Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Perbezaan di antara dua terjemahan: Ayat-ayat 22:23-31

with 61 comments

Dalam kesempatan kali ini saya hanya mahu mengemukakan 2 set terjemahan untuk kita sama-sama buat perbandingan. Dari kedua-dua terjemahan ini, mari kita sama-sama kongsikan perkara-perkara yang mungkin dapat kita pelajari. Transliterasi juga disediakan. Manalah tahu ia dapat membantu.

Terjemahan pertama disalin dari http://www.iiu.edu.my dan terjemahan kedua pula adalah terjemahan semula oleh saya berasaskan terjemahan Aidid Safar.

Terjemahan iiu.edu.my:

22:23 Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

22:24 Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.

22:25 Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (ugama Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haraam (Makkah) yang Kami jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) – sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah; dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.

22:26 Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).

22:27 “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

22:28 “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

22:29 “Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu”.

22:30 Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta, –

22:31 (Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).

Terjemahan semula oleh saya berasaskan terjemahan Aidid Safar:

22:23 Sesungguhnya Tuhan akan menjadikan mereka yang percaya dan melakukan amalan-amalan baik memasuki taman-taman yang di bawahnya sungai-sungai mengalir, mereka akan diperhiasi di dalamnya dengan rantai-rantai emas dan mutiara dan pakaian mereka di dalam sana adalah sutera.

22:24 Dan mereka adalah yang mendapat petunjuk kepada perkataan-perkataan yang baik dan mereka mendapat petunjuk ke dalam jalan Tuhan Yang Terpuji.

22:25 Sesungguhnya mereka yang tidak percaya dan mereka menghalang orang lain dari batasan ketetapan-ketetapan yang telah direstui yang telah didedikasikan kepada seluruh manusia supaya dipatuhi bersama-sama – yang sememangnya jelas. Dan sesiapa yang menokok-tambah di dalamnya kejahatan Kami akan pastikan mereka merasai balasannya.

22:26 Dan apabila kami memutuskan kepada Ibrahim tempatnya di dalam sistem, “Kamu tidak boleh menyekutukan Aku dengan apa pun, pastikan sistemKu sentiasa dibersihkan untuk mereka yang mahu mendekatkan diri dan yang merendah diri dan bersetuju.

22:27 Dan maklumkan kepada manusia tentang penyelidikan yang telah dikurniakan kepada kamu sebagai seorang individu dan ke atas setiap individu yang bertanggungjawab yang telah dikurniakan dari sumber yang sangat luas;

22:28 Supaya mereka menyaksikan manfaat-manfaat untuk mereka dan supaya mereka mengingati nama Tuhan pada setiap hari di atas apa saja rezeki untuk mereka dari haiwan ternakan.

22:29 Oleh itu makanlah darinya dan beri makan orang-orang yang memerlukan dan miskin. Dan kemudian mereka patut membersihkan kotoran dan menunaikan janji-janji mereka supaya mereka mendekatkan diri dengan sistem yang asal.

22:30 Dan sesiapa yang tunduk kepada peringatan Tuhan maka ia lebih baik untuknya di sisi Tuhan. Dan dibenarkan kepada kamu haiwan ternakan kecuali yang telah dibacakan kepada kamu dan hindarilah kekotoran menyembah berhala dan jauhkan diri dari percakapan bohong.

22:31 Berpendirian benarlah terhadap Tuhan dan jangan sekutukan apa pun dengan Dia dan sesiapa yang menyekutukan Tuhan ia adalah seperti dia terjatuh dari tempat yang tinggi dan burung-burung menyambarnya pergi atau angin membawanya ke tempat yang amat jauh.

Transliterasi:

22:23 Inna Allaha yudkhilu allatheena amanoo waAAamiloo alssalihati jannatin tajree min tahtiha al-anharu yuhallawna feeha min asawira min thahabin walu/lu-an walibasuhum feeha hareerun

22:24 Wahudoo ila alttayyibi mina alqawli wahudoo ila sirati alhameedi

22:25 Inna allatheena kafaroo wayasuddoona AAan sabeeli Allahi waalmasjidi alharami allathee jaAAalnahu lilnnasi sawaan alAAakifu feehi waalbadi waman yurid feehi bi-ilhadin bithulmin nuthiqhu min AAathabin aleemin

22:26 Wa-ith bawwa/na li-ibraheema makana albayti an la tushrik bee shay-an watahhir baytiya liltta-ifeena waalqa-imeena waalrrukkaAAi alssujoodi

22:27 Waaththin fee alnnasi bialhajji ya/tooka rijalan waAAala kulli damirin ya/teena min kulli fajjin AAameeqin

22:28 Liyashhadoo manafiAAa lahum wayathkuroo isma Allahi fee ayyamin maAAloomatin AAala ma razaqahum min baheemati al-anAAami fakuloo minha waatAAimoo alba-isa alfaqeera

22:29 Thumma lyaqdoo tafathahum walyoofoo nuthoorahum walyattawwafoo bialbayti alAAateeqi

22:30 Thalika waman yuAAaththim hurumati Allahi fahuwa khayrun lahu AAinda rabbihi waohillat lakumu al-anAAamu illa ma yutla AAalaykum faijtaniboo alrrijsa mina al-awthani waijtaniboo qawla alzzoori

22:31 Hunafaa lillahi ghayra mushrikeena bihi waman yushrik biAllahi fakaannama kharra mina alssama-i fatakhtafuhu alttayru aw tahwee bihi alrreehu fee makanin saheeqin

Written by tolokminda

April 7, 2010 at 1:06 am

61 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    “M Khalid: Jika “haji” ialah penyelidikan & pembentangan, apa kaitannya dengan “dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus”?

    Penyelidikan & pembentangan boleh dilakukan dimana2, tidak perlu “datang kepada kamu”? Kamu disini saya tafsirkan sebagai Nabi(?).” (drp topik Ka’aba bukan objek tumpuan…)

    Terjemahan IIU vs AS.TM

    Terdapat perbezaan yang jelas dalam terjemahan-terjemahan 22:27.

    22:27 “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

    22:27 Dan maklumkan kepada manusia tentang penyelidikan yang telah dikurniakan kepada kamu sebagai seorang individu dan ke atas setiap individu yang bertanggungjawab yang telah dikurniakan dari sumber yang sangat luas;

    Namun dalam ayat 22:30, ada persamaan maknanya;

    22:30…Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta,

    22:30…Dan dibenarkan kepada kamu haiwan ternakan kecuali yang telah dibacakan kepada kamu dan hindarilah kekotoran menyembah berhala dan jauhkan diri dari percakapan bohong.

    Jika dalam ayat 22:30 dengan jelas melarang menyembah berhala kerana ia satu yang mengotorkan, takkanlah dalam ayat 22:27 suruh manusia beritual ke arah sesuatu bangunan batu? Bukankah tak logik bila erti Haji disamakan dengan amalan menumpu kepada sesuatu objek sedangkan apa jua ketaatan kepada selain Allah itu dikira berhala?

    Takkanlah pada yang beritual ke arah patung sahaja dikira berhala (sebab amalan nenek moyang kaum lain), tetapi beritual pada bangunan batu tidak pula dikira berhala (sebab amalan tradisi kaum sendiri)? Itu sudah satu pembohongan dan ketidakadilan.

    Kenapa tak contohi Nabi Ibrahim yang berpendirian benar terhadap Allah sehinggakan amalan tradisi bapanya sendiri pun dikatakan salah? Bersikap jujur dan adil-lah dalam menyatakan kebenaran.

    Saya nampak ayat 22:27 menyeru manusia hidup membuat penyelidikan kerana dengan penyelidikanlah Allah kurniakan rezeki dan manfaat kepada manusia (seperti ayat 22:28). Cuba lihat perbandingan kenapa bangsa Barat lebih dapat manfaat daripada umat Islam hari ini? Apakah kerana bangsa Barat itu kuat beritual atau kuat menyelidik alam semesta ini?

    Dan lemahnya umat Islam hari ini kerana kuat menyelidik ke kuat beritual?

    Juang

    April 7, 2010 at 5:32 am

  2. 22:27 Waaththin fee alnnasi bialhajji ya/tooka rijalan waAAala kulli damirin ya/teena min kulli fajjin AAameeqin

    22:27 “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji (bialhajji), nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

    22:27 Dan maklumkan kepada manusia tentang penyelidikan (bialhajji) yang telah dikurniakan kepada kamu sebagai seorang individu dan ke atas setiap individu yang bertanggungjawab yang telah dikurniakan dari sumber yang sangat luas;

    Alhajji memiliki beberapa arti:
    Haa-Jiim-Jiim =
    to intend to a certain target,
    aim at,
    repair,
    undertake,
    repaired/betook himself to or towards a person/place /object of veneration/respect/honour,
    went/visit frequently/repeatedly,
    pilgrimage.
    Overcome another by/in argument/evidences/proofs/testimonies,
    plead,
    contend/argue/dispute.
    Refrain/abstain.

    hajja vb. (1)
    perf. act. 2:158
    n.vb. 2:189, 2:196, 2:196, 2:196, 2:197, 2:197, 2:197, 3:97, 9:3, 22:27
    pcple. act. 9:19

    hijaj n.f. (pl. of hijjah) 28:27

    hujjah n.f. 2:150, 4:165, 6:83, 6:149, 42:15, 42:16, 45:25

    hajja vb. (3)
    perf. act. 2:258, 3:20, 3:61, 3:66, 6:80
    impf. act. 2:76, 2:139, 3:65, 3:66, 3:73, 6:80, 42:16

    tahajja vb. (6) impf. act. 40:47
    Lane’s Lexicon, Volume 2, page: 149, 150, 151

    Saya memahami alhajji dalam 22.27 sebagai alasan/argumen
    (Overcome another by/in argument/evidences/proofs/testimonies,
    plead,
    contend/argue/dispute).

    Penyelidikan lebih cocok untuk shiyam:

    …waibtaghoo ma kataba Allahu lakum/maka carilah apa-apa yang ditetapkan Allah atas kamu..
    2:187 Ohilla lakum laylata alssiyami alrrafathu ila nisaikum hunna libasun lakum waantum libasun lahunna AAalima Allahu annakum kuntum takhtanoona anfusakum fataba AAalaykum waAAafa AAankum faalana bashiroohunna waibtaghoo ma kataba Allahu lakum …

    Carilah (ibtaghoo) lebih dekat artinya dengan selidikilah.

    Berbagai hal yang didapatkan sebagai hasil penyelidikan dalam shiyam perlu diuji kebenarannya melalui perdebatan (alhajji) agar didapatkan alasan/argumen yang kuat dalam memilih dan menetapkan suatu pemahaman.

    Faried

    April 7, 2010 at 11:13 am

  3. Salam,

    “Faried: Berbagai hal yang didapatkan sebagai hasil penyelidikan dalam shiyam perlu diuji kebenarannya melalui perdebatan (alhajji) agar didapatkan alasan/argumen yang kuat dalam memilih dan menetapkan suatu pemahaman.”

    Saya setuju dengan pendapat Faried. Maka makin jelaslah kepada kita kenapa keadaan umat Islam hari ini agak lemah dan ketinggalan. Semuanya kerana mereka malas menyelidik dan suka menurut membuta-tuli ajaran pihak2 yang merasakan mereka pewaris Nabi.

    Andaikata kita suburkan kembali budaya menyelidik sendiri dan bertukar-tukar pendapat dengan tenang dan matang agar sesuatu yang ada bukti2 kukuh sahaja ditegakkan, tidak mustahil orang-orang Islam hari ini dapat diperbaiki keadaannya.

    Juang

    April 7, 2010 at 11:21 am

  4. Salam,

    Saya berpendapat syiyam atau puasa memang berkaitan dengan hajj. Tetapi saya melihat syiyam bukan merujuk kepada perbuatan menyelidik – proses penyelidikan adalah hajj – di mana di dalamnya mengandungi proses yang dipanggil safa dan marwah.

    2:158 Sesungguhnya proses penelitian yang menjerihkan (Safa – diffussion) dan tekanan jiwa dan raga (Marwah – anguish) adalah dari ketetapan Tuhan. Oleh itu, sesiapa yang menyelidiki sistem (alam Tuhan) atau jika mereka benar-benar berkesan maka tiada salah ke atas mereka membiasakan diri (tawaf) dengan kedua-duanya – dan sesiapa yang berbuat kebaikan secara sukarela maka Tuhan tentulah sangat menghargainya dengan pengetahuan penuh.

    Sebab itulah dalam melakukan penyelidikan kita mungkin perlu memperkukuhkan jiwa dan minda kta dengan cara berpuasa. Siapa yang suka diganggu ketika sedang berada dalam situasi safa dan marwah dalam penyelidikannya?

    tolokminda

    April 7, 2010 at 11:41 am

  5. Salam,

    Saya melihat pemahaman TM terhadap sesuatu ayat Al Quran selari dengan kisah Adam diangkat sebagai khalifah.

    Kalau kita renungkan, makhluk-makhluk lain tidak mampu memikul tugas untuk menyelidik dan berinnovasi. Hanya manusia sahaja yang mampu lakukan itu semua.

    Jadi secara logiknya, semua ajaran Al Quran pasti berkaitan dengan tugas yang tidak terpikul oleh makhluk2 lain itu.

    Tetapi syaitan2 telah memesongkan manusia agar hidup malas menyelidik dan beranggapan dengan buat sesuatu amalan ritual, cukuplah matlamat mereka diciptakan sebagai manusia.

    Kalaulah hidup ini sekadar nak buat amalan membongkok atau meletakkan dahi ke tanah, tak payah Allah bangkitkan Rasul. Hantar binatang pun boleh tunjukkan cara itu, seperti mana Allah hantar burung gagak untuk tunjukkan cara mengebumikan mayat anak Adam.

    Tetapi kerana manusia ada tugas berat yang diamanahkan iaitu untuk membuat penyelidikan dan mengkaji sistem alam Tuhan ini, maka sebab itulah dilantik Rasul dari kalangan manusia sendiri kerana tugas itu hanya mampu dipikul oleh manusia sahaja. Binatang2 tidak mampu lakukan tugas tersebut.

    Juang

    April 7, 2010 at 2:23 pm

  6. Nanti saya masukkan tafsiran Quran oleh Allamah Tabatabai dari sumber Syiah. Ianya jauh lebih terang !
    🙂

    Feringghi

    April 7, 2010 at 3:50 pm

  7. Salam semua, memandangkan kita selalu quote “Aidid Safar’s Quran translation” di sana sini.. ada sesiapa tahu siapa Aidid Safar ni? Adakah nama sebenarnya Aidid Safar? Orang mana? Apa latar belakang dia?

    Sebab saya bertanya: Atas nama “research” kita mesti tahu latar belakang the translator.. so that we know his(her?)motivation. Memandangkan kebanyakkan dari kita ni bukan Arab speaking people yg rely a lot on translations.

    Seperti yg telah diketahui, translations selalunya di pengaruhi oleh the translator’s understanding of what the Quran is trying to say.

    Saya try Google, but so far takde pulak picture dia. Ada orang kata dia Malaysian?

    M.Khalid

    April 7, 2010 at 7:45 pm

  8. Salam Juang,
    Sebelum ini di posting “Kaabah bukan object tumpuan…” tuan beri translation 22:27 sebagai “Dan serulah manusia kepada “haji”, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam”. Tapi sekarang tuan beri translation lain menurut Aidid Safar.

    Ini menguatkan lagi pertanyaan saya: Siapa Aidid Safar?

    Quran dalam bahasa Arab memang Tuhan dah guarantee the authenticity tetapi bukan the translation. Kita telah nampak dengan jelas yg lain puak lain translation nya. Jadi siapa yg betul?

    Kalau kita boleh doubt Bukhari, Muslims etc coz Quran takde sebut yg kita boleh buat mereka sebagai rujukan… same logic shd apply to Aidid Safar too right?

    M.Khalid

    April 7, 2010 at 8:13 pm

  9. Salam M Khalid,

    Di atas, saya kemukakan dua terjemahan. Yang pertama oleh iiu.edu dan yang kedua, terjemahan saya berasaskan terjemahan Aidid Safar. Saya cuma ajak bincang perbezaan kedua-dua terjemahan itu – bukan bincang pasal penterjemahnya.

    Tetapi oleh kerana tuan telah tersasul ke situ maka biar saya jelaskan.

    Saya memilih untuk menggunakan terjemahan Aidid Safar dalam ujian perbandingan yang saya sarankan di atas kerana saya berpendapat ia paling dekat dengan kefahaman saya. Dan saya memilih terjemahan iiu.edu untuk diperbandingkan kerana ia datang dari sebuah institusi ilmu yang dianggap berwibawa.

    Ajakan membuat perbandingan ini terbuka kepada sesiapa saja mahu memikir dan membincangkannya. Sesiapa saja, jika rasa terjemahan Aidid Safar tidak betul sila tunjukkan bahagian mana yang tidak betul. Atau jika berpendapat terjemahan iiu.edu lebih betul, hujahkanlah supaya dapat dipertimbangkan bersama-sama. Bukan setakat dua terjemahan, malah transliterasinya juga disediakan.

    Tetapi kalau tuan seorang yang langsung tidak percaya kepada kaedah penterjemahan sebagai satu cara untuk memahami Al-Quran, tuan tidak perlu menyertai perbincangan ini. Bagi saya yang tidak faham bahasa Arab, perbincangan berdasarkan rujukan terjemahan seperti ini adalah penting.

    Untuk pengetahuan tuan, tafsiran saya dan tafsiran Aidid Safar tidaklah sama seratus peratus. Misalnya Aidid Safar mentafsirkan perkataan hajj sebagai cabaran. Saya pula mentafsirkannya sebagai penyelidikan.

    Perbezaan di antara tafsiran kami menunjukkan proses penyelidikan dan penghujahan sedang berlaku. Maknanya saya tidak mengikut Aidid Safar membuta tuli. Tapi tentulah ia tidak bermakna apa-apa kepada tuan yang hanya mahu belajar Al-Quran dalam bahasa Arab.

    tolokminda

    April 7, 2010 at 9:54 pm

  10. “Nanti saya masukkan tafsiran Quran oleh Allamah Tabatabai dari sumber Syiah. Ianya jauh lebih terang!”

    Salam Feringghi,

    Saya tidak ada masalah.

    tolokminda

    April 7, 2010 at 10:00 pm

  11. Saya baca Aidid Safar macam Dr Paul Joseph Goebbels. Kedua-dua berbakat besar dalam menipu pada skala meluas.

    TT Coupe

    April 7, 2010 at 11:49 pm

  12. Salam,

    “M Khalid: Quran dalam bahasa Arab memang Tuhan dah guarantee the authenticity tetapi bukan the translation. Kita telah nampak dengan jelas yg lain puak lain translation nya. Jadi siapa yg betul?”

    39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

    Dalam ayat 39:18, Allah suruh kita ikut yang paling baik. Begitulah juga dalam menilai sesuatu terjemahan, bukan pada siapa yang sampaikan yang perlu diselidik, tetapi pada apa (isi kandungan) yang disampaikan.

    Malah tiada ayat Al Quran menetapkan “untuk memahami ayat-ayat Allah, carilah orang-orang yang diketahui latar belakangnya”. Ketika Allah suruh Nabi Musa bertemu seorang hambaNya (rujuk surah Al Kahfi), Allah sendiri tidak bagitahu Nabi Musa tentang latar belakang hamba Allah itu. Allah wahyukan hanyalah mencari orang itu di tempat pertemuan dua lautan.

    Jadi siapa yang pandai-pandai buat ketetapan “untuk fahami Al Quran (atau ilmu2 Allah yang lain), selidiklah latar belakang seseorang itu”? Bukankah yang pentingnya adalah kita selidik apa yang disampaikan kepada kita?

    Gara-gara suka menilai orang berdasarkan latar belakang itulah punca umat Islam hari ini taksub membuta-tuli kepada seseorang manusia. Asalkan seseorang itu latar belakangnya ada ijazah dalam bidang keagamaan, terus dianggap semua kata-kata mereka betul. Akibatnya umat Islam jadi penakut nak menyelidik Al Quran menggunakan kaca mata sendiri dan menurut membuta-tuli orang-orang yang mereka menilai berdasarkan latar belakangnya.

    Kalau kita fikir logik, takkanlah golongan pengecut kaji Al Quran itu ciri-ciri orang beriman sedangkan kita diajar bahawa orang-orang Islam di zaman Rasulullah mempunyai semangat dan keberanian yang tinggi dalam menegakkan kebenaran. Mereka sanggup berhijrah meninggalkan amalan tradisi masing-masing demi untuk menyatukan kehidupan manusia jauh daripada punca-punca perpecahan dan permusuhan sesama manusia.

    Juang

    April 8, 2010 at 1:47 am

  13. Salam,

    “TT Coupe: Saya baca Aidid Safar macam Dr Paul Joseph Goebbels. Kedua-dua berbakat besar dalam menipu pada skala meluas.”

    Untuk menghukum seseorang itu penipu, bawalah bukti-bukti yang menunjukkan di mana penipuannya. Jangan tiru perangai orang-orang kafir terdahulu, mereka hukum Rasul mereka pendusta atau tukang sihir, tetapi bila dicabar buktikan di mana ayat-ayat Allah yang rasul itu sampaikan adalah dusta, mereka berpaling lari.

    Hairan juga, kenapa yang mengaku Islam pada hari ini suka sangat meniru perangai orang-orang kafir terdahulu? Mereka suka menghukum tanpa bawakan apa-apa bukti. Dengan kata lain, sikap mereka itu menunjukkan mereka meletakkan diri mereka setaraf dengan orang-orang kafir terdahulu.

    Seseorang yang beriman, mereka bercakap berdasarkan bukti-bukti yang kukuh, jelas dan nyata. Bukan main hukum membuta-tuli.

    Juang

    April 8, 2010 at 1:52 am

  14. Jika menguasai bahasa arab adalah kunci untuk memahami Islam, silap-silap Blackberry atau I-phone pun belum dapat dicipta.

    Bahasa arab Qur’an pula bukan bahasa arab moden. Qur’an turun sewaktu bahasa arab itu dikemuncak umpama bahasa inggeris dizaman Shakespeare.

    Untuk menguasai bahasa arab Qur’an, akan mengambil masa bertahun, takkanlah hanya bahasa arab yang paling penting untuk menjadi seorang mukmin? bagaimana dengan ilmu yang lain? seperti matematik, perubatan, perladangan, sains dan lain-lain lagi.

    Di Malaysia sebagai contoh. kebanyakan yang mahir berbahasa arab biasanya adalah lepasan dari sekolah agama yang kemudian menyambung pengajian ke negara Arab. Berapa tahun mereka habiskan?

    Manusia yang fitrahnya dijadikan berbeza-beza, mana mungkin semua berminat untuk belajar bahasa.

    Ramai juga linguist dari negara Arab sendiri bukan pula dikalangan ‘Islam’. Mahir dalam bahasa arab tidak menjamin anda akan membuka Qur’an dan memahami apa yang disampaikan.

    Pencipta pula jelas menyatakan bahawa, semua bahasa adalah bukti kekuasaan beliau.

    muaddib

    April 8, 2010 at 8:55 am

  15. Salam,

    Setuju dengan pandangan muaddib. Sebelum ramai manusia menerima Muhammad sebagai seorang Rasul, tidak pernah ada ketetapan daripada Allah menjadikan bahasa asal Kitab-kitab terdahulu sebagai tanda kemukminan seseorang.

    Sedangkan burung hud-hud yang tidak tahu bercakap Arab itu pun tahu untuk tidak menyembah berhala bagi menunjukkan ia juga Islam yang tulen.

    Juang

    April 8, 2010 at 11:25 am

  16. Salam TM,
    “Di atas, saya kemukakan dua terjemahan. Yang pertama oleh iiu.edu dan yang kedua, terjemahan saya berasaskan terjemahan Aidid Safar. Saya cuma ajak bincang perbezaan kedua-dua terjemahan itu – bukan bincang pasal penterjemahnya”

    Kenapa kita tidak boleh bincang pasal penterjemahnya? Kalau kita tak tahu siapa penterjemah, macam mana kita nak menilai samada pendapat mereka dipengaruhi oleh siapa2 atau tidak? Saya tak kata yg jika ada degree or phd or ada title “sheikh” or whatever kita kena terima 100%. Saya 100% menolak ketaksuban kepada sesiapa. BUT to make informed decision, we must know the source.

    Aidid Safar could be anybody.. Anda semua 100% pasti yg dia tidak ada motif untuk memporak-perandakan pegangan anda? Pandangan dia memang radikal, dan terus terang saya katakan setengahnya saya bersetuju. Tetapi jika hanya mengutarakan pendapat.. pada saya sama macam baling batu sembunyi tangan.

    “Tetapi kalau tuan seorang yang langsung tidak percaya kepada kaedah penterjemahan sebagai satu cara untuk memahami Al-Quran, tuan tidak perlu menyertai perbincangan ini. Bagi saya yang tidak faham bahasa Arab, perbincangan berdasarkan rujukan terjemahan seperti ini adalah penting”

    Kenapa TM kata saya tak percaya kaedah penterjemahan? Sebab saya percayalah saya nak kenal siapa penterjemahnya. Apa rujukannya. Sepatutnya TM yg tak tahu berbahasa Arab patut lebih prihatin pada source terjemahan, sebab your faith will be based on terjemahan instead of the original text of Al-Quran.

    “tuan tidak perlu menyertai perbincangan ini.”

    Saya agak terperanjat dengan kenyataan di atas. Saya ingat blog ini lebih “open to discussion”. Rupa2nya sama dgn golongan2 yg hanya mahu mendengar pendapat mereka sahaja dan mengejek2 pendapat orang lain.

    Moga2 Allah memberi kita semua petunjuk dan kita semua akan tergolong bersama mereka2 yang berjaya di akhirat nanti. InsyaAllah.

    M.Khalid

    April 8, 2010 at 1:57 pm

  17. Salam,

    “M Khalid: Aidid Safar could be anybody.. Anda semua 100% pasti yg dia tidak ada motif untuk memporak-perandakan pegangan anda?”

    Sekarang kita berada di platform yang terbuka. Aidid Safar hanya mengemukakan pandangannya. Begitu juga TM.

    Orang lain pula bebas nak terima atau tolak pandangan2 tersebut, seperti mana pandangan mereka juga mungkin boleh ditolak.

    Setiap diri boleh menilai sesuatu pandangan itu memporak-perandakan pegangannya atau tidak.

    Kalau kita rasa pandangan orang lain itu memporak-perandakan pegangan kita, bagi pihak diri kita sendiri, kita boleh tolak pandangan tersebut. Namun orang lain ada hak nak terima pandangan yang mereka lihat lebih baik kerana belum tentu mereka merasakan pandangan Aidid Safar itu memporak-perandakan seperti yang saudara rasa.

    Dan kalau saudara ada bukti kukuh yang Aidid Safar itu memporak-perandakan pegangan, bawakanlah bukti-buktinya. Sekadar bermain atas nama persangkaan, itu bukan sifat-sifat orang beriman.

    Jangan tiru perangai orang2 kafir terdahulu yang diuji dengan kedatangan seseorang Rasul yang dilihat memporak-perandakan pegangan tradisi mereka seterusnya menghukum Rasul itu pendusta atau tukang sihir tanpa kemuka apa-apa bukti.

    Matangkanlah diri dalam berhujah. Konsepnya senang sahaja. Kalau tidak setuju dengan sesuatu pendapat, bawakanlah bukti-bukti, bukannya sekadar bawa emosi atau memburuk-burukkan seseorang individu.

    Tidak bolehkah kita belajar mematangkan diri dalam bertukar-tukar pendapat?

    Juang

    April 8, 2010 at 2:10 pm

  18. Salam M Khalid,

    Nak belajar buat cara nak belajar. Dengan siapa pun kita boleh belajar. Lainlah kalau kita nak jadi pak turut. Bagi saya penterjemah tidak penting, yang penting adalah sejauh mana terjemahannya itu menepati maksud teks asal.

    Dan perbandingan di antara 2 terjemahan yang saya kemukakan di atas merupakan satu provokasi ke arah itu – iaitu untuk kita sama-sama menilai terjemahan manakah yang lebih menepati maksud.

    Sesiapa saja yang faham matlamat exercise ini sepatutnya mengambil peluang untuk meneliti dengan adil – bukan untuk Aidid Safar atau saya atau IIU, tetapi untuk diri masing-masing. Sebab itu saya sertakan sekali dengan transliterasi dan saya siarkan tanpa membuat apa-apa ulasan.

    Dan yang sebenar-benarnya tuan M Khalid, topik ini saya buka khas untuk tuan, kerana tuanlah yang telah mengemukakan kemusykilan tentang ayat 22:27 di sini. Tapi bila saya memilih untuk mengambil pendekatan terbuka dengan membuka peluang supaya tuan berusaha mencari sendiri jawapan melalui 2 terjemahan yang berbeza, lain pula yang tuan buat.

    Patutnya tumpukanlah perhatian pada exercise yang diberikan. Kalau selepas exercise itu tuan dapat buktikan terjemahan Aidid Safar tidak betul, bolehlah dianggap wajar kalau tuan nak pertikaikan dia selepas itu – tetapi bukan sebelumnya.

    tolokminda

    April 8, 2010 at 3:48 pm

  19. Salam,

    Pada pandangan saya kedua-dua terjemahan ayat-ayat tersebut bolih kita guna pakai sebagai panduan hidup. Kedua-dua terjemahan mengajar kita erti kebaikan kebaikan , sebab makna Al Quran yang sebenarnya pun hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui…dan kita hanya mampu untuk memahaminya atau memikirkan setakat kemampuan kita sebagai manusia biasa…..dan tuhan tidak memberatkan pemikiran manusia, asalkan manusia itu sentiasa mahu mengkaji dengan jujur untuk mencari keredaan Allah Swt dan tuhan sahaja yang lebih mengetahui.Saya rasa semua penterjemah adalah jujur untuk menterjemahkan Al Quran….cuma kadang kadang peringkat ilmuan dan pemahaman masing masing itu berbeza…sebab itulah adanya perbezaan, kecualilah penterjemah itu ada niat lain atau ada maksud lain untuk menyesatkan umat.Itu kita kena hati hatilah.

    Jadi kita sebagai orang biasa pilih lah mana yang kita paling yakin mengikut kajian kita perpandukan pemikiran, penyelidikan dan ilmu-ilmu yang sudah ada pada kita. Jadi semua akan bahagia….

    wucman

    April 8, 2010 at 3:53 pm

  20. Salam Wucman,

    Ayat-ayat yang saya kemukakan dalam exercise di atas menbawa 2 tafsiran yang amat berbeza. Saya berpendapat terjemahan iiu.edu.my mengandungi banyak percanggahan walaupun dalam ayat yang sama.

    Misalnya, dalam 22:26 Tuhan dikatakan menentukan lokasi kaabah supaya Ibrahim membinanya untuk menjadi objek penyembahan manusia kepada Tuhan tetapi dalam masa yang sama Tuhan melarang Ibrahim menyekutukan Dia dengan apa pun. Sedangkan dalam teks asal 22:26 langsung tidak menyebut tentang kaabah.

    Transliterasi 22:26:

    Wa-ith bawwa/na li-ibraheema makana albayti an la tushrik bee shay-an watahhir baytiya liltta-ifeena waalqa-imeena waalrrukkaAAi alssujoodi

    Tuhan kata, Al-Quran tidak mengandungi sebarang percanggahan di dalamnya. Jadi apabila kita menemui percanggahan apatah lagi tokok-tambah seperti yang terdapat dalam terjemahan iiu.edu.my itu, maka wajarlah kita mencari jawapan yang sebenarnya.

    Kita mesti mengelak dari menjadi manusia yang menyekutukan Tuhan at all cost.

    tolokminda

    April 8, 2010 at 4:10 pm

  21. Salam,

    “Wucman: Saya rasa semua penterjemah adalah jujur untuk menterjemahkan Al Quran….cuma kadang kadang peringkat ilmuan dan pemahaman masing masing itu berbeza…sebab itulah adanya perbezaan, kecualilah penterjemah itu ada niat lain atau ada maksud lain untuk menyesatkan umat.Itu kita kena hati hatilah.”

    Setuju dengan pendapat saudara. Kita bersangka baik, semua penterjemah cuba memberi terjemahan yang terbaik ikut kefahaman mereka masing-masing.

    Oleh kerana peringkat kefahaman seseorang itu berbeza-beza mengikut usaha masing-masing, sudah pasti sesuatu terjemahan ada yang jauh daripada maksud asal dan ada yang menghampiri maksud asal.

    Di sini kita bukannya nak hukum mana-mana penterjemah itu kerana bukan urusan kita nak hukum mereka kerana kita tidak tahu niat sebenar di hati mereka.

    Apa yang kita lakukan hanyalah untuk menilai mana satu terjemahan yang paling baik untuk dijadikan pegangan hidup.

    Sepatutnya kita boleh berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam perbincangan sebegini. Tinggalkan perangai tidak boleh berbincang dalam mencari pegangan hidup seperti perangai orang-orang kafir terdahulu.

    Juang

    April 8, 2010 at 4:14 pm

  22. Melihat pada pelbagai sudut

    Katakan ada 4 orang sedang mengenal seekor gajah pada sudut-sudut tertentu. A melihat gajah itu pada bahagian kepala (hadapan). B melihat pada sisi kanan gajah tersebut. C pula melihat pada bahagian ekor (belakang) dan D melihat pada bahagian sisi kiri gajah itu.

    Jika A beranggapan rupa gajah hanyalah pada sudut pandangannya itu dan sudut pandangan lain semuanya tidak betul, itu menunjukkan A ada penyakit angkuh. Begitu juga kalau B, C dan D beranggapan yang sama seperti A.

    Kemudian datang pula E untuk melihat gajah daripada keempat-empat sudut yang diduduki oleh A,B,C dan D. Sudah pasti gambaran gajah yang dikenal oleh E lebih tepat berbanding 4 orang tersebut.

    Begitulah perumpamaannya kita mengenal Islam. Kalau kita hanya taksub pada sesuatu golongan yang melihat Islam guna kaca mata mereka sahaja, samalah kita macam A, B, C dan D itu. Sepatutnya kita kena jadi macam E yang melihat dari semua sudut untuk mendapat gambaran Islam yang lebih jitu.

    Inilah yang kita sedang lakukan sekarang dalam membuat perbandingan sesuatu terjemahan agar kita melihat dari segala aspek, bukannya taksub membuta-tuli.

    39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

    Juang

    April 8, 2010 at 4:30 pm

  23. Dalam perumpamaan mengenal gajah itu, E akan mengelilingi gajah itu untuk melihat daripada pelbagai sudut. Tujuannya agar E lebih kenal rupa bentuk gajah dengan tepat.

    Begitulah dalam Nabi berhujah (haji) untuk menyelidik dan mengemukakan pendapat, baginda akan melihat keadaan sekeliling masyarakatnya (melalui pengembaraan) dan mendengar semua pandangan yang ada untuk untuk melihat erti kehidupan sebenar daripada pelbagai perspektif. Baginda bercampur dengan orang2 kafir, munafik, Yahudi, Nasrani mahupun Sabiin. Baginda mengambil pedoman para Nabi dan Rasul terdahulu tanpa membeza-bezakan mereka.

    Tujuan ‘pengelilingan” itu supaya baginda kenal rupa bentuk Islam dengan lebih tepat yang jauh berbeza dengan kepercayaan tradisi kaumnya sendiri. Baginda tidak sempitkan sudut pandangannya pada satu arah sahaja (taksub pada ajaran tradisi kaum sendiri).

    Namun, proses pengelilingan itu telah ditukar kepada mengeliling bangunan batu yang dipanggil tawaf oleh orang-orang yang menyempitkan sudut pandangan mereka.

    Juang

    April 9, 2010 at 8:40 am

  24. Salam Juang,

    Saya berpendapat pengelilingan kaabah yang dilakukan oleh umat Islam tidak ada kena mengena dengan Nabi. Hari ini kita melihat Kaabah sebagai sebuah kiub empat segi di dalam sebuah laman dalam masjid yang besar. Tetapi pada suatu ketika dulu, malah mungkin semasa dan selepas zaman Nabi pun, saya percaya kaabah adalah sebuah bangunan yang berfungsi sebagai sebuah kuil biasa di mana orang keluar masuk untuk mengerjakan ritual penyembahan mereka. Saya rasa untuk memahami bagaimana kedudukan kaabah boleh menjadi seperti sekarang – kita mungkin boleh mendapatkan clue dari amalan orang-orang Hindu di sekitar kuil-kuil mereka.

    Jika kita lihat amalan orang Hindu, mereka juga mengerjakan tawaf di sekitar kuil-kuil mereka. Tuan Juang boleh pergi ke mana-mana kuil Hindu di mana pada waktu maghrib apabila mereka bersembahyang – tuan akan dapat melihat amalan orang-orang Hindu tawaf 7 kali mengelilingi kuil mereka mengikut arah lawan jam. Bezanya orang Hindu mengerjakan tawaf di mana-mana saja kuil mereka. Tetapi orang Islam hanya tawaf di kaabah saja walaupun mereka kata masjid-masjid mereka juga rumah Tuhan seperti mana kaabah.

    Perbezaan dan persamaan di antara amalan orang-orang Hindu di kuil mereka dan amalan orang Islam apabila berada di sekitar kaabah mungkin perlu ditelusuri latarbelakangnya.

    tolokminda

    April 9, 2010 at 11:33 am

  25. Salam,

    “TM: Saya berpendapat pengelilingan kaabah yang dilakukan oleh umat Islam tidak ada kena mengena dengan Nabi.”

    Saya setuju. Seseorang yang bertaraf Nabi tidak logik menyuruh manusia buat amalan yang tiada apa-apa kesan manfaat jika dibuat dan kesan mudarat jika ditinggalkan.

    Cuba fikirkan suruhan membaca yang ada dalam Al Quran itu. Umum mengetahui, jika buat amalan membaca, manusia itu dapat manfaat dan kalau meninggalkan (malas) membaca, manusia itu dapat kesan buruk (jadi bodoh umpamanya). Amalan begitu barulah logik dikaitkan dengan seseorang Nabi.

    Nabi tidak akan mengada-adakan sesuatu perkara dusta atas nama perintah Allah.

    Cuba saudara fikirkan, andaikata amalan ritual itu benar2 diajar oleh Nabi dan pasti ada orang lain membawa hujah menafikan amalan tersebut seperti orang hari ini menafikan. Maka sudah tentu dalam Al Quran ada menceritakan bagaimana Nabi mematahkan hujah orang yang menentang amalan ritual tersebut. Tetapi yang jelas dalam Al Quran, para Nabi itulah yang menentang segala bentuk amalan ritual sembahan ke arah sesuatu objek. Tidakkah mereka nampak itu semua?

    Dan apa yang saya tengok dalam blog saudara ini, bila saudara bawakan bukti-bukti untuk mengatakan amalan ritual itu tiada kaitan dengan Nabi, orang-orang yang mempertahankan amalan tersebut tidak mampu bawa hujah-hujah berkualiti macam ayat-ayat Al Quran, sebaliknya mereka bawa perangai orang-orang kafir terdahulu yang cepat menghukum mengatakan “inilah sihir yang nyata”. Bertambah-tambah lagi saya tak percaya amalan mereka lakukan itu ada kaitannya dengan Nabi.

    Juang

    April 9, 2010 at 11:58 am

  26. Salam Juang,

    Saya pun nampak perkara itu. Kadang-kadang terfikir juga mengapa tiba-tiba saja mereka mengeluarkan ungkapan saling tak tumpah seperti yang Tuhan ceritakan mengenai kaum-kaum engkar zaman nabi-nabi dulu.

    tolokminda

    April 9, 2010 at 12:13 pm

  27. Salam TM,

    Itu menunjukkan manusia boleh membohongi sesama manusia, tetapi mereka tidak boleh tipu Allah. Orang yang berpegang pada amalan-amalan yang diada-adakan, bila berhujah untuk pertahankan amalan ritual mereka, pasti secara otomatik perangainya akan sama macam pendusta-pendusta zaman dahulu. Hukum Tuhan siapa boleh lawan? Di dunia lagi Allah sudah tunjukkan balasan setiap perbuatan manusia itu.

    Di mata mereka, memang mereka tak sedar mereka termasuk dalam golongan yang engkar. Tetapi bila kita buat perbandingan dengan perangai kaum-kaum engkar terdahulu yang dikhabarkan dalam Al Quran, barulah kita nampak persamaannya.

    Juang

    April 9, 2010 at 2:24 pm

  28. adakah tuan berdua ni benar-benar yakin bahawa anak cucu Nabi Muhammad saw juga turut bersekongkol dalam penyembahan struktur batu Kaabah?

    jika tuan betul, sungguh hebatlah tuan berdua ni dan bergolek terus masuk syurga bila mati nanti.

    Tok Siak

    April 10, 2010 at 12:26 am

  29. atau sebaliknya, blog ini satu exercise yang syok sendiri dan acara ritual puji-memuji mutual-complimentary antara anda berdua?

    Tok Siak

    April 10, 2010 at 12:44 am

  30. Salam Tok Siak,

    Tidakkah saudara boleh menjadi seorang yang matang dan bukan kebudak-budakan? Adakah kami pernah mengatakan “anak cucu Nabi Muhammad turut bersekongkol dalam penyembahan struktur batu”?

    Jika saudara dapat buktikan yang saudara pernah mendengar ada anak-cucu Nabi Muhammad suruh sembah batu walaupun saudara tidak hidup sezaman dengan mereka, sudah pasti saudara lagi hebat daripada kami.

    Tetapi kalau kepercayaan saudara bahawa Nabi Muhammad atau anak cucunya mengajar amalan-amalan ritual yang tidak ada dalam Al Quran hanya bersandarkan cakap-cakap orang tertentu, apakah saudara yakin orang tersebut akan membantu saudara di hadapan Allah kelak? Apakah saudara yakin orang tersebut adalah sekutu Allah sehingga saudara terima cakap-cakap mereka membuta-tuli?

    Mungkin saudara tidak sedar bahawa kepercayaan saudara pada amalan ritual tradisi saudara itu pun boleh dilihat sebagai syok sendiri. Macam kaum yang sujud pada matahari rasa syok sendiri dengan amalan mereka, yang sujud pada bulan rasa syok sendiri dengan amalan mereka, yang sujud pada patung rasa syok sendiri dengan amalan mereka. Masing-masing dakwa amalan mereka sahaja benar dan diterima oleh Allah. Macamlah Allah itu boneka mereka.

    Juang

    April 10, 2010 at 4:22 am

  31. Imam Ali sepupu dan menantu Nabi, Hassan/Hussin cucu hinggi ke cicit nabi, Zainal Abidin, Jaafar Sadiq … dan keluarga Nabi hingga sekarang ini melakukan ibadah solat, haji, puasa seperti yg orang Islam Sunni/Syiah.

    Bukti apa yg Juang mau lagi? Nada Juang semakin lama semakin angkuh dan sudah tidak boleh ditegur lagi. Inilah akibatnya bila menyembah berhala diri!

    Huda

    April 10, 2010 at 11:17 am

  32. Orang Hindu berbillion jumlahnya sembah Tuhan melalui patung berhala. Orang Kristian pun berbillion sembah Jesus kena salib. Oleh itu jumlah yang berbillion-biliion belum tentu juga betul kalau tak ikut Kitab Tuhan yang sebenarnya.

    tolokminda

    April 10, 2010 at 11:54 am

  33. apa ada kena mengena orang Hindu berbillion tu dgn keluarga Nabi? Nampaknya TM cuba nak ubah fokus sebab TM dah kantoi.

    Huda tu bawa bukti nyata bahwa keluarga nabi terdekat beribadat ikut cara Nabi, begitu juga dicontohi org Islam Sunnah/Syiah.

    Yg tak mahu dan engkar ibadat cara nabi ialah org kafir dan munafik dan ahli kitab.

    Hibatullah

    April 10, 2010 at 12:59 pm

  34. Salam Hubatullah,

    Ada kena mengena. Cuba tuan fikir ayat berikut baik-baik.

    6:116 Jika kamu ikut majoriti manusia di atas muka bumi, mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Tuhan. Mereka hanya menuruti khayalan dan main agak-agak saja.

    Perhatikan, Tuhan kata kalau kita ikut majoriti manusia – maknanya tak kiralah Hindu ke, Kristian ke, Yahudi, ke Buddha ke… malah yang mendakwa Islam sekalipun.

    Dan apa kena mengena keluarga Nabi dengan Al-Quran? Tuhan wahyukan Al-Quran untuk keluarga Nabi aje ke?

    tolokminda

    April 10, 2010 at 1:07 pm

  35. TM kata, “Dan apa kena mengena keluarga Nabi dengan Al-Quran? Tuhan wahyukan Al-Quran untuk keluarga Nabi aje ke?”

    Lihat betapa angkuh dan tidak sopan TM terhadap Nabi !

    Hibatullah

    April 10, 2010 at 1:21 pm

  36. Saya cadangkan pada awak, TM dan Juang, sila tulis wasiat bahawa bila awak mati nanti .. mayat awak jangan disimpan di kuburan Islam.

    Hibatullah

    April 10, 2010 at 1:23 pm

  37. Salam Hubatullah,

    Saya tidak angkuh, saya cuma melontarkan provokasi supaya tuan berfikir.

    Dan kalau saya mati – terpulanglah kepada yang hidup nak buat apa pun. Selepas kiamat nanti Tuhan akan menghidupkan kita semua tak kira di mana kita dikuburkan.

    tolokminda

    April 10, 2010 at 1:37 pm

  38. Siapa nak Haji pegi haji. Yang nak selidil pegi selidek lah.Pi belajar sains baru buleh selidek.

    Ini Haji boleh jadi selidek, apa punya putar belit punya terjemahan??? Mamak Kutty punya keturunan ke ???Suka auta orng.
    Aku nak muntah baca Aidid Safar punya terjemahan lah.

    Maaf terpaksa berterusterang.Moga Allah beri pertunjuk.

    Pak Yeh

    April 10, 2010 at 9:54 pm

  39. Salamun’alaikum/Peace upon to you/Sejahtera ke atas kamu..

    Sedih rasanya, bila ada orang apabila diberi peringatan dengan Al-Quran, mereka mengambilnya sebagai ejekan dan mainan.

    10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, “Datangkanlah al-Qur’an selain yang ini, atau tukarkanlah ia.” Katakanlah, “Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.”

    41:26. Orang-orang yang tidak percaya berkata, “Janganlah mendengarkan al-Qur’an ini, dan bercakaplah yang sia-sia mengenainya supaya kamu dapat mengalahkan.”

    54:17. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

    54:22. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

    54:32. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

    54:40. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

    Sebuah blog untuk kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat.

    Kata2 orang yang mengaku islam:-

    qte

    Siapa nak Haji pegi haji. Yang nak selidil pegi selidek lah.Pi belajar sains baru buleh selidek.

    Ini Haji boleh jadi selidek, apa punya putar belit punya terjemahan??? Mamak Kutty punya keturunan ke ???Suka auta orng.
    Aku nak muntah baca Aidid Safar punya terjemahan lah.

    unqte

    mengaku islam mudah, tapi mengapa kata2 yg ditulis tak menggambarkan islam?

    tak paham!

    6:108. Janganlah mencaci-maki orang-orang yang menyeru selain daripada Allah, atau mereka akan mencaci-maki Allah dalam membalas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami menampakkan indah bagi setiap umat amalan-amalan (perbuatan) mereka, kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka kembali, dan Dia memberitahu mereka apa yang mereka buat.

    Salam n peace!

    wolverine

    April 10, 2010 at 11:01 pm

  40. Salam Pak Yeh,

    Sebelum muntah tu cuba tengok betul-betul terjemahan mana yang menokok tambah perkataan dan menyelewengkan maksud ayat-ayat Tuhan. Saya sarankan perbandingan di antara dua terjemahan tu bukan supaya tuan mengutuk membuta tuli – tapi supaya tuan ambil inisiatif untuk memahami maksud ayat-ayat berkenaan.

    tolokminda

    April 11, 2010 at 12:02 am

  41. Salam,

    Wolverine: Sedih rasanya, bila ada orang apabila diberi peringatan dengan Al-Quran, mereka mengambilnya sebagai ejekan dan mainan.

    Jika saudara Wolverine merasa sedih melihat perangai orang-orang yang tidak percaya kepada peringatan Al Quran, Nabi dahulu pun merasainya sama. Malah Nabi sampai rasa nama binasakan dirinya sendiri disebabkan kekafiran manusia di zaman baginda itu.

    18:6. Boleh jadi, jika mereka tidak mempercayai hadis ini, kamu membinasakan diri kamu dengan kesedihan kerana mereka.

    Daripada ayat tersebut, jelas memberitahu bahawa Al Quran itulah sebenar-benarnya hadis Nabi. Tetapi penggemar-penggemar amalan ritual itu membuat dusta mengatakan kitab-kitab hikayat mereka itulah hadis Nabi supaya amalan ritual mereka boleh diadakan atas nama perintah Allah. Betapa besarnya penipuan mereka terhadap Al Quran. Mereka mengada-adakan apa yang Al Quran tidak pernah tetapkan.

    Juang

    April 11, 2010 at 12:42 am

  42. Huda wrote: Imam Ali sepupu dan menantu Nabi, Hassan/Hussin cucu hinggi ke cicit nabi, Zainal Abidin, Jaafar Sadiq … dan keluarga Nabi hingga sekarang ini melakukan ibadah solat, haji, puasa seperti yg orang Islam Sunni/Syiah.

    Bukti apa yg Juang mau lagi? Nada Juang semakin lama semakin angkuh dan sudah tidak boleh ditegur lagi. Inilah akibatnya bila menyembah berhala diri!

    Bawakan bukti ayat Al Quran mana menetapkan untuk solat atau apa jua ibadah yang Allah perintahkan, kena rujuk kepada anak-cucu Nabi?

    Kita akan lihat bahawa pendusta-pendusta itu akan berpaling daripada Kitab Allah kerana mereka tahu mereka mengada-adakan ketetapan dusta.

    Bukankah orang-orang yang diperingatkan dengan Al Quran tetapi mereka menolak dengan seribu alasan adalah orang yang sebenar-benar angkuh? Kalau mereka di pihak yang benar, sudah pasti mereka mampu bawakan bukti ayat Al Quran terhadap ketetapan yang mereka ada-adakan itu.

    Dan orang-orang yang tidak mampu bawakan bukti itu adalah pendusta yang nyata.

    Juang

    April 11, 2010 at 12:48 am

  43. Salam,

    Correct me if I’m wrong my Syiah brothers and sisters. I’m giving you a fact ( a loose fact perhaps?) based on what I read in the past…

    Majoriti Syiah Ismaili tidak salat seperti umat Islam majoriti tetapi bergantung kepada verdict Imam yang masih hidup. Unless you are referring exclusively to Syiah IthnaAsya’ari. Syiah IthnaAsya’ari pada masa kini memang yang majoriti tetapi Syiah Ismaili juga pernah menjadi golongan Syiah yang majoriti suatu ketika dahulu. Mereka juga keluarga Nabi bukan? Jadi bagaimanakah mengatakan salat seperti Nabi dan keluarga baginda jika ada golongan daripada keluarga Nabi dan pengikutnya tidak salat seperti Nabi yang saudara dan saudari nyatakan? Mungkin boleh dikatakan mereka juga ‘corrupted’ seperti mana kalian lemparkan kepada saudara kita Tolokminda dan konco-konconya kerana mereka tidak salat seperti majoriti umat Islam yang lainnya?

    Also, enough with the jangan kuburkan mereka di perkuburan Islam. Bunyi seperti keanak-anakan (maybe it’s just me). Apabila tamatnya riwayat seseorang, tiada kena mengena lagi dia dengan hal dunia. Ianya menjadi tanggungjawab mereka yang hidup, bukannya jika seseorang itu warak ketika hidup contohnya tetapi apabila mati dikuburkan di perkuburan bukan Islam terus dia tergolong dalam golongan bukan Islam. Kan? So, yeah…

    Northman

    April 11, 2010 at 1:24 am

  44. Salam,

    Sebenarnya perkara ini mudah sahaja kalau kita fikir gunakan Al Quran sebagai clue. Suruhan solat bukannya esklusif dilakukan oleh Nabi Muhammad sahaja.

    Dalam kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Musa juga ada suruhan solat. Tetapi apakah Allah suruh Nabi Muhammad belajar solat daripada anak-cucu Nabi Musa? Apakah ada ayat Al Quran menetapkan “untuk belajar solat, carilah riwayat anak-cucu para Nabi terdahulu”? Tiada pun. Yang pandai-pandai buat ketetapan kena cari riwayat anak-cucu Nabi itu bukan perintah Allah dalam Al Quran, tetapi perintah manusia. Di antara Allah dengan manusia itu, takkanlah kita nak percaya pada manusia itu sebagai sekutu Allah?

    10:87. Dan Kami mewahyukan Musa dan saudaranya, “Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buatlah rumah-rumah kamu satu kiblat (haluan), dan lakukanlah solat, dan berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin.”

    Juang

    April 11, 2010 at 3:03 am

  45. Juang wrote: Bawakan bukti ayat Al Quran mana menetapkan untuk solat atau apa jua ibadah yang Allah perintahkan, kena rujuk kepada anak-cucu Nabi?

    Kita akan lihat bahawa pendusta-pendusta itu akan berpaling daripada Kitab Allah kerana mereka tahu mereka mengada-adakan ketetapan dusta.

    Up balik. Kita masih menunggu mana ayat-ayat Al Quran sebagai dalil bagi membuktikan amalan solat perlu dipelajari daripada anak-cucu Nabi sahaja.

    Umum mengetahui, pendusta-pendusta pasti berpaling lari bila diminta jadikan Kitab Allah (Al Quran) sebagai hakim. Ini kerana syaitan tahu Al Quran adalah pembeza (furqan). Membezakan mana yang benar dan mana yang palsu.

    Juang

    April 12, 2010 at 10:41 am

  46. Salam,

    Kita lihat perangai orang-orang kafir terdahulu, mereka hanya tahu melontarkan sesuatu kata-kata untuk melepaskan emosi mereka. Tetapi bila dicabar bawakan bukti ayat-ayat Al Quran, mereka berpaling lari. Seolah-olah mereka mengakui yang selama ini mereka hidup tidak berpegang pada Al Quran pun.

    Mulut mereka sahaja manis mengaku kononnya mereka pengikut Al Quran, tetapi hati mereka engkar. Perangai mereka saling tak tumpah seperti perangai orang-orang hipokrit (munafik) terdahulu yang mengaku sahaja yang mereka bersaksikan bahawa Muhammad itu Rasul, tetapi bila diajak berpegang kepada Al Quran, mereka lari kebelakang.

    Juang

    April 13, 2010 at 6:21 am

  47. Sebenarnya,ALLAH ta’ala telah memerintahkan kita supaya merantau,membaca,mendengar dan melihat didalam mencari kebenaran,dan apa yg berlaku disini tidak cukup untuk membuktikan kebenaran,

    siapa anda?,yg ada hanya nama samaran,dan seseorang yg bersembunyi dibalik bayang2nya sendiri layakkah untuk dipercayai??.
    jika benar anda berakal,

    mungkin anda tidak sedari,apa yg sedang anda usahakan adalah menyerupai apa yg telah diusahakn oleh kaum nasrani(kristian) didalam menyesatkan manusia,menjadi hamba nafsu.,

    shah

    April 25, 2010 at 2:23 pm

  48. Apa yg ada dihadapan anda ini juga salah satu kejayaan mereka(kafir) didalam menjayakan usaha mereka untuk melalaikan manusia dari mencari kebenaran..,

    shah

    April 25, 2010 at 2:28 pm

  49. Terlepas pandang lak.,sebenarnya,yg sepatutnya bukan membandingkan diantara 2 terjemahan diatas.,tetapi membandingkan keduanya dgn alquran yg sebenar yaitu yg berbahasa arab,kita akan ambil mana yg lebih tepat atau menolak keduanya jika keduanya meragukan..

    shah

    April 25, 2010 at 2:47 pm

  50. hidup anda akan rugi dan sia2.,jika anda tidak mahu mencari dan mengkaji apa yg telah didengar dan dilihat oleh para sahabat dari Rasullulah Muhamad(s.a.w),yaitu hadis2 yg soheh., .berusahalah.,sesungguhnya DIA akan memelihara agamaNYA dan janji ALLAH itulah sebenar2 janji…

    sebelum itu,perlu diketahui bahwa hadis2 yg daif tidak boleh dijadikan dalil(hujah) kerana ianya diragui.,pelajarilah ilmunya demi mempertahankan agama ALLAH ta’ala.dan mencari keredhaanNYA., .INSYAALLAH..
    .wasalam alaikum..,

    shah

    April 25, 2010 at 3:22 pm

  51. Northman:
    “Also, enough with the jangan kuburkan mereka di perkuburan Islam. Bunyi seperti keanak-anakan (maybe it’s just me). Apabila tamatnya riwayat seseorang, tiada kena mengena lagi dia dengan hal dunia. Ianya menjadi tanggungjawab mereka yang hidup, bukannya jika seseorang itu warak ketika hidup contohnya tetapi apabila mati dikuburkan di perkuburan bukan Islam terus dia tergolong dalam golongan bukan Islam. Kan? So, yeah…”

    Orang beriman dan beramal saleh di mana pun dikuburkan dijamin keselamatannya oleh Allah. Itu janji Tuhan.

    Salam.

    faried

    April 25, 2010 at 6:17 pm

  52. Salam,

    Juang wrote: Bawakan bukti ayat Al Quran mana menetapkan untuk solat atau apa jua ibadah yang Allah perintahkan, kena rujuk kepada anak-cucu Nabi?

    Kita akan lihat bahawa pendusta-pendusta itu akan berpaling daripada Kitab Allah kerana mereka tahu mereka mengada-adakan ketetapan dusta.

    Juang

    April 26, 2010 at 11:57 am

  53. Sebenarnya saya tertanya tanya bagaimana tuan2 membuat kajian,
    berkenaan dgn ka’bah.,

    jika benar kami menyembah ka’bah mengapa kami membiarkan manusia naik keatasnya,memijak2nya,dan Rasullulah sendiri pernah menyuruh bilal melaungkan azan dgn
    berdiri diatasnya,dan pada alas sembahyang kami juga ada yg bergambar ka’bah,dan tiada larangan bg kami untuk memijaknya,logik ke, jika kami menyembah ka’bah,kami akan membiarkan perkara itu berlaku?,dan diantara yg bersolat dan ka’bah ada yg melakukan tawaf.renung2kn

    shah

    April 27, 2010 at 10:53 am

  54. cuba tanyakan pada mereka yg bukan islam(kafir),jika objek2 sembahyang mereka seperti salib,patung2 budha hindu atau patung2 dewa2 mereka diletakkan dibawah kaki dan dipijak,apakah reaksi mereka?.,
    atau tuan2 sendiri,apa reaksi tuan jika tuan melihat gambar muka tuan dipijak?.,

    gunakanlah akal anugerah ALLAH ta’ala itu dgn sebaik2nya ye..
    .wasalam alaikum..

    shah

    April 27, 2010 at 11:04 am

  55. Salam,

    Saya tertanya-tanya, apakah Al Quran mengajar untuk menentukan sesuatu itu berhala atau tidak, kena tengok reaksi “penyembah”nya marah atau tidak?

    Kalau kita baca kisah Nabi Ibrahim, baginda bukan memijak patung-patung binaan kaumnya itu, tetapi menghancurkannya.

    Apakah reaksi mereka yang beritual mengadap bangunan batu itu jika ia ditakdirkan diruntuhkan?

    Juang

    May 2, 2010 at 8:21 am

  56. Salam,

    Juga tertanya-tanya wajarkah mereka yang taksub dengan amalan ritual mereka mengebom orang awam yang tidak beritual seperti mereka? Apakah itu akhlak ajaran Al Quran?

    Juang

    May 2, 2010 at 8:34 am

  57. Yang utama apabila membaca ilmu kitab ialah…..
    pengajarannya.
    Usah diubah terjemahan secara tak resmi atau cara
    kaki lima…..atau cara murahan.

    Sekiranya ingin mentafsirkan atau memberi pendapat
    atas terjemahan sedia ada….sewajarnya menulis suatu
    artikal atau apa saja asalkan tidak terjadi seperti
    kitab BIBLE.

    sammaster

    May 3, 2010 at 10:16 pm

  58. di jemput saudara dan saudari tuk mendaftr di laman

    http://eminda.forumotion.com

    w pun pernh berdaftr di http://www.e-mindakita.com

    maksudnya kena dftr semula….

    sila sebarkan…

    kampung

    August 5, 2010 at 3:47 pm

  59. TM tak banyak ubah.

    pi mai pi mai tang tu jugak.

    TM Revisited

    August 10, 2010 at 3:57 pm

  60. Daripada fakta sejarah, adalah Kaabah itu menempatkan patung2 berhala seperti al-lat al-uzza dan sebagainya. Kaabah dijadikan tumpuan bagi ramai orang2 dari luar datang menziarahi supaya bandar Mekah itu sendiri dapat mengenerasikan keuntungan yang begitu banyak hasil daripada perniagaan yang dibawa oleh orang2 yang datang melawat bertujuan menyembah berhala…

    adalah Quran itu mengajarkan sesuatu yang benar dan Islam itu adalah rahmat Allah ke atas manusia.

    tetapi…. ritual haji itu sendiri adalah meragukan…. kerana tidak disokong di dalam Quran…. bagaimana sesuatu yang dikatakan penting dalam Islam tetapi Allah lupa hendak menjelaskan kepada manusia di dalam Quran? Ianya tidak dijelaskan di dalam Quran kerana…. maksud haji itu sendiri tidak membawa erti ritual haji yang dipraktiskan oleh jutaan Islam di dunia ini.

    belajarlah dari sejarah…. sejarah yang diceritakan Quran itu sendiri…. baru 44 hari nabi Musa meninggalkan kaumnya…. kaumnya sudah mula sesat…. bayangkan ‘umat Islam’ sekarang yang jaraknya dengan Nabi adalah beratus tahun…. kembalilah kepada Quran…. adakah kita mahu mengambil perkara2 lain yang memeningkan kepala sedangkan kita mempunyai Quran yang menerangkan dengan cukup jelas.

    Haji itu telah banyak membawa masuk kekayaan untuk dinikmati oleh raja2 arab dan dan kroninya…. dan kita memang tahu melalui sejarah bahawa perniagaan agama itu sangat menguntungkan sehingga di dalam Quran ada disebutkan bahawa janganlah kamu menjual ayat2 Quran itu dengan wang yang sedikit….. sedikit itu bukan sedikit di dalam dunia…. tetapi sedikit di sis Allah kerana tidak ke mana orang yang menjual agama walaupun ianya menguntungkan mereka di dunia ini…. oleh itu…. buka lah mata melihat kepada permainan orang2 yang telah lama mendakwa Quran itu milik mereka untuk diselidiki…. sehingga kita diajar supaya membaca Quran walaupun tidak faham maksudnya…. ini adalah semata2 untuk menjadikan kita burung kakak tua…. yang tau membaca tanpa mengetahui erti ayat2 yang terkandung di dalam Quran…. siapa Aidid Safar adalah tidak relevan…. sesiapa sahaja yang mahukan kebenaran akan melihat mesej yang disampaikan bukan melihat kepada personaliti orang yang menyampaikan.

    NIL

    March 14, 2012 at 1:33 am

  61. obviously like your web-site however you need to test the spelling on quite a few of your posts. Several of them are rife with spelling issues and I to find it very troublesome to inform the reality however I’ll surely come again again.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: