Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Memahami dan mematuhi ketetapan Tuhan (masjidillah) melalui sains adalah dituntut tetapi mematuhi ketetapan (masjid) palsu adalah dilarang sama sekali

with 33 comments

Sebelum ini saya telah menulis tentang perkataan masjid yang pada pendapat saya bukan bermaksud rumah Allah atau bangunan untuk melakukan ibadat. Saya percaya konsep membina bangunan khas untuk melakukan amalan ritual kepada Tuhan sebagaimana yang menjadi kebiasaan dalam struktur agama umat penyekutu Tuhan tidak terdapat di dalam Al-Quran.

Seperti mana yang telah saya kemukakan di dalam artikel ini, perkataan “masjid” sepatutnya bermaksud “ketetapan yang direstui” – iaitu apabila kita merujuk perkataan masjid itu kepada suatu ketetapan Tuhan yang Dia telah beri restu secara khusus atau secara umum melalui Al-Quran. Bagaimanapun jika kita tidak merujuk perkataan masjid untuk dimaksudkan kepada suatu ketetapan Tuhan maka ia bolehlah ditafsirkan sebagai sekadar “ketetapan”.

Dalam usaha mendalami keyakinan saya terhadap perkataan “masjid” sebagai “ketetapan”, saya dapati ayat-ayat 9:107-110 memberi kita satu perspektif yang amat menarik.

9:107  Dan ada di kalangan mereka yang mengambil sesuatu ketetapan (masjidan) untuk membuat kejahatan dan keingkaran, dan untuk memecahbelahkan di antara mereka yang percaya dan menjadi bahan untuk mereka yang memerangi Tuhan dan rasulNya sebelum ini. Mereka akan bersumpah bahawa mereka hanya mahu melakukan kebaikan dan Tuhan menyaksikan mereka itu adalah penipu.

Dalam ayat di atas Tuhan memberitahu kita bahawa ada di kalangan manusia yang mengambil sesuatu ketetapan (masjidan) untuk menyesatkan atau memecahbelahkan umat serta menjadi penyebab kepada mereka yang memerangi Tuhan dan rasulNya sebelum ini.

Dan oleh kerana ketetapan (masjidan) yang mereka ambil itu Tuhan kata telah turut menjadi alasan kepada mereka yang memerangi Tuhan dan rasulNya, maka ia bolehlah kita sifatkan sebagai satu indikasi bahawa ketetapan (masjidan) yang telah mereka ambil atau gunapakai itu bukanlah ketetapan (masjidan) dari Tuhan. Ia bukan dalam kategori “ketetapan yang direstui”. Ia boleh jadi ketetapan yang mereka olah sendiri atau mungkin juga diambil dari sumber-sumber yang tidak memiliki sebarang authoriti dari Tuhan.

Bagaimanapun “seperti biasa” golongan ini akan sentiasa berkeras mengatakan bahawa amalan-amalan mereka – walaupun sebenarnya langsung tidak disandarkan kepada ketetapan yang direstui Tuhan – adalah demi kebaikan semata-mata. Di dalam blog ini misalnya, ada yang menggunakan ayat seperti “apa salahnya jika ritual itu sesuatu yang baik” atau “saya tidak nampak apa-apa yang buruk dalam ritual itu” – dan seumpamanya. Melalui 9:107 – Tuhan kata orang seperti ini sebenarnya adalah penipu.

Hakikatnya amalan-amalan mereka itu langsung tidak mempunyai faedah kecuali mencanai kejahatan dan perpecahan kepada bangsa manusia.

9:108  Jangan sekali-kali terlibat di dalamnya. Sesungguhnya ketetapan-ketetapan yang diasaskan di atas kepatuhan kepada kebenaran sejak hari pertama adalah lebih bernilai untuk kamu ambil bahagian di dalamnya. Di dalamnya adalah mereka yang ingin membersihkan diri mereka. Dan Tuhan menyukai mereka yang membersihkan diri mereka.

Selaras dengan itu, dalam 9:108 – Tuhan tidak benarkan kita terlibat dalam sebarang ketetapan yang tidak direstuiNya. Dengan kata lain, Tuhan larang kita dari terlibat dengan sebarang amalan yang tidak mendapat authoriti dariNya. Kata Tuhan – jangan sekali-kali! Sebaliknya Tuhan suruh kita ambil bahagian dalam ketetapan-ketetapan yang diasaskan dari kepatuhan kepada kebenaran sejak hari pertama.

Apa maknanya?

Saya berpendapat, maknanya begini:- Ketetapan-ketetapan Tuhan (masjidillah) sebenarnya telah dipatuhi sejak hari pertama alam ini dicipta. Tuhan telah menetapkan bagaimana alam ini akan terbentuk dan segala-gala ciptaanNya patuh kepada hukum-hukum yang telah Dia tetapkan sejak hari pertama lagi.  Letusan Besar (Big Bang), pembentukan kosmos, galaksi, bintang-bintang, planet-planet sehingga kepada tumbuhan, haiwan dan segala sifat mereka merupakan bukti kepada kepatuhan kepada kebenaran Tuhan sejak hari pertama.

Saya berpendapat, ayat 9:108 sebenarnya merupakan satu perintah supaya kita mengambil bahagian dalam bidang sains supaya kita dapat memahami rahsia alam ini dari hari pertama Tuhan menciptakannya.

Kefahaman berdasarkan kepada kaedah sains yang sistematik penting kerana melaluinya kita dapat mengetahui pelbagai ketetapan Tuhan yang benar sifatnya di mana semuanya telah pun dipatuhi oleh setiap yang dicipta sehingga membolehkan alam ini terbentuk seperti mana yang kita kenali sekarang. Dan kefahaman kita kepada ketetapan-ketetapan Tuhan yang benar ini akan membersihkan diri kita dari ketetapan-ketetapan palsu yang langsung tidak memberi sebarang manfaat.

9:109  Adakah seseorang yang mengasaskan bangunannya melalui kepatuhan kepada kebenaran dari Tuhan serta restuNya lebih baik, atau seseorang yang mengasaskan bangunannya di tebing sebuah jurang yang hampir runtuh, yang akan runtuh bersama-samanya ke dalam api Jahanam? Dan Tuhan tidak akan memberi pedoman kepada orang-orang yang membuat salah.

Sememangnya menarik apabila Tuhan turut menggunakan perumpamaan yang berasaskan prinsip sains sebagai pengukuh maksud ayat 9:108 dalam 9:109. Adakah sama seseorang yang membina bangunan berasaskan prinsip-prinsip kejuruteraan dan pengetahuan saintifik – iaitu kepatuhan kepada kebenaran dari Tuhan berbanding dengan seseorang yang membina bangunan tanpa mengambilkira apa jua faktor yang boleh menjadi risiko? – Begitulah Tuhan membuka minda kita.

Tuhan beri contoh orang yang membina bangunan di tebing sebuah jurang yang hampir runtuh sebagai seseorang yang tidak patuh (observe) kepada ketetapan-ketetapanNya. Dan dikiaskan pula sebagai satu peringatan keras di mana andainya bangunan yang dibinanya itu runtuh  maka ia akan runtuh bersama pembinannya sekali terus ke dalam neraka Jahanam.

Saya berpendapat ayat ini secara tidak langsung turut menjadi satu peringatan umum kepada para pembina bangunan supaya menumpukan komitmen mereka untuk membina bangunan yang lebih baik dan selamat dengan mengambilkira semua faktor risiko yang berkaitan.

Misalnya, kalau bina bangunan di kawasan gempa bumi – patuhi juga ketetapan-ketetapan Tuhan berkaitan risiko gempa bumi. Kalau bina bangunan di kawasan pantai – jangan abaikan ketetapan-ketetapan Tuhan tentang elemen-elemen yang boleh mempengaruhi di persekitaran itu. Semua elemen-elemen semulajadi termasuk bencana alam sebenarnya merupakan manifestasi kepatuhan ciptaan kepada kebenaran yang Tuhan telah tetapkan sejak hari pertama penciptaan.

Namun kejahilan dan kesombongan manusia membina bangunan-bangunan mereka tanpa mengambilkira atau memahami elemen-elemen asas ini bukanlah perkara baru. Sudah berapa ramai manusia yang maut akibat kegagalan mereka patuh kepada ketetapan-ketetapan Tuhan dalam hubungan tersebut sejak dulu sehingga ke hari ini. Jadi tidak hairanlah Tuhan menyebut perkara itu sebagai satu contoh bagaimana mematuhi ketetapan Tuhan melalui kefahaman sains adalah lebih baik dari sibuk menuruti ketetapan palsu yang hanya menyesatkan kita dari manfaat dan kebaikan.

Hari ini pun kita dapat melihat siapa yang mampu membina bangunan yang lebih baik dan selamat untuk diri mereka. Sudah tentulah mereka bukan dari kalangan kaum yang mengabaikan ketetapan-ketetapan Allah. Tidak seperti kaum-kaum yang leka bertuhankan pelbagai ketetapan bodoh di mana apabila sesuatu bencana menimpa mereka, mereka hanya mampu mengucapkan – oh sudah takdir!

9:110  Bangunan-bangunan yang mereka bina menyebabkan keraguan di hati-hati mereka sehingga hati-hati mereka terpenggal. Dan Tuhan Mengetahui, Bijaksana.

Seterusnya ayat 9:110 merupakan satu pernyataan yang memerlukan keinsafan yang mendalam dari lubuk hati kita. Tuhan memberitahu kita bagaimana bangunan yang dibina tidak mengikut ketetapan Tuhan boleh menyebabkan keraguan kepada pembinanya sehingga ke mati.  Maknanya mereka sedar mereka tidak melakukan sesuatu dengan betul tetapi mereka tidak berusaha untuk mengubah kepada yang lebih baik iaitu melalui kepatuhan terhadap ketetapan Tuhan.

Maka adakah selepas kefahaman kepada ayat 9:107-110 ini kita tetap mahu mengabaikan ketetapan-ketetapan Tuhan dan kekal menjadi bangsa yang mengutamakan ketetapan-ketetapan palsu yang bukan saja tidak bermanfaat tetapi turut membawa pelbagai kerosakan dalam masyarakat?

9:107  Dan ada di kalangan mereka yang mengambil sesuatu ketetapan (masjidan) untuk membuat kejahatan dan keingkaran, dan untuk memecahbelahkan di antara mereka yang percaya dan menjadi bahan untuk mereka yang memerangi Tuhan dan rasulNya sebelum ini. Mereka akan bersumpah bahawa mereka hanya mahu melakukan kebaikan dan Tuhan menyaksikan mereka itu adalah penipu.

Written by tolokminda

March 29, 2010 at 3:18 am

33 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Terlebih dahulu kita ucapkan pada TM, selamat pagi dan sudahkah makan ubat?

    🙂

    Ustaz Urban

    March 29, 2010 at 9:53 am

  2. Saya ada terbaca dan menonton teori ‘big bang’ yang mana terciptanya alam semesta ini yang selari dengan apa yang dinyatakan dalam Qur’an (21:30).

    muaddib

    March 29, 2010 at 3:42 pm

  3. Ketetapan(masjidan yang di maksudka oleh Allah adalah ketetapan wahyunya (AlQuran) yang di authoris dan di jaga keselamatannya.
    Waima ada orang tukar maananya melalui hadis Bukhari/Muslim dan tafsiran yang salah.
    Semua agama ada pencahayaan dan penggelapan.
    Memang tugas Syaitan adalah pengelapan wahyu Allah.Kerana buku asalAlQuran di jaga oleh Allah, jalan yang lain untok syaitan menyesat umat Islam adalah melalui lahwal hadis…rujuk AlQuran 31:6.

    pakyeh

    March 31, 2010 at 7:43 am

  4. Salam,

    Hidup berteraskan sains (hukum-hukum yang Allah atur di antara langit dan bumi) sebenarnya mampu menyatukan manusia dan mendekatkan diri kita kepada Pencipta.

    Apabila kita kenal Kebijaksanaan Tuhan yang Mencipta langit dan bumi, sudah pasti kita mudah membezakan mana ajaran Tuhan, dan mana ajaran syaitan kerana tidak mungkin ajaran Tuhan itu bodoh sifatnya.

    Kerja syaitan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mewujudkan permusuhan sesama manusia. Maka diwujudkan ajaran2 yang berbeza2 dan bercanggah mengikut kepercayaan tradisi masing-masing. Akhirnya manusia berperang dan berbunuh-bunuhan atas perasaan, “yang tak sama kepercayaan tradisi adalah musuh!”.

    Melalui kaedah sains, pembuktian sesuatu perkara bukannya boleh main percaya atas dasar kepercayaan tradisi. Malah nama imam2 terdahulu tidak berguna sedikit habuk pun dalam menentukan benar atau palsu. Maka tiada sebab manusia nak wujudkan kelompok2 yang berbeza-beza kepercayaan tradisi.

    Dalam sains, sesiapa jua boleh kemukakan pendapat atau teori. Tidak perlu ada gelaran “ulamak” atau ada “tauliah” tertentu. Namun sebelum sesuatu teori itu diterima pakai, ia perlu diuji dan ditentu-ukur sehingga tidak mampu dinafikan lagi.

    Konsep pembuktian kebenaran seperti dalam sains tidak wujud dalam umat Islam hari ini. Sesuatu hukum dikeluarkan sewenang-wenangnya oleh “pihak2 tertentu” yang merasakan diri mereka adalah “pewaris Nabi”. Yang mencanggahi mereka dikatakan sesat dan sebagainya. Betapa buruk dan kejinya hati mereka.

    Tetapi para saintis tidak pula hukum-menghukum sesama mereka jika berbeza pendapat. Malah tidak wujud mazhab Darwin, mazhab Graham Bell atau sebagainya kerana para saintis bukannya bertujuan mencari ramai pengikut seperti yang dilakukan oleh golongan “agama”.

    Jika kita fikirkan, ketetapan-ketetapan Tuhan banyak dikaji dan digali oleh para saintis, sedangkan ketetapan-ketetapan syaitan banyak diada-adakan oleh para ritualis. Mereka buat ketetapan seperti “sesiapa yang tidak beritual seperti ini adalah kafir dan dianggap musuh yang perlu dibom membabi-buta!”. Betapa najisnya hati mereka.

    Juang

    March 31, 2010 at 8:30 am

  5. Salam Juang,

    Melalui sains manusia sebenarnya dapat membuktikan bahawa semua ciptaan Tuhan sentiasa patuh kepada ketetapanNya. Kepada yang tak sedar mereka mungkin akan anggap ia cuma tentang hukum dan formula. Hakikatnya ia adalah bukti kepatuhan semua ciptaan terhadap ketetapan Tuhan yang tidak pernah berubah sejak hari pertama sehinggalah kiamat.

    tolokminda

    April 1, 2010 at 12:08 am

  6. Salam TM,

    Saya mula nampak kenapa ada jin dan manusia yang disumbat ke neraka kelak, bukannya makhluk-makhluk lain itu. Ini kerana makhluk-makhluk lain tahu menggunakan hukum-hukum sains tersebut (patuh dengan ketetapan Allah) untuk memastikan alam semesta ini berfungsi dengan sistematik.

    Namun ada sesetengah jin dan manusia yang mahu dirinya dipuja-puja mengada-adakan ketetapan (hukum) dusta dan tak masuk akal sehingga kehidupan manusia jadi kacau-bilau, sempit dan bermusuh-musuhan sesama sendiri. Mereka berbangga-bangga dengan ritual tradisi mereka kononnya merekalah kaum yang dikasihi Allah dan yang tidak beritual macam mereka dikira sesat!

    Bayangkan sekecil-kecil kepala semut pun, mereka tahu hidup berharmoni walaupun berkongsi makanan dengan semut-semut jenis lain dan serangga lain, malangnya ada manusia yang lagi besar kepalanya daripada semut, tetapi tidak tahu hidup aman harmoni sebaliknya memilih kehidupan bermusuh-musuhan kerana beranggapan kerana amalan ritual mereka itulah mereka sahaja layak dapat syurga Allah, dan kaum-kaum lain layak dibomkan.

    Bayangkanlah, di mana darjat orang2 yang mengada-adakan ritual tersebut untuk berbangga diri dan memecah-belahkan keharmonian sesama manusia itu berbanding semut?

    Juang

    April 1, 2010 at 12:25 am

  7. pening pulak fikirkan erti masjid ini…ingatkan munafiq itu mendirikan masjid demi kebanggaan diri. Lalu manusia salahkan bangga dgn dosa munafiq ini. Tapi tuhan mmg selalu mahu kita fikirkan kejadian alam ini. Lihat 3:190-191

    Nagobonar

    April 1, 2010 at 12:36 pm

  8. Salam,

    Tolokmunda:
    “9:108 Jangan sekali-kali terlibat di dalamnya. Sesungguhnya ketetapan-ketetapan (lamasjidun) yang diasaskan di atas kepatuhan kepada kebenaran sejak hari pertama adalah lebih bernilai untuk kamu ambil bahagian di dalamnya. Di dalamnya (feehi) adalah mereka yang ingin membersihkan diri mereka (yatatahharoo). Dan Tuhan menyukai mereka yang membersihkan diri mereka.”

    La taqum feehi abadan lamasjidun ossisa AAala alttaqwa min awwali yawmin ahaqqu an taqooma feehi feehi rijalun yuhibboona an yatatahharoo waAllahu yuhibbu almuttahhireena

    Ayat di atas merupakan salah satu ayat yang sangat bagus untuk memahami:
    Apakah masjid adalah bangunan fisik atau bukan bangunan fisik, dan
    Apakah bertaharah untuk membersihkan badan (fisik) atau bukan badan (fisik)?

    Dalam ayat di atas dijelaskan bahwa di dalamnya (nya = masjid), orang-orang yang suka membersihkan diri (ber-taharah).
    Jika masjid dipahami sebagai bangunan fisik, maka tidak ada bangunan masjid yang di dalamnya ada tempat untuk ber-taharah.

    Tolokminda menterjemahkan masjidun dengan ketetapan-ketetapan.
    Terjemahan yang logis, karena di dalam ketetapan-ketetapan (masjidun) terdapat berbagai penjelasan tentang cara membersihkan diri (tahharoo) dari berbagai kotoran non-fisik, dan tidak ada penjelasan tentang cara membersihkan dari kotoran fisik.

    Sayang terjemahan yang jelas tersebut dibelokkan artinya:
    # 9:108 (Malay) Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya mesjid yang didirikan atas dasar takwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih.

    Faried

    April 2, 2010 at 3:28 pm

  9. Salam,

    “Faried: Jika masjid dipahami sebagai bangunan fisik, maka tidak ada bangunan masjid yang di dalamnya ada tempat untuk ber-taharah.”

    Membersihkan diri yang dimaksudkan dalam ayat 9:108 adalah membersihkan diri daripada kekotoran hati (keangkuhan, kebongkakan, kesombongan, bangga diri, dendam, permusuhan etc – sifat2 iblis).

    Kekotoran hati menyebabkan manusia suka berdusta. Mereka mengada-adakan ketetapan tak masuk akal agar mereka disanjung dan dilihat mulia dengan buat amalan ritual yang mereka ada-adakan. Kononnya dengan ritual itu, merekalah yang lebih baik daripada kaum-kaum lain. Mereka jadi taksub dengan amalan tradisi mereka dengan melihat amalan tradisi kaum lain semuanya salah, dan amalan tradisi mereka sahajalah yang Islam.

    Tetapi dengan kembali kepada ketetapan-ketetapan Tuhan, manusia akan belajar mendengar semua pandangan untuk mengikut yang paling baik tanpa mengira ia datang daripada siapa jua. Ini kerana ketetapan Tuhan bukan milik esklusif sesuatu kaum. Sesiapa yang mahu berfikir, pasti akan nampak ketetapan-ketetapan Tuhan itu.

    Di situlah logiknya ketetapan-ketetapan Tuhan dapat membersihkan diri manusia kerana kuncinya adalah belajar merendah diri untuk berlapang dada mendengar semua pandangan. Tanpa manusia belajar merendah diri, sudah pasti ketetapan-ketetapan Tuhan dalam Al Quran sukar difahami, menyebabkan mereka rasa lebih baik ikut kitab-kitab lain atas alasan kitab lain itu penjelas Al Quran. Seolah-olah mereka menghina Allah dan RasulNya kerana tidak mampu menjelaskan Al Quran tanpa bantuan kitab-kitab lain.

    Juang

    April 3, 2010 at 12:08 am

  10. Salam,

    Pada pandangan saya masjid memang ada dalam islam secara fizikal sebab kalau tak ada dekat mana orang islam nak beribadat selain dekat rumah?.Dimanakah tempat orang orang islam nak berkumpul beramai ramai untuk berhujah,berbincang tentang soal soal kehidupan, soal soal ekonomi atau apa saja untuk kepentingan masyarakat islam? Tak kan dekat bawah pokok.Kalau perbicangan umum bolihlah buat dekat dewan orang ramai dsbnya.

    Pandangan saya ,erti masjid tu sangat luas, selain hanya untuk ibadat, aktiviti aktivit lain juga bolih di jalankan di mesjid itu yang bermanafaat untuk umum.

    wucman

    April 7, 2010 at 6:47 pm

  11. Salam,

    Secara logiknya, pembinaan bangunan untuk kegunaan umum kemasyarakatan itu dibenarkan dalam Al Quran. Tetapi perbuatan membina sesuatu bangunan kemudiannya dilabelkan “Rumah Allah” atau “Rumah Suci” untuk kegunaan ritual itu bukan sifat-sifat orang Islam sebab tiada bezanya dengan perangai kaum-kaum musyrik terdahulu yang ada tempat-tempat “suci” mereka.

    Cuba kita fikirkan zaman Nabi Nuh nak bina bahtera. Takkanlah baginda dan orang-orang beriman pada waktu itu bina bahtera di bawah pokok sahaja? Pasti mereka ada bengkel. Di situ sudah menunjukkan pembinaan bangunan untuk kegunaan umum bukan suatu yang mustahil dalam Islam.

    Dan kaumnya yang sembah berhala pada waktu itu, takkan mereka sembah berhala bawah pokok sahaja? Tidak mustahil mereka ada bangunan2 khusus untuk menjalankan aktiviti ritual mereka seperti penyembah2 berhala pada hari ini lakukan? Jadi apakah patut orang-orang yang mengaku Islam meniru perangai orang-orang musyrik yang ada tempat-tempat esklusif tertentu untuk mereka beritual?

    Juang

    April 8, 2010 at 1:27 am

  12. qada’ dan qadar bermaksud ketetapan dan ketentuan.,
    masih nak diubah lagi ke ayat2 ALLAH ta’ala tu.,takutilah azab ALLAH.,tak berkesudahan tuan2…,

    shah

    April 12, 2010 at 1:40 am

  13. Salam,

    Sunnatullah juga mempunyai maksud ketetapan atau ketentuan Allah.

    jadi, janganlah kerana nak pertahankan amalan sembahan ritual tradisi, ayat-ayat Al Quran itu dilihat secara sempit.

    Iblis masuk neraka bukannya kerana tidak beritual dalam sesuatu bangunan, tetapi kerana angkuh merasakan kejadiannya daripada api adalah esklusif berbanding diciptakan daripada tanah.

    Samalah perangainya macam sesuatu kaum yang merasakan bangunan mereka adalah esklusif sebagai rumah suci atau rumah Allah, dan bangunan lain yang dibina oleh kaum yang berlainan amalan tradisinya tidak pula mereka panggil rumah Allah. Nampak double standard di situ. Mereka nak berbangga-bangga dengan ajaran tradisi mereka sahaja.

    Juang

    April 12, 2010 at 8:49 am

  14. dipanggil sebagai rumah ALLAH adalah kerena kami mengkhaskan rumah itu untuk beribadat kepada ALLAH ta’ala.,dan anda wajib menunaikan solat walau dimanapun anda berada ketika telah masuk waktunya selagi tempat tu tak najis.,tak semestinya dimasjid.,,

    shah

    April 12, 2010 at 9:46 pm

  15. Salam Shah,

    Teruskanlah dengan kepercayaan tuan. Al-Quran itu Tuhan turunkan untuk seluruh manusia. Maka setiap manusia berhak untuk membaca dan memahaminya tanpa perlu merujuk kepada mana-mana sumber yang dirasakanya tidak perlu. Sesungguhnya Tuhanlah yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

    tolokminda

    April 12, 2010 at 9:51 pm

  16. salam tuan.,sebenarya bukan setakat membaca dan memahami sahaja.,tapi ALLAH ta’ala telah memerintahkan kita supaya membaca dan mendengar dan melihat dan mengenal dan menilai,kemudian barulah memahami.,
    kalau tuan masih terasa sesak didada.,itu tandanya tuan masih tersesat.,cuba2lah dirikan sembahyang seperti yg dilakukan oleh rasul ALLAH,nabi muhamad salallah alaihi wasalam.,

    fahami maksud surah alfatihah dengan sebaik2nya.,kemudian rukuklah dan sujud dengan tunduk kepada Tuhan yg menciptakan alam ini.,insyaALLAH…,

    shah

    April 12, 2010 at 10:11 pm

  17. saya pasti tuan bukan orang yg bodoh,kan?.,
    sekali sekala cubalah perhatikan alam ini.,jadikan alquran sebagai panduan.,dan peringatan.,
    berdoalah.,mohonlah padaNYA supaya diberikan petunjuk.,insyaALLAH….,

    shah

    April 12, 2010 at 10:16 pm

  18. Salam Shah,

    Tapi dada saya lapang. Tuan sesak dada ke?

    tolokminda

    April 12, 2010 at 10:27 pm

  19. orang bodoh akan mempertahankan kebodohannya.,
    dan orang yg berakal akan berusaha mencari kebenaran..,

    salam……………….,

    shah

    April 12, 2010 at 10:29 pm

  20. Yup, orang yang berakal akan berusaha mencari kebenaran. Bukan menurut membuta tuli – dengan kata lain mempertahankan kebodohan/kejahilan.

    tolokminda

    April 12, 2010 at 10:35 pm

  21. Salam/Peace..

    7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

    shah wrote:dipanggil sebagai rumah ALLAH adalah kerena kami mengkhaskan rumah itu untuk beribadat kepada ALLAH ta’ala.,dan anda wajib menunaikan solat walau dimanapun anda berada ketika telah masuk waktunya selagi tempat tu tak najis.,tak semestinya dimasjid.,,cuba2lah dirikan sembahyang seperti yg dilakukan oleh rasul ALLAH,nabi muhamad salallah alaihi wasalam.,

    salam shah,

    Shah selalu tak lampirkan sekali dgn tanda/bukti/ayat al-quran serta terjemahannya.Macam mana orang nak percaya?

    25:44. Atau, kamu menyangka bahawa kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan.

    wolverine

    April 12, 2010 at 10:38 pm

  22. anda membaca alquran,kan?.,tips2 dah ada kat atas tu.,carilah…,

    jika ALLAH ta’ala mahu menyesatkan tuan2,saya takkan dapat membantu..,rasanya masih belum terlambat untuk bertaubat…,ingat2la ye….,

    shah

    April 12, 2010 at 10:44 pm

  23. Salam,

    Nabi Muhammad membuktikan dada baginda tidak sempit dan sesak dengan membawa Al Quran sebagai bukti kebenarannya. Baginda berhujah dengan orang-orang kafir menggunakan Al Quran. Betapa lapangnya dada baginda.

    Malangnya orang-orang yang mengada-adakan amalan ritual itu tidak mampu bawakan hujah Al Quran untuk pertahankan amalan ritual mereka. Seolah-olah mereka yang sesak dadanya tetapi mereka tidak sedar diri… 🙂

    Juang

    April 13, 2010 at 5:48 am

  24. shah:
    “fahami maksud surah alfatihah dengan sebaik2nya.,kemudian rukuklah dan sujud dengan tunduk kepada Tuhan yg menciptakan alam ini.”

    Setelah membaca dan memahami surah alfatihah, dan bisa jadi surah lainnya,

    orang rukuk dan sujud, seharusnya

    kepada Tuhan, tetapi

    kepada petunjuk yang terkandung dalam surah alfatihah dan surah lainnya.

    Artinya petunjuk dalam alquran harus dihormati dan dipatuhi seperti orang membungkuk dan bersujud.
    Rukuk dan sujud adalah perlambang kepatuhan.

    Kalau membungkuk dan sujud ditujukan kepada Tuhan, maka Tuhan tidak memiliki wujud, Dia tidak berada di hadapan orang yang membungkuk dan bersujud.

    Faried

    April 13, 2010 at 7:58 am

  25. Faried wrote: Kalau membungkuk dan sujud ditujukan kepada Tuhan, maka Tuhan tidak memiliki wujud, Dia tidak berada di hadapan orang yang membungkuk dan bersujud.

    Benar sekali. Tuhan tidak sama seperti makhluk yang ada kedudukan tertentu. Oleh kerana Tuhan tiada pada kedudukan tertentu, adalah tidak waras membongkok pada sesuatu objek dikatakan itulah tanda rukuk kepadaNya.

    Konsepnya samalah seperti Tuhan tidak memiliki rupa-bentuk tertentu. Adalah tidak waras Tuhan dirupa-bentukkan seperti patung atau imej atas alasan itulah rupa Tuhan.

    Yang menyebabkan manusia mengada-adakan perkara dusta itu disebabkan mereka tidak mahu berfikir logik sahaja.

    Juang

    April 13, 2010 at 9:03 am

  26. pbuu,
    Diharapkan ayat2 berikut dpt huraikan persoalan diatas Surah 9 At Taubah ayat 107-120:-

    9:107. Dan orang yang mengambil institusi kepatuhan/masjidan sebagai mudharat dan keingkaran dan memecah-belahkan orang yang amanah dan tempat menentang Allah dan penyampainya sejak dahulu. Mereka berikrar palsu dengan berkata, kami tidak menghendaki melainkan yang terbaik sedangkan Allah menyaksikan yang merekalah sebenarnya pendusta.
    9:108. Maka janganlah kamu berdiri didalamnya selama-lamanya melainkan institusi kepatuhan yang berdasarkan keperihatinan dan kebenaran sahaja yang kamu berhak berdiri didalamnya dan terdapat orang yang memurnikan dan membersihkan diri mereka dan Allah mencintai orang yang sentiasa memurnikan dan membersihkan diri.
    9:109. Maka sesiapa telah mengasaskan pembinaanya atas keperihatinan dan keredhaan Allah diutamakan dan sesiapa mengasaskan pembinaanya dipinggir tebing yang curam maka pasti runtuh kedalam jahannama dan Allah pasti tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
    9:110. Tidak akan betahan lama binaan yang dibina atas keraguan dan kepatahan hati mereka dan Allah yang mengetahui yang bijaksana.
    9:111. Allah telah menawarkan kepada orang yang amanah akan jiwa dan harta mereka dengan taman syurganya maka mereka berjuang dijalan Allah dengan terhapus atau dihapuskan. Itulah yang dijanjikan dengan benar dalam tauraati dan injiili dan qur-aani dan sesiapa telah menepati janjinya dengan Allah maka gembiralah dengan apa telah ditawarkan dan itulah suatu kejayaan yang agung.
    9:112. Orang yang bertaubat dan yang bekhidmat dan yang memuji dan yang mengembara dan yang merendah diri dan yang patuh dan yang menyeru kepada amalan ma’ruf dan yang mencegah kemungkaran dan yang memelihara hukum-hukum Allah maka berilah khabar gembira kepada orang yang amanah.
    9:113. Tidaklah bagi seorang penyebar dan orang yang amanah akan memohon keampunan untuk orang yang menyengutukan walaupun mereka kerabat terdekat sesudah apa telah dijelaskan kepada mereka maka pastinya mereka itu penghuni api yang marak menyala.
    9:114. Dan tiadalah ibraahiima memohon keampunan untuk bapanya kecuali telah dijanjikan kepadanya dan setelah diberi penjelasan yang bapanya musuh Allah maka dia berlepas diri darinya. Sesungguhnya ibraahiima seorang yang lurus dan sangat penyabar.
    9:115. Dan Allah tidak menyesatkan suatu kaum setelah diberi petunjuk dengan jelas dan mereka telah perihatin denganya dan hanya Allah yang mengetahui segalanya.
    9:116. Allah penguasa langit dan bumi dan Dia yang menghidupkan dan yang mematikan dan tiada selain Allah pelindung dan penolong.
    9:117. Allah telah menerima taubat penyebarnya dan orang yang berpindah dan orang yang membantu mereka semasa kecemasan dan kesulitan dan ketika segolongan dari mereka mulai goyah maka diterima taubat mereka dan Dia dengan mereka berlembut dan penyayang.
    9:118. Dan kepada tiga orang yang ketinggalan mereka terasa bumi ini sempit sedang dianya luas dan mereka berputus asa dengan jiwa sendiri dan mereka menyangka tiada lagi perlindungan dari Allah untuk diterima taubat mereka sedangkan Allah penerima taubat dan penyayang.
    9:119. Wahai orang yang amanah prihatinlah kepada Allah dan Dia sentiasa bersama orang yang benar.
    9:120. Dan tiada warga kota dan sesiapa disekitaran mereka dikalangan orang a’araabi yang tinggal dibelakang penyampai Allah dan tidak mereka utamakan jiwa mereka untuk membantu. Ini disebabkan mereka tidak pernah dilanda kehausan dan keletihan dan kebuluran ketika berjuang dijalan Allah dan mereka tidak akan mengambil langkah untuk menimbulkan kemarahan orang yang tidak percaya dan mereka tidak akan memberi tekanan kepada musuh melainkan diprogramkan bagi mereka upah dan Allah tidak mengabaikan upah orang yang jujur.

    Dapatlah lapangkan dada anda!!!

    chong

    September 25, 2010 at 10:21 pm

  27. Salam,

    Saya kasihan bila mendengar ulamak hadis sendiri mengatakan mereka adalah waris para anbiyak. Apakah mereka betul-betul mewarisi perjuangan rasul-rasul terdahulu?

    Bagaimana dan apakah ukuran mereka sebagai pewaris nabi sedangkan mereka berani menyebar dan memegang dengan kukuh beribu-ribu riwayat-riwayat hadis yang langung nampak kontradik dengan Al-Quran.

    Dalam surah 9:111 di atas, ternyata Tuhan menyindir orang-orang yang tidak “amanah”. Siapakah orang yang tidak amanah. Tak lain tak bukan adalah orang yang tidak mengikuti Al-Quran, Injil dan Taurat yang sebenarnya. Orang yang tidak menepati janji dalam mempertahankan wahyu suci Tuhan.

    Bayangkan betapa buruknya sifat orang yang tidak amanah dalam menjaga keunikan Al-Quran. Biasalah dalam kehidupan seharian, sifat tidak amanah ini sangat merbahaya dan memporak-perandakan masyarakat. Jelas dalan 9:113/114, kita tidak diarah untuk memohon keampunan orang yang tidak amanah, sebab mereka telah ingkar akan wahyu Tuhan dan ternyata mereka itu musuh Allah, walaupun dalam kerabat kita sendiri. Ini menunjukkan amaran Tuhan kepada golongan yang sangat keras hati dalam menerima wahyu Tuhan.

    Dalam 9:119, ternyata Allah menyeru supaya kita beramanah dalam taat kepada Tuhan dan senantiasa bersama-sama give support kepada orang-orang yang benar dalam mempertahankan wahyu Tuhan.

    message114

    September 25, 2010 at 11:52 pm

  28. Salam,

    Pepatah ada menyebut, “harapkan pagar, pagar makan padi”. Ia adalah gambaran kepada orang-orang yang tidak amanah. Ketika masyarakat memerlukan mereka itu untuk menjelaskan Al Quran (kerana pengetahuan bahasa Arab yang mereka ada), tetapi mereka curang dengan mengambil kitab-kitab riwayat yang Al Quran tidak pernah iktiraf pun kitab tersebut sebagai penjelas Al Quran.

    Memang orang-orang tidak amanah akan dilihat buruk dan rendah moralnya ketika dunia lagi. Apatah lagi di akhirat nanti.

    Bukankah dalam Al Quran banyak kisah ahli-ahli kitab terdahulu yang curang, tidak amanah, memutar-belit ayat-ayat Tuhan? Takkanlah di zaman ini, semua “ulamak ugama” itu lurus seperti Nabi Ibrahim?

    Juang

    September 26, 2010 at 8:19 am

  29. pbuu,
    Dlm Qur’an terdpt 105 + 3 ayat berkaitan ‘ajran’/upah/wages/ganjaran/pemberian/PAHALA???……yg 3 tu!!hire/sewa/pajak/sewa-beli dll,berikut saya poskan 14+1 ayat berkaitan, yg lbh tu usahalah sdn bhd.

    2:62. Sesungguhnya orang yang amanah adalah orang yang mendapat petunjuk dan pembantu-pembantu dan yang menukar cara hidupnya dan siapa amanah dengan Allah dan hari akhiratnya dan beramal soleh maka upah mereka dari pemeliharanya dan tiada ketakutan dan mereka tidak merasa ragu-ragu akanya.
    3:172. Orang yang diperkenankan Allah dan penyampainya dari sesudah apa menimpa mereka kedukaan adalah orang yang terbaik dari mereka maka prihatinlah akan ganjaran yang agung.
    4:67. Dan jika demikian pastinya Kami berikan ganjaran lumayan.
    5:9. Allah telah menjanjikan kepada orang yang amanah dan yang beramal soleh akan keampunan dan ganjaran lumayan.
    6:90. Mereka itulah orang yang Allah beri petunjuk dan mereka taat mengikuti petunjuknya. Berkata aku tidak meminta upah darinya akan tetapi hanyalah suatu peringatan untuk ummat diseluruh alamNya.
    7:113. Dan datanglah ahli sihir fir’auna berduyun dan berkata pastikan ganjaran lumayan jika kami menang.
    8:28. Dan ketahuilah harta dan anak-anakmu itu hanyalah suatu ujian dari Allah dan hanya Dia miliki ganjaran agung.
    9:120. Dan tiada warga kota dan sesiapa disekitaran mereka dikalangan orang a’araabi yang tinggal dibelakang penyampai Allah dan tidak mereka utamakan jiwa mereka untuk membantu. Ini disebabkan mereka tidak pernah dilanda kehausan dan keletihan dan kebuluran ketika berjuang dijalan Allah dan mereka tidak akan mengambil langkah untuk menimbulkan kemarahan orang yang tidak percaya dan mereka tidak akan memberi tekanan kepada musuh melainkan diprogramkan bagi mereka upah dan Allah tidak mengabaikan upah orang yang jujur.
    10:72. Jika kamu berpaling maka aku tidak memintamu apa-apa upah melainkan upahku hanyalah dari Allah dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang berserah diri.
    11:51. Wahai kaumku aku tidak meminta kepadamu upah tidak lain upahku hanyalah dari yang mencipta aku, apakah tidak kamu fikirkan.
    12:90. Mereka berkata apakah kamu ini yuusufu? Ya! aku yuusufu dan ini saudaraku, pastinya Allah telah melimpahkan kurniaNya keatas kami dan sesiapa yang prihatin dan sabar. Allah tidak akan mengabaikan ganjaran kepada sesiapa yang jujur dan ikhlas.
    16:96. Apa yang disisimu akan lenyap dan apa yang disisi Allah pasti berkekalan dan pastinya Kami beri pembalasan dan ganjaran terbaik kepada mereka yang sabar dengan apa telah mereka kerjakan.
    17:9. Bacaan/-lqur-aana ini memberi petunjuk yang teguh dan khabar gembira kepada orang yang amanah dan mereka yang beramal soleh maka bagi mereka ganjaran yang sangat besar.
    18:30. Sesungguhnya orang yang amanah dan beramal soleh maka tidak akan Kami abaikan ganjaran sesiapa yang terbaik amalanya.

    28:27. Berkata aku ingin untuk nikahkan kamu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini dengan syarat kamu hendaklah mengambil upah/ta’juranii lapan tahun dan jika kamu tamatkan sepuluh itu terpulang kemampuanmu dan aku tidak inginkan membebankan kamu. Jika Allah kehendaki maka kamu darinya adalah orang yang soleh.

    Kalaulah anda dapat baca n nilai ayat2 berkaitan ‘ajran’ dlm Al Qur’an pastinya anda terpegul MENYESAL smplah ke-akhirat/hari pengembalianmu.

    Salaaaaaaaaaaaaaam!

    chong

    September 26, 2010 at 11:04 am

  30. pbuu,
    Harap maaf kesilapan dibarisan akhir,

    anda terpegul MENYESAL smplah ke-akhirat/hari pengembalianmu.

    Sepatutnya begini,
    anda terpegun MENYESAL smplah ke-akhirat/hari kebangkitanmu.

    Salaaam!

    chong

    September 26, 2010 at 11:28 am

  31. Salam,

    Merujuk kepada :

    8:28. Dan ketahuilah harta dan anak-anakmu itu hanyalah suatu ujian dari Allah dan hanya Dia miliki ganjaran agung.

    Kebenyakan orag Islam, bila melihat ayat tersebit di atas, terbayanglah orang yang dimaksudkan itu ialah orang kaya raya, jutawan, pangkat datuk, pangkat sir dan anak-anak yang ramai bergradute sana sini. Belajar luar negeri.

    Persepsi sempit seperti ini ternyata sangat sempit dan boleh mengelirukan orang Islam.

    Apa yang ayat tersebut hanya ujian untuk orang kaya duit? Bagaimana orang kaya ilmu? Harta itu bukan saja rumah mewah kereta mewah, tapi juga merangkumi sijil, diploma, ijazah dan lebih-lebih lagi Ph.D dalam bidang agama Islam.

    Kalau seseorang itu pakar Al-Quran dan Pakar Hadis, adakah mereka boleh memahami dan menilai kedua-duanya secara luar kotak atau “out of the box” dan tidak dipengaruhi oleh fikiran konservatif? Kalau ternyata masih bercinta-cinta dengan hadis-hadis, maka itu sudah menjadi ujian getir buat ulamak tersebut.

    Kalau ayah sudah menjadi ulamak hadis, maka semakin hebat kalau anak-anak cemerlang dalam tasauf dan usuluddin dan syariah. Sekali lagi, baguslah kalau ada ilmu tersebut, tapi adakah ilmu-ilmu tersebut menjamin keselamatan kita di akhirat nanti? Adakah ia betul-betul menepati maksud Al-Quran?

    Hanya yang sanggup befikir secara meluas akan mengerti.

    message114

    September 26, 2010 at 6:55 pm

  32. Salam,

    Ayat 8:28 itu berkaitan bagaimana kita menjaga harta dan anak-anak yang diamanahkan kepada kita sebagai kesinambungan daripada ayat 8:27 tentang jangan mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepada kita.

    Jika Tuhan amanahkan kita harta, bagaimana kita uruskan harta itu. Adakah kita gunakan harta untuk bermegah-megahan dengan kekayaan, atau kita gunakan untuk berbakti kepada Tuhan? Jika Allah amanahkan kita anak-anak, bagaimana kita uruskan mereka. Adakah kita gunakan anak-anak untuk menjadi orang-orang yang berguna kepada masyarakat, atau sekadar memperbanyakkan soldadu-soldadu iblis di muka bumi?

    Sifat utama iblis adalah sombong, bongkak dan angkuh dengan kejadiannya. Kalau kita melahirkan anak-anak yang sombong, bongkak dan angkuh dengan kepercayaan tradisi, bukankah itu semua soldadu iblis?

    Juang

    September 26, 2010 at 10:01 pm

  33. Sdr-Sdri seiman…
    sekedar informasi… Ada satu masjid yang dinamai Masjidillah lho 🙂
    silakan berkunjung ke situs resminya.

    sites.google.com/site/masjidillah

    Semoga kita senantiasa dirahmati Alloh.
    Terimakasih

    M Nur Qomaruddin

    March 6, 2012 at 3:18 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: