Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Peranan Yahudi dan Arab munafik dalam membentuk agama Islam yang kita kenali hari ini

with 44 comments

Walaupun umat Islam mengaku meletakkan Al-Quran sebagai sumber rujukan yang paling diutamakan, hakikatnya formasi agama Islam yang mereka anuti sekarang sebenarnya lebih bersumberkan kepada hadis dan sunnah di samping pendapat serta ajaran para imam mereka. Tanpa hadis dan sunnah yang disampaikan dan ditekankan oleh para imam mereka itu, agama Islam dalam bentuk yang kita kenali hari ini tidak mungkin wujud.

Buktinya, semua amalan ritual dan hukum-hakam fekah mahupun syariah yang menjadi pegangan umat Islam – tanpa mengira mazhab mereka – sebenarnya tidak ada di dalam Al-Quran. Kita hanya boleh merujuknya kepada kitab-kitab hadis dan sunnah serta kitab-kitab karangan para imam dan ulama favorite mereka.

Secara umumnya hadis dan sunnah dirujuk kepada himpunan cerita-cerita riwayat Nabi semasa dia masih hidup – kononnya diriwayatkan secara verbatim oleh para periwayat yang telah ditapis dan dijamin kewibawaan dan kejujuran mereka – mereka tidak mungkin menyeleweng. Bagaimanapun dalam sejarah Islam yang sampai kepada kita, pengumpulan hadis dan sunnah ini tidak dilakukan sehinggalah 200 – 300 selepas Nabi wafat.

Oleh itu sebagai seorang yang benar-benar meyakini Al-Quran, saya ingin mengajak para pembaca budiman berfikir dan merenung ayat berikut sedalam-dalamnya. Saya berpendapat ia memberikan kita satu clue yang agak jelas tentang kedudukan himpunan kisah riwayat Nabi serta latarbelakang penyelewengan maksud perkataan-perkataan penting di dalam Al-Quran.

5:41  Wahai Rasul, jangan bersedih dengan mereka yang semakin teruk tidak percaya dari kalangan mereka yang berkata; “Kami percaya”, dengan mulut mereka sedangkan hati mereka tidak percaya. Dan dari kalangan mereka orang-orang Yahudi, ada di antara mereka yang mendengar pembohongan – mereka mendengar dari orang-orang yang tidak pernah menemui kamu, mereka menyelewengkan perkataan-perkatan dari konteksnya dan mereka berkata: Jika kamu diberikan ini, maka ikutlah tetapi jika kamu diberikan selainnya, maka berhati-hatilah. Dan sesiapa sahaja yang Tuhan ingin uji, maka kamu tidak mampu berbuat apa-apa untuk dia yang menentang Tuhan. Mereka inilah yang hati mereka Tuhan tidak ingin bersihkan; di dunia ini mereka akan dihina dan di akhirat kelak mereka akan mendapat balasan yang berat.

Melalui ayat di atas kita mendapat satu gambaran bagaimana pada ketika Nabi masih hidup dan menyampaikan Al-Quran pun beliau telah berhadapan dengan ramai dari kalangan kaumnya yang bersifat hipokrit (munafik). Keadaan itu menyebabkan Nabi berasa kecewa. Mereka mengaku percaya tetapi hakikatnya tidak. Pengakuan mereka hanya berada di mulut tetapi hati mereka sebenarnya tidak percaya.

Di kalangan orang-orang Yahudi pula, Tuhan kata mereka gemar mendengar cerita-cerita bohong tentang Nabi padahal mereka yang bercerita itu sebenarnya tidak pernah bertemu Nabi pun.  Selain itu mereka turut melakukan penyelewengan terhadap maksud perkataan-perkataan dan mendoktrinasi orang lain kepada pembohongan dan penyelewengan mereka dengan berkata, “jika kamu diberikan ini, maka ikutlah tetapi jika kamu diberikan selainnya, maka berhati-hatilah”.

Oleh itu, antara kesimpulan yang dapat saya gariskan dari penelitian terhadap 5:41 adalah;

  • Orang-orang Arab kaum Nabi yang kebanyakannya munafik tidak peduli tentang Nabi ataupun Al-Quran. Mereka hanya mahu mengekalkan kepercayaan agama tradisi mereka tetapi buat-buat percaya kepada apa yang disampaikan apabila berada di depan Nabi.
  • Orang Yahudi adalah pihak yang mula-mula menyebarkan riwayat-riwayat palsu mengenai Nabi sejak beliau masih lagi hidup dan menyampaikan Al-Quran.
  • Orang Yahudi juga mempunyai tabiat menyelewengkan maksud perkataan-perkataan di luar dari konteks mungkin untuk disesuaikan dengan cerita-cerita bohong mereka.
  • Umat Islam yang mengambil mudah dan cenderung menurut membuta tuli terperangkap dalam sebuah agama yang theologinya berasaskan kisah-kisah riwayat palsu serta perkataan-perkataan yang diselewengkan maksudnya oleh Yahudi.
  • Umat Islam yang mengambil mudah dan cenderung menurut membuta tuli terperangkap dalam sebuah agama yang amalan ritualnya berlegar di sekitar kepercayaan orang Arab yang munafik.
  • Umat Islam yang rata-ratanya celaru, ditindas dan dihina tidak sedar bahawa nasib yang menimpa mereka sebenarnya adalah akibat kejahilan dan kesombongan mereka sendiri.
  • Elakkan menjadi seperti orang Yahudi yang percaya kepada golongan yang membawa cerita tentang Nabi sedangkan mereka sendiri tidak pernah menemuinya.

Written by tolokminda

April 6, 2010 at 3:17 am

44 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Kalau kita perhalusi ayat-ayat Al Quran yang menceritakan perangai orang-orang Yahudi, persis dan saling tak tumpah macam perangai orang Islam yang kita nampak hari ini.

    Salah satu ciri utama Yahudi itulah adalah mereka sombong merasakan mereka sahajalah kaum yang Allah kasihi dan kaum-kaum lain dikatakan hina. Kini penyakit itu berjangkit kepada rata-rata orang Islam yang menyangka mereka sahajalah kaum yang Allah sayang disebabkan mereka kuat beritual.

    Kaum-kaum lain yang tak beritual macam mereka dikatakan kafir dan tak layak masuk syurga walaupun kaum-kaum lain buat baik dan sumbangkan banyak manfaat terutama dalam bidang-bidang ilmu.

    Orang Yahudi dulu menyangka kalau mereka masuk neraka pun hanyalah untuk waktu yang seketika dan selepas itu mereka akan masuk syurga. Ajaran sebegitu diajar oleh ustaz2 orang Islam hari ini yang beranggapan asalkan mereka mengucap 2 kalimah syahadah, buat jahat macam mana pun nanti masuk syurga. Akibatnya secara psikologi, ramai umat Islam tidak takut buat jahat kerana nanti boleh masuk syurga juga akhirnya.

    Betapa selama ini kita telah ditipu sehingga hidup bergelumang dengan keangkuhan dan kesombongan dengan ajaran yang tidak ditapis menggunakan Al Quran.

    Juang

    April 6, 2010 at 4:52 am

  2. “Mereka inilah yang hati mereka Tuhan tidak ingin bersihkan; di dunia ini mereka akan dihina dan di akhirat kelak mereka akan mendapat balasan yang berat.”

    Merujuk kpd petikan diatas, kemungkinan sebab utama org Islam dikala ini dipandang hina dimata barat (dan juga dimata org Islam sendiri kerana bermahzab dan phd) kalau dibandingkan dgn agama2 lain. Perbuatan mereka2 yg tergolong dlm ayat 5.41 mengundang kepada petikan diatas.

    one

    April 6, 2010 at 8:52 am

  3. ugama tu satu jer , ntah ada ntah dah tak ada . yg merosakkan ialah yg suka jaja cerita , asalnya nak kan pengaruh .

    slipar

    April 6, 2010 at 9:14 am

  4. Setuju

    wucman

    April 6, 2010 at 10:05 am

  5. Salam One,

    Memang benar. Al-Quran sepatutnya dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan umat Islam di dunia ini. Malang mereka mengabaikannya dan akibatnya mereka menjadi umat yang dipandang serong dan hina.

    tolokminda

    April 6, 2010 at 1:19 pm

  6. Salam,

    Mereka kata mereka mengikut Al Quran. Tetapi bila diajak kembali kepada Al Quran, mereka menolaknya dengan 1001 macam alasan.

    3:23. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab (termasuk Al Quran), mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka memalingkan.

    3:24. Itu adalah kerana mereka mengatakan, “Api tidak akan menyentuh kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung.” Apa yang mereka mengada-adakan menipu mereka dalam agama mereka.

    Juang

    April 6, 2010 at 1:44 pm

  7. Orang Islam Syiah di Iran sangat maju dalam bidang Sains & Teknologi. Israel dan US pon takut pada Iran.

    Besar kemungkinan mereka, Syiah, di jalan Islam sebenar !!!!

    Feringghi

    April 7, 2010 at 3:48 pm

  8. yg geng ismailiah ke tuan feringgi . geng ni memang tak da solat ritual kan , betul ke

    slipar

    April 7, 2010 at 4:25 pm

  9. Salam,

    Pada pandangan saya, Islam yang sebenar adalah orang2 yang tidak membeza-bezakan manusia atas nama bangsa, agama atau negara. Asalkan mereka percaya kepada Pencipta, hari Akhirat dan hidup berbuat kebaikan dan tiada kekhuatiran di hati mereka, itulah ciri-ciri orang Islam sebenar.

    Kalau kita kata yang Syiah sahaja yang benar, tiada bezanya dengan perangai orang2 Yahudi atau Nasrani terdahulu yang mengatakan mereka sahaja yang benar.

    Juang

    April 7, 2010 at 4:56 pm

  10. Salam,

    Saya setuju dengan Juang.

    tolokminda

    April 7, 2010 at 9:58 pm

  11. Saya lebih yakin pada Islam Syiah berbanding dgn Islam ASWJ dan yang lain-lainnya seperti Salafi, Wahabi, Submission, Quranits etc etc.

    Islam Syiah mengambil sumber ilmu Al Quran terus dari keluarga Rasulullah saw sendiri : dari anak baginda, Fatimah Zahra as, menantu baginda Imam ‘Ali as, cucu baginda Hassan as dan Hussain as, cicit baginda dan seterusnya hinggalah ke hari ini di Iran – Imam Syed Ali Khamanei, semoga Allah panjangkan usia baginda, juga dari salasilah baginda Rasul saw.

    Tafsir Quran, samada dari UIA atau Aidid Safar hanyalah andaian dan persangkaan pengkaji yang tiada authority/izin mengajar Quran.

    TT Coupe

    April 7, 2010 at 11:45 pm

  12. Salam,

    Kalau ikut ayat-ayat Al Quran, tidak pula dikhabarkan Nabi Muhammad tidak mengambil sumber ilmu dalam Taurat, Injil atau Zabur terus daripada keluarga Nabi Musa, Nabi Isa atau Nabi Daud. Tetapi baginda ambil terus daripada Allah melalui petunjuk-petunjukNya yang ada di antara langit dan bumi (tanda-tanda KekuasaanNya di setiap makhluk-makhluk). Al Quran menyeru manusia mengembara untuk melihat kesan-kesan kaum-kaum terdahulu yang dimusnahkan kerana suka mengada-adakan amalan sembahan ritual dan memecah-belahkan manusia atas nama pegangan agama.

    Jadi adalah tidak logik untuk kita mengambil sumber ilmu Al Quran, kena pula melalui keluarga Rasulullah. Yang pentingnya, Allah pun tak pernah buat ketetapan “untuk fahami Al Quran, kena menuntut dengan keluarga Rasulullah”.

    Kenapa tidak terus rujuk kepada Allah? Apakah Allah itu terlalu lemah untuk memberi tunjuk ajar berbanding keluarga Rasulullah? Apakah ada sekutu bagi Allah yang Mengetahui yang nyata dan tersembunyi, sedangkan keluarga Rasulullah itu hanyalah insan seperti kita juga.

    Apakah mereka tidak tahu membuat perbandingan?

    Juang

    April 8, 2010 at 1:13 am

  13. Ralat: “Kalau ikut ayat-ayat Al Quran, tidak pula dikhabarkan Nabi Muhammad tidak mengambil sumber ilmu dalam Taurat…”

    Sepatutnya: “Kalau ikut ayat-ayat Al Quran, tidak pula dikhabarkan Nabi Muhammad mengambil sumber ilmu dalam Taurat…”

    Juang

    April 8, 2010 at 1:17 am

  14. Simple.

    Nak belajar ilmu Quran dari orang yang dipercayai [keluarga Nabi] atau dari … dot dot dot?

    TT Coupe

    April 8, 2010 at 1:57 am

  15. 39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

    Allah suruh ikut yang paling baik, bukannya ikut yang datang daripada keluarga seseorang Nabi. Simple bukan?
    🙂

    Juang

    April 8, 2010 at 2:00 am

  16. 39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

    Jelas dinyatakan dalam Qur’an mesej yang penting, bukan siapa yang menyampaikannya.

    Jika keluarga Muhammad sahaja yang paling baik dalam menyampaikan mesej, maka ini sudah bertentangan dengan ayat diatas.

    Boleh TT Coupe bawa dalil yang mana keluarga Muhammad yang paling baik sebagai sumber?

    Ayat diatas dan kebanyakan ayat Qur’an adalah bersifat am atau universal.

    Mana mungkin sesetangah kaum asli di New Zealand, Malaysia, Indonesia dan lain-lain negara mampu untuk pergi belajar berdasarkan hanya dari sumber yang datang dari keluarga Muhammad. Bagaimana pula jika ajaran itu tidak sampai kepada mereka.

    Sesetengah Yahudi juga mengatakan mereka yang paling benar dan bangsa pilihan Pencipta.

    muaddib

    April 8, 2010 at 9:33 am

  17. Salam TT Coupe..

    Saya pandai benar melukis.. tapi tak de sorang pun anak-anak saya yang pandai melukis…

    troopze

    April 8, 2010 at 9:42 am

  18. Salam TT Coupe,

    Saya berpendapat mempelajari atau memahami Al-Quran ini sama saja sifatnya dengan mempelajari ilmu-ilmu lain. Misalnya jika tuan mahu memahami teori relativiti Einstein dari salinan thesis beliau, tuan tidak perlu mencari anak beranak dan suku sakat keturunan Einstein untuk memahaminya. Apa yang tuan perlu lakukan adalah mengerakkan akal tuan untuk berfikir supaya dapat membuat penilaian dan pertimbangan mengenainya.

    Tidak ada di dalam Quran di mana Tuhan menyuruh kita rujuk kepada keturunan Nabi untuk memahami Kitab Tuhan itu. Kalau tuan kata ada, sila bentangkan bukti-bukti tuan.

    tolokminda

    April 8, 2010 at 9:59 am

  19. Salam,

    Jika Allah, orang-orang beriman dan para malaikat tidak pernah membeza-bezakan seseorang Rasul, apakah logik Allah menjadikan keturunan seseorang Nabi itu memiliki hak esklusif untuk mengajar ilmuNya?

    Bukalah mata, luaskan minda, anda pasti mampu mendapat jawapannya.🙂

    Juang

    April 8, 2010 at 11:32 am

  20. saya yakin yang menulis karangan ini:
    1. tidak memahami sejarah dengan benar
    2. tidak memahami ajaran islam dengan benar
    saya mengajukan pertanyaan sederhana kepada penulis:
    1. orang islam sholat magrib tiga rokaat, tolong carikan ayat alqur’an yang menyebutkan bahwa sholat magrib tiga rokaat

    bj hidayat

    April 10, 2010 at 12:19 pm

  21. didalam alqur’an ada ayat yang menjelaskan hukum secara terperinci dan ada ayat yang menjelaskan hukum secara global . salahsatu fungsi hadis adalah memperinci hukum yang global. gerakan sholat mulai dari takbir sampai salam tidak ada perinciannya dalam alqur’an yang ada hanya hukum kewajiban melaksanakan sholat. dari hadis nabilah kita mengetahui gerakan sholat.

    bj hidayat

    April 10, 2010 at 12:29 pm

  22. Salam, bj hidayat,

    Pernyataan anda,

    “1. orang islam sholat magrib tiga rokaat, tolong carikan ayat alqur’an yang menyebutkan bahwa sholat magrib tiga rokaat.”

    Pandangan saya, memang dalam AlQuran tidak ada tentang solat maghrib, jadi maknanya memang tidak ada lah solat maghrib yang tiga rakaat tu.Mengapa pulak nabi nak adakan solat maghrib jika tidak dinyatakan dalam Al Quran,tak kan nabi Muhammad SAW nak tambah tambah pulak apa yang tidak ada dalam Al Quran.

    Lagi pun menurut banyak hadis hadis tentang bab solat ini, tak pernah pun nabi mengajar tentang solat maghrib atau solat yang lain , cuma yang ada pun para para perawi hadis hanya menyatakan ” Aku melihat Nabi Muhammad SAW melakukan begini, begitu dan sebagainya” atau nabi pernah bersolat begini, begitu……dsbnya atau pun juga pernyataan seperti ” Nabi Muhammad SAW pernah membaca ayat begitu, begini dan sebagainya…maknanya orang hanya melihat saja…Saya tak jumpa lagi hadis hadis tentang nabi Muhammad SAW betul betul mengajar solat….sekianlah pandangan saya.Kalau saya silap sila betulkan…..t.k.

    wucman

    April 14, 2010 at 9:20 am

  23. Salam,

    Mungkin para penggemar riwayat hadis boleh bawakan riwayat hadis mana yang menunjukkan Nabi suruh buat sesuatu kelakuan yang dikatakan solat.

    Contohnya, ada tak riwayat hadis Nabi yang berkata “Allah menyuruh aku bersolat dengan bermula dengan mengangkat takbir, baca surah Al Faatihah, bla bla, dan disudahi dengan salam”

    Dengan itu bolehlah kita buat perbandingan di antara riwayat tersebut dengan Al Quran, yang mana lebih kuat.

    Juang

    April 14, 2010 at 11:51 am

  24. kepada para inkar sunah silahkan beli kitab bulugul marom atau kitab sohih bukhori dan kitab sohih muslim. insya allah dikitab tersebut terdapat hadisnya. kalau boleh tau ritual ibadah saudara seperti apa?

    bj hidayat

    April 14, 2010 at 2:46 pm

  25. kepada para inkar sunah. silahkan dibaca, direnungi dan difahami dengan hati yang ikhlas tanpa didasari hawa nafsu ayat-ayat al-qur’an dibawah ini:
    Al-Hasyr : 7
    An-Nisa : 59
    An-Nisa : 80
    Ali Imron

    bj hidayat

    April 14, 2010 at 3:19 pm

  26. kepada para inkar sunah. silahkan dibaca, direnungi dan difahami dengan hati yang ikhlas tanpa didasari hawa nafsu ayat-ayat al-qur’an dibawah ini:
    Al-Hasyr : 7
    An-Nisa : 59
    An-Nisa : 80
    Ali Imron : 59

    bj hidayat

    April 14, 2010 at 3:21 pm

  27. kepada para inkar sunah. silahkan dibaca, direnungi dan difahami dengan hati yang ikhlas tanpa didasari hawa nafsu ayat-ayat al-qur’an dibawah ini:
    Al-Hasyr : 7
    An-Nisa : 59
    An-Nisa : 80
    Ali Imron : 31-32

    bj hidayat

    April 14, 2010 at 3:22 pm

  28. Salam bj hidayat,

    Benar kata saudara,tentang hadis hadis tentang solat Nabi SAW ada dinyatakan dalam kitab kitab tersebut,tapi ada berbagai bagai versi, so yang mana satu kita nak ikut,dari segi bacaan,gerakan,tertib dan sebagainya.

    Sekian.terima kasih.

    wucman

    April 14, 2010 at 3:28 pm

  29. taat kepada Allah dan ajaran Rasul adalah wajib, namun bagaimana kita akan menta’ati ajaran Rasul kalau rasul sudah tidak ada ditengah-tengah kita. apakah hanya para sahabat yang harus menta’ati ajaran rasul karena mereka hidup sezaman dengan Rasul? kita bisa mentaati ajaran rasul melalui hadisnya (apa yang beliau katakan, apa yang beliau lakukan dan apa yang telah beliau tetapkan)selama hadis tersebut tidak bertentangan dengan al-qur’an. dalam menentukan hadis tersebut sahih atau tidak, ada banyak kriteria yang harus dilalui. silahkan saudara mempelajari ilmu hadis dengan mendalam.

    bj hidayat

    April 14, 2010 at 3:49 pm

  30. bj,

    Rethinking Tradition in Modern Islamic Thought oleh Daniel Brown dengan adil menjelaskan bagaimana riwayat dikumpulkan, siapa dan sebab yang menolak pengumpulan riwayat hadith, golongan mana yang mengangkat riwayat hadith. Juga hadith yang hanya hanya sesuai pada zaman itu.

    Jika hadith Bukhari yang mengatakan “sebaik-baik rawatan adalah berbekam” adalah benar, saya sarankan sesiapa yang ada salur jantung tersumbat tidak perlu ke IJN untuk buat stenting, pergi sahaja berbekam.

    Tidak perlu mempelajari hadith dengan mendalam. cuma guna akal sahaja.

    muaddib

    April 14, 2010 at 4:16 pm

  31. Salam,

    Muhammad menunjukkan contoh bagaimana mentaati Allah dan Rasul-rasul di kala Rasul-rasul terdahulu itu sudah wafat, tanpa perlu pun bergantung kepada riwayat-riwayat hadis Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi-nabi sebelumnya. Apa yang Al Quran sebut hanyalah baginda hanya membenarkan Kitab-kitab Allah yang terdahulu.

    Jadi, kenapa tak contohi akhlak Nabi Muhammad dengan pakat-pakat membenarkan Kitab Allah yang ada pada kita iaitu Al Quran?

    Lainlah dalam Al Quran ada mengkhabarkan Nabi Muhammad mengumpul riwayat-riwayat hadis Nabi sebelum baginda yang diriwayat oleh si polan bin si polan yang dibukukan oleh imam-imam tertentu.

    Tunjukkan di mana lemah dan kurang Al Quran sehingga kita terpaksa pakai kitab-kitab lain sebagai pegangan hidup?

    Melainkan ada manusia dapat buktikan Al Quran tidak lengkap, maka logiklah kita cari kitab lain yang lebih lengkap untuk cara hidup kita.

    Juang

    April 14, 2010 at 4:23 pm

  32. Salam,

    Selalu saya jumpa penggemar riwayat hadis menggunakan alasan “taati Rasul” itu bermaksud kena ikut riwayat hadis. Entah ayat Al Quran mana menerangkan erti taat kepada Rasul itu dengan pegang riwayat hadis tidak pula mereka tunjukkan. Pandai-pandai sahaja mereka buat kesimpulan tanpa berlandaskan Al Quran. Walhal Al Quran itu sendiri hadis yang paling baik (sebab kebenaran ayat-ayatnya tidak mampu dipersoalkan).

    Secara logiknya, kita mentaati Allah dan Rasul adalah dengan mentaati sesuatu yang benar dan ada bukti-bukti kukuh. Ini kerana tidak logik Allah itu pendusta dan Rasul itu menyampaikan ajaran dusta.

    Apabila seseorang itu taat pada sesuatu yang benar, bermakna dia sudah taat kepada Allah kerana semua yang benar datangnya daripada Allah. Dan apabila seseorang itu taat pada sesuatu yang benar yang disampaikan oleh seseorang Rasul, itulah tandanya seseorang itu taat kepada Rasul.

    Kuncinya adalah pada kebenaran, bukannya pada nama-nama perawi sebab manusia boleh menipu guna nama orang-orang terdahulu. Tidakkah mereka ada sikap berhati-hati untuk menyelidik sesuatu perkara sebelum percaya?

    Juang

    April 14, 2010 at 4:33 pm

  33. pusing, pusing, pusing,
    saya ga ngerti apa yg anda tulis di sini, sungguh!
    anda bilang ‘Oleh itu sebagai seorang yang benar-benar meyakini Al-Quran, saya ingin mengajak para pembaca budiman berfikir dan merenung ayat berikut sedalam-dalamnya’ lalu anda menarik beberapa kesimpulan, Nah itu berarti anda menyatakan jika anda menyakini alqur’an, karena salah satu hasil renungan/berfikir adalah kesimpulan??? (meski tidak semua) dan apakah anda bener2 telah meyakini al-qur’an??? maaf jika sy berkata demikian karna yg saya tangkap dari tulisan anda, anda terlihat seperti orang yang tengah melecehkan arab/kaum nabi muhammad cara yg sangat-sangat halus. oke maaf jika tulisan saya ini ngawur, trimakasih jika anda telah membacanya sampai selesai, jika anda bingung dgn tulisan saya? saya tidak tersinggung kok soalya saya juga bingung knapa saya menulis hal demikian, rasanya jari saya bergerak sendiri

    Yuu???

    May 1, 2010 at 6:24 pm

  34. AQ pun tak kenal, tak tahu tapi kononnya dgn gahnya cakap ikut AQ semata2 puak2 akai singkat ni, memalukan , mmg memalukan

    semut api

    May 9, 2010 at 11:50 am

  35. solat=komitmeng=membaca =ajaran baru puak2 akai singkat muahahahaha

    semut api

    May 9, 2010 at 11:55 am

  36. 5:41. Wahai rasul, janganlah mereka menyedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, “Kami percaya”, tetapi hati mereka tidak mempercayai, dan daripada orang-orang Yahudi, yang mendengar yang bohong, yang mendengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu dengan mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dengan berkata, “Jika kamu diberi yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak diberikan, maka berhati-hatilah kamu.” Sesiapa yang Allah menghendaki untuk mencubanya, kamu tidak berkuasa untuk menolongnya sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah orang-orang yang hati mereka Allah tidak menghendaki untuk membersihkan; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar,

    Di antara ciri-ciri orang-orang munafik tersebut adalah orang yang tidak pernah bertemu dengan Nabi, tetapi mereka menetapkan sesuatu hukum macam mereka pernah berjumpa dengan Nabi sahaja.

    Dan di dunia lagi Allah telah janjikan kehinaan kepada mereka seperti mana yang kita lihat pada hari ini iaitu golongan yang pergunakan riwayat-riwayat hadis untuk menipu manusia itu telah ditimpa dengan pelbagai kehinaan.

    Siapakah yang lebih benar janjinya selain Allah?

    Juang

    May 20, 2010 at 1:18 pm

  37. pbuu!

    3.60 Hak yang sebenar hanyalah dari pemeliharamu maka janganlah kamu menjadi orang yang meragukan.
    3.61 Maka sesiapa cuba berhujah dengan kamu tentangnya setelah apa didatangkan kepadamu daripada ilmu pengetahuanya maka katakan! Marilah kita bersama menyeru anak kita dan pasangan kita dan jiwa kita bermohon dengan merendah diri bersungguh-sungguh dan segala kelaknatan Allah ditimpakan keatas orang yang mendustakanya.

    Juang!!tetap Berjuang, Syabasss!

    chong

    May 20, 2010 at 8:51 pm

  38. Salam,

    Daripada ayat 3.61, jelas menunjukkan kelaknatan Allah hanya layak untuk para pendusta. Bayangkanlah betapa besarnya dusta-dusta yang mereka lakukan dengan menyuruh manusia sujud ke arah matahari, bulan, pokok, busut, patung mahupun bangunan batu.

    Lihatlah di dunia lagi Allah sudah tunjukkan bagaimana keadaan golongan yang mendustai itu mendapat kehinaan dan kesempitan sedangkan pembesar-pembesar agama mereka itu tidak dapat menolong apa-apa. Apakah di akhirat kelak pembesar-pembesar agama itu mampu menolong kita?

    Namun sedikit sekali manusia mempertimbangkannya.

    Juang

    May 21, 2010 at 3:41 am

  39. pbuu!

    7.27 Wahai anak aadama jangan kamu terpedaya dengan syaitan dimana dia telah mengeluarkan kedua moyangmu dari taman syurganya hingga tertanggal pakaianya dan menampakkan kemaluan mereka. Dia dan puaknya dapat melihat kamu tapi kamu tidak dapat melihat mereka. Kami jadikan syaitan pemimpin untuk orang yang tidak amanah.

    17.27. Sesungguhnya orang yang membazir adalah kawan baik syaitan dan syaitan dengan pemeliharanya sangat ingkar.

    Ok lah tu??

    chong

    May 21, 2010 at 8:36 am

  40. Salam,

    Walaupun kita tidak dapat melihat syaitan, tetapi kita boleh tahu di mana tempat syaitan itu menghinggapi. Jika lalat atau langau suka menghinggap pada benda-benda kotor dan busuk, begitulah syaitan menghinggapi pada jiwa-jiwa yang kotor dan busuk.

    91:7. Demi jiwa dan Yang membentukkannya,
    91:8. Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan!
    91:9. Beruntunglah orang yang menyucikannya,
    91:10. Dan kecewalah orang yang mengotorinya.

    Punca-punca hati jadi kotor dan busuk bila suka berdusta dan takbur. Hanya kesedaran dan keinsafan untuk hidup merendah diri sahaja yang membawa manusia nampak apa yang tersembunyi dalam hatinya sendiri.

    Juang

    May 21, 2010 at 10:10 am

  41. pbuu,
    Amek ubat! Syaitan bapa segala PENIPU!!!

    14.21 Dan pasti mereka dihadapkan kepada Allah kesemuanya maka berkata orang lemah kepada orang takbur, bukankah kami ini pengikutmu maka mengapa kamu pergunakan kami supaya diazabkan Allah. Mereka berkata jika Allah beri petunjuk kepada kami tentu kami dapat memberi petunjuk kepadamu maka sama-samalah kita mengeluh atau bersabar sajalah kita sudah tiada lagi tempat berlindung.
    14.22 Dan berkata syaitan ketika ditetapkan perintahnya, Allah telah menjanjikan kamu janji yang sebenar dan aku menjanjikan yang palsu maka aku menyalahkan kamu atas kebodohanmu dan aku tiada kekuasaan kecuali aku hanya menyerumu maka kamu perkenankan aku maka janganlah kamu mencela aku tapi celalah dirimu dan tiadalah aku dapat menolongmu dan tiadalah kamu dapat menolongku dan aku tidak mempercayai dengan apa kamu telah sekutukan dari dahulu maka orang zalim bagi mereka azab yang sangat dahsyat.

    Pulahmak!!!best ye!!Allah dak pun habaq kat hampa nuuu!

    chong

    May 21, 2010 at 12:24 pm

  42. Salam,

    Daripada ayat 14.21 menunjukkan sifat orang-orang yang mendapat azab Allah adalah mereka mempunyai tok guru dan pengikut. Yang tok guru adalah orang yang takbur, dan pengikutnya pula orang yang lemah. Hakikatnya tok guru itu tidak dapat memberi apa-apa petunjuk dan perlindungan kepada pengikutnya.

    Daripada ayat 14.22 pula menceritakan bagaimana syaitan itu akan berlepas diri daripada kebodohan orang-orang yang mempercayai tipu-dayanya. Ini menunjukkan syaitan itu tiada rasa bertanggungjawab untuk pertahankan apa yang telah dia tipu.

    Lihatlah bagaimana ada syaitan yang mengajar pengikut mereka supaya membenci kaum-kaum tertentu kerana perbezaan amalan ritual. Bila Allah hadirkan pertempuran di antara mereka dengan kaum-kaum yang mereka jadikan musuh itu, syaitan-syaitan itu bukannya duduk di barisan hadapan, sebaliknya dia hanya suruh pengikut-pengikutnya yang berperang. Di dunia lagi kita sudah nampak sikap tak bertanggungjawab syaitan-syaitan itu terhadap pengikut-pengikutnya.

    Masih lagi buta mata dan tak sedar diri?

    Juang

    May 21, 2010 at 5:55 pm

  43. pbuu,

    Messages delivered,

    Task complied,

    Compensation repaid,

    Peace n harmony obligated.

    73.20 Pemeliharamu telah mengetahui bahawa kamu telah berdiri sekurang-kurangnya dari dua pertiga dimalamnya atau separuh dari sepertiganya dan segolongan dari orang yang bersamamu. Allah telah menetapkan malam dan siang! Dia mengetahui bahawa kamu tidak akan dapat menghitungnya maka diterima taubatmu maka bacalah apa yang kamu dapati mudah daripada bacaanya, Dia mengetahui bahawa ada diantara kamu sakit dan yang lain sedang meneroka dibuminya, mereka mencari pengurnian Allah dan yang lain telah berusaha gigih dijalan Allah. Maka bacalah apa yang kamu dapati mudah darinya dan tegakanlah komitmen kewajipanmu dan tunaikan kemurnianya dan pinjamkan Allah pinjaman yang terbaik dan apa telah kamu lakukan adalah untuk dirimu dari keutamaan telah diperolehinya. Hanya disisi Allah keutamaan ganjaran agung dan mohonlah keampunan Allah sesungguhnya Allah pengampun dan penyayang.

    Hebatkan ayer SERBAT kat warong pakyeh????

    chong

    May 21, 2010 at 8:08 pm

  44. Salam,

    Dalam bab-bab keluarga nabi-nabi ini dalam Quran :

    1. Nabi Yusuf dengan brader dia, dengan ayahnya.
    2. Nabi Ibrahim dengan ayahnya.
    3. Nabi Musa dengan saudara dia.
    4. Nabi Isa dengan ibu dia Maryam.
    5. Lukman dengan anak-anaknya
    6. Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman keluarga.
    7. Saya cuba …… cari..nama Khadijah, Fatimah, Ali dalam Quran tak jumpa keluarga mulia Ahul Bait ini. Yang ada Abu Lahab dan Abu Jahal. Yang gengster ini pulak ada tercatit dalam Quran.

    Maka mengagung-agungkan konon keluarga nabi Muhammad tidak jadi pre-syarat keimanan. Saya sendiri sebagai umat Muhammad pun nak menghargai keluarga nabi, tapi tak jumpa dalam Al-Quran, susahlah nak mencari kesahihan sejarah sebenar. Sedangkan kisah sejarah antara sunni dan syiah pun tak ngam, tak sealiran, bagaimana pula kita nak pasti kesahihan cerita, KECUALI ada dalam Al-Quran. Straight to the point.

    message114

    September 10, 2010 at 7:12 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: