Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Adakah dua kalimah syahadah satu korupsi pewaris golongan munafik zaman Nabi?

with 256 comments

Dalam blog ini kita telah membincangkan semua rukun Islam, iaitu rukun yang melibatkan ritual-ritual yang disifatkan wajib  ke atas orang-orang Islam – sembahyang, puasa, zakat, haji – kecuali satu – mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam perbincangan-perbincangan yang dimaksudkan, kita telah melihat bagaimana ritual sembahyang (solat), puasa, haji dan zakat sebenarnya tidak wujud di dalam Al-Quran. Tuhan tidak pernah mengajar kita apa-apa ritual melalui Al-Quran. Yang ada cuma perkataan-perkataan yang disalahtafsirkan. Samada para pembaca budiman mahu percaya atau tidak, hujah-hujah mengenainya telah dikemukakan di atas nas-nas Al-Quran. Maka terpulanglah kepada diri masing-masing untuk membuat kesimpulan.

Sekarang tibalah masanya untuk kita periksa pula kedudukan satu-satunya rukun Islam yang belum kita sentuh – iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Kita semua telah sedia maklum apakah yang dimaksudkan dengan mengucap dua kalimah syahadah. Dilafazkan begini:

“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah”

Saya telah cuba mencari kalau-kalau ungkapan ini sesungguhnya telah diwajibkan oleh Allah sebagai pra-syarat kepada sesiapa yang mahu menjadi seorang Muslim. Dan sesungguhnya saya tidak menemui apa-apa yang seumpamanya. Sebaliknya saya menemui ayat-ayat berikut.

63:1  Apabila mereka yang munafik datang kepadamu mereka berkata: Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu  adalah utusan Allah. Dan Tuhan tahu bahawa kamu adalah utusanNya dan Tuhan bersaksi bahawa mereka yang munafik adalah penipu.

63:2  Mereka telah menjadikan sumpah mereka itu sebagai topeng, dengan cara itu mereka menjauhkan jalan Allah. Jahat sungguh apa yang mereka lakukan.

63:3  Itu kerana mereka telah percaya, kemudian tidak percaya. Akibatnya, hati mereka tertutup – mereka tidak faham.

Surah 63 – “Yang Munafik,” memberikan kita gambaran siapakah mereka itu di zaman Nabi. Dan sebagaimana yang kita sama-sama dapat baca melalui tampalan terjemahan di atas, saya fikir ayat pertama surah ini agak memeranjatkan. Ia mendedahkan kepada kita bahawa ungkapan kedua dalam kalimah syahadah iaitu “aku bersaksi Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah” sebenarnya adalah ungkapan orang-orang munafik di zaman Nabi.

Kenyataan Allah dalam 63:1 terlalu jelas untuk kita nafikan.

Soalannya, bagaimana ungkapan orang-orang munafik zaman Nabi boleh menjadi sebahagian dari ungkapan yang diwajibkan ke atas kita? Siapakah yang sebenarnya telah mewajibkannya? Tuhan sudah tentu tidak. Jadi adakah orang-orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah pada hari ini sebenarnya pewaris golongan munafik zaman Nabi?

Jangan kata soalan ini tidak berasas. Saya berpendapat, kita tidak ada pilihan kecuali mendapatkan kepastian mengenainya!

Written by tolokminda

March 11, 2010 at 7:33 pm

256 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Kalimat Syahadat merupakan janji dan baiah kuat jika mengerti maknanya secara benar dan mendalam…..

    bundarifdah

    March 11, 2010 at 7:35 pm

  2. Bundarifdah, baru-baru ini Hamba Allah mengikuti teladan Firaun bertanyakan tentang orang-orang dulu.

    Apakah Bundarifdah mahu ikut teladan orang-orang munafik yang suka menjadi saksi rasul itu pesuruh Allah?

    “Orang-orang munafik datang kepada kamu dan berkata, “Kami naik saksi sesungguhnya kamu adalah rasul Allah”.” (63:1)

    sambungan dari 63:1

    “Allah mengetahui kamu adalah rasulNya, dan Allah naik saksi sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah pendusta.” (63:1)

    Bundarifdah, Allah kata Dia tahu Muhhamad itu rasulNya – Dia tak perlu sesiapa pun untuk menjadi saksi. Nabi pula kata:

    “Cukuplah Allah sebagai “SAKSI” diantara aku dan kamu…” (29:52)

    Bundarifdah, apa sebab nak ikut teladan orang-orang Munafik? Yang sibuk-sibuk nak jadi saksi apa hal?

    Saya tahu ramai orang-orang Melayu tidak percaya ayat-ayat diatas ada dalam Quran.

    Sebenarnya ulamak-ulamak saja tak mahu cerita tentang ayat-ayat ini – nanti miss syoru…

    Gunumaro

    March 11, 2010 at 11:27 pm

  3. Salam,

    “Gunumaro: Saya tahu ramai orang-orang Melayu tidak percaya ayat-ayat diatas ada dalam Quran.”

    Sedangkan ada ayat2 Al Quran yang jelas suruh menggunakan akal pun ramai orang Melayu kata “dalam agama tak boleh guna akal” (tak percaya pada ayat2 Al Quran tersebut), apalah nak dihairankan jika ada yang tak percaya ayat Al Quran yang saudara Gunumaro bawakan itu.

    Apakah mereka sanggup menggadaikan keselamatan akhirat semata-mata nak bermewah-mewah dengan nikmat makan?

    Juang

    March 12, 2010 at 12:34 am

  4. Salam,

    Bila saya flashback balik 5 rukun Islam yang diajar kepada kita selama ini dan buat perbandingan dengan Al Quran, seolah2 kita diajar jalan ke arah neraka, bukannya ke syurga lagi.

    Daripada perbuatan2 yang berunsur menyekutukan Allah sampaikan kepada pengakuan yang menyamai ucapan orang2 munafik terdahulu.

    Tidakkah mereka mempunyai kecerdasan minda untuk melihat semua itu?

    Juang

    March 12, 2010 at 12:55 am

  5. Juang kata:
    Daripada perbuatan2 yang berunsur menyekutukan Allah sampaikan kepada pengakuan yang menyamai ucapan orang2 munafik terdahulu.

    Tidakkah mereka mempunyai kecerdasan minda untuk melihat semua itu?

    ——————————————————

    Ini kes melepasi batas batas “brain wash” atau doktrinisasi. Jauh melebihinya. Ini kes melebihi kes kronik. Bukan satu dua generasi punya kes tapi ribuan generasi.

    Jangan terkejut anda dan saya dan orang orang yang sewaktu dengan kita (termasuk tolokminda) dikatakan “orang gila”.

    Kalau tak percaya juga apa quran kata dalam ayat ayat yang tolokminda sertakkan dalam tulisan TM diatas, yang berbunyi;

    63:1 Apabila mereka yang munafik datang kepadamu mereka berkata: Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah. Dan Tuhan tahu bahawa kamu adalah utusanNya dan Tuhan bersaksi bahawa mereka yang munafik adalah penipu.

    63:2 Mereka telah menjadikan sumpah mereka itu sebagai topeng, dengan cara itu mereka menjauhkan jalan Allah. Jahat sungguh apa yang mereka lakukan.

    63:3 Itu kerana mereka telah percaya, kemudian tidak percaya. Akibatnya, hati mereka tertutup – mereka tidak faham.

    Maka benarlah juga apa yang quran katakan dalam ayat 25:30 berbunyi,

    Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.

    ***

    Aduh...

    March 12, 2010 at 1:11 am

  6. Juang, nampaknya bermacam-macam alasan diberi oleh orang-orang yang benci kepada Al Quran:

    Ada yang kata orang-orang dalam TM tak tahu Arab – tetapi bila minta mereka beri maksud yang lebih baik mengikut kepakaran ilmu Arab mereka – mereka membisu.

    Ada juga yang berkata – kalau hendak faham ada beberapa syarat. Tapi bila kita tanya soalan mudah supaya mereka beri nama Nabi dan jumlah orang yang beriman kepada Allah – mereka buat pekak.

    Bila kita beri ayat-ayat suruh mereka berfikir – mereka tak mahu mengunakan akal yang dikurnia oleh Allah. Amat tepat bila Allah beritahu kita:-

    “Sesungguhnya seburuk-buruk makhluk disisi Allah adalah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengunakan akal.” (8:22)

    Mereka-mereka ini adalah orang-orang yang mengaku mereka “dengar” perintah Allah – tetapi mereka tidak mahu mengunakan akal sendiri – dan mereka pilih untuk bergayut kepada ulamak, ustaz dan tok-tok imam.

    Lihat bagaiman Bundarifdah buat komen:

    “jika mengerti maknanya secara benar dan mendalam…..”

    Bila kita minta bukti daripadanya cara yang lebih benar dan yang lebih mendalam dari apa yang dikemukakan dalam blog ini dia akan terkapai-kapai. Bila dia jadi buntu dia akan melabel orang lain “sesat”.

    Gunumaro

    March 12, 2010 at 1:18 am

  7. Salam,

    Saya ada satu pertanyaan tentang ayat2 yg TM bawakan. kita boleh bincangkan sama-sama.

    63:1 Apabila mereka yang munafik datang kepadamu mereka berkata: Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah. Dan Tuhan tahu bahawa kamu adalah utusanNya dan Tuhan bersaksi bahawa mereka yang munafik adalah penipu.

    63:2 Mereka telah menjadikan sumpah mereka itu sebagai topeng, dengan cara itu mereka menjauhkan jalan Allah. Jahat sungguh apa yang mereka lakukan.

    63:3 Itu kerana mereka telah percaya, kemudian tidak percaya. Akibatnya, hati mereka tertutup – mereka tidak faham.

    Seperti yg kita tahu sifat orang munafik ini adalah hipokrit. Lain di mulut, lain di hati.

    Dalam ayat 63:1, orang munafik datang kepada rasul dan berkata “Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah”. Ini bermakna, hanya mulut mereka shj kata begitu tapi dalam hati mereka lain2 (mereka tidak bersaksi ‘kamu’ adalah utusan Allah). Sebab itu “Tuhan tahu bahawa kamu adalah utusanNya dan Tuhan bersaksi bahawa mereka yang munafik adalah penipu.”

    Mungkinkah orang2 yg bukan munafik boleh berkata “Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah” sebab Allah tahu yang mereka bukan penipu?

    Sekadar pendapat dari saya.

    Moga ada sahabat2 yg dapat memberi pendapat yg terbaik.

    bayau

    March 12, 2010 at 1:41 am

  8. “Sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangkan untuk manusia didalam Quran ini bermacam-macam perumpamaan – tetapi kebanyakan manusia tidak lain mereka kufur kepadanya.” (17:89)

    Bermacam-macam jenis perangai manusia dijelaskan oleh Allah dalam Al Quran. Manusia harus mengunakan akal sendiri untuk memilih teladan mana mereka suka. Apa saja alasan untuk menjustifikasikan teladan yang mereka pilih – hanya Allah sahaja yang menjadi Hakim.

    Saya percaya TM hanya memetik ayat-ayat 63:1-3 sebagai satu perbuatan yang bertentangan dengan kepercayaan beliau dan ramai yang lain yang diasuh dari kecil. Dia tidak meminta sesiapa untuk membuang tabiat mereka menjadi saksi atau naik saksi bahawa Muhammad itu rasul Allah. Sendiri buat sendiri tanggung.

    Gunumaro

    March 12, 2010 at 2:22 am

  9. Bayau kata;
    Mungkinkah orang2 yg BUKAN munafik boleh berkata “Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah” sebab Allah tahu yang mereka bukan penipu?

    ———————————————–

    quran mengajar(29:52);

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah Allah menjadi saksi (yang mengetahui perkara yang berbangkit) antaraku dengan kamu; Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Dan mereka yang percaya kepada perkara yang salah dan tidak percaya kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang rugi.

    Pendapat pada saya, cukuplah Allah jadi saksi. Kita percaya Allah pencipta kita. Kita percaya Nabi Muhamad adalah rasulNya yang Dia lantik. Tak payahlah kita kuhulu ke hilir mewartakan kesaksian kita yang Tuhan tak perlukan. Dia tahu.

    Aduh....

    March 12, 2010 at 2:24 am

  10. Pada pendapat saya, (maaf typo lagi…)

    Aduh....

    March 12, 2010 at 2:32 am

  11. Salam Bayau,

    Saya berpendapat ayat 63:1 adalah satu clue atau petunjuk untuk mengenali orang munafik dari sudut ikrar mereka terhadap Nabi. Jika tuan baca ayat-ayat selepas 63:3, tuan akan mengetahui lebih lanjut mengenai sifat dan penampilan mereka. Jadi adalah lebih baik kita percaya kepada Tuhan dan mengambil sikap berhati-hati apabila sesuatu perkara dinyatakan di dalam Al-Quran. Ia Peringatan buat kita.

    Jika 63:1 masih belum cukup meyakinkan, cubalah fahami penjelasan yang berkaitan dalam ayat-ayat lain. Misalnya ayat 29:52 yang telah dikemukakan oleh Gunumaro di atas.

    29:52 “Katakan: Cukuplah Allah sebagai saksi di antara aku dan kamu…”

    Juga,

    4:79 “… dan Kami telah mengutuskan kamu kepada manusia sebagai rasul – dan cukuplah Allah sebagai saksi.”

    Dan fahamkan ayat ini betul-betul,

    6:19 Katakan: Yang mana satukah pengakuan terbesar? Katakan: Allah adalah saksi di antara aku dan kamu – dan Quran ini telah diwahyukan kepadaku supaya dengannya aku akan memberi peringatan kepada kamu dan sesiapa saja yang ia sampai. Adakah kamu benar-benar bersaksi bahawa ada “tuhan” lain selain Allah? Katakan: Aku tidak bersaksi seperti itu. Katakan: Dia adalah satu-satunya Tuhan dan sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan.

    Ayat 6:19 merupakan satu penjelasan bahawa ungkapan 2 kalimah syahadah bukanlah satu pengakuan terbesar sebagaimana yang telah diajar kepada kita selama ini.

    Masih tidak cukup bukti?

    tolokminda

    March 12, 2010 at 2:35 am

  12. Kalau benar 2 khalimah shahadah menjadi kayu ukuran islam atau tidak seseorang itu, mengapa ayat ini ada dalam quran;

    2:62
    Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

    Aduh....

    March 12, 2010 at 2:37 am

  13. – kenapa org munafik berjumpa rasul, dan kenapa mereka bersumpah muhammad itu rasulullah? tapi Allah tolak sumpah mereka itu

    – apa yg dimaksudkan sumpah mereka itu hanya topeng? apa motif mereka bersumpah

    – “mereka telah percaya, kemudian tidak percaya” adakah bermakna kepercayaan mereka tertakluk kpd untung yg mereka terima?

    CSI

    March 12, 2010 at 2:43 am

  14. 63:3 Itu kerana mereka telah percaya, kemudian tidak percaya. Akibatnya, hati mereka tertutup – mereka tidak faham.

    Buat apa pening2 pasal org tak percaya, AQ dah menyatakan ayat diatas “hati mereka tertutup – mereka tidak faham”

    Cuma Allah yg dpt membuka hati mereka. Teruskan TM!

    one

    March 12, 2010 at 2:56 am

  15. Salam CSI,

    Dah nama pun orang munafik, tentulah bermuka-muka. Bacalah surah Al-Munafikun itu sampai habis dan tuan akan mengetahui perangai dan penampilan mereka. Apapun untuk menjawap soalan-soalan tuan, mungkin ayat yang saya tampalkan di bawah boleh membantu.

    9:101 Dan dari kalangan orang-orang Arab di sekeliling kamu ada yang munafik, dan di kalangan mereka di pekan – sifat munafik mereka sangat tebal – kamu tidak tahu siapa mereka – Kami tahu. Kami akan hukum mereka dua kali dan mereka akan dikembalikan dengan hukuman yang lebih besar.

    tolokminda

    March 12, 2010 at 2:57 am

  16. Salam,

    Terima kasih atas penjelasan tuan Gunumaro, Aduh, TM dan CSI.

    Ayat2 29:52, 4:79, 6:19 sudah cukup bukti bahawa 2 kalimah syahadah itu adalah satu korupsi pewaris golongan munafik zaman Nabi.

    bayau

    March 12, 2010 at 3:04 am

  17. CSI tulis:

    “kenapa org munafik berjumpa rasul”,

    Jawapan saya:

    Tak tau – Allah tidak cerita dalam Quran dan Dia juga tidak akan bertanya kepada kita diakhirat nanti tentang orang-orang munafik ini. Dia hanya ada satu soalan saja untuk kita (soalan ini ulamak tak ajar – tetapi Quran ada ajar)

    CSI tulis:

    “dan kenapa mereka bersumpah muhammad itu rasulullah?

    Jawapan saya:

    “Serupa dengan orang-orang sekarang yang menaik saksi. Yang ganjilnya, orang-orang munafik naik saksi semasa mereka boleh nampak rasul – tapi yang tak pernah nampak rasul pun boleh naik saksi – saya rasa ini kes lagi berat daripada orang-orang munafik.

    CSI tulis:

    “tapi Allah tolak sumpah mereka itu”

    Jawapan saya:

    Kalau Allah boleh tolak sumpah mereka – sudah tentu Dia boleh tolak sesiapa saja yang menguna ungkapan yang serupa – sebab rasul sendiri memberitahu kita dalam Al Quran berkali-kali:

    “CUKUPLAH ALLAH MENJADI SAKSI DIANTARA KAMU DAN AKU”

    Bila rasul sendiri sudah kata CUKUP – CUKUPLAH……! Apa nak lawan dengan kata-kata rasul dalam Al Quran lagi?

    Tiada siapa yang peduli kalau CSI teruskan membuat ungkapan-unkapan ini setiap hari. Berani buat beranilah tanggung.

    Gunumaro

    March 12, 2010 at 3:09 am

  18. Salam,

    Sudah pasti ada suatu yang penting hendak Allah sampaikan kepada kita apabila Surah Al Munafikun itu dibukakan dengan ciri2 pengakuan orang2 munafik.

    Orang2 munafik itu mahu berselindung di sebalik kesaksian mereka itu untuk memperbodohkan manusia dengan amalan-amalan ritual menyekutukan Allah. Akibat kemunafikan mereka itu, amalan menyembah sesuatu objek yang pernah dilarang oleh Nabi2 terdahulu telah dikatakan itulah yang Nabi Muhammad ajar. Nampak tak betapa kejinya tipu-daya tersebut?

    Samalah seperti perangai orang munafik di kalangan Nasrani yang mengatakan Nabi Isa adalah anak Allah. Mereka memperbodohkan manusia dengan hikayat2 mereka sehingga manusia yang tidak berfikir secara logik percaya yang Al Masih itu adalah sebahagian daripada Tuhan. Alangkah kejinya pembohongan mereka.

    Seperti mana mereka memburukkan nama Nabi Isa dan menjadikan ajaran sebenar baginda sebagai bahan permainan, seperti itulah ada yang memburukkan nama Nabi Muhammad dan menjadikan ajaran sebenar baginda (Al Quran) sebagai sesuatu yang tidak diperdulikan.

    Fahamlah kita mengapa Allah tempatkan orang-orang munafik tersebut di tempat yang terbawah di neraka kelak kerana pendustaan mereka itu menyembabkan ramai manusia tersesat.

    Mereka kata mereka pengikut Al Quran, tetapi apabila dibawakan ayat2 Al Quran, mereka sendiri yang membantah dengan seribu alasan. Bawalah bantahan mereka tersebut di hadapan Allah kelak. Di dalam blog yang sebegini pun mereka tidak mampu bawakan apa2 hujah, apa lagi di hadapan Allah Yang Mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi.

    Apakah mereka memusuhi minda mereka sendiri?

    Juang

    March 12, 2010 at 3:19 am

  19. Tolokminda tulis;
    Dalam blog ini kita telah membincangkan semua rukun Islam, iaitu rukun yang melibatkan ritual-ritual yang disifatkan wajib ke atas orang-orang Islam – sembahyang, puasa, zakat, haji – kecuali satu – mengucap dua kalimah syahadah.

    —————————————————-

    Kalau benar ada sesuatu yang di panggil Rukun Islam,
    pada pendapat saya, ia adalah dari jalan lurus yang selalu dibaca dalam surah Al-Fatihah; “Tujukkan lah JALAN LURUS”

    Di sini ayat ayat berikut semoga kita semua mendapat manafaat darinya;

    6:151
    Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

    6:152
    “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”. – Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya – “dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)”.

    6:153
    Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul LURUS, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

    Aduh....

    March 12, 2010 at 3:25 am

  20. “Jawapan Gunumaro:

    “Serupa dengan orang-orang sekarang yang menaik saksi. Yang ganjilnya, orang-orang munafik naik saksi semasa mereka boleh nampak rasul – tapi yang tak pernah nampak rasul pun boleh naik saksi – saya rasa ini kes lagi berat daripada orang-orang munafik.”

    Saya setuju.

    Orang2 munafik terdahulu naik saksi dalam keadaan mata mereka memang nampak jasad Rasulullah (tetapi hati mereka tak percaya baginda seorang Rasul). Dalam keadaan begitu pun Allah tahu tahap kemunafikan mereka.

    Jadi, kita yang tak pernah lihat dan jumpa Rasulullah, apakah patut kita guna pengakuan orang2 munafik terdahulu? Apakah tahap munafik orang sekarang yang berkata kesaksian seperti itu? Bagaimana mereka nak menipu Allah kelak?

    Apakah anggap kesaksian mereka itu adalah tiket mudah untuk mereka masuk syurga?

    Cuba kita fikir logik apa yang tercatat dalam Al Quran. Daripada kisah Nabi Adam sampai Nabi Muhammad pun tidak diajar pengakuan kesaksian sebegitu untuk dijadikan passport mudah masuk syurga, apakah patut kita percaya kepada ajaran2 berbau munafik begitu lagi?

    Hari ini jelas kita nampak bagaimana atas Kuasa Allah, Al Quran membersihkan hati-hati manusia yang selama ini tertutup dengan ajaran-ajaran yang sungguh keji dan mengotorkan jiwa.

    Juang

    March 12, 2010 at 3:31 am

  21. Halusi 6:151 – 6:153;

    6:153
    Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul LURUS, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

    Ada ayat ayat 6:151 – 6:152 sebut ;
    2 kalimah syahadah?
    puasa?
    zakat?
    sembahyang?
    haji?

    Jawapan:
    Elek, elek, elek, elek, elek.

    Tapi tetap di sebut ;

    “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul LURUS, maka hendaklah kamu menurutnya;……”

    Aduh....

    March 12, 2010 at 3:49 am

  22. Hujah-hujah yang mantap. Saya pun selalu terfikir kenapa mesti sebut shahadah bila nak masuk Islam & yang lagi teruk bila orang yg dah masuk Islam tak boleh “seen to be” keluar dari Islam. Ingat Islam ni cult ke? Boleh masuk tapi tak boleh keluar?

    Walhal Islam ialah submission to Allah. Jadi jika sesiapa yg dah menyekutukan Allah, automatically jadi kafir. Kenapa penguasa2 agama nak paksa2 orang mengaku yg ugama mereka masih Islam walaupun mereka sudah tak percaya?

    Tentang persaksian ni, bila pergi ke Madinah kita diajar supaya membaca doa di makam Rasulullah.. antara lain maksudnya “….aku menyaksikan juga bahawa engkau menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan engkau telah berjihad di jalan Allah….” Bila dibaca doa ini, sebenarnya di hati kecil saya berkata – kenapa kita yg tak kenal Rasulullah secara face to face nak bersaksi on his behalf that he did his job while he was alive? A bit silly don’t you think?

    Now my question is answered: “CUKUPLAH ALLAH MENJADI SAKSI DIANTARA KAMU DAN AKU”

    Bottom line, saya rasa ramai manusia yang syok sendiri. Perasan bagus. Siapalah kita nak bersaksi dihadapan Allah on behalf of Rasulullah… Nak bersaksi atas diri sendiripun belum tentu lepas…

    M.Khalid

    March 12, 2010 at 4:21 am

  23. salam…
    saya rasa tersingung dgn kata2 salah seorang daripada penyokong TM…

    sedangkan saya tau mereka faham apa yang saya cuba sampaikn(maaf kalau lengok bahasa saya tidak mencapai pemikiran anda)

    baiklah berkaitan dengan ibadah islam yg cuba dihapuskan oleh blog ini(mungkin mereka merasa ianya kolot @ malu terhadap kedhaifan islam sekarang)
    saya dengan yakin berkata perkataan sholaa @ shalaa itu adalah solat/sembahyang. tidak dapat diragukan lagi berlandaskan sunnah rasulullah. (saya telah meminta golongan ini untuk menunjukan bukti kepalsuan hadis). Islam tidak seperti agama lain..ia dilahirkan diatas sinaran sejarah. daripada awal pembentukan hingga kepada kegemilangan islam. baik dari sudut islam(tak tau la korang nak percaya tak sumber islam ni. yela jasa korang lagi besar daripada mereka) mahupun sudut orientalis( ha! yang ni korang percaya kot.almaklum lah..diorang lebih maju dan pandai)

    kesimpulan saya, mula2 tidak percaya pada hadis sahih, lama2 tidak percaya pada nabi..lepas tu mgubah Quran..saya tidak mau mgulas panjang. saya tau pembaca bijak meneliti…

    p.s kepada yang pyamakan saya dengan firaun..alhamdulillah… semoga awak didalam hidayah Allah… saya terbaca komen dari tok syams.. betul cakap dia.. kalau mnidakan hadis tanpa bukti kukuh.. samalah juga macam mnidakan Quran.. kerana yang mbukukan Quran tu siapa? oh yer sebelum terlupa.. cukupla megangap kami yang berpandukan Quran n sunnah ni bodoh.. macam kami ni tidak berfikir secerdik anda konon yer.

    yang baik dari Allah..yang komen buruk @ disalahertikan itu dari saya 😦

    hamba allah

    March 12, 2010 at 4:29 am

  24. salam tolok minda

    semacam ada arahan kepada nabi supaya nabi terima sahaja saksi mulut sesiapa yg ingin menerima islam dan benar atau tidak ikrar mereka serahkan saja pada allah kerana allah lebih mengetahuai .

    slipar

    March 12, 2010 at 4:30 am

  25. “M Khalid: Bottom line, saya rasa ramai manusia yang syok sendiri. Perasan bagus. Siapalah kita nak bersaksi dihadapan Allah on behalf of Rasulullah… Nak bersaksi atas diri sendiripun belum tentu lepas…”

    Saya setuju pendapat saudara. Yang menyebabkan kita tidak sedar apa yang kita amalkan selama ini kerana kita telah dididik untuk percaya sahaja apa yang ustaz/ustazah ajaran tanpa boleh mempersoalkannya lagi. Minda kita selama ini telah ditutup.

    Kita diajar untuk merasa angkuh dan bangga diri dengan kesaksian tersebut seolah-olah satu kaki kita sudah layak masuk ke syurga. Kita diajar memandang kaum-kaum lain yang tidak sama amalan ritualnya adalah kafir, walhal selama ini kita pun 2×5 menyembah berhala juga.

    Kini Allah telah membebaskan minda dan jiwa kita untuk tidak menurut membuta-tuli ajaran-ajaran sebegitu. Kita kena guna akal untuk memikirkan dan menilai dengan waras. Kena selidik untuk membezakan benar atau dusta. Bukannya main percaya sahaja sesuatu kata-kata hanya kerana yang menyampaikannya ada gelaran atau jawatan tertentu dalam agama. Bukankah yang mengajar umat terdahulu menyembah berhala adalah orang-orang yang berjawatan sebegitu?

    Berbalik pada topik ini, jika Rasulullah pun menyandarkan kesaksian baginda sebagai Rasul kepada Allah, begitulah kita sandarkan kesaksian keimanan kita kepada Allah. Sebab di mata orang2 musyrik dan munafik, sudah pasti orang2 yang tidak mahu menyekutukan Allah akan dilabelkan sesat.

    Juang

    March 12, 2010 at 4:35 am

  26. Sambungan komen diats..

    Sebetulnya kalau kita nak bersaksi atas Rasulullah, kita bersaksi apa yang berlaku sekarang – orang Islam mundur, ramai yg tak berpelajaran, bergaduh & berbunuhan sesama sendiri, mengemis dari orang bukan Islam, mengambil sebagai pelindung dari orang bukan Mukmin, meminta2 dari kubur orang yg dianggap alim, menganinyaya wanita etc etc

    Salah siapa? Sudah pasti bukan salah Rasulullah sebab kejadian ini berlaku selepas dia dah lama wafat. Sesuatu yg patut difikir2kan oleh kaum2 yg perasan mereka itu pewaris nabi……

    M.Khalid

    March 12, 2010 at 4:37 am

  27. “HA: kalau mnidakan hadis tanpa bukti kukuh.. samalah juga macam mnidakan Quran.. kerana yang mbukukan Quran tu siapa? oh yer sebelum terlupa.. cukupla megangap kami yang berpandukan Quran n sunnah ni bodoh.. macam kami ni tidak berfikir secerdik anda konon yer.”

    Bawakanlah hadis2 mana yang ditidakkan dalam blog ini? Sepanjang yang saya lihat, apa yang ditidakkan adalah amalan2 menyekutukan Allah dan sesuatu yang bercanggah dengan Al Quran.

    Setiap percanggahan, ia perlu diselidik kerana sifat sesuatu yang benar, ia tidak akan bercanggah antara satu sama lain.

    Cuba2lah menyelidikan dengan tenang apa yang tuan blog ini tulis. Letakkan diri itu neutral tanpa taksub pada mana2 ajaran tradisi. Fokus untuk cari kebenaran, bukannya merasa angkuh dengan ajaran tradisi semuanya benar dan tidak boleh dipersoalkan lagi.

    Orang2 yang benar, dia tidak akan marah bila apa yang disampaikan diselidik dan dikaji. Tetapi oran2 yang berdusta dan merasa angkuh segala yang diterima selama ini adalah benar, maka mereka akan marah bila ada pihak bawakan sesuatu bukti untuk difikir2kan.

    Takkan logik sesuatu “hadis” itu benar daripada seorang Nabi jika ia berunsur hikayat yang menunjukkan seolah2 Sifat2 Allah itu lemah dan menyekutukanNya? Takkanlah sudah tahap begitu masih nak percaya itu daripada Nabi?

    Tidakkah mereka mempunyai akal yang waras untuk membuat pertimbangan?

    Juang

    March 12, 2010 at 4:44 am

  28. Salam,

    “MK: Sebetulnya kalau kita nak bersaksi atas Rasulullah, kita bersaksi apa yang berlaku sekarang – orang Islam mundur, ramai yg tak berpelajaran, bergaduh & berbunuhan sesama sendiri, mengemis dari orang bukan Islam,…”

    16:84. Dan pada hari Kami membangkitkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, kemudian bagi orang-orang yang tidak percaya tidak diizinkan, dan tidak juga mereka diredai.

    Kita adalah saksi kepada orang2 yang mengaku mereka adalah saksi kerasulan seseorang Nabi. Apakah yang mengaku ikut Al Quran itu benar-benar ikut Al Quran atau mereka lebih percaya kepada ajaran-ajaran yang menyekutukan Allah.

    Aku berlepas diri daripada orang-orang yang mempersekutukan Allah. Sesungguhnya dosa menyekutukan Allah adalah dosa yang tidak diampunkan, jika mereka mempercayainya.

    Juang

    March 12, 2010 at 4:51 am

  29. Salam,

    Kalau manusia itu terang-terang mengaku mereka tidak percaya pada Al Quran, kita tidak hairanlah kalau mereka membuat amalan menyekutukan Allah. Masalahnya dalam mereka kata mereka ikut Al Quran, terang-terang mereka buat sesuatu yang Allah larang. Macam manalah kemurkaan Allah tidak sampai kepada manusia sebegitu?

    Bila kita bawa terjemahan riwayat2 hadis atau hikayat atas nama Nabi, jarang kita dengar mereka pertikaikan terjemahan itu. Mereka tidak jadikan terjemahan sebagai sebab untuk menolak kerana riwayat itu menyokong amalan ritual mereka.

    Tetapi bila kita bawakan terjemahan Al Quran yang jelas menentang apa yang mereka persekutukan selama ini, mulalah mereka pertikaikan orang-orang yang bawa terjemahan Al Quran itu.

    Nampak tak wujudnya double standard mereka di antara Al Quran dan riwayat hadis yang asalnya pun dalam bahasa Arab?

    Apakah mereka ingat Allah tidak nampak sikap double standard mereka itu? Sedangkan kita pun boleh nampak berdasarkan kata-kata mereka, apa lagi Allah yang Melihat segala yang nyata dan tersembunyi.

    Juang

    March 12, 2010 at 5:07 am

  30. Dari ayat2 yg TM kepilkan, apa yg saya faham begini:

    ‘Tuhan’ bagi kaum Arab mestilah sesuatu yg boleh dilihat.
    Mereka sembah batu, kayu, pokok dan objek ganjil.
    Asalkan tuhan itu adalah seketul nyata depan mata. Malahan buah kurma pun mereka jadikan tokong utk sembah. Kalau lapar, boleh colek sikit makan. hehe

    Maka apabila diminta naik saksi Allah itu Tuhan, mereka nampak wujud Allah di dalam diri Muhammad. Mereka tak sanggup berhenti pada syahadah LailahaillaAllah – kerana sukar terima tuhan yg ghaib. Oleh sebab itu mereka tambah, Muhammad Rasulullah – kerana mereka nampak batang tubuh Muhammad yg me’wakili Allah. Mereka masih mahu tuhan dalam suatu ‘bentuk’ yang boleh mereka ziarah bila diperlukan.

    Saya nampak ayat2 tu dari sudut ini. Mungkin kawan2 sini nampak cara lain?

    CSI

    March 12, 2010 at 6:38 am

  31. Salam,

    Terima kasih Tuan Aduh. Selama ini saya beranggapan jalan yang lurus ialah segala kebaikan yang kita lakukam. Rupanya Tuhan telah jelaskan dalam Quran. Teriam aksih atas pencerahan tersebut. Inilah untungnya perbincangan secara berhemah, kita dapat timba banyak pengetahuan yang mungkin sebelum ini kita tak tahu. Maklumlah nak baca Quran bukannya boleh khatam dalam sehari dua. Dan kalau khatam pun belum tahu kita faham. Mungkinkah ini yang dimaksudkan berjemaah.

    penulis

    March 12, 2010 at 6:54 am

  32. Salam TM,

    Anda berpendapat “Tuhan tidak pernah mengajar kita apa-apa ritual melalui Al-Quran.”

    Saya berpendapat kerana ibadat-ibadat itu diserahkan kepada rasul utk sampaikan melalui sunnah baginda.

    Banyak kebaikan yg diperolehi dari ibadat-ibadat tersebut, dari segi komunikasi sosial. Begitu juga ketetapan Syriah dan Hudud diperjelaskan melalui sunnah dan hadith. Apakah pedoman-pedoman darinya tidak ada kebaikan langsung?

    CSI

    March 12, 2010 at 7:11 am

  33. assalamuakaikum

    seronok ye berhujah.,
    nampaknye ramai yg tidak faham maksud ayat tu ye.,

    satu contoh.,orang malaysia,kat ic dia ada tulis islam,nk kahwin kena mengucap lak,dia pun mengucap padahal di hati dia tidak boleh terima apa yg diucapkan,dia mengucap sekadar belakon,ucapannya jadi topeng sedangkan ALLAH tahu apa ada dalam hati dia,
    kenapa dia tak cakap,aku taknak bersaksi yg Muhamad tu pesuruh ALLAH.,kenapa?,takut tak dapat kawin ke takut pada ALLAH?,siapa yg syirik sebenarya ni?,..,jika anda orang2 yg benar..,

    lagi ada disebut dalam alquran,orang munafik ni akan mendengar alquran,tetapi yg diambil darinya hanya sebahagian,kemudian mereka akn membolak balikkan ayatnya supaya orang2 yg beriman tersesat mengikuti mereka…,adakah anda seperti mereka?.,BERTAUBATLAH..,sesunggguhnya ALLAH sebaik baik penerima taubat…,

    shah

    March 12, 2010 at 7:35 am

  34. Adakah orang Islam diminta untuk guna akal dan yakini bahawa Rasullullah sendiri tak pernah mengerjakan solat, puasa, haji dan lain-lain ibadat?

    Rasulullah hanya ajar supaya kita jangan syirik dan jangan berbuat jahat? Itu sajakah – sedangkan banyak perkara lain seperti pengurusan jenazah, bab nikah, bab taharah dll yang perlu diterangkan untuk kebaikan ummat manusia.

    Jika ada komuniti Islam kelihatan bodoh/mundur/kolot – itu tidaklah bermakna ibadat Islam yg buat mereka jadi begitu. Jika mereka gagal menterjemah makna ibadat ke dalam hidup mereka, itu adalah masalah mereka sendiri kerana tak guna akal. Jangan pula buat persamaan orang Islam yg beribadat [ritual?] dengan = orang tak guna akal.

    CSI

    March 12, 2010 at 7:36 am

  35. Salam,

    “CSI: Maka apabila diminta naik saksi Allah itu Tuhan, mereka nampak wujud Allah di dalam diri Muhammad. Mereka tak sanggup berhenti pada syahadah LailahaillaAllah – kerana sukar terima tuhan yg ghaib. Oleh sebab itu mereka tambah, Muhammad Rasulullah – kerana mereka nampak batang tubuh Muhammad yg me’wakili Allah. Mereka masih mahu tuhan dalam suatu ‘bentuk’ yang boleh mereka ziarah bila diperlukan.”

    Ada kelogikan apa yang saudara CSI utarakan. Kalau kita dengar konsep ketuhanan orang Nasrani yang mengangkat Al Masih sebagai setara Tuhan, sama seperti yang orang2 Arab itu ajar. Mereka bagaikan nak berlumba2 nak mengagung2kan Nabi yang lahir dari kalangan mereka. Y

    ang Nasrani kata siapa yang tak bersaksikan Al Masih itu putera Allah tidak akan masuk syurga, yang munafik Arab itu pun kata siapa yang tak bersaksikan Muhammad itu Rasul Allah tak masuk syurga. Macam mereka pula pemberi tiket masuk ke syugra. Apakah mereka ingat syugra itu seperti fun-fair ke sampai ada pemberi2 tiket di kalangan manusia?

    Apakah mereka tidak memikirkan apa yang disuapkan selama ini?

    Juang

    March 12, 2010 at 7:36 am

  36. “Shah: lagi ada disebut dalam alquran,orang munafik ni akan mendengar alquran,tetapi yg diambil darinya hanya sebahagian,kemudian mereka akn membolak balikkan ayatnya supaya orang2 yg beriman tersesat mengikuti mereka…,adakah anda seperti mereka?.,BERTAUBATLAH..,sesunggguhnya ALLAH sebaik baik penerima taubat…,”

    Memang betullah itu. Al Quran sudah ada kisah Nabi Ibrahim melarang kaumnya menyembah binaan manusia, dan sudah ada ayat Al Quran melarang sujud kepada matahari dan bulan, mereka pergi bantai sembah bangunan kotak. Bertaubat sangatlah mereka yang munafik itu?

    Juang

    March 12, 2010 at 7:38 am

  37. “CSI: Jangan pula buat persamaan orang Islam yg beribadat [ritual?] dengan = orang tak guna akal.”

    Jika orang yang beritual itu tidak dapat membawa bukti bahawa Allah yang suruh manusia beritual macam mereka, malah mereka guna cerita hikayat untuk mendakwa amalan ritual mereka itu benar, apakah itu orang2 yang menggunakan akal?

    Kalau manusia itu guna akal, dia dapat membuktikan perbuatannya itu ada logiknya. Sekadar cakap “sebab ada orang nampak Nabi buat macam itu”, apa bezanya dengan kata-kata orang musyrik terdahulu yang berkata “sebab kami nampak bapa-bapa kami lakukannya dahulu”?

    Seorang yang berakal, dia pasti dapat terangkan dengan jelas kenapa sesuatu amalan itu ditetapkan begitu tanpa perlu disandarkan atas nama seseorang manusia.

    Paling mudah suruhan “membaca” yang Rasulullah sampaikan kepada kita. Perlukah Rasulullah berkata “bacalah kerana diriwayatkan oleh si polan bahawa Nabi Musa pun membaca”? Tidak, sebaliknya baginda sampaikan ayat yang confiden iaitu “Bacalah dengan nama Tuhan yang mencipta”. Bila kita fikir, ada logiknya kenapa kita perlu jadikan membaca sebagai amalan. Itulah bukti amalan yang Allah suruh manusia buat.

    Juang

    March 12, 2010 at 7:45 am

  38. Adakah orang Islam diminta untuk guna akal dan yakini bahawa Rasullullah sendiri tak pernah mengerjakan solat, puasa, haji dan lain-lain ibadat?

    CSI

    March 12, 2010 at 7:52 am

  39. lagi tertinggal tadi bagaimana ye tuhan nak mengajar kita solat?.,anda nk jadi macam kaum2 yg zalim ke?,minta ALLAH turun ke bumi untuk mengajar mereka.,aku berlindung pada ALLAH dari tipu daya kamu..,

    diperintahkan kita rukuk dan sujud.,diutuskan rasul untuk menerangkan tentang perkara2 ni,jadi ikut jela apa yg rasul buat.,atau anda tidak berpuas hati dengan apa yg ALLAH telah tentukan?.,BERTAUBATLAH,sesungguhnya ALLAH sebaik baik penerima taubat…,

    shah

    March 12, 2010 at 7:53 am

  40. Salam,

    Kalau kita renungkan, yang mempercayai ajaran bahawa Uzair adalah anak Allah, Al Masih adalah anak Allah, Allah salah satu daripada tiga, kena sembah patung-patung dan segala amalan menyekutukan Allah, semuanya kerana mereka percaya membuta-tuli kepada pembesar agama kaum mereka.

    Andaikata yang mengaku Islam hari ini dilahirkan daripada keturunan yang sujud pada matahari, tidak mustahil sampai ke mati dia akan beramal begitu. Sudah pasti pembesar2 agama kaum yang sembah matahari itu akan membuat alasan2 kononnya amalan itu hanyalah simbolik kesatuan mereka kerana matahari yang dikelilingi oleh bumi ada satu sahaja.

    Manusia kalau nak berdusta, macam-macam alasan mereka boleh beri. Tetapi sedikit pun tiada alasan yang logik untuk membenarkan apa yang mereka ada-adakan itu. Semuanya atas persangkaan yang disandarkan pada pembesar2 agama mereka sahaja.

    Kini jelas kita nampak kepercayaan seperti kaum2 musyrik terdahulu percaya telah menyelubungi kebanyakan orang2 yang mengaku Islam. Mereka serahkan kepercayaan mereka pada pembesar2 agama bagaikan di akhirat kelak, golongan itulah yang akan membantu mereka di hadapan Allah.

    Cuba kita fikirkan, sedangkan di dalam blog ini pun golongan pembesar agama itu tidak mampu tolong mereka untuk mematahkan hujah2 TM dan rakan2 yang membawa ayat2 Allah dengan bukti2 yang nyata jika apa yang TM dan rakan2 lain bawakan itu adalah dusta, mampukah golongan itu tolong mereka di akhirat kelak?

    Sedikit sekali mereka memikirkan.

    Juang

    March 12, 2010 at 8:01 am

  41. “CSI: Adakah orang Islam diminta untuk guna akal dan yakini bahawa Rasullullah sendiri tak pernah mengerjakan solat, puasa, haji dan lain-lain ibadat?”

    Manusia diminta guna akal untuk membezakan benar atau dusta. Selepas tahu perbezaan itu, maka mudahlah kita menjauhi segala amalan dusta biarpun mereka kata itu daripada Nabi.

    Macam pembesar Nasrani mendakwa kononnya ajaran Nabi Isa mengangkat baginda sebagai anak Allah. Takkanlah disebabkan mereka dakwa guna nama Nabi Isa, maka kita nak percaya membuta-tuli?

    Di situlah pentingnya kita guna akal untuk membezakan benar atau dusta.

    Juang

    March 12, 2010 at 8:05 am

  42. “Shah:

    lagi tertinggal tadi bagaimana ye tuhan nak mengajar kita solat?.,anda nk jadi macam kaum2 yg zalim ke?,minta ALLAH turun ke bumi untuk mengajar mereka.,aku berlindung pada ALLAH dari tipu daya kamu..,

    diperintahkan kita rukuk dan sujud.,diutuskan rasul untuk menerangkan tentang perkara2 ni,jadi ikut jela apa yg rasul buat.,atau anda tidak berpuas hati dengan apa yg ALLAH telah tentukan?.,BERTAUBATLAH,sesungguhnya ALLAH sebaik baik penerima taubat…,”

    Logikkah Tuhan suruh Nabi ajaran umatnya menyembah berhala sedangkan Nabi itulah yang bawa kisah Nabi Ibrahim yang larang kaumnya menyembah binaan manusia?

    Tidakkah mereka mempunyai minda?

    Juang

    March 12, 2010 at 8:07 am

  43. Masa kontroversi perjanjian Hudaybiyyah, pemimpin Quraish yg bernama Suhayl ibn Amr, telah meminta ayat ‘Muhammad Rasulullah’ dipadamkan. Walaupun Saydina Ali tidak bersetuju, Rasulullah sendiri memadamkan ayat itu kerana Rasulullah tahu orang kafir dan munafik selama-lamanya tidak akan setuju dengan kalimah Muhammad Rasulullah.

    Baginda memadamkan ayat itu, tak semestinya baginda setuju dgn Suhayl – tapi ialah kerana baginda meletak sesuatu pada tempatnya. Begitu juga ayat 63 tu. Kita kena selami maknanya yang Haqiqi.

    CSI

    March 12, 2010 at 8:08 am

  44. JUANG.,
    terbukti anda tidak membaca alquran,
    didalam alquran ada diceritakan asal kejadian,dan ketika adam dijadikan,seisi surga telah diperintahkan bersujud padanya,dan bersujudlah malaikat2 sekaliannya,kecuali iblis yg angkuh dan sombong,iblis ingkar pada ALLAH hanya kerana adam dianggapnya hina..,

    aku bersujud pada selonggok batu kerana itu perintah ALLAH.,kamu?mengapa kamu tidak bersujud,adakah kamu ingin mengikut jejak iblis yg telah dilaknat itu…,BERTAUBATLAH..,aku berlindung hanya pada ALLAH..,

    shah

    March 12, 2010 at 8:14 am

  45. Salam,

    Secara logiknya, takkanlah ada orang munafik nak suruh padamkan ayat “Muhammad Rasulullah” sedangkan ayat 63.1 mengatakan orang munafik itu yang bersaksikan baginda adalah Rasul Allah? Bukankah itu satu percanggahan?

    Orang2 munafik itu sifat2nya berpura2. Depan Nabi kata mereka percaya, di belakang Nabi, mereka engkar.

    Kalau dikatakan orang yang tak percaya (kafir) yang suruh padamkan nama “Muhammad Rasulullah”, logiklah juga.

    Namun, takkanlah disebabkan orang kafir padamkan nama “Muhammad Rasulullah”, maka kita kena tiru cara orang munafik bersaksikan Muhammad itu Rasul Allah? Kenapa tidak serahkan kepada Allah sebagai Saksi kita semua? Bukankah itu lebih logik sebagai orang2 yang beriman?

    Juang

    March 12, 2010 at 8:16 am

  46. Juang,

    logik dan pemikiran anda nampak bercelaru.

    Samada anda pura2 tak faham atau gagal mengikuti perbincangan. Rujukan anda tidak tepat dan meleset. Anda banyak buat assumptions/andaian itu dan ini yg mengelirukan. Tak ada siapa yg suruh kita tiru orang munafik.

    Kalimah Muhammad Rasulullah itu ialah kalimah yang rasul sendiri setuju. Yg tak setuju dgn kalimah itu ialah orang munafik dan kafir.

    CSI

    March 12, 2010 at 8:22 am

  47. “Shah: surga telah diperintahkan bersujud padanya,dan bersujudlah malaikat2 sekaliannya,kecuali iblis yg angkuh dan sombong,iblis ingkar pada ALLAH hanya kerana adam dianggapnya hina..,”

    Perkataan sujud dalam Al Quran bukannya setakat ada pada kisah malaikat dan Adam itu, malah bayang2 pun sujud. Tetapi apakah bayang2 itu menonggek ke arah tertentu bila ia melakukan sujud?

    13:15. Kepada Allah sujud segala yang di langit dan bumi, dengan rela atau membenci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.

    Dalam kisah Nabi Yusuf, dikatakan ada 11 bintang, bulan dan matahari bersujud kepada baginda. Bagaimana makhluk itu nak menonggeng ke arah Nabi Yusuf?

    Jadi, apakah sujud itu ertinya menonggeng pada objek2 tertentu? Itu persoalan sekarang.

    “Shah: aku bersujud pada selonggok batu kerana itu perintah ALLAH.”

    Ayat Al Quran mana yang suruh untuk bersujud, kena menonggeng pada bangunan kotak itu? Jangan nak menipu.

    Saya tidak mahu ikut amalan orang2 penipu seperti kaum Nabi Ibrahim suruh sembah binaan.

    Juang

    March 12, 2010 at 8:23 am

  48. “CSI: logik dan pemikiran anda nampak bercelaru. ”

    Tunjukkan ayat2 saya yang celarunya dan bagaimana yang betulnya?

    Jangan tiru perangai kaum musyrik terdahulu, bila hujah2 mereka dipatahkan, mereka sekadar menghukum kata-kata Rasul mereka “inilah sihir yang nyata”. Tetapi tidak pula mereka tunjukkan di mana sihirnya kata2 Rasul mereka itu.

    Itu yang saya hairankan sekarang, mereka kata mereka Islam, tetapi bila hujah2 mereka dipatahkan, mulalah nak hukum celarulah, itulah, inilah. Bawalah hujah2 yang konkrit nak lawan balik apa yang saya utarakan itu?

    Saya pun boleh cakap hujah saudara itu celaru. Tapi kalau masing2 nak kata hujah orang ini celaru, hujah orang itu celaru, apa erti sebuah perbincangan?

    Belajarlah matangkan minda itu. Jangan tahu nak menghukum, tetapi tak bawa apa2 bukti. Kosong sahaja.

    Juang

    March 12, 2010 at 8:28 am

  49. 63:1 Apabila mereka yang munafik datang kepadamu mereka berkata: Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah.
    Dan Tuhan tahu bahawa kamu adalah utusanNya dan Tuhan bersaksi bahawa mereka yang munafik adalah penipu.

    Saya baca ayat di atas dan saya faham begini:

    1. Deklarasi bahawa Muhammad Rasulullah itu adalah benar. Ianya sebahgian syahadah.
    2. Allah sendiri confirm deklarasi itu tepat.
    3. Yang batil dan yang di reject Allah ialah ‘deklarasi orang munafik’ krn mereka tidak bermaksud apa yg mereka lafazkan.
    4. Oleh itu Deklarasi ‘Muhammad Rasululuah’ itu adalah sebahagian syahadah, dan Allah sendiri confirm benar dlm ayat 63:1

    Bila dilihat dari sudut itu, jelaslah ketua Quraish yg bernama Suhayl itu, kafir dan munafik, serta konco-konco dia hingga ke zaman inilah yang menolak kalimah Muhammad Rasulullah.

    CSI

    March 12, 2010 at 8:37 am

  50. juang.,macamana anda bersujud ye,seperti utusan ALLAH atau bagaimana?,sila jelaskan!.,

    shah

    March 12, 2010 at 8:41 am

  51. MEMUNGKIRI JANJI

    Salam,

    Semasa mereka hendak diciptakan sebagai manusia, mereka telah berjanji untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu. Alih-alih bila mereka dilahirkan ke muka bumi dan meningkat dewasa, mereka mula menyembah selainNya.

    Allah cipta segala di langit dan di bumi secara benar dan setiap penciptaan itu mengandungi petunjuk-petunjukNya, alih-laih mereka pergi percaya membuta-tuli pada hikayat-hikayat tak masuk akal atas alasan “dalam agama tak boleh guna akal”.

    Begitulah tabiat orang2 yang memungkiri janji dengan Allah.

    Juang

    March 12, 2010 at 8:42 am

  52. “Shah: juang.,macamana anda bersujud ye,seperti utusan ALLAH atau bagaimana?,sila jelaskan!.”

    Saya faham erti sujud adalah merendah diri. Bersujud kepada Allah bererti merendah diri kepada Allah dengan mengikut ketetapan yang benar dan menjauhi sesuatu yang dusta.

    Secara logiknya semua utusan Allah adalah orang2 yang merendah diri (bersujud) kepada Allah dengan cara mengikut ketetapan yang benar dan menjauhi sesuatu yang dusta.

    Juang

    March 12, 2010 at 8:47 am

  53. juang,yg saya nyatakan adalah apa yg ada dalam alquran,anda tidak membaca alquran ke?.,
    kita diperintah untuk mencari keredhaan ALLAH,hidup mati kerana ALLAH.,jika berkomitmen pada dunia,bukankah kita telah mepersekutukan ALLAH dengan dunia.,adakah anda tidak berfikir?,

    anda mahukan logik?.,
    logiknya,jika ALLAH menginginkan sesuatu cukuplah dgn berkata ,kun,maka jadilah..,adakah ini tidak cukup sebagai bukti.,jika benar anda seorang yg beriman…,

    shah

    March 12, 2010 at 8:54 am

  54. juang,bagaimana caranya,seperti merendah diri pada manusia ke?

    shah

    March 12, 2010 at 8:56 am

  55. 63:1 Apabila mereka yang munafik datang kepadamu mereka berkata: Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah.
    Dan Tuhan tahu bahawa kamu adalah utusanNya dan Tuhan bersaksi bahawa mereka yang munafik adalah penipu.

    Saya baca ayat di atas dan saya faham begini:

    1. Deklarasi bahawa Muhammad Rasulullah itu adalah benar. Ianya sebahgian syahadah.
    2. Allah sendiri confirm deklarasi itu tepat.
    3. Yang batil dan yang di reject Allah ialah ‘deklarasi orang munafik’ krn mereka tidak bermaksud apa yg mereka lafazkan.
    4. Oleh itu Deklarasi ‘Muhammad Rasululuah’ itu adalah sebahagian syahadah, dan Allah sendiri confirm benar dlm ayat 63:1

    Bila dilihat dari sudut itu, jelaslah ketua Quraish yg bernama Suhayl itu, kafir dan munafik, serta konco-konco dia hingga ke zaman inilah yang menolak kalimah Muhammad Rasulullah.

    CSI

    March 12, 2010 at 8:59 am

  56. 63:1 Apabila mereka yang munafik datang kepadamu mereka berkata: Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah. Dan Tuhan tahu bahawa kamu adalah utusanNya dan Tuhan bersaksi bahawa mereka yang munafik adalah penipu.

    “CSI: 1. Deklarasi bahawa Muhammad Rasulullah itu adalah benar. Ianya sebahgian syahadah.”

    Kalau manusia tak isytihar pun, memang Allah sudah angkat Muhammad itu Rasulullah. Malah dalam Al Quran tak suruh pun orang2 Islam kena isytiharkan Muhammad itu Rasulullah kerana hakikatnya memang baginda sudah jadi Rasul pun.

    Malah Rasulullah sendiri tak jadikan pengistiharan bahawa Nabi2 sebelum baginda sebagai Rasul adalah tanda-tanda seorang itu Islam atau tidak.

    “2. Allah sendiri confirm deklarasi itu tepat.”

    Tidak pula ayat 63.1 mengatakan apa yang munafik itu cakap adalah tepat, melainkan Allah kata munafik itu penipu. Ini kerana Nabi sendiri tidak pernah ajar manusia lain isytiharkan diri sebagai Rasul.

    Cuba renung kisah2 Rasul sebelum baginda, mana pernah mereka ajar supaya kaumnya isytihar mereka adalah Rasul? Semuanya mengaku diri mereka adalah Rasul tanpa perlu dapatkan pengisytiharan daripada manusia2 lain.

    Ada Nabi Musa berkata “wahai Firaun, isytiharkanlah aku adalah Rasul Allah”? Nampak sangat seolah2 Nabi Musa tidak yakin pada Allah yang telah angkat baginda sebagai Rasul sehinggakan perlu pengisytiharan manusia lain.

    “3. Yang batil dan yang di reject Allah ialah ‘deklarasi orang munafik’ krn mereka tidak bermaksud apa yg mereka lafazkan.”

    Oleh kerana perbuatan menyuruh manusia mengistiharkan kerasulan seseorang Nabi itu bukan suruhan Allah, di sini kita nampak logiknya kenapa pengisytiharan orang2 munafik itu dikatakan tipuan semata-mata. Sesuatu yang Allah tak pernah ajar, tiba2 mereka ada-adakan. Bukankah itu satu penipuan?

    Samalah macam perbuatan menyembah berhala itu bukan suruhan Allah, maka kita nampak orang2 yang suruh sembah berhala itu hakikatnya adalah penipu. Benda yang tiada, diada-adakan atas nama Allah. Penipu besar betul.

    “4. Oleh itu Deklarasi ‘Muhammad Rasululuah’ itu adalah sebahagian syahadah, dan Allah sendiri confirm benar dlm ayat 63:1”

    Yang jelasnya ayat 63.1 menunjukkan orang2 yang istiharkan kerasulan baginda itu adalah penipu. Bila Allah sendiri mengatakan itu adalah orang2 penipu, takkanlah kita nak tiru perangai orang2 munafik itu?

    Juang

    March 12, 2010 at 9:08 am

  57. Salam,

    “Shah: kita diperintah untuk mencari keredhaan ALLAH,hidup mati kerana ALLAH.,jika berkomitmen pada dunia,bukankah kita telah mepersekutukan ALLAH dengan dunia.,adakah anda tidak berfikir?”

    Bila sebatang pokok berkomitmen untuk mengeluarkan buah untuk kehidupan dunia, apakah pokok itu sudah mempersekutukan Allah? Tidakkan saudara mempunyai minda?

    “Shah: logiknya,jika ALLAH menginginkan sesuatu cukuplah dgn berkata ,kun,maka jadilah..,adakah ini tidak cukup sebagai bukti.,jika benar anda seorang yg beriman…”

    Logiklah bila Allah ingin jadikan sesuatu, pastilah ia terjadi. Kalau Allah nak buat sesuatu, tetapi tak jadi, itu menunjukkan ada Kuasa lagi hebat daripada Allah yang menghalang kehendakNya.

    Takkanlah logik semudah itu saudara tidak mampu fikirkan?

    Juang

    March 12, 2010 at 9:12 am

  58. Salam,

    “Shah: kita diperintah untuk mencari keredhaan ALLAH,hidup mati kerana ALLAH.,jika berkomitmen pada dunia,bukankah kita telah mepersekutukan ALLAH dengan dunia.,adakah anda tidak berfikir?”

    Matahari pun berkomitmen memancarkan cahayanya untuk kehidupan dunia. Apakah itu menunjukkan matahari mempersekutukan Allah?

    “Shah: kita diperintah untuk mencari keredhaan ALLAH,hidup mati kerana ALLAH.,jika berkomitmen pada dunia,bukankah kita telah mepersekutukan ALLAH dengan dunia.,adakah anda tidak berfikir?”

    Angin pun berkomitmen untuk menggerakkan awan kepada sesuatu tempat agar awan menjalankan komitmennya untuk turunkan hujan ke muka bumi dan menyuburkan tanaman2. Semua itu komitmen untuk kehidupan dunia. Apakah makhluk2 itu menyekutukan Allah?

    Dan adakah awan membuat amalan ritual menyembah sesuatu objek?

    Jadi, di antara awan yang tidak beritual dan manusia yang mengada2kan amalan ritual itu, seolah2 awan itu lagi bijak berfikir pula. 🙂

    Juang

    March 12, 2010 at 9:18 am

  59. Salam,

    Mari kita lihat pengakuan, penampilan, perangai dan sifat orang munafik sebagaimana yang Tuhan jelaskan di dalam Surah 63.

    63:1 Apabila mereka yang munafik datang kepadamu mereka berkata: Kami bersaksi bahawa kamu sesungguhnya adalah utusan Allah. Dan Tuhan tahu bahawa kamu adalah utusanNya dan Tuhan naik saksi bahawa mereka yang munafik adalah penipu.

    63:2 Mereka telah menjadikan sumpah mereka itu sebagai topeng, dengan cara itu mereka menjauhkan jalan Allah. Jahat sungguh apa yang mereka lakukan.

    63:3 Itu kerana mereka telah percaya, kemudian tidak percaya. Akibatnya, hati mereka tertutup – mereka tidak faham.

    63:4 Dan apabila kamu melihat mereka, kamu akan merasa kagum dengan penampilan luaran mereka, dan apabila mereka bercakap, kamu mendengar kepetahan mereka. Mereka seperti blok-blok kayu yang dihias dengan pakaian. Mereka fikir setiap panggilan ditujukan kepada mereka. Mereka inilah musuh-musuh, jadi berhati-hati dengan mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka, mereka telah terpesong.

    63:5 Dan jika mereka diberitahu: Ke mari dan biar utusan Tuhan memohon keampunan untukmu; mereka palingkan kepala mereka dan kamu melihat mereka berjalan dengan penuh bangga.

    63:6 Ia sama saja kepada mereka samada kamu meminta penampunan untuk mereka atau tidak meminta keampunan untuk mereka. Tuhan tidak akan mengampunkan mereka dan Tuhan tidak akan memberi pedoman kepada mereka yang teruk.

    63:7 Mereka adalah orang-orang yang berkata: Janganlah menyokong mereka yang bersama utusan Tuhan, kecuali mereka meninggalkan dia! Dan kepunyaan Tuhan seluruh kekayaan di langit dan di bumi, tetapi mereka yang munafik tidak faham.

    63:8 Mereka berkata: Jika kamu pulang ke pekan, mereka yang berhormat akan menghalau yang dianggap hina. Tetapi semua penghormatan adalah kepunyaan Tuhan dan utusanNya, dan mereka yang percaya. Tetapi mereka yang munafik tidak tahu.

    63:9 Wahai kamu yang percaya, jangan terganggu oleh harta kamu dan anak-anak kamu dari memperingati Tuhan. Dan siapa yang berbuat demikian adalah mereka yang rugi.

    63:10 Dan sumbangkan dari apa yang Kami telah kurniakan kepada kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang dari kamu di mana dia akan berkata: Tuhanku, jika kalau Engkau tangguhkan sekejab, aku tentu akan menyumbang dan menyertai yang mereka yang berbuat kebaikan.

    63:11 Dan Tuhan tidak akan menangguhkan kepada mana-mana jiwa jika masanya telah tiba. Dan Tuhan Mengetahui segala yang kamu lakukan.

    tolokminda

    March 12, 2010 at 9:24 am

  60. Salam,

    Nak logik lagi?

    Lembu2 pun tidak membuat aktiviti sembahan ritual pada mana2 objek. Malah lembu hanya tahu komited untuk dipergunakan oleh manusia sama ada untuk pengangkutan atau untuk dimakan. Oleh kerana lembu komited dengan tugas di dunia, apakah lembu itu mempersekutukan Allah?

    Bukankah dalam Al Quran jelas menunjukkan orang2 yang menyembah sesuatu objek itulah penyekutu tegar? Diturunkan beribu2 ayat2 Allah pun masih tak sedar2 diri lagi.

    Juang

    March 12, 2010 at 9:24 am

  61. POKOK BERKOMITMEN?.,mari fikirkan,logik ke?,
    pokok yg tidak berbuah tu takde komitmen la ye?.,
    bukankah semua tu kehendak ALLAH,telah diaturkan semua pada tempatnya,jika ALLAH menginginkan sesuatu cukuplah dengan berkata kun,maka jadilah ia,adakah ini tidak cukup sebagai bukti,jika benar,anda seorang yg beriman.,

    shah

    March 12, 2010 at 9:25 am

  62. Salam,

    “Shah: kita diperintah untuk mencari keredhaan ALLAH,hidup mati kerana ALLAH.,jika berkomitmen pada dunia,bukankah kita telah mepersekutukan ALLAH dengan dunia.,adakah anda tidak berfikir?”

    63:10 Dan sumbangkan dari apa yang Kami telah kurniakan kepada kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang dari kamu di mana dia akan berkata: Tuhanku, jika kalau Engkau tangguhkan sekejab, aku tentu akan menyumbang dan menyertai yang mereka yang berbuat kebaikan.

    Apabila Allah suruh kita menyumbangkan segala kurniaanNya baik dari segi tenaga, kemahiran, masa dan harta, semua itu kita buat di atas dunia. Bila kita komited untuk lakukan sesuatu yang Allah suruh di dunia ini, takkanlah itu dikatakan menyekutukan Allah?

    Jadi logikkah manusia yang kata komitmen di dunia ini satu penyekutuan kepada Allah?

    Juang

    March 12, 2010 at 9:31 am

  63. “Shah: POKOK BERKOMITMEN?.,mari fikirkan,logik ke?,
    pokok yg tidak berbuah tu takde komitmen la ye?.”

    Saudara belajar sains ke tak ni? Pokok juga menjalankan tugas untuk menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan oksigen. Bukankah itu satu komitmen juga. Maka pokok yang tidak mempunyai buah, komitmennya pada manfaat lain pula. Bukalah minda itu sikit.

    Sebab itulah TM bawa pendapat supaya kita membudayakan sains, barulah berkembang minda itu sikit.

    “Shah: bukankah semua tu kehendak ALLAH,telah diaturkan semua pada tempatnya,jika ALLAH menginginkan sesuatu cukuplah dengan berkata kun,maka jadilah ia,adakah ini tidak cukup sebagai bukti,jika benar,anda seorang yg beriman.”

    Semua yang diciptakan di langit dan di bumi, sudah tentulah itu semua kehendak Allah. Tetapi Allah cipta semua itu bukan main2. Ada tugas dan tujuan tersendiri.

    Bila Allah cipta matahari, tugasnya untuk memancarkan cahaya sepanjang masa sehingga waktu yang ditetapkan. Bukankah itu satu komitmen? Takkanlah tak nampak2 lagi?

    So apa bukti komitmen sebagai manusia itu satu bentuk penyekutuan terhadap Allah sedangkan makhluk2 lain pun ada komitmen masing2? Main belasah sahaja bila berkata-kata….

    Juang

    March 12, 2010 at 9:37 am

  64. juang.,siapa yg berkata begitu?,orang kafir bukan?,adakah anda lebih mempercayai sains lebih dari alquran.,sedangkan telah dikatakan segalanya telah ditentukan pada tempatnya oleh ALLAH.,

    siapa anda sebenarnya?,apakah tujuan anda disini?.,,

    shah

    March 12, 2010 at 9:47 am

  65. “Shah: juang.,siapa yg berkata begitu?,orang kafir bukan?,adakah anda lebih mempercayai sains lebih dari alquran.,sedangkan telah dikatakan segalanya telah ditentukan pada tempatnya oleh ALLAH.,

    siapa anda sebenarnya?,apakah tujuan anda disini?”

    Al Quran suruh manusia menggunakan akal. Ilmu sains diterokai oleh orang2 yang menggunakan akal. Jadi, mempercayai ilmu sains itu dilakukan setelah mengikut suruhan menggunakan akal yang ada dalam Al Quran itu.

    Tidak ada pula Al Quran larang percaya pada sains kerana semua ilmu yang benar itu secara logiknya datang daripada Allah. Lainlah hikayat2 tak masuk akal itu, sudah pasti ia adalah rekaan syaitan2.

    Tiada pula dengan pengetahuan sains itu kita mengatakan sesuatu itu tidak ditentukan oleh Allah? Bila sains membuktikan adanya daya graviti pada bumi, sudah pasti daya itu ditentukan oleh Allah, bukannya oleh para saintis. Para saintis hanya menemuinya sahaja setelah mengkaji semesta ini.

    Saya hanyalah manusia biasa yang dikurniakan akal. Tujuan saya di sini untuk menyahut seruan Al Quran yang suruh manusia guna akal. Salahkah kita menyahut suruhan Al Quran yang melarang sembah berhala2 itu?

    Juang

    March 12, 2010 at 9:57 am

  66. Apa yg saya faham dari ayat 63:1-3 itu ialah Allah memncela sikap orang munafik kerana mereka berpura beriman.

    Tidak boleh kita samakan perbuatan org munafik dengan perbuatan org mukmin. Lafaz itu sama, tapi niatnya tak sama.

    Saya fikir Juang tak mengambil ayat itu pada konteks nya seperti yg CSI cuba terangkan.

    Horatio

    March 12, 2010 at 10:05 am

  67. Tadi CSI ada bagi contoh kontroversi perjanjian Hudaybiyyah.

    Ketua org kafir Quraish, Suhayl, suruh padamkan ayat Muhammad Rasulullah.

    Lalu Rasulullah ‘setuju’ untuk ayat itu dipadamkan. Adakah itu bermakna Rasul setuju dengan kepercayaan Suhayl? Tentu skali tidak.

    OK. Kita lihat ayat 63:1-3 dlm konteks peristiwa ini.
    Oleh itu alasan Juang adalah lemah, dan lari dari maksud ayat itu.

    Horatio

    March 12, 2010 at 10:13 am

  68. Soalan CSI tadi tu tak dijawab dengan jelas. Kenapa ya?

    Adakah orang Islam diminta untuk guna akal dan yakini bahawa Rasullullah sendiri tak pernah mengerjakan solat, puasa, haji dan lain-lain ibadat?

    Tolokminda tolong jawab: Ya atau Tidak

    Pemerhati

    March 12, 2010 at 10:36 am

  69. Salam semua…
    Pemerhati tulis,”Soalan CSI tadi tu tak dijawab dengan jelas. Kenapa ya?

    Adakah orang Islam diminta untuk guna akal dan yakini bahawa Rasullullah sendiri tak pernah mengerjakan solat, puasa, haji dan lain-lain ibadat?

    Tolokminda tolong jawab: Ya atau Tidak”

    Saya pula nak tanya, adakah kalian melhat Muhammad solat seperti kalian sembahyang dan yang lain-lain. Pada saya sudah semestinya Muhammad solat, puasa, haji dan lain-lain lagi sebagaimana yang disuruh oleh Tuhan melalui Quran tidak lebih dari itu. Kalau lebih dari itu sudah pasti Muhammad telah dikerat lehernya…

    penulis

    March 12, 2010 at 11:49 am

  70. Salam Penulis,

    Saya setuju. Muhammad sudah sempurnakan Al Quran semasa baginda masih hidup. Dalam Al Quran tidak pun mengajar erti solat, puasa, haji dan lain2 ibadat seperti seperti kita nampak hari ini.

    Jadi, sebelum mereka bertanya orang lain dengan soalan ini “Adakah orang Islam diminta untuk guna akal dan yakini bahawa Rasullullah sendiri tak pernah mengerjakan solat, puasa, haji dan lain-lain ibadat?”, mereka patut tanya diri mereka dahulu dengan soalan ini;

    “Adakah orang Islam diminta untuk tidak menggunakan akal dan mempercayai bahawa Rasulullah sendiri pernah mengerjakan amalan2 yang Al Quran tidak suruh?”

    Bagi saya yang berpegang pada Al Quran, orang Islam perlu menggunakan akal dan tidak mungkin Rasulullah mengada-adakan amalan yang Al Quran tidak suruh, kerana nanti urat leher baginda akan dikerat.

    Juang

    March 12, 2010 at 12:26 pm

  71. Salam,

    “Horatio: Tidak boleh kita samakan perbuatan org munafik dengan perbuatan org mukmin. Lafaz itu sama, tapi niatnya tak sama.”

    Al Quran tidak pernah mengatakan perbuatan orang2 mukmin adalah dengan melafazkan kesaksian bahawa Nabi adalah Rasul Allah.

    Kita nampak perbuatan kesaksian sebegitu adalah perbuatan orang2 mukmin kerana kita dari kecil sudah diajar begitu mempercayai sebegitu tanpa berlandaskan Al Quran. Kita main percaya cakap ustaz2 tanpa usul periksa dan buat penyelidikan terhadap Al Quran sendiri.

    Jika ikut landasakan Al Quran, perbuatan kesaksian sebegitu adalah perbuatan orang2 munafik. Jelas termaktub.

    Maka, kalau manusia itu jadikan Al Quran sebagai landasan, sudah pasti mereka tidak mengatakan perbuatan orang2 munafik itu adalah perbuatan orang2 mukmin. Samalah mana mungkin patut dikatakan perbuatan menyembah berhala itu perbuatan orang2 mukmin?

    Bolehkah kita sembah berhala dengan alasan “perbuatan sahaja sama tetapi niat saya nak sembah Allah”?

    Tidakkah mereka boleh berfikiran jauh sedikit?

    Juang

    March 12, 2010 at 12:33 pm

  72. “Horatio:

    Tadi CSI ada bagi contoh kontroversi perjanjian Hudaybiyyah.

    Ketua org kafir Quraish, Suhayl, suruh padamkan ayat Muhammad Rasulullah.

    Lalu Rasulullah ’setuju’ untuk ayat itu dipadamkan. Adakah itu bermakna Rasul setuju dengan kepercayaan Suhayl? Tentu skali tidak.

    OK. Kita lihat ayat 63:1-3 dlm konteks peristiwa ini.
    Oleh itu alasan Juang adalah lemah, dan lari dari maksud ayat itu.”

    Ok. Cuba kita bersikap jujur pada Al Quran.

    Sekarang ini tiada ayat Al Quran yang suruh manusia bersaksikan bahawa Nabi adalah Rasul Allah, apatah lagi atas sebab untuk masuk Islam. Kalau tak setuju, kemukakan ayat2 Al Quran yang menyuruh perbuatan tersebut.

    Kemudian, ada ayat Al Quran mengatakan perbuatan kesaksian bahawa Nabi adalah Rasul Allah merupakan perbuatan orang2 munafik (63.1)

    Jadi, di mana relevannya kisah Nabi padam ayat “Muhammad Rasulullah” yang dibawa itu, untuk menyuruh kita meniru perbuatan orang2 munafik tersebut?

    Takkanlah disebabkan kisah Nabi padam tulisan itu, maka kita kena bersaksikan kerasulan baginda seperti orang2 munafik lakukan? Tiada perkaitan langsung.

    4:41. Bagaimanakah pula ia, apabila Kami mendatangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan apabila Kami mendatangkan kamu sebagai saksi ke atas mereka itu?

    Rasul didatangkan kepada sesuatu umat bukannya untuk umat itu bersaksikan yang Rasul itu adalah Rasul. Rasul itu didatangkan untuk menjadi saksi kepada umat tersebut.

    Nampak tak satu keterbalikan yang nyata apa yang mereka amalkan itu. Makin jelas perbuatan itu adalah perbuatan orang2 munafik kerana bercanggah dengan matlamat Rasul itu didatangkan (untuk menjadi saksi ke atas mereka).

    Juang

    March 12, 2010 at 12:46 pm

  73. Pemerhati mengulangi pertanyaan CSI,

    Adakah orang Islam diminta untuk guna akal dan yakini bahawa Rasullullah sendiri tak pernah mengerjakan solat, puasa, haji dan lain-lain ibadat?

    Tolokminda tolong jawab: Ya atau Tidak

    Kalau mengikut kepercayaan saya, sebagaimana yang telah pun saya sebut di dalam artikel di atas, Tuhan tidak ada mengajar kita apa-apa amalan ritual melalui Al-Quran. Maknanya Nabi juga tentulah tidak menyampaikan apa-apa ajaran yang berkaitan amalan ritual kerana tugas beliau hanyalah menyampaikan Kitab Tuhan itu.

    67:26 Katakan: Pengetahuan adalah bersama-sama Allah, dan aku hanyalah pemberi amaran semata-mata.

    Memang kita akan temui beberapa perkataan yang ditafsirkan sebagai amalan-amalan ritual di dalam Al-Quran seperti solaa, zakaa, saum dan haj tetapi saya percaya ia bukanlah tafsiran yang benar kerana penjelasan atau perincian mengenai semua amalan-amalan ritual tidak pun terdapat di dalam Al-Quran sendiri bahkan terpaksa dirujuk kepada kitab-kitab lain yang langsung tidak pernah diberi authoriti oleh Tuhan.

    7:33 Katakan: Tuhanku telah menetapkan larangan terhadap perbuatan lucah – samada yang nyata mahupun yang terlindung dan dosa dan pengganasan tanpa sebab dan yang kamu adakan sekutu-sekutu kepada Tuhan yang tidak pernah Dia beri authoriti dan yang kamu katakan tentang Tuhan apa yang tidak kamu ketahui.

    tolokminda

    March 12, 2010 at 12:49 pm

  74. 2:143. Demikianlah Kami membuat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu menjadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak menentukan kiblat yang kamu menghadapkan melainkan supaya Kami mengetahui siapa yang mengikuti rasul, dan siapa yang berbalik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah memberi petunjuk; tetapi Allah tidak akan membiarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.

    Lagi satu ayat Al Quran yang secara konsistennya mengatakan yang Rasul itu adalah saksi kepada sesuatu umat, bukannya umat itu naik saksi bahawa seseorang hamba Allah itu adalah Rasul.

    Kalau sesuatu umat itu nak jadi saksi, mereka jadi saksi kepada sesama manusia agar yang baik digalakkan dan yang buruk dan keji boleh diperingatkan. Itu adalah lebih baik daripada sekadar tiru ucapan orang2 munafik (beri kesaksian kerasulan), lepas itu pergi buat perangai orang2 musyrik (menyembah berhala2).

    Juang

    March 12, 2010 at 1:30 pm

  75. dah2…
    kita tinggalkan ajela blog nie…
    kata ingin mencari jalan Allah tapi…
    hmmm… biarla mereka nak berkomitmen je sepanjang hidup… itu belum kira nak jadi bisu lagi tu(puasa)

    biar kita ni bersolat dan berkomitmen berpandukan Quran dan Sunnah(dengan bersolat tidak semestinya kita tidak boleh berkomitmen)

    p.s perkara ritual merupakan fitrah manusia.Manusia memerlukan unsur-unsur ritual dan spiritual dalam kehidupan mereka.Ini adalah kerana manusia bukanlah makhluk jasmani sahaja seperti haiwan tetapi manusia diciptakan sebaik-baik makhluk;gabungan jasmani dan rohani.Ini menjelaskan mengapa manusia mengada-ngadakan ritual yang beraneka ragam dalam usaha menyembah Tuhan mereka.Manusia bukanlah robot ataupun mesin-mesin.Mereka yang mengaku Ateis sekalipun akan spontan mengucap ‘Ya Tuhan’ apabila berada dalam keadaan yang teramat genting atau menghampiri maut sama ada di dalam hati mahupun kata-kata.

    Respon saya: hidayah milik Allah, dan semoga kita semua di dalam hidayah NYA 😉

    Hamba Allah

    March 12, 2010 at 3:08 pm

  76. Salam,

    Orang2 yang beriman hanya meninggalkan segala bentuk menyekutukan Allah seperti menyembah berhala-berhala. Sebab orang tiada akal sahaja sanggup buat amalan sebegitu.

    Tidak pernah Al Quran iktiraf amalan sembah berhala adalah atas nama ritual sekali pun. Apa bezanya mereka yang beritual sembah matahari, bulan, busut, pokok, patung dengan yang beritual sembahan objek2 lain? Tidakkah mereka mempunyai akal?

    Sesungguhnya amalan menyembah berhala2 adalah satu kekejian yang nyata. Apakah mereka nak bawa segala alasan mereka di hadapan Allah kelak?

    7:28. Dan apabila mereka melakukan kekejian, mereka berkata, “Kami mendapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah memerintahkan kami dengannya.” Katakanlah, “Allah tidak memerintahkan kekejian; apa, adakah kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?”

    Apakah mereka nak sandarkan amalan mereka itu kerana atas dasar mengikut apa yang bapa-bapa mereka melakukannya?

    5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.

    5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?

    Ayat 5:90 sudah mengatakan berhala-berhala adalah satu kekotoran dan amalan syaitan untuk dijauhi. Maka takkanlah suruhan solat yang ada pada 5:91 itu adalah perbuatan menyembah berhala2 atau objek2 tertentu?

    Itulah bukti lagi bahawa tidak logik solat itu adalah perbuatan menyembah berhala2. 🙂

    Juang

    March 12, 2010 at 3:45 pm

  77. kenapalah nak putar-putar lagi. Jawab soalan mudah ini:

    Adakah orang Islam diminta untuk guna akal dan yakini bahawa Rasullullah sendiri tak pernah mengerjakan solat, puasa, haji dan lain-lain ibadat?

    Tolokminda tolong jawab: Ya atau Tidak – Rasulullah tak pernah solat, puasa, haji?

    Horatio

    March 12, 2010 at 3:54 pm

  78. kerap juga yer saudara juang datang kesini…
    kenal tolokminda ker? 😉

    ‘Orang2 yang beriman hanya meninggalkan segala bentuk menyekutukan Allah seperti menyembah berhala-berhala. Sebab orang tiada akal sahaja sanggup buat amalan sebegitu.

    Tidak pernah Al Quran iktiraf amalan sembah berhala adalah atas nama ritual sekali pun. Apa bezanya mereka yang beritual sembah matahari, bulan, busut, pokok, patung dengan yang beritual sembahan objek2 lain? Tidakkah mereka mempunyai akal?’

    adakah anda berangapan kami ni meyembah kaabah? do u sure? secara peribadi saya tak kan cakap yang saya ni meyembah kaabah(xtau org lain yer pandangan, saudara juang saya dah tau dah..hehehe)

    Hamba Allah

    March 12, 2010 at 3:56 pm

  79. Ada pula berpendapat ritual Islam tidak ubah seperti agama-agama lain mahupun pada amalan kaum-kaum pribumi seperti Red Indian ataupun orang asli yang duduk di hutan-hutan tebal dan gua-gua.Perbuatan mereka seperti mahu menghina amalan ritual dalam Islam dan menyamakannya dengan amalan agama lain.Sama ada mereka ini malas untuk melakukan suruhan agama ataupun membesar dalam keadaan tidak diajar amalan ritual dalam Islam.Kita boleh lihat pola pemikiran jumud mereka ini sama seperti pola pemikiran golongan ajaran sesat.Apabila Islam tiada atau menghapuskan ritual karut-marut,manusia yang lemah dan bodoh ini mencari-cari atau mereka-reka ritual yang pelik-pelik untuk memenuhi nafsu mereka.Apabila Islam sendiri lengkap dengan ritual sebagai tanda penyembahan kepada Allah Maha Pencipta,manusia yang bodoh sombong ini pula mengejek-ngejek amalan ritual tadi sambil berfikir merekalah lebih maju dan moden dari Tuhan yang menciptakan mereka sendiri.Manusia sebenarnya MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI.

    Hamba Allah

    March 12, 2010 at 3:57 pm

  80. hehe…
    nak jadi macam saudara juang rrr…
    kerap bagi komen…
    saya dah puas dah tanya diorang horatio….
    (secara tersurat maupun tersirat)

    eh!!! horatio tak gi meyelesaikan kes pembunuhan di miami ke? 😉

    “Golongan AntiHadis

    Ini adalah golongan yang berpura-pura menyokong AlQuran tetapi pada masa yang sama menolak Hadis malah beria-ria mahu hadis nabi dinilai semula (“Hadis:Satu Penilaian Semula”).Golongan ini amat bencikan hadis nabi kalau tak pun berpandangan skeptikal dengan hadis nabi.Golongan antihadis ini akhirnya akan meleret-leret menyerang peribadi Rasullullah s.a.w bagaikan mendapat sakit demam yang melarat.Sama ada mereka menyimpan hasad dengki dengan nabi ataupun terikut-ikut rentak dan gendang para orientalis sebagaimana mentor mereka Salman Rusydi Laknatullah.Akhirnya keluarlah golongan seterusnya, golongan bencikan nabi.Mereka tidak tahu setiap hikmah di dalam setiap hadis nabi.Bagaimana mereka mahu menunaikan solat,kerana rukun solat dan cara mengerjakannya tidak disebut dalam AlQuran.Malah rukun Islam,Iman dan Ihsan tidak disebutkan secara terperinci daalm AlQuran tetapi dijelaskan dalam hadis nabi.Terdapat di antara mereka yang sesat kerana beramal dengan Islam dari penafsiran yang diambil dari AlQuran semata seperti jumlah solat dikatakan tiga seperti diambil bulat-bulat dalam AlQuran

    “Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam.” (11:114)

    Maka sesuka hati mereka mengatakan solat ada tiga iaitu Subuh,Asar dan Maghrib.Padahal Rasullullah s.a.w bersabda mengarahkan umatnya melakukan solat lima waktu sehari.Sama ada mereka adalah pemalas mengerjakan solat ataupun malas membaca hadis nabi.Golongan ini gemar mengelirukan diri sendiri dengan merendah-rendahkan hadis dan mendakwa AlQuran adalah hadis yang sebenar dan terbaik.Golongan ini mempertahankan diri dengan mengatakan jangan bertengkar pasal kaedah solat dan mereka bebas memberikan pandangan.Walhal kaedah solat sudah ditetapkan oleh Rasullullah s.a.w dan sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi.Tambahan pula hukum agama tidak boleh berdasarkan pandangan sendiri kerana ia hukum Tuhan!Mereka juga mempertahankan diri dengan menidakkan Rasullullah dengan mengatakan Allah adalah Guru sebenar dan jangan bertaklid buta dengan tok guru (Rasullullah).Sampai ke tahap ini mereka setaraf dengan Salman Rushdi Laknatullah yang amat bencikan Nabi Muhammad s.a.w.Golongan ini sudah bersaudara dengan golongan ajaran sesat dan layak duduk semeja dengan Ayah Pin dari ‘Kerajaan Langit’.Apa perlunya Allah s.w.t menurunkan Rasul-Nya jika sudah cukup AlQuran dapat difahami oleh segenap manusia?Bagaimana pula Allah s.w.t menjadi guru mereka?Melalui kata-kata di dalam hati?Jika manusia sudah cukup pandai memahami AlQuran,tak perlulah Allah s.w.t menurunkan Nabi Muhammad.Sebenarnya golongan Antihadis ini teringin untuk menafsirkan AlQuran menurut akal nafsu sendiri dengan bertopengkan tagline “kembalilah kepada AlQuran”.Adakah kata-kata nabi itu menyimpang dari AlQuran?Sungguh pelik pemikiran mereka.Mula-mula mereka menimbulkan keraguan dalam persoalan hadis dengan mengatakan ulama mereka-reka Hadis (malah mereka menuduh para Sahabat yang mencipta hadis).Selepas itu jika orang ramai percaya,mereka akan mencucukkan jarum kedua dengan mengatakan banyak terdapat hadis yang palsu (Tugas sebenar kita adalah untuk menyekat hadis-hadis palsu bukan mengatakan semua hadis palsu,takkanlah disebabkan seekor nyamuk kelambu pun dibakar).Selepas itu mereka akan mengatakan “Hadis tak boleh pakai”.Selepas itu hadis-hadis pun diharamkan,dari segi fizikal,mungkin ada acara pembakaran buku-buku hadis di tengah-tengah padang.Kemudian tibalah masa yang dinanti-nantikan…mereka akan mula menafsirkan agama mengikut hawa nafsu sendiri.Mereka bukan kembali kepada AlQuran,itu cuma pembohongan semata,tetapi mereka akan menafsirkan AlQuran mengikut akal logik dan selera mereka sendiri (disebabkan panduan dari sabda nabi sudah tiada untuk menjelaskan firman Allah s.w.t).ALLAH MENURUNKAN NABI MUHAMMAD ADALAH UNTUK MENJELASKAN AJARAN ALQURAN.Mana yang lebih baik,berguru dengan kitab-kitab atau berguru dengan guru bertauliah yang mengajarkan pelajaran dari kitab itu?Sampai tahap ini akhirnya mereka akan berhukum dengan akal dan nafsu sendiri dan tidak mustahil selepas itu AlQuran pun akan dicampak ke dalam timbunan bara dan arang dari kitab-kitab hadis tadi.Jadi modus operandi mereka sama seperti ajaran sesat dalam agama iaitu TIMBULKAN KERAGUAN DALAM AGAMA,KEMUDIAN BILA MASYARAKAT RAGU,RUANG KERAGUAN ITU AKAN DIISI DENGAN PANDANGAN MEREKA.Akhirnya golongan ini menjadi hamba nafsu sendiri dan mencorakkan agama mengikut akal sendiri.

    Hamba Allah

    March 12, 2010 at 4:07 pm

  81. owh…ini bukanlah penulisan saya…
    bukan saya nak tuduh korang anti hadis(religion is personal)..

    saya cuma ingin mgajak pembaca berfikir dari sudut implikasi yer…

    Hamba Allah

    March 12, 2010 at 4:12 pm

  82. Salam/Peace…

    Merujuk kepada perkara di atas, sy menemui satu ayat di dalam al-Quran iaitu:-

    33:40. Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah mengetahui segala sesuatu.

    Apakah yang dimaksudkan dgn ‘Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu,’?

    Mari kita selidik,

    Apabila kita suruh mereka sembah Allah, mereka berkata kami mengikuti apa yang bapa-bapa kami lakukan.

    Mengapa mereka menyamakan Muhammad dgn bapa mereka? Tidakkah ini telah bercanggah dengan firman Allah di atas?

    Mereka masih tidak faham bahawa tugas Muhammad itu hanyalah menyampaikan ayat2 Allah.Itulah tugas setiap rasul…

    Mengapa mereka hanya bersaksi Nabi Muhammad saja? Mana Nabi Musa, Nabi Isa, dan nabi2 lain?

    Allah kan dah kata jangan bezakan rasul-rasul…

    Salam/Peace…

    wolverine

    March 12, 2010 at 4:20 pm

  83. Salam,

    “HA: adakah anda berangapan kami ni meyembah kaabah? do u sure? secara peribadi saya tak kan cakap yang saya ni meyembah kaabah(xtau org lain yer pandangan, saudara juang saya dah tau dah..hehehe)”

    Kalau kita tanya orang sembah patung, mereka pun tak kata mereka sembah patung. Mereka hanya jadikan patung itu simbolik tuhan2 mereka sahaja. Jadi tidak perlu saya tunding pada saudara untuk kata saudara sembah sesuatu objek. Tugas menghukum seseorang individu bukan tugas saya.

    Saya hanya membawa kembali peringatan dalam Al Quran bahawa larangan bersujud pada matahari dan bulan serta menyembah binaan2 manusia ada dicatatkan. Sama ada manusia lain nak percaya pada Al Quran atau tidak, itu bukan urusan saya. Tugas saya hanya pemberi peringatan sahaja.

    Juang

    March 12, 2010 at 4:21 pm

  84. “HA: Ada pula berpendapat ritual Islam tidak ubah seperti agama-agama lain mahupun pada amalan kaum-kaum pribumi seperti Red Indian ataupun orang asli yang duduk di hutan-hutan tebal dan gua-gua”

    Buktikahlah Al Quran menyuruh manusia buat amalan2 ritual seperti penyembah2 berhala terdahulu? Kalau mereka sendiri tak mampu bawakan ayat2 Allah sebagai bukti, janganlah nak salahkan pendapat orang lain.

    Kalau manusia itu bergelumang dengan lumpur dan kekotorang, jangan nak salahkah orang lain kata perbuatan mereka itu kotor.

    Kalau manusia itu sendiri bergelumang dengan dadah, jangan nak salahkah orang lain kata mereka penagih dadah.

    Buat salah sendiri, kemudah marah orang lain bagi nasihat.

    Tidakkah manusia itu mahu sedar diri?

    Juang

    March 12, 2010 at 4:25 pm

  85. pemberi peringatan? hehe

    terima kasih juang…
    samalah juga bagi pihak saya..
    tapi bukanlah sebagai pemberi peringatan(tak layak)
    sekadar ingin membantu saudara seislam aje…

    Hamba Allah

    March 12, 2010 at 4:26 pm

  86. Salam Wolverine,

    Saya tertarik dengan hujah yang saudara kemukakan itu. Memang perangai orang2 musyrik akan menjadikan bapa-bapa mereka itu contoh ikutan amalan ritual mereka. Itu memang trademark orang2 musyrik sejak zaman berzaman. Sebab itu dalam Al Quran banyak bawakan kisah orang2 musyrik sebegitu supaya kita mudah kenal sifat2 mereka.

    Jadi bila Muhammad sendiri mengatakan yang baginda bukannya bapa mereka, maka jangan ada2kan amalan sembahan atas nama ikut cara baginda buat kerana itu perangai orang2 musyrik terdahulu.

    Kalau kita fikir logik pun, jika orang2 musyrik perlukan contoh amalan sembahan daripada cara orang2 sebelum mereka (bapa-bapa), takkanlah Nabi Muhammad nak tinggalkan kepada kita satu bentuk amalan yang memerlukan kita tiru bapa-bapa kita? Bukankah nanti perangai kita sama macam orang2 musyrik terdahulu?

    Cuba kita kaji suruhan membaca yang ada dalam Al Quran itu. Apakah amalan membaca itu memerlukan kita tiru cara bapa-bapa kita membaca? Tidak bukan? Apakah amalan membaca itu memerlukan kita tahu macam mana cara Nabi membaca? Tidak bukan?

    Di sini kita nampak, jika sesuatu amalan itu datang daripada syaitan, ia memerlukan alasan bahawa mereka buat itu kerana mereka ikut bapa2 mereka lakukan. Tetapi jika sesuatu amalan itu datang daripada Allah, ia tidak terikat pun pada sesuatu cara orang2 terdahulu. Ini kerana kita sembah Allah, bukannya sembah bapa2 atau manusia sebelum kita.

    Juang

    March 12, 2010 at 4:39 pm

  87. “HA: pemberi peringatan? hehe

    terima kasih juang…
    samalah juga bagi pihak saya..
    tapi bukanlah sebagai pemberi peringatan(tak layak)
    sekadar ingin membantu saudara seislam aje…”

    103:3. Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berpesan2 pada yang benar, dan saling berpesan2 untuk bersabar.

    Semua orang berpeluang jadi orang2 yang untung dengan cara berpesan2 (saling ingat-mengingati) kepada kebenaran dan kesabaran. Allah tidak pernah beza2kan manusia nak saling ingat mengingati. Tidakkah kita mahu merebut keuntungan yang Allah janjikan? Siapakah lagi benar dalam menepati janji? Allah ke manusia?

    Sebab itulah saya tidak sanggup menggadaikan kepercayaan saya dengan menurut membuta-tuli seseorang manusia. Saya hanya memilih yang benar dan selari dengan Al Quran.

    51:55. Dan berilah peringatan; Peringatan bermanfaat kepada orang-orang percaya.

    Saya hanya memberi peringatan secara umum. Dan orang2 yang percaya sahaja akan mendapat manfaatnya.

    Orang2 yang tidak percaya dan terus menyekutukan Allah, seperti mana orang2 tidak percaya terdahulu pun tetap menyekutukan Allah walaupun mereka hidup sezaman dengan Nabi.

    Juang

    March 12, 2010 at 4:48 pm

  88. Salam,
    Kepada mereka yang tidak mahu menggunakan akal yang di anugerahkan Allah, katalah apa pun, mereka tidak akan menerimanya.

    Sebaiknya kita lupakan mereka yang tak mahu menggunakan akal ni.

    penulis

    March 13, 2010 at 2:14 am

  89. Semua orang yg masuk ke blog ini mengguna akal. Tapi persepsi mereka dalam isu yang dibincang adalah berlainan. Tak manislah anda asyik tuduh orang lain tak guna akal, hanya krn mereka tak stuju dgn anda. Mereka juga guna akal ikut apa yang mereka faham.

    Saya cadangkan, anda berhenti provokasi tersebut kerana ianya tidak sesuai dgn semagat mahu belajar yg cuba diketengahkan TM.

    MohD

    March 13, 2010 at 3:31 am

  90. Salam,

    Dalam Al Quran, kita sering menemui ayat-ayat yang mengajak manusia berfikir dan menggunakan akal. Malah dibawakan kisah penyesalan penghuni-penghuni neraka kerana hidup di dunia tidak menggunakan akal.

    Kalau tidak tahan diprovoke dengan seruan menggunakan akal, belajarlah berhujah dengan matang. Jika apa yang saudara TM bawakan itu tidak benar, tunjukkanlah pada ayat mana yang tidak benarnya dan apa yang benar daripada mereka.

    Ini tidak. Mereka datang bawa hati yang tidak bersetuju tanpa bawakan ayat-ayat yang mengandungi hujah yang kukuh. Mereka bawa kata-kata setaraf budak-budak tak cukup matang. Itu yang diajak supaya menggunakan akal supaya cepat matang.

    Sepanjang pemerhatian saya, yang ajak guna akal itu tidak pun menuduhkan mana-mana individu di sini tidak menggunakan akal. Mereka hanya sampaikan peringatan secara umum seperti yang Al Quran lakukan supaya sama-sama menggunakan akal.

    Sepatutnya kalau manusia itu benar-benar menggunakan akal, dia tidak perlu rasa diprovoke dengan ayat sebegitu kerana dalam Al Quran sendiri banyak ayat-ayat seperti itu.

    Parahlah, asal dibawakan peringatan sahaja, mula ada yang terasa diprovoke. Macam mana hati nak kental jika dalam belajar cepat rasa sensitif (meminjam kata-kata seorang komentater dalam blog ini)?

    Juang

    March 13, 2010 at 3:52 am

  91. Salam,

    Setiap perkara yang terjadi, pasti ada sebab-musababnya. Pasti ada punca-puncanya. Mengenal pasti sesuatu punca kesilapan atau permasalahan adalah proses untuk kita mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama atau menimbulkan masalah yang sama.

    Melalui Al Quran, kita dapat belajar mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan sesuatu umat terdahulu melakukan kesilapan yang sama seperti umat-umat sebelum mereka. Dengan itu, tidaklah kita sebagai umat hari ini melakukan kembali kesilapan orang-orang terdahulu.

    Alangkah suatu yang menghinakan jika kita umat hari ini masih melakukan kesilapan yang sama seperti umat-umat terdahulu sedangkan kita sudah mendengar kisah-kisah berulang-ulang mereka yang melakukan kesilapan itu.

    Jika umat Nabi Nuh berbuat silap, tidaklah nampak teruk sangat kerana sebelum mereka tidak berlalu banyak umat lagi. Tetapi umat selepas Nabi Muhammad ini yang telah melalui banyak kisah umat terdahulu, sudah pasti satu memalukan kita masih laku melakukan punca-punca kesilapan umat terdahulu.

    Jika kita baca kisah orang-orang Yahudi dan Nasrani secara tersurat semata-mata, kita hanya nampak yang keturunan Yahudi dan Nasrani yang ada pada zaman kita ini adalah musuh. Itulah yang diajar oleh para “pencinta” Muhammad pada hari ini.

    Sedangkan kisah orang-orang Yahudi dan Nasrani itu direkodkan di dalam Al Quran supaya kita mengenal pasti apakah yang menyebabkan mereka jadi musyrik walaupun mereka mempunyai Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada Rasul-rasul mereka dan mereka mempunyai ahli-ahli kitab yang diberikan kepercayaan penuh untuk mengajar agama. Bagaimana mereka masih boleh menyekutukan Allah dengan menjadikan Uzair dan Al Masih sebagai anakNya (atau sebahagian daripadaNya)? Apakah punca-puncanya?

    Di sini kita nampak punca-puncanya adalah kerana mereka menolak logik akal mereka sendiri dan meletakkan kepercayaan penuh kepada pembesar-pembesar agama mereka. Itulah punca utama sesuatu kaum itu disesatkan.

    Jadi bila kita sudah kenal punca-punca yang boleh menyebabkan manusia jadi sesat, maka ambillah langkah pencegahan agar kesilapan yang sama itu tidak berulang pada diri kita.

    Al Quran sudah menunjuk jalan untuk mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan tersebut dengan cara hidup menggunakan akal dan jangan mudah percaya pada sesuatu pihak. Kaji, nilai, selidik dan buat perbandingan sebanyak mungkin sebelum mempercayainya. Ambil contoh Nabi Ibrahim yang membuat penyelidikan sendiri apa yang baginda lihat dan dengar, kerana semua itu akan dipertanggungjawabkan.

    Di zaman teknologi IT ini, maklumat mudah dicapai melalui hujung jari. Maka bertambah-tambah mudah untuk kita membuat penyelidikan sendiri.

    Dipermudahkan lagi dengan adanya blog-blog perbincangan terbuka sebegini, mudahlah kita menilai hujah mana yang kukuh dan mantap (ada dalil aqli dan naqli), dan hujah mana yang kosong dan setakat menghukum sahaja.

    39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

    Juang

    March 13, 2010 at 5:18 am

  92. Ada konspirasi berterusan sejak dulu hingga sekarang untuk melenyapkan mesej yang dibawa oleh Rasulullah. Macam-macam cara orang musyrikin lakukan untuk sabotaj mesej Islam. Pada usia 63 tahun, baginda Rasul telah wafat sedangkan hayat purata orang Arab ketika itu ialah 80+ tahun. Ada orang berpendapat baginda telah diracun oleh Ayesha dan Hafsah, dua isteri baginda yang banyak buat kacau dalam hidup baginda.

    Sejurus selepas baginda wafat, terjadi perebutan kuasa untuk jawatan Khalifah. Pembesar Arab dari suku-sakat jahiliyah pun turut menampilkan diri untuk jawatan khalifah, sedangkan jenazah baginda masih belum diuruskan untuk perkebumian. Termasuk yang teringinkan jawatan ialah pembesar Arab yang memeluk Islam atas percaturan politik seperti abu Sufyan.

    Tidak heranlah kenapa,ayat Al Quran hanya dikumpul lama setelah baginda wafat. Dan sunnah baginda dicatat lebih dari 300 tahun! selepas baginda sudah tiada.

    Ada pihak tertentu yang cuba menyembunyikan mesej dan seterusnya melakukan konspirasi menyalah-tafsir Quran dengan bersandarkan sunnah/hadith yang disampaikan melalui mulut 300 tahun kemudian.

    Kita nampak satu ‘kekosongan’ selepas baginda wafat. Ada yang berpendapat keluarga Rasulullah dari keturunan Imam Ali dan Fatimah Zahra, puteri baginda, adalah ‘pewaris’ sebenar mesej yang baginda cuba sampaikan. Ada yang mengatakan Quran yang lengkap ada di tangan waris baginda, yakni Imam Ali yang dilahirkan di dalam Kaabah.

    Alien

    March 13, 2010 at 7:06 am

  93. Salam,

    Pemilik segala mesej kebenaran (Allah) tetap Hidup walaupun Muhammad sudah lama wafat seperti mana Nabi-nabi terdahulu pun wafat juga.

    Bukankah Allah Maha Mengetahui segala konspirasi yang dilakukan oleh manusia? Siapakah Perancang yang lebih baik daripada Allah?

    Pasal umat-umat terdahulu, urusan mereka sudah berlalu. Tak perlu difikirkan sangat. Jadi yang perlu kita fikirkan pada hari ini adalah pasal diri kita sebagai umat hari ini.

    Bagaimana cara kita nak hidup sebagai manusia yang menepati ciri-ciri yang Allah tetapkan? Apakah patut kita hidup dengan cara yang benar atau pun yang dusta dan diada-adakan. Itulah yang patut selalu kita fikirkan.

    Juang

    March 13, 2010 at 7:35 am

  94. Salam,

    Alien tulis:- Ada orang berpendapat baginda telah diracun oleh Ayesha dan Hafsah, dua isteri baginda yang banyak buat kacau dalam hidup baginda.

    Macamana la anda buleh percaya cerita2 yg buleh memfitnah isteri2 Nabi sedangkan al-Quran ada menyebut isteri2 Nabi diberseh-bersihkan…

    [Q33:32-33] Wahai isteri-isteri Nabi, kamu bukanlah seperti mana-mana wanita yang lain, jika kamu bertaqwa; maka janganlah kamu terlalu lembut ketika berkata-kata, supaya menimbulkan keinginan orang yang berpenyakit didalam hatinya; tetapi berkatalah dengan kata-kata yang baik. Dan menetaplah kamu dirumah kamu dan janganlah kamu menunjukkan perhiasan seperti orang-orang yang jahil yang terdahulu; dan dirikanlah solat dan berikanlah zakat; dan taatilah Allah dan RasulNya; Wahai orang-orang yang mempunyai sistem, Allah hanyalah menghendaki supaya menghapuskan dari kamu kekotoran dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

    Ini musti dengar cerita2 pelampau2 syiah nih 🙂

    Jebon

    March 13, 2010 at 8:13 am

  95. Kenapa penting sangat 2 kalimah syahadah ini? Adakah ia penting sebab ia penting atau sebab minda kita telah di latih untuk merasakan ia penting sejak kecil? (brain wash).

    Padahal bila dilihat gelagat orang orang yang mengucapkan kalimah ini (yang kononnya kalimah keramat ini kalau telah di lafazkan, pasti masuk syurga – walaupun jahat sekalipun dan telah masuk neraka, tapi akhirnya insan itu tetap masuk syurga juga) tidaklah sehebat mana, malah ada sesetenganh itu menggalakan pembunuhan, mengebom insan insan yang tak berdosa. Ada yang ucap kalimah ini hari hari, tapi korap hidup individu itu hanya Pencipta yang tahu.

    Jadi apakah sebenarnya yang menjanjikan syurga?

    1. Adakah dengan mundar mandir sebut kalimah keramat ini dapat tiket pasti syurga?
    2. Sia siakah orang yang hidupnya penuh berhikmah, berilmu, menyayangi sesama makhluk kalau dia TIDAK pernah lafaz kalimah keramat ini.

    Quran ada mengatakan;

    2:62
    Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

    5:69
    Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani – sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

    3. Adakah orang yang tak pernah sekalipun dalam hayatnya sebut kalimah ini keramat ini, telah menempah tiket satu arah ke api jahanam?
    4. Adakah orang yang menyebutnya 5 waktu sehari, telah mendapat tiket kelas pertama, tiket pasti ke taman syurga?
    5. Bagaimana nabi nabi sebelum Nabi Muhammad lafaz 2 kalimah shahadah jika benar ada sesuatu yang digelar “2 kalimah syahadah? Macam mana mereka nak naik saksi kepada insan yang belum lahir dan tak pernah lihat dan tak kenal pun?

    Kalau jawapan kepada soalan soalan diatas dijawab “tidak”, bagi saya manusia telah mengada adakan isu yang sebenarnya bukan isu.

    Aduh....

    March 13, 2010 at 8:45 am

  96. Saya selalu berbual dengan orang orang kulit kuning, orang kulit putih, orang kulit merah, orang kulit hitam, orang rambut emas, orang rambut merah pasal isu yang berkaitan ugama, bila ada waktu lapang.

    Mereka ini rata rata bila sebut pasal gereja, mereka akan mengitarkan biji mata mereka sambil senyum penuh makna. Pendeknya mereka tak percaya dengan habit melawat gereja di pagi Ahad. “Baik aku tidor” mereka kata.

    Tapi bila saya tanya siapa yang cipta alam ini, pantas mereka menjawab tanpa mengelipkan mata mereka – something supremely super, some super intelligent, supreme being, semua nya dalam “singular” bukan “plural”. Mereka mereka ini tidak percaya super power yang memiliki alam semesta ini lebih dari satu bilangannya.

    Adakah mereka mereka ini akan dihumban kedalam api sebab mereka tak pernah sebut 2 kalimah syahadah mengikut ayat ayat 2:62 dan 5:69?

    Tuhan kejam atau manusia yang kejam?

    Aduh....

    March 13, 2010 at 9:16 am

  97. Salam Aduh,

    Sejak saya mempelajari Al-Quran dengan cara yang saya kemukakan melalui blog ini, saya dapat memahami apa yang saya tidak nampak sebelum ini. Misalnya dulu saya percaya hanya orang Islam saja ada peluang masuk syurga. Sekarang saya yakin siapa saja hamba Allah ada peluang masuk syurga tanpa mengira latarbelakang bangsa dan agama.

    Tuhan hanya mahu kita menggunakan sepenuhnya peluang kehidupan yang dikurniakan kepada kita untuk melakukan kebaikan kepada diri sendiri, orang lain, masyarakat dan dunia. Tuhan tidak mahu kita mensia-siakan hidup dengan amalan sia-sia – misalnya membuang masa beribadat kepada sesuatu yang tidak mampu memberi sebarang manfaat atau mudarat kepada diri kita atau sesiapa pun.

    Amalan menyekutukan Tuhan dengan apa benda sekalipun, dengan apa perkara sekali pun adalah palsu dan tidak berguna kerana hakikatnya hanya Tuhan yang memberikan segala-galanya kepada kita di dunia ini.

    Penghargaan kita kepada Tuhan perlu dimanifestasikan dengan menerokai sepenuhnya potensi diri kita sendiri dan juga potensi alam yang dibentangkan Tuhan dengan kekayaan yang tiada batasnya. Hanya dengan cara itulah kebaikan sebenar dapat dinikmati oleh manusia di bumi ini. Hanya dengan cara itulah peranan kita sebagai khalifah dapat dijayakan.

    tolokminda

    March 13, 2010 at 11:43 am

  98. Salam,

    Saya setuju pandangan TM itu. Saya juga merasainya sejak mula menyelidik isi kandungan Al Quran. Semua manusia tidak kira bangsa atau label agama nenek moyang, asalkan dia percaya ada Satu Kuasa Mutlak yang Mencipta semesta ini, dan atas kepercayaan itu dia hidup mengikut lunas-lunas yang Allah Tetapkan (bukannya yang diada-adakan oleh pihak berkepentingan diri), sudah pasti dia berpeluang masuk syurga.

    Allah bukannya kejam dan berat sebelah seperti yang diajar oleh ustaz-ustaz kita dahulu. Allah tidak menganak-emaskan sesuatu bangsa atas akuan syahadah mereka. Itu hanya angan-angan orang yang nak masuk syurga secara mudah (ekspress) dan berbangga diri dengan ajaran tradisinya seperti perangai orang2 Yahudi dan Nasrani terdahulu.

    Sesiapa jua yang berusaha buat kebaikan dengan ikhlas, pasti Allah balas baik. Sesiapa yang buat dosa, akan dapat balasan yang setimpal.

    Allah tidak balas mengikut akuan sesuatu bangsa itu. Buktinya semua bangsa atau penganut agama yang wujud sekarang tidak terlepas daripada bahaya bencana terutama bencana gempa bumi yang semakin kerap belaku sejak akhir-akhir ini.

    Juang

    March 13, 2010 at 4:28 pm

  99. Adakah dua kalimah syahadah satu korupsi pewaris golongan munafik zaman Nabi?

    Pandangan saya ke atas soalan tersebut:

    1. Golongan munafik zaman Nabi terdiri dari orang yang enggan bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah.

    2. Mereka menyembah kuasa manusia, wang, harta-benda, kerakusan nafsu, intelek dan lain-lain tuhan buatan minda mereka.

    3. Pewaris golongan munafik zaman Nabi itu, sekarang ini ialah golongan yang tidak ada apa-apa syahadah dan golongan yang menentang pesanan-pesanan Nabi.

    Zorro

    March 14, 2010 at 3:48 am

  100. The hearts of the munafiqun (hypocrites) are as hard as stone, but Allah says, even from stone, waters may spring forth.

    The heart of the munafiq is described in various ways:

    We put upon their hearts covers. (6:25)

    Their hearts are full of foolishness. (21:3)

    Allah turned away their hearts. (61:5)

    Zagha is to turn aside; to depart, deviate (from); to swerve, to turn away (from), turn one’s back (on); to wander, stray, roam (eyes); to cause something to deviate.
    Rust is upon their hearts. (83:14)

    The opposites of the illnesses of the heart are as Allah mentions:

    He brings their hearts together. (8:63)

    In order to fortify your hearts. (8:11)

    Elsewhere in the Qur’an Allah says:

    Allah has not made for any man two hearts within him. (33:4)

    If one continually seeks material security, one will end up destitute of the other values. Two arrows cannot be shot from the same bow at the same time. You can shoot one after the other, but often we stop after the first. First, we want a proper material situation: environment, friendship, wife, in order that we may satisfy the gross and immediate needs, the human parts; then we may move into the divine domain of this journey.

    You will find the great masters following in the footsteps of the Prophets, ‘alayhim-us-salam, and their followers, the Imams, because what is real, is real forever and does not change with time. What may change is the outer manifestation. You may have different colors or forms of dress, but a dress is a dress. A house is a house, a room is a room, and a filled stomach is a filled stomach, which may have been filled for days or weeks with one, two or five hundred varieties of food. What matters is the ultimate state of the situations.

    If we look at the lives of the Prophets and their followers we will find one thing in common and that is revolution, that is qalb, they had hearts, which turned against what they considered to be futile. Each one of them, in his own way, at a certain time in his life, discovered the same thing.

    The five great Prophets, Nuh, Ibrahim, Musa, ‘Isa and Muhammad, ‘alayhim-us-salam, and many of the others whom we do not know enough about, turned the history of mankind. It was not necessarily that they renounced the house in which they were raised or their mothers or wives, it was that they recognized what they considered to be essential for them to reach the state which would give them full security and fulfillment, unconditioned by these relationships and the values which they represented. They simply turned away from the relationships, which were keeping them from their goal.

    If your heart has turned away from something, eventually your face also will turn away. This existence is one unified field. Eventually, the body’s electromagnetic field will physicalize into a movement of muscles and limbs away from what is futile. When Musa, ‘alayhi-s-salam, came to the pharonic state and found the people taken in by despotism aided by magic, he could not accept it. He advocated instead the worship of the one and only Reality. He then moved away from the oppression, taking his people with him. The Prophet ‘Isa, ‘alayhi-s-salam, came to revive what Musa had brought, and he also turned away, revolting against the dominant values.

    Man wants longevity and has invested in cultural habits and traditions, which oppose the imposition of the prophetic message. The message is bound to be opposed. In fact, the first opposition to every spiritual seeker occurs at the nearest place to him ? his mother, or his wife. The opposition begins at home, at the closest quarters because it has begun at the closest possible part of him, which is his heart.

    Revolution is an essential meaning of qalb. If, however, we do not leave the state of foolishness and indiscrimination, we will equate revolution with an outer havoc not based upon an inner reality. If the revolution is a real one, it will not cause outer havoc. The revolutions of the Prophets and the awliya (friends of Allah) were the most peaceful revolutions. Muhammad, salla-ilahu ‘alayhi wa alihi wa sallam, did not wage war, he only defended himself as a last resort.

    If there is a turning away from that which has not been conducive, which has not brought us nearer to that state of complete bliss and fulfillment, by first recognizing that we have been looking in the wrong direction, then there will be no revolution and no turning of the heart. Once there is a turning of the heart, the most devastating peaceful revolution has been brought about. Once you have recognized that your happiness is not dependent upon the dominant kufr system of behavior, your turning away from it is the biggest threat to the system, far greater than reacting against it because you have defied the entire situation. You have demonstrated that your happiness does not lie with ever-increased rate of interest in the bank.

    The situation of the awakening heart is that, by the shaking, by the turning, by the afflictions, by the fact that it has not yet reached a point of istiqrar, a point of tranquility and stability, it will move to awaken. That awakening is the ‘turning away from’.
    The definition of the path is sirat-al-ladhina an ‘amta ‘alayhim, the path of those who have received the ni’ma, the blessedness; ghayri-l-maghdubi ‘alayhim wa la dallin, and of those who are not alienated. It follows that alienation is a proof that the heart has not focused on what matters and is distracted.

    The nature of existence is, in fact, the nature of the qalb. Everything in this existence depends on the qalb. The health of a child in the womb depends on its turning. The nature of any health, physical, mental, economic, or otherwise, is based on its turning around. If you want to be mentally healthy and alert, able to think beyond what you are trying to solve, you must go beyond it and be willing to face any change. Heart attacks occur because the heart becomes fixed in a specific direction. It can only be attacked if it is positioned or visible. If it is qalb, constantly turning, how can it be attacked? Where can it be gotten hold of and afflicted? Why should the heart be disappointed?

    If someone has a heart which is willing to turn, and you were to come up to him saying, “I am sorry, but all that you had owned is destroyed,” he would recognize or remember the day when he had nothing and put himself in that state. He would say, “There was a time when there was nothing, a time when I did not even exist. So what is all this fuss about?” The attainment of this state is not a foolish technique of saving one’s physical heart from a heart attack, but is a reality that recognizes a time when there was no problem. Someone with a turning heart remembers his afflictions, how they disappeared; and he remembers the only member of this existence inferred and deduced by experience, which is God.

    Man will move towards this goal faster when the environment in which he surrounds himself becomes more spiritually conducive. In order to do that he must attempt to leave all other distractions behind, creating an energy wave situation, which is more conducive. As a group, those seeking the dynamic state of the heart do not inflict their boring biographies upon each other. They are all the same, with the same problems, whose function is, by nature, to turn the hearts to where it matters.

    Within this environment of the world, the teaching of truth becomes real. Unless you physically see you?re attachment to your children, wife or country being genuinely, directly and subjectively confronted, this reaching remains a superstitious religiosity. It is a useless prescription or menu, which is without the benefit of the nutriments that would be taken from the meal itself.

    Man is born in order to learn to reach the state of tranquility. By getting closer to the state of tranquility without the aid of outside stimulants, man gets more and more access to that medical cupboard within himself, directly and instantly. By closing his eyes, and having no thoughts, he will be able to enter into an unending ocean of non-description. This is the heritage of man. It is diving into the state of pre-creation, which all men will taste at the moment of death. This is the message of the Qur’an, and all the Prophets of true religions, and of all men who have attained various degrees of awakening. Their messages have been nothing other than a reflection of the truth.

    We often hear that all paths lead to the same end, but are we on a path? If you are not specifically on a path which you are certain has been trodden, and which you know within your heart gets you to the desired goal, it is of no use. It will lead you to continue discussing the fact that all paths, all religions are the same. So what? What about you and I? Have you been in the workshop that will teach you how to manufacture the key to your inner bliss, which is the key to the garden? This life is the workshop in which we clumsily fool around with the toys of day-to-day living, until the time when we know exactly where to put the key, and how to turn it. Then instantly you are able to return to that ocean of non-description, revived beyond revival.

    This is the message of the Qur’an. It can only be unified with if the courtesy of the Qur’an is taken on, which is the courtesy of that culture and that language. The Arabic language, along with Aramaic, Sanskrit and several other ancient languages, many of which have already disappeared, are able to communicate beyond the humanly communicable. A point is reached at which man is at the edge of an inner silence, beyond reason. Reason is only given its nourishment and meaning because it is based upon that “beyond”.

    The Qur’an describes the Prophet Muhammad, salla-Ilahu ‘alayhi wa alihi wa sallam, as rahmatan lil-‘alamin, as a mercy for all the worlds, visible and invisible, for all time. It is part of the mercy of the Ever-Merciful Creator Who created only out of love. If man does not begin upon that foundation, whether he builds cities or civilizations, his actions will not be nourished by the inner fountain which keeps his heart throbbing. His efforts will be cast aside, unused ? a reminder of his inadequacies.

    The sincere men of knowledge gather together simply to sing the one and only song which they have learned from the beyond and before time. When other lesser songs stop, the heart sings what it has known from before time, which is the message of the Qur’an. The rest of their actions function as an outer containment in order to center them into a final point of abandonment. From abandonment comes the awakening, the safe conduct in this world. And from it, eventually, man ends up reaching his full spiritual evolution. He is promised by Allah that it will take place.

    Just as it appears that man is evolving along this thing called time, biologically, so he appears to be evolving spiritually. The Qur’an promises that the earth will be inherited by the men of knowledge. A time will come when everyone who is walking on this earth will be like a saint. What we witness of upheavals and so on, are of no significance. If we want to find their significance, we will find their meaning in our hearts.

    Zorro

    March 14, 2010 at 3:51 am

  101. Salam,

    Di antara orang yang bawa kata-kata tidak berlandaskan Al Quran dengan orang-orang yang berlandaskan Al Quran sebagai dalil, yang mana satukah yang munafik?

    Kalau seseorang itu hidup berlandaskan Al Quran, sudah pasti dia tidak jadi munafik kerana Nabi hidup berlandaskan Al Quran untuk menjauhi kemunafikan.

    Mereka berpura-pura mengatakan mengikut Al Quran, tetapi bila diajak kembali kepada Kitab Allah, kebanyakan mereka berpaling. Bukankah itu kemunafikan yang nyata?

    Juang

    March 14, 2010 at 4:13 am

  102. Pada pandangan saya, dua kalimah syahadah itu penting untuk officialize Islamnya seseorang itu dari segi undang-undang bagi mereka yang bukan lahir dalam keluarga Islam terutamanya.

    Namun cukupkah hanya dengan ucapan penyaksian tersebut untuk benar-benar mengetahui iman seseorang atau diri kita sendiri?

    Tidakkah Allah telah membentangkan seluas-luas alam untuk kita saksikan bahawa tiadalah Tuhan lain selain Dia?

    Tidakkah kita dapat melihat di sekeliling kita bahawa tiada lain selain Dia?

    Tidakkah kalian melihat bahawa segala yang terjadi di sekeliling kalian adalah atas rahmat dan kasih sayang Allah?

    Jadi masihkah perlu untuk berbalah kerana satu kalimah yang terlalu kecil jika dibandingkan dengan sebenar-benar penyaksian keesaanNya pada diri sendiri dan sekeliling kita?

    Cukupkah huruf, bahasa dan bunyi untuk melahirkan sebenar-benar kesungguhan penyaksian kita terhadap keesaan Pencipta kita? Terlalu terbatas huruf, bahasa dan bunyi untuk melahirkan sebenar-benar rasa penyaksian terhadap Pencipta sekalian alam jika kalian benar-benar menyaksikan…

    im a northman

    March 14, 2010 at 4:18 am

  103. Salam,

    Apakah yang mengada-adakan ajaran selain yang Al Quran telah tetapkan itu boleh dianggap munafik juga? Jika di zaman Nabi pun ada orang munafik bersaksikan Nabi adalah Rasul di hadapan baginda, apatah lagi di zaman kita ini ada orang pergunakan hadis Nabi yang tidak mustahil baginda sendiri tidak pernah dengar hadis sebegitu.

    Maka berhati-hatilah. Al Quran telah menjelaskan ciri-ciri utama orang-orang munafik adalah penipu.

    Juang

    March 14, 2010 at 4:20 am

  104. Salam,

    “IAN: Pada pandangan saya, dua kalimah syahadah itu penting untuk officialize Islamnya seseorang itu dari segi undang-undang bagi mereka yang bukan lahir dalam keluarga Islam terutamanya.”

    Kesimpulannya, ia bukannya datang daripada Ketetapan Allah, melainkan diadakan oleh manusia untuk menjadikan agama bergolong-golongan. Sedangkan Al Quran tidak mengajar kita jadikan agama untuk manusia berpecah-belah.

    2:62
    Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

    5:69
    Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani – sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

    Juang

    March 14, 2010 at 4:26 am

  105. “Apabila kamu membaca Al Quran Kami adakan diantara kamu dengan orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat dinding tertutup – dan Kami tutupkan hati mereka sehingga mereka tidak dapat faham. Dan dalam telingga mereka ada sumbatan – dan apabila kamu menyebut nama Tuhan kamu semata-mata dalam Al Quran (Zakar-ta – rob-bakaa-fil-Quran-wah-data) mereka berpaling kebelakang mereka berlari.” (17:46)

    Bila Allah adakan dinding atas seseorang itu maka dia akan hilang daya pemikiran sehingga dia tidak boleh membeza diantara ayat-ayat Al Quran yang ada kaitan dengan orang munafik – dengan ayat-ayat yang tidak ada kaitan dengan orang-orang munafik. Dia main sondol macam babi hutan.

    Bila kita cerita tentang orang munafik dia akan baca khutbah yang tidak ada kena mengena dengan tajuk asal – dan khutbahnya pula tidak ada sebarang rujukan dari Al Quran.

    Kalau kita kata dia bebal dia naik anggin – tetapi yang jelasnya orang-orang jenis ini memang bebal.

    Gunumaro

    March 14, 2010 at 4:40 am

  106. Salam,

    Secara kasarnya, yang mengaku ikut Al Quran ada 2 jenis.

    1) Manusia yang sekadar bersaksikan bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah tetapi bila diajak kepada Al Quran, dia berpaling.

    2) Manusia yang bersaksikan bahawa Al Quran itu benar-benar daripada Allah (kerana logik dan selari dengan hukum-hukum yang ada di langit dan di bumi) dan dia hidup mengikut Al Quran.

    Yang mana satukah yang lebih baik di antara kedua2 jenis itu?

    Juang

    March 14, 2010 at 4:45 am

  107. Itulah yang juga saya cuba sampaikan. Untuk menjadi sebahagian daripada sistem masyarakat, sistem perundangan, sistem yang menghukum, itulah yang perlu dilakukan. Namun jika untuk menjadi sebahagian daripada sistem dan batas yang ditetapkan Tuhan, ikutlah apa yang jelas dipertetapkan dalam wahyuNya dan janganlah menjadi mereka yang melampaui batas.

    im a northman

    March 14, 2010 at 5:01 am

  108. Salam

    2:135. Dan mereka berkata, “Hendaklah kamu menjadi Yahudi atau Nasrani, dan kamu akan mendapat petunjuk.” Katakanlah, “Tidak, tetapi anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan dia bukan orang yang menyekutukan.”

    2:113. Orang-orang Yahudi berkata, “Orang-orang Nasrani tiada sesuatu”, dan orang-orang Nasrani berkata, “Orang-orang Yahudi tiada sesuatu”; dan mereka membaca al-Kitab. Demikian juga orang-orang yang tidak mengetahui berkata, serupa dengan ucapan mereka. Allah akan menghakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan.

    Ketika zaman Rasulullah, orang-orang Yahudi dan Nasrani telah jadikan agama sebagai alat untuk memecah-belahkan sesama manusia. Kononnya sesiapa yang mengaku Yahudi atau Nasrani, mereka akan dapat petunjuk. Dan di antara Yahudi dan Nasrani itu pun saling salah-menyalahkan antara satu sama lain walhal mereka ada Kitab Allah.

    Jadi, logikkah Allah turunkan Al Quran untuk Nabi buat satu golongan lain yang mengaku bersaksikan Nabi adalah Rasul untuk melayakkan manusia itu dapat petunjuk?

    Di sini kita nampak, yang mengada-adakan kesaksian tersebut bukannya ajaran sebenar Nabi, tetapi oleh manusia yang nak bersaing macam orang Yahudi dan Nasrani itu untuk buat satu golongan baru kononnya merekalah golongan yang lebih benar daripada Yahudi dan Nasrani itu. Mereka terikut-ikut dengan hasutan syaitan yang mahukan manusia sesama manusia berpecah-belah. Bukankah tugas syaitan itu untuk menghasut ke arah permusuhan?

    Hakikatnya tugas Rasulullah bukannya untuk membuat satu golongan atas nama agama. Baginda ditugaskan untuk menyampaikan Al Quran untuk membezakan benar atau dusta. Maka sesiapa yang mengikut sesuatu yang benar itu, dapatlah balasan yang sesuai. Dan sesiapa yang mengikut sesuatu yang dusta itu, dapatlah juga balasan yang sesuai dengan pendustaan itu. Dan Nabi bukannya penjaga apa yang manusia itu buat.

    Tetapi orang-orang munafik telah jadikan agama sebagai alat untuk memecah-belah sesama manusia dengan menggunakan nama Nabi untuk buat satu puak baru selepas Yahudi dan Nasrani itu. Dan bertambah teruk, di dalam puak itu muncul bermacam-macam puak lain yang mendakwa merekalah yang paling benar.

    Nampak tak bagaimana syaitan memecah-belahkan manusia atas nama agama?

    Juang

    March 14, 2010 at 5:06 am

  109. Zorro tulis:

    Pandangan saya ke atas soalan tersebut:

    1. Golongan munafik zaman Nabi terdiri dari orang yang enggan bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah.

    2. Mereka menyembah kuasa manusia, wang, harta-benda, kerakusan nafsu, intelek dan lain-lain tuhan buatan minda mereka.

    3. Pewaris golongan munafik zaman Nabi itu, sekarang ini ialah golongan yang tidak ada apa-apa syahadah dan golongan yang menentang pesanan-pesanan Nabi

    ———–

    Pertanyaan saya:

    Tuan Zorro, pendapat tuan datang dari mana? Kalau Allah yang mengajar tuan apa yang tuan perkatakan boleh atau tidak tuan berkongsi dengan kami ayat-ayat dari KitabNya?

    Kalau ada tuhan lain disamping Allah yang mengajar tuan tentang apa yang tuan perkatakan – kami juga sanggup berkongsi dengan tuan. Kami pun mahu tahu nama tuhan itu.

    Gunumaro

    March 14, 2010 at 5:14 am

  110. Salam,

    Apa kena dengan manusia itu? Mereka membaca ayat-ayat Al Quran yang menceritakan perihal perangai orang2 munafik terdahulu yang naik saksi bahawa Nabi adalah Rasul. Namun mereka tidak berpaling kerana berbeza dengan ajaran tradisi mereka, seperti mana orang2 Yahudi dan Nasrani terdahulu berpaling daripada Kitab Allah kerana taksub dengan pembesar-pembesar agama mereka.

    Juang

    March 14, 2010 at 6:10 am

  111. Salam,

    Dahulu tertanya-tanya juga, kenapa orang-orang Yahudi dan Nasrani terdahulu tidak komited kepada Kitab-kitab Allah yang disampaikan oleh Rasul-rasul terdahulu. Apakah puncanya mereka sanggup tinggalkan yang benar (ayat-ayat Allah), untuk mengambil yang bathil (ajaran-ajaran syaitan)?

    Secara logiknya, kalau seseorang manusia itu mengaku ikut sesuatu Kitab Allah, sepatutnya mereka itulah yang paling bersungguh-sungguh untuk mengikuti ajaran Kitab tersebut. Tetapi kenapa mereka berpaling dan hanya ikut sesuatu ayat yang kena dengan hawa nafsu mereka sahaja? Lainlah kalau mereka isytiharkan yang mereka tak percaya kepada Kitab Allah lagi, logiklah kalau mereka nak tunggang terbalik ikut ajaran-ajaran dusta. Ini tidak, mereka guna nama-nama Nabi dan Allah atas alasan ikut sesebuah Kitab itu, tetapi bila diajak berhakimkan guna Kitab itu, mereka membantah seribu alasan. Bukankah itu seperti perangai orang-orang munafik (hipokrit)?

    Sudah pasti di antara orang-orang yang berterus-terang tidak percaya kepada Kitab Allah dengan orang-orang yang berpura-pura percaya kepada Kitab Allah tetapi hatinya engkar, kemurkaan Allah lebih kepada yang hipokrit itu. Ini kerana kehipokritan mereka itulah menyebabkan manusia lain sukar membezakan benar atau bathil. Dalam mereka kata mereka ikut sesebuah Kitab Allah, mereka itulah yang paling kuat keengkarannya. Tempat mereka lagi hina daripada orang-orang yang berterung-terang tidak percaya kepada Kitab Allah itu.

    Juang

    March 14, 2010 at 6:24 am

  112. Kalimah Syahadah adalah ucapan lidah.Samada dilahirkan
    sebagai ucapan…bagi yg.dah beriman,hati mereka telah
    sentiasa bersyahadah.

    Ucapan2 tu bukanlah wajib disebut dengan lafas perkataan
    tetapi sebagai mengajar orang yg.belum tau makna
    kalimah beriman atau menerima jalan Islam,…maka
    ucapan tu perlu diajar.

    Apakah tanpa ucapan dengan lidah boleh membatalkan
    keislaman..?Ucapan yg.tak bermakna adalah datang
    dari hati yg.munafik.

    Sebab itu iman dan penyaksian perlu berdasarkan
    Ucapan lidah,Hati yg.yakin dan Pembuktian amal2 yg.disuruh.

    Tok Syam

    March 14, 2010 at 7:26 am

  113. Salam,

    Daripada 63.1, menunjukkan pengakuan kesaksian itu tidak berguna pun di sisi Allah mahupun Nabi. Jika orang2 yang bertemu Nabi dan mengucapkan kesaksian pun tidak diterima, apatah lagi kita yang tidak bertemu Nabi dan mengucapkan kesaksian yang sama.

    Adalah lebih baik kita jadikan Allah sebagai saksi keimanan kita. Bukankah itu lebih logik kerana Dia Melihat apa yang tersembunyi dalam hati?

    Bila kita merasai bahawa Allah adalah saksi diri kita, maka kita akan takut nak berdusta. Yang menyebabkan manusia suka berdusta kerana mereka tidak merasai takut pada Allah seolah-olah Allah tak nampak apa yang tersembunyi.

    Janganlah berdusta seolah-olah Allah tidak nampak apa yang tersembunyi. Jangan berdusta mengatakan “ini daripada Nabi” atau “ini perintah Allah”.

    Bayangkan jika Nabi sendiri yang berdusta atas nama Allah pun akan dikerat urat jantungnya, apakah kita yang bukan Nabi akan terlepas daripada padah sakit jantung akibat hidup kuat berdusta?

    Juang

    March 14, 2010 at 8:33 am

  114. Samada nak ucap atau tidak syahadah tu…tak jadi
    perkara penting dalam mementukan keislaman seseorang.
    Apakah salah bagi orang2 yg.nak melahirkan ucapan
    bermaksud

    “Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu
    pesuruh Allah.”

    Dimana salahnya,…cuba jelaskan.

    Tok Syam

    March 14, 2010 at 9:54 am

  115. Saya tertarik dgn pandangan Sdr Zorro kerana membuka dimensi baru kpd ayat 63:1

    Sifat orang munafik ialah pengambilan untung, dan mereka nampak peluang dalam lafaz Muhammad Rasulullah saw.

    Tapi Allah kata pada org munafik dalam ayat itu, ‘awak tak boleh sampai ke ‘B’ jika awak tolak ‘A’.

    Jadi, Allah tidak terima kesaksian ‘B’ dari org munafik kerana ianya satu pembohongan. Kerana mereka tolak A, tapi berpura-pura menerima B. Dan melalui ayat 63:1 Allah memberi peringatan kepada kita ttg taktik/strategy org munafik. Ianya adalah langkah pre-emptive, yang Allah ajar kpd org mukmin bila berdepan dgn org munafik. Mereka bertutur kata mcm orang bijak, tapi sebenarnya adlah penipuan yg dirancang.

    Kesaksian yang benar dan diterima Allah ialah kesaksian yang lengkap, yakni 2 kalimah syahadah.
    Subhanallah. Cubaan mengelirukan makna 63:1 telah dibongkar !

    Horatio

    March 14, 2010 at 11:18 am

  116. Saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada peserta di dalam blog ini, tentang terbatasnya kemampuan logika/reason dalam memahami perintah Allah:

    They demand or expect that God’s commands must meet with the dictates of their sense of reason, and hence anything and everything that does not appeal to their sense of reason and logic must be rejected. In doing so they fall prey to that most subtle and dangerous form of shirk, which is the worship of one’s own mind. In this they follow the path trodden by Iblis who followed the dictates of his mind in considering himself superior to Man and thus justifying his rejection of God’s command to bow down to Adam (pbuh).

    These people also fail to heed the lessons of the account of Prophet Musa’s encounter with Khidr where one of God’s mightiest prophets, who was taught and instructed by God, nevertheless had limitations in his understanding and knowledge.

    They fail too to appreciate the example of Prophet Ibrahim (pbuh) who clearly submitted his own sense of reason and desire in submitting to God by being prepared to sacrifice his own son.

    It is not meant by the aforesaid that Man must discard his sense of reason absolutely. Reason, being one of the special gifts to Man by God, is certainly to be used, even in matters of submitting to God, but even “Reason” must submit to God. Thus where a command is clearly from God and from Prophet Muhammad (pbuh) and is couched in clear and unequivocal terms, it is not open to Man to consider whether he may or may not obey. His freedom in the exercise of his freewill must end there. God Almighty did instruct us in the Holy Qur’an that:

    “It is not fitting for a Believer, man or woman, when a matter has been decided by Allah and His Messenger to have any option about their decision: if any one disobeys Allah and His Messenger, he is indeed on a clearly wrong Path.”_ _ _ (Surah 33:36)

    Man must choose and decide whether he is to be the servant of God or the slave of Reason. Man must decide whether he is to continue earning the displeasure of God by partaking of the forbidden fruit.

    Kerakusan pendapat dan kelancangan lidah pihak yg menolak pesanan Nabi saw dan sunnah baginda, tidak lain bukan adalah permainan dan bisikan Iblis untuk menimbulkan keraguan di hati orang Islam. Kepada mereka yg telah terasuk, bertaubat-lah dan kembali ke pangkal jalan sebelum anda tenggelam jauh ke dasar jahannam.

    Zorro

    March 14, 2010 at 11:52 am

  117. Sdr Tolokminda,

    Fahamilah untuk diri anda, dan jangan anda mengajak lagi kpd kesesatan :

    They fall prey to that most subtle and dangerous form of shirk, which is the worship of one’s own mind. In this they follow the path trodden by Iblis who followed the dictates of his mind in considering himself superior to Man and thus justifying his rejection of God’s command to bow down to Adam (pbuh).

    Zorro

    March 14, 2010 at 11:55 am

  118. Nampaknya ada “Burung Kakak Tua” yang dibela oleh RICOI berlega-lega dalam blog ini.

    Burung ini terencat akal – jadi hari-hari dia copy dan paste apa yang dibaca dari RICOI – dia sendiri sudah tak boleh fikir.

    Bila kita soal apa yang dia sendiri tulis – dia tidak tahu apa nak jawap – boleh jadi orang ini “Pekak Badak”

    Gunumaro

    March 14, 2010 at 1:14 pm

  119. 3[64]
    Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

    3[81]
    Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.”

    Tok Syam

    March 14, 2010 at 2:29 pm

  120. Salam Tok Syam,

    Mari kita fahamkan betul-betul ayat-ayat yang Tok Syam bawa.

    Yang pertama ayat 3:64.

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

    Perhatikan ayat ini dirujuk kepada semua ahli Kitab – maknanya semua umat yang telah mendapat Kitab Allah. Mesej utamanya adalah jangan memuja atau mendewa-dewakan mana-mana orang – dan ini tentulah termasuklah rasul-rasul mereka – maknanya jangan menyekutukan Allah dengan mereka atau sesiapa saja.

    Tetapi tabiat ahli Kitab (termasuk umat Al-Quran) sepertimana yang kita lihat hari ini – mereka cenderung mengambil rasul-rasul dan para ulama mereka menjadi sekutu kepada Tuhan, mereka memuji dan mendewa-dewakan mereka semua. Itulah maknanya mereka berpaling. Tuhan kata jangan tapi yang itulah yang dibuat oleh mereka.

    Jadi Tok Sam, kalau tuan nak saksikan siapa yang Islam – mereka adalah orang-orang yang tidak meletakkan sesiapa sebagai sekutu Tuhan dan mereka layak berkata kepada tuan, “saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam” kerana merekalah yang menuruti jejak langkah Nabi yang tidak mempersekutukan Tuhan dengan sesiapa.

    Ayat yang kedua 3:81.

    Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.”

    Ayat ini adalah berkenaan perjanjian di antara Tuhan dan nabi-nabi dan persaksian di antara sesama mereka dan Tuhan. Adakah Tok Syam seorang nabi?

    Ayat-ayat di atas amat jelas konteks dan maksudnya tetapi mengapa susah sangat nak faham?

    tolokminda

    March 14, 2010 at 2:53 pm

  121. 3[86]
    Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim.

    Jika mengikut ayat diatas,…penyaksian bahawa rasul2
    itu adalah benar ajarannya,…bagaimanakah caranya.

    Kita umat akhir zaman sudah tidak menyaksikan secara
    melihat amalan nabi melainkan menerima ajaran2 mereka
    yg.dikatakan mewarisi nabi.Akhirnya kita sebenarnya
    hanya menyaksikan buku2 yg.dituliskan oleh penulis2
    agama.

    Begitu juga Alquran adalah kitab yg.ditulis dan
    dibawa oleh ahli2 agama tersebut bersama sama cerita
    nabi.

    Apakah anda yakin pada kitab suci itu yg.dibawa oleh
    ahli2 ilmu yg.dianggap telah memutarkan ajaran
    Alquran.

    Jadi yg.memelikkan ialah…..ahli tafsir yg.bertujuan
    untuk membuat tafsiran yg.salah itu tidak menukar
    pula perkataan2 Alquran agar ia selaras dengan tafsir
    mereka.

    Saya rasa…..apa yg.mereka lakukan adalah secara
    jujur.Demikian juga hadith2 yg.mereka tulis juga
    adalah mempunyai kebenaran yg.kuat.

    Sekiranya pengajaran hadith itu palsu….rasanya
    dah lama terhapus dan tidak berjaya mempengaruhi
    umat islam dalam amalannya.

    Pada hari ini….amalan2 ritual yg.anda katakan
    sebagai suatu kejahilan telah di amalkan oleh ramai
    manusia yg.berakal dan lebih bijak dalam fikir.

    Nampaknya tidak ada sebarang tanda2 yg.menunjukan
    amalan ritual itu salah.

    Tok Syam

    March 14, 2010 at 3:58 pm

  122. 4[41]
    Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?
    7[172]
    Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.
    —————————————————-

    Disini telah jelas bahawa manusia telah pun mengucap
    kalimah penyaksian di alam RUH.

    Kemudian RAsul2 itu sebagai pengiat akan perjanjian
    yg.telah dilupai.Setiap umat akan diadakan rasul
    memasing sebagai saksi memberi peringatan dan
    hendaklah terima ajar dan yakin.

    Bagaimana jika anda ingin yakin,…jika pengajaran
    tu datang dari sebuah buku dan buku itu disahkan
    oleh bukan nabi sendiri sebagai kitab suci.

    Sebagaimana anda dan saya juga berhujah atas dasar
    ilmu buku2 itu.

    Apakah jalan nya untuk beriman itu sedangkan anda
    hanya menyaksikan buku2 yg.sudah tetap perkataannya.?

    Tok Syam

    March 14, 2010 at 4:06 pm

  123. 24[47]
    Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: “Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat”; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.
    [48]
    Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).
    [49]
    Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).
    [50]
    (Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).
    [51]
    Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.

    Tok Syam

    March 14, 2010 at 4:08 pm

  124. Maka dengan adanya surah 24(ayat 47-51)orang2 yg.beriman
    secara taklid iaitu ikut dengan tetap dan yakin,…
    sesungguhnya Allah akan menerima iman mereka juga.

    Mereka tidak mengikut taklid orang yg.tidak membawa
    ajaran dengan nama Allah dan rasulnya….atau taklid
    orang yg.hanya bawa Alquran saja.

    Kerana dalam arahan Allah,…suruh menerima apa yg.
    sampaikan oleh rasul2 mereka dan pewaris2 nya.

    Maka terpulang pada orang yg.nak yakin samada pewaris
    itu betul atas salah.Kalau ikut akal,..Alquran dan
    hadith tu juga datang dari pewaris2 yg.sama.

    Jika mereka memalsukan hadith sudah tentu mereka juga
    memalsukan Alquran.Jika demikian orang yg.membuat
    tafsiran baru tentunya bertambah lemah kerana mereka
    berdasarkan kitab itu juga.

    Tok Syam

    March 14, 2010 at 4:17 pm

  125. Salam Tok Syam,

    Dari apa yang saya pelajari dan kongsikan di dalam blog ini, adalah jelas mereka telah menyelewengkan tafsiran Al-Quran untuk dipadankan dengan hadis-hadis yang mereka ada-adakan.

    Tetapi terpulang kepada tuan kepada siapa tuan nak letak kepercayaan tuan. Tuan boleh percaya kepada Tuhan dan rasulNya atau tuan boleh pilih untuk percaya kepada orang-orang Arab.

    tolokminda

    March 14, 2010 at 4:25 pm

  126. Mengikut Al Quran orang-orang Yahudi menyelewengkan kalimat-kalimat Allah dari tempat-tempatnya.

    “Maka digantikan orang-orang zalim perkataan-perkataan selain dari apa yang dikatakan kepada mereka – maka Kami turunkan atas orang-orang zalim itu siksa dari langgit disebabkan mereka fasik.” (2:59)

    Nampaknya Tok Syam sudah ikut teladan orang-orang Yahudi dengan menambah tokok ayat-ayat Allah dalam kurungan, kemudian menambak tokok perkataan “Sunnah RasulNya” dalam sura 24:48 seolah-olah Allah itu bodoh dan tidak tahu apa yang Dia mahu kata dalam KitabNya.

    “Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).” (24:48)

    Sesiapa saja baca Al Quran dalam bahasa Arab tahu apa yang ditulis dalam kurungan oleh Tok Syam tidak diwhayukan oleh Allah kepada rasulNya – dan perkataan “Sunnah RasulNya” juga tidak terdapat dalam ayat tersebut.

    Tok Syam – Apakah Sdr dilahirkan sebagai PENDUSTA?

    CELAKALAH mereka yang BERDUSTA! Maka dengan HADIS MANAKAH selain ini mereka akan beriman? (77:49-50)

    Gunumaro

    March 14, 2010 at 5:15 pm

  127. Tolokminda meyatakan:

    Dari apa yang saya pelajari dan kongsikan di dalam blog ini, adalah jelas mereka telah menyelewengkan tafsiran Al-Quran untuk dipadankan dengan hadis-hadis yang mereka ada-adakan.

    Tetapi terpulang kepada tuan kepada siapa tuan nak letak kepercayaan tuan. Tuan boleh percaya kepada Tuhan dan rasulNya atau tuan boleh pilih untuk percaya kepada orang-orang Arab.
    —————————————————-

    Dari pengakuan itu maka nyatalah anda juga setuju
    dengan tafsiran yg.dibuat oleh penterjemah baru itu.
    Samada mereka betul atas salah terpulang pada anda
    menilaikan.Apa yg.jelas ialah anda lebih cenderung
    pada terjemeahan itu…..juga sebagai pengikut ulama
    tersebut sebagaimana orang2 yg.beriman yg.mengikut
    ajaran hadith.

    Anda menyatakan terjemahan mereka betul dan yakin ia
    adalah terjemahan sebenar hanyalah berdasarkan
    akal logik tanpa iman.

    Anda dan gulongan yg.menyokong juga boleh digulongkan
    sebagai orang2 yg.menyatakan sesuatu tentang quran
    tanpa ilmu melainkan ikutan dari pendapat2 logik.

    Orang yahudi memang telah merancang untuk selewengkan
    apa saja kebenaran,…tapi mereka tidak boleh mengubah
    Alquran yg.Allah dah tetapkan dalam hati orang2
    beriman.

    Bagi saya segala yg.anda sangkalkan adalah dusta dan
    bercanggah dengan maksud Alquran sebenar.Walau pun
    terdapat suatu yg.tak dapat dibuktikan dengan jawaban
    logik akal…..DEMI ALLAH saya adalah yakin dengan
    melalui penyaksian2 bukan dilahirkan sebagai manusia
    dusta yg.mengikut pendapat manusia.

    Sebelum ini saya juga adalah sealiran dengan anda
    yg.jahil mengenai Alquran.Memahami Alquran dengan
    logik akal dan terpengaruh dengan terjemahan2.

    Saya juga memikirkan solat,puasa dan haji dan apa jua
    yg.anda bahaskan disini seperti pendapat anda.Akhirnya
    Allah telah mengajar erti sebenar Alquran.

    Apakah anda berani bersumpah dengan nama Allah disini
    bahawa apa yg.anda persetujui dari terjemahan mereka.

    Apakah anda telah memperbaharui sumpah dan janji anda
    dengan sebenar.Saya telah melakukan proses itu dengan
    bersumpah kepada Allah dan rela menerima
    hukuman segera jika apa yg.saya sampaikan hanyalah suatu rekaan dusta.

    Tak perlulah saya mengatakan diri saya ne sebagai nabi
    atau rasul atau ulamna atau mahir dalam Alquran.Kerana
    setiap ajaran Alquran itu saya pelajari melalui
    pengalaman2 dan penyaksian benar.

    Apakah anda boleh percaya apa yg.saya katakan.Sekali
    lagi “DEMI ALLAH” apa yg.saya lahirkan adalah benar.

    Tok Syam

    March 14, 2010 at 8:08 pm

  128. Untuk sdr.Gunumaro,
    Saya tak kesah apa yg.anda nak tuduh atau menganggapnya.
    Sebelum ini saya telah pun ditakdirkan Allah sebagai
    FIRAUN,Yahudi,Nasrani dan Majusi.Saya juga telah menjadi
    ketua kepada segala syithan dibumi.

    Pernah disuatu masa dulu saya mencabar ahli2 agama
    dan mengatakan,…”walaupun malaikat datang mendakwah atau mengajar saya,sesungguhnya saya tidak akan
    mengikut ajaran itu”

    Selain itu,…saya juga telah mencabar Allah untuk
    buktikan kewujudannya. “DEMI Allah,….DIA telah
    membuktikan kebenaran itu pada saya sebagaimana nabi
    pernah memohon begitu kpd.Allah untuk bukti.

    Apakah sdr.Gunumaro telah beriman demikian iaitu
    dengan yakin penyaksian dan bukan secara logik akal.
    JIka benar,…sama2lah kita bersumpah dengan nama
    Allah disini pun memadai.Allah itu juga menerima
    perjanjian itu….dan DIA kenal sdr.walaupun pakai
    nick name sebagai Gunumaro.

    Disini saya bukan nak bela umat islam tapi adalah
    menentang musuh2 Allah yg.ingin menyesatkan umat
    ISlam yg.masih jahil.Kerana Allah perintahkan saya
    untuk itu….sebagaimana setan2 perintahkan gulongan
    manusia menjayakan dakyahnya.

    Tok Syam

    March 14, 2010 at 8:23 pm

  129. Tok Syam, musuh Allah sebenarnya adalah mereka yang suka merobah ayat-ayat Allah dengan mengunakan kurungan-kurungan dan menokok tambah kalimat-kalimat dalam KitabNya:

    “Telah sempurnalah kalimat-kamlimat Tuhan kamu dengan benar dan adil – tidak siapa pun boleh MEROBAH (La-mubad-di-laa) kalimat-kalimatNya (li-kalimatai-hi) – dan Dia mendengar dan Mengetahui.” (6:115)

    Tapi Tok Syam kata dia boleh ubah kalimat-kalimat Allah sebab tuhan-tuhan yang dia ikuti selain daripada Allah mempunyai kuasa untuk merobah-robah kalimat Allah. Ajaran-ajaran ini dia kata datang dari “hadis” selain dari Al Quran.

    Ini adalah sumpahan saya dengan Tok Syam:

    “Allah adalah saksi diantara aku dan kamu”.

    “Ya Allah, Pencipta langgit dan bumi – yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata – Engkau sajalah akan memutuskan diantara hamba-hambaMu tentang apa yang mereka perselisihkan dalamnya.” (39:46)

    CELAKALAH orang-orang yang BERDUSTA – maka dengan “HADIS” manakah selepas ini mereka akan beriman?” (77:49-50)

    Gunumaro

    March 14, 2010 at 11:09 pm

  130. Salam,

    “TS: Anda dan gulongan yg.menyokong juga boleh digulongkan sebagai orang2 yg.menyatakan sesuatu tentang quran tanpa ilmu melainkan ikutan dari pendapat2 logik.”

    Mari kita fikirkan, apakah pendapat logik itu bukan satu ilmu?

    Mengatakan “matahari memancarkan cahaya untuk menerangi bumi” adalah pernyataan yang logik.

    Mengatakan “matahari memancarkan cahaya untuk menggelapkan bumi” adalah pernyataan yang tidak logik.

    Jadi, di antara orang yang berkata berlandaskan logik dengan yang tidak berlandaskan logik, takkanlah yang bercakap tanpa logik itu seorang yang berilmu?

    Begitulah juga dalam mencari kebenaran. Muhammad mengatakan Allah itu Esa dengan bawakan logik-logiknya (rujuk 17:42). Ulamak Yahudi dan Nasrani mendakwa Uzair dan Al Masih adalah anak Allah tanpa bukti-bukti logik.

    Jadi, di antara Muhammad dengan ulamak2 Yahudi/Nasrani itu, takkanlah kita nak kata Muhammad itu tiada ilmu sebab pakai logik?

    Janganlah nak jadi macam orang2 Yahudi/Nasrani yang mempertahankan kepercayaan tradisi ajaran ulamak2 mereka sehingga segala yang logik habis ditolak tepi.

    Juang

    March 15, 2010 at 2:20 am

  131. Juang Tulis:

    “Ulamak Yahudi dan Nasrani mendakwa Uzair dan Al Masih adalah anak Allah tanpa bukti-bukti logik.”

    Komen saya:

    Apabila pengikut-pengikut Ulamak Yahudi dan Nasrani percaya kepada apa yang diajar oleh ulamak-ulamak mereka – Allah memberitahu kita “Mereka sudah mempertuhankan ulamak-ulamak mereka.

    Dalam Sura 9 ayat 30 orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata Uzair dan Isa anak Mariam adalah anak-anak Allah – Ini yang diajar oleh ulamak-ulamak dan pendita-pendita mereka.

    Dalam ayat berikutnya dalam sura yang sama 9:31 – Sesiapa yang percaya perkara ini telah mempertuhankan ulamak dan pendita-pendita agama mereka disamping Allah:

    “Mereka jadikan ulamak-ulamak dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan selain dari Allah………” (9:31)

    Apakah tidak serupa dengan manusia-manusia yang percaya kepada apa yang ulamak-ulamak mereka ajar tidak ada dalam Kitab Allah? Kalau itu pun tak boleh fikir – memang mereka pekak lah!

    CELAKALAH orang-orang yang berdusta – maka dengan “Hadis” manakah selepas ini mereka akan beriman.” (77:49-50)

    Gunumaro

    March 15, 2010 at 2:50 am

  132. Salam,

    Jika kita perhalusi ayat2 Al Quran yang saudara Gunumaro bawakan itu, bermakna mempercayai kata2 manusia yang tiada bukti logik samalah kita percaya manusia itu adalah tuhan selain Allah.

    Cuba kita renung pasal ketetapan yang telah Allah buat pada muka bumi ini. Allah ciptakan matahari untuk memancarkan cahayanya agar menerangi bumi dan planet-planet di sekelilingnya. Itu logik yang Allah tetapkan.

    Alih-alih ada manusia kata bukan matahari yang pancarkan cahaya, tetapi bulan tanpa mengemukakan bukti. Jika kita percaya manusia yang cakap tanpa bukti itu samalah seperti percaya dia adalah tuhan selain Allah.

    Kesimpulannya, mempercayai membuta-tuli cakap pendusta2 samalah seperti mempercayai manusia itu adalah tuhan selain Allah. Sebab itulah kita kena berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu ajaran.

    Bukan mata luas2 untuk lihat sistem yang Allah telah tetapkan pada semesta ini. Tiada siapa selain Allah berkuasa mengubah sistem tersebut.

    Juang

    March 15, 2010 at 3:10 am

  133. Tok Syam minta penjelasan.
    ……Apakah salah bagi orang2 yg.nak melahirkan ucapan
    bermaksud

    “Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu
    pesuruh Allah.”
    Dimana salahnya,…cuba jelaskan……

    ================================================

    QURAN KATA:

    72:18
    “Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) ALLAH SEMATA-MATA; maka JANGANLAH KAMU SERU DAN SEMBAH sesiapapun bersama-sama Allah.

    APA MANUSIA BUAT?

    Sebut nama selain Allah dalam masjid bila sembahyang. nama Muhamad, nama Ibrahim nama agung, nama sultan bla bbla bla……..nama ulamak itu, nama ulamak ini bla bla bla

    QURAN KATA:

    2:136
    Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; KAMI TIDAK MEMBEZA-BEZAKAN ANTARA SESEORANG DARI MEREKA (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata”.

    3:84
    Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. KAMI TIDAK MEMBEZA-BEZAKAN SESEORANG PUN DI ANTARA MEREKA, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)”.

    Nota:
    Juga dalam ayat ayat 2:285 dan 4:50-52

    APA MANUSIA BUAT?

    Sebut HANYA nabi Muhammad dan nabi Ibrahim dalam sembahyang harian mereka.

    Kenapa tak sebut nama semua nabi nabi Allah sebagaimana quran ajar?

    Kata percaya pada quran?

    Atau percaya kepada quran hanya sekadar “tanam tebu ditepi bibir” – sebagai ambil syarat dan perhiasan sahaja?

    Kalau tak sebut nama nabi Muhammad dalam sembahyang/syahadah, ulamak dan ustaz mereka kata sembahyang tu tak sah.

    Pada dinding rumah mereka mereka gantung perkataan “Allah” dan “Muhammad” sebagai hiasan dinding. (Kalau Syiah ada tambah satu lagi, “Ali”). Kenapa tak gantung nama nama semua nabi nabi Allah.

    Kenapa HANYA nama Muhamad dan Allah jadi hiasan dinding/almari rumah?

    Bukan kah ini menyekutukan tuhan dengan Nabi Muhammad namanya?

    INGATLAH;

    dosa yang tiada ampun dariNya;

    4:48
    Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik MEMPERSEKUTUKAN Nya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

    4:116
    Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang MEMPERSEKUTUKAN Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

    Aduh....

    March 15, 2010 at 3:12 am

  134. Salam Tok Syam,

    Saya hanya boleh bersetuju dengan sesuatu yang saya sendiri telah pertimbangkan fakta-faktanya. Demikianlah saya membuat kesimpulan tafsiran mana yang saya boleh terima, yang mana tak boleh terima dan yang mana saya patut kemukakan pendapat saya. Dan jika tuan perhatikan, semua hujah saya terhadap sesuatu ayat yang dibincangkan akan diberi penjelasan melalui ayat-ayat yang berkaitan – dari Al-Quran juga.

    Sebenarnya itu gunanya Tuhan sebut sesuatu perkara itu berulang-ulang dalam beberapa ayat. Kadang-kala dalam surah yang sama dan kadangkala dalam surah-surah yang berlainan. Ayat-ayat itu menjelaskan antara satu sama lain dan ini membolehkan kita membuat cross reference di dalam Al-Quran sendiri dan tidak perlu mencari sumber lain.

    Ia juga menyebabkan pemesongan ayat-ayat Al-Quran tetap dapat dikesan jika kita benar-benar berusaha memahami Kitab itu. Contohnya ayat-ayat berkenaan ka’aba. Hanya ada tiga ayat – satu ayat (5:6) tidak boleh diselewengkan maksudnya kerana ia akan menjadi tidak logik. Jadi ia mengekalkan maksud sebenarnya – buku lali.

    Kemudian ayat 5:95 dan 5:97 perkataan yang sama ditukar maksudnya menjadi kiub batu di mekah. Bagaimanapun dalam ayat 5:95 perkataan baligh terdapat di hadapan perkataan ka’aba dan ini membuktikan ia seharus merujuk kepada buku lali dan bukan kiub batu.

    Bagaimanapun kebenaran hanya akan dapat dilihat oleh sesiapa yang mahu berusaha dengan akal yang terbuka luas. Dalam blog ini saya telah mengemukakan beberapa perkataan yang disalah tafsirkan dan saya percaya melalui bukti-bukti yang terdapat di dalam Al-Quran sendiri – seperti contoh-contoh yang telah saya beri dan kita sama-sama bincangkan – kita sebenarnya boleh membuat kesimpulan apa yang benar dan apa yang palsu tanpa sebarang keraguan.

    Tetapi seperti yang telah saya katakan kepada tuan sebelum ini – terpulanglah kepada tuan yang mana tuan nak percaya. Saya percaya kepada Tuhan dan rasulNya. Kerana itulah saya percaya Al-Quran boleh difahami tanpa bantuan Bukhari atau Muslim atau Abu Hurairah atau mana-mana ulama baik yang masih hidup atau yang telah mati.

    Sebagaimana tuan Gunumaro – saya tidak perlu membuktikan apa-apa kepada tuan. Al-Quran ada di depan tuan dan tuan periksalah sendiri.

    “Allah adalah saksi diantara aku dan kamu”.

    “Ya Allah, Pencipta langgit dan bumi – yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata – Engkau sajalah akan memutuskan diantara hamba-hambaMu tentang apa yang mereka perselisihkan dalamnya.” (39:46)

    CELAKALAH orang-orang yang BERDUSTA – maka dengan “HADIS” manakah selepas ini mereka akan beriman?” (77:49-50)

    tolokminda

    March 15, 2010 at 3:16 am

  135. Salam,

    Hari itu ada seorang pengomen mengatakan yang masuk blog ini semuanya menggunakan akal. Tetapi mereka tidak sedar ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat TM bawakan kata-kata menolak akal mereka sendiri. Mereka kata yang pakai logik itu tidak berilmu. Bagi mereka yang berilmu adalah ulamak2 yang bawa ajaran tiada bukti logik dan hikayat sahaja.

    10:100. Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk mempercayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia meletakkan kotoran (najis) ke atas orang-orang yang tidak menggunakan akal.

    Barulah kita faham kenapa ada manusia jadi kafir (Allah tidak izinkan mereka mendapat iman) iaitu kerana mereka sendiri tidak mahu menggunakan akal. Allah letakkan kekotoran pada mereka sehingga perbandingan2 yang mudah pun mereka tidak tahu membezakan nilainya.

    Mereka baca kisah Nabi Ibrahim dalam Al Quran yang melarang sembah binaan manusia, tetapi mereka masih tak nampak-nampak amalan ritual mereka selama ini sama seperti yang Nabi Ibrahim larang itu.

    Sudah tentulah kalau tanya tukang promote amalan ritual itu, mereka mesti tak mengaku amalan mereka itu salah. Tanyalah yang promote sembah matahari, bulan, patung atua busut, mereka pun tak mengaku amalan mereka itu salah.

    Jadi dalam membuat penilaian yang adil, bukannya main percaya membuta-tuli pada tukang promote sesuatu amalan ritual itu. Sebaliknya guna akal sendiri untuk menilai mana yang paling baik.

    Juang

    March 15, 2010 at 3:31 am

  136. Salam Juang,

    Kalau kita tengok teladan yang disampaikan oleh Al-Quran semua nabi dan rasul menggunakan akal sedangkan puak penentang mereka menggunakan sentimen datuk nenek.

    Jadi adakah kita perlu ikut teladan nabi dan rasul atau ikut teladan puak yang berpaksikan datuk nenek?

    tolokminda

    March 15, 2010 at 3:43 am

  137. salam TM

    betul lah TM allah suruh ikut akal bukan nafsu sebab nafsu tu kita yg dulu , yg ada ekor yg ujud sebagai iblis/ jin . jika kita tak berubah maka kita akan jadi kita yg dulu.

    fisikal macam babi , beruk

    rohani macam setan , jin

    cukup lah quran pengganti muhammad

    slipar

    March 15, 2010 at 5:56 am

  138. Salam Slipar,

    Tidak ada pengganti untuk Nabi. Beliaulah yang telah menyampaikan Al-Quran kepada kita. Yang kita nak tolak ke tepi adalah ajaran-ajaran manusia lain yang tak termasuk pun dalam senarai Tuhan dan rasulNya. Apa yang Tuhan suruh kita ikut adalah Al-Quran. Nabi juga ikut Al-Quran. Jadi kenapa kita harus ikut yang selainnya?

    tolokminda

    March 15, 2010 at 6:07 am

  139. Sdr.Gunumaro….
    Anda menyatakan ayat2 dalam kurungan adalah suatu
    tambahan yg.bertujuan merubah maksud Alquran asal.

    Sekiranya para penafsir berniat nak memutarkan ayat2
    Alquran….pastinya mereka tak buat kurungan.Dimana
    kurungan itu adalah suatu penerangan untuk menguatkan
    maksud ayat atau perkataan arabnya.Tanpa ayat dalam
    kurungan orang2 yg.tak faham ARAB tidak akan tau apa
    yg.dimaksudkan seperti….SOLAH,RUKU,SUJUD dan banyak
    lagi perkatan arab yg.mana ianya berbeda beda apabila
    tanda huruf bertukar.

    Dan sekiranya mereka nak ubah ayat Alquran…pastinya
    mereka akan mengubah juga HURUF2 ARAB yg.asal dan
    menambah nama Muhammad disana…..agar nabi Muhammad
    diagungkan.

    Dalam ayat2 Allah menempelak nabi juga tak diubah
    mereka.Ini menunjukan mereka secara jujur menyalin
    ayat Allah.Sekiranya mereka nak agungkan nabi Muhammad
    pasti ayat2 yg.menunjukan kesilapan dan kelemahan nabi
    tidak dituliskan untuk pengetahuan generasi akan datang.Lebih baik ditulis yg.elok2 saja agar dapat
    menunjukan nabi tu sempurna.

    jadi alasan anda semua mengatakan ulama2 penafsir
    memuja memuji nabi secara berlebihan tu tak benar.

    Tak dinafikan terdapat gulongan umat islam yg.suka
    memuja memuji nabi secara berlebihan hingga tak sedar
    perbuatan mereka tu salah,….sedangkan dalam
    Alquran….para penafsir pun tak menyatakan hal
    tersebut.

    Jadi jangan pula disebabkan sesetengah kumpulan agama
    yg.tak ikut ajaran betul kita katakan ajaran hadith
    mengajarnya.

    Sebuah hadith dari nabi menyatakan…..iaitu nabi
    melarang menulis tentang dirinya.Sekiranya terdapat
    suatu hal tentang dirinya…maka abaikan.

    Sebenarnya salah faham umat islam dan kejahilan
    memahami erti sunnah nabi dan bukan kerana penulisan
    hadith itu.

    Terdapat juga cerita hadith yg.memberi pengajaran
    dan tunjuk ajar.terpulang pada anda untuk mengikutnya.
    Allah dah kata….islam itu bukan paksaan tapi
    peringatan bagi mereka yg.mau ingat.

    Tok Syam

    March 15, 2010 at 6:32 am

  140. Salam Tok Syam,

    Tidakkah tuan percaya Tuhan telah berjanji untuk memelihara Al-Quran sampai akhir zaman? Saya yakin Tuhan tidak akan menggagalkan janjiNya itu. Tetapi itu tidak bermakna manusia yang bertuhankan Syaitan tidak akan berbuat apa-apa untuk menyelewengkan Kitab Tuhan. Dan sekarang memang terbukti mereka telah pun menyelewengkan tafsiran-tafsirannya untuk disesuaikan dengan kitab-kitab hikayat yang mereka ada-adakan.

    Tambahan perkataan dalam kurungan merupakan cara yang berkesan untuk memesongkan ayat-ayat Al-Quran supaya selaras dengan kitab-kitab hikayat mereka. Bayangkan ayat-ayat yang merujuk kepada Nabi Musa pun boleh mereka kata merujuk kepada Nabi Muhamad? Sila semak di sini. Keji sungguh perbuatan mereka

    tolokminda

    March 15, 2010 at 8:34 am

  141. kelaziman yg akhirnya jadi kezaliman

    Nagobonar

    March 17, 2010 at 4:57 am

  142. Pada saya memang sukar nak mempercayai hadith hadith itu.
    1. tidak dijamin oleh Allah akan kesahihannya.
    2. Dikumpulkan selepas begitu lama Nabi Muhammad wafat.
    3. ada yang diklasifikasikan sebagai sahih tetapi terang-terang salah. Contohnya sahih yg mengatakan bumi ni atas hujung tanduk.

    TS mengatakan
    “Sekiranya pengajaran hadith itu palsu….rasanya
    dah lama terhapus dan tidak berjaya mempengaruhi
    umat islam dalam amalannya.

    Pada hari ini….amalan2 ritual yg.anda katakan
    sebagai suatu kejahilan telah di amalkan oleh ramai
    manusia yg.berakal dan lebih bijak dalam fikir.

    Nampaknya tidak ada sebarang tanda2 yg.menunjukan
    amalan ritual itu salah.”

    maafkan saya menjadikan agama Kristian sebagai rujukan dalam hal ini. Bible ada gospel2 yang dikatakan mengandungi kata2 nabi Isa. Gospel2 ini yang paling awal ditulis 30tahun selepas Nabi Isa dikatakan disalib. Kita boleh percaya bahawa ini semua palsu, tapi dalam hal hadith kita tidak boleh pula menggunakan kriteria yang sama, walhal hadith ni dikumpul 200 ratus tahun selepas Nabi wafat. Jadi bagaimana TS?

    lagi satu contoh, katalah kita ambil sepuluh orang yang kita tahu hati budinya baik, lalu kita aturkan dalam satu baris dan kita bisikkan suatu ayat yang sederhana panjangnya, kepada yang pertama dalam baris itu. apabila sampai dihujung baris(org ke-10), tiba-tiba ayat itu sudah berubah, mungkin tak sepenuhnya tapi bayangkan jika perkara yang sama selepas 200 tahun?

    Terima kasih.

    Terfikir

    March 18, 2010 at 11:57 am

  143. semua percaya pada Allah, tapi tak henti-henti berbalah!

    sedangkan dosa Syirik pun Allah ampuni :

    4:153 God does forgive shirk:

    “…yet they [the Israelites] worshipped the calf even after clear signs had come to them; even so We forgave them…”

    “kemudian mereka pula menyembah anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan, lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu…” 4:153

    syirik yg lebih dasyat dari menyembah selain Allah, ialah ego yang mencipta tuhan dalam dirinya utk disembah. tuhan yg di luar tu tak apa-apa sangat, tuhan berhala dalam hati tu , yang amik Kursi Allah .. hah ! tu yang Big Kahuna paling bahaya. itu big kahuna will outdo all other kahunaz and khan-nas.

    biarlah org Islam nak tungging tunggek ke hapaka, 5 ka atau 50 kali sehari. itu semua disiplin. exercise. ada manfaat juga pd kesihatan – hehe banyak darah buleh masuk otak masa sujud tu. oksigen for the brain. lagik pun syirik pun Allah ampuni kalau org tu tak guna akal masa dia sembah $%#@!XXtr?

    tapi kalau guna aqal, dia sembah EGO … letak igo kat Kurs- Allah .. then he’s in it for big trouble. OK?

    observer

    March 18, 2010 at 12:26 pm

  144. “Terfikir: maafkan saya menjadikan agama Kristian sebagai rujukan dalam hal ini. Bible ada gospel2 yang dikatakan mengandungi kata2 nabi Isa. Gospel2 ini yang paling awal ditulis 30tahun selepas Nabi Isa dikatakan disalib. Kita boleh percaya bahawa ini semua palsu, tapi dalam hal hadith kita tidak boleh pula menggunakan kriteria yang sama, walhal hadith ni dikumpul 200 ratus tahun selepas Nabi wafat.”

    Itulah yang dinamakan sikap double standard dalam menegakkan kebenaran. Bila sesuatu yang salah itu dilakukan oleh kaum2 lain, cepat sahaja mereka kata palsu dan terseleweng. Tetapi jika sesuatu yang salah itu dilakukan oleh keturunan sendiri (ajaran nenek moyang), mulalah beri macam-macam alasan.

    Samalah kesnya dengan amalan ritual sembah sesuatu objek. Jika amalan sembah matahari, bulan, busut dan patung yang dilakukan oleh kaum2 lain, cepat sahaja ia dikatakan salah dan menyekutukan Allah. Tetapi amalan keturunan sendiri yang sembah batu itu dikatakan benar.

    Nampak tak sikap double standard yang ketara? Sebab itu Al Quran ada sebut pasal kesesatan orang2 terdahulu yang jadikan agama untuk berpecah-belah sesama manusia. Mereka berbangga2 dengan apa yang ada pada mereka dan memandang apa yang ada pada kaum2 lain semuanya salah.

    Juang

    March 18, 2010 at 2:05 pm

  145. “observer: biarlah org Islam nak tungging tunggek ke hapaka, 5 ka atau 50 kali sehari. itu semua disiplin. exercise. ada manfaat juga pd kesihatan – hehe banyak darah buleh masuk otak masa sujud tu. oksigen for the brain. lagik pun syirik pun Allah ampuni kalau org tu tak guna akal masa dia sembah $%#@!XXtr?”

    Kalau mereka tunggang tunggek atas nama exercise, memanglah tak ego, walaupun tiada bukti menunjukkan yang tunggang tunggek itu mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada yang tak buat macam mereka. Tetapi bila mereka kata yang beritual mengadap matahari, bulan, patung atau busut itu salah, dan mereka sahaja benar, bukankah itu EGO namanya? So at the end, mereka kena syirik yang tidak diampunkan juga. So what the point hidup EGO macam itu?

    Lebih baik ikut Al Quran yang menyebut bahawa orang mukmin, Yahudi, Nasrani dan Sabien yang percaya kepada Allah, hari Akhirat dan berbuat kebaikan, semuanya akan dapat balasan daripada Allah. Sungguh indah sekali ayat2 Allah yang Rasulullah sampaikan. Tidak menunjukkan keegoan pun. Malah ia bagi syarat yang mudah iaitu percaya kepada Allah, Akhirat dan berbuat kebaikan.

    Dan yang penting, tidak pula Al Quran menetapkan, kena tunggang tunggek sahaja baru boleh masuk syurga.

    🙂

    Juang

    March 18, 2010 at 2:17 pm

  146. Salam,

    Ego adalah perasaan menonjolkan/mementingkan diri sendiri. Ia seperti api yang ada baiknya dan ada bahayanya. Jika ia boleh dikawal dan digunakan pada tempat bermanfaat, ego dapat menyelamatkan diri. Contohnya seorang gadis cuba di”ngorat” oleh lelaki2 yang tidak dikenali. Jika dia ego untuk tidak mudah percaya pada pujuk rayu lelaki itu, maka ia dapat menyelamatkan diri. Tetapi jika gadis itu ego untuk tidak mendengar nasihat supaya tidak mengikut lelaki2 yang tidak dikenali, maka keegoannya itu akan memudaratkan dirinya sendiri.

    Begitu juga bila ada orang seru kita sembah berhala, takkanlah nak main percaya sahaja? Kena letakkan ego agar tidak menurut membuta-tuli. Tetapi kalau ada orang seru kita kepada perkara-perkara baik, patutkah kita ego dengan seruan tersebut?

    Nabi Ibrahim dilihat seperti seorang yang ego sehingga tidak menurut kepercayaan tradisi bapanya sendiri. Apakah kita nak katakan Nabi Ibrahim itu syirik kerana baginda ego?

    Jadi ego itu perlu digunakan secara bijaksana. Gunakan ego untuk menjauhi perkara2 yang boleh memudaratkan diri dan jauhi ego tidak mahu berbuat kebaikan.

    Juang

    March 18, 2010 at 2:38 pm

  147. ya Jang,

    aku faham sangat tuh. itulah human condition.
    sikap holier than thou @ “aku lebih suci dari anda” itu memang jadi software bagi penjaja agama.
    bukan mubaligh islam saja tapi kristian, yahudi, wahabi, apa saja agama – semua guna software yg sama.
    provokasi antagonasi dan motivasi, semua guna strategy tu untuk jatuhkan lawan.
    tu semua ego. programer dia Mr Iblis. haha, kesian dia juga disalahkan!

    tok sufi yang sempoi itu, jalaludin rumi, satu hari berdoa:
    ‘Tuhan, pintumu kuketuk bertahun-tahun lama
    kenapa Kau tidak membukanya?’

    tetiba satu suara berdengung di telinga Pak Din.
    ‘kenapa kau ketuk pintu dari dalam?’
    ‘bukankah kau sudah berada di dalam rumahKu?’

    jang, kita semua sudah berada dalam rumah Allah.
    kita saja yg tak sedar. kalau kita sedar, banyak kerja yg kita nak kena buat.
    kalau kita nak makan madu, tak usahlah dijolok sarang lebah.
    asap-asap sikit. kalau ada lebah degil, biaq pi la kat dia.
    Allah ada tempat utk setiap makhlukNya.
    Allah pun tak boleh paksa hamba Dia utk sayangkan Dia.
    Sometimes its pretty lonely up there! hiks ….

    🙂

    observer

    March 18, 2010 at 2:53 pm

  148. Salam,

    Daripada kisah iblis dimurkai Allah selepas enggan bersujud kepada Adam, ia menunjukkan kepada kita sifat ego yang membawa kepada keangkuhan dan ketakburan. Iblis angkuh kerana merasakan apa yang ada pada dirinya iaitu diciptakan daripada api itu lebih baik daripada tanah. Angkuh inilah yang menyebabkan dosa syirik yang tidak diampunkan.

    Jadi yang diperingatkan pasal amalan ritual itu bukannya kerana pada gerak-gerinya bersujud pada sesuatu objek itu, tetapi kerana amalan ritual itu ditetapkan untuk sesuatu kaum itu merasa angkuh yang mereka lebih baik daripada kaum2 yang lain. Mereka memandang segala amalan nenek moyang mereka sehajalah yang benar, dan amalan nenek moyang kaum2 lain dikatakan salah. Mereka bersikap double standard. Mereka tidak jujur menegakkan kebenaran.

    Kalau mereka kata sembah apa2 objek itu salah, janganlah hanya salahkan amalan ritual nenek moyang kaum lain sahaja. Kenalah jujur mengatakan amalan ritual nenek moyang sendiri pun salah juga sebab sama sehaja bentuknya cuma objek yang dituju itu berbeza.

    Pembesar agama yang ajar bersujud kepada sesuatu objek itu mendakwa mereka sahaja layak masuk syurga. Kaum2 lain yang bersujud pada matahari, bulan etc dikatakan tidak layak masuk syurga. Bukankah itu satu ajaran ke arah keangkuhan?

    Tetapi cuba kita hidup tanpa amalan ritual, maka tiada sebab kita nak merasa angkuh kononnya kita sahaja yang layak masuk syurga. Dengan tanpa amalan ritual, semua manusia ada harapan masuk syurga asalkan mereka percaya kepada Allah, hari Akhir dan buat kebaikan. So kita pun terselamat daripada penyakit angkuh memandang kaum2 lain tak layak masuk syurga kerana ritual mereka tak sama dengan kita.

    Juang

    March 18, 2010 at 3:03 pm

  149. ok. kita dah jauh lari dari topik.
    “Adakah dua kalimah syahadah satu korupsi pewaris golongan munafik zaman Nabi?”

    adakah org islam skarang yg ucap 2kalimah syahadah menyamai org munafik. aku rasa tidak.

    adakah berniat syirik orang yg ucap 2kalimah syahadah. pun tidak.

    muhammad itu rasulullah. benar.

    zoom out … ke satu lokasi baru:

    naik saksi. i bear witness. ek getuig . Я сьведчу.
    ada saksi palsu. saksi perjury, boleh kena caj.

    benarkah tiada tuhan selain Allah?
    benar.
    siapa cakap?
    nabi muhammad cakap.
    kenal dia?
    errr .. errr .. tak brapa kenal.
    tak kenal lah tu, jangan nak klentong!!

    kalau tak kenal apasal percaya?

    🙂

    observer

    March 18, 2010 at 3:15 pm

  150. “observer: tu semua ego. programer dia Mr Iblis”

    Sehebat mana iblis mengaturcara rancangannya, bukankah Allah lagi Hebat sebagai Programmer yang iblis pun diatur olehNya?

    “kalau kita nak makan madu, tak usahlah dijolok sarang lebah”

    Kalau ikutkan, sarang lebah tu tak kena jolok pun. Kalau kena jolok, sudah jadi macam kisah Nabi Ibrahim lakukan pada patung2 itu.

    Sarang lebah itu tetap terpelihara. Malah lebah2 itu bebas keluar masuk pada sarangnya. Tiada siapa nak ganggu lebah itu pergi ke sarangnya.

    Namun salahkah kita untuk mengatakan “itu adalah sarang lebah” dan “itu adalah lebah2nya” agar orang lain berhati-hati dengan lebah dan sarangnya?

    Harap2 faham, di sini kita tidak memaksa sesiapa percaya kepada kefahaman kita. Sebab itu kita tidak menjatuhkan hukum pada mana2 individu di sini sebagai sesat walaupun berbeza pendapat. Sebab kita bukan nak wujudkan puak2 yang berbangga diri kononnya dengan jadi macam kita, maka barulah boleh dapat petunjuk.

    Yang dihuraikan di sini adalah untuk membezakan apa itu benar dan apa itu dusta. Lepas itu pandai2lah nak ikut kepercayaan masing2 supaya orang2 yang masuk neraka tidak mengatakan “masa kami hidup di dunia dahulu tiada sesiapa datang beri peringatan kepada kami. Malah kami tak faham bahasa Arab”.

    🙂

    Juang

    March 18, 2010 at 3:22 pm

  151. Salam/Peace..

    Setuju dengan Sdr Juang..

    Di blog ini tak pernah menyuruh mengikut dan mempercayai apa yang ditulis atau disampaikan.

    TM siap bagi:-

    Jangan jadikan tulisan saya sumber rujukan
    Kata Aluan Tolokminda
    Sila baca dan sertai komen

    Salam/Peace..

    wolverine

    March 18, 2010 at 3:36 pm

  152. “observer: adakah org islam skarang yg ucap 2kalimah syahadah menyamai org munafik. aku rasa tidak.

    adakah berniat syirik orang yg ucap 2kalimah syahadah. pun tidak.”

    Jika 2 kalimah syahadah itu dijadikan alasan kononnya mereka sahaja masuk syurga dan orang yang tidak ucap macam itu masuk neraka, bukankah itu sudah berunsur angkuh iaitu syirik yang tidak diampunkan?

    Mereka jadikan 5 rukun itu alasan untuk merasa angkuh kononnya mereka sahaja kekasih2 Allah dan kalau masuk neraka pun, hanya untuk beberapa waktu yang terhitung. Bukankah itu sama seperti perangai kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu?

    Sebab itu dalam Al Quran tidak ada pun ketetapan mengatakan “sesiapa yang ucap 2 kalimah syahadah sahaja akan dapat balasan baik daripada Allah”, sebaliknya yang ada disebutkan, baik orang mukmin, Yahudi, Nasrani dan Sabiien, jika mereka percaya kepada Allah, hari Akhir dan berbuat baik, mereka pasti diberikan balasan baik daripada Allah. Mereka tidak perlu khuatir. Tak wujud unsur2 ke arah keangkuhan.

    Cara hidup jauh daripada unsur2 keangkuhan itulah kita nak cari.

    “benarkah tiada tuhan selain Allah?
    benar.
    siapa cakap?
    nabi muhammad cakap.
    kenal dia?
    errr .. errr .. tak brapa kenal.
    tak kenal lah tu, jangan nak klentong!!

    kalau tak kenal apasal percaya?”

    Saya percaya bahawa tiada tuhan selain Allah bukan kerana sesiapa cakap, tetapi kerana ada bukti logik yang boleh direnung di semesta ini seperti yang ada dalam ayat 23:91 dan 17:42.

    Orang yang buta bahasa Arab sekali pun, jika dia berfikir secara logik pasal kehidupan ini, pasti dia akan nampak seperti logik yang dibawa dalam ayat2 Al Quran tersebut. Sebab itulah Nabi2 sebelum Muhammad boleh percaya bahawa tiada tuhan selain Allah tanpa perlu kenal Muhammad terlebih dahulu.

    Juang

    March 18, 2010 at 3:37 pm

  153. kalau kita tidak di-expose kpd ajaran Islam
    nama tuhan tak semestinya Allah, kan?

    nak panggil apa ya.

    observer

    March 18, 2010 at 5:01 pm

  154. Tuhanlah. Allah pun maksudnya Tuhan. God by any other name still God. Apakah ada masalah dalam memanggil Tuhan ke?

    Terfikir

    March 19, 2010 at 5:06 am

  155. Benar. Panggillah Tuhan itu guna nama apa2 pun, bukankah Dia Mengetahui niat kita nak panggil Dia?

    Katakan ada seorang mat saleh sebut “God. Please forvige me”. Adakah Tuhan tak menyahut apa mat saleh itu doakan kerana mat saleh itu tak panggil guna nama “Allah”? Apakah Tuhan tak faham kerana mat saleh itu tak cakap Arab? Sedangkan bahasa burung hud-hud pun Tuhan faham.

    Tuhan tu bukannya macam manusia. Manusia perlukan nama khusus sebab kalau tersalah nama, nanti lain manusia yang menjawab. Ini kerana manusia ada ramai sedangkan Tuhan itu Esa.

    Itu yang kita hairan sesetengah manusia yang berebut nama Tuhan. Mereka ingat Tuhan itu barang permainan ke nak direbut-rebut? Tidakkah mereka tahu menilai?

    Juang

    March 19, 2010 at 7:26 am

  156. Salam Observer,

    Saya setuju dengan Terfikir dan Juang. Tuhan tetap Tuhan dalam bahasa apa pun. Tapi Tuhan kata kita boleh juga panggil Tuhan dengan semua gelaran yang baik-baik. Tuhan beri banyak contoh di dalam Al-Quran. Misalnya Yang Pemurah, Yang Penyayang, Yang Adil, Yang Mengetahui, Yang Bijaksana, Yang Mendengar dan sebagainya.

    tolokminda

    March 20, 2010 at 10:07 pm

  157. SHABAS//?? shabasssssss….kebanyakan cerita2 ni …..
    makin banyak cerita makin bamyak pembohongan
    bagi orang2 yang mempunyai sarong dan topeng
    setannnnn Iblisssss….suka memutarkan belitkan cerita2 di atas kebenaran Nya.

    saya nak tanya lah sikit????yang bercerita ni…

    Kenal ke ALLAH DENGAN MOHAMMAD niiii…sekira nya dah kenal tiada pertikaian yang sedemikian..cuma kita kena memperbaiki akan amalan2 kita ka tahab yang menghampirkan diri kita dengan Allah. dan di satiap amalan2 kita itu adalah di dalam keadaan KESEMPURNAAN sahaja.

    saguuteh

    May 3, 2010 at 12:31 am

  158. Kalimah syahadah adalah TANDA UMAT MUHAMMAD.Selain
    umat muhammad tidak wajib ber sahadah….atau pengakuan
    nya berbeda atau hanya pengakuan bertuhan saja.

    Bagi umat muhammad….bersahadah sebagai bukti dan
    pengenalan sesama sendiri dan sebabagi peringatan
    diri.

    Samada nak diucapkan atau tidak bukan menjadi sebab
    berdosa atau sah batalnya suatu amal.Bagi yg.
    medalami ilmu….sahadah punyai pengertian IJAB KABUL
    dan asal usul penciptaan dialam ghaib sebelum jasad
    di tentukan.

    Muhammad itu bukan seperti dimaksudkan manusia jasad..
    sebaliknya dalam keadaan RUH dan ZAT.

    sammaster

    May 3, 2010 at 5:49 am

  159. Salam,

    Boleh berikan tak ayat Al Quran mana yang mengatakan syahadah adalah tanda umat Muhammad?

    Kalau mereka isytihar diri mereka bukan pengikut al Quran, kita tidak hairanlah kalau mereka suka-suka buat ketetapan sendiri tanpa berlandaskan Al Quran. Tetapi sebab mereka kata mereka ikut Al Quran, jadi kita tertanya-tanya daripada sumber mana mereka menetapkan sesuatu perkara?

    Juang

    May 3, 2010 at 3:46 pm

  160. Tentang ayat tu ada..dan memerlukan masa mencarinya.
    Kita perlu lihat pada hakikat kejadian manusia dan
    bukan melihat pada warna kulit dn bangsa.

    Apa yg.lebih utama pada sebatang tubuh itu yg.dilihat
    berbeda beda sedangkan hakikatnya dari Allah jua.

    TM telah membawa hal perbincangan sistem tuhan.Oleh itu
    anda perlu fikir juga tentang asal usul kejadian,…
    sebelum menghuraikan segala kejadian diatas kejadian2.

    Pernahkah anda mengetahui tentang perihal CAHAYA
    diatas CAHAYA atau NUR dalam berita kitab…?
    Cuba kaji pengajaran ayat berkenaan Cahaya Minyak
    Zaitun.

    sammaster

    May 3, 2010 at 7:23 pm

  161. Banyak kerenah pertanyaan nya ????
    Bagi yang memahami nya sudah di takdirkan faham….
    Bagi yang mengetahui nya pula telah mengesahkan nya …
    oleh itu jangan lah terperdaya dengan soalan2 yang di aju
    kan hendak itu … hendak ini… pembuktian yang itu dan ini….Apa faedah nya jikalau di terangkan pun maseh di putar belikan dan tak di terima >>>>>
    Oleh itu bagi sya…. foram di dalam ini hanya yang ringan2 sahaja …..kerana di takuti kefahaman kita ini ta sama dan ta kesampaian …maaf
    bagi yang menyoal macam dia yang pandai dan tahu dan bagi yanag menjawab….maseh di ambang2 keilmuan lagi.
    …..ini apa cerita …bila nak selesai??????

    saguuteh

    May 4, 2010 at 12:30 am

  162. sammaster….shabas…..???
    Amalkan lah Ilmu2 yang di pelajari itu dengan kesempurnaan dan sabaik mungkin …semuga bersua
    dengan apa yang di cari dan yanga di amalkan itu .
    INSHAALLAH dengan keizinan NYA atas usha kita melalui
    ILMU2 NYA serta SIFAT2 NYA.///

    saguuteh

    May 4, 2010 at 12:37 am

  163. Sebagai kewajiban maka wajiblah diberi tau agar
    tugas selesai.Disuatu saat dan ketika,..mereka akan
    ditanya…apakah tiada suatu wakil yg.memberi tau dan
    apakah tandanya seseorang itu berimam….(mengikut umat
    nabi apa)

    Kalau mereka kata ikut Ibrahim juga ada salam pengenalan
    nya.Bukankah salam itu ucapan SELAMAT dituju pada diri,..dan menyebut nama si fulan.

    Allah juga memberi salam pada nabi…mengapa manusia
    tidak mengerti dan mempertikaikan soal salam.
    Salam yg.dimulakan oleh Allah sendiri kepada NUR nya.
    Kemudian dijadikan salam itu sebagai tanda setiap
    diri yg.berjiwa.

    Usahkan kepada manusia…pada tumbuhan dan makhluk
    lain juga wajar diucapkan salam.Kerana Allah kata…
    mereka juga makhluk seperti kamu…dihimpunkan
    bersama dan diperhitungkan baktinya juga.

    Oleh kerana sebahagian manusia hanya lihat kehidupan
    ini semata mata sebagai wuud zahir maka wajarlah
    diberi peringatan.

    Allah menyatakan bahawa IA mencipta JIN dan MANUSIA.
    Bukankah itu sebagai petunjuk perihal GHAIB dan
    ZAHIR.

    sammaster

    May 4, 2010 at 1:47 am

  164. Maaf le…terlajak dalam topik selawat pulak.Kerana
    syahadah dan salam tu berkait juga.

    sammaster

    May 4, 2010 at 1:51 am

  165. Apa perlu di bimbangkan selawat dan shahadah itu berkait rapat…….cuma bagi kita yang tahu atas hubung kait nya
    maka selaraskan dan gunakan untuk beramal ….di ketika ini Ilmu untuk mencari jalan untuk kasana dan kalau dah jumpa jalan nya Ilmu maka Amalan itu penting untuk mencapai apa yang di terangkan oleh Ilmu itu.Ilmu dah tak penting lagi cuma Amalan Ilmu itu yang terpenting….bawa lah dengan cara yang di izinkan oleh NYA.

    saguuteh

    May 4, 2010 at 3:19 pm

  166. Selawat ya ….Selawat itu ada berapa dan mana untuk kita dan mana yang untuk Nabi????
    apa2 dia nya….////

    saguputeh

    May 4, 2010 at 3:34 pm

  167. Salam.Sammaster & Saguuteh,

    Apalah kau dua orang merepek ni…..

    Sekian, terima kasih.

    wucman

    May 4, 2010 at 3:39 pm

  168. maaf //?? jikalau faham akan yang di maksudkan itu maka faham lah dan sekira nya ta fahaam ????>>>>jangan suka2 kata22 yang perkara itu merepek ….cuba cari Ilmu2 yang tersirat ……yang tersurat itu adalah pembayang dan Ilmu nya dan yang tersirat itu adalah amalan nya (Intipati ) nya. Cuba2 lah mencaari dan memahami akan yang di katakan Ilmu Allah itu >>>>>///??? dan apakah yang di maksudkan dengan Amalan itu>>>>///???

    saguputeh

    May 4, 2010 at 4:49 pm

  169. Ulama'(saintis) bukak Qur’an cari yang tersurat dapat cipta macam-macam untuk kegunaan manusia. Itu baru cari ilmu.

    Depa tengok burung, dapat cipta kapal terbang. Depa tengok dan kaji ikan dapat cipta kapal laut/kapal selam.

    Hang dok cari tersurat dalam syahadah. duduk tang situ jugak.

    muaddib

    May 4, 2010 at 5:18 pm

  170. Salam,

    Itulah balasan Tuhan kepada orang yang tak mahu menggunakan akal. Berapa banyak petunjuk-petunjuk Allah beri pada setiap makhluk ciptaanNya agar manusia dapat memudahkan hidup, tetapi yang pemalas berfikir itu tak tercapai untuk mencipta teknologi itu semua. Mereka hanya tahu menggunakan sahaja, tetapi tidak mahu menciptanya sendiri menggunakan keupayaan minda mereka.

    Juang

    May 4, 2010 at 6:39 pm

  171. Apakah sdr.Juang yg.pintar berfikir telah mencipta
    sesuatu atau jadi pengguna juga.

    Usah dibandingkan kelebihan atas kurnia Allah kepada
    suatu bangsa.Telah direncana Allah,…bahawa bangsa
    yaudi sengaja Allah berikan kelebihan ilmu dunia
    berkonsep teknologi agar mereka berfikir kebesaran
    Allah.Tapi kurnia kepandaian tu membuatkan mereka
    lebih zalim dan menentang Allah.

    Tak ke kamu memikirkan…?

    Kalau nak bandingkan bangsa melayu dalam teknologi
    tentulah suatu pendapat yg.bodoh.Sebab kamu tak
    belajar sejarah REVOLUSI kemajuan sain.Orang melayu
    pun belum tau baca Quran dan islam pun tak masuk
    lagi….diwaktu orang2 barat sibok mencipta.

    Maka lebih baik jadi pengguna dari nak fikir
    mencipta.Lagi pun sejauh mana teknologi menguntungkan
    umat Islam.Nak buka logi nekuler pun dihalang.Nak
    buat senjata pun kena minta izin yahudi.

    Apara….tak ke kamu berfikir,kenapa umat islam
    tak minat nak mencipta.

    sammaster

    May 4, 2010 at 9:16 pm

  172. orang islam pun pandai mencipta , jampi serapah , air yassin , puuuh , puuuuh .. ok be

    slipar

    May 4, 2010 at 10:36 pm

  173. Saudara muaddip dan juang…..betul apa yang hang kata kan itu …..tetapi apaitu yang di katakan kedunian????
    aaaaaaaa itu lah kedudukan hang.>>>>>
    Akai ada di dalam otak>>>> tidak berfungsi menjadi AKal dan ILmu …..apa tugas kita di dunia ini dan apa yang Rahsia nya ….yang ada pada kita???
    ,,,, LAKUM DI NUKUM WAL YADIN….

    saguputeh

    May 4, 2010 at 11:15 pm

  174. bila tak tahu apa2 kita cakap rahsia , tu lah perangai kita .

    slipar

    May 5, 2010 at 12:37 am

  175. Sekiranya mengenal rahsia manusia dijadikan tentunya
    orang2 yg.menggunakan akal akan biarkan saja akalnya
    berfungsi.
    Sebab tak kenal rahsia kurnia…maka kenalah bagai nak
    rak berfikir.

    Akal hanya mampu berfikir kalau ada ilmu.Ilmu pula
    kalau setakat baca buka tak ada amal…..ibarat
    burung sebelah sayap.

    Fikirlah sejauh mana yg.mampu….tanpa Allah bukakan
    jalan mencapainya…..tak juga dapat.

    Dalam Alquran Allah menceritakan pelbagai pertolongan
    ghaib yg.dapat menandingi kekuatan manusia dan alat2
    yg.dicipta manusia.
    Manusia hanya dapat memikirkan hal setakat pengalaman
    nya dan ilmu yg.dimileki.Apabila sesuatu yg.Allah
    ingin timpakan kepada manusia…..tak sempat nak
    fikir2 lagi.Alat teknologi pun tak sempat nak
    bertindak.

    Kemampuan manusia berfikir dan melakukan kerja canggih
    tak perlu dibanggakan.Allah hanya jadikan hal itu
    sebagai petunjuk dan ujian. Sejauh mana mereka
    bersukur,kepada jalan apa mereka menfaatkan dan
    apakah mereka memuji Allah atas kurnia.

    Umat2 dahulu dizaman nabi telah pun maju dalam
    teknologi.Umat zaman ini hanyalah memajukan teknologi
    zaman dulu.

    Kalau hidup ne hanya nak memikirkan soal dunia,
    bagaimana nak berjaya dunia,nak dapat itu dan ini,…
    bagaimana nak buat itu dan ini…..tak perlulah
    Allah tu cipta manusia.Lebih baik jadikan semua
    seperti haiwan yg.hidup dengan berkomitmen dan tunggu
    sampai saat mati.Makhluk2 tu pun dikatakan sentiasa
    memuji Allah.

    Jadi apa bezanya dengan manusia yg.memuji Allah juga
    buat komitmen macam haiwan.
    Cuma manusia lebih baik sikit dari haiwan kerana ada
    akai.

    sammaster

    May 5, 2010 at 2:51 am

  176. sammaster: Usah dibandingkan kelebihan atas kurnia Allah kepadasuatu bangsa. Telah direncana Allah,…bahawa bangsa yaudi sengaja Allah berikan kelebihan ilmu dunia berkonsep teknologi agar mereka berfikir kebesaran Allah.Tapi kurnia kepandaian tu membuatkan mereka lebih zalim dan menentang Allah.

    Tak ke kamu memikirkan…?

    Tidak semua bangsa yang mencipta teknologi itu zalim. Janganlah kerana kebencian pada sesuatu kaum, kita bersikap tidak adil. Tidakkah saudara memikirkan?

    Walaupun saya bukannya pencipta teknologi-teknologi yang kita nampak depan mata, tetapi saya tidak memusuhi teknologi dan penciptanya kerana yang kurniakan ilmu tersebut adalah Allah Yang Maha Bijaksana.

    Kenapa Allah pilih mereka, bukannya umat Islam hari ini? Sebab mereka ada semangat ingin tahu, daya usaha dan kerajinan yang umat Islam hari ini tiada.

    Janganlah nak meniup api kebencian kepada bangsa-bangsa lain yang rajin disebabkan kita sendiri yang pemalas.

    Kalau nak bandingkan bangsa melayu dalam teknologi tentulah suatu pendapat yg.bodoh.Sebab kamu tak belajar sejarah REVOLUSI kemajuan sain.Orang melayu pun belum tau baca Quran dan islam pun tak masuk lagi….diwaktu orang2 barat sibok mencipta.

    Kita di sini bukan nak bandingkan orang Melayu sekarang dengan orang Barat sekarang. Kalau kita bandingkan orang Melayu hari ini dengan orang Barat dua ratus tahun yang lalu pun masih menunjukkan orang Barat pada waktu itu lebih rajin daripada orang Melayu hari ini.

    Persoalan utama kita, kenapa rata-rata orang Melayu itu pemalas, tidak seperti bangsa Barat? Kita bukan nak tekankan sangat pasal teknologi, tetapi tentang sikap rajin atau malas itu. Kerana rajinlah Allah izinkan orang Barat cipta teknologi, dan kerana pemalaslah umat Islam tak dapat kebijaksanaan itu semua.

    Allah turunkan Al Quran untuk pembentukan sifat dan jati diri. Takkanlah Allah bangkitkan seseorang Rasul setakat untuk menjadikan sesuatu kaum itu pemalas? Takkan itu semua kita tak terfikir selama ini?

    Saya tekankan pasal teknologi kerana di situlah kita boleh nampak bangsa mana yang rajin dan bangsa mana yang pemalas. Di situlah kita boleh mengukur apa yang tersembunyi dalam diri seseorang manusia.

    Macam kita nak tahu bateri mana sudah lemah dan bateri mana yang masih bertenaga, sudah pasti dengan melihat apa yang mampu dilakukan oleh kedua-dua bateri itu. Jika nak gerakkan jarum jam pun tak mampu, itu menunjukkan bateri itu sudah lemah. Macam itulah kita nak lihat apa yang ada dalam diri manusia.

    Maka lebih baik jadi pengguna dari nak fikir mencipta.Lagi pun sejauh mana teknologi menguntungkan umat Islam.Nak buka logi nekuler pun dihalang.Nak buat senjata pun kena minta izin yahudi.

    Orang Barat bukan sengaja nak halang buat teknologi nuklear. Dengan sikap umat Islam hari ini yang suka berperang dan bom di tempat-tempat awam, sudah pasti menimbulkan ketakutan pada bangsa-bangsa lain jika ada negara Islam tahu buat senjata yang berbahaya.

    Sedar diri itu sikit yang imej Islam sekarang dilihat ganas kerana perangai umat Islam yang suka berpecah-belah seperti di afghanistan dan di iraq/iran.

    Malaysia tidak dilihat sebagai negara Islam yang ganas. Jadi, walaupun kita ada pusat kaji atom, bangsa lain tak rasa takut sebab kita tidak dilihat ke arah permusuhan.

    Dan kalau kita fikirkan, teknologi bukannya setakat bidang nuklear. Kenapa tidak buat teknologi yang aman dan bermanfaat tinggi seperti bidang aeroangkasa?

    Sekarang ini yang bergabung tenaga kaji angkasa kebanyakan negara-negara bukan Islam. Negara Islam hanya sibuk dengan cerita berebut kuasa sahaja. Memalukan imej Islam, nama Rasulullah dan Al Quran.

    Apara….tak ke kamu berfikir,kenapa umat islam tak minat nak mencipta.

    Umat Islam sekarang tidak minat mencipta kerana pemalas berfikir walaupun Al Quran sering menekankan manusia supaya berfikir.

    Kalau manusia itu sudah pemalas, tiada siapa yang boleh mengubah attitude dalam dirinya melainkan dirinya sendiri.

    Umat Islam hari ini seperti bateri yang sudah kehabisan tenaga. Tidak mampu bergerak maju walaupun kuantiti mereka ramai.

    Juang

    May 5, 2010 at 5:20 am

  177. Saguputeh: Saudara muaddip dan juang…..betul apa yang hang kata kan itu …..tetapi apaitu yang di katakan kedunian????
    aaaaaaaa itu lah kedudukan hang.>>>>>
    Akai ada di dalam otak>>>> tidak berfungsi menjadi AKal dan ILmu …..apa tugas kita di dunia ini dan apa yang Rahsia nya ….yang ada pada kita???
    ,,,, LAKUM DI NUKUM WAL YADIN….

    Ketika Allah ilhamkan kepada Nabi Nuh untuk membina kapal untuk manfaat di masa akan datang, kaumnya memandang hina pekerjaan itu. Tidak mustahil Nabi Nuh dilihat buat kerja keduniaan kerana kaum Nabi Nuh itulah yang rajin buat sembahan ritual.

    Sebenarnya umat Islam hari ini telah ditipu. Kononnya bila kaji sains dan teknologi, itu semua dikatakan keduniaan. Buat amalan ritual itu mereka kata untuk akhirat.

    Tetapi kalau kita renung kisah-kisah Nabi dalam Al Quran, mereka pun buat kerja-kerja keduniaan untuk hidup dan tidak diceritakan pun para Nabi itu buat amalan ritual untuk dapatkan akhirat. Umpamanya Nabi Daud ada kemahiran membuat baju besi (pasti ada teknologi pada waktu itu). Al Quran tidak kata pun Nabi Daud buat amalan ritual. Begitu juga Nabi Sulaiman ada teknologi memanipulasikan angin untuk mempercepatkan perjalanannya. Dan Nabi Sulaiman menegur kaum Ratu Balqis yang bersujud ke arah matahari.

    Jelas menunjukkan para Nabi pun belajar teknologi. Itulah bekalan akhirat bagi mereka. Tetapi umat Islam hari ini tak sedar itu semua sebab mereka dijauhkan daripad memahami isi kandungan Al Quran.

    Juang

    May 5, 2010 at 5:32 am

  178. Salam,

    Di zaman Nabi Musa, walaupun Nabi Musa seorang pakar sains yang berjaya mengalahkan tukang sihir Firaun (memang sihir takkan mampu kalahkan sains), tetapi kaum bani Israel ketika itu tidak cukup yakin mereka boleh masuk kembali ke tanah tumpah nenek moyang mereka di Jerussalam.

    Bila Nabi Musa ajak mereka memerangi kaum di tempat itu, mereka suruh Nabi Musa dan Allah yang pergi. Ini kerana pada waktu itu kebanyakan mereka masih sukar meninggalkan amalan sembahan ritual. Mereka masih nak jadikan patung sebagai objek tumpuan sembahan mereka.

    Namun pada hari ini, sejak bangsa Israel menguasai ilmu sains dan teknologi, mereka mula yakin pada keupayaan diri mereka sendiri. Mereka berjaya masuk kembali ke tanah nenek moyang mereka (Jerussalam) dengan mudah walaupun di kelilingi oleh negara-negara Arab.

    Nampak tak bagaimana kebijaksanaan dalam sains dan teknologi menjadikan sesuatu bangsa itu kuat walaupun kuantiti mereka sedikit, dan amalan ritual sujud kepada sesuatu objek menyebabkan sesuatu kaum itu jadi lemah walaupun kuantiti mereka ramai.

    Ini menunjukkan ilmu sains dan teknologi itu disokong oleh Allah Yang Maha Kuat sedangkan amalan ritual sujud pada sesuatu binaan itu diada-adakan oleh syaitan untuk melemahkan potensi diri manusia. Bukankah tipu daya syaitan itu lemah?

    Namun sedikit sekali umat Islam hari ini sedar diri.

    Juang

    May 5, 2010 at 5:45 am

  179. Salam,

    Sebenarnya bekalan akhirat bagi manusia adalah apa jua sumbangan kebaikan atau manfaat untuk kehidupan di dunia ini, bukannya amalan ritual.

    Allah tidak memerlukan apa-apa daripada makhluk-makhlukNya. Jadi, segala amalan ritual sembahan itu hanyalah angan-angan manusia sahaja.

    Generasi akan datang yang perlukan sesuatu daripada generasi sebelumnya. Jika generasi sebelumnya jenis pemalas dan tak sedar diri, sudah pasti cucu-cicit mereka menghadapi kesukaran untuk menghadapi persaingan hidup. Tetapi kalau generasi hari ini berubah untuk jadi generasi yang rajin dan suka mengkaji, generasi akan datang yang dapat manfaatnya. Lihatlah bagaimana datuk-nenek orang Barat itu mengubah nasib bangsanya sehingga mereka hari ini dapat kemudahan dalam hidup.

    Sebab itulah manusia perlu ada wawasan yang tinggi untuk kepentingan generasi akan datang. Bukannya berfikiran pendek untuk kaut keuntungan diri sendiri dan melupakan nasib cucu-cicitnya nanti.

    Segala sumbangan yang kita tinggalkan untuk manfaat umat akan datang itulah yang akan menyenangkan kita di akhirat kelak. Itulah budi yang kita tanam sebelum menemui mati. Bila mati nanti, budi itu Allah akan balas sesuai dengan penat lelah yang kita lakukan.

    Tetapi kalau di dunia sudah hidup pemalas dan melepak-lepak tanpa menyumbangkan apa-apa manfat untuk generasi akan datang, takkanlah di akhirat manusia itu dapat hasilnya?

    Orang yang rajin tanah pokok pada hari ini, beberapa tahun bila pokok itu berbuah, orang itu dapat tuai hasilnya. Begitulah dengan orang yang tanam budi pada hari ini melalui cara rajin mengkaji ilmu2 Allah dan mencipta teknologi menyenangkan generasi akan datang, di akhirat kelak mereka dapat hasilnya. Setiap budi yang manusia lakukan, pasti Allah membalasnya biar sebesar nukleus sekali pun.

    Juang

    May 5, 2010 at 6:13 am

  180. ……Dalam Alquran Allah menceritakan pelbagai pertolongan
    ghaib yg.dapat menandingi kekuatan manusia dan alat2
    yg.dicipta manusia…….

    …….Umat2 dahulu dizaman nabi telah pun maju dalam
    teknologi.Umat zaman ini hanyalah memajukan teknologi
    zaman dulu……..

    tak payah kena ganja , baca ni pun dah ke bulan ke bintang

    slipar

    May 5, 2010 at 8:49 am

  181. slipar: bila tak tahu apa2 kita cakap rahsia , tu lah perangai kita .

    Bila para malaikat persoalkan tentang kenapa Allah hendak lantik manusia sebagai khalifah di muka bumi sedangkan mereka lebih rajin bertasbih memuji Allah, tidak pula Allah kata “itu adalah rahsia”. Sebaliknya Allah buktikan kenapa Adam itu lebih layak jadi khalifah, bukannya malaikat berdasarkan ketinggian tahap ilmu di antara Adam dan para malaikat.

    Allah bukan jenis cakap kosong. Dia membuktikan kenapa dan sebab apa Dia buat sesuatu. Tetapi kalau kita tengok perangai rata-rata umat Islam hari ini, mereka tidak dapat buktikan kenapa dan sebab apa mereka buat sesuatu amalan ritual untuk dikaitkan dengan tugas khalifah. Mereka main buat atas ikut-ikutan bapa-bapa mereka. Bagaikan mereka lebih bertuhankan bapa mereka daripada Allah, Pencipta mereka.

    Juang

    May 5, 2010 at 10:20 am

  182. Allah bersifat pengurnia RAHMAT kepada sapa saja.Tak
    kira ia menyembah apa atau mencipta agama lain atau
    derhaka.Itulah perjanjian Allah pada DIRI nya sewaktu
    penciptaan.Maka Allah mengambil makhluk seperti BINTANG,
    PLENET,MALAIKAT sebagai saksi keadilannya.

    Dalam pemberitahuan Allah kepada umat2 kemudian,..IA
    menceritakan perihal konsep2 manusia.Ketika susah dan
    senang.Ada yg.bersyukur dan ada yg.tidak.

    Tapi kebanyakan manusia tidak bersyukur dan kelebihan
    yg.Allah beri membuatkan mereka lebih lalai dan
    zalim.

    Ini adalah kenyataan Allah dan bukan kenyataan saya.
    Tidak kah anda memahaminya..?

    Maka rumusannya…manusia kebanyakan sombong,lalai,
    bangga diri dan zalim dalam keadaan senang
    berbanding dalam keadaan susah.

    Banyak cerita Alquran menunjukkan manusia yg.zalim
    adalah apabila dalam keadaan Allah memberi kelebihan.

    Sesungguhnya Allah sangat menyukai hambanya yg.
    berfikir lalu dapat mencipta dan menfaatkan ciptaannya
    dan menjalani tugas KHALIFAH.Itulah misi sebenar
    apabila manusia diberi KURNIA.

    sammaster

    May 5, 2010 at 6:55 pm

  183. Jika kita renungkan, Allah tidak akan membiarkan mana-mana manusia yang zalim untuk berada dalam kesenangan membuat kezaliman. Pasti mereka dapat balasannya.

    Umpamanya orang yang zalim kepada dirinya sendiri, iaitu orang yang dikurniakan akal tetapi tidak mahu menggunakannya, maka balasan Allah ke atas perbuatan mereka tidak mahu menggunakan akal itu diberikan terus di atas dunia lagi.

    Carilah mana manusia yang hidup tidak menggunakan akal akan dapat ketenangan dalam hidupnya. Kita dituntut berfikir panjang dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

    Contohnya kalau kita memandu kereta tanpa lesen, jika berlaku sesuatu di atas jalan raya, kita akan jadi takut dan cemas. Keadaan cemas menyebabkan banyak kemungkinan buruk boleh berlaku sebab dalam keadaan begitu, manusia tidak boleh melakukan sesuatu pekerjaan dengan tepat.

    Kalau kita berfikir panjang untuk tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh mengundang bahaya pada diri, sudah pasti kita boleh mengelakkan diri daripada keadaan cemas itu.

    Tetapi tidak ramai manusia nampak hikmah di sebalik berfikir panjang atau masak-masak itu. Ramai yang suka mengambil sikap “take for granted” apa yang mereka turuti selama ini.

    Juang

    May 5, 2010 at 7:26 pm

  184. salam/peace..

    sifat2 orang melayu yng ber’agama’ islam

    a) PEMALAS
    b) PERKAUMAN
    c) MEMBAZIR
    d) SOMBONG
    e) TIDAK MENEPATI MASA
    f) SUKA DITOLONG TAPI TAK SUKA MENOLONG
    g) MENINGGI DIRI
    h) NAK SESUATU TANPA BERUSAHA
    i) RIAK
    j) TAKBUR
    k) SUKA JAGA TEPI KAIN ORANG
    l) SUKA MENGHUKUM
    m) ETC….

    Tak mustahil satu hari nanti, kaum melayu akan pupus dari muka bumi dan berkuburlah pepatah ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia”

    wolverine

    May 5, 2010 at 10:56 pm

  185. Jangan salah cakap>>>?????
    Cuba renung kan diri sendiri dulu ….kenalke akan diri dan Agama anda?. sekiranya anda mengatakan sedemikian …tahu kah anda JALAN apa yang andaa ikut???

    Di manakah Ilmu2 yang anda pelajari itu di letakkan dan di gunakan??? Kalau ini lah cara kita berfikir maka kita
    maseh tidak mengenali akan Fungsi ILMU itu.

    saguputeh

    May 5, 2010 at 11:11 pm

  186. Sikap manusia semuanya sama.Tak diukur dari sudut
    bangsa apa sekalipun.Oleh kerana seseorang hanya kenal
    satu bangsa yg.pemalas maka dikatakan bangsa itu pemalas
    dan pelbagai sikap negetif.

    kata2 itu hanya lahir dari manusia yg.punyai hati kotor
    juga dan seperti apa yg.diukurkan.Itulah sebenarnya
    cermin untuk diri kita.

    Orang berilmu tentunya sempurna.Kalau tak berilmu
    walaupun beragama apa sekalipun tentunya pelbagai
    sifat negetif dimileki.

    Kita tak tau lagi dipenghujung jalan2 manusia yg.
    beragama.Usah pandang Islam itu hanya pada wajah
    melayu saja.

    Islam itu untuk semua,…tapi bangsa itu hanya satu2
    wajah yg.hakikatnya satu jua.
    Mengutuk manusia bererti mengutuk ciptaan Allah jua.
    Melainkan apa2 yg.Allah telah kutuk dan hinakan
    seperti bangsa Yahudi…sehingga tercatit nama bangsa
    itu dalam kitab.

    sammaster

    May 6, 2010 at 1:30 am

  187. wolverine: sifat2 orang melayu yng ber’agama’ islam
    a) PEMALAS
    b) PERKAUMAN
    c) MEMBAZIR
    d) SOMBONG
    e) TIDAK MENEPATI MASA
    f) SUKA DITOLONG TAPI TAK SUKA MENOLONG
    g) MENINGGI DIRI
    h) NAK SESUATU TANPA BERUSAHA
    i) RIAK
    j) TAKBUR
    k) SUKA JAGA TEPI KAIN ORANG
    l) SUKA MENGHUKUM

    Salam,

    Sebagai orang Melayu yang pernah menurut ajaran tradisi tanpa mahu membuat penyelidikan sendiri (menurut membuta-tuli), memang saya akui kata-kata wolve itu ada kebenarannya.

    Oleh kerana kita mudah nampak sifat-sifat tersebut dalam diri kita, mudahlah kita nak guna Al Quran untuk “twist” sifat tersebut kepada “anti”nya.

    Andaikata saya tidak sanggup mengakui sifat-sifat tersebut, sampai ke mati saya tidak akan mengubahnya.

    Kadang-kadang kita berharap sangat dilahirkan dalam kaum yang berkualiti sifatnya seperti zaman kegemilangan Islam dahulu. Tetapi walau macam mana buruk pun perangai kaum sendiri, walaupun pun pahit untuk diakui, kita terpaksa bersyukur apa yang Tuhan tetapkan.

    Macam mana kita nampak buruk pada kaum sendiri, itulah sebenarnya cermin diri kita untuk menjadikan kita orang yang sedar diri.

    Juang

    May 6, 2010 at 4:52 am

  188. sammaster: Melainkan apa2 yg.Allah telah kutuk dan hinakan seperti bangsa Yahudi…sehingga tercatit nama bangsa itu dalam kitab.

    Al Quran hanya mengutuk keturunan Yahudi pada zaman-zaman tertentu. Bukannya sepanjang zaman. Ini kerana daripada keturunan bani Israel juga lahirnya ramai Nabi dan Rasul.

    Iman dan kufur tidak boleh diwarisi. Tidak semestinya kekufuran nenek moyang, akan diterima bulat-bulat oleh anak cucunya. Begitu juga tidak semestinya keimanan nenek moyang, akan diikuti bulat-bulat oleh anak cucunya.

    Yang menyebabkan sesuatu kaum itu jadi bangga diri bila merasakan dilahirkan daripada kaum yang menganuti Kitab Allah yang disampaikan oleh seseorang Nabi terdahulu, merekalah kaum yang beriman. Walhal bila kita periksa sifat-sifat mereka, jauh panggang daripada api dengan akhlak Nabi yang terakam dalam Kitab Allah itu.

    Seperti mana kebanyakan orang Islam hari ini perasan merekalah umat terbaik dan benar, seperti itulah perasaan orang Yahudi dan Nasrani yang dilihat oleh Nabi Muhammad kerana mereka keturunan yang ikut Kitab seseorang Nabi terdahulu.

    Kalau kita lihat sifat-sifat seseorang Nabi, tidak ada di antara mereka menurut membuta-tuli amalan tradisi kaum mereka sendiri. Semuanya akan menentang arus amalan masyarakat mereka. Terpapar keberanian mereka menegakkan jati diri mereka. Tetapi cuba lihat rata-rata perangai orang Melayu kita. Kebanyakannya suka menurut orang ramai.

    Inilah yang dinamakan “pengulangan”. Namun sedikit sekali mereka memikirkan.

    Juang

    May 6, 2010 at 5:05 am

  189. Salam,

    Kadang-kadang kita tidak perasan perangai kita. Umpamanya bila orang lain kutuk kaum atau bangsa kita sendiri, kita rasa panas hati, marah, menimbulkan kebencian dan sebagainya. Tetapi bila ada orang kita ajak kutuk kaum lain, kita seronok mengikutnya. Bukan main laju mulut kita mengutuk kaum-kaum lain. Macam-macam idea keluar nak kutuk mereka.

    Kalau kita belajar meletakkan perasaan kita pada kaum yang kita kutuk itu, seperti itulah yang mereka rasa bila kita marah jika ada orang kutuk kaum kita.

    Sikap tidak suka memahami perasaan orang lain atau meletakkan diri di pihak sebaliknya menyebabkan kita jadi angkuh dan bangga diri dengan bangsa atau kaum sendiri.

    Cuba belajar letakkan diri kita di luar alam “Melayu” atau alam “Islam” yang selama ini mengelilingi kita. Cuba belajar melihat daripada perspektif kaum-kaum lain terhadap orang “beragama” Islam hari ini. Pasti mudah kita akan nampak “penyakit-penyakit” orang Islam yang selama ini kita tak sedar akibat keangkuhan dengan keturunan kita.

    Juang

    May 6, 2010 at 5:14 am

  190. Isu bangsa rasanya tak sesuai dikaitkan dengan pembawaan
    agama.Sebelum sampainya ajaran agama…BANGSA2 manusia
    telah wujud.

    Dinyatakan bangsa ARAB Mekah telah wujud sedangkan
    dakwah belum sampai dinegeri itu.

    Begitu juga bangsa melayu jika dikaji sejarahnya
    terdapat dimerata bumi ASIA.Mereka dipengaruhi pelbagai
    budaya.Melayu ditanah melayu dipengaruhi budaya HINDU,
    ARAB,…dan sebagainya.

    Melayu yg.malas terdapat selepas negara mula maju
    dan rakyat mula jadi senang.Bukan sebab mereka
    beragama Islam….tapi sebab polisi kerajaan dan
    politik.

    Siapa saja bila dah senang hidup akan jadi bodoh dan
    malas.Walaupun baca Alquran,melihat sebanyak mana
    ciptaan tuhan,…jika tiada latihan ilmu dan amal
    tak buat….tetap tak faedah.

    Generasi muda melayu zaman ini telah banyak diracuni
    DADAH,hiburan dan macam2.

    Salah agama atau salah pengasuh…?Atau manusia itu
    sewajarnya berada dalam keadaan disusahkan lebih
    baik dari selesa.

    Agama hanya suatu berita dan peraturan untuk sapa2 yg.
    beriman saja.Kalau bukan Islam ingin mengikut ajaran
    nya…kejayaan hidup dunia juga boleh diperolehi.

    Jika umat Islam hanya baca Alquran tanpa faham samalah
    dengan haiwan2.

    sammaster

    May 6, 2010 at 1:34 pm

  191. Salam,

    Jika agama atau deen bermaksud cara hidup, sebenarnya cara hidup, cara hidup Islam (selamat) telah lama Allah tetapkan untuk manusia sejak Adam diciptakan dan dilantik sebagai khalifah. Maknanya sebelum kewujudan bangsa Israel, Arab, Cina, India, Melayu dan sebagainya, cara hidup yang selamat itu telah wujud. Kalau kita fikirkan pun, tak mungkin Allah ciptakan Adam dan ditempatkan ke muka bumi tanpa satu peraturan hidup yang selamat? Sedangkan kalau kita mencipta kereta pun, kita akan pastikan kereta itu berkeadaaan selamat bila berfungsi.

    Namun syaitan telah berjaya memesongkan ramai manusia (anak cucu Adam) sehingga yang benar (sesuatu yang Allah tetapkan) telah bercampur dengan sesuatu yang dusta (yang diada-adakan).

    Apabila ketetapan yang dusta itu dikatakan “agama Allah” sedangkan mereka tidak kemukakan apa-apa bukti kukuh yang tidak boleh dipatahkan dengan hujah (sebab tak mungkin ketetapan Allah boleh dipatahkan oleh manusia kerana Dia Maha Bijaksana), di situlah bermulanya sesuatu bangsa atau kaum berubah sifat. Mereka mula menjadi manusia yang bersifat negatif. Umpamanya mereka pemalas berfikir, malas belajar, suka menurut membuta-tuli, membuang masa, suka dengar khabar angin, mengumpat keji dan menyebarkan fitnah-fitnah kerana sudah tiada rasa takut berpegang pada sesuatu yang dusta.

    Bayangkanlah bila para icon agama (ulamak atau ustaz) mengajar dengan mengatakan “dalam Islam tidak boleh guna akal”, (sedangkan terang-terang Al Quran suruh manusia berfikir agar berpandangan jauh ke hadapan), ia akan melahirkan masyarakat yang berfikiran pendek dan buat menurut rasa (tidak berfikir dahulu). Bila masyarakat tidak suka berfikir panjang, anak-anak mereka mudah terpengaruh dengan gejala negatif. Tetapi kalau kita orang yang suka berfikir dahulu sebelum bertindak dengan mempertimbangkan baik-buruk sesuatu perkara, apakah kita mudah terpengaruh?

    Selain itu, apabila sesuatu kaum itu suka beragama secara ikut-ikutan orang kebanyakan, anak-anak remaja mereka pun jenis ikut orang kebanyakan. Jika anak itu di kelilingi kawan yang ramai merokok, dia akan tiru kawan-kawannya tanpa mempertimbangkan buruk-baik. Jika anak itu di kelilingi kawan-kawan yang suka merempit, dia akan terikut-ikut rentak orang lain. Anak itu tidak memiliki jati diri sebagai benteng jiwanya. Mudah menurut rasa sahaja.

    Tetapi ramai tidak sedar. Melainkan kalau kita suka berfikir punca-punca sesuatu masalah yang berlaku, barulah kita nampak itu semua. Tetapi sikap kebanyakan orang kita, sudah terhantuk baru nak tergadah. Selagi masalah itu tak kena batang hidup sendiri, kita lalai dan buat tak kisah. Itulah gambaran realiti masyarakat Islam hari ini.

    Sebab itulah masalah di Palestin tak selesai-selesai lagi kerana umat Islam tak sanggup kaji daripada akar umbi kenapa Allah timpakan itu semua kepada mereka. Mereka hanya tahu melenting marahkan Isreal, tetapi sedikit sekali mereka sedar diri dan berfikir apa salahnya mereka yang menyebabkan Allah timpakan musibah kepada mereka. Apakah kerana selama ini kita buat tak kisah dengan Al Quran dan memperlekeh-lekehkan isi kandungannya (sekadar dilagu-lagukan sahaja) yang menyebabkan Allah timpakan musibah itu semua? Apakah kita sanggup akui kesilapan kita selama ini? Atau masih nak terus tenggalam dalam keangkuhan dan berbangga diri?

    Bayangkanlah Al Quran ada lebih 6000 ayat sebagai nasihat pun umat Islam tak mahu ambil pengajaran daripadanya. Macam manalah Allah nak tolong umat Islam?

    Juang

    May 6, 2010 at 3:04 pm

  192. Walaupun banyak pengajaran…semuanya perlu kembali
    pada mentauhidkan Allah.Jika akal hanya memikirkan
    bagaimana nak maju dunia tapi akal tak tau,macam mana
    hal dunia boleh dijadikan bekalan akhirat.

    Lihatlah,..kemajuan yg.dihasilkan manusia,..kebanyakan
    untuk mendapat sumber kekayaan dan ingin menguasai
    dunia.

    Jika benar orang2 yg.berfikir dan berjaya dalam ilmu
    fikirnya tentang dunia…mengapakah kaum2 yg.maju itu
    tidak memikirkan masaalah umat….melainkan sedikit
    gulongan yg.membelanjakan hartanya untuk mentaati ajaran.

    sammaster

    May 6, 2010 at 11:22 pm

  193. Hasil akal adalah teknologi bermanfaat. Setiap manfaat adalah kebaikan. Setiap kebaikan, pasti dapat balasan Tuhan. Itulah bekalan akhirat. Tanam bakti ketika di dunia, tuai hasilnya di akhirat.

    29:7. Dan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sungguh, Kami akan melepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Kami akan membalas mereka dengan yang paling baik daripada apa yang mereka buat.

    Kaum-kaum yang maju itu tetap membantu kaum-kaum lain yang mundur. Mereka sanggup datang melabur agar kaum yang mundur dapat bekerja. Bila ada duit lebih, boleh belajar ilmu-ilmu Allah yang diterokai oleh kaum yang maju.

    Siapa kata kaum maju itu tidak memikirkan nasib umat? Masalahnya bila kaum yang mundur itu mahu terus hidup pemalas walaupun kemudahan banyak (seperti adanya internet), kenapa nak salahkan kaum maju itu lagi? Kenapa tak salahkah kepemalasan kaum mundur itu?

    Juang

    May 6, 2010 at 11:31 pm

  194. Salam,

    Kalau kaum maju itu tidak membantu bangsa lain, sudah pasti mereka tidak kongsikan ilmu-ilmu sains yang mereka terokai itu. Tetapi macam mana ilmu-ilmu itu boleh sampai ke sekolah dan universiti-universiti kita? Itu menunjukkan mereka ada rasa tanggungjawab nak bantu kaum-kaum lain.

    Mereka bekalkan ilmu kerana ilmu itulah harta yang paling bernilai. Kalau mereka hanya berikan duit kepada kaum yang mundur, kaum mundur itu hanya tahu gunakan duit itu sahaja. Tetapi bila mereka berikan ilmu, bermakna mereka berikan cara-cara kaum mundur itu nak majukan ekonomi.

    Bak kata pujangga, jika kita beri ikan kepada seseorang, dia hanya boleh hidup sampai esok. Tetapi jika kita beri kail kepada orang itu untuk memancing, dia boleh hidup sehingga akhir hayat.

    Begitulah pentingnya ilmu. Sebab itu Adam layak jadi khalifah pun kerana ketinggian ilmu di dadanya. Apakah ilmu yang Allah ajar kepada Adam itu untuk dunia? Tidak pula Allah kata ilmu itu untuk dunia? Ini kerana sifat ilmu itu kekal dan akhirat itu alam yang kekal juga.

    Ilmu tidak boleh dimusnahkan, tetapi ia kekal abadi. Malah kemusnahan jasad kita bila mati nanti pun kerana ada hukum-hukum sains di sebaliknya. Tetapi ramai tidak sedar itu semua.

    Juang

    May 6, 2010 at 11:43 pm

  195. Cuba terangkan keadaan nasib orang2 AFRIKA.Apakah
    sebenarnya takdir dan ketentuan yg.anda nampak.

    Apakah kemunduran kaum itu disebab pemalas…?
    Mereka menderita kelaparan..sanggup perpanas dibumi
    Allah yg.serba tandus,kekurangan sumber2 asli yg.
    dapat memajukan negara…..namun mereka terus berusaha.

    Agaknya apakah yg.patut kaum tu buat untuk jadi maju.
    Cuba ceritakan.

    Kini Grees dilanda kesusahan.Sebelum tu mereka adalah
    negara yg.maju,rakyat bijak pandai menggunakan akal.
    Kini telah hampir MUFLIS.

    Apakah umat itu tak berfikir sedangkan sebelum tu
    mereka adalah maju dalam menggunakan akal.

    Begitu juga Amerika yg.dilanda krisis ekonomi yg.teruk
    hingga BANK2 besar jadi Muflis…sedangkan mereka
    pengeluar teknologi dan rakyatnya bijak pandai
    dalam menggunakan akal.

    Apakah rakyatnya tak tau menyelamatkan ekonomi mereka.

    Cuba lihat MALAYSIA rakyatnya yg.dikatakan MELAYU
    pemalas dan tak berakal….tapi masih setabil dalam
    mentadbir ekonomi ketika krisis.Walaupun kerajaan
    pembangkang menguasai pemerintahan….namun kerajaan
    pusat yg.kecil masih mampu menstabilkan keadaan.

    Apakah anda tidak memikirkan dan berjalan dimuka bumi
    melihat keadaan sebenar.

    Jangan kita melihat kulit sahaja sedangan isi telah
    rosak.Negara yg.nampak maju dan berteknologi…tapi
    sebenarnya rakyatnnya hidup macam ROBOT.

    Cubalah duduk di JEPUN sebulan.Anda akan tau bagaimana
    deritanya berkerja demi nak hidup.

    sammaster

    May 7, 2010 at 2:37 am

  196. Jangan kita sangka dengan kepandaian akal dan kemampuan
    diri yg.bersifat rajin usaha mampu mengubah keadaan.
    Semuanya adalah dalam perhitungan Allah jua.

    Ramai orang yg.bijak pandai masih menggangur.Ada juga
    dikalangan manusia yg.rajin berusaha..tapi Allah tak
    membuka jalan untuk mengubah kemajuan dirinya melainkan
    sekadar murah rezeki.

    Lihat lah disekitar anda dan menyelidik seberapa ramai
    contoh2 umat yg.rajin yg.masih belum diizinkan Allah
    dalam kejayaan berbentuk dunia.Tanyalah mereka…
    apakah mereka tak berusaha atau berfikir untuk
    mengubah nasib sedia ada kpd.lebih baik.

    Nabi mengajar tentang kehidupan ialah SEDERHANA dan
    bersyukur nikmat.

    sammaster

    May 7, 2010 at 2:48 am

  197. Allah beri akal memang untuk berfikir.Selain untuk
    berfikir bagaimana untuk hidup dan memperbaiki diri
    agar komitmen kehidupan berasaskan agama.

    Soal kemampuan berfikir dan kemampuan diri…setiap
    orang berbeda.Sesiapa yg.Allah nak lebihkan atau hanya
    sekadar itu…adalah izin Allah.

    Kita tak sewajarnya mengatakan umat manusia susah kerana
    pemalas.Itu adalah suatu pemikiran yg.menentang dan
    lupa akan kuasa Allah yg.menetapkan suatu ASBAB usaha.

    Maka niat usaha hanyalah sekadar melakukan sunnah
    dan fitrah dalam hukum kehidupan,..bukan menaruh
    harapan pada akal dan kemampuan.Lakukan suruhan
    ajaran itu dengan penuh penyerahan kepada Allah….
    baru lah amal dunia berkat ke akhirat.

    sammaster

    May 7, 2010 at 2:57 am

  198. Sammaster: Cuba terangkan keadaan nasib orang2 AFRIKA.Apakah sebenarnya takdir dan ketentuan yg. anda nampak

    Contoh nasib orang Afrika boleh berubah dengan melihat keturunan mereka di Amerika. Walaupun suatu ketika dahulu kaum mereka diperhamba-abdikan, kini nasib mereka berbeza. Tidak mustahil keturunan mereka di benua Afrika itu juga boleh berubah jika mahu buat revolusi membuka minda.

    Cuba lihat berapa ramai pemain bolasepak berbangsa Afrika boleh dibentuk dan maju? Mereka boleh menandingi dan bersaing dengan bangsa Eropah dari segi mental dan fizikal.

    Takdir yang saya nampak, manusia itu sama sahaja potensi diri mereka. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Itu sahaja.

    Orang Eropah dahulu pun bukannya maju dan hebat sangat berbanding orang Arab zaman kegemilangan. Tetapi mereka sanggup belajar dan berevolusi untuk meninggalkan ajaran dusta dan kembali kepada hukum-hukum Tuhan tetapkan di alam semesta.

    Jadi, dengan berevolusi meninggalkan ajaran dusta untuk kembali belajar kenal hukum-hukum Tuhan tetapkan (sains), semua kaum boleh maju. Cuba lihat Jepun, Korea dan kini China bergerak maju kerana sanggup tunduk pada hukum-hukum Tuhan (sains) itu. Mereka telah tunduk kepada sistem Tuhan.

    Kitaran cahaya atau bahang mengkaji sains itu mula sampai ke Nusantara pula. Arab->Eropah->Amerika->Jepun->Korea->China->???

    Juang

    May 7, 2010 at 5:32 am

  199. Sammaster: Begitu juga Amerika yg.dilanda krisis ekonomi yg.teruk hingga BANK2 besar jadi Muflis…sedangkan mereka pengeluar teknologi dan rakyatnya bijak pandai dalam menggunakan akal.

    Walaupun Amerika mengalami krisis ekonomi, namun rakyat mereka masih mempunyai kuasa beli yang kuat. Buktinya, produk-produk ciptaan syarikat Jepun dan Korea masih mensasarkan kepada market di AS. Ini menunjukkan yang bermasalahnya adalah syarikat-syarikat di sana, tetapi rakyatnya masih hidup mewah dan berupaya menjana ekonomi untuk negara-negara lain.

    Tetapi apakah sumbangan orang-orang Arab untuk menjana ekonomi orang-orang “Islam” di negara lain? Nak katakan mereka melabur banyak di negara kita, tak juga? Nak katakan mereka mempunyai kuasa beli terbesar untuk membantu negara-negara “Islam” lain, tak juga.

    Yang kasihannya, makcik-pakcik yang berpenat-penat toreh getah kena keluar duit untuk beritual di tanah Arab sana akibat disalahfahamkan ajaran Islam dan Al Quran dijauhkan isi kandungannya.

    Tiada belas kasihankah kita melihat pendustaan itu?

    Juang

    May 7, 2010 at 5:44 am

  200. Nampaknya dah telajak dari topik kalimah syahadah,..
    dan masuk bab KADA & KADAR.
    Ok le…kita kembali pada topik dan membincangkan apa
    permasaalahan dengan kalimah itu.

    Bagi saya kalimah itu adalah UMUM bagi yg.umum.Ia boleh
    juga dianggap sebagai sistem bersyariat…atau AKU JANJI.

    Perjanjian dan pengakuan itu mungkin tidak dirasai oleh
    yg.mengucapkan kerana ia permainan lidah.Tidak perlu
    buat surat HITAM PUTIH serta cop suruhan jaya sumpah.
    Tapi…kita mesti sedar,..sebelum menyebut kalimah
    itu,tentunya sebutan awal telah berlaku di HATI.
    Samada dihati sama dilidah,…hanya Allah yg.tau.

    Pokok syahadah ialah “Beriman pada Allah”samada ucapan
    tu panjang atau pendik,bersuara atau dalam hati,….
    bagi saya yg.utama ialah membenarkan dan menetapkan
    TAUHID kpd.ALLAH….dengan menafikan tiada langsung
    makna atau definasi tuhan.

    Tuhan dengan Allah dalam penyelidikan saya adalah
    berbeda.Bila menyebut tuhan ia akan menjadi UMUM dan
    BERBILANG.

    Muhammad adalah pesuruh Allah adalah kenyataan
    menerima dan membenarkan akan nabi terakhir.Ini adalah
    kerana…umat terdahulu dizaman nabi saw.tidak mau
    menerima Muhammad sebagai nabi terakhir.Mereka hanya
    beriman kepada nabi ISA as.sebagai pembawa mesej ALLAH
    yg.terakhir dan Injil sebagai kitab akhir.

    Maka sebab itu syahadah diwujudkan kepada umat2 akhir
    zaman,bukan sebagai ingin mengangkat mertabad nabi
    Muhammad saw.saja…tapi merangkumi semua nabi.

    Kerana nabi Muhammad sendiri disuruh Allah untuk berimamkan nabi Ibrahim as.

    Maka sebab itu selawat antara dua sujud menyebut
    salam sejahtera kpd.ketua agama iaitu
    nabi Ibrahim as.

    sammaster

    May 8, 2010 at 5:09 am

  201. Salam,

    Di antara melafazkan percaya kepada Allah dengan berusaha membentuk akhlak mulia sebagai tanda orang yang percaya kepada Allah (sebab mana ada orang berperangai buruk itu percaya keapda Allah), sudah pasti ada perbezaannya.

    Samalah seperti orang yang sekadar berkata “aku percaya akan lulus SPM” dengan orang yang berusaha untuk benar-benar untuk lulus SPM, mereka itu berbeza.

    Ramai orang Islam hari ini beranggapan dengan sekadar mengucap 2 kalimah syahadah, mereka benar-benar telah Islam. Mereka merasakan tempat mereka sudah di syurga. Walhal dari segi pembentukan akhlak seperti Nabi dan Rasul, mereka tinggalkan. Perangai mereka tidak nampak seperti akhlak Nabi dan Rasul yang ada dalam Al Quran.

    Umpamanya dalam Al Quran, tidak ada Nabi yang menurut membuta-tuli ajaran tradisi kaumnya sendiri seperti akhlak Nabi Ibrahim. Baginda berusaha menyelidik sendiri untuk membezakan benar atau dusta, bukannya main “telan” sahaja apa yang pembesar kaumnya berkata. Tetapi lihatlah apakah akhlak begitu ada dalam diri rata-rata orang yang mengucap 2 kalimah syahadah pada hari ini?

    Di situ sahaja kita sudah nampak setakat lafaz mulut, ia tiada membawa apa-apa erti jika usaha ke arah apa yang diucapkan tidak dilakukan.

    Juang

    May 8, 2010 at 11:50 am

  202. wauuuuuuuu, ramainya PUAK2 akai kat sini, kwang2222

    ada aku tengok, tok syam pun ada dlm ni, oklah tu, dah lama aku cabar puak2 akal ni dgn berbagai soalan tapi satu pun tak dijawapnya, incik selipar incik akai juang , incik bayau2 dll tapi aku kecewa dgn jawapapan yg diberi, semuanya tak menepati akal aku, kononnya ikut AQ saja, buang masa layan puak2 akai sengkek yg perasan ikut AQ semata2, ikut NAFSU semata2 baru aku setuju dgn puak2 akai ni

    semut api

    May 9, 2010 at 11:43 am

  203. kira hang ni bodoh sangat lah , orang lain ok jer .

    slipar

    May 9, 2010 at 12:45 pm

  204. engkau lagi bodoh selipar, org lain tak macam kau, kau ikut je macam lembu apa yg dia org cakap pakai akai sengkek

    semut api

    May 9, 2010 at 3:20 pm

  205. ikut sapa bodoh ? sini bukan tempat ikut2 sebab tu kau bodoh macam lembu , akai kontot .

    slipar

    May 9, 2010 at 3:32 pm

  206. mmg akai selipar kontot lagi bodoh macam lembu , pak turut si akai kontot

    semut api

    May 9, 2010 at 3:43 pm

  207. suka kau lah bodoh nak ikut bontot sapa pun , hanya kau yg perasan sorang2 .

    slipar

    May 9, 2010 at 4:01 pm

  208. kau la bodoh lembu ikut bontot si keldai akai, bodohnya kau selipar macam lembu mmmmbbooh

    semut api

    May 9, 2010 at 4:10 pm

  209. semut api: buang masa layan puak2 akai sengkek yg perasan ikut AQ semata2

    Cakap tak serupa bikin. Dah tahu buang masa, tak payahlah datang sini.

    Dia ingat orang lain peduli sangat dengan dia. 🙂

    Juang

    May 10, 2010 at 4:20 am

  210. Peace be upon you(pbuu!)
    5.48 Dan Kami telah menurunkan kepadamu program yang sebenar dan mengesahkan apa telah dipertanggung-jawabkan dalam program itu dan mengawal ketulinanya. Maka hukumlah diantara kamu dengan apa telah diturunkan Allah dan jangan kamu mengikuti nafsu ego mereka satelah datang kepadamu yang sebenar. Maka jadikanlah dianya syarat peraturan yang betul dan membuka jalan kepada panduan hidupmu. Jika Allah menghendaki dijadikan kamu satu ummat tetapi demi untuk menguji kamu dengan apa telah diberikan kepadamu. Maka berusaha gigihlah untuk mendapat keutamaan dariNya dan kepada Allah tempat kembalimu dan pasti dikhabarkan apa telah kamu pertikaikan.

    5.49 Dan hendaklah kamu menghukum dengan apa telah diturunkan Allah dan jangan kamu mengikuti nafsu ego mereka dan awasilah supaya mereka tidak dapat selewengkan sebahagian dari apa telah diturunkan Allah. Jika mereka berpaling maka ketahuilah Allah pasti timpakan bencana atas kesalahan mereka dan kebanyakan manusia adalah fasik.
    5.50 Penghakiman siapakah yang dikehendaki oleh orang bodoh yang tidak prihatin selain dari Allah pemilik hukuman terbaik kepada yang yakin.
    5.60 Berkata adakah kamu menghendaki aku mengkhabarkan yang lebih buruk dari ganjaran Allah? Sesiapa dilaknati dan dimurkai Allah maka mereka disifatkan sebagai kera/-lqiradata dan babi/alkhanaazira dan berkhidmat kepada -ththaghuuta dan bagi mereka tempat penginapan yang sangat mengaibkan dan disesatkan dari jalan yang lurus.

    ok semoga berbahagia!

    chong

    May 10, 2010 at 9:19 am

  211. Bershahadah….Ikral dengan lidah tasdik dalam hati////
    Baca dan (apa itu Tasdik) di dlm hati??

    Apa kah Sempurna atau Sah kah apabila bershahadah itu tidak di masukkan dengan Sifar2 yang 20 itu?

    Jangan pandang Shahadah itu sabagai enteng dan mudah…>>>???

    saguputeh

    May 16, 2010 at 10:27 pm

  212. pbuu!
    Apakah shahadah Firaun n shahadah Munafik yang anda maksudkan??

    10.90 Dan kami seberangkan banii israa-iila dilautan semasa mereka diekori fir’aunu dan angkatanya yang angkuh dan memusuhinya sehingga apabila dia hampir lemas, dia berkata “aku amanah bahawasanya tiada tuhan melainkan Dia yang banii israa-iila telah amanah denganya dan aku darinya adalah orang yang berserah diri”.

    63.1 Apabila orang munafik datang kepadamu mereka berkata bahawasanya “kami menyaksikan kamu sebenar-benarnya utusan Allah”. Allah pasti mengetahui yang kamu utusanya dan Allah menyaksikan yang orang munafik itulah sebenar-benarnya pendusta.

    Harap dapat penjelas dari anda!

    chong

    May 17, 2010 at 8:50 am

  213. 58:18. Pada hari apabila Allah membangkitkan mereka kesemuanya dan mereka bersumpah kepada-Nya, sebagaimana mereka bersumpah kepada kamu, dan menyangka bahawa mereka berada di atas sesuatu. Sesungguhnya merekalah pendusta-pendusta!

    58:19. Syaitan telah menguasai mereka, dan menjadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!

    Syaitan-syaitan hanya menjadikan akuan sumpah mereka untuk menunjukkan kononnya mereka percaya kepada Tuhan. Tetapi dari segi akhlak dan amalan mereka, sama seperti orang-orang kafir terdahulu.

    Apakah sedar mengaku percaya kepada Tuhan seperti Firaun itu lakukan, mereka harap segala pendustaan-pendustaan mereka akan dibiarkan begitu sahaja? Sedangkan perbuatan sebesar nukleus pun Allah akan balasi, apatah lagi pendustaan menipu seluruh penduduk bumi.

    Juang

    May 17, 2010 at 10:42 am

  214. pbuu!
    Syabass Juang, “One in a million”
    Kata2 pepatah Malehyu!
    Malas mengkaji SESAT leeeer JALAN.
    Pancing sembilang dapat terubuk.
    Dengar cakap orang terjun masuk lubuk!
    Bersolat pagi dan petang,
    Tapi kuat temberang!

    Sekian!

    chong

    May 17, 2010 at 11:16 am

  215. Salam,

    Sebelum ini kita disogok kononnya kaum-kaum lain yang berlainan agama itu akan masuk neraka sebab mereka dikatakan kafir. Namun setelah kita lihat pengajaran-pengajaran Al Quran, rupa-rupanya ahli-ahli neraka itu adalah kaki-kaki temberang.

    Tidak kiralah yang lahir daripada keturunan Melayu, Cina, India, Afrika, Arab mahu pun Eropah, jika mereka jenis kuat temberang, persiaplah tempat mereka di Jahannam kelak.

    Kenapa kita jumpa ayat-ayat Al Quran yang mengajar kita meminta bukti-bukti daripada orang-orang yang mendakwa sesuatu perkara itu? Itulah cara untuk kita bezakan sama ada mereka benar atau pun pendusta.

    2:111. Dan mereka berkata, “Tidak akan masuk Taman kecuali orang Yahudi, atau Nasrani.” Demikianlah khayalan mereka. Katakanlah, “Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar.”

    Perangai orang Yahudi dan Nasrani terdahulu, mereka berkhayal kononnya mereka sahajalah yang masuk ke syurga. Sama macam perangai rata-rata orang “islam” hari ini. Bermimpi di siang hari.

    Juang

    May 18, 2010 at 11:14 pm

  216. pbuu!Seloka pagi ini!!
    Manusia suruh solat pagi,
    tapi Allah suruh bersetubuh pagi2,
    Manusia suruh solat tgh hari,
    tapi Allah suruh tukar pakaian & bersuci,
    Manusia suruh solat petang,
    tapi Allah suruh berJUANG,
    Manusia suruh solat barat,
    tapi Allah suruh JANGAN jadi SESAT,
    Manusia suruh solat malam,
    tapi Allah suruh JANGAN jadi bodoh & kelam,
    Manusia kata Assalamu alaikum warahmatullah,
    tapi Allah kata SALAAM sudahlah?????????????

    Sekian mudah mudahan fahamlah
    semua dah dewasa KANNNNN?????

    chong

    May 19, 2010 at 8:10 am

  217. pagi2 bersatu tubuh ka … ayyoooo .. musyuk maaaa , itu jam mau kencing ooo .

    slipar

    May 19, 2010 at 8:55 am

  218. Salam Chong

    Menarik untuk difikirkan. Kongsi-kongsikanlah lagi buah fikiran yang Allah kurniakan.

    Juang

    May 19, 2010 at 10:46 am

  219. Solad bukan nya manusia yang menyuruh …faham ta??
    Seloka apa itu yang mengatakan kuasa manusia yang menyuruh manusia Solad?
    Yang di katakan Solad Barat itu …solad yang bagaimana?
    ada tambahan araahan jenis solad dari manusia untuk manusia>>>>>kenapa ada nya solad Barat itu???

    saguputeh

    May 19, 2010 at 1:29 pm

  220. pbuu!

    APA ni?? budak UPSR pun ada masuk ini TM kaaa????

    62.5 Misalanya seperti orang yang memikul -ttauraata kemudian mereka tidak dapat memikulnya adalah seperti misalan “keldai yang memikul timbunan buku-buku sejarah terdahulu” sangat buruk misalanya untuk kaum yang telah mendustakan ayat-ayat Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

    Apa? Shah!! kasi tolong ini budak “Mari belajar Bahasa
    Arab”????

    OK lah tu!pinjam kata2 Siti Nurhaliza sat nuuu!

    chong

    May 19, 2010 at 7:19 pm

  221. Salam,

    Maghrib itu bukan bermaksud Barat ke?

    2:115. Kepunyaan Allah Timur (masyriku) dan Barat (magribu); ke mana sahaja kamu berpaling di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui.

    24:41. Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing – Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat.

    Tidak pula kita pernah nampak burung-burung beritual mengadap objek-objek tertentu pada masa-masa tertentu walaupun Allah ajar mereka bersolat.

    Di sini kita nampak perbezaan “solat” suruhan manusia dengan solat yang Allah suruh. Solat suruhan manusia menyebabkan sesuatu kaum yang mengamalnya jadi bodoh dan lemah, sedangkan solat yang Allah suruh menjadikan makhluk-makhluknya pintar setakat yang ditetapkan oleh Allah mengikut kejadian masing-masing.

    Juang

    May 20, 2010 at 6:24 am

  222. pbuu,

    9.64 Berwaspadalah dengan orang munafik yang pandai bermuka-muka satelah disampaikan kepada mereka pelbagai surah dan diceritakan apa dalam hati mereka yang telah dipersendakan, mereka tidak akan percaya walaupun Allah telah mengesahkan apa yang diperingatkan.

    66.9 Wahai penyebar berjuanglah hadapilah orang yang tidak percaya dan orang munafik dan berkeraslah dengan mereka dan tempat penginapan mereka jahannamu dan sangat buruk tempat kembali.

    Bagilah trilion ayat pun kalu dah munafik tetap munafik, itulah puak2 malehyu yg ada kini!!!

    Sekian! berbahagialah anda!!

    chong

    May 20, 2010 at 9:33 am

  223. inilah jadinya bila agama diwarisi, bukan dituntuti. muhammad hanya bercerita kepada para sahabat, dan disampaikan pula cerita2 muhammad kepada generasi kita, oleh penglipur lara. untuk menuntuti agama sepertimana muhammad, perlulah kita ikuti jalannya, tuntuti amalannya, bukan sekadar mendengar cerita purbakala, dan melafazkan ayat2 yang tidak kita ketahui maksudnya. sedarlah, sesungguhnya jauh benar kita hanyut. inilah zamannya bilamana umat islam itu ramai, tapi tak ubah seperti buih di lautan.

    mahmuda

    August 20, 2010 at 7:56 pm

  224. Jalan2 semua telah di tunjuk amal2an jua telah di ajar kefahaman telah di huraikan dengan melalui ILMU2 Allah yang terang dan nyata >>>>tetapi <<>>.yang bertujuan untuk menyelewengkan Aqidah sasama umat…..????? maaf.

    Cuba dongak ka langit>>>> tinggi ke atau rendah langit tu?

    saguputeh

    August 20, 2010 at 10:05 pm

  225. mahmuda:
    benarkah apa anda katakan itu, diwarisi?
    benarkah Muhammad saw itu sekadar bercerita kpd para sahabat? dan adakah para sahabat pula bercerita kepada generasi yg seterusnya? dan seterusnya smpi generasi skrang?

    jika benarlah kata2 anda itu, tidak anda terfikir utk mengkaji dan menyelidik bagaimana pula AQ itu sampai hingga ke genrasi skrang? adakah ianya bukan diwarisi dan diceritakan kepada generasi seterusnya hingga kpd anda?

    sila anda jelaskan, bagaimana anda dapat naskah AQ itu jika bukan dari org2 yg terdahulu? dan bagi puak2 TM yg terang2 mengatakan org2 Arab kebanyakan putar alam/kaki belit, bagaimana anda semua memahami/mengkaji AQ? Tidakkah anda menggunakan kamus Arab? Dan dari mana kamus Arab yg anda perolehi itu? Adakah anda begitu yakin dengan kamus dan terjemahan yang anda perolehi itu? Sedangkan anda semua tidak meyakini terjemahan manusia (org2 Arab), inikan pula kamus2/terjemahan yang anda gunakan?

    Saya pun ikut keliru dengan segala pernyataan/kajian anda semua? Adakah anda menggunakan otak dangkal anda itu utk menterjemahkan ayat2 AQ? Atau menggunakan terjemahan org lain (yg tidak tentu hujung pangkal) sebagai rujukan anda? Tapi tak mungkin pasal anda memamng tidak mempercayainya, betul bukan? So, saya amat berharap sekali penjelasan dari anda semua yang beria-ia mengatakan bijak mengkaji/mendalami ayat2 AQ itu? Oh ya! Dan yang saya amat pasti sekali, pengakuan TM sendiri yang mengatakan dia TIDAK TAHU BAHASA ARAB, bagaimana anda mengkaji? Dan adakah anda mempunyai IQ yg begitu dinamik sekali sehingga anda boleh menterjemahkannya tanpa sebarang rujukan?

    Saya pun nak tahu juga apakah tahap IQ anda ini, adakah anda seorang profesor, dr falsafah dsb yang diiktiraf oleh sekutu atau musuh anda? Atau adakah anda sekadar yang mempunyai kelulusan SPM sahaja yang begitu mahir selok belok bahasa Arab? Walaupun kelulusan/tahap pendidikan bukanlah penentu tapi dimana2 dalam dunia moden ini amat memerlukan merit untuk diiktiraf dan diakui. Bukan sekadar mengatakan, saya mendapat ilham/hidayah/petunjuk untuk mengkaji/menyelidiki AQ dan saya begitu memahami segala ayat2 AQ yang dibaca dan faham akan maksud ayat2 tersebut.

    Saya juga akan berpendapat yang anda sebagai putar alam dengan sekadar menempelkan ayat2 yang anda copy/paste dari blog2 rujukan anda tanpa mengetahui maksud sebenar.

    Tidakkah anda mengkaji KENAPA, BAGAIMANA, APA TUJUAN ayat2 AQ itu diwahyukan kepada Nabi saw? Tidakkah anda ketahui bahwa setiap sesuatu ayat itu akan deperjelaskan dengan ayat2 yang kemudiannya. Bukan sekadar mengambil 1 2 ayat sebagai kata pengukuh/kata putus bagi sesuatu maksud/perintah.

    Tidakkah anda semua terfikir/mengkaji, bagi setiap sesuatu kaum itu diutuskan seorang rasul/nabi. Sebagai cth: Nabi Musa dgn org2 Yahudi, Nabi Isa dengan org2 Nasrani, Nabi Muhammad dengan umat islam (umat akhir zaman). Kenapa pula anda lump sump kan semua menjadi 1 iaitu orang2 yang percaya/beriman/berbuat baik kepada Allah nescaya mendapat syurga sedangkan kita adalah umat terakhir utk Nabi terakhir. Adakah anda membuat kajian tentang perkara ini berdasarkan AQ?

    p.s – Saya juga akan mengikuti anda jika segala pertanyaan saya dijawab dengan jawapan yang memuaskan.

    masterpiece

    August 21, 2010 at 12:04 am

  226. Salam,

    Mahmuda:inilah jadinya bila agama diwarisi, bukan dituntuti. muhammad hanya bercerita kepada para sahabat, dan disampaikan pula cerita2 muhammad kepada generasi kita, oleh penglipur lara. untuk menuntuti agama sepertimana muhammad, perlulah kita ikuti jalannya, tuntuti amalannya, bukan sekadar mendengar cerita purbakala, dan melafazkan ayat2 yang tidak kita ketahui maksudnya. sedarlah, sesungguhnya jauh benar kita hanyut. inilah zamannya bilamana umat islam itu ramai, tapi tak ubah seperti buih di lautan.

    Bayangkanlah, jika Kitab yang Nabi Muhammad sampaikan pun mereka sekadar melagu-lagukan sahaja yang perbuatan begitu tidak pernah diajar oleh Allah kepada Nabi, macam manalah mereka nak sedar tentang kehanyutan mereka?

    Lagi diperingatkan, lagi mereka buat. Dasar tak makan saman.

    Juang

    September 5, 2010 at 5:12 am

  227. pbuu,

    36. SURAH YAA SIIN. – Yaa siin.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    1. Yaa siin.
    2. Dan bacaan/alquur-aani yang sangat bijaksana hukum-hukumnya.
    3. Sesungguhnya kamu tentu darinya yang menyampaikanya.
    4. Atas suatu jalan yang lurus.
    5. Telah diturunkan oleh yang perkasa yang penyayang.
    6. Untuk kamu memberi amaran kepada kaum yang tidak diberi amaran oleh bapa mereka, maka mereka itulah orang yang lalai.
    7. Pasti benar kata-katanya bagi kebanyakan dari mereka, maka mereka itu tidak akan amanah.
    8. Kami telah jadikan belenggu dileher mereka hingga kedagu mereka yang telah menjadikan mereka bongkak dan sombong.
    9. Dan Kami jadikan dihadapan dan dibelakang mereka penghadang maka Kami bendung mereka maka tidaklah mereka dapat melihat apa-apa.
    10. Dan sama sahaja bagi mereka sama ada kamu beri amaran atau tidak mereka tetap tidak akan amanah.
    11. Maka kamu hanya memberi amaran kepada sesiapa yang telah mengikuti peringatanNya dan takut kepada yang Pemurah yang ghaib maka berilah khabar gembira berkaitan keampunan dan ganjaran mulia.
    12. Dan Kami telah menghidupkan yang mati dan programkan apa telah mereka lakukan dan kesan jejak mereka dan segalanya disenaraikan kedalam suatu daftar yang sangat jelas dan nyata.
    13. Dan dicetuskan kepada mereka misalan penghuninya suatu khariah ketika didatangkan kepada mereka penyampainya.
    14. Ketika Kami utuskan kepada mereka dua orang penyampai mereka dustakan kedua-duanya maka Kami mantapkan dengan yang ketiga, maka dia berkata, kami ini hanyalah orang yang menyampaikan.
    15. Mereka berkata tidaklah kamu ini hanyalah mahluk manusia biasa seperti kami dan tidaklah diturunkan yang Pemurah sesuatu pun dan kamu ini hanya seorang perdusta.
    16. Mereka berkata pemelihara Kami mengetahui yang kami ini diutuskanNya khas untuk menyampaikan kepada kamu.
    17. Dan kami hanya menyampaikan yang jelas dan nyata.
    18. Mereka berkata kami telah pun meramalkan kesialan kepadamu jika kamu tidak berhenti dan pastinya kami balingkan kamu dan akan ditimpakan azab yang dahsyat keatas kamu.
    19. Mereka berkata ramalanmu hanyalah untukmu, apakah kamu tidak diberi peringatan malahan kamu inilah kaum pelampau.

    to be cont…..
    Kepada yg bijaksana, sila hayati keseluhhan surah Yasin yg dikatakan “Penghulu segala Surah” jika benar sila kemukakan bukti kamu??????????

    chong

    September 5, 2010 at 7:24 am

  228. Perumpamaan yang digunakan dalam Al Quran bagi menggambarkan perbezaan orang yang merendah diri dengan orang yang meninggi diri (sombong/angkuh/bongkak).

    17:107. Berkata sama ada kamu amanah atau tidak amanah, perhatikanlah orang yang berilmu sebelum kamu, apabila dibacakan ayatnya, mereka jatuhkan dagu ke dada mereka kerana kepatuhan kepadanya.

    Orang-orang yang berilmu, sifatnya merendah diri. Digambarkan mereka seperti manusia yang menundukkan kepala sehingga dagu jatuh ke atas dada.

    36:8. Kami telah jadikan belenggu di leher mereka hingga ke dagu mereka yang telah menjadikan mereka bongkak dan sombong.

    Sebaliknya, orang kafir yang sombong dan bongkak dengan kepercayaan tradisi mereka itu digambarkan seperti manusia yang dililit belenggu di leher mereka sehinggakan dagu mereka tidak mungkin jatuh ke dada mereka lagi.

    Begitulah rahsia-rahsia yang tersembunyi pada ayat Al Quran yang jarang kita didedahkan maksud-maksudnya.

    Juang

    September 5, 2010 at 11:50 am

  229. pbuu,

    36:20. Maka datanglah dari pinggiran kota seorang lelaki tergesa-gesa dan berseru, wahai kaumku taatilah kata-kata penyampai ini.
    21. Dan taatilah sesiapa yang tidak meminta upah atau ganjaran/ajran darimu maka mereka itulah orang yang mendapat petunjuk sebenar.
    22. Dan apakah tidak kamu akan berkhidmat kepada yang telah memulakan kamu dan kepadaNya kamu pasti akan dikembalikan.
    23. Dan adakah aku akan mengambil tuhan-tuhan selainNya jika telah dikehendaki yang Pemurah memudaratkan aku maka tidaklah akan memberi manfaat atau perantaraan kepadaku sedikit pun dan tidaklah mereka dapat memberi sebarang pertolongan kepadaku.
    24. Jika demikian pastinya aku dalam kesesatan yang jelas nyata.
    25. Aku telah amanah kepada pemeliharamu maka dengarlah aku.
    26. Berkata masuklah ketaman syurganya dan katakanlah alangkah indahnya jika kaumku mengetahui hal ini.
    27. Dengan apa telah diberikan keampunan dari pemeliharaku dan diangkatkan aku menjadi seorang yang dimuliakan.
    28. Dan Kami tidak turunkan kepada kaum sesudahnya angkatan dari langit dan bukanlah Kami yang menurunkanya.
    29. Tidaklah dianya melainkan satu tempekan mereka terpegun kaku.
    30. Alangkah menyesalnya hambaKu yang telah didatangkan kepada mereka penyampai tetapi mereka mempersendakanya.
    31. Apakah tidak mereka perhatikan beberapa banyak telah Kami laknati generasi sebelumnya, mereka tidak akan dikembalikan kepadaNya.
    32. Dan kesemua mereka pasti akan dihadapkan kepada pengadilan Kami.
    33. Dan lagi tanda-ayat untuk mereka perhatikan, sekelian bumi yang mati Kami hidupkan kembali dan dikeluarkan darinya biji-benih dan tumbuh-tumbuhan maka darinya mereka dapat jadikan makanan.
    34. Dan Kami jadikan didalamnya taman/jannatin dari palma dan anggur dan Kami salirkan air dari punca mata-airnya.
    35. Untuk mereka dapatkan makanan dari buah-buahanya dan apa telah diusahakan tangan mereka maka adakah mereka berterima kasih.
    36. Dia disanjung yang telah menciptakan segalanya berpasangan dari apa telah ditumbuhkan dibuminya dan dari diri mereka sendiri dan dari apa yang tidak mereka dapat mengetahuinya.
    37. Dan lagi tanda-ayat untuk mereka apabila malam Kami telah benamkan siangnya maka mereka dalam kegelapan.
    38. Dan mataharinya melayari ketempat yang telah ditetapkan baginya demikian itulah ketetapan/taqdiiru yang Perkasa yang Mengetahui.
    39. Dan bulan Kami telah tetapkan tempat kembalinya sehingga ketempat permulaanya seperti lengkungan tunggul palma tua.

    Apa punyalah “HAPRAQQQQ”nya manusia???baca surah 36 sepajang masa, tapi apa maananya haram ta’faham apa kebendanya?????????

    chong

    September 5, 2010 at 12:40 pm

  230. Kataa2 sanjungan yang terpuji….HAPRAQQQQ…kata2 bagi orang2 yang berhati mulia??????

    saguputeh

    September 5, 2010 at 1:47 pm

  231. 36:22. Dan apakah tidak kamu akan berkhidmat kepada yang telah memulakan kamu dan kepadaNya kamu pasti akan dikembalikan.
    36:23. Dan adakah aku akan mengambil tuhan-tuhan selainNya jika telah dikehendaki yang Pemurah memudaratkan aku maka tidaklah akan memberi manfaat atau perantaraan kepadaku sedikit pun dan tidaklah mereka dapat memberi sebarang pertolongan kepadaku.

    Salam,

    Ayat ini cukup menginsafkan. Ramai manusia lebih suka menurut membuta-tuli si polan mereka sehingga mereka terlupa kepada Tuhan yang memulakan penciptaan diri mereka dan kepada Tuhan itu mereka akan dikembalikan bersendiri tanpa ada mana-mana si polan akan membantu mereka di dalam kubur. Segala nama-nama si polan itu tidak berguna sedikit pun setelah manusia itu mati…

    Juang

    September 5, 2010 at 2:05 pm

  232. pbuu,
    Mengapa saguputeh terasa????
    Sila buktikan dlm ayat berikut adakah kata “WAJIB”:-

    2:183 O ye who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that ye may (learn) self-restraint,- يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

    2:183. Wahai orang yang amanah diprogramkan kepadamu amalan menahan diri semasa kajian mendalam seperti apa telah diprogramkan kepada orang sebelum kamu supaya kamu prihatin.

    Kemukakan bukti kamu jika kamu orang yang benar………???????????

    chong

    September 5, 2010 at 3:03 pm

  233. pbuu,

    Jumpa burung enggang,
    Sedang makan belolok,
    Dengar cakap orang,
    Terjun masuk lubuk.

    9.64 Berwaspadalah dengan orang munafik yang pandai bermuka-muka satelah disampaikan kepada mereka pelbagai surah dan diceritakan apa dalam hati mereka yang telah dipersendakan, mereka tidak akan percaya walaupun Allah telah mengesahkan apa yang diperingatkan.

    Paku dulang,
    Papan serpih,
    Katakan orang,
    Anda yang lebih.

    Bye22222.

    chong

    September 5, 2010 at 6:47 pm

  234. Apa tak pecaya keeeeee?????

    Apa2 yang terkandung didalam Rukun Islam?

    Dan ap kah jenis cakap orang2 yang beriman …..begitu rupa??
    Cuba2 lah berbahasa sebagaimana di atas kehendak Iman dan amal>>>> (ta tahu lah jikalau cara2 yang bercakap itu Cina mualaf???)

    saguputeh

    September 6, 2010 at 11:44 pm

  235. checking on net???????

    chong

    September 7, 2010 at 4:43 pm

  236. pbuu,
    Sejak Dis 09 25th semua tajuk2 diutarakan oleh TM berkaitan ke5…5….RUKUT ISLAM…….anda……
    Apa anda tidor lg ke???? Ayoh!!bincangkan lahhhhh!!
    Bukan utk anda sibok dok na’analisa siapa2 disini!!!
    Wah!!mentang2 NK aku cina!!kau boleh lea buli????pooorah

    chong

    September 7, 2010 at 4:51 pm

  237. 36:40. Dan tidaklah matahari seharusnya mendahului bulan dan tidaklah malam mendahului siang dan sekelianya melayari diobitnya sendiri.
    41. Dan itulah tanda-ayat bagi mereka yang Kami bawa keturunan mereka didalam kapal yang penuh dengan muatanya.
    42. Dan Kami ciptakan kepada mereka dari misalan dengan apa telah mereka gunakan sebagai kenderaan.
    43. Dan jika Kami kehendaki pasti ditengelamkan mereka maka tiada bantuan dan tidak akan diselamatkan mereka.
    44. Kecuali rahmat dari Kami dan kesenangan kepada suatu tempoh.
    45. Dan apabila dikatakan kepada mereka prihatinlah kepada apa yang dahulu dan apa yang akan datang pasti diberi rahmat kepadamu.
    46. Dan tidak datang kepada mereka tanda-ayat dari pemeliharanya melainkan mereka berpaling darinya.
    47. Dan ketika berkata kepada mereka belanjakanlah dari apa telah Allah rezekikan kamu maka berkata orang yang tidak percaya kepada orang yang amanah, apakah kami hendak memberi makan kepada siapa dikehendaki Allah telah diberi makan? Tidaklah kamu ini melainkan dalam kesesatan yang jelas nyata.
    48. Dan mereka berkata, bilakah janjinya, jika kamu orang yang benar.
    49. Tidaklah lama mereka menunggu kecuali dengan satu tempekan dahsyat telah mengambil mereka dengan apa telah dipertikaikan.
    50. Maka mereka tidak pun sempat mengadakan wasiat keatas keluarganya sedang mereka telah dikembalikan.
    51. Dan ditiupkan semangat refomasi maka ketika mereka dalam kemurungan kepada pemelihara mereka pasti disegerakan.
    52. Mereka berkata, alahai celakalah kami! siapa telah bangkitkan kami dari tempat pembaringan ini maka benarlah apa telah dijanjikan yang Pemurah dan penyampainya.
    53. Tidaklah melainkan dengan satu tempekan dahsyat maka mereka berada disisi Kami maka itulah orang yang dihadapkan pertuduhan.
    54. Maka pada hari itu tidak akan dizalimi satu jiwa pun dan tidak akan diberi balasan kecuali dengan apa telah mereka kerjakan.
    55. Dan penghuni taman syurganya pada hari itu sibuk meraikan kegembiraan mereka.
    56. Dan mereka dengan pasanganya didalam tempat teduh terlindung diatas pentas khas bersandaran.
    57. Baginya buah-buahan dengan apa sahaja jenis mereka minta.

    chong

    September 7, 2010 at 5:33 pm

  238. 36:58. Selamat sejahtera ucapan dari pemeliharanya yang penyayang.
    59. Dan tersingkirlah kamu pada hari ini wahai orang yang berdosa.
    60. Tidakkah Aku telah berjanji kepadamu wahai anak aadama yang kamu tidak akan berkhidmat kepada watak jahat kerana dia musuh nyata.
    61. Dan berkhidmatlah kepada Aku kerana hanya inilah jalan yang lurus.
    62. Dan pastinya telah disesatkan beberapa banyak dari kamu maka apakah tidak kamu fikirkan.
    63. Maka inilah jahannamu yang telah dijanjikan kepada kamu.
    64. Kamu disalai pada hari ini kerana telah ingkar terhadapNya.
    65. Pada hari ini Kami sita mulut mereka dan dibenarkan berkata tangan dan kaki mereka sebagai saksi Kami atas apa telah mereka usahakan.
    66. Dan jika Kami kehendaki pasti Kami butakan mata mereka maka akan teraba-raba mencari jalan dan pastinya mereka tidak dapat melihat.
    67. Dan jika dikehendaki Kami kelirukan mereka dimana mereka berada dan tidak mampu bergerak dan tidak akan kembali ketempat asalnya.
    68. Dan sesiapa Kami telah panjangkan umurnya maka Kami kembalikan kepada permulaan kejadianya. Apakah tidak mereka fikirkan.
    69. Dan Kami tidak mengajar syair kerana tidak bersesuaian atasnya tetapi hanyalah sebagai suatu peringatan dan bacaan/qur-aanun yang jelas.
    70. Untuk memberi peringatan kepada yang hidup dan telah benarlah perkataanNya kepada orang yang tidak percaya.
    71. Dan apakah mereka tidak melihat yang Kami telah ciptakan ternakan untuk mereka dengan tangan Kami yang dapat mereka kendalikanya.
    72. Dan Kami telah tundukkan untuk mereka sebagai tunggangan dan sebahagianya mereka jadikan makanan.
    73. Dan darinya mereka mendapat faedah dan minuman segar maka apakah tidak mereka berterima kasih.
    74. Dan mereka telah mengambil tuhan-tuhan selain Allah dengan harapan replika tuhan itu dapat menolong mereka.
    75. Pasti mereka tidak dapat menolong dan tiada angkatan dari mereka.
    76. Maka janganlah kamu bersedih dengan perkataan mereka kerana Kami mengetahui apa yang dirahsiakan atau dinyatakan.
    77. Dan apakah tidak manusia melihat yang Kami telah ciptakanya dari setitis mani sedangkan mereka menjadi penentang yang nyata.
    78. Dan Kami telah cetuskan berbagai misalan tetapi mereka lupa asal kejadianya maka berkata siapakah yang menghidupkan tulang yang telah hancur dan reput.
    79. Berkata Dia telah menghidupkan yang diprosesnya terdahulu dan hanya Dia mengetahui segala mahluk yang telah diciptakanNya.
    80. Dan yang menjadikan api dari pohon-pohon yang kehijauan ketika kamu nyalakan apinya.
    81. Dan bukankah yang menciptakan langit dan bumi dan yang semisal dengan keupayaanNya malahan Dia pencipta yang berpengetahuan.
    82. Hanya dengan perintahnya apabila dikehendaki, Dia berkata kepadanya, jadilah maka jadilah dianya.
    83. Maka hanya Dia disanjung dan ditanganNya segala kuasa dan hanya kepada Dia segalanya pasti dikembalikan.

    Akhirnya Surah (36) Yaa siin. Salaam.

    Hayatilah surah ini sptmana anda lakukan dgn ‘syair’?

    chong

    September 7, 2010 at 5:36 pm

  239. 36:40. Dan tidaklah matahari seharusnya mendahului bulan dan tidaklah malam mendahului siang dan sekelianya melayari diobitnya sendiri.

    Salam,

    Pernah tak kita terfikir, sebesar-besar matahari, planet-planet dan bulan, ketetapan-ketetapan Allah terhadap makhluk-makhluk itu boleh difikirkan oleh otak manusia yang jauh lebih kecil. Macam mana ada manusia mengada-adakan satu ketetapan amalan ritual tak masuk akal, kemudian mendakwa ketetapan itu tidak boleh difikir-fikirkan? Nampak tak macam mana mereka mengada-adakan dusta?

    Juang

    September 7, 2010 at 9:54 pm

  240. pbuu,

    Jawabnya ada disini???????

    3:7………..Orang yang mendalami ilmu pengetahuanya, mereka berkata kami amanah kesemuanya datang dari pemelihara kami, tidak mengingatinya melainkan orang yang mempunyai kebijaksanaan.

    Tepok daie tanya lea! otak!!!!

    chong

    September 8, 2010 at 9:15 am

  241. Nampaknya perbincangan di blog ini sungguh akademik dan mendalam dalam taksiranya sehingga ulama hari ini tidak dapat menjangkau jawapanya. Yang pasti Amerika Syarikat telah mentaksir Al-Quran sehingga 54 lapis sehingga bertemu laser manakala Rusia telah mentaksir sehingga 41 lapis sehingga naik ke bulan. Kita baru taksir 1 lapis dah kelam kabut…

    Hamid

    September 23, 2010 at 2:17 pm

  242. Salam Hamid,

    Tepat sekali pandangan anda.

    Yang sedihnya apabila :

    1. Ulamak agama Islam bukannya calang-calang ilmu mereka, bahkan sampai ke peringkat Ph.D samada dalam ilmu Usuluddin, Tasauf maupun bahasa Arab. Cuma …. apabila Tuhan kata Al-Quran sudah cukup lengkap menjadi panduan, entah mengapa pulak kata-kata Tuhan ini masih dipertikaikan?

    2. diberitahu kepada generasi tua, bahawa dalam Al-Quran ada ilmu astronomi, fiziks dll, mereka tercengang dan berkata “…ada juga benda ini dalam AL-Qurankah? Kami ingat cuma soal smebahyang, pergi haji dll….”

    3. ada orang Islam kata, jangan kaitkan sangat Quran dan sains, takut sesat….pulak singkat fikiran orang kolot ini, walhal Quran sangat tekankan konsep sains di sana sini dalam Al-Quran.

    Sebab fikiran berserabut itulah menyebabkan orang islam tidak mampu membuat contoh, kapal terbang sendiri, peralatan ketenteraan sendiri dan apatahlagi peralatan menuju ke angkasa lepas.

    Ketika orang lain mengikut konsep sains al-quran kita masih berbicara berkenaan tajwid Al-Quran, cara lagu yang betul, cara sebutan yang betul, batalkah tidak wuduk bila masa sekian-sekian dll perkara yang tak disebut langsung dalam Al-Quran.

    Dalam A-Quran banyak mutiara-mutiara ilmu yang masih belum diterokai, kita pula masih tidak mampu mengadakan seminar contoh leadership, quality management yang dikuasai oleh orang lain.

    Sebab apa? sebab kita orang Islam masih berlegar disekitar perkara karut marut dalam hidup.

    message114

    September 23, 2010 at 5:45 pm

  243. pbuu,
    Berikut saya sampaikan sebahagian ayat2 dari Surah Al Hajj(22) dapatlah beri kesedaran kpd yg masih tidor:-

    22. SURAH AL HAJJ – Cabaran.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    1. Wahai manusia prihatinlah kepada pemeliharamu kerana gerak-gempa ketika detik saatnya adalah sesuatu yang agung.
    2. Pada hari diperlihatkan pasti terlupa siibu kepada yang disusukan dan keguguran kandungan sekelian yang hamil dan kamu dapat melihat manusia kelam-kabut seperti dalam kemabukan/sukaaraa dan bukan disengajakan tetapi kedatangan azab Allah yang sangat dahsyat.
    3. Dan dikalangan manusia yang telah membantah Allah tanpa ilmu pengetahuan maka mereka itulah penentang dan pengikut watak jahat.
    4. Telah diprogramkan keatas sesiapa berpaling kepadanya maka dia akan menyesatkan kamu dan menunjukkan kepada azab yang menyala.
    5. Wahai manusia jika kamu masih keraguan dengan hari kebangkitanya maka ingatlah Kami telah mencipta kamu dari debu tanah kemudian dari setitis mani kemudian dari segumpal darah menjadi janin yang sempurna atau tidak sempurna dan ditempatkan dalam rahim/arhaamnii seperti dikehendaki kepada suatu tempoh yang ditetapkan kemudian dikeluarkan kamu sebagai bayi sehingga dewasa dan sebahagianya dikembalikan ketika lanjut usia hingga tidak mengetahui sesuatu pun dan lihatlah bumi yang kering kontang apabila diturunkan air dianya hidup subur dan menumbuhkan berbagai tumbuhan yang indah.
    6. Demikianlah Allah, Dia yang benar dan Dia yang menghidupkan yang mati dan dengan segala sesuatu berkuasa.
    7. Dan detik saatnya pasti datang tiada keraguan didalamnya dan Allah pasti bangkitkan sesiapa yang didalam kuburnya/pembaringanya.
    8. Dan dikalangan manusia sesiapa telah pertikaikan Allah tanpa ilmu pengetahuan dan tanpa petunjuk dan tanpa program yang jelas.
    9. Dan berpaling dengan sombong dan sesat dari jalan Allah maka didunia dia dihina dan pastinya Kami timpakan keatasnya dihari kebangkitanya azab yang panas membakar.
    10. Demikian itulah apa telah diusahakan oleh kedua tanganmu dan Allah tidak akan menzalimi hambanya.
    11. Dan dikalangan manusia ada yang berkhidmat kepada Allah kerana berkepentingan, jika ditimpa kebaikan tenteramlah dia dan jika ditimpa penganiyaan dia kembali kepada permulaanya kerena terasa kerugian duniawi dan akhiratnya maka itulah sebenarnya kerugian yang nyata.
    12. Mereka telah menyeru selain Allah apa yang tidak dapat beri mudarat atau manafaat maka itulah sebenar-benar kekesatan yang jauh.
    13. Mereka telah menyeru kepada mendekatkan kemudaratan dari kemanfaatan. Maka apakah sangat mendukacitakan kepimpinan/-lmaulaa dan sangat mengecewakan sikap berpuak-puak/-l’asyiiru.
    14. Dan Allah telah masukkan orang yang amanah dan yang beramal soleh ketaman syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai dan Allah pasti laksanakan apa yang dikehendakiNya.
    15. Siapa yang telah menyangka yang Allah tidak pernah menolongnya didunia dan diakhirat maka hubungkanlah jalan kelangit kemudian putuskan maka perhatikan dapatkah dihilangkan kemarahanNya.
    16. Demikianlah Allah telah turunkan ayat-ayat yang jelas dan telah memberi petunjuk kepada sesiapa dikehendakiNya.
    17. Maka orang yang amanah/aamanuu dan diberi petunjuk/haaduu dan yang menukar cara hidup/ashobi-iina dan yang menolong/nasharaa dan yang menyembah api/zoroster/majuusi dan yang sekutu/asyrakuu pastinya Allah asingkan diantara mereka pada hari kebangkitan dan Allah dengan segala sesuatu menyaksikan.
    18. Apakah tidak kamu lihat telah patuh kepada Allah sekelian dilangit dan dibumi dan matahari dan bulan dan bintang dan gunung dan pepohon dan mahluk melata tetapi kebanyakan manusia telah ditetapkan azab keatasnya kerana menghina Allah maka tiada kemuliaan lagi baginya dan Allah pasti laksanakan apa yang dikehendakiNya.
    19. Inilah pertikaian yang dipertikaikan tentang pemelihara mereka maka orang yang tidak percaya ditempahkan pakaian dari api yang dicurahkan dikepala mereka yang panasnya seperti air yang mendidih.
    20. Maka leburlah apa didalam perut mereka dan lecurlah kulit mereka.
    21. Dan mereka ditempatkan didalam bekas dari besi.
    22. Dan setiap kali mereka ingin keluar dari kesengsaraan itu mereka dikembalikan kedalamnya maka rasakanlah azab yang membakar.
    23. Allah pasti masukkan orang yang amanah dan beramal soleh kedalam taman syurganya mengalir dibawahnya sungai-sungai dan mereka dihiasi dengan gelang emas dan mutiara dan pakaian dari sutera lembut halus/hariirun/fine silk.
    24. Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan yang terbaik dan kepada jalan yang terpuji.
    25. Dan orang yang tidak percaya dan menghalang dari jalan Allah dan dari mematuhi laranganNya yang telah Kami jadikan untuk manusia berpegang-teguh kepadanya dan yang sampai kepada pengetahuanya. Maka sesiapa yang melakukan kejahatan dan kezaliman pasti Kami timpakan keatas mereka azab yang sangat dahsyat.

    Itulah 25-ayat dari Al Hajj agar dapat pencerahan!!!!!

    chong

    September 23, 2010 at 7:31 pm

  244. Salam,

    Yang menyebabkan ada yang kelam kabut itu kerana tiadanya sikap berlapang dada dan terbuka minda. Bila terbaca tulisan tuan blog ini yang rata-rata berbeza jauh dengan kepercayaan tradisi, terus menyala hati mereka.

    Kenapa berlaku tindak-balas sedemikian? Tidak nampakkah wujudnya satu program yang Allah tetapkan kepada jiwa manusia? Bagaimana cara jiwa itu bertindak-balas bila jiwa itu memiliki sifat-sifat tertentu?

    22:22. Dan setiap kali mereka ingin keluar dari kesengsaraan itu mereka dikembalikan kedalamnya maka rasakanlah azab yang membakar.

    Gambaran keadaan orang-orang kafir di akhirat kelak diambil daripada sikap mereka ketika di dunia. Ketika di dunia, mereka selalu marah, menyala dan terbakar bila berbeza dengan kepercayaan tradisi mereka. Mereka dipakaikan dengan sifat-sifat yang buruk dan panas seperti dengki, benci dan dendam. Mereka menunjukkan kedengkian kepada orang-orang yang menyeru kepada Allah semata-mata.

    Oleh kerana ketika di dunia mereka “sedap” hidup dalam jiwa yang panas menyala begitu, maka di akhirat kelak mereka tidak akan mampu keluar lagi daripada Api neraka tersebut. Itulah balasan sesuai dengan sifat-sifat jiwa mereka ketika di dunia.

    p/s: Walaupun ada orang kata “dalam Islam tak boleh guna akal” kerana bagi mereka azab neraka itu suatu yang tidak boleh difikirkan, tetapi mereka tak sedar gambaran-gambaran di akhirat itu diambil daripada keadaan atau sifat-sifat jiwa seseorang manusia ketika di dunia yang mana mudah kita fikir dan nampak sebab semua manusia ada jiwa masing-masing.

    Juang

    September 24, 2010 at 7:29 am

  245. pbuu,
    Rujuk kpd Surah Yassin, saya poskan keseluruhan 83ayat, tapi lihatlah apa yg diambil-perhatian oleh spesis 3B, kata2 yg diluar ayat?????mengapa? hapraqqqqq! Yg diminta bincangkan?? inilah mentaliti yg ada! sampai “KIAMAT” pun ta’dpt petunjuk Allah,
    Yassin 36:1-19 apa yg Allah katakan?????? 20-25????? 29,30??? 33-40???? n smp 83???? Apa yg ‘mereka’faham? Hanya menempelak org pandai lea!!!

    Surah Yassin inilah byk menyedarkan diri saya. Perhatikan org2 yg terus amalkan Yassin tanpa fahami ma’ana mengelintau entah apa22222 hidup dlm awangan keatas tidak????kebawah pun tidak????apa ke heai????

    Sekian.

    chong

    September 24, 2010 at 10:40 am

  246. pbuu,
    Berikut ayat yg ada kaitan dgn yg dikatakan “SYAHADAH” terdapat dlm Quran. Sila hayati bertul2 n fahamlah SDN. BHD.

    Syahadah FIRAUN:-
    10:90. Dan Kami seberangkan banii israa-iila dilautan semasa mereka diekori fir’aunu dan angkatanya yang angkuh dan bermusuh sehingga apabila dia hampir lemas dia berkata “aku amanah bahawasanya tiada tuhan melainkan Dia” yang banii israa-iila telah amanah denganya dan aku darinya orang yang berserah diri.

    Syahadah MUNAFIK:-
    63:1. Apabila orang munafik datang kepadamu mereka berkata bahawasanya “kami menyaksikan kamu sebenar-benarnya utusan Allah”. Allah pasti mengetahui yang kamu utusanya dan Allah menyaksikan yang orang munafik itulah sebenar-benarnya pendusta.

    Syahadah NABI IBRAHIM:-
    2:131. Ketika pemeliharanya berkata kepadanya, aslim/berserahlah kamu, dia berkata aku yang terawal aslamtu/menyerah diriku kepada pemelihara ilmu pengetahuan yang telah diujudkan diseluruh alamnya.

    Syahadah NABI MUHAMMAD:-
    40:66. Berkata, aku dilarang berkhidmat kepada mereka yang telah kamu seru selain Allah setelah apa didatangkan kepadaku penjelasanya dari pemeliharaku dan aku diperintahkan supaya berserah diri kepada pemelihara ilmu pengetahuan yang telah diujudkan diseluruh alamnya.

    Syahadah untuk NABI MUSA:-
    20:14. Aku Allah tiada tuhan selain Aku maka berkhidmatlah dan tegakkanlah komitmen kewajipanmu untuk mengingati Aku.

    Apa lagi yg dicari??????

    chong

    September 24, 2010 at 6:21 pm

  247. Salam,

    Merujuk kepada 22. SURAH AL HAJJ – Cabaran.

    22:18. Apakah tidak kamu lihat telah patuh kepada Allah sekelian dilangit dan dibumi dan matahari dan bulan dan bintang dan gunung dan pepohon dan mahluk melata tetapi kebanyakan manusia telah ditetapkan azab keatasnya kerana menghina Allah maka tiada kemuliaan lagi baginya dan Allah pasti laksanakan apa yang dikehendakiNya.

    Sebenarnya ayat tersebut boleh dituju kepada :

    1. Ulamak hadis. Seperti pandangan saya sebelum ini, AL-Quran terang-terang menyatakan keunikannya dan tidak ada rujukan lain, sebab ia sudah lengkap. Apabila kita masih meragui keunikan Al-Quran bererti kita menghina Al-Quran (menghina Allah) dan sudah pasti tidak ada sifat kemuliaan. Tuhan menyindir orang sedemikian dengan membandingkan dengan kebesaran astronomi dan astrofiziks ciptaan Tuhan di mana semuanya ciptaannya tidak pernah menyeleweng dari landasan. Berbilion tahun, planet bumi kita tidak pernah lari dari orbit matahari. Sistem suria masih kekal dalam orbit sehingga sekarang. Bayangkan sindiran Tuhan ini sangat tajam dan luas maknanya.

    2. Saintis Atheist. Ada kalangan saintis yang tidak mengakui kewujudan Tuhan. Mereka cuma percaya natural self creation. Ini satu lagi golongan bodoh sombong. Mereka yang setiap hari lihat benda mikro dan makro di alam sekeliling masih buta hati dan tidak tahu asal-usul diri sendiri.

    Maka tak lain tak bukan adalah kerana tidak mengakui keunikan Al-Quran dalam hidup dan akibatnya tidak dipandang mulia oleh Tuhan.

    Sebab apa? Sebab terlalu banyak kepentingan tertentu dan akhirnya rugi diri sendiri.

    Apa kata Tuhan :

    22:11. Dan dikalangan manusia ada yang berkhidmat kepada Allah kerana berkepentingan, jika ditimpa kebaikan tenteramlah dia dan jika ditimpa penganiyaan dia kembali kepada permulaanya kerena terasa kerugian duniawi dan akhiratnya maka itulah sebenarnya kerugian yang nyata.

    message114

    September 24, 2010 at 10:33 pm

  248. 22:19. Inilah pertikaian yang dipertikaikan tentang pemelihara mereka maka orang yang tidak percaya ditempahkan pakaian dari api yang dicurahkan dikepala mereka yang panasnya seperti air yang mendidih.

    Salam,

    Kenapa orang-orang kafir nanti dicurahkan air yang mendidih di kepala? Kenapa bukan di kaki? Di lutut? Atau di perut?

    Pada kepala manusia ada organ-organ penting yang diperlukan untuk memahami Peringatan Allah seperti otak, mata dan telinga. Tetapi semasa di dunia, orang-orang kafir itu tidak mahu berfikir tentang amalan tradisi yang dituruti selama ini, tidak mahu melihat perbandingan di antara manusia dan tidak mahu mendengar pendapat yang paling baik. Maka itulah yang melayakkan kepala mereka itu dicurahkan dengan seumpama air yang mendidih sebagai balasan mereka mempersia-siakan anggota-anggota jasad yang dipinjamkan untuk membantu mereka memahami petunjuk Tuhan.

    Juang

    September 25, 2010 at 5:33 pm

  249. pbuu,
    Berikut 2muka bhg akhir Surah YUNUS 10:85-109,
    10:85. Maka mereka berkata, kami hanya pasrah kepada Allah dan pemelihara kami janganlah Kamu mendakwa yang kami ini kaum yang zalim.
    86. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat pengasihanMu daripada kaum yang tidak percaya.
    87. Dan Kami ilhamkan kepada muusaa dan saudaranya hendaklah kamu tempatkan kaum kamu bimishra/ditanah air asalmu beberapa rumah dan jadikanlah rumah itu qiblatan/halatuju/fokus dan tegakkan komitmen kewajipanmu dan beri khabar gembira kepada orang yang amanah.
    88. Dan muusaa berkata, pemelihara kami! Kamu telah berikan fir’auna dan pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan duniawi dan telah menjadikan ramai kaumnya sesat dari jalanMu maka hapuskanlah harta kekayaanya dan jadikan mereka keras hati maka mereka tidak lagi amanah sehingga mereka melihat azabmu yang dahsyat.
    89. Berkata, pasti diperkenankan seruan kamu dan diteguhkan kamu maka janganlah kamu mengikuti jalan orang yang tidak mengetahui.
    90. Dan Kami seberangkan banii israa-iila dilautan semasa mereka diekori fir’aunu dan angkatanya yang angkuh dan bermusuh sehingga apabila dia hampir lemas dia berkata “aku amanah bahawasanya tiada tuhan melainkan Dia” yang banii israa-iila telah amanah denganya dan aku darinya orang yang berserah diri.
    91. Apakah baru sekarang? Pastinya kamu telah mendurhaka sejak dahulu dan kamulah sebenarnya orang yang korupsi.
    92. Maka pada hari ini Kami selamatkan kamu dan badanmu untuk dijadikan contoh tanda-ayat kepada kaum selepas kamu dan kebanyakan dari manusia sangat lalai dengan ayat-ayat Kami.
    93. Dan pastinya Kami telah tempatkan banii israa-iila ditempat yang sebenar dan Kami rezekikan mereka dari yang terbaik maka mereka tidak berseliseh sehingga datang kepada mereka ilmu pengetahuan. Maka pemeliharaMu pasti mengadili mereka pada hari kebangkitanya dengan apa telah mereka perselisehkan.
    94. Jika kamu masih berprasangka dari apa Kami turunkan kepadamu maka tanyalah orang yang telah membaca programnya dari sebelummu. Pasti telah datang kepadamu yang sebenar dari pemeliharamu maka janganlah kamu menjadi orang yang dalam keraguan.
    95. Dan janganlah kamu menjadi orang yang mendustakan ayat-ayat Allah. Jika demikian jadilah kamu orang yang dalam kerugian.
    96. Dan orang yang telah ditetapkan kalimahnya oleh pemeliharanya pasti mereka tidak akan amanah.
    97. Walaupun telah datang kepada mereka setiap ayat atau sehingga mereka melihat azab yang dahsyat.
    98. Jika ada mana-mana warga khariahnya yang telah amanah, pastinya Kami menfaatkan keamanahan mereka dengan ganjaran lumayan seperti misalan kaum yuunusa setelah mereka amanah, Kami hilangkan penderitaan mereka dari kehinaan duniawi dan Kami berikan mereka kemakmuran kepada suatu tempoh ditetapkan.
    99. Dan jika dikehendaki pemeliharamu pasti amanah sekelian dibumiNya. Apakah kamu akan memaksa manusia supaya menjadi amanah.
    100. Dan tiadalah suatu jiwa akan amanah kecuali dengan izin Allah dan akan dijadikan najis/-rrijsa/kotoran atas orang yang tidak mengunakan akalnya untuk berfikir.
    101. Katakan, perhatikanlah apa yang terdapat dilangit dan dibumi dan tidak akan memberi sebarang faedah atas tanda-ayat dan amaranNya kepada kaum yang tidak amanah.
    102. Maka apakah yang mereka tunggukan melainkan misalan kejadian orang dahulu sebelum mereka. Katakanlah tunggulah kamu, aku juga bersamamu sedang menunggu.
    103. Kemudian Kami selamatkan penyampai Kami dan orang yang amanah. Maka suatu kemestian atas Kami menyelamatkan orang yang amanah.
    104. Berkata wahai manusia jika kamu masih berprasangka dari peraturan hidupku maka aku tidak berkhidmat orang yang kamu telah berkhidmat dari selain Allah akan tetapi aku berkhidmat hanya kepada Allah yang telah mencipta kamu dan aku. Maka telah diperintahkan aku menjadi dari orang yang amanah.
    105. Maka tumpukan ketetapanmu kepada peraturan hidup dengan tulus ikhlas dan jangan kamu menjadi orang yang sekutu/musyrikiina.
    106. Dan jangan kamu berkhidmat selain Allah yang tidak dapat memberi faedah atau mudarat kepadamu jika dilakukan maka zalimlah kamu.
    107. Jika Allah menimpakan penderitaan maka tiada siapa dapat hilangkan kecuali Dia dan jika dikehendaki kebaikan maka tiada siapa dapat mengelak pemberian keatas hambaNya dan Dia pengampun penyayang.
    108. Berkata wahai manusia pasti telah datang kepadamu yang sebenar dari pemeliharamu maka siapa mendapat petunjuk dianya hanyalah untuk dirinya sendiri dan siapa sesat dianya hanyalah sesat atas kehendaknya sendiri dan aku tidak mewakili/biwakiilin kamu.
    109. Dan ikutilah apa yang telah diilhamkan kepadamu dan bersabarlah sehingga Allah memberi keputusanya dan Dia terutama hakim.

    Akhirnya Surah (10) Yunus. Salaam.

    Harap dpt lbh jelas dari yg telah jelas????

    chong

    September 25, 2010 at 10:48 pm

  250. Salam,

    Seperti pendapat saya sebelum ini, orang Islam menyanjung tinggi Nabi Muhammad sehingga pujian untuk Muhamad dalam nasyid melebihi pujian untuk Tuhan. Di katakan Allah sangat kasih kepada Muhammad, bilamana beribu tahun sebelum Adam diciptakan, roh Muhammad yang bercahaya (nur) sudah diistimewakan dalam sebuah lampu tergantung di dalam arasy. Dari mana pulak mereka dapat cerita maharaja mahabaratha ini????

    Bertambah lagi, nak ikut cara nabi duduk, cara nabi makan, cara nabi berpakaian, cara nabi bercelak mata. Sedangkan semua sifat-sifat itu hanyalah sekitar golongan pak Arab dan budayanya.

    Kita tidak nafikan, penghargaan kepada Muhammad dalam menjalankan kewajipan menyampaikan wahyu Tuhan. Kita hormat dia, tapi kita juga mesti menghormati nabi-nabi yang lain yang Tuhan selalu sebut-sebut dalam Quran.

    Kalau hanya 100 peratus kononnya cinta kepada Muhammad, kita sudah bersifat racist. Sebab nabi-nabi lain bukannya bangsa Arab. Sebab itu Tuhan kata tidak beza antara orag Arab dengan bukan Arab.

    Takkanlah puji apa saja arab-arab tinggi melangit. Yang menggelikan hati, ada generasi tua, bila mendengar CD lagu Arab, mereka fikir puji Tuhan dan nabi, walhal CD itu nyanyian wanita Arab seksi di kelab malam…..kerana apa? kerana asyik amsyuknya dengar lagu-lagu unsur….. Arab. Ya habibi ya maulana… Yang lagi geli hati, mereka kata bahasa Arab adalah bahasa Tuhan. Kalau dah wanita seksi Arab lagu Arab tergelek-gelek dalam kelab mlam, habislah kononnyh bahasa Tuhan digunakan dalam tempat maksiat.

    Dalam Quran, cuba cari adakah ayat-ayat yang mengatakan kita berbicara bahasa Arab di alam akhirat nanti? Cuba cari dalam Quran, mana muzik yang haram, sehingga main gendang saja dibenarkan. Yang petik tali dan seruling… syaitan. Wah, ini terang-terang mempromosi gendang pak arab saja. Memang sah. Promosi janggut tebal pun memang sah, pak arab punya kerja. Promosi serban pun pak arab punya kerja.

    Itu sebabnya kita lihat kononnya apa-apa Islam dalam ulamak hadis, sudah pasti budaya arab jubah,serban janggut, nasyid bergendang adalah dikatakan sunnah Nabi. Muhammad sendiri tak pernah mempromosikan budaya dia. Dia faham wahyu Tuhan bersifat universal.

    Dia tidak ada masa untuk itu. Tugas dia sepanjang hidup sangat mencabar dan getir dalam memegang amanah wahyu Tuhan dan banyak tribulasi seperti rasul-rasul sebelumnya.

    Lihat dalam 10:94/95 seperti di atas. Dia dinasihati oleh Tuhan dengan tegas supaya menanamkan sifat komited dalam menyampaikan wahyu tanpa pra-sangka
    yang tidak ada faedah dan jangan mendustakan Quran. Tuhan beri amaran kepada Muhammad bahawa dia akan juga mengalami nasib yang sama seperti orang kafir yang sangat rugi sekiranya wahyu Tuhan diputar-belitkan.

    Maka dari sini, kita dapat faham bahawa tugas Muhammad hanya menyampaikan wahyu Tuhan dan dia berjaya laksanakan amanah Tuhan tanpa bersifat mengada-ngadakan itu dan ini.

    message114

    September 26, 2010 at 1:16 am

  251. Salam,

    Benar message114. Kalau kita perhalusi, apa yang kebanyakan orang beragama Islam hari ini percaya adalah perkara-perkara yang mempromosikan bangsa Arab. Mungkin kerana dahulu pahlawan Islam di kalangan bangsa Arab, maka perasaan kagum dengan kehebatan mereka tertanam kepada bangsa-bangsa lain terutama bangsa nusantara kita (bangsa yang tidak pernah rasai perit-getir perjuangankan Islam). Maka segala budaya Arab diserapkan sebagai ajaran Islam.

    Kita mengkagumi mana-mana manusia bukan kerana bangsanya tetapi kerana kebijaksanaannya. Rasulullah mengkagumi nabi-nabi terdahulu pun kerana kebijaksanaan mereka. Umpamanya dalam kisah Nabi Nuh, bukannya bagaimana cara nabi Nuh makan, minum, tidur, berpakaian, simpan janggut tebal mana dan perkara remeh-temeh lain ditekankan dalam Al Quran, tetapi semangat jati diri yang ada pada Nabi Nuh yang tidak menurut membuta-tuli kepercayaan tradisi masyarakatnya yang diulang-ulang dalam Al Quran. Malah Al Quran tekankan kebijaksanaan Nabi Nuh untuk mengeluarkan diri daripada bencana iaitu denagn membina bahtera.

    Begitu juga bagaimana cara Rasulullah mengkagumi Nabi Ibrahim. Bukannya Rasulullah kumpulkan riwayat si polan bin si polan kononnya Nabi Ibrahim pakai baju macam itu, pakai selipar berbentuk macam itu, pakai penutup kepala berlilit 7 kali ke dan sebagainya, tetapi Rasulullah kumpulkan ayat-ayat Tuhan yang menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim menjauhi amalan ritual tradisi kaumnya sendiri biarpun terpaksa menghadapi penentangan bapanya.

    Jadi, kalau kita mengkagumi Nabi Muhammad, apa sebabnya kita perlu kumpulkan riwayat-riwayat si polan kononnya Nabi berpakaian macam itu, tidur macam itu, makan macam itu dan sebagainya yang di dalam Al Quran tidak ditunjukkan keperluan kepada perkara titik-bengit sebegitu?

    Utamakanlah perkara-perkara penting seperti pembangunan sahsiah diri, semangat jati diri, yakin pada keupayaan diri, mempertajamkan minda, memperkukuhkan dada dengan kebenaran dan tidak taksub membuta-tuli. Barulah sesuatu bangsa itu akan bangun dan maju ke hadapan.

    Kita sudah nampak bagaimana lemahnya bangsa Arab hari ini akibat meninggalkan budaya ilmu. Bagaimana mereka berpecah-belah sesama sendiri dan dibuli oleh Israel yang kecil itu. Jadi takkanlah kita nak pergi import segala budaya Arab tanpa membuat perbandingan sama ada ia selari atau tidak dengan Al Quran? Diberikan akal, mereka sengaja tak mahu pakai.

    Juang

    September 26, 2010 at 8:39 am

  252. Very good information. Lucky me I recently found your site by
    chance (stumbleupon). I have saved it for later!

  253. SYIRIK, Dosa Besar Yang Tiada Ampun
    (Dari Seorang Sahabat)

    Assalammualaikum WBRT.

    1. Syirik adalah satu dosa yang Allah telah pastikan tiada ampun dariNya dan membuatkan Allah murka.

    2. Syirik ada yang terang-terang seperti dengan perbuatan khurafat dan ada yang tersembunyi (cara halus) yang kita tidak perasan, seperti hanya dengan kata-kata sahaja, kita telah melakukan syirik.

    3. Sebagai contoh:

    Dalam kita berdoa, sekiranya kita menyebut, “ya Allah ya Tuhanku…..”, ini juga syirik kerana
    a. kita telah menyamakan Allah dengan tuhan, sama ada kita anggap Allah itu tuhan atau tuhan itu samataraf dengan Allah,
    b. ataupun kita bertuhankan Allah.

    4. Kerana yang jelasnya Allah itu maha pencipta dan tuhan itu dicipta oleh ciptaanNya sendiri (manusia). Jadi mana boleh disamakan pencipta dengan yang dicipta dan kita pun tidak boleh menyamatarafkan, mendudukkan sebaris ataupun menganggap atau menggambarkan sekalipun.

    5. Kalimah syahadah, “tiada yang lain melainkan Allah” atau dalam bahasa kasar, “ tiada tuhan melainkan Allah”. Disini kita telah mengaku, sudah tiada tuhan, yang ada hanya Allah. Bila sudah mengaku kenapa disebut lagi, digandingkan lagi, disamatarafkan, didudukkan sebaris dan paling dasyat Allah dianggap tuhan (bertuhankan Allah). Allah itu Allah, dia berdiri dengan sendirinya.

    6. Dalam bahasa kasar, dua kalimah syahadah, “Aku naik saksi tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan aku naik saksi nabi Muhamad itu pesuruh Allah”.

    a. kenapa ada dua kalimah, kenapa tidak satu kalimah syahadah atau kalimah syahadah sahaja sebab bila ada dua kalimah bermakna kita kurang yakin (lidah bercabang) dan kalimah itu sudah jadi lemah,
    b. bila ada dua kalimah bermakna ada benda lain yang kita mahu dudukkan sebaris dengan Allah iaitu Muhamad, sedangkan Muhamad itu hanya makhluk ciptaanNya sahaja, ini juga syirik,
    c. Aku naik saksi, siapa yang layak jadi saksi, SAKSI mestilah seseorang yang tinggi martabatnya seperti seseorang yang telah kenal, atau kenal Allah. Adakah kita sudah mengaku kenal Allah dan dalam masa yang sama kita syirik kepada Allah.

    7. Ini bukan soal main-main, soal akidah, soal pokok atau rukun. Ikut fahaman kasar ia rukun islam yang pertama. Kalau dalam syahadah sahaja kita sudah tungggang-langgang, macam mana akidah kita, sangat jauh terpesong. Sudah tiada lain melainkan Allah, sangat terang dan jelas, hanya Allah, tiada dua atau sekutu baginya, tiada tuhan, tuhan bukan untuk orang islam dan beriman kita hanya pada Allah semata-mata.

    8. Kenapa kita mahu gandingkan juga nama Muhamad dalam syahadah sehingga menjadi dua kalimah, adakah kita tidak yakin dengan Allah atau sengaja tidak memahami, tidak puas hati sebab mahu mendewakan Muhamad yang sama kejadian macam kita. Sesungguhnya Muhamad itu pun penyampai juga, yang kita kena pandang ialah yang empunya kata-kata atau firman iaitu Allah, kepada Dialah empunya segala kuasa dan kepada Allah lah kita akan kembali.

    Kalau kita berfahaman hanya umat Muhamad sahaja yang islam dan masuk syurga, bagaimana umat terdahulu, apakah Allah itu tidak berlaku adil. Kalau kita memasukkan seruan Nabi Muhamad itu pesuruh Allah dalam syahadah kita, bagaimana pula Nabi Muhamad sendiri bila beliau mengucap, adakah beliau menyebut seolah-olah ada nabi lain lagi sebelum beliau atau nabi kepada beliau sedangkan beliau itu sendiri Nabi. Adakah beliau akan menyebut bahawa aku ini Muhamad pesuruh Allah atau langsung tidak menyebut bahagian kedua syahadah itu kerana beliau yang kita sanjung mulia itu pun takut hendak mensyirikkan Allah.

    Kalau begitu kenapa sebagai umat pula kita tidak patuh cara beliau dan terus mensyirikkan Allah…(huraian halus bab shahadah ini akan diterbitkan dalam siri-siri akan datang), isunya sekarang umat islam hari ini banyak mensyirikkan Allah.

    9. Kepada saudaraku seislam sekelian, yang di atas tadi itu perkara pokok, menjadi dasar dalam keimanan dan ia bukan benda baru pun, sudah begitu lama kita amalkan dan semacam sudah sebati dengan kita.

    Tetapi hukum tetap hukum, syirik tetap syirik, baik dalam yang sekecil awal doa pun sudah syirik, apa pula pada ibadah khusus yang lain, tiada terkecuali, tiada ampun dari Allah, maka jadilah ibadah itu sia-sia. Jadi kalau kita sudah akui dan bersetuju, ia adalah perkara dasar dalam keimanan, mari cuba kita lihat apa ada dalam ibadah kita yang lain…..bersambung.

    Terima kasih Allah

    Murdan

    February 6, 2013 at 4:34 am

  254. Heya i am for the primary time here. I found this board and
    I find It really helpful & it helped me out much.
    I am hoping to present one thing back and help others like you helped
    me.

    cumpara jocuri online

    June 27, 2013 at 4:12 am

  255. org munafik tahu bila mengucap 2 kalimah syahadah maka org islam akan percaya pada mereka,sebab itu mereka mengatakan nabi itu rasul,dgn harapan mendapat kepercayaan.lalu Allah memberitahu nabi niat mereka.itu sebenarnya maksud ayat tersebut 🙂

    nizam

    October 2, 2014 at 2:30 am

  256. Kalau dah tak kenal yang mana ALLAH dan yang mana MOHAMMAD itu lah orang nya yang bodoh….kerana nak mempertikaikan atas Shahadat Tauhid dan Shahadat Rasul

    Dann

    October 4, 2014 at 11:45 pm


Leave a comment