Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Poligami lagi..

with 13 comments

Kita bukan nak galak lelaki poligami, kata Nik Aziz

KOTA BARU, 23 Jun – Langkah kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan secara poligami tidak bermaksud kerajaan negeri menggalakkan mereka supaya berpoligami, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz (gambar) berkata pendekatan itu lebih kepada usaha mencari kedamaian pasangan yang mempunyai niat untuk berkahwin lebih daripada satu supaya tidak menimbulkan masalah kepada keluarga apabila mereka merahsiakan sesuatu perkahwinan.

“Kita tidak galakkan lelaki berpoligami, tetapi ia bertujuan mencari kaedah bagaimana perkahwinan poligami itu dapat dilaksanakan secara tersusun dan tidak menimbulkan masalah kepada pasangan terbabit, kerana ia adalah sesuatu yang sensitif baik bagi lelaki atau wanita,” katanya dipetik Bernaam Online.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri dua hari lepas bahawa kerajaan negeri bercadang memberi insentif kepada lelaki yang mendedahkan niat mereka untuk berkahwin secara poligami bagi menjamin kerukunan rumah tangga yang bakal dibina.

Nik Aziz bagaimanapun berkata kerajaan negeri belum dapat menerangkan apakah bentuk insentif yang bakal diberikan itu.

Katanya, cadangan kerajaan negeri ini bukan sahaja tidak dihalang oleh agama, malah kaedah itu boleh membantu anak dara tua atau janda berkahwin dan mendapat pembelaan suami.
————————————————————————————————————————————————

Petikan di atas adalah berita hangat yang terbaru mengenai poligami. Sekarang ada pembesar agama mahu ia diberi insentif pula. Hebat sungguh! Saya tidak faham kenapa amalan poligami ini sangat mendapat perhatian orang Islam sedangkan melalui pemerhatian umum pun kita boleh nampak bahawa ia merupakan satu amalan yang membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Jika kita jujur membuat penilaian, tidak susah untuk kita melihat hubungkait amalan poligami dengan begitu banyak pergolakan dalam rumah tangga, penceraian, pengabaian tanggungjawab terhadap anak-anak, masalah sosial dan sebagainya. Saya telah menulis 2 kali mengenai poligami melalui petunjuk-petunjuk Al-Quran dalam laman ini; di sini dan di sini.

Saya bukan mahu memaksa orang percaya kefahaman saya. Tetapi sekurang-kurangnya fikirkanlah. Selidiklah sendiri dengan teliti mesej telah diwahyukan. Jangan mudah-mudah saja terjebak dengan kedangkalan golongan yang menuntut hak sebagai wakil Tuhan sedangkan mereka sendiri tidak memahami mesej yang diamanahkan kepada mereka.

Tidak ada sebarang petunjuk bahawa Tuhan telah menetapkan poligami sebagai satu bentuk “amal soleh”. Malah Tuhan memberitahu kita jika mahu berkahwin lain kita boleh ceraikan isteri kita.

4:20 Tetapi jika kamu memutuskan untuk mengambil seorang isteri mengantikan yang lain, walaupun kamu telah memberi semua milik kamu sebagai hadiah perkahwinan kepada yang terdahulu, janganlah ambil kembali sedikit pun daripadanya. Adakah kamu mahu mengambilnya melalui fitnah dan membuka kesalahan?

Dan dalam masa yang sama jika isteri kita tidak lagi rela untuk bersama kita, Tuhan menegaskan bahawa kita perlu membebaskannya. Lelaki DILARANG memiliki perempuan/isteri tanpa rela mereka.

4:19 Wahai kamu yang percaya! Kamu dilarang memiliki perempuan tanpa kerelaan mereka. Tidak sepatutnya juga kamu melayan mereka dengan kekerasan yang kamu mungkin mengambil sebahagian dari hadiah perkahwinan yang telah kamu berikan kecuali di mana mereka didapati bersalah melakukan kecurangan. Sebaliknya hiduplah dengan mereka atas dasar kasih sayang dan persamaan. Jika kamu tidak suka sesuatu mengenai mereka ia mungkin hanya kerana kamu tidak suka satu perkara, dan Tuhan membawakan melaluinya pelbagai kebaikan lain.

Tuhan beri nasihat kepada kita bahawa hubungan di antara suami dan isteri mestilah atas dasar kasih sayang dan persamaan. Bukannya dengan jalan yang bersifat paksaan atau penipuan seperti yang biasa berlaku dalam kes-kes poligami. Mesej Tuhan dalam 4:19-20 amat jelas dan mudah difahami. Tidak ada konotasi yang boleh membawa kepada kesimpulan bahawa Tuhan menetapkan poligami sebagai jalan keluar.

Begitu juga ayat 4:3. Ia terang-terang merujuk kepada kaedah menyelesaikan permasalahan berkaitan pengurusan harta anak-anak yatim khususnya yang perempuan. Dan mengahwinkan mereka yang sudah cukup dewasa adalah satu jalan yang Tuhan cadangkan kepada kita. Semua konteks berkaitan hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila Tuhan turut menegaskan supaya kita pastikan mereka itu benar-benar cukup dewasa sebelum diberi tanggungjawab sendiri. Jangan hanya kerana nak lepas tangan maka kita hantam saja. Kita mesti amanah. Semua ini dapat kita renungi jika kita baca ayat 4:3 bersama keseluruhan ayat 4:1-5.

4:1 Wahai manusia, patuhi Tuhan kamu yang mencipta seseorang. Dan satu lagi Dia mencipta pasangannya dan Dia memperkembangkan dari keduanya, lebih banyak lelaki dan perempuan. Dan patuhi Tuhan yang kamu sentiasa memohon untuk keluarga. Sesungguhnya Tuhan, Dia mengambilberat tentang kamu.

4:2 Dan serahkanlah harta pusaka anak-anak yatim, dan kamu tidak wajar menukarkan yang buruk untuk yang baik, dan kamu tidak wajar menyerap harta mereka ke dalam harta kamu, kerana sesungguhnya ia akan menjadi sangat tidak adil.

4:3 Dan jika kamu bimbang kamu tidak dapat berlaku adil kepada anak-anak yatim itu, maka kamu boleh kahwinkan mereka yang kamu rasa sesuai dari yang perempuan – dua, dan tiga dan empat. Tetapi jika kamu bimbang kamu tidak dapat berlaku adil, maka cukuplah satu atau yang mana telah kamu beri perjanjian. Ini lebih baik supaya kewangan kamu tidak terbeban

4.4 Dan serahkan ke atas yang perempuan harta pusaka mereka dengan jujur. Maka jika mereka bermurah hati terhadap kamu, pemberian peribadi darinya, maka terimalah dengan baik.

4.5 Dan jangan kamu serahkan kepada yang belum matang harta pusaka itu, yang mana Tuhan telah amanahkan kepada kamu. Belanjakanlah untuk mereka darinya, dan sediakan pakaian mereka, dan berinteraksi dengan mereka dengan elok.

Tidak ada Tuhan kata kita boleh kahwin untuk diri kita sendiri ibu-ibu anak yatim atau mana-mana perempuan lain sampai empat. Tuhan sudah jelaskan kepada kita siapakah perempuan-perempuan yang tidak boleh kita kahwini. Dan Tuhan juga ada menggariskan sifat dan kualiti perempuan yang wajar kita kahwini. Tetapi tidak ada Tuhan menetapkan berapa orang perempuan yang kita boleh kahwini. Malah melalui 4:20, Tuhan sebenarnya tidak ketinggalan menunjukkan jalan yang sebaik-baiknya jika kita mahu kahwin lain. Dan kalau semua ayat-ayat berkenaan tidak cukup sebagai petunjuk, mungkin ayat berikut boleh membantu minda berfungsi dengan betul.

24:32 Dan kahwini yang bujang di antara kamu atau dari kalangan hamba lelaki kamu yang “soleh” dan hamba perempuan kamu. Jika mereka dalam kemiskinan, Tuhan akan memperkayakan mereka dari kekayaanNya. Tuhan Mengetahui segala-galanya.

Ayat 24:32 ditujukan kepada kedua-dua gender – lelaki dan perempuan. Maknanya kalau hendak kahwin, kahwinilah yang bujang walaupun mereka hanya berstatus hamba.

Dengan begitu banyak petunjuk dan nasihat yang Tuhan telah beri kepada kita berkaitan perkahwinan saya amat hairan mengapa amalan poligami yang tidak disuruh pula yang diperbesar-besarkan dan mahu diberi insentif. Rosak sungguh akal mereka.

Written by tolokminda

June 24, 2011 at 10:42 am

13 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Maka, akan tampillah para suami yang berpoligami untuk menuntut insentif daripada kerajaan negeri tersebut. Mungkin pada mulanya akan menimbulkan ketegangan sama ada dalam jangka pendek atau panjang. Kita tidak tahu. Ini hanya spekulasi sahaja. Rahsia selama ini akhirnya terbongkar gara-gara mengejar insentif.

    syurgaminda

    June 24, 2011 at 5:47 pm

  2. Salam,

    Mungkin kejayaan insan seperti Salih Yaacob berkahwin empat telah membakar semangat pembesar agama ini. 🙂

    Perkahwinan adalah satu komitmen hasil perasaan cinta di antara kedua-dua pihak. Dan poligami pula bukan perkara main-main untuk memberi keseronokan kepada si lelaki mempunyai ramai teman seks dan mengabaikan perasaan si isteri. Si lelaki harus ingat bahawa apabila berkahwin lebih daripada seorang, seumpama dia berkomitmen lebih daripada satu tempat kerja. Risikonya tinggi dan boleh mengucar-kacirkan kehidupan yang sedia ada.

    Saya setuu dengan TM bahawa sebarang bentuk galakan ke arah poligami adalah tidak wajar. Dalam keadaan poligami tidak digalakkan pun kita sudah lihat bermacam keburukannya akibat sikap suami yang tidak boleh membahagikan kasih sayang seadilnya, apatah lagi dalam keadaan digalakkan sedemikian rupa.

    Seperti mana cinta tidak boleh dipaksa atau diberikan insentif (kerana dalam cinta, pentingnya keikhlasan, bukannya kerana ganjaran wang), apatah lagi dalam berpoligami. Melainkan poligami itu dilakukan atas dasar kenafsuan, beri duit pun tak apa seperti seorang lelaki melanggan ‘China doll’.

    Juang

    June 25, 2011 at 11:10 am

  3. Sebaiknya insentif itu diarahkan saja kepada warga miskin tegar di Kelantan.Baik perkahwinan yg didasari cinta / nafsu…dua2 ada kebarangkalian menyumbang kepada pergolakkan.
    Secara peribadi,perkahwinan hanya babak kecil dlm kehidupan manusia.Namun pada ramai,perkahwinan itu segalanya.Status perkahwinan juga dijadikan kayu pengukur kejayaan seseorang justeru tak hairanlah jika semakin bertambah angka bilangan isteri(dari 1—>4) makin berbangga si lelaki.

    Perkahwinan itu mudah,yang tak mudahnya ialah menanggung beban tanggungjawab serta amanah sebagai seorang isteri,ibu,suami,bapa dan seterusnya.Kurangnya dan ceteknya pemahaman serta keperluan bagi menjalankan amanah tersebut bagi saya adalah pencetus utama segala pergolakan dan permasalahan baik dari istitusi kekeluargaan dan sosial.

    Teringat pula saranan sahabat 2 bulan lalu,kata sahabat “berkahwinlah…kahwin itu nikmat hidup” dan sebulan kemudian saya menerima panggilan dari sahabat ” I’m divorced”

    Hmmmmm…perkahwinan itu hanya layak untuk mereka yang layak.Untuk yang kurang layak dan sedar diri tak layak…carilah nikmat dgn cara lain.Nikmat Allah tak terhad pada perkahwinan semata.

    nia sarah

    June 27, 2011 at 1:48 am

  4. Salam Nia Sarah,

    Saya setuju. Baik belanjakan wang untuk beri makan orang miskin yang dah terang-terang disuruh oleh Tuhan dari beri insentif kepada orang yang beristeri lebih dari satu.

    tolokminda

    June 27, 2011 at 2:37 am

  5. Salam

    Tafsiran kebanyakan orang Arab, kononnya nak menegakkan Islam… namun yg tinggal hanyalah selam 🙂

    Jebon

    June 28, 2011 at 1:04 pm

  6. Perumpamaan si lelaki berkahwin sama ada satu atau lebih samalah seperti membeli kereta secara sewa-beli. Jika ada satu, satulah komitmennya. Jika lebih dari satu, maka lebihlah komitmennya. Ada orang, satu kereta pun tak terbayar gara-gara tidak komited sehingga kereta terpaksa ditarik. Ada orang lebih satu kereta mampu dilangsaikan hutang kerana bijak menguruskan kewangan dan komited. 🙂

    Juang

    June 28, 2011 at 8:48 pm

  7. Sebagai lelaki, saya tak fikir nak kahwin 2, 3 atau 4. Satu pun dah cukup sebenarnya sebagai teman hidup jika benar-benar menghormati rasa cinta pasangan kita. Yang jenis kahwin banyak-banyak ni tak faham apa itu rasa cinta dan kemahuan nafsu.

    Saya selalu terfikir bahawa kebanyakan orang yang berkahwin sebenarnya melakukan zina kerana kurang rasa cinta antara pasangan walaupun dari segi “agama”, hubungan mereka dianggap halal.

    Pengalaman saya, jika seseorang lelaki itu terlalu mencintai seseorang wanita, xde perempuan lain yang akan membuatkan dia terpikat. Tapi kalau yang dicintai tu dah tiada di dunia ini, susah pula nak lupakan dan mungkin ambil masa yang lama untuk mencari pengganti baru.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    June 29, 2011 at 7:08 pm

  8. Salam

    Poligami tuh tidak pun disuruh oleh al-Quran, namun tidak pula diharamkan,… jadi kalu ada mana2 lelaki nak berpoligami itu hanya kemahuan dia bukan Quran suruh ke apa ker… yg menjadi masalahnya ialah apabila orang nak berpoligami dengan alasan Quran suruh, fardhu ain, nak menegakkan hukum Islam, nak tolong janda2, dsb… namun apa yg menghairankan ialah janda2 seperti mak bedah beranak lima tidak pula hendak ditolong itulah yg menghairankan tuh… 🙂

    Jebon

    June 29, 2011 at 7:41 pm

  9. Salam,

    Dah nama manusia. Mestilah pilih yang muda-muda, cantik-cantik, bergetah dan seksi. Kalau pilih janda seperti mak bedah beranak lima tu siapa yang hendak. Bukan mak bedah je kena bagi makan…

    Betul kata Jebon tu. Disuruh pun tidak, dilarang pun tidak. Ia memang kemahuan lelaki. Bagi saya sorang dah cukup. Tak sakit kepala nak layan kerenah isteri2 yang lain…insentif tu tak perlu sebenarnya. lebih elok bagi anak2 yatim dan orang miskin. Itu yang Quran suruh.

    syurgaminda

    June 30, 2011 at 9:38 am

  10. Salam,

    Setuju dengan Jebon. Seperti mana tiada galakan (oleh Al Quran) untuk kita berumah lebih daripada satu, atau larangan membeli rumah lebih daripada satu, seperti itulah juga dengan perkahwinan. Adalah tidak wajar kalau diberikan insentif kepada orang yang ada rumah atau kereta lebih daripada satu. Sesiapa yang mampu berkomitmen lebih, itu adalah keupayaan mereka. Sesiapa yang tidak mampu, itu atas ketidakupayaan mereka. Setiap manusia akan dibalas di atas usaha masing-masing.

    Juang

    July 1, 2011 at 12:24 am

  11. Salam,
    cerita pasal poligami ni, cuba dengar debate ni:
    http://www.tianchad.com/2011/07/obedient-wives-club-women-rights-bfm.html
    Lawak pun ya, bunyi macam dia sorang muslim pun ya.
    Aduh, begini pun ada ya.

    Matt

    July 11, 2011 at 11:34 pm

  12. Salam,
    Saya selalu baca je blog ni tapi bila baca topic ni rasa nak menyumbang sesuatu pulak, walaupun dah agak lama topik ni ke udara. Asal buka je bab poligami, jawapan-jawapan klise dari para agamawan mestilah ‘dah agama benarkan, kenapa nak persoalkan?’, ‘isteri yang meredhakan suami berpoligami akan mendapat payung emas’ dan entah apa-apa lagi. Ayat surah an-Nisa (4:3) selalu dibaca secara literal sahaja tanpa mengkaji kenapa ayat tu diturunkan, ia menjawab persoalan apa, apa cerita disebalik ayat itu dan lain-lain.

    Sunnah Rasulullah ialah baginda hidup bermonogami selama Khadijah hidup i.e. 25 tahun. 3 tahun setelah Khadijah meninggal dunia, barulah baginda berpoligami. Dan pada tahun keenam Hijrah, ketika turun ayat membataskan jumlah wanita yang boleh dikumpulkan sebagai isteri sebanyak empat orang sahaja baginda sendiri tidak lagi menikahi wanita-wanita lain sehingga akhir hayatnya kerana Allah (SWT) juga memerintahkannya untuk berbuat demikian dengan firman-Nya:

    “Tidaklah halal bagimu perempuan-perempuan sesudah yang sekarang ini (iaitu sembilan orang), dan tidak pula boleh menukarnya dengan isteri yang lain.” (Surah al-Ahzab, ayat 52)

    Situasi pada ketika itu adalah poligami boleh dipraktikkan secara ‘limitless’. Ada sahabat-sahabat yang mempunyai berpuluh, berbelas isteri dan ketika turunnya ayat membatas kepada empat, mereka juga sedih dah tak puas hati kerana terpaksa ‘cut down’ jumlah isteri kepada 4 sahaja. Tetapi apa yang diwar-warkan kepada kita sekarang ni, seperti masyarakat di zaman itu semuanya bermonogami, dan ayat An-Nisa (4:3) tetiba membenarkan lelaki-lelaki berpoligami?

    Saya ada terbaca di surat khabar arus perdana, Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr. Akram Sabri telah berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa. Keesokannya telah dijawab oleh bekas mufti dari satu negeri, wanita yang menghalang suami berpoligami boleh jatuh murtad. Adakah mufti ini berani mengatakan yang Rasulullah boleh juga murtad ketika Ali meminta izin untuk berpoligami ketika Ali masih menjadi suami Fatimah dengan meminta Ali menceraikan Fatimah dulu sebelum berpoligami? Dan Rasulullah berkata ‘apa sahaja yang menyakiti hati puteriku dan memberi kesedihan kepadanya, adalah menyakiti hatiku (Rasullulah) juga?

    Wallua’lam.

    Adib

    August 9, 2011 at 2:22 pm

  13. ayat 4:3 saya lebih suka padankan dengan 4:129…makanya tiada poligami jika ikut quran…

    Purchasing Midahhotel

    November 2, 2018 at 6:36 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: