Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Ajukan Soalan Anda Di Sini

with 83 comments

Salam,

Jika para pembaca budiman mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan mengenai apa-apa saja yang wajar, sila ajukan di dalam ruangan komen di bawah. Ia adalah medan terbuka kepada sesiapa saja yang mahu bertanya dan sesiapa saja yang berminat untuk menyumbang jawapan kepada mana-mana persoalan yang diajukan. Saya berpendapat ia adalah kaedah yang paling baik untuk kita berkomunikasi dalam laman ini.

Pengwujudan ruangan ini adalah sebagai respond kepada mereka yang berminat mendapatkan email saya untuk mengajukan soalan. Maaf beb, saya bukan Tok Guru serba tau. Saya pun kena fikir kuat-kuat dan semak sana-sini untuk memahami sesuatu ayat Quran. Laman ini saya adakan bukan untuk menunjukkan bahawa saya tahu. Tetapi adalah sebagai satu dorongan atau alasan untuk saya berusaha mendekati dan memahami Al-Quran. Jadi sama-samalah kita manfaatkannya.

Silakanlah kemukakan persoalan dan mulakanlah perbincangan secara terbuka, waras dan bernas di sini…

Written by tolokminda

April 3, 2011 at 4:49 am

83 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Semoga damai milikmu 🙂
    Saya suka cara awak menyampaikan permaknaan isi Al-Quran.. tahniah! penuh dengan usaha dan pencarian Saya dan beberapa rakan sedang berusaha memahami Al-Quran tertapi di group FB .. solaa bagi awak komitmen bagi saya seakan sama dengan pendapat saya.. solaa pada saya adalah aturan/peraturan.. aturan Tuhan dalam Al-Quran.. zakat pula adalah sucikanlah solaa.. maaf saya tidak dapat memberi penerangan yang lebih detail kerna sedang belajar lagi.. Kami sedang mula mempelajari Al-Quran dengan menterjemah dengan Kamus Al-Munawwir Arab-Indonesia.. Selamat berkenalan sahabatku:) saya orang Malaysia.. awak orang mana? terasa ingin berkanalan di dunia nyata 🙂 moga dipermudahkan urusan selalu.. Tuhan yang memakbulkan doa:)

    Pencari Syurga Tuhan

    April 8, 2011 at 8:50 pm

  2. bar kochba

    April 26, 2011 at 3:26 am

  3. Salam PST,

    Maaf lama tidak masuk sini. Saya berpendapat kita semua sebenarnya baru saja berani membuka Quran dengan tujuan untuk memahaminya. Maka pada peringkat ini sudah pasti kita akan mendapat macam-macam pandangan tentang sesuatu perkara. Ia adalah normal dan tidak sekali-kali menjadi satu kesalahan. Sekurang-kurangnya saya berpendapat begitu.

    Bagaimanapun di sepanjang perjalanan kita belajar, semakin banyak perkara baru yang bakal kita fahami dan akhirnya ia akan turut menjelaskan perkara-perkara yang mungkin selama ini tidak dapat kita putuskan. Ia seumpama menyiapkan sebuah papan puzzle, jalan menyudahkannya tidak perlu ikut turutan tertentu.

    Saya melihat proses memahami sesuatu perkara di Al-Quran sebenarnya tidak berbeza dengan proses kita memahami perkara-perkara lain dalam dunia ini. Dalam soal makanan misalnya, kita tidak terus kenal vitamin A atau B atau C atau protein atau karbohidrat dan sebagainya. Begitu juga kita tidak memahami struktur DNA secara tiba-tiba. Sepertimana juga, kita tidak memahami segala elemen yang terkandung di dalam spektrum elektromagnetik dengan serta merta.

    Semuanya memerlukan proses pemahaman yang panjang dan hanya mereka yang benar-benar fokus kepada mencari kebenaran akan menemui jawapannya. Di sepanjang proses itu ramai yang tersilap membuat tafsiran, salah kiraan dan sebagainya. Tetapi apabila jawapan yang benar diperolehi setiap orang bersedia menerimanya dan mereka sama-sama memperoleh faedah dari kebenaran berkenaan.

    Jadi sebelum kebenaran yang kita cari itu menjadi jelas, adalah penting untuk kita membuka minda kita kepada semua pendapat. Sekurang-kurangnya, ia pasti meluaskan pilihan kita untuk mengenalpasti pendapat manakah yang terbaik buat sesekian masa itu.

    Sebab itulah saya berpendapat kesilapan paling besar yang kita lakukan ke atas Al-Quran adalah apabila kita tidak berani membincangkan secara bebas dan terbuka tentang isi kandungan Kitab itu dan bukan sebaliknya. Bagaimana kita hendak mendapatkan sagu kalau kita takut memecahkan ruyungnya?

    tolokminda

    May 5, 2011 at 9:06 pm

  4. Salam BK,

    Tq.

    I believe masjidilharam is not referring to a specific term of definition. But I believe it is a common term referring to any condition that could universally be accepted as appropriate regardless whether it is something specifically decreed by God in His khitab or not.

    For example, establishing a peace treaty between a warring parties is a condition that is in line with the concept of masjidilharam which we can find it decreed specifically by God in the Quran. But developing cars is not one of those specifically mentioned decrees, but it is still something within the masjidilharam because in general cars bring benefits to people.

    As I see it, the term masjidilharam in Quran can be easily defined by examining the context of the verses carrying it.

    tolokminda

    May 5, 2011 at 10:02 pm

  5. Salamun alaykum tuan

    Need your input and terjemahan on the word “bersemayam di arasy”

    Thank you

    nujumpabelalang

    July 1, 2011 at 9:44 am

  6. Salam NPB,

    Saya tidak dapat membantu tuan menterjemahkan “bersemayam di arasy”. Kalau ada sesiapa yang dapat membantu kita alu-alukan.

    tolokminda

    July 1, 2011 at 3:22 pm

  7. Salam TM,

    saya mencari posting berkenaan sihir menurut quran.TM pernah kaji tak?bila seseorang terkena sihir,kebiasaan akan mencari mereka yg arif ilmu perubatan tradtional.kadang2 boleh menyebabkan syirik,bila jadi pergantungan yg agak extreme.Secara peribadi,sihir susah masuk jika hati manusia kuat.Tapi kadang2 ada masa hati manusia lemah…terutama wanita,ada byk pengaruh hormone kan…

    jika kita mahu pergantungan direct dgn Allah tanpa apa2 medium dlm usaha melawan sihir,sudah tentu tak cukup dgn doa..doa…doa…selain dr kisah tongkat,kisah syaitan yg mengajar sihir d manusia…ada tak ayat yg menyentuh tentang kaedah melawan sihir?

    niasarah

    July 16, 2011 at 7:05 am

  8. Salam,

    Kisah Nabi Musa melawan ahli sihir Firaun mungkin boleh dijadikan pedoman untuk melawan sihir. Pada pendapat saya, sihir hanyalah permainan psikologi. Orang-orang yang lemah jiwanya dan mudah takut-takutkan dengan perkara-perkara tak masuk akal, mereka mudah terkena sihir.

    Kalau sihir itu suatu yang kuat, pasti ahli-ahli sihir yang terkenal di nusantara boleh menyihir tentera Amerika ketika perang di Iraq dan Afghanistan dahulu. Tentu mereka boleh menyihir agar peluru perpandu yang dilepaskan oleh kapal-kapal Amerika itu berpatah balik ke pangkalan-pangkalan tentera tersebut.
    Tetapi mereka tidak boleh buat begitu melainkan mereka menyihir sesama Melayu kerana hasad dan dengki kerana rata-rata jiwa orang Melayu amatlah lemah (akibat perasaan eksklusif dalam diri mereka).

    Juang

    July 16, 2011 at 9:38 am

  9. Salam TM

    Saya mohon huraian tuan tentang surah Quraisy (106)

    Puteri

    August 19, 2011 at 8:45 pm

  10. Salam Puteri,

    Saya berpendapat surah Quraisy merupakan satu notis khusus dari Tuhan supaya orang-orang yang percaya menjamin keselamatan dan kebebasan kabilah perdagangan orang-orang Quraish menjalankan aktiviti mereka. Oleh itu cerita bahawa Nabi telah menyerang hendap kabilah Abu Sufyan di Bukit Badar berkemungkinan besar adalah pembohongan semata-mata.

    tolokminda

    August 19, 2011 at 9:22 pm

  11. Salam TM,

    Mungkin saya terlepas pandang tentang ni dilaman Tuan, jadi saya bertanya di sini.
    Melalui post Tuan – https://tolokminda.wordpress.com/2010/10/06/jangan-ikut-tabiat-orang-yahudi-atau-kristian/, Tuan terjemah ‘alnnasara’ sebagai orang Kristian. Merujuk pada laman di sini http://www.studyquran.co.uk/PRLonline.htm, mereka terjemah ia sebagai menolong,membantu, melindungi (to assist/aid, succour, protect)

    Jika dilihat pada akar Nun Saad Ra, kadang-kadang ia diterjemah sebagai ‘Nasrani/Kristian’ di setengah ayat seperti di sini http://corpus.quran.com/wordmorphology.jsp?location=%282:140:12%29
    dan juga kadangkala sebagai ‘menolong’ seperti di sini http://corpus.quran.com/wordmorphology.jsp?location=%2837:25:4%29

    Pada laman e-bacaan.com juga begitu.

    Saya terpandang ni kali pertma pada komen Mohd Isa bin Musa di https://mentalbondageinthenameofgod.wordpress.com/fundamental-reading-principles/
    Bukan bermakna saya katakan terjemahan mereka betul, terjemahan TM salah. Cuma nak bertanya sahaja.

    Terima kasih kerana sudi menjawab.

    nazzri

    August 19, 2011 at 11:57 pm

  12. Salam TM,

    Berdasarkan mesej ini :

    43:70 “Enter the Paradise, together with your spouses, in happiness.”

    Adakah isteri yang dimaksudkan itu isteri/suami kita semasa berada di dunia ini?

    Saya faham mungkin ada faktor lain seperti ;

    1. yang meninggal dunia lebih awal sebelum kahwin
    2. bercerai hidup
    3. dan lain-lain

    message114

    August 20, 2011 at 12:12 am

  13. Salam TM,
    Puteri masih kurang jelas bagaimana sesuainya perkataan Al-Bait dalam surah tu. Mohon terjemahan tuan dan huraian lanjut?

    Tksh

    Puteri

    August 20, 2011 at 12:20 am

  14. Salam Nazzri,

    Ya. Terjemahan saya salah. Al-Nasara bukan bermaksud orang Kristian. Tetapi ia bermaksud pembantu atau penyokong.

    Seperti yang tuan maklum, laman ini berfungsi untuk saya belajar memahami Al-Quran. Dan apabila kefahaman mula berkembang seperti sekarang saya dapati banyak kesalahan atau kesilapan yang telah saya kemukakan di laman ini khususnya dari sudut terjemahan kerana seperti yang tuan tahu, saya bukanlah seorang yang menguasai bahasa Arab.

    Jika saya ingin betulkan semua kesilapan saya di laman ini, ia akan mengambil masa. Oleh itu jika tuan menemui sebarang kesalahan atau kesilapan atau kelemahan samada dari pihak saya sendiri atau pun para peserta perbincangan yang lain, sila ajukan pembetulan terus di ruangan komen artikel yang diperbincangkan.

    Sebenarnya sejak saya menulis kembali entry mengenai masjidilharam dan puasa (mengecualikan diri) saya telah melihat banyak kesilapan yang saya telah lakukan khususnya dalam aspek terjemahan. Malahan saya telah memadam beberapa entry terdahulu yang berkaitan dan saya sudah pun bercadang untuk memadam entry mengenai Yahudi dan Nasrani itu walaupun belum melakukannya sehingga sekarang.

    tolokminda

    August 20, 2011 at 10:15 am

  15. Salam M114,

    Saya berpendapat maksud “pasangan” dalam 43:70 adalah sebagaimana pasangan yang dimaksudkan dalam 2:25.

    2:25 Dan beri berita gembira mereka yang percaya dan yang mengerjakan tanggungjawab mereka bahawa untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Setiap masa mereka dikurniakan darinya buah-buahan sebagai kurniaan. Mereka berkata: Ini seperti yang telah dikurniakan kepada kami dari sebelum ini. Dan mereka akan diberikan darinya yang serupa dan untuk mereka di dalamnya pasangan-pasangan yang dibersihkan dan mereka di dalamnya kekal selama-lamanya.

    Transliterasi: Wabashshiri allatheena amanoo waAAamiloo alssalihati anna lahum jannatin tajree min tahtiha alanharu kullama ruziqoo minha min thamaratin rizqan qaloo hatha allathee ruziqna min qablu waotoo bihi mutashabihan walahum feeha azwajun mutahharatun wahum feeha khalidoona

    tolokminda

    August 20, 2011 at 10:30 am

  16. Salam Puteri,

    Saya berpendapat Al-Baiti bermaksud “sistem”. Dan dalam surah 106 sistem yang dimaksudkan adalah sistem perdagangan orang-orang Quraish di mana mereka harus melakukan perjalanan samada di musim sejuk mahupun musim panas demi survival masyarakat mereka.

    106:3 Maka biarlah mereka mengkhidmati Pemilik sistem ini
    (So let them serve the Lord of this system)

    tolokminda

    August 20, 2011 at 10:47 am

  17. Syabas bro tolok minda.. pembelajaran yang berkembang.. Salam 🙂

    researcher1987

    August 20, 2011 at 4:33 pm

  18. YAHUDI, NASRANI, MUSLIM….itu bukan INSTITUSI….tapi gelar suatu KAUM. YAHUDI gelar bagi kaum yg akan kembali pada kebenaran. NASRANI adalah gelar bagi kaum PENOLONG. sedangkan MUSLIM adalah gelaran bagi kaum yang DAMAI.

    researcher1987

    August 20, 2011 at 4:56 pm

  19. DAMAI = NYAMAN….jadi jika anda merasa NYAMAN dengan segala hal apapun yang anda lakukan itu namakan DAMAI. DAMAI itu = ISLAM, ISLAM itu bukan INTITUSI.

    researcher1987

    August 20, 2011 at 4:57 pm

  20. Salam.. Saya hanya mampu berkongsi artikel ini yang berkaitan dengan arsy.. moga bermanfaat..

    MEMAHAMI ARSY DENGAN QUR’AN

    Sebelumnya kita akan melihat di ayat 7:54

    “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.

    Diayat ini kata istawa di terjemahkan dengan bersemayan=duduk=tinggal=berada, dalam pemahaman seperti ini, Allah bisa di gambarkan sebagai wujud yg duduk/tinggal/berada diatas Arsy(Arsy tidak diterjemahkan ). Maka orang awam akan membayangkan sosok Allah yg sedang duduk, dan berada di atas sesuatu yg di namakan Arsy.

    dengan menterjemahkan Arsy dan mengganti kata bersemyam dengan terjemahan yang lebih sesuai akan menimbulkan arti yang beda dengan sebelumnya..

    Arsy memiliki beberapa arti di antaranya:

    Ya’risyu = dibangun ,bangunan [7:137]
    Arsy = singgasana,kuri singgasana [12:100]
    Ya’risyun = mereka bangun/dirikan, (mendirikan sesuatu bangunan/bentuk sesuatu) [16:68]
    ‘arsyun = kerajaan / wilayah kekuasaan [27:23]

    Yang berkaitan dengan kata dari istawa/bersemayam adalah :

    Astauw qada= menyalakan [2:17],
    Astawaa = Sempuna/lengkap [2:14]
    Fastawaa= maka tegak/sempurna [48:29]

    Sehingga ayat itu sesungguhnya adalah:
    “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu DIA (alam semesta itu) BERDIRI SEMPURNA atas KUASA-NYA(ALLAH)…”

    Jika ada kekurangan dari saya mohon dikoreksi. salam….

    researcher1987

    August 20, 2011 at 5:13 pm

  21. Salam,

    betul researcher1987. Satu lama web yang senantisa open for discussion dan kita akan maju setapak demi setapak. Kalau kita berada di dalam kuliah pak ustaz di surau, sampai ke tua lah kita tak akan berkembang dalam pemahaman mengenai mesej Quran. Sebab, Quran untuk semua zaman.

    TM,

    researcher1987 menyatakan “….YAHUDI gelar bagi kaum yg akan kembali pada kebenaran. NASRANI adalah gelar bagi kaum PENOLONG. sedangkan MUSLIM adalah gelaran bagi kaum yang DAMAI…….”

    Berkenaan Yahudi dan Nasrani sepertimana pengertian di atas :

    2:120 Neither the Jews nor the Nazarenes will be pleased with you until you follow their creed. Say: “The guidance is the guidance of God.” And if you follow their desires after the knowledge that has come to you, then there is none who can help or protect you against God.

    Mungkin TM atau researcher1987, boleh menggali persoalan ayat tersebut selari dengan perkembangan semasa mungkin dari sudut politik atau ekonomi.

    ********************************************************************************************************************
    Bagi saya apa yang TM (dan sahabat kita yang lain-lain) buat saya salute penuh, sebab dalam menghuraikan kod-kod rahsia yang tersirat dalam mesej Quran, mungkin bukan kesalahan yang kita dapati, tapi mungkin belum cukup peratusannya, kita cuma enhancedkan pengertian itu dari masa kesemasa.

    Adakah kita menyalahkan Wright Brothers, kenapa cipta kapalterbang yang slow speed dan kenapa tidak buat Boeing 747 terus? Adakah kita menyalahkan Alexander Graham Bell yang mencipta telefon klasik dan tidak terus handphone canggih seprti sekarang? Begitulah juga laman web ini, sebenarnya adalah “..perjalanan kita menuju ke alam syurga yang penuh dengan kenikamatan….”

    Kalau kita masih ditakuk lama, maka kita akan berhenti dan menerima akibat yang buruk dalam perjalanan kita.

    ******************************************************************************************************************
    Berkenaan ayat 7:54 tentang arasy :

    Ianya bukan hanya universe dalam bentuk fizikal yang kita nampak seperti planet, stars, galaxies, tapi juga dalam bentuk pelbagai wavelength contoh infrared, electrical wave dsb. Mungkin ada layer atau lapisan yang lebih halus dari itu. Tuhan beri kita peluang untuk mengkajinya. Mesej Quran ada kod-kod tertentu yang kita belum terokai lagi.

    2:107 Did you not know that to God is the kingship of the heavens and the earth, and that you do not have besides God any guardian or supporter?

    2:117 Initiator of the heavens and the earth, when He decrees a command, He merely says to it: ‘Be,’ and it is.

    48:7 And to God belong the soldiers of the heavens and the earth. And God is Noble, Wise.

    50:6 Did they not look to the heaven above them, how We built it, and adorned it, and how it has no openings?

    57:1 Glorifying God is everything in the heavens and the earth. He is the Noble, the Wise.

    57:2 To Him is the kingship of the heavens and the earth. He brings life and death. And He is capable of all things.

    57:4 He is the One who has created the heavens and the earth in six days, then He settled upon the Throne. He knows everything that enters within the earth, and everything that comes out of it, and
    everything that comes down from the heaven, and everything that ascends into it. And He is with you wherever you may be. God is Seer of what you do.

    57:5 To Him is the kingship of the heavens and the earth, and to God all matters are returned.

    57:6 He merges the night into the day, and He merges the day into the night. He is fully aware of what is in the chests.

    ***********************************************************************************************

    Quran banyak kelebihan MATEMATIKS dan ASTRONOMI.

    Contoh :

    Ayat yang researcher1987 beri di atas ialah ayat 7:54 ”

    7:54 Your Lord is God who has created the heavens and the earth in six days, then He settled upon the Throne. The night runs away from the day, which seeks it continually; and the sun and the moon
    and the stars are commissioned by His command; to Him is the creation and the command. Glory to God, Lord of the worlds.

    Ayat yang saya bagi ada kaitan dengan ayat atas iaitu 57:4 :

    57:4 He is the One who has created the heavens and the earth in six days, then He settled upon the Throne. He knows everything that enters within the earth, and everything that comes out of it, and
    everything that comes down from the heaven, and everything that ascends into it. And He is with you wherever you may be. God is Seer of what you do.

    Cuba perhatikan 7:54 dan 54:7. Nombor 5 beralih dari ayat hingga ke surah. Kedua ayatpun pekrara yang sama iaitu astronomi. Apa rahsia 5, 7 dan 4.

    Mungkin ada orang kata, saya suka bermain dengan nombor. Tapi kita kena ingat kod matematiks di dalam Quran sangat luas sekali bukan hanya menunjukkan kekuasaan Tuhan, tapi juga memberi kita clue untuk merungkaikannya.

    Mungkin tajuk “MATEMATIKS dalam QURAN” boleh di buka ruang tersendiri untuk di bincangkan. Saya percaya researcher1987 dan Mat Guyver sangat berminat dalam hal-hal angkasa dan UFOs dsb.

    message114

    August 20, 2011 at 7:06 pm

  22. Salam

    9:30. Orang-orang Yahudi berkata, “Uzair ialah putera Allah”; orang-orang Nasrani berkata, “Al-Masih ialah putera Allah.” Itu adalah ucapan daripada mulut mereka, menurut ucapan orang-orang yang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan?

    Kenapa kaum yang kembali kepada kebenaran dan kaum penolong itu dikaitkan dengan kepercayaan mengatakan Allah ada anak?

    2:111. Dan mereka berkata, “Tidak akan masuk Taman kecuali orang Yahudi, atau Nasrani.” Demikianlah khayalan mereka. Katakanlah, “Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar.”

    Kenapa kaum yang kembali kepada kebenaran dan kaum penolong itu mengatakan mereka sahaja layak masuk syurga?

    Apakah pada zaman Nabi Muhammad dahulu, nama Yahudi dan Nasrani itu telah diinstitusikan seperti mana nama Muslim yang kita nampak pada hari ini?

    Juang

    August 20, 2011 at 8:11 pm

  23. Salam M114,

    Saya ada menemui satu kod matematik tersembunyi di sebalik ayat-ayat Al-Quran. Bukan Kod 19. Masih mengkaji dengan lebih terperinci. Banyak penemuan yang saya jumpa dah salah satunya ialah dua ayat Al-Quran yang menunjukkan bahawa Bumi dan Marikh terletak dalam lingkungan Planetary Habitable Zone iaitu suatu kawasan di sekeliling Matahari (tidak terlalu panas dan tak terlalu sejuk) di mana molekul air wujud dalam bentuk cecair.

    Tunggu saya tulis di blog saya nanti. Saya yakin bahawa setiap nombor ayat, surah dan juzuk Al-Quran mengandungi banyak petunjuk membuktikan mukjizat Muhammad sebenarnya.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    August 20, 2011 at 8:37 pm

  24. Salam R1987 & M114,

    Mungkin kita berfikir dalam wavelength yang sama atau kebetulan. Saya sebenarnya sedang dalam proses memulakan sebuah blog baru yang bermatlamat khusus untuk memahami Al-Quran secara keseluruhan dan bukannya melalui topik-topik terpilih seperti dalam blog ini. Saya merasakan ia amat perlu selepas mendapat pengalaman dan pengajaran melalui blog ini di mana selepas beberapa lama berbincang, akhirnya saya dapati banyak perkara dalam entry-entry terdahulu perlu diperbetulkan.

    Dan ia bukanlah satu perkara mudah untuk diselesaikan memandangkan ia bukan saja tentang artikel yang menjadi entry bahkan juga ia membabitkan pendapat-pendapat yang dikongsi dalam ruangan komen. Jika keadaan sebegini berterusan saya tidak tahu apa lagi kesilapan yang boleh berlaku di masa depan dan akhirnya laman ini mungkin boleh menjadi sangat mengelirukan khususnya bagi mereka yang tidak mengikutinya dari awal. Untuk mengelak ia berlaku, pilihan yang terbaik adalah memulakan satu blog baru sebagai wadah khusus untuk kita membincangkan terjemahan atau tafsiran Al-Quran secara menyeluruh – surah demi surah.

    Saya sudah memulakan kerja di blog baru tersebut sejak beberapa minggu lepas dan sedang dalam proses penyemakan sebelum boleh melancarkannya – mungkin akan mengambil masa sehari dua lagi. Sebab itulah saya tidak menulis entry baru di blog ini sejak beberapa minggu lepas.

    tolokminda

    August 20, 2011 at 9:23 pm

  25. Salam Juang,

    Saya berpendapat orang Yahudi dan Kristian yang kita kenali sekarang bermula dalam satu kelompok yang sama. Mereka terdiri dari kaum yang mendakwa diri mereka mendapat petunjuk (Yahudi) dan kaum yang menyokong mereka (Nasara). Kedua-dua pihak ini kemudiannya berpecah menjadi dua mazhab yang berbeza kerana perbezaan pendapat mereka dalam hal “agama” mereka sehingga melahirkan 2 entiti agama yang berbeza sama sekali seperti yang dapat kita lihat sekarang.

    tolokminda

    August 20, 2011 at 9:33 pm

  26. Salam MG,

    Saya sangat tertarik untuk mengetahui kod berkaitan habitable zone yang letaknya di antara kedudukan bumi dan marikh. Harap dapat membacanya dalam masa terdekat.

    tolokminda

    August 20, 2011 at 9:36 pm

  27. Ha-ha-ha-ha…

    Sy dahulu ada cuba meneka message114 adalah Matguyver, namun sangkaan sy meleset…

    Jebon

    August 20, 2011 at 9:43 pm

  28. Sy ada perasan juga yg tolokminda ada “blogspot”… http://tolokminda.blogspot.com

    Jebon

    August 20, 2011 at 10:00 pm

  29. Salam TM,

    Sebenarnya bukan kod, tapi lebih kepada formula kiraan.

    Mat Guyver

    August 20, 2011 at 11:14 pm

  30. Jebon,

    Nak kenal siapa saya? Tunggu dan lihat……..

    Mat Guyver

    August 20, 2011 at 11:25 pm

  31. Salam TM,

    Terima kasih dengan penjelasan saudara. Saya ternanti-nanti blog baru saudara khusus untuk membincangkan terjemahan/tafsiran Al Quran sepenuhnya. Boleh menambahkan koleksi e-book terjemahan Al Quran dalam simpanan saya.

    Juang

    August 20, 2011 at 11:46 pm

  32. Salam sahabat semua,

    Betul jebon. no problem. kita semua sahabat yang senantiasa mengembara untuk mencari kebenaran.

    juang. terima-kasih atas penerangan anda yang jelas.

    matguyver. saya tak sabar nak mengetahui lebih lanjut mengenai penemuan anda. bolehlah kita semua sama-sama berusaha untuk mencari clue dalam Quran itu.

    TM, satu cadangan yang baik. laman web inipun sudah kira very inspiring for all readers. saya tak menafikan kalau pembaca yang totok habis ahli sunnah wal jamaah dan pendokong hadis, sudah tentu merasakan “confuse” dengan website ini. bukan sebab apa kalau sengaja tutup mata dan tidak sudi buka fikiran maka samalah dengan cerita kisah 7 orang buta memegang gajah. Masing-masing dgn mazhab dan agamanya.

    Kita harap akan banyak lagi penulis-penulis seperti aidid safar, tm dan lain-lain untuk mengukuhkan lagi pemahaman masyarakat manusia terhadap Quran.

    Quran is for every human on this planet earth.

    message114

    August 21, 2011 at 2:27 am

  33. Salam,
    Tak sabar menunggu blog baru TM dan posting McGuyver.

    Benar,bagi mereka yg baru di blog ini contohnya Cik Bunge sendiri…memang terkejar kejar nak meneliti satu posting ke satu posting,dari komen ke komen p.

    Saya sendiri sebenarnya berhajat nak meminta tips cara terbaik mengkaji kandungan Quran.

    Ini kerana apabila saya membaca,bukan semua boleh di ingat- setiap mukasurat cik bunge akan jumpa persoalan baru.Dalam erti kata lain tidak begitu sistematik.

    Alhamdulillah…best sangat kalau kita dapat belajar sama2 dan berbincang dari satu surah ke surah lain.Dan jika ada pautan ayat( ala2 kod rahsia) kita boleh kumpulkan di satu link dalam blog baru.

    :))) Cik Bunge senyum lebaaaaaaaar dan tadah tangan bersyukur sesangat bila bayangkan harapan yang satu ni,Insha Allah bakal jadi kenyataan.

    Cik Bunge NiaSarah

    August 21, 2011 at 2:55 am

  34. Salam Message114,

    Errmmm…awak tak tau lagi…kawan2 cik bunge yang ternampak posting2 blog di facebook saya siap warning ” sarah…baik2 sikit,nanti berguru syaitan.Bukan semua dalam Quran boleh guna akal” …

    .bo layan lah saya!

    Cik Bunge NiaSarah

    August 21, 2011 at 2:57 am

  35. Salam.

    Puteri pun percaya Yahudi dan Nasrani bermula dalam satu kelompok yang sama iaitu zaman Nabi Musa. Ia ada kaitan dgn Q2:258 dan Q4:154-156. Puteri percaya ia ada kaitan dengan satu kelompokasal yang mana sebahagian mahu masuk(menuruti Musa) sebahagian lagi tidak mahu yang kemudian mereka terpecah menjadi 2 golongan. Masih perlu kaji lagi bab ni..

    Puteri

    August 21, 2011 at 3:58 am

  36. Salam,

    Kemungkinan besar perpecahan Yahudi dan Nasrani itu sama seperti Sunnah dan Syiah yang kita lihat hari ini. Setiap golongan itu mendakwa mereka sahaja yang benarnya. Jika Yahudi mendewakan Uzair, yang Nasraninya mendewakan Al Masih Isa. Jika Sunnah mendewakan Muhammad, yang Syiahnya memuja Ali. Penyakit-peyakit jiwa yang dikaitkan dengan Yahudi dan Nasrani (yang disebutkan dalam Al Quran) saling tak tumpah dengan Sunnah dan Syiah.

    Sama macam Cik Nia, bila orang-orang Sunnah kata dalam Islam tak boleh guna akal, saya bo layan kata-kata mereka itu. Saya tak mahu lagi jadi si buta menurut si mabuk. 🙂

    Juang

    August 21, 2011 at 9:29 am

  37. Salam Juang,

    Benar. Sejarah mengesahkan bahawa Yahudi dan Kristian sebenarnya berakar dari sumber yang sama tetapi dalam mazhab yang berbeza. Saya melihat penggunaan perkataan “Yahud” yang bermaksud “yang mendakwa mendapat petunjuk” dan “Nasara” yang bermaksud “para penyokong” digunakan di dalam Al-Quran kerana ia relevan dengan suasana semasa ia diturunkan. Apabila Al-Quran sampai kepada golongan Yahud – mereka menafikan kebenarannya dan penafian itu disokong oleh golongan Nasara.

    Golongan Yahud pada dasarnya adalah anak-anak Israel yang mana sebelum turunnya Al-Quran, mereka telah menerima rasul-rasul dan Kitab-Kitab Tuhan. Sebab itu mereka mendakwa diri mereka mendapat petunjuk.

    2:41 Dan percayalah dengan apa yang telah Aku turunkan membenarkan apa yang ada dengan kamu dan jangan jadi yang pertama menafikannya. Dan jangan perniagakan tanda-tandaKu dengan harga yang sedikit dan hanyasanya Aku – maka berilah perhatian kamu.

    Golongan Nasara pula sebenarnya hanya menyokong golongan Yahud dalam soal menafikan Al-Quran saja. Padahal dalam hal-hal lain mereka sesama mereka pun berbeza pandangan walaupun sumber kepercayaan mereka sama.

    2:113 Dan berkata yang mendakwa mendapat petunjuk: Tiada asas yang menyokong ke atas apa pun. Dan berkata yang menyokong: Tiada asas untuk yang mendakwa mendapat petunjuk atas apa pun walaupun mereka kedua-duanya membaca Kitab. Seperti itulah kata-kata yang tidak mengetahui – serupa kata-kata mereka. Maka Tuhan – Dialah yang akan mengadili mereka di hari akhir dalam apa yang mereka perselisihkan.

    tolokminda

    August 21, 2011 at 10:00 am

  38. Salam Jebon,

    Tolokminda di Blogspot bukan usaha saya. Mungkin usaha orang lain yang mahu melihat blog ini diteruskan selepas ianya disembunyikan SKMM. Saya tidak kenal siapa di belakang Tolokminda di Blogspot.

    tolokminda

    August 21, 2011 at 10:04 am

  39. Salam CikB,

    Mesej Tuhan ini bagus kita baca selalu :

    3:8 “Our Lord, do not make our hearts deviate after You have guided us, and grant us from You a mercy. Indeed, You are the Grantor.”

    Berkenaan amaran kawan Sarah “…baik2 sikit,nanti berguru syaitan.Bukan semua dalam Quran boleh guna akal…..”

    Bayangkan mereka guna akal hanya sebahagian. Yang lain jangan guna akal. Inilah golongan yang ada kepentingan. Bila sesuai dengan nafsu-nafsi mereka ha…ini ayatnya. Bila tak sesuai jangan fikir lama-lama. Sebab itulah orang terdahulu oleh kerana guna Quran secubit sana secubit sini, maka timbullah pelbagai mazhab-mazhab kerana kepentingan bangsa dan politik. Ada golongan pro sana, ada golongan pro sini.

    Jelas, kata-kata mereka sendiri sudah menjawab kelemahan persepsi mereka terhadap Quran. Selagi taksub dan totok terhadap kitab-kitab karangan manusia (hadis-hadis), selagi itulah mereka terbelenggu dalam dunia mazhab mereka tersendiri. Antara mazhab-mazhab pun sudah banyak yang tidak selari. Seorang kata itu, seorang kata ini. Lebih buruk lagi, terang-terang siang hari sudah bertentangan dengan mesej Quran itu sendiri. Jelas. Quran tidak cakap, mereka cakap. Quran kata ya. Mereka kata tidak. Quran kata tidak. Mereka kata ya.

    Yang kasihan, walaupun sudah terang-terang bertentangan dengan Quran, masih lagi pak ustaz cuba hendak menafikan dengan menggunakan hadis-hadis lagi. Semacam, kereta kita kotor, di sapu lagi dengan kain kotor. Itulah kerana nak cari sebab-sebab….maka mulalah cedok sana cedok sini, sampai cedok dari bible lagi. Ini bukan nak dinafi lagi kerja mereka. Sudah terang macam lampu spotlight.

    Kita ikut Quran 100%. Mereka kata Quran perlu di tambah lagi dengan fatwa-fatwa yang entah dari mana asal-usulnya. Pak janggut dari kota mana yang mereka iktiraf.

    Lihat mesej :

    2:2 This is the Book in which there is no doubt, a guidance for the righteous.

    Tuhan sudah menyindir mereka ini, bahawa apa nak di ragu lagi quran ini.

    Baik. Quran ada ayat yang jelas sejelas 1..2…3. Contoh : buat baik dengan ibu-bapa, anak yatim dsb. Jelas.

    Quran ada ayat yang sahaja Tuhan tidak beri tahu semata-mata untuk kita sendiri lagi mencari makna ciptaannya. Contoh dalam bidang sains, matematik dsb. Tuhan tak sebutpun bab algebra, trigonometri, planet, galaxies secara tepat. Sebab….ini semua benda duniawi yang Tuhan beri peluang kepada kita untuk mencari berdasarkan ilmu yang kita ada sekarang. Itu semua boleh dan dibenarkan oleh Tuhan.

    Yang masalahnya, apabila perkara untuk menyembah Tuhan atau mendekatkan diri kepada Tuhan. Ha….yang inilah masalah besar bila kita cipta atau ceduk amalan-amalan ritual yang Tuhan tidak pernah beritahu apa-apapun di dalam Quran. Muhammad sendiripiun tidak pernah amalkan.

    Quran ini sebagai manual. Bila kita ada kereta sudah tentu ada manual. Ada TV ada manual. Proses kilang petroleum ada manual. Manual itu sangat penting. Di beritahu secara jelas cara-cara, step-by-step, jangan buat itu, jangan buat ini. Jelas. Kalau tidak rosaklah harta kita dan boleh membahayakan diri kita sebagai pengguna.

    Contoh. Kalaulah “solat 5 waktu” itu tersangatlah “penting dan prioriti tertinggi dalam hidup”, kenapa tidak dijelaskan secara tepat, step-by-step di dalam Quran. Bayangkan “solat 5 waktu” ini mendekatkan diri kita kepada Tuhan. Bah…..kalau begitu kenapa tidak disebut bilangan rokaat 2,5,4,3,4 dalam Quran. Mana surahnya? Mana ayatnya? Mana lagi ayat yang berceritakan Tuhan hadiahkan “solat 5 waktu” kepada Muhammad ketika Israk Mikraj? Mana ceritanya dalam Quran? Bayangkan perkara penting step-by-step tidak disebut dalam manual memproses kilang pembuatan,,,,akibat meletuplah kilang itu.

    Dari sini maknanya, Quran adalah mesej untuk memudahkan kehidupan kita di atas planet Bumi ini. Jadi apa-apa perkara yang sudah jelas disebut Quran kita ikut. Apa yang tidak jelas untuk “perkara duniawi” dipersilakan kita untuk mencari dan memperbaiki hidup. Contoh….Tuhan cabar kita boleh pergi outer space, dengan syarat mesti ada pengetahuan dan ilmu. Ada mesej Tuhan. Ilmu itu adalah sains, matematik, politik, kemasyarakatan dsb.

    Tapi….untuk perkara mendekatkan diri kita kepada Tuhan….jangan sekali-kali mengada-mengada. Itu yang Tuhan larang. Tuhan tidak mungkir janji. Tuhan akan balas kita dengan kehidupan akhirat yang senang lenang kalau kita guna ayat Quran 100% tanpa ragu, tanpa was-was dan tanpa mengada-ngada itu ini.

    Lihat mesej Tuhan berkenaan orang yang ragu-ragu terhadap Quran 100% :

    22:55 And those who have rejected (kafir-suka menolak) will remain to be in doubt (ragu-ragu) from it until the Hour comes to them suddenly, or the retribution of a barren Day (azab) comes to them.

    ******************************************************************************************************

    CikB : Dalam Quran, kaum laki-laki dan perempuan sama-rata. Tuhan tidak membezakan. Tapi kalau hadis-hadis, fahaman puak Taliban, maka anda akan lihat betapa kaum perempuan dipinggirkan. Bahkan ada hadis-hadis yang menghina kaum perempuan. Lihatlah puak Taliban suka pukul kaum perempuan. ini sudah nyata. Apa yang nak di nafikan lagi. Bukan puak ini, saja, banyak adat-adat dalam dunia ini sudah merendahkan kaum wanita.

    Contoh hadis: “Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya.” Bayangkan kulit seorang wanita lebih teruk dari khinzir. Maka hadis yang mana hal-hal sebegini tidak Tuhan sebut dalam Quran ……..sudah menghina kaum wanita. Bukan ayat ini, banyak lagi hadis-hadis karut yang sangat menghina kaum wanita. Lihatlah kalau pak ustaz ceramah dalam TV, kalau bab-bab wanita dianiaya suami, kaum isteri pula yang di suruh bersabar macam batu. Taat suami. Kes-kes sebegini di mahkamah Islam pun banyak yang sangat rumit untuk di selesaikan. Sebab apa? Sebab Quran tidak di guna bahkan hadis-hadis jadi panduan.

    Tapi CikB berjuang dalam mencari kebenaran, ini mesej Quran :

    3:195 Their Lord answered them: “I do not waste the work of any worker from among you, whether male or female, you are all as each other. For those who emigrated and were driven-out from their homes and were harmed in My cause, and they fought and were killed, I will forgive for them their sins and admit them to estates with rivers flowing beneath them.” A recompense from God; and God has the best recompense.

    Kalau CikB, saya tidak pastilah, mungkin suka dengan alam tumbuh-tumbuhan, ini mesej Quran :

    80:25 We have poured the water abundantly.
    80:26 Then We breached the land with cracks.
    80:27 And We made grow in it seeds.
    80:28 And grapes and pasture.
    80:29 And olives and palm trees.
    80:30 And gardens in variety.
    80:31 And fruits and vegetables.
    80:32 An enjoyment for you and your livestock.

    Jelas, betapa indahnya mesej Tuhan.

    ***********************************************************************************************************

    Usah kita risau dengan salakan-salakan anjing di tepi jalan. Kita teruskan perjalanan menuju alam akhirat yang penuh dengan ketenangan berpandukan Quran 100%.

    message114

    August 21, 2011 at 12:22 pm

  40. Juang:

    Salam

    9:30. Orang-orang Yahudi berkata, “Uzair ialah putera Allah”; orang-orang Nasrani berkata, “Al-Masih ialah putera Allah.” Itu adalah ucapan daripada mulut mereka, menurut ucapan orang-orang yang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan?

    Kenapa kaum yang kembali kepada kebenaran dan kaum penolong itu dikaitkan dengan kepercayaan mengatakan Allah ada anak?
    ………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
    Bro, Yahudi=kaum yang AKAN kembali kepada kebenaran, yang mungkin perlu di kritisi apa itu uzair? apa itu al-masih? Maaf saya pun masih menganalisa perkataan tersebut dengan fokus menjadi petunjuk kepada manusia.
    ””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””’
    2:111. Dan mereka berkata, “Tidak akan masuk Taman kecuali orang Yahudi, atau Nasrani.” Demikianlah khayalan mereka. Katakanlah, “Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar.”

    Kenapa kaum yang kembali kepada kebenaran dan kaum penolong itu mengatakan mereka sahaja layak masuk syurga?
    …………………………………………………………………………………………………………………………………………………
    Yahudi=kaum yang AKAN kembali kepada kebenaran (bagi saya mereka yang menyangka mereka akan kembali kepada kebenaran)

    Setelah meminta bukti pada ayat 2:111, khayalan mereka dikecam lagi dengan nasihat 2:112.

    2:112Bahkan barang siapa yang menundukkan wajahnya (mukanya/kehendaknya/dirinya) kepada Allah, dan dia berbuat baik, maka pahala di sisi Tuhannya, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

    TUNDUKKAN DIRI KEPADA ALLAH, BERBUAT BAIK.

    Kenapa kaum yang kembali kepada kebenaran dan kaum penolong itu mengatakan mereka sahaja layak masuk syurga?
    kERANA ITU KHAYALAN MEREKA SAHAJA.

    maaf andai ada kekurangan dan silap.. mohon diperbetulkan..

    researcher1987

    August 21, 2011 at 1:41 pm

  41. Yahudi(kaum yang akan kembali pada kebenaran) itu ditolong oleh Nasrani(kaum penolong),jadi mereka ini seperti manusia merasa diri sudah benar tapi sebenarnya tidak.

    researcher1987

    August 21, 2011 at 1:45 pm

  42. realitinya kita dapat lihat cabang2/mahzab agama. walaupun mereka ada yang menolong sesama mereka tapi mereka tetap mengatakan merekalah yang paling benar.

    researcher1987

    August 21, 2011 at 1:48 pm

  43. Salam TM dan semua,

    Saya nak bertanya, ada tak TM tulis artikel pasal aurat wanita dan pemakaian tudung?

    Terima kasih

    Mat Guyver

    August 22, 2011 at 12:00 am

  44. ade ke bincang dalam Quran? entah.. tengok bini je le.. hui3..

    researcher1987

    August 22, 2011 at 12:26 am

  45. Salam Mat Guyver,
    Kurang pasti ,cuma saya ada terbaca perbincangan antara TM dan ramai (namun kebanyakkan feedback dari TM telah di delete) di laman tersebut.Sila ke link berikut

    http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-584596-page-4.html.

    Dalam Quran takde pun sebut tudung,tapi ada yg kata sebab tuhan tak sebut adalah pada masa ayat tu turun memang wanita ketika zaman tersebut tutup kepala tapi buka tang lain…Namun begitu, perbincangan antara manusia terutama melayu….amatlah banyak,malahan jika mahu mematikan hujah jika lawannya wanita melayu yg free hair,ayat2 biasa yg dipakai “tuhan suruh pakai tudung!” .Walau sebanyak mana kebaikkan yang dibuat tetap juga mereka merasa kasihan kerana amat yakin tuhan tidak memandang kebaikan2 itu disebabkan rambut tidak disembunyikan.

    Jika rajin sila lah baca posting sahabat,Dr.Asri tentang pemakaian tudung di

    http://drmaza.com/home/?p=746

    Dan kebetulan sehari dua lepas sempat berbincang dgn rakan di Facebook bilamana dia mengatakan anak saudaranya dihina dan dikecam di universiti kerana tidak memakai tudung…hina sungguh lah kami yang tak ada kain atas kepala ni kan…satu ibadat pun Allah tak mau terima sebab atas kepala tak ada kain.

    Cik Bunge Nia Sarah

    August 22, 2011 at 3:10 am

  46. Salam,
    Jika berpandu pada Quran 24:31

    Terjemahan dlm Bahasa Melayu

    “Katakanlah kepada orang-orang laki-laki yang beriman “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang mereka perbuat.” “Katakanlah kepada wanita yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

    Dan Bahasa Inggeris
    And tell the believing women to lower their gaze and be modest, and to display of their adornment only that which is apparent, and to DRAW their veils over their bosoms, and not to reveal their adornment save to their own husbands or fathers or husbands’ fathers, or their sons or their husbands’ sons, or their brothers or their brothers’ sons or sisters’ sons, or their women, or their slaves, or male attendants who lack vigor, or children who know naught of women’s nakedness. And let them not stamp(strike) their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And turn unto Allah together, O believers, in order that ye may succeed.

    1.Cik Bunge amat keliru mana satu terjemahan tepat,adakah menutup atau menarik / melabuhkan penutup ke bahagian dada???

    Maksud ketiga tiga perkataan tersebut tak sama.

    2.Apakah maksud perhiasan…adakah perhiasan itu tubuh atau perhiasan seperti yg Cik Bunge pakai,anting2,rantai leher,gelang di tangan,rantai kaki(anklet)…

    3.Bagaimana pula dgn ayat “memukulkan kakinya/stamp or strike their feet”

    Adakah ini bermakna saya salah dan berdosa apabila memakai anklet yg mengeluarkan bunyi(loceng
    rantai) ?

    4.Bagaimana pula dgn ayat ” janganlah menampakkan perhiasan/not to reveal their adornment?Kerana melalui terjemahan oleh Prof.(Dr.)Syed Vickar Ahamed oula tidak menggunakan perkataan perhiasaan/adorment tetapi diganti dengan “beauty”.

    Cik Bunge tak jumpa mana2 perkataan yg mengaitkan tudung harus terletak di atas kepala kecuali di Bible

    First Epistle to the Corinthians, chapter 11. Verses 3-10.

    But I would have you know that the head of every man is Christ and the head of the woman is the man, and the head of Christ is God. Every man praying or prophesying with his head covered, disgraces his head. But every woman praying or prophesying with her head uncovered disgraces her head, for it is the same as if she were shaven. For if a woman is not covered, let her be shaven. But if it is a disgrace for a woman to have her hair cut off or her head shaved, let her cover her head. A man indeed ought not to cover his head, because he is the image and glory of God. But woman is the glory of man. For man was not created for woman, but woman for man. This is why the woman ought to have a sign of authority over her head, because of the angels.

    Memandang permasalahan tudung lebih penting pada masyarakat melayu dan islam khususnya berbanding soal pembangunan ilmu dan seolah olah satu jenayah yg maha jahat berbanding penganiayaan lain yg berleluasa dalam masyarakat dan politik Malaysia….boleh kah kita berbincang lebih khusus mengenai topik ini juga.

    Cik Bunge Nia Sarah

    August 22, 2011 at 3:52 am

  47. Salam Cik Nia,

    Saya melihat seolah-olah kita sedang terpenjara dalam satu budaya pemikiran kolot. Langsung tak boleh berbincang. Hujah paling kuat yg digunakan golongan agama man ialah ‘Ilmu kau masih sikit, berani nak mencabar Allah’. Bila dibentangkan ayat-ayat Al-Quran mereka berpaling pulak.

    Semalam dengan slumbernya saya beli fast-food untuk makan tengahari. Tak pasal-pasal datang seorang lelaki Melayu pertengahan umur yang menemani anak-anaknya yang masih belum baligh- makan di restoran yang sama.

    Lelaki ini menegur saya kerana tidak “berpuasa”. Datang kepada saya terus serang dengan ayat, “Astaqfirullah Al-‘Azim, tak puasa ke?” dengan suara yg kuat. Pelanggan lain (yang berbangsa bukan Melayu) terkejut. Malu saya dibuatnya pada mulanya. Tapi saya cuba buat-buat cool.

    Saya tak kisah kalau orang lain berbeza pendapat dengan saya dalam soal ajaran Islam tetapi paling pantang kalau yang bersikap ” Aku lebih suci dari kau”. Siapakah dia untuk menghakimi saya sama ada saya masuk syurga atau neraka? Sekali lagi saya memang benci dengan golongan sebegini yang bertindak seperti polis agama dan menyerang perlakuan dan pemakaian individu lain.

    Golongan sebegini bukannya sedikit – hari demi hari saya lihat golongan ini menjadi semakin besar dan semakin berani menghukum orang lain secara terang-terangan.

    Cakap pasal tudung kepala, baru-baru ini saya naik LRT dari Taman Melati ke KLCC. Nak bawak kereta, jalan jam dan nak bayar tempat parking lagi. Lagi pun saya hanya nak berjumpa dengan seorang rakan sebentar sahaja. Sebelum stesen T.M. terdapat sebuah lagi stesen iaitu Terminal Putra yg berhampiran dengan UIA. Di sini ramai pelajar2 UIA menaiki LRT utk ke KL.

    So bila saya masuk ke dalam coach, saya duduk di kerusi penumpang. Di hadapan saya terdapat 3 orang perempuan bertudung labuh. Salah seorangnya memakai purdah ala-ala ninja. Mereka duduk di kerusi yang dikhaskan untuk orang kurang upaya, perempuan mengandung, kanak-kanak, orang tua dan orang sakit.

    Bila sampai di stesen Wangsa Maju, ramai penumpang yang masuk ke dalam coach. Saya lihat ada seorang perempuan Cina mengandung (agak-agak 7 bulan kot) jadi saya bangun dan berikan tempat duduk saya kepada beliau. Sampai di stesen Setiawangsa pula masuk seorang warga emas Cina. 3 ekor perempuan ‘suci buat bodoh saje. Tiba-tiba bangkitlah seorang perempuan Melayu, tak pakai tudung pun. Rambut free-hair- memberikan tempat duduk kepada warga emas ini.

    Bila saya tengok 3 ekor perempuan ‘suci’ ini, rasa nak penampar pun ada sebab sepatutnya merekalah yang bangun kerana mereka duduk di kerusi khas. Golongan sebegini bukannya baik pun sebenarnya, melainkan suka membanding-bandingkan orang lain dengan diri mereka sendiri.

    Perkara ini bukan sekali saya lihat tetapi boleh dikatakan berlaku hampir setiap kali saya menaiki LRT. Adik perempuan saya pun tak pakai tudung. Bila berkunjung ke rumah saudara-mara, adik saya akan disindir kerana dikatakan termasuk dlm golongan ahli neraka. Adik saya nie cool macam saya jugak, buat pekak badak je.

    Mat Guyver

    August 22, 2011 at 12:35 pm

  48. Suatu hari, saya makan di restoran fast-food di Ampang Park. Saya dengan ibu saya sahaja. Sedang makan, tiba-tiba masuklah satu keluarga ala-ala Arqam. Mak dan 3 orang anak perempuan berpurdah manakala si ayah dan 2 orang anak lelaki berketayap putih.

    Bila nak makan, terpaksalah si mak dan 3 anak daranya yang berpurdah – membuka purdah mereka untuk menjamah makanan. Gila ape nak makan sambil menutup muka. Saya dah stand-by nak tengok wajah anak-anak dara ni.

    Terkejutlah saya bila mendapati anak-anak dara ini bukanlah cantik (pada taste saya lah…) dan muka mereka dipenuhi jerawat batu. Tergelak saya sambil makan sehingga ibu saya marah kepada saya. Ingatkan berpurdah untuk memelihara kecantikan dan keayuan tetapi nak cover muka yg penuh dengan jerawat batu seluruh muka. Girlfriend saya yang cun (pada taste saya lah…) tak bertudung, tak sembahnyang pun jual mahal dan tak mudah cair dengan pujukan lelaki.

    Kalau hari-hari sembahyang sembah kotak 5 kali, pastilah mereka tak perlu berpurdah kerana “iman” mereka lebih power berbanding “iman” girlfriend saya. Pakai-pakai tudung dan purdah hanya golongan agama poyo.

    Satu lagi, masa zaman saya belajar sekolah asrama. Bila balik ke rumah (cuti sekolah) saya akan naik LRT balik ke rumah. Sampai di MASJID JAMEK, naik seorang perempuan Melayu berpurdah hitam dengan seorang anak lelaki dan anak perempuan.

    Yang membuatkan saya malu dengan “Islam” pada masa itu ialah walaupun menutup “aurat” dari hujung kaki ke hujung kepala, tetapi anak-anaknya dipenuhi dengan penyakit kudis buta di seluruh kaki mereka. Geli kalau dilihat. Si ibu hanya boleh buat biasa sahaja. Sampai di KLCC ramai mat saleh naik dan melihat dua orang budak ini yang dipenuhi kudis di kaki. Buat malu rakyat Malaysia aje.

    Si ibu lebih mementingkan soal aurat berbanding kebersihan dan kesihatan anak-anaknya. Inilah contoh umat Melayu hari ini. Bagi mereka pakai tudung dan pergi Mekah menyembah kotak adalah matlamat hidup mereka.

    Mat Guyver

    August 22, 2011 at 1:03 pm

  49. Salam,

    Bab-bab mengenai kaum yang mengakui mereka bangsa Jews atau Yahudi memang banyak. Selain di Israel, ada bangsa Yahudi di Afrika (kulit hitam) dan ada juga berselerak di benua Eropah.

    Yang di Israel sekarang (Zionis) mereka ini ada kaum asal Khazar daerah Eropah Turki. Memang bangsa Yahudi kulit putih ini di pandang macam najis di benua Eropah terutama pada zaman Hitler. kerajaan Russia jijik melihat orang Jews. Jadi orang Israel Zionis yang kononnya mengaku The Chosen People adalah karut-marut semata-mata. Mereka kaum Khazar ini sangat licik dan jahat. Tidak ada kena mengenapun dengan kaum pengikut Nabi Musa.
    Ada puak alim Jews di US, tidak iktiraf negara Zionis ini, kerana tidak termaktub dan melanggar ajaran dalam kitab Tsamud. Yang kes 9/11 itu semua perancangan puak Khazar Zionis.

    Tetapi secara keseluruhannya USA dibawah cengakaman Yahudi puak Khazar berkulit putih. Kaum ini Zinois dan bersifat racist.

    Sebab itulah dalam perkembangan politik abad ke21 ini, seolah-olah kaum Kristian dan Jews ini sangat akrab dalam memerangi orang Islam. Lihat dasar USA kepada Israel. Jumlah 30 bilion setiap tahun di beri percuma guna taxpayer untuk pembangunan Israel. Sehingga sebahagian orang USA sendiripun naik meluat dan muak, sedangkan negara mereka sendiri ekonomi semakin merudum. Semua hal-hal sebegini adalah kepentingan kerana agama karut-marut masing-masing.

    Kita kena faham, tidak semua orang beragama Kristan dan Jews (Judiasm) ini jahat. Ada yang bersifat peri kemanusiaan. Ada yang langsung serba confuse dengan pegangan diri sendiri.

    Wak ima apapun, kita harus pegang 100% Quran, maka kita tidak akan terkeliru dengan situasi konflik agama ini. Kalau kita bijak maka kita akan di pandang mulia oleh semua manusia.

    Tapi…..kalau kita orang Islam sendiri yang tidak ikut 100% Quran, lihatlah akibat perbuatan kebodohan sendiri orang negeri sebelah Arab. Lihat sejarah. Lihat cara poltik pemimpin Arab, yang tidak ada nampak ikut mesej Quran. Semuanya hanya kepentingan diri sendiri. Rakyat menderita. Bukan hanya negeri Arab, kalau negara kita, negeri lain fatwa, negeri itu lain fatwa, masing-masing ada pegangan tersendiri, maka sangat kucar-kucir bila ada perkara berkaitan orang Islam. Kerana apa? kerana tidak 100% Quran.

    Pada dasarnya Quran tidak menyusahkan manusia. Tuhan sendiri jamin. Kita manusia sendiri saja yang suka menokok-tambahkan itu dan ini.

    Kita ada kawan Kristian, Buddhist, Yahudi, Athiest, Confiscuis dan semua mereka pun pernah memberitahu saya bahawa mereka sudah semacam hilang punca, apa sebab dunia ini bertelagah tak tentu pasal, apa sebab agama mereka suruh mereka buat sesuatu yang tidak masuk akal dalam mengharungi kehidupan sempurna di dunia ini. Saya kata, kita tidak salah, kita semua sama rangkai dari nabi-nabi terdahulu semua pegang rantai mesej Tuhan sehingga nabi Muhammad. Hanya yang pegang tali Allah itu sajalah yang akan selamat.

    Kalau kita tidak pegang rantai itu, maka kita akan jatuh terhumban ke dalam kebinasaan di akhirat nanti. Saya kata, Quran adalah mesej terakhir sambungan dari nabi-nabi terdahulu yang mereka percaya seperti Jesus, Moses dll. Cuma orang dahulu suka merubah mesej Tuhan yang asal, sama seperti hadis-hadis yang suka merubah mesej Quran. Jadi kita kena pegang Quran 100%, secara tidak langsung kita juga pegang ajaran Jesus, Moses, Abraham dll. Saya kata Quran untuk semua manusia, bukan hanya orang Islam sahaja. Saya kata “Quran is the last message of Almighty GOD to all humans on this planet Earth till the end.” Yang bodohnya pak Ustaz kata orang bukan Islam tidak boleh sentuh Quran dan baca Quran!!!

    Itulah cara kita beritahu secara tepat dan simple kepada orang bukan Islam. Tapi saya kata, Quran tidak paksa. Sendiri fikir sajalah. Itu saja.

    Yang masalah sekarang ialah Pak ustaz membuat sesuatu sehingga orang bukan Islam semakin confuse dari sehari ke sehari. Nak fikir agama Krisitan, tak tentu arah. Nak kata masuk “Islam Sunni” macam ada yang tak kena saja. Itulah realiti hari ini. Apakah imej Islam sekarang di mata dunia dengan kes-kes ekestremis sana sini atas nama jihad islam? Semua mereka ini hijack mesej Quran. Di Eropah dan USA, bila ada bom,,ha..this are muslims,….bila ada pembunuhan di Norway baru-baru ini…semua menuding jari ke arah muslims……tapi akhirnya orang Kristian sendiri, iaitu ekstremis Krisitans…jadi apable perkara ekstremis dlaam memahami mesej Tuhan, maka inilah jadinya. Agama ciptaan manusia itulah yang merosakkan kehidupan manusia atas planet bumi ini.

    Tapi bagi kita yang ikut Quran 100% sudah tentu akan mengharungi arus cabaran dunia yang sangat kompleks ini dengan hati yang tenang dan cara yang bijaksana.

    message114

    August 22, 2011 at 1:04 pm

  50. Salam,

    Mana-mana penganut agama lain yang ekstrim, samalah macam orang beragama Islam yang ekstrim. Masing-masing merasakan agama yang diikuti secara tradisi itulah yang benarnya. Mereka menutup minda untuk mencari kebenaran kerana pada mereka apa yang diajar oleh pak ustaz, tok sami, bapak paderi adalah yang pastinya daripada Tuhan. Mental bondage inilah yang menyebabkan mereka duduk dalam bakul dan angkat sendiri.

    Tetapi mana-mana penganut agama yang berfikir apa yang mereka dan bapa-bapa mereka amalkan selama ini, itulah orang yang bergerak ke arah petunjuk Tuhan. Sedikit demi sedikit Tuhan akan bawa mereka keluar daripada kegelapan jiwa. Cahaya kebenaran akan masuk sehingga mereka mudah membezakan benar atau palsu seperti mana mudahnya kita membezakan benang putih dan benang hitam bila ada cahaya matahari. Ketika itu kita akan faham apa erti kita dihidupkan. Ke mana arah nak kita tujui sebelum tamat tempoh hayat di dunia.

    Apabila kita nampak sesuatu kebenaran, datang rasa ingin berkongsi dengan orang-orang terhampir. Namun apakah daya, ada yang membutakan mata dan memekakkan telinga walaupun kebenaran itu suatu yang mudah difikirkan. Terkilan pun ada bila melihat cara mereka membantah Al Quran sama seperti cara orang kafir terdahulu walaupun mereka kata mereka tidak tolak Al Quran.

    Seandainya kita dilahirkan sebagai penganut agama lain daripada agama yang kita anuti sebelum ini (Islam sunni), dan tergerak hati mencari kebenaran, pasti kita juga akan menghadapi tentangan yang sama. Tetapi mungkin tahapnya berbeza kerana ada tempat-tempat di dunia ini masyarakatnya open-minded tentang perbezaan kepercayaan.

    Juang

    August 22, 2011 at 8:58 pm

  51. Salam,

    Masyarakat yang open-minded masih belum wujud di Malaysia. Wawasan 2020 tidak akan berjaya kalau perkara-perkara mudah seperti yang disebut dalam Al-Quran tidak boleh dibincangkan secara terbuka. Masyarakat masih dibelenggu oleh satu golongan agamawan yang kelihatan lebih suci dari orang lain. Golongan sebegini semakin mendapat tempat di media-media untuk mengembangkan kepercayaan mereka.

    Masyarakat sepatutnya sedar bahawa bukan semua yang keluar dari mulut para agamawan adalah kata-kata Tuhan. Mereka juga manusia seperti kita, mudah terpengaruh dengan perkara pertama yang mereka dengar. Ilmu yang banyak berkitab-kitab tidak melambangkan kebijaksanaan seseorang itu berfikir.

    Semua nabi dan rasul diutuskan di kalangan orang yang bijak. Masakan mereka layak dilantik Tuhan menjadi nabi dan rasul. Ibrahim menentang kepercayaan kaumnya. Sebelum itu Nuh. Kemudian datang Musa dan Harun. Daud yang bijak mampu menumpaskan Jalut. Sulaiman yang bijak seperti ayahandanya mampu ‘menundukkan’ angin. Begitulah sehingga Muhammad. Dari Nuh hingga ke Muhammad- semuanya menentang sesuatu iaitu sistem kepercayaan kaumnya.

    Cara untuk berjaya ialah kita mesti menentang sistem lama termasuk sistem berfikir. Jika sebelum ini kita percaya bahawa hanya para agamawan sahaja yang layak membincangkan Al-Quran, kini telah sampai masanya kita bertanya adakah semua yang mereka kata dan amal itu selari dengan Al-Quran?

    Cuba buka buku sejarah dan lihat bahawa orang-orang yang berjaya ialah orang-orang yang menentang sesuatu sistem lama. Sebelum abad ke-20, kereta dianggap sebagai satu barangan mewah – hanya orang kaya sahaja layak memilikinya. Tapi Henry Ford menentang sistem kepercayaan ini dengan memperkenalkan teknik “assembly line” – harga kereta menjadi lebih murah kerana dipasang dengan teknik yang menjimatkan masa sekaligus meningkatkan Return On Investment. Orang-orang seperti inilah yang membawa kebaikan kepada manusia kerana keberanian mereka berfikir dan menentang sistem kepercayaan lama.

    Untuk menjadi orang yang berjaya kita mestilah berani menentang sistem kepercayaan lama. Dan untuk menjadi berani menentang sistem ini, kita mestilah bermula dengan berfikir. Dari situlah kita akan mendapat petunjuk.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    August 22, 2011 at 9:35 pm

  52. Adoi lah :))))))) hehe….Cik Bunge sampai ala2 terguling guling atas lantai sambil ketawa (ROFL) baca cerita Mat Guyver…tau pun malu,dok pi provoke beli makan depan public buat pa?

    Melayu ni kan ada peribahasa,masuk kandang rimau aum aum auuumm…MG pun kenalah pandai2 cover,pakai lah tudung siti masa beli makanan tu….baru pakcik suci lagi murni tu tak membazir suara.

    Kawan2 Cik Bunge dari zaman sekolah,uni,sekarang semua dari keluarga elok2 meaning to say mak pak dia orang alim2,tudung labuh tu biasa hanya saya agak menentang arus…kawan2 yg rapat di Facebook pun ramai gak ustaz,ustazah…tapi tak sorang pun berani nak tunjuk sikap perasan suci lagi murni ni,biasanya golongan yg MG cerita tu ilmu kurang sangat ek jer lebih.Manakala sahabat2 dan kenalan yg lebih usahaNYA mendekati Allah,walaupun bertudung ala ala ninja( bukan saya kata,kawan2 yg bertudung yg kata) mereka lebih terbuka pandangan dan masih mampu menilai isi berbanding kulit.

    Sikap lagu ni,saya labelkan sebagai taksub.Banyak2 sikap yg paling Cik B cuba hindari ialah taksub.Mat Guyver pun janganlah taksub merasakan kita benar kerana kita tahu, lalu bersikap terlalu lantang memperlihatkan semua.Orang yg tidak tahu samada akan bingung lalu bertanya atau akan bingung lalu cuba mempertahankan apa yg mrk tahu.Kita nak tarik rambut dlm tepung kadang2 ada seninya…seni ni tak bleh gelojoh sangat,hasil tak berapa nak menarik hati 🙂

    Dulu kat U pun,saya pernah kena sergah di depan library UTM( sampai mati tak lupa)  ” are u a muslim?are u a muslim?” Kita tak pakai dedah pun ikut apa yg pihak uni benarkan.Kawan2 cik bunge yg dok sekeliling kita masa tu pakat buat muka blur lagi pelik.Kenapa?Agama itu adakah alat utk menghina dan mengaibkan?Ramai yg free hair di dera mental sampai ada yg hilang rasa yakin pada diri,ada yg bila lemah mereka tunduk dgn demand lalu memakai tanpa faham kenapa perlu pakai bila pakaian di tubuh telah pun melakukan fungsinya( tak sexy sesangat,tak nipis jarang sesangat,tak ketat macam sarung buah nangka dll).

    Pakaian iman itu sendiri apa?Takwa atau a piece of cloth tutup rambut di kepala.Rambut lelaki perempuan ada beza ka?

    Cik Bunge NiaSarah

    August 23, 2011 at 10:44 am

  53. Pagi tadi sahabat di FB bercerita ttg lailatul qadr.Saya kata,hari hari dok tido pukul 4 pagi tak turun2 pun tak nampak pun malam tu…kata kawan sebab saya cari lalu sikap ni tak ikhlas di pandangan Allah.

    Ada artikel ttg malam seribu bulan ni tak?

    Pasai apa saya tak boleh cari,kalau tak cari camana nak jumpa malam tu.Dah cari kalau mmg takdak rezeki,tu kira takdak rezeki aje lah kan?Bukan bermakna tak boleh mencari lalu berhenti mencari…kan kan?

    Cik Bunge NiaSarah

    August 23, 2011 at 10:53 am

  54. Cik Nia,

    Buat apa saya nak pakai tudung, saya lelaki, a young man. Saya bukan beli makanan untuk makan dalam restoran fast-food tu, take-away je. Sebelum pak cik tu sound saya, tak boleh ke dia fikir kalau-kalau saya beli makanan tu untuk orang yg tak berpuasa. Contoh: Untuk adik perempuan saya yg uzur ke???

    Saya cerita nak tunjuk antara sikap agama-man ialah cepat menilai dan menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Bila nak berdebat dia tuduh, “Ilmu kau tak banyak macam aku, pergi sekolah pondok mengaji kitab dulu.” . Pergh….pemikiran satu hala macam nie la perlu ditentang. Pembodohan minda atas nama Tuhan.

    Saya tak kisah kalau orang lain nak menyembah kotak tapi yang jadi masalah bila dia tuduh saya masuk neraka sebab tak ikut kepercayaan amalan ritual mereka.

    Saya pun bukan jenis orang yg nak tunjuk baik, tapi kalau siapa yang judge saya melalui kepercayaan agama dia, saya akan counter balik. Pay-back laa….kalau saya ejek kepercayaan dia. Tapi selalunya saya tak menjawab kalau ada orang tegur saya bab berkaitan agama.

    Kadang-kadang memang malu tapi saya rasa seronok kerana saya menentang arus pemikiran masyarakat. Hehehehehehe……….. rebel always cool.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    August 23, 2011 at 1:59 pm

  55. Saya bukan nak menunjuk bahawa saya paling benar, tapi bayangkan kalau nak buat konsert kat Shah Alam pun ada agama-man menentang atas nama agama, ini yang membuatkan saya marah. Bila kita nak mempertahankan hujah kita, nampaklah seolah-olah seperti saya menghina kepercayaan mereka.

    Dulu seorang pak cik saya cakap, haram hukumnya kalau melukis muka orang kerana bila kita mati lukisan orang yang kita lukis tu akan datang mintak nyawa. Saya fikir melukis adalah cara saya meluahkan perasaan saya. Tapi bila pak cik saya nie guna alasan agama, nak tak nak terpaksalah saya ejek kepercayaan dia tu. Dia tuduh saya menghina iSLAM. Saya fikir tu lah satu-satunya cara saya untuk defence apa yang saya percaya.

    Di sini saya selitkan tulisan di sebuah blog mengenai pemakaian tudung. Orang perempuan yang cool macam saya (walaupun saya lelaki) pasti akan counter balik dengan mengejek.

    —————————————————————

    WANITA TIDAK MENUTUP AURAT SELALU GUNA 13 ALASAN INI….

    Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

    1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
    -Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

    2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
    -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

    3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
    -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

    4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
    -Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

    5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
    -Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

    6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
    -Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

    7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
    -Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

    8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
    -Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

    9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
    -Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

    10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
    -Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

    11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
    -Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

    12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
    -Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

    13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
    -Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam

    ————————————————————————————————-

    Kalau ada orang cakap 13 perkara di atas kepada cik nia directly, pastilah cik nia akan counter habis-habisan. Masa tu cik nia tak peduli siapa nak keliru atau tidak. Atau Cik Nia fikir satu-satunya cara untuk defence diri ialah dengan menampakkan kebenaran kepercayaan Cik Nia?

    🙂

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    August 23, 2011 at 2:21 pm

  56. haah… betoi lah pasal lukisan minta nyawa tu… buat takut kitaaaa jerrrr!Tapi suka seni,takut tak takut gantung jugak,Alhamdulillah masih bernyawa.

    Org tua ni macam tu lah…nak menegur tak fikir adab, yg muda plakss terikat dgn adab sopan…

    MG, tau lah bukan pompuan,saja usik soh pakai tudung tu 😛

    Betul tu,13 point jika ditempelak dpn muka secara live…serious,saya bagi penumbuk dulu sebelum jawab.Serious!

    Cik Bunge NiaSarah

    August 23, 2011 at 5:25 pm

  57. tapi rasanya tulisan di blog tu mcm tujukan kpd wanita yg mmg suka dedah2 terlampau dan cara jawab pun mcm tak kukuh.Sebabnya,saya tak akan jawab macam tu… bila org melayu kata” tuhan suruh pakai tudung” setakat ni cara saya menjawab ” bak mai bukti,ayat mana…bawak sat keluar hadith,saya nak baca pastu bleh kita bincang”

    Lalu tamat,sebab ramai mmg tak suka bincang Quran 😀

    Cik Bunge NiaSarah

    August 23, 2011 at 5:32 pm

  58. Lalu tamat,sebab ramai mmg tak suka bincang Quran.

    Bab makan, mereka makan. Bila diajak bincang Quran, mereka bertempiaran.

    74:49. Mengapakah dengan mereka, bahawa mereka berpaling daripada Peringatan,
    74:50. Seakan-akan mereka keledai yang terkejut,
    74:51. Yang lari di hadapan singa?

    Juang

    August 23, 2011 at 9:24 pm

  59. Aauuuuuuuuummmmmm!!!!Memang Cik Bunge singa!Berani cakap salah berani cakap betul kena bagi sebab sahih…setakat cakap kosong tak tau tanya ustaz tak tau tanya imam masjid….jangan harap nak bagi muka.

    Juang Juang…awak tahu fasal apa lari?Sebab tak tahu jawapan dan ego diri memekakkan telinga dan menutup hati dari rasa ingin tahu dan berbincang secara rasional.Ni namanya penyakit B.o.d.O.s.ombong…penyakit ni memang tak ada ubatnya kecuali pada mereka yg dikehendaki Allah.

    Tuntut ilmu kalau ada rasa sombong,rasa pandai dan suci sesuci minyak masak murni tu…errmmmm….

    Cik Bunge NiaSarah

    August 23, 2011 at 9:48 pm

  60. eh silap…singa tak bunyi macam tu..macam ni… rroarrr rroarrr rroarrr!!!

    Cik Bunge NiaSarah

    August 23, 2011 at 9:53 pm

  61. Salam, terjumpa jawapan lengkap bagi menjawab soalan mengenai tudung,aurat dan perhiasan( e bacaan)


    Kesopanan

    Perzinaan tidak berlaku sekiranya kesopanan dijagai, dan Allah ditakuti. Kesopanan bagi lelaki dan perempuan semasa mereka berinteraksi sebagai sahabat telah disebut, iaitu mereka diperintah supaya mengawal pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Akan tetapi, bagi kaum wanita (kerana kewanitaannya) ditambah lagi dan tambahannya adalah seperti yang tersurat di dalam sebuah ayat yang panjang berbunyi,

    “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya;

    Dan hendaklah mereka meletakkan penudung (mantel) mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang),

    Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan” (24:31).

    Ayat ini menggesa kaum wanita supaya tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang-orang yang rapat seperti yang telah disebut. Kata perhiasan selalu dituju kepada barang-barang kemas. Akan tetapi perhiasan perempuan di sini bermaksud bahagian anggotanya yang di dada, yang digesa supaya ditutup dengan penudung. Penudung, atau kata Arabnya di situ, khumur, adalah bukan tudung kepala perempuan. Dalam bahasa Inggeris ia adalah veil yang juga tidak bermaksud tudung kepala perempuan. Lazimnya tudung kepala perempuan dikaitkan dengan jilbab (33:59), juga diterjemah kepada ‘penudung’, yang bermaksud “pakaian luar; gaun panjang yang menutupi seluruh badan, atau mantel yang menutupi leher dan payudara” [The Holy Qur’an, Abdullah Yusuf Ali (1946), halaman 1126, nota kaki 3765]. Ia bukan tudung kepala.

    Maka, pakaian wanita haruslah labuh dan menutup bahagian dada mereka. Atau dada ditutup dengan sehelai kain lain yang dipanggil khumur.

    (Tudung kepada yang kini dipakai oleh kaum wanita adalah ‘mandil’ dalam bahasa Arab. Ia bermaksud kerchief; handkerchief; head kerchief, dalam bahasa Inggeris. Tetapi ia tidak terdapat di dalam al-Qur’an.)

    Tudung Kepala

    Apa yang dikatakan perhiasan itu tidak termasuk bahagian-bahagian anggota di kepala seperti rambut, mata, mulut, hidung, telinga, dan pipi wanita. Andaikata bahagian-bahagian anggota wanita ini wajib ditutup, dengan tudung kepala supaya tidak dilihat oleh lelaki (seperti yang diwajibkan dalam ajaran agama ulama palsu), maka kaum lelaki pun patut menutup bahagian-bahagian tersebut kerana kaum wanita juga boleh berkeinginan pada lelaki dengan hanya melihat bahagian-bahagian tersebut. Kemungkinan ini dibayangkan Allah di dalam al-Qur’an dengan sebuah cerita mengenai Nabi Yusuf yang digoda oleh wanita-wanita, termasuk isteri pembesar, kerana dia kelihatan begitu menawan (iaitu daripada bahagian-bahagian anggotanya yang dapat dilihat).

    Perhiasan wanita boleh bermaksud payudaranya. Payudara perempuan yang lanjut usia pun tidak seharusnya dinampakkan seperti perempuan lain. Firman-Nya, “Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka” (24:60).

    Malah, dalam sebuah ayat yang terdahulu di dalam al-Quran, mengenai pakaian manusia, Allah menyatakan bahawa Dia telah menurunkan “pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib” (7:26).Tentusekali maksud kata bahagian aib itu tidak termasuk bahagian-bahagian di kepala wanita, mahupun lelaki.

    Dengan adanya beberapa petunjuk daripada al-Qur’an, maka Islam yang sebenar tidak mewajibkan wanita bertudung kepala.

    Kata aurat yang turut disebut di dalam ayat yang panjang tadi (24:31) bermaksud bahagian-bahagian sulit, yang orang-orang berkeinginan seks meminati, tetapi tidak dimengertikan oleh kanak-kanak kecil. Kata ini memang sudah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam Islam. (Sila rujuk Kalimat aurat di dalam al-Qur’an – http://www.e-bacaan.com/kalimat_aurat.htm

    Cik Bunge NiaSarah

    August 25, 2011 at 5:43 am

  62. di sini saya ingin berkongsi suatu metode pembelajaran tatabahasa Quran yang saya kita express dari negara jiran.. http://www.metodegranada.com/ .. saya masih mencari paket tersebut jika ada dijual di Malaysia tapi masih tidak menjumpainya.. kepada sesiapa yang tau leh la bagitau den.. nok beli.. mungkin ini lah yang dikatakan : Al-Quran mudah untuk dipelajari. Salam..

    Ai Su La

    August 25, 2011 at 10:00 pm

  63. 🙂 mungkin anda terlupa tentang yat 10:94 Allah menyuruh kita bertanya pada ahli kitab jika kita ragu2 tentang apa yang diturunkan oleh Allah.Anda meragui tentang soal solat dan hajj yang disebut dalam quran.ahli kitb sebelum kedatangan muhammad juga melakukan ritual solat dan hajj..jika benar perbuatan mereka salah dah tentu Allah mengecam mereka.Saya harap anda dapat tunjukkan pada saya dimana kecaman Allah terhadapa Ahli kitab yang melakukan ritual solat dan hajj.

    Hasmadi Hussain

    February 12, 2012 at 10:31 am

  64. Salam saudara Hasmadi Hassan

    Memang benar Allah suruh tanya orang-orang yang membaca kitab terdahulu jika kita ragu tentang kebenaran Al Quran. Naturally kita kena tanya mereka yang benar-benar faham kitab mereka itu. Kalau Al Quran sendiri tidak mengandungi ritual (seperti yang saudara sebutkan tentang solaa dan hajj), begitulah juga keadaannya dalam kitab terdahulu kerana Sunnah Allah tidak berubah. Jadi kalau pembaca kitab terdahulu itu dapat mengerjakan solaa dan hajj tanpa ritual, pastilah mereka mendapati Al Quran itu juga benar kerana sama dengan ajaran kitab mereka (tiada amalan ritual). Tetapi golongan yang percaya sedemikian adalah minoriti kerana kebanyakkan manusia adalah “suckers for rituals”. Kalau dicermati dari Al Quran, yang dikecam oleh Allah dari kalangan Ahli Kitab ini adalah yang megubah ayat-ayatNya dengan tujuan berbuat ritual dan dengan cara demikian, mempersekutukan Allah.

    IMHO, inilah bidang yang patut kita beri tumpuan untuk memperjelaskan kepada diri kita sendiri dan kepada umat keseluruhannya. Inilah jihad kita. Kalau kita dapati hasil usaha/pengkajian kita (sepatutnya digembelingkan semua resources yang ada seperti jabatan-jabatan agama, golongan pemikir, ulamak (mereka yang mempunyai pengetahuan tak kira siapa orangnya) atau sesiapa sahaja (kita dengar semua pendapat dan ambil yang terbaik)) bahawa ritual ini sepatutnya tiada dalam Islam, maka kita kena kenalpasti puncanya dan basmi ia sepenuhnya. Kalau betul kita nak berubah, disinilah peluangnya sebab transformasi besar yang berlaku selalunya tidak membawa invention yang baru sebaliknya hanya dengan membuang tabiat lama yang buruk. Itulah essence kitab Allah, membuang kebathilan.

    “Now the truth hath come and falsehood vanish. Surely falsehood are destined to vanish”

    gertim

    February 24, 2012 at 11:24 am

  65. Salam TM dan sekalian sahabat yang berada disini,

    Saya telah mengikuti kesemua artikel dan komentarnya dengan tekun berkenaan solat dalam blog tuan. Saya tidak menolak pemahaman tuan tentang perintah solat secara non-ritual mau pun juga pemahaman solat secara tradisi oleh pengamal yang berugama Islam. Saya masih lagi ingin mencari kepastian dengan merujuk kepada ayat-ayat AQ yang pengertiannya masih samar bagi pihak diri saya dan dalam saya membaca dan memikirkan setiap ayat-ayatNya, saya telah lalui ayat ini:

    “Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).” [At-Taubah 9:84]

    Jika pada pemahaman tuan bahawa sembahyang itu bukan bermaksud secara ritual then apakah sebenarnya pengertian “sembahyang” pada keselruhan ayat yang tersebut? Saya kurang pasti dengan pengertian ayat tersebut, bolehkah sekiranya tuan TM dan sekalian sahabat yang berada disini dapat berkongsi pandangan tuan dengan saya tentang maksud ayat tersebut.

    Terima kasih. Jazakumullah khairan katsiran. Wa jazakumullah ahsanal jaza.

    Gersang

    February 26, 2012 at 9:53 pm

  66. Salam,

    Saya fikir mana-mana masyarakat dalam dunia ini tahu bagaimana menguruskan orang yang telah mati. Untuk melakukannya, mereka perlu ada komitmen menguruskannya sehingga mayat selesai dikebumikan ke dalam tanah. Perinciannya tidak penting.

    Kisah Habil dan Qabil dalam Surah Al-Ma’idah, ayat 27 – 32 mungkin boleh memberi lebih banyak pemahaman kepada Gersang. Sekadar pendapat…………..

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    February 27, 2012 at 7:38 pm

  67. Salam Gersang,

    Saya berpendapat perkataan “tusalli” dalam 9:84 bukan bermakna “sembahyangkan” tetapi dalam konteks bahasa Melayu ia membawa maksud “berasa bertanggungjawab”. Maknanya dalam ayat tersebut Tuhan menegaskan kepada Nabi supaya beliau tidak perlu berasa bertanggungjawab jika berlaku kematian ke atas mana-mana orang munafik.

    tolokminda

    February 28, 2012 at 12:08 pm

  68. Salam MatGuyver & TM,

    Terima kasih atas sumbangan pendapat anda keatas ayat 9:84. Pada saya, pendapat TM does make sense, tafsiran kepada perkataan “tusalli” itu telah sengaja diubahkan oleh pihak yang berkepentingan kepada “sembahyangkan” (to pray) supaya ia boleh menjadi asbab dengan amalan solat jenazah. Jelas sudahlah pada diri saya bahawa solat jenazah yang telah saya lakukan sebelum ini adalah amalan yang sia-sia belaka disisi Allah. Saya tidak mahu mengulas lebih mendalam mengenai amalan ini, cukuplah dengan saya menyatakan bahawa saya ingin melepaskan diri dari melakukan amalan ini.

    Terima kasih. Jazakumullah.

    Gersang

    March 1, 2012 at 1:11 am

  69. Di sini saya sertakan satu hadis palsu mengenai sembahyang jenazah:-

    “Barangsiapa yang disembahyangkan oleh tiga saf kaum muslimin, maka telah diwajibkan keatas jenazah itu masuk syurga.” (Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud).

    Saya pernah menuntut di sebuah sekolah pondok di Kedah suatu masa dahulu. Pada hari Jumaat dan Sabtu, jika ada kematian di sekitar Alor Setar, Pokok Sena, Pendang, Kuala Kedah, Kota Sarang Semut – saya dan rakan-rakan akan dibawa dengan bas atau van ke rumah jenazah untuk menyembahyangkan jenazah.

    Atas kepercayaan hadis palsu ini, waris si mati sanggup membayar antara RM4-RM10 kpd setiap orang yang datang menyemahyangkan jenazah kerabat mereka. Ada yang sanggup bergadai barang kemas semata-mata mahu orang yang disayangi masuk ke dalam Syurga.

    Saya selalu berfikir apa rasionalnya kita membuat satu siri pergerakan di hadapan orang yg tidak lagi bernyawa. Adakah si mati memerlukan pergerakan2 kita itu? Setiap kali melakukannya, saya berasa seperti orang bo*** yang tidak berpelajaran.

    Tapi saya tak peduli sebab kadang-kadang pernah satu minggu saya mendapat sehingga RM20 hanya melakukan perbuatan tidak masuk akal ini. Agama ialah satu perniagaan paling berjaya.

    P/S : Di negeri2 utara, hari Jumaat dan Sabtu ialah hari cuti.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    March 1, 2012 at 9:57 am

  70. Salam,

    Sekiranya kita hendak jadi lawyer, maka kita hendaklah satu, lulus dapat ijazah. Bila bekerja jadi laywer, kita mesti guna kitab-kitab karangan lawyer sebagai panduan penuh dengan akta itu akta ini. kalau engineer, kitab engineer kita pakai dengan segala formula fizik. kalau petani, gunalah kitab pertanian.

    makanya, kalaulah semua kitab-kitab yang telah kita telaah semasa di universiti, kita ubah suai segala formula dan prinsipnya, maka akan menemui kegagalan bahkan kehancuran kerjaya kita. Bahkan membahayakan orang lain pula.

    Maksudnya segala amalan selepas mendapat ijazah hendaklah guna paduan dari kitab-kitab semasa di universiti dahulu.

    Jadi………………. saya hendak menjadi hamba Tuhan yang berjaya, maka saya cuba cari apakah ada panduan solat 5 waktu secara detail, step-by-step dalam Quran. Cari punya cari, mana dia? Surah mana? ayat mana? Mana solat wajibnya, mana solat sunatnya dll.

    Baik, pak ustaz kata rujuk hadis. Kita tanya dia, mana yang lebih utama Quran atau Hadis? Mana yang lebih tinggi taraf dan terjamin sahihnya? Sedang hadis banyak perdebatan antara ulamak, tak habis-habis sampai zaman IT ini. Bahkan, ada persoalan baru dalam zaman moden ini, ulamak pun tidak sepakat penuh.

    Tuhan sudah beri kita Quran, dan guna akal fikiran kita yang sewajarnya untuk menyelesaikan segala persolan hidup .

    Sedangkan Pak Ustaz kata solat itu tiang agama. Kalau tiang agama, kenapa tidak di terangkan secara detail kepada Muhammad di dalam Quran? Sedangkan Quran itu sebagai panduan dan rujukan dalam hidup. Tuhan dah kata dalam Quran. Kalaulah rujukan, kenapa solat tidak di nyatakan secara teperinci sedangkan itu syarat masuk syurga.

    Bukan saja bab solat, bahkan bab puasa bab Haji dll. Kalau bab puasa, mana ayat ayat menyatakan syarat-syarat batal puasa? Mana? Kalau bab haji, ada perkara-perkara yang bersangkut paut dengan batu. Batu sana batu sini.Batu kecil dan Batu besar. Kaabah (batu besar). Memang sah, kerja-kerja batu-batan ini kerja puak jahiliyah dahulu kala.

    Kata Pak Ustaz perempuan wajib tutup kepala. Mana ayat Quran? Kalau dalam negara Islam, ada pakai, ada tak pakai. Tapi bila pergi urusan kematian, pakai tudung pulak. Bila hari-raya pakai tudung pulak. Nampaknya semua ini semacam tidak konsisten. Hal-hal janggut lain cerita lagi.

    Sebab itulah bila manusia berani mengubah ayat-ayat Allah, maka tidak konsistenlah pegangan hidup kita.

    Kalau Tuhan tidak kata satu patah ayat pun dalam Quran, apa pula kita bersusah payah, berhempas pulas hendak menjalankan satu amalan atau berdebat-debat tidak habis tentang amalan itu. Tuhan suruh kita senang hidup, bukannya menyusahkan hidup kita. Quran beri jaminan. Kalau segala mesej Quran itu kita tidak ikut cara betul, bagaimana Quran jamin kita?

    Baru-baru ini, heboh seluruh dunia, apabila pakatan NATO menghina Quran di Afghanistan, sehingga kecoh dan huru-hara sehingga berbunuhan di Afghanistan. ini satu tamparan hebat kepada kita umat Islam sendiri, sebab tidak ikut Quran 100%. Tuhan sudah murka dengan kita. Tuhan sudah beri amaran berkali-kali dengan kita dalam Quran. Itulah jadinya. Menangislah kita angkat tangan bercucuran air mata atas tikar solat.(betulkah kita solat ikut Quran???)….tapi masih juga orang lain tidak hormat kita umat Islam, masih lagi umat Palestin di timpa duka, masih lagi negara Islam diperkotak katikkan.

    Kita usah salahkan orang lain, usah bom orang lain, usah bakar bendera USA, bendera Israel. Kita lihat apa sebenarnya masalah kita umat Islam, yang tidak sudi memurnikan cahaya Quran ke seluruh alam secara 100%. kalau cahaya Quran, tidak kita 100%, hanya 20%, bagaimana orang lain hendak memahami apa itu Islam, apa tu Quran?

    message114

    March 1, 2012 at 2:35 pm

  71. Bila saya belajar diluar negara (Barat).. beberapa orang mat salleh bertanya kepada saya ” why muslim worship black box and black stone.. Sepanjang umur hidup saya bersolat tak pernah pun saya membayangkan menyembah kaabah dan black stone. I just submit to One God with direct kiblat to Kaabah. Secara logik it is good, to show muslim unity. Saya tak pelik soalan ini bila diajukan oleh orang bukan islam…tapi yang pelik bila orang islam mengatakan why we should worship Kaabah??? We as muslim never worship black box and black stone..

    Salah : Praying, worship
    Iltizam : Commitment

    Hope Allah will guide us to the right path which we recites at LEAST 17 times a day in the Opening Surah..

    Mar.

    August 6, 2012 at 2:33 am

  72. Salam Mar

    Saya akan respect soalan tu tak kira siapa yang bertanya. Sebabnya saya perlu adil. Kita telah lebih 1400 tahun mengkafirkan orang kristian kerana mereka percaya konsep trinity. Alasannya : tak layak Tuhan ada anak. Tapi kita pulak kata Tuhan ada rumah. Layakkah?. Dah tu rumah tu pulak tak ada tingkap. Tu yang dia cakap “black box” tu. Cuba pergi hotel, minta bilik yang paling budget/murah nanti dia beri bilik yang tak ada tingkap. Begitu ke kita letak rumah untuk Tuhan? pastu panggil Baitullah terus jadi rumah suci…

    Tuhan kata lagi dalam Quran, Dia tidak jadikan kiblat itu melainkan untuk mengetahui siapa yang mengikut rasul dan siapa yang berpaling. Apa “black box” tu boleh beritahu kita sedemikian (boleh bercakap ke?). Cuba fikir, apa yang sebenarnya dapat membezakan siapa yang mengikut rasul (percaya) dan siapa yang berpaling tersebut? Tidak lain, hanyalah Al Quran. Siapa yang ikut Al Quran, tentulah orang itu seorang yang percaya.

    Pasal black stone tu, kalau disemak dari Al Quran tak ada ayat yang mengatakan dalam taman (jannah) ada batu, tapi dalam naar ada batu dengan manusia sebagai bahan bakar.

    Kalau kotak hitam tu berjaya sebagai lambang kesatuan ummah, tak adalah perpecahan dikalangan umat Islam?. Tapi cuba lihat sekarang, siapa yang paling sibuk bercakaran sesama sendiri sampai berbunohan berebut kuasa macam kera-kera yang hina?

    gertim

    August 8, 2012 at 10:44 am

  73. Salam,

    Batu tidak mampu menyatukan manusia. Yang mampu satukan manusia adalah ayat-ayat Allah. Ini kerana Allah itu Esa. Sanggup ikut ayat-ayat Allah, akan bersatulah semua manusia. Tetapi bila ada yang rasa ayat-ayat pembesar agama mereka lebih tinggi nilainya daripada ayat-ayat Allah, sudah pastilah manusia akan berpecah-belah.

    Yang menyebabkan orang2 Yahudi dan Nasrani terdahulu menganggap Uzair dan Al Masih sebagai anak Allah kerana mereka letakkan ayat-ayat habr dan rahib mereka lebih tinggi daripada ayat-ayat Allah dalam Taurat dan Injil.

    Juang

    August 17, 2012 at 9:36 pm

  74. Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarkaatuh, Sebagaimana yang saya ketahui bahwa Setiap orang yang akan menunaikan ibadah haji maupun umroh diharuskan untuk diimunisasi meningintis, kenapa harus diimunisasi, kalau demikian adanya apakah persyaratan ini bersumber dari ayat alqur’an atau hanya ada kepentingan dari manusia saja atas penjelasannya diucapkan terima kasih

    Syaifuddin (@oeddin54)

    September 5, 2012 at 3:22 am

  75. Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarkaatuh, Kalau tidak salah saya pernah membaca Allah berfirman yang menyebutkan “Segala kebaikan datangnya dari Allah dan segala keburkkan datangnnya dari dirimu sendiri, ayat tersebut terdapat pada surah apa dan ayat berapa terima kasih atas penjelasannya wassalam

    Syaifuddin (@oeddin54)

    September 5, 2012 at 3:31 am

  76. Salam perkenalan
    Saya ingin minta pendapat tuan mengenai daging halal.
    -Saya sekarang tinggal di Jepun dengan isteri (org jepun) dan dua orang anak(11 dan 4 tahun-lelaki).
    -Kami boleh dapat bekalan daging mentah halal tanpa masalah disini sekarang,
    tetapi dengan adanya dua anak kecil,mereka masih belum faham kenapa tak boleh
    makan McD burger daging lembu atau KFC dsb. disini.
    -Buat masa ni kami masih boleh bertahan tidak makan produk2 tersebut.
    -Apa pendapat tuan tentang huraian ‘binatang yang dibunuh tanpa menyebut bismillah’ adalah haram(tidak halal).
    Kalau tuan boleh buat dalam bentuk artikel lagi bagus,sebab boleh jadi rujukan banyak orang.
    Terima Kasih

    kamaris

    January 19, 2014 at 3:14 pm

  77. Assalamualaikum,

    Solat adalah perbuatan bukan seperti yg TM dan seangkatan dgn nya fahamkan, Tuan perlu mengetahui bahawasanya Al-Quran disusun dalam bentuk relational database. Ada ayat yg menerangkan antara satu sama lain. Secara TOTAL SOLAT ADALAH SATU IBADAH DALAM BENTUK PERBUATAN.

    Sila RUJUK SURAH AN-NISA’ AYAT 102. Tak perlu saya nukilkan disini cukuplah tuan2 semua rujuk sendiri. Semoga kita semua dirahmati ALLAH S.W.T dalam usaha mencari NYA.

    Pencari Tuhan

    May 6, 2014 at 5:55 pm

  78. Salam Tuan Pencari Tuhan

    Saya tidak pasti apa yang tuan maksudkan dengan “relational database”. Yang saya pasti, Allah turunkan Al Quran ini dengan kalimah-kalimah dan ayat-ayat yang menjadi petunjuk kepada manusia. Permasalahan kita hanya nak mengetahui makna yang sebenar kalimah dan ayat tersebut. Penyelesaian kepada permasalahan itu ada dalam Al Quran itu sendiri, tidak perlu disokong oleh mana-mana kitab lain atau mana-mana manusia. In a nutshell saya percaya bahawa sepertimana disebutkan Allah dalam Al Quran itu sendiri, ianya konsisten dan berulang-ulang. Maknanya, sesuatu kalimah yang mempunyai satu makna apabila digunakan dalam Al Quran akan konsisten dengan makna yang sama apabila digunakan dimana-mana tempat lain (dalam Al Quran) walaupun kamus bahasa Arab mengatakan sesuatu perkataan itu banyak makna. Di sini saya percaya kepada kuasa “kun fayakun” Allah. Kalau Dia boleh mencipta dan menjaga lebih 200 billion galaksi dengan lebih 200 billion bintang dalam setiap galaksi, tentu Dia boleh memastikan sesuatu perkataan yang digunakan berulang kali itu konsisten dari segi maknanya dalam kitab petunjuknya, bagi memudahkan manusia faham bila berfikir. Mustahil Allah tak faham bahasa Arab sedangkan orang Arab itu sendiri pun Allah yang cipta.

    Saya fikir ini sahajalah perbezaan pendapat saya dengan golongan agamawan yang menggunakan “hadis nabi” dan segala “ilmu” yang berkaitan bagi “membenarkan” kalimah Allah mempunyai banyak makna dan boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian kepercayaan dan keperluan ritual mereka. Selain itu, saya melihat bukti-bukti yang disediakan oleh Allah di alam ini (berbalik kepada kuasa “kun fayakunNya” dimana saya percaya Dia dapat menyediakan semua bukti kebenaran atas apa yangdiperkatakaNnya dalam al Quran). Begitu juga didalam diri saya sendiri dengan pertimbangan dan bantuan akal kurniaan Allah. Sesuatu suruhan Allah tentu ada manfaat dan jika diengkari, tentu ada mudharatnya. Begitu juga satu larangan Allah ada mudharat jika dibuat dan ada manfaat jika ditinggalkan/dijauhi. Bila sebut manfaat dan mudharat, ianya merujuk kepada kesan yang dapat dilihat di dunia ini, bukan hanya kesan di akhirat kelak. Contohnya “makanlah”. Jika kita makan, hidup dan sihat. Kalau tak makan tentu mati. Begitu juga “minumlah”. Kalau tak buat lagi cepat kita mati.

    Jadi, solaa ini satu suruhan Allah. Kalau maknanya adalah ritual sembahyang yang dibuat orang itu, apakah manfaatnya jika dibuat 5 atau 3 kali sehari dan apa pula mudharatnya jika ditinggalkan. Selain itu adakah lojik Allah dan malaikat beritual sembahyang kepada Rasulullah?

    Merujuk ayat An Nisaa 102, sekiranya makna solaa adalah ritual sembahyang berkenaan didalam situasi perang, adakah pernah terjadi sesuatu perang terhenti dan kedua atau lebih pihak yang berperang meletakkan senjata atas sebab hujan. Atau sakit. Adakah lojik keadaan sedemikian berlaku?

    Kertas pasir

    May 22, 2014 at 10:14 am

  79. Salam , saya cuma nak bertanya tentang arti AR-RAHMAN. Adakah ianya MAHA PENGASIH atau MAHA PERKASA . Rujuk kata Mariam ketika di datangi Jibril…katanya AKU BERLINDUNG DARI AR-RAHMAN..kata-kata itu merujuk kepada satu kuasa yang di takuti dan saya berpendapat maksud MAHA PENGASIH kurang tepat.

    Mohamed Shuhaimi

    November 1, 2014 at 12:51 pm

  80. Karutnya Antihadis
    Tolokminda Belajar berkata:

    Memang sukar untuk kita menggambarkan sebab malah Musa sendiri pun tidak dapat melihat Tuhan walaupun beliau sudah dapat bercakap terus dengan Tuhan memohon untuk melihatNya. Maka oleh itu tiada siapa pernah melihat Tuhan dan memahami rupa.diriNya.

    Tetapi Tuhan ada menceritakan bagaimana Dia menemui Musa melalui 2 penurunan dan bercakap secara terus dengan Musa.

    Penurunan pertama untuk memberi Musa mukjizat supaya dia berhadapan dengan firaun dan penurunan kedua untuk memberi Musa kitab.
    Penurunan pertama dia memperjalankan Musa di suatu malam tanpa Musa menyedari apa yang bakal dialami.

    Bagaimanapun bagi penurunan kedua appointmen telah ditetapkan. Sebab itu pada penurunan kedua Musa dapat melihat proses penurunan itu kerana dia tiba lebih awal.

    Bintang menjunam yang disebut dalam ayat pertama surah 53 pada saya menggambarkan suatu objek dari angkasa lepas yang memasuki atmosfera pada kelajuan tinggi yang akan kelihatan seperti tahi bintang dan kemudian objek itu turun hampir dengan lokasi Musa menunggu sehingga jarak kurang dari 2 panahan panah. Apa yang berlaku kemudiannya turut diceritakan.

    Saya berpendapat dalam 2 penurunan menemui Musa, Tuhan menggunakan sejenis pesawat atau kapal angkasa. Ini dari fakta yang mengatakan Musa pada awalnya melihat objek yang kelihatan seperti bintang menjunam yang kemudian kelihatan turun secara terkawal di horizon sehinggalah ia mendarat berhampiran Musa.

    Petunjuk mengenai pesawat ini juga ada dalam penurunan pertama iaitu apabila diceritakan Musa disuruh membuka kasut ‘di lembah Tuwa’. Saya berpendapat ‘lembah Tuwa’ itu suatu mistranslation. Saya nampak sebenarnya Musa memasuki sebuah ruang pesawat yang bersih maka sebab itu dia disuruh membuka kasut.
    Posted by kay line at 12:04

    gua

    December 22, 2014 at 1:15 am

  81. salam, knp blog ini terhenti, tiada article baru ke?
    bagaimana saya nak berhubung degn tolokminda?

    luq

    May 20, 2015 at 11:50 am

  82. 1. masih aktifkah blog ni?
    2. ada cara macamana nak hubungi Mat Guyver? saya berminat untuk memasuki blog dia tapi by invitation only.

    Politicalamity9

    May 23, 2016 at 4:43 pm


Leave a comment