Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Kebergantungan mutlak kepada ulama mungkin menyesatkan kita terus ke neraka

with 156 comments

Dalam artikel sebelum ini saya menulis tentang Al-Quran sebagai dokumen perjanjian di antara kita, orang yang percaya, dengan Tuhan dan Tuhan dengan kita. Oleh itu, saya berpendapat setiap Muslim yang mengaku percaya, perlulah membaca dan memahami Al-Quran kerana bagaimana mungkin kita boleh menunaikan semua komitmen yang terkandung dalam dokumen perjanjian kita itu jika kita tidak berinisiatif langsung untuk mengetahuinya. Perkara paling asas apabila kita memasuki sesebuah perjanjian sudah tentulah membaca, mengetahui dan memahami isi kandungan perjanjian berkenaan.

Malangnya idea membaca perjanjian seperti tidak laku di kalangan masyarakat Islam. Majoriti orang Islam langsung tidak peduli isi kandungan Al-Quran. Mereka sudah berpuashati jika dapat ‘mengaji Al-Quran sehingga khatam’ dan mampu menghafal beberapa surah ringkas. Itu pun kerana ia diperlukan dalam bacaan sembahyang mereka. Mereka bukan saja tidak merasa perlu untuk memahami Al-Quran walaupun melalui naskah terjemahan, tetapi turut percaya sesiapa yang mencubanya secara sendirian berkemungkinan akan disesatkan Syaitan berbanding mendapat hidayah Tuhan. Akibatnya, dalam masyarakat Islam jarang sekali kita jumpa mereka yang berani menyentuh terjemahan Al-Quran dalam bahasa masing-masing.

Sebenarnya, jika ada yang berani pun usaha mereka belum tentu dapat membawa mereka ke jalan yang lurus. Kepercayaan yang mengatakan mereka akan bertambah sesat mungkin ada betulnya. Ini kerana terjemahan yang disogokkan kepada umat tidaklah bebas dari tangan para ulama yang mengepalai kepercayaan mereka. Para ulama nampaknya telah mengambilkira semua sudut supaya usaha menggembala umat mematuhi Islam versi mereka tidak dapat dihidu. Selepas berjaya menyakinkan orang-orang Islam bahawa Al-Quran dalam bahasa Arab cukup sekadar menjadi kitab untuk dinyanyi-nyanyikan, mereka kemudiannya menggodam terjemahan dan tafsirannya supaya selaras dengan kitab-kitab ciptaan mereka sendiri.

Kalau para pembaca budiman tidak percaya, mari kita lihat satu contoh. Dan saya sangat berharap pembaca budiman boleh bersabar sedikit untuk membaca dengan teliti apa yang saya mahu kongsi dalam artikel ini kerana sesungguhnya ia amat penting. Kita mulakan dengan terjemahan Surah An-Najm, ayat 1-18 dari sumber ini.

[1] Demi bintang semasa ia menjunam, –

[2] Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

[3] Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

[4] Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

[5] wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, –

[6] Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, –

[7] Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);

[8] Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,

[9] Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;

[10] Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.

[11] Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

[12] Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

[13] Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,

[14] Di sisi “Sidratul-Muntaha”;

[15] Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.

[16] (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

[17] Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

[18] Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

Mari kita semak satu persatu.

1.  Melalui petikan terjemahan di atas, kita melihat ayat 1 – 18, Surah An-Najm itu dirujuk kepada Nabi Muhamad. Lihat ayat 2, kononnya ayat ini ditujukan kepada para sahabat Nabi dan “rakan kamu” yang dimaksudkan oleh ayat berkenaan adalah Nabi Muhamad sendiri.

2. Melalui ayat 4 – 10, Nabi Muhamad dikatakan menerima wahyu dari Jibril yang turun ke bumi. Dan wahyu yang disampaikan kepada Muhamad kononnya bukan sekadar Al-Quran, bahkan hadis juga (ayat 4).

3. Melalui ayat 11 – 12 kononnya Nabi Muhamad melihat Jibril dalam bentuk asalnya.

4. Melalui ayat 13  Nabi dikatakan bertemu Jibril buat kali kedua dan ayat 14 – 18 hanya Tuhan saja yang tahu apa yang cuba disampaikan oleh penterjemah.

Kepada mereka yang tidak berhati-hati, terjemahan di atas tiada cacat celanya. Malangnya ia tidak semudah itu. Terjemahan di atas sebenarnya telah memesongkan ayat-ayat Allah pada kadar di luar jangkaan. Selepas habis membaca artikel ini saya yakin pembaca budiman tentu tidak menyangka sebuah terjemahan rasmi Al-Quran boleh menjadi seburuk itu.

Ayat-ayat di atas sebenarnya bukan dirujuk kepada Nabi Muhamad. Ia adalah rujukan kepada Nabi Musa. “Rakan kamu” yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat 2 adalah Nabi Musa. Dalam konteks hubungan antara rasul, Allah sifatkan Nabi Musa sebagai rakan atau sahabat kepada Nabi Muhamad. Kita kena ingat, ayat ini diturunkan kepada Nabi Muhamad dan bukan kepada para sahabat sebagaimana yang cuba diajukan oleh penterjemah iiu.edu.my.

Di bawah adalah bagaimana terjemahan Surah An-Najm, ayat 1 – 18 sepatutnya dibaca. Sebagai makluman terjemahan ini adalah terjemahan semula oleh saya dari terjemahan bahasa Inggeris oleh Syakir.

53:1 “Demi bintang apabila ia jatuh”

53:2 “Sahabatmu tidak salah dan tidak juga dia sesat”

53:3 “Tidak juga dia bercakap dengan nafsu”

53:4 “Ia bukan kecuali wahyu yang telah diwahyukan”

53:5 “Tuhan yang Maha Berkuasa yang telah mengajarnya”

53:6 ” Tuhan yang Memberi Kekuatan, supaya dia berjaya melaksanakan”

53:7 “Dan Dia berada tinggi di kaki langit”

53:8 “Kemudian Dia semakin hampir dan merendahkan diriNya”

53:9 “Dia hanya berjarak 2 panahan panah atau lebih dekat”

53:10 “Dan Dia mewahyukan kepada hambaNya apa yang Dia wahyukan”

53:11 “Hatinya seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya”

53:12 “Apa? Kamu pertikaikan apa yang dia lihat?”

53:13 “Dan sesungguhnya dia telah melihatNya di penurunan yang satu lagi”

53:14 “Di sisi Sidratul Muntaha”

53:15 “Yang hampir kepadanya syurga, tempat yang dituju”

53:16 “Sidratul Muntaha yang dilitupi”

53:17 “Matanya tidak berkelip, namun ia tidak salah”

53:18 “Sesungguhnya dia melihat mukjizat-mukjizat terbesar dari Tuhannya”

Dalam sejarah Nabi-Nabi, hanya seorang Nabi saja yang telah menerima mukjizat dan wahyu dari Tuhan secara terus, di mana Tuhan turun ke bumi menemuinya. Dan Nabi itu adalah Nabi Musa. Tuhan telah turun ke bumi dalam dua peristiwa untuk menemui Nabi Musa. Peristiwa pertama adalah apabila Tuhan memperlihatkan dan memberi Nabi Musa mukjizat untuk beliau berdepan dengan Firaun dan peristiwa kedua adalah apabila Tuhan menyampaikan wahyunya kepada Nabi Musa. Dan ayat-ayat surah An-Najm menepati gambaran tentang pengalaman yang telah dilalui oleh Nabi Musa.

Nabi Muhamad tidak pernah menerima mukjizat selain dari Al-Quran dan tidak menerima wahyu secara terus dari Tuhan sebaliknya melalui perantaraan Jibril. Oleh itu mengatakan ayat 1 – 18, Surah An-Najm sebagai merujuk kepada Nabi Muhamad adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan keterlaluan.

Pertemuan pertama Nabi Musa dengan Tuhan diceritakan di dalam Al-Quran dengan jelas melalui Surah Ta-Ha (Surah ke 20).

20:9    “Dan sudahkan cerita tentang Musa sampai kepada kamu?”

20:10   “Apabila dia melihat api dan dia berkata kepada keluarganya, “Berhenti! Sesungguhnya aku melihat api, mungkin aku dapat membawa bara kepada kamu atau mendapatkan panduan di api itu”.

20:11   “Jadi apabila dia datang kepadanya, satu suara kedengaran: “Wahai Musa:

20:12  “Sesungguhnya akuTuhanmu, oleh itu bukalah kasutmu, sesungguhnya kamu berada di lembah suci, Tuwa”.

20:13   “Dan Aku telah memilihmu, jadi dengarlah apa yang akan diwahyukan”.

20:14   “Sesungguhnya Aku Allah, tidak ada Tuhan lain selain Aku, oleh itu berbaktilah kepadaKu dan tunaikan komitmen sebagai ingatan kepadaKu”.

20:15   “Sesungguhnya masanya akan tiba – Aku akan memperlihatkannya – supaya setiap jiwa akan diberi ganjaran atas usahanya”.

20:16   “Oleh itu jangan biarkan sesiapa yang tidak percayakannya dan menurut nafsu dangkalnya memalingkan kamu daripadanya supaya kamu gagal”.

20:17   “Dan apakah yang ada di tangan kanan kamu, wahai Musa?”

20:18   “Dia berkata; Ini tongkatku. Aku bersandar kepadanya dan aku menggunakannya untuk memukul daun-daun supaya jatuh sebagai makanan biri-biriku, aku juga menggunakanya untuk tujuan lain”.

20:19   “Dia berkata: Campakkannya, wahai Musa!”

20:20  “Jadi dia mencampakkannya, dan lo! Ia menjadi ular yang menjalar”.

20:21   “Dia berkata: Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan kembalikan ia kepada bentuk asalnya”.

20:22   “Dan tekan tangan kamu ke sisi kamu, ia akan menjadi putih bersih: satu lagi mukjizat”.

20:23   “Semoga Kami akan tunjukkan mukjizat yang lebih hebat kepada kamu”.

20:24   “Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas”.

20:25   “Dia (Musa) berkata; Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku”.

20:26   “Dan mudahkanlah urusanku”.

20:27   “Dan bebaskan kelu lidahku…”

Kisah mengenai Nabi Musa yang terpukau pada satu malam di mana dia telah bertemu Tuhan yang memperlihatkan kepadanya mukjizat-mukjizat dalam 20:9 – 27 di atas selaras dengan konteks ayat-ayat 53:13 – 18.

Pertemuan seterusnya pula berlaku apabila Tuhan turun ke bumi untuk menyampaikan wahyu kepada Musa.  Kisah mengenai pertemuan ini  diceritakan dalam Surah Al-A’raf ayat142-145.

7:142 “Dan kami menetapkan pertemuan dengan Musa selama 30 malam dan menyudahkannya dengan 10 lagi, jadi tempoh pertemuan dengan Tuhannya selesai dalam 40 malam, dan Musa berkata kepada adiknya Harun: Ambil tempatku di kalangan orang-orangku dan uruskan dengan baik dan jangan ikut cara mereka yang membuat kerosakan”.

7:143 “Dan apabila Musa datang pada masa yang telah ditetapkan dan Tuhannya menegurnya dan beliau berkata:  Tuhanku! Tunjukkanlah, supaya aku dapat melihat Dirimu. Dia (Tuhan) berkata: Kamu tidak akan mampu melihat Aku tetapi lihatlah gunung itu, jika ia kekal di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku, tetapi apabila Tuhan menzahirkan kebesarannya kepada gunung itu Dia membuatnya runtuh dan Musa jatuh pengsan; kemudian bila dia kembali pulih, dia berkata: Keagungan untukMu, aku patuh kepadaMu dan akulah di antara mereka yang percaya”.

7:144 “Dia berkata: Wahai Musa! Sesungguhnya aku telah memilih kamu di atas yang lain untuk menyampaikan pesanan-pesanan dan perkataan-perkataanKu, oleh itu peganglah apa yang Aku berikan kepadamu dan jadilah antara mereka yang menghargai”.

7:145 “Dan kami perintahkan untuk dia dalam bentuk senarai peringatan yang pelbagai dan penjelasan dalam semua perkara; jadi peganglah semuanya dengan teguh dan ajaklah orang-orang kamu untuk berpegang kepada apa yang terbaik, aku akan tunjukkan kepadamu tempat tinggal yang kekal untuk mereka yang melampaui batas.”

Kisah yang diceritakan melalui ayat 7:142 – 145 di atas selaras dengan konteks ayat 53:2 -12.

Kesimpulan

Selepas melihat semua rujukan ayat 20:9 – 27 dan 7:142 – 145, maka bukti yang jelas telah kita lihat sendiri bahawa Surah An-Najm, ayat 1 – 18 tidak syak sememangnya merujuk kepada Nabi Musa dan bukan Nabi Muhamad sebagaimana yang cuba dipesongkan oleh penterjemah  iiu.edu.my dan penterjemah “bertauliah” yang lain.

Jika pembaca budiman fikir pemesongan tentang Nabi Musa ini berakhir di sini, bersedialah untuk terkejut. Ia tidak berakhir di sini. Tetapi ia berakhir di tikar sembahyang  orang-orang Islam.

Para ulama memberitahu umat Islam bahawa sembahyang merupakan satu ibadat yang telah diperintahkan oleh Tuhan kepada Nabi Muhamad secara terus, di mana Nabi telah diterbangkan dari Mekah ke Baitul Muqqaddis dan kemudian menemui Tuhan di langit ke tujuh dalam peristiwa ajaib yang diberi nama Israk dan Mikraj. Saya rasa tidak perlu saya bercerita panjang tentang perjalanan “adventure” ala hikayat 1001 Malam Nabi itu kerana saya yakin para pembaca budiman tentu lebih maklum mengenainya.

Untuk cerita mereka itu, para ulama hanya menggunakan dalil ayat 1, Surah Al-Israa.

17:1  “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Sekali lagi terjemahan oleh iiu.edu.my)

Bayangkan hanya melalui satu ayat ini, para ulama mampu mencipta sebuah cerita yang memukau jutaan manusia di serata dunia dan memastikan penganut Islam  sembahyang 5 kali sehari dengan cara yang mereka (ulama) sendiri tetapkan. Kalau ini bukan pencapaian yang menakjubkan, apa lagi? Memang hebat!

Tetapi betulkah ayat 1, Surah Al-Israa itu merujuk kepada Nabi Muhamad? Mari kita lihat, periksa dan teliti baik-baik. Dari terjemahan Syakir, saya terjemahkan semula begini:

17:1 “Pujian adalah untuk Yang Satu yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam daripada persetujuan yang direstui kepada persetujuan yang jauh, yang Kami telah berkati, supaya Kami perlihatkan dia tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia Mendengar dan Melihat”.

17:2 “Dan kami berikan Musa Kitab dan dijadikan ia Petunjuk untuk bani Israel. Kamu tidak patut mengambil selain dari aku sebagai penaung”.

17:3 “Keturunan seseorang yang telah Kami bawa bersama Nuh, sesungguhnya dia adalah hamba yang berterima kasih”.

Baca betul-betul ayat 17:1: Yang Satu (Tuhan) telah memperjalankan hambaNya pada satu malam untuk memperlihatkan mukjizat-mukjizatnya dan meletakkan status hambaNya itu dari seorang biasa ke arah menjadi seorang rasul.

Selepas jelas maksud ayat 17:1 kepada kita mari kita sama-sama jawab persoalan-persoalan ini:

  • Adakah Nabi Muhamad pernah berjalan pada satu malam dan Tuhan memperlihatkan mukjizat-mukjizatnya? Tidak.
  • Adakah Nabi Muhamad pernah menerima apa-apa mukjizat selain Al-Quran? Tidak.
  • Adakah Tuhan pernah turun ke bumi untuk menemui Nabi Muhamad secara terus? Tidak.
  • Adakah Nabi Musa pernah terpukau pada satu malam kerana Tuhan memperlihatkan mukjizat-mukjizatnya? Ya.
  • Adakah kedua-dua (bangunan) masjid Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa (Nabi dikatakan sembahyang 2 rakaat di situ sebelum terbang ke langit) telah wujud ketika peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhamad? Tidak.
  • Adakah kedua-dua (bangunan) masjid Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa telah wujud ketika zaman Nabi Musa? Tidak.
  • Adakah konteks ayat 17:2 – 3 selaras atau harmoni dengan ayat 17:1 jika ia dirujuk kepada Nabi Musa? Ya.

Oleh itu ayat 17:1 terbukti merujuk kepada Nabi Musa dan bukan Nabi Muhamad seperti mana yang dikatakan oleh para ulama. Dengan kesimpulan ini, maka peristiwa Israk & Mikraj sebenarnya tidak pernah berlaku. Dan kalau begitu bagaimana dengan sembahyang lima waktu yang kononnya diperintahkan Tuhan melalui peristiwa itu?

Saya berpendapat kita perlu renungkan ayat di bawah supaya tidak kekal menjadi umat yang sesat.

7:146 “Aku akan palingkan dari wahyu-wahyuku mereka yang sombong tidak bertempat di bumi ini dan jika mereka melihat setiap petunjuk mereka tidak akan mempercayainya dan jika melihat jalan yang baik mereka tidak mengambilnya sebagai jalan mereka tetapi jika melihat jalan yang salah, mereka mengambilnya sebagai jalan mereka, ini kerana mereka menolak wahyu-wahyu kami dan langsung tidak peduli akannya”.

Written by tolokminda

January 11, 2010 at 5:47 pm

156 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Saya ingin anda jelaskan lagi maksud Allah turun
    jumpa MUSA.

    Apakah Allah turun secara melihatkan wajahnya
    pada MUSA selain
    dari berkata2 secara langsung.??

    Tok Syam

    January 12, 2010 at 2:04 pm

  2. [Dalam sejarah Nabi-Nabi, hanya seorang Nabi saja yang telah menerima mukjizat dan wahyu dari Tuhan secara terus, di mana Tuhan turun ke bumi menemuinya. Dan Nabi itu adalah Nabi Musa. Tuhan telah turun ke bumi dalam dua peristiwa untuk menemui Nabi Musa. Peristiwa pertama adalah apabila Tuhan memperlihatkan dan…….]

    Harap dapat sambungkan maksud ayat MEMPERLIHATKAN agar tidak tergantung.

    Tok Syam

    January 12, 2010 at 2:46 pm

  3. Salam Tok Syam,

    Kan Tuhan dah ceritakan. Dalam pertemuan pertama:

    53:13 “Dan sesungguhnya dia telah melihatNya di penurunan yang satu lagi”

    53:14 “Di sisi Sidratul Muntaha”

    53:15 “Yang hampir kepadanya syurga, tempat yang dituju”

    53:16 “Sidratul Muntaha yang dilitupi”

    Dan dalam pertemuan kedua:

    7:143 “Dan apabila Musa datang pada masa yang telah ditetapkan dan Tuhannya menegurnya dan beliau berkata: Tuhanku! Tunjukkanlah, supaya aku dapat melihat Dirimu. Dia (Tuhan) berkata: Kamu tidak akan mampu melihat Aku tetapi lihatlah gunung itu, jika ia kekal di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku, tetapi apabila Tuhan menzahirkan kebesarannya kepada gunung itu Dia membuatnya runtuh dan Musa jatuh pengsan; kemudian bila dia kembali pulih, dia berkata: Keagungan untukMu, aku patuh kepadaMu dan akulah di antara mereka yang percaya”.

    tolokminda

    January 12, 2010 at 2:46 pm

  4. Salam Tok Syam,

    Ayat saya tidak tergantung. Dah cukup lengkap.

    Di malam itu Tuhan memperlihatkan atau membuat demonstrasi mukjizat yang diberikan kepada Musa terlebih dulu. Selepas Musa melihat sendiri mukjizat berkenaan barulah dia tahu bagaimana menggunakannya apabila berdepan dengan Firaun.

    20:17 “Dan apakah yang ada di tangan kanan kamu, wahai Musa?”

    20:18 “Dia berkata; Ini tongkatku. Aku bersandar kepadanya dan aku menggunakannya untuk memukul daun-daun supaya jatuh sebagai makanan biri-biriku, aku juga menggunakanya untuk tujuan lain”.

    20:19 “Dia berkata: Campakkannya, wahai Musa!”

    20:20 “Jadi dia mencampakkannya, dan lo! Ia menjadi ular yang menjalar”.

    20:21 “Dia berkata: Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan kembalikan ia kepada bentuk asalnya”.

    20:22 “Dan tekan tangan kamu ke sisi kamu, ia akan menjadi putih bersih: satu lagi mukjizat”.

    20:23 “Semoga Kami akan tunjukkan mukjizat yang lebih hebat kepada kamu”.

    20:24 “Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas”.

    tolokminda

    January 12, 2010 at 2:55 pm

  5. Salam Tolokminda,

    Dalam Al Quran banyak menceritakan Allah berkata-kata dengan hamba-hambaNya. Apakah itu tidak dikira sebagai komunikasi secara langsung seperti Allah dengan Nabi Musa?

    Juang

    January 13, 2010 at 3:37 am

  6. Salam….
    Saya tidak menafikan pertemuan Musa sebagaimana ayat
    ternyata.

    Cuma ingin tau,..apakah andaian sdr.tentang ketajalian
    Allah kepada Musa.Iaitu ayat melihat malaikat yg.
    dinyatakan oleh tafsiran itu sebenarnya adalah
    melihat Allah secara langsung.(Tafsiran Tolokminda)

    Pertemuan Musa sebagaimana dalam tempuh 40 hari adalah
    Allah mengajar Musa menggunakan MUKJIZAT secara langsung.Tapi apakah Allah menunjukkan dirinya
    sebenar..?

    Tok Syam

    January 13, 2010 at 5:58 am

  7. Salam Juang,

    Boleh tuan berikan contoh-contoh ayat yang berkenaan tak supaya kita boleh sama-sama semak dan bincangkan.

    tolokminda

    January 13, 2010 at 7:04 am

  8. Salam Tok Syam,

    Saya biasanya memeriksa beberapa terjemahan untuk menentukan sesuatu ayat yang saya kurang jelas. Bahawa Tuhan menemui Musa untuk memperlihatkan mukjizat dan menyampaikan wahyu bukanlah tafsiran saya. Tetapi oleh penterjemah-penterjemah lain juga.

    Terjemahan yang saya kemukakan di atas misalnya, adalah terjemahan semula dari terjemahan bahasa Inggeris oleh Syakir. Mungkin terjemahan iiu.edu.my sahaja yang melampau tafsirannya sehingga menghilangkan terus maksud ayat yang sebenar. Nabi Musa jadi Nabi Muhamad dan Allah jadi Jibril.

    Jangan malas tuan. Periksalah. Dengan internet, semua cuma di hujung jari.

    Adakah Allah menunjukkan diriNya yang sebenar kepada Musa? Tuan bacalah baik-baik…

    7:143 “Dan apabila Musa datang pada masa yang telah ditetapkan dan Tuhannya menegurnya dan beliau berkata: Tuhanku! Tunjukkanlah, supaya aku dapat melihat Dirimu. Dia (Tuhan) berkata: Kamu tidak akan mampu melihat Aku tetapi lihatlah gunung itu, jika ia kekal di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku, tetapi apabila Tuhan menzahirkan kebesarannya kepada gunung itu Dia membuatnya runtuh dan Musa jatuh pengsan; kemudian bila dia kembali pulih, dia berkata: Keagungan untukMu, aku patuh kepadaMu dan akulah di antara mereka yang percaya”.

    Adakah Tuhan tidak sudi memperlihatkan diriNya kepada Musa, atau Musakah yang tidak mampu? Adakah Musa tidak puashati tidak dapat melihat Tuhan secara terus? Atau dia pasrah dengan kelemahan dirinya, merendah diri kepada Allah dan patuh tanpa banyak soal?

    tolokminda

    January 13, 2010 at 7:13 am

  9. Salam tolokminda,

    Ini contoh ayat Al Quran yang saya maksudkan.

    2:260. Dan apabila Ibrahim berkata, “Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang yang mati.” Dia berkata, “Kenapa, tidakkah kamu mempercayai?” Dia berkata, “Ia, tetapi supaya hatiku tenteram.” Berkatalah Dia, “Ambil empat ekor burung, dan jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian panggilah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu mengetahui bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?”

    Ayat ini menunjukkan Allah juga bertemu dengan Nabi Ibrahim untuk menunjukkan bagaimana perumpamaan Dia menghidupkan orang-orang yang mati.

    Mungkin saudara tolokminda boleh perjelaskan mengikut perspektif saudara.

    Juang

    January 13, 2010 at 10:25 am

  10. Salam,

    Berkenaan kisah Nabi Musa ingin melihat Tuhan itu memberi pengajaran kepada kita bahawa kebiasaan manusia ingin melihat Tuhan seperti mereka nak lihat makhluk. Walhal mana mungkin Tuhan disamakan dengan makhluk?

    Samalah seperti nilai baik mana mungkin disamakan dengan jahat. Mana mungkin benar disamakan dengan dusta. Tinggi dan rendah tidak mungkin sama. Rajin dan malas tidak mungkin sama. Jika nilai itu disamakan, akan runtuhlah peraturan2 alam ini sebab ia sudah ditetapkan begitu secara azali.

    Kita kena tune anggapan kita supaya kita tidak menyamai Sifat-sifat Tuhan dengan makhluk. Tuhan mampu mendekati semua makhluknya dalam masa serentak kerana Dia Maha Berkuasa sedangkan kita tidak mampu berbuat begitu sebab kita adalah lemah.

    Juang

    January 13, 2010 at 10:38 am

  11. Maka bermakna,….tidaklah ada dikalangan manusia
    yg.mampu melihat ketajalian Allah sebagaimana ayat
    berikut:

    AlBAqarah [253]
    Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.

    An Nisaa`[164]
    Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).

    AsySyuura[51]
    Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.

    Tok Syam

    January 13, 2010 at 12:25 pm

  12. Dengan kenyataan ayat diatas,…semua nabi boleh
    berkata2 dengan Allah samada secara langsung atau
    wahyu.
    Tiada kenyataan yg.menjelaskan nabi dapat melihat
    bentuk Allah sebenar kerana manusia tiada mampu
    menanggung ketajian ZAT Maha Suci.

    Untuk membuktikannya Allah tajalikan ZAT nya kepada
    Gunung,…lalau berkecai dan Musa Pengsan.

    Ibrahim diperlihatkan kekuasaan kerajaan Allah dan
    bukan memperlihatkan Allah.Tiada suatu ayat yg.dapat
    di fahamkan demikian.

    Tok Syam

    January 13, 2010 at 12:30 pm

  13. Jika kita ingin menyatakan kisah Ibrahim melihat
    ALlah…maka kita boleh juga samakan nabi ADAM lebih
    awal mendapat peluang melihat ALLAH.

    Dan begitu juga Azazil…..sebelum ADAM dijadikan….
    telah berurusan dengan Allah lebih awal dari manusia.

    Tok Syam

    January 13, 2010 at 12:33 pm

  14. Salam Juang dan Tok Syam,

    Saya berpendapat semuanya terpulang kepada Tuhan bagaimana Dia menyampaikan wahyu atau ilham kepada hambaNya. Saya tidak melihat itu isu yang besar buat masa ini. Dalam artikel di atas, saya mendedahkan penyelewengan terjemahan dan tafsiran ayat-ayat yang berkaitan dengan Nabi Musa. Ini isu yang lebih besar. Sangat besar.

    Saya melihat sekurang-kurangnya 2 isu pokok di sini.

    1. Institusi yang memiliki authoriti untuk meluluskan terjemahan Al-Quran nampaknya mempelopori penyelewengan terjemahan dan tafsiran Al-Quran yang diterbitkan di serata dunia dan secara tidak langsung ia membolehkan mereka mengawal ajaran Islam mengikut acuan yang mereka mahu.

    2. Pendedahan ini mengesahkan peristiwa Israk & Mikraj tidak pernah berlaku kepada Nabi Muhamad dan oleh yang demikian ia membatalkan kepercayaan bahawa ritual sembahyang telah diperintahkan Tuhan kepada Nabi Muhamad melalui peristiwa itu.

    Dari dua isu pokok itu, umat Islam seluruh dunia sebenarnya terdedah kepada ajaran-ajaran palsu agama yang dibawa oleh para ulama mereka. Adakah umat Islam tidak nampak isu-isu sebegini penting? Jelas sekali penyelewengan seperti ini adalah jalan sehala ke neraka. Atau mereka sememangnya sudah termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat ini?

    7:146 “Aku akan palingkan dari wahyu-wahyuku mereka yang sombong tidak bertempat di bumi ini dan jika mereka melihat setiap petunjuk mereka tidak akan mempercayainya dan jika melihat jalan yang baik mereka tidak mengambilnya sebagai jalan mereka tetapi jika melihat jalan yang salah, mereka mengambilnya sebagai jalan mereka, ini kerana mereka menolak wahyu-wahyu kami dan langsung tidak peduli akannya”.

    tolokminda

    January 13, 2010 at 2:00 pm

  15. Salam….
    Kesimpulannya sdr.telah merumuskan atau tidak membangkang dengan pendapat yg. menyatakan.Dengan lain
    maksud kecenderungan anda adalah pada kenyataan penulisan anda.

    1.Isra Mikraj adalah suatu kepalsuan kerana tiada
    bukti DALIL Alquran yg.sah.Dengan tiada peristewa itu,..
    bermakna tiadalah Amal Solat Wajib sebagaimana
    umat Islam lakukan sekarang adalah ikutan sangkaan.

    2.Musa telah melihat ALLAH dan bukan melihat MALAIKAT.Ayat tersebut adalah ditujukan pada MUSA dan
    bukan kpd. Muhammad.

    ……………………..

    Apakah selain itu yg.telah diselewengkan oleh ulama
    dan telah memesongkan alquran…?
    Harap dapat sdr.berikan beberapa cotoh untuk
    menyatakan pendapat anda itu berasas.

    Tok Syam

    January 13, 2010 at 2:56 pm

  16. Salam Tok Syam,

    Adakah artikel saya di atas ini tidak cukup berasas sebagai contoh penyelewengan ulama terhadap Tuhan, nabi-nabi, malaikat dan Islam secara umumnya? Adakah tuan tidak perasan boleh kata hampir semua artikel saya dalam blog ini mendedahkan penyelewengan-penyelewengan ulama dalam isu-isu yang berkenaan?

    tolokminda

    January 13, 2010 at 3:09 pm

  17. An-Najm

    [1]
    Demi bintang semasa ia menjunam, –
    [2]
    Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
    [3]
    Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
    [4]
    Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
    [5]
    wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, –
    [6]
    Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, –
    [7]
    Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
    [8]
    Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
    [9]
    Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
    [10]
    Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
    [11]
    Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
    [12]
    Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
    [13]
    Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
    [14]
    Di sisi “Sidratul-Muntaha”;
    [15]
    Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.
    [16]
    (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
    [17]
    Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
    [18]
    Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.
    [19]
    (Setelah kamu – wahai kaum musyrik Makkah – mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa “Al-Laat” dan “Al-Uzza” –
    [20]
    Serta “Manaat” yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?

    Bermohonlah kepada petunjuk Allah untuk mengetahui
    hal sebenarnya ayat ini adalah kepada Nabi Muhammad
    Saw.Dan ia mengesahkan hal perjalan beliau ke
    Sidratul Muntaha.

    Ini adalah apa yg.hati saya nyatakan tanpa pengaruh
    terjemahan atau cerita2 di internet.Jika saya
    menggunakan akal,..saya juga akan menyatakan seperti
    sdr.nyatakan.

    Untuk mendapat keyakinan ini saya telah menyerahkan
    hati yg.kosong kepada Allah untuk IA menjelaskan.
    Dan Allah telah membuka kefahaman itu untuk
    diyakini.

    Dan saya tidak akan berubah dari kefahaman itu.
    Jika sdr.ingin penjelasan,…saya perlu tau
    pendirian anda.Fahaman dan keyakinan manakah anda
    pilih.Atau anda masih ragu2 atas kesimpulan anda.

    iaitu:

    [Kesimpulan

    Selepas melihat semua rujukan ayat 20:9 – 27 dan 7:142 – 145, maka bukti yang jelas telah kita lihat sendiri bahawa Surah An-Najm, ayat 1 – 18 tidak syak sememangnya merujuk kepada Nabi Musa dan bukan Nabi Muhamad sebagaimana yang cuba dipesongkan oleh penterjemah iiu.edu.my dan penterjemah “bertauliah” yang lain.

    Jika pembaca budiman fikir pemesongan tentang Nabi Musa ini berakhir di sini, bersedialah untuk terkejut. Ia tidak berakhir di sini. Tetapi ia berakhir di tikar sembahyang orang-orang Islam.]

    Tok Syam

    January 13, 2010 at 3:26 pm

  18. Salam Tok Syam,

    Dalam hal ini saya tidak perlu penjelasan lain selain Al-Quran. Jadi tuan pilihlah sendiri jalan tuan. Biar saya pilih jalan saya.

    Tapi kalau tuan merasa perlu mengemukakan hujah tuan, saya amat alu-alukan. Silakan tuan.

    Terima kasih.

    tolokminda

    January 13, 2010 at 3:35 pm

  19. Mencelah sedikit,berhubung ayat “53:2. Teman kamu tidak sesat, dan tidak juga bersalah”. Percanggahan berlaku dalam menentukan siapakah teman kamu.

    Semua kita maklum bahawa Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad(maaf kalau silap). Jadi dalam ayat diatas, tuhan seolah-olah berkomunikasi dengan dengan Muhammad dengan menyatakan bahawa “teman kamu(teman muhammad)tidak sesat. Sudah tentu teman kamu itu merujuk kepada kawan Muhammad iaitu nabi-nabi yang terdahulu.

    Kalau teman kamu itu merujuk kepada Muhammad, sudah tentu ayat ini mengambarkan komunikasi tuhan dengan orang lain, bukan Muhammad. Tapi kita kena ingat, Quran ini diturunkan kepada Muhammad.

    Tetapi kalau kita nak katakan teman kamu itu merujuk kepada Musa, persoalan yang timbul ialah adakah Muhammad menganggap Musa seorang sesat?

    Saya harap tolokminda dan tok syam mahupun juang boleh mendetailkan lagi.

    Penulis

    January 14, 2010 at 2:04 am

  20. Salam Penulis,

    Al Quran diturunkan kepada Muhammad untuk disampaikan kepada masyarakat baginda pada waktu itu yang terdiri daripada bani Israel yang mengikut ajaran Nabi Musa.

    Kalau Nabi Muhammad menganggapkan Musa seorang yang sesat, mana logik baginda nak sampaikan pedoman Nabi Musa untuk dicontohi?

    Jadi, ayat tersebut bermaksud Allah menyuruh Nabi Muhammad membersihkan nama Nabi Musa kerana orang2 Yahudi pada waktu itu telah menyelewangkan ajaran Nabi Musa dengan kitab2 “hadis” Nabi Musa (Talmud).

    Akibat menyelewengkan hadis2 Nabi Musa, seolah2 Nabi Musa itu seorang yang musyrik pula, padahal mana logik seorang Nabi mengajar ajaran2 berunsur2 syirik sehingga orang2 Yahudi mengatakan Uzair itu anak Allah.

    Kesimpulannya, ayat Al Quran yang mengatakan Nabi Musa itu bukan seorang yang sesat bermaksud ajaran sebenar Nabi Musa jauh daripada unsur2 pemujaan kepada seseorang manusia sehingga diangkat sebagai anak Allah. Semua Rasul mengajak manusia tunduk kepada Allah sahaja, bukan selainNya. Begitulah kita perlu bersihkan nama Nabi Muhammad daripada ajaran2 berunsur syirik.

    Juang

    January 14, 2010 at 2:32 am

  21. Salam,

    Berbalik pada topik, saya setuju bahawa dalam hidup ini, kita tidak boleh bergantung pada sesuatu pihak semata2 dalam mencari kebenaran. Kita kena luaskan pencarian maklumat kita dalam menilai mana yang benar dan mana yang dusta.

    Ada manusia tidak mahu menilai. Mereka hanya tanamkan kepercayaan berdasarkan ajaran tradisi mereka tanpa mahu mencari bukti2 yang rasional. Sama seperti orang2 Yahudi dan Nasrani yang tanam kepercayaan bahawa Uzair dan Al Masih itu adalah putera Allah. Mereka tidak mahu memikirkan kepercayaan mereka itu melainkan dengan terus menanamkannya ke dalam hati.

    Jadi, jika kita main percaya sahaja tanpa ada apa-apa hujah, samalah perangai kita dengan kaum Yahudi dan Nasrani itu.

    Sebaliknya, Rasulullah menanam kepercayaan berdasarkan hujah yang kukuh. Sebab itu untuk mempercayai Allah itu Esa, baginda bawa hujah seperti ayat 23:91 dan 17:42 itu.

    Oleh itu, di antara cara orang2 Yahudi dan Nasrani menanam kepercayaan (tanpa hujah kukuh) dengan cara Rasulullah menanam kepercayaan (bersandarkan hujah kukuh), yang mana satu kita nak pilih.

    Tiada paksaan dalam agama. Pandai2lah nak pilih sebab kepercayaan itu terletak dalam hati masing2.

    Juang

    January 14, 2010 at 2:40 am

  22. Salam,

    Sedar atau tidak, sesama manusia, kita tidak boleh berkomunikasi antara hati dengan hati. Kita perlukan medium seperti mulut (untuk berkata2), atau tubuh badan untuk menyampaikan suara hati kita kepada orang lain. Sebab itu Allah ajar bayi menangis untuk menyampaikan suara hatinya.

    Tetapi dengan Allah, Dia Maha Mendengar suara hati kita. Jika kita berniat baik atau buruk, Dia sudah Tahu apa yang tersembunyi dalam hati kita. Apa jua cita-cita kita, Dia Maha Mengetahuinya.

    Jadi, jika kita beranggapan Allah perlukan suara zahir atau perlakuan zahir kita untuk berkomunikasi dengan Dia, nampak sangat kita tidak kenal lagi Sifat-sifat Allah.

    Oleh kerana Allah Mendengar suara hati kita, sebenarnya semua manusia boleh berkomunikasi dengan Allah guna suara hati masing2. Di situlah bezanya komunikasi dengan Allah dan komunikasi sesama manusia.

    Juang

    January 14, 2010 at 2:45 am

  23. Jadi, bila kita nampak Kekuasaan Allah boleh berkomunikasi dengan hati kita tanpa medium jasad, apa ertinya mereka menetapkan satu bentuk amalan ritual yang bersifat lahiriah yang kononnya tanda mereka berkomunikasi dengan Allah? Seolah-olah mereka anggap Allah itu sama macam makhluk yang perlukan perantaraan medium zahir untuk berkomukasi dengan manusia.

    Menyamakan Allah dengan makhluk itu menunjukkan manusia itu terlalu jauh lagi dengan Penciptanya sendiri.

    Ramai yang tidak sedar perkara ini sebab mereka tidak mahu berfikir pasal Sifat2 Allah. Sifat2 Allah hanya dihafalnya sahaja tanpa mahu memahami dengan lebih detail.

    Juang

    January 14, 2010 at 2:49 am

  24. Salam Penulis,

    Sebenarnya apa yang berlaku kepada Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Ibrahim dan semua Nabi yang telah Tuhan utuskan di kalangan umat manusia selepas ketiadaan mereka adalah sama saja. Umat mereka memesongkan apa yang telah mereka sampaikan dan mencipta ajaran mereka sendiri.

    Caranya adalah dengan mengubah Al-Kitab Tuhan atau mencipta kitab-kitab tambahan (seperti kitab-kitab hadis, dsbnya). Pendek kata, apa yang telah berlaku kepada Musa, sekarang ini turut berlaku kepada Nabi Muhamad.

    Nabi Muhamad diutuskan Tuhan untuk menyampaikan Al-Quran. Tetapi secara teknikalnya umat Muhamad sekarang telah mengenepikan Al-Quran dan merujuk semua ajaran agama mereka kepada kitab lain khususnya kitab-kitab hadis dan riwayat. Malah seperti yang saya buktikan dalam artikel di atas, terjemahan Quran pun tidak terlepas dari pengaruh kitab-kitab hadis dan riwayat.

    Oleh itu, jika kita benar-benar percaya kepada Allah dan rasulnya, kita mestilah kembali kepada Al-Quran sepenuhnya dan meninggalkan sumber-sumber lain.

    tolokminda

    January 14, 2010 at 4:41 am

  25. Semakin jauh kita daripada zaman seseorang Nabi, semakin kita perlu berhati-hati dalam mengikut sesuatu ajaran yang mereka dakwa “ini ucapan Nabi”.

    Semua orang mudah-mudah berkata macam itu, tetapi nak bawa bukti yang selari dengan hukum alam inilah yang susahnya.

    Kenapa ada manusia cepat percaya sesuatu yang didakwa atas nama Nabi tanpa menyiasat dan menyelidikinya terlebih dahulu? Bayangkanlah kita terikut sesuatu yang dusta yang diada2kan atas nama Nabi Muhammad, di akhirat kelak Nabi Muhammad sendiri pun tidak boleh nak bantu kita sebab kita yang hidup sambil lawa menurut sesuatu ajaran.

    Baginda sudah tinggalkan kita pesanan dalam Al Quran yang berbunyi:

    17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati – semua itu ditanya.

    39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

    Jadi, jika kita sendiri yang tidak mahu patuhi ayat Al Quran tersebut, terimalah apa jua pembalasan Allah atas keengkaran kita itu.

    Juang

    January 14, 2010 at 4:54 am

  26. Salam Juang,

    Mari kita cuba cari sebab kenapa Tuhan beri ruang yang banyak di dalam Al-Quran untuk bercerita tentang Nabi Musa dan orang Yahudi.

    Saya berpendapat ia kerana orang Yahudi merupakan satu kaum yang bijak walaupun sombong. Bijak mereka adalah dalam soal memutar belitkan fakta, membuat cerita separuh masak, mengelirukan orang lain dan akhirnya orang lain tidak ada pilihan selain percaya kepada cerita separuh masak mereka. Apabila semua orang sudah tertelan dakyah mereka, maka mudahlah mereka menguasai persekitaran dan dunia mereka. Hari ini Yahudi menguasai dunia dengan cara yang sama.

    Agama Kristian adalah ciptaan Yahudi, diolah khusus untuk mereka yang mempercayai apa yang telah diutuskan kepada Isa.

    Saya percaya, ajaran agama Islam sekarang juga turut mendapat sentuhan Yahudi kerana kebanyakan ajaran-ajaran Islam mempunyai kaitan dengan riwayat-riwayat Israeliyat. Pemesongan terjemahan Al-Quran terhadap Nabi Musa dan yang lain-lainnya, berkemungkinan besar dipelopori oleh Yahudi bagi menutup penolakan dan sikap buruk mereka terhadap para Nabi.

    Orang Islam yang malas belajar, termakan bulat-bulat ajaran agama yang telah disogokkan oleh Yahudi kepada mereka sama seperti mana yang telah berlaku kepada orang-orang Kristian.

    tolokminda

    January 14, 2010 at 5:06 am

  27. Salam,

    Asalnya petunjuk Allah diturunkan untuk mengajar manusia membezakan benar dan dusta, baik dan buruk, berfaedah dan sia-sia dll.

    Namun ada manusia yang curang yang menjadikan agama untuk membuat satu ketetapan cara hidup yang mereka dakwa itulah cara hidup yang Allah redha. Mereka beranggapan, sesiapa yang jadi macam mereka sahajalah yang layak dapat petunjuk dan dikira sebagai kekasih-kekasih Allah. Maka dibuatlah satu set amalan ritual, cara berpakaian dan macam2 ketetapan atas nama tertib untuk merasakan mereka sahajalah beragama secara betul.

    Penyakit menjadikan agama sebagai alat untuk bermegah2 itulah yang Allah tegur pada kaum Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah dahulu. Mereka jadikan agama sebagai alat nak kumpul pengikut dan pengaruh.

    Kononnya jika ramai yang ikut agama mereka, merekalah golongan yang benar. Walhal tidaklah Allah turunkan petunjukNya untuk manusia hidup berbangga diri seperti itu.

    Jadi, dibangkitkan seseorang Rasul itu untuk menyedarkan manusia agar tidak jadikan agama sebagai alat untuk bermegah2.

    Jika kita renung secara halus, penyakit bermegah2 atas nama agama juga telah kena pada kebanyakan orang2 Islam hari ini. Mereka hidup malas belajar mencari kebenaran, tetapi menyangka cara amalan mereka itulah yang Allah terima. Mereka tidak sedar, anggapan sebegitu telah mengotorkan jiwa mereka.

    Jadi, kita kena perbetulkan balik definasi Islam itu supaya ia bukannya bentuk ideologi atau ketetapan ritual atas nama agama untuk dijadikan alat berbangga diri, sebaliknya Islam itu adalah cara hidup ke arah keamanan, kesejahteraan, kedamaian dan keharmonian.

    Yang berketurunan Yahudi pada hari ini, tidak semestinya berpenyakit seperti orang Yahudi di zaman Rasulullah. Yang berketurunan Nasrani pada hari ini, tidak semestinya berpenyakit seperti orang Nasrani di zaman Rasulullah. Dan yang berketurunan Islam pada hari ini, tidak semestinya mulia seperti orang Islam di zaman Rasulullah.

    Sesiapa jua yang berusaha kembali membersihkan agama Allah daripada unsur2 syirik (pemujaan terhadap seseorang hamba Allah) dan bergerak ke arah kesatuan sejagat, itulah orang2 Islam yang sebenar.

    Juang

    January 14, 2010 at 8:28 am

  28. Salam,

    Jika kita renung secara halus, ulamak-ulamak sesuatu agama itu mengajar pengikut mereka memuja seseorang hamba Allah sehingga pengikut itu jadi taksub atau fanatik.

    Ulamak Yahudi mengajar pengikut mereka agar memuja Uzair manakala ulamak Nasrani mengajar pengikut mereka agar memuja Al Masih Isa. Dan hak esklusif untuk menyampaikan ajaran atas nama Uzair dan Al Masih Isa dikongkong oleh mereka.

    Konsep ini sama seperti yang berlaku kepada umat Islam hari ini. Mereka diajar memuja-muji Nabi Muhammad secara melampau dan ajaran atas nama Nabi Muhammad itu hanya layak disampaikan oleh orang-orang tertentu sahaja.

    Ini yang membuka mata kita, bagaimana keadaan itu boleh terjadi kepada orang Islam sekarang?

    Sebenarnya, Al Quran sudah membasmi penyakit memuja-muji hamba-hamba Allah terdahulu. Sebab itu Rasulullah tidak taksub pada seseorang Nabi. Semua kitab2 pedoman yang Nabi-nabi sebelum baginda, Muhammad benarkan. Bermakna, tidak wujud perbuatan menyempitkan agama Allah atas nama “sunnah” seseorang Nabi, kerana itu hanya mewujudkan kembali perbuatan menyembah idol yang dilakukan oleh orang2 Yahudi dan Nasrani terdahulu.

    Memuja-muji seseorang hamba Allah terdahulu menyebabkan manusia itu hidup dengan minda yang terbelenggu. Manusia itu tidak kenal siapa dirinya sendiri sebab nak tiru macam idola mereka itu.

    Antara penyanyi yang ada keunikan sendiri dengan penyanyi yang sekadar meniru idolanya sahaja, sudah pasti penyanyi yang ada keunikan tersendiri itu lebih berkualiti.

    Macam itulah dengan hidup kita. Jadilah kita seorang yang Islam atas keunikan diri kita sendiri. Bukannya perasan Islam sebab meniru seseorang hamba Allah yang dijadikan idola.

    Juang

    January 14, 2010 at 10:57 am

  29. Tafsir israk mikraj Nabi Muhammad yg dibuat oleh kebanyakan para ulama adalah di influence dari hadis riwayat Imam Bukhari, kelojikkan hadis tersebut memang dpt dipertikaikan, cuba fikirkan… kononnya Nabi naik burak ke kayangan… flip-flop tawar menawar dgn Allah nak dapatkan solat lima waktu??

    Sekali fikir hadis tuh, macamlah Allah tak pandai planning krn perlu tawar menawar… macam hadis olok2 ajer… hadis nih mungkin reka-rekaan se-mata2… sebab itu al-Quran ada menyebut;

    (Q31:6) Ada diantara manusia yg menggunakan LAHWAL HADIS untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa ilmu, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan;…dst…

    Sy percaya Nabi Muhammad mikraj tetapi apa yg diceritakan oleh al-Quran sahaja, tak perlu kenyataan para ulama dijadikan sandaran lebih2 lagi jika kenyataannya tak logik…

    simple kan??

    Sudi2 ler jengah blog sy… buat komen
    http://doktrinisasi.blogspot.com

    Jebon

    January 14, 2010 at 1:52 pm

  30. Salam Juang,

    Orang Yahudi dan Kristian pada hari ini tidak mengiktiraf Al-Quran dan Nabi Muhamad. Ini kerana sebaik saja mereka mengiktiraf Al-Quran sebagai kitab yang authentic dan Nabi Muhamad sebagai rasul, maka mereka akan terpaksa “membetulkan semula” agama mereka.

    Orang Islam sepatutnya memiliki kelebihan untuk berdepan dengan Yahudi mahupun Kristian kerana kita tahu sejarah sebenar agama mereka melalui pendedahan Al-Quran. Malangnya itu tidak berlaku kerana orang Islam sendiri telah membiarkan kemurnian Al-Quran di rosakkan melalui terjemahan dan tafsiran yang menyeleweng.

    Ajaran kitab-kitab hadis ulama sebenarnya menjahanamkan kredibiliti Al-Quran dan rasulnya dan seterusnya meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain yang telah diselewengkan..

    tolokminda

    January 14, 2010 at 2:39 pm

  31. Salam Jebon,

    Kalau kepercayaan tuan terhadap peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhamad bersandarkan kepada ayat 17:1 maka kepercayaan itu secara automatik tidak mempunyai sebarang sandaran kerana ayat 17:1 telah terbukti merujuk kepada Nabi Musa, bukan Nabi Muhamad. Kecuali tuan boleh membuktikan sebaliknya atau membawa ayat-ayat lain yang membuktikan sebaliknya.

    tolokminda

    January 14, 2010 at 2:44 pm

  32. Salam Tolokminda,

    Itu yang disebut dalam Al Quran bahawa orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang hati dengan orang yang beriman, kerana mereka nak orang lain ikut perangai macam mereka iaitu menyekutukan Allah. Maka sebarang Kitab Allah yang pernah diturunkan melalui RasulNya, pasti akan diselewengkan dengan apa jua cara.

    Jika Al Quran dapat diterjemahkan atau ditafsirkan selari dengan peraturan alam ini, pasti tidak berlaku penyelewengan tersebut. Tetapi bila Al Quran diterjemahkan atau ditafsir mengikut hawa nafsu mereka yang menjadikan “agama” sebagai alat untuk bermegah-megah dan berbangga diri, itu yang banyak menyeleweng.

    Ramai yang tidak sedar, perasaan2 kotor dalam hati itu adalah kebocoran tenaga (pembebasan tenaga haba) yang akan melemahkan diri mereka sendiri. Malah perasaan2 kotor itu mengeluarkan asid pada tubuh badan yang menyebabkan manusia itu mudah diserang penyakit.

    Di Barat sana, sudah ramai mula membuka minda untuk memahami kebenaran. Mereka tidak taksub dengan ajaran Kristian. Malah ada yang dapat menerima bahawa Jesus itu sebenarnya manusia biasa seperti kita yang mempromosikan perbuatan-perbuatan baik agar manusia hidup dalam sejahtera.

    Jika kekotoran jiwa membawa kepada pelbagai penyakit, sudah pasti kesucian jiwa meningkatkan kualiti kesihatan. Kita akan hidup ceria dan tenang dalam apa jua kehidupan.

    Juang

    January 14, 2010 at 3:12 pm

  33. Salam….
    Memang terdapat cerita yg.tidak berasas rujukan dan
    umat islam menerimanya dengan senang hati.Lebih jadi
    parah apabila cerita2 itu disampaikan oleh ahli agama.

    Kita perlu faham maksud ULAMA` yg.diertikan Alquran.
    Pada hari ini kita mengira sama.Bila mana ulama`…
    mereka ditafsirkan secara mata dan akal.

    Ulama tidak melantik dirinya atas sebab kedudukan ilmu
    atau dasar jawatan atau kewarakan amal ibadahnya.

    Hanya orang yg.mempunyai MAKRIFAH mengenalinya.
    Sebagaimana firman Allah bermaksud….Awaslah
    pandangan WALI ALLAH,…kerana ia melihat dengan
    pandangan ALLAH.

    Tok Syam

    January 14, 2010 at 4:12 pm

  34. Salam Penulis….

    Saya setuju ulasan tuan.Apa yg.membuatkan saya
    menyatakan ayat surah tersebut adalah Isra Mikraj
    ialah…….

    [4]
    Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
    [5]
    wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, –
    [6]
    Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, –
    [7]
    Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
    [8]
    Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
    [9]
    Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;

    Ayat 4 hingga 9 adalah satu gabungan untuk memberi
    gambarannya.Oleh kerana keraguan nabi Muhammad,..maka
    Allah membuktikan kebenaran sebenar dengan memperlihatkan keadaan MALAIKAT sebenar.

    Dilain surah Allah menjelaskan sifat malaikat mempunyai sayap-sayap.

    Maka cerita keseluruhan surah An Najm adalah berkaitan zaman selain Musa.
    Kerana pada zaman Musa adalah FIRAUN yg.dianggap TUHAN…bukan LAAT dan UZAA.

    Selain itu Allah telah menyatakan bahawa Musa tidak
    akan sanggup melihat ketajalian ZAT ALLAH.Jadi
    bagaimana pula Allah kemudiannya menjelma ke bumi
    untuk melihatkan wajahnya sebenar.

    Tok Syam

    January 14, 2010 at 4:31 pm

  35. Salam Tok Syam,

    Saya berpendapat tuan mempunyai masalah memahami konteks ayat-ayat di atas. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhamad untuk disampaikan kepada kaumnya. Oleh itu ayat-ayat di atas juga ditujukan kepada Nabi Muhamad dan untuk difahami kaumnya.

    Cerita mengenai Nabi Musa hanyalah teladan atau contoh atau penjelasan yang berkaitan konteks dengan isu semasa yang Tuhan nak sampaikan kepada Nabi dan kaumnya “pada ketika itu”. Jadi tidak hairanlah apabila contoh, teladan atau penjelasan telah disebut dengan memadai maka Tuhan kembali kepada isu sebenar yang sedang dikemukakan.

    Membaca keseluruhan surah mungkin dapat membantu tuan.

    Tentang soal Tuhan turun menemui Nabi Musa, penjelasan Tuhan begitu mudah dan nyata. Kalau tuan masih lagi tidak dapat memahami atau melihat apa yang Tuhan kata, siapalah saya untuk menolong tuan.

    tolokminda

    January 14, 2010 at 5:37 pm

  36. Salam…
    Apa hujah sokongan mengatakan fahaman anda begitu
    diyakini.

    Setiap hujah perlu ada sokongan2 lain.Itulah cara
    menolong… benar dan membenarkan.

    Isu disini adalah sdr.menafikat kaitan cerita dengan
    Isra Mikraj.
    Kedua yg.turun menjelma kebumi adalah Allah sendiri
    bukan malaikat JIBRIL.

    Harap dapat hujah untuk menyokong kenyataan anda.
    Bukan menyuruh saya membaca ayat tersebut.
    Bagi saya bukan saja membaca tapi meneliti ayat2
    lain yg.berkaitan.

    Bukan hanya satu surah itu saja kisah musa,…tapi
    banyak surah lain dalam peristewa sama juga.

    Apakah Alquran itu disusun mengikut masa dan hari.
    Jika demikian tentunya surah Iqra perlu dimulakan,..
    kerana ayat pertama diturunkan.

    Tok Syam

    January 14, 2010 at 6:09 pm

  37. Salam Tok Syam,

    Saya juga rasa tuan mempunyai masalah membaca artikel di atas. Bukankah semua bukti sudah di bawakan melalui ayat-ayat dari surah-surah yang berlainan? Tuan saja yang kata saya cuma bawa ayat-ayat dari satu surah. Saya harap kita berikhlaslah dalam mencari kebenaran. Jangan tergolong dalam golongan yang Tuhan tutup mata dan hatinya.

    7:146 “Aku akan palingkan dari wahyu-wahyuku mereka yang sombong tidak bertempat di bumi ini dan jika mereka melihat setiap petunjuk mereka tidak akan mempercayainya dan jika melihat jalan yang baik mereka tidak mengambilnya sebagai jalan mereka tetapi jika melihat jalan yang salah, mereka mengambilnya sebagai jalan mereka, ini kerana mereka menolak wahyu-wahyu kami dan langsung tidak peduli akannya”.

    tolokminda

    January 14, 2010 at 6:20 pm

  38. Salam,

    Jika kita melihat perbandingan terjemahan surah An Najm antara yang saudara tolokminda bawa dengan terjemahan bercampur tafsiran ulamak biasa, point utama yang dapat dilihat adalah;

    terjemahan tolokminda:
    – Allah yang mengajar Nabi Musa.

    terjemahan common ulamak:
    – Jibril yang mengajar Nabi Muhammad.

    Dalam menentukan siapa Nabi yang diajar itu (Musa atau Muhammad), surah ini tidak menyebutkan nama hamba Allah itu secara jelas. Tetapi perkataan “sahabatmu” itu jelas menunjukkan hamba Allah itu bukannya Nabi Muhammad sebab ayat tersebut disampaikan kepada baginda.

    Dan siapa yang mengajar hamba Allah itu pula sudah semestinya Allah kerana siapa lagi yang Paling Kuat selain Allah? Jika ada yang beranggapan ada makhluk2 lain lagi Kuat berbanding Allah, itu sudah menunjukkan mereka telah menyekutukan Allah.

    Ingatlah, syaitan berusaha untuk menjauhkan hati manusia daripada Tuhannya. Maka diwujudkan gambaran makhluk2 lain (malaikat) yang setara atau lebih kuat daripada Allah.

    Jika kita melihat ayat2 Quran tersebut secara jujur, kesimpulan setakat ini berkenaan surah An Najm itu adalah;

    Allah Yang Mengajar hambaNya (bukan Nabi Muhammad).

    Juang

    January 15, 2010 at 1:10 am

  39. Salam wasalam,…wabillahitaufiq walhidayah.

    Tok Syam

    January 15, 2010 at 3:48 pm

  40. teruskan sedara tolokminda .. cetusan fikiran bernas tuan muga di berkati .

    slipar

    January 30, 2010 at 10:30 am

  41. Mengikut apa yang disampaikan oleh rasul dia berkata Allah telah menyuruh dia sampaikan cerita tentang Al Ma’arij melalui Al Quran seperti berikut:-

    “Naik malaikat dan roh kepadaNya dalam satu hari adalah kadar lima puluh ribu tahun”. (70:4)

    Saya hairan bagaimana ada orang boleh buat cerita mengatakan Nabi boleh naik ke langgit berjumpa Allah dalam tempoh kurang dari 12 jam?

    Siapa yang membuat dusta disini? Nabi atau ulamak?

    Gunumaro

    February 1, 2010 at 1:52 am

  42. Salam,

    Adakah ayat 70:4 itu menunjukkan kecepatan pergerakan malaikat dan roh naik kepadaNya? 1 hari / (50 ribu tahun * 356 hari)?

    Juang

    February 1, 2010 at 5:48 am

  43. Salaam Tolokminda,

    Dalam isu ini saya boleh nampak apa yang tuan cuba sampaikan. Cuma boleh tolong jelaskan maksud ayat tuan ini;

    “# Adakah kedua-dua (bangunan) masjid Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa telah wujud ketika zaman Nabi Musa? Tidak.”

    Jika kedua-dua bangunan tersebut tidak wujud maka apakah yang dimaksudkan dengan Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa ?

    Terima kasih.

    MataHati

    February 3, 2010 at 12:53 pm

  44. Salaam,

    Sebagai sumber pelbagaian ilmu… sukalah saya lampirkan kisah di dalam Bible yang mirip dengan kisah tawar menawar sholat 50 kali kemudian dikurangkan 5 demi 5.

    Bible

    Kejadian 18:20-32
    18:20 Sesudah itu berfirmanlah TUHAN: “Sesungguhnya banyak keluh kesah orang tentang Sodom dan Gomora dan sesungguhnya sangat berat dosanya.

    18:21 Baiklah Aku turun untuk melihat, apakah benar-benar mereka telah berkelakuan seperti keluh kesah orang yang telah sampai kepada-Ku atau tidak; Aku hendak mengetahuinya.”

    18:22 Lalu berpalinglah orang-orang itu dari situ dan berjalan ke Sodom, tetapi Abraham masih tetap berdiri di hadapan TUHAN.

    18:23 Abraham datang mendekat dan berkata: “Apakah Engkau akan melenyapkan orang benar bersama-sama dengan orang fasik?

    18:24 Bagaimana sekiranya ada lima puluh (50) orang benar dalam kota itu? Apakah Engkau akan melenyapkan tempat itu dan tidakkah Engkau mengampuninya karena kelima puluh orang benar yang ada di dalamnya itu?

    18:25 Jauhlah kiranya dari pada-Mu untuk berbuat demikian, membunuh orang benar bersama-sama dengan orang fasik, sehingga orang benar itu seolah-olah sama dengan orang fasik! Jauhlah kiranya yang demikian dari pada-Mu! Masakan Hakim segenap bumi tidak menghukum dengan adil?”

    18:26 TUHAN berfirman: “Jika Ku dapati lima puluh orang benar dalam kota Sodom, Aku akan mengampuni seluruh tempat itu karena mereka.”

    18:27 Abraham menyahut: “Sesungguhnya aku telah memberanikan diri berkata kepada Tuhan, walaupun aku debu dan abu.

    18:28 Sekiranya kurang lima ( 5 )orang dari kelima puluh orang benar itu, apakah Engkau akan memusnahkan seluruh kota itu karena yang lima itu?” Firman-Nya: “Aku tidak memusnahkannya, jika Kudapati empat puluh lima di sana.”

    18:29 Lagi Abraham melanjutkan perkataannya kepada-Nya: “Sekiranya empat puluh didapati di sana?” Firman-Nya: “Aku tidak akan berbuat demikian karena yang empat puluh itu.”

    18:30 Katanya: “Janganlah kiranya Tuhan murka, kalau aku berkata sekali lagi. Sekiranya tiga puluh didapati di sana?” Firman-Nya: “Aku tidak akan berbuat demikian, jika Kudapati tiga puluh di sana.”

    18:31 Katanya: “Sesungguhnya aku telah memberanikan diri berkata kepada Tuhan. Sekiranya dua puluh didapati di sana?” Firman-Nya: “Aku tidak akan memusnahkannya karena yang dua puluh itu.”

    18:32 Katanya: “Janganlah kiranya Tuhan murka, kalau aku berkata lagi sekali ini saja. Sekiranya sepuluh didapati di sana?” Firman-Nya: “Aku tidak akan memusnahkannya karena yang sepuluh itu.”

    Apakah angka 50 diatas satu kebetulan dengan kisah perintah sholat dengan kisah pengurangan demi pengurangan ?

    MataHati

    February 3, 2010 at 1:05 pm

  45. Jika kita rujuk Al Quran pula, kita akan dapati keputusan Allah adalah tegas tidak dapat di runding oleh manusia.

    QS 29:31. Dan apabila rasul-rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, “Kami akan memusnahkan penduduk bandar raya ini, kerana penduduknya orang-orang yang zalim.”

    AQ 29:32. Berkata, “Lut di dalamnya.” Mereka berkata, “Kami sangat mengetahui siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal.”

    QS 29:33. Apabila rasul-rasul Kami datang kepada Lut, dia berasa susah terhadap mereka, dan dia berasa cemas untuk mereka; tetapi mereka berkata, “Jangan takut, dan jangan juga susah, kerana sesungguhnya kami akan menyelamatkan kamu dan keluarga kamu, kecuali isteri kamu; dia termasuk orang-orang yang tinggal.

    Kisah diatas sangat jelas, Allah melalui para malaikatNya sangat tegas dengan keputusanNya walaupun cuba di runding oleh Nabi Ibrahim tetapi Allah tetap dengan keputusaNya untuk memusnakan penduduk bandar yang zalim.

    Kesimpulannya: Manusia tidak dapat mempengaruhi keputusan Allah.

    MataHati

    February 3, 2010 at 1:07 pm

  46. Salam Matahati,

    Masjid bukan membawa maksud bangunan atau rumah ibadat orang Islam. Dalam Al-Quran, tidak ada sebarang ketetapan bahawa kita perlu melakukan amalan-amalan ritual tertentu. Oleh itu bangunan atau binaan untuk tujuan berkenaan tidak diperlukan.

    –> Masjid bermaksud ketetapan yang direstui.
    –> Majidillah bermaksud ketetapan yang direstui Allah.
    –> Masjidilharam bermaksud batasan ketetapan yang direstui.
    –> Masjidilaqsa bermaksud lingkungan ketetapan yang direstui.

    Semasa Nabi Musa bertemu Tuhan pada satu malam buat pertama kali di mana dia terpukau dengan mukjizat-mukjizat yang diterimanya, Nabi Musa belum lagi dilantik menjadi rasul. Maka itu kedudukan beliau masih lagi dalam batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam). Tetapi dengan penerimaan mukjizat pada malam itu bermakna beliau sudah berada dalam lingkungan ketetapan yang direstui (masjidilaqsa) kerana jika Nabi Musa sanggup menerima tanggungjawab yang diperintahkan Allah untuk bersemuka dengan Firaun dengan mukjizat-mukjizatnya, Tuhan berjanji akan menemui beliau sekali lagi untuk memberikan mukjizat yang lebih besar iaitu Al-KitabNya.

    Apakah ketetapan-ketetapan yang direstui oleh Tuhan? Jawapannya adalah semua ketetapan yang terkandung dalam Kitab–Kitabnya.

    tolokminda

    February 3, 2010 at 1:24 pm

  47. Matahati,

    Kita boleh lupakan kisah israk mikraj kerana ayat 17:1 telah jelas dirujuk kepada Nabi Musa.

    tolokminda

    February 3, 2010 at 1:57 pm

  48. Salam..
    Apakah nabi Muhammad saw.tidak berhak mendapat kurnia
    sebagaimana MUSA…atau hanya musa sorang saja nabi yg.
    berjumpa Allah secara langsung,..menurut tafsiran
    sdr.TM.

    Bagaimana pula kisah nabi ibrahim yg.Allah perlihatkan
    kerajaannya…atau…perihal Adam dan para malaikat
    semasa ia berbicara di alamnya.

    Apakah sebenarnya motif membawa hujah ini..? Apakah
    sebagai menjatuhkan gulongan bergelar Ulama`..atau…
    Ingin membetulkan sejarah yg.didongengkan,….atau
    Muhamaad itu bukan kalangan nabi terpilih..melainkan
    Muhammad itu manusia yg.telah menjadikan umat islam
    kucar kacir kerana hadith2nya.

    Tok Syam

    February 3, 2010 at 3:56 pm

  49. Persoalan nya bukan Ulama…kerana ulama disisi Allah
    dalam Alquran tidak sama disisi gelaran adat dunia
    disisi istilah.

    Jika kita mengatakan gulongan ulama yg.telah memesongkan
    fahaman Alquran dan hadith,….maka tunjukkan dan
    bawakan suatu kitab seumpamanya dan ahli2 ilmu dari
    gulongan yg.lebih benar secara berani.

    Sebagaimana beraninya para nabi dan rasul..memperjuangkan misi agama Allah.

    Setiap yg.batil pasti akan musnah.Itu adalah janji
    Allah.Sekiranya umat Islam selama ini,..telah
    ditipu oleh ulama,…pastinya Allah akan membenarkan
    pewarisnya mencapai kemenangan dan kejayaan.

    Jadi barang siapa yg.ada kebenaran,..silalah berjuang
    dan lihatlah sejauh mana kejayaan itu.

    Tok Syam

    February 3, 2010 at 4:04 pm

  50. Salam Tok Syam,

    Layak atau tidak Muhamad berbanding Musa bukan urusan saya. Ia adalah urusan Tuhan sepenuhnya. Saya hanya membawakan kepada tuan bukti-bukti melalui wahyu-wahyu Tuhan sendiri. Kalau Tok Syam mempunyai bukti sebaliknya, kemukakanlah. Jangan cakap saja tapi tak bawa bukti.

    tolokminda

    February 3, 2010 at 4:15 pm

  51. Dalam diri tiap insan ada “tenaga kreatif” atau “inner self”. Kalau ia baik, ia membawa kebaikan, baiklah kehidupan kita, dgn kemajuan dan innovasi, jika sebaliknya, kita gelar tenaga kreatif ini sebagai “syaitan”.

    Sila baca article yang bertajuk;

    “how did it come to this?
    Part1 and part2.

    Dari laman ini;

    http://free-minds.org/ayman

    Satu artikel yang sangat baik.
    Baca, fahamkan betul betul.

    OK.

    “sohibu”=teman mu atau “your companion”.

    Tapi dalam konteks surah 53 ini,  pada padangan saya, “your inhabitant” adalah lebih tepat.

    Sebab: rujuk ayat 7:172.
    Ayat ini mengatakan semua anak Adam telah buat perjanjian dgn tuhan.

    Saya adalah anak adam. Tapi tak tahupun saya pernah buat perjanjian itu dgn tuhan. Adalah pembaca TM disini ingat? Pasti tidak.

    Jadi, yang buat perjanjian itu adalah “inner self” atau “tenaga kreatif” kita.

    Kesimpulan saya:
    Dalam topik ini, “teman mu” bukan nabi Musa. Tetapi, sohibu adalah ” tenaga kreatif” nabi muhamad.

    Hanyalah pandangan saya.

    Salam.

    Aduh....

    February 5, 2010 at 1:50 am

  52. Salam…TM.

    Pihak saya tak perlulah bukti sebab apa yg.ditulis
    sebagai terjemahan sedia ada kami ikut.Jika Khinzir
    pada pendapat ahli ilmu terdahulu mengatakan BABI,..
    kami telah bersetuju.

    Sebaliknya pihak TM lah yg.perlu ada bukti sokongan
    untuk meminda maksud sedia ada…..

    Apa pulak saya yg.kena bawa bukti..!
    Jadi…sekarang ne….sila beri beberapa contoh
    dengan jelas…..

    Nama ulama,..yg.telah buat penyelewengan ajaran islam
    dan apakah kenyataan yg.telah mereka perkatakan.

    Kerana sasaran ulama yg.ingin dimaksudkan TM tu
    adalah secara rambang.Ulama malaysia ke,,ulama syiah
    ke..wahabi atau ulama2 ajaran tarikat yg.berbagai2
    aliran masa kini…?

    Tok Syam

    February 5, 2010 at 9:35 am

  53. salam…

    Sebagai Contoh..:

    Sebahagian pihak mendakwa Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah mengatakan: “Sesungguhnya Taurat dan Injil tidak ditukar lafaznya, yang ditukar hanyalah maknanya”.

    Dakwaan ini dapat diluruskan seperti berikut, bahawa para ilmuan Islam termasuk Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah telah menerangkan bahawa tidak semua lafaz dalam Taurat dan Injil yang telah ditukar oleh tokoh-tokoh agama mereka. Lafaz yang ditukar hanya sedikit manakala yang banyak ditukar ialah makna lafaz-lafaz tersebut melalui penakwilan dan penafsiran yang berbeza.

    Pendapat ini bukan sesuatu yang aneh atau salah. al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani[2] juga telah mengemukakannya sebagai salah satu dari empat pendapat yang ada dalam bab ini:

    Berlakunya padanya sedikit (sahaja) penukaran, manakala sebahagian besar darinya masih kekal dalam keadaannya yang asal. Turut menyokong pendapat ini ialah Syaikh Taqiuddin Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya ar-Radd al-Shahih ‘ala Man Baddala Din al-Masih.[3]

    Maka nyatalah kepada kita bahawa pihak yang membuat dakwaan ini sejak awal ingin mengadakan pendustaan ke atas Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Padahal mereka sendiri jahil sehingga tidak tahu kedudukan sebenar perkara ini.[4]

    Tok Syam

    February 5, 2010 at 9:37 am

  54. Sambungan Contoh Rujukan R&D
    ——————————-

    [1] Antara yang melontar fitnah ini ialah Zamihan Mat Zin al-Ghari dalam Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian, ms. 117.

    [2] Beliau ialah Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad al-Kinani, lahir di Kaherah pada tahun 773H. Seorang mujtahid yang terkenal dalam Mazhab al-Shafi‘e, paling terkenal dengan kitabnya Fath al-Bari yang merupakan syarah kepada kitab Sahih al-Bukhari. Beliau meninggal dunia pada tahun 852H.

    [3] Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari, jld. 15, ms. 505 (syarah kepada Kitab al-Tauhid, Bab firman Allah dalam surah al-Buruj: بل هو قرآن مجيد (21) في لوح محفوظ (22) ).

    al-Hafiz Ibn Hajar mengemukakan empat pandangan tentang keadaan kitab Taurat dan Injil sama ada ia telah ditukar kesemuanya atau sebahagiannya dan sama ada yang ditukar ialah lafaznya atau maknanya. Sila rujuk penjelasan beliau untuk maklumat lanjut.

    [4] Umat Islam secara umumnya amat jahil tentang agama lain sebagaimana mereka jahil tentang agama Islam mereka sendiri. Kejahilan ini menyebabkan mereka terus melompat membuat fitnah ke atas Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah apabila sahaja mendengar pandangan beliau bahawa hanya sedikit lafaz Taurat dan Injil yang telah ditukar, sedangkan yang banyak ditukar ialah maknanya.

    Padahal orang yang mereka fitnah ialah seorang yang pakar dalam agama-agama lain, termasuklah agama Yahudi dan Kristian. Kepakaran Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah dapat dilihat melalui karyanya ar-Radd al-Shahih ‘ala Man Baddala Din al-Masih (Bantahan yang sahih ke atas orang yang menukar agama Nabi ‘Isa – Kristian). Ia setebal enam jilid besar dan diterbitkan oleh Dar al-Ashimah, Riyadh, 1999. Cuba dihitung, dalam masa lebih 1400 tahun ini, berapa ramai ilmuan Islam yang pernah menulis kitab besar untuk membantah kesalahan agama Yahudi dan Kristian?

    Jika kita mengkaji kitab Taurat dan Injil, akan ditemui banyak bukti tentang aqidah yang sahih seperti tuhan hanya satu – iaitu Allah, ‘Isa bukan anak tuhan tetapi seorang Rasul, ajaran ‘Isa akan diganti oleh seorang Rasul yang lain – iaitu Muhammad dan pelbagai lagi. Semua ini menunjukkan bahawa kebanyakan lafaz dalam Taurat dan Injil masih asli. Hanya maksudnya sahaja yang telah ditukar oleh para tokoh Yahudi dan Kristian melalui penakwilan dan penafsiran yang batil.

    Lebih lanjut sila rujuk buku Christianity Through The Lens Of Christian And Muslim Scholars (Book 1 & 2) karangan sahabat saya Muhammad Amin Yaacob yang diterbitkan oleh Jahabersa, Johor Bahru.

    Tok Syam

    February 5, 2010 at 9:39 am

  55. salam Semua,

    Sebagai contoh apa yang dikatakan diatas ialah:-

    Bible John 10:30
    “I and my Father are One”. Para alim/tokoh ugama mereka telah menafsirkan bahawa ayat ini menegaskan bahawa N.Isa itu adalah anak tuhan dan seluruh dunia Kristian mempercayainya walaupun terdapat bukti dari Bible itu sendiri yang menyatakan sebaliknya.

    Tidak kurang juga dengan kita yang Islam ini.
    Quran 59:7
    “Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.”
    Menurut kebanyakkan tokoh Islam mengatakan bahawa,
    “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu (ia itu Hadith) terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya (ia itu Hadith) tinggalkanlah.”
    Tetapi kalau kita betul-betul menghayati ayat 59:7 ini kita akan dapati bahawa ianya bukan merujuk kepada Hadith.

    ramsys pranata

    February 5, 2010 at 3:10 pm

  56. Salaam,

    Sebab itulah Allah tidak pernah membatalkan atau memansuhkan kitab-kitabnya yang terdahulu seperti mana yang diwar-warkan oleh sebahagian para ilmuan agama.

    Berkenaan QS 59:7 sangat jelas ianya bukan merujuk kepada riwayat hadis namun oleh kerana telah di perkatakan oleh sebahagian tokoh-tokoh agama dengan mengutip sebahagian sahaja ayatnya maka ramailah yang mempercayainya tanpa mahu menyelidiki ayat secara keseluruhan maksud ayat berkenaaan.

    MataHati

    February 5, 2010 at 3:21 pm

  57. Salam…
    Tidak dinafikan sesetengah umat islam menjadikan hadith
    sebagai menguatkan atau membenarkan amalan2 mereka…
    tanpa melihat kontek hadith sebenar.

    Begitu juga ayat2 alquran digunakan untuk membenar
    sesuatu tanpa melihat sejarah turun ayat…dan kepada
    perbuatan yg.macam mana….atau kepada siapa sepatutnya
    ditujukan.

    Ada ayat yg.Allah tujukan kepada kaum kafir,…tapi
    digunakan pula untuk memanah umat Islam.

    Jadi hal2 macam inilah yg.menimbulkan kemarahan dan
    perbalahan.Sebaiknya pengajaran alquran atau hadith
    digunakan untuk muhasabah diri sendiri.

    Tok Syam

    February 5, 2010 at 4:52 pm

  58. salam..

    Al Israa`
    [53]
    Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.

    Tok Syam

    February 5, 2010 at 6:01 pm

  59. Salam,

    Ayat-ayat Allah yang benar tidak terikat pada sejarah penurunannya. Ini kerana ayat-ayat Allah itu adalah nasihat.

    Contohnya bila kita sampaikan nasihat “hiduplah seumpama padi. Semakin berisi, semakin tunduk”. Perlukah kita tahu sejarah penurunan nasihat tersebut?

    Al Quran bukannya buku sejarah. Ia adalah kitab pedoman untuk manusia hidup mengikut lunas2 fitrah dirinya sendiri.

    Juang

    February 6, 2010 at 1:42 am

  60. Salam,

    Orang2 Yahudi dan Nasrani dahulu beranggapan mereka sahajalah yang “Islam” kerana menjadi pengikut Rasul-rasul mereka. Bila Nabi Muhammad peringatkan ayat2 Allah yang membenarkan Kitab2 terdahulu dan mereka merasakan Nabi Muhammad mengkafirkan mereka, kaum2 itu menjadi marah. Walhal baginda nak menasihati mereka yang sudah terseleweng daripada ajaran asal Kitab2 Allah.

    Begitulah yang berlaku pada umat Islam hari ini. Mereka rasa mereka sudah Islam. Bila diperingatkan balik Al Quran kepada mereka, ramai yang marah. Itukah sifat2 orang Islam yang marah bila dinasihati?

    Juang

    February 6, 2010 at 1:45 am

  61. Salam Tok Syam,

    Tuan mahu mempromosikan kepercayaan golongan yang mempersekutukan Tuhan dengan kitab-kitab ciptaan mereka sendiri? Cuba fahamkan betul-betul ayat di bawah.

    6:150 “Katakan: Bawalah saksi-saksi yang sanggup mempersaksikan bahawa Allah telah mengharamkan ini. Kemudian jika mereka mengaku sebagai saksi, jangan bersaksi bersama mereka dan jangan turuti nafsu mereka yang menolak wahyu-wahyu Kami dan mereka yang tidak percaya kepada akhirat dan mereka menjadikan orang lain setaraf dengan Tuhan”.

    Mempercayai kitab-kitab lain selain dari kitab Tuhan untuk kita berhukum akan menyebabkan kita meletakkan taraf Tuhan sama dengan orang-orang yang mencipta kitab-kitab berkenaan.

    Jadi adakah tuan masih tidak mahu menggunakan common sense?

    tolokminda

    February 6, 2010 at 4:02 am

  62. Salam,

    Bagi matahati yang adil dan jujur mencari kebenaran, jika dia tidak menurut membuta-tuli tulisan tolokminda, seperti itulah juga dia tidak sepatutnya menurut membuta-tuli tulisan ulamak2. Sebab kedua2 adalah manusia, bukannya sekutu Allah.

    Allah tidak pernah mengesklusifkan antara manusia. Sesiapa yang berusaha, mereka akan dapat balasan apa yang diusahakan. Pada usaha itulah bezanya, bukannya pada title atau gelaran manusia itu.

    Juang

    February 6, 2010 at 5:43 am

  63. Salam,

    Saya tertarik dengan pendapat saudara Aduh pasal “tenaga kreatif” yang dimaksudkan sebagai “sahabatmu” dalam ayat 53:2.

    Pada pendapat saya, “sahabatmu” tersebut adalah akal manusia itu sendiri. Akal adalah teman kepada hati. Akal menjadi sahabat untuk membantu hati membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Sebab itulah orang yang keadaan mabuk atau khayal (tanpa kesedaran), hatinya tidak tahu membezakan baik-buruk. Hati itu kehilangan sahabat untuk membezakan baik-buruk.

    Jika kita melihat masyarakat yang beragama secara menurut, mereka cukup takut nak guna akal mereka sendiri. Mereka ragu2 dengan akal mereka. Selalu kita dengar mereka berkata, dalam agama tidak boleh guna akal.

    Jadi pengajaran Surah An Najm itu menceritakan bagaimana akal manusia itu dapat melihat Tuhan secara batin.

    Ketika di zaman gelapnya, manusia itu merasakan Tuhan duduk di atas langit dan manusia itu perlukan orang2 tertentu untuk berhubung dengan Allah. Tetapi semakin akalnya berfikir pasal hukum2 alam ini, manusia itu akan dapat rasakan dirinya semakin dekat dengan Tuhan.

    Manusia yang dapat merasakan Tuhannya terlalu hampir pada dirinya akan tahu bertindak dengan betul tanpa perlu disuruh2. Dia ada inisiatif dan berdikari dalam kehidupannya sebab dia tahu Tuhan sentiasa melihatnya.

    Sebenarnya semua Rasul mengajak manusia kembali kepada yakin pada diri sendiri untuk mendampingi Tuhan. Ketika masyarakat ramai yang hidup taksub pada golongan yang dikatakan pakar agama, maka Allah bangkitkan Rasul-rasul untuk menjelaskan kepada manusia bahawa Allah itu tidak memerlukan perantara untuk berhubung denganNya.

    Semua manusia boleh bergantung terus kepada Allah tetapi kena rajin berfikirlah. Sebab itulah para Nabi dan Rasul itu bijak2 belaka. Mana ada Nabi dan Rasul yang bodoh dan pemalas?

    Juang

    February 6, 2010 at 6:07 am

  64. salam..

    Al-Israa'[15]
    Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
    [37]
    Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
    [84]
    Katakanlah (wahai Muhammad): “Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya”.

    —————————————————

    Dari kenyataan diatas….tak menjadi masaalah
    samada orang nak buat apa yg.mereka terfikir dalam
    memahami suruhan Allah melalui Alquran.

    Saya tak perlu menyokong sesiapa atau berpihak
    sesiapa.Jika suatu yg.saya yakini benar,…tak kira
    pendapat orang gila pun saya boleh terima.

    Sebelum kita mengatakan suatu itu benar atau salah
    ianya telah ALlah tetapkan dalam hati terlebih dulu..
    sebagaimana ayat..:

    ———————————————-

    [26]
    Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
    [27]
    Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

    ……………………………

    [41]
    Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

    [74]
    Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka.
    ………………………………………

    [17]
    Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
    [18]
    Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
    [19]
    Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

    Tok Syam

    February 6, 2010 at 6:39 am

  65. Salam Tok Syam,

    Syabas kerana berhujah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Maka jelaslah sesungguhnya ketetapan-ketetapan Tuhan yang sah dan layak dirujuk hanyalah dari Kitab itu dan bukan dari kitab-kitab picisan ciptaan manusia yang bertujuan untuk menyesatkan manusia dari jalan Tuhan mereka.

    Semoga Tok Syam berhenti dari mentafsirkan Al-Quran dari kacamata Bukhari dan Muslim selepas ini. Mari kita sama-sama tafsirkan Al-Quran dari kacamata hamba yang patuh dan merendah diri kepada Tuhannya.

    tolokminda

    February 6, 2010 at 6:51 am

  66. Salam Juang…

    Saya dah lama minta TM atau sesiapa saja yg.mengatakan
    penulisan ulama atau gulongan ASWJ atau ahli ilmu tafsir
    yg.memesongkan umat islam……sila tampilkan kenyataan
    yg.mereka terjemahkan itu…adalah salah dan yg.betul
    pun adalah dari rujukan anda.

    Saya tak bermusuhan dengan sesiapa atau nak menyalahkan
    mana2….masaalah nya ialah saya tidak berminat dengan
    pejuang2 yg. samar2 dan menyorokan diri.Hanya berani
    dibelakang tabir PC.

    Kemudian apa yg.nak diperjuangkan tu,…hanya dikatakan untuk tesis dan kajian diri sendiri dan
    kebaikan diri sendiri.

    Jika demikian usahlah membela nasib umat islam.
    Biarkan mereka2 yg.mencari jalan sesat dan kambing2
    yg.mengikutnya.

    Kita sendiri pun masih berbelah bagi dalam berakidah
    dan bertauhid,..masakan dapat mengatakan pendapat
    orang lain salah.Dimana salahnya…anda tidak
    secara jujur menghuraikan melainkan secara samar2….
    dan saya tak nampak ketegasan anda dalam menegakkan
    kebenaran.

    Tok Syam

    February 6, 2010 at 7:06 am

  67. salam…Tolokminda.

    Bagi saya…Alquran adalah hujah yg.kukuh dan DIA lah
    yg.menyoal dan DIA lah yg.menjawab soal2 hukum dan
    segala apa yg.akan diterima.

    Umpama sebuah hidangan yg.lazat,…..yg.penting adalah
    ZAT makanan itu untuk tubuh badan.Bukan hiasan2 atau
    bau haroma makanan itu.Perhiasan hanyalah sebagai
    tarikan untuk mendekati dan memahami sesuatu amalan
    dan merasakan.

    Saya pun sebenarnya tak berminat nak membaca atau
    menulis….termasuk Alquran.Namun Allah telah menukar
    persepsi itu buat diri saya hingga menjadi minat
    mengkaji Alquran….sedangkan untuk apa saya buat
    kerja itu..?

    Apakah saya berangan nak jadi pendakwah atau ulama…
    atau nak jawab hujah2.Kerja tu bagi saya buang masa.
    Bagi saya dunia hanya dalam diri dan hati ini…..
    adalah lebih luas dibandingkan dunia yg.dilihat
    dengan mata dan akal.

    Tok Syam

    February 6, 2010 at 7:16 am

  68. Salam Tok Syam,

    Tuan boleh bentangkan kes tuan di sini jika tuan rasa mana-mana dakwaan saya yang mengatakan ada pihak yang menyelewengkan tafsiran atau terjemahan Al-Quran tidak betul.

    Misalnya dalam artikel di atas saya telah mendakwa dengan terang penyelewengan yang dimaksudkan. Tuan boleh menilai sendiri tafsiran saya dan tafsiran mereka. Jika tuan rasa tafsiran saya salah dan tafsiran mereka betul, buktikan. Lawan hujah saya dengan hujah tuan sendiri.

    Misalnya saya kata, Surah An-Najm, ayat 1-18 merujuk kepada Nabi Musa dan bukan Nabi Muhamad seperti yang ditafsirkan oleh iiu.edu.my. Di pihak saya, saya telah kemukakan bukti dan hujah saja melalui artikel yang panjang lebar itu. Jika tuan tidak bersetuju, maknanya bola sedang berada di gelanggang tuan.Jadi beritahu saya sekarang kenapa saya salah dan mereka betul. Apa bukti yang tuan boleh bawa untuk saya buat penilaian.

    Jangan tau merengek minta simpati saja.

    tolokminda

    February 6, 2010 at 7:20 am

  69. Salam Tok Syam,

    Jika tuan rasa menyelidiki kebenaran yang dibawa oleh Tuhan sebagai buang masa, apa boleh buat. Terserah pada tuanlah.

    tolokminda

    February 6, 2010 at 7:22 am

  70. Salam Tok Syam,

    Ambil pengajaran surah Al Ashr. Untuk menjadi golongan yang untung, tugas kita hanyalah berbuat kebaikan, menyampaikan apa yang benar bersandarkan hujah2 yang kukuh dan mengajak manusia lain bersabar. Jadi, untuk mencapai maksud tersebut, tidak kiralah melalui cara apa pun penyampaian kita itu. Bagi yang ada peluang menyampaikan sesuatu di media2 massa, boleh mereka guna media massa. Bagi yang ada internet dan PC, mereka guna PC. Yang pentingnya maklumat itu disampaikan.

    Lepas itu, orang lain nak percaya atau mengkafiri, itu urusan mereka dengan Allah. Bukan tugas kita nak bagi manusia lain percaya apa yang kita sampaikan sebab setiap individu ada hak untuk memikirkan apa yang terbaik untuk hidupnya sendiri.

    Sesiapa yang fikir untuk kebaikan, kebaikan itu yang mereka dapat. Sesiapa yang fikir ke arah kejahatan, kejahatan itulah yang mereka dapat.

    Bagi orang yang cintakan kebenaran, mereka tidak rasa membuang masa untuk menyelidik atau mencari kebenaran. Bagi mereka, adalah lebih membuang masa jika hidup bermalasan2 dan menurut membuta-tuli golongan2 tertentu. Malah jiwa mereka tidak dapat kepuasan jika tidak berusaha sendiri mencari kebenaran. Secara tidak langsung mendidik jiwa mereka agar jadi seorang yang bijak membahagikan masa.

    Tetapi bagi orang yang merasakan dirinya sudah benar disebabkan lahir atas akuan sesuatu agama, mereka malas nak menyelidik apa yang disampaikan oleh ulamak2 mereka. Samalah perangai mereka macam orang2 Yahudi dan Nasrani terdahulu yang main pakai turut sahaja ajaran tradisi mereka.

    Bagi orang2 Yahudi dan Nasrani itu, usaha Nabi Muhammad menyelidik apa yang disampaikan oleh ulamak2 mereka itu adalah satu yang sia2 dan membuang masa. Tetapi bagi Rasulullah, menyelidik apa yang diajar secara tradisi itulah suatu yang bermanfaat untuk melindungi jiwa daripada ditipu oleh ajaran2 yang tak masuk akal dan diada-adakan atas kesamaran perbuatan orang2 terdahulu.

    Golongan yang membuat amalan ritual itu tidak merasakan perbuatan mereka melakukan sesuatu perkara atas nama “ini dilakukan oleh Nabi” terletak atas hujah yang samar. Jika perbuat mereka benar daripada Allah, sudah pasti ada bukti2 pada hukum alam ini menunjukkan ianya benar dan tidak memerlukan riwayat2 sebagai pengukuh dakwaan mereka itu.

    Adakah kebenaran 1+1=2 disebabkan ahli2 matematik terdahulu cakap begitu atau kerana ada hukum alam membenarkannya? Begitulah cara kita membezakan benar atau palsu.

    Apakah masa yang digunakan untuk membezakan benar atau palsu itu suatu yang sia2 dan membuang masa?

    Pokok pangkalnya, hidup ini biarlah berlandaskan kebenaran dan hujah2 yang kukuh. Sekadar hidup bersandarkan alasan “sebab kami nampak bapa-bapa kami berbuat begitu”, apa bezanya kita dengan kaum2 terdahulu yang menyekutukan Allah itu?

    Juang

    February 6, 2010 at 7:52 am

  71. Salam,

    Pada pendapat saya, definasi ulamak juga harus diperbetulkan. Cuba kita lihat pada diri kita sebagai bukti2 yang nyata.

    Dalam diri kita ada hati sebagai pusat pentadbiran. Hati umpama raja/pemimpin yang diberi kuasa untuk buat pilihan bagi mentadbir diri manusia itu sendiri.

    Hati akan dibantu oleh akal untuk mentadbir diri dengan benar, baik, adil, sejahtera dan selamat. Jika tahap akal itu lemah, kemungkinan besar diri akan jadi jahat, zalim, sakit dan celaka adalah tinggi. Maka pentingnya manusia pertingkatkan tahap akal masing2.

    Jika pemerintah negara itu umpama hati, maka ulamak itu umpama akalnya. Maka yang dimaksudkan ulamak yang boleh membantu pemerintahan sesebuah negara adalah golongan pemikir, penyelidik, cendekiawan atau saintis. Mereka itulah ulamak yang sebenarnya.

    Namun kini, ulamak dimaksudkan adalah orang2 yang tahu dalam sesuatu bidang keagamaan dan amalan ritual. Manakala para pemikir, penyelidik, cendekiawan atau saintis itu sudah tidak dilihat sebagai ulamak lagi.

    Ini yang patut diperbetulkan kerana ia mengelirukan ramai manusia sehingga mereka hidup menurut membuta-tuli.

    Kalau kita fikirkan, manusia tidak menyembah para saintis. Tiada manusia buat puak2 yang berbeza pendapat mengikut teori2 seseorang saintis. Ini kerana umumnya tahu para saintis itu manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan.

    Tetapi pada orang dikatakan ulamak, ramai yang jadi taksub dan mempercayai membuta-tuli kata2 seseorang ulamak. Malah ramai manusia berpecah-belah kerana mengikut perbezaan pendapat golongan2 yang merasakan mereka ada hak esklusif terhadap agama Allah itu.

    Jadi pendefinasian ulamak itu perlu diperbetulkan supaya gelaran itu tidak digunapakai untuk tujuan2 memperbodohkan manusia dengan ajaran2 tertentu.

    Cuba kita fikir, siapa punya kerja yang ajar manusia pergi sembah pokok2, batu2 atau patung2. Apakah para saintis yang ajar atau golongan2 yang merasakan mereka pembesar agama?

    Juang

    February 6, 2010 at 8:05 am

  72. Salam…
    Untuk mengikut ajaran2 dari penyampaian manusia yg.
    dah ketiadaan nabi dan tamatnya 12 pemerintahan berkhalifah serta imam2 suhur…..adalah agama ini
    menjadi asing.

    Alquran seolah olah diturunkan semula tanpa memerlukan
    pertolongan pihak lain menerangkan.Itu bukanlah mustahil
    dah telah digambarkan.

    Sekiranya kita masih nak membetulkan hal2 perbalahan….
    umat islam sebenarnya telah dilalaikan oleh setan2.
    Setan sengaja megadakan helah itu agar manusia lupa
    melihat Alquran.
    ************************************************
    13[33]
    Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): “Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?” Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

    Tok Syam

    February 6, 2010 at 8:13 am

  73. Salam…

    Bagaimana mungkin kita dapat membenarkan sesuatu selain
    kenyataan Alquran,…sekiranya kita tidak terlebih
    dulu memahami Alquran sebagai pokok segala ilmu.

    Selain nya adalah penerangan ilmu.Namun pada akhir
    zaman….ilmu2 yg.benar telah diadunkan dengan batil
    hingga orang yg.tiada Alquran dalam dirinya akan
    terpengaruh dan membenarkan secara jahil.

    Tidak dinafikan juga,…bahawa dengan petunjuk
    Alquran manusia disesatkan Allah.
    Jadi…bertambah delima lah manusia akhir zaman ne…
    melainkan siapa yg.telah diberi YAKIN dan IMAN.

    Kalau hanya beriman saja,..ianya masih boleh
    turun naik dan berubah ubah.

    Tok Syam

    February 6, 2010 at 8:23 am

  74. Salam..TM

    Tak jadi masaalah untuk anda dan saya membincangkan
    apa jua hal2 ilmu dan permasaalahan kerana ALlah
    telah sediakan hal yg.sebenar…dan jalan2 kebenaran.

    Cuma sistem BLOG bagi saya tidak begitu selesa kerana
    kekurangan TOOLS untuk digunakan bagi menyusun
    kefahaman.

    Banyak persoalan dan permintaan saya yg.diabaikan tak
    di jawab…lalu anda mengalihkan kepada pandangan
    lain….dan menyoal pula.

    Tok Syam

    February 6, 2010 at 8:29 am

  75. Walau apa pun saya sedang mengkaji penulisan dan ‘kenyataan anda.Buat masa ini belum cukup untuk saya
    mengulas dasar2 perbincangan.

    Begitu juga sdr.JUANG…saya juga ingin berbincang
    melalui konsep pemikiran anda atau anda mempunyai
    BLOG untuk menjemput saya.

    Tok Syam

    February 6, 2010 at 8:33 am

  76. Salam Tok Syam,

    Tuan menulis begini;

    Salam Juang…

    Saya dah lama minta TM atau sesiapa saja yg.mengatakan
    penulisan ulama atau gulongan ASWJ atau ahli ilmu tafsir
    yg.memesongkan umat islam……sila tampilkan kenyataan
    yg.mereka terjemahkan itu…adalah salah dan yg.betul
    pun adalah dari rujukan anda.

    Saya tak bermusuhan dengan sesiapa atau nak menyalahkan
    mana2….masaalah nya ialah saya tidak berminat dengan
    pejuang2 yg. samar2 dan menyorokan diri.Hanya berani
    dibelakang tabir PC.

    Kemudian apa yg.nak diperjuangkan tu,…hanya dikatakan untuk tesis dan kajian diri sendiri dan
    kebaikan diri sendiri.

    Jika demikian usahlah membela nasib umat islam.
    Biarkan mereka2 yg.mencari jalan sesat dan kambing2
    yg.mengikutnya.

    Kita sendiri pun masih berbelah bagi dalam berakidah
    dan bertauhid,..masakan dapat mengatakan pendapat
    orang lain salah.Dimana salahnya…anda tidak
    secara jujur menghuraikan melainkan secara samar2….
    dan saya tak nampak ketegasan anda dalam menegakkan
    kebenaran.

    Jadi saya menjawab begini;

    Salam Tok Syam,

    Tuan boleh bentangkan kes tuan di sini jika tuan rasa mana-mana dakwaan saya yang mengatakan ada pihak yang menyelewengkan tafsiran atau terjemahan Al-Quran tidak betul.

    Misalnya dalam artikel di atas saya telah mendakwa dengan terang penyelewengan yang dimaksudkan. Tuan boleh menilai sendiri tafsiran saya dan tafsiran mereka. Jika tuan rasa tafsiran saya salah dan tafsiran mereka betul, buktikan. Lawan hujah saya dengan hujah tuan sendiri.

    Misalnya saya kata, Surah An-Najm, ayat 1-18 merujuk kepada Nabi Musa dan bukan Nabi Muhamad seperti yang ditafsirkan oleh iiu.edu.my. Di pihak saya, saya telah kemukakan bukti dan hujah saja melalui artikel yang panjang lebar itu. Jika tuan tidak bersetuju, maknanya bola sedang berada di gelanggang tuan.Jadi beritahu saya sekarang kenapa saya salah dan mereka betul. Apa bukti yang tuan boleh bawa untuk saya buat penilaian.

    Jangan tau merengek minta simpati saja.

    Sekarang tuan kata begini pula;

    Salam..TM

    Tak jadi masaalah untuk anda dan saya membincangkan
    apa jua hal2 ilmu dan permasaalahan kerana ALlah
    telah sediakan hal yg.sebenar…dan jalan2 kebenaran.

    Cuma sistem BLOG bagi saya tidak begitu selesa kerana
    kekurangan TOOLS untuk digunakan bagi menyusun
    kefahaman.

    Banyak persoalan dan permintaan saya yg.diabaikan tak
    di jawab…lalu anda mengalihkan kepada pandangan
    lain….dan menyoal pula.

    Siapa yang mengalih pandangan ni, saya atau tuan? Tolonglah bersikap jujur pada diri sendiri dan orang lain.

    tolokminda

    February 6, 2010 at 2:43 pm

  77. Salam..Tolokminda,

    Ok…jika dimikian kita buka pusingan kedua.Anda dan
    semua pembicara dan diharap TM menjelaskan pertanyaan2
    yg.diajukan saya sebelum beralih kepada lanjutan
    seterusnya agar pemahaman dalam bicara lebih tersusun.

    Harap pihak2 lain yg.ingin memberi pendapat dapat
    mengikuti matlamat perbincangan dengan memfokaskan
    isu semasa.

    Tok Syam

    February 7, 2010 at 3:05 am

  78. Salam….

    Pertama saya ingin menyatakan bahawa saya telah faham
    tujuan bagi TOPIK ini dan maksud yg.ingin disampaikan oleh TM…..
    _____________________________________________________
    “Kebergantungan mutlak kepada ulama mungkin menyesatkan kita terus ke neraka”
    _____________________________________________________
    Kesimpulan ulasan TM,.. bagi keseluruhan topik ini, saya rumuskan seperti berikut :

    1.TM membuat suatu andaian yang berkemungkinan akan
    terjadinya umat islam tersesat dan terjerumus ke
    neraka….sekiranya hanya bergantung pada ajaran para
    ulama.

    2.TM memperkukuhkan andaian beliau dan secara resmi
    telah menegaskan dan memperkukuhkan andaian beliau
    dengan contoh ayat yg.sebenarnya telah dipesongkan
    (surah An-Najm ayat 1-18) dengan membandingkan
    terjemahan darinya melalui terjemahan bahasa Inggeris oleh Syakir.

    3.Maka disahkan oleh beliau bahawa terjemahan pertama
    telah dipesongkan dengan memberi rujukan bagi
    menjelaskan surah An Najm dengan kaitan dari surah
    TA HA dan Al-A’raf

    4.Pemesongan yg.penting disini adalah tentang penukaran nama yg.sepatutnya berada pada surah AN NAJM adalah nabi MUSA dan bukan Muhammad.

    5.Dengan secara tidak resmi TM juga menafikan beberapa surah lain seperti kisah ISRA MIKRAJ juga
    telah dipesongkan oleh ulama tafsir terdahulu.
    —————————————————-

    Kesimpulan saya:

    Apa yg.telah ditulis oleh TM dapatlah saya tegaskan
    bahawa beliau tidak lagi mempercayai akan Alquran
    masa kini keseluruhannya kerana telah dipesongkan atau ulama telah dengan sengaja menukar terjemahannya.

    Apa yg.disarankan beliau ialah….umat masa kini
    kena berani membuat kefahaman sendiri tanpa
    bergantung pada ulama2 terutama ASWJ,Imam2 sedia ada,
    cerita2 yg.disampaikan oleh ustaz2 masa kini,…kerana mereka juga adalah sama telah sesat
    dengan mengikut terjemahan lama…dengan sendirinya.

    ————————————————–

    Demikian kunci bagi tajuk untuk dibahaskan dan sila
    TM beri komen ulasan saya agar saya tidak dikatakan
    lagi salah faham dengan kenyataan anda.

    Tok Syam

    February 7, 2010 at 3:57 am

  79. Salam,

    Sekiranya ada Nabi dan Kitab yang diturunkan lagi olih tuhan selepas N.Muhammad, sudah pasti ianya akan banyak merujuk kepada umat Muhammad yang sudah tersimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenarnya. Kita sepatutnya mengambil iktibar dari apa yang terkandung didalam Al-Quran. Terutama tentang janji Iblis kepada tuhan bahawa dia(dengan izin tuhan) akan menyesatkan umat manusia.

    Q17:62 “Dia (iblis) berkata: “”Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil””.”

    Objektif Iblis yang utama adalah untok mengheret manusia ke neraka dan dengan cara apa yang akan menjaminkan kejayaannya selain dengan memanipulasi manusia untok membuat dosa yang tidak akan diampun oilh tuhan. Dengan cara ini sajalah yang akan menjamin kejayaannya. Kalau setakat dosa-dosa seperti minum arak, berjudi ataupun berzina ianya tidak menjamin kejayaan sekiranya tuhan mengampunkan dosa itu. Dosa yang tidak diampunkan ialah Syirik.

    Q4:48 Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.

    Iblis & Syaitan sudah pasti akan berusaha dengan sedaya upaya mereka untok mengelirukan manusia supaya melakukan dosa yang besar ini.

    Q17:63 Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.

    Q17:64 Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut – campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.

    Berpandukan ayat-ayat diatas kita dapati bahawa kejayaan Iblis setakat ini sangatlah memerangsangkan. Umat Nabi Musa dan Nabi Isa telah disesatkan dengan dosa-dosa syirik.

    Umat Nabi Musa dan Nabi Isa mengatakan bahawa tuhan mempunyai anak.

    Selain dari itu ulamak-ulamak Yahudi telah menulis sebuah kitab (Hadith) yang dipanggil Thalmut. Segala hukum-hakam kaum Yahudi sekarang datangnya dari kitab ini dan Kitab Taurat telah dibelakangkan.

    Pendita-pendita Kristian juga tidak kurang hebatnya. Bible yang ada sekarang telah dicampur aduk dengan fahaman Roman/Greek hingga terbentuknya Kristian yang ada sekarang ini.

    Umat Nabi Muhammad bagaimana pula?

    Mempersekutu ataupun menyamakan sesuatu dengan tuhan adalah perbuatan yang diharamkan. Ia adalah Syirik.

    Q6:151 “Katakanlah: “”Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia……………..”

    Kita tidak bolih berkongsi dengan sesiapapun atau dengan apa-apa pun hak mutlak yang khusus kepunyaan Allah. Dan salah satu hak mutlak kepunyaan Allah adalah kepatuhan kita kepada kehendaknya dengan tanpa soal/syarat. Segala kehendak Allah terkandung didalam Al-Quran dan melalui Al-Quran kita mematuhi segala kehendaknya tanpa soal/syarat.

    Sekiranya kita mematuhi kitab yang lain (Hadith) tanpa soal/syarat, kita telah berkongsi hak mutlak yang selama ini dikhususkan hanya untok Allah. Mematuhi kitab yang lain tanpa soal/syarat bererti kita telah meninggikan darjat kitab tersebut setaraf dengan Al-Quran. Ini secara tidak langsung telah menyama kedudukkannya dengan Allah. Bagi saya ini adalah seterang-terangnya perbuatan Syirik.

    Umat Islam sekarang tanpa disedari telah bersekongkol dengan Iblis dan Syaitan melakukan Syirik terhadap Allah. Jika kita mendengar syarahan-syarahan ugama hampir 95% kandungannya adalah dipetik dari kitab-kitab yang ditulis olih manusia (termasuk Hadith) hanya sedikit saja yang mengguna Al-Quran sebagai bahan rujukkan. Kita sudah tidak ubah sama seperti kaum Yahudi yang telah membelakangkan Taurat.

    Perkiraan Iblis/Syaitan amatlah senang sekali. Sesatkan alim ulama mereka dan yang lain akan mengikuti seperti lembu yang akan disembelih.

    Sama-samalah kita fikirkan.

    ramsys pranata

    February 7, 2010 at 5:06 am

  80. Salaam,

    Sudah sunnah alam agaknya;

    Taurat disekutuhkan dengan Thalmut
    Injil Perjanjian Lama disekutuhkan dengan Injil Perjanjian Baru
    Al Quran disekutuhkan dengan Riwayat Hadith

    MataHati

    February 7, 2010 at 8:05 am

  81. Salaam,

    Satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh kita. Peristiwa Israj telah termaktub dalam Al Quran manakala Mikraj pula berada di luar Al Quran (riwayat hadis). Rasanya tiada siapa mempertikai israj cuma pentafsiran sahaja yang berbeza oleh individu. Tafsiran adalah pendapat seseorang individu maka tiada kewajipan untuk diikuti terpulanglah kepada penilaian seseorang….

    MataHati

    February 7, 2010 at 8:29 am

  82. Salam Tok Syam,

    Saya tidak mempunyai blog khusus untuk membincangkan pasal pemahaman Al Quran seperti saudara TM buat ini. InsyaAllah, saya berharap satu hari nanti saya akan buat blog sebegini dan menjemput Tok Syam mengulasnya.

    Saya selalu menulis di forum2 yang sanggup menerima pandangan saya seperti di EMK.

    Namun sekarang ni saya banyak menjenguk di blog TM ini untuk belajar sesuatu yang baru yg tak pernah Allah ilhamkan sebelum ini.

    Mungkin untuk topik ini, Tok Syam boleh fokus dulu bersoal jawap dengan TM, lepas tu barulah saya.

    Saya harap Tok Syam tidak tersalah sangka yang saya memusuhi ulamak. Jangan jadi macam orang2 Yahudi dan Nasrani yang menyangka Rasulullah memusuhi ahli2 kitab mereka kerana berapa banyak ayat Al Quran menegur golongan sebut.

    Hidup ini kena saling tegur-menegur. Kalau ada satu pihak merasakan mereka esklusif dalam bidang agama dan tidak boleh ditegur, nanti mereka kena penyakit bangga diri. Jika mereka berani tegur masyarakat, mereka kenalah terbuka ditegur masyarakat. Barulah ada check and balance.

    Sebenarnya yang saya nampak blog TM ini adalah untuk balancekan pandangan2 ulamak yang common kita dengar. Bukankah Allah cipta alam ini berpasang-pasangan?

    Saudara TM tak paksa kita terima pandangan dia atau melabelkan kita sesat jika tidak ikut pandangan dia. Malah dia terbuka untuk dikomen. Orang2 sebeginilah sepatutnya wujud dalam bidang agama. Barulah Islam tidak berpecah-belah dan berpuak2.

    Juang

    February 7, 2010 at 2:11 pm

  83. Matahati menulis,

    Satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh kita. Peristiwa Israj telah termaktub dalam Al Quran manakala Mikraj pula berada di luar Al Quran (riwayat hadis). Rasanya tiada siapa mempertikai israj cuma pentafsiran sahaja yang berbeza oleh individu. Tafsiran adalah pendapat seseorang individu maka tiada kewajipan untuk diikuti terpulanglah kepada penilaian seseorang….

    Salam Matahati,

    Sebenarnya penilaian masing-masing tetapi ia mestilah bersandarkan kepada kebenaran. Tidak boleh main agak-agak saja. Nak buat kek pun bahan mesti betul, ukuran mesti betul, cara memasak pun kena betul juga. Kalau tidak kek tak jadi. Oleh itu sebelum kita yakin kebenaran sesuatu perkara, kita tak boleh take for granted apatah lagi kalau ia melibatkan hal yang menyekutukan Tuhan.

    Kita kena selalu ingat pesanan Tuhan;

    “Jika kamu ikut majoriti manusia di atas muka bumi, mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Tuhan. Mereka hanya berkhayal dan main agak-agak saja”. [6:116}

    tolokminda

    February 7, 2010 at 2:28 pm

  84. Salam,

    Saya setuju dengan pandangan saudara RP dengan ayat yang berbunyi;
    “Sekiranya ada Nabi dan Kitab yang diturunkan lagi olih tuhan selepas N.Muhammad, sudah pasti ianya akan banyak merujuk kepada umat Muhammad yang sudah tersimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenarnya”.

    Namun sebenarnya Al Quran sudah cukup dijadikan ulangan untuk menasihat umat Muhammad hari ini seperti mana Muhammad menasihati orang2 Yahudi dan Nasrani terdahulu. Kita tidak perlukan Kitab lain, cukuplah Al Quran dijadikan pedoman.

    Cuma kita tidak boleh baca Al Quran itu secara zahir atas nama golongan yang disebut seperti Yahudi dan Nasrani, sebaliknya kita kena lihat dari segi sifat2 Yahudi dan Nasrani yang disebut dalam Al Quran, dan bandingkan dengan sifat2 umat Islam hari ini.

    Kebanyakan perangai buruk orang2 Yahudi dan Nasrani yang ditegur dalam Al Quran dilakukan oleh umat Muhammad pada hari ini terutama dalam bab mengambil ajaran2 selain Al Quran. Ketaksuban mereka pada golongan ulamak samalah seperti mana orang2 Yahudi dan Nasrani dahulu taksub dengan ahli2 kitab mereka. Kita nampak jelas pengulangan situasi itu. Pendek kata, kalau kita nak tahu macam mana Nabi Muhammad nampak perangai orang2 Yahudi dan Nasrani di zaman baginda itu, macam itulah kita nampak perangai orang2 Islam hari ini.

    Memang benar, iblis dan syaitan sudah pasti akan menarik manusia kepada dosa2 yang tidak Allah ampunkan iaitu menyekutukanNya. Sebab itulah dibangkitkan para Rasul untuk melawan syirik sebagai agenda utama mereka.

    Dan perlu kita hayati, sebab apa iblis dihukum salah oleh Allah? Ya, sebab penyakit bangga diri, sombong dan bongkak dengan kejadiannya.

    Jadi, bila iblis tahu yang Allah tak suka orang yang sombong dan bongkak dengan kejadiannya, maka iblis akan guna taktik tersebut untuk menyesatkan manusia. Maka diciptakanlah agama2 rekaan agar manusia yang lahir dari sesuatu agama merasa sombong dan bongkak dengan kelahirannya itu sehingga mereka memandang kaum2 lain hina. Perangai sebegitu dirakamkan oleh Al Quran ketika Rasulullah melihat kaum Yahudi dan Nasrani beragama.

    Kini ramai yang lahir atas nama “agama Islam” juga kena penyakit yang sama yang merasakan mereka suci dan mulia serta melihat kaum2 lain yang sebagai hina. Kononnya jika beragama macam mereka sahajalah yang esklusif di sisi Allah.

    Nampak tak bagaimana iblis dan syaitan menyesatkan manusia dengan membakar perasaan bangga diri dan bermegah2 atas nama agama atau bangsa, seperti mana iblis berbangga dengan kejadiannya daripada api?

    Ramai yang tidak sedar hakikat itu dan mereka sekarang ini sebenarnya seperti berada dijurang neraka.

    Juang

    February 7, 2010 at 2:29 pm

  85. Salam,

    “TM: Sebenarnya penilaian masing-masing tetapi ia mestilah bersandarkan kepada kebenaran. Tidak boleh main agak-agak saja. ”

    Allah cipta alam semesta ini dengan pengukuran2 tertentu bukan main agak2 sahaja. Jadi, kalau kita nak menyembah Allah, kenalah hidup mengikut sistem yang ada pengukuran2 tertentu, bukannya ajaran2 yang direka2 atas dasar agak2 sahaja.

    Sesuatu yang masih dalam agak2, ia tidak patut dijadikan ketepatan atau hukum. Ia hanyalah teori sahaja.

    Juang

    February 7, 2010 at 2:34 pm

  86. Salam Juang,

    Terima kasih kerana banyak memberi input dalam blog ini. Setiap kali berkongsi kita menambah untuk diri sendiri. Itulah konsep yang kita semua harus pegang.

    tolokminda

    February 7, 2010 at 2:45 pm

  87. Salam TM,

    Sama2. Seperti mana saya juga dapat banyak input daripada blog saudara ini, seperti itulah saya membalasnya. Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

    Sebenarnya, sejak saya mula menulis berkenanan pemahaman Al Quran, saya tercari2 blog seperti saudara ini sebagai check & balance ilmu yang Allah berikan kepada saya. Hampir 2 tahun saya mengembara di alam siber ini, akhirnya ketemu juga.

    Puji-pujian bagi Allah. Di alam siber pun Dia mampu mengajar manusia. Begitulah luaslah rahmat Allah.

    🙂

    Juang

    February 7, 2010 at 2:53 pm

  88. Salam Juang,

    “Mental Bondage” banyak membantu saya pada peringkat awal dan sehingga ke hari ini. Saya ada senaraikan di sisi kanan blog ini dengan tag Mesti Baca!. Selepas kita faham yang asas, yang lain akan menjadi lebih mudah. Memahami Al-Quran sama macam memahami ilmu dalam fizik juga.

    tolokminda

    February 7, 2010 at 3:04 pm

  89. Salam TM,

    Teruskan menulis berdasar kefahaman saudara dari segala bahan pembacaan yang saudara yakini. Saya kira, tidak mustahil nanti Islam bangkit melalui penulisan2 seperti blog saudara ini.

    Benar, apa jua bidang, kita kena belajar dan faham daripada yang asas. Bila fundamental itu dah kukuh, yang cabang2 dan ranting itu dah jadi mudah. Mana2 ranting yang tak perlu lagi, kita boleh tebang.

    Untuk baru yang nak menaman “pokok Islam” dalam dadanya itu, pastikan pengairan dan pembajaannya terpelihara. Bila pokok itu sudah besar, maka dah tak perlu risau lagi. Kita tunggu waktu berbuahnya sahaja.

    Juang

    February 7, 2010 at 3:31 pm

  90. Salam…semua,
    Buat beberapa waktu nampaknya tak dapat sertai sdr2
    dan berinteraksi dengan TM….kerana keadaan kerja mula
    mengisi waktu.

    Apapun…teruskanlah dan saya akan bersama bila ada
    kesempatan.

    wassalam.

    Tok Syam

    February 10, 2010 at 7:11 am

  91. Salam Tok Syam,

    Semoga kita dipertemukan di lain masa bila berkelapangan. Dan semoga kerja Tok Syam dipermudahkan.

    Juang

    February 10, 2010 at 7:49 am

  92. Salam,

    Jika kita renungkan, hidup ini seperti kita berkenderaan. Ada manusia tidak berani memandu kereta sendiri kerana mereka takut sesat. Mereka rasa lebih selamat menumpang kenderaan yang dipandu oleh orang lain seperti teksi, bas, keretapi etc.

    Ada pula manusia yang yakin memandu sendiri setelah belajar cara pemanduan yang betul dan selamat. Walaupun kadang2 mereka tersesat jalan, tetapi dari situlah mereka belajar dan membina keyakinan diri sehingga mampu memandu ke mana yang dia suka.

    Sudah pasti ada beza dengan orang yang tidak tahu memandu sendiri dan takut tersesat dengan orang2 yang yakin memandu kerana berani belajar.

    Macam itulah dalam kehidupan kita ini. Ada manusia takut nak bergantung kepada dirinya sendiri. Mereka lebih selesa menurut membuta-tuli ajaran tradisi daripada berusaha menyelidik dan meneroka sendiri. Seperti orang yang tak tahu memandu sendiri akan terbatas keupayaan mereka nak berjalan2 ke ceruk mana yang mereka mahu, begitulah orang yang beragama secara bergantung pada orang lain akan hilang kebebasan dan keupayaan diri. Mereka hidup dalam ketakutan untuk mencuba di luar kotak ajaran tradisinya.

    Sebaliknya orang yang berusaha mengkaji dan menyelidiki sesuatu ajaran yang diterima, mereka seperti orang yang tahu memandu kereta sendiri. Mereka bebas nak pergi ke mana yang dia suka tanpa takut dan ragu2 lagi.

    Begitulah nikmat yang Allah berikan kepada orang2 yang yakin kepada Allah yang mengajar manusia menggunakan tulisan2 berbanding orang2 yang takut nak mencari kebenaran dan terbelenggu mindanya dengan ajaran tradisi mereka.

    Juang

    February 12, 2010 at 7:09 am

  93. Salam,

    Ulama zaman sekarang byk menimbulkan fitnah yg amat dahsyat… perhatikan dan perhalusikan sehingga kini.

    Terima Kasih

    hairudy

    February 17, 2010 at 4:16 am

  94. Salam,

    Sikap sesetengah manusia yang menurut membuta-tuli golongan pembesar agama juga menjadi punca fitnah2 tersebut tersebar luas.

    Jika kita ambil pedoman Al Quran yang suruh kita selidik sesuatu berita, ucapan, ajaran yang sampai kepada kita, tidaklah ada golongan tertentu mengambil kesempatan atas kecuaian manusia.

    Jangan memandang pada zahir seseorang manusia yang dikatakan “sunnah” Nabi untuk terus percaya merekalah ulamak sebenar. Lihat pada bukti2 yang dibawa dalam sesuatu kata2 mereka.

    Jangan kerana mereka mengaku mereka ulamak, kononnya kunci syurga terletak di tangan mereka. Nasib mereka pun belum tentu lepas lagi di sana.

    Juang

    February 17, 2010 at 4:28 am

  95. Salam,

    Zaman sekarang banyak islam keturunan dan islam ikut2.
    Adakah ini benar?

    Terima Kasih.

    hairudy

    February 17, 2010 at 5:34 am

  96. Salam,

    Pada pandangan saya, bukan zaman kita sahaja ada manusia sebegitu, masa zaman Rasulullah pun sudah ada manusia yang merasakan mereka pengikut ajaran Rasul2 terdahulu, sedangkan mereka hanyalah keturunan dan ikut2 sahaja.

    Orang yang percaya kena berusaha dapat Islam daripada penyelidikan mereka sendiri. Biar mereka nampak bukti2 yang jelas dan kukuh, bukannya kerana buat sesuatu atas suruhan orang lain. Barulah terasa berharga segala petunjuk2 yang Allah berikan.

    Juang

    February 17, 2010 at 5:59 am

  97. Salam Hairudy,

    Saya berpendapat Tuhan telah memberi jalan terbuka kepada kita semua untuk mendapat keredhaanNya. Buatlah apa yang baik asalkan ia dalam batasan yang direstuiNya. Al-Quran hanyalah Pedoman untuk kita mengetahui apakah batasan-batasan itu.

    Oleh yang demikian kita gunakanlah semua kurniaan dan kelebihan yang Tuhan beri pada kita supaya memberi manfaat kepada diri sendiri mahupun orang lain. Kita tidak perlu bimbang apa-apa selagi kita mengakui dan merendah diri kepada Tuhan. Apa yang penting kita tunaikan semua komitmen dalam hidup kita dengan hasrat murni yang mana semuanya kita lakukan demi Tuhan semata-mata.

    Islam sepatutnya tidak diinstitusikan. Islam adalah tentang cara hidup individu. Ia adalah tentang bagaimana seorang hamba melunaskan amanah kepada Penciptanya di sepanjang hidup yang dikurniakan kepadanya. Menjadikan Islam sebagai sebuah institusi bermakna kita akan mencampur-adukkan sistem Tuhan (yang terbuka dan adil kepada semua) dengan sistem manusia yang pastinya cenderung kepada elemen-elemen nafsu, kepentingan peribadi-kaum-bangsa, bias, palsu dan sebagainya.

    Apabila Islam diinstitusikan ia bermakna kita semua kehilangan kehilangan hak sebagai individu untuk memilih jalan yang pada hakikatnya telah Tuhan buka luas kepada seluruh hambanya itu. Melalui institusi setiap orang terpaksa menurut apa yang ditetapkan oleh institusi berkenaan. Persoalannya apakah jaminan institusi berkenaan mengikut segala apa yang telah digariskan Tuhan dan tidak mencampur-adukkannya dengan olahan-olahan mereka sendiri?

    Bayangkan jika institusi itu menetapkan bahawa jawapan yang betul dalam peperiksaan mestilah apabila seseorang mengakui wajib menyekutukan Tuhan dengan menyembah Jambatan London 10 kali sehari, apakah pilihan yang ada pada umat? Tetapi inilah cara yang paling berkesan dan mudah untuk Syaitan menyesatkan manusia – satukan mereka dalam kelompok-kelompok besar (institusi masing-masing) maka senanglah untuk menggembala mereka ke neraka.

    tolokminda

    February 17, 2010 at 6:28 am

  98. Salam,

    Akan tetapi zaman sekarang ramai yang menunjuk2kan dengan agama Allah S.W.T ini…

    Dan ada pula menggunakan agama Allah S.W.T untuk kepentingan politik dan darjat semata-mata. (Dalam pada itu ramai pengikut yang sungguh taksuf dengan kata-kata orang tersebut). Adakah ini terang dan nyata lagi memalukan?

    Terima Kasih.

    hairudy

    February 17, 2010 at 6:33 am

  99. Salam Sahabat Tolokminda,

    Terima kasih diatas penerangan dan pandangan yang sahabat berikan. Seperti kita sedia maklum, kitab Al-Quran mempunyai penulisan dan pemahaman yang sukar bagi kita malah org sesat untuk memahaminya.

    Jika Al-Quran mudah difahami, adakah benar orang yang sesat itu mudah memahaminya?

    “Adakah pemahaman dan penerangan kesemua artikal ini difahami dan dihalusi dengan benar didalam Al-Quran ugama Allah S.W.T?”

    Terima Kasih.

    hairudy

    February 17, 2010 at 6:43 am

  100. hairudy: “Ulama zaman sekarang byk menimbulkan fitnah yg amat dahsyat… perhatikan dan perhalusikan sehingga kini”

    Ulama yang disebut dalam Qur’an bukan merujuk pada pembesar agama, tetapi merujuk kepada golongan yang berilmu yang mengkaji haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Lebih senang bila kita sebut saintis.

    Fitnah yang amat dahsyat bukan hanya datang dari pembesar agama yang anda rujuk sebagai Ulama sahaja, tetapi sudah menjadi wabak dalam masyarakat tidak kira golongan.

    Masih ramai pembesar agama tidak kira dari apa agama pun yang masih berpegang teguh pada nilai-nilai murni.

    muaddib

    February 17, 2010 at 6:44 am

  101. muaddib: terima kasih… 🙂

    hairudy

    February 17, 2010 at 6:49 am

  102. Salam,

    Dalam Al Quran, pembesar agama itu disebut rabb kan?

    Juang

    February 17, 2010 at 6:57 am

  103. Muaddib menulis,

    Masih ramai pembesar agama tidak kira dari apa agama pun yang masih berpegang teguh pada nilai-nilai murni.

    Salam,

    Jadi apakah pada pandangan tuan Muaddib tentang peranan para pembesar agama dalam sesebuah masyarakat atau umat? Adakah wabak kepincangan yang berlaku dalam masyarakat tidak boleh disandarkan kepada peranan para pembesar agama?

    Adakah para pembesar agama mempunyai tanggungjawab untuk membetulkan kesongsangan yang telah mereka sebarkan di dalam masyarakat atau setiap anggota masyarakat perlu membetulkan diri mereka sendiri tanpa menghiraukan apa pun yang pembesar agama mereka lakukan?

    tolokminda

    February 17, 2010 at 7:04 am

  104. Salam…
    Siapa agaknya yg.menetapkan ulama sebagai tokoh.
    Apakah terdapat perkataan ulama` dalam alquran..?

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 7:18 am

  105. pada pendapat saya, terdapat dua golongan pembesar agama.

    pertama yang melantik diri mereka sendiri yang mana dapat kita lihat mereka ini suka mengindoktrinkan fahaman mereka dan pada mereka, hanya mereka sahaja yang betul, sesiapa yang tidak mengikut kata-kata mereka akan dicela dan dihukum.

    kedua, yang masyarakat yang berlebih-lebihan memuja mereka sebagai pembesar agama, dimana kebanyakan mereka memilih jalan tersebut hanya untuk diri mereka sendiri dan mereka tidak seperti golongan diatas yang akan menghukum orang-orang yang tidak sependapat dengan mereka.

    Seperti apa yang tolokminda lakukan sekarang, tidak mustahil satu hari nanti mungkin ada yang lebih memuja anda dari apa yang hendak anda sampaikan.

    Pada saya sebab itu masyarakat harus celik ilmu untuk membezakan mana yang benar, mana yang bathil dan ianya adalah tanggungjawab individu seperti mana Pencipta kita berjanji yang kita akan dihakimi sebagai individu.

    muaddib

    February 17, 2010 at 7:23 am

  106. Salam,

    Saya setuju pandangan saudara muaddib. Semua anggota masyarakat sepatutnya celik ilmu dan yakin untuk membezakan mana yang benar dan mana yang bathil tanpa merujuk pada mana2 pihak. Sudah pastilah pihak2 yang dirujuk itu akan mendakwa mereka sahaja benar.

    Kalau kita tanya orang sembah matahari, pastilah mereka mengaku mereka benar. Kalau kita tanya orang sembah patung, mereka pun akan cakap mereka benar. Kalau kita tanya orang yang sembahan bangunan kotak, mereka pun akan dakwa mereka benar. Kalau mereka mengaku mereka salah, tidaklah susah Nabi nak nasihati mereka sampaikan ayat2 Allah jadi lebih 6000 ayat.

    Al Quran boleh dijadikan hakim kepada pegangan kita. Kita adalah penentu masa depan diri kita sendiri, bukannya orang lain.

    Kita boleh memecahkan rasa esklusif terhadap Al Quran dengan cara perbincangan seperti ini. Semua orang boleh bawa hujah masing2 jika mereka mahu menyelidik.

    Juang

    February 17, 2010 at 7:54 am

  107. Dalam alquran juga menjelaskan tentang kelebihan umat
    akhir zaman…dimana Allah menjadikan umat contoh
    dan sebagai wakil menerangkan kebenaran.

    Dalam soal siapakah yg.sebenarnya membawa kebenaran
    adalah mudah saja.Iaitu masing2 mengkaji Alquran
    samada sendirian,berdua atau berkumpulan….dan serah
    bertawakal agar Allah menerangkan apa sebenarnya dan
    apa yg.ingin Allah tetapkan dalam setiap hati.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 8:02 am

  108. Salam,

    Fokus utama kita memahami Al Quran adalah untuk diri kita sendiri. Bagaimana kita nak aplikasi pedoman Al Quran dahulu kehidupan kita.

    Kemudian setiap apa yang kita fahami (setelah kita praktikkan pengajaran Al Quran), kita kongsikan kepada orang lain. Samada orang lain nak terima atau tidak, itu bukan urusan kita.

    Kalau kita dapat mendisplinkan diri sebegini (fokuskan Al Quran untuk pembinaan sahsiah diri), maka tidak akan wujud puak2 atas nama perbezaan fahaman.

    Masalahnya ada manusia hari ini jadikan agama untuk mewujudkan puak bukannya untuk mereka jadi baik. Bila matlamat itu sudah lari, itu yang ada berpecah-belah atas nama agama.

    Juang

    February 17, 2010 at 10:08 am

  109. Muaddib menulis,

    Pada saya sebab itu masyarakat harus celik ilmu untuk membezakan mana yang benar, mana yang bathil dan ianya adalah tanggungjawab individu seperti mana Pencipta kita berjanji yang kita akan dihakimi sebagai individu.

    Salam,

    Saya setuju. Begitulah yang contoh yang ditunjukkan para rasul. Mereka tidak berminat dengan kedudukan dalam institusi di sekeliling mereka, mereka sedia hidup dalam wadah yang sama tetapi mereka berpendirian dlm hubungan mereka dengn Tuhan.

    tolokminda

    February 17, 2010 at 11:36 am

  110. Hairudy menulis,

    Jika Al-Quran mudah difahami, adakah benar orang yang sesat itu mudah memahaminya?

    “Adakah pemahaman dan penerangan kesemua artikal ini difahami dan dihalusi dengan benar didalam Al-Quran ugama Allah S.W.T?”

    Salam,

    Secara jujur saya tidak pernah berpendapat Al-Quran mudah difahami. Ia amat sukar apatah lagi kerana majoriti kita tidak tahu bahasa Arab dan terjemahan standardnya pula telah diolah untuk disesuaikan dengan riwayat hadis.

    Ayat-ayat yang saya kemukakan di artikel di atas adalah contoh bagaimana penyelewengan tafsiran berlaku dalam terjemahan Al-Quran sehinggakan Nabi Musa dikatakan Nabi Muhamad dan Allah dikatakan Jibrail. Ini semua bukan saja menyesatkan umat dari jalan kebenaran malah menyusahkan mereka untuk kembali kepada kebenaran jika pun mereka cuba mencarinya.

    tolokminda

    February 17, 2010 at 12:10 pm

  111. tolokminda menulis,

    Salam,

    Secara jujur saya tidak pernah berpendapat Al-Quran mudah difahami. Ia amat sukar apatah lagi kerana majoriti kita tidak tahu bahasa Arab dan terjemahan standardnya pula telah diolah untuk disesuaikan dengan riwayat hadis.

    Ayat-ayat yang saya kemukakan di artikel di atas adalah contoh bagaimana penyelewengan tafsiran berlaku dalam terjemahan Al-Quran sehinggakan Nabi Musa dikatakan Nabi Muhamad dan Allah dikatakan Jibrail. Ini semua bukan saja menyesatkan umat dari jalan kebenaran malah menyusahkan mereka untuk kembali kepada kebenaran jika pun mereka cuba mencarinya.

    Salam TM,

    Ok saya faham apa yang sahabat TM sampaikan.

    Disini saya ada beberapa kemuyskilan yang teramat sangat. Boleh saya ketahui bagaimana sahabat mengucap?(Dalam bahasa melayu).

    TQ

    hairudy

    February 17, 2010 at 2:06 pm

  112. Salam Hairudy,

    Seperti contohnya?

    tolokminda

    February 17, 2010 at 2:18 pm

  113. Salam,

    Saya bertanye kepada sahabat, bagaimana sahabat mengucap dua kalimah syahadah. 🙂

    Takkan sahabat org islam tidak mengetahui cara mengucap mengucap dua kalimah syahadah????

    Terima kasih.

    hairudy

    February 17, 2010 at 2:25 pm

  114. Salam,

    Baiklah.

    Saya percaya kepada Tuhan Yang Satu, tiada Tuhan lain selainNya. Saya percaya kepada mpara malaikat, saya percaya kepada Kitab-Kitab Allah, saya percaya kepada nabi dan rasul dan saya percaya kepada hari akhirat.

    Itulah asas kepercayaan saya kepada Pencipta saya dalam hidup ini.

    tolokminda

    February 17, 2010 at 2:27 pm

  115. Salam,

    Begitu skali sahabat mengucap dua kalimah syahadah?? 🙂

    Terima kasih.

    hairudy

    February 17, 2010 at 2:30 pm

  116. Betul la apa yang sahabat katakan itu, tapi begitukah seorang umat islam dua kalimah syahadah???? 🙂

    hairudy

    February 17, 2010 at 2:31 pm

  117. Saya hendak sahahat TM mengucap dua kalimah syahadah. 🙂
    Itu sahaja seperti orang-orang islam yang lain mengucap. 🙂

    hairudy

    February 17, 2010 at 2:33 pm

  118. Salam tuan,

    Tuan maksudkan saya perlu sebut: Saya bersaksi bahawa tiada tuhan lain selain Allah dan saya bersaksi bahawa Muhamad itu pesuruh Allah?

    Saya tidak ada masalah menyebutnya tuan tetapi saya tidak akan menjadikannya kalimah ini wajib ke atas diri saya kerana Tuhan melarang saya menyekutukan Dia dalam keadaan apa sekalipun.

    4:48 Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengampunkan penyekutuan terhadapNya dengan apa sekalipun, dan Dia mengampunkan selain itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan sesiapa yang menyekutukan apa pun dengan Tuhan, perbuatannya itu adalah dosa yang besar.

    Malah Tuhan telah memberi gambaran bahawa umat Islam akan terjebak dengan penyekutuan bersifat seperti ini apabila Dia menyatakan:

    39:45 Dan apabila Tuhan sahaja yang disebut, hati-hati mereka yang tidak percaya mengecil tidak suka, tetapi bila mereka yang disekutukan denganNya disebut, mereka pun menjadi gembira.

    tolokminda

    February 17, 2010 at 2:46 pm

  119. Salam,

    Ok terima kasih 🙂

    hairudy

    February 17, 2010 at 2:51 pm

  120. Jadi apa soalan seterusnya tuan hairudy?

    tolokminda

    February 17, 2010 at 2:59 pm

  121. tolokminda Menulis,

    Salam,

    Baiklah.

    Saya percaya kepada Tuhan Yang Satu, tiada Tuhan lain selainNya. Saya percaya kepada mpara malaikat, saya percaya kepada Kitab-Kitab Allah, saya percaya kepada nabi dan rasul dan saya percaya kepada hari akhirat.

    Itulah asas kepercayaan saya kepada Pencipta saya dalam hidup ini.

    Salam,

    Macam mana saya hendak menyoal sahabat sedangkan sahabat mengucap 2 kalimah syahadah lain dari yang lain… 🙂

    Terima Kasih

    hairudy

    February 17, 2010 at 3:04 pm

  122. Salam,

    Yang tuan copy paste itu adalah dasar kepercayaan saya kepada Pencipta saya sebagaimana yang disenaraikan dengan jelas dan terang dalam ayat di bawah.

    2:177 “Ia bukanlah kebenaran yang kamu perlu memalingkan muka menghadap timur dan barat, tetapi kebenaran adalah bahawa seseorang perlu percaya kepada Allah, dan hari kiamat dan para malaikat dan Al-Kitab dan para nabi….”

    Saya telah menjawab mengenai 2 kalimah syahadah dan saya yakin ia seperti yang tuan kehendaki cuma bezanya saya tidak akan menjadikannya kalimah wajib ke atas diri saya kerana ia bersifat menyekutukan Tuhan.

    Lagipun siapalah saya yang nak bersaksi ke atas Tuhan atau Nabi? Sesungguhnya merekalah yang akan menjadi saksi ke atas saya.

    Jadi apa soalannya tuan?

    tolokminda

    February 17, 2010 at 3:16 pm

  123. tolokminda Menulis,

    Salam tuan,

    Tuan maksudkan saya perlu sebut: Saya bersaksi bahawa tiada tuhan lain selain Allah dan saya bersaksi bahawa Muhamad itu pesuruh Allah?

    Ye alhamdulilah..saya suka sahabat menyebut kalimah itu setelah 2 kali pertanyaan saya baru sahabat jawab. Agak kelu lidah sahabat 🙂

    tolokminda Menulis,

    Saya telah menjawab mengenai 2 kalimah syahadah saya dan saya yakin ia seperti yang tuan kehendaki cuma bezanya saya tidak akan menjadikannya kalimah wajib ke atas diri saya kerana ia bersifat menyekutukan Tuhan.

    Saya kurang faham, adakah mengucapkan 2 kalimah syahadah itu menyekutukan Allah S.W.T???

    // jgn guna WORD Tuhan..Guna Allah S.W.T…

    Terima Kasih 🙂

    hairudy

    February 17, 2010 at 3:24 pm

  124. Salam TM,

    Setelah selesai segala kesulitan soalan akan diutarakan, maknanya sebagai orang islam sahabat perlu bersabar, kerna sabar banyak kelebihannya. Pelajari dengan sikap sabar.

    hairudy

    February 17, 2010 at 3:27 pm

  125. Salam tuan Hairudy,

    Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang sabar.

    1. Tuan sembahyang mengadap kaabah – tuan menyekutukan Tuhan dengan kaabah.

    Tuhan kata:

    2:177 “Ia bukanlah kebenaran yang kamu perlu memalingkan muka menghadap timur dan barat, tetapi kebenaran adalah bahawa seseorang perlu percaya kepada Allah, dan hari kiamat dan para malaikat dan Al-Kitab dan para nabi….”

    2. Tuan sembahyang menyebut dua kalimah syahadah yang mengandungi nama nabi selain Tuhan – kalau tuan kata sembahyang tuan tidak sah jika tuan tidak sebut nama Nabi maknanya tuan mempersekutukan Tuhan dengan Nabi.

    Mengenai perkara ini Tuhan kata:

    4:48 Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengampunkan penyekutuan terhadapNya dengan apa sekalipun, dan Dia mengampunkan selain itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan sesiapa yang menyekutukan apa pun dengan Tuhan, perbuatannya itu adalah dosa yang besar.

    39:45 Dan apabila Tuhan sahaja yang disebut, hati-hati mereka yang tidak percaya mengecil tidak suka, tetapi bila mereka yang disekutukan denganNya disebut, mereka pun menjadi gembira.

    6:51 Dan ucapkanlah dengan ini (Quran) mereka yang menghormati dan mendekati Empunya mereka – mereka tidak ada sekutu selain Dia sebagai Empunya dan Tuan, tidak juga pengantara – supaya mereka beroleh pertolongan.

    72:18 Dan itulah ketetapan yang direstui Allah – maka jangan sebut sesiapa selain Allah.

    Itu belum lagi tuan menyekutukan Tuhan dengan bahasa Arab, menyekutukan Tuhan dengan ketetapan-ketetapan yang diolah oleh manusia lain dan sebagainya.

    tolokminda

    February 17, 2010 at 3:43 pm

  126. Sabar bukan patience, tetapi persistency.

    bertanya juga ada adabnya. sebaik-baik fahamkan sebaik mungkin apa yang dibincangkan dan jika masih tidak faham bertanyalah dimana yang tidak faham secara spesifik.

    saya tidak nampak apa signifikan bertanya cara TM mengucap dalam perbincangan ini.

    objektif utama mengucap ialah mengiyakan kewujudan Pencipta kita dan sebagai hamba, kita harus berbakti dengan cara yang telah ditetapkan olehNya. ia bukan hanya sekadar ucapan mulut tetapi manifestasi melalui perbuatan.

    meletakkan nama hanya seorang pesuruh disamping Pencipta jelas sekali menyekutukanNya.

    seperti yang TM pesan juga, jangan hanya baca artikel sahaja, baca juga komen-komen kerana banyak penerangan sampingan terhadap hujah-hujah beliau. Penerangan terhadap kalimah syahadah ada dan justifikasi kenapa ianya menyekutukan Pencipta.

    baca kerana ingin tahu, tetapi baca lah secara kritis.

    muaddib

    February 17, 2010 at 3:56 pm

  127. 4[41]
    Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?

    4[159]
    Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.

    48[10]
    Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu , mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

    75[13]
    Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
    75[14]
    Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
    75[15]
    Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 4:10 pm

  128. Salam Tok Syam,

    Itulah yang saya katakan di atas. Tuhan dan rasul yang akan jadi saksi ke atas kita dan bukan sebaliknya. Jadi di mana kewajarannya kita sebut “aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhamad pesuruh Allah”?

    Bila kita jadi saksi ke atas Tuhan dan rasul?

    tolokminda

    February 17, 2010 at 4:17 pm

  129. Salam,

    Cuba kita renungkan, untuk Nabi Muhammad membuktikan baginda percaya kepada Rasul2 sebelum baginda, Allah tidak mengajar kalimah yang menspesifikkan seseorang Nabi sebelum baginda sebagai Rasul.

    Baginda tidak diajar untuk mengucap “Aku naik saksi bahawa Nabi Isa adalah Rasul Allah”. Apatah lagi Nabi Isa diangkat sebagai Rasul bukannya memerlukan kesaksian manusia lain pun.

    Yang perlukan saksi adalah masa kita nak mengikat perjanjian sesama manusia demi mengelakkan ada pihak yang teraniaya. Tetapi perjanjian seseorang hamba Allah dengan Tuhannya, perlukah ada saksi2 lain? Bukankah Allah itu cukup sebagai saksi? Dan apakah Allah akan menganiaya manusia yang mengikat janji denganNya?

    Lagi satu, kita tidak diajar untuk mengesklusifkan seseorang Rasul. Oleh kerana semua Rasul adalah sama yang membawa ajaran tauhid yang sama, maka tidak perlu kita spesifikkan seseorang Nabi itu pesuruh Allah. Umum di hati orang yang percaya, semua Rasul yang disebut dalam Al Quran itu adalah utusan Allah. Atas alasan apa kita nak spesifikkan pada seseorang Rasul?

    Yang penting dilihat daripada mesej yang seseorang Rasul itu bawa adalah jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu pun. Mesej inilah yang paling utama kita tekankan dalam hidup kita.

    Jika orang Nasrani hanya taksub pada Nabi Isa, takkanlah orang yang mengaku Islam hanya taksub pada Nabi Muhammad? Bukankah sama sahaja perangai mereka iaitu taksub pada seseorang hamba Allah?

    Kenapa tidak fokuskan hidup kita kepada Allah semata-mata?

    Saya tertarik dengan kata2 seorang teman di sini yang bermaksud tidak mustahil suatu hari nanti ada manusia yang taksub pada TM.

    🙂

    Juang

    February 17, 2010 at 4:37 pm

  130. Salam…
    Kita kembali pada topik asal.Tentang bergantung pada ulama.

    Cuba kita renung ayat2 berikut:
    ——————————-
    2[269]
    Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

    fahaman:
    Ini bermakna terdapat dikalangan manusia selain nabi
    mewarisi ilmu dengan jelasnya,melalui usaha belajar
    dan Allah akan memberi keyakinan untuk ia beryakin.
    Disini tidak lah tertakluk kepada kedudukan seseorang
    itu kepada tahaf ulama atau tokoh2 agama yg.terkemuka
    saja.
    ————————————————-

    Maka sebelum bergantung dan belajar sesama manusia..
    perlulah ada alquran dalam diri yg.menjamin kita
    dari disesatkan.Bagaimana mungkin kita mengetahui
    dan menilai kebenaran jika tiada piawaian yg.kita
    ingin bandingkan.

    Ada juga orang berkata bahawa Alquran perlu berguru.
    Jika tidak setan akan menyesatkan kita.Sebaliknya
    untuk memastikan guru yg.benar juga perlu petunjuk
    Allah.

    Dalam hal belajar ne…cara apa pun boleh…tapi
    sebelum berpegang pada pelajaran ilmu perlulah
    di bandingkan dengan ajaran Alquran.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 5:25 pm

  131. Salam,

    “TS: Ini bermakna terdapat dikalangan manusia selain nabi mewarisi ilmu dengan jelasnya,melalui usaha belajar
    dan Allah akan memberi keyakinan untuk ia beryakin.
    Disini tidak lah tertakluk kepada kedudukan seseorang
    itu kepada tahaf ulama atau tokoh2 agama yg.terkemuka
    saja.”

    Saya setuju. Sebab Allah lebih tahu hati manusia mana yang ikhlas mencari kebenaran (merasa tak puas dengan ilmuNya) dan hati manusia mana ego merasakan dirinya sudah benar seterusnya malas belajar membuka minda.

    Dalam Al Quran ada sebut pasal “Timbangan” dan kita disuruh jangan melampau Timbangan itu. Dalam bahasa modennya, Al Quran suruh kita hidup secara rasional.

    Selagi kita bersikap rasional, kita tidak akan mudah disesatkan.

    Tanpa rasional, manusia itu akan terdorong ke arah ketaksuban atau kefanatikan. Bila dia belajar dengan seseorang tok guru, maka dituruti membuta-tuli kata2 tok guru itu. Akibatnya dia digembalakan laksana kerbau dicucuk dengan tali.

    Oleh kerana pentingnya bersikap rasional, maka sebaik2 manusia yang kita nak belajar adalah orang2 yang rasional juga.

    Bumi boleh konsisten mengeliling matahari kerana ada rasional dalam dirinya agar tetap pada orbit. Jadi, takkan kita sebagai manusia tidak tahu hidup mengikut rasional untuk tetap sebagai seorang manusia?

    57:25. Sesungguhnya Kami mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang jelas, dan Kami menurunkan bersama mereka al-Kitab dan Timbangan, supaya manusia menegakkan keadilan. Dan Kami menurunkan besi, padanya kekuatan yang sangat, dan banyak manfaat kepada manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolongnya, dan rasul-rasul-Nya, dalam keadaan ghaib. Sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.

    Apabila kita kenal beza baik dan buruk, benar dan dusta, lapang dan sempit, tauhid dan musyrik etc, maka kita sudah berada di center diri kita. Ketika itu kita mudah memandu arah diri kita untuk membuat pilihan yang betul.

    Kerana itulah kita perlu membuka minda dan berlapang dada seluas mungkin untuk belajar mengenal beza baik dan buruk itu.

    Juang

    February 17, 2010 at 5:44 pm

  132. Salam…
    Perpatah pujangga menyatakan,…jangan lihat
    orang yg.berkata tapi dengar apa yg.dikata.
    jangan ikut apa yg.dia buat sebaliknya fahamilah
    hakikat perbuatan amalnya.

    Manusia tidaklah mampu nak ikut 100% apa yg.nabi
    buat dan umat zaman akhir yg.dah jauh dari melihat
    contoh2 nabi…hanya dapat melihat kitab ajaran.

    Sekiranya ikhlas mencari jalan benar dan bermohon
    kpd.Allah…..walaupun tak menyatakan bahawa ia
    mengikut sunnah atau apa yg.sepatutnya ajaran ibrahim
    ….insyaalah….Allah akan gerakkan kita menghampiri
    jalan nya.

    ———————————————-

    2[112]
    (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
    2[113]
    Dan orang-orang Yahudi berkata: “Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”; dan orang-orang Nasrani pula berkata: “Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”; padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliyah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

    29[69]
    Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 6:02 pm

  133. tolokmindah Menulis beginila caranya,

    Salam tuan Hairudy,

    Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang sabar.

    1. Tuan sembahyang mengadap kaabah – tuan menyekutukan Tuhan dengan kaabah.

    Bismillah dan Salam,

    Wahai sahabatku tolokminda dengan minda dan akal yang telah dikurniakan Allah S.W.T, secara terang dan nyata sahabat telah pun menuduh saya (umat islam yang lemah) kerna mengadap Kaabah (Kiblat Umat Islam) itu menyekutukan Allah S.W.T.
    Terima kasih diatas penuduhan sahabat ini terhadap saya. Insyallah, suatu ketika dan saat nanti sahabat akan faham dan redha. 🙂

    tolokmindah Menulis beginila caranya,

    2. Tuan sembahyang menyebut dua kalimah syahadah yang mengandungi nama nabi selain Tuhan –
    kalau tuan kata sembahyang tuan tidak sah jika tuan tidak sebut nama Nabi maknanya tuan
    mempersekutukan Tuhan dengan Nabi.

    Mengenai perkara ini Tuhan kata:

    Salam,

    Ya Allah S.W.T, perliharalah imanku dan berikanlah kekuatanku untuk menerangkan kepada sahabat-sahabatku ini.
    LA ILAHA ILALLAH MUHAMMAD RASULULLAH. (Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah S.W.T.)

    Terima Kasih sahabat semua, sahabat semua adalah manusia yang hebat.

    hairudy

    February 18, 2010 at 6:34 am

  134. Salam Hairudy,

    Tuan bertanya saya bagaimana mengucap dua khalimah syahadah boleh menjadikan syirik. Saya cuma menjawab secara berterus terang pendapat saya mengenainya. Ia bukan tuduhan. Ia adalah jawapan kepada soalan tuan.Terpulang kepada tuan mahu bersetuju atau tidak dengan jawapan saya itu. Kalau tuan tidak bersetuju dengan jawapan saya dan tuan mahu mengemukakan hujah mengikut pandangan tuan, ruang sentiasa dibuka untuk tuan melakukannya. Ingat, kita di sini bertukar pendapat, bukan tuduh menuduh. Saya harap tuan faham konsep ini.

    Terima kasih.

    tolokminda

    February 18, 2010 at 6:51 am

  135. Selain itu saya juga mengemukakan pendapat saya tentang amalan-amalan syirik yang berkaitan. Supaya tuan nampak apa yang saya faham dengan maksud syirik itu.

    Di dalam blog ini, banyak artikel sebenarnya berlegar mengenai amalan syirik. Hinggakan cukur jambul bayi pun sebenarnya amalan syirik. Mengapa amalan syirik ini kita perlu ambil perhatian dan fahami betul-betul? Kerana ia satu-satunya dosa yang tak akan diampun oleh Tuhan.

    4:48 Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengampunkan penyekutuan terhadapNya dengan apa sekalipun, dan Dia mengampunkan selain itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan sesiapa yang menyekutukan apa pun dengan Tuhan, perbuatannya itu adalah dosa yang besar.

    tolokminda

    February 18, 2010 at 7:03 am

  136. Salam,

    Untuk berbincang dengan matang, jika ada satu pihak bawa hujah membuktikan amalan sujud atau sembahan kepada mana2 objek itu menyekutukan Allah, maka pihak yang sebaliknya kenalah bawa hujah untuk menunjukkan amalan mereka sujud kepada objek2 tertentu itu bukan penyekutuan terhadap Allah. Tak perlu kata orang lain tuduh itu dan ini. Hujah lawan dengan hujah.

    Kita di sini bukan nak menghukum orang, cuma nak membezakan mana yang benar dan mana yang bathil sahaja.

    Sebab itulah kena berlapang dada dan berfikiran terbuka.

    Juang

    February 18, 2010 at 7:05 am

  137. salam Hairudy,

    Konsep disini adalah keterbukaan. Kita bolih sampaikan apa saja pendapat tetapi mesti berpandukan kepada Al-Quran.

    Kalau saudara tak suka dengan jawapan yang diberikan janganlah nak perli pula dengan mengatakan “sahabat semua adalah manusia yang hebat.”

    Kita semua bolih berbeda pendapat. Apa yang perlu dibuat ialah kita selidik lagi. Inilah proses pembelajaran. Saya juga ada tak setuju dengan pendapat sahabat2 saya tetapi itu pendapat mereka, dan saya harus menghormati pendapat mereka. Dan sekiranya saya ada pendapat yang lebih baik saya akan utarakan pendapat saya bersama rujukkan Al-Quran. Dan kita berbahas lagi.

    Sekiranya saudara Hairudy mengharapkan kami disini seperti pengikut ASWJ saudara tersilap. Sebab itu jawapan yang saudara terima adalah jauh berbeda dari yang saudara harapkan.

    Bebaskan lah pemikiran yang mengkongkong saudara dahulu, baru saudara dapat melihat.

    ramsys pranata

    February 18, 2010 at 9:03 am

  138. Salam…
    Jika Allah inginkan manusia jadi satu…necaya surga
    dan neraka tak perlu dibina dan tidaklah perlu Adam
    diturunkan untuk menjadi al kisah ceritanya manusia2.

    Kehidupan diatas kehidupan.Kerana wujudnya maka terjadi
    segala wujud.Kerana keadilannya,..maka kita berbeda
    pendapat.Sedangkan segala pendapat adalah wujud untuk
    diperjuangkan.

    Umpama diri kita yg.satu mempunyai dua kecenderungan.
    Diantara niat dan perbuatan ada syariatnya.Maka
    kita sama2 mencari apakah syariatnya agar niat
    mencapai matlamat perbuatannya.

    Tok Syam

    February 18, 2010 at 10:25 am

  139. Di sini boleh dikatakan tempat pembelajaran tanpa nokhtah. Biar sesuatu perkara yang telah diterapkan kepada kita selama ini dapat difahami apa logiknya. Kenapa perlu buat begitu, dan kenapa tidak boleh begini?

    Mana2 yang tiada bukti sandaran kukuh, maka terpulanglah kepada diri masing2 nak terus mengamalkannya atau meninggalkan sahaja.

    Yang utamanya biar kita tahu apa tujuan sesuatu perbuatan yang kita lakukan kerana semua itu akan disoal nanti. Supaya kita tidak meniru kembali perangai kaum musyrik terdahulu yang apabila ditanya tentang sesuatu amalan yang dibuat, mereka sekadar menjawab “sebab kami tengok bapa-bapa kami dahulu melakukannya”.

    Orang yang benar, kena berhujah atas dasar yang benar.

    Juang

    February 18, 2010 at 10:57 am

  140. Ada justifikasi yang rasional disebalik setiap suruhan dan larangan Pencipta kita.

    jika hanya menggunakan ‘syurga dan neraka’, tiada beza Islam dengan penyembah binaan, batu atau pokok untuk menyuruh orang lain turut ikut menyembah.

    muaddib

    February 18, 2010 at 5:11 pm

  141. Benar saudara muaddib. Umpamanya sebelum Allah nak suruh para malaikat sujud (merendah diri) kepada Adam, Allah tidak terus perintah dengan berkata seperti “sujudlah kepada Adam, kalau tidak kamu akan dimasukkan ke dalam neraka”. Sebaliknya Dia perlihatkan kebijaksanaan dan keilmuan yang dimiliki oleh Adam yang lebih tinggi berbanding malaikat dahulu. Jadi perintah merendah diri kepada Adam itu ada rasionalnya bagi para malaikat yang mahu taat kepada Allah.

    Namun iblis menolak rasional yang telah diperlihatkan semata-mata kerana nak berbangga dirinya lebih baik daripada Adam. Sudahlah alasan dia berbangga diri itu tidak ada rasionalnya (mengatakan api lebih baik daripada tanah).

    Jika Allah pun boleh berpegang pada rasional, takkanlah manusia takleh berpegang pada rasional dalam sesuatu ketetapan yang mereka ada-adakan itu? Hebat sangatkah mereka berbanding Allah? Atau mereka nak jadi macam iblis yang tidak ada rasional itu?

    Juang

    February 19, 2010 at 12:28 am

  142. mungkin satu hari akan datang komen yang mengatakan semua ini kata-kata golongan muktazilah (rasionalis) yang timbul kembali.

    tapi bukankah Islam itu sememangnya rasional?

    lawan rasional bukankah gila atau terlalu mengikut perasaan?

    muaddib

    February 19, 2010 at 5:21 pm

  143. Salam,

    “muaddib: mungkin satu hari akan datang komen yang mengatakan semua ini kata-kata golongan muktazilah (rasionalis) yang timbul kembali.”

    Saya sudah alaminya pun di alam nyata apabila membawa hujah secara rasional.

    Sesetengah manusia tidak sedar yang dalam kehidupan kita ada pasangan2nya. Baik lawannya buruk. Benar lawannya adil. Maka, kalau kita lawan rasional, jadi apa?

    Samalah macam ada manusia kata dalam beragama tak boleh guna akal. Akal lawannya nafsu. Maka kalau beragama lawan akal, bukankah itu bermakna mereka beragama menurut nafsu?

    Sebab itulah kita lihat perangai2 mereka yang beragama lawan akal, sebijik macam perangai kaum2 musyrik yang disebut dalam Al Quran walaupun mereka mengaku mereka Islam. Setakat mulut sahaja mengaku Islam, tetapi perangai macam kaum2 musyrik terdahulu, apa erti akuan tersebut?

    Apakah nama Islam yang tertera di MyKad itu menjadi tiket masuk syurga? Bukankah MyKad tersebut akan pupus nanti?

    Juang

    February 20, 2010 at 2:09 am

  144. Ralat: “Benar lawannya adil.”

    Sepatutnya, benar lawannya dusta.

    Juang

    February 20, 2010 at 2:09 am

  145. terserlah kejahilan penulis blog ini apabila menulis. melihat sesuatu dengan perspektif yang sempit. bertaubatlah.

    sufi

    February 21, 2010 at 5:08 am

  146. TM & Hairudy,

    1. semua makhluk setuju berseru La ilaha illallah

    2. tapi yg membedakan, yg mukmin dari yg musyrik dan kafir ialah affirmasi bahwa Muhammad itu rasulullah

    mungkin bahgian dua ini terlalu pahit utk diucap oleh pak arab zaman barhaliyyah, yahudi, nasrani dan konco-konco mereka hingga ke blog ini.

    🙂

    Agnostika

    February 21, 2010 at 6:34 am

  147. Setiap yg.berpengalaman sendirinya
    telah diberi ilmu.Sebaliknya setiap
    yg.berilmu belum tentu mereka
    berpengalaman atau telah amalkan
    ilmunya.

    Bilamana ilmu belum dipratikkan atau diuji maka pengetahuannya hanyalah
    umpama kenal akan suatu makanan tanpa
    mengetahui rasa.

    Tok Syam

    February 21, 2010 at 11:11 am

  148. Sufi menulis:
    “terserlah kejahilan penulis blog ini apabila menulis. melihat sesuatu dengan perspektif yang sempit. bertaubatlah”

    Sdr Sufi, sekiranya saudara mempunyai perspektif yang luas dan lebih baik daripada apa yang dibincang dalam TM ini tolong sampaikan bantahan sdr secara berhikmah dan cara baik. Memberi label kepada orang lain sebagai “jahil” tidak akan menyelesai masalah.

    Mengikut Al Quran:

    “Ada dikalangan manusia mereka yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan tanpa pentunjuk dan tanpa Kitab yang bercahaya.” (22:8)

    “Ada juga dikalangan manusia mereka yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mereka mengikuti setiap syaitan yang durjana.” (22:3)

    “Tidakkah orang-orang yang ada penyakit dalam hati mereka mengambil kira bahawa Allah akan mendedah kedengkian mereka? Sekiranya Kami kehendaki tentu Kami memperlihatkan perangai mereka kepada kamu dengan tanda-tanda mereka. Dan sesungguhnya kamu boleh kenal mereka dengan tata bahasa pertuturan mereka. Dan Allah mengetahui amalan-amalan kamu.” (47:29-30)

    Gunumaro

    February 21, 2010 at 3:09 pm

  149. “tapi yg membedakan, yg mukmin dari yg musyrik dan kafir ialah affirmasi bahwa Muhammad itu rasulullah”

    “mungkin bahgian dua ini terlalu pahit utk diucap oleh pak arab zaman barhaliyyah, yahudi, nasrani dan konco-konco mereka hingga ke blog ini”

    Tiada siapa disini yang menidakkan Muhammad itu rasulullah.

    Janganlah memasukkan apa yang datang dari mulut anda kedalam mulut kami.

    Yang dibincangkan disini apabila nama Muhammad diletakkan bersebelahan Allah yang asalnya diambil dari kalimah syahadah yang dicipta oleh manusia, seolah-olah kedudukan Muhammad lebih tinggi dari rasul-rasulNya yang lain.

    Qur’an dengan ayat muhkamat menyatakan jangan meletakkan apa-apa atau sesiapa disamping Allah, sila rujuk Surah Al-Kahfi ayat 110, Luqman ayat 30 dan Al-Furqan ayat 2.

    Namun, manusia meletakkan Muhammad lebih tinggi dari rasul lain disamping Allah berdasarkan surah Al-Ahzab ayat 56 yang menyatakan Allah dan malaikat merahmati beliau sebagai pesuruh Allah.

    Tetapi apabila kita lihat surah Al-Ahzab juga ayat 43, Allah dan malaikat juga merahmati mereka yang percaya kewujudanNya.

    Ini bermakna tidak kira sesiapa, samada Rasul atau manusia yang percaya akan mendapat rahmat dari Allah.

    Semua nabi adalah manusia biasa yang dipilih untuk menyampaikan larangan dan suruhan Allah berdasarkan surah Al-Furqan surah 7 dan 20.

    muaddib

    February 22, 2010 at 12:58 am

  150. Sudah terang lagi bersuloh!

    Allah itu Allah.
    Muhammad itu rasul.
    Quran itu risalah.

    Bahgian mana yg muaddib rasa susah nak telan?

    Agnostika

    February 22, 2010 at 2:07 am

  151. “sufi: terserlah kejahilan penulis blog ini apabila menulis. melihat sesuatu dengan perspektif yang sempit. bertaubatlah.”

    Kita di sini bukan nak menghukum orang jahil, sempit atau sebagainya. Kalau rasa diri itu benar, bawalah hujah untuk mencanggahi apa yang saudara TM bawakan.

    Jangan jadi macam orang kafir terdahulu. Bila rasul mereka bawa sesuatu hujah yang mereka tak mampu jawab, mereka cakap “inilah sihir yang nyata”. Mereka nak hukum rasul mereka tukang sihir.

    Setakat cakap macam itu, tidak membawa apa2 nilai untuk dipelajari bersama.

    Berhujahlah dengan matang. Takkanlah sudah tua2 pun masih tak matang2 lagi?

    Juang

    February 22, 2010 at 2:13 am

  152. “Sudah terang lagi bersuloh! Allah itu Allah. Muhammad itu rasul. Quran itu risalah, Bahgian mana yg muaddib rasa susah nak telan”

    sila tunjuk dimana yang saya katakan Muhammad itu bukan rasul?

    muaddib

    February 22, 2010 at 2:20 am

  153. Salam,

    Pada pandangan saya, saudara muaddib hanya menegaskan bahawa jangan mengagung2kan seseorang Rasul melebihi rasul yang lain. Tiada siapa nak menidakkan kerasulan Muhammad. Kalau tidak, buat apa kita kembali kepada Al Quran yang Rasulullah sampaikan?

    Saya melihat orang yang menidakkan Nabi Muhammad sebagai Rasul adalah orang2 yang menolak Al Quran itu sendiri, kerana Al Quran itu Kitab rasmi Muhammad sebagai Rasul Allah. Jika mereka terang2 menolak Al Quran, bukankah mereka terang2 menolak Allah dan RasulNya?

    Apabila Al Quran melarang sujud kepada matahari dan bulan serta membawa pedoman Ibrahim yang melarang sembah binaan2 manusia, tetapi mereka tetap mengengkari, bukankah mereka telah menolak kerasulan Muhammad?

    Juang

    February 22, 2010 at 2:20 am

  154. “terserlah kejahilan penulis blog ini apabila menulis. melihat sesuatu dengan perspektif yang sempit”

    Untuk kami lebih memahami kejahilan penulis dan perspektifnya yang sempit, amat baik jika saudara sufi dapay huraikan agar kami dan semua pembaca yang lain dapat memahami.

    muaddib

    February 22, 2010 at 2:52 am

  155. Teringat semasa di sekolah dahulu, ada nazir datang untuk melihat cikgu2 mengajar bagi memastikan cikgu itu mengajar mengikut kehendak Kementerian.

    Di zaman pekerjaan pula, ofis tempat bekerja akan diaudit oleh pihak2 tertentu seperti Sirim untuk melihat sejauh mana sistem yang digunapakai mengikut standard tertentu.

    Dalam sistem kemasyarakatan pula, siapakah yang akan audit pembesar2 agama yang mendakwa mereka mengajar ikut Kitab Allah? Apakah Allah akan membiarkan mereka tanpa perlu diaudit?

    Seperti mana ahli2 kitab bani Israel yang diamanahkan Taurat dan Injil, Rasulullah dan orang2 beriman zaman itulah auditor mereka. Sejauh mana orang2 yang diamanahkan menjaga Kitab Allah itu masih berpegang pada apa yang diamanahkan atau mereka telah menyelewengkan.

    Saya lihat, apa yang saudara TM lakukan ini adalah seumpama mengaudit orang2 yang merasakan mereka ada kuasa esklusif nak mengajar Kitab Allah pada manusia supaya mereka kembali jujur kepada Al Quran dan tidak menyelewengkan seperti mana sesetengah ahli2 kitab terdahulu melakukannya.

    Jika Nabi Isa mengajar mentauhidkan Allah, bukankah yang mengatakan baginda adalah putera Allah telah menyelewengkan ajaran sebenar baginda?

    Begitu juga jika Nabi Muhammad mengajar mentauhidkan Allah dengan melarang manusia sujud kepada matahari dan bulan, tiba2 ada orang kata baginda suruh sujud kepada bangunan kotak, bukankah itu suatu percanggahan yang jelas dan nyata?

    Tetapi kalau mata hati sudah buta, perkaitan semudah itu pun tak nampak2 lagi.

    Juang

    February 22, 2010 at 3:03 am

  156. Salam TM, memang betul apa yg saudara tulis. Saya sependapat bahawa terjemahan & tafsiran Al-Quran byk dipengaruhi hadis2 riwayat. Sebab itulah pernah satu tempoh masa dalam hidup, saya membuat keputusan utk meninggalkan Al-Quran kerana keliru dengan terjemahan yang saya baca.

    Tetapi itu tidak menjadikan saya seorang yg jahat kerana saya masih percaya kepada nilai-nilai murni kehidupan. Syukur kpd Tuhan, secara tidak sengaja saya terjumpa blog mental bondage. Apa yg Aidid cuba huraikan, itulah yg saya fikir selama ini.

    Pada pandangan saya, Aidid hanya mahu membuka mata pembaca dan kita sendirilah yang bertanggungjawab membuat kajian lebih mendalam utk memahami mesej Tuhan di dalam Al-Quran.

    (Bila saya baca sebahagian komen2 dalam artikel ini, saya berasa sangat sedih melihat masih ramai yang terperangkap dengan ajaran agama dan tok2 guru mereka. Saya dah lama berlepas diri dari golongan agamawan kerana saya sedar sejak dulu lagi bahawa agama tidak membawa keharmonian hidup.)

    Mat Guyver

    July 7, 2011 at 7:46 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: