Masjid bermaksud ketetapan yang direstui
Pada umumnya umat Islam percaya perkataan masjid atau masajid membawa maksud sebuah bangunan yang dibina dan didedikasikan sebagai “rumah Tuhan” supaya kita boleh menggunakannya untuk melakukan amalan ritual tertentu seperti solat berjemaah, mendengar ceramah dan sebagainya. Kononnya beribadat “di rumah Tuhan” adalah lebih baik dan Tuhan akan memberi ganjaran lebih besar.
Tetapi benarkah Tuhan menyuruh kita membina “rumah” untukNya di atas muka bumi ini? Hasil semakan saya, tidak ada satu ayat pun di dalam Kitab itu yang menyuruh kita membina masjid. Kepercayaan bahawa perkataan masjid dirujuk kepada rumah ibadat atau rumah Tuhan tidak mempunyai sebarang asas. Konotasi bahawa kita digalakkan melakukan sesuatu amalan di masjid juga tidak ditemui di dalam Al-Quran.
Saya percaya perkataan masjid atau masajid di dalam Al-Quran bukan bermaksud rumah Tuhan atau rumah ibadat untuk orang Islam. Yang nyata hanya golongan penyekutu Tuhan saja yang mempunyai kegilaan membina rumah untuk tuhan-tuhan mereka. Tuhan yang sebenar tidak perlu rumah. Orang-orang yang percaya kepada Tuhan yang sebenar tidak perlu membina sesuatu untuk disekutukan dengan Tuhan mereka.
Tuhan bukan macam wakil rakyat yang perlu kepada kemudahan atau premis tertentu sebagai pusat khidmat untuk mendengar masalah para pengundi. Tuhan merangkumi dan mengetahui segala ciptaanNya. Siapa kita untuk menyekutukan Tuhan dengan bangunan yang kita sendiri membinanya? Biar berapa mahal dan besar pun bangunan yang kita bina dalam ukuran dan perspektif kita, adakah Tuhan memerlukannya?
Saya berpendapat, tidak sekali-kali!
Oleh itu mari kita periksa apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh beberapa perkataan berkaitan masjid yang terdapat di dalam Al-Quran dengan contoh-contohnya sekali.
1. Masjid
Perkataan masjid bukan bermaksud rumah Allah atau rumah ibadat orang Islam, tetapi ia merujuk kepada sesuatu “ketetapan yang direstui” yang disebut atau dinyatakan secara khusus. Misalnya;
2:187 Pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka. Tuhan tahu kamu juga membuat kesilapan, dan Dia telah menebus kamu dan mengampunkan kamu; sekarang khabarkan kepada mereka berita baik ini dan teruskan mendalami apa yang Tuhan perintahkan kepada kamu dan cernakanlah ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh, kemudian teruskan berpuasa sehingga ke malam. Dan jangan kamu bergaul dengan mereka (isteri-isteri) ketika kamu sedang berada di dalam ketetapan yang telah direstui (almasajidi) ke atas kamu. Inilah batasan-batasan Tuhan, jadi jangan dekati mereka. Begitulah Tuhan menjelaskan wahyu-wahyunya kepada para lelaki supaya mereka meneliti.
Masjid atau ketetapan yang direstui dalam ayat di atas merujuk secara khusus kepada melaksanakan puasa. Berpuasa untuk memperkukuhkan diri sewaktu membuat penyelidikan terhadap Al-Quran merupakan salah satu ketetapan yang direstui oleh Tuhan.
2. Masjidilharam
Perkataan ini bukan bermaksud sebuah masjid besar di mana terletaknya Kaabah di Mekah tetapi ia bermaksud “batasan ketetapan yang direstui”. “Batasan ketetapan yang direstui” merujuk kepada semua ketetapan yang direstui Tuhan yang dilihat secara menyeluruh. Mematuhi batasan ketetapan yang direstui akan mengekang seseorang dari termasuk ke dalam golongan mereka yang melampaui batas.
2:144 Sesungguhnya kami nampak kamu mengolah tumpuan kamu ke arah langit. Jadi kami palingkan kamu ke satu arah yang kamu sukai. Oleh itu tumpukan tumpuan kamu ke arah batasan ketetapan yang direstui (almasjidi alharami). Dan di mana pun kamu berada maka tumpukan perhatian kamu kepadanya. Dan sesungguhnya mereka yang telah kami berikan Al-Kitab pasti tahu yang ia sememangnya kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Tuhan tidak pernah gagal untuk memberi perhatian dari semua perbuatan mereka.
3. Masjidilaqsa
Perkataan masjidil aqsa bukan bermaksud sebuah masjid yang terletak di Jurusalem tetapi ia membawa maksud dalam lingkungan ketetapan yang direstui. Perkataan ini digunakan dalam 17:1.
17:1 “Pujian adalah untuk Yang Satu yang telah memukau hambaNya pada satu malam dari batasan ketetapan yang direstui (almasjidi alharami) ke arah lingkungan ketetapan yang direstui (almasjidi alaqsa), yang mana ia diberkati, supaya dapat diperlihatkan kepadanya mukjizat-mukjizat Kami. Sesungguhnya Dia Mendengar dan Melihat”.
Semasa Nabi Musa bertemu Tuhan pada satu malam buat pertama kali di mana dia terpukau dengan mukjizat-mukjizat yang diterimanya, Nabi Musa belum lagi dilantik menjadi rasul. Maka itu kedudukan beliau masih lagi dalam batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam). Tetapi dengan penerimaan mukjizat pada malam itu bermakna beliau sudah berada dalam lingkungan ketetapan yang direstui (masjidilaqsa) kerana jika Nabi Musa sanggup menerima tanggungjawab yang diperintahkan Allah untuk bersemuka dengan Firaun dengan mukjizat-mukjizatnya, Tuhan berjanji akan menemui beliau sekali lagi untuk memberikan mukjizat yang lebih besar iaitu Al-KitabNya.
Mari kita sama-sama bincangkan.
Salam,
Menumpukan perhatian dalam membuat kebajikan dan meninggalkan kemudaratan atas contoh batasan yang direstui itu. Ini kerana setiap perbuatan baik akan menghapuskan kesalahan biarpun sebesar atom. Jadi, di mana sahaja kita berada, tumpukan kepada usaha2 membuat kebaikan sebab Allah ada di mana2 dan sentiasa memerhatikan manusia. Bukan pada rumah2 tertentu sahaja Allah menginap.
Orang2 yang suka berkreativiti memerlukan satu ruang hidup (lingkungan) untuk memerah idea. Mereka tidak boleh hidup seperti orang kebanyakan yang tidak suka berkreativiti.
Jika orang kebanyakan suka melepak di kedai kopi atau di serambi2 rumah ibadat atau surau, orang2 yang suka berkreativiti ada jadual waktunya sendiri untuk menggunakan masa lapangnya dengan sebaik mungkin. Ini kerana otaknya sentiasa ligat mencari solusi2 sesuatu perkara.
Juang
February 6, 2010 at 1:36 am
Salam,
Samada kita percaya kepada Al-Kitab atau tidak, samada ada kita percaya kepada Tuhan atau tidak, hakikatnya kita sedikit pun tidak dapat lari dari ketetapan-ketetapan Tuhan.
Tuhan mencipta alam ini dengan ketetapan-ketetapan atau hukum-hukum tertentu dan jika kita rangkumkan semua secara menyeluruh kita akan dapat melihatnya sebagai satu sistem.
Tidak ada satu apa pun yang terlepas dari ketetapan Tuhan dalam sistem ini. Dan setiap ciptaan Allah yang ada di dalamnya mematuhi ketetapan-ketetapan yang telah ditetapkan oleh Tuhan ke atas mereka.
Bagaimanapun kedudukan manusia agak berbeza sedikit kerana mereka diberi pilihan untuk menentukan sendiri apa yang ingin mereka lakukan dalam hidup mereka. Mereka boleh memilih jalan hidup mereka sendiri atau mereka boleh memilih jalan hidup yang telah Tuhan tunjukkan pedoman di mana ia direstui.
Kita tidak akan menjadi seorang manusia yang melampaui batas jika kita tahu, faham dan patuh kepada semua batasan ketetapan yang Tuhan telah restui kepada kita malah lebih dari itu kita akan dapat membangunkan banyak manfaat daripadanya.
Sebaliknya jika kita jahil tentang ketetapan-ketetapan Allah dan batasan-batasannya, kita pasti akan mudah menjadi manusia yang sesat dan cenderung melakukan kerosakan. Adakah wajar kita hidup berasaskan khayalan dan agak-agak saja?
tolokminda
February 6, 2010 at 3:15 am
Ketetapan atau perkataan lainnya sistem. Sistem yang berkesan atau benar dalam cara hidup dengan tidak melanggar prinsip-prinsip manusia yang sentiasa sejahtera yang tertera didalam Quran seperti:
1. Tidak menyekutukan Allah samada dengan manusia, benda dan sikap.
2. Menghormati ibubapa.
3. Sentiasa bersedekah
4. Menjaga anak yatim.
5. Tidak merosakkan tubuh badan dengan perbuatan yang keterlaluan.
6. Tidak menerima cerita atau khabar tanpa usul periksa.
dan banyak prinsip-prinsip lain yang membentuk sistem cara hidup yang sejahtera.
muaddib
February 6, 2010 at 3:33 am
Salam,
Untuk item no 5 itu sepatutnya berbunyi “Tidak merosakkan tubuh badan…”
Juang
February 6, 2010 at 5:38 am
Tertinggal. Terima kasih.
muaddib
February 6, 2010 at 6:04 am
Saya dah tolong betulkan.. : )
tolokminda
February 6, 2010 at 6:28 am
Salam,
Jika kita renung secara halus, sejak kebelakangan ini berita2 pasal kejadian gempa bumi semakin kerap berlaku. Seolah2 bumi nak beritahu manusia bahawa sudah tiba masanya manusia mencipta teknologi yang memerlukan mereka keluar meneroka planet2 lain pun.
Bumi tidak mampu menanggung beban populasi manusia yang mempunyai bermacam2 ragam. Kalau manusia itu seperti pokok yang tidak mempunyai banyak ragam, rasanya bumi tidak kisah seramai mana manusia wujud di atasnya. Sebaliknya sebab manusia itu diciptakan mempunyai hati yang lain2, maka jika ramai mereka di atas muka bumi, kerja mereka hanya nak berbalah2 sesama sendiri.
Oleh itu adalah baik manusia pakat2 cari planet lain, agar bumi tidak terseksa menangguh beban populasi manusia.
Kadang2 kita jadi lalai sebab tidak belajar memahami perasaan makhluk2 lain. Kita tak rasa terseksanya mereka atas perangai manusia. Kita ingat makhluk2 lain itu mati, hakikatnya mereka pun hidup macam kita juga. Cuma bezanya mereka sudah patuh kepada Allah dan tidak mahu mengambil risiko melawan fitrah kejadian mereka.
Namun ramai manusia yang berani ambil risiko hidup melawan fitrah mereka sebagai manusia. Bila Allah kurnia mereka akal, pandai2 mereka buat ketetapan kononnya dalam beragama tak boleh guna akal. Ayat2 Allah mana yang halang manusia guna akal hatta dalam beragama sekali pun?
Bila keadaan sudah memerlukan manusia berhijrah mencari planet2 lain, itulah perintah Allah agar manusia hidup di dalam lingkungan yang direstui.
Tetapi bagi manusia yang hidup secara menurut, selagi ulamak atau pembesar agama mereka tak suruh, mereka takkan bergerak. Mereka hidup bagaikan pahat yang perlu diketuk dahulu barulah nak bergerak.
Juang
February 6, 2010 at 6:35 am
Agama melarang menggunakan akal adalah larangan yang biasa didengar dari pembesar agama. Kerana tidak menggunakan akal ada manusia memilih untuk menyembah pokok, batu, patung dan bangunan ciptaan manusia sedangkan tujuan manusia dicipta sebagai hamba adalah untuk berkhidmat diatas bumi ini bukan untuk menyembah.
Agama adalah ciptaan manusia yang tamak yang malas berfikir dan bekerja, tapi mahu kekuasan dan kesenangan dengan menindas orang lain.
Islam sebenar bukan agama, tetapi cara hidup.
muaddib
February 6, 2010 at 7:21 am
Tidak ada kepadrian dalam Islam. Tetapi masjid didirikan tidak lain adalah untuk menegakkan sistem berkenaan. Ia bukan tentang berbakti atau berkhidmat kepada Tuhan, tetapi tentang mengawal dan menggembala umat supaya patuh dan jumud kepada institusi agama yang menjadi sumber kuasa dan kekayaan golongan pembesar agama.
tolokminda
February 6, 2010 at 7:38 am
Cuba lihat bagaimana makhluk2 lain berbakti kepada Allah? Adakah meraka buat sesuatu amalan ritual yang tidak ada logiknya dengan fitrah kejadiannya sendiri? Adakah burung2 buat amalan sembahan dengan membuat tempat2 ibadat untuk mendakwa mereka menyembah Allah?
Sebenarnya, dengan mengembang-katup kepak burung itu ketika terbang sudah mencapai maksud burung itu menyembah Allah. Ini kerana apa tujuan Allah bagi burung itu kepak jika tidak digunakan untuk terbang? Bukankah Allah tidak mencipta sesuatu secara sia2?
Cuba kita renungkan, jika kita mencipta kereta, pasti kita berharap kereta itu berupaya menjalankan fungsi yang kita tetapkan. Kalau kereta itu malas bergerak dan asyik rosak, apakah kita ada rasa berpuas hati dengan ciptaan kita itu?
Macam itulah apabila Allah cipta kita sebagai manusia yang dikurniakan akal yang mampu berkreativiti dan berinnovasi, sudah pasti Dia mengharapkan kita mampu mengeluarkan output2 yang baik kepada alam semesta ini. Ini kerana Allah bagi kita akal yang mampu berkreativiti itu bukannya secara sia2.
Selagi kita mampu hidup sebagai manusia yang menyumbangkan buah fikiran dan kudrat untuk pembangunan dan kemakmuran umat, selagi itulah kita berfungsi sebagai manusia. Dan sudah pasti Allah rasa gembira bila ciptaanNya itu berfungsi seperti yang Dia Kehendaki.
Tetapi jika manusia itu hidup malas kerana taksub dengan amalan ritual tradisi kaumnya sehingga tidak mampu menyumbangkan apa2 manfaat kepada kemakmuran dan pembangunan umat, apakah Allah gembira dengan manusia sebegitu?
Allah tidak memerlukan apa2 amalan yang dikhususkan untukNya. Apa jua amalan yang kita nak buat, biarlah jelas memberi kebaikan kepada diri kita sendiri. Umpamanya amalan membaca itu pun boleh dikira kita menyembah Allah sebab suruhan membaca itu jelas memberi manfaat besar kepada orang2 yang cintakan kebenaran dan ilmu. Tetapi penekanan supaya rajin membaca itu tidak seperti mereka menekankan buat amalan ritual. Kenapa mereka tidak buat suruhan atau galakan seperti “kena baca buku 5 kali sehari”? Bukankah itu lebih besar manfaatnya ke arah melahirkan manusia2 yang bijak dan berakal
Perlu diingat, para Nabi menunjukkan hasil keislaman mereka adalah dengan jadi manusia yang bijaksana (bukannya pada kerajinan buat amalan ritual), sebab nak mengaku Islam itu semua orang boleh cakap, tetapi nak menjadi bijaksana itu yang sukarnya kerana ia memerlukan tenaga keupayaan yang tinggi untuk melawan kemalasan berfikir dan belajar.
Nampak tak bagaimana syaitan2 memperbodohkan manusia agar manusia itu jadi lemah mindanya akibat menolak amalan yang membangunkan minda dan menekankan kepada amalan ritual yang terpaksa bersandarkan kepada hujah “sebab ada sahabat nampak Nabi buat macam itu”.
Juang
February 6, 2010 at 8:34 am
Batasan yang Allah restui adalah batasan yang menjauhi diri manusia daripada perbuatan2 yang membawa kesan mudarat kepada diri. Tetapi ada manusia membatas akal mereka sendiri yang mana Allah tidak pernah memberi restu apa yang mereka bataskan itu.
Allah cipta alam ini berpasangan2. Setiap perkara ada lawan atau antinya. Umpamanya jika sesuatu amalan itu membawa natijah yang buruk, maka lawan kepada amalan itu pasti membawa natijah yang baik.
Jika orang yang beragama secara menurut membuta-tuli kerana membataskan minda mereka akan dimasukkan dalam kelemahan dan kebodohan, maka dengan hidup secara berhati-hati dan menyelidiki serta meluaskan minda mereka, pastilah manusia itu diperkuatkan jati dirinya dan dikurniakan kebijaksanaan.
Hidup manusia ini macam dalam keadaan bilik. Jika bilik itu dalam keadaan gelap, carilah suis untuk menyalakan lampu agar jadi terang.
Lagi banyak manusia itu berfikir dan belajar, lagi banyak suis2 yang mereka jumpa untuk menerangkan keadaan2 gelap dalam sesuatu situasi yang mereka hadapi. Apabila banyak lampu2 telah dinyalakan, mereka akan nampak betapa lapangnya hidup ini dan mereka tidak akan ketakutan lagi seperti mana orang2 yang dalam bilik gelap takut nak bergerak. Pengetahuan itulah cahaya yang menerangi hati.
Para Nabi dan Rasul itu adalah contoh manusia yang dalam hatinya terang benderang kerana mereka sudah jumpa suis2 untuk menerangi hidupnya (yang menjadikan mereka tahu apa tujuan mereka diciptakan). Mereka hidup berdikari dalam menentu hala tuju hidup mereka. Mereka tahu membuat keputusan terbaik untuk diri mereka sendiri.
Orang2 jahil yang beragama secara menurut membuta-tuli itu adalah orang yang gelap hatinya dan perlukan manusia2 tertentu untuk memimpin mereka. Mereka hidup seperti orang buta yang teraba2 dan perlukan sokongan orang lain. Hakikatnya, hati mereka tidak ada pengetahuan. Sebab itulah bila ditanya tentang amalan mereka, alasan yang common didengar sejak dan dahulu sampai sekarang adalah “sebab kami lihat bapa-bapa kami melakukannya begitu”.
Juang
February 6, 2010 at 9:48 am
Salam,
2:144 Sesungguhnya kami nampak kamu mengolah tumpuan kamu ke arah langit. Jadi kami palingkan kamu ke satu arah yang kamu sukai. Oleh itu tumpukan tumpuan kamu ke arah batasan ketetapan yang direstui (almasjidi alharami).
Kalau kita baca ayat di atas,…Sesungguhnya kami nampak kamu mengolah tumpuan kamu ke arah langit… Pada saya itu menunjukkan arah tempat(langit). Kalau tuhan nak betulkan, saya rasa tuhan juga akan menyuruh kita tumpukan kepada satu arah(tempat) lain yang lebih betul.Dan …batasan ketetapan yang direstui… pada saya bukanlah arah yang menunjukkan tempat. Atau macam mana?
Penulis
February 7, 2010 at 1:44 am
TM kata … “Hasil semakan saya, tidak ada satu ayat pun di dalam Kitab itu yang menyuruh kita membina masjid..”
Betul tu TM, tak ada ayat yg suruh kita buat internet dan Wi-Fi atau Blog seperti yg TM buat ni. Tapi TM buat juga, kan?
Apabila TM memisahkan ‘The Message’ dari ‘The Messenger’ inilah padahnya. Ironi sekali akronim yg sama bagi TM berdua. Read the message, shoot the messenger?
🙂
Dokter Lap
February 7, 2010 at 3:56 am
Salaam,
Bagaimana pula dengan ayat ini yang mengarahkan membuat bagunan atau masjid;
QS 18:21. Dan begitulah Kami menyerempakkan mereka, supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, dan bahawa Saat itu tidak ada keraguan padanya. Apabila mereka berbalahan antara mereka dalam urusan mereka, maka mereka berkata, “Binalah di atas mereka satu bangunan; Pemelihara mereka sangat mengetahui mengenai mereka.” Berkata orang-orang yang menguasai atas urusan mereka, “Kami akan mengambil (bina) di atas mereka sebuah masjid.”
MataHati
February 7, 2010 at 8:48 am
Salam Matahati,
18:21 Dan maka kami memberi pengetahuan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa janji Tuhan adalah benar dan supaya Saat itu (hari kiamat) tidak ada keraguan mengenainya. Apabila mereka berbalah sesama sendiri tentang urusan mereka dan berkata; Binalah bangunan (rumah ibadat) – Tuhan mereka tahu sangat perihal mereka. Mereka yang berjaya dalam urusan mereka berkata: Kami pasti akan meninggikan ketetapan-ketetapan yang telah direstui (masjid) di atas mereka (pembina rumah ibadat).
tolokminda
February 7, 2010 at 9:36 am
Salaam TM dan terima kasih.
Bermakna frasa ayat berbunyi “Binalah bangunan (rumah ibadat” adalah arahan untuk membina rumah ibadah.
Frasa ayat “Kami pasti akan meninggikan ketetapan-ketetapan yang telah direstui (masjid) di atas mereka (pembina rumah ibadat)” adalah ucapan manusia maka manusia itu pula berkuasa merestukan ketetapan kepada manusia lain iaitu pembina rumah ibadah. Boleh tolong ulas…..
MataHati
February 7, 2010 at 9:48 am
Salam,
Tafsiran saya untuk 18:21:
Baca betul-betul: Apabila mereka berbalah sesama sendiri tentang urusan mereka dan berkata; Binalah bangunan (rumah ibadat).
Siapa yang suruh bina bangunan atau rumah ibadat? Tuhan atau mereka? Mereka, kan? Bukan Tuhan, kan?
Tuhan tahu sangat ramai manusia akan berbalah tentang agama. Maka akibat perbalahan itu masing-masing membina rumah ibadat mereka sendiri dan masing-masing kata mereka dan rumah ibadat mereka sajalah yang betul.
Bagaimanapun bagi mereka yang berjaya dalam urusan mereka (berada di atas landasan cara hidup yang lurus), usaha mereka adalah untuk meninggikan ketetapan-ketetapan yang telah direstui (masjid) Allah berbanding apa yang diperbuat oleh golongan penyekutu Tuhan yang membina rumah-rumah ibadat.
tolokminda
February 7, 2010 at 10:03 am
Salaam TM,
Saya faham bahwa yang berkata dalam ayat tersebut adalah manusia itu sendiri yang mahu membina rumah ibadah diatas gua tersebut. Namun niat mereka itu untuk membina rumah ibdah tidak dibantah oleh Allah.
Dan kita lihat semula tafsiran tuan;
” Mereka yang berjaya dalam urusan mereka berkata: Kami pasti akan meninggikan ketetapan-ketetapan yang telah direstui (masjid) di atas mereka (pembina rumah ibadat)”
Bukankah pembina rumah ibadah ditinggikan ketetapan yang direstui keatas mereka ? Maksudnya pembina rumah ibadah mendapat restu bukan celaan.
Mohon dicerahkan. Terima kasih.
MataHati
February 7, 2010 at 10:44 am
Salam Matahati,
Perkataan “di atas” dalam ayat yang tuan kemukakan itu datang dari kelemahan bahasa kita bahasa Malaysia. Atau mungkin kerana kelemahan saya yang tidak menemui perkataan yang lebih sesuai. Perkataan “di atas” itu kalau dalam bahasa Inggeris adalah “over” yang bermaksud melepasi atau melangkaui atau lebih tinggi.
Maknanya perbuatan mereka yang meninggikan ketetapan-ketetapan yang direstui Tuhan adalah melangkaui atau melepasi atau di atas atau lebih tinggi dari perbuatan pembina rumah ibadat yang menyekutukan Tuhan.
tolokminda
February 7, 2010 at 10:53 am
Salam,
Orang2 yang meninggikan ketetapan2 yang direstui itu adalah para saintis. Mereka itulah yang menjelaskan prisip2 alam Allah kepada para manusia. Jika tiada para saintis, pasti manusia masih menyangka bumi ini leper.
Cuba kita lihat, siapakah orang2 yang Allah tinggikan di muka bumi ini? Para saintis ke atau pembuat2 rumah ibadat itu? Siapakah yang menyumbang banyak teknologi yang memudahkan manusia hidup bersistematik? Para saintis ke atau pembuat2 rumah ibadat?
Antara orang2 yang bertekun mengkaji ilmu alam dan mencari solusi2 permasalahan semasa dengan orang2 yang bertekun dalam rumah ibadat yang menyangka mereka lebih suci dan mulia, siapakah yang Allah angkat kedudukan yang tinggi dan kuat?
Juang
February 7, 2010 at 2:43 pm
Salam Juang,
Saya amat setuju dengan tuan. Baru-baru ini saya ada tertonton satu dokumentari mengenai sejarah penjelajahan manusia ke bulan pada sekitar hujung 60-an dan awal 70-an. Beberapa angkasawan yang terlibat memberikan perspektif pengalaman mereka. Dan saya dapati perspektif mereka terhadap Tuhan dan alam sangat mengujakan walaupun mereka sebenarnya bukan bercakap pasal agama..
tolokminda
February 7, 2010 at 2:50 pm
Saya bersetuju yang konsep masjid dalam Quran bukan ‘tempat ibadat’. Bagi saya, masjid ni satu institusi. Saya berdalilkan ayat-ayat di bawah:
9/107-108: Allah melarang kita dari berdiri di dalam masjid dhirar iaitu masjid yang mendatangkan perpecahan.
9/28: orang mushrik di larang dari masuk ke dalam masjidil haram dan Tuhan persuade kita agar jangan menakuti kemiskinan. Mungkin masjid adalah tempat aktiviti ekonomi.
7/29: kita disuruh menegakkan keadilan di sisi tiap2 masjid. So masjid adalah institusi di mana keadilan boleh diperolehi daripada orang mukmin.
faroukaperu
February 8, 2010 at 10:39 am
Saya percaya apabila kita cuba mencari makna kepada sesuatu perkataan dalam Al Quran kita harus memilih beberapa perkataan yang sesuai dan lebih logik dengan cara mengkaji konsep ajaran Al Quran itu sendiri. Kita mencuba perkataan-perkataan ini kepada kesemua ayat-ayat yang mempunyai perkataan yang sama. Yang penting sekali hasil kajian yang kita lakukan seharusnya apabila dibaca ianya “konsisten” – ini adalah batu pengukur yang digunakan dalam Al Quran.
Mungkin saya salah, tetapi apa yang saya pelajari tidak terdapat sebarang konsep `berinstitusi` yang diajar dalam Al Quran. Yang ada hanya:
“Kemudian Kami iringi atas jejak mereka dengan rasul-rasul dan Kami iringi dengan Isa anak Marian dan Kami berikannya Injel dan Kami jadilan dalam hati mereka yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang. Institusi berpaderi (rahbaniah) yang mereka ada-adakan – tidak pernah Kami tetapkannya atas mereka – kecuali keredhaan Allah supaya mereka benar-benar memeliharanya. Maka Kami berikan orang-orang yang percaya diantara mereka pahala mereka – dan kebanyakan diantara mereka adalah orang fasik.(57:27)
Gunumaro
February 8, 2010 at 9:25 pm
Salam,
Saya mempunyai pandangan yang sama dengan tuan Gunumaro. Konsep Islam sebagai institusi tidak diajar di dalam Quran. Ketetapan yang direstui Tuhan adalah untuk diamalkan oleh setiap individu. Kepatuhan kepada Tuhan adalah usaha peribadi seseorang individu.
tolokminda
February 9, 2010 at 2:59 am
Salam TM,
Mungkin saudara boleh berkongsi pendapat saudara tentang dokumentari ke bulan itu dalam satu posting lain. Mungkin juga boleh dikaitkan dengan ayat2 Al Quran (jika ada).
Semakin kita membuka topik perbincangan berkaitan alam semesta ini, semakin menarik dan mengujakan semangat. Kita nampak satu dimensi baru dalam kehidupan yang sebelum ini nampak sempit akibat menurut ajaran ortodoks membuta-tuli.
Saya sentiasa menyokong usaha saudara dalam membuka minda kita semua. Semua para Nabi dan Rasul berjuang membuka minda masyarakatnya. Golongan ortodoks sahaja yang membenci orang2 yang membuka minda.
Juang
February 9, 2010 at 4:51 am
Salam,
Saya juga setuju dengan Gunumaro. Islam bukannya satu “agama” yang berinstitusi atau berkomuniti. Menggolong2kan manusia dalam apa jua bentuk atas nama agama itulah yang memecah-belahkan hubungan sesama manusia.
Islam itu adalah cara hidup. Terpulanglah kepada individu itu sendiri nak memandu hidupnya ke arah selamat atau celaka. Bukan kerja kita nak buat satu golongan yang merasakan diri mereka sehaja yang selamat dan selain golongan itu dikatakan tak selamat.
Siapa kita nak pergi hukum cara hidup orang lain sedangkan kita sendiri belum tentu sampai ke syurga atau tidak?
Dalam bab kepercayaan, pengadilan sama ada Islam atau tidak hanya layak diadakan di mahkamah Allah kelak, bukannya di dunia.
Kalau ikut mahkamah dunia, para Rasul terdahulu pun dihukum salah oleh golongan ortodoks itu sebab golongan ortodoks itu tidak dapat menerima pembaharuan.
Juang
February 9, 2010 at 5:01 am
Salam Juang,
Sebenarnya memang seronok kalau kita dapat berbincang tentang teori-teori atau penemuan-penemuan sains atau juga pembangunan berkaitan teknologi. Saya meminati astronomi dan fizik walaupun saya kurang pandai dalam matematik.
Tetapi buat permulaan ini saya mahu menumpukan pembelajaran dan kefahaman saya tentang perkara-perkara asas yang menjadi intipati Al-Quran. Saya berpendapat ia adalah keutamaan buat masa ini. Tapi kita tengoklah nanti macamana..
tolokminda
February 9, 2010 at 1:33 pm
Salam TM,
Saya setuju, buat permulaan ini kita fokus pada intipati Al Quran dahulu. Al Quran itu umpama perangsang minda untuk meneroka alam Allah dengan lebih luas lagi.
Biarkan orang lain jadikan Al Quran sekadar untuk dilagu2kan. Tetapi sebagai orang yang percaya kepada Pencipta alam ini, kita jadikan Al Quran sebagai penguat jiwa.
Juang
February 9, 2010 at 4:12 pm
Salam,
7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap “ketetapan yang direstui”; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak menyukai orang-orang yang membazir.
Bila digantikan perkataan masjid kepada “ketetapan yang direstui”, baru ada logiknya ayat ini. Pengajaran ayat ini adalah Allah mengizinkan kita mengambil apa jua perhiasan yang kita miliki bila melakukan ketetapan yang direstui seperti pekerjaan yang baik. Duit gaji yang kita perolehi itu boleh digunakan untuk kita memiliki perhiasan (rumah, kereta, perabot, pakaian etc) dan makan/minum. Namun jangan berlebihan2 untuk bermegah2 dengan kekayaan dan pembaziran.
Juang
February 11, 2010 at 4:15 am
Salam…
Allah telah mencipta keturunan manusia
dibumi dengan pelbagai konsep.
Ada yg.telah diberi kebijaksanaan,
kekayaan,kesusahan,ilmu2 seperti
suliman dan dizaman ini apa kurangnya
kurnia Allah.
Manusia telah pun membuktikan akal
mampu berfikir dan mencipta, mengubah
keadaan dunia jadi lebih maju.
Maka apakah manusia itu tidak mampu
menerangkan apa hasil terokaan nya
kepada umat,..supaya mereka beriman.
Sekiranya dikatakan akal yg.bijak
mentafsirkan ciptaan dengan sain,..
tapi tidak mampu membawa manusia
sedar pada tuhan…..apakah Allah
merestuinya..?
Petunjuk Allah bukan dari apa yg.
manusia cipta dengan tangannya.
Tanpa hasil pemikiran manusia
mendedahkan rahsia2 alam…Allah
telah mengadakan jawaban2 nya
dalam setiap kejadian.
Maka janganlah kita berkata,,…
bahawa dengan usaha kita mengkaji
dan mendalami ilmu maka kita telah
kenal kebenaran.
Ramai manusia yg.bijak pandai
menggunakan akal tapi disesatkan
Allah kerana mereka menerokai ilmu
adalah kerana keuntungan hidup dunia
dan sedikit niatnya untuk jalan Allah.
Telah ada umat yg.Allah berikan
keistemiwaan akal,…namun hasilnya
adalah menambahkan mereka menjadi
lalai dan ingkar.
57[20]
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Tok Syam
February 16, 2010 at 7:51 pm
Salam…
Kita mengatakan bahawa dengan penerokaan sain telah
menyedarkan manusia akhir zaman.Jika demikian,..di
zaman nabi2 manusia tidak dapat kenal tuhan sebab
jahil ilmu sain dan tak faham sain yg.dibawa alquran.
Sain hanyalah kemajuan untuk umat akhir zaman dan
sesuai sebagai kemudahan hidup akhir zaman.
Namun ia tidak mampu memberi hidayah tanpa kehendak
Allah.
Nabi ibrahim bukan pakar sain dan mengkaji
ciptaan.Namun ia boleh berfikir waras.Terdapat
kebanyakan ahli sain yg.mengatakan bahawa kejadian
ini adalah bermula dari atom2 yg.wujudnya secara
semulajadi.Dengan atom2 itu pula terciptanya kuasa2
yg.membentuk pelbagai hasil ciptaan.
Kemudian mereka membuat teori2 akal,..menyatakan
ciptaan2 ini adalah ilusi dari hasil persepsi akal
yg.unik.Kewujudan hanyalah bayangan sementara.
—————————————————–
6[32]
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
Tok Syam
February 16, 2010 at 8:08 pm
Salam,
Kalau zaman Nabi, semua manusia jahil sains, kenapa Nabi dapat buktikan proses kejadian manusia dalam rahim ibu dengan tepat seperti yang dibuktikan oleh sains hari ini? Bukankah itu menunjukkan baginda sudah memiliki satu tahap ilmu sains yang agak tinggi walaupun tiada peralatan2 canggih untuk meneropong dalam rahim wanita itu?
Bila Al Quran mengatakan 2 tempat matahari terbit dan terbenam, bukankah ketika itu Rasulullah sudah nampak bahawa bumi ini bulat biarpun zaman itu tidak ada roket atau satelit untuk mengambil gambar bumi?
Bila Al Quran bawa kisah Nabi Nuh mampu membina bahtera besar, sudah pasti menunjukkan baginda mengenal prinsip2 alam yang membenarkan sesuatu yang besar dan membawa muatan berat dapat terapung di atas air. Bukankah itu menunjukkan baginda memiliki ilmu sains walaupun zaman itu tidak secanggih sekarang.
Kalau kita renungi ayat2 Al Quran, kita akan nampak ia mengandungi ilmu sains yang digarap untuk mengajak manusia meninggalkan segala bentuk amalan menyembah sesuatu objek.
Tiada bukti2 sains pun menunjukkan amalan sembahan ritual kepada mana2 objek mempunyai manfaat kepada sistem tubuh badan, minda dan jiwa manusia.
Sebab itulah Al Quran yang selari dengan sains pun tidak mengiktiraf amalan ritual sembahan sesuatu kaum. Jika Al Quran sendiri tidak iktiraf, kajian sains pun tidak iktiraf, atas dasar apakah amalan ritual itu diada-adakan? Bukankah itu semua dilakukan untuk mengongkong minda manusia agar mereka dipergunakan untuk kepentingan pihak2 tertentu terutama dalam perebutan kuasa atas alasan menegakkan negara Islam atau hukum Islam?
Mereka mempergunakan nama agama untuk bergolongan atau berpuak2 yang setiap puak merasa bangga apa yang mereka ada. Kononnya merekalah anak2 atau kekasih2 Allah.
Allah tidak memandang pada nama golongan atau puak atau kaum. Setiap jiwa dinilai dan dibalasi atas perbuatan masing2. Yang buat baik dapat balasan baik, dan yang buat jahat dapat balasan jahat. Itu sahaja sifir Allah.
Sebab itulah kita lihat semua manusia tidak kira agama, puak atau kaum, mereka dapat balasan yang sama hasil pekerjaan mereka. Tidak berbeza pun balasan Allah itu mengikut nama sesuatu agama. Penganut sesuatu agama itu sahaja yang perasan diri mereka lebih baik daripada penganut agama2 yang lain seperti mana iblis perasan dirinya lebih baik daripada Adam.
Sebab itulah Islam diturunkan bukan untuk mewujudkan golongan2, tetapi untuk membezakan nilai hidup orang tauhid dan nilai hidup orang musyrik. Bila kita sudah kena beza tersebut, pandai2lah nak hidup ikut pilihan masing2. Tak perlu wujudkan apa2 golongan atau puak pun.
41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.
Juang
February 17, 2010 at 12:18 am
Salam…
Bermakna ilmu sain itu telah sedia ada sebagai konsep2
ilmu Allah.Manusia menyelidik dan mengkaji untuk
menfaat dunia dan matlamatnya untuk beriman dengan
mengetahui bahawa ciptaan itu adalah sebenarnya
kreativiti Allah untuk menarik perhatian manusia
kpd.nya.
Telah jelas tentang arahan beribadah yg.tidak menduakan Allah dengan membetulkan
akidah dan iqtikad.Dilarang memohon harapan dan sandaran pada sesama makhluk dan banyak lagi.
Allah juga menjadikan dalam ciptaannya yg.tak mampu
difikirkan akal sebagai membuktikan kuasa akal adalah
terbatas.Dengan ciptaan itu boleh menjadikan manusia
tersesat….dan dengan nya boleh menjadikan orang
beriman bertambah imannya.
Ahli sain juga mengkaji tentang roh dan jin.Namun
akal dan teknologi tidak dapat menerokai dimensi itu.
Ada yg.berharap dan percaya bahawa jin2 mempunyai
kuasa dan boleh menolong manusia dalam kerja2 halus.
Sain juga membuat teori tentang awal manusia adalah
dari spesis berok sedangkan Alquran mengatakan dari
manusia dicipta dengan ciptaan yg.sebaiknya.
Sebab itu kita tidak dapat menetapkan kemampuan
manusia dalam memahami ciptaan Allah melainkan apa
yg.Allah fahamkan.
Tok Syam
February 17, 2010 at 3:20 am
Tok Syam berkata:
“Sebab itu kita tidak dapat menetapkan kemampuan
manusia dalam memahami ciptaan Allah melainkan apa
yg.Allah fahamkan”
Jawapan saya:
Kalau manusia tidak mampu faham mereka menguna “BATU” sebagai saluran untuk sembah Allah – susahlah sikit.
Gunumaro
February 17, 2010 at 3:46 am
Ahli sain juga mengkaji tentang roh dan jin.Namun…
salam tok syam ..
ini bukan ahli sain tapi ahli falsafah
slipar
February 17, 2010 at 4:10 am
Salam,
Yang tak tercapai oleh minda manusia, bukan bermakna Allah suruh menurut membuta-tuli sesuatu ajaran sehingga disuruh sujud atau sembah batu pun dikatakan benar atas alasan minda manusia tidak tercapai.
Itu hanya kata2 nak membenar sesuatu yang telah jelas dilarang dalam Al Quran. Nanti senang2 ada manusia nak menghalalkan sesuatu yang jelas membawa mudarat atas alasan perbuatan mereka itu tidak tercapai oleh akal.
Sesuatu yang minda kita tidak tercapai, Allah tidak memaksa kita percaya. Sebab itulah Allah tak paksa manusia cari rupa-paras Dia kerana memang tak mungkin tercapai oleh akal manusia.
Allah suruh kita fikir pasal Sifat2Nya sebab ia memang boleh difikirkan kerana sudah pasti Sifat2 Dia berlawanan dengan sifat2 makhluk.
Bila minda kita sudah nampak bahawa menyembah sesuatu objek itu membawa kemudaratan kepada minda dan jiwa, apakah ada alasan kita nak membenarkan amalan2 tersebut?
Juang
February 17, 2010 at 4:53 am
salam…Slipar,
Ahli falsafah juga ada yg.terdiri dari pengkaji2 ilmu
sain.Ilmu sain adalah istilah.Maksud ilmu sain ialah
ilmu yg.memerlukan kajian dan sebab musabab.
Maka falsafah mengenal diri sejak zaman pemikir yunani,
mereka juga memikirkan soal kejadian alam ciptaan
termasuk kejadian diri manusia.Atau dinamakan Biologi.
Orang arab jahiliah memanglah nyata kejahilannya,..
sampai sekarang pun lalai dengan kekayaannya.Sampai
sebuah bangunan Hotel terbesar melambangkan
kebesaran Kristian pun tak nampak.
Diluar kawasan masjidilharam…sekarang pun dan
maju.Sikit hari selesailah ajaran menyembah batu
dan bertukar jadi LAs Vegas.
Umat Islam perlu pergi bershoping pula ke mekah
dan melancong….sambil belajar sejarah baru.
Tok Syam
February 17, 2010 at 7:06 am
Salam…
Benarlah tajuk bahawa masjid adalah ketetapan
direstui.
Apakah kisah mesjid di Aceh yg.dilanda sunami itu
suatu kebetulan.Apakah ia dibina sangat kukuh.
Lihatlah sekitar bangunan2 dan pokok2 habis diranapkan
sedangkan mesjid hanya mengalami sedikit kerosakan.
Bukankah mesjid itu terdapat umat2 islam yg.bersolat
dengan kaedah2 ritual.
Tok Syam
February 18, 2010 at 5:58 pm
Salam,
Kalau binaan yang dipanggil “masjid” itu satu2nya tempat yang direstui, tidaklah Allah landakan bencana kat tempat itu.
Nanti yang bina kasino akan berkata binaan mereka itu lagi direstui oleh Allah sebab kat Las Vegas, Genting Highland etc masih kukuh berdiri sampai hari ini.
Jadi berhati2lah dalam berkata2. Jangan kerana nak pertahankan amalan nenek moyang, benda2 seperti ini tidak difikirkan.
Juang
February 19, 2010 at 12:33 am
MASJID menurut fahaman Puteri http://puteriayu74.blogspot.com/2010/03/masjid.html
Puteri
March 18, 2010 at 8:06 pm