Qurandiminda bermula
Salam,
Saya telah membuka satu blog baru sebagai satu usaha khusus untuk kita sama-sama memahami Al-Quran secara menyeluruh melalui perbincangan berasaskan Surah dan bukan berasaskan topik seperti di laman ini. Diharap melalui perbincangan di laman baru tersebut – dan dengan pendekatan baru pula – kita dapat “khatam” memahami keseluruhan Al-Quran sebagaimana ia sepatutnya difahami dalam tempoh setahun dua.
Para pembaca budiman boleh ke http://qurandiminda.wordpress.com dan memulakan perbincangan di sana. Laman ini akan terus kekal untuk membincangkan sesuatu perkara berasaskan topik.
Terima kasih.
Sejahtera TM,
Satu usaha yang baik dan harap dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Cuma, blog tersebut harus diwujudkan bahagian kategori dan komen pembaca agar lebih user friendly. Mungkin ianya masih baru.
syurgaminda
August 22, 2011 at 9:30 am
Terbaik.. 🙂
researcher1987
August 22, 2011 at 12:03 pm
Yeaaaayyyyyyyy!!!!
Ni kalau macam buka kedai,sah for sure I’ll send over bunga to congrat you.
Terima kasih banyak2 atas usaha TM dan semua 😀
Cik Bunge NiaSarah
August 22, 2011 at 1:58 pm
Salam TM,
Suatu berita gembira dan dinanti-nantikan.
Bagaimana pula dengan blog ini? Adakah TM akan terus membuat posting baru, atau pun fokus pada blog baru itu sehingga tamat keseluruhan surah?
Juang
August 22, 2011 at 7:57 pm
Terima Kasih TM
Truth Seeker
August 22, 2011 at 11:02 pm
Salam,
Satu usaha yang baik. mungkin blog lama veteran ini jangan di tutup dahulu. slow-slow dulu. Kalau tiba masanya kita mungkin archivenya dan mula kita di blog baru. macam kita mula merantau negeri orang, relaks dulu. jalan-jalan sana sini, dan tengok serta fikir yang terbaik untuk kita sumbangkan kepada masyarakat baru sekeliling kta.
syabas. satu usaha yang baik dan murni.
kerjasama semua pihak adalah sagat di hargai.
message114
August 22, 2011 at 11:16 pm
Salam,
Saya tidak akan tutup blog ini. Ia akan terus berfungsi untuk membincangkan sesuatu berdasarkan kepada topik. Sebenarnya nilai blog ini bukan terletak kepada saya tetapi termasuk kepada semua yang telah menyertai perbincangan dalam entri-entrinya. Pada keseluruhannya buat masa ini Tolokminda.wordpress hanya mengandungi 71 entri saja. Bagaimanapun komen-komennya melebihi 5 ribu walaupun blog ini telah sembunyikan oleh SKMM sejak beberapa lama. Dan pada pendapat saya kebanyakan komen adalah berkualiti dan mempunyai nilai ilmu bagi mereka yang suka dan mahu berfikir.
tolokminda
August 23, 2011 at 3:23 am
Salam,
Syukur kerana dapat melayari blog TM kembali.
Thank u and take care.
Jagundul
March 24, 2012 at 12:31 pm