Kata Aluan Tolokminda
Salam Pembaca Budiman,
Blog ini bukan diwujudkan dengan tujuan untuk mengajar atau mempengaruhi pembacanya kepada pendapat atau tafsiran yang ditampilkan melalui artikel-artikelnya. Jika ada di antara pembaca budiman merasa tidak selesa dengan apa-apa pandangan yang dikemukakan, anda boleh memilih untuk meninggalkan terus blog ini dengan aman atau anda boleh menyertai perbincangan melalui ruangan komen yang disediakan.
Segala komen atau pandangan yang anda kemukakan dalam mana-mana ruang perbincangan adalah tanggungjawab anda sendiri. Blog ini tidak memantau atau moderate sebarang komen peserta sebelum ia disiarkan. Jika anda dapati komen anda tidak tersiar sebaik saja menghantarnya ia mungkin tersekat di spam atau ia mengandungi hyperlink atau kerana sebab-sebab yang hanya WordPress mengetahuinya. Komen yang tersekat akan saya siarkan secara manual. Walaupun begitu saya sebagai pemilik blog boleh – jika merasakan perlu – akan menyunting atau memadam mana-mana bahagian atau keseluruhan komen jika ia didapati merosakkan keamanan orang lain.
Pada dasarnya blog ini merupakan satu kaedah yang memotivasikan diri saya untuk mempelajari dan memahami isikandungan Al-Quran berdasarkan pandangan saya sendiri atau merujuk kepada pandangan-pandangan lain yang dirasakan selaras dengan keyakinan saya. Sekali lagi ditegaskan, tidak ada sebarang paksaan untuk sesiapa mengikuti dan menyertai blog ini. Abaikan dengan aman jika anda tidak boleh menerimanya.
Terima kasih.
–Tolokminda–
[…] seperti yang saya katakan di dalam kata aluan saya untuk blog ini, usaha saya di sini sememangnya tidak lebih dari belajar untuk diri saya sendiri tetapi dalam masa […]
Al-Quran lengkap – tidak memerlukan kitab lain sebagai penjelas « BLOG TOLOKMINDA
January 5, 2010 at 3:40 am
Salamunalaikum 6:54
Teruskan tulisan anda dan jangan menyeleweng dari objectivenya.
Salam
A.M.Salleh
January 31, 2010 at 7:07 am
Sukar untuk tidak melihat persamaan perspektif wacana tuan rumah blog ini dgn idea yg di putar oleh Rashad Khalifa, nabi pelesu di Tucson itu. Mungkin juga kerana great minds think alike. Perspektif Richard aka Rashad disebar oleh pengikut yg bergelar Quranist dan Submitters yg mengaku diri mereka hanya berpandukan Al-Quran dan menolak sunnah/hadith/ijma/ijtihad ulama kerana kununnya kesetiaan mereka terhadap Quran mengatasi segalanya. Komitmen yg mereka tunjukkan dalam mentafsir semula ayat-ayat Quran dan memberi makna yg segar patut dicontohi oleh para agamawan di JAKIM yg sudah tepu idea itu.
🙂
love all, hate none
Agnostika
February 24, 2010 at 3:04 am
Salam,
Pada hakikatnya manusia ada kekuatan dan kelemahannya masing-masing. Kita tidak dapat mempertikaikan perkara ini. Fahaman bahawa Nabi Muhammad itu maksum dan tidak pernah buat dosa walau sekecil kalipun, pun di beri amaran oleh Tuhan dalamsurah Abasa atau bermasam muka. Bayangkan Nabi yang kononnya kita sanjung dan puji puji tinggi melangit (harap jangan sampai menuhankan Isa atau Jesus)ada di beri amaran oleh Tuhan.
Dalam pemerhatian saya, apabila fahaman dalam Islam macam ada yang tidak kena, maka sudah tentu kita orang Islam ingin mencari apa punca dan sebabnya. Ini bukan perkara pengaruh orang lain, tapi dari hati nurani sipencari kebenaran itu sendiri. Ini lebih selamat dari kita yang satu inci pun tidak hendak membuka fikiran kita kerana pegang teguh dengan amalan dari sumber bukan Al-Quran. Sekira pegang teguh setiap inci dari ayat Al-Quran maka lebih baik dan selamat.
Maka dari satu generasi ke satu generasi, lahirlah manusia yang ingin reform dalam kecelaru fahaman Islam. Maka kita tidak juga dapat terus menuduh Rashad Khalifa bersalah dari sudut yang tidak adil. Rashad bagaikan orang yang hendak memulakan membersih satu kawasan hutan tebal. Mungkin dia hanya menggunakan sebilah parang, tentulah ada serba sedikit cacat celanya. Tapi, sekurang-kurang dia berusaha untuk keluar dari zon yang tidak tentu arah dalam kontradiksi antara fahaman dalam Islam. Seperti perjuangan Muhammad Abduh, Hassan Bandung Indonesia, Bapak Nazwar Syamsu seorang ahli astronomi Indonesia sehingga seperti Aidid Safar. Mereka ini berusaha mencari cahaya kebenaran atas dasar wahyu Quran. Jadi kalau Al-Quran tidak ada paksaan dalam kepercayaan, maka kitab suci ini sebenarnya macam tahu sifat-sifat manusia dan senantisa terbuka luas untuk mencari mutiara kebenaran dalam hidup ini. Maka kita tidak mudah terperangkap dalam dunia yang syok sendiri dan asyik ingat bidadari sahaja.
Hanya Al-Quran yang penuh mutara ilmu yang masih banyak belum diterokai akan meninggikan martabat kita sebgagai manusia.
Apabila kita gagal jadi manusia di dunia ini seperti arahan AlQuran, di alam akhirat nanti, kita tidak ada lagi kelayakan menjadi manusia, tapi betukar menjadi batu yang tak kesudahannya kekal abdi.
Kebenaran hanya Al-Quran.
message114
September 10, 2010 at 4:43 pm
pbuu,
Berikut saya poskan 4pages dr Sursh Yunus….
10. SURAH YUNUS – Yunus.
Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.
1. Alif laam raa inilah ayat-ayatnya telah diprogramkan penuh hikmah.
2. Adakah dianya menjadikan manusia kehairanan bahawa Kami telah mengilhamkanya kepada seorang lelaki dari mereka untuk memberi amaran dan khabar gembira kepada manusia yang amanah dan mereka yang benar disisi pemeliharanya. Maka berkata orang yang tidak percaya ini tidak lain hanyalah sihir yang jelas nyata.
3. Allah pemeliharamu yang telah mencipta langit dan bumi dalam enam masa/fasa. Maka tertubuhlah kuasaNya yang mutlak untuk mentadbir segala perintah urusanNya tanpa ada perantaraan melainkan dengan izinNya. Itulah Allah pemeliharamu maka berkhidmatlah hanya kepada Dia. Apakah kamu tidak mengambil ingatkan?
4. Dan kepadaNya tempat kembalimu dan janji Allah pasti benar dan Dia pengasas segala ciptaan maka dikembalikan kepadaNya untuk diberi pembalasan dengan adil kepada orang yang amanah dan yang beramal kebajikan dan untuk orang yang tidak percaya diberi minuman air mendidih itulah azab sangat dahsyat kerana keingkaran mereka.
5. Dia yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan tempat peredaranya untuk kamu mengetahui bilangan dan perhitungan tahunya. Allah tidak ciptakan ini semua melainkan dengan benar dan dijelaskan ayat-ayatnya untuk kaum yang mengetahui.
6. Allah telah menciptakan kitaran malam dan siang dan segala yang dilangit dan dibumi sebagai tanda-ayatNya untuk kaum yang prihatin.
7. Dan orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dan merelai dengan kehidupan duniawi dan tenteram denganya dan orang yang dengan ayat-ayat Kami mereka lalai.
8. Maka tempat kembali mereka api dengan apa telah diusahakan.
9. Dan orang yang amanah dan beramal kebajikan pasti diberi petunjuk oleh pemeliharanya atas keamanahan mereka dengan taman syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai yang penuh kenikmatan.
10. Seruan mereka didalamnya hanyalah sanjungan kepada Allah yang menghidupkan mereka dan diakhiri seruan dengan ucapan selamat aman sejahteranya dan segala pujian untuk Allah pemelihara ilmu pengetahuan yang telah diujudkanya.
11. Jika Allah menyegerakan kejahatan kepada manusia seperti disegerakan keutamaan pasti ditetapkan ajal mereka akan tetapi Kami memberi amaran kepada orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami namun mereka berterusan dalam kebiadapan dan kebingungan.
12. Dan apabila manusia ditimpa penderitaan pasti dia menyeru Kami dalam keadaan baring atau duduk atau berdiri maka satelah Kami hilangkan penderitaanya dia terus melupainya seakan-akan dia tidak pernah menyeru pertolongan Kami maka diilusikan indah segala amalanya kepada orang yang suka membazir.
13. Dan pasti Kami telah melaknati generasi sebelum kamu ketika mereka menzalimi penyampainya yang datang dengan keterangan yang jelas dan tidaklah mereka amanah denganya maka Kami pasti memberi balasan setimpal kepada kaum yang bersalah.
14. Kemudian Kami jadikan kamu sebagai kalifah menggantikan mereka untuk Kami perlihatkan bagaimana kamu akan melaksanakanya.
15. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami dengan terang dan jelas maka berkata orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami! Datangkanlah dengan bacaan/biqur-aanin yang lain atau gantikanya! Berkata tiadalah bagiku menggantikan dari kemahuanku sendiri dan tidaklah aku mengikuti melainkan apa telah diilhamkan kepadaku dan aku sangat takut jika aku mendurhakai pemeliharaku pasti diazabkan aku pada hari yang agung.
16. Berkata jika dihendaki Allah tidaklah aku bacakan dan melatihmu semasa aku tinggal bersamamu sehingga akhir hayatku maka apakah tidak kamu fikirkan?
17. Maka siapakah yang lebih zalim dari siapa yang telah mengada-adakan dusta terhadap Allah atau telah mendustakan ayat-ayatNya maka tidak mencapai sebarang kejayaan untuk orang yang berdosa.
18. Dan mereka berkhidmat kepada selain Allah, apa yang tidak dapat memberi mudharat atau faedah dan mereka berkata dianya perantaraan kami dari Allah. Berkata apakah kamu hendak memberitahu Allah apa yang tidak kamu ketahui dilangit dan dibuminya? Dia disanjung dan teramat mulia dengan apa telah mereka sekutukanNya.
19. Dan tidaklah manusia itu melainkan dari satu ummat akan tetapi mereka masih pertikaikan dan jika tidak kerena suatu kalimah terdahulu dari pemeliharamu yang telah ditetapkan pasti diputuskan diantara mereka dengan apa telah mereka pertikaikan.
20. Dan mereka berkata mengapa tidak diturunkan satu tanda ayat kepadamu dari pemeliharanya maka berkata yang ghaib hanya dari Allah maka tunggulah kamu, aku juga pasti menunggu bersamamu.
to cont……..
chong
September 11, 2010 at 8:47 am
21. Dan ketika Kami timpakan kepada manusia suatu rahmat pengasihan setelah penderitaan menyentuh mereka maka mereka merencana muslihat dengan ayat-ayat Kami. Katakanlah Allah sangat pantas merancang muslihatNya dan utusanNya telah mencatatkan apa telah kamu rancangkan dalam muslihat kamu.
22. Dia yang telah mengerakan kamu didaratan dan dilautan semasa belayar dalam kapal dengan tiupan angin terbaik. Sedang mereka dalam kegembiraan maka datanglah angin kencang dan alunan gelombang yang dahsyat dari setiap penjuru dan mereka terperangkap didalamnya. Maka mereka segera berdoa kepada Allah seiklasnya dan mengakui peraturan hidupNya dan berkata jika Kamu selamatkan kami dari bencana ini pasti kami sangat berterima kasih.
23. Setelah Kami selamatkan mereka, tiba-tiba mereka kembali angkuh didunia dan menentang kebenaran. Berkata wahai manusia keangkuhan dan kesenangan kehidupan duniawi hanyalah untuk dirimu dan kepada Kami tempat kembalimu maka Kami akan mengkhabarkan kepadamu dengan apa telah kamu kerjakan.
24. Perumpamaan kehidupan duniawi hanyalah seperti air yang Kami turunkan dari langit apabila diresapi bumi dianya dapat menyuburkan tumbuhan yang menghasilkan buah-buahan dan dijadikan makanan untuk manusia dan ternakan. Maka apabila bumi kelihatan indah dengan perhiasanya, maka warganya menyangka merekalah telah mengusahakan ini semua maka didatangkan perintah Kami pada malam atau siangnya dan Kami jadikan ladang mereka seperti baru dituai semalam dan seakan-akan tidak pernah ditumbuhi apa-apa sebelumnya. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-ayatnya untuk kaum yang mengambilnya sebagai renungan/yatafakkaruuna.
25. Allah menyeru kepada penginapan selamat sejahtera dan aman damai dan diberikan petunjuk jalan lurus kepada siapa dikehendakiNya.
26. Dan kepada orang yang terbaik amalanya dilipat-gandakan kebaikanya dan tidak dirundungkan kemuraman dan tidak kehinaan dan itulah penghuni taman syurganya dan mereka berkekalan didalamnya.
27. Dan orang yang mengusahakan kejahatan, balasanya pastilah kejahatan yang setimpal dan dirudung kemuraman dan kehinaan maka tiada pembelaan dari Allah dan kegelapan menyelimuti muka mereka. Maka mereka itulah penghuni api neraka dan mereka berkekalan didalamnya.
28. Dan pada hari Kami mengumpulkan mereka kesemuanya maka Kami katakan kepada orang yang sekutu dan idola mereka teruskanlah perbincangan diantara kamu. Maka berkata idola mereka, kami tidak tahu-menahu yang mereka telah berkhidmat kepada kami.
29. Dan cukuplah Allah menjadi saksi antara kami dan kamu jika benar kamu telah berkhidmat kepada kami maka kamilah yang lalai.
30. Demikianlah setiap jiwa pasti diuji apa telah diusahakan apabila mereka dikembalikan kepada Allah dan Dia pemimpin dan pelindung sebenar maka mereka kehilangan segala apa yang telah diada-adakan.
31. Berkata siapakah yang telah memberi rezeki kepadamu dilangit dan dibumi dan siapa yang berikan kuasa pendengaran dan penglihatan dan siapa yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan dari yang mati dari yang hidup dan siapa yang mentadbir segala perintah, maka mereka berkata pastinya Allah. Maka Dia berkata mengapakah tidak kamu prihatin sejak dahulu?
32. Demikianlah Allah pemeliharamu yang berhak sebenar maka tiadalah kesesatan melainkan kebenaran maka mengapa kamu diselewengkan.
33. Demikianlah kalimah sebenar dari pemeliharamu kepada orang yang fasik maka mereka tidak akan amanah.
34. Berkata apakah sekutumu dapat memulai penciptaan kemudian dikembalikan. Katakan hanya Allah yang memulai segala penciptaan kemudian dikembalikan maka bagaimana kamu dipalingkan?
35. Berkata apakah sekutumu dapat memberi petunjuk kepada kebenaran? Katakan hanya Allah yang memberi petunjuk kepada kebenaran maka sesiapa telah diberi petunjuk kebenaranNya maka dialah lebih berhak untuk diikuti atau siapa yang tidak dapat petunjuk sedangkan dia sendiri perlu kepada petunjuk maka bagaimanakah kamu membuat keputusan?
36. Dan tidaklah kebanyakan dari mereka mengikuti melainkan prasangka dan prasangka tidak dapat atasi kebenaran sedikit pun dan Allah mengetahui dengan apa telah mereka kerjakan.
37. Dan tidaklah -lqur-aanu ini diada-adakan dari selain Allah akan tetapi telah disahkan kebenaranya dari dahulu dan telah jelas programnya dan tiada keraguan didalamnya dan pasti datang dari pemelihara alam ini.
38. Atau mereka telah mengatakan yang dianya telah diada-adakan, berkata maka datangkanlah suatu surah seumpamanya dan serulah sesiapa kamu sanggup dari selain Allah jika kamu orang yang benar.
39. Malahan mereka mendustakanya tanpa ilmu pengetahuan dan tidak pernah mereka meneliti tafsiranya dan telah didustakan orang sebelum mereka maka perhatikan akibat balasan kepada orang yang zalim.
40. Dan dikalangan mereka ada yang amanah dan ada juga yang tidak amanah akan tetapi pemeliharamu pasti mengetahui siapa yang telah melakukan pembaziran dan korupsi.
41. Dan jika mereka mendustakan kamu maka katakanlah untuku amalanku dan untukmu amalanmu dan kamu berlepas diri dari apa aku amalkan dan aku berlepas diri dari apa kamu telah amalkan.
Diharap dapat hayati kandunganya!!!!!
chong
September 11, 2010 at 8:51 am
Salam,
Saya telah mula mengikuti blog tuan pada bulan ramadan yg lepas.
Saya boleh memahami logik yg cuba disampaikan,namun seperti pembaca yg lain…ada banyak yg perlu saya pelajari dan soalkan dalam usaha mencari kebenaran.
Saya ingin tahu jika tuan ada menulis topik yg berkisarkan tentang ‘aurat’,hadis yg menceritakan malam isra mikraj yg mana Rasulullah dikatakan menceritakan golongan2 di dalam neraka.
Saya membaca dan hanya satu ayat di dalam quran(sepengetahuan saya) yg menyuruh wanita melabuhkan tutup dari muka ke bahagian dada-ada yg mentafsirkan ayat itu ditujukan kepada perempuan quraisy yg berpakaian mendedahkan dada tetapi menutup bhgn muka dan bukan bermaksud wanita islam wajib memakai tudung dan menutup aurat).Bagaimana pula dgn ayat yg melarang ‘wanita dari memperlihatkan’ perhiasan?Jika difikir secara logik sudah tentulah saya harus melitupi seluruh anggota badan jika memakai perhiasan seperti anting2,rantai leher,gelang tangan,rantai kaki,cincin dsb…
Saya membaca quran dan kebanyakkan ayat2 menyuruh manusia membuat kebajikan kebajikan kebajikan.Namun masyarakat Islam lebih memberatkan hal wanita dan tudung.
Apakah kebenaran yg sebenarnya perihal wanita dan aurat mengikut al-Quran? Apa itu aurat yg sebenarnya?
nia sarah
October 20, 2010 at 2:43 pm
Salam,
Dewasa ini kita selalu dengar kes ragut. Ada wanita yang cedera/mati apabila rantai lehernya diragut. Mungkin kisah itu menjadi indikasi kepada kita mengapa Al Quran menganjurkan wanita agar menutup perhiasan-perhiasan itu.
Secara logiknya, wanita memakai perhiasan-perhiasan itu agar mereka nampak cantik. Namun ada kalanya mereka berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian peragut-peragut yang akhirnya wanita itu sendiri mendapat kesan buruknya.
Jadi kalau nak berhias, berhiasanlah pada tempat yang sesuai dan selamat. Umpamanya di depan suami sendiri ke dan keluarga sendiri ke. Kalau di tempat-tempat awam yang risikonya tinggi, pakai biasa-biasa pun ok dah. Yang penting Allah lihat perhiasan jiwa iaitu akhlak kita.
Juang
October 21, 2010 at 5:16 am
terima kasih Juang atas penerangan tersebut.Tapi bagaimana pula dgn soalan berkisar dgn menutup aurat,bertudung pula?
nia sarah
October 21, 2010 at 1:10 pm
Salam nia Sarah,
Pertama sekali kita semua su
dah tahu, bahawa Tuhan mencipta manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan dan dari pelbagai bangsa dan bahasa. Apabila Tuhan mencipta kedua jenis makhluk ini, maka Tuhan sudah tahu apa kekuatan dan apa kelemahan masing-masing. Itu sudah menjadi ketentuan Tuhan.
Ini bukan bermakna lelaki mempunyai kelebihan (perkara kelebihan lelaki inilah yang salah ditafsirkan oleh Islam Sunni)daripada perempuan. Tuhan sengaja mencipta rupa corak lelaki dan perempuan sedemikian rupa adalah untuk mencapai kestabilan hidup. Dari segi sains biologi, memang nampak beza, baik dari segi fizikal maupun mental.
Perbezaan inilah yang sebenarnya mencantikkan lagi kehidupan manusia. Oleh sebab itulah kita kena faham apa wahyu Tuhan mengenai lelaki dan perempuan di dalam Al-Quran. Al-Quran tidak kata lelaki hanya kerja di luar dan perempuan hanya masak di dapur dan jaga anak dsb.
Sebab itulah, apabila kita tidak ikut wahyu Tuhan (Al-Quran), maka terjadilah suara-suara bantahan dan konflik pemahaman antara lelaki dan perempuan.
Contoh konflik pemahaman akibat tidak ikut Al-Quran:
1. Kaum lelaki tidak galak perempuan jadi pemimpin besar di dalam apa-apa organisasi.
2. Kaum perempuan tidak puas hati dengan kedudukan mereka di dalam masyarakat.
3. Kaum lelaki menganggap kau perempuan kelas dua.
4. Dan lain-lain realiti kehidupan sekarang.
Yang paling parah lagi, apabila timbul hadis-hadis yang memperkecilkan kaum wanita yang tidak terdapat di dalam Al-Quran.
Lihat, apa beza Al-Quran dan Hadis Sahih dan ternyata ada konflik :
Al-Quran :
33:35. Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
Lihat betapa cantiknya wahyu Tuhan di atas. Lihat apa lagi jaminan Tuhan di bawah :
4:124. Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
Baik.
Dua ayat di atas sudah cukup lengkap maknanya.
Sekarang kita lihat apa kata hadis berkenaan wanita :
Sahih Muslim, Buku 036, Hadis No. 6596 :
“Majoriti penduduk di dalam syurga adalah orang miskin dan yang beriman dan majoriti penduduk neraka adalah kaum wanita.”
Nampak hadis di atas berbeza dengan Al-Quran. Al-Quran sama rata saja, tetapi Hadis di atas kata perempuan adalah majority. Pelik bukan?
Sahih Bukhari, Volume 007, Buku 062, Hadis No. 126 :
Diceritakan oleh Imran , Rasulullullah bersabda , “Saya melihat syurga, dan majoriti adalah orang miskin, dan saya melihat neraka, dan majoriti penduduk adalah kaum wanita.”
Kalau kaum wanita melihat hadis karut-marut ini, apakah perasaan mereka? Sudah tentu seolah-olah wanita ini buruk sangat martabat mereka.
Lihat sekali lagi hadis di bawah :
Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya: “(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.”
Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya, bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).”
Jabir (rawi hadis ini) berkata: “Golongan perempuan itu pula tampil bersedekah barang perhiasan badan mereka, mereka meletakkan pada baju Bilal: subang dan anting-anting serta cincin mereka.” (Hadis riwayat Muslim)
Sebenarnya inilah hadis-hadis yang ternyata konflik dengan apa Al-Quran kata, dan Nabi Muhammad sekali-kali tidak pernah mengatakan sesuatu yang betertentangan dengan Al-Quran.
Dengan sebab hadis inilah kita lihat contoh puak Taliban suka memukul kaum perempuan di khalayak ramai, seolah-olah wanita itu binatang. Apabila ada wanita hendak ke sekolah disimbah dengan asid. Ini semua kerja gila orang Islam Sunni Taliban yang langsung bertentangan dengan Al-Quran.
Baik. Berkenaan bertudung bagi kaum wanita.
Lihat apa kata Al-Quran :
24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan TUDUNG KEPADA DADA MEREKA; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Lihat mana ada sebut kepala, tetapi dada (juyubinna). Memanglah, buat apa kaum wanita nak tunjuk dan dedah dada mereka kepada umum. Ini memang jelas. Tapi kalau rambut dan kepala apa yang anehnya?
Lihat Bible Kristian (ingat Bible Kristian bukannya Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa) :
[1 Kor 11:5] Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak ber*tudung*, menghina *KEPALA*nya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.
[1 Kor 11:6] Sebab jika perempuan tidak mau menudungi *KEPALA*nya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia *menudungi* kepalanya.
[1 Kor 11:10] Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di *KEPALA*nya oleh karena para malaikat.
[1 Kor 11:13] Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan *KEPALA* yang tidak ber*tudung*?
Nampak jelas perkara bertudung sebagai ajaran Bible dan bukannya Al-Quran.
Kasihan, kita baca Al-Quran ikut pula kitab Bible, dan orang Kristian sekarang tidak ikut apa kata Bible.
Kalau masih juga hendak bertudung sebagai fesyen silakanlah, tapi kalau nak kata ajaran Al-Quran ternyata tidak betul.
Budaya tetap budaya tapi jangan dkaitkan dengan wahyu Tuhan.
Al-Quran sudah jelas, maka kita manusia boleh mengukur apa yang baik dan buruknya di dalam masyarakat.
message114
October 21, 2010 at 1:55 pm
Salam nia Sarah,
Sambung ….
Kisah Israk Mikraj ini tidak ada di sebut di dalam Al-Quran. Ini semua cderta karut marut dari Israiliyat dan kerja puak Yahudi, yang hendak menjatuhkan maruah orang beriman dengan Al-Quran.
Lihat apa cerita di dalamnya, semuanya pelik-pelik.
Maka sekali lagi, wayhu Tuhan Al-Quran adalah lengkap dalam segala hal ehwal kemanusiaan ,lelaki dan perempuan. Tenang hati kita.
Sekiranya kita ikut selain Al-Quran, maka kita akan hidup di dalam kebingungan (confuse)dan serba tak kena, apa yang kita ikut-ikutan selama ini.
Tuhan sudah meganugerahkan akal dan fikiran dan hati bersih kita untuk menilai apa yang kita buat dalam kehidupan seharian.
message114
October 21, 2010 at 2:04 pm
pbuu,
Kpd nia sarah! utk isra’ mikraj sila rujuk surah 17: Banii Israiilla ayat 1-111 hingga selesai di tread: Ikuti Al Quran bukan buta tuli mereka yang mewarisikanya oleh saya, Augt 27 2010 at 9.48am. Hayati betul2 kerana itulah surah pra-ceramah setiap tahun dibacakan oleh khori jumpatan ayat 1-7, selepas itu penceramah terus meraban hingga tgh malam dgn petikan hadis2 karut marut pastu dijamu nasi beriani/kurma DAN yg paling PENTING episot Pengurusi Majlis huluqqq envelope lea?????? Mereka telah memperdagangkan ayat2 KU dgn harga terendah, ya!!bedap beduuuuu!!
Sekian Salaaaaaaaaaaaaam.
chong
October 21, 2010 at 7:17 pm
Salam,
Terima kasih atas penerangan dan pertolongan semua.Insyallah,akan saya teliti dan fahamkan.
nia sarah
October 21, 2010 at 10:00 pm
Salam,
Kalau kita perasan sesuatu, riwayat hadis memang ditulis agar manusia bingung membacanya. Dengan ayat-ayat yang penuh cerita khayalan dan tak logik, menyebabkan otak kita terbantut (contohnya dalam riwayat hadis israk mikraj). Apabila bingung membacanya, menyebabkan manusia akan menurut cakap ulamak-ulamak ugama, kononnya mereka sahajalah yang tahu maksud sebenar riwayat itu. Akhirnya minda manusia digembalakan oleh golongan tersebut.
Sebaliknya Al Quran adalah ayat-ayat yang ditulis secara lurus atau straight to point. Mudah semua manusia memikirkannya seperti yang dianjurkan dalam ayat 16:44. Oleh kerana Al Quran mudah difikirkan kerana buktinya ada di serata alam, maka semua manusia mudah memahami Al Quran tanpa perlu menurut membuta-tuli ulamak-ulamak ugama. Itulah cara Al Quran meruntuhkan perbuatan menyekutukan Allah iaitu dengan menggalakkan manusia yakin akan keupayaan diri masing-masing untuk memikirkan kebenaran Al Quran.
Bebaskan minda sendiri daripada kongkongan mana-mana pihak. Kita ada maruah diri. Pertahankan maruah itu. Belajar yakin menggunakan akal sendiri. Itulah yang dianjurkan oleh semua para Nabi.
Juang
October 22, 2010 at 6:51 am
Salam,
Berkenaan ajuran Al Quran agar wanita mukmin menutup dada, kita boleh nampak rasionalnya iaitu bahagian dada wanita adalah kawasan yang boleh merangsang syahwat lelaki kerana bentuknya yang berbeza dengan lelaki. Ada perbezaan biologi yang Tuhan tetapkan di situ. Ada tarikan magnet di situ.
Tetapi anjuran menutup kepala/rambut, tiada rasionalnya kerana rambut lelaki dan wanita sama sahaja. Lelaki boleh berambut panjang, wanita pun boleh. Lelaki boleh berambut pendek, wanita pun boleh. Tiada perbezaan dari segi biologi (yang Allah tetapkan). Perbezaan pada rambut hanyalah pada fesyen yang manusia ciptakan.
Kita nampak apa yang Al Quran anjurkan, ada bukti-bukti yang nyata yang boleh difikirkan. Sedangkan apa yang riwayat hadis tetapkan, hanya atas dasar hujah yang kosong dan mengada-adakan sesuatu perkara sahaja.
Juang
October 22, 2010 at 7:02 am
pbuu,
Memang tepat sekali Juang!!!Jika tidak ini dpt dr Allah!
10:100. Dan tiadalah suatu jiwa akan amanah kecuali dengan izin Allah dan akan dijadikan najis/-rrijsa/kotoran atas orang yang tidak mengunakan akalnya untuk berfikir.
Ulang tayang ayat,
16:44. Dengan penjelasan dan artikel/azzuburi, Kami turunkan kepadamu peringatan supaya kamu dapat menjelaskan kepada manusia apa yang telah diturunkan dan mereka dapat fikirkan.
Selamat PIQIAK lea!!!bersama!!!!!Salaaaaaaaaaaaam.
chong
October 22, 2010 at 11:53 am
Salam TM,
Boleh cam siapa sy?? Ha,ha,ha,ha, aka jebon aka berhujah ha,ha,ha,ha…. ingat tak masa di blog lama sy dulu, kita ada bincang mengenai banjir di Malaysia dan persoalan terowong smart?? Sy tak dapat jelaskan krn susah nak jelaskan dlm bentuk tulisan, namun sy ada buat posting mengenai banjir dlm blog terbaru sy lihat diblog ini…. http:/matrojak.blogspot.com
Manalah tahu ada kemasukan info….
Matrojak
January 22, 2013 at 12:50 am
Kalau rasa teruja beranikah menjenguk
blog saya… murdan
Murdan
February 6, 2013 at 4:25 am