Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Cukur jambul menyekutukan Tuhan

with 31 comments

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan anak. Mereka memohon kepada Tuhan supaya dikurniakan anak yang comel dan sempurna, sebagai cahayamata pengikat kasih dan sayang di antara mereka.

7:189 Dialah yang telah menjadikan kamu dari seorang dan menjadikan pasangannya dari jenis yang sama supaya dia tertarik kepadanya. Apabila mereka bersatu, dia (perempuan) menanggung beban yang ringan dan mengandung tanpa menyedarinya. Apabila ia berkembang menjadi semakin berat, mereka berdua memohon kepada Tuhan: “Jika Engkau kurniakan kami anak yang sempurna, kami berjanji akan berterima kasih”.

Dan apabila dimakbulkan oleh Tuhan niat serta doa mereka, dikurniakan kepada mereka seorang anak yang comel dan sempurna, maka mereka berasa amat gembira dan mereka pun mengadakan majlis kesyukuran untuk mengalu-alukannya.

Dan dalam konteks masyarakat Melayu, budaya mengadakan majlis kesyukuran menyambut kedatangan bayi memang sentiasa diberi perhatian dan amalannya dilaksanakan secara meluas. Mengikut latar geografi tertentu, amalan ini dinamakan cukur jambul atau berendoi dan ada juga yang memanggilnya “naik buaian”.

Antara acara yang terkandung dalam amalan cukur jambul adalah seperti berikut;

  • Menyembelih kambing atau lembu Aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersama-sama dalam kenduri tersebut.
  • Bacaan Barzanji atau Marhaban: satu bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi Muhamad.
  • Meletakkan bayi di dalam buaian yang dihias indah. Di bawah buaian diletakkan pisau corek dan kemenyan berasap.
  • Bayi didukung dan diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang membaca Barzanji di ruang anjung rumah.
  • Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam, ketua kampung dan bomoh akan merestui dan mengusap jambul atau kepala bayi tersebut.

Sumber di sini

Dari kacamata Melayu kita, semua perkara mengenai majlis ini nampak baik dan mulia sekali. Menjadi kebanggaan seluruh keluarga. Bagaimana mungkin majlis kesyukuran menyambut kelahiran bayi yang amat dinanti-nantikan boleh menjadi suatu amalan yang tidak elok? Tuhan tentu merestui.

Malangnya Tuhan tidak berpendapat begitu. Di sisi Tuhan, inilah sebenarnya yang telah kita perbuat.

7:190 Tetapi apabila Dia mengurniakan seorang anak yang sempurna, mereka mengadakan sekutu-sekutu ke atas apa yang Tuhan telah kurniakan kepada mereka. Tetapi Tuhan Maha Tinggi dari semua sekutu yang mereka adakan terhadapNya.

7:91 Apa! Mereka mengada-adakan terhadapNya sekutu-sekutu yang tidak mampu mencipta apa pun melainkan mereka sendiri pun dicipta?.

7:192 Dan tidak ada bantuan yang boleh mereka berikan, tidak juga mereka boleh membantu diri mereka sendiri.

7:194 Sesungguhnya mereka yang kamu sebut di samping Tuhan adalah hamba seperti kamu. Oleh itu panggillah mereka dan biar mereka mendengar permohonan kamu kalau kamu benar!

7:195 Tidakkah mereka mempunyai kaki untuk berjalan? Atau tangan untuk memegang? Atau mata untuk melihat? Atau telinga untuk mendengar? Katakan: “Panggillah sekutu-sekutu Tuhanmu, berusahalah menentang aku, dan jangan beri aku sebarang penangguhan!

Masih tidak nampak apa yang dimaksudkan oleh Tuhan? Mari kita periksa semula senarai acara majlis cukur jambul atau berendoi atau naik buaian yang diamalkan dalam masyarakat melayu.

  • Menyembelih kambing atau lembu Aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersama-sama.

Soalan saya: Nama siapakah yang disebut ketika binatang aqiqah disembelih? Adakah semata-mata nama Tuhan? Atau ada nama lain? Kita dilarang makan daging haiwan yang disembelih atas nama selain dari Tuhan. Lagi pun amalan korban haiwan bukanlah dari ketetapan Tuhan. Tuhan kata dalam 22:34-37: “Daging dan darah tidak akan sampai kepadaNya tetapi kepatuhan (kepada ketetapan) dari kamu pasti akan sampai kepadaNya”.

  • Bacaan Barzanji atau Marhaban: satu bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi Muhamad.

Soalan saya: Apakah relevannya puji-pujian kepada Muhamad yang diutamakan dalam majlis ini? Nabikah yang telah mengurniakan anak itu kepada ibubapanya? Bukankah Tuhan sendiri telah menyuruh Nabi bantah perbuatan menyekutukan Tuhan dalam majlis kesyukuran menyambut kelahiran anak? Lihat apa yang Tuhan ajar kepada Nabi tentang perkara ini seperti yang dinyatakan dalam 7:195 – Katakan: “Panggillah sekutu-sekutu Tuhanmu, berusahalah menentang aku, dan jangan beri aku sebarang penangguhan!”

  • Meletakkan bayi di dalam buaian yang dihias indah. Di bawah buaian diletakkan pisau corek dan kemenyan berasap.

Soalan saya: Kenapa perlu letak pisau dan memperasap kemenyan? Tuhan tidak cukupkah sebagai pelindung?

  • Bayi didukung dan diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang membaca Barzanji di ruang anjung rumah. Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam, ketua kampung dan bomoh akan merestui dan mengusap jambul atau kepala bayi tersebut.

Soalan saya: Bukankah mereka semua juga – pada hakikatnya – boleh dianggap tergolong dalam kategori sekutu-sekutu yang disebut dalam 7:191-195?

7:191 Apa! Mereka mengada-adakan terhadapNya sekutu-sekutu yang tidak mampu mencipta apa pun melainkan mereka sendiri pun dicipta?.

7:192 Dan tidak ada bantuan yang boleh mereka berikan, tidak juga mereka boleh membantu diri mereka sendiri.

7:194 Sesungguhnya mereka yang kamu sebut di samping Tuhan adalah hamba seperti kamu. Oleh itu panggillah mereka dan biar mereka mendengar permohonan kamu kalau kamu benar!

7:195 Tidakkah mereka mempunyai kaki untuk berjalan? Atau tangan untuk memegang? Atau mata untuk melihat? Atau telinga untuk mendengar? (Tuhan tidak perlu anggota atau deria seperti datuk, tok imam, penghulu, atau malah nabi sekalipun perlukan).

Cukur Jambul amalan warisan kaum jahiliah

Melalui ayat-ayat 7:189 – 195, kita boleh membuat kesimpulan bahawa amalan mengadakan majlis kesyukuran menyambut kelahiran anak seperti majlis cukur jambul dalam masyarakat Melayu bukanlah satu perkara baru. Malangnya dari zaman Arab jahiliah sampailah sekarang, ia kekal sebagai satu amalan songsang yang menyekutukan Tuhan.

Ironinya, sedangkan Al-Quran telah memberi petunjuk jelas bahawa Nabi sendiri pernah disuruh membantah amalan menyekutukan Tuhan melalui majlis meraikan kelahiran bayi di zamannya, hari ini Nabi pula telah dijadikan subjek penyekutuan yang paling diutamakan dalam acara seperti itu oleh umatnya sendiri.

Nampaknya benarlah kata Tuhan kepada Nabi melalui ayat yang amat mendalam maksudnya ini.

7:193, “Jika kamu menyeru mereka kepada pedoman, mereka tidak akan turut. Kepada kamu ia sama saja samada kamu menyeru mereka atau kamu berdiam diri”.

Begitulah buruknya sifat dan sikap manusia bila kita tidak mahu menerima pedoman Allah. Jelas sekali Tuhan amat mengenali kelakuan manusia. Cuma manusia saja yang gagal mengenali sifat dan sikap buruk mereka terhadap Pencipta mereka sendiri.

7:189 Dialah yang telah menjadikan kamu dari seorang dan menjadikan pasangannya dari jenis yang sama supaya dia tertarik kepadanya. Apabila mereka bersatu, dia (perempuan) menanggung beban yang ringan dan mengandung tanpa menyedarinya. Apabila ia berkembang menjadi semakin berat, mereka berdua memohon kepada Tuhan: “Jika Kamu kurniakan kami anak yang sempurna, kami berjanji akan berterima kasih”.

7:190 Tetapi apabila Dia mengurniakan seorang anak yang sempurna, mereka mengadakan sekutu-sekutu ke atas apa yang Tuhan telah kurniakan kepada mereka. Tetapi Tuhan Maha Tinggi dari semua sekutu yang mereka adakan terhadapNya.

Adakah kita mahu terus meniru amalan buruk kaum Jahiliah terhadap Tuhan apabila meraikan kegembiraan menyambut kelahiran anak-anak kita? Adakah kita tidak ada common sense?

Written by tolokminda

February 1, 2010 at 6:00 pm

31 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Saya berpendapat topik ini sangat menarik untuk kita bincangkan kerana ia melibatkan satu amalan yang amat meluas di kalangan masyarakat kita. Apatah lagi akibat dari amalan ini adalah syirik, iaitu menyekutukan Tuhan. Kesalahan manusia yang paling besar dan tidak akan diampunkan Tuhan.

    Satu lagi sudut yang sangat menarik untuk kita renungkan melalui topik ini adalah tentang betapa benarnya apa yang Tuhan nyatakan dan betapa peliknya sikap manusia. Sebelum ada anak, kita memohon hanya kepadaNya supaya dikurniakan anak. Tetapi selepas kita memperolehinya, kita ucapkan kesyukuran dan puji-pujian kepada orang lain.

    Misalnya, kita tidak mohon kepada Muhamad sewaktu inginkan anak, tetapi kita memuji-mujinya sewaktu meraikan majlis kelahiran anak kita. Kita juga tidak memohon kepada tok imam atau tok penghulu ketika inginkan anak, tetapi kita minta restu mereka apabila anak itu dilahirkan. Bukankah kita sepatutnya memanjatkan rasa kesyukuran dan menyampaikan puji-pujian dan memohon restu hanya kepada Tuhan kerana Dialah yang telah menciptakan anak itu untuk kita?

    tolokminda

    February 2, 2010 at 4:13 pm

  2. Salam…
    Dalam masyarakat melayu….kebanyakan amalan agama
    dicampur aduk dengan adat kepercayaan jahiliah.Itu
    saya tak nafikan dan memang boleh membawa kepada
    sirik tanpa disedari.

    Bagi masyarakat moden atau lebih memahami jalan sunnah
    dan alquran,…tidak lah begitu.

    Jika sekadar menyembelih haiwan untuk kenduri…ia
    boleh diniatkan sedekah.Jika mencukur jambul hanya
    sebagai adat resam….apakah salah.

    Yang salah adalah iktiqad dan berakidah.Korban dikatakan menjadi kenderaan untuk bayi itu diakhirat.
    Apaka kata kalau bayi itu jadi perosak agama…!
    Unta pun tak mau nak bawak dia yg.berat dengan dosa.

    Berkenaan potong jambul,..apa tujuannya saya pun
    tak tau.Begitu juga dalam amalan HAJI,…dikatakan
    mencukur rambut.

    Jadi kita kaji cukur rambut dalam amalan HAJI
    terlebih dulu untuk memahami tujuan cukur jambol.

    Tok Syam

    February 2, 2010 at 6:55 pm

  3. Kaum Bani Israil telah dinasihatkan oleh Allah:

    “Janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan kamu sembunyikan yang hak – sedangkan kamu tahu.” (2:43)

    Jadi Tok Syam, kalau dah tahu amalan-amalan kita sekarang telah banyak bercampur aduk diantara yang hak dan bathil – mengapa kita masih mahu mengikut sunnah orang-orang Yahudi?

    Aidid Safar

    February 3, 2010 at 3:19 am

  4. Salam Aidid Safar,

    Terima kasih : )

    tolokminda

    February 3, 2010 at 4:21 am

  5. salam..

    aidid safar tulis:
    _____________________
    Janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan kamu sembunyikan yang hak – sedangkan kamu tahu.” (2:43)

    Jadi Tok Syam, kalau dah tahu amalan-amalan kita sekarang telah banyak bercampur aduk diantara yang hak dan bathil – mengapa kita masih mahu mengikut sunnah orang-orang Yahudi?
    …………………………………………….

    Jadi siapa yg.menyorokan dan kita yg.dimaksudkan tu
    siapa dan apa langkah usaha anda….dan kita2 semua..?

    Tok Syam

    February 3, 2010 at 4:50 am

  6. Salam…
    Kebanyakan kita melihat amal syariat dalam bentuk
    akal.Demikianlah manusia berfikir tentang ciptaan tuhan
    dalam persepsi manusia.

    Hal ini dah dijelaskan oleh ahli2 ilmu tentang amal
    yg.ditambah dengan tujuan lain.

    Usah kata amal2 adat,…kita yg.merasa diri berkemampuan
    membetulkan keadaan manusia dengan akal fikiran dan usaha juga menyamai dengan perbuatan jahiliah…tak
    de beza pun kemurkaan Allah.

    Tok Syam

    February 3, 2010 at 4:57 am

  7. Dah memang menjadi adat orang2 melayu kalau benda itu ada disebut didalam hadith mereka akan melakukannya tanpa soal jawab. Kita harus tahu bahawa tindak tanduk Nabi Muhahammad terbahagi kepada tiga.
    1. Sebagai Nabi
    2. Sebagai Rasul dan
    3. Sebagai Muhammad, seorang Arab.

    Kalau ada pun Nabi membuat Aqiqah ianya dibuat kerana itu adalah amalan dan adat orang2 arab. Dan ianya bukan amalan mengikut Al-Quran. Kita juga akan ingat tentang kisah Abu Jahal yang mengorbankan hampir 100 ekor unta semamsa kelahiran Nabi Muhammad.

    ramsys pranata

    February 3, 2010 at 7:47 am

  8. Salam…
    Kalau boleh kembangkan lagi gambaran tu…. mengenai
    kedudukan nabi disisi kehidupan umat itu agar umat
    faham apa tujuan nabi dilantik sebagai model yg.meliputi
    semua aspek komitment hidup.

    Tok Syam

    February 3, 2010 at 8:21 am

  9. salam…

    boleh tak kira nya kalau saya ingin mgetahui adakah nabi dan para sahabat bersolat seperti kita?

    Ahmad

    February 3, 2010 at 10:19 am

  10. Salaam,

    Tidak salah melakukan perihal adat selagi adat itu tidak bercanggah dengan syariat… yang salahnya adalah menanggap bahwa adat itu sebahagian dari syariat agama.

    Siapalah kita untuk keluar di luar sana lalu melaung-laungkan hal-hal sebegini kepada masyarakat. Sedangkan yang ada jawatan pun jika membawa lain dari yang lain akan di cop berbagai-bagai gelaran, inikan pula kita. Oleh itu apa yang boleh kita lakukan adalah mulakan dari diri kita dan keluarga terlebih dahulu.

    MataHati

    February 3, 2010 at 12:04 pm

  11. Salam Matahati,

    Ketetapan Tuhan muktamad kedudukanya berbanding syariat ciptaan manusia. Restu Tuhan juga muktamad kedudukannya berbanding restu manusia. Ini kerana balasan Tuhan pun muktamad sifatnya. Kalau termasuk dalam golongan penghuni neraka, maka kekallah kita di dalamnya. Dan kalau dapat jadi penghuni syurga di situlah kita akan kekal selama-lamanya.

    Apa saja perbuatan kita akan dinilai dan dibalas oleh Tuhan setimpal. Tuhan tak tengok samada perbuatan kita tu berasaskan kepada adat atau syariat sesiapa. Kalau menyekutukan Dia, tidak ada penebus bagi dosa itu. Jadi sentiasalah berjaga-jaga jangan sampai terjerumus ke dalam dosa menyekutukan Tuhan biar apa pun alasan kita.

    Tetapi masyarakat secara umumnya mungkin tidak akan dapat menerima dengan mudah seperti yang telah dibuktikan oleh sejarah. Oleh itu kesimpulan tuan bahawa apa yang boleh kita lakukan adalah mulakan dari diri dan keluarga kita terlebih dulu memang tepat sekali.

    tolokminda

    February 3, 2010 at 12:45 pm

  12. Salam,

    Isu tentang cukur jambul ni semua dah tahu semuanya mengarut. Apa kata lepas ni Tuan Tolokminda tuliskan pula pasal ZAKAT DAN SEDEKAH berdasarkan quran dan manusia hari ini. Pasti ada yang meletup.

    Penulis

    February 4, 2010 at 2:37 am

  13. Salam…
    Kalau isu ZAKAT dan sedekah tu…tak berapa power.
    Cuba bangkitkan isu Tawaf , Shaie , Melontar Batu ,
    pertandingan membaca alquran , majlis kenduri tahlil
    aruah dan banyak lagi….yg.boleh meletupkan sekali
    blog TM.

    Lepas tu pakat2 la…buat kumpulan ahli fikir 2012…
    tak payah nabi ISA nak susah2 turun akhir zaman.

    Tok Syam

    February 4, 2010 at 4:50 am

  14. “tak payah nabi ISA nak susah2 turun akhir zaman”

    Nabi Isa tidak akan turun untuk menyelamatkan kita semua pada akhir zaman.

    Ianya adalah mitos dalam agama Kristian. Sayang, ramai Islam yang menjaja mitos ini bagi pihak Kristian.

    muaddib

    February 4, 2010 at 5:00 am

  15. “Soalan tolokminda: Kenapa perlu letak pisau dan memperasap kemenyan? Tuhan tidak cukupkah sebagai pelindung?

    Jawapan mereka: “Sebab kami lihat bapa-bapa kami dahulu melakukannya.”

    Juang

    February 5, 2010 at 12:28 am

  16. 7:195 Tidakkah mereka mempunyai kaki untuk berjalan? Atau tangan untuk memegang? Atau mata untuk melihat? Atau telinga untuk mendengar?

    Ayat ini jelas memberitahu bahawa Allah buat ketetapan kepada manusia semuanya ada logik. Ada sebab musabab yang boleh difikirkan.

    Kenapa perlukan kaki? Sebab untuk kita berjalan. Kenapa perlukan tangan? Sebab nak memegang. Kenapa diadakan mata? Sebab untuk melihat. Kenapa perlukan telinga? Sebab untuk mendengar. Pendek kata, apa yang Allah tetapkan kepada manusia, pasti ada bukti2 logik.

    Tetapi manusia suka buat sesuatu ketetapan amalan yang tiada logiknya. Mereka akan guna nama2 Nabi atau imam2 terdahulu untuk mendakwa ketetapan itu daripada Allah. Mereka nak menipu manusia dengan menggunakan persangkaan dan kekaburan atas perbuatan hamba2 Allah terdahulu yang tiada siapa nampak benarkan hamba Allah itu buat begitu. Itulah taktik2 manusia nak menipu manusia.

    Sesuatu yang jelas daripada Allah, pasti ada bukti yang boleh kita cari di langit dan di bumi termasuk pada diri kita baik dari segi jasmani mahupun rohani. Malah nak buktikan Allah itu Esa, pada alam semesta ini sudah ada jawapannya bagi orang2 yang mahu memikirkannya.

    Juang

    February 5, 2010 at 12:35 am

  17. Tolokminda menulis: “Ironinya, sedangkan Al-Quran telah memberi petunjuk jelas bahawa Nabi sendiri pernah disuruh membantah amalan menyekutukan Tuhan melalui majlis meraikan kelahiran bayi di zamannya, hari ini Nabi pula telah dijadikan subjek penyekutuan yang paling diutamakan dalam acara seperti itu oleh umatnya sendiri.”

    Menjadikan seseorang Nabi atau imam2 sebagai subjek penyekutuan bukan perkara baru dalam masyarakat manusia. Sejak zaman Nabi Nuh lagi, mereka sudah tetapkan amalan sembahan ritual atas nama hamba2 Allah tertentu.

    Bagi mereka, jika buat sesuatu amalan yang kononnya daripada ajaran hamba2 Allah terdahulu, itulah amalan yang Allah terima. Walhal Allah tidak pernah sempitkan amalan manusia mengikut ketetapan yang mereka ada-adakan itu.

    Juang

    February 5, 2010 at 12:39 am

  18. Tolokminda menulis: “Cuma manusia saja yang gagal mengenali sifat dan sikap buruk mereka terhadap Pencipta mereka sendiri.”

    Kegagalan ini berpunca daripada sikap malas berfikir mencari bukti2 yang jelas, dan lebih suka menurut membuta-tuli orang2 yang mereka anggap “orang mulia” dalam masyarakat mereka. Bagi mereka, jika ikut ajaran “orang2 mulia” itu, pastilah benar dari sisi Allah. Jadi mereka sudah tidak menapis lagi dalam mengikut sesuatu ajaran.

    Bayangkanlah macam mana ada manusia sampai boleh percaya Nabi Isa itu anak Tuhan gara2 taksub dengan ajaran2 “orang mulia” mereka. Walhal semua manusia adalah sama2 diciptakan oleh Allah. Tetapi bila tak mahu berfikir logik, benda2 semudah itu pun mereka takleh terima hakikat kebenarannya.

    Juang

    February 5, 2010 at 12:47 am

  19. Tolokminda menulis:”Adakah kita mahu terus meniru amalan buruk kaum Jahiliah terhadap Tuhan apabila meraikan kegembiraan menyambut kelahiran anak-anak kita? Adakah kita tidak ada common sense?”

    Jika yang tidak suka berfikir dan membuka minda, mereka tidak nampak amalan2 itu ada kesalahannya. Yalah, kalau sudah pembesar2 agama, adat atau keluarga mereka menekankan pasal amalan itu, pasti susah nak ubah. Benda2 tu sudah berkarat dalam jiwa dan sukar dikikis.

    Apatah lagi dalam masyarakat yang sensitif bab2 amalan tradisi ini, mereka sukar nak berubah. Sesiapa yang membawa kelainan yang bercanggah dengan amalan tradisi, pasti akan dipulau oleh kaum kerabat sendiri.

    Kadang2 kita terfikir, apakah rata2 orang Melayu hari ini dah kembali meniru amalan2 kaum2 musyrik terdahulu?

    Juang

    February 5, 2010 at 12:53 am

  20. Salaam,

    Rupanya masih ada lagi umat islam yang mengharapkan Nabi Isa akan kembali untuk membantu mereka….

    MataHati

    February 5, 2010 at 3:07 pm

  21. salam….
    Terjemahan hadith Shahih Muslim
    2176

    Dari Rafi` bin Khadij ra.katanya:
    ————————————
    Rasulallah saw. tiba diMadinah,dan orang2 Madinah
    sedang mencangkok pohon2 kurma.
    Beliau bertanya:
    Apakah yg.tuan2 kerjakan?
    Mereka mejawab:Sedang mencangkok pohon2 korma.
    Rasulallah menasihatkan,kata beliau:
    Adalah lebih baik jika usaha itu tidak diteruskan…

    Maka mereka yg.melakukan kerja memotong pohon2 korma
    itu berhenti dari melakukan.Dan beberapa waktu kemudian
    ternyata hasil mencangkok pelepah kurma itu telah menghasilkan
    buah yg.lebih baik.Lalu mereka khabarkan kepada baginda.

    Maka bersabda baginda rasulallah saw:
    Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia.Apabila ku
    perintahkan kepada kalian mengenai urusan agama Allah,..
    maka hendaklah kamu taati.Dan apabila ku perintahkan
    sesuatu menurut akal fikiran dan dugaan ku,maka aku
    hanyalah manusia biasa.Maka lakukanlah sekiranya
    perkara itu berupa menfaat dan kebaikan.

    Tok Syam

    February 5, 2010 at 6:11 pm

  22. Salam…

    Az-Zukhruf[61]
    Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.

    Harap dapat sdr.MataHati ulaskan sikit atau menafsirkan
    tafsiran diatas.

    Tok Syam

    February 5, 2010 at 6:47 pm

  23. Salam Tok Syam,

    Dalam 43:61-62 Tuhan bukan merujuk kepada Nabi Isa, tetapi kepada hari kiamat. Tuhan kata kita sudah pun diberitahu mengenainya, jadi janganlah ragu-ragu dan ikutlah Dia (Tuhan). Jangan ikut syaitan kerana ia adalah musuh yang nyata kepada kita.

    43:61 Dan sesungguhnya sudah menjadi pengetahuan tentang Saat itu (hari kiamat), oleh itu janganlah mempunyai keraguan tentangnya dan ikutilah Aku: ini adalah jalan yang lurus.

    Kemudian dalam 43:66 Tuhan menjelaskan tentang keadaan Saat itu (hari kiamat), iaitu ia datang dengan tiba-tiba di mana sesiapa pun tidak akan menjangkanya. Dengan kata lain, Saat itu iaitu hari kiamat tidak ada kena mengena dengan Nabi Isa diturunkan ke bumi. Masih tidak jelaskah Tok Syam dengan apa yang dimaksudkan Tuhan tentang Saat itu atau hari kiamat? Atau Tok Syam sememangnya tidak mahu percaya wahyu Tuhan yang begitu jelas?

    43:66 Adakah mereka hanya mahu menunggu Saat itu (hari kiamat) – tentulah ia akan datang kepada mereka secara tiba-tiba sedang mereka tidak menjangkanya.

    tolokminda

    February 6, 2010 at 1:00 am

  24. Salam

    Atas hujah apa Allah nak mendatangkan kembali Nabi Isa? Sedangkan berapa ramai Nabi dan Rasul didatangkan bersilih ganti di merata tempat, dari kalangan pelbagai bangsa dan bahasa, namun orang2 yang tidak percaya tetap mendustai mereka. Siapa yang kenal rupa paras Nabi Isa?

    Allah Maha Perkasa. Untuk menyampaikan ayat-ayatNya, Dia tidak memerlukan seseorang manusia yang esklusif untuk menjalankan dakwah.

    Di kalangan berbilion manusia yang hidup di muka bumi ini, Allah mudah2 sahaja nak memilih mereka yang menyampaikan ayat-ayatNya agar manusia beringat.

    Juang

    February 6, 2010 at 1:19 am

  25. Tentang kedatangan apa jua tanda pun…ianya tak
    penting bagi orang2 yg.tak beriman….dan bagi orang2
    takwa… mereka hanya memikirkan mati dalam iman dan
    bertauwhid yg.betul sepanjang masa.

    Yang penting bagi ahli fikir ialah meyakini 2012 lebih logik…dari memikirkan tanda2 yg.Allah sebutkan.

    Apabila kita mempunyai niat ragu2 dan mempertikai
    ayat2 dan tanda yg.diberitakan,…dengan
    sendiri kedudukan iman orang2 demikian adalah
    dibalik balikkan hatinya.

    Allah sekadar menyatakan hal2 yg.akan memberi
    tanda jelas.Tanda2 yg.lain tu…hanyalah menjadi
    ejekan manusia…..kerana ianya dilihat sebagai
    fitrah manusia….seperti….banyak maksiat, pertumpahan darah ,kepupusan orang2 berilmu dan
    bertambahnya orang2 jahil jadi ulama dan sebagainya.

    Allah hanya memberi tanda jelas itu sebelum tanda
    terakhir keluar.Ketika itu akan jelas siapa KAFIR
    dan siapa ISLAM.Ketika itu Jihad memerangi dan
    menghapuskan kafir akan berlaku secara besaran.

    Tok Syam

    February 6, 2010 at 6:05 am

  26. Salam,

    Even nak menjangka turunnya hujan atau tidak dalam sesuatu hari pun manusia tidak mampu menjangka dengan tepat. Sebab itu manusia hanya sebut sebagai ramalan kaji cuaca.

    Belum tentu jika dilihat mendung, bererti akan hujan pada hari itu. Dan belum tentu jika dilihat panas, akan panas sampai ke petang. Ada faktor2 yang yang diluar jangkaan manusia yang mereka tidak nampak.

    Namun ramalan kaji cuaca itu berguna untuk membantu manusia membuat perancangan dan persiapan yang sepatutnya.

    Begitu juga tentang ramalan berlakunya kiamat. Ia sekadar ramalan dan belum tentu tarikh2 yang dicadangkan itu benar2 mengikut spesifikasi Allah. Namun ramalan itu berguna untuk manusia membuat persiapan yang sepatutnya.

    Samalah seperti Nabi Nuh mampu menjangka tempat tinggalnya akan ditimpa bencana banjir besar berdasar sunnah2 alam dan peredaran cuaca. Namun bila terjadi Saat itu, Allah sahaja yang tahu.

    Bagi Nabi Nuh, bila tahu tempatnya akan ditimpa banjir, maka cepat2 dia dan orang2 beriman membina kapal sebab ilham2 yang Allah tunjukkan itu mengandungi perintah Allah agar mereka menyelamatkan diri.

    So kalau kita seorang yang beriman dan jika dijangkakan bumi akan dirempuh komet, takkan kita tidak mampu mencipta kapal angkasa untuk berhijrah ke planet2 yang selamat di diami? Bukankah rahmat Allah itu luas?

    Tapi lihatnya keadaan orang Islam hari ini. Nak cipta kapal terbang pun terkial2 gara2 pemalas berusaha kaji alam dan sains, macam manalah nak bina kapal angkasa.

    Pada usaha itulah membezakan nasib2 manusia, bukannya pada gelaran agamanya.

    Juang

    February 6, 2010 at 6:18 am

  27. Sudah dinyatakan dalam Quran yang semua nabi adalah manusia biasa yang makan, minum dan akan mati bila sampai waktunya.

    Mengapa perlu ada Muhammad jika Isa akan turun semula menyelamatkan manusia.

    Sudah tertera dalam dalam Quran yang tiada siapa yang dapat menyelamatkan seseorang itu melainkan amalannya sendiri dan tiada orang lain yang akan menanggung dosa seseorang itu melainkan dirinya sendiri.

    muaddib

    February 6, 2010 at 9:34 am

  28. salam..muaddib

    Betul…apa yg.anda fahamkan tu,..sedikit pun tak salah.
    Tapi kenyataan ayat yg.dimaksudkan tu cuma saya ingin
    sdr.Matahati huraikan.

    Sebaliknya TM beri ulasan,..bahawa tiada kena mengena
    dengan turunnya Isa.melainkan sebagai menerangkan hal
    KIAMAT.

    Kenapa Allah terangkan banyak sangat tanda2 yg.ghaib
    atau tak dapat manusia yakin..?
    Bukankah cukup dengan Allah nyatakan bahawa hari
    KIAMAT tetap akan datang.

    Kalau dah yakin pada wujudnya Allah maha kuasa…
    tanda2 lain…apakah perlu.

    Apakah perlunya Isa diakhir zaman….sedangkan umat
    Muhammad pun tak membaca dan memahami BIBLE.Apakah
    kalau ISA turun…manusia mengenalinya…?
    Melainkan Isa menunjukkan bukti mukjizat.

    Jadi…kalau semuanya itu difikirkan secara logik
    akal semata2….memanglah semua alasan benar.
    Hanya Allah saja tau….kenapa ia menjadikan nyamok
    sebagai perumpamaan yg.BODOH dipandang oleh orang2
    tak beriman.

    ………………………………….
    2[26]
    Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;

    Tok Syam

    February 6, 2010 at 10:36 am

  29. Salam,

    Jika kita halusi, hatta dengan guna nyamuk sebagai perumpamaan cukup untuk menjadikan bukti sesuatu kebenaran. Tetapi orang2 yang mengada-adakan sesuatu amalan tertentu tidak mampu bawa apa2 perumpamaan untuk membuktikan apa yang mereka tetapkan itu benar2 dari sisi Allah.

    Bila ditanya kenapa buat sesuatu amalan, mereka jawap, “sebab kami nampak bapa2 kami buat begitu” atau “sebab ada orang nampak Nabi buat macam itu”. Kenapa mereka tak bawa perumpamaan dalam berhujah?

    Juang

    February 7, 2010 at 2:50 pm

  30. Salam,

    Berdasarkan 2:26, yang menarik perhatian ialah soal nyamuk di jadikan perbandingan.

    Bagi orang yang tidak mengakui Al-Quran atau wahyu Tuhan dijadikan pedoman 100 peratus, maka sudah tentu hairan dengan nyamuk sebagai benchmark. Yang mereka tahu, nyamuk itu, kecil, kerdil dan bawa penyakit denggi dan gigit kita sana-sini.

    Bagi orang yang ikut Al-Quran 100 peratus,sudah tentu soal nyamuk ini besar maknanya. Tuhan sebenarnya menyindir kita manusia yang suka sangat ingkar akan wahyunya.

    Maksud saya :

    1. Kita manusia, walau peringkat Ph.D sekalipun, tidak akan dapat mencipta makhluk walau sebesar nyamuk sekalipun. Sekecil-kecil nyamuk, kalau dizoom pakai microscope, iaya adalah makhluk Tuhan yang juga sangat kompleks biologinya.

    2. Walaupun nyamuk kecil saja nampaknya, tapi ia juga berperanan penting dalam life cycle di alam sekitar.

    3. Walaupun sudah ada pakar Ph.D dalam aerospace engineering, sehingga sekarang aerospace engineer, masih buntu untuk mencari formula bagaimana mencipta flying vehicle yang dapat terbang zig-zag seperti nyamuk.

    Kalau diperhalusi kata-kata yang tersirat dalam ayat ini, maka bukan Tuhan yang malu, tetapi sebaliknya kita manusia yang banyak kelemahan ini sepatutnya malu, apabila tidak mampu mencipta design seekor nyamuk … tapi bukan main sombong lagi bila tidak mengakui betapa lengkapnya wahyu Tuhan.

    message114

    September 26, 2010 at 2:36 am

  31. Salam,

    Bagaimana laut terbelah

    Dalam blog saudara Jebon (dipetik daripada Kosmo) ada menceritakan bagaimana saintis US mengkaji bagaimana laut Merah boleh terbelah. Maksudnya mereka mengkaji kelogikan Al Quran. Dan membuktikan Al Quran itu ajaran yang logik dan selari dengan hukum akal, cuma memerlukan manusia itu rajin berfikir dan mengkaji. Dengan teknologi simulasi komputer, apa yang dikhabarkan oleh Al Quran itu dibuktikan benar.

    Kenapa saintis-saintis Barat yang dilabelkan kafir oleh umat Islam hari ini itulah yang sibuk membenarkan ayat-ayat Al Quran, sedangkan umat Islam hari ini begitu taksub dengan ayat-ayat si polan bin si polan? Tidakkah itu suatu gambaran yang cukup memalukan dan menghinakan umat Islam hari ini yang perasan merekalah pengikut Al Quran yang setia?

    Juang

    September 26, 2010 at 9:43 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: