Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Manusia, jin dan syaitan

with 39 comments

Apabila saya membuat semakan ke atas ayat-ayat Al-Quran yang relevan dengan topik “sihir” dalam entri sebelum ini, saya menemui suatu yang baru. Selama ini kita diberitahu oleh golongan agamawan bahawa Iblis adalah ketua malaikat yang menolak untuk bersetuju dengan Adam. Tetapi melalui petunjuk yang diberikan oleh Tuhan di dalam Al-Quran, Iblis bukan malaikat atau ketua malaikat. Tetapi Iblis adalah dari kalangan jin.

18:50 Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat: Bersetujulah kepada Adam! Mereka bersetuju kecuali Iblis. Dia adalah salah satu dari kalangan jin dan dia engkar perintah Pemeliharanya. Adakah kamu akan mengambil dia dan keturunannya sebagai pelindung berbanding dengan Aku? Dan mereka adalah musuh kepada kamu. Musibah sebagai pertukaran untuk mereka yang membuat salah (zalim).

Jelas sekali dari ayat di atas, Iblis sebenarnya jin dan bukannya malaikat. Oleh itu keturunan jinlah yang perlu kita beri perhatian dan hindarkan kerana mereka mungkin keturunan Iblis. Perhatikan persoalan dan amaran yang Tuhan lontarkan kepada kita melalui ayat yang sama.

…Adakah kamu akan mengambil dia dan keturunannya sebagai pelindung berbanding dengan Aku? Dan mereka adalah musuh kepada kamu. Musibah sebagai pertukaran untuk mereka yang membuat salah (zalim).

Sebelum saya pergi lebih jauh, saya akan bawakan beberapa ayat lagi sebagai bukti bahawa Iblis adalah jin supaya kita tidak akan berasa ragu-ragu lagi mengenainya.

15:27 Dan jin, Kami telah cipta sebelumnya dari api yang marak.

55:15 Dan dia mencipta jin dari nyalaan api yang tidak berasap.

Dari dua ayat di atas kita mendapat tahu bahawa Tuhan telah mencipta bangsa jin sebelum mencipta manusia. Dan jin dijadikan dari nyalaan api yang marak tetapi tidak berasap. Dan Iblis sendiri pun mengaku bahawa dia telah dicipta dari api seperti yang diceritakan oleh Tuhan melalui ayat 8:76.

38:76 Berkata: “Aku lebih baik dari dia. Engkau telah cipta aku dari api dan dia Engkau telah cipta dari tanah.”

Maka sekarang jelaslah kepada kita siapa itu Iblis. Iblis bukan dari jenis malaikat seperti dakwaan agamawan tetapi ia adalah dari kalangan jin. Maka jika kita setuju bahawa Iblis adalah musuh kita, maka yang kita perlu beri perhatian adalah jin. Apa-apa yang melibatkan hubungan manusia dengan jin, kita wajar berhati-hati. Ini kerana Iblis – jin ini dan keturunannya – telah diberi peluang oleh Tuhan untuk menyesatkan manusia sehingga akhir zaman. Perkara ini telah diceritakan dengan jelas oleh Tuhan melalui ayat-ayat berikut.

38:79 Dia (Iblis) berkata: Pemeliharaku, beri aku peluang sehingga hari mereka dihidupkan kembali.
38:80 Dia (Tuhan) berkata: Maka sesungguhnya kamu diberi peluang.
38:81 Sehingga hari yang telah dimaklumkan.
38:82 Dia (Iblis) berkata: Dengan kuasa Engkau, aku akan menyesatkan mereka semua.
38:83 Kecuali di kalangan hamba-hambaMu yang terpilih.
38:84 Dia (Tuhan) berkata: Maka ia kebenaran dan kebenaran adalah apa yang Aku katakan.
38:85 Sesungguhnya aku akan mengisi neraka dengan kamu dan mereka dari kalangan yang mengikut kamu.

Nampaknya keadaan menjadi bertambah jelas. Sekarang barulah kita benar-benar faham mengapa dan bagaimana penglibatan jin boleh jadi begitu berleluasa dalam masyarakat manusia. Mana tidaknya, rupanya yang telah berjanji untuk menyesatkan manusia sehingga akhir zaman tidak lain adalah dari kalangan keturunan jin yang bernama Iblis. Patutlah melalui agama misalnya, ramai manusia telah menyekutukan jin dengan Tuhan tanpa mereka mengetahui atau memahami kedudukan sebenar.

6:100 Tetapi mereka menjadikan jin sebagai sekutu dengan Tuhan walaupun Tuhan yang mencipta jin-jin itu. Dan mereka mengada-adakan kepada Tuhan anak-anak lelaki dan perempuan tanpa sebarang pengetahuan. Segala puji dan sanjungan kepada Dia mengatasi apa yang mereka ada-adakan untukNya.

Dan ketaksuban luarbiasa manusia kepada jin sehingga mereka mencipta perhubungan keluarga di antara Tuhan dengan jin-jin sepertimana yang disebut dalam ayat 6:100 itu pula bukanlah sesuatu yang tidak dianticipate oleh jin-jin itu. Jin-jin itu sebenarnya tahu ke mana manusia akan membawa mereka. Begitulah bodohnya manusia yang terpedaya.

37:158 Dan mereka telah mencipta di antara Dia dan jin-jin itu satu perhubungan. Tetapi sudah tentu jin-jin itu tahu bahawa mereka pasti akan dibawa.

Akibatnya ramai manusia menjadi hamba (yaʿbudūna) kepada jin dan bukannya kepada Tuhan.

34:41 Mereka akan berkata: Segala puji kepada Engkau! Engkau pelindung kami, bukan mereka. Tidak. Sebaliknya mereka menjadi hamba (yaʿbudūna) jin; kebanyakan mereka percaya kepada mereka (jin).

Tuhan juga menyebut bagaimana kerjasama di antara manusia dan jin juga telah mendorong mereka menyelewengkan mesej-mesej Tuhan yang telah disampaikan melalui setiap nabi. Perhatikan betul-betul ayat berikut.

6:112 Dan maka kami jadikan untuk setiap nabi, musuh – syaitan-syaitan jin dan manusia – menginspirasikan di antara satu sama lain kata-kata indah yang menyeleweng. Jika dikehendaki Pemeliharamu, mereka tentu tidak akan dapat melakukannya. Maka tinggalkan mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

Lihat bagaimana 6:112 menjelaskan kepada kita siapa itu syaitan. Mereka adalah musuh nabi-nabi dari kalangan jin dan manusia. Dengan kata lain, mana-mana manusia atau jin yang menghasut atau membisikkan kepada manusia lain perkara-perkara yang boleh menyebabkan mereka menafikan apa yang Tuhan telah wahyukan kepada mereka melalui nabi-nabi – manusia atau jin seperti itulah yang dimaksudkan sebagai syaitan.

Jadi selepas ini tidak perlulah kita gambarkan syaitan itu makhluk berwarna merah yang bertanduk dan berekor sambil memegang tombak bermata tiga. Makhluk itu hanyalah ciptaan syaitan-syaitan yang terdiri dari manusia dan jin untuk mengalih pandangan kita dari mengenali mereka – syaitan yang sebenar.

Jadi selepas kita faham siapa sebenarnya mereka, maka wajarlah kita mengambil jaminan Tuhan bahawa jika Dia mengkehendaki tentulah syaitan-syaitan ini tidak akan dapat menyesatkan kita. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah meninggalkan segala apa yang mereka ada-adakan. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata mereka yang kelihatan indah-indah belaka itu.

Kemudian Tuhan juga memberitahu kita tentang adanya manusia yang mungkin tidak “menyembah” jin per se tetapi mereka mencari pertolongan dari mereka. Dan akhirnya jin-jin itu bukan membantu mereka bahkan menjadikan masalah mereka bertambah teruk.

72:6 Dan ada di antara mereka di kalangan manusia yang mendapatkan pertolongan dari kalangan jin dan mereka (jin-jin itu) telah menambah masalah mereka (manusia yang meminta pertolongan).

Saya melihat ayat 72:6 sangat sesuai untuk menggambarkan apa yang berlaku dalam hal perbomohan, pawang dan sebagainya. Golongan ini, selain dari golongan agama yang saya bincangkan dalam ayat-ayat sebelum ini, juga adalah golongan yang amat bergantung kepada jin. Memang jelas bagaimana jin-jin mereka telah menyebabkan masalah manusia bertambah kronik.

Cuba bayang seorang penduduk sebuah kampung yang mundur terkena penyakit taun lalu pergi berjumpa bomoh. Bomoh itu kemudiannya meminta bantuan jin beliau untuk membantu. Jin itu memberitahu bomoh bahawa orang itu terkena buatan orang dan perlu diberi tangkal pendinding. Orang itu mengambil tangkal pendinding dengan yakin dan memakainya. Dalam masa yang sama beliau akan berkira-kira tentang siapa yang mungkin telah membuat kejahatan kepadanya. Lalu timbul banyak spekulasi dalam masyarakat dan permusuhan bercambah. Orang yang sakit itu pula tidak bertambah baik dan akhirnya mati kerana tidak mendapat sebarang rawatan. Selepas kematian beliau, keadaan tidak bertambah baik tetapi permusuhan mungkin melarat dan penyakit taun yang tidak dibendung pula berkembang menjadi wabak.

Saya percaya memang begitulah bermulanya kepercayaan kepada perkara-perkara karut yang merosakkan masyarakat. Ia dibawa oleh mereka yang mencari pertolongan dari jin-jin yang besar kemungkinan merupakan keturunan Iblis. Cerita pasal hantu, “sihir-menyihir”, buat membuat orang dan sebagainya tidak akan wujud dalam fikiran manusia jika tidak ada syaitan dari kalangan manusia dan jin ini.

Selepas pencerahan ini, saya akan menolak secara total segala kepercayaan atau amalan yang boleh dihubungkaitkan dengan jin. Termasuklah orang-orang yang membawanya. Apa kata para pembaca budiman?

Written by tolokminda

July 17, 2011 at 2:37 pm

39 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salamun’alaikum,

    Saya ingin bertanya, bukankah jin, jannah dan beberapa perkataan lagi daripada kata akar yang sama? Jim-nun-nun. Jadi bagaimana nak ‘tally’ kan setiap maksud yang ada berdasarkan kata akarnya seperti yang tuan lakukan untuk Kaabah dengan buku lali; khinzir dengan daging yang membusuk, dua ini yang saya dapat ingat (maaf kalau tersilap, this is just from the top of my head that I could remember). Daripada jim-nun-nun ada yang bermaksud jin, taman, syurga, dan juga cerita nabi Musa dimana ularnya disebut ‘jannun’ di 27:10 dan 28:31. Malah dirasuk juga daripada akar yang sama seperti di ayat 15:6, 26:27, 37:36 dan beberapa ayat lagi. Maaf jika persoalan saya adalah diluar daripada yang sepatutnya. Sekian dahulu. Diharap penjelasan daripada pemahaman tuan.

    Northman

    July 18, 2011 at 2:59 am

  2. Salam Northman,

    Seperti yang saya selalu katakan, saya bukannya tahu bahasa Arab. Kalau ada pun kelebihan saya, mungkin dari segi melihat konteks saja. Saya berpendapat kunci kaitan jin/jannah/jannun (dalam kisah Musa)/majnun dan seumpamanya adalah taman/syurga di mana jin itu sendiri merujuk kepada “penduduk taman/syurga”. Mungkin sebelum Adam, jin adalah makhluk yang tinggal di dalam taman/syurga. Sebab itu dalam bahasa Arab akar kata untuk jin dan taman/syurga adalah sama. Bagi perkataan janun atau majnun, ia mungkin di derive akar kata yang sama kerana sifat jin yang boleh merasuk atau mengelirukan seseorang.

    tolokminda

    July 18, 2011 at 7:44 am

  3. Salam TM,

    18:50 Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat: Bersetujulah kepada Adam! Mereka bersetuju kecuali Iblis. Dia adalah salah satu dari kalangan jin dan dia engkar perintah Pemeliharanya….

    Berdasarkan ayat ini, saya nampak bahawa iblis termasuk dalam malaikat. Ini kerana iblis termasuk dalam makhluk2 yang disuruh bersetuju kepada Adam. Cuma iblis tidak bersetuju kepada Adam. Jika iblis bukannya malaikat, sudah pasti dia tidak bersalah jika tidak mahu bersetuju kepada Adam kerana Allah hanya berkata kepada para malaikat sahaja.

    TM menulis: Jadi selepas ini tidak perlulah kita gambarkan syaitan itu makhluk berwarna merah yang bertanduk dan berekor sambil memegang tombak bermata tiga. Makhluk itu hanyalah ciptaan syaitan-syaitan yang terdiri dari manusia dan jin untuk mengalih pandangan kita dari mengenali mereka – syaitan yang sebenar.

    Setuju sangat dengan pendapat ini. Memang dalam masyarakat kita, selalu syaitan digambarkan sebagai makhluk yang hodoh (cara untuk mengelirukan masyarakat daripada mengenali siapa syaitan yang sebenar). Walhal seperti mana nabi-nabi adalah makhluk berzahirkan manusia biasa yang berjalan di pasar-pasar, seperti itulah musuh kepada nabi (syaitan) juga mempunyai rupa seperti manusia biasa (bagi syaitan jenis manusia). Cuba bezanya perangai syaitan bertopengkan manusia itu buruk dan hodoh. Kata-kata mereka penuh penipuan, caci-maki, memfitnah dan mengadu-domba untuk menghasut manusia ke arah berpecah-belah.

    Jadi tinggalkan golongan yang suka berpecah-belah itu kerana itu adalah tipu-daya syaitan.

    Juang

    July 18, 2011 at 11:42 pm

  4. Salam Juang,

    18:50 Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat: Bersetujulah kepada Adam! Mereka bersetuju kecuali Iblis. Dia adalah salah satu dari kalangan jin dan dia engkar perintah Pemeliharanya. Adakah kamu akan mengambil dia dan keturunannya sebagai pelindung berbanding dengan Aku? Dan mereka adalah musuh kepada kamu. Musibah sebagai pertukaran untuk mereka yang membuat salah (zalim).

    Melalui ayat 18:50 kita dapat 2 petunjuk jelas untuk menyimpulkan bahawa Iblis adalah jin.

    1. Ayat yang menyebut “Dia adalah salah satu dari kalangan jin”. Kalau kenyataan ini tidak cukup jelas, bagaimana boleh dijelaskan lagi?

    2. Ayat yang menyebut “Adakah kamu akan mengambil dia dan keturunannya sebagai pelindung berbanding dengan Aku?”. Adakah Tuhan ada memberitahu malaikat mempunyai keturunan? Tidak ada. Jadi kalau begitu Iblis bukanlah malaikat sebab dia mempunyai keturunan.

    Selain dari 2 petunjuk dalam ayat 18:50, nama jinn itu sendiri menunjukkan bahawa makhluk itu merupakan penduduk jannah atau taman atau syurga. Jadi, walaupun pada dasarnya Tuhan mahu menunjukkan kelebihan Adam kepada para malaikat yang pesimis, saya percaya sebagai penduduk syurga Jinn juga telah turut bersama-sama menyaksikan peristiwa itu. Dan apa yang terjadi selepas itu sudah pun tercatat dalam sejarah.

    Satu lagi sandaran yang cukup meyakinkan adalah apabila semua ayat Quran yang menggambarkan bahawasanya makhluk yang bakal menjadi penghuni neraka tidak ada yang lain kecuali manusia dan jin saja. Selain manusia dan jin, tidak ada disebut akan menjadi penghuni neraka. Tidak ada malaikat atau “syaitan” yang akan masuk neraka. Hanya manusia dan jin.

    Saya nampak sebabnya jelas. Tidak ada malaikat yang akan masuk neraka sebab mereka tidak akan tersasar dari sifat-sifat yang lurus. Dan “syaitan” pula bukanlah satu makhluk yang lain – tetapi mereka adalah dari kalangan jin dan manusia sendiri. Mereka digelar sebagai syaitan kerana perbuatan mereka menghasut atau membisikkan kepada manusia supaya menafikan apa yang telah Tuhan turunkan kepada mereka melalui nabi-nabi. Sebab itulah kita tidak menemui ayat yang menyatakan selain jin dan manusia, “syaitan” pun akan masuk neraka.

    Tuan juang boleh semak 7:38, 7:179, 11:119, 32:13, 41:25, 41:29, 55:31 dan baca Surah An-Nas.

    Melalui semua petunjuk Al-Quran, saya yakin dengan kesimpulan saya bahawa Iblis adalah jin dan syaitan adalah dari kalangan jin dan manusia sendiri.

    tolokminda

    July 19, 2011 at 2:19 am

  5. Pendek kata, kalau kita ikut orang atau jin yang membisikkan, iaitu menghasut kita untuk menafikan apa yang Tuhan telah turunkan melalui nabi – dalam konteks kita Al-Quran – makna kita sebenarnya ikut syaitan. Mereka yang bekerja untuk menjauhkan manusia lain dari mesej-mesej Tuhan yang sebenar adalah syaitan. Kita tidak perlu takut, bimbang atau ragu-ragu untuk menerima kenyataan ini sebab memang itulah yang Tuhan telah jelaskan kepada kita melalui ayat-ayatNya.

    tolokminda

    July 19, 2011 at 11:13 am

  6. Salam TM,

    Kalau kita renungkan, Al Quran tidak ada menyebut malaikat-malaikat dan nabi-nabi dicipta daripada unsur apa (begitu juga syaitan). Tetapi Al Quran ada menyebut jin diciptakan daripada api dan manusia diciptakan daripada tanah.

    Seperti mana umum kita mengetahui perkaitan nabi dan manusia, seperti itulah saya nampak perkaitan malaikat dan jin. Jika nabi adalah darjat kemuliaan bagi manusia, maka malaikat adalah darjat kemuliaan bagi jin.

    Jin yang betul-betul komited kepada Allah, diletakkan dalam kelompok malaikat dan manusia yang betul-betul komited kepada Allah diletakkan dalam kelompok nabi. Mana-mana jin dan manusia yang engkar pula selepas beriman, diletakkan dalam kelompok berdarjat syaitan.

    3:80. Dia (Allah) tidak akan menyuruh kamu untuk mengambil malaikat-malaikat, dan Nabi-Nabi sebagai tuhan-tuhan; adakah Dia menyuruh kamu supaya tidak percaya setelah kamu muslim?

    Ayat di atas menunjukkan persamaan status bagi malaikat dan nabi. Seperti mana syaitan di kalangan manusia menjadikan nabi-nabi tertentu sebagai sekutu Tuhan, seperti itulah syaitan di kalangan jin menjadikan malaikat-malaikat tertentu sebagi sekutu Tuhan juga. Ingat, ada ayat Al Quran menceritakan tentang seorang nabi dijadikan anak Allah dan ada juga tentang malaikat dijadikan anak Allah. Nampaknya seperti ada perkaitan di antara status nabi (bagi manusia) dan status malaikat (bagi jin).

    Jika Al Quran ada mengatakan malaikat diciptakan daripada sesuatu unsur (selain api atau tanah), saya boleh terima bahawa Iblis yang diciptakan daripada api itu mustahil menjadi malaikat seperti mana jin mustahil menjadi manusia. Tetapi oleh kerana saya nampak erti “malaikat” itu adalah seumpama status kenabian bagi manusia, maka tidak mustahil iblis asalnya malaikat seperti mana Isa adalah seorang nabi.

    Apapun perbezaan pandangan kita tentang iblis dan malaikat, topik yang saudara TM bukakan ini satu yang menarik dan mencabar minda.

    Juang

    July 20, 2011 at 12:21 am

  7. Salam Juang,

    Juang menulis: Kalau kita renungkan, Al Quran tidak ada menyebut malaikat-malaikat dan nabi-nabi dicipta daripada unsur apa (begitu juga syaitan). Tetapi Al Quran ada menyebut jin diciptakan daripada api dan manusia diciptakan daripada tanah.

    Nabi-nabi adalah dari kalangan manusia. Tetapi rasul dilantik dari kalangan malaikat dan manusia. Dari kalangan jin pula tidak ada diceritakan pernah dilantik menjadi nabi atau rasul. Jin mendapat tahu tentang Al-Quran dari manusia.

    –> 72:1-2 Katakan: Telah diwahyukan kepadaku bahawa telah mendengar sekumpulan jin. Mereka berkata: Kami telah mendengar bacaan yang mengkagumkan. Ia memberi petunjuk ke jalan yang lurus dan kami mempercayainya.

    Juang menulis: Seperti mana umum kita mengetahui perkaitan nabi dan manusia, seperti itulah saya nampak perkaitan malaikat dan jin. Jika nabi adalah darjat kemuliaan bagi manusia, maka malaikat adalah darjat kemuliaan bagi jin.

    Jin yang betul-betul komited kepada Allah, diletakkan dalam kelompok malaikat dan manusia yang betul-betul komited kepada Allah diletakkan dalam kelompok nabi. Mana-mana jin dan manusia yang engkar pula selepas beriman, diletakkan dalam kelompok berdarjat syaitan.

    3:80. Dia (Allah) tidak akan menyuruh kamu untuk mengambil malaikat-malaikat, dan Nabi-Nabi sebagai tuhan-tuhan; adakah Dia menyuruh kamu supaya tidak percaya setelah kamu muslim?

    Ayat di atas menunjukkan persamaan status bagi malaikat dan nabi. Seperti mana syaitan di kalangan manusia menjadikan nabi-nabi tertentu sebagai sekutu Tuhan, seperti itulah syaitan di kalangan jin menjadikan malaikat-malaikat tertentu sebagi sekutu Tuhan juga. Ingat, ada ayat Al Quran menceritakan tentang seorang nabi dijadikan anak Allah dan ada juga tentang malaikat dijadikan anak Allah. Nampaknya seperti ada perkaitan di antara status nabi (bagi manusia) dan status malaikat (bagi jin).

    Malaikat dan jin tidak sama. Mereka ada dua jenis makhluk yang berbeza. Begitu juga manusia. Tidak sama dengan jin atau dengan malaikat. Malaikat, jin dan manusia tidak sama antara satu sama lain. Bagaimanapun kita diberitahu tujuan jin dicipta adalah sama seperti manusia, iaitu untuk berkhidmat kepada Tuhan melalui kaedah ujian.

    –> 51:56 Dan tidak aku mencipta jin dan manusia kecuali supaya mereka berkhidmat kepadaku.

    Sebab itulah di dalam Al-Quran kita dapati hanya dua makhluk yang akan mengisi neraka iaitu manusia dan jin. Saya kemukakan sekali lagi rujukan ayat-ayat berkenaan: 7:38, 7:179, 11:119, 32:13, 41:25, 41:29, 55:31.

    Melalui petunjuk Al-Quran kita dapat tahu peranan malaikat adalah sebagai “kakitangan” sistem Tuhan. Mereka tidak diuji dan mereka tidak berdepan dengan perhitungan samada akan masuk syurga atau masuk neraka. Mereka tidak mempunyai keturunan sepertimana jin ataupun manusia. Mereka diberikan tugasan-tugasan khusus oleh Tuhan dari menjaga syurga dan neraka sehinggalah seperti yang saya sebut tadi, menjadi rasul yang menyampaikan mesej Tuhan kepada manusia.

    Atas peranan malaikat sebagai rasul, ada di antara mereka menjadi terkenal di kalangan manusia seperti mana rasul manusia juga. Akibat dari itu timbullah ajaran supaya manusia menjadikan rasul malaikat dan rasul/nabi manusia sebagai sekutu kepada Tuhan oleh golongan yang memperolok-olokkan rasul-rasul itu. Dan kita tahu ia memang berlaku. Sebab itulah kita dapat melihat teguran terhadap perbuatan tersebut seperti dalam 3:80.

    Pendek kata, manusia adalah manusia. Jin adalah jin. Dan malaikat adalah malaikat. Manusia tidak boleh jadi jin. Jin tidak boleh jadi manusia. Manusia tidak boleh jadi malaikat. Jin juga tidak boleh jadi malaikat. Malaikat adalah sejenis makhluk yang spesifik. Ia bukan pangkat atau gelaran sepertimana nabi atau rasul.

    tolokminda

    July 20, 2011 at 2:07 am

  8. Salam TM,

    Saya setuju jika dikatakan manusia dan jin tidak sama, kerana jelas Al Quran menyatakan manusia diciptakan daripada tanah dan jin daripada api. Namun sekadar mengatakan jin dan malaikat tidak sama, ia sekadar pernyataan sahaja kerana tiada ayat Al Quran mengatakan malaikat diciptakan daripada unsur apa yang berbeza dengan jin.

    24:45. Allah mencipta semua haiwan daripada air, dan sebahagian mereka berjalan di atas perut mereka, dan sebahagian mereka berjalan di atas dua kaki, dan sebahagian mereka berjalan di atas empat; Allah mencipta apa sahaja yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

    Ayat ini ada menjelaskan daripada unsur apa haiwan diciptakan yang menunjukkan perbezaan mereka daripada manusia dan jin. Jika ada ayat seumpama ini untuk mengatakan tentang unsur apa yang digunakan untuk mencipta malaikat, saya boleh terima untuk kita mengatakan malaikat dan jin bukan makhluk yang sama. Selagi tiada ayat seperti ini, pendapat tentang malaikat adalah jin masih suatu yang terbuka.

    51:56 Dan tidak aku mencipta jin dan manusia kecuali supaya mereka berkhidmat kepadaku.

    TM menulis: Melalui petunjuk Al-Quran kita dapat tahu peranan malaikat adalah sebagai “kakitangan” sistem Tuhan

    Jika jin diciptakan untuk berkhidmat kepada Tuhan, dan saudara mengatakan malaikat adalah “kakitangan” sistem Tuhan, bukannya itu menunjukkan tidak mustahil malaikat adalah jin? Bukankah tujuan “kakitangan” itu juga untuk berkhidmat?

    Seperti mana Nabi tidak dikatakan masuk neraka, seperti itulah malaikat juga tidak dikatakan masuk neraka. Kenapa walaupun tiada ayat Al Quran mengatakan nabi masuk neraka, kita boleh terima bahawa nabi dan manusia adalah makhluk yang sama, tetapi bila tiada ayat Al Quran mengatakan malaikat masuk neraka, kita tidak dapat terima perkaitan malaikat dan jin?

    Seperti mana malaikat ada tugas-tugas khusus, Nabi juga ada tugas khusus iaitu sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran. Dengan kata lain, nabi-nabi juga adalah “kakitangan” kepada sistem Tuhan, cuma untuk fungsi yang tidak dapat dilakukan oleh para malaikat.

    Kalau kita fikirkan, jika manusia dan jin yang buruk sifatnya dikenali sebagai syaitan, dan manusia yang berkualiti sifatnya dipanggil nabi, takkanlah jin yang berkualiti tidak ada pengiktirafan apa-apa daripada Tuhan, sedangkan kita tahu jin dan manusia sama-sama diperintah berkhidmat kepada Tuhan?

    Di sinilah saya nampak bahawa malaikat itu adalah jin yang berkualiti sifatnya seperti mana nabi adalah manusia yang berkualitinya.

    Juang

    July 20, 2011 at 9:15 pm

  9. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. (Al-Kahfi 18:50)

    kalau lihat dalam context bangsa / keturunan paling hampir di Malaysia : melayu,cina,india.Melayu adalah melayu,Cina adalah Cina,India adalah India. Dalam ayat di atas,jelas ada 2 nama,iaitu Adam dan Iblis.Malaikat pula disebut malaikat’ .Kenapa tak sebut nama je?Kita tau ada banyak nama malaikat.So mungkin kerana jumlahnya ramai sesangat masa Allah membuat pengumuman utk sembah Adam maka disebut malaikat je.Manakala Iblis seperti Adam 1:1…. kot lah! Bukan ada disebut baby yg lahir konpem ada kawan,dipanggil qarin ke qasrin saya kurang pasti.Ianya adalah dari golongan jin.Seorang baby,seorang genie (mat salleh panggil imaginary fren).

    Lepas di sebut Iblis,ayat seterusnya memberitahu sapa tu iblis,Oooo… species lain dinamakan jin.Pastu ayat seterusnya menyebut ‘ iblis dan keturunannya’,kenapa tak tulis saja jin? bukan kah ianya menunjukkan bilangan iblis itu,satu. Daripada iblis berkembang biak keturunan jin seterusnya dan ada di kalangan mereka dijadikan pemimpin dan sahabat dalam kalangan manusia.

    Kalau kita fikir,proses asimilasi di sekolah atau IPT malaysia takde lah berjaya sangat.Sebab pengaruh keturunan,budaya lebih kuat.Walau baik macamana pun,kebiasaanya kita boleh lihat pelajar melayu berkumpul rapat sesama mereka,begitu juga dgn bangsa2 lain.

    Jadi,jika kita perhatikan ayat itu,takkan mudah2 manusia menerima jin sebagai pemimpin sekiranya tiada berkongsi persamaan.Tak ingat ayat mana,ada nampak tapi lupa n malas nak cari sekarang…tapi ayat tu menceritakan sifat2 kehidupan jin yang lebih sama ngan manusia.

    So,ayat atas bagitau : malaikat adalah malaikat,jin adalah jin,adam adalah adam.

    Baca plaks ayat bawah ni…

    Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.( At-Tahrin 66:6)

    ayat ni citer ttg malaikat dan sifatnya,kalau ikut perkataan ‘tidak’ kat situ,sifatnya mutlak no lebih kurang atau ragu2!
    Kita tukar teknik criter plak. Katalah pada satu malam minggu, TM ajak Juang pi makan malam pastu Juang jawab ” I tidak suka makan malam,diet!” Jelas kan…keputusan Juang itu.Lainlah Juang jawab ” I tak berapa suka makan malam( kan bunyi pun dah macam 50-50), kalau TM tak putus asa mengajak besar kemungkinan Juang akan kata “ermmmm…bolehlah,esok sambung diet!”

    Kesimpulannya ayat atas jelas beritahu malaikat tidak membantah dan mengikut segala yang diperintahkan.

    Ok,ayat bawah plaks…Al – Baqarah 32 dan 34

    Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

    Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

    Kenapa malaikat jenis mengikut sahaja?Mungkin kalau dalam dunia biasa,kita namakan robot,machine- maklumat diprogramkan,justeru tugas fungsi robot atau machine mengikut seperti yang diprogramkan….ermmm…ini pendapat saya saja lah bila baca ayat 32.

    Manakala 34,sekali lagi membuktikan sifat iblis yang melawan perintah tuhan,takbur pulak tu….sifat ni kan ada pada keturunan Adam.

    niasarah

    July 21, 2011 at 12:05 am

  10. Salam Juang,

    Dari 2 komen di atas, saya merasakan sudah membawa petunjuk yang cukup untuk mendapatkan kesimpulan yang jitu bahawa jin bukanlah malaikat. Bagaimanapun petunjuk-petunjuk tersebut semuanya merujuk kepada jin. Jin vs malaikat. Kali ini saya bawakan pula petunjuk-petunjuk yang merujuk kepada malaikat. Malaikat vs jin.

    Mula-mula kita lihat ayat-ayat berikut:

    15:30 Maka bersetuju para malaikat semuanya sekali bersama-sama.

    15:31 Kecuali Iblis. Dia menolak untuk bersama-sama dengan mereka yang bersetuju.

    38:73 Maka bersetuju para malaikat semuanya sekali bersama-sama.

    38:73 Kecuali Iblis: Dia sombong dan menjadi mereka yang menafikan.

    Perhatikan ayat 15:30 dan ayat 38:73 betul-betul sama di mana kedua-duanya menceritakan bahawa semua malaikat bersetuju dengan Adam. Semua sekali bersama-sama – kata Tuhan – kecuali Iblis – dia menolak untuk bersama-sama mereka yang bersetuju atau dengan kata lain, dia sombong dan menjadi di kalangan mereka yang menafikan. Saya fikir dua ayat sama yang diulang itu sepatutnya dapat menamatkan andaian bahawa Iblis adalah dari kalangan malaikat.

    Tetapi jika itu tidak cukup meyakinkan mungkin ayat berikut boleh membantu.

    22:75 Tuhan memilih rasul dari para malaikat dan dari manusia. Sesungguhnya Tuhan mendengar segala-galanya dan melihat segala-galanya.

    Ayat 22:75 menjelaskan kepada kita bahawa Tuhan hanya memilih rasul-rasulnya dari kalangan malaikat dan manusia. Tetapi tidak jin. Malah bukan saja rasul, dilihat dari petunjuk Al-Quran nabi pun tidak pernah dilantik dari kalangan jin. Ini boleh kita jelaskan melalui ayat yang saya telah kemukakan sebelum ini.

    72:1-2 Katakan: Telah diwahyukan kepadaku bahawa telah mendengar sekumpulan jin. Mereka berkata: Kami telah mendengar bacaan yang mengkagumkan. Ia memberi petunjuk ke jalan yang lurus dan kami mempercayainya.

    Ayat 72:1-2 menunjukkan jin terpaksa bergantung kepada nabi manusia untuk mengetahui tentang Kitab Tuhan. Oleh itu andaian tuan Juang bahawa terdapat nabi atau rasul di kalangan jin nampaknya tidak selaras dengan petunjuk-petunjuk Al-Quran. Apatah lagi untuk menerima andaian tuan bahawa jin-jin yang bertaraf nabi itu pula boleh berubah status menjadi malaikat – saya rasa tidak masuk akal.

    Petunjuk berikut juga tidak kurang penting untuk memberi kita bukti bahawa para malaikat dan jin bukan makhluk yang sama jenis.

    34:40-41 Dan di hari Kami mengumpulkan mereka kesemuanya Kami berkata kepada para malaikat: Adakah kamu yang mereka ini telah menghambakan diri? Mereka akan berkata: Segala puji bagi Engkau Pelindung kami – bukan mereka. Tidak, mereka menghambakan diri kepada jin, kebanyakan mereka percaya kepada mereka (jin).

    Jawapan para malaikat kepada soalan Tuhan dalam 34:40-41 menunjukkan jin bukanlah dari kalangan mereka.

    Ayat yang berikut juga boleh menguatkan lagi petunjuk bahawa malaikat bukan jin.

    43:60 Dan jika Kami inginkan, sudah tentu Kami jadikan para malaikat dari kalangan kamu, silih berganti di antara satu sama lain di bumi.

    Ada 2 perkara yang kita perlu faham melalui ayat 43:60 untuk melihatnya sebagai satu petunjuk bahawa malaikat bukan jin. Pertama, Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia dan jin. Oleh itu “kamu” yang dimaksudkan dalam ayat yang menyebut “sudah tentu Kami jadikan para malaikat dari kalangan kamu” itu merujuk kepada manusia dan jin juga. Kemudian “kamu” hidup di atas dunia silih berganti di antara satu sama lain, maknanya “kamu” adalah makhluk yang berketurunan. Tetapi malaikat dijadikan Tuhan tidak begitu. Maka malaikat bukanlah dari jenis manusia atau jin.

    Dan tuan Juang berpegang kuat kepada kemungkinan malaikat adalah jin kerana Tuhan tidak menyebut dari apa ia dicipta. Tuan Juang beranggapan Tuhan memberitahu kita semua tentang ciptaanNya. Saya fikir tidak perlu Tuhan berbuat demikian. Kita boleh ambil iktibar dari ayat ini.

    43:19 Dan mereka menjadikan para malaikat – yang mereka sendiri menghambakan diri kepada Yang Penyayang – perempuan. Adakah mereka menyaksikan penciptaan mereka? Akan direkodkan persaksian mereka dan mereka akan disoal.

    Sebagai penutup, saya fikir tuan Juang pun tahu bahawa para malaikat tidak hidup dalam ujian. Mereka dicipta untuk melunaskan pelbagai tugas dalam sistem Tuhan. Misalnya dalam konteks kita manusia – malaikat menjadi rasul, mereka juga mencabut nyawa, mereka juga menjadi saksi ke atas kita, mereka juga menjaga syurga dan neraka yang bakal kita diami, malah mereka juga pernah dikerah untuk membantu Muslim dalam peperangan.

    Kesimpulannya, tujuan malaikat dicipta tidak sama dengan tujuan manusia dan jin dicipta. Segala petunjuk mengenainya adalah jelas. Dan bahawa ketiga-tiga makhluk ini berlainan di antara satu sama lain juga jelas petunjuk-petunjuknya.

    tolokminda

    July 21, 2011 at 1:46 am

  11. Salam TM,

    TM menulis: Perhatikan ayat 15:30 dan ayat 38:73 betul-betul sama di mana kedua-duanya menceritakan bahawa semua malaikat bersetuju dengan Adam. Semua sekali bersama-sama – kata Tuhan – kecuali Iblis – dia menolak untuk bersama-sama mereka yang bersetuju atau dengan kata lain

    Cuba kita renungkan perumpamaan ini. Katakan semua orang Melayu bersetuju UMNO jadi pemerintah, kecuali si polan. Apakah si polan itu bukan orang Melayu kerana dia tidak bersetuju? Tidak semestinya bukan kerana tidak mustahil ada orang Melayu tak bersetuju UMNO jadi pemerintah. Macam itulah, bila dikatakan semua malaikat setuju dengan Adam kecuali iblis, itu tidak menunjukkan iblis bukan malaikat.

    Selalunya bila ada perkataan “kecuali”, ia menunjukkan daripada golongan yang sama. Atas sebab tertentu, ia terkecuali daripada kelompok asalnya.

    TM menulis: Oleh itu andaian tuan Juang bahawa terdapat nabi atau rasul di kalangan jin nampaknya tidak selaras dengan petunjuk-petunjuk Al-Quran.

    Saya tidak pernah mengatakan adanya nabi di kalangan jin. Ini kerana fungsi nabi berbeza dengan fungsi malaikat. Tapi dari segi kemuliaan, nabi-nabi dan malaikat-malaikat sama-sama dimuliakan oleh Allah.

    Jika nabi adalah kalangan manusia yang dimuliakan, maka malaikat adalah kalangan jin yang dimuliakan. Dan syaitan pula adalah kalangan manusia dan jin yang dilaknat. Itu yang saya faham setakat ini.

    TM: Jawapan para malaikat kepada soalan Tuhan dalam 34:40-41 menunjukkan jin bukanlah dari kalangan mereka.

    Cuba kita fikir, jika soalan yang sama Allah tanya kepada para nabi, pasti mereka jawab yang sama seperti para malaikat, iaitu mereka (orang2 kafir) juga bukannya menghambakan diri kepada nabi-nabi tetapi kepada manusia (si polan dan si polan). Seperti yang jelas kita nampak apa yang berlaku dalam masyarakat mengaku Islam yang taksub kepada imam-imam mereka. Nabi tak suruh manusia taksub kepadanya, tetapi tok guru-tok guru agama itu bawa riwayat-riwayat hadis agar membuta-tuli menurut apa yang didakwa kononnya daripada Nabi.

    Seorang nabi tidak akan menyuruh manusia lain menjadi hambanya (rujuk ayat 3:79), sedangkan ada manusia memperhambakan sesama manusia dengan pergunakan nama-nama nabi. Namun itu tidak menunjukkan yang nabi dan manusia diciptakan daripada unsur yang berbeza. Seperti itulah terjadi pada malaikat. Mereka juga tidak akan suruh sesiapa jadi hamba mereka sedangkan ada jin berbuat begitu. Namun itu tidak menunjukkan malaikat dan jin diciptakan daripada unsur yang berbeza. Tidakkah kita nampak persamaannya di situ?

    43:60 Dan jika Kami inginkan, sudah tentu Kami jadikan para malaikat dari kalangan kamu, silih berganti di antara satu sama lain di bumi.

    Saya melihat perkataan “kamu” dalam ayat 43:60 itu merujuk kepada manusia selaku pengganti (khalifah) muka bumi. Apatah lagi sebelum ayat tersebut, menceritakan perselisihan sesuatu kaum tentang Nabi Isa. Maksud ayat tersebut, jika kaum yang engkar itu tak mahu terima kedatangan seseorang Nabi, Allah boleh gantikan dengan jadikan manusia yang bersifat tegas dan keras seperti malaikat.

    Seperti yang kita tahu, para Nabi mempunyai hati yang lembut dan ada belas kasihan. Tetapi para malaikat tidak. Itu bezanya Nabi dan malaikat. Kerana itu jin tak boleh jadi nabi, sebab sebaik mana jin itu, mereka akan jadi tegas (cuba lihat macam mana api bertindak. Bukankah kasar dan tegas dalam membakar?). Dan kerana itu malaikat boleh memikul tugas seperti menjaga neraka. Kalau para Nabi diberikan tugas menjaga neraka, pasti mereka akan keluarkan penduduk neraka itu kerana perasaan simpati yang amat sangat yang ada dalam hati seorang Nabi. Lihat bagaimana Nabi Nuh nak selamatkan juga anaknya walaupun anaknya itu penentang yang nyata.

    Ayat 43:60 (setelah lihat konteks ayat2 sekitarnya) sebenarnya seumpama, jika para pelajar sesuatu kelas itu tidak suka pada seorang cikgu yang mengajar secara berlemah-lembut, pengetua sekolah itu boleh lantik cikgu lain yang lebih garang.

    TM: Dan tuan Juang berpegang kuat kepada kemungkinan malaikat adalah jin kerana Tuhan tidak menyebut dari apa ia dicipta.

    Apa yang ingin saya katakan, oleh kerana Al Quran tidak mengatakan malaikat daripada unsur yang berbeza dengan jin, jadi dakwaan saudara TM mengatakan malaikat bukannya jin adalah suatu yang boleh dipersoalkan lagi.

    Melainkan jelas dinyatakan unsurnya seperti mana unsur manusia dan jin yang berbeza, saya tidak keberatan untuk mengatakan yang manusia adalah manusia, dan jin adalah jin. Begitulah perumpamaannya.

    Sebagai penutup, saya fikir tuan Juang pun tahu bahawa para malaikat tidak hidup dalam ujian

    Kalau kita renungkan, semasa Allah usulkan kepada para malaikat untuk meletakkan manusia sebagai pengganti (khalifah) di muka bumi, itu sudah satu bentuk ujian kepada mereka. Sebab itulah ada di antara malaikat yang mempersoalkan tentang apa yang Tuhan usulkan itu. Jika mereka tidak diuji, sudah pasti awal-awal lagi mereka terus bersetuju tanpa mempersoal apa-apa pun.

    Kemudian Allah uji mereka untuk melihat di antara Adam dan para malaikat, siapa yang banyak mengenal benda-benda. Maknanya mereka tidak terlepas dengan ujian. Atas sebab itulah malaikat yang berkesedaran akan terus komited dengan Tuhan kerana mereka sedar yang mereka tidak terlepas daripada ujian. Macam itu juga pada Nabi. Walaupun dimuliakan di sisi Tuhan, tapi Nabi tetap patuh kepada Tuhan kerana tahu mereka pun tidak terlepas daripada diuji.

    Para malaikat bukanlah seperti robot. Mereka pun ada keinginan juga kerana itu mereka cuba mempersoal tindakan Allah untuk meletakkan manusia sebagai khalifah (sebab mereka merasakan dengan rajin memuji Tuhan, mereka lebih layak). Dan iblis adalah malaikat yang gagal mengawal keinginannya. Jika nak kawal keinginannya sendiri pun sudah gagal, macam mana Allah nak bagi iblis meneruskan tugas malaikat? Maka turunlah ia daripada kedudukan yang tinggi pada mulanya.

    Juang

    July 22, 2011 at 2:41 am

  12. Salam..

    Juang, saya merasakan sudah memberi pandangan dengan sewajarnya. Mungkin lebih elok jika perbincangan ini disertai oleh lebih ramai orang..

    Niasarah, apakah pendapat puan. Adakah malaikat dan jin makhluk-makhluk dari sejenis yang sama?

    tolokminda

    July 22, 2011 at 10:38 am

  13. apalah Cik Bunge ni,tulis panjang2 tapi takde kesimpulan :)))

    Menjawab soalan TM,jawapan saya adalah iblis tidak sama dengan malaikat tapi pas belek punya belek punya belek,kita rasa lah…iblis malaikat ni ala2 seperti kabilah gitu.Tak sama tapi berasal dari satu unsur iaitu api.

    Kabilah = tribe = suku bangsa

    Ce pikir,bila ada api mesti ada cahaya….hah!Jangan2 malaikat ni dijadikan dari cahaya kot!

    Cik Bunge belum lagilah dok belek habis teliti satu Quran,kalau pun benar tak ada ayat tentang penciptaan malaikat….ermmmm….kita rasa kan,mungkin gak kita boleh ambil petunjuk dari citer azazil ke atau yang paling jelas pada Cik Bunge,50 ayat dalam al – mursalaat jelas membezakan malaikat dari makhluk lain.

    Ayat pertama lagi Allah dengan terang mengatakan malaikat diutus membawa kebaikan.

    Pada saya jelas,malaikat dan jin dari unsur yg sama tapi lain kabilah.Satu api,satu cahaya….Nur,banyak kan perkataan ni dalam quran, tugas utama malaikat pula menyebarkan rahmat seperti yg tertulis dalam al mursalaat.

    Kita semua pun asal sama,anak2 adam.tapi kenapa banyak perbezaan psycho,bio,social ?

    Tak percaya lagi,jom kita bet.

    niasarah

    July 22, 2011 at 7:57 pm

  14. lupa plak, juang kata malaikat bukan robot….betullah tu.Bukan robot cuma diumpamakan.Sebab malaikat hanya tahu apa yg diajarkan padanya sahaja. Macam mesin dan computer yg diprogramkan.

    Fasal malaikat tanya pasai apa tuhan nak letakkan adam sebagai khalifah, tu bukan soalan yg berdasarkan pada keinginan kot…

    Saya fikir ianya seperti soalan yg diprogramkan.Contohnya,katalah kita nak delete satu file kat pc,mesti akan kluar soalan lebih kurang macam ni lah ” betoi nak delete file ni?”

    Cuba teliti ayat bawah ni

    77:4] dan (malaikat-malaikat) yang membedakan (antara yang hak dan yang bathil) dengan sejelas-jelasnya.

    tuhan dah bagitau manusia akan buat kerosakan kat mukabumi pada para malaikat.So bila tuhan nak juga letakkan manusia di bumi,malaikat akan tanya. Kalau betul malaikat ni ada keinginan,hmmmm….mestilah seluruh malaikat tidak bersetuju dan ada keinginan melawan perintah Allah seperti iblis.

    Logik tak cerita saya?

    niasarah

    July 22, 2011 at 8:16 pm

  15. dalam Al Baqarah 231, selain quran turut dinyatakan kta harus berpegang pada hikmah(sunnah). mungkin ada hadis sahih yg sesuai digunakan utk mengetahui unsur penciptaan malaikat.

    saya baru terjumpa halaman berikut
    http://www.load-islam.com/artical_det.php?artical_id=518&section=indepth&subsection=Glorious%20Quran

    niasarah

    July 23, 2011 at 12:53 am

  16. Salam TM dan Juang,

    Saya rasa topik “apa itu jin” dan “apa itu malaikat” tidak harus dibincang kecuali kita mempunyai pengetahuan yang jelas. Allah cerita kepada kita Dia larang Adam menghampiri pohon ditaman tanpa memberi sebab. Apabila Adam cuba mencari sebab – dia mendapat kesusahan.

    Kita semua percaya kepada malaikat-malaikat dan kita diberitahu diantara tugas-tugas mereka tetapi kita tidak tahu bagaimana rupa bentuk mereka dan kita tidak faham bagaimana mereka berfungsi. Begitu juga dengan jin.

    Kalau Allah tidak cerita kepada kita – jangan pula kita mengikut contoh Adam. Apabila kita mula membuat spekulasi – kita akan termasuk dalam golongan orang yang menduga-duga – dan kalau kita percaya kepada spekulasi-spekulasi orang lain – itu lebih buruk lagi.

    Apabila orang lain tidak bersetuju apa yang kita menduga-duga ianya akan mengakibat satu retakan perhubungan sesama kita – dan kita harus mengelakkan diri daripadannya. Allah tidak pernah membebankan kita lebih dari apa yang kita mampu.

    Saya yakin dalam Quran banyak topik-topik yang boleh beri pelajaran dan kesadaran kepada pembaca-pembaca blog ini.

    Simpang Lawin

    July 23, 2011 at 2:18 am

  17. Salam,

    Oleh kerana ada yang tidak mahu memanjangkan topik ini kerana khuatir akan keretakan perhubungan, saya kongsikan pendapat terakhir saya berkenaan apa yang saya faham tentang perkaitan malaikat dan jin. Namun, tiada paksaan dalam mempercayai sesuatu pendapat kerana tugas kita hanyalah menyampaikan informasi-informasi yang kita tahu. Dan informasi-informasi ini bukanlah di atas menduga-duga, tetapi berdasarkan apa yang tercatat dalam Al Quran dan difikirkan menggunakan perumpamaan-perumpamaan yang wujud di sekeliling kita supaya memberi jawapan yang lebih masuk akal.

    Selagi kepercayaan kita itu tak masuk akal, samalah seperti kepercayaan penganut sesuatu agama yang membuat amalan-amalan tak masuk akal. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita berusaha mengalinya lagi jika kita benar-benar ikhlas mencari kebenaran.

    Tujuan kita mengkaji Al Quran bukanlah untuk menyalahkan kepercayaan tradisi kita kononnya tak masuk akal untuk keluar daripada cara hidup mereka, dan kemudian membuat kepercayaan tak masuk akal yang baru, kerana itu menjadikan kita sama sahaja dengan mereka. Kita kenalah konsisten untuk mencari pegangan yang betul-betul “make sense” kerana Dia mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati kita.

    15:31. Kecuali Iblis; ia enggan untuk menjadi antara orang-orang yang sujud.
    15:32. Berkatalah Dia, “Wahai Iblis, apakah sebabnya kamu tidak bersama orang-orang yang sujud?”

    7:12. Berkatalah Dia, “Apakah yang menghalangi kamu daripada bersujud ketika Aku memerintahkan kamu?” Berkata, “Aku lebih baik daripada dia. Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat.”

    Renungkan dua situasi ini:

    1) Seorang cikgu sains menyuruh para pelajar kelas 3 Anggerik membaca buku sains. Kemudian dia bertanya kepada seorang pelajar kelas 3 Mawar, “kenapa kamu tidak bersetuju untuk membaca buku sains?”. Pelajar itu menjawab, “saya sedang membaca buku sejarah”. Dan pelajar itu dirotan.

    2) Seorang cikgu sains menyuruh para pelajar kelas 3 Anggerik membaca buku sains. Namun, seorang daripada para pelajar kelas 3 Anggerik itu tidak bersetuju. Cikgu itu pun bertanya, “apakah sebabnya kamu tidak membaca buku sains seperti yang saya suruh?”. Pelajar itu menjawab “sebab saya mahu membaca buku sejarah”. Dan pelajar itu dirotan.

    Situasi pertama dilihat tidak masuk akal kerana cikgu itu menghukum pelajar yang tidak termasuk dalam suruhan membaca buku sains itu (bukan pelajar kelas 3 Anggerik). Situasi kedua dilihat masuk akal, kerana pelajar yang tidak bersetuju itu termasuk dalam golongan yang disuruh membaca buku sains.

    Begitulah dengan kisah iblis dan para malaikat. Adalah tidak masuk akal, Allah menghukum iblis yang tidak termasuk dalam perintah bersetuju dengan Adam jika iblis bukannya dalam kelompok malaikat. Tetapi bila kita nampak yang iblis asalnya malaikat, ia samalah seperti situasi kedua di atas.

    Kalau kita renungkan ayat 7:12, ia menyebut “Aku memerintahkan kamu” dimana “kamu” dalam ayat tersebut adalah “iblis”. Dan ayat 7:11 menyebut Allah berkata (memerintah) kepada para malaikat. Bukankah itu menunjukkan “kamu” iaitu iblis tersebut adalah dalam kelompok malaikat kerana dia termasuk dalam golongan yang diperintahkan untuk bersetuju kepada Adam?

    Dan jika iblis bukan asalnya malaikat, sudah pasti Allah tidak akan bertanya kepada iblis kenapa iblis tidak bersetuju kepada Adam. Ini kerana Dia tahu yang iblis tidak termasuk dalam suruhan bersetuju kepada Adam sebab Dia sendiri yang keluarkan perintah. Atas sebab itulah saya nampak bahawa pendapat “iblis asalnya adalah malaikat” adalah lebih masuk akal, daripada mengatakan sebaliknya. Nanti jadi macam situasi pertama di atas pula.

    Sebagai penutup, saya nampak perumpamaan malaikat dan jin adalah seperti matahari dan bintang. Walaupun dari segi nama, matahari dan bintang adalah berbeza, tetapi mereka dalam jenis yang sama. Beza utama matahari dan bintang-bintang yang lain ialah, matahari adalah bintang yang terhampir dengan planet kita (bumi). Dari unsur kejadiannya, matahari adalah sama seperti bintang-binatang yang lain juga.

    Daripada konsep matahari dan bintang-bintang itu, saya nampak malaikat-malaikat adalah jin yang terhampir dengan Allah seperti mana nabi-nabi juga adalah manusia yang terhampir dengan Allah. Dari segi unsur kejadian, malaikat-malaikat adalah sama dengan para jin dan nabi-nabi adalah sama dengan para manusia. Cuba kerana semangat yang ada dalam diri para malaikat dan para nabi, mereka didekatkan kepada Tuhan berbanding para jin dan manusia yang lain.

    Para malaikat dan nabi adalah golongan yang paling konsisten di antara semua jin dan manusia. Kerana itu mereka boleh dipercayai dan boleh diharap oleh Tuhan untuk memikul sesuatu tugas/tanggungjawab yang besar. Kalau kita lihat seseorang itu tidak konsisten, kita pun tak percaya pada orang itu. Macam itulah Tuhan menilai makhluk-makhluk di kalangan jin dan manusia.

    Juang

    July 23, 2011 at 4:15 am

  18. Salam Simpang Lawin,

    Saya jawab begini aje lah..

    Alasan kamu,meretakkan hubungan,kalau takde pengetahuan luas ttg satu subject lebih baik diam jangan bincang,jangan tanya…..classic!

    Ini bukan hubungan politik … tang mana boleh retak?Kamu ni emo manja la… 😛

    Okey lah…terima kasih Saudara TM dan Saudara Juang,cik bunge cium tangan lah n say sorry ( silaturrahim mesti dijaga :D. )

    Salam dan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak.

    niasarah

    July 23, 2011 at 7:21 am

  19. Salam SL,

    Saya berpendapat kita tidak boleh samakan Adam yang mendekati pokok yang dilarang dengan berbincang tentang malaikat, jin dan syaitan. Ketiga-tiga yang tersebut itu banyak disebut di dalam Al-Quran di mana masing-masing ada peranan dalam mencorakkan jalan hidup manusia. Oleh itu kita harus faham siapa mereka sebenarnya sekurang-kurangnya dari semua maklumat yang diberikan oleh Tuhan melalui Al-Quran.

    Misalnya, Tuhan kata kebanyakan manusia menghambakan diri kepada Jin. Tuhan juga menyatakan apabila manusia meminta pertolongan jin, akhirnya mereka akan berakhir dengan masalah yang lebih teruk. Suka atau tidak, kita tidak boleh ambil mudah dengan petunjuk-petunjuk Tuhan itu. Kita mesti faham mengapa dan bagaimana jin boleh menyebabkan kebanyakan manusia menghambakan diri kepada mereka dan bukan kepada Tuhan. Kita juga kena faham mengapa dan bagaimana jin boleh menjadikan manusia yang meminta pertolongan dari mereka akan berakhir dengan masalah yang lebih besar.

    Begitu juga dengan syaitan. Kita mesti faham siapa sebenarnya syaitan. Pada dasarnya ramai orang ingat syaitan adalah satu makhluk lain – tetapi melalui petunjuk Al-Quran syaitan sebenarnya adalah dari kalangan manusia dan jin sendiri. Saya percaya melalui semua petunjuk yang Tuhan berikan di dalam Al-Quran, kita boleh mengenal ciri-ciri manusia dan jin yang bergelar syaitan dan kita boleh bersedia untuk menghadapi atau memgabaikan mereka.

    Selain itu Tuhan turut memberitahu kita bahawa kebanyakan manusia yang menghambakan diri kepada jin ingat mereka menghambakan diri kepada malaikat. Oleh itu kefahaman kita kepada jin dan malaikat juga mestilah dijernihkan bagi membolehkan kita mengelak dari terjebak kepada kepercayaan yang tidak betul mengenai jin dan malaikat.

    Pendek kata perbincangan mengenai malaikat, jin dan syaitan ini bukan sahaja relevan malah amat penting untuk membantu kita mengenali siapa musuh kita di sepanjang landasan kehidupan yang penuh cabaran. Tuhan memperuntukkan banyak ayat untuk memberi petunjuk kepada kita tentang siapa mereka. Maka sudah tentulah menjadi tugas kita untuk berusaha memahaminya. Tidak timbul soal bersengketa – ia hanya soal menyelidik dan memberi pendapat. Apa yang mustahak untuk kita perhatikan adalah penyelidikan atau pendapat kita itu mesti dipandu dari petunjuk Al-Quran itu sendiri.

    Tidak salah bersikap agresif dalam menyampaikan pendapat kerana ia menunjukkan kesungguhan dan keyakinan. Yang tidak boleh ada cuma sifat keras kepala. Maknanya kalau di akhir perbincangan kita dapati pendapat kita salah atau kurang baik berbanding dengan pendapat orang lain, maka kita harus bersedia untuk merendah diri dan bersetuju. Kita tidak tahu melalui siapa sebenarnya Tuhan akan menginspirasikan jawapan yang kita cari, jadi dalam kita sendiri berusaha kita juga perlu sentiasa bersikap terbuka.

    Teruskan perbincangan.

    tolokminda

    July 23, 2011 at 8:40 am

  20. Salam

    Sy “salute” dengan kesungguhan Tolokminda didalam untuk memahami Quran, namun sy setuju dengan Juang didalam hal ini… well apapun mesej Quran utk difikirkan seperti yang dianjurkan oleh Quran itu sendiri (bukan sy yg kata)…

    Berbalik kpd persoalan… kenapa sy setuju dengan Juang?? Kerana kalo manusia dan jin itu baik ia boleh jadi malaikat…

    [12:31]………… dan mereka berkata: “Ya Allah! Ini bukan manusia, ini tidak lain hanyalah seorang malaikat yang mulia!”

    [2:248] Dan Nabi mereka berkata kepada mereka: “Ayat (tanda) kerajaannya ialah datang kepada kamu tabut (peti) didalamnya ketenangan dari Tuhan kamu, dan saki-baki apa yang telah ditinggalkan keluarga Musa dan Harun yang dibawanya oleh malaikat-malaikat. Sesungguhnya dalam yang demikian terdapat ayat-ayat bagi kamu, sekiranya kamu orang yang beriman.”

    Berkenaan syaitan pula, kalo manusia dan jin itu jahat ia boleh jadi syaitan…

    [2:14] Dan apabila mereka bertemu orang yang beriman, mereka berkata: “Kami telah beriman.” Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: “Kami adalah bersama kamu, sebenarnya kami hanyalah berolok-olok.

    [38:37-38] Dan syaitan-syaitan, masing-masing membina dan menyelam; Dan yang lain terikat dengan belenggu-belenggu.

    Sekadar pendapat, yang mungkin masih boleh diperbetulkan atau di-improve-kan…

    Jebon

    July 23, 2011 at 12:52 pm

  21. salam..
    satu pendapat untuk direnungkan..
    http://www.free-minds.org/jinn

    albab

    July 25, 2011 at 5:23 pm

  22. Salam Albab,

    Pandangan saya terhadap kesimpulan-kesimpulan penulis Free-minds tentang jin.

    Jinn are beings made of energy “Plasma” that is derived from smokeless fire;

    Saya tidak ada komen mengenai perkara ini.

    Jinn were created before mankind to serve God;

    Saya setuju.

    Jinn were able to travel the galaxy and listen-in on God’s commands to His angels;

    Saya tidak setuju. Seperti manusia, jin tidak mempunyai sebarang kelebihan berbanding manusia dari segi kemampuan untuk bergerak keluar dari bumi. Berikut adalah petunjuknya.

    –> 55:33 Wahai kumpulan jin dan manusia, jika kamu mampu menembusi sempadan langit dan bumi, maka tembusilah. Tidak kamu boleh menembusinya dengan kekuatan.

    Maknanya seperti manusia juga, jika jin mahu melepasi sempadan langit dan bumi – ke orbit dan selepasnya – mereka perlu mempunyai kekuatan. Buat masa sekarang manusia mendapat kekuatan untuk menembusi sempadan langit dan bumi dengan roket. Jin kita tidak tahulah. Kalau semua jin jenis macam orang Melayu yang malas berfikir atau mencipta sesuatu, saya percaya mereka mungkin belum pernah sampai orbit lagi. Kecuali kalau mereka tumpang roket kepunyaan Russia.

    Jinn overheard God’s declaration that humans are to be the beings of authority on the planet Earth;

    Saya tidak tahu dari mana penulis dapat maklumat ini.

    Jinn opposed God’s judgment and Satan pleaded with God that he and his kind be allowed to remain on Earth so as to prove that mankind is unworthy;

    Saya berpendapat penulis keliru atau tidak faham siapa Iblis dan siapa pula syaitan. Iblis adalah satu ikon yang khusus dari kalangan jin yang telah menolak untuk bersetuju kepada Adam. Sedangkan syaitan pula adalah mereka dari golongan jin dan manusia yang menjadi musuh nabi-nabi di mana kerja mereka adalah menghasut atau membisikkan kepada manusia supaya menafikan apa yang telah Tuhan turunkan melalui nabi-nabi.

    God granted Satan’s request, with restriction on the movement of Jinn to this universe only;

    Mungkin penulis tibai saja semasa menulis para di atas.

    Jinn remain mainly invisible to the human eye unless they chose to be seen.

    Menurut Al-Quran, interaksi di antara jin dan manusia hanya berlaku dengan kaedah bisikan.

    Jinn may affect physical items, move objects and mold matter into useful tools;

    Mungkin jin juga terpaksa mencipta peralatan seperti manusia mencipta peralatan dalam membangunkan tamadun mereka. Atau mereka mungkin membisikkan kepada manusia supaya membina sesuatu untuk mereka dan menyembah mereka.

    Jinn camp is has been split between those who repented to God and those who insist on Satan’s way;

    Tujuan manusia dan jin diciptakan adalah sama saja. Jadi tidak hairan jika apa yang berlaku dalam masyarakat manusia juga berlaku dalam masyarakat jin. Persamaan itu boleh dibayangkan melalui ayat berikut.

    17:88 Katakan: Jika dikumpulkan manusia dan jin untuk menghasilkan yang sama dengan Quran ini, tidak mereka dapat hasilkan yang menyamainya walaupun jika mereka saling membantu.

    Human messengers are sent not only to revert mankind, but also to revert Jinn;

    Saya berpendapat, tugas rasul dari kalangan manusia hanyalah untuk menyampaikan Kitab yang diwahyukan oleh Tuhan. Terpulang kepada manusia atau jin untuk mempercayainya. Misalnya, kita sekarang pun tidak jumpa nabi, tapi tidak ada masalah untuk percaya kepada Al-Quran.

    Jinn and humans may communicate based on the fact that humans welcome such communication.

    Jika kita lihat dari petunjuk Al-Quran manusia tidak perlu berkomunikasi dengan jin. Nabi sendiri pun hanya mendapat tahu apa yang berlaku di kalangan jin apabila beliau membacakan Al-Quran melalui Tuhan. Jika Tuhan tidak beritahu, Nabi pun tak tahu. Berikut adalah buktinya.

    –> 72:1-2 Katakan: Telah diwahyukan kepadaku bahawa telah mendengar sekumpulan jin. Mereka berkata: Kami telah mendengar bacaan yang mengkagumkan. Ia memberi petunjuk ke jalan yang lurus dan kami mempercayainya.

    Lagipun Tuhan sudah beri peringatan bahawa perbuatan meminta pertolongan dari jin hanya akan membawa kepada masalah yang lebih besar.

    –> 72:6 Dan ada di antara mereka di kalangan manusia yang mendapatkan pertolongan dari kalangan jin dan mereka (jin-jin itu) telah menambah masalah mereka.

    tolokminda

    July 26, 2011 at 11:08 pm

  23. Salam,

    Thanks atas pencerahan sdr Jebon,cuma cik bunge agak tidak begitu pasti cara sdr mempertahankan 12:31,jika diteliti konteks ayat keseluruhan ianya adalah pujian para wanita yg terpesona dgn paras physical Yusuf.

    Cik Bunge tak fikir ianya boleh dijadikan hujah bagi menyamakan manusia dan malaikat.Jika tidak meretakkan hubungan kita semua,boleh lah saya katakan ianya adalah satu perumpamaan.Seperti bila lelaki memuji wanita kesayangan ketika asyik masyuk bercinta menerusi puisi dan lagu ” kau seperti bidadari,cantikmu laksana bidadari” Maka adakah itu menandakan wanita itu adalah bidadari?

    Ayat 2:248
    Saya tak tahu nak fikir apa,sebab tak faham apa yg sdr nak sampaikan.Benar ada disebut malaikat yg membawa tabut,iaitu peti tempat menyimpan kitab Taurat….so?

    Cik Bunge bersetuju dgn perumpamaan jika jahat,manusia boleh jadi malaikat tetapi agak berat utk menghadam pabila manusia itu baik boleh jadi malaikat.

    Kita sudah pun berkali di sini melihat bahawa ada ayat yg jelas menunjukkan syaitan dikalangan jin dan manusia dan ayat berikut sekali lagi meletakkan manusia sama tempatnya dgn golongan jin.

    Al A’raf 38
    Allah berfirman: “Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: “Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka”. Allah berfirman: “Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui”.

    Saya bersetuju dgn TM yg kita perlu belajar mengenai sesuatu yg kita tidak tahu dan bukannya meneruskan kehidupan sehingga di ambil tuhan dalam keadaan jahil.Strategi melawan musuh dan peperangan adalah mengetahui siapa lawan kita.

    Sejujurnya Cik Bunge terpanggil mahu lebih faham siapa itu jin,syaitan dan sihir kerana bapa saudara saya di Kampung Simpang Lawin adalah pengamal perubatan traditional,bahasa pasarnya tok bomoh.

    Spt TM saya juga menolak dan tidak mempercayai sihir karut marut,sehingga 3 tahun lepas kononnya di diagnosis terkena sihir.Dan bermula lah pengalaman itu ini.Saya bukanlah pesakit yg lemah kerana pakcik saya sering kelihatan annoyed bila saya bersungguh bertanya iye ke?mana?dari mana?macam mana?
    Di dalam perubatan traditional,saya melihat adanya kerjasama manusia dan jin,jika ianya tidak benar sama sekali itu beerti pengamal perubatan adalah seorang pelakon yang hebat.

    Allah Kurniakan manusia akal dan hati bukan utk suka2, syaitan boleh berbentuk jin serta wujud dan lahir sebagai manusia.Tetapi manusia yang jiwanya tetap,akalnya sihat dan mahu berfikir amat sukar dipengaruh.Saya tidak seperti TM yg menolak segala amalan dan kepercayaan sihir karut marut yg dibawa oleh syaitan jin dan manusia kerana ianya wujud.

    Seorang pengamal perubatan di kelantan mengatakan tidak mudah sihir menguasai cik bunge kerana ada darah jawa… haha!saya fikir itu salah,kerana dalam fikiran saya ” manusia jauh lebih baik dari syaitan,jadi mengapa manusia harus tunduk dan takut.Dan jika benar Quran itu shifa,mengapa perlu bergantung pada manusia dan jin untuk melawan sihir dan syaitan.”

    Secara kesuluruhannya,pengalaman ini memberi keyakinan yg lebih bahawa tiada kecelakaan ke atas kita manusia jika kita benar percaya segalanya berlaku dalam pengetahuan dan izin Allah.

    Dan saudara Simpang Lawin,jika benar dgn bertanya itu boleh meretakkan hubungan.Mungkin itu yang telah terjadi antara saya dan bapa saudara di Kg Simpang Lawin,sejujurnya sebagai seorang manusia……..saya tidak kesal.Haq itu Haq,Batil itu Batil,tanpa mengira siapa pelakunya.

    niasarah

    July 27, 2011 at 1:00 am

  24. ada ralat di perenggan ke empat,sorry.

    Cik Bunge bersetuju dgn perumpamaan jika jahat,manusia boleh jadi malaikat tetapi agak berat utk menghadam pabila manusia itu baik boleh jadi malaikat.

    sepatutnya

    Cik Bunge bersetuju dgn perumpamaan jika jahat,manusia boleh jadi syaitan tetapi agak berat utk menghadam pabila manusia itu baik boleh jadi malaikat.

    niasarah

    July 27, 2011 at 1:06 am

  25. Salam Niasarah,

    Saya tidak kata amalan perbomohan yang membabitkan kerjasama jin dan manusia tidak wujud. Ia memang wujud. Dari ayat-ayat Quran yang saya kemukakan di atas sangat jelas kepada kita bahawa hubungan jin dan manusia adalah lumrah. Cuma dari semua gambaran yang Tuhan berikan, hubungan di antara manusia dan jin tidak ada yang akan berakhir dengan kebaikan. Malah semuanya bakal membawa manusia ke neraka. Ini kerana jin merupakan bangsa Iblis yang telah berjanji kepada Tuhan untuk menyesatkan kita sampai hari kiamat nanti. Kita tidak tahu yang berhubung dengan kita itu jin keturunan Iblis atau bukan. Jadi kita ambil sajalah peringatan Tuhan ini.

    6:112 Dan maka kami jadikan untuk setiap nabi, musuh – syaitan-syaitan jin dan manusia – menginspirasikan di antara satu sama lain kata-kata indah yang menyeleweng. Jika dikehendaki Pemeliharamu, mereka tentu tidak akan dapat melakukannya. Maka tinggalkan mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

    Iaitu, tinggalkan saja mereka yang mempunyai hubungan dengan jin kerana mereka tidak akan membawa kebaikan.

    72:6 Dan ada di antara mereka di kalangan manusia yang mendapatkan pertolongan dari kalangan jin dan mereka (jin-jin itu) telah menambah masalah mereka.

    Kita tidak mahu akhirnya kita menjadi manusia dalam golongan seperti berikut:

    34:41 Mereka akan berkata: Segala puji kepada Engkau! Engkau pelindung kami, bukan mereka. Tidak. Sebaliknya mereka menjadi hamba (yaʿbudūna) jin; kebanyakan mereka percaya kepada mereka (jin).

    tolokminda

    July 27, 2011 at 3:54 pm

  26. Salam semua & niasarah

    Manusia jadi malaikat bukan bermaksud hilang elemen-eleman kemanusiaannya (ada buat salah dan ada juga buat silap), manusia jadi malaikat bermaksud manusia yang mengikut elemen-elemen kebaikan seperti Nabi Yusuf dlm cerita ayat tuh, adakah kita boleh kata Nabi Yusuf tak baik seperti malaikat??… berkenaan ayat Q2:248, sy fikir ia peti (tabut) itu dibawa manusia yang seumpama malaikat, takkan malaikat angkat/bawa peti secara invisble man, kelihatan peti terapung-apung tapi orangnya tak nampak?? Cuba baca balik…

    [2:248] Dan Nabi mereka berkata kepada mereka: “Ayat (tanda) kerajaannya ialah datang kepada kamu tabut (peti) didalamnya ketenangan dari Tuhan kamu, dan saki-baki apa yang telah ditinggalkan keluarga Musa dan Harun yang dibawanya oleh malaikat-malaikat. Sesungguhnya dalam yang demikian terdapat ayat-ayat bagi kamu, sekiranya kamu orang yang beriman.”

    Dikalangan manusia ada syaitan, begitu juga dikalangan Jin ada syaitan… syaitan-syaitan ini juga ada yang mengetahui ilmu sihir dan apa (ilmu) yang direlevasikan kepada dua malaikat Harut Marut (bukan karut marut, hehehe)…

    [2:102] Dan mereka mengikut apa yang syaitan-syaitan bacakan semasa pemerintahan Sulaiman; dan Sulaiman bukanlah ingkar, akan tetapi syaitan-syaitanlah yang ingkar; mereka mengajarkan manusia sihir dan apa yang direlevasikan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut, dan mereka tidak mengajarnya kepada seseorang sebelum mereka berkata: “Kami hanyalah cubaan, maka janganlah kamu ingkar.”

    Sihir dalam ayat ini boleh jadi ilmu hypnosis psikologi, kalau ada orang yang meracau dan histeria itu mungkin sebab hypnosis psikologi tuh… kalu jiwa/rohani dan akal kuat, hynosis psikologi tuh tidak akan membawa kesan… Wallahu’Alam…

    Jebon

    July 27, 2011 at 4:34 pm

  27. haha! harut marut jadi karut marut yea!!!
    Baik lah…akan saya baca dan fikirkan lagi.Tengkiu Juang n TM!

    niasarah

    July 27, 2011 at 4:55 pm

  28. haha! harut marut jadi karut marut yea!!!
    Baiklah…akan saya baca dan fikirkan lagi.Tengkiu Jebon n TM!

    niasarah

    July 27, 2011 at 4:56 pm

  29. aiseh..apa pasal komen kluar 2 kali!!! isk…mesti kerja jin 😛

    niasarah

    July 27, 2011 at 4:58 pm

  30. Salam,

    Apa pendapat TM jika saya katakan bahawa Iblis, Jin dan Syaitan ialah makhluk asing a.k.a. alien. Saya suka tonton filem War of The Worlds dan selalu terfikir mungkin perkara sebegini akan berlaku tidak lama lagi.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    August 6, 2011 at 5:33 pm

  31. Salam

    Matguyver, sy ada bicarakan persoalan ini di, http:/ /mentaliti.wordpress… 🙂

    Jebon

    August 6, 2011 at 9:12 pm

  32. Adus… kawan-kaean dah jauh berbincang..Puteri masih terkial-kial cari 8:76… tak jumpa lah dalam Quran Puteri ni….camana ek?

    Puteri

    August 15, 2011 at 9:47 pm

  33. Salam Puteri,

    Terima kasih kerana memeriksa. Saya tertinggal 3. Ia bukan 8:76 tetapi 38:76. Saya sudah betulkan. Terima kasih sekali lagi.

    tolokminda

    August 16, 2011 at 11:50 pm

  34. Salam,

    Di sini saya kemukakan beberapa point untuk kita renungi. Mungkin benar mungkin tidak. Kita boleh cari dalam Quran dan rungkaikan kod rahsianya.

    1. Malaikat adalah salah satu makhluk ciptaan Tuhan. Makhluk ini sangat taat kepada perintah Tuhan wak ima dalam keadaan apa sekalipun. Mereka berlegar-legar di seluruh alam angkasa raya. Tidak pernah ada kes jenayah. Jadi saya cuba memungkin malaikat ini adalah cahaya dalam bentuk elektrik. Sumbangan elektrik/current adalah sangat besar manfaat kepada manusia dan seluruh alam. Dengan elektrik maka wujud teknologi-teknologi yang memudahkan hidup manusia. Bukan hanya alam, seluruh universe ini adalah dalam pengaruh kekuatan elektrik. Elektrik bukan hanya apa yang kita bayangkan dalam kabel atau wayar di rumah, alam badan kitapun ada elektrik dalam cas yang berbeza sedikit. Sebab itu dalam pengalaman kita, masa kita tunggu kawan dalam waktu yang lama, dalam saat itu kita teringat mana dia tidak datang-datang ini, maka saat itu juga kita lihat dia muncul depan rumah kita. Ha….ini semua ada pengaruh elektro-magnetik wave antara kita manusia. Kalau seorang itu terjatuh gelas dari tangan dan pecah di atas lantai, seolah-olah ada satu benda buruk berlaku, maka semua itu adalah kerana rangkaian elektrik wave yang menyampaikan. Dalam badan kita ada unsur elektrik, maka kalau kita buat salah kita akan sentiasa rasa salah dan takut. Jadi malaikat itu senantisa merakamkan apa yang kita buat. Sebab itulah teknologi dari unsur elektrik boleh rakam gambar, simpan gambar dalam bentuk digital. Sebab itu manusia tidak boleh lari dari kebenaran. Sebab semua unsur elektrik atau malaikat ada di sekeliling kita.

    2. Kita manusia di jadikan dari tanah. Adakah tanah yang kita lihat sehari-harian. Tidak. Tapi secara biologi dan kimianya, kita dijadikan dari air mani, yang mana semuanya asal dari makanan, dan ada makanan itu dari tumbuh-tumbuhan dari tanah jua asalnya. Bila kita mati, badan kita membusuk dan rosak dan kembali kepada tanah. Kita tidak di gelar manusia lagi, tapi mayat. Tapi bila jadi mayat, tubuh kita jadi sejuk. Jadi dari mana asalnya panas itu bila kita masih hidup. Bagaimana tentang roh? Adakah roh itu menyebabkan badan kita panas masa hidup? Adakah roh kita asal dari benda panas? Adakah roh itu ada unsur elektrik atau api? Atau…..semua itu hanya urusan Tuhan.

    Kita hidup kita sedar. Tapi bila kita tidur kita tidak sedar. Jadi kesedaran itu, pada sainsnya kerana otak kita rehat dan tutup sementara kesedaran.

    Bila kita sedar kita dipertanggungjawabkan. Baik atau buruk, benar atau salah kita ada tanggungjawab dalam hidup. Bila kita buat salah atau maksiat, kenapa kita di salahkan, walhal syaitan yang menganggu kita, kerana mungkin kita terpaksa. Tuhan memaafkan kalau kita bertaubat dengan sebenarnya, maka syaitan atau jin itu dipihak yang salah.

    Bila kita hidup kita adalah manusia yang ada unsur tanah, api, air dan udara.

    3. Apakah unsur jin itu satu makhluk yang lain, atau jin itu adalah sebenarnya sifat manusia yang buruk dengan panggilan syaitan? Apakah nafsu itu sebenarnya kalau kita tidak kawal dia boleh menjadi jin? Macam sel kanser itu ada dalam badan kita dalam keadaan tidur, tapi dia boleh menjadi kecoh dan muncul dalam bentuk kanser. Kita boleh makan, kalau kita makan dengan rakus dan gelojoh kita sama dengan syaitan atau jin. adalah jin itu makan dengan rakus? Atau sifat kita itu yang nafsu tidak terkawal, itulah digelar jin atau syaitan.

    4. Tuhan kata 51-56 “Tidak ku jadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah aku”. Tapi dalam ayat lain “…bahan bakar api neraka adalah manusia dan batu …..” kalau manusia itu ingkar kepada Tuhan, tapi bagaimana tidak disebut jin juga sebagai bahan bakar?

    5. Mencuri berita dari langit. Itu adalah di tujukan kepada jin. Jadi jin itu adalah semacam makhluk yang ada perasaan ingin tahu. Untuk apa? Maka mereka dilemparkan dengan api. Siapa yang melemparkan api, kalau tidak dari malaikat atau unsur elektrik yang kuat didalam angkasa raya.

    6. Yang menjadi cabaran kepada manusia sekarang yang menjadi bahan sebutan di kalangan saintis “Are we alone in the universe?”. Juga menjadi cabaran kepada kita yang menerima mesej Tuhan iaitu Quran. Apakah UFO itu jin atau mahkluk lain seperti manusia? Siapakah ancient astronaut (angkasawan purba) yang dikatakan telah turun kebumi ribuan tahun dahulu di mana berita mengenai mereka dan artifak-artifak lama samada dalam bentuk lukisan di dinding, dalam manuskrip lama semuanya ada petunjuk mengenai lawatan makhluk dari dunia lain.

    Jadi siapakah Adam yang kita katakan manusia pertama? Adakah Nabi Adam itu manusia pertama di atas planet bumi ini? Atau ada beribu-ribu Adam sebelum Nabi Adam? Apakah kesilapan Adam sehingga di transfer ke planet Bumi? Dari mana asal dia? Siapakah Iblis yang dikatakan begitu sombong trhadap Adam? Apakah pohon khuldi itu? Adakah ianya dalam bentuk pokok” Adakah ianya bentuk undang-undang atau “perbuatan seks” sehingga Adam di nampakkan auratnya? Kerana perbuatannya itu sudah menunjukkan kedewasaannya, dia dilantik oleh Tuhan untuk menjadi khalifah di planet Bumi ini sebagai ujian dan cabaran baginya.

    Apakah yang sebenarnya berlaku di alam angkasaraya yang tinggi itu, sehingga jin dan Adam di turunkan ke planet Bumi ini?

    Hanya renungan saya. Kita boleh gali dan terus gali segala kod yang tersembunyi di dalam lautan ilmu Quran.

    message114

    August 17, 2011 at 12:55 am

  35. Pada pendapat saya jin adalah manusia. jin=yang tersembunyi.. maka jin adalah manusia yang masih tidak mendapat informasi Al-Quran.. Ini adalah pendapat dari Sir Syed Ahmad Khan, dan saya menyetujui pendapatnya.. Tafsir al Jinn Wal Jan ala mafi al Quran (1891), Urdu by Sir Syed Ahmed. Walau bagaimanapun saya tidak menolak kewujudan mahluk yang mampu merasuk manusia yang saya panggil makluk Tuhan dan mungkin bukan jin. Sekadar pendapat 🙂

    researcher1987

    August 18, 2011 at 2:50 pm

  36. Akhirnya Sir Syed Ahmad Khan dicop sebagai ingkar sunnah kerana pendapatnya 🙂

    researcher1987

    August 18, 2011 at 2:51 pm

  37. Persoalannya bagaimana boleh kita katakan jin itu suatu mahluk halus atau ghaib? hairan dan ajaib.. ada ayat Quran yang menerangkan? mungkin saya terlepas pandang di mana-mana.. Quran ok, not out of it. jeng3 🙂

    researcher1987

    August 18, 2011 at 2:58 pm

  38. Can you spot evil in an X-ray?
    Dark patch’ visible in brain scans of killers and rapists, neurologist claims
    (Dan dia mencipta jin dari nyalaan api yang tidak berasap)alamak saudara2 lihat yahoo news,apa yang scientist dah jumpa di dalam otak maknusia.

    solomon from singapore

    February 8, 2013 at 3:20 pm

  39. Assalam,
    S
    MasyaAllah! Apa dah jadi dgn blog ni, mula2 nk bertukar2 pendapat, berhujjah melalui quran selepas tu meranapkan aqidah. Allah dah kata akal fikiran manusia tidak mampu melangkaui perkara yang melibatkan aspek ketuhanan dan kejadian, maka dengan itu sebagai permulaan Allah kata kenal diri dahulu maka kenallah tuhanmu. Cari jawapan disana barulah terbuka matahati @ sebenar2nya akal. Matahati lah yg dapat melangkaui dan memahami apa yg Allah bgtau dlm alquran. Dgn kesungguhan yang bersunguh2 ayat alquran mampu meleburkan permainan syaitan dalam minda fikiran dan bukanlah minda fikiran yg akan kita gunakan tetapi matahati yg dianugerah. Untuk menceritakan apaitu matahati itu hanya hamba dan tuhan shj yg mengerti dan tidak dapat diceritakan antara manusia dgn manusia. Sebagai contoh yg plg mudah soal lazat. Sekiranya lazat itu sesuatu maka keluarlah ianya supaya kita dapat lihat bentuknya. Bagaimana soal lazat itu hanya diri kita yg dapat pemahaman tetapi tidak menerusi org lain. Begitu juga soal terjemahan kaabah, pencerahan se enarnya bukanlah bangunan tetapi kiblat @ tumpuan kepada kenalnya diri itu akan tuhannya ajaran yg Allah sampaikan kepada

    Insan

    May 31, 2013 at 12:55 pm


Leave a comment