Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Mengapa kita perlu membaca dan memahami Al-Quran?

with 38 comments

Hidup kita sebagai Muslim adalah berkenaan dengan perjanjian kita kepada Tuhan dan perjanjian Tuhan kepada kita. Dokumen kontraknya adalah Al-Quran. Jika kita kata kita percaya kepada Al-Quran, maknanya segala isi kandungan Al-Quran secara automatik mengikat kita dalam konteks perjanjian kita dengan Tuhan dan mengikat Tuhan dalam konteks perjanjian Tuhan dengan kita.

Kedua-dua belah pihak, Tuhan dan kita perlu komited kepada perjanjian ini dan semua klausa yang terkandung di dalam Al-Quran merupakan komitmen-komitmen yang perlu ditunaikan sepenuhnya oleh kedua-dua belah pihak.

Apabila kita faham konsep ini, maka kita akan sedar bahawa kitab-kitab lain, selain Al-Kitab langsung tidak relevan dalam perjanjian kita dengan Tuhan – Tuhan dengan kita. Kita hanya perlu komited terhadap komitmen-komitmen yang telah diwahyukan kepada kita melalui Al-Quran.

Ia seperti kita mempersetujui perjanjian kontrak yang biasa juga, misalnya perjanjian kontrak dalam perniagaan. Sebaik saja persetujuan dicapai, kedua-dua belah pihak perlu mengisytiharkan persetujuan mereka dan dalam konteks perjanjian sesama manusia seperti itu, ia disahkan melalui tandatangan, cap jari dan sebagainya.

Kemudian kedua-dua pihak perlu komited ke arah mencapai matlamat perjanjian mereka. Dan komitmen-komitmen mereka adalah kepada melaksanakan atau merealisasikan atau berpegang teguh segala perincian, terma, syarat dan semua klausa yang terkandung di dalam dokumen perjanjian berkenaan.

Oleh kerana Al-Quran menggariskan semua komitmen yang perlu kita tunaikan kepada Tuhan maka sudah tentulah kita perlu membaca dan memahaminya, satu persatu. Secara common sense, ia adalah perkara pertama yang kita perlu lakukan sebaik saja kita masuk ke dalam perjanjian ini. Tidak mungkin kita dapat menunaikan segala komitmen yang terkandung di dalam Al-Quran tanpa kita sendiri membaca dan memahaminya.

Dan saya percaya jalan yang terbaik untuk memahami Al-Quran adalah dengan usaha atau inisiatif kita sendiri. Kita harus ingat bahawa perjanjian kita dengan Tuhan adalah satu perjanjian peribadi di antara kita dan Pencipta kita. Ia tidak melibatkan orang lain. Oleh itu kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada tafsiran orang lain. Mereka mungkin tidak ada niat untuk mematuhi perjanjian mereka sebagaimana kita. Kita tidak boleh ambil mudah dalam perkara sepenting ini.

Sebagai penutup kepada artikel pendek ini, jika anda masih belum faham apakah pada dasarnya komitmen-komitmen yang perlu kita tunaikan sebagaimana terkandung di dalam dokumen perjanjian kita dengan Tuhan, iaitu Al-Quran, ia adalah tentang mematuhi cara atau jalan hidup yang telah Tuhan tetapkan kepada kita.

Dan apakah pula komitmen Tuhan kepada kita? Komitmen Tuhan adalah untuk memberi balasan yang adil kepada setiap perbuatan kita. Yang baik walaupun hanya seberat atom akan diberi ganjaran baik dan yang buruk walaupun hanya seberat atom akan di beri balasan buruk. Itulah janji atau komitmen Tuhan kepada kita.

Berita baiknya adalah Tuhan kata, kalau kita ikut Al-Quran kita pasti akan selamat. Mudah saja, kan? Jadi mari kita sama-sama mula membaca dan memahami Al-Quran sebagaimana sepatutnya.

Written by tolokminda

January 10, 2010 at 2:35 pm

Posted in Quran

Tagged with , ,

38 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Secara common sense pun kita boleh tahu kenapa perlu baca dan fahami Al Quran.

    Samalah macam kita mengaku nak jadi ahli fizik, maka sudah pasti kita kena baca dan memahami buku2 ilmu pasal fizik. Kalau setakat mengaku ahli fizik, tetapi tak faham pun isi kandungan buku fizik tu, layakkah jadi ahli fizik?

    Jadi, kalau kita mengaku nak ikut Al Quran, takkanlah tak baca dan tak nak faham Al Quran?

    Juang

    January 11, 2010 at 2:30 pm

  2. Salam,..
    Sememangnya setiap ilmu perlu baca,faham dan amal.
    Soal baca semua orang boleh baca.
    Namun soal faham tak semua mempunyai fahaman sama.
    Sudah pasti amal juga berbeda mengikut fahaman masing2.

    Jadi…apakah kaedah terbaik untuk memastikan ilmu
    Alquran itu difahami pada semua umat dengan sebulat
    fahaman agar tidak terjadi gulongan2.

    Sila huraikan dan kita bincangkan soal cara belajar.

    Tok Syam

    January 13, 2010 at 6:09 am

  3. Salam Tok Syam,

    Mengapa fahaman menjadi berbeza-beza? Saya nampak hanya satu saja sebabnya. Iaitu kerana kita memilih untuk mentafsirkan Islam mengikut ajaran yang dibawa oleh kisah-kisah riwayat dan hadis. Satu-satunya kaedah untuk memastikan Al-Quran dapat difahami secara universal adalah dengan meninggalkan semua pengaruh riwayat dan hadis ciptaan ulama apabila membacanya.

    tolokminda

    January 14, 2010 at 2:57 pm

  4. Salam,

    Sebagai tambahan, cuba kita fahami Al Quran mengikut keadaan semasa kita. Tinggalkan riwayat2 silam yang menyebabkan kita terapung di awangan.

    Zaman sudah berubah. Kita kena beramal mengikut keadaan semasa. Barulah amalan kita itu membuahkan hasil yang realistik. Umat terdahulu, mereka sudah buat mengikut zaman mereka. Umat sekarang, kita kena beramal mengikut zaman sekarang.

    Ramai manusia suka guna nama2 orang terdahulu untuk menjadi bukti kononnya mereka berkata benar. Mereka tidak mampu berkata2 guna perspektif semasa yang semua orang hari ini mudah fikirkan.

    Sebab itulah mereka tetapkan sesuatu bentuk amalan ritaul atas alasan orang2 terdahulu buat (bersangka-sangka atas nama orang2 terdahulu). Mereka tidak mampu buktikan ketetapan itu valid mengikut keadaan sekarang.

    Sesuatu yang benar, biarpun disampaikan 1500 tahun yang lalu, pasti boleh dibuktikan benar mengunakan apa yang wujud di zaman sekarang.

    Contohnya, jika zaman dahulu buktikan 1+1=2 guna jari sahaja, maka di zaman sekarang yang guna kalkulator pun boleh buktikan kebenaran tersebut.

    Begitulah Rasulullah boleh membenarkan Taurat, Zabur dan Injil pada zaman baginda kerana kebenaran itu tidak bersandarkan perlakuan orang terdahulu semata-mata.

    Kita juga mampu membenarkan Al Quran mengikut keadaan zaman kita hari ini.

    Juang

    January 14, 2010 at 3:21 pm

  5. Salam…
    Apa yg.berbeda adalah soal ranting2 dan ianya pada
    saya soal kecil yg.diperberatkan.

    Alquran Allah telah jadikan ia sebagai pokok rujukan.
    Apa juga ilmu yg.diragukan boleh di adukan dengan
    FARMULA asalnya.

    Dalam memahami sunnah nabi,..tidak dinafikan terdapat
    gulongan yg.berlebihan dan salah guna.

    Bagi saya sunnah nabi adalah memberi gambaran tentang
    perjuangan nabi,akhlak contoh menghadapi cabaran
    menyampaikan siar Islam,….hingga saya dapat
    merasakan seolah oleh berada dizamannya.

    Maka dengan berkat keikhlasan itu Allah membuka
    suatu pengetahuan untuk mengambil menfaat dari sunnah
    itu.

    Nabi sebagai mengadakan contoh2 kebaikan,..sedangkan
    jalan kebaikan itu sendiri banyak dan boleh diselaraskan dengan keadaan masa.

    Melainkan syariat2 tetap yg.diwajibkan Allah.

    Tok Syam

    January 14, 2010 at 3:57 pm

  6. Salam,

    Mencontohi mana2 perbuatan Nabi yang terdapat dalam sesuatu riwayat, itu tidak menjadi masalah. Contohilah apa jua perbuatan Nabi2 yang telah ramai Allah turunkan di muka bumi ini. Nabi Muhammad sendiri tidak menghalang orang2 Yahudi dan Nasrani nak contohi ajaran2 Nabi-nabi mereka.

    Yang menjadi masalah kepada umat Islam hari ini adalah:
    – membuat ketetapan tambahan atas nama perbuatan Nabi.
    – dan terlalu berlebih dalam memuja-muji seseorang Nabi.

    Dua perkara utama inilah yang menjadi duri dalam daging umat Islam hari ini sehingga mereka jadi lemah akibat kelalaian sendiri.

    Tiada yang layak membuat ketetapan selain Allah. Manusia yang buat ketetapan tanpa hujah yang rasional akan menyempitkan kehidupan mereka sendiri.

    20:124. Tetapi, sesiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami membangkitkan dia buta.”

    Dalam Al Quran sudah peringatkan kita jangan tiru perangai orang2 Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah yang menokok tambah hukum dan berlebih2an memuja-muja seseorang hamba Allah. Jika kita engkar juga kepada peringatan Allah itu, maka di dunia lagi kehidupan kita sudah sempit. Kita akan hilang daya kreativiti dan terpaksa hidup bergantung kepada usaha orang lain.

    Alangkah memalukan jika hidup dalam keadaan lemah begitu sedangkan kita ada akal yang sama dengan orang lain juga.

    Juang

    January 15, 2010 at 1:22 am

  7. Salam Tok Syam,

    Mengatakan perbezaan di kalangan umat Islam hanya berkisar dalam soal ranting tanpa melihat isu yang meliputi umat Islam secara keseluruhan adalah bodoh dan zalim. Perbezaan umat Islam bukan soal ranting tetapi soal prinsip.

    Sebab itulah mereka berpecah-belah, bergaduh, berperang, berbunuhan sesama sendiri dan menjadi umat yang lemah dan diperkotak-katik di seluruh dunia.

    Mereka mengikuti jalan sesat umat terdahulu yang menyekutukan Tuhan, menghina rasul yang mengutuskan mereka wahyu. Kenapa mahu terus berpegang kepada perkara-perkara yang merosakkan sedangkan kita dibekalkan Kitab yang boleh menyatukan?

    tolokminda

    January 16, 2010 at 1:48 pm

  8. Salam….

    Bagaimana untuk memahami ayat berikut:

    [208]
    Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

    Ayat diatas Allah menyeru kepada orang beriman dan
    bukan orang kafir.
    Kenapa Allah berkata wahai orang beriman
    masuk lah Islam.
    Apakah orang beriman tidak islam….atau bagaimana
    untuk fahami ayat tersebut supaya tak keliru dengan
    kenyataan…..iaitu disuruh manusia berkata “Kami
    telah islam dari mengatakan kami telah beriman”

    Tok Syam

    January 17, 2010 at 6:02 am

  9. salam…

    saya ingin mengetahui tentang bagaimana untuk menetapkan
    bulan2 yg.suci atau bulan2 yg.dilarang….yg.dimaksudkan ayat 5:2

    Ayat tersebut menyatakan ada lebih dari satu dengan
    perkataan beberapa bulan.

    Jika anda menyatakan bulan itu adalah bulan mengerjakan
    haji….maka bagaimanakah amalan haji mengikut suruhan
    Allah.

    Tok Syam

    January 17, 2010 at 6:16 am

  10. salam…
    Saya ingin tau apakah definasi solat sebenar yg.anda
    ingin sampaikan kpd.umat islam.

    Anda hanya menterjemahkan contoh solat Nasrani dan Yahudi saja.Iaitu dengan melakukan kebaikan apa jua bentuk kebaikan.Bermakna
    orang yg.melakukan kebaikan dan ingat Allah adalah
    telah bersolat.

    Apa pula makna RUKUK dan SUJUD dalam kaitan ayat2
    Allah dan masa2 yg.disebut.Apakah hanya kebaikan
    itu hanya dalam waktu2 disebutkan..?

    Mari sama2 kita bincangkan sampai segalanya terhurai…sekiranya kita termasuk gulongan yg.faham
    Alquran.

    Tok Syam

    January 17, 2010 at 6:27 am

  11. Salam Tok Syam,

    Sila beri rujukan lengkap bila mengemukakan sesuatu ayat supaya senang orang lain mencari rujukannya. Tentang ayat 5:2 saya telah membincangkannya dengan panjang lebar dalam artikel bertajuk “Ketetapan Tuhan mengenai pemeliharaan hidupan dan eko-sistem diseleweng”. Saya harap tuan dapat membacanya.

    tolokminda

    January 17, 2010 at 6:33 am

  12. Salam…
    Saya mengalihkan ayat 5;2 kesini untuk menyesuaikan
    tajuk tred perbincangan.

    Tanpa kitab lain manusia boleh faham Alquran….demikianlah pendapat anda.

    Disini timbul persoalan umat kepada persoalan 5;2
    dan bagaimana untuk kita membantu mereka memahami atau
    biarkan saja mereka fahamkan sendiri.Begitu juga
    dengan pertanyaan lain yg.saya nyatakan diatas.

    Seandainya mereka membuat fahaman berbeda…tentang
    bulan2 tertentu,..melakukan haji secara jahiliah,
    solat mengikut nabi…..

    Apakah orang2 yg,berilmu terlepas dari tanggung jawab
    itu..?Tentunya mereka akan kata,…ikut Alquran
    dn petunjuk apa yg.Allah ilhamkan.

    Saya juga boleh buat solat dengan bertafakur dan
    berfikir tentang Allah.Kerana mengikut suruhan Allah
    juga ada demikian.

    Tok Syam

    January 17, 2010 at 7:39 am

  13. Salam…
    Saya sangat2 memahami apa yg.difikirkan oleh manusia
    hari ini terutama kalangan ahli fikir kaji Alquran.

    Apa yg.ingin saya komen tentang pendapat2 yg.
    berlainan bukan atas dasar amalan baik atau buruk
    tapi soal iktikad kepercayaan dan bertauhid.

    Soal bertauhid iaitu yakin bukanlah soal komitment
    biasa untuk seseorang jadi manusia yg.baik.
    Bertauhid sebagaimana ajaran Allah adalah melepaskan
    diri dari berharap pada kemampuan diri sendiri.

    Apakah dengan perkataan suruh percaya Allah dengan
    hanya katakan bahawa Allah WUJUD dan ciptan ini
    sebagai tanda.

    Jika demikian….para saintis adalah manusia yg.
    telah mendalam ilmunya dari ulama tapi masih tidak
    beriman.

    Mereka masih mengatakan ISA anak tuhan,ISA adalah
    tuhan dan macam2 istilah tuhan telah digunakan kepada
    ISA.

    Kejadian2 pula adalah terjadi dengan sendiri mengikut
    sain.

    Azazil adalah gulongan malaikat yg.patuh dan baik
    serta menjadi pemimpin semua malaikat.Tapi kenapa
    ia tersingkir dengan hanya kerana ADAM.Sedagkan
    Allah memerintahkan sendiri tanpa wahyu atau arahan
    kitab.

    Tok Syam

    January 17, 2010 at 7:49 am

  14. Salam Tok Syam,

    Memang Al-Quran perlu difahami tanpa kitab-kitab lain, apatah lagi kitab ciptaan manusia yang mengajar berbagai-bagai hukum dan ritual yang tidak pernah pun diajar oleh Tuhan.

    Tapi itu tidak bermakna ayat-ayat Quran tak perlu dibaca mengikut konteksnya. Dalam hal 5:2 saya telah tulis panjang lebar tafsiran yang saya terima mengenai ayat tersebut selaras dengan konteks-konteksnya. Kalau tuan nak ajak saya berbincang ayat 5:2 di luar konteks kefahaman saya yang telah pun saya bentangkan dengan jelas, saya tidak akan menuruti tuan.

    Saya mengalu-alukan perbincangan dari tuan. Tetapi saya benar-benar berharap tuan mengajukannya mengikut disiplin yang betul. Sentiasa memberi pendapat mengikut konteks artikel yang diperbincangkan, sampaikan hujah dan dalil dengan jelas dan jangan spam dengan persoalan-persoalan yang bercampur-aduk.

    Saya keluar dari Terjah dan memulakan blog ini kerana kecelaruan perbincangan yang ada di sana. Saya mengharapkan perbincangan yang objektif dan bukan sekadar mahu menang hujah atau mengalih pandangan orang dengan melonggokkan benda-benda yang sama di merata tempat.

    tolokminda

    January 17, 2010 at 8:17 am

  15. >>Bertauhid sebagaimana ajaran Allah adalah melepaskan
    diri dari berharap pada kemampuan diri sendiri.

    Salam,

    Benarkan bertauhid mengikut ajaran Allah adalah melepaskan diri daripada berharap pada kemampuan diri sendiri?

    Jika benar, kenapa dalam Al Quran sebut “Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya sendiri”? Bukankah objektif ayat Al Quran itu suruh kita berusaha dahulu selepas itu barulah bertawakal (berharap) kepadaNya?

    Manusia kena ada inisiatif untuk berjaya dalam sesuatu perkara. Al Quran bukan diturunkan agar manusia jadi orang2 yang lemah dan tidak berkemampuan diri.

    Juang

    January 17, 2010 at 9:11 am

  16. >>Jika demikian….para saintis adalah manusia yg.
    telah mendalam ilmunya dari ulama tapi masih tidak
    beriman.

    Salam,

    Di kalangan saintis, tidak mustahil ada yang beriman dan ada yang tidak. Begitulah juga di kalangan ulamak, ada juga yang beriman dan ada yang tidak. Sama macam ahli2 kitab dan pembesar2 agama di zaman Rasulullah dahulu yang ajaran mereka asalnya daripada Nabi2 terdahulu, ada yang beriman dan ada yang tidak.

    Oleh kerana itu, dalam mencari kebenaran, jangan pandang pada zahir. Lihat pada bukti2 yang dikemukakan. Janganlah disebabkan yang berkata2 itu pakai jubah dan serban (lahiriah common ulamak hari ini), terus percaya kata2 mereka membuta-tuli.

    Begitulah juga, taklah yang tak pakai jubah dan serban, keilmuan mereka dalam hal2 keagamaan dipertikaikan?

    Jika kita sedarkan Allah memberi petunjuk kepada mana2 manusia yang Dia kehendaki, kita akan takut nak membezakan2 manusia dalam mencari kebenaran, sebab barangkali orang yang kita sangka tidak berilmu, dia lebih tinggi ilmunya dan lagi dekat kepada Tuhan. Sebab itulah orang2 yang beriman, mereka bukan lihat identiti siapa manusia yang berkata2, tetapi sejauh mana kebenaran isi kandungan sesuatu kata2 (ada bukti dan hujah yang tidak bercanggah antara satu sama lain).

    Juang

    January 17, 2010 at 9:17 am

  17. Salam….jika demikian konsep blog ini,..cara terbaik
    adalah lahirkan pendapat masing2 dan serahkan kepada
    para pembaca memberi komen.

    Disini anda menyediakan tajuk2 anda yg.tetap dan
    menetapkan syarat hanya kepada topik dan tidak boleh
    mmebawa surah2 lain.Sedangkan ilmu alquran bukan
    tetap pada satu surah.

    Sebagai contoh ayat pengharaman arak adalah berlaku
    dengan jarak yg.jauh diantara satu keadaan.
    Keadaan dihalalkan…keadaan suruh menjauhi dan
    larangan.
    Ianya tidak terhimpun dalam satu surah.

    Tok Syam

    January 17, 2010 at 12:15 pm

  18. Salam….Juang
    Sebab itu apabila kita menegur…perlulah secara
    umum dan tidak mengketogerikan ULAMA , Ahli Sunnah ,
    Tarikat dan apa jua gulongan.

    Agar kita tidak menyentuh mana2 kesalahan dari kumpulan
    manusia samada mereka orang2 yg.tidak masuk Islam.

    Masuk Islam bukan bererti yg.mengikut ASWJ saja,..tapi
    pengikut Alkitab juga adalah islam.Hanya mereka yg.
    mengelarkan agama mereka sebagai nama lain.

    Tok Syam

    January 17, 2010 at 12:23 pm

  19. Salam Tok Syam,

    Saya kata fokuskan perbincangan kepada topik, bukan tak boleh bawa surah atau dalil lain. Bawalah berapa banyak surah atau dalil, tetapi ia mestilah relevan dengan topik yang dibincangkan. Jangan merayau-rayau dan berharap orang akan menuruti kita.. Fokus! Barulah kita dapat memahami sesuatu dengan lebih baik.

    tolokminda

    January 17, 2010 at 12:51 pm

  20. Usaha manusia adalah sebagai sebab untuk Allah
    tentukan dan bukan sebagai sandaran kejayaan.
    Anda perlu faham erti hakikat usaha.

    Ramai manusia telah buat usaha untuk capai kejayaan,..
    namun tidak berjaya,…bagaimana pula..?

    Ada pula tidak begitu memikirkan jalan usaha tapi
    berjaya dalam hidupnya,,bagaimana pula..?

    Persoalan untuk sdr.JUANG…..apakah usaha anda untuk
    beriman yg.sebenarnya beriman.Apakah dengan ilmu
    sahaja atau dengan banyaknya amal ibadah,..atau
    banyak berfikir..?

    Bagaimana jika kemampuan fikir anda,usaha anda
    dibataskan…..dapatkah anda mencapai iman.

    Bagaimana anda juga mengatakan,….orang yg.banyak
    ilmu dan pandai belum tentu berjaya dalam usahanya.
    Dan ada orang jahil dan lemah dapat hidayah Allah.

    Jadi…apakah usaha dan kemampuan diri sebagai ukuran
    kejayaan beriman,,?

    Tok Syam

    January 17, 2010 at 1:01 pm

  21. Ada pula tidak begitu memikirkan jalan usaha tapi
    berjaya dalam hidupnya,,bagaimana pula..?..

    berjaya macamana saudara… sedangkan pokok jugak berusaha mencari cahaya . berusaha itu maknanya manusia kena mencari ruang . ruang dan masa tidak dapat dipisahkan bagi manusia .

    yg jelas allah nak manusia memulakan usaha memperbaiki disri atau menjadi insan yg soleh .

    tokpakir

    January 30, 2010 at 4:14 am

  22. Salam Tok Syam,

    Cuba renung bagaimana Rasulullah mengegur ahli2 kitab. Kenapa disebutkan “kategori” ahli kitab?

    Sebenarnya menyebut ahli kitab itu juga masih bersifat umum. Rasulullah tidak mengatakan ahli kitab yang mana satu yang mendustai agama.

    Dalam Al Quran juga ada menegur golongan rabb (pembesar agama), tetapi siapa individu tersebut, Al Quran tidak spesifikan namanya.

    Jadi kalau orang itu benar2 mengajar agama secara jujur, dia tidak akan mudah melatah bila disampaikan peringatan umum seperti itu.

    Kalau kita berani nak tegur orang lain, kita kenalah terbuka menerima teguran. Kalau tidak nanti penyakit bangga diri susah nak ubat.

    Ramai yang rasa dirinya berilmu agama hanya tahu nak kondem dan kutuk orang lain. Tetapi bila teguran itu kena pada batang hidungnya sendiri, dia marah. Itukah orang2 yang benar2 beragama?

    Saya pernah bereksperimen pada forum2 yang mereka kata mereka Islamik. Mulanya mereka kutuk kononnya pemerintah mereka tidak beri kebebasan bersuara. Namun bila ada forumer yang berbeza pendapat dengan mereka, mereka ban atau delete posting tersebut. Nampaknya di alam siber pun mereka sudah melarang kebebasan bersuara. Belum lagi ketika Allah izinkan mereka memerintah.

    Di dunia ini bermacam2 topeng kita boleh jumpa.

    Juang

    January 30, 2010 at 5:15 am

  23. Salam Tok Syam,

    Berkenanan usaha untuk beriman yang sebenar2nya beriman, apa yang saya lakukan adalah dengan berpegang pada sesuatu yang ada bukti di langit dan bumi.

    Konsep saya mudah sahaja. Saya guna cara macam mana cara Rasulullah mengimani Tuhan. Umpamanya ketika golongan2 agama Yahudi dan Nasrani beriman bahawa Uzair dan Al Masih itu putera Allah (yang mereka kira itulah iman yang sebenar2nya iman), Rasulullah berfikir mengenai alam semesta ini untuk melihat logikkah Allah ada banyak atau ada anak? Bila hukum alam ini membuktikan tidak mungkin Allah ada banyak, dari situlah timbulnya kepercayaan yang sebenarnya.

    Seperti itulah saya mengimani sesuatu. Saya akan mencari bukti2 di serata alam sebagai hujah. Dengan itu, saya tidak perlu bersandar pada nama2 manusia, melainkan terus kepada Allah Pencita alam ini.

    Umpamanya kenapa saya membaca Al Quran? Bukan kerana ustaz yang suruh. Bukan kerana nak ikut sunnah Nabi. Tetapi kerana saya nampak kebaikannya pada diri saya sendiri bila banyak mengetahui pengajaran2 Al Quran. Hidup jadi bebas daripada belenggu2 pemikiran.

    Apalah erti kemerdekaan jika hidup banyak dibelenggu dengan ajaran2 yang tidak munasabah dan tidak realistik untuk kehidupan? Kita kena hidup berpijak pada bumi yang nyata, bukannya terawang2 dengan cerita2 hikayat orang terdahulu.

    Umat terdahulu sudah lepas. Mereka tidak bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan. Kita sebagai umat hari ini, kenalah bijak hidup mengikut realiti zaman ini.

    Kita kena faham, kemampuan berfikir manusia itu tidak Allah bataskan. Manusia boleh meningkatkan tahap pemikirannya. Cuma bergantung kepada sebanyak mana dia berfikir dalam hidupnya. Yang berusaha sedikit, dapatlah sedikit. Begitu juga sebaliknya.

    Allah tidak pernah menghalang manusia tembus ke angkasa, tetapi kalau nak pergi ke sana, kenalah guna sesuatu yang memiliki daya tujahan yang kuat. Maka manusia pun buatlah roket.

    Macam itulah dalam berfikir. Akal kita ini ada lapisan2nya. Memanglah masa mula2 itu payah nak tembus sesuatu lapisan, tetapi kalau kita ada semangat yang tinggi, pasti akan tembus juga.

    Iman itu bersifat dinamik, bukannya terbatas ikut pandangan orang2 terdahulu sahaja. Kita kena ada usaha pertingkatkan iman dengan cara sentiasa berusaha mencari kebenaran mengikut perspektif semasa. Selagi Allah beri kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan hati untuk memahami, selagi itulah kita kena berusaha mencari kebenaran.

    Jangan tertipu oleh syaitan yang suruh kita lalai atas keturunan Islam. Seperti itulah syaitan2 pernah menipu orang2 Yahudi dan Nasrani terdahulu yang menyangka atas keturunan agama tersebut, merekalah yang benar.

    Hari ini, ramai orang2 Islam beranggapan sebegitu sebab mereka tidak jadikan kisah2 kaum Yahudi dan Nasrani dalam Al Quran itu sebagai iktibar. Mereka dihasut oleh golongan tertentu agar membenci keturunan Yahudi dan Nasrani yang wujud pada hari ini walhal belum tentu yang keturunan Yahudi dan Nasrani yang wujud pada zaman ini sama tahap kepercayaan mereka seperti nenek moyang mereka dahulu percaya.

    Bukankah satu perkara normal manusia berbeza kepercayaan dengan kepercayaan nenek moyang terdahulu? Kalau ikut kepercayaan nenek moyang orang Melayu dahulu pun bukannya sama macam orang Melayu sekarang percaya.

    Jadi, tak patut manusia membenci manusia lain atas nama keturunan kaum2 terdahulu. Bukan urusan mereka nak lahir dari kaum Yahudi ke, Nasrani ke, Majusi ke, Hindu ke, Buddha ke etc. Kita kena fikir, kenapa Allah sendiri lahirkan mereka dari keturunan tersebut jika mereka tidak betul? Ini menunjukkan keadilan Allah tidak melihat pada keturunan manusia. Jadi, jangan sangka kita sudah keturunan Islam, semestinya kita masuk syurga. Ramai yang tertipu dengan keturunannya.

    Juang

    January 30, 2010 at 5:42 am

  24. Salam,

    Membaca Al Quran membuka pemikiran kita untuk melihat sunnah. Kita akan nampak kitaran yang berulang2 berlaku pada orang2 terdahulu dan terjadi pada orang2 sekarang. Tidak kira mereka bangsa apa, tempat apa, bahasa apa, bila mereka ikut amalan kaum2 terdahulu, kita akan nampak perangai mereka sama. Umpamanya bila berhujah, mereka hanya bawa ejek2an sahaja bila tidak mampu bawa apa2 bukti. Kita boleh jumpa dalam forum2 di internet ini.

    Di blog saudara tolokminda ini saya nampak ada kematangan dalam berbeza pendapat. Ini satu perkembangan yang baik ke arah melahirkan masyarakat yang matang berfikir.

    Juang

    January 30, 2010 at 5:43 am

  25. Al Quran adalah Kitab yang mengandungi nasihat dan pedoman agar kita hidup sebagai seorang manusia yang sebenar (fitrah kejadian kita).

    Dengan memahami Al Quran, kita akan tahu apa yang Allah mahu setelah Dia mencipta kita. Dalam Al Quran, ada digariskan sifat2 manusia yang Allah suka seperti baik, benar, merendah diri, adil, sabar, jujur, amanah, rajin berusaha, bijaksana etc. Al Quran juga ada menyebutkan sifat2 sebaliknya yang Allah tak suka seperti jahat, pendusta, bangga diri, zalim, pemarah, tidak berterus-terang, songlap, pemalas, bodoh etc.

    Sebagai manusia yang berakal, sudah pasti dia akan tahu macam mana nak hidup mencapai sifat2 yang Allah suka dan menjauhi sifat2 yang Allah tidak suka.

    Jika kita ada anak2, pasti mudah kita nak memahami Kehendak Allah. Seorang bapa yang dahulunya jahat dan malas sekalipun, tetapi bila sudah ada anak2 dan atas rasa kasih-sayang, pasti dia nak anak2nya itu jadi baik, rajin belajar dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Allah yang mencipta kita atas dasar Kasih-sayang, lagi2lah nak kita jadi manusia yang terbaik.

    Kalau kita ada anak yang bijak dan pandai berdikari untuk tahu membezakan baik-buruk serta tidak mudah terpengaruh dengan ajakan kawan2nya, sudah pasti kita rasa gembira. Kita tidak akan risau apa yang anak kita itu lakukan sebab dia matang berfikir.

    Allah yang mencipta kita, lagi2lah gembira jika kita menjadi insan yang bijak, pandai berdikari dalam hidup dan tidak mudah menurut membuta-tuli sesuatu ajaran.

    Kerana itulah kita lihat, Allah angkat seseorang Rasul itu dari kalangan orang2 yang bijak berdikari dalam menentukan hala-tuju hidup mereka. Mereka tahu guna akal masing2 untuk menghala hidup mereka ke arah matlamat yang Allah gariskan kepada manusia. Mana ada Rasul2 dari kalangan orang yang beragama secara menurut membuta-tuli dan perlukan pembesar2 agama untuk tentukan hala tuju hidupnya?

    Jika Al Quran yang mempunyai lebih 6000 ayat untuk dijadikan pedoman dan nasihat pun ramai manusia tidak faham2 lagi apa yang Allah Kehendaki, macam mana mereka nak lepas ujian Allah dan masuk syurga?

    Jika di sekolah dahulu, pelajar2 yang tak faham isi buku teks yang tebal itu mempunyai risiko yang tinggi untuk gagal ujian atau peperiksaan, takkanlah di dunia ini, manusia yang tidak memahami Al Quran akan senang2 lepasi ujian Allah dan mengharapkan mereka terus masuk syurga dengan sekadar hidup menurut membuta-tuli?

    Juang

    February 6, 2010 at 9:32 am

  26. Al Quran mengumpulkan kisah2 umat terdahulu terutama perjuangan para Nabi menyedarkan kaum2 yang membuat amalan ritual sembahan atau sujud pada makhluk2Nya atau binaan daripada tangan manusia sendiri.

    Seperti yang umum ketahui, iblis dan syaitan tidak henti2 nak menyesatkan manusia agar manusia menyembah selain Allah. Sudah tentulah syaitan akan menjadikan amalan tersebut nampak seperti menyembah Allah, tetapi hakikatnya amalan itu diada-adakan untuk manusia hidup berbangga diri kononnya mereka adalah golongan esklusif di sisi Allah dengan membuat sesuatu bentuk sembahan itu. Dengan kata lain, mereka buat amalan sembahan begitu untuk berbangga diri seperti mana iblis berbangga dirinya lagi baik daripada Adam.

    Apabila manusia itu kena penyakit berbangga diri macam iblis, sudah pasti Allah akan menghukum manusia itu salah seperti mana iblis dilaknati Allah. Dan sudah pasti iblis merasa puas hati dapat membalas dendam kepada Adam dan anak-cucunya untuk mengikut jejak langkah syiriknya itu.

    Jika manusia itu tidak memahami Al Quran, pasti mereka tidak sedar hakikat tipu-daya iblis dan syaitan itu. Kerana itulah pentingnya kita memahami Al Quran agar tidak ditipu oleh syaitan2 lagi.

    Juang

    February 15, 2010 at 3:43 am

  27. Salam…
    Sungguh menghairankan jenis2 manusia dizaman nabi,
    sedangkan mereka mempunyai waliallah yg.nyata,guru
    murshid yg.nyata dengan mukjizat2 yg.nyata…….
    namun tidak dapat menyatakan Allah.

    Apakah halangan yg.menutup mereka…ya.
    Berbanding umat akhir zaman yg.ada….hanyalah kitab2
    yg.ditulis dan diterjemah…..namun umat akhir ini
    dapat berakal sempurna dan mencari jalan yg.lurus
    dengan izin Allah.

    Siapa yg.tersesat….itu adalah kesesatan yg.nyata.
    Kerana berita tentang adanya maha pencipta telah
    diimani dengan pelbagai teknologi.

    Tak perlu jalan berbatu batu menaiki unta atau pun
    kereta.Hanya duduk dirumah dan menekan butang……
    maka tersebarlah berita mengenai tuhan.

    Demi masa…manusia tidak akan rugi…selagi ia
    berpesan pesan dengan kesabaran.

    Tok Syam

    February 15, 2010 at 6:18 am

  28. Kisah-kisah dan berita-berita yang lalu seharusnya dijadikan pengajaran dan pedoman untuk kita sekarang ini. Gunakan nikmat yang Allah beri kita sekarang ini untuk saling berpesan-pesan antara satu sama lain. Kita patut bersyukur kerana dengan adanya kemudahan sekarang ini, kita tidak perlu menaiki unta, berjalan kaki dan menaiki kereta untuk saling memperingati.

    Berterimakasihlah kepada Allah atas nikmat yang diberikanNya kepada kita.

    bayau

    February 15, 2010 at 6:47 am

  29. Dan nikmat2 itu menjadi pengukuh hujah Allah di akhirat kelak supaya orang2 yang malas mengkaji dan membuka minda mereka tiada alasan mengatakan “sebab saya jauh daripada tanah Arab dan tak faham bahasa Arab, sebab itulah saya menyekutukan Engkau dengan menurut ajaran yang suruh sembah binaan2 manusia itu”.

    Tetapi Allah nak tunjukkan betapa Dia Mengasihani manusia, segala kemudahan disediakan kepada manusia untuk mencari kebenaran dengan mendengar semua pandangan, dan mengikut yang paling baik dan paling jitu hujahnya.

    Masih ada lagikah alasan untuk manusia itu menyekutukanNya?

    Juang

    February 15, 2010 at 6:54 am

  30. Sejak adanya ruang diskusi Al Quran secara terbuka seperti yang saudara TM lakukan ini, macam2 perkara yang sebelum ini tersembunyi dapat kita lihat.

    Mungkin kerana itu ada syaitan2 yang melarang umat Islam hari ini daripada mengkaji Al Quran tanpa melalui mereka dahulu. Mereka tidak berani berhujah secara terbuka sebegini, melainkan mereka menakut2kan manusia daripada berfikir mencari kebenaran.

    Mereka hukum dengan bermacam2 gelaran seperti anti-hadis, muktazilah, sesat dan sebagainya semata2 kerana ada manusia tidak ikut ajaran mereka.

    Apakah mereka semua manusia itu bodoh dan sanggup membiarkan diri mereka ditipu?

    5:59. Katakanlah, “Wahai ahli Kitab, adakah kamu mendendami kami kerana kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan sebelumnya, dan bahawa kebanyakan kamu adalah orang-orang fasiq?”

    5:60. Katakanlah, “Bolehkah aku memberitahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka, dan menjadikan antara mereka beruk (orang yang suka mengejek2) dan babi (orang2 yang daging kalbunya membusuk), dan penyembah-penyembah Thagut – mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul.”

    Antara tanda2 kemurkaan Allah kepada orang2 yang menyekutukanNya adalah mereka suka mengejek2 seperti kera dan hati mereka busuk dengan hasad dengki.

    Juang

    February 20, 2010 at 3:24 am

  31. Salam,

    Dengan adanya lebih 6000 ayat Al Quran, menunjukkan Rasulullah menyedarkan masyarakatnya dengan penulisan yang mengandungi hujah2 kukuh. Itulah cara hidup orang yang beriman iaitu dilawan dengan hujah.

    Ada manusia mengaku dirinya beriman, tetapi bila berhujah, bukannya kata2 yang kukuh yang dibawa, tetapi kata2 seperti kata2 kaum musyrik terdahulu. Jadi, apakah nilai akuan iman mereka itu, jika perangai orang2 musyrik terdahulu yang dibawa?

    Dengan adanya blog seperti saudara TM ini, dapatlah kita belajar berhujah seperti para Rasul, bukannya berhujah macam orang2 musyrik terdahulu.

    Juang

    February 20, 2010 at 4:55 am

  32. Salam…
    Rebolusi minda dalam negara kita baru bermula.
    Dibarat,timur tengah,eropah….dah lama berdebat
    dalam isu2 yg.kita sedang bincangkan.

    Dan tak kurangnya ahli cerdik pandai yg.terdiri dari
    pengkaji2 ilmu sain telah membantu dalam membongkar
    kebenaran sejarah islam dengan rakaman2 jelas untuk
    membuktikan kebenaran ajaran Alquran.

    Tok Syam

    February 20, 2010 at 5:10 am

  33. Salam,

    Itulah yang kita hairankan. Jika Al Quran itu sudah diyakini benar, kenapa masih lagi nak ikut sesuatu yang diluar Al Quran sebagai ketetapan?

    Apakah mereka tidak meyakini Al Quran seperti mana orang2 Yahudi lebih meyakini Talmud daripada Taurat dan orang2 Nasrani lebih mempercayai Gospel daripada Injil?

    Benarlah Al Quran ada mengatakan bahawa orang2 Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati jika orang2 beriman tidak ikut cara mereka. Bagi mereka, apabila orang beriman ikut cara mereka yang tidak komited dengan Kitab Allah, secara tidak langsung perangai mereka itu diiktiraf.

    Revolusi ini bolehlah dikatakan untuk kita komited balik pada Al Quran seperti generasi beriman terdahulu, untuk membezakan mana yang benar dan mana yang bathil.

    Juang

    February 20, 2010 at 5:21 am

  34. Salam Tok Syam,

    Sebenarnya Tuhan tidak pernah menutup pintu perbincangan mengenai apa benda pun. Hanya mereka yang malas menggunakan akal saja yang berkata sebaliknya.

    tolokminda

    February 20, 2010 at 7:53 am

  35. Salam Juang,

    Kita tak boleh berharap sangat.

    tolokminda

    February 20, 2010 at 8:08 am

  36. salam,

    Tok Syam ada menulis:-

    “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah
    kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi)
    segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu
    menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya
    Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang
    nyata.”

    Dan ditambah lagi:-

    “Kenapa Allah berkata wahai orang beriman
    masuk lah Islam.
    Apakah orang beriman tidak islam….”

    Seperti apa yang Tok Syam katakan ayat ini nampaknya agak pelik sedikit.
    Banyak ayat-ayat Al-Quran yang tuhan sengaja tujukan kepada orang-orang yang beriman. Tapi kenapa?

    Satu daripadanya:-

    Q8:05 Sebagaimana Tuhanmu menyuruhmu pergi dari rumahmu dengan kebenaran, padahal sesungguhnya sebagian dari orang-orang yang beriman itu tidak menyukainya,

    Q8:06 mereka membantahmu tentang kebenaran sesudah nyata (bahwa mereka pasti menang), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebab kematian itu).

    Ayat-ayat diatas menunjukkan ada orang-orang yang beriman yang masih tidak percaya pada janji-janji Allah dan tidak mahu menurut suruhan tuhan walaupun dengan kebenaran yang nyata.

    Ayat yang Tok Sham rujuk adalah ditujukan kepada mereka-mereka ini.

    “Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam”

    Islam bukanlah Ugama, Islam adalah Adeen. Jadi ayat diatas bukanlah dimaksudkan “Ugama Islam” seperti yang kita sedia maklum tetapi ia lebih kepada “Kepatuhan”. Islam=Submission.

    Sebagai orang-orang yang beriman mereka mestilah patuh/tunduk kepada perintah dan kehendak Allah. Mereka diingatkan supaya jangan menurut jejak langkah Syaitan yang bila disuruh sujud kepada Adam tetapi engkar. Semoga ini dapat menjelaskan.

    Sama samalah kita fikirkan.

    ramsys pranata

    February 20, 2010 at 11:57 am

  37. Salam…
    Setiap beriman pastinya ia telah melalui jalan2
    kepatuhan dan penyerahan…iaitu dimaksudkan Islam.

    Maksud agama tu adalah perkataan kebiasaan yg.digunakan
    dalam terjemahan….sedangkan kita perlu menghayati
    maksud islam yg.luas.Islam juga boleh diertikan
    kemasyarakatan…iaitu pergaulan manusia.

    Namun setiap yg.masuk islam tak perlu ditelek imannya…kerana tak siapa tau imannya seseirang.

    Allah menyatakan…setiap yg.beriman akan melalui
    ujian.

    Sebagaimana Allah menyeru manusia supaya masuklah
    islam adalah langkah pertama untuk belajar erti
    penyerahan….kemudian seruan beriman adalah suatu
    peringatan bagi matlamat masuk islam.Bukan sekadar
    buat kerja dunia atau akhirat tanpa penyerahan yg.
    betul atau bercampur2.

    Tok Syam

    February 20, 2010 at 12:46 pm

  38. Hi there very nice blog!! Man .. Beautiful .. Amazing
    .. I will bookmark your blog and take the feeds also? I’m satisfied to seek out numerous helpful info here within the put up, we’d like develop more
    techniques on this regard, thanks for sharing. . . . . .


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: