Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Konsep ketuhanan orang Arab

with 117 comments

Melalui Al-Quran, Tuhan memberitahu kita tentang konsep ketuhanan yang dipegang oleh orang-orang Arab sejak turun-temurun. Ia merupakan satu konsep di mana Tuhan itu mempunyai rumah, berkeluarga, beristeri dan memiliki anak-anak perempuan. Tuhan memberi gambaran yang agak jelas mengenai kepercayaan tidak berasas orang-orang Arab dalam hal ini.

37:153 Adakah Dia memilih anak-anak perempuan berbanding lelaki?

37:154 Apa kena dengan kamu, bagaimana kamu membuat pertimbangan?

37:155 Adakah kamu tidak berakal?

Akibat kepercayaan mereka itu, mereka sendiri tidak suka anak-anak perempuan. Mereka malu apabila mendapat anak perempuan. Di dalam masyarakat Arab apabila seseorang mendapat tahu dia mendapat seorang anak perempuan, mukanya akan menjadi hitam kerana marah dan merasa terhina tak terkata.

16:58  Dan apabila dimaklumkan anak perempuan kepada seorang dari mereka, mukanya menjadi hitam dan penuh kemarahan.

Menjelaskan lagi penghinaan ke atas mereka yang mendapat anak perempuan ialah apabila orang ramai akan mengejek-ngejek mereka kononnya mereka sama dengan Tuhan (kerana mendapat anak perempuan).

43:17 Dan apabila seseorang dari mereka mendapat berita yang dia dipersamakan dengan Tuhan Yang Pemurah, mukanya menjadi hitam dan penuh kemarahan.

Bukan setakat itu, mereka juga turut menamakan para malaikat dengan nama-nama perempuan.

43:19 Dan mereka menjadikan para malaikat – yang berkhidmat kepada Tuhan Yang Pemurah – berjantina perempuan. Apa! Adakah mereka telah menyaksikan penciptaan mereka? Dakwaan mereka akan ditulis dan mereka akan ditanya mengenainya.

Bayangkan betapa buruknya konsep ketuhanan orang-orang Arab yang mana Tuhan di kelilingi oleh isteri, anak-anak dan para malaikat yang semuanya perempuan. Dan mereka menyembah semua yang mereka sendiri ada-adakan di samping Tuhan tanpa sebarang sandaran kecuali kerana mengikut membuta-tuli apa yang telah diajar oleh bapa-bapa mereka.

43:20 Dan mereka berkata: Jika Tuhan Yang Pemurah mengkehendaki – tentulah kami tidak menyembah mereka – Mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan mereka hanya berbohong.

43:21 Atau sudahkah kami beri mereka Al-Kitab sebelum ini supaya mereka berpegang teguh kepadanya?

43:22 Tidak! Mereka berkata: Kami dapati bapa-bapa kami dalam satu jalan, dan sesungguhnya kami mendapat petunjuk dari langkah-langkah mereka.

43:23 Sama juga, bila saja Kami menghantar seorang Pemberi amaran kepada mana-mana umat, mereka yang kaya di dalamnya berkata: Sesungguhnya kami dapati bapa-bapa kami dalam satu jalan dan sesungguhnya kami adalah pengikut langkah-langkah (agama) mereka.

Tetapi adakah orang-orang Arab berubah selepas Nabi menyampaikan Al-Quran kepada mereka? Menurut Tuhan – Tidak. Mereka langsung tidak berubah.

43:24 Katakan: Apa! Walaupun jika aku membawa kepada kamu pedoman yang lebih baik dari apa yang kamu perolehi dari bapa-bapa kamu? Mereka berkata: Sesungguhnya kami tidak percaya dengan apa yang telah diutuskan kepada kamu.

Al-Lat, Al-Uzza & Al-Manat

Jika apa yang dikemukakan di atas masih belum mencukupi mari kita lihat melalui satu lagi sudut di mana Tuhan telah menyebut secara khusus tentang Al-Lat, Al-Uzza dan Al-Manat. Selaras dengan nama-mana mereka, ketiga-tiganya adalah Dewi (goddess) yang menjadi tonggak sembahan orang Arab menjelaskan kepada ayat-ayat yang telah saya kemukakan di atas.

53:19  Sudahkah kamu pertimbangkan Lat dan Uzza

53:20  Dan Manat, yang ketiga – yang terakhir?

53:21  Apa! Untuk kamu yang lelaki dan untuk Dia yang perempuan?

53:22  Sesunguhnya ini adalah pembahagian yang tidak adil!

Menurut kefahaman saya dari sumber luar Al-Quran, orang-orang Arab menganggap Al-Lat sebagai ibu kepada Dewi-Dewi Al-Uzza dan Al-Manat, iaitu anak-anakNya. Apapun saya berpendapat kita tidak perlu memikirkan sangat tentang ketepatan fakta berkaitan siapa itu Al-Lat, Al-Uzza atau Al-Manat kerana ia tidak penting selepas Allah memberitahu:

53:23  Mereka tidak lebih dari sekadar nama yang telah kamu namakan, kamu dan bapa-bapa kamu – Allah tidak pernah menghantar kepada mereka sebarang pengesahan. Mereka hanya mengikut andaian dan nafsu dangkal yang menjadi kecenderungan jiwa mereka sendiri dan sesungguhnya sekarang telah datang pedoman kepada mereka dari Tuhan mereka.

Tetapi itulah malangnya, orang-orang Arab telah menetapkan pendirian mereka:

43:24 Katakan: Apa! Walaupun jika aku membawa kepada kamu pedoman yang lebih baik dari apa yang kamu perolehi dari bapa-bapa kamu? Mereka berkata: Sesungguhnya kami tidak percaya dengan apa yang telah diutuskan kepada kamu.

Jadi – selepas mengetahui pendirian orang-orang Arab terhadap wahyu yang telah disampaikan kepada mereka oleh Nabi, apakah wajar kita patuh kepada konsep ketuhanan berteraskan binaan-binaan dan lokasi-lokasi “suci” yang mereka bawa kepada kita tanpa membuat penyelidikan terlebih dulu? Adakah kita juga mahu menunggu sehingga Tuhan bertanya kita: Adakah kamu tidak berakal?

Adakah orang Arab terlalu obsesif kepada organ seks wanita sehinggakan mereka merekabentuk pelindung hajar aswad sebegitu rupa? Atau adakah ia simbol gender dewi-dewi yang mendiami binaan berkenaan?

Memang benar hari ini kita tidak mendengar orang-orang Arab menyebut Al-Lat, Al-Uzza atau Al-Manat dalam ritual mereka. Tetapi secara logiknya, jika mereka terus melakukan itu adakah sesiapa yang mahu menuruti mereka? Mereka bukan bodoh sehingga tidak boleh mencongak betapa besarnya keuntungan menjadi penaung kepada sebuah agama besar yang penganutnya hanya tahu mendengar dan menerima apa saja yang mereka sampaikan?

Mengapakah bangunan empat segi memerlukan 3 batang tiang? Adakah sebagai simbol kepada jumlah dewi-dewi tonggak yang mendiaminya?

Tetapi susah sangatkah untuk kita semua melihat Kaabah di Mekah itu – walaupun hanya sebuah kekotak batu empat segi dan berselimut hitam – telah dipersimbolkan kepada gender perempuan melalui bentuk pelindung hajar aswad yang ada di satu sudutnya.

Selain itu di dalamnya terdapat tiga tiang, yang saya fikir agak tidak sepadan dengan binaan yang berbentuk segi empat. Adakah ia sebenarnya melambangkan tiga dewi yang menjadi tonggak sembahan orang-orang Arab?

Sedang Tuhan sudah memberi pelbagai amaran dan peringatan supaya kita tidak memyekutukan Dia dengan apa-apa pun tetapi mengapakah kita masih mahu menuruti apa yang dibawa oleh orang-orang Arab kepada kita tanpa sedikit pun merasa perlu untuk membuat penyelidikan sendiri?

Sekarang saya turut musykil kenapa wanita Arab mesti memakai jubah hitam saja… ermmm. Mari kita bincangkan.

Written by tolokminda

February 15, 2010 at 12:56 pm

117 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Bermakna ajaran Al Quran sebenar yang Rasulullah sampaikan telah digodam oleh orang2 musyrik yang tidak percaya kepada ajaran baginda untuk disesuaikan dengan amalan tradisi mereka dahulu.

    Akibatnya Al Quran yang membawa pedoman Nabi Ibrahim, seorang yang anti menyembah binaan2 manusia telah diubah dengan mengatakan baginda dan anaknya Ismail membina “rumah” untuk disujud ke arahnya. Walhal Al Quran jugalah yang melarang manusia sujud kepada matahari dan bulan, apatah lagi kepada binaan2 cipta manusia sendiri.

    Kalau kita tidak selidik semua ini, sampai ke mati kita tertipu. Tipah tertipu lagi…

    Juang

    February 15, 2010 at 1:33 pm

  2. Salam Juang,

    Ayat 43:24 itu akan dipertikaikan mengenai kaum manakah yang sebenarnya dimaksudkan Tuhan. Tetapi saya cenderung untuk mempercayai ia dirujuk kepada orang Arab. Jadi saya teruskan artikel di atas dengan harapan kita akan mendapat jawapan yang lebih meyakinkan.

    tolokminda

    February 15, 2010 at 1:43 pm

  3. Kita pun boleh berfikir, jika Allah bangkitkan Rasul dari kalangan orang Arab dan guna bahasa Arab, pasti teguran Tuhan itu untuk mereka juga kan?

    Apatah lagi kepercayaan tersebut disebut dalam Al Quran secara detail tanpa merujuk Kitab2 terdahulu, yang menunjukkan ia adalah kepercayaan nenek moyang kaum baginda sendiri. Rasulullah sudah pasti masak dengan kepercayaan tradisi itu seperti mana kita masak dengan amalan tradisi kita dahulu.

    Juang

    February 15, 2010 at 1:58 pm

  4. Sekadar renungan. Kenapa Rasulullah memilih untuk terus menetap di Madinah bukannya di Mekkah biarpun Islam sudah berkembang luas?

    Jika bangunan berbentuk kotak itu satu kepentingan dalam Islam, sudah tentulah baginda menetap di kawasan sekitarnya. Apakah baginda tahu yang kaum musyrik sekitar bangunan kotak itu memang tegar dan susah nak meninggalkan amalan tradisi menyembah selain Allah sehingga baginda lebih selesa dan aman tinggal di Madinah?

    Sudah pastilah golongan yang mempelopori sesuatu amalan sembahan yang mana mereka sedar akan kepentingannya untuk mengaut keuntungan dan kekayaan hasil mengembala minda manusia, tidak akan meninggalkan amalan tersebut. Itulah cara mereka dapat kekayaan tanpa perlu bersusah payah mendalami ilmu sains dan teknologi. Cukuplah dengan membuat amalan ritual untuk manusia percaya dan berpusu2 ke tempat mereka.

    Juang

    February 15, 2010 at 2:46 pm

  5. Salam…

    Pengenalan:

    Semua orang tau dan akan mengatakan bahawa ciptaan
    alam seluruhnya adalah dari tuhan.Dan konsep tuhan
    pula ditafsirkan dengan pelbagai bahasan dan
    kupasan.Gulongan ini terdapat dalam semua yg.
    beragama.

    Sebahagian ahli fikir pula mengatakan bahawa ciptan2
    ini adalah terjadi melalui zarah2 dan molikul.Molikul2 atau zarah adalah sejenis
    atom yg.semulajadi dan mempunyai daya.
    Gulongan ini adalah ahli2 kaji sain.

    Satu gulongan lagi mengatakan bahawa wujud ciptaan ini adalah ilusi dan imegenasi akal.Gulongan ini
    biasanya terdiri dari pemikir2 ideologi,temologi,
    teologi dan macam2 logika.

    Tok Syam

    February 15, 2010 at 7:38 pm

  6. Salam Tok Syam,

    Lihat golongan penyekutu Tuhan dalam dunia ni. Mereka akan mempunyai pelbagai tempat dan benda-benda suci yang dikaitkan dengan Tuhan. Ada gua suci, ada sungai suci, ada bandar suci, ada bangunan suci, ada air suci, ada ritual suci dan sebagainya. Adakah kita juga sama seperti mereka?

    Kalau sama, bukankah kita juga boleh dianggap golongan penyekutu Tuhan?

    tolokminda

    February 16, 2010 at 2:19 am

  7. Salam,

    Allah tak pandang tempat2 yang mereka kata suci itu. Yang Allah lihat pada hati kita sama ada suci atau busuk dengan penyakit2 bangga diri, sombong, bongkak, angkuh, dengki, etc.

    Iblis dihukum salah bukan sebab tidak buat ibadat pada tempat2 suci. Tetapi sebab hatinya busuk terhadap Adam. Itu sahaja.

    Syaitan cuba memalingkan manusia untuk melihat tempat2 suci di luar diri mereka sehingga mereka lalai menjaga kesucian hati mereka sendiri.

    Ramai tak nampak perkara2 ini.

    Juang

    February 16, 2010 at 2:35 am

  8. Walaupun kaum2 musyrik ada tempat2 suci mereka, tetapi bila Allah uji mereka dengan kedatangan Rasul2 daripada kalangan mereka, golongan musyrik itulah yang menunjukkan kedengkian yang kuat terhadap Rasul.

    Setakat beribadat di tempat2 suci, tetapi memiliki hati yang kotor, apa erti amalan2 mereka itu?

    Juang

    February 16, 2010 at 2:39 am

  9. selepas kematian Musa, masyarakatnya menyelewengkan ajaran Musa dengan Talmud mereka.

    selepas kematian Isa, pembesar agamanya juga menyelewengkan ajaran Isa dengan Gospel mereka.

    sejarah berulang kembali selepas kematian Muhammad, apabila golongan yang melantik diri mereka sendiri sebagai pembesar agama menyeleweng dengan Hadith mereka dan mengangkat bangsa mereka seolah-olah bangsa mereka, bahasa mereka yang paling tinggi martabatnya disisi Pencipta.

    sedangkan dalam Quran sudah menyatakan manusia semua sama dan dilarang sama sekali berpuak-puak dan Pemcipta itu kenal semua bahasa yang ada didunia ini.

    lucu sekali, konspirasi yang amat nyata tapi berjuta yang tertipu.

    muaddib

    February 16, 2010 at 2:52 am

  10. Selepas Ibrahim juga, kaumnya yang menyembah berhala tetap menyembah berhala..

    tolokminda

    February 16, 2010 at 3:01 am

  11. Begitulah Allah perlihatkan kepada kita berulang2. Bukan mata mereka yang buta, tetapi hati itulah yang buta.

    Walaupun Allah dah ulang2 kisah tersebut, tetapi sedikit sekali manusia mahu mengambil pelajaran. No wonder amalan sembah binaan itu tetap wujud sampai ke hari ini. Syaitan tidak berhenti2 untuk pesongkan manusia daripada jalan yang lurus.

    Juang

    February 16, 2010 at 3:21 am

  12. Juang menulis:

    Sekadar renungan. Kenapa Rasulullah memilih untuk terus menetap di Madinah bukannya di Mekkah biarpun Islam sudah berkembang luas?

    Salam,

    Saya juga merasakan kejanggalan apabila tamadun Islam yang pesat membangun selepas kewafatan Nabi tidak berlaku di Mekah. Mekah tidak pernah menjadi pusat kecemerlangan ilmu dalam tamadun Islam. Apa yang dipertahankan di Mekah hanyalah Kaabah dan sekitarnya yang dianggap suci oleh orang-orang Arab sejak sebelum wahyu sehinggalah sekarang.

    tolokminda

    February 16, 2010 at 3:22 am

  13. Dan melalui posting saudara TM ini, kita sudah nampak jawapannya kenapa Mekkah tidak pernah jadi pusat tamadun Islam.

    Ia hanya pusat amalan ritual yang paling berjaya mengumpulkan ramai manusia mengeliling sesuatu binaan.

    Nak kata daripada amalan itu, mereka jadi bangsa yang berilmu dan berteknologi tinggi, tidak juga. Apa manfaat ke arah kemudahan sesama manusia pun kita tidak nampak. Melainkan mereka memberi ganjaran2 dalam bentuk khayalan sahaja.

    Juang

    February 16, 2010 at 3:31 am

  14. Antara kesan buruk amalan sembahan ritual yang menyekutukan Allah atau menyamakan Allah dengan makhluk2 terdahulu adalah golongan tersebut akan dicabut kebijaksanaannya. Mereka akan jadi kaum yang lemah mindanya dan ketinggalan dalam bidang ilmu.

    Ini kerana amalan2 ritual yang mereka ada-adakan itu tidak terletak atas hujah yang boleh difikirkan, melainkan atas persangkaan perbuatan orang2 terdahulu mereka.

    Oleh kerana mereka hidup tidak berpegang pada hujah yang boleh difikirkan, minda mereka jadi terbantut dan hilang daya kreativiti. Mereka jadi kaum yang malas membaca dan malas belajar. Apatah lagi nak jadi kaum yang rajin berfikir bila pembesar agama mereka melarang mereka menggunakan akal kerana takut ajaran2 dusta mereka terbongkar.

    Oleh kerana kunci untuk melihat kebenaran bermula pada minda manusia, maka syaitan akan menakut2kan manusia itu supaya jangan berfikir, tetapi menurut sahaja golongan tertentu yang dianggap pembesar sesuatu agama.

    Akhirnya, bila disuruh membongkok atau menonggeng pada sesuatu objek atau binaan, mereka turuti membuta-tuli tanpa rasa was-was lagi.

    Begitulah taktik syaitan membelenggu pemikiran manusia untuk dikuasai dan disesatkan.

    Juang

    February 16, 2010 at 3:47 am

  15. Salam Juang,

    Ya. Kosistennya Mekah menjadi bandar penjaga amalan di Kaabah dan sekitarnya sejak sebelum Nabi Muhamad sehingga ke hari ini membuktikan kebenaran ayat 43:24

    43:24 Katakan: Apa! Walaupun jika aku membawa kepada kamu pedoman yang lebih baik dari apa yang kamu perolehi dari bapa-bapa kamu? Mereka berkata: Sesungguhnya kami tidak percaya dengan apa yang telah diutuskan kepada kamu.

    tolokminda

    February 16, 2010 at 4:00 am

  16. Salam Muaddib,

    Saya ingin sambung sedikit mengenai Nabi Ibrahim.

    Kita tahu agama Hindu adalah antara agama tertua di dunia dan ciri utamanya adalah penyembahan berhala. Ramai yang beranggapan agama Hindu tidak ada kena mengena dengan sebarang rasul atau nabi.

    Tetapi saya beranggapan sebaliknya.

    Agama Hindu sebenarnya mempunyai kitab dan ulama-ulama mereka yang berpegang kepada kitab tersebut percaya kepada Tuhan Yang Satu tetapi dipecahkan melalui fungsi atau karektor tertentu.

    Ia seperti seorang lelaki yang boleh menjadi suami, doktor dan tukang dalam masa yang sama. Jika nak buat anak mohon dari dia sebagai suami, kalau nak berubat mohon dari dia sebagai doktor dan kalau nak baiki rumah mohon dari dia sebagai tukang.

    Begitulah konsepnya. Jadi konsep pemecahan fungsi inilah yang melahirkan 3 tonggak Tuhan (berhala) dalam Hindu yang dinamakan Brahma (Pencipta), Vishnu (Penyelenggara) dan Shiva (Pemusnah).

    Perhatikan Brahma, bukankah ia hampir kepada Ibrahim? Mereka juga mempunyai Dewi yang bernama Saraswati dan dikatakan isteri kepada Brahma. Bagaimana pula dengan asal usul membakar mayat yang mereka amalkan? Mungkinkah juga ada kaitan dengan perbuatan membakar Ibrahim?

    Terlalu banyak kebetulan? Atau Nabi Ibrahim pun telah diselewengkan oleh kaumnya dan diangkat menjadi Tuhan seperti juga Isa, misalnya?

    tolokminda

    February 16, 2010 at 4:05 am

  17. Perhatikan juga fakta menarik tentang Brahma ini dalam Hindu.

    “As creation is the work of the mind and the intellect, Lord Brahma symbolizes the Universal Mind. From the standpoint of an individual, Brahma symbolizes one’s own mind and intellect. Since an individual is naturally gifted with the mind and intellect, he or she may be said to have already realized Brahma. For this reason the worship of Brahma is not very popular among all Hindus. He is, however, worshipped by seekers of knowledge, such as students, teachers, scholars and scientists”.

    Rujukan di sini.

    tolokminda

    February 16, 2010 at 4:16 am

  18. Secara jujur kisah Ibrahim sudah lama saya sendiri rasa ada kaitan dengan agama Hindu yang antara tertua didunia.

    terima kasih pada world wide web yang banyak membantu kita mencari rujukan.

    muaddib

    February 16, 2010 at 4:26 am

  19. Kisah membakar Ibrahim pada pendapat saya hanya metafora.

    Ada pendapat lain?

    muaddib

    February 16, 2010 at 4:30 am

  20. Melalui Al-Quran, Tuhan menyuruh kita menjadikan Ibrahim sebagai model bagi membuat penyelidikan dalam usaha mengenali dan menyakini Tuhan Yang Satu dan seterusnya menjadi manusia yang berjaya.

    Tetapi melalui kaumnya, Ibrahim adalah Tuhan untuk disembah untuk tujuan memperolehi ilmu.

    Begitulah tabiat kaum-kaum penerima nabi dan rasul.

    tolokminda

    February 16, 2010 at 4:31 am

  21. Bagaikan ada persamaan konsep 3 dalam 1 antara Hindu dan Kristian. Dan kedua2nya menjadikan Nabi Allah sebagai tuhan.

    Apakah puncanya manusia boleh diselewengkan daripada konsep Ketuhanan yang paling mudah difikirkan itu Keesaan Allah?

    Kalau kita renungkan, konsep Keesaan Allah berkait rapat dengan pembebasan minda dari dikongkong oleh golongan2 agama. Ini kerana, bila manusia sedar bahawa tiada sekutu bagiNya, manusia itu akan bergantung terus kepada Allah menggunakan mata hati (minda) masing2. Maka tidak wujud golongan2 pembesar agama dalam masyarakat yang bergantung terus kepada Allah.

    Namun bila ada manusia yang ingin mencari pengaruh dan sanjungan masyarakat, mereka akan cipta sesuatu ajaran yang memerlukan manusia mengikut cakap mereka. Ajaran tersebut mempunyai amalan2 ritual tertentu yang memerlukan masyarakat percaya pada mereka dan menurut cakap mereka. Mereka mengembala pemikiran masyarakat untuk keuntungan diri mereka sendiri.

    Golongan tersebut adalah golongan yang pemalas mengkaji ilmu alam dan tidak mahu sumbangkan ilmu2 bermanfaat kepada manusia sebaliknya mereka mengajar ajaran2 tak masuk akal yang memaksa pengikut mereka percaya membuta-tuli kata2 mereka. Sesiapa yang tak percaya kepada ajaran mereka, dilabelkan sesat.

    Juang

    February 16, 2010 at 4:40 am

  22. Salam Muaddib,

    Saya percaya Ibrahim memang telah dibakar kaumnya. Tetapi kalau ada bukti sebaliknya, saya sentiasa terbuka mengenainya.

    tolokminda

    February 16, 2010 at 4:43 am

  23. Asal dibangkitkan seseorang Nabi dan Rasul itu untuk membezakan cara hidup yang aman dan sejahtera dengan cara hidup yang tidak selamat. Itulah tujuan Kitab Allah diturunkan kepada manusia untuk pedoman.

    Namun ada golongan yang merasakan mereka ada hak esklusif terhadap ajaran seseorang Nabi mula menyelewengkan matlamat sebenar ajaran asal Nabi itu dengan membuat satu bentuk lingkungan yang dipanggil agama. Kononnya sesiapa yang mengikut ajaran pembesar2 agama itu, mereka itulah golongan yang benar. Dengan kata lain, mereka jadikan agama untuk memecah-belahkan kehidupan manusia.

    Tiada seorang Nabi suruh buat golongan2 atau puak2 atau jemaah2. Kaum musyrik sahaja yang mencipta sempadan2 itu untuk mereka merasakan diri mereka lebih mulia daripada manusia lain yang tidak sama seperti mereka.

    Juang

    February 16, 2010 at 4:49 am

  24. Salam Juang,

    Saya percaya kalau tidak kerana Al-Quran itu telah menyatakan dengan jelas kesesatan menjadikan nabi sebagai Tuhan atau anak Tuhan seperti yang dilakukan oleh Kristian dan Yahudi, orang Arab tentu telah berbuat yang sama kepada Nabi Muhamad.

    Itu pun mereka bukanlah tidak berusaha ke arahnya. Bukankah mereka mengatakan Nabi Muhamad kekasih Allah dan akan berada di sampingNya untuk memberi syafaat kepada orang Islam di padang Mahsyar nanti?

    Perhatikan nama siapakah yang digantung secara sebelah menyebelah dengan Tuhan di sana sini oleh orang Islam?

    tolokminda

    February 16, 2010 at 4:53 am

  25. Berbalik kepada konsep ketuhanan orang Arab, saya melihatnya sebagai satu penyalinan kepada kepercayaan Hindu. Masih mengekalkan 3 tonggak Tuhan. Bezanya semua tonggak Tuhan mereka adalah perempuan. Perbezaan ini mungkin bersandarkan kepada kepercayaan atau persepsi asal orang Arab dalam hal berkaitan gender.

    tolokminda

    February 16, 2010 at 5:00 am

  26. Benar saudara TM. Walaupun menjadikan Muhammad sebagai anak Tuhan itu tidak disebutkan secara nyata, tetapi ketaksuban mereka terhadap riwayat2 hadis atas nama baginda seolah2 baginda itu penentu seseorang itu Islam atau tidak. Jika sesiapa tidak ikut riwayat hadis tetapi ikut Al Quran, mereka hukum sebagai sesat atau terkeluar Islam. Macamlah Islam itu milik mereka seorang.

    Yang hairannya Al Quran yang mereka tahu ia disampaikan oleh Muhammad, tidak pula mereka mahu ikut. Nak juga mereka mencari2 sesuatu yang diluar Al Quran, seperti mana orang Yahudi dan Nasrani perlukan kitab2 lain selain Taurat dan Injil.

    Kita nampak cara syaitan menyelewengkan sesautu kaum daripada ajaran asal Kitab Allah adalah sama taktiknya. Tetapi ramai yang tidak perasan itu semua.

    Juang

    February 16, 2010 at 5:05 am

  27. Mungkin kerana itu dibentuknya Hajar Aswad sebegitu rupa.

    Kepercayaan Tuhan beranak-pinak menunjukkan betapa tak logiknya pemikiran mereka. Tahap akal mereka sudah jauh menjadi rendah. Tetapi disebabkan perkara itu menjadi penerimaan masyarakat mereka dan sesiapa yang tidak ikut akan disisih dan dipulaukan, maka ramai yang ikut sahajalah dan tidak mahu berjuang membebaskan minda mereka.

    Pada pandangan saudara TM, apakah masyarakat kita berupaya membebaskan diri daripada kepercayaan sebegitu?

    Jika dahulu kita belajar sejarah, orang Melayu beragama Hindu. Mungkin pada waktu itu keadaan mereka sama macam keadaan orang Melayu hari ini yang menyangka apa yang mereka turuti itu adalah ajaran Nabi2 terdahulu yang sebenar, walhal ia telah diselewengkan.

    Juang

    February 16, 2010 at 5:14 am

  28. Salam Juang,

    Nabi Muhamad pun tak tahu kaumnya akan mencipta dan menggunapakai kitab hadis untuk menggantikan Al-Quran. Seperti juga Nabi Musa, Nabi Isa pun sama. Bukankah Al-Quran telah memberitahu kita hal ini. Mengapa kita mahu mengulangi kesalahan yang sama?

    tolokminda

    February 16, 2010 at 5:18 am

  29. Juang bertanya:

    Pada pandangan saudara TM, apakah masyarakat kita berupaya membebaskan diri daripada kepercayaan sebegitu?

    Salam Juang,

    Saya bukan pakar, tetapi saya berpendapat ia memang sukar. Tetapi kalau ia berjaya diubah dan kita semua kembali kepada kebenaran yang dibawa Tuhan, kita akan dapat menyelesaikan semua masalah berkaitan bangsa kita.

    Jika umat selepas Muhamad dulu berjaya melakukannya, maknanya jalan itu boleh digunakan semula.

    tolokminda

    February 16, 2010 at 5:32 am

  30. Salam TM,

    Saya setuju. Jika kita dapat basmi punca masalah (menyekutukan Allah), segala masalah berkaitan perangai atau attitude bangsa kita dapat diubah.

    Cuma sejauh mana kecepatan mereka dapat berubah bergantung kepada keyakinan mereka untuk membuka minda masing2. Semuanya bertitik tolak pada hati.

    Macam kisah kaum terdahulu, mereka nak tunggu Allah turunkan bencana, barulah mereka nak percaya kepada peringatan untuk tidak menyekutukanNya. Saya harap masyarakat kita tidak sebebal itu untuk berubah.

    Juang

    February 16, 2010 at 5:43 am

  31. Salam…
    Apakah maksud Alquran yg.terpelihara..?
    Apakah yg.tertulis sebagai 114 surah sahaja?

    Jika kita mengatakan hadith juga sebagai cabang
    aluran,..maka kitab2 terdahulu seperti Injil,zabur
    dan Taurat serta suhuf2,kitab Ibrahim juga adalah
    ilmu Allah.
    ————————————————–
    29[49]
    (Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.

    6[59]
    Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

    18[109]
    Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.

    10[61]
    Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.

    16[9]
    Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
    ————————————————–

    Demikianlah asas2 yg.perlu difahamkan sebelum asas2
    lain difahami.

    Tok Syam

    February 16, 2010 at 8:28 am

  32. Salam…
    Kesimpulannya kita sebagai manusia yg.masih belajar
    dari tuhan hanya perlu berpesan pesan dengan sabar.
    Sampaikan ayat2 Allah,mengajak kepada kebaikan dan
    menegah kemungkaran.

    Selain itu urusan menentukan keadaan manusia yg.sesat
    dan benar adalah urusan tuhan mengikut peraturan
    masing2.

    Manusia dilahirkan mempunyai peraturan kejadiannya
    yg.telah Allah tentukan.Seperti syariatnya,pemimpin
    nya,ilmunya dan makam2 kedudukannya.

    Sebagai contoh…seorang bapa yg.bijak hanya mampu
    mendidik anak2nya.Tapi tidak mampu jadikan anaknya
    pandai seperti dirinya….walaupun jalannya menjadi
    pandai telah terbukti.

    Demikian juga halnya….petunjuk dan kenal
    tuhan setiap manusia tidak sama.

    Musa yg.dididik oleh Firaun bertahun
    tahun akhirnya diangkat Allah jadi nabi.

    Ibrahim yg.bapanya pembuat berhala,…akhirnya
    jadi penyembah tuhan yg.sebenar.

    Maka tidak hairan juga orang yg.dilahirkan dalam
    islam agama yg.benar juga boleh menjadi sirik dan
    kafir.

    Tok Syam

    February 16, 2010 at 8:40 am

  33. Salam..
    Tidak ada suatu bangsa atau umat pun masa ini yg.
    bijak atau terbaik disisi Allah melainkan mereka
    berpegang pada jalan lurus…dan hatinya dibersihkan
    agar menjadi penyuluh akalnya.

    Hati yg.kotor tidak akan disimpan akan ilmu Allah
    kedalamnya dan dengan itu tiadalah akalnya dapat
    memikirkan hal2 benar.

    Usaha manusia pertamanya adalah membetulkan kedudukan
    dirinya hingga tanda2 kebesaran dan kebenaran Allah
    terserlah.Namun kesilapan2 kecil perlu ada sebagai
    manusia yg.lemah.

    Sebelum seseorang diangkat menjadi RASUL mereka perlu
    menjalani makam kenabian.Iaitu menghidupkan ilmu
    Allah pada diri sendiri dan menjadi contoh.

    Setelah jelas proses usahanya dan Allah menetapkan
    untuk makam RASUL ….iaitu tugas menyampai dan mengajar.

    Tok Syam

    February 16, 2010 at 8:52 am

  34. Tok Syam menulis,

    Apakah maksud Alquran yg.terpelihara..?
    Apakah yg.tertulis sebagai 114 surah sahaja?

    Jika kita mengatakan hadith juga sebagai cabang
    aluran,..maka kitab2 terdahulu seperti Injil,zabur
    dan Taurat serta suhuf2,kitab Ibrahim juga adalah
    ilmu Allah.

    Salam Tok Syam,

    Berikut adalah apa yang Tuhan suruh kita terima mengenai Al-Quran dan Kitab-Kitabnya sebelumnya.

    3:84 Katakan: Kami percaya kepada Allah dan apa yang telah diwahyukan kepada kami, dan apa yang telah diwahyukan kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yaakob dan nabi-nabi dan apa yang telah diberi kepada Musa dan Isa dan kepada rasul-rasul dari Empunya mereka – kami tidak membeza-bezakan satu pun di antara mereka dan kepadaNya kami patuh.

    Dan ini pula amaran Tuhan kepada mereka yang mempercayai selain dari Kitab yang diwahyukan olehNya.

    45:6 Inilah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepada kamu dengan kebenaran – maka dengan hadis apakah yang mereka patut percaya selepas Allah dan WahyuNya?

    77:49-50 Celakalah pada hari itu mereka yang tidak percaya. Maka dengan hadis manakah selepasnya mereka akan percaya?

    tolokminda

    February 16, 2010 at 1:53 pm

  35. Tok Syam menulis,

    Tidak ada suatu bangsa atau umat pun masa ini yg.
    bijak atau terbaik disisi Allah melainkan mereka
    berpegang pada jalan lurus…dan hatinya dibersihkan
    agar menjadi penyuluh akalnya.

    Hati yg.kotor tidak akan disimpan akan ilmu Allah
    kedalamnya dan dengan itu tiadalah akalnya dapat
    memikirkan hal2 benar.

    Usaha manusia pertamanya adalah membetulkan kedudukan
    dirinya hingga tanda2 kebesaran dan kebenaran Allah
    terserlah.Namun kesilapan2 kecil perlu ada sebagai
    manusia yg.lemah.

    Sebelum seseorang diangkat menjadi RASUL mereka perlu
    menjalani makam kenabian.Iaitu menghidupkan ilmu
    Allah pada diri sendiri dan menjadi contoh.

    Setelah jelas proses usahanya dan Allah menetapkan
    untuk makam RASUL ….iaitu tugas menyampai dan mengajar.

    Salam,

    Tidak ada lagi utusan khas yang menerima dan menyampaikan wahyu sesudah Muhamad dan Al-Quran. Jadi tidak timbul soal makam itu dan makam ini. Yang penting kita kena baca dan kaji apa yang sebenarnya Tuhan mahu kita faham dari PedomanNya yang dipanggil Al-Quran itu supaya kita tidak sesat, tidak menyekutukan Tuhan dan menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat.

    tolokminda

    February 16, 2010 at 1:58 pm

  36. Salam,

    Dengan melihat bagaimana kita mampu memahami Al Quran dengan membersihkan ayat2Nya daripada segala bentuk amalan penyekutuan, ada logiknya Al Quran menyebut selepas Nabi Muhammad sudah tiada Nabi lagi untuk menerima wahyu Allah.

    Sudah cukup lebih 6000 ayat Al Quran itu sebagai penyuluh hati orang2 yang percaya. Kalau sudah ada lebih 6000 ayat pun masih nak sembah atau sujud kepada sesuatu objek, dah tak tahu nak nasihat apa lagi.

    Aku berlepas diri daripada orang2 yang menyekutukanNya.

    Juang

    February 16, 2010 at 3:20 pm

  37. 43:23 Sama juga, bila saja Kami menghantar seorang Pemberi amaran kepada mana-mana umat, mereka yang kaya di dalamnya berkata: Sesungguhnya kami dapati bapa-bapa kami dalam satu jalan dan sesungguhnya kami adalah pengikut langkah-langkah (agama) mereka.

    43:24 Katakan: Apa! Walaupun jika aku membawa kepada kamu pedoman yang lebih baik dari apa yang kamu perolehi dari bapa-bapa kamu? Mereka berkata: Sesungguhnya kami tidak percaya dengan apa yang telah diutuskan kepada kamu.

    Ayat di atas menunjukkan, bila hati manusia itu sudah tertutup daripada menerima sesuatu di luar ajaran tradisi mereka, ada Rasulullah depan mata mereka pun mereka tak percaya juga. Diiring Rasul itu dengan lebih 6000 ayat2 Allah pun tidak mampu membuka pintu hati mereka daripada menjauhi amalan menyembah pada mana2 objek.

    Nampak tak bagaimana butanya hati manusia itu tidak dapat membezakan amalan orang2 musyrik yang mereka sangka itulah ajaran seseorang Nabi. Patutlah mereka tidak mampu bawakan bukti amalan sujud kepada mana2 objek itu disuruh dalam Kitab Allah, tetapi mereka terpaksa ada2kan kitab lain atas nama hadis Nabi.

    Juang

    February 16, 2010 at 3:47 pm

  38. Salam Juang,

    Berikut adalah bagaimana Tuhan menjelaskan lagi perihal kesesatan orang-orang Arab itu.

    16:62 Dan mereka menyekutukan kepada Allah apa yang mereka sendiri benci (anak-anak perempuan) dan lidah-lidah mereka menyatakan pembohongan yang mereka akan menerima kesudahan yang baik – tidak syak lagi kepada mereka adalah neraka di mana mereka akan dimasukkan ke dalamnya.

    16:63 Demi Tuhan, sesungguhnya Kami telah menghantar kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi Syaitan telah membuatkan amalan-amalan mereka kelihatan elok kepada mereka, jadi dialah penaung mereka hari ini dan mereka akan menerima hukuman yang menyakitkan.

    tolokminda

    February 16, 2010 at 3:59 pm

  39. Lagi mengenai kesesatan orang-orang Arab berkaitan konsep ketuhanan mereka..

    17:39 Ini adalah apa yang telah Empunyamu mewahyukan kepada kamu kebijaksanaan, dan jangan menyekutukan sebarang tuhan lain dengan Allah yang akibatnya kamu akan dicampakkan ke neraka, dilaknat dan disingkir.

    17:40 Apa! Adakah Empunyamu melebihkan kamu dengan anak-anak lelaki dan mengambil anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kata-kata kamu amatlah buruk.

    17:41 Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berbagai di dalam Al-Quran ini supaya mereka berfikir, tetapi ia tidak menambah kecuali kebencian.

    17:42 Katakan: Jikalau ada tuhan-tuhan lain di sampingNya seperti yang mereka dakwa, sudah tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan ke arah Empunya segala kekuasaan.

    tolokminda

    February 16, 2010 at 4:09 pm

  40. Kepada sesiapa yang terlalu yakin dengan orang-orang Arab dan sanggup memperjudikan nasib samada di dunia mahu pun akhirat semata-mata di tangan mereka – sila renungkan apa yang Tuhan katakan tentang orang-orang Arab.

    9:97 Orang-orang Arab adalah paling teruk ketidakpercayaannya dan hipokrit – dan sangat dangkal dengan yang telah diwahyukan oleh Tuhan melalui rasulNya – dan Tuhan Mengetahui dan Menghakimi.

    tolokminda

    February 16, 2010 at 4:20 pm

  41. Tuhan mengurniakan Al-Quran sebagai Pedoman untuk kita – bukan orang-orang Arab pedoman kita. Malah Tuhan tidak pernah mengatakan kita harus rujuk orang Arab untuk memahami Al-Quran. Jadi walaupun Al-Quran itu dalam bahasa Arab, kita tidak boleh biarkan hanya orang Arab mentafsirkannya untuk kita.

    Islam itu mengatasi segala sempadan negara dan bangsa. Mengatasi segala batasan zaman dan masa. Mengatasi segala budaya dan bahasa. Mengatasi apa juga lokaliti semulajadi mahupun bangunan suci ciptaan manusia.

    Jadi apa rasionalnya kita perlu pergi ke negara Arab untuk mendekati Tuhan? Apa rasionalnya kita membongkok kepada bangunan yang dibina orang Arab untuk memanifestasikan kepatuhan kita kepada Tuhan? Apa rasionalnya kita perlu berbahasa Arab untuk berkomunikasi dengan Tuhan?

    Kerana Tuhan telah menetapkannya? Atau Kerana orang Arab yang mengajar kita? Apakah kita tidak ada common sense?

    tolokminda

    February 16, 2010 at 4:49 pm

  42. Salam TM,

    Bagi yang terlalu yakin dengan ajaran2 orang Arab itu, mereka diajar untuk membenci bangsa2 lain terutama orang Barat yang mereka katakan sekular itu. Walhal orang Barat itu dapat juga membebaskan minda mereka daripada taksub membuta pada ajaran ortodoks mereka dahulu.

    Jepun yang dahulunya taksub dengan semangat nasionalisma mereka pun boleh membuka minda. Mereka maju sekarang pun bukan kerana agama Shinto mereka, tetapi sebab ketekunan mereka mengkaji bidang ilmu dan teknologi.

    Jika kita fikirkan, tiada satu amalan ritual sembahan pada sesuatu objek yang dengan amalan itu mampu membawa apa2 manfaat kepada kehidupan manusia. Umpamanya amalan ritual itu tidak mampu menyembuhkan mereka daripada apa2 penyakit.

    Kalau saintis mengkaji ilmu perubatan, dapat juga dengan ilmu itu mereka mengubat diri mereka dan masyarakat.

    Sebab itulah Allah angkat seseorang Nabi dari kalangan manusia yang suka belajar ilmu2Nya, bukannya dari kalangan pendusta dan pencipta amalan2 tak masuk akal yang tiada bukti2 jelas dari sisiNya (tiada asas yang kukuh).

    Juang

    February 16, 2010 at 5:03 pm

  43. Salam TM,

    Masalah utama umat Islam hari ini adalah untuk membezakan ajaran Islam dengan amalan tradisi bangsa Arab. Akibatnya amalan2 berbentuk musyrik pun mereka kata itu daripada Nabi yang berbangsa Arab.

    Jika mereka kaji selidik Al Quran, pasti mereka akan tahu membezakan mana intan dan mana kaca, mana ajaran tauhid dan mana ajaran musyrik.

    Al Quran sudah bawa kepada kita pedoman para Nabi yang berulang2. Kita boleh nampak punca manusia menyekutukan Allah, dan bagaimana nak keluar daripada kehidupan menyekutukanNya itu.

    Tetapi syaitan tahu kekuatan Al Quran. Maka ditakut2kan manusia itu untuk memahami Al Quran dan disuruh manusia itu taat pada golongan2 yang mengambil selain daripada Al Quran sebagai sumber hukum.

    Akibatnya, bila golongan itu suruh sujud pada sesuatu binaan atau objek pun mereka tidak sedar itulah amalan kaum musyrik yang ditegah dalam Al Quran. Mereka tidak melanggar Al Quran biarpun mereka mengaku Islam.

    Apa ertinya kita mengaku sebagai pemandu jalanraya yang berhemah, jika segala peraturan jalanraya kita langgar? Begitulah perumpamaannya.

    Juang

    February 16, 2010 at 5:10 pm

  44. Salam…
    Jika demikian kita dah tau 72 jalan dan
    hanya satu jalan yg.tinggal untuk umat
    bersatu.

    Agama pada mulanya asing dan akan
    kembali asing.Manusia tetap sama sejak
    dulu sampai kiamat.
    ———————————
    Satu jalan itu ialah….
    7[29]
    Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
    [30]
    Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.

    ———————————-

    Buatlah apa jua ritual2 yg.diyakini
    mengikut apa yg.diajarkan nabi,…
    asalkan tidak menyakutukan Allah
    dengan sesuatu,….samada melalui
    iktikad dan berakidah yg.salah.

    Tok Syam

    February 16, 2010 at 5:12 pm

  45. Salam,

    Benar. Apa jua amalan yang kita lakukan, pastikan kita tidak menyembah atau sujud pada mana2 objek khusus yang dijadikan simbol Tuhan. Jika kita mengatakan mengadap TV sebagai simbol Tuhan pun sudah dikira mengada2kan amalan musyrik.

    41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

    Oleh kerana Allah tidak berkedudukan dan tidak bertempat seperti matahari atau bulan atau binaan atau apa jua makhluk, maka takkanlah kita tak faham2 lagi bahawa makhsud sujud kepada Allah itu tidak memerlukan kita membuat apa2 gerakan tubuh badan pada sesuatu objek?

    Sebab itulah kita tidak jumpa dalam Al Quran dikhabarkan seseorang Nabi membuat gerakan tubuh badan khusus pada sesuatu objek. Yang mendakwa Nabi buat sesuatu amalan sembahan itu hanyalah kitab2 selain Al Quran.

    Apakah kita termasuk dalam orang2 yang ragu2 terhadap Al Quran?

    6:114. Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami telah memberikan Kitab mengetahui bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

    Juang

    February 16, 2010 at 5:35 pm

  46. Salam,

    Seperti mana Tuhan tidak memerlukan makanan khusus untukNya, seperti itulah Dia tidak memerlukan perbuatan khusus kita untukNya.

    Kita berbuat sesuatu amalan untuk kebaikan diri kita sendiri. Jadi, fikirkan apa amalan perbuatan yang jelas dan nyata kesan manfaat pada diri kita seperti rajin membaca, mengkaji, meneroka pelbagai bidang ilmu sebab bila kita menghadapi sesuatu kesukaran, dengan ilmu2 itulah yang akan membantu kita.

    Tiada amalan ritual yang dapat membantu manusia dalam menghadapi kesukaran hidupnya. Contohnya kalau manusia itu lapar, dia tidak akan dapat makanan dengan hanya buat amalan ritual. Yang membantu dia dapat makanan bila dia menggunakan kudratnya untuk bekerja mencari rezeki. Itulah hukum Allah tetapkan untuk dapat rezeki.

    Begitu juga kalau manusia itu tidak berilmu, dia tidak akan dapat ilmu dengan sekadar buat amalan ritual. Yang membantu dirinya dapat ilmu bila dia kerah tenaga untuk belajar dan berfikir. Itulah hukum Allah tetapkan untuk dapat ilmu.

    Kalau manusia itu sakut, dia tidak akan dapat kesihatan dengan sekadar buat amalan ritual tertentu. Kena juga dia pergi mencari rawatan dan perubatan yang sesuatu dengan penyakitnya itu. Itulah hukum Allah tetapkan untuk dapat kesembuhan dan kesihatan.

    Jadi, di antara hukum Allah dengan hukum ciptaan manusia, yang mana satu patut kita taati? Bagaimanakah kita membuat penilaian?

    Juang

    February 16, 2010 at 5:49 pm

  47. salam,

    Bagaimana kita dapat ketahui,..bahawa
    kita berada dijalan hidayahnya dan
    bukan jalan yg.dicantikkan oleh syithan…..?

    Manusia akan sentiasa diuji hingga
    jelas bukti keimanannya dan tetap
    ucapan kalimahnya.

    Tok Syam

    February 16, 2010 at 5:52 pm

  48. Salam…
    Dalam kegairahan kita berusaha,..juga
    terdapat perbuatan sirik yg.tidak
    disedari.

    Seperti kita mengatakan bahawa…
    segala yg.kita buat samada baik atau
    buruk akan pulang pada diri sendiri,..
    dan Allah tidak memerlukan apa jua
    perbuatan dari manusia melainkan
    ibadah yg.ikhlas kerananya.

    Bermakna solat,haji,puasa,zakat
    hanyalah kebaikan diri sendiri.

    Bagaimana jika ritual2 itu dibuat
    sebagai kebaikan diri sendiri..apakah
    salah..?

    Orang yg.telah mengenal ritual solat
    sebenarnya tidak akan berkata,…itu
    adalah perbuatan sembah tuhan.Saya
    melakukan solat adalah untuk
    mendidik diri yg.mana diri itu
    mempunyai dua unsur.

    Unsur zahir dan batin.
    Mungkin tak ramai yg.tau rahsia
    solat dan zakat dan puasa.

    Untuk mengingati Allah dan beramal
    baik perlu baiki diri melalui jalan
    zahir dan batin.

    Tok Syam

    February 16, 2010 at 6:10 pm

  49. salam…

    Kita mengatakan orang2 yg.membuat
    amal seperti solat dan lain2 berbentuk
    ritual bodoh dan tak masuk akal adalah
    sesat dan telah sirik.

    Sebaliknya terdapat juga dikalangan
    manusia yg.tak buat mengikut ajaran itu
    juga tak terkecuali dari sirik…
    sedangkan mereka juga mempelajari
    Alquran.

    Bagaimana boleh jadi demikian..?

    Tok Syam

    February 16, 2010 at 6:16 pm

  50. Salam,

    Cuba kita renungi kisah kaum2 musyrik terdahulu yang disebutkan dalam Al Quran, apakah ciri2 amalan hidup mereka. Jika amalan hidup kita sama macam ciri2 mereka, maka itu menunjukkkan kita termasuk dalam golongan mereka. Jika kita tidak mengikut jejak langkah mereka, maka kita terselamatlah daripada tipu-daya syaitan.

    Antara ciri2 kaum musyrik terdahulu, bila ditanya tentang perbuatan mereka, maka mereka akan jawab “sebab kami nampak nenek moyang kami lakukan dahulu”. Berapa banyak ayat2 Al Quran mengulang2 pasal jawapan kaum musyrik yang sebegitu nadanya?

    Kemudian mereka memerlukan golongan pembesar agama untuk menentukan corak hidup mereka bagaikan mereka tiada akal untuk berfikir sendiri erti hidup mereka sebagai manusia.

    Mereka memerlukan objek2 tertentu untuk dijadikan sembahan atas alasan itulah simbol menyembah Tuhan yang diajar oleh pembesar2 agama mereka.

    Mereka mempunyai Kitab asal para Nabi terdahulu, tetapi mereka taknak ikut dan bawa cerita2 riwayat yang penuh persangkaan dan kekaburan (sesama mereka berbalah2 pasal ketulenan riwayat).

    Mereka jadikan agama itu golongan2 atau berpuak2 di mana setiap puak merasakan mereka sahaja betul dan puak lain sesat.

    Itulah antara ciri2 kehidupan orang2 musyrik yang Al Quran sebut. Mungkin kita boleh kaji2 lagi untuk bawakan ciri2 orang musyrik supaya kita beringat dan tidak tiru jejak langkah mereka.

    Al Quran bawakan kisah kaum2 musyrik terdahulu untuk kita kenal sifat2 atau ciri2 mereka. Bila kita tahu ciri2 mereka, mudahlah kita buat amalan hidup kita yang berlawanan daripada sifat2 mereka.

    Bukankah menyekutukan Allah itu lawan kepada mentauhidkan Allah? Jika kita mengaku sahaja ikut ajaran tauhid, tetapi ciri2 hidup kita sama macam ciri2 orang2 musyrik yang Al Quran khabarkan, apa bezanya kita dengan mereka?

    Al Quran itu pembeza sifat2 sesuatu perkara supaya kita mudah mengenal dua ciri2 yang berlawanan.

    Jika kita tidak pernah kenal erti terangnya cahaya, duduk dalam gelap itu pun kita tidak rasa ia kegelapan. Tetapi bila kita tahu erti terang, barulah kita tahu betapa sempitnya hidup dalam kegelapan.

    Itulah gunanya Al Quran sebagai pembeza agar kita tidak mencampur-adukkan benar dan dusta dalam pegangan kita.

    Juang

    February 16, 2010 at 7:03 pm

  51. sekali lagi, bukan kerja manusia untuk menentukan siapa yang syirik terutama jika ianya tidak nampak secara jelas.

    antara yang jelas apabila berjuta manusia sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk pergi menyembah binaan manusia dan mencium batu entah dari mana asalnya, sedangkan kita apabila ada lebihan, kita disuruh bersedekah pada mereka yang susah tidak kira masa. bukan hanya bersedekah hanya pada waktu yang tertentu sahaja.

    dirikan sembahyang dan tunaikan zakat hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja jika dibandingkan dengan tunaikan komitmen-komitmen anda dengan penuh kesucian, sebagai contoh komitmen bersedekah tidak kira waktu.

    muaddib

    February 16, 2010 at 7:13 pm

  52. amat jelas yang ianya hanya membantu industri perlancongan sebuah negara sahaja dimana yang pergi tidak dapat mempelajari ilmu atau teknologi baru mahupun membantu golongan yang miskin dinegara sendiri.

    jika seorang harus mengeluarkan RM10 ribu, bayangkan jumlah 5 ribu yang pergi dalam masa setahun. banyak bukan?

    sudah tentu program bersamamu TV3 tidak perlu diadakan.

    muaddib

    February 16, 2010 at 7:22 pm

  53. Dengan adanya lebih 6000 ayat2 Al Quran untuk membezakan sifat2 orang yang mentauhidkan Allah dengan sifat2 orang yang menyekutukan Allah, jika kita masih lagi nak tiru sifat2 orang menyekutukan Allah, apa erti hidup kita?

    Jika ada 6 ayat sahaja untuk membezakan tauhid dengan musyrik, mungkinlah ada possibility kita susah nak bezakan sebab kehidupan ini luas. Tetapi kalau Allah sudah turunkan lebih 6000 ayat yang berulang2 pengajarannya, apa ertinya manusia itu masih engkar dan nak tiru juga ciri2 orang musyrik?

    Bukankah itu menunjukkan kedegilan dan kesombongan yang amat sangat pada ayat2 Allah?

    Mungkin kerana itulah Allah tidak turunkan lagi wahyu selepas Nabi Muhammad sebab kalau hati itu sudah engkar dan tegar nak menyekutukanNya, diturunkan 6 juta ayat pun mereka takkan percaya juga.

    Bagaikan penyakit menyekutukan Allah itu memang sukar dan liat nak dikikis daripada jiwa. Ada sahaja alasan mereka nak membenarkan amalan2 mereka menyembah sesuatu objek. Sebab itulah amalan menyembah patung2 masih wujud lagi pada zaman sekarang walaupun jarak kita daripada zaman Nabi Ibrahim sudah terlalu jauh.

    Kadang2 kita hairan juga, apakah mereka tidak dapat nyawa, rezeki, kesihatan dan ilmu jika mereka tak buat sesuatu amalan ritual itu? Jadi, atas alasan apakah mereka ada2kan perkara yang bukan fitrah kejadian manusia? Nak berlagak sombong atas nama sesuatu agama?

    Katakanlah, “Matilah kamu dalam kesombongan itu jika kamu merasakan di akhirat nanti kesombongan itu akan membantu kamu”.

    Juang

    February 16, 2010 at 7:22 pm

  54. “muaddib: antara yang jelas apabila berjuta manusia sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk pergi menyembah binaan manusia dan mencium batu entah dari mana asalnya, sedangkan kita apabila ada lebihan, kita disuruh bersedekah pada mereka yang susah tidak kira masa. bukan hanya bersedekah hanya pada waktu yang tertentu sahaja.”

    Benar. Islam itu sepatutnya bersifat saksama. Maka tidak wujud amalan yang menguntungkan sesuatu pihak dan merugikan sesuatu pihak yang lain.

    Macam konsep riba. Kenapa ia diharamkan sebab ianya menguntungkan satu pihak, dan menganiaya pihak yang lain. Jadi kalau wujud sesuatu amalan ritual yang ciri2 macam riba juga, apakah itu ajaran Nabi?

    Kadang2 perkara2 macam ni ada manusia taknak memikirkan dan buat pertimbangan. Itu yang mereka tak nampak beza antara benar atau bathil.

    Juang

    February 16, 2010 at 7:26 pm

  55. Bila kita dilarang sama sekali memdekatkan diri dengan syirik, sudah tentu ada rasional disebaliknya.

    Kita boleh lihat yang ianya kerja yang sia-sia dan tidak membantu masyarakat untuk membangun. tidak kira samada memuja bahan binaan, manusia mahupun matahari, bulan dan sebagainya.

    muaddib

    February 16, 2010 at 7:35 pm

  56. Dengan kata lain, amalan memuja2 sesuatu objek itu menyebabkan minda manusia itu terbantut.

    Cuba hayati kisah kaum Nabi Saleh. Bila mereka diuji berkongsi sumber minuman dengan unta betina, mereka tidak tahu nak memikirkan jalan lain seperti membuat sistem perpaipan atau pengairan untuk memisahkan air mereka dengan unta itu. Yang mereka tahu adalah untuk membunuh unta itu. Betapa rendahnya tahap minda mereka dan betapa kotornya hati mereka.

    Nampak tak kesan buruk hidup menyembah sesuatu objek itu kepada minda dan juga hati manusia? Sebab itulah semua Nabi dan Rasul anti kepada amalan2 syirik sebab kesan buruk yang paling jelas adalah meruntuhkan ketamadunan ilmu manusia.

    Kita kena ingat daripada kisah iblis yang dengki terhadap Adam. Adam diangkat sebagai khalifah kerana keilmuan (kebijaksanaan) baginda mengalahkan para malaikat. Jadi untuk membalas dendam pada Adam dan anak-cucunya, maka pada minda manusia itulah tempat iblis dan syaitan merosakkan.

    Maka diciptakan segala bentuk amalan ritual yang menyebabkan manusia itu malas belajar dan berfikir. Bila manusia itu jadi orang2 yang lemah mindanya, mudahlah syaitan mengongkong hidup mereka. Diajaknya manusia itu hidup berpecah-belah dan benci-membenci sesama manusia dengan peperangan atas nama kelainan amalan sembahan.

    Cuba lihat kaum yang mempromosikan ajaran menyembah binaan2 yang kita nampak pada hari ini. Bukankah mereka hidup berpecah-belah dan berperang sesama sendiri? Sedangkan bangsa2 lain sudah membuka minda untuk sibuk mengkaji bidang2 ilmu, kaum2 menyembah binaan itu masih hidup bercakaran atas perbezaan fahaman agama mereka.

    Tidakkah itu semua menjadi bukti2 nyata menunjukkan kesan buruk amalan sembahan sesuatu objek?

    Juang

    February 16, 2010 at 7:55 pm

  57. Salam…

    Allah telah memberi gambaran tentang amal yg.dikatakan
    sia2.Samada berbentuk solatnya,puasa nya,hajinya,
    zakatnya….atau ucapan syahadahnya….sekiranya
    apa yg.dibuat tidak mencegah dirinya dari kemungkaran
    dan dalam masa yg.sama dia menyukutukan Allah.
    Menyukutukan Allah dengan pelbagai konsep nyata dan
    tidak nyata.

    Apa jua amal manusia tidak terlepas dari dosa2 itu
    jika tidak faham konsep ibadah sebenar.

    Soal binaan Kaabah ,soal batu Hajal Asuwad dan
    banyak lagi adalah sejarah yg.tak mampu dipadamkan
    atau diubah.

    Tanah suci mekah telah beberapa kali banjir dan
    tentera bergajah telah digagalkan untuk memadamkan
    sejarah Ibrahim itu….namun Allah tetap izinkan
    ianya berlaku.

    Akal tidak dapat memahami…apakah hikmah Allah
    berbuat demikian.

    Nabi Muhammad hanyalah umat terakhir menjadi nabi
    dan menyambung membenarkan sejarah2 itu.Tiada diarah
    untuk memikirkan soal kabaah atau batu asuwad.Tiada
    perintah nabi yg.jelas untuk cium batu dan sujud
    didepan batu.

    Tahukah anda bagaimana sejarah nabi muhammad menawan
    mekah dan menyempurnakan ajaran ibrahim…?
    Berapa lama nabi dimekah dan madinah…?
    Dimana nabi bersolat dan kiblatnya sebelum
    diperintah Allah menukar arah..?

    Hal inilah yg.perlu diceritakan kepada umat Islam
    agar mereka tau hal ajaran sebenar.

    Tok Syam

    February 16, 2010 at 8:32 pm

  58. Tok Syam menulis,

    Nabi Muhammad hanyalah umat terakhir menjadi nabi
    dan menyambung membenarkan sejarah2 itu.Tiada diarah
    untuk memikirkan soal kabaah atau batu asuwad.Tiada
    perintah nabi yg.jelas untuk cium batu dan sujud
    didepan batu.

    Memang tak ada. Jadi apakah tuan masih mahu mendengar dan percaya kepada cerita orang-orang Arab berbanding Tuhan yang telah mengurniakan tuan Al-Quran sebagai pedoman hidup?

    Dan Nabi Ibrahim tidak pernah menjejakkan kaki ke Mekah. Jauh sekali dia membina kaabah sedangkan dia adalah pemusnah berhala kaumnya. Apakah tuan tidak boleh berfikir?

    tolokminda

    February 17, 2010 at 12:31 am

  59. Salam,

    Kenapa kita tidak bermula dengan menekankan tentang larangan Allah menyembah atau sujud pada mana2 objek? Bila kita yakin Allah larang kita daripada menyembah segala simbol2 yang diada-adakan atas namaNya, segala binaan2 tersebut terbatal dengan sendirinya.

    Sebab itulah saya lihat apa yang saudara TM lakukan adalah dengan memperbetulkan definasi2 seperti solat, puasa, zakat, haji, sujud, masjidilharam agar kita dapat menjauhi apa yang Allah larang daripada menyembah segala sesuatu selainNya.

    Bukankah dosa menyekutukan Allah itu dosa yang tidak diampunkan? Maka fokus hidup kita sepatutnya adalah untuk menjauhi segala bentuk penyekutuan terhadapNya tidak kiralah mereka guna nama Nabi untuk menipu manusia atau tidak.

    Ramai manusia masih sukar menerima bahawa erti menyembah Allah itu cukup kita hidup sebagai seorang manusia yang asal. Cuba lihat kisah Adam, adakah Allah suruh baginda beritual dan sembah sesuatu objek? Tiada bukan? So kalau tiada, kenapa nak ditambah2 sesuatu amalan yang Allah sendiri tidak tetapkan?

    Cuba bayangkan, semua manusia hidup tanpa mengkhususkan amalan sembah, sudah pasti manusia tidak mewujudkan golongan2 atas nama sesuatu agama. Maka tali persaudaraan sesama manusia dapat dipereratan sebab semua manusia itu sama sahaja di sisi Allah.

    Yang berbeza adalah amalan masing2. Siapa yang buat baik, Allah bagi kebaikan. Siapa yang buat jahat, dapat balasan sesuai dengan kejahatan. Siapa rajin berusaha, dapat banyak nikmat. Siapa yang malas berusaha, dapat sikit atau tak dapat langsung. Itu sahaja hukum Allah pada alam ini. Takde kaitan pun dengan amalan2 ritual yang diada-adakan oleh sesuatu kaum.

    Cuba kita kikis segala amalan tradisi kita itu dan mulakan hidup baru dengan hidup mengikut fitrah diri kita. Nanti kita akan nampak betapa lapangnya hidup ini. Bukankah Islam itu melapangkan hidup?

    Yang penting, jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu, dan buat kebaikan dan kebaktian sebanyak mungkin tanpa perlu berpuak2 atas nama bangsa atau agama.

    Memanglah nak kikis kerak2 hati yang berkarat dengan rasa bangga diri terhadap amalan tradisi itu amat sukar pada mulanya. Tetapi bila kita komit untuk hidup menjadi insan yang merendah diri (sujud), kita akan rasa mudah nak tinggal segala amalan tradisi itu.

    Ingatlah, Nabi Ibrahim berjuang meninggalkan amalan tradisi kaumnya. Samakah nilai kita dengan baginda jika kita sendiri tiru perangai kaum Nabi Ibrahim yang tegar mempertahankan amalan sembahan binaan mereka sendiri?

    Nak mengaku Islam, semua orang boleh cakap. Tetapi nak capai nilai diri seperti yang Nabi Ibrahim lakukan, hanya orang2 yang percaya kepada Allah yang mengurniakan mereka akal sahaja mampu melakukannya.

    Juang

    February 17, 2010 at 12:37 am

  60. Pada pendapat saya, jika mereka ini masih memilih untuk menyembah apa sekalipun, sembahlah, percayalah apa yang anda ingin percaya, tapi jangan sekali memaksa orang lain untuk memilih jalan seperti mereka dengan menghukum orang lain yang tidak sependapat dengan mereka.

    muaddib

    February 17, 2010 at 2:05 am

  61. Salam,

    Perumpamaan membezakan benar dan bathil itu seperti terbitnya matahari untuk membezakan benang putih dengan benang hitam. Sesiapa nak pilih benang putih, itu hak dirinya. Begitu juga yang nak pilih benang hitam. Jangan yang pilih benang putih memaksa orang lain pilih apa yang dia pilih, begitu juga sebaliknya.

    Antara kita tiada permusuhan.

    Juang

    February 17, 2010 at 2:47 am

  62. Salam,

    Benar. Jika apa yang saya pelajari dan rekodkan di sini tidak dapat diterima sesiapa pun, saya tidak kisah. Saya tidak mencari musuh dengan sesiapa. Saya hanya menggunakan akal yang dikurniakan Tuhan yang saya percaya perlu saya gunakan untuk mencari jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhaiNya.

    tolokminda

    February 17, 2010 at 2:56 am

  63. Al Quran umpama cahaya. Sifat cahaya, ia adalah jelas dan terang. Bila terang, sekeliling kita jadi lapang dan kita mudah nak berjalan tanpa rasa takut2 lagi.

    Namun jika ada manusia nak tutupkan matanya kerana sudah biasa hidup dalam kegelapan walaupun kegelapan itu menyempit dan membataskan serta menakutkan untuk berjalan dengan sendiri, kita tidak boleh memaksa manusia itu sebab mata itu milik manusia itu sendiri.

    Tugas kita hanyalah nasihat menasihati sahaja.

    Juang

    February 17, 2010 at 3:08 am

  64. salam..

    Kenyataan TM:
    ————–
    Jadi apakah tuan masih mahu mendengar dan percaya kepada cerita orang-orang Arab berbanding Tuhan yang telah mengurniakan tuan Al-Quran sebagai pedoman hidup?

    Dan Nabi Ibrahim tidak pernah menjejakkan kaki ke Mekah. Jauh sekali dia membina kaabah sedangkan dia adalah pemusnah berhala kaumnya. Apakah tuan tidak boleh berfikir?

    —————————————————
    Soalan saya:

    Apakah yg.membuatkan anda begitu pasti tentang
    ibrahim tidak pernah sampai ke Makah..?

    Apakah dengan maksud turun ayat 34:44 dan 28:46.!!
    —————————————————–

    Jika demikian tafsirkan untuk kefahaman semua tentang
    ayat…..

    3[96]
    Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan petunjuk hidayah bagi umat manusia.

    22[26]
    Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).

    22[27]
    “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
    ————————————————-

    Kajian yg.ingin kita pastikan ialah dimanakah
    kedudukan tanah aman damai yg.dilarang melakukan
    pertumpahan darah dan Allah menjadikan ia suatu
    kawasan suci dan tempat berhimpunnya seluruh
    umat islam.

    Kajian kedua ialah….negeri mekah yg.nak diserang
    oleh tentera gajah letaknya dimana dan apakah
    sejarah mekah ketika itu dimana nabi muhamad baru
    dilahirkan.

    mari kita selesaikan kajian tentang negeri mekah
    yg.diceritakan oleh Allah dlm.quran.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 4:45 am

  65. Salam Tok Syam,

    Tuhan bukan memberitahu kita tentang mana-mana tanah aman atau kawasan atau negeri atau negara. Masjidilharam bermaksud batasan ketetapan yang direstui Tuhan. Ia adalah tentang isikandungan Al-Quran yang terdapat di dalamnya nasihat, aturan-peraturan, kebenaran-kebenaran, larangan-larangan dan sebagainya. Jadi jagalah supaya kita sentiasa berada dalam batasan yang ditetapkan itu. Di mana pun kita berada kita tertakluk kepada sistem Tuhan. Kita tidak perlu berada di Mekah atau di depan kaabah untuk mengakui dan merendah diri terhadap Tuhan.

    Di bawah saya terjemahkan semula ayat-ayat yang tuan mahukan penjelasan supaya tuan faham.

    3:95 Katakan: Allah telah berkata yang benar, oleh itu ikutilah cara hidup Ibrahim – yang berpendirian – dia bukanlah di antara penyekutu Tuhan.

    3:96 Sesungguhnya sistem pertama yang ditetapkan kepada manusia adalah keyakinan, direstui dan pedoman kepada berbagai bangsa.

    3:97 Di dalamnya adalah bukti-bukti yang nyata, status Ibrahim dan sesiapa memasukinya akan selamat dan penyelidikan terhadap sistem adalah tanggungjawab manusia demi Tuhan ke atas setiap orang yang mampu menemui kaedahnya. Dan kepada sesiapa yang tidak percaya, maka sesungguhnya Tuhan wujud dengan Sendiri, mengatasi semua keperluan ilmu.

    Dan…

    22:25 Sesungguhnya mereka yang tidak percaya dan mereka menghalang orang lain dari batasan ketetapan yang telah direstui yang telah yang begitu jelas dimaksudkan untuk dipatuhi seluruh manusia. Dan sesiapa yang memperkenalkan di dalamnya sebarang kesongsangan Kami akan pastikan dia merasai balasannya.

    22:26 Dan apabila kami menetapkan untuk Ibrahim satu tempat di dalam sistem: “Kamu jangan sekutukan Aku dengan apa pun, peliharalah sistemKu bersihkan untuk kumpulan-kumpulan orang yang berpendirian dan mereka yang mengakui dan merendah diri.

    22:27 Dan maklumkan kepada manusia tentang penyelidikan yang telah diberi ke atasmu sebagai individu dan ke atas setiap individu yang bertanggungjawab yang telah diberikan dari setiapnya sumber yang besar.

    22:28 Supaya mereka menyaksikan manfaat-manfaat untuk mereka dan mereka akan mengingati Tuhan ketika hari-hari yang mereka ketahui mengenai apa saja kurniaan kepada mereka dari haiwan ternakan. Oleh itu makanlah darinya dan beri makan mereka yang memerlukan dan yang miskin.

    22:29 Dan kemudian mereka harus bersihkan kekotoran mereka dan mereka perlu memenuhi perjanjian-perjanjian supaya mereka biasa dengan sistem yang asas.

    22:30 Dan sesiapa menunaikan larangan-larangan Tuhan maka ia adalah baik untuknya di sisi Tuhan. Dan dibenarkan ke atas kamu haiwan ternakan kecuali yang telah diberitahu kepada kamu dan elakkan kekotoran menyembah berhala dan jauhkan diri dari percakapan palsu.Jadilah seorang yang berpendirian untuk Tuhan dan jangan sekutukan Dia dengan apa pun…”

    tolokminda

    February 17, 2010 at 5:34 am

  66. Salam..Tolokminda.

    Sebenarnya apa yg.saya sedang kaji adalah fakta
    sejarah.Bagi saya tidak menentang apa yg.sdr.TM
    fahamkan…melainkan terdapat suatu percanggahan
    fakta sejarah semata mata.

    Faktanya ialah tentang wujudnya MEKAH sebagai pusat
    berkumpulnya umat islam sedunia….samada terdapat
    ritual haji…adalah soal kedua.

    Berdasar ayat Allah..sememangnya tidak dinyatakan
    lokasi atau nama negeri sebenar.Kerana ketika dulu
    nama2 negeri tidak sebagaimana dinamakan sekarang.

    Sekiranya mengikut jejak pengembaraan nabi ibrahim,
    kebanyakan usahanya adalah ditanah palastin dan
    terdapat suatu kisah penghijrahannya disuatu
    tempat dimana penemuan telaga air zamzam.

    Dipercayai doa ibrahim yg.menyatakan bahawa ia telah
    menempatkan keturunannya disuatu lembah yg.kering
    dan tiada tanaman.Maka dipohonnya untuk Allah berikan
    kemakmuran disitu.

    Pada hari ini bukti telaga zamzam dan sejarah siti
    Hajar jadi penguat cerita….tentang permulaan Mekah.
    Disini saya membayangkan bahawa ketika itu Mekah
    tidak wujud lagi dan tiada berpenghuni.

    Dalam sejarah ahli kitab pula menyatakan tempat suci
    itu telah di dirikan dipalastin…sebagaimana
    permulaan pertama kiblat umat mengikut muhammad.

    Kajian saya memikirkan tentang kiblat kearah pertama
    sedangkan Ibrahim telah memulakan pembinaan tapak
    untuk umat islam dimekah.

    Apakah nabi muhammad tidak menyedari hal itu atau
    belum turun ayat menceritakan hal itu…?

    ———————————————-

    Walau apa pun,…ini adalah suatu tesis untuk sama2
    kita jejaki.Mungkin boleh suruh TV3 buat jejak
    Ibrahim pula.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 7:45 am

  67. Salam sahabat semua,

    Setelah saya membaca artikal ini dengan teliti, adakah maksud sahabat semua Kaabah itu suatu yang salah untuk di sujud/sembah?

    Terima Kasih.

    hairudy

    February 17, 2010 at 8:39 am

  68. Salam,

    Bagi orang yang tidak mahu menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan nampak amalan sujud/sembah kepada sesuatu objek adalah salah.

    41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

    Tetapi bagi orang yang tidak percaya kepada kesalahan menyekutukan Allah, menyembah patung anak lembu pun mereka rasa itu benar.

    Samalah konsep macam nak jaga kesihatan diri. Bagi yang betul2 prihatin dengan kesihatan diri, dia akan nampak amalan merokok itu satu kesalahan dan dia berusaha menjauhkan diri daripada perbuatan itu. Tetapi bagi yang tidak kisah pada kesihatan diri, merokok 10 batang sehari pun dia tak rasa apa2.

    Juang

    February 17, 2010 at 9:31 am

  69. Salam,

    Jadi dimanakah kiblat orang islam? Jika kebenaran semua sahabat ini benar? Jadinya orang-orang terdahulu akan menanggung segala dosa orang-orang yang tidak mengetahuinya?

    TIPS: Bukankah Al-Quran itu sangat sukar kita fahami jika semata-mata kita translate “What” itu “Apa” sahaja?…

    p/s: bahaya jika disalah erti kerana syaitan itu senang memasuki fikiran lunak sanubari kita…renung2kan la…

    terima kasih.

    hairudy

    February 17, 2010 at 9:45 am

  70. Salam,

    Kiblat orang yang tidak mahu menyekutukan Allah adalah fokus kepada kehidupan sebagai manusia yang direstui Allah.

    Pasal orang2 terdahulu, urusan mereka bukan tanggungjawab kita. Bukan tugas kita nak menghukum mereka berdosa atau tidak. Serahkan sahaja kepada Allah.

    Fikirkan nasib kita dan apa yang perlu kita sumbangkan untuk generasi akan datang.

    Jika kita kaji Al Quran daripada asas, ia tidak sukar. Cuba renung kisah Adam dan iblis, nanti kita akan nampak apa tujuan hidup kita yang sebenar2nya.

    Yang penting, kena selalu berfikir.

    Juang

    February 17, 2010 at 10:00 am

  71. Salam,

    Focus kepada kehidupan manusia?Jadi kita nk beramal macam mana? Jika tiada kiblat..dimana kiblat kita?

    Saya cuma perlu tahu dimana kiblat kita?

    Terima Kasih.

    // soalan berikutnya akan menyusul jika soala ini dijawab🙂

    hairudy

    February 17, 2010 at 10:21 am

  72. Salam,

    Kenapa kita beramal perlukan arah tertentu? Bukankah Allah itu pemilik timur dan barat?

    Kita beramal untuk kebaikan diri kita sendiri, sebab Allah tak perlukan amalan kita. Bila amalan itu untuk diri kita, kiblatkanlah amalan itu pada diri kita sendiri. So kenapa perlu cari objek2 di luar diri kita?

    Juang

    February 17, 2010 at 10:27 am

  73. Salam,

    Masya-allah sahabatku Juang… jawapan anda tiada yang boleh diragui harap maaf.

    Disebabkan sahabatku wahai Juang, jika persoalan saya yang pertama tidak dijawab dengan begitu mudah apatah lagi jika saya kemukan soalan yang kedua.

    Saya sangat berbangga apabila Al-Quran menjadi reference sahabaku Juang dan sahabat-sahabat yang lain. Apakan daya saya cuma manusia biasa yang buta tentang ilmu Allah S.W.T ini.

    Saya ada kemuyskilan..CTH: Sahabat berdoa dan mengAminkan pada doa sahabat…

    Soalan saya, Orang christian/yahudi turut mengAminkan kan doa-doa mereka, sama seperti kita. Dimana letaknya AMIN kita sebagai orang islam. (Maafkanlah jawapan memang tiada didalam al-quran).

    Terima Kasih.

    hairudy

    February 17, 2010 at 10:33 am

  74. Salam,

    Maafkan la aku wahai Juang, saya saya terlupa satu persatu dari seribu jawapan dari sahabatku wahai Juang. Seperti yang Juang katakan tadi BENAR? Sebentar lagi akan masuk waktu Mahgrib, andaikan sahabatku Juang bersolat. Dimanakah arah solat sahabatku Juang? Adalah seperti yang sahabat katakan ini?

    Kenapa kita beramal perlukan arah tertentu? Bukankah Allah itu pemilik timur dan barat?

    Kita beramal untuk kebaikan diri kita sendiri, sebab Allah tak perlukan amalan kita. Bila amalan itu untuk diri kita, kiblatkanlah amalan itu pada diri kita sendiri. So kenapa perlu cari objek2 di luar diri kita?

    hairudy

    February 17, 2010 at 10:39 am

  75. Salam,

    Berkenaan solat, maka sudah pasti solat saya tidak memerlukan arah yang spesifik pada sesuatu objek. Dan harap saudara tidak beranggapan solat saya sama dengan amalan orang2 yang memerlukan arah pada objek tertentu.

    Contohnya kalau saya komited untuk mengkaji Al Quran, apakah saya perlu mengadap pada arah2 yang khusus yang membolehkan saya faham Al Quran? Ke mana arah saya menghadap, yang pentingnya biar saya memahami isi kandungan Al Quran.

    Begitulah seluruh amalan hidup saya tidak terikat pada sesuatu arah objek.

    Juang

    February 17, 2010 at 10:50 am

  76. Salam,

    Berkenaan AMIN dalam berdoa, saudara Hairudy sendiri tahu ia tidak disebut dalam Al Quran. Namun berkenaan doa atau harapan kita kepada Allah terhadap sesuatu yang kita cita2kan, pendapat saya, yang memperkenankan doa kita itu adalah usaha kita sendiri pada jalan yang melayakkan kita mencapai apa yang kita doakan itu.

    Umpamanya kita berdoa nak lulus periksa. Apakah saudara ingat dengan duduk melepak malas belajar, doa kita itu akan diperkenankan walaupun seluruh manusia mengAMINkan doa kita itu? Jadi untuk lulus periksa, kita kena berusaha untuk belajar.

    Juang

    February 17, 2010 at 10:58 am

  77. Jika kita berdoa sesuatu, apa yang para sahabat kita perlu lakukan adalah dengan beri kata2 semangat atau perangsang untuk kita berjaya mencapai doa tersebut. Itulah cara “mengaminkan” doa sesama orang yang beriman.

    Juang

    February 17, 2010 at 11:00 am

  78. Salam,

    Berkenaan solat, maka sudah pasti solat saya tidak memerlukan arah yang spesifik pada sesuatu objek. Dan harap saudara tidak beranggapan solat saya sama dengan amalan orang2 yang memerlukan arah pada objek tertentu.

    Salam,

    Wahai sahabatku Juang, jika itu yang sahabat katakan saya lebih rela mengundurkan diri dari membicarakan mengenai Kiblat ini. Sememangnya sahabat orang yang paling hebat yang pernah saya kenali.🙂

    “Ya Allah S.W.T bukala minda sahabat-sahabatku semua dikala kesempitan menentukan arah yang benar lagi nyata yang telah engkau janjikan.” ~ Amin

    hairudy

    February 17, 2010 at 11:04 am

  79. Salam,

    Berkenaan AMIN dalam berdoa, saudara Hairudy sendiri tahu ia tidak disebut dalam Al Quran. Namun berkenaan doa atau harapan kita kepada Allah terhadap sesuatu yang kita cita2kan, pendapat saya, yang memperkenankan doa kita itu adalah usaha kita sendiri pada jalan yang melayakkan kita mencapai apa yang kita doakan itu.

    Umpamanya kita berdoa nak lulus periksa. Apakah saudara ingat dengan duduk melepak malas belajar, doa kita itu akan diperkenankan walaupun seluruh manusia mengAMINkan doa kita itu? Jadi untuk lulus periksa, kita kena berusaha untuk belajar.

    Salam,

    Jika itulah jawapan sahabatku yang menyimpang jauh dari jawapan yang pasti saya perlukan sahabat tidak berikan. Terima Kasih sahabatku wahai Julang.

    Moga Allah S.W.T menerima hujah-hujah sahabaku wahai Juang yang akan terus berjuang dengan agama “ISLAM” sahabat.

    Terima Kasih sekali lagi, askum…

    // Apakan daya saya untuk mengajukan soalan yang ketiga… jika 1 dan 2 tidak terjawab😦

    hairudy

    February 17, 2010 at 11:09 am

  80. Salam Hairudy,

    Saya tak tau samada pendapat saya mengenai kiblat boleh membantu. Saya ada menulisnya di sini.

    Terima kasih.

    tolokminda

    February 17, 2010 at 11:41 am

  81. hairudy,

    jika anda baca seluruh artikel dengan teliti dan faham, anda tidak akan datang bertanya dimana arah kiblat.

    muaddib

    February 17, 2010 at 1:10 pm

  82. sudah diterangkan beberapa kali konsep solaa, tetapi saudara masih bertanya bagaimana Juang ‘bersolat’ diikuti dengan arah kiblat.

    dan apabila Juang sudah menerangkan tentang kiblat, anda menjawab seolah-olah beliau tidak menjawab dan menyimpang.

    baca sekali lagi dan fahamkan dahulu konsep solaa yang diterangkan disini.

    jika anda faham, anda tidak akan bertanya dimana arah kiblat yang kebiasaannya melibatkan rukuk dan sujud secara fizikal.

    muaddib

    February 17, 2010 at 1:22 pm

  83. secara am apabila kita sebut kiblat, ianya boleh dibahagikan kepada 2.

    adakah saudara merujuk kepada perbuatan fizikal mengarah kiblat atau secara rohani dan minda?

    jika saudara masih merujuk pada fizikal mengadap satu arah, saya cadangkan sekali lagi saudara baca artikel mengenai solaa.

    muaddib

    February 17, 2010 at 1:31 pm

  84. muaddib Menulis,

    secara am apabila kita sebut kiblat, ianya boleh dibahagikan kepada 2.

    adakah saudara merujuk kepada perbuatan fizikal mengarah kiblat atau secara rohani dan minda?

    jika saudara masih merujuk pada fizikal mengadap satu arah, saya cadangkan sekali lagi saudara baca artikel mengenai solaa.

    Salam,

    Dimanakah link solaa yang dikatakan?boleh berikan capaian tersebut?

    Terima kasih

    hairudy

    February 17, 2010 at 2:11 pm

  85. Jika anda benar-benar mencari apa yang anda perlu buat hanya baca semua artikel dan bukan sekadar terus meminta capaian dari kami disini.

    jika anda benar ikhlas ingin mencari kebenaran, mulakan dengan usaha sendiri terutama bila ianya didepan mata anda. anda sudah pun berada diblog ini, yang mana artikel tersebut ada diblog ini.

    maaf dari saya jika ianya berbunyi sedikit keras.

    muaddib

    February 17, 2010 at 2:50 pm

  86. muaddib Menulis,

    Jika anda benar-benar mencari apa yang anda perlu buat hanya baca semua artikel dan bukan sekadar terus meminta capaian dari kami disini.

    jika anda benar ikhlas ingin mencari kebenaran, mulakan dengan usaha sendiri terutama bila ianya didepan mata anda. anda sudah pun berada diblog ini, yang mana artikel tersebut ada diblog ini.

    maaf dari saya jika ianya berbunyi sedikit keras.

    Salam,

    Tidak mengapa saya hanya bertanya sahaja. Tiada yang keras atau lembut dari sahabat muaddib.🙂

    Terima Kasih.

    hairudy

    February 17, 2010 at 2:54 pm

  87. Salam Muaddib,

    Ia bukan mudah. Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk mencari keberanian dan keyakinan. Malah selepas saya memulakan blog ini barulah ia menjadi semakin jelas. Bukan mudah membuang apa yang telah ditanamkan kepada kita sejak kecil – pada setiap hari. Saya percaya bagi mereka yang baru melihat konsep Islam dari kacamata Al-Quran, mereka memang akan mengambil masa untuk memikirkannya.

    tolokminda

    February 17, 2010 at 2:58 pm

  88. saya puji keberanian TM menulis blog ini.

    cuma akan terkilan jika ada nampak seperti bertanya soalan seperti ingin mencari, tetapi sebenarnya sekadar ingin mengejek apa yang dibincangkan disini langsung mengganggu rantai fikiran mereka yang benar-benar ingin berbincang mencari kebenaran.

    fahamkan dahulu prinsip asas terhadap ketentuan Pencipta dari kacamata TM mahupun yang sealiran dengan beliau, sebelum mangajukan soalan.

    wallahualam.

    muaddib

    February 17, 2010 at 3:27 pm

  89. wookey laaa…..
    bab solat dan kiblat kita cerita ikut masing2 laa.
    masing2 ada tuhan dalam diri…tentunya kebenaran
    masing2 tau.

    Nak solat pakai niat atau pakai keduanya,tuhan2
    mereka akan beri tau.

    Yang berkiblat hati adalah yakin apa yg.dia buat
    kepada siapa dia berinteraksi.
    Kiblat telinga menumpukan apa yg.dia baca dan faham.
    Kiblat mata adalah membatas pandangan selain melihat
    tujuan solatnya…dan dirinya.
    Kiblat dada…ikut lah sunah memasing.

    habih cerita.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 3:43 pm

  90. Salam Muaddib,

    Saya pun rasa begitu. Terima kasih atas keperihatinan tuan. Tentang blog ini, saya menulisnya kerana saya mahu belajar. Saya dapati ia cara paling baik untuk saya membelek dan meneliti ayat-ayat Al-Quran dan memahaminya. Kalau tidak, saya tidak akan membuat apa-apa mengenainya.

    tolokminda

    February 17, 2010 at 3:48 pm

  91. Bon voyage, Tok Syam!

    tolokminda

    February 17, 2010 at 3:49 pm

  92. saya ingin betulkan sedikit, tiada timbul langsung persoalan solat hanya berniat. sekali lagi jangan memasukkan ayat yang keluar dari anda kedalam mulut orang lain seolah-olah fahaman disini mengatakan solat hanya berniat.

    ianya solaa bukan solat dan yang mana difahami disini ialah komitmen terhadap ketetapan dan suruhan Pencipta dalam menjalani kehidupan, bukan gerakan fizikal mengadap bangunan empat segi.

    muaddib

    February 17, 2010 at 4:18 pm

  93. Salam,

    “muaddib: dan apabila Juang sudah menerangkan tentang kiblat, anda menjawab seolah-olah beliau tidak menjawab dan menyimpang.”

    Saudara muaddib, saya sudah biasa jumpa orang2 yang membalas sesuatu jawapan kita dengan sekadar menghukum.

    Kalau kita renung kisah kaum2 yang tidak percaya kepada seseorang Rasul yang disebut dalam Al Quran, bila Rasul mereka bawakan sesuatu hujah, dan mereka tidak dapat menjawab, maka cara mereka nak larikan diri adalah dengan berkata, “inilah sihir yang nyata”. Seolah2 mereka nak hukum Rasul mereka itu sesat atau salah, dan kononnya merekalah yang betul.

    Bayangkanlah, seorang Rasul dahulu pun kena macam itu, apalagi kita yang mengikut jejak2 para Rasul sahaja.

    Seorang yang matang berhujah atau berbincang, jika betul apa yang Rasul mereka itu katakan adalah salah, tentu mereka boleh tunjukkan di mana salahnya dan apa yang betul daripada mereka. Tetapi sekadar membalas untuk menghukum, nampak sangat dalam diri mereka ada perasaan ego.

    Saya sedang menanti kewujudan masyarakat kita yang matang berbincang, bukannya tiru perangai kaum2 musyrik terdahulu. Jika apa saya bawakan itu salah, tunjukkan di mana salahnya dan apa yang betul daripada mereka. Barulah saya boleh belajar daripada mereka. Tetapi setakat membalas dengan berkata “anda salah atau anda telah menyimpang”, apa yang boleh saya pelajari daripada mereka?

    Dalam diri orang2 yang ego, bila berbincang, mereka hanya bawa sikap nak menghukum daripada membawa sifat merendah diri untuk belajar dan mengajar.

    Juang

    February 17, 2010 at 4:52 pm

  94. “TM: Ia bukan mudah. Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk mencari keberanian dan keyakinan. Malah selepas saya memulakan blog ini barulah ia menjadi semakin jelas. Bukan mudah membuang apa yang telah ditanamkan kepada kita sejak kecil – pada setiap hari. Saya percaya bagi mereka yang baru melihat konsep Islam dari kacamata Al-Quran, mereka memang akan mengambil masa untuk memikirkannya.”

    Salam TM, saya setuju dengan saudara. Memang bukan mudah nak mengikis kepercayaan tradisi sebab kita telah dididik bawa yang ditanam sejak kecil itulah ajaran Islam sebenar walhal bila kita selidik, tidak pun ketetapan2 mereka itu wujud dalam Al Quran.

    Tambahan pula ajaran tradisi itu menanamkan rasa bangga diri kononnya kita telah Islam sekadar ikut amalan tradisi itu.

    Bila perasaan bangga diri ikut telah berkarat dalam jiwa, memang mengambil masa nak menyucikan jiwa kita semula. Bergantung kepada keazaman yang tinggi untuk memperbaikinya.

    Sebab itu kalau kita fikirkan, yang sudah tua2 agak sukar nak berubah berbanding yang muda2 kerana yang muda2 masih terbuka mindanya. Mereka masih dalam pencarian erti hidup yang sebenar. Sebaliknya yang tua2 dan ortodoks itu sudah sebati dengan kepercayaan tradisi.

    Tapi tidaklah saya maksudkan semua yang tua2 itu tertutup mindanya. Jika mereka dari muda sudah belajar berfikiran terbuka, sudah pasti sampai ke hujung usia, mereka boleh belajar pemikiran2 yang berbeza daripada apa yang mereka terima sebelum ini sebab mereka faham ilmu Allah itu luas.

    Tetapi kalau dari muda sudah tanam keegoan dan menutup minda mereka daripada memikirkan di luar ajaran tradisi mereka, memang payahlah bila tua2 nanti mereka nak membuka minda.

    Sebab itu sementara muda ini, belajarlah membuka minda seluas2nya. Kelak bila kita sudah berusia, dan datang kepada kita anak2 muda yang bawa sesuatu pemikiran yang kita rasa baru, tidaklah kita rasa tercabar sebab kita sudah belajar merendahkan diri.

    Juang

    February 17, 2010 at 5:04 pm

  95. Saya upkan balik apa yang saudara muaddib perjelaskan pasal solat (solaa) orang2 yang berusaha menjauhkan dirinya dari segala bentuk sembahan kepada mana2 objek.

    solaa = komitmen terhadap ketetapan dan suruhan Pencipta dalam menjalani kehidupan.

    Jadi bila disebut “komitmen”, sudah pasti melibatkan amal perbuatan, bukan setakat niat sahaja. Cuma amal perbuatan tersebut tidak mempunyai rukun2 khusus, bahasa khusus, arah khusus atau tempat khusus.

    Yang suka mengkhusus2 amal perbuatan mereka atas nama menyembah Tuhan hanya dilakukan oleh orang2 musyrik. Sudah pasti sifat orang beriman kena berbeza dengan sifat orang musyrik.

    Juang

    February 17, 2010 at 5:13 pm

  96. “muaddib: saya puji keberanian TM menulis blog ini.

    cuma akan terkilan jika ada nampak seperti bertanya soalan seperti ingin mencari, tetapi sebenarnya sekadar ingin mengejek apa yang dibincangkan disini langsung mengganggu rantai fikiran mereka yang benar-benar ingin berbincang mencari kebenaran.”

    Saya setuju dengan saudara. Memang usaha saudara TM membuat blog sebegini patut dipuji kerana ia memberi ruang kepada kita berfikir dan mencari kebenaran.

    Jika kita rasa hujah saudara TM ada kelemahan, bawakan hujah kita pula untuk menunjukkan di mana betulnya kita instead of kita menghukum atau mengejek2. Kalau kita renung kisah kaum2 terdahulu dalam Al Quran, orang2 musyrik memang suka mengejek2 orang yang mencari kebenaran disebabkan dalam diri mereka ada ego merasakan diri mereka sudah benar. Mereka tiada rasa keinginan nak sama2 cari kebenaran dan perbetulkan diri masing2.

    Bagi saya, tulisan2 saudara TM ini umpama cermin bagi diri saya. Mana2 bahagian yang saya tak nampak, maka blog ini membantu saya untuk nampak. Dan mana yang saya sudah nampak, saya kongsikan kepada orang lain. Kita belajar kongsi2kan apa jua ilmu yang ada.

    Keinginan belajar itulah cara terbaik untuk kita menyucikan jiwa daripada perasaan rasa diri itu sudah Islam dan mulia seperti terapan tradisi sebelum ini.

    91:7. Demi jiwa dan Yang membentukkannya,
    91:8. Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan!
    91:9. Beruntunglah orang yang menyucikannya,
    91:10. Dan kecewalah orang yang mengotorinya.

    Semoga kita sama2 termasuk dalam orang2 yang beruntung iaitu orang yang menyucikan jiwanya. Proses menyucikan jiwa ini tiada nokhtahnya selagi kita hidup di dunia ini.

    Juang

    February 17, 2010 at 5:25 pm

  97. Salam..

    Dalam maksud belajar,…kita tak perlu sensetif
    wahai sdr.Juang.
    Bila dah pasang niat belajar…maka jadikan diri itu
    tidak tau.Bila tidak tau…maka bertanyalah.

    Jika dalam hak sebagai guru…maka mengajarlah apa
    yg.ia diberi tau.Bila dah tak tau…kembalilah kepada
    murid dan mungkin murid secara izin Allah ia menjadi
    guru.

    nabi Musa as.merasakan dirinya telah berilmu.Lalu
    Allah perintah ia belajar dengan seorang hamba
    yg.memiliki ilmu.

    Musa dapati bawaan ajaran gurunya adalah bercanggah
    dengan hukum syariat islam yg.diajar Allah.

    Jadi…fenomena soal menyoal perkara biasa.Uji
    menguji sekadar ingin pasti.Allah ada menyatakan
    hak manusia untuk menguji seseorang jika terdapat
    keraguan agar jelas kedudukan ilmu itu.Atau
    dengan lain makna…menyiasat kesahihannya.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 5:46 pm

  98. Salam Tok Syam,

    Saya setuju. Jika kita mengajar, kita kena terbuka untuk belajar daripada orang lain. Jangan sangka yang murid itu lemah. Barangkali dia ada ilmu yang terpendam yang kita tidak miliki. Bagi guru yang bijak, semasa dia mengajar, semasa itulah dia belajar sesuatu yang baru.

    Di mana jua maqam yang Allah letakkan diri kita, jangan anggap kita duduk di maqam yang tertinggi. Ya, saya suka ambil kisah Nabi Musa bertemu hamba Allah itu sebagai pedoman hidup saya. Ada pengajaran berguna untuk menjadikan kita orang yang belajar merendah diri.

    Berkenaan perihal menguji, apabila kita menguji seseorang manusia, kita juga kena bersedia diuji oleh Allah. Dia Melihat apa yang manusia kerjakan.

    Dan bila kita sudah uji seseorang manusia, cepat2lah bertaubat atau dengan kata lain, cepat2 perbetulkan segala “kemusnahan” yang berlaku semasa kita menguji seseorang itu.🙂

    Juang

    February 17, 2010 at 6:05 pm

  99. Salam saudara TM,

    Sejak saudara mula mengkaji Al Quran, adakah saudara dapat merasakan satu semangat baru dalam hidup saudara? Dengan kata lain, Al Quran itu menjadi sumber inspirasi dan motivasi hidup saudara?

    Juang

    February 17, 2010 at 6:10 pm

  100. Salam Juang,

    Saya rasa lebih aman… : )

    tolokminda

    February 18, 2010 at 4:15 am

  101. Salam saudara TM,

    Syukurlah dengan rahmat Allah itu.

    Jika menyekutukan Allah adalah perbuatan yang terlarang, sudah pasti jika kita berjaya keluar daripada amalan itu, kita akan dibalasi dengan ganjaran dari sisi Allah. Bukankah Allah sebaik-baik Pemberi balasan?

    Ia sebagai bukti bagi kita bahawa janji Allah itu adalah benar.

    Juang

    February 18, 2010 at 4:49 am

  102. Antara sebab seseorang itu mendapat keamanan hati adalah kerana dia mencari kebenaran mengguna keupayaan dirinya sendiri. Manusia itu tidak perlu bersandarkan pada nama iman itu dan ini, sebaliknya berpegang bukti2 yang ada pada langit dan bumi. Rasa keyakinan diri dan kepuasan bila menemui jawapan2 yang selama ini tersembunyi dan bermain-main di benaknya.

    Juang

    February 18, 2010 at 5:03 am

  103. salam,

    Tok Syam menulis:-

    “mari kita selesaikan kajian tentang negeri mekah
    yg.diceritakan oleh Allah dlm.quran.”

    3[96]
    Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan petunjuk hidayah bagi umat manusia.

    Selalunya perkataan “MAKKAH” didalam ayat ini akan ditulis didalam kurungan (..). Kerana Al-Quran menyebutnya sebagai “BAKKA” dan bukan MAKKAH.

    Saya sertakan terjemahannya dalam bahasa Arab.

    Q3:96 Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.

    Q3:96 (Arabic) Inna awwala baytin wudiAAa lilnnasi lallathee bibakkata mubarakan wahudan lilAAalameena.

    Disini kita harus mengkaji samaada Makkah/Mekah itu sama dengan Bakka/Bakkah yang tuhan maksudkan didalam Al-Quran.

    Janganlah kita terikut-ikut dengan ayat didalam kurungan, ianya adalah tambahan yang dibuat bagi menguatkan fahaman yang ada sekarang.

    Apakah Bakka sama dengan Makka???

    Sama samalah kita fikirkan.

    ramsys pranata

    February 18, 2010 at 5:56 am

  104. hehehe …

    korang nih macam pengamal Scientology Islam.
    semua aqal dan fikir. aqal tu tali yg pak Arab lilit kat kepala kain tudung. adakala dia guna aqal tu utk ikat kaki unta. supa el unta tidak lari lah. subhanallah-lah.

    ada baiknya korang guna aqal utk ikat lidah .. hehe .. jari-jari korang pun sama kasi ikat-lah.

    Agnostika

    February 20, 2010 at 5:49 pm

  105. Agnistika menulis,

    semua aqal dan fikir. aqal tu tali yg pak Arab lilit kat kepala kain tudung. adakala dia guna aqal tu utk ikat kaki unta. supa el unta tidak lari lah.

    Oooooh… Patutlah.

    tolokminda

    February 20, 2010 at 6:59 pm

  106. salam,

    Kebanyakkan mereka ini pandai bercakap saja tapi tak ada fakta atau dalil dari Quran yang dikemukakan.
    Inilah jenis yang hanya suka mengikut-ikut apa yang disuapkan dan tak mahu mengkaji Quran itu sendiri.
    Alangkah ruginya manusia ini.

    Adalah terlebih baik sekiranya Agnostika mengkaji apa yang disarankan ia itu:-
    “Apakah Bakka sama dengan Makka???” daripada membuat lawak bodoh.

    Sama samalah kita fikirkan.

    ramsys pranata

    February 21, 2010 at 2:21 am

  107. chill out lah brader ram ! saya tahu awak mahu menyangka diri lebih pandai dari orang lain.

    bakka makka moca … di mana saja wajah kamu berpaling, di situ Allah ada. whats the big deal if macca, bacca and moca are the same location?

    we all can read the Quran until doomsday, and claim to have the true understanding of it according to our own cognizance. saya fikir , serius …, pak arab dah kelentong big time dan mujur ada orang yg mahu guna AQL .. untuk pencerahan jiwa dan minda.

    pernah seseorang bertanyakan Imam Ali tentang Allah. lalu Imam Ali ajuk kerat leher. maknanya kalau Imam Ali buka rahsia, pasti ada pak arab yg akan sembelih Imam Ali. dan masa tu, kunun zaman gemilang terbilang Islam, tapi Imam Ali sendiri kata tak sampai 40 orang lelaki mukmin dalam populasi. maknanya hampir semua penduduk masa tu adalah musyrik.

    yeah, i buat lawak bodoh supaya orang macam you kelihatan pandai. my bad.

    Agnostika

    February 21, 2010 at 2:35 am

  108. “TM membayangkan,

    Sekarang saya turut musykil kenapa wanita Arab mesti memakai jubah hitam saja… ermmm. Mari kita bincangkan.”

    maaf jika saya terasa erotik bila lihat wanita berjubah hitam. sukar untuk bincangkan, takut nanti dituduh melawak bodoh. hehehe

    Agnostika

    February 21, 2010 at 2:50 am

  109. [26]
    Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

    Tok Syam

    February 21, 2010 at 3:52 pm

  110. “ramsys: Kebanyakkan mereka ini pandai bercakap saja tapi tak ada fakta atau dalil dari Quran yang dikemukakan.”

    Orang2 sebegitu memang wujud bila ada pihak2 ingin membongkar sesuatu yang tersembunyi. Yang hairannya, kenapa mereka tak berpuas hati bila ada manusia nak memikirkan ayat2 Al Quran? Bukankah Al Quran itu untuk difikirkan?

    16:43. Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami mewahyukan. Tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak mengetahui.

    16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami menurunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu memperjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka memikirkan.

    Saya lihat, orang2 yang tidak bagi manusia berfikir dalam beragama itu tidak aman hidupnya bila melihat ada manusia nak selidik mencari sesuatu kebenaran.

    16:45. Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?

    Orang2 yang menipu atau berdusta, memang tidak akan rasa tenang bila ada orang selidik. Macam bila ada auditor datang nak selidik sesuatu organisasi, jika orang dalam itu membuat penipuan, pasti mereka tidak tenang bila ada auditor datang.

    Juang

    February 22, 2010 at 2:34 am

  111. pengumuman.

    tender dipanggil untuk kerja-kerja mengAudit agama/kepercayaan/ritual
    =============================

    ya, niat dia baik.
    tapi pentadbiran dia buruk.
    hasilnya lagilah rosak dan haprak.
    ibarat tikus membetul labu.

    nak bagi markah kat niat atau hasil?

    mithal.

    kontraktor yg bagus, dia tidak merujuk kepada pelan bangunan semata-mata.
    dia berinteraksi dgn persekitaran dan waktu.
    dia minta nasihat mandor, engineer dan otai yg expert.
    dia tak terjah cerucok tak tentu masa.
    dia bukan setakat ada ilm, dia juga ada hilm dan himmah. sabar dan taqwa.

    waima berusaha, bangunan tu senget juga.
    dia tak salahkan pelan. tak salahkan arkitek.
    dia salahkan diri dia sendiri sebab lambat bayar gaji pekerja. memang surreal.

    Juang, baik-baik baca pelan tu!
    🙂

    p/s: maaf saya tak mampu menciplak ayat suci untuk kisah saya ini.

    Agnostika

    February 22, 2010 at 5:38 am

  112. Salam Agnostika,

    Saudara hanya setakat menghukum orang lain buruk, merosakkan atau haprak, tetapi saudara tidak bawakan bukti daripada diri saudara sendiri untuk menunjukkan saudara itu betul. Macam manalah orang yang mencari kebenaran nak percaya pada saudara?

    Macam perangai kaum musyrik terdahulu, mereka hanya hukum Rasul mereka pendusta atau tukang sihir, tetapi mereka sendiri tak bawa apa2 hujah untuk membuktikan mereka benar.

    Kalau setakat nak hukum seseorang individu dengan kata bermacam2, saya pun boleh buat. Cuma saya tak nak tiru perangai kaum musyrik terdahulu itu yang tak matang berfikir itu sahaja.

    Jika ada hujah saudara TM yang tidak betul, quotekanlah dan bawakan hujah saudara jika saudara seorang yang benar. Setakat spam sahaja, apakah ilmu atau nilai yang boleh dipelajari daripada saudara? Kosong sahaja?

    Juang

    February 22, 2010 at 6:02 am

  113. Daripada blog saudara TM ini, kita dapat melihat ragam manusia. Ada manusia awal2 sudah buat mahkamah dunia mereka untuk menghukum orang lain yang tidak sama amalan sembahan dengan mereka. Seolah2 mereka adalah sekutu Allah untuk menghukum manusia lain tidak betul, sesat dan sebagainya, walhal di akhirat kelaklah Allah akan beritahu manusia apa yang diperselisihkan.

    Di sini adalah tempat berhujah secara terbuka untuk mencari kebenaran, bukannya tempat menghukum orang ikut hawa nafsu sendiri.

    Jika kita tiada bukti2 nak membenarkan amalan nenek moyang kita, tak payahlah nak menghukum orang lain yang tidak menerima amalan kita itu. Tanya pada diri sendiri “kenapa aku tidak mampu membuktikan kebenaran amalan nenek moyang aku itu?”. Itu lebih bermanfaat.

    Juang

    February 22, 2010 at 6:09 am

  114. Salam semua,

    Saya berterima kasih kepada Allah, dengan adanya blog ini saya dipermudahkan untuk faham terjemahan al-Quran.Terima kasih saudara TM, Juang, muaddib, ramsys pranata.

    Allah disanjung!

    Demikianlah Allah, Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

    wolverine

    March 2, 2010 at 5:51 pm

  115. Salam semua

    “Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit
    diatas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah
    bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku,
    TUHAN, Allahmu, adalah Allah yang cemburu, yang membalaskan kesalahan bapa
    kepada anak-anaknya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat dari
    orang-orang yang membenci Aku, tetapi Aku menunjukkan kasih setia kepada
    beribu-ribu orang, yaitu mereka yang mengasihi Aku dan yang berpegang pada
    perintah-perintah-Ku” (Keluaran 20:4-6).

    Sebagai renungan bersama!

    wolverine

    March 2, 2010 at 5:59 pm

  116. Salam Volverine,

    Boleh saya tanya apa maksudnya “Keluaran 20:4-6” tu?

    Terima kasih.

    tolokminda

    March 2, 2010 at 10:26 pm

  117. Salam,

    Apakah saudara wolverine seorang yang menyelidik kitab yang dinamakan Bible? Mungkin perbincangan akan jadi lebih menarik…

    Juang

    March 3, 2010 at 1:04 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: