Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Masjidilharam, masjid, “amal soleh” dan melampaui batas

with 163 comments

Saya telah menulis beberapa kali pandangan saya mengenai apa yang dimaksudkan dengan “masjidilharam” dan juga “masjid”. Antaranya di sini, di sini, di sini dan di sini. Ia mungkin agak sukar difahami konsepnya. Maka saya kemukakan pula pandangan saya itu berasaskan grafik ringkas.

Seperti yang dapat kita lihat melalui grafik yang dipaparkan, bulatan besar mewakili “batasan ketetapan yang direstui” (masjidilharam). Bulatan-bulatan kecil yang berada di dalamnya pula mewakili “ketetapan yang direstui” (masjid). Secara ringkas “ketetapan yang direstui” atau masjid adalah mana-mana ketetapan yang Tuhan telah sebut secara khusus di dalam KitabNya.

Aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan di dalam “masjidilharam” – kawasan yang diwarnakan hijau – mewakili apa saja aktiviti yang direstui. Sudah tentulah sebarang aktiviti yang direstui Tuhan merupakan aktiviti yang elok dan membawa manfaat. Iaitu pekerjaan-pekerjaan yang baik dalam istilah bahasa Melayu normal atau “amal soleh” dalam istilah orang Melayu beragama Islam.

Dan sesiapa yang menegakkan ketetapan atau melakukan aktiviti di luar batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam) maka mereka adalah dari golongan yang melampaui batas.

Written by tolokminda

June 17, 2011 at 9:44 pm

163 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam TM,

    Amat cantik dan indah.

    Terima kasih – terima kasih

    Jagundul

    June 17, 2011 at 11:55 pm

  2. Salam,

    Penjelasan yang bagus. Teringat pulak masa zaman sekolah menengah dulu belajar topik ‘set’ dlm subjek matematik.

    -Mat Guyver-

    Skygyver

    June 18, 2011 at 11:44 am

  3. Salam

    Takku sangka tolokminda pun ada diagram jugak,…

    Tapi takpe diagramnya mudah difahami tidak seperti diagram ini

    http://wapedia.mobi/thumb/127f503/en/fixed/470/423/Shield-Trinity-Scutum-Fidei-English.svg?format=jpg

    Hehehehe 🙂

    Jebon

    June 18, 2011 at 11:58 am

  4. Salam Jebon,

    Kalau guna diagram dalam link yg saudara sertakan, komputer tidak akan terbina. Tetapi kalau guna diagram yang TM cadangkan, ia ada logik yang melayakkan komputer terbina. Mungkin Jebon boleh huraikan apa yang saya maksudkan itu.

    Juang

    June 18, 2011 at 3:39 pm

  5. Salam Juang

    Sebenarnya sy tak faham apa yg anda maksudkan he-he-he-he, sebabnya sy tak nampak hubungkait membina komputer dengan diagram tuh, seperti yg kita tahu Omputeh i.e sinonim dengan Kristian yang yg cipta komputer, namun diagram tolokminda memperihalkan “ketetapan yang direstui” dan “batasan ketetapan yang direstui” yg bukan hal permasalahan Ketuhanan, tetapi AKTIVITI direstui ataupun tidak direstui, manakala diagram Kristian tuh memprihalkan hal Ketuhanan tentu berbeza pokok persoalannya… apa yg sy nak sampaikan ialah “tolokminda ada diagram jugaks 🙂

    Jebon

    June 19, 2011 at 8:44 pm

  6. Salam Jebon,

    Takpe kalau tak nampak. Asalkan jangan buat2 tak nampak…hehe. Dalam sistem komputer, jika a = b = c, maka sudah pasti a = c. Contohnya jika a dan b tersebut adalah 1, maka c = 1. Seterusnya a adalah sama dengan c. Tetapi jika c adalah 0, dan a = 1, barulah a bukannya c. Tetapi itu menjadikan a = b c (simbol adalah “tak sama”). Walaupun diagram yang Jebon kongsikan dipakai oleh kepercayaan kristian, namun bila ingin membina komputer, mereka tidak boleh aplikasikan ajaran gereja mereka itu.

    Sebaliknya dalam diagram yang dicadangkan oleh TM, kita nampak sempadan (batasan) yang membezakan di antara ketetapan yang direstui dengan ketetapan yang tidak direstui. Jika sempadan yang direstui Allah itu kita nilaikan sebagai 1 dan ketetapan yang tidak direstui Allah sebagai 0, maka ia selari ungkapan boolean yang terpakai dalam komputer iaitu 1 0. Wujudnya sempadan yang membezakan nilai 1 dan 0, di mana tak mungkin 1 = 0. Jika kita belajar sejarah penciptakan komputer, ia tercetus apabila manusia tahu membina mesin yang dapat membezakan di antara nilai 1 dan 0 sahaja. Belajar membezakan di antara 2 nilai, nanti mudah kita membezakan nilai kebenaran dan kepalsuan.

    Apa yang saya nak katakan diagram TM tu suatu yang masuk akal dan telah terpakai dalam sistem komputer, manakala diagram yang Jebon kongsikan itu tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupan realiti melainkan sekarang kepercayaan sesuatu golongan manusia.

    Juang

    June 19, 2011 at 11:09 pm

  7. Ralat.

    1) “Tetapi itu menjadikan a = b c….”, sepatutnya “a = b NOT c”.

    2) “maka ia selari ungkapan boolean yang terpakai dalam komputer iaitu 1 0….”, sepatutnya “…iaitu 1 NOT 0”

    (simbol utk NOT dalam persamaan2 di atas telah hilang)

    Juang

    June 19, 2011 at 11:13 pm

  8. Salam Juang

    Nanti orang salah faham yg saya cuba promote ajaran Kristian, dekat blog sy byk cerita tentang Kristian & Jesus, mungkin ada yg cuba meneka samada sy cuba promote ajaran Kristian agaknya, padahal sebenarnya sy cuma bicarakan tentang teologi…

    Juang tulis…
    namun bila ingin membina komputer, mereka tidak boleh aplikasikan ajaran gereja mereka itu.

    Komen:
    Memang tidak boleh pun sebab diagram tuh bukan utk membina komputer… 🙂

    Jebon

    June 20, 2011 at 2:19 pm

  9. Salam,

    MASJIDILAQSA bagaimana pula?

    Skygyver

    June 20, 2011 at 6:04 pm

  10. Salam Skygyver,

    Perkataan masjidil aqsa bukan bermaksud sebuah masjid yang terletak di Jurusalem tetapi ia membawa maksud “dalam lingkungan ketetapan yang direstui”. Saya mulakan penjelasan dengan 17:1.

    17:1 “Pujian adalah untuk Yang Satu yang telah memukau hambaNya pada satu malam dari batasan ketetapan yang direstui (almasjidi alharami) ke arah lingkungan ketetapan yang direstui (almasjidi alaqsa), yang mana ia diberkati, supaya dapat diperlihatkan kepadanya mukjizat-mukjizat Kami. Sesungguhnya Dia Mendengar dan Melihat”.

    Ramai orang percaya 17:1 merujuk kepada Nabi Muhamad yang diterbangkan ke sana ke mari dalam peristiwa yang dipanggil Israk Mikraj. Sebenarnya ayat itu merujuk kepada Nabi Musa. Saya telah menulis pendapat saya tentangnya dan ia boleh dibaca di sini.

    Baiklah. Ayat 17:1 menceritakan peristiwa semasa Musa bertemu Tuhan pada satu malam di mana buat pertama kali dia terpukau dengan apa yang dialaminya. Pada ketika itu beliau bukanlah seorang nabi/rasul. Tetapi bolehlah kita kata seorang calon nabi/rasul.

    Dan sebagai calon nabi/rasul tentulah Musa memiliki kualiti peribadi yang seiring dengan nilai-nilai yang terkandung di dalam batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam). Kalau tidak, Tuhan tidak akan memilih beliau.

    Dari grafik yang saya kemukakan di atas, batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam) tidak hanya mengandungi ketetapan-ketetapan yang direstui secara khusus, iaitu ketetapan-ketetapan yang diperintahkan melalui Kitab yang diwahyukan melalui nabi/rasul. Bahkan semua nilai dan pekerjaan yang baik dan bermanfaat (nilai dan amal soleh) juga berada di dalam masjidilharam.

    Saya percaya Musa adalah seorang individu yang berpegang kepada nilai-nilai yang baik dan aktif mengerjakan perkara-perkara yang bermanfaat dalam hidupnya walaupun sebelum beliau dilantik menjadi nabi/rasul. Maknanya pada malam beliau menerima “mukjizat” itu, Musa sudah pun berada dalam batasan ketetapan yang direstui atau masjidilharam.

    Bagaimanapun peristiwa penerimaan “mukjizat” pada malam itu merupakan satu tanda bahawa beliau sudah berada dalam “lingkungan ketetapan yang direstui” atau masjidilaqsa. Perkataan “aqsa” bermaksud berdekatan atau dalam lingkungan. Mengapa dikatakan Musa berada dalam “lingkungan ketetapan yang direstui” atau masjidilaqsa apabila beliau menerima mukjizat dari Tuhan pada malam itu?

    Kerana jika Musa sanggup menerima tanggungjawab yang diperintahkan Tuhan untuk bersemuka dengan Firaun dengan mukjizat-mukjizat yang diberikan, Tuhan berjanji akan menemui beliau sekali lagi untuk mengajarnya Kitab. Dan sebagaimana yang saya katakan tadi, ketetapan-ketetapan yang direstui hanya terkandung di dalam Kitab.

    Malam itu Musa tidak dapat Kitab – yang terkandung di dalamnya ketetapan-ketepatan yang direstui (masjid-masjid) – tapi sudah dekat nak dapat atau dalam lingkungan nak dapat la.

    Bagaimana kita boleh tahu perkataan “aqsa” bermaksud berdekatan. Berikut adalah satu ayat yang boleh membantu.

    28:20 (Y. Ali) And there came a man, running, from the furthest end of the city. He said: “O Moses! the Chiefs are taking counsel together about thee, to slay thee: so get thee away, for I do give thee sincere advice.”

    Apa yang dimaksudkan dengan “the furthest end” of the city, bermaksud orang yang berlari itu tidak berada betul-betul di dalam bandar, tetapi berdekatan atau dalam lingkungan bandar berkenaan. Dan perkataan “the furthest end” menggunakan kalimat “aqsa”. Berikut adalah transliterasinya.

    28:20 Wajaa rajulun min aqsa almadeenati yasAAa qala ya moosa inna almalaa yatamiroona bika liyaqtulooka faokhruj innee laka mina alnnasiheena

    tolokminda

    June 20, 2011 at 8:44 pm

  11. Jebon tulis:
    Memang tidak boleh pun sebab diagram tuh bukan utk membina komputer…

    Ya. Maknanya sesuatu yang tidak logik, ia tidak dapat diadaptasikan untuk membina sesuatu teknologi. Tetapi sesuatu yang logik, bukan setakat komputer sahaja boleh dibina, alam semesta ini juga dapat dibina. Sebab itulah sistem alam semesta ini suatu yang logik sehingga manusia boleh mengkaji dan mengukurnya.

    Juang

    June 21, 2011 at 12:11 am

  12. Salam,

    Menarik. Cuma ada dua persoalan:

    1. Bagaimana pula dengan Masjid Dhirar (9:107) dan Masjid dalam kontek ini(18:21)?
    2. Juga bagaimana pula dengan mengambil perhiasan sebelum ke masjid (7:31)

    Mat Yong Tau Fu

    June 21, 2011 at 4:35 pm

  13. Salam Mat Yong Tau Fu,

    9:107 Dan ada di antara mereka yang memilih “suatu ketetapan yang direstui” (masjidan) yang mendatangkan kerosakan dan menyebabkan kekufuran dan memecahbelahkan orang-orang yang percaya dan sebagai tapak bagi mereka yang menentang Tuhan dan rasulNya dahulu. Mereka akan bersumpah bahawa mereka hanya mahu membuat kebaikan. Tetapi Tuhan menjadi saksi bahawa mereka sebenarnya penipu.

    Intipati 9:107 menurut tafsiran saya: ”

    Ketetapan yang direstui” atau masjid pada dasarnya boleh kita fahami juga sebagai “hukum” atau “peraturan” yang Tuhan nyatakan secara khusus di dalam Al-Quran/Kitab. Misalnya menghukum sebat penzina dengan 100 sebatan adalah “masjid”. Tetapi ada orang berkata bahawa merejam penzina sampai mati pun “masjid” juga.

    Jadi sebagai orang yang percaya kepada Al-Quran, masjid manakah yang sewajar kita ikuti? “Masjid” yang terkandung di dalam Al-Quran atau “masjid” yang diambil dari sumber luar Al-Quran? Nampak tak? Memanglah orang yang menghukum rejam penzina sampai mati itu kata mereka membuat kebaikan. Tetapi melalui 9:107, Tuhan beritahu kita bahawa mereka adalah penipu.

    Tuhan juga memberitahu bahawa “masjid-masjid” mereka itu sebenarnya merupakan tapak atau sesuatu yang diasaskan untuk menentang Tuhan dan rasulNya oleh orang-orang yang terdahulu. Perhatikan juga petunjuk Tuhan tentang bagaimana golongan yang memilih “masjid-masjid” selain “masjid-masjid Tuhan” itu membawa kerosakan, perpecahan dan kekufuran.

    Petunjuk ini sememangnya boleh kita relate dengan apa yang sedang berlaku di depan mata kita. Sunni, Wahabi, Syiah, Syafie, Hambali, Islam, Kristian, Yahudi, dsbnya… nampak tak?

    18:21 Maka Kami telah dedahkan kepada mereka supaya mereka akan tahu bahawa janji Tuhan adalah benar. Dan bahawa tiada keraguan tentang peristiwa itu. Lihatlah bagaimana mereka berselisih sesama sendiri tentang perihal mereka. Di antaranya berkata: Binalah di atas (kisah) mereka bangunan. Pemelihara mereka lebih tahu tentang mereka dan mereka yang berjaya dalam urusan mereka berkata: Kami pasti akan mengambil di atas (kisah) mereka suatu ketetapan yang direstui.

    Intipati 18:21 menurut tafsiran saya:

    Apabila sampai sesuatu kisah kepada mereka dari Tuhan mereka, orang-orang yang berjaya (winners) akan mengambilnya sebagai suatu ketetapan yang direstui (masjidan). Sebaliknya orang-orang yang gagal (losers) suka berselisih dan cenderung membina sesuatu untuk dikaitkan dengan kisah yang Tuhan sampaikan kepada mereka. Renungkanlah ayat 18:21 dalam-dalam dan tuan akan melihat betapa benarnya apa yang dinyatakan oleh Tuhan itu.

    7:31 Wahai anak-anak Adam, perlengkapkan/perelokkan dirimu di setiap ketetapan-ketetapan yang direstui, dan makan dan minum. Tetapi jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Dia tidak suka mereka yang berlebih-lebihan.

    Intipati 7:31 menurut tafsiran saya:

    Tuhan suruh kita mendalami atau memahami atau menggaplikasikan setiap ketetapan yang direstui. Jika ketetapan yang direstui itu diumpamakan sebagai pakaian, maka kita harus memakainya pada setiap masa dan ketika supaya kita dapat menonjolkan keindahannya. Tetapi seperti juga makan dan minum, Tuhan tidak bernarkan kita berlebih-lebihan. Misalnya jangan sampai buat “masjid” di luar “masjidilharam”. Tuhan tidak suka mereka yang berlebih-lebihan atau melampaui batas.

    tolokminda

    June 21, 2011 at 6:26 pm

  14. Salam,

    Tertarik dengan huraian TM tentang ayat 18:21. Memang benar, sesuatu kisah orang terdahulu, selalu diselewengkan oleh orang-orang yang gagal itu, untuk mengada-adakan apa yang Allah tidak perintahkan. Contohnya kisah Nabi Ibrahim dan Ismail yang membina asas sistem, mereka katakan kononnya Nabi Ibrahim dan anaknya itu membina kiub batu di Mekkah. Nak juga mereka wujudkan satu bentuk fizikal (bangunan) supaya mereka boleh membelenggu minda manusia agar membuat amalan-amalan tak masuk akal.

    Orang-orang gagal itu adalah orang yang malas mengkaji hukum-hukum alam (kerana tak suka berfikir), tetapi mahu menonjolkan diri mereka hebat di mata masyarakat dengan mencipta kepercayaan karut-marut. Apabila masyarakat taksub dengan apa yang mereka ada-adakan, masyarakat sanggup berbuat apa saja demi mereka.

    Juang

    June 22, 2011 at 1:04 am

  15. Salam, saya tak menyangkal apa yang dibincangkan cuma ingin mengalih perhatian kepada satu artikel di http://www.e-bacaan.com/emailf72.htm, http://www.islamic-awareness.org/History/kaaba.html

    Pengkajian Quran ni luas dan banyak perspektif cuma ALLAH sahaja yg tahu kebenaran hakiki, kita hanya memahami perspektif yg terbuka kepada diri kita sahaja dan akhirnya kita mengakui keagungan ALLAH dengan sifat merendah diri kerana menyedari betapa luasnya ilmu ALLAH. La kum dinukum waliyadin.

    Salam.

    one

    June 22, 2011 at 9:10 am

  16. Salam TM,

    1-Terima kasih atas penjelasan.
    2- Initpati setiap scriptures yg ada amat unik.
    3- Penafsiran manusia dalam memahaminya juga relative/subjective.
    4- Huraian yg dikemukan Aidid tampak jelas apabila dia mendatangkn root word bagi setiap derivative word.
    5- Kalimah masjid adalah derivative dari root word s-j-d yg mbawa maksud prostrate-worship-kowtow-kneel.
    6- Soalan saya apa pndngn TM tentang keperluan ilmu linguistik dlm memahami scripture?
    7- How does one can form an interpretation without using a basic linguistic skills?

    Somali Piratos Ukala

    June 22, 2011 at 9:34 am

  17. Salam One,

    Saya berpendapat perkataan “Bakka” dalam 3:96 bukan merujuk kepada Mekah. Sebaliknya nama tempat yang merujuk kepada “lembah tandus” di mana Nabi Ibrahim dan keluarganya menetap selepas keluar meninggalkan kaum mereka. Saya percaya Nabi Ibrahim tidak pernah menjejak kaki ke Mekah. Orang-orang Arab tidak pernah diutuskan sebarang rasul sebelum Muhamad.

    Bakka di mana Nabi Ibrahim tinggal adalah lembah tandus pada asalnya tetapi menjadi lembah yang subur dan makmur selepas beliau membangunkannya. Ini boleh kita ketahui melalui petunjuk Tuhan dalam 51:26 yang mana kita diberitahu bahawa Ibrahim telah menjamu tetamunya dengan seekor anak lembu gemuk. Hanya mereka yang makmur dan menuai hasil dari tempat yang subur sahaja boleh menghidang lembu gemuk untuk 2 orang tetamu. Saya rasa Mekah tidak pernah subur dari dulu sampai sekarang.

    Dari kisah 2 orang utusan yang menemui Ibrahim itu juga kita dapat tahu Nabi Lut tinggal berdekatan dengan Nabi Ibrahim. Dan Nabi Lut tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana tempat di Arab. Nama Bakka juga dirujuk dalam teks berbahasa Hebrew. Semua ini memberi banyak petunjuk untuk tidak mengaitkan Ibrahim dengan Kaabah di Mekah. Lebih-lebih lagi Ibrahim sendiri telah disahkan oleh Tuhan sebagai seorang yang tidak menyekutukan Dia dengan apa-apa pun.

    Maka saya lebih cenderung untuk menterjemahkan Bakka sebagai Bakka. Bakka adalah lokasi di mana Ibrahim mula menunjukkan jalan bagaimana manusia harus membina peradaban dan bukannya menjadi penggiat ritual menyekutukan Tuhan. Saya berpendapat, legasi yang ditinggalkan oleh Ibrahim berkait rapat dengan lokasi yang diiktiraf sehingga hari ini sebagai “the cradle of civilization”. Dan Mekah adalah jauh panggang dari api untuk dikaitkan dengan penyifatan seperti itu.

    3:95 Katakan: Allah telah berkata yang benar, oleh itu ikutilah cara hidup Ibrahim – yang berpendirian – dia bukanlah di antara penyekutu Tuhan.

    3:96 Sesungguhnya sistem pertama yang ditetapkan kepada manusia di Bakka, diberkati dan petunjuk seluruh alam.

    3:97 Di dalamnya adalah bukti-bukti yang nyata, legasi (maqam) Ibrahim dan sesiapa memasukinya akan selamat dan penyelidikan terhadap sistem adalah tanggungjawab manusia demi Tuhan ke atas setiap orang yang mampu menemui kaedahnya. Dan kepada sesiapa yang tidak percaya, maka sesungguhnya Tuhan wujud dengan Sendiri, mengatasi semua keperluan alam.

    tolokminda

    June 22, 2011 at 11:22 am

  18. Salaam,

    + Ibrahim was actually in Mecca.
    + He sent Hagar and Ishmael to Paran which is Mecca in present.
    + Paran mentioned in the Bible is Mecca today
    + There is a a lot of evidence strongly prove the Quranic theory.
    + Even Paul in the book of Galatians and the most recent Archeological Discoveries
    suggest the same idea.
    + Christian Archeologists prove from the Bible that Mount Sinai is in “Saudi Arabia” today.

    reference: http://www.answering-christianity.com/paran.htm

    Somali Piratos Ukala

    June 22, 2011 at 12:24 pm

  19. Salam SPU,

    1- Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan.

    2- Saya melihat setiap ayat Al-Quran mengandungi maklumat yang bersifat klinikal. Jadi untuk memahaminya kita perlu mengambil pendekatan yang klinikal juga.

    3- Itu sebabnya Tuhan menyarankan kita supaya mendengar semua pendapat dan memilih yang terbaik. Yang terbaik tidak semestinya sempurna tetapi ia tentulah lebih baik dari yang jelas palsu dan direka-reka.

    4- Saya amat berterima kasih kepada Aidid Safar kerana memberi pencerahan berkaitan root word untuk memahami Al-Quran.

    5- Maka kita perlu “prostrate-worship-kowtow-kneel” kepada apa yang direstui Tuhan.

    6- Saya berpendapat, gunakanlah apa sahaja kelebihan yang ada pada kita untuk memahami mesej Tuhan.

    7- Pada umumnya orang Arab sendiri pun gagal memahami Al-Quran walaupun rata-rata mereka mempunyai “that basic linguistic skills”.

    tolokminda

    June 22, 2011 at 1:32 pm

  20. There is a a lot of evidence strongly prove the Quranic theory.

    Salam SPU,

    Al-Quran tidak mengemukakan teori. Al-Quran mengemukakan bukti. Yang mengemukakan teori adalah tuan. Jadi tidak kiralah dari mana sumber teori tuan – buktikanlah melalui ayat-ayat Al-Quran.

    tolokminda

    June 22, 2011 at 1:50 pm

  21. Salam,

    Ini pandangan pribadi sayalah..
    Saya rasa apa yg dilontarkan oleh One dan Somali tu ada benarnya.
    Cuma kita mempunyai pilihan utk memilih jalan kita.

    Silent Reader

    June 22, 2011 at 2:18 pm

  22. Salam TM,

    Apa yg dikatakan oleh Somali tu ada benarnya.
    Jelas dia menyokong idea kaaba dibina Abraham dgn bukti dari bible dan archaeology.
    Jadi sains membantu dalam interpretation suggested by him.
    I think the notions he proposed does make sense.

    Maria

    June 22, 2011 at 2:32 pm

  23. Salam TM,

    Just in case you’re not reach my sense.
    Qouted from Quran as you asked:

    “Behold! We gave the site, To Abraham, of the (Sacred) House [That is the Kaaba that he built], (Saying): ‘Associate not anything (In worship) with Me; And sanctify My House For those who compass it round, Or stand up, Or bow, or prostrate themselves (Therein in prayer). And proclaim the Pilgrimage among men: they will come to thee on foot and (mounted) on every kind of camel, lean on account of journeys through deep and distant mountain highways.

    Somali Piratos Ukala

    June 22, 2011 at 2:35 pm

  24. Salam,

    Addendum:

    Pandangan One dan Somali dari perspektif historical dan linguistic memang menarik!

    Harap TM boleh bg huraian yg lebih dinamik.

    Suraya

    June 22, 2011 at 3:13 pm

  25. Salam,

    Addendum:

    Pandangan One dan Somali adalah sangat menarik!!!
    Idea daripada perspektif historical dan linguistic.
    Harap TM boleh bg view yg lebih dinamik!

    Sekian.

    Suraya

    June 22, 2011 at 3:21 pm

  26. Salam SR, Maria, Suraya & SPU,

    22:25 Sesungguhnya mereka yang tidak percaya dan mereka menghalang orang lain dari batasan ketetapan-ketetapan yang telah direstui yang telah didedikasikan kepada seluruh manusia supaya dipatuhi bersama-sama – yang sememangnya jelas. Dan sesiapa yang menokok-tambah di dalamnya kejahatan Kami akan pastikan mereka merasai balasannya.

    22:26 Dan apabila Kami memutuskan kepada Ibrahim tempatnya di dalam sistem, “Kamu tidak boleh menyekutukan Aku dengan apa pun, pastikan sistemKu sentiasa dibersihkan untuk mereka yang mahu mendekatkan diri dan mereka yang tunduk dan merendah diri.

    22:27 Dan maklumkan kepada manusia tentang penyelidikan yang telah dikurniakan kepada kamu sebagai seorang individu dan ke atas setiap individu yang bertanggungjawab yang telah dikurniakan dari sumber yang sangat luas;

    22:28 Supaya mereka menyaksikan manfaat-manfaat untuk mereka dan supaya mereka mengingati nama Tuhan pada setiap hari di atas apa saja rezeki untuk mereka dari haiwan ternakan.

    Perhatikan ayat-ayat di atas, Tuhan menjelaskan bahawa masjidilharam atau batasan ketetapan yang direstui adalah untuk didedikasikan dan dipatuhi seluruh manusia – maknanya tidak kiralah apa bangsa atau kepercayaannya. Di dalam “masjidiharam” tidak dibenarkan menyekutukan Tuhan dengan apa-apa pun. Aktiviti haj atau penyelidikan juga Tuhan suruh maklumkan kepada seluruh manusia. Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat dan supaya mereka mengingati nama Tuhan pada setiap hari di atas apa saja rezeki yang Tuhan beri kepada mereka. Mesej Tuhan cukup simple dan jelas.

    tolokminda

    June 22, 2011 at 3:29 pm

  27. Pandangan One dan Somali adalah sangat menarik!!!
    Idea daripada perspektif historical dan linguistic.
    Harap TM boleh bg view yg lebih dinamik!

    Salam Suraya,

    Kalau ia tentang aktiviti menyembah itu dan ini maka ia tidak menarik dan tidak dinamik. Tetapi kalau ia berkenaan dengan penyelidikan dan pembangunan maka ia sangat menarik dan dinamik. Tidak kiralah bahasa apa yang digunakan.

    tolokminda

    June 22, 2011 at 3:32 pm

  28. Salam,
    Ini pun pandangan pribadi saya juga …
    Sememangnya individu berhak memilih jalannya.
    Cuma pilihan mestilah yang terbaik bersandarkan lojik dan benar.
    Pilihan mestilah pilihan bijak yang menghasilkan kemajuan dan kecemerlangan.
    Sebaliknya tersalah pilih, memilih yang tidak baik dan palsu akibatnya pun tak baik juga – lemah dan mundur.
    Jadi pilihlah yang benar.

    Jagundul

    June 22, 2011 at 3:33 pm

  29. Salam,

    Ini hanya pandangan peribadi.
    Di dalam Al-Quran tiada satu ayat pun yg menghalang penyeldikan
    Begitu juga Allah banyak menyuruh kita menyembah Allah yg Esa
    Sila rujuk: 2:21, 5:72, 7:59, 11:50, 16:36 dan banyak lagi.

    Pitopi Andika

    June 22, 2011 at 4:11 pm

  30. Salam,
    Lagi pandangan pribadi
    Tanpa merujuk mana-mana rujukan – hanya bersandarkan citrarasa dan akal.
    Saya lebih suka ingat Allah – berserah pada Allah – berbakti pada Allah – ingat Allah di mana-mana sahaja kita berada dan dalam keadaan apapun kita berbakti dan berserah pada Allah tiada terikat pada bahasa, masa dan tempat.
    Where as menyembah Allah kena ada waktu, kena bahasa betul dan kena ada arah.
    Thank u.

    Jagundul

    June 22, 2011 at 9:38 pm

  31. Salam,

    Setuju dengan TM. Ramai orang Arab sendiri tidak berupaya memahami Al Quran walaupun dalam bahasa mereka. Maka kerana itulah mereka terpaksa bersandar pada riwayat hadis yang kononnya ia adalah penjelasan Al Quran. Sedangkan ketika Allah sampaikan Al Quran kepada Muhammad, ia sudah dalam bentuk yang jelas. Seperti cahaya matahari sampai kepada kita, cahaya itu sudah pun jelas dan menjelaskan ruang yang gelap. Tetapi kalau orang itu menutup matanya, matahari terpacak di kepala pun dia masih rasa gelap lagi.

    Begitulah dengan kebenaran. Al Quran umpama cahaya matahari yang menerangi. Ia sampai kepada Nabi dalam keadaan yang sudah jelas. Seperti mana Nabi boleh faham Al Quran kerana menggunakan akalnya, maka orang lain pun boleh memahami Al Quran jika mahu menggunakan akal. Hanya yang menutup minda mereka sendirilah yang merasakan Al Quran itu gelap (sukar difahami).

    Juang

    June 23, 2011 at 1:00 am

  32. Salam,

    1- Kassim and Aidid articulating their interpretation explicitly crystal clear by utilizing their expertise in linguistic and historical view.
    2- However, your notions just hit the air without any empirical reference.
    3- Please dont just manipulate the Arab ignorant of Quran as excuses for you to merely neglect the significant of linguistic analysis.

    It is just an opinion.

    Suraya

    June 23, 2011 at 10:09 am

  33. Salam,

    + Tuhan berkomunikasi dgn manusia dgn menurunkan Al-Quran.
    + Al-Quran diturunkan menggunakan bahasa manusia supaya mudah sampai maksudnya. (16:103)
    + Ironic nya, manusia mengenepikan aspek bahasa yg digunakan dalam Al-Quran.
    + Sungguh benar apa yg disebut dalam Al-Quran. Manusia suka membantah. (18:54)
    + Kejahilan Arab dijadikan alasan mengenepikan bahasa Al-Quran diturunkan. sedangkan arab berbagai kumpulan (9:97)
    + Mudah kan?

    Xenon

    June 23, 2011 at 10:54 am

  34. Salam

    – Sebab al-Quran itu bahasa Arab-lah, bacaannya boleh di-interpreted…

    – Historical view sama dengan hadis hear/say – tidak dapat dipergantungi kebenarannya…

    – Sains adalah bukti imprikal… 🙂

    Jebon

    June 23, 2011 at 11:08 am

  35. Salam Suraya & Xenon,

    Sumber saya mungkin terhad. Tetapi saya tidak pernah mengabaikan aspek bahasa atau sejarah dalam tafsiran saya. Selain sentiasa merujuk kepada beberapa penterjemah, saya juga akan menyemak transliterasi untuk mendapat kepastian. Saya cuba sebaik mungkin dari apa yang saya mampu.

    Tetapi jika tuan/;puan tidak setuju dengan terjemahan atau tafsiran yang saya kemukakan, tuan/puan berhak untuk tidak menerimanya atau pun mungkin lebih baik tuan/puan mencadangkan pembetulan. Saya beri satu contoh.

    Berikut adalah terjemahan 22:26 yang dikemukakan SPU di atas.

    22:26 “Behold! We gave the site, To Abraham, of the (Sacred) House [That is the Kaaba that he built], (Saying): ‘Associate not anything (In worship) with Me; And sanctify My House For those who compass it round, Or stand up, Or bow, or prostrate themselves (Therein in prayer).

    Berikut pula adalah terjemahan yang saya kemukakan.

    22:26 Dan apabila Kami memutuskan kepada Ibrahim tempatnya di dalam sistem, “Kamu tidak boleh menyekutukan Aku dengan apa pun, pastikan sistemKu sentiasa dibersihkan untuk mereka yang mahu mendekatkan diri dan mereka yang tunduk dan merendah diri.

    Dan berikut pula adalah transliterasinya.

    22:26 Waith bawwana liibraheema makana albayti an la tushrik bee shayan watahhir baytiya lilttaifeena waalqaimeena waalrrukkaAAi alssujoodi

    Perhatikan di dalam transliterasi tidak terdapat perkataan seperti kaabah dan sembahyang (prayer) tetapi ada di dalam terjemahan SPU. Kalau itu bukan kerja menokok tambah, apa lagi?

    Perhatikan juga bagaimana terjemahan untuk satu ayat pun sudah boleh dikesan percanggahan mesej-mesejnya. Misalnya, Tuhan kata, jangan sekutukan Dia dengan apapun. Tetapi dalam terjemahan yang dibawa SPU perkara yang disuruh selepas mesej itu memerlukan Tuhan disekutukan dengan “rumahNya” iaitu kaabah untuk bertawaf” dan bersembahyang.

    Jika dilihat dari aspek sejarah pula, dalam ritual haji terdapat apa yang dikenali sebagai hari tasyrik. Hari tasyrik ini (dan ibadat haji pada keseluruhannya) sebenarnya diamalkan berdasarkan sumber sejarah dalam bentuk hadis. Di dalam Quran tidak ada “ibadat haji” yang mengandungi segala macam rukun dan hukum-hakam yang menyekutukan Tuhan dan mengabaikan akal itu. Misalnya hari tasyrik disandarkan kepada hadis berikut.

    Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya:”Rasulullah SAW bersabda:”Hari-hari Tashriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

    Kerana hadis ini, maka umat Islam pun berhari raya sakan dengan melakukan korban untuk dimakan dan untuk disekutukan kepada Tuhan. Tidak boleh tidak makan pada hari-hari itu kata mereka sebab mereka percaya Nabi yang mengatakan begitu.

    Tetapi jika kita perhatikan mesej yang terkandung di dalam Quran – di dalam ayat 22:26 di atas, Tuhan bukan suruh kita meraikan hari tasyrik. Tetapi Dia kata, “LA TUSHRIK“. Yang bermaksud JANGAN MENYEKUTUKAN.

    22:26 Waith bawwana liibraheema makana albayti an la tushrik bee shayan watahhir baytiya lilttaifeena waalqaimeena waalrrukkaAAi alssujoodi

    Jelas di sini jika kita ikut terjemahan yang dibawa oleh SPU bukan setakat aspek bahasa tidak patuhi iaitu berlaku tokok tambah – malah aspek sejarah yang ditampilkan juga tidak tally dengan mesej yang Tuhan sampaikan. Bagi saya apa yang Tuhan maksudkan dengan perkataan “La Tusyrik” sudah cukup jelas. Jadi masuk akalkah Nabi pulak pi tafsirkan tasyrik itu sebagai hari-hari makan minum?

    Sebagai kesimpulannya, kalau terjemahkan satu ayat pun sudah lintang pukang konteks-konteksnya, saya fikir eloklah beri peluang orang lain faham Al-Quran dengan cara dan kaedah mereka sendiri. Kalau semua orang dipaksa percaya pada yang lintang pukang, itu zalim namanya.

    tolokminda

    June 23, 2011 at 1:24 pm

  36. Salam,

    -Jelas Tuan TM mmg tiada asas bahasa arab.
    – Membandingkan perkataan تشركوا dengan التشريق adalah jauh maknanya.
    – Perkataan LA TUSHRIK dalam 22:26 adalah dgn huruf KAF
    – Perkataan Hari TASYRIQ dengan huruf QAF
    – Perbandingan Tuan jelas salah
    – Seperti membandingkan Buah dengan Tuah.
    – Saya sudah jelas sekarang.

    Xenon

    June 23, 2011 at 1:48 pm

  37. Salam Zenon,

    Saya tidak pernah mengaku saya pandai bahasa Arab. Semua pembaca blog ini tahu. Tetapi adakah kerana saya tidak pandai berbahasa Arab saya tidak boleh berusaha memahami KitabNya? Nama blog ini pun Tolokminda belajar. Saya mungkin salah di sana- sini. Tapi ia sebahagian dari proses belajar. Tidak ada orang terus jadi pandai. Bayi pun merangkak dan tersadung sebelum berjalan betul.

    Jika tuan rasa tuan sudah pandai dan tidak berhasrat untuk belajar bersama-sama saya, itu hak tuan. Sementara saya belajar berjalan, saya tak ada masalah kalau tuan mahu merempit. Sungguh!

    Tentang Kaf atau Qaf, K atau Q. Itu soal pilihan atau kebiasaan saja. Ambil karpet sebagai contoh. Mat saleh tidak guna “K”. Mereka guna “C”. Tapi bunyi lebih kurang saja dan bendanya pun sama. Bukan isu besar.

    tolokminda

    June 23, 2011 at 1:58 pm

  38. Salam,

    Satu lagi Xenon, kalau benar Hari TASYRIQ itu hari makan minum, boleh tuan buktikan melalui mana-mana ayat Al-Quran yang mengatakan begitu?

    tolokminda

    June 23, 2011 at 2:08 pm

  39. Salam,

    1- Yes, I do agree with Xenon.
    2- The word LA TUSHRIKU in 22:26 written with the KAF consonant.
    3- The word Hari TASYRIQ in Hadith written with the QAF consonant.
    4- So how come you made a clearly flaw comparison using two different words?
    5- Your comparison is CLEARLY WRONG
    6- That what i meant by a basic linguistic skills.
    7- You just prove to us your FALSE. Its just a simple words.
    8- Hats off to Xenon.

    Suraya

    June 23, 2011 at 2:11 pm

  40. Salam,

    Hehe, Xenon. Nice work actually.
    Apa beza Buah dengan Tuah?
    Cuba teka Xenon?
    Jawapannya Hari Tasyriq Hehe

    Thanks TM. Its very cool..

    Maria

    June 23, 2011 at 2:16 pm

  41. Salam Suraya,

    That is why I don’t put my trust in hadith. See, you yourself admit that Tasyriq with a consonant Q is not in the Quran. So, are you saying that the prophet has invented a ritual which is in fact, could not be found in the Kitab?

    tolokminda

    June 23, 2011 at 2:17 pm

  42. Salam

    Apa yg penting mesej awal yg Tolokminda katakan, persoalan masjidilharam….

    Apanama… Tasyriq or Tushrik bagi sy tidak masuk perkiraan dlm persoalam masjidharam 🙂

    Jebon

    June 23, 2011 at 2:44 pm

  43. Even the Arabs never invented rocket propulsion technology or space shuttle, but the Quran was sent down by The God, Creator of Universe in their own language. Hari-hari cakap bahasa Arab maaa….. Very wealthy with oil&gas profit valued hundred of billions dollar annum but never think to invest in R&D of space exploration with small amount of money.

    Read surah Ar-Rahman (55) verse 33. Nick Ajis and Mufta Perak poco-poco haram never give ceramah/kuliyyah/tazkirah/khutbah about how important to us especially Malays to explore space. These people are not eligible to monopolize Quran due to their stupidity to understand 55:33. But these people are very-very skilled in Arabic. There must be something wrong about them- no hadiths mention about how to invent rocket technology. Nabi Muhammad terlupa nak ajar kot… 🙂

    The Quran gives guidances only to those who want to use their common sense (13:19). Kalau tok2 guru agama pun tak boleh faham 55:33, apa lah kredibiliti mereka ni nak menafsirkan Al-Quran.

    Jangan pulak nanti ada orang Melayu boleh buat space shuttle sampai ke Bulan, keluar pulak fatwa2 agama bod**h buat kuil Hindu bernama ‘masjidilharam’ ke-2 di Bulan.

    Mat Guyver

    June 23, 2011 at 3:44 pm

  44. Salam Jebon,

    Masih relevan dan ada faedah. Sekarang kita tahu bahawa “la tusyrik” iaitu jangan menyekutukan adalah masjid. Tetapi “hari tasyriq” adalah bukan.

    tolokminda

    June 23, 2011 at 5:21 pm

  45. Tolokminda,

    Saya cadangkan Tuan gunakan keyboard Arabic untuk menulis perkataan-perkataan dalam bahasa Arab. Kalau tulis dengan huruf2 Roman, akan berlaku byk salah faham. Lagi satu, kalau nak belajar bahasa Arab, boleh belajar free di www[dot]livemocha[dot]com. Saya pun sedang belajar bahasa Arab di sini. Kalau boleh baca Al-Quran dan Jawi, no problem utk menguasai bahasa Arab di livemocha.

    Mat Guyver

    June 23, 2011 at 5:33 pm

  46. Salam Mat Guyver,

    Terima kasih.

    tolokminda

    June 23, 2011 at 5:54 pm

  47. Salam,

    Here my conclusion:

    1- TM, Jebon and Mat Gyver is just inflexible to concede the linguistic viewpoint.
    2- You guys will merely neglect the significant of linguistic needs using the ignorance of Arab as excuses.
    3- Jebon wrote “tidak termasuk dalam persoalan masjidilharam” which is clearly did not understand the notions that Somali and Xenon concerning for.
    4- Mat Gyver as usual use the Arab stupidity as excuses to forfeit others view.
    5- Dear Mat Gyver, maybe you’re not agree with Nik Aziz or Mufti Perak.
    But it doesn’t mean that you can just merely ridicule or tease those people. Please read (9:79)
    6- Mat Gyver. Please dont just leek and mock those person. Do you read Quran? (104:1)
    7- Perbincangan boleh dilakukan dengan aman. Tidak perlu pandang rendah sesiapa.
    8- TM, i solute your effort. Good luck.

    Cosmo Galaxy

    June 23, 2011 at 7:15 pm

  48. Salam

    Cosmo Galaxy tulis;
    3- Jebon wrote “tidak termasuk dalam persoalan masjidilharam” which is clearly did not understand the notions that Somali and Xenon concerning for.

    Komen;
    I are sure?? Let explane to me at my blog…

    klik here; http://doktrinisasi.blogspot.com/2010/05/al-quran-dan-menggunakan-akal.html

    😉

    Jebon

    June 23, 2011 at 7:56 pm

  49. Salam Cosmo Galaxy,

    Saya kurang faham di mana ketidakfleksibelan saya dalam perspektif linguistik. Adakah terjemahan/tafsiran saya terhadap sesuatu ayat tidak sebagaimana yang tuan terima? Kalau begitu saya juga boleh kata tuan tidak fleksibel kerana tidak mahu terima terjemahan/tafsiran saya. 1 – 1 = 0. Tidak guna berhujah seperti ini.

    Melalui 22:26 yang saya percontohkan, saya cuba kemukakan hujah saya berasaskan perspektif linguistik dan sejarah kerana saya didakwa mengabaikan kedua-dua perspektif berkenaan dalam terjemahan/tafsiran saya. Jadi saya ajak teliti:

    1. Terjemahan yang dibawa SPU mengandungi penambahan – misalnya perkataan kaabah dan sembahyang.

    2. Terjemahan yang dibawa SPU menyampai mesej yang saling bercanggahan atau mengelirukan – di mana di satu sudut Tuhan melarang Ibrahim menyekutukan Dia tetapi dalam masa yang sama seperti menyuruh pula melakukan amalan yang jelas bersifat menyekutukan

    3. Perbuatan penterjemah memasukkan perkataan kaabah dan sembahyang di dalam terjemahan menunjukkan bahawa beliau cuba memaksa orang lain percaya kepada tafsiran beliau sendiri tentang apa yang dimaksudkan dengan tawaf, rukuk dan sujud. Inilah yang menjadi punca mengapa mesej Tuhan dalam 22:26 kelihatan bercanggah dan mengelirukan.

    4. Kemudian untuk melihat dari perspektif sejarah pula, saya keluarkan perkataan “La Tusyrik” dari ayat yang sama kerana ada perayaan Tashriq yang diamalkan oleh orang Islam pada hari ini dan ia diadaptasi dari sumber sejarah – iaitu hadis. Saya katakan jika benar sejarah merakamkan bahawa Nabi mendefinasikan Tashriq sebagai 3 hari khusus untuk makan dan minum berlatarbalakangkan ritual korban yang disekutukan kepada Tuhan, maka Tashriq itu tidak selaras dengan arahan La Tusyrik yang ada di dalam Al-Quran.

    Tetapi persoalan La Tusyrik/Tashriq ini saya anggap selesai apabila geng-geng tuan menegaskan bahawa kedua-duanya memang benda yang berlainan. La Tusyrik disebut di dalam Quran. Tashriq disebut di dalam hadis. Makna kedua-duanya tidak sama sepertimana Buah dengan Tuah. Serupa pun tidak. Cuma persoalan yang belum dijawab, kalau ritual Tashriq di dalam hadis itu tidak boleh ditemui di dalam Al-Quran adakah itu bermakna Nabi telah menetapkan suatu amalan ritual yang tidak berlandaskan Al-Quran yang disampaikan oleh beliau sendiri?

    Saya harap tuan CG dapat beri komen terhadap perkara-perkara yang saya utarakan di atas supaya kalau terjemahan/tafsiran saya salah, saya boleh betulkan. Terima kasih.

    tolokminda

    June 23, 2011 at 9:40 pm

  50. Ok fine, Im apologize. Next time I would use word ‘ignorance’ for those people. But what the difference? They’re already misguided millions of people from the path of God and still claimed the Quran is exclusive right only for them. The Arabs are ignorant and these people (Nick Ajis and Mufta Perak) are the followers, 10x ignorant. Cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari.

    Small matter punya hal dibesar-besarkan. Macam perangai Bani Israel. Tuhan suruh korbankan seekor lembu, tapi nak spesifik jugak- warna apa, umur berapa, jantina apa? (Read surah the cow). Tuhan suruh orang perempuan pakai pakaian bersopan terutama di bahagian dada (24:31), tapi nak spesifik jugak. Dicipta koleksi hadis riwayat dengan pengaruh budaya Arab utk spesifikkan cara pemakaian kaum Hawa lalu dikatakan ‘ini datang dari Tuhan’. Tuhan kata jangan mempersekutukanNya dengan apa sahaja, difabrikkan ayat-ayat Al-Quran dengan menambah perkataan2 baru dalam terjemahan bahasa Melayu kononnya Tuhan ada Rumah di Mekah.

    I always drink Smirnoff, some brand of Vodka. I drink a bottle during weekend at home. After got some dinner, I drink it at my apartment balcony. Never took it until drunk but lots of my relatives, family and friends know my behavior terus jatuhkan hukum haram masuk neraka tapi saya tak jumpa satu ayat pun Tuhan kata arak tu haram.

    Bila berdebat mereka kata orang biasa tak layak mempertikaikan ajaran ‘agama’ sebab tak pernah belajar di Al-Azhar. What? If i completely not believe God live in Mekah in forms of gold, silver, bronze, rocks, woods and their just only answer- ‘Kau ni ilmu agama pun tak banyak, jangan nak pertikai ‘rukun islam’ ke-5 ‘- jawapan pun terang-terangan nak memperbodohkan orang lain.

    So, when I use word ‘stupidity’ it means payback to those ‘religious’ people.

    About the inflexible, The Reading (Quran) sent down by God, The Infinite Intelligence. His design the Quran easy to be understand to all people on the Globe no matter what languages their are used daily. Linguistic not a big problem unless we study the message carefully. If you learn Physics or Dynamics in English where Force = Mass x Acceleration, the law remains same if you teach Malay school pupils, Daya = Jisim x Pecutan.

    If someone says- ‘Al-Quran ni akan berubah maksudnya jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu’ sama lah macam ahli fizik cakap ‘ Ilmu Dinamik tak boleh suka-suka diterjemah ke bahasa Melayu takut hukum fizik tu berubah’.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    June 24, 2011 at 12:04 am

  51. Salam,

    Saya hairan penyakit orang Melayu hari ini. Walaupun ada orang Melayu tidak pandai bahasa Inggeris tetapi mampu memahami ilmu sains melalui pemerhatian dan buku terjemahan sains dalam bahasa Melayu, tiada siapa nak pertikaikannya. Sebaliknya jika ada orang Melayu tidak pandai bahasa Arab tetapi mampu memahami ilmu Al Quran melalui pemerhatian dan terjemahan Al Quran dalam bahasa Melayu, ramai yang cuba mempertikaikan atas alasan bahasa. Nampak tak sikap tidak konsisten mereka itu, seolah-olah ada agenda tersembunyi (takut Al Quran diperjelaskan dalam bahasa yang mudah difahami).

    Macam mana Muhammad boleh fahami pengajaran Taurat dan Injil walaupun Allah tidak mengatakan baginda seorang pakar bahasa Kitab-kitab terdahulu? Jadi apa nak hairankan kalau Allah boleh beri keupayaan yang sama kepada TM untuk menghuraikan Al Quran biarpun beliau bukan pakar bahasa Arab.

    Juang

    June 24, 2011 at 6:24 am

  52. TM menulis:
    Satu lagi Xenon, kalau benar Hari TASYRIQ itu hari makan minum, boleh tuan buktikan melalui mana-mana ayat Al-Quran yang mengatakan begitu?:

    Syabas TM. Mereka hanya tahu mempertikaikan sahaja, tetapi selalu gagal mengemukakan ayat-ayat Allah sebagai sokongan hujah mereka. Bila saudara bertanya begini, pasti mereka akan gagal membawakannya. Seperti bila saya bereksperimen di E-mindakita.

    Sekurang-kurangnya apa yang TM tulis, ada sandaran ayat-ayat Al Quran, sedangkan apa yang mereka tulis, tiada sandarannya. Yang mana lebih kuat, yang ada sandaran ayat-ayat Allah atau yang tiada? Pandai-pandailah nak memilih.

    Juang

    June 24, 2011 at 6:32 am

  53. Matguyver menulis:
    These people are not eligible to monopolize Quran due to their stupidity to understand 55:33. But these people are very-very skilled in Arabic. There must be something wrong about them- no hadiths mention about how to invent rocket technology. Nabi Muhammad terlupa nak ajar kot…

    Apa guna skill bahasa Arab jika hanya untuk memutar-belitkan maksud Al Quran supaya menurut riwayat hadis? Ini kerana apabila manusia itu menipu maksud dalam Al Quran, menyebabkan otak mereka akan jammed bila dicabar kemukakan ayat-ayat Allah terhadap sesuatu ajaran yang mereka ada-adakan. Dan mereka sebenarnya tahu mereka adalah penipu.

    Juang

    June 24, 2011 at 6:37 am

  54. TM menulis:
    Masih relevan dan ada faedah. Sekarang kita tahu bahawa “la tusyrik” iaitu jangan menyekutukan adalah masjid. Tetapi “hari tasyriq” adalah bukan.

    Dan batasan yang membezakan di antaran ketetapan Allah (masjid) dan bukan ketetapan Allah, itulah yang di panggil masjidilharam. Bila kita kenal sempadan Malaysia dan Thailand, tidaklah kita tersalah masuk ke negara lain secara haram. Macam itulah, bila kita kenal sempadan di antara ketetapan Allah dan ketetapan si polan, tidaklah kita menyekutukan Dia lagi.

    Dan orang-orang Arab terkenal dengan kekafiran dan kemunafikannya kerana mereka tidak mengetahui tentang batas-batas. Yang menyebabkan mereka tidak sedar amalan mereka itu amalan menyekutukan Allah kerana mereka tidak tahu membezakan mana ketetapan Allah, dan mana yang bukan.

    Juang

    June 24, 2011 at 6:44 am

  55. TM menulis:
    Kalau begitu saya juga boleh kata tuan tidak fleksibel kerana tidak mahu terima terjemahan/tafsiran saya. 1 – 1 = 0. Tidak guna berhujah seperti ini.

    Benar TM. Kalau orang lain boleh kata kita tak betul (tanpa membawa apa yang betulnya daripada mereka), kita pun boleh kata mereka tak betul. Jadi, hasilnya sia-sia berbincang dengan orang macam itu. Macam ada yang pertikaikan “la tuysrik”, tetapi mereka tidak tunjukkan pun ayat-ayat Allah menetapkan satu hari bernama hari Tasyriq. Jadi, apa erti mereka mempertikaikan jika mereka sendiri pun tidak mampu buktikan apa-apa?

    Sebab itu dalam perbincangan, carilah orang yang boleh mengemukakan hujah untuk menunjukkan kebenaran diri mereka. Barulah perbincangan jadi aman. Kalau kita nak berbincang dengan aman, jangan abaikan aspek mengemukakan dalil. Nak kondem tulisan orang lain memanglah senang, tetapi sebelum kondem tu, cuba fikirkan apakah bukti kebenaran yang boleh kita kongsikan bersama.

    Juang

    June 24, 2011 at 6:53 am

  56. Matguyver menulis:
    They’re already misguided millions of people from the path of God and still claimed the Quran is exclusive right only for them.

    Ahli-ahli kitab zaman Muhammad pun telah memesongkan ramai orang Yahudi dan Nasrani pada waktu itu, tetapi Allah tidak ajar Nabi pinpoint pada mana-mana individu walaupun ada ahli-ahli Kitab yang diumpamakan seperti keldai-keldai membawa kitab (62.5).

    Jadi apa yang disarankan oleh CG tu ada benarnya. Sampaikan peringatan Tuhan secara umum tanpa menuju pada mana-mana individu. Tiada pembesar agama boleh terlepas daripada membuat kesalahan. Jika mereka berniat nak memesongkan masyarakat untuk kepentingan peribadi (demi jawatan, pangkat, nama dan kemegahan), kelak mereka akan menanggung dosa pendustaan mereka itu. Dan Allah Mengetahui setiap apa yang manusia lakukan.

    Juang

    June 24, 2011 at 7:02 am

  57. Matguyver menulis:
    ‘Kau ni ilmu agama pun tak banyak, jangan nak pertikai ‘rukun islam’ ke-5 ‘- jawapan pun terang-terangan nak memperbodohkan orang lain.”

    Kalau saya yang tak merokok pun mereka tak percaya hanya kerana saya sampaikan Al Quran dalam bahasa Melayu, apalagilah MG yang suka ‘minum’. Manusia kalau sudah sampai taksub dengan ajaran pembesar agama mereka, jika Allah takdirkan Nabi Muhammad dibangkitkan kembali hari ini pun mereka tak percaya itu adalah seorang Nabi 1500 tahun yang lalu. Ini kerana mereka menilai manusia pada rupa, bukan pada sifat.

    Jika orang itu ada title pembesar agama, barulah mereka percaya apa orang itu cakap biarpun tak masuk akal. Tetapi kalau orang itu hanya orang kebanyakan, mereka menolaknya walaupun Al Quran mengatakan yang Rasul-rasul terdahulu pun hanyalah orang-orang biasa yang berjalan-jalan di pasar-pasar. Mana ada para Rasul dibangkitkan di kalangan pembesar agama dalam sesuatu kaum?

    Sebab itu saya percaya Nabi Isa pun tak mahu dibangkitkan lagi kerana menambahkan sakit hati sahaja melihat perangai hipokrit manusia hari ini. Nabi Muhammad pun rasa nak musnah dirinya sendiri bila melihat penipuan-penipuan yang diamalkan oleh kaumnya sendiri.

    Juang

    June 24, 2011 at 7:12 am

  58. Matguyver menulis:
    If someone says- ‘Al-Quran ni akan berubah maksudnya jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu’ sama lah macam ahli fizik cakap ‘ Ilmu Dinamik tak boleh suka-suka diterjemah ke bahasa Melayu takut hukum fizik tu berubah’.

    Tetapi kita tak jumpa ahli fizik mengatakan begitu sebab mereka ikhlas dalam menyampaikan ilmu fizik. Mereka tiada niat nak monopoli ilmu fizik, sebalik mereka lebih suka ilmu fizik itu diterjemahkan dalam semua bahasa agar manusia jadi makhluk yang bijak.

    Tetapi golongan agamawan tidak suka Al Quran diterjemahkan dalam bahasa yang mudah kita fahami sebab nanti segala penyelewengan mereka buat mudah dikesan. Sebab itu mereka buat-buat alasan kononnya maksud Al Quran berubah bila diterjemahkan dalam bahasa lain (alasan yang tidak masuk akal). Mereka lebih suka masyarakat hidup dalam keadaan bodoh agar mudah dikawal untuk kepentingan diri mereka dan menurut membuta-tuli cakap mereka.

    Bayangkanlah tanpa Al Quran diperbahaskan secara terbuka dalam masyarakat kita pun kita sudah nampak bermacam-macam pemalsuan, macam mana kalau kerajaan dengan terbuka membahaskan Al Quran dan mengizinkan insan-insan seperti TM dan Kassim Ahmad menjelaskan intipati Al Quran di media massa, sudah pasti orang Melayulah yang paling ramai membenci kerajaan akibat dihasut oleh parti yang nampak Islamik itu.

    Dan saya yakin, kalau kita nak lihat perangai orang Yahudi, Nasrani dan Arab musyrik di zaman Rasulullah dahulu, lihatlah perangai kebanyakan orang Melayu hari ini. Kalau kita jadikan Al Quran sebagai pengukurnya, kita nampak persamaan sifat-sifat mereka dengan sifat-sifat orang musyrik terdahulu.

    Juang

    June 24, 2011 at 7:28 am

  59. Salam,

    No Offence please, its just an opinion,

    1- I think Juang is also need to scrutinize thoroughly what Somali and Xenon centered their focal point.
    2- Somali said:
    “Kalimah masjid adalah derivative dari root word s-j-d yg mbawa maksud prostrate-worship-kowtow-kneel.”
    3- However TM did not elucidate the word masjid in the linguistical point of view.
    4- And Somali did bring their evidence which is Juang could not even imbibe it.
    5- Again TM clearly indicate the second semantical mistake in the word Tushrik and Tasyriq.
    6- And Xenon come articulating their notions to fix it and you people just smash the point again.
    7- TM was initially initiate the Tasyriq issue and you guys put the flaw on Somali and Xenon.
    8- And Juang, both side use the Quran as their evidence and foremost mainstay.

    The END.

    Cosmo Galaxy

    June 24, 2011 at 9:08 am

  60. Salam Juang,

    Kalau saya tak sebut nama mereka terang-terangan, tapi gunakan ayat ‘penjual tiket syurga dan poco-poco haram’, kita semua boleh agak siapa individu tersebut. Sebagai orang biasa, tak jadi masalah kalau saya nak pipoint kan sesiapa. Tapi lain la kalau saya orang terkenal dan buat kenyataan di media, tak beretika macam tu. Silap hari bulan boleh kena saman di makhamah dan mencetuskan huru-hara.

    Mat Guyver

    June 24, 2011 at 9:30 am

  61. Hasil kajian arkeologi dari G. Caton Thompson dan Carleton S. Coon membuktikan agama Sabiin (agama Arab jahiliyyah) diciplak pembesar2 Arab dari agama Sumeria. Ibrahim (Abraham) dibesarkan dalam tamadun Sumeria di mana bapa beliau pendeta Oracle yg menyembah Oannes, Tuhan Ikan dari bintang Sirius (Sumerian menyebut Trisytriya). Boleh baca surah An-Najm (53) ayat 49 yg membuktikan bahawa penganut agama Sabiin zaman Muhammad turut memuja bintang Sirius (Arab panggil Syi’ra) yg mereka ceduk dari saki baki tinggalan agama Sumeria. Bukti arkeologi menunjukkan orang2 Arab menceduk agama Sumeria dari kuil Uzzat di Petra (utara semenanjung Arab) di mana terdapat tinggalan patung-patung batu dalam posisi melakukan cara-cara sembahyang seperti yang orang2 Arab buat hari ini di depan tuhan emas mereka.

    Simbol bintang di kuil besar Sabiin di Mekah dan lain-lain tempat sebenarnya ialah simbol bintang Sirius. Pemujaan bintang Sirius wujud dalam tamadun Mesir Purba (Mesir sebut Sopdet) di mana mereka kaitkan dengan dewa Osiris. Sethi, Firaun yang ditentang Musa mendakwa bahawa dia ialah jelmaan Dewa Osiris di mana sungai nil mengalir di bawah kehendak dia. Bintang Sirius dijadikan panduan masyarakat purba Mesir untuk menentukan musim banjir di mana ar sungai Nil melimpah.

    Saya mendapati ramai nabi dan rasul yang diutuskan mempunyai satu persamaan; menentang kaum yang memuja bintang Sirius.

    Hasil kajian saya mendapati kisah dongeng Israk Mikraj diceduk dari lagenda Yunani Purba iaitu kisah Hercules menunggang kuda terbang Pegasus naik ke puncak Gunung Olympus Mons bertemu dengan Zeus, Ketua segala Alam Semesta. Cumanya Arab modified sikit kuda terbang kepada keldai terbang. Ciplak dari dewa keldai Hindu.

    Tak percaya boleh datang ke Batu Caves untuk lihat persamaan ‘Buraq’ Arab dengan dewa keldai bersayap penganut hindu. 100% sama.

    Orang hindu juga bersembahyang lima kali setiap hari kepada Tuhan mereka. Menjelang Thaipusam mereka akan ke Batu Caves utk menunaikan ‘Haji Hindu’ melawat Tuhan Emas. Serupa juga macam penganut-penganut agama Arab, sembahyang lima kali sehari kepada Tuhan Emas mereka.

    Mat Guyver

    June 24, 2011 at 10:13 am

  62. Tiga tiang besar di dalam ‘Kaabah’ merupakan simbol kepada Al-Lat, Al-Uzzat dan Manat. Tak percaya sila klik pautan dibawah:-

    http://www.thaliatook.com/AMGG/arabtriple.html

    Agama Sabiin diciplak dari agama Sumeria. Klik pautan di bawah untuk kajian lanjut:-

    http://investigatetheinfo.tripod.com/id25.html

    Agama Sabiin diciplak oleh pembesar2 Arab di Yaman dan Mekah dari agama Hindu campur Sumeria, Zoroastrian dan byk lagi agama purba Timur Tengah.

    http://www.biblebelievers.org.au/islam.htm

    Sistem agama dicipta oleh Nommo, makhluk afimbia dari bintang Sirius. Mereka hadir dalam tamadun manusia terdahulu. Di dalam Al-Quran mereka dikenali sebagai Syaitan. Terdapat 3 cara mereka memusuhi manusia:-

    1. Menyesatkan manusia dari jalan Tuhan melalui sistem belenggu agama.
    2. Mental Telephatic.
    3. Invasion (coming soon).

    Boleh baca di sini kalau tak percaya:-

    http://www.eryevolutions.co.cc/2010/05/suku-dogon-alien-di-bintang-sirius.html

    Baca kisah Raja Sulaiman dalam Al-Quran di mana terdapat segolongan Syaitan yang bekerja sebagai penyelam di laut. Baca juga kisah Ibrahim yang berkata bahawa beliau tidak menyembah syaitan a.k.a. Oannes seperti yang disembah kaumnya.

    Sistem agama dimulakan oleh syaitan tapi dikembangkan oleh manusia dari zaman ke zaman. Ciri-ciri sistem ini berubah hanya pada nama sahaja seperti kristian, judaism, zoroastrian, hindu, buddha, sabiin dan seumpamanya tetapi modus operandinya tetap sama iaitu menyesatkan manusia dengan cara membelenggu minda mereka.

    Mat Guyver

    June 24, 2011 at 10:36 am

  63. Salam,

    1- Cosmo, you really did hit the button. Splash!!! Hehe
    2- I totally agree with Cosmo. You have simplified the issues.
    3- Mat Gyver, the G. Caton Thompson theory was disputable and fragile.
    4- You may refer “B. Segall, “Notes On The Iconography Of Cosmic Kingship”
    5- You may also read Klimaszewski article:
    ++ “Refuting the fraudulent claims Pagan Trinitarian Christian missionaries make about Almighty Allah”
    6- We have conclusively demonstrated that Thompson is indeed FALSE. (by Archelogical Evidence)

    Suraya

    June 24, 2011 at 10:47 am

  64. 2- Somali said: “Kalimah masjid adalah derivative dari root word s-j-d yg mbawa maksud prostrate-worship-kowtow-kneel.”

    3- However TM did not elucidate the word masjid in the linguistical point of view.

    Salam CG,

    Sebenar saya sudah kemukakan perspektif saya dalam perkara itu. Jawapan saya kepada Somali: “5- Maka kita perlu “prostrate-worship-kowtow-kneel” kepada apa yang direstui Tuhan.” – Sila semak jawapan saya di atas.

    Jawapan saya itu mudah dijelaskan. Misalnya ada ayat yang menyebut burung “solat”. Adakah tuan nampak burung berhenti terbang 5 kali sehari dan membuat gerakan “ruku” dan “sujud” sambil mengadap Mekah? Tidak ada. Tetapi Tuhan kata burung “solat”. Jadi dimanakah “solatnya” burung? Sudah tentu kepada kepatuhan mereka terhadap apa-apa ketetapan yang telah Tuhan restu kepada mereka.

    Kalau solat burung tak sembah batu, mengapa solat kita perlu sembah batu? Bukankah kita sepatutnya lebih cerdik dari burung?

    Linguistical point of view apa yang nak diputar lagi?

    tolokminda

    June 24, 2011 at 10:59 am

  65. Salam CG,

    Tentang La-Tusyrik dan Tashriq, saya pun sudah jelaskan juga bersama satu soalan. Saya menjawab semua persoalan yang tuan kemukakan. Tetapi tuan tidak melayan saya dengan cara yang sama. Jadi, tolonglah jawab soalan saya. Saya kemukakan sekali lagi jika tuan malas mencarinya.

    –> Tetapi persoalan La Tusyrik/Tashriq ini saya anggap selesai apabila geng-geng tuan menegaskan bahawa kedua-duanya memang benda yang berlainan. La Tusyrik disebut di dalam Quran. Tashriq disebut di dalam hadis. Makna kedua-duanya tidak sama sepertimana Buah dengan Tuah. Serupa pun tidak. Cuma persoalan yang belum dijawab, kalau ritual Tashriq di dalam hadis itu tidak boleh ditemui di dalam Al-Quran adakah itu bermakna Nabi telah menetapkan suatu amalan ritual yang tidak berlandaskan Al-Quran yang disampaikan oleh beliau sendiri?

    tolokminda

    June 24, 2011 at 11:23 am

  66. Salam TM

    Very simple to understand 🙂

    Jebon

    June 24, 2011 at 11:25 am

  67. Kalau percaya sangat kat batu emas tu, sila teruskan amalan anda semua. Saya nak tunggu hasil kajian anda semua membuktikan Bumi ni berbentuk rata 🙂

    Saya tak anggap analisis Thompson dan Coon 100% tepat tapi sekurang-kurangnya banyak mendedahkan asal-usul agama Arab. 🙂 . Kristian pun mempersekutukan Tuhan.

    Mat Guyver

    June 24, 2011 at 11:26 am

  68. Salam Mat Gyver

    Burung solat macamaner, pakai serban ka?? 🙂

    Jebon

    June 24, 2011 at 11:33 am

  69. Jebon,

    Burung bersolat dengan terbang ke arah Mekah. Neil Armstrong pun sembahyang mengadap Mekah masa berjalan di atas Bulan 42 tahun lalu. Semua angkasawan pun sembahyang mengadap Mekah 80 kali setiap 24 jam di atas orbit.

    Burung bersolat tak pakai serban tapi pakai gaun labuh tak kira betina atau jantan. Sebab tu susah nak bezakan jantina burung 🙂

    Mat Guyver

    June 24, 2011 at 11:54 am

  70. Salam,

    Jebon dan Mat Gyver,

    + Amat benar Al-Quran itu. Bila tiada hujah mereka bermain-main. (21:2)
    + Apabila membincangkan isu Al-Quran. Mereka mempersenda. (52:12)
    + Begini sifat kaum musyrik dan manfiq dahulu.
    + Apabila dibincang perihal Quran mereka tertawa (83:29)
    + Sifat buruk mereka ini jelas di dalam Al-Quran.
    + Apakah mereka tidak malu?

    Buat Somali, Suraya Xenon, Cosmo,

    + Teruslah memperhuangkan Al-Quran.
    + Golongan yg bermain ini hanya membawa imej buruk pada Quran.

    Sekian.

    Pak Kassim

    June 24, 2011 at 12:45 pm

  71. Salam,

    Terima kasih Pak Kassim.

    Xenon

    June 24, 2011 at 12:46 pm

  72. Salam,

    Thanks Pak Kassim.

    You reaaly the true fighter.
    Those people just wreck the Quran.
    Thanks again Pak Kassim.

    Suraya

    June 24, 2011 at 12:48 pm

  73. Salam,

    Benar kata Pak Kassim,

    Jebon dan Mat Gyver,

    + Amat benar Al-Quran itu. Bila tiada hujah mereka bermain-main. (21:2)
    + Apabila membincangkan isu Al-Quran. Mereka mempersenda. (52:12)
    + Begini sifat kaum musyrik dan manfiq dahulu.
    + Apabila dibincang perihal Quran mereka tertawa (83:29)
    + Sifat buruk mereka ini jelas di dalam Al-Quran.
    + Apakah mereka tidak MALU???

    Cosmo

    June 24, 2011 at 12:50 pm

  74. Salam Pak Kassim

    Pak Kassim hukum sy dengan ayat al-Quran??

    Betol ker konteks ayat nak menghukum tuh??

    Betol ker tiada hujah??

    Burung solat yg al-Quran sebut macamana??

    Tolong jelaskan… 🙂

    Jebon

    June 24, 2011 at 1:27 pm

  75. Salam Kosmo

    Pak Kassim hukum sy dengan ayat al-Quran??

    Betol ker konteks ayat nak menghukum tuh??

    Betol ker tiada hujah??

    Burung solat yg al-Quran sebut macamana??

    Tolong jelaskan… 🙂

    Jebon

    June 24, 2011 at 1:28 pm

  76. Salam semua,

    Saya tidak nampak sesiapa yang bermain-main atau bersenda-senda di sini. Samada Jebon, Mat Guyver atau saya, fokus adalah untuk membersihkan pemahaman Al-Quran masing-masing dari unsur-unsur yang menyeleweng. Marilah kita mengambil sikap yang damai dan terbuka. Kebenaran bukan eksklusif kepada sesuatu golongan tetapi kebenaran harus boleh dinilai dan diterima secara universal.

    Jika kita kemukakan sesuatu dan kemudian orang mempertikaikan apa yang kita kemukakan, jalan yang paling baik adalah untuk menilai apa yang mereka pertikaikan dan kemukakan hujahan lanjut supaya mereka faham. Kita kena beri ruang kepada sesiapa saja yang mahu memberi pendapat dan berlaku adil kepada semua, termasuk diri kita sendiri. Jika akhirnya kita dapati, memang benar kita berada di pihak yang salah, maka wajarlah kita bersama-sama pihak yang benar kerana matlamat kita bukan untuk bertengkar sampai mati tetapi matlamat kita adalah mencari kebenaran. Lebih cepat bertemu dengan kebenaran itu, lebih bagus.

    Biar saya kongsi apa yang saya percaya. Tuhan memberitahu kita bahawa Al-Quran mengandungi banyak common sense. Tetapi ia tersimpan dalam bentuk petunjuk. Apa yang perlu kita lakukan adalah untuk memahami petunjuk-petunjuk itu dengan merungkai prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada sesuatu perkara. Apabila semua yang asas difahami, pengetahuan kita secara automatik akan bertukar menjadi common sense. Common sense membawa nilai yang bersifat universal. Ia sama seperti bagaimana ilmu dalam dunia sains berkembang.

    Sebagai contoh, apabila Dmitri Mendeleev mula memahami prinsip-prinsip di belakang struktur keatoman sesuatu elemen, beliau melihat common sense di situ. Maka beliau memperkenalkan apa yang kita kenali hari ini sebagai The Periodic Table of Elements. Di dalamnya tersenarai 118 elemen yang disusun secara teratur mengikut nilai nombor keatoman masing-masing. Sebenarnya pada ketika Dmitri memperkenalkan jadualnya, tidak semua elemen telah ditemui secara fizikal. Walaupun begitu, Dimitri yakin berdasarkan common sensenya, semua elemen yang beliau jangka akan mengisi jadual itu memang wujud dan akan ditemui juga akhirnya. Dan common sense Dimitri terbukti benar.

    Begitu juga apabila Einstein mengemukakan teori relativitinya. Bagi beliau itulah common sense. Dan bagi yang melihatnya secara proaktif mereka tidak keberatan mencari jalan untuk membuktikan samada common sense Einstein betul atau tidak – mereka melakukan bermacam-macam eksperimen dan sanggup membelanjakan wang, masa dan tenaga yang banyak sampai ke hari ini untuk tujuan itu. Dan hasil dari kefahaman terhadap common sense yang “ditemui” Einstein, manusia pada umumnya mendapat manfaat yang tidak terkira banyaknya.

    Bayangkan kalau semua orang yang sampai kepada mereka teori Eisntein buat bodoh atau menolak mentah-mentah dengan alasan ia tidak terdapat dalam kepercayaan nenek moyang mereka, tentulah tidak akan ada sebarang manfaat yang dapat dijana dari pencerahan petunjuk yang Tuhan kurniakan melalui Einstein.

    Jika kita boleh nampak bahawa usaha memahami Al-Quran itu sama sifatnya dengan usaha para saintis dalam memperkembangkan ilmu mereka, maka kita tidak akan berasa takut untuk membuat tafsiran terhadap sesuatu ayat atau petunjuk di dalam Al-Quran kerana apa yang kita cari dalam setiap perkara sebenarnya adalah common sense. Dalam masa yang sama kita juga tidak akan berasa takut dengan tafsiran orang lain kerana ia akhirnya akan berbalik kepada common sense juga.

    Jika kita berpegang kepada prinsip ini saya yakin kita tidak akan mengalami masalah. Common sense sebenarnya boleh membawa kita sampai ke satu point yang amat tepat. Sebab itulah dalam dunia sains, matematik sering digunakan untuk menjelaskan dan menyimpulkan sesuatu common sense. Dalam dunia intelek manusia, tidak ada apa yang lebih tepat dari kesimpulan yang dicerna melalui aplikasi matematik.

    Pendek kata, garis sempadan di antara apa yang benar dan apa yang salah sebenarnya jelas, Kekeliruan hanya akan berlaku apabila kita cuba merasionalkan yang salah menjadi benar atau yang benar menjadi salah. Jika kita paksa otak kita untuk menerima persamaan yang menyeleweng seperti itu, yang akan rugi bukan orang lain tetapi diri kita sendiri.

    tolokminda

    June 24, 2011 at 1:53 pm

  77. Syeikh Muzzafar solat dalam kapsul soyuz? Mungkin sebab Soviet Union dahulu berideologi komunis, mereka berani menghantar angkasawan pertama. Jangan pula mereka dituduh orientalis menghina Al-Quran dan ‘Islam’. Adakah penerokaan angkasa lepas merupakan suatu penghinaan kepada ayat-ayat Quran jika anda semua percaya solat bermaksud sembahyang?

    Saya lihat di youtube, ramai orang2 Barat mentertawakan video angkasawan Melayu kita ini bertunggang-tunggeng di International Space Station. Sangat memalukan. Itulah sebabnya imej Islam dan Al-Quran dilihat sangat hodoh disebabkan pemahaman majoriti orang2 ‘Islam’ yang masih terperangkap dengan ritual-ritual ‘agama’ Arab.

    Macam yg saya pernah tulis sebelum ini, hanya sains & teknologi sahaja boleh pecahkan semua ajaran mengarut agama termasuk agama Arab. Apabila teras agama Arab runtuh (iaitu bangunan4 segi batu, emas, perak, gangsa dan kayu di Mekah), lebih mudah nak ‘reveal’kan kebenaran Al-Quran.

    Kalau setakat nak berdebat terjemahan & tafsiran ayat-ayat Al-Quran, sampai bila pun sukar utk kita semua membezakan antara ajaran Arab dan ajaran Tuhan. Pendekatan saya berbeza iaitu teknologi. Tunggu dan lihat. Saya harap anda semua dipanjangkan umur.

    (Saya memohon maaf jika ada yang tak faham sarkastik dlm komen2 saya sebelum ini)

    Mat Guyver

    June 24, 2011 at 2:18 pm

  78. Sebab guna common sense lah saya melihat konsep ketuhanan agama Arab ni tak masuk akal. Untuk Allah dibuatkan rumah tetapi Hamba Allah (King Abdullah) dibuatkan Istana Besar. Siapa lagi besar sebenarnya, Allah atau Hamba Allah?

    Tapi bila saya cakap begitu di depan orang-orang yang percaya rukun ‘Islam’ ke-5, pasti ramai yang akan marah, menggugut, mengancam atau yang paling teruk dibunuh.

    Kisah Ibrahim memecahkan semua berhala-berhala kaumnya membuktikan bahawa sesuatu golongan itu akan bersifat agresif apabila mendapat kesedaran bahawa ritual-ritual yang mereka lakukan bertentangan dengan common sense mereka.

    Mat Guyver

    June 24, 2011 at 2:42 pm

  79. Salam

    Only God Judge Us 🙂

    Jebon

    June 24, 2011 at 2:51 pm

  80. Salam,

    Sebenarnya, common sense apabila semakin banyak kita berbincang dan mengeluarkan pendapat, semakin mudah bagi kita untuk memilih yang terbaik.

    Sama ada TM, MG, Juang, Jebon, Xenon, Suraya, Cosmo atau sesiapa jua di sini yang mengemukakan komen masing-masing memberikan ruang kepada pembaca lain untuk membuat kajian, penilaian dan seterusnya menentukan hala tuju masing-masing.

    Kita bukan memaksa orang lain untuk menerima pendapat kita. Hanya mengajak supaya menggunakan akal yang rasional untuk menilai sesuatu perkara dan seterusnya menjadi produk ciptaan Tuhan yang benar-benar berkualiti, seperti yang Dia inginkan.

    Maaf, lari dari topik.

    syurgaminda

    June 24, 2011 at 3:26 pm

  81. Salam,

    > Saya setuju dengan syurgaminda.
    > Setiap manusia diberikan kelebihan yg berbeza.
    > TM, MG Jebon memahami Quran dari sudut mereka.
    > Somali, Cosmo, Suraya, Xenon faham dari dimensi mereka.
    > Kefahaman manusia juga abstract.
    > Bila diminta hurai mereka akan hurai.
    > Mereka faham dari perspektif mereka, kita faham dari sudut kita.
    > Saya nampak kedua2 fahaman berusaha memahami Quran.
    > Mungkin TM x nampak apa yg Xenon / Somali nampak.
    > Begitulah sebaliknya.
    > Maaf jika ada yg terasa.

    Hamka

    June 24, 2011 at 6:41 pm

  82. Saya pernah tulis di sebuah blog tapi tuan empunya blog ni tak siarkan. Alasan beliau komen terlalu panjang dan keluar topik. Di sini saya akan tulis sekali lagi.

    Dari Al-Quran, surah Yusuf, kita mendapat maklumat bahawa Yusuf (Joseph) ialah keturunan Ibrahim (Abraham) dari Ishaq (Isaac) dan seterusnya dari Ya’kub (Jacob). Ya’kub ialah cucu kepada Ibrahim dan bapa kepada Yusuf.(12:38)

    Somali Piratos Ukala percaya bahawa Ibrahim pernah datang ke Mekah dan membina sebuah bangunan empat segi dari batu kononnya untuk rukun ‘Islam’ ke-5. SPU percaya dari hasil kajian di sebuah laman web.

    Jika benarlah dakwaan SPU, pasti Ibrahim akan ajar anaknya, Ishaq pergi menunaikan ‘Haji’ di Mekah setiap tahun dan seterusnya Ishaq akan mengajar kepada Ya’kub dan seterusnya kepada Yusuf.

    Sekarang ada tak cerita dari kitab-kitab sebelum Al-Quran menceritakan Yusuf buat rombongan beramai-ramai pergi menunaikan ‘Haji’ di Mekah?

    Yusuf juga berdoa kepada Tuhan agar diwafatkan sebagai orang Islam (muslim)- (12:101). Adakah pergi ‘haji’ bukan salah satu dari rukun ‘Islam’ yang dianut Yusuf?

    Satu lagi hujah saya. Ini senjata paling kuat. Selalunya saya simpan sehingga ke detik-detik akhir apabila berdebat dengan golongan yang masih tak nampak dengan mata hati. Lagi teruk kalau tak faham matematik mudah tahap UPSR.

    Begini:- Semua ritual agama seperti bersembahyang, ber’puasa’, pergi ‘Haji’, dan lain-lain memerlukan satu kalendar untuk menentukan tarikh perlaksanaannya. Kalendar ini dicipta oleh seorang yang dikatakan sahabat Muhammad dan dikenali sebagai Kalendar Hijrah.

    Setahu saya, orang2 Arab sebelum Muhammad menggunakan kalendar Julian (365 hari setahun) dalam menentukan tarikh. Beberapa tahun selepas Muhammad wafat, barulah kalendar Hijrah (354 hari setahun) diperkenalkan oleh ‘pengikut’ Muhammad.

    Kalau benarlah wujudnya ritual sembahyang, ‘puasa’, ‘haji’, ‘umrah’ dan seumpamanya seperti yang dibuat Ibrahim, kalendar apa pula yang digunakan Muhammad semasa tempoh 23 tahun kerasulannya melakukan semua ritual2 ini?

    Mengikut surah An-Najm, Tuhan menunjukkan bukti kebenaran Al-Quran bahawa setahun sama dengan tempoh 365 hari di ayat 49 dan 9 di mana jika kita gabungkan menjadi 49.9. Ayat 49 mengandungi perkataan Syi’ra- bintang Sirius dalam astronomi moden.

    Cuba wikipedia ‘Sirius’, berapa tempoh orbital Sirius A dan B mengorbit satu sama lain? 49.9 tahun bukan?

    Piawaian astronomi moden menggunakan nilai 365 hari setahun untuk mengukur jarak dan tempoh sesuatu objek astronomi. Jika kita gunakan piawaian kalendar Hijrah iaitu 354 hari setahun dalam astronomi moden, tempoh orbital Sirius A dan B akan menjadi 48.4 tahun. Begini kiraannya:-

    (365 hari / 49.9 tahun) x 354 hari = 48.4 tahun.

    Ini membuktikan kalendar Hijrah adalah satu penipuan kerana tidak mengikut piawaian Al-Quran.

    Mat Guyver

    June 24, 2011 at 7:47 pm

  83. Sebelum teleskop dicipta, orang-orang zaman dahulu melihat bintang Sirius dengan mata kasar sebagai bintang tunggal. Dengan teknologi teleskop yang canggih, ahli astronomi mendapati bahawa bintang Sirius sebenarnya merupakan sistem bintang kembar dua (binary star). Yang paling besar dinamakan sebagai Sirius A dan yang kecil dinamakan sebagai Sirius B.

    Kajian lanjutan juga mendapati bahawa Sirius A dan Sirius B mengorbit antara satu sama lain dalam tempoh masa 49.9 tahun untuk satu pusingan orbit. Boleh cari di wikipedia kalau tak percaya.

    Surah An-Najm, ayat ke-49 mengandungi perkataan Syi’ra. Ahli astronomi di Planetarium Negara panggil sebagai Sirius- ikut piawaian antarabangsa. Syi’ra dalam bahasa Arab. Bahasa Melayu kita panggil Sirius.

    Ayat ke-9 pula boleh kita anggap sebagai metafora yang menggambarkan dua objek yang bergerak secara salingan antara satu sama lain.

    Ayat 49 dan 9 surah An-Najm ini sangat kuat untuk dijadikan hujah untuk membuktikan kebenaran Al-Quran kepada seluruh manusia. Selain itu boleh digunakan untuk mendedahkan penipuan golongan munafik di kalangan pengikut Muhammad yang telah merancang komplot mengekalkan ajaran agama nenek moyang mereka ke dalam ajaran Tuhan dengan mencipta kalendar Hijrah.

    Pengikut Musa dah menyeleweng, pengikut Isa pun dah menyeleweng. Pengikut Muhammad? 1400 tahun suatu tempoh yang sangat panjang. Macam-macam perkara boleh berlaku.

    Mat Guyver

    June 24, 2011 at 8:10 pm

  84. Salam ….

    Saudara Juang – “Mereka lebih suka masyarakat hidup dalam keadaan bodoh agar mudah dikawal untuk kepentingan diri mereka dan menurut membuta-tuli cakap mereka”.

    Tuan TM – “Pendek kata, garis sempadan di antara apa yang benar dan apa yang salah sebenarnya jelas, Kekeliruan hanya akan berlaku apabila kita cuba merasionalkan yang salah menjadi benar atau yang benar menjadi salah. Jika kita paksa otak kita untuk menerima persamaan yang menyeleweng seperti itu, yang akan rugi bukan orang lain tetapi diri kita sendiri.”

    Saya – “Kasihan jenerasi kita – cucu-cicit kita yang turut membuta-tuli – Kasihan jenerasi kita – cucu-cicit kita yang tiada sense of common sense. Di mana lah agaknya kedudukan mereka berbanding dengan bangsa-bangsa lain di masa hadapan – ?????.”

    Dahulu kala – Kegemilangan Islam
    sekarang – Lemah dan mundur
    Masa hadapan – ???#@@#???

    Maaf kalau tiada kaitan.
    Terima kasih.

    Jagundul

    June 24, 2011 at 8:40 pm

  85. 1. Mungkin TM x nampak apa yg Xenon / Somali nampak.
    2. Bila diminta hurai mereka akan hurai.

    Salam Hamka,

    1. Sama seperti tuan, saya pun minta maaf la kalau ada yang terasa. Pada pandangan saya apa yang cuba dilakukan oleh Xenon atau Somali atau Suraya atau Maria dalam forum ini hanyalah semata-mata untuk membawa mesej bahawa “kami lebih berpengetahuan dari anda”. Dengan melagakkan gaya doctorate masing-masing, mereka tidak menyumbang apa-apa di sini kecuali mahu berkata “kamu semua tidak layak bercakap”. Itu saja.

    2. Saya sudah hurai apa yang mereka persoal tetapi mereka tidak ulas sedikit pun. Mereka juga tidak menjawab soalan dan tidak memberi sebarang pandangan mereka sendiri. Ironinya mereka ada muka nak kata kami tak malu. Padahal merekalah yang patut malu dengan sikap bongkak yang telah mereka tunjukkan. Sesiapa saja yang menganggap diri mereka intelek sepatutnya lebih terbuka dan sabar dalam menerima atau memberi pendapat dari atau kepada sesiapa saja.

    Saya harap mereka dapat mengubah sikap dan menyumbang secara positif di laman ini untuk kebaikan bersama.

    tolokminda

    June 25, 2011 at 12:27 am

  86. Salam,

    Skygyver,

    Tentang kalender Hijrah saya berpendapat ia memang patut dilupuskan kerana ia tidak menepati maksud setahun – iaitu tempoh bagi satu pusingan penuh bumi mengelilingi matahari. Orbit bumi mengelilingi matahari menghasilkan fenomena perubahan musim yang berkala ke atas bumi yang tidak berubah-ubah. Setiap tahun setiap musim bermula dan berakhir pada tarikh yang sama.

    Ia ibarat membahagikan sebuah kek kepada 4 bahagian yang sama besar. Tepat ukurannya bagi setiap bahagian. Lengkap. Sempurna. Adil. Aktiviti tahunan manusia akan menjadi lebih mudah dirancang dan diurus apabila rujukan tahun disandarkan kepada tempoh bumi mengorbit matahari.

    Ia sesungguhnya satu common sense bagi orang-orang yang berfikir. Kaum Maya yang duduk dalam hutan rimba pun tahu jumlah hari dalam setahun dengan tepat. Takkan orang Islam yang sudah terdedah kepada ilmu yang lebih banyak masih nak guna kalender zaman jahil lagi? Hanya kerana mahu terus mengamalkan ritual-ritual tradisi Pak Arab?

    Tentang penyelewengan umat nabi-nabi – ia berlaku kepada semua nabi termasuk umat Nabi Muhamad sebagaimana yang dapat kita lihat sekarang. Bagaimana kita tahu itu berlaku? Apabila kita bandingkan kepercayaan dan amalan mereka berbanding mesej yang Tuhan sampaikan melalui Al-Quran.

    Jagundul,

    Saya berpendapat kebenaran sebenarnya lebih mudah tersebar dan diterima oleh manusia berbanding kepalsuan. Sebab akal manusia tidak boleh menolak kebenaran. Misalnya, dulu orang beria-ia kata bumi rata tetapi apabila terlalu banyak bukti menunjukkan bumi bulat, kepercayaan bahawa bumi rata lenyap begitu saja. Kepercayaan terhadap ajaran-ajaran merepek lain juga begitu.

    Yang penting kena ada orang yang mulakan langkah ke depan untuk menyatakan bahawa ini salah – yang benar ialah begini. Mula-mula mungkin tentangannya hebat dan menakutkan, tetapi Tuhan kata kita kena berdaya tahan dan sabar. Sebaik saja kebenaran masuk di ke dalam masyarakat transformasi akan berlaku secara exponential – macam perkembangan internet.

    tolokminda

    June 25, 2011 at 9:53 am

  87. Cosmo menulis:
    1- I think Juang is also need to scrutinize thoroughly what Somali and Xenon centered their focal point.
    2- Somali said:
    “Kalimah masjid adalah derivative dari root word s-j-d yg mbawa maksud prostrate-worship-kowtow-kneel.”

    Terima kasih kerana sudi mendengar pendapat saya tentang kenyataan saudara Somali itu.

    Saya tidak nampak perkataan “sujud” bermaksud sujud fizikal yang memerlukan kita membongkok dan meletakkan dahi ke tanah. Ini kerana berdasar ayat 22.18, selain manusia, makhluk-makhluk lain seperti matahari, bulan, bintang-bintang, gunung, pokok, haiwan juga bersujud kepada Allah. Tetapi macam mana matahari nak bersujud dengan meletakkan dahinya ke tanah?

    Orang utan yang merupakan haiwan yang mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan manusia pun secara fitrahnya tidak buat amalan membongkok dan meletakkan dahi ke tanah secara bersendirian atau beramai-ramai. Mustahil ayat 22.18 itu menipu kita kerana kita tidak nampak haiwan-haiwan bersujud seperti sujud dalam sembahyang ritual itu?

    Atas dasar inilah saya percaya bahawa sujud adalah satu bentuk kejiwaan iaitu kepatuhan kita kepada ketetapan-ketetapan Tuhan dan tidak menurut membuta-tuli ketetapan pembesar agama hatta pembesar agama kaum sendiri. Bila sujud itu bererti kepatuhan kepada ketetapan Allah, barulah kita nampak benarnya yang makhluk-makhluk lain pun bersujud kerana mereka pun kena patuh hukum alam ini.

    Oleh kerana sujud adalah satu bentuk kejiwaan, maka masjid juga bukan satu bentuk fizikal (bangunan). Jika sujud adalah kepatuhan, maka masjid adalah tempat tujunya kepatuhan itu iaitu pada ketetapan Tuhan. Ini kerana kalau kita patuh pada ketetapan selain Tuhan, kita belum mencapai maksud sujud yang sebenar-benarnya.

    Dan kerana di dunia ini wujudnya ketetapan Tuhan (masjid) dan ketetapan palsu pembesar agama (bukan masjid), batasan yang membezakan kedua-dua jenis ketetapan itulah dipanggil masjidilharam. Di mana jua kita berada, pandang pada masjidilharam itu supaya kita tidak terlajak menurut ketetapan yang diada-adakan.

    Contohnya bila ada orang politik berkata “undi parti aku, nanti kalian masuk syurga”. Kalau kita tahu di mana sempadan ketetapan Allah (masjidilharam), maka kita tidak mudah percaya bahawa dakwaan manusia itu adalah benar seterusnya menjauhkan diri kita daripada menyekutukanNya.

    Jagundul menulis:
    Dahulu kala – Kegemilangan Islam
    sekarang – Lemah dan mundur
    Masa hadapan – ???#@@#???

    Perubahan itulah yang membuktikan orang-orang yang mengaku sebagai pengikuti Muhammad hari ini telah terpesong jauh daripada ajaran Islam sebenar yang Allah turunkan melalui Muhammad.

    Mustahil Allah Yang Bijaksana menurunkan ajaran yang menyebabkan satu umat jadi lemah dan mundur jika orang Islam hari ini percaya apa yang mereka amalkan itulah perintah Allah. Allah yang mana pula yang menyebabkan orang Barat hari ini jadi lebih maju dan kuat? Takkan Allah orang Islam lagi lemah daripada Allah orang Barat? Jika kita percaya Allah itu Satu, kenapa Allah berikan kemajuan dan kekuatan pada orang Barat?

    Bila kita nampak orang Barat yang dilabelkan kafir oleh ramai orang Islam hari pun boleh lagi maju dan kuat, bukankah itu menunjukkan orang Islam hari ini yang mundur dan lemah itu lebih kafir daripada bangsa yang mereka kafirkan itu?

    Jika kita mencipta komputer pun kita tidak akan membiarkan komputer itu mundur dan lemah keupayaannya (kita akan cuba upgrade seboleh mungkin), takkanlah Tuhan yang menganugerahkan manusia otak superkomputer menurunkan ajaran yang hasilnya menjadi kaum yang mundur dan lemah? Itu seolah-olah kita menghina Pencipta kita sendiri.

    Penjaja sesuatu amalan ritual boleh dakwa macam-macam untuk menunjukkan kepercayaan tradisi mereka benar, tetapi mereka tidak boleh menyembunyikan hakikat bahawa bahawa hasil kepercayaan mereka itu menyebabkan kaum mereka mundur dan lemah.

    Macam kita nak beli sesuatu barangan, adakah kita terus percaya cakap salesman itu atau kita tengok pada hasil barangan tersebut? Jika tanya salesman, pastilah dia akan puji barang2 yang nak dijualnya itu semuanya bagus biarpun lepas kita beli, barang itu buruk kualitinya. Takkanlah salesman tu nak kutuk barang yang dia nak jual kan? Macam itulah perangai penjaja sesuatu agama, pasti mereka akan puji amalan yang mereka buat itu benar. Takkanlah mereka nak kutuk amalan ritual mereka sendiri kan?

    Jadi kita perlukan penilaian yang tidak bias pada mana-mana kepercayaan. Kerana itulah perlunya common-sense atau logik akal untuk menilai sesuatu ajaran sebelum menurutinya. Bila kita buat amalan yang kita tahu sebab-sebabnya, maka senanglah kita nak menjawabnya nanti di hadapan Tuhan. Kalau di dunia pun kita sudah marah dan terkial-kial nak jawap pasal amalan ritual yang kita buat apabila dipersoalkan, macam mana bila berhadapan dengan Tuhan nanti? Renung-renungkanlah…

    Juang

    June 25, 2011 at 10:56 am

  88. Salam Saudara TM dan Juang,

    Terima kasih tidak terhingga kerana memberi perhatian tentang coretan saya. Dengan pencerahan dari saudara berdua, saya amat berharap – semua pihak yang mengambil bahagian dalam blog TM dan blog-blog lain yang seumpananya samada yang turut meluangkan masa untuk berhujah mahupun yang sekadar membaca mengikuti perbincangan yang amat penting dan mustahak ini (mengkaji, menyelidiki, memikirkan dan memahami Ketetapan Tuhan – Al-Quran), berlaku adil dan jujur pada diri sendiri ikhlas kerna Allah. Saya ulangi – ia tersangat penting kerana KITA MENCARI KEBENARAN YANG BENAR MILIK ALLAH. Bacalah Al-Quran dengan sepatutnya. Kebenaran yang diperolehi dengan izinNya akan jadi pegangan dan panduan anak-cucu-cicit kita dalam mereka mengkaji Al-Quran. Mudah-mudahan mereka akan sejahtera, aman, harmoni dan membangun – sama-sama dapat menyumbang kepada pemeliharaan, makmuran dan pembangunan Alam Semesta ini – bukan seperti kita sebagai pengguna sahaja. Enak-enak panggil orang kafir – tapi pi Mekah naik kapal terbangnya. Bangsa maju sudah guna ilmu teknologi untuk membuktikan suatu – kita masih guna 4 orang saksi. Sekecil mesin-mesin yang kita guna seharian adalah asalnya dari ciptaan orang yang panggil kafir.(maaf ya kalau tersilap) KENAPA SAUDARA-SAUDARAKU – ADAKAH KITA DILAHIRKAN MEMANG SEBAGAI PENGGUNA SEMATA-MATA? DI MANA SILAPNYA?

    Saudara-saudara semua – tidak merasa apa-apa kah apabila melihat program IMAM MUDA? Bagi diri saya – Saya merasa kasihan dan bersimpati dengan pelajar-pelajar (bakal imam muda) ini. Mereka diajar dan disumbatkan dengan ajaran-ajaran yang salah. (itu dari sudut pandangan saya). Mereka berbangga dan ibubapa mereka pun turut berbangga juga – dalam masa yang sama disebarluas lagi seluruh Malaysia dan kononnya memecahkan tradisi penyiarannya menembusi antarabangsa dengan menggunakan media ciptaan orang barat yang kita panggil kafir – enak saja berkata-kata.. Saudara-saudara apa yang dibanggakan di situ – kurikulum yang digunakan adalah sama dengan ratusan atau ribuan tahun dahulu – jumut tiada kemajuan dan perkembangan. Dan yang paling menyedihkan mereka terus menyebarkan ajaran yang mereka perolehi – membiakkan lagi pembesar-pembesar agama – yang mengeluarkan hukum – kalau undi parti A masuk syurga, ke mana lah hala tuju kita ya. Adakah kiblat kita Al-Quran atau tetap juga seperti orang-orang Arab.

    Saya teringat semasa kecil-kecil dulu di kampung – memanglah kampung – tiada cerdik-pandai, ustaz-ustaz seperti sekarang ni. Orang tua-tua di kampung berpesan pada anak-anak mereka – BERBUAT BAIK DAN BERKELAKUAN BAIK LAH ITU LAH SEMBAHYANGMU. Cuba saudara-saudara teliti betul-betul ayat ini,
    Orang-orang dulu di kampung tak pandai Arab pun – pandai mengaji ada lah tapi tak faham pun. Ada yang sembahyang sikit dan ada yang lansung tak sembahyang. Satu lagi – ANAK TIDUR AWAL YA SUPAYA DAPAT BANGUN AWAL – ADA PELUANG DAPAT REZEKI. Bukan macam sekarang ni disuruh bangun awal supaya sembahyang subuh. Tuan TM dan Saudara Juang dan lain-lain saudaraku – tolong saya analisa kedua-dua ayat tersebut – kalau saya tak silap ada semacam relevan dan ada kaitan dengan artikal TM yang bertajuk : Solat – Sembahyang atau Komitmen dan Corat-Coret – Tentang Solaa @Komitmen.

    Maaf kan saya kiranya tersasar maklumlah siapalah saya.
    Terima kasih.

    Jagundul

    June 25, 2011 at 10:58 pm

  89. Jagundul menulis:
    BERBUAT BAIK DAN BERKELAKUAN BAIK LAH ITU LAH SEMBAHYANGMU

    Saya tidak pernah mendengar kata-kata macam ni sebab tidak berkesempatan merasai suasana kampung ketika dibesarkan (jadi kurang mendekati golongan tua-tua di kampung). Tetapi jika benarnya ada orang tua-tua dahulu berkata begitu, itu menunjukkan mata hati mereka cerah walaupun tidak belajar di universiti. Dan seandainya orang tua-tua itu masih hidup lagi dan berkata macam itu pada hari ini, silap-silap mereka dilabel pengikut Rasul Melayu.

    Berbuat baik dan berkelakuan baik itulah yang paling susah untuk ramai manusia melakukannya. Sebab itulah masalah jenayah dan permusuhan tidak pernah selesai. Jadi tidak hairanlah kenapa ada orang-orang tua dahulu berpesan begitu.

    Hendak buat jahat senang sahaja. Tidak perlu pesan banyak kali pun, manusia boleh terdorong berbuat jahat. Tidak perlu ketahanan mental yang tinggi, tetapi cukuplah dengan menurut hawa nafsu sehaja. Berbeza pula dengan berbuat baik, ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan ketahanan mental yang kuat. Maka kerana itulah ia dianggap mulia di sisi Tuhan.

    Jika solat adalah komitmen, dan berbuat baik itu disukai oleh Allah, maka memang patutlah berbuat baik itu dijadikan komitmen. Seperti mana boss kita akan rasa suka apabila kita komited dengan kerja kita, seperti itulah Allah akan suka apabila kita komited berbuat baik.

    Dalam hidup ini, yang penting kita buat apa yang Allah sukai biarpun orang-orang kafir di sekeliling kita membenci. Berapa ramai para Rasul terdahulu dibenci oleh kaumnya sendiri, demi untuk berbuat banyak kebaikan?

    ANAK TIDUR AWAL YA SUPAYA DAPAT BANGUN AWAL – ADA PELUANG DAPAT REZEKI

    Jika kita mencari idea, awal pagi mudah mendapat idea kerana otak kita telah mendapat rehat yang cukup di samping suasana awal pagi yang hening dan segar. Apabila kita mempunyai idea apatah lagi idea yang berharga, sudah pasti membuka peluang rezeki.

    Tetapi sekadar bangun untuk buat amalan ritual, sudah tentu tidak membuka pintu rezeki. Sebab itulah walaupun umat Islam kuat beritual di awal pagi, tetapi umat Islam ketinggalan daripada segi ekonomi berbanding kaum-kaum yang mereka kata kafir.

    Juang

    June 26, 2011 at 1:16 am

  90. Salam,

    > Kembali pada tajuk artikel.
    > Saya fikir apa yg diutarakan oleh Somali dan Xenon itu jelas.
    > Mereka meneruskn method Aidid dalam berhujah.
    > Mengggunakan basic linguistic skill utk meneroka maksud ayat.
    > Perkataan masjid yg dtg dari perkataan “s-j-d”.
    > Daripada “s-j-d” bagaimana boleh form kpd mksud “ketetapan”?
    > Ironicnya TM hanya copy paste tulisan mereka balik.
    > Tiada huraian yg jelas.
    > TM sendiri tidak faham maksud mereka.
    > Sebaliknya berfikiran negatf dgn idea mereka.
    > Bahkan TM berburuk sangka menyatakan mereka seolah ingin berkata “kami lebih berpengetahuan dari anda”.
    > Saya sendiri tidak faham mengapa TM begitu emosional.
    > Maaf.

    Hamka

    June 26, 2011 at 6:21 am

  91. Salam,

    + Seorang pelancong China datang ke Msia belajar bahasa Melayu.
    + Guru T mengajar pelancong tersebut.
    + Guru T berkata “ Almari membawa maksud kuda laut”
    + Pelancong terpinga2. Disemak kamus maknanya lain.
    + Guru T berkata lagi. “Masjid adalah ketetapan”.
    + Disemak lagi kamus juga tiada jawapan malah maknanya lain.
    + “Murid” yg lain semua bersetuju dgn Guru T.
    + Mat G juga bersetuju lalu balik ke rumah dan minum Vodka.
    + Sekian.

    House MD

    June 26, 2011 at 9:14 am

  92. Salam,

    TM sudah kemukakan pendapatnya. Jika apa yang TM tulis tidak betul, tunjukkan di mana tidak betulnya dan bawa bukti apa yang betulnya. Sekadar cakap kosong dengan mengulang-ulang persoalan yang sudah dijawab, tidak ke mana sesebuah perbincangan.

    Mudah bukan kalau kita benar-benar ikhlas nak wujudkan perbincangan yang sihat?

    Juang

    June 26, 2011 at 9:18 am

  93. Salam,

    Thanks Hamka and House,

    1-At least somebody did grasp the words we conveyed.
    2- Dear TM, We are not doctorate as you mentioned.
    3- Calling us as doctorate is an appreciation and gratitude. Thanks TM.
    4- We just love to immerse and solicit the sight of the Scripture.
    5- Thanks for the times you take for the response.
    6- House, you’re funny. You really did simplify.
    7- Deliver and simile the message through metaphor.

    THE END.

    Suraya

    June 26, 2011 at 9:19 am

  94. Salam,

    Kita boleh menilai niat seseorang menyertai sesuatu perbincangan dengan melihat cara dia mengemukakan hujah balas. Katakan si A telah mengemukakan hujah terhadap sesuatu persoalan, namun kerana si B tidak ikhlas dalam perbincangan, si B tidak membawa hujah untuk menunjukkan di mana tidak betulnya si A dan di mana betulnya dia. Maka perbincangan berlalu seperti angin sahaja.

    Malang sekali, blog TM sudah lama diwujudkan, tetapi orang yang tidak bersetuju dengan beliau tidak pernah nak berubah perangai. Di sini, kita bukannya nak suruh orang lain semua menurut membuta-tuli pendapat TM, tetapi kalau point yang dia kemukakan tidak betul, bawalah point kita yang kita rasa kuat. Boleh kita uji point itu sama ada kukuh atau tidak.

    Juang

    June 26, 2011 at 9:24 am

  95. Seperti mana kita lihat mutu pembangkang di negara kita tidak pernah berubah, macam itulah kita lihat mutu pembangkang di blog TM ini tidak pernah berubah. Satu senario yang amat mengecewakan orang-orang yang ingin melihat tahap pemikiran rakyat berubah mengharungi zaman.

    Juang

    June 26, 2011 at 9:26 am

  96. > Saya fikir apa yg diutarakan oleh Somali dan Xenon itu jelas.
    > Mereka meneruskn method Aidid dalam berhujah.
    > Mengggunakan basic linguistic skill utk meneroka maksud ayat.
    > Perkataan masjid yg dtg dari perkataan “s-j-d”.
    > Daripada “s-j-d” bagaimana boleh form kpd mksud “ketetapan”?
    > Ironicnya TM hanya copy paste tulisan mereka balik.
    > Tiada huraian yg jelas.
    > TM sendiri tidak faham maksud mereka.

    Salam Hamka,

    Saya faham maksud mereka dan sudah beri jawapan atau penjelasan yang diminta. Mungkin tuan Hamka yang tidak faham. Untuk berlaku adil, saya salin semula penjelasan saya itu supaya tuan boleh memikirkannya semula.

    “Sebenar saya sudah kemukakan perspektif saya dalam perkara itu. Jawapan saya kepada Somali: “5- Maka kita perlu “prostrate-worship-kowtow-kneel” kepada apa yang direstui Tuhan.” – Sila semak jawapan saya di atas.

    Jawapan saya itu mudah dijelaskan. Misalnya ada ayat yang menyebut burung “solat”. Adakah tuan nampak burung berhenti terbang 5 kali sehari dan membuat gerakan “ruku” dan “sujud” sambil mengadap Mekah? Tidak ada. Tetapi Tuhan kata burung “solat”. Jadi dimanakah “solatnya” burung? Sudah tentu kepada kepatuhan mereka terhadap apa-apa ketetapan yang telah Tuhan restu kepada mereka.

    Kalau solat burung tak sembah batu, mengapa solat kita perlu sembah batu? Bukankah kita sepatutnya lebih cerdik dari burung?”

    Jika tuan benar-benar teliti membaca Aidid Safar atau jawapan saya di atas, tuan akan dapati bahawa tidak ada percanggahan di antara saya dan Aidid Safar dalam perkara ini. Aidid mentafsirkan masajid/masjid sebagai “consented decree” dan saya mentafsirkannya sebagai “ketetapan yang direstui”. Apa bezanya? Kan sama saja kecuali Adid bercakap dalam bahasa Inggeris, saya bercakap dalam bahasa Melayu.

    Konsep “akar huruf” dalam struktur perkataan Arab saya dan Aidid Safar pada dasarnya tidak ada beza. Tetapi atas kapasiti masing-masing, saya tidak nafikan sedikit sebanyak akan ada juga perbezaan kesimpulan. Misalnya Aidid Safar mentafsirkan Hajj sebagai Cabaran. Tetapi saya mentafsirkannya sebagai Penyelidikan.

    Jika perbezaan seperti ini berlaku, orang lain seperti tuan boleh menilai sendiri pendapat mana yang tuan fikir lebih elok. Atau tuan mungkin ada pendapat sendiri. Semua terpulang kepada tuan. Al-Quran diturunkan untuk seluruh manusia – bukan untuk Aidid Safar atau Tolokminda saja.

    Apapun kalau penjelasan saya kepada tuan CG mengenai perkataan masjid terlalu pendek dan sukar difahami, berikut saya salin penjelasan Aidid Safar mengenai perkataan yang sama dari blognya. Selepas ini kalau tuan dapati memang benar pendapat saya dan pendapat Aidid Safar mengenai masjid tidak berbeza, jangan kata saya pengikut Aidid Safar pula. Anggaplah saya sekadar memilih pendapat yang terbaik saja.

    The followers of the Arab religion have been misled to the extent that the majority of them will today insist that there are 6666 verses in the Reading. The fact is that there are only 6348 verses in the Reading.

    Thus, the verb “sajada” connected to the concept of passive participle has been deliberately distorted to become physical places of ‘prayer’. The purpose of the distortion was to create houses of worship for the growing Arab religion so that it, too, could have its own houses of worship like other ‘religions’.

    The root word for sajada can develop into other forms of different paradigm patterns as preterite, Aorist, noun of action, active or passive participle, referring to gender, singular, dual or plural, e.g: ‘sajada’ belongs to Fa’ala, ‘sajadu’ to Fa’alu, ‘sujad-dan’ to Fu’alan. ‘Asjudu’ to Af’ulu, ‘yasjudun’ to yaf’ulun, and ‘masjid’to Maf’il.

    A simple comparison with associated words in other verses will show the violation of linguistic norms by the religionists regarding the usage of the prefixes and suffixes.

    For example, we see the following words:

    The root word sahara means to cast a spell or to bewitch. When somebody is bewitched, the prefix ma is appended to the root which becomes the ground form of the verb mashur (grammar pattern of mafa’ul). Mashur is not a place or a physical building, but the state of being bewitched.

    In 15:14 it says if God were to open up a gate to the sky through which we could climb we would say our eyes had been bewitched.

    The root word satara means to inscribe or to write. When God’s Scripture is prescribed with His decrees a prefix of ma is appended to the root to become the ground form of mastur. The Book is not the mastur but what is inscribed is the mastur.

    52:2 says, ‘And the articles inscribed’. This means God’s decrees are prescribed as the articles of our belief.

    The root word shahid means to witness. When it is intended to show that the people are in the state of witnessing, a prefix ma is appended to the root and it becomes the ground form of the verb mashud. The place where the event took place is not the mashud but the state of witnessing is mashud.

    In 11:103 it says, Indeed, these are signs for those who fear the punishment in the Hereafter. That will be the day the people will be assembled and they will be witnessing/mashud.

    The root word sajana means to imprison. Masjuni signifies the serving of the term of imprisonment. Masjuni is not the prison.
    The root word sakana means to inhabit or to dwell. The act of dwelling is maskun. The building where one is dwells is called buyut or house and not maskun.

    You commit not error if you enter the houses (buyutan) which are uninhabited (ghoiro maskun).1 (24:29)

    Similarly, the word sajada in the Reading means to consent. The word masjid found in 9:107, 17:1 and 17:7 is simply the consented decree a derivative from the root. It does not represent a place where people go for prostrating. The plural of masjid – masaajid – simply means the consented decrees from God.

    These are only the few comparisons from the long list of examples in the Reading. The words mashur, mastur, maskun, masjid, mashud and masjun are verbs with the prefix of ma before their respective root words. Like other derivatives Masjid belongs to the Maf’il paradigm pattern.

    We find the word masjid in 2:187, for example. In this verse, a person who observes self-discipline2 is required to observe certain rules. If he strongly adheres to the instruction, it means that he devotes his belief to the decrees consented by God. The Reading refers to such action as ‘a’kiffun-na fil-masaajid” or ‘devoting yourself in the consented decrees’.

    Wab-taa-ghu-maa-katabal-lah-hu-lakum- waa-kulu washrobu hat-ta yat-tabaiyana lakumul khoithu abyathu minal qhoithi aswadi minal-fajri som-maa atimul siam-ma ilal-laili walatubashiru hun-naa wan antum a’kiffun-na fil-masaajid. Tilka hududul-lah. (2nd part of 2:187)

    And explore what God had dictated for you and savour until it is clear to you the white thread and the black thread from dawn. Then, observe the self-discipline until the night. And do not frown them when you are devoting yourself in the consented decrees. Those are the limits of God (hudu-dul-lah). (2nd part of 2:187)

    The breakdown of this part of the verse is as follows:

    wa-antum and you

    a’kifun-na are devoting

    fil in the

    masaajid consented decrees

    The above instruction (which appears in the second part of 2:187) simply says after getting the knowledge of the Reading, continue to explore what God had revealed to you. Meanwhile continue to savour or slacken yourself until His decrees become clear to you. And while the person is devoting himself in the consented decrees he should maintain the cordial relationships with his wife.

    But the religionists assigned non-existent meanings to the words making (1) a’kiffun which means to devote or cleave become retreat and (2) fil-masajid which means in the consented decrees become in the mosque.

    Putting the sentence together, they say its meaning becomes: while you retreat in the mosque. They have ignored the message in the first part of the verse that says you must maintain the cordial relationship with your wife during the nights when you are devoted in the consented decrees.

    Uhil-la-lakum lailata-siam-mil rofash ila-nisaa-ikum hun-na li-bashal lakum wa-antun li-bashan lahun-na a’limal-lah ain-nakum kun-tun tah-tanu an-fusakum (first part of 2:187)

    Permitted for you in the nights of discipline to maintain the cordial relationship with your wife. They are garments for you and you are garments for them. God knows that you would have wronged yourselves….. Thus give them the good news. (first part of 2:187)

    This verse is about self-discipline when a person receives the knowledge of the Reading. He must maintain the cordial relationship even if his spouse differs – they are not happy when you are devoted to the newly discovered knowledge. While devoting himself in the consented decrees (a’kifuna fi ma-sajid) he should not frown at even the closest person to him. That is all. It is a simple instruction.
    1 ghoiro literally means not

    2 The word Siyam was corrupted to become fasting. The concept of fasting is plagarized from the Jewish religion.

    Boleh semak sumber asal petikan di sini.

    > Sebaliknya berfikiran negatf dgn idea mereka.
    > Bahkan TM berburuk sangka menyatakan mereka seolah ingin berkata “kami lebih berpengetahuan dari anda”.
    > Saya sendiri tidak faham mengapa TM begitu emosional.

    Saya tidak emosional atau buruk sangka. Komen-komen mereka, memang jelas motifnya. Tuan buatlah analisis linguistik. Bukan susah pun. Cuma perlu basic linguistic skills saja. Apapun saya harap mereka tidak berkecil hati sangat dengan komen saya itu dan berharap mereka akan terus menyumbang komentar di laman ini. Jika niatnya bersih saya yakin kita boleh berkongsi banyak manfaat bersama-sama.

    tolokminda

    June 26, 2011 at 10:11 am

  97. 2- Dear TM, We are not doctorate as you mentioned.
    3- Calling us as doctorate is an appreciation and gratitude. Thanks TM.

    Salam Suraya,

    Saya tidak tahu puan doctorate atau tidak. Saya cuma kata, “Dengan melagakkan gaya doctorate masing-masing..”. Tidak bermaksud puan atau yang lain-lain tu benar-benar doctorates. Hanya perlu simple linguistc skills saja untuk faham apa yang saya tulis tu..

    tolokminda

    June 26, 2011 at 10:27 am

  98. Salam,

    Terima kasih Saudara Juang yang dikaeshi,

    Maka benarlah ilham dan ilmu adalah mutlak KepunyaanNya dan Dialah saja yang mempunyai autoriti mengilhamkan pada sesiapa yang berhak walaupun pada mereka yang tidak memahami bahasa Arab dan tiada berpelaung mendapat pendidikan formal seperti kita orang sekarang.

    Ilham yang mereka perolehi adalah kerana ketulusan, kejujuran dan keikhlasan mereka menjalani kehidupan mereka dengan jiwa bersih yang belum pernah dipengaruhi atau didakwah dengan ajaran-ajaran seperti sekarang – yang membawa kita menjadi sombong dan ego. Mereka ini memang tidak diragukan lagi adalah cukup ‘humble’ and ‘honest’- suka merendah diri. Itulah pengajaran pada saya yang saya akan abadikan pada diri saya.

    Masyarakat sekarang ni – kena tegur sikit walaupun teguran ikhlas dan perpatutan perlu sebagai peringatan – terus melenting dan beremosi – kenapa?. Ini adalah kerana sikap ego dan sombong kita yang dipengaruihi oleh musuh utama manusia. Tidak berpenggang pada – MINTALAH PERTOLONGAN KEPADA KESABARAN, KETABAHAN DAN DAYA SAING. Percayalah pada saya sekiranya kita berserah dan merendah diri pada Tuhan Pencipta kita – kita tidak akan merasa terhina dengan teguran-teguran atau hujah-hujah kontradik dengan fahaman kita bahkan kita berterima kasih kerana ada saudara-saudara kita dengan ikhlas sudi memberi perhatian pada pendapat yang kita utarakan. Kita semua tahu yang benar adalah dari Allah dan yang dusta adalah hasutan syaitan dan setiap orang adalah bertanggongjawab atas perbuatannya sendiri.

    Pada saya – walau apapun cemuhan dan karutan yang dilemparkan terhadap TM, aidid, Juang, faried, jebon, Mat Guver dan lain-lain yang saya tak dapat sebutkan di sini, saya tetap menghargai mereka seiring dengan Tun M. Perjuangan mereka adalah membetulkan cara hidup kita yang pada saya salah dan tersasar dan tiada kemajuan kalau pun ada amat terhad kalau dibandingkan secara universal – kerana kita masih membincangkan hukum halal dan haram dari dulu sampai sekarang where as bangsa lain dah menembusi ruang angsa lepas – bangsa lain sudah dapat menyediakan berbagai-bagai kemudahan yang memberi kelesaan pada penghuni alam semesta ini. Perjuangan tuan-tuan adalah survival masa hadapan bangsa yang mundur agar dapat sama-sama menyumbang pada kemakmuran dan kesejahteraan dunia sejagat, mungkin dan mungkin saya dan saudara-saudara tidak melihat dan menyaksikannya tetapi anak-cucu-cicit-cicit-cicit kita akan mendapat menafaatnya – tidak lagi seperti sekarang – berpecahbelah – bermusuhan sama sendiri – tidak terdaya mempertahankan diri – tidak terdaya menolak hasutan syaitan. KENAPA? KERANA KITA TIDAK YAKIN PADA TUHAN TAPI KITA YAKIN PADA PEMBESAR-PEMBESAR AGAMA DENGAN FATWAH-FATWAH CIPTAAN MEREKA YANG KONTRADIK DENGAN PETUNJUKNYA. Contohnya – dalam agama tak boleh guna akal. – mengesahkan sesuata kemungkaran kena ada 4 saksi – undi B masuk syurga – ada sivil dan syariah – mengajar agama dapat gaji – ada institusi islam dan institusi yang tiada label islam dan lain-lain lagi sedangkan pengisiannya sama sahaja ialah survival – cara hidup.
    Hajj dan umrah jadi lawatan dan cium batu sepatutnya R&D – safa dan mahruah jadi lari-lari pula di anatara 2 bukit. Tuan-tuan fikirkan pengertian mereka – ADAKAH SERUAN SEPERTI PENGERTIAN SEMACAM INI DATANGNYA DARI TUHAN YANG MAHA BIJAKSANA ……..khusus untuk diri saya – saya anggap hujah-hujah tuan-tuan sebagai teropong yang membolehkan saya melihat mana yang buruk dan mana yang baik.

    sekali terima kasih – terima kasih.
    Take care.

    Jagundul

    June 26, 2011 at 11:38 am

  99. Salam semua,

    Saya berpendapat sujud(sin-jim-dhod) bermaksud patuh atau taat. Matahari dan Bulan juga bersujud kepada Tuhan bermaksud patuh kepada hukum fizik alam semesta ciptaan Tuhan. Sesuai dengan fungsinya, Matahari bersujud dengan menjalankan proses perlakuran proton/hidrogen dalam terasnya menjadi helium dan membakar helium ini supaya menghasilkan cahaya dan haba. Cahaya dan haba Matahari perlu untuk mengimbangi tahap panas dan sejuk sesebuah planet di dalam sistem suria. Sesuai dengan jaraknya dari Matahari, planet Bumi berada kedudukan yang paling sesuai untuk mempunyai atmosfera untuk proses penyejatan air dan hujan di mana penting untuk menyokong kehidupan.

    Bulan bersujud dengan cara mengorbit Bumi supaya gravitinya boleh menghasilkan fenomena air laut pasang surut di Bumi. Fikirkanlah apakah akan berlaku kepada semua hidupan di Bumi jika Bulan tidak wujud.

    Tetapi manusia tidak perlu menjadi seperti Matahari dan Bulan untuk bersujud. Kita bersujud kepada Tuhan sesuai dengan fungsi kita sebagai manusia. Jika sujud Matahari dan Bulan membawa kesejahteraan kepada semua makhluk di Bumi, begitu jugalah kita sebagai manusia di mana sujud kita membawa kesejahteraan kepada kepada makhluk lain di Bumi.

    Lebah bersujud kepada Tuhan dengan menghasilkan madu yang boleh menyembuhkan banyak penyakit. Tetapi lebih dari itu, lebah juga memainkan peranan penting dalam proses pendebungaan yang sangat penting dalam menyeimbangkan ekosistem di planet Bumi.

    “If the bee disappears from the surface of the earth, man would have no more than four years to live. No more bees, no more pollination … no more men!”- Albert Einstein.

    Jadi bagaimana manusia bersujud kepada Tuhan? Seperti sujud Matahari, Bulan dan Lebah yang menghasilkan kesejahteraan kepada hidupan di Bumi, begitu jugalah sujud kita sebagai manusia- membawa kesejahteraan kepada semua manusia dan hidupan lain iaitu:-

    -Berbuat baik kepada ibu bapa
    -Jaga kebajikan anak yatim
    -Beri makan orang miskin
    -Berkata perkataan-perkataan baik sesama manusia
    -Memakai pakaian yang cantik supaya kita berterima kasih kepada Tuhan
    -Berlaku jujur dan amanah
    -Kasih sayang sesama manusia
    -Memaafkan kesilapan sendiri dan orang lain
    -Memburu haiwan buruan yang dewasa bagi menjamin kemandirian spesisnya
    -Menjaga alam sekitar
    -Melakukan penyelidikan dan pembangunan dalam semua bidang ilmu
    -Guna sekadar apa yang perlu (Jangan berlebihan)
    -Banyak lagi seperti yang disebut dalam Al-Quran
    -Dan juga perbuatan-perbuatan baik lain yang boleh kita fikir dengan common sense.

    Semua perbuatan-perbuatan baik ini diletakkan di dalam satu set yang disebut sebagai masjid(mim-sin-jim-dhod) – satu parameter untuk kita patuh/ taat melakukan perbuatan-perbuatan baik dan sejahtera. Untuk memudahkan pemahaman kita ringkaskan kepada satu perkataan iaitu KETETAPAN.

    Tidak hairanlah mengapa negara-negara yang ramai golongan Atheist di rantau Scandinavia, dikategorikan sebagai antara 10 negara paling aman dan makmur di dunia jika dibandingkan dengan negara-negara Arab. Golongan Atheist memahami fungsi dan hukum alam semulajadi. Buat baik dapat manfaat buat jahat dapat kerugian.

    Berbeza pula dengan negara-negara Arab yang bom sana-sini, tembak mati rakyat sendiri yang berdemontrasi, autokrasi, rasuah, pencabulan hak asasi manusia, mundur, miskin, tak berdaya saing, malas, tak pandai dan banyak lagi masalah sehingga ke persengketaan fahaman pengikut Wahabi, Syiah, Sunnah, Qadiani, Al-Arqam, PIS dan PEKEMBAR. Semua masalah ini berlaku kerana mereka mengaitkan perkataan sujud sebagai salah satu proses perbuatan melakukan ritual kepada sebuah objek yang dibuat dari batu marmar, batu granit, emas, perak, gangsa dan kayu.

    Agama ialah satu ajaran yang tak berfaedah kepada pengikutnya melainkan pembesar-pembesar agama yang membelenggu fikiran manusia.

    Mat Guyver

    June 26, 2011 at 11:56 am

  100. Salam MG.

    Pencerahan yang amat senang difaham – semacam penjelasan Tun M, TM, Juang dan lain-lain – bila berhujah dan membuktikan – simple dan senang difahami. Yang penting masuk akal – masuk akal.

    Terima kasih.

    Jagundul

    June 26, 2011 at 12:12 pm

  101. Jagundul,

    Wernher Von Braun tak pernah baca Al-Quran dan tak pernah belajar bahasa Arab tapi berjaya mencipta roket Saturn V yang membawa kapal angkasa Apollo ke Bulan. Sehingga ke hari ini saya masih mengagumi teknologi Saturn V yang mampu menerbangkan muatan seberat 120 tan (120,000 kg) ke orbit. Dengan segala penjelasan ilmu kejuruteraan aeroangkasa hari ini, saya masih tak percaya Saturn V mampu membawa muatan seberat itu ke angkasa lepas.

    Tapi orang-orang agama yang mengaku bahawa mereka sahaja yang ada kuasa mengkaji Al-Quran masih tak mampu nak cipta walaupun roket kuasa air. Tak pernah saya dengar sehingga ke hari ini mana-mana pelajar sekolah agama pondok yang menghafal Al-Quran bekerja dengan NASA atau SpaceX sebagai jurutera roket.

    Macam burung kakak tua kalau diajar sebut ‘Good Morning’ berulang-ulang kali, tak kiralah pagi, tengah hari, petang atau malam, ‘Good Morning’ juga yang akan disebut. Belajar Al-Quran untuk memahami mesejnya. Satu kelebihan jika pandai berbahasa Arab tetapi sia-sia sahaja jika terjemahan dan tafsiran kita dipengaruhi ajaran-ajaran tradisi. Buktinya anda boleh lihat ada tak negara Arab menceburi bidang penerokaan angkasa lepas?

    Ayat 33 dalam surah Ar-Rahman (55) sangat mudah untuk direnungkan tapi disebabkan tiada hadis riwayat yang mengajar membuat roket dan SSTO secara praktikal, geng-geng agama ni masih buta hati dan ada hati pula menjadikan Al-Quran itu hak eksklusif nenek moyang mereka.

    Mat Guyver

    June 26, 2011 at 12:26 pm

  102. Excellence – begitulah kalau niatnya suci dan ikhlas.

    Jagundul

    June 26, 2011 at 12:34 pm

  103. Excellence – begitulah kalau niatnya suci dan ikhlas.
    Jiwa yang bersih, suci, ikhlas, berserah dan sujud pada Tuhan tidak akan dapat ditembusi oleh hasutan syaitan.

    Thank u MG and others.
    Have a nice weekend.

    Jagundul

    June 26, 2011 at 12:48 pm

  104. Salam Jagundul,

    Punca menyebabkan umat Islam hari ini hidup dalam keadaan buta (tidak tahu membezakan baik-buruk) kerana dididik jangan menggunakan akal tentang ajaran agama mereka. Mereka disuruh menerima secara bulat-bulat tanpa mempersoalkannya, sebab nanti jatuh air muka tok-tok guru agama itu.

    Kerana nak menjaga air muka tok guru itulah, umat Islam ketinggalan jauh ke belakang. Sehingga lebih 60 tahun Palestin dijajah pun orang-orang Arab tidak ada idea macam mana nak menang ke atas Israel yang jauh lebih kecil kauntitinya. Mereka tidak berani mengaku kesilapan diri mereka sendiri kerana terlalu taksub dengan ajaran agama nenek moyang mereka.

    Sekarang kita sudah nampak perbezaan di mana suruhan menggunakan akal adalah ketetapan Tuhan (masjid) sedangkan larangan menggunakan akal diada-adakan oleh pembesar agama. Di antara kedua-dua ini ada batasannya yang mana ia tidak boleh bercampur seperti mana benar dan palsu tidak mungkin bercampur-aduk. Jadi pastikan kehidupan kita dalam lingkungan ketetapan Allah itu tanpa melangkau batasan yang membezakan ketetapan Allah dengan ketetapan pembesar agama.

    Juang

    June 26, 2011 at 1:54 pm

  105. Salam

    Agaknya pengikut2 pembesar2 agama bila nak menafikan sumbangan2 para sainstis tuh, diorang pun keluarkan statement teori konspirasi Barat, freemason dan illuminati, “Sebenarnya saintis itu pun bekerja sama dengan dajjal.”

    Ini macam pun ada kaa?? 🙂

    Jebon

    June 26, 2011 at 4:29 pm

  106. Salam

    Terima kasih atas pencerahan yang senang saya fahami – mudah-mudahan akan ramai lagi memikirkannya dan mengambil iktibar seterusnya SEDAR.

    Seperkara lagi – kata di orang lah – “Kalau tidak sembahyang yang tunggang tunggek tu amalan-amalan lain tidak diterima Tuhan”. Betul-betul tidak masuk akal saya yang berpengetahuan cetek ini.

    Thank u and take care.

    Jagundul

    June 26, 2011 at 6:07 pm

  107. Jebon menulis:
    “Sebenarnya saintis itu pun bekerja sama dengan dajjal.”

    Itu hanyalah kata-kata orang yang berputus asa kerana kalah untuk menyaingi sumbangan para saintis. Dalam mereka tidak mahu menerima hakikat kelemahan hasil ajaran mereka, mereka tidak malu menggunakan hasil penciptaan saintis seperti kapal terbang, komputer dan teknologi-teknologi lain untuk menjalankan aktiviti mereka.

    Satu yang menarik kita perhatikan, walaupun teknologi banyak dicipta oleh orang Barat, tetapi mereka tidak meletakkan nama agama mereka dalam mempromosikan teknologi mereka. Contohnya kita tidak dengar mereka menamakan kapal terbang Kristian, Jewish Windows, iPhone Kristian dan sebagainya. Tapi cuba tengok perangai orang Islam, habis semua mereka nak labelkan dengan agama mereka, macam yang Jebon pernah bincangkan dahulu.

    Juang

    June 26, 2011 at 6:09 pm

  108. Jagundul menulis:
    Seperkara lagi – kata di orang lah – “Kalau tidak sembahyang yang tunggang tunggek tu amalan-amalan lain tidak diterima Tuhan”.

    Kata-kata ini samalah macam kata-kata orang politik iaitu “undi parti aku, nanti kalian semua masuk syurga”. Hakikatnya, masuk bakul angkat sendiri.

    Ingat, mereka bukannya Tuhan. Nasib amalan mereka sama ada diterima Tuhan atau tidak, dan sama ada mereka akan masuk syurga atau tidak pun belum tentu lagi. Kita semua berada di pentas yang sama.

    Cuba lihat ada segelintir golongan ini menggunakan sembahyang ritual mereka untuk mendoakan bala kepada pemimpin negara. Tetapi sekarang ini nasib parti mereka sudah tertekan sedangkan musuh politik yang mereka doakan itu terus mendapat sokongan. Benarkah sembahyang mereka itu pasti diterima oleh Tuhan kalau macam itu kesannya?

    Juang

    June 26, 2011 at 6:18 pm

  109. Salam

    Thank u – May God bless u all.

    Ada orang yang senyum-senyum kambing – Wah kambing pun pandai senyum juga ya..

    Take care.

    Jagundul

    June 26, 2011 at 6:38 pm

  110. Saya terjumpa blog ini 5-6 bulan yang lalu dan amat tertarik dengan tulisan-tulisan TM. Saya juga telah baca buku Aidid Safar beberapa tahun lalu. Apa yang saya faham dalam tajuk “masjid” atau “ketetapan yang direstui” dalam buku tersebut ialah: Perkataan akarnya ialah “S J D” atau “Sajada”.

    Dia memberi maksud akar kepada perkataan ini sebagai “Restu” atau “Bersetuju” lalu dia mengunakan perkataan dalam bahasa Ingeris sebagai “Consent”. Apabila Allah sebagai Pencipta sendiri “Bersetuju” untuk membuat ketetapan bahawa kesemua malaikat-malaikat harus “Bersujud” atau “merestui” atau “bersetuju” menerima Adam sebagai khalifah dimuka bumi untuk menyempurnakan sistemNya, kesemua mereka “Bersetuju” atau memberi “Restu” kepada apa yang ditetapkaan oleh Allah, kecuali Iblis.

    Saya percaya apa saja yang telah dicipta Allah dilanggit dan bumi kesemuanya menjalankan tanggung-jawab masing-masing atas dasar “bersetuju” atau “merestui” apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kesempurnaan ciptaanNya, bukannya dengan bersujud cara fisikal.

    Apabila Allah membuat mana-mana “Ketetapan” atau “decree” yang semesti yang paling adil maka respon orang-orang yang menerima ketetapan ini ialah dengan merelakan dirinya untuk “bersetuju” atau “merestuinya” sebagai “komitmennya” kepada penciptaNya.

    Jadi apa yang saya faham dari bacaan saya “Sujud” adalah apabila kita bersetuju atau merestui apa yang ditetapkan oleh orang lain terutama sekali apabila kita melakukannya dengan “Rela”, bukan dengan cara terpaksa. Dan itu yang saya nampak kosep dalam sistem Allah. Apabila tindakan kita melawan sistem yang sempurna yang telah dipersetujui oleh Allah maka kita sendiri akan menerima akibatnya.

    “Masjid” adalah “Ketetapan-Ketatapan” yang telah dipersetujui atau yang telah direstui oleh Allah yang harus digunapakai oleh kita atau dinamakan dalam buku Aidid Safar sebagai “Consented Decrees”.

    “Masjidil-Haram” pula ialah keseluruhan kepada apa yang telah di “Sanction” atau “sekatan-sekatan” yang telah ditetapkan oleh Allah. Ianya dimaktubkan dalam sebuah journal atau kitab yang ada pada kita sekarang. Kita diberitahu “Dimana saja kamu berada hendaklah kamu fokuskan tumpuan kamu kepada “Masjidil-Haram” atau “had-had sekatan ketetapan yang direstui”. Dimana saja kamu berada maka tumpukan perhatian kamu kearahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Kitab sesunggunhnya mereka tahu ianya adalah kebenaran dari Tuhan mereka, dan Allah tidak lalai dari apa yang mereka kerjakan.”

    Saya minta maaf kalau penjelasan ini terlalu panjang dan membosankan. Saya hanya ingin berkongsi pendapat dari apa yang saya baca dari buku Aidid Safar. Yang tidak bersetuju dengan pendapat saya tak perlulah nak naik darah.

    Simpang Lawin

    June 26, 2011 at 11:09 pm

  111. Salam Simpang Lawin,

    Terima kasih di atas perkongsian. Saya telah menyemak semula tulisan Aidid Safar mengenai “sujud” dan saya dapati saya telah terlepas pandang. Benar. Aidid Safar mentafsirkan sujud sebagai bersetuju. Dan saya juga bersetuju dengan tafsirannya selaras dengan tafsiran saya terhadap perkataan masjidilharam.

    Dalam blog ini saya mentafsirkan sujud sebagai merendah diri. Tetapi lebih baik menggunakan perkataan bersetuju atau memberi restu kerana ia lebih tepat kepada maksud yang menjadi intipati perkataan.

    Saya ingat lagi semasa saya cuba menterjemahkan perkataan “sanctioned consented decree” yang digunakan oleh Aidid Safar, saya mengambil masa berbulan sebelum mengambil keputusan menggunakan “batasan ketetapan yang direstui” kerana perkataan sanction dan consent lebih kurang saja maknanya. Mula-mula saya mahu menggunakan terjemahan “ketetapan dipersetujui yang direstui” tetapi perkataan dipersetujui dan direstui seperti dua perkataan yang berulang.

    Oleh itu saya akan menukar tafsiran perkataan sujud dengan tafsiran yang lebih jelas dan tepat iaitu bersetuju. Terima kasih tuan SL.

    tolokminda

    June 26, 2011 at 11:39 pm

  112. Salam,

    Membaca semula tulisan saya mengenai sujud, di mana saya mentafsirkannya sebagai “merendah diri” saya berpendapat ia masih tidak lari dari konotasi “bersetuju”, cuma ia tidak ternyata dengan jelas. Saya hanya melihat “sombong” yang dirujuk kepada Iblis apabila ia tidak mahu “sujud” kepada Adam. Maka saya terus nampak “sujud” sesuai ditafsirkan sebagai merendah diri kerana sombong lawannya merendah diri.

    Nampaknya ia tafsiran yang “oversimplified” kerana sombong adalah sifat yang merujuk kepada keputusan Iblis untuk tidak bersetuju atau menolak Adam dan perintah Tuhan. Dengan kata lain sombong adalah sifat yang terhasil akibat perbuatan menolak atau tidak bersetuju. Maka itu sujud sewajarnya ditafsirkan sebagai lawan kepada tidak bersetuju atau pun menolak dan bukannya lawan kepada sifat hasil dari perbuatan berkenaan.

    Saya fikir saya harus buka perkara ini kepada semua pembaca untuk berkongsi pandangan. Saya telah beri pandangan saya mengapa perkataan sujud lebih tepat ditafsirkan atau diterjemahkan sebagai “bersetuju”. Bagaimana dengan para pembaca budiman? Sebagai rujukan pendapat Aidid Safar mengenai sujud boleh dibaca di sini. Dan pendapat saya ada di sini.

    tolokminda

    June 27, 2011 at 12:11 am

  113. Salam,

    Mari kita uji.

    2:34 “Dan apabila Kami katakan kepada para malaikat: Bersetujulah kamu kepada Adam. Mereka semua telah bersetuju kecuali Iblis, dia menolak dan dia sombong dan dia adalah antara mereka yang tidak percaya”.

    Mari kita lihat konteks 2:34 dengan ayat-ayat sebelumnya pula.

    2:31 Dan Dia mengajar Adam sifat semua benda; kemudian Dia membawanya ke hadapan para malaikat dan berkata: “Beritahu kepada Aku sifat benda-benda ini jika kamu benar”.

    2:32 Mereka berkata: Pujian kepada Engkau, kami langsung tidak mempunyai pengetahuan seperti itu kecuali apa yang Engkau telah ajar kepada kami: Sesungguhnya Engkaulah yang sempurna dengan pengetahuan dan bijak.

    2:33 Dia berkata: Wahai Adam! Beritahu mereka (para malaikat) sifat-sifat mereka (benda-benda) “Apabila dia sudah memberitahu mereka, Tuhan berkata: Tidakkah Aku telah memberitahu kamu bahawa Aku mengetahui rahsia-rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?

    2:34 Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat: Bersetujulah kamu kepada Adam. Mereka semua telah bersetuju kecuali Iblis, dia menolak dan dia sombong dan dia adalah antara mereka yang tidak percaya”.

    Saya berpendapat ia sempurna sekali apabila perkataan sujud ditafsir atau diterjemahkan sebagai “bersetuju”.

    tolokminda

    June 27, 2011 at 12:47 am

  114. Salam,

    Seiringan dengan “penemuan semula” maksud perkataan “sujud” – iaitu bersetuju saya berpendapat maksud perkataan “rukuk” juga harus saya fikirkan semula. Dan hasilnya saya dapati ia adalah perkataan yang sesuai ditafsirkan sebagai “merendah diri”, Aidid Safar juga mentafsirkan “rukuk” sebagai merendah diri.

    Dengan kata lain “sujud” (bersetuju) adalah hasil apabila kita “rukuk” (merendah diri). Jika iblis menolak dan sombong, maka yang lain merendah diri dan bersetuju. Pada dasarnya begitulah kita harus menterjemah atau mentafsirkan gabungan “rukuk dan sujud”, iaitu merendah diri dan bersetuju.

    Misalnya, jika seorang saintis menemui satu pengetahuan baru yang dapat dibuktikan kebenarannya maka kita perlu merendah diri dan bersetuju. Tidak perlulah kita sombong dan menolaknya. Kerana yang dengan berbuat demikian yang rugi adalah kita juga.

    tolokminda

    June 27, 2011 at 1:06 am

  115. Salam,

    Setelah merenungkan semula tentang apa yang berlaku pada malam ini, apabila tuan SL mengutarakan kefahaman beliau tentang apa yang dimaksudkan sebagai sujud menurut pandangan Aidid Safar, saya berasa rendah diri kerana kesilapan nampaknya boleh berlaku begitu mudah apabila kita tidak benar-benar teliti dalam memahami setiap petunjuk yang terkandung dalam sesuatu ayat. Walaupun sudah ada orang yang menerangkan dengan begitu jelas pun kita masih boleh terlepas pandang.

    Saya harap saya akan menjadi seorang yang lebih teliti di masa depan. Dan saya mohon jika para pembaca budiman mendapati apa-apa yang saya kemukakan selepas ini tidak begitu tepat, di mana tuan/puan mempunyai pendapat yang dirasakan lebih baik berdasarkan apa saja alasan atau sumber, beritahulah supaya pembetulan dapat dibuat serta merta.

    Terima kasih.

    tolokminda

    June 27, 2011 at 1:15 am

  116. Saya percaya perkataan “Lil-thor-iffin-waa-ruu-kaa-‘is-su-ju-dee” dalam sura 2:125 merujuk kepada orang-orang yang “Bertekun serta merendahkan (merelakan diri) mempersetujuinya”.

    Apabila Bani Israel diminta untuk percaya kepada Kitab yang diturunkan kepada nabi terakhir dalam surah 2:40-43 saya dapati mereka diminta supaya merendahkan diri (humble) atau merelakan diri untuk berkomited kepada ketetapan-ketetapan didalamnya. Dalam ayat 2:43 perkataan ini diguna sebanyak dua kali “War-ka’u-maa’aal-ro-kee-‘ain” atau Rendahkan diri mu bersama-sama orang yang merendahkan diri” (humble yourself with those who are humble”). Atau kita juga boleh berkata “Relakan diri kamu bersama-sama orang yang merelakan diri mereka” untuk bersetuju.

    Saya berpendapat ianya hanyalah satu terminologi yang boleh memberi maksud yang sama. Ini hanya pendapat saya dan saya anggap apa yang kita lakukan hanyalah untuk mempermudahkan kefahaman mesej Al Quran daripada fahaman yang dipengaruhi oleh agama-agama Yahudi dan Kristian atau kitab-kitab hadis yang cenderong membina agama tersusun yang menjadi penghalang manusia kepada jalan Allah.

    Simpang Lawin

    June 27, 2011 at 1:28 am

  117. 4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka setuju (sujud), hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.

    17:107. Katakanlah, “Percayalah kepadanya, atau tidak mempercayai; orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersetuju (bersujud),

    Kebanyakan perkataan Sujud amat sesuai diterjemahkan sebagai Setuju termasuklah pada ayat di atas. Namun bagaimana dengan ayat ini? Mungkin TM ada penjelasannya.

    50:40. Lafazlah sanjungan-Nya pada malam hari, dan pada hujung-hujung setuju (sujud).?

    syurgaminda

    June 27, 2011 at 1:50 am

  118. Salam SL,

    Saya setuju dengan tuan. Saya melihat salah satu masalah yang saya hadapi dalam penterjemahan adalah mencari perkataan atau terminologi yang sesuai. Perbendaharaan kata bahasa Melayu pada umumnya jauh kekurangan berbanding bahasa Al-Quran.

    Saya melihat ayat-ayat Al-Quran sebenarnya mengandungi perkataan-perkataan yang bersifat “sofistikated”. Bagi mereka yang tidak tahu berbahasa Arab, pilihan terbaik buat masa sekarang adalah mendapatkan terjemahan bahasa Inggeris kerana perbendaharaan kata bahasa Inggeris pada pandangan saya sudah setanding dengan bahasa Al-Quran.

    Sebagai seorang yang tidak tahu berbahasa Arab, saya bersyukur kerana saya tidak buta bahasa Inggeris walaupun mungkin tidak menguasainya sebaik orang lain. Kalau tidak kerana saya celik bahasa Inggeris tentu saya tidak terdedah kepada pandangan-pandangan yang lebih bebas dalam hal “agama’. Bahasa Inggerislah yang telah banyak membantu saya keluar dari tafsiran Al-Quran yang “standard”.

    Sebab itulah jika tuan perhati terjemahan yang saya kemukakan dalam blog ini biasanya tidak diambil terus dari mana-mana terjemahan sedia ada bahasa Melayu. Saya terjemahkan semula dari terjemahan bahasa Inggeris. Saya dapati semua terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu terlalu sarat dengan pengaruh hadis sehinggakan intipati mesej asalnya langsung tenggelam.

    Tidak keterlaluan jika saya katakan hampir tidak ada bahan atau sumber berbahasa Melayu yang kita boleh harap untuk membantu kita nampak mesej-mesej Al-Quran dengan tafsiran yang jernih. Jika keadaan ini berterusan – di mana umat Melayu hanya terdedah kepada bahan-bahan bacaan agama dalam bahasa mereka – tidak mungkin umat Melayu dapat keluar dari kepompong penyelewengan.

    tolokminda

    June 27, 2011 at 2:02 am

  119. Salam Syurgaminda,

    Benar. Nampaknya memang menjadi jelas mesej Tuhan dalam 4:102 dan 17:107 apabila perkataan sujud diterjemahkan sebagai “bersetuju”. Sangat indah dan mudah. Saya masih berasa amat seronok dengan kefahaman yang baru saya temui untuk perkataan rukuk dan sujud. Saya fikir tuan SM dan para pembaca lain juga berasa begitu. Jadi untuk ayat 50:40 marilah kita sama-sama mencari maksudnya.

    tolokminda

    June 27, 2011 at 2:22 am

  120. Saya bersetuju dengan TM tentang kelemahan bahasa kita. Malangnya ada diantara orang-orang Melayu sendiri yang mengambil kesempatan ini untuk membelenggu pemikiran orang-orang lain dengan tujuan untuk menindas dan memecah-belahkan perhubungan harmoni bangsa mereka sendiri dan bermusuh-musuhan dengan bangsa-bangsa lain yang berkongsi bumi Allah ini.

    Ini berlaku apabila orang-orang Melayu mula cenderong kepada agama yang diasaskan oleh orang-orang Arab dengan sekolah-sekolah Arab, sekolah-sekolah agama, institusi-institusi agama, jabatan-jabatan agama dan lain-lain.

    Bangsa Melayu sebelum didedahkan kepada agama, mereka adalah satu kaum yang penuh dengan sopan santun, mempunyai budi bahasa yang tinggi, identiti tersendiri, adat dan budaya mulia yang senang diterima oleh kaum-kaum lain. Tetapi kesemua nilai-nilai murni ini telah dihapus oleh orang-orang agama yang menceduk kepercayaan mereka dari bangsa Arab. Baju kebaya dan selendang terus lesap dari bangsa Melayu. Adat dan budaya seperti joget lambah, pesta-pesta kenduri kahwin dan semangat gotong royong menyambut sesuatu perayaan lenyap sama sekali. Pergaulan bebas diantara pemuda-pemuda dan penuntut-penuntut Melayu, India dan Cina seperti keluarga makin pupus hari demi hari. Perkataan keramat yang membelenggu pemikiran orang-orang Melayu ialah “Haram” yang diperdagangkan oleh orang-orang agama.

    Orang-orang agama yang menjadi punca kegagalan orang-orang melayu ini juga mengambil kesempatan untuk terus memperbodohkan kaum mereka sendiri apabila mereka sengaja tidak terjemahkan perkataan-perkataan Arab seperti “Islam”, “Rukuk”, “Sujud”, “Takbir”, “Azan”, “haji”, “Zakat” seolah-olah perkataan-perkataan ini tidak boleh diterjemahkan lansung kepada bahasa Melayu. Pada pendapat saya, apa saja perkataan samada dalam bahasa Russia, German, Arab, Ingeris atau Hebrew kesemua boleh diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Sekurang-kurang ianya dapat diterjemahkan kepada maksud yang paling logik atau yang hampir-hampir serupa dengan apa yang dimaksudkan dari bahasa asalnya. Jangan pula kita cuba terjemahkan perkataan seperti “Perhgelangan Kaki” kepada “Rumah Allah” (jauh lari maksudnya tu).

    Kepada syurgaminda saya percaya kalau saudara cuba terjemahkan ayat 50:40 secara lafaziah, saya pasti suadara akan dapat merumuskan jawapan yang boleh masuk akal. Apa yang saya faham “Wa-min” (dan dari) “lai-li” (malam) “fa” (maka) “Sab-bih-huu” (sanjungilah Dia) “Wa-ad-bara” (dan sesudah) “Suju-dee” (mempersetujinya). Saya percaya syurgaminda boleh merumuskan sendiri maksudnya.

    Simpang Lawin

    June 27, 2011 at 4:03 am

  121. Salam. Brilliant discussion by TM and gang! Open and matured.

    One

    June 27, 2011 at 8:54 am

  122. Terima kasih SL. Setelah saudara menterjemahkan secara lafaziah ayat 50:40, saya nampak logiknya berbanding terjemahan sebelum ini.

    syurgaminda

    June 27, 2011 at 10:17 am

  123. Salam SL,

    Saya amat bersetuju dengan pandangan tuan tentang perubahan negatif paradigma Melayu dari sebuah masyarakat yang terbuka menjadi sebuah masyarakat yang tertutup dan jumud. Saya juga setuju bahawa dalam menterjemah atau mentafsirkan Al-Quran sepatutnya tidak ada perkataan yang harus dibiarkan dalam bahasa asalnya, kita perlu menterjemahkan semua perkataan dalam bahasa kita sendiri.

    Dengan segala macam institusi yang diberi kuasa dan peruntukan untuk mendoktrin dan mengawal segala kepercayaan dan tingkah laku kita supaya selaras dengan “nilai-nilai agama orang Arab”, saya berasa cabaran untuk memulihkan bangsa Melayu memang besar. Bayangkan anak sekecil baru mengenal perkataan pun sudah tidak diberi kebebasan lagi.

    Oleh itu saya berpendapat pilihan yang terbaik yang kita ada buat masa ini adalah untuk memanfaatkan sepenuhnya platform internet dan berkongsi secara aktif seperti apa yang kita lakukan sekarang. Selepas itu kita serahkan usaha dan keyakinan kita kepada Tuhan. Kerana sesungguhnya hanya Dialah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

    tolokminda

    June 27, 2011 at 11:44 am

  124. Salam,

    Tuan TM dan saudara-saudara yang berusaha. Saya mohon dan berdoa pada Tuhan Yang Pengasih, Penyayang, bijaksana …….. Semoga saudara-saudara kalian sentiasa dikurniakan kesihatan, semangat tinggi, kesabaran, ketabahan, daya saing, sejahtera dan kebijaksaan …….. agar sentiasa segar dan cerdas untuk meneruskan usaha yang murni ini – demi kesejahteraan dan survival bangsa dan kaum lemah dan mundur, yang telah didoktrin dan dikawal segala kepercayaan dan tingkah laku mereka supaya selaras dengan “nilai-nilai agama orang Arab”, – demi kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia dan Alam Semesta ini.

    Semoga segala usaha murni dan ikhlas saudara-saudara yang saya kasehi, diperkenankan dan direstuiNya. Bagi pihak diri saya – saya berusaha menarik sesiapa sahaja yang dalam jangkauan saya supaya berpeluang mengikuti dan berkongsi pendapat dalam blog tuan dan yang seumapanya.

    Terima kasih.

    Jagundul

    June 27, 2011 at 7:28 pm

  125. Salam,

    Semakin banyak perbincangan seperti ini, kita makin memahami sesuatu ayat dan perkataan yang diubah maknanya oleh golongan-golongan penyekutu Tuhan. Sedikit sebanyak, ianya menuju ke arah logik atau masuk akal berbanding sebelum ini.

    Perbincangan dengan mengutarakan pendapat masing-masing harus diteruskan seperti ini meskipun kadang-kadang kita kekeringan idea. Jangan takut untuk mengemukakan komen. Salah atau tidak, bergantung kepada penilaian individu.

    syurgaminda

    June 28, 2011 at 9:43 am

  126. Salam,

    1- Saya bersetuju dengan kumpulan “linguistic” di atas.
    2- Apa yg diutarakan oleh mereka ada asas dan logiknya.
    3- Tuan Juang tidak perlu berburuk sangka dgn sifat “pembangkang” mereka.
    4- Mari kita analisis bersama dari sudut “linguistic”
    5- Perkataan yg dibincangkan adalah “سجد”.
    6- Terdiri dari huruf Sin-Jim-Dal bukan Sin-Jim-Dhad sebagaimana yg MG tulis.
    7- Contoh: perkata sapu, jika ditambah “pe” ianya akan jadi penyapu.
    8- Perkataan sapu dan penyapu tidak jauh lari maknanya.
    9- Menurut TM dan the gang perkataan “sin-jim-dal” boleh diertikan dengan “setuju”
    10- Kemudian jika ditambah huruf “mim” iaitu “مسجد” maknanya menjadi ketetapan.
    11- Dari perkataan “setuju” kepada perkataan “ketetapan” perlu dinilai dgn teliti.
    12- Ini yang mungkin diragui gang linguistic.
    13- Bahasa mempunyai perkembangannya tersendiri.
    12- Bahasa juga bukan semudahnya boleh terbentuk secara tiba2.
    14. Bolehkah saya menyebut perkataan “ayam” dengan maksud “sujud” secara tiba2?
    15. Pada hari ini saya rasa “ayam” membawa maksud “kipas”
    16. Perubahan bahasa tidak boleh berlaku secara tiba2.
    17. Kemudian mari kita tengok konteks ayat Al-Quran 22:40

    “Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, NESCAYA RUNTUHLAH TEMPAT-TEMPAT PERTAPAAN SERTA GEREJA-GEREJA (KAUM NASRANI), DAN TEMPAT-TEMPAT SEMBAHYANG (KAUM YAHUDI), DAN JUGA MASJID-MASJID (ORANG ISLAM) YANG SENTIASA DISEBUT NAMA ALLAH banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

    18- Perkataan masjid disini didahului dengan gereja, kuil sembahyang kaum yahudi dan seterusnya Allah menyebut masjid.
    19. Allah menyebutkan nama binaan tempat ritual agama lain dahulu sebelum menyebut tempat ritual orang Islam.
    20. Kesimpulannya: apa yg diperjuangkan oleh Somali, Cosmo, Suraya dan geng2 linguistic tersebut memang ada asas dan logiknya.
    22. Dari sudut bahasa ada asasnya, dari sudut logik juga sesuai.
    21. Bukankah logik terjemahan ini seperti yg syurgamminda sarankan?

    Maaf panjang sikit kali ni.

    Xenon

    June 28, 2011 at 5:25 pm

  127. Salam,

    + Setuju dengan Xenon.
    + Ayat Quran 22:40 tersebut logik dari sudut makna masjid.
    + Malah dari sudut susunan ayat juga kena.
    + Mula2 Allah sebut gereja- kemudian kuil yahudi- kemudian masjid.
    + Kesemua tiga nama tersebut menunjukkan binaan.
    + Malah binaan yg menurut turutan.
    + Jadi terjemahan sebagai masjid juga logik.
    + Kita semua mahukan tafsiran yg logik bukan?! 😉
    + Mudahkan?! 😉

    Suraya

    June 28, 2011 at 5:44 pm

  128. Xenon,

    Silap saya. Sepatutnya saya gunakan keyboard huruf Arab. Tapi tak jadi masalah kalau ada sesiapa nak perbetulkan. Thanks. Tetapi anda dan Cik/Puan Suraya terlepas pandang satu lagi ayat Al-Quran mengenai masjid.

    Tuhan menyeru Bani Israel masuk ke dalam masjid di (17:4-7). Jika masjid ialah satu binaan, mengapa pula Tuhan nak gantikan dengan kuil yahudi untuk Bani Israel di (22:40)?

    Pada pendapat saya, ‘masuk ke dalam masjid’ di (22:40) merupakan satu perumpamaan atau metafora masuk ke dalam satu parameter kerohanian dibandingkan dengan kuil yahudi dan gereja yang melambangkan sistem agama yahudi dan kristian yang telah menyimpang jauh dari ajaran sebenar rasul-rasul mereka.

    Ayat (22:40) lebih kurang beginilah (pada pendapat saya), “Apakah lebih baik bagi Ah Chong masuk ke dalam Kuil Batu Caves atau Gereja St. Petersburg atau masuk ke dalam Islam?”

    Dalam konteks ayat (22:40) masuk ke dalam gereja boleh ditafsirkan sebagai mengikut agama Kristian dan masuk ke dalam kuil yahudi bermaksud mengikut agama Judaism. Kedua-dua agama ini telah sesat menyimpang jauh dari ajaran rasul-rasul mereka.

    Dari Al-Quran, (17:4-7) boleh disimpulkan bahawa masjid telah wujud sejak zaman Nabi Musa lagi. Tapi bila dibandingkan (22:40) dengan (17:4-7) saya simpulkan bahawa masjid bukanlah satu binaan melainkan satu parameter kerohanian yang telah diajar oleh semua rasul-rasul kepada kaum mereka.

    Gereja dan kuil yahudi dalam (22:40) menggambarkan agama kristian dan yahudi yang telah menyimpang jauh dari ajaran Tuhan yang sebenar iaitu masuk ke dalam satu parameter kerohanian seperti yang pernah diseru kepada mereka sebelum itu (17:4-7). 🙂

    Mat Guyver

    Mat Guyver

    June 28, 2011 at 6:41 pm

  129. Memang mudah jika menafsirkan sebahagian ayat2 Al-Quran secara tradisional tetapi dalam masa yang sama mengabaikan ayat-ayat Al-Quran lain yang mengandungi perkataan yang sama. 🙂

    Mat Guyver

    Mat Guyver

    June 28, 2011 at 6:47 pm

  130. Salam

    Ya, itu dia… hidup macgyver eeeh matgyver!!! 🙂

    Jebon

    June 28, 2011 at 6:49 pm

  131. Maaf pembetulan,

    (22:40) tidak menyebut Tuhan menyeru masuk ke dalam masjid. Saya cadangkan TM buka satu posting baru untuk perbincangan lanjut mengenai perkataan masjid dalam konteks (22:40) dan (17:4-7).

    Saya dah keliru antara tajuk perbincangan dengan komen-komen di sini.

    Mat Guyver

    Mat Guyver

    June 28, 2011 at 6:52 pm

  132. Walau apa pun kesilapan saya dalam komen di atas, masjid bukan satu binaan jika kita bandingkan konteks perkataan masjid di (17:4-7) dan (22:40)

    Mat Guyver

    Mat Guyver

    June 28, 2011 at 6:57 pm

  133. Saya tulis semula komen saya di atas:-

    Xenon,

    Silap saya. Sepatutnya saya gunakan keyboard huruf Arab. Tapi tak jadi masalah kalau ada sesiapa nak perbetulkan. Thanks. Tetapi anda dan Cik/Puan Suraya terlepas pandang satu lagi ayat Al-Quran mengenai masjid.

    Tuhan menyeru Bani Israel masuk ke dalam masjid di (17:4-7). Jika masjid ialah satu binaan, mengapa pula Tuhan nak gantikan dengan kuil yahudi untuk Bani Israel di (22:40)?

    Pada pendapat saya,perkataan gereja, kuil yahudi dan masjid di (22:40) merujuk kepada orang2 Nasrani (yang telah menyeleweng mencipta agama Kristian), orang2 Yahudi (telah menyeleweng mencipta agama Judaism) dan pengikut Muhammad yang munafik (yang berpura-pura berada di dalam masjid- satu parameter kerohanian seperti yang diajar nabi dan rasul terdahulu seperti Bani Israel yang diseru masuk ke dalam masjid pada (17:4-7).

    Jika anda menafsirkan masjid kepada suatu binaan tempat ibadat orang2 ‘Islam’, ianya sangat kontradiks dengan (17:4-7) di mana Tuhan menyeru Bani Israel masuk ke dalam Masjid. Masjid ialah satu parameter kerohanian yang diajar semua nabi dan rasul kepada kaum masing-masing seperti Bani Israel yang diseru masuk ke dalam masjid pada ayat (22:40).

    Saya baru sedar bahawa ayat-ayat Al-Quran telah di’design’ dengan satu sistem anti-penyelewengan (bukan Kod 19) oleh Tuhan Yang Bijaksana di mana Tuhan tahu bahawa golongan munafik akan cuba menyelewengkan ayat-ayat Al-Quran. Terdapat sebahagian ayat ditulis dalam bentuk perumpamaan agar golongan munafik boleh memanipulasikan tafsiran dan terjemahannya tetapi jika kita bandingkan dengan ayat-ayat lain, kita boleh nampak maksud sebenar sesuatu perkataan itu walaupun dalam 2 konteks ayat yang berbeza.

    Mat Guyver

    Mat Guyver

    June 28, 2011 at 7:44 pm

  134. Xenon menulis:
    3- Tuan Juang tidak perlu berburuk sangka dgn sifat “pembangkang” mereka.

    “Orang berbudi kita berbahasa.”
    TM berusaha memulakan artikelnya dengan konotasi yang baik. Seharusnya jika ada yang tidak bersetuju dengan beliau dapat menyampaikan bangkangan dengan cara yang baik juga. Dari situ kita menilai seseorang itu benar-benar ikhlas berbincang atau tidak.

    Berkenaan perkataan “sujud”, saya menghargai cadangan saudara Simpang Lawin (SL) yang mengutarakan maksud “sejutu”. Namun apabila saya uji dengan ayat seperti;

    13:15. Kepada Allah bersetuju (sujud) segala yang di langit dan bumi, dengan rela atau membenci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.

    …saya tidak mencapai erti yang memuaskan. Setuju secara langsung bermakna seseorang rela tetapi dalam ayat 13:15, yang tidak rela (membenci) juga bersetuju. Jadi macam ada percanggahan di situ.

    41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu bersetuju (sujud) kepada matahari dan bulan, tetapi setujulah (sujudlah) kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

    Kalau dilihat konteks ayat 41:37 seolah-olah matahari, bulan dan Allah mencadangkan sesuatu, maka kita diminta supaya bersetuju dengan Allah sahaja.

    27:24. Aku mendapati dia dan kaumnya bersetuju (sujud) kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia menghalangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak mendapat petunjuk,

    Juga ayat 27:24 menunjukan seolah-olah matahari mencadangkan sesuatu, maka satu kaum itu bersetuju dengan matahari.

    Saya fikir patuh lebih sesuai untuk diertikan bagi perkataan sujud kerana “ketetapan” (masjid) lebih sesuai dikaitkan dengan patuh sedangkan “cadangan” barulah sesuai dikaitkan dengan setuju.

    Lagi satu, bila kita melihat kemurkaan Allah kepada iblis, sudah pasti kerana ketidakpatuhannya. Selalunya kalau tidak bersetuju, tidaklah sampai boleh mendatangkan marah. Contohnya kalau anak kita tidak setuju dengan cadangan kita, takkanlah kita nak marah dia? Tetapi kalau anak kita tidak patuh dengan cakap kita, memang kita akan marah padanya.

    Berkenaan ayat 22:40, sebelum perkataan “masjid”, adanya perkataan “salawat”. Dalam ayat Al Quran yang lain, “salawat” tidak diterjemahkan sebagai tempat sembahyang orang Yahudi, tetapi satu bentuk bukan fizikal. Jadi seperti itulah perkataan masjid juga bukannya satu bentuk fizikal. Saya fikir, perkataan yang diterjemahkan sebagai biara dan gereja dalam ayat 22:40 itu juga tidak bermaksud satu bangunan fizikal. Mungkin di lain topik, kita boleh bincangkan ayat 22:40 dengan lebih lanjut.

    Apa-apa pun semakin banyak pendapat, perbincangan semakin menarik. Syabas semua yang ikhlas berkongsi pandangan.

    Juang

    June 28, 2011 at 8:36 pm

  135. Salam semua,

    Saya telah semak ayat 22:40. Saya tidak percaya bahawa ayat berkenaan mengandungi perkataan yang merujuk kepada “rumah-rumah ibadat” golongan yang beragama. Misalnya perkataan “solawaatun” dalam ayat 22:40 diterjemahkan sebagai “kuil Yahudi” atau synagogue.

    Dalam 2:157 perkataan “solawaatun” telah diterjemahkan sebagai “blessings”/keberkatan/rahmat dan seumpamanya. Jauh lari tu. Macam kambing dengan kapal laut. Synagogue = Blessing? Mana ada jalan?

    Saya berpendapat “solawaatun” bermaksud jaminan-jaminan atau assurances. Perkataan “solawaatun” jelas berhubungkait dengan perkataan solaa iaitu komitmen. Memberi jaminan merupakan satu bentuk komitmen juga.

    2:157 Begitulah mereka yang mendapat jaminan-jaminan dari Pemelihara mereka dan dan belas kasihan. Dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

    Berikut adalah terjemahan terbaik yang saya dapat fikirkan untuk 22:40.

    22:40 Mereka yang telah dihalau dari rumah mereka secara tidak adil hanya kerana mereka berkata: Pemelihara kami adalah Tuhan. Dan jika tidak kerana Tuhan menghapuskan sebahagian manusia melalui yang lain, pengecualian-pengecualian dan urusan-urusan perniagaan dan jamiman-jaminan dan ketetapan-ketetapan yang direstui di mana nama Tuhan sering disebut di dalamnya tentu sudah dimusnahkan. Tuhan akan memberi kemenangan kepada mereka yang menyokongNya. Tuhan Berkuasa, Terhormat.

    Saya buka untuk perbincangan.

    tolokminda

    June 28, 2011 at 9:23 pm

  136. Nice job Tolokminda,

    Al-Quran terjemahan yang saya gunakan banyak sangat penyelewengan. Nampaknya saya perlu rujuk banyak terjemahan Al-Quran di internet. Komen-komen saya yang menjawap hujah Xenon mengenai perkataan kuil yahudi dan gereja di (22:40) terbatal sama sekali.

    Mat Guyver

    June 28, 2011 at 9:47 pm

  137. 9- Menurut TM dan the gang perkataan “sin-jim-dal” boleh diertikan dengan “setuju”
    10- Kemudian jika ditambah huruf “mim” iaitu “مسجد” maknanya menjadi ketetapan.
    11- Dari perkataan “setuju” kepada perkataan “ketetapan” perlu dinilai dgn teliti.

    Salam Xenon,

    Begini. sim-jim-dal pada dasarnya bermaksud setuju. Apabila disebut “masjid”, maksudnya berubah menjadi subjek yang disetuju. Sama dengan apa yang berlaku dengan perkataan “uktub” yang bermaksud “tulis”. Apabila disebut “maktub” ia berubah maksud menjadi “teks yang tertulis”.

    tolokminda

    June 28, 2011 at 9:59 pm

  138. Salam

    Ya, itu dia… hidup tolok hujan eeeh tolokminda !!! 🙂

    Jebon

    June 28, 2011 at 10:17 pm

  139. Salam MG dan Jebon,

    Untuk terjemahan 22:40 yang saya kemukakan itu, saya belum berpuashati dengan perkataan “sawamiAAu” yang saya terjemahkan sebagai “pengecualian-pengecualian”. Pada dasarnya saya melihat perkataan itu berakar dari perkataan “saum” atau “puasa”. Saya harap para pembaca semua sama-sama berusaha mencari jawapan yang tepat.

    tolokminda

    June 28, 2011 at 10:36 pm

  140. Salam,

    Untuk memudahkan pencarian kita, biar saya kongsi apa yang saya nampak.

    Keempat-empat perkara yang sebut dalam 22:40 – sawamiAAu, wabiyaAAun, wasalawatun, wamasajidu – merupakan perkara-perkara yang Tuhan telah benarkan ke atas manusia. Ia ada kaitan dengan suruhan berpuasa, kebenaran berniaga, jaminan-jaminan yang telah Tuhan beri dan juga ketetapan-ketetapan yang telah direstui. Semua perkara ini sebenarnya telah Tuhan jelaskan satu persatu di dalam Quran.

    Tuhan kata, tidak ada gunanya perkara-perkara itu kalau tidak kerana manusia itu diuji di antara sesama mereka. Maknanya keempat-empat perkara yang Tuhan sebut dalam 22:40 itu boleh menjadi alat yang berkesan dalam membina hubungan yang aman di antara sesama manusia. Jadi amat penting kita faham apakah sebenarnya perkara-perkara berkenaan. Itu yang saya nampak.

    tolokminda

    June 28, 2011 at 10:55 pm

  141. Salam,

    Berikut ialah terjemahan dari Google Translate berkaitan ayat (22:40):-

    Bahasa Melayu:-

    “Dicabut dari rumah mereka tidak adil hanya kerana mereka percaya kepada Tuhan dan umat Tuhan tidak membayar antara satu sama lain untuk silo telah dirobohkan, gereja, rumah-rumah ibadat dan masjid di mana nama Tuhan begitu banyak dan sokongan Allah yang menyokong beliau bahawa Tuhan adalah kuat Aziz.”

    English:-

    “Uprooted from their homes unjustly only because they believe in God and God’s people do not pay each other for the silos were demolished, churches, synagogues and mosques in which the name of God so much and support Allah who supports him that God is strong Aziz.”

    Teks asal dalam bahasa Arab:-

    الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

    Boleh copy perkataan-perkataan Arab yang meragukan anda dan paste ke dalam Google Translate.

    Mat Guyver

    June 28, 2011 at 11:06 pm

  142. Salam MG,

    Hahaha…

    Saya berpendapat kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kamus atau Google translate. Seperti yang tuan kata di komen sebelum ini, Al-Quran sebenarnya ditulis lengkap dengan mekanisme “anti penyelewengan” terbina dalam. Sesiapa yang benar-benar membaca Al-Quran dengan teliti akan dapat melihat apa-apa penyelewengan yang cuba diutarakan kepada mereka. Begitulah keindahan dan kesempurnaan Al-Quran.

    tolokminda

    June 28, 2011 at 11:16 pm

  143. Betul juga, Google Translate tidak bertanggungjawab menentukan kesahihan semua perkataan dalam sesuatu bahasa. Tak banyak membantu.

    Saya ada beli satu software untuk Ipad iaitu Holy Quran ada fungsi terjemahan pelbagai bahasa. Mahal sebab beli dari appstore. Dan masalahnya ialah terjemahan (22:40) dalam English dan Bahasa Indonesia ada disebut perkataan kuil yahudi dan gereja nasrani. Terjemahan bahasa ‘Parghis’ pun ade tapi saya tak tahu bahasa Perancis.

    Dalam kindle saya pun macam tu jugak.

    Ingatkan pakai Al-Quran digital boleh membantu tapi teknologi komputer tidak membantu menentukan kebenaran terjemahan sesuatu ayat Al-Quran ke bahasa lain kerana programnya di buat oleh tangan manusia.

    Cis……..saya fikir kaedah terbaik untuk mencari terjemahan sebenar Al-Quran ialah dengan berbincang di internet secara terbuka.

    Boleh tak saudara TM translate satu-persatu perkataan dalam (22:40) sebab terjemahan (22:40) yang saya ada sekarang sangat panjang tapi bila bandingkan dengan teks Arab, pendeklah pulak.

    Mat Guyver

    June 28, 2011 at 11:36 pm

  144. Dalam Al Quran ada sebut, jika ia bukan datang daripada Tuhan, pasti kita akan jumpa percanggahan yang banyak. Maknanya, mekanisme yang memelihara Al Quran daripada penyelewengan adalah ayat-ayatnya berkait-kait.

    Kita boleh mengesan wujudnya penyelewengan maksud bila guna kaedah silang-menyilang di antara ayat-ayat Al Quran. Jika wujudnya erti yang lintang-pukang bila sesuatu perkataan itu diterjemahkan dengan sesuatu maksud, itu menunjukkan ia bukannya terjemahan yang betul. Sehingga kita jumpa maksud yang secocok dengan semua ayat-ayat Al Quran yang mengandungi perkataan tersebut, barulah terjemahan itu boleh diterima.

    Macam perkataan “salawat” dalam ayat 22:40 jika diterjemahkan sebagai tempat sembahyang Yahudi, pasti tidak masuk akal kerana dalam ayat lain yang mempunyai perkataan “salawat” tidak sesuai diterjemahkan sebagai tempat sembahyang Yahudi. Jadi yang terjemahkan sebagai kuil Yahudi, sudah pasti itu bukan datangnya daripada Tuhan. Kita kena berusaha mencari maksud yang menjadikan ayat-ayat Al Quran tidak bercanggah antara satu sama lain.

    Juang

    June 28, 2011 at 11:41 pm

  145. Terjemahan (2:157) di Google Translate:-

    “Those prayers for them from their Lord and mercy, and those are the rightly guided.”

    Terjemahan (22:40) di Google Translate:-

    “Uprooted from their homes unjustly only because they believe in God and God’s people do not pay each other for the silos were demolished, churches, synagogues and mosques in which the name of God so much and support Allah who supports him that God is strong Aziz.”

    Kahkahkahkah………beza macam langit dengan Bumi. Saya fikir semua ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan melalui Google Translate mempunyai satu terjemahan khas tanpa mengikut kaedah word by word.

    Mesti ada pihak yang nak tegakkan benang basah.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    June 28, 2011 at 11:54 pm

  146. Salam MG,

    Kalau nak terjemahan perkataan demi perkataan layari saja corpus.quran.com. Misalnya untuk 22:40 ini linknya http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=22&verse=40.

    Bagi saya ia boleh membantu. Cuma kita perlulah berhati-hati dan tidak mudah menerima bulat-bulat terjemahan bagi setiap perkataan kerana kita tahu di situlah penyelewengan biasa berlaku.

    tolokminda

    June 28, 2011 at 11:58 pm

  147. Seperti yang MG katakan, sekarang ini untuk mencari terjemahan Al Quran yang betul-betul kurang dipengaruhi terjemahan silam, ada baiknya melalui cara perbincangan sebegini. Dengan cara ini kita lebih dinamik (kerana kita sentiasa terbuka mendengar hujah-hujah yang lebih baik) dan tidak statik dengan kepercayaan tradisi.

    Google translate pun tidak betul-betul menterjemah mengikut perkataan demi perkataan tetapi telah diprogram menurut satu ketetapan yang belum tentu direstui Tuhan (sebab menjadikan ayat-ayat Al Quran bercanggahan).

    Juang

    June 29, 2011 at 12:03 am

  148. Salam Juang,

    Saya setuju. Memang inilah cara yang terbaik untuk memahami Al-Quran bebas dari sebarang pengaruh yang menyeleweng. Kita boleh gunakan apa saja rujukan untuk membantu tetapi akhirnya kita perlu memastikan kefahaman kita lulus diuji dengan Al-Quran itu sendiri.

    tolokminda

    June 29, 2011 at 12:21 am

  149. TM,

    Link yang tuan bagi tu pun banyak menipu. Solawatun diterjemah kepada ‘synagogues’. Bagi saya, walaupun Google Translate tidak 100% tepat tetapi at least boleh digunakan untuk mengesan penipuan terjemahan ayat-ayat Al-Quran seperti yang saya buat berkaitan (2:157) dengan (22:40).

    Google Translate telah diprogramkan untuk mengesan sebarang ayat-ayat Al-Quran dan menterjemahkannya mengikut terjemahan pihak-pihak tertentu tidak dengan kaedah word by word.

    Hehehehehe………..makin seronok rasanya apabila kebohongan mereka mula timbul satu – persatu. Good job. Teruskan usaha anda semua. Saya ada perkara lebih penting nak disiapkan.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    June 29, 2011 at 12:27 am

  150. Salam TM & MG,

    Dengan penemuan perkataan salawat dalam ayat 22:40, ia menguatkan lagi bahawa masjid juga bukannya rumah ritual. Saya berpuas hati dengan terjemahan TM untuk ayat 22:40 kerana masuk akal.

    Benar kata MG, dengan terbongkarnya kebohongan sesuatu tafsir/terjemahan, rasa seronok mengkaji Al Quran semakin dirasai. Sebab itulah kita tak jemu2 membincangkannya biarpun tidak dibayar upah oleh manusia. Kepuasan dapat mencari jawapan yang KUKUH itu upah daripada Tuhan supaya kita hidup dengan tenang dan tanpa was-was lagi (cheee…macam iklan ubat pulak 🙂 )

    Juang

    June 29, 2011 at 1:17 am

  151. Saya ingin membuat komen sikit tentang 41:37 dan 27:24 dengan fahaman kita tentang “Sujud Kepada” matahari dan “Sujud Kepada” bulan dan “Sujud Kepada” Allah.

    Apa yang saya ingin katakan ialah tentang perkataan “Li” sebelum perkataan “Syam-si” dan “Qamar-ri”. Saya harap kita semua dapat baca ayat 72:18 dan membuat keputusan sendiri samada terjemahan “Li” sebagai “Kepada” sesuai atau tidak. Yang saya faham (orang lain jangan terpengaruh dengan pendapat saya) tentang ayat 72:18:

    “Dan sesungguhnya kesemua ketetapan-ketetapan yang dipersetujui adalah “Untuk” Allah (Lil-Lah) – dengan itu, janganlah kamu seru bersama Allah sesuatu apa pun.” (72:18)

    Siang dan malam itu adalah tanda-tanda Allah. Jadi kalau ada orang cuba memujuk kita untuk mengabdikan diri kepada tanda-tanda besar ini (yang menjadikan dunia kita gelap dan terang), maka janganlah pula kita “bersetuju” mengabdikan diri kita untuk tanda-tanda Allah ini sebagi tuhan. Ibrahim dah try, tapi apabila dia mula mengunakan akalnya, dia give-up sambil berdoa “Sesungguhnya sekiranya Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, tentu aku akan termasuk dari kaum yang tersesat.” (6:77)

    Setelah beberapa lama membaca Quran saya dapati kebanyakan terjemahan bukan saja telah selewengkan maksud perkataan-perkataan biasa, malahan huruf-huruf “prefixes” dan “suffixes” sebelum dan sesudah sesuatu perkataan itu juga telah diselewengkan maksudnya untuk tujuan kepercayaan agama Arab, misalnya “Bi”, “Min”, “Fi” dan “Li”.

    Tetapi Allah lebih awal tahu tentang tujuan jahat ini lalu kesemua penterjemah-penterjemah tidak dapat elak malainkan mereka terpaksa menterjemahkan dengan betul pada ayat-ayat yang tidak ada kaitan dengan unsur-unsur keagamaan. Lebih banyak mereka seleweng maksud ayat-ayat Allah, lebih banyak percanggahan yang boleh kita soal.

    Kebanyakan terjemahan bahasa Ingeris mula dengan “In the Name Of God” apabila mereka terjemah perkataan “Bis-mil-lah”. Prefix “Bi” bagi perkataan ini sebenarnya ialah “With” atau “Dengan”, bukan “In” atau “Dalam”. Itu hanya cuma satu contoh sahaja.

    Simpang Lawin

    June 29, 2011 at 6:15 am

  152. Saya ingin membuat tambahan sedikit. Sekiranya sujud itu adalah perbuatan fisikal, bagaimana manusia boleh bersujud “kepada” matahari dan bulan sedangkan planet-planet ini sentiasa bergerak dalam orbit.

    “Dan matahari bergerak dengan peredarannya. Demikianlah ditentu Maha Perkasa. Dan bulan telah tentukan pergerakannya sehingga ia kembali seperti tandan yang tua. Tidaklah matahari mungkin baginya mendahului bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Dan masing-masing dalam garis edaran orbit.” (36:38-40)

    Diwaktu mana kita dapat peluang menghadapkan sujud kita kepada matahari dan bulan ini?

    Kalau matahari sedang terpacak atas kepada kita, bagaimana posisi sujud kita?

    Simpang Lawin

    June 29, 2011 at 11:39 am

  153. Salam SL,

    Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang amat berguna. Saya merasakan amatlah penting untuk kita mempunyai peserta perbincangan yang tahu berbahasa Arab dan sanggup bersikap objektif serta amanah di laman ini. Oleh itu kehadiran dan penyertaan tuan amat dialu-alukan.

    Dalam pada itu saya merasakan perlu untuk mengubah tafsiran atau terjemahan saya untuk perkataan masjid kepada ketetapan yang dipersetujui dan masjidilharam kepada ketetapan dipersetujui yang direstui. Apa pendapat tuan?

    tolokminda

    June 29, 2011 at 12:22 pm

  154. Tuan TM, apa yang saya faham dari bacaan saya dalam buku Aidid Safar:

    Sujud: “Bersetuju/Merestu

    Masjid dari akar kata “Sujud” bermaksud:
    “Ketetapan yang dipersetujui/direstui”

    dan perkataan “Haram” yang disebut selepas Masjid diterjemahkan kepada “Sekatan-Sekatan” atau “Sanctioned”.

    Jadi Masjidiharami sebagai “Sekatan-sekatan ketetapan yang dipersetujui”. Kita harus fokus kepada sekata-sekatan ketetapkan yang dipersetujui dalam Kitab Allah.

    Terima kasih.

    Simpang Lawin

    June 29, 2011 at 5:56 pm

  155. Salam,

    3:43. Wahai Mariam, patuhlah kepada Pemelihara kamu, sujudlah, dan tunduklah, bersama orang-orang yang tunduk.”

    “Ya maryamu oqnutee lirabbiki waosjudee wairkaAAee maAAa alrrakiAAeena”

    Perkataan ‘oqnutee’ itu bermaksud patuh. Jika ‘sujud’ juga bermaksud patuh, patutkah kita terjemah seperti ini?

    3:43. Wahai Mariam, patuhlah kepada Pemelihara kamu, patuhlah, dan tunduklah, bersama orang-orang yang tunduk.”

    atau seperti ini?

    3:43. Wahai Mariam, patuhlah kepada Pemelihara kamu, setujulah, dan tunduklah, bersama orang-orang yang tunduk.”

    syurgaminda

    June 30, 2011 at 10:04 am

  156. Salam SM,

    Terima kasih dengan mengemukakan ayat 3:43. Ia mencetus ilham bagi saya untuk nampak erti sujud yang lebih sesuai iaitu hormat.

    3:43. Wahai Mariam, patuhlah kepada Pemelihara kamu, hormatlah, dan tunduklah, bersama orang-orang yang tunduk.”

    Bagi orang yang sembah patung, mereka cukup menghormati patung-patung yang mereka bina, sehingga apabila Ibrahim meruntuhkan, mereka merasa marah. Bagi yang sembah matahari, mereka membuat amalan menghormati matahari apabila matahari mula terbit. Begitu juga yang sembah kiub batu, mereka begitu menghormati binaan itu sampai tahap mengucup batu yang diletakkan di penjuru kiub itu.

    Perkataan tunduk biasa digandingkan dengan perkataan hormat. Tunduk hormat. Dalam Al Quran, ada beberapa ayat menggandingkan perkataan tunduk dan sujud seperti ayat 48:29, 2:125, 9:112, 22:26.

    Sekadar cadangan sahaja. Setuju atau tidak, atas penilaian masing-masing.

    Juang

    July 1, 2011 at 12:46 am

  157. 7:11. Kami mencipta kamu, kemudian Kami membentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, “Hormatlah kamu kepada Adam”; maka mereka menghormati, kecuali Iblis; ia bukanlah daripada orang-orang yang hormat.

    Common sense, jika ada orang yang lebih berpengetahuan daripada kita, rasa hormat akan datang dalam diri kita kalau kita seorang yang merendah diri. Sebab itulah setelah Allah buktikan yang Adam lebih berpengetahuan daripada para malaikat, Allah suruh malaikat-malaikat menghormati Adam. Namun, iblis tidak mahu menghormati Adam kerana adanya penyakit sombong.

    Kita akan menghormati orang yang tinggi ilmunya daripada kita, namun kita tidak semestinya kena bersetuju dengannya setiap masa. Jika pendapat orang itu tidak cukup kuat, kita boleh tidak bersetuju tetapi dengan cara yang hormat.

    Juang

    July 1, 2011 at 1:01 am

  158. Manusia yang mempersekutukan Tuhan akan memanggil objek-objek yang mereka sembah dengan nama suci seperti rumah suci, tanah suci, gua suci, sungai suci (walhal hanya Allah semata-mata perlu diSucikan). Perbuatan ini kerana mereka terlampau menghormati objek-objek tersebut yang kononnya perantaraan kepada Tuhan. Umpamanya jika menghormati kiub batu, mereka telah memuliakan Tuhan (padahal sebenarnya mereka menghina Tuhan tanpa mereka sedari). Kerana terlalu menghormati tok guru-tok guru agama mereka, mereka hidup menurut membuta-tuli. Kerana terlalu menghormati seseorang tokok, sehingga jika tokok itu dikaitkan dengan isu moral pun mereka tidak percaya.

    Bersetuju terletak di dalam hati. Mustahil burung hud-hud boleh melihat satu kaum bersetuju untuk matahari. Sedangkan hormat memerlukan amalan-amalan sebagai tanda penghormatan, maka secara logiknya burung hud-hud boleh melihat satu kaum membuat amalan tanda penghormatan mereka untuk objek suci bagi mereka iaitu matahari.

    Juang

    July 1, 2011 at 7:59 am

  159. Salam Juang,

    Dari argument yang dikemukakan oleh Aidid Safar dan kefahaman saya sendiri, saya berpendapat terjemahan atau tafsiran yang paling sesuai untuk perkataan “sujud” adalah “setuju”. Mungkin tuan SL boleh membantu menghuraikan mengapa sujud adalah setuju.

    tolokminda

    July 1, 2011 at 3:29 pm

  160. Salam TM, apabila saya baca buku Aidid Safar saya semak tulisan-tulisan beliau dengan teliti dari perkataan-perkataan Arab dalam Quran untuk memahami konsep pencipta kita dengan tugas-tugas kita.

    Apabila Adam dijadikan sebagai khalifah ianya adalah detik permulaan tamadun manusia diberi ilmu Allah dan saya tidak pasti apa istilah yang sesuai untuk diberi nama bagi tamadun ini. Al Quran tidak pernah menyebut Adam adalah manusia pertama – tetapi beliau adalah manusia pertama yang diajar oleh Allah tentang mendisiplinkan diri untuk berkomited kepada petunjuk Allah.

    Malaikat atau tenaga-tenaga yang tidak dapat kita lihat telah dicipta Allah lama sebelum Adam diberi ilmu. Apabila Allah meminta mereka “Suju-Li-Adama” atau “Sujud Untuk Adam” ianya adalah satu permintaan bukannya satu ketetapan atau decree. Allah mempunyai tujuanNya sendiri mengapa setelah Adam diberi ilmu-ilmu Allah, tenaga-tenaga ini harus “Bersetuju Untuk Adam”. Pada pendapat saya (tidak seharusnya dipersetujui oleh orang lain) tujuan mereka untuk “Bersetuju” menerima Adam sebagai khalifah adalah untuk berkhidmat kepada manusia yang mengunakan ilmu-ilmu yang direstui oleh Allah.

    Apa yang saya dapat perhatikan kemajuan ilmu manusia berkembang dari masa kesemasa apabila mereka mula faham mengunakan tenaga-tenaga (mengikut tugas masing-masing) yang “Bersetuju” untuk berkhidmat kepada Adam bagi faedah kemajuan manusia itu sendiri. Dari stone age mereka maju kepada iron age, bronze age sehinggalah space age sekarang. Kemajuan-kemajuan ini tidak akan tercapai kecuali dengan “Persetujuan” malaikat atau tenaga-tenaga untuk berkhimat kepada manusia.

    Permintaan Allah supaya kesemua malaikat-malaikat “Bersetuju untuk Adam” atau “Suju-Lil-Adama” ini dibuat tidak sepertimana kita percaya malaikat-malaikat itu semua dikumpul didepan Adam untuk melakukan satu perbuatan gerakan badan yang boleh dilihat oleh Adam. Adam tidak tahu bagaimana bentuk-rupa malaikat-malaikat ini. Apabila dia dilarang (sekatan yang ditetapkan) oleh Allah supaya dia tidak menghampiri pohon, dia telah diberi amaran terlebih dulu supaya jangan sekali-kali dia cuba mencari alasan untuk menghampiri pohon itu. Sebaliknya tenaga-tenaga negatif telah membisik kepadanya untuk mendedahkan kelemahan dirinya.

    Kita selalu dengar apabila seseorang itu melakukan sesuatu mereka berkata “Saya buat ini kerana Allah” atau “Saya lakukan ini untuk Allah” kecuali orang-orang yang mempunyai agama, Sekiranya kita teliti dengan betul perkataan-perkataan yang digunakan dalam Quran ianya amat precise atau tepat. Bahasanya amat halus dan mutu bahasanya juga tidak ada bandingan. Orang-orang Arab sendiri tidak mampu mengunakan bahasa yang digunakan Allah dalam KitabNya. Kita hanya mampu menterjemahkan perkataan-perkataanNya yang boleh membawa erti yang hampir-hampir atau yang paling sesuai untuk diguna-pakai oleh kita. Tiada siapa yang boleh mengatakan terjemahannya yang paling betul, termasuklah saya sendiri.

    Kepada saudara Juang, saya ucapkan syabas atas usaha-usaha tuan yang gigih untuk berkongsi dengan kita semua menyelidik kitab Allah mencari ilmu untuk membebaskan kita dari belenggu-belenggu yang telah membelenggukan kita selama ini. Itulah tujuan kita yang paling utama. Saya sentiasa menghormati apa saja pendapat orang lain. Walaupun komprehensi kita tidak seharusnya selaras tujuannya tetap serupa. Mungkin kita tergolong dari orang-orang yang awal dari kalangan kaum kita yang mula dapat membebaskan diri dari ikatan-ikatan yang telah mengikatkan kita. Kita telah merasa dan menikmati bagaimana “Ketenteraman” diri setelah kita menjalankan cara hidup berpandukan kepada Al Quran semata-mata.

    Terima kasih.

    Simpang Lawin

    July 1, 2011 at 10:24 pm

  161. Salam

    Saudara-saudara kalian adalah orang-orang yang baik dan bersyukur…..
    Mata hati saya nampak keindahan itu ……..
    Tahniah dan terima kasih.

    Jagundul

    July 1, 2011 at 11:56 pm

  162. Tuan TM, apa yang saya faham dari bacaan saya dalam buku Aidid Safar:

    Sujud: “Bersetuju/Merestu

    Masjid dari akar kata “Sujud” bermaksud:
    “Ketetapan yang dipersetujui/direstui”

    dan perkataan “Haram” yang disebut selepas Masjid diterjemahkan kepada “Sekatan-Sekatan” atau “Sanctioned”.

    Jadi Masjidiharami sebagai “Sekatan-sekatan ketetapan yang dipersetujui”. Kita harus fokus kepada sekata-sekatan ketetapkan yang dipersetujui dalam Kitab Allah.

    Salam SL,

    Saya nampak ada beza di antara perkataan setuju dengan restu. Saya berasakan tafsiran saya yang asal untuk masjidilharam iaitu “ketetapan dipersetujui yang direstui” lebih tepat maksudnya berbanding “batasan ketetapan yang direstui”.

    Perkataan masjid memang jelas membawa maksud ketetapan yang dipersetujui. Bagaimanapun perkataan haram apabila ia diterjemahkan sebagai sanctioned tidak semestinya bermaksud sekatan. Sebaliknya sanctioned juga boleh bermaksud direstui.

    Di dalam Quran kita dapat melihat 2 jenis masjid atau, ketetapan yang dipersetujui. Pertama, masjid yang direstui Tuhan dan yang kedua, masjid yang tidak direstui. Pada dasarnya memang sangat banyak ketetapan yang dipersetujui atau masjid yang telah sampai kepada kita.

    Misalnya, ketetapan-ketetapan dalam agama Hindu ramai yang bersetuju. Ketetapan-ketetapan dalam agama Kristian pun ramai juga setuju. Ketetapan-ketetapan agama orang Arab pun sama – berduyun-duyun orang bersetuju.

    Atas hakikat itu maka soalan yang wajar ditanya kepada diri kita sendiri adalah, dalam banyak-banyak ketetapan yang dipersetujui itu yang mana satukah yang direstui Tuhan? Kalau setakat ramai yang setuju tetapi Tuhan tidak “haramkan” atau sanction atau restu, maka tidak wajarlah kita menurutinya.

    tolokminda

    July 5, 2011 at 11:48 pm

  163. Salam TM, saya berpendapat perkataan sanctioned yang digunakan pada ketetapan-ketetapan yang direstui (masjid) merujuk kepada “batas-batas” kepada apa yang direstui Allah. Apa yang saya faham dalam pada Allah mempersetujui sesuatu Dia juga mempunyai batas. Apabila sesebuah negeri itu dikenakan “sanction” kita faham mereka dikenakan sekatan tertentu, dan sekatan-sekatan ini spesifik kepada bidang-bidang tertentu samada sekatan ekonomi, sekatan ekspot atau sekatan-sekatan lain. Mereka dilarang daripada membuat apa yang kebiasaan mereka lakukan, tetapi bebas melakukan yang lain.

    Apa yang saya lihat, konsep Al Quran juga begitu. Kita diberi kebebasan untuk menjalankan cara hidup kita sepertimana kita suka. Apabila kita bersetuju untuk menguna-pakai apa yang dipersetujui Allah, kita lihat ada diantara ketetapan-ketetapanNya mempunyai batas, dan kita diberitahu supaya “Jangan melampaui batas”. Batas-batas inilah membeza diantara orang-orang yang berpegang kepada amanah Allah dengan orang-orang yang ingkar. Kita diingatkan dimana saja kita berada dan apa saja kita buat, kita harus menitik-beratkan kepada sekatan-sekatan yang ditetapkan Allah.

    Contohnya, apabila ada orang melarang kita membela anjing, kita kena fikir kembali samada Allah telah menetapkan larangan atau mengenakan sekatan kepada perbuatan ini atau tidak? Kita diberi contoh dalam beberapa ayat tentang batas-batas ketetapan yang dipersetujuiNya.

    “Itulah hudu-dul-lah” atau itulah batas-batas Allah” (2:187)

    “Sekiranya kamu bimbang mereka tidak boleh melaksanakan batas-batas Allah” (2:229)

    “Dan barangsiapa yang melanggar batas-batas Allah, mereka itu adalah orang zalim” (2:229)

    “Itulah batas-batas Allah” (2:230)

    “Orang-oran Arab itu tidak layak mengetahui batas-batas yang diturunkan kepada rasul mereka.” (9:97)

    Kita tidak boleh melampaui lebih dari batas-batas ketetapanNya dan itulah “sekatan-sekatan” atau “sanctioned” yang dikenakan keatas kita dalam ketetapan-ketetapanNya.

    Apabila kita terjemahkan “Haram” sebagai “Suci” kita akan berhadapan dengan masalah sebab Al Quran mengunakan perkataan “Qudus” sebagai suci. Bila kita marah kepada seseorang, kita tidak pernah panggil dia “Hoi,,,Anak Suci”, dan kita juga tidak pernah berkata “saya tinggal dirumah Suci” bila kita membina tempat tinggal atas tanah orang:)

    Pendapat diatas adalah pendapat peribadi saya dan sekiranya kefahaman saya salah, saya akan bertanggung-jawab atas diri saya sendiri dan orang lain tidak akan diminta bertanggung-jawab dari apa yang saya faham.

    Terima kasih

    Simpang Lawin

    July 6, 2011 at 8:04 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: