Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Yang manakah wajar kita percaya? Hadis Tuhan atau hadis sipolan?

with 40 comments

Artikel kali ini adalah petikan dari satu perbincangan yang menyentuh tentang kedudukan hadis di sini.

Zulia wrote:

Sebab itulah kita percaya pada sanadnya kalau kita meragui sanadnya maka matannya juga dalam keraguan. Kalau kita kata tidak ada orang beriman sebelum kita, maka kita mahu ikut siapa? Kecuali mereka yang tidak berpegang pada agama.

faried wrote:

Pertanyaan besar buat saya, sanad dan matan Alquran sangat diyakini, tetapi mengapa petunjuknya diabaikan? demi sumber yang sanad dan matannya masih diperdebatkan dan diragukan.

silatgayung wrote:

saya rasa orang tolak hadis yang meragui petunjuk Al-quran sebenarnya

faried wrote:

Terbalik bro, karena Alquran jelas tegas mengatakan bahwa hadis = Alquran, sedang pemahaman bahwa ‘hadis’ = perbuatan, perkataan dan pengakuan Nabi tentu saja bertentangan dengan penjelasan Alquran.

Dengan demikian, orang yang memahami ‘hadis’ = perbuatan, perkataan dan pengakuan Nabi, hanyalah orang yang menolak penjelasan Alquran.

silatgayung wrote:

jadi ayat mana pulak yang mengatakan hadis = Al-quran??

tolokminda wrote:

Salam,

Hadis pada dasarnya bermaksud cerita atau riwayat. Tuhan banyak menceritakan tentang riwayat nabi-nabi di dalam Al-Quran. Jadi yang dimaksudkan adalah tuan nak percaya “hadis” Tuhan atau “hadis” Bukhari atau Abu Hurairah etc?

silatgayung wrote:

apakah sumber saudara untuk rujukan ini…

kita lihat maksud hadis menurut ulamak dan ilumuan islam….

Hadith atau hadis (bahasa Arab: alhadīth “الحديث” mufrad, ahādīth “أحاديث” jamak); adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya.

Hadith (pronounced /ˈhædɪθ/;[1] Arabic: الحديث‎ al-ḥadīth [ħaˈdiːθ]; pl. aḥādīth; lit. “narrative”) are narrations concerning the words and deeds of the Islamic prophet Muhammad.

jadi ia bukan cerita2 semata mata…

sumber maksud hadis: wikipedia

tolokminda wrote:

Salam SG,

Itu yang ulamak kata. Tapi hakikatnya perkataan hadis itu tidak bermaksud seperti itu. Hadis bermaksud kisah, cerita atau riwayat. Kisah Nabi Ibrahim yang Tuhan cerita di dalam Al-Quran juga adalah hadis. Kisah Nabi Musa di dalam Al-Quran juga hadis. Kisah atau hadis Nabi Muhamad sendiri pun dicatatkan di dalam Al-Quran. Hadis yang terkandung di dalam Al-Quran adalah hadis yang datang dari Tuhan sendiri. Sedangkan hadis yang datang dari luar Al-Quran adalah bersumberkan si polan dan si polan. Adakah tuan mahu menyandarkan kepercayaan kepada Tuhan atau kepada sipolan dan sipolan?

Perhatikan perkataan hadis dalam ayat berikut. Lihat sekali transliterasinya supaya tuan nampak perkataan itu dalam teks Arabnya.

–> 39:23 Tuhan telah menurunkan hadis yang terbaik dalam bentuk buku, konsisten dengan sendirinya, berulang-ulang. Kulit mereka yang takut kepada Pemelihara mereka bergetar terhadapnya, kemudian kulit dan hati mereka menjadi lembut meraikan puji-pujian terhadap Tuhan. Begitulah peringatan Tuhan. Dia memberi pedoman kepada sesiapa yang dikehendaki, tetapi sesiapa yang Tuhan biarkan sesat tiada siapa boleh memberi petunjuk.

–> Transliterasi 39:23 Allahu nazzala ahsana alhadeethi kitaban mutashabihan mathaniya taqshaAAirru minhu juloodu allatheena yakhshawna rabbahum thumma taleenu julooduhum waquloobuhum ila thikri Allahi thalika huda Allahi yahdee bihi man yashao waman yudlili Allahu fama lahu min hadin

Dari ayat 39:23, adalah jelas bahawa Al-Quran juga Tuhan sifatkan ia sebagai hadis. Bezanya dengan hadis Bukhari, Al-Quran adalah hadis dari Tuhan sendiri. Tuan SG takmo percaya?

Kalau takmo percaya mungkin tuan patut lihat Surah 77 Al-Mursalat. Perhatikan bagaimana dalam ayat akhir Surah itu Tuhan bertanya dengan sinis kepada golongan yang tidak percaya. Saya kemukakan di bawah beberapa ayat yang terakhir.

–> 77:47 Celakalah pada hari itu mereka yang tidak percaya!
–> 77:48 Dan apabila mereka disuruh tunduk mereka tidak tunduk.
–> 77:49 Celakalah pada hari itu kepada mereka yang tidak percaya!
–> 77:50 Jadi dengan hadis-hadis manakah selepas ini, mereka akan percaya?


–> Transliterasi 77:50 Fabiayyi hadeethin baAAdahu yuminoona

Sumber rujukan saya – seperti yang tuan lihat sendiri tentulah Al-Quran.

juang wrote:

Salam,

20:9. Sudahkah datang kepada kamu hadis Musa?

(Transliterasi 20:9. Wahal ataka hadeethu moosa)

20:10. Apabila dia melihat api, dan berkata kepada keluarganya, “Menetaplah kamu di sini; aku melihat api. Mudah-mudahan aku mendatangkan kepada kamu sepotong kayu yang bernyala, atau aku mendapati di api, petunjuk.”

Satu yang menarik difikirkan, hadis Musa disampaikan oleh Nabi tanpa memerlukan nama-nama si polan. Macam mana ada orang yang bawakan apa yang dikatakan “hadis Muhammad”, tetapi terpaksa bersandarkan pada si polan dan si polan? Apakah mereka tidak yakin pada Tuhan, tetapi lebih percaya pada si polan?

Memang patutlah Allah masukkan mereka dalam orang-orang yang gagal memahami Al Quran seperti orang-orang kafir terdahulu mendapat balasan yang serupa.

juang wrote:

Salam,

Jika hadis = “adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w.” atau “are narrations concerning the words and deeds of the Islamic prophet Muhammad”,

maka sudah pasti ayat Al Quran 20:9 tidak meletakkan nama Musa selepas perkataan hadis. Nanti struktur ayat tersebut tidak kena pada tempatnya.

Sebaliknya jika hadis = “cerita” atau “kisah” atau “riwayat”, maka ayat 20:9 itu juga boleh difahami sebagai;

“Sudahkah datang kepada kamu cerita/kisah/riwayat Musa?

Ini menunjukkan hadis itu bukan sesuatu yang dikhususkan pada Nabi Muhammad sahaja.

Satu perkara lagi yang menarik difikirkan, hadis Nabi Musa diriwayatkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Tiada perantaraan si polan lain untuk menceritakan hadis Nabi Musa kepada Nabi Muhammad. Dengan kata lain, hanya Allah dan Nabi sahaja layak menyampaikan hadis nabi-nabi terdahulu.

Oleh kerana kenabian telah ditutup, maka tiada siapa lagi yang layak meriwayatkan hadis Nabi Muhammad pula. Lainlah Bukhari atau Muslim itu adalah Nabi selepas Nabi Muhammad, logik juga kalau mereka nak meriwayatkan hadis Muhammad seperti mana Nabi Muhammad meriwayatkan pasal Nabi Musa.

Written by tolokminda

January 5, 2011 at 7:04 pm

Posted in Quran, Tafsiran Perkataan

Tagged with ,

40 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Assalamualaikum…

    Perbincangan yg Tuan kemukakan amat menarik.
    Benar sekali hadith itu adalah cerita-cerita. Cerita Rasulullah disampaikan kepada kita melalui riwayat-riwayat. Sebagaimana hadith, Quran juga disampaikan kepada kita melalui riwayat. Quran yang kita baca melalui riwayat Al-Imam Hafs daripada Al-Imam ‘Asim. Kalau riwayat mereka kita percaya, kenapa tidak kita menerima riwayat Bukhari?.

    Maafkan kalau saya salah..

    Ahmad

    January 10, 2011 at 8:05 am

  2. Salam Ahmad,

    Untuk diri saya sendiri, saya tidak menerima riwayat Bukhari kerana saya percaya kepada Al-Quran. Al-Quran yang saya percaya menjelaskan;

    1. Nabi Muhamad diutuskan untuk menyampaikan Al-Quran.
    2. Nabi Muhamad tidak menyampaikan selain dari Al-Quran.
    3. Al-Quran adalah Kitab yang diturunkan sebagai petunjuk oleh Tuhan pemilik alam untuk seluruh manusia.
    4. Tuhan memelihara Al-Quran sehingga kiamat.
    5. Al-Quran adalah sebuah Kitab yang lengkap mencukupi untuk berfungsi sebagai petunjuk, penjelas dan pembeza dengan sendirinya.
    6. Tuhan mewariskan Al-Quran melalui pelbagai jenis manusia – yang ikut nafsu, yang ikut sikit-sikit dan yang ikut sepenuhnya.
    7. Tidak ada percanggahan di dalam Al-Quran yang mana ini berbeza dengan “hadis” yang bukan saja bercanggah dengan Al-Quran tetapi turut bercanggah sesamanya sendiri sehingga pengikut hadis berpecah belah dan ada yang berbunuhan sesama mereka.

    Ada banyak sebab lagi mengapa saya memilih untuk percaya kepada Al-Quran tetapi 7 yang saya sebut di atas mungkin boleh membantu tuan memahami kepercayaan saya itu sedikit sebanyak.

    tolokminda

    January 10, 2011 at 8:58 am

  3. Salam Ahmad,

    Tuan berkata: “Sebagaimana hadith, Quran juga disampaikan kepada kita melalui riwayat. Quran yang kita baca melalui riwayat Al-Imam Hafs daripada Al-Imam ‘Asim. Kalau riwayat mereka kita percaya, kenapa tidak kita menerima riwayat Bukhari?.”

    Untuk pengetahuan tuan saya bukan percaya kepada Al-Quran kerana saya percaya kepada riwayat Al-Imam Hafs daripada Al-Imam ‘Asim. Saya tidak pernah kenal siapa mereka. Tetapi Tuhan telah menjelaskan kepada saya melalui KitabNya seperti berikut.

    35:31 Dan apa yang Kami inspirasikan kepada kamu dari Kitab, adalah sesuatu yang benar, mengesahkan apa yang ada di antara tangan-tangannya. Tuhan mengenali hamba-hambaNya, Melihat.

    35:32 Kemudian Kami mewariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih dari hamba-hamba Kami. Bagaimanapun sebahagian dari mereka adalah yang mengikut nafsu mereka dan sebahagian lagi mengambil sedikit dan sebahagian adalah yang bersungguh-sungguh membuat kebaikan menurut apa yang telah ditetapkan Tuhan, begitulah manfaat yang besar.

    Saya percaya kepada Tuhan dan penjelasan di atas sudah mencukupi bagi saya.

    tolokminda

    January 10, 2011 at 9:09 am

  4. Assalamualaikum…

    Terima kasih atas penjelasan Tuan,

    Bagi saya perbahasan ini adalah sangat bergantung kepada pemahaman kita kepada penjelasan di dalam Al-Quran. Tuan memahaminya sebagaimana yang Tuan fahami. Untuk diri saya pula, saya memahami bahawa Al-Quran memerintahkan kita supaya menuruti Allah dan Rasulnya bedasarkan firmanNya dalam Surah An-Nisa: 59, Surah Al-Maidah: 92 dan Surah Al-Haysr: 7.

    Apa pn terima kasih atas penjelasan.

    Ahmad

    January 10, 2011 at 9:59 am

  5. Assalamualaikum…

    Saya terfikir juga. Tuan menerima isi kandung Al-Quran, sekaligus menerima riwayat Al-Quran itu sendiri. Sejarah penulisan Al-Quran menunjukkan periwayatan ayat tersebut berlaku. Adakah bererti Tuan sebenarnya menerima riwayat?

    Ahmad

    January 10, 2011 at 10:23 am

  6. Salam Ahmad,

    Memang benar masing-masing boleh membina kefahaman sendiri dan kemudian berkongsi apa yang masing-masing lihat atau faham untuk diperbincangkan supaya kita dapat menilai dan memilih yang terbaik. Ini selaras dengan ayat berikut.

    39:18 Mereka yang mendengar semua pendapat dan memilih yang terbaik adalah mereka yang Tuhan beri petunjuk dan merekalah yang memiliki intelek.

    Tentang pendapat tuan bahawa Al-Quran itu pun diriwayatkan seperti juga hadis yang diriwayatkan, saya tidak setuju. Sebabnya menurut Tuhan, Al-Quran tidak diriwayatkan tetapi ia diwariskan. Saya telah kemukakan ayatnya di atas tadi tapi tak apalah saya bawa sekali lagi.

    35:32 Kemudian Kami mewariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih dari hamba-hamba Kami. Bagaimanapun sebahagian dari mereka adalah yang mengikut nafsu mereka dan sebahagian lagi mengambil sedikit dan sebahagian adalah yang bersungguh-sungguh membuat kebaikan menurut apa yang telah ditetapkan Tuhan, begitulah manfaat yang besar.

    Dari ayat di atas Tuhan tidak kata pun Dia wariskan Al-Quran kepada sipolan dan sipolan. Tetapi Dia menjelaskan mereka yang mewarisi Al-Quran itu macam-macam jenis orang – ada yang jenis ikut nafsu, ada yang ikut sikit-sikit dan ada yang ikut betul-betul. Hanya Tuhan yang tahu siapa yang Tuhan anggap pewaris Al-Quran.

    tolokminda

    January 10, 2011 at 4:08 pm

  7. Assalamualaikum…

    Saya setuju dengan pendapat Tuan yang menyatakan bahawa Allah mewariskan Al-Quran itu kepada hambanya.Cuma bagaimana Allah mewariskannya? Jadi bagi saya, Allah mewariskannya melalui riwayat sehinggalah hari ini kepada pewaris Al-Quran.

    Ahmad

    January 11, 2011 at 8:03 am

  8. Salam,

    Mungkin ramai yang terlupa, Al Quran diwariskan melalui tulisan. Berbeza dengan riwayat, ia diwariskan melalui “hearsay” kononnya si polan mendengar si polan terdahulu pernah mendengar Nabi cakap/buat sesuatu.

    Cuba fikirkan dua keadaaan ini.

    1) Tolokminda menulis ilham yang Allah kurniakan di dalam blognya ini. Dan tulisan itu di’copy’ tanpa sebarang penyuntingan daripada satu generasi ke generasi akan datang.

    2) Kemudian 200 tahun akan datang, ada si polan mengatakan dia pernah dengar kononnya sahabat Tolokminda mendengar/melihat Tolokminda cakap/buat sesuatu.

    Jadi, di antara tulisan Tolokminda yang di’copy’ itu dengan cakap-cakap (hearsay) si polan, yang mana lebih kuat dan terjamin kebenarannya setelah 1500 nanti?

    Begitulah perumpamaan perbezaan kekuatan Al Quran dengan riwayat hadis jika manusia itu memikirkan.

    Juang

    January 11, 2011 at 10:07 am

  9. Ahmad menulis,

    Saya setuju dengan pendapat Tuan yang menyatakan bahawa Allah mewariskan Al-Quran itu kepada hambanya.Cuma bagaimana Allah mewariskannya? Jadi bagi saya, Allah mewariskannya melalui riwayat sehinggalah hari ini kepada pewaris Al-Quran.

    Salam,

    Tuhan tidak mewariskan AL-Quran melalui riwayat atau hadis yang dikumpul sana-sini dari sipolan dan sipolan kemudian baru dibukukan. Tuhan mewariskan Al-Quran dalam bentuk buku atau dalam bahasa Arabnya – Kitab. Maknanya sejak dari Nabi lagi Al-Quran itu sudah dalam bentuk buku atau kitab. Penjelasan ini dapat dilihat dari ayat berikut.

    39:23 Tuhan telah menurunkan hadis yang terbaik dalam bentuk buku, konsisten dengan sendirinya, berulang-ulang. Kulit mereka yang takut kepada Pemelihara mereka bergetar terhadapnya, kemudian kulit dan hati mereka menjadi lembut meraikan puji-pujian terhadap Tuhan. Begitulah peringatan Tuhan. Dia memberi pedoman kepada sesiapa yang dikehendaki, tetapi sesiapa yang Tuhan biarkan sesat tiada siapa boleh memberi petunjuk.

    –> Transliterasi 39:23 Allahu nazzala ahsana alhadeethi kitaban mutashabihan mathaniya taqshaAAirru minhu juloodu allatheena yakhshawna rabbahum thumma taleenu julooduhum waquloobuhum ila thikri Allahi thalika huda Allahi yahdee bihi man yashao waman yudlili Allahu fama lahu min hadin

    Maknanya siapa yang kata Al-Quran itu perlu dikumpul sana-sini dari sipolan dan sipolan dan kemudian baru dijadikan kitab, maka dia adalah seorang pembohong. Tetapi jika tuan Ahmad kata Al-Quran itu adalah satu bentuk riwayat atau hadis, barulah saya boleh setuju. Ini kerana dalam ayat di atas Tuhan turut menyifatkan Al-Quran itu sebagai hadis – iaitu riwayat, cerita atau kisah.

    Cuma Al-Quran adalah hadis atau riwayat atau cerita atau kisah yang disampaikan kepada kita – melalui Nabi – oleh Tuhan sendiri. Ini berbeza dengan hadis atau riwayat atau kisah atau cerita yang tuan faham – yang kononnya perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Dan hadis yang ini tidak datang dari Tuhan. Tetapi ia datang dari sipolan dan sipolan saja.

    Jadi tuan Ahmad, tuan mahu percaya hadis Tuhan atau hadis sipolan?

    tolokminda

    January 11, 2011 at 5:25 pm

  10. Salam,

    Sebagai tambahan mari kita lihat ayat-ayat ini pula.

    75:16 Jangan gerakkan lidahmu dengan terburu-buru terhadapnya.
    Transliterasi: La tuharrik bihi lisanaka litaAAjala bihi

    75:17 Kamilah yang mengumpulkannya dan membacakannya.
    Transliterasi: Inna AAalayna jamAAahu waquranahu

    75:18 Apabila Kami membacakannya, kamu ikutilah bacaannya.
    Transliterasi: Faitha qaranahu faittabiAA quranahu

    75:19 Kemudian Kamilah yang akan menjelaskannya.
    Transliterasi: Thumma inna AAalayna bayanahu

    Dari ayat-ayat di atas siapakah yang Tuhan kata mengumpulkan Al-Quran? Tuhan atau sipolan?

    tolokminda

    January 11, 2011 at 5:45 pm

  11. Assalamualaikum…

    Mungkin saya tersilap. Tetapi perkara ini memang menarik untuk dibincangkan.
    Berkenaan pandangan Tuan Juang yang menyatakan hadith adalah ‘hearsay’, maaf saya tidak bersetuju. Berdasarkan beberapa bacaan saya hadith telah mula ditulis di zaman Nabi lagi sepertimana Al-Quran. Benar terdapat banyak kritikan yg dikemukakan oleh sarjana seperti Ignaz Goldzieher, Joseph Shacht, dan Juynboll, namun terdapat juga yang mampu untuk membuktikan penulisan hadith telah berlaku di zaman Nabi seperti yg dikemukan oleh Herald Motzki, Al’A’zami dan As-Sibai’e. Jadi sukar utk menyatakan hadith hanya ditulis selepas 200 tahun. Perkara masih tidak muktamad.
    Berkenaan pandangan Tuan TM yg menyatakan Al-Quran telah dibukukan di zaman Nabi, saya masih perlukan bukti. Bagaimana kita boleh pastikan perkara itu?
    Perbincangan ini sangat harmoni. Namun kita masih perlukan banyak kajian. Saya percayakan Al-Quran.

    Ahmad

    January 11, 2011 at 6:18 pm

  12. Assalamualaikumm…

    Tuan TM menulis;
    “Tuhan mewariskan Al-Quran dalam bentuk buku atau dalam bahasa Arabnya – Kitab. Maknanya sejak dari Nabi lagi Al-Quran itu sudah dalam bentuk buku atau kitab.”

    Ayat mana di dalam Al-Quran yang membuktikan Al-Quran sudah dalam bentuk buku sejak zaman Nabi Lagi?

    Ahmad

    January 11, 2011 at 6:23 pm

  13. Salam Ahmad,

    Inilah ayatnya. Ini kali ketiga saya mengulang ayat yang sama dalam artikel dan komen. Saya harap tuan dapat melihatnya kali ini.

    39:23 Tuhan telah menurunkan hadis yang terbaik dalam bentuk buku, konsisten dengan sendirinya, berulang-ulang. Kulit mereka yang takut kepada Pemelihara mereka bergetar terhadapnya, kemudian kulit dan hati mereka menjadi lembut meraikan puji-pujian terhadap Tuhan. Begitulah peringatan Tuhan. Dia memberi pedoman kepada sesiapa yang dikehendaki, tetapi sesiapa yang Tuhan biarkan sesat tiada siapa boleh memberi petunjuk.

    –> Transliterasi 39:23 Allahu nazzala ahsana alhadeethi kitaban mutashabihan mathaniya taqshaAAirru minhu juloodu allatheena yakhshawna rabbahum thumma taleenu julooduhum waquloobuhum ila thikri Allahi thalika huda Allahi yahdee bihi man yashao waman yudlili Allahu fama lahu min hadin

    tolokminda

    January 11, 2011 at 10:31 pm

  14. Salam,

    Perbezaan Al Quran dengan riwayat hadis adalah;

    1) Al Quran tidak memerlukan nama-nama si polan yang mengatakan mereka mendengar/melihat Nabi ucap/buat itu dan ini sedangkan pada riwayat hadis, ia memerlukan nama-nama si polan itu.

    2) Kebenaran Al Quran terletak pada bukti-bukti yang wujud di alam semesta ini, sedangkan sesuatu riwayat hadis itu dikatakan “benar” hanya kerana nama-nama si polan yang gunakan. Kononnya jika si polan itu sahabat Nabi yang paling dekat (contohnya Abu Bakar), maka dikatakan riwayat hadis itu benar. Kalau si polan itu seorang yang pelupa, maka riwayat hadis itu diragui. Mana ada Al Quran ajar buat macam itu?

    Dan ayat 39:23 itu menunjukkan Al Quran itu adalah hadis yang terbaik dan telah dibukukan semasa Nabi masih hidup lagi. Maknanya Nabi boleh periksa sesuatu ayat Al Quran itu betul atau tidak penulisannya.

    Berbeza dengan riwayat hadis, Allah tidak kata ia adalah suatu yang terbaik, malah ia mula dibukukan selepas Nabi wafat yang mana Nabi tidak pernah memeriksa sama ada penulisannya benar atau tidak.

    Kalau makanan, kita sanggup makan sesuatu yang terjamin bersih, kenapa sesuatu ajaran kita tidak tahu memilih sesuatu yang terjamin bersih juga?

    Juang

    January 12, 2011 at 5:21 am

  15. Salam,

    Oleh kerana Al Quran dikumpulkan dan dibacakan oleh Tuhan (rujuk ayat 75:17), secara logiknya kebarangkalian Al Quran akan salah adalah sifar. Sebaliknya riwayat hadis dikumpulkan si polan dan si polan yang mana seperti kita tahu, manusia tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.

    Jadi wajarkah kita tolak sesuatu yang terjamin daripada kesilapan (Kitab Allah) semata-mata kerana taksub pada sesuatu yang TIDAK terjamin daripada kesilapan (kitab si polan)?

    Kalau kita menilai dengan hati yang bersih (bukan sebab nak pertahankan apa yang bapa-bapa kita percaya), pasti kita nampak perbezaannya di situ.

    Juang

    January 12, 2011 at 5:38 am

  16. Assalamualaikum…

    Terima kasih atas penjelasan pihak Tuan TM. Berkenaan ayat tersebut, saya masih peerlukan bukti. Bagaimana Tuan boleh pastikan Al-Quran yg Tuan pamerkan di sini benar2 diturnkan kepada Muhammad atau apakah ianya konspirasi oleh bangsa Arab? Perkara ini perlu di sahkan kerana kita khuatir sejarah Bible dan Talmud akan berulang kembali..
    Bagaimana Tuan boleh pastikan Kitab yg Tuan baca hari ini memang benar-benar diturnkan pada zaman Muhammad atau ianya konspirasi orang Arab? saya perlukan penjelasan..
    Y. Bhg Tuan Juang menulis:
    “1) Al Quran tidak memerlukan nama-nama si polan yang mengatakan mereka mendengar/melihat Nabi ucap/buat itu dan ini sedangkan pada riwayat hadis, ia memerlukan nama-nama si polan itu.”

    Maaf. Sekali lagi saya tidak bersetuju. Untuk menyatakan bahawa quran tidak memerlukan nama si polan-si polan, saya juga tidak bersetuju.
    Menurut sarjana barat Ignaz Golziher dalam bukunya Islamic Exegesis Sect (judul asal Die Richtungen Der Islamischen Koranauslegung) membuktikan bahawa Quran juga perlukan nama terhadap versinya.

    Menurut beliau bacaan oleh Ibn Mas’ud adalah lain dengan Ubai bin Ka’ab. Ini membuktikan bahawa Quran juga di sandarkan kpd nama si polan dan si polan. Kajian ini disahkan oleh ramai sarjana Islam terhadap sejarah penulisan Al-Quran.
    Bagaimana tuan boleh jelaskan masalah ini?

    Tuan Juang juga menulis:
    “Maknanya Nabi boleh periksa sesuatu ayat Al Quran itu betul atau tidak penulisannya.”

    Soalan saya, bagaimana Tuan boleh pastikan yang Nabi telah pun memeriksa sesuatu ayat tersebut betul atau pn tidak penulisannya?

    Ahmad

    January 12, 2011 at 8:36 am

  17. Salam Ahmad,

    Apakah buktinya sehingga saya yakin Al-Quran itu adalah Kitab Tuhan yang diturunkan melalui Nabi.

    Saya tidak ada bukti untuk tuan. Saya cuma ada bukti untuk diri saya sendiri. Tuhan sebenarnya tidak memaksa sesiapa percaya kepada KitabNya itu. Dia cuma suruh kita fikirkan. Kemudian, nak percaya atau tak percaya terpulanglah.

    tolokminda

    January 12, 2011 at 11:11 pm

  18. Salam

    Point Ahmad tentang keaslian Quran yang kita terima sekarang samada asal atau tidak ada benarnya. A quick search, jumpa site ni http://www.answering-islam.org/Green/seven.htm. Saya cuba bandingkan dengan copy yang ada dengan http://www.scribd.com/doc/10883768/01b- memang ada sedikit perbezaan di situ.

    nazzri

    January 12, 2011 at 11:55 pm

  19. Salam,

    “Ahmad: Menurut beliau bacaan oleh Ibn Mas’ud adalah lain dengan Ubai bin Ka’ab. Ini membuktikan bahawa Quran juga di sandarkan kpd nama si polan dan si polan. Kajian ini disahkan oleh ramai sarjana Islam terhadap sejarah penulisan Al-Quran.
    Bagaimana tuan boleh jelaskan masalah ini? ”

    Itu menurut pandangan manusia, tetapi menurut pandangan Allah bagaimana? Cuba lihat bagaimana Nabi Muhammad membawakan hadis Musa.

    20:9. Sudahkah datang kepada kamu hadis Musa?

    20:10. Apabila dia melihat api, dan berkata kepada keluarganya, “Menetaplah kamu di sini; aku melihat api. Mudah-mudahan aku mendatangkan kepada kamu sepotong kayu yang bernyala, atau aku mendapati di api, petunjuk.”

    Kenapa Muhammad tidak sandarkan hadis Musa atas nama-nama si polan seperti mana imam-imam selepas Muhammad sandarkan hadis Muhammad atas nama si polan? Bukankah ada perbezaan di situ? Perbezaan itulah yang merendahkan taraf riwayat hadis berbanding Al Quran (itu belum kita bandingkan mutu isi kandungannya) kerana si polan tidak lari daripada kesilapan sedangkan Allah yang menceritakan pasal Musa itu tidak mungkin buat salah.

    “Ahmad:Soalan saya, bagaimana Tuan boleh pastikan yang Nabi telah pun memeriksa sesuatu ayat tersebut betul atau pn tidak penulisannya?”

    Nabi boleh menggunakan perbandingan (Furqaan). Jika yang diturunkan kepadanya tidak sama seperti yang dicatatkan, bukankah wujud perbezaannya?

    Samalah macam saya copy tulisan TM dan kemudian saya tukar ikut pendapat saya sendiri, maka sementara TM masih hidup, dia boleh kesan perubahan dalam tulisan yang saya copy itu.

    Tetapi kalau 200 tahun nanti, ada orang bawa cerita kononnya TM pernah cakap itu dan ini sedangkan waktu itu TM sudah tiada, bagaimana TM nak pastikan apa yang diceritakan tentang dirinya itu benar atau palsu? Apatah lagi yang diceritakan itu bercanggah pula dengan banyak posting-posting asal TM, lagi-lagilah tak boleh main percaya cerita-cerita bawaan mulut si polan bin si polan itu.

    Begitulah perumpamaannya.

    Juang

    January 13, 2011 at 6:19 am

  20. Assalamualaikum…

    Terima kasih atas penjelasn Tuan TM dan Tuan Juang..

    Tuan Juang menulis:
    “Itu menurut pandangan manusia, tetapi menurut pandangan Allah bagaimana? ”

    Soalan saya, bagaimana Tuan Juang boleh buktikan yang ayat-ayat yang Tuan pamerkan di sini pandangan Allah? Apakah benar ianya Kitab Tuhan atau karangan bangsa arab?

    Tuan Juang menulisa:
    “Nabi boleh menggunakan perbandingan (Furqaan). Jika yang diturunkan kepadanya tidak sama seperti yang dicatatkan, bukankah wujud perbezaannya?”

    Soalan saya: Bagaimana Tuan Juang boleh buktikan yang Nabi telah menggunakan Furqaan utk memastikan apa yang di catatkan benar seperti yang diturunkan? Apakah ada bukti Kitab yang diturunkan di zaman Nabi itu adalah sama dengan Kitab yang Tuan pamerkan di sini?

    Bagaimana Tuan tahu ayat-ayat yang Tuan pamerkan di sini sama dengan Kitab yang diturunkan kepada Nabi? Apa buktinya…

    Ahmad

    January 13, 2011 at 10:09 am

  21. Apa yang penting dilakukan adalah baca dan faham Al Qur’an untuk mendapat pengetahuan. InsyaAllah petunjuk akan turun dengan kefahaman isi kitab itu. Kalau tak baca macamana nak faham. Ada lebih 2000 ayat berkenaan sains yang sebahagiannya telah terbukti melalui kajian sains adalah benar. Buku ini bukan main teka saja fenomena saintifik yang boleh di verify & quantify itu. Tak pernah sekalipun buku ini buat silap. Banyak artikel yang menerangkan perkara ini dalam internet. Ada juga artikel lain yang memberitahu kita ada formula tertentu dalam kitab ini yang menyebabkan ia terpelihara dari sebarang korupsi. Ini boleh jadi maklumat tambahan dan memperdalam kepercayaan kita terhadap kitab ini.Lepas kita percaya barulah persepsi akan menjadi tajam untuk mudah “reflect” ayat-ayat Al Qur’an. Kalau masih sangsi bahawa ianya peringatan, penjelas dan pembeza dari Allah memang tak boleh faham.

    gertim

    January 13, 2011 at 4:44 pm

  22. You may be asking what proof is there that this really is from God but then God is asking you “What if this IS from God and you reject it?” Bukankah tanggungjawab kita untuk periksa perkara ini dengan sepenuh daya dan upaya kita sendiri. Semua orang perlu berusaha untuk percaya kerana semua orang perlu mati.

    gertim

    January 13, 2011 at 6:13 pm

  23. Assalamualaikum…

    Terima kasih Tuan Gertim atas penjelasan yang sangat hebat. Saya terharu.

    Ahmad

    January 13, 2011 at 7:17 pm

  24. Salam,

    “Ahmad: Soalan saya, bagaimana Tuan Juang boleh buktikan yang ayat-ayat yang Tuan pamerkan di sini pandangan Allah? Apakah benar ianya Kitab Tuhan atau karangan bangsa arab?”

    Soalan yang bagus untuk kita menguji sejauh mana kebenaran Al Quran.

    Saya kira saudara adalah seorang yang percaya kepada Allah sebagai Pencipta alam semesta ini (bukannya “Allah” pada kalimat sahaja). Allah mencipta alam semesta ini dengan benar. Ada hukum-hukum yang jelas yang boleh kita fikirkan, kaji dan fahami.

    Persoalannya, pernah tak saudara jumpa mana-mana ayat Al Quran yang bercanggah dengan hukum-hukum Allah yang wujud di alam semesta ini? Umpamanya dalam sains, jika ada cahaya, maka keadaan menjadi terang. Pernah tak saudara jumpa ayat Al Quran mengatakan cahaya menyebabkan keadaan menjadi gelap? Kalau saudara jumpa percanggahan-percanggahan seumpama itu, jelas menunjukkan Al Quran bukannya daripada Tuhan.

    Sebaliknya, kalau saudara tidak dapat membuktikan Al Quran itu bercanggah dengan apa yang Allah tetapkan di alam semesta ini, itu membuktikan Al Quran adalah Kitab Allah.

    Sama konsepnya macam kita jumpa buku manual kereta yang sama dengan spesifikasi yang Proton tetapkan, maka secara logiknya itu menunjukkan buku manual tersebut dikeluarkan oleh Proton.

    “Ahmad: Bagaimana Tuan Juang boleh buktikan yang Nabi telah menggunakan Furqaan utk memastikan apa yang di catatkan benar seperti yang diturunkan?”

    25:1. Berkatnya Dia yang menurunkan Pembeza (Furqaan) kepada hamba-Nya agar dia menjadi seorang pemberi amaran bagi semua alam.

    Sebagai salah seorang pemberi amaran, Nabi diturunkan Pembeza. Jadi sebagai orang yang tahu membezakan, takkanlah baginda tidak tahu perbezaan wahyu yang disampaikan kepadanya sendiri dengan apa yang si polan dan si polan katakan tentang dirinya?

    Sedangkan hari ini pun kita selalu jumpa artis yang tahu membezakan apa yang dia pernah katakan dengan apa yang wartawan tulis artis itu cakap itu dan ini. Jadi tak logik kita nak rendahkan tahap keupayaan untuk membezakan berbanding artis hari ini, sehingga baginda tidak tahu membezakan Al Quran yang diwahyukan terus kepada dirinya dengan cakap-cakap si polan tentang dirinya?

    “Ahmad: Apakah ada bukti Kitab yang diturunkan di zaman Nabi itu adalah sama dengan Kitab yang Tuan pamerkan di sini?
    Bagaimana Tuan tahu ayat-ayat yang Tuan pamerkan di sini sama dengan Kitab yang diturunkan kepada Nabi? Apa buktinya…”

    Biarpun Nabi hidup di zaman yang berbeza dengan kita, tetapi Tuhan yang mencipta Nabi dan kita adalah sama. Dan Tuhan itu jugalah yang menciptakan alam semesta ini.

    Nabi adalah orang yang menyampaikan apa yang Allah turunkan kepadanya. Jadi, jika ayat-ayat Al Quran yang dikemukakan di sini masih terpelihara kebenarannya sama seperti yang Allah tetapkan di semesta alam ini, itu menunjukkan ia datang daripada Tuhan dan pernah disampaikan oleh Nabi.

    Melainkan ada sesiapa dapat buktikan ayat-ayat Al Quran yang dikemukakan di sini itu saling bercanggah antara satu sama lain, maka kita boleh terima ia bukannya A Quran yang pernah Nabi sampaikan. Sama seperti yang terjadi kepada kitab bible di mana wujudnya kontradiksi di antara ayat-ayatnya kerana telah berlaku percampuran di antara benar dengan bathil.

    Contohnya dalam Injil, tiada suruhan Allah menjadikan mana-mana manusia sebagai anakNya. Tetapi bila dicampurkan dengan gospel, wujud kisah Al Masih diangkat sebagai anak Tuhan. Maka wujud pertentangan dalam kitab tersebut bila benar dan dusta dicampur-adukkan.

    Jika berlaku pertentangan sebegitu terhadap ayat-ayat Al Quran yang dikemukakan itu, maka bolehlah kita anggap ayat-ayat Al Quran itu bukan lagi yang pernah disampaikan oleh Nabi.

    Perlu kita fahami, yang penting mesej terkandung dalam Al Quran itu benar atau dusta untuk membezakan ia pernah disampaikan oleh Nabi atau tidak. Sebabnya, tidak logik seorang Nabi itu kuat berdusta.

    Juang

    January 15, 2011 at 12:10 pm

  25. Salam,

    “Gertim: You may be asking what proof is there that this really is from God but then God is asking you “What if this IS from God and you reject it?” Bukankah tanggungjawab kita untuk periksa perkara ini dengan sepenuh daya dan upaya kita sendiri. Semua orang perlu berusaha untuk percaya kerana semua orang perlu mati.”

    Terima kasih di atas peringatan itu. Maka kita boleh faham apa yang TM lakukan dalam blog ini adalah untuk mengajak kita sama-sama periksa isi kandungan Al Quran sedaya yang mungkin dan bukannya “take for granted” terhadap kepercayaan yang bapa-bapa kita amalkan selama ini.

    Sudah pasti mula-mula kita belajar Al Quran itu kita banyak buat salah. Tetapi kalau kita selalu baca dan kaji berulang-ulang, lama-lama akan datang juga kefahaman Al Quran itu.

    Tapi kalau awal-awal sudah ada sikap menolak seperti “tidak boleh fikir Al Quran guna akal sendiri”, bila masa Allah nak turunkan kefahaman Al Quran itu dalam hati kita sebab Dia sudah nampak niat yang tak betul dalam hati kita itu.

    Allah lebih tahu dalam hati manusia itu ada tekad nak faham Al Quran atau tidak. Itu yang menentukan kejayaan mereka akan faham Al Quran atau tidak.

    Sebenarnya bukan dalam memahami Al Quran sahaja, dalam memahami ilmu-ilmu sains yang lain pun memerlukan tekad dan keazaman yang tinggi untuk berjaya.

    Juang

    January 15, 2011 at 12:17 pm

  26. Salam Juang. Terima Kasih kembali.

    Kalau betu-betul kita tengok dalam Al Qur’an tu ada hadis ramai nabi-nabi dari Nabi Adam, Ibrahim, Ismail, Yusuf , Musa, Isa dan Muhammad sendiri. Selain itu ada juga yang diucapkan oleh Iblis, Firaun, orang yang tidak percaya, orang yang percaya seperti Luqman, Maryam hatta oleh binatang seperti semut dan burung hud-hud. Hadis itu pula unik hingga sampai apa yang diperkatakan di akhirat pun ada diperturunkan dalam Kitab ini. Nothing escapes the scrutiny of the Qur’an. Tak perlu dah kita cari dan percaya apa-apa yang disandarkan kepada mana-mana orang lain yang tidak terjamin ketulinannya. Cuba check dalam Qur’an siapa “Muazzin” dan apa yang diazankannya dan dari mana dia berazan itu.

    gertim

    January 15, 2011 at 5:43 pm

  27. Terima kasih Tuan Juang atas penerangan…

    Tuan Juang seolah berhujah dengan ayat 25:1 dalam membuktikan bahawa Al-Quran yang ada sekrang adalah Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi. Namun, dalam ayat tersebut tidak ternampak satu bukti yang kukuh pun membuktikan bahawa Al-Quran yang ada sekarang adalah sama dengan apa yg Tuan pamerkan sekarang…

    Tuan Gertim pula cuba berhujah dengan fakta sains yang ada didalam Al-Quran. Tuan Gertim menulis “Ada lebih 2000 ayat berkenaan sains yang sebahagiannya telah terbukti melalui kajian sains adalah benar. Buku ini bukan main teka saja fenomena saintifik yang boleh di verify & quantify itu”.

    Bagi saya kebenaran Al-Quran bukanlah bergantung pada penemuan sains… Ianya adalah Kitab yang memberikan petunjuk…

    Tuan Gertim juga menulis:
    “Ada juga artikel lain yang memberitahu kita ada formula tertentu dalam kitab ini yang menyebabkan ia terpelihara dari sebarang korupsi.”

    Erm.. Mungkin Tuan boleh kongsikan dengan kami formula tersebut?

    Ahmad

    January 15, 2011 at 7:47 pm

  28. Salam

    “Ahmad: Tuan Juang seolah berhujah dengan ayat 25:1 dalam membuktikan bahawa Al-Quran yang ada sekrang adalah Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi.Namun, dalam ayat tersebut tidak ternampak satu bukti yang kukuh pun membuktikan bahawa Al-Quran yang ada sekarang adalah sama dengan apa yg Tuan pamerkan sekarang…”

    Saya yakin mesej Al Quran yang dikemukakan di sini sama seperti yang disampaikan oleh Nabi kerana pengajaran ayatnya diterima akal yang waras.

    Ayat 25:1 menunjukkan keupayaan membeza itu dimiliki oleh nabi kerana diturunkan oleh Allah agar Nabi memberi amaran bagi sekalian alam. Memang terbukti masuk akal ayat ini kerana kalau Nabi tak tahu beza baik atau buruk, mana mungkin dia layak memberi amaran kepada orang lain?

    Saya yakin pada Al Quran kerana mesej dan pengajarannya ada suatu yang mudah diterima oleh akal yang waras. Kalau sesuatu yang waras difikirkan pun kita tidak percaya, takkanlah kita nak percaya kepada sesuatu yang tidak waras?

    Juang

    January 15, 2011 at 9:35 pm

  29. Try “The Amazing Quran” atau “The Basis Of Muslim Belief” by Prof Gary Miller

    gertim

    January 15, 2011 at 9:41 pm

  30. Salam,

    “Gertim: Kalau betu-betul kita tengok dalam Al Qur’an tu ada hadis ramai nabi-nabi dari Nabi Adam, Ibrahim, Ismail, Yusuf , Musa, Isa dan Muhammad sendiri.”

    Benar. Walaupun Muhammad menyampaikan hadis-hadis para Nabi yang beribu tahun lamanya daripada zaman baginda, tidak ada nama si polan pun disandarkan untuk memastikan kesahihan hadis-hadis para Nabi terdahulu itu.

    Namun, bagaimana ada orang yang hidup selepas 200 tahun kewafatan Muhammad terpaksa bersandarkan dengan pelbagai nama-nama si polan untuk mengatakan hadis Muhammad itu sahih?

    Yang sahihkan sesuatu hadis itu Allah ke atau si polan? Dan manusia itu percaya kepada Allah ke atau si polan?

    Begitulah Allah nak menguji manusia hari ini sama ada mereka percaya kepadaNya atau kepada si polan. Nak mengaku mulut “aku beriman pada Allah”, semua orang mudah-mudah cakap. Tetapi Allah lebih Tahu siapa sebenarnya yang meletakkan kepercayaan penuh kepadaNya semata-mata.

    Manusia yang nak menipu Allah, hakikatnya mereka sebenarnya menipu diri mereka sendiri.

    Juang

    January 15, 2011 at 9:43 pm

  31. Salam Gertim,

    Terima kasih dengan perkongsian tulisan Prof Gary Miller itu tentang Al Quran itu. Ironi macam mana ramai orang Melayu meletakkan Al Quran lebih rendah daripada riwayat hadis (al Quran setakat dilagu-lagukan sedangkan riwayat hadis dibaca dan dijadikan sumber hukum utama)?

    Juang

    January 15, 2011 at 9:51 pm

  32. Salam Juang. Itula pasal. Saya tengok dalam Al Kulliyah yang pasal sembahyang pada Jumaat lepas macam-macam peraturan Ustaz persembahkan siap ada pelakon lagi. Pada saya ini bukti bahawa mereka terlalu mengutamakan hadis sebab kalau kita semak dalam Quran tak ada pun benda tu. Pernah sekali saya kena marah dengan kawan bila saya sebut pasal hadis siap tanya lagi “Kalau tolak hadis macamana nak sembahyang?” Pada saya confirm la macam tu benda sembahyang ni tak ada dalam Quran.

    gertim

    January 15, 2011 at 10:19 pm

  33. Assalamualaikum…

    Terima kasih Tuan Jaung atas penjelasan.
    Terima kasih Tuan Gertim atas perkongsian tulisan Prof Gary tu tentang Al-Quran…

    Ahmad

    January 17, 2011 at 11:33 am

  34. Assalamualaikum…

    Tuan Gertim mencadangkan artikel Prof Gary. Saya telah pn membacanya. Persoalannya, bahagian mana yg menyatakan ada formula tertentu dalam Al-Quran ini yang menyebabkan ia terpelihara dari sebarang korupsi.

    Boleh Tuan Gertim jelaskan?

    Ahmad

    January 19, 2011 at 9:07 am

  35. Ianya berkisar tentang “self-reference” yang diberikan penerangan lanjut oleh Muhammad Asadi melalui tulisannya yang lebih terperinci, berdasarkan “The Amazing Quran” oleh Prof Gary Miller tersebut. Saya fikir tidak ada satu buku lain dalam dunia yang memiliki formula sedemikian. Kalau ini tidak dapat meyakinkan bahawa Al Quran itu unik bukan ciptaan manusia, maka terpulanglah.

    gertim

    January 19, 2011 at 11:10 am

  36. Assalamualaikum…

    Terima kasih atas perkongsian Tuan Gertim. Saya amat menghargainya.

    Ahmad

    January 19, 2011 at 11:43 am

  37. Salam

    TerimaKasih kembali Tuan Ahmad. Saya perhatikan tuan seorang yang “well read” dan mempunyai kecekalan untuk cuba memahami dengan mendalam tentang semua perkara berkaitan ketuhanan. Saya tidak dapat mencerap tentang pandangan tuan tentang hadis. Yang saya lihat tuan tidak terpengaruh hingga taksub dengannya sebaliknya berfikiran terbuka dalam verifying kesemua perkara. Ini langkah bijak dan syabas diucapkan. Persoalannya bagi saya, mereka yang taksub kepada hadis ini bercanggah pendirian mereka. Kalau dalam bab makan, jika satu kawah sup tercampur dengan satu hirisan babi, mereka tolak kesemuanya. Tapi dalam soal kepercayaan pula mereka ambil hadis yang sifatnya bercampur antara yang “sahih manusia”, daif dan sebagainya dan jadikan hukum. Itu yang saya tak setuju.

    gertim

    January 21, 2011 at 8:47 am

  38. Terima kasih kembali kepada Tuan Gertim…

    Saya bersetuju dengan pandangan Tuan. Manusia hari ini tidak minat utk menyelidik perkara yg diamalnya. Teruskan mengkaji. Suasana perbincangan yg harmoni.

    Ahmad

    January 21, 2011 at 6:19 pm

  39. Salam Gertim,

    Gertim: Persoalannya bagi saya, mereka yang taksub kepada hadis ini bercanggah pendirian mereka. Kalau dalam bab makan, jika satu kawah sup tercampur dengan satu hirisan babi, mereka tolak kesemuanya. Tapi dalam soal kepercayaan pula mereka ambil hadis yang sifatnya bercampur antara yang “sahih manusia”, daif dan sebagainya dan jadikan hukum. Itu yang saya tak setuju.

    Benar. Mengapa bab makan, mereka begitu takut kalau tercampur dengan unusr-unsur babi. Tetapi bab santapan rohani, mereka tidak hirau pun jika sesuatu ajaran itu tercampur dengan unsur-unsur dusta.

    Cuba lihat dalam Al Quran, berapa banyak kisah penghuni neraka nanti adalah di kalangan orang-orang yang mendustakan? Jadi bukankah dusta itu lebih berat lagi hukuman dan kesan buruknya daripada makan babi?

    Bukanlah kita nak promosi kepada manusia supaya makan babi, tetapi nak promosi kepada manusia agar berkata benar dan jujur agar tidak menelan ajaran-ajaran dusta tanpa usul-periksa.

    Bila manusia berhati-hati daripada mendengar sesuatu yang dusta, maka fitnah dan tohmahan sukar hendak berleluasa dalam masyarakat.

    Juang

    January 22, 2011 at 9:56 am

  40. saya tertarik denga pemelihraan al-Quran. Saya juga hendak tanya al-Quran sampai kepada kamu dengan jalan apa? Mustahil tuhan sampaikan kepada kamu kerana jarak kamu dengan Nabi Muhamad sekitar 1408 tahun maseh. Mustahil juga kamu berjumpa dengan rasulullah SAW dan mendengar sendiri bacaan2 wahyu ketika wahyu turun.Selepas Rasulullah wafat kamu mengatakan al-Quran sudah lengkap sempurna dibukukan.Ini salah fakta. Sejarah atau sirah para sahabat selepas Rasulullah wafat mereka berusaha compile al-quran dari 7 qiraat dan ketika Saidina Uthman bin Affan menjadi Khalifah beliau hanya benarkan mushaf Uthman sahaja untuk elak perselisihan bacaan 7 qiraat. Bagaimana kamu dapat buktikan susunan seperti al-Quran yang ada sekarang adalah dari Nabi Muhamad.Bagaimana para sahabat dahulu kumpul quran dari kalangan sahabat yang pada ketika itu bertebaran di wilayah2 yang dikuasai Islam. Boleh terangkan?Siapa yang akan pelihara al-Quran dan bagaimana pemeliharaan itu berlaku selepas Rasulullah wafat. Bagaimana al-Quran sampai kepada kamu?

    awang haron

    September 10, 2018 at 8:22 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: