Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Nabi Muhamad tidak buta huruf

with 96 comments

Ulama mengatakan Nabi sebagai seorang yang buta huruf dengan berdalil ayat 62:2. Mereka mentafsirkan perkataan ummiyyin sebagai buta huruf dan menyandarkannya kepada Nabi. Sedangkan maksud sebenar perkataan ummiyyin itu adalah yang tidak kenal Tuhan – Al-Kitab/Nabi/Rasul tak pernah sampai kepada mereka (gentiles). Jom periksa 62:2

huwal-lazi ba’asha – Dialah yang telah mengutuskan

fil-ummyin  – di kalangan yang tidak mengenal Tuhan (among the gentiles)

rosulan min-hum – seorang rasul dari mereka

yatlu a’laihem – untuk membacakan kepada mereka wahyu Tuhan

wa-yuzak-kihem – dan memurnikan mereka

wa-yua’limuhumul – dan mengajar mereka

kitaba – Al-Kitab

wal-Hikmata – dan kebijaksanaan

wa-ainkanu – sesungguhnya mereka

min-qoblu – dari dulu

lafi-thola-lin mubin – dalam kesesatan

Ayat di atas menjelaskan bahawa Nabi adalah rasul pertama di kalangan orang Arab. Tidak pernah sampai kepada mereka sebarang Nabi atau Rasul atau Kitab Tuhan sebelum Muhamad. Dan dalam konteks perbincangan, ayat 62:2 jelas tidak mengatakan atau menggambarkan bahawa Nabi seorang yang buta huruf. Ia hanya menjelaskan bahawa Nabi dan kaumnya merupakan mereka yang tidak pernah diutuskan di kalangan mereka rasul mahu pun mereka pernah membaca mana-mana Al-Kitab.

Untuk mengesahkan lagi bahawa orang Arab tidak pernah menerima pedoman Tuhan sebelum Nabi, kita boleh rujuk satu lagi ayat.

34:44 “Dan kami tidak pernah memberi mereka apa-apa Al-Kitab untuk mereka baca dan tidak juga kami telah mengutuskan mereka seorang pemberi amaran”.

Dengan pencerahan ini, sekarang kita tahu perkara yang sebenar mengenai kedudukan orang Arab sebelum Muhamad. Satu persoalan timbul dari pengetahuan baru ini, kalau begitu keadaannya, maknanya cerita bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pernah menjejak kaki di Mekah adalah tidak benar.

Tuhan kata tidak pernah sampai kepada orang Arab walau seorang Nabi/Rasul/Kitab dari kalangan mereka. Oleh itu perkara tentang Kaabah dan sebagainya mungkin perlu kita periksa semula. Dengan serius. Tapi ini sudah topik lain. Kembali kepada perbincangan asal, adakah benar Nabi buta huruf?

Menurut Al-Quran, tidak. Nabi bukan seorang yang buta huruf. Malah Nabi telah menulis Al-Quran apabila ayat-ayatnya diwahyukan kepadanya. Baca surah Al-Furqan dengan teliti. Misalnya;

25:4-5  “Mereka yang tidak percaya (orang-orang Arab) berkata; Ini adalah rekaan yang dibuat dengan bantuan beberapa orang. Sesungguhnya mereka telah mengucapkan kejahatan dan penipuan. Dan mereka juga berkata; Dia (Muhamad) menulis cerita-cerita dongeng dahulu kala yang dibacakan kepadanya pagi dan petang”.

Ayat di atas secara tidak langsung menyatakan Nabi menulis apa yang disampaikannya, iaitu Al-Quran. Sebenarnya orang Arab zaman Nabi sendiri pun menyifatkan Nabi seorang yang terpelajar (learned – mu-a’lamun). Ini boleh kita lihat melalui ayat 44:13-14.

44:13-14 “Bagaimanakah mereka menyambut peringatan itu? Dan sesungguhnya telah seorang yang jelas Rasul, dan mereka menafikannya dan berkata, “dia terpelajar (mua’lamun – learned), (tetapi) gila”.

Melalui dalil-dalil yang terkandung dalam Al-Quran adalah jelas Nabi bukanlah seorang buta huruf. Beliau adalah seorang rasul Tuhan yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada tugasan yang diamanahkan iaitu menerima wahyu, menulis wahyu yang diterima dan menyampaikannya sebagaimana Tuhan nak dia sampaikan.

Sudah jelas dalam dalil-dalil itu bagaimana orang Arab kaum Nabi sebenarnya menolak dan memperlekeh Nabi. Sekarang mereka kata Nabi seorang buta huruf, jadi patutkah kita percaya bulat-bulat apa yang mereka kata tanpa terasa sedikit pun untuk membuat semakan?

Jika kita fikir-fikirkan, tentulah tidak munasabah Allah melantik seorang rasul yang tidak tahu membaca dan menulis sehingga rasul-Nya terpaksa bergantung kepada orang lain untuk menuliskan wahyu yang diterimanya. Dengan kata lain, jika itu keadaannya maka Nabi Muhamad bukanlah seorang rasul yang telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Perlantikan seseorang rasul merupakan suatu yang eksklusif dan setiap rasul berdiri di atas keupayaannya sendiri dalam melaksanakan amanah yang disandarkan Allah kepadanya. Tidak ada seorang pun rasul sebelum Muhamad yang kita tahu bergantung kepada orang lain untuk menyempurnakan tugas mereka, iaitu menerima wahyu dan menyampaikannya kepada kaum mereka.

Sudah tentu, Nabi Muhamad juga telah menyempurnakan kerasulannya beliau tanpa bergantung kepada orang lain. Dan itu termasuk menulis sendiri wahyu yang sampai kepada beliau sesuai dengan apa yang telah dijelaskan oleh Tuhan bahawa Dia mengajar rasul-Nya dan kita semua melalui pena.

96:1-5  “Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang mencipta. Dia mencipta manusia dari segumpal darah. Baca dan Tuhanmu yang Pemurah. Dia mengajar dengan pena. Mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Written by tolokminda

December 25, 2009 at 12:42 pm

Posted in Nabi | Rasul

Tagged with , ,

96 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Muhammad bukan seorang yang buta huruf. Kalau buta huruf, mustahil Allah menurunkan kitab kepadanya.

    Penulis

    December 31, 2009 at 5:05 pm

  2. Salam Penulis,
    Benar. Hanya perlu common sense saja.

    tolokminda

    January 1, 2010 at 3:32 am

  3. Tetapi sebab yang kata baginda itu buta huruf di kalangan ulamak2, maka ramai pakat2 percaya baginda buta huruf.

    Patutlah kadar buta huruf di kalangan umat Islam antara yang tertinggi di dunia.

    Juang

    January 1, 2010 at 4:28 pm

  4. Salam,
    Saya setuju.

    wolverine

    March 5, 2010 at 3:26 pm

  5. saudara2 alquran di turunkan dengan lafaz atau tulisan?.,

    shah

    April 12, 2010 at 1:17 am

  6. Salam,

    Al Quran diturunkan dalam bentuk wahyu. Wahyu itu adalah dalam bentuk ilham yang dicapai oleh orang yang berfikir. Sebab itulah yang rajin berfikir sahaja mudah faham Al Quran dan banyak ayat Al Quran suruh manusia berfikir.

    Untuk wahyu-wahyu dalam Al Quran itu disampaikan kepada orang ramai, sudah pasti Rasulullah akan menggunakan ucapan ataupun tulisan.

    Macam kita jugalah. Bila kita dapat sesuatu idea, untuk sampaikan kepada orang lain, kita akan guna ucapan atau pun tulisan.

    Juang

    April 12, 2010 at 8:54 am

  7. saya percaya yang Muhammad tidak buta huruf.

    saya sudah bagi hujah-hujah saya seperti dibawah:

    “‘Ummy’ apabila dialih bahasa ke bahasa inggeris bermaksud ‘gentile’ (tidak pernah menerima sebarang kitab Allah-Zabur dan Taurat) , bukan ‘illiterate (buta huruf)’. Masalah timbul apabila dialih bahasa kepada bahasa melayu yang mana penterjemah menterjemahkan ummy sebagai buta huruf.

    Oleh kerana sifat terpuji yang sedia ada pada beliau, pada usia yang muda beliau sudah diamanahkan untuk menjaga senjata untuk berperang. Sudah tentu beliau padai mengira. Beliau mula berniaga juga pada usia yang muda, dan dilantik menjadi hakim pada usia 40 tahun, amat jelas beliau juga seorang yang pandai membaca.

    Beliau adalah seorang cucu dari golongan aristokrat di Mekah pada waktu itu. Mengatakan beliau seorang yang buta huruf, sama seperti kita mengatakan anak Najib Tun Razak tidak bersekolah dan buta huruf.

    Apabila beliau dilantik oleh Pencipta kita untuk menjadi Rasul, beliau disuruh memimpin berdasarkan contoh. Jika beliau buta huruf bagaimana beliau ingin menyuruh orang lain untuk menimba ilmu? Adakah beliau seorang yang hipokrit menyuruh orang membaca sedangkan beliau sendiri tidak pandai membaca?

    Ada bukti yang menunjukkan beliau membalas surat kepada Musaylima b Habib yang mendakwa beliau adalah seorang Rasul.

    Qur’an itu adalah mukjizat, datang pada Muhammad bukan dengan cara seperti yang kita dengar seperti dalam mana-mana dongengan dan hikayat.

    Islam adalah logik, dan seperti rakan saya pernah berkata, jika beliau ingin memilih sesuatu yang tidak logik dan kepercayaan yang membuta tuli sahaja, lebih baik beliau memilih Hinduism atau Shintoism daripada Islam”

    jika ada yang masih menganggap Muhammad buta huruf terpulang.

    saya mememilih untuk percaya yang Muhammad adalah cerdik pandai sebagai pemimpin, bukan seorang yang tidak berilmu sehingga tidak tahu membaca dan menulis.

    muaddib

    April 12, 2010 at 11:33 am

  8. Salam,

    Walaupun saudara Muaddib bawakan hujah-hujah yang panjang lebar untuk buktikan Muhammad bukannya seorang Rasul yang buta huruf, tetapi bagi orang-orang menilai berdasarkan latar belakang si pembawa kata-kata itu, mereka tidak akan percaya.

    Siapa Muaddib yang tidak dikenali latar belakangnya berbanding ustaz-ustaz mereka yang ada sijil atau ijazah itu?

    Begitulah orang-orang Yahudi dan Nasrani terdahulu menilai berdasarkan status. Oleh kerana ahli-ahli kitab atau pembesar agama mereka ada status dalam masyarakat, Muhammad (yang entah siapa dan apa latar belakangnya pendidikan “agama”nya) dilihat pendusta atau tukang sihir di mata mereka walaupun Muhammad berhujah berdasarkan bukti-bukti kukuh untuk menafikan Tuhan mempunyai anak.

    Juang

    April 12, 2010 at 1:06 pm

  9. “44:13-14 “Bagaimanakah mereka menyambut peringatan itu? Dan sesungguhnya telah seorang yang jelas Rasul, dan mereka menafikannya dan berkata, “dia terpelajar (mua’lamun – learned), (tetapi) gila”.”

    dalil Qur’an menyatakan Muhammad seorang yang ‘terpelajar’ tetapi gila.

    terpelajar = pandai membaca dan menulis.
    terpelajar = buta huruf.

    ya, saya masih memilih Muhammad seorang yang cerdik sebagai salah seorang pemimpin yang saya hormati dan banyak mempengaruhi kepercayaan saya.

    muaddib

    April 12, 2010 at 3:12 pm

  10. Izinkan saya mencelah mengenai isu ini. Memang benar Nabi Muhamad SAW itu seorang yang ummi. Maksudnya orang yang tidak pernah diajar oleh pendeta, dukun, atau ahli falsafah yang hidup pada zamannya. Tetapi Nabi Muhamad telah diberikan nur dalam hatinya menyebabkan baginda menjadi bijaksana, berakhlak mulia, berpengetahuan luas dan pelbagai sifat yang terpuji yang mana semuanya itu bukan dipelajari dari manusia.

    Alam terbentang dijadikan guru. Mungkin itu sesuai untuk perbincangan ini. Sejak kecil sehingga berumur 5 tahun Muhamad tinggal di permukiman Bani Saad sebuah dusun yang terletak jauh dari kota Mekah. Kehidupan masyarakat di gurun itu sememangnya tidak mementingkan ilmu membaca dan menulis.

    Tetapi apabila baginda berumur 5 tahun terjadi satu kejadian yang pelik iaitu peristiwa pembedahan dada oleh malaikat Jibrail. Kemudian peristiwa yang sama berulang ketika baginda berumur 50 tahun.Malaikat Jibrail membuang sifat-sifat keji dari hati Muhamad lalu menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.

    Dengan itu hatinya mudah menerima ilmu pengetahuan yang dipelajarinya sendiri kerana baginda membesar tanpa asuhan dan didikan dari ayah dan ibunya. Ayahnya meninggal semasa masih dalam kandungan. Ibunya pula meninggal ketika baginda masih kanak-kanak.

    Kemudian Muhamad di pelihara oleh Abdul Mutalib. Tetapi tidak lama kemudian Abdul Mutalib pula meninggal dunia ketika itu Muhamad baru berusia 8 tahun. Kemudian baginda dipelihara oleh Abu Talib yang mempunyai anak yang ramai dan miskin. Ketika berusia 13 tahun Muhamad membantu bapa saudaranya itu berniaga ke Syria (Syam). Selain berniaga Muhamad juga pernah menjadi penggembala kambing. Dari situlah baginda menimba ilmu pengetahuan.

    Sesungguhnya, para nabi dan rasul tidak belajar seperti yang lazim ditempuh oleh manusia biasa. Mereka mendapat ilmu terus dari Allah SWT kerana ilmu yang dipelajari dari manusia tidak menjamin seseorang itu berjaya di dunia dan akhirat. Kerana itu nabi diajar oleh malaikat Jibrail. Ini berlaku di gua Hira’ semasa wahyu pertama diturunkan.

    Kesimpulannya, mereka yang mempunyai pelajaran yang tinggi tidak semestinya menjadi manusia yang serba boleh. Seorang doktor gigi umpamanya tidak mahir dalam ilmu pembedahan, ketenteraan dan sebagainya.Tetapi Nabi Muhamad SAW adalah manusia yang serba boleh. Beliau seorang nabi dan Rasul, pemimpin politik, pemimpin tentera dan sebagainya.

    budak bodoh

    April 12, 2010 at 8:36 pm

  11. Salam budak bodoh,

    Boleh buktikan semua cerita tuan melalui dalil Al-Quran – misalnya tentang Jibrail membedah dada Nabi.

    tolokminda

    April 12, 2010 at 9:08 pm

  12. tm.,kalau mahu menggunakan terjemahan alquran betulkan dulu bahasa arab tuan ye…,

    juang.,bukankah nabi menerima wahyu dengan perantaraan jibril,dari mana ye datangnya ilham tu?…,

    muaddib.,orang cina yg tak pandai membaca dan menulis pun boleh berjaya,mereka tu bodoh ke?…,

    shah

    April 12, 2010 at 9:40 pm

  13. Salam Shah,

    Kalau mana-mana terjemahan saya salah silalah betulkan.

    tolokminda

    April 12, 2010 at 9:46 pm

  14. Salam,

    Wahyu, ilham, idea semuanya datangnya daripada Allah kepada orang-orang yang menggunakan akal. Jibril hanya ditugaskan membawa wahyu turun ke dalam hati untuk manusia memahami.

    Kalau manusia itu sendiri tak mahu faham, maka tidaklah diperintahkan Jibril bawa turun kefahaman itu. Sebab itulah orang kafir, biarpun dibawakan perumpamaan berupa nyamuk sekali pun, mereka tak nampak-nampak lagi Kekuasaan Tuhan.

    Juang

    April 13, 2010 at 5:43 am

  15. Saya berpegang pada Al-Quran dan sunnah sesuai dengan tafsiran Al-quran tentang al hikmah. Jadi maaf la yer. Walaubagaimanapun, Tentang Nabi muhammad seorang yang buta huruf. Saya rasa ianya juga adalah satu mukjizat yang besar dari Allah kepada kita. Bayangkanlah, beliau seorang yang tidak pandai membaca tetapi dapat menjelaskan pekara-pekara yang hanya diketahui oleh ahli kitab(yahudi dan nasrani) pada masa itu. Sekaligus menolak dakwaan pendusta bahawa nabi memperoleh ilmu(Quran) ini melalui kitab terdahulu. Sesunguhnya Allah itu maha perancang lagi maha pengasih.

    Saudara TM, Boleh saya tanya, kenapa saudara menolak hadis dan sunnah, bukanlah saya ingin menegur, ini hak saudara tapi tidak pernah kah saudara berfikir bahawa untuk memahami Al-Quran kita bukan sahaja kena memahami terjemahan yer tapi juga tafsiran Al-Quran. Ianya sangat berbeza. Contoh bahasa kita sendiri berbeza dari segi dialet, malahan ada perkataan yang nampak sama tapi hakikatnya mempunyai makna yang sangat berbeza. Contoh dalam Al quran saya lihat dari segi penterjemahan, banyak mengunakan perkataan ‘kami'(plural). adakah ini bermaksud tuhan itu ramai?

    Tuan menganggap pengumpulan Hadis dan sunnah adalah penipuan orang arab. Saya pula mengangap ianya adalah usaha murni tokoh tersebut untuk merekodkan kata-kata dan perlakuan rasulullah. Zaman dahulu tiada camera recorder atau audio recorder.

    Apa yang menghairan saya ialah, kebanyakan kita berpegang pada Al-Quran yang sama, namun ramai yang mempunyai terjemahan yang berbeza. Wujud yer islam terrorist, Syiah, wahabi, Nabi kahar, istana langit dan lain-lain lagi. Kenapa yer? kitab yang sama tapi sangat lari terjemahan mereka.

    Dunia akan jadi makmur dan indah sesuai dengan fitrah manusia apabila semua umat manusia menerima islam(Quran dan Hadis) kerana Islam adalah cara hidup kita, ianya bukan sekadar agama.

    Budak bodoh

    April 13, 2010 at 10:47 am

  16. Salam,

    Pada pandangan saya, kalau kita nak kaitkan sesuatu perkara atas nama mukjizat, biarlah logik yang sesuai dengan sifat-sifat seorang Nabi. Nanti ada manusia boleh senang-senang dakwa bahawa Nabi Isa anak Tuhan itu juga satu mukjizat. Mereka juga guna “sunnah” Nabi Isa (gospel) untuk pertahankan dakwaan mereka itu.

    Cuba kita fikirkan, semua manusia boleh terima kesejagatan ilmu sains dan matematik disebabkan ilmu itu logik. Tetapi kalau kita kata riwayat hadis Muhammad sahaja betul, maka orang-orang Nasrani pun akan kata riwayat hadis Nabi Isa (gospel) mereka lagi betul sebab Nabi Isa lahir dahulu daripada Nabi Muhammad. Kemudian orang-orang Yahudi pula kata riwayat hadis atas nama Nabi Musa (talmud) lagi betul disebabkan Nabi Musa lagi dahulu daripada Nabi Isa dan Nabi Muhammad.

    Tak habis cerita kalau berperangai begitu. Jadi baik kita pakat-pakat pegang ajaran-ajaran yang logik seperti yang ada dalam Al Quran. Apa susah sangat nak pegang pada Al Quran?

    Sepanjang saya berusaha komited pegang Al Quran, kehidupan ini rasa lapang, mudah, tenang dan aman. Sebab sekali manusia mencapai logik dalam sesuatu perkara yang tiada hujah yang mampu mencabarnya, pasti Allah masukkan hati manusia itu dalam ketenangan.

    Macam kita belajar di sekolah dahulu. Bila kita temui jawapan logik sesuatu persoalan matematik, jika masuk exam, hati rasa tenang sebab kita sudah faham konsepnya. Berilah soalan yang berlainan bentuk sekali pun, tetapi once kita faham di mana kelogikannya, kita akan tempuhi exam dengan hati yang tenang.

    Begitulah juga dengan menempuhi kehidupan ini. Bila kita sudah faham konsep kehidupan sebenar sebagai manusia yang mana kita tahu logik-logiknya, rasa tenang dan aman akan menyelubungi jiwa. Nak beri pendapat dan hujah pun senang.

    Kalau sebelum ini rasa takut2 bercanggah dengan cakap ustaz-ustaz atau ulamak. Tetapi selepas nampak bahawa tiada sekutu bagi Allah, kita hanya takutkan hukum Allah sahaja. Ketetapan-ketetapan dusta yang diada-adakan oleh sesuatu manusia itu hakikatnya lemah dan mudah dipatahkan seperti mana Nabi Musa mudah mematahkan hujah Firaun.

    Juang

    April 13, 2010 at 11:12 am

  17. logiklah kan juang. Oleh kerana Rasulullah seorang yang buta huruf, maka andaian yang beliau mencedok kitab terdahulu telah terbatal dengan sendiri nya. Disini dakwaan rasulullah sebagai seorang rasul lebih terbukti di mata mereka yang buta hati.

    Tidak juga, saya lihat banyak lagi kajian sains di peringkat hipothesis sahaja. Cuma sebagai orang islam kita nampak kebenaran nya kerana firman Allah. kesejagatan ilmu sains dan matemetik? se tau saya mereka pun kerap berbalah untuk menekankn teori mereka masing2. Apa yang saya tengok dari cerita stephn hawking lar.

    Itulah yang sya cakap kan tadi, saya berpegang pada Al-Quran, saudara pon berpegang pada AL-Quran nabi kahar pon kalau saya tidak silap berpegang pada Al-quran(dari tv la saya tgk). Tetapi kenapa berbeza yer? mungkin pada terjemahan dan tafsiran kot.

    Kelapangan dada ini adalah daripada perasaan enlightment(pencerahan) baguslah. saya pun terasa lapang. Ada kala nya selepas saya selesai bersolat dirumah pada lewat malam saya rasa sangat lapang. Indah rasa hidup ini. Betapa pemurah dan kasih NYA Allah pada hamba nya.

    Ha ah la tu… kehidupan kita ni kena lah berlandaskan logik dan rasional.perbezaan pendapat adalah pekara biasa. Hal berkaitan dengan tauhid dan ibadah ini kita letakan sahaja pada Allah. cukuplah dengan kenyataan kafir dan bukan-bukan. Itu bukan hak kita. Bab kata TM, orang bukan islam pon boleh masuk syurga. dan saya percaya pada kenyataan itu. banyak contoh yang menjurus kearah itu. Tetapi lain orang lain logik nya, manusia bukan nya robot. berfikiran sama, oleh yang demikian tidak heran apabila logik kita berlawanan antara satu sama lain. Sebab itu dalam ilmu tasawuf, kenapa rasul dan nabi dari kalangan manusia juga.

    Kita patut lebih takut dengan Allah, Ilmu yang kita cari hendaklah berlandaskan pada kebenaran Allah. Tidak semesti nya guru agama itu betul, jangan malas, sentiasa bertanya pada orang lain, kalau boleh carilah yang berkelayakan. Janganlah jumpa dengan seorang guru agama ni dan kerana dia kata kita sesat kita dah berputus asa pada kebenaran dan terus membuat kesimpulan sendiri. terus bertanya sehingga jawapan itu dapat kita pegang. Bukankah kita dikurniakan akal yang sempurna dari Allah.

    Umat islam sekarang mundur, tidak dapat dinafikan kadang2 adanya pengaruh dari orang yang kononnya beragama ini yang meyekat perkembangan islam itu sendiri. Saya bersetuju sangat, tetapi sebagai individu/muslim kita hendaklah berfikir sendiri akan baik atau buruk nya sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ijma ulama. jangan ambil membuta tuli jer.
    contoh yoga? apa pendapat saudara pada yoga? pada pendapat saya tak ada silap nya dengan senaman yoga. kenapa hendak diharamkan? Saya rasa inilah sebab nya kenapa umat islam dizaman Abbasiyah dapat mgecap kegemilangan tamadun ilmiah. Ilmu dicari berlandaskan Quran dan sunnah.

    Saya setiap hari berdoa semoga umat islam dapat bangkit semula, dikurniakan hidayah dan dibantu oleh Allah. Insyallah

    Budak bodoh

    April 13, 2010 at 11:53 am

  18. Salam Budak Bodoh,

    Perbezaan di dalam tafsiran Al-Quran sebenarnya dipengaruhi oleh hadis mana yang diterima atau dipercayai oleh sesuatu kelompok/mazhab dan sebagainya. Misalnya tafsiran Al-Quran ASWJ berbeza dari Syiah kerana mereka metafsirkannya berdasarkan hadis yang diterima imam masing-masing. Hakikatnya jika tiada pengaruh hadis, Al-Quran pasti boleh ditafsirkan secara universal.

    Tetapi perbuatan menyelewengkan Kitab-Kitab Allah dengan hadis-hadis atau cerita riwayat Nabi-Nabi ni memang tabiat semua umat Al-Kitab. Sebab itulah penganut-penganut agama langit hanya nampak Kitab dan rasul mereka saja yang betul. Kalau ikut apa yang dijelaskan oleh Tuhan sepatutnya semua Kitab yang pernah diwahyukan kepada nabi-nabi sebelum ini sebenarnya mengandungi mesej yang sama. Semua Kitab Allah sepatutnya membenarkan antara satu sama lain.

    Memang pelik manusia ni. Mereka bertanya-tanya kenapa perbezaan berlaku. Namun selepas diberitahu dengan jujur punca perbezaan mereka itu, mereka buat-buat tak tau pula dan terus dengan sikap sombong masing-masing.

    tolokminda

    April 13, 2010 at 12:50 pm

  19. BB: Oleh kerana Rasulullah seorang yang buta huruf, maka andaian yang beliau mencedok kitab terdahulu telah terbatal dengan sendiri nya. Disini dakwaan rasulullah sebagai seorang rasul lebih terbukti di mata mereka yang buta hati.

    Tanda-tanda kerasulan seseorang itu bukannya pada buta hurufnya. Jika Allah nak menghalang seseorang Rasul mencedok Kitab-kitab terdahulu, secara logiknya sudah pasti Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad juga buta huruf.

    Sebaliknya mengikut Al Quran, Muhammad adalah pembenarkan Kitab-kitab terdahulu. Seperti mana Nabi Isa membenarkan Taurat tanpa perlu dijadikan insan yang buta huruf dan Nabi Isa itu juga salah seorang Rasul.

    Tidak juga, saya lihat banyak lagi kajian sains di peringkat hipothesis sahaja. Cuma sebagai orang islam kita nampak kebenaran nya kerana firman Allah. kesejagatan ilmu sains dan matemetik? se tau saya mereka pun kerap berbalah untuk menekankn teori mereka masing2. Apa yang saya tengok dari cerita stephn hawking lar.

    Logiklah kajian sains banyak lagi di peringkat hipotesis sebab ilmu Allah itu luas. Nak kaji rahsia ilmu di bumi pun tak habis lagi, apa lagi kalau kita bandingkan dengan semesta alam ini.

    Para saintis berbeza pendapat dengan matang. Mereka tidak melabel-labelkan sesat pada seseorang saintis yang kemukakan teori yang berlainan. Tidak macam perangai umat Islam hari ini yang pantang berbeza pandangan, mulalah nak berpuak2 dan menghukum sesat sesama sendiri. Macam budak-budak (rasanya budak-budak pun tak seburuk itu perangainya).

    Itulah yang sya cakap kan tadi, saya berpegang pada Al-Quran, saudara pon berpegang pada AL-Quran nabi kahar pon kalau saya tidak silap berpegang pada Al-quran(dari tv la saya tgk). Tetapi kenapa berbeza yer? mungkin pada terjemahan dan tafsiran kot.

    Kalau disebabkan terjemahannya, sudah pasti pak Arab2 sana tidak berbeza2 mazhab. Yang wujudkan puak Syiah dan Sunnah bukannya yang tak tahu cakap Arab, tetapi yang tahu bahasa asal Al Quran itu.

    Lainlah selama ini orang Arab bersatu-padu, dan yang pakai terjemahan Al Quran sahaja berpecah-belah, logiklah dikatakan perbezaan terjemahan Al Quran itu punca perpecahan.

    Jadi kita nampak perbezaan itu bukannya sebab terjemahan Al Quran, tetapi sebab sikap tidak mahu ikut logik. Mereka ego dengan kepercayaan tradisi mereka. Banyak juga pendapat Tolokminda yang berbeza dengan pendapat saya sebelum menemui blog ini. Tetapi sebab niat saya hanya nak pegang sesuatu yang logik, maka mana-mana pendapat TM yang logik saya terima walaupun berbeza dengan pegangan saya sebelum ini sesuai dengan ayat Al Quran yang suruh kita pilih yang terbaik dalam semua pendapat yang kita dengar.

    Selama ini pun ada di antara kita belajar ilmu sains pun daripada buku-buku yang diterjemahkan. Dan itu tidak menjauhkan kita pun daripada kebenaran selagi terjemahan itu dibuat dengan jujur.

    Ada kala nya selepas saya selesai bersolat dirumah pada lewat malam saya rasa sangat lapang. Indah rasa hidup ini.

    Tanpa perlu beritual pun ramai manusia mampu capai kelapangan hidup. Mereka hidup jauh daripada permusuhan atas nama perbezaan agama dan kepercayaan tradisi.

    Sebelum ini diajar melihat amalan ritual kaum2 lain dikira sembah berhala, amalan kaum sendiri bukan sembah berhala. Tetapi dengan melihat kehidupan tanpa amalan ritual, tiada sebab lagi nak pandang perbezaan sesama manusia atas kelainan amalan ritual tradisi. Betapa tenang dan lapangnya hidup begitu.

    Tetapi lain orang lain logik nya, manusia bukan nya robot. berfikiran sama, oleh yang demikian tidak heran apabila logik kita berlawanan antara satu sama lain.

    Kalau benarlah lain orang lain logiknya, sudah pasti kita akan jumpa satu golongan kata 1+1=2, ada yang kata 1+1=3, dan golongan lain pula kata 1+1=4.

    Namun hukum Allah telah menetapkan kiraan 1+1 semestinya 2. Logik itu muktamad. Dengan kata lain, jika tunduk pada hukum Allah tetapkan antara langit dan bumi, pasti manusia bersatu.

    Malangnya yang menyebabkan manusia berpecah-belah bila mereka ikut hukum pembesar agama masing2 tanpa menilai secara logik lagi. Yang Yahudi, taksub pada ulamak mereka mendakwa Uzair anak Allah. Yang Nasrani taksub pada ulamak mereka mendakwa Al Masih adalah anak Tuhan. Yang Hindu taksub pada ulamak mereka bahawa patung itu perantaraan dengan Tuhan. Yang Buddha taksub pada ulamak mereka. Begitu juga yang Islam taksub dengan amalan beritual ke arah bangunan batu.

    Takkanlah kita tak nampak-nampak lagi punca perpecahan sesama manusia itu?

    Kita patut lebih takut dengan Allah, Ilmu yang kita cari hendaklah berlandaskan pada kebenaran Allah. Tidak semesti nya guru agama itu betul, jangan malas, sentiasa bertanya pada orang lain, kalau boleh carilah yang berkelayakan.

    Kerana takut pada Allah-lah kita tunduk pada bukti-bukti logik. Sebab tidak malaslah, kita wujudkan perbincangan Al Quran sebegini supaya sesiapa yang ada bukti logik, kemukakan bukti masing2 untuk dinilai.

    Ini tidak, bila diajak kemukakan bukti logik masing2, mereka berpaling lari atau meninggalkan kata-kata seumpama kata-kata orang kafir terdahulu iaitu “inilah sihir yang nyata”. Di mana sesuatu kata-kata itu sihir, tidak pula mereka tunjukkan.

    Pada pandangan saya, kita kena perbetulkan pengertian logik kepada umat Islam hari ini. Ketakutan mereka menggunakan logik yang Allah tunjukkan pada akal masing-masing itulah punca mereka jadi taksub dan menurut membuta-tuli sehingga mudah ditipu oleh orang-orang yang merasakan mereka ada hak esklusif terhadap Kitab Allah seperti mana pembesar agama Yahudi dan Nasrani menipu kaum mereka.

    Namun Muhammad menafikan dakwaan tak logik itu dengan membawa ayat 17:42 dan 23:81 biarpun di mata orang-orang Yahudi dan Nasrani pada waktu itu baginda bukannya seorang Rasul yang tidak diketahui latar belakangnya (ketika mula-mula muncul berdakwah).

    Juang

    April 13, 2010 at 12:55 pm

  20. Salam TM,

    Saya setuju. Ketaksuban pada riwayat-riwayat hadis itulah punca tafsiran Al Quran jadi berbeza-beza. Contohnya tidak pernah wujud dalam sejarah perjuangan para Nabi dan Rasul sebelum Muhammad menetapkan solat ada 5 kali sehari. Namun disebabkan riwayat turun-naik Nabi tawar-menawar dengan Allah di langit, mereka boleh percaya pada cerita-cerita macam itu tanpa mereka memikirkan cerita seperti itu seolah-olah Tuhan itu lemah dalam membuat penetapan sehingga Nabi Musa pula kena ajar (mustahil Allah ada kelemahan).

    Dulu masa budak-budak memang tak sedar percanggahan dan ketidaklogikan cerita sebegitu, namun bila otak mula berkembang, mudah kita nak tapis cerita-cerita tak logik macam itu.

    Juang

    April 13, 2010 at 1:06 pm

  21. “Ada kala nya selepas saya selesai bersolat dirumah pada lewat malam saya rasa sangat lapang. Indah rasa hidup ini.”

    Jika ketenangan dan kelapangan, indah rasa hidup adalah kunci yang menyatakan islam benar, saya tidak setuju.

    Jika anda tanya penganut hindu, kristian, buddha mereka juga mengatakan benda yang sama apabila mereka mengerjakan amalan ritual mereka.

    muaddib

    April 13, 2010 at 2:31 pm

  22. Salam,

    Kalo tenang tuh yer memang tenang… tetapi bagaimana pula dgn ustaz2 yg suka marah2… maki hamun… mencarut… bom sana-sini.. tenang ker tuh??? etc 🙂

    Jebon

    April 13, 2010 at 2:58 pm

  23. 27:24. Aku mendapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia menghalangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak mendapat petunjuk,

    Jika renungi kisah kaum penyembah matahari yang ada dalam Al Quran, mereka pun anggap amalan mereka indah.

    Malah Ratu Balqis mempunyai singgahsana yang sudah tentu indah dan kerajaan yang kukuh dalam keadaan beritual kepada matahari. Tetapi apakah itu menjadi bukti bahawa Allah perintahkan amalan sujud kepada matahari?

    Manusia kalau nak memperlihatkan amalan ritual mereka indah, macam-macam alasan mereka boleh beri alasan. Tetapi untuk bawakan bukti-bukti yang benar dan logik, Allah hanya berikan kepada orang yang beramal untuk membangunkan minda seperti membaca, menyelidik dan bertukar-tukar pandangan. Sebab itulah para Nabi dan Rasul yang dikurniakan Kitab yang benar itu di kalangan orang yang membangunkan minda mereka dan Al Quran tidak membuktikan mereka seorang pengamal ritual sesuatu amalan ritual.

    Juang

    April 13, 2010 at 3:12 pm

  24. Salam Jebon,

    Pada pandangan saya ketenangan jiwa seseorang manusia itu terbukti daripada kata-kata ketika berhujah. Jika manusia itu dapat kawal kata-katanya agar penuh hikmah seperti ayat-ayat Al Quran, itulah bukti seseorang itu memiliki ketenangan sejati.

    Tetapi kalau ketika berhujah buktikan kebenaran masing-masing, keluar kata-kata seumpama “inilah sihir yang nyata”, itu menunjukkan manusia itu tengah panas hati dan gagal mengawal emosi.

    Juang

    April 13, 2010 at 3:16 pm

  25. so boleh tak terangkan tentang perkataan ‘kami’?
    dan maksud perkataan hikmah dan alhikmah dalam quran?
    apa maksud terjemahan dan tafsiran bagi saudara TM?
    apa perbezaan nabi dan rasul?

    saya tak la cakap yang nabi muhammad mencedok kitab lain, tapi dakwaan ahli kitab terhadap beliau.
    “Tanda-tanda kerasulan seseorang itu bukannya pada buta hurufnya” kata2 juang jelas tidak selaras dengan apa yang saya perkatakan. saya tidak berkata macam itu pun, taula saya ni bodoh. sebab itu lah nak belajar nie. jangan memutarkan fakta dari apa yang sangat jelas maksud nya(kata2 saya, bukan AL quran)

    Itulah, saya tidak lagi melabel anda sesat atau bodoh atau tak pandai.Tidak semua dibukan hati untuk mendalami AL quran maupun hadis. Logik lah pada saya tak semua orang arab itu islam(majoriti islam kan?) terjemahan dan tafsiran menuntut rutin ilmu yang berbeza.

    Hidup tanpa amalan lagi bahaya tuan, hidup anak2 kita akan kosong dan hambar. tak percaya? cuba tanya anak saudara lagi 30tahun.

    jangan lah marah apabila saya memperoleh zat solat. Sesunguhnya selepas saya selesai membuat komitmen saya(berkerja dan etc) saya merasa sangat tenang dan aman dengan solat.

    logik matematik tu saudara. saya maksudkan logik interpretasi. 1+1 jadi 2 yer? dulu saya belajar boleh jadi 0 gak sedara. dengan rumus ape ntah. Boleh tak logik yang 1+1 jadi 0? cuba juang fikirkan.Sepanjang hidup saya+1400tahun ini tak pernah lagi ada orang yang mendakwa Nabi muhammad itu tuhan. Bangunan atau monumen ni memang wujud sejak dari permulaan peradaban manusia.Saya pon naik heran bila banyak sangat piramid kat dunia nie. macam ada agenda jer.

    Juang, saya kenal orang yang boleh membantu juang memperbetulkan tanggapan logik(mengikut fahaman juang) masyarakat islam. sudi tak berkenalan dengan beliau?

    “Rasul yang tidak diketahui latar belakangnya” mustahil mereka tidak mengetahui tentang latar belakang Nabi, baginda sudah terkenal di masa itu dengan budi pekerti dan juga keturunan yer.

    sebab percaya pada yang logik dan kebenaran saya masih lagi seorang islam.Alhamdulillah.

    budak bodoh

    April 13, 2010 at 4:43 pm

  26. Salam,

    BB wrote: Hidup tanpa amalan lagi bahaya tuan, hidup anak2 kita akan kosong dan hambar. tak percaya? cuba tanya anak saudara lagi 30tahun.

    Kalau kita nak beramal, biarlah amalan yang benar-benar terbukti memberi manfaat bila dilakukan dan mendatangkan mudarat jika ditinggalkan.

    Membaca dan belajar juga adalah satu bentuk amalan. Kita nampak kesan baiknya jika dilakukan, dan mendatangkan mudarat jika ditinggalkan. Itulah contoh amalan yang benar.

    Jika buat amalan atas dasar syok sendiri rasa indah, kaum yang sujud kepada matahari itu pun rasa amalan mereka indah-indah belaka walaupun tiada kesan realistik jika dilakukan atau ditinggalkan.

    jangan lah marah apabila saya memperoleh zat solat. Sesunguhnya selepas saya selesai membuat komitmen saya(berkerja dan etc) saya merasa sangat tenang dan aman dengan solat.

    Seperti mana ada orang kata mereka tenang beritual ke arah matahari, bulan, patung atau pun busut, buat apa kita nak marah kepada orang-orang yang beritual ke arah objek-objek yang lain?

    Apa yang kita nak jelaskan di sini hanyalah tiada bukti Allah perintahkan buat amalan ritual itu semua. Itu sahaja. Supaya tiada manusia yang tertipu atas ketetapan-keteapan dusta.

    Kalau kita tanya perokok pun, mereka pun boleh cakap amalan hisap rokok itu ada kebaikan bagi mereka. Itu hak merekalah nak cakap merokok itu baik untuk mereka sebab yang merokok itu diri mereka sendiri. Tapi jangan berbohong mengatakan merokok itu baik untuk kesihatan dan sesiapa tak merokok, mereka tak baik.

    Begitulah perumpamaannya dengan amalan2 ritual tersebut. Mereka nak membongkok ke, menonggeng ke, itu hak mereka nak buatnya. Tetapi jangan berdusta mengatakan yang tak buat macam itu tak jadi baik dan tidak masuk syurga. Entah ayat Al Quran mana menetapkan amalan macam itu sahaja penentuan masuk syurga atau tidak.

    logik matematik tu saudara. saya maksudkan logik interpretasi. 1+1 jadi 2 yer? dulu saya belajar boleh jadi 0 gak sedara. dengan rumus ape ntah.

    Tak payah nak reka rumus2. Saudara kira menggunakan jari saudara, dapat tak bilangan 1+1 menghasilkan 2? Bukti punya dekat pada diri pun tak mahu pakai. Nak juga pakai alasan-alasan yang kabur.

    Juang, saya kenal orang yang boleh membantu juang memperbetulkan tanggapan logik(mengikut fahaman juang) masyarakat islam. sudi tak berkenalan dengan beliau?

    Dalam mencari kebenaran, saya bukan pandang pada orangnya, tetapi bukti-bukti yang dia bawa. Ini kerana penentuan benar atau tidak bukannya dilihat pada orangnya, tetapi pada bukti-bukti yang dibawa.

    Saudara boleh ajak orang tersebut berbincang dalam blog ini. Bila-bila masa dia nak tulis pandangan dia di sini, saya kira saudara TM tidak keberatan menerimanya. Sama-sama kita boleh belajar kalau dia bawakan kata-kata yang benar.

    Tetapi kalau bawa kata-kata seperti “inilah sihir yang nyata”, takkanlah saya nak percaya kepada orang macam tu perangainya?

    mustahil mereka tidak mengetahui tentang latar belakang Nabi, baginda sudah terkenal di masa itu dengan budi pekerti dan juga keturunan yer.

    Nabi dikenali pada waktu itu bukan sebagai seorang Rasul. Sebab itu ramai yang membantah kebenaran yang baginda bawa. Kerana pada waktu itu baginda mula berdakwah, memanglah susah orang yang sudah terbiasa dengan ajaran ritual tradisi nak terima baginda sebagai Rasul.

    Yang hairannya di zaman kita, walaupun Muhammad telah dikenali ramai sebagai Rasul dan bersaksikan baginda adalah Rasul Allah, tetapi masih ada yang tak mahu ikut Al Quran yang baginda sampaikan bila diajak berbincang secara terbuka begini.

    Bila ada insan-insan kemukakan satu ayat Al Quran yang diterjemahkan, cepat sahaja yang membangkangnya kata terjemahan itu tak betul. Tapi tak pula ditunjukkan di mana tak betulnya dan apakah terjemahan yang betulnya yang mereka pegang. Mereka macam takut nak berhujah dengan matang. Tak berani hujah dilawan dengan hujah.

    Juang

    April 13, 2010 at 5:23 pm

  27. kenapa saya rasa macam juang beremosi nie.
    relaks. saya tak kata pun saudara juang sesat.

    Ini adalah medan TM. saya ingin membawa saudara juang ke medan yang sebenar. Jangan jadi bacul berjuang di medan maya ini dibelakang TM, sekurang2 nya beliau sanggup ditahan atau ditangkap nanti dengan mewujudkan blog ini. kalau saudara betul2 percaya, kita boleh berjumpa dengan orang tertentu yang boleh mewujudkan medan untuk juang menegakan syiar islam versi saudara plak, contoh tv ker?

    saya pun belajar saudara, Ada ilmu yang saya terima dalam blog TM nie manakala banyak yang saya tidak bersetuju. tetapi itulah resmi nya orang belajar.

    “Jika buat amalan atas dasar syok sendiri rasa indah” “Mereka nak membongkok ke, menonggeng ke, itu hak mereka nak buatnya” agak kasar tu saudara. guna bahasa yang lebih indah lain kali yer, jaga sensitiviti agama orang lain. Maafla yer pada sesiapa yang terasa dengan kenikmatan solat yang saya alami. Saya cukup suka bersolat, tapi tidak beberapa suka bersolat jemaah. solat persendirian lebih kusuyuk dan refreshing. Mungkin saudara serta orang lain merasa lapang dan tenang dalam aktiviti/komitmen/sembahyang masing2. saya tak rasa salah pon. Itu hak anda dan Allah penentu segalanya.

    “Apa yang kita nak jelaskan di sini hanyalah tiada bukti Allah perintahkan buat amalan ritual itu semua. Itu sahaja. Supaya tiada manusia yang tertipu atas ketetapan-keteapan dusta.” bukti yer di depan mata saudara, cuma malangnya anda memilih cara yang lain melihat nya(pada pendapat saya tak salah pon.ye lah kubur lain2) samalah juga bila kita bercakap dengan orang gila yang percaya cawan itu baldi. puas la kita cakap yang itu cawan, tapi beliau tetap dengan pendirian yang itu baldi.

    tentang rumus tu saudara, saya tak main2, memang ada 1+1 jadi 0(dunia matematik dan sains kan luas)

    saya masih berharap yang kita berbincang dalam cara yang berhemah.persoalan saya itu harap dapat dijawab atas dasar persaudaraan dan kebenaran. saudara juang juga boleh menjawab yer kalau mampu, saya cuba meletakan diri saya seneutral mungkin.Setiap bait perkataan TM dan juang akan saya amati dan kaji.
    ini soalan saya:-

    so boleh tak terangkan tentang perkataan ‘kami’?
    dan maksud perkataan hikmah dan alhikmah dalam quran?
    apa maksud terjemahan dan tafsiran?
    apa perbezaan nabi dan rasul?
    kenapa rasullullah meyerang kabilah quraish semasa di madinah?(sory, tambah satu soalan, soalan ini ditanya oleh seorang cina pada saya semasa TITAS)

    akhirnya, tentang rasulullah buta huruf atau tidak. saya bersetuju lah sangat dengan pendapat juang “Nabi dikenali pada waktu itu bukan sebagai seorang Rasul. Sebab itu ramai yang membantah kebenaran yang baginda bawa. Kerana pada waktu itu baginda mula berdakwah, memanglah susah orang yang sudah terbiasa dengan ajaran ritual tradisi nak terima baginda sebagai Rasul.” mereka juga termasuk yahudi mengatakan yang ini karangan dan ciptaan rasulullah. Tetapi umum mengetahui bahawa beliau seorang yang buta huruf. Tidak lah hairan pun kerana diwaktu itu kadar buta huruf sangat tinggi. sebab itu penyair disanjung tinggi dan dipuja di zaman itu.Oleh yang demikian gigit jari la golongan kafir quraish dan yahudi.

    budak bodoh

    April 13, 2010 at 6:54 pm

  28. BB: kenapa saya rasa macam juang beremosi nie. relaks. saya tak kata pun saudara juang sesat.

    Dalam berhujah, kalau seseorang itu beremosi, dia hanya mampu mengeluarkan kata-kata seumpama “inilah sihir yang nyata”. Maksudnya dia hanya tahu menghukum tapi tak mampu bawakan apa-apa bukti dan kemudiannya lari.

    Sebaliknya kalau seseorang itu mampu bawakan bukti-bukti logik, itu menunjuk seseorang itu dalam ketenangan. Ini kerana ilham yang benar tidak akan turun dalam keadaan marah, tertekan dll.

    Ini adalah medan TM. saya ingin membawa saudara juang ke medan yang sebenar. Jangan jadi bacul berjuang di medan maya ini dibelakang TM, sekurang2 nya beliau sanggup ditahan atau ditangkap nanti dengan mewujudkan blog ini.

    Saya teringat kisah Firaun. Bila dia gagal berhujah, dia pun nak tangkap Nabi Musa. Tak sangka ya di zaman moden dan global macam ini masih wujud Firaun-firaun begitu. Memalukan sungguh.

    Saya ajak berhujah di sini supaya mudah kita buat perbandingan sesuatu tulisan. Macam kita nak bandingkan dua imej yang hampir serupa tetapi ada perbezaannya, kalau kita letakkan ia bersebelahan, mudahlah kita nak nampak perbezaannya itu.

    Di dalam blog TM ini, mudah saya buat perbandingan kata-kata yang matang dan penuh isi, dengan kata-kata yang kebudak-budakan dan kosong tanpa erti, agar mudah saya memilih yang terbaik. Dan takkanlah saya nak pilih kata-kata kebudak-budakan itu sebagai pegangan hidup saya?

    Macam saya sebut sebelum ini, saya menilai pada kata-kata bukan pada rupa atau status manusia itu. Jadi kalau saudara ada bukti-bukti yang benar untuk menafikan peserta di sini, bawa sahajalah bukti-bukti tersebut di sini. Bukan susah sangat pun jika saudara seorang yang benar.

    Ingatlah, TM buat blog untuk belajar. Saya sertai blog ini pun untuk belajar. Tetapi kalau ada yang ego dan sombong rasa dirinya sudah pandai dan malas belajar, saya kira dia tersalah masuk blog kot.

    Di alam maya ini, kita bebas nak pilih blog mana yang kita suka untuk belajar. Tak perlu dengki atau iri hati melihat kejayaan sesebuah blog itu menarik perhatian ramai.

    kalau saudara betul2 percaya, kita boleh berjumpa dengan orang tertentu yang boleh mewujudkan medan untuk juang menegakan syiar islam versi saudara plak, contoh tv ker?

    Berdasarkan pemerhatian saya, saya tak nampak lagi kematangan masyarakat Melayu kita nak berhujah secara terbuka dan dipertontonkan di TV buat masa ini. Tapi tak mustahil suatu hari nanti.

    Sedangkan perdebatan UMNO dengan PAS pasal isu agama dahulu pun tidak mampu direalisasikan di TV, apa lagi perbincangan “hangat” macam di blog TM ini.

    Tunggulah hati masyarakat kita kental dan tidak cepat sensitif bagaikan hati itu senipis kulit bawang.

    Jadi buat sementara ini, lagi baik join perbincangan di internet yang mana semua orang yang berminat boleh ambil bahagian. Kalau di TV, hanya pihak-pihak tertentu sahaja boleh join. Penonton-penonton di rumah yang ada hujah tak dapat peluang nak sampaikan pendapat bila dapat ilham.

    Tetapi di blog ini, macam-macam jenis ayat kita boleh nampak dan nilai. Lagi banyak jenis-jenis ayat itu, lagi mudah kita buat perbandingan.

    saya pun belajar saudara, Ada ilmu yang saya terima dalam blog TM nie manakala banyak yang saya tidak bersetuju. tetapi itulah resmi nya orang belajar.

    Sudah pastilah dalam sesuatu perbincangan, pasti ada perkara yang tidak dipersetujui. Saya juga ada nampak sesuatu yang berbeza daripada pendapat TM.

    Namun, kalau kita berbeza pendapat sekali pun, jika merasakan seseorang itu salah, tunjukkanlah di mana salahnya dan apa bukti-bukti yang betulnya daripada kita. Itu sahaja. Bukan susah sangat pun nak buat kalau kita seorang yang matang.

    “Jika buat amalan atas dasar syok sendiri rasa indah” “Mereka nak membongkok ke, menonggeng ke, itu hak mereka nak buatnya” agak kasar tu saudara. guna bahasa yang lebih indah lain kali yer, jaga sensitiviti agama orang lain

    Saya hanya sampaikan berdasarkan zahir gerak-geri badan si pelaku. Yang terasa kasar itu sebab manusia tersebut sensitif teramat sangat.

    Perkataan “gemuk” adakalanya dirasakan sensitif orang sesetengah orang. Hakikatnya perkataan itu diwujudkan untuk menggambarkan zahir tubuh badan seseorang yang berbeza daripada “kurus”.

    Sikap tidak boleh menerima hakikat diri sendiri itulah menyebabkan manusia jadi tak sedar diri dan sensitif tak tentu pasal.

    Pernah ada seorang peserta blog ini berkata, dalam belajar tidak boleh cepat sensitif. Saya ingat lagi kata-kata beliau itu dan itulah yang saya cuba lakukan agar jiwa jadi kental. Kerana nak kentalkan dirilah saya belajar daripada blog TM yang banyak sentuh perkara sensitif ikut amalan tradisi saya dahulu.

    bukti yer di depan mata saudara, cuma malangnya anda memilih cara yang lain melihat nya(pada pendapat saya tak salah pon.ye lah kubur lain2) samalah juga bila kita bercakap dengan orang gila yang percaya cawan itu baldi. puas la kita cakap yang itu cawan, tapi beliau tetap dengan pendirian yang itu baldi.

    Bawakanlah bukti yang saudara ada bahawa Allah perintahkan manusia membongkok dan meletakkan kepala ke tanah 5 kali sehari?

    Saya lihat perangai saudara adalah bercakap tanpa bawa apa-apa bukti (maaflah jika bunyinya kasar).

    Bila saya buat perbandingan di antara peserta-peserta yang bersusah payah bawakan bukti baik daripada Al Quran mahupun logik-logik, dengan orang yang bercakap tanpa bukti, takkanlah saya nak percaya pada orang yang tak bawa apa-apa bukti itu?

    samalah juga bila kita bercakap dengan orang gila yang percaya cawan itu baldi. puas la kita cakap yang itu cawan, tapi beliau tetap dengan pendirian yang itu baldi.

    Cawan dan baldi ada perbezaan dari segi rupa-bentuknya. Sifat-sifat yang membezakan kedua-duanya itulah bukti untuk menentukan yang mana cawan dan yang mana baldi.

    Tapi jika seseorang itu tak bawa apa-apa bukti, dan hanya suruh orang percaya cakap dia, saya rasa orang gila pun boleh berhujah macam itu.

    tentang rumus tu saudara, saya tak main2, memang ada 1+1 jadi 0(dunia matematik dan sains kan luas)

    Buktikanlah. Sekadar cakap kosong, siapa nak percaya?

    Sekurang-kurangnya saya sudah tunjukkan bukti guna jari kita sendiri bahawa 1+1 akan jadi 2 secara kiraannya. Kalau saudara dapat buktikan jari saudara hilang (jadi sifar) bila buat kiraan 1+1, baru saya percaya kata-kata saudara itu.

    saya masih berharap yang kita berbincang dalam cara yang berhemah.persoalan saya itu harap dapat dijawab atas dasar persaudaraan dan kebenaran. saudara juang juga boleh menjawab yer kalau mampu, saya cuba meletakan diri saya seneutral mungkin.Setiap bait perkataan TM dan juang akan saya amati dan kaji.

    Kalau seseorang itu mahu berhemah dalam perbincangan, jika tidak setuju dalam sesuatu perkara, bawakanlah bukti-buktinya. Jika merasakan seseorang itu salah, tunjukkan di mana salahnya dan apa yang betulnya. Mudah sahaja.

    Sedangkan Rasulullah pun bawakan bukti-bukti jelas dan nyata dalam menyampaikan dakwah, takkanlah kita yang mengaku pengikut seseorang Rasul itu sekadar bercakap kosong? Itu yang saya musykil melihat perangai rata-rata orang yang mengaku sahaja Islam pada hari ini.

    Patutlah umat Islam hari ini lemah dan lembik semacam sahaja. Nak bawakan bukti-bukti pun tak mampu. Itu yang sensitif mengalahkan perempuan dalam berbincang bab kepercayaan.

    Tetapi umum mengetahui bahawa beliau seorang yang buta huruf. Tidak lah hairan pun kerana diwaktu itu kadar buta huruf sangat tinggi. sebab itu penyair disanjung tinggi dan dipuja di zaman itu.Oleh yang demikian gigit jari la golongan kafir quraish dan yahudi.

    Pendapat umum belum tentunya benar. Jika umum di kalangan Nasrani kata Al Masih adalah anak Tuhan, itu bukannya bukti yang menunjukkan Al Masih benar-benar anak Tuhan.

    Saya suka mencari bukti sesuatu perkara yang berkaitan Nabi dengan melihat pada akhlak baginda. Saya kira saudara pasti setuju akhlak Nabi adalah baik, mulia dan berhemah tinggi. Tak logik seorang Nabi akhlaknya buruk.

    Nabi bukannya seorang yang cakap tak serupa bikin. Sebab orang yang cakap tak serupa bikin itu rendah akhlaknya.

    Jadi, bila Nabi sampaikan wahyu yang suruh “bacalah dengan nama Tuhan yang mencipta”, selaras dengan akhlaknya yang bukan seorang yang cakap tak serupa bikin itu, sudah pasti Nabi seorang yang tahu membaca.

    Malah perkataan “Quran” itu juga bermaksud “Bacaan”. Itu mengukuhkan lagi bahawa Nabi adalah seorang yang tahu membaca.

    Melainkan ada manusia sanggup memburukkan Muhammad sebagai seorang yang cakap tak serupa bikin, mereka tidak memikirkan implikasi buruk dakwaan mereka itu bahawa Nabi buta huruf.

    Kalau dakwaan mengatakan Nabi buta huruf tulisan Cina, ada juga logiknya sebab Nabi Muhammad itu bukan berbangsa Cina. Tapi kalau buta huruf kaumnya sendiri, dalam keadaan baginda suruh orang lain membaca, ia adalah suatu yang tak logik jika kita berpegang bahawa akhlak Nabi seorang yang tidak cakap tak serupa bikin.

    Juang

    April 14, 2010 at 7:02 am

  29. Salam,

    BB wrote: so boleh tak terangkan tentang perkataan ‘kami’?

    Perkataan kami adalah kata ganti nama diri bagi mewakili ramai orang.

    Contohnya seorang PM yang bercakap mewakili kerajaannya, maka kata ganti nama diri yang sesuai adalah “kami”, berbanding “aku” atau “saya”. Jika PM itu guna perkataan “aku” seolah-olah dia seorang sahaja yang buat kerja pentadbiran negara. Tetapi bila PM itu guna perkataan “kami”, itu menunjukkan dia dan ahli-ahli kabinetnya berganding bahu menyempurnakan urusan pentadbiran sesebuah negara.

    dan maksud perkataan hikmah dan alhikmah dalam quran?

    16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan (hikmah) dan teguran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

    Banyak terjemahan yang mengertikan hikmah sebagai kebijaksanaan. Saya nampak perkataan hikmah berkaitan dengan perkataan hukum dan hakim. Sudah pasti yang tahu sesuatu hukum dan menjadi hakim adalah seorang yang bijaksana.

    Dengan adanya hukum, sesuatu perkara itu berjalan pada ketetapannya. Ia menjadi konsisten dan tidak bercanggah di antara satu sama lain. Cuba bayangkan Allah buat prinsip yang tak konsisten. Hari ini 1+1=2, besok 1+1 jadi 3 pula, minggu depan 1+1 jadi 7. Bukankah akan lintang-pukang kehidupan kita jadinya?

    apa maksud terjemahan dan tafsiran?

    Terjemahan bermaksud menukar zahir perkataan daripada satu bahasa ke bahasa yang lain dengan mengekalkan maksudnya kepada perkataan yang hampir serupa maknanya. Tafsiran pula menghuraikan sesuatu ayat agar isi kandungannya dapat difahami. Ada manusia tafsir ikut gerak hati, ada manusia tafsir ikut logik (hukum-hukum yang termaktub di langit dan di bumi) dan perkaitannya.

    apa perbezaan nabi dan rasul?

    3:81. Dan apabila Allah mengambil perjanjian Nabi-Nabi, “Bahawa Aku memberikan kamu Kitab dan Kebijaksanaan (hikmah); kemudian akan datang kepada kamu seorang rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan mempercayainya, dan kamu akan menolongnya. Adakah kamu setuju?” Dia berkata, “Dan, adakah kamu mengambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?” Mereka berkata, “Kami setuju.” Dia berkata, “Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi.”

    Ayat ini mengandungi dua peranan berbeza di antara Nabi dan Rasul untuk mudah kita buat perbandingan. Nabi adalah orang yang dikurniakan Kitab dan Hikmah, dan Rasul adalah orang yang mengesahkan Kitab yang diterima oleh Nabi itu.

    kenapa rasullullah meyerang kabilah quraish semasa di madinah?(sory, tambah satu soalan, soalan ini ditanya oleh seorang cina pada saya semasa TITAS)

    Sebab orang quraisy itu mencabuli hak asasi manusia untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing. Ketika orang beriman berada di Mekah, mereka diseksa dan Nabi juga ingin dibunuh.

    Orang yang diizinkan oleh Allah untuk diperangi adalah orang yang mencabuli kebebasan manusia mengamalkan kepercayaan masing-masing.

    Walaupun Nabi Muhammad menyampaikan ayat-ayat Al Quran kepada orang-orang musyrik ketika di Mekah, tetapi baginda tak pernah memusnahkan tempat-tempat ibadat kaum-kaum musyrik itu. Baginda hanya sampaikan peringatan. Namun peringatan baginda itu disambut dengan kekerasan akibat hati orang-orang kafir itu sensitif mengalahkan perempuan. Maka kekerasan dibalasi dengan kekerasan (namun masih dalam berhikmah iaitu tidak membunuh membuta-tuli atas dasar membalas dendam).

    Juang

    April 14, 2010 at 8:22 am

  30. “inilah sihir yang nyata”
    “Saya teringat kisah Firaun. Bila dia gagal berhujah, dia pun nak tangkap Nabi Musa”
    itu adalah ungkapan mereka yang kufur dan tidak mau mengtauhidkan ALLAH. manakala saya percaya tiada tuhan selain Allah dan Nabi muhammad itu pesuruh ALlah. apa hak tuan ingin membuat perbandingan yang tidak betul seperti itu. compare an apple with an apple.jangan kita mengata ulama mudah mgafifkan orang tetapi kita pon membuat pekara yang sama.

    saya mempelawa saudara juang atas dasar kata2 saudara jua, saya boleh membantu. katakan sahaja tak nak. sekurang2 nya saya mempelawa atas dasar keikhlasan. janganlah meleret2.

    “Saya hanya sampaikan berdasarkan zahir gerak-geri badan si pelaku. Yang terasa kasar itu sebab manusia tersebut sensitif teramat sangat.” betul, tetapi kan saudara boleh guna perkataan seperti sujud dan rukuk. dalam Quran pon guna perkataan tersebut. memanglah orang yang gemuk itu gemuk, tetapi kita tak la cakap kat depan muka dia tu gemuk, guna la ayat seperti berisi. Barulah kita lebih berhemah. maaf saya bertanya soalan ini juang, adakah ibu dan ayah juang nie menunaikan komitmen atau solat? bukan apa, saya ingin membuat kajian, adakah sudah wujud lama sebilangan orang islam yang berkomitmen mengantikan solat?

    11:114 “Dan tunaikanlah komitmen-komitmen di dua bahagian siang, dan beberapa jam dari malam, sesungguhnya amalan (kerja-kerja) yang baik menjauhkan amalan (kerja-kerja) buruk; ini adalah peringatan kepada mereka yang mahu berfikir”.

    9:107 Dan ada di kalangan mereka yang mengambil sesuatu ketetapan (masjidan) untuk membuat kejahatan dan keingkaran, dan untuk memecahbelahkan di antara mereka yang percaya dan menjadi bahan untuk mereka yang memerangi Tuhan dan rasulNya sebelum ini. Mereka akan bersumpah bahawa mereka hanya mahu melakukan kebaikan dan Tuhan menyaksikan mereka itu adalah penipu.

    4:43 Wahai kamu yang percaya! Jangan mendekati komitmen apabila kamu mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu katakan, dan jangan juga apabila kamu dalam keadaan perlukan mandi – kecuali kamu sedang dalam perjalanan – sehinggalah kamu membersihkan diri kamu; dan jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau kamu membuang air atau kamu telah bersama dengan perempuan dan kamu tidak menemui air, ambillah tanah yang bersih kemudian sapukan ke muka kamu dan tangan kamu. Sesungguhnya Tuhan Mengampun dan Memaafkan.

    5:6 Wahai kamu yang percaya! Apabila kamu bangun untuk memulakan komitmen, basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku, dan sapu kepala kamu dan kaki kamu sehingga ke buku lali dan jika keadaan kamu memerlukan pembersihan sepenuhnya, mandilah dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan, atau selepas kamu membuang air, atau kamu telah bersama dengan perempuan, dan kamu tidak menemui air, dapatkan tanah yang bersih dan sapukan muka dan tangan kamu dengannya. Allah tidak berhasrat untuk meletakkan kamu dalam kesulitan, tetapi Dia ingin kamu membersihkan diri dan Dia mahu melengkapkan kurnianya ke atas kamu, supaya kamu menghargainya.

    sekadar contoh dari ayat2 lain didalam alquran. saya gunakan terjemahan TM, saya melihat nya dalam makna tafsiran yang lain berbanding Juang dan TM. antara sebab nya adalah terjemahan TM tentang komitmen agak pincang dan longgar kerana komitmen terlalu umum.shola pada saya bermaksud sembahyang berpandukan Quran dan hadis(perbuatan dan kata2 rasulullah). Dan ini seperti yang saya cakap tadi, baldi dan gelas. we believe in what we want to believe. Biarlah Allah menjadi pembimbing pada kita dalam mencari kebenaran.

    “Buktikanlah. Sekadar cakap kosong, siapa nak percaya? ” saya tidak suruh juang percaya tetapi berfikir. saudara selain dari Quran, boleh tak terangkan secara jelas kepada saya teori serta bukti yang alam semesta ini asal yer dari 1? Macamana orang kafir tu boleh buat konklusi seperti itu?

    “Patutlah umat Islam hari ini lemah dan lembik semacam sahaja. Nak bawakan bukti-bukti pun tak mampu. Itu yang sensitif mengalahkan perempuan dalam berbincang bab kepercayaan” semangat nya juang!! bagusla semoga anda dan keluarga anda dapat membawa pembaharuan dalam islam. saya sentiasa doakan. saya tumpang gembira 🙂

    akhirnya pada topik yang sebenar, hmmm… sebelum itu
    “itu bukannya bukti yang menunjukkan Al Masih benar-benar anak Tuhan. ” bukti yang mereka dakwa adalah dari perkataan plural kami, apabila bahasa hebrew ditukar pada latin.terjemahan yang tanpa tafsiran merobek akidah.

    tetapi peristiwa di gua hiraa membawa kepada pengertian yang baginda seorang yang tidak dapat membaca sehingga disuruh sebanyak 3 kali oleh malaikat jibrail. begitu juga di madinah, baginda mempunyai pembantu2 khas bertujuan untuk menulis dan mencatit wahyu serta kata2 beliau. “bila Nabi sampaikan wahyu yang suruh “bacalah dengan nama Tuhan yang mencipta”” ayat ini bertujuan pada umat nya bukan?(semestinya umat baginda ramai dan boleh membaca)

    macamana dengan soalan saya yang lain juang dan TM?

    boleh tak terangkan tentang perkataan ‘kami’?
    dan maksud perkataan hikmah dan alhikmah dalam quran?
    apa maksud dan definisi terjemahan dan tafsiran?
    apa perbezaan nabi dan rasul?
    kenapa rasullullah meyerang kabilah quraish semasa di madinah?
    adakah ibu dan ayah juang menunaikan komitmen atau solat?(generasi lama)
    saudara selain dari Quran, boleh tak terangkan secara jelas kepada saya teori serta bukti yang alam semesta ini asal yer dari 1?

    saya bertanya kerana saya bodoh, tidak semesti nya jawapan anda betul tetapi sekurang2nya saya mempunyai rujukan dan berusha untuk belajar mencari kebenaran dan damai.

    budak bodoh

    April 14, 2010 at 9:10 am

  31. Bila kita terang apa persoalan yang ditanya, dikatakan pula kita bersihir. Inilah puak-puak yang tidak menggunakan otak.

    penulis

    April 14, 2010 at 10:01 am

  32. Salam Budak Bodoh, ( Stupid guy)

    Alhikmah atau Hikmah itu maksudnya kebijaksanaan.
    Sila Rujuk ayat 10.1 (Surah Yunus) dan 36.2.(Surah Yaa Siin)

    Kalau nak tahu lebih terperinci tentang makna Hikmah,sila rujuk ayat-ayat 17.23 -17.36 ( Surah Al-Israa’)itulah yang dimaksudkan hikmah atau kebijaksanaan yang diwahyukan oleh Allah SWT. Jadi maknanya AlHikmah dan Al Quran itu ada satu hal yang sama dan tida bezanya…sekian, terima kasih.Kalau saya salah, sila betulkan.

    wucman

    April 14, 2010 at 11:31 am

  33. Salam,

    BB wrote: itu adalah ungkapan mereka yang kufur dan tidak mau mengtauhidkan ALLAH. manakala saya percaya tiada tuhan selain Allah dan Nabi muhammad itu pesuruh ALlah. apa hak tuan ingin membuat perbandingan yang tidak betul seperti itu. compare an apple with an apple.jangan kita mengata ulama mudah mgafifkan orang tetapi kita pon membuat pekara yang sama.

    Entah bila saya kata saudara kafir. Saya hanya bawa peringatan supaya peserta di sini jangan tiru cara orang kafir terdahulu dalam berhujah yang suka menghukum dan malas bawa bukti. Itu mesej saya.

    Nak mengaku percaya kepada Allah, semua orang boleh mengaku. Tetapi nak kawal emosi dan kematangan dalam berhujah, hanya yang benar-benar beriman sahaja mampu melakukannya.

    saya mempelawa saudara juang atas dasar kata2 saudara jua, saya boleh membantu. katakan sahaja tak nak. sekurang2 nya saya mempelawa atas dasar keikhlasan. janganlah meleret2.

    Salahkah saya nak huraikan sebab apa penolakan pelawaan saudara tersebut? Atas hak sayalah nak tulis panjang ke pendek ke. Sedangkan saudara tulis panjang-panjang pun tiada siapa nak marah.

    Saudara ini saya lihat macam orang yang tidak memahami hak orang lain. Sedangkan seorang Islam itu kena belajar memahami hak-hak asasi manusia lain, bukannya hidup mementingkan diri sendiri.

    betul, tetapi kan saudara boleh guna perkataan seperti sujud dan rukuk. dalam Quran pon guna perkataan tersebut. memanglah orang yang gemuk itu gemuk, tetapi kita tak la cakap kat depan muka dia tu gemuk, guna la ayat seperti berisi. Barulah kita lebih berhemah.

    Kita kena jujur dengan Al Quran. Dalam Al Quran tidak pernah kata pun yang sujud itu perbuatan meletakkan kepada ke tanah dan rukuk itu adalah membongkok ke arah sesuatu objek. Kalau saya guna perkataan tersebut terhadap gerak-geri itu, bermakna saya sudah bercakap tidak ikut Al Quran. Saya taknak berbohong terhadap Al Quran.

    Bukan sebab nak menghina sesiapa, tetapi kenyataannya begitu jika kita buat perbandingan dengan ayat-ayat Al Quran.

    13:15. Kepada Allah sujud segala yang di langit dan bumi, dengan rela atau membenci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.

    Ayat Quran di atas menunjukkan bahawa sujud dilakukan oleh semua makhluk-mahluk Allah, bukannya manusia sahaja. Jika kita lihat makhluk yang hampir sama struktur bentuknya dengan manusia seperti beruk, kera atau orang hutan, tidak pula mereka tunjukkan erti sujud dengan meletakkan kepala ke tanah pada waktu-waktu tertentu untuk menunjukkan mereka sujud kepada Allah.

    Di sini saya nampak erti sujud yang jauh berbeza dengan perbuatan sesetengah manusia, sebab itulah saya tak guna perkataan sujud kepada perbuatan meletakkan kepala ke tanah (struktur tubuh menonggeng). Pada perspektif saya, sujud adalah kepatuhan kepada hukum-hukum yang Allah tetapkan pada alam ini. Umpamanya Allah telah tetapkan hukum, nak jadi bijaksana, kena rajin berfikir. Maka kenalah rajin berfikir jika kita benar-benar sujud kepada Allah.

    Selama ini saya dididik bahawa sujud adalah perbuatan meletakkan kepala ke tanah itu tanpa mereka bawakan ayat-ayat Al Quran sebagai bukti. Jadi bila Allah tunjukkan ayat Al Quran yang memberi makna sujud yang lebih logik, takkanlah saya nak percaya kepada orang-orang yang tak bawakan ayat-ayat Al Quran itu lagi?

    maaf saya bertanya soalan ini juang, adakah ibu dan ayah juang nie menunaikan komitmen atau solat? bukan apa, saya ingin membuat kajian, adakah sudah wujud lama sebilangan orang islam yang berkomitmen mengantikan solat?

    Ibu bapa saya menunaikan komiten mereka seperti menjadi ibubapa yang baik dan bertanggungjawab kepada anak-anaknya. Namun mereka tak perasanlah yang komitmen itu solaa sebab dah dididik selama ini yang solaa itu adalah sembahyang ritual ke arah sesuatu objek.

    antara sebab nya adalah terjemahan TM tentang komitmen agak pincang dan longgar kerana komitmen terlalu umum.

    Memang komitmen itu umum supaya kehidupan kita tak jadi sempit. Bayangkan Nabi hanya suruh manusia berkomitmen jadi doktor sahaja, macam mana dengan orang yang ada minat dalam kejuruteraan, arkitek, pemuzik, pelukis etc? Sedangkan yang mencipta bidang yang berbeza-beza itu adalah Allah juga.

    Al Quran diturunkan untuk melapangkan hidup, bukannya menyempitkan hidup. Sebab itu komitmen itu lapang maksudnya. Dan selaras dengan matlamat Al Quran untuk memudahkan dan melapangkan hidup, saya nampak erti solaa yang lebih tepat dengan matlamat tersebut.

    shola pada saya bermaksud sembahyang berpandukan Quran dan hadis(perbuatan dan kata2 rasulullah).

    Secara jujurnya, tiada ayat Al Quran memerintahkan manusia cari erti solaa dalam riwayat hadis seseorang Nabi.

    Jadi di antara orang yang berpegang pada Al Quran dan orang yang tidak berpegang pada Al Quran dalam mencari erti solaa sebenar, saya pilih orang yang berpegang teguh pada Al Quran biarpun dia dimaki dan diejek-ejek masyarakat, sebab Rasulullah pun dicerca masyarakatnya semata-mata nak komited pada Al Quran sahaja.

    Dan ini seperti yang saya cakap tadi, baldi dan gelas. we believe in what we want to believe. Biarlah Allah menjadi pembimbing pada kita dalam mencari kebenaran.

    Benar, setiap orang bebas berpegang pada kepercayaan masing-masing.

    Cuma pegangan orang yang beriman bersandarkan bukti-bukti yang nyata. Contohnya di antara kepercayaan yang mengatakan Uzair adalah anak Allah, dengan kepercayaan bahawa Allah itu Esa, Muhammad bawakan bukti-bukti logik (seperti ayat 17:42 dan 32:81) bahawa Allah itu Esa, sedangkan orang-orang Yahudi itu main percaya ajaran pembesar agama mereka sahaja.

    Jadi, takkanlah saya nak tiru perangai orang Yahudi itu yang main percaya kepada ajaran pembesar agama tanpa ada apa-apa bukti logik?

    Saya hanya nak contohi Muhammad yang bawakan logik untuk membuktikan kepercayaannya.

    saya tidak suruh juang percaya tetapi berfikir.

    Nabi Muhammad nak suruh orang lain berfikir pun dalam keadaan dia telah bawakan bukti-bukti logik terlebih dahulu. Tetapi ada orang yang kata mereka ikut Nabi Muhammad, malangnya cakap tanpa bukti, lepas itu suruh orang berfikir. Tak mencontohi akhlak Nabi pun.

    Macam manalah saya nak percaya kepada penggemar2 riwayat hadis itu lagi kalau akhlak mereka jauh sangat daripada akhlak Nabi?

    saudara selain dari Quran, boleh tak terangkan secara jelas kepada saya teori serta bukti yang alam semesta ini asal yer dari 1? Macamana orang kafir tu boleh buat konklusi seperti itu?

    Sudah Tuhan Pencipta alam semesta ini hanyalah Esa, logiklah alam ini asalnya 1. Kalau ada ramai pencipta alam, maka akan wujudlah alam-alam yang berbeza-beza hukum atau peraturannya.

    Contohnya wujud perbezaan peranturan jalanraya di Malaysia dan di US kerana penggubal peraturan itu orang yang berbeza.

    semangat nya juang!! bagusla semoga anda dan keluarga anda dapat membawa pembaharuan dalam islam. saya sentiasa doakan. saya tumpang gembira

    Pada pandangan saya, Islam tiada istilah lama dan baru. Islam datang daripada perkataan salam atau maksudnya aman, damai, sejahtera. Apakah logik keamanan itu boleh diperbaharui?

    Tetapi kaedah nak praktikkan Islam itu logiklah boleh diperbaharui sesuai dengan peredaran zaman. Contohnya dahulu Muhammad sampaikan ayat-ayat Allah melalui tulisan pada helaian-helaian, sekarang ini kita boleh guna forum atau blog internet sebegini. Maklumat boleh dicapai dengan mudah dan pantas.

    “juang: itu bukannya bukti yang menunjukkan Al Masih benar-benar anak Tuhan.” bukti yang mereka dakwa adalah dari perkataan plural kami, apabila bahasa hebrew ditukar pada latin.terjemahan yang tanpa tafsiran merobek akidah.
    Takkanlah disebabkan Allah guna perkataan “kami”, terus mereka buat kesimpulan bahawa seseorang Nabi itu anak Allah? Kenapa cetek sangat dalam berfikir?

    Katakan Menteri Kesihatan guna perkataan “kami” bagi mewakili kerajaan Malaysia dalam menerangkan konsep 1Malaysia, apakah itu bermakna Menteri Kesihatan adalah anak PM kita? Tak logik langsung buat kesimpulan.

    tetapi peristiwa di gua hiraa membawa kepada pengertian yang baginda seorang yang tidak dapat membaca sehingga disuruh sebanyak 3 kali oleh malaikat jibrail. begitu juga di madinah, baginda mempunyai pembantu2 khas bertujuan untuk menulis dan mencatit wahyu serta kata2 beliau. “bila Nabi sampaikan wahyu yang suruh “bacalah dengan nama Tuhan yang mencipta”” ayat ini bertujuan pada umat nya bukan?(semestinya umat baginda ramai dan boleh membaca)

    Peristiwa dalam gua hira’ itu (riwayat hadis) tak mungkin lebih benar daripada yang tercatat dalam Al Quran. Kalau kita anggap peristiwa itu benar, seolah-olah Jibril bawa turun Al Quran dalam bentuk tulisan Arab. Sedangkan Al Quran turun bukannya dalam bentuk helaian-helaian daripada langit sebaliknya dalam bentuk wahyu (ilham).

    Sebab itu saya nampak wahyu itu dalam bentuk ilham logik-logik yang tercapai di minda Nabi ketika berfikir. Untuk disampaikan kepada orang lain, barulah wahyu itu diucapkan atau dicatatkan dalam bahasa kaum Nabi itu.

    Dan jika Nabi ada pembantu-pembantu khas untuk menulis, itu bukan bererti Nabi itu buta huruf. Di pejabat-pejabat, selalu kita jumpa seseorang bos mempunyai sekretari untuk mencatatkan minit mesyuarat umpamanya. Apakah itu bermakna bos tersebut buta huruf?

    Cuba buka fikiran itu luas-luas. Jangan sempitkan ikut cakap sesuatu pihak sahaja. Kita ada mata, telinga dan akal untuk memahami sesuatu konsep.

    saya bertanya kerana saya bodoh, tidak semesti nya jawapan anda betul tetapi sekurang2nya saya mempunyai rujukan dan berusha untuk belajar mencari kebenaran dan damai.

    Pada saya, selagi seseorang itu berniat nak bertanya dan belajar, itu bukannya orang yang bodoh. Orang yang bodoh adalah orang yang pemalas belajar dan penurut membuta-tuli yang merasa sombong dengan ajaran tradisi mereka seperti mana perangai kaum kafir terdahulu.

    TM juga tak pernah suruh orang lain percaya membuta-tuli kata-katanya. Dia hanya bawa sesuatu perkara untuk kita buat perbandingan daripada perbezaan yang dikemukakan. Terpulanglah kepada masing-masing nak terima atau tolak.
    Kepada Allah kita semua akan dikembalikan.

    Kalau seseorang itu matang, jika dia mahu menolak tulisan TM yang dirasakan salah, dia akan mampu tunjukkan kebenaran dengan hujah-hujah kukuh.

    Peace

    Juang

    April 14, 2010 at 11:37 am

  34. Salam Budak Bodoh, (Stupid guy),

    Pembetulan*

    Jadi Al Hikmah dan Al Quran itu adalah satu perkara yang sama, tiada perbezaan jika kita merujuk pada ayat-ayat tersebut….sekian terima kasih.Jika salah betulkan saya.

    wucman

    April 14, 2010 at 11:41 am

  35. Salam ,

    Makna Hikmah,Dari Surah Israa,
    ……..
    17:22. Janganlah mengadakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu duduk terkutuk, diabaikan.

    17:23. Pemelihara kamu menentukan bahawa kamu tidak menyembah sesuatu melainkan Dia, dan berbuat baik kepada ibu bapa, sama ada seorang atau kedua-dua mereka telah sampai umur tua di sisi kamu, maka janganlah berkata kepada mereka, “Cis!”, dan jangan juga mengherdik mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.

    17:24. Dan rendahkanlah kepada mereka sayap rendah diri daripada pengasihan, dan katakanlah, “Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil.”

    17:25. Pemelihara kamu sangat mengetahui apa yang di dalam jiwa kamu jika kamu orang-orang salih (baik); sesungguhnya Dialah Pengampun kepada orang-orang yang kesal.

    17:26. Dan berilah sanak saudara haknya, dan orang-orang miskin, dan musafir; dan janganlah boros, memboroskan.

    17:27. Orang-orang yang boros adalah teman syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya.

    17:28. Tetapi jika kamu berpaling daripada mereka, untuk menginginkan pengasihan daripada Pemelihara kamu yang kamu berharapkan, maka ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang lemah lembut.

    17:29. Dan janganlah membuatkan tangan kamu terbelenggu pada leher kamu, dan jangan juga menjulurkannya dengan segala huluran, atau kamu akan duduk tercela, menyesal.

    17:30. Sesungguhnya Pemelihara kamu menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.

    17:31. Dan janganlah membunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami memberi rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.

    17:32. Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.

    17:33. Dan janganlah membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut, dan sesiapa yang dibunuh dengan tidak adil, Kami memberikan walinya (warisnya) kuasa; tetapi janganlah dia membazir (berlebihan) dalam pembunuhan; dia ditolong.

    17:34. Dan janganlah mendekati harta anak yatim melainkan dengan cara yang paling baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah perjanjian; sesungguhnya perjanjian ditanya.

    17:35. Dan tepatilah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang lurus; itulah yang lebih baik, dan lebih baik kesudahannya.

    17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati – semua itu ditanya.

    17:37. Dan janganlah berjalan di bumi dengan sangat gembira; sesungguhnya kamu tidak dapat memecahbelahkan bumi, dan kamu tidak akan sampai ketinggian gunung-gunung.

    17:38. Semuanya itu, kejahatannya dibenci di sisi Pemelihara kamu.

    17:39. Itu adalah daripada Kebijaksanaan (Hikmah) yang Pemelihara kamu mewahyukan kamu; janganlah mengadakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu dilemparkan ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.

    Sekian,terima kasih.

    wucman

    April 14, 2010 at 12:08 pm

  36. Sambungan makna HIKMAH pada ayat 17.39,

    17:39. Itu adalah daripada KEBIJAKSANAAN (HIKMAH) yang Pemelihara kamu mewahyukan kamu; janganlah mengadakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu dilemparkan ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.

    Oleh itu, ada penterjemah memaksudkan hikmah itu sebagai sunnah nabi tapi dari ayat ayat tersebut hikmah bermaksud lain dari sunnah nabi.

    Jadi, marilah sama sama kita berfikir

    Sekian,terima kasih.

    wucman

    April 14, 2010 at 12:34 pm

  37. Ramai yang kagum dengan kebolehan diri mereka kerana dapat membaca bahasa arab tanpa mengetahui apa yang mereka baca.

    Mereka juga beroleh ketenangan apabila menumpukan sepenuh perhatian terhadap bacaan yang mereka risau apabila tajwid salah akan memberi maksud yang lain.

    Tetapi ketenangan yang hanya sementara. Selepas itu mereka kembali merosakkan mukabumi dengan makan rasuah, makan harta anak yatim, curi tulang waktu bekerja, sombong dan bongkak sewaktu berkata-kata, dan banyak lagi.

    muaddib

    April 14, 2010 at 12:36 pm

  38. Samalah seperti burung kakatua yang dilatih fasih menyebut “Selamat Pagi” tanpa memahami apa yang disebutnya. Bila tiba waktu malam pun, ia melanggar batas waktu untuk berkata “Selamat Pagi” juga.

    Begitulah perumpamaan kesan buruk bila baca sebutan Al Quran tanpa cuba memahami isi kandungannya untuk dijadikan panduan hidup. Habis batas-batas yang ditetapkan dalam Al Quran dilanggari tanpa disedari.

    Burung hud-hud yang buta huruf tulisan manusia itu pun boleh nampak bahawa amalan ritual sujud kepada matahari itu perbuatan yang salah biarpun di mata pembuat amalan ritual itu ia adalah perbuatan yang indah-indah.

    Juang

    April 14, 2010 at 1:17 pm

  39. BB menulis,

    Ini adalah medan TM. saya ingin membawa saudara juang ke medan yang sebenar. Jangan jadi bacul berjuang di medan maya ini dibelakang TM, sekurang2 nya beliau sanggup ditahan atau ditangkap nanti dengan mewujudkan blog ini.

    Salam BB,

    Tentang tangkap menangkap dan hukum menghukum ini jika tuan baca betul-betul di dalam Al-Quran sebenarnya tidak ada seorang nabi atau rasul pun yang pernah diperintahkan oleh Allah atau mereka sendiri mempunyai tabiat menangkap atau menghukum orang yang engkar terhadap apa yang mereka sampaikan atau mempunyai kepercayaan atau pandangan yang berbeza.

    Hanya golongan yang menjadi musuh nabi-nabi dan rasul-rasul sahaja yang cenderung menggunakan kuasa dan memiliki tabiat seperti itu. Sama juga dengan hukum rejam misalnya, kalau tuan baca di dalam Al-Quran, hanya kaum yang sesat dan engkar saja mengamalkan hukuman seumpamanya – tetapi tidak para nabi dan rasul.

    Tuhan telah menetapkan prinsip yang amat jelas tentang kepercayaan atau iman seseorang individu kepadaNya. Tidak ada golongan atau individu yang berhak memaksa golongan atau individu lain percaya kepada apa yang mereka atau dia percaya.

    Satu-satunya Hakim yang berhak ke atas setiap jiwa berkaitan perkara itu hanyalah Tuhan. Manusia – walau nabi sekalipun tidak pernah diberi hak menjadi wakil Tuhan untuk menilai atau menghukum apa yang mahu dipercayai orang lain. Kita hanya boleh memberi nasihat dan pandangan.

    Yang terbaik – kita suruh mereka membaca sendiri Kitab Tuhan kerana itulah Petunjuk Tuhan yang sebenarnya. Lebih dari itu, Tuhan kata Dialah yang akan menjadi hakim kepada apa jua perselisihan di antara manusia.

    Dan sebenarnya Tuhan sudah pun menghamparkan bukti yang maha luas di depan mata tuan jika tuan mahu memikirkannya. Saban hari Tuhan merestui jutaan kelahiran bayi dari kalangan manusia yang ibubapa mereka menganut berbagai agama dan kepercayaan.

    Jika hanya cara yang tuan percaya sahaja sahih untuk manusia, apakah status jutaan orang yang lahir dalam keluarga yang menganut agama dan kepercayaan yang berbeza dari tuan itu? Adakah Tuhan tidak adil? Cuba tuan fikir, adakah tuan yakin jika tuan dulu lahir dalam keluarga bukan Islam, tuan pasti dapat menemui jalan untuk menganuti kepercayaan yang tuan anuti sekarang?

    Kemungkinan besar – tuan akan terus kekal dalam agama ibubapa tuan sepertimana yang biasa berlaku kepada majoriti manusia.

    Adakah tuan fikir mereka yang lahir dan mati dalam Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan pelbagai agama lain itu semua akan terus dicampakkan oleh Tuhan ke dalam neraka?

    Tidakkah tuan percaya bahawa mereka juga akan melalui proses yang kita akan lalui di akhirat nanti di mana mereka juga akan dihidupkan kembali dari kubur untuk menghadap Tuhan dan menerima penghakiman masing-masing tanpa mengira apapun agama ibubapa atau bangsa mereka?

    Setiap jiwa mempunyai peluang di sisi Tuhan. Agama ibubapa mereka atau masyarakat mereka adalah tidak relevan. Selepas memahami sedikit sebanyak mesej Tuhan di dalam Al-Quran, saya melihat agama sebenarnya bukan sesuatu yang datang dari Tuhan. Tetapi ia datang dari ulama, paderi, pope, sami, rabbi dan seumpamanya.

    Tuhan tidak suruh kita menganut apa-apa agama. Tuhan hanya menyuruh kita tidak menyekutukan Dia dengan sebarang sekutu, merendah diri serta melakukan kerja-kerja yang mendatang manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan dunia. Itulah cara hidup Islam yang sebenarnya.

    Saya fikir sama-samalah kita baca Al-Quran dengan matlamat untuk memahami mesej Tuhan dengan minda yang bersih tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur fanatism yang menjurus ke arah keegoan dan kecenderungan melakukan kezaliman.

    tolokminda

    April 14, 2010 at 8:59 pm

  40. “Bila kita terang apa persoalan yang ditanya, dikatakan pula kita bersihir” siapa peserta yang cakap macam tu penulis? 🙂

    “Alhikmah atau Hikmah itu maksudnya kebijaksanaan” maksud nya perkataan itu membawa maksud yang sama? terima kasih wucman. apa pendapat TM dan juang?

    “Entah bila saya kata saudara kafir. Saya hanya bawa peringatan supaya peserta di sini jangan tiru cara orang kafir terdahulu dalam berhujah yang suka menghukum dan malas bawa bukti. Itu mesej saya.” Hmmmm.. maafkan saya kerana melalui pembacaan saya yang bodoh ini, saudara seolah-olah cenderung kearah itu. Kalau orang lain tak merasakan seperti saya, saya mohon maaf.

    “Bukan sebab nak menghina sesiapa, tetapi kenyataannya begitu jika kita buat perbandingan dengan ayat-ayat Al Quran. ”

    “13:15. Kepada Allah sujud segala yang di langit dan bumi, dengan rela atau membenci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.”

    Kalau saudara juang merasakan yang ianya tidak sensitif, terpulanglah. cuma saya melihat ada dikalangan peserta yang agak tersingung dengan kata2 itu. kerana bagi mereka dan saya juga, anda seperti menghina Nabi Muhammad.kalau anda hendak teruskan mengelar perbuatan itu seperti menongeng teruskanlah, insyallah saya akan bersabar.

    Tafsiran sujud didalam Quran berbeza dan mempunyai banyak maksud nya. pada pendapat saya juang, di sini Allah menerangkan tentang kepatuhan segala makhluk kepada Allah. lagipun tak logik lah pada pendapat saya hendak melihat semua makhluk itu sujud atau rukuk hanya kerana kita disarankan untuk rukuk dan sujud seperti yang disyariatkan oleh rasulullah. mereka juga sujud dan rukuk pada Allah sesuai dengan fitrah mereka.

    “bu bapa saya menunaikan komiten mereka seperti menjadi ibubapa yang baik dan bertanggungjawab kepada anak-anaknya. Namun mereka tak perasanlah yang komitmen itu solaa sebab dah dididik selama ini yang solaa itu adalah sembahyang ritual ke arah sesuatu objek.” maksudnya mereka bersolat atau tak juang?

    “Memang komitmen itu umum supaya kehidupan kita tak jadi sempit. Bayangkan Nabi hanya suruh manusia berkomitmen jadi doktor sahaja, macam mana dengan orang yang ada minat dalam kejuruteraan, arkitek, pemuzik, pelukis etc? Sedangkan yang mencipta bidang yang berbeza-beza itu adalah Allah juga.

    Al Quran diturunkan untuk melapangkan hidup, bukannya menyempitkan hidup. Sebab itu komitmen itu lapang maksudnya. Dan selaras dengan matlamat Al Quran untuk memudahkan dan melapangkan hidup, saya nampak erti solaa yang lebih tepat dengan matlamat tersebut.”
    saya faham maksud saudara bahawa islam ini tidak meyempitkan sebaliknya melapangkan hidup. malahan saya sangat bersetuju dengan ayat tersebut, tetapi saudara, adakah pada pendapat saudara solat ini myusahkan dan membebankan? kenapa?

    “Secara jujurnya, tiada ayat Al Quran memerintahkan manusia cari erti solaa dalam riwayat hadis seseorang Nabi.

    Jadi di antara orang yang berpegang pada Al Quran dan orang yang tidak berpegang pada Al Quran dalam mencari erti solaa sebenar, saya pilih orang yang berpegang teguh pada Al Quran biarpun dia dimaki dan diejek-ejek masyarakat, sebab Rasulullah pun dicerca masyarakatnya semata-mata nak komited pada Al Quran sahaja” baguslah juang kerana keyakinan diri anda. Saya tumpang gembira tetapi saya rasa saudara kena mendalami soalan saya berkaitan hikmah dan alhikmah.

    “Jadi, takkanlah saya nak tiru perangai orang Yahudi itu yang main percaya kepada ajaran pembesar agama tanpa ada apa-apa bukti logik?

    Saya hanya nak contohi Muhammad yang bawakan logik untuk membuktikan kepercayaannya” insyallah, tuhan telah memberi kita akal supaya kita dapat berfikir, seperti juang, saya juga tidak membabi buta mengikut ulama. saya akan sentiasa bertanya dan belajar supaya saya memperoleh kebenaran yang hakiki tentang kehidupan ini.

    “Nabi Muhammad nak suruh orang lain berfikir pun dalam keadaan dia telah bawakan bukti-bukti logik terlebih dahulu. Tetapi ada orang yang kata mereka ikut Nabi Muhammad, malangnya cakap tanpa bukti, lepas itu suruh orang berfikir. Tak mencontohi akhlak Nabi pun.

    Macam manalah saya nak percaya kepada penggemar2 riwayat hadis itu lagi kalau akhlak mereka jauh sangat daripada akhlak Nabi?” akhlak nabi sangat susah hendak dicontohi hendak2 nya kalo kita tolak hadis dan sunnah dalam pemahaman kita tentang baginda.(basicly we will left with our own interpretation) insyallah sebagai manusia yang lemah dan bodoh saya akan memperbaiki diri saya.

    saya rasa sekarang, tiada siapa yang boleh mengubah kepercayaan juang hatta saudara TM sendiri kalau beliau tiba2 menolak erti shola itu komitmen. equation yang saya maksudkan apabila satu yang didepan itu menjadi negative saudara juang, maka jawapan nya akan jadi kosong, kesal saya malas belajar matematik dulu huhu.

    betol, sangat logik tapi “Sudah Tuhan Pencipta alam semesta ini hanyalah Esa, logiklah alam ini asalnya 1. Kalau ada ramai pencipta alam, maka akan wujudlah alam-alam yang berbeza-beza hukum atau peraturannya.

    Contohnya wujud perbezaan peranturan jalanraya di Malaysia dan di US kerana penggubal peraturan itu orang yang berbeza.” tapi bukan kah stephen hawking mendakwa melalui teori nya bahawa Alam ini terbina dari satu bahan yang kemudian meletop dan seterusnya menjadikan alam semesta selaras dengan firman Allah. persoalan saya macamana it can be prove beside our god word through sains hipohethesis? saya hendak melihat logiknya dari sudut mereka dan pemahaman juang keatas pekara tersebut. Ia adalah antara bukti2 menunjukan yang Quran adalah benar dari kata2 Allah.alhamdullillah.

    “Pada pandangan saya, Islam tiada istilah lama dan baru. Islam datang daripada perkataan salam atau maksudnya aman, damai, sejahtera. Apakah logik keamanan itu boleh diperbaharui?

    Tetapi kaedah nak praktikkan Islam itu logiklah boleh diperbaharui sesuai dengan peredaran zaman. Contohnya dahulu Muhammad sampaikan ayat-ayat Allah melalui tulisan pada helaian-helaian, sekarang ini kita boleh guna forum atau blog internet sebegini. Maklumat boleh dicapai dengan mudah dan pantas.”
    betul jugak penyataan juang tersebut, tiada yang baru atau lama dalam islam, jadi di mana munculnya golongan saudara yang sikit ni? sekurang2 nya kalau benar wujud golongan juang ini dari dulu sejak dari zaman rasulullah maka saya berpendapat at least all of you have a state now like iran or iraq.

    “Peristiwa dalam gua hira’ itu (riwayat hadis) tak mungkin lebih benar daripada yang tercatat dalam Al Quran. Kalau kita anggap peristiwa itu benar, seolah-olah Jibril bawa turun Al Quran dalam bentuk tulisan Arab. Sedangkan Al Quran turun bukannya dalam bentuk helaian-helaian daripada langit sebaliknya dalam bentuk wahyu (ilham).” membawa kepada pesoalan yang baru juang, boleh tak saudara terangkan bentuk wahyu pada saya?

    “Dan jika Nabi ada pembantu-pembantu khas untuk menulis, itu bukan bererti Nabi itu buta huruf. Di pejabat-pejabat, selalu kita jumpa seseorang bos mempunyai sekretari untuk mencatatkan minit mesyuarat umpamanya. Apakah itu bermakna bos tersebut buta huruf?” betul penyataan tuan tetapi tak semestinya semua bos itu boleh membaca. ada juga dikalangan mereka yang buta huruf, ianya boleh terjadi. jadi dari sudut matematik keberangkalian itu wujud bukan?

    “Pada saya, selagi seseorang itu berniat nak bertanya dan belajar, itu bukannya orang yang bodoh. Orang yang bodoh adalah orang yang pemalas belajar dan penurut membuta-tuli yang merasa sombong dengan ajaran tradisi mereka seperti mana perangai kaum kafir terdahulu.

    TM juga tak pernah suruh orang lain percaya membuta-tuli kata-katanya. Dia hanya bawa sesuatu perkara untuk kita buat perbandingan daripada perbezaan yang dikemukakan. Terpulanglah kepada masing-masing nak terima atau tolak.
    Kepada Allah kita semua akan dikembalikan.

    Kalau seseorang itu matang, jika dia mahu menolak tulisan TM yang dirasakan salah, dia akan mampu tunjukkan kebenaran dengan hujah-hujah kukuh. ” hehe terbiasa kat sekolah guru saya kerap mengunakan perkataan itu pada saya dan rakan2. Hujah itu akan dipandang kukuh pada kekuatan logik dan tafsiran masing2 terhapap terjemahan Quran. terpulang. Allah jua penentu segalanya.

    “Tetapi ketenangan yang hanya sementara. Selepas itu mereka kembali merosakkan mukabumi dengan makan rasuah, makan harta anak yatim, curi tulang waktu bekerja, sombong dan bongkak sewaktu berkata-kata, dan banyak lagi.” saya pun sedih, harap Allah dapat megukuhkan keimanan dalam jiwa saya dan saudara2 sekalian.

    “Samalah seperti burung kakatua yang dilatih fasih menyebut “Selamat Pagi” tanpa memahami apa yang disebutnya. Bila tiba waktu malam pun, ia melanggar batas waktu untuk berkata “Selamat Pagi” juga.

    Begitulah perumpamaan kesan buruk bila baca sebutan Al Quran tanpa cuba memahami isi kandungannya untuk dijadikan panduan hidup. Habis batas-batas yang ditetapkan dalam Al Quran dilanggari tanpa disedari.

    Burung hud-hud yang buta huruf tulisan manusia itu pun boleh nampak bahawa amalan ritual sujud kepada matahari itu perbuatan yang salah biarpun di mata pembuat amalan ritual itu ia adalah perbuatan yang indah-indah.” setuju juang

    saya tak mau quote kata2 TM kerana kebanyakan ia selaras dengan pendirian saya, saya juga sering berdebat dengan rakan2 maupun guru tentang hal ini, tak semesti nya dengan sembahyang yang panjang, dan banyak akan menjamin kita ke syurga, itu sebenarnya adalah hak Allah. Umat islam sekarang cenderung untuk menghukum dan menyusahkan pengertian solat yang diajar rasulullah. padahal ianya sangatlah mudah dan senang. Apalah ertinya solat kalau kita xmemahami makna nya serta tafsiran dibelakangnya, sebab itu walau dengan solat kita tetap terpengaruh dengan pekara2 buruk. Contoh yang selalu saya utarakan ialah kisah pembunuh yang ingin insaf dan seorang abid yang tersesat dek hasutan syaitan. Pokok pangkal islam adalah deen. ianya bukan sekadar agama tetapi lebih daripada itu.ianya adalah cara kehidupan kita. Jikalau saudara mengangap yang cara saudara betul maka silakan, saya tidak akan menhukum saudara kerana saya tak layak. yang layak hanya Allah, tetapi, saudara akan saya perangi dengan segala kekuatan saya jikalau saudara mendustakan AL quran dan Nabi Muhammad insyallah.

    Saudara TM silalah jawab permasalahan saya ni.

    boleh tak terangkan tentang perkataan ‘kami’ bagi Allah dalam Quran?

    dan maksud perkataan hikmah dan alhikmah dalam quran?(wuqman kata sama, apa pendapat TM?)

    apa maksud dan definisi terjemahan dan tafsiran?

    apa perbezaan nabi dan rasul?

    kenapa rasullullah meyerang kabilah quraish semasa di madinah?

    adakah ibu dan ayah juang@TM menunaikan komitmen atau solat?(generasi lama)masih tak jelas juang, maaf

    saudara selain dari Quran, boleh tak terangkan secara jelas kepada saya teori serta bukti yang alam semesta ini asal yer dari 1? juang sudah menjelaskan tapi masih lagi tidak kukuh.

    Contoh dan bentuk wahyu?(soalan baru) 😉

    budak bodoh

    April 14, 2010 at 10:53 pm

  41. maaf juang, saya tak nampak jawapan2 saudara bagi pertanyaan saya sebelum ini, insyallah saya akan kupas nanti.

    budak bodoh

    April 14, 2010 at 11:15 pm

  42. Salam,

    BB wrote: Hmmmm.. maafkan saya kerana melalui pembacaan saya yang bodoh ini, saudara seolah-olah cenderung kearah itu. Kalau orang lain tak merasakan seperti saya, saya mohon maaf.

    Itu menunjukkan saudara ini seperti seorang yang terasa pedasnya akibat makan cili, kemudian cuba menyalahkan orang lain. Padahal kata-kata saya itu umum tanpa menyebut nama-nama individu.

    Kalau saudara juang merasakan yang ianya tidak sensitif, terpulanglah. cuma saya melihat ada dikalangan peserta yang agak tersingung dengan kata2 itu. kerana bagi mereka dan saya juga, anda seperti menghina Nabi Muhammad.kalau anda hendak teruskan mengelar perbuatan itu seperti menongeng teruskanlah, insyallah saya akan bersabar.

    Kalau saudara merasakan perbuatan menonggeng itu suatu yang sensitif, perasaan itu ada dalam hati saudara. Saudaralah yang kena tanya diri saudara “kenapa aku sensitif pada sesuatu yang hakikat”.

    Orang yang angkuh memang cepat rasa sensitif. Selama ini mereka telah memperlihatkan perbuatan mereka sebagai yang indah-indah sahaja. Perbuatan tradisi kaum lain mereka kata “sembah berhala”. Mereka kata kaum lain itu kafir. Mereka tidak fikir sensitif kaum lain itu. Bila terkena batang hidung sendiri, mula nak marah.

    Apa yang saya tulis itu untuk mereka berfikir macam mana perasaan kaum-kaum lain yang mereka tuduh kafir atau bukan Islam. Jangan nak fikir sensitif hati sendiri sahaja.

    Tafsiran sujud didalam Quran berbeza dan mempunyai banyak maksud nya. pada pendapat saya juang, di sini Allah menerangkan tentang kepatuhan segala makhluk kepada Allah. lagipun tak logik lah pada pendapat saya hendak melihat semua makhluk itu sujud atau rukuk hanya kerana kita disarankan untuk rukuk dan sujud seperti yang disyariatkan oleh rasulullah. mereka juga sujud dan rukuk pada Allah sesuai dengan fitrah mereka.

    Tafsiran berbeza sekali pun, jika perbuatan itu perintah Allah pasti ada bukti dan logiknya. Sedangkan perbuatan makan pun ada logiknya, takkanlah perbuatan ritual itu tiada bukti logik?

    Itu yang saya selalu minta bukti, mana ayat-ayat Al Quran memerintahkan sujud kepada Allah bagi manusia adalah dengan membuat gerak-laku meletakkan kepala ke tanah?

    Sekadar bawa persangkaan kononnya perbuatan mereka itu disyariatkan oleh Rasulullah tanpa bukti-bukti ayat Al Quran, siapa nak percaya?. Orang Nasrani pun boleh cakap Isa itu anak Allah kerana itu syariat Rasul Allah Isa.

    Kadang-kadang manusia itu tidak sedar, dek kerana nak pertahankan amalan tradisinya, perangai mereka sama macam perangai orang kafir terdahulu. Mereka tak mampu bawa bukti ayat-ayat Allah, tetapi sekadar persangkaan sahaja.

    maksudnya mereka bersolat atau tak juang?

    Mereka bersembahyang ritual.

    saya faham maksud saudara bahawa islam ini tidak meyempitkan sebaliknya melapangkan hidup. malahan saya sangat bersetuju dengan ayat tersebut, tetapi saudara, adakah pada pendapat saudara solat ini myusahkan dan membebankan? kenapa?
    Tujuan Al Quran diturunkan bukan untuk membebankan manusia. Jadi jika sesuatu amalan itu tidak wujud ketetapan cara perbuatannya dalam Al Quran (anti-Quran), sudah pasti ia membebankan.

    Cuba lihat perkaitan ini;
    Al Quran = tidak membebankan, maka anti-Quran = membebankan.

    Merendah diri = ajaran Quran = tidak membebankan, maka; angkuh = anti-Quran = membebankan.

    Sebab itu orang yang angkuh akan rasa terbeban dan hatinya jadi sensitif semacam sahaja. Bila digambarkan gerak-laku perbuatan mereka itu yang itulah hakikat gerak-laku mereka, mereka rasa sensitif.

    Mereka tidak tenang hati bila melihat penganut agama2 lain mula berkembang. Lihatlah bila ada orang Melayu bertukar agama, kecoh jadinya macam ayam lepas bertelur. Itu menunjukkan hati mereka cukup terbeban dengan rasa ekslusif kononnya merekalah golongan yang benar dan Islam dan merasa tercabar bila ada individu tukar kepercayaan.

    Tetapi kalau orang itu tiada keangkuhan, mereka boleh terbuka dengan perbezaan kepercayaan orang lain. Sedangkan Rasulullah pun tak kisah bila ramai orang-orang kafir dan munafik tak percaya Al Quran. Bagiku agamaku, bagimu agamamu.

    Beban angkuh dengan amalan ritual itulah yang saya tinggalkan. Dengan melihat definasi solaa adalah komitmen, saya tidak perlu kisahlah macam mana orang lain nak berkomitmen. Itu guna kreativiti masing-masing.

    Kalau solaa itu sembahyang ritual, saya kena penyakit angkuh kononnya sembahyang ritual saya sahaja diterima Allah, sembahyang ritual kaum-kaum lain dikatakan sembah berhala. Saya tak mahu terbeban dengan keangkuhan macam itu lagi.

    baguslah juang kerana keyakinan diri anda. Saya tumpang gembira tetapi saya rasa saudara kena mendalami soalan saya berkaitan hikmah dan alhikmah.

    Saya sudah jawab persoalan saudara itu mengikut apa yang tercapai di minda saya setakat ini. Jika saudara seorang yang matang, andaikata jawapan saya itu ada salahnya, silalah tunjukkan di mana salahnya dan apa bukti-bukti benar yang saudara ada.

    Kalau kita hayati Al Quran, kita nampak akhlak Nabi itu adalah suka beri penjelasan dan menunjukkan perbezaan mana yang benar dan mana yang palsu. Tetapi saya lihat ramai yang mengaku Islam hari ini tidak mampu mencontohi akhlak Nabi semudah itu.

    akhlak nabi sangat susah hendak dicontohi hendak2 nya kalo kita tolak hadis dan sunnah dalam pemahaman kita tentang baginda.(basicly we will left with our own interpretation) insyallah sebagai manusia yang lemah dan bodoh saya akan memperbaiki diri saya.

    Masalahnya saya tak jumpa akhlak Nabi pada orang yang kata mereka penggemar riwayat hadis Nabi itu.

    Umpamanya akhlak Nabi adalah berpegang teguh pada Kitab Allah seperti mana Muhammad membenarkan Taurat, Injil, Zabur etc (bukannya talmud atau gospel). Bila kita ajak penggemar riwayat hadis itu kepada Al Quran, kebanyakan mereka berpaling. Macam manalah saya nak percaya kepada penggemar riwayat hadis itu jika tidak mampu tunjukkan akhlak Nabi walaupun mereka gemar riwayat hadis Nabi? Sebab itu saya kembali kepada Al Quran sebab Al Quran itu dikatakan akhlak Nabi.

    saya rasa sekarang, tiada siapa yang boleh mengubah kepercayaan juang hatta saudara TM sendiri kalau beliau tiba2 menolak erti shola itu komitmen. equation yang saya maksudkan apabila satu yang didepan itu menjadi negative saudara juang, maka jawapan nya akan jadi kosong, kesal saya malas belajar matematik dulu huhu.

    Kepercayaan saya bukan disebabkan TM atau mana-mana individu, tetapi sebab logik-logik yang dibawa. Seperti mana saya percaya 1+1=2 bukan disebabkan mana-mana cikgu matematik, tetapi logik yang saya nampak bila kira guna jari, seperti itulah kepercayaan saya dalam hal-hal lain.

    Equation saudara itu, bila diletakkan tanda negatif di hadapan 1 itu samalah seperti 1-1=0. Saudara sudah tukar equation untuk membenarkan dakwaan saudara bukannya untuk buktikan 1+1=0. Tiada bezanya dengan orang yang tukar maksud ka’abah yang bererti buku lali, kepada bangunan batu semata-mata nak membenarkan amalan ritual mereka.

    tapi bukan kah stephen hawking mendakwa melalui teori nya bahawa Alam ini terbina dari satu bahan yang kemudian meletop dan seterusnya menjadikan alam semesta selaras dengan firman Allah. persoalan saya macamana it can be prove beside our god word through sains hipohethesis? saya hendak melihat logiknya dari sudut mereka dan pemahaman juang keatas pekara tersebut. Ia adalah antara bukti2 menunjukan yang Quran adalah benar dari kata2 Allah.alhamdullillah.

    Jawapannya ada pada diri kita dan di sekeliling kita. Cuba saudara fikir asal kejadian manusia. Bermula daripada percantuman sperma dan ovum, kemudian berkembang membentuk sekujur tubuh manusia. Begitu juga dengan pokok, bermula daripada biji-benih, kemudian berkembang menjadi sebatang pokok. Begitu juga penurunan wahyu Al Quran, daripada surah yang pendek, kemudiannya meletup berkembang menjadi setebal Al Quran yang kita nampak sekarang.

    Begitulah perumpamaannya perkembangan alam ini bagi orang-orang yang mahu menggunakan akal.

    betul jugak penyataan juang tersebut, tiada yang baru atau lama dalam islam, jadi di mana munculnya golongan saudara yang sikit ni? sekurang2 nya kalau benar wujud golongan juang ini dari dulu sejak dari zaman rasulullah maka saya berpendapat at least all of you have a state now like iran or iraq.

    Orang-orang yang menggunakan akal dan mentaati hukum sains yang Allah tunjukkan kepada mereka bukannya ada di iran atau di iraq. Bukankah golongan saintis tinggal di banyak negara? Mereka komited dalam bidang kajian masing-masing untuk menyumbangkan yang terbaik demi kesejahteraan manusia.

    Di mata saudara nampak seolah-olah mereka golongan yang sedikit kerana saudara anggap mereka ini buat puak macam mazhab-mazhab yang kita nampak dalam umat Islam hari ini. Hakikatnya berapa ramai yang menerima kebenaran ilmu sains sebagai cara hidup mereka di merata dunia?

    Islam adalah cara hidup, bukannya agama ritual macam kita nampak sekarang.

    Negara Barat yang diperkuatkan oleh Allah itu bukannya kerana ajaran menjadikan Al Masih adalah anak Allah. Tetapi kerana mereka berevolusi untuk meninggalkan ketaksuban pada gereja dan kembali tunduk kepada hukum Allah pada langit dan bumi (ilmu sains) sehingga mereka dikurniakan kepandaian mencipta pelbagai teknologi. Dengan teknologi itu mereka mudah menguasai Iraq walaupun orang Arab berada di sekeliling mereka lagi ramai. Saudara tak nampak nilai keislaman yang ada pada mereka, tetapi Allah nampak.

    membawa kepada pesoalan yang baru juang, boleh tak saudara terangkan bentuk wahyu pada saya?

    16:68. Dan Pemelihara kamu mewahyukan lebah, “Ambillah untuk kamu daripada gunung-gunung, rumah-rumah, dan daripada pokok-pokok, dan daripada apa yang mereka membangunkan.

    Daripada ayat di atas, wahyu bukan diterima oleh manusia sahaja, malah lebah dan makhluk-makhluk yang lain untuk memastikan mereka hidup mematuhi ketetapan-ketetapanNya. Oleh kerana makhluk-makhluk lain tidak ada tulisan daripada tangan-tangan mereka, itu menunjukkan wahyu itu bukannya dalam bentuk tulisan, tetapi ilham.

    Jadi cerita Jibrail ajar Nabi di gua hira’ untuk buktikan Nabi buta huruf adalah satu cerita yang tidak selari dengan wahyu yang diturunkan kepada lebah, kerana lebah dapat wahyu pun bukannya dalam bentuk tulisan tangan lebah sendiri.

    betul penyataan tuan tetapi tak semestinya semua bos itu boleh membaca. ada juga dikalangan mereka yang buta huruf, ianya boleh terjadi. jadi dari sudut matematik keberangkalian itu wujud bukan?

    Jadi macam mana saudara boleh buat kesimpulan atas cerita Nabi ada pembantu menulis, bermakna Nabi buta huruf? Bukankan orang yang ada pembantu menulis itu tidak semestinya buta huruf seperti yang saudara sendiri akui? Bermakna kisah Nabi buta huruf itu hanyalah kebarangkalian sahaja, bukannya kepastian.

    Hujah itu akan dipandang kukuh pada kekuatan logik dan tafsiran masing2 terhapap terjemahan Quran. terpulang. Allah jua penentu segalanya.

    Benar. Sebab itulah biarpun Nabi dah bawa logik untuk buktikan Allah itu Esa, masih ramai manusia tak percaya kelogikan baginda bawakan itu.

    Sebab itulah, kalau saya hidup tidak ikut logik, tiada bezanya saya dengan orang-orang kafir terdahulu yang percaya Tuhan itu ada anak.

    Juang

    April 15, 2010 at 8:41 am

  43. BB wrote: maaf juang, saya tak nampak jawapan2 saudara bagi pertanyaan saya sebelum ini, insyallah saya akan kupas nanti.

    Tak perlu minta maaf pada saya. Setiap manusia ada tahap akal masing-masing dan tahap kebersihan hati masing-masing.

    Macam Nabi sudah bawakan logik kenapa Allah itu Esa, tetapi ada manusia tidak nampak-nampak lagi logik Nabi bawakan, apakah manusia itu perlu mohon kemaafan pada Nabi. Bukankah lebih patut mereka mohon keampuan kepada Allah? Mungkin kerana hati mereka banyak kotoran sehingga logik-logik yang Nabi bawakan itu mereka susah nak nampak.

    Juang

    April 15, 2010 at 8:45 am

  44. Salaam bb,
    Tulis berjela-jela, tapi ta’de pun ayat qrn???
    so,(sfu=special for you) cq le!as u wish,2:130;
    6:140; 7:66,77; 2:13,13,142,282; 4:5; 7:155 n
    72:4. Sangat bersesuaian dgn nickname anda????

    jong

    April 15, 2010 at 9:49 am

  45. terima kasih jong,

    saudara juang tentang penjelasan saudara juang tentang perkataan kami. saudara menjelaskan pengunaan kata kami adalah seperti berikut
    “Perkataan kami adalah kata ganti nama diri bagi mewakili ramai orang.Contohnya seorang PM yang bercakap mewakili kerajaannya, maka kata ganti nama diri yang sesuai adalah “kami”, berbanding “aku” atau “saya”. Jika PM itu guna perkataan “aku” seolah-olah dia seorang sahaja yang buat kerja pentadbiran negara. Tetapi bila PM itu guna perkataan “kami”, itu menunjukkan dia dan ahli-ahli kabinetnya berganding bahu menyempurnakan urusan pentadbiran sesebuah negara.”

    betul saudara juang, saya bersetuju, lebih2 lagi bahasa arab dan hebrew mempunyai pronoun sedemikian. Tetapi Jikalau kita letak diri kita dikalangan orang yang berpaksikan logik bodoh, mereka akan mempertikaikan perkataan tersebut demi mengukuhkan pandangan mereka sahaja seperti yang terjadi pada golongan nasrani, ditambah pula kurniaan tuhan terhadap mukjizat2 Nabi Isa yang diluar kemampuan logik mereka. Mereka kemungkinan percaya pada kejadian Nabi Isa seperti dilahirkan tanpa bapa, mampu menghidupkan orang yang telah mati malahan mengubati orang yang buta dan lain2 lagi. seterusnya oleh kerana taksub dan kehilangan punca mereka membuat terjemahan sendiri seterusnya membawa kepada percaya yang perkataan ‘kami’ itu adalah menunjukan tuhan yang ramai(plural), walaupun kita tahu yang tafsiran ‘kami’ itu bermakna kerajaan Allah. jadi walau macamana kita cuba untuk berlogik dengan mereka pon mereka sudah tak percaya kerana ianya terdapat dalam kitab terjemahan mereka.

    AL Quran adalah kalam Allah. betulkan juang? ianya bukan hasil dari pemikiran Nabi Muhammad. Bagaimana saya percaya, setelah saya mendalami Al Quran, saya dapati terlampau banyak bukti saintifik yang wujud dalam Quran. Mustahil ianya karangan rasulullah pada 1500 tahun dahulu. Antara yang saya sentiasa ingat adalah proses kejadian bayi, Letusan Bigbang, Kehidupan didasar laut yang paling dalam dan lain2 lagi. sangat banyak bukti saintifik nya sehingga saya terjumpa buku khas tentang sains dalam islam. Alhamdulillah. Mustahil Ianya adalah karangan Nabi melainkan Ia datang dari Allah jua. Seperti yang saudara juang dan TM selalu sebut. Quran adalah logik dan saintifik

    Namun saudara, saya cuba untuk membawa saudara pada senario yang baru(sekadar ingin berfikir). Cuba saudara letakan diri saudara dikalangan masyarakat jahiliyah diwaktu Nabi Muhammad sedang berdakwah. Anda adalah seperti sekarang hendaknya, seorang yang pandai dan rajin berfikir. mentafsir dunia atas paksi logik dan rasional. Tiba2 datang seorang lelaki yang terkenal dengan pekertinya yang baik bercerita tentang Tuhan yang satu serta beliau adalah rasul nya. Adakah anda akan percaya pada beliau? Beliau menuturkan kata2 Allah yang menyeru pada mentauhidkan tuhan yang satu serta kewajipan menjalankan syariat2 yang telah ditetapkn oleh Allah. Allah juga memberikan bukti yang nyata dalam Quran seperti Kejadian Alam Semesta(big bang, Matahari dan Bulan), Kejadian manusia di dalam kandungan ibu, Hidupan di laut yang dalam dan banyak lagi, Perlu dingat saudara, Walaupun anda bijak, tetapi taraf logik dan rasional anda terbatas pada kemajuan sains yang terdapat di masa itu. Antara kemajuan sains pada masa itu yang agak popular adalah matahari mengelingi bumi dan bumi ini rata atau 4 segi. Agaka2nya saudara juang yang berfikir dengan logik dapat tak melihat bukti yang nyata tersebut sesuai dengan firman Allah? izinkan saya menjawab melalui pemerhatian saya pada pemikiran juang. Saya rasa juang akan berkata pada lelaki itu perkataan ini “inilah sihir yang nyata” kerana sesunguhnya juang tahap logik anda diwaktu itu tidak relatif dengan kemajuan sains tamadun di masa sekarang, Kebenaran yang nyata seperti firman Allah itu tidak logik/taknampak bagi anda. Yelah pada masa itu mana ada orang pernah sampai keangkasa untuk mengesahkan firman Allah yang bumi ni berbentuk bulat condong, yang bumi mengelilingi matahari, yang bumi,matahari dan bulan berpusar dan bergerak pada paksinya, juga diwaktu itu tiada lagi teknologi ynag mampu melihat secara jelas kejadian manusia dalam kandungan ibu. Juga di waktu itu manakan mungkin hidupan dilaut dalam bercahaya lebih2 lagi anda pada masa itu berada di padang pasir. Tidak logik apa yang dituturkan oleh lelaki tersebut. lebih2 lagi(mengikut fahaman juang) beliau ini seorang yang terpelajar. mesti/mungkin beliau ini membaca pekara ini di mana2. So apa yang anda akan lakukan? bagaimana hendak membuktikan kata lelaki itu sedangkan kemajuan teknologi di masa itu terhad. Kerana ianya sangat tak logik malahan mengarut di waktu itu, maka anda akan berkata yang ianya satu tipu helah semata2. Anda akan berpaling pada lelaki tersebut, Tetapi saudara, Tetap wujud manusia yang dibukakan hidayahnya pada Islam, Lelaki seperti Abu bakar, Umar, Ali dan wanita seperti Siti Khadijah, Aishah, Fatimah akan memilih untuk percaya pada kata2 lelaki tersebut. Mereka percaya kerana di berikan hidayah, di tambah dengan sikap lelaki tersebut yang mulia, tidak pernah berbohong, Ditambah dengan karisma beliau yang luar biasa, maka mereka memilih untuk menjadi golongan yang percaya pada quran.

    Seterusnya dengan izin Allah, Islam berkembang. Menjadi sebuah kuasa yang besar. Generasi Islam yang seterusnya berpaksikan AL Quran dan sunnah berusaha untuk membuktikan kebenaran quran. Ini menyebabkan ledakan intelektual tamadun islam sehingga melahirkan ramai tokoh2 yang terkenal. Namun setiap yang bermula itu pasti berakhir. Islam menjadi mundur(meninggalkan AL Quran dan sunnah dek kemewahan), kemajuan teknologi yang pada dasarnya diasaskan oleh islam dicedok oleh barat dan melalui kajian mereka jugalah kebenaran Quran itu menjadi nyata di zaman sekarang. Ini semua kebesaran Allah.Maha Pengasih Maha Perancang

    “Jadi macam mana saudara boleh buat kesimpulan atas cerita Nabi ada pembantu menulis, bermakna Nabi buta huruf? Bukankan orang yang ada pembantu menulis itu tidak semestinya buta huruf seperti yang saudara sendiri akui? Bermakna kisah Nabi buta huruf itu hanyalah kebarangkalian sahaja, bukannya kepastian.”
    ianya dibuktikan dengan sejarah juang. banyak kerajaan menerima surat baginda. Inya ditulis oleh sahabat baginda atas arahan baginda, insyallah saya cuba cari nama sahabat tersebut.

    “Mereka bersembahyang ritual.” ayah saudara yang tersayang (Abu Talib) Nabi Muhammad juga tidak memeluk agama islam samapi ke akhir hayat nya

    cuma pemiran bodoh saya sahaja. maaf tak ada ayat al quran jong. insyallah saya akan lampirkan bila kita membincangkan tentang perkataan Al-hikmah. saya menanti penterjemahan TM terhadap al-hikmah dahulu.

    maksud perkataan hikmah dan alhikmah dalam quran?(wuqman kata sama, apa pendapat TM?)
    apa maksud dan definisi terjemahan dan tafsiran?
    apa perbezaan nabi dan rasul?
    kenapa rasullullah meyerang(merompak) kabilah quraish semasa di madinah?maaf tersilap memberi soalan
    saudara selain dari Quran, boleh tak terangkan secara jelas kepada saya teori serta bukti yang alam semesta ini asal yer dari 1? juang sudah menjelaskan tapi masih lagi tidak kukuh.
    Contoh dan bentuk wahyu?

    budak bodoh

    April 15, 2010 at 6:37 pm

  46. BB bertanya,

    maksud perkataan hikmah dan alhikmah dalam quran?(wuqman kata sama, apa pendapat TM?)
    apa maksud dan definisi terjemahan dan tafsiran?
    apa perbezaan nabi dan rasul?
    kenapa rasullullah meyerang(merompak) kabilah quraish semasa di madinah?maaf tersilap memberi soalan
    saudara selain dari Quran, boleh tak terangkan secara jelas kepada saya teori serta bukti yang alam semesta ini asal yer dari 1? juang sudah menjelaskan tapi masih lagi tidak kukuh.
    Contoh dan bentuk wahyu?

    –> Al-Hikmah? Saya berpendapat sama dengan kebanyakan yang lain bahawa perkataan hikmah atau alhikmah di dalam Al-Quran bermaksud kebijaksanaan atau dalam bahasa Inggeris, wisdom. Wucman telah membuktikan hujahnya menggunakan ayat-ayat Quran dalam jawapan beliau di atas.

    Jika kita baca Al-Quran dan faham mesej yang disampaikan kita akan dapat mengecapi hikmahnya atau wisdomnya. Sebelum ini pun saya pernah mengemukakan tafsiran perkataan hikmah sebagai kebijaksanaan atau wisdom dalam blog ini. Mungkin BB terlepas pandang.

    –> Terjemahan atau tafsiran? Saya rasa Juang telah mendefinasikannya dengan baik dalam jawapannya.

    –> Nabi dan rasul? Saya berpendapat Juang juga telah menampilkan satu perspektif yang menarik mengenainya.

    –> Nabi menyerang kabilah Quraish? Saya tidak percaya kerana ia berlawanan dengan apa yang disarankan dalam Surah Quraish dan prinsip supaya tidak menjadi pihak yang melakukan aggression seperti yang ditetapkan oleh Allah melalui Al-Quran. Saya berpendapat penyelewengan fakta sejarah telah berlaku dalam kisah Badar dan lain-lain yang berkaitan demi menjaga kepentingan orang-orang Arab munafik.

    –> Bukti alam semesta dulu satu? Sebab sekarang pun ia masih satu juga. Cuma bentuknya saja yang telah berubah. Tuan ingat alam semesta sekarang ada berapa?

    –> Contoh dan bentuk wahyu? Al-Quran…?

    tolokminda

    April 15, 2010 at 9:49 pm

  47. Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surah al-An’aam:101.

    Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)

    “dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?”. (Surah Al-Anbia: 30)

    boleh tak terangkan secara jelas kepada saya teori serta bukti yang alam semesta ini asal(bermula/wujud) yer dari 1(bigBang)? itu yang saya maksud kan TM.

    “Saya berpendapat penyelewengan fakta sejarah telah berlaku dalam kisah Badar dan lain-lain yang berkaitan demi menjaga kepentingan orang-orang Arab munafik.” boleh dijelaskan dengan lebih lengkap supaya LOGIK.

    “Jika kita baca Al-Quran dan faham mesej yang disampaikan kita akan dapat mengecapi hikmahnya atau wisdomnya. Sebelum ini pun saya pernah mengemukakan tafsiran perkataan hikmah sebagai kebijaksanaan atau wisdom dalam blog ini. Mungkin BB terlepas pandang.” maaf, saya memang terlepas pandang, dibawah tajuk apa saudara TM, saya ingin mengamatinya.

    budak bodoh

    April 15, 2010 at 11:56 pm

  48. Salam,

    BB wrote: Tetapi Jikalau kita letak diri kita dikalangan orang yang berpaksikan logik bodoh, mereka akan mempertikaikan perkataan tersebut demi mengukuhkan pandangan mereka sahaja seperti yang terjadi pada golongan nasrani, ditambah pula kurniaan tuhan terhadap mukjizat2 Nabi Isa yang diluar kemampuan logik mereka.

    Ada manusia hidup dalam kebodohan tanpa disedari sebab ditakut-takutkan untuk menggunakan akal sendiri. Ada manusia yang sengaja memperbodoh-bodohkan diri mereka sendiri demi mempertahankan keangkuhan mereka. Sama seperti iblis memperbodohkan dirinya dengan mengatakan “diciptakan daripada api lebih baik daripada tanah” tanpa ada bukti-bukti logik yang kukuh.

    Sedangkan kalau ikut logik, semua unsur yang Allah ciptakan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing bila kita melihat daripada pelbagai sudut. Jadi buat apa nak berbangga diri?

    Kita tiada kuasa nak alihkan pegangan manusia itu daripada guna logik bodoh kepada logik pandai. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menunjukkan perbezaan guna logik bodoh dan logik pandai. Namun jika orang lain nak terus dengan kebodohannya, itu hak mereka. Kelak mereka akan dapat balasan sesuai dengan pekerjaan-pekerjaan bodoh yang mereka lakukan.

    Dan orang-orang yang berhijrah daripada kebodohan kepada kebijaksanaan, sudah pasti mendapat balasan yang sesuai juga dengan kebijaksanaannya itu.

    Jadi, terpulanglah kepada masing-masing nak pilih mana satu. Kelak jangan nak tipu Allah kononnya Dia tidak pernah datangkan seseorang yang ajak berhijrah daripada kebodohan kepada kebijaksanaan.

    Berkenaan perkataan “Kami” yang Allah gunakan, saya berpendapat TM sudah kemukakan satu topik yang menarik untuk kita sama-sama hayati di sana.

    AL Quran adalah kalam Allah. betulkan juang? ianya bukan hasil dari pemikiran Nabi Muhammad. Bagaimana saya percaya, setelah saya mendalami Al Quran, saya dapati terlampau banyak bukti saintifik yang wujud dalam Quran. Mustahil ianya karangan rasulullah pada 1500 tahun dahulu.

    Al Quran itu sebahagian daripada ilmu Allah. Banyak lagi ilmu Allah yang belum dicapai oleh manusia. Sebab itu Allah suruh kita perhatikan kejadian langit dan bumi. Malangnya yang rajin kaji kejadian-kejadian tersebut adalah bangsa Barat sehingga mereka dikurniakan kepakaran mencipta teknologi. Semua itu anugerah Allah kepada orang-orang yang menghargai akal mereka sendiri.

    Bangsa Barat itu walaupun dilabelkan kafir oleh orang Islam hari ini, tetapi banyak akhlak-akhlak para Nabi telah mereka contohi terutama dalam bab mengkaji ilmu-ilmu Allah. Walaupun tidak dinafikan ada juga yang taksub dengan ajaran tradisi ortodoks mereka, tetapi tidaklah seteruk perangai umat Islam hari ini yang berbangga diri macam tak sedar esok lusa akan mati.

    Sudah pasti Al Quran itu diterima Nabi menggunakan akalnya. Sebab itu Nabi juga suruh manusia guna akal agar orang lain nampak macam mana baginda nampak? Kalau Nabi terima Al Quran tanpa baginda perlu berfikir, secara logiknya buat apa baginda suruh orang lain berfikir kan?

    16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami menurunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu memperjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka memikirkan.

    Ayat di atas menjelaskan bahawa Al Quran yang diturunkan kepada Nabi itu untuk difikirkan. Bukannya dicari riwayat hadis atas alasan riwayat hadis itu penjelasan Al Quran. Pandai-pandai sahaja mereka pergi tukar demi menipu manusia agar dijauhkan daripada Al Quran.

    Nak nampak jelas Peringatan dalam Al Quran, kena fikirkan Al Quran itu, bukannya dilagu-lagukan? Kalau setakat nak menyanyi, baik masuk Akademi Fantasia.

    Orang yang berfikir sehingga mampu cipta roket ke angkasa, hakikatnya bukan kerana ilmu itu datang daripada dirinya sendiri, tetapi daripada Allah juga. Mereka dapat ilmu itu sebagai janji Allah kepada orang-orang yang berfikir.

    Yang datang daripada diri manusia itu adalah kehendak hatinya sendiri. Umpamanya ikut hatinya dia nak hidup malas belajar tetapi boleh jadi pandai. Namun ikut logik Allah tetapkan, kena rajin belajar barulah capai kebijaksanaan.

    Nabi bukannya orang yang bercakap ikut hati, tetapi ikut logik. Sebab itulah Al Quran itu logik untuk membuktikan Nabi terima Al Quran dengan cara berfikir, bukannya cara main dam di warung-warung kopi. Kalau hidup melepak malas berfikir, sampai kiamat pun tak dapat ilham.

    Dan oleh kerana Al Quran itu logik, bila ada manusia cuba mengubab-ubah sesuatu yang logik, pasti mudah kita nampak percanggahannya.

    Samalah macam bila saudara dakwa 1+1 boleh jadi 0, orang lain boleh nampak percanggahannya sehingga saudara terpaksa kata dengan letakkan negatif di hadapan 1 untuk membenarkan dakwaan saudara. Tetapi saudara tak sedar dengan meletakkan negatif itu sebenarnya sudah jadi hukum lain iaitu 1-1=0.

    Begitulah logik-logik dalam Al Quran. Bila ada sesuatu pihak cuba twist, orang-orang yang menggunakan logik boleh nampak percanggahan tersebut, seperti mana Rasulullah boleh nampak penipuan orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap Kitab-kitab Allah yang terdahulu.

    Allah ulang balik apa yang Muhammad nampak dahulu supaya kita dapat merasai betapa sukarnya perjuangan baginda untuk menghadapi kaum-kaum yang hidup dalam penipuan dan penyeleweng. Kelak orang-orang yang berdusta dan mengada-adakan ketetapan yang Allah tidak pernah tetapkan, akan merasai balasan penipuan mereka.

    Bukankah pekerjaan sebesar nukleus nilainya pun akan dibalasi? Apatah lagi pekerjaan menyelewengkan Kitab-kitab Allah seperti yang dilakukan oleh sebahagian ahli-ahli kitab terdahulu, takkanlah Allah tak balas? Apakah mereka ingat Allah tidak memerhatikan mereka setiap saat?

    Juang

    April 16, 2010 at 5:16 am

  49. BB bertanya,

    boleh tak terangkan secara jelas kepada saya teori serta bukti yang alam semesta ini asal(bermula/wujud) yer dari 1(bigBang)? itu yang saya maksud kan TM.

    Sebenarnya teori big bang itu masih lagi dianggap sebuah teori. Ada beberapa lagi teori pembentukan alam semesta yang dikemukakan. Big Bang merupakan salah satu yang paling popular dan kebetulan ia menyamai gambaran yang diberikan oleh Al-Quran.

    Tak perlu saya menyebut secara terperinci perkara ini sebab tuan boleh menggooglenya sendiri. Kebanyakan orang Islam apabila diberitahu teori bang bang menyamai gambaran yang diberi Al-Quran terus mengambil sikap – “tengok, kan Tuhan dah cakap”. Sedangkan pada hakikatnya mereka tidak tahu dan tidak berusaha apa-apa pun.

    Bagaimanapun bagi orang-orang yang benar-benar berusaha menyelidik sistem Tuhan apa yang mereka perlukan adalah bukti. Sebab itulah walaupun teori big bang itu telah menjadi satu teori yang paling dipercayai ramai, namun para saintis yang berada di belakang teori berkenaan sentiasa berusaha mencari bukti untuk mengesahkan dakwaan mereka dengan melakukan pelbagai eksperimen, membelanjakan wang yang banyak dan memperuntukkan masa yang panjang.

    Mereka membina makmal pemacu partikel seperti di CERN dan Fermilab atau makmal pengesan partikel lain seperti neutrino yang ada di Eropah dan Jepun. Tidak cukup mereka menghantar pelbagai probe angkasa untuk mengkaji kesan-kesan peninggalan big bang seperti radiasi latarbelakang dan sebagainya. Begitulah para saintis bekerja. Mereka bukan setakat buat satu teori dan kemudian kata apa yang kami kata ini sajalah yang betul.

    Sebenarnya budaya penyelidikan para saintis adalah selaras dengan saranan Tuhan mengenai perkara itu.

    2:196 Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana bukti yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia terbukti kesahihannya…

    Tuhan kata lakukan penyelidikan sehingga terbukti kesahihannya. Dan itulah yang mereka lakukan. Ini berbeza dengan sikap ahli-ahli agama. Kepada golongan itu apa saja yang keluar dari mulut mereka kononnya betul belaka walaupun mereka tidak menyertakan sebarang bukti terhadap apa yang mereka katakan. Apabila menerima bantahan mereka hanya tahu mengugut orang dan yang paling teruk mereka tak bagi orang berfikir.

    Jadi jika tuan BB mahukan saya memberi bukti kepada teori big bang, saya katakan begini. Teori big bang dan segala pengetahuan yang telah kita perolehi mengenainya cuma menumpang dari usaha orang lain. Dan mereka pun masih lagi berusaha dengan keras untuk mendapatkan kepastian dan pengesahan. Jadi kalau kita sendiri tidak buat apa-apa kerja, tak payahlah kita berlebih-lebih dari mereka pula. Mungkin tuan patut bertanya kepada diri tuan sendiri, apakah sumbangan tuan untuk menyelidik perkara yang telah digambarkan oleh Tuhan di dalam Al-Quran itu?

    Tentang saya tidak percaya Nabi menyerang kabilah Quraish. Logik saya adalah ia bertentangan dengan ayat-ayat Al-Quran. Tuan nak percaya atau tidak logik saya itu terpulang kepada tuan.

    Kenyataan saya mengenai hikmah/kebijaksanaan/wisdom terdapat dalam komen-komen saya dan bukan artikel utama. Tuan bukan orang pertama mengemuka persoalan tentang perkataan al-hikmah dalam blog ini.

    tolokminda

    April 16, 2010 at 6:58 am

  50. Salam..

    Sekadar ingin bertanya…sewaktu Allah s.w.t. menyampaikan ayatNya kepada Jibrail untuk disampaikan kepada Nabi Muhammad.. bahasa apa yang digunakan?

    troopze

    April 16, 2010 at 9:59 am

  51. kalau ikut logik dan sains, Nabi Muhammad ialah pesakit mental .. schizophrenia. dengan suara-suara asing di tempat sunyi atau masa khalwah di gua Hira.

    satu lagi, boleh sesiapa beritahu siapa yang catit ayat-ayat yang Muhammad terima itu dan bila ianya dicatitkan?

    Quran tu siapa yang karang?

    Athiz

    April 16, 2010 at 11:06 am

  52. “Ada manusia hidup dalam kebodohan tanpa disedari sebab ditakut-takutkan untuk menggunakan akal sendiri. Ada manusia yang sengaja memperbodoh-bodohkan diri mereka sendiri demi mempertahankan keangkuhan mereka.” betul juang, janganlah kita berada dikalangan orang yang seperti itu hendaknya.

    “Sama seperti iblis memperbodohkan dirinya dengan mengatakan “diciptakan daripada api lebih baik daripada tanah” tanpa ada bukti-bukti logik yang kukuh.” pendirian iblis ini bertepatan dengan logik nya bahawa api lebih baik/sempurna/cantik/kuat/mampu membakar dan tidak bole dipegang berbanding tanah. Iblis mengunakan logik beliau(betul ke pronoun ni) menolak perintah Allah, Sesunguhnya Allah maha mengetahui. Iblis tidak. Yup setiap makhluk Allah ada kelebihan dan kekurangan(fungsi) nya masing2.

    “Kita tiada kuasa nak alihkan pegangan manusia itu daripada guna logik bodoh kepada logik pandai. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menunjukkan perbezaan guna logik bodoh dan logik pandai. Namun jika orang lain nak terus dengan kebodohannya, itu hak mereka. Kelak mereka akan dapat balasan sesuai dengan pekerjaan-pekerjaan bodoh yang mereka lakukan” saya suka mengunakan terma bodoh sombong :-)(tetapi dalam hatilah, tak la kat depan2), saudara juang, sudi tak kiranya saudara cerahkan saya dengan logik saudara tentang kebenaran Al quran, kalau boleh berikan perbandingan dengan agama lain. Apa yang menyebabkan anda percaya pada Allah?

    “Al Quran itu sebahagian daripada ilmu Allah. Banyak lagi ilmu Allah yang belum dicapai oleh manusia. Sebab itu Allah suruh kita perhatikan kejadian langit dan bumi. Malangnya yang rajin kaji kejadian-kejadian tersebut adalah bangsa Barat sehingga mereka dikurniakan kepakaran mencipta teknologi. Semua itu anugerah Allah kepada orang-orang yang menghargai akal mereka sendiri.” saya setuju juang. saya cukup hairan dengan hasil kajian barat ini, kenapa ianya menjurus kearah islam. sebab tu saya hendak mengkaji teori yang dkemukakan oleh mereka. rumus matematik yang mereka keluarkan untuk menguatkan teori mereka pun saya pening, macam tak logik jer. tetapi ianya dibuktikan melalui keputusan matematik dan jarang ada orang(pakar matematik dan fizik) yang mampu menyangkal keputusan itu.(saya dari aliran sastera)

    “Berkenaan perkataan “Kami” yang Allah gunakan, saya berpendapat TM sudah kemukakan satu topik yang menarik untuk kita sama-sama hayati di sana.” yup, saya perasan, dan saya bersetuju dengan pendapat beliau tentang definisi ‘kami’

    “tetapi tidaklah seteruk perangai umat Islam hari ini yang berbangga diri macam tak sedar esok lusa akan mati.” marilah kita berdoa semoga KITA dan Mereka tersedar sebelum ajal menjemput.

    “Kalau Nabi terima Al Quran tanpa baginda perlu berfikir, secara logiknya buat apa baginda suruh orang lain berfikir kan?” Saya rasa sebagai rasul dan nabi, Baginda tentu faham Al-Quran. Beruntungnya para sahabat baginda. 😦

    “Ayat di atas menjelaskan bahawa Al Quran yang diturunkan kepada Nabi itu untuk difikirkan. Bukannya dicari riwayat hadis atas alasan riwayat hadis itu penjelasan Al Quran. Pandai-pandai sahaja ‘mereka’ pergi tukar demi menipu manusia agar dijauhkan daripada Al Quran.” insyallah kita akan berbincang tentang hadis dan sunnah nanti sesudah pegertian al hikmah dikupas. Siapa mereka juang? semoga saya dapat membuat kajian. kalau boleh berikan nama. kita akan selidik bersama2.

    “Nak nampak jelas Peringatan dalam Al Quran, kena fikirkan Al Quran itu, bukannya dilagu-lagukan? Kalau setakat nak menyanyi, baik masuk Akademi Fantasia.
    Orang yang berfikir sehingga mampu cipta roket ke angkasa, hakikatnya bukan kerana ilmu itu datang daripada dirinya sendiri, tetapi daripada Allah juga. Mereka dapat ilmu itu sebagai janji Allah kepada orang-orang yang berfikir.” sesunguhnya Al Quran memang mengemukakan bukti yang nyata pada siapa yang mampu berfikir dan memperoleh hidayah daripada Allah. Sememang nya Allah sangat dekat dengan kita, selaras dengan firman nya
    “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (QS. Qaaf: 16-18)

    “Samalah macam bila saudara dakwa 1+1 boleh jadi 0, orang lain boleh nampak percanggahannya sehingga saudara terpaksa kata dengan letakkan negatif di hadapan 1 untuk membenarkan dakwaan saudara. Tetapi saudara tak sedar dengan meletakkan negatif itu sebenarnya sudah jadi hukum lain iaitu 1-1=0” saya sedar ngative 1 apabila ditambah dengan 1 menjadi 0, saya juga sedar yang apabila negatif 1 apabila ditambah dengan negatif 1 menjadi negatif 2. persolannya dimana logik saya sebagi orang biasa untuk memahami kenapa ianya menjadi sedemikian? Untuk hukum yang 1+1 jadi 2 memanglah nampak mudah juang, tetapi cubalah juang mengambil inisiatif bertanya soalan ini pada pakar matematik, mereka akan jawab 2 tentu, tapi saudara tau tak untuk membuktikan yang 1+1 jadi 2 itu mereka mengunakn pelbagai rumus dan teori. Malahan kalau saudara jumpa ahli matematik yang pelik mungkin mereka akan jawab tak bagi simple equation tu. saudara pernah bertanya? Inilah yang dinamakan pembuktian!

    “Begitulah logik-logik dalam Al Quran. Bila ada sesuatu pihak cuba twist, orang-orang yang menggunakan logik boleh nampak percanggahan tersebut, seperti mana Rasulullah boleh nampak penipuan orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap Kitab-kitab Allah yang terdahulu.” sebelum atau sesudah beliau menjadi rasul? jikalau sebelum, adakah saudara juang bermaksud melalui pemahaman/pembacaan beliau pada taurat dan injil?

    “Allah ulang balik apa yang Muhammad nampak dahulu supaya kita dapat merasai betapa sukarnya perjuangan baginda untuk menghadapi kaum-kaum yang hidup dalam penipuan dan penyeleweng. Kelak orang-orang yang berdusta dan mengada-adakan ketetapan yang Allah tidak pernah tetapkan, akan merasai balasan penipuan mereka.” alhamdulillah, saya terharu dan tersentuh dengan perjuangan baginda dan para sahabat. yang hak itu tetap hak manakala yang batil akan musnah jua.

    “Apatah lagi pekerjaan menyelewengkan Kitab-kitab Allah seperti yang dilakukan oleh sebahagian ahli-ahli kitab terdahulu, takkanlah Allah tak balas? Apakah mereka ingat Allah tidak memerhatikan mereka setiap saat?” celaka lah mereka didunia dan di akhirat bagi yang meyeleweng ayat maupun makna kalam Allah. Ameen.

    “Tak perlu saya menyebut secara terperinci perkara ini sebab tuan boleh menggooglenya sendiri. Kebanyakan orang Islam apabila diberitahu teori bang bang menyamai gambaran yang diberi Al-Quran terus mengambil sikap – “tengok, kan Tuhan dah cakap”. Sedangkan pada hakikatnya mereka tidak tahu dan tidak berusaha apa-apa pun” ha! dengar tu umat islam, pada yang pandai, pergilah mengkaji teori bigbang tu! buktikan yang firman Allah itu adalah kebenaran yang nyata. Allah huakbar!!

    “2:196 Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana bukti yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia terbukti kesahihannya” aik!!! surah apa ni saudara TM?

    “Tuhan kata lakukan penyelidikan sehingga terbukti kesahihannya. Dan itulah yang mereka lakukan. Ini berbeza dengan sikap ahli-ahli agama. Kepada golongan itu apa saja yang keluar dari mulut mereka kononnya betul belaka walaupun mereka tidak menyertakan sebarang bukti terhadap apa yang mereka katakan. Apabila menerima bantahan mereka hanya tahu mengugut orang dan yang paling teruk mereka tak bagi orang berfikir.” pegertian yang salah tentang ulama(ahli agama), saya bersetuju TM, pembuktian amat penting dalam sains dan matematik. Saya tidak mengangap yang ulama itu perlu pandai dalam agama sahaja, saya melihat konteks makna ulama adalah lebih luas. betulkan saya kalau salah.

    “Jadi jika tuan BB mahukan saya memberi bukti kepada teori big bang, saya katakan begini. Teori big bang dan segala pengetahuan yang telah kita perolehi mengenainya cuma menumpang dari usaha orang lain. Dan mereka pun masih lagi berusaha dengan keras untuk mendapatkan kepastian dan pengesahan. Jadi kalau kita sendiri tidak buat apa-apa kerja, tak payahlah kita berlebih-lebih dari mereka pula. Mungkin tuan patut bertanya kepada diri tuan sendiri, apakah sumbangan tuan untuk menyelidik perkara yang telah digambarkan oleh Tuhan di dalam Al-Quran itu?” insyallah TM, saya berusaha untuk menyumbang, walaupun pada dasarnya tak layak, saya bertanya soalan ini kerana menganggap saudara TM yakin dan tahu kerana kerap mengunakan perkataan saintifik untuk Al quran. sekadar ingin memperoleh ilmu dari TM.

    “–> Al-Hikmah? Saya berpendapat sama dengan kebanyakan yang lain bahawa perkataan hikmah atau alhikmah di dalam Al-Quran bermaksud kebijaksanaan atau dalam bahasa Inggeris, wisdom. Wucman telah membuktikan hujahnya menggunakan ayat-ayat Quran dalam jawapan beliau di atas.” saya rasa TM patut mewujudkan posting khas tentang perkataan dan makna alhikmah ini. Semoga kita dapat perbahaskan dengan lebih jelas.

    “Nabi dan rasul? Saya berpendapat Juang juga telah menampilkan satu perspektif yang menarik mengenainya.” anda bersetuju dengan pendapat beliau?

    “Contoh dan bentuk wahyu? Al-Quran…?” sekadar ingin menambah ilmu pengetahuan

    Tiada Tuhan melainkan ALLAH, Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH. (semoga kita kekal dalam iman) 🙂

    Budak bodoh

    April 16, 2010 at 11:21 am

  53. bahasa apa yang digunakan?
    sudi kiranya saudara Tm atau Juang menjelaskan.
    saya hendak menjawab bahasa arab quraish, tapi takut, tak membuat penyelidikan yang menyeluruh.

    Budak bodoh

    April 16, 2010 at 11:33 am

  54. Athiz menulis,

    kalau ikut logik dan sains, Nabi Muhammad ialah pesakit mental .. schizophrenia. dengan suara-suara asing di tempat sunyi atau masa khalwah di gua Hira.

    satu lagi, boleh sesiapa beritahu siapa yang catit ayat-ayat yang Muhammad terima itu dan bila ianya dicatitkan?

    Quran tu siapa yang karang?

    Saya kurang yakin dengan cerita Nabi mendapat wahyu dalam gua ni. Tapi kalau Nabi disifatkan agak mengasingkan diri dari masyarakatnya, saya dapat melihat logiknya. Hari ini pun, kita boleh nampak golongan penyelidik dan pemikir lebih banyak manghabiskan masa menumpukan perhatian kepada kerja mereka. Mereka tidak perlu duduk dalam gua untuk mendapat ilham dan kita tak kata mereka ada penyakit mental.

    Siapa yang karang Al-Quran? Tidak ada siapa yang karang. Ia adalah koleksi wahyu-wahyu dari Tuhan. Ia sama saja dengan Kitab-Kitab Tuhan yang juga telah diturunkan kepada Ibrahim, Musa, Isa dan sebagainya.

    Siapa yang menulis A-Quran? Sebagai orang yang menerima wahyu atau ilham tentulah Nabi sendiri yang menulisnya. Ia sama saja bila Einstein mengkaji tentang alam dan mendapat ilham tentang prinsip relativitinya – tesis beliau tentulah beliau sendiri yang tulis. Begitu juga kalau tuan yang mendapat ilham, adakah tuan akan menulisnya sendiri atau panggil orang suruh tuliskan?

    25:4-5 “Mereka yang tidak percaya (orang-orang Arab) berkata; Ini adalah rekaan yang dibuat dengan bantuan beberapa orang. Sesungguhnya mereka telah mengucapkan kejahatan dan penipuan. Dan mereka juga berkata; Dia (Muhamad) menulis cerita-cerita dongeng dahulu kala yang dibacakan kepadanya pagi dan petang”.

    tolokminda

    April 16, 2010 at 12:22 pm

  55. “2:196 Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana bukti yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia terbukti kesahihannya” aik!!! surah apa ni saudara TM?

    Salam,

    Boleh semak di artikel ini.

    tolokminda

    April 16, 2010 at 1:48 pm

  56. BB wrote: pendirian iblis ini bertepatan dengan logik nya bahawa api lebih baik/sempurna/cantik/kuat/mampu membakar dan tidak bole dipegang berbanding tanah. Iblis mengunakan logik beliau(betul ke pronoun ni) menolak perintah Allah, Sesunguhnya Allah maha mengetahui. Iblis tidak. Yup setiap makhluk Allah ada kelebihan dan kekurangan(fungsi) nya masing2.

    Sesuatu perkara itu dikatakan logik apabila ia memberikan jawapan yang konsisten setelah diuji daripada pelbagai sudut dan dinilai pro dan kontranya. Contohnya kelogikan hukum 1+1=2 itu dibuktikan konsisten jawapannya baik dengan mengira guna jari, abakus, kalkulator mahupun komputer. Melayu, Cina, India, Inggeris dan lain-lain boleh terima logik itu sebab ia bersifat universal.

    Tetapi dakwaan iblis itu bukannya logik, sebab ia tidak bersifat universal. Ia disimpulkan berdasarkan perspektifnya diciptakan daripada api sahaja. Apa yang iblis luahkan itu hanyalah perasaan hatinya saha (perasan).

    Jika api itu baik/sempurna/cantik/kuat/mampu membakar dan tidak boleh dipegang, bukankah kita boleh padam api guna pasir (tanah)? Di mana kekuatan api kalau masih mampu dipadamkan dengan pasir? Malah dengan air yang lebih lembut daripada tanah itu pun mudah-mudah sahaja memadam api. Tetapi tidak pula makhluk-makhluk yang diciptakan daripada air merasakan diri mereka lebih hebat?

    Sudah pasti di mata mana-mana makhluk yang suka berbangga diri, apa yang ada pada diri mereka, mereka anggap mereka sahaja indah. Bukankah itu dipanggil “masuk bakul angkat sendiri”?

    Jadi apa yang iblis bawa bukannya logik (sebab tidak konsisten), sebaliknya adalah perasaan ego dengan kejadiannya sendiri. Samalah perangainya dengan orang yang lahir daripada keturunan sujud kepada matahari yang merasakan amalan mereka itu benar dan indah. Amalan ritual kaum yang mengadap objek lain dikatakan salah. Datang pula kaum yang sujud kepada patung merasakan amalan mereka benar dan indah, dan sujud kepada objek lain adalah salah. Kemudian di satu sudut, ada pula keturunan yang kata amalan sujud kepada batu itu benar dan indah, yang sujud kepada objek-objek lain itu sembah berhala. Nampak tak persamaan perangai mereka hanyalah nak berbangga diri dengan amalan tradisi keturunan masing-masing? Perasaan begitulah yang dimurkai oleh Allah. Tetapi mereka tak sedar diri seperti mana iblis tak sedar diri dengan keegoannya itu.

    saudara juang, sudi tak kiranya saudara cerahkan saya dengan logik saudara tentang kebenaran Al quran, kalau boleh berikan perbandingan dengan agama lain. Apa yang menyebabkan anda percaya pada Allah?

    Logik bukan milik saya, tapi milik Allah. Jika saya nampak logik 1+1=2 itu, bukannya kerana logik saya, tetapi kerana datangnya daripada Allah.

    Kebenaran Al Quran terletak pada logiknya. Samalah dengan kebenaran Kitab-kitab Allah yang terdahulu. Al Quran bukan untuk sesuatu agama, tetapi untuk peringatan seluruh manusia agar orang yang berbuat baik merasa gembira dengan amalan mereka dan orang yang berbuat zalim diancam dengan azab sengsara.

    Saya berpegang kepada Al Quran kerana logik itulah. Keesaan Allah boleh diterangkan dengan logik, sedangkan agama cipta manusia tidak mampu terangkan secara logik berkenaan konsep ketuhanan mereka. Mereka hanya berpegang pada persangkaan atau andaian-andaian sahaja. Bila diminta bukti, mereka tak mampu buktikan. Ketidakmampuan membawa bukti-bukti logik itulah membezakan dusta dengan benar.

    Apa yang menyebabkan saya percaya adanya Tuhan kerana akal saya nampak kewujudan Tuhan itu ada logiknya. Kalau saya nafikan Tuhan, samalah saya nafikan keperluan adanya raja atau pemimpin untuk mentadbir sesebuah negara dengan teratur dan bersistematik.

    Bila saya nampak alam semesta ini ada sistem yang tertib dan teratur, sudah pasti ada Satu Kuasa Agung yang kawal semua itu. Dan kepadaNya itulah saya bergantung harap.

    saya cukup hairan dengan hasil kajian barat ini, kenapa ianya menjurus kearah islam

    Sebabnya mereka kaji alam semesta ini yang Allah ciptakan. Logiklah mereka akan menuju ke arah Islam. Sedangkan umat Islam hari ini sibuk kaji kitab-kitab riwayat cerita yang tak tentu hujung pangkalnya, macam mana umat Islam tak jadi lemah semacam sahaja?

    Kalau kita fikir logik pun, di antara mengkaji ilmu Allah (hukum semesta alam) dengan kaji cerita-cerita atau hikayat, sudah pasti kaji ilmu Allah mempunyai manfaat dan kekuatan yang besar.

    Malangnya umat Islam hari ini tak mahu buka minda mereka. Kita seru kaji alam ini sebab alam ini milik Allah. Bukannya itulah cara kita dekatkan diri dengan Pencipta kita dengan belajar tentang apa yang Dia ciptakan?

    Tapi kalau sibuk kaji riwayat cakap-cakap manusia terdahulu, bermakna kita bukannya dekatkan diri kepada Allah, tetapi kepada nama-nama manusia terdahulu itu. Nampak tak bagaimana syaitan telah menjauhkan ramai umat Islam hari ini dengan Tuhan mereka akibat taksub pada cakap-cakap orang terdahulu. Sebab itulah bila kita sentuh pasal nama Bukhari atau Muslim, bukan main mengamuk mereka melabel sebagai anti-hadis dan sebagainya. Seolah-olah imam-imam terdahulu mereka itu sekutu Allah yang tidak boleh ditolak kitab-kitab mereka.

    Saya rasa sebagai rasul dan nabi, Baginda tentu faham Al-Quran. Beruntungnya para sahabat baginda.

    Tak logik seorang Rasul itu tak faham apa yang dia sampaikan. Pada saya bukannya sahabat baginda sahaja beruntung, semua orang yang menggunakan akal itu beruntung.

    Cuba kita letakkan diri kita di zaman Nabi Muhammad ketika baginda tidak dikenali sebagai seorang Rasul lagi. Bagi pengikut ajaran Nabi Isa merasakan sahabat Nabi Isa sahaja beruntung. Tetapi macam mana Muhammad yang tidak sezaman dengan Nabi Isa boleh dapat kefahaman Kitab Allah yang sama macam Nabi Isa dapat? Semuanya kerana baginda juga seorang yang berfikir.

    Sunnah Nabi adalah berfikir (tak logik para Nabi tak guna akal sendiri). Sunnah inilah yang telah ditinggalkan oleh umat Islam hari ini walaupun mereka sangka dengan ikut kitab-kitab riwayat hadis itu, mereka sahajalah yang ikut sunnah Nabi. 🙂

    Siapa mereka juang? semoga saya dapat membuat kajian. kalau boleh berikan nama. kita akan selidik bersama2.

    Tak perlulah kita nak tujukan “mereka” itu kepada mana-mana individu. Itu serahkan kepada Allah yang nampak segala isi hati.

    Samalah bila Al Quran sebut pasal ada ahli-ahli kitab terdahulu yang pendusta, Nabi pun tidak jelaskan siapa nama mereka itu dengan spesifik.

    Ingatlah, tujuan kita di sini bukannya nak menghukum mana-mana individu kerana itu urusan Allah. Tujuan kita di sini untuk membezakan mana yang benar dan mana yang dusta supaya tiada manusia boleh beralasan di hadapan Allah kelak bahawa di zaman mereka tiada orang-orang beri peringatan dan menjelaskan perbezaan benar atau dusta.

    Jadi ambil contoh dalam Al Quran, bila ada ayat yang sebut perkataan “mereka”, Nabi pun tak sebut nama-nama manusia yang dimaksudkan sebagai “mereka” itu.

    Juang

    April 17, 2010 at 4:31 am

  57. Salam TM,

    Siapa yang menulis A-Quran? Sebagai orang yang menerima wahyu atau ilham tentulah Nabi sendiri yang menulisnya. Ia sama saja bila Einstein mengkaji tentang alam dan mendapat ilham tentang prinsip relativitinya – tesis beliau tentulah beliau sendiri yang tulis. Begitu juga kalau tuan yang mendapat ilham, adakah tuan akan menulisnya sendiri atau panggil orang suruh tuliskan?

    Pada perkiraan saya, yang anggap Nabi buta huruf tak tahu menulis itu kerana mereka tidak tahu bagaimana wahyu diturunkan dan wahyu itu adalah ilham yang tercetus dalam minda orang yang mahu berfikir.

    Sebab itu mereka reka-reka cerita Nabi dalam gua dan belajar dengan Jibril seolah-olah Jibril buka kelas qiraati yang ada papan hitam untuk ajar membaca ayat dalam surah yang bermula dengan “iqraq” itu.

    Jika benar Nabi pernah asingkan diri naik ke gua hira di atas bukit itu, ada kemungkinan besar kerana baginda nak lihat panaroma yang luas untuk memikirkan tanda-tanda Kekuasaan Allah.

    Juang

    April 17, 2010 at 6:50 am

  58. Salam,

    Troopze: Sekadar ingin bertanya…sewaktu Allah s.w.t. menyampaikan ayatNya kepada Jibrail untuk disampaikan kepada Nabi Muhammad.. bahasa apa yang digunakan?

    Kalau saudara dapat terima bahawa wahyu itu adalah ilham yang tercetus ketika proses berfikir (otak membuat proses perbandingan, pengiraan dan penilaian), saudara akan nampak yang Al Quran itu dalam satu bentuk bahasa yang universal yang semua orang yang berfikir boleh bersetuju kepada jawapan tersebut walau apa jua bahasa pertuturan yang digunakan.

    Al Quran itu bertukar dalam bentuk bahasa Arab disebabkan Nabi yang memikirkan mesej-mesej Al Quran itu menggunakan bahasa Arab sebagai pertuturannya. Andaikata yang berfikir itu orang yang guna bahasa Cina sebagai pertuturannya, maka ia akan berubah ke medium bahasa Cina, tetapi mesej yang ingin Allah sampaikan kepada orang yang berfikir itu tetap sama, seperti mana Muhammad boleh dapat mesej yang sama dengan Nabi-nabi terdahulu walaupun Nabi-nabi terdahulu itu guna bahasa pertuturan yang berbeza.

    Juang

    April 17, 2010 at 7:16 am

  59. BB: Untuk hukum yang 1+1 jadi 2 memanglah nampak mudah juang, tetapi cubalah juang mengambil inisiatif bertanya soalan ini pada pakar matematik, mereka akan jawab 2 tentu, tapi saudara tau tak untuk membuktikan yang 1+1 jadi 2 itu mereka mengunakn pelbagai rumus dan teori. Malahan kalau saudara jumpa ahli matematik yang pelik mungkin mereka akan jawab tak bagi simple equation tu. saudara pernah bertanya? Inilah yang dinamakan pembuktian!

    Jika perkara senang dibuktikan perlukan rumus-rumus yang kompleks, saya kira ada tak kena dengan orang yang dikatakan “pakar matematik” itu. Samalah perangainya dengan “pakar agama” yang guna kitab-kitab hriwayat yang mengomplekskan hidup. Perkara mudah dalam Al Quran, mereka susah-susahkan hidup dengan pegang kitab lain. Kononnya mereka dilihat pakarlah bila banyak guna kitab-kitab yang didakwa penjelas Al Quran itu.

    Pada perkiraan saya, jika setakat kiraan 1 tambah 1 itu, bukanlah susah untuk kita buktikan kebenarannya tanpa rumus kompleks pun. Guna jari pun boleh kira.

    Tetapi kalau kita nak buat pembuktian 1 tambah 1 guna kalkulator, memanglah kompleks kerana untuk mencipta kalkulator itu memerlukan kita belajar pasal hukum logik, elektronik, mekanik dan pembuatan.

    sebelum atau sesudah beliau menjadi rasul? jikalau sebelum, adakah saudara juang bermaksud melalui pemahaman/pembacaan beliau pada taurat dan injil?

    Oleh kerana tugas Rasul itu mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi terdahulu, sudah pasti baginda nampak penyelewengan orang-orang Yahudi/Nasrani daripada Taurat/Injil setelah baginda buat penyelidikan untuk menapis mana ajaran yang benar-benar daripada Allah dan mana yang direka-reka oleh ulamak-ulamak Yahudi/Nasrani itu.

    Juang

    April 17, 2010 at 7:54 am

  60. Salaam!Takan TM tegejut kut??sudah terang lg suluh!
    2:196 Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana bukti yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia terbukti kesahihannya…
    Haa!sila kaji ini dr saya; ‘sama2 ler pakat komen!!
    2:196 Taatilah setiap cabaran dan makmurkanlah kerana Allah. Jika kamu cekap mengatur maka dapatkan yang munasabah daripada petunjuknya dan jangan kamu kusutkan fikiranmu apabila sampai petunjuk kesuatu tahap tertinggi. Sesiapa diantara kamu berpenyakit atau terganggu dari pemikirannya maka gantikan dengan kajian mendalam atau bersedekah atau memberi hadiah. Kamu akan merasa aman dan selesa dengan kemakmuran dan cabaran yang mudah didapati daripada petunjuknya. Sesiapa tidak mendapatinya maka buatlah kajian mendalam tiga hari semasa cabaran dan tujuh hari apabila kamu kembali pulih menggenapkanya sepuluh hari. Demikian itu untuk siapa tidak disertai keluarganya ketika hadir mematuhi laranganya. Prihatinlah Allah dan ketahuilah Allah sangat dahsyat yang akibat kesudahanya. Apa mcm ta’perrrcyeee ke!!!!!

    jong

    April 17, 2010 at 9:53 am

  61. Juang,

    baguslah anda kembali, masih banyak pekara yang saya ingin fahami tentang anda.(saya bimbang anda mungkin sakit)

    “Sesuatu perkara itu dikatakan logik apabila ia memberikan jawapan yang konsisten setelah diuji daripada pelbagai sudut dan dinilai pro dan kontranya. Contohnya kelogikan hukum 1+1=2 itu dibuktikan konsisten jawapannya baik dengan mengira guna jari, abakus, kalkulator mahupun komputer. Melayu, Cina, India, Inggeris dan lain-lain boleh terima logik itu sebab ia bersifat universal”
    “Kebenaran Al Quran terletak pada logiknya”
    “Saya berpegang kepada Al Quran kerana logik itulah. Keesaan Allah boleh diterangkan dengan logik”
    “Bila saya nampak alam semesta ini ada sistem yang tertib dan teratur, sudah pasti ada Satu Kuasa Agung yang kawal semua itu. Dan kepadaNya itulah saya bergantung harap”

    pengertian logik bagi juang serta perkaitannya/relatif/bukti dengan Al Quran. Tolong berikan contoh yang nyata?

    “Sebabnya mereka kaji alam semesta ini yang Allah ciptakan. Logiklah mereka akan menuju ke arah Islam” tetapi kenapa meraka tidak menerima islam. bukankah mereka sudah tersangat logik? mungkin lebih dari anda logik mereka.

    “Sedangkan umat Islam hari ini sibuk kaji kitab-kitab riwayat cerita yang tak tentu hujung pangkalnya, macam mana umat Islam tak jadi lemah semacam sahaja?” tidak salah untuk mengkaji AL Quran dan hadis. daripada situ punca ilmu Allah dapat kita selami.

    “Kalau kita fikir logik pun, di antara mengkaji ilmu Allah (hukum semesta alam) dengan kaji cerita-cerita atau hikayat, sudah pasti kaji ilmu Allah mempunyai manfaat dan kekuatan yang besar” logik hanya relatif dengan keadaan semasa, samalah jua keadaan nya apabila Allah menerangkan keadaan dunia pada masyarakat jahiliyah. Anda melihat hadis dan sunnah sebagai kata2 manusia, sedangkan saya melihatnya sebagi kata2 dan perlakuan rasulullah.

    “Malangnya umat Islam hari ini tak mahu buka minda mereka. Kita seru kaji alam ini sebab alam ini milik Allah. Bukannya itulah cara kita dekatkan diri dengan Pencipta kita dengan belajar tentang apa yang Dia ciptakan?” saya tak bersetuju, sudah kah anda membuat kajian menyeluruh tentang berapa ramai umat islam yang tidak mengkaji alam ciptaan tuhan ini? kalau sudah, sila lampirkan kajian anda saudara juang. sepanjang hidup sya, pelbagai orang cerdik pandai islam yang saya ketemui, dan mereka juga mengkaji apa yang saudara katakan. malahan mereka lebih berusaha dalam mewujudkan pembuktian berbanding kita!.

    “Tapi kalau sibuk kaji riwayat cakap-cakap manusia terdahulu” penyataan ini meyebabkan saya lihat betapa saudara juang tidak memahami Al Quran. siapa kah cakap2 manusia itu juang? boleh berikan saya pembuktian anda?

    “Tak logik seorang Rasul itu tak faham apa yang dia sampaikan. Pada saya bukannya sahabat baginda sahaja beruntung, semua orang yang menggunakan akal itu beruntung.” saya bersetuju, baginda dibimbing oleh tuhan, tidak seperti kita. tentu baginda faham. Orang yang dikurniakan akal memang beruntung saudara, adakah anda rasa betul pengunaan akal saudara itu? anda yakin? bagaimana kalau(assumption) anda salah, bagaimana kalau shola itu adalah solat bukan komitmen selaras dengan kata2 dan perlakuan nabi? apa agaknya jawapan anda di depan Allah nanti?

    “Cuba kita letakkan diri kita di zaman Nabi Muhammad ketika baginda tidak dikenali sebagai seorang Rasul lagi. Bagi pengikut ajaran Nabi Isa merasakan sahabat Nabi Isa sahaja beruntung. Tetapi macam mana Muhammad yang tidak sezaman dengan Nabi Isa boleh dapat kefahaman Kitab Allah yang sama macam Nabi Isa dapat? Semuanya kerana baginda juga seorang yang berfikir.” kalau saya lah yang wujud dizaman itu ditambah pula dengan andaian saudara yang Rasullullah itu boleh membaca, saya akan cakap yang ianya adalah ciplak dari kitab saya. pekara lain yang dicakap diwaktu itu tidak masuk akal kerana keterbatasan logik saya.

    “Sunnah Nabi adalah berfikir (tak logik para Nabi tak guna akal sendiri). Sunnah inilah yang telah ditinggalkan oleh umat Islam hari ini walaupun mereka sangka dengan ikut kitab-kitab riwayat hadis itu, mereka sahajalah yang ikut sunnah Nabi. :)” ada peserta disini yang cakap rasul tidak berfikir? atau ada hadis yang melarang umatnya dari berfikir? saya tertanya2. kalau ada boleh tak berikan?

    “Tak perlulah kita nak tujukan “mereka” itu kepada mana-mana individu. Itu serahkan kepada Allah yang nampak segala isi hati.” tidak boleh macam tu juang. Inilah resminya kajian akedemik. kalau tak ia akan sentiasa menjadi andaian tanpa pembuktian! insyallah, kita sama2 berusaha dalam kebenran.

    “Jadi ambil contoh dalam Al Quran, bila ada ayat yang sebut perkataan “mereka”, Nabi pun tak sebut nama-nama manusia yang dimaksudkan sebagai “mereka” itu.” pada pendapat sya yang bodoh ini, Quran mengajar kita untuk mencari kebenaran melalui pembuktian. Contoh nya saudara, taukah anda siapa yang membuat lembu emas pada zaman nabi Musa yang menyebabkan kesesatan akidah umat terdahulu?

    “Jika perkara senang dibuktikan perlukan rumus-rumus yang kompleks, saya kira ada tak kena dengan orang yang dikatakan “pakar matematik” itu. Samalah perangainya dengan “pakar agama” yang guna kitab-kitab hriwayat yang mengomplekskan hidup. Perkara mudah dalam Al Quran, mereka susah-susahkan hidup dengan pegang kitab lain. Kononnya mereka dilihat pakarlah bila banyak guna kitab-kitab yang didakwa penjelas Al Quran itu.” saya berpendapat ianya terjadi kerana wujud ramai orang yang cerdik dan mengunakan logik, mereka perlukan bukti saudara. bukan kata2 sahaja.

    “Pada perkiraan saya, jika setakat kiraan 1 tambah 1 itu, bukanlah susah untuk kita buktikan kebenarannya tanpa rumus kompleks pun. Guna jari pun boleh kira.” syukur pada Allah kerana pergiraan yang mudah itu dapat anda dan sya lihat logiknya, pada zaman dahulu, kebolehan mengira dari 1 hingga sepuluh pun sudah dianggap kejayaan besar.

    “Oleh kerana tugas Rasul itu mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi terdahulu, sudah pasti baginda nampak penyelewengan orang-orang Yahudi/Nasrani daripada Taurat/Injil setelah baginda buat penyelidikan untuk menapis mana ajaran yang benar-benar daripada Allah dan mana yang direka-reka oleh ulamak-ulamak Yahudi/Nasrani itu.” maksudnya ia adalah daripada kajian baginda lah yang baginda jumpa kepincangan agama samawi lain tu? itu kan maksud saudara juang?

    saya ingin bertanya pada anda? Nabi adam adalah manusia pertama. ianya terbukti didalam Al Quran. persoalan saya baginda manusia homo neanderthal ke atau homo homo sapiens?

    Kepada saudara TM?
    sudi kiranya saudara terangkan pada saya tentang riwayat hidup rasulullah mengikut perspektif saudara? ingin benar saya mengkajinya. dari usia muda hingga wafatnya baginda?

    budak bodoh

    April 17, 2010 at 2:25 pm

  62. Salam bb,

    Apa daa….berjela jela….lu tanya.
    Macamlah Juang tu pakar rujuk….

    Sekian, terima kasih.

    wucman

    April 17, 2010 at 4:00 pm

  63. salam,
    wucman..panjang ke? cube ko
    buang tulisan juang..mesti jadi
    pendek.

    ak tgk bb tanya tu bersebab..
    lgpun jawabla kalau mampu..
    kan ke nak myedarkan umat isla

    chop

    April 17, 2010 at 6:54 pm

  64. Salam Chop,

    Bukan apa la…aku tengok bb tu asyik tanya benda yang sama jugak ……berulang ulang..tak faham faham.Agaknya masa zaman nabi Muhammad SAW dulu pun macam tu kot…nak bagi faham orang orang arab memang susah.

    Sekian, terima kasih.Kalau silap harap maaf.

    wucman

    April 17, 2010 at 7:24 pm

  65. Kepada saudara TM?
    sudi kiranya saudara terangkan pada saya tentang riwayat hidup rasulullah mengikut perspektif saudara? ingin benar saya mengkajinya. dari usia muda hingga wafatnya baginda?

    Salam BB,

    Mengikut perspektif saya, apa yang perlu saya ketahui mengenai Nabi semuanya terdapat di dalam Al-Quran. Jika sesuatu tentang Nabi tidak direkodkan oleh Tuhan melalui KitabNya – maka saya tidak perlu memikirkannya.

    Jika tuan mahu membuat kajian tentang Nabi, tuan lakukanlah. Tak perlu libatkan saya dalam kajian tuan. Al-Quran itu adalah untuk sesiapa saja mentelaahnya.

    tolokminda

    April 17, 2010 at 9:30 pm

  66. Tidak ada bukti yang menunjukkan Quran itu dari Allah.
    Kecuali kalau kita boleh buktikan Muhammad itu Rasul Allah.

    Orang Arab zaman nabi, Kristian dan Yahudi menolak gagasan bahwa Muhammad itu Rasul Allah. Atas sebab inilah mereka enggan akui kebenaran Quran. Mereka sedia maklum bahwa LailahailAllah, dan setuju bahwa ada SATU Tuhan yang paling berkuasa [ di mana di bawahNya ada tuhan-tuhan kecil yang menguruskan dunia ini ] Mereka juga sembah TUHAN itu, tapi mereka tolak tuhan versi Muhammad.

    Oleh kerana itulah orang Islam dikenali dengan 2-kalimah syahadah: Lailahaillallah + muhammad rasul allah

    Fallen

    April 18, 2010 at 1:15 pm

  67. apa salah silapnya kalau benar Nabi Muhammad itu tak tahu membaca?

    kita pun pastinya tak dapat kupas bagaimana budak Adi Putra tu boleh pecah rahsia matematik lebih dari seorang saintis. apa logik yang hendak kita letak di atas kebolehan Adi Putra? siapa yang ajar Adi Putra hingga begitu “terrorist” dia dalam metamatik?

    🙂

    Athiz

    April 18, 2010 at 4:24 pm

  68. Salam Fallen,

    Kalau tak nak percaya macam-macam alasan boleh diberi. Kaum nabi-nabi terdahulu, seperti kaum Nabi Ibrahim, Daud, Musa, Isa pun tak percaya Kitab yang disampaikan kepada mereka – malah tak percaya pun nabi-nabi itu rasul Allah. Samalah keadaannya dengan apa yang berlaku kepada Nabi Muhamad. Kaumnya pun tak percaya apa yang beliau sampaikan dan tak percaya dia seorang rasul.

    Cuma yang pelik selepas semua nabi itu sudah tidak ada lagi maka kaum-kaum mereka pun sibuk menggunakan nama nabi-nabi mereka dan Kitab Tuhan untuk mempromosikan kitab-kitab ciptaan mereka sendiri. Sebab itulah ajaran agama mereka bersifat kepuakan. Kalau mereka betul-betul ikut Kitab Tuhan dan percaya kepada nabi-nabi mereka tentulah mereka akan mendapat satu ajaran yang selaras dan universal sifatnya.

    tolokminda

    April 18, 2010 at 8:19 pm

  69. Salam Athiz,

    Saya berpendapat kisah nabi buta huruf ni dibawa oleh orang-orang Arab munafik supaya mudah mereka berbohong kononnya nabi Muhamad tidak mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai rasul secara sendirian jika tidak dibantu oleh “orang-orang baik dan hebat” dari kalangan kaum mereka.

    Kononnya hanya dengan bantuan para sahabatlah Nabi berjaya menjalankan tugasnya sebagai rasul. Hasilnya kepercayaan kepada Nabi tidak lengkap tanpa kepercayaan kepada para sabahat. Apabila kepercayaan seperti itu berjaya ditanamkan ke dalam fikiran umat, maka mudahlah mereka menyerapkan ajaran-ajaran palsu melalui kitab-kitab hadis yang mereka ada-adakan.

    tolokminda

    April 18, 2010 at 8:44 pm

  70. Salam TM,

    Tuan tulis: Satu persoalan timbul dari pengetahuan baru ini, kalau begitu keadaannya, maknanya cerita bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pernah menjejak kaki di Mekah adalah tidak benar.

    Saya cenderung untuk terima pendapat Tuan itu. Saya juga percaya cerita Ibrahim/Hajar/Ismail di kalangan orang Arab adalah lakonan semula sebuah drama kehidupan yang penuh harapan, yang mereka ciplak seperti cerita wayang kulit yg diciplak dari kitab Ramayana.

    Fallen

    April 18, 2010 at 8:56 pm

  71. Salam Fallen,

    Tapi beranikah orang Islam menyelidik kedudukan yang sebenarnya?

    tolokminda

    April 18, 2010 at 9:23 pm

  72. Fallen: Tidak ada bukti yang menunjukkan Quran itu dari Allah. Kecuali kalau kita boleh buktikan Muhammad itu Rasul Allah.

    Bukti untuk menunjukkan Al Quran itu daripada Tuhan adalah apa yang disebut dalam Al Quran itu benar-benar terjadi dalam realiti kehidupan. Bukan sahaja ia terjadi dalam bentuk jasmani, malah dalam bentuk rohani.

    Siapa yang izinkan sesuatu itu terjadi di langit dan di bumi? Sudah pasti Allah.

    Jadi jika apa yang disebut dalam Al Quran itu benar-benar terjadi dalam realiti kehidupan, bukankah itu menunjukkan Al Quran itu daripada Allah?

    Sesuatu yang bukan daripada pada Allah pasti mudah dilihat percanggahannya dengan hukum-hukum yang Allah tetapkan dalam alam semesta ini.

    Juang

    April 20, 2010 at 10:02 am

  73. Siapakah yang mencatit ayat-ayat Quran yang dilafazkan dari mulut Nabi Muhammad itu? Jika bukan Nabi sendiri, catatan harus diragui.

    Kalau benar Nabi Muhammad itu tidak buta huruf, sepatutnyalah baginda sendiri yang menulis/catit setiap wahyu.

    sepaluh melayu

    April 20, 2010 at 10:18 am

  74. Salam

    BB: baguslah anda kembali, masih banyak pekara yang saya ingin fahami tentang anda.(saya bimbang anda mungkin sakit)

    Terima kasih kerana concern terhadap kesihatan saya. Apa-apa pun, sihat atau sakitnya saya datangnya daripada Allah jua.

    pengertian logik bagi juang serta perkaitannya/relatif/bukti dengan Al Quran. Tolong berikan contoh yang nyata?

    Sesuatu itu dikatakan logik bila ia tepat (ada sasarannya). Tepat itu bermaksud ia boleh dibuktikan benar bila kita melihat daripada semua sudut, bukannya hanya nampak benar pada sudut yang sempit, tetapi pada sudut lain jadi tak benar pula.

    Contoh mudah logik dengan Al Quran adalah logiknya Allah itu Esa(rujuk ayat 17:42 dan 23:81). Cuba fikirkan dalam pelbagai sudut, pasti kita akan nampak tidak mungkin alam semesta ini dimiliki oleh ramai tuhan. Jika saudara dapat menafikan logik alam ini dikuasai oleh Tuhan Yang Esa, barulah benar bahawa logik itu tidak ada perkaitannya dengan Al Quran.

    Bayangkanlah dari segi Keesaan Allah, Tuhan yang kita tidak nampak guna mata kasar, pun boleh dibuktikan logik melalui Al Quran, apakah ada alasan lagi untuk manusia itu berkata “dalam Islam tidak boleh guna logik”? Besar sungguh pendustaan mereka terhadap Al Quran semata-mata nak menipu manusia dengan amalan ritual mereka.

    Sebenarnya, jika manusia itu berfikir, pasti mereka dapat terima hakikat bahawa Tuhan alam semesta ini hanya ada Satu sahaja. Tanpa mereka jumpa ayat 17:42 dan 23:81 pun mereka mudah memikirkan kelogikannya.

    tetapi kenapa meraka tidak menerima islam. bukankah mereka sudah tersangat logik? mungkin lebih dari anda logik mereka

    Mungkin kerana definasi Islam yang ada pada saudara tidak sama seperti dalam Al Quran. Hari ini Islam dilihat seperti amalan rata-rata manusia yang mengaku mereka Islam. Dan belum tentu mereka itu Islam seperti ajaran Al Quran. Lebih-lebih lagi bila mereka malas berfikir dan menyelidik Al Quran, macam mana kita nak kata umat Islam hari ini benar-benar Islam?

    Melainkan umat Islam hari ini benar-benar mengikut logik seperti Rasulullah mengikut logik untuk buktikan Allah itu Esa, barulah boleh kita kata orang lain tidak terima Islam.

    Sekarang ini, standard nak mengukur seseorang itu terima Islam atau tidak sudah tak betul kerana ajaran atas Islam pada hari ini bukan lagi berpaksikan Al Quran. Berapa banyak ketetapan-ketetapan diada-adakan yang bercanggah dengan matlamat Al Quran itu diturunkan. Jika kayu pengukur Islam itu sudah bengkok, macam mana kita nak dakwa orang lain itu tidak menerima Islam? Mana tahu di sisi Allah, orang lain yang saudara kata tidak terima Islam itulah yang Islam, seperti mana Muhammad itu benar walaupun di mata orang Yahudi dan Nasrani, baginda tidak benar.

    Ini yang kita nak perbetulkan kembali dengan pakat-pakat kembali kepada Al Quran. Buang keegoaan atas nama kaum, status, pangkat untuk sama-sama kembali melihat mesej-mesej Allah dalam Al Quran. Daripada situ barulah kita boleh menilai kembali ajaran tradisi kita, mana satu ajaran Islam dan mana satu yang bukan.

    tidak salah untuk mengkaji AL Quran dan hadis. daripada situ punca ilmu Allah dapat kita selami.

    Ilmu Allah itu bersifat benar dan tidak bercanggah di antara satu sama lain. Itu kuncinya.

    Jadi, tidak salah belajar sesuatu yang benar. Dan adalah salah mengikut sesuatu yang bohong dan diada-adakan.

    logik hanya relatif dengan keadaan semasa, samalah jua keadaan nya apabila Allah menerangkan keadaan dunia pada masyarakat jahiliyah. Anda melihat hadis dan sunnah sebagai kata2 manusia, sedangkan saya melihatnya sebagi kata2 dan perlakuan rasulullah.

    Logik bersifat abadi. Umpamanya logik Allah itu Esa, walaupun berbilion manusia kata tuhan ada ramai, namun ia tidak mampu melawan hujah orang yang buktikan Allah itu Esa walaupun Rasulullah itu seorang diri ketika mula-mula berdakwah. Ini kerana sejak azalinya Allah itu secara logiknya adalah Esa. Tetapi bila ada pembesar-pembesar agama yang menipu mengatakan Tuhan ada anak dan sebagainya, ramai manusia yang taksub pada pembesar agama itu menerima tanpa berfikir panjang.

    Begitulah jadinya bila ada orang pergunakan nama Nabi kononnya itulah sunnah atau hadis baginda, untuk menipu manusia dan mencanggahi logik-logik yang wujud dalam Al Quran.

    Selagi sesuatu riwayat itu tidak menafikan logik-logik dalam Al Quran, saya boleh menerima kebenarannya. Tetapi bila ada riwayat hadis atau kata-kata atas nama imam tertentu yang mencanggahi logik Al Quran, takkanlah saya nak mengikut sesuatu yang bercanggah dengan Al Quran? Bukankah kalau saya ikut sesuatu yang bercanggah dengan Al Quran, samalah seperti perangai orang kafir terdahulu yang menolak Al Quran juga?

    Konsep saya mudah sahaja. Selagi sesuatu itu tidak menafikan logik-logik dalam Al Quran, sudah pasti ia benar. Saya jadikan Al Quran sebagai kayu pengukur yang lurus dan jitu.

    Dan saya tidak ikut sesuatu yang bersifat double standard. Contohnya mereka kata kaum lain yang sujud ke arah matahari, bulan, patung atau busut itu adalah amalan sembah berhala. Tetapi sebab mereka lahir daripada keturunan yang sujud ke arah bangunan batu, mereka kata itu amalan yang benar dan indah. Nampak sangat sikap bias atau double standard dalam ajaran mereka. Sedangkan Al Quran suruh kita berlaku adil.

    Juang

    April 20, 2010 at 10:43 am

  75. Salam,

    SM: Siapakah yang mencatit ayat-ayat Quran yang dilafazkan dari mulut Nabi Muhammad itu? Jika bukan Nabi sendiri, catatan harus diragui.

    Kalau benar Nabi Muhammad itu tidak buta huruf, sepatutnyalah baginda sendiri yang menulis/catit setiap wahyu.

    Siapa yang menulis Al Quran yang sampai kepada kita hari ini bukannya penentu benar atau tidak kata-kata dalam Al Quran itu.

    Samalah juga siapa yang mencatitkan hukum-hukum sains yang ditemui oleh para saintis terdahulu, tidak menjadi penentu kebenaran teori-teori yang dikemukakan oleh saintis.

    Jika Al Quran itu dusta, pasti mudah kita bawakan segala bukti di langit dan di bumi untuk menafikan sesuatu ayat-ayatnya.

    Yang patut diragui adalah kata-kata yang tiada bukti di langit dan di bumi yang sekadar bersandarkan nama-nama orang terdahulu yang dijadikan icon masyarakat. Bukankan mempercayai sesuatu yang dusta itu hanya merosakkan jiwa?

    Juang

    April 20, 2010 at 10:48 am

  76. Salaam,

    Alhamdulillah… selesai membaca topik ini (lama x on9), banyak input yang diperolehi.

    Kita boleh bertanya juga, apa salah silapnya jika nabi Muhammad itu pandai baca…. bukankah baginda contoh ikutan terbaik disamping nabi sebelumnya ? Kalau semua umat islam hari ini buta huruf,adakah itu contoh ikutan terbaik ?

    MataHati

    April 20, 2010 at 10:52 am

  77. Semua bangsa di dunia ini berevolusi (berubah), suatu masa nanti bangsa/kaum2 di Malaysia pun akan berubah menjadi bangsa malaysia sahaja…tiada lagi Melayu, Cina, India, Kadasan dsbnya, ini sudah dapat lihat apabila kahwin campur anak-anak mereka hanya tahu bertutur bahasa melayu/inggeris sahaja…

    Itu juga yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim dan anaknya, walaupun mereka duduk di Mekah tidak semestiny mereka berbangsa arab… bangsa/kaum arab wujud terkemudian setelah pupusnya bangsa nabi Ibrahim…

    MataHati

    April 20, 2010 at 11:13 am

  78. Salam,

    Saya setuju pendapat MataHati itu. Apa salahnya jika kita berpegang pada hujah yang lebih kuat mengatakan Muhammad itu pandai membaca? Kerasulan baginda bukannya terjejas pun kalau baginda pandai membaca sebab para Nabi-nabi terdahulu pun seorang yang bijak-pandai.

    Kalau kita nak angkat Rasulullah sebagai contoh akhlak yang baik untuk bangun dan majukan masyarakat kita, sepatutnya kita tonjol sifat-sifat yang baik. Tetapi kalau kita tidak hiraukan nasib masyarakat kita, kita tidak kisah pun bila ada pembesar agama kata Nabi buta huruf. Kita tidak fikirkan pun implikasi kepada percaya kepada ajaran-ajaran sebegitu rendah nilainya.

    Hari ini, nama Rasulullah digunakan untuk menghalalkan umat Islam berbunuh-bunuhan dan mengebom di tempat-tempat awam atas alasan berbeza kepercayaan. Bila ada orang Barat lukis karikatur Nabi berimej bengis dan terrorist, umat Islam juga yang “hangin”, walhal karikatur itu dilukis berdasarkan perangai rata-rata umat Islam hari ini yang mengaku ikut ajaran Rasulullah.

    Sepatutnya kalau kita mengaku ikut ajaran seseorang Nabi, tonjolkanlah akhlak yang mulia, bukannya perangai buruk.

    Lainlah kita mengaku tidak ikut mana-mana Nabi. Kalau buat perangai buruk pun, orang lain tidak kaitkan perangai kita itu dengan seseorang Nabi terdahulu.

    Juang

    April 20, 2010 at 11:14 am

  79. Adalah oxymoron untuk mengatakan Nabi Muhammad tidak buta huruf, tapi tidak pula menulis sendiri wahyu yang dia terima.

    Jika terjadi pada diri-diri kita, katakanlah mendapat ‘wahyu’ nombor ekor atau peta harta karun – sudah tentu masa tu juga kita tulis sendiri sepertimana yg dilakukan Nostradamus. Kita tak tunggu hingga ke bulan depan baru nak suruh sahabat catitkan.

    Atau jika benar Nabi Muhammad itu buta huruf, sebenarnya baginda mengidap sejenis Dyslexia, yakni kesukaran membaca dan menulis, yg sengaja Allah berikan baginda supaya ada piawaian dalam penyampaian mesej secara lisan.

    Teruna Recycle

    April 21, 2010 at 6:22 pm

  80. hahaa .. first time aku dengar nih .. Nabi Mhmd tu rabun-dyxlesia ekk ? ada logik jugak tuh

    🙂

    Nidji

    April 22, 2010 at 5:12 pm

  81. Salam,

    Kalau ikut apa yang diceritakan kepada kita oleh Tuhan melalui Al-Quran, kaum Nabi sendiri kata Nabi yang menulis Al-Quran – yang mereka sifatkan mengandungi cerita-cerita hikayat yang dibacakan oleh orang lain kepada Nabi pagi dan petang.

    25:4-5 “Mereka yang tidak percaya (orang-orang Arab) berkata; Ini adalah rekaan yang dibuat dengan bantuan beberapa orang. Sesungguhnya mereka telah mengucapkan kejahatan dan penipuan. Dan mereka juga berkata; Dia (Muhamad) menulis cerita-cerita dongeng dahulu kala yang dibacakan kepadanya pagi dan petang”.

    tolokminda

    April 22, 2010 at 5:27 pm

  82. so, sebagai langkah pro-aktif Tuhan jadikan Nabi Mhmd tu “dyxlesia’ – tak boleh baca dan tulis .. confirmed lah Quran bukan Nabi Mhmd yg tulis.

    Nidji

    April 22, 2010 at 6:14 pm

  83. Salam,

    Jika Muhammad terkenal sebagai seorang yang buta huruf di kalangan masyarakat Arab pada waktu itu, secara logiknya orang-orang Arab itu tidak mengatakan baginda menulis cerita dogeng. Paling tidak pun mereka akan mengatakan Muhammad berceramah cerita dogeng. 🙂

    Juang

    April 22, 2010 at 7:47 pm

  84. hehehe Ujang … Nb Mhmd tak main tulis2 ni. nak cari kulit lah, papan lah, batu, dakwat lah .. leceh la beb ! Nb Mhmd download/upload jer ilmu yang dia trima. he was a walking super-computer.

    of course the fools will never understand this. 🙂

    Nidji

    April 23, 2010 at 1:18 am

  85. Salam,

    Sudah tentulah Nabi Muhammad terima wahyu bukan dalam bentuk tulisan. Ilham turun kepada manusia bukannya dalam bentuk tulisan.

    Tetapi untuk orang di sekeliling Muhammad dapat fahami apa yang Muhammad terfikir, sudah pasti Muhammad perlu menyebarkannya dalam bentuk tulisan jika mahu wahyu-wahyu (ilham) itu diterjemahkan dalam bentuk yang orang lain boleh baca dan memikirkan kebenarannya.

    Lain Nabi Muhammad itu seorang yang kedekut ilmu. Sudah pasti baginda tak tulis apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya.

    Jadi berdasarkan bukti-bukti yang ada baik dalam Al Quran mahupun berdasarkan sifat-sifat seorang Rasul (yang tak logik kedekut ilmu), sudah pasti Muhammad seorang yang tahu menulis dan bukannya buta huruf.

    Bukan susah sangat pun nak fikirkan semua itu. Antara malas atau tidak. Antara taksub membuta-tuli atau yakin pada diri. 🙂

    Juang

    April 23, 2010 at 6:27 am

  86. dah telan ludah syeh dia budak nih

    slipar

    April 23, 2010 at 9:14 am

  87. Benda ni senang je.

    Depa ni tak baca Qur’an dan faham.

    Qur’an dah kata semua Rasul manusia biasa. Bila manusia biasa, bila pulak Muhammad ada super power boleh hafal semua suruhan, larangan, bagaimana bumi tercipta dll.

    common sense, kalau Muhammad ada super power, semua orang waktu impress and peluk Islam. Taklah Arab panggil dia ni educated tapi gila.

    Anda letaklah ayat macam mana pun, mana pun kebanyakannya yang keluarkan ayat-ayat budak kecik ni, bukan nak pergi periksa balik.

    Habis kuat, refer balik kat ustaz depa. Bukan periksa sendiri.

    muaddib

    April 23, 2010 at 9:29 am

  88. Let me rephrase.

    Baca dahulu dalam bahasa yang diri sendiri boleh faham.

    Kefahaman pula proses lain yang berbeza.

    Jika hanya melagukan dalam bahasa yang diri sendiri tak faham, ini lah jadinya.

    Lepas tu telan bulat-bulat apa yang diajar.

    muaddib

    April 23, 2010 at 9:34 am

  89. Let me rephrase.

    Baca dahulu dalam bahasa yang diri sendiri boleh faham.

    Kefahaman pula proses lain yang berbeza.

    Jika hanya melagukan dalam bahasa yang diri sendiri tak faham, ini lah jadinya.

    Lepas tu telan bulat-bulat apa yang diajar. Itu yang keluar cerita Muhammad ada superpower macam komputer lah pulak.

    Lepas tu panggil orang lain bodoh, sebab tak percaya dengan cerita hikayat dia.

    muaddib

    April 23, 2010 at 9:35 am

  90. Salam,

    Sifat orang yang suka berbangga diri. Mereka suka mengada-adakan cerita nak berbangga-bangga apa yang mereka ada.

    Dalam Al Quran menceritakan kisah para Nabi-nabi ada mukjizat-mukjizat tertentu yang dirasa itu satu superpower. Tetapi Nabi Muhammad, Al Quran tidak mengatakan baginda ada superpower.

    Maka golongan yang taksub pada Nabi Muhammad pun mengada-adakan cerita kononnya baginda ada superpower. Kononnya dengan buta huruf itu, menunjukkan baginda ada superpower dapat Al Quran.

    Walhal tanda-tanda benar atau tidak seseorang manusia bukannya pada superpower itu, tetapi pada bukti-bukti yang dikatakan itu jelas dan wujud di langit dan di bumi serta selari dengan sistem yang Allah telah tetapkan.

    Kekuatan yang ada pada seseorang Rasul adalah sabar dan tidak cepat berputus asa. Itulah kunci kejayaan mereka.

    Juang

    April 23, 2010 at 11:08 am

  91. Siapa boleh kenal diantara Nabi serta Rasul itu dengan Allah yang maha pencipta??//// serta apa kaitan nya di antara NYA (Allah da Nabi) itu.
    Kenal kan dulu melalui kajian Bab Tauhid Tahkik itu ….dan satelah itu barulah kita berforam ,dan sekira nya dah faham akan siapa itu Mohamad di sisi Allah itu maka baru lah kita tahu ….siapa itu MOHAMMAD …Nabi beserta Rasul itu….maaf ya//
    dengan ini bahawasa nya Nabi serta Rasul itu ada lah bersifat ….SODDOQ ,TABLIGH , AMANAH , DAN FATANAH
    Ingat apa itu sifat2 Nabi dan kaitan nya dengan Allah.

    saguputeh

    July 21, 2010 at 12:10 pm

  92. serta cuba2 cari analisis nya yang di katakan ……

    WAL AWALLUL WAL AKHIRU WAL ZAHIRRU dan WAL BATHINNU.

    yang mana FIRMAN dan yang mana HADITH….SERTA HURAIKAN.
    maaf…t/k

    saguputeh

    July 21, 2010 at 11:08 pm

  93. assalamualaikum…maaf mencelah….saya dalam proses pencarian sirah2 nabi…terbuka blog ni…mungkin terlewat bincang soal ni…saya pun keliru mula2…tapi banyak dah bacaan,rujukan dan persoalan yang saya ajukan pada lecturer agama…macam2 jawapan saya terima….tapi,akhirnya,link saya bagi nilah pegangan akhir saya untuk menilai…saya pun xbanyak ilmu,masih banyak perlu di pelajari…sesungguhnya ilmu Allah ni walaupun ditulis 7 lautan pun xcukup…sama-samala kita mencari ilmu…tapi,walau apapun pandangan kita tentang konsep ummiy,kita perlu ambil yang positif…jika pendapat kita nabi buta huruf,ia mukjizat buat nabi bagi menolak tuduhan yahudi bahawa nabi pembohong…bukan satu penghinaan…jika kita berpendapat nabi tidak buta huruf,mesti ada sebabnya dan dalil berkaitan….walau apapun,kita perlu menjaga kehormatan nabi kita…=) mungkin juga nabi buta huruf pada awalnya…namun,wahyu demi wahyu yang turun,Allah menjadikan nabi seorang yang fathanah….wallahu’alam….sesungguhnya ilmu saya sangat cetek…saudara/saudari boleh lihat link yang saya bagi…saya tengok dalam website JAKIM =)

    Click to access siri3.pdf

    salam perkongsian ilmu….maaf dipinta andai tersalah kata…bersamalah kita mendalami ilmu…=)

    tqamlk

    March 19, 2012 at 2:44 pm

  94. jahilnya manusia pabila dia melihat ahmad tu sebagai magik, lebih jahil pabila cerita dongeng yang tiada sandaran dari Al-Quran. Petunjuk mana yang dia nak ikut? petunjuk yang Haq @ yang bhatil? ataupun mencampurkan yang Haq dengan bathil?

    HumanError

    September 7, 2012 at 4:58 pm

  95. bagi saya tak penting.. yang penting Al Quran tu sendiri. Nabi Muhammad boleh baca ke tak itu adalah ciri-ciri dirinya. Yang penting adalah mesej Al Quran itu sampai.

    Politicalamity9

    May 23, 2016 at 3:07 pm

  96. Astaghfirullah.

    Bang, hati2 dalam menulis bang.

    1) Nabi Muhammad bukan nabi pertama dalam golongan arab. ada hadith nabi mengatakan ada 4 nabi dari bangsa arab. nabi salih, nabi ismail contohnya.

    2) nabi ibrahim dan nabi ismail memang pernah ke mekah. cek balik cerita kedua2 nabi membina kaabah. hingga nabi ismail menjumpai batu dari syurga (hajarul aswad), mata air zam2, dan tapak kaki nabi ibrahim di kaabah.

    3) Bang, ayat quran yang diberikan dan huraian nya di luar context. “mereka” ni maksudnya org2 arab jahiliah. mesti la diorg ckp cmtu sbb ayat2 quran yang dibawa level die terlalu tinggi. tidak seperti syair2 mereka n then diorg assume nabi muhammad “terpelajar”. ayat quran kt bwh ni ade bg isyarat (quran 29:48)

    “Jika kita fikir-fikirkan, tentulah tidak munasabah Allah melantik seorang rasul yang tidak tahu membaca dan menulis sehingga rasul-Nya terpaksa bergantung kepada orang lain untuk menuliskan wahyu yang diterimanya. Dengan kata lain, jika itu keadaannya maka Nabi Muhamad bukanlah seorang rasul yang telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.”

    Astagfirullah. Semua ini mudah utk Allah. Sahabat nabi, Umar r.a, keluar rumah nk membunuh nabi, last2 masuk islam. imam mahdi “diperkemaskan” iman nya oleh Allah dlm 1 mlm je. bumi dan alam semesta ni Allah cipta, Allah nk musnahkan pn boleh. semua ni terlalu mudah utk Allah.

    Quran 29:48
    “Dan engkau (Muhammad) tidak pernah membaca sesuatu kitab sebelum (Al-Qur’an) dan engkau tidak (pernah) menulis suatu kitab dengan tangan kananmu; sekiranya (engkau pernah membaca dan menulis), niscaya ragu orang-orang yang mengingkarinya.”

    dah terang lagi bersuluh. ulama’ seluruh dunia bersependapat tentang nabi muhammad tidak pandai membaca dan menulis. ini sebagai bukti yang al quran tidak dikarang oleh nabi muhammad.

    “Tidak ada seorang pun rasul sebelum Muhamad yang kita tahu bergantung kepada orang lain untuk menyempurnakan tugas mereka”
    salah ni bang. cube cek balik cerita nabi musa apabila diperintah kan jumpa firaun. nabi musa cakap die xmampu pegi sorg dan jadikan lah sedara die (nabi harun) jd seorg nabi dan jumpa firaun sama2. Nabi harun sorg je yang di berikan title nabi sebab nabi musa request.

    Secara serius, takut ak baca penulisan ko ni. walaupun ni cerita lama.

    Khir

    December 20, 2018 at 4:53 pm


Leave a comment