Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Tidak ada manusia berhak menjadi pelindung di samping Allah

with 110 comments

Secara umumnya orang Islam percaya bahawa Nabi Muhamad akan memberi syafaat kepada mereka di hari kiamat kelak.

Sebahagian dari kepercayaan tentang syafaat Nabi itu adalah apabila Nabi dikatakan boleh berunding dengan Tuhan supaya membatalkan atau meringankan hukuman terhadap umatnya di akhirat nanti. Orang Islam percaya bahawa sejahat mana pun mereka di dunia ini, di akhirat nanti mereka tidak akan tinggal kekal di dalam neraka. Idea seperti ini tidak disebut di dalam Al-Quran. Tetapi akibat terlalu mempercayainya, umat Islam cenderung mengampu Nabi dan menyekutukan beliau dengan Tuhan di mana dan bila saja ada peluang.

Apa saja yang disandarkan ke atas Nabi sangat mudah diterima oleh masyarakat Islam. Teks-teks yang didakwa sebagai hadis dan sunnah Nabi menjadi rujukan utama mereka. Orang-orang yang menjaja hadis atau sunnah Nabi diberi tempat yang istimewa dalam kepercayaan dan masyarakat. Walaupun mereka sendiri tidak pernah mengenali mana-mana individu yang menjadi penulis asal hadis-hadis atau sunnah-sunnah itu – dan Tuhan juga tidak pernah mengesahkan tentang peranan atau kedudukan mereka – umat Islam tidak peduli.

Akibat kepercayaan membuta-tuli kepada manusia-manusia yang menjanjikan mereka syurga di atas nama Nabi, maka lahirlah pelbagai amalan ritual, sistem perundangan dan hukum-hakam fekah yang hampir semuanya diolah dari hadis dan sunnah. Jika kita periksa di dalam Al-Quran, ritual-ritual yang mereka amalkan bukanlah sesuatu yang Tuhan suruh kita amalkan, undang-undang yang mereka tegakkan seringkali bersifat bersifat cacamarba walaupun dikatakan undang-undang Tuhan, hukum-hakam fekahnya pula menyempitkan minda dan kehidupan umat.

Saya tahu topik ini bakal menggamit kuat sensitiviti para pembaca. Tetapi ia satu topik yang amat penting – yang kita mesti berani hadapi, selidik dan bincangkan supaya kita tidak menjadi di antara mereka yang menjadikan manusia lain sebagai pelindung (menyekutukan Tuhan) – yang akibatnya semua usaha dan amalan kita di dunia ini menjadi sia-sia – dan di akhirat nanti hanya layak menjadi penghuni neraka sebagaimana yang Tuhan nyatakan dalam ayat-ayat ini.

18.102  Adakah mereka yang tidak percaya fikir mereka boleh mengambil hamba-hambaKu sebagai pelindung di samping Aku? Sesungguhnya kami telah menyediakan neraka sebagai hiburan untuk mereka yang tidak percaya.

18.103  Katakan: Patutkah Kami beritahu mereka siapa yang rugi besar dalam amalan mereka?

18.104  “Mereka yang usahanya sia-sia ketika hidup dunia ini, sedangkan mereka fikir mereka mendapat kebaikan dari kerja-kerja mereka.

18.105  Mereka adalah orang-orang yang menafikan Pedoman-Pedoman Tuhan mereka dan hakikat mereka akan menemui Dia  – sia-sia sajalah amalan mereka – tidak juga Kami di hari kiamat akan memberi sebarang pertimbangan.

18.106  Itulah ganjaran untuk mereka – neraka – kerana mereka menolak kepercayaan dan mengambil Pedoman-PedomanKu dan rasul-rasulKu sebagai olok-olokan.

Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan memperolok-olokkan Pedoman Tuhan dan rasulNya? Saya berpendapat salah satu daripadanya adalah apabila kita mengambil teks-teks yang ditulis oleh orang lain dan kemudian percaya apa yang mereka tulis itu merupakan pelengkap dan penjelas kepada ayat-ayat Allah atas alasan ia adalah hadis dan sunnah rasulullah.

Kerana – bagaimana jika bukan? Bagaimana jika Nabi tidak pernah sebut apa yang kononnya beliau telah sebut? Bagaimana jika Nabi tidak pernah melakukan apa yang kononnya beliau telah lakukan? Siapa yang akan memikul tanggungjawab untuk menjadi saksi ke atas semua dakwaan mereka? Si polan atas si polan atas si polan? Tak payah mahkamah Tuhan, mahkamah manusia pun pasti tak akan terima persaksian seperti ini! Inilah yang dikatakan olok-olokan.

Selain itu patutkah kita memberi gambaran bahawa Tuhan – Pencipta segala apa yang ada di langit dan di bumi – yang nyata dan yang ghaib – mewahyukan sebuah Kitab yang tidak lengkap, tidak jelas atau tidak boleh difahami oleh makhluk yang menerimanya – iaitu manusia? Tuhan yang bodoh atau hanya manusia yang ada sifat itu?

Saya berpandangan kita patut tanya diri kita sendiri sampai lebam sebelum berasa begitu seronok memperolok-olokkan ayat-ayat Tuhan atas nama rasul. Tuhan wahyukan Al-Quran kerana belas kasihanNya kepada kita. Jadi di mana kewajarannya untuk kita bersifat dangkal dan sombong kepada Tuhan? Sudahkah kita membaca KitabNya? Sudahkah kita membuat penyelidikan untuk memahami KitabNya? Sudahkah kita bertekun dan berpuasa sebagaimana yang Tuhan nasihatkan sebelum kita berkata itu dan ini?

Adakah ilmu Tuhan sempit atau adakah Tuhan tidak cukup kaya dengan perbendaharaan kata untuk menyampaikan sebuah Kitab yang lengkap sehingga kita terpaksa merujuk kepada cerita-cerita turun temurun untuk melengkapkan isikandungannya? Mungkin kita patut renung dalam-dalam mengapa Tuhan menyuruh Nabi berkata seperti berikut.

18.109 Katakan: Jika lautan itu dakwat untuk perkataan-perkataan Tuhanku – ia akan habis berbanding perkataan-perkataan Tuhanku – walaupun jika kamu adakan lagi lautan sepertinya sebagai tambahan.

18.110 Katakan: Aku hanyalah seorang lelaki seperti kamu, tetapi inspirasi itu telah sampai kepada aku – bahawa Tuhanmu adalah Tuhan yang Satu – sesiapa saja yang menjangka untuk bertemu Empunyanya, kerjakanlah amalan-amalan yang benar dan dalam berbakti kepada Tuhan, jangan sertakan sebarang sekutu.

Adakah Tuhan melantik Nabi sebagai sekutuNya? Atau adakah Nabi telah menjadikan dirinya sekutu kepada Tuhan? Tidak bolehkah kita faham nasihat Tuhan dan nasihat Nabi yang ringkas dan mudah itu?

Nampaknya kita ada begitu banyak soalan yang perlukan jawapan.

Written by tolokminda

March 1, 2010 at 4:03 pm

110 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. monolog si-tolol dan blog TM ….

    1. dia mulakan naratif dengan melemparkan tuduhan.
    2. dia sendiri mengangkat tuduhannya sebagai benar.
    3. dia cuba menimbulkan keraguan untuk kelirukan prospek.
    4. dia tuduh orang yg tak setuju dgnnya sebagai tak cerdik.
    5. dia guna ayat-ayat power yg dia ciplak.
    6. dia suka name dropping.

    …. abaikan di mana ada persamaan.

    🙂

    cegu pelatih

    March 1, 2010 at 4:42 pm

  2. Salam semua,

    Saya percaya bahawasanya kita hanya perlu AQ sahaja sebagai panduan di dalam kehidupan kita.Kita tidak perlu menokok tambah kalam Allah yang sememangnya telah lengkap.Adakah ada tuhan-tuhan lain selain Allah?
    Adakah kitab-kitab karangan manusia lebih baik dari kalam Allah? Adakah sama siang dengan malam? Adakah sama but dengan celik? Sama-samalah kita fikirkan..

    wolverine

    March 1, 2010 at 5:22 pm

  3. السلام عليكم

    Quran hanyalah sebuah kitab. Ramai orang yang mengaku beriman dengan AQ hanya cakap di mulut saja, tapi tidak mengkajinya dari awal ke akhir. Ada pula yang mengkaji tapi tak ikut kaedah yang betul. Saya terbaca dalam blog ini seorang peserta menulis bahawa sami hindu, paderi, ahli politik peliwat juga boleh baca dan tafsir ayat AQ ikut nafsu dan kepentingan sendiri. Memang betul-lah itu, kerana pembunuh kejam, Mona Fandi, juga membaca AQ dalam keadaan bogel dan haid. Pastinya, syaitan juga boleh baca, faham dan tafsir AQ lebih baik dari manusia.

    Jadi apa yang kita lihat ialah sandaran orang kepada AQ adalah bermacam-macam, mengikut niat dan motif mereka membaca/mentafsir dan hasilnya juga berbagai-bagai. Saya bayangkan jika TARZAN terdampar di sebuah pulau dengan sebuah kitab AQ yang siap dengan terjemahan dan tafsiran, apakah nanti ada manfaat AQ bagi dia? Apa panduan yang boleh dia dapat dari kitab bahasa Arab itu untuk dijadikan pedoman hidup bersama Jane atau beruk-beruk dalam hutan belantara? Apa peduli dia pada perintah salat, puasa, haji dan ibadat lain. Semua itu tak releven dengan kehidupannya. Apatah lagi dia pun langsung tak tahu membaca. Begitu jugalah AQ bagi orang Eskimo, Abo Australia, kanibal Papua New Guinea yang kehidupan mereka tidak tersentuh dengan AQ.

    Tapi Allah tetap turunkan kitabNya. Untuk siapa ya?

    Saya berpendapat AQ diturunkan sebagai pedoman, sebuah manual yang lengkap hanya untuk manusia-manusia terpilih saja. Mereka ini adalah kalangan yang tahap intelek mereka telah berevolusi dan matang untuk memahami ayat AQ, baik dari makna zahir maupun makna batin. Manusia-manusia ini hati-hati mereka sudah merdeka dari riak, ujub, takbur dan lain-lain penyakit – dan kerana itu AQ adalah degupan jantung mereka. Siapakah manusia-manusia ini dan bagaimanakah kita mengenali mereka?

    Serendit

    March 2, 2010 at 12:09 am

  4. Salam,

    Yang menyebabkan manusia mentafsir Al Quran untuk kepentingan diri adalah kerana mereka tidak kenal siapa musuh utama mereka.

    Bila mereka kenal musuh utama mereka adalah ego yang suka manusia bermegah2an, berpuak2 dan bermusuhan sesama manusia, maka mudah mereka nak fahami Quran.

    Juang

    March 2, 2010 at 1:31 am

  5. Juang السلام عليكم

    Anda yakin dengan apa yang anda perkatakan? Kenapa pula EGO dikatakan musuh? Kenapa pula orang nak bermusuh dengan EGO sendiri?

    Serendit

    March 2, 2010 at 1:56 am

  6. “TM: Siapa yang akan memikul tanggungjawab untuk menjadi saksi ke atas semua dakwaan mereka? Si polan atas si polan atas si polan? Tak payah mahkamah Tuhan, mahkamah manusia pun pasti tak akan terima persaksian seperti ini! Inilah yang dikatakan olok-olokan.”

    Saya setuju. Perlukah untuk membuktikan kebenaran 1+1=2, kita kena tahu siapa yang meriwayatkan hukum tersebut?

    Orang yang bergantung pada atas nama orang terdahulu menunjukkan mereka tidak yakin pada Allah. Mereka lebih mempercayai manusia.

    Juang

    March 2, 2010 at 1:58 am

  7. Salam Serendit,

    Ego itu umpama api dalam hati. Kecil2 ia adalah kawan (boleh dikawal), bila besar ia adalah lawan (sukar dikawal).

    “Kenapa pula orang nak bermusuh dengan EGO sendiri?”

    Bila kita berhati2 dengan musuh dalam diri sendiri itu, maka kita tiada masa nak bermusuh sesama manusia?

    Mana lebih baik, kita berperang dengan ego sendiri yang tidak menyebabkan ada nyawa terkorban atau kita bermusuh dengan orang lain sampai ada nyawa melayang sia2?

    Tidakkah manusia itu mahu menggunakan akal?

    Juang

    March 2, 2010 at 2:03 am

  8. السلام عليكم

    Sebenarnya, kehidupan semua manusia dikawal oleh aqal. Malahan yang brain-dead dan koma sekalipun, sistem tubuh mereka diseliakawal oleh aqal secara fungsi auto.

    Ego atau ‘nafs’ adalah kondisi manusia. Kita tak perlu bermusuh dengan ‘nafs’, kerana orang yang bermusuh dengan ‘nafs’ adalah umpama golongan Biarawan, Padri, Pandita, Tok Sami yang menolak nikmat Allah. Mereka takbur dengan ‘kesucian’ yang mereka ada-adakan.

    Serendit

    March 2, 2010 at 2:18 am

  9. Salam,

    Bila manusia itu merasakan takbur dengan “kesucian”nya, itu kerana dia egolah. Macam iblis merasakan dirinya lebih baik daripada Adam.

    Maka, untuk taknak jadi takbur, kita kena lawanlah. Itulah yang dimaksudkan.

    Rasa keinginan nak takbur itukan boleh dilawan? Kalau tidak boleh dilawan, sudah pasti iblis tidak bersalah.

    Juang

    March 2, 2010 at 3:15 am

  10. Salam,

    Fikir al-Quran sendiri2 tanggungjawab tersendiri la… JAIS, JAKIM, YADIM, IKIM, ABIM dan bermacam IM-IM lagi tuh mana boleh tolong kita di akhirat kelak…

    “Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami mencipta kamu pada kali pertama, dan kamu meninggalkan apa yang Kami mengurniakan kepada kamu di belakang punggung kamu. Kami tidak melihat bersama kamu pengantara kamu, orang yang kamu mendakwa untuk menjadi sekutu antara kamu. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu mendakwakan telah sesat (hilang) daripada kamu.” (al-Anaam ayat 94).

    Baca juga link ini… http://jahamy.blogspot.com/2009/11/tuntutan-menyelidik-ajaran-ulama.html

    Jebon

    March 2, 2010 at 3:44 am

  11. Salam,

    Sama ada manusia itu nak guna akal atau tidak, hati itulah yang membuat pilihan. Akal tiada kuasa nak suruh hati menggunakannya. Atas kuasa hati itulah sama ada dia nak guna akal atau pun tidak.

    Hati yang tidak mahu guna akal, ia akan terdedah didorong oleh nafsu (ego). Sifat nafsu, apabila ia kecil, ia mudah dikawal. Tetapi bila sudah marak, ia sukar dikawal.

    Di sinilah pentingnya hidup menggunakan akal agar akal itu dapat mengawal nafsu. Hati yang tidak menggunakan akal, akan menjadi buta sehingga ia tidak sedar ia telah menurut nafsu.

    Yang suruh manusia pergi sembah matahari, bulan, patung, bangunan atau pun busut bukannya akal (sebab itu mereka tiada bukti logik tentang amalan mereka itu), tetapi nafsu. Nafsu nak bermegah2 kononnya dengan buat amalan sembahan begitu, merekalah kekasih Allah dan merasakan diri mereka suci berbanding orang lain.

    Jadi, untuk mencegah nafsu bermegah2 itu merebak dan semakin besar, kerana itulah kita perlu hidup menjauhi segala perbuatan bermegah2.

    Hidup sebagai orang yang merendah diri. Belajar berlapang dada dan membuka minda. Akan rendahlah nafsu itu nanti.

    Juang

    March 2, 2010 at 4:05 am

  12. Bila kita faham yang hati hanya boleh melindungi dirinya daripada dipengaruhi oleh nafsu dengan cara menggunakan akal, di sini kita nampak logik topik yang saudara TM bukakan ini iaitu bahawa tiada manusia lain berhak jadi pelindung di samping Allah.

    Setiap diri kena guna akal masing2 untuk menundukkan keegoan sendiri agar tidak menjadi orang2 yang sombong, takbur, berbangga diri, bermegah2 seperti iblis.

    Perlu kita ingat, iblis dilaknati Tuhan hanya kerana penyakit2 hati itu sahaja.

    Juang

    March 2, 2010 at 4:16 am

  13. Aqal itu mentadbir tindakan kita semasa kita dalam keadaan sedar/jaga. Kita guna aqal supaya kita bertindak dengan betul dan selamat.

    Hati atau Qalb adalah Kursi Allah. Hanya pada hati yg suci ikhlas Allah memperlihatkan kebesaranNya, melalui utusan yang wujud sebelum Nabi Adam lagi.

    Utusan itu ialah Nabi Muhammad saw yg jika bukan kerana baginda, tiadalah Al Quran sebagai pedoman kita.

    Serendit

    March 2, 2010 at 5:52 am

  14. Salam,

    Kalau akal yang mentadbir tindakan kita, kenapa Al Quran suruh manusia menggunakan akal? Bukankah itu menunjukkan pentadbiran bermula daripada hati. Hati ada kuasa nak guna akal atau tidak.

    10:100. Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk mempercayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia meletakkan kotoran ke atas orang-orang yang tidak menggunakan akal.

    Tindakan untuk menggunakan akal bermula daripada keinginan hati. Jika hati itu awal2 sudah tak mahu berfikir, maka termasukkan dia dalam orang2 yang Allah letakkan kotoran (najis) ke atas mereka.

    Juang

    March 2, 2010 at 6:55 am

  15. Salam Serindit,

    Di sini tidak ada siapa menafikan peranan Nabi sebagai rasul. Apa yang saya ingin bincangkan melalui artikel di atas adalah kita tidak sepatutnya mengambil sesiapa sebagai pelindung di samping Tuhan walaupun Nabi sendiri. Sebab kepercayaan seperti itu akan membawa kita kepada amalan menyekutukan Tuhan.

    Sebab itulah saya mulakan artikel di atas dengan mengutarakan kepercayaan umum umat Islam bahawa Nabi mempunyai kemampuan untuk memberi mereka syafaat di akhirat nanti. Saya percaya tuan pun percaya dakwaan itu. Tetapi apabila kita periksa di dalam Al-Quran konsep itu tidak wujud malah Tuhan Sendiri melarang kita mengambil sesiapa pun sebagai pelindung sepertimana ayat 18:102.

    Malah Tuhan turut menyuruh Nabi menjelaskan tentang kedudukan dirinya dan melarang kaumnya menyekutukan apa-apa pun dengan Tuhan. Sudah tentu ia termasuk larangan menyekutukan dirinya dengan Tuhan.

    18.110 Katakan: Aku hanyalah seorang lelaki seperti kamu, tetapi inspirasi itu telah sampai kepada aku – bahawa Tuhanmu adalah Tuhan yang Satu – sesiapa saja yang menjangka untuk bertemu Empunyanya, kerjakanlah amalan-amalan yang benar dan dalam berbakti kepada Tuhan, jangan sertakan sebarang sekutu.

    tolokminda

    March 2, 2010 at 7:12 am

  16. “Utusan itu ialah Nabi Muhammad saw yg jika bukan kerana baginda, tiadalah Al Quran sebagai pedoman kita”

    Hati-hati saudara, ayat saudara nampak seperti Muhammad lagi penting dari Quran, yang mana suruhan dan larangan Pencipta kita.

    Muhammad dipilih kerana sifat-sifat terpuji beliau yang sedia ada, bukan beliau penuh dengan sifat-sifat tersebut selepas adanya Quran.

    Jika Pencipta memilih pengutus yang keji sudah tentu sukar nak mengembangkan ajaran, apabila pengutus itu sudah tentu nak ambil masa membetulkan diri sendiri, so bila lah pulak nak sebarkan ajaran apabila Pencipta menyuruh mengajar berdasarkan contoh.

    muaddib

    March 2, 2010 at 7:58 am

  17. Salam,

    Ketika Allah mendatangkan bencana gempa bumi atau tsunami di sesuatu kawasan, apakah matahari yang mereka sembah itu mampu menghalang? Apakah bulan yang mereka sujud itu mampu melindungi? Apakah patung mereka tunduk itu mampu menghalang? Apakah bangunan kotak itu mampu melindungi? Apakah busut yang mereka puja itu mampu menyelamatkan mereka? Sedikit sekali mereka mahu memikirkan.

    39:3. Tidakkah kepunyaan Allah agama yang tulus? Dan orang-orang yang mengambil wali-wali (pelindung-pelindung) selain daripada Dia – “Kami hanya menyembah mereka supaya mereka mendekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah” – sesungguhnya Allah akan menghakimkan antara mereka mengenai apa yang padanya mereka memperselisihkan. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan.

    Mereka tahu objek2 yang mereka sembah itu bukannya berkuasa, tetapi kononnya objek tersebut adalah cara untuk mendekatkan mereka kepada Allah.

    Begitulah Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta yang berdegil itu.

    Juang

    March 2, 2010 at 1:59 pm

  18. Lailahaillallah Muhammad-Rasulullah.

    Quran adalah seperti sebuah peta yg penuh dgn petanda mistik. Petanda mistik itu tidak dpt difahami orang awam. Hanya insan kamil yg kenal peta itu dapat dijadikan sandaran utk bawa kita sampai dengan selamat ke destinasi. Insan kamil itu ialah Muhammad saw @ Rasulullah. Semua wali, nabi dan rasul tunduk pada Nur Muhammad. Semua akur bahwa kedudukan Muhammad saw tiada bandingannya.

    Tanpa Muhammad saw, yakni navigator yg di perakui Allah, peta itu [ Quran ] tak banyak gunanya, apatah lagi bila orang kafir yg mentafsirnya. Kita perlukan Navigator lebih dari peta. Walaupun Rasulullah sudah wafat, Nur Muhammad sentiasa menyinari hati orang mukmin, dan sinambungannya melalui cinta terhadap keluarga baginda. Orang yg tiada kecintaan kpd Rasulullah saw, hatinya gelap dan sentiasa meraba-raba dengan aqalnya dan tidak mencapai maqam Haqqul-Yaqin.

    Sabda Rasulullah, “aku tinggalkan Quran dan keluargaku [ahlul-bayt], dan sesiapa yg pegang kpd dua perkara ini tidak akan sesat”

    Jadi, priroti seorang mukmin ialah:

    1. Menurut perintah Allah swt
    2. Turut perintah/sunnah Rasulullah saw
    3. Mentaati para Imam dari Ahlul-Bayt/keluarga Rasul as
    4. Merujuk Quran sebagai manual kehidupan, dengan rujukan kepada para Imam as

    Orang mukmin itu berlembut bahasa sesama mereka, tapi keras terhadap orang kafir. Janganlah kamu semua berbalah dan kembalilah kepada Allah dan Rasulnya.

    Tiada Islam tanpa Muhammad saw.

    Irfan Muhammad

    March 2, 2010 at 3:03 pm

  19. Salam,

    Nur yang dipancarkan melalui Muhammad itu suci dan jauh dari kedustaan. Kata2 baginda benar dan ada bukti2 yang jelas.

    Di kala orang2 yang perasan mereka adalah pewaris ajaran Nabi Isa (orang Nasrani) mendakwa Al Masih itu adalah putera Allah, nur Muhammad membawa bukti menunjukkan tidak mungkin adanya tuhan selain Allah (rujuk ayat 17.42 & 23.91).

    Di kala orang2 Nasrani menggunakan kitab gospel (riwayat hidup) Nabi Isa untuk menjauhi manusia daripada Injil, nur Muhammad itulah mengajak manusia kembali kepada Kitab Allah semata2. Baginda menjadi orang yang berpegang teguh kepada Kitab Allah di kala kaum asal yang menerima Kitab tersebut telah menjauhinya.

    Kini Allah ulang balik yang pernah dialami oleh Muhammad dahulu. Di kala ada segolongan manusia mula menjauhi Al Quran dengan mengambil kitab2 riwayat atas nama baginda sebagai hukum (seperti orang Nasrani lakukan dahulu), ada manusia-manusia yang tetap berpegang teguh kepada Kitab Allah untuk tidak mempersekutukan Dia dengan sesuatu.

    Tiada tuhan selain Allah.

    Juang

    March 2, 2010 at 3:23 pm

  20. Salam Irfan Muhamad,

    Sebenarnya semua nabi dan rasul sama tarafnya di sisi Tuhan. Semua rasul menerima wahyu yang sama dari Allah, semuanya menerima cara hidup Islam yang tidak menyekutukan Allah tetapi sentiasa patuh dan merendah diri kepadaNya. Nabi-nabi dan orang yang percaya sentiasa berpegang kepada cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah melalui wahyuNya.

    Anggapan bahawa Nabi Muhamad lebih tinggi martabatnya di sisi Allah berbading nabi-nabi lain tidak berasas sama sekali. Jika kita percaya dan berpegang kepada anggapan itu maknanya prinsip yang kita pegang mengenai Nabi tidak ada bezanya dengan umat-umat agama lain yang taksub hanya kepada rasul atau nabi mereka.

    Kita perlu hormat Nabi Muhamad, tapi tidaklah sampai kita menyekutukan dia dengan Tuhan atau menganggap nabi-nabi lain tidak lebih sekadar nabi orang kafir. Di dalam Al-Quran Tuhan bercerita tentang nabi-nabi lain. Nabi Musa misalnya mendapat ruang yang besar di dalam Al-Quran. Mengapa?

    Sebab banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dari kisah Nabi Musa dan keturunan Israel yang masih bermaharajalela sehingga ke hari ini. Tetapi bagaimana kita boleh mempelajari sesuatu dari Nabi Musa jika ayat-ayat yang merujuk kepadanya pun disalahtafsirkan menjadi Nabi Muhamad? (Sila periksa artikel ini.)

    Saya ajak tuan fahamkan betul-betul bagaimana Tuhan nak kita terima nabi dan rasul melalui ayat ini.

    2:136 Katakan: Kami percaya kepada Allah dan yang telah diwahyukan kepada kami (Al-Quran) dan yang telah diwahyukan kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yakub dan nabi-nabi lain dan apa yang telah diberi kepada para nabi dari Tuhan mereka, kami langsung tidak membeza-bezakan di antara mereka dan kepadaNya kami patuh.

    Begitulah Tuhan nak kita terima nabi dan rasul. Tuhan suruh kita tidak beza-bezakan mereka. Kerana apa yang mereka sampaikan adalah wahyu yang sama dari Tuhan yang sama.

    Nabi bukan untuk disembah. Bukan juga untuk diagungkan. Bukan juga untuk disekutukan dengan Tuhan. Nabi adalah seorang individu yang telah dipilih Tuhan untuk menerima wahyuNya dan diberi tanggungjawab untuk menyampaikan kepada kita.

    Hanya Tuhan yang layak diagungkan. Walaupun begitu Tuhan tidak minta pun kita sembah Dia. Tuhan cuma mahu kita berbakti kepadaNya melalui sifat merendah diri dan mematuhi semua ketetapan yang telah direstuiNya – yang semuanya terkandung di dalam Al-Quran. Kalau kita semua baca Al-Quran, memahaminya dan mengamalkan isikandungannya tentu Nabi tak perlu mengeluh seperti ini di akhirat nanti.

    25:30 Dan Rasul mengeluh: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya umatku telah mengambil Al-Quran untuk perkara bodoh mengarut.

    Mana tak bodoh dan mengarut kalau susah payah Nabi menyampaikannya supaya kita semua dapat faedah dari pedoman yang Tuhan beri, tetapi apa yang kita buat cuma sekadar mengambil ayat-ayatNya untuk dilagu-lagukan, dijadikan perhiasan di dinding bangunan dan rumah-rumah, dijadikan jampi mentera dan sebagainya. Begitukah nilai wahyu Tuhan?

    tolokminda

    March 2, 2010 at 4:03 pm

  21. Salam,

    Merujuk pada ayat 25:30 itu, kita nampak ramai yang jadikan Al Quran sebagai jampi serapah, mentera, malah dilagu2kan sahaja. Sedangkan Al Quran itu adalah peringatan agar kita hidup merendah diri dan tidak menyekutukanNya.

    36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur’an yang jelas.

    Juang

    March 2, 2010 at 4:26 pm

  22. Salam Juang,

    Itulah sebabnya umat Islam khususnya yang tinggal di negara-negara Islam dibelenggu dengan pelbagai masalah yang nampak unik hanya kepada mereka. Orang kata, kita nampak pattern. Dari masalah perpecahan, buta huruf, ketidakadilan, ekstrimism, buang bayi, bunuh anak.. semuanya orang Islam nombor satu.

    Apa tidaknya. Wahyu Tuhan mereka perolok-olokkan. Tetapi kitab-kitab manusia yang entah dari mana hujung pangkalnya mereka jadikan asas kepada semua perkara – kepercayaan, amalan ibadat, undang-undang, etc. Orang akan marah kita cakap macam ni. Tapi memang itulah hakikatnya.

    tolokminda

    March 2, 2010 at 4:34 pm

  23. Lailahaillallah Muhammad-Rasulullah.

    Kita lihat sekarang ni ramai orang yg mencari pedoman di tempat yg salah. Dan apabila mereka tidak menjumpai apa yg mereka cari, mereka cipta konsep dan falsafah baru tentang Islam. Kerana tak jumpa kunci, mereka guna mangga baru. Mereka lakukan itu kerana aqal mereka telah menipu mereka dengan ilham. Mereka ditipu Nafs al-Mulhimmah, yakni nafs yg masih belum tenteram dan meraba-raba mencari kebenaran semata-mata dgn aqal dan logika dan wahamiah mereka. Orang yg tinggi daya kreatif, seniman dan karyawan sering berlegar dalam Nafs Mulhimmah ini.

    Sejak wafat Rasulullah saw hingga hari ini, bumi ini tidak pernah sunyi dari para awliya, yakni manusia yg berhati suci. Ayat dan makna Quran tertulis di dalam Qalb mereka dan itulah kitab Quran yg sebenarnya. Para awliya ini, di hati mereka ada Rasulullah saw yg memelihara erti sebenar firman Allah. Mereka sentiasa ‘online’ dengan Allah dan berkomunikasi dgn Rasul saw. Alangkan beruntungnya bila kita dapat bersama dgn insan seperti ini dalam majlis2 ilmu. Subhanallah.

    Kertas, kulit dan media lain hanyalah tempat utk meletakan tulisan ayat Quran dlm bentuk huruf semata-mata. Adakalanya ditulis dlm bentuk kod saja, Muqatta’at – ALM, ALR dan sebagainya. Untuk mendapatkan maknanya kita perlu rujuk pd insan kamil, dan kepada mereka yg telah mendapat izin Rasulullah saw utk mengajar. Kesinambungan ini telah diperjelaskan oleh Rasul saw dlm sabda baginda “Aku adalah kota ilmu, masuklah ke dalam kota ini melalui pintunya” Dan bila kita masuk, kita ikut pintu depan. Dan bukan melalui pintu belakang, chimney atau tingkap. Bayangkan sebuah kota yang mempunyai satu pintu, diluarnya banyak salesman @ penjaja agama yg buat offer diskaun tertentu [ tak perlu solat, puasa dan haji dsb ibadat yg diperintah Allah ] utk tarik perhatian orang supaya tidak masuk ikut pintu itu. Ianya bukan lah percubaan yg baru, tapi berlaku di sepanjang zaman dan adalah percubaan Iblis melakon-semula kejayaannya mengguna aqal-logika untuk mengatasi qalb dalam adegan sajdah dgn Adam.

    Allah berfirman bhw semesta alam tak mampu menanggung rahsia Allah, kecuali hati/Qalb yg telah bersih dari dosa. Di dalam hati itu ada Rasulullah saw, yg membimbing kita di jalan mustaaqeem. Tugas awal kita ialah mempastikan hati/qalb kita sudah cukup bersih dan sedia untuk di diami Muhammad Rasulullah saw.

    Antal Haq antal Hadi, Laisal hadi illahu

    Irfan Muhammad

    March 3, 2010 at 1:01 am

  24. Saudara Irfan Muhammad,

    Saya amat berbesar hati, jika saudara dapat memberikan ayat sandaran dari Qu’ran yang mengatakan bahawa HANYA Muhammad yang akan berjaya membawa kita selamat kedestinasi dan kedudukan Muhammad tiada bandingannya.

    TM sudah pun menyangkal kenyataan saudara dengan sandaran Q2:136 yang menyatakan jangan membeza-bezakan utusan-utusan Pencipta.

    Saya sedia menunggu.

    muaddib

    March 3, 2010 at 1:18 am

  25. Saudara Irfan Muhammad,

    kenyataan anda:

    “Allah berfirman bhw semesta alam tak mampu menanggung rahsia Allah, kecuali hati/Qalb yg telah bersih dari dosa. Di dalam hati itu ada Rasulullah saw, yg membimbing kita di jalan mustaaqeem”

    Saya juga amat berbesar hati jika saudara dapat meletakkan surah mana dan ayat mana Allah berfirman yang mendorong anda menulis kenyataan diatas?

    Agar dapat sama-sama kita pelajari, dan sekali lagi saya sedia menunggu.

    muaddib

    March 3, 2010 at 1:22 am

  26. Salam Muaddib,

    “Saya amat berbesar hati, jika saudara dapat memberikan ayat sandaran dari Qu’ran yang mengatakan bahawa HANYA Muhammad yang akan berjaya membawa kita selamat kedestinasi dan kedudukan Muhammad tiada bandingannya.”

    Perasaan tak kata2 itu seperti kata2 sesetengah orang Kristian yang mendakwa hanya Jesus yang boleh membawa manusia ke destinasi selamat kerana Jesus itu setara dengan Tuhan.

    🙂

    Juang

    March 3, 2010 at 1:30 am

  27. inilah yang berlaku disekeliling kita.. kita meletakkan nabi itu terlebih atas daripada apa yang disampaikan..

    lihat sajalah upacara aqiqah misalnya.. yang dipuji-puji adalah nabi terlalu sedikit ucap syukur dan terimakasih kepada Allah s.w.t.

    troopze

    March 3, 2010 at 2:33 am

  28. Salam Troopze,

    Benar. Itulah yang kita nampak hari ini. Mereka memuja-muji Nabi melampaui Allah. Sebab itu mereka tidak percaya kepada Al Quran berbanding riwayat2 hadis.

    Kononnya sebab Al Quran itu dalam bentuk terjemahan. Masalahnya, riwayat hadis itu pun mereka faham yang telah diterjemahkan pun. Kenapa bila Al Quran diterjemah, mereka kata ia bukan Al Quran, tetapi riwayat hadis bila diterjemahkan, mereka kata itulah kata2 Nabi yang sebenar? Nampak tak wujudkan ketidakadilan di situ?

    Juang

    March 3, 2010 at 3:02 am

  29. salam,

    Banyak telah diperkatakan tentang Iman.
    Bahawa ada “sami hindu, paderi, ahli politik peliwat juga boleh baca dan tafsir ayat AQ ikut nafsu dan kepentingan sendiri. Memang betul-lah itu, kerana pembunuh kejam, Mona Fandi, juga membaca AQ dalam keadaan bogel dan haid. Pastinya, syaitan juga boleh baca, faham dan tafsir AQ lebih baik dari manusia.”

    Ada yang bercerita tentang Nafsu, Akal, Qalb.

    Tapi tak seorang pun bertanya kepada Allah.
    Dan tuhan berfirman:-

    Q10:100 “Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah;……..

    Kau orang masuk lah kegedung ilmu sebesar dunia ini pun tapi kalau Allah tak izinkan…habuk pun tak dak.

    ramsys pranata

    March 3, 2010 at 3:04 am

  30. salam,

    Nabi tidak lain hanyalah seorang maknusia biasa yang telah dilantik olih Allah untok penerima wahyunya.
    Banyak hadith-hadith yang menonjolkan Nabi ini sebagai penyelamat umat di akhirat nanti dengan syafa’atnya.

    Akan tetapi tuhan telah berpesan kepada Nabi dengan firman ini:-

    Q10:49 “Katakanlah: “”Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah……..

    Disini kita lihat bahawa Nabi sendiri tidak mampu menolong dirinya sendiri apatah lagi nak bantu umatnya.

    sama samalah kita fikirkan.

    ramsys pranata

    March 3, 2010 at 3:13 am

  31. Q10:100 “Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah.

    dan ada manusia yang bertindak menghukum manusia lain kerana tidak sependapat dengan mereka.

    sedangkan yang tidak memberi izin ialah Pencipta sendiri.

    muaddib

    March 3, 2010 at 3:16 am

  32. Salam,

    Perasan tak, kalau kita bawakan ayat2 terjemahan Al Quran yang memuji dan mengagungkan Allah, ada manusia kata tidak boleh main terjemah2 Al Quran sesuka hati. Kena belajar nahu, balaghah, etc.

    Tapi cuba kita bawa terjemahan riwayat hadis yang memuja-muji Nabi, masa itu mereka tidak kisah pun terjemahan itu ikut nahu, balaghah itu semua, walaupun asal riwayat hadis itu daripada bahasa Arab juga.

    Nampak tak bagaimana tahap mereka mengangungkan Nabi melampaui Allah. Sama perangainya macam orang Nasrani mengagungkan Nabi Isa melampau Allah.

    Mereka membenci orang2 yang ingin mengagungkan Allah, tetapi kalau kita pakat2 memuji Nabi melampaui Allah, mereka kegembiraan.

    Juang

    March 3, 2010 at 3:38 am

  33. Salam..

    Boleh saudara Ramsys pranata jelaskan ayat Q10:100?.. terasa seakan kesudahan kita syurga atau neraka di tangan Allah s.w.t. semata..

    ..adakah ini menjelaskan bahawa bila setiap kali saya cuba nak jadi baik.. saya akan kembali nakal semula…(sebab Allah tak izin kan saya kekal baik??)..

    atau adakah ini bermakna bahawa ramai-ramai manusia yang tidak beriman itu sebab Allah tak izinkan?.. jadi Allah kah penyebab sebenar manusia itu tidak beriman?

    ..maaf..saya benar-benar keliru..

    troopze

    March 3, 2010 at 3:41 am

  34. Salam,

    Apakah matlamat halus orang2 yang mengagung2kan seseorang Nabi melampaui Allah?

    Kalau kita mengagungkan Allah, kita tidak perlu taksub pada mana2 pihak. Ini kerana Allah bukan milik esklusif sesuatu pihak.

    39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

    Mengikut ayat di atas, Allah memberi petunjuk kepada orang2 yang memikir dan menyelidik sesuatu ucapan dan mengikut yang paling baik. Dengan kata lain, nak dapat petunjuk Allah, tak perlu taksub pada sesuatu pihak. Ikut sahaja cara-cara yang layak dapat petunjuk seperti ayat Al Quran di atas, akan dapatlah seperti yang Dia tetapkan.

    Maka, yang suruh manusia lain mengagung2kan seseorang Nabi itu berniat nak dapat pengaruh di mata masyarakat. Oleh kerana riwayat2 pasal Nabi itu tidak mungkin diketahui dengan guna akal, maka manusia terpaksa menurut cakap pihak2 yang merasakan diri ada hak mutlak pasal riwayat seseorang Nabi. Mereka akan disanjung dan dipuja2 kononnya orang alim atau mulia oleh masyarakat yang malas berfikir.

    Tetapi bila kita ajak manusia semua mengagungkan Allah, maka taraf kita semuanya sama. Bezanya adalah sejauh mana kita rajin berfikir atau tidak. Yang banyak berfikir, dapatlah banyak ilmu. Yang malas berfikir, dapatlah sedikit ilmu.

    Juang

    March 3, 2010 at 3:53 am

  35. Salam Troopze,

    Ayat 39:18 dapat menghuraikan persoalan saudara pasal ayat 10:100 itu.

    🙂

    Juang

    March 3, 2010 at 3:55 am

  36. “Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mengikuti pendapat hawa nafsu mereka tanpa sebarang ilmu pengetahuan. Maka siapakah yang boleh memberi petunjuk kepada orang yang disesatkah oleh Allah? Tiada siapa yang boleh menolong mereka.” (30:28)

    Saya lihat ramai yang masuk dalam blog ini hanya untuk meluahkan kebencian mereka keatas apa yang diperbincangkan dalam TM.

    Malangnya segala apa yang diperkatakan oleh mereka lansung tidak mempunyai asas dari Kitab Allah sehingga mereka sanggup membuat dusta yang nyata dengan berkata:

    “Mereka sentiasa ‘online’ dengan Allah dan berkomunikasi dgn Rasul saw.”

    Kata-kata begini biasanya hanya boleh diluah oleh orang-orang kafir sahaja sebab mereka percaya mereka boleh berkominikasi dangan orang-orang yang sudah mati.

    Apabila kepercayaan mereka tidak berasaskan dari Al Quran setiap kata-kata mereka kesemua bertentangan dengan apa yang terdapat dalam Al Quran.

    Kita perlu orang-orang seperti ini dalam blog ini – sebab tanpa mereka blog ini akan menjadi boring. Mereka adalah contoh hidup didepan mata kita yang boleh dijadikan bahan penilaian kita – sejauh mana minda orang-orang Melayu telah dikorup oleh penjaja-penjaja agama selama ini.

    Gunumaro

    March 3, 2010 at 4:23 am

  37. Salam,

    Itu semua atas Perancangan Allah agar mudah kita menilai untuk membezakan mana yang benar dan mana yang dusta, mana yang bermanfaat dan mana yang mudarat, mana yang kukuh dan mana yang lemah.

    Kalau kita tidak kenal beza apa itu terang dan gelap, sudah pasti penilaian kita belum dikatakan waras.

    Dengan adanya orang2 yang tidak mampu berhujah menggunakan Al Quran, maka semakin yakinlah kita kepada Al Quran.

    Juang

    March 3, 2010 at 4:42 am

  38. Sdr Troopze tulis:

    “Boleh saudara Ramsys pranata jelaskan ayat Q10:100?.. terasa seakan kesudahan kita syurga atau neraka di tangan Allah s.w.t. semata..”

    Soalan saya kepada Troopze:

    Apakah Hari kebangkitan itu kepunyaan oleh selain daripada Allah?

    “Demi Tuhan kamu, sesungguhnya Kami akan kumpul kesemua kamu dan juga syaitan-syaitan – kemudian Kami akan kumpul semuanya disekeliling Jahanam (dalam keadaan) berlutut.” (19:68)

    “Kemudian, Kami benar-benar akan tarik dari setiap agama (syi’atin) diantara mereka yang paling durhaka kepada Yang Pemurah.” (19:69)

    “Sebenarnya Kamilah yang paling tahu siapa yang harus dipanggang didalamnya.” (19:70)

    “Tidak siapa pun diantara kamu yang terkecuali melainkan mendatanginya (neraka itu) – Ini adalah satu keputusan Tuhan kamu yang telah ditetapkan.” (19:71)

    “Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa dan Kami biarkan orang-orang yang zalim didalamnya.” (19:72)

    “Sesungguhnya Tuhan Kamu, Dialah yang lebih mengetahuisiapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.” (6:117)

    Apabila hati seseorang itu ragu-ragu terhadap Kitab Allah – saya percaya mereka ada masalah dengan Pencipta mereka bukan dengan orang lain.

    Gunumaro

    March 3, 2010 at 5:19 am

  39. Salam,

    Maaf saudara Gunumaro..saudara salah faham kekeliruan saya..

    Tapi tak apelah..ayat alquran yang saudara Juang dan yang saudara Gunumaro tunjukkan jua ada jawapannya..

    terima kasih..

    troopze

    March 3, 2010 at 5:45 am

  40. Salam,

    Daripada blog perbincangan Al Quran secara terbuka sebegini, kita nampak bagaimana ada manusia yang berpegang teguh kepada Kitab Allah dan ada manusia yang menjadikan Al Quran itu suatu yang tidak dipedulikan pengajarannya.

    Juang

    March 3, 2010 at 5:55 am

  41. salam,

    Penjelasan kepada persoalan dari troopze.

    Walaupun ayat 10:100 menampakkan ketentuan iman adalah 100% daripada Allah tetapi kita diberi pilihan samaada untok beriman ataupun tidak berpandukankan kebijaksanaan kita sendiri. Saya sertakan ayat Q10:100 sepenuhnya:-

    Q10:100 “Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.”

    Kita disuruh untok banyak berfikir, melihat kejadian dilanggit dan bumi sebagai tanda kebesaran Allah bagi menguatkan iman kita. Dan yang paling penting ialah ayat dibwah ini.

    Q10:108 “Katakanlah: “”Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (Al Qur’an) dari Tuhanmu, sebab itu barang siapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barang siapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu””.”

    Segala petunjuk kearah keimanan ada didalam Al-Quran dan sekiranya kita faham isi Al-Quran dengan sepenuhnya maka tidak akan terjadi…….. “adakah ini menjelaskan bahawa bila setiap kali saya cuba nak jadi baik.. saya akan kembali nakal semula…(sebab Allah tak izin kan saya kekal baik??)..

    sama samalah kita fikirkan.

    ramsys pranata

    March 3, 2010 at 6:28 am

  42. Sdr Troopze, saya minta maaf kerana tersalah faham maksud Sdr.

    Saya sentiasa berpegang kepada apa yang diajar oleh Al Quran apabila kita berkata-kata – kita diajar supaya tidak masuk dari pintu-pintu belakang – atau “don’t beat around the bush”. Mungkin saya tersalah baca tentang soalan Sdr. Sekali lagi saya minta maaf.

    Gunumaro

    March 3, 2010 at 10:26 am

  43. ‘I Cant Make You Love Me’
    =========================

    Prejudis menyerlah dari sejak awal lagi Tolokminda menulis artikel ini: “Tetapi akibat terlalu mempercayainya, umat Islam cenderung mengampu Nabi dan menyekutukan beliau dengan Tuhan di mana dan bila saja ada peluang..”
    [?] umat Islam cenderung mengampu Nabi … saya rasa sangat sedih bila membaca ayat TM ini.

    Entah kenapa TM meluat sangat kepada pecinta Nabi Muhammad saw, hanya Allah saja yang tahu.

    Bandingkan dengan ayat Quran berikut:
    Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

    Allah Hu Ahad
    RasulNya Muhammad

    p/s: Saya ucap terimakasih kpd tuanrumah kerana benarkan saya menyertai blog anda. Hanya sampai di sini sajalah laluan kita menyilang. Selamat tinggal dan semoga anda jumpa apa yg anda cari-cari selama ini.

    I CAN’T MAKE YOU LOVE ME

    Turn down the lights
    Turn down the bed
    Turn down these voices inside my head
    Lay down with me, tell me no lies
    Just hold me close, don’t patronize
    Don’t patronize me.
    Cause I can’t make you love me if you don’t
    You can’t make your heart feel something it won’t
    Here in the dark, in these final hours
    I will lay down my heart and I’ll feel the power
    But you won’t, no you won’t
    Cause I can’t make you love me if you don’t.
    I’ll close my eyes, then I won’t see
    The love you don’t feel when you’re holdin me
    Mornin will come and I’ll do what’s right
    Just give me till then to give up this fight
    And I will give up this fight.
    Cause I can’t make you love me if you don’t
    You can’t make your heart feel something it won’t
    Here in the dark, in these final hours
    I will lay down my heart and I’ll feel the power
    But you won’t, no you won’t
    Cause I can’t make you love me if you don’t.

    Irfan Muhammad

    March 3, 2010 at 11:02 am

  44. Salam,

    Pada pandangan saya, jika seseorang itu meluat pada Nabi, sudah pasti dia tidak akan berpegang pada Al Quran yang Nabi sampaikan itu. Baik dia buat kitab dia sendiri.

    🙂

    Juang

    March 3, 2010 at 11:48 am

  45. Salam Irfan Muhammad,

    “Tetapi akibat terlalu mempercayainya, umat Islam cenderung mengampu Nabi dan menyekutukan beliau dengan Tuhan di mana dan bila saja ada peluang..”

    Apabila saya menulis seperti di atas, saya tidak maksudkan umat Islam amat mempercayai Nabi Muhamad, sebaliknya saya maksudkan mereka sangat mempercayai idea bahawa Nabi akan memberi syafaat yang dapat membantu mereka terlepas atau diringankan hukuman di akhirat nanti.

    Idea itu tidak terdapat di dalam Al-Quran. Maknanya Tuhan tidak tetapkan maka, Nabi pun tentulah tak pernah sampaikan idea seperti itu. Sebab apa yang disampaikan oleh Nabi adalah Al-Quran. Bukan kitab-kitab yang lain tu. Saya berpendapat mengapa kita harus mendedahkan diri kepada kecenderungan memfitnah Nabi? Bukankah Tuhan kata kalau ada orang membawa berita kita kena periksa sendiri kebenarannya?

    Jadi, biar Muslim atau Bukhari atau Abu Hurairah sekalipun yang membawa berita tentang Nabi, kita tetap bertanggungjawab untuk menentukan samada ia wajar diterima atau tidak. Al-Quran adalah satu-satunya sumber pedoman yang sahih, yang diwahyukan oleh Tuhan dan disampaikan oleh Nabi. Jika kita nak tahu apa yang Tuhan tetapkan, baca Al-Quran. Jika kita nak tahu apa yang Nabi sampaikan, baca Al-Quran.

    Begitulah cara yang sepatutnya jika kita hormat kepada Nabi. Kita tidak akan mudah menerima sesuatu yang dikaitkan kepada Nabi walhal Nabi belum tentu tahu apa-apa mengenainya. Misalnya adakah patut kita sandarkan amalan menyembah batu kepada Nabi? Sedangkan kita tahu Nabi diutuskan untuk menyampaikan bantahan, nasihat dan amaran supaya kita tidak melakukan amalan seperti itu.

    tolokminda

    March 3, 2010 at 1:18 pm

  46. Salam,

    Jika seseorang mencintai Nabi, sudah pasti mereka akan berpegang teguh kepada Kitab Allah seperti mana Nabi lakukan.

    Nabi mementingkan ayat2 Allah berbanding kehendaknya sendiri. Jika Nabi pun sanggup menundukkan keinginan demi mengikut ayat2 Allah, apa erti mengaku pencinta Nabi kalau ayat2 Allah tidak dipedulikan lagi?

    33:1. Wahai Nabi, takutilah Allah, dan janganlah mentaati orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang hipokrit. Sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

    33:2. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

    33:3. Dan kamu percayakanlah (tawakal) kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil.

    Allah suruh Nabi mengikut apa yang Allah wahyukan (Al Quran) kepada baginda. Dan Allah suruh baginda percaya kepada Allah sahaja sebagai wakil. Tiada sekutu selainNya.

    Maka jika benar kita mencintai Nabi, sepatutnya kita ikut wahyu yang Allah berikan kepada Nabi dan jadikan Allah sahaja sebagai wakil.

    Juang

    March 3, 2010 at 1:24 pm

  47. Salam,

    Tentang tidak ada seorang pun yang akan percaya kecuali dengan izin Allah, saya berpendapat kita semua ada peluang mendapat keizinan Allah untuk menjadi seseorang yang percaya. Bukankah Tuhan itu Pengasih dan Penyayang? Tuhan yang penuh belas dan kasihan? Sebab itulah Dia bekalkan kita dengan Al-Quran supaya kita berpeluang. Supaya kita tidak sesat.

    Siapakah orang yang percaya dan bagaimana mereka berbeza dari golongan penyekutu Tuhan? Mereka adalah orang-orang yang apabila berdepan dengan sesiapa saja dalam dunia ini – akan berkata sebagaimana ayat yang Tuhan telah ajar kepada mereka.

    10:104 Katakan: Wahai manusia! Jika kamu tidak yakin dengan cara hidupku, maka aku tidak berbakti kepada mereka yang kamu sekutukan di samping Allah tetapi aku berbakti hanya kepada Allah, Dia yang akan mematikan kamu dan aku telah diperintahkan supaya menjadi dari kalangan orang-orang yang percaya.

    tolokminda

    March 3, 2010 at 1:52 pm

  48. Salam,

    Benar apa yang TM kata. Semua manusia ada peluang untuk mendapat keizinan Allah menjadi orang2 yang percaya. Jika tidak, sudah tentu orang2 yang masuk neraka boleh menyalahkan Allah kononnya mereka masuk neraka kerana Allah tidak beri keizinan untuk mereka jadi percaya. Walhal Allah sudah bagi mereka penglihatan, pendengaran dan akal untuk memproses maklumat yang dicerap sebelum membuat kesimpulan yang kukuh.

    Di sekeliling kita banyak maklumat yang boleh kita lihat dan dengar. Ada bermacam2 kitab. Ada yang benar dan ada yang palsu. Kalau kita malas nak mencari maklumat2 ini, sudah pasti susah kita nak menilai dan membuat perbandingan untuk melihat yang mana satu benar dan yang mana satu salah.

    Selalunya, manusia malas mencari kebenaran kerana merasakan diri mereka sudah benar. Perasaan angkuh dengan ajaran tradisi mereka menyebabkan mereka mengatakan selain daripada terapan nenek moyang mereka, semuanya adalah dusta.

    Cuba renungkan, katakan kita hanya mendengar maklumat bahawa “1+1=3”. Kita terus tanam dalam hati bahawa 1+1=3 tanpa mahu berfikir dan mencari bukti2 yang kukuh. Adakah itu kepercayaan yang mantap? Sudah tentu tidak.

    Tetapi jika kita buka minda, buat penyelidikan apakah jawapan sebenar 1+1, sudah pasti kita akan jumpa juga jawapan yang sebenar. Jawapan itu mungkin kita boleh dapat bila diterangkan oleh seorang cikgu yang membuktikan 1+1=2 dengan mengira guna jari, atau melalui eksperimen kita sendiri.

    Sebaik sahaja akal kita mencapai logik kenapa 1+1 memberi jawapan 2, bukan selainnya, ketika itulah Allah beri keizinan hati kita mempercayai kebenaran. Kepercayaan itu datang dengan sendirinya, bukan dipaksa2 tanam dalam hati.

    Sebab itulah dikatakan “tiada paksaan dalam beragama” kerana nak sampai kepada kepercayaan yang ikhlas itu bukannya boleh kita paksa2 hati kita percaya. Ia datang dengan kesedaran dan keinsafan apabila kita suka berfikir untuk mencari kebenaran.

    Kenapa orang2 kafir tidak diizinkan mendapat kepercayaan itu? Sebab mereka memang awal-awal lagi sudah menutup pintu hati untuk tidak mahu mendengar selain daripada ajaran2 tradisi mereka. Maknanya, bukannya Allah sengaja tidak izinkan untuk mereka percaya, sebaliknya mereka sendiri yang tak mahu percaya. Di bawakan bermacam2 perumpamaan walaupun berupa seekor nyamuk, tetapi mereka tidak mahu percaya kerana telah menutup hati mereka daripada mendengar, melihat dan memikirkan sesuatu yang diperkatakan di luar ajaran tradisi mereka.

    Juang

    March 3, 2010 at 2:30 pm

  49. 10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, “Datangkanlah al-Qur’an selain yang ini, atau tukarkanlah ia.” Katakanlah, “Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.”

    Apabila ada orang2 yang menjadikan Al Quran kembali sebagai pegangan hidup dan menyampaikan di blog sebegini sebagai peringatan, ada pula orang2 tidak percaya kepada Allah menyuruh supaya datangkan ayat2 yang selain Al Quran itu.

    Apakah patut kita menukar Al Quran dengan kitab2 riwayat lain semata2 kerana ingin menurut kemahuan sendiri?

    Juang

    March 3, 2010 at 2:44 pm

  50. apa pendapat tuan berkenaan ayat berikut, adakah ianya berkaitan syafaat Nabi atau ada maksud lain:

    Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

    AQ 4:64

    Junior

    March 4, 2010 at 12:40 am

  51. Salam,

    Dalam ayat 4:64, ia menunjukkan Rasul berupaya untuk memohon ampun kepada Allah untuk mengampun orang2 hipokrit (rujuk ayat sebelumnya) itu.

    4:65. Tetapi tidak, demi Pemelihara kamu! Mereka tidak akan mempercayai sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perselisihan faham antara mereka, kemudian mereka mendapati di dalam diri-diri mereka tiada halangan pada apa yang kamu memutuskan, tetapi akan tunduk dalam ketundukan sepenuhnya.

    Namun penerimaan taubat orang2 munafik itu hanya akan diterima apabila mereka menjadikan Rasul sebagai hakim. Dalam kes kita, apabila kitab menjadikan Kitab Allah yang Rasul itu sampaikan (Al Quran) sebagai hakim, barulah Allah terima taubat kita.

    Samalah jua, para Rasul itu hanya berupaya untuk sampaikan ayat2 Allah kepada manusia lain. Namun sama ada manusia lain nak dengar, nak fikirkan dan nak percaya, itu bukan urusan para Rasul lagi. Jika tuan punya diri sudah tertutup pintu hatinya, hanya Allah sahaja boleh membukanya jika Dia Kehendaki.

    Di sini kita nampak permohonan ampun seseorang Rasul itu tetap terikat dengan keizinan Allah. Bukannya asalkan Rasul itu berdoa sahaja, Allah pasti makbulkan doanya. Sedangkan Nabi Nuh berdoa untuk anaknya yang engkar itu pun Allah tak terima, apa lagi doa Rasul-rasul lain terhadap manusia lain yang tiada pertalian darah dengannya.

    Daripada ayat 4:65 itu menunjukkan, atas usaha kita sendiri untuk komited berhakimkan Kitab Allah sahaja memberi saham terbesar untuk dapat pengampunan Allah. Para Rasul hanya boleh bermohon sahaja dan belum tentu Allah terima kalau orang lain itu tetak sombong dengan Kitab Allah.

    Jadi, mulai sekarang belajarlah bergantung kepada usaha sendiri sekuat mana yang boleh. Jangan harapkan subsidi kononnya Nabi akan beri syafaat. Ajaran2 macam itulah menyebabkan orang2 Melayu jadi bangsa pemalas dan asyik mengharapkan subsidi. Buat malu depan Allah sahaja.

    Juang

    March 4, 2010 at 1:15 am

  52. Salam,

    Bila kita belajar bergantung hidup kepada Allah semata-mata, bermakna kita belajar yakin pada diri sendiri.

    Belajar yakin diri bermakna kita mengentalkan jiwa kita. Jiwa yang kental, tidak mudah berputus asa. Kita akan memiliki kesabaran yang tinggi mengharungi dugaan2 Allah. Itulah pembinaan diri insan yang kukuh.

    Jangan manjakan diri sehingga semua perkara nak disuapkan biarpun umur sudah tua. Yakin pada diri yang kita ada keupayaan dan potensi diri.

    Setiap insan kalau yakin pada diri sendiri dan menggilap potensi, pasti akan bersinar. Tetapi kalau yang pemalas dan asyik nak subsidi sahaja, macam mana potensi diri nak terserlah?

    Cuba buat perbandingan rata2 umat Islam hari ini dengan bangsa2 lain. Kenapa orang2 kita tidak terserlah potensi dirinya terutama untuk sesuatu yang memerlukan daya kreativiti yang tinggi? Sebab orang kita jenis nak usaha sikit tapi nak senang cepat. Jiwa mereka lemah nak harung sesuatu yang susah.

    Lihatlah bagaimana mereka nak fahami Al Quran. Bukannya mereka nak peruntukkan masa untuk selidik, mengkaji, memerhati keadaan sekeliling dan membuat kesimpulan sendiri. Mereka hanya tunggu disuap oleh para ustaz2 mereka. Itu pun mereka main percaya membuta-tuli, bukannya nak berfikir.

    Nampak tak betapa lemahnya jiwa umat Islam hari ini. Patutlah mereka ketinggalan jauh berbanding bangsa2 lain.

    Juang

    March 4, 2010 at 1:29 am

  53. saya petik Juang, “Para Rasul hanya boleh bermohon sahaja dan belum tentu Allah terima”

    jadi maksudnya, memang ADA syafaat Nabi.
    dan Nabi memang boleh memberi syafaat
    [samada Allah terima tidak, adalah hal lain]

    soal ‘idea’ seperti yg TM maksudkan itu juga, tidak bermakna Nabi tak boleh syafaat utk seseorang.

    Junior

    March 4, 2010 at 1:52 am

  54. apa-apa pun saya harap Juang boleh ‘tone-down’ sikit tak?

    ketara sangat ‘ayat-ayat sombong’ dalam komen anda tadi tu.

    itupun kalau juang sanggup terima teguran dgn ikhlas.

    Junior

    March 4, 2010 at 1:57 am

  55. Salam Junior,

    Perumpamaan Nabi boleh beri syafaat adalah seperti mana Allah izinkan Nabi sampaikan ayat2 Allah. Nabi berupaya sampaikan ayat2 Allah yang diwahyukan kepadanya. Namun Nabi tidak berkuasa nak jadikan semua manusia memahami dan mempercayai apa yang baginda sampaikan. Ada pra-syarat untuk orang lain faham apa yang Nabi sampaikan itu, iaitu mereka kenalah memikirkannya sendiri.

    Begitulah maksud ayat 4:64 yang saudara bawakan. Nabi berupaya memohon ampun untuk orang lain. Tetapi ada pra-syaratnya iaitu mereka kena berhakimkan kepada wahyu Allah yang Nabi sampaikan. Jika awal2 dalam hati mereka menolak Al Quran, apakah logik doa Nabi mengampunkan orang yang menolak Al Quran itu diterima Allah?

    “TM: Sebahagian dari kepercayaan tentang syafaat Nabi itu adalah apabila Nabi dikatakan boleh berunding dengan Tuhan supaya membatalkan atau meringankan hukuman terhadap umatnya di akhirat nanti. Orang Islam percaya bahawa sejahat mana pun mereka di dunia ini, di akhirat nanti mereka tidak akan tinggal kekal di dalam neraka. Idea seperti ini tidak disebut di dalam Al-Quran”

    Saya quote balik kata2 TM pasal syafaat Nabi. “Syafaat Nabi” yang beliau tidak terima adalah kononnya Nabi boleh berunding untuk membatalkan atau meringankan hukuman terhadap umatnya walaupun orang itu sejahat manusia pun. Kononnya asalkan mereka mengaku Islam sahaja, mereka terlepas daripada neraka.

    Kalau kita kaji ayat 4:64 dan 4:65, tidak pun menunjukkan Nabi ada kuasa mutlak beri pengampunan kepada manusia. Masih wujud pra-syarat yang melayakkan doa Nabi untuk orang lain itu diterima.

    Jadi, bila kita sudah nampak yang Nabi pun tiada kuasa mutlak nak nego dengan Tuhan, sepatutnya kita hidup mengagungkan Allah. Agungkan ayat2Nya. Bukannya mengagungkan Nabi atau manusia2 lain.

    Kita hanya boleh mencontohi Nabi untuk belajar macam mana Nabi mengagungkan Allah. Bukannya pergi agungkan Nabi untuk merasakan itulah cara mengagungkan Allah. Di situlah silapnya kebanyakan orang Islam hari ini. Mereka jadikan Nabi sebagai wakil mereka kepada Allah. Asalkan mereka ikut “sunnah2 Nabi” atau “hadis2 Nabi”, mereka rasa mereka sudah berbakti kepada Tuhan. Walhal dalam mereka tak sedar, berapa banyak ayat2 Al Quran telah mereka langgar.

    p/s: Saya harap komen saya ini sudah “tone-down” seperti yang saudara harapkan. 🙂

    Juang

    March 4, 2010 at 3:32 am

  56. Salam,

    Bagaimana dengan ayat berikut :-

    20:109 – On that day shall no intercession avail except of him whom the Beneficent Allah allows and whose word He is pleased with.

    34:23 – And intercession will not avail aught with Him save of him whom He permits. Until when fear shall be removed from their hearts, They shall say: What is it that your Lord said? They shall say: The truth. And He is the Most High, the Great.

    10:3 – Surely your Lord is Allah, Who created the heavens and the earth in six periods, and He is firm in power, regulating the affair, there is no intercessor except after His permission; this is Allah, your Lord, therefore serve Him; will you not then mind?

    53:26 – And how many an angel is there in the heavens whose intercession does not avail at all except after Allah has given permission to whom He pleases and chooses.

    Allah menyatakan bahawa syafaat itu tiada kecuali kepada meraka yang diberi keizinan?.. apa pendapat sahabat? pun begitu saya percaya kita seharusnya bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri.. dan jika kita benar-benar percaya dan mengaggap tuhan itu raja hari pembalasan..adalah lebih masuk akal jika kita memohon terus kepadaNya.. dan tidak melalui sesiapa hatta para nabi sekalipun..

    troopze

    March 4, 2010 at 4:09 am

  57. Juang..

    ada improvement sikitlah..hihihi

    troopze

    March 4, 2010 at 4:14 am

  58. Salam,

    Persoalan sy berkenaan ayat QS4:64, kata “ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu”

    Maksudnya datang kpd Rasul dan Rasul pun memohon ampun untuk mereka… Persoalan sy ialah Nabi sudah tiada lagi didunia nih, maka dlm konteks zaman sekarang nih orang nak datang kpd Rasul yg mana??

    Jebon

    March 4, 2010 at 4:20 am

  59. Junior,

    Jika ibubapa kita memohon kepada Allah, supaya mengampunkan dosa kita. Apakah proses ini dinamakan?

    Ibubapa hanya boleh memohon, tetapi samada Allah terima atau tidak hal lain.

    Adakah proses ini kita juga panggil syafaat?

    Saya berbesar hati jika anda dapat memberi definisi syafaat mengikut kefahaman anda untuk supaya dapat kita bincangkan lagi.

    Jika Muhammad bermohon sahaja, samalah seperti ibubapa kita memohon kepada Allah, jika akhirnya Allah yang membuat keputusan.

    Lainlah jika dengan keputusan Muhammad sendiri yang menyelamatkan manusia dari api neraka.

    Irfan Muhammad,

    anda memetik ayat “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya” (Q33:56)

    sebagai bukti Muhammad lebih tinggi kedudukan dari rasul yang lain.

    bagaimana dengan ayat 43 dalam surah yang sama yang menyatakan Allah dan malaikatnya berselawat juga kepada mereka yang beriman?

    mengapa anda tidak mahu meletakkan ayat (43) tersebut untuk menunjukkan persamaan?

    Bagaimana dengan ayat (Q2:285) yang menyatakan jangan membeza-bezakan utusan Allah?

    Yang saya nampak semua sama taraf disisi Allah.

    muaddib

    March 4, 2010 at 4:28 am

  60. Salam Troopze,

    “Allah menyatakan bahawa syafaat itu tiada kecuali kepada meraka yang diberi keizinan?.. apa pendapat sahabat? pun begitu saya percaya kita seharusnya bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri.. dan jika kita benar-benar percaya dan mengaggap tuhan itu raja hari pembalasan..adalah lebih masuk akal jika kita memohon terus kepadaNya.. dan tidak melalui sesiapa hatta para nabi sekalipun..”

    Benar. Sebegitulah yang sepatutnya. Apa2hal terus pohon kepada Allah dahulu. Bukannya cari manusia sebagai perantara dengan Allah.

    Mencari Allah bukannya susah sangat sebab Dia tidak berkedudukan macam makhluk. Namun ada manusia menganggap Allah itu macam makhluk yang mempunyai kedudukan2 tertentu menyebabkan mereka rasa susah nak cari Allah kerana tak nampak guna mata kasar. Akibatnya mereka cari orang2 yang dirasakan sebagai perantara atau wakil kepada Allah.

    6:14. Katakanlah, “Adakah aku akan mengambil untukku sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah, Pemula langit dan bumi, dan Dia yang memberi makan, dan tidak diberi makan?” Katakanlah, “Aku diperintah supaya menjadi yang pertama, orang yang tunduk patuh: ‘Janganlah kamu menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan.'”

    6:15. Katakanlah, “Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.”

    6:16. Daripada sesiapa ia dipalingkan pada hari itu, Dia mengasihaninya; itulah kemenangan yang nyata.

    Cuba fikirkan, siapakah memberi kita rezeki selama ini. Apakah Nabi, pembesar2 agama, pewaris2 Nabi atau manusia lain? Bukankah Allah yang memberikan kita makan atau menghalang kita tidak boleh makan (umpamanya hilang selera makan)?

    Komitmen yang terpenting sekali dalam hidup kita adalah untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu termasuk Nabi. Nabi Muhammad pun tak pernah jadikan Nabi Isa sebagai pelindung baginda, apakah patut kita jadikan Nabi Muhammad sebagai pelindung?

    Kejayaan kita untuk hidup tidak menyekutukan Allah itulah kemenangan yang paling nyata sekali. Semua orang boleh memenanginya jika mereka yakin pada diri sendiri.

    Juang

    March 4, 2010 at 4:45 am

  61. Salam,
    Idea syafaat ini banyaknya datang dari Hadith. Hadith yang banyak menunjukkan Nabi Muhammad mempunyai kelebihan daripada nabi-nabi yang lain untok berunding dengan Allah ketika di Masyar nanti.

    Saya teringat satu Hadith,
    Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda:”Allah akan menghimpunkan sekalian manusia pada hari qiamat, maka dengan sebab dahsyatnya keadaan di situ, mereka merasa berat dan resah gelisah lalu mereka diilhamkan jalan untuk melepaskan diri dari yang demikian. Mereka pun berkata sesama sendiri: “Bukankah elok kalau kita mencari orang yang dapat mengemukakan syafaat kepada Tuhan kita supaya Tuhan melepaskan kita dari penderitaan tempat ini?”
    Dipendekkan cerita mereka pun bertemu dengan Nabi Adam, Noh, Ibrahim, Musa dan Isa dan semuanya mengatakan bahawa mereka tidak layak untok memohon syafaat. Dan akhir sekali mereka memdapat syafaat dari Nabi Muhammad.

    Ini adalah cerita fantasi yang direka olih pecinta-pecinta hadith. Quran sedikitpun tidak meceritakan aksi ini.

    Sebaliknya Quran menceritakan:-

    Q39:44 “Katakanlah: “”Hanya kepunyaan Allah syafaat itu semuanya.

    Q2:48 “Dan jagalah dirimu dari (`azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikit pun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa`at dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong.”

    Q20:109 Pada hari itu tidak berguna syafaat, kecuali (syafaat) orang yang Allah Maha Pemurah telah memberi izin kepadanya, dan Dia telah meridai perkataannya.

    Q34:23 “Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafaat itu, sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata: “”Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan-mu?”” Mereka menjawab: “”(Perkataan) yang benar””, dan Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

    Semua ayat diatas tidak ada yang menyebut Nabi Muhammad yang akan memberi atau memohon syafaat dari Allah. Sebaliknya Allah lah yang akan memberi syafaatnya kepada hamba-hambanya.

    Sama samalah kita fikirkan.

    ramsys pranata

    March 4, 2010 at 4:48 am

  62. Salam Jebon,

    Saya lihat ayat 4:64 itu bukan bermaksud, untuk kita memohon ampun, kita kena jumpa Rasul. Itu sudah macam ajaran Kristian yang suruh jumpa paderi untuk mohon ampun. Jadi persoalan kepada siapa orang sekarang nak jumpa bagi memohon ampun, itu tidak relevan dalam usaha kita untuk bergantung terus kepada Allah.

    Ayat 4:64 memberitahu kita, jika ada manusia yang buat aniaya dan nak berubah lalu mereka jumpa Rasul, Rasul itu boleh memohon pengampunan untuk mereka. Sama jua kes kalau ada orang yang buat salah dan jumpa kita untuk mendoakan keampunannya, kita pun boleh doakan. Tetapi sama ada Allah nak terima atau tidak, itu atas Pengasihanan Dia-lah.

    Pointnya, semua orang boleh bermohon agar Allah ampunkan kesalahan orang lain, tetapi tiada seorang manusia pun diberikan kuasa mutlak yang doa untuk mengampuni orang lain pasti dimakbulkan.

    Allah pernah menegur Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim yang memohon keampunan untuk orang yang ada pertalian darah terdekat dengan mereka walaupun orang itu adalah penyekutu Allah. Jadi apakah logik Nabi Muhammad mampu mengampunkan orang2 yang sekutukan Allah atas alasan orang itu mengaku “umat Islam”?

    Allah lebih nampak dalam hati manusia, siapa yang bersih daripada menyekutukanNya dan siapa yang degil untuk terus menyekutukanNya.

    Juang

    March 4, 2010 at 5:03 am

  63. Salam,

    Ya, saya teringat riwayat popular yang saudara Ramsys bawakan itu yang mengisahkan hanya Nabi Muhammad sahaja boleh beri syafaat sedangkan Nabi2 lain semuanya tak mampu. Nampak tak kisah itu mirip ajaran yang diada-adakan oleh “pencinta” Nabi Isa kononnya Nabi Isa sahaja yang boleh ampunkan manusia. Ada persamaannya, cuma Nabi yang dipuja itu berlainan nama.

    Takkanlah Nabi Muhammad nak sampaikan ajaran yang mirip ajaran “pencinta2″ Nabi Isa itu?

    Q34:23 “Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafaat itu, sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata: “”Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan-mu?”” Mereka menjawab: “”(Perkataan) yang benar””, dan Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

    Ayat AQ di atas tidak menspesifikkan siapakah orang2 yang diizinkan oleh Allah untuk mendapat syafaat. Tidak pula ayat itu mengatakan orang yang mengaku Islam akan dapat syafaat Nabi Muhammad. Yang dijelaskan adalah syafaat itu untuk orang2 yang telah dihilangkan hatinya ketakutan untuk berkata yang benar sahaja (jujur/lurus).

    Para Nabi adalah contoh insan yang menafkahkan hidupnya untuk bersikap lurus dalam semua perkara. Mereka tidak mengkhianati janji, tidak “mengelepet” amanah, atau tidak merosakkan kepercayaan.

    Oleh itu mulai sekarang, berubahlah kepada hidup yang lurus iaitu hidup berpegang kepada kebenaran. Jangan berdusta atas nama Allah atau Nabi. Kelak buruk padahnya. Moga2 kita ada peluang dapat syafaat Allah kerana Dia Maha Pengasih.

    Juang

    March 4, 2010 at 5:15 am

  64. Jawapan muktamad:

    YA tanpa keraguan! Menurut Al Quran, Nabi Muhammad saw dikurniakan Allah dengan kelebihan untuk memohon syafaat bagi ummat baginda.

    … mereka datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

    cegu pelatih

    March 4, 2010 at 1:49 pm

  65. Nabi Muhammad Rasulullah saw bukanlah manusia biasa, seperti yg dipropa oleh golongan musyrik yg tidak dapat merasai cinta baginda kerana ada penyakit di dalam hati mereka.

    Di dalam Al Quran sendiri, banyak sekali ayat-ayat yg meletakkan Muhammad saw di maqam yg amat tinggi, hinggakan Allah memberi IZIN eksklusif kepada Nabi saw utk memberi syafaat. Perhatikan ayat-ayat berikut tentang Keistimewaan Nabi Muhammad saw di sisi Allah :

    # “Pada hari itu tidak berguna syafaat, kecuali (syafaat) orang yang Allah Maha Pemurah telah memberi IZIN kepadanya, dan Dia telah meridhai perkataannya.” (Thahaa: 109)

    # Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

    # Izin syafaat yg diberi kpd Muhammad saw “Dan berapa banyaknya malaikat di langit, syafaat mereka sedikitpun tidak berguna kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi orang yang dikehendaki dan diridhai (Nya).” (An-Najm:26)

    # Merujuk kepada izin yg dikurniakan kpd Muhammad saw, “Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.” (Al-Baqarah:255)

    # “Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diridhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.” (Al-Anbiya: 28)

    Terdapat banyak lagi ayat-ayat perihal kedudukan Nabi Muhammad saw disisi Allah dan keridhaanNya, hinggakan izin syafaat hanya releven bila dikaitkan kepada baginda. Alangkah hebatnya baginda Rasulullah dan bertuahnya kita menjadi ummat baginda !

    cegu pelatih

    March 4, 2010 at 2:40 pm

  66. Salam,

    Para “pencinta” Nabi Ibrahim pun menganggap baginda bukan manusia biasa sehingga diangkat sebagai salah satu tuhan. Mereka jadikan patung sebagai simbol ketuhanan (brahma).

    Para “pencinta” Nabi Isa pun menganggap baginda bukan manusia biasa sehingga sehingga diangkat sebagai anak Tuhan yang kononnya Nabi Isa mampu mengampunkan seluruh manusia.

    Tak sangka ya ada yang mengikut jejak2 “pencinta” Nabi Ibrahim dan Nabi Isa itu atas nama “pencinta” Nabi Muhammad seolah2 baginda setara dengan Allah.

    Bertuahnya mereka. Bagaikan saling berpesan-pesan sesama mereka.

    Juang

    March 4, 2010 at 3:03 pm

  67. Juang … u dah kehabisan ayat utk counter hujjah cegu ker? ToloL-minda kena bantu nih …

    🙂

    ToloL-Minda2U

    March 4, 2010 at 4:23 pm

  68. Salam,

    Buat apa saya nak patahkan hujah orang yang sebegitu?

    Cuba lihat ayat2 Al Quran yang dia bawa. Tiada ada sedikit pun dispesifikkan kononnya Nabi Muhammad seorang sahaja mampu beri syafaat. Ayat Al Quran itu menyebut secara umum sahaja. Alih2 dia dakwa Nabi Muhammad sahaja yang boleh beri syafaat tanpa ada bukti.

    Nampak tak, pendustaan yang dilakukan itu telah mematahkan hujahnya sendiri. So buat apa saya nak patahkan hujah dia tu?

    🙂

    Juang

    March 4, 2010 at 4:31 pm

  69. Juang,

    i dan orang lain nampak.

    u pura2 tak nampak ek?

    atau …

    u tak nampak sebab u buta hati.

    u buta hati sebab u tak cinta nabi.

    tak cinta nabi, u tak dapat syafaat tau.

    i nampak setan sebelah u tengah tarik rambut dia sbb dah kantoi! tak dapat tolon u lagi

    🙂

    ToloL-Minda2U

    March 4, 2010 at 4:44 pm

  70. Saya tidak berminat melayan komen2 yang kebudak-budakkan. Buat malu pada Tuhan sahaja. Umur sudah meningkat, otak tak matang2.

    Peace. 🙂

    p/s: Aku berlepas diri daripada orang2 yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu.

    Juang

    March 4, 2010 at 4:48 pm

  71. Salam,

    Secara umumnya ramai yang mentafsirkan perkataan syafaat sebagai pertolongan atau favour. Khususnya pertolongan atau favour dari Nabi kepada umatnya.

    Bagaimanapun selepas membaca ayat-ayat yang dikemukakan oleh para peserta perbincangan di atas berulang-ulang kali, saya mendapat kesimpulan bahawa maksud perkataan syafaat yang sebenarnya bukanlah pertolongan atau favour.

    Sebaliknya ia membawa maksud “pengantaraan”.Pendek kata jika kita dengar orang kata Nabi memberi syafaat, kita perlu mentafsirkannya sebagai Nabi menawarkan pengantaraan – dan bukan Nabi memberi favour atau pertolongan bagi pihak kita.

    Mari kita lihat beberapa ayat yang berkenaan. Selepas saya mentafsirkan perkataan syafaat dengan perkataan pengantaraan, barulah mesej Tuhan menjadi jelas dan mudah.

    20:109 Pada hari itu tiada pengantaraan yang bermanfaat kecuali sesiapa yang dibenarkan oleh Tuhan Yang Pemurah dan mereka yang perkataannya Dia restui.

    53:26 Dan berapa ramai malaikat di langit yang pengantaraan mereka tidak memberi manfaat langsung kecuali selepas Tuhan memberi kebenaran kepada sesiapa yang Dia restui dan pilih.

    2:254 Wahai kamu yang percaya! Berbelanjalah dari apa yang Kami telah berikan kepadamu sebelum hari itu datang di mana tiada tawar menawar, juga tiada sekutu, juga tiada pengantaraan dan mereka yang tidak percaya – merekalah orang-orang yang zalim

    Sekarang mari kita lihat bagaimana sikap para rasul apabila berhadapan dengan Tuhan sebagaimana yang Tuhan sendiri jelaskan.

    21:27 Mereka (para rasul) tidak bercakap sebelum Dia bercakap, dan mereka bertindak hanya dengan perintah Dia.

    21:28 Dia tahu apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak menawarkan pengantaraan kecuali kepada mereka yang direstui dan kerana perasaan takut kepadaNya mereka menggigil.

    Ayat 21:28 di atas menyebut para rasul tidak menawarkan pengantaraan kecuali kepada mereka yang direstui Tuhan. Jadi persoalannya sekarang siapakah orang-orang yang direstui Tuhan dan Tuhan benarkan ke atas mereka pertolongan dari rasul-rasul?

    Saya percaya jawapannya ada dalam ayat ini.

    4:69 Dan sesiapa yang patuh kepada Allah dan rasul, mereka akan bersama dengan kalangan yang Allah telah anugerahkan dengan pertolongan dari rasul-rasul dan mereka yang berpegang kepada kebenaran dan para syahid dan mereka yang membuat kebaikan. Betapa indahnya gabungan mereka!

    Dari pengetahuan baru ini maka sekarang saya akui bahawa artikel yang saya tulis di atas tidak tepat. Rasul-rasul memang boleh membantu orang lain. Tetapi di atas fakta-fakta berikut;

    1. Pertolongan rasul-rasul hanya laku untuk mereka yang sememangnya direstui Tuhan. Mereka yang salah, tetap masuk neraka.

    2. Kemampuan menolong bukan saja dimiliki oleh Nabi Muhamad,tetapi turut dikongsi oleh rasul-rasul yang lain dan orang-orang yang berpegang kepada kebenaran, orang-orang yang syahid dan orang-orang yang membuat kebaikan.

    Sekarang jelaslah kepada kita siapa yang dimaksudkan dengan orang-orang yang diberi kebenaran oleh Allah dalam ayat 20:109, 53:26 dan 2:254 di atas.

    Dan bagi sesiapa yang percaya bahawa amalan-amalan ritual yang melebih-lebihkan pengagungan kepada Nabi berbanding dengan Tuhan, cubalah renungkan ayat-ayat di bawah.

    21:29 Jika ada sesiapa dari mereka (para rasul) berkata, “aku tuhan di samping Dia”, yang begitu kami akan balas dengan neraka. Begitulah kami membalas mereka yang membuat salah.

    3:79 Adalah tidak kena kepada seseorang yang Allah berikan kepadanya Al-Kitab dan kebijaksanaan dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia: Jadilah hamba-hambaku dan bukannya hamba-hamba Allah – tetapi sebaliknya (mereka sepatutnya berkata): Jadilah hamba yang taat kepada Tuhan kerana pengetahuan kamu ke atas Al-Kitab dan yang kamu tekun mempelajarinya.

    Dari semua nas yang dikemukakan di atas, saya berpendapat golongan yang menyekutukan Tuhan dengan siapa saja atau apa saja tidak mungkin akan termasuk dalam kumpulan yang disebut dalam ayat 4:69. Oleh itu berhati-hatilah dengan apa yang kita percaya dan apa yang kita amalkan.

    tolokminda

    March 4, 2010 at 5:19 pm

  72. Cegu pelatih tulis:-

    “Nabi Muhammad Rasulullah saw bukanlah manusia biasa”

    —–

    Allah telah ilhamkan dua kali kepada rasul dalam Al Quran untuk memberitahu kesemua manusia termasuklah Cegu pelatih:

    “Aku adalah MANUSIA BIASA SEPERTI KAMU JUGA”. Diwahyukan kepada aku bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah SATU – maka barangsiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya – maka hendaklah dia mengerjakan kerja-kerja yang baik – dan jangan sekali-kali ia mempersekutukan pengabdian dirinya kecuali untuk Tuhannya semata-mata.” (18:110)

    “Aku adalah MANUSIA BIASA SEPERTI KAMU JUGA”. Diwahyukan kepada aku bahawa sesungguhnya Tuhan ialaha SATU sahaja – maka teguhkanlah kepadaNya – dan mohon ampunlah kepadaNya – da CELAKALAH orang-orang yang mempersekutukanNya.” (41:6)

    Cegu pelatih, saya nak bertanya kepada Cegu mengikut Al Quran:

    “Siapakah lebih zalim daripada mereka yang mengada-adakan dusta terhadap Allah atau dia mendustakan ayat-ayatNya?” (7:37)

    Gunumaro

    March 4, 2010 at 6:31 pm

  73. Salam,

    Sseorang cikgu mampu menjadi medium untuk menyampaikan hukum 1+1=2. Namun cikgu itu tidak ada kuasa untuk memastikan apa yang dia sampai itu difahami oleh semua anak-anak muridnya. Jika ada anak muridnya yang malas belajar apa yang cikgu itu sampaikan, sudah pasti Allah tidak berikan kefahaman kepada murid tersebut. Kalau hati murid itu sudah tertutup daripada nak belajar, maka cikgu sehebat mana pun tidak boleh memberi kefahaman kepada murid itu.

    Namun, kepada murid-murid yang hatinya terbuka untuk belajar, maka ilmu yang disampaikan oleh cikgu itu akan mudah difahami. Kita nampak seolah-olah cikgu itu menjadi medium pertolongan untuk menjadikan murid-murid itu berjaya.

    Samalah kes syafaat tersebut, pertama setiap diri kena bantu dirinya sendiri untuk mengikut jalan yang layak dirinya diberi pertolongan, seperti tidak menyekutukan Allah dan taat pada Rasul dengan mengikut Kitab yang Rasul-rasul itu sampaikan. Maka bila manusia itu telah bantu dirinya dahulu, barulah Allah beri keizinan manusia lain menolongnya.

    Maka dapatlah disimpulkan di sini, Allah mengizinkan seseorang hambaNya menjadi medium sesuatu perkara. Namun semua itu terletak atas keizinan Allah dahulu berdasarkan PengasihanNya (Allah lebih tahu hati mana yang degil atau hati mana yang dalam kejahilan). Dan Allah tidak pernah menspesifikkan seseorang individu itu sahaja sebagai medium pertolongan.

    Juang

    March 5, 2010 at 1:00 am

  74. Gunu ..

    pahamkan betul-betul ‘konsep’ perkataan BIASA yg sy maksudkan di sini:

    1. Rasulullah saw adalah insan yg maksum, bersih dari dosa. Adakah manusia BIASA juga maksum?

    2. Nabi Isa, Nabi Adam, Hawa a.s. juga bukan insan BIASA secara biologika

    3. manusia BIASA tak terima wahyu

    saya nampak anda dan rakan2 suka berbalah hanya for argument’s sake dan bukan mencari kebenaran.

    huruf apa yang anda tak faham dalam perkataan BIASA tu?

    cegu pelatih

    March 5, 2010 at 1:01 am

  75. Juang,

    tak usahlah awak ulang2 bagi nasihat 1+1=2 tu. dah basi dan macam rekod buruk. cubalah pulak bagi equation quantum physics krn kelihatan awak sorang jer yg masih tak khatam pelajaran 1+1=2 tu. maaf ya kalau tersinggung.

    sy nampak TM ada kaedah tersendiri dlm mengkaji Quran. kajian TM berbentuk linear/logika dan tidak dapat mencakup makna Quran yg sebenar. n

    cegu pelatih

    March 5, 2010 at 1:14 am

  76. Salam cegu pelatih,

    Apabila Al Quran mengulang2 kisah Adam dan iblis, apakah ia satu nasihat yang basi? Tidakkah saudara mempunyai minda?

    Saya hanya bawakan sesuatu daripada basic. Sebab saya sampaikan nasihat secara umum kepada semua manusia yang saya tidak tahu level mana minda mereka.

    Kalau saudara rasa saudara sudah hebat sangat, abaikan sahaja apa yang saya tulis. Mudah bukan? Maaflah ya kalau tersinggung.

    Peace 🙂

    Juang

    March 5, 2010 at 1:18 am

  77. salam TM,

    Muhammad saw diutuskan Allah kpd semua manusia. baginda ialah Rahmatil Alamin. baginda tak pilih ras tak pilih bulu. kasih sayang baginda sebagai ‘One Self’ dan capaiannya adalah universal. Allah kata dlm Quran, I have created from one self. satu nafs. mesej itu saja patutnya mengelak kita dari berbalah-balah, mengejek ibadat org lain dan hubungan mereka dgn Allah.

    sy yakin rasul saw menangisi kesesatan anda sebagaimana baginda akan tangisi kesesatan saya. tak ada beza. anda saya one self. kita hamba Allah, ciptaan Allah – apa-apa defect pd anda dan saya ada hikmah Allah disebaliknya.

    sy akui, pada awalnya sy agak emosi dgn ‘konsep’ anda tentang ibadat org islam, tapi lama kelamaan sy sedar dari mana ‘sikap’ anda itu tiba.

    kita malahan kena akur bahwa kebanyakan manusia telah dan akan sesat cari jalan pulang ke rumah abadi. itikad kita ialah mguna minda supaya kita tidak tersasar jauh. Mansur al Hallaj dihukum pancung kerana claim Ana-al-Haq. guru mansur kata dari sudut syariat, hukuman itu tepat tapi dari perspektif haqiqat Mansur lah yg benar.

    perspektif. perspektif. perspektif. adakah anda dan saya gagal melihatnya?

    cegu pelatih

    March 5, 2010 at 1:39 am

  78. Cegu tulis:-
    Rasulullah saw adalah insan yg maksum, bersih dari dosa. Adakah manusia BIASA juga maksum?

    Mengikut cegu Nabi sebagai manusia BIASA tidak membuat salah/dosa?

    Q48:2 supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,

    Ayat diatas menunjukkan bahawa Nabi sebagai manusia BIASA telah membuat dosa pada masa lalu dan akan membuat dosa pada masa yang akan datang. Ia langsung tidak mengatakkan bahawa Nabi itu maksum. Tetapi segala dosanya baik yang lepas dan yang akan datang telah diampunkan olih Allah.

    Saya juga diingatkan bahawa Nabi telah diperbetulkan beberapa kali didalam Quran kerana membuat kesilapan. Diantaranya ayat yang berikut:-

    Q66:1 “Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu; kamu mencari kesenangan hati istri-istrimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

    Apakah Nabi sebagai manusia BIASA tidak membuat dosa?

    sama samalah kita fikirkan.

    ramsys pranata

    March 5, 2010 at 2:20 am

  79. Cegu pelatih, kalau semua Nabi-Nabi Allah maksum – bagaimana mereka boleh tolong Sdr dalam amalan-amalan cara hidup Sdr didunia dan diakhirat?

    Rasul berkata dia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memudharat kita dan dia juga tidak mempunyai kuasa untuk kemanfa’atan sesiapa pun. Apakah Sdr tidak percaya apa yang rasul kata dalam Al Quran?

    “Sesungguhnya aku menyeru Tuhanku dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapa pun – sesungguhnya aku TIDAK MEMPUNYAI KAUSA UNTUK KAMU SEBARANG KEMUDHARATAN DAN JUGA SEBARANG KEMANFA’ATAN.” (72:20-21)

    Ketentuan amalan-amalan peribadi cara hidup kita didunia akan dihakim oleh Allah sendiri diakhirat bukannya kerana Nabi-NabiNya maksum.

    Orang-orang kafir percaya mereka hanya perlu percaya dan sayang kepada Nabi Isa untuk masuk syurga. Apakah penyakit orang-orang kafir ini telah meresap dalam kepercayaan agama orang-orang Melayu?

    Gunumaro

    March 5, 2010 at 2:59 am

  80. Bagaimana dengan surah abasa ayat ayat 80:1 hingga 80:10?
    Dia buat silap. Dia pileh kasih. Dia manusia BIASA.

    Aduh....

    March 5, 2010 at 3:08 am

  81. Cegu pelatih, apa kena mengena cerita Mansur al Hallaj dengan kepercayaan kita kepada Allah, malaikat-malaikatNya, Kitab-KitabNya, rasul-rasulNya, dan hari akhirat sepertimana Cegu tulis:

    “Mansur al Hallaj dihukum pancung kerana claim Ana-al-Haq. guru mansur kata dari sudut syariat, hukuman itu tepat tapi dari perspektif haqiqat Mansur lah yg benar.”

    Gunumaro

    March 5, 2010 at 3:11 am

  82. Salam Gunumaro,

    Saya setuju kenyataan tuan mengenai kepercayaan orang Kristian terhadap Nabi Isa. Kononnya Nabi Isa telah berkorban untuk membersihkan dosa umatnya. Maka umat Nabi Isa mengagungkan dia lebih dari Tuhan.

    Umat Islam pun sama. Cuba sedikit twist. Walaupun Nabi Muhamad tidak dianggap berkorban diri untuk membersihkan umatnya tetapi beliau dianggap memiliki kelebihan memberikan pertolongan dalam bentuk menjadi pengantara di antara umatnya dengan Tuhan. Maka seperti umat Kristian, orang Islam turut mengagungkan Nabi mereka lebih dari Tuhan.

    Walhal, Tuhan dah nyatakan dengan jelas bahawa semua nabi adalah sama tarafnya di sisi Tuhan walaupun setiap rasul mendapat kelebihan masing-masing dengan cara yang agak berbeza-beza. Yang paling penting, mesej yang mereka bawa juga sama.

    3:81 Dan apabila Allah membuat satu perjanjian di antara nabi-nabi: Sesungguhnya apa yang Aku berikan dari Al-Kitab dan kebijaksanaan – kemudian datang kepada kamu seorang rasul mengesahkan apa yang ada pada kamu, kamu mesti percaya kepadanya, dan kamu mesti membantunya. Dia berkata: Adakah kamu setuju dan terima syaratKu mengenai ini? Mereka berkata: Kami setuju. Dia berkata: Oleh itu bersaksilah, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.

    tolokminda

    March 5, 2010 at 3:19 am

  83. Salam..

    Nabi Muhammad adalah manusia biasa dan nabi juga adalah bukan manusia biasa..

    Biasanya nabi adalah baginda juga manusia..sama seperti kita..ada hidung..ada mulut. bernafas..makan..minum.. berperasaan..ada keinginan..naluri..nafsu..

    dan luar biasanya nabi adalah kerana baginda seorang yang dikenali sebagai cukup amanah..jujur.. berbudi pekerti..bijaksana..sehingga digelar al-amin.. dan luar biasanya itu adalah kerana sifat-sifat tersebut kurang atau terpinggir pada zaman tersebut..hatta pada zaman kini pun.. dan kerana sifat -sifat itulah maka Allah melantik Muhammad sebagai rasul.

    Adalah tidak masuk akal jika Allah itu melantik sesorang yang memiliki sikap yang sebaliknya sebagai rasul..sedang Muhammad yang bersikap terpuji begitupun mendapat tentangan masyarakat sekeling pada awal kerasulannya apatah lagi jika Nabi Muhammad itu manusia biasa-biasa juga..saya percaya nabi adalah luar biasa dalam konteks tersebut..

    soalnya mengapa Allah memerintahkan nabi supaya berkata..

    “Aku adalah MANUSIA BIASA SEPERTI KAMU JUGA”. Diwahyukan kepada aku bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah SATU – maka barangsiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya – maka hendaklah dia mengerjakan kerja-kerja yang baik – dan jangan sekali-kali ia mempersekutukan pengabdian dirinya kecuali untuk Tuhannya semata-mata.” (18:110)

    jawapannya bolehlah kita tanya diri kita sendiri..jawapannya ada disekeliling kita.. samada kita sedar atau tidak sedar kita meletakkan nabi sekutu kepada Allah.. kita memuji nabi berlebih-lebihan. Saya percaya jika Nabi hidup pada zaman sekarang baginda akan menitiskan air mata melihatkan pemujaan yang keterlaluan terhadap diri beliau..dan saya cukup yakin jika patung itu dibenarkan untuk diukir.. jumlah patung nabi akan mengatasi patung-patung buddha..jesus atau apa saja pada zaman ini..

    Cuba kita bayangkan atau renungkan jika nabi dihidupkan sebentar pada zaman ini.. Bila baginda pergi ke masjid-masjid.. surau-surau.. bila baginda berjumpa dengan orang ramai..baginda akan melihat umat islam mengulang-ngulang hadis..ayat alquran hanya diselitkan sedikit sekali.. baginda juga akan melihat pada upacara aqiqah misalnya bagaimana upacara memuji-muja dirinya dilakukan..dengan marhabanlah..berzanjilah.. sedikit sangat puji-pujian atau ucap syukur pada Allah..beliau akan saksikan juga bilamana nak tanam uripun umatnya akan berselawat bersungguh-sunguh..dengan harapan berkat selawat nabi itu anak akan membesar jadi orang alim.. bila anak deman selawat kat air suam.. bagi anak minum.. beliau akan saksikan juga umat islam bertempik..merusuh..sehingga ada yang terbunuh hanya kerana memprotes gambar beliau dilukis orang bukan islam..bayangkan..bayangkan..

    adakah nabi akan bersyukur jika inilah yang disaksikan?..adakah nabi akan gembira..tersenyum bangga?..atau adakah nabi akan sedih..menitiskan mata.. lalu mengeluh..mengadu kepada Allah bahawa umatnya telah mengambil al-quran sebagai sesuatu yang tidak dipedulikan?.. kita bolah katakan bahawa kita melakukan semua itu sebagai mengharapkan syafaat.. mengharapkan bahawa dengan memuji..memuja nabi..nabi akan berikan pertolongan di akhirat..memberikan syafaatnya..tatapi adakah itu yang nabi ajarkan?..adakah itu yang nabi tekankan sepanjang hidupnya sebagai rasul Allah?

    eloklah kita kembali pada siri sendiri..dan menjawap soalan itu sejujur-jujurnya..

    troopze

    March 5, 2010 at 3:27 am

  84. Salam,

    Daripada ayat2 Al Quran yang saudara Ramsys bawakan itu, saya nampak yang Nabi juga sama sifatnya seperti kita semua yang tidak boleh lari daripada berbuat kesalahan. Bezanya, oleh kerana para Nabi itu adalah orang yang merendah diri dan suka belajar, maka apabila mereka berbuat salah, mereka akan memperbetulkan diri mereka. Apabila manusia selalu memperbaiki dirinya, maka kesalahan lalu diampunkan dan kebarangkalian untuk melakukan kesalahan di masa akan datang semakin menghampiri sifar.

    Sebaliknya orang2 kafir, walaupun mereka tahu mereka salah, tetapi mereka tetap berdegil tidak mahu memperbaiki diri kerana keangkuhan yang ada dalam diri mereka. Samalah macam iblis. Biarpun dia tahu alasan untuk mengatakan yang dirinya daripada api lebih baik daripada tanah tidak ada logiknya, tetapi dia tetap pertahanankan keangkuhannya itu.

    Juang

    March 5, 2010 at 3:38 am

  85. Salam Troopze,

    Tulisan terbaik saudara itu menyedarkan kita untuk mengagungkan Allah, bukan selainNya. Memang kalau kita flashback balik amalan2 atas nama agama yang diajar kepada kita sebelum ini, semuanya menjurus ke arah pemujaan kepada Nabi secara melampau. Allah bagaikan bukan prioriti lagi.

    Jika ada pertembungan di antara ayat Al Quran dengan “sunnah Nabi”, mereka lebih utamakan “sunnah Nabi” walaupun bercanggah dengan Al Quran.

    Apakah perangai itu wujud kerana mereka nak bersaing dengan “pencinta2” Nabi Isa yang memuja baginda sampai dikatakan anak Tuhan?

    Juang

    March 5, 2010 at 3:51 am

  86. Sdr Troopze, kalaulah Nabi muncul kembali pada zaman ini saya percaya dia akan mengulangi ajarannya mengikut apa yang terdapat dalam Al Quran semata-mata – tidak kurang dan tidak lebih.

    Beliau sendiri takut untuk mengada-adakan sebarang kata-kata atas nama Allah:

    “Seandainya dia mengada-adakan kata-kata (ta-qau-walaa) atas nama Kami sebarang perkataan – niscaya Kami akan menyitanya dengan tanggan – kemudian Kami akan potong urut jantungnya.” (69:44-46)

    Mungkin dia akan tekejut beruk apabila kita beritahu dia tentang Bukhari, Tarmizi, Muslim, Abu Hurairah dll..

    Gunumaro

    March 5, 2010 at 3:57 am

  87. Apakah anda tidak beriman dengan ayat ini?

    Tidakkah anda mahu ucapkan selawat kdp Nabi?

    Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

    Sisters In Islam

    March 5, 2010 at 5:38 am

  88. Ayat yang anda kepilkan itu ialah ayat quran – 33:56. Terima kaseh.

    Di sini saya harap anda juga sudah baca ayat 33:43 ini.

    هُوَ الَّذى يُصَلّى عَلَيكُم  
    وَمَلٰئِكَتُهُ لِيُخرِجَكُم مِنَ  
    الظُّلُمٰتِ إِلَى النّورِ ۚ وَكانَ  
    بِالمُؤمِنينَ رَحيمًا

    Dialah yang memberi selawat kepada kamu dan malaikatNya pula (berdoa  
    bagi kamu) – untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan  
    maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat) dan  
    adalah Dia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang  
    beriman (di dunia dan di akhirat).

    1- Soalan apa maksud selawat sebenarnya? Tolong kongsikan.

    2- kalau Allah juga beri selawat pada orang beriman (orang biasa) dalam ayat 33:43,  mengapa ayat yang anda kepilkan ayat 33:56 menjadi persoalan disini dan special sangat melebihi ayat 33:43? 

    Selamat berfikir.

    Aduh....

    March 5, 2010 at 6:31 am

  89. Allah sudah turunkan kitab yang lengkap, tentang apa yang perlu manusia buat, dan apa yang manusia perlu tinggalkan.

    Jika kita ikut suruhan dan larangan dengan betul, mengapa masih mengharap pertolongan dari pihak ketiga, sedangkan Allah itu maha mengetahui.

    Atau kita tidak kisah dengan larangan, boleh buat apa sahaja, nanti mintalah tolong dengan Muhammad atau kononnya kita ni umat Muhammad lebih baik dari umat-umat yang sebelumnya, maklumlah selalu pembesar agama cerita tentang pahala yang berganda menjadi umat Muhammad.

    Ingin bertanya, bagaimana pembesar-pembesar ini mengira pahala yang dikatakan berganda?

    Jika buat baik kerana pahala bukankah tidak ikhlas?

    muaddib

    March 5, 2010 at 7:43 am

  90. Salam,

    Pada pandangan saya, bukan Nabi sahaja sedih (jika dihidupkan kembali) apabila tengok perangai umat Islam hari ini yang terlalu memuja baginda melebihi Allah, malah makhluk2 lain seperti bumi yang kita diami ini lagi-lagilah sedih.

    Apa tidaknya, manusia diciptakan daripada tanah milik bumi ini. Alih2 mereka pergi sekutukan tanah (manusia lain) dengan Allah. Kemudian mereka pergi buat amalan ritual sujud kepada batu2 dari bumi ini juga. Mereka kelilingi batu berbentuk kotak itu macam bumi kelilingi matahari.

    Bumi mengelilingi matahari kerana itu sunnah Allah yang tidak boleh diubah. Jika bumi tak kelilingi matahari, bumi juga yang akan rosak binasa dan tiada kehidupan di atasnya.

    Bayangkan kalau bumi terlepas daripada orbitnya, sudah pasti iklim dan cuaca akan jadi tidak menentu.

    Tetapi apakah manusia tidak mengelilingi bangunan kotak itu akan jatuh sakit kalau tidak buat begitu? Apakah Allah tidak beri rezeki kepada orang2 yang tak kelilingi batu itu? Apakah Allah tidak beri ilmu kepada orang2 yang tidak beritual ke arah batu itu?

    Dimanakah mereka meletakkan akal fikiran mereka?

    Juang

    March 6, 2010 at 2:44 am

  91. Salam Juang,

    Adalah tidak wajar mengaitkan Nabi dengan bangunan batu yang dinamakan kaabah tu. Ia telah didirikan oleh kaum Nabi sebagai pusat sembahan berhala mereka sejak sebelum beliau lahir. Jika ia masih wujud sehingga ke hari ini, ia langsung tidak ada kena-mengena dengan usaha Nabi.

    Sama juga yang telah berlaku kepada Nabi Ibrahim. Beliau begitu tegas dengan pendiriannya terhadap amalan menyembah berhala. Tetapi selepas beliau tiada, kaumnya tetap meneruskan amalan bodoh mereka. Cuma kali ini, mereka memasukkan elemen baru di mana Ibrahim (Brahma?) telah disenaraikan sebagai antara tuhan yang mereka boleh sembah.

    Itulah tabiat penyekutu Tuhan apabila Tuhan melantik nabi dan rasul untuk memusnahkan agama palsu di kalangan mereka.

    tolokminda

    March 6, 2010 at 3:39 am

  92. POSITION OF PROPHET MUHAMMAD

    ON THE LAST DAY

    The Last of the Prophets, Sayyidina Muhammad, Peace be Upon Him, is the most humble person of all mankind; no one can attain to his humbleness in the Divine Presence. Humility is the most beloved attribute of mankind in the eyes of Allah Almighty. To whatever extent we can be humble just so much is our Lord raising us higher; as much as a person is proud in front of his Lord, that much his Lord will debase him.

    Allah Almighty raised His Beloved Muhammad to the highest ranks in the Divine Presence and entrusted him with the distribution of ranks to all mankind according to their need. The ranks of the various Propphets and Saints have been divided up and bestowed by Muhammad, and also, for believers in general, their ranks of faith (Iman) have been given by him. Allah Almighty has deputized the Prophet Muhammad to judge every creature, but he is never judging beyond that authority—that authority may extend to every creature but Allah Almighty is the Judge of Judges and He holds in His Hand judgment for all creatures including Muhammad. Grandsheikh was saying that Allah Almighty may open up to His Prophet the reality of being judge for all creatures on the Last Day. He will give to him authority to be judge for all people gathering on the Last Day in the Divine Presence. On that day, the Prophet’s authority for judgment will appear. To know this is enough to know the honor belonging to our Prophet, who said in a hadith: “On that day Adam and all the Prophets will be under my flag. I am not saying this from pride, but only to inform you so you may believe in what my Lord is giving me on the Last Day; on that day all Prophets will be under my flag by the order of Allah Almighty, and by His command I am informing you so that you may know every one’s rank in the Divine Presence.”

    When Adam’s soul was first blown into him, he looked up to the throne of Allah; later, when he sinned in Paradise and Allah Almighty sent him to Earth, he asked his Lord, “Oh my Lord, for the sake of Muhammad, forgive me.” Allah Almighty asked him, “Oh Adam, how did you know Muhammad when yet he is not created?” “Oh my Lord, when my soul entered my body and I first opened my eyes, I looked to Your throne, where I saw written, “There is no god but Allah, and Muhammad is His Messenger” (La ilaha illallah, Muhammadun Rasulallah), and so I know that he must be the most beloved person to You Almighty and the most honorable of creatures that his name may be thus written alongside Yours. Allah Almighty answered Adam, “Yes, you are right, he is My beloved, and is so respectable in My sight that I created the whole Universe for his sake; if you ask Me for forgiveness for his sake, I shaIl forgive you and shall be merciful with your sons as well.”

    Allah Almighty will give authority to Muhammad on the Last Day. On that day Allah will judge everyone, and when He is finished with His judgment He will call Muhammad to the most praised station (al-Maqam-ul-Mahmud), which no one else can reach. Allah Almighty shall say, “Ask, and whatever you want shall be granted to you, for these people are now subject to your judgment.” This is the meaning of the Qur’anic saying that Muhammad was not sent but as a mercy to the worlds.

    from the book Ocean Mercy Hidden Treasures

    Muhammad Muhammad

    March 6, 2010 at 3:34 pm

  93. “Praise God; who has never taken a son for himself – nor does HE HAVE A PARTNER IN KINGSHIP – nor does He need any helper out of weakness; You shall mafnify Him constantly.” (17:111)

    “Every single one in the heavens and earth is NO MORE than a SLAVE of God Most Gracious. He has counted every single one of them – and Each of them will come before God as an individual on the day of resurrection.” (19:93-95)

    And Muhammad included!

    Gunumaro

    March 6, 2010 at 4:17 pm

  94. Dear Muhammad Muhammad..

    Are you serious man?..I must get myself this book “Ocean Mercy Hidden Treasures”..I really need a good laugh..

    troopze

    March 8, 2010 at 12:55 am

  95. Salam Muhammad Muhammad,

    Apa punya buku la yang tuan promote tu. Mengarut sungguh.

    tolokminda

    March 20, 2010 at 10:22 pm

  96. “Sebenarnya semua nabi dan rasul sama tarafnya di sisi Tuhan”

    Apa dalil anda wahai saudara?

    Inilah punca berlakunya khilaf dlm masyarakat sekarang apabila org jahil memandai2.
    Cuba2 utk menjadi muallim, walhal ilmu nya masih mentah, iman nya masih rapuh. sama2 lah kita menuntut ilmu allah yg luas ini. nasihat utk diri saya juga.

    Sekian.

    yg fakir

    July 27, 2011 at 5:21 pm

  97. “Tetapi apakah manusia tidak mengelilingi bangunan kotak itu akan jatuh sakit kalau tidak buat begitu? Apakah Allah tidak beri rezeki kepada orang2 yang tak kelilingi batu itu? Apakah Allah tidak beri ilmu kepada orang2 yang tidak beritual ke arah batu itu?

    Dimanakah mereka meletakkan akal fikiran mereka?”

    pengajaran dari petikan di atas:
    janganlah kita tawaf kaabah, janganlah kita mengerjakan umrah, janganlah kita mengerjakan haji.
    dimanakah Nabi Muhammad SAW meletakkan akalnya? kerana beliau turut mengelilingi batu itu.

    yg fakir

    July 27, 2011 at 5:27 pm

  98. “Sebenarnya semua nabi dan rasul sama tarafnya di sisi Tuhan”

    Apa dalil anda wahai saudara?

    Salam YF,

    3:84 Katakan: Kami percaya kepada Allah dan apa yang telah diwahyukan kepada kami dan apa yang telah diwahyukan kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yakob dan yang terdahulu dan apa yang telah diberikan kepada Musa dan Isa dan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka – kami tidak tidak membeza-bezakan di antara mana-mana mereka, dan kepada Dia kami akur.

    tolokminda

    July 27, 2011 at 6:31 pm

  99. dimanakah Nabi Muhammad SAW meletakkan akalnya? kerana beliau turut mengelilingi batu itu.

    Salam YF,

    Boleh tuan tunjukkan dalil dari Al-Quran yang dapat membuktikan Nabi turut mengelilingi batu itu seperti yang tuan dakwa?

    tolokminda

    July 27, 2011 at 6:37 pm

  100. Salam,

    Pada pendapat saya, apabila ada golongan yang membeza-bezakan seseorang nabi dengan nabi-nabi yang lain, itulah punca berlakunya kekhilafan dalam masyarakat. Ini kerana bila diada-adakan perbezaan di antara para nabi itu, ia akan menyebabkan sesuatu ajaran itu tidak konsisten dan berlaku percanggahan sedangkan sesuatu yang datang daripada Allah itu tidak akan berlaku percanggahan.

    Contohnya sebelum nabi Isa, semua para nabi adalah hamba Allah. Tetapi bila pembesar agama Nasrani membezakan nabi Isa dengan nabi-nabi yang lain dengan meletakkan taraf “anak Tuhan” kepada baginda, ia menyebabkan wujudnya ketidaksamaan dengan ajaran yang pernah para nabi terdahulu sampaikan. Maka mudah kita mengesan penokoktambahan pada ajaran Islam yang pernah disampaikan oleh para Nabi sebelum Isa.

    Begitu juga bila ada pembesar agama mengatakan nabi Muhammad buat ritual mengeliling batu, sedangkan tidak wujud dalam Al Quran para nabi sebelum Muhammad membuat amalan mengelilingi batu, maka mudah kita nampak ketidaksamaan ajaran para nabi terdahulu dengan ajaran yang didakwa kononnya Muhammad melakukannya.

    Juang

    July 27, 2011 at 10:50 pm

  101. ya,cik bunge juga mahu tahu dimana dalil yg mengatakan nama mengelilingi batu?

    Yang Fakir,Salam…saya juga fakir ilmu namun itu tidaklah pula boleh saya gunakan utk tidak menggunakan akal.Tiada dalil yang membezakan akal nabi dan akal umatnya.Jika tidak digunakan utk berfikir,meneliti dan pembangunan…maka utk apa otak dibekalkan di dalam penciptaan makhluk manusia?

    Berhari di hadapan kaabah,jika benar2 kita mahu memperhatikan…apakah ada satu ayat dlm Quran yg memerintahkan kita menyakiti Manusia yang lain atas nama ibadat dan iman?Apakah kita tak nampak yang mereka saling bertolak tolak,meratap,memanjang dinding kaabah,kaum lelaki mengkasari kaum wanita,wanita turki yang berbadan besar meredah para jemaah lain spt gajah memijak semut?Kamu tahu tak sakitnya apabila dikasari dan paling menyedihkan…segala susah payah berusaha mencium menyentuh batu itu,sebenarnya untuk apa? Apa kamu yakin redha Allah dpt diperolehi dgn cara menyakiti saudara kamu?

    Mungkin saudara patut berusaha sabarkan diri sedikit,dan memahami kita semua disini hanya ingin memahami isi kandungan.Dan bagaimana untuk memahami,samalah seperti mempelajari subject2 di sekolah uni etc,perlu baca dan berfikir.

    Bila tak mampu mematahkan hujah kerana tiada nas yang sahih,apakah masih mahu mengikut telunjuk ego dan menutup perbincangan dgn ” jgn berfikir,yg bukan nabi bukan wali bukan manusia suci jangan guna akal,jangan tanya dan segala macam jangan.

    Dan ada kenyataan lain spt manusia2 suci ini online(berhubung) 24/7 dgn Allah sedangkan kita manusia biasa tidak.

    Wow!!!Kalau begitu saya ingat saya nak buat dosa lah sat2 lagi…saya manusia biasa,tak online so tuhan tak tau lah apa saya buat kan? 😀

    Susah nak belajar,kalau hati dikeraskan dan akal disempitkan.

    Salam.

    niasarah

    July 27, 2011 at 11:53 pm

  102. sedang meneliti material tentang larangan wanita menyentuh,membaca dan membuat ibadat lain ketika sedang haid dan terjumpa 2 ayat berikut. :

    Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.(al-Waqiah 56:77-80)

    Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci. [al-Waqiah 56:79]

    dan siapa itu makhluk yang suci? adakah nabi,wali,ulamak,ustaz ustazah,lepasan al azhar???

    Allah dah pun bagi jawapan,

    Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis. [al-Taubah 9:28]

    Orang musyrik itu adalah najis,beerti mereka tidak suci.Tiada ayat yang mengatakan golongan di atas suci dan manusia biasa seperti kami kotor,dungu justeru tidak dibenarkan sama sekali mempelajari dan memikirkan isi kandungan Quran!

    Dan siapa pula orang musyrik itu?

    “Mereka (orang-orang Nashrani) telah menjadikan para ulama dan para rahib (ahli ibadah) mereka sebagai arbaab (tuhan-tuhan) selain Allah dan juga Al Masih Ibnu Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan, kecuali untuk ibadah kepada AIlah yang satu, tidak ada AIlah (yang berhak disembah) kecuali Dia, Maha Suci Dia dari apa yang mereka sekutukan.” (At Taubah: 31).

    Mereka yang menyekutukan Allah,mereka itu org musyrik,yang tidak suci dan tidak patut sama sekali berani cuba hendak menggunakan akal utk memahami ayat Allah.

    Tapi kan….

    Kotor dann tak suci macam mana pun golongan ni,Allah maha besar cinta kasih dan keampunan.

    “Dan bila ada satu orang dari kalangan orang-orang musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah dia perlindungan sampai dia mendengar firman Allah.” (At Taubah: 6).

    Fuyohhhh!!! Terer tak?Kelassss kan tuhan kita yang MAHA dalam segalanya.Punyalah down to earth ayat atas tu,langsung tak sombong n ego kan?DIA kata….takpe,u taknak sembah I…I tak kisah,tak kecik ati pun,tak merajuk pun,Kalau esok lusa u susah,I tolong manalah tau kan…kot2 u termasuk dalam golongan yang diberi petunjuk.

    So,kesimpulan nyeee….awat manusia biasa mcm kita ni ketegaq degil sangat nak kata u salah i betoi..sapa maksum sapa tak?I suci you dirty,I ada internet bleh online tau,u takleh online haha padan muka so u mana tau guna akal macam I,rajin plak baca apa tu…ocean mercy hidden treasures yg dah hampir sama bunyi dgn crouching tiger hidden dragon!

    Ini semua kes suci dalam debu!

    niasarah

    July 28, 2011 at 1:01 am

  103. Salam,

    10:100. Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk mempercayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia meletakkan kotoran ke atas orang-orang yang tidak menggunakan akal.

    56:79. Tiada yang menyentuhnya kecuali orang-orang yang dibersihkan,

    Jika orang yang tidak menggunakan akal dianggap telah diletakkan kekotoran di atasnya, maka yang menggunakan akal sudah pasti berada dalam keadaan bersih di sisiNya.

    Ayat 56:79 memberitahu kita bahawa yang menyentuh Al Quran (bukannya sentuh fizikal buku Al Quran, tetapi menyentuh mesej-mesej terkandung di dalamnya) adalah orang yang menggunakan akal. Maknanya, hanya orang-orang yang nak berfikir untuk memahami isi kandungannya sahaja akan meluangkan masa pada Al Quran. Memang realitinya pun begitu.

    Juang

    July 28, 2011 at 8:04 pm

  104. Salam,

    – Nabi juga tawaf kaabah. Mungkin TM faham Nabi x tawaf. Tapi orang lain faham dengan sokongan fakta yg lain bahawa Nabi tawaf.

    – Bukankah kita seharusnya menghormati fahaman mereka?

    [151]
    (Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.
    [152]
    Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
    [153]
    Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
    [154]
    Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
    [155]
    Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
    [156]
    (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
    [157]
    Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
    [158]
    Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

    Zabil

    July 29, 2011 at 12:38 pm

  105. Salam,

    Kalau kita fikirkan, tiada sokongan ayat-ayat Al Quran menunjukkan Kaabah adalah sejenis bangunan batu yang terletak di Mekah. Malah perkataan “kaabah” hanya wujud dalam Al Quran pun terletak dalam konteks berkaitan larangan berburu sedangkan “Kaabah” yang digambarkan oleh pembesar agama Arab adalah tempat amalan ritual, bukannya tempat memburu binatang. Dan satu lagi perkataan “kaabah” wujud dalam membasuh kaki ke paras pergelangan kaki (atau buku lali).

    Sedangkan ada ayat Al Quran jelas membezakan apa itu matahari dan apa itu bulan (71:16 & 10:5) walaupun Nabi tidak disuruh beritual terhadap matahari mahupun bulan, takkanlah Al Quran tidak mampu menyatakan tentang kaabah dengan jelas jika Nabi benar-benar beritual terhadapnya? Tidakkah kita terfikir sesuatu?

    Segala persoalan yang dikemukakan hanyalah untuk mengajak kita berfikir sahaja. Bukannya untuk tidak menghormati kepercayaan sesiapa? Sebagai mana Rasulullah sendiri pernah mempersoalkan kepercayaan orang Nasrani yang mengangkat Isa anak Mariam sebagai anak Tuhan kerana tiada ayat dalam Injil yang mengatakan sedemikian, macam itulah akan ada insan-insan seperti TM yang mempersoalkan ajaran-ajaran yang tidak wujud dalam Al Quran.

    Dan macam mana akan ada pembesar agama Nasrani mengada-adakan kitab lain selain Injil untuk menunjukkan kepercayaan Isa anak Tuhan itu suatu yang benar, macam itulah akan ada pembesar agama Arab yang mengada-adakan kitab lain selain Al Quran untuk menunjukkan ajaran mereka itu suatu yang benar.

    Juang

    July 30, 2011 at 7:02 pm

  106. Salam,

    Telah banyak bukti bahawa amalan-amalan seperti mengelilingi objek dsb adalah amalan-amalan yang tidak memberi manfaat atau memudaratkan jika tidak dilakukan.

    senaraiblogmalaysia

    July 31, 2011 at 1:27 am

  107. Salam,

    Seperti penagihan dadah, walaupun telah banyak bukti bahawa amalan menagih dadah tidak memberi manfaat jika dilakukan dan tidak memudaratkan jika tidak dilakukan, tetapi masih ramai orang Melayu terlibat dalam ketagihan dadah gara-gara mereka tidak mahu memikirkan apa yang lakukan.

    Hanya yang berkesedaran sahaja sanggup menjauhi perbuatan yang sia-sia.

    Juang

    July 31, 2011 at 2:20 am

  108. Errmm..

    + Pada saya, apa yang disampaikan oleh Quran adalah mesej yg benar.
    + Sekalipun tiada buktinya.
    + Kerana manusia sering meminta bukti kebenaran dari Allah (5:112-113).
    + Malangnya bile ditunjukkan bukti mereka masih engkar.
    + Apakah mereka tidak berfikir? (21:10)

    Morismo

    August 1, 2011 at 9:35 am

  109. Terjemahan dikemukakan Zabil: 2:152 –> (Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

    Salam Zabil,

    Ayat dan perkataan dalam kurungan tidak wujud dalam teks sebenar. Ini bermakna penterjemah telah cuba untuk mempengaruhi pembaca dengan kefahaman beliau sendiri. Adakah tuan anggap perbuatan penterjemah itu wajar?

    Berikut adalah transliterasi 2:152 –> Kama arsalna feekum rasoolan minkum yatloo AAalaykum ayatina wayuzakkeekum wayuAAallimukumu alkitaba waalhikmata wayuAAallimukum ma lam takoonoo taAAlamoona

    Saya terjemahkan –> Sebagaimana Kami mengutuskan ke dalam kalangan kamu seorang rasul dari kamu membacakan kepada kamu ayat-ayat Kami dan memurnikan kamu dan mengajar kamu Kitab dan common sense dan mengajar kamu apa yang tidak kamu ketahui.

    Terjemahan dikemukakan Zabil: 2:158 [158] –> Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

    Transliterasi 2:158 –> Inna alssafa waalmarwata min shaAAairi Allahi faman hajja albayta awi iAAtamara fala junaha AAalayhi an yattawwafa bihima waman tatawwaAAa khayran fainna Allaha shakirun AAaleemun

    Saya terjemahkan –> Sesungguhnya penyaringan dan bebanan jiwa merupakan proses manifestasi dari Tuhan. Oleh itu bagi sesiapa yang menyelidik sistem atau jika mereka produktif, maka tidak salah bagi mereka membiasakan diri dengan kedua-duanya. Dan sesiapa yang membuat kebaikan secara sukarela maka sesungguhnya Tuhan Menghargainya, Mengetahui.

    Terpulang samada tuan Zabil untuk memikirkannya.

    tolokminda

    August 1, 2011 at 8:55 pm

  110. Salam,

    Ada bezanya di antara orang-orang yang malas (yang merasakan dengan membuat amalan ritual, mereka adalah golongan yang baik daripada orang-orang yang tidak beritual seperti mereka), dengan orang yang rajin dan produktif yang membuat amalan untuk menghasilkan produk-produk yang bermanfaat.

    Saya nampak, Al Quran diturunkan ke arah melahirkan manusia yang rajin dan produktif. Syaitan mahu merendahkan keupayaan manusia itu dengan mengajak manusia membuat amalan ritual karut-marut supaya mereka hidup di atas dunia hanya membuang masa.

    Sesuatu kaum akan jadi kuat bila rajin dan produktif. Sebaliknya sesuatu kaum itu jadi lemah bila kuat membuat amalan ritual karut-marut. Tak percaya, cuba buat perbandingan pencapaian kaum-kaum yang ada di atas muka bumi hari ini. Kaum mana satu yang Allah menangkan ke atas kaum yang lain?

    Sunnah Allah tidak akan berubah-ubah. Namun manusia boleh mengubah attitude mereka daripada malas kepada rajin.

    Juang

    August 2, 2011 at 1:41 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: