Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Apakah komitmen Nabi atau kita apabila berhadapan dengan musuh ketika perang?

with 10 comments

Dalam artikel yang bertajuk “Takkanlah Tuhan suruh Nabi jadi imam solat bersama musuh yang diperanginya” saya membincangkan ayat 4:101  hingga 4:104.

Ayat-ayat berkenaan, iaitu ayat 4:102 khususnya telah dianggap oleh kebanyakan umat Islam sebagai ayat yang menjelaskan cara-cara melakukan solat atau sembahyang ketika dalam peperangan. Dan mereka menganggap ayat 4:101 tidak ada kena mengena dengan ayat 4:102 dan berpendapat “mereka” dalam ayat 4:102 sebagai merujuk kepada para sahabat dan bukan merujuk kepada orang-orang kafir (musuh) yang disebut di bahagian akhir ayat 4:101.

Saya rasa anggapan mereka itu tidak lebih dari helah cetek untuk menenggelamkan keraguan dalam hati sendiri. Bagi akal yang waras, tidak mungkin konteks ayat 4:101 dan 4:102 tidak dapat difahami. Oleh itu sebagai hamba Tuhan kita bertanggungjawab untuk mencari jawapan yang sebenarnya supaya tidak terus berada dalam kejahilan mahupun kepalsuan.

Oleh itu saya kemukakan sekali lagi ayat 4:101 dan 4:102 dalam terjemahan “yang standard” dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk kita ulang kaji dan teliti.

4:101 “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu”.

4:102 “Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina”.

Rujukan terjemahan di sini

Ini pula terjemahan bahasa Inggeris oleh Syakir.

4:101 “And when you journey in the earth, there is no blame on you if you shorten the prayer, if you fear that those who disbelieve will cause you distress, surely the unbelievers are your open enemy”.

4:102 “And when you are among them and keep up the prayer for them, let a party of them stand up with you, and let them take their arms; then when they have prostrated themselves let them go to your rear, and let another party who have not prayed come forward and pray with you, and let them take their precautions and their arms; (for) those who disbelieve desire that you may be careless of your arms and your luggage, so that they may then turn upon you with a sudden united attack, and there is no blame on you, if you are annoyed with rain or if you are sick, that you lay down your arms, and take your precautions; surely Allah has prepared a disgraceful chastisement for the unbelievers”.

Saya pula menampilkan idea yang berbeza. Saya berpendapat kedua-dua ayat itu saling melengkapi dan sempurna dari segi konteksnya. Oleh itu “mereka” tidak boleh membawa maksud para sahabat tetapi sebaliknya mestilah pihak musuh, iaitu orang-orang kafir. Mustahil Tuhan menyuruh Nabi menjadi imam solat bersama musuh apatah lagi mereka bukan orang Islam. Jadi keyakinan saya bahawa perkataan solat itu sebenarnya membawa maksud komitmen dapat diuji melalui ayat ini. Kita tengok sejauh mana keyakinan saya itu mampu melepasi ujian:

4:101 “Dan apabila kamu mengembara di bumi, tidak menjadi kesalahan jika kamu ringkaskan komitmen-komitmen kamu, jika kamu bimbang mereka yang tidak percaya akan menggugat kamu, sesungguhnya mereka adalah musuh yang terbuka”.

4:102 “Dan apabila kamu berada di antara mereka, berpeganglah kepada komitmen kamu terhadap mereka, biarkan sebahagian dari mereka berhadapan dengan kamu, dan biarkan mereka mengambil senjata mereka, kemudian jika mereka bersetuju, biarkan mereka berlindung di belakang kamu, dan biarkan sebahagian mereka yang lain, yang tidak komited untuk bersama kamu berdepan dengan kamu pula, biar mereka bersiap sedia dengan senjata mereka; mereka yang tidak percaya ingin kamu cuai dengan senjata dan peralatan kamu, jadi mereka boleh bersatu menyerang kamu secara tiba-tiba, (bagaimanapun) tidak menjadi kesalahan ke atas kamu jika kamu dihalangi hujan atau jika kamu jatuh sakit, maka kamu letakkan senjata kamu dan ambillah langkah berjaga-jaga; sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang memalukan kepada mereka yang tidak percaya”.

Melalui terjemahan semula yang saya buat, kita dapat lihat ayat 4:101 dan 4:102 saling harmoni dalam satu konteks. Dalam ayat 4:102 Tuhan menyuruh Nabi menunaikan komitmennya terhadap musuh apabila berhadapan dengan mereka dalam peperangan. Bagaimanapun dalam artikel sebelum ini saya tidak menjelaskan apakah komitmen yang perlu Nabi lunaskan terhadap pihak musuh. Jadi saya akan jelaskan melalui artikel ini.

Mari kita lihat semula bahagian awal ayat 4:102.

4:102 “Dan apabila kamu berada di antara mereka, berpeganglah kepada komitmen kamu terhadap mereka, biarkan sebahagian dari mereka berhadapan dengan kamu, dan biarkan mereka mengambil senjata mereka…”

Apakah komitmen Nabi, iaitu komitmen kita juga sebagai orang-orang yang percaya apabila berhadapan dengan musuh ketika berperang? Jawapannya terdapat dalam ayat-ayat berikut:

2:190 “Berperanglah demi Tuhan mereka yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas kerana Allah tidak suka mereka yang melampaui batas”.

2:191 “Dan bunuh mereka bilamana kamu berdepan dengan mereka dan halau mereka dari mana mereka telah menghalau kamu, kerana penindasan adalah lebih teruk dari pembunuhan, tetapi jangan perangi mereka ketika berada dalam peraturan sekatan yang telah dipersetujui kecuali mereka memerangi kamu pada masa itu, tetapi jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Begitulah balasan kepada mereka yang tidak mahu percaya”.

2:192 “Tetapi jika mereka menyerah, Tuhan Pengampun dan Mengasihani”.

2:193 “Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi penindasan, dan kemenangan kepada keadilan dan kepercayaan kepada Tuhan; tetapi jika mereka menyerah, janganlah ada permusuhan kecuali mereka yang berbuat kezaliman”.

Sekarang kita lihat bagaimana ayat-ayat 2:190-193 menjadi penjelas kepada ayat-ayat 4:102.

Dalam ayat 4:102, Tuhan kata bila musuh ada di hadapan Nabi atau kita dan mereka bersedia dengan senjata mereka, maka Nabi atau kita mesti berpegang kepada komitmen sebagaimana permulaan ayat 2:191, iaitu bunuhlah mereka dan halau mereka jika mereka telah menghalau Nabi atau kita dari tempat yang sama sebelum ini.

2:191 “Dan bunuh mereka bilamana kamu berdepan dengan mereka dan halau mereka dari mana mereka telah menghalau kamu…”

Tetapi dalam ayat 4:102 seterusnya Tuhan kata,

“…kemudian jika mereka bersetuju, biarkan mereka berlindung di belakang kamu…”

Maknanya kalau musuh yang berhadapan dengan Nabi atau kita itu menyerah,  musuh yang menyerah diri perlu dilindungi di belakang garisan pertempuran. Ini selaras dengan ayat;

2:192 “Tetapi jika mereka menyerah, Tuhan Pengampun dan Mengasihani”.

Kemudian dalam ayat 4:102, Tuhan menambah lagi..

“..dan biarkan sebahagian mereka yang lain, yang tidak komited untuk bersama kamu berdepan dengan kamu pula, biar mereka bersiap sedia dengan senjata mereka…”

Maknanya walaupun sebahagian dari musuh mungkin telah , sebahagian lain mungkin berkeras mahu terus berperang. Oleh itu Nabi atau kita juga perlu teruskan komitmen terhadap mereka yang memerangi Nabi atau kita sebagaimana yang telah Tuhan perintahkan sehinggalah semua musuh itu ditewaskan sepenuhnya. Ini jelas dinyatakan Allah melalui ayat ini.

2:193 “Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi penindasan, dan kemenangan kepada keadilan dan kepercayaan kepada Tuhan; tetapi jika mereka menyerah, janganlah ada permusuhan kecuali mereka yang berbuat kezaliman”.

Dari terjemahan yang mentafsirkan perkataan solat sebagai komitmen dalam ayat 4:101-102, kita dapati ia menepati konteks dengan tepat dan tidak lagi mengelirukan. Tuhan telah membuat ketetapan bagaimana kita perlu bertindak terhadap musuh ketika perang. Ketetapan tersebut perlu kita terima sebagai satu komitmen atau solaa kita kepada Tuhan sebagaimana juga ketetapan-ketetapan lain yang turut Tuhan gariskan di dalam Al-Quran.

Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya di dalam Al-Quran. Adakah kita masih tak mahu percaya?

Written by tolokminda

January 8, 2010 at 12:48 pm

Posted in Solaa | Solat

Tagged with , , ,

10 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Ayat 4:101 menyebut pasal musuh dan ayat 4:102 menyebut pasal perang. Musuh dan perang ada perkaitannya. Manusia tidak akan berperang jika tiada musuh. Di sini kita nampak relation antara ayat 4:101 dan 4:102 itu. Jadi, patutkah kita buang ayat 4:101 untuk menyesuaikan Al Quran mengikut kehendak hati kita?

    Dan daripada ayat 2:190 sehingga 2:193 menunjukkan orang yang layak dikatakan musuh Islam adalah orang yang menghalau kita kerana mereka tidak puas hati dengan cara hidup kita.

    Selagi manusia itu belum menunjukkan kedengkian dan permusuhan yang nyata untuk menghalau kita, mereka tidak dikatakan musuh Islam lagi.

    Dalam konteks masyarakat yang majmuk di Malaysia ini, tidak patut kita menganggap kaum2 lain yang bermacam2 kepercayaan tradisi sebagai musuh kita, kerana mereka tidak menghalau kita lagi.

    Serulah manusia belajar merendah diri, akan datangkan keharmonian di dalam jiwa.

    Juang

    January 9, 2010 at 3:51 am

  2. Dikalangan mereka yg.dimaksudkan Allah adalah tentera2
    Islam.Ia boleh diduga dengan AKAL yg.sihat.

    Apakah tentera kafir nak bersolat..?
    Ini kebiasaannya boleh terjadi dalam keadaan lain,..nabi
    tidak bersama tentera2nya dalam solat atau di gantikan
    oleh sahabat mengimamkan jemaah.Maka arahan bersolat
    demikian tidak dilakukan oleh sahabat kerana taat cara
    solat biasa.

    Apa jua sangkaan baik adalah disukai Allah walaupun
    sangkaan itu tidak tepat.Sebaliknya sangkaan dan ada
    niat sangkaan buruk adalah bermulanya terbuka pintu2
    fitnah.

    Tok Syam

    January 9, 2010 at 5:35 am

  3. Salam Juang,

    Benar sekali. Di dalam Al-Quran adalah jelas sekali Tuhan tidak mahu kita menjadi pihak yang mencetuskan peperangan atau penindasan. Kita tidak boleh jadi aggressor sebab Tuhan melarang kita jadi manusia yang melampaui batas.

    Kita cuma boleh berperang dengan orang yang memerangi kita atau menghalau dan menindas kita. Dan kalau itu berlaku, kita perlu berpegang teguh kepada komitmen yang telah Tuhan tetapkan kepada kita dalam ayat 2:190-193.

    tolokminda

    January 9, 2010 at 2:37 pm

  4. Salam Tok Syam,

    Sangkaan yang tidak tepat tidak boleh jadi sangkaan yang baik. Hanya fakta yang tepat dapat memberi manfaat. Kita kena takut dengan amaran Tuhan:

    “Jika kamu ikut majoriti manusia di atas muka bumi, mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Tuhan. Mereka hanya membuat andaian dan main agak-agak saja”. [6:116}

    tolokminda

    January 9, 2010 at 2:44 pm

  5. Apakah maksud ayat Allah menyuruh bersangka baik dan apa hikmahnya..?

    Kedua,…apakah maksud jalan tuhan mengikut fahaman
    sdr..?

    Ketiga..adakah manusia mencipta jalannya sendiri( Selain jalan tuhan manusia telah mencipta jalannya dan teori2 selain yg.Allah ajarkan..?

    Semoga dapat kita bahaskan lebih detil.

    Tok Syam

    January 9, 2010 at 3:37 pm

  6. Salam,

    Saya harap ada orang lain yang turut sudi menjawab persoalan-persoalan Tok Syam.

    Terima kasih.

    tolokminda

    January 10, 2010 at 2:21 am

  7. Assalam,
    Berkongsi suara
    kongsi idea tok syam juga
    dan ini sekadar kefahaman saya

    1. Mengenai bersangka baik, Allah telah berfirman :

    “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa…….” (Al-Hujurat, ayat 12)

    2. Jalan Tuhan itu, “Al-Jihadu fi sabilillah”. Di samping kita mengamalkan perintah dan menjauhi larangan, kita sedia Berkorban nyawa dan harta untuk ketauhidan yang Esa, mempertahankan dan menyeru manusia ke arah “Tiada Tuhan Melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah”. Itulah namanya, Dakwah.

    3. Manusia cipta jalan sendiri?hmm, ye ke? pasti? tiada ragu?? yakin?

    hmmm…
    Surah Al-Imran, ayat 19 “Sesungguhnya Agama di sisi Allah itu adalah islam”

    Jadi, jalan selain mencari keredhoan Allah melalui islam sebagai ad-deen, adalah bukan jalan yang benar lah.

    wassalam

    amin.mh

    January 10, 2010 at 1:55 pm

  8. Salam,

    Kita sebagai sebahagian daripada makhluk2 Allah di antara langit dan bumi. Semua makhluk2 Allah mematuhi jalan2 yang telah diaturkan agar alam semesta ini berfungsi secara sistematik.

    Jadi, kita juga kena patuhi hukum alam yang ditetapkan sebagai seorang manusia. Selagi kita patuhi hukum alam itu, pasti hidup kita akan teratur dan bersistematik.

    Tetapi apabila ada manusia membuat peraturan2 sendiri yang tiada hukum alam sebagai bukti, pasti hidup manusia itu akan kucar-kacir.

    Juang

    January 10, 2010 at 2:17 pm

  9. Salam…
    Maka sudah pastinya manusia tidak dapat buat suatu
    peraturan sendiri melainkan berasaskan ilmu dan peraturan ciptaan Allah yg.meliputi semua yg.hidup.

    Jika kita yakin kenyataan Allah melalui kitabnya,..
    bahawa manusia ini pada permulaannya adalah jahil
    dan tidak berilmu pengetahuan.

    Di kerajaan langit para malaikat juga tidak mengetahui
    bidang ilmu sebagaimana kisah nabi ADAM yg.diajar
    pelbagai ilmu.

    Nabi Adam juga tidak dapat mendamaikan atau mengubah
    takdir Allah yg.terjadi kepada anak2nya Habil & Kabil.

    Sebelum nabi diutuskan,…Allah menceritakan tentang
    manusia yg.mendapat ilmu dan petunjuk Allah untuk
    mengajar manusia….terutama soal bertauhid.

    Nabi diutuskan adalah membawa misi utama iaitu
    Tauhid dan berakidah.Soal syariat adalah berdasarkan
    zaman masing2.

    Bagi Allah,..adalah mengutamakan terlebih dahulu
    soal manusia beriman.Kemudian ia berbuat kebaikan
    atas dasar kemanusiaan.Apa yg.baik dan tidak baik…
    Allah telah memfitrahkan akal dan hati.

    Maka perjalanan hidup manusia itu adalah bermulanya
    kerajaan hatinya dan bagaimana mereka menggunakan
    akal.

    Maka nabi membawa misi untuk menyampaikan ilmu yg.
    dapat digunakan oleh hati dan akal….sehingga mereka
    capai maksud iman.Bertauhid dan berakidah dengan
    sebenarnya tanpa menyekutukan Allah dengan suatu apa
    pun.

    Tok Syam

    January 10, 2010 at 3:02 pm

  10. Salam,

    Sedar atau tidak, apabila manusia itu mentauhidkan Allah dan hidup kembali pada fitrah, pasti dia akan jadi insan yang rajin mengkaji alam Allah ini. Ini kerana alam ini diciptakan oleh Tuhan Yang Satu dan Dia tidak menciptakan secara main2.

    Dan fitrah manusia diciptakan mempunyai semangat ingin tahu yg tinggi. Rasa tidak puas terhadap sesuatu ilmu dimiliki oleh manusia. Sebab itulah ilmu Adam lebih tinggi daripada malaikat yang setakat tahu apa yang Tuhan ajar.

    Jika kita lihat kanak2, mereka ada sifat ingin tahu. Mereka suka bertanya kenapa buat macam tu. Dan kanak2 hidup dengan hati yang damai tanpa perbalahan atas nama agama. Jiwa mereka suci dan tenang.

    Dengan mengingatkan kembali zaman kanak2 kita, kita akan kenal siapa diri kita dan apa matlamat kita diciptakan.

    Juang

    January 10, 2010 at 3:25 pm


Leave a comment