Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Mengapa wujud polemik dalam menentukan bilangan rakaat solat?

with 15 comments

Solat atau sembahyang 5 waktu yang menjadi amalan umat Islam hari ini dikatakan mula diajar oleh Nabi kepada para sahabat sejak menerima perintah mengenainya dalam satu peristiwa popular, Israk Mikraj. Hari ini umat Islam menyifatkan solat sebagai amalan tunggak. Segala amalan baik tidak bermakna apa-apa jika seseorang tidak solat.

Dulu, Nabi dan para sahabat dikatakan tidak lekang dari menunaikan solat berjemaah bersama-sama. Hanya kadang-kala sahaja Nabi dikatakan solat bersendirian. Menurut cerita, para sahabat dan generasi mereka yang seterusnya tidak pernah sedikit pun mengabaikan amalan solat walaupun selepas kewafatan Nabi.

Kalau begitu keadaannya, bagaimana mungkin kita berdepan dengan polemik berkaitan dengan bilangan rakaat solat?  Bagaimana satu amalan yang dilakukan 5 kali sehari tanpa gagal sejak Nabi sendiri dikatakan mengajarnya, sentiasa berjemaah bersama-sama dan amalannya berterusan dari generasi ke generasi tiba-tiba boleh menjadi kabur pada bahagian yang paling asas seperti bilangan rakaat?

Saya fikir ini satu persoalan yang wajar kita cari jawapannya. Mengapa bilangan rakaat solat yang ada pada hari ini terpaksa disandarkan kepada riwayat-riwayat hadis? Sepatutnya jika benar ritual solat diamalkan sejak zaman Nabi oleh umat Islam, sekerap 5 kali sehari, tentulah soal bilangan rakaat untuk setiap solat sudah menjadi suatu yang jelas muktamadnya. Polemik mengenai bilangan rakaat solat tidak sepatutnya timbul.

Tetapi  itulah yang berlaku. Ulama terpaksa berpolemik untuk menetapkan bilangan rakaat solat. Sehingga hari ini, polemik ini masih tidak dapat dikekang sepenuhnya. Para ulama terpaksa korek dan tampal hadis di sana-sini untuk meyakinkan umat tentang bilangan rakaat solat mereka.

Jika apa yang disampaikan kepada kita betul, solat sepatutnya menjadi amalan rutin yang lahir lebih dulu dari kitab hadis. Hadis hanya mula dikumpul dan direkodkan di sekitar 200 tahun selepas kewafatan Nabi. Jadi, adakah dalam tempoh 200 tahun selepas ketiadaan Nabi itu umat Islam sudah lupa tentang solat sehingga terpaksa menunggu dam merujuk kitab hadis untuk mengingatkan semula perihal bilangan rakaat setiap solat yang Nabi buat?

Jelas sekali. Ada yang tidak berapa kena di sini.

Written by tolokminda

December 25, 2009 at 4:04 pm

Posted in Solaa | Solat

Tagged with , ,

15 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Tuhan kata,”Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.” (17:110)

    Dalam solat hari ini, dua rakaat pertama dikuatkan dan selebihnya dibisukan. Dalam solat zuhur dan asar pula semua rakaat bisu.

    Saya kurang faham kenapa umat tidak menurut apa yang disuruh oleh Allah.

    Penulis

    December 31, 2009 at 5:03 pm

  2. Salam Penulis,

    Ayat yang 17:110 tidak ada kena mengena dengan sebarang ritual solat. Saya akan menulis pandangan saya mengenainya, kalau ada masa nanti.

    tolokminda

    January 1, 2010 at 3:42 am

  3. Salam,

    17:110. Katakanlah, “Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik.” Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.

    apa yang saya faham tentang ayat ini ialah kita disuruh menyeru Allah atau nama-namanya yang lain dalam solat dan bacaan dalam solat mestilah sederhana tidak kuat dan tidak ada bunti langsung.

    Maaf kalau silap.

    Penulis

    January 1, 2010 at 8:19 am

  4. Saya lihat solat ritual yang wujud pada hari ini ditetapkan atas dasar “kerana Nabi buat macam itu”. Maka dikumpulkannya hadis yang mengatakan Nabi buat macam itu.

    Seperti yang kita tahu, Allah tidak ajar Nabi buat ketetapan ikut kehendaknya. Jadi, sesuatu ajaran Nabi, pasti ada hikmahnya. Jika Nabi menetapkan sesuatu hukum, apa sebab musababnya yang manusia boleh memikirkannya.

    Jadi, bila datang ajaran yang sekadar bersandarkan hujah “sebab Nabi buat macam itu”, itu belum tentu daripada Nabi lagi. Kena selidik betul2.

    Juang

    January 1, 2010 at 10:24 am

  5. Salam penulis,

    Saya telah melatih diri, apabila dikemukakan kepada saya sesuatu ayat Al-Quran, saya akan merujuk ayat itu dari sumber-sumber yang bebas dan cuba memahami konteks ayat yang sebenarnya. Dan seperti mana dalam pembacaan bahan lain, konteks ayat di dalam Al-Quran biasanya lebih jelas jika kita lihat lebih dari satu ayat.

    Keperluan ini juga terpakai dalam memahami ayat 17:110. Untuk melihat konteks sebenar ayat 17:110 saya dapati kita perlu membacanya dari ayat 17:105. Mari kita lihat apa yang sebenarnya Tuhan sampaikan.

    17:105 “Dan dengan kebenaran Kami telah mewahyukannya, dan dengan kebenaran ia tiba; dan Kami tidak utuskan kamu melainkan sebagai pembawa khabar gembira dan sebagai pemberi amaran”.

    17:106 “Dan inilah Quran yang telah kami wahyukan mengikut bahagian-bahagian tertentu supaya kamu dapat bacakan kepada orang sedikit demi sedikit, dan Kami telah wahyukannya secara berperingkat”.

    17:107 “Katakan: Percaya atau tidak; sesungguhnya mereka (para rasul yang terdahulu dan mereka yang percaya) yang telah diberikan pengetahuan (Al-Kitab) terus tunduk dengan rendah hati menerima kebenaran apabila ia dibacakan kepada mereka”.

    17:108 “Dan mereka berkata: Segala puji kepada Tuhan kami! Maka sesungguhnya janji Tuhan kami pasti akan ditunaikan”.

    17:109 “Dan mereka tunduk menangis, menambahkan rendah hati mereka”.

    17:110 “Katakan: Panggillah Allah atau panggillah Yang Pemurah, yang mana satu pun kamu memanggil, Dialah yang memiliki nama-nama terbaik; dan janganlah kamu menunaikan komitmen kamu dalam suara yang terlalu lantang atau terlalu perlahan, dan ambillah jalan pertengahan”.

    Penjelasan dan tafsiran saya:

    Dalam ayat 17:105, Tuhan secara spesifik memberitahu Nabi wahyu yang diterimanya adalah satu kebenaran dan tugasnya adalah untuk menyampaikannya sebagai khabar gembira serta pemberi amaran. Kalau kita teliti ia memang jelas selaras dengan isikandungan Al-Quran/Al-Kitab.

    Kemudian dalam ayat seterusnya, Tuhan menjelaskan kepada Nabi mengapa beliau menerima wahyu secara berperingkat, iaitu supaya mudah baginya untuk menyampaikan kepada orang (kaumnya).

    Kemudian Tuhan suruh Nabi beritahu kepada kaumnya, samada mereka nak percaya atau tidak apabila rasul-rasul dan orang-orang yang percaya sebelum beliau menerima wahyu yang sama (Al-Kitab) daripada Allah, mereka terus tunduk dengan rendah hati, menangis dan mengakui kebenarannya. Mereka kata apa yang Tuhan janji pastilah akan ditunaikan.

    Kemudian dalam ayat 17:110, Tuhan suruh Nabi beritahu (kaumnya) bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan nama apa pun, asalkan ia merujuk kepada nama-nama yang baik. Tuhan kata, milik Tuhan adalah nama-nama yang terbaik.

    Kemudian melalui ayat yang sama, Tuhan mengingatkan Nabi supaya menunaikan komitmen (solaa) beliau dalam nada suara yang tidak terlampau lantang atau terlalu perlahan.

    Di sinilah pokok perbincangan kita. Baiklah. Cuba tuan Penulis baca betul-betul dari ayat 105 sehingga ke ayat 110 ini, sekarang bolehkah tuan nampak konteksnya?

    Apakah sebenarnya yang Tuhan maksudkan dengan komitmen atau solaa yang Nabi perlu tunaikan tu? Adakah ritual solat atau menyampaikan Al-Quran?

    Saya nampak, dalam konteks ayat 17:110 ini, perkataan “salatika” ia jelas merujuk kepada komitmen Nabi dalam menyampaikan Al-Quran.

    Bagi saya perkataan solaa (dan perkataan-perkataan derivatifnya), iaitu komitmen di dalam setiap ayat Al-Quran tidak semestinya merujuk kepada perkara yang sama.

    Ia adalah satu perkataan umum yang merujuk kepada komitmen terhadap sesuatu tugas, kepatuhan, tanggungjawab dan seumpamanya.

    Kita hanya boleh mengetahui maksud spesifik perkataan solaa atau komitmen dalam sesuatu ayat itu apabila kita memahami konteks ayat berkenaan secara keseluruhannya.

    Mari kita baca sekali lagi ayat 17:105-110. Kali ini dengan tafsiran perkataan “salatika” yang dijelaskan.

    Dan dengan kebenaran Kami telah mewahyukannya, dan dengan kebenaran ia tiba; dan Kami tidak utuskan kamu melainkan sebagai pembawa khabar gembira dan sebagai pemberi amaran. Dan inilah Quran yang telah kami wahyukan mengikut bahagian-bahagian tertentu supaya kamu dapat bacakan kepada orang sedikit demi sedikit, dan Kami telah wahyukannya secara berperingkat. Katakan: Percaya atau tidak; sesungguhnya mereka (para rasul yang terdahulu dan mereka yang percaya) yang telah diberikan pengetahuan (Al-Kitab) terus tunduk dengan rendah hati menerima kebenaran apabila ia dibacakan kepada mereka. Dan mereka berkata: Segala puji kepada Tuhan kami! Maka sesungguhnya janji Tuhan kami pasti akan ditunaikan. Dan mereka tunduk menangis, menambahkan rendah hati mereka. Katakan: Panggillah Allah atau panggillah Yang Pemurah, yang mana satu pun kamu memanggil, Dialah yang memiliki nama-nama terbaik; dan janganlah kamu menyampaikan Al-Quran (iaitu komitmen Nabi) dalam suara yang terlalu lantang atau terlalu perlahan, dan ambillah jalan pertengahan.

    tolokminda

    January 1, 2010 at 10:52 am

  6. Salam Juang,

    Sebenarnya melalui rujukan Al-Quran semua info yang kita patut tahu mengenai Nabi sudah cukup. Jika sesuatu info mengenai Nabi tidak terdapat di dalam Al-Quran, maksudnya Tuhan tak anggap maklumat itu penting kepada kehidupan kita.

    tolokminda

    January 1, 2010 at 11:16 am

  7. Salam,

    Ya, mana yang Allah tidak tetapkan dalam Al Quran, itu menunjukkan Dia memberi kebebasan untuk manusia memikirkannya ikut kreativiti masing2 supaya Islam itu lapang.

    5:48. Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan.

    Allah bagi manusia jalan yang terbuka. So kena perlu tokok2 tambah hukum yg sudah dinyatakan dalam Al Quran?

    Juang

    January 1, 2010 at 3:56 pm

  8. Berkenaan komitmen dalam ayat 17:110, baginda disuruh menyampaikan Al Quran dalam keadaan pertengahan, iaitu tidak menjerit dan tidak terlalu perlahan sehinggakan orang lain tidak tertarik dengan apa yang ingin disampaikan.

    Bila kita komited mengkaji dan menyampaikan Al Quran sebagai peringatan sesama kita, bukankah aktiviti itu dapat mencegah kekejian dan kemungkaran?

    Hidup bertanggungjawab sudah pasti disukai oleh Allah, berbanding hidup tidak bertanggungjawab.

    Juang

    January 1, 2010 at 4:07 pm

  9. Salam…
    Saya tidak menyentuh tentang maksud Alquran mengenai
    solat,…tapi saya memahami konsep perbuatan dan
    apakah rahsianya….dengan cara mengambil maklumat2
    kenyataan Allah.

    Pertama kita mesti meyakini tentang perbuatan solat
    itu adalah ciptaan Allah.Sebagaimana Allah mencipta
    perbuatan2 amal yg.lain seperti RUKUN HAJI.

    Walaupun sejarah perbuatan itu dilihat dari fitrah
    manusia namun itu juga adalah ciptaan Allah yg.
    mengilhamkan gerak sebagai simbol2 perhubungan,
    sebagai tanda2 isyarat dan sebagainya.

    Sebenarnya,…Allah tidak memerlukan perbuatan tubuh
    manusia,..sebaliknya perbuatan HATI manusia yg.
    ikhlas.

    Segala bentuk gerak amal khusus yg.dikenali sebagai
    syariat adalah konsep simbol yg.ada tersirat rahsia.
    Secara logik akal tidak dapat memahaminya,..jika
    tidak memahami konsep Allah mencipta.

    Perbuatan memberi hormat misalnya,…akan dilakukan
    manusia dengan KEPALA , TANGAN .Samada ia tundukkan
    kepala , angkat tangan atau bongkok hinggalah berbentuk sujud.

    Jika ia menggunakan ponggongnya atau kaki,..dengan
    sendiri kita tau,..itu adalah bukan hormat.
    Maka perbuatan pertama manusia dalam kejahilan
    menghormati tuhan adalah dengan HADIAH , dengan
    RUKUK dan dengan SUJUD.Ada yg.extreem dan taksup
    pada sembahannya,..sampai meniarap….demi menunjukkan kehinaan dan kerendahan diri.

    Tok Syam

    January 10, 2010 at 3:49 pm

  10. Saya yakin bahawa perbuatan solat yg.diajar nabi
    adalah gerak geri yg.tercantik dan sempurna dari
    segala aspek.

    Aspek sain,aspek adab manusia dan aspek kerohanian.
    Cuba anda fikirkan aspek selain yg.Allah tetapkan
    agar ia lebih cantik lagi dan diterima tentang
    kesempurnaannya.

    Kita perlu faham kaitan gerak tubuh itu ada kaitan
    dengan kerohanian manusia.

    Yang mendidik rohani adalah diri zahir.Hingga diri
    rohani dapat hidup dan menjadi KHALIFAH memimpin
    tubuhnya bersama samanya kejalan Allah.

    Barulah segala geraknya cantik membuat kebajikan.

    Tok Syam

    January 10, 2010 at 3:54 pm

  11. Salam,

    Jika kita renung kisah Nabi Adam, baginda berhubung dengan Allah semasa baginda belajar mempelajari ilmu2 yang belum diketahui. Ini kerana siapa lagi yang mengajar ilmu2 yang tidak terfikir oleh mana-mana manusia itu kalau bukan Allah.

    Jadi, dengan hidup selalu mengkaji ilmu2 baru, itulah orang yang paling dengan dekat Tuhan.

    Juang

    January 10, 2010 at 4:13 pm

  12. belajarlah bahasa arab.,jika kita berkorban untuk agama ALLAH ta’ala,kan kita akan dapat kebaikan darinya.,

    kurangkan berimiginasi atau berangan angan kerana ianya hanya akan membuatkan kita lalai.,saya tak dapat membantu anda,berdoalah pada ALLAH ta’ala supaya dipermudahkan.,insyaALLAH,

    sesungguhnya ALLAH ta’ala itu maha pengasih maha penyayang…,

    shah

    April 12, 2010 at 10:25 pm

  13. salam/peace..

    shah wrote:

    belajarlah bahasa arab.,jika kita berkorban untuk agama ALLAH ta’ala,kan kita akan dapat kebaikan darinya.,

    kurangkan berimiginasi atau berangan angan kerana ianya hanya akan membuatkan kita lalai.,saya tak dapat membantu anda,berdoalah pada ALLAH ta’ala supaya dipermudahkan.,insyaALLAH,

    sesungguhnya ALLAH ta’ala itu maha pengasih maha penyayang…,

    Salam shah,
    Saya nak juga tengok shah komen dalam bahasa arab.tq.

    12:2 Inna anzalnahu qur-ananAAarabiyyan laAAallakum taAAqiloon

    12:2. Kami menurunkannya sebagai sebuah Qur’an bahasa Arab, supaya kamu faham.

    41:3 Kitabun fussilat ayatuhuqur-anan AAarabiyyan liqawmin yaAAlamoon

    41:3. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur’an bahasa Arab bagi kaum yang mengetahui,

    43:3 Inna jaAAalnahu qur-ananAAarabiyyan laAAallakum taAAqiloona

    43:3. Sesungguhnya, Kami membuatnya sebuah Qur’an bahasa Arab supaya kamu faham.

    Salam n peace.

    wolverine

    April 12, 2010 at 10:53 pm

  14. Salam,

    Malangnya, yang lahir daripada keturunan berbahasa Arab pun tak nampak-nampak penjelasan Al Quran sehingga terpaksa kumpulkan riwayat-riwayat hadis.

    Secara logiknya, lagi pandai berbahasa Arab, lagi kuat pegangan mereka terhadap Al Quran, tetapi mereka lebih percaya kitab-kitab hikayat berbanding Al Quran. Nampak tak perangai tidak percaya Al Quran pad diri mereka tersebut?

    Cuba cari dalam Al Quran, ayat manakah yang menyuruh manusia cari riwayat seseorang Nabi untuk tahu cara solatnya? Ayat Al Quran manakah yang memerintahkan manusia belajar dengan anak-cucu Nabi untuk tahu amalan ritual?

    Sehingga ke hari ini mereka tidak mampu bawakan bukti bila dicabar. Betapa penipunya mereka.🙂

    Juang

    April 13, 2010 at 6:14 am

  15. Salam

    Rakaat solat telah ditentukan dalam Qur’an… malah hadius juga menyatakan demikian.

    “Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan SOLAT (SALATA) dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan SOLAT) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah SUJUD(SATU RAKAAT), maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum SOLAT (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka berSOLAT (berjamaah) bersama-samamu,…”
    [ Q.S. AN-NISA’ 4 : 102 ]

    Hal ini telah ditetapkan menurut ayat ini…
    SOLAT ITU TELAH DITETAPKAN DARI AWAL!

    “Peraturan orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu. DIRIKANLAH olehmu SOLAT (SALATA) ketika gelincir matahari (Senja / SALATA WUSTA) hingga waktu gelap malam ( SALATA ISYAK), dan Bacaan Fajar(QUR’ANAN FAJR) sesungguhnya Bacaan Fajar itu adalah disaksikan. Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah TAHAJJUD padanya, sebagai tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
    [ Q.S. AL-ISRA 17 : 77-79 ]

    Saya faham kalau anda katakan ayat ini tiada kaitan dengan solat fardhu kerana ia ayat Perang. Tetapi ayat ini adalah membawa dua maksud, sebab itu ALLAH letak cara tunaikan solat fardhu ketika perang, kerana ia merangkumi dan melibatkan hari bukan waktu perang. Perkataan yang Sama “SALATA” yang merujuk kepada satu solat tertentu yang ditunaikan pada waktu perang tersebut. Oleh itu, dengan adanya ayat ini kita dapat mengetahui cara solat yang diringkaskan atas dasar tidak aman damai, jadi solat itu dipendekkan, sekiranya perang sudah berlalu maka wajiblah menunaikan solat dengan sempurna iaitu dua rakaat.

    Kalau satu Rakaat itu satu solat yang diringkaskan pada masa perang. Maka untuk menjadi solat yang sempurna pada hari biasa atau hari bukan waktu perang, satu rakaat itu digandakan lalu menjadilah ia dua rakaat secara rasminya. Inilah dua rakaat solat yang tidak diceritakan oleh nabi dalam hadis Jibril, tetapi telah diterangkan dalam ayat ini secara tersurat dan tersirat sekaligus. Kita hanya perlu guna akal untuk menaakul dan memikirkan maksud ayat 4 : 102 yang berbentuk ayat 2 dalam 1 ini.

    Peraturan solat telah ditetapkan sejak daripada awal lagi. Adanya Berdiri, Rukuk dan sujud dan ditentukan rakaatnya sebanyak dua rakaat sejak dari mula dalam ayat 2 dalam 1 itu iaitu 4:102. Oleh itu, yang diterima oleh nabi Muhammad tentang solat fardhu 5 waktu adalah berkaitan waktu untuk mendirikan solat. Hal ini diterangkan oleh ALLAH dalam 4 : 103 dan Hadis Jibril di atas.

    “…Sesungguhnya SOLAT(Salata) itu adalah SATU KETETAPAN yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
    [ Q.S. AN-NISA’ 4 : 103 ]

    “Peraturan orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu.”
    [ Q.S. AL-ISRA 17 : 77 ]

    Jadi kesimpulannya, solat fardhu hanya dua rakaat setiap kali ia didirikan pada waktu yang telah ditentukan oleh ALLAH ketika Mihraj Nabi Muhammad sebelumnya. Dan Jibril hanya menunaikan bersama Nabi sebagai Imam pada waktu yang ditentukan itu.

    Jadi apabila rakaat solat itu sudah ditetapkan oleh ALLAH dan Hukum ini tiada perubahan maka Nabi Muhammad tidak bercerita tentang rakaat solat bagi solat-solat tersebut. Tetapi hanya menceritakan pada masa bila ia wajib didirikan. Ini… oleh itu, solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak(ASWJ) dan Solat Fajar, Solat Wusta dan Solat Isyak (Quraniyun) masing-masing didirikan dengan dua rakaat sahaja setiap waktu yang telah ditentukan itu.

    Sekiranya hadis tidak beritahu jumlah rakaat bagi setiap solat, maka rujuklah Qur’an. Ini perintah ALLAH, apabila kita berselisih pendapat, ALLAH suruh kita kembali kepada TALI ALLAH iaitu Qur’an.
    Dalam Qur’an telah dijelaskan rakaat solat tersebut.

    “Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu menggunakan akalnya untuk memahami.”
    [ Q.S. YUNUS 10 : 100 ]

    MENENTUKAN RAKAAT SOLAT YANG TEPAT MELALUI AYAT QUR’AN

    “Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.”
    [ Q.S. 17:110 ]

    ayat ini sahaja boleh tentukan solat mana yang betul dari perintah ALLAH..

    Solat Subuh … 2 rakaat didirikan dengan bersuara. Ternyata ia menepati perintah dalam ayat ini… Solat Zohor dan Solat Asar senyap kesemua rakaatnya. Jelas ia tidak menepati piawaian ini… Maghrib 2 rakaat sahaja bersuara..satu rakaat lagi disenyapkan… dan Solat Isyak 2 rakaat saja bersuara. Dua rakaat lagi disenyapkan… Jelas bukan?
    Jadi ayat 17 : 110 ini menyokong 4 : 102
    Ini menunjukan solat yang difardhukan oleh ALLAH hanya 2 rakaat sahaja!

    SK

    Imam Suluken

    July 7, 2015 at 3:47 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: