Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Undang-undang jenayah Islam yang sebenar bersifat universal – bukan untuk “orang Islam” saja

with 36 comments

Undang-undang Islam merupakan satu topik yang sering menghangatkan persekitaran politik mahupun sosial negara-negara Islam. Kepada “ekstremis Islam” undang-undang Islam adalah wajib dan mesti ditegakkan. Ada di antara mereka yang sanggup mengambil jalan kekerasan dan kekejaman untuk melihat kepercayaan mereka tercapai. Ada yang bergelumang dengan permainan politik kotor untuk mencapai matlamat yang sama.

Sebenarnya cita-cita golongan ini untuk hidup berundang-undangkan hukum Allah bukanlah tidak pernah mendapat peluang. Melihat kepada realiti yang ada di depan mata kita, peluang untuk mereka sentiasa terbuka. Kebanyakan negara Islam hari ini sebenarnya mempunyai set perundangan Islam masing-masing. Masalahnya mereka bukan tidak boleh melaksanakan undang-undang Tuhan, tetapi mereka sebenarnya tidak tahu caranya.

Kalau “tidak tahu” bagaimana nak laksana? Kejahilan mereka sebenarnya amat nyata melalui kontroversi-kontroversi yang timbul setiap kali mereka cuba melaksanakan “hukum Tuhan”. “Hukum Tuhan” mereka bukan saja sering dikritik, dilihat tidak adil atau zalim oleh masyarakat bukan Islam malah di kalangan umat Islam sendiri pun ada yang tidak terlepas dari perasaan yang sama. Kemudian, bagaimana mungkin “hukum Tuhan” boleh berbeza dari satu negara ke satu negara? Di Malaysia misalnya, “hukum Tuhan” di antara negeri pun tidak dapat diselaraskan.

Jika hukum Tuhan yang merangkumi setiap ciptaan Tuhan dari neutrino yang sangat kecil sehinggalah galaksi yang sangat besar bersifat begitu universal dan mampu membawa keharmonian kepada seluruh alam, bagaimana “hukum Tuhan” yang dikatakan diprogramkan khusus kepada manusia boleh menjadi begitu cacamarba sehingga membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman sesama mereka? Tentulah ada yang tidak kena. Kemungkinan besar “hukum Tuhan” yang mereka dakwa sebenarnya bukanlah hukum Tuhan.

Dalam artikel ini saya ingin mengajak para pembaca budiman melihat bagaimana hukum Tuhan berkaitan jenayah sebenarnya bersifat sangat universal. Jika umat Islam boleh mempercayai sepenuhnya kepada petunjuk Tuhan dan benar-benar serius mahu mematuhinya, mereka bukan sahaja tidak akan menghadapi masalah untuk melaksanakan keadilan kepada sesama sendiri malah mereka dapat memberi keadilan yang sama kepada yang bukan Islam.

Negara Islam tidak perlu mempunyai dua set sistem perundangan seperti yang diamalkan kebanyakan mereka ketika ini. Mereka tidak perlu ada sistem perundangan konvensional dan sistem perundangan Islam. Kewujudan dua jenis sistem perundangan untuk penduduk dalam satu negara itu sendiri pun sudah cukup untuk memberi gambaran wujudnya ketidakadilan.

Jika kita teliti, Tuhan sebenarnya tidak memberikan hak kepada manusia untuk melaksanakan undang-undang sendiri dalam konteks jenayah yang dilakukan sesama manusia. Para hakim di dalam sistem perundangan Islam yang patuh kepada ketetapan Tuhan tidak mempunyai hak menghukum. Saya melihat peranan mereka sebenarnya terhad sebagai fasilitator kepada proses pengadilan sahaja. Tugas mereka adalah untuk memastikan proses mendapatkan keadilan di antara mangsa dan yang dituduh dapat dilaksanakan dengan sempurna. Bukannya menjatuhkan hukum.

Saya berpendapat, jika sabit kesalahan jenayah yang dilakukan oleh seseorang penjenayah terhadap mangsanya, Tuhan memberi hak menghukum kesalahannya itu kepada mangsa atau waris mangsa. Bukannya kepada hakim.

Maknanya jika seseorang penjenayah didakwa di dalam mahkamah kerana satu jenayah dan dapati bersalah selepas proses pengadilan dijalankan, hakim yang bertugas perlu mengembalikan hak menghukum penjenayah terbabit kepada mangsanya. Jika mangsanya mati akibat jenayahnya itu maka hakim perlu memberi hak kepada warisnya untuk menentukan hukuman. Mangsa atau waris sebenarnya diberi hak untuk menghukum, memaafkan atau menerima gantirugi yang ditawarkan kepada mereka. Bagaimanapun perbincangan ini hanya akan menumpukan kepada hak menghukum yang diberikan kepada mangsa atau warisnya.

Kita boleh mulakan renungan terhadap petunjuk Tuhan dalam perkara ini melalui ayat-ayat berikut.

5:45 Dan Kami aturkan kepada mereka di dalamnya bahawa nyawa untuk nyawa dan mata untuk mata dan hidung untuk hidung dan telinga untuk telinga dan gigi untuk gigi dan kecederaan yang bersamaan. Tetapi sesiapa yang membatalkan pembalasan itu, ia adalah satu penebusan kepada dirinya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diwahyukan Tuhan, mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.

Frasa “sesiapa yang membatalkan pembalasan itu” sebagai satu bentuk penebusan diri dalam ayat di atas menunjukkan hak untuk menghukum atau memaafkan penjenayah terletak di tangan mangsa. Selain ayat 5:45, kita juga boleh merujuk kepada ayat berikut untuk mendapat kesimpulan yang sama – di mana mangsa atau waris mangsa diberikan hak untuk menghukum penjenayah yang menganiayai mereka.

17:33 Dan janganlah membunuh, sesungguhnya Tuhan telah menjadikan ia satu larangan, kecuali di atas sebab keadilan. Dan sesiapa membunuh secara tidak adil, maka Kami beri kepada warisnya kuasa (menghukum), jadi jangan biarkan dia melampaui batas dalam melakukan pembunuhan kerana dia telah diberi pertolongan.

Peluang membalas sendiri penganiayaan penjenayah oleh mangsa atau waris mangsa pada dasarnya merupakan satu bentuk keadilan yang optimum jika dilihat dari perspektif mangsa. Jika penjenayah membunuh, mereka juga boleh dibunuh. Jika penjenayah menyebabkan kecederaan secara khusus maka mangsa boleh mengenakan kecederaan yang sama. Pastinya dengan kaedah ini tidak ada mangsa atau waris mangsa yang boleh mempertikaikan bahawa mereka tidak mendapat keadilan atau tidak diberi peluang menebus penganiayaan yang telah dilakukan ke atas diri mereka.

Dari sisi lain pula, proses penghukuman jenayah yang dianjurkan Tuhan ini turut menjadikan faktor agama atau bangsa tidak lagi mempunyai signifikan kerana perhitungan akhirnya dikembalikan kepada mangsa atau waris mangsa ke atas orang yang telah menganiayainya tanpa mengira agama atau bangsa mereka. Tidak akan timbul lagi soal ini undang-undang Islam atau ini undang-undang konvensional. Di bawah undang-undang Tuhan semua manusia mendapat peluang yang sama dalam memperolehi keadilan terhadap penjenayah. Maka akan adakah sesiapa yang waras mahu menolak kesejagatan (universality) hukum yang Tuhan tetapkan untuk mereka?

Mungkin ada orang yang akan mempertikaikan bahawa ketetapan Tuhan ke atas kesalahan jenayah dalam 5:45 merujuk kepada ketetapan yang diturunkan kepada orang-orang Yahudi. Bagaimanapun jika kita teliti ayat-ayat lain yang berkenaan, Tuhan sebenarnya telah menurunkan ketetapan yang sama ke atas semua umat Al-Kitab. Mari kita lihat beberapa ayat tersebut.

5:44 Sesungguhnya Kami telah mewahyukan Taurat yang di dalamnya terkandung pedoman dan cahaya, dengannya nabi-nabi yang menyerahkan diri mereka mengadili dengannya mereka yang Yahudi – mereka yang berkuasa dan para pembesar yang dipertanggungjawabkan menjaga Kitab Tuhan dan mereka menjadi saksi ke atasnya, oleh itu janganlah takut kepada manusia dan takutilah Aku dan jangan menjual ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit dan sesiapa yang tidak mengadili dengan apa yang telah Tuhan wahyukan maka mereka itulah golongan yang tidak percaya.

Dari ayat 5:44 kita mendapat tahu walaupun Tuhan telah menurunkan wahyu tentang hukuman ke atas kesalahan jenayah melalui Taurat tetapi itulah ketetapan yang telah digunakan oleh para nabi untuk mengadili orang-orang Yahudi dan ia adalah kebenaran yang boleh disahkan oleh mereka yang berkuasa dari kalangan pembesar agama yang diwariskan kepada mereka Kitab Tuhan itu. Penjelasan Tuhan berkenaan hal ini sebenarnya adalah untuk memberi keyakinan kepada kita bahawa kita tidak akan mendapat bantahan dari golongan ahli Kitab yang lain jika kita melaksanakan hukum Tuhan itu. Sebab itulah Tuhan kata jangan takut kepada manusia. Tegakkanlah hukum yang telah Dia tetapkan. Jadi, bagaimanakah Tuhan menyuruh kita menghukum sesuatu kesalahan jenayah? Sekali lagi,

5:45 Dan Kami aturkan kepada mereka di dalamnya bahawa nyawa untuk nyawa dan mata untuk mata dan hidung untuk hidung dan telinga untuk telinga dan gigi untuk gigi dan kecederaan yang bersamaan. Tetapi sesiapa yang membatalkan pembalasan itu, ia adalah satu penebusan kepada dirinya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diwahyukan Tuhan, mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.

Jika ia belum cukup meyakinkan kita boleh teruskan bacaan,

5:46 Dan Kami telah mengutuskan di jejak mereka Isa, anak Maryam, mengesahkan apa yang sebelumnya iaitu Taurat dan Kami memberinya Injil yang di dalamnya pedoman dan cahaya dan mengesahkan yang sebelumnya iaitu Taurat dan petunjuk dan amaran kepada mereka yang bertakwa.

5:47 Dan para pengikut Injil sepatutnya mengadili dengan apa yang telah Tuhan wahyukan di dalamnya. Dan sesiapa yang tidak mengadili dengan apa yang Tuhan telah wahyukan, mereka adalah dari kalangan yang fasik.

5:48 Dan Kami telah mewahyukan kepada kamu Kitab dengan kebenaran, mengesahkan apa yang sebelumnya iaitu Kitab dan penjaganya, oleh itu hukumlah di antara mereka dengan apa yang telah Tuhan wahyukan dan jangan menuruti nafsu mereka dari kebenaran yang telah sampai kepada kamu. Bagi setiap dari kamu Kami telah menetapkan satu peraturan dan satu jalan terbuka dan jika Tuhan berkehendak Dia tentu telah menjadikan kamu sebagai satu bangsa, tetapi Dia menguji kamu terhadap apa yang telah diberikan kepada kamu, oleh itu berusahalah dengan satu sama lain untuk bersegera kepada pekerjaan yang baik – kepada Tuhan kamu akan kembali, semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu tentang apa yang telah kamu perselisihkan.

Perhatikan bagaimana Tuhan menyakinkan bahawa kaedah hukuman yang sama telah diwahyukan dari nabi ke nabi. Dari Taurat ke Injil sehinggalah ke Quran. Perhatikan juga bagaimana Tuhan mengulang-ulang perintah supaya mengadili dengan apa yang telah wahyukan itu. Dan perhatikan juga bagaimana Tuhan menyifatkan mereka yang tidak menghukum dengan apa yang telah diwahyukan sebagai orang-orang yang tidak percaya, fasik dan melampaui batas. Dan renungkan pula betapa indahnya apabila Tuhan memberitahu kita walaupun Dia tidak menjadikan kita sebagai satu bangsa tetapi Dia telah menetapkan satu peraturan dan satu jalan yang terbuka untuk semua.

Sebagai penutup elok kita teruskan dengan dua ayat lagi.

5:49 Dan maka kamu harus mengadili di antara mereka dengan apa yang telah Tuhan wahyukan, dan jangan menurut nafsu mereka dan berhati-hatilah dengan mereka kalau-kalau mereka mendorong kamu dari apa yang telah Tuhan wahyukan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah Tuhan mahu menimpakan kesusahan ke atas kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan, dan sesungguhnya ramai manusia adalah mereka yang melampaui batas.

5:50 Adakah selepas ini pengadilan berasaskan kejahilan yang mereka inginkan? Dan siapakah yang lebih baik dari Tuhan untuk menjadi hakim kepada bangsa yang yakin?

Mari kita bincangkan.

Written by tolokminda

September 27, 2010 at 1:15 am

36 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. pbuu,
    Satelah selesai baca tajuk yg baru diajukan Tuan TM, saya dapati mungkin lanjutan dari ayat2 berikut dapat memberi pencerahan lanjut!!!!

    Surah Al Maaidah (5) ayat 33 hingga 63:-

    5:33. Pembalasan kepada orang yang memusuhi Allah dan penyampainya dan yang membuat huru-hara dibuminya adalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki bersilangan atau dihalau dari buminya. Demikianlah kehinaan didunia dan diakhirat mereka pasti diazabkan dengan azab yang sangat dahsyat.
    34. Kecuali orang yang bertaubat dari sebelum kamu membetulkan mereka maka ketahuilah Allah yang pengampun yang penyayang.
    35. Wahai orang yang amanah prihatinlah Allah dan carilah jalan mendekatan diri kepadaNya dan berjuanglah dijalanNya pasti kamu mendapat kejayaan.
    36. Bagi orang yang tidak percaya walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepada mereka untuk menebus dirinya dari azab hari kiamat maka tidak diterima darinya dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat.
    37. Mereka menginginkan keluar dari apinya tetapi mereka tidak akan dikeluarkan darinya dan bagi mereka azab yang berkekalan.
    38. Dan kepada pencuri lelaki atau perempuan maka hentikanlah/sever keupayaan tangan mereka sebagai pembalasan kepada apa keduanya telah usahakan. Itulah tindakan Allah dan Allah perkasa dan bijaksana.
    39. Maka sesiapa bertaubat dan memuliharakan kezalimanya, Allah pasti menerima taubatnya dan Allah pengampun dan penyayang.
    40. Tidakkah kamu ketahui Allah menguasai langit dan buminya dan mengazabkan dan mengampunkan sesiapa dikehendaki dan Allah atas segalanya berkuasa.
    41. Wahai penyampaiKu janganlah kamu bersedih dengan orang yang bersegera menuju kejalan kekufuran dengan berkata kami amanah dengan mulut kami tetapi belum pasti amanah dihati kami dan dari haaduu dan orang yang minat mendengar pembohongan dari kaum yang terakhir kini mereka tidak akan datang kepadamu melainkan mereka telah selewengkan kata-kata daripada yang asalnya dan mereka mengatakan jika diberikan kepadamu ini maka ambilah dan jika tidak diberikan maka waspadalah dan sesiapa dihendaki Allah untuk diuji maka kamu tidak berkuasa menolaknya dan mereka tidak menghendaki Allah membersihkan hati mereka dan suatu kehinaan didunia dan suatu azab yang dahsyat diakhirat untuk mereka.
    42. Orang yang suka mendengar pembohongan dan orang yang telah banyak makan rasuah jika mereka datang kepadamu maka beredarlah atau berpalinglah dari mereka dan jika kamu berpaling maka mereka tidak akan dapat memudaratkan kamu sedikitpun maka beredarlah kamu atau berpalinglah dari mereka dengan adil. Allah pasti mencintai orang yang mengamalkan keadilan.
    43. Dan mengapa mereka hendak melantik kamu sebagai hakim sedangkan mereka memiliki pembelajaran/–ttauraatu didalamnya terdapat hukum-hukum Allah. Kemudian mereka telah berpaling dari sesudah itu maka mereka itu bukanlah dari orang yang amanah.
    44. Kami telah menurunkan pembelajaran/-ttauraata didalamnya petunjuk dan cahaya keterangan seperti telah dihukumkan oleh para penyebar dan orang yang menyerah diri dan haaduu dan para sarjana dan para pendeta telah mengguna-pakai program Allah dan mereka menjadi saksi-saksinya. Maka jangan kamu takut kepada manusia tetapi takutlah kepadaKu dan jangan kamu niagakan ayat-ayatKu dengan nilai harga terendah dan sesiapa tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah maka mereka itulah orang yang tidak percaya.
    45. Dan Kami telah programkan kepada mereka didalamnya nyawa dengan nyawa dan mata dengan mata dan hidung dengan hidung dan telinga dengan telinga dan gigi dengan gigi dan luka balasanya yang serupa. Maka sesiapa merelakan dan tidak menebusnya adalah atas kemurahan hatinya dan sesiapa tidak menghukum dengan apa telah diturunkan Allah maka mereka itulah orang yang zalim.
    46. Dan Kami susuli jejak ‘iisa putera maryama yang mengsahkan dari apa yang dipertanggung-jawabkan kepadanya dari pembelajaran/attauraati dan Kami telah berikan berita baik dari al-injiila didalamnya petunjuk dan cahaya keterangan dan mengsahkan dari apa yang telah dipertanggung-jawabkan dari pembelajaran/at-tauraati mengandungi petunjuk dan teguran untuk orang yang prihatin.
    47. Dan para ahli berita baik/injiili hendaklah menghukum dengan apa telah diturunkan Allah didalamnya dan sesiapa tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang fasik.
    48. Dan Kami telah turunkan kepadamu program yang sebenar dan mengesahkan apa telah dipertanggung-jawabkan dalam program itu dan mengawal ketulinanya. Maka hukumlah diantara kamu dengan apa telah diturunkan Allah dan jangan kamu mengikuti nafsu ego mereka satelah datang kepadamu yang benar. Maka jadikanlah dianya syarat peraturan yang betul dan membuka jalan kepada panduan hidupmu. Jika Allah menghendaki dijadikan kamu satu ummat tetapi demi untuk menguji kamu dengan apa telah diberikan kepadamu. Maka berusaha gigihlah untuk mendapat keutamaan dariNya dan kepada Allah tempat kembalimu dan pasti dikhabarkan apa telah kamu pertikaikan.
    49. Dan hendaklah kamu menghukum dengan apa telah diturunkan Allah dan jangan kamu mengikuti nafsu ego mereka dan awasilah supaya mereka tidak dapat selewengkan sebahagian dari apa telah diturunkan Allah. Jika mereka berpaling maka ketahuilah Allah pasti timpakan bencana atas kesalahan mereka dan kebanyakan manusia adalah fasik.
    50. Penghakiman siapakah yang dikehendaki oleh orang bodoh yang tidak prihatin selain dari Allah pemilik hukuman terbaik kepada yang yakin.
    51. Wahai orang yang amanah jangan mengambil -lyahuuda dan nashaaraa sebagai pemimpin. Mereka hanya pemimpin dikalangan mereka dan sesiapa melantik mereka maka kamu adalah sebahagian darinya. Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
    52. Dan lihatlah orang yang dalam hati mereka ada penyakit mereka bersegera kepadanya dan berkata kami takut ditimpa bencana mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenanagan atau perintah dariNya maka mereka ditimpakan bencana atas apa telah dirahsiakan dalam diri mereka dan mereka menjadi orang yang menyesal.
    53. Dan berkata orang yang amanah inikah orang yang bersumpah kepada Allah dengan penuh tanggungjawab bersama kamu. Maka sia-sialah amalan mereka dan pastinya mereka dalam kerugian.
    54. Wahai orang yang amanah sesiapa telah berpaling dari cara hidupNya maka Allah pasti mengujudkan suatu kaum yang dicintaiNya dan mereka mencintai Dia dan Dia sangat berlembut dengan orang yang amanah dan sangat tegas dengan orang yang tidak percaya. Mereka telah berjuang dijalan Allah dan tidak takut kepada cemuhan orang yang mencemuh mereka. Itulah pemberian Allah yang diberikan kepada sesiapa dikehendaki dan Allah mengetahui dan luas pengetahuanya.
    55. Wali kamu hanyalah Allah dan penyampainya dan orang yang amanah dan orang yang menegakkan komitmen kewajipan dan menunaikan kemurnianya dan mereka patuh kepada perintahNya.
    56. Dan sesiapa rapat dengan Allah dan penyampainya dan orang yang amanah maka mereka dari golongan Allah dan mereka pasti berjaya.
    57. Wahai orang yang amanah jangan kamu mengambil orang yang mengejek dan mempermainkan cara hidupmu dan orang yang diberi program sebelumnya dan orang yang tidak percaya sebagai pemimpin dan prihatinlah Allah jika kamu orang yang amanah.
    58. Dan apabila kamu diseru kepada komitmen kewajipan mereka mengambilnya sebagai ejekan dan permainan. Demikianlah tabiat buruk kaum yang tidak berfikir.
    59. Berkata wahai ahli program apakah kamu telah menemui kesalahan kami sedangkan kami amanah kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami dari dahulu dan kebanyakan dari kamu adalah orang fasik.
    60. Berkata adakah kamu menghendaki aku mengkhabarkan yang lebih buruk dari ganjaran Allah? Sesiapa dilaknati dan dimurkai Allah maka mereka disifatkan sebagai kera/-lqiradata dan babi/alkhanaazira dan berkhidmat kepada -ththaghuuta dan bagi mereka tempat penginapan yang sangat mengaibkan dan disesatkan dari jalan yang lurus.
    61. Dan apabila datang kepadamu, mereka berkata kami amanah sedangkan mereka masuk dengan kemungkaran dan keluar dengan lebih ingkar dan Allah mengetahui dengan apa mereka sembunyikan.
    62. Dan kamu lihatlah kebayakan dari mereka bersegera melakukan dosa dan permusuhan dan rasuah, sangat buruk apa telah mereka lakukan.
    63. Mengapakah sarjana dan pendeta mereka tidak melarang dari ucapan dosa dan rasuah maka sangat buruk apa yang telah mereka usahakan.

    Untuk lebih yakin sila rujuk naskah ARABnya word2word.

    chong

    September 27, 2010 at 7:55 pm

  2. salam ,

    Tiada masaalah dari sudut terjemahannya Chong…

    Yang pasti sejauh mana manusia dan mereka2 yang beriman menegakkan kebenaran dan hukum2nya sahaja.

    sgray

    September 28, 2010 at 2:25 pm

  3. Salam,

    Berkenaan perkara “menegakkan hukum Allah” di muka bumi sudah menjadi laungan para-para mujahid di merata tempat di dunia. Tapi….apakah mereka betul-betul berani menegakkan hukum Allah sepertimana yang mereka fahamkan? Inilah persoalannya.

    Apabila mendengar hukum Allah, contoh pertama yang terbayang dalam fikiran kita ialah hukum hudud, seperti potong tangan dan merejam dengan batu sampai mati. Walhal, adakah merejam dengan batu itu betul-betul terdapat di dalam Al-Quran?

    Kita hairan kenapa, hukum Allah ini nampak berat sangat untuk dilaksanakan di sebahagian negara Islam? Semacam ada rasa nak kah tak nak buat.

    Ini tak lain tak bukan kerana, hukum itu sebenarnya bukan arahan Tuhan, tapi buatan dan rekaan manusia yang menyimpang dari wahyu Tuhan.

    Al-Quran tidak pernah menyusahkah manusia :

    20:2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
    20.3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah.

    Bahkan Al-Quran dijamin oleh Tuhan mengandungi banyak kebaikan kepada manusia.

    28:85. Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): “Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata “.

    28:86. Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah berharap supaya Kitab Al-Quran ini diturunkan kepadamu, (tetapi ia diturunkan kepadamu) hanyalah sebagai rahmat dari Tuhanmu, oleh itu janganlah engkau menjadi orang-orang kafir.

    Akan tetapi manusia ada pelbagai ragam. Bagi yang dekat hati dengan Tuhan pasti menerima apa saja wahyu Tuhan dengan rasa rendah diri dan penuh taat.

    32:15. Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

    Tapi bagi orang yang ingkar akan wahyu Tuhan (hukum-hkukum Tuhan dalam Al-Quran) sudah pasti segala amalan kononnya ibadah pasti akan tidak diterima oleh Tuhan.

    47:8. Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.

    47:9. Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.

    Ada manusia yang langsung berani merendah-rendahkan Al-Quran serta memperlekehkan Muhammad sebagai utusan wahyu Tuhan :

    52:32. Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang sedemikian itu, atau sememangnya mereka suatu kaum yang melampaui batas (dalam keingkaran dan kedegilannya)?

    52:33. (Bukan sahaja mereka ingkar dan degil) bahkan mereka berkata: “Dia (Muhammad) telah mereka-reka Al-Quran itu”. (Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas) bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman!

    52:34. (Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih dan indah) seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya.

    Ternyata manusia yang suka bersifat sombong tapi kerdil sekali-kali tidak akan dapat mencabar keutuhan Al-Quran.

    Tuhan telah memberi amaran kepada kita supaya jangan mendekati orang-orang yang suka mengejek dan mempertikai Al-Quran sebagai sumber hukum :

    58:14. Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

    58:15. Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.

    Tuhan telah memberitahu bahawa tahap penerimaan manusia terhadap hukum Al-Quran ada pelbagai. Ada yang langsung tidak menerima, ada yang setengah-setengah kerana hendak dikupas dengan hadis dan ada yang 100 peratus hanya Al-Quran :

    3:32. Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).

    Namun Allah lebih mengetahui siapa yang betul-betul ikhlas dalam menerima wahyu Tuhan tanpa merujuk kepada yang lain :

    35:38. Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Ia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

    message114

    September 28, 2010 at 8:52 pm

  4. Salam,

    Islam dan keadilan tidak boleh dipisahkan. Jadi, sudah semestinya undang-undang Islam juga bersifat adil. Sebab itu dalam ayat 5:45 menyebut tentang balasan yang setara seperti nyawa untuk nyawa, telinga untuk telinga dan sebagainya.

    Undang-undang jenayah yang telah diturunkan kepada manusia sudah semestinya bersifat universal agar keadilan dapat ditegakkan. Tetapi selagi kepercayaan manusia itu dipengaruhi unsur-unsur yang tidak universal, keadilan tidak akan dapat dicapai. Umpamanya jika hukuman dijalankan berdasarkan kepercayaan tradisi sesuatu masyarakat, sudah pasti keadilan sukar dicapai kerana terdapat unsur-unsur nak tunjuk ego tentang kepercayaan tradisi. Bagi yang taksub kepada kepercayaan tradisi merejam batu, maka mereka anggap itulah hukum Allah. Mereka tidak fikir dari segi universal, apakah hukuman sebegitu benar-benar menepati maksud keadilan?

    Fahamlah kita kenapa perjuangan seseorang Rasul Allah itu bermula dengan membersihkan perasaan taksub pada kepercayaan tradisi sesuatu masyrakat dahulu. Tujuannya supaya keadilan dan keuniversalan itu dapat dicerahkan kembali. Menghukum dengan perasaan ego dan menghukum atas dasar keadilan sudah pasti suatu yang berbeza sifat dan kesannya.

    Juang

    September 28, 2010 at 10:20 pm

  5. Salam semua,

    Kenapa statement sdr tolokminda tidak disertakan sekali ayat tentang Qisas krn amat interesting utk dikaji??…

    Al-Quran: “Wahai orang-orang yang beriman! Qisas dikitabkan keatas kamu berkenaan pembunuhan, orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan; tetapi SESIAPA YANG MENDAPATKAN KEMAAFAN BAGINYA DARI SAUDARANYA sesuatu, maka ikutkannya dengan yang baik, dan MENUNAIKAN GANTIRUGI dengan sebaik-baiknya. Yang demikian diantara keringanan Tuhan kamu dan satu rahmat; maka sesiapa yang melanggari sesudah itu, maka baginya hukuman yang pedih. (Q2:178)

    Sila perhatikan tulisan yg dibesarkan amat menarik utk dibincangkan… ada gantirugi lagi… misalnya jika si pembunuh itu orang kaya membunuh orang yg miskin dan orang miskin memaafkan pembunuh yg kaya itu, mangsa yg miskin itu boleh menuntut gantirugi… bayangkan boleh tuntut ratus ribu2 atau juta2… ada sesiapa yg boleh beri pendapat???…

    Jebon

    September 29, 2010 at 11:53 pm

  6. Salam Jebon,

    Tajuk berkaitan undang-undang merupakan tajuk yang besar. Saya tidak mampu menulis semuanya dalam satu artikel.

    Dan di dalam perbincangan yang diutarakan di atas tumpuan saya hanyalah untuk menunjukkan bahawa dalam sistem perundangan Islam – jika ia benar-benar dilaksanakan mengikut petunjuk Tuhan di dalam Al-Quran, hakim bukanlah seorang yang boleh menjatuhkan hukum kepada pesalah jenayah.

    Hak menghukum terletak di tangan mangsa atau waris mangsa (dalam kes pembunuhan). Bagaimanapun dalam masa yang sama mangsa atau waris tidak boleh menghukum penjenayah yang menganiayai mereka lebih dari apa yang telah Tuhan tetapkan di mana mereka mempunyai 3 pilihan iaitu:

    –> 1. Membalas apa yang telah dilakukan penjenayah ke atas mereka berdasarkan kaedah qisas iaitu nyawa dengan nyawa, mata dengan mata, kecederaan dengan kecederaan yang sama dan seumpamanya.

    –> 2. Memberi kemaafan ke atas penjenayah dan beroleh kelebihan dalam bentuk penebusan dosa dirinya sendiri.

    –> 3. Mendapatkan gantirugi.

    Dengan kata lain, manusia sebenarnya tidak berhak menghukum manusia lain dengan apa-apa hukuman selain dari apa yang telah Tuhan benarkan kepada mereka. Selain itu, kaedah melaksanakan hukuman itu turut bersifat universal di mana jika dilaksanakan ia tidak akan memberi masalah kepada sesiapa walaupun mereka bukan dari kalangan orang yang percaya kerana hak menghukum, memaafkan atau meminta gantirugi terletak sepenuhnya di tangan mangsa atau waris mangsa.

    Saya fikir perkara ini perlu difahami terlebih dulu. Saya telah menjelaskan mengenai skop perbincangan kali ini dalam perenggan 9;

    “Maknanya jika seseorang penjenayah didakwa di dalam mahkamah kerana satu jenayah dan dapati bersalah selepas proses pengadilan dijalankan, hakim yang bertugas perlu mengembalikan hak menghukum penjenayah terbabit kepada mangsanya. Jika mangsanya mati akibat jenayahnya itu maka hakim perlu memberi hak kepada warisnya untuk menentukan hukuman. Mangsa atau waris sebenarnya diberi hak untuk menghukum, memaafkan atau meminta gantirugi lain yang dibenarkan ke atas mereka. Bagaimanapun perbincangan ini hanya akan menumpukan kepada hak menghukum yang diberikan kepada mangsa atau warisnya.”

    Teruskan perbincangan.

    tolokminda

    September 30, 2010 at 3:02 am

  7. Salam TM,

    Berdasarkan keadaan semasa, jika si pembunuh membunuh dengan membakar mangsa, apakah keluarga si mangsa boleh membalas dengan membakar pembunuh itu? Apa pendapat saudara?

    Juang

    September 30, 2010 at 7:46 am

  8. Salam Juang,

    Saya berpendapat ayat 5:45 telah menetapkan batas menghukum oleh mangsa atau waris ke atas penjenayah yang menganiayai mereka dengan batas yang jelas iaitu mereka boleh membalas segala perbuatan penjenayah apple to apple tetapi tidak lebih dari itu.

    Maknanya jika mangsa telah mati di tangan penjenayah akibat dipukul dengan kayu hoki dan kemudian dibakar mayatnya maka waris mangsa juga berhak menuntut perlakuan yang sama dikenakan ke atas sipenjenayah. Hakim, apatah lagi sipenjenayah perlu akur kepada hak yang telah diberikan kepada waris mangsa dalam perkara ini jika itu pilihan mereka.

    Dengan kata lain, Tuhan membuka peluang kepada mangsa atau waris mangsa membalas dendam terhadap perbuatan penjenayah ke atas mereka. Itu ultimatumnya. Maka terpulanglah kepada mereka untuk mengambil peluang itu untuk memuaskan hati atau menggunakan jalan keluar lain yang telah turut Tuhan berikan sebagai option yang mungkin boleh membawa pengakhiran yang lebih baik untuk mereka.

    5:45 Dan Kami aturkan kepada mereka di dalamnya bahawa nyawa untuk nyawa dan mata untuk mata dan hidung untuk hidung dan telinga untuk telinga dan gigi untuk gigi dan kecederaan yang bersamaan. Tetapi sesiapa yang membatalkan pembalasan itu, ia adalah satu penebusan kepada dirinya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diwahyukan Tuhan, mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.

    tolokminda

    September 30, 2010 at 8:11 am

  9. Salam,

    Universalnya ketetapan yang Tuhan hamparkan dalam soal hukuman ini adalah ia melepasi batas perkauman, kepercayaan serta sosiobudaya masyarakat manusia. Tanpa perlu melabelkan ia undang-undang konvensional atau undang-undang Islam sesiapa saja akan dapat melihat logik dan keadilan di sebalik kaedah ini dengan mudah.

    Misalnya jika yang melakukan jenayah itu orang Islam dan yang menjadi mangsa itu orang Kristian, maka mangsa tetap dapat memenuhi niat untuk membalas perbuatan si penjenayah dengan cara yang dapat memuaskan hati mereka.

    Begitu juga jika sipenjenayah bukan orang Islam dan dia membunuh orang Islam, dia tidak akan dapat menolak jika mangsa atau waris mangsa mahu dia dikenakan hukuman yang berteraskan qisas yang bersifat pembalasan apple to apple.. Ia common sense kepada sesiapa saja.

    tolokminda

    September 30, 2010 at 8:34 am

  10. Salam,

    Al-Quran diturunkan adalah untuk semua manusia tidak kira apa fahaman, bangsa, budaya dan lain-lain.

    Sekiralah orang Islam betu-betul memahami dan menggunakan Al-Quran 100 peratus tanpa ada rujukan kepada yang lain yang ternyata bercanggah dengan Al-Quran itu sendiri, maka orang bukan Islam tidak dapat tidak, pasti akan mengakui keadilan Al-Quran.

    Apa yang menyebabkan ada orang bukan Islam sewenang-wenang benci kepada Quran, adalah kerana orang Islam salah membawa pengertian AL-Quran kepada dunia, bahkan meng”confuse”kan lagi orang bukan Islam terhadap Quran. Ini tak lain tak bukan kerana fahaman-fahaman hadis yang karut-marut yang memalitkan kotoran minda di sana sini.

    Kita tidak nafikan banyak orang bukan Islam, masuk Islam, bukan kerana hadis, tetapi hanya dengan terjemahan Al-Quran sudah menyebabkan mereka suka kepada “Islam”. Yang kasihan, bila mereka rujuk hadis, ada di antara mereka yang garu kepala,apa sebab ada kontradiksi antara hadis dan Quran. Mereka bukan macam kebanyakkan orang Islam,suka menyelidik secara mendalam. Kita orang Islam asal, langsung tidak research Quran dan Hadis. Tahu mereka membaca tanpa fikir mendalam, walaupun ternampak percanggahan yang nyata. Kalau tidak tahu tanya pak Ustaz. Masalah pak Ustaz, bila ditanya jawapan betul-betul tepat dengan buku agama Islam. Sudah pasti mereka kata “tak perlu pertikai lagi. Mazhab 4 sudah menentukannya.” Maka kitapun berfikiran jumud sehinggalah hari ini.

    Satu lagi orang Islam kata Quran hanya untuk orang Islam. Hukum Islam hanya untuk orang Islam. Itulah masalah besar bila terjadi perkara-perkara yang melibatkan orang Islam dengan bukan Islam. Tak mampu diselesaikan secara adil.

    Kesilapan besar bila AL-Quran tidak di nilai sejagatkan di dalam masyarakat umum. Kita sendiri yang menyekat perkembangan Al-Quran sehingga setakat upacara ritual sahaja dan diselit ke dalam budaya-budaya lama yang jelas bertentangan dengan konsep Al-Quran.

    Baru-baru ini heboh satu dunia, bila seorang paderi dari Florida, USA, mengumum hendak membakar Al-Quran. Apa lagi naik beranglah orang Islam seluruh dunia. Memanglah kita tak setuju langsung dengan tindakan paderi itu, tapi kita kena ingat apa sebab paderi itu nak buat kerja gila ni. Tak lain tak bukan adalah kerana fahaman-fahaman dari hadis yang ternyata bercanggah dengan instinct manusia. Yang sedihnya, amokan orang Islam di Afghanistan, gara-gara paderi itu, menyebabkan ada kematian.

    Yang bodohnya, kita marah orang bakar Al-Quran, lukis kartun Nabi Muhammad dll, tapi kita sendiri tidak mau menjadikan Al-Quran 100 peratus unik dalam kehidupan.

    Saya berpendapat ada hikmahnya Tuhan mentakdirkan munculnya paderi ini, agar orang Islam berfikir kembali, apa sebab paderi ini sampai hati nak bakar AL-Quran? Kita orang Islam tidak boleh hanya menuding jari terhadap mereka. Kalau asyik membakar bendera USA, tak ada faedahnya. Seolah-olah kita orang Islam nampak macam brutal saja. Marah dan melompat-lompat tidak tentu pasal. Kita sepatutnya merenung kembali kepada fahaman kita selama ini. Darimana fahaman kita berasal….. dengan pengkajian secara menyeluruh.

    Kalaulah orang Islam, berjaya menyerlahkan Al-Quran kepada dunia 100 peratus unik tanpa hadis, saya pasti paderi di Florida USA, kalau tidak percaya, tetap menghormati Al-Quran dengan hati yang terbuka, bahkan beliau sendiri akan melarang orang bakar Quran.

    Sebab apa? Sebab AL-Quran itu bersifat universal, sesuai untuk semua manusia yang menggunakan akal fikiran dengan bernas sahaja.

    message114

    September 30, 2010 at 6:16 pm

  11. Salam saudara message 114,

    Syabas, mudah-mudahan perjuangmu direstui dan diredhai Tuhan Masa Esa. Sememangnya saya menantikan komen tentang isu ini. Terima kasih.

    Jagundul

    September 30, 2010 at 8:12 pm

  12. Salam M14,

    Saya setuju bahawa punca kepada segala salah faham orang bukan Islam kepada Islam adalah akibat ajaran-ajaran yang dibawa melalui riwayat-riwayat. Malangnya sifat melampau, ganas, tidak adil, dangkal dan pelbagai ciri negatif lain yang menyelimuti umat Islam hari ini dilihat oleh mereka yang bukan Islam sebagai hasil dari ajaran Al-Quran kerana diwar-war begitu.

    Misalnya, ada orang Islam mendakwa mengebom manusia lain yang tidak ada kena mengena dengan masalah mereka boleh membantu mereka mencapai sesuatu matlamat dan direstui Tuhan. Sedangkan Tuhan dengan jelas menyatakan bahawa membunuh satu nyawa tanpa justifikasi adalah seperti membunuh seluruh manusia.

    Begitu juga ada yang melaksanakan undang-undang secara tidak adil sehingga sering menjadikan mereka yang lemah sebagai mangsa dengan hukuman yang zalim.

    Misalnya hukum rejam kepada wanita yang dikatakan berzina meskipun tiada pasangan yang dihukum bersama-samanya. Ketidakadilan seperti itu tidak pernah dianjurkan oleh Al-Quran. Malah hukum rejam itu pun bukanlah satu bentuk hukuman yang direstui Tuhan ke atas manusia melainkan ia merupakan satu bentuk hukuman kegemaran di kalangan umat-umat yang tidak percaya dan melampaui batas.

    Umat Islam sebenarnya mereka-reka terlalu banyak hukum sehinggakan hidup mereka sempit dan terbelenggu. Akibatnya mereka tidak mampu mengembangkan potensi diri untuk menjadi manusia yang layak bersifat dan berperanan sebagai khalifah. Di sebalik mereka sepatutnya menjadi manusia yang boleh menyumbangkan manfaat, adil dan ehsan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat sebagai manifestasi baktinya kepada Tuhan, ramai orang Islam terjerumus di dalam kejahilan, ketidakadilan dan keras hati.

    5:49 Dan maka kamu harus mengadili di antara mereka dengan apa yang telah Tuhan wahyukan, dan jangan menurut nafsu mereka dan berhati-hatilah dengan mereka kalau-kalau mereka mendorong kamu dari apa yang telah Tuhan wahyukan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah Tuhan mahu menimpakan kesusahan ke atas kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan, dan sesungguhnya ramai manusia adalah mereka yang melampaui batas.

    5:50 Adakah selepas ini pengadilan berasaskan kejahilan yang mereka inginkan? Dan siapakah yang lebih baik dari Tuhan untuk menjadi hakim kepada bangsa yang yakin?

    tolokminda

    September 30, 2010 at 9:33 pm

  13. Salam Jagundul, TM dan sahabat-sahabat,

    Terimakasih.

    Kita perlu meneruskan usaha murni kita bersama-sama semata-mata mengembalikan perjuangan asal Nabi-nabi dahulu yang sebenarnya seperti tercatat di dalam Al-Quran sesuai dengan keadaan zaman sekarang dan masa-masa akan datang.

    Kita bersyukur kepada Tuhan kerana memberi keluasan dalam minda dan hidup kita sehingga tidak rasa terganggu oleh fahaman-fahaman lama yang gelap gelita yang sekian lama sememangnya membawa stress kepada kehidupan umat manusia.

    14:1. Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman – dengan izin Tuhan mereka – ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

    25:1. Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

    25:6. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    Al-Quran bersifat universal :

    34:28. Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

    Al-Quran adalah benar dan membenarkan wahyu terdahulu :

    35:31. Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan.

    Bagi orang-orang yang taksub kepada riwayat-riwayat yang bukan asal Al-Quran, ternyata hanya mimpi belaka bagai melihat fatarmogana air nun jauh di sana ketika panas terik matahari :

    40:56. Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Tuhanmu dengan tidak berdasarkan sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya), tidak ada dalam dada mereka melainkan perasaan mahukan kebesaran (untuk mengatasimu), kemahuan yang mereka tidak sekali-kali akan dapat mencapainya. Oleh itu mintalah perlindungan kepada Allah (dari angkara mereka); sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

    Oleh itu kita senantisa minta pertolongan Tuhan agar tidak terjerumus di lembah kesesatan :

    40:60. Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

    message114

    September 30, 2010 at 11:02 pm

  14. pbuu,

    Ada yg utarakan berkaitan “Qisas” berikut 11 ayat dari Surah Al Baqoroh (2) ayat 172-182, sila beri huraian n pandangan atau pun komen!!!

    2:172. Wahai orang yang amanah makanlah dari apa yang terbaik Kami telah rezekikan kepadamu dan berterima kasihlah kepada Allah jika kepada Dia kamu setia berkhidmat.
    173. Diharamkan kepadamu bangkai dan darah dan daging yang tercemar dan apa telah dikeramatkan untuk selain Allah. Maka sesiapa terpaksa tanpa merelainya dan tidak melanggar peraturan maka tidak berdosa atasnya sesungguhnya Allah yang pengampun yang penyayang.
    174. Dan orang yang telah menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah dalam programnya dan mereka telah memperdagangkan dengan harga terendah mereka itu tidak makan kecuali api didalam perut mereka. Allah tidak akan berkomunukasi dan tidak memurnikan mereka pada hari kebangkitnya dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat.
    175. Mereka itu orang yang memperdagangkan kesesatan dengan petunjuk dan azab dengan keampunan maka alangkah derita mereka didalam api.
    176. Demikianlah Allah telah menurunkan programnya yang sebenar dan orang yang berterusan berseliseh dengan programnya pasti didalam perpecahan dan perbezaan yang sangat jauh.
    177. Bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan mukamu kearah timur atau barat, akan tetapi ketaatan adalah siapa yang amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan kuasa unsurnya dan programnya dan penyebarnya dan memberi harta yang dicintai kepada kerabat terdekat dan yang memerlukan dan yang miskin dan yang mengembara dan yang meminta-minta dan membebaskan hamba dan menegakkan komitmen kewajipan dan memurnikanya dan yang menepati janji dan yang sabar ketika kesulitan dan menderita kesengsaraan. Maka mereka itulah orang yang benar dan prihatin.
    178. Wahai orang yang amanah telah diprogramkan kepada kamu pengadilan/alqishaashu dalam kes pembunuhan. Orang merdeka dengan yang merdeka dan hamba dengan yang hamba dan wanita dengan wanita maka sesiapa dimaafkan oleh kerabatnya maka hormatilah kebaikan itu dan berilah pampasan sebagai ehsan. Demikian itu keampunan dan rahmat dari pemeliharamu. Maka sesiapa berpaling sesudah itu maka baginya azab yang sangat dahsyat.
    179. Dan kepadamu pengadilan adalah suatu kehidupan untuk orang yang bijaksana dan pastinya kamu telah perihatin.
    180. Telah diprogramkan keatas kamu ketika hampir datang kematian dikalangan kamu adalah suatu kebaikan jika dia tinggalkan wasiat untuk ibubapa dan keluarga terdekatnya. Itulah suatu penghormatan sebenar kepada orang yang prihatin.
    181. Maka sesiapa mengubah setelah mendengarnya maka dosanya atas orang yang mengubahnya dan Allah yang mendengar yang mengetahui.
    182. Maka sesiapa takut meninggalan wasiat yang berat sebelah atau tersalah maka lakukanlah pemuliharaan diantara mereka. Maka tidaklah berdosa atasnya dan Allah yang pengampun yang penyayang.

    Harap dpt hayati bersam!!!

    chong

    September 30, 2010 at 11:43 pm

  15. Salam Chong,

    Terima kasih kerana berkongsi terjemahan di atas. Nampaknya saya tersilap kefahaman dalam soal tuntutan gantirugi. Dari ayat 2:178 jelas gantirugi yang dimaksudkan bukan datang dari tuntutan waris ke atas pesalah tetapi Tuhan hanya menasihatkan pesalah supaya memberi gantirugi atau pampasan ke atas waris jika mendapat kemaafan dari mereka sebagai tanda ehsan.

    178. Wahai orang yang amanah telah diprogramkan kepada kamu pengadilan/alqishaashu dalam kes pembunuhan. Orang merdeka dengan yang merdeka dan hamba dengan yang hamba dan wanita dengan wanita maka sesiapa dimaafkan oleh kerabatnya maka hormatilah kebaikan itu dan berilah pampasan sebagai ehsan. Demikian itu keampunan dan rahmat dari pemeliharamu. Maka sesiapa berpaling sesudah itu maka baginya azab yang sangat dahsyat.

    Terima kasih sekali lagi di atas pencerahan ini dan saya harap ia turut dapat memperbetulkan jawapan saya kepada tuan Jebon sebelum ini.

    tolokminda

    October 1, 2010 at 12:26 am

  16. Salam,

    Dari perbincangan Chong dan Tolokminda, ternyata instruction dari Al-Quran sangat jelas dan mudah. Boleh memberi keadilan kepada mana-mana pihak. Tidak ada yang berani lag mempertikaikan lagi keadilan Al-Quran. Kalau ada lagi yang mempertikaikan arahan Al-Quran, mungkin orang itu ada penyakit mental dan perlu jumpa doktor psaikatri.

    Lebih-lebih lagi Tuhan sudah menurunkan ilmu DNA kepada manusia sebagai tools of science dan proof of evidence. Sekiranya kita guna Al-Quran 100 peratus, sudah pasti Tuhan akan menurunkan lebih banyak lagi ilmu-ilmu sains yang sangat berguna bagi yang ikhlas.

    Sebab di sebalik ayat-ayat Al-Quran, terselit mutiara-mutiara ilmu yang belum lagi diterokai manusia sejagat. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk menerokainya.

    Al-Quran bercahaya pada setiap zaman.

    message114

    October 1, 2010 at 11:00 pm

  17. Salam TM,

    Katakan ada seorang lelaki membunuh anak teman wanitanya. Namun kerana teman wanita tersebut “angau” kepada lelaki itu dan memaafkan lelaki itu atau menganggap lelaki itu tidak bersalah, apakah lelaki itu dilepaskan jika mengikut perspektif saudara berdasarkan ayat-ayat Al Quran yang dibincangkan?

    Juang

    October 1, 2010 at 11:20 pm

  18. Salam,

    M14, memang benar. Sudah semestinya Al-Quran sentiasa menganjurkan sesuatu yang bersifat universal kerana ia merupakan Kitab yang diturunkan oleh Pencipta sekelian alam kepada seluruh manusia. Sifat adil Tuhan adalah kepada seluruh manusia. Oleh itu sesiapa saja yang membaca Al-Quran dan mempercayainya, maka dia sepatutnya akan menjadi seorang manusia yang sentiasa mengutamakan keadilan dalam apa jua keadaan dan tindakan termasuklah dalam menghukum manusia lain yang melakukan kesalahan. Jika seseorang atau sesebuah masyarakat itu gagal menunjukkan nilai-nilai keadilan yang bersifat universal dalam kehidupan mereka, maka mereka sebenarnya tidak menuruti nilai-nilai hidup yang telah Tuhan kitabkan kepada mereka.

    Juang, tuan bertanya saya seperti saya ini seorang tok guru hebat yang sedang duduk bersila penuh khusuk dan tawaduk di atas persemayaman sambil melurut tasbih dan bersedia untuk menjawab dengan penuh maksum apa saja soalan yang mungkin dilontarkan pengkagumnya : )

    Saya percaya soalan tuan patut difikirkan oleh semua orang yang percaya kepada Al-Quran. Tuhan kata bersama Al-Quran adalah kebijaksanaan. Jadi dengan kebijaksanaan yang datang bersama Al-Quran itulah kita boleh memikirkan apakah penyelesaian terbaik.

    Begitupun, pada pandangan saya dalam situasi yang tuan gambarkan, hakim harus sentiasa tahu mengambil peranan yang sewajarnya supaya keadilan dapat ditegakkan. Dalam sesuatu penghakiman, walaupun hakim tidak mempunyai hak menghukum tetapi dia memegang amanah untuk memastikan keadilan dicapai menurut fakta kes. Misalnya, jika seorang penjenayah itu telah membunuh dan dimaafkan sebelum ini, maka jika dia membunuh sekali lagi dan waris mangsa kali ini turut mahu memberi kemaafan kepadanya maka hakim boleh memberi nasihat atau peringatan bahawa tindakan itu mungkin bukan pilihan terbaik.

    Sama seperti perempuan yang angau dan mahu memaafkan pembunuh anaknya. Hakim mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pembunuh tidak terlepas hanya kerana angau. Mungkin keputusan tidak harus diletakkan kepada diri perempuan itu sahaja. Ia boleh diserahkan secara kolektif kepada semua kerabat terdekat yang lain.

    Bagaimana pandangan tuan?

    tolokminda

    October 2, 2010 at 2:49 am

  19. Salam Juang,

    Kes begitu kes terpencil, fokus menghukum seperti yg disebut al-Quran ialah utk menegakkan keadilan bukan utk membalas dendam, maka wajar juga biar hakim memutuskan utk menegakkan keadilan bagi budak yg mati itu…

    [17:33] Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, melainkan dengan benar; dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka Kami sedia mengadakan AUTORITI KEPADA WALINYA;

    WALI disini boleh jadi orang2 yg menuntut keadilan bagi budak itu tidak semesti ibunya yg angau tuh… batang balak tuh lebeh penting dari anaknya sendiri… hai macam2 hal-lah…🙂

    Salam

    Jebon

    October 2, 2010 at 2:57 am

  20. Juang, tuan bertanya saya seperti saya ini seorang tok guru hebat yang sedang duduk bersila penuh khusuk dan tawaduk di atas persemayaman sambil melurut tasbih dan bersedia untuk menjawab dengan penuh maksum apa saja soalan yang mungkin dilontarkan pengkagumnya : )

    Salam TM,

    Tuan jangan risau. Apabila saya bertanya, samalah seperti mana-mana manusia bertanya bila seseorang mengemukakan sesuatu pandangan di luar kebiasaan. Contohnya bila seseorang saintis mengemukakan sesuatu teori atau pendapat baru, pasti dia tidak terlepas daripada sebarang bentuk pertanyaan. Bak kata tuan, semua itu common sense sahaja🙂.

    Penjelasan tuan itu dapat mencerahkan lagi peranan hakim iaitu untuk memastikan keadilan, bukannya menjatuhkan hukum. Dengan kata lain, hakim itu seumpama pengadil dalam perlawan bolasepak. Bukan tugas pengadil menghukum pasukan mana yang menang dan pasukan mana yang kalah, tetapi pengadil bertugas agar perlawanan bolasepak itu berjalan dengan seadil yang mungkin.

    Daripada pendapat tuan dan Jebon, bermakna hakim perlu memainkan peranan untuk menentukan kerabat mana yang layak untuk diberikan kuasa menghukum agar keadilan dapat dicapai. Tidak semestinya kuasa menghukum itu dapat kepada waris yang terhampir semata-mata. Kena diuji tahap kewarasan mereka menilai juga.

    Jika hukuman yang diberikan tidak setimpal, hakim berfungsi untuk menasihati pihak terbabit.

    Untuk menjadikan kehidupan yang aman dan harmoni, sebarang bentuk kezaliman perlulah dihapuskan. Jadi mana-mana pendapat yang menjurus kepada keadilan dan keuniversalan, pasti saya terima.

    Juang

    October 2, 2010 at 6:53 am

  21. pbuu,

    Berikut ayat2 berkaitan kanau/akta dari Al Qur’an,

    24. SURAH AN-NUUR – Cahaya.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    1. Kami telah turunkan suatu surah dan difardukanya/faradhnaahaa sebagai kanun/akta dan ayat-ayatnya diperjelaskan dengan terang supaya kamu dapat ambil ingatan dan memberi perhatian penuh.
    2. Perempuan dan lelaki yang berzinah hendaklah dera mereka seratus deraan/jaldatin dan jangan kamu merasa belas-kasihan ketika jalankan peraturan/diini Allah jika kamu amanah kepada Allah dan hari akhirat dan deraan itu hendaklah disaksikan oleh golongan orang yang amanah.
    3. Lelaki yang berzinah hendaklah dinikahkan dengan perempuan yang berzinah atau perempuan yang sekutu hendaklah dinikahkan dengan lelaki yang sekutu dan mereka diharamkan untuk orang yang amanah.
    4. Dan sesiapa yang menuduh perempuan yang telah berkahwin kemudian mereka tidak mendatangkan empat saksi keatasnya maka deralah mereka lapan puluh deraan dan jangan kamu terima kesaksian mereka selamanya kerana mereka itulah orang fasik.
    5. Kecuali mereka bertaubat dan telah lakukan pemuliharaan dan Allah yang pengampun yang penyayang.
    6. Orang yang menuduh pasanganya tanpa saksi maka hendaklah dia bersumpah empat kali kepada Allah yang dia berkata benar.
    7. Dan yang kelima Allah pasti melaknatinya jika dia berdusta.
    8. Dan pasti terhindar azabnya jika perempuan itu bersumpah empat kali kepada Allah yang lelakinya telah berdusta.
    9. Dan yang kelima Allah pasti melaknatinya jika lelakinya yang benar.
    10. Dan itulah pengurniaan dan rahmat pengasihan Allah kepada mereka dan hanya Allah penerima taubat dan bijaksana.
    11. Dan segolongan dari kamu yang telah mengadakan pembohongan, janganlah menganggap itu suatu keburukan malahan dianya ada keutamaan dan sesiapa yang mengusahakan dosa dan kebanyakan dari mereka tidak berpaling darinya pasti ditimpakan azab agung.
    12. Mengapa tidak ketika lelaki dan perempuan yang amanah mendengar prasangka sedangkan mereka utamakan kebaikan hendaklah berkata tidaklah ini melainkan suatu pembohongan yang jelas.
    13. Jika mereka tidak datangkan empat saksi keatasnya. Kalau tidak juga mereka datangkan saksinya maka disisi Allah merekalah yang berdusta.

    Sila hayati ayat2 diatas dan utk lebih memahaminya sila rujuk original arabic text terutamanya ‘keyword’ dlm ayat2 yg diutarakan n selidikilah siapa telah memenupulasikan ayat2 Qur’an??????????

    chong

    October 2, 2010 at 10:25 am

  22. Salam,

    Al-Quran sememangnya adil untuk semua manusia.

    Dalam kes yang melibatkan pembunuhan, sudah pasti ada pihak-pihak yang terlibat. Pertama, yang membunuh. Kedua yang di bunuh. Ketiga, pengadil atau hakim. Keempat pihak polis, doktor dll yang sekiranya perlu.

    Kesemua pihak ini, tidak dapat tidak mesti patuh kepada arahan Al-Quran. Kita faham, bahawa ada kes yang kelihatan begitu rumit dan kompleks sifatnya.

    Kalau yang biasa, seperti perompak membunuh pekerja bank. Ini jelas. Atau pun peragut meragut makcik dan makcik terbunuh akibat diragut. Ternyata si pembunuh tidak dapat membuat apa-apa alasan lagi untuk mengelak daripada dihukum.

    Bagi kes-kes yang rumit sifatnya, maka pihak hakim seharusnya menggunakan Al-Quran sebagai rujukan pertama sebagai asas yang kukuh dan kemudian barulah menggunakan tools of science seperti DNA, forensic dan yang lain-lain seperti barang-barang atau peralatan yang terlibat. Semua kepakaran ini adalah di turunkan daripada Tuhan kepada manusia. Tuhan Maha Melihat apa yang kita buat atas planet bumi ini.

    Sekiralah semua pihak akur dengan arahan Al-Quran secara iklhas, maka selesailah kes dalam masa yang singkat selagi tidak ada kepentingan-kepentingan duniawi dan peribadi.

    Tuhan tahu manusia bersifat lemah dalam keadaan yang tertentu. Sebab itulah, apabila pihak hakim contohnya, mesti sentiasa ingat kepada Tuhan dalam mengadili kes-kes yang berat dan apabila segala-galanya dibuat dengan yang terbaik maka serahlah diri kepada Tuhan untuk menyelesaikannya.

    73:10. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.

    73:11. Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;

    73:12. Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,

    94:5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

    94:6. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

    94:7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

    94:8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon.

    95:8. Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

    message114

    October 2, 2010 at 10:41 am

  23. Assalaamualaikum…

    Saya yang jahil ini cuma ingin bertanya kepada tuan yang bijaksana..
    Di dalam agama yang diturunkan Allah ini… Adakah perlu untuk manusia sentiasa memperbaharuinya supaya tidak ketinggalan?

    Apakah di Alam ini yang tidak ditentukan oleh Allah? Adakah ianya kejayaan orang yang berusaha atau sesuatu seperti peredaran masa?

    Apabila tuan selesai solat isya, apakah yang tuan fikirkan? Apakah tuan berfikir bahawa tuan sudah selesai bersolat?

    Apa pendapat tuan tentang pembaharuan dalam agama…

    Dan untuk sesiapa yang mahu menjawab,.. adakah manusia mempunyai kudrat? Adakah manusia mempunyai Ikhtiar? takdir..Keneraka atau kesyurga, adakah sudah ditentukan?..

    ilham_insan

    October 2, 2010 at 5:46 pm

  24. Salam,

    Apakah ketika di dunia, manusia tidak boleh berikhtiar untuk menjauhi perbuatan buruk dan fokus kepada perbuatan baik? Apakah ketika di dunia, manusia tidak boleh berikhtiar untuk menjauhi perbuatan jenayah untuk menjadi insan berguna yang menyumbangkan manfaat? Apakah si pembunuh telah ditakdirkan membunuh orang lain tanpa adanya dorongan dalam dirinya sendiri?

    Syurga dan neraka adalah pembalasan terhadap apa yang diusahakan oleh manusia ketika di dunia. Oleh kerana usaha di dunia boleh dikhtiarkan oleh manusia, maka untuk mendapat balasan yang mana satu di akhirat (syurga atau neraka) juga boleh diikhtiarkan.

    Juang

    October 2, 2010 at 7:46 pm

  25. Assalamualaikum…

    Jadi maksud tuan, manusia mempunyai kuasa atas dirinya sendiri?
    dan maksudnya Allah tidak menentukan segalanya?
    Dan juga Takdir boleh diubah?

    Dan bagaimana pula pembaharuan dalam agama?

    ilham_insan

    October 2, 2010 at 9:29 pm

  26. Salam,

    Selagi kita masih bernafas di atas planet bumi ini, selagi itulah kita akan senantiasa berhadapan dengan pelbagai perkara buruk, negatif, maksiat dan bermacam-macam lagi perkara yang bertentangan dengan Al-Quran dari empat penjuru alam.

    Ingat apa kata Iblis, bila berkomunikasi dengan Tuhan suatu ketika dahulu :

    7:14. Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.

    7:15. Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”.

    7:16. Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

    7;17. “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.

    Tuhan telah memberi amaran tentang tipuan syaitan apabila berkaitan dengan fahaman nenek moyang yang ternyata bertentangan dengan Al-Quran :

    7:27. Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

    7:28. Dan orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: “Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?”

    Orang-orang yang senantiasa memegang Al-Quran atau wahyu Tuhan 100 peratus sudah tentu akan lahir setiap zaman di seluruh dunia sehingga sekarang dan masa-masa akan datang. Apakah kita menyambut baik keujudan mereka atau kita tidak suka dengan usaha mereka? Tuhan sudah beritahu awal-awal lagi :

    7:35. Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

    7:36. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

    7:40. Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

    Nabi-nabi sudah tidak ada di dunia sekarang ini. Hanya orang yang betul-betul memegang Al-Quran 100 peratuslah yang menyambung perjuangan ini. Di setiap negara, negeri,daerah dan bandar sudah tentu ada manusia yang memerjuangkan Al-Quran dan menerangkannya kepada masyarakat sekeiling sesuai dengan teknologi sezaman :

    14:4. Dan Kami tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (Al-Quran) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

    14:11. Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: “Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti melainkan dengan izin Allah. Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.

    14:13. Dan berkatalah pula orang-orang yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: “Demi sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami atau kamu menjadi seugama dengan kami”. Lalu Tuhan wahyukan, kepada Rasul-rasulNya: “Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim.

    Kita kena ingat, Al-Quran merentasi setiap zaman. Kalau kita kaji, pada zaman sekarang, adakah ulamak-ulamak hadis, di usir dari negeri mereka sendiri. Sudah tentu tidak, bahkan ulamak hadis diberi status yang tinggi di dalam masyarakat. Jadi….siapakah mereka yang diberi ancaman seperti tersebut di dalam Al-Quran? Sekarang sesiapa yang berani mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan fahaman hadis, akan dituduh anti-hadis atau sesat, fitnah yang bukan-bukan dsb.

    Orang yang kerjanya asyik mencuri, mengacau orang tepi jalan mereka ini sudah tentu tidak ada apa yang disebut amalan. Tapi ulamak hadis sudah tentu teguh dengan amalan mereka, walaupun ada amalan hadis terang-terang bertentangan dengan Al-Quran :

    14:8. Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.

    Yang kasihan, apabila orang yang pak turut 100 peratus tanpa memikir satu inci pun amalan mereka sudah tentu di akhirat akan berkomunikasi dengan ulamak yang taksub dengan mazhab masing-masing :

    14:21. Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): “Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? ” Mereka menjawab: “Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)”.

    Tuhan tahu,ada manusia meyembah diriNya, tapi juga menuhankan selainnya. Inilah maknanya kita percaya Al-Quran, tapi juga percaya kepada selainnya. :

    16:51. Dan Allah berfirman: “Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.

    16:52. Dan bagiNyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.

    Kesimpulan, agama-agama di dunia tidak dikenal oleh Nabi-nabi yang di kaitkan. Nabi Musa tidak kenal agama Yahudi. Nabi Isa tdak pernah kenal apa itu kristian. Nabi Muhammad tidak pernah kenal “agama Islam” yang ada sekarang ini.

    Yang mengadakan pembaharuan dalam agama ialah tak lain tak bukan adalah orang-orang yang membuat ajaran yang ternyata dengan wahyu-wahyu Tuhan seperti Quran. Ajaran-ajaran baharu ini adalah ciptaan syaitan yang nampak sangat indah dan baik seolah-olah ada jaminan masuk syurga dengan amalan itu :

    16:63. Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

    16:64. Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

    Hanya yang mengetahui kerja lecek syaitan ini akan terselamat di akhirat nanti.

    message114

    October 2, 2010 at 10:19 pm

  27. Salam M114,

    Terima kasih kerana membawakan ayat-ayat Al-Quran yang relevan dan membuat penjelasan yang bertepatan dengan persoalan yang dikemukakan tuan Ilham_Insan. Ia amat mudah dan indah untuk difahami. Semoga tuan yang bertanya bersedia untuk memikirkannya.

    tolokminda

    October 2, 2010 at 10:37 pm

  28. Salam M114, Juang dan TM,

    Terima kasih – Tetap dengan izinNya akan dihayati dan dipromosikan.

    Jagundul

    October 3, 2010 at 1:12 am

  29. Salam,

    message114 menulis: Hanya yang mengetahui kerja lecek syaitan ini akan terselamat di akhirat nanti

    Benar. Syaitan amat licik membuat tipu daya. Kalau tidak takkanlah Adam pun pernah tertipu dengan syaitan? Kalau kita tahu modus operandi syaitan, akan mudahlah kita menyelamatkan diri kita daripada tipu daya oleh watak jahat tersebut.

    Kenapa kita perlu rujuk Al Quran?
    Sebab di dalamnya banyak menceritakan modus operandi syaitan menipu manusia-manusia terdahulu. Sekali kita kenal modus operandi syaitan itu, mudahlah kita membezakan mana yang datang daripada Allah dan mana yang diada-adakan oleh syaitan.

    Kunci utama syaitan menipu manusia adalah menyuruh manusia taksub pada pembesar-pembesar ugama sesuatu kaum seperti mana orang-orang Nasrani terdahulu taksub pada pihak gereja mereka membuta-tuli. Berjaya kita membebaskan diri daripada ketaksuban tersebut, akan mudahlah kita melihat kebenaran.

    Juang

    October 3, 2010 at 6:01 am

  30. ilham_insan bertanya: Jadi maksud tuan, manusia mempunyai kuasa atas dirinya sendiri?
    dan maksudnya Allah tidak menentukan segalanya?
    Dan juga Takdir boleh diubah?

    Salam,

    Manusia diberi kuasa untuk membuat pilihan bagi mencorakkan masa depannya sendiri.

    “13:11. Baginya pengiring, di depannya dan di belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Allah tidak mengubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka mengubahi apa yang di dalam diri mereka sendiri. Dan jika Allah menghendaki keburukan bagi satu kaum, tidaklah ada pengembaliannya; selain daripada-Nya, mereka tidak ada pelindung.”

    Daripada ayat di atas menunjukkan keadaan yang ditakdirkan pada sesuatu kaum bukannya tidak boleh diubah. Jika orang Eropah dahulu pernah terbelenggu dalam kegelapan akibat kongkongan pihak gereja, kenapa mereka hari ini boleh terang dalam bidang ilmu dan penciptaan? Apakah mereka dapat nasib begitu kerana Allah sengaja takdirkan begitu tanpa ada usaha dari dalam diri mereka sendiri untuk membebaskan daripada daripada kepercayaan karut-marut?

    Seseorang pelajar yang ditakdirkan lulus SPM dengan cemerlang dengan seorang pelajar yang gagal SPM, apakah tidak ada usaha dan ikhtiar daripada mereka langsung.

    Kalau kita fikirkan lagi, jika seorang manusia ditakdirkan memang menjadi pembunuh, buat apa Allah sendiri turunkan bentuk hukuman kepada mereka sebab Allah yang takdirkan mereka menjadikan pembunuh? Dengan kata lain, mereka boleh salahkan Allah kerana Dia yang tetapkan nasib mereka jadi pembunuh.

    Jadi, jangan kita tersalah faham pasal takdir seolah-olah ia ditetapkan tanpa ada apa-apa usaha daripada manusia itu sendiri. Nanti penjenayah mudah-mudah nak salah Tuhan di atas apa yang mereka berniat untuk mengerjakan.

    Setiap manusia berpotensi nak jadi baik atau jahat. Bila manusia itu pilih nak jadi jahat, maka dapatlah balasan sesuai perbuatan jahatnya. Begitulah sebaliknya.

    Juang

    October 3, 2010 at 7:54 am

  31. pbuu,
    sambungan surah An Nuur;

    14. Jika Allah tidak berikan kamu rahmat pengasihanNya didunia dan diakhirat pasti ditimpakan azab agung atas penglibatan kamu.
    15. Ketika kamu akui-terima dengan lidahmu dan berkata-kata dengan mulutmu tanpa ilmu pengetahuan dan kamu beranggapan dianya remeh-temeh tetapi disisi Allah dianya sesuatu yang sagat besar.
    16. Dan ketika kamu mendengarnya mengapa tidak kamu katakan tidaklah kami mengatakanya maka Kamu disanjung dan ini suatu pembohongan.
    17. Allah telah menasihati kamu supaya jangan kembali seperti dahulu selama-lamanya jika kamu amanah.
    18. Allah telah jelaskan ayat-ayatNya dan Allah mengetahui dan bijaksana.
    19. Orang yang suka menghebohkan perkara keji dikalangan orang yang amanah bagi mereka dibalas dengan azab yang dahsyat didunia dan diakhirat dan Allah mengetahuinya tetapi kamu tidak mengetahui.
    20. Dan Allah telah anugerahkan kepadamu rahmat pengasihanya kerana Allah yang terhormat yang penyayang.
    21. Wahai orang yang amanah jangan kamu ikuti jejak langkah watak jahat dan sesiapa telah mengikuti jejak langkah watak jahat maka dia hanya menyeru kepada kekejian dan kemungkaran. Jika Allah tidak kurniakan rahmat pengasihanya kepadamu maka tiadalah kemurnian selama-lamanya akan tetapi Allah murnikan sesiapa dikehendaki dan Allah yang mendengar yang mengetahui.
    22. Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan luas pengetahuan diantara kamu bersumpah tidak akan memberikanya kepada ahli keluarga terdekat dan orang miskin dan orang yang berhijrah dijalan Allah tetapi hendaklah membelanjakan dan memaafkan mereka. Apakah tidak kamu menyukai yang Allah pasti mengampuni kamu dan Allah yang pengampun yang penyayang.
    23. Orang yang menuduh perempuan yang telah berkahwin dan yang tidak bersalah dan yang amanah pastinya dilaknati didunia dan diakhirat dan diberi balasan azab yang agung.
    24. Dan akan datang suatu hari dimana lidah dan tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas apa telah mereka kerjakan.
    25. Dan pada hari itu pastinya Allah telah sempurnakan peraturan hidup/diinahumu mereka yang sebenar dan mereka mengetahui yang Allah telah menjelaskan hanya yang benar.
    26. Perempuan yang tidak bermaruah untuk lelaki yang tidak bermaruah dan lelaki yang tidak bermaruah untuk perempuan yang tidak bermaruah dan perempuan yang terbaik untuk lelaki yang terbaik dan lelaki yang terbaik untuk perempuan yang terbaik maka mereka itulah orang yang terkecuali dari apa telah mereka katakan dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia.

    Hayatilah ayat2 yg diutarakan dgn teliti, setiap ayat ada kaitan dgn yg dipersoalkan!!!!

    Salaaaaam!!

    chong

    October 3, 2010 at 9:15 am

  32. Assalamualaikum…
    Terima kasih atas semua penerangan itu… Saya bukan bermaksud untuk menyesatkan atau mengubah kepercayaan, tapi cuma ingin merungkai sesuatu yang membelenggu..

    Bila kamu berkata begitu, jadi maknanya ketentuan Allah boleh diubah. Bila ketentuanNya boleh diubah oleh manusia, maknanya Allah itu tidak mengetahui tentang masa depan seseorang. Tidak mengetahui adalah sifat makhluk, maha suci Allah daripada bersifat seperti makhluk.

    Sejak manusia dilahirkan, Allah telah tentukan rezekinya, jodohnya, ajalnya, dan kuburnya.. Adakah kuasa manusia mengatasi ketentuan ini? Adakah sekiranya seseorang itu bekerja keras ia boleh beroleh rezeki yang lebih daripada yang telah ditentukan untuknya?

    Adakah seseorang yang beriman dan beramal soleh pasti akan masuk syurga kerana amalannya itu?
    saya cuma ingin bertanya…

    ilham_insan

    October 4, 2010 at 9:53 pm

  33. Salam,

    Jangan salah faham bila dikatakan Allah beri pilihan manusia mencorakkan masa depannya, bermakna Allah tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

    Manusia diberikan pilihan untuk buat baik atau buat jahat. Jika pada hari ini, manusia itu pilih nak buat baik, Allah telah mengetahui apa yang akan jadi pada manusia itu di masa hadapan. Begitu juga, jika pada hari ini manusia itu pilih nak buat jahat, Allah juga telah mengetahui apa yang akan jadi pada manusia itu di masa hadapan.

    Dalam permainan catur, ada manusia boleh berfikir 10 langkah ke hadapan. Ada manusia hanya boleh fikir 2-3 langkah ke hadapan. Tetapi bagi Allah, Dia boleh fikir jauh ke hadapan tidak terkira langkahnya kerana Dia Berkuasa.

    Keupayaan Allah boleh Melihat jauh ke hadapan bukannya bermakna Dia tentukan masa depan seseorang manusia tanpa memberi peluang kepada manusia itu mencorakkan hidupnya. Allah Maha Adil. Kalau sebelum mencipta manusia, Dia sudah tentukan manusia itu masuk neraka, buat apa Dia menguji manusia lagi di dunia ini? Allah bukannya buat kerja sia-sia macam segelintir manusia.

    Juang

    October 4, 2010 at 10:10 pm

  34. ilham_insan bertanya: Adakah seseorang yang beriman dan beramal soleh pasti akan masuk syurga kerana amalannya itu?
    saya cuma ingin bertanya…

    Salam,

    Selain Allah bersifat Adil, Allah juga tidak memungkiri janjinya sendiri. Jika Allah janji kepada orang yang percaya kepadaNya dan berbuat kebaikan akan dapat masuk syurga, apakah Allah akan memungkiri janjiNya sendiri?

    Janganlah kita merendah-rendahkan martabat Allah menyamai manusia-manusia yang suka memungkiri janji setelah mereka sendiri mengambil perjanjian itu.

    Juang

    October 4, 2010 at 11:11 pm

  35. Salam,

    Bab mempersoalkan samada kita berbuat dosa itu atas kehendak diri kita sendiri atau perbuatan Tuhan menunjukkan sifat-sifat manusia itu sendiri yang sering :

    1. Membantah
    18:54. Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.

    2. Menyoal yang bukan-bukan
    25:7. Dan mereka pula berkata: “Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya).

    3. Hanya melihat lahiriah sahaja tanpa wawasan ke negeri akhirat
    30:7. Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

    4. Memikir kesalahan pihak lain
    30:8. Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati diri mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

    5. Sanggup menerima amanah, tetapi zalim dan bodoh
    33:72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

    6. Berani bersumpah itu dan ini
    35:42. Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sebebar-benar sumpahnya: demi sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, sudah tentu mereka akan menjadi orang-orang yang lebih betul jalan ugamanya dari sebarang umat yang lain. Setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, (maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran,

    Manusia ini memang bersifat degil dan sombong walaupun Tuhan sudah beri peluang :

    35:45. Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.

    Bukti manusia suka berbantah-bantah, tidak hanya di dunia, bahkan sampai diakhirat pun masih suka berbantah :

    37:27. Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.

    37:28. Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):” Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu”.

    37:29. Ketua-ketuanya menjawab: ” (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!

    Kita tidak perlu risau sekiranya kita jatuh bangun dalam hidup. Bahkan Tuhan menjamin keselamatan kita selagi kita senantisa berkomunikasi denganNya selalu dan syarat pegang Quran/wahyuNya 100 peratus :

    2:186. Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

    message114

    October 5, 2010 at 12:14 am

  36. Salam,

    6 perkara yang M114 senaraikan itu semuanya manusia boleh pilih atau tidak untuk mencorakkan masa depan masing-masing. Jika manusia itu sengaja memilih melakukan perkara-perkara tersebut, kemudian Allah balas mereka ke neraka, janganlah nanti salahkan Allah dengan mengatakan “sesungguhnya kita memang telah ditakdirkan jadi ahli neraka”. Walhal ketika Allah datangkan pelbagai peringatan ketika di dunia, mereka berlagak sombong untuk tidak mahu menerimanya.

    Juang

    October 5, 2010 at 8:53 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: