Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Sujud bermaksud merendah diri

with 54 comments

Perkataan sujud secara umumnya ditafsirkan sebagai perbuatan membongkokkan diri di atas lutut dengan muka menyentuh lantai. Kononnya ia satu manifestasi kepatuhan kepada Tuhan. Tetapi adakah perbuatan seperti itu yang Tuhan suruh kita amalkan?

Saya melihat maksud perkataan sujud  mudah saja, iaitu merendah diri. Apabila Tuhan suruh para malaikat sujud kepada Adam, ia bukan bermakna mereka perlu membongkokkan-diri-di atas-lutut-dengan-muka-menyentuh-lantai kepada Adam. Ia juga tidak bermakna mereka perlu patuh kepada Adam. Apa yang berlaku, mereka sebenarnya telah merendah diri kepada Adam dan secara tidak langsung kepada Allah juga.

Ini kerana sebelum itu para malaikat telah beranggapan mereka adalah lebih baik dari Adam dan tidak nampak mengapa Allah mahu menjadikan dia khalifah di bumi. Namun selepas Tuhan membuktikan di hadapan mereka perihal kelebihan Adam, mereka sedar kesilapan mereka dan terus merendah diri apabila Tuhan menyuruh mereka berbuat demikian.

Bagaimanapun Iblis memilih untuk terus dengan kesombongannya dan tidak mahu merendah diri kepada Adam. Ini bermakna dia juga telah gagal untuk merendah diri kepada Allah. Akibatnya dia dilaknat Tuhan.

Berikut adalah apa yang diceritakan Tuhan kepada kita:

2:34 “Dan apabila Kami katakan kepada para malaikat: Bersetujulah kepada Adam (lalu) mereka telah bersetuju tetapi Iblis, dia menolak dan dia sombong dan dia adalah antara mereka yang tidak percaya”.

17:61 “…Dia berkata: Patutkah aku bersetuju kepadanya yang Engkau telah perbuat dari tanah?”

Saya percaya jika kita fahami intipati kisah Adam dan Iblis ini, kita akan melihat betapa pentingnya kita mengelak menjadi orang yang sombong. Kerana sifat sombong itu tidak lain adalah sifat Iblis yang tidak mahu merendah diri walaupun Tuhan telah menunjukkan bukti yang nyata.

Mari kita bincangkan.

Written by tolokminda

February 12, 2010 at 5:21 am

54 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Sujud = merendah diri = patuh

    muaddib

    February 12, 2010 at 6:11 am

  2. Salam,

    Sebenarnya musuh utama manusia adalah penyakit sombong dalam dirinya sendiri. Penyakit itulah yang menyebabkan akal jadi terbantut dan manusia itu hilang keupayaan sebagai manusia.

    Orang2 Yahudi dan Nasrani dahulu dihina kerana sombong kononnya dengan jadi macam mereka sahajalah Allah akan beri petunjuk.

    Di zaman sekarang pun kita boleh jumpa golongan sombong macam itu yang merasakan mereka sahaja layak beri petunjuk. Kalau tak menurut ajaran ulamak2 mereka, dikatakan sesat.

    Penyakit sombong membawa kesan kepada kebodohan. Bila kita tengok sesuatu kaum itu rata2nya lemah mindanya, semua itu ada kaitan dengan penyakit sombong tidak kiralah atas nama agama atau bangsanya.

    Penyakit sombong itu hanya mampu dicuci oleh tuan punya diri. Kekafiran manusia ada kaitan dengan sombongnya mereka untuk belajar dan mencari kebenaran akibat dalam hati mereka taksub dengan ajaran tradisi oleh golongan ortodoks mereka.

    Sekuat mana sombong mereka, setegar itulah kekafiran mereka terhadap Allah.

    Juang

    February 12, 2010 at 6:56 am

  3. Hidup tunduk kepada bukti2 logik adalah cara kita melawan penyakit sombong dan kekafiran. Orang2 musyrik yang menetapkan amalan ritual tanpa logik mudah kena penyakit sombong itu. Kita boleh lihat dari cara mereka bertukar pendapat pasal ajaran yang mereka terima iaitu mereka hanya suka mengejek2 dan membawa kata2 yang tiada bukti untuk difikirkan bila hujah mereka dipatahkan. Mereka tidak boleh berlapang dada dan bersikap terbuka.

    Kepanasan hati mereka menyebabkan mereka suka menghukum orang lain sesat seolah-olah mereka rasa mereka sudah terjamin masuk syurga. Pelik bukan dengan perangai orang sebegitu?

    Juang

    February 12, 2010 at 7:00 am

  4. saya setuju.

    Perbuatan malaikat sujud (seperti mana org Islam sembahyang) kpd Adam menjadikan perbuatan engkar Iblis itu betul kerana menduakan tuhan (knonnya iblis nak mengelakkan dari syirik) walaupun tuhan sendiri yg memerintahkannya. Oleh itu ada yg membenarkan perlakuan iblis (mengelak syirik) dan menafsirkan kesalahan iblis kepada perbuatan engkarnya kepada tuhan. Penafsiran macam ni menjadikan sesuatu kefahaman itu tak konsisten.

    Kefahaman tuan & juang lebih konsisten dgn konsep keseluruhan.

    one

    February 12, 2010 at 7:33 am

  5. Muaddib menulis:

    Sujud = merendah diri = patuh

    Saya setuju. Tetapi melalui artikel di atas saya hanya mahu berkongsi dengan para pembaca budiman tentang perkataan sujud dalam pengertian asasnya supaya ia lebih mudah difahami. Sebab itu saya cuma menampilkan ayat-ayat mengenai kisah Adam dan Iblis sahaja.

    Melalui dua ayat yang saya kemukakan perbuatan sujud yang dilakukan oleh para malaikat kepada Adam adalah tidak lebih dari perbuatan merendah diri. Kita tahu malaikat tidak perlu patuh kepada Adam tentang apa-apa pun.

    Tuhan hanya minta para malaikat merendah diri terhadap Adam dan tidak terus bersifat sombong kerana Tuhan telah pun membuktikan bahawa tanggapan mereka terhadap Adam adalah salah.

    tolokminda

    February 12, 2010 at 9:50 am

  6. Di penghujung kisah Nabi Yusuf juga diceritakan bahawa ibubapa dan adik-beradiknya bersujud kepada baginda. Jika dikatakan sujud itu perbuatan yang menyembah macam orang sembah binaan itu buat, sudah pasti tidak kena.

    Jadi perkataan merendah diri itulah sebenarnya maks

    Juang

    February 12, 2010 at 10:00 am

  7. Mereka yang tidak pernah ragu, tidak akan mencari, mereka yang tidak akan mencari, tidak akan dapat melihat dan akan sentiasa buta.

    Lebih baik tidak percaya akan sesuatu daripada percaya sesuatu dengan membuta tuli.

    muaddib

    February 12, 2010 at 1:08 pm

  8. Salam…
    Secara amnya…maksud sujud dan rukuk memanglah tiada
    kaitan dengan ritual solat…melainkan diertikan
    BERI HORMAT dan MERENDAH DIRI.

    Jika sekiranya Allah inginkan manusia melakukan ritual
    itu sebagai rukun dalam kehidupan bertuhan….apakah
    tidak boleh..?

    Bagaimana TM boleh mengatakan bahawa….tuhan tidak
    akan menyuruh manusia buat demikian..? Apakah kita
    sebagai manusia berhak menentukan apa yg.terbaik
    kita lakukan dalam beribadah pada tuhan atau tuhan..?
    ————————————————–

    sebagimana kenyataan TM:

    Kononnya ia satu manifestasi kepatuhan kepada Tuhan. Tetapi adakah perbuatan seperti itu yang Tuhan suruh kita amalkan?

    Saya melihat maksud perkataan sujud mudah saja, iaitu merendah diri. Apabila Tuhan suruh para malaikat sujud kepada Adam, ia bukan bermakna mereka perlu membongkokkan-diri-di atas-lutut-dengan-muka-menyentuh-lantai kepada Adam. Ia juga tidak bermakna mereka perlu patuh kepada Adam.

    —————————————————-

    Ulasan saya..:

    Sekiranya solat tanpa ritual…maka kita bolehlah
    terima saja semua manusia sebagai telah taat perintah
    Allah.Kerana terdapat juga nanti..orang2 yg.kafir boleh mengaku telah beriman dan mereka telah membuat
    kometment yg.baik2 disuruh tuhan.

    Orang yahudi pun ada ritual solatnya tersendiri
    dan cara mereka berzikir dengan goyang kepala.

    Tok Syam

    February 12, 2010 at 1:34 pm

  9. Yang menghirankan sekali…..kita sebagai manusia
    lebih tau perihal kejadian kisah Azazil dan Adam
    dengan menetapkan dan mengesahkan keadaan sebenar.

    Ayat RUKUK dan SUJUD terdapat banyak dalam Alquran
    dan boleh diteliti semuanya agar jelas dan dapat
    memahami kontek ayat…samada ianya perbuatan taat hati
    atau perbuataan taat hati serta gerak tubuh.

    Ayat berikut Allah menyatakan kesan pada dahi mereka..

    [29]
    Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).

    Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya.

    Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya.

    Tok Syam

    February 12, 2010 at 1:50 pm

  10. Salam Tok Syam,

    Ya, setiap manusia mempunyai peluang yang sama di sisi Tuhan. Setiap kebaikan akan dikira begitu juga setiap kejahatan. Yang penting kita jangan sekutukan Tuhan. Tidakkah tuan nampak masalah kaum-kaum yang diberi Kitab sebagaimana Tuhan jelaskan di dalam Al-Quran? Kebanyakan mereka tetap memilih untuk menyekutukan Tuhan walaupun Tuhan kata jangan.

    tolokminda

    February 12, 2010 at 3:56 pm

  11. Salam…Tolokminda.
    Walauapa pun…kita semua dalam berusaha untuk
    mengetahui perjalanan masing2.Bukan soal jawaban
    mana yg.betul atau salah,siapa dijalan sebenarnya atau
    sebaliknya…..kerana masing2 ada pintu keyakinan
    dan mengeshakan Allah.

    Itulah agama sebenar dan apa yg.dikehendaki Allah pd.
    hujung pencarian.
    Kehidupan dunia adalah tubuh2 yg.empunya syariat
    sedangkan Allah melihat pada amalan hati yg.ikhlas.

    Cara Allah memberi petunjuk ada pelbagai rupa dan
    teka teki.Tidak semua masuk surga atau neraka
    oleh kerana amalan yg.sama.

    Maka…jadikan padang bicara ini suatu fenomena
    yg.memberi pelbagai sudut pelajaran untuk setiap
    orang.

    Kita adalah umat penyaksian dan melakunkan semula
    amal2 terdahulu dalam wajah baru disamping kita
    diberi peluang terakhir untuk memperbaiki keadaan
    apa yg.telah berlaku diketika jahiliah dulu.

    wassalam.

    Tok Syam

    February 12, 2010 at 4:37 pm

  12. Salam,

    “Kerana terdapat juga nanti..orang2 yg.kafir boleh mengaku telah beriman dan mereka telah membuat
    kometment yg.baik2 disuruh tuhan.”

    Memang itulah yang Tuhan mahu. Bila manusia yang asalnya jahil dan menyekutukan Allah, tetapi bila mereka komited berbuat baik, lama2 nanti mereka akan benar2 berimanlah. Bukankah setiap amalan baik itu akan menghapuskan dosa? Tujuan kita berdakwah untuk promosikan kehidupan berbuat baik, bukannya kehidupan yang berpecah-belah akibat berbeza ulamak kesukaan.

    Bukan mudah seseorang manusia yang hatinya sudah berkarat dengan amalan tradisi nenek moyang mereka nak berubah. Jika kita pun sudah rasa betapa sukarnya nak kikis pegangan tradisi kita, macam itulah yang dirasai oleh kaum2 lain. Jadi patutkah kita kata kaum2 lain itu kafir sedangkan kita sendiri tak berani berubah meninggalkan amalan tradisi nenek moyang kita?

    Ingatlah, Rasulullah berjuang dengan memulakan sesuatu pada diri baginda sendiri. Baginda perlihatkan keislaman baginda dengan mula berhijrah meninggalkan amalan ritual nenek moyangnya untuk berpegang kepada hidup tanpa ritual.Jadi, kalau kita sendiri tak memulakan keislaman kita macam baginda buat, macam mana kita nak kata kita ikut ajaran baginda?

    Bayangkanlah, jika Rasulullah sendiri penakut nak tinggalkan amalan ritual tradisinya dan kemudian kata kaum Yahudi dan Nasrani yang tegar dengan amalan tradisinya itu tak betul, sudah pasti di mata orang2 Yahudi dan Nasrani itu nampak baginda 2×5 sahaja dengan mereka.

    Tetapi bila baginda buktikan pada diri baginda yang baginda tidak takut meninggalkan amalan tradisinya demi menegakkan kebenaran dan keadilan, maka orang2 Yahudi dan Nasrani yang tegar dengan amalan tradisinya tidak ada alasan lagi untuk berdolak-dalih daripada mentauhidkan Allah.

    Sudahkah kita melakukan step pertama yang Rasulullah lakukan itu iaitu berubah daripada hidup terikat dengan amalan ritual kepada hidup sujud kepada hukum2 alam ini seperti mana bayang2 kita sendiri sujud mengikut ketetapan alam ini?

    Juang

    February 13, 2010 at 1:44 am

  13. Salah satu ciri utama amalan orang2 musyrik yang selalu disebut dalam Al Quran adalah perbuatan mereka terikat dengan perbuatan bapa-bapa dan nenek moyang mereka. Bila Rasul mereka tanya kenapa buat amalan macam itu, mereka jawap sebab mereka nampak nenek moyang mereka buat macam itu. Itulah ciri2 utama cara hidup kaum musyrik.

    Jadi, untuk mencegah manusia hidup macam itu, maka Allah Maha Bijaksana menurunkan Al Quran yang tidak mempunyai amalan yang manusia hari ini terpaksa bersangka2 dengan perbuatan orang2 terdahulu yang mereka tidak nampak.

    Bila dikatakan sujud itu adalah sifat merendah diri, maka kita tidak perlu terkial2 mencari cara orang terdahulu merendah diri. Kita boleh belajar kenal diri kita untuk membezakan sifat sombong dengan sifat merendah diri sebab ia terletak dalam jiwa kita sendiri. Kita tidak perlu terikat pada pembesar agama yang merasa diri mereka ada hak beri petunjuk, sebab sifat merendah diri mudah dikaji dalam diri kita sendiri. Dengan itu kita boleh menjauhkan diri daripada menyekutukan Allah sebab kita hidup tidak taksub pada pembesar agama itu. Begitulah Bijaksananya Allah untuk menjauhkan manusia daripada menyekutukanNya dengan menurunkan ajaran yang bukti2 KitabNya boleh dicari dalam diri manusia itu sendiri.

    Namun bila ada manusia menafsirkan sujud itu adalah gerak laku badan yang memerlukan mereka menonggeng dan meletakkan kepala ke tanah, maka manusia terpaksa bergantung kepada cara orang2 terdahulu mereka yang membuat gerakan sebegitu. Dan timbul pula hukum2 lain seperti kononnya masa letakkan dahi ke tanah, rambut tidak boleh menutup dahi, hidung kena cecah ke tanah dan macam2 hukum lain sehingga wujudkan konsep “sah”/”tak sah” dalam perbuatan itu.

    Bukanlah bila maksud sujud itu merendah diri lebih melapangkan hidup dan manfaatnya lebih besar kepada jiwa daripada perbuatan meletakkan dahi ke tanah itu?

    Jika kita tidak suka buat pertimbangan dan menilai baik-buruk, manfaat-mudarat etc, pasti kita tidak akan nampak kebenaran yang saudara TM bawakan itu.

    Juang

    February 13, 2010 at 1:56 am

  14. Pencipta kita yang maha mengetahui sudah tentu tahu siapa yang beriman denganNya.

    Bukan kerja kita manusia mempertikaikan siapa yang kafir, siapa yang beriman.

    Sikap ini adalah sikap iblis yang enggan patuh pada Adam dengan alasan “aku lebih baik dari kamu” yang banyak terdapat pada pembesar-pembesar agama yang kemudian menjatuhkan hukuman kepada mereka yang tidak setuju dengan mereka.

    muaddib

    February 13, 2010 at 2:42 am

  15. Benar saudara muaddib. Kita hidup di dunia ini hanyalah untuk mempromosikan kebaikan, kedamaian, keadilan dan kesejahteraan. Bukan urusan kita nak tentukan siapa yang beriman dan siapa yang sesat. Orang2 musyrik sahaja suka hidup sebegitu kerana mereka merasakan diri mereka mulia dengan menurut ajaran tradisi mereka. Sifat dalam hati mereka sama seperti sifat iblis yang merasakan dirinya lebih baik daripada Adam.

    Nampak tak bagaimana syaitan2 telah berjaya menipu kebanyakan manusia terutama orang yang mengaku Islam pada hari ini kerana mereka memiliki perasaan kononnya mereka mulia dan orang2 yang tidak sama dengan amalan ritual mereka dilihat hina atau kafir.

    Ini yang kita nak tolong sedarkan mereka. Namun kita hanya mampu berusaha sahaja, sedangkan urusan nak sedar atau tidak terpulang pada tuan punya hati masing-masing.

    Jadilah insan yang sujud (merendah diri) dan ruku’ (menghormati). Sifat mulia dalam hati itulah yang lebih tinggi nilainya daripada buat gerakan tubuh badan yang kononnya itulah erti sujud dan ruku’ tetapi dalam hati penuh penyakit.

    Ramai yang tertipu kerana mementingkan gerakan lahiriah daripada membentuk sifat2 mulia.

    Tiada bukti menunjukkan orang yang membongkok kononnya untuk ruku’ atau menonggeng kononnya untuk sujud, menjadi manusia yang hormat-menghormati dan merendah diri. Malah mereka itulah yang sering bergaduh dan bercakaran sesama sendiri bila berbeza pendapat sehingga mewujudkan puak2 yang berperang berebut kuasa atas alasan menegakkan negara Islam.

    Kalau hidup sudah menyekutukan Allah, macam mana Allah nak izinkan mereka tegakkan negara Islam. Sucikan dahulu hati daripada penyakit bangga diri dan merasa diri itu mulia ikut sesuatu ajaran tradisi.

    Juang

    February 13, 2010 at 2:55 am

  16. banyak contoh mereka yang melakukan ritual fizikal tunduk dan sujud tapi masih menyeleweng dan tidak jujur. Yang ditangkap makan duit tabung haji dulu contohnya, mereka yang melakukan amalan tersebut.

    Arab Saudi, apa kejayaan dari segi ilmu atau teknologi yang mereka ada? jika hendak dibandingkan dengan Jepun, Germany dan negara maju yang lain? ini kerana mereka hanya sibuk pembuat penyelidikan dalam fatwa sahaja. Ini haram, itu haram, ini harus dan yang ini boleh.

    Untuk mengawal jemaah ‘haji’ mereka terpaksa meminjam dan memakai teknologi dari Perancis.

    muaddib

    February 13, 2010 at 3:17 am

  17. Tetapi ramai yang meniru amalan yang diimport daripada tanah Arab itu tidak sedar2 lagi mereka telah ditipu. Mereka tidak tahu mencontohi mana yang baik dan menjauhi mana yang buruk di dunia ini. Bagi mereka, Islam itu adalah ajaran yang datang daripada tanah Arab. Baik atau buruk, itu belakang kira.

    Kehidupan orang yang berpecah-belah dan bermazhab2 itu juga yang mereka nak ikut walhal Al Quran melarang manusia bergolongan2 atas nama agama.

    Itulah penting kita perlu kembali mengkaji dan menyelidik Al Quran seperti yang saudara TM lakukan. Jika ramai yang hidup seperti saudara TM, maka tidak wujud lagi golongan2 atau puak2 atas nama sesuatu agama.

    Sebagai orang yang beriman kepada bukti2 yang jelas dan kukuh, kita kena sama2 membantu usaha saudara TM ini untuk memberi alternatif kepada manusia untuk memahami Al Quran yang tidak terikat mengikut tafsir golongan yang berbangga diri kononnya mereka sahaja ada kuasa esklusif untuk memahami ayat2 Allah.

    Juang

    February 13, 2010 at 3:23 am

  18. Antara sifat2 hati orang2 yang kafir adalah kekerasaan hatinya disebabkan keegoaan merasakan dirinya mulia dan memandang orang lain hina. Samalah seperti kerasnya hati iblis itu.

    Sebaliknya orang beriman hatinya lembut kerana hidup merendah diri. Mereka boleh menerima semua kebenaran yang disampaikan tanpa mengira kaum, puak atau mazhab. Asalkan ada bukti2 kukuh, semua hati orang yang beriman akan sujud pada bukti kebenaran itu sebab yang mendatangkan sesuatu yang benar itu semuanya daripada Allah. Manusia hanya menyampaikan sahaja.

    Oleh kerana sifat2 kafir dan beriman itu terletak dalam hati masing2, maka bukan tugas kita nak menghukum orang lain kafir atau beriman. Serahkanlah kepada Allah kerana Dia sebaik2 Penilai segala isi hati.

    Orang2 musyrik sahaja yang suka hukum orang lain kafir atau sesat. Bayangkanlah para Nabi dan Rasul mereka pun mereka pergi hukum sesat, pendusta atau tukang sihir, apa lagi orang2 yang bukan Nabi. Betapa kejinya hati orang2 musyrik tersebut.

    Juang

    February 13, 2010 at 3:34 am

  19. industri perhotelan di Mekah antara penyumbang terbesar dalam ekonomi Arab Saudi lebih-lebih lagi sewaktu musim ‘haji’.

    Arab Saudi pula antara penyumbang terbesar dalam ekonomi Amerika Syarikat.

    Amerika Syarikat pula adalah penyumbang terbesar rejim Zionist yang menindas Palestin dan juga rakyat Israel sendiri.

    rasanya bolehlah dikatakan yang jemaah ‘haji’ secara tidak langsung menyumbang dalam penindasan di Palestin.

    bukan?

    muaddib

    February 13, 2010 at 6:46 pm

  20. Cantik sekali Tuan Tolok Minda mengupaskannya. Baru saya sedar yang Iblis dikatakan Allah sebagai meninggikan diri, sombong dan angkuh (abaa wa astakbar – Q 2/34) adalah aksi yang berlawanan dengan perintah Allah supaya sujud. Maka secara logiknya, sujud itu merendah diri.

    Terima kasih and keep up the good work!

    faroukaperu

    February 14, 2010 at 11:41 am

  21. Ramai yang tidak sedar bahawa Allah amat membenci orang yang sombong dan angkuh. Tidak kiralah jika sesuatu kaum itu daripada keturunan para Nabi atau tidak (sebab di sisi Allah, apa jenis keturunan manusia itu semuanya sama), jika mereka sombong dan berbangga diri, pasti mereka akan dihina di muka bumi.

    Kita lihat umat Islam hari ini rata2 memiliki perasaan sombong dan angkuh kononnya merekalah beragama yang benar biarpun sudah sampai tahap menyembah binaan manusia. Walaupun ada kaum2 lain yang menyembah binaan lain, tetapi sebab tahap kesombongan mereka tidak seperti rata2 umat Islam hari ini, keadaan mereka tidak seteruk umat Islam yang penuh cerita perpecahan dan peperangan sesama sendiri.

    Di sini kita nampak hukum Allah, bila sesuatu golongan manusia itu memiliki penyakit meninggi diri yang paling tinggi di kalangan manusia, mereka itulah akan ditimpa kehinaan dan kerendahan yang paling teruk di kalangan manusia.

    Mereka jadi golongan yang lemah dan tiada keupayaan sendiri. Terpaksa bergantung teknologi ciptaan2 manusia lain. Tahap akal mereka jauh lebih rendah kerana mereka malas belajar dan membaca. Mereka menjauhi sains atas alasan sains itu duniawi semata2.

    Itulah balasan Allah yang jelas kita nampak kepada golongan yang sombong atas nama agama. Belum lagi balasan di akhirat kelak.

    Juang

    February 14, 2010 at 2:38 pm

  22. Mungkin kita boleh istilahkan pemikiran ini sebagai ‘superiority complex’ atau ‘chosen people syndrome’ di mana orang yang berfikiran ini menganggap dirniya lebih unggul daripada orang lain.

    Saya amat bersetuju dengan Sdr Juang yang orang Islam banyak ada fikiran sebegini.

    Farouk A. Peru

    February 14, 2010 at 3:15 pm

  23. Salam….
    Semua manusia diberi HATI dan AKAL.Permulaan dicipta
    diri manusia adalah segumpal darah dan membentuk daging
    dan ia adalah dikatakan HATI.Walaupun dah sempurna
    tubuh dan dilahirkan,..manusia yg.baru lahir juga
    dikatakan belum berakal.

    Sekiranya semasa kecil itu,…kita belum diberi akal,..
    jadi apakah kita mampu berfikir.Walaupun tak mampu
    berfikir,…namun kanak2 itu dapat belajar dan
    mengetahui tentang sesuatu.

    Kemudian Allah jadikan usia yg.lanjut hingga kembali
    lemah dan menjadi nyanyok.Sedangkan masa mudanya…
    dialah seorang yg.ahli fikir dan bijak.

    Kemana pula dan apa jadinya dengan akal…?
    Salah satu SIRIK yg.terjadi pada sembahan manusia itu
    bukan saja pada BANGUNAN BATU HITAM itu.

    Manusia yg.merasakan mereka berupaya berfikir dan
    mengetahui juga adalah sirik yg.tidak disedari.
    Apakah manusia dapat berfikir,..sekiranya tiada
    cahaya terang.Dalam gelap gelita,…akal yg.bijak
    berfikir dan ilmu penuh didada akan mengaku kalah
    dalam kegelapan.

    Apabila anda terhumban dalam kegelapan,…apakah yg.
    pertama anda fikir..? Tentunya mencari cahaya.Tapi
    bagaimana dan dimana hendak dicari.Kerana anda tidak
    dapat melihat barang yg.nak diambil.

    Tok Syam

    February 14, 2010 at 3:44 pm

  24. Jika manusia itu merasa dirinya bijak bukan disebabkan kurniaan Allah, tetapi atas rasa dirinya semulajadi bijak, memang benar manusia itu juga syirik, sebab ada penyakit angkuh.

    Tetapi jika dia mensyukuri kebijaksanaannya itu adalah anugerah Allah untuk mengeluarkan dirinya daripada menyembah sebarang binaan manusia, itulah yang para Nabi2 terdahulu lakukan.

    Segala nikmat2 yang Allah berikan baik dari segi kebijaksanaan, kudrat, tenaga, harta-benda etc, semuanya harus ditumpukan untuk mentaatiNya.

    Bagaimana nak mentaatiNya? Sudah pasti dengan taat sesuatu yang benar (ada bukti2 kukuh) dan hidup berbuat kebaikan.

    Juang

    February 14, 2010 at 3:53 pm

  25. Jika kita taat pada yang benar tidak kiralah siapa yang menyampaikannya, hakikatnya kita mentaati Allah. Tetapi jika kita mentaati seseorang manusia atau golongan kerana menyangka mereka itulah pemilik kebenaran, hakikatnya kita menyembah manusia itu atau dengan kata lain, kita sudah menyekutukan Allah.

    Sebab itulah kita kena selidik sesuatu ajaran yang kita terima. Jangan cepat percaya membuta-tuli tanpa mencari bukti dan membuat perbandingan untuk menilai.

    Kebanyakan manusia yang kena penyakit sombong dan angkuh itu kerana merasakan sudah ikut ajaran sesuatu golongan, merekalah yang benar. Mereka tidak menapis benar atau dusta lagi tetapi main taklid buta. Inilah penyakit yang banyak dimiliki oleh umat Islam hari ini.

    Juang

    February 14, 2010 at 3:58 pm

  26. Salam,

    Ada manusia jadikan agama untuk mereka merasakan diri mereka mulia dan memandang kaum2 lain hina. Alangkah ruginya hidup mengotorkan jiwa.

    Bagi orang2 yang percaya, sudah pasti cara hidupnya adalah untuk menjadi orang yang merendah diri dengan sentiasa belajar menyucikan jiwa.

    Cara menyucikan jiwa adalah belajar berlapang dada mendengar nasihat dan kebenaran yang dibawa oleh sahabat2 kita di sini.

    Kalau baru baca title posting dalam blog saudara TM ini sudah rasa hangin dan menghukum beliau tak betul sebelum sempat memahami isi kandungannya, nampak sangat manusia itu gagal merendahkan keegoaannya.

    Juang

    February 17, 2010 at 5:30 pm

  27. Perihal ‘Sujud’ dari Shaykh Fadhlallah Haeri, saya titipkan di sini untuk dimanfaatkan:

    At the time of the khalwa, I realized that the outer rituals of Islam cannot be separated from their inner meanings and the inner meanings would not gel unless encased in the outer rituals. I gained particularly from prayer or salat. Some people find meditation frustrating because they have been unable to reap the benefits of it quickly – it is not for everyone. Salat, however, is useful for everyone and rewards people according to the level they can manage.

    At the very least, leaving aside the spiritual benefits, for the duration of the salat you can stop an argument, stop being angry and stop other stresses. Salat takes you away physically from distractions. You stand facing the Ka’aba and praise and thank your Source. Then you bow, seeking entry into the inner sanctum. Then, you ‘disappear’ in the prostration, your ‘you-ness’ hidden in submission. If you are able to ‘plug in’ properly, especially with the prostration, it gives you increasing access to an inner dimension. I found that the very core of the salat for me was the prostration, sajda, which is the ability to disappear from all sensory stimuli. It takes you into a subliminal state or a state of sensory deprivation and therefore into a state of spiritual rejuvenation.

    I do not like proselytizing, but when people came to me for guidance, I could only guide them to what I had discovered. I would say to them if you can do your salat properly, put your head down and disappear, then the inner, higher dimension of you will appear.

    The only way I could talk to westerners interested in Islam was by expanding on the inner meanings of Islamic worship. As time went by, I found that Muslims needed this knowledge just as much if not more. They needed to know about the transformative part of the rituals they performed.

    Trying to fulfill this need became an ongoing quest and source of great benefit for me as I researched, both in existent Islamic literature as well as through experiencing these rituals, the inner meanings of ablution, prostration, fasting, and hajj. There had already been a good deal of literature produced on the subject, but usually not presented in a way the modem Muslim or sincere seeker can assimilate.

    Agnostika

    February 21, 2010 at 5:21 pm

  28. agnostika,

    boleh terjemahkan kebahasa melayu? saya kurang faham dengan bahasa inggeris.

    muaddib

    February 22, 2010 at 1:08 am

  29. Salam,

    Persoalan, adakah manusia hanya boleh hilang stress dengan membongkok atau menonggeng pada arah sesuatu objek? Kalau terbukti dengan buat pergerakan itu sahaja manusia boleh hilangkan stress, logiklah dikatakan ia adalah amalan yang dituntut.

    Stress adalah tekanan perasaan. Pada saya, dengan bermain muzik pun dapat hilangkan stress. Malah bermain muzik dapat mengembangkan jaringan2 neuron dalam otak.

    Membuat hobi yang kreatif pun dapat menghilangkan stress. Malah memberi kepuasan dan mendidik kesabaran kerana nak mencipta sesuatu yang kreatif memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi.

    Selain itu dengan menyelidik Al Quran pun dapat menghilangkan stress. Apabila jiwa sudah berpegang bukti2 yang jelas, tiada ada apa ketakutan yang menghantui hidup. Tiada tekanan dalam jiwa.

    Kalau sebelum ini hidup terkongkong dengan amalan2 ritual yang tiada bukti jelas baik daripada Al Quran mahupun secara saintifik, tetapi bila selidik Al Quran, dan dapat membebaskan diri daripada kongkongan minda, terasa satu kemerdekaan yang amat sangat.

    Tiada hidup yang paling indah dan bernilaiselain dapat membebaskan jiwa daripada kongkongan minda untuk menjauhi segala bentuk penyekutuan terhadap Allah.

    Juang

    February 22, 2010 at 2:48 am

  30. kerana kita mentauhidkan Allah, maka kita tidak nampak ‘dua’ dlm semua amal ibadat kita.

    hanya si-tolol saja mencanangkan kaabah itu berhala, kerana dia lihat miraj yg dia sangka telaga.

    Agnostika

    February 22, 2010 at 3:42 am

  31. salam…
    menghilangkan tekanan perasaan memang
    banyak cara.Namun terdapat cara yg.
    lebih berkesan dan mempunyai kesan
    mendalam.

    Kalau dah melompat,beguling…..peluh
    yg.dapat.Apakah ritual2 ketenangan tu
    sama dgn.mengeluarkan peluh yg.banyak.

    Apa jua meditasi yg.diamalkan manusia
    kebanyakan berbentuk aman dan
    kelembutan,tertib serta setiap gerak
    ada pengisian dan penumpuan minda.

    Hanya orang yg.dikurniakan sabar
    dalam solat jek yg.tau.

    Tok Syam

    February 22, 2010 at 4:08 am

  32. kata Islam anda betul, tetapi memanggil orang lain tolol.

    islam sebenar mengajar anda mengejek orang dan membodohkan orang lainkah?

    ajaran islam mana yang anda ikut?

    muaddib

    February 22, 2010 at 4:09 am

  33. istilah perkomputeran: wysiwyg – what you see is what you get.

    salahkah saya memanggil org yg sembah berhala itu tolol, waima ianya berhala diri @ ego?

    Agnostika

    February 22, 2010 at 4:23 am

  34. Ok la….kalau nak rasa nikmat solat
    jom kita kongsi pengalaman ini.

    1.Bila sedar masuknya waktu solat
    maka tinggalkan segala urusan dunia
    dan anggaplah diri sedang menuju
    alam peringatan perjanjian dgn.tuhan.

    2.Beruduk dengan sempurna bererti
    bersih dari segala kotor zahir dan
    batin.Setiap anggota dibasuh Allah
    jadikan ia penghapus dosa2 kecil
    dan kesannya nur.

    3.Bermula dari berudu` hingga masuk
    ke bediri tegak…..kawal segala
    pemikiran dan lintasan dunia.Hati
    sepatutnya berdebar kerana tak tau
    nasib semasa bersolat.Apakah itu
    solat terakhir buat diri yg.belum
    cukup beriman dan berilmu.

    4.Setelah berdiri tegak….jangan
    terburu buru bertakbir menyebut
    Allah Maha besar selagi jiwa belum
    ditenagkan dari hal duniawi.

    5.Bila mana mula bertakbir….sebut
    lah dengan betul.Takbir perlu mula
    dari sebutan hati dan lahirnya
    pada suara dan didengar serta
    difahami masuk “Allah Maha Besar”

    ( Sekiranya anda mendapat sesuatu
    semasa takbir itu….jangan merasa
    hairan dan terputus hunungan…jika
    terputus,..maka ia tidak dapat
    disambung kembali dan solatlah zahir
    anda sahaja….sebagai mengingati
    allah.)

    Tok Syam

    February 22, 2010 at 4:23 am

  35. Apakah mereka yang hanya suka mengejek-ejek dengan gelaran tersebut tidak patuh kepada ayat al-quran ini?

    49:11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.

    bayau

    February 22, 2010 at 4:30 am

  36. bayau,

    tak usahlah awak menciplak ayat itu dan ini, sekadar dijadikan ‘window dressing’. seolah-olah anda tak kelihatan lebih islamik jika tidak melakukaknnya.

    Agnostika

    February 22, 2010 at 4:42 am

  37. Maksud berilmu ialah seseorang telah
    faham akan ilmu dan telah mengamalkan
    ilmu yg.dibaca.

    Setakat baca alquran 7 kali katam….
    iblis dok gelak terbahak bahak.

    Apakah kuasa yg.ada pada ilmu tu.Ia
    juga tak berkuasa memberi iman pd.
    pembaca…melainkan kena lalui ilmu
    dan merasa ujian2 atas ilmu.

    Seseorang jurutera boleh menceritakan
    dan mengarahkan kerja pembinaan.Tapi
    seribu orang jurutera berilmu tak
    pandai buat bangunan atau tak sanggup
    buat kerja.

    Sebaliknya kuli kontrak dan buruh
    kasar yg,tak baca buku kejuruteraan
    lebih mahir dari jurutera2.

    Tok Syam

    February 22, 2010 at 4:45 am

  38. jangan menghina, menggelar dan mengejek adalah ketetapan/komitmen yang disuruh oleh Pencipta.

    jika anda komited dengan larangan, jelas anda tidak akan mengejek dan menggelar orang lain.

    sembahyang fizikal mengadap bangunan binaan manusia dapat mencegah perbuatan mungkar seperti mengejek dan menggelar?

    yang saya nampak ianya tidak menghalang saudara dari mengejek dan menggelar.

    bukan?

    muaddib

    February 22, 2010 at 4:50 am

  39. Agnostika kata;

    bayau,

    tak usahlah awak menciplak ayat itu dan ini, sekadar dijadikan ‘window dressing’. seolah-olah anda tak kelihatan lebih islamik jika tidak melakukaknnya.

    Salam Agnostika,

    Saya percaya kepada apa yang diturunkan melalui nabi muhammad, yakni al-quran. Jadi, saya patuh kepada ayat-ayat al-quran. Sebab tu saya paste ayat itu di sini. Lainlah kalau ada orang yang tak percaya pada al-quran. Dah bagi bukti melalui ayat al-quran pun masih tidak percaya. Malah lebih percaya kepada kitab2 karangan manusia yang lain.

    45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?

    Soal islamik atau tidak, saya serahkan kepada Allah.

    bayau

    February 22, 2010 at 5:06 am

  40. Salam,

    Melukis pun dapat memberi ketenangan jiwa. Tak perlu melompat2 (jika malas nak keluarkan peluh) malah tidak terikat pada arah mana2 objek. Hadapkan sahaja pada pemandangan alam sekeliling, pasti nampak tanda2 Kekuasaan Allah.

    Begitulah lapangnya Islam, bukan menyempitkan.

    Juang

    February 22, 2010 at 5:21 am

  41. “1.Bila sedar masuknya waktu solat
    maka tinggalkan segala urusan dunia
    dan anggaplah diri sedang menuju
    alam peringatan perjanjian dgn.tuhan.”

    Membaca Al Quran lagi2 membawa diri mengingati perjanjian dengan Tuhan sebab dalam Al Quran melarang kita sujud kepada mana2 objek sebagai sekutuNya.

    Komitmen kita kepada Al Quran itulah sebaik2 solat. Orang Yahudi dan Nasrani terseleweng kerana mereka tidak komited kepada Taurat dan Injil. Mereka lebih percaya kepada Talmud dan Gospel.

    Jadi, untuk mengelakkan kita tiru perangai mereka, maka sepatutnya kita jadi manusia yang komited dengan Al Quran.

    Kita sudah nampak yang menyebabkan manusia terseleweng daripada Kitab Allah apabila mereka tidak komited pada Kitab tersebut. Itu sahaja puncanya. Bila punca masalah itu diperbetulkan, maka masalah yang melanda umat Islam hari dapat diperbetulkan.

    Juang

    February 22, 2010 at 5:27 am

  42. “Sebaliknya kuli kontrak dan buruh
    kasar yg,tak baca buku kejuruteraan
    lebih mahir dari jurutera2.”

    Bezanya, buruh itu hanya tahu buat kerja yang disuruh sedangkan jurutera itu ditugaskan untuk mengorganizekan buruh2 itu agar membina mengikut jadual dan piawaian yang ditetapkan.

    Jika buruh2 itu bina ikut kemahuan masing2 (sebab mereka ada skill tersendiri), nanti bangunan itu tidak ikut jadual dan standard.

    Itulah guna jurutera untuk mengawal-selia walaupun buruh2 itu berkemahiran membina berbanding jurutera itu. Tetapi kemahiran merancang dan mengawal-selia tetap diberikan kepada jurutera kerana pandangannya lebih luas daripada buruh2 itu.

    Kalau kita fikirkan, walaupun semahir mana buruh2 itu, tetapi kenapa pada jurutera yang berilmu itu diberikan tugas merancang? Sebab tugas itu memerlukan daya fikir yang tinggi yang buruh2 itu tidak mahu lakukan (jika tidak, sudah tentu buruh2 itu jadi jurutera).

    Macam itulah kenapa Allah lantik para Nabi dan Rasul di kalangan orang2 yang berfikir dan bijaksana? Sebab orang lain malas nak berfikir dan suka take for granted dalam hidup mereka (menurut membuta-tuli). Mereka serahkan urusan pegangan akidah mereka kepada pihak2 yang mereka sangkakan boleh beri tiket masuk syurga kepada mereka.

    Juang

    February 22, 2010 at 5:37 am

  43. Salam,

    Untuk komited kepada Kitab Allah yakni Al Quran, sudah pasti cabarannya besar terutama daripada2 syaitan yang mahu manusia lalai daripada Allah dan menyekutukanNya.

    Lihatlah bagaimana kaum2 terdahulu telah gagal untuk komited pada Kitab2 Allah sebelum Al Quran. Jika punca manusia itu menyekutukan Allah adalah kerana mereka tidak berpegang-teguh kepada KitabNya, maka sepatutnya sebagai orang2 yang percaya, kita kena belajar komited pada Al Quran.

    Juang

    February 22, 2010 at 6:24 am

  44. oooo…islam wysiwyg.

    ini lebih baru dari islam hadhari.

    muaddib

    February 22, 2010 at 6:27 am

  45. oooo…islam lotus123 atau islam wysiwyg.

    ini lebih baru dari islam hadhari.

    muaddib

    February 22, 2010 at 6:27 am

  46. Salam,

    Jika kita fikirkan, suruhan dan larangan yang wujud dalam Al Quran semuanya terletak pada fitrah kejadiaan manusia. Maksudnya, dengan common sense kita boleh melakukannya.

    Umpamanya untuk menjauhi arak dan daging yang membusuk (khinzir), tak perlu bapa-bapa kita suruh pun, kita boleh melakukannya dengan sendiri. Begitu juga tentang suruhan membaca atau berfikir, jika seseorang manusia itu ada keinginan mencari ilmu, pasti dia boleh melakukannya sendiri.

    Tetapi amalan sembahan memerlukan manusia itu ikut apa yang diturunkan oleh bapa-bapa mereka. Maksudnya dengan common sense mereka tidak akan mampu melakukan ritual sembahan itu.

    Yang pergi tetapkan ritual sembahan pada matahari, bulan, gunung, batu, busut atau apa jua binaan manusia adalah hasil ajaran turun-temurun mereka. Maknanya amalan itu hasil ketetapan daripada manusia sendiri, bukannya daripada Tuhan. Jika ikut common sense, pasti manusia tidak akan melakukan itu semua sebab tiada rasional dan logiknya.

    Jadi bila dikatakan sujud adalah merendah diri, memang guna common sense pun kita tahu hidup ini kena merendah diri. Hanya orang2 yang sombong dan berbangga diri sahaja yang tak tahu macam mana nak hidup merendah diri.

    Juang

    February 22, 2010 at 12:33 pm

  47. Salam,

    Manusia akan jadi merendah diri apabila dia meneutralkan keinginan dirinya. Manusia akan jadi berbangga diri apabila dia merasakan dirinya esklusif berbanding orang lain.

    Iblis merasakan dirinya esklusif disebabkan dia diciptakan daripada api. Di sini kita nampak, keinginan bermegah2 dan merasakan diri esklusif berbanding orang lain menyebabkan jin dan manusia ada yang menjadi engkar.

    Jadi, bila datang 2 pendapat, saya akan menilai pendapat mana yang mempunyai nilai ke arah membentuk jiwa yang merendah diri, dan pendapat mana ke arah menjadi jiwa yang berbangga diri.

    Mana2 pendapat yang mengemukan keuniversalan tanpa mengagung2kan seseorang Nabi, sesuatu bangsa atau sesuatu bahasa, itulah pendapat ke arah membentuk jiwa merendah diri. Tetapi pendapat yang berbau nak mengesklusifkan apa yang mereka ada, itulah yang saya jauhi.

    Juang

    March 1, 2010 at 2:32 pm

  48. Ramai yang tidak sedar musuh utama mereka sebenarnya adalah keegoan dalam dirinya sendiri. Kejayaan atau kegagalan seseorang manusia dalam hidupnya terletak sejauh mana dia menundukkan egonya atau tidak.

    Para Nabi adalah contoh orang2 yang berjaya merendahkan keegoaan mereka. Manakala orang2 kafir adalah orang yang gagal merendah diri mereka sehingga mereka meniru perangai iblis.

    Namun ramai manusia lalai atau cuai menjaga keegoaan mereka kerana ia terletak dalam diri sendiri walaupun Allah tidak menyukai orang2 yang sombong dan berbangga diri.

    Belajar mendengar pelbagai pendapat dan memilih yang terbaik ada cara untuk kita merendahkan keegoaan. Sebab itulah pintu ijtihad perlu dibuka seluas2nya. Kalau ditutup, maka manusia itu akan jadi golongan yang berbangga diri sehingga tidak boleh terima pendapat yang berbeza dengan amalan tradisi mereka.

    Lihat perangai orang2 kafir yang dibawa dalam Al Quran. Mereka tidak boleh terima pendapat para Rasul mereka kerana bercanggah dengan ajaran tradisi mereka yang disangkakan itulah sahaja yang benar.

    Keegoaan menyebabkan manusia lupa daratan. Kemegahan dan sanjungan menyebabkan mereka terbuai dan terapung2 di awangan.

    Lihat keadaan umat Islam hari ini. Keaadaan mereka sudah lemah, berpecah-belah dan pemalas pun masih tak sedar2 diri lain. Masih terbuai2 kononnya merekalah umat terbaik, umat pilihan atau kekasih2 Allah. Walhal mereka pun kena bala bencana juga macam bangsa2 lain.

    Itu semua kerana penyakit ego kerana merasa diri mereka ekslusif dilahirkan atas nama “Islam”.

    Juang

    March 1, 2010 at 2:51 pm

  49. Salam,

    Yang mengumpat dan memburuk2kan sesama manusia itu orang yang merendah diri ke orang yang angkuh?

    Yang mengutuk dan mencaci maki sesama manusia itu orang yang merendah diri ke orang yang angkuh?

    Yang mengajak kepada permusuhan atau batu api itu orang yang merendah diri ke orang yang angkuh?

    Yang mewujudkan golongan2 yang perasan mereka sahajalah yang dikasihi Allah itu orang yang merendah diri ke orang yang angkuh?

    Yang mewujudkan amalan ritual kononnya itulah cara mendekatkan mereka kepada Tuhan itu orang yang merendah diri ke orang yang angkuh?

    Kita nampak penyakit angkuh membawa kepada permusuhan dan perpecahan sesama manusia, sedangkan sifat rendah diri membawa kepada keamanan (Islam).

    Juang

    March 2, 2010 at 3:11 pm

  50. SUJUD = KERENDAHAN HATI menurut fahaman Puteri

    http://puteriayu74.blogspot.com/2010/03/masjid.html

    Puteri

    March 19, 2010 at 6:23 am

  51. Salam hormat Saudara TM, Juang M114 dan lain-lain,

    Bahawasahnya dengan merendah diri saya mohon keizinan pada saudara-saudara supaya membenarkan saya menggunakan hujah-hujah dan fakta-fakta saudara yang pada akal dan penilain saya ADALAH BENAR DAN TERBUKTI untuk saya pula mempromosikan perbuatan-perbuatan dan perlakuan-perlakuan baik seperti dalam ketetapanNya.

    Sekian, terima kasih

    Jagundul

    October 2, 2010 at 2:12 pm

  52. Salam Jagundul,

    Apa yang baik adalah daripada Tuhan. Saya pun hanya menyampaikan apa yang orang lain telah sampaikan baik secara langsung atau tidak langsung. Sebenarnya apabila tuan menulis semula apa yang tuan perolehi dari orang lain tuan bukan sahaja akan menjadi lebih faham tetapi akan turut membuka perspektif yang lebih luas. Itulah sebabnya saya memulakan blog ini.

    tolokminda

    October 2, 2010 at 4:10 pm

  53. Salam Jagundul,

    Kita semua dalam satu perahu, semua mengayuh dengan konsisten menuju satu destinasi tidak kira dalam sungai yang tenang maupun yang bergelora.

    Jatuh bangun kita bersama. Saling memerlukan.

    Andaikata pendapat kami bertepatan dengan Al-Quran maka mudah-mudahan Tuhan membantu meluaskan jalan kita, sekiranya ada kekurangan terbuka untuk sesiapa bagi memperbaikinya dan Tuhan akan memberkati perjuangan kita.

    message114

    October 2, 2010 at 9:01 pm

  54. Salam,

    Benar msg114. Kita semua tidak terlepas daripada kekurangan kerana ilmu yang Allah berikan pada kita hanyalah secebis sahaja.

    Di samping membaca pendapat-pendapat kami di sini, diharapkan pembaca-pembaca lain ada inisiatif membuat perbandingan dengan sumber rujukan utama di sini iaitu Al Quran supaya fokus kita hanyalah pada Al Quran semata-mata.

    Dan jangan jadikan kami seumpama imam-imam riwayat hadis yang ditaksubi membuta-tuli macamlah kami tidak terlepas daripada sebarang kesalahan dan kelemahan.

    Juang

    October 3, 2010 at 5:32 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: