Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Budaya saintifik Vs kisah-kisah hikayat

with 66 comments

Kali ini saya mengajak para pembaca budiman meneliti beberapa ayat awal dari Surah 45,  Surah Al-Jatsiyah – maka eloklah kita sama-sama berpesan-pesan tentang kebenaran yang telah sampai kepada kita. Tuhan membuka Surah ini dengan membuat pengisytiharan mengenai status Al-Quran. Sebuah Kitab yang diwahyukan oleh Tuhan yang Terpuji dan Bijaksana.

45:1 Ha Mim

45:2 Wahyu Kitab ini adalah dari Tuhan, Yang Terpuji, Yang Bijaksana.

Kemudian ia diikuti dengan satu pesanan yang cukup ringkas tetapi amat jelas maksudnya – iaitu Tuhan mahu kita menjadi individu atau masyarakat yang menjadikan budaya saintifik sebagai cara hidup. Tuhan kata – jika kita percaya, jika kita yakin dan jika kita faham – semua yang ada di sekeliling kita:  isi alam, fenomena alam, segala makhluk termasuklah diri kita sendiri – sebenarnya mengandungi petunjuk-petunjuk Tuhan.

45:3 Apa yang di langit dan di bumi adalah petunjuk-petunjuk kepada mereka yang percaya.

45:4 Dalam dalam penciptaan kamu, dan apa jua makhluk yang Dia adakan adalah petunjuk-petunjuk untuk mereka yang yakin.

45:5 Dan di pertukaran malam dan siang, dan apa yang Tuhan turunkan dari langit sebagai kurnia untuk menyuburkan tanah selepas kematiannya dan perolakan angin – merupakan petunjuk-petunjuk kepada mereka yang faham.

Pendek kata, Tuhan tidak mahu kita menjadi manusia atau umat yang hidup berteraskan kejahilan. Kita tidak boleh mendirikan kepercayaan di atas andaian atau anggapan semata-mata. Ia mestilah mampu disokong dengan bukti-bukti. Melalui 45:3-5, Tuhan maklumkan kepada kita bahawa semua ciptaanNya mengandungi kebenaran Tuhan yang boleh dibuktikan jika kita menyelidik dan mempelajari petunjuk-petunjuknya.

Saya ambil satu contoh.

Entah sejak bila, secara umumnya bangsa manusia telah melalui satu zaman di mana mereka percaya bahawa bumi ini leper. Boleh dikatakan setiap bangsa mempunyai mitos tersendiri berkenaan kepercayaan bumi leper mereka. Ada yang percaya bumi ini berada di atas sebuah pangkin, ada yang percaya ia diletakkan di atas seekor kura-kura, ada pula yang kata bukan kura-kura tetapi gajah. Ada juga yang kata ia terletak di hujung tanduk. Kepada setiap bangsa – mereka mempercayai sifat bumi mereka berdasarkan kepada cerita-cerita hikayat yang telah diwariskan dari generasi ke generasi.

Bagaimanapun hari ini kita tahu – tidak ada satu pun cerita mereka betul. Bumi tidak leper dan tidak terletak di atas pangkin atau kura-kura atau gajah atau tanduk. Tetapi ia bulat seperti bola dan bergerak di dalam orbit sebuah sistem cakerawala yang elegan. Tetapi kepada tindanan generasi yang telah menjadikan cerita-cerita hikayat bangsa mereka sebagai asas kepercayaan, mereka tidak menyedari kesilapan mereka. Bahawa kebenaran yang mereka sangka hanyalah pada anggapan mereka saja. Mereka hidup  tanpa berusaha mendapatkan bukti sendiri dan akibatnya mereka mati membawa kepercayaan palsu.

Adakah Tuhan tidak memberikan sebarang petunjuk kepada mereka?

Sebenarnya petunjuk-petunjuk tentang bulatnya bumi ini telah sedia ada untuk sesiapa saja menyelidikinya tanpa mengira zaman. Antaranya – bentuk objek-objek cakerawala berhampiran seperti bulan dan matahari yang bulat. Kejadian gerhana. Perubahan musim. Siang dan malam. Perolakan angin. Pemerhatian terhadap kapal di laut – semua ini adalah petunjuk Tuhan yang boleh membawa kepada kesimpulan bahawa bumi ini bulat. Jika sekarang petunjuk-petunjuk yang sama boleh digunakan untuk membuktikan hakikat itu mengapa hujah yang sama tidak boleh digunapakai dalam masyarakat 2000, 3000, 4000 tahun dulu?

Jawapannya kita semua dah tahu. Kerana majoriti manusia sememangnya cenderung mengambil mudah dan take for granted – menerima cerita-cerita hikayat yang kononnya telah disampaikan oleh golongan manusia yang mereka sifatkan lebih pandai tanpa soal. Jika mereka ada inisiatif untuk minta bukti tentang wujudnya pangkin atau kura-kura atau gajah atau tanduk yang dikatakan menyokong bumi, saya fikir tentu mereka dapat mengesan penipuan dan kepalsuan yang telah disampaikan kepada mereka. Tetapi mereka tidak pernah merasa ingin bertanya. Sebaliknya mereka mewariskan kepalsuan itu kepada anak-anak mereka pula.

Bagaimanapun sekarang kita tidak boleh lagi meneruskan budaya jahil itu kerana Tuhan telah membuka jalan kepada kita untuk menerima Al-Quran. Jika kita kata kita percaya kepada Al-Quran – kita tidak ada pilihan selain membuang budaya hidup berlandaskan cerita-cerita hikayat yang pada hakikatnya hanyalah berteraskan kepada andaian dan anggapan semata-mata. Kita mesti memilih cara hidup yang berteraskan budaya saintifik yang sentiasa menjadikan proses pembuktian sebagai kriteria utama dalam menetapkan sesuatu kepercayaan.  Tuhan telah menunjukkan kita jalan ke arah kebenaran jadi tidak ada sebab untuk kita terus menjadi manusia yang bukan saja jahil tetapi turut dilaknat Tuhan.

45:6 Ini adalah wahyu-wahyu Tuhan, Kami membacakannya kepada kamu dengan kebenaran. Jadi dalam hikayat (hadis) yang manakah selepas Tuhan dan wahyu-wahyuNya yang mereka percaya?

45:7 Celakalah kepada setiap pencipta kepalsuan yang penuh dosa.

Sebagai tambahan kepada ayat-ayat 45:1-7, saya fikir ayat berikut juga amat relevan untuk dikepilkan.

6:116  Dan jika kamu ikut majoriti manusia di bumi ini, mereka akan memimpin kamu sesat dari jalan Allah – mereka hanya menuruti andaian dan mereka hanya berdusta.

Baiklah. Mari kita sama-sama perhalusi.

Written by tolokminda

March 9, 2010 at 7:55 pm

66 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Kalau kita perhalusi, yang mengangkat Uzair sebagai anak Allah, Al Masih sebagai putera Allah bukannya bersandarkan bukti2 saintifik pun. Semuanya hanya guna hikayat yang diriwayatkan oleh nama-nama orang terdahulu yang dijadikan icon sesuatu masyarakat.

    Logikkah dalam kitab Injil yang sebenar ada ayat mengangkat Nabi Isa sebagai anak Allah sedangkan semua para Nabi sebelum baginda menafikan Allah ada anak atau sekutu?

    Jadi yang melampau2 mengagungkan Nabi Isa itu hanyalah pereka2 hikayat yang kononnya diriwayat oleh para sahabat Nabi itu. Maka orang2 yang tidak mengusul-periksa akan mudah percaya membuta-tuli.

    Jika ajaran yang disampaikan oleh Nabi Isa pun boleh di”hijack” sehingga baginda disetarakan dengan Tuhan melalui hikayat2, apakah ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad tidak di”hijack” oleh pihak2 yang menurut hawa nafsu menggunakan cara yang sama (hikayat2)?

    Cuba bandingan kualiti ayat2 Al Quran dengan hikayat2 yang diriwayatkan atas nama sahabat Nabi atau ahli keluarga Nabi. Kalau kita buat perbandingan dari segi kualitinya, memang bagaikan langit dengan bumi perbezaannya.

    Sebab itulah orang2 yang mencari cara hidup yang berkualiti hanya memilih yang terbaik sahaja, bukannya menurut membuta-tuli segala hikayat tak masuk akal itu.

    Jika Keesaan Allah pun boleh dibuktikan secara logik dan saintifik, apakah patut lagi dalam beragama ada manusia berkata “mana boleh pakai logik sahaja, pakailah sama hikayat2 yang disampaikan oleh sahabat atau ahli keluarga Nabi”?

    Apakah patut yang benar dicampurkan dengan yang palsu? Apakah patut yang berkualiti dicampurkan dengan yang tidak berkualiti? Sedikit sekali manusia mempercayainya.

    Juang

    March 10, 2010 at 2:32 am

  2. ‘Cuba bandingan kualiti ayat2 Al Quran dengan hikayat2 yang diriwayatkan atas nama sahabat Nabi atau ahli keluarga Nabi. Kalau kita buat perbandingan dari segi kualitinya, memang bagaikan langit dengan bumi perbezaannya’

    boleh saya tau…saudara juang rujuk pada hadis/hikayat yang mana?

    sekadar ingin menambah ilmu pengetahuan….🙂

    Hamba Allah

    March 10, 2010 at 3:33 am

  3. Salam Hamba Allah,

    Pernahkah saudara dengar hikayah Nabi tawar-menawar dengan Allah pasal bilangan waktu sembahyang?

    Cuba kita bandingkan kisah2 para Nabi sebelum itu yang wujud dalam Al Quran. Contohnya bila Nabi Nuh atau Nabi Ibrahim mahu mendoakan untuk anak atau bapa mereka (yang menyekutukanNya) pun Allah tegas melarangn. Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang para Nabi tidak tahu.

    Tetapi dalam hikayat tersebut, seolah-olah Allah tidak tahu apa yang Dia tetapkan, sampaikan Nabi pula kena memberitahu jumlah waktu yang sesuai untuk umatnya.

    Tak logik Allah ada kelemahan begitu. Maha Suci Allah daripada sifat2 lemah.

    Juang

    March 10, 2010 at 3:56 am

  4. KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH
    DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH

    Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!!
    Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

    Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

    Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

    Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

    Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

    Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

    Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

    Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.

    Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu. (boleh tak saudara juang atau tolok minda jelaskan ini mengikut tafsiran anda. adakah ianya juga hikayat?)

    Hamba Allah

    March 10, 2010 at 4:05 am

  5. Siapa pulak yang pandai-pandai buat cerita dongeng tentang khutbah ini? Bila masa Nabi kata dia tinggal dua perkara? Dia kata dia tinggal “satu” perkara saja.
    Dia cakap macam ini dalam Sura 34 ayat 46-50.

    “Sesungguhnya aku nasihatkan kamu hanya “Satu” perkara (bi-waa-hi-datin) sahaja – bahawa kamu menegakkan kepada Allah cara berdua-duaan atau secara individu – kemudia kamu fikir. Tidaklah kawan kamu itu dari yang gila – tidak lain dia hanyalah seorang pemberi peringatan bagi kamu tentang azab yang pedih.”
    (34:46)

    “Aku tidak meminta dari kamu sebarang upah. Upah aku hanyalah dari Allah dan Dia atas segala-gala sesuatu menyaksikan. (34:47)

    “Sesungguhnya Tuhanku Dia mempersembahkan dengan yang benar – Dia mengetahui segala yang ghaib.” (34:48)

    “Sudah datanglah “kebenaran” itu – dan tidak mungkin bathil akan timbul atau akan berulang lagi.” (34:49)

    “Kalau aku sesat – maka sesungguhnya kesesatan itu atas diriku sendiri – dan jika aku mendapat petunjuk – maka ianya disebabkan ilham yang diberi kepadaku dari Tuhanku – sesungguhnya Dia Amat mendengar dan Amat dekat.” (34:50)

    Apa yang dikata dan dipesan oleh Nabi tidak perlu disanat oleh sesiapa – tak perlu dibukukan oleh sesiapa – dan tak perlu disahkah oleh sesiapa. Ianya semua telah diKitabkan oleh Allah dalam Al Quran.

    Cerita khutbah di gunung Arafat ini direka oleh mereka yang mendustakan Kitab Allah:

    ‘Celakalah orang-orang yang membuat dusta! Maka dengan “hadis” manakah selepas ini mereka akan beriman?” (77:49-50)

    Gunumaro

    March 10, 2010 at 4:39 am

  6. 🙂

    Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

    Fantastik 4

    March 10, 2010 at 4:41 am

  7. Fatanstik 4, bila kita mengajar burung kakak tua berkata “Selamat pagi” bila ada orang hampiri dia – dianya akan berkata “Selamat Pagi” kepada sesiapa juga pada waktu malam.

    Gunumaro

    March 10, 2010 at 4:49 am

  8. ‘And surely Allah wants to remove all abominations from you, O’Members of the House, and make you pure and spotless.” [Holy Quran 33:33]

    Fantastik 4

    March 10, 2010 at 4:50 am

  9. Fantastik, baca ayat 33:33 betul-betul. Jangan jadi burung kakak tua:

    “Ain-na-mal-lah = Sesungguhnya Allah

    li-yaz-hiba = Dia hendak menghilangkan

    Minkum = Dari kamu

    Rij-saa = kekotoran (najis)

    Ah-lal Bait = Ahli Bait

    Wayu-thor-hi-rakum = Dia akan mensucikan kamu

    Tadh-hi-ran = sesuci-secinya.

    Perkataan “Ya ahlal-bait” atau “Wahai Ahli Bait” tidak ada dalam ayat tersebut. Mana Sdr dapat “O members of the house”?

    Itulah sebabnya Tolokminda minta kita semua baca Al Quran, kaji mesejnya dan fikir balik samada kepercayaan kita selaras dengan apa yang terdapat dalam Al Quran atau tidak. Jangan jadi pak turut.

    Gunumaro

    March 10, 2010 at 5:11 am

  10. hehehe .. nampaknya tafsir TM dan yg dapat approval TM saja yg tepat. Org lain punya tafsir semua salah.

    Very good. Continue-lah
    🙂

    Twenty-Two Sen

    March 10, 2010 at 5:19 am

  11. Sebenarnya korang semua tolol minda.
    Gadoh2 pasal Allah dan Quran buat pa?
    Macamlah Allah gedebuk duduk depan korang. Berlabun dgn korang?
    Kata orang ni betul. Orang tu salah.
    Ni semua EGO korang, TM dan yg anti-TM, sama saja.

    Allah tetap Allah.
    Muhammad Rasulullah.
    Quran Kitab Allah.

    So simple, yg korang meraban memanjang apsal?

    22 sen I tell You !!!🙂

    Twenty-Two Sen

    March 10, 2010 at 5:23 am

  12. Salam Twenty Sen,

    Terjemahan 45:1-7 yang saya gunakan dalam artikel ini hanyalah terjemahan semula ke atas terjemahan bahasa Inggeris oleh Free Minds. Jika tuan semak terjemahan Syakir atau Yusof Ali, ia juga selaras.

    Saya bukan penterjemah Al-Quran. Saya cuma membincangkan isi kandungannya saja.

    tolokminda

    March 10, 2010 at 5:25 am

  13. Salam Twenty Sen,

    Tidak ada siapa larang jika tuan mahu menyimpan Al-Quran tuan dalam gerobok saja. Orang lain nak bincang, itu hak mereka. Bagaimanakah berbincang tentang isi kandungan Al-Quran boleh dikatakan meraban?

    tolokminda

    March 10, 2010 at 5:30 am

  14. Quran ni, kalau bagi kat beruk apa dia buat?
    Macam tu jugalah kalau bagi Quran kat orang kapir.
    Dia kata Allah tak suruh sembahyang-lah.
    Tak payah puasa-lah. Apsal camtu?

    Sebab beruk yg cuba tafsir Quran, walhal patut sumbat mulut dia dengan Banana.🙂

    Twenty-Two Sen

    March 10, 2010 at 5:35 am

  15. Salam Twenty Two Sen,

    Kenapa nak bagi Quran pada beruk? Dan kalau bagi pada orang yang ingkar dan tak mahu percaya, mereka akan beri alasan macam-macam untuk menolaknya sedangkan mereka baca pun tidak.

    tolokminda

    March 10, 2010 at 5:44 am

  16. Salam,

    Kisah2 hikayat adakala berunsurkan “LAHWAL HADIS”, persoalan “lahwal hadis” ada dibincangkan di blog sy

    http://doktrinisasi.blogspot.com
    🙂

    Jebon

    March 10, 2010 at 6:02 am

  17. Salam,

    Apabila Allah menetapkan sesuatu perkara untuk manusia lakukan, pasti manusia boleh kaji secara saintifik. Contohnya Allah menetapkan manusia kena bernafas, makan, minum, buang air, menggunakan anggota tubuh badan etc, ia mudah dikaji sebab2nya.

    Namun jika sesuatu ketetapan diada-adakan, pasti ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Sebab itulah dalam kisah yang terjadi pada kaum musyirk terdahulu, apabila Rasul mereka bertanya pasal amalan sembahan yang mereka lakukan, mereka tidak mampu bawakan bukti2 saintifik melainkan dengan berkata “sebab kami lihat bapa-bapa kami dahulu lakukannya”.

    Jadi, di antara Ketetapan Allah dan ketetapan yang diada-adakan oleh syaitan, yang mana satu patut kita ikut? Nak taat pada Allah ke taat pada syaitan yang mengada-adakan sesuatu perkara?

    Juang

    March 10, 2010 at 6:25 am

  18. Moslems all over the world have agreed to disagree.
    This they do single-minded and consistently, like their life depended on it. So we have Shia, Sunnah, Wahabi, Sufi bla bla bla.

    Yet all say they believe in Allah, Muhammed and the Qoran – and lately some of them have dropped Solat, Sawm and Hajj for reasons which we should hear them out in this blog.

    Although, Im a traditional Moslem I believe we owe to ourself to explore Allah’s message in the Qoran. With good intention to receive ilm from Allah, we can’t fail.

    We take one step towards Allah, and He rushes in ten steps for us. Aint it enough?

    Nobody is perfect, I’m Nobody 😉

    Nobody

    March 10, 2010 at 6:29 am

  19. Salam Juang,

    Saya berpendapat ada 2 kaedah dalam menetapkan kepercayaan kita terhadap sesuatu. Yang pertama melalui kaedah saintifik. Dan yang kedua melalui anggapan atau persepsi. Perhatikan saintifik lawannya persepsi.

    Jika kita gunakan kaedah saintifik, maknanya kita perlu menggunakan semua deria dan kemampuan kita untuk mendapatkan bukti-bukti yang nyata sebelum membuat apa-apa kesimpulan. Ini selaras dengan suruhan Tuhan supaya kita menggunakan pendengaran, penglihatan dan akal.

    Sebaliknya jika kita gunakan persepsi, ikut saja apa yang orang lain percaya sudah memadai.

    tolokminda

    March 10, 2010 at 6:38 am

  20. Salam,

    Apa yang ditinggalkan hanyalah sesuatu yang diada-adakan dan berbentuk amalan menyekutukan Allah seperti kaum2 terdahulu lakukan.

    Kita sejak kecil telah disuap dan disogok dengan satu bentuk amalan yang dikatakan kononnya daripada Nabi tanpa kita membuat penyelidikan mengenai kebenarannya.

    Jadi, oleh kerana kita semua ada tool2 yang Allah berikan untuk membuat penyelidikan seperti ada mata, telinga dan fikiran yang dibantu oleh teknologi IT sebegini, apakah patut kita buat tak peduli tentang pegangan kita selama ini tanpa usul periksa?

    Jika seseorang itu berada di jalan yang benar, dia tidak akan takut kalau ada orang2 nak kaji kebenarannya atau tidak. Tetapi jika seseorang itu berada di jalan yang dusta, maka ia akan takut dan marah bila ada orang2 yang nak memeriksa apa yang selama ini mereka ada-adakan.

    Juang

    March 10, 2010 at 6:39 am

  21. Salam TM,

    Jika manusia guna kaedah saintifik, dia kena menggunakan logik. Tetapi jika manusia itu guna kaedah persepsi, dia akan terdorong ikut emosi.

    Sebab itulah orang2 musyrik yang menggunakan persepsi dalam mempercayai amalan mereka selama ini mudah marah bila disentuh pasal amalan mereka itu.

    Tetapi bila kita berbincang secara logik, kita mudah berbeza pendapat dengan tenang dan matang.

    Cuba lihat Rasulullah sebagai contoh insan yang menggunakan logik. Bagaimana matangnya cara berhujah baginda menghadapi kata-kata orang2 musyrik.

    Juang

    March 10, 2010 at 6:45 am

  22. Salam Juang,

    Benar. Logik adalah sesuatu yang boleh kita quantify dan qualify. Ia selaras dengan kenyataan Tuhan.

    54:49 Segala-galanya Kami telah cipta dengan ukuran (measure).

    tolokminda

    March 10, 2010 at 6:52 am

  23. Salam Nobody,

    Yes. Exploring the Quran we must.

    tolokminda

    March 10, 2010 at 6:54 am

  24. Salam TM,

    Saudara percaya tak, jika seseorang itu benar2 ikhlas menggunakan logik dalam seluruh kehidupannya, pasti dia akan menepati kejituan yang telah Allah tetapkan sebagai seorang manusia? Dengan kata lain, manusia itu akan memenuhi ciri2 seorang insan yang sebenar seperti yang dianjurkan oleh Al Quran walaupun dia tidak pernah membaca Al Quran yang pernah diturunkan kepada Nabi Muhammad.

    Juang

    March 10, 2010 at 7:10 am

  25. Salam Juang,

    Saya setuju dengan pendapat itu. Bagi saya pada dasarnya Tuhan cuma nak kita jadi orang yang baik dan jangan sekutukan Dia.

    tolokminda

    March 10, 2010 at 7:50 am

  26. Salam TM,

    Ya, itulah semudah-mudah logik yang kita boleh fikirkan.

    Daripada asas logik itu, kita akan nampak logik2 lain yang selama ini terselindung gara-gara kita tidak digalakkan berfikir dan meneroka erti hidup yang sebenar.

    Paling sedih sekali bagi saya bila mendengar ramai orang Islam hari ini (termasuk yang ustaz2) berkata, dalam agama tidak boleh guna akal. Kata-kata itu terang2 bercanggah dengan suruhan yang banyak disebut dalam Al Quran. Malah akal yang waras tidak boleh menerima kata-kata sebegitu.

    Juang

    March 10, 2010 at 8:17 am

  27. Ustaz2 dan lahwal hadis kot?? Ada dibincangkan di blog sy…

    http://doktrinisasi.blogspot.com
    🙂

    Jebon

    March 10, 2010 at 8:54 am

  28. Salam,

    31:6. Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan (khayalan) untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya sebagai bahan permainan; bagi orang2 seperti mereka itu hanyalah azab yang hina.

    28:49. Katakanlah, “Datangkanlah sebuah Kitab daripada Allah yang lebih memberi petunjuk daripada keduanya (al-Qur’an dan Taurat), dan ikutlah ia, jika kamu berkata benar.”

    28:50. Kemudian, jika mereka tidak menyahut kamu, ketahuilah bahawa mereka hanya mengikuti keinginan (hawa)mereka; dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginannya tanpa petunjuk daripada Allah? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

    Apabila manusia itu berkata-kata mengikut logik, hakikatnya ia berkata mengikut apa yang ditetapkan di alam semesta ini. Umpamanya apabila seseorang itu berkata “matahari memancarkan cahaya”. Itulah kata-kata yang ada logiknya. Manusia itu berkata mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah dalam kehidupan ini.

    Namun apabila manusia berkata-kata tanpa berlandaskan apa yang ditetapkan di semesta ini seperti mengatakan “akulah yang memberi matahari cahaya”, itulah kata-kata yang keluar daripada hawa nafsunya sendiri.

    Cerita-cerita hikayat direka-reka atas dasar mengikut kehendak hati manusia sahaja. Macam cerita superman, batman, ultraman, doraemon dan seumpamanya yang berunsur khayalan semata-mata.

    Bandingkan sebuah buku yang mengandungi fakta-fakta yang kukuh dan logik dan buku yang sekadar menceritakan khayalan-khayalan, yang mana satukah memberi manfaat yang besar kepada ketamadunan manusia? Layakkah cerita setaraf ultraman dan doraemon itu dijadikan pegangan hidup kita sedangkan kita sudah dewasa, bukannya budak-budak lagi.

    Tidakkah manusia itu tahu mempertimbangkan dengan waras?

    Juang

    March 10, 2010 at 10:45 am

  29. kalau gunakan logik semata2,anda bukan orang islam la jawabnye,agaknye kat akhirat nanti anda dalam golongan mana eh?

    shah

    March 10, 2010 at 10:47 am

  30. Salam,

    Apakah saudara mempunyai ayat2 Allah yang mengatakan menggunakan akal (logik) semata-mata, manusia itu bukan Islam?

    Bukankah yang tidak guna akal itulah yang ramai menyekutukan Allah sebab mereka tiada ada logik untuk mengatakan amalan mereka itu datangnya daripada Allah. Contohnya, apakah logik di sebalik amalan bersujud kepada matahari, bulan atau binaan2 daripada tangan manusia?
    🙂

    Juang

    March 10, 2010 at 11:48 am

  31. Salam,

    Shah tulis:- kalau gunakan logik semata2,anda bukan orang islam la jawabnye… —

    Byk ayat2 al-Quran yg menyuruh berfikir… jadi mana anda tahu org menggunakan logik bukan Islam?? Ini nak menghukum ker??

    Jebon

    March 10, 2010 at 11:57 am

  32. Salam,

    Benar lawannya palsu. Kalau tidak menggunakan yang benar semata-mata, maka manusia itu akan menggunakan yang palsu sama (mencampur-adukkan benar dan palsu).

    Begitulah logik lawannya tak logik. Kalau manusia tak menggunakan yang logik semata-mata, maka mereka akan mencampur-adukkan dengan yang tak logik. Maka lahirlah hikayat2 khayalan untuk menyedapkan cerita.

    Namun sedikit sekali manusia membuka mindanya sendiri.

    Juang

    March 10, 2010 at 12:32 pm

  33. Salam,
    Juang kata,”Saudara percaya tak, jika seseorang itu benar2 ikhlas menggunakan logik dalam seluruh kehidupannya, pasti dia akan menepati kejituan yang telah Allah tetapkan sebagai seorang manusia? Dengan kata lain, manusia itu akan memenuhi ciri2 seorang insan yang sebenar seperti yang dianjurkan oleh Al Quran walaupun dia tidak pernah membaca Al Quran yang pernah diturunkan kepada Nabi Muhammad”

    Saya setuju dengan pendapat juang…

    penulis

    March 10, 2010 at 12:46 pm

  34. Salam,

    Al Quran adalah petunjuk. Dan pada apa jua yang ada di langit dan di bumi juga mengandungi petunjuk (refer 45:4).

    Jadi sepatutnya dalam memahami Al Quran, kita kena guna Al Quran sendiri dan petunjuk2 di sekeliling kita ini sebagai penjelasannya. Ini kerana hukum-hukum yang menetapkan kejadian di sekeliling kita tidak berdusta (konsisten sifatnya), sedangkan kalau kita menggunakan riwayat2 atau hikayat2, ia tidak terlepas daripada unsur-unsur dusta dan kontradiksi.

    Logikkah Al Quran dijelaskan oleh sesuatu yang berunsur dusta yang penuh percanggahan?

    Juang

    March 10, 2010 at 1:02 pm

  35. Shah tulis:

    “kalau gunakan logik semata2,anda bukan orang islam la jawabnye,agaknye kat akhirat nanti anda dalam golongan mana eh?”

    Respon saya:

    Kalau megikut Al Quran orang-orang yang tidak mahu mengunakan akal tempat mereka adalah neraka jahanam – mereka akan dipanggang dalam api yang menyala-nyala dan mereka akan tinggal didalamnya buat selama-lamanya – Hanya pada ketika itu – barulah mereka mengaku sepatutnya mereka mengunakan akal.

    Kisah orang-orang yang tidak mahu mengunakan akal ini dapat dibaca dalam surah 67 ayat 6-11 seperti berikut:

    “Bagi orang-orang yang tidak percaya dengan Tuhan mereka – mereka akan diazab dalam Neraka Jahanam – dan amat buruklah tempat kembali mereka.” (67:6) –

    Tatkala mereka dicampak kedalamnya – mereka akan dengar jeritan-jeritan yang dahsyat – semasa ianya sedang mendidih – Ia hampir-hampir meletup disebabkan kemarahan apabila setiap kali kumpulan-kumpulan dicampak kedalamnya – dan penjaga neraka akan bertanya kepada mereka, “Apakah tidak datang kepada kamu sesiapa yang beri peringatan? (67:7)

    Mereka berkata, “Ya, memang ada! – sesungguhnya telah datang kepada kami orang-orang memberi peringatan – tetapi kami tidak percaya – dan kami juga berkata Allah tidak menurun apa-apa pun” – Tidaklah kamu melainkan dalam kesesatan. (67:8)

    “Mereka berkata, “SEKIRANYA DULU KAMI DENGAR DAN MENGUNAKAN AKAL – SUDAH PASTI KAMI TIDAK JADI PENGHUNI NERAKA YANG MENYALA-NYALA.” (67:10)

    “Pada ketika itu barulah mereka membuat pengakuan tentang dosa-dosa mereka – maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni Neraka yang menyala-menyala.” (67:11)

    Saya harap Sdr Shah teruskan kepercayaan agama beliau tanpa mengunakan akal. Kalau Shah mahu tunggu – kita juga pun menunggu – sama-samalah kita tunggu.

    Tak perlulah Shah atau sesiapa yang tidak mahu mengunakan akal, percaya kepada ayat-ayat diatas. Taatlah kepada ulamak-ulamak yang melarang manusia lain mengunakan akal.

    Gunumaro

    March 10, 2010 at 7:32 pm

  36. Salam.

    Saya fikir kalau orang yang mengguna akal, dia tak akan hantar anaknya ke sekolah. Sistem pendidikan yang ada sekarang dicemari oleh penyembahan berhala dan dikuasai oleh ‘pendita/guru’ yang dilatih untuk mengukir minda [brainwash] anak-anak mengikut acuan mushrikin yang cintakan berhala. Sekolah ialah tempat di mana social-engineering dilakukan pada peringkat awal untuk mencipta manusia yang patuh membuta-tuli.

    Jika kita perhatikan dengan mendalam, sekolah ialah ‘kilang’ di mana anak-anak diajar untuk patuh kepada perintah guru yang lazimnya terima upah mengajar [bukan sebab cintakan ilmu] mengikut kurikulum yang telah direkayasa untuk kepentingan pihak tertentu.

    Sekolah juga adalah tempat di mana rekrut dilatih untuk sinambungan satu sistem pengabdian mental kepada pengekalan kuasa-kuasa berhala. Kita lihat sekarang bermacam gejala sosial di kalangan pelajar, dari sekolah rendah hinggalah ke IPT, yang memperlihatkan betapa sistem pendidikan berjaya melahirkan manusia minda-lembu yang berkeliaran tanpa komitmen yang murni.

    Abu Irdina

    March 10, 2010 at 11:39 pm

  37. Salam Abu Irdina,

    Maka setiap ibubapa yang beriman kena mengambil tindakan proaktif untuk tidak menyerahkan kepercayaan anak2 mereka bulat2 pada para guru di sekolah. Latih mereka untuk mendengar dan mengikut yang terbaik sahaja.

    Secara psikologinya, pengaruh yang paling besar kepada anak2 adalah ibubapa (keluarga)nya sendiri. Jika ibubapa dapat persiapkan ketahanan mental pada anak2nya sejak dari kecil, mereka tidak mudah terpengaruh apa yang ada di luar sana bila meningkat dewasa.

    Galakkan anak2 berfikir dan bertanya dahulu sebelum melakukan sesuatu perbuatan. Sikap suka menurut membuta-tuli itulah yang menyebabkan anak2 orang Islam hari ini mudah terjebak pada pengaruh rakan sebaya walaupun kadang2 tu bapanya seorang imam masjid.

    Anak2 yang diajar berfikir dan membuat pilihan sendiri akan cepat matang mindanya berbanding anak2 yang dipaksa ikut sesuatu ajaran tanpa dia mengetahui apa tujuannya.

    Apakah kita patut menambahkan lagi bilangan manusia minda-lembu seperti yang saudara katakan itu?

    Juang

    March 11, 2010 at 12:43 am

  38. Salam,

    “Mereka berkata, “SEKIRANYA DULU KAMI DENGAR DAN MENGUNAKAN AKAL – SUDAH PASTI KAMI TIDAK JADI PENGHUNI NERAKA YANG MENYALA-NYALA.” (67:10)

    Di sini jelaslah menunjukkan penghuni2 neraka itu adalah manusia yang tidak mahu menggunakan akal. Kalau mereka ada inisiatif untuk berfikir sebelum melakukan atau menurut sesuatu ajaran, sudah pasti mereka dapat membezakan benar dan palsu.

    Tetapi sebab sikap mempercayai orang2 yang diberi gelaran ulamak, ustaz, paderi, pembesar2 agama itu secara membuta-tuli, maka mereka tidak menapis lagi baik buruk sesuatu yang diajar pada mereka. Diletakkan kepercayaan kepada golongan tersebut seolah-olah golongan itu adalah pemberi tiket kepada mereka untuk masuk ke syurga.

    Kerana guna akal-lah kita boleh membezakan logik atau tak logik, benar atau palsu, baik atau buruk etc. Bila manusia itu berniat nak guna sesuatu yang tak logik, hakikatnya dia mahu berdustalah tu. Dengan itu mudahlah mereka nak berkata2 seperti orang Yahudi mengatakan Uzair adalah anak Allah dan orang Nasrani mengatakan Al Masih adalah anak Allah tanpa bukti2 sandaran yang kukuh (logik).

    Tidak hairanlah orang2 macam itu perangainya hanya layak menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. Sudah diberi akal untuk hidup sebagai manusia, mereka menolaknya untuk menjadi seumpama lembu yang diikat hidungnya dengan tali.

    Dan tidak hairanlah orang2 sebegitu sikapnya menjauhi Al Quran yang penuh peringatan untuk orang2 yang hidup tidak mahu berfikir.

    36:60. Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak menyembah syaitan – sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,

    36:61. Dan bahawa kamu hendaklah menyembah Aku? Inilah jalan lurus.

    36:62. Ia telah menyesatkan sebahagian besar antara kamu; tidakkah kamu MENGGUNAKAN AKAL?

    36:63. Inilah Jahanam yang telah dijanjikan kepadamu,

    36:64. Pangganglah di dalamnya pada hari ini kerana kamu tidak percaya!”

    Kita nampak betapa konsistennya ayat2 Al Quran menjanjikan Jahannam kepada orang2 yang tidak menggunakan akal. Akibat tidak guna akal-lah mereka disesatkan oleh syaitan.

    Juang

    March 11, 2010 at 1:00 am

  39. Salam Juang,

    saya setuju dengan pandangan saudara itu. Masalah yang menimpa anak-anak sekarang, terutama di peringkat sekolah rendah ialah ancaman fizikal dan mental yang dikenakan ke atas mereka oleh guru. Contohnya, semua guru dilatih untuk pesan kepada murid supaya jangan melaporkan kepada ibu-bapa tentang apa-apa kejadian buruk yang berlaku di sekolah. Murid yang melaporkannya dianggap menderhaka dan akan dikenakan tekanan mental oleh guru secara sistematik. Tak ubah macam golongan ulamak yang mengecam orang yang cuba guna akal untuk fahami Quran. Taktik beginilah yang sangat digeruni oleh anak-anak yang baru nak belajar berfikir.

    Anak saya sendiri, telah melaporkan kepada saya tentang penderaan guru terhadap beliau dan murid lain – dan saya telah membawa perkara tersebut ke peringkat tertinggi Kementerian Pelajaran. Hasilnya? Kementerian tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas guru-guru tersebut kerana lebih pentingkan ‘sistem’ dan menjaga kepentingan ‘paderi/pendita/ulamak @ cikgu’ adalah lebih diutamakan. Beberapa kali selepas itu, anak saya dijadikan mangsa oleh guru dan juga guru besar kerana melawan-arus.

    Oleh itu, saya tidak lagi hantar anak ke sekolah, dan mengajar mereka sendiri di rumah. Saya gerun dengan konsep membiak ‘manusia-lembu’ yang sekarang ni diamalkan di sekolah-sekolah. Saya terlalu sayangkan anak-anak saya untuk jadikan mereka manusia-lembu yang hanya menurut perintah tanpa mengguna akal. Lebih saya takut ialah ustaz-ustaz lepasan Al-Azhar yang mengajar ‘Islam’ dengan kaedah yang sangat membahayakan minda anak-anak yang bersih dari syirik itu.

    Abu Irdina

    March 11, 2010 at 1:20 am

  40. Budaya Saintifik Vs Kisah Hikayat

    Ramai kita yang cekap mengguna akal/logika dalam hal-hal kerjaya dan kehidupan seharian. Namun, bila berdepan isu ketuhanan, amal-ibadat, aqidah – kita rela berlepas tangan dan berserah kepada ‘guru’. Kita serahkan steering kepada guru dan benarkan diri kita dibawa ke mana sahaja tanpa soal siasat. Walaupun kita dibawa ke tempat yang membahayakan jiwa/spiritual, masih mampu kita berdiam diri kerana kepercayaan penuh/taksub dan taklid buta terhadap guru. Sedangakan Allah telah menganugerahkan kita dengan Al Quran dan akal, kita masih asyik melayan Kisah Hikayat. Tak ubah macam orang sekarang yang melongo mengadap TV, asyik dengan drama dan rancangan hiburan realiti. Beratus atau beribu jam hidup dihabiskan depan kotak tolol itu. Kisah Hikayat diputarkan melalui TV dengan rancangan soal-jawab, forum Agama dan drama-drama yang meruntun orang yang kurang berfikir untuk teruskan tradisi penyembahan. Mereka dengar, mereka patuh. Tapi, mereka tak berhenti untuk berfikir!

    Mujur ada National Geography dan lain-lain slot sains yang buat kita berfikir tentang tanda-tanda Allah. Mujur jugalah, ada orang-orang yang dilabel kafir yang sanggup buat kajian saintifik dan menggali ilmu di serata pelusok dunia – di perut lautan hingga ke puncak Everest – kerana kecintaan mereka kepada ilmu dan khazanah Allah. Mereka ini tidak memakai label atau lencana apa-apa agama.

    Abu Irdina

    March 11, 2010 at 2:19 am

  41. Salam Abu Irdina,

    Sebab itu dalam Al Quran ada sebut, kalau kita ikut majoriti manusia, pasti kita akan disesatkan. Kebanyakan manusia malas nak memikirkan apa yang mereka dan bapa-bapa mereka amalkan. Kerana daripada kecil mereka telah dididik supaya menerima sahaja ajaran-ajaran tradisi mereka tanpa berfikir. Sebab itu kita selalu dengar kata-kata seperti “dalam agama tidak boleh guna akal”, “tak boleh guna logik semata-mata”,”tak boleh fikir sendiri” dan kata-kata yang berbau menolak penggunaan akal. Dengan kata lain, mereka mahu mengongkong fikiran manusia agar taksub dengan apa yang diterapkan selama ini.

    Bukannya mereka nak galakkan masyarakat berfikir dan mengkaji segala tanda-tanda Kekuasaan Allah di langit dan di bumi. Bertambah haru ada yang mengatakan ilmu sains itu duniawi, dan ajaran2 ritual mereka itulah ukhrawi. Mereka memisahkan dunia dan akhirat dalam kehidupan mereka. Sedangkan Al Quran tidak pernah membenarkan apa yang mereka dakwa itu.

    Tidakkah mereka mahu merenung diri mereka sendiri. Selama mereka taksub dengan ajaran2 hikayat itu, betapa jauhnya mereka ketinggalan dalam bidang2 ilmu berbanding bangsa2 yang mereka kata kafir itu? Malah bila mereka kena sakit jantung pun, kepada teknologi yang diterokai oleh bangsa2 yang mereka kata kafir itu juga mereka berharap. Mereka tahu amalan ritual mereka tidak mampu menyelamatkan diri mereka bila diserang sakit jantung. Ketika itulah mereka nak tunduk pada ilmu2 Allah yang ditetapkan pada semesta ini.

    Tetapi ketika mereka sihat, mulalah mereka mengajar ajaran2 khayalan dan hikayat untuk memperbodoh-bodohkan manusia yang malas menggunakan akal. Mereka nak kejar sanjungan masyarakat kononnya mereka lebih berilmu sebab tahu hukum2 agama.

    Bila kita nampak semua itu, barulah kita faham mengapa Allah melaknati golongan tidak menggunakan akal sebegitu dan tempat kembali mereka hanyalah neraka yang menyala-nyala.

    Juang

    March 11, 2010 at 3:11 am

  42. salam,
    Saya sangat tertarik dengan rancangan di TV9 bertajuk “Tanyalah Ustaz”. Dari rancangan ini saja kita bolih lihat bertapa ceteknya umat Islam sekarang tentang pengetahuan dan kandungan Al-Quran. Apa yang mereka nak tahu semuanya ada didalam Quran tetapi kebanyakkan manusia itu malas untok mengkaji dan mendalami isi Al-Quran itu. Mereka sanggup meletakkan hidup mereka diakhirat ditanggan Ustaz-ustaz ini.

    Dan seperti mana yang kita sedia maklum hampir 95% jawapnnya Ustaz-ustaz ini berasal dari kitab-kitab hikayat.

    ramsys pranata

    March 11, 2010 at 5:08 am

  43. salam
    hmmm…percaya pada pekara2 ghaib/xlogik dalam Quran tapi.. tidak percaya pada kata2 @ perlakuan nabi muhammad saw yang tidak logik… pelik…🙂

    hamba allah

    March 11, 2010 at 5:13 am

  44. sedap gak lagu m.nasir ni..
    tanya itu hud2🙂

    hamba allah

    March 11, 2010 at 5:18 am

  45. Salam Abu Irdina,

    Saya amat faham dengan pandangan tuan/puan terhadap sistem pendidikan kita. Dari tadika sampai universiti semuanya sama sifatnya. Dan saya lebih kagum apabila tuan/puan berani mengeluarkan anak-anak dari sistem berkenaan. Ia memerlukan ketegasan pendirian yang amat tinggi. Saya juga tidak setuju dengan sistem pendidikan yang sama, tetapi untuk anak-anak saya, saya cuma sanggup mengelak sampai tahap tertentu sahaja.

    Kasihan anak-anak bangsa kta.

    tolokminda

    March 11, 2010 at 5:19 am

  46. Salam,

    Allah adalah yang paling ghaib daripada segala makhluk2Nya yang tidak nampak oleh mata kasar manusia. Namun Al Quran tetap menjelaskan secara logik mengenai KeesaanNya.

    23:91. Allah tidak mengambil kepada-Nya sebarang anak, dan tidak juga ada tuhan bersama-Nya; jika demikian, tentulah tiap-tiap tuhan pergi dengan apa yang ia cipta, dan sebahagian mereka tentulah meninggi terhadap sebahagian yang lain; Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyifatkan.

    17:42. Katakanlah, “Sekiranya ada tuhan-tuhan lain bersama Dia, sebagaimana mereka mengatakan, tentu mereka mencari jalan kepada Yang mempunyai Arasy.”

    Jadi atas alasan apa lagi mereka nak menolak logik, sedangkan Yang ghaib di atas segala yang ghaib pun Al Quran buktikan secara logik? Bukankah itu menunjukkan orang-orang yang menolak logik itu berniat nak menipu sahaja?

    Juang

    March 11, 2010 at 6:23 am

  47. Salam,

    “Ramsys: Dan seperti mana yang kita sedia maklum hampir 95% jawapnnya Ustaz-ustaz ini berasal dari kitab-kitab hikayat.”

    Jika yang sudah level ustaz dan tahu bahasa Arab pun tidak yakin pada Al Quran, apa lagi orang kebanyakan. Sebab itulah mereka menyandarkan pegangan mereka pada ustaz2 itu daripada pada diri sendiri walhal di akhirat kelak pun mereka bertemu Allah sendiri, bukannya didampingi ustaz2 itu. Tidakkah mereka memikirkan?

    Secara logiknya, yang tahu bahasa Arab itulah lagi mudah nak mengkaji Al Quran. Malang orang2 inilah yang tak bagi kaji Al Quran guna akal. Mereka nak pakai hikayat2 juga. Itu yang cukup menghairankan.

    Juang

    March 11, 2010 at 6:30 am

  48. Salam,

    Selalu kita jumpa kebanyakan orang Islam hari ini beranggapan perkara2 ghaib adalah perkara yang tak logik. Dengan kata lain, mereka faham yang logik itu adalah perkara yang dapat dilihat oleh mata kasar. Inilah kesilapan utama mereka dalam memahami apa itu logik.

    Secara mudahnya, perkara yang logik adalah perkara yang ada hukum Allah membenarkan ia terjadi. Perkara yang tak logik adalah perkara yang tiada hukum Allah membenar ia terjadi dan kalau dijadikan akan menyebabkan runtuh sistem semesta ini.

    Contohnya mengatakan nilai RM1000 lebih besar daripada RM1 itu logik. Tetapi menyamakan nilai RM1000 dengan RM1 itu tidak logik. Kalau dipakai juga akan menyebabkan runtuhnya sistem pengiraan, ekonomi dan kewangan.

    Begitulah mengatakan Allah Paling Berkuasa berbanding segala yang wujud di langit dan di bumi adalah suatu yang logik. Tetapi menyamakan Sifat2 Allah dengan sifat2 makhluk itu tidak logik. Kalau disamakan, ia seperti mahu meruntuhkan sistem semesta yang telah Allah ciptakan ini.

    Juang

    March 11, 2010 at 6:48 am

  49. so bagaimana pula dgn persamaan yang anda pergunakan dalam hikayat yang anda cakap “Tetapi dalam hikayat tersebut, seolah-olah Allah tidak tahu apa yang Dia tetapkan, sampaikan Nabi pula kena memberitahu jumlah waktu yang sesuai untuk umatnya”

    bukankah ini seumpama anda membandingkan Allah dgn sifat manusia?

    aku berlindung padaMU YA ALLAH.. hanya sekadar perdebatan. Adakah anda tau apa yg difikirkan oleh ALLAH? sehingga sangup mempertikaikan hikayat tersebut? (saya sendiri tidak tau adakah ianya hadis sahih) kalau ianya bukan hadis sahih senang cerita. Tapi kalau ianya hadis sahih. maka adakah juang berfikir secara logik atau tidak? dalam konteks agama islam. Adakah anda ingin mewartakan bahawa Nabi Muhammad atau sahabat beliau telah menipu?

    God servant

    March 11, 2010 at 12:05 pm

  50. Salam,

    “GS: so bagaimana pula dgn persamaan yang anda pergunakan dalam hikayat yang anda cakap “Tetapi dalam hikayat tersebut, seolah-olah Allah tidak tahu apa yang Dia tetapkan, sampaikan Nabi pula kena memberitahu jumlah waktu yang sesuai untuk umatnya”

    bukankah ini seumpama anda membandingkan Allah dgn sifat manusia? ”

    Apakah salah saya membandingkan Sifat Allah dengan sifat manusia? Bukannya saya menyamakan SifatNya dengan sifat manusia pun. Saya hanya membuat perbandingan supaya kita nampak Sifat Allah itu tidak sama dengan sifat manusia.

    Apa yang saya katakan, adalah tak logik Allah tidak tahu apa yang Dia tetapkan, kerana manusia sahaja yang tidak terlepas daripada kelemahan menetapkan sesuatu yang dia tidak tahu.

    Jadi perbandingan yang saya buat untuk menunjukkan Sifat Allah lagi Sempurna daripada sifat manusia. Seharusnya Allah yang ajar Nabi, bukannya Nabi yang ajar Allah untuk bagitahu berapa kali umatnya kena sembahyang.

    Cuba renungkan kisah malaikat mempersoalkan penciptaan Adam sebagai khalifah dalam Al Quran. Apa yang Allah jawab bila malaikat seolah2 nak ajar Allah pasal siapa yang layak jadi khalifah?

    Nampak tak kisah tersebut menunjukkan kelogikan Sifat2 Tuhan berbanding hikayat tawar-menawar waktu sembahyang itu yang menunjukkan tidak logik Sifat Tuhan selemah itu. Tidakkah manusia itu boleh nampak perbandingan semudah itu?

    Semua orang boleh guna nama Nabi atau sahabat Nabi untuk menipu. Jika dalam Al Quran tidak wujud hikayat sebegitu, logikkah kita nak percaya ia daripada Nabi? Selidiklah dahulu dengan jadikan Al Quran sebagai kayu pengukur kebenarannya.

    Cuba kita fikirkan, kalaulah hikayat tawar-menawar itu benar, sudah tentu dalam Al Quran ada diceritakan kerana itu adalah pengalaman Nabi sendiri. Sedangkan pengalaman Nabi Adam dahulu pun boleh direkodkan dalam Al Quran, takkanlah pengalaman Nabi Muhammad naik ke langit tak direkod dalam Al Quran? Tidakkah kita nampak kontradiksi sebegitu jelas sekali?

    Jangan ingat semua manusia membuta-tuli menerima sesuatu ajaran tradisi. Gunalah akal untuk berfikir.

    Juang

    March 11, 2010 at 1:54 pm

  51. Salam,

    Mari kita fikir lagi…

    Jika pengalaman Nabi Ibrahim melarang kaumnya sembah binaan manusia pun boleh direkodkan dalam Al Quran tanpa perlu disandarkan atas nama sahabat baginda dan disahihkan oleh imam-imam tertentu, takkanlah pengalaman Nabi Muhammad sendiri perlukan para sahabat dan imam2 tertentu kena sahihkan dan tidak direkodkan pula tu dalam Al Quran?

    Bukankah pengalaman Nabi Muhammad yang direkodkan dalam Al Quran itulah yang paling layak dipercayai kerana sifatnya sama seperti pengalaman para Nabi sebelum baginda yang tidak memerlukan sandaran nama para sahabat dan imam2 yang mensahihka?

    Maka hadis mana lagi yang lebih berkualiti selain ayat2 Allah dalam Al Quran itu? Tidakkah mereka mempunyai mempunyai minda?

    Juang

    March 11, 2010 at 2:03 pm

  52. Salam,

    Macam-macam kita boleh fikirkan lagi…

    Sedangkan pengalaman Nabi Musa menghadapi Firaun pun boleh dijelaskan secara detail dalam Al Quran, takkanlah pengalaman Nabi Muhammad sendiri tidak wujud dalam Al Quran dan perlukan kitab2 lain yang disahihkan oleh imam2 tertentu?

    Sedangkan pengalaman Nabi Yusuf yang pada zaman itu Nabi Muhammad tak lahir lagi pun boleh dikitabkan dalam Al Quran tanpa perlu disahihkan oleh imam2 tertentu, takkanlah pengalaman Nabi Muhammad sendiri boleh terlepas daripada Pengetahuan Allah sampaikan seolah-olah Al Quran itu tidak disempurnakan lagi sehingga imam2 tertentu mensahihkan sesuatu hikayat dalam kitab2 hadis?

    Sedangkan pengalaman Mariam nak melahirkan Al Masih Isa pun boleh direkodkan dalam Al Quran dengan sebegitu detail, takkanlah pengalaman Nabi Muhammad sendiri naik ke langit untuk tawar-menawar tidak direkodkan dalam Al Quran?

    Betapa banyak kontradiksi kita boleh nampak kalau kita mahu memikirkannya…

    Juang

    March 11, 2010 at 2:26 pm

  53. Salam,

    Perumpamaan perbezaan antara seorang tua yang menyukai hikayat-hikayat tak logik dan seorang pemuda yang menyukai Al Quran (khabar yang benar) samalah seperti perbezaan seorang bapa yang nak tengok cerita Doreamon dan anaknya nak tengok National Geographic.

    Sudah meningkat usia, akal tak matang-matang lagi.

    Juang

    March 12, 2010 at 12:42 am

  54. Salam,

    Jika kita perhalusi, orang2 yang mereka-reka hikayat Nabi naik ke langit untuk tawar-menawar dengan Allah tentang bilangan waktu sembahyang itu seperti menyamakan Allah dengan tokey ikan. Kalau tokey ikan, logiklah kita nak tawar-menawar. Tetapi Allah, logikkah diletakkan nilaiNya serendah itu?

    Cuba kita tukar bilangan waktu sembahyang itu kepada bilangan waktu membaca. Andaikata generasi terdahulu membaca 50 kali sehari untuk melayakan mereka jadi generasi berilmu tinggi dan gemilang, kemudian kita tawar-menawar dengan Tuhan untuk membaca 5 kali sehari sahaja. Apakah kita akan mencapai tahap kebijaksanaan sama dengan generasi terdahulu? Sudah pasti generasi yang membaca setakat 5 kali sehari itu akan lemah keupayaan mindanya berbanding generasi terdahulu yang rajin membaca itu.

    Jadi, jika sembahyang ritual itu amalan yang benar dan penting di sisi Allah (seperti mana pentingnya amalan membaca), logikkah Allah mengurangkan bilangannya?

    Berapa banyak perkara tak logik kita boleh jumpa dalam hikayat2 sebegitu sifatnya.

    Juang

    March 12, 2010 at 12:49 am

  55. LOGIKNYA..,jika ALLAH mengingin sesuatu cukuplah dengan berkata KUN,maka jadilah.,adakah ini tidak cukup sebagai bukti jika kalian orang2 yg beriman…,

    shah

    March 12, 2010 at 9:16 am

  56. Untuk orang2 yg.berakal,…ini ada satu pertanyaan.
    Apakah orang2 yg.diseksa semasa ALAM KUBUR,….merasa
    sakit sedangkan ia sudah tidak mempunyai tubuh untuk
    disakiti.

    Akal telah menyatakan,…bahawa saraf2 otaklah yg.
    menganalisa rasa sakit.Bila mana otak sudah tidak ada
    atau tidak memainkan peranan,…maka sudah tentu
    manusia tidak dapat merasa apa2.

    Jadi,..bagaimana akal dapat memastikan hal tersebut.
    Bukankah selama ini kita menggunakan akal untuk
    memahami ilmu.Ilmu yg.dinyatakan akal adalah secara
    logiknya kesakitan itu disebabkan adanya sistem saraf.

    Bagaimana pula manusia akan merasa kesakitan azab
    kubur jika tak berjasad.Atau sebenarnya azab kubur
    itu perlu ditafsirkan dalam maksud yg.lain..??

    Tok Syam

    March 14, 2010 at 3:39 pm

  57. Salam Tok Syam,

    Boleh buktikan Tuhan menyiksa orang/mayat di dalam kubur? Setahu saya Tuhan hanya akan menghukum manusia selepas pengadilan dibuat pada hari kiamat nanti.

    tolokminda

    March 17, 2010 at 6:33 am

  58. bukan selepas hari kiamat tp selepas mati manusia akan dihidupkan kembali.,kalau dikatakan sains itu ilmu logik sebenarnya anda silap,kerana ilmu sains sendiri telah dicetuskan oleh kaum yang menyembah lebih dari 10 tuhan,logik ke?…,

    sains hanya mampu mengungkap apa yang telah ditentukan ALLAH.,logiknya setiap yang ghaib hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui,sebagai ujian untuk orang2 yang beriman,jika ALLAH menghendaki sesuatu cukuplah dengan berkata ‘kun,maka jadilah ia…..,

    shah

    March 17, 2010 at 7:12 am

  59. Salam Shah,

    Tuan pernah baca Quran ke tidak ni?

    tolokminda

    March 17, 2010 at 7:26 am

  60. Sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) – Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.” Tidak! Masakan dapat ? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat). [al-Mu’minun 23: 99-100]

    Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya !” [Ghafir 40: 46]

    Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang “A’raab” ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar. [at-Taubah 9:101]

    bersihkan hati dengan niat yang betul…

    Ghaib

    March 18, 2010 at 4:08 am

  61. “TS: Bagaimana pula manusia akan merasa kesakitan azab
    kubur jika tak berjasad.Atau sebenarnya azab kubur
    itu perlu ditafsirkan dalam maksud yg.lain..??”

    Sebab itulah dalam Al Quran tidak ada cerita pasal azab kubur. Azab di akhirat adalah diceritakan. Yang hairannya, kenapa mereka nak juga fikirkan apa yang Allah tidak ajar kepada Nabi?

    Kalau sesuatu itu dusta, macam mana nak difikirkan? Allah hanya izinkan sesuatu yang benar sahaja difikirkan. Sebab itulah Keesaan Allah yang Paling Ghaib pun boleh dibuktikan secara logik (benar).

    Juang

    March 18, 2010 at 4:32 am

  62. Salam Ghaib,

    Mari lihat semula ayat-ayat yang tuan kemukakan.

    23:100 Supaya aku akan melakukan kebaikan yang telah aku tinggalkan sebelum ini. Tidak. Ia hanyalah sekadar kata-katanya saja. Dan di sana ada sekatan untuk menghalang mereka dari kembali sehinggalah tiba hari di mana mereka dihidupkan semula.

    Kebanyakan penterjemah seperti Yusof Ali, Shakir Pickthall, Free Minds etc. menterjemahkan barzakhun sebagai partition/barrier atau dalam bahasa Melayu – sekatan.

    40:46 Neraka, yang akan didedahkan kepada mereka pagi dan petang, dan pada hari di mana saatnya telah tiba: masukkanlah orang-orang Firaun ke dalam azab yang dahsyat.

    Ayat di atas hanya mengatakan neraka akan didedahkan kepada orang-orang Firaun pagi dan petang. Didedahkan tidak bermaksud hukuman telah dijalankan. Sedangkan dalam ayat yang sama Tuhan nyatakan dengan jelas bahawa mereka hanya akan dimasukkan ke dalam neraka pada hari kiamat nanti.

    9:101 Dan dari kalangan orang-orang Arab di sekeliling kamu dan di kalangan mereka di pekan, mereka amat munafik. Kamu tidak tahu siapa mereka, tetapi Kami tahu. Kami akan hukum mereka dua kali, kemudian kami, mereka akan dikembalikan untuk hukuman yang lebih besar.

    Ayat di atas merujuk kepada orang Arab di sekeliling Nabi yang munafik. Tuhan kata mereka akan dihukum dua kali sebelum hukuman yang lebih besar. Tuhan tidak memberitahu kita secara spesifik samada hukuman 2 kali itu berlaku di dalam kubur atau di tempat lain. Jadi ia belum cukup dijadikan bukti bahawa cerita mengenai siksa kubur itu benar.

    tolokminda

    March 18, 2010 at 5:29 am

  63. Salam,

    Ghaib menulis:-

    Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya !” [Ghafir 40: 46]
    Mengikut Ghaib ayat diatas membuktikan adanya siksa kubur. Ia mengisahkan bagaimana ahli-ahli kubur (Firaun dan pengikut-pengikutnya) didedahkan kepada api neraka pada waktu pagi dan petang sehinggalah hari kiamat.

    Q40:46 (Arabic) Alnnaru yuAAradoona AAalayha ghuduwwan waAAashiyyan wayawma taqoomu alssaAAatu adkhiloo ala firAAawna ashadda alAAathabi

    Q40:46 (Picktall) The Fire; they are exposed to it morning and evening; and on the day when the Hour upriseth (it is said): Cause Pharaoh’s folk to enter the most awful doom.

    Melalui terjemahan Arab dan Inggeris kita dapati ayat ini merujuk hanya kepada API sahaja dan bukannya API NERAKA seperti terjemahan yang Ghaib sertakan.

    Dan yang pastinya didalam kubur tidak akan ada waktu pagi ataupun petang.

    ramsys pranata

    March 20, 2010 at 6:43 am

  64. Salam,

    Iblis dilaknati kerana angkuh iaitu mengesklusifkan kejadiannya lebih baik daripada Adam.

    Apa yang dirasai oleh Firaun dan pengikut2nya adalah bahang api keangkuhan kerana merasakan kedudukan dan jawatan yang dimiliki meletakkan mereka lebih mulia daripada orang lain.

    Sebagai orang2 yang angkuh, jiwa Firauan dan pengikut2 tidak akan tenang dan tenteram. Bila ada sesuatu yang mencabar kedudukannya, bahang api kemarahan dan kebencian pada Musa semakin membara.

    Setiap pagi dan petang, mereka rasa tidak senang hati melihat Musa membawa kebenaran. Mereka takut kedudukan mereka tergugat.

    Bahang api itulah yang dimaksudkan. Kelak selepas mati, mereka disumbatkan terus ke Jahannam untuk bersama2 iblis dan pengikut2nya.

    Jadi, renung2kanlah apakah kita menjadikan amalan ritual untuk merasa angkuh sesama manusia? Memecah-belahkan manusia atas nama agama untuk merasa angkuh? Kelak mereka itu akan bersama2 iblis, Firaun dan para angkuh yang lain di dalam Api.

    Juang

    March 20, 2010 at 9:17 am

  65. Salam,

    “TM: Entah sejak bila, secara umumnya bangsa manusia telah melalui satu zaman di mana mereka percaya bahawa bumi ini leper. Boleh dikatakan setiap bangsa mempunyai mitos tersendiri berkenaan kepercayaan bumi leper mereka. Ada yang percaya bumi ini berada di atas sebuah pangkin, ada yang percaya ia diletakkan di atas seekor kura-kura, ada pula yang kata bukan kura-kura tetapi gajah. Ada juga yang kata ia terletak di hujung tanduk. Kepada setiap bangsa mereka mempercayai sifat bumi mereka berdasarkan kepada cerita-cerita hikayat yang telah diwariskan dari generasi ke generasi.”

    Kenapa ada manusia terdahulu percaya kepada mitos-mitos yang tidak mengatakan bentuk bumi adalah bulat? Ia terjadi kerana ada manusia yang sempitkan pemerhatian mereka terhadap semesta ini. Mereka lebih suka bersikap mempercayai ajaran tradisi daripada mengkaji dan mencari kebenaran.

    Namun apabila manusia mula meneroka dan menjelajah muka bumi ini, barulah manusia nampak bahawa bumi ini bulat. Begitu juga, setelah manusia naik tinggi ke langit (guna kapal terbang atau roket), bentuk sebenar bumi dapat dibuktikan dengan jelas.

    Begitulah perumpamaan dalam mencari erti sebenar hidup kita di muka bumi. Jika kita sempitkan pemikiran dengan taksub dengan kepercayaan tradisi, kita tidak nampak bentuk sebenar kehidupan kita. Tetapi bila kita luaskan pandangan dengan mencari pelbagai maklumat di sekeliling kita dan meninggikan tahap pemikiran dengan membuat pengkajian sendiri, barulah kita nampak bentuk sebenar kehidupan kita sebagai manusia.

    Di sini kita nampak kenapa sunnah para Nabi yang tidak mempercayai membuta-tuli ajaran tradisi kaum mereka sebaliknya mengkajinya sendiri. Semuanya kerana untuk meluaskan pandangan mereka agar kebenaran boleh dibuktikan dengan jelas. Tetapi sunnah para Nabi yang jelas dalam Al Quran itu tidak mahu ramai mahu ikuti.

    Juang

    March 24, 2010 at 4:24 pm

  66. Salam,

    Ketika orang lain ….. kita pula ….. :

    1. Ketika orang lain meningkatkan keupayaan sains penorakaan angkasa lepas, kita sibuk disuap dengan cerita Muhammad israk mikraj.

    2. Ketika orang lain sudah mempercayai bahawa dunia ini bulat, kita pula sibuk mengatakan bumi ini rata macam meja.

    3. Ketika orang lain, sibuk mencari fakta dalam National Geographic di merata tempat sejarah dengan menggunakan Bible, kita pula sibuk memberitahu umat Islam Quran hanya berpahala dibaca dan jangan memandai-mandai menerokai ayat-ayatnya yang hanya boleh ditafsir oleh ulamak.

    4. Ketika umat Kristian pun berani membahaskan Kitab Bible dan kitab apostle, kita pula bermati-matian mempertahankan hadis-hadis yang bertentangan dengan hukum Tuhan dalam Quran.

    5. Ketika umat bukan Islam semakin dekat hati dengan Islam dengan hanya membaca Quran dalam bahasa mereka sendiri, kita umat Islam semakin tidak faham-faham lagi maksu Quran, keran di larang mencari maksudnya dengan research dan hanya melagu-lagukannya.

    message114

    September 10, 2010 at 9:15 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: