Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Jangan jadikan tulisan saya sumber rujukan

with 28 comments

Salam semua pembaca budiman,

Jumlah kunjungan di blog ini agak memberangsangkan dan melampaui apa yang saya jangka. Sebagai sebuah blog yang mengupas isu-isu hanya berteraskan Al-Quran, saya tidak nampak ramai yang akan berminat. Bagaimanapun mungkin atas sokongan dari pembaca yang memberikan link ke blog ini dan penyertaan yang sihat dalam perbincangan di setiap artikel, ia menarik orang lain untuk turut ke mari.

Satu perkara yang saya minta dari para pembaca semua, biar apa pun penerimaan anda terhadap blog ini, ambillah inisiatif untuk counter check setiap dalil yang saya utarakan dalam sesuatu isu dan buat penilaian sendiri. Jadikan keyakinan anda sendiri sebagai rujukan dan jangan biarkan saya melakukannya untuk anda. Kemukakan pandangan anda atau minta penjelasan jika perlu. Blog ini bertujuan untuk menggalakkan diri saya belajar dan saya harap ia turut memberi kesan yang sama kepada anda semua.

Terima kasih.

–Tolokminda–

Written by tolokminda

February 19, 2010 at 5:24 pm

28 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Rujukan orang yang tidak menyekutukan Allah adalah logik2 yang Allah tunjukkan melalui mindanya.

    Kita boleh tipu manusia, tetapi kita tak boleh tipu sesuatu yang terbukti logik.

    Kita boleh pakat2 sesama manusia untuk mengatakan 1+1=3, tetapi kita tidak boleh tipu jari kita sendiri yang membuktikan kiraan 1+1=2. Begitulah perumpamaan bagaimana benar menghapuskan yang bathil.

    Juang

    February 20, 2010 at 5:25 am

  2. Salam,

    Apa yg dikemukakan oleh TM adalah berdasarkan pemahaman beliau tntng ayat2 al-Quran dan terjemahan yg beliau gunakan, bagi mereka yg tidak bersetuju sepatutnya mereka mengemukakan argumentasi mereka dgn fakta2 pemahaman mereka mengenai ayat2 al-Quran bukan secara defacto… stail defacto tidak menunjukkan apa2 hujah yg dapat membantah hujah2 lawan…

    Stail defacto mengambarkan lagi bhw mereka tidak membuat kajian secara langsung keatas ayat2 al-Quran, tetapi mengikut kata2 orang yg mereka taksubkan, ini kontradik dgn ayat al-Quran yg mengatakan jgn ikut apa yg tidak diketahui… πŸ™‚

    Jebon

    February 20, 2010 at 3:07 pm

  3. ‘Perspektifku Mengenai Islam’
    – blog yang mengupas isu-isu hanya berteraskan Al-Quran …
    =================================================

    Sesuai dengan kepala tajuk dan motif TM, waima bertaburan ‘Ayat-ayat Quran versi TM’ menghiasi setiap wacana, tujuan blog ini tak lain bukan ialah untuk merosak aqidah orang Islam.

    TM tidak ada kena mengena dengan Islam. Ayat-ayat Quran versi TM tak ada kena mengena dengan firman Allah. Semuanya senaman minda semata-mata. Tak ada kena mengena dengan iman.

    Perspektif-TM hanyalah smoke-screen kepada satu pementasan oleh seorang magis yang kelihatan lebih licik dari dirinya yang sebenar. Malang sekali, ada yg terpukau berguling-guling.

    Oleh itu disclaimer TM agar tulisannya tidak dijadikan sumber rujukan adalah bertepatan sekali.

    πŸ™‚

    Agnostika

    February 23, 2010 at 11:45 am

  4. Salam Agnostika,

    Tuan boleh untuk tidak bersetuju dengan pandangan dan pemikitan TM. Sebab beliau pun sama seperti tuan juga, manusia biasa. Tetapi tuan tidaklah boleh menuduhnya membuta tuli. Kalau tuan tak bersetuju, berikan hujah tuan berdasarkan Quran. Itu yang sebaik-baiknya. Jangan merawang2 di udara, di bumi tak terpijak di langit pun tak tercapai…

    tok janggut

    February 23, 2010 at 12:36 pm

  5. Salam,

    Berdepanlah dengan adil. Hujah lawannya hujah. Sekadar merawang2 ke udara, apa nilai yang kita boleh nampak disitu?

    πŸ™‚

    Juang

    February 23, 2010 at 7:53 pm

  6. dalam Qur’an mana ada sebut tentang akidah antara manusia dan Penciptanya. yang disebut hanya iman.

    konsep akidah banyak terdapat dalam New Testament.

    anda kata ayat Qur’an disini hanya menghiasi. anda pula rujuk pada kitab mana?

    muaddib

    February 24, 2010 at 2:15 am

  7. Sukar untuk tidak melihat persamaan perspektif wacana tuan rumah blog ini dgn idea yg di putar oleh Rashad Khalifa, nabi pelesu di Tucson itu. Mungkin juga kerana great minds think alike. Perspektif Richard aka Rashad disebar oleh pengikut yg bergelar Quranist dan Submitters yg mengaku diri mereka hanya berpandukan Al-Quran dan menolak sunnah/hadith/ijma/ijtihad ulama kerana kununnya kesetiaan mereka terhadap Quran mengatasi segalanya. Komitmen yg mereka tunjukkan dalam mentafsir semula ayat-ayat Quran dan memberi makna yg segar patut dicontohi oleh para agamawan di JAKIM yg sudah tepu idea itu.

    πŸ™‚
    love all, hate none

    Agnostika

    February 24, 2010 at 2:39 am

  8. Apabila Rasulullah mengajak ahli2 kitab kembali kepada Kitab Allah, maka baginda dilihat menolak sunnah/hadis (talmud/gospel) dan ijtihad ulamak2 Yahudi dan Nasrani yang merasakan merekalah lebih layak menafsirkan Taurat, Zabur atau Injil.

    Allah perlihatkan skrip yang sama. πŸ™‚

    Juang

    February 24, 2010 at 2:54 am

  9. betul tu Juang, afala tubsirun?

    Agnostika

    February 24, 2010 at 3:00 am

  10. Salam Agnostika,

    Saya tidak pernah membaca apa-apa tulisan orang yang bernama Rashad Khalifa yang saudara sebut. Kalau saya pernah membacanya pasti saya akan mengakui. Saya bukan seorang yang cenderung untuk taksub kepada seseorang.

    Jika ada persamaan di antara saya dan Rashad Khalifa itu tidak bermakna saya menirunya, apatah lagi bila saya tidak pernah membaca apa yang beliau tulis. Saya membaca Mental Bondage oleh Aidid Safar, dan ia banyak membantu saya tetapi itupun tidak semestinya saya tidak membuat penilaian dan kefahaman sendiri. Baca pendapat saya tentang haji, misalnya – agak berbeza dengan idea Aidid.

    Sebab itulah saya tegaskan di sini supaya setiap orang dari kita, bila membaca sesuatu biar terasa begitu benar sekalipun, jangan lupa buat semakan dan kesimpulan sendiri juga. Sebab keyakinan yang datang dari pengetahuan sendiri tidak akan sama nilainya dengan menjadi pengkut yang buta tuli.

    tolokminda

    February 24, 2010 at 9:54 am

  11. kalian berhujah menggunakan AQ? rasa mcm kelakar pula bunyinya..:)

    w3bcr4wl3r

    July 8, 2010 at 10:26 am

  12. Salam,

    Bawalah hujah saudara yang tak kelakar bunyinya? Sekadar cakap hujah orang lain kelakar tetapi gagal bawa hujah sendiri yang tak kelakar, samalah perangainya macam orang kafir terdahulu yang setakat berkata “inilah sihir yang nyata”, tetapi mereka tak bawakan hujah mereka yang tak sihir itu.

    Ironinya, mereka mengaku Islam, tetapi cara berhujah macam orang kafir terdahulu.

    Juang

    July 8, 2010 at 3:56 pm

  13. saya menemui blog ini melalui kenalan sya yg kini berada diMelbourne. Saya juga pernah terbaca tulisan Aidid Safar yg juga dikenalkan oleh sahabat sya diAustralia itu. Hujah2 yg dilontarkan oleh pengunjung disini amat menarik sekali ….teruskan usaha2 anda samada penulis blog atau pembaca yg budiman…

    mystiq

    July 22, 2010 at 10:28 am

  14. Salam,

    Apa yang saya perhatikan ialah :

    1. Penolakan terhadap fahaman TM atau Aidid Safar adalah pendapat yang dihormati. Tapi saya harap jawapan tidaklah sangat ringan, seperti kelakarlah, macam diberi beruklah seolah seperti debat budak sekolah yang masih emosinal. Saya sangat-sangat mengalu-alukan berbalas secara ilmiah iaitu dari Al-Quran sendiri. Contoh, orang seperti Ahmad Deedat, Prof Ahmad Shabyr, Zakir Naik, berhujah dengan orang Kristian adalah dengan kitab Bible itu sendiri bukannya mengejek orang Kristian dengan tuduhan yang bukan-bukan.

    2. Sekiranya TM berhujah dengan Al-Quran, maka ahli sunnah wal jumaah pun mesti berhujah dengan ayat AlQuran dengan tepat. Maka semakin tinggilah nilai akademik Al-Quran kita dan semakin nampak cahaya at the end of the tunnel.

    3. Dalam Al-Quran ada ayat “Apakah mereka tidak memperhatikan …….” maka makna perhatikan itu ialah belajar, buat research secara ilmiah. Jadi kalau A-Quran kata perhati langit dan bumi, adakah maksud hanya duduk atas kerusi dan melihat langit diwaktu malam. Tidak sekali begitu. Maksu Tuhan dengan berbekal otak dan akal dan mungkin disertai serba sedikit ilmu astronomi dan fiziks itulah semua tools aau alat untuk kita mendekatkan diri kita terhadap Maha Pencipta.Itulah sebenarnya solla atau komitmen yang bersungguh-sungguh.

    message114

    September 10, 2010 at 1:41 pm

  15. Salam,

    Pada pendapat saya, jika manusia itu dapat berhujah sebagai seorang yang berakal, barulah kualiti hujahnya akan meningkat. Tetapi kalau manusia itu sengaja memperbodohkan dirinya sendiri hanya kerana kepercayaan tradisinya terasa digugat, orang-orang kafir terdahulu pun melakukan perbuatan yang sama.

    Pilihan ada pada diri masing-masing bagaimana untuk membentuk peribadi biarpun berhujah di blog-blog sebegini. Jangan ingat berselindung di sebalik alam siber, kita semua terlepas daripada Pemerhatian Tuhan. Apa yang tersembunyi dalam dada pasti diketahuiNya.

    Juang

    September 10, 2010 at 10:18 pm

  16. Salam Juang.

    Pendapat yang bernas.

    Al-Quran sememangnya kukuh setiap zaman.

    Tapi ada orang sangat berani bernaung dibawah fahaman yang terang-terang bertentangan dengan Quran. Kita seolah-olah sanggup menunggu di dalam rumah usang yang menunggu masa untuk roboh dan menimpa diri kita sendiri.

    Al-Quran bukan hanya mendidik kita, tapi juga memberi amaran awal untuk menyelamatkan semua manusia. Hanya yang mahu memahami dan patuhi amaran awal saja yang akan terselamat.

    message114

    September 11, 2010 at 1:14 am

  17. Salam,

    Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada merawati. Maka Al Quran mengandungi amaran atau peringatan bagi mengelakkan kemudaratan yang bakal terjadi disebabkan perbuatan manusia itu sendiri.

    Umpamanya bila dididik dengan kefahaman songsang kononnya tidak boleh berfikir atau menggunakan akal dalam beragama, pastilah akan melahirkan generasi menurut membuta-tuli. Menurut membuta-tuli akan menyebabkan manusia jadi taksub pada “tok guru-tok guru” mereka. Bila taksub, mereka mudah dihasut dan diapi-apikan untuk berperang sesama sendiri. Akibatnya terjadilah musibah macam di negara-negara Islam yang mengandungi puak-puak ekstrim yang angkuh kononnya “akulah puak yang benar” dan puak lain semuanya salah.

    Sebab itu Al Quran mengandungi ayat seperti 39:18 yang mengajak manusia membuka minda. Minda yang terbuka akan melembutkan jiwa. Minda yang terbuka memiliki jati diri dan tidak mudah mempercayai kata-kata manusia melainkan yang ada bukti dan fakta. Sekadar bawa nama si polan bin si polan untuk buat hukum itu dan ini, itu bukannya orang-orang yang berjati diri.

    Jika bomba memberi amaran supaya jangan bermain dengan api nanti rumah terbakar, takkanlah bila rumah sudah hangus barulah kita hendak sedar? Macam itulah Al Quran mengandungi amaran agar tiada manusia bermain api menghasut ke arah perpecahan dan permusuhan, takkan bila sudah terjadi macam di Iraq, Pakistan dan Afghanistan, barulah nak sedar?

    Juang

    September 11, 2010 at 9:36 am

  18. Salam Juang,

    Dalam Surah An Nahl (Lebah) :

    16:104. Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, tidak akan diberi petunjuk kepada mereka dan bagi mereka azab yang pedih.

    16:105. Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang yang pendusta.

    Berdasarkan dua ayat di atas, kebanyakkan orang Islam atau pak ustaz sudah tentu rujuk kepada kaum yang buat dosa itu dosa ini macam minum araklah, berjudilah. Bagi saya ayat ini sebenarnya merujuk kepada kaum yang nombor satu pejuang hadis sahih Bukhari. Ayat kedua, ternyata dimaksudkan projek kebohongan mereka. Contoh, mengatakan Nabi Muhammad sabda itu, sabda ini. Walhal, cerita dalam hadis itu terang-terang bertentangan dengan Al-Quran. Takkanlah, Muhammad menerima wahyu kemudian mengatakan sesuatu langsung terbalik 360 darjah dengan wahyu Tuhan.

    Kebohongan mereka ini sangat merbahaya dan terang-terang Tuhan mengatakan mereka ini pendusta. Tuhan sudah memberi kita maklumat orang-orang seperti ini yang kita sedih kebanyakan orang Islam mengagung-agungkan mereka di setiap zaman, dan lebih-lebih lagi di beri tempat yang tinggi dalam masyarakat Islam.

    message114

    September 11, 2010 at 9:56 pm

  19. Salam message114,

    Keadaan yang saudara nampak itu bukannya terjadi pada umat Islam hari ini, orang-orang Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah pun berperangai begitu. Mereka mengangkat “ulamak ugama” mereka sebagai sekutu Tuhan sehingga bila ulamak ugama itu suruh jadikan Uzair atau Al Masih sebagai putera Allah, mereka taksub membuta-tuli.

    Sebenarnya kita sudah kembali kepada zaman jahiliyah yang Rasulullah lalui dahulu. Kita akan nampak kembali watak-watak jahat yang dikhabarkan dalam Al Quran berkeliaran dalam masyarakat Islam hari ini. Mereka berselindung di sebalik gelaran seperti mulia di mata masyarakat dan sebagainya seperti mana watak jahat terdahulu berselindung di sebalik gelaran ahli kitab, atau pembesar ugama umat terdahulu.

    Cuba kita perhalusi sedalam-dalamnya. Yang menghasut agar manusia berpecah-belah atas nama agama itu kerja siapa? Adakah kerja orang yang minum arak dan bermain judi atau kerja..? Yang buat hukum sesuatu pasangan berbeza kepercayaan tidak boleh disatukan itu kerja siapa? Yang minum arak dan berjudi itu atau siapa? Yang menyempit-nyempitkan hidup itu kerja siapa? Kerja orang minum arak dan berjudi itu ke siapa?

    Nanti kita akan nampak siapakah syaitan yang banyak diperingatkan dalam Al Quran itu bila kita selalu menyelidik Al Quran. Sebab itulah syaitan itu tak bagi orang mengkaji Al Quran sendiri tanpa melalui mereka sebab nanti mereka tidak boleh nak “twist” sesuatu ayat Al Quran agar pembohongan mereka tersembunyi.

    Ingatlah, Allah Memerhatikan apa yang kita semua lakukan. Gelaran-gelaran itu semua tidak berguna sedikit pun setelah mati nanti. Tidakkah mereka mahu merenung panjang?

    Juang

    September 12, 2010 at 3:37 pm

  20. Salam Juang,

    Tepat sekali komen anda.

    Apa yang Quran lebih seribu tahun dahulu sudah memberitakan apa yang berlaku ketika zaman Muhammad dan berterusan sehingga ke hari ini, walaupun dalam bentuk yang pelbagai sekarang.

    Khamar dan judi sememangnya lebih banyak bahaya dari manfaatnya. Kita tahu perkara tersebut tidak dapat dinafikan lagi impak negatif ke dalam susunan dan struktur kehidupan masyarakat. Untuk mengelak perkara tersebut tidaklah begitu susah, selagi kita nampak dan insaf akan kesan keburukannya. Lebih lagi orang yang minum arak dan berjudi sendiripun tidak menafikan keburukan perbuatan mereka walaupun dalam hati kecil mereka.

    Cuma yang kita risau ialah betapa susahnya mengelak dosa yang amat berat, iaitu menafikan keunikan Al-Quran. Ramai orang sudah dimabukkan dengan asyik masyuk mereka dengan kata-kata selain Quran. Mereka sanggup memperjudikan nasib keimanan mereka dengan mencampur-adukkan kewajipan mereka dengan kata-kata penulis hadis yang lebih mereka tekankan dalm hidup mereka daripada Al-Quran.

    Kadang-kadang bila kita dengar ceramah agama di mana-mana, 90 peratus dari ceramah mereka merujuk kepada hadis dan 10 peratus diselit dengan Al-Quran. Seolah-olah tumpuan dan kefahaman sesuatu perkara nampak begitu terang dalam hadis, dan Al-Quran seolah-olah benda pinggiran. Bila ini sudah terjadi, maka mindset masyarakat Islam sudah dibuai oleh mimpi-mimpi indah dalam keasyikkan bervolume-volume hadis di rumah. Apa yang Quran boleh digunakan hanyalah masa orang mati, tilawah tahunan, majlis orang kawin dan sebagainya. Inilah yang sedihnya bila martabat Al-Quran diletakkan pada tahap yang sangat rendah.

    Pelik, apabila kita membincangkan ada ayat berkenaan astronomi atau sains dalam Al-Quran. Apa mereka kata?
    ” Hissyyhhh, jangan campurkan dunia dengan Al-Quran!” Maka ternyatalah kebanyakan orang Islam, menganggap Al-Quran hanya digunakan dalam upacara ritual dan tradisi. Sebab.. mereka tidak mau, berkeras hati dan langsung tidak hendak mengetahui apa mesej Tuhan dalam Al-Quran. Mereka hanya suka mendengar lunaknya alunan lagu-lagu qari dan qariah dan sudah cukup mendengar, mereka sudah rasa besar pahala. Betapa malasnya orang Islam mengkaji Al-Quran, walhal orang lain bertungkus lumus mengorek rahsia Al-Quran.

    message114

    September 12, 2010 at 6:34 pm

  21. pbuu!
    Mungkin ini yg dimaksudkan Juang!!!!!
    Mengikut ajaran mereka inilah SURAH pertama diturunkan??

    96. SURAH AL β€˜ALAQ – Dadih darah.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    1. Bacalah dengan nama pemeliharamu yang mencipta.
    2. Mencipta manusia dari dadih darah.
    3. Bacalah demi pemeliharamu yang mulia.
    4. Yang mengajar dengan pena.
    5. Diajarkan apa yang manusia tidak mengetahui.
    6. Tidak sepertinya, manusia sememangnya sangat degil dan angkuh.
    7. Kerana melihat dirinya sudah cukup sempurna dan hebat.
    8. Dan ingatlah hanya kepada pemeliharamu tempat kembalimu.
    9. Apakah tidak kamu lihat orang yang telah menegah.
    10. Seorang hambanya dari berkomitmen/solla.
    11. Apakah tidak kamu lihat jika dia atas petunjuk yang benar.
    12. Atau dia menyeru kepada keperihatinan.
    13. Apakah tidak kamu lihat jika dia berdusta atau berpaling.
    14. Apakah tidak kamu ketahui yang Allah sedia melihat.
    15. Tidak sepertinya, jika dia tidak berhenti pastinya Kami mengheretnya dari ubun-ubunya.
    16. Ubun-ubun pendusta yang telah melakukan kesalahan.
    17. Maka yang telah menyeru kemajlisnya.
    18. Kelak Kami menyeru pengawal kesengsaraan/zzabaaniyata.
    19. Tidak sepertinya, maka janganlah kamu mentaatinya tetapi patuhilah dan dekatilahKu.

    Akhirnya Surah (96) Al β€˜Alaq. Salaam.

    Those who possess intelligence will take HEED!!!!

    chong

    September 12, 2010 at 6:39 pm

  22. pbuu,
    Surah ini juga sesuai kpd mereka?????

    63. SURAH AL MUNAAFIQUUN – Yang bermuka-muka.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    1. Apabila orang munafik datang kepadamu mereka berkata bahawasanya β€œkami menyaksikan kamu sebenar-benarnya utusan Allah”. Allah pasti mengetahui yang kamu utusanya dan Allah menyaksikan yang orang munafik itulah sebenar-benarnya pendusta.
    2. Mereka menjadikan sumpah mereka sebagai perisai untuk menghalang dari jalan Allah sesungguhnya sangat buruk apa mereka telah lakukan.
    3. Demikianlah mereka amanah kemudian mereka tidak amanah maka disita hati mereka maka mereka tidak akan memahaminya lagi.
    4. Dan apabila kamu melihat mereka kamu kagum dengan fisikal mereka dan apabila mereka berkata-kata kamu asyik mendengar kata-katanya mereka itu seakan-akan batang kayu tersandar dan mereka beranggapan setiap kritikan kepada mereka adalah musuh maka berwaspadalah dengan mereka. Allah pasti hapuskan mereka kerana menyeleweng.
    5. Dan apabila dikatakan kepada mereka marilah! Mohon keampunan dari Allah dan penyampainya maka kamu lihat mereka mengelengkan kepala dan berpaling dan mereka menyombongkan diri.
    6. Sama sahaja bagi mereka sama ada kamu mohon keampunan atau tidak kamu mohonkan. Allah tidak akan ampunkan mereka dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.
    7. Mereka itu orang yang telah mengatakan jangan kamu membelanjakan sesiapa yang masih bersekongkol dengan penyampai Allah sehingga mereka berpecah belah dan Allah miliki perbendaharaan langit dan bumi akan tetapi orang munafik tidak memahaminya.
    8. Mereka berkata jika kita kembali kekota pasti orang yang perkasa mengusir orang yang lemah. Hanya Allah dan penyampainya dan orang yang amanah, perkasa tetapi orang munafik tidak mengetahuinya.
    9. Wahai orang yang amanah jangan akan melalaikan hartamu dan anak-anakmu dari mengigati Allah dan sesiapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang dalam kerugian.
    10. Dan belanjakanlah dari apa kami rezekikan kamu dari dahulu dan apabila datang salah seorang darimu kematianya mereka berkata pemeliharaku mengapa tidak ditangguhkan aku kepada suatu tempoh
    terdekat maka aku akan bersedekah maka jadilah aku dari orang yang berkebajikan.
    11. Dan Allah tidak akan menangguhkan suatu jiwa apabila datang tempohnya dan Allah menyedari dengan apa kamu telah kerjakan.

    Entahlah bila mereka nak insaf?????

    Akhirnya Surah (63) Al Munaafiquun. Salaam.

    chong

    September 12, 2010 at 7:16 pm

  23. Salam,

    Dalam surah 63:4 ternyata Allah memberi maklumat ciri-ciri mereka ini yang harus kita berhati-hati dan elakkan daripada terpengaruh dengan non-Quranic views mereka.

    Dalam 63:6, ternyata amat keras amaran dan ancaman Tuhan kepada mereka. Dosa-dosa lain ada Tuhan boleh ampunkan, sedangkan yang tersebut dalam surah ini, kedudukan orang-orang seperti ini sangat merbahaya akibat keras kepala dan keras hati kerana sudah tidak nampak garisan antara hitam dan putih atau terang dengan gelap. Yang sedihnya mereka menyambungkan perjuangan sia-sia mereka kepada anak isteri dan keluarga serta masyarakat menyebabkan kerugian pelbagai pihak.

    Kita minta berlindung kepada Tuhan daripada terjerumus di dalam perjuangan mereka yang sia-sia ini walaupun diberi ganjaran yang sangat menarik berupa wang, pangkat dan title.

    message114

    September 12, 2010 at 11:00 pm

  24. Sila sertai forum baru….

    http://wahyuilahi.findforum.net

    kiki

    September 20, 2010 at 3:23 am

  25. Salam,

    Saya sangat menghargai usaha tolokminda untuk membuka ruang kepada sesiapa sahaja bagi menilai semula fahaman Islam kita selama ini.

    Tajuk “jangan jadikan tulisan saya sebagai sumber rujkan ” sangat tepat dengan niat beliau yang ikhlas dan murni.

    Ini bermakna bahawa usaha kita untuk meluaskan maksud sebenar Al-Quran akan berjaya setapak demi setapak. Setiap oroang mempunyai pendekatan yang berlainan tetapi semuanya mempunyai satu objektif : Al-Quran sebagai sumber rujukan yang tepat dan unik.

    Ini berlainan dengan fahaman-fahaman biasa ulamak hadis, yang langsung bersifat statik, jumud dan boleh dikatakan tidak seiring dengan zaman, bahkan semakin membuat suasana orang Islam semakin kecoh (chaos).

    Kalau kita mengkaji secara halus, Al-Quran bersifat dinamik, merentasi setiap zaman, cahaya tak pernah pudar dan siapa-siapa yang berusaha untuk menafikannya, pasti akan tewas dan tunduk malu di hadapan Tuhan.

    18:1. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

    18:2. (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

    Ternyata Al-Quran tidak ada kebengkokan di dalamnya. Maknanya, tidak ada kontradiksi dengan yang lain. Akan tetapi kalau kita berani mengatakan sesuatu yang terang-terang kontradik dengan Al-Quran, maka Tuhan memberi amaran berupa azab yang berat. Yang nyata, bagi orang yang ikut 100 peratus Al-Quran sudah pasti ganjaran yang baik.

    Janji Allah pasti benar dan tidak perlu diragui.

    message114

    September 25, 2010 at 3:20 pm

  26. Salam,

    Tujuan diturunkan Al Quran kepada manusia adalah untuk memudahkan manusia memandu hidupnya ke arah tujuan manusia diciptakan. Seperti mana kita mudah memandu kereta di bawah sinaran matahari, berbanding di waktu malam, seperti itulah mudahnya kita memandu hidup kita ini bila disinari cahaya Al Quran.

    Kalau sebelum ini kita takut pada si polan dan si polan yang mengada-adakan hukum yang Allah tidak pernah tetapkan, tetapi dengan berpegang pada Al Quran, kita hanya tunduk dan berserah kepada Allah semata-mata. Tiada lagi si polan dan si polan untuk dituruti membuta-tuli atau ditaksubi.

    Semua kita adalah insan biasa. Bezanya bagaimana kita memandu diri kita ke arah yang direstui oleh Tuhan atau pun tidak. Sesiapa yang memandu dirinya ke arah yang direstui Tuhan, berjayalah dia. Sesiapa yang memandu dirinya ke arah apa yang diada-adakan atas nama si polan dan si polan, pasti akan gagal.

    Di atas muka bumi lagi kita sudah nampak perbezaan di antara orang-orang yang memandu dirinya ke arah sesuatu yang direstui oleh Tuhan akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

    Kejayaan yang paling besar dalam hidup ini adalah berjaya membebaskan diri daripada belenggu yang diada-adakan atas nama si polan dan si polan. Bukankah dosa menyekutukan Tuhan suatu yang tidak diampunkan? Berjayanya kita menjauhi segala bentuk penyekutuan Tuhan, itulah kejayaan yang paling besar dalam hidup ini.

    Firaun yang berkuasa dan kaya-raya pun tidak berjaya membebaskan dirinya daripada menyekutukan Tuhan. Itu menunjukkan untuk membebaskan dari daripada sebarang bentuk penyekutuan bukannya suatu perkara yang mudah, melainkan jika manusia itu ada tekad, kemahuan dan keazaman yang kuat.

    Juang

    September 25, 2010 at 10:26 pm

  27. Salam Juang.

    Tepat sekali pandangan anda.

    Kita mesti senantiasa memohon pertolongan dari Tuhan, pada bila-bila masa bila kita rasa ada kesulitan ditemui dalam hidup. Tapi kita mesti ingat juga minta tolong ketika kita berjaya di dalam hidup. Wak ima, apa saja yang kita tempuh, pastikan channel yang betul.

    Apa yang kita minta?

    1:6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

    Tetapi dalam permintaan itu, kita pilih jalan siapa?

    1:7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

    Bayangkan…..jalan yang lurus dan penuh nikmat. Tepat jalan yang dituju.

    Tapi….kalau kena dimarahi sakit juga rasanya. Contoh, dahlah salah naik bas dan sesat, dimarahi pulak oleh abang konduktor bas. Dah jatuh di timpa tangga.

    message114

    September 26, 2010 at 1:46 am

  28. Salam message114,

    Begitulah hebatnya ayat-ayat Al Quran. Kita mudah buatkan perumpamaan untuk memahami pengajarannya hatta menggunakan kisah dimarahi konduktor bas sekali pun. Sedangkan Allah pun tak malu nak gunakan nyamuk sebagai perumpamaan. Ini menunjukkan cara terbaik untuk fahami sesuatu ayat Al Quran adalah dengan buatkan perumpamaan yang wujud disekeliling kita. Tak payah guna kitab-kitab riwayat si polan dan si polan itu untuk menjelaskan Al Quran. Allah sudah sediakan konsep-konsep di sekeliling kita. Cuma perlukan akal untuk memikirkannya.

    Kembali kepada pengalaman kita belajar hukum 1+1=2 dahulu. Kita diajar gunakan perumpamaan jari, lidi atau penyedut minuman agar mudah nampak konsep sebenar hukum 1+1=2 itu difahami. Dan kita tidak memerlukan kitab-kitab riwayat mana-mana ahli matematik terdahulu untuk faham 1+1=2. Gunakan perumpamaan di sekeliling kita sudah mampu membantu kita faham hukum-hukum asas matematik itu. Macam itulah nak faham Al Quran, buka mata luas-luas untuk melihat konsep-konsep tersebut. Yang pergi kumpulan riwayat si polan itu apa faedahnya? Tuhan pun tak pernah ajar Nabi buat begitu. Cuba cari dalam Al Quran, ada tak Allah ajar Nabi kumpulan riwayat-riwayat yang dikhabarkan atas nama si polan bin si polan?

    Juang

    September 26, 2010 at 9:30 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: