Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Takkanlah Tuhan suruh Nabi jadi imam solat bersama musuh yang sedang diperangi?

with 37 comments

Ayat ke 102 dan 103 Surah An-Nisa memang popular di kalangan ulama agama dalam usaha mereka menanam doktrin ritual solat kepada umat. Tetapi mari kita lihat bagaimana mereka menterjemah dan mentafsirkan ayat-ayat ini yang saya kira agak lintang pukang akibat usaha mereka meletakkan maksud perkataan tidak kena pada tempatnya.

Terjemahan dalam Bahasa Malaysia terjejas teruk dan terpesong jauh dari apa yang Tuhan hendak sampaikan. Oleh itu saya akan sertakan satu terjemahan dalam bahasa Inggeris oleh Syakir untuk memberi sedikit imbangan. Dan untuk memahami konteks ayat 102 dan 103 itu, ayat sebelumnya, iaitu ayat 101 dan 104 juga perlu dibaca bersama. Oleh itu saya turut sertakan kedua-duanya.

[4:101] Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.

[4:102] Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.

[4: 103] Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

[104] Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Rujukan di sini

Di bawah pula adalah terjemahan oleh Syakir. Juga meletakkan makna perkataan tidak kena tempat, tetapi maksud ayat keseluruhannya masih boleh digapai minda dan saya membuat terjemahan semula dari terjemahan ini.

4:101 And when you journey in the earth, there is no blame on you if you shorten the prayer, if you fear that those who disbelieve will cause you distress, surely the unbelievers are your open enemy.

4:102 And when you are among them and keep up the prayer for them, let a party of them stand up with you, and let them take their arms; then when they have prostrated themselves let them go to your rear, and let another party who have not prayed come forward and pray with you, and let them take their precautions and their arms; (for) those who disbelieve desire that you may be careless of your arms and your luggage, so that they may then turn upon you with a sudden united attack, and there is no blame on you, if you are annoyed with rain or if you are sick, that you lay down your arms, and take your precautions; surely Allah has prepared a disgraceful chastisement for the unbelievers.

4:103 Then when you have finished the prayer, remember Allah standing and sitting and reclining; but when you are secure (from danger) keep up prayer; surely prayer is a timed ordinance for the believers.

4:104 And be not weak hearted in pursuit of the enemy; if you suffer pain, then surely they (too) suffer pain as you suffer pain, and you hope from Allah what they do not hope; and Allah is Knowing, Wise.

Saya berpendapat siapa pun yang menterjemah ayat-ayat dalam Bahasa Melayu di atas, beliau nampaknya terpaksa bekerja keras menokok tafsiran bagi membolehkan konteks ayat diolah selaras dengan ajaran ulama, tetapi bukan ajaran Tuhan.

[4:102] Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu..

Dalam terjemahan Bahasa Melayu, penterjemah cuba memberi konotasi bahawa “mereka” itu adalah para sahabat. Konotasi ini tidak kena dengan ayat sebelumnya. Jika dibawa dari konteks ayat 101, “mereka” sepatutnya membawa maksud orang-orang yang tidak percaya. Baca..

[4:101] Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.

[4:102] Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka…

Mana mungkin Tuhan suruh Nabi menjadi imam sembahyang kepada orang-orang yang tidak percaya sambil mereka menyandang senjata di dalam situasi Nabi sedang berperang dengan mereka? Saya amat yakin bagi kebanyakan kita terjemahan Bahasa Melayu ayat 102 surah An-Nisa di atas amat mengelirukan dan mustahil untuk difahami intipatinya. Ia tidak sesuai dengan sifat wahyu Tuhan yang sepatutnya jelas.

Ayat 103 juga masih mengelirukan. Selama ini kita diajar bahawa sembahyang adalah amalan yang ultimate untuk mengingati Tuhan, tetapi dalam ayat tersebut Tuhan dikatakan suruh kita mengingati Dia selepas sembahyang. Adakah sembahyang tidak cukup untuk mengingati Tuhan atau orang-orang yang sembahyang sememangnya kurang mengingati Tuhan sehingga Tuhan suruh lagi mereka ingatkan Dia lepas sembahyang?

Hanya mereka yang sembahyang dapat menjawabnya.

Baiklah kita kembali kepada ayat 101-104, Surah An-Nisa. Bagaimana terjemahan dan tafsiran yang sepatutnya? Saya berpendapat ia begini:

4:101 Dan apabila kamu mengembara di bumi, tidak menjadi kesalahan jika kamu ringkaskan komitmen-komitmen kamu, jika kamu bimbang mereka yang tidak percaya akan menggugat kamu, sesungguhnya mereka adalah musuh yang terbuka.

4:102 Dan apabila kamu berada di antara mereka, berpeganglah kepada komitmen kamu terhadap mereka, biarkan sebahagian dari mereka berhadapan dengan kamu, dan biarkan mereka mengambil senjata mereka, kemudian jika mereka bersetuju, biarkan mereka berlindung di belakang kamu, dan biarkan sebahagian mereka yang lain, yang tidak komited untuk bersama kamu berdepan dengan kamu pula, biar mereka bersiap sedia dengan senjata mereka; mereka yang tidak percaya ingin kamu cuai dengan senjata dan peralatan kamu, jadi mereka boleh bersatu menyerang kamu secara tiba-tiba, (bagaimanapun) tidak menjadi kesalahan ke atas kamu jika kamu dihalangi hujan atau jika kamu jatuh sakit, maka kamu letakkan senjata kamu dan ambillah langkah berjaga-jaga; sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang memalukan kepada mereka yang tidak percaya.

4:103 Dan apabila kamu selesai dengan komitmen tersebut (berperang ), ingatlah Allah sambil berdiri, duduk atau bersandar; tetapi apabila kamu telah benar-benar selamat; tunaikanlah komitmen-komitmen yang rutin, sesungguhnya setiap komitmen mempunyai garismasa (dateline) kepada orang-orang yang percaya.

4:104 Dan janganlah kamu berhati lembut dalam menghadapi musuh, jika kamu mengalami kesakitan, maka mereka juga mengalaminya sebagaimana kamu, dan kamu mengharap dari Allah apa yang mereka tidak harapkan; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

Saya tidak kata ia satu terjemahan yang sempurna. Seperti yang saya telah katakan ia hanyalah terjemahan semula oleh saya dari terjemahan Syakir dalam bahasa Inggeris tetapi niat saya adalah untuk memahami maksud ayat-ayat Tuhan sebagaimana ia patut difahami. Sekurang-kurangnya untuk diri saya sendiri.

Posting ini saya usahakan khusus untuk menjawab persoalan seorang pembaca dengan nick Penulis di sini. Saya harap Penulis dan para pembaca lain boleh sama-sama memberi pendapat atau pandangan demi kepentingan bersama.

Written by tolokminda

January 1, 2010 at 1:12 pm

Posted in Solaa | Solat

Tagged with , , , ,

37 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Ayat 4:101 dan 4:102 menjelaskan lagi bahawa solat bukannya solat ritual (sembahyang).

    Buat masa ini, perkataan komitmen (iltizam) itu memang sesuai dikaitkan dengan solat yg disebut dalam Al Quran.

    “Marilah solat, marilah menuju kejayaan”.

    Hanya orang yang berkomitmen dalam hidup akan berjaya. Dan kita sudah nampak yang buat solat ritual itu bukan kaum yang berjaya pada hari ini, berbanding kaum2 yang komited dalam mengkaji bidang2 ilmu.

    Juang

    January 1, 2010 at 5:16 pm

  2. Salam,

    Sedikit demi sedikit keterangan tuan mulai saya faham dan mungkin ada kebenaranya. Di sini saya bukan nak memberi komen mengenai tajuk, cuma apa yang saya nak sentuh di sini ialah secara keseluruhannya pada pemahaman tuan solat itu bukan ritual. Ini bermaksud tidak ada upacara atau amal seperti bediri, tunduk dan sujud dalam kita mengingati Allah. Alasanya ialah kerana upacara yang kita lakukan dalam solat tidak sama dengan solat dari agama-agama lain.

    Kalau betullah tidak ada upacara ritul tersebut kenapa Allah ada menyebut dalam Quran yang berbunyi,””Dan kamu bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud” (22:26).

    Saya mohon pencerahan daripada tuan.

    Penulis

    January 3, 2010 at 1:01 am

  3. Salam,

    Seronok saya apabila bertemu dengan laman yang membicarakan tentang ajaran Quran. Walaupun kita semua berlainan pendapat, namun ia lebih baik daripada melayan mereka yang buta mata dan hati terhadap Quran sebagaimana yang terjadi di laman terjah.

    Saya telah baca sedikit demi sedikit artikel dalam laman ini. Tuan juang dan mata hati nampaknya sealiran pendapat dalam kebanyakan segi. Tuan penulis pula, nampaknya begitu lain sedikit.

    Dalam hal ini, nampaknya saya juga mempunyai pendapat yang sealiran dengan penulis.Pada saya dalam apa jua sekalipun komitmen kita mesti ada ritual. Pada saya solat ada ritualnya. Kalau penulis menggunakan ayat 22:26 sebagai dalilnya yang membuktikan ada ritual berdiri, tunduk dan sujud, maka saya pula menggunakan ayat 21:73,” Dan melantik mereka untuk menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami mewahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan Kami mereka sembah.

    Pada saya dalam ayat ni, kita dapat membezakan antara komitmen lain(perbuatan kebajikan) dan solat.

    Saya pastekan lagi dua ayat lain untuk menguatkan hujah saya iaitu ayat 2:45. Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang merendah hati dan ayat 2:153. Wahai orang-orang yang percaya, kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

    Dan lagi 2:277. Orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

    maaf kalau saya silap dalam memahami ayat Tuhan.

    tok janggut

    January 3, 2010 at 1:36 am

  4. Salam Penulis,

    Tuan perlu ingat saya menyediakan blog ini sebagai tapak perbincangan untuk kita sama-sama belajar dan bukan kerana saya mahu mengajar. Jadi, apa saja yang saya kemukakan tuan perlu selidiki sendiri, begitu juga apabila tuan mengemukakan sesuatu, saya bertanggungjawab terhadap diri saya untuk membuat penyelidikan. Pencerahan yang mutlak datang dari Tuhan.

    Tentang ayat 22:26.

    Sebenarnya saya tidak percaya Kaabah itu rumah Allah. Tuhan tidak perlu rumah di atas muka bumi ini. Kita sebagai manusia juga tidak perlu pergi atau mengadap “rumah Tuhan” untuk mendekatkan diri kita kepadaNya. Sudah jelas Tuhan kata jangan menyekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, jadi idea bahawa Tuhan mempunyai rumah di bumi adalah tidak masuk akal.

    Saya berpendapat ayat 22:26 sepatutnya diterjemahkan seperti berikut;

    22:26 Ingatlah ketika Kami berikan Ibrahim satu kedudukan di dalam sistem ini (iaitu sistem Tuhan – alam semesta ini dicipta oleh Tuhan dengan sistematik): “Jangan persekutukan Aku dengan apa juga, dan sucikan sistemKu untuk orang ramai, dan yang menegakkan (uphold), dan yang merendahkan hati mereka mengakuinya.

    tolokminda

    January 3, 2010 at 5:45 am

  5. Salam,

    Saya suka kembali pada pokok pangkal dalam membincangkan sesuatu perkara. Dalam beramal, jika kita kaji kisah Nabi Adam, tidak ada Al Quran menceritakan bagaimana bentuk amalan ritualnya. Yang kita tahu, baginda belajar nama-nama (benda dan sifat2nya) sehingga jadi insan yang berpengetahuan tinggi mengalahkan malaikat.

    Jadi, atas dasar apa Rasulullah hendak buat solat ritual sedangkan baginda sendiri membawa kisah Nabi Adam tanpa solat ritual itu?

    Yang jelas, Nabi Adam komited belajar dengan Allah sehingga dia layak dipatuhi oleh para malaikat (kecuali iblis).

    Oleh itu, kita hidup ini biarlah komited dalam bidang ilmu agar kedudukan kita lebih berbanding para malaikat. Allah hanya suruh malaikat patuh kepada manusia selepas manusia itu membuktikan ilmunya tinggi berbanding malaikat.

    Adakah amalan ritual itu meninggikan ilmu kita atau perbuatan2 lain itu?

    Jika kita melihat daripada fitrah, mudah untuk kita mencari jawapan2 yang tersembunyi dalam Al Quran itu.

    Juang

    January 3, 2010 at 6:38 am

  6. Salam Tok Janggut,

    Terima kasih kerana menyertai perbincangan di sini. Mari kita lihat 21:73. Pada pendapat saya, untuk memahami konteks ayat tersebut kita perlu membaca dari ayat 21:69.

    21:69 Kami berkata: Wahai api! Jadi selesa dan aman kepada Ibrahim.

    21:70 Dan mereka mahu memerangi dia, tetapi kami jadikan mereka pihak yang rugi.

    21:71 Dan kami kurniakan dia (Ibrahim) seperti mana Lut, bumi yang Kami berkati untuk semua manusia.

    21:72 Dan kami berikan dia Ishak dan Yakub, dan seorang cucu dan kami jadikan mereka semua baik-baik.

    21:73 Dan kami jadikan mereka ketua (leaders) yang memimpin dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka nilai-nilai yang baik dan berpegang kepada komitmen dan memurnikannya, dan hanya kepada Kamilah segala bakti mereka.

    Apabila kita membaca dari ayat 21:69, kita akan nampak dengan jelas bahawa 21:73 merujuk kepada keturunan Nabi Ibrahim yang Tuhan berkati di mana mereka diangkat sebagai pemimpin (iaitu nabi dan rasul) dan mereka semua melaksanakan dan memurnikan komitmen-komitmen mereka hanya kepada Tuhan. Tuhan mengesahkan perkara ini dengan berkata, “hanya kepada Kamilah segala bakti mereka”.

    Kemudian ayat 2:45. Ayat ini kita perlu baca dari 2:40 untuk memahami konteksnya.

    2:40 Wahai bani Israel! Ambil beratlah kurniaKu yang telah Aku limpahkan kepada kamu dan patuhilah perjanjianmu denganKu, Aku akan tunaikan perjanjianKu dengan kamu, dan kepada Aku, dan Aku sahaja, kamu patut takut.

    2:41 Dan percayalah apa yang telah Aku wahyukan, mengesahkan apa yang ada pada kamu, dan tidak menjadi orang pertama menafikannya, jangan juga membuat permintaan yang melampau sebagai tebusan kepada wahyu-wahyuKu dan Aku, Aku sahaja, kamu patut bimbang.

    2:42 Dan jangan mencampuraduk kebenaran dengan kepalsuan, dan janganlah kamu menyembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya.

    2:43 Dan tunaikanlah komitmen-komitmen dan murnikanlah ia dan akuilah kebenaran sebagaimana mereka yang mengakui kebenaran.

    2:44 Apa! Kamu menyuruh orang-orang lain menjadi baik dan kamu abaikan jiwa kamu sendiri sedangkan kamu membaca Al-Kitab, tidak bolehkah kamu berfikir?

    2:45 Dan mintalah bantuan melalui kesabaran dan komitmen, sesungguhnya ia berat kecuali kepada mereka yang rendah hati.

    Ayat-ayat di atas di atas lebih ditujukan kepada Bani Israel di mana Tuhan mengingatkan mereka supaya menunaikan komitmen-komitmen yang terkandung dalam perjanjian mereka dengan Tuhan.

    Apakah perjanjian mereka? Tentulah apa yang telah diwahyukan kepada mereka melalui rasul-rasul dari kalangan mereka dulu.

    Dalam masa yang sama Tuhan mahu mereka mengakui bahawa apa yang diperkatakan melalui Al-Quran tentang mereka adalah benar, selaras dengan Al-Kitab-Al-Kitab yang telah mereka terima sebelumnya. Jangan buat apa-apa syarat atau alasan.(2:41)

    Kemudian Tuhan memberi amaran supaya mereka jangan mencampur-adukkan kebenaran dengan kepalsuan. Tuhan pesan kepada mereka supaya tunaikan semua komitmen, murnikannya dan rendahkan hati untuk akui kebenaran. (2:42-43)

    Ayat 2:44 Tuhan memberi kita satu gambaran apakah sifat orang Yahudi yang tidak disukai Tuhan. Mereka suruh orang lain jadi baik, tetapi mereka sendiri memutarbelitkan kebenaran, mengeluarkan bermacam-macam syarat bila terkena batang hidung sendiri, tidak pernah komited dengan janji dan sombong bongkak. Bukankah ini masih menjadi sifat Yahudi sekarang?

    Supaya kita menteladani peringatan Tuhan terhadap Bani Israel, ayat 2:45 merupakan satu kenyataan/peringatan umum Tuhan kepada semua umat Al-Kitab supaya tunaikan komitmen-komitmen mereka kalau perlukan bantuan dari Tuhan (dengan kata lain, nak berjaya dalam sesuatu usaha). Tuhan kata ia memang berat untuk dilaksanakan kecuali kita mempunyai kerendahan hati.

    Ayat 2:153 pula,

    2:153 Wahai orang-orang yang percaya! Mintalah bantuan melalui kesabaran dan komitmen., sesungguhnya Allah bersama mereka yang sabar.

    Ayat ini juga satu kenyataan atau peringatan umum supaya semua ahli Al-Kitab meminta bantuan (untuk berjaya dalam sesuatu usaha) dari Allah melalui kesabaran dan komitmen. Bukankah Tuhan kata tunaikan komitmen itu berat (2:45), jadi memang patutlah Tuhan suruh kita sabar melaksanakannya.

    Dan ayat 2:277;

    2:276 Allah tidak merestui riba, dan Dia mahu amalan kebajikan menyumbang kepada kemakmuran dan Allah tidak suka kepada sesiapa yang tidak tahu berterima kasih.

    2:277 Sesungguhnya mereka yang percaya dan membuat kebajikan dan menunaikan komitmen dan memurnikannya mereka pasti akan menerima ganjaran dari Tuhan mereka dan mereka tidak berasa takut dan tidak juga mereka berasa gusar.

    Dalam ayat 2:276-277 Tuhan suruh mengelakkan diri dari terlibat dalam urusan riba sebagai salah satu komitmen kita. Tuhan kata, Dia nak kita makmurkan dunia atau sesama manusia melalui amalan kebajikan dan bukan melalui riba. Kalau kita kenakan orang riba dari rezeki yang Tuhan beri pada kita, Tuhan sifatkan kita sebagai orang yang tak tahu berterima kasih.

    Sebagai kesimpulannya, jika lihat betul-betul semua ayat yang mengandungi perkataan solat di dalamnya merujuk kepada komitmen yang telah Tuhan tetapkan kepada kita terhadap sesuatu perkara. Dan apakah komitmen itu, bacalah ayat berkenaan dan fahamilah konteksnya.

    tolokminda

    January 3, 2010 at 6:43 am

  7. Salam Juang,

    Memang benar. Sebenarnya bukan saja Adam malah semua rasul dan nabi yang diceritakan di dalam Al-Quran termasuk Nabi Muhamad tidak pernah digambarkan oleh Allah mereka melakukan solat ritual.

    Kalau kita lihat semua nabi dan rasul dilantik di kalangan kaum yang kuat atau taat beragama. Agama-agama mereka penuh dengan amalan ritual yang menyekutukan Tuhan. Nilai-nilai hidup masyarakat mereka pula amat teruk, penuh kezaliman, kejahilan dan ketidakadilan.

    Komitmen semua rasul yang dilantik adalah untuk meruntuhkan institusi agama turun temurun kaum mereka dan dalam masa yang sama mempromosikan nilai-nilai hidup yang lebih baik, mengutamakan ilmu dan membawa kemakmuran kepada semua. Ini selaras dengan kenyataan Tuhan dalam Al-Kitabnya bahawa Dia nak kita semua hidup senang, bukan hidup susah.

    Di dalam Al-Quran kita tidak akan menemui apa-apa suruhan yang menyuruh kita melakukan sebarang amalan ritual. Al-Quran menyuruh kita menggunakan akal untuk melepaskan diri dari dogma agama yang diamalkan secara turun temurun tanpa alasan yang hak.

    Al-Quran itu memberi kita petunjuk dan pedoman. Ia adalah Penjelas (Criterion) yang dapat membantu kita memilih apa yang benar dan apa yang palsu. Jika kita tidak percaya kepada Al-Quran, kepada siapa lagi kita nak percaya?

    tolokminda

    January 3, 2010 at 9:19 am

  8. Salam,

    Benar huraian saudara tolokminda. Hakikatnya semua Nabi tidak akan membuat amalan ritual.

    Kalau kita renung secara halus, kaum yang membuat amalan ritual itu akan terkena penyakit ego yang merasakan dengan buat amalan tersebut, merekalah kaum yang Allah kasihi.

    Penyakit ego adalah penyakit yang paling sukar dikenal pasti. Hatta iblis yang asalnya malaikat pun tidak terlepas daripada penyakit tersebut. Tiada guru agama dapat mengesan penyakit ego anak2 muridnya apatah lagi dia pun ego merasakan dirinya sahajalah yang Islam.

    Sebab itu, untuk menyuluh hati kita daripada penyakit tersebut, kita kena keluar daripada amalan ritual dengan kembali kepada amalan bertukar2 pendapat untuk mengikut yang paling baik. Dengan belajar menerima perbezaan daripada mana2 jua manusia, kita akan meruntuhkan keegoan yang merasakan kaum kita sahaja yang Islam.

    Nak mengaku Islam, semua orang boleh cakap. Tetapi nak belajar meruntuhkan keegoan dengan mendengar pelbagai pendapat dan ikuti yang paling baik, itu yang sukarnya.

    Juang

    January 3, 2010 at 10:17 am

  9. Salam,

    “Nak mengaku Islam, semua orang boleh cakap. Tetapi nak belajar meruntuhkan keegoan dengan mendengar pelbagai pendapat dan ikuti yang paling baik, itu yang sukarnya”.

    Betul saya setuju dengan pendapat Juang di atas. Sebenarnya saya juga bermula dengan islam yang percayakan hadis2 tulisan tangan manusia. namun lama-kelamaan saya mulai keliru dengan hadis tersebut setelah banyak percangahan dengan Quran. Bermula dari itu saya mula menjinakkan diri saya dengan membaca banyak terjemahan Quran. Saya mulua menyukainya. Namun lama-lama kelamaan, saya dikejutkan dengan penemuan banyak terjemahan dan tafsiran yang berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh tuan berdua amat berbeza dengan fahaman yang dibawa oleh penganut Quran yang lain. Apa pun saya seronok.

    Namun untuk menolak amalan ritual dalam islam agak sukar juga. Pada saya selain daripada solat, banyak lagi amalan lain yang melibatkan ritual bagi saya seperti amalan berpuasa dan menunaikan haji. Sebagai contoh, kita tidak dibenarkan makan dan minum serta bersama isteri ketika berpuasa. Bukankah ini ritual dalam berpuasa.

    Begitu juga dalam amalan haji, saya rasa banyak amaln ritual di sini seperti tawaf dan sebagainya. Ini pemahaman saya tentang haji dan puasa.

    Mungkin tuan mempunyai fahaman yang berbeza di sini.

    Penulis

    January 3, 2010 at 4:53 pm

  10. Salam Penulis,

    Saya juga seperti common orang Melayu yang belajar “Islam”. Sebelum ini saya nampak Islam itu pada amalan lahiriah semata2. Jadi segala amalan2 ritual itu saya pastikan dilakukan sebaiknya yang diajar oleh ustaz/ustazah biar pun tidak tahu apa kesan yang realistiknya. Hanya atas khayalan dengan buat seperti itu, cukuplah nak tempah tiket ke syurga. Amalan saya itu tidak saya kaitkan dengan hati saya.

    Setelah mengkaji Al Quran, barulah saya sedar matlamat Al Quran diturunkan adalah untuk membentuk sahsiah diri kita bermula daripada membersihkan hati.

    Jadi, saya lihat sesuatu suruhan dalam Al Quran itu pada jiwa. Umpamanya bila Al Quran sebut sujud dan ruku’, ia tidak mengatakan kita kena letakkan kepala di tanah dan membongkok 90 darjah. Itu hanya andaian orang yang melihat Al Quran semata2 untuk imej zahir. Sebab itu mereka terpaksa kumpulkan riwayat hadis2 untuk mencari gerakan lahiriah Nabi. Seolah2 Al Quran tidak lengkap menjelaskan.

    Tetapi banyak ayat Al Quran yang mengatakan makhluk2 lain pun sujud kepada Allah sehingga bayang2 pun patuh condong ke kiri dan ke kanan. Di sini saya nampak maksud sujud dan ruku’ itu pada sifat hati kita. Sujud dan ruku’ itu bermaksud hati mematuhi peraturan2 alam ini, sebab alam ini hanya ada Satu Pengatur sahaja iaitu Allah.

    Jadi patutkah kita sembah pembuat2 peraturan yang tiada hukum alam membenarkan dakwaan mereka itu? Walaupun kita kata amalan ritual kita itu kerana Allah, tetapi sebab hati kita taat pada pembuat2 ketetapan itu yang tiada bukti dari sisi Allah, hakikatnya kita pembuat2 ketetapan selain Allah itu.

    Jadi sujud dan ruku’ itu adalah sifat2 hati kita kepada Allah, bukannya pergi buat satu ketetapan gerakan tubuh badan yang tidak menjadikan kita seorang yang tunduk kepada peraturan alamNya.

    Samalah bila dikatakan “jadilah orang yang merendah diri”. Apakah itu bermakna kita kena rendahkan tubuh badan kita dengan berjalan secara mencangkung? Apakah orang2 yang pendek2 itu sahaja dikatakan merendah diri? Rendah diri itu hanyalah sifat dalam hati.

    Atas kesedaran itulah baru saya nampak yang Al Quran tidak menetapkan amalan2 ritual. Sebab itulah tiada seorang Nabi pun yang disebut dalam Al Quran membuat amalan ritual atas nama itulah cara menyembah Allah.

    Saya faham, memang sukar nak kikis amalan ritual itu. Sebab itulah penyembah2 patung masih wujud sampai ke hari ini walaupun Nabi Ibrahim pernah meruntuhkan amalan tersebut.

    Ia memerlukan kita yakin kepada Pengatur alam ini dengan merenung fitrah kejadian kita. Apa erti kita buat sesuatu pergerakan badan itu dan kenapa pula perlu dijadikan dalam bentuk ritual seperti itu? Semua itu harus difikirkan sebab nanti semua itu akan dipersoalkan.

    Kelak kita akan nampak jawapan sebenar.

    Juang

    January 4, 2010 at 5:18 am

  11. […] Allah di dalam Al-Quran. Terima kasih kepada Penulis kerana mengemukakan persoalan mengenainya di sini. Saya harap para pembaca boleh sama-sama mengemukakan pendapat melalui ruangan […]

  12. [quote]tok janggut menulis;
    Saya telah baca sedikit demi sedikit artikel dalam laman ini. Tuan juang dan mata hati nampaknya sealiran pendapat dalam kebanyakan segi. Tuan penulis pula, nampaknya begitu lain sedikit.[/quote]

    Salaam,

    Saya baru baca artikel ini. Untuk makluman tuan Tok Janggut saya belum pernah menghantar sebarang posting atau pendapat sebelum ini dalam laman ini. Oleh itu mungkin yang tuan maksudkan adalah tuan “tolokminda” bukan “matahati”.

    Terima kasih.

    MataHati

    January 7, 2010 at 1:27 pm

  13. Salaam,

    Artikel atau pendapat dalam dalam ini adalah perkara baru bagi saya… maka saya memerlukan masa untuk menilaikannya. Dalam perkara dibincangkan, setakat ini saya bersependapat dengan tuan tok janggut dan penulis.

    Pada saya kaedah untuk memahami ayat-ayat Allah, tidak semestinya ayat-ayat terdahulu disambungkan dengan ayat-ayat yang kemudian mengikut susunan nombornya. Adakalanya kesinambungan ayat sebelumnya terletak di ayat lain atau surah lain.

    Berbalik kepada ayat 4:102 jika disambungkan dengan ayat jauh sedikit sebelumnya iaitu ayat 4:84, maka kita akan nampak kesinambungannya;

    AQ 4:84. Maka berperanglah kamu di jalan Allah; kamu tidak dibebani kecuali dengan diri kamu sendiri.[b] Dan gesalah orang-orang mukmin,[/b] mudah-mudahan Allah akan menahan kekuatan orang-orang yang tidak percaya, dan Allah adalah lebih kuat dalam kekuatan, lebih keras dalam hukuman.

    AQ 4:102. Dan apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.

    Oleh itu pada pendapat saya “mereka” dalam ayat 4:102 merujuk kepada orang mukmin berdasarkan dari ayat 4:84

    MataHati

    January 7, 2010 at 1:40 pm

  14. Salam,

    Jika tiada ayat 4:101 itu, saya sependapat dengan saudara matahati. Tetapi bila jelas dan nyata adanya ayat 4:101, maka ada baiknya saya berpegang pada sesuatu yang nyata.

    At least jika Allah tanya kenapa kita tidak bacakan sekali ayat 4:101 untuk memahami konteks, tidaklah saya ragu2 nak menjawab di hadapanNya kelak.

    Dalam hidup saya sekarang hanya fikir, apakah jawapan2 yang boleh saya yakini untuk berhadapan dengan Allah nanti di sana. Sebab ketika itu sudah tiada siapa nak tolong jawab untuk kita.

    Oleh kerana Dia Maha Bijaksana, sudah pasti kita perlukan persediaan jawapan2 yang berilmiah untuk membenarkan segala amalan kita selama ini.

    “Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak tahu. Setiap penglihatan dan pendengaran akan dipersoal”

    Juang

    January 8, 2010 at 12:07 am

  15. Salam Matahati dan Juang,

    Sebenarnya sudah jelas ayat 4:101 dan 4:102 merupakan dua ayat yang merujuk antara satu sama lain. Adalah tidak adil kita menafikan ayat-ayat Allah hanya kerana mahu mempertahankan ajaran palsu manusia.

    Sesungguhnya saya percaya solat itu bukanlah bermaksud sembahyang dan bila mana perkataan solaa di dalam Al-Quran diterjemahkan sebagai sembahyang, kita akan dapati konteks ayat menjadi bercelaru.

    Artikel di atas adalah satu contoh yang membuktikan perkara ini dan cubalah uji sendiri ayat-ayat lain jika tuan mahu mendapatkan kepastian. Sebaik saja tuan faham maksud sebenar perkataan solaa semuanya akan menjadi mudah dan jelas.

    Dalam ayat di atas, Tuhan suruh nabi tunaikan komitmen terhadap musuh apabila berhadapan dengan mereka di waktu perang.

    “Dan apabila kamu berada di antara mereka, berpeganglah kepada komitmen kamu terhadap mereka, biarkan sebahagian dari mereka berhadapan dengan kamu, dan biarkan mereka mengambil senjata mereka..”

    Apakah komitmen nabi atau komitmen kita, iaitu orang-orang yang percaya apabila berhadapan dengan musuh ketika berperang? Jawapannya terdapat dalam ayat-ayat berikut:

    2:190 Berperanglah demi Tuhan mereka yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas kerana Allah tidak suka mereka yang melampaui batas.

    2:191 Dan bunuh mereka bilamana kamu berdepan dengan mereka dan halau mereka dari mana mereka telah menghalau kamu, kerana penindasan adalah lebih teruk dari pembunuhan, tetapi jangan perangi mereka ketika berada dalam peraturan sekatan yang telah dipersetujui kecuali mereka memerangi kamu pada masa itu, tetapi jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Begitulah balasan kepada mereka yang tidak mahu percaya.

    2:192 Tetapi jika mereka menyerah, Tuhan Pengampun dan Mengasihani.

    2:193 Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi penindasan, dan kemenangan kepada keadilan dan kepercayaan kepada Tuhan; tetapi jika mereka menyerah, janganlah ada permusuhan kecuali mereka yang berbuat kezaliman.

    Dalam ayat 4:102, Tuhan kata bila musuh ada di hadapan nabi/kita dan mereka bersedia dengan senjata mereka, maka nabi/kita mesti berpegang kepada komitmen sebagaimana permulaan ayat 2:191, iaitu bunuhlah mereka.

    Tetapi dalam ayat 4:102 seterusnya Tuhan kata,

    “…kemudian jika mereka menyerah, biarkan mereka berlindung di belakang kamu..”

    Maknanya kalau musuh yang berhadapan dengan nabi/kita itu menyerah, kita perlu tarik mereka ke belakang garisan pertempuran dan lindungi mereka. Ini selaras dengan ayat;

    2:192 Tetapi jika mereka menyerah, Tuhan Pengampun dan Mengasihani.

    Kemudian dalam ayat 4:102, Tuhan menambah lagi..

    “..dan biarkan sebahagian mereka yang lain, yang tidak komited untuk bersama kamu berdepan dengan kamu pula, biar mereka bersiap sedia dengan senjata mereka..”

    Maknanya walaupun sebahagian dari musuh mungkin telah menyerah diri, sebahagian lain mungkin berkeras mahu terus berperang. Oleh itu nabi/kita juga perlu teruskan komitmen terhadap mereka yang memerangi nabi/kita sebagaimana yang telah Tuhan perintahkan sehinggalah semua musuh itu ditewaskan sepenuhnya. Ini jelas dinyatakan Allah melalui ayat ini.

    2:193 Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi penindasan, dan kemenangan kepada keadilan dan kepercayaan kepada Tuhan; tetapi jika mereka menyerah, jangan adalah permusuhan kecuali mereka yang berbuat kezaliman.

    Sebagai tambahan kepada topik yang menjadi perbincangan, mari kita lihat kembali ayat 2:191

    2:191 Dan bunuh mereka bilamana kamu berdepan dengan mereka dan halau mereka dari mana mereka telah menghalau kamu, kerana penindasan adalah lebih teruk dari pembunuhan, tetapi jangan perangi mereka ketika berada dalam peraturan sekatan yang telah dipersetujui kecuali mereka memerangi kamu pada masa itu, tetapi jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Begitulah balasan kepada mereka yang tidak mahu percaya.

    Ayat di atas turut menyebut tentang perjanjian “gencatan sejata” atau perjanjian damai sementara yang telah sama-sama dipersetujui, jika ada, maka kita perlu mematuhinya kecuali jika pihak musuh melanggar perjanjian berkenaan.

    ‘..tetapi jangan perangi mereka ketika berada dalam perintah sekatan yang telah dipersetujui kecuali mereka memerangi kamu pada masa itu, tetapi jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka..”

    Ayat ini menarik kerana dalam terjemahan biasa kita akan dapati “peraturan sekatan yang telah dipersetujui” itu ditafsirkan sebagai masjid. Para penterjemah kata, jangan perangi mereka (musuh) ketika dalam masjid.

    Ini merupakan satu lagi korupsi seperti mana korupsi yang berlaku kepada perkataan solaa. Masjid di dalam Al-Quran sebenarnya bukan bermaksud bangunan atau rumah ibadat, tetapi adalah merujuk kepada “sesuatu peraturan atau ketetapan yang telah dipersetujui”. Misalnya “masjidillah”, bermaksud “ketetapan Allah yang telah dipersetujui”. “Masjidilharam” pula bermaksud “peraturan sekatan yang telah dipersetujui” sebagaimana yang terkandung dalam ayat berikut;

    2:191 Dan bunuh mereka bilamana kamu berdepan dengan mereka dan halau mereka dari mana mereka telah menghalau kamu, kerana penindasan adalah lebih teruk dari pembunuhan, tetapi jangan perangi mereka ketika berada dalam peraturan sekatan yang telah dipersetujui kecuali mereka memerangi kamu pada masa itu..

    Selama ini kita diberitahu, masjidilharam itu masjid suci di Mekah. Tetapi bukankan perkataan haram itu bermaksud dilarang atau disekat? Jadi macamana boleh jadi suci pula?

    Semakin menarik nampaknya…

    tolokminda

    January 8, 2010 at 3:02 am

  16. […] a comment » Dalam artikel yang bertajuk “Takkanlah Tuhan suruh Nabi jadi imam solat bersama musuh yang diperanginya” saya membincangkan ayat 4:101  hingga […]

  17. Salaam Juang,

    Seperti yang saya katakan keadah untuk memahami ayat-ayat Allah tidak semestinya disambung dengan ayat-ayat sebelumnya. Sudah lumrah apabila kita membaca ayat-ayat Al Quran, sedang kita membaca sesebuah ayat atau kisah atau pengajaran, tiba-tiba di ayat berikutnya cerita lain pula yang timbul maka kita kena bijak mencari ayat atau kisah seterusnya di lain ayat atau surah, sebab itu Allah cabara manusia membuat surah serupa Al Quran namun tiada manusia yang mampu kerana kaedah yang Allah gunakan tidak sama dengan kemampuan manusia.

    Jika ditnya kelak diakhirat, kita boleh juga menjawab untuk menjadikan ayat-ayat tersebut tidak bertentangan antara satu sama lain.

    Kita ambil ayat lain sebagai contoh;

    AQ 17:1. Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

    AQ 17:2. Dan kami memberikan Musa Kitab, dan membuatnya satu petunjuk bagi Bani Israil, “Janganlah mengambil untuk kamu sebarang wakil selain daripada Aku.”

    Kalau kita sambungan kedua-dua ayat diatas maka kita akan faham bahwa yang diperjalankan oleh Allah pada malam hari adalah Nabi Musa berdasarkan ayat 17:1 diatas. Apakah benar Nabi Musa yang di maksudkan atau Nabi Muhammad… ?

    Sesuatu yang perlu kita fikirkan.

    MataHati

    January 8, 2010 at 2:32 pm

  18. Salaam Tolokminda,

    Seperti yang saya katakan, apa yang tuan cuba sampaikan dalam laman ini adalah perkara baru bagi saya, maka saya perlu nilaikan…..

    Terima kasih.

    MataHati

    January 8, 2010 at 2:33 pm

  19. Salam Matahati,

    Ayat 17:1 sememangnya merujuk kepada Nabi Musa, bukan Nabi Muhamad seperti kata para ulama. Baca dengan teliti ayat 17:1,

    17:1 “Pujian adalah untuk Yang Satu yang telah memukau hambaNya pada satu malam dari sekatan-sekatan ketetapan yang direstui ke arah lingkungan ketetapan yang direstui, yang mana ia diberkati, supaya dapat dimanifestasikan kepadanya mukjizat-mukjizat Kami”.

    Siapakah Nabi yang telah terpukau menerima manifestasi mukjizat dari Tuhan pada satu malam bagi menanam keyakinan dan kepercayaan beliau sebelum menerima tugas sebagai rasul?

    Dia adalah Nabi Musa. Kisah Nabi Musa yang terpukau ketika dipanggil oleh Allah pada satu malam di mana dia ditunjukkan beberapa mukjizat sebelum diperintahkan berdepan dengan Firaun diceritakan dengan jelas dan terperinci dalam surah Ta-Ha bermula ayat ke 9 (20:9). Ceritanya bermula dengan, “Dan sudahkah cerita tentang Musa sampai kepada kamu?”

    Tuan Matahati boleh buka surah Ta-Ha dan baca dari ayat 9 ke atas. Tuan akan dapat tahu apakah mukjizat-mukjizat yang telah ditunjukkan kepada Musa oleh Tuhan pada malam itu yang menjadi penjelas kepada ayat 17:1. Saya tidak akan menulisnya di sini sebab cerita itu agak panjang.

    Nabi Muhamad tidak pernah menerima mukjizat lain, selain Al-Quran. Tidak ada sebarang kisah mengenai Nabi Muhamad pernah menerima sebarang mukjizat.

    Apabila tuan telah memahami apa yang saya maksudkan, tuan pasti akan nampak ayat 17:1 dan 17:2 merupakan satu kesinambungan dan bukan ayat yang tergantung atau terlompat-lompat.

    17:1 “Pujian adalah untuk Yang Satu yang telah memukau hambaNya pada satu malam dari sekatan-sekatan ketetapan yang direstui ke arah lingkungan ketetapan yang direstui, yang mana ia diberkati, supaya dapat dimanifestasikan kepadanya mukjizat-mukjizat Kami. Sesungguhnya Dia Mendengar dan Melihat”.

    17:2 “Dan kami berikan Musa Warkah (Al-Kitab) dan Kami putuskan ia sebagai Petunjuk kepada bani Israel. Kamu tidak patut mengambil selain dari aku sebagai penaung”.

    17:3 “Dari keturunan yang telah bersama Nuh, sesungguhnya dia adalah hamba yang patuh”.

    Bagaimana dengan peristiwa Israk Mikraj? Nampaknya ramai yang telah tertipu.

    tolokminda

    January 8, 2010 at 4:20 pm

  20. Salam,

    Perbincangan yang menarik. Seperti yang saudara MataHati rasai, huraian2 saudara TolokMinda adalah perkara baru yang mencabar minda saya. Apa-apa pun saya, seronok bertukar2 pendapat begini.

    Alangkah indahnya jika umat Islam dapat kembali terbuka bertukar2 pendapat sebegini? Internet sudah ada, blog atau forum sudah ada, maka tiada alasan lagi untuk manusia itu kata susah nak belajar Al Quran dan ikuti yang paling baik di antaranya.

    Teruskan saudara Tolokminda untuk bawakan hujah2 yang sudah kira itu yang paling baik untuk difikirkan.

    Juang

    January 9, 2010 at 4:18 am

  21. Orang2 yang berusaha mencari kebenaran, mereka akan puas bila dapat sesuatu jawapan yang pasti, nyata dan logik. Macam kita dapat duit gajilah, tentu rasa puas kerana segala usaha kita itu dapat sesuatu nilai.

    Tetapi jika kita bekerja, dan majikan kita hanya cakap “terima kasih” sahaja, sudah pasti lepas itu kita tak datang kerja lagi.

    Allah bayar orang2 yang berusaha mencari kebenaran dengan jawapan2 yang kukuh dan jelas itu. Hati akan terasa nikmat bila dapat sesuatu jawapan selepas berusaha memikirkan.

    Macam kita buat formula2 Add Maths yang memeningkan kepala, tetapi bila dapat jawapannya, terasa nikmat di dalam dada.

    Juang

    January 9, 2010 at 4:24 am

  22. Salam Juang,

    Saya juga baru memahami konsep Al-Quran sebagai Petunjuk, Penjelas dan Pembeza. Melalui kefahaman ini, sekarang saya yakin setiap perkara yang disebut di dalam Al-Quran, tetapi kita kurang jelas mengenainya, boleh dijelaskan melalui ayat-ayat lain yang berkaitan, di dalam Al-Quran juga. Pendek kata, mesti ada penjelasan yang kita cari tu. Cuma kita perlu berusaha sedikit.

    Perbandingannya adalah sama seperti apabila ahli kimia, Dmitri Mendeleev menemui “jadual elemen” bagi setiap unsur kimia. Sebaik saja ia difahami, sesuatu unsur tidak perlu ditemui secara berturutan untuk melengkapkan jadualnya. Begitulah Tuhan mengajar manusia. Tepat dan tidak ada keraguan.

    tolokminda

    January 9, 2010 at 2:25 pm

  23. 17:1. Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

    17:2. Kami memberikan Musa Kitab, dan membuatnya satu petunjuk bagi Bani Israil, “Janganlah mengambil untuk kamu sebarang wakil selain daripada Aku.”

    17:3. Keturunan orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh; dia seorang hamba yang berterima kasih.

    17:4. Dan Kami telah menentukan bagi Bani Israil di dalam Kitab, “Kamu akan membuat kerosakan dua kali di bumi, dan kamu meninggi dengan peninggian yang besar.”

    17:5. Maka, apabila janji yang pertama daripada keduanya datang, Kami membangkitkan terhadap kamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang sangat, dan mereka menggeledah melintasi tempat-tempat tinggal, dan itu, satu janji yang dilakukan.

    17:6. Kemudian Kami mengembalikan kepada kamu giliran terhadap mereka, dan Kami membantu kamu dengan harta dan anak-anak, dan Kami membuat kamu satu kumpulan yang lebih besar.

    17:7. “Jika kamu berbuat baik, ia adalah bagi jiwa kamu sendiri kamu berbuat baik, dan jika kamu berbuat kejahatan, ia adalah kepadanya yang serupa.” Kemudian, apabila janji yang akhir datang, untuk memburuk-burukkan muka-muka kamu, dan untuk masuk ke masjid sebagaimana mereka memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan, dengan pembinasaan, apa yang mereka meninggikan.

    17:8. Mudah-mudahan Pemelihara kamu mengasihani kamu; tetapi jika kamu kembali, Kami akan kembali; dan Kami membuatkan Jahanam sebuah penjara bagi orang-orang yang tidak percaya.

    17:9. Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan bahawa bagi mereka upah yang besar,

    kalau kita baca surah di atas bermula dari ayat 1 hingga 9, saya rasa lain pula maksudnya. Pada saya ayat 1 menceritakan mengenai muhammad kalau kita rujuk kepada ayat 9.

    Ini yang saya faham.

    tok janggut

    January 9, 2010 at 4:28 pm

  24. Salam Tok Janggut,

    Ayat-ayat 17:1-8 jelas merujuk kepada Nabi Musa, sejarah bagaimana dia mula mendapat mukjizat dari Allah untuk berhadapan dengan Firaun dan apa yang terjadi selepas itu kepada bani Israel.

    Terjemahan perkataan ayat-ayat (17-1) dalam bahasa Inggeris adalah Signs, atau dalam bahasa Melayu kita lebih mudah faham dengan perkataan mukjizat. Nabi Muhamad tidak pernah menerima mukjizat dari Tuhan seperti mukjizat nabi-nabi terdahulu.

    Lihat 17:5, Tuhan bercakap tentang 2 “janji” kepada Musa. Ini merujuk kepada “pertemuan” Nabi Musa dengan Tuhan sebanyak 2 kali. “Pertemuan” pertama adalah ketika Tuhan memperlihatkan mukjizat-mukjizatnya pada satu malam seperti disebut dalam ayat 17:1 dan dijelaskan dalam ayat-ayat 20:9 dan seterusnya.

    Dan “pertemuan” kedua adalah apabila Tuhan menyampaikan wahyu-Nya kepada Musa. Ini boleh dirujuk dalam ayat 7:142-147.

    Kemudian ayat-ayat 53:1-18 sekali lagi merujuk kepada Nabi Musa dan bagaimana dia menerima kedua-dua “janji” Tuhan itu, iaitu mukjizat dan wahyu (Al-Kitab).

    tolokminda

    January 10, 2010 at 3:41 am

  25. Mari kita lihat bagaimana ulama atau sekurang-kurangnya penterjemah ini (iiu.edu.my)cuba menukar maksud ayat-ayat Tuhan dalam 53:1-18. Ayat-ayat itu sebenarnya merujuk kepada Nabi Musa tetapi ia telah ditafsirkan sebagai Nabi Muhamad. Kita lihat terjemahan mereka:

    [1] Demi bintang semasa ia menjunam, –

    [2] Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

    [3] Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

    [4] Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

    [5] wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, –

    [6] Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, –

    [7] Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);

    [8] Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,

    [9] Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;

    [10] Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.

    [11] Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

    [12] Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

    [13] Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,

    [14] Di sisi “Sidratul-Muntaha”;

    [15] Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.

    [16] (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

    [17] Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

    [18] Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

    Rujukan di sini

    Rakanmu atau sahabatmu yang dimaksudkan dalam 53:2 sepatutnya bukan merujuk kepada Nabi Muhamad. Tetapi merujuk kepada Nabi Musa, iaitu rakan atau sahabat Nabi dalam konteks mereka berdua sebagai rasul.

    Baca betul-betul ayat 53:1-18, bandingkan seberapa banyak terjemahan dan kita akan nampak dengan jelas ia memang merujuk kepada Nabi Musa. Dalam terjemahan bahasa Melayu yang saya tampalkan di atas, penterjemah terpaksa bekerja keras untuk memberi konotasi bahawa ia merujuk kepada Muhamad dengan menampilkan tafsiran melalui perkataan dalam kurungan.

    Kita kena ingat sekurang-kurangnya 2 perkara untuk yakin bahawa ia tentang Musa.

    Yang pertama: Hanya Musa yang telah menerima Wahyu yang disampaikan terus oleh Tuhan sendiri.

    Yang kedua: Hanya Musa yang telah terpukau menerima mukjizat dari Tuhan pada satu malam.

    tolokminda

    January 10, 2010 at 4:33 am

  26. Mari kita lihat bagaimana ayat-ayat 53:1-18 sepatutnya dibaca. (Terjemahan semula saya berdasarkan terjemahan Syakir).

    53:1 Aku bersumpah demi bintang apabila ia jatuh

    53:2 Sahabatmu tidak salah dan tidak juga dia sesat

    53:3 Tidak juga dia bercakap dengan nafsu

    53:4 Ia bukan kecuali wahyu yang telah diwahyukan

    53:5 Tuhan yang Maha Berkuasa yang telah mengajarnya

    53:6 Tuhan yang Memberi Kekuatan, supaya dia berjaya melaksanakan

    53:7 Dan Dia berada tinggi di kaki langit

    53:8 Kemudian Dia semakin hampir dan merendahkan diriNya

    53:9 Dia hanya berjarak 2 panahan panah atau lebih dekat

    53:10 Dan Dia mewahyukan kepada hambaNya apa yang Dia wahyukan

    53:11 Hatinya seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya

    53:12 Apa? Kamu pertikaikan apa yang dia lihat?

    53:13 Dan sesungguhnya dia telah melihatNya di penurunan yang satu lagi

    53:14 Di sisi Sidratul Muntaha

    53:15 Yang hampir kepadanya syurga, tempat yang dituju

    53:16 Sidratul Muntaha yang dilitupi

    53:17 Matanya tidak berkelip, namun ia tidak juga salah (Musa bagaikan tidak percaya apa yang telah dilihatnya, tetapi matanya memang benar-benar melihatnya)

    53:18 Sesungguhnya dia melihat mukjizat-mukjizat terbesar dari Tuhannya

    Adakah saya atau penterjemahan yang bertuhankan ulama dengan cerita-cerita riwayat mereka yang cuba memutar-belitkan ayat-ayat Al-Quran. Para pembaca periksa dan kemudian fikirlah sendiri.

    tolokminda

    January 10, 2010 at 5:00 am

  27. Salam,

    betul juga seperti apa yang dikatakan tolokminda tu. Quran diturunkan kepada Muhammad. Jadi perkataan sahabatmu sudah semestinya merujuk kepada sahabat Muhammad yang sudah pasti mereka itu di kalangan rasul dan nabi2. Siapakah sahabat muhammad itu saya kurang pasti. Mungkin ia boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja. Atau mungkin ada panduan dalam ayat-ayat yang lain untuk mengetahui sahabat muhammad itu.

    tok janggut

    January 11, 2010 at 1:51 am

  28. Salam Tok Janggut,

    Adakah mana-mana sahabat Nabi di kalangan Arab yang telah menerima wahyu atau mukjizat Tuhan secara terus di mana Tuhan turun ke bumi?

    Sudah terang lagi bersuluh. Dia adalah Nabi Musa.

    tolokminda

    January 11, 2010 at 2:29 am

  29. Salaamun alaikum Tuan TM,

    Minta maaf komen saya lambat. Bagi saya, amat penting kalau kita meniliti di mana konteks 4/102-103 bermula. Saya lebih cenderung kepada idea yang konteksnya bermula di ayat 4/94.

    4/94-46 adalah arahan Allah kepada orang mukmin yang berhijrah di jalan Allah. Kita perlu berhijrah dengan cara yang baik dan memberi ‘salam’.

    Dengan pertimbangan ini, mungkin 4/102-103 merujuk kepada orang-orang mukmin. Perkataan ‘aslihatukum’ (senjata kamu di mana kamu itu plural) dalam 103 menunjukkan yang orang mukmin adalah dalam kumpulan yang lain daripada orang bukan mukmin.

    Namun begitu, ini tidak bermakna yang ‘solat’ itu sembahyang. Dalam konteks ini, bagi saya ‘solat’ itu merujuk kepada organisasi dan motivasi yang di beri daripada Nabi kepada orang mukmin.

    Farouk A. Peru

    January 17, 2010 at 11:07 am

  30. Salam Tuan Farouk,

    Kefahaman saya untuk 4:94, Tuhan mengingatkan kita apabila dalam peperangan jangan pukul rata bahawa semua orang adalah musuh kita. Mungkin ada di antaranya yang tidak mahu berkonfrontasi dengan kita. Jadi siasat dulu sebelum membunuh sesiapa.

    4:95-96 pula Tuhan menyatakan jika ada di kalangan orang yang percaya tidak mahu keluar berperang walaupun sihat, tidak apa. Tetapi mereka yang sanggup keluar berperang, mengorbankan jiwa dan harta bendanya, maka darjatnya lebih tinggi di sisi Tuhan.

    Saya berpendapat jika dilihat secara keseluruhan ketetapan-ketetapan yang Tuhan gariskan mengenai peperangan, 4:94-96 memang relevan dengan 4:101-102. Bagaimanapun jika dilihat dalam konteks yang lebih fokus, 4:94-6 merujuk kepada isu-isu yang berbeza dari 4:101-102.

    Mengenai maksud solat, saya faham ia tidak begitu mudah bagi kita untuk membersihkan dogma yang telah melekat sejak sekian lama.

    tolokminda

    January 17, 2010 at 1:20 pm

  31. Salam,

    Suatu yang boleh kita renungkan. Sejak dari kisah Nabi Adam sampai kisah Nabi Isa, tiada dalam Al Quran menceritakan mereka membuat amalan sembahan ritual, takkanlah tiba2 Nabi Muhammad pergi wujudkan satu bentuk amalan ritual?

    Antara Al Quran dengan selain kitab2 karangan manusia, yang mana satu kita nak dahulukan?

    Juang

    January 17, 2010 at 3:43 pm

  32. An-Nisaa’

    [103]
    Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

    [162]
    Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran), dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, – khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.

    Al Maaidah

    [6]
    Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

    [12]
    Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): “Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul”

    [55]
    Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

    [58]
    Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.

    [91]
    Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

    [106]
    Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: “Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa”.

    Al-A’raaf

    [29]
    Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

    MARYAM

    [31]
    Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

    ***************************************

    Harap dapat bincang ayat2 diatas…apakah sebenarnya
    maksud solat dan perintah.Ayat2 diatas adalah terdapat
    kepada nabi2 dan termasuk nabi Muhammad saw.
    Jika perlu boleh diberikan seluruh ayat yg.menyebutkan
    soal solat.

    Ayat diatas menekan soal berwuduk sebelum solat
    telah menumpuikan perhatian kita pd.suatu ritual
    khusus dalam perbuatan ingat Allah selain Allah
    menyatakan hal waktu2 tertentu.

    Selain itu Allah menekan hal solat adalah penting
    untuk termasuk dalam gulongan beriman.

    Tok Syam

    January 18, 2010 at 10:33 am

  33. Salam tolokminda…..

    Kenyataan anda:
    [ Adakah mana-mana sahabat Nabi di kalangan Arab yang telah menerima wahyu atau mukjizat Tuhan secara terus di mana Tuhan turun ke bumi? ]

    Apakah sebenarnya ingin diperjunagkan.Apakah jika nabi
    Muhammad tidak diisraq mikraj kan…maka itu ia tak
    boleh menyampaikan kebenaran dan mengajarkan apa2
    yg.Allah perintah.

    Alquran tu pun sudah cukup sebagai mukjizat,…kerana
    sesuai zaman akhir ne….manusia bukan pelik sangat
    soal hal2 ajaib.

    Tok Syam

    January 18, 2010 at 10:41 am

  34. Salam,

    Saya setuju. Al Quran sudah cukup sebagai mukjizat. Tak perlu kitab2 lain untuk menjelaskannya seolah2 Al Quran itu lemah dan tidak lengkap pula.

    Jadi, mana2 yang tidak ditetapkan di dalam Al Quran, itu bukan keutamaan kita sebagai orang2 yang beriman kepada Allah.

    Perumpamaannya, Al Quran tidak menetapkan cara2 nak buat roket kena ikut orang US buat roket. Maka tidak salah kalau orang Malaysia nak buat roket guna kreativiti sendiri.

    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

    Juang

    January 18, 2010 at 12:36 pm

  35. Salam Tok Syam,

    Pada saya solat bermaksud komitmen kita kepada Tuhan. Apakah komitmen kita kepada Tuhan? Ia adalah semua ketetapan, nasihat, peringatan, janji, amaran dan apa saja mesej yang telah Tuhan sampaikan kepada kita melalui Al-Quran.

    Tuhan suruh kita tunaikan semua komitmen kita itu. Misalnya, kalau dalam Quran Tuhan suruh kita buat baik kepada ibubapa, maka buat baik kepada ibubapa adalah komitmen dalam hidup kita.

    Kalau Tuhan kata jangan mempersekutukan Dia, tidak mempersekutukan Dia adalah komitmen yang kita perlu pegang kemas-kemas.

    Kalau Tuhan kata jangan berjimak masa isteri haid, maka kita perlu komited untuk tidak jimak isteri masa dia haid.

    Itu baru beberapa contoh. Kalau tuan nak tahu apakah komitmen-komitmen lain yang perlu kita pegang teguh dan tunaikan di sepanjang hidup kita sebagai Muslim, bacalah Al-Quran, semua ada di dalam sana. Tuhan tidak turunkan Al-Quran untuk dinyanyi-nyanyikan saja.

    Menjadikan semua yang terkandung di dalam Al-Quran sebagai komitmen kita bermakna kita patuh kepada Tuhan dan patuh juga kepada rasulNya.

    Semua Al-Kitab sebelum Al-Quran juga menyampaikan perkara yang sama kepada rasul-rasul dan kaum mereka. Supaya mereka menjadikan isikandungan Al-Kitab mereka sebagai komitmen, iaitu solat mereka.

    Apalah guna sembahyang tonggang tonggek, tapi apa yang Tuhan sampaikan melalui KitabNya langsung tidak diikut? Malah sembahyang tonggang tonggek itu sendiri pun bukan sesuatu yang diajar melalui KitabNya.

    tolokminda

    January 18, 2010 at 3:53 pm

  36. Salam,

    Saya tertarik dengan pendapat tolokminda berkenaan dengan maksud solat dalam al-quran. Kalau difikirkan memang ada kebenarannya. Solat itu adalah komitmen.

    Cuma, saya ada beberapa persoalan untuk difikirkan bersama.

    1. Apakah menunaikan zakat itu juga merupakan satu komitmen (solat)?

    27:3. Yang melakukan solat, dan memberikan zakat, dan yakin akan akhirat.

    2. Apakah komitmen itu harus dibuat pada waktu-waktu tertentu sahaja?

    17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur’an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.

    11:114. Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.

    Terima kasih.

    bayau

    January 24, 2010 at 7:11 pm

  37. Salam Bayau,

    1. Solat dan zakat sering digandingkan di dalam ayat-ayat Al-Quran. Solat bermaksud komitmen dan zakaa bermaksud murnikan.

    Jadi “aqeemussolatawaatuzzakaa..” bermaksud tunaikanlah komitmen dan murnikanlah ia. Konsep yang dibawa oleh ayat ini adalah ibarat ayat “…cucilah kereta itu dan cucilah bersih-bersih…” Maknanya kalau cuci kereta, kenalah cuci bersih-bersih.

    Dalam konteks komitmen dan kemurniannya (solat dan zakat), kita perlu murnikan setiap komitmen yang kita kerjakan, biar apapun ia, hanya untuk Tuhan. Sebab semua perbuatan kita, Tuhan akan perhitungkan untuk diberi balasan setimpal.

    Kita tidak boleh buat sesuatu kerana niat lain selain mendapat keredhaan Allah. Kita tak boleh buat sesuatu sebab nak bodek bos, atau nak menarik minat perempuan atau sebab nak menipu orang dan sebagainya.

    Jika kita faham konsep solat dan zakat yang sebenar dalam Islam, kita akan dapati bahawa sebagai manusia kita sebenarnya solat kepada Tuhan sepanjang masa dan tidak perlu menunggu-nunggu masa tertentu kononnya masa untuk berinteraksi dengan Tuhan.

    2. Seperti yang dijelaskan dalam 1, setiap perbuatan kita sepatutnya menjadi komitmen (solat) kita kepada Tuhan. Oleh itu ia tidak mempunyai masa tertentu tetapi sepanjang masa. Untuk menjawab soalan 2, saya cadangkan tuan baca artikel yang bertajuk “Tuhan suruh kita tekun dan sabar mengerjakan komitmen dari pagi sehinggalah waktu tidur” dan “Membaca Al-Quran di waktu malam merupakan satu komitmen“.

    tolokminda

    January 27, 2010 at 2:25 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: