Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Bersunat: amalan Islam atau Kristian?

with 94 comments

Bersunat, iaitu membuang kulit bahagian depan kemaluan lelaki dan membuang sebahagian dari klitoris di kemaluan perempuan bukan lagi dianggap pilihan dalam masyarakat Islam. Walaupun ia disebut “sunat” tetapi pengamalannya tidak ubah seperti wajib.

Sunat atau wajib – hakikatnya, adakah amalan itu satu ketetapan Tuhan? Adakah Tuhan menyuruh kita bersunat atau sekurang-kurangnya menggalakkan kita bersunat? Mari kita lihat apa yang Tuhan kata mengenai mahluk ciptaanNya yang dinamakan manusia.

Al-Quran: 40:64.  “Tuhan adalah Dia yang mengamanahkan kepada kamu bumi untuk didiami dan langit sebagai bumbung dan yang mereka kamu dan menyempurnakan bentuk-bentuk  kamu dan telah menyediakan kamu kurniaan dari benda-benda yang baik. Begitulah Allah, Tuhanmu. Jadi pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam”.

Tuhan kata Dia reka kita dan Dia sempurnakan sifat fizikal kita. Jadi, apa yang tidak kena dengan kulit di hujung kemaluan lelaki atau klitoris di kemaluan perempuan?

Kita selalu dengar ustaz dan ustazah ceramah kepada kita bahawa Tuhan larang kita mengubah apa-apa berkaitan dengan anggota badan atau penampilan diri. Warnakan rambut pun tak boleh kata mereka. Tapi kenapa membuang kulit atau sebahagian kemaluan yang telah dilengkapkan oleh Tuhan sejak lahir tidak pula dianggap salah malah menjadi sunat yang diwajibkan?

Adakah orang Islam lebih cenderung mengikut ajaran para penggodam Injil dari mengikut Al-Quran yang ada di depan mereka? Mari kita lihat apa kata Injil mengenai bersunat.

Gen 17: 14. 1 3  “Mana-mana lelaki yang tidak bersunat kulit depan (kemaluan)nya mesti dipulaukan dari masyarakat kerana dia telah melanggar perjanjian. Ini adalah perjanjian tentang bersunat”.

Gen 17:24. 1  “Ibrahim telah berumur 90 tahun apabila dia bersunat kulit depan (kemaluan)nya”.

Gen 17:25. 18  “Dan Ismail anak lelakinya berumur 13 tahun apabila dia bersunat kulit depan (kemaluan)nya”.

Kita tidak akan menemui apa-apa ayat yang seperti itu di dalam Al-Quran. Fikir-fikirkanlah.

Written by tolokminda

February 6, 2010 at 6:26 am

Posted in Kehidupan Harian

Tagged with , ,

94 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Ada yang mendakwa, jika kulup (kulit penutup) “anu” lelaki itu dipotong, akan menambahkan nikmat dalam hubungan seks. Manakala sebahagian kulit klitoris itu diptong agar dapat mengawal nafsu syahwat wanita. Tak tau fakta ini benar atau tidak. Kena tanya orang2 yang merasakan perbezaan keadaan sebelum sunat dan selepas.

    Kadang2 manusia itu bila diajar taksub dengan sesuatu amalan tradisi, mereka tidak dapat membezakan apakah ia wajib atau pun sekadar galakan sahaja. Mereka tiru perangai pengikut Bible yang suka memulau orang yang tidak ikut amalan tradisi mereka.

    Juang

    February 6, 2010 at 6:46 am

  2. Manusia kebanyakkannya suka mengikut sesuatu dengan membuta tuli. Mungkin seseorang itu membuang lebihan kerana lebihan itu terkena jangkitan. Tapi disebabkan seseorang itu adalah pemimpin, maka sebagai ‘menghormati’ pemimpin itu orang ramai mengikut secara zahir tanpa mengetahui sebab yang sebenar dan akhirnya menjadi amalan turun temurun.

    muaddib

    February 6, 2010 at 7:39 am

  3. Mungkin dia membuang lebihan kerana terdapat jangkitan pada lebihan tersebut, tetapi oleh kerana beliau seorang pemimpin yang tersohor pada waktu itu, maka rakyat jelata mengikut membuta tuli secara zahir tanpa mengetahui sebab sebenar dan kemudian menjadi amalan turun temurun sehingga hari ini.

    muaddib

    February 6, 2010 at 8:17 am

  4. Ya, itulah yang selalu terjadi. Sesuatu perbuatan itu asalnya ada sebab musabab tertentu kenapa dilakukan oleh orang2 yang dijadikan icon sesebuah masyarakat. Tetapi kerana ketaksuban sesetengah manusia itu terhadap icon itu, mereka buat amalan itu atas dasar “kerana ada orang nampak icon itu buat macam tu”.

    Bertambahan teruk bila amalan itu dijadikan ketetapan atau hukum yang wajib sehingga sesiapa yang tidak buat macam itu dipulau atau dikatakan bukan Islam.

    Sebab itulah jika kita renung secara mendalam, siapa yang mengajar manusia buat amalan2 ritual itu? Para saintis ke atau pembesar agama?

    Para saintis atau doktor biasanya memberi nasihat kepada manusia mengikut kajian2 yang mereka lakukan (ada hukum2 alam sebagai bukti). Tetapi pembesar2 agama selalu membuat hukum mengunakan alasan “hadis” atau “ucapan” orang2 yang dijadikan icon masyarakat itu. Mereka guna hujah2 yang kabur tanpa sokongan hukum alam.

    Bagi masyarakat yang bijak menilai, mereka tidak mudah percaya dan menurut membuta-tuli. Tetapi bagi yang lemah dalam menilai, mudahlah mereka tertipu dengan ajaran2 yang terpaksa bersandarkan nama2 manusia yang dijadikan icon2 masyarakat. Mereka tidak mampu berhujah guna hukum2 Allah tetapkan pada alam ini.

    Juang

    February 6, 2010 at 8:42 am

  5. kalau kite x buang kulup dpan kemaluan tu nanti kita susah nak bersuci.. kena buang semua palat dekat “helmet” tu…kalau kita bersunat, “helmet” tu bebas dari palat.. para ulama x kaji bende ni.. tp bukan semua yang Allah suruh kita buat kita kena kaji..suatu ketetapan yg Allah perintahkan.. para ulama tu belajar berpuluh tahun kaji Al-Quran mengikut apa yg di landaskan oleh syarak.. korg ni yg belajar agama sampai spm je ade hati nk komen pasal islam lebih2… huh..sesat dan menyesatkan..

    carnivore

    February 6, 2010 at 1:00 pm

  6. Salam carnivore,

    So, adakah kulup itu boleh kita katakan sebagai rekaan bermasalah (faulty design)? Tapi Tuhan cakap Dia telah menyempurnakan sifat fizikal kita. Tuhan atau ulama yang menipu?

    Kalau tanya saya, Tuhan saya tidak menipu. Dia memang telah menyempurnakan rekaan fizikal kita. Kalau kulup tidak berguna tentu Dia tidak akan melengkapkan kita dengannya. Atau jika kulit kulup hanya diperlukan untuk satu jangkamasa tertentu, ia tentu akan tertanggal dengan sendirinya. Seperti gigi susu yang akan tertanggal untuk digantikan dengan gigi kekal apabila masanya sampai.

    Kemudian kita kena tengok juga sunat perempuan. Adakah klitoris juga memberi masalah apabila hendak bersuci? Atau apa? Oleh kerana kedua-dua sunat adalah berkaitan memotong bahagian kemaluan, sebab-sebab ia perlu dilakukan mestilah sama tanpa mengira lelaki atau perempuan. Kalau sebab sunat perempuan tidak sama dengan sebab sunat lelaki, maknanya sebab-sebab yang diberi hanyalah rekaan dan agak-agak saja.

    tolokminda

    February 6, 2010 at 1:35 pm

  7. Salam,

    Memang tidak ada dalam Quran yang menyuruh kita bersunat, mungkin di sini kita terpemgaruh dengan ajaran lain atau budaya masyarakat terdahulu. Kalau kita tak bersunat pun, kita boleh mencuci anu kita. Kata seorang kawan,” kalau plug motor boleh kita juga, takkan plug kita sendiri tak pandai nak cuci”.

    Persoalan saya, kalau kita bersunat salah dan dianggap sebagai menghina atau meragui ciptaan tuhan, bagaimana pula dengan proses mencukur bulu2 dibadan kita seperti janggut, misai, jambang dan sebagainya. Bulu2 tersebut tentu ada hikmah dijadikan Tuhan. Adakah kita juga dilarang mencukur bulu-bulu tersebut?

    Penulis

    February 7, 2010 at 1:30 am

  8. Salam.

    Memang Allah jadikan makhluknya dengan sempurna. Walaubagaimanapun, tak semua yang Dia telah jadikan tak boleh di ubah. Manusia yang diberikan boleh akal dapat memahami. Sebagai satu contoh sebagian ‘tulang’ yang tumbuh di hujung jari-jari jika tidak di potong adakah sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang berkehendakkan kepada kebersihan.

    Setahu saya, berkhatan itu dituntut dengan tuntutan yang kuat, tetapi bukanlah wajib. Apapun saya bersyukur kerana mengikut ‘tradisi’ berkhatan

    anm

    February 7, 2010 at 2:25 am

  9. Jika lebihan tersebut ‘buta’ yang mana ianya tidak boleh ditarik kebawah dan menyukarkan untuk mencuci kotoran dan boleh menyebabkan jangkitan maka potonglah, tetapi bukan semua lelaki mengalami masalah ‘buta”.

    Yang menjadi persoalan tradisi berkhatan seolah-olah menjadi kewajipan sampai mereka yang sudah berumur lanjut apabila “memeluk” Islam dikatakan wajib berkhatan.

    muaddib

    February 7, 2010 at 4:55 am

  10. Saya nampak TM gemar menembak di bawah pusat dan kemdian cepat melatah, “So, adakah kulup itu boleh kita katakan sebagai rekaan bermasalah (faulty design)? Tapi Tuhan cakap Dia telah menyempurnakan sifat fizikal kita. Tuhan atau ulama yang menipu?”

    Soalan retorik dari TM tu sekadar mengacah minda utk TM beralih fokus mencemuh ulamak!

    Di ujung usus besar kita ada appendix yg terjuntai ‘tanpa fungsi bermakna’ , tapi bila appendix ini dijangkiti kuman ia boleh membawa maut. Jadi, appendix yg terjuntai meaninglessly ini kenalah dibuang juga meskipun “Dia telah menyempurnakan sifat fizikal kita”

    Sy berpendapat berkhatan itu ialah prevention dan reminder untuk kita terhadap tanda-tanda tentang ‘ke-fault-ian’ makhluk, dan bukannya ke-fault-ian Khaliq.

    Begitu adanya.

    🙂

    Dokter Lap

    February 7, 2010 at 5:32 am

  11. Salaam,

    Saya berpendapat memotong kuku, memotong rambut atau bulu, janggut, misai dan seumpamanya tidak mengubah ciptaan tuhan sebab benda-benda tu dari tiada kepada ada dan jika dipotong atau dibuang sekalipun akan tumbuh semula dan begitulah prosesnya. Sebaliknya kulit anu tu, jika dah di kerat akan tumbuh lagi kah ?

    Appendix jika memberikan mudarat maka perlu dibuang namun bagi mereka yang tidak mengalaminya maka tiada keperluan untuk membuangnya. Apakah kulit anu itu memberi mudarat kepada seseorang… ?

    MataHati

    February 7, 2010 at 8:18 am

  12. Tentang hubungkait Abang Kulop & Cervical Cancer

    A number of studies have documented higher rates of cervical cancer in women who have had one or more male sexual partners who were uncircumcised. Whereas the earlier studies were somewhat equivocal the evidence from a large international study published in 2002 in the New England Journal of Medicine, to be discussed later, provided overwhelming evidence of the link between lack of male circumcision and cervical cancer in the female sexual partner.

    Sumber: http://www.circinfo.net/cervical_cancer_in_female_partners_of_uncircumcised_men.html

    Dokter Lap

    February 7, 2010 at 9:27 am

  13. “para ulama tu belajar berpuluh tahun kaji Al-Quran mengikut apa yg di landaskan oleh syarak..korg ni yg belajar agama sampai spm je ade hati nk komen pasal islam lebih2… ”

    Ahli2 kitab di zaman Rasulullah dulu pun lebih dahulu kaji Taurat dan Injil. Tiba2 datang Rasulullah menasihati diorang agar jangan menyeleweng dan mendustai agama dan siap mengaku baginda membenarkan Kitab2 terdahulu itu.

    Mungkin pada waktu itu ada orang2 Yahudi dan Nasrani yang marah Rasulullah komen lebih2 agama diorang. Dasar manusia tidak boleh berlapang dada.

    Juang

    February 7, 2010 at 1:43 pm

  14. Salam,

    Point utama yang ditekankan dalam topik ini adalah amalan bersunat itu bukannya kewajipan yang Allah tetapkan pada manusia. Namun jika ada yang nak bersunat atas sebab2 tertentu yang dia tahu apa tujuannya (masalah kesihata), bersunatlah.

    Nanti di hadapan Allah kelak bila ditanya kenapa bersunat, jangan pula ada yang jawap “sebab kami nampak bapa-bapa kami buat begitu” atau “sebab ulamak2 kami suruh”. Itu macam jawapan kaum2 musyrik terdahulu sahaja.

    Apa yang saya nampak, saudara TM hanya mahu menyedarkan kita supaya buat sesuatu amalan atas dasar ilmu pengetahuan, bukan main turut membuta-tuli amalan orang2 terdahulu. Bila kita buat amalan atas dasar pengetahuan, kita tidak perlu sandarkan perbuatan kita itu atas nama orang lain, melainkan kepada Allah semata2. Itulah cara kita menjauhi menyekutukan Allah.

    Tapi seperti nasib yang dialami oleh para Rasul terdahulu, bila ada seseorang yang mengajak berfikir amalan tradisi yang diterima, ramai yang tidak boleh berlapang dada. Mereka jadi macam kaum2 musyrik terdahulu yang marah bila amalan tradisi mereka dipersoalkan sebab mereka anggap pembesar2 agama mereka lebih betul daripada orang yang beri nasihat itu.

    Tak sangka di zaman IT ini pun masih ramai yang berfikiran tertutup macam kaum2 terdahulu itu.

    Juang

    February 7, 2010 at 1:53 pm

  15. Salam semua,

    Okay, ada sesiapa yang boleh memberikan rasional mengapa perempuan juga perlu berkhatan? Adakah kerana alasan kebersihan juga? Atau kerana mahu mengekang nafsu mereka? Tetapi bukankah nafsu merupakan sebahagian nikmat Allah kepada manusia kalau kita menggunakannya dengan betul. Macam aspek-aspek lain juga.

    Saya berpendapat Tuhan serahkan kepada kebijaksanaan diri masing-masing untuk menguruskan nafsu, jadi mengapa kita melanggar batas dengan mengekang nafsu orang lain melalui kaedah mencacatkan mereka? Adakah itu adil?

    tolokminda

    February 7, 2010 at 3:47 pm

  16. Salam,

    Soalan TM tu mengingatkan saya pada anak perempuan saya. Rasa bersalah pula pergi khatankan dia semata2 kerana menurut amalan tradisi. Tapi nak buat macam mana, masa tu tak dapat petunjuk lagi, main ikut aje yang masyarakat buat.

    Juang

    February 7, 2010 at 4:03 pm

  17. Saya tak khatan anak perempuan saya. Tetapi anak lelaki saya sudah berkhatan. Sepatutnya saya biarkan dia buat keputusan sendiri samada mahu berkhatan atau tidak bila sudah cukup dewasa untuk berfikir mengenainya. Tapi seperti kata Juang, dulu saya tak tahu dan ikut orang saja.

    tolokminda

    February 7, 2010 at 4:07 pm

  18. Salam,

    Saya ada 2 anak lelaki yang masih kecil. Saya juga ingin beri pilihan kepada mereka samada nak berkhatan atau tidak bila mereka sudah matang berfikir. Apa-apa pun saya berserah kepada Allah sebagai sebaik2 Perancang.

    Juang

    February 7, 2010 at 4:13 pm

  19. Salam Juang,

    Saya berpendapat itulah yang sepatutnya kerana proses khatan bukanlah sukar sangat dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau pun seperti apendiks yang tidak berguna, kalau tidak memberi masalah mengapa kita mesti membuangnya? Siapa orang lain yang kata kita tak akan boleh cuci organ sendiri kalau tak berkhatan?

    tolokminda

    February 7, 2010 at 4:18 pm

  20. Salam TM,

    Macam saudara tulis dalam posting, nama amalan itu pun dipanggil “sunat”, jadi kenapa mereka pergi wajibkan pula?

    Bayangkan kalau ada yang pergi wajibkan kita kena buang apendiks yang dikatakan tak berguna tu, tak ke haru nanti.

    Semua yang Allah buat, takkanlah tak berguna. Ia hanya perlu dibuang bila ada mudarat pada kesihatan. Macam orang yang kena kencing manis dan terpaksa potong kaki. Asalnya kaki itu ada gunanya, tetapi bila dah kena penyakit, terpaksa dibuang bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih teruk.

    Tidak mustahil pembuangan kulup itu dahulunya ada kaitan untuk mengelak sesuatu penyakit yang terjadi pada waktu itu. Tetapi sampai ke zaman kita, ia sudah jadi amalan tradisi pula.

    Saya lihat perbuatan mewajib2kan sesuatu amalan tradisi itu banyak mendatangkan kemudaratan dan kesempitan dalam hidup. Minda mereka pun jadi terbelenggu semacam aje. Takleh nak berfikir di luar kotak.

    Juang

    February 7, 2010 at 4:28 pm

  21. Salam,

    Baru saya teringat pasal anak bongsu saya (lelaki). Ketika dia berusia dalam 3 bulan, dia telah diserang penyakit kulit akibat kekurangan zat besi. Penyakit itu menyebabkan kulit hujung kemaluannya itu tertanggal dan seolah2 sudah bersunat. Syukur, selebih diberi ubat tambah zat besi, penyakitnya itu sembuh.

    Kini anak saya itu telah pun berusia setahun dan Allah keluarkan kulit penutup kemaluannya yang baru. Mungkin bagi diri saya, itu adalah satu bukti yang menunjukkan Allah sendiri tidak suruh kulit itu dipotong. Jika benar kulit itu ada kekurangan nilainya, sudah pasti Dia tidak menggantikan kulit yang baru selepas kulit itu tertanggal selepas kena penyakit tersebut.

    Tapi kalau perkara ini disebut kepada orang2 yang tidak boleh terima di luar ajaran tradisi, mereka takkan terima punya. Mereka lebih utamakan “orang2 muktabar” daripada Allah yang mencipta mereka sendiri tanpa perantaraan makhluk2 lain.

    Juang

    February 7, 2010 at 4:36 pm

  22. TM kata, “Kalau pun seperti apendiks yang tidak berguna, kalau tidak memberi masalah mengapa kita mesti membuangnya? ” & “Okay, ada sesiapa yang boleh memberikan rasional mengapa perempuan juga perlu berkhatan?”

    From a person with a very keen observation, in a sudden you turned very stupid.

    Dokter Lap

    February 7, 2010 at 6:08 pm

  23. Aku mulai dgn astaghafirullah……aper nak jadi dgn kamu ni…jelas lah bahawa sesungguhnya kamu ni dari golongan yg telah dijanjikan oleh Allah iaitu menyesatkan umat Islam lain yg tak bersalah…apa ko cuba nak buat….ko berani cakap hanya guna nama AGAMA..???Apa ko nak tolak Rasullulah..??Aper ko mengucap hanya La Illa Ha Illallah tp tak mengucap wa ashhaduan namuhammadur rasullullah..??Khatan ni amalan dari zaman Nabi Ibrahim lagi…kenapa..??kerana adalah demi kebersihan dan kesihatan…kerana itu amalan ni diterima pakai oleh rasullullah yg merupakan dari keturunan Nabi Ibrahim sendiri….kalau kulup tu tak bersih,macam mane nak solat…macam mana nak tahu kulup tu bersih..nak tenyeh dgn tisu sampai melecet,klu ada tisu klu dalam hutan,nak tenyeh pakai batu…sbb tu la dipotong supaya bila beristinjak 100% boleh nampak helmet tu kering….kan mudah nak tuk kita berada dalam keadaan bersih baru la sah dan kita pun konfident nak sembahyang…macam mana org yg ada sakit kencing tak lawas…kan ke susah tuk diorang…ko ni akal pendek….lgpun yg dipotong tu “lebihan kulit”…macam kuku jugak…sapa cakap kulit tak tumbuh…kena la tengok la sifat kulit tu…kan klu kita luka kulit tu tumbuh blik tutup luka tu….kan tumbuh tu….kalau niat kita baik demi sbb kebersihan…kesihatan…xsalah kalau dipotong…mcm apendiks…siapa cakap x ada guna…yg sebenarnya.orang belum tahu apa fungsinya…suka2 cakap tak ada guna…sama la cakap yg ALLAH tu buat kesilapan….setiap dibumi ada fungsinya tinggal kita sbg manusia yg belum menemui fungsinya…hatta batu itu pun adalah hak Allah…for Juang last komen,baik ko tak yah potong kuku,rambut,misai,janggut, dan apa saja yang tumbuh…..itu makna nya anak ko diberi nikmat untuk melalui upacara berkhatan,satu sudut untuk dipelajari,satu lagi,kulit tu tanggal sebab Allah sayangkan anak ko,beri peluang kat dia supaya tak merasai kesakitan…For Doktor Lap,untuk wanita adalah satu sama seperti lelaki kerana jika tak potong,pasti kulit itu akan menjadi gelebeh bila sudah akil baligh dan akan menyebabkan masalah apabila berhadas,datang bulan dan satu lagi untuk mengawal nafsu wanita kerana wanita ni diciptakan Allah mempunyai 99 nafsu dan 1 akal.Jangan la nak tolak sejarah kerana sejarah tu yg membentuk hari ini…kena ambik jugak hadis sahih nabi,kena tengok dari sudut saintifik…satu nasihat untuk ko…AL-Quran tanpa sains adalah pekak,dan Sains tanpa Al-Quran adalah buta…ko ni baca al quran macam baca bible jer…ko samakan plak macam tu….al-quran adalah panduan,alam sekeliling adalah bukti…,zaman adalah cabaran dan ujian…so pakai la kesemua deria yang di anugerahkan…jgn nak main yg ada di depan mata sahaja….fikir2 kan la…ko ni berilmu ttp tak cukup…

    Abdullah

    February 8, 2010 at 7:31 pm

  24. Salam,

    Penganut agama nenek moyang dah masuk. Berhujahlah dengan tenang. Jangan tunjukkan kemrahan anda di sini.

    Penulis

    February 9, 2010 at 1:58 am

  25. Salam Penulis,

    Begitulah Allah perlihatkan berulang2. Mereka merasakan diri mereka sahaja benar dengan amalan tradisi mereka. Mereka lupa perangai mereka sama seperti kaum Nabi Ibrahim yang merasakan ajaran tradisi mereka itulah yang benarnya.

    Bila ada yang pendapat yang bercanggah dengan amalan tradisi mereka, hujah mereka hanya mengatakan “menolak Rasulullah”.

    Tidakkah mereka terfikir, jika sesuatu amalan itu diwajibkan oleh Allah, dalam Al Quran sudah jelas dan terang disebutkan.

    Juang

    February 9, 2010 at 2:08 am

  26. hahaha…komen spt itu dalam jangkaan aku dah….jelas dan terbukti mengatakan bahawa antara penulis dan juang,kedua2nya cuba mencipta agama yang Islam yang baru,yang menolak kepada kesusahan,menolak ujian ALLAH,tidak percaya kepada perkara ghaib,lebih berlandaskan sains secara buta…tidak melihat kepada yang lepas dan merasakan diri adalah Islam yang sebenar sedangkan syaitan nirrajim telah berjaya menimbulkan keraguan kamu didalam Islam…kamu mencari ISlam hanya kepada Al-Quran…menolak kata2 org..menganggap org lain tak penting…hanya kamu dan Allah sahaja…kamu silap…kerana Islam adalah kehidupan…ia merangkumi smua aspek iaitu hubungan dgn Tuhsn,hubungan dgn masyarakat…hubungan dgn diri sendiri….patutlah Islam hari ini gagal kerana adanya golongon spt ini….golongon berakal tp pendek….masya Allah….

    Abdullah

    February 9, 2010 at 3:28 am

  27. Salam,

    Abdullah kata,”…kamu silap…kerana Islam adalah kehidupan…ia merangkumi smua aspek iaitu hubungan dgn Tuhsn,hubungan dgn masyarakat…hubungan dgn diri sendiri….patutlah Islam hari ini gagal kerana adanya golongon spt ini….golongon berakal tp pendek….masya Allah…”

    Kami silap atau anda yang silap. Dalam Quran ada menerangkan semuanya tentang apa yang dinyatakan. Kalau kami berakal pendek, kami menerima sahaja apa yang diperturunkan oleh tok nenek kami. Tetapi disebabkan akal kami panjang, kami cuba mencari kebenaran tentang agama Tuhan, bukan agama Nabi Muhammad.

    Penulis

    February 9, 2010 at 4:29 am

  28. Salam,

    Orang yang berakal panjang, dengan 6000 ayat Al Quran itu sudah cukup bagi mereka untuk memahami kehendak Allah untuk hidup dengan aman dan sejahtera. Tetapi golongan berakal pendek, terpaksa cari kitab2 lain kononnya nak menjelaskan Al Quran. Namun biarpun mereka mencari kitab2 lain selain Al Quran, mereka hidup berpecah-belah sesama sendiri. Perangai mereka sebijik macam orang2 Yahudi dan Nasrani yang tidak cukup dengan satu Kitab Allah.

    Kalau kita fikirkan, Al Quran itu umpama cahaya. Cahaya sifatnya terang. Bila sudah terang, kenapa perlukan “penjelasan” lain?

    Orang buta hati sahaja yang perlukan kitab2 lain. Takkanlah 6000 ayt sudah tidak cukup terang bagi mereka? Tahu membaca ke tidak?

    Juang

    February 9, 2010 at 4:45 am

  29. dah buat dah… Alquran diturunkan jatuh atas bukit ke? suka2 je nk ditafsir sendiri..Alquran diturunkn KEPADA NABI MUHAMMAD SAW, MELALUI JIBRIL KEPADA UMAT MANUSIA SEKELIAN ALAM, ko kene la refer pada Nabi pasal dia diwahyu kan untuk menyampaikan Alquran.. dari gaya korang ni cakap mcm quran ni jatuh atas bukit, pastu sapa nak ambik, ambik, study sendiri pastu amalkan sendiri…ko ingat ni bible? just baca n ikut..xde pedoman langsung.. jumpa la ulama2 kalu nk belajar agama.. ko nak belajar agama ngan cikgu geografi? mampos la x bleh..

    carnivore

    February 9, 2010 at 5:23 am

  30. “Ahli2 kitab di zaman Rasulullah dulu pun lebih dahulu kaji Taurat dan Injil. Tiba2 datang Rasulullah menasihati diorang agar jangan menyeleweng dan mendustai agama dan siap mengaku baginda membenarkan Kitab2 terdahulu itu.

    Mungkin pada waktu itu ada orang2 Yahudi dan Nasrani yang marah Rasulullah komen lebih2 agama diorang. Dasar manusia tidak boleh berlapang dada.”

    diorg tu dah menyeleweng.. same la mcm korg ni..bagitau aku, kitab bible yg diorg ikut yg content dia x di ubah..ko pernah baca bible x? ko tengok ayat dlm bible tu ade berapa jenis..ko bagitau aku kitab taurat yg asli puak mana yang ikut?..

    carnivore

    February 9, 2010 at 7:22 am

  31. hahaha..best arr ko nyer site ni…hari2 aku suka baca korang punya joke….aku cuma nak jalan kan tugas aku sebagai saudara Islam(kalau ko Islam la..)…dalam Al-quran pun dah diterangkan yg Muhammmad itu pesuruhnyer….ko pulak boleh putar belit ayat….hehehe..tu yang seronok aku layan…Islam dan Muhammad tu adalah sama….cayalah carnivore….macam mana ko nak bawak ISlam tp ko nak tolak Muhammad…atau ko berkecil hati dgn Tuhan sbb bkan ko pilihan Dia….atau ko nak persoalkan tuhan kenapa manusia diturunkan kebumi…..sdangkan Iblis pun disuruh tunduk kepada nabi adam….kan ke senang jer klu manusia diciptakan terus duduk di syurga….ko ni macam org yg tak boleh terima ujian Allah….konsep redha tak ada dlm diri ko….satu soalan…pernah ke ko rasa tenteram sekarang ni dihati ko…dgn persoalan2 yg ko timbulkan….adakah jawapan yg ko dapat hari ini benar2 menenangkan ko…???siaper yng counter check ilmu ko..??jibrail dtng dkat ko ke..??al-quran itu kalamullah….diturunkan oleh Allah..yg Maha Pencipta…ilmu didalam tak ada tandingan Nys..aku sure ko agree dgn aku kan….tp,untuk mentafsir ilmu Allah ni…bukan sekadar membaca,kena kaji dari aspek yang lain…bukan mempersoalkan…ttp demi mendapat penjelasan yng sbnrnya….sbb itu alquran diturunkan melalui Jibrail kpd Rasulullah kerana Rasulullah adalah the choosen one..!!Seorang yg tidak berilmu ttp mampu menyatakan kebenaran…itu adalah mukjizat kepada Rasul2….sbb itu alquran sesuai sepanjang zaman…kerana maksud yg terkandung mempunyai nilai yg tak terkira….klu setakat amik direct jer maksud nyer macam baca bible la….setakat baca,hafaz,pastu tak beramal tak dapat apa2…6000 ayat ttp sekadar menghafal ayat macam baca sajak jer la.utk ko…utk mengamal tak boleh…itulah Juang…..untuk mengamalkan alquran…tak boleh ko nak pikir ko tafsir macam ni ko amalkan begini…kena la bersyura baru dapat disesuaikan dgn smua org….yng pecah belah adalah kau orang ni la….sbb ko tak setuju pendapat ulama,hadis rasulullah….org macam ko yng buat org tak bersatu padu….kp silap Junag…Alquran adalah landasan,…iaitu kebenaran ALLAH SWT…kita bila dilahirkan seprti org yng berterbangan di alam yg gelap…ibu bapa umpama cahaya…tiada panduan hanya mengikut sahaja…semakin kita membesar…semakin kuat kemahuan untuk kita mencari erti alam ini….ttp klu kita spt berterbangan…sekejap ke kiri,ke kanan…mcm mana nak teguh..so ki harus berpijak ke satu landasan…Al-Quran adaalh landasan..ttp bagaimana nak nampak landasan klu tak ada canhaya….maka para Rasul2,Nabi2,ulama2 adalah yang menyinarinya…dikiri landasan dan dikanan landasan…baru kita boleh berpijak dilandasan menuju ALLAH SWT….korang ni namapk landasan tu tp taknak pijak kepadanya…sbb korang anggap tanpa berpijak korang boleh terbang terus ke jalan ALLAH…sedangkan dalam perjalanan itu ko ke kiri..kejap ke kanan….sedangkan Allah mencipta landasan untuk berpijak…tp ko memilih hanya untuk melihat….sbb tu ko nampak jer ayat2 alquran..ttp secara halus ko tak nampak….yg kasar jer namapk..tu pun samar2 jer…klu berpijak…baru boleh namapak landasan tu kasar…halus…ttp masih menuju ke arah yg sama biarpun angin badai kuat mendatang….

    Abdullah

    February 9, 2010 at 7:30 am

  32. Kepada Abdullah & Carnivore, bila memberi komen boleh tak saudara tulis guna Bahasa Malaysia rasmi? Ini kerana agak sukar untuk pembaca lain memahami apa yang saudara cuba bentangkan. Untuk forum ini, saya berpendapat komen saudara adalah sangat penting kerana saudara menerangkan sebab2 kita melakukan ajaran2 Islam yang diajar oleh ibu bapa / ustaz kita. Walhal Tolokminda & the gang cuba untuk membentangkan pandangan yang berbeza. Tetapi bila saudara guna bahasa pasar, agak sukar difahami. Terima kasih.

    M.Khalid

    February 9, 2010 at 10:45 am

  33. Salam semua,

    Artikel di atas membincangkan tentang amalan bersunat atau berkhatan di mana saya percaya ia bukanlah satu ketetapan Tuhan.

    Walaupun begitu masyarakat Islam mematuhi amalan itu umpama ia suatu kewajipan yang datang dari Tuhan walaupun nas mengenainya langsung tidak terdapat di dalam Al-Quran.

    Sumber yang mengandungi ketetapan mengenai berkhatan ada di dalam bible tetapi bukan di dalam Al-Quran. Begitu juga kisah Nabi Ibrahim berkhatan pada umurnya 90 ada di dalam bible tetapi tidak ada di dalam Al-Quran.

    Inilah pokok perbincangan kita. Untuk melihat samada adakah amalan berkhatan itu amalan Islam atau sebenarnya ia sesuatu yang kita cedok dari amalan Kristian atau Yahudi.

    Kita tahu apa yang telah berlaku ke atas Kitab-Kitab terdahulu. Termasuklah bible. Semuanya sudah tercemar teruk. Oleh itu sebagai umat Islam saya berpendapat kita tidak seharusnya mengamalkan sesuatu yang tidak terdapat di dalam Al-Quran walaupun ia terdapat di dalam Kitab-Kitab terdahulu.

    2:97 Katakan: Sesiapa yang menjadi musuh Jibrail – sesungguhnya dia telah mewayhukannya ke dalam hatimu dengan perintah Allah, mengesahkan apa yang telah disampaikan sebelumnya dan petunjuk dan berita baik kepada mereka yang percaya.

    Ayat di atas menjelaskan salah satu peranan Al-Quran adalah untuk mengesahkan Kitab-Kitab sebelumnya termasuk Bible. Jadi jika sesuatu ketetapan seperti ketetapan mengenai berkhatan yang ada di dalam bible tidak ditemui di dalam Al-Quran, apakah maknanya? Adakah kita mahu ikut Bible atau kita mesti berpegang kepada Al-Quran?

    Saya harap kepada semua pembaca blog ini yang berminat untuk menyertai perbincangan dapat menumpukan perhatian kepada topik. Samada anda setuju atau tidak setuju, anda berhak menyampaikan pendapat anda. Berhujahlah dengan segala pengetahuan dan penyelidikan yang anda buat.

    Apa yang benar tetap benar, yang salah akan tetap salah kerana kebenaran itu adalah milik Allah dan kesalahan itu adalah kelemahan kita. Jadi janganlah bimbang atau merapu jika anda yakin anda benar, kerana sebagai pihak yang benar anda harus yakin bahawa Allah bersama-sama anda.

    tolokminda

    February 9, 2010 at 1:21 pm

  34. aku nak jadi tak waras sekejap. macam Mansur Hallaj yg gila berteriak Ana al Haq. aku pun nak gila sekejap. orang gila tak boleh didakwa. itu keistimewaan orang gila. immuniti.

    ” .. kekadang aku rasa quran itu tak lengkap. tak ada perincian bab salat lima waktu. mula2 tuhan kata 50, lepas nego jadi lima. eh tu bukan quran cakap, tu hadith lah. ntah bukhary ntah yahudi. whateva. kemdian kita disuruh tunggang tonggek ngadap ketul batu hitam yg terletak di mekah. ada orang kata, dalam dinding kaabah ada lakaran tuhan keling hindu feria. betul tak, aku tak pernah tengok. tapi geli aku nak sembah ketol batu lord muruga atau lord of the ring . aku bukan rocker. rock & batu aku tak ngam. aku suka r&b. ulamak kata musik tu haram. tapi aku layan gak, bukan telinga dia, telinga aku. sukahati aku la. tapi orang islam kena rock. jabal tuh jabal nih. its a massive rock thingy. you circle you run you kiss you stone … muslims are tru rockers at heart. but quran say dont pray to idols. wallawey, one idol cannot ah? just the kaabah, can nego or not? .. ok mate, just this one … youre in tauhid. kool”

    😛

    Meracau

    February 9, 2010 at 3:31 pm

  35. Tolok minda… saya ingin mengetahui samada anda mengkaji kitab Alquran melalui pengajian Alquran dari mana-mana pusat pengajian islam atau hanya sekadar pemahaman anda melalui terjemahan Alquran?…jelas disini setiap apa nas atau ucapan anda hanya bersandar kepada Alquran dan bible.. langsung tiada bersandarkan tentang hadis Nabi SAW..anda banyak berkata tentang logik. jadi bolehkah anda mengetahui ilmu tentang calculous, matematik tambahan atau kimia dengan hanya berpandukan kepada buku?kalau mengikut logik anda, tak perlu la ke sekolah untuk belajar,hanya beli buku sudah mencukupi kemudian ambil peperiksaan..saya cabar anda untuk score 100%..jadi disini saya tegaskan agar anda dapat menjelaskan kepada para pembaca blog anda adakah anda meninggalkan sunnah dan hanya mengambil AlQuran? sekiranya anda hanya mengambil Alquran sebagai pedoman, maka bukanlah lagi di golongkan dalam ahli sunnah wal jamaah. Alquran tanpa Al sunnah ibarat seorang yang bermata satu…kita perlukan kedua dua “mata” ini supaya kita dapat mengharungi hidup yg penuh dugaan ini..dengan kedua dua “mata” pun kadangkala kita tersadung batu.. inikan pula dengan sebelah “mata”.. saya ingin menceritakan serba sedikit perihal dajjal..Almasih dajjal dikhabarkan memiliki satu mata..almasih dajjal akan datang dengan mengakui dia adalah penyelamat umat manusia.. orang-orang yang tidak beriman akan mengakui dajjal sebagai penyelamat yakni penyelamat dari kesesatan… fikirkanlah.. sekiranya dia bermata satu.. siapa yang berani mendekatinya..namun.. manusia tetap mengikutinya…adakah zahirnya dia bermata satu ataupun hatinya ber”mata” satu…fikir fikirkanlah..

    carnivore

    February 9, 2010 at 3:32 pm

  36. Salam,

    Dalam Al Quran sudah ada menyebut pasal Sunnah Allah. Tiada pula “sunnah” lain ditetapkan oleh Al Quran.

    Kebenaran bukannya terletak pada golongan2 tertentu. Orang Yahudi dan Nasrani pun menyangka mereka golongan yang benar. Kononnya sesiapa nak dapat petunjuk, kena jadi macam mereka. Takkanlah orang beriman, perangainya macam orang2 Yahudi dan Nasrani yang menjadikan agama alasan nak bergolongan2?

    Juang

    February 9, 2010 at 4:08 pm

  37. Salam Carnivore,

    Sila baca artikel terbaru saya tentang Ibrahim. Adakah Ibrahim perlu masuk mana-mana pusat pengajian Islam untuk memahami perkataan-perkataan Allah?

    tolokminda

    February 9, 2010 at 4:41 pm

  38. Salam Meracau,

    Yup, why don’t they see it? Everything is about rocks in the land of the Arabs.

    tolokminda

    February 9, 2010 at 4:43 pm

  39. nabi dan rasul disampaikan perkhabaran mengenai Allah melalui utusanNya..para malaikat..kau nabi ke?Jibrail datang kepada anda mengajarkan anda Alquran atau Azazil? anda masih tidak menyatakan pendirian anda tentang pegangan anda samada Alquran dan Sunnah Nabi SAW, atau Alquran semata mata…kepada “Juang” pernahkah anda lihat orang yahudi mengajak orang yang lain dari bangsa bani israil menganut agama yahudi? di sini saya terangkan serba sedikit kaedah pembelajaran islam supaya kita dapat mengenal pasti yang Haq dan yang Batil. kita haruslah mengenal guru kita sebelum berguru dengan mereka…yakni dengan mengetahui latar belakang mereka. para guru haruslah berSanad dan berTallaqi..

    maksud TALAQQI

    Perkataan Talaqqi bermaksud mempelajari al-Quran terus dari sebutan guru. Guru tersebut mestilah seorang yang pernah mempelajarinya dari guru sebelumnya yang berkesinambungan hingga kepada penerima wahyu pertama Rasulullah s.a.w. Melalui kelas ini murid akan diperbetulkan bacaannya satu persatu dari ayat mula al-Quran hingga ke ayat akhirnya. Murid mestilah seorang yang telah lancar membaca al-Quran dan telah tamat pengajian Ilmu Tajwid sebelum boleh menyertainya.

    maksud SANAD

    Perkataan Sanad bermaksud kesinambungan guru-guru yang berterusan tanpa putus hingga kepada guru al-Quran yang paling agung iaitu Rasulullah s.a.w. Pada zaman ini sanad kesinambungan ini dibuktikan dengan adanya dokumen (yang digelar ijazah) yang menyenaraikan guru-guru yang telah mengajar dan memperakui kelayakan mereka dalam ketepatan bacaan al-Quran. Ijazah tersebut akan menyatakan Qiraat, Riwayat dan Turuq sesuatu bacaan yang diijazahkan kepada muridnya.

    KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W
    KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH
    DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH
    “Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!!
    Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

    Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

    Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

    Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

    Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

    Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

    Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

    Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.

    Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

    sekali lagi saya minta anda untuk menyatakan siapakah guru anda yang mengajarkan “terjemahan” Alquran tersebut..semoga kita mendapat keberkatan dan hidayah.. Wallahualam..

    carnivore

    February 9, 2010 at 7:52 pm

  40. Am I missing something here..??Lucky I do have carnivorre to assist me during my travel times..Thanks to carnivorre..Untuk M.Khalid,kami cuba guna bahasa malaysia rasmi…

    Abdullah

    February 10, 2010 at 1:18 am

  41. Kalau kita berguru kepada Tolok Minda maka kita beragama Tolok Minda. apabila kita berguru kepada Muhammad maka kita beragama Muhammad, apabila kita berguru kepada Quran makan akan beragama Quran.

    Kita sekarang begitu fanatik kepada muhammad, sehinggakan pada setiap kali berdoa pun kita mendoakan kesejahteraan Muhammad. Diri kita sendiri macam mana?

    Penulis

    February 10, 2010 at 2:13 am

  42. Saya percaya orang-orang yang mempersekutukan Allah dan tidak berkomited dengan ajaran Al Quran – mereka perlu mencari sumber selain dari Al Quran untuk dijadikan petunjuk kepada kepercayaan agama mereka.

    Mereka lebih selesa digelar sebagai “pengikut” kepada guru-guru yang mereka sanjungi. – sedangkan Allah tidak pernah memberi sebarang “kuasa” kepada orang-orang yang mereka ikuti.

    Disebabkan mereka-mereka ini tidak percaya kepada Al Quran sudah tentu mereka tidak tahu apa akan berlaku kepada orang yang suka jadi “pengikut”:

    “Pada ketika itu berlepas tangan lah orang-orang yang diikuti daripada orang-orang yang telah mengikuti mereka, dan mereka lihat siksaan. Maka terputuslah segala perhubungan diantara mereka.”(2:164)

    Gunumaro

    February 10, 2010 at 3:09 am

  43. Salaam,

    Takda orang yang tolak Nabi Muhammad selagi dia mengaku mengikuti Al Quran sebagai panduan dalam bersyariat, lainlah kalau Al Quran itu tidak keluar dari mulut Nabi Muhammad. Yang di tolak adalah sandaran-sandaran yang mempergunakan nama Nabi Muhammad demi kepentingan masing-masing.

    MataHati

    February 10, 2010 at 3:31 am

  44. Salaam,

    Memang kita mahu bertanya kepada guru, masalahnya guru yang mana satu… adakah guru dari golongan ASWJ, Syiah, Wahabi dsbnya kerana masing-masing guru tersebut akan mendakwa bahwa merekalah yang benar manakala guru dari lain golongan tidak benar….

    MataHati

    February 10, 2010 at 3:37 am

  45. Salaam,

    Apa ada pada Ijazah… ? Sedangkam Dr. Maza sendiripun memiliki Ijazah dalam Ilmu Hadis tetap juga dipertikaikan apa yang disampaikan oleh mereka yang tidak sependapat dengannya. Ini membuktikan ijazah itu sendiri tidak memberi erti apa-apapun sekadar untuk dibangga-banggakan oleh sebahagian manusia….

    MataHati

    February 10, 2010 at 3:46 am

  46. Abdullah berkata;

    ” Khatan ni amalan dari zaman Nabi Ibrahim lagi…kenapa..??kerana adalah demi kebersihan dan kesihatan…kerana itu amalan ni diterima pakai oleh rasullullah yg merupakan dari keturunan Nabi Ibrahim sendiri….kalau kulup tu tak bersih,macam mane nak solat…macam mana nak tahu kulup tu bersih..nak tenyeh dgn tisu sampai melecet,klu ada tisu klu dalam hutan,nak tenyeh pakai batu…sbb tu la dipotong supaya bila beristinjak 100% boleh nampak helmet tu kering….kan mudah nak tuk kita berada dalam keadaan bersih baru la sah dan kita pun konfident nak sembahyang… ”
    —————————

    Salaam,

    Bagaimana tuan tahu Bahwa Nabi Ibrahim bersunat takda pun dalam Al Quran ? Dalam Bible adalah, maka itu perkara ini adalah serapan Israiliyat;

    Bible

    Imamat 12:3
    12:3 Dan pada hari yang kedelapan haruslah dikerat daging kulit khatan anak itu.

    Kejadian 17:14
    17:14 Dan orang yang tidak disunat, yakni laki-laki yang tidak dikerat kulit khatannya, maka orang itu harus dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya: ia telah mengingkari perjanjian-Ku.”

    Kejadian 17:24
    17:24 Abraham berumur sembilan puluh sembilan tahun ketika dikerat kulit khatannya.

    Kejadian 17:25
    17:25 Dan Ismael, anaknya, berumur tiga belas tahun ketika dikerat kulit khatannya.

    Mengaitkan kebersihan manusia kepada Allah baik masa sholat atau tidak maka tuan telah menghina Allah secara langsung kerana Allah tidak berhajat kepada kebersihan fizikal manusia, yang berhajat kepada kebersihan adalah manusia itu sendiri demi kebaikkan manusia itu sendiri.

    MataHati

    February 10, 2010 at 3:58 am

  47. Salaam,

    Perihal Dajjal adalah perihal yang akan berlaku pada masa hadapan (perkara ghaib) dan Nabi Muhammad tidak tahu perkara ghaib melainkan Allah bagitau. Maka percaya kepada adanya Dajjal merupakan kepercayaan Israilliyat yang telah diserapkan ke dalam pemikiran umat islam.

    Bible

    Dajjal

    1Yoh. 2:18
    Hai anak-anakku, akhir zaman telah sampai; dan sebagaimana yang sudah kamu dengar bahwa si Dajal akan datang kelak, maka sekarang ini pun ada banyak “Dajal”; dengan jalan itu kita mengetahui bahwa inilah akhir zaman.

    1Yoh. 2:22
    Siapakah pendusta itu melainkan orang yang menyangkal bahwa Yesus itu Kristus? Maka orang yang menyangkal Bapa dengan Anak itu, ialah si Dajal.

    1Yoh. 4:3
    dan tiap-tiap roh, yang tiada mengaku Yesus itu, bukanlah daripada Allah, melainkan inilah roh si Dajal, yang telah kamu dengar yang akan datang, dan sekarang ini sudah ada di dalam dunia.

    2Yoh. 1:7
    Karena banyak orang penyesat sudah keluar ke seluruh dunia, yang tiada mengaku bahwa Yesus Kristus sudah datang dengan keadaan manusia. Inilah penyesat dan si Dajal.

    MataHati

    February 10, 2010 at 4:02 am

  48. sebagai seorang islam, aku telah menyampaikan segala apa yg aku tahu mengenai islam…”mata hati” and the gang masih tidak menegaskan segala perdebatan, ilmu mahupun perkataan mereka adalah bersandarkan kepada Alquran dan Hadis nabi ataupun Alquran dan pemikiran mereka semata mata.. tiada lah guna menerangkan perihal seekor gajah 5 orang buta. seorang memegang ekor dikatakan gajah seperti ular. seorang memegang kaki dikatakan gajah seperti batang pokok. seorang memegang badan dikatakan gajah seperti dinding. seorang memegang belalai dikatakan gajah seperti dahan pokok. seorang memegang telinga dikatakan gajah bersayap seprti burung… jelaskan pada pembaca sekelian bahawa anda semua menolak hadis dan para sahabat dengan mengambil terjemahan Alquran sebagai pedoman.. adakah anda takut.. sila jawab- juang, matahati, penulis dan tolok minda..

    carnivore

    February 10, 2010 at 5:08 am

  49. Salam,

    Ada manusia merasakan mereka menerangkan pasal gajah pada 5 orang buta. Padahal mereka tidak bawa apa2 bukti menunjukkan sifat2 gajah yang sebenar. Mereka bawa cerita2 kosong untuk mendakwa cerita kosong itulah menggambarkan perihal gajah. Apakah mereka ingat semua manusia di dunia ini tidak mempunyai minda seperti mereka?

    Begitulah ada manusia kononnya merasakan mereka sahaja layak bercakap pasal Islam dan ajaran Al Quran, tetapi apa yang mereka bawa dari kitab2 lain yang Al Quran tidak pernah sahkan apa yang mereka bawakan itu.

    3:23. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka memalingkan.

    3:24. Itu adalah kerana mereka mengatakan, “Api tidak akan menyentuh kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung.” Apa yang mereka mengada-adakan menipu mereka dalam agama mereka.

    Ada manusia yang diajak kembali kepada Kitab Allah sebagai hakim dalam kehidupan, mereka berpaling. Mereka nak juga pakai kitab2 riwayat yang Al Quran tidak pernah mengiktiraf kitab tersebut 100% boleh dipercayai.

    Jelas kita nampak golongan tersebut.

    Juang

    February 10, 2010 at 5:33 am

  50. To:Penulis
    Betul kata tuan.Hari hari berdoa apabila bersolat untuk kesejahteraan Muhammad.Kita sendiri macam manakan?Kenapa kita tak berdoa kepada kita kan?Kenapa kita tak berselawat kepada kita kan?KAN SEMUA TU MACAM MASUK BAKUL ANGKAT DIRI SENDIRI.Dan satu lagi,mungkin penulis tak pernah sembahyang agaknya?Ye la,setiap orang ISlam apabila bersolat akan mendoakan kepada,bermula dgn puji2 kepada Allah,selawat keatas Nabi,kemudian barulah kita berdoa untuk kesejahteraan hidup kita.Takkan penulis tak pernah berdoa untuk diri penulis?Kita nak meminta kepada yang Esa tentulah kena ada satu cara yang “proper”,macam la kita nak bagi ucapan.Doa adalah komunikasi kepada Tuhan kepada mereka yang beriman kepada Allah,dan bukti mengakui keEsaan Nya.Mesti penulis akan kata kenapa harus mencontohi perbuatan seperti memberi ucapan.Sebenarnya ucapan yang dilakukan itu yang mencontohi cara berdoa.Siapalah kita nak ketepikan Rasulullah SAW,penulis pun takkan dapat Islam cara penulis kalau bukan dibawa oleh Rasulullah.Bayangkan kalau Penulis dilahirkan dari agama lain,contohnya Hindu,sudah tentu akan berkata ysng sama seperti penulis katakan seprti Islam.Sebenarnya penulis,saya menghormati daya pemikiran penulis,punya akar minda yang bagus,tetapi sayang,batang yang tumbuh adalah lemah.Penulis lebuh suka menyimpan keraguan dari mengakui bahawasanya Allah Ta’ala itu Maha Mengetahui.Ada perkara di dunia ni kalau difikirkan memang tak ada jawapannya kecuali Allah Yg Maha Mengetahui Segalanya.Tapi Penulis lebih gemar mempersoalkan Tuhan.Maka syaitan telah berjaya mengawal hati penulis untuk terus meragui.Bermula dari Muhammad,kemudian membuang Muhammad dari Al-Quran,lalu,apa yang tinggal,Al-Quran ciptaan Penulis dan kawan-kawan.Maka,makbullah doa si Iblis kepada Allah untuk menyesatkan umat manusia.Sedangkan telah jelas didalam Al-Quran bahawa Muhammad,Rasulullah SAW,itu adalah Pesuruh Allah.Bukan sekadar ‘messanger’,tetapi sebagai penguasa kepada hukum-hukum Allah.Apa yang dikata oleh Muhammad itu benar-sebenarnya kerana Muhammmad terpelihara dari dosa kerana Muhammad itu diciptakan Allah untuk menjadi Penyampai,Penguasa,Wakil agung dari Allah.Muhammad tidak sama seperti kita semua.Bukan untuk disembah,tetapi untuk mendengar kata-katanya,diambil contoh teladannya.Kenapa Muhammad itu disebut didalam Al-Quran?Bukan Nama penulis,tolokminda?

    Abdullah

    February 10, 2010 at 5:39 am

  51. To Mata Hati
    Nampak sangat Mata hati seorang ateis.Tak percaya tuhan,kitab yakni Al-quran,tak percaya kepada Rasul dan lain-lain lagilah rukun ISlam.Kalau betul beriman,bacalah surah Al-Kahfi,jawapanya ada disitu.

    Abdullah

    February 10, 2010 at 5:46 am

  52. Salam,

    Jika seseorang itu ateis, buat apalah dia percaya kepada ayat2 Al Quran yang Rasulullah sampaikan yang tidak mengajar amalan turun-temurun itu (yang diada2kan atas nama kitab riwayat sahaja).

    Jika Al Quran membawa kisah kaum2 musyrik terdahulu yang beramal atas alasan mereka nampak bapa2 mereka buat begitu, takkanlah Rasulullah nak tinggalkan sesuatu amalan yang perlukan manusia bergantung kepada bapa2 mereka (tidak bergantung kepada Allah lagi)? Semua Rasul ajak bergantung kepada Allah, bukannya pada perbuatan orang2 terdahulu.

    Takkanlah perkara2 macam tu mereka tak terfikir selama ini?

    Juang

    February 10, 2010 at 5:57 am

  53. To Mata Hati lagi,
    Islam yang tuan pegang dibawa oleh siapa?Rasulullah.Siapa Nabi Ibrahim?Beliau adalah Imam kepada seluruh umat Islam.Beliau adalah moyang kepada segala Nabi selapas beliau termasuklah Muhammad.Sebab itu salah satu rukun Islam,percaya kepada Nabi dan Rasul.Dah tuan berpegang kepada Al-Quran,dalam Al-Quran disebut nama Ibrahim,maka selayaknya beliau layak dipercayai.Kan dah ditulis jugak dalam Al-Quran bahawa kitab Taurat,Zabur,Injil diturunkan Allah.Maka apa yang ditulis dalam al-quran kan wajib dipercayai?

    Abdullah

    February 10, 2010 at 6:02 am

  54. Aduhai juang…cuba tengok posting tolokminda mengenai Nabi Ibrahim(yang terbaru),kan tolokminda sendiri mengakui Nabi Ibrahim?

    Abdullah

    February 10, 2010 at 6:07 am

  55. Betul semua Nabi mengajak bergantung kepada Allah,siapa yang bergantung kepada Nabi?Ada ke doa dalam ISlam yang meminta kepada Nabi?Yang ada cuma selawat kepada Nabi.Tp kalau bukan Nabi yang mengajar,siapa yang akan belajar Islam?Siapa yang kita nak ikut?Siapa yang ajar Nabi,kalau bukan malaikat jibrail?Siapa pulak yang bagi ilmu dekat jibrail?Jawapan nya hanya satu,iaitu Allah Ta’ala.

    Abdullah

    February 10, 2010 at 6:14 am

  56. Kalau TM nak mengaku dia Nabi Ibrahim, takkanlah dia tulis macam ni;

    “Kita tidak boleh percaya membuta tuli apa yang di bawa oleh ibu bapa, datuk nenek dan moyang tempoyang kita. Kita mesti jadikan Ibrahim sebagai contoh.”

    Dan TM hanya suruh contohi teladan Nabi Ibrahim dalam Al Quran.

    Yang pergi contohi contohi amalan yang didakwa drp Nabi Ibrahim dalam Bible tu buat apa?

    Takkan tak kenal Al Quran dengan Bible? Dan jika amalan yang ada dalam Bible itu benar, sudah pasti dalam Al Quran sendiri membenarkannya.

    Juang

    February 10, 2010 at 6:21 am

  57. “Nampak sangat Mata hati seorang ateis”

    Atheist boleh didefinisikan sebagai seorang yang menidakkan kewujudan Tuhan/Pencipta.

    Tiada langsung kenyataan dari Mata Hati yang menidakkan Tuhan.

    Jika sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang mungkar disini jelas sekali tidak nampak bagaimana solat mencegah saudara Abdullah dari menuduh, mengejek dan melabel kan orang lain tanpa sebab.

    Dimanakah kenyataan Mata Hati yang menidakkan kewujudan Pencipta?

    Tapi kita perlu bersangka baik, mungkin saudara Abdullah ni baru berumur belasan tahun yang belum didedahkan dengan cara berdebat yang betul.

    muaddib

    February 10, 2010 at 6:45 am

  58. Abdullah menulis,

    Islam yang tuan pegang dibawa oleh siapa? Rasulullah. Siapa Nabi Ibrahim?Beliau adalah Imam kepada seluruh umat Islam.Beliau adalah moyang kepada segala Nabi selapas beliau termasuklah Muhammad.Sebab itu salah satu rukun Islam,percaya kepada Nabi dan Rasul.Dah tuan berpegang kepada Al-Quran,dalam Al-Quran disebut nama Ibrahim,maka selayaknya beliau layak dipercayai.Kan dah ditulis jugak dalam Al-Quran bahawa kitab Taurat,Zabur,Injil diturunkan Allah.Maka apa yang ditulis dalam al-quran kan wajib dipercayai?

    Saya berpendapat tuan tidak faham konsep Al-Quran sebagai pengesah Kitab-Kitab terdahulu. Untuk mengesahkan sesuatu dakwaan atau ketetapan atau cerita di dalam mana-mana Kitab terdahulu adalah benar, ia mestilah turut disebut atau dijelaskan di dalam Al-Quran.

    Jika tidak, maknanya ia tidak boleh disahkan atau dengan kata lain – tidak laku. Sebagai orang yang percaya kepada Al-Quran, kita tidak boleh mengamalkan sesuatu yang tidak disebut oleh Kitab itu – sekurang-kurangnya kita tidak boleh mensabitkan amalan itu kepada Tuhan atau Nabi atau sesiapa saja.

    tolokminda

    February 10, 2010 at 8:18 am

  59. 14:24. Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah membuat persamaan? Kata yang baik seperti pokok yang baik – akarnya teguh, dan cabangnya di langit,

    14:25. Ia memberikan hasilnya setiap masa dengan izin Pemeliharanya. Begitulah Allah membuat persamaan-persamaan bagi manusia supaya mereka mengingati.

    14:26. Dan persamaan kata yang buruk seperti pokok yang buruk – membantut di atas bumi, tanpa kestabilan.

    14:27. Allah memperteguhkan orang-orang yang percaya dengan ucapan yang teguh, di dalam kehidupan dunia, dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim; dan Allah buat apa yang Dia mengkehendaki.

    Sifat kata-kata yang baik
    – mempunyai sumber yang berfakta, teguh dan stabil.
    – ada bukti-bukti yang tidak bercanggah antara satu sama lain.
    – kebenarannya menjulang tinggi.
    – boleh dikembangkan kepada pelbagai bidang dan cabang.
    – mengandungi buah fikiran yang bernas dan sumber inspirasi.

    Sifat kata-kata yang buruk
    – tidak stabil dan saling bercanggah antara satu sama lain.
    – hanya mengandungi kata-kata kejian dan nista bila kalah berhujah.
    – tidak mempunyai manfaat.
    – membantut akal fikiran.
    – tidak menjadi sumber inspirasi.

    Juang

    February 10, 2010 at 8:27 am

  60. Salam Abdullah,

    …Bukan sekadar ‘messanger’,tetapi sebagai penguasa kepada hukum-hukum Allah… Ini kata Abdullah.

    Tak kisahlah Abdullah nak katakan apa pun, yang pastinya abdullah juga tak pernah dengar Muhammad berkata itu dan ini melainkan mengetahuinya melalui orang lain. Dan saya percaya, Muhammad tak mengatakan lebih daripada apa yang terdapat dalam Quran sebab dia sekadar rasul Allah. Ingat Muhammad bukan Tuhan.

    Penulis

    February 10, 2010 at 9:08 am

  61. Salaam Tuan Abdullah,

    Apakah ayat saya ini berbunyi seperti dakwaan tuan bahwa saya seorang ateis;

    “Takda orang yang tolak Nabi Muhammad selagi dia mengaku mengikuti Al Quran sebagai panduan dalam bersyariat, lainlah kalau Al Quran itu tidak keluar dari mulut Nabi Muhammad. Yang di tolak adalah sandaran-sandaran yang mempergunakan nama Nabi Muhammad demi kepentingan masing-masing”

    Apakah bunyi kenyataan saya diatas seperti seorang ateis ? Sebenarnya tuan tiada hujah hanya bersangka-sangka sahaja sebab itu tuan berkata demikian. Apa-apapun saya terima kasih atas tuduhan atau dakwaan tuan tersebut.

    MataHati

    February 10, 2010 at 1:58 pm

  62. Salaam Tuan Muaddib,

    Betul kata tuan itu…. kita perlu bersangka baik.

    MataHati

    February 10, 2010 at 2:00 pm

  63. Salaam Tuan Carnivore,

    Al Quran itu sendiri adalah terjemahan dari berbagai-bagai bahasa bangsa atau umat terdahulu dan termasuk terjemahan dari bahasa Jin dan Haiwan. Jika tuan arif dalam bahasa arab maka bersyukurlah tuan namun jika hanya pandai melagu-lagukan sahaja maka tuan perlu terjemahan untuk memahami mesej Allah di dalamnya. Ini termasuk juga Riwayat-riwayat hadis, tuan perlukan terjemahan untuk memahaminya…. atau apakah tuan anti terjemahan Al Quran dan anti Terjemahan Riwayat2 Hadis.. ?

    MataHati

    February 10, 2010 at 2:09 pm

  64. Salam,

    Manusia belajar terjemahaan apa jua bahan bacaan kerana ada keinginan memahami isi kandungan bahan bacaan tersebut. Orang Melayu juga suruh anak2 mereka belajar Sains dan Matematik dalam bahasa yang mereka mudah faham. Yang peliknya bila bab Al Quran, mereka tidak bagi guna terjemahan dan anti pada orang2 yang berusaha nak memahami Al Quran.

    Sekadar melafaz dalam bahasa yang tak faham untuk dilagu-lagukan, apa bezanya manusia itu dengan keldai2 yang membawa kitab yang tak faham isi kandungan kitab yang dibawanya itu?

    Kita ini adalah manusia yang ada akal yang mana bila kita membaca, Allah akan beri ilmu pengetahuan jika kita faham apa yang kita baca itu.

    Jangan jadi seumpama binatang ternak, eh! tidak, lebih hina daripada binatang ternak. Mereka ada akal, tetapi sengaja tak mahu berfikir sebab menurut ajaran tradisi yang disogok oleh golongan ortodoks mereka.

    Apakah kita sanggup memperjudikan hidup kita dengan menurut membuta-tuli ajaran2 yang tidak ditetapkan oleh Al Quran semata-mata kerana taksub pada sesuatu puak?

    Juang

    February 11, 2010 at 4:40 am

  65. Tetapi jika saudara Abdullah komited dengan pesanan Allah supaya tidak ego, bangga diri, dengar semua pendapat dan ikut yang terbaik, tidak meremehkan pendapat orang lain, tidak bersangka dan mengejek, mana mungkin saudara Abdullah akan menuduh yang Mata Hati seorang yang menidakkan Penciptanya. Bukan?

    Yang mana akan mencegah saudara dari melakukan perbuatan yang ‘mungkar’? komitmen terhadap pesan Allah yang saya nyatakan diatas atau membengkokkan badan dan sujud secara fizikal mengadap bangunan binaan manusia yang beribu batu jauhnya?

    muaddib

    February 11, 2010 at 9:09 am

  66. “Al Quran itu sendiri adalah terjemahan dari berbagai-bagai bahasa bangsa atau umat terdahulu dan termasuk terjemahan dari bahasa Jin dan Haiwan. Jika tuan arif dalam bahasa arab maka bersyukurlah tuan namun jika hanya pandai melagu-lagukan sahaja maka tuan perlu terjemahan untuk memahami mesej Allah di dalamnya. Ini termasuk juga Riwayat-riwayat hadis, tuan perlukan terjemahan untuk memahaminya…. atau apakah tuan anti terjemahan Al Quran dan anti Terjemahan Riwayat2 Hadis.. ?”-Mata hati.

    hah..sudah.. Allah turunkan Alquran dlm bahasa jin dan haiwan?…AstarghfirullahalAzim…. sesat dan menyesatkan….

    carnivore

    February 12, 2010 at 12:40 am

  67. Salaam,

    Orang kata Al Quran itu adalah TERJEMAHAN pelbagai bahasa termasuk Jin dan Haiwan tuan putar belit pula ” Allah turunkan dlm bahasa jin dan haiwan?” Maka itu kata tuan sendiri…..

    Namun seperti kata tuan Muaddib “Tapi kita perlu bersangka baik, mungkin saudara ni baru berumur belasan tahun yang belum didedahkan dengan cara berdebat yang betul”

    MataHati

    February 12, 2010 at 1:22 am

  68. Seronoknya berdebat secara online ini, apabila semua ayat yang dikeluarkan oleh setiap orang direkodkan.

    Lain dengan perdebatan mulut, yang mana ada yang tidak mengaku dengan apa yang dikatakan seperti pepatah melayu ‘baling batu sembunyi tangan’.

    Maka juga, sebelum menaip dipapan kekunci, eloklah, baca, fahamkan apa yang disampaikan dan fikir sebelum kita poskan sebarang kenyataan kita.

    muaddib

    February 12, 2010 at 1:35 am

  69. Benar. Daripada tulisan2 itu kita boleh kenal karektor manusia itu.

    Juang

    February 12, 2010 at 2:04 am

  70. Salaam,

    Kadang-kadang mereka faham sebenarnya apa yang disampaikan oleh orang lain namun oleh kerana kebencian mereka kerana tidak sependapat maka sengaja buat-buat tidak faham dan memutar belitkan. Perkara sebegini telah Allah dan rasulNya bagi amaran;

    QS 5:8. Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

    MataHati

    February 12, 2010 at 2:22 am

  71. Itulah lumrah dalam hidup ini. Jika kita komited untuk hidup berpegang pada bukti2 yang nyata dan kukuh, yang paling membenci kita adalah golongan ortodoks dan taksub dengan ajaran tradisi seperti orang2 Yahudi zaman Rasulullah. Mereka tidak boleh dibawa berbincang dan suka mengejek2 bila hujah2 mereka dipatahkan.

    Dan yang tidak beberapa ortodoks dan taksub dengan ajaran tradisi (tetapi mereka masih membuat amalan itu kerana ikutan2), golongan itu tidak berapa membenci kita seperti orang2 Nasrani di zaman Rasulullah. Mereka masih ada keterbukaan lagi dan boleh dibawa berbincang dengan matang.

    Kita boleh nampak karektor Yahudi dan Nasrani itu di alam siber ini.

    Juang

    February 12, 2010 at 3:18 am

  72. Salam,

    3:144. Muhammad tiadalah melainkan seorang rasul; rasul-rasul telah berlalu sebelum dia. Apakah,
    jika dia mati atau dibunuh, kamu akan berbalik di atas tumit-tumit kamu? Jika seseorang berbalik di
    atas tumit-tumitnya, dia tidak akan memudaratkan Allah sedikit pun; dan Allah akan membalas orang orang
    yang berterima kasih.

    33:40. Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi rasul Allah, dan penutup
    Nabi-Nabi; Allah mengetahui segala sesuatu.

    2:170. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Ikutlah apa yang Allah menurunkan”, mereka berkata,
    “Tidak, kami akan mengikuti apa yang kami mendapati bapa-bapa kami buat.” Apa? Dan jika bapa bapa
    mereka tidak memahami sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk?

    5:104. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah kepada apa yang Allah menurunkan, dan rasul,”
    mereka berkata, “Cukuplah bagi kami apa yang kami mendapati pada bapa-bapa kami.” Apa?
    Meskipun bapa-bapa mereka tidak mengetahui sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk?

    7:28. Dan apabila mereka melakukan kesumbangan, mereka berkata, “Kami mendapati bapa-bapa kami
    melakukannya, dan Allah memerintahkan kami dengannya.” Katakanlah, “Allah tidak memerintahkan
    kesumbangan; apa, adakah kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?”

    9:23. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil bapa-bapa kamu dan saudara-saudara
    kamu untuk menjadi wali-wali kamu, jika mereka lebih menyukai ketidakpercayaan daripada
    keimanan; sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah
    orang-orang yang zalim.

    Mari berfikir!

    wolverine

    February 28, 2010 at 3:10 pm

  73. kalau kita nak memahami sesuatu kita hendaklah menguasai ilmu yg berkaitan dgn sesuatu,jika kita belajar sains kita akan mengikut teori dan hukum yg telah dibawa oleh ahli sains terdahulu tetapi kalau kita dah termasuk dalam kategori mereka(pelopor dan saintis)maka kita boleh mengeluarkan teori dan hukum kita sendiri sekiranya ada bukti dan hujah yg kuat.kalau kita nak memahami Islam tanpa ulama hendaklah kita memahami alquran kalau nak memahami alquran kita kena pakar dalam bahasa dan sasteranya,sejarah turunnya,memahami masyarakatnya ketika itu ,hadis nabi(kena ada ilmu hadis nak membezakan saheh atau daif atau palsu untuk pengetahuan imam hanbali hafal 450,000 hadis bersama sanadnya) juga kena tahu kenapa dan situasi apa hadis itu terjadi(diucapkan atau dilakukan nabi),kena tahu pendapat sahabat dan ulama zaman itu dan terlalu banyak lagi ilmu alat untuk seseorang itu layak menjadi mujtahid.SAYA ingin bertanya boleh saudara-saudara yg paling bijak disini memberitahu kepada bagaimana untuk sembahyang zuhur berdasarkan dalil al-quran dan hadis tanpa merujuk kepada ulama(ulama juga berdasrkan al-quran dan hadis tetapi mereka telah keluarkan bahan mentah itu satu persatu sebelum dimasak untuk dihidang kepada kamu yg sombong dan jahil)

    cikdet

    October 28, 2010 at 7:07 am

  74. Salam,

    Mengada-adakan hukum untuk memahami Al Quran tanpa dalil daripada ayat-ayat Al Quran sendiri adalah satu perbuatan yang tidak waras.

    Para saintis pun tidak pernah buat hukum “untuk faham sesuatu ilmu sains, anda kena tahu pasal sejarah seseorang saintis terdahulu dan kena pakar dalam bahasa Inggeris”.

    Tidakkah mereka memikirkan?

    Juang

    October 28, 2010 at 8:03 am

  75. ada dalam quran, kamu mungkin belum menemukan ayat tersebut. bacalah yang tartil jangan dengan nafsu.

    dajjal

    November 15, 2010 at 12:44 pm

  76. Salam,

    Jika seseorang itu telah temukan ayat Al Quran yang dimaksudkan, secara logiknya tentulah dia mudah-mudah kemukakan di sini untuk direnungkan bersama.

    Benda mudah macam itu pun tak boleh nak buat.

    Juang

    November 22, 2010 at 8:53 pm

  77. Pendapat saya macam ni. Mudah saja.

    Tuhan kata dia dah ciptakan maknusia tu paling sumpurna. Tak ada yg kurang dan cacat cela. Ciptaan terbaik utk dijadikan kalifah kat muka bumi ni.

    Jadi pasai apa, kita dok pandai2 “modify” punai kita. Ada pulak kunonnya ajaran kasi buang kulop bagi org Islam sbb itu lebih baik dari berkulop. Pasai apa?

    Nabi dulu dapat wahyu ka dari Allah kata yg Dia lupa nak improve kan lagi dia punya invention punai maka Dia suruh/ajar Nabi kasi tolong “modify” punai2 umat maknusia sbb Dia tak buat dulu masa Dia mula2 cipta maknusia. Kita macam kes “recall” utk kereta la ni.. kilang dah tersilap pasang parts maka kena suruh owner pi hantar balik buat free rectification..

    Maka sbb itu saya percaya benda2 adjust punai ni mengarut…

    Anak Yang Halal

    May 13, 2011 at 12:16 pm

  78. Salam AYH,

    Arahan supaya anak-anak lelaki dikhatan terdapat di dalam Buku Genesis tetapi tidak terdapat di dalam Al-Quran. Saya fikir mereka telah memplagiat amalan berkhatan ini dari kepercayaan Yahudi/Nasrani dan menambah-nambah pula supaya anak-anak perempuan turut dikhatan.

    Genesis 17:9-14 And God said to Abraham, “As for you, you shall keep my covenant, you and your offspring after you throughout their generations. This is my covenant, which you shall keep, between me and you and your offspring after you: Every male among you shall be circumcised. You shall be circumcised in the flesh of your foreskins, and it shall be a sign of the covenant between me and you. He who is eight days old among you shall be circumcised. Every male throughout your generations, whether born in your house or bought with your money from any foreigner who is not of your offspring, both he who is born in your house and he who is bought with your money, shall surely be circumcised. So shall my covenant be in your flesh an everlasting covenant. Any uncircumcised male who is not circumcised in the flesh of his foreskin shall be cut off from his people; he has broken my covenant.”

    tolokminda

    May 22, 2011 at 10:09 pm

  79. Itulah yg sedih. Dalam depa ni Islam ke hulu Islam ke hilir, agama paling lengkap ke hulu, agama paling mulia ke hilir, last2 depa dok ikut kitab kapiaq jugak..

    Pada saya kalu nak jugak modify punai kasi buang itu foreskin, buat la. Ikut suka masing2 punya hati. Mat saleh kapiaq tu pon ramai yg dok potong peliak atas sbb2 kesihatan. Tapi jangan la pulak dok sangkut kan benda tu dgn keperluan agama atau ikut nabi. Masa nabi belum terima wahyu dulu atau belum terima Islam, adakah dia juga kulop?? Kalu ya dia kulop, masa bila pulak dia potong dok peliak dia?? Masa dia dah tua tu ka? Siapa pulak jadi tok mudim nabi?? Ka dia pi potong sendri??

    So benda ni kita kena bendung. Kita kena ajar anak2 kita yg benda2 modify punai kunonnya atas arahan tuhan tu suma benda mengarut dan seloka tok2 lebai saja.. kita kena mulakan perubahan minda tu dari sekarang.

    Anak Yang Halal

    May 24, 2011 at 10:43 am

  80. Nanti ada yang buat cerita kononnya malaikat yang ‘sunatkan’ Nabi. Yealah, kalau belah dada Nabi pun malaikat boleh, apalah sangat khatan benda kat luar tu.

    Setakat nak buat cerita, mereka memang pakar.

    Juang

    May 25, 2011 at 5:52 am

  81. Cerita malaikat dok belah dada nabi utk pi basuh hati nabi dengan ayaq zam2 tu selalu kita dengar time2 israk mikraj. Cerita inilah depa dok jaja kehulu ke hilir.. tiap2 tahun tak pernah miss. Ada satu masa tu saya pi tanya tok lebai bersarban tinggi tu satu soklan. Saya tanya kat dia, pasai apa hati nabi tu kena basuh dulu (ambik keluar mai cuci betui2) sebelum naik jumpa tuhan. Tak boleh ka nabi mai jumpa lagu tu jer.. Kalu tuhan tu maha kuasa, siapa2 pon boleh mai jumpa terus. Apa payah kena cuci hati bagai.
    Tak ka itu benda mengarut kata saya.

    Tok lebai tu merah padam muka terus kata itulah yg tuhan kata “kun faya kun”…. saya pon tak tau kata apa la….

    Anak Yang Halal

    May 25, 2011 at 8:58 am

  82. Pengalaman masa di sekolah menengah dulu:

    Sy bersekolah di sekolah lelaki. Takde pelajar perempuan. Masa subjek agama, ustaz saya akan mengajar ikut sukatan pelajaran tapi 10 minit kemudian dia akan mula menyimpang dengan cerita2 dongeng yg dia dakwa dr hadis2 riwayat. Dia suka sgt cerita pasal kahwin.

    Dia berceritakan tentang nabi Muhammad boleh berjimak dengan kesemua isterinya dalam masa satu malam sahaja secara bergilir-gilir. Kononnya dia bercerita bahawa lelaki mempunyai keistimewaan berkahwin banyak dan nafsu yg ganas.

    Ramai kawan-kawan dalam kelas berpandang sesama sendiri. Saya pun tanya, “Ustaz, nabi Muhammad mandi tak malam tu?”. Habis satu kelas ketawa terbahak-bahak. Ustaz saya ni merah padam muka dia.

    Lalu dia berkata, “Awak jangan nak hina agama Islam, nabi Muhammad tu kekasih Allah, apa yg dia buat kita boleh ikut. Tak nak ikut pun xpe. Tapi jgn hina baginda. Jaga-jaga cikit mulut awak tu. Nanti terkeluar akidah.”

    Sy masih remaja masa tu, tak paham sgtlah konsep Islam yg sebenar. Sy pun rasa bersalah. Tp sekarang sy berasa bangga kerana berani mempertikaikan ajaran2 sesat orang2 agama.

    Kesimpulannya, Islam ini memang sempurna tapi dgn cerita2 dongeng ini, orang beragama lain menganggap Islam sebagai ajaran karut lagi tak masuk akal.

    Blog ini mengajak pembaca berfikir dengan membaca ayat-ayat Al-Quran, tetapi tok2 lebai di luar sana memaksa masyarakat mengikut kepercayaan mereka. Jika tidak mereka akan ditakut2kan dgn perkataan2 Arab seperti: murtad, akidah, jihad, Allah, dan seumpamanya. Lain tok lebai lain ajarannya.

    Kalau syiah, jadilah masyarakat itu syiah dan sebaliknya jika tok lebai itu bermazhab sunnah atau wahabbi.

    -Skygyver-

    Skygyver

    May 25, 2011 at 5:52 pm

  83. Mereka adalah orang-orang yang tidak boleh dikritik. Bila kritik sikit, mulalah nak kata menghinalah, sesatlah, anti-hadislah dll.

    Masyarakat kita terlalu menghormati dan memuju mereka sehingga mereka berani mengada-adakan apa yang Allah tidak perintahkan. Mereka merasakan diri mereka sekutu Tuhan untuk membuat hukum itu dan ini walaupun jelas tidak ada dalam KitabNya.

    Mereka gunakan riwayat hadis sebagai kitab hukum walhal Nabi sendiri diperintahkan oleh Tuhan berhukum menggunakan KitabNya.

    Juang

    May 27, 2011 at 1:12 am

  84. Tapi patutkah lelaki yang dah berkahwin tak ‘bersunat’?

    Skygyver

    May 27, 2011 at 7:26 am

  85. Salam Skygyver,

    Saya berpendapat tidak ada apa masalah pun bagi mana-mana lelaki yang berkahwin tetapi tidak berkhatan. Berjuta lelaki tidak berkhatan telah berkahwin dan tidak ada tanda-tanda KPI mereka dalam berumahtangga cenderung lebih buruk dari para lelaki yang berkhatan.

    Sebenarnya walaupun artikel saya di atas mempersoalkan tentang amalan berkhatan – samada ia benar-benar sesuatu yang ditetapkan oleh Tuhan sehingga ia menjadi “sunat yang wajib” kepada masyarakat Islam – saya tidak ada masalah kalau seseorang lelaki itu mahu berkhatan.

    Saya tidak fikir berkhatan atau tidak berkhatan akan menjadi isu yang menentukan syurga dan neraka. Saya melihat oleh kerana ia bukan satu ketetapan yang khusus dari Tuhan, maka biarlah seseorang itu membuat keputusan sendiri samada mahu berkhatan atau tidak.

    Ia adalah perkara yang harus diletakkan pertimbangannya melalui common sense seseorang saja. Tidak ada kena mengena dengan “hukum Tuhan”. Kalau dia memilih untuk tidak berkhatan, itu haknya. Jangan hanya kerana seseorang memilih tidak mahu berkhatan kita kata dia telah melanggar perintah Tuhan, sesat, murtad, tidak masuk geng dan sebagainya.

    Kalau itu yang kita lakukan maknanya kita telah menurut kepercayaan dan amalan Nasrani dan Yahudi kerana mereka telah menjadikannya sesuatu amalan yang wajib dan mereka yang tidak melakukannya dianggap telah melanggar hukum Tuhan dan mesti disisihkan masyarakatnya.

    Genesis 17:9-14 And God said to Abraham, “As for you, you shall keep my covenant, you and your offspring after you throughout their generations. This is my covenant, which you shall keep, between me and you and your offspring after you: Every male among you shall be circumcised. You shall be circumcised in the flesh of your foreskins, and it shall be a sign of the covenant between me and you. He who is eight days old among you shall be circumcised. Every male throughout your generations, whether born in your house or bought with your money from any foreigner who is not of your offspring, both he who is born in your house and he who is bought with your money, shall surely be circumcised. So shall my covenant be in your flesh an everlasting covenant. Any uncircumcised male who is not circumcised in the flesh of his foreskin shall be cut off from his people; he has broken my covenant.

    Hukum seperti ini tidak terdapat di dalam Al-Quran.

    tolokminda

    May 27, 2011 at 11:46 am

  86. Ada anak penakan saya yg umoq 7 tahun kata dia tak mo potong peliaq cuti skolah ni sbb dia kata peliaq dia tak da masalah apa2. Jadi pasai apa bapak dia nak suroh pi potong.. bak kata omputeh, if it aint broken, why fix it…

    Jadi kita tengok akai budak 7 tahun pon dah tau benda2 yg tuhan cipta tu dah cukup baik. Dia pon kata dia tak paham kenapa suruh paksa dia modify punai dia padahal punai dia tu tak pernah membawak masalah pada dia. Dia kata kawan2 kapiaq dia yg lain pon dok ejek dia kata kalu jadi hindu atau cina lagi baik sbb tak payah kena modify punai..

    Ostat2 bersarban tinggi yg dah tua bangka tu tak boleh tengok ka benda2 mudah lagu ni.. tak malu ka depa dgn budak 7 tahun ni..

    BTW, yg dok modify punai tu juga la bangsa yg paling kuat tutuh anak sendiri….bangsa yg menganut islam tu jugak la.. jadi apa dia keperluan modify punai ni sebenak nya..

    Anak Yang Halal

    May 27, 2011 at 3:26 pm

  87. alhamdulillah..dari perbincangan diatas berkenaan sunat atau berkhatan ini telah membuka mata hati saya untuk satu pengalaman yg amat berguna..pernah satu hari saya ditanya oleh kawan baik saya yg mempunyai anak kurang upaya “sindrom..maaf sy tak pandai dan terlupa nama sindrom berkenaan” dimana sudah sampai waktunya wajib mengikut tradisi amalan yg telah diperturunkan untuk dikhatankan. Maka saya mengesyorkan agar tidak dikhatankan kerana boleh menjejaskan kesihatan anaknya dan lebih banyak keburukan dari kebaikan..

    bobwaltzco

    April 20, 2012 at 12:55 pm

  88. dalam artikel ini jelas dinyatakan bahawa nabi ibrahim as dan ismail as melakukan khatan sebgaimana tertulis dalm injil.Nabi ibrahim as dan ismail as ikut suruhan siapa dan hukum mana?tentu saja hukum Allah SWT?Adakah agama nabi dan rasul lain berlainan dengan ajaran Rasulullah Saw?Al quran adalah Pelengkap kepada ajaran nabi dan rasul sebelumnya.sebagaimana puasa dan solat.So apa masalah berkhatan?

    zaidi

    March 27, 2014 at 8:58 pm

  89. salam. ke mana anda semua? lama x update blog ni.

    test

    June 23, 2014 at 5:06 pm

  90. pendapat saya khatan tu x perlu, cuma lebih kepada harus. Harus jika memudaratkan. Ciptaan Allah adalah sempurna. iblis dan setan lah yg menghasut supaya manusia mengubahnya.

    kekal

    December 23, 2015 at 11:37 am

  91. Assalam,
    Maaf saya hanya mampu copy & paste berkaitan perbincangan menarik soal khitan ini. Ini juga mencerminkan pandangan saya sendiri bahawa khitan itu sesuai dgn fitrah dan pelaksanaannya adalah bukti kepatuhan kita sebagai ummat kepada sunnah baginda Nabi SAW. Sebagai contohnya, tanpa pedoman sunnah Nabi SAW mampukah nak melakukan solat lima waktu sehari semalam walaupun kita tahu perintah solat itu wajib.

    Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

    ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

    “Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): “Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif”. Dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan”.

    Catatan: Khitan termasuk ajaran Ibrahim Alaihissallam, sehingga hal itu termasuk dalam keumuman perintah untuk diikuti. Dan asal dari perintah adalah wajib, sampai ada dalil lain yang memalingkannya [23].

    b. Dalil dari Sunnah.
    Hadits `Utsaim bin Kulaib, dari ayahnya, dari kakeknya, bahwa dia datang menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata: “Aku telah masuk Islam,” Nabi bersabda,”Buanglah darimu rambut kekufuran dan berkhitanlah [24]”.

    Sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam “berkhitanlah”, adalah ‘amr (perintah); dan ‘amr, hukum asalnya wajib, ia menunjukkan wajibnya berkhitan. Perkataan beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada satu orang, juga mencakup yang lainnya, hingga ada dalil pengkhususan.[25]

    Dan juga mereka berdalil sebagaimana yang diriwayatkan dari Zuhri, bahwa ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : ‘Barangsiapa masuk Islam, maka berkhitanlah, sekalipun sudah dewasa'[26].”

    Sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam “maka hendaklah berkhitan”, adalah ‘amr; dan asal hukum ‘amr, wajib dengan sighat (bentuk syarat) pada sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam “Barangsiapa yang masuk Islam”, lafadznya umum, mencakup laki-laki dan perempuan.

    c. Atsar Salaf.
    Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Al aqlaf (yaitu orang yang belum berkhitan), tidak diterima shalatnya dan tidak dimakan sembelihannya”[27].

    Rumusannya, pelaksanaan khitan itu amat sesuai dgn fitrah manusia dan menjadi bukti kita patuh kepada apa yg disampaikan oleh junjungan besar Nabi SAW.

    zumna affendy

    May 28, 2016 at 2:39 am

  92. jika benar amalan sunat itu dinyatakan dalam bible, kenapa orang Kristian sendiri tidak mengamalkannya.90% orang kampung saya beragama Kristian (s.I.b) Dan seorang pun lelaki tiada yang bersunat.adakah kerana Kristian itu sendiri pelbagai versi.ada SIB,SDA,GEREJA YESUS BENAR,CHRISMATIC,KATHOLIC Dan sebagainya.cara mereka sembahyang juga berbeza.yang sama diantaranya adalah tidak mengamalkan sunat.bible sendiri terdiri drpd dua perjanjian iaitu perjanjian baru Dan perjanjian lama.nas yg menyatakan hukum sunat ini terdapat dlm perjanjian lama.yg mana perempuan pada ketika itu mengenakan kerudung kepala( tudung).. so,apa pun agama anda fikir2kn la..sy seorang mualaf.sy dapati agama Kristian Dan Islam sama sahaja cuma cara amalan yg berbeza.tiada agama yang menyuruh umatnya melakukan kejahatan..cukup jika anda taat kepada agama yang and anuti. masih teringat nas alkitab ” janganlah menganggap diri sendiri bijak,takutlah akan Tuhan Dan jauhilah kejahatan “.

    aku mualaf

    June 22, 2016 at 5:24 pm

  93. hahahahahahahahahaha… aku mahu lihat wajah kamu semua bila tiba saatnya nanti! Sumpah aku atas namaNYA

    Adzim Malik Al Ezrael El Zabaniyah

    April 9, 2017 at 10:57 am

  94. *Jawaban kepada Isu Berkhitan@Berkhatan*

    Melihat kepada hujah yg dibawa oleh mereka yang mengikut 💯 al-Quran, meletak-kan hukum berkhatan kepada kanak-kanak baik lelaki mahupun wanita sebagai tidak wajib, malah suatu ajaran bersumberkan Bible.

    Mereka melihat sudut berkhatan dari satu arah, yang mana jika tidak ada suatu arahan atau firman Allah swt di dalam Al-Quran,jika ada cuma dari hadis, yang kemudian nya boleh dijumpai dalam banyak ayat di dalam Bible, sebagai suatu cedokan ajaran dan sewajarnya tidak dicontohi.

    Pada Pandangan dan Kajian yang lebih mendalam mengenai perkara ini,perlu dilihat dari banyak aspek, jangan sesekali terburu dalam menjustifikasikan sesuatu hanya kerana tidak menjumpai tentang sesuatu perkara di dalam Al-Quran.

    Sebagai contoh ada ayat Al-Quran yang berbunyi kurang lebih begini ; “Allah menyukai orang-orang yang mensucikan diri”.Ayat begini berbunyi umum, yang mana boleh menjadikan sudut pandangan yang berbeza dari tahapan pemikiran masing-masing. Segelintir akan melihat kepada aspek kesucian akal dan hati, manakala tafsiran kelompok kedua boleh memberi tafsiran kepada kesucian zahir. Nah..disinilah timbulnya berbedaan.Yang sebenarnya kedua-duanya betul dan yang lebih betul adalah yang menerima aspek kesucian lahiriah dan batiniah,kerana ciptaan Allah swt pada manusia meliputi jasmani dan rohani.

    Jadi,dari titik tolak ayat di atas dapat difahami bahawa segala aspek kebersihan dan kesucian adalah sangat disukai Allah, dan merupakan fitrah manusia menyukainya. Sebab itu sangat dangkal jika beranggapan bahawa hal-hal sedemikian tiada dalam Al-Quran. Cuba mereka ini mencari di mana ayat dari surah Al-Quran,yang memerintahkan umat manusia mengetip kuku tangan dan kaki,menguting rambut apabila panjang, mencabut atau mencukur bulu ketiak, dan menyental daki di badan?Adakah jika salah satu dari aspek menjaga kebersihan, kesucian, keterampilan, perapian diri ada terdapat dalam hadis,yang kemudiannya terdapat dalam Bible,tak ada pengkhususan ayat di dalam Al-Quran,TIDAK boleh diamalkan?

    Sejak puluhan tahun,kajian demi kajian dilakukan dikalangan bijak pandai muslim mahupun non muslim dari kalangan penyelidik melihat akan kebaikan dari berkhatan.Jadi tidak timbul isu amalan ini berkeduk ajaran Bible,kerana Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad utusan terakhir melengkapi segala tatacara serta aspek kehidupan manusia.

    Kesimpulannya, hukum menjaga kebersihan dan kesucian diri adalah wajib dan suatu kemestian pada sesiapa sahaja dari tingkat bayi sehingga yang tua. Berkhatan juga menjadi wajib bagi tujuan kebersihan dan kesucian diri,ini termasuk perkara-perkara yang lain seperti mengunting rambut, mengetip kuku dan sebagainya adalah wajib kerana merupakan faktor kebersihan dan kesucian diri. sekian,wassalam.

    Hamba abdi

    August 26, 2020 at 10:07 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: