, prayer of the heart. inkrobat 24/7.
    both can become habits and rituals.

    settle.

    observer

    March 18, 2010 at 8:02 am

  249. Salam Pak Yeh,

    Buktinya adalah apabila komitmen tonggang tonggek tidak disebut di dalam Al-Quran. Tetapi yang disebut adalah komitmen supaya tidak menyekutukan Tuhan, supaya mengamalkan kebaikan, supaya tidak riba, supaya tidak menipu, supaya berlaku adil, supaya menjaga kebersihan, supaya tidak sombong,supaya memberi nafkah kepada keluarga dan berbagai-bagai lagi.

    tolokminda

    March 18, 2010 at 8:06 am

  250. Salam,

    “observer: betul. kalau kata ikut Quran, ikut Quranlah”

    Ya. Itulah yang saya maksudkan. Mereka kata Al Quran sumber utama Islam. Dengan kata lain, itulah pangkal Islam.

    Tetapi bila ajaran2 yang didakwa atas nama Islam tidak wujud dalam Al Quran, itu yang buat kita tertanya-tanya daripada mana datangnya itu semua? Kalau awal2 mereka kata ia datang daripada kitab Avesta, so tidaklah orang lain yang benar-benar nak ikut Al Quran tertipu atau terkeliru. Bersikap jujurlah. Bukankah senang hidup ini?

    Lagi satu pernah tak kita cuba format balik hati kita daripada kepercayaan tradisi. Mulakan kaji Al Quran daripada kulit ke kulit. Kemudian renungkan, apakah yang tidak sempurna dan tertinggal dalam Al Quran itu sampaikan kita kena cari kitab2 lain.

    Yang menyebabkan kita rasa Al Quran tidak menjelas dengan detail kerana kita sudah diterapkan bahawa solat macam itu gerak-gerinya, puasa macam itu caranya, zakat, haji dan sebagainya tanpa merujuk dahulu daripada Al Quran. Kita tidak diberitahu dengan jujur, macam mana boleh muncul cara2 tersebut. Hanya disuruh terima dan mengangguk sahaja.

    Juang

    March 18, 2010 at 8:24 am

  251. Salam tolokminda,
    Itu bukan bukti.Itu pendapat awak yang salah.
    Maana solaa adalah ritual tungan tungik…ini mengikut semua orang Muslim.
    Awak kata ia adalah komitmen.Secara terjemah,itu boleh di terima ,tetapi ia lebeh specifik dengan maana ritualtungang tunggit. Ini adalah dari segi praktik/amali Isalm.

    Adalah tangung jawab anda untok membuktikan bahawa solaa itu general komitmen atau tanggung jawab yang tidak khas.
    The onus is on you to proof solaa is other than the one practiced.

    Solaa itu komitme adalah tafsiran anda yang bersifat persendiran, dan ia nya tidak ada berbukti ab argumentasi yang kukuh.

    Maaf saya tidak dapat menerima tafsiran maupun terjemahan anda bahawa solaa itu komitmen yang tidak specifc dan berlainan dari ritual tungang tunggik itu.

    Jika anda was2 dengan solaa tungang tunggik, mungkin ayat Alankabut 45 “Solaa itu menghindar dari mungkar,tapi zikirAllah lebeh baik”.
    Zikir Allah boleh di tafsir sebagai “berbuat keranaAllah”, secara menyeluroh, seperti apa yang awak inginkan maananya kapada perkataan solaa @ komitmen itu.

    pakyeh

    March 18, 2010 at 10:36 am

  252. Salam Pak Yeh,

    Jika tuan baca artikel-artikel dalam blog ini, banyak yang menyentuh tentang solaa, dari artikel pertama sampailah artikel corat-coret ini – semuanya bertujuan untuk membincangkan melalui perspektif Al-Quran bahawa solaa itu bukan sejenis amalan ritual. Tuan boleh baca satu-satu hujah-hujah mengenainya. Jika tuan berpendapat ia tidak memadai, maka terpulanglah kepada tuan. Saya tidak dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepercayaan tuan.

    tolokminda

    March 18, 2010 at 10:46 am

  253. Salam,

    Yang tetapkan solat itu adalah perbuatan sembahyang ritual itu bukan pendapat yang salah ke? Sebab tiada ayat Al Quran secara jelas mengatakan solat itu adalah perbuatan ritual.

    Pendapat majoriti, belum tentunya benar. Jika ramai orang Nasrani percaya Nabi Isa itu anak Allah, takkanlah seorang yang tidak percaya Nabi Isa itu anak Allah adalah salah?

    Di zaman Nabi Ibrahim, kaumnya ramai mengatakan ritual sembah patung itulah amalan hidup yang betul sedangkan baginda seorang diri mempertahankan Keesaan Allah dengan tidak menyekutukan Allah. Apakah kerana tidak ramai percaya seperti baginda percaya, maka Nabi Ibrahim dikatakan salah memberi tafsiran erti kehidupan yang sebenar?

    Juang

    March 18, 2010 at 10:51 am

  254. Salam Pak Yeh,

    29:45 Bacalah apa yang telah diwahyukan kepada kamu dari Kitab ini dan tunaikanlah komitmen sesungguhnya komitmen-komitmen itu menjauhkan dari perkara buruk dan jahat dan sudah tentu mengingati Allah adalah yang terbaik dan Allah tahu apa yang kamu lakukan.

    Tuhan tahu samada seseorang tunaikan komitmennya atau tidak. Dan Tuhan tahu samada seseorang menunaikan komitmen kerana Allah atau tidak. Dan kehidupan yang dipenuhi dengan komitmen tentulah akan menyebabkan seseorang tak ada masa untuk kerja-kerja tak senonoh dan tak berfaedah.

    Apakah yang Pak Yeh tawarkan sebagai bukti bahawa ayat 29:45 itu merujuk kepada ritual sembahyang tonggang tonggek?

    tolokminda

    March 18, 2010 at 10:57 am

  255. Salam,

    Persoalan solat nih masih lagi dlm kajian sy… itu sebabnya dlm blog sy ada cuba membincangkannya…

    http://doktrinisasi.blogspot.com/2010/01/adakah-menurut-al-quran-solat-berbagai.html

    🙂

    Jebon

    March 18, 2010 at 1:59 pm

  256. Salam/Peace…

    (quote)
    untuk renungan bersama ada satu tulisan yang saya kutip dari bro saim:

    Gajah Bebas dan Gajah Sarkas.

    Perkataan Gajah bebas digunakan kerana tidak ada gajah liar. Allah menciptanya bebas marayau-rayau dibumi sebagai cara hidup mereka.

    Gajah mengikuti cara hidup tertentu yang Allah telah programkan untuk mereka. Seperti binatang-binatang bebas yang lain, setiap langkah gajah bergerak adalah ?sunnatullah?- perkataan yang terdapat didalam quran. Sunnatullah maksudnya apa yang telah ditetapkan oleh Allah.
    Dan quran menyatakan sunnahtullah tidak berubah.
    Setiap pergerakan dilakukan oleh gajah yang bebas adalah sunnatullah walaupun gajah ada sedikit muatan akal seperti binatang-binatang yang lain, ia berfungsi sebagaimana Allah telah programkan fungsinya.
    Gajah yang bebas melakukan apa yang telah dietapkan sunnatullah. Gajah yang bebas akan makan, minum, beranak dan berpindah dari sesuatu tempat ke tempat yang lain dan akhirnya mati. Ini adalah cara hidup Gajah yang bebas.
    Selain dari itu ada gajah sarkas. Gajah sarkas menanggung campur tangan manusia. Campur tangan manusia lazimnya melanggar sunnatullah. Manusia juga adalah dari penciptaan sunnatullah akan tetapi manusia telah diberi akal untuk membuat pemilihan.
    2:256 tidak ada paksaan dalam peraturan hidup (deen) pasti telah jelas fakta (2:186) dari yang dongeng dan siapa tidak mempercayai dengan thaghut dan dia beramanah dengan Allah maka pasti dia telah berpegang (31:22) dengan tali yang teguh tidak akan putus baginya dan Allah Mendengar Mengetahui

    Dan diantara pemilihan-pemilihan, manusia tlah mengambil keputusan untuk melatih beberapa gajah untuk pertunjukan sarkas.
    Ini adalah hasil yang telah dilakukan kepada gajah yang bebas. Untuk menundukkan gajah dari mengikut sunnatullah manusia mesti mengasingkan gajah bebas dari suasana yang asli. (natural).
    Seterusnya manusia mesti melatih gajah untuk melakukan perintah yang tertentu seperti melatih mengangkat kedua-dua kaki depannya, melatih gajah untuk membengkokkan lututnya seperti perbuatan ruku? dan meniarap seperti bersujud. Dan melatihnya memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan,
    1. raise his front legs (mengangkat kedua kaki depannya)
    2. bend down at the knees to bow (menekukkan badannya pada lutut untuk membungkuk)
    3. prostrate on his stomach (merebahkan badannya di atas perut)
    4. shake their heads from one side to another side (menggoyangkan kepalanya dari satu sisi ke sisi yang lain)
    5. or roll their heads (atau memutar-mutarkan kepalanya)

    Manusia akan membuat gajah mendengar perintah yang tertentu seperti menggunakan suara yng dominan, dan kadang-kadang menggunakan wisel.
    Jadi apabila gajah sarkas mendengar suara perintah atau tiupan wisel gajah itu akan mempersembahkan lakonan dengan mengangkat kaki depan, membengkokkan lutut seperti ruku? dan meniarap seperti sujud dan memalingkan kepala kekiri dan kekanan.
    Jika sarkas membuat show lima kali sehari gajah akan mendengar perintah tersebut dan melakukan ritual tersebut lima kali sehari.
    Cuba renungkan, adakah Allah mencorakkan gajah untuk mengikut sunnatullah dalam kondisi yang asli atau adakah Allah telah mencorakkan gajah untuk membuat persembahan di sarkas sehingga lima kali sehari?
    Justru apabila kamu mendengar jeritan ? Allah Akbar, Allahu Akbar dari ?masjid? lima kali sehari ingatlah cerita gajah yang bbas dan gajah sarkis. Dan apabila kamu mengangkat takbir, ruku? dan sujud dan memalingkan muka kekiri dan kekanan cuba fikirkan anda suka menjadi gajah yang bebas atau gajah sarkas???

    (artikel asal:http://allah-semata.org/forum/index.php?topic=156.0)

    Salam/Peace..

    wolverine

    March 18, 2010 at 3:10 pm

  257. Salam,

    Satu perumpamaan yang cukup bermakna. Aduhai, selama ini aku telah di”sarkas”kan tanpa disedari. Ketika itu aku anggap aku merdeka, rupa-rupa di dalam kandang sarkas.

    🙂

    Juang

    March 18, 2010 at 4:09 pm

  258. Salam,

    Ya, satu perumpamaan yang cukup bermakna untuk membuka minda kita luas-luas. Apakah kita mahu seperti gajah sarkas itu? Tentu sekali tidak mahu bukan? Jadi, keputusan terletak di tangan masing-masing.

    bayau

    March 18, 2010 at 4:31 pm

  259. Pakyeh tulis:

    “Terima kaseh atas penjelasan anda. Waima ia nya tidak mennerang tapi mengkaburkan lagi soalannya.”

    Komen saya:

    1. Tolong beritahu saya dimana dalam penjelasan saya yang membuat Pakyek “lebih kabur”.

    Macam ni lah Pakyeh…. untuk menghilangkan kekaburan Pakyeh ianya mudah sekali: Pakyeh bertepauk dada dengan “Ahsanal Hadis” and “Lahwal Hadis” dan “Revolusi Agama”. Jadi, saya nak tanya sikit tentang ilmu “Revolusi agama” Pakyeh:

    ‘Siapakah nama Nabi Pertama yang mengunakan perkataan “Sol-laa” dalam Quran?

    Pakyeh tak payah nak terjemah ayatnya – beri nombor ayat sudah cukup.

    Waima (bunyi macam Naima) kita akan dapat lihat “Revolusi Cakap Berbelit-belit” dari Pakyeh dalam forun ini tak lama lagi.

    Gunumaro

    March 18, 2010 at 5:47 pm

  260. Salam Gunumaro,
    Solaa@ komitmen cuma terjemahan dan ia menjadi tafsiran persendirian, apabila maana sebenar, ia itu ritual tunggang tunggik itu di nafikan/di tilok.
    Solaa apabila di terjemah tidak akan memberi maana yang sama. Sebab itu Allah kata AlQuran itu dalam bahsa Arab.

    99.99% Muslim memahami solaa sebagai ritual tunggang tunggik. Kenapa mesti anda faham nya sebagai komitmen??? …dan komitmen apa ???

    Adakah Allah kata apa komitmen itu ???
    Mengikut Sheikh Tolokminda ia nya semua kerja yang.
    Tapi komitmen @ “semua kerja yang baik” telah di terangkan kapada kita dengan nama2 yang khas,seperti zakat saumm amal maaruf nahi mungkar dan lain2 lagi.

    Tafsiran / agumentasi awak untok tukar maana solaa kapada komitmen tidak jelas dan meyakinkan.
    Awak boleh terjemahnya kapada komitmen, tetapi komitmen itu maseh di fahami sebagai ritual tunggang tunggik.

    pakyeh

    March 18, 2010 at 11:42 pm

  261. Gurumaro kata :
    ‘Siapakah nama Nabi Pertama yang mengunakan perkataan “Sol-laa” dalam Quran?

    Pak Yeh: Saya tak tahu.

    Gunumaro kata:
    Waima (bunyi macam Naima) kita akan dapat lihat “Revolusi Cakap Berbelit-belit” dari Pakyeh dalam forun ini tak lama lagi.

    Pak Yeh kata:
    Awak menhina/prsonal attack saya ???
    Bila dia kalah bahas, dia belasah kita.!!!
    Heh,heh,heh, sungguh kurang sopan.

    Bye, bye Gurumaro. Bahas sudah tamat. Tiada manfaat berbahas dengan “bad loosers”.

    pakyeh

    March 19, 2010 at 12:20 am

  262. Salam,

    Dalam hidup ini, banyak perkara boleh dilakukan untuk dijadikan komitmen. Namun kita kena bijak menyusun komitmen mana yang perlu didahulukan.

    Umpamanya bila Al Quran menyebut “bacalah dengan nama Tuhan yang mencipta”, maka kita boleh jadikan amalan membaca untuk memahami ciptaan2 Allah di sekeliling kita sebagai satu komitmen. Bila kita kaji makhluk-makhluk di sekeliling ini, kita dapat melihat Kehebatan Allah menciptanya. Kita akan kagum dengan KebijaksanaanNya.

    Dan bila kita faham hukum-hukum di sebalik sesuatu ciptaan Allah, kita dapat gunakan ia untuk kita mencipta teknologi2 yang memudahkan kehidupan kita pun. Dengan teknologi itu kita boleh jual dan perkukuhkan ekonomi negara dan membuka peluang2 pekerjaan agar tidak ramai menganggur yang memungkinkan kadar jenayah meningkat.

    Dengan teknologi itu juga kita boleh ramal cuaca atau perubahan iklim bumi dengan lebih tepat untuk mengambil langkah-langkah awal sebelum sesuatu yang buruk terjadi.

    Kemudian Al Quran bawakan kisah iblis dimurkai Allah kerana bersikap angkuh merasakan dirinya lebih baik daripada Adam kerana diciptakan daripada api. Maka kita boleh jadikan komitmen untuk hidup melawan keangkuhan dan jadi orang-orang yang merendah diri agar tidak dimurkai Allah.

    Cuba kita fikirkan, jika kita penuhi masa harian kita dengan mengkaji ciptaan2 Allah di sekeliling kita dan kemudiannya hidup melawan segala unsur keangkuhan, ada masa lagikah kita itu nak berbuat kemungkaran? Sebab yang buat jahat itu kerana dalam dirinya ada keangkuhan.

    Yang pergi menagih dadah, merempit, merompak dan aktiviti2 memudaratkan kerana mereka tidak tahu menggunakan masa lapang mereka atau mereka tiada komitmen yang bermanfaat. Minda mereka tidak kreatif untuk mencari pekerjaan yang lebih baik daripada yang mereka tahu.

    Di sinilah kita nampak logik perkaitan komitmen mampu mencegah kekejiaan dan kemungkaran iaitu bagaimana cara kita mengurus masa kita untuk lebihkan masa berbuat baik dan cuba mengurangkan masa lapang yang boleh melalaikan kita sehingga didorong ke arah kemungkaran.

    Kuncinya macam mana kita mengurus masa harian kita kerana semua manusia diberi 24jam sehari. Kenapa ada yang buat jahat dan ada yang buat baik? Bukankah pada bagaimana cara mereka menguruskan masa itulah yang membezakan di antara mereka?

    Cuba hayati surah Al-Ashr…

    Juang

    March 19, 2010 at 12:23 am

  263. Pakyeh, kalau tak tahu Nabi mana yang mula mengunakan perkataan Sol-laa – tak payah nak ceritalah tentang apa maksud Sol-laa – sebab perkataan itu datang dari Al Quran.

    Kalau Pakyeh tak tahu apa yang ada dalam Quran – Pakyeh belajar dari tuhan mana tentang Sol-laa itu bertunggang tonggek?

    Apa sudah jadi dengan “revolusi agama” Pakyeh?

    Aidid Safar

    March 19, 2010 at 1:22 am

  264. Shah:
    “solat bermaksud sembahyang,dan sembahyang bagi orang islam adalah perbuatan dan perkataan yg di dahulukn dgn takbir dan di sudahi oleh salam,dan itu yg tlh dibawa dan dilakukan oleh utusan ALLAH yg terakhir(Muhamad s,a,w),jgn memandai ye,saya syorkn saudara mendalami ilmu nahu,sorof dan balagho,supaya lebih memahami tata bahasa arab,maaf”

    Solat adalah perbuatan dan perkataan yg di dahulukn dgn takbir. Takbir = Allahuakbar.

    Berdasarkan ilmu nahu dan sorof,

    Allahuakbar = Allah lebih besar, sama sekali bukan
    Allahuakbar = Allah Maha Besar.

    Kalau Allahuakbar= Allah lebih besar, maka berarti harus ada Allah yang lebih kecil. Artinya ungkapan Allahuakbar adalah ucapan orang musyrik yang menganggap adalah lebih dari satu Allah. Jadi ritual Solat itu dimulai dengan perkataan menyekutukan Allah.

    Dalam Alquran sama sekali tidak ada ungkapan Allahuakbar, meskipun kata Allah ada sekitar seribuan buah dan kata akbar ada belasan buah. Tidak ada satu kata akbar pun dalam Alquran yang diterjemahkan/diartikan dengan Maha Besar.

    Faried

    March 19, 2010 at 3:28 am

  265. Pakyeh the Islamic revolutionist kata:-

    “Bye, bye Gurumaro. Bahas sudah tamat. Tiada manfaat berbahas dengan “bad loosers.

    …….

    Pakyeh…janganlah merajuk…. siang-siang dak cakap good bye…… kurang sopanlah…

    Pakyeh kata Solaa itu ritual sembahyang bertonggang tonggek. Boleh tak saya nak tanya sikit? Mengikut sura 55:3-7 Allah mencipta semua manusia dan Dia memberi ilmu (A’lamal) dengan jelas (bayan). Matahari dan bulan ikut perhitungan – Dan kesemua pohon dan tumbuh-tumbuhan “bersujud” (yas-ju-dan). (55:3-7)

    Boleh tak Pakyeh tolong cerita macam mana Mata-hari, bulan dan kesemua tumbuh-tumbuhan (pokok-pokok) dalam dunia ini “bertonggang tonggek”?

    Gunumaro

    March 19, 2010 at 3:58 am

  266. hahaha i particularly like the Gajah story.

    the gajahness is so unlike the madness of manness.
    but wait, recently even animals are going perverted.
    hv you heard of the news about homosexual animals?

    they must have been trained by human beings too.
    hehehe 🙂

    observer

    March 19, 2010 at 4:38 am

  267. before we have Quranist.
    now we have Allahist.
    what next?

    observer

    March 19, 2010 at 4:40 am

  268. Salam,

    “Gunumaro: Mengikut sura 55:3-7 Allah mencipta semua manusia dan Dia memberi ilmu (A’lamal) dengan jelas (bayan). Matahari dan bulan ikut perhitungan – Dan kesemua pohon dan tumbuh-tumbuhan “bersujud” (yas-ju-dan). (55:3-7)”

    Itulah, kalau kita fikirkan makhluk2 lain pun bersujud. Namun kita tidak nampak matahari lari daripada tugasnya untuk buat amalan ritualnya sendiri. Tetap sahaja matahari pada fungsi ia diciptakan (tunduk atau sujud pada peraturan Allah).

    Bukankah itu bermakna manusia juga kena hidup mematuhi spesifikasi Tuha? Umpamanya Tuhan cipta kita sebagai lelaki, kenapa perlu ubah jadi perempuan tanpa alasan yang logik? Begitu juga sebaliknya.

    Jika Allah tidak tetapkan dalam hidup kena ada amalan ritual, kenapa pula diubah kehidupan kena ada amalan ritual?

    Tidakkah mata mereka memerhatikan?

    Juang

    March 19, 2010 at 4:49 am

  269. Terpulanglah panggil Quranist ke, Allahist ke, Syaitanist ke, Kuffarist ke, semuanya akan dapat balasan berdasarkan apa yang dikerjakan. Label2 itu tidak bernilai pun di sisi Allah. 🙂

    Juang

    March 19, 2010 at 4:55 am

  270. Pak Yeh tulis;
    99.99% Muslim memahami solaa sebagai ritual tunggang tunggik. Kenapa mesti anda faham nya sebagai komitmen??? …dan komitmen apa ???
    Quran 6:116
    Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

    Pak Yeh Tanya;
    Komitmen apa???

    Pada pendapat saya:
    Dalam quran ada kata “ya aiyuhallazi na aamanu….”
    (wahai orang orang yang diamanahkan……)

    Aamanu…bermakna “amanah” (ingat tak iklan “amanah saham nasional” (ASN) – “duit kita depa niaga…bla bla bla”)

    Tapi orang dok terjemah aamanu kepada “beriman”, “percaya” atau “believers” . tak berapa tepat.

    “wahai orang orang yang di amanahkan…..”

    OK – apa maknanya di amanahkan? => Amanah apa?

    Jawapan nya ada pada ayat ayat;

    2:30
    Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

    6:165
    Dan Dia lah yang menjadikan kamu KHALIFAH di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    Kunci nya disini ialah kita mausia ini adalah khalifah bumi. Khalifah ada tanggung jawab. Setiap kita ada tanggungjawab yang universal. jaga hal ehwal bumi ini. Menjaga bumi ini adalah tanggung jawab manusia. (good social climate, good economics climate, hygene, clean air, clean water……)

    Amanah dari tuhan jaga bumi. Amanah itu tanggung jawab. Tanggung jawab itu komitmen. komitmen itu solaa.

    Saya tak boleh nampak macam mana nak jadi khalifah menjaga muka bumi ini dengan maksud solaa – sembahyang tonggang tonggek.

    Sembahyang tonggang tonggeng bersifat “introvert” atau “selfish” atau “untuk kepentingan diri sendiri di alam akhirat sahaja”. Ia tidak bersifat sejagat (universal). Kalau solaa=sembahyang tonggang tonggeng, ia bersifat sangat sempit.

    Untuk menjadi khalifah, individu mesti mesti mempunyai sifat yang universal. Ini dapat di dipraktikkan dalam solat=komitmen (faham tolokminda, dan saya juga)

    Pak Yeh tulis;
    Haj, Amal maaruf nahi mungkar,zakat, ekonomi tanpa riba ,berbaik dengan semua, juga satu komitmen,

    Pada pandangan saya, Haj, Amal maaruf nahi mungkar,zakat dll itu adalah “sub-element” solaa.

    Akhir sekali, Pak Yeh minta bukti ( hard evidence)
    Saya jawab: biar saya kata awal awal . saya tiada hard evidence. Hanyalah pandangan saya.

    Terima kaseh kerana meluangkan masa membaca tulisan saya.

    Have a good weekend folks!

    Aduh....

    March 19, 2010 at 5:07 am

  271. Ok Mr Gunumaro
    Aku tak merajuk lagi.
    Tapi awak kena tertib dengan adat berbahas.
    Jangan ada penghinaan/personal attack.
    Saya kenal ayat yang awak maksudkan….semua termasuk bimatang dan pokok sujud kapada Allah.

    Tafsiran semua sujud kapada Allah bermaana menjalankan “lakonan masing2”, dan mentaati segala plans/rencana/takdir Allah.
    Juga boleh di alah solahtafsir bahawa kafirpun taat kapada Allah dalam menjalankan lakonan/rancangan/takdir Allah.

    Maksud sujud di dalam ayat itu adalah spiritual sujud dan bukan fisikal sujud.

    Soalaa pun begitu juga, sebab ada sujud.
    Waima solaa yang di suroh untok pengikut nabi Muhammad adalah solaa yang fisikal.

    Saya sudah faham direction yang anda mahu bahas.
    Jadi step satu dan dua yang belum awak masuk pun sudah saya masuk.
    Heh,heh,heh. Silakan bukak kuntau anda,…Kalau beluk terpelekot.

    pakyeh

    March 19, 2010 at 5:20 am

  272. ya Aduh,

    A thing is not necessarily true because badly uttered, nor false because spoken magnificently.

    observer

    March 19, 2010 at 5:20 am

  273. Salam,

    Setuju dengan pendapat saudara Aduh.

    Dalam banyak2 makhluk yang hidup di muka bumi ini, hanya manusia sahaja sanggup pikul amanah khalifah tersebut. Manusia diberi keizinan untuk mentadbir dan memakmurkan muka bumi. Mana ada makhluk2 lain yang sanggup lakukan itu semua?

    Jadi di sini kita nampak peranan syaitan iaitu untuk melalaikan manusia daripada amanah khalifah tersebut. Maka dibuatlah ajaran2 dusta dengan bermacam-macam ritual. Satu golongan, ritualnya macam tu. Golongan lain, ritualnya lain pula. Setiap golongan berbangga-bangga kononnya dengan beritual macam itu, mereka lebih mulia daripada golongan lain. Mereka nak hidup angkuh sahaja.

    Kemudian ada syaitan-syaitan menghasut ke arah pemusuhan atas nama menegakkan golongan mereka. Mereka bom sana bom sini. Bukannya mereka tahu nak hidup berbaik2 sesama manusia untuk menyempurnakan amanah khalifah tersebut.

    Itukah sifat seorang khalifah? Macam sampah adalah.

    Juang

    March 19, 2010 at 7:39 am

  274. Salam,

    Saya dapat memahami Solaa @ komitmen, tetapi belum memahami sepenuhnya, dan masih panasaran.

    Merujuk 107.4:
    # فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ (107:4)

    Fawaylun lilmusalleena

    # 107:4 (Malay) Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang salat,

    seharusnya orang-orang yang berkomitmen (musalleena)
    tidak mungkin celaka.

    Mohon penjelasannya, dan banyak terima kasih.

    Faried

    March 19, 2010 at 7:47 am

  275. Salam Faried,

    Saya telah mengulas mengenai ayat yang tuan kemukakan dalam komen di atas sana. Tetapi saya copy sekali lagi untuk kemudahan tuan.

    ———————————————-

    Kita tengok satu lagi sudut bagaimana perkataan solaa di dalam Al-Quran adalah merujuk kepada komitmen.

    107:1 Sudahkah kamu memikirkan seseorang yang mengatakan cara hidup ini (Islam) dusta.
    107:2 Dia adalah seseorang yang melayan anak yatim dengan buruk.
    107:3 Dan tidak menggalakkan memberi makan orang miskin.
    107:4 Maka celakalah mereka yang mempunyai komitmen
    107:5 Tetapi tidak mengambilberat komitmen mereka
    107:6 Sesiapa yang melakukan sesuatu hanya untuk dilihat
    107:7 Dan tidak mahu membantu keperluan sekitarnya.

    Dalam ayat di atas Tuhan menyebut tiga perkara yang sepatutnya menjadi komitmen kepada orang-orang yang percaya kepada cara hidup (deen) Islam. Iaitu menjaga anak-anak yatim dengan baik, menggalakkan memberi makan orang miskin dan memberi bantuan kepada anggota masyarakat yang memerlukan.

    Oleh itu – Tuhan kata – jika seseorang itu melakukan sebaliknya iaitu berlaku buruk kepada anak yatim, tidak menggalakkan memberi makan orang miskin, tidak mahu memberi bantuan kepada keperluan anggota masyarakat yang memerlukan di sekitarnya kecuali jika ia sesuatu yang dilihat orang lain – maka celakalah orang itu kerana mengabaikan komitmennya. Orang seperti inilah yang mendustakan cara hidup Islam yang telah Tuhan gariskan.

    Kalau solaa dalam Surah di atas bermaksud sembahyang tonggang tonggek – apa kena mengena sembahyang seseorang dengan kegagalannya melayan anak yatim dengan baik, atau tidak beri makan orang miskin dan tidak mahu tolong orang lain? Kita tidak pernah dengar pun sesiapa kata sembahyang tidak sah atau Tuhan cela jika kita tidak melakukan ketiga-tiga perkara itu sedangkan kita mengamalkan sembahyang.

    tolokminda

    March 19, 2010 at 8:23 am

  276. Tolokminda kata:
    Kalau solaa dalam Surah di atas bermaksud sembahyang tonggang tonggek – apa kena mengena sembahyang seseorang dengan kegagalannya melayan anak yatim dengan baik, atau tidak beri makan orang miskin dan tidak mahu tolong orang lain? Kita tidak pernah dengar pun sesiapa kata sembahyang tidak sah atau Tuhan cela jika kita tidak melakukan ketiga-tiga perkara itu sedangkan kita mengamalkan sembahyang.

    Ada ramai orang yang solaa tungang tunggik untok tujuk alim /hipokrit tetapi tak mahu bersedekah.Allah marah mereka yang kedekut.

    Apa yamg susah sangat nak faham ???
    Kenapa perlu di pusing maana supaya tak perlu solaa tunggang tunggik.???
    99.999999% Muslim berkata solaa adalah sembahyang tungang tunggik.

    mangolian

    March 19, 2010 at 12:59 pm

  277. Salam mangolian,

    Kita semua bertanggungjawab untuk membaca wahyu Tuhan bukan sahaja dengan maksud yang betul bahkan konteksnya juga perlu betul.

    Kenapa tak ikut buta tuli saja pada yang 99.9999999%?

    Sebab Tuhan beritahu kita:

    6:116 Dan jika kamu ikut majoriti manusia di bumi ini, mereka akan memimpin kamu sesat dari jalan Allah – mereka hanya menuruti andaian dan mereka hanya berdusta.

    tolokminda

    March 19, 2010 at 1:11 pm

  278. Salam,

    Kebanyakan manusia suka menilai mengikut suara majoriti, bukan berdasarkan bukti. Tidak mustahil, andaikata 99.99999% orang kata bumi ini leper, dan seorang sahaja kata bumi ini bulat, maka yang kata bumi ini leper akan dilihat benar walaupun yang kata bumi itu bulat bawakan bukti2 yang logik.

    Juang

    March 19, 2010 at 1:37 pm

  279. 107:2 Dia adalah seseorang yang melayan anak yatim dengan buruk.
    107:3 Dan tidak menggalakkan memberi makan orang miskin.

    Kenapa ada manusia sanggup melayan anak yatim dengan buruk? Sebab dalam hatinya ada penyakit angkuh. Merasakan dirinya lebih mulia daripada anak yatim itu.

    Begitu juga yang tidak galakkan memberi makan orang miskin, kerana mereka angkuh memandang si miskin itu hina.

    Sebenarnya angkuh itulah musuh kepada setiap manusia. Itulah yang diperingatkan Allah kepada Adam setelah iblis menunjukkan keangkuhannya.

    Disebabkan angkuh itulah manusia hidup bermusuh-musuhan. Hilang perikemanusiaan dan kasih-sayang.

    Selama ini kita diajar untuk merasa angkuh dengan keturunan kita dan ajaran tradisi kita sehingga memandang kaum2 lain adalah hina kerana kononnya mereka itu kafir sebab ritual mereka tak sama dengan kita.

    Semakin tinggi keangkuhan manusia itu, semakin rendah darjatnya di sisi Allah. Itulah jawapan kenapa keadaan orang2 Islam hari ini jauh ke bawah berbanding bangsa2 lain. Ini kerana orang2 Islam paling kuat sekali keangkuhannya berbanding kaum2 lain.

    Dahulu orang2 Yahudi yang kuat keangkuhannya kerana merasakan mereka lebih baik daripada bangsa2 lain. Kini penyakit itu sudah berjangkit kepada keturunan yang kata ikut Al Quran.

    Akibat angkuh, Al Quran kini sudah tidak dipedulikan.

    Juang

    March 19, 2010 at 1:50 pm

  280. Pakyeh kata:
    “Tapi awak kena tertib dengan adat berbahas.

    Kemudian Pakyeh kata begini:
    “Heh,heh,heh. Silakan bukak kuntau anda,…Kalau beluk terpelekot”

    Ini komen saya:

    “Bukak Kuntau”? Pakyeh, apa pasal lu cakap tak surupa bikin?

    Allah pun tanya kita macam itu juga – tapi dalam bahasa Dia lah:

    “Wahai orang-orang yang percaya, mengapa kamu cakap apa yang kamu tidak buat?” (61:2) – Kebencian yang paling besar disisi Allah ialah – kamu bercakap apa yang kamu tidak buat.” (61:3)

    OK kita balik kepada tajuk: Pakyeh bersetuju Mata-hari, Bulan, dan tumbuh-tumbahan yang dicipta oleh Allah dilanggit dan bumi “Bersujud” (dalam bahasa Melayu “Sujud” maknanya “tonggek” bontot menghala ke langit).

    Tapi disebabkan kesemua ciptaan Allah ini tidak ada bontot – Pakyeh kata mereka “tonggek” atau “Bersujud secara spiritual”.

    Pakyeh, apabila kita berkata sesuatu kebenaran kita mesti tahu apa yang kita kata – dan kita mesti bertanggung jawab atas apa yang kita perkatakan. Mana Pakyeh tahu Mata-hari, bulan dan tumbuh-tumbuhan “tonggek” secara spiritual?

    Biasanya “Spirit” ini dikaitkan dengan hantu dan jembalang. Apakah Allah tergolong dalam kategori ini?

    Saya minta Pakyeh tolong jawab tentang “Spiritual” ini sebab kita kena tahu mengapa kesemua ciptaan Allah yang ada disekeliling kita boleh dapat keistemewaan “Spiritual” dan bila tiba giliran kita – kita diwajibkan melakukannya cara fisikal.

    Ide spiritual dan fisikal ini bukan ide saya – tetapi ide Pakyeh sendiri – dan saya yakin Pakyeh tentu tahu apa yang Pakyeh cakap.

    Permintaan ini saya buat sebab saya percaya apablia kita berbincang tentang sesuatu – kita kena cari simpang pertemuan untuk kita bersetuju supaya kita dapat berbincang secara sihat.

    p.s: Sedikit tambahan. Pakyeh, nak tanya sikit… Apa sebab Pakyeh guna gelaran “Sheikh Tolokminda” kepada tuan punya blog ini. Orang dalam blog ini bukan budak-budak kecil.

    Gunumaro

    March 19, 2010 at 6:04 pm

  281. Apakah sebenarnya tujuan manusia dihidupkan.Apakah
    kerana Allah inginkan suatu fantasi kemanusiaan berada
    dialam bumi sekecil ini.

    Hanya dengan bumi seciput ne,…berpuluh nabi dan rasul
    dilantik.Dengan tak tebilang tanda2 kebesarannya di
    ulang2 hanya nak suruh manusia berkomitmen sesama
    makhluk berbuat baik,ingat Allah,memuji Allah..semata
    mata.

    Tak tau lah AKU yg.korang nampak tentag kehidupan
    manusia.Telah berbilion manusia dilalaikan
    dengan halnya urusan hidup.

    Apakah hal2 dunia dapat mendekatkan diri manusia
    dengan Allah.Sedangkan ulama2 dikatakan boleh sesat
    dan menyembah batu….ini kan pula penyembah2 hal
    dunia.

    Tok Syam

    March 19, 2010 at 9:12 pm

  282. Tok Syam, apa sebab Tok Syam suka jaga tepi kain orang lain? Berbillion ke, berpuluh billion ke, dia orang menyusahkan Tok Syam ke? Habis….? yang sibuk-sibuk tentang orang lain apa hal?

    Tok Syam, tak perlulah Tok Syam nak mempertahan ulamak-ulamak. Allah turunkan hanya sabuah Kitab yang mengesahkan kitab-kitab sebelumnya sebagai petunjuk – tetapi orang-orang yang Tok Syam gelar ulamak kesemuanya belajar dari beratus-ratus kitab lain seolah-olah ilmu dalam Kitab Allah sahaja tidak mencukupi. Allah panggil orang-orang yang suka cari ilmu dari kitab-kitab selain daripada KitabNya sebagai “KELEDAI”:

    Dalam sura 62 ayat 2 Allah beritahu kita Dia mengutuskan kepada kita rasul untuk menyampaikan ayat-ayatNya kepada kita supaya ajaran dalam KitabNya dapat mensucikan kita dan mengajarkan kita tentang Kitab itu dan hikmah-hikmah didalamnya.

    Beberapa ayat kemudianya Allah ingatkan kita jangan ikut contoh macam Yahudi. Allah turunkan kepada mereka hanya sebuah Kitab iaitu Taurat – tetapi mereka sudah jadi macam “KELEDAI” sebab mereka sudah adakan kitab-kitab lain selepas Taurat:

    “Perumpamaan seperti orang-orang yang dipertanggung jawabkan Taurat – kemudian mereka tidak memikulnya – adalah umpama “KELEDAI-KELEDAI” memikul kitab-kitab tebal. Amat buruklah kaun yang mendustakan ayat-ayat Allah – dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.” (62:5)

    Nampaknya Allah panggil orang-orang yang mengikuti lebih dari Kitab Al Quran – sebagai “KELEDAI”.

    Tok Syam, hari ini Tok Syam boleh defend ulamak – dihari akhirat nanti siapa boleh defend mereka didepan Allah?

    Gunumaro

    March 20, 2010 at 12:14 am

  283. aku fikir, kalau pun ada Islam ori seperti yg dibawa Muhammad Rasulullah ianya zuriyat baginda dalam silsilah begini:

    Muhammad
    Fatimah Zahra + Imam Ali
    Hassan & Hussin
    dan seterusnya …..

    hanya merekalah yg tahu sebenarnya Sunnah Nabi
    dan boleh menerangkan Quran secara benar.

    observer

    March 20, 2010 at 2:36 am

  284. tentang solaa … ianya fantasi seseorang untk mengatakannya sebagai komitmen.

    kerjaya = komitmen
    berusahaniaga = komitmen
    kajian, belajar, sains = komitmen

    tapi solaa bukanlah komitmen.
    ianya tlah diajar kpd nabi dan kmdian dituruti imam ali
    dan keturunan nabi sebagai satu ‘moment bersama Allah’

    bukanlah ia satu upacara menunjuk-nunjuk warak.
    tapi adalah satu moment yg ‘up close and personal’ dgn Allah
    yng ramai anti-solat ialah kerana mereka tidak terlepas dari sifat ujub.
    angkara mereka gagal utk connent dgn Allah ketika solat, mereka istiharkan ia sebagai perbuatan sembah berhala.
    macam crita musang kata anggur masam.

    Iblis adalah kekasih Allah yg sejati.
    beliau enggan sujud kepada selain Allah. [tawhid Vs syrik] beliau sanggup dihukum kerana berpegang pd janji dgn Allah.
    beliau, Iblis, telah diuji dan lulus ujian.

    kita di dunia skrng, ialah untuk menghadapi ujian2 Iblis.

    oleh kerana cinta Iblis kepada Allah,
    dia diberi tugas jaga pintu syurga dari
    dimasuki orang2 yg tak layak berada di dalamnya.
    org2 yg shayatin belum ditundukkan. yg tak mahu tunduk.

    observer

    March 20, 2010 at 2:52 am

  285. TUJUAN DIBANGKITKAN RASUL

    “TS: Hanya dengan bumi seciput ne,…berpuluh nabi dan rasul dilantik.Dengan tak tebilang tanda2 kebesarannya diulang2 hanya nak suruh manusia berkomitmen sesama
    makhluk berbuat baik,ingat Allah,memuji Allah..semata mata.”

    Kalau kita tidak fikirkan tujuan sesuatu perkara itu diwujudkan, pasti kita susah nak faham kenapa perkara itu diwujudkan. Umpamanya kalau kita tidak tahu tujuan kereta diciptakan, sudah pasti kita mempersoalkan kenapa kereta diciptanya berjuta-juta banyaknya. Tetapi bila kita tahu tujuan kereta diciptakan untuk memudahkan manusia bergerakkan ke sesuatu destinasi, maka kita tidak lagi mempersoalkannya.

    Begitulah juga, apabila kita faham apa tujuan seseorang rasul itu dibangkitkan, maka kita tidak lagi mempersoalkan kenapa Allah bangkitkan para Rasul berpuluh-puluh di bumi yang kecil ini.

    Berikut adalah ayat-ayat Al Quran yang memberitahu kita apa tujuan sebenar para Rasul itu dibangkitkan;

    6:130. “Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu sendiri yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan memberi amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?” Mereka berkata, “Kami menyaksikan terhadap diri-diri kami sendiri.” Mereka ditipu oleh kehidupan dunia, dan mereka menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.

    22:49. Katakanlah, “Wahai manusia, aku bagi kamu hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.”

    6:48. Kami tidak mengutus para utusan kecuali untuk membawa berita gembira, dan memberi amaran. Maka sesiapa yang percaya, dan membetulkan – tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

    Jelas menunjukkan tujuan para Rasul itu dilantik adalah;
    1) untuk membawa khabar gembira kepada orang2 yang percaya kepada Allah dan memperbetulkan diri masing2,
    2) memberi amaran kepada orang2 yang tidak percaya yang mahu hidup dalam keangkuhan.

    Cuba kembali kepada basic, iaitu kisah iblis merasa angkuh pada Adam. Ketika itu (sebab tiada Rasul sebelum Adam), maka Allah sendiri tunjuk ajar kepada Adam untuk Adam mengenal sifat angkuh itu, agar dia tidak meniru iblis.

    Bila Adam mula ditugaskan sebagai khalifah di bumi, Adam masih ingat lagi tentang amaran Allah itu. Setelah lahir generasi bersilih ganti, ada manusia yang mula dijangkiti penyakit angkuh iblis itu (sebab iblis sudah berjanji nak sesatkan anak Adam agar tiru keangkuhannya – kerana angkuh itulah iblis dihukum oleh Allah).

    Bila ramai manusia lalai daripada penyakit angkuh sehingga mereka mengada2kan ritual untuk merasakan diri mereka mulia daripada manusia lain, maka Allah pun bangkitkanlah seseorang Rasul untuk sedarkan balik mereka pasal penyakit angkuh iblis.

    Selagi masih ada manusia yang hidup angkuh antara satu sama lain, selagi itulah Allah bangkitkan Rasul untuk peringatkan balik pada penyakit yang melayakkan iblis kekal dalam neraka. Ini kerana Allah bukannya kejam untuk terus sumbat manusia itu dalam neraka tanpa diperingatkan mereka terlebih dahulu.

    Kerana angkuhlah ada manusia meninggalkan komitmen mereka sebagai khalifah di muka bumi. Mereka ada-adakan ajaran amalan ritual untuk merasakan golongan mereka suci dan orang2 yang tidak beritual macam mereka adalah hina. Bukankah itu penyakit angkuh yang nyata? Mereka telah menempah tiket terus ke neraka bersama-sama iblis. Penginap yang kekal abadi.

    Jadi, matlamat sebenar Rasul itu bukannya setakat nak suruh buat komitmen sebab kalau manusia itu tiada penyakit angkuh, secara semulajadi mereka akan tahu apa komitmen mereka sebagai seorang manusia. Matlamat Rasul itu dibangkitkan untuk mengajak manusia kembali hidup merendah diri dengan menjauhi keangkuhan dalam hati masing2. Itu matlamat utama mereka.

    Di sinilah kita nampak logik kenapa solat itu bukannya amalan sembahyang ritual kerana amalan itu diada-adakan untuk manusia bersikap angkuh sesama manusia. Lihatlah perangai orang Islam hari ini. Mereka merasakan dengan amalan ritual mereka itu, merekalah Islam dan memandang kaum-kaum lain adalah kafir.

    Tetapi kalau kita kata solat itu komitmen, bukankah semua orang boleh melakukan komitmen? Maka tidak wujud keangkuhan di situ.

    Jadi, terpulanglah kepada masing2. Nak hidup dalam keangkuhan seperti iblis atau hidup merendah diri seperti para Nabi. Nanti bila kembali kepada Allah, janganlah cakap tiada siapa nak peringatkan balik pasal keangkuhan iblis dahulu.

    Anyam ketupat sambil mencangkung
    Sendiri buat sendiri tanggung

    🙂

    Juang

    March 20, 2010 at 3:31 am

  286. “observer: aku fikir, kalau pun ada Islam ori seperti yg dibawa Muhammad Rasulullah ianya zuriyat baginda dalam silsilah begini:

    Muhammad
    Fatimah Zahra + Imam Ali
    Hassan & Hussin
    dan seterusnya …..

    hanya merekalah yg tahu sebenarnya Sunnah Nabi
    dan boleh menerangkan Quran secara benar.”

    Pada pendapat saya, belum tentu yang lahir daripada zuriat seseorang Rasul itu akan membawa Islam yang ori.

    Bukankah dalam Al Quran ada kisah Nabi Ibrahim berdoa agar keturunannya tetap berada pada jalan yang lurus (Islam) seperti baginda? Tetapi Allah kata sesiapa daripada keturunan baginda yang zalim, mereka akan terlepas daripada doa tersebut.

    Bayangkanlah Nabi Ibrahim sendiri pun tidak mampu memastikan Islam yang ori itu lekat pada keturunan baginda, apatah lagi Nabi Muhammad yang lahir kemudian itu.

    Ingatlah, iman tidak boleh diwarisi. Iman datang setelah manusia itu mahu menggunakan penglihatan, pendengaran dan akalnya untuk mendengar semua maklumat dan mengikut yang paling baik. Itulah orang2 yang diberi petunjuk dan orang2 yang berfikir.

    Kalau seseorang itu daripada zuriat Nabi sekali pun, tetapi tidak mengikut peraturan Allah yang melayakkan seseorang manusia itu dapat petunjuk, maka mereka tetap tidak mahu percaya seperti anak Nabi Nuh walaupun bapanya seorang Rasul.

    Jika kita selalu mengkaji kisah2 Rasul dan umat2 terdahulu yang direkodkan dalam Al Quran, kita mudah nampak perkaitan itu semua.

    Sebab itulah mengkaji Al Quran (bukannya mengaji untuk melagu2kan Al Quran) juga boleh dijadikan komitmen. Kenapa tidak buat ketetapan mengkaji Al Quran 5 kali sehari? Bukankah itu lebih besar nilainya daripada beritual entah daripada mana datangnya ajaran itu?

    At least suruhan memikirkan Al Quran ada jelas dalam Al Quran berbanding suruhan beritual pada objek2 tertentu itu. Yang hairannya benda jelas mereka tak nak ikut, benda2 kabur juga yang mereka turuti membuta-tuli. Sama perangai mereka macam orang2 Yahudi dan Nasrani. Sesuatu yang jelas dalam Taurat dan Injil mereka taknak ikut. Yang diriwayat oleh para pembesar agama mereka itulah yang ditaksubi.

    Juang

    March 20, 2010 at 3:47 am

  287. Cuba kita lihat perangai orang2 yang mengaku sahaja Islam pada hari ini. Rumah ibadat mereka (yang mereka panggil masjid) dikatakan rumah suci atau rumah Allah. Rumah ibadat kaum-kaum lain, mereka kata kotor.

    Nampak tak bagaimana syaitan2 membisikkan tipu daya agar mereka angkuh dengan amalan tradisi mereka dan memandang hina amalan tradisi bangsa2 lain?

    Sebab itulah para Rasul dibangkitkan untuk mengajak manusia kepada kehidupan yang tiada ada ritual2 tertentu yang menyebabkan sesama manusia hidup bermusuh2an kerana perbezaan amalan ritual. Bukankah syaitan itu mahu menyesatkan manusia dengan permusuhan?

    5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.

    5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada berkomitmen. Mahukah kamu berhenti?

    Ayat 5:90 memasukkan berhala2 (sembahyang ritual kerana setiap sembahyang ritual pasti ada berhala2 masing2) sebagai amalan syaitan.

    Ayat 5:91 memberitahu tujuan amalan syaitan itu diada-adakan untuk manusia bermusuhan sesama sendiri dan melalaikan mereka pada Allah dan komitmen mereka yang sebenar sebagai khalifah di muka bumi.

    Tengoklah perangai orang2 Islam hari ini suka bermusuh2an dengan bangsa2 lain kononnya bangsa2 lain itu kafir dan mereka sahaja Islam atas alasan amalan ritual mereka itu. Mereka tidak sedar mereka tengah angkuh yang melayakkan mereka masuk neraka bersama-sama iblis.

    Selalu saya terfikir, apakah payahnya untuk kita hidup tanpa unsur2 angkuh? Hidup dengan hati yang aman sejahtera (Islam) untuk melihat semua manusia adalah sama?

    Kenapa nak juga mereka bermusuh2an sesama manusia kononnya merekalah yang suci dan kaum2 lain kotor? Sudah hilang kewarasankah mereka?

    Juang

    March 20, 2010 at 4:31 am

  288. Observer tulis;

    Fatimah Zahra + Imam Ali
    Hassan & Hussin dan seterusnya …..
    hanya merekalah yg tahu sebenarnya Sunnah Nabi dan boleh menerangkan
    Quran secara benar.

    —–//////////——-

    Observer,
    Teruskan cerita anda. Tapi jangan “cut & paste” punya version.  Aku
    nak baca sesuatu yang original dari tulisan anda sendiri.

    1)Kenapa  mereka mereka ni hebat sangat sampai aku kena simpan akal aku dalam peti sejuk bila baca Quran.

    2)Kenapa ada syiah 5, ada syiah 7, ada  syiah 12 dan macam macam lagi.

    3) yang  ini penting bagi aku. Kenapa aku kena tolak tepi Quran dan ikut cakap mereka mereka ini yang dah lama pulang menemui Pencipta dan ada juga yang hilang lesap begitu saja.

    Cuma nak tahu dan cuba memahami parti Ali ni.

    The floor is yours. Minta izin Tolokminda.

    ***

    Aduh....

    March 20, 2010 at 4:34 am

  289. Salam,

    “observer: aku fikir, kalau pun ada Islam ori seperti yg dibawa Muhammad Rasulullah ianya zuriyat baginda dalam silsilah begini:

    Muhammad
    Fatimah Zahra + Imam Ali
    Hassan & Hussin
    dan seterusnya …..

    hanya merekalah yg tahu sebenarnya Sunnah Nabi
    dan boleh menerangkan Quran secara benar.”

    Macam Syiah jer?? 🙂

    Jebon

    March 20, 2010 at 4:47 am

  290. Salam,

    Sebenarnya, daripada perkataan “Salam” atau “Islam” itu sahaja kita boleh nampak makna solat yang lebih baik.

    Islam bermakna aman sejahtera. Maka sudah pasti ajaran islam itu ada kaitan dengan keamanan dan kesejahteraan.

    Cuba lihat di antara makna komitmen dan sembahyang ritual, yang mana satu membawa kepada kehidupan yang aman sejahtera?

    Sembahyang ritual menyebabkan manusia itu merasakan dirinya suci dan memandang kaum2 lain yang sembahyang ritual cara lain adalah hina. Dengan kata lain, sembahyang ritual menyebabkan manusia tidak boleh berbeza cara amalan. Semua itu membawa kepada kehidupan bermusuh-musuhan dan keangkuhan.

    Komitmen pula tidak memerlukan manusia merasakan dirinya suci dan memandang yang tidak berkomitmen sepertinya ada hina. Dengan kata lain, orang2 yang berkomitmen boleh menerima perbezaan cara komitmen sebab lain bidang, lainlah bentuk dan cara komitmen yang dilakukan.

    Contohnya seorang doktor, sudah pasti cara komitmen dia lain dengan seorang jurutera. Maka doktor dan jurutera itu boleh hidup aman sejahtera. Jika jurutera sakit, doktor cari ubatnya. Jika doktor nak sesuatu teknologi, jurutera yang realisasikannya.

    Jadi di antara amalan sembahyang ritual dengan komitmen, yang mana satu lebih logik ke arahan keamanan dan kesejahteraan (Islam)?

    Juang

    March 20, 2010 at 5:06 am

  291. Gunumaro kata:
    Biasanya “Spirit” ini dikaitkan dengan hantu dan jembalang. Apakah Allah tergolong dalam kategori ini?

    Saya minta Pakyeh tolong jawab tentang “Spiritual” ini sebab kita kena tahu mengapa kesemua ciptaan Allah yang ada disekeliling kita boleh dapat keistemewaan “Spiritual” dan bila tiba giliran kita – kita diwajibkan melakukannya cara fisikal.

    Ada ayat alQuran “Aku adalah Zahi dan Batin”
    Jadi Allah pun ada Zahir dan Batin(spiritual)

    Sujud spiritual(batin) adalah kita di takdirkan menjadi apa yang kita di jadikan walau manusia binatang atau jembalang.Bulan pusing dunia dan dunia pusing matahari adalah cara sujudnya kapada Allah. Burung dengan sujud nya sendiri cara spiritual dan fisikal..cuma kita tak nampak. Begitu juga tanaman..sujud dengan cara mereka sendiri…cuma kita tak nampak. Begitu juga manusia sujud cara spiritual dan physical. Sujud pun boleh di tafsir tungan tunggik, Vanakam macam hindu Budha tapi paling baik adalah cara Muslim tunggang Tunggik.
    Apa anda tidak tunganag tunggik ???
    Mungkin anda mazhab Majusi ???

    Nota:1) kita ber kuntau bahas sahaja.Intellectual wresling.
    Saya panggil Tolokminda Sheikh pasal respect lah.Yang ko rasa macam budak tu mungkin kerana kau belun akhir baligh. Heh.heh,heh. Begurau aje.

    Pak Yeh

    March 20, 2010 at 8:24 am

  292. Aidi safar kata:
    Aidid Safar kata:
    Pakyeh, kalau tak tahu Nabi mana yang mula mengunakan perkataan Sol-laa – tak payah nak ceritalah tentang apa maksud Sol-laa – sebab perkataan itu datang dari Al Quran.

    Pak Yeh kata:
    Aduh sombongnya !!! Kalau pandai ajar. Kalau nak ajar jangan perli dan pukul. Itu semua Setan punya cara. Murid pun habis lari.

    Aidid Safar kata:
    Kalau Pakyeh tak tahu apa yang ada dalam Quran – Pakyeh belajar dari tuhan mana tentang Sol-laa itu bertunggang tonggek?

    Pakyeh kata:
    Solaa tunggang tunggik di ajar oleh orang Muslim lah ! Cara macam ko belajar joget dan ronggeng, Cara praktik.

    Aidid Safar kata:
    Apa sudah jadi dengan “revolusi agama” Pakyeh?

    Pak Yeh kata:
    Lebeh kurang sama macam ko punya agama lah Baru start.

    Pak Yeh

    March 20, 2010 at 8:42 am

  293. Apalah hebat sangat mesej yang ada dalam Quran?

    Suruhan untuk berbuat baik dan jadikan dunia ini taman yang selamat untuk semua orang mendiaminya? Mesej yang sama sudah ada dalam kitab Hindu, Bhagavad Gita.

    Tapi adakah manusia akan mentaatinya?
    Sebenarnya selagi manusia ini mempunyai kitab agama, selagi itulah dunia akan huru-hara.
    Kerana semua pihak mengaku bahawa mereka sajalah yang betul dalam memahami kitab yang mereka baca.

    Kalau sebuah kitab itu suci, hanya orang yang suci sahaja layak mentafsirnya dengan tepat. Kita tak boleh ada 1,000 swami, paderi, pendeta, ulamah untuk membahaskan perkara yang sama. Bukankah ini sudah jelas?

    Atma Shri Bhakti

    March 20, 2010 at 9:11 am

  294. Salam,

    Kalau kita selami pengajaran Al Quran, ia turut membenarkan Kitab-kitab Allah terdahulu. Dengan kata lain, Nabi Muhammad tidak ajar mengatakan apa yang baginda bawa itu sahaja yang betul dan orang lain salah.

    Sebab itu ada ayat yang berbunyi;

    39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

    Rasulullah suruh kita dengar semua pendapat, dan pilihlah yang paling baik daripadanya kerana itulah cara seseorang nak dapat petunjuk Allah.

    Yang menyebabkan jadi huru-hara bila ada pengikut taksub mendakwa mereka sahaja betul dan orang lain salah (merasa angkuh), sedangkan Rasul itu tak ajar cara hidup macam itu pun.

    Nampak tak bagaimana perasaan angkuh itulah punca manusia hidup huru-hara?

    Semua Nabi dan Rasul mengajak manusia lawan perasaan angkuh dalam diri masing2. Bila semua manusia merendah diri, macam mana nak wujud huru-hura? Bukankah simple logik sahaja?

    Masalahnya bila ada yang tak nak mencermin keangkuhan dalam diri sendiri kemudian suka menyalahkan orang lain, itu yang menyebabkan dunia huru hara.

    Macam dulu kita diajar melihat amalan ritual kaum2 lain semuanya salah, dan ritual kita sahaja betul. Itu semua ajaran ke arah keangkuhan. Tetapi cuba bayangkan, andainya manusia tidak mengada-adakan ritual, tiada lagi yang nak merasa angkuh dan memecah-belahkan sesama manusia atas nama agama.

    Juang

    March 20, 2010 at 9:38 am

  295. Salam,

    Ketika Adam hendak diciptakan, para malaikat mempersoalkan kenapa Adam itu lebih layak sebagai khalifah sedangkan mereka lebih kerap bertasbih dan memuji Allah? Sudah terkeluar kata2 berbau tidak puas hati ke arah dengki di kalangan malaikat.

    Allah Tahu di kalangan malaikat itu akan ada yang engkar akibat angkuh, sedangkan sesama malaikat pun tak tahu ada di kalangan mereka akan menunjukkan keangkuhan.

    Setelah Adam diciptakan dan diajar mengenal nama-nama yang patut dia kenali sebelum memikul tugas khalifah, maka Allah pun uji para malaikat dan Adam. Ternyata Adam lebih banyak mengetahui dan memahami apa yang para malaikat tidak tahu.

    Maka fahamlah para malaikat kenapa Adam layak jadi khalifah iaitu kerana dia lebih banyak mengetahui sesuatu berbanding mereka.

    Kemudian Allah suruh malaikat sujud kepada Adam iaitu mematuhi Adam sebagai khalifah nanti. Ketika itulah iblis menolak kerana sejak Adam hendak diciptakan dia sebenarnya sudah tidak boleh terima. Dia tidak terima kekalahannya pada Adam dari segi ilmu pengetahuan. Maka untuk menunjukkan lagi keangkuhannya, dijadikanlah alasan kononnya kejadiannya daripada api itu lebih baik daripada tanah.

    Kita lihat perangai iblis itu ada pada orang-orang Islam hari ini. Dahulu umat Islam pernah gemilang dan ditinggikan kedudukan kerana mereka lebih berilmu berbanding bangsa-bangsa lain.

    Namun kemegahan itu telah menyebabkan mereka lalai dan mula hidup menjauhi mengkaji ilmu. Mereka lebih suka kepada amalan ritual. Mereka lebih percaya kepada cakap pembesar2 agama, daripada akal mereka sendiri. Mereka hidup tidak mahu menggunakan akal lagi.

    Oleh kerana mereka telah meninggalkan fungsi asal manusia iaitu Adam yang rajin belajar dan memiliki ilmu yang tinggi, tugas khalifah itu telah Allah berikan kepada bangsa2 Eropah selepas zaman Kegelapan mereka dahulu.

    Dengan ilmu2 yang mereka kaji, mereka dapat menguasai dunia ini sehingga negara2 Islam tunduk di bawah kekuasaan ekonomi, ilmu dan teknologi mereka.

    Namun orang2 Islam hari ini ramai yang tidak mengakui mereka ketinggalan dalam bidang ilmu berbanding orang2 Barat seperti mana iblis tidak mengakui ilmunya rendah berbanding Adam.

    Orang2 Islam hari ini merasakan amalan ritual mereka itu meletakkan diri mereka lebih mulia daripada orang2 Barat sana. Samalah macam iblis merasakan amalan bertasbih memuji Allah itu meletakkan dirinya lebih baik daripada Adam.

    Apakah kita nak hidup bersama2 iblis dalam neraka kelak? Sendiri ada akal, sendiri boleh memikirkan.

    Juang

    March 20, 2010 at 10:06 am

  296. Salam Atma Shri Bakthi,

    Apa yang perlu dibuang adalah amalan menyekutukan Tuhan. Jika semua umat agama dapat melakukannya, maka mereka akan kembali menjadi satu umat.

    Tetapi oleh kerana masing-masing amat gemar mengada-adakan pelbagai kaedah menyekutukan Tuhan, perbezaan berlaku dan masing-masing menjadi taksub dengan kaedah masing-masing..

    Pendek kata, perselisihan dan permusuhan di antara umat agama di dalam dunia ini bukan kerana mereka mempunyai Tuhan yang berbeza, tetapi kerana mereka menyekutukan Tuhan dengan cara yang berbeza-beza.

    tolokminda

    March 20, 2010 at 7:51 pm

  297. Pakyeh tulis:

    “Ada ayat alQuran “Aku adalah Zahi dan Batin”
    Jadi Allah pun ada Zahir dan Batin(spiritual)”

    Jawapan saya:

    Pakyeh, dalam Al Quran tidak ada ayat yang berbunyi “Aku adalah Zahir dan Batin”

    Pakyeh dah start nak klentong macam ulamak ehh…..

    Pakyeh punya agama – yang “TIDAK ADA dalam Quran dia kata ADA dalam Quran – apa ADA dalam Quran dia kata dia TAK TAHU – Nak start “Revolusi Islam” konon….

    Pakyeh, agama Islam Pakyeh tak ada dalam Quran!

    Gunumaro

    March 20, 2010 at 9:06 pm

  298. Apabila kita berbicang tentang perkataan “Sujud” dalam blog ini – Ayatollah Pakyeh “Chief Revolusi Islam Putar Belit” berkata “sujud” maknanya:

    “Bulan pusing dunia dan dunia pusing matahari adalah cara sujudnya kapada Allah.”

    Bermakna. Bulan pusing dunia dan dunia pusing matahari adalah cara tonggong tonggek mereka kepada Allah.

    Kemudian dia tambah lagi:….

    “Burung dengan sujud nya sendiri cara spiritual dan fisikal..cuma kita tak nampak. Begitu juga tanaman..sujud dengan cara mereka sendiri…cuma kita tak nampak.”

    Komen saya:

    Kalau “sujud” itu dalam bahasa Melayu bertonggang tonggek – ianya satu perbuatan zahir – apa sebab kita tidak boleh nampak? Kalau makna sujud bukan “Bertonggang Tonggek” mestilah “sujud” yang disebut dalam Quran itu sudah jadi lain daripada apa yang ulamak ajar. Tetapi bagi mereka yang tidak mahu mengunakan akal – mereka ikut ulamak macam lembu – kemudian mereka buka cerita macam Pakyeh. Ada “tunggang tonggek” spiritual dan ada “Tunggang Tonggek” fisikal.

    Kemudian dia tambah cerita lagi….

    “Begitu juga manusia sujud cara spiritual dan physical. Sujud pun boleh di tafsir tungan tunggik.”

    Komen saya:
    Ini bermakna ada manusia “Bertonggang tonggek” cara spiritual dan ada manusia “Bertonggang Tonggek” cara fisikal. Yang paling handal “Bertonggan Tonggek” cara “Spiritual” ini nampaknya – Pakyeh seorang saja.

    Kemudian bila dia nampak dia punya bodoh – dia buat cerita macam ni pula…..

    “Vanakam macam hindu Budha tapi paling baik adalah cara Muslim tunggang Tunggik.”

    Kemudian dia minta orang lain jadi bodoh macam dia dengan bertanya:

    “Apa anda tidak tunganag tunggik ???”

    ………..
    p.s: Bila saya panggil Pakyeh sebagai Ayatollah Revolusi Islam Putar Belit – ianya satu kerhormatan tentang ilmu putar belit Pakyeh – kuntau intelectual. Heh,heh, heh bergurau saja – sebab Pakyeh dah terlebih dari umur baligh.

    Gunumaro

    March 21, 2010 at 12:26 am

  299. a’salam,

    Allah tidak melihat pada perbuatan, tapi melihat pada niat hambanya.

    Saya mentakrif ‘niat’ sebagai ‘akal yang cerah’, yakni clear thinking – buah hasil pemikiran yang di dalamnya tiada keraguan. Ketetapan hati yang diperolehi dari mengasingkan yang benar dari yang batil. Semua ini suka atau tidak, perlu melalui proses saringan akal.

    Namun, kita tahu tidak semua orang bijak berfikir atau pandai menganalisa soal ketuhanan dan fenomena alam. Terutama orang yang bertungkus lumus sepanjang hari mencari nafkah untuk memberi makan anak bini dan tidak mempunyai akses mendalami ilmu agama. Sekalipun diberi kitab Al Quran, hanya sedikit yang mampu dimanfaatkan.

    Bagi orang seperti ini, yang merupakan majoriti ummat – mereka sandarkan kepercayaan dan merujuk kepada ulamak yang berijtihad. Tanpa prejudis, mujtahid selalunya adalah orang yang tidak meletakkan kepentingan diri di atas perintah Allah. Kita lihat corak yang sama di sepanjang zaman.

    Saya akui konsep solaa sebagai komitmen adalah sesuatu yang baru bagi saya. Namun, saya fikir adalah tidak adil dan tidak sensitif untuk mencemuh ritual sembahyang yang diamal sekarang ini sebagai aksi tunggang-tunggek. Ajar dan ujarilah dengan baik, agar semua dapat turut serta dalam perbincangan tanpa dibumbui ego. Sekali lagi, niat kita jugalah yang akan menentukan samada kita terFokus dalam mencari kebenaran.

    Menterang

    March 21, 2010 at 2:10 pm

  300. Salam,

    29:17 Sesungguhnya apa yang kamu abdikan selain Allah itu adalah berhala, dan kamu mencipta kedustaan; sesungguhnya yang kamu abdikan selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan abdilah pada-Nya, dan berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

    Mengabdikan diri kepada selain Allah adalah perbuatan menyekutukan Allah. Menyekutukan Allah bukannya pada zahir perlakuan menyembah itu semata-mata, tetapi pada ketaksuban pada sesuatu pihak yang mengajar sesuatu yang dusta dan permusuhan.

    Umpamanya jika seorang tok guru menyuruh anak-anak muridnya menyerang balai polis, dan anak-anak muridnya taksub pada perintah itu (mengabdikan diri mereka kepada tok guru itu) untuk melakukan pembunuhan, maka itu sudah dikira menyekutukan Allah. Sebab Allah melarang manusia buat kekejian dan kemungkaran, tetapi sebab mereka taksub pada tok guru itu, mereka sudah tidak berfikir panjang lagi untuk melakukan pembunuhan.

    Yang mengajak permusuhan dan benci-membenci sesama manusia adalah syaitan. Maka jika ada yang menyeru ke arah perpecahan sesama manusia atas nama agama biarpun mereka mengaku mereka ulamak sekali pun, hakikatnya itu bukannya ulamak sebenar. Jadi jika kita mengabdikan diri kepada orang2 yang menyeru ke arah permusuhan dan kebencian sesama manusia, hakikatnya kita telah mempertuhankan syaitan.

    Islam itu keamanan. Yang mengaku Islam itu sepatutnya orang-orang yang menyeru kepada keamanan dan mencari titik kesatuan manusia, bukannya memecah-belahkan sesama manusia atas alasan berbeza cari sembahyang ritual.

    Sebab itu kita ajak berfikir secara logik, kerana manusia mudah bersatu atas dasar logik. Contoh paling mudah kita nampak, semua manusia mudah terima ilmu sains dan matematik kerana ia berlandaskan logik.

    Tetapi apakah mereka sanggup rendahkan keegoan untuk hidup berlandaskan logik yang mudah menyatukan manusia?

    Juang

    March 21, 2010 at 10:30 pm

  301. Menterang tulis:

    “Namun, saya fikir adalah tidak adil dan tidak sensitif untuk mencemuh ritual sembahyang yang diamal sekarang ini sebagai aksi tunggang-tunggek.”

    Jawapan saya:

    Saya percaya apabila tuan punya blog TM membuka blog ini – beliau tidak mempunyai tujuan untuk mencari musuh atau memperkecil-kecilkan kepercayaan sesiapa. Sila baca:

    (1) Jangan jadikan tulisan saya sumber rujukan
    (2) Kata Aluan Tolokminda
    (3) Sila baca dan sertai komen

    Apa yang saya perhatikan setiap kali TM cuba memberi pandangan beliau bagi satu-satu tajuk, kita terus dengar dari orang-orang yang tidak bersetuju dengan tulisannya bermacam-macam label serta cemuhan-cemuhan.
    Saya percaya ini tidak adil.

    Tidak kurang ada yang masuk dalam blog ini nak jadi loyar buruk dan kurang ajar. Saya percaya ini juga tidak adil.

    Berkali-kali kita kata, kalau sesiapa lihat sebarang kecacatan dalam tulisan TM sila beri pandangan atau berhujah dengan yang lebih baik – disertakan dengan bukti-bukti dari Al Quran.

    Malangnya komen-komen yang datang bertalu-talu penuh dengan sifat kurang ajar dan loyar buruk. Ini juga tidak adil sebab ianya bukan budaya asal kita. Budaya orang melayu asalnya penuh dengan bertertip, berbudi bahasa dan bersopan santun. Kalau kita tidak bersetuju kita bersabar dan menjauhkan diri dari apa yang tidak suka dengar.

    Siapakah yang bertanggung jawab melenyapkan nilai-nilai murni orang Melayu ini semua? Tidak lain dan tidak bukan ialah golongan ulamak.

    Ulamak mengajar orang-orang Melayu supaya jangan mengunakan akal – ramai yang sanggup jadi lembu – dan mereka juga sanggup mati kerana mempetahankan ajaran bodoh ini. Lihat bagaimana lembu-lembu ini tulis dalam blog TM. Siapa guna akal – mereka sesat. Apakah ini adil?

    Dalam agama ulamak – mereka tidak pernah mengunakan Kitab dari Allah kecuali untuk diputar belitkan saja. Ini terbukti apabila kita bertanya mana-mana ulamak tentang sesuatu perkara yang senang dalam Quran – mereka akan lari.

    Kemudian kepercayaan-kepercayaan agama ulamak yang tidak berasas dari Al Quran ini diresapkan pula dengan cara halus kepada orang-orang Malayu – malai saat itu – nilai-nilai murni ini terus hilang dari bangsa kita. Mereka ditanam dengan sikap keganasan apabila ada orang yang tidak bersetuju dengan mereka. Mereka ditanam dengan sikap benci membenci sesama bangsa – dan ada juga ulamak “brainwashed” pengikut-pengikut mereka untuk menjadi pembunuh. (Biasa dengar tak – darah mereka haram)

    Sikap cemuh-mencemuh yang kita baca dalam blog ini adalah warisan dari ulamak-ulamak.

    Sebagai pembaca yang berkomited kepada Al Quran kita diajar membalas setiap tindakan secara setimpal. Kalau orang loyar buruk – kita balas dengan cara loyar buruk – kalau orang kurang ajar – kita balas dengan cara kurang ajar – kalau orang berhikmah – kita balas dengtan cara berhikmah.

    Sdr menterang, walaupun saya tidak bersetuju dengan pendapat Sdr tentang “Niat” dan “Mujtahid” – saya kecualikan diri saya buat masa ini dari membuat sebarang komen.

    Gunumaro

    March 22, 2010 at 1:15 am

  302. Sedikit pembetulan kepada apa yang saya tulis.

    “(Biasa dengar tak – darah mereka haram)”

    Sepaturnya ditulis sebagai:

    (Biasa dengar tak – darah mereka halal)

    Harap Maaf.

    Gunumaro

    March 22, 2010 at 1:20 am

  303. Salam,

    Ya. Orang2 Melayu dahulu terkenal dengan budi bahasanya. Tetapi kini (terutama dalam perbincangan agama)??? Melayu kena kembali kepada jati dirinya.

    Langkah Melayu langkah beradab
    Bahasanya seni penuh bererti
    Bijak berhujah jauhi biadap
    Datang yang benar, bathil kan pergi

    Juang

    March 22, 2010 at 2:00 am

  304. makin ramai yang datang dengan loyar buruk masing-masing.

    agak potong.

    muaddib

    March 22, 2010 at 3:12 am

  305. Nampaknya saya ada masa sedikit untuk memberi sebab mengapa saya tidak bersetuju dengan pendapat Sdr/Sdri Menterang apabila beliau berkata:

    “Allah tidak melihat pada perbuatan, tapi melihat pada niat hambanya.”

    Komen saya:

    Apa yang Sdr/Sdri Menterang percaya – itu adalah hak dirinya sendiri – dan tidak siapapun yang berhak mengatakan dia betul atau salah atau menghukum beliau dengan pelbagai label. Bagi mereka yang berkomited dengan Quran mereka tahu:

    “Tidak akan memikul orang yang berdosa – bebanan dosa orang lain” (54:38)

    Disebabkan Sdr/Sdri Menterang mengatakan “Allah tidak melihat perbuatan, tetapi melihat kepada Niat” atas nama Allah – ianya jadi masalah kepada ramai orang dalam blog ini – sebab mereka tahu nama Allah dipergunakan untuk kepentingan kepercayaan yang bertentangan dengan apa yang diturunkan dalam KitabNya melalui rasulNya.

    Orang yang percaya kepada Allah, rasul-rasulNya, Kitab-KitabNya, malaikat-MalaikatNya, dan Hari kemudian – mereka akan membantah dan menentang sesiapa saja yang menjual nama Allah dengan harga yang murah.

    Tetapi disebabkan kita diajar untuk menyeru kepada jalan Allah dengan cara berhikmah dan pelajaran yang baik – ingin saya katakan Allah ambil kira atas segala “Perbuatan-perbuatan” kita bukannya atas “Niat” semata-mata walaupun “Niat” asal kita baik – kita harus fikir samada perbuatan-perbuatan dari Niat kita itu baik atau tidak disisi Allah.

    “Dan sesungguhnya tidaklah bagi manusia itu selain dari apa yang dikerjakannya – Dan sesunggunya segala perbuatannya akan didedahkan – kemudian dia akan diberi balasan dengan setimpal – Dan sesungguhnya kepada Tuhannya tempat akhir.” (53:39-42)

    Kalau niat kita baik untuk mencari petunjuk Allah – tetapi kita mencari petunjukNya dari kitab-kitab selain daripada KitabNya – apakah kita akan terlepas dari hukuman Allah apabila Dia dengan jelas berkata:-

    ‘CELAKALAH orang-orang yang Berdusta – maka dengan “HADIS” manakah selepas ini mereka akan beriman.” (77:49-50)

    Selepas Allah CELAKAKAN kita kerana kita memilih Hadis selepas KitabNya – apakah kita boleh merayu kepadaNya kelak – Ya Tuhanku – Aku mencari jalan Kamu dengan ikhlas – Niat aku adalah baik!

    Saya percaya apa yang diajar oleh “Mujtahid” adalah berlainan dari apa yang saya terangkan diatas. Jadi, tak perlulah saya membuat ulasan tentang “Mujtahi-Mujtahi” ini.

    Gunumaro

    March 22, 2010 at 7:15 am

  306. Maaf, saya bermaksud “Mujtahid-Mujtahid”.

    Kadang-kadang saya sukar sebut perkataan-perkataan begini sebab benda-benda macam ini tak ada dalam Quran.

    Gunumaro

    March 22, 2010 at 7:20 am

  307. Pakyeh tulis:

    “Ada ayat alQuran “Aku adalah Zahi dan Batin”
    Jadi Allah pun ada Zahir dan Batin(spiritual)”

    Jawapan saya Gunumaro.:

    Pakyeh, dalam Al Quran tidak ada ayat yang berbunyi “Aku adalah Zahir dan Batin”.

    Pakyeh kat:
    Rujuk AlQuran 57:3 “He is the First andthe Last, the evident(Zahir) and the inevident (Batin)…”

    Gunumaro kata:
    p.s: Bila saya panggil Pakyeh sebagai Ayatollah Revolusi Islam Putar Belit – ianya satu kerhormatan tentang ilmu putar belit Pakyeh – kuntau intelectual. Heh,heh, heh bergurau saja – sebab Pakyeh dah terlebih dari umur baligh.

    Pakyeh :
    Ya Gunumaro! Awak nak bahas ke nak bertumbok ke ?
    Aku tak minat bahas denga orang yang tiada adap bebahas.
    Perangai “bad looser” begini, bila kalah bola atau bahas, malah belum habispun main bola/bahasnya, tetapi sudah ajak / cari jalan menghina orng supaya bertumbok ini adalah penghinaan pada diri Gunumaro sendiri.

    pakyeh

    March 22, 2010 at 8:45 am

  308. Salam tolokminda,

    “Kita tengok satu lagi sudut bagaimana perkataan solaa di dalam Al-Quran adalah merujuk kepada komitmen.

    107:1 Sudahkah kamu memikirkan seseorang yang mengatakan cara hidup ini (Islam) dusta.
    107:2 Dia adalah seseorang yang melayan anak yatim dengan buruk.
    107:3 Dan tidak menggalakkan memberi makan orang miskin.
    107:4 Maka celakalah mereka yang mempunyai komitmen
    107:5 Tetapi tidak mengambilberat komitmen mereka
    107:6 Sesiapa yang melakukan sesuatu hanya untuk dilihat
    107:7 Dan tidak mahu membantu keperluan sekitarnya.

    Dalam ayat di atas Tuhan menyebut tiga perkara yang sepatutnya menjadi komitmen kepada orang-orang yang percaya kepada cara hidup (deen) Islam. Iaitu menjaga anak-anak yatim dengan baik, menggalakkan memberi makan orang miskin dan memberi bantuan kepada anggota masyarakat yang memerlukan.”

    Dalam 107:4, musalleena diartikan orang yang mempunyai komitmen.

    Kalau orang yang mempunyai komitmen (musalleena) tersebut belum berkomitmen,

    -menjaga anak-anak yatim dengan baik (107:2),
    -menggalakkan memberi makan orang miskin (107:3), dan
    -memberi bantuan kepada anggota masyarakat yang memerlukan (107:7).

    Apakah musalleena dalam 107:4 masih dapat dikatakan orang yang mempunyai komitmen?

    Saya cenderung bahwa orang yang mempunyai komitmen adalah muqeema alssalati, demikian sehingga Nabi Ibrahim memohonkan hal tersebut dalam doanya.

    # رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء (14:40)

    Rabbi ijAAalnee muqeema alssalati wamin thurriyyatee rabbana wataqabbal duAAai

    # 14:40 (Malay) Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

    Faried

    March 22, 2010 at 9:52 am

  309. Kita tahu yang keturunan Nabi semuanya mendirikan salat 5-waktu sekalipun tidak dijelaskan dalam Al Quran.

    Adakah penulis blog ini membayangkan dirinya lebih arif dari keturunan Nabi seperti Sayidina Ali hingga ke Imam Jaafr Sadiq dalam soal salat ini? Adakah kita diajak untuk menolak autoriti para wali dan ulamak? [ untuk terima pendapat seorang yg tidak kenal Rasulullah? ]

    Menterang

    March 22, 2010 at 10:15 am

  310. “Gunu: ingin saya katakan Allah ambil kira atas segala “Perbuatan-perbuatan” kita bukannya atas “Niat” semata-mata walaupun “Niat” asal kita baik – kita harus fikir samada perbuatan-perbuatan dari Niat kita itu baik atau tidak disisi Allah.”

    Sebab itulah saya takrifkan niat sebagai ‘clear thinking’ . Apabila kita berfikir dengan cerah, dengan ilmu dan kajian, dengan iman kepada Allah – proses ini adalah ‘niat’ yg saya maksudkan. Berdasarkan ini saja, mustahil Allah memurkai tindakan/perbuatan kita.

    Saya mohon sdr Gunu janganlah terlalu emosi dan sarkastik, supaya kita boleh terus berbincang tanpa prasangka buruk. [ atau sdr abaikan saja mesej saya ] 🙂

    Menterang

    March 22, 2010 at 10:32 am

  311. Salam Faried,

    Terima kasih atas komen. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa perkataan musoleen bermaksud “mereka yang komited” tetapi dalam artikel di atas saya menggunakan “mereka yang mempunyai komitmen”.

    Saya berpendapat “mereka yang komited” dimaksudkan sebagai orang-orang yang percaya kepada Kitab atau ahli Kitab sebab mereka ini sepatutnya menjadikan Kitab Tuhan itu sebagai komitmen mereka, mereka sepatutnya komited kepada semua ketetapan yang telah digariskan di dalamnya – tetapi mereka gagal melaksanakan komitmen mereka apabila situasi memerlukan mereka berbuat demikian.

    tolokminda

    March 22, 2010 at 10:40 am

  312. Salam,

    87:14. Beruntunglah orang yang menyucikan dirinya,
    87:15. Dan mengingat (menyebut) nama Pemeliharanya, lalu ber”sol-laa” (fasollaa).
    87:16. Tidak, tetapi kamu lebih menyukai kehidupan dunia,
    87:17. Dan akhirat adalah lebih baik, dan lebih kekal.
    87:18. Sesungguhnya ini adalah di dalam naskhah-naskhah gulungan yang terdahulu,
    87:19. Naskhah-naskhah gulungan Ibrahim dan Musa.

    Ayat-ayat di atas mungkin dapat membantu kita memahami maksud sol-laa. Sol-laa juga terdapat dalam ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. Seperti yang disebut dalam Al Quran, Nabi Ibrahim dan Nabi Musa amat tegas menentang amalan menyembah binaan-binaan daripada tangan manusia. Nabi Ibrahim sanggup meruntuhkan patung-patung dan Nabi Musa begitu marah apabila melihat kaumnya menyembah patung anak lembu ketika baginda bertemu Tuhan untuk membawa Taurat. Maka secara logiknya, sol-laa bukannya amalan sembahyang ritual ke arah binaan-binaan manusia.

    Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim membenarkan Ismail menjalankan perusahaan sendiri dapat mencerahkan lagi erti “sol-laa”. Untuk menjayakan sesebuah perusahaan, sudah pasti memerlukan manusia itu berkomitmen tinggi. Dan apakah perkaitan kejayaan sesebuah perusahaan dengan amalan ritual?

    Lihatlah kejayaan orang-orang Jepun dan Korea pada masa ini. Apakah kerana amalan ritualnya atau komitmen mereka berusaha dan bekerja?

    Jika dahulu pasukan bolasepak Jepun boleh dikatakan taraf bawahan sahaja. Namun kini mereka melonjak naik untuk menyaingi pasukan-pasukan ternama. Apakah kejayaan mereka kerana kerajinan mereka atau kerana amalan ritual mereka?

    Yang membezakan manusia sama ada berjaya atau gagal adalah samada rajin atau malas sahaja. Nanti kita akan nampak bahawa Al Quran sebenarnya adalah Kitab untuk menjadikan manusia itu seorang yang rajin.

    Juang

    March 22, 2010 at 10:41 am

  313. “Menterang: Kita tahu yang keturunan Nabi semuanya mendirikan salat 5-waktu sekalipun tidak dijelaskan dalam Al Quran.”

    Saya lihat kata-kata sebegini hanya bersandarkan persangkaan sahaja. Tiada bukti kukuh.

    Jika orang-orang Nasrani kata sahabat terdekat Nabi Isa mendakwa baginda adalah anak Tuhan, apakah kata-kata sebegitu boleh dijadikan hujah? Sudah pasti mereka lebih lebih arif daripada Nabi Muhammad yang lahir beberapa ratus tahun selepas Nabi Isa.

    Jika kita berpegang pada kata-kata persangkaan begitu, secara tidak langsung kita sendiri merendahkan kredibiliti Nabi Muhammad untuk menafikan bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan kerana baginda sudah pasti dilihat “kurang arif” berbanding ulamak2 Nasrani itu yang berpegang pada riwayat2 Nabi Isa.

    Begitulah bahaya kalau berhujah pakai persangkaan kerana nanti orang lain boleh menafikan kebenaran Nabi Muhammad yang melarang Nabi Isa dijadikan sekutu Allah.

    Juang

    March 22, 2010 at 10:48 am

  314. Salam Menterang,

    Sebenarnya saya tidak tahu samada keturunan Nabi sembahyang 5 waktu atau tidak sebab Al-Quran tidak menyatakan perkara tersebut. Saya lebih selesa untuk menetapkan kepercayaan saya kepada Al-Quran – Kitab Allah yang disampaikan melalui Nabi.

    Bagaimanapun kalau tuan mahu menyandarkan kepercayaan tuan kepada kitab-kitab ulama itu pilihan tuan sendiri. Saya tidak ada hak menyuruh tuan percaya apa yang saya percaya dan begitu jugalah sebaliknya. Biar Tuhan sajalah yang menghakimi apa yang kita perselisihkan antara kita apabila masanya tiba nanti.

    Untuk pengetahuan tuan, asas kepercayaan saya adalah kepada Tuhan, kepada para malaikat, kepada Al-Kitab Tuhan, kepada rasul dan hari kiamat. Ia mencukupi bagi saya.

    tolokminda

    March 22, 2010 at 10:49 am

  315. Dengan kemudahan internet, saya fikir tidak sukar bagi Juang atau TM mendapat maklumat tentang keluarga Nabi yang mendirikan salat itu, terutama cicit Nabi yang bernama Imam Jaafar Sadiq.

    Tapi adakalanya kita dihijab oleh ‘Blind Spot’ atas ‘niat’ kita juga.

    Menterang

    March 22, 2010 at 10:58 am

  316. Salam,

    Tanpa internet pun Nabi Ibrahim boleh tidak menyembah binaan2 manusia. Apakah Nabi Ibrahim yang dihijab oleh “blind spot” atau para penyembah berhala itu? 🙂

    Juang

    March 22, 2010 at 11:21 am

  317. Juang fahami yang ini dulu 🙂

    Dengan kemudahan internet, saya fikir tidak sukar bagi Juang atau TM mendapat maklumat tentang keluarga Nabi yang mendirikan salat itu, terutama cicit Nabi yang bernama Imam Jaafar Sadiq.

    Menterang

    March 22, 2010 at 11:25 am

  318. Salam Juang,

    Saya amat bersetuju dengan tuan. Jika kita baca kisah nabi-nabi di dalam Al-Quran – mereka semua adalah musolleen – orang-orang yang komited dalam mematuhi segala perintah Allah yang diwahyukan kepada mereka. Mereka juga komited untuk menyampaikannya kepada kaum mereka.

    Suruhan supaya menunaikan solaa atau komitmen bukan saja sampai kepada Nabi Muhamad dan umatnya – tetapi kepada semua nabi dan rasul serta umat mereka. Ia adalah suruhan supaya menunaikan komitmen yang sama iaitu kepatuhan kepada Kitab Tuhan. Mematuhi Kitab Tuhan merupakan komitmen (solaa) semua umat Al-Kitab.

    Sebaliknya jika semua umat Al-Kitab benar-benar diperintahkan melakukan ritual sembahyang 5 waktu, maka sudah tentu kita tidak akan melihat pelbagai kaedah sembahyang yang mereka amalkan. Tidak ada perbezaan “kiblat” atau objek sembahan.

    Dan Nabi Muhamad tidak perlulah tawar menawar dengan Tuhan tentang jumlah waktu sembahyang – sebab secara logiknya jumlah waktu itu sama saja dengan yang telah ditetapkan ke atas umat-umat terdahulu.

    tolokminda

    March 22, 2010 at 11:26 am

  319. “Menterang: Dengan kemudahan internet, saya fikir tidak sukar bagi Juang atau TM mendapat maklumat tentang keluarga Nabi yang mendirikan salat itu, terutama cicit Nabi yang bernama Imam Jaafar Sadiq”

    Masalahnya di antara maklumat dalam Al Quran dengan maklumat di internet, yang mana patut kita utamakan dahulu?

    Di antara Nabi Ibrahim dengan Imam Jaafar Sadiq itu, mana yang lahir dahulu dan mempunyai pedoman yang diikuti oleh Muhammad?

    Kalau nak pegang pada Al Quran pun sudah ditutup dengan “blind spot”, macam mana nak dikatakan ikut sunnah Muhammad?

    Ada ke Muhammad cari riwayat cucu-cicit Nabi Musa untuk tahu macam mana Nabi Musa buat amalan ritual?

    Juang

    March 22, 2010 at 11:38 am

  320. Salam,

    “TM: Sebaliknya jika semua umat Al-Kitab benar-benar diperintahkan melakukan ritual sembahyang 5 waktu, maka sudah tentu kita tidak akan melihat pelbagai kaedah sembahyang yang mereka amalkan. Tidak ada perbezaan “kiblat” atau objek sembahan.

    Dan Nabi Muhamad tidak perlulah tawar menawar dengan Tuhan tentang jumlah waktu sembahyang – sebab secara logiknya jumlah waktu itu sama saja dengan yang telah ditetapkan ke atas umat-umat terdahulu.”

    Benar TM. Malah kalau Nabi-nabi terdahulu juga buat ritual sembahyang 5 waktu, sudah pasti dalam Al Quran boleh rekodkan secara detail gerak-gerinya tanpa perlu kita bersandarkan kitab2 imam terdahulu yang dibukukan selepas 300 tahun kewafatan Muhammad.

    Nampak tak wujudnya ketidaksinambungan amalan sembahyang ritual itu dengan ajaran2 para Nabi terdahulu yang suruh sol-laa juga?

    Juang

    March 22, 2010 at 11:42 am

  321. Juang,

    di samping logik, awak kena amalkan Clear Thinking.

    🙂

    Menterang

    March 22, 2010 at 11:43 am

  322. Dengan logik itulah saya “clear”kan “thinking” saya. Jika dulu “thinking” saya adalah Muhammad yang ajar sembah binaan manusia, tetapi selepas melihat ajaran-ajaran Nabi-nabi sebelum baginda dalam Al Quran, saya dapat melihat bahawa mana logik Muhammad buat amalan yang para Nabi terdahulu tidak buat, malah bercanggahan pula dengan ajaran Nabi Ibrahim yang Nabi Muhammad contohi.

    Jadi bila datang seseorang suruh cari amalan Imam Jaafar semata-mata mereka nak membenarkan amalan sembahyang ritual mereka, maka saya letakkan keutamaan pada Nabi Ibrahim dahulu kerana baginda itulah orang yang dicontohi oleh Nabi Muhammad, sedangkan Imam Jaafar itu lahir selepas Muhammad.

    Tidakkah perkaitan semudah itu dapat difikirkan?

    Juang

    March 22, 2010 at 12:08 pm

  323. Nabi Muhammad sampaikan Al Quran untuk mengajak manusia contohi Nabi Ibrahim kerana daripada pedoman Nabi Ibrahim itulah kita boleh tahu apakah amalan sebenar Muhammad.

    Alih-alih ada manusia suruh cari riwayat Imam Jaafar (kononnya cucu-cicit Muhammad) untuk mengatakan apa yang Imam itu buat adalah amalan Nabi Muhammad.

    Bukankah itu terang-terang kontradik dengan apa yang Nabi Muhammad suruh? Kalau Muhammad suruh ikut Al Quran, ikut Al Quranlah. Kenapa liat sangat?

    Kata nak ikut sunnah Muhammad, suruhan Muhammad yang “clear” dalam Al Quran pun tidak diikutnya. Macam manalah kita nak percaya orang-orang yang berpura-pura terhadap Al Quran?

    🙂

    Juang

    March 22, 2010 at 12:15 pm

  324. Apa hikmahnya Allah masukkan banyak kisah Nabi-nabi sebelum Muhammad di dalam Al Quran? Supaya kita boleh lihat konsistensi ajaran sebenar para Nabi. Jadi bila datang kepada kita ajaran yang kontradik dengan ajaran para Nabi itu, kita mudah mengesan penipuannya.

    Jika syaitan pandai menipu-daya, sudah pasti Allah lagi-lagi Bijaksana menipu daya syaitan sebab syaitan itu tidak tahu rahsia atau hikmah Al Quran distruktur sedemikian rupa (mengandungi kisah2 para Nabi yang berulang2).

    Juang

    March 22, 2010 at 12:29 pm

  325. Salam/Peace..

    Puji pujian bagi Yang Pemurah, Yang Pengasih.
    Yang Tinggi disanjung!

    wolverine

    March 22, 2010 at 11:50 pm

  326. Salam,

    Saya rajin bersembahyang dahulu.. 5 kali sehari tanpa culas.. tetapi saya sukar walau serakaatpun merasakan kekyusukan itu.. bermula dengan takbir dan berakhir dengan salam.. sehinggakan saya merasakan sembahyang saya itu cuma sia-sia.. pun begitu saya tetap bersembahyang.. bukan kerana Allah tetapi kerana takutkan neraka.. berbagai-bagai teknik saya cuba namun tetap gagal.. kekusyukan itu bukan makin dekat bahkan semakin menjauh..

    Bila berjemaah lagilah masalah.. Imam baca ayat berjela-jela.. satu apa pun tak faham..dan kepala otak pun menerawang yang bukan bukan.. bila berjemaah.. saya sering curi-curi pandang di antara sujud dan rukuk.. melihat orang ramai yang turut bersembahyang dan saya mengambil kesimpulan bahawa kebanyakan jika tidak semua sebenarnyapun bermasalah sama dengan saya.. jika saya boleh terfikirkan tentang makan.. bola.. kerja.. gitar.. seks..saya percaya yang lain-lainnya pun begitu juga…. dan yang ironinya bila berjalan pulang diri terasa seakan hebat terasa diri seakan alim lebih-lebih lagi bila ada yang memandang.. kadang-kadang terasa betapa hipokritnya diri ini dan bila difirkan jika kebanyakan jemaah pun sama seperti saya..maka kebanyakan umat islam inipun sebenarnya hipokrit juga…

    Lalu sayapun mencari-cari di mana silapnya sembahyang / solat saya itu.. lalu saya tinggalkan ustaz dan imam yang selama ini saya jadikan tempat rujukan.. mereka sering membantu tetapi sering juga gagal.. saya tinggalkan kitab-kitab agama dari ulama-ulama terkenal dulu dan kini.. saya ketepikan kitab-kitab hadis.. dan saya pun mendekati kumpulan-kumpulan yang cenderung dengan Kassim Ahmad.. Osman Ali..Freeminds..submission.Allah semata..dan untuk seketika kekusyukan itu timbul.. apabila saya meninggalkan bacaan-bacaan bahasa arab dan bersolat dengan bahasa saya sendiri..saya terasa lebih ikhlas.. tetepi itulah untuk beberapa ketika sahaja… perangai lama itu kembali semula..saya sering terfikir bahawa Tuhan itu tetap tuhan..samaada saya menyembahNya atau tidak Tuhan itu tetap tuhanlah.. dan jika sembahyang itu bertujuan untuk menghindarkan saya daripada kemungkaran..ia gagal.. bahkan sembahyang itu menjadikan saya seorang yang berpura-pura..hipokrit.. sering berkhayal..dan membuang masa..Saya lihat sekeliling..sahabat..jiran..saudara mara.. umat islam kebanyakannya.. dan kesimpulan saya tetap sama..sembahyang mereka itu gagal menjadikan mereka lebih baik daripada yang tidak bersembahyang..

    ..dan kemudian seorang sahabat memperkenalkan saya dengan “Mental Bondage”.. sebelum ini saya pernah berbincang dengan beberapa ahli former di sebuah forum dan beliau dengan bersungguh memperkenalkan pendapat bahawa solaa itu ‘komitment’ bukan sembahyang ritual.. tetapi saya agak keliru dengan pendapat ini.. pertamanya perkataan solaa dan yang berkaitan dengannya cukup banyak.. dan rakan former ini mengambil beberapa ayat sahaja dan diulang-ulang untuk mengukuhkan hujah bahawa solaa itu komitment..apabila saya merujuk kepada http://www.openburqan.net ..kesemuanya mengambil perkataan solaa itu sebagai “ritual prayer” atau sembahyang.. lalu saya buka http://corpus.quran.com dan solaa itu juga diterjemahkan dengan sembahyang ritual.. saya keliru lagi.. pun begitu “Mental Bondage” membuka minda saya untuk lebih terbuka..untuk lebih bertanggungjawab dengan pegangan saya.. supaya tidak menyerahkan bulat-bulat soal kepercayaan kepada pihak ketiga.. tidak kira jika pihak ketiga itu imam besar masjid Negara sekalipun..

    Adakah saya masih bersembahyang?..kadang-kadang.. kenapa saya bersembahyang?.. tak tahulah..dan saya perlukan sedikit masa untuk terus mengkaji samada memulakan semula dengan lebih gigih.. atau meninggalkannya terus…

    Saudara TM..adakah saudara bersetuju jika saya senaraikan kesemua ayat-ayat yang berkaitan dengan ‘Solaa’ dan kita bincang satu persatu akan maksudnya jika diterjemahkan degan perkataan ‘komitment’? agar lebih jelas dan diharap dapat membuang segala keraguan?.

    troopze

    March 25, 2010 at 2:02 pm

  327. Salam Troopze,

    Saya setuju. Tuan boleh tulis artikel mengenainya dan emailkan kepada saya di tolokminda@gmail.com. Saya akan siarkan artikel tuan sebagai posting di atas nama tuan dan kita bincangkan sama-sama.

    Terima kasih.

    tolokminda

    March 25, 2010 at 2:17 pm

  328. Salam TM..

    Terima kasih.. berikan saya sedikit masa untuk mengumpul ayat-ayat yang berkaitan…sekali lagi terima kasih..

    troopze

    March 25, 2010 at 2:41 pm

  329. Salam Troopze,

    Apa yang saudara rasai terhadap sembahyang ritual itu, sama juga yang saya rasai dahulu. Tapi pada awal saya mengkaji Al Quran, bukanlah kerana nak mencari erti sebenar solat kerana saya masih beranggapan sembahyang ritual itu adalah ajaran sebenar Rasulullah.

    Pada waktu itu saya hanya ingin mencari punca kenapa rata-rata orang Islam hari ini boleh ketinggalan jauh dalam bidang sains dan teknologi berbanding bangsa-bangsa yang dikatakan bukan Islam atau kafir.

    Sepatutnya dengan adanya Al Quran, umat Islam-lah yang paling ke depan, kuat, bersatu-padu dan dihormati kawan dan lawan. Tetapi melihat keadaan umat Islam hari ini yang jauh daripada keadaan umat Islam terdahulu terutama zaman kegemilangan ilmu, maka dorongan saya untuk meneliti pengajaran sebenar Al Quran semakin membuak-buak.

    Sedikit demi sedikit Allah bukan hijab yang tertutup selama ini. Saya mula nampak bahawa segala amalan dan perbuatan ke arah pembangunan minda itulah matlamat utama manusia diciptakan untuk menjadi khalifah. Dan akibat meninggalkan pembangunan minda itulah umat Islam jadi ketinggalan dalam bidang sains, penyelidikan dan pembangunan. Daripada situ saya mula nampak yang solat bukannya sembahyang ritual, tetapi ada maksud lain yang lebih bermakna ke arah pembangunan insan dan tamadun.

    Ketika itu saya nampak belajar dan berbuat kebaikan adalah sebahagian daripada solat kerana bila manusia banyak buat baik, hati jadi bersih dan mudah faham sesuatu ilmu. Mudah dapat ilham-ilham. Dan bila manusia selalu guna masa untuk belajar dan berbuat baik, bila masa nak pergi buat kerja-kerja mungkar? Sehinggalah saudara Tolokminda membawa pendapat beliau berkenaan solat adalah komitmen di dalam forum EMK.

    Saya tertarik dengan bukti dalam ayat 4:101 & 4:102 berkaitan solat pada waktu perang. Jika solat itu adalah sembahyang ritual, seolah-olah pada ayat 4:102, Nabi berjemaah dengan tentera musuh untuk buat ritual tersebut. Mana logik macam itu.

    Tetapi kalau dikatakan solat adalah komitmen, memang ayat 4:102 mudah difahami pengajarannya. Daripada situlah keyakinan saya pada erti solat adalah komitmen semakin kukuh.

    Namun bukan mudah meninggalkan amalan utama yang sudah sebati dengan masyarakat yang mengaku sahaja Islam pada hari ini. Seperti mana para Nabi terdahulu dilihat salah kerana meninggalkan amalan tradisi kaum mereka, seperti itulah kita akan diuji bila meninggalkan amalan sembahyang ritual yang tidak wujud dalam Al Quran itu.

    Juang

    March 25, 2010 at 2:59 pm

  330. saudara troopze sebab itulah anda mesti belajar bahasa arab supaya anda boleh sembahyang dengan memahami maksud bacaannya.,

    shah

    March 25, 2010 at 3:01 pm

  331. sebab apa islam mundur,kerana adanya orang2 seperti anda mempeselisihkan apa yg ada dalam alquran,kemudian yg bodoh pula ikut membuta tuli,akhirnya islam sama islam berselisih pendapat.,sampai bila pun takkan maju bang kan??????????.,

    shah

    March 25, 2010 at 3:07 pm

  332. Shah.. saya tak belajar bahasa arab.. tetapi saya ambil inisiatif untuk memahami segala yang saya baca bermula dari takbir pertama sehingga salam terakhir.. tapi cuba pikir logik Shah.. bukan semua orang ada kesempatan nak belajar bahasa arab.. kalau Shah orang senang banyak duit.. masa terluang banyak bolehlah kot.. tapi bagaimana dengan kebanyakan dari manusia lainnya.. ramai yang bertungkus lumus nak meneruskan hidup Shah.. kerja siang malam.. di negara kita ok lagi.. tapi kalau kat dunia ketiga.. bukannya nak belajar bahasa arab.. nak belajar bahasa sendiri pun susah.. cuba Shah bayangkan Shah lahir di Algeria ke.. Somalia ke.. Tibet ke.. dan Shah bayangkan Shah dilahirkan dalam keluarga yang merempat.. di lorong-lorong gelap.. macammana tu Shah?…waktu tu relevantkah nak belajar bahasa arab?.. cuba Shah fikirkan akan rasionalnya bahasa arab itu dalam nilai beragama?.. adakah relevant agama itu dalam kehidupan golongan yang begini jika prasyaratnya untuk menjadi golongan yang tuhan pilih harus pandai berbahasa arab yang cukup asing dan tak praktikal?..

    kita selalunya lupa Shah.. bila kita meletakkan diri kita sebagai tanda aras sesuatu perkara.. cuba kita letakkan diri orang lain.. lebih-lebih lagi yang tak selari dengan kita dan cara hidup kita pula sebagai tanda arasnya..waktu itu kita akan nampak betapa kita ini sebenarnya meletakkan ketidakadilan sebagai asas pegangan kita.. adakah wajar begitu Shah?.. adakah itu yang Allah tuntut sebenarnya?..

    troopze

    March 25, 2010 at 3:34 pm

  333. “Troopze: kita selalunya lupa Shah.. bila kita meletakkan diri kita sebagai tanda aras sesuatu perkara.. cuba kita letakkan diri orang lain.. lebih-lebih lagi yang tak selari dengan kita dan cara hidup kita pula sebagai tanda arasnya..waktu itu kita akan nampak betapa kita ini sebenarnya meletakkan ketidakadilan sebagai asas pegangan kita.. adakah wajar begitu Shah?.. adakah itu yang Allah tuntut sebenarnya?..”

    Saya tertarik dengan kata-kata saudara ini. Benar, selalu manusia meletakkan dirinya sebagai kayu pengukur untuk menilai orang lain. Itu yang menyebabkan mereka nampak kaum2 lain sembah berhala, tetapi apa yang mereka sembah, tidak pula dikira berhala. Mereka hanya angkuh nak salahkan kaum2 lain daripada menyalahkan kaum sendiri.

    Tetapi cuba kita jadikan orang lain sebagai kayu ukur untuk menilai siapa diri kita, ketika itulah kita akan sedar diri. Kita akan nampak kenapa keadaan kaum sendiri lemah dan jauh ketinggalan daripada kaum2 lain.

    Tidak dikhabarkan dalam Al Quran, para Nabi sebelum Muhammad jadikan bahasa mereka sebagai pra-syarat untuk berhubung dengan Tuhan. Jadi, logikkah Muhammad sampaikan ajaran yang tidak pernah dilakukan oleh para Nabi sebelum baginda dengan meletakkan pra-syarat kena guna bahasa Arab dalam berbakti kepada Tuhan?

    Orang2 Yahudi dan Nasrani terdahulu letakkan pra-syarat kena jadi macam mereka dahulu, barulah manusia lain akan dapat petunjuk. Tak sangka yang mengaku Islam pun ada yang tiru balik perangai Yahudi dan Nasrani yang meletakkan pra-syarat2 tak masuk akal untuk menonjolkan diri mereka lebih baik daripada orang lain.

    Juang

    March 25, 2010 at 3:44 pm

  334. Ramai orang Yahudi, Buddha, Nasrani sekarang yang memeluk Islam mempelajari bahasa Arab Quran untuk dibaca dalam salat dan doa harian. Mereka tak menolak pun, malahan ada yang seperti Lex Hixon hingga mentafsir Quran.
    Ahli falsafah moden seperti Fritjof Schuon, Rene Guenon, Martin Lings, pemuzik Ibrahim Spiegel dan ramai lagi dari latarbelakang Yahudi/Nasrani – semuanya tidak menolak bahasa Arab Quran, bukan kerana ia dianggap pra-syarat tapi kerana jiwa mereka tersentuh dengan makna-nya.

    Navigator X

    March 25, 2010 at 3:56 pm

  335. Saya fikir, tidak ada isu tentang bahasa Arab, atau bangsa Arab berkonspirasi menyeleweng agama Allah seperti yg dituduh oleh Aidid Safar dan makhluk seperti dia.

    Tradisi bangsa Arab entah berapa banyak kabilah itu, bukanlah tradisi Islam pun. Kalau kita susuri sosio-ekonomi bangsa Arab kita mungkin terkejut dgn keganasan yg jadi amalan mereka. Bukan kerja kita untk menyebar kebencian perkauman yg jelas seprti Aidid tu.

    Rasulullah dihantar sebagai Rahmatalalamin, untuk semua manusia. Kalau kita dah faham itu, tiada koneksi tradisi Arab dan ritual berhala merka dgn ibadat seorang mukmin. Kenapa di spin diputar cerita pagan Pak Arab, hinggakan salat pun dibuat persamaan?

    Navigator X

    March 25, 2010 at 4:04 pm

  336. Salam Navigator X.. baguslah kalau begitu.. kalau ada kesempatan saya memang suka benar kalau dapat belajar bahasa arab..

    ..dan saya percaya jika bahasa Al Quran itu bahasa tamil.. saudara akan berkata begini pula..

    “Ramai orang Yahudi, Buddha, Nasrani sekarang yang memeluk Islam mempelajari bahasa Tamil Quran untuk dibaca dalam salat dan doa harian. Mereka tak menolak pun, malahan ada yang seperti Lex Hixon hingga mentafsir Quran.
    Ahli falsafah moden seperti Fritjof Schuon, Rene Guenon, Martin Lings, pemuzik Ibrahim Spiegel dan ramai lagi dari latarbelakang Yahudi/Nasrani – semuanya tidak menolak bahasa Tamil Quran, bukan kerana ia dianggap pra-syarat tapi kerana jiwa mereka tersentuh dengan makna-nya.”

    ..mmmmmm…

    troopze

    March 25, 2010 at 4:15 pm

  337. maaf saudara,untuk agama kita perlu berkorban,saya sendiri pernah dihina kerana kerana belajar dipondok,tiada apa2 untuk dibangga,takde sijil,nk kerja apa,akhirnya kerana terpengaruh dengan kata2 mereka,saya ambil keputusan untuk berhenti dari meneruskan pengajian,dan memberontak menyalahkan keluarga saya kerana menghantar saya belajar di pondok.,

    sekarang baru saya sedar dan faham kenapa ayah saya menghantar saya kesana,sebenarnya saya pernah diajar untuk menjawab persoalan2 anda ini,tp itulah ilmu jika tidak diamalkan,ia akan hilang begitu sahaja,buka kitab2 lama pun tak boleh nk baca,sebab bahasa arab tanpa baris,faham tp tak boleh nak jelaskan.,entah la nak menyesal pun…..,takpela bagi saya masa.,mungkin lagi 5tahun..,

    sebenarnya dalam alquran sendiri ada dinyatakan bahwa alquran diturunkan dalam bahasa arab.,jadi untuk memahaminya anda perlu belajar bahasa arab,rasanya ada lagi pondok2 yg tidak mengenakan bayaran kecuali apa yg anda makan,cubalah cari.,kerana ilmu tidak mendatangi tapi perlu dicari,seperti pesan Rasullulah(saw);carilah ilmu walau sejauh negeri china.,wallahualam…..,

    shah

    March 25, 2010 at 4:18 pm

  338. yenna dey ! 🙂 a’mma …

    Navigator X

    March 25, 2010 at 4:28 pm

  339. Salam Syah,
    Apa yang kamu belajar di Pondok? Tolonglah ajar kita di sini. Boleh juga kita belajar pondok tanpa pergi ke pondok.

    penulis

    March 25, 2010 at 4:35 pm

  340. Salam,

    Saya masih menunggu bukti2 daripada “pakar2 bahasa Arab” untuk menunjukkan perbuatan beritual mengadap bangunan kiub bukan dikira sembah berhala, tetapi kenapa perbuatan beritual di hadapan patung, topekong, busut, matahari dan bulan, mereka kata itu perbuatan sembah berhala. Kenapa wujudnya kontradiksi dalam penilaian mereka?

    🙂

    Juang

    March 25, 2010 at 6:09 pm

  341. Juang,

    tak payah jadi pakar bahasa Arab atau bahasa Keling.
    susah sangat ka nak faham atau kau memang bebal?

    kontradiksi tu hanya kau yang cipta.
    kau nak orang jawab ikut selera kau.
    kau nampak Kaabah macam tokong. Org lain rileks jer.

    kalau aku tanya kau, ‘kat mana letak nyawa kau?’
    mana kau nak tunjuk … cuba habaq mai sat
    [ jangan ko tunjuk botol dah la 😉 ]

    Navigator X

    March 25, 2010 at 8:10 pm

  342. Salam,

    Teringat kisah Nabi Sulaiman dengan burung hud-hud.

    27:20. Dan dia memeriksa burung-burung; kemudian dia berkata, “Bagaimanakah dengan aku, bahawa aku tidak melihat hud-hud? Atau, adakah ia termasuk yang ghaib (tidak hadir)?

    27:21. Sungguh, aku akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau aku mengorbankan ia, atau ia mendatangkan kepada aku satu kuasa yang nyata.”

    27:22. Tetapi ia menetap tidak lama, dan berkata, “Aku mengetahui apa yang kamu tidak tahu, dan aku datang dari Sabak kepada kamu dengan berita yang diyakini.

    27:23. Aku mendapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.

    27:24. Aku mendapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia menghalangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak mendapat petunjuk,

    27:25. Supaya mereka tidak sujud kepada Allah, yang mengeluarkan yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu menyembunyikan dan apa yang kamu menyiarkan.

    Walaupun otak burung hud-hud itu lebih kecil daripada saiz otak manusia, tetapi burung tersebut boleh kenal perbuatan Ratu Balqis dan kaumnya sujud kepada matahari itu adalah perbuatan yang salah.

    Malangnya ada manusia hari ini kata sujud kepada batu adalah perbuatan yang benar dan disuruh oleh Nabi. Sudah hilang akal-kah mereka?

    Agak-agaknya macam manalah saiz otak manusia itu berbanding burung hud-hud itu ya?

    🙂

    Juang

    March 25, 2010 at 8:19 pm

  343. 27:18. Sehingga, apabila mereka datang ke lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut, masuklah ke dalam tempat-tempat tinggal kamu supaya Sulaiman dan tenteranya tidak menginjak kamu, dengan tidak menyedari.”

    Walaupun otak semut lagi-lagilah kecil berbanding otak burung hud-hud, tetapi semut pun tahu guna logik untuk menyelamatkan diri mereka dengan masuk ke sarang mereka sebelum Sulaiman dan tenteranya memijak mereka.

    Alih-alih ada sejenis manusia yang kata, “dalam Islam tidak boleh guna logik”. Itu menunjukkan otak mereka lebih kecil daripada otak semut. Tidak hairanlah perbuatan sujud pada batu pun mereka kata benar.

    Bila otak mereka lebih kecil daripada otak semut, mereka tidak sedar yang bangsa-bangsa lain sedang pijak mereka? Lihatlah apa yang terjadi pada tanah Arab itu, harapkan ramai, nak selamatkan saudara mereka di Palestin pun tak mampu.

    🙂

    Juang

    March 25, 2010 at 8:29 pm

  344. Hang bawak mai crita semut-lah, buronglah pulak … ni mesti dah habih modal. Lepaih ni crita apa pulak yg hang nak bawak mai. Crita putra katak kot? Hang baik2 sket , crita tu takdak dalam Quran .. hang kena refer kitab Disneyland.

    Tadi aku tanya hang: tunjuk sat kat mana nyawa hang. Tu pon hang tak boleh jawab. Tup tup hang bawak crita mergastua. Macamlah aku tak tau crita tu semua. Hang konar baring siot bila dah habih logik. Mati akai.

    Hang peturun ayat Quran, lenggok macam puisi Pak Samad. Hang nak berhikayat ka hapa?

    Navigator X

    March 25, 2010 at 8:43 pm

  345. 16:68. Dan Pemelihara kamu mewahyukan lebah, “Ambillah untuk kamu daripada gunung-gunung, rumah-rumah, dan daripada pokok-pokok, dan daripada apa yang mereka membangunkan.

    16:69. Kemudian makanlah tiap-tiap buahan, dan ikutlah jalan-jalan Pemelihara kamu yang senang kepergiannya.” Kemudian keluar dari perut mereka, satu minuman yang bermacam-macam warna, di dalamnya penyembuhan untuk manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memikirkan.

    Lebah yang kecil saiz kepalanya daripada kepala manusia pun dapat wahyu (ilham) daripada Allah untuk buat sarang pada gunung2, rumah2 atau pokok2. Mereka tahu, adalah tak logik mereka buat sarang pada api, nanti mereka mati.

    Dan sekecil-kecil otak lebah itu berbanding otak manusia, mereka tahu membalas budi baik Allah yang memberi mereka makan buah-buahan dengan mengeluarkan produktivi mereka iaitu madu yang berguna untuk manusia sebagai minuman dan penyembuh penyakit.

    Tidak pula lebah itu buat amalan ritual sujud pada sesuatu objek atas alasan simbolik menyembah Tuhan. Dengan ikut peraturan2 yang melayakkan lebah itu hidup dengan baik dan berfungsi sebagai lebah itulah erti mereka sujud kepada Allah. Yalah, kalau lebah itu tidak komited dengan fungsi kejadiannya, daripada mana manusia nak dapat madu untuk menyembuhkan penyakit?

    Alih-alih ada manusia yang tak guna logik buat amalan ritual pergi sujud pada batu atau objek-objek lain kononnya itulah erti sembah Tuhan. Sudahlah mereka sujud pada batu, mereka tidak mampu menyumbangkan produktivi untuk kegunaan sesama manusia. Bangsa-bangsa lain yang mereka kata kafir itulah yang penat-lelah mengkaji dan mengeluarkan produk2 untuk kesenangan sesama manusia.

    Yang manusia tak guna logik itu tahu hanyalah untuk hidup berpecah-belah atas nama perbezaan mazhab kerana ikut imam2 yang berbeza, bermusuh-musuhan sesama manusia atas nama agama, dan berlagak sombong kononnya puak mereka benar, dan puak lain sesat sebab tak sama amalan sujud ritual mereka.

    Nampak tak betapa kecilnya otak mereka daripada otak lebah tersebut?

    🙂

    Juang

    March 25, 2010 at 8:51 pm

  346. Salam

    “Navigator X: Tadi aku tanya hang: tunjuk sat kat mana nyawa hang. Tu pon hang tak boleh jawab. Tup tup hang bawak crita mergastua. Macamlah aku tak tau crita tu semua. Hang konar baring siot bila dah habih logik. Mati akai. ”

    Sementara saya boleh menggunakan jasad saya untuk beraktiviti, nyawa saya duduk dalam jasad sayalah. Takkanlah semudah itu tidak boleh nak fikirkan? Saiz otak tu lebih kecil daripada otak semut ke?

    🙂

    Juang

    March 25, 2010 at 8:58 pm

  347. Kalau macam tu jawapan hang, orang Melayu panggil orang macam hang ni “Bangkai Bernyawa” sebab nyawa hang cuma boleh duduk dalam jasad. Bila hang kojol nanti jasad hang jadi bangkai, nyawa hang pun duduk dalam bangkai.

    Sebab apa? Sebab bangkai pon ada aktiviti. Dia reput busuk, reput busuk … kat situ ka nyawa hang nanti?

    🙂

    Navigator X

    March 25, 2010 at 9:36 pm

  348. Biar manusia panggil bangkai bernyawa ke hapa ke, apa nak peduli cakap manusia itu.

    Daripada hidup lebih hina daripada binatang ternak mahupun burung hud-hud akibat tidak boleh berfikir sehingga menurut membuta-tuli menyembah binaan daripada tangan2 manusia sendiri.

    🙂

    Juang

    March 25, 2010 at 9:42 pm

  349. ada orang kata tinggi langit setakat planet pluto je.,
    tp dalam alquran menyatakan langit tujuh lapis dan yg paling hampir dengan bumi dihiasi dengan bintang2.,jadi terbukti sebagai seorang islam kita harus berfikir melangkaui logik akal.,bukan setakat planet pluto je.,tapi ada lagi yg kita tak ketahui disana.,dan ALLAH ta’ala yg mengetahui segala rahsia kejadianNYA…,

    shah

    March 25, 2010 at 10:14 pm

  350. Memanglah ada lagi yang manusia tidak tahu sebab Yang Paling Mengetahui hanyalah Tuhan. Kalau manusia mampu tahu semua perkara macam Tuhan tahu, apa bezanya manusia dengan Tuhan?

    Namun, janganlah berdusta guna perkara2 yang kononnya tidak terjangkau oleh logik akal untuk suruh manusia sujud ke arah batu.

    Sedangkan Keesaan Allah Yang Ghaib pun boleh dibuktikan guna logik, maka segala perbuatan manusia kenalah dibuktikan secara logik juga.

    Kerana tak mahu guna logik itulah ada manusia suka menipu. Mereka ingat syurga itu untuk orang-orang penipu ke?

    Nanti Firaun, Hamman dan penipu2 lain pun akan tuntut nak masuk syurga atas alasan ajaran mereka sampaikan kepada rakyat mereka itu melangkaui logik akal.

    Nanti ulamak2 Nasrani yang penipu itu pun tuntut nak masuk syurga atas alasan Nabi Isa adalah anak Allah kerana melangkaui logik akal.

    Nanti pembesar agama kaum Nabi Ibrahim pun tuntut nak masuk syurga atas alasan amalan sembah binaan manusia itu melangkaui logik akal.

    So di manakah Keadilan Allah, jika penipu2 yang tak guna logik itu pun dapat masuk syurga?

    Juang

    March 25, 2010 at 10:39 pm

  351. Navigator X menulis,

    Hang bawak mai crita semut-lah, buronglah pulak … ni mesti dah habih modal. Lepaih ni crita apa pulak yg hang nak bawak mai. Crita putra katak kot? Hang baik2 sket , crita tu takdak dalam Quran .. hang kena refer kitab Disneyland.

    Salam,

    Dari tulisan di atas, amat jelas tuan tidak percaya kepada Al-Quran dan tidak ragu-ragu untuk menolaknya. Kami yang percaya kepada Al-Quran tidak ada masalah untuk menerima perumpamaan-perumpamaan yang Tuhan gunakan di dalam KitabNya kerana ia berfungsi untuk menjadikan kita berfikir. Tidak kiralah jika Tuhan mengemukakan mergastua sebagai contoh – apakah tuan tidak boleh memikirkan mesejnya?

    2:26 Sesungguhnya Tuhan tidak malu untuk mengemukakan contoh dari nyamuk atau apa-apa di atasnya. Kepada mereka yang percaya, mereka tahu ia adalah kebenaran dari Tuhan mereka dan kepada mereka yang tidak percaya mereka berkata: Kenapalah Tuhan berikan contoh seperti ini: Dia menyesatkan ramai dengannya dan Dia memberi petunjuk kepada ramai dengannya! Tetapi Dia tidak menyesatkan kecuali mereka yang fasik.

    tolokminda

    March 25, 2010 at 10:44 pm

  352. Salam,

    Daripada ayat 2:26 itu, Allah tidak akan menyesatkan manusia sesuka Kehendaknya (tanpa sebab), sebaliknya Dia hanya menyesatkan orang-orang yang fasik. Siapakah orang2 yang fasik itu?

    3:81. Dan apabila Allah mengambil perjanjian Nabi-Nabi, “Bahawa Aku memberikan kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan mempercayainya, dan kamu akan menolongnya. Adakah kamu setuju?” Dia berkata, “Dan, adakah kamu mengambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?” Mereka berkata, “Kami setuju.” Dia berkata, “Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi.”

    3:82. Kemudian, sesiapa berpaling sesudah itu, merekalah orang-orang fasik.

    Para Nabi pun bersetuju untuk mempercayai dan menolong seseorang Rasul yang membenarkan Kitab dan Kebijaksaan yang Allah beri pada mereka, apatah lagi kita yang bukan nabi, sepatutnya tolonglah orang2 yang membenarkan Al Quran. Ini kerana sesiapa yang berpaling daripada membenarkan Kitab Allah, mereka itulah orang2 yang fasik. Itulah orang2 yang Allah menyesatkan mereka di atas keengganan mereka sendiri untuk membenarkan Al Quran.

    Cuba lihat perangai rata2 orang Islam hari ini. Bila ada orang yang nak membenarkan Al Quran, mereka marah dan berpaling daripada ikut Al Quran walaupun mereka mengaku kononnya mereka iktu Al Quran. Mereka nak jadi fasik ke?

    Juang

    March 25, 2010 at 10:55 pm

  353. Shah menulis,

    ada orang kata tinggi langit setakat planet pluto je.,
    tp dalam alquran menyatakan langit tujuh lapis dan yg paling hampir dengan bumi dihiasi dengan bintang2.,jadi terbukti sebagai seorang islam kita harus berfikir melangkaui logik akal.,bukan setakat planet pluto je.,tapi ada lagi yg kita tak ketahui disana.,dan ALLAH ta’ala yg mengetahui segala rahsia kejadianNYA…,

    Salam,

    Orang yang mengatakan langit setakat pluto saja adalah seorang yang ketinggalan ilmu. Jika Tuhan sendiri kata langit bumi dihiasi bintang-bintang bukankah itu bermakna seluruh alam semesta yang dapat kita lihat di atas langit – planet, bintang dan galaksi-galaksi yang tak terkira banyaknya itu – sebenarnya masih dalam lingkungan langit bumi.

    Apakah hanya kerana sekarang kita belum mengetahui rahsia alam maknanya kita tidak mampu mengetahuinya sampai bila-bila? Tuhan menyampaikan Al-Quran melalui Nabi pun secara beransur-ansur jadi kenapa tuan ingat kita boleh tahu semua benda sekaligus? Tak tau kita kaji, kita selidik. Bukan terus mengangkat tangan kata – oh itu tak terjangkau dek akal. Macamana akal nak jangkau kalau berfikir pun malas.

    Mula-mula dulu manusia ingat bumi ini pusat alam. Kemudian ada yang rajin mengkaji dan mereka dapati kepercayaan itu tidak betul – matahari pusat alam kata mereka. Kemudian ada yang kaji lagi dan mereka dapati kita berada dalam satu galaksi dan itulah alam kita. Kemudian orang kaji lagi sehingga mereka dapati di alam ini bukan hanya ada satu galaksi malah berzillion jumlahnya.

    Dan sudahkah tuan mendengar tentang teori-teori baru mereka yang rajin mengkaji dan menjelajah alam Tuhan – misalnya tentang multiverse atau parallel universe atau string theory dan sebagainya. Semua menuju ke arah rahsia alam yang berbagai lapisan. Mungkin satu hari nanti rahsia alam pelbagai lapisan sebagaimana yang digambarkan oleh Tuhan kepada kita akan terjawab juga?

    Begitulah caranya manusia belajar dan berkembang. Dari satu jadi dua. Dari dua jadi tiga. Beruntunglah sesiapa yang tekun dan sabar memanfaatkan setiap kelebihan yang Tuhan kurniakan kepada mereka. Kepada yang terbelenggu mindanya dan berperangai seperti keldai membawa kitab jangan haraplah nak mencapai apa-apa.

    tolokminda

    March 25, 2010 at 11:04 pm

  354. Salam Juang,

    Jika semua nabi-nabi sendiri boleh berjanji akan bantu membantu di antara satu sama lain, saling sah mengesahkan, saling percaya mempercayai bukankah itu bermakna semua umat para nabi juga harus mengambil sikap dan pendekatan yang serupa?

    Tetapi kenapa semua umat para nabi berselisih, bermusuh, saling menuduh, saling mengkafir malah berbunuhan sesama mereka? Adakah itu menunjukkan mereka umat yang patuh kepada apa yang telah disampaikan oleh nabi-nabi mereka?

    Nampaknya, jelas sekali tidak.

    tolokminda

    March 25, 2010 at 11:23 pm

  355. Andaikata Juang mati dilanggar lori sampah DBKL.
    Orang kampung habis kerumun kat lokasi mayat.
    Sorang member kata, ‘dia ni muka tak pernah salat kat mesjid’
    Sorang lagi kata, ‘dia ni pernah tuduh aku sembah berhala Kaabah’
    Sorang pulak kata, “dia ni tak pernah puasa di bulan Ramdan, dah lah camtu zakat pun tak pernah bagi”

    Ishk ishk ishk … semua fenduduk geleng kefala.
    Tapi tak apalah , IC dia kata dia ni agama Islam.
    Kita simpan sajalah kat kuburan orang Islam.

    TM,
    Macam mana nak urus jenazah dia ni ikut Quran saja.
    Ada tak ayat2 Quran perihal ritual urus jenazah?
    Nak basuh mayat ni macam mana argh? Main celup-celup macam mee rebus ka? Berapa panjang kain kapan ekk, atau nak bagi Juang pakai tuxedo? Hensem la sikit kot.
    Make sure muka dia jangan mengadap Kaabah, dia tak suka lagu tuh.
    Lepas kambus, nak baca doa ka hapa mantra untuk dia nih?

    Aum Aum Aum … TM buleh tolong jadi imam kot?

    Navigator X

    March 26, 2010 at 12:16 am

  356. Salam Navigator X,

    Melalui Al-Quran, Tuhan memberi contoh bagaimana anak Adam yang pertama mati untuk menjadi panduan kepada kita bagaimana mayat perlu diuruskan. Dan yang Tuhan ambil sebagai guru hanyalah seekor gagak saja. Saya rasa tentulah tuan susah nak percaya.

    5:31 Maka Tuhan menghantar seekor gagak untuk menggali tanah dan menunjukkan kepadanya bagaimana dia harus menguruskan mayat adiknya. Dia berkata: Celakalah aku! Aku tidak mampu walaupun untuk menjadi seperti gagak ini dan menguruskan mayat adikku? Maka dia menjadi antara mereka yang menyesal.

    Jika tuan tidak menguruskan mayat, siapakah yang bermasalah? Tuan atau mayat itu? Tuan tidak dapat menolong apa-apa terhadap mayat itu. Tuanlah yang patut menolong diri tuan sendiri. Fikirkanlah.

    tolokminda

    March 26, 2010 at 12:30 am

  357. TM,

    c’mon bro stakat cerita gagak tu you tak payah refer lah. common knowledge. setakat gali kambus, dayak papua new guinea pon tahu.

    tunjukan saya prosediur ikut Quran, kalau anda boleh.
    atau anda perlu rujuk pada hikayat, hadith dan sunnah?

    Navigator X

    March 26, 2010 at 12:52 am

  358. Salam Navigator X,

    Kan saya dah cakap tuan tentu tak akan percaya. Tapi itulah hakkatnya prosidur yang Tuhan ajar kita tentang pengurusan mayat. Sebenarnya selama ini prosidur yang diajar kepada tuan adalah prosidur para ulama dan bukan prosidur Tuhan.

    Tapi tentulah tuan tetap tak akan percaya.

    tolokminda

    March 26, 2010 at 1:01 am

  359. Apa nak dipercayakan?
    Bahawa manusia mati dikambus macam burung gagak jugak?

    Hebat sungguh fahaman anda!

    🙂

    Navigator X

    March 26, 2010 at 1:13 am

  360. Salam Navigator X,

    Tuhan kata;

    7:193 Dan jika kamu mengajak mereka kepada Pedoman, mereka tidak akan mengikut kamu; ia sama saja samada kamu mengajak mereka atau kamu diamkan saja.

    tolokminda

    March 26, 2010 at 1:24 am

  361. TM,

    Tuhan kata;

    Jangan kambus sahabat kamu yg mati macam kamu kambus burung gagak. Gunalah common sense. 🙂

    Navigator X

    March 26, 2010 at 2:06 am

  362. Salam Navigator X,

    Ikut suka tuanlah. Pilihan di tangan tuan samada nak ikut Tuhan atau nak ikut ulamak. Tapi tak payahlah putar belit ayat-ayat Tuhan.

    tolokminda

    March 26, 2010 at 2:12 am

  363. kan saya dah kata logik anda hanya setakat planet pluto je.,tp logik yg diajarkn ALLAH tak terjangkau dek akal.,hidup anda terikat pada ketetapan2.,sama macam binatang dan mahluk2 kat dunia ni kan.,dan orang kafir juga dah ada ketetapan2 bagi mereka.,hidup anda hanya untuk cari makan dan berkahwin je,kemudian solat anda sama macam binatang kan.,sedangkan orang islam diperintahkan untuk berfikir,memilih mana yg buruk mana yg baik,menegakkan ketaatan dan mencegah kemungkaran.,bukan seperti binatang yg komitmennya hanya untuk cari makan je…,

    shah

    March 26, 2010 at 4:12 am

  364. Salam Shah,

    Saya berpendapat tuan membuang masa di blog ini.

    tolokminda

    March 26, 2010 at 4:25 am

  365. tm silap dah dinyatakan dalam alquran apabila ada yg cuba menembusi langit maka malaikat2 ALLAH akan menyerang mereka dengan bola2 api,apabila manusia cuba menggali menembusi bumi mereka juga akn terbakar kerana dibawah tanah ada api.,dicabar manusia untuk menembusi timur dan barat tp takkan ada yg berjaya pun.,bila kebarat dan kebarat akhir sampai kat tempat asal,bila ketimur pun sama gak kesudahannya sampai kat tempat asal semula kan.,sedarlah kita kat dunia ni takde tempat nk lari.,bertaubatlah….,

    tentang astronomi saya masih berpegang bahwa bumilah paksinya.,pernah tak anda terfikir,mengapa seorang pakar yg berjaya menyelesaikan teori matematik tentng cakerawala yg beratus tahun tak dapat diselesaikan.,akhirnya menyepikan diri dalam pangsapuri buruk.,diberi ganjaran berjuta2 pun dia tak mahu menerimanya.,mungkinkah dia sedar bahwa kita telah ditipu selama ini.,bila ditanya,dia hanya menyatakan bahwa matematik adalah sesuatu yg membingugkan.,kenapa?.,

    shah

    March 26, 2010 at 4:46 am

  366. saya takkan biarkan anda menyesatkan saudara2 saya,dan saya disini hanya untuk melepaskan tanggungjawab saya sebagai manusia..,dan saya hanya takut pada ALLAH ta’ala sahaja,jadi tak usahlah tuan halang saya.,sesungguhnya ALLAH ta’ala sebaik baik penerima taubat.,bertaubatlah…..,

    shah

    March 26, 2010 at 4:51 am

  367. Siapa yang tersesat? Yang sembah berhala2 atau yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu?

    🙂

    Juang

    March 26, 2010 at 7:00 am

  368. 27:24. Aku mendapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia menghalangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak mendapat petunjuk.

    Bagaimana burung2 hud-hud pun boleh recorgnize bahawa sujud kepada matahari itu adalah akibat syaitan menampakkan amalan tersebut indah.

    Yang hairannya kenapa amalan sujud kepada batu, patung, busut atau objek2 lain, mereka tidak sedar itu amalan syaitan? 🙂

    Juang

    March 26, 2010 at 7:04 am

  369. Siapa sesat, siapa tidak bukan kita menentukan. Sebaiknya berhujahlah dengan berhemah. Jangan jadi manusia yang bodoh. Guna akal. Allah beri kita akal untuk berfikir. Kenapa Sedara Syah begitu dangkal sekali dalam berhujah. Bawakan hujah yang betul. Bukankah tuhan telah sediakan Quran sebagai panduan.

    Betullah…lebih jangan dilayan mereka-mereka ini. Makin dilayan, makin menjadi-jadi pulak.

    penulis

    March 26, 2010 at 9:24 am

  370. Salam,

    Di situ sahaja kita sudah nampak kesan buruk menyekutukan Allah. Ia akan menyebabkan manusia itu berhujah tidak menggunakan akal dan tidak matang. Malah mereka tidak mampu menjadikan Al Quran sebagai sandaran kepada hujah-hujah mereka.

    Sudah berapa lama ditanya mana bukti ayat Al Quran yang menunjukkan Rasulullah suruh sujud kepada binaan-binaan manusia, sampai ke hari ini mereka tidak mampu bawakan.

    Disuruh buktikan mana point2 yang dikemukakan oleh saudara TM yang tidak betul atau bercanggah dengan Al Quran, pun mereka tak reti-reti juga nak melakukannya.

    Kita hanya minta bukti sahaja (bukan menghukum), tetapi cara mereka berhujah seolah-olah mereka terasa yang mereka sebenar-benarnya sembah batu. 🙂

    Juang

    March 26, 2010 at 9:34 am

  371. Rasulullah & orang mukmin …

    bukan sujud KEPADA/TO

    tapi KE ARAH/TOWARDS —-> Kaabah

    Kenapa ko suka putar ayat, Juang?
    ko ni makin lama makin hebat menipu.
    macam loyar keling .. korek korek korek
    serupa macam dia, tapi bukan dia !

    🙂

    Navigator X

    March 26, 2010 at 10:19 am

  372. Mana ayat Al Quran mengatakan Allah suruh Rasulullah SUJUD (menonggeng) KE ARAH Kaabah (bangunan kiub)?

    Bukankah yang tidak bawa bukti itu pendusta yang nyata?

    Dah berapa tahun tunggu pembuktian mereka.

    🙂

    Juang

    March 26, 2010 at 11:33 am

  373. Ada 2 ayat sahaja (5:95 & 5:976) yang mempunyai perkataan yang dimaksudkan sebagai Kaabah (bangunan kiub) dalam Al Quran. Dan tiada disebutkan pun perbuatan SUJUD ke arah Kaabah itu dalam ayat2 tersebut.

    Macam mana daripada ayat2 itu, mereka boleh tafsir bahawa Rasulullah suruh manusia SUJUD ke arah Kaabah? Jauh sangat larinya. Nak berdusta ke apa?
    🙂

    Juang

    March 26, 2010 at 11:42 am

  374. Salam Juang,

    Mana ada perkataan yang merujuk kepada kiub batu di dalam Al-Quran. Ka’aba sebenarnya bermaksud buku lali. Dan ini telah kita bincangkan di sini. Apabila kita bercakap mengenai ayat-ayat Al-Quran kita mesti mengambil sikap seobjektif yang mungkin.

    tolokminda

    March 26, 2010 at 12:03 pm

  375. Salam TM,

    Benar. Saudara telah lama membawa bukti yang “kaabah” sebenarnya adalah buku lali, dan sehingga kini tiada “pakar-pakar” bahasa Arab dapat menafikan bukti-bukti yang saudara bawakan itu.

    Saya hanya nak tengok bukti, mana dia ayat-ayat Allah yang suruh manusia sujud ke arah bangunan kiub. Andaikata mereka panggil bangunan kiub itu “Kaabah” yang disebut dalam ayat 5:95 dan 5:96, masih tiada perintah Allah agar manusia sujud KE ARAH objek tersebut.

    Kalau mereka terima bahawa kaabah itu buka lali sekali pun, tiada suruhan Allah agar manusia sujud kepada buku lali sesiapa. Itu objektif saya sebenarnya.

    Kalau mereka nak buat sesuatu amalan membongkok ke, menonggeng ke, berbaring ke, itu saya peduli apa. Sendiri buat sendiri tanggung. Tetapi bila mereka kata amalan mereka itu Allah perintahkan atau mereka guna nama Nabi, itu yang saya nak tahu bukti-buktinya. Apatah lagi mereka jadikan alasan amalan itu menentukan Islam atau tidak sehingga mereka anggap sesiapa yang tidak beramal macam mereka adalah musuh.

    Sudahlah tu, ada yang sampai tahap fanatik sanggup mengebom manusia2 lain yang tak sama amalan macam mereka. Nampak tak kesan buruk berdusta atas nama Allah mahupun Nabi menyebabkan mereka terdorong untuk mewujudkan puak2 yang bermusuh-musuhan sesama manusia. Betapa kejinya dalam hati mereka.

    Juang

    March 26, 2010 at 3:09 pm

  376. Lebai Juang,

    TM tu macam aku jugak, dia bukan pakar bahasa Arab … kalau aku kata Kaabah tu maknanya kepala lutut pon ok jugak kan. Of course lah, tak semestinya aku dan TM betul. Sebab kami dua memang bukan pakar bahasa Arab. Kita kena panggil Dean Bahasa Arab dari UIA ikut sama dlm blog nih, tapi depa pulak makan gaji .. mana ada masa nak berlabun kat sini macam kita. hehehe

    Sebenarnya kekadang aku rasa geli baca terjemahan Quran yg korang buat. Macam baca puisi Pak Samad atau Pak Kassim. Takda konteks langsung, in fact makna ayat yg korang cipta tu ikut suka hati korang jer.

    Teringat aku tiga ayat Quran korang pasal tidor malam yang Pak Guard guna untuk saiko boss dia. wakakaka 🙂 that was a good one.

    Navigator X

    March 26, 2010 at 7:41 pm

  377. Salam Navigator X,

    Kalau tuan peka, di blog ini saya ada membuat kenyataan yang terang-terang mempersoalkan tafsiran Al-Quran oleh iiu.edu. Jika tuan geli dengan terjemahan kami, saya lagi geli dengan terjemahan iiu.edu. Kalau Dean Bahasa Arab dari UIA mahu mempertahankan tafsiran dan terjemahan mereka di blog ini, saya amat mengalu-alukannya.

    tolokminda

    March 27, 2010 at 2:43 am

  378. cuba tengok dalam surah al isra’..,di situ ada dinyatakan macammana nk sujud..,bacalah., pastu kita tengok apa alasan mereka……,

    shah

    March 27, 2010 at 11:22 am

  379. perkataan kiub tu asal dari mana tuan?.,

    shah

    March 27, 2010 at 11:24 am

  380. penulis..,yg jadi masalah sekarang ni mereka tak membaca alquran.., dah di tunjukkan pun masih degil,angkuh dengan teori yahudi.,rasanya tak perlu nak hadirkan ayat alquran kt sini.,cuma nak ukur tahap logik dorang ni je.,rupa2nya ikut ketetapan binatang.,sedih kan…,kenapa tak ikut ketetapan malaikat je.,sujud atau ruku’ 24 jam.,kan lagi baik…..,

    shah

    March 27, 2010 at 1:11 pm

  381. di dalam surah al isra’ itu juga ada diterangkan tentang orang2 yg tak mempercayai peristiwa nabi naik ke langit dan bukti yg diminta oleh mereka,sama dengan apa yg diminta oleh tm da sekutunya…,nauzubillah…,

    shah

    March 27, 2010 at 1:38 pm

  382. Juang kata :
    Benar. Saudara telah lama membawa bukti yang “kaabah” sebenarnya adalah buku lali, dan sehingga kini tiada “pakar-pakar” bahasa Arab dapat menafikan bukti-bukti yang saudara bawakan itu.

    Saya fikir ada benarnya Kaabah itu maananya buku lali ataupun tumit kaki.
    Mengikut sejarah semasa Siti Hajar ibu nabi Ishmael sedang safar marwa mencari ayer, dia ternampak mata ayer terkeluar dari tumit kaki anaknya nabi Ishmail.
    Maka, tempat mata ayer itu kemudian di namakan Kaabah. Tempat itu kemudian di bina “kube” atau kotak dan menjadi arah bersolat dan berhaji.
    .

    pakyeh

    March 28, 2010 at 9:33 pm

  383. Diambil dari terjemahan Dr Rashad Khalifa :

    (Penyerahan Maksima Kepada yang Esa Adalah Agama Ibrahim.)

    2:135. Mereka berkata, “Kamu mesti menjadi Yahudi atau Nasrani, untuk membolehkan kamu mendapat petunjuk.” Katakan, “Kami mengikuti agama Ibrahim – monoteis – (menyerahkan diri kepada Tuhan yang Esa sahaja) – dia tidak sekali kali menyekutukan Tuhannya.” *

    (Tidak Ada Perbezaan Diantara para Rasul Allah.)

    2:136. Katakan, “Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ya’kub, dan keturunan yang mempunyai hak keistimewaan dalam menjalankan urusan Tuhan; dan apa yang telah diberikan kepada Musa dan Isa, dan semua nabi nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza bezakan diantara mereka. KepadaNya sahajalah kami serahkan diri diri kami dengan sepenuhnya.”

    2:137. Jika mereka percaya apa yang kamu percayai, barulah mereka dapat panduan.Tetapi jika mereka berpaling dari kebenaran, maka mereka adalah dari golongan pembangkang. Allah akan memelihara kamu dari orang orang yang ingkar; Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui akan segala galanya.

    2:138. Itulah peraturan (sunnah) Allah, dan peraturan siapakah yang paling baik selain dari Allah? ” KepadaNya saja kami sembah.”

    2:139. Katakan, “adakah kamu mahu bertengkar dengan kami berkenaan Allah, sedangkan Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu? kami bertanggung jawab atas perbuatan kami, dan kamu juga akan bertanggung jawab diatas perbuatan kamu. KepadaNya sahajalah kami mengabdikan diri diri kami.

    2:140. Adakah kamu menyangkakan yang Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya’kub dan semua keturunan yang mempunyai hak keistemewaan dalam menjalani urusan Tuhan mereka itu, datang dari kaum Yahudi atau Nasrani?. Katakan, “Adakah kamu yang mengetahui lebih dari Allah? Siapakah yang paling zalim dari kalangan orang orang yang menyembunyikan bukti yang telah mereka pelajari dari Allah? Allah tidak pernah lalai dari apa apa yang kamu lakukan.”

    2:141. Itulah kaum dizaman yang lalu. Mereka bertanggungjawab atas segala pendapatan mereka, dan kamu akan bertanggung jawab dari pendapatan kamu. Kamu tidak akan sekali kali bertanggung jawab terhadap apa yang mereka lakukan. .
    Penghapusan Yang Berkaitan Dengan Ketaksuban Dan Peranggapan.

    2:142. Orang orang jahil diantara mereka berkata, “Kenapa pula mereka menukarkan arah Kiblah mereka?”* Katakan.”Kepunyaan Allah segala yang ada ditimur dan dibarat; Dialah yang membimbing sesiapa sahaja dengan kehendakNya kejalan yang lurus.”
    _________________________________________________________________________________
    *2:135 Quran berulang kali mengingatkan kita yang Penyerahan diri kepada Allah semata mata adalah agama Ibrahim (3:95, 4:125, 6:161, 22:78). Ibrahim menerima “kitab” yang diamalkan, menamakan semuanya amalan yang dipraktikkan dengan Penyerahan sepenuhnya melalui Mengerjakan Sembahyang (Salat), memberi derma yang diwajibkan (Zakat), puasa pada bulan Ramadhan, dan Ibadah Haji]. Muhammad telah mengikuti agama Ibrahim, sebagaimana yang kita lihat didalam 16:123; dia yang membawa Quran ini. Rasul yang ketiga bagi Penyerahan sepenuhnya kepada Allah telah membawa Agama yang membuktikan ketulenannya (lihat 3:81)

    2:143. Lantaran itu kami jadikan kaum yang berpengetahuan dan bertanggung jawab supaya mereka dapat berhidmat dan dapat berdiri sabagai saksi dikalangan manusia, dan rasul akan menjadi saksi dikalangan kamu. Kami tukarkan kedudukan Kiblah dari asalnya hanya untuk membezakan siapa diantara kamu yang bersedia mengikut rasul dari kalangan orang orang yang berpaling dari seruannya. Itu adalah satu percubaan yang amat sukar, tapi tidaklah berat bagi orang orang yang mendapat petunjuk dari Allah. Allah tidak akan mensia siakan ibadatmu. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani kepada hamba hambaNya lagi Maha Penyayang. *

    (Kiblah Di-Kembalikan Ke-Mekkah.)

    2:144. Kami telah melihat wajahmu yang mendungak kelangit (mencari arah yang betul ). Sekarang kami telah serahkan Kiblah yang dapat menggembirakanmu. Dari itu , kamu akan sentiasa menujukan pandanganmu keMasjid Suci. Dimana sahaja kamu berada, kesemuanya diantara kamu mesti menghadapkan wajahmu kesitu. Orang orang terdahulu yang menerima kitab tahu yang ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Allah tidak pernah lalai dari apa apa yang kamu semua lakukan. *

    2:145. Walaupun kamu menunjukkan kepada ahli kitab bermacam cara kebesaran Tuhan, mereka tidak akan mahu mengikuti Kiblah kamu. Jangan kamu mengikuti Kiblah mereka. Mereka sendiri tidak mengikuti Kiblah masing masing. Jikalau kamu bersetuju dengan kehendak mereka sesudah ilmu yang telah kamu terima, maka kamu adalah dari golongan orang orang yang ingkar. *

    (Menyalah Gunakan Kitab Allah, Memilih Dan Menyembunyikan Kebenaran Revelasi RevelasiNya.)

    2:146. Sesiapa yang menerima kitab dari Tuhannya mengetahui akan kebenarannya, sama seperti mereka mengenali anak anak mereka sendiri. Masih juga, ada diantara mereka yang menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahuinya.

    2:147. Ini adalah satu kebenaran dari Tuhan kamu; janganlah kamu meragukannya.

    2:148. Masing masing dari kamu memilih arahan yang ditunjukkan; kamu mestilah berlumba lumba untuk melakukan amalan yang baik. Baik dimana saja kamu berada, Allah akan menghimpunkan kamu semua kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.
    Kiblah Dikembalikan KeMekkah.

    2:149. Kemana kamu pergi, kamu mestilah palingkan mukamu (masa sembahyang) menghadap Masjid Suci (Masjidil Haram)* Ini adalah satu kebenaran dari Tuhan kamu. Allah tidak pernah leka dari apa apa yang kamu semua lakukan.

    2:150. Dimana sahaja kamu berada, kamu mestilah memalingkan wajahmu (masa sembahyang) keMasjid Suci; dimana sahaja kamu berada, kamu mesti palingkan wajahmu (masa sembahyang) kearahan itu. Dengan demikian, manusia tidak akan dapat bertengkar untuk menentangmu, melainkan orang orang yang ingkar diantara mereka. Jangan kamu takut kepada mereka bahkan takutilah Aku. Dan Aku akan lengkapkan rahmatKu kepada kamu, supaya kamu mendapat petunjuk.
    _________________________________________________________________________________
    *2:142-145 “Qiblah” adalah arahan semasa Mengerjakan Sembahyang (Salat). Apabila Jibrail sampai kan perintah kepada Muhammad untuk mengarah keJerusalem bukannya Mekkah, orang orang hypokrit telah didedahkan. Orang orang Arah menentang dengan kuatnya untuk mengekalkan Ka’aba sebagai “Qiblah” mereka. Hanyalah orang orang yang benar sajalah dapat mengatasi perselisihan ini; mereka dengan relanya menta’ati rasul.

    QuranSahaja

    April 2, 2010 at 10:43 am

  384. QuranSahaja:
    “*2:142-145 “Qiblah” adalah arahan semasa Mengerjakan Sembahyang (Salat). Apabila Jibrail sampai kan perintah kepada Muhammad untuk mengarah keJerusalem bukannya Mekkah, orang orang hypokrit telah didedahkan. Orang orang Arah menentang dengan kuatnya untuk mengekalkan Ka’aba sebagai “Qiblah” mereka. Hanyalah orang orang yang benar sajalah dapat mengatasi perselisihan ini; mereka dengan relanya menta’ati rasul.”

    Tetapi dalam 2:177 ditegaskan bahwa ber-qiblah menghadapkan wajah ke timur dan barat bukanlah kebajikan.

    Bukkankah ketika orang yang bersembahyang menghadapkan wajahnya ber-qiblah ke barat?

    Laysa albirra an tuwalloo wujoohakum qibala almashriqi waalmaghribi walakinna albirra man amana biAllahi waalyawmi alakhiri waalmalaikati waalkitabi waalnnabiyyeena waata almala AAala hubbihi thawee alqurba waalyatama waalmasakeena waibna alssabeeli waalssaileena wafee alrriqabi waaqama alssalata waata alzzakata waalmoofoona biAAahdihim itha AAahadoo waalssabireena fee albasai waalddarrai waheena albasi olaika allatheena sadaqoo waolaika humu almuttaqoona

    # 2:177 (Malay) “Bukanlah suatu kebajikan (laysa albirra) bahwa kamu menghadapkan wajahmu (an tuwalloo wujoohakum) ber-qiblah (qibala) ke arah timur (almashriqi)dan ke barat (waalmaghribi), akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.”

    Faried

    April 2, 2010 at 2:47 pm

  385. Salam,

    “Faried: Tetapi dalam 2:177 ditegaskan bahwa ber-qiblah menghadapkan wajah ke timur dan barat bukanlah kebajikan.

    Bukkankah ketika orang yang bersembahyang menghadapkan wajahnya ber-qiblah ke barat?”

    Ya, ayat 2:177 itu menguatkan lagi bahawa bukan ajaran Al Quran menyuruh manusia membina bangunan kiub untuk dijadikan arah kiblat.

    Bila ayat-ayat Allah sendiri mengatakan perbuatan itu bukannya satu kebajikan, sudah pasti ia hanyalah amalan yang sia-sia sahaja. Tetapi ramai yang mengaku ikut Al Quran tidak sedar apa yang mereka lakukan selama ini bercanggah dengan pengajaran Al Quran.

    Oleh kerana dalam ayat 2:177 ada menyebut “mendirikan solat” sebagai salah satu kebajikan, di sini kita nampak solat itu tidak memerlukan arah timur atau barat atau sebagainya. Jadi makna solat sebagai komitmen lebih menepati pengajaran ayat 2:177 itu kerana apabila manusia berkomitmen, mereka tidak memerlukan arah-arah tertentu. Yang pentingnya matlamat komitmen itu disempurnakan.

    Juang

    April 2, 2010 at 11:00 pm

  386. Salam,

    Walaupun ada manusia beritual sujud ke arah matahari kerana menyangka itulah amalan yang benar, tetapi kita yang dilahirkan dalam kaum yang tidak beritual ke arah matahari tidak mendapat mudaratnya jika tidak beritual seperti mereka. Itu menunjukkan ketetapan ritual itu bukannya datangnya daripada Allah, melainkan atas dasar kepercayaan tradisi sahaja.

    Begitu juga walaupun ada manusia beritual di hadapan patung-patung kerana menyangka itulah amalan sebenar seorang manusia, tetapi kita yang dilahirkan dalam kaum yang tidak beritual di hadapan patung tidak mendapat mudaratnya jika tidak beritual seperti mereka. Itu menunjukkan ketetapan ritual tersebut bukannya datang darapada Allah, melainkan atas dasar kepercayaan tradisi sahaja.

    Begitulah juga dengan amalan-amalan ritual yang dilakukan oleh kaum-kaum lain. Hakikatnya ia diada-adakan atas dasar kepercayaan tradisi sahaja, bukannya benar-benar Allah tetapkan.

    Sesuatu yang Allah tetapkan pasti jelas, kukuh, ada bukti dan boleh difikirkan, bukannya sesuatu yang kabur dan perlukan hikayat-hikayat untuk dijadikan hujah. Apakah mereka ingat Allah itu “tukang hikayat”? Mereka mempersenda-sendakan Allah dengan cerita hikayat mereka.

    Juang

    April 3, 2010 at 5:08 pm

  387. Inilah jadinya bila org tolak sunnah Nabi Muhammad.
    Seolah-olah nabi hanyalah media utk Tuhan sampaikan kitab/buku Quran.

    Nabi itulah Quran yg sebenar, yg menjelaskan dirinya sendiri. … ikutlah Quran [ yakni Muhammad dan keluarga suci baginda ]

    Tanpa Muhammad, anda jadi orang buta macam Rashad Khalifa dan Kassim Ahmad… dan bbrpa orang dlm blog ini.

    Malim Kundang

    April 4, 2010 at 12:22 am

  388. Salam,

    Nak ikut sunnah Nabi Muhammad sekalipun, takkanlah sesuatu amalan yang bercanggah dengan anutan Nabi Ibrahim pun dikatakan sunnah Nabi Muhammad?

    Sesuatu yang benar, pasti sifatnya konsisten. Jika Nabi Ibrahim melarang kaumnya menyembah binaan-binaan daripada tangan manusia, takkanlah Nabi Muhammad nak suruh manusia beritual ke arah mana-mana binaan pula? Nanti tidak konsisten pula ajaran para Nabi dan Rasul itu? Kejap ada yang kata tak boleh, kemudian ada yang kata boleh.

    Takkanlah benda semudah itu pun tak mampu hendak difikirkan?

    Juang

    April 4, 2010 at 12:55 am

  389. Benda yang mudah difikir, seperti arah/kiblat solaa, nampaknya sengaja diberatkan dengan menyamakannya sebagai penyembahan berhala.

    Lu pikiir la sendiri !

    Hibatullah

    April 4, 2010 at 11:10 am

  390. Bukan nak disamakan, tetapi memang sama pun cuma orang yang buat amalan itu sudah pasti sukar mengakuinya kerana mereka tak sedar diri.

    Sedangkan kaum Nabi Ibrahim pun tak mengaku mereka sembah berhala. Kalau tidak sudah pasti mereka mudah terima seruan baginda.

    Juang

    April 5, 2010 at 1:49 am

  391. “Benda yang mudah difikir, seperti arah/kiblat solaa, nampaknya sengaja diberatkan dengan menyamakannya sebagai penyembahan berhala”

    Berhala boleh didefinisikan sebagai pusat fokus untuk mengerjakan sebarang ritual penyembahan terhadap Pencipta. Berhala bukan Tuhan, tetapi simbol terhadap wujudnya Pencipta.

    Berhala wujud apabila sesetengah manusia mengalami kesukaran untuk mengakui wujudnya Pencipta sedangkan bukti kewujudan Pencipta ada merata-rata seperti matahari, bumi, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan dan pelbagai lagi.

    Apabila Pencipta melarang manusia menyembah matahari yang mana ciptaanNya sendiri, mana mungkin sujud mengadap bangunan ciptaan manusia dan mencium batu hitam adalah sebahagian dari suruhanNya.

    muaddib

    April 5, 2010 at 9:31 am

  392. Salam, Tok Minda

    Sila rujuk ayat ayat ini,
    2:62
    Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

    5:69
    Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Sabiin, dan orang-orang Nasrani – sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

    Soalannya.

    Bagaimanakah orang-orang Yahudi , Nasrani dan Sabiin tersebut solat? tapi Allah swt telah jamin upah pahala yang baik untuk mereka di akhirat? Adakah mereka solat macam orang orang islam solat sekarang? Adakah solat itu bermaksud bukan seperti solat orang Islam buat sekarang?

    Bolih sesiapa bagi pandangan, sebab ustaz ustaz telah mengajar kita bahawa sesiapa yang tidak solat adalah berdosa dan masuk neraka dan amalan yang mula-mula ditanya diakhirat kelak ialah solat kita.Solat yang macam mana jika kita hendak merujuk pada orang orang yamg diberitakan dalam dua dua ayat tersebut.

    wucman

    April 6, 2010 at 4:57 pm

  393. Sambungan…

    1.Jika kita merujuk kepada ayat ayat tersebut, solat tidak dinyatakan langsung tetapi Allah swt masih jamin pahala untuk mereka mereka itu.

    2.Jika kita merujuk pada ustaz ustaz,kita dapati solat itu adalah mula mula yang ditanyakan di akhirat kelak,jika tidak solat, amalan lain tak kan diterima, teruslah ke neraka.

    Pening jugak memikirkan tentang solat ni….solat atau solaa tu macam mana? Apa dia yang dikatakan solat @ solaa ni?

    wucman

    April 6, 2010 at 6:11 pm

  394. Salam,

    Iblis masuk neraka bukannya pasal tak buat amalan ritual, tetapi sebab angkuh merasakan dirinya diciptakan daripada api lebih baik daripada Adam yang diciptakan daripada tanah liat.

    Jadi pendapat mereka yang mengatakan “sembahyang ritual adalah perkara mula-mula ditanya dan jika tidak buat amalan itu, amalan lain tidak diterima dan terus masuk neraka” adalah dakwaan kosong sahaja untuk menakut-nakutkan manusia agar buat amalan ritual macam mereka.

    Semua amalan perbuatan manusia akan dibalasi walaupun sebesar nukleus. Buat baik, dapat balasan baik. Buat jahat, dapat balasan jahat. Tiada kaitan langsung pun dengan buat sembahyang ritual atau tidak.

    Oleh kerana iblis masuk neraka kerana angkuh, bongkak, sombong dan pendusta, maka yang masuk neraka adalah golongan yang sama perangainya macam iblis juga.

    Selain mereka itu, asalkan manusia itu percaya ada Pencipta dan Hari Akhir yang kekal serta hidup aman damai dan menjauhi sebarang bentuk perpecahan atas nama bangga diri, maka dapatlah ganjaran baik dari sisi Allah.

    Juang

    April 6, 2010 at 6:52 pm

  395. 91:7. Demi jiwa dan Yang membentukkannya,
    91:8. Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan!
    91:9. Beruntunglah orang yang menyucikannya,
    91:10. Dan kecewalah orang yang mengotorinya.

    Daripada ayat2 Al Quran di atas, kita nampak untuk mendapat keuntungan di akhirat, kita hanya perlu hidup dengan hati (jiwa) yang bersih dengan selalu menyucikannya.

    Maka amalan2 yang menyucikan jiwa itulah yang menentukan kita layak masuk syurga atau tidak. Nak menyucikan jiwa daripada penyakit angkuh, sombong, bongkak atau bangga diri macam iblis, ia tidak ada kaitan dengan amalan sembahan ritual pun.

    Keangkuhan boleh dilawan dengan belajar merendah diri. Dengar semua pandangan dan ikuti yang paling baik tanpa bias dengan amalan tradisi kaum sendiri.

    Sepatutnya amalan-amalan menyucikan jiwa itulah yang dititik-beratkan, bukannya amalan ritual yang tidak ada kaitannya untuk melawan penyakit hati.

    Juang

    April 6, 2010 at 7:04 pm

  396. Salam wucan,
    wucan kata :
    1.Jika kita merujuk kepada ayat ayat tersebut, solat tidak dinyatakan langsung tetapi Allah swt masih jamin pahala untuk mereka mereka itu.

    2.Jika kita merujuk pada ustaz ustaz,kita dapati solat itu adalah mula mula yang ditanyakan di akhirat kelak,jika tidak solat, amalan lain tak kan diterima, teruslah ke neraka.

    Pening jugak memikirkan tentang solat ni….solat atau solaa tu macam mana? Apa dia yang dikatakan solat @ solaa ni?

    Pak Yeh kata:
    Haikatnya AlQuran/Allah beri kita beberapa sistem untok rapat/ibadat kapadaNya. Salah satu sisteNya adalah solaa.sistem lain ialah zakat,amal maaruf nahi mungkar,zikir dan sebagainya.
    Allah juga berfirman “La ikra fi deen”/tiada paksaan dalam agama.
    Jadi bila mati nanti Allah akan kira…kalau tak solat tapi zikir ataupun amal maaruf nahi mungkar..akan dapatlah ganjarannya.
    Yahudi,Nasarani dan Sabian juga Allah guna sistem yang sama.
    Tidda Allah kata kalau tak solaa maka semua ibadat tak di terima. Itu lahwal hadis/hadis olok2 yang menkontradil AlQuran dan menyusahkan Muslim.

    Pak Yeh

    May 2, 2010 at 5:49 pm

  397. Salam,

    Benar pendapat Pak Yeh tu. Malah dalam bersolaa pun, Allah tidak suruh mengadap dan bersujud pada mana-mana objek pun. Yang pentingnya capai objektif solaa itu seperti dapat mencegah kekejian dan kemungkaran atau dapat menolong diri dengan sabar.

    Begitu mudahnya nak melaksanakan Islam jika kita benar-benar ikut ahsanul hadis (lawan kepada hadis olok-olok).

    Tetapi siapalah orang seperti Pak Yeh yang tidak ada gelaran ulamak atau ustaz untuk dipercayai kata-katanya?

    Juang

    May 2, 2010 at 10:50 pm

  398. It would be appropriate if we can discuss the startling similarities between some practices of Islam and Zoroastrianism. These parallels go beyond the co-incindental normal ones. I will endeavour to enumerate a few here:
    01. Requirements of prayers: Islam enjoins its followers to pray 5 times a day and is called by the Muezzin to his prayers.These prayers are at i) Dawn ii) Noon iii) Afternoon iv) Sunset v) Night.
    Zoroastrianism also enjoins prayers 5 times a day called “Geh”. The devotee is summoned by the ringing of a bell in the AtashBehram / Agiary. These prayers are also at the same time as in Islam and their respective names are:
    Time: Islamic/ Zorastrianism
    Dawn: Fajar/ Havaan
    Noon: Zohar/ Rapithwan
    Afternoon: Asr/ Uziren
    Evening: Mazreem or Maghrib/ Aiwisuthrem
    Night time: Isha or Ishan/ Ushaen.
    02. Pre-requisites of Prayer: On entering the mosque and prior to commencing prayers a Muslim has to cover his head and wash his face and limbs. Similarly, a Zoroastrian on entering the Agiary will cover his head, wash his face and limbs and perform the Padyaab Kusti before commencing his prayers.
    03. The Prayers: Prayers in Islam are in Arabic only, though translations/transliterations are available. The liturgy has to be conducted in Arabic only. In Zoroastrianism too, prayers have to be recited in Avesta or in Pazend only. In fact in Aveatan prayers Pazend portions have to be recited in an undertone so as not to break the seamless flow of Avestan Manthravani.
    04. Sanctum Sanctorum and its veneration: The holiest spot in a Mosque is the wall facing Mecca and is called the Qiblah. In the Atashbehram/Agiary the room where the Atash Padshah is enthroned is also called the Keblaah. A Muslim will perform the Sajdah in front of the Qiblah and so also will the Zoroastrian perform the Sezdah before his Keblaah. Both involve kneeling down and touching the forehead to the ground.
    05. A Holy Month: In Islam Ramzan is the holy month in which all Muslims are required to fast in the day and only break their fast after sunset. In Zoroastrianism the month of Bahman has similiar connotations wherein all are requested to particularly abstain from flesh. Perhaps in the age of the Sassanian dynasty the month of Bahman was observed as Ramzan is now.
    06. Ascent into Heaven: The hagiography of Islam assures us that Prophet Mohammad ascended to heaven from Jerusalem on the mythical beast Burrrak.
    He crossed the 7 spheres, exchanged greetings with the patriarchs and beheld the glory of God.
    The Dinkard tells us that at the entreaties of Asho Zarthustra Bahman Ameshaspand transcendentally elevated his consciousness to the realm of heaven wherein Asho Zarthustra looked at the reflugent majesty of God. A similiar journey was attributed to the virtuous Ardaviraf who visited hell, purgatory and heaven during his spiritual journey.
    The above similarities are obvious. A more careful research would reveal more parallels. However even these points are too close to be dismissed as mere coincidences. This means Zoroastrianism has had an enormous impact on Islam which is not acknowledged. Everyone agrees Islam owes a lot to Judaism and Christianity but I feel that the scholars of Islam borrowed very heavily from Iran and this can be perhaps attributed to that shadowy figure of Dastur Dinyar (Salman Farsi). This debt is so impressive that it had to be consistently downgraded and later denied. After all if Islam is supposedly directly inspired by God it cannot be seen to be acknowledging any debt to an older faith, specially the faith of a nation which Islam has defeated. This may perhaps explain the devotion of your Persian Imams to my Faith.
    07. Chinvat Bridge (The SIRAAT BRIDGE): According to ancient Persian myth, when a person dies, the soul remains by the body for three days. On the fourth, it travels to Chinvat Bridge (the Bridge of the Separator, also call Al-Sirat), accompanied by gods of protection. The bridge is “finer than a hair and sharper than a sword” and spans a deep chasm teeming with monsters. On the other side of the bridge is the gateway to paradise.
    08. Hell: Demons guard the foot of the bridge and argue with the gods over the soul’s fate. The actions of the dead person, both good and bad, are weighed, and the soul is either allowed to cross or denied access to the bridge. Spirits whose evil outweighs their good fall into the demon-infested pit to face eternal torment. In this abyss of the damned, each soul is tortured by a GHOUL that represents its sins in life. Once fallen into the gulf, no soul can escape the horrors of hell through its own power.
    Zoroaster, a sixth century BC religious leader, had warned his followers of this obstacle to heaven but he promised to lead his flock safely across. The ancient manuscript Gathas (Songs of Zoroaster) explains that the Bridge of the Separator “becomes narrow for the wicked,” whereas the holy can easily pass unharmed. (In Gathas, the fair god Rashnu is named as the judge who helps determine who is worthy of salvation and who must be damned.) All infidels (non-believers) fall into hell, which the prophet says has been created especially for the “followers of the lie.”
    The legends are sketchy but assert that Chinvat Bridge is located somewhere in
    the far north. It is a place of filth where the damned endure physical tortures and spiritual agony. Souls who are unsuccessful in crossing the Chinvat Bridge suffer these torments until AHRAMAN, the evil god of ZOROASTRIANISM, is destroyed by the good god Orzmahd during the LAST JUDGMENT. As this time, lost spirits are restored to the truth since “the lie” has been eradicated, or they face final ANNIHILATION.
    Notice the similarity? So you guys are actually pagan stone and sun worshippers, correct? But your Koran is pure and free from plagiarism.

    fariq

    July 8, 2010 at 11:26 pm

  399. Salam,

    Komitmen adalah satu cara menjadikan manusia itu rajin dan bertanggungjawab. Orang yang tidak ada komitmen, mereka akan malas dan hidup membuang masa.

    Mungkin inilah jawapan mengapa orang Melayu dan orang “Islam”” hari ini dilihat lemah dan pemalas berbanding bangsa-bangsa lain. Ini kerana istilah yang seerti dengan “komitmen” tidak ditekankan dalam kehidupan. Mereka hanya disuruh buat amalan ritual mengadap/berhala kepada sebuah objek.

    Tetapi kalau daripada kecil didik supaya ada komitmen, tentu bila besar mereka tak jadi bangsa pemalas lagi.

    Juang

    September 5, 2010 at 5:17 am

  400. pbuu,
    Sila rujuk ayat2 qur’an berkaitan ‘solla’ ada 98 kali disebut, cuba gantikan dgn ‘komitmen n verify n see if it make sense????? dari situ anda akan dapat beza apa yg telah diutarakan selama ini terutamanya yg hanya tahu menentang mem’BABI-BUTA’ tanpa sebarang bukti pun melainkan harapkan org lain?????
    be mature leaaaaa! Not 4U Juang!!!but 2those who oppose as “blinded PIG”??????????

    chong

    September 5, 2010 at 7:53 am

  401. Salam Saudara Juang,

    Juang: – Komitmen adalah satu cara menjadikan manusia itu rajin dan bertanggungjawab. Orang yang tidak ada komitmen, mereka akan malas dan hidup membuang masa.

    Mungkin inilah jawapan mengapa orang Melayu dan orang “Islam” hari ini dilihat lemah dan pemalas berbanding bangsa-bangsa lain. Ini kerana istilah yang seerti dengan “komitmen” tidak ditekankan dalam kehidupan. Mereka hanya disuruh buat amalan ritual mengadap/berhala kepada sebuah objek.

    Tetapi kalau daripada kecil didik supaya ada komitmen, tentu bila besar mereka tak jadi bangsa pemalas lagi. –

    Saya sependapat dengan saudara – oleh kerana saudara TM, Juang, faried, chong dan lain-lain yg sehaluan, ada kelebihan dalam memperjuangkan KEBENARAN ini – Saya mohon teruskan berjuang demi Melayu dan Islam.
    Cuba saudara-saudara bayangkan di mana letaknya Melayu dan Islam sekarang di Malaysia/Dunia dan bagaimana pula 50 tahun akan datang dan seterusnya.

    Saya melihat – contoh yang diketengahkan oleh Saudara Juang “Pasukan Bola Sepak” amat relevan dengan Pasukan Melayu/Islam pada hari ini. Apa yang saya nampak ritual yang diada-adakan ni semuanya ada ‘Disadvantage’ pada Melayu/Islam – mungkin kah ini perbuatan musuh-musuh Islam.

    Sekian, terima kasih

    Jagundul

    September 7, 2010 at 12:28 pm

  402. Salam saudara Jagundul,

    Ya, semua itu adalah perbuatan musuh-musuh Islam iaitu syaitan atau watak jahat yang ada dalam diri individu. Itulah musuh utama yang menyebabkan seseorang individu jadi ragu-ragu dengan keupayaan diri dan jadi takut guna otak sendiri seterusnya jadi menurut membuta-tuli.

    Juang

    September 7, 2010 at 9:44 pm

  403. pbuu,
    Berikut saya beri 1-surah 2-versi,sila beri komen anda;

    107. SURAH AL MAA’UN – Bantuan.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    1. Lihatlah orang yang telah mendustakan agamanya/diini.
    2. Itulah orang yang telah mengabaikan anak-anak yatim.
    3. Dan tidak teruja untuk memberi makan orang miskin/miskiini.
    4. Maka celakalah/wailun orang yang menlakukan solat/musalli.
    5. Orang yang mengabaikan solat/sollatihim mereka.
    6. Orang yang menunjuk-nunjuk/yuraa-uuna.
    7. Dan mereka enggan menghulur bantuan/maau’una.

    Akhirnya Surah (107) Al Maa’un. Salaam.

    107. SURAH AL MAA’UN – Bantuan.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    1. Lihatlah orang yang telah mendustakan peraturan hidupnya/diini.
    2. Itulah orang yang telah mengabaikan anak-anak yatim.
    3. Dan tidak teruja untuk memberi makan orang miskin/miskiini.
    4. Maka celakalah/wailun orang yang berkomitmen/musalli.
    5. Orang yang mengabaikan komitmen/sollatihim mereka.
    6. Orang yang menunjuk-nunjuk/yuraa-uuna.
    7. Dan mereka enggan menghulur bantuan/maau’una.

    Akhirnya Surah (107) Al Maa’un. Salaam.

    chong

    September 8, 2010 at 12:50 pm

  404. Salam,

    Senario semasa kalau kita renung-renungkan.

    1. Kalau kita tidak “solat” maka segala amalan lain tidak akan diterima. Wah! Wow! Sebab itulah ada diantara orang Islam, “bersolat” tapi masih rasuah, menipu dan bahkan suka menyebar fitnah. Tapi oleh kerana ada “solat” maka terasa gurantee untuk selamat ada, sebab solat mengatasi segala-galanya. Itulah pak Arab, tidak lepas bawa tasbih, tapi berpoya-poya di Thailand. Tidak rasa takut, sebab bila balik hotel atau negerinya dia solat lagi. Maka ada sense of complacent. Kalau hendak extra bonus, tambah solat sunat. Maka kuatlah lagi bateri iman dia. Saya perhati ada yang tak kena dengan aliran fikiran sedmikian.

    2. Lain pula yang hebat konon ikut sunnah nabi. Fazilat solat wajib dan sunat hebat sekali. Apa yang istimewa dengan India, Pakistan Bangladesh sedangkan tempat itu tak habis-habis hura-hura pasal agama. Apakah doa ulamak di sana tak di terima Tuhan? sehingga miskin yang tak tertanngung oleh pemerintah. New Zealand gempa bmui 7 skala rektar, tak seorang mati. Perdana Menteri turun padang lihat rakyat. Pakistan, banjir dahsyat sehingga korban banyak dan pemimpinnya syok sendiri pergi England. Apakah sifat org Islam ini dalam pandangan org lain?

    3. Kalau dalam Al-Quran solat itu gurantee mencegah mungkar, apakah maknanya “solat ulamak” tapi masih berani dan mampu untuk menipi contohnya. Maka istilah solat dalam Al-Quran ialah komitmen untuk berbuat baik dengan setepat-tepatnya tanpa ada berdolak dalih lagi dan pasti mungkar akan terhapus dengan sendirinya. Mungkin ada penggemar “solat ulamak” mengatakan, ‘solat ulamak” mampu membasmi kemungkaran. Sama juga kita sebagai pelajar kolej berkali-kali beritahu di hadapan professor kita belajar rajin-rajin, walhal kita tidak belajar pun. Professor tak perlu pengakuan kita, Yang dia perlu ialah komitmen kita dengan belajar sebenar-benarnya maka kita akan berjaya.

    4. Yang lucunya, dalam drama TV, bila dah insaf maka di tunjuk pelakon itu baca Quran dalam bahasa Arab tanpa ketahui maksud sudah nampak insaf. Atau “bersolat”. Adakah keinsafan manusia hanya setakat benda itu sahaja. Apalagi kalau dah insaf, mulalah pergi umrah kat kota mekah dan menangis di hadapan kaabah. ini sudah tipikal dalam mindset kita.

    5. Bulan puasa. Kenapa ulamak berapi-api menyatakan puasa mengingat kita kepada orang-orang miskin dankurang makan. Tetapi secara nyata, projek-projek makanan semakin hebat dalam TV di bulan puasa. Bagaimana orang miskin bila melihat rancangan TV itu sedangkan mereka tak cukup makanan lazat? Bolehlah kita kata kita sedekah dibulan puasa tambah pahala? Bulan tak ada pahala besarkah? BOlehlah kita berpuasa, sebab kita kerja dalam aircon dan balik petang ada makanan lazat untuk dibeli. Tapi bagi orang kerja berat seperti buruh kasar di bulan puasa yang panas terik matahari? Bagaimana mereka menanggung penderitaan lapar dan dahaga setiap hari bekerja dan terpaksa berpuasa? Sedangkan dalam TV, yang curi-curi makan bulan puasa bukannya orang susah.
    Jadi fenomena ini nampak pelik. Kira makan curi di bulan puasa, tapi “solat hari raya” pasti ada. Maka apa erti dan maksud semuanya ini? Kita kasihan orang buruh kasar yang kerja di panas terik kononnya sahabat nabi pun berperang di padang pasir di bulan puasa yang panas terik. kasihan golongan ini. mereka bukannya sakit tua. Dahlah kurang segi ekonomi, kalau tak puasa di suruh bayar bulan lain atau beri makanan orang miskin. jadi kita kaji betul-betul fahaman fahaman ini dalam penstrukturan masyarakat.

    message114

    September 10, 2010 at 1:19 pm

  405. Syabas messade 114,

    Terima kasih kerana turut serta dalam blog yang murni ini – Mudah-mudahan tulisan tuan akan dapat mengajak terutama masyarakat islam untuk berfikir jauh ke hadapan untuk anak cucu cicit, generasi ke-generasi masyarakat islam seterusnya.

    Adalah usaha yang murni membantu TM, Saudara Juang, Faried, Chong dan lain-lain dalam blog ini, MENYEDARKAN MASYARAKAT kita. Kerana dengan kesedaran dan keinsafan tentang untung nasib cucu cicit kita mungkin akan dapat melapangkan dada kita untuk berfikir panjang dan berusaha memahami isi Alquran – supaya generasi kita akan datang dapat melepaskan diri dari ajaran-ajaran yang sempit membantutkan perkembangan minda, menjadikan kita sombong / cara hidup yang tidak berlandaskan Alquran ini.

    Saya yakin message 114 dengan kelebihan yang ada pada tuan, akan dapat menulis dan mengajak para pembaca untuk berfikir – usaha tuan amat diperlukan – tuan pastinya akan berjuang bersama-sama TM, SJ, SC SF dan yang lain dengan hujah-hujah dan pendapat-pendapat bernas lagi relevan dengan keadaan semasa – universal.

    Sekian terima kasih.

    Jagundul

    September 10, 2010 at 3:04 pm

  406. Terima kasih jagundul, sebab sudi menerima saya dalam forum ini. Mula rasa segan juga, tapi atas dasar kebenaran Al-Quran saya wajib turut serta dalam perjuangan ini.

    Perjuangan saya ini bukan atas dasar paksaan dari sesiapa, tapi dari hati nuraini saya yang semenjak bertahun-tahun macam nampak ada yang tidak kena dengan pegangan islam selama ini. Semenjak di bangku sekolah lagi saya banyak bertanya ustaz itu dan ini, tapi kebanyakan jawaban mereka agak pelik dan mengelirukan.

    Kita harap perjuangan ini akan mendapat keredhaan Tuhan Yang Maha Kuasa kerana ingin meninggikan martabat wahyuNya atau Al-Quran di planet Bumi ini.

    Salam untuk semua sahabat di forum ini tidak kira apa fahaman sekalipun. Sama-samalah kita menceriakan forum ini dengan rasa tanggunjawab sebagaimana tuntutan Al-Quran.

    Saya pun masih belajar lagi.

    message114

    September 10, 2010 at 4:04 pm

  407. pbuu,
    Berikut semaklah sendiri dlm ayat2 tahlil oleh org2 yg mendakwa mereka sahajalah dijanjikan syurga FIRDAUSI???

    Dimulai dgn surah Al Fatihah n seterusnya………

    1. SURAH AL FAATIHAH – Pembuka.

    1. Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.
    2. Segala pujian untuk Allah pemelihara ilmu pengetahuan yang telah diujudkan diseluruh alamnya.
    3. Yang pemurah yang penyayang.
    4. Menguasai hari peraturan hidup.
    5. Hanya Kamu, kami berkhidmat dan hanya Kamu, kami mohon bantuan.
    6. Tunjukkan kami jalan yang mana lurus.
    7. Jalan orang yang telah Kamu beri nikmat ketenangan atas mereka, bukan yang dimurkai atas mereka dan bukan orang yang telah sesat.

    2:2. SURAH AL BAQARAH – Lembu.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    1. Alif laam miim.
    2. Inilah suatu program yang tiada keraguan didalamnya dan petunjuk untuk mereka yang prihatin.
    3. Dan mereka yang amanah dengan yang ghaib dan menegakkan komitmen kewajipanya dan dari rezeki Kami mereka belanjakan.
    4. Dan mereka yang amanah dengan apa yang diturunkan kepadamu dan apa yang diturunkan sebelumnya dan dengan akhirat mereka yakin.
    5. Mereka itu patuh kepada petunjuk dari pemelihara mereka dan itulah orang yang mendapat kejayaan.
    6. Dan bagi mereka yang tidak percaya sama sahaja, sama ada kamu beri amaran atau tidak mereka tidak akan amanah.
    7. Maka Allah menutup hati mereka dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat.
    8. Dan dikalangan manusia ada yang berkata kami amanah dengan Allah dan hari akhiratnya padahal mereka itu sebenarnya tidak amanah.
    9. Mereka hendak menipu Allah dan orang yang amanah dan tidaklah mereka menipu melainkan diri mereka sendiri yang tertipu sedangkan mereka tidak menyedarinya.

    2:255. Allah tiada tuhan melainkan Dia kekal hidup dan terdiri sendiri tidak mengambilnya mengantuk dan tidak tidur. Miliknya segala apa dilangit dan apa dibumi. Siapakah punyai perantaraan disisinya kecuali dengan izinnya. Dia mengetahui apa telah berlaku sebelumnya dan apa yang berlaku akan datang. Mereka tidak akan memahaminya dengan sesuatu dari ilmu pengetahuannya kecuali jika dikehendakinya. Pengusaan takhta-Nya sangat luas merangkumi sekelian langit dan bumi. Dia tidak keberatan memelihara segalanya dan Dia yang perkasa yang agung.

    Merapu n merepak kata2 ulamak terdahulu?????????

    dan di ikuti doa entah apa2 karangan org purba-kala??

    Pastu ‘host’ kena bagi makan??? kalu dr Qrn Allah firman, Kalu mau kasi ceramah or ayat2 Aku, Lu mesti kena kasi org yg degar makan!!!!!

    chong

    September 10, 2010 at 5:26 pm

  408. Salam,

    Perkara kematian dikalangan orang Islam cukup menarik.

    1. Keluarga simati memberi makan kepada penziarah. Dalam hal ini, siapa yang mengalami susah atau kesedihan? Sepatut yang datang tolong ringan beban keluarga simati. Kalau ikut logiklah. Kalau meninggal dunia kerana sakit tua maka biasalah. Tapi kalau meninggal dengan tragik seperti kemalangan jalanraya atau kena bunuh, semakin menderitalah keluarga sisakit apatah lagi hendak mengadakan kenduri arwah. Nak sedia itu ini dalam keadaan sedih. Pelik.

    2. Makan hol. Makan 40, makan 100. Daripada mana pulak matematik selepas kematian ini berasal? Ini kita khwatir, ada fahaman roh simati datang kerumah.

    3. Kalau rasa menyambut ulangtahun kematian ini. memberi ganjaran pada keluarga dan simati itu sendiri, maka beruntunglah orang kaya. Mereka ada duit. Bagaimana pula keluarga yang daif miskin? Nak buat tak ada ekonomi yang kuat? Harap baca Yasin sendiri keseorangan sajalah.

    4. Perkara majlis tahlil dan kenduri ini pada permukaannya nampak baik, kerana pahala disampaikan kepada simati dan masyarakat Islam bersatu. Tapi kalau tidak ada nas dari Al-Quran? Ada ulamak kata ini perkara baik tak ada nampak cacat cela pun. Bagi pendapat saya, kalaulah perkara ganjaran dari Tuhan tapi tidak ada nas dari Al-Quran, maka tertolaklah anggapan itu. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya, membuat sesuatu atas nama Tuhan kalau tidak ada fakta maklumat dari wahyuNya. Kalau begitu semua perkara bidaah hasanah, maka lebih baik tambah bilangan rokaat solat 5 hari. Kan banyak lagi pahala. Tapi kalau kononnya, TUhan sudah bagi bonus diskaun kepada Muhammad ketika Israk Mikraj dari 50 kepada 5 kali, maka orang Islam tidak juga berani mengada-ngada hal ini. Ini adalah cerita analisis dikalangan orang Islam kebanyakan. Tapi bab-bab pahala ini sangat menarik perhatian orang Islam.

    Bagi kita ganjaran hanya didapati sekiranya apa perintah Tuhan dalam Quran diikuti. Itu saja. Ini hal pahala-pahala.

    Tapi kalau hal keduniaan, TUhan memberi kita ruang untuk memperbaiki keadaan hidup masyarakat. Kita juga ingat bahawa segala kebaikan yang kita lakukan di planet Bumi ini pasti ada nikmat balasan Tuhan di akhirat nanti.

    message114

    September 10, 2010 at 6:28 pm

  409. Salam,

    Pada pendapat saya, ganjaran “pahala” yang biasa disogok bila buat sesuatu amalan ritual itu hanyalah angan-angan sahaja.

    Ganjaran daripada Tuhan adalah sesuatu yang realistik. Apatahlah lagi Tuhan mampu cipta semesta alam ini secara realistik, takkanlah nak bagi ganjaran kepada manusia dalam bentuk yang tidak realistik.

    Contoh ganjaran Tuhan kepada para Nabi adalah Kitab dan Kebijaksanaan. Bagi orang yang rajin belajar, ganjaran Tuhan adalah kefahaman ilmu.

    Ganjaran Tuhan bagi orang yang berbuat baik pula adalah diberikan ketenangan jiwa sehingga mudah untuk berfikir membuat kerja-kerja kebaikan lagi.

    Diberi kesabaran, ketabahan, tidak berputus asa dan semangat perjuangan yang tinggi juga adalah antara ganjaran-ganjaran Tuhan kepada orang-orang yang buat (komited) dengan apa yang Dia Kehendaki.

    Juang

    September 10, 2010 at 10:08 pm

  410. Salam,

    Tepat sekali bila ganjaran diberi secara realistik.

    Jika komitmen ada, maka apa saja cabaran kita sanggup mengharunginya. Sikap sanggup mengharungi itu sudah dikira ganjaran awal, kerana tidak mudah putus asa.

    Al-Quran sangat mementingkan komitmen atau sikap komited dalam segala perkara kebaikan dan kebajikan atas dasar ikhlas.

    Kalau tidak ada ciri-ciri tersebut, maka kita samada mudah menyerah kalah ataupun buat juga tapi tidak ada kemanisan dihati dan akhirnya kerja kita itu samada semakin membosankan dan tidak akan wujud kreatif dan inovasi dalam setiap aspek.

    message114

    September 11, 2010 at 12:37 am

  411. pbuu,
    Maaf dimohon,samb..tahlil diatas, ada yg tertinggal,smlm ta’putus2 tetamu dtg smp 12mlm, maklumlah menyambut ‘kemenangan’ kononyalah???? I’m not involt..my ‘azwaja’ je lea!! so faham2 je!!ta’kan I nak belah n neglect visitors???????

    selepas 2:255(itu ayat “KHURSHIHU”)tuuuuuuuuu!!!!!
    mrk akan baca last 3surah ie 114, 113, 112…..
    so in order to complete whole quran READING kononyalah? Disini lihatlah siapa tipu siapa????????

    Quran yg ada 114 surah mereka boleh ‘short-cut’ spt diatas then they confess they are the “righteous”

    Fikir-fikirkanlah?????????

    chong

    September 11, 2010 at 8:24 am

  412. pbuu,
    Ada lagi!!!ketika “sembahyang mayat/BANGKAI” lepas sbyg waris kena sediakan sejumlah wang yg diletakan dlm samput diedarkan oleh ‘immediete heir’ kpd worshippers? apa punya ritual tuuuuuuuu!!!pastu kalu stranges lihat “bangkai” yg disembayangkan itu, utk ketahui simati itu lelaki atau p’puan???tengok je!!lah dimana imam itu ber diri???kalu dihujung kepala!!!itu mayat lelaki???? kalu di tgh or bertentangan pinggang!!! itu perempuan lea??? Sedangkan Allah firman,”ROH itu URUSAN-KU”??????????

    Sila buktikanlah sekiranya hal diatas saya yg ada2kan!

    chong

    September 11, 2010 at 10:22 am

  413. Salam Chong,

    Urusan jenazah ni, bayangkan sampai bau wangi-wangian seolah-olah dalam khemah pak Arab, sudah semestilah kerana semua ini asal dari Arab.

    Teringat masa kecil dulu, makcik letak gunting atau cermin atas jenazah. Saya tanya apa hal buat macam tu, dia kata takut kucing hitam melompat atas mayat dan takut mayat akan terangkat.

    Punyalah sibuk saya cari kucing sekeliling kalau ada warna hitam. tak jumpa . yang ada putih, kelabu , coklat. Dalam hati saya, kucing warna semua ini tak sah selagi tak hitam.

    Wah…macam-macam benda karut marut disuap kedalam kepala saya. Nasib baik tak melekat. Selamat..

    message114

    September 11, 2010 at 2:28 pm

  414. Salam,

    Perihal jenazah, komitmen orang yang hidup adalah menanamnya. Semudah itu sahaja. Ini kerana apa jua ritual terhadap si mati, tidak ada apa-apa erti kepadanya.

    Cuba renungkan tentang mayat Firaun zaman Nabi Musa itu. Walaupun ikut kepercayaan tradisi kaum Mesir pada waktu itu, dengan mengawetkan mayat tersebut, diletak dalam piramid, tetapi semua itu tidak melepaskan Firaun daripada didedahkan kepada azab Allah pagi dan petang. Di situ sahaja sudah memberi petunjuk kepada kita bahawa segala upacara terhadap si mati tidak ada apa-apa erti untuk menyelamatkan dirinya daripada balasan Tuhan.

    Semasa hidup inilah kita buat perbuatan-perbuatan yang melepaskan diri kita daripada balasan buruk. Buat baik dibalas baik. Buat buruk dibalas buruk.

    Juang

    September 12, 2010 at 3:07 pm

  415. pbuu,
    Lihatlah bkn Allah suka2 nak “preserved” mayat Firaun???
    10:88. Dan muusaa berkata, pemelihara kami! Kamu telah berikan fir’auna dan pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan duniawi dan telah menjadikan ramai kaumnya sesat dari jalanMu maka hapuskanlah harta kekayaanya dan jadikan mereka keras hati maka mereka tidak lagi amanah sehingga mereka melihat azabmu yang dahsyat.
    89. Berkata, pasti diperkenankan seruan kamu dan diteguhkan kamu maka janganlah kamu mengikuti jalan orang yang tidak mengetahui.
    90. Dan kami seberangkan banii israa-iila dilautan semasa mereka diekori fir’aunu dan angkatanya yang angkuh dan bermusuh sehingga apabila dia hampir lemas dia berkata “aku amanah bahawasanya tiada tuhan melainkan Dia” yang banii israa-iila telah amanah denganya dan aku adalah darinya seorang yang berserah diri.
    91. Apakah baru sekarang? Pastinya kamu telah mendurhaka sejak dahulu dan kamulah sebenarnya orang yang korupsi.
    92. Maka pada hari ini Kami selamatkan kamu dan badanmu untuk dijadikan contoh tanda-ayat kepada kaum selepas kamu dan kebanyakan dari manusia sangat lalai dengan ayat-ayat Kami.

    Apa lagi tak cukup ke????dgn ayat2 spt ini???????

    chong

    September 12, 2010 at 9:14 pm

  416. Salam,

    Bayangkan betapa hebatnya wahyu Tuhan. Dalam tempoh timeframe daripada akhir zaman pemerintahan Firaun kerajaan Rom, sehingga abad ke 20 yang lalu, manusia seluruh dunia tahu peristiwa Firaun samada dalam Quran atau Bible. Raja-raja Firaun sangat berkuasa, bersifat sombong dan takabur. Itu saja yang kebanyakkan orang tahu.

    Dalam abad ke21 ini, dengan kemajuan sains dan teknologi, maka semakin menyerlah kebenaran Al-Quran dalam merekod kisah raja-raja ini.

    Dalam ayat 10:88 kebanyakkan orang Islam fikir kekayaan dunia hanyalah berupa emas. Tetapi apabila sudah ada peralatan moden sekarang, ternyata kekuatan ilmu Firaun zaman dulu adalah sangat tinggi.

    Contoh, pembinaan piramid, sehingga sekarang civil engineers garu kepala memikir bagaimana seketul batu besar di autur rapat-rapat sehingga perpuluhan inci yang tepat. Bagaimana para ahli astronomi dengan menggunakan komputer melihat shaft kecil di sekitar dalam piramid itu, semua menuju kesuatu arah di langit, dalam kawan bintang osiris. Maka bila di jaringkan antara piramid di mesir, piramid di aztc/maya di amerika selatan dan kuil angkor wat di sempadan burma thailand semuanya mempunyai persamaan dari segi arah tuju astronomi ke bintang yang sama semenjak 10 ribu tahun yang lalu.

    Tuhan telah menurunkan ilmu kepada manusia di abad ke21 ini, supaya dapat memecah rahsia dan kod orang purbakala, di mana kekuatan mereka sangat hebat. Ada pendapat mengatakan bahawa piramid di mesir, bukan dibina oleh raja-raja firaun, akan tetapi lebih lama sebelum itu, oleh satu rumpun manusia …. besar kemungkinan datang dari angkasa. Bayangkan, ada bentuk lukisan seperti kapal terbang dan makhluk yang seperti astronaut di dapati di pirimid mesir, juga diaztec maya. Walaupun tidak ada bukti kukuh dari mainstream arkeologis, akan tetapi Al-Quran sudah memberi isyarat kepada kita, bahawa di dalam penciptaan berbillion stars dan galaxies, ada makhluk hidup di sana sini.

    Jadi semuanya ini, menunjukkan betapa selama ini raja Firaun yang selama ini menyangka mayatnya akan terbang di angkasa selepas mati, rupa-rupanya, pada abad ke21, ternyata benar terbang, tetapi, bukan dengan harta kekayaan mereka, cuma dalam kapalterbang Boeing ke Amerika atau England untuk di tonton atau di scanning untuk mengetahui aspek biologi dan kebudayaan mereka. Bayangkan mereka di pamerkan dalam keadaan yang menghinakan dengan rupa mayat mereka jadi bahan pameran manusia dikemudian hari.

    Amat tidak tepat jangkaan mereka dan amat daif keadaan mereka ketika ini dan cuma tinggal kenangan sejarah. Sejarah yang penuh dengan keangkuhan dan mimpi-mimpi mereka yang palsu.

    message114

    September 12, 2010 at 10:30 pm

  417. pbuu,
    Saya kemukakan surah2 yg telah menukar saya drpd tiada kepada ada oleh kerana berpuluh thn saya ikuti ceramah2 org2 yg dikatakan “DEKAT” dengan ALLAH??????tapi amat meleset sekali bila difikirkan satelah dapat mencari yg dikatakan “TIANG AGAMA” itu tdk ada dlm AL QUR’AN????? ie SEMBAHYANG!!!Saban thn saya disogok dgn surah 17 “AL ISRAELA” dgn mengatakan inilah ayat yg menceritakan Nabi Muhamad “caulteam” sembayang dari 50waktu kpd LIMA waktu SHJ????????????????????alasanya ummat Nabi Muhamad ni Allah jadikan bertubuh kechil????lihatlah!!!!betepa bijaksananya “mereka” ini tdk sedar yg “mereka” memperKECILkan KEUPAYAAN ALLAH??????dan”mereka” mendakwa merekalah ‘warisatul’nabi2 n rasul2????????

    chong

    September 13, 2010 at 8:41 am

  418. Salam,

    Surah Al-Hujurat :
    49:6. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
    (Ayat ini Tuhan memberi amaran kepada orang yang beriman kepada Al-Quran supaya jangan menerima berita atau ajaran-ajaran yang ternyata sah membinasakan keimanan kita)

    Surah Al-Mujaadilah :
    58:5. Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya pasti mendapat kehinaan sebagaimana orang-orang yang sebelum mereka telah mendapat kehinaan. Sesungguhnya Kami telah menurunkan bukti-bukti yang nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir ada siksa yang menghinakan.
    58:6. Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.
    (Ayat yang pertama, Tuhan telah turun bukti-bukti yang nyata dalam Al-Quran, tetapi “ulamak” masih dibuai dengan kefahaman keperluan lain dari Al-Quran. Ayat yang kedua, apa amal perbuatan mereka yang selama ini ikut hadis akan Allah tampakkan semula kerana mereka dihari kemudian sudah lupa kerana amalan itu sia-sia dan tidak bawa kemana sekalipun).

    Surah At-Taghaabun :
    64:8. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (Al-Qur’an) yang telah Kami turunkan, Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
    64:9. (Ingatlah) hari (yang diwaktu itu) Allah mengumpulkan kamu pada hari pengumpulan (untuk dihisab), itulah hari (waktu itu) ditampakkan kesalahan-kesalahan. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal saleh niscaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keberuntungan yang besar.
    (Ternyata terang-terang Allah menyuruh kita betul-betul beriman kepada Al-Quran, dan tidak ada satu ayatpun beriman kepada hadis.)

    Surah Al-Qalam:
    68:37 Atau adakah kamu mempunyai sebuah kitab (yang diturunkan Allah) yang kamu membacanya?,
    68:38 bahwa didalamnya kamu benar-benar boleh memilih apa yang kamu sukai untukmu.
    (Tuhan menyindir orang-orang yang mengambil kata-kata lain selain Al-Quran. Orang kuat hadis dengan nafsu-nafsi mereka pilih hadis mereka suka, sebab itulah macam puak, ada puak sunni, ada puak syiah, ada puak mazhab itu, ada mazhab ini.)

    message114

    September 13, 2010 at 11:49 am

  419. Salam,

    Sedar atau tidak, amalan ritual yang mereka kata “tiang agama” itulah yang meruntuhkan tamadun umat Islam daripada bijak dan berilmu tinggi kepada bodoh dan menurut membuta-tuli.

    Dalam amalan ritual itu, mereka dilatih menurut membuta-tuli “imam” mereka tanpa boleh bertanya apa-apa. Akibatnya dalam seluruh kehidupan mereka, mereka jadi pak turut sehingga kalau “imam” mereka buat sesuatu yang bercanggah dengan Al Quran pun mereka ikut. Sehinggakan ayat-ayat Tuhan menjadi lebih rendah daripada apa yang “imam-imam” mereka tetapkan.

    Mereka kini menyembah “imam-imam” bukanlah mentauhidkan Tuhan.

    Juang

    September 14, 2010 at 8:20 am

  420. (Tuhan menyindir orang-orang yang mengambil kata-kata lain selain Al-Quran. Orang kuat hadis dengan nafsu-nafsi mereka pilih hadis mereka suka, sebab itulah macam puak, ada puak sunni, ada puak syiah, ada puak mazhab itu, ada mazhab ini.)

    Salam,

    Begitulah kesan buruk mengambil sesuatu yang di luar Al Quran (bercanggah dengan Al Quran). Ia bukannya menyatukan manusia, tetapi memecah-belahkan manusia seperti mana Nabi nampak orang-orang Yahudi dan Nasrani berpecah-belah walhal Nabi Isa membenarkan kitab Taurat yang menjadi pedoman bani Israel juga. Ini kerana orang-orang Yahudi dan Nasrani pada waktu itu sudah tidak berpegang teguh pada Taurat dan Injil lagi, sebaliknya mereka pegang pada talmud dan gospel-gospel yang mereka ada-adakan atas nama sahabat-sahabat Nabi (sama konsepnya dengan riwayat hadis itu).

    Juang

    September 14, 2010 at 8:25 am

  421. pbuu,
    Berikut diturun sbgh surah yg dikatakan berkaitan “HAJI”
    byk terdapat ‘key-words’ tlh dimenupulasikan??????

    22. SURAH AL HAJJ – Cabaran.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    1. Wahai manusia prihatinlah kepada pemeliharamu kerana gerak-gempa ketika detik saatnya adalah sesuatu yang agung.
    2. Pada hari diperlihatkan pasti terlupa siibu kepada yang disusukan dan keguguran kandungan sekelian yang hamil dan kamu dapat melihat manusia kelam-kabut seperti dalam kemabukan/sukaaraa dan bukan disengajakan tetapi kedatangan azab Allah yang sangat dahsyat.
    3. Dan dikalangan manusia yang telah membantah Allah tanpa ilmu pengetahuan maka mereka itulah penentang dan pengikut watak jahat.
    4. Telah diprogramkan keatas sesiapa berpaling kepadanya maka dia akan menyesatkan dan menunjukkan kepada azab yang menyala.
    5. Wahai manusia jika kamu masih keraguan dengan hari kebangkitanya maka ingatlah Kami telah mencipta kamu dari debu tanah kemudian dari setitis mani kemudian dari segumpal darah menjadi janin yang sempurna atau tidak sempurna dan ditempatkan dalam rahim/arhaamnii seperti dikehendaki kepada suatu tempoh yang ditetapkan kemudian dikeluarkan kamu sabagai bayi sehingga dewasa dan sebahagianya dikembalikan ketika lanjut usia hingga tidak mengetahui sesuatu pun dan lihatlah bumi yang kering kontang apabila diturunkan air dianya hidup subur dan menumbuhkan berbagai tumbuhan yang indah.
    6. Demikianlah Allah, Dia yang benar dan Dia yang menghidupkan yang mati dan dengan segala sesuatu berkuasa.
    7. Dan detik saatnya pasti datang tiada keraguan didalamnya dan Allah pasti bangkitkan sesiapa yang didalam kuburnya.
    8. Dan dikalangan manusia sesiapa telah pertikaikan Allah tanpa ilmu pengetahuan dan tanpa petunjuk dan tanpa program yang jelas.
    9. Dan berpaling dengan sombong dan sesat dari jalan Allah maka didunia dia dihina dan pastinya Kami timpakan keatasnya dihari kebangkitanya azab yang panas membakar.
    10. Demikian itulah apa telah diusahakan oleh kedua tanganmu dan Allah tidak akan menzalimi hambanya.
    11. Dan dikalangan manusia ada yang berkhidmat kepada Allah kerana berkepentingan, jika ditimpa kebaikan tenteramlah dia dan jika ditimpa penganiyaan dia kembali kepada permulaanya kerena terasa kerugian duniawi dan akhiratnya maka itulah sebenarnya kerugian yang nyata.
    12. Mereka telah menyeru selain Allah apa yang tidak dapat beri mudarat atau manafaat maka itulah sebenar-benar kekesatan yang jauh.
    13. Mereka telah menyeru kepada mendekatkan kemudaratan dari kemanfaatan. Maka apakah sangat mendukacitakan kepimpinan/-lmaulaa dan sangat mengecewakan sikap berpuak-puak/-l’asyiiru.
    14. Dan Allah telah masukkan orang yang amanah dan yang beramal soleh ketaman syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai dan Allah pasti laksanakan apa yang dikehendakiNya.
    15. Siapa yang telah menyangka yang Allah tidak pernah menolongnya didunia dan diakhirat maka hubungkanlah jalan kelangit kemudian putuskan maka perhatikan dapatkah dihilangkan kemarahanNya.
    16. Demikianlah Allah telah turunkan ayat-ayat yang jelas dan telah memberi petunjuk kepada sesiapa dikehendakiNya.
    17. Maka orang yang amanah/aamanuu dan diberi petunjuk/haaduu dan yang menukar cara hidup/ashobi-iina dan yang menolong/nasharaa dan yang menyembah api/zoroster/majuusi dan yang sekutu/asyrakuu pastinya Allah asingkan diantara mereka pada hari kebangkitan dan Allah dengan segala sesuatu menyaksikan.
    18. Apakah tidak kamu lihat telah patuh kepada Allah sekelian dilangit dan dibumi dan matahari dan bulan dan bintang dan gunung dan pepohon dan mahluk melata tetapi kebanyakan manusia telah ditetapkan azab keatasnya kerana menghina Allah maka tiada kemuliaan lagi baginya dan Allah pasti laksanakan apa yang dikehendakiNya.
    19. Inilah pertikaian yang dipertikaikan tentang pemelihara mereka maka orang yang tidak percaya ditempahkan pakaian dari api yang dicurahkan dikepala mereka yang panasnya seperti air yang mendidih.
    20. Maka leburlah apa didalam perut mereka dan lecurlah kulit mereka.
    21. Dan mereka ditempatkan didalam bekas dari besi.
    22. Dan setiap kali mereka ingin keluar dari kesengsaraan itu mereka dikembalikan kedalamnya maka rasakanlah azab yang membakar.
    23. Allah pasti masukkan orang yang amanah dan beramal soleh kedalam taman syurganya mengalir dibawahnya sungai-sungai dan mereka dihiasi dengan gelang emas dan mutiara dan pakaian dari sutera lembut halus/hariirun/fine silk.
    24. Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan yang terbaik dan kepada jalan yang terpuji.
    25. Dan orang yang tidak percaya dan menghalang dari jalan Allah dan dari mematuhi laranganNya yang telah Kami jadikan untuk manusia berpegang-teguh kepadanya dan yang sampai kepada pengetahuanya. Maka sesiapa yang melakukan kejahatan dan kezaliman pasti Kami timpakan keatas mereka azab yang sangat dahsyat.
    26. Dan ketika kami memberi tugas kepada ibraahiima menguat-kuasakan suatu sistem bahawa jangan sekutukan Aku dengan sesiapa pun maka murnikanlah sistemKu bersama orang yang telah menegakkanya dengan taat dan akur mematuhinya.
    27. Dan hebahkanlah kepada manusia supaya menyahut cabaran untuk menuju kejalanNya walaupun dengan menunggang binatang ternakan dan datang dari sudut yang berbeza jaraknya.
    28. Untuk mereka meyaksikan berbagai manfaat dan menyebut nama Allah beberapa hari yang telah dimaklumkan dan makanlah dari apa telah direzekikan dari binatang ternakan dan berilah bantuan makanan kepada orang susah dan yang memerlukan.
    29. Dan hendaklah mereka bersihkan kekotoran diri dan memenuhi janji dan yang berkisar disekitaran sistemnya yang asal.
    30. Dan sesiapa telah menghormati dan mentaati larangan Allah maka dia diutamakan disisi pemeliharanya dan dihalalkan makan daging ternakan kecuali apa telah dibacakan aturanya kepadamu dan jauhilah “najis penyembahan berhala” dan dari percakapan yang sia-sia dan dusta.
    31. Ketelusan kepada Allah bukanlah menyengutukanNya dan sesiapa telah menyengutukan Allah maka jadilah dia seperti terjatuh dari langit atau disambar burung atau diterbangkan angin kesuatu tempat terpencil.
    32. Demikianlah sesiapa yang telah mengagungkan syariat Allah maka didatangkan kedalam hatinya keperihatinan.
    33. Bagimu terdapat beberapa manafaat kepada suatu tempoh yang telah ditetapkan kemudian dihalalkan kepadamu ikuti sistem terdahulu.
    34. Dan setiap ummat Kami telah jadikan suatu upacara/mansakan untuk mengingati nama Allah atas apa telah direzekikan kepada mereka dari ternakan. Tuhanmu, tuhan yang satu maka berserah dirilah/aslimuu dan berikan khabar gembira kepada orang yang merendah diri.
    35. Orang yang apabila disebut nama Allah, berdebar hati mereka dan bersabar apabila ditimpa penderitaan dan taat melakukan komitmen kewajipanya dan dari apa Kami rezekikan mereka belanjakan.
    36. Dan binatang yang gemuk telah dijadikan syarat keutamaan oleh Allah maka ingatlah nama Allah yang telah disenaraikan ketika direbahkan maka makanlah darinya dan berilah makan orang yang meminta-minta dan yang memerlukan. Demikianlah Kami tundukanya kepadamu supaya kamu sentiasa berterima kasih.
    37. Tidak akan sampai kepada Allah daging dan darahnya akan tetapi hanya keperihatinanmu yang pasti sampai demikianlah ditundukkan kepadamu supaya kamu mengagungkan Allah yang telah memberi petunjuk dan khabar gembira kepada orang yang jujur.

    Hayatilah n varify dgn original arabic text!!!!!!

    chong

    September 14, 2010 at 9:01 am

  422. pbuu,
    Perhatikanlah dr ayat 25-37….itu dikatakan “HAJI & UMRAH & KORBAN???????AL QUR’AN utk sekelian MANUSIA diBUMI,sedangkan ikut terjemahan via “HADITH SYOHEEEHH” hanya utk pa’arabu????habeah tuuuuuu!!!!manusia lain??
    Haaah! tanyalah diri sdr n jawablah sdr!!!hi22222222!

    Salaammmmmmm!!

    chong

    September 14, 2010 at 9:29 am

  423. Salam,

    Seperti perbincangan saya sebelum ini, seolah-olah ajaran hadis ini menguntungkan orang kaya-raya dan bukannya orang kurang ekonominya. Maksud saya untuk mendapatkan pahala-pahala yang cukup hebat.

    Contoh :
    1. Pergi menunaikan fardhu haji. Kononnya, menunai fardhu haji banyak pahala. Sudah tentu jutawan-jutawan boleh pergi lebih dari sekali. Umrah tidak kiralah, boleh berkali-kali dalam setahun. Bagaimana pula orang kurang ekonomi yang duit pergi haji disimpan dalam hampir seumur hidup. Dahlah pergi masa dah tua dan uzur.

    2. Semacam ada nilai komersial pulak dalam haji dan umrah. Kalau biasa sekitar RM10 ribu. Kalau mampu, boleh ambik pakej sehingga berpuluh-puluh ribu. Lebih canggih lagi kemudahan dan layanan dan hotel lima bintang. Saya terfikir. Dalam menunaikan ibadat ini, senang mendapat pahala yang besar, sekiranya ada wang lebih. Kasihan juga pak cik mak cik yang tinggal di pondok kecil pun teringin pergi umrah untuk mendapat pahala besar. Tapi apakan daya, tercari-carilah mereka ibadat apa lagi yang hendak dibuat untuk mengumpul pahala-pahala. Nak sedekah itu ini, eknonomi pun tidak kuat. Wah!!! Tapi ada orang kata di akhirat nanti, orang miskin masuk syurga 500 tahun lebih awal dari orang kaya. Pelik.

    3. Nak korban itu ini. Korban-korban binatang ni, memang saling tak tumpah macam korban binatang kepercayaan ritual karut-marut di seluruh dunia, macam amalan orang pagan beratus-ribu tahun dahulu. Korban itu untuk apa sebenarnya? Kalau nak berkhidmat mulia, sedekah saja daging-daging untuk yang memerlukan dan tak payah atas perkataan korban-korban. Kita nak tolong orang susah semampu kita atas dasar keseimbangan sosio ekonomi. Itu saja.

    4. Begitu juga yang nak menuju keinsafan. Apa maknanya pergi umrah dan menangis di hadapan kaabah, kononnya minta ampun atau minta doa nak dapat anaklah dan bermacam-macam permintaan lagi. Kalau nak menuju keinsafan…. Quran dah terangkan segalanya tanpa memerlukan kos yang tinggi untuk ke mekah.

    Kesimpulannya, AL-Quran tidak pernah membebankan manusia dalam berkhidmat untuk Tuhan dan masyarakat keseluruhannya.

    message114

    September 15, 2010 at 1:07 am

  424. pbuu,
    Terlaku byk IT dari QUR’AN,but ONLY THOSE WHO POSSESS INTELLIGENCE WILL TAKE HEED??????????????? Apo nak dikato??? buah CEMPODAK disangkonya NANGKO, BUAYO lak dikato NAGO,habeah tuuu! tinggal lah dio TENGAGA-NGAGA haram apo kejadah tak faham APO-APO bilo baco QUR’AN! DIOOOO nyooo!!

    Salaam.

    chong

    September 15, 2010 at 7:30 am

  425. Salam,

    Kebanyakan orang Islam apabila mereka memahami perkataan ayat-ayat Allah untuk dibawa oleh para rasul dan nabi, mereka hanya berfikiran itu hanya berupa kata-kata kitab, arahan upacara agama atau doa-doa. Walhal ayat-ayat-ayat Allah yang sebenar mempunyai pengertian yang luas. Berarti Rasul-rasul membawa mesej besar dari Tuhan.

    Malangnya, kebanyakan manusia mengingkari, menolak, tidak begitu yakin akan ayat-ayat Allah atau keseluruhannya Al-Quran. Amaran Tuhan ini meliputi setiap zaman semenjak ribuan tahun dahulu sehingga sekarang dan seterusnya ke akhir zaman.

    Contoh amaran Tuhan berkenaan sifat-sifat ingkar akan ayat-ayat Tuhan atau wahyu Tuhan :

    7:146. Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

    7:147. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat).

    (Bayangkan dalam ayat yang kedua, Tuhan kata gugur amal mereka. Sebab apa, amalan yang mereka rasa membawa ke syurga dengan taburan janji pahala-pahala besar rupa-rupanya palsu)

    10:94. Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

    10:95.Dan jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah, kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.

    10:108. Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”.

    10:109. Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim.

    (Rasulullah atau Nabi Muhammad yang kebanyakan orang Islam agung-agungkan tinggi melangit dalam nasyid, pun diberi amaran oleh Tuhan dengan keras. Ini bermakna Muhammad sebagai penerima wahyu dan sebagai manusia biasa, pun ada rasa di hati di ganggu keraguan, tetapi Tuhan sentiasa member kata semangat kepada beliau. Muhammad sendiri pun tidak akan dapat menolong kita semua sebagaimana 10:108, kerana tugas dia hanya menyampaikan.)

    Tapi kita tidap perlu risau dengan keangkuhan orang-orang yang menolak keunikan Al-Quran, kerana Tuhan telah menjanjikan usaha kita semua yang mempertahankannya. Orang-orang yang suka menolak wahyu Tuhan, sudah berlaku ribuan tahun dahulu.

    Apa kata Tuhan :
    15:9. Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
    15:10. Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.
    15.11 Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.
    15.12 (Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
    15.13 Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).

    Tuhan telah berkata, mana-mana umat yang mempertahankan wahyu Tuhan (Quran), maka mereka akan bersatu teguh, tetapi siapa yang tidak mempertahankan wahyu Tuhan , maka mereka akan sesat dalam tindak-tanduk mereka sehingga berani mengubah atau menolak wahyu Tuhan dengan bermacam-macam aturan hidup mengikut nafsu mereka. Masing-masing dengan tangan kotor mereka itu, sehingga mereka begitu taksub dengan fatwa masing-masing dan tenggelam di dalam dunia kepalsuan.

    Lihat wahyu Tuhan di bawah :
    23:52. Dan sesungguhnya umat tauhid, umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.
    23:53. Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
    23:54. Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.

    message114

    September 15, 2010 at 1:58 pm

  426. pbuu,
    cont…surah HAJJ diatas:-

    38. Allah pasti membantu orang yang amanah dan Allah tidak menyukai pengkhianat yang ingkar.
    39. Dan diperkenankan bantuan kepada orang yang telah ditindas dengan zalim dan Allah pastinya berkuasa untuk membantu mereka.
    40. Dan mereka telah diusir dari daerahnya tanpa kerelaan melainkan mereka berkata pemelihara kami hanyalah Allah dan jika tiada bantuan dari Allah keatas manusia pastinya runtuhlah biara dan gereja dan tempat ibadat dan intitiusi kepatuhan yang didalamnya nama Allah diingati dengan banyaknya dan pastinya Allah membantu sesiapa yang telah membantuNya dan hanya Allah yang gagah perkasa.
    41. Orang yang jika Kami tempatkan dibumi mereka berusaha untuk menegakkan komitmen kewajipanya dan ditunaikan kemurnianya dan menyeru dengan sopan dan mencegah kemungkaran dan hanya kepada Allah segala urusan pembalasan diserahkan.
    42. Jika mereka telah mendustakan kamu maka pastinya mereka juga telah mendustakan sebelumnya kaum nuuhin dan ‘aadun dan tsamuudu.
    43. Dan kaum ibrahiima dan luuthin.
    44. Dan penghuni madyana dan muusaa juga telah didustakan maka ditangguhkan orang yang tidak percaya sehingga dikembalikan mereka kepadaKu maka diperlihatkan akibat kesudahan pembalasanKu.
    45. Maka telah banyak penghuni khariah Kami laknati kerana mereka zalim dan dianya hancur musnah seperti runtuhan bumbung dan perigi terbiar dan istana terbengkalai.
    46. Maka tidakkah mereka meneroka dibumi dan mereka punyai hati maka fahamilah denganya atau punyai telinga maka dengarilah denganya dan tidaklah dia buta penglihatanya akan tetapi dia buta hatinya.
    47. Dan mereka telah minta disegerakan azabnya dan Allah tidak akan menyalahi janjiNya dan sehari disisi pemeliharamu seperti seribu tahun dari apa telah kamu anggarkan.
    48. Dan berapa banyak khariah telah ditangguhkan sedang mereka zalim dan pasti Aku azabkan mereka dan hanya kepadaKu tempat kembali.
    49. Katakanlah wahai manusia aku hanyalah pemberi amaran yang jelas.
    50. Maka orang yang amanah dan beramal soleh kepada mereka diberi keampunan dan rezeki yang mulia.
    51. Dan kepada orang yang berusaha untuk mengecewakan ayat-ayat Kami maka mereka itulah penghuni –ljahiimi.

    to be cont…..

    chong

    September 15, 2010 at 2:03 pm

  427. 23:52. Dan sesungguhnya umat tauhid, umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.
    23:53. Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
    23:54. Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.

    Salam,

    Kalau kita kaji sejarah kesesatan umat-umat terdahulu, punca mereka berpecah-belah kerana sikap malas menyelidik dan suka menurut membuta-tuli apa yang mereka lihat bapa-bapa mereka lakukan. Mereka tiada keinginan untuk menyelidik kenapa kena buat macam itu?, apa hikmahnya?, apa tujuannya?, kenapa tidak boleh buat cara yang lebih praktikal? dan sebagai. Sikap tidak mahu memikirkan apa yang disuap oleh bapa-bapa mereka menyebabkan mereka tidak sedar yang mereka semakin jauh daripada Kitab Tuhan.

    Bila sesuatu umat sudah jauh daripada Kitab Tuhan, pasti Allah akan bangkitkan orang-orang yang peringatkan mereka untuk kembali kepada Kitab Tuhan seperti mana Rasul terdahulu memperingatkan kaum mereka agar kembali kepada Tuhan. Ia adalah perkara yang sunnah yang berlaku berulang-ulang.

    Juang

    September 15, 2010 at 2:55 pm

  428. 22:52. Dan Kami tidak utuskan sebelum kamu penyampai atau penyebar melainkan mereka telah dilemparan kelamunan/tamannaa dan angan-angan oleh watak jahat. Maka Allah hapuskan apa yang telah dilemparkan watak jahat kemudian Allah menetapkan hukum dengan ayat-ayatNya dan Allah yang mengetahui lagi bijaksana.
    53. Dan dijadikan apa yang telah dilemparkan watak jahat sebagai ujian kepada orang yang sakit hati dan keras hati dan pastinya orang yang zalim sentiasa menentang dan dijauhi.
    54. Dan sesiapa yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui yang benar hanya dari pemeliharamu maka mereka amanah denganya dan lembut hati mereka dan Allah pasti memberi petunjuk kepada jalan lurus untuk mereka yang amanah.
    55. Dan orang yang tidak percaya sentiasa dalam keraguan sehingga datang kepada mereka detik saatnya serta-merta atau ditimpakan azab pada hari kebangkitan keatas mereka.
    56. Pada hari itu kuasa mutlak milik Allah dan diputuskan hukum diantara mereka maka orang yang amanah dan yang beramal soleh dimasukkan ketaman syurganya penuh kenikmatan.
    57. Dan orang yang tidak percaya dan yang mendustakan ayat-ayat Kami dibalas dengan azab yang sangat hina.
    58. Dan mereka yang berpindah kejalan Allah kemudian terbunuh atau mati pastinya Allah rezekikan mereka dari yang terbaik dan Allah yang terutama pemberi rezeki.
    59. Pastinya dimasukkan mereka ketempat masuk yang disenangi dan hanya Allah yang mengetahui segalanya.
    60. Demikianlah balasan yang serupa akan dibalas sekiranya dia ditindas dan pasti Allah menolongnya dan Allah yang pengampun dan pemaaf.
    61. Dan Allah telah masukan malam kedalam siang dan telah masukan siang kedalam malam dan Allah yang mendengar yang melihat.
    62. Dan hanya Allah yang benar dan sesiapa yang telah menyeru selain Dia adalah palsu dan Allah yang terunggul yang agung.
    63. Tidakkah kamu lihat yang Allah telah turunkan dari langitnya air maka suburlah dan hijaulah bumi dan Allah yang teliti yang menyedari.
    64. Pemilik apa yang dilangit dan dibumi dan Allah terkaya dan terpuji.
    65. Apakah tidak kamu lihat Allah telah menundukkan kepadamu segala yang dibumi dan kapal yang belayar dilautan dengan perintahnya dan yang menahan langit dari jatuh kebumi melainkan dengan izinNya dan Allah mengasihi dan menyayangi sekelian manusia.
    66. Dan Dia yang menghidupkan dan mematikan kamu kemudian dihidupkan semula akan tetapi manusia masih ingkar.

    to be cont…….

    chong

    September 16, 2010 at 9:47 am

  429. 63. Tidakkah kamu lihat yang Allah telah turunkan dari langitnya air maka suburlah dan hijaulah bumi dan Allah yang teliti yang menyedari.

    Salam,

    Begitulah persamaan yang berlaku dalam jiwa manusia apabila diturunkan Al Quran membasahi jiwa sehingga berhati lembut, seperti mana tanah yang keras dibasahi hujan menjadi lembut.

    Tanah yang lembut, ia akan subur. Hati yang lembut juga akan subur. Bila tanah subur, pokok-pokok membesar dengan sempurna dan keluarkan buah-buahan yang enak dimakan. Maka hati yang subur akan tumbuhkan cita-cita yang murni dan mengeluarkan buah-buah fikiran yang bermanfaat.

    Akan wujudlah “pokok-pokok” saintis yang banyak keluarkan buah-buah fikiran yang berguna, dan akan tersingkirlah “pokok-pokok” ritualis yang banyak mengajak ke arah kebodohan dan menurut membuta-tuli.

    Namun sedikit sekali mereka menyedari.

    Juang

    September 16, 2010 at 1:39 pm

  430. 22:67. Setiap ummat Kami jadikan ibadatnya suatu upacara maka janganlah kamu pertikaikan hal urusan mereka tetapi serulah mereka kepada pemeliharamu supaya bersamamu diatas jalan petunjuk yang lurus.
    68. Dan jika mereka pertikaikan kamu maka katakanlah Allah mengetahui segala apa yang telah kamu kerjakan.
    69. Allah pasti mengadilinya diantara kamu pada hari kebangkitanya atas apa telah kamu pertikaikan tentangnya.
    70. Tidakkah kamu ketahui yang Allah mengetahui segalanya dilangit dan dibumi kerana Dia yang programkanNya itu bagi Allah sangat mudah.
    71. Namun mereka berkhidmat selain Allah apa yang tidak diturunkan kuasa kepadanya dan tiadalah mereka miliki ilmu pengetahuan maka tiada sesiapa akan memberi pertolongan kepada orang yang zalim.
    72. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami dengan terang dan jelas, kamu dapat mengenali penampilan orang yang tidak percaya dan ingkar dan mereka cuba menyerang orang yang telah bacakan ayat-ayat Kami maka katakanlah apakah tidak dikhabarkan kepadamu azab api yang Allah telah janjikan kepada orang yang tidak percaya maka sangatlah buruknya tempat kembalimu.
    73. Wahai manusia telah dicetuskan misalan maka dengarlah misalanya; Mereka yang kamu seru selain Allah tidak pun dapat mencipta sekor lalat walau mereka bersepakatan dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka tidak akan dapat pertahankanya maka sangatlah lemah orang yang tercari-cari/thaalibu dan orang yang dicari/mathluubu.
    74. Mereka tidak dapat menilai Allah dengan sebenar-benar penilaian sedangkan hanya Allah yang perkasa yang agung.
    75. Allah telah memilih dari unsur kuasaNya dan manusia sebagai penyampai utusanNya dan Allah yang mendengar yang melihat.
    76. Dan mengetahui yang telah lalu dan yang akan datang dan kepada Allah segala urusan dikembalikan.
    77. Wahai orang yang amanah akurlah dan patuhlah dan berkhidmatlah kepada pemeliharamu dan amalkan keutamaan pasti kamu berjaya.
    78. Dan berjuanglah dijalan Allah dengan sebenar-benar perjuangan dan Dia telah memilih kamu dan tidak dijadikan kesulitan dalam peraturan hidupmu dan itulah anutan bapamu ibraahiima yang menamakan kamu orang yang menyerah diri sejak dahulu dan penyampainya menjadi saksi dan kamu menjadi saksi kepada manusia maka tegakkanlah komitmen kewajipanmu dan tunaikanlah kemurnianya dan berpegang teguhlah kepada Allah yang memberi pelindungan dan pertolongan.

    Akhirnya Surah (22) Al Hajj. Salaam.

    Apa lagi yg “mereka” kehendaki???????semuanya tlh dijawab dlm Al Qur’an????BACALAH n SEMAKLAH dng siapa yg kamu kehendaki atau verify dgn usaha sdri lg BEST?

    chong

    September 16, 2010 at 2:01 pm

  431. 22:72. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami dengan terang dan jelas, kamu dapat mengenali penampilan orang yang tidak percaya dan ingkar dan mereka cuba menyerang orang yang telah bacakan ayat-ayat Kami maka katakanlah apakah tidak dikhabarkan kepadamu azab api yang Allah telah janjikan kepada orang yang tidak percaya maka sangatlah buruknya tempat kembalimu.

    Salam,

    Ayat ini memberikan tanda-tanda penampilan orang-orang yang tidak percaya iaitu bila disampaikan ayat-ayatNya, mereka engkar dan cuba menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Tuhan kepada mereka.

    Perasaan panas hati dan sakit hati telah menyebabkan mereka tidak gembira mendengar ayat-ayat Al Quran dibacakan kepada mereka. Sepatutnya kalau seseorang itu beriman kepada Allah, dibawakan ayat-ayat Tuhan sebanyak mana pun itu satu khabar gembira bagi mereka, sebab kalau kita tak buat salah, buat apa nak marah bila dibacakan ayat-ayat Tuhan kepada kita?

    Semakin mereka tunjukkan penolakan bila dibacakan ayat-ayat Tuhan, semakin jelaslah siapa mereka yang sebenarnya. Ketika itulah kita akan nampak siapa sebenarnya yang beriman dan siapa sebenarnya kafir.

    Juang

    September 16, 2010 at 2:12 pm

  432. Salam,

    Yang menggelikan hati, kalaulah pak ustaz yang PhD sekalipun dalam agama dan bahasa Arab…saya terfikir apa yang sebenarnya dalam pandangan mereka mengenai orang-orang yang disebutkan oleh Allah seperti ayat-ayat yang diketengahkan oleh chong dan juang?

    Kalau nak dikatakan “tanda-tanda penmapilan orang yang tidak percaya…” siapkah agaknya orang itu??

    Takkanlah orang-orang itu asyik-asyik orang Yahudi, kalau tidak orang Kristian, atau Hindu? Tak disebutkan juga agama atau bangsa mereka dalam ayat itu.

    Hmmm…kalau nak dikatakan mereka itu mat rempit tak juga…kaki judi tak juga….kaki botol tak juga disebut-sebut.

    Maka, sahlah orang-orang yang disebutkan itu adalah orang yang suka menyerang balik orang-orang yang diberi ayat-ayat Tuhan. Kes menyerang ni sangat nyata oleh puak-puak hadis yang menuduh kita sebagai anti-hadis.

    Jadi…anti-hadis taklah salahpun kalau hadis ternyata bercanggah dengan wahyu Tuhan….tapi kalau anti-Quran??

    message114

    September 17, 2010 at 7:59 am

  433. salam,

    xakan sama yang buta dgn yang dapat melihat…

    fariq

    September 17, 2010 at 8:55 am

  434. Salam Fariq,

    Tepat sekali.

    41:44. Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)”.

    Lihat, betapa angkuhnya pak arab zaman Muhammad. Mereka begitu buta hati mereka. Hati terlalu gelap, sebab itulah bermacam-macam alasan mengenai wahyu Tuhan iaitu Al-Quran. Sebab itu Tuhan mengarah Muhammad untuk membalas ejekan kaum bangsanya sendiri dengan amaran Tuhan.

    Lihat, bagaimana Al-Quran yang sepatutnya sudah jelas, di porak peranda oleh pak arab ini dengan fikiran dan fahaman mereka yang amat jauh bertentangan sehingga wujud kepercayaan yang karut marut dan langsung tidak sesuai dalam setiap zaman.

    Kita tidak mengata pak arab secara keseluruhan. Kalau secara matakasar, kita yang bukan bangsa Arab, sudah semestinya mengharapkan bangsa Arab yang lebih memahami bahasa Quran agar dapat menolong bukan Arab untuk lebih mengikuti Al-Quran secara total dan tidak ada kompromi dengan perkara selain Quran. Tapi sebaliknya berlaku. Bak kata pepatah melayu lama, “Harapkan pagar, pagar makan padi”.

    Ini sudah fakta jelas dalam AL-Quran dinyatakan oleh Tuhan Maha Pencipta makhluknya.

    message114

    September 17, 2010 at 12:18 pm

  435. pbuu,
    Rujuk kpd surah Al Maa’un 2versi,

    Berikut saya beri 1-surah 2-versi,sila beri komen anda;

    107. SURAH AL MAA’UN – Bantuan.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    1. Lihatlah orang yang telah mendustakan agamanya/diini.
    2. Itulah orang yang telah mengabaikan anak-anak yatim.
    3. Dan tidak teruja untuk memberi makan orang miskin/miskiini.
    4. Maka celakalah/wailun orang yang menlakukan solat/musalli.
    5. Orang yang mengabaikan solat/sollatihim mereka.
    6. Orang yang menunjuk-nunjuk/yuraa-uuna.
    7. Dan mereka enggan menghulur bantuan/maau’una.

    Akhirnya Surah (107) Al Maa’un. Salaam.

    107. SURAH AL MAA’UN – Bantuan.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    1. Lihatlah orang yang telah mendustakan peraturan hidupnya/diini.
    2. Itulah orang yang telah mengabaikan anak-anak yatim.
    3. Dan tidak teruja untuk memberi makan orang miskin/miskiini.
    4. Maka celakalah/wailun orang yang berkomitmen/musalli.
    5. Orang yang mengabaikan komitmen/sollatihim mereka.
    6. Orang yang menunjuk-nunjuk/yuraa-uuna.
    7. Dan mereka enggan menghulur bantuan/maau’una.

    Akhirnya Surah (107) Al Maa’un. Salaam.

    Sila perhatikan betul2, surah pertama,skopnya terhad kpd golongan tertentu shj, tetapi surah kedua, merangkumi sekelian manusia yg diciptakan Allah utk menghuni dimuka bumiNya dan perhatikan juga semua terjemahan yg anda mampu usahakan utk semak, pd kata-kuncinya ie “sollatihim” penterjemah cuba berselindung???? dr sesuatu????mengapa ‘mereka’ katakan itu ibadat lah, sembahan lah, upacara lah?? dan bila ditanya, jawapanya sgt meleset??? itu sembayang org2 “kafir” habeah tu ngapa ditempat lain “mereka” kata sollatihim ‘SOLAT MEREKA’ Dari sini dpt dilihat ‘mereka’ menupulasikan ayat-ayat Allah?????

    Utk mendapatkan kepastian sila “buktikan” kpd diri sdri n tepok daie tayalah otak?????

    chong

    September 17, 2010 at 7:49 pm

  436. Salam,

    Pada pendapat saya sekiralah perkataan solat ini ditafsirkan sebagai upacara ibadah maka Al-Quran akan nampak sempit dan kerdil dalam kehidupan manusia.

    Lihat sahaja peranannya dalam kehidupan orang Islam. Contoh :
    1. Dibaca ketika upacara kematian
    2. ” ” ” kenduri tahlil.
    3. ” ” ” tilawah tahunan.
    4. ” ” ” hari perkahwinan.
    5. ” ” ” hendak halau jin.

    Maka kita lihat seolah-olah Al-Quran setakat itu saja, kemudian dicium dan diletak di dalam alamari selepas upacara tersebut. Maknanya, pemahaman kandungan tidak ada langsung, cuma orang terbayang Al-Quran sebagai satu benda sampingan disatu ketika sahaja.

    Yang sedihnya Al-Quran tak boleh dipegang oleh orang bukan Islam. Ini kesilapan terbesar. Sekiralah pak arab kristian hendak pegang al-quran pun tak boleh ,bagaimana dia nak tahu al-quran. Bagaimana mereka hendak medngenali wahyu Tuhan. Walhal, Al-Quran itu sememangnya bahasa Arab. Maka dari sudut mana sebenarnya orang bukan Islam tidak boleh pegang Quran langsung. Quran atau wahyu Tuhan memang suci. Kalau Quran dalam bentuk CD, USB, iPad, Ipod dll atau dalam lain-lain bentu elektornik, pun tak bolehkah dipegang?? Begitu bodoh keterlaluan fahaman sedemikian. Kalau ada orang Islam kata…. orang bukan Islam tak boleh pegang Quran, maka orang itu sepatutnya berasa malu, sedang orang Islam sendiri tak tahu makna Quran, orang bukan Islam ada yang menghafal Al-Quran dan bijak bahasa Arab. Sedangkan orang Islam sendiri masih terhegeh-hegeh nak belajar bahasa Arab dan masih terkial-kial dengan belajar tajwid Quran yang tak selesai sehingga ke tua. Orang lain cari mesej Quran, kita asyik nak tahu, bagiamana nak sebut dengan betul ayat-ayat Arab Quran…..?!!

    Sebab itulah, wahyu Tuhan tak kesampaian di tempat-tempat orang jauh dipedalaman, akibat orang Islam banyak kerenah. Kalaulah orang Islam kata Quran hanya untuk dibaca dan dapat pahala, bagimana kita hendak menyuruh orang asli… baca sajakah??? Walhal yang mereka hendak ialah apa mesej Quran itu. Itu yang mereka mahu. Kalau setakat baca Quran itu berkat, orang asli tentu kata merekapun ada upacara doa berkat yang lebih banyak dan hebat.

    Kalau orang bukan Islam, tahu fahaman kita mengenai Al-Quran, maka mereka boleh kata ….ha…itu hanya untuk orang semayang masjid saja. Kita tidak ada kena-mengena. Sebab apa? sebab kita orang Islam sendiri kata solat it hanya untuk upacara semayang.

    Tidak hairanlah banyak isu contoh isu penggunaan nama Allah, isu orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid sberangan….maka semua ini adalah isu yang sia-sia dan membuang masa umat Islam sahaja, kerana tidak ditimbulkan oleh Al-Quran. lebih banyak lagi peranan orang Islam dalam menterjemahkan wahyu Tuhan ke dalam masyarakat.

    message114

    September 17, 2010 at 11:44 pm

  437. message114 menulis: Takkanlah orang-orang itu asyik-asyik orang Yahudi, kalau tidak orang Kristian, atau Hindu? Tak disebutkan juga agama atau bangsa mereka dalam ayat itu.

    Salam,

    Selama ini kita disogok kononnya orang-orang kafir ada di dalam kaum-kaum bukan Islam di sekeliling kita. Tetapi dalam ayat 22:72 itu menspesifikkan ciri-ciri orang-orang kafir yang sebenarnya iaitu bila dibacakan ayat-ayat Tuhan (bukan ayat-ayat si polan dan di polan), mereka menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Tuhan itu. Orang-orang yang bersifat begitu wujud di merata muka bumi ini dan watak jahat mereka hanya muncul bila ayat-ayat Tuhan disampaikan kepada mereka. Bak kata pepatah, siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya.

    Kita boleh bereskperimen dengan masuk ke forum-forum “agama” dan bawakan ayat-ayat Tuhan kepada mereka, dan lihatlah watak-watak jahat itu muncul menyerang kita dengan pelbagai bahasa ala-ala budak-budak tak cukup matang.

    Kalau kita baca kisah Rasulullah dalam Al Quran pun, watak-watak jahat itu banyak di kalangan ahli-ahli kitab zaman itu yang dengki dengan apa yang baginda sampaikan. Jika “golongan agama” zaman itu pun banyak syaitan, takkanlah “golongan agama” yang wujud zaman kita ini semuanya baik-baik belaka sehingga boleh dipercayai apa yang mereka kata-kata tanpa perlu ditapis-tapis lagi? Sepatutnya bila Al Quran peringatkan kita tentang penyakit hati yang ada dalam “golongan agama” itu, lagi-lagilah kita kena berhati-hati dengan apa yang mereka sampaikan.

    Juang

    September 18, 2010 at 8:02 am

  438. message114 menulis: Lihat sahaja peranannya dalam kehidupan orang Islam. Contoh :
    1. Dibaca ketika upacara kematian
    2. ” ” ” kenduri tahlil.
    3. ” ” ” tilawah tahunan.
    4. ” ” ” hari perkahwinan.
    5. ” ” ” hendak halau jin.

    Salam,

    Dan kalau kita perhatikan baik-baik, tiada satu ayat Al Quran pun suruh ia digunakan dalam upacara yang tersenarai di atas.

    Jadi kalau Allah tak pernah ajar Nabi buat begitu, maka itu semua ajaran siapa? Syaitan? Iblis? atau tentera-tenteranya?

    Juang

    September 18, 2010 at 8:14 am

  439. pbuu,

    Ayat berikut gambarkan fenomena “mereka” kini????

    5:41. Wahai penyampaiKu janganlah kamu bersedih dengan orang yang bersegera menuju kejalan kekufuran dengan berkata kami amanah dengan mulut kami tetapi belum pasti amanah dihati kami dan dari haaduu dan orang yang minat mendengar pembohongan dari kaum yang terakhir kini mereka tidak akan datang kepadamu melainkan mereka telah selewengkan kata-kata daripada yang asalnya dan mereka mengatakan jika diberikan kepadamu ini maka ambilah dan jika tidak diberikan maka waspadalah dan sesiapa dihendaki Allah untuk diuji maka kamu tidak berkuasa menolaknya dan mereka tidak menghendaki Allah membersihkan hati mereka dan suatu kehinaan didunia dan suatu azab yang dahsyat diakhirat untuk mereka.
    42. Orang yang suka mendengar pembohongan dan orang yang telah banyak makan rasuah jika mereka datang kepadamu maka beredarlah atau berpalinglah dari mereka dan jika kamu berpaling maka mereka tidak akan dapat memudaratkan kamu sedikitpun maka beredarlah kamu atau berpalinglah dari mereka dengan adil. Allah pasti mencintai orang yang mengamalkan keadilan.

    Hanya yg bijaksana ambil perhatian?????????

    chong

    September 18, 2010 at 10:23 pm

  440. 5:41. Wahai penyampaiKu janganlah kamu bersedih dengan orang yang bersegera menuju kejalan kekufuran dengan berkata kami amanah dengan mulut kami tetapi belum pasti amanah dihati kami dan dari haaduu dan orang yang minat mendengar pembohongan dari kaum yang terakhir kini mereka tidak akan datang kepadamu melainkan mereka telah selewengkan kata-kata daripada yang asalnya…

    Salam,

    Ada juga manusia yang minat mendengar pembohongan. Tidak adakah minat yang lebih bermanfaat daripada minat kepada sesuatu yang bohong?

    Juang

    September 19, 2010 at 6:45 am

  441. Salam,

    Merujuk 5.41 “……….orang yang minat mendengar pembohongan ……..”

    Sudah dari dahulu lagi berita pembohongan ini sudah menjadi kebiasaan atas apa juga kepentingan dan alasan yang tertentu.

    Perkataan “gossip” sudah menjadi sesuatu yang glamour dalam dunia selibriti, populariti sehingga kita seolah-olah terasa seronok mendengarnya atau mengambil tahu tentangnya walaupun belum terbukti kebenarannya.

    Semua ini adalah permainan “syaitan” yang dibuat oleh tangan manusia itu sendiri. Akibatnya boleh memudaratkan aspek kehidupan manusia.

    Kelemahan manusia inilah yang menyebabkan kita kalau tidak berhati-hati sudah begitu terhibur dengan berita-berita yang palsu. Contoh : Dari kecil dulu kita seronok mendengar berita Israk Mikraj setiap tahun di surau-surau dan masjid. Sehingga pak imam yang berceritapun ketawa ria “….kesihan Nabi Muhammad sehingga terpaksa disuruh Nabi Musa naik semula kelangit….” Dulu masa kecil macam kesihan Nabi Muhammad, tapi sekarang saya sendiri kesihan melihat umat Islam terbuai oleh cerita karut sebegini.

    Cerita-cerita gossip/kepalsuan dalam kisah yang mengaitkan Nabi Muhammad, tak lain tak bukan, hanyalah kerana kepentingan golongan-golongan yang bertentangan sehingga Al-Quran sendiri dipinggirkan.

    Bayangkan, sanggup orang dahulu menggosipkan Nabi Muhammad, Nabi Isa dan lain-lain. Maka orang-orang yang suka menggosipkan Nabi-nabi, mengatakan apa yang nabi tidak pernah kata, maka mereka adalah sangat hina di dunia dan di akhirat.

    message114

    September 20, 2010 at 6:20 pm

  442. Sungguh…. Solaa itu adalah tanggungjawab setiap insan di mukabumi ini.

    Puteri

    August 20, 2011 at 2:48 pm

  443. Salam.
    Maaf menyampuk.
    Komitmen:
    Komitmen atau Commitment membawa maksud BERPEGANG-TEGUH, keikatan, atau iltizam (dr bahasa Arab).
    Cuba semak ayat-ayat Allah yang ada perkataan BERPEGANG-TEGUH. Contohnya:
    7:170. Dan orang-orang yang BERPEGANG-TEGUH (yumassiku) pada Kitab, dan melakukan solat – sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan upah orang-orang yang membetulkan.
    3:101. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu Ayat-ayat Allah dibacakan , dan rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa BERPEGANG-TEGUH (ya’tasim) kepada Allah (billahi), dia diberi petunjuk (hidayah) pada jalan lurus (siratin mustaqim).

    3:103. Dan BERPEGANG-TEGUHLAH (i’tasimu) kamu pada tali Allah (bihablillah), semuanya, dan jangan kamu berpecah belah,..

    4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan BERPEGANG-TEGUH (i’tasamu) kepada Allah, dan menuluskan (akhlasu) agama mereka untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan memberikan orang-orang mukmin upah yang besar.

    Dengan menurunkan 4 ayat yang berkaitan, yang saya kira sesuai untuk perkataan KOMITMEN (jika hendak guna juga perkataan tersebut.)
    Maka bolehlah disimpulkan disini, untuk “berkomitmen” dengan Allah haruslah melakukan perkara-perkara yang diperintahkan oleh-Nya menerusi Ayat-ayat-Nya (seperti melakukan amal kebajikan, percaya kepada Ayat-ayat-Nya, melakukan solat, mengeluarkan zakat dsb.)

    Solat:
    Mendirikan solat harus berdiri dulu, kemudian basuh dan sapu anggota-anggota yg telah dinyatakan ..
    5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri (qum) untuk (ila) solat, basuhlah (igh’silu) muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah (im’sahu) kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki (al-ka’bayni) …

    Kemudian , sambil berdiri kita menyeru nama Allah, atau AR-Rahman (Yang Pemurah) atau Asma ul-husna Allah seperti pada ayat ini:
    17:110. Katakanlah, “Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik (asma ul-husna).” Dan jangan kamu melantangkan dalam SOLAT kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.
    17:111. Dan katakanlah,
    “Segala puji bagi Allah yang tidak mengambil seorang anak,
    dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan,
    dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri.”
    Dan agungkanlah (kabbir/perbesarkanlah) Dia seagung-agungnya (takbiran/sebesar-besarnya).

    Tak kan berdiri aje kot? Mana Rukuk dan Sujud? Sila baca ayat dibawah dengan teliti (tartilan).
    4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidak bersalah ke atas kamu untuk MEMENDEKKAN (taqsuru/qasar) solat, jika kamu takut orang-orang yang tidak percaya akan menganiaya kamu; orang-orang yang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.
    4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan MELAKUKAN SOLAT bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka BERDIRI bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka SUJUD, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidak bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.
    4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah SATU WAKTU YANG DIKITABKAN (DITENTUKAN) bagi orang-orang mukmin.

    Tiga ayat yang diperturunkan di atas menjelaskan beberapa perkara tentang SOLAT.
    1. Solat boleh dipendekkan bagi kes-kes tertentu (dlm perjalanan dan peperangan) pd ayat 4:101
    2. Teknik Solat dlm darurat (peperangan) di nyatakan dengan jelas. Seperti pada ayat 4:102
    3. Pada ayat 4:102 jika kita baca dgn jujur tanpa membayangkan sembahyang kebanyakan org Islam, kita dapati perlakuan solat PENDEK bermula dengan BERDIRi dan terus SUJUD . Jika solat PENDEK hanya berdiri dan terus sujud apakah mungkin solat BIASA/PANJANG bermula dgn BERDIRI kemudian TUNDUK (rukuk) dan kemudian SUJUD? (bilangan Raka’at tiada. Don’t Worry)
    4. Pada ayat 4:103 diingatkan supaya Allah sentiasa di ingati dan setelah tenteram dari kekacauan peperangan kembalilah bersolat seperti biasa.
    5. Solat adalah mengikut waktu yang telah di tetapkan (dua tepi siang dan awal malam 11:114). Tidak ada solat JAMAK (sembahyang dihimpun dan dilakukan diluar waktu) seperti org Islam kebanyakan.
    Maka bolehlah kita membuat kesimpulan Solat adalah perbuatan/amalan tertentu dan dengan bacaan tertentu.

    Sekian. Terimakasih.
    Salam.

    Mr. Mister

    September 21, 2011 at 4:35 pm

  444. Salam.

    Sambung lagi..

    Bagi saya Solat ajaran Ayat-ayat Allah (al-Quran) adalah mudah jika dibandingkan dgn solat ayat-ayat riwayat.
    Menurut pendapat saya, sdr-sdr yg menukarkan SOLAT (ritual mungkin) dengan KOMITMEN mungkin fobia dgn solat ayat riwayat. Macam kena ambil tahu. Mana dgn AIR MUSTAKMALNYA, SOLAT JAMAKNYA, MASBUKNYA dan macam lagi lah. Sudah tak bahasa arab tak berapa nak reti, main bantai ikut kata ustad-ustazah. Buku-buku “bagaiman nak solat” berlambak dipasaran. Ada pula buku “RAHSIA KUSYUK DALAM SOLAT”. Pendek kata sampai ke tua pun belum tentu dapat solat sebenar. yakni solat ajaran ALLAH.

    Jika sdr-sdr baca quran dengan bacaan sebenar-benarnya bacaan. Saya pasti sdr-sdr akan dapati SOLAT adalah sangat mudah, indah dan sdr-sdr akan rasa tak sabar-sabr nak berSOLAT lagi dan lagi, dan lagi…

    Salam.

    Mr. Mister

    September 21, 2011 at 4:48 pm

  445. Salam Mr.Mister,

    Saya dah 3 minggu tak sembahyang,dan bila baca penerangan tuan…Wow!!!Dalam hati ” masuk akal juga penerangan MM.Tapi bila sampai di 4:101-102 …

    Kebetulan baru kemarin,semalam dan hari ni saya berbincang dgn sahabat Quranist ttg maksud ayat tersebut kerana pemahaman saya tersekat ketika sedang asyik membaca surah Nisa..Ada beberapa pencerahan yg diperolehi namun bila memikirkan dan meneliti kembali yg solat itu adalah komitmen spt yg dibahaskan oleh TM dan sahabat lain,dgn mudah 101-102 dapat dicernakan justeru bagaimana menurut saudara MM,adakah kedua ayat tsebut ditujukan pada golongan yg beriman atau kafir( golongan yg tak percaya) ???

    Cik Bunge NiaSarah

    September 21, 2011 at 9:25 pm

  446. Macamana nak sembahyang jika anda seorang angkasawan?Ok mungkin Malaysia belum berupaya meneroka angkasa lepas dengan teknologi sendiri buat masa ini, tetapi bagaimana anak cucu cicit kita pada masa 50 tahun akan datang? 🙂

    “Dan sesungguhnya Tuhan telah mengambil perjanjian Bani Israel dan telah Kami angkat di antara mereka 12 orang pemimpin dan Tuhan berfirman : ‘ Sesungguhnya Aku bersama kamu, sesungguhnya jika kamu mendirikan SOLAT dan menunaikan ZAKAT serta percaya………….”
    [5:12]

    Saya pun nak tahu bagaimana Bani Israel bersembahyang? 😦 Cuma ada 2 pilihan sama ada nak tanya Bani israel bagaimana mereka bersembahnyang atau terima hakikat bahawa SOLAT bukanlah sembahyang.

    Saya percaya komitmen ialah satu usaha untuk berfokus kepada Tuhan supaya kita tidak menyimpang dari jalan Tuhan dalam segala aspek kehidupan kita. Pasal ayat suruh basuh tangan, muka, rambut dan kaki, saya fikir itu berkaitan komitmen menjaga kebersihan diri.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    September 21, 2011 at 10:08 pm

  447. Salam,

    Amat mudah solat mengikut Quran seperti kefahaman saudara MM…Tapi bukankah Allah dah kata solat itu amat berat kecuali pada mereka yang percaya. Kenapa pula Allah kata berat dan kita kata mudah?

    Solat yang saya fahami sekarang ni,berat.Lebih senang jika saya sembahyang 5 kali sehari.Tetapi walaupun berat,diusahakan juga dan saya amat amat yakin solat yang saya fahami sekarang ini,solat inilah yang mendekatkan saya dengan kebajikan.Spt kata saudara MM …saya memang exited lah nak solat,memang tak sabar nak solat sebab biarpun berat namun hasil dari susah payah itu diberi balasan setimpal usaha.

    Berkenaan bahasa Arab,nak kena ambil tahu itu ini…tak phobia pun!Elok jer hafal dari zaman kanak2,sekolah rendah menengah…lulus jer paper Pendidikan Islam.Bila masa nak phobia,semua tu dah diajar dah diingat dah dibuat…tak phobia pun.

    Cik Bunge NiaSarah

    September 21, 2011 at 10:46 pm

  448. Solat itu bukan sembahyang.Titik.

    Cik Bunge NiaSarah

    September 21, 2011 at 10:52 pm

  449. Salam
    Sdr CBM kata:
    “Amat mudah solat mengikut Quran seperti kefahaman saudara MM…Tapi bukankah Allah dah kata solat itu amat berat kecuali pada mereka yang percaya. Kenapa pula Allah kata berat dan kita kata mudah?”
    Saya Kata:
    2:45. Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang merendah hati (khusyuk),
    Sebenarnya sdr telahpun memberi jawabannya. Bagi org-org yg percaya solat adalah mudah (bukan nya tak payah). Kalau solat itu berat, tentu ada “something wrong”.

    Sdr CBM kata:
    .. dgn mudah 101-102 dapat dicernakan justeru bagaimana menurut saudara MM,adakah kedua ayat tsebut ditujukan pada golongan yg beriman atau kafir( golongan yg tak percaya) ???
    Saya kata:
    Sdr, ayat 101-102 adalah mudah lagi jelas utk di fahami. Ayat itu sudah tentu ditujukan kpd golongan yg beriman.

    Sdr CBM kata,
    .. Tetapi walaupun berat,diusahakan juga dan saya amat amat yakin solat yang saya fahami sekarang ini,solat inilah yang mendekatkan saya dengan kebajikan.
    Saya kata,
    Solat adalah solat, kebajikan adalah kebajikan. Sdr boleh “google” dlm al-Quran utk “menghadami” makna, bagaimana nak membuat KEBAJIKAN. Solat sdr BERAT (kata sdr). Ada yg tak kena nih.

    Sdr CBM kata,
    Berkenaan bahasa Arab,nak kena ambil tahu itu ini…tak phobia pun!Elok jer hafal dari zaman kanak2,sekolah rendah menengah…lulus jer paper Pendidikan Islam.Bila masa nak phobia,semua tu dah diajar dah diingat dah dibuat…tak phobia pun.
    Saya kata,
    Maafkan saya jika saya salah. Apa yg saya “hadam” dari gaya penulisan sdr mencerminkan ketakburan sdr. Ingat “Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada ORANG-ORANG YANG MERENDAH HATI “

    Sdr MG kata,
    “ Macamana nak sembahyang jika anda seorang angkasawan?”
    Saya kata,
    Saya andaikan soalan ini berkaitan dgn KIBLAT.
    Ayat-ayat-Nya jelas. Arah atau kiblat sudah dijelaskan. Kaa’bah dibumi, itulah arah kiblat. Gunakanlah akal dan teknologi. Lakukan yg terbaik.

    Sdr MG kata,
    Saya pun nak tahu bagaimana Bani Israel bersembahyang?
    Cuma ada 2 pilihan sama ada nak tanya Bani israel bagaimana mereka bersembahnyang atau terima hakikat bahawa SOLAT bukanlah sembahyang.
    Saya kata,
    Sdr ambil pilihan pertama. Google di internet. Sdr akan dapati Bani Israel ada beberapa golongan. Masih ada golongan yg mengekalkan solat mereka yg mungkin hampir menyamai SOLAT MENURUT AL-QURAN, kerana solat mereka pun dari Ayat-ayat-Nya jua.
    Bukan sahaja solat Bani Israel atau Yahudi, anda boleh semak solat org-org Kristian, Ortodox mungkin.

    Salam

    Mr. Mister

    September 22, 2011 at 11:56 am

  450. Salam MM,

    2:45″ Kamu mohonlah pertolongan dengan jalan sabar dan solat…”

    Pengertian saya begini,dlm kita melaksanakan segala urusan baik kerja dan peribadi semestinya akan diberi pelbagai cabaran dan halangan.

    Adalah satu kebiasaan kita mendengar jawapan sebegini bila si polan mengadu masalah ” bawa bersabar…” tetapi adakah dgn sabar sahaja masalah dpt diatasi?

    Saya kata tidak,manusia perlu berusaha ( committed ) mencari jln keluar.Dan urusan ‘ berusaha (commitment)’ ini bukan mudah ianya berat,sebab tu perlu kesabaran.Kalau tak sabar,mudah2 sahaja kita give up putus asa.

    Kedua

    Bila masa saya samakan solat dan kebajikan?

    Ketiga
    Saya jawab begitu,MM kata saya takbur.Saya juga boleh mengatakan yg sama kerana MM mudah2 saja menyimpulkan “Menurut pendapat saya, sdr-sdr yg menukarkan SOLAT (ritual mungkin) dengan KOMITMEN mungkin fobia dgn solat ayat riwayat. Macam kena ambil tahu. Mana dgn AIR MUSTAKMALNYA, SOLAT JAMAKNYA…”

    Ok lah,spt yg pernah saya akui pd sahabat Quranist lain…saya typical sagittarius.Baik alam cyber atau alam nyata-apa yg saya tulis,yang saya cakap sebijik saling tak tumpah dgn apa yg hati saya rasa dan fikir.

    MM kata kami phobia,betoilah jawapan saya tu ‘ nak phobia lagu mana lagi,semua yg dikata tu dah pun dibuat.’Kalau phobia dgn bahasa Arab dgn hukum itu ini,confirm satu apa yg berkaitan dgn phobia tu takkan dibuat,kalau phobia bahasa Arab takkanlah org yg tak berapa cerdik mcm saya ni boleh lulus exam bahasa arab 1,2 dan 3 kat uni dulu.It’s just a matter of fact.

    Cik Bunge NiaSarah

    September 22, 2011 at 6:19 pm

  451. Saya tak google cuma youtube bagaimana bani israel bersembahyang. Yes I found many videos. But why so many diifferences.

    Yahudi merosakkan taurat dengan kitab gemarah, misnath, shemai, hillel, talmud. Kristian merosakkan injil dengan gospel dan exodus. “Islam” merosakkan Al-Quran dengan ihya’ ulumuddin, bukhari, tarmizi dll.

    Banyak yang dibuat oleh orang “Islam” hari ini banyak persamaan dengan Kristian dan Yahudi padahal tidak disebut di dalam Al-Quran. Contoh:-

    Rejam dgn batu sampai mati utk penzina- Taurat
    Perempuan pakai tudung kepala- Injil
    Haram makan babi-Taurat
    Simpan janggut dan jambang-Taurat

    Dalam Al-Quran tidak dijelaskan semua perkara di atas. Tapi mana datang rejam, pakai tudung, haram makan babi dan simpan janggut. Hadis-hadis banyak diceduk dari injil dan taurat.

    Saya tak ingat di mana saya baca satu ebook mengenai persamaan “Islam” menyeleweng hari ini dengan Kristian dan Yahudi tapi kalau tak silap saya nama penulis ebook ini ialah Saim Bakar. Cuba google.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    September 22, 2011 at 6:36 pm

  452. Salam

    Isu semasa sekarang diantara yg hangat ialah isu nak melaksanakan hukum “hudud”… cuba tengok komen2 kat Malaysiakini dlm artikel ustaz asri tentang hudud… macamana?? – Malaysia akan kembali menjadi Taliban?? Ramai yang belom lagi tahu/faham/kenal tafsiran macam Dr. Rashad Khalifa (Submission.com), apatah lagi nak tahu/faham macam tafsiran Aidid Safar… Quran pun belom faham/kenal/tahu method tafsirnya macamana nak nampak/tahu/faham??… Inilah key kenapa ramai orang tak nampak hal ini – menurut sy la…

    Jebon

    September 22, 2011 at 7:25 pm

  453. Salam,

    Saya ada menulis pandangan saya mengenai “undang-undang Islam” di https://tolokminda.wordpress.com/2010/09/27/undang-undang-jenayah-islam-yang-sebenar-bersifat-universal/

    tolokminda

    September 23, 2011 at 1:33 am

  454. Hakikatnya solaa adalah Al-Quran..

    Try To Be Peace

    September 24, 2011 at 11:38 pm

  455. HAKIKAT ” A S – S H O L A H ” ADALAH “A L – Q U R ‘ A N

    A Q I M U S S H A L A T A
    Kukuhkan
    Kajilah KK atau KB
    Laksanakan
    Kalau kata AQIMUS yang kita tahu adalah “kata kerja” mungkinkah kata berikutnya ( ASH – SHOLAH ) “kata kerja” lagi? Pada umumnya (logikanya) dalam sebuah kalimat sesudah kata kerja tidak diikuti oleh kata kerja lainnya . Jadi kesimpulannya adalah Ash-Sholah adalah kata benda (ISIM)
    At – Taubah 9 : 103 Ambilah “shodaqoh” dari harta mereka yang dengannya engkau menyucikan dan menumbuhkan mereka serta “sholli” (berilah dukungan) atas mereka ! Sesungguhnya “SHOLAHMU” ( ﻙﺘﻶﺼ ) adalah KETENANGAN / KETENTERAMAN bagi mereka . Allah menginformasikan , mengilmukan .
    Ayat diatas mengidentifikasikan bahwa “Ash-Sholah” merupakan “sesuatu” yang dapat menciptakan KETENANGAN / KETENTERAMAN bagi mereka yang jujur lagi benar .
    Hud 11 : 87 Mereka (penduduk Madyan) berkata : “Hai Syu’aib , apakah SHOLAHMU ( ﻙﺗﻮﻠﺻ ﺍ ) menyuruh engkau agar kami meninggalkan apa-apa yang disembah oleh para orang- tua kami dan tidak berbuat semau kami terhadap harta kami ? Sesungguhnya engkau benar-benar seorang penyantun lagi berakal / dewasa . Kita telah mengetahui bahwa Syu’aib itu seorang “Rasul” , maka yang menyuruh beliau tentulah Allah . Cara Allah menyuruh para rasul-Nya adalah dengan “WAHYU” , termasuk kepada Syu’aib . Pada ayat diatas , pertanyaannya bukan “siapa” melainkan “APA” . Menurut ayat tersebut yang menyuruh Syu’aib adalah “ash-sholah” . Kesimpulannya “ASH-SHOLAH” itu >>>> “WAHYU” terus……Maryam 19 : 59 Lalu datanglah sesudah mereka , pengganti yang meninggalkan ASH-SHOLAH ( ﺓﻮﻠﺻﻟﺍ ) dan mengikuti SYAHWAT , maka kelak mereka memperoleh kebinasaan .

    Syahwat adalah : keinginan , hawanafsu , perilaku semau-gue , atau TINDAKAN TANPA PERATURAN . Menurut ayat diatas , “ash-sholah” merupakan antonim (lawan – kata) atau kebalikan kata “syahwat” . Mengikuti “ash-sholah” berarti mengikuti peraturan .Kesimpulannya “ASH-SHOLAH” adalah “PERATURAN”
    ► Al – Ankabut 29 : 45 Ikutilah / bacalah apa-apa yang diwahyukan kepada engkau dari Al-Kitab dan tegakkanlah / kokohkan ASH-SHOLAH ! Sesungguhnya ash-sholah mencegah FAHSYA’ dan MUNGKAR .Tentu dzikrullah (Al-Qur’an) adalah yang akbar (terbesar) dan Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan .

    Ayat diatas dengan tegas memberikan ta’rif (pengertian) bahwa : “ash-sholah” adalah mencegah FAHSYA’ (disproporsionalitas) dan MUNGKAR (absurditas) .

    Dari ayat-ayat tersebut kita memdapatkan kriteria / norma / ukuran tentang ASH-SHOLAH ( ﺓﻮﻟﺻﺍﺍ – ﺓﻼﺻﺍﺍ ) yaitu :
    1 .”Sesuatu” yang dapat menciptakan KETENANGAN dan KETENTERAMAN
    2 .”Sesuatu” yang memerintahkan ummat untuk meninggalkan sesembahan nenek- moyang
    2 “Sesuatu” yang melarang ummat berbuat semau-gue atau semena-mena terhadap harta benda .
    3 “Sesuatu” yang merupakan lawan (antonim) atau kebalikan syahwat (tindakan tak – ber-peraturan)
    4 “Sesuatu” yang mencegah fahsya (menyimpang/disproporsional) dan mungkar (tak dikenal / absurd)

    Dengan kriteria-kriteria tersebut diatas , kita dapat menyimpulkan secara pasti bahwa :

    HAKIKAT ” A S – S H O L A H ” ADALAH “A L – Q U R ‘ A N

    Try To Be Peace

    September 24, 2011 at 11:42 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: