Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Kiblat kita adalah batasan ketetapan yang telah direstui Tuhan

with 36 comments

Kita tahu golongan penyekutu Tuhan sentiasa mempunyai kiblat atau arah sembahan masing-masing. Tetapi sebagai Muslim kita tidak memerlukan kiblat atau arah sembahan seperti mereka. Sebagai Muslim kita tidak menyembah apa-apa.

Hidup kita adalah semata-mata untuk berbakti atau berkhidmat kepada Tuhan melalui kepatuhan kepada ketetapan-ketetapan yang telah direstui Tuhan (masjidillah). Kita tidak memerlukan arah sembahan yang bersifat menyekutukan Tuhan.

Surah Al-Fatihah:

Dengan nama Tuhan, yang Pemurah dan Penyayang.  Pujian bagi Tuhan – Empunya kepada yang berpengetahuan. Yang Pemurah, Yang Penyayang. Yang Berkuasa pada hari pembalasan. Engkau sahaja kami berbakti dan Engkau sahaja kami mohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan mereka yang patuh. Jalan yang Engkau telah berikan nikmat – bukan mereka yang dimurkai – dan bukan juga mereka yang sesat.

6:162  “Katakanlah: “Sesungguhnya komitmenku dan pengorbananku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Tuhan, Empunya yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

Arah tumpuan atau kiblat kita adalah berkaitan prinsip dan nilai, aturan dan peraturan, contoh dan teladan, penyelidikan dan pembangunan dan sebagainya – yang semuanya boleh kita kembalikan kepada Al-Quran dan rasul dan hasilnya akan membawa manusia kepada nikmat Allah  – melihat keagungan serta kebesaran Tuhan dan menghargai limpah kurnia serta belas kasihNya terhadap manusia.

Untuk memahami apakah yang telah Tuhan jelaskan kepada kita tentang arah tumpuan atau kiblat, kita boleh mulakan dengan membaca dari ayat 2:142.

2:142  Yang bodoh di kalangan orang akan bertanya: “Apa yang membuatkan mereka mengubah arah tumpuan di mana mereka berada?” Beritahu mereka: “Kepada Tuhan kepunyaan Timur dan Barat. Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan mereka yang patuh.”

Maknanya kalau golongan penyekutu Tuhan tanya kita, habis kalau tak ada kiblat kamu nak berkiblatkan apa? Maka kita kena jawab sepertimana Tuhan ajar iaitu, beritahu mereka apa saja di Timur dan Barat adalah milik Tuhan. Kita tak perlu arah tumpuan atau kiblat untuk disekutukan secara spesifik kepada Tuhan.

Kita harus berpegang kepada rasional dalam perkara ini supaya kita dapat menjelaskan kepada kepada orang lain dan menjadi saksi kepada mereka dan di akhirat nanti rasul juga akan menjadi saksi bersama-sama kita.

Malah Tuhan turut membuat penegasan bahawa Dia tidak menetapkan sebarang arah tumpuan atau kiblat yang berada di mukabumi (yang mana kita di atasnya). Tuhan kata memang susah (berat) untuk menerima hakikat ini, kecuali jika kita mendapat petunjuk Tuhan.

2:143  Dan begitulah kami menjadikan kamu umat yang diutamakan supaya kamu menjadi saksi kepada orang lain dan supaya rasul bersama kamu sebagai saksi. Dan Kami tidak menjadikan arah tumpuan yang kamu sendiri di atasnya – tetapi Kami tahu siapa yang akan menuruti rasul – dari mereka yang berpaling di atas tumit mereka. Sesungguhnya ia adalah berat kecuali kepada mereka yang telah diberi petunjuk oleh Tuhan. Dan Tuhan tidak akan mensia-siakan kepercayaan kamu. Sesungguhnya Tuhan Penyayang, Mengasihani manusia.

Selain dari itu, Tuhan juga memberitahu kita bahawa semua umat penerima Al-Kitab Allah sebenarnya kenal kiblat atau arah tumpuan – yang hak – yang Tuhan tetapkan melalui Al-Quran kerana ia menepati apa yang telah disampaikan kepada mereka sebelum ini. Tuhan kata mereka mengenalinya seperti mereka mengenali anak sendiri.

Begitulah universalnya ketetapan tentang kiblat atau arah tumpuan kepada semua umat penerima Al-Kitab.

Tuhan kata sebenarnya ramai di kalangan mereka yang tahu mengenai perkara itu tetapi menyembunyikan kebenaran mengenainya. Mungkin mereka dikaburi  kecenderungan terhadap amalan-amalan mempersekutukan Tuhan atau mungkin juga kerana tidak mahu melepaskan keuntungan yang dapat dijana akibat penyembunyian itu.

2:146  Mereka yang telah kami berikan Al-Kitab – mereka mengenalinya sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri. Sebenarnya ramai di kalangan mereka – tetapi mereka menyembunyikan kebenarannya – dan mereka tahu dengan sebenar-benarnya.

Oleh itu kita tidak harus ragu-ragu terhadap kebenaran yang Tuhan sendiri telah bawakan kepada kita melalui Al-Quran dan tidak terjerumus ke dalam perangkap kekufuran yang dipasang oleh golongan penyembunyi kebenaran yang hanya mahu mempergunakan kita.

Walaupun begitu, saya setuju jika para pembaca budiman berpendapat keraguan dan kebimbangan itu sukar diatasi kerana ia bermakna kita terpaksa menolak atau membuang semua kepercayaan kita sebelum ini dan menjadi terasing dalam masyarakat atau mungkin dalam keluarga sendiri. Tetapi kita tidak ada pilihan. Kita tidak boleh ragu-ragu dalam perkara ini.

2:147  Kebenaran adalah dari Tuhan kamu, jadi elakkan dari menjadi mereka yang ragu-ragu.

Dan Tuhan meyakinkan kita supaya jangan bimbang tentang orang lain. Kita patut tumpu kepada diri kita sendiri. Tuhan suruh kita berlumba ke arah berbuat kebaikan berasaskan kepada prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni pada setiap masa dan di mana saja. Jika itu yang kita lakukan, Tuhan akan letakkan kita di hadapan atau dengan kata lain, Tuhan akan bantu kita menjadi seseorang atau satu umat yang berjaya.

2:148  Dan setiap orang adalah tumpuannya sendiri. Maka kamu harus berlumba ke arah nilai-nilai yang murni – setiap masa dan di mana saja kamu berada Tuhan akan meletakkan kamu di hadapan, semua kamu bersama-sama. Sesungguhnya Tuhan mengatasi setiap apa saja – sangat jitu.

Jadi apakah prinsip-prinsip dan nilai-nilai berkenaan? Tentulah semuanya berkaitan batasan ketetapan yang direstui Tuhan iaitu, masjidilharam.

2:149  Dan dari mana pun kamu pergi – maka kamu harus tumpukan kepada batasan ketetapan yang telah direstui (masjidilharam). Dan sesungguhnya ia adalah kebenaran dari Tuhan kamu dan Tuhan tidak akan gagal untuk memberi perhatian kepada apa saja perbuatan kamu.

Sekarang lebih jelaslah kepada kita bahawa perkataan masjid bermaksud ketetapan yang direstui dan masjidilharam bermaksud batasan ketetapan yang direstui. Semua perincian mengenai kedua-duanya terdapat di dalam Al-Quran. Itulah tujuan Al-Quran diturunkan. Supaya kita membacanya. Supaya kita tidak sesat. Supaya kita sentiasa berada dalam batasan ketetapan yang telah direstui Tuhan.

Kita tidak perlu mendongak ke langit atau ke mana-mana pun untuk berada dalam batasan cara hidup yang direstui Tuhan.  Baca sajalah Al-Quran yang Tuhan bekalkan kepada kita. Di dalamnya mengandungi semua perkara yang kita perlu tahu. Petunjuk jalan yang lurus.

Itulah yang sepatutnya menjadi tumpuan kita supaya kita menjadi manusia yang fokus  kepada nilai-nilai dan amalan-amalan yang membawa manfaat di bumi Allah. Supaya kita berjaya menjadi khalifah seperti yang dimatlamatkan Tuhan terhadap kita. Yang Tuhan yakin kita mampu melakukannya. Supaya kita dapat buktikan bahawa Tuhan betul dan iblis salah.

2:144 Sesungguhnya kami nampak kamu mengolah tumpuan kamu ke arah langit. Jadi kami palingkan kamu ke satu arah yang kamu sukai. Oleh itu tumpukan tumpuan kamu ke arah batasan ketetapan yang direstui (almasjidi alharami). Dan di mana pun kamu berada maka tumpukan perhatian kamu kepadanya. Dan sesungguhnya mereka yang telah kami berikan Al-Kitab pasti tahu yang ia sememangnya kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Tuhan tidak pernah gagal untuk memberi perhatian dari semua perbuatan mereka.

Jika kita sudah faham hakikat kiblat yang diajar Allah ini, kita akan dapat memahami dan melihat dengan jelas bahawa pertelagahan golongan penyekutu Tuhan yang mengaku kononnya kiblat masing-masing sahajalah yang betul sebenarnya hanyalah palsu dan sia-sia belaka.

Bagaimanapun kalau kita tunjuk semua bukti tentang kepalsuan dan penipuan yang mereka bawa tentang kiblat kepada para penyekutu Tuhan, mereka tidak akan menerima bukti-bukti atau hujah kita. Malah di kalangan mereka sendiri pun masing-masing ada kiblat sendiri dan masing-masing kata mereka saja yang betul. Menurut Tuhan, mereka adalah orang-orang yang sombong atau ego. Oleh itu biarlah mereka dengan kepalsuan dan ego mereka dan jangan sekali-kali kita menuruti mereka membuat zalim.

2:145 Dan walaupun jika kamu membawa kepada mereka yang telah diberi Al-Kitab segala bukti – mereka tidak akan menurut arah tumpuan kamu – dan kamu – mestilah tidak menurut arah tumpuan mereka. Dan mereka (di antara umat penerima Al-Kitab) tidak menurut arah tumpuan satu sama lain. Dan jika kamu ikut ego mereka – dari apa yang telah sampai ke pengetahuan kamu – sesungguhnya kalau kamu buat begitu – kamu akan tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim.

Sebagai penutup, cuba renungkan dalam-dalam mengapa Tuhan menggunakan istilah “mereka yang telah diberi Al-Kitab” dalam 2:145 di atas? Kenapa bukan Kristian atau Yahudi dan seumpamanya?

2:145 Dan walaupun jika kamu membawa kepada mereka yang telah diberi Al-Kitab segala bukti – mereka tidak akan menurut arah tumpuan kamu….

Written by tolokminda

February 7, 2010 at 12:45 pm

36 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Antara baik dan jahat, atas batasan yang memisahkannya. Antara benar dan palsu, ada batasan yang memisahkannya. Antara terang dan gelap, ada batasan yang memisahkannya.
    Antara Tuhan dan makhluk, ada batasan yang memisahkannya. Jika batasan itu dilanggari (disama-tarafkan), akan runtuhlah langit dan hancurlah bumi.

    Manusia akan hilang rasional dan kewarasan, bila batasan2 tersebut dilanggari. Sebab itulah dalam hidup ini, kita kena jelas berpegang pada bukti2 yang kukuh agar yang benar dipisahkan daripada yang bathil. Mana boleh main agak2 dan persangkaan atas alasan, “ada sahabat nampak Nabi buat macam itu”.

    Di akhirat kelak, kenalkah kita rupa paras sahabat Nabi itu untuk kita tanya dia, “benarkah engkau nampak Nabi melakukan macam itu?”. Dibuatnya kita tidak jumpa orang yang kita agak2 itu, macam mana nak berhadapan dengan Allah kelak? Apakah Tuhan itu boleh dikelentong?

    Oleh itu, hidup kita kena fokus kepada mencari bukti2 yang jelas dan kukuh. Nak buat sesuatu perkara, biar kita tahu apa tujuannya. Bukan mana “taram” atau agak2 atau menurut amalan majoriti orang. Mana2 yang tiada bukti, tidak menjadi kesalahan kita menjauhinya demi memelihara diri daripada menyekutukan Allah.

    Fokus pada hidup mencari bukti2 kebenaran itulah kiblat bagi orang yang beriman. Sebab itulah Al Quran bawa kisah para Nabi suka bertanya sesuatu amalan tradisi, seperti kisah Nabi Ibrahim. Fokus hidup baginda hanya mencari bukti2 kebenaran. Biarpun bapanya tidak merestui, yang pentingnya dapatkan restu Allah dahulu. Sebab yang ciptakan kita adalah Allah bukannya manusia.

    Apalah erti hidup sekadar mengejar restu pembesar agama atau masyarakat, tetapi apa yang kita buat itu tidak direstui Allah. Bukankah satu yang sia2 dan rugi?

    Biarlah hidup terasing dari kaum kerabat sendiri demi mendapat restu Allah. Itulah yang para Nabi dan Rasul terdahulu lalui.

    Juang

    February 7, 2010 at 3:24 pm

  2. Di dalam Al-Quran, Tuhan selalu ingatkan kita supaya jangan menjadi orang atau kaum atau umat yang suka melampaui batas. Sesungguhnya mereka yang mendapat balasan buruk dari Tuhan adalah mereka yang asyik melampaui batas.

    Apakah batasan yang mereka langgar?

    Itulah batasan ketetapan yang telah direstuiNya. Jadi tumpukanlah perhatian kita kepada ketetapan-ketetapan yang telah direstui Tuhan supaya kita tidak menjadi orang yang melampaui batas.

    tolokminda

    February 7, 2010 at 3:37 pm

  3. SALAM TM..

    kenapa agaknya nabi mendogak kelangit sehingga di tegur tuhan .

    slipar

    February 7, 2010 at 3:57 pm

  4. Salam Slipar,

    Saya tak tau. Mungkin Nabi memohon bantuan Tuhan untuk memberi penjelasan. Tapi itu andaian saya saja. Yang penting sekarang kita tahu apakah kiblat kita. Itu sudah cukup baik.

    tolokminda

    February 7, 2010 at 4:02 pm

  5. Salam,

    Pada andaian saya pula, Nabi seorang yang meminati bidang aero angkasa. Barangkali baginda bercita2 mencipta kenderaan untuk membawa manusia meneroka angkasa. Namun usaha nak tembusi angkasa perlukan kekuatan terutama kekuatan minda.

    Minda seorang manusia tidak cukup nak teroka angkasa yang luas. Maka perlu sedarkan masyarakat agar jadi masyarakat yang rajin berfikir.

    Untuk sedarkan masyarakat tentang kepentingan berfikir, kena mulakan daripada diri kita sendiri. Kita kena hidup berpandukan logik dan rasional. Tunjukkan teladan kelebihan hidup berfikir kepada masyarakat yang sudah berkarat dengan ajaran2 yang membelenggu minda.

    Juang

    February 7, 2010 at 4:09 pm

  6. Wow.. Andaian tuan Juang benar-benar di luar jangkauan saya. Tapi iyelah, the sky is the limit kan : )

    tolokminda

    February 7, 2010 at 4:21 pm

  7. Sekadar andaian aje. Apa2 pun, berbalik pasal kiblat, rasanya memang sukar kebanyakan orang Islam hari ini nak beralih daripada kiblat mereka sekarang kerana ia berkait rapat dengan amalan ritual terpenting bagi mereka iaitu sembahyang.

    Selagi mereka tidak dapat terima definasi solat yang sebenar, jangan harap mereka boleh terima perubahan arah kiblat itu.

    Barangkali, ketika Rasulullah sampaikan ayat 2:144 itu, gemparnya masyarakat pada waktu itu sudah dibiasakan dengan dengan satu arah kiblat dalam amalan agama mereka.

    Kini Allah perlihatkan ulang tayangnya. Cuma berada di alam siber.

    Juang

    February 7, 2010 at 4:45 pm

  8. Salam Tolokminda,

    Saya juga sependapat dengan Tolokminda “Kiblat” yang dimaksudkan dalam ayat-ayat dipetik diatas merujuk kepada “tumpuan” kepada Al Quran. Saya berkata bagitu sebab selepas habis saja tajuk ‘Kiblat’ ayat selanjutnya mengesahkan:

    “Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang rasul diantara kamu yang membacakan ‘Ayat-Ayat’ Kami yang mensucikan kamu dan mengajar kamu Kitab itu dan hikmah dan mengajarkan kamu apa yang kamu belum tahu.” (2:151)

    Tak mungkin dengan menghadapkan tumpuan kita kepada sebuah bangunan kita akan dapat menikmati apa yang disebut dalam ayat diatas.

    Seperti Nabi Ibrahim yang mencari-cari Allah dengan merenung kearah langgit, akhirnya beliau mengunakan akalnya lalu membuat rumusan dan mengumumankannya kepada kaumnya:

    “Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas dari apa yang kamu mempersekutukan – sesungguhnya aku mempfokuskan fokus aku kepada yang mencipta langgit dan bumi secara ikhlas – dan aku tidak termasuk orang-orang yang mempersekutukanNya.” (6:78-79)

    Kepada orang-orang yang tidak boleh mengunakan akal tak perlulah bertanya “Kenapa agaknya Nabi mendogak kelangit sehingga ditegur Tuhan.”

    Sekiranya rasul mengolahkan mukanya kelanggit ianya bukanlah satu perbuatan yang ganjil – sebab perbuatan ini biasanya dilakukan oleh orang-orang bijak pandai atau (ulil-albab).

    “Dalam penciptaan langit dan bumi dan silih berganti malam dan siang sesungguhnya terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang bijak pandai (Ulil-Albab) – mereka ingat Allah semasa berdiri atau duduk atau berbaring sambil mereka berfikir tentang penciptaan langit dan bumi – (dan berkata-kata) “Ya Tuhan kami “Tidaklah engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia – Maha Suci Engkau – dan Peliharalah kami dari siksa neraka…. (3:190-191)

    Gunumaro

    February 8, 2010 at 4:33 am

  9. Salaamun alaikum Saudara Tolokminda dan rakan2,

    Syabas di atas tulisan saudara ini. Saya ingin bertanya, tentang frasa ‘shatr al-masjid al-haram’ dalam ayat 2/149. Saya faham tafsiran saudara tapi apakah bezanya antara masjidil haram dan shatra masjidil haram?

    Terima kasih.

    faroukaperu

    February 8, 2010 at 10:31 am

  10. salam gunumaru , bukan apa pendapat aku mungkin nabi berdoa . bukankah masa tu quran dah ada nak cari batasan apa lagi .

    slipar

    February 8, 2010 at 4:22 pm

  11. hemmm…Sesat dan menyesatkan…macam mana plak org boleh cakap klu takda kiblat,nak kiblatkan kemana….sedangkan ka’abah tu diciptakan Allah dari zaman apabila Nabi Adam a.s lagi diturunkan…klu ditanya,maka jawabnya ka,abah adalah kiblat ku…ka,abah tu kan dah dijelaskan merupakan sebagai satu tauhid umat Islam iaitu ke arah Baitullah…lambang atau simbol perpaduan,lambang dan simbol seperti malaikat bertawaf di Sidrathul Muntaha….ko ni,dah diberi akal,tp memilih untuk membutakan mata hati ko…ko persoalkan setiap apa yang diciptakan Allah,walsupun ko mengakui Allah…banyak info ko tp tak ada rujukan hadis nabi,sbb DALAM HATI KO KO TAK MENGAKUI KERASULAN RASULLULLAH SAW.sama seperti ko mempersoalkan ALLAH..!!Telah terang dalam Al-Quran diterangkan bahawa Muhammad itu Pesuruh NYA yg terakhir.Sekarang ni ko boleh plak persoalkan kiblat..sama ko persoalkan keputusan Rasullulah…betul tak…ko cuba ubahkan…so tak salah kalau aku cakap ko menyesatkan orang…

    Abdullah

    February 8, 2010 at 7:55 pm

  12. Salam faroukaperu,

    Saya pun tak tau apa yang dimaksudkan dengan perkataan shatra. Mungkin ada sesiapa yang boleh membantu kita dalam hal ini.

    tolokminda

    February 9, 2010 at 3:14 am

  13. Saudara Abdullah,

    http://religionresearchinstitute.org/mecca/construction.htm

    Kita hendak percaya ahli sejarah yang membuat kajian atau khabar yang diturunkan dari mulut ke mulut yang terlalu banyak percanggahan dengan Qur’an sendiri.

    Terpulang kepada kita.

    Jika berkesempatan, baca juga artikel bertajuk ‘Was the Kaaba Originally a Hindu Temple?’ oleh Ahli Sejarah bernama PN Oak.

    muaddib

    February 9, 2010 at 4:28 am

  14. Salam,

    Daripada sejarah yang terjadi pada kaum2 terdahulu, mereka menyekutukan Allah apabila mereka beragama secara menurut ajaran tradisi dan ortodoks. Mereka menyembah golongan agama mereka dengan mempercayai secara cerita2 yang tiada asas kebenaran dan yang hanya bergantung pada nama riwayat sahaja.

    Jadi, kalau kita beragama berkiblatkan orang2 sebegitu, sudah pasti kita pun jadi ortodoks juga. Maka Allah suruh kita berkiblatkan hukum alam semesta ini sebagai bukti pegangan kita.

    Umpamanya untuk membuktikan Allah itu Esa dan tiada anak, apakah Rasulullah berkata “sebab diriwayatkan oleh sahabat Nabi Isa bahawa Nabi Isa bersabda Allah itu Esa”? Baginda tidak berhujah secara lemah begitu.

    Apa yang baginda bawa adalah ayat2 yang terbukti logik bagi menunjukkan hukum alam ini tidak memungkin Tuhan ada lebih daripada satu.

    Mengatakan Tuhan lebih daripada Satu, samalah menyamakan Tuhan dengan makhluk. Menyamakan Tuhan dengan makhluk, samalah seperti menyamakan benar dengan yang bathil, terang dengan gelap, tinggi dengan rendah.

    Semua itu mustahil berlaku sebab ada batas2 yang membezakannya. Batas itulah yang perlu kita tegakkan. Bukannya pergi bina satu batu untuk disembah atas nama “kiblat”. Berapa ramai manusia kena tipu tentang perkara itu.

    Juang

    February 9, 2010 at 5:14 am

  15. Agama orang arab meletakkan Muhammad setaraf dengan Allah, seolah-olah hanya Muhammad sahaja pesuruh Allah.

    Bukankan ini namanya menyekutukan Allah?

    Jika kita lihat didalam masjid atau kebanyakan rumah, Allah dan Muhammad sama tinggi dalam carta organisasi ‘Islam’, dan hanya nama Muhamamad sahaja yang ada, sedangkan bapa kepada monotheism ialah Ibrahim. Dan dimana hilangnya Adam, Isa, Musa, Yunus, Sulaiman, Yaakob dan pesuruh Allah yang lain?

    Kita juga umat nabi Adam bukan?

    muaddib

    February 9, 2010 at 5:49 am

  16. Masya Allah…ko baca tak surah Al-Ibrahim….aper yang ditulis….dalam surah tu…dah terang dan jelas….jelaslah kamu semua ni sama jer seprti Arab Jahiliah…SESAT DAN MENYESATKAN…kembalilah ke jalan Allah…

    Abdullah

    February 9, 2010 at 7:42 am

  17. muaddib…ko pernah dengar ibrahim, adam, yunus, yaakob orang panggil kekasih Allah? semua org panggil rasulullah.. Muhammad SAW je rasul kekasih Allah..dimana letaknye kekasih Allah kalu x disisi Allah… kekasih ko, ko letak dlm henpon je ke? kalu ko beriman dgn kitab alquran, maka ko ni umat Muhammad SAW. kalu ko rasa nk beriman dgn kitab lain.. terpulanglah.. Injil-ko ikut la nabi Isa.(kalu ko rasa kitab injil ade lagi) Taurat-ko ikut la nabi Musa..tp, tahu tak ko kitab2 lain hanya diturunkan pada kaum nabi Musa, Isa, Daud sahaja? hanya Alquran diturun kan untuk sekelian manusia…sebab tu dakwah pada semua kaum di tanah arab dulu.. nabi lain hanya berdakwah pd kaum dia je.. ko biasa dgr org india menganut agama yahudi? org yahudi beriman guna kitab ape? kenapa ko ckp bapa kepada monotheism nabi Ibrahim? nabi Adam, Idris, Noh AS semua sembah byk tuhan ke?cari ilmu biarlah pd tempat..astarghfirullahalazim….

    carnivore

    February 9, 2010 at 8:51 am

  18. Orang yang sesat sahaja pergi sembah binaan2 manusia. Alasan mereka kononnya binaan tersebut adalah titik kesatuan mereka. Malangnya sesama mereka berpecah-belah walaupun sembah batu yang sama.

    Macam mana benda2 simple macam tu mereka boleh tak nampak2 lagi? Mudah sangat kena tipu.

    Juang

    February 9, 2010 at 4:59 pm

  19. “juang”.. tu macam ayat orang malas sembahyang…

    carnivore

    February 9, 2010 at 8:01 pm

  20. carnivore quote:

    “ko pernah dengar ibrahim, adam, yunus, yaakob orang panggil kekasih Allah? semua org panggil rasulullah.. Muhammad SAW je rasul kekasih Allah..dimana letaknye kekasih Allah kalu x disisi Allah…”

    Al-Baqarah-285:
    Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

    Allah, sudah pesan jangan sekali-kali membeza-bezakan semua pesuruhnya, semuanya sama dimata Allah, tidak pernah Allah menyatakan Muhammad itu kekasih Allah.

    Manusia yang meletakkan nama Muhammad di masjid dan di rumah dan manusia juga yang mencipta syahadah.

    Saya sebut Ibrahim sebagai bapa kepada monotheism berdasarkan kisah beliau ‘melihat’ Tuhan hanya satu dan bukan bahan binaan oleh manusia.

    muaddib

    February 10, 2010 at 2:35 am

  21. carnivore…Nabi Ibrahim pun dilihat malas sembahyang oleh kaum yang ikut amalan nenek moyang yang menyembah binaan2 manusia itu?

    Tetapi apakah di sisi Allah, Nabi Ibrahim seorang yang malas?

    Orang yang malas, mereka akan menurut sahaja amalan nenek moyang mereka tanpa mahu berfikir mencari bukti2 kukuh.

    Juang

    February 10, 2010 at 6:33 am

  22. ko sembahyang macam mana juang?

    carnivore

    February 10, 2010 at 6:46 am

  23. Hiduplah sebagai manusia yang mempunyai akal, itulah bukti menunjukkan manusia itu tunduk kepada Allah.

    Sebab itulah para Nabi terdiri daripada kalangan orang yang berakal sehingga mereka menjauhi daripada menyembah binaan manusia sendiri. Kalau mereka tidak berakal, sudah pasti turut sahaja amalan tradisi kaum mereka.

    Juang

    February 10, 2010 at 7:48 am

  24. ko sembahyang ikut cara yg orang “islam” mengaku islam ke ada cara lain? soalan aku ko tak jawab lagi ko dah merepek ke tempat lain..

    carnivore

    February 10, 2010 at 8:29 am

  25. Salam carnivore,

    Orang beriman mana ada sembahyang ikut-ikutan cara orang lain. Cuba cari dalam Al Quran, adakah dikhabar seseorang Nabi meniru cara sembahyang para Nabi sebelum mereka? Itulah yang saya buat.

    Juang

    February 13, 2010 at 3:18 am

  26. Apabila Al Quran bawa kisah berulang2 di mana kaum musyrik terdahulu ada amalan sembahan ritual untuk Tuhan dan tiada cara sembahan ritual yang dilakukan oleh seseorang Nabi, takkan manusia itu tak faham2 lagi apa yang Allah perintahkan?

    Tidakkah mereka nampak mesej Allah yang berulang dalam Al Quran itu? Yang pergi cari cara sembahan itu buat apa?

    Juang

    February 13, 2010 at 3:39 am

  27. Diceritakan oleh pembesar agama dahulu kala ritual sembahyang berasal dari kisah isra’ dan mi’raj Muhammad secara fizikal yang langsung tidak masuk akal. Takkan Pencipta yang maha mengetahui tidak tahu yang 50 kali sehari akan menyusahkan manusia, dan muhammad sebagai pesuruh boleh tawar menawar dengan Pencipta beliau setelah disuruh oleh musa.

    Ritual sembahyang pula yang amat mirip dengan golongan ortodoks yahudi yang menyelewengkan ajaran Musa.

    muaddib

    February 13, 2010 at 7:09 pm

  28. Salam…
    Andaian yang kita buat tentang syariat yg.telah
    diajar nabi muhammad hanyalah sangkaan akal yg.melihat
    sudut zahir.

    Nabi pula tidak memandai mandai mereka ritual2 solat,haji,puasa dan lain2 jika ianya bukan arahan
    tuhan.

    Samada kita yakin atau tidak,..kita buat atau abaikan,
    terpulang pada diri dan sebagai akal yg.lemah tidak
    sepatutnya mengatakan itu adalah bidaah dan amalan
    jahiliah.

    Manusia yg.dizaman moden dan berteknologi ini juga
    ramai yg.jahil.Jahilnya dalam bentuk pandai yg.
    tertipu oleh kerana akalnya melihat zahir dan
    pandangan batin nya belum dibuka Allah.

    Apakah kepandaian manusia hari ini percaya ada JIN
    yg.gaib.Apakah manusia bijak pandai dapat menerokai
    alam mereka dengan teknologi dan akal semata mata.

    Tanyalah orang2 yg.telah memahami alam tersebut dan
    dapat menguasai makhluk itu sebagaimana SULIMAN.

    Tok Syam

    February 14, 2010 at 10:17 am

  29. Salam…
    Sekiranya anda ingin tau kebenaran,…pergilah ketanah
    suci dan jangan melakukan solat dan ritual2 itu,….
    melainkan dengan niat belajar Alquran.

    Katakan pada Allah….tentang keyakinan kamu dan minta
    kebenaran.Itulah jalan terakhir sebelum anda berpisah
    dengan tubuh.Tubuh yg.Allah cipta sebagai pakaian dan
    mengajar RUH kembali kepada fitrah sebenarnya….dan
    bukan fitrah hidup dunia yg.berakal semata mata.

    Tok Syam

    February 14, 2010 at 10:23 am

  30. Salam,

    Mengatakan seseorang Nabi mengajar amalan ritual juga satu andaian malah tiada bukti sokongan daripada Al Quran.

    Cuba selidik Al Quran yang Rasulullah sampaikan yang membawa banyak kisah Nabi2 sebelum baginda. Tidak dikhabarkan pun Nabi2 itu ada amalan ritual sembahan, malah mereka itulah yang anti-amalan ritual yang dilakukan oleh kaum mereka.

    Jadi, takkanlah tiba2 Nabi Muhammad nak buat amalan ritual sedangkan baginda sampaikan Al Quran yang tidak menetapkan amalan ritual para Nabi sebelum baginda?

    Samalah macam konsep Keesaan Allah. Para Nabi sebelum Nabi Isa semuanya suruh mentauhidkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, tiba2 pembesar agama Nasrani mendakwa Al Masih Isa itu putera Allah, walhal Injil tidak mengatakan seperti pembesar agama itu dakwakan.

    “Sekiranya anda ingin tau kebenaran,…pergilah ketanah
    suci dan jangan melakukan solat dan ritual2 itu,….
    melainkan dengan niat belajar Alquran.”

    Allah berada di mana2 dan tidak terbatas di tanah suci. Yang penting hati kita kena suci untuk membezakan mana yang benar dan mana yang dusta. Kita kena ada sifat jujur dalam diri.

    Mana ada konsep tanah suci dalam Al Quran? Sebab semua tanah itu sama sahaja sifatnya di sisi Allah. Manusia sahaja yang suka mengesklusifkan sesuatu tanah.

    Perbetulkan minda kita dari ajaran2 tradisi itu jika kita benar2 nak mencari kebenaran. Selagi terikat dengan ajaran silam tanpa berfikir panjang, itu yang wujud konsep tanah suci.

    Iblis sahaja yang merasakan dirinya lebih baik daripada Adam disebabkan dia daripada api dan Adam daripada tanah, sedangkan unsur2 ciptaan itu sama sahaja di sisi Allah. Allah tak pernah mengesklusifkan sesuatu unsur yang Dia ciptakan.

    Yang membezakan hanyalah amalan dan usaha masing2.

    Juang

    February 14, 2010 at 1:52 pm

  31. Salam,

    Ada manusia suka hidup sibuk dengan hal-hal politik. Seolah-olah matlamat hidup mereka hanyalah nak mengejar kuasa sahaja. Hidup mereka dalam keadaan marah, membenci, mendendami sesama manusia (suasana panas).

    Namun apabila kita hidup ikut batasan yang direstui Allah, secara otomatiknya selera kita pada hal-hal sebegitu akan hilang.

    Kita akan nampak ada satu dimensi hidup yang lebih bermakna dan memberi kepuasan jiwa iaitu apabila kita mengkaji dan menghayati Al Quran.

    Kita akan mula hidup baru iaitu untuk menjadi insan yang damai mata hatinya, suka berbuat baik, dan merendah diri sesama manusia. Kita akan nampak, bila kita masuk dalam dimensi itu, kita mula belajar mematangkan diri dan berhujah dengan tutur kata yang baik.

    Kita belajar menjauhi diri daripada terlibat dalam fitnah-memfitnah dan mencaci-maki kerana semua itu tidak memberi apa2 nilai dalam membentuk sifat2 mulia dalam diri.

    Kita akan masuk ke alam berhujah dengan matang dan tenang. Boleh berkongsi pendapat tanpa mengejek2 pendapat orang lain.

    Kenapa kita dapat rasai ketenangan dan kedamaian itu? Sudah pasti sebab Allah merestui apa yang kita lakukan itu.

    Juang

    February 17, 2010 at 5:56 pm

  32. Salam…
    Dalam hal solat ritual ne saya nak sambung sikit
    mengikut kefahaman saya.

    Bagi saya perbuatan solat sebagai melatih rohani
    yg.telah lalai dengan kerja dunia.Ini tidak boleh
    dinafikan…kerana keasyikan dan kesebokan boleh
    membawa kita lupa pada niat amal kehidupan itu
    adalah mencari redha Allah.

    Dengan adanya syariat itu,..maka kita mengingati dan
    memaksa diri untuk menahan sebentar nafsu dunia dan
    melapangkan minda dgn.urusan dunia.

    Kita beruduk akan dijadikan sebagai hikmah untuk
    membersih diri.Dan kita berdiri tegak sebagai
    memperingati perjanjian2 dengan Allah.

    Setelah kita sedar perjanjian2 itu,..maka kita
    tunjukan pada diri kita tanda terima dengan perbuatan
    rukuk.

    Dan kita tujuk tanda taat perintah jiwa kita kepada
    tubuh dengan sujud.Secara tak langsung Roh dan
    jasad bersama sama disujudkan.

    Tak kan lah jasad sujud roh nak menyombong dengan
    jasad.Nanti dah ada jurang yg.mulia dan hina.
    Kalau tak kerana jasad jadi hamba pada roh….
    tak le roh dapat membuktikan hidup didunia merasa
    nikmat.

    Begitulah tafsiran tentang solat tubuh sebagaimana
    pokok2 dan makhlok lain pun ada solatnya tersendiri.

    Yang tak payah ritual ialah solat Roh.Nak ritual
    ke bendanya….kalau tak ada tubuh.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 6:25 pm

  33. Salam…
    Apakah maksud ARAK dan JUDI dalam ayat 5:90&91
    adalah perbuatan syithan…dan Allah suruh menjauhi.

    Maksud menjauhi juga boleh ditafsirkan meninggalkan
    sebab telah nyata ia bersubahat dengan syithan.Kalau
    sekadar bahaya dan mudarat disebab penyakit atau
    kesihatan mungkin sesuai dengan maksud “MENAJUHI”.

    Dalam ayat2 lain juga Allah melarang untuk bersubahat
    dengan setan kerana ia musuh nyata yg.dikutuk Allah.
    Bermakna macam sembah setan jugalah dalam bentuk
    mengikut petunjuk ajaran setan….iaitu mengubah
    buah tamar untuk makan kepada minuman ARAK.

    Kerana mengubah sesuatu untuk tujuan setan adalah
    dilarang walaupun terdapat sedikit kebaikan.

    Tok Syam

    February 19, 2010 at 8:45 am

  34. Salam,

    Jika meminum arak adalah perbuatan syaitan, apakah Allah perintahkan kita menyebat orang yang meminum arak?

    Menipu juga adalah perbuatan syaitan yang patut dijauhi. Apakah ada hukuman menyebat orang yang menipu?

    Juang

    February 19, 2010 at 9:47 am

  35. Salam….

    Petanyaan Juang:
    Jika meminum arak adalah perbuatan syaitan, apakah Allah perintahkan kita menyebat orang yang meminum arak?

    Menipu juga adalah perbuatan syaitan yang patut dijauhi. Apakah ada hukuman menyebat orang yang menipu?
    ————————————————

    Apakah ada orang yg.telah disebat kerana kesalahan itu?
    Kes wanita minum arak kat negara kita pun belum
    dapat ditunaikan.Tak taulah kalau diluar negara.
    Atau apakah negara kita dah melaksanakan potong
    tangan..?

    Kiranya…fahaman ahli agama negara kita ne….kira
    ok gak laa.Tak le sejahil ulama2 Arab.

    Tapi kes edar dadah dah banyak kena hukum mati.

    Tok Syam

    February 19, 2010 at 10:18 am

  36. Salam,

    Saya tidak ada data menunjukkan ada yang pernah disebat kerana kesalahan meminum arak. Yang menjadi persoalannya, atas hujah apakah hukuman sebat itu diadakan?

    Apakah pihak yang berkenaan sudah memikirkan Al Quran seadil2nya? Bukankah Allah menyuruh kita berlaku adil?

    Saya setuju jika pemabuk itu dihukum di atas kesalahan akibat dia mabuk, seperti memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kemalangan kepada orang lain. Itu satu pengajaran untuk dia sedar kesan buruk akibat mabuk.

    Untuk mengubah tabiat manusia, bukan semudah menguatkuasakan hukuman. Pendidikan ke arah kesedaran yang konsisten itulah yang pentingnya. Itulah cara melembutkan jiwa manusia.

    Jiwa manusia jika dikongkong dengan hukuman, mereka pasti melawannya. Tetapi jika jiwa itu disirami dengan pendidikan ke arah kesedaran, lama2 lembut juga.

    Tanah yang keras akibat kering kontang, bila ditimpa hujan, lama2 akan lembut juga. Bukankah kita semua diciptakan daripada tanah?

    Juang

    February 20, 2010 at 2:00 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: