Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Kaum yang degil, hipokrit dan sesat

with 23 comments

Jika artikel sebelum ini mengulas mengenai konsep ketuhanan orang Arab, kali ini kita tumpukan kepada kaum itu sendiri. Bagi mereka yang percaya kepada kisah-kisah riwayat yang tidak mempunyai authority dari Al-Quran, orang-orang Arab dikatakan telah menerima Islam dan Al-Quran secara total. Kaum yang mereka kagum dan sanjung. Apa saja tentang Arab adalah jalan ke syurga.

Kononnya walaupun pada peringkat awal kaum nabi dikatakan bersikap kritikal, defensif dan dalam masa yang sama agresif kepada nabi di mana mereka telah berusaha membunuhnya dan memeranginya beberapa kali, namun setelah asyik gagal dalam usaha mereka itu dan akhirnya mereka menerima sepenuhnya apa yang nabi sampaikan sehinggalah nabi meninggal dunia.

Bagaimanapun jika kita lihat bukti-bukti dari Al-Quran, tidak ada satu ayat pun yang menyokong keadaan yang sedemikian. Seperti kaum-kaum nabi sebelum Muhamad, Tuhan memberitahu kita kaum Muhamad juga tidak kurang keingkarannya. Mereka degil, hipokrit dan menolak apa yang telah disampaikan kepada mereka. Mereka tidak menerima Muhamad dan apa yang diwahyukan kepadanya kecuali sebahagian kecil.

Hakikat itu dapat kita lihat sehingga hari ini apabila mereka masih lagi mempersekutukan Tuhan dengan bangunan ciptaan mereka sendiri yang dilengkapi dengan pelbagai elemen dan simbol suci yang pada dasarnya hanya mereka sahaja yang tahu rasional di sebaliknya (jika ada). Begitu juga semua amalan ritual yang dipersabitkan kepada apa yang mereka persekutukan itu, adakah benar-benar direstui Tuhan?

Mari kita lihat kedudukan mereka dari kacamata Al-Quran.

25:1 Penuh berkat Dia Yang menurunkan Al-Quran ke atas hambaNya supaya dia menjadi pemberi amaran kepada umat manusia.

25:2 Dia, Yang Memiliki Kerajaan di langit dan di bumi, dan Dia yang tidak memiliki anak, dan Dia tidak memiliki sekutu dalam kerajaanNya, dan Dia yang telah mencipta segala-galanya dan menetapkan pengiraannya.

25:3 Dan mereka telah mengambil selainNya tuhan-tuhan, yang tidak mencipta apa pun sedangkan mereka sendiri dicipta, dan mereka tidak berkuasa untuk memberi diri mereka sendiri kerugian atau keuntungan, dan mereka tidak berkuasa menentukan mati atau hidup, tidak juga menghidupkan kembali.

25:4 Dan mereka yang tidak percaya berkata: Ini (Al-Quran) hanyalah penipuan semata-mata yang dipalsukan dan orang lain telah membantu dia melakukannya – maka sesungguhnya mereka telah berlaku tidak adil dan berbohong.

25:5 Dan mereka berkata: Ini kisah-kisah purbakala – yang dia telah menulisnya – yang telah dibacakan kepadanya pagi dan petang.

25:6 Katakan: Dia yang telah mewahyukannya Dia tahu rahsia di langit dan di bumi – sesungguhnya Dia sentiasa memberi keampunan dan Mengasihani.

25:7 Dan mereka berkata: Apa kena dengan rasul ini yang makan makanan dan berjalan-jalan di pasar, mengapa tidak dihantar seorang malaikat kepadanya supaya dia memberi nasihat kepadanya?

25:8 Atau harta yang banyak dihantar kepadanya atau jadikannya memiliki kebun dari mana dia boleh makan? Dan yang tidak rasional berkata: Kamu jangan ikut kerana dia tidak siuman.

25:9 Lihatlah apa yang mereka persamakan ke atasmu, jadi mereka telah sesat, maka mereka tidak akan dapat mencari jalan kebenaran.

Kesimpulan yang dapat kita perolehi dari ayat-ayat di atas adalah:

  • Orang-orang Arab memilih untuk terus menyekutukan Tuhan dengan tuhan-tuhan mereka walaupun telah disampaikan kepada mereka Al-Quran.
  • Mereka mengatakan Al-Quran itu satu penipuan yang ditulis oleh Muhamad dengan bantuan orang-orang lain.
  • Mereka mengejek dan tidak percaya bahawa Muhamad seorang rasul kerana dirinya yang serba biasa dan tidak termasuk dalam golongan yang mereka anggap layak dihormati.
  • Tuhan menegaskan bahawa mereka adalah kaum yang sesat.

Melalui ayat-ayat serta kesimpulan yang dapat saya fikirkan di atas, adakah wajar kita memberi kepercayaan penuh kepada kaum yang terang-terang telah menolak rasul dan wahyu yang disampaikan kepada mereka sebagaimana dimaklumkan sendiri oleh Tuhan kepada kita?

9:97 Orang-orang Arab adalah paling teruk ketidakpercayaannya dan hipokrit – dan sangat dangkal dengan yang telah diwahyukan oleh Tuhan melalui rasulNya – dan Tuhan Mengetahui dan Menghakimi.

Written by tolokminda

February 17, 2010 at 2:32 am

23 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Sebab itulah dalam mencari kebenaran, bukan dilihat kaum apa yang menyampaikannya, tetapi lihatlah bukti2 kebenaran yang dibawanya.

    Di sisi Allah, semua kaum sama sahaja. Tiada lebih, tiada kurang. Sebab itulah para Nabi2 dibangkit di kalangan pelbagai kaum.

    Islam itu milik Allah, bukannya milik sesuatu kaum. Tiada yang mengesklusifkan sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri.

    Bak kata pepatah, mereka masuk bakul angkat sendiri.

    Juang

    February 17, 2010 at 3:16 am

  2. Apa yang jelas saya lihat dalam ayat 25:5 ialah Nabi BOLEH menulis. Orang-orang tidak percaya lihat apa yang dia buat tetapi mereka menuduh apa yang ditulisnya adalah cerita-cerita purbakala yang dibacakan kepadanya pagi dan petang.

    Allah telah mengilhamkan kepada beliau untuk menjawap tuduhan-tuduhan mereka dengan berkata apa yang ditulisnya adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah:-

    “Dia yang telah menurunkannya – Dia mengetahui rahsia di langit dan di bumi – sesungguhnya Dia sentiasa memberi keampunan dan Mengasihani.” (25:6)

    Kalau kita tanya mana-mana uztaz kesemua mereka akan berkata Nabi Muhammah adalah seorang yang “BUTA HURUF” – dia tidak tahu membaca atau menulis. Bukankah ini satu “FITNAH”?

    “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi sebarang “FITNAH” – dan sesungguhnya cara hidup itu hanyalah untuk Allah – maka jika mereka berhenti – maka janganlah bermusuhan kecuali orang-orang yang zalim.” (2:193)

    Gunumaro

    February 17, 2010 at 3:39 am

  3. Salam Gunumaro….

    Jika mengikut terjemahannya:25:5

    Dan mereka berkata lagi: “Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, YANG DI MINTA SUPAYA DITULISKAN, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang.

    Jadi…sekiranya terjemahan benar mengikut kalamuallah
    asal….maka tak bolehlah dijadikan sandaran. Melainkan terjemahan lain dari yg.saya rujuk.
    Setakat ini…terjemahan yg.saya jumpa adalah
    seperti ini.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 6:47 pm

  4. Salam….

    29[48]
    Dan engkau tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu.

    ———————————————–
    ulasan dari pemikiran saya:

    Tentang tak tau membaca sebuah kitab…bolehlah
    kita katakan bahawa sebelum itu…sememangnya
    ajaran agama2 terdahulu yg.dibawa isa…adalah bahasa
    asing yg.sukar difahami.Lagi pun terdapat suatu
    surah menyatakan sebelum itu tiada suatu nabi atau
    rasul yg.pernah mendakwah penduduk mekah.Adalah
    mereka itu dalam keadaan semula jadi jahil.

    Kita juga boleh berpegang pada sejarah temadun ilmu
    ketika itu adalah mundur.Bahasa yg.digunakan oleh
    bangsa Arab ketika itu adalah bahasa pasar pekat…
    dan tak sama dengan bahasa loghat alquran yg.lebih
    unik dan indah.

    Mungkin tak tau menulis itu ialah bermaksud untuk
    menulis mengikut dailek Alquran yg.seni dengan nahu
    dan idham dan tajuidnya…agar sebutan sebenar
    dengan tulisan dapat sama.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 7:04 pm

  5. Wa-qorluu = Mereka berkata

    Asa-dhi-ru = dongeng-dongen

    Au-waa-lin = orang-orang dulu-kala

    Nak-ta-ta-ba-haa = YANG DITULIS OLEHNYA atau (yang dikitabkan olehnya)

    Saya harap Tok Syam tidak perlu membuang masa untuk berhujah perkara-perkara yang dia tidak faham.

    Gunumaro

    February 17, 2010 at 7:08 pm

  6. Salam…
    Sebagai bukti hari ini…para penterjemah pun tidak
    dapat menggunakan bahasa atau perkataan yg.sesuai
    dalam sesetengah maksud ayat hingga kita bangsa yg.
    tak tau arab boleh salah erti.

    saya juga pernah menyimak terjemahan dalam bahasa
    cina.Orang cina pun sukar nak faham dan jika dibanding
    kan dengan terjemahan melayu pun…maknanya jauh berbeda.

    Maksudnya jika terjemahan cina nak di melayukan agak
    sukar dan akan jauh maksudnya berdasarkan kamus.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 7:12 pm

  7. Saya mempunyai banyak masa demi memahami ilmu.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 7:13 pm

  8. Bagaimana firman 29[48] pula untuk anda tafsirkan.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 7:24 pm

  9. Untuk memahami ayat 29:48 mengapa tidak membacanya dari ayat 29:47?

    “Demikianlah Kami turunkan kepada kamu Kitab (Al Quran) – maka orang-orang yang Kami telah memberi kepada mereka Kitab sebelum ini seharusnya percaya dengannya – dan diantara mereka ada yang percaya dengannya – dan tidaklah mengingkari dengan ayat-ayat Kami melainkan orang-orang yang kafir. Dan kamu tidak pernah membaca dari sebelum ini dari mana-mana Kitab dan tidak “menirunya” (Ta-khu-dhu-hu)dengan tanggan kamu – jika demikian sudah tentulah meragukan orang-orang yang mencari kepalsuan.” (29:47-48)

    Perkataan yang digunakan dalam ayat 29:48 tidak ada kena mengena dengan perkataan “Tulis” – sebab perkataan “menulis” dalam bahasa Arab ialah “Uktub” dan kalau “Dia menulis” ianya “Yak-tubu” dan kalau ” “Yang ditulis olehnya” ianya “Nak-ta-ta-ba-haa”. Kalau “Dia telah menulis ianya berbunyi “Kataba” tetapi kalau sipenulis itu seorang wanita ianya berbunyi “Katabat”.

    Dalam ayat 29:48 perkataan “TULIS” tidak terdapat dalam ayatnya – tetapi disebut “Ta-khu-dhu-hu” yang bermaksud “MENIRU”.

    Tok Syam, bukankah saya sudah katakan, kalau tidak faham janganlah berhujah dengan yang bathil untuk melawan dengan apa yang benar.

    Gunumaro

    February 17, 2010 at 7:42 pm

  10. Jadi yang berkata muhammad menulis tu ialah
    MEREKA YANG BERKATA DAN BUKAN ALLAH YANG MENGATAKAN.

    Maka itupun tak boleh le nak jadikah hujah nabi
    pandai menulis.

    Hai…ade2 aje.

    Tok Syam

    February 17, 2010 at 7:51 pm

  11. Salam,

    Begitu juga, yang mengatakan Muhammad tidak tahu menulis dan membaca juga adalah manusia yang berkata, bukan Allah mengatakan.

    Jadi bila berlaku pertembungan antara pendapat2 manusia, carilah pendapat yang paling rasional untuk dipegang.
    🙂

    Juang

    February 18, 2010 at 1:26 am

  12. ‘Ummy’ apabila dialih bahasa ke bahasa inggeris bermaksud ‘gentile’ (tidak pernah menerima sebarang kitab Allah-Zabur dan Taurat) , bukan ‘illiterate (buta huruf)’. Masalah timbul apabila dialih bahasa kepada bahasa melayu yang mana penterjemah menterjemahkan ummy sebagai buta huruf.

    Oleh kerana sifat terpuji yang sedia ada pada beliau, pada usia yang muda beliau sudah diamanahkan untuk menjaga senjata untuk berperang. Sudah tentu beliau padai mengira. Beliau mula berniaga juga pada usia yang muda, dan dilantik menjadi hakim pada usia 40 tahun, amat jelas beliau juga seorang yang pandai membaca.

    Beliau adalah seorang cucu dari golongan aristokrat di Mekah pada waktu itu. Mengatakan beliau seorang yang buta huruf, sama seperti kita mengatakan anak Najib Tun Razak tidak bersekolah dan buta huruf.

    Apabila beliau dilantik oleh Pencipta kita untuk menjadi Rasul, beliau disuruh memimpin berdasarkan contoh. Jika beliau buta huruf bagaimana beliau ingin menyuruh orang lain untuk menimba ilmu? Adakah beliau seorang yang hipokrit menyuruh orang membaca sedangkan beliau sendiri tidak pandai membaca?

    Ada bukti yang menunjukkan beliau membalas surat kepada Musaylima b Habib yang mendakwa beliau adalah seorang Rasul.

    Qur’an itu adalah mukjizat, datang pada Muhammad bukan dengan cara seperti yang kita dengar seperti dalam mana-mana dongengan dan hikayat.

    Islam adalah logik, dan seperti rakan saya pernah berkata, jika beliau ingin memilih sesuatu yang tidak logik dan kepercayaan yang membuta tuli sahaja, lebih baik beliau memilih Hinduism atau Shintoism daripada Islam.

    muaddib

    February 18, 2010 at 1:29 am

  13. Mengatakan Muhammad itu seorang yang buta huruf hanyalah untuk mengangkat status beliau dari manusia biasa kepada seorang yang amat istimewa yang mana dapat belajar dan menghafal beribu perkataan dalam masa yang singkat kononnya sebagai bukti kerasulan beliau. Sedangkan Qu’ran menyatakan bahawa semua rasulnya adalah manusia biasa sahaja yang makan dan minum seperti kita semua.

    Arab mengambil kesempatan atas kerasulan beliau dengan memfitnah Muhammad sebagai buta huruf dan mempunyai keistimewaan belajar dalam masa yang singkat, untuk mengangkat bangsa mereka oleh kerana Muhammad ialah seorang Arab.

    muaddib

    February 18, 2010 at 1:43 am

  14. Salam,

    Berkenaan kedegilan kaum Arab untuk meneruskan amalan menyekutukan Allah, kita nampak bahawa amalan sembahan sebegitu umpama orang yang ketagih rokok.

    Umum mengetahui menghisap rokok memudaratkan kesihatan diri. Namun bagi yang sudah ketagih, dibuat kempen anti-merokok macam mana pun mereka tak mahu berubah juga.

    Begitulah bila para Rasul menjalankan kempen anti-musyrik kerana kesan buruk amalan tersebut kepada jiwa dan minda, tetapi kaum yang ketagih dengan amalan tersebut sukar nak berubah.

    Seperti yang terjadi pada perokok, mereka memerlukan keazaman yang kuat nak meninggalkan tabiat merokok, begitulah keazaman yang kuat diperlukan oleh orang yang sudah ketagih menyembah sesuatu objek itu.

    Begitu juga, selalunya perokok mahu berhenti merokok bila mereka menghidapi penyakit2 kronik, macam itulah sesuatu kaum yang ketagih menyembah sesuatu objek itu selalu nak tunggu kena bencana dahulu barulah nak berhenti menyekutukan Allah.

    Juang

    February 18, 2010 at 2:04 am

  15. Salam,

    “Muaddib: ‘Ummy’ apabila dialih bahasa ke bahasa inggeris bermaksud ‘gentile’ (tidak pernah menerima sebarang kitab Allah-Zabur dan Taurat) , bukan ‘illiterate (buta huruf)’. Masalah timbul apabila dialih bahasa kepada bahasa melayu yang mana penterjemah menterjemahkan ummy sebagai buta huruf.”

    Ini menunjuk penterjemah ke bahasa Inggeris lebih mengutamakan logik daripada cerita2 riwayat berbanding kebanyakan penterjemah ke bahasa Melayu.

    Pada pandangan saya, seseorang penterjemah itu kena jujur terhadap apa yang diterjemahkan. Jangan disebabkan ada ulamak mengatakan baginda seorang buta huruf, maka perterjemahan itu dibuat atas ketaksuban pada ulamak itu bukannya atas dasar logik atau rasional.

    Jika ramai penterjemah ke bahasa Melayu itu bersikap seperti saudara muaddib dengan membawa point-point yang kukuh itu, tentu perkataan “ummiy” itu tidak diterjemahkan sebagai buta huruf.

    Juang

    February 18, 2010 at 2:59 am

  16. “Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa keterangan dari Tuhan kamu. Barang siapa yang nampak maka ianya adalah untuk dirinya sendiri – dan kepada yang buta maka itu adalah atas dirinya sendiri.” (6:104)

    “Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya sama saja bagi mereka – samada kamu memperingatkan mereka atau tidak memperingatkan mereka – mereka tidak akan percaya. Allah telah mengunci mati hati mereka – dan atas pendengaran mereka telah ditutup. Dan bagi mereka siksaan yang paling besar.” (2:6-7)

    “Dan sesungguhnya Kami telah memudahkan Al Quran itu sebagai peringatan – Maka adakah mana-mana orang yang mahu ambil pelajaran?” (54:17,22,32,40)

    Gunumaro

    February 18, 2010 at 3:27 am

  17. “Dan sesungguhnya Kami telah memudahkan Al Quran itu sebagai peringatan – Maka adakah mana-mana orang yang mahu ambil pelajaran?” (54:17,22,32,40)

    Keengganan sesetengah manusia hendak berfikir secara logik itulah yang menyebabkan mereka rasa Al Quran susah nak difahami pengajarannya.

    Sedar atau tidak, daripada kisah Allah nak cipta Adam sampai kisah baginda dan isterinya diturunkan sebenarnya sudah cukup untuk kita nampak apa erti hidup sebagai seorang manusia dan apa mesej yang Al Quran nak sampaikan.

    Tetapi sikap sesetengah manusia yang malas berfikir dan lebih gemar menurut membuta-tuli menyebabkan kehidupan sesetengah kaum menjadi sempit, terbatas, kompleks dengan bermacam2 amalan ritual dan hukum-hakam yang entah daripada mana datangnya.

    Hanya orang2 yang mahu ambil pelajaran dan pedoman daripada kisah2 kaum terdahulu akan menjadi insaf.

    Juang

    February 18, 2010 at 4:07 am

  18. Manusia yang paling berjaya adalah manusia yang sanggup belajar daripada kesilapan orang2 terdahulu.

    Manusia yang paling gagal adalah manusia yang melakukan kesilapan yang sama seperti orang terdahulu.

    Juang

    February 18, 2010 at 4:13 am

  19. Salam,

    Saya berpendapat dengan pengetahuan yang terhad dalam bahasa Arab, dan perbendaharaan kata bahasa Malaysia yang juga terhad, penguasaan bahasa Inggeris menjadi penting dalam usaha kita memahami Al-Quran.

    Misalnya perkataan ummy atau gentile, susah kita nak terjemahkan dalam bahasa Malaysia sebab tidak ada perkataan yang merujuk secara spesifik untuknya. Kita cuma ada perkataan kafir, tapi kafir bukan gentile.

    Mungkin boleh kata kaum tidak beragama tetapi ia bukan maksud perkataan itu. Atau kita kata kaum yang belum pernah dapat kitab, tetapi ia masih kurang membantu kita faham maksudnya yang sebenar.

    Saya tidak tahu berbahasa Arab. Tetapi saya mengelak dari menggunakan terjemahan standard Al-Quran dalam bahasa Melayu kerana kecenderungan penterjemah memberi tafsiran yang berlebihan terhadap sesuatu ayat supaya selaras dengan riwayat hadis.

    Jadi saya terpaksa memilih untuk menterjemahkan semula terjemahan-terjemahan bahasa Inggeris dari mereka yang saya fikir telah menterjemahkan sesuatu ayat dengan tepat dan mengekalkan maksud asalnya.

    Melalui amalan orang Melayu yang suka meminjam perkataan Arab, kadang-kala transliterasi juga dapat membantu.

    tolokminda

    February 18, 2010 at 4:35 am

  20. Salam…
    Dalam tajuk ini…diharap dapatlah kemukakan sebanyak
    mungkin,..terjemahan2 yg.anda rasa tidak sesuai untuk
    di bincangkan.Dengan itu baru jelas untuk mengetahui
    dimana silapnya dan sesatnya atau taksubnya.

    Semua orang melayu yg.tak faham bahasa arab tentunya
    menerima saja terjemahan yg.sedia ada dan memahami
    mengikut apa yg.tertulis.

    Sekiranya anda yankin apa yg.diterjemahkan selama ini
    boleh menyesatkan….apakah orang2 yg.telah diberi
    ilmu hanya nak berjuang dalam internet.

    Apakah kita hanya marah kepada mereka yg.hipokerit
    dan taksub…sedangkan usaha membantu secara
    bijaksana tak dilakukan.

    Tok Syam

    February 18, 2010 at 5:44 am

  21. Tok Syam,

    tiada siapa yang marah pada mereka yang hipokrit dan taksub.

    mungkin marah atau tidak selesa kepada mereka yang suka mengejek, mencela dan menghukum apabila tidak dapat menerima pendapat yang lain.

    Ini adalah dua benda yang berbeza.

    Saya nampak blog ini sebagai usaha kepada mereka yang membuat perkara yang sia-sia dengan memberikan alternatif kepada perbuatan sia-sia tersebut dengan memberikan hujah-hujah berdasarkan Qur’an dan logik dan apa yang dapat dicapai apabila meninggalkan amalan yang sia-sia.

    Masyarakat akan kembali maju dari segi minda, teknologi akan berkembang, dan ini dapat membantu umat manusia yang lain.

    muaddib

    February 18, 2010 at 6:23 am

  22. Marah boleh dilahirkan berbagai bentuk.Bentuk
    kasih sayang dan kebencian.Memanglah sukar nak
    menterjemah marah melalui penulisan.

    Sebagai contoh sebuah jemaah yg.ramai pengikutnya,..
    dimana mereka begitu merasa yakin apa yg.mereka
    gerakkan dalam usaha….hingga mereka kebanyakannya
    lupa tentang membudayakan Alquran yg.lebih meliputi
    dari segala petunjuk.

    Dengan ahli yg.begitu ramai dan begitu gigih
    usaha dakwahnya…..namun terdapat juga kelemahan.
    Yang lebih menjadi jurang pemisah…apabila mereka
    tidak bersikap menerima pandangan selain dari ahli
    nya.

    Kebanyakan puak2 sebegini kadang2 tidak dinafikan
    terdapat bawaan2 pengaruh 12 suku bangsa
    terdahulu.

    Tok Syam

    February 18, 2010 at 10:41 am

  23. Salam,

    Alhamdu- Segala puji
    lilahi – bagi Tuhan
    rabbi – Pemelihara
    l’alamin – alamnya/ilmunya.

    wolverine

    February 28, 2010 at 6:23 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: