Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Zakat – benarkah Tuhan suruh kita bayar untuk memurnikan jiwa dan harta?

with 70 comments

Membayar zakat merupakan amalan yang dianggap sebagai salah satu tiang agama oleh penganut agama Islam. Pada dasarnya tujuan pembayaran zakat diwajibkan atas alasan untuk membersihkan jiwa dan harta. Untuk memersihkan jiwa kita diwajibkan membayar zakat fitrah dan untuk membersihkan harta kita perlu membayar zakat harta.

Adakah konsep pembersihan jiwa dan harta melalui amalan membayar wang ini satu ketetapan dari Tuhan?

Saya berpendapat tidak. Mungkin kita boleh merasuah pegawai agama, tetapi tidak mungkin kita dapat melakukan yang sama kepada Tuhan. Di dalam Al-Quran tidak ada perintah yang menyuruh kita membayar atau membelanjakan wang atau harta kita kepada institusi agama atau pemerintah bagi tujuan memurnikan diri dan harta. Sebagai orang yang berada di landasan kebenaran, Tuhan suruh membelanjakan wang atau harta kita begini:

2:177 “Ia bukanlah kebenaran yang kamu perlu memalingkan muka menghadap timur dan barat, tetapi kebenaran adalah bahawa seseorang perlu percaya kepada Allah, dan hari kiamat dan para malaikat dan Al-Kitab dan para nabi – dan yang mengeluarkan harta yang mereka sayang untuk keluarga dan anak-anak yatim dan yang memerlukan dan mereka yang dalam perjalanan dan para pengemis dan menebus tawanan – dan yang mereka melaksanakan komitmen mereka dan menjaga kemurniannya dan mereka yang berpegang pada janji apabila mereka berjanji dan yang sabar dalam kecemasan dan kesukaran dan di dalam konflik – mereka inilah yang jujur dan mereka inilah yang memberi perhatian.”

Senarai yang panjang kepada siapa kita patut membelanjakan wang atau harta. Tetapi tidak ada suruhan untuk kita mewakilkan sumbangan kita itu kepada pihak-pihak tertentu khususnya institusi agama. Saya yakin kita boleh membuat sumbangan secara terus. Kita boleh menyumbang kepada mana-mana individu atau pihak yang Tuhan telah beri restu. Dan sudah tentu sumbangan kita tidak perlu tertakluk kepada sebarang jumlah yang telah dijadualkan.

Jadi bagaimana dengan zakat?

Perkataan yang sebenarnya adalah zakaa – bukan zakat.  Sama juga seperti solaa – bukan solat. Dan saya percaya ramai akan setuju bahawa dasar maksud perkataan zakaa adalah permurnian atau purification. Jadi mengapa kita tidak berpegang saja kepada perkataan dan maksud asal zakaa dan berlepas diri dari golongan yang suka mengada-adakan di atas apa yang sudah jelas dan terang pelbagai hukum-hakam dan kesempitan yang langsung tidak dimaksudkan oleh Tuhan.

Zakaa bukanlah tentang pemurnian jiwa atau harta dengan membayar wang kepada institusi agama. Ia adalah tentang pemurnian ke atas niat setiap perbuatan, amalan atau usaha kita – di sepanjang masa dan di mana saja – hanya untuk Allah, Tuhan yang mencipta kita – Yang akan memberi balasan setimpal ke atas setiap apa yang kita kerjakan di atas dunia ini.

Sudah tentu kita tidak perlu membayar apa-apa untuk memiliki jiwa yang bersih. Apa yang kita perlu hanyalah keikhlasan dan keinsafan dalam setiap perbuatan dan amalan yang kita lakukan. Keikhlasan dan keinsafan yang membawa kepada kerendahan diri dan kepatuhan tidak berbelah bagi kepada Tuhan. Begitu juga sudah tentu kita tidak perlu membayar apa-apa untuk membersihkan harta kita kerana apabila jiwa kita bersih, sudah tentulah dari awal lagi kita akan berusaha mendapatkan harta melalui jalan yang bersih dan direstui Tuhan.

Aqeemussolatawaatuzzaka..

Ungkapan “waaqeemussolatawaatuzzaka..” merupakan satu ungkapan yang popular di dalam Al-Quran dan terjemahan yang kita terima selama ini adalah “dan dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat”. Bagaimanapun selepas memahami konsep pemurnian yang wajar di sisi Allah, saya yakin kita akan lebih mudah percaya bahawa ungkapan “waaqeemussolatawaatuzzaka..”  sebenarnya bermaksud “dan berpeganglah kepada komitmen kamu dan jagalah kemurniannya”.

Melalui tafsiran ini barulah kita dapat melihat kaitan serta punca ungkapan “waaqeemussolatawaatuzzaka” sering melatari ayat-ayat di dalam Al-Quran. Ini kerana pada dasarnya keseluruhan isikandungan Al-Quran itu adalah ketetapan serta batasan ketetapan yang telah direstui oleh Tuhan dan sudah tentulah Tuhan mahu kita pegang setiap satunya sebagai komitmen dalam kehidupan kita – di mana Tuhan mahu kita murnikan setiap komitmen itu hanya untuk Dia.

Maka, sekarang jelaslah kepada kita maksud ungkapan “waaqeemussolatawaatuzzaka” – iaitu – “dan peganglah komitmen kamu dan jagalah kemurniannya”. Pendek kata, ia bukan saja tidak ada kena mengena dengan ritual sembahyang tetapi ia juga tidak ada kaitan dengan kewajipan membuat bayaran kepada institusi agama sebagai jalan untuk membersihkan jiwa atau harta.

Jika masih kurang yakin, mungkin para pembaca budiman boleh hayati beberapa contoh ayat yang mengandungi ungkapan yang pada dasarnya begitu ringkas, mudah dan jelas maksudnya tetapi telah diselewengkan sehingga kita menjadi umat yang menyekutukan Tuhan dan membayar wang untuk menyucikan diri dan harta benda.

Contoh 1:-

2:109 Kebanyakan pengikut Al-Kitab berharap mereka boleh memalingkan kamu semula supaya kamu tidak percaya selepas kamu percaya – kerana mereka irihati selepas yang benar diperjelaskan kepada mereka; tetapi maafkanlah mereka dan berlapang dada sehingga Tuhan melaksanakan langkah-langkah seterusnya – sesungguhnya Tuhan berkuasa ke atas segala-galanya.

2:110 Dan berpeganglah kepada komitmen kamu dan jagalah kemurniannya dan apa saja kebaikan yang kamu usahakan, kamu akan dapatinya bersama Allah, sesungguhnya Tuhan melihat apa yang kamu lakukan.

Contoh 2:-

2:277 Sesungguhnya mereka yang percaya dan membuat amalan-amalan kebaikan dan berpegang kepada komitmen dan menjaga kemurniannya akan memperolehi ganjaran dari Empunya mereka, mereka tidak akan berasa takut dan tidak juga mereka gusar.

Contoh 3:-

2:40 Wahai keturunan Israel! Ingatilah kelebihan yang telah Aku berikan kepadamu dan jujurlah kepada perjanjian denganKu, Aku akan tunaikan perjanjian denganmu – dan hanya Aku – Aku sahaja, kamu perlu takut.

2:41 Dan percayalah dalam apa yang telah Aku wahyukan, mengesahkan apa yang ada pada kamu dan jangan menjadi yang pertama menafikannya, jangan juga meletakkan harga yang tinggi sebagai pertukaran untuk wahyu-wahyuKu; dan Aku, Aku sahajalah yang kamu perlu patuh.

2:42 Dan janganlah kamu mencampur-adukkan kebenaran dengan kepalsuan, jangan juga menyembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya.

2:43 Dan berpeganglah kepada komitmen-komitmen kamu dan jagalah kemurniannya dan rendahkan diri sebagaimana orang-orang yang merendah diri.

Baiklah. Apa kata kita mulakan perbincangan…

Written by tolokminda

February 22, 2010 at 5:18 pm

70 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    2:43 Dan berpeganglah kepada komitmen-komitmen kamu dan jagalah kemurniannya dan rendahkan diri sebagaimana orang-orang yang merendah diri.

    Menjaga kemurnian komitmen kita agar kita berkomitmen dengan jujur (bukan kerana nak kejar nama, pangkat dan kemewahan) dan tidak berbangga diri. Sebab itu disuruh kita merendah diri macam orang yang merendah diri (para Nabi).

    Jika kita menuntut ilmu, tuntutlah ilmu dengan nama Tuhan yang mencipta, bukannya kerana nak berbangga diri dengan segala bentuk perhiasan duniawi hasil daripada menuntut ilmu itu.

    Kalau meminjam wang, kita kena komited untuk membayarnya semula seperti tempoh yang ditetapkan. Jangan kotorkan perjanjian itu sebab liat nak bayar hutang dengan membuat alasan yang menyusahkan si pemberi pinjaman. Begitu juga pihak sebaliknya.

    Juang

    February 22, 2010 at 7:05 pm

  2. Salam….
    Suruhan zakat biasanya dipasangkan dgn.
    mendirikan solah.

    Ini menunjukkan 2 komitmen berlainan
    konsep.
    Walau apa pun,..kita fahamkan zakat tu
    sebagai suatu pemberian samada bentuk
    barang dan wang dengan kadar tertentu.

    Soal menetapkan kadar adalah suatu
    peraturan yg.boleh difikirkan
    manusia.

    Kebaikan zahirnya adalah berkonsep
    ekonomi.Hasil amalannya akan menjadi
    kan mansuia bersifat tidak bakhil.
    Sifat murni itulah yg.dimaksudkan
    penyuci jiwa yg.bakhil dan tamak.

    terutama hartawan2 perniagaan yg.
    bersifat tak suka menolong.

    Tok Syam

    February 23, 2010 at 1:28 am

  3. Salam,
    Tok Syam mengatakan zakat selalunya dipasangkan dengan solat. Betul, boleh dikatakan semua ayat yang ada perkataan solat maka adalah zakat dihujungnya. Pada saya ini menunjukkan antara zakat dan solat sudah tentu ada perkaitannya.

    Kalau zakat dikaitkan dengan pemberian, dan solat pula dikaitkan dengan sembahyang lima waktu… rasanya macam tidak selari pula. Kenapa? Kalau kita solat 5 kali sehari tetapi kita hanya keluarkan zakat setahun sekali. Sedangkan dalam ayat, perkataan solat dan zakat boleh dikatakan seimbang.

    Pada saya tidak ada kesinambungan di situ. Dan kalau kita lihat zakat sebagai kemurniaan da n solat pula sebagai komitmen kita seharian, seperti ada keserasian antara dua perkataan ini. Maksudnya bila kita melakukan komitmen, kita mestilah jujur, ikhlas, merendahkan diri dan sebagainya. Inilah yang dikatakan kemurnian dalam urusan seharian.

    Itu pandangan saya.

    Penulis

    February 23, 2010 at 2:12 am

  4. sudah jelas zakat itu mengelak tabeat hoarding.
    kita datang ke dunia berbogel, balik pun dgn kain kafan.
    zakat hanyalah satu peringatan. itu pun kalau sendiri mau ingat.

    wang zakat perlu diserahkan terus kepada yg layak, dan bukan singgah di pusat prosesan zakat.
    🙂
    love all, hate none

    Agnostika

    February 23, 2010 at 2:23 am

  5. Salam,

    Seperti pendapat Penulis, gandingan solaa dan zakaa perlu ada perkaitannya. Seolah-olah “gandingan” solaa dan zakaa menjadi kunci untuk kita memahami apakah maksud sebenar solat dan zakat yang sebelum ini diajar dalam maksud yang lebih ke arah keritualan.

    Dalam membelanjakan wang dan harta untuk menghilangkan sifat bakhil, kita juga tidak terikat dengan waktu. Bila2 masa sahaja kita boleh keluarkan belanja itu tanpa paksaan. Bukankah perbuatan yang ikhlas itu lagi bernilai tinggi daripada perbuatan yang terpaksa? Sebab itulah dikatakan tiada paksaan dalam agama agar manusia buat sesuatu atas dasar inisiatifnya sendiri, bukan kerana terpaksa sebab masyarakat melakukannya.

    Tiada ayat Al Quran mengajar kita menyucikan diri dengan mengeluarkan wang. Segala perbuatan baik yang kita lakukan itulah proses kita menyucikan jiwa kita seperti bersedekah kepada pihak2 yang sepatutnya.

    Kita juga boleh mengeluarkan belanja dengan membantu orang yang berkomitmen membuat R&D untuk mencipta teknologi untuk manfaat bersama agar hasil ciptaan itu dapat dijual dengan kos yang lebih murah.

    Juang

    February 23, 2010 at 2:53 am

  6. Saya nak cerahkan sikit. Tolokminda bincang tajuk zakaa. bukan sedekah. Harap semua yang membaca nampak perbezaannya dan cuba menghalusinya apa yang tolokminda cuba yang dimaksud. harap maklum.

    Ayat dibawah pasal sedekah (sebagai contoh)

    9:60 Quran

    ۞ إِنَّمَا الصَّدَقٰتُ لِلفُقَراءِ
    وَالمَسٰكينِ وَالعٰمِلينَ عَلَيها
    وَالمُؤَلَّفَةِ قُلوبُهُم وَفِى
    الرِّقابِ وَالغٰرِمينَ وَفى سَبيلِ
    اللَّهِ وَابنِ السَّبيلِ ۖ فَريضَةً
    مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ حَكيمٌ
    ______________________________

    Sesungguhnya sedekah-sedekah itu hanyalah untuk orang-orang
    fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-
    orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang
    hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk
    (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang
    keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah)
    sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah)
    Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    Aduh...

    February 23, 2010 at 3:00 am

  7. Salam,

    Daripada ayat pasal sedekah itu, menunjukkan lagi bahawa zakaa tidak ada kaitan dengan mengeluarkan duit untuk menyucikan harta. Jika kita nak mendidik diri agar tidak bakhil, amalan sedekah sudah ada disebut dalam Al Quran. Jadi, hujah saudara TM memperbetulkan maksud zakaa nampak rasionalnya.

    Juang

    February 23, 2010 at 3:24 am

  8. Zakat dan sedekah adalah dua perkara yang berbeza. Pada saya apa yang dilakukan oleh khalayak sekarang yang dipanggil zakat tu adalah sebenarnya sedekah. Namun begitu juga, amalan mereka tetap bertentangan dengan apa yang disarankan oleh Quran.

    Penulis

    February 23, 2010 at 3:38 am

  9. Juang kata;
    Daripada ayat pasal sedekah itu, menunjukkan lagi bahawa zakaa tidak ada kaitan dengan mengeluarkan duit untuk menyucikan harta.

    Salam Juang,
    Pada pendapat saya ia ada kaitan. Saya nampak zakaa (memurnikan) adalah objektif sampingan komitmen kita. Sedekah itu satu dari banyak cara (method) untuk mencapai objektif sampingan komitmen kita. Benar ada perbezaan tapi dalam satu nafas ia juga berkaitan.

    Dalam hidaup seharian kita mesti memurnikan komitment kita. Method atau caranya ialah; iklas, jujur, rajin, amanah, beradap, tidak korap, rasis, adil dan bersopan dsbnya.

    Contoh:
    Saya ada sifat kedekut, saya nak betulkan sifat buruk ini. Caranya ialah melalui bersedekah.

    Masyarakat arus perdana faham bagi beras, bagi wang dsbnya adalah zakaat. Itu tidak benar. Itu sedekah bukan zakat.

    Saya faham begitu.

    Aduh....

    February 23, 2010 at 4:19 am

  10. dilaporkan Imam Ja’far as-Sadiq apabila ditanya kenapa zakat itu pada kadar 2.5% menjawab bahwa pada setiap 1,000 penduduk, ada 25 orang yg perlu dibantu. nisbah populasi diukur relatif dinar dan dirham ini nampak semacam pemikiran di luar kotak.

    tiada ayat Quran yg menetapkan begitu sukatannya. kelihatan Imam Jaafar sedia tahu apa yg tersirat, bukan semata-mata yg tersurat.
    🙂
    love all, hate none

    Agnostika

    February 23, 2010 at 4:40 am

  11. Salam Aduh,

    Saya nampak pencerahan yang saudara berikan. Maksudnya sedekah itu termasuk dalam memurnikan (zakaa) diri kita. Jadi, mengatakan pemberian wang, beras etc sebagai zakat, bermakna kita telah menyempitkan makna “memurnikan” komitmen kita itu.

    Pada pandangan saudara, apakah membaik-pulih atau meningkatkan mutu produktivi boleh dikatakan zakaa juga? Umpama bila Proton meningkatkan mutu keretanya (yang selalu mengalami masalah power window cthnya)?

    Juang

    February 23, 2010 at 4:48 am

  12. Salam semua,

    Saya ingin mengulangi pandangan saya. Sedekah atau membelanjakan wang atau harta kita ke atas pihak-pihak yang telah Tuhan senaraikan dan restui adalah sebahagian dari amalan baik yang wajar kita suburkan.

    Bagaimanapun konsep membayar wang pada kadar tertentu kepada institusi agama untuk membersihkan jiwa dan harta kita langsung tidak terdapat di dalam Al-Quran.

    Jika kita mahu membersihkan jiwa dan harta, apa yang perlu kita lakukan adalah murnikan semua komitmen kita hanya kepada Tuhan.

    tolokminda

    February 23, 2010 at 5:42 am

  13. Agnostika menulis,

    dilaporkan Imam Ja’far as-Sadiq apabila ditanya kenapa zakat itu pada kadar 2.5% menjawab bahwa pada setiap 1,000 penduduk, ada 25 orang yg perlu dibantu. nisbah populasi diukur relatif dinar dan dirham ini nampak semacam pemikiran di luar kotak.

    tiada ayat Quran yg menetapkan begitu sukatannya. kelihatan Imam Jaafar sedia tahu apa yg tersirat, bukan semata-mata yg tersurat.

    Salam,

    Kita tahu nisbah pembahagian harta pusaka disebut dengan terang oleh Allah di dalam Al-Quran. Tetapi nisbah kadar zakat (cukai agama) tidak ada. Proses pembahagian harta pusaka hanya berlegar di sekitar sesebuah keluarga sedangkan zakat cukai agama merentasi keseluruhan umat, tetapi yang lebih kecil sifatnya itu Tuhan buat ketetapan, kenapa pula perkara yang lebih besar ditinggalkan?

    Adakah Tuhan tertinggal atau kita yang mengada-adakan?

    Saya tidak kenal Imam Ja’far as-Sadiq, tetapi kemungkinan ideanya tentang kadar penisbahan zakat diciplak dari sini. Kalau tidak dari mana lagi? Di dalam Al-Quran tidak ada.

    tolokminda

    February 23, 2010 at 5:51 am

  14. Salam TM,

    Bagaimana dengan cukai pendapatan yang dikenakan oleh sesebuah kerajaan kepada rakyatnya? Apakah ia boleh disamakan dengan cukai agama walaupun matlamatnya lebih untuk membantu kerajaan membina infrastruktur untuk rakyat?

    Juang

    February 23, 2010 at 6:01 am

  15. TM: Bagaimanapun konsep membayar wang pada kadar tertentu kepada institusi agama untuk membersihkan jiwa dan harta kita langsung tidak terdapat di dalam Al-Quran.

    ‘langsung tidak terdapat di dalam Al-Quran’… itulah kitab yg di dalamnya tiada keraguan. aneh, kan? adakah Quran itu self-explanatory. adakah ia manual yg boleh difahami, hatta seorang yg bukan lidah pak arab, tak kenal huruf atau yg cacat penglihatan? ke mana bertanya si-tolol kalau bukan kepada si-arif. apa jadi kalau si-arif kaki kelentong?

    ensel kehidupan wujud bertantangan. tutup pintu sini, buka pintu sana.
    tutup kitab ini, buka kitab sana.
    seandainya semua naskah Quran tetiba lesap dari muka bumi. siapa si-tolol merujuk nanti?

    ada orang cari kunci di luar rumah kerana cerah.
    sedang kunci tersorok dalam rumah yg gelap.
    🙂
    love all, hate none

    Agnostika

    February 23, 2010 at 6:25 am

  16. Salam Agnostika,

    Kenapa pula hanya kerana Tuhan tidak menetapkan sesuatu seperti zakat cukai agama kita boleh jadi ragu-ragu terhadap Al-Quran? Dah tak ada. Tak adalah. Maknanya Tuhan tak suruh kita buat.

    Adakah hanya kerana golongan penyekutu Allah memasukkan cukai agama beserta dengan kadar-kadarnya sekali dalam teks mereka, maka kita patut kata Al-Quran tidak lengkap?

    Tuhan lebih tahu atau kita yang lebih tahu?

    tolokminda

    February 23, 2010 at 6:47 am

  17. Juang bertanya,

    Bagaimana dengan cukai pendapatan yang dikenakan oleh sesebuah kerajaan kepada rakyatnya? Apakah ia boleh disamakan dengan cukai agama walaupun matlamatnya lebih untuk membantu kerajaan membina infrastruktur untuk rakyat?

    Salam,

    Cara tuan bertanya macam saya ni bahan rujukan. Tolonglah elakkan dari memberi konotasi seperti itu. Ramai di kalangan pengunjung di sini lebih berilmu dari saya.

    Berkenaan pendapat saya tentang cukai pendapatan, saya fikir ia berpatutan asalkan apa yang kerajaan buat tidak menindas rakyat dan ia digunakan untuk mengembalikan semula manfaatnya kepada negara secara keseluruhan.

    tolokminda

    February 23, 2010 at 6:52 am

  18. Penulis menulis,

    Zakat dan sedekah adalah dua perkara yang berbeza. Pada saya apa yang dilakukan oleh khalayak sekarang yang dipanggil zakat tu adalah sebenarnya sedekah. Namun begitu juga, amalan mereka tetap bertentangan dengan apa yang disarankan oleh Quran.

    Salam,

    Saya setuju dengan pendapat tuan.

    tolokminda

    February 23, 2010 at 6:59 am

  19. Aduh.. menulis,

    Masyarakat arus perdana faham bagi beras, bagi wang dsbnya adalah zakaat. Itu tidak benar. Itu sedekah bukan zakat.

    Saya faham begitu.

    Salam,

    Saya juga faham begitu. Sedekah (sumbangan) adalah apabila kita membelanjakan wang atau harta kita untuk membantu atau menjaga kepentingan orang lain. Zakaa pula adalah tentang memurnikan jiwa, tidak ada kena mengena dengan wang atau harta benda.

    Untuk memberi sumbangan, kita boleh melakukannya sendiri. Tuhan telah memberitahu kita kepada siapa kita patut menyumbang atau membelanjakan wang dan harta kita. Terpulanglah untuk kita mengenalpasti mereka dan terpulang jugalah berapa banyak kita nak sumbangkan.

    Pemberian sumbangan tidak boleh menjadi wajib ke atas semua orang seperti yang dilaksanakan oleh pusat zakat dalam hal zakat fitrah. Takkan bayi dan kanak-kanak yang masih ditanggung ibubapa pun kena menyumbang? Tentulah tidak kena dengan prinsip menyumbang atau bersedekah.

    Dan ini membuktikan amalan pengutipan zakat itu sebenarnya adalah satu bentuk cukai ke atas penganut agama. Dan idea ini adalah selaras dengan apa yang pernah diamalkan oleh orang-orang Kristian pada suatu ketika dulu di mana kita boleh melihat penetapan amalan tersebut melalui teks agama mereka yang boleh di baca di sini.

    Bagaimanapun di dalam Al-Quran, tidak ada ketetapan Tuhan yang sepertinya. Amalan menyumbang adalah untuk disuburkan di peringkat individu supaya amalan itu berkembang dan meluas secara organik di dalam masyarakat. Ia tidak perlu diinstitusikan.

    Bagaimanapun jika usaha dilakukan oleh sesuatu pihak – seperti NGO dan sebagainya – untuk mengadakan atau menguruskan kempen-kempen sumbangan bagi tujuan-tujuan tertentu, kita boleh menggunakan saluran mereka.

    tolokminda

    February 23, 2010 at 7:25 am

  20. TM tak terfikirkah bila Quran silent berkenaan sesuatu, maka ada hikmahnya?
    🙂

    Agnostika

    February 23, 2010 at 7:39 am

  21. Salam Agnos,

    Apabila Tuhan menetapkan sesuatu kepada kita, ia akan dinyatakan dengan jelas dan terang di dalam Al-Quran. Jika tidak ada, maka tidak adalah.

    Hanya kerana orang lain ada, tidak semestinya kita pun kena ada. Hanya kerana orang lain ada berhala, kita pun nak ada berhala. Jangan kerana orang lain ada anak Tuhan, kita pun taknak mengalah dan mengada-adalah istilah kekasih Tuhan. Hanya kerana agama lain mengenakan cukai agama ke atas penganut mereka, adakah kita pun nak jugak?

    Itu pendapat saya.

    tolokminda

    February 23, 2010 at 7:46 am

  22. maksud saya, seperti TM yg tak kenal siapa Imam Ja’far as-Sadiq dan ulamak lain bukanlah satu kebetulan yg selektif? sedangkan pada kitab yg ntah berantah teramat peka dia akan isiperutnya. pastinya, terjemahan ini tidak menepati citarasa TM, kan?

    Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

    Agnostika

    February 23, 2010 at 7:53 am

  23. Salam TM,

    “TM: Cara tuan bertanya macam saya ni bahan rujukan. Tolonglah elakkan dari memberi konotasi seperti itu. Ramai di kalangan pengunjung di sini lebih berilmu dari saya.”

    Maaflah kalau cara pertanyaan saya itu menggambarkan saudara sebagai bahan rujukan. Macam saya ada sebut dalam posting saudara berkaitan “bahan rujukan” itu, pada saya bukan manusia itu rujukan saya, tetapi logik2 dan rasional yang diberikan itulah rujukan saya.

    Kalau saya bergantung kepada manusia, jika manusia itu tiada, pada siapa saya nak merujuk? Tapi saya menjadikan logik itu sebagai pergantungan. Sesiapa yang bawa hujah2 yang logik, saya terima.

    Bila ada hujah2 yang logik, hati jadi tenang sebab hujah yang logik tak mampu dicabar.

    Juang

    February 23, 2010 at 8:22 am

  24. Salam Agnos,

    Kenapa pula ayat tersebut tidak menepati citarasa saya?

    4:59 Wahai kamu yang percaya! Taati Allah dan taati rasul dan mereka yang berkuasa di kalangan kamu. Kemudian jika kamu bertikaian tentang apa saja, rujuklah kepada Allah dan rasul. Jika kamu percaya kepada Allah dan hari kiamat, ia adalah lebih baik dan sangat elok pengakhirannya.

    Saya berpendapat memang sewajarnyalah kita taat kepada Tuhan, rasul dan para pemimpin kita. Bagaimanapun jika ada pertikaian, Tuhan suruh kita rujuk kepada Tuhan dan rasul.

    Tetapi kita tidak boleh jumpa Tuhan dan rasul pun sudah tidak ada. Jadi apakah pilihan yang ada untuk kita rujuk? Tentulah Al-Quran. Itulah Kitab yang telah diturunkan oleh Allah melalui rasul.

    Adakah kita patut percaya selain dari Kitab Allah? Tuhan kata “jika kamu percaya kepada Allah dan hari kiamat, ia adalah lebih baik dan sangat elok pengakhirannya”. Jadi adakah saya patut percaya Bukhari, Muslim juga? Apa pendapat tuan Agnostik?

    tolokminda

    February 23, 2010 at 8:23 am

  25. “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

    Jika ikut Sunnah Rasul, baginda menyeru ahli kitab berhakim kepada Kitab Allah;

    3:23. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka memalingkan.

    Jadi apa yang saudara TM lakukan dengan jadikan Al Quran sebagai sumber hukum bertepatan dengan sunnah Rasul.

    Juang

    February 23, 2010 at 8:30 am

  26. 4:59 dan banyak lagi ayat-ayat dalam Al Quran menyarankan kepada kita untuk “Taat kepada Allah, Rasul”.

    Imam Ja’far as-Sadiq atau Imam Qardawi atau mana-mana Imam sekali pun tidak pernah dilantik oleh Allah sebagai rasul.

    Apa kah pemikiran kita sudah terlampau kelabu sehingga kita tidak boleh membezakan diantara rasul dan bukan rasul?

    Apakah mentaati Imam Ja’far as-Sadiq serupa dengan mentaati rasul?

    Gunumaro

    February 23, 2010 at 9:44 am

  27. Ramai orang Islam hari ini beranggapan mentaati Allah itu bermaksud mengikut Al Quran dan mentaati Rasul itu mengikut riwayat hadis daripada kitab2 imam2 terdahulu. Malah ada yang beranggapan mengikut ulamak muktabar pun sama macam mengikut Rasul kononnya ulamak itu pewaris Nabi. Tanpa disedari, makin lama mereka makin ragu2 dengan Kitab Allah sebab ayat2 Allah itu tidak sama dengan ajaran ulamak2 mereka yang diterapkan secara turun-temurun.

    Juang

    February 23, 2010 at 10:50 am

  28. Quran  19:31

    وَجَعَلَنى مُبارَكًا أَينَ ما كُنتُ  
    وَأَوصٰنى بِالصَّلوٰةِ وَالزَّكوٰةِ  
    ما دُمتُ حَيًّا

    Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada  
    dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi  
    aku hidup.

    ——————-

    Macam mana seorang bayi masih dalam dakapan ibu (Mariam) solat & bayar zakat?

    Aduh....

    February 23, 2010 at 11:26 am

  29. Salam Aduh,
    Mungkin dia dah mampu berdiri, rukuk dan sujud dan mungkin juga dia telah diberikan duit yang banyak oleh Allah. Sebab tu dia disuruh sembahyang dan mengeluarkan zakat.

    Nampaknya betullah seperti kata sesetengah orang, kalau kita menkaji Quran kita akan temui perkara yang sebenarnya yang selama ini telah diselewengkan oleh mereka yang menggelarkan diri mereka ulamak.

    tok janggut

    February 23, 2010 at 12:42 pm

  30. Salam,
    Bagi saya soal jawab mengenai zakaa semuanya ada didalam Quran.

    Berapa yang perlu kita keluarkan:-

    Q2:219
    …………….,”. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “”Yang lebih dari keperluan.”” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir,”

    Kadarnya bukanlah 2.5% tetapi apa yang lebih dari keperluan kita.

    Kepada siapa perlu kita berikan:-

    Q2:215 Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “”Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.”” Dan apa saja kebajikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”

    Konsep Zakaa yang dituntut olih tuhan bermula dengan menjaga kepentingan kaum keluarga kita dahulu. Keutamaan diberi kepada Ibu-bapa dan adik beradik yang memerlukan(jika ada). Dan jika ada berlebihan baru kepada kumpulan sasaran yang lain.

    sama samalah kita fikirkan.

    ramsys pranata

    February 23, 2010 at 1:26 pm

  31. Salam ramsys pranata,

    Saya berpendapat ayat 2:219 merujuk kepada berapa yang boleh belanjakan untuk arak dan judi. Bukan untuk zakat. Sila semak artikel ini.

    Ayat 2:215 pula selaras dengan ayat 2:177 yang saya gunakan dalam hujah di artikel yang kita bincangkan ini dan selaras juga dengan 9:60 yang dikemukakan oleh tuan Aduh dalam komennya di atas.

    Tetapi semua ayat ini tidak merujuk kepada zakat cukai agama. Ia adalah berkenaan sedekah atau sumbangan atau untuk siapa wang atau harta kita boleh dibelanjakan.

    tolokminda

    February 23, 2010 at 1:37 pm

  32. 9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.

    9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah mencampuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

    9:103. Ambillah daripada harta mereka sedekah untuk membersihkan mereka, dan untuk menyucikan mereka dengannya, dan rahmatilah mereka; salawat kamu adalah kerehatan bagi mereka; Allah Mendengar, Mengetahui.

    Disebutkan pasal kehipokritan orang2 Arab di sekeliling Nabi dahulu. Ada yang mencampuradukan amalan baik dan jahat.

    Sepatutnya bila Al Quran menegaskan perangai orang2 Arab itu, kita lagi2lah kena berhati2 segala bentuk amalan yang mereka bawa kepada kita. Janganlah terlalu mudah percaya sehingga apa yang datang daripada mereka, dianggap itulah yang dilakukan oleh Nabi.

    Dan ayat 9:103 pula menyebut bahawa sedekah itulah yang membersihkan dan menyucikan manusia, bukannya cukai agama. Hakikatnya zakat pendapat yang orang Islam hari ini bayar samalah macam income tax sahaja. Tidak berkaitan pun dalam penyucian jiwa.

    Juang

    February 23, 2010 at 7:50 pm

  33. 41:6. Katakanlah, “Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu. Kepadaku diwahyukan bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka berlakuluruslah (jujur) kepada-Nya, dan mintalah ampun kepada-Nya, dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyekutukan,

    41:7. Yang tidak menunaikan zakaa (menjaga kemurniannya), dan tidak percaya kepada akhirat.

    107:4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solaa (berkomitmen),

    107:5. Orang-orang yang, pada solaa (komitmen) mereka, mereka lalai (tidak memurnikan komitmennya),

    Bila kita masukkan makna “komitmen” dan “menjaga kemurniaannya”, kita nampak persamaan di antara ayat 41:6 & 41:7 dengan ayat 107:4 & 107:5. Ia saling berkait maksudnya.

    Benarlah yang dikatakan bahawa jika Al Quran itu bukan datang daripada Allah, pasti kita akan nampak banyak percanggahan2nya.

    Dan satu lagi kemukjizatan Al Quran, Dia sendiri akan membersihkan Al Quran dari segala penyelewengan2 yang dilakukan oleh orang2 yang tidak menggunakan akal.

    Yang akan nampak kebenaran Al Quran hanyalah orang2 yang berlaku jujur kepada Allah. Sesiapa yang nak kelentong Allah, hakikatnya mereka mengelentong diri mereka sendiri.

    Juang

    February 23, 2010 at 8:06 pm

  34. 30:39. Dan apa yang kamu memberikan dalam riba, supaya ia menambahkan harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah; tetapi apa yang kamu memberikan dalam zakat, dengan menghendaki Wajah Allah, maka itulah yang melipatgandakkan.

    Dalam ayat ini pula kita nampak riba lawannya zakat. Jika riba bermaksud urusan yang berunsur berat sebelah, tamak haloba dan berusur kekejian, maka zakat adalah urusan yang murni yang di dalamnya ada keadilan, keuntungan yang saksama dan tidak menganiaya.

    Kita nampak definasi zakat yang luas bukannya sesempit cukai agama.

    Juang

    February 23, 2010 at 8:15 pm

  35. Komitmen kita yang paling penting dalam hidup ini adalah tidak menyekutukan Allah dengan segala sesuatu. Maka segala usaha kita untuk memurnikan komitmen tersebut itulah zakaa.

    Apalah erti mengeluarkan cukai agama, tetapi dalam masa yang sama menyekutukan Allah dengan sujud kepada mana2 ciptaan Allah mahupun binaan daripada tangan2 manusia atau serangga.

    Namun sedikit sekali manusia memikirkannya.

    Juang

    February 23, 2010 at 8:19 pm

  36. 23:1. Beruntunglah orang-orang mukmin,

    23:2. Yang dalam komitmen mereka, mereka tekun;

    23:3. Dan yang daripada perbuatan sia-sia, mereka berpaling;

    23:4. Dan yang pada menjaga kemurnian, mereka melakukan;

    23:5. Dan yang pada kemaluan mereka, mereka menjagai;

    23:6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki, lalu mereka tidak tercela;

    23:7. Tetapi sesiapa yang mencari lebih daripada itu, mereka itu menderhaka;

    Ayat di atas cukup sebagai asas kehidupan orang2 yang percaya iaitu;
    – hidup ada komitmen
    – menjauhi perkara2 yang sia2 dan membuang masa
    – menjaga kualiti segala komitmen dan tugas
    – menjaga kehormatan diri

    Jika kita renungkan, kalaulah setiap individu muslim itu ada ciri2 mukmin di atas, sepatutnya umat Islam sudah jauh maju dan kehadapan berbanding bangsa2 lain.

    Malangnya apabila ajaran Al Quran telah diselewengkan mengikut amalan2 musyrik orang2 Arab, maka lahirlah umat yang hidup secara lemah dan berpecah-belah. Itulah bukti jelas Allah tunjukkan betapa korupnya ajaran atas nama Islam yang kita nampak hari ini.

    Mereka boleh berdusta guna segala gelaran yang mereka ada, tetapi mereka tidak boleh mendustai kesan2 ajaran dusta yang mereka lakukan terhadap umat.

    Juang

    February 23, 2010 at 8:39 pm

  37. Juang menulis,

    Komitmen kita yang paling penting dalam hidup ini adalah tidak menyekutukan Allah dengan segala sesuatu. Maka segala usaha kita untuk memurnikan komitmen tersebut itulah zakaa.

    Apalah erti mengeluarkan cukai agama, tetapi dalam masa yang sama menyekutukan Allah dengan sujud kepada mana2 ciptaan Allah mahupun binaan daripada tangan2 manusia atau serangga.

    Salam,

    Saya sangat bersetuju sekali. Sekarang semakin jelas apa yang dimaksudkan dengan perkataan zakaa dan secara tidak langsung juga perkataan solaa..

    tolokminda

    February 23, 2010 at 11:05 pm

  38. Salam…
    demikian juga….apa gunanya buat
    komitmen dalam masa yg.sama komitmen
    tu menjadi sandaran takut kesusahan,
    ingin dipuji,merasa telah cukup
    sempurna dan baik.

    Ia juga seperti pemyembah2 tuhan diri
    yg.lebih berbahaya.Kerana kebanyakan
    orang lebih mengutamakan keperluan
    untuk hidup senang didunia dan banyak
    lalai dalam komitmen.Hanya sedikit
    yg.bersyukur.

    Tok Syam

    February 24, 2010 at 12:13 am

  39. Salam,

    Untuk tidak merasa telah cukup sempurna, kita kena sanggup belajar dan membuka minda. Kalau masih taksub dengan ajaran nenek moyang, itu menunjukkan manusia itu rasa dirinya sudah sempurna.

    Lihat Timur dan Barat, dan ikutilah yang paling baik. Contohilah seperti Nabi Ibrahim, walaupun dilahirkan daripada kaum yang menyembah binaan daripada tangan manusia, baginda mampu keluar daripada menurut membuta-tuli amalan kaumnya itu. Namun, sedikit sekali manusia mencontohinya.

    Juang

    February 24, 2010 at 1:05 am

  40. Berkenaan komitmen dan penjagaan kualitinya, suka saya membawa contoh dalam sukan bolasepak tanahair.

    Suatu ketika dahulu pasukan bolasepak negara kita adalah antara pasukan bolasepak yang digeruni di rantau Asia. Walaupun ketika itu, taraf bolasepak masih di tahap semi-pro, namun kualiti para pemain bagaikan di tahap profesional. Namun sejak liga bolasepak negara dinaikkan ke taraf pro, kualiti para pemainnya jauh merosot berbanding zaman 70an ~ 80an itu.

    Kalau ikut simple matematik, apabila komitmen pemain dinaikkan daripada 50% (zaman semi-pro) kepada 100% (zaman pro), sepatutnya kualiti sukan ini kenalah meningkat sama. Tetapi kenapa berlaku sebaliknya?

    Di sinilah letaknya penjagaan kualiti (zakaa) dalam komitmen tersebut. Penjagaan kualiti bermaksud meningkatkan tahap kualiti lebih baik daripada sebelumnya. Peningkatan kualiti berlaku bila kemahiran semakin jitu. Perlu adanya usaha berR&D yang berterusan untuk mengkaji skill2 baru disamping memantapkan skill yang sedia ada.

    Dikhabarkan para pemain bolasepak zaman dulu bersungguh2 bila mendapat peluang untuk mewakili negara. Mereka bermain bukan kerana untuk perasan sebagai star yang dipuja2, sebaliknya sebagai amanah mengharumkan nama negara. Mereka menjaga kemurniaan komitmen yang diberikan. Mokhtar Dahari memperuntukkan waktu khas untuk dirinya memantapkan skill menendang bola setiap kali tamat menjalani latihan bersama rakan sepasukan. Itulah antara rahsia pemain dulu berkualiti tinggi.

    Andaikata kesedaran penjagaan kualiti itu dipupuk kepada para pemain muda negara, tidak mustahil mutu bolasepak negara dapat dinaikkan kembali.

    Makin jelas kita nampak perkaitan komitmen dan penjagaannya ke arah melahirkan masyarakat yang berkualiti tinggi. Dengan kata lain, Al Quran sebenarnya sudah lengkap sebagai manual pembangunan masyarakat dalam apa jua bidang sekalipun. Namun bila ada manusia yang ragu2 kepada Al Quran dan mula menyekutukan Allah, lahirlah masyarakat yang lemah, pemalas dan hidup berpecah-belah.

    Juang

    February 24, 2010 at 1:26 am

  41. Sukar untuk tidak melihat persamaan perspektif wacana tuan rumah blog ini dgn idea yg di putar oleh Rashad Khalifa, nabi pelesu di Tucson itu. Mungkin juga kerana great minds think alike. Perspektif Richard aka Rashad disebar oleh pengikut yg bergelar Quranist dan Submitters yg mengaku diri mereka hanya berpandukan Al-Quran dan menolak sunnah/hadith/ijma/ijtihad ulama kerana kununnya kesetiaan mereka terhadap Quran mengatasi segalanya. Komitmen yg mereka tunjukkan dalam mentafsir semula ayat-ayat Quran dan memberi makna yg segar patut dicontohi oleh para agamawan di JAKIM yg sudah tepu idea itu.
    🙂
    love all, hate none

    Agnostika

    February 24, 2010 at 2:02 am

  42. Rashad Khalifa tidak pernah mengaku yang beliau adalah nabi.

    tetapi pengikutnya yang tfanatik memanggil beliau sebagai nabi.

    Satu lagi kes tipikal dimana manusia malas berfikir dan memuja mereka yang berfikir. Padahal, sepatutnya yang harus difikir mesej yang sisampaikan, bukan siapa yang menyampaikan.

    muaddib

    February 24, 2010 at 2:25 am

  43. muaddib,

    hehehe … jatuh syirik lah kalau kita pisahkan mesej dari mesenjer
    🙂

    Agnostika

    February 24, 2010 at 2:31 am

  44. syirik boleh didefinasikan sebagai menduakan atau menyekutukan sesuatu (manusia/benda) dengan Pencipta kita.

    bagaimana memisahkan mesej daripada penyampai boleh jatuh syirik?

    muaddib

    February 24, 2010 at 2:45 am

  45. Manusia yang sampaikan kata2 yang bermesej, logiklah dipanggil mesenjer. Kalau yang sampaikan kata2 dusta, takkanlah nak dipanggil mesenjer juga?

    Sebab itulah yang harus difikirkan dahulu adalah mesejnya, bukannya orangnya, sebab yang memberi gelaran hanyalah manusia, sedangkan yang memberi seseorang itu kata2 yang bermesej adalah Allah.

    Berapa ramai manusia tertipu dengan gelaran ataupun label.🙂

    Juang

    February 24, 2010 at 2:58 am

  46. betul tu Juang, afala tubsirun?
    🙂

    Agnostika

    February 24, 2010 at 3:02 am

  47. Salam TM,
    Memang benar didalam Quran tidak ada menyebut tentang Cukai Agama (Zakat). Perkataan Zakaa/tu didalam bahasa Arab lebih menjurus kepada “Membersih” ataupun “Purification”. Walau bagai mana pun kebanyakkan perkataan Arab mempunyai lebih dari satu makna dan kekadang merupakan metaforik.

    Berbalik kepada ayat 2:219, saya tidak bersetuju dengan tafsiran yang dibuat olih TM. Bagi saya ayat tersebut mempunyai dua soalan dan jawapan yang berbeza dan tidak bersangkutan langsung.

    Q2:219 “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “”Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya””. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “”Yang lebih dari keperluan.”” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir,”

    Q2:219 (Arabic) Yasaloonaka AAani alkhamri waalmaysiri qul feehima ithmun kabeerun wamanafiAAu lilnnasi waithmuhuma akbaru min nafAAihima wayasaloonaka matha yunfiqoona quli alAAafwa kathalika yubayyinu Allahu lakumu alayati laAAallakum tatafakkaroona.

    Soalan pertama adalah mengenai khamar(arak) dan judi. Tuhan memberitahu bahawa “terdapat dosa besar kepada kedua itu”. Dan tuhan memperkuatkan lagi dengan “tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.”
    Sebagai orang yang beriman kita seharusnya menjauhi segala perbuatan yang berdosa, apatah lagi kalau dosa itu dosa yang besar. Bagi saya adalah mustahil bagi Allah untok memperuntokkan kadar bagi kita untok berbelanja untok arak dan judi. Apakah tuhan mengalakkan kita membuat dosa besar?

    Lagi ayat mengenai arak dan judi.
    Q5:90 Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

    Ayat diatas tuhan menyuruh kita menjauhi arak dan judi kerana ianya keji dan perbuatan setan. Setan adalah musuh kita yang nyata dan sudah pasti kita harus jauhi dari perbuatan itu.

    Soalan kedua mengenai “nafkah” didalam ayat
    Q2:219. Mengikut TM “nafkah” adalah berapa yang kita bolih belanja untok arak dan judi. Perkataan Arab yang digunakan adalah “yunfiqoona” bererti harta yang dibelanja kejalan Allah. Adalah mustahil bagi Allah untok menyuruh kita berbelanja untoknya dengan membuat dosa-dosa besar.

    Soalan kedua diayat 2:219 sepatutnya:- Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka belanjakan kejalan Allah. Katakanlah: “”Yang lebih dari keperluan.”

    Walau pun Zakat (cukai agama) yang seperti sedia ada itu tidak disebut didalam Al-Quran tetapi tuhan telah mengadakan satu sistem bantuan/tolong menolong yang dapat membantu umat Islam yang memerlukannya.

    belanja harta dijalan allah
    Berapa banyak perlu dikeluarkan:- Q2:219…………….. (Yunfiqoona) “. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “”Yang lebih dari keperluan.”” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir,”
    Q25:67 (Anfaqoo) Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

    Kepada siapa perlu kita berikan:- Q2:215 (Yunfiqoona) “Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “”Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.”” Dan apa saja kebajikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”

    Q2:273 (Tunfiqoo) “(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

    Apa yang bolih diberi:- Q2:267 (Anfiqoo) Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji

    Balasan orang yang belanja dijalan Allah:- Q2:261 (Yunfiqoona) Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

    Q2:272 (Tunfiqoona) Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan).

    Q2:274 (Yunfiqoona) Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

    sama samalah kita fikirkannya.

    ramsys pranata

    February 24, 2010 at 11:15 am

  48. Salam Ramsys Pranata,

    Terima kasih kerana menampilkan perbezaan pendapat yang memberi jalan untuk diperbincangkan.

    Jika kita lihat ayat 2:215, persoalan mengenai perbelanjaan nafkah atau sumbangan sedekah sudah pun dijelaskan di situ dalam satu ayat.

    2:215 Mereka bertanya kamu bagaimanakah mereka harus berbelanja. Katakan: Apa saja harta yang kamu belanjakan adalah untuk ibubapa dan keluarga dan anak-anak yatim dan yang memerlukan dan yang dalam perjalanan dan apa saja yang baik kamu lakukan, sesungguhnya Allah mengetahuinya.

    Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, ayat 2:215 adalah selaras dengan ayat 2:177 dan 9:60 yang menjelaskan tentang perbelanjaan untuk nafkah, sumbangan atau sedekah.

    Saya percaya galakkan Tuhan supaya kita menyumbang atau bersedekah atau membelanjakan harta untuk semua pihak yang Tuhan sebut berulang kali itu tentulah bukan dari jumlah yang lebih dari keperluan saja.

    Patutkah kita tunggu ada wang atau harta berlebih baru Tuhan suruh kita belanja untuk ibubapa dan keluarga. Kalau yang lain-lain tu, mungkin jugalah. Tapi secara umumnya – dalam banyak ayat-ayat yang lain – Tuhan memang suruh kita berbelanja ke jalan Allah tanpa mengira kita ada wang atau harta lebih atau tidak.

    Atas sebab itu, saya percaya sebahagian ayat 2:219 yang berbunyi “…Dan mereka bertanya kamu sebagaimanakah yang patut untuk dibelanjakan. Katakan: Apa yang terlebih…” bukan merujuk kepada perbelanjaan sedekah atau sumbangan atau nafkah, tetapi ia sememangnya merujuk kepada bagaimana kita harus berbelanja untuk arak dan judi.

    Kita lihat kembali Tuhan telah menyelesaikan persoalan tentang perbelanjaan untuk nafkah atau sumbangan atau sedekah dalam ayat 2:215. Tidak ditetapkan oleh Allah berapa yang patut kita belanjakan untuk tujuan ini tetapi sudah pastilah bukan hanya dari yang berlebihan saja.

    Dalam 2:219 Tuhan menyelesaikan dua persoalan tentang arak dan judi. Persoalan pertamanya, kedudukan arak dan judi. Tuhan suruh kita kata ia membawa lebih banyak buruk dari baik. Persoalan keduanya pula, bolehkah kita berbelanja untuk dua perkara itu. Tuhan kata, hanya dari yang melebihi keperluan saja. Maknanya kalau ada wang yang lebih selepas semua keperluan kita dibereskan, barulah kita boleh kalau nak – berbelanja untuk arak dan judi.

    Kita kena ingat Tuhan tidak mengharamkan arak atau judi. Tuhan cuma kata DI DALAM KEDUANYA ada keburukan yang besar. Saya berpendapat dari apa yang Tuhan nyatakan itu, keburukan yang besar itu bukanlah minum arak atau main judi per se, tetapi ia datang akibat dari minum arak atau main judi yang tidak terkawal sehingga mengakibatkan ketagihan atau jenayah atau kesalahan lain. Sebab itulah kalau nak belanja pun, kalau dah terlebih duit sangat.

    Dan saya berpendapat, di sinilah kebijaksanaan seseorang, jika dia kaya sekalipun akan teruji. Sebab wang dan harta sebenarnya tidak pernah cukup. Kalau kita cukup pun, ada orang lain yang tak cukup. Jadi Tuhan galakkan kita supaya menyumbang kepada orang lain dan dalam masa yang sama Tuhan juga tidak larang kita berbelanja untuk arak dan judi yang DI DALAM KEDUANYA ada banyak keburukan berbanding kebaikan.

    Jadi sebagai seorang muslim yang bijak, di manakah wang kita, biarpun yang lebih dari keperluan kita sendiri, patut dibelanjakan? Sedekah dan sumbangan atau arak dan judi?

    Untuk membuat keputusan, kita wajar mendengar nasihat Tuhan ini.

    2:238 Sentiasalah tunaikan komitmen-komitmen kamu dan lebih-lebih lagi komitmen yang menjadi keutamaan/prioriti (wusta) dan berdirilah di atas kepatuhan kepada Allah.

    tolokminda

    February 24, 2010 at 12:35 pm

  49. Salam,

    Seharusnya pembaca yang tidak bersetuju dengan saudara TM coretkan mencontohi saudara Ramsys yang mengemukakan dalil2 dan rasionalnya. Kemukakan dengan jelas, point mana yang tidak setuju, dan kenapa tak setuju. Dan bawakan hujah2 yang menyokong. So pembaca lain dapat belajar sama menilai kedua2 pandangan (pencadang dan pembangkang).

    Pada pandangan saya, ada rasionalnya apa yang TM kata pasal menafkahkan duit yang terlebih sahaja untuk arak dan judi. Ia selaras dengan ayat Al Quran yang lain yang tidak menunjukkan ketegaskan mengharamkan arak.

    Secara psikologinya, sesuatu yang jadi tabiat dan ketagihan manusia, kalau dilarang secara keras, manusia lagi2 nak buat. Contohnya macam kes dadah-lah. Biarpun dikenakan hukuman gantung sampai mati kepada pengedarnya, sampai sekarang ada manusia masih menjualnya dan menghisapnya.

    Jadi, Allah mengajar Nabi menggunakan ayat2 yang lembut untuk menjauhkan manusia secara beransur2 daripada tabiat arak dan judi. Instead of kata “tak boleh”, lebih baik kata “boleh, tapi belanjakan dulu duit2 yang ada untuk sesuatu yang lebih utama”. Jadi, para penagih arak dan judi tidak nampak seperti mereka dihukum, tetapi mereka ditunjukkan kepada jalan hidup yang lebih baik.

    Kita kena faham, orang yang sudah biasa buat tabiat buruk, bukan senang nak buangnya. Kita perlu guna cara halus dan berhikmah pada mereka.

    Nampak tak macam mana kebijaksanaan Nabi mendidik masyarakat? Tetapi apakah pihak2 yang merasakan mereka pewaris Nabi itu menggunakan kaedah psikologi sebegini? Yang biasa kita lihat mereka lebih sibuk mengeluarkan hukum itu ini nak tunjuk mereka hebat sahaja.

    Juang

    February 24, 2010 at 6:05 pm

  50. Cerita pasal zakat ni saya ingin sentuh pasal zakat fitrah yg kita dok suruh kena bayaq every bulan puasa. Saya secara pribadi mmg dah lama tinggal kan amalan mengarut ni. Pasai benda zakat fitrah ni kunonnya nabi yg wajib kan melalui kitab Baukari. Kunonnya nabi kata ianya baik utk menyucikan diri dari dosa2. Maka pasai tu nabi suruh umat depa bayar zakat..

    Ini yg dok mengarut.. dalam quran tuhan tak cerita apa pon. Awat nabi ni dok pandai2 kata zakat tu wajib dan boleh pulak kata yg benda tu boleh suci kan diri… siapa tuhan ni?? Nabi ka Allah?? Siapa yg turun hukum? Nabi ka Allah??

    Macam tu lah org kita ni. Asal yg dok merapu tu pakai sarban tinggi dan baju gaun, depa mati2 percaya. Bawak mai pulak cerita2 hadis dan cerita siksa kuboq kalu tak mo bayaq maka lagi lah depa yg dungu ni tolopong… mudah la lebai selekeh bersarban busuk main kan peranan utk menipu agama tuhan dgn menggunakan alasan “suruhan nabi dalam hadis”…

    Anak Yang Halal

    June 2, 2011 at 11:28 am

  51. Salam AYH,

    Konsep bayar duit untuk sucikan diri di sisi Tuhan ini memang tidak masuk akal. Tidak ada ketetapan sepertinya di dalam Al-Quran dan tidak juga sesiapa yang dipercontohkan melakukan perkara seperti itu.

    tolokminda

    June 5, 2011 at 1:36 am

  52. Konsep cukai agama yg dipraktikkan org2 ‘Islam’ hari ini sama seperti yg dilakukan paderi2 Kristian zaman dulu kononnya wang, emas, perak dll. boleh mengampunkan dosa.

    Saya tak pernah bayar cukai agama a.k.a. ‘zakat fitrah’ dgn duit sendiri sbb saya sedar persamaannya dgn konsep yg diamalkan paderi2 Kristian zaman dulu. Berniaga nama Tuhan.

    Skygyver

    June 5, 2011 at 10:40 am

  53. Masa zaman2 jahil saya dulu, saya pon ada jugak la pi bayaq zakat fitrah. Lepaih tu saya dok tanya amil tu duit zakat yg bertimbun2 tu boleh tak sebahagian pi bantu golongan miskin kapir. Dia sambil dok “jege” mata kata duit zakat utk org Islam saja, org kapir tak layak terima. Sbb org kapir tidak percaya tuhan jadi pasai apa nak terima duit zakat. Katanya lagi walaupon depa miskin dan kedana tak cukup makan, maka org Islam bole abai kan saja sbb mereka tu musuh tuhan dan layak dibiarkan mati saja..

    Saya kata kalu begitu, maka Islam ni tak ada jiwa penyayang dan pengasih spt tuhan ka? Atau apakah tuhan saja yg ada sifat2 tu dan umat2nya semua tak dak? Kita kan semua hamba allah kata saya.

    Dia kata sambil bangun dan herdik saya, hang pi belajaq sifat 20 tuhan tu dulu lepaih tu baru hang mai balik berdebat kat aku apa dia sifat2 tuhan..katanya lagi hang selagi belum tahu sifat2 20 tuhan, hang jangan cerita yg kunon yg dah kenai tuhan.. pi belajaq dulu..

    Anak Yang Halal

    June 6, 2011 at 10:50 am

  54. Masa Acheh kena tsunami hari tu, orang Barat hantar bekalan makanan dan ubatan untuk tolong orang Islam dalam kesusahan. Tidak pula mereka kata orang Islam tidak layak terima bantuan kerana anti-christ.

    Juang

    June 7, 2011 at 6:31 am

  55. Memang lagu tu la perangai tok2 lebai bersarban tinggi yg kunonnya penganut islam… tolong org kapir depa pi kata tolong musuh tuhan.

    Bercakap pasai tsunami ni, saya dok teringat satu ceramah lepas maghrib masa tsunami tu masa baru kena. Heboh jadi modal tok2 lebai busuk dok jaja cerita tsunami ni ke hulu ke hiliaq berbulan2.. masuk surau2 kampung.

    Ada satu tok lebai bahlol tu sambil terjerit2 kata inilah balasan tuhan utk segala maksiat dan perkara mungkar yg org acheh, phuket, sri lanka dll. Macam la tuhan tu ada sms kat dia bagitau benda2 ni semua.
    Dia kata kita semua tak boleh lari dari murka tuhan. Sekali nak jadi, tuhan perlu kata “kun faya kun” maka semua boleh jadi katanya..

    Last2 saya tanya dia. Pasai apa tuhan tak mo bagi bala kat America?? Depa tu lagi segala macam maksiat depa buat. Pasai apa tuhan dok turun bala kat acheh? Acheh tu bukan ka negera islam yg kunonnya ada segala macam hukum syariah rejam perempuan sampai mati, hukum bunuh sbb murtad, hukum potong tangan dll..

    Pasai apa tuhan dok balun depa2 ni? Jalan kan hukum tuhan dan jadi negara islam pon kena balun ka saya tanya? Kalu macam tu baik jadi negara kapir secular macam America. Tuhan pon tak mo kacau turun bala segala macam..

    Saya kata kat dia lagu ni. Kita kena belajar ilmu sains, kena belajar sikit2 ilmu geography. Kalu dah Sumatera tu dekat dgn teotonic plate maka pasal tu la ada selalu earthquake.. bukan pasai tuhan nak balas dendam ka atau apa.. senang saja explanation dia saya kata.. tok sah la dok meraban kata balasan tuhan, maksiat bermaharajalela dll..

    Tok lebai tadi kata kat saya dgn muka dia yg cukup bengih, hang dah mengucap belum hari ni??? Kalu belum pi ambik wuduk dan mengucap.. takut2 tergelincir iman!!!

    Saya teruih blah dan tinggal kan majlis tu utk org2 bahlol yg pilih utk terus di tongong kan oleh tok lebai bersarban lilit tu…apa boleh buat.. tu pilihan mereka..

    Anak Yang Halal

    June 7, 2011 at 9:09 am

  56. AYH,

    Orang2 yang berfikir, tidak akan berkata sebegitu apabila sesuatu negeri ditimpa bencana. Perlu difikirkan apakah teknologi yg boleh digunakan agar jumlah kematian boleh diminimumkan sebaik mungkin apabila bencana seperti ini berulang.

    Antara punca utama ramai yg terkorban dlm kejadian tsunami Acheh 2004 ialah kerana tangan manusia juga. Dahulu terdapat byk pokok api-api, sejenis tumbuhan hutan paya bakau yg tumbuh di pesisir pantai. Pokok2 ini boleh bertindak sebagai penebat ombak besar.

    Manusia rakus merosakkan alam sekitar. Habis pokok2 api2 ditebang di pesisir pantai. Akibatnya apabila berlaku tsunami, maka ombak besar bergerak ke pantai tanpa sebarang halangan.

    Sepatutnya orang2 yg mengaku Islam haruslah membuat kajian dan analisis punca utama mengapa ombak besar tsunami tidak berupaya dikekang, sekurang-kurangnya memberi impak minimum kpd penempatan manusia.

    Perlu ada satu sistem amaran awal seperti siren, sms, internet (seperti di Jepun) di kawasan pesisir pantai. Boleh dipantau menggunakan satelit dan boya juga.

    Tapi itulah hakikatnya orang2 kita. Suka menyalahkan orang tanpa memikirkan penyelesaiannya.

    Baru2 ini yg berlaku di Hulu Langat, 16 anak yatim terkorban ditimbus tanah. Beranikah mereka kata anak2 yatim ini melakukan maksiat? Punca berlakunya tanah runtuh adalah hasil kerja tangan manusia juga. Kenapa dibina rumah anak yatim itu ditepi bukit yang curam. Pokok2 pun byk ditebang pula.

    -Matguyver-

    Skygyver

    June 7, 2011 at 11:05 am

  57. Ini terjemahan dari Al-Quran Bahasa Melayu yg saya gunakan mengenai zakat:-

    “Padahal tidak ada (dosa) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri(Ya-zak-ka).”
    (80:7)

    “Pergilah kamu kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Dan katakanlah :’ Adakah keinginan bagi kamu untuk membersihkan diri(Ta-zak-ka)’.”
    (79:17-18)

    Jika kita kaji Al-Quran ini dengan teliti, kita boleh nampak penyelewengan terjemahan yg dibuat oleh pihak tertentu. Macam manalah perkataan ‘zakka’ sekejap diterjemahkan sebagai ‘membersihkan diri’ dan sekejap sebagai ‘bayar zakat’. Tak konsisten langsung.

    Saya cadangkan pembaca sekalian menggunakan Al-Quran terjemahan bahasa Melayu yg diberikan secara percuma oleh Kerajaan Arab Saudi kpd para jemaah dr rantau Nusantara yg pergi melawat batu & emas besar berbentuk kotak di sana setiap tahun.

    “Yaa Sin, Demi Bacaan Yang Bijaksana. Sesungguhnya kamu salah seorang dari para penyampai, di atas jalan yang lurus, yang diturunkan oleh Yang Perkasa, Yang Pemurah, supaya memberi peringatan kepada satu bangsa di mana bapa-bapa mereka belum pernah diberi peringatan, kerana itu mereka lalai. Sesungguhnya telah pasti diperkatakan. majoriti dari mereka tidak percaya.”
    (Surah Yaasin [36] ayat 1-7)

    Kalau Tuhan pun dah kata majoriti bangsa Arab tidak akan percaya kepada mesej Al-Quran, siapalah kita ni sebagai orang Melayu yg dok kagum sgt dgn tok2 Arab ni.

    “Dan seperti itulah, telah Kami adakan bagi setiap nabi, musuh dari orang2 yang berdosa. Dan cukuplah Pemeliharamu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong.”
    (25:31)

    Skygyver

    June 7, 2011 at 11:41 am

  58. Skygyver,

    Cakap pasai tanah runtuh kat rumah anak yatim tu saya ada satu cerita nak share. Cerita ni dari golongan bersarban lilit yg jaja berita sensasi ke hulu ke hiliaq.

    Depa kata itu petanda akhir zaman. Kata tok lebai tu lagi kalu donya ni nak kiamat, dia kata tuhan akan mati kan dulu org2 soleh, alim ulamak dan yg depa yg baik2, termasuk la anak2 yatim. Dok jaja cerita shahid ke hulu shahid ke hilir.. Tok lebai tu kata, depa yg mati tu teruih pi sorga tuhan. Jadi tak perlu kita ni suma ratap dan sedih..kena redho..

    Tok lebai tu kata, lepaih tuhan matikan depa yg kunonnya baik2 ni, baru la donya ni hanya di penuhi org jahat2 saja. Lepaih tu baru tuhan pi hantaq satu tsunami besaq kasi sapu bersih.. So dia kata kita kena dok beringat dan kembali pada quran sbb donya kita ni dah tak lama dah.. nak kiamat sungguh dah ni..

    Saya tanya tok lebai tu. Mati tertimbuih tanah tu mati shahid ka? Dia kata sudah pasti. Malah mati jatuh pokok sbb petik petai pon kira mati shahid. Termasuk juga mati kena tanduk lembu dan kena sengat tabuan dan sebagainya.

    Saya tanya kat dia. Dah tu pasai apa tok lebai jadi tok lebai ni. Kan lebih baik tok lebai panjat pokok jadi tukang petik petai.. untung2 jatuh mati masuk sorga.. kan senang.

    Tok lebai tu teruih tak mo jawab dan secara tergesa2 dia kata dia ada appointment lain nak settle…

    Anak Yang Halal

    June 7, 2011 at 3:06 pm

  59. AYH,

    Saya kalau nak cerita keb***han puak2 agama ni, 7 hari 7 malam pun tak habis. Dah lama sy menjauhkan diri dr perkara2 melibatkan agama ni. Islam itu ialah AD-DEEN atau CARA HIDUP (ikut pemahaman saya dari Al-Quran).

    Kalau kita lihat di negara2 yg dilabelkan sebagai kafir, negara itulah yg paling aman dan makmur. Salah satunya ialah Australia (antara 10 negara paling makmur di dunia). Rasuah = 0, GDP sgt tinggi, negara berkebajikan, jenayah = hampir sifar, pengangguran = sangat rendah, dan byk lagi yang tidak ada di negara2 yang mengaku ‘Islam’. Adakah pemimpin negara ini membaca Al-Quran? Tidak semestinya. Tapi pemimpin mereka jujur, integriti dan banyak berfikir. Itulah CARA HIDUP.

    Di Syria sekarang, beribu rakyatnya telah dibunuh tentera kerajaan. Xde pun org2 P.I.S. dok berdemontrasi menentang jenayah kemanusiaan. Kalau Israel la, 24 jam akan ada demonstrasi dari puak2 ni.

    Arab Saudi keturunan nabi Muhammad hari-hari bercakap bahasa Arab, Al-Quran turun dalam bahasa sendiri pun melakukan kejahatan di Bahrain dan Yaman dengan membunuh rakyatnya yang berdemostrasi menuntut keadilan demokrasi. Bukan seorang dua yg ditembak mati malah beratus.

    Tapi puak2 ni masih kagum dgn ajaran palsu ‘Islam’ yg dtg dari benua Arab. Sangat kolot dan tak progresif.

    -Matguyver-

    Skygyver

    June 7, 2011 at 3:41 pm

  60. Skygyver,

    Definition aman dan makmur utk darool islam lain… tak sama dgn definasi negara2 kapir lain..tu mau kasi ingat..kapir punya makmur dan islam punya makmur lain. Tak sama dgn Australia punya definition..

    Darul islam contoh tu macam negara puak taliban tu. Itula darul islam terbaek. Kalu tak takkan tok lebai kat sini berebut2 nak ikut macam depa siang malam pagi petang. Taliban suruh pompuan depa bungkuih macam lepat pisang depa pon suruh pompuan depa bungkuih. Taliban suruh rejam penzina sampai mati, depa pon nak ikut. Taliban suruh jihad bom sana bom sini, depa pon berubut2 nak bom orang lain… dan lain2 lagi nya.

    Tapi bila kita suruh puak2 pakat2 pi migrate kat negara taliban utk mencapai hasrat depa mengecapi nekmat sebener hidup bawah negara naungan darul islam, depa tak mo pulak. Gheti pulak kata tak sanggup.. Gheti pulak kata tak nak idup susah dlm rumah buat dari tanah liat.. Gheti pulak kata anak2 nanti belajar tunggang langgang..Gheti pulak kata nanti bini tak bole bawak kereta tapi bole tolak kereta sorong saja.. Gheti pulak kata nanti tak dak stesen astro awani, imam muda, forum perdana, radio IKIM dll..

    Dasar depa ni munafikoon tahap tertinggi…

    Anak Yang Halal

    June 7, 2011 at 4:40 pm

  61. Salam,

    Al Quran ada menyatakan yang orang Arab amat terkenal dengan kekafiran dan kemunafikannya. Oleh kerana orang Melayu juga suka kena sindrom beragama Arab, maka penyakit munafik itu pasti terpalit sama. Sabar ajelah tengok perangai tak konsisten mereka itu.

    Juang

    June 7, 2011 at 11:26 pm

  62. Juang menulis,

    Masa Acheh kena tsunami hari tu, orang Barat hantar bekalan makanan dan ubatan untuk tolong orang Islam dalam kesusahan. Tidak pula mereka kata orang Islam tidak layak terima bantuan kerana anti-christ.

    Salam,

    Di dalam Al-Quran Tuhan tidak menetapkan bahawa kita harus membelanjakan wang/harta kita kepada “orang Islam” saja. Mari kita lihat kembali ayat 2:177.

    2:177 “Ia bukanlah kebenaran yang kamu perlu memalingkan muka menghadap timur dan barat, tetapi kebenaran adalah bahawa seseorang perlu percaya kepada Allah, dan hari kiamat dan para malaikat dan Al-Kitab dan para nabi – dan yang mengeluarkan harta yang mereka sayang untuk keluarga dan anak-anak yatim dan yang memerlukan dan mereka yang dalam perjalanan dan para pengemis dan menebus tawanan – dan yang mereka melaksanakan komitmen mereka dan menjaga kemurniannya dan mereka yang berpegang pada janji apabila mereka berjanji dan yang sabar dalam kecemasan dan kesukaran dan di dalam konflik – mereka inilah yang jujur dan mereka inilah yang takut kepada Tuhan.

    tolokminda

    June 8, 2011 at 12:42 am

  63. Salam Skygyver

    Tulisan anda banyak memuji negara2 barat, sy pun kagum dengan intergriti orang2 di barat dlm mentadbirkan negara mereka (walaupun mereka tak baca Quran, kalau baca Quran pun akan salah faham kerana tafsiran taliban), namun apa yg sy hairan ramai orang2 yg mengaku Islam pun masih menyalahkan orang2 barat, Kassim Ahmad juga nampaknya cenderung menyalahkan orang2 barat dlm tulisan beliau… salahkan penjajah… tetapi dlm cerita P.Ramlee orang2 Melayu berganding dengan British (penjajah) menentang Jepun & komunis… tentera2 Melayu banyak yg terkorban dengan tentera Britain melawan Jepun & Komunis… askar2 Melayu tuh mati utk siapa sebenarnya Tanah Melayu atau Britain???…🙂

    Jebon

    June 8, 2011 at 10:35 am

  64. Salam Jebon,

    Pasal askar Melayu yg mati tu, saya fikir dia terkorban utk tanah air. Semua org ada pendapat masing2. Saya fikir Kassim Ahmad hanya mengajak kita ikut apa yg baik dari Barat dan tambah-baikkan dgn ajaran Islam sebenar. Yg tak baik kita perlu tinggalkan.

    Mcm sistem kapitalis Barat, ada baiknya kerana mewujudkan byk peluang pekerjaan dan menggalakkan persaingan teknologi. Yg tak baiknya ialah keuntungan melampau para pemodal seharusnya diambil dlm bentuk cukai yg lebih tinggi utk menampung angota masyarakat yg kurang bernasib baik.

    Saya memang kagum dgn Barat kerana mereka lebih Islam dari orang yang mengaku Islam. Tuhan menyeru manusia mengkaji langit. Tgk di website NASA, foto bersejarah : space shuttle dgn International Space Station. Sgt hebat. Dgn space shuttle mereka boleh membina sebuah makmal orbital sebesar padang bola sepak di angkasa lepas.

    Kita? Masih ke hulu ke hilir menjaja cerita dongeng Muhammad naik keldai terbang (donk-gasus) ke langit ke-7 bertemu Tuhan. Kemudian berbangga bahawa ‘Islam’ telah mendahului ‘kafir harbi laknatullah’ dlm penerokaan angkasa lepas. Sgt melucukan melihat telatah orang2 agama ni.

    26 Rejab ni (29 jun) ada pulak sambutan besar-besaran seluruh negara menyambut ulang tahun cerita dongeng ini. AS pula akan menyambut kejayaan ke-30 tahun teknologi Space Shuttle ciptaan mereka selepas 135 penerbangan.

    Ironik sungguh…….

    Skygyver

    June 8, 2011 at 11:35 am

  65. Skygyver,

    Jgn kita lupa. Dulu ada satu cerita dok heboh satu Malaya kata Neil Armstrong tu dah peluk islam bila balik ke bumi. Kata tok2 lebai bersarban lilit tu kunonnya dia terjumpa kesan tapak kaki maknusia atas bulan. Pulak tu dia kunonnya terdengar suara org azan sayup2 atas bulan.

    Nak di jadikan cerita, lepaih dia balik ke bumi kunonnya di berjumpa dgn satu tok lebai dari pusat Islam kat America dan bercerita pengalaman dia atas bulan. Tok lebai pakistan yg selekeh dan busuk tu kata itulah tapak kaki nabi masa dia naik ke langit ke 7 jumpa tuhan. Kunonnya masa on the way nabi naik tu dia minta hewan berkepak tu singgah kejap kat bulan sbg tempat persinggah utk rehat2 kan dan lurus2 kan tulang badan. Maka pasai tu la ada tapak kaki maknusia sebelum Neil Armstrong pijak. Nak di jadi kan cerita juga, tok lebai serabut tu kata bunyi azan yg Neil Armstrong dengaq tu kunonnya datang dari laungan azan kat mekah!! Kata tok lebai tu lagi, mekah punya azan tu akan terdengar di saantero outer space utk para jin2 dan makhluk2 lain di planet lain tau masuk nya waktu azan dan sembahyang 5 waktu. So maknanya makhluk dari planet lain pon akan mengadap mekah kalu nak sembahyang. Hebat tak??

    Maka disebabkan cerita keajaiban ni, kunonnya, Neil Armstrong ni tadi terus menangis tak henti2 dan secara otomatik ambik wuduk dan masuk Islam. Tok lebai ni tadi terus islam kan dia dan kata inilah kemenangan dan kebenaran islam pada Neil Armstrong. Dan Neil Armstrong pulak lepaih tu tak mo lagi kerja dgn NASA dan tak tinggal sembahyang.. tak ke pelik?? Saintis hebat macam Neil boleh tiba2 dok berenti lepaih masuk Islam…

    Cerita bodo tahap tertinggi ni pon org2 islam kita percaya bagai nak gila. Padahal Neil tu masih hidup dalam agama asal dia dan dia sendri mengaku dia tak pernah ceritakan benda2 ni pada tok lebai tu. Maka nya cerita mengarut ni di reka2 oleh tok lebai utk menunjukkan dan mengangkat darjat yg nabi ni dulu sebenarnya lah yg jadi astronaut pertama bukan Neil Armstrong…maka org islam tak heran org America boleh cipta roket hantaq org pi bulan.. padahal buat tikar sembahyang dan tasbih pon sampai la ni pi import dari China…

    Pada saya cerita2 dongeng tak masuk akal ni dicipta utk utk instill “escapism” dalam hati2 umat Islam. Sebagai obat utk hilangkan rasa “kekalahan” mereka dgn kaffir. Maka sbb tu apa org kapir buat, tok2 lebai ni kata nabi dulu dah buat 1400 tahun.. NASA pergi bulan, nabi dulu dah pergi bulan. NASA dok hantar space probe ke planet lain, nabi dulu dah sampai ke langit ke 7… so apa nak heran…

    Sbb utk sedapkan hati umat Islam yg sememangnya lemah di bumi ini, maka di ulang2 nya cerita tak masuk akal ni agar umat islam berasa amat terhibur dan bangga dgn kehebatan islam… lepaih tu depa pakat2 terpekik terlolong takbir 7 kali…

    Anak Yang Halal

    June 8, 2011 at 12:03 pm

  66. Majoriti masyarakat kita beriman kepada kata-kata orang-orang agama tanpa merujuk sendiri dalam Al-Quran.

    “Dan kebanyakkan mereka tidak mengikuti melainkan persangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu sedikit pun tidak berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Tuhan Mengetahui apa yang mereka kerjakan”
    (10:36)

    “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta bertanggungjawab.”
    (17:36)

    Tuhan Pencipta Alam Semesta tidak memerlukan sesiapa pun dalam membuat keputusan.

    “……….dan Dia tidak mengambil seorang pun menjadi sekutuNya dalam menetapkan keputusan.”
    (18:26)

    Adakah Muhammad memperlekehkan ketetapan Tuhan dalam menentukan jumlah waktu sembahyang. Kisah tawar-menawar waktu sembahyang ialah satu pembohongan besar.

    Orang-orang yang paling rugi ialah mereka yang menyangka mereka melakukan perbuatan baik tetapi sebenarnya tidak.

    “Katakanlah : ‘Apakah Kami beritahukan kepada kamu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka berbuat sebaik-baiknya.”
    (18:103-104)

    Siapakah golongan yang rugi ini? Sila baca ayat seterusnya.

    -Mat Guyver-

    Skygyver

    June 8, 2011 at 12:58 pm

  67. Salam Skygyver

    Skygyver tulis;
    Saya fikir Kassim Ahmad hanya mengajak kita ikut apa yg baik dari Barat dan tambah-baikkan dgn ajaran Islam sebenar.

    Komen:
    Ajaran Islam yg sebenar?? Itulah questionable-nyer?? Tidak ada satu pun orang Barat itu baik?? Ajaran Kristian juga mengajarkan kebaikan, malah semua agama mengajarkan kebaikan, Hindu, Yahudi, Buddha etc itu semua hanya nama metodologi kpd sebuah ideologi, namun “Islam” bukan ideologi atau metodologi… jadi sy sebenarnya tertanya-tanya apa yg sebenarnya Kassim Ahmad perjuangkan???

    Jebon

    June 8, 2011 at 2:12 pm

  68. Salam Semua.

    Memang hebat dan lojik – Saya berharap saya akan dapat menyumbang seperti tuan-tuan.
    Saya amat berterima kasih.

    Jagundul

    June 8, 2011 at 3:24 pm

  69. Salam Jebon,

    Saya pun bukanlah setuju 100% apa yg Kassim Ahmad tulis. Tapi saya sokong idea beliau iaitu umat Islam di Malaysia haruslah berani mengkaji semula Al-Quran secara terbuka.

    Saya pun tak tahu jenis ‘Islam’ yang Kassim Ahmad perjuangkan. Tapi dari tulisan2 beliau, banyak yg selari dgn ramalan saya mengenai kebangkitan bangsa Melayu di Nusantara. Jika ikutkan demografi, hanya kita sahaja yg belum berpeluang menggunakan kehebatan Al-Quran untuk menjadi bangsa termaju di dunia. Arab, Sepanyol, Turki dan Parsi telah mengecapi nikmat ini.

    Hanya dunia Melayu sahaja yang belum. Ramai pakar akademik di Barat percaya, tamadun manusia akan memasuki Revolusi Perindustrian ke-3 tidak lama lagi iaitu tenaga elektrik mesra alam dan murah, agihan ekonomi yg adil, sistem kitaran industri yg lebih efisien (lean production vs. mass production), sumber ekonomi baru yang lebih besar utk semua manusia. Revolusi Perindustrian ke-3 akan menjadikan satu planet Bumi kita ini aman damai.

    Cuba Jebon fikir apa peluang kita untuk mencetuskan Revolusi Perindustrian ke-3 ini? Ada disebut dlm Al-Quran.

    Datanglah ke blog saya untuk perbincangan lanjut.

    -matguyver[dot]blogspot[dot]com-

    Skygyver

    June 8, 2011 at 5:09 pm

  70. Kalau kita tengok isi rumah kita, boleh dikatakan banyak teknologi-teknologi yang kita guna pakai itu hasil daripada penerokaan dan pengkajian orang-orang Barat. Jadi, kita jangan rasa malu mengakui kebaikan-kebaikan yang mereka sumbangkan kepada dunia. Janganlah kerana taksub dengan kepercayaan tradisi, kita butakan mata melihat kebaikan orang lain. Jika kita sanggup merendah diri mengakui betapa besarnya sumbangan Barat kepada dunia, tidak mustahil jika orang Melayu menjadi bangsa pencipta nanti, mereka pula akan mengiktiraf sumbangan kita.

    Lupakan kisah dongengan ciptaan ulamak agama untuk menutup kelemahan dunia Islam hari ini. Kita kena berpijak pada realiti bahawa orang mengaku Islam hari ini adalah kaum yang lemah. Hanya tahu guna daripada menciptanya sendiri.

    Juang

    June 8, 2011 at 11:55 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: