Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Solat: Sembahyang atau Komitmen?

with 20 comments

Ulama-ulama Islam berkata “solat” merupakan tiang agama, diwajibkan oleh Tuhan secara khusus kepada umat Al-Quran. Sebab itulah pada hari ini kita lihat hanya umat Islam yang solat sedangkan umat-umat Al-Kitab terdahulu tidak, kata mereka.

Sebenarnya ulama-ulama Islam telah menipu umat Islam. Jika kita teliti semua rasul terdahulu juga “solat” dan mereka, sama seperti Nabi Muhamad, mengajak umat mereka “solat”. Perkara ini jelas dinyatakan di dalam Al-Quran. Tidak ada beza “solat” Nabi Muhamad dengan “solat” Nabi Ibrahim, dengan “solat” Nabi Isa, “solat” Nabi Musa, Nabi Ayub dan sebagainya.

Mari kita lihat contoh umat dan Nabi terdahulu dengan “solat” mereka mengikut tafsiran ulama-ulama Islam.

“Solat” Bani Israel

2:83 “Dan, ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil: “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat“. Kemudian kamu berpaling membelakangkannya kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya”.

“Solat” Nabi Isa

19:31 “Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup“.

Dua contoh di atas sebenarnya sudah cukup untuk menjelaskan bahawa Nabi-Nabi dan kaum-kaum Al-Kitab terdahulu juga diperintahkan supaya “solat” oleh Tuhan. Tidak ada bezanya perintah “solat” kepada mereka dengan “solat’ yang ditperintahkan ke atas Nabi Muhamad dan kita semua. Periksalah semua ayat-ayat yang mengandungi perkataan “solat” atau sembahyang di dalam Al-Quran dan kita akan dapati “solat” semua Nabi termasuk Nabi Muhamad dan pengikut mereka yang percaya merujuk kepada perkara atau perintah yang sama.

Tetapi mengapa ulama-ulama kata “solat” diperintahkan kepada umat Islam sahaja? Dalam keadaan seperti ini tentulah ada pihak yang tidak bercakap benar. Siapakah agaknya yang tidak bercakap benar? Tuhan atau ulama-ulama ini? Saya percaya ulama-ulama inilah yang telah berbohong. Dan saya memilih untuk percaya kepada Al-Quran.

Sebenarnya perkataan “solat” tidak wujud di dalam Al-Quran. Perkataan yang sebenarnya adalah solaa. Begitulah perkataan itu dibaca di dalam Al-Quran. Bagaimanapun apabila mereka meninggalkan Al-Quran, umat Islam mengubah perkataan berkenaan menjadi “solat” yang membawa maksud sembahyang ritual. Maksud sebenar perkataan solaa adalah komitmen.

Tuhan mahu kita, manusia, menunaikan semua komitmen (solaa) kita. Semua komitmen berkenaan terkandung di dalam Al-Kitab-Nya yang diutuskan melalui rasul-rasul. Apa saja yang diperintahkan, ditetapkan, dibenarkan dan dibataskan oleh Tuhan melalui Al-Kitab perlu menjadi komitmen kepada kita. Nabi-nabi, rasul-rasul dan umat mereka yang percaya kepada Al-Kitab menyerahkan sepenuhnya hidup mereka kepada Tuhan. Mereka komited kepada jalan hidup yang telah dihamparkan oleh Tuhan. Jalan yang lurus untuk kita berkhidmat kepada Tuhan dan seterusnya menjadi khalifah yang berjaya.

6:162 “Katakanlah: “Sesungguhnya komitmenku dan pengorbananku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

Mari kita lihat kembali contoh ayat-ayat yang telah saya kemukakan di atas. Kali ini kita kembalikan maksud yang hak, iaitu solaa sebagai komitmen.

Komitmen Bani Israel

2:83 “Dan, ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil: “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan tunaikanlah setiap komitmen dan murnikanlah ia (uphold commitments and keep them pure)“. Kemudian kamu berpaling membelakangkannya kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya”.

Tidakkah apa yang diperintahkan oleh Tuhan kepada Bani Israel seperti jangan menyekutukan Allah, berbuat baik kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan bercakap perkara-perkara baik itu semuanya sama dengan apa yang Tuhan perintahkan ke atas kita? Semua perkara itulah yang dimaksudkan Tuhan sebagai solaa (komitmen) kita, dan solaa (komitmen) Bani Israel dan solaa (komitmen) semua orang yang percaya, yang Tuhan nak kita tunaikan.

Sementara itu cuba kita tengok siapakah orang yang tidak solaa atau tidak komited kepada apa yang telah Tuhan gariskan.

107: 1-7 Tidakkah kamu lihat orang-orang yang mendustakan deen (cara hidup yang telah ditetapkan Allah)? Mereka mengabaikan anak-anak yatim. Mereka tidak memberi makan orang miskin. Oleh itu celakalah mereka yang telah berjanji tetapi tidak mengambil berat komitmen mereka. Mereka cuma menunjuk-nunjuk dan baghkil.

Komitmen Nabi Isa

19:31 Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku menunaikan setiap komitmen dan memurnikan ia (uphold commitments and keep them pure) selagi aku hidup.

Apakah komitmen-komitmen Nabi Isa? Tidakkah semuanya sama dengan komitmen-komitmen yang telah ditetapkan Tuhan kepada Nabi-Nabi lain juga? Melalui Al-Quran cuba kita periksa apa yang telah diwahyukan oleh Tuhan kepada Nabi Isa.

Dalam posting yang ringkas ini saya yakin apa yang cuba saya sampaikan telah saya sampaikan dengan agak jelas. Dan saya amat berharap supaya sesiapa yang tidak percaya mengambil langkah positif untuk membuat pemeriksaan sendiri.

2:2-3 Al-Kitab ini tiada sebarang keraguan, pedoman kepada mereka yang meneliti, mereka percaya kepada yang ghaib dan memegang teguh komitmen-komitmen mereka dan mereka memberi dari apa yang Kami bekalkan.

Written by tolokminda

December 25, 2009 at 12:24 pm

Posted in Solaa | Solat

Tagged with , ,

20 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Saya kurang pasti solat itu diambil dari kata dasar apa,solaa atau solawat. Tetapi kalau kita merujuk kepada beberapa ayat seperti,””Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki…(5:6). Seolah-olah ayat ini meyakinkan kita bahawa solat adalah satu ritual yang kita lakukan kini. Pada saya lagi, solat adalah sebahagian daripada komitmen kita kepada Allah. Betulkan saya jika saya silap.

    Penulis

    December 31, 2009 at 5:22 pm

  2. Salam Penulis,

    Kata dasar bahasa Arab ni memang agak asing kepada kita sebab kita bukan orang Arab dan tidak berkemahiran dalam bahasa itu. Tetapi kadang kala sesuatu jawapan boleh kita temui dengan cara tidak langsung.

    Misalnya dalam posting di atas, saya tidak menumpukan hujah saya kepada akar huruf perkataan solaa sebaliknya saya membawa hujah tentang bagaimana rasul-rasul terdahulu dan umat-umat mereka yang patuh turut melakukan solaa seperti mana Nabi Muhamad dan kita sepatutnya solaa.

    Kalau tuan Penulis periksa setiap kenyataan Tuhan mengenai solaa, semuanya jelas merujuk kepada perkara yang sama tanpa mengira kepada siapa ia dirujuk.

    Jika benar ritual solaa Rasul-Rasul terdahulu sama dengan ritual solaa Nabi Muhamad tentulah kita akan dapati ritual solaa orang Yahudi, orang Kristian, orang Hindu, Buddha dan sebagainya semuanya sama atau sekurang-kurangnya hampir sama..

    tolokminda

    January 1, 2010 at 3:25 am

  3. Salam,

    Apakah kita yakin bahawa amalan solat agama lain mengikut cara yang betul? Saya masih lagi berpegang bahawa solat adalah ada ritualnya. Kalau tidak masakan Allah menyuruh kita berdiri semasa solat seperti dalam ayat 5:6 dan dalam ayat

    4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.

    Bukankah daripada ayat-ayat ni, solat ada ritualnya.

    Penulis

    January 1, 2010 at 8:37 am

  4. Cuba lihat daripada ayat 4:101 di bawah;

    4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidaklah bersalah ke atas kamu untuk memendekkan solat, jika kamu takut orang-orang yang tidak percaya akan menganiaya kamu; orang-orang yang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.

    4:102. Apabila kamu di kalangan mereka,…

    “Mereka” dalam ayat 4:102, itu merujuk kepada orang2 yang tidak percaya dalam ayat 4:101. Jadi, takkanlah Rasulullah melakukan solat ritual bagi orang2 tak percaya itu dan segolongan mereka berdiri (berjemaah) dengan Nabi? Bukan ke tak masuk akal Nabi bersolat ritual berjemaah bersama musuh?

    Tetapi kalau dikatakan komitmen, ada kebenarannya, sebab Nabi komited nak kalahkan orang2 tak percaya, dan orang2 tak percaya itu pun komited nak kalahkan orang2 beriman ketika peperangan.

    Namun ada sesetengah terjemahan membuat kata2 dalam kurungan bahawa “mereka” dalam ayat 4:102 itu adalah para sahabat. Tetapi jika kita baca daripada ayat 4:101, ada sesuatu yg tak kena dengan solat ritual itu.

    Juang

    January 1, 2010 at 10:38 am

  5. Salam Penulis dan Juang,

    Pada umumnya ayat 4:102 memang 4:103 memang antara ayat popular sebagai dalil solat atau sembahyang ritual. Bagaimanapun saya nampak ia sebenarnya tidak. Ayat ini agak menarik untuk dibincangkan dengan sendirinya. Maka saya akan tulis dalam posting khusus.

    tolokminda

    January 1, 2010 at 11:52 am

  6. Salam,

    Penulis:
    “Saya kurang pasti solat itu diambil dari kata dasar apa,solaa atau solawat. Tetapi kalau kita merujuk kepada beberapa ayat seperti,””Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki…(5:6). Seolah-olah ayat ini meyakinkan kita bahawa solat adalah satu ritual yang kita lakukan kini. Pada saya lagi, solat adalah sebahagian daripada komitmen kita kepada Allah. Betulkan saya jika saya silap.”

    Itha qumtum ila alssalati yang merupakan potongan ayat 5:6 di atas, diterjemahkan:
    apabila kamu berdiri untuk solat,

    merupakan dasar kuat yang meyakinkan bahwa ada ritual solat, karena ada tata cara berbasuh/berwudhu, yang sangat jelas dalam terjemahan:

    Ya ayyuha allatheena amanoo itha qumtum ila alssalati faighsiloo wujoohakum waaydiyakum ila almarafiqi waimsahoo biruoosikum waarjulakum ila alkaAAbayni wain kuntum junuban faittahharoo wain kuntum marda aw AAala safarin aw jaa ahadun minkum mina alghaiti aw lamastumu alnnisaa falam tajidoo maan fatayammamoo saAAeedan tayyiban faimsahoo biwujoohikum waaydeekum minhu ma yureedu Allahu liyajAAala AAalaykum min harajin walakin yureedu liyutahhirakum waliyutimma niAAmatahu AAalaykum laAAallakum tashkuroona

    # 5:6 (Malay) “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan salat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.”

    Qumtum adalah kata kerja bentuk lampau (fi’il madhi/past tense), sehingga sama sekali tidak dapat diterjemahkan dengan hendak mengerjakan, tetapi harus telah mengerjakan.

    Jadi sangat aneh, koq salat dulu baru berbasuh/berwudhu.

    Itha qumtum ila alssalati lebih tepat diterjemahkan:
    apabila kamu telah kukuh kepada salat,

    daripada diterjemahkan:
    apabila kamu berdiri untuk solat.

    Kata ila adalah berarti kepada.

    Kata lainnya:

    Waimsahoo biruoosikum seharusnya diterjemahkan,
    dan sapulah dengan kepalamu, bukan
    dan sapulah kepala kamu.
    Kata bi dari biruoosikum, jangan dihilangkan.

    Terjemahnnya menjadi aneh bukan? Dan mendorong kita untuk berpikir!

    Faried

    March 29, 2010 at 1:23 pm

  7. Salam Faried,

    Tuan memiliki kelebihan kerana tahu bahasa Arab. Saya harap tuan dapat menyumbang lebih banyak pencerahan untuk manfaat bersama di blog ini.

    Di samping itu ayat 5:6 itu saya ada bincang di artikel ini.

    tolokminda

    March 29, 2010 at 1:37 pm

  8. Ya betul kata Faraid,
    Kewujudan AlQuran 5:6 menguatkan lagi bahawa solat itu adalah ritual di mulakan dengan berwuduk.
    Maka tidak lah ia satu komitmen yang general/am seperti di maksudkan En Tolokminda, malah isolat adalah komitmen yang specific/khas.

    Sebagai konklusi …Fahaman En.Tolokminda adalah salah.

    Kenapa solat nabi2 lain berbeza ?? Itu kerana terlupa ataupun agama asalnya telah di korupsi, sebab itu Allah utuskan nabi Muhammad.

    Tidak perlu lagi di bahas bab solat @ komitmen fahaman En Tolokminda seba ianya sudah di tahafut/refute/di nafikan denga bukti AlQuran 5:6.

    pakyeh

    March 30, 2010 at 7:43 pm

  9. @pakyeh,

    Kalau menurut Alquran, berwuduk/berbasuh dilakukan setelah solat, bukan sebelum solat.

    Kata qumtum dalam 5:6 adalah kata kerja bentuk lampau (fi’il madhi), sehingga

    tidak benar, jika diartikan bahwa

    qumtum = kamu hendak mengerjakan/melakukan/menngukuhan, seharusnya diartikan

    qumtum = kamu telah mengerjakan/melakukan/mengukuhkan, lebih tepatnya

    qumtum = kamu telah kukuh.

    Ya ayyuha allatheena amanoo itha qumtum ila alssalati faighsiloo wujoohakum waaydiyakum ila almarafiqi waimsahoo biruoosikum waarjulakum ila alkaAAbayni wain kuntum junuban faittahharoo wain kuntum marda aw AAala safarin aw jaa ahadun minkum mina alghaiti aw lamastumu alnnisaa falam tajidoo maan fatayammamoo saAAeedan tayyiban faimsahoo biwujoohikum waaydeekum minhu ma yureedu Allahu liyajAAala AAalaykum min harajin walakin yureedu liyutahhirakum waliyutimma niAAmatahu AAalaykum laAAallakum tashkuroona

    # 5:6 (Malay) “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan salat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.”

    Faried

    March 31, 2010 at 8:54 am

  10. yang menulis karangan ini tidak faham bahasa arab, menurut hemat saya sebaiknya belajar bahasa arab dulu (nahwu dan shorof) sehingga mampu mengartikan kalimat sholat.

    bj hidayat

    April 10, 2010 at 12:38 pm

  11. apabila kita tak tahu, kita blajar dari orang yang tahu yang berilmu – bukannya kita ikut dorongan hati dan ego [akal sesat] dan sewenang merumuskan ajaran baru, contohnya seperti kaedah orientalis barat yg memahamkan Quran dari sudut kajian semata-mata.

    di Malaysia, penulis dan pemikir kabur seperti Kassim Ahmad dan JAM cuba bawa ajaran yg begitu kerana menolak sunnah dan hadith. kononnya, mereka adalah reformis dan pemikir hebat.

    Hibatullah

    April 10, 2010 at 1:18 pm

  12. aku nampak macam solat tu ialah pergi mendengar ceramah nabi sebab tu kena bersihkan diri dan pakai wagian jika tiada air . dari sinilah terbentuknya satu masyarakat yg mendalami ilmu pengetahuan yg asalnya di monopoli oleh kaum yahudi dan nasrani yg lebih awal terma kitab .

    slipar

    April 10, 2010 at 1:31 pm

  13. Hibatullah wrote: di Malaysia, penulis dan pemikir kabur seperti Kassim Ahmad dan JAM cuba bawa ajaran yg begitu kerana menolak sunnah dan hadith. kononnya, mereka adalah reformis dan pemikir hebat.

    Selalu saya memikirkan, jika insan seperti Kassim Ahmad itu kabur pemikirannya, sudah pasti orang-orang yang tidak bersetuju dengan beliau senang-senang sahaja gunakan ayat-ayat Al Quran untuk menunjukkan di mana salahnya Kassim Ahmad dan di mana benarnya mereka. Ini kerana Rasulullah buktikan kebenaran yang ada pada dirinya menggunakan ayat-ayat Al Quran sahaja, bukannya kitab-kitab imam-imam tertentu (sebab Rasulullah hidup dahulu sebelum imam-imam itu).

    Malangnya, terbalik pula. Yang dikatakan kabur pemikirannya itulah yang lebih teguh guna Al Quran sedangkan yang pihak tidak bersetuju tidak mampu bawakan ayat-ayat Al Quran sebagai dalil.

    Sama juga seperti yang terjadi dalam blog TM ini. Yang menentang TM itu tak mampu guna Al Quran sebagai dalil, tetapi mereka perasan mereka pengikut Al Quran dan Rasulullah. Sebaliknya TM dilihat lebih komited nak berpegang pada Al Quran.

    Takkanlah yang tidak komited pada Al Quran itu layak dikatakan pengikut Al Quran dan Rasulullah? Perangai mereka sama macam orang-orang Yahudi dan Nasrani yang tidak komited berpegang pada Taurat dan Injil, tetapi mereka perasan mereka pengikut Nabi-nabi terdahulu itu.

    Allah tunjukkan kembali sikap Yahudi dan Nasrani itu dalam masyarakat Islam hari ini agar mudah kita faham situasi bagaimana Rasulullah menghadapi orang-orang Yahudi dan Nasrani yang perasan mereka ikut ajaran sebenar Nabi-nabi mereka.
    🙂

    Juang

    April 11, 2010 at 2:51 am

  14. agaknya apa komitmen tuan2 ye?,maksud saya dimana kesudahannya……,

    shah

    April 12, 2010 at 1:43 am

  15. ingatlah,firaun itu seorang yg hebat akalnya,berjaya membina binaan yg mengagumkan semata2 kerana ingin melihat Tuhan Musa alaihi salam tapi bila yg di cari tak dilihatnya,dia terus menuduh nabi Musa penipu.,renung2kanlah ye.,

    ingat lagi,ketika firaun tahu dia akan mati,taubatnya dah tak diterima lagi,jangan jadi macam firaun ye.,
    qarun sembah apa ye?.,
    gunakanlah akal tu sebaik baiknya.,ingat2 ye…,

    shah

    April 12, 2010 at 1:54 am

  16. Salam,

    shah wrote: agaknya apa komitmen tuan2 ye?,maksud saya dimana kesudahannya…

    Bagi orang yang percaya kepada Keesaan Allah, komitmen utama mereka adalah untuk hidup tidak menyekutukan Allah dengan sebarang objek. Bagaimana mereka nak beramal dan mencorakkan hidup mereka, itu terpulang kepada kreativiti mereka masing-masing. Yang penting, jangan menyekutukan Allah dengan sebarang objek. Ini kerana orang-orang yang menyekutukan Allah akan hilang daya kreativiti mereka sehingga mereka hidup menurut membuta-tuli bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya.

    Berlandaskan Al Quran, orang-orang beriman tidak akan mati, walaupun dari segi fizikalnya mereka dipisahkan daripada jasad. Jadi bagi orang beriman, tiada erti kesudahan dalam berkomitmen untuk tidak menyekutukan Allah. Ini kerana secara logiknya, jika komitmen tidak menyekutukan Allah itu ada kesudahannya, sudah pasti selepas itu manusia itu akan menyekutukan pula.

    Juang

    April 12, 2010 at 8:10 am

  17. Salam,

    shah wote: ingatlah,firaun itu seorang yg hebat akalnya,berjaya membina binaan yg mengagumkan…

    Benarkah firaun seorang yang hebat akalnya jika kita melihat mengikut kaca mata Al Quran? Cuba kita fikirkan;

    1) jika benarlah firaun seorang yang hebat akalnya, sudah pasti dia sendiri yang berhujah dengan Nabi Musa, bukannya panggil tukang-tukang sihirnya. Hanya orang yang bodoh sahaja tiada keupayaan sendiri untuk sandarkan pegangannya kepada individu-individu tertentu macam perangai sesetengah orang Islam hari ini yang sandarkan pegangan mereka pada imam-imam tertentu. Mereka tiada keupayaan diri untuk menilai dan menyelidik. Otak mereka mandul.

    2) jika benarlah firaun seorang yang hebat akalnya, jika dia mahu sokongan hujah sekalipun pun sepatutnya dia panggil para saintis atau jurutera yang membina bangunan itu untuk berhujah dengan Nabi Musa, bukannya tukang sihir yang tidak menyumbangkan manfaat ke arah pembangunan ketamadunan manusia itu.

    3) jika benarlah firaun seorang yang hebat akalnya, sepatutnya selepas dia melihat tanda-tanda kebenaran yang ada pada Nabi Musa, dia dahulu yang bertaubat, bukannya pergi serang Nabi Musa. Cuba kita lihat sifat-sifat para saintis hari ini. Apabila ada seseorang saintis berjaya kemukakan sesuatu hukum yang benar, saintis lain akan turut membenarkannya, bukannya pergi serang saintis tersebut.

    Jadi, berdasarkan faktor-faktor di atas, dakwaan mengatakan firaun adalah seorang yang hebat akal adalah lemah jika kita melihat mengikut persepktif Al Quran.

    Firaun adalah seorang yang sombong dengan kedudukannya. Orang-orang yang sombong, pasti dicabut kebijaksanaannya. Sebab itu banyak ayat Al Quran menyebut yang Allah tak suka orang-orang yang sombong. Kalau manusia itu sombong juga, nanti jadi orang-orang yang bodoh sombong.

    Orang yang sombong, tanda-tandanya adalah mereka sombong dengan ayat-ayat Allah (Al Quran). Bila diajak kembali kepada Al Quran, mereka membantah dengan 1001 alasan.

    Itu hukum Allah yang termaktub sejak dahulu, kini dan selamanya.

    Juang

    April 12, 2010 at 8:26 am

  18. hehe.,tak baca alquran ke?.,dah dijelaskan bahwa firaun yg mengajarkan sihir pada mereka.,

    ada juga dikalangan saintis moden mangatakan sains adalah sihir moden.,

    mumia firaun menjadi bukti dan saintis2 telah dapat membongkar bagaimana mayat firaun diawetkan.,agaknya kaum firaun buat sihir tu sebab mereka barharap firaun hidup kembali kowt.,maklumla firaun tu kan pemimpin agung mereka.,tapi yg pasti itulah janji ALLAH sebagai peringatan untuk kita…,

    shah

    April 12, 2010 at 9:58 pm

  19. Salam,

    Shah wrote: hehe.,tak baca alquran ke?.,dah dijelaskan bahwa firaun yg mengajarkan sihir pada mereka.

    Jika Firaun mengajar sihir kepada ahli-ahli sihir tersebut, sepatutnya selepas ahli-ahli sihir itu kalah kepada Nabi Musa, Firaun sebagai tok guru ahli sihir itu mampu berhujah dengan matang dengan Nabi Musa jika benar Firaun seorang yang hebat akalnya. Tetapi sebab Firaun menunjukkan perangai kebudak-budakan (tidak boleh terima kekalahan) sehingga mahu menyerang Nabi Musa, itu menunjukkan bukti jelas ketumpulan akal Firaun. Dia tidak mampu berhujah dengan matang.

    Jadi dakwaan mengatakan Firaun seorang yang hebat akalnya adalah tidak berasas mudah-mudah sahaja dipatahkan.

    Orang-orang yang hebat akalnya akan memiliki sifat-sifat mulia seperti para Nabi. Kalau seseorang itu bersifat zalim, itu bukannya orang yang hebat akalnya.

    mumia firaun menjadi bukti dan saintis2 telah dapat membongkar bagaimana mayat firaun diawetkan.,agaknya kaum firaun buat sihir tu sebab mereka barharap firaun hidup kembali kowt

    Kalau kita fikirkan, manusia mengawet binatang-binatang yang telah mati bagi dijadikan bahan sejarah untuk generasi akan datang, bukannya kerana berharap binatang itu hidup kembali.

    Ini kerana, ikut ilmu sains, mayat sudah hancur dalam tanah pun boleh dibangkitkan kembali. Konsepnya mudah, jika ada hukum yang mengizinkan sesuatu itu dihuraikan jadi hancur, pasti ada hukum yang mengizinkan sesuati itu dicamtumkan. Sama konsepnya seperti penghuraian ais menjadi was air, dan pembekuan wap air jadi ais.

    Juang

    April 13, 2010 at 6:06 am

  20. salam
    shalah atau shalat adalah suatu ibadah tambahan bagi manusia yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang dianugerahkan Allah sebagai fasilitas mendekatkan diri hamba-hambanya. shalat berisikan zikir dan doa dan waktunya dari petang hingga terbenamnya fajar.

    dajjal

    November 15, 2010 at 12:04 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: