Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Boleh la sambung..

with 4 comments

Setelah sekian lama terlupa password di sini dan di email, hari ini boleh teringat pulak. Boleh la sambung balik blog ni…

Written by tolokminda

October 15, 2016 at 11:41 pm

Posted in Uncategorized

Al-Islama bermaksud “yang telah dialu-alukan”

with 3 comments

Salam bukan bermaksud sejahtera atau aman dan sebagainya. Tetapi ia bermaksud alu-aluan. Oleh itu Al-Islama bermaksud “yang telah dialu-alukan”. Berikut adalah sebahagian ayat 5:3 yang mengandungi perkataan Al-Islama.

5:3 (sebahagian)

….Hari ini telah patah semangat yang menafikan dari perisytiharan kamu. Maka jangan takutkan mereka dan takutilah Aku. Hari ini telah disempurna kepada kamu perisytiharan kamu, telah Aku sempurnakan bagi kamu nikmatKu @ My favor dan Aku restui ke atas kamu semua yang telah dialu-alukan (al-islama) sebagai suatu perisytiharan. Kepada sesiapa terpaksa dalam kelaparan selain orang-orang yang bias kepada perbuatan salah maka sesungguhnya Tuhan Pengampun, Penyayang.

alyawma — hari ini
yaisa — telah patah semangat
allatheena — yang
kafaroo — menafikan
min — dari
deenikum — perisytiharan kamu
fala — maka jangan
takhshawhum — takutkan mereka
waikhshawni — dan takutilah Aku
alyawma — hari ini
akmaltu – telah disempurna
lakum — kepada kamu
deenakum — perisytiharan kamu
waatmamtu — telah Aku sempurnakan
AAalaykum — ke atas kamu
niAAmatee — nikmatKu @ My favor
waradeetu — dan Aku restui
lakumu — bagi kamu semua
alislama — yang telah dialu-alukan
deenan — sebagai suatu perisytiharan
famani — kepada sesiapa
idturra — terpaksa
fee — dalam
makhmasatin — kelaparan
ghayra — selain
mutajanifin — orang-orang yang bias
liithmin — kepada perbuatan salah
fainna — maka sesungguhnya
Allaha — Tuhan
ghafoorun — Pengampun
raheemun — Penyayang

Secara ringkas ayat 5:3 menjelaskan bahawa perisytiharan berkenaan makanan telah disempurnakan oleh Tuhan dan merupakan suatu nikmati @ favor dari Tuhan dan yang direstui sebagai perisytiharan untuk “yang dialu-alukan” @ al-islami. Di dalam Quran antara yang dialu-alukan adalah nabi-nabi, orang yang percaya dan sebagainya.

Dengan ini saya cadangkan para pembaca budiman membuat semakan terhadap semua ayat Quran yang mengandungi perkataan dari akar huruf “sin-lam-mim” untuk menguji dan melihat sendiri samada penemuan saya ini boleh dipertimbangkan atau tidak.

Written by tolokminda

December 25, 2012 at 3:28 am

Jangan Beri Rasuah Untuk Menang Tender

leave a comment »

2:188 Dan jangan makan harta kamu di antara kamu dengan kepalsuan. Dan jangan mengumpan dengannya kepada pembuat-pembuat keputusan (the decision makers) – alhukkami – supaya kamu dapat makan sebahagian dari harta manusia dengan kesalahan sedangkan kamu telah diberitahu.

Wala — Dan jangan
takuloo — makan
amwalakum — kekayaan/harta kamu
baynakum — di antara kamu
bialbatili — dengan kepalsuan
watudloo — Dan jangan mengumpan (merasuah)
biha — dengannya
ila — kepada
alhukkami — pembuat keputusan @ the decision makers
litakuloo — supaya kamu dapat makan
fareeqan — sebahagian
min — dari
amwali — kekayaan/harta-harta
alnnasi — manusia
bialithmi — dengan kesalahan
waantum — sedangkan kamu
taAAlamoona — telah diberitahu

Ayat di atas memberitahu kita supaya tidak makan harta yang kita perolehi melalui cara yang palsu atau menipu atau jalan yang tidak betul. Misalnya Tuhan melarang menggunakan harta kita untuk merasuah para pembuat keputusan seperti menteri, ketua pengarah, pengarah, ketua jurutera atau buyer atau jawatankuasa tender dan sebagainya untuk memenangi sebarang tender projek atau pembekalan.

Written by tolokminda

December 25, 2012 at 3:21 am

Menyemak semula 4:101-103 – Dikemaskini semula

with 2 comments

Saya telah mengulas mengenai ayat 4:101 – 4:103 di sini. Bagaimanapun ketika saya menulis ulasan berkenaan, saya masih dalam peringkat awal dalam pembelajaran saya. Sekarang banyak juga perkembangan yang telah dicapai. Dan banyak perkataan yang telah menjadi lebih jelas maksudnya kepada saya. Oleh itu saya mengajak para pembaca budiman menyemak semula apa yang dimaksudkan oleh 4:101 – 4:103.

4:101
Waitha – Dan jika
darabtum – kamu memperkembang
fee alardi – di bumi
falaysa – maka tiada
AAalaykum — ke atas kamu
junahun — kesalahan
an taqsuroo – bertahan/restrain
mina — daripada
alssalati — tanggungjawab/responsibilities
in khiftum – jika kamu takut
an yaftinakumu – kamu dianiayai.
allatheena – mereka yang
kafaroo – menafikan.
inna — Sesungguhnya
alkafireena – orang-orang yang menafikan
kanoo lakum – sentiasa kepada kamu
AAaduwwan – suatu permusuhan
Mubeenan – yang jelas

4:102
Waitha – Maka jika
kunta – kamu sedang
feehim – dalam mereka
faaqamta – maka establishkanlah
lahumu – kepada mereka
alssalata – yang dipertanggungjawabkan.
faltaqum – Maka rekrut
taifatun — sekumpulan
minhum – dari mereka
maAAaka – bersama kamu
walyakhuthoo – dan biar mereka ambil
aslihatahum – senjata mereka.
faitha – Maka apabila
sajadoo – mereka telah bersetuju
falyakoonoo – maka biarlah mereka
min — dari
waraikum – belakang kamu
waltati – dan bawa
taifatun – sekumpulan
okhra – yang lain
lam – yang belum
yusalloo – bertanggungjawab
falyusalloo – maka biar bertanggungjawab
maAAaka – bersama kamu
walyakhuthoo – dan biarkan mereka ambil
hithrahum – langkah berjaga-jaga mereka
waaslihatahum – dan senjata mereka.
wadda – Dan keinginan
allatheena – mereka yang
kafaroo – menafikan
law — jika
taghfuloona – kamu leka
AAan — tentang
aslihatikum – senjata kamu
waamtiAAatikum – dan keperluan kamu,
fayameeloona – maka mereka dapat memperdaya
AAalaykum – ke atas kamu
maylatan – suatu serangan
wahidatan – sekaligus.
wala – Dan tidak
junaha — disalahkan
AAalaykum – keatas kamu
in kana – jika telah
bikum – dengan kamu
athan — kepayahan
min — dari
matarin — hujan
aw — atau
kuntum – kamu telah
marda — sakit
an — jadi
tadaAAoo – kamu meletakkan
aslihatakum – senjata kamu
wakhuthoo – dan mengambil
hithrakum – langkah berjaga-jaga kamu.
inna — Sesungguhnya
Allaha — Tuhan
aAAadda – telah menyediakan
lilkafireena – untuk orang-orang yang menafikan
AAathaban – suatu kepayahan
Muheenan – yang memalukan

4:103
Faitha – Maka jika
qadaytumu – kamu telah menjayakan
alssalata – yang telah dipertanggungjawabkan
faothkuroo – maka ingatilah
Allaha – Tuhan
qiyaman – sebagai suatu pendirian
waquAAoodan – dan suatu penetapan
waAAala — dan untuk
junoobikum – menyucikan kamu.
faitha – Maka jika
itmanantum – ia memuaskan kamu
faaqeemoo – maka dirikanlah
alssalata – yang telah dipertanggungjawabkan
inna – sesungguhnya
alssalata – yang telah dipertanggungjawabkan
kanat — adalah
AAala – ke atas
almumineena – orang-orang yang percaya
kitaban – suatu yang telah dibukukan
mawqootan — sekian lama

Baiklah, saya ingin kongsi kefahaman saya terhadap 4:101 – 4:103 secara detail. Saya melihat ketiga-tiga ayat itu memfokuskan kepada satu tanggungjawab (solaa) sahaja. Iaitu tanggungjawab untuk memperkembang @ multiply (darab). Iaitu memperkembangkan komuniti orang-orang yang percaya. Kita semak sekali lagi tafsiran saya dari ayat ke ayat.

4:101 Dan apabila “kamu memperkembang” @ “darabtum” di bumi maka tiada ke atas kamu kesalahan bertahan/restrain daripada tanggungjawab jika kamu takut kamu dianiayai mereka yang menafikan. Sesungguhnya orang-orang yang menafikan sentiasa kepada kamu suatu permusuhan yang jelas

Tafsiran saya:

Perkataan “darab” bermaksud memperkembang @ multiply (ingat sifir kali/darab). Ayat 4:101 sebenarnya memberitahu kita bahawa memperkembangkan komuniti orang-orang yang percaya di atas muka bumi ini adalah antara tanggungjawab (solaa) kita. Semua perkataan solaa @ tanggungjawab dalam ayat 4:101-103 sebenarnya merujuk kepada tanggungjawab ini secara spesifik. Cuma dalam 4:101 Tuhan menggariskan bahawa tanggungjawab memperkembang itu boleh ditangguh/bertahan/restrain jika keadaan atau tindakbalas dari mereka yang menafikan boleh mendatangkan bahaya kepada kita. Tuhan ingatkan kita bahawa mereka itu sentiasa berpotensi untuk menjadi musuh yang jelas.

4:102 Maka apabila kamu sedang dalam mereka maka establishkanlah kepada mereka yang telah dipertanggungjawabkan. Maka rekrut sekumpulan dari mereka bersama kamu dan biar mereka ambil senjata mereka. Maka apabila mereka telah bersetuju maka biarlah mereka dari belakang kamu dan bawa sekumpulanyang lain yang belum bertanggungjawab maka biar bertanggungjawab bersama kamu dan biarkan mereka ambil langkah berjaga-jaga mereka dan senjata mereka. Dan keinginan mereka yang menafikan jika kamu leka tentang senjata kamu dan keperluan kamu, maka mereka dapat memperdaya ke atas kamu suatu serangan sekaligus. Dan tidak disalahkan ke atas kamu jika telah dengan kamu kepayahan dari hujan atau kamu telah sakit jadi kamu meletakkan senjata kamu dan mengambil langkah berjaga-jaga kamu. Sesungguhnya Tuhan telah menyediakan untuk orang-orang yang menafikan suatu kepayahan yang memalukan.

Tafsiran saya:

Oleh itu apabila kita berada di kalangan mereka untuk menunaikan tanggungjawab “memperkembang” yang telah diamanahkan itu, Tuhan menyuruh supaya kita establishkan tanggungjawab kita itu kepada mereka. Tujuannya tentulah supaya mereka faham apa yang sedang kita lakukan, apa motif atau matlamat kita supaya mereka jelas dan lebih terbuka untuk menerima kita. Tuhan menyarankan supaya kita mendekati mereka secara kelompok ke kelompok – kalau dalam sistem masyarakat Arab dulu mungkin kita boleh kata, puak by puak.

Dalam usaha itu, kita tidak perlu meletakkan syarat supaya mereka meletakkan senjata dan seumpamanya. Kita tidak perlu memberi kata dua atau mengancam untuk menyerang atau melakukan penaklukan terhadap mereka. Sebaliknya Tuhan kata – biar mereka ambil senjata mereka dan biarkan mereka ambil langkah berjaga-jaga terhadap kita. Sudah tentulah ini perlu bagi memberi “rasa selamat” kepada mereka kerana mereka mungkin tidak pasti terhadap motif kita.

Dan kemudian jika satu kelompok atau puak itu telah setuju (sujud) dengan kita, maka biar mereka mengikut jejak kita – di belakang kita dan kemudian kita cari kelompok atau puak baru yang belum menjadi kelompok yang menerima tanggungjawab dari Tuhan untuk menjadi pihak yang turut bertanggungjawab bersama kita – dan begitulah seterusnya proses memperkembang itu patut kita laksanakan. Itu caranya yang Tuhan ajar kepada kita.

Bagaimanapun Tuhan tidak lupa untuk mengingatkan supaya kita mesti berwaspada dan bersedia terhadap keselamatan kita sendiri melalui nasihat yang berbunyi: Dan keinginan mereka yang menafikan jika kamu leka tentang senjata kamu dan keperluan kamu, maka mereka dapat memperdaya ke atas kamu suatu serangan sekaligus. Dan jika berlaku keadaan yang tidak diingini itu, maka kita perlu menghadapinya atau jika kita dapat menghidu masalah lebih awal – maka tak mengapa jika kita tangguhkan tanggungjawab itu sepertimana yang disebut dalam 4:101.

Dan jika kita berada dalam situasi sukar yang lain seperti hujan (sekarang hujan mungkin bukan lagi masalah besar) atau sakit sehingga kita terpaksa meletakkan senjata kita, pun tak apa asalkan kita sentiasa ambil langkah berjaga-jaga.

4:103 Maka jika kamu telah menjayakan yang telah dipertanggungjawabkan maka ingatilah Tuhan sebagai suatu pendirian dan sebagai suatu penetapan dan untuk menyucikan kamu. Maka jika ia memuaskan kamu maka dirikanlah yang telah dipertanggungjawabkan sesungguhnya yang telah dipertanggungjawabkan adalah ke atas orang-orang yang percaya suatu yang telah dibukukan sekian lama

Tafsiran saya:

Maka apabila kita telah berjaya dalam misi memperkembang, ingatlah bahawa kita lakukan semuanya untuk Tuhan. Dan jika usaha dan kejayaan itu memberi kepuasan (fullfilling), maka Tuhan suruh kita teruskan yang dipertanggungjawabkan itu yakni tanggungjawab memperkembang. Tuhan memberitahu kita bahawa tanggungjawab tersebut sebenarnya telah ditulis @ dibukukan sekian lama – kitaban mawqootan @ suatu yang telah dibukukan sekian lama.

Kesimpulannya, ayat 4:101-103 tidak ada kena mengena dengan perang atau sembahyang. Tuhan mempertanggungjawabkan kita supaya memperkembangkan kepercayaan kita kepada manusia lain, bukan dengan cara berperang atau mengancam mereka. Bahkan kita perlu mendekati mereka dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan walaupun dalam proses itu kita sendiri mungkin terdedah kepada bahaya.

Written by tolokminda

December 20, 2012 at 3:50 pm

Aspek privasi wanita menurut Quran

leave a comment »

24:31

Waqul lilmuminati — Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang percaya
yaghdudna min — mereka harus merendahkan dari
absarih inna — pandangan mereka sesungguhnya
wayahfathna — dan mereka harus menjaga
furoojahunna — kehormatan mereka
wala yubdeena — dan tidak mempertontonkan
zeenatahunna — perhiasan-perhiasan mereka
illa ma thahara minha — kecuali apa yang ternampak darinya
walyadribna — dan biarlah mereka memperagakan
bi khumurih inna — dengan penutup-penutup sesungguhnya
AAala — ke atas
juyoobih inna — buah dada-buah dada mereka sesungguhnya
awala yubdeena — dan juga tidak mempertontonkan
zeenatahunna — perhiasan-perhiasan mereka
illa libuAAoolatih inna — kecuali kepada suami-suami mereka sesungguhnya
aw abaih inna — atau bapa-bapa mereka sesungguhnya
aw abai buAAoolatih inna — atau bapa-bapa suami mereka sesungguhnya
aw abnaih inna — atau anak-anak lelaki mereka sesungguhnya
aw abnai buAAoolatih inna — atau anak-anak lelaki suami mereka sesungguhnya
aw ikhwanih inna — atau adik beradik lelaki mereka sesungguhnya
aw banee ikhwanih inna — atau anak-anak lelaki adik beradik lelaki mereka sesungguhnya
aw banee akhawatih inna — atau anak-anak lelaki adik beradik perempuan mereka sesungguhnya
aw nisaih inna — atau perempuan-perempuan mereka sesungguhnya
aw ma malakat aymanuhunna — atau apa yang dikuasai tangan kanan mereka
awi alttabiAAeena — ataupun pengikut-pengikut
ghayri — tanpa
olee alirbati — keinginan fizikal
mina alrrijali — daripada lelaki-lelaki
awi alttifli allatheena — ataupun kanak-kanak yang
lam yathharoo — belum mempunyai kesedaran
AAala AAawrati alnnisai — ke atas aspek privasi para wanita
wala yadribna — dan jangan biarkan mereka memperagakan
bi arjulih inna — dengan kaki-kaki mereka sesungguhnya
liyuAAlama — untuk memberitahu
ma yukhfeena — apa yang tersembunyi
min zeenatih inna — dari perhiasan-perhiasan mereka sesungguhnya
watooboo ila — dan kembalilah kepada
Allahi jameeAAan — Tuhan secara keseluruhan
ayyuha almuminoona — wahai orang-orang yang percaya
laAAallakum tuflihoona — supaya kamu beroleh kejayaan.

24:31 “Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang percaya mereka harus merendahkan dari pandangan mereka sesungguhnya dan mereka harus menjaga kehormatan mereka dan tidak mempertontonkan perhiasan-perhiasan mereka kecuali apa yang ternampak darinya dan biarlah mereka memperagakan dengan penutup-penutup sesungguhnya ke atas buah dada-buah dada mereka sesungguhnya dan juga tidak mempertontonkan perhiasan-perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka sesungguhnya, atau bapa-bapa mereka sesungguhnya, atau bapa-bapa suami mereka sesungguhnya, atau anak-anak lelaki mereka sesungguhnya, atau anak-anak lelaki suami mereka sesungguhnya, ataupun adik beradik lelaki mereka sesungguhnya, atau anak-anak lelaki adik beradik lelaki mereka sesungguhnya, atau anak-anak lelaki adik beradik perempuan mereka sesungguhnya, atau perempuan-perempuan mereka sesungguhnya, atau apa yang dikuasai tangan kanan mereka, ataupun pengikut-pengikut tanpa keinginan fizikal daripada lelaki-lelaki, ataupun kanak-kanak yang belum mempunyai kesedaran ke atas aspek privasi para wanita, dan jangan biarkan mereka memperagakan dengan kaki-kaki mereka sesungguhnya untuk memberitahu apa yang tersembunyi dari perhiasan-perhiasan mereka sesungguhnya dan kembalilah kepada Tuhan secara keseluruhan wahai orang-orang yang percaya supaya kamu beroleh kejayaan.”

Ayat 24:31 dijadikan dalil untuk mewajibkan pemakaian tudung kepala ke atas para wanita oleh golongan agamawan. Bagaimanapun, jika kita baca satu persatu perkataan dalam ayat ini, sedikit pun tidak ada sebarang suruhan supaya menutup rambut. Yang ada hanyalah suruhan supaya para wanita merendahkan pandangan, menjaga kehormatan, mengenakan penutup – “sesungguhnya” – ke atas buah dada mereka – “sesungguhnya”; yang maknanya mudah saja, iaitu tutup buah dada betul-betul – misalnya bukan tutup dengan kain jarang dan bukan tutup hanya sebahagian. Para wanita juga disuruh supaya tidak memperagakan kaki mereka dengan cara yang boleh menarik perhatian orang lain kepada perhiasan-perhiasan mereka yang tersembunyi – misalnya mungkin mereka perlu elak dari mengangkangkan kaki kerana ia boleh mendedahkan “suatu keindahan” yang tersembunyi.

Selain itu ayat ini juga turut menjelaskan beberapa pengecualian yang diberikan kepada wanita berkenaan penampilan aspek privasi mereka. Pada pandangan saya, pengecualian itu pada dasarnya bersifat terbuka dan mana-mana wanita boleh menentukan sendiri penampilan bagaimana yang sesuai dan selesa bagi mereka apabila berhadapan dengan golongan yang dikecualikan ke atas mereka itu.

Satu perkara yang menarik dan menonjol dalam 24:31 adalah betapa banyaknya penggunaan perkataan “inna” atau “sesungguhnya” yang dirujuk kepada objek. Saya melihat perkataan tersebut digunakan dengan matlamat yang jelas iaitu supaya kefahaman kita terhadap objek-objek yang dinyatakan tidak harus diambil secara mudah tetapi ia perlu ditafsirkan secara tepat. Misalnya “bi khumurih inna” @ “dengan penutup-penutup sesungguhnya” menunjukkan yang diperlukan bukan sekadar penutup, tetapi penutup yang benar-benar boleh menutup. “Juyoobih inna” @ “buah dada-buah dada mereka sesungguhnya” pula menujukkan ia bukan sekadar buah dada tapi keseluruhan buah dada. Pendek kata dengan adanya perkataan “inna” dalam kedua-dua objek tersebut kita dapat mentafsirkan dengan tepat bahawa Tuhan menyuruh para wanita supaya menutup buah dada mereka dengan sempurna – tutup betul-betul.

Begitu juga apabila perkataan “inna” dirujuk kepada suami, bapa, anak lelaki, adik beradik lelaki dan sebagainya, ia sebenarnya memberi penekanan kepada siapa yang harus dimaksudkan sebagai suami, bapa, anak lelaki atau adik beradik lelaki itu. “Suami mereka sesungguhnya” tentulah merujuk kepada suami yang benar-benar suami. “Bapa mereka sesungguhnya” tentulah merujuk kepada bapa mereka yang sebenar – bukan bapa tiri atau bapa angkat dan sebagainya. Begitu juga dengan anak lelaki atau adik beradik lelaki. Mereka mestilah benar-benar dari kalangan darah daging seseorang wanita itu sendiri.

Dari satu sudut, aplikasi perkataan “inna” yang begitu banyak dalam 24:31 membantu kita menyedari dan menyakini bahawa perkataan “bikhumurihinna” bukanlah satu perkataan unik seperti yang cuba disumbatkan ke dalam kefahaman kita oleh orang-orang Arab. Sangat jelas bahawa perkataan “bi” sentiasa bermaksud “dengan”, “khumur” pula merupakan kata jamak untuk perkataan “khimar” atau “penutup” dan “inna” bermaksud “sesungguhnya”. Ia tidak ada kena mengena langsung dengan kepala atau rambut.

Written by tolokminda

June 21, 2012 at 3:45 am

Ibrahim, Ismail, lembah tandus, empangan, buah-buahan dan lembu

with 10 comments

Menurut cerita yang sering dijaja para agamawan, Nabi Ismail adalah anak kepada Nabi Ibrahim dari salah satu dari dua isterinya. Bagaimanapun selepas saya meneliti kisah Ibrahim dan Ismail yang disampaikan melalui Al-Quran, saya dapati kisahnya berlainan sama sekali. Menurut Al-Quran, Ismail bukanlah anak biologi Ibrahim.

Ismail sebenarnya diperkenalkan dan dipertemukan oleh Tuhan kepada Ibrahim semasa beliau masih kecil, iaitu ketika Ibrahim mengambil keputusan untuk berhijrah keluar dari kampung halamannya selepas beliau dihukum bakar oleh kaumnya yang marah kerana beliau memecahkan berhala-berhala di kuil mereka.

37:99 Dan dia berkata: Sesungguhnya aku akan pergi kepada PemeliharaKu. Dia akan memberiku petunjuk.

37:100 Pemeliharaku, kurniakanku daripada orang-orang yang bertanggungjawab.

37:101 Maka kami berikan dia berita gembira dengan seorang budak lelaki yang toleran.

Ayat-ayat di atas menggambarkan apa yang telah berlaku. Ibrahim mengambil keputusan untuk berhijrah meninggalkan kaumnya dan memohon supaya Tuhan mengurniakan orang-orang yang bertanggungjawab untuk menyertai beliau. Dan Tuhan menyahut permintaan Ibrahim dengan memperkenalkan seorang budak lelaki yang memiliki sifat toleran kepadanya. Dan kita terus boleh tahu bahawa budak lelaki ini adalah Ismail.

Apabila Ibrahim mengambil Ismail dan membawanya bersama, maka bolehlah dikatakan Nabi Ismail telah menjadi anak angkat kepada Nabi Ibrahim. Samada Ibrahim sudah beristeri atau belum kita tidak diberitahu mengenainya tetapi Tuhan ada memberi gambaran yang menunjukkan Ibrahim masih muda pada ketika itu.

21:59 Mereka berkata: Siapa telah lakukan ini dengan tuhan-tuhan kita? Sesungguhnya dia seorang dari orang-orang yang jahat.

21:60 Mereka berkata: Kami dengar seorang lelaki muda menyebutnya. Dia dipanggil Ibrahim.

Satu lagi fakta yang dapat kita ketahui adalah bahawa selain Ismail, terdapat juga orang-orang lain yang telah turut sama bersama Ibrahim dan antaranya adalah Lut.

21:71 Dan Kami telah selamatkannya dan Lut ke bumi yang Kami berkati di dalamnya untuk orang-orang yang berpengetahuan.

Maka Ibrahim, Ismail, Lut dan lain-lain yang turut menyertai mereka keluar meninggalkan kaum mereka yang tidak boleh melepaskan diri dari kepercayaan nenek moyang yang menyekutukan Tuhan. Dan akhirnya Ibrahim telah memilih satu kawasan lembah yang tandus yang tidak mempunyai sebarang tumbuhan untuk menjadi tempat tinggal barunya.

14:37 Pemelihara kami, sesungguhnya aku telah memutuskan dari keturunanku dengan lembah tanpa sebarang tanaman berdekatan sistemMu yang direstui. Pemelihara kami, supaya mereka mendirikan komitmen mereka. Maka jadikanlah hati-hati daripada manusia cenderung kepada mereka dan rezekikan mereka daripada buah-buahan supaya mereka berterima kasih.

Dari semua petunjuk yang berkaitan dengan lokasi yang dipilih oleh Ibrahim ini, saya berpendapat walaupun ia sebuah lembah tandus tanpa tumbuhan tetapi ia berada berdekatan dengan sebuah eko-sistem yang sesuai – besar kemungkinan ia merupakan sebatang sungai utama – dan ia dilihat oleh Ibrahim sebagai suatu sumber yang boleh dimanipulasi untuk mengubah dan membangunkan lembah tandus itu menjadi sebuah lembah yang subur untuk kegiatan pertanian jika mereka komited menjayakannya.

Di sini saya nampak kaliber Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang berwawasan, berani dan innovatif. Saya percaya beliau juga telah bertindak seperti seorang penyelidik, seorang jurutera dan dalam masa yang sama masih bekerja seperti seorang petani dan penternak sebagaimana orang lain di zamannya. Juga dapat dilihat bagaimana beliau telah mengambil masa bertahun-tahun membuat perancangan sebelum proses sebenar mentransformasikan lembah itu dapat dimulakan – sekurang-kurangnya sehingga Ismail telah mencapai umur yang membolehkannya membantu beliau bekerja.

37:102 Maka apabila dia (Ismail) cukup matang untuk berusaha bersamanya, dia (Ibrahim) berkata: Wahai anakku, sesungguhnya aku telah melihat dalam impianku bahawa aku mengorbankan kamu maka lihatlah apa yang kamu nampak? Dia (Ismail) berkata: Wahai bapaku, lakukanlah apa yang kamu telah diperintahkan. Kamu akan dapati aku, jika diizinkan Tuhan, daripada orang-orang yang berdaya tahan.

Ayat di atas telah ditafsirkan oleh golongan agamawan bahawa Ibrahim telah mendapat mimpi supaya mengorbankan dalam ertikata menyembelih Ismail. Tetapi saya melihat ayat 37:182 sebenarnya menceritakan perihal Ibrahim yang mengadakan man-to-man-talk dengan Ismail apabila anak angkatnya itu sudah mencapai umur bekerja. Dalam perbincangan mereka Ibrahim membentangkan impian beliau yang mahu mentransformasikan lembah tandus yang mereka diami dan melihat dirinya akan mengorbankan Ismail dalam konteks Ismail mungkin terpaksa bekerja sangat keras bersama-samanya. Dan Ismail pula faham kedudukan Ibrahim dan beliau tidak ada masalah untuk sama-sama bekerja ke arah menjayakan wawasan Ibrahim dengan sedaya upayanya.

Maka mereka pun memulakan projek yang menjadi impian Ibrahim dan salah satu perkara utama yang mereka laksanakan adalah meninggikan asas sistem.

2:127 Dan apabila Ibrahim meninggikan asas dari sistem bersama Ismail: Pemelihara kami, terimalah dari kami. Sesungguhnya Engkau Mendengar, Melihat.

Seperti yang saya telah sebut di atas, sistem yang dikatakan berdekatan dengan lembah tandus yang menjadi pilihan Ibrahim berkemungkinan merujuk kepada sebatang sungai utama. Oleh itu apabila dikatakan mereka meninggikan atau menaikkan asas sistem, saya percaya mereka sebenarnya membina empangan supaya paras air sungai itu naik dan membolehkan lembah tandus mereka diairi dan seterusnya mereka dapat membangunkan kegiatan pertanian serta penternakan secara terkawal dan produktif.

Dan kita diberitahu usaha Ibrahim bersama Ismail itu akhirnya berjaya dilaksanakan. Impian Ibrahim telah tercapai dan pada suatu ketika apabila ketenteraman telah menyelubungi lembah mereka di mana Ibrahim sedang baring melungkupkan badannya (laying on his forehead), Tuhan memberi pengesahan kepada Ibrahim tentang kejayaannya merealisasikan wawasan beliau sambil memberi jaminan bahawa mereka akan diberi ganjaran yang hebat dan antaranya adalah haiwan-haiwan ternakan untuk sembelihan.

37:103 Maka apabila telah tenteram dan baring dia kepada dahinya

37:104 Dan Kami memanggilnya: Wahai Ibrahim..

37:105 Kamu telah merealisasikan wawasan itu. Sesungguhnya Kami, yang demikian memberi ganjaran kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.

37:106 Sesungguhnya ini tidak lain adalah suatu ujian yang jelas.

37:107 Dan maka Kami telah tebus dia dengan sembelihan yang hebat.

Dalam satu kisah yang Tuhan ceritakan, kita dapat membayangkan betapa hebat dan makmurnya kegiatan penternakan Ibrahim sehingga apabila Tuhan mengutuskan 2 orang malaikat datang ke rumahnya untuk mengkhabarkan berita yang beliau dan isterinya yang bakal mendapat 2 orang anak mereka sendiri, Ibrahim terus menghidang seekor anak lembu panggang untuk mereka.

11:69 Dan tidak syak telah datang utusan-utusan kami kepada Ibrahim dengan berita gembira. Mereka berkata: Yang tenteram! Dia berkata: Tenteram! Maka tidak berlengah dia untuk membawa seekor anak lembu panggang.

Dan selain dari sembelihan yang hebat hasil dari haiwan-haiwan ternakan yang bermutu seperti lembu, kita juga diberitahu bahawa kawasan lembah mereka juga menjadi kawasan pertanian yang subur dengan pelbagai tanaman buah-buahan.

2:126 Dan apabila berkata Ibrahim: Pemeliharaku, jadikanlah negara ini aman dan kurniakanlah penduduknya dari buah-buahan sesiapa yang mempercayai dari kalangan mereka – dengan Tuhan dan hari akhir. Kami berkata: Dan sesiapa menafikan Aku beri juga mereka keseronokan sedikit – kemudian Aku akan paksa mereka kepada siksaan neraka dan amat menyakitkan destinasi itu.

Kejayaan Ibrahim mentransformasikan sebuah kawasan lembah yang tandus menjadi sebuah kawasan lembah yang subur dengan pelbagai tanaman buah-buahan dan haiwan ternakan merupakan suatu epik dan Tuhan menyatakan legasi Ibrahim itu dikekalkan untuk menjadi contoh kepada generasi kemudian.

37:108 Dan kami tinggalkan baginya di kalangan orang-orang yang kemudian.

Ini bermakna kita sebenarnya masih boleh menjejaki kawasan lembah yang pernah dibangunkan dan didiami oleh Ibrahim dan Ismail serta keturunan mereka. Seperti yang saya bentangkan dalam artikel ini, Al-Quran sebenarnya sudah memberi pelbagai petunjuk mengenai lembah berkenaan. Antaranya:

  1. Lembah itu pada dasarnya adalah sebuah lembah yang tandus jika tiada sebarang campurtangan manusia.
  2. Lembah itu terletak berhampiran dengan sebuah sistem sungai utama.
  3. Lembah itu berubah menjadi sebuah kawasan pertanian yang subur selepas empangan dibina untuk menaikkan paras air sungai yang membolehkan lembah berkenaan diairi secara sistematik.
  4. Lembah itu berkembang menjadi sebuah pusat ketamadunan yang makmur dan terkenal dan kesannya masih boleh dilihat sehingga hari ini.
  5. Lembah itu menjadi sebuah kawasan pertanian yang subur dengan pelbagai tanaman buah-buahan.
  6. Lembah itu merupakan sebuah kawasan penternakan yang hebat dan antara ternakan utama yang diusahakan adalah lembu.
  7. Lembah itu terletak tidak terlalu jauh dari penempatan Nabi Lut.

POSTSCRIPT

39°09’43.20” N, 27°12’36.00” E. Itulah lokasi yang dicadangkan.

Seperti yang dinyatakan dalam komen pertama tuan Mat Guyver untuk entry ini, beliau akhirnya telah berkongsi penemuan berkenaan lokasi lembah tandus yang telah menjadi pilihan Nabi Ibrahim untuk tinggal bersama keturunannya melalui kaedah pengiraan latitud dan logitud di permukaan bumi berdasarkan formula yang beliau device sendiri dari Al-Quran.

Lokasi yang dicadangkan oleh tuan Mat Guyver terletak di Turki – negara yang sememangnya terkenal sebagai antara pengeluar produk buah-buahan utama dunia dan lembu merupakan haiwan ternakan yang common. Lokasi itu juga menunjukkan empangan dibina untuk menguruskan sistem pengairan di seluruh kawasan lembah berkenaan. Di bawah adalah beberapa screenshot dari GoogleEarth yang disediakan oleh tuan Mat Guyver.

null

null

null

null

Para pembaca budiman boleh terus ke blog Mat Guyver untuk maklumat lanjut. Klik di sini.

Written by tolokminda

May 17, 2012 at 11:33 am

Posted in Nabi | Rasul

Qurandiminda bermula

with 8 comments

Salam,

Saya telah membuka satu blog baru sebagai satu usaha khusus untuk kita sama-sama memahami Al-Quran secara menyeluruh melalui perbincangan berasaskan Surah dan bukan berasaskan topik seperti di laman ini. Diharap melalui perbincangan di laman baru tersebut – dan dengan pendekatan baru pula – kita dapat “khatam” memahami keseluruhan Al-Quran sebagaimana ia sepatutnya difahami dalam tempoh setahun dua.

Para pembaca budiman boleh ke http://qurandiminda.wordpress.com dan memulakan perbincangan di sana. Laman ini akan terus kekal untuk membincangkan sesuatu perkara berasaskan topik.

Terima kasih.

Written by tolokminda

August 22, 2011 at 4:25 am

Posted in Makluman

Manusia, jin dan syaitan

with 39 comments

Apabila saya membuat semakan ke atas ayat-ayat Al-Quran yang relevan dengan topik “sihir” dalam entri sebelum ini, saya menemui suatu yang baru. Selama ini kita diberitahu oleh golongan agamawan bahawa Iblis adalah ketua malaikat yang menolak untuk bersetuju dengan Adam. Tetapi melalui petunjuk yang diberikan oleh Tuhan di dalam Al-Quran, Iblis bukan malaikat atau ketua malaikat. Tetapi Iblis adalah dari kalangan jin.

18:50 Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat: Bersetujulah kepada Adam! Mereka bersetuju kecuali Iblis. Dia adalah salah satu dari kalangan jin dan dia engkar perintah Pemeliharanya. Adakah kamu akan mengambil dia dan keturunannya sebagai pelindung berbanding dengan Aku? Dan mereka adalah musuh kepada kamu. Musibah sebagai pertukaran untuk mereka yang membuat salah (zalim).

Jelas sekali dari ayat di atas, Iblis sebenarnya jin dan bukannya malaikat. Oleh itu keturunan jinlah yang perlu kita beri perhatian dan hindarkan kerana mereka mungkin keturunan Iblis. Perhatikan persoalan dan amaran yang Tuhan lontarkan kepada kita melalui ayat yang sama.

…Adakah kamu akan mengambil dia dan keturunannya sebagai pelindung berbanding dengan Aku? Dan mereka adalah musuh kepada kamu. Musibah sebagai pertukaran untuk mereka yang membuat salah (zalim).

Sebelum saya pergi lebih jauh, saya akan bawakan beberapa ayat lagi sebagai bukti bahawa Iblis adalah jin supaya kita tidak akan berasa ragu-ragu lagi mengenainya.

15:27 Dan jin, Kami telah cipta sebelumnya dari api yang marak.

55:15 Dan dia mencipta jin dari nyalaan api yang tidak berasap.

Dari dua ayat di atas kita mendapat tahu bahawa Tuhan telah mencipta bangsa jin sebelum mencipta manusia. Dan jin dijadikan dari nyalaan api yang marak tetapi tidak berasap. Dan Iblis sendiri pun mengaku bahawa dia telah dicipta dari api seperti yang diceritakan oleh Tuhan melalui ayat 8:76.

38:76 Berkata: “Aku lebih baik dari dia. Engkau telah cipta aku dari api dan dia Engkau telah cipta dari tanah.”

Maka sekarang jelaslah kepada kita siapa itu Iblis. Iblis bukan dari jenis malaikat seperti dakwaan agamawan tetapi ia adalah dari kalangan jin. Maka jika kita setuju bahawa Iblis adalah musuh kita, maka yang kita perlu beri perhatian adalah jin. Apa-apa yang melibatkan hubungan manusia dengan jin, kita wajar berhati-hati. Ini kerana Iblis – jin ini dan keturunannya – telah diberi peluang oleh Tuhan untuk menyesatkan manusia sehingga akhir zaman. Perkara ini telah diceritakan dengan jelas oleh Tuhan melalui ayat-ayat berikut.

38:79 Dia (Iblis) berkata: Pemeliharaku, beri aku peluang sehingga hari mereka dihidupkan kembali.
38:80 Dia (Tuhan) berkata: Maka sesungguhnya kamu diberi peluang.
38:81 Sehingga hari yang telah dimaklumkan.
38:82 Dia (Iblis) berkata: Dengan kuasa Engkau, aku akan menyesatkan mereka semua.
38:83 Kecuali di kalangan hamba-hambaMu yang terpilih.
38:84 Dia (Tuhan) berkata: Maka ia kebenaran dan kebenaran adalah apa yang Aku katakan.
38:85 Sesungguhnya aku akan mengisi neraka dengan kamu dan mereka dari kalangan yang mengikut kamu.

Nampaknya keadaan menjadi bertambah jelas. Sekarang barulah kita benar-benar faham mengapa dan bagaimana penglibatan jin boleh jadi begitu berleluasa dalam masyarakat manusia. Mana tidaknya, rupanya yang telah berjanji untuk menyesatkan manusia sehingga akhir zaman tidak lain adalah dari kalangan keturunan jin yang bernama Iblis. Patutlah melalui agama misalnya, ramai manusia telah menyekutukan jin dengan Tuhan tanpa mereka mengetahui atau memahami kedudukan sebenar.

6:100 Tetapi mereka menjadikan jin sebagai sekutu dengan Tuhan walaupun Tuhan yang mencipta jin-jin itu. Dan mereka mengada-adakan kepada Tuhan anak-anak lelaki dan perempuan tanpa sebarang pengetahuan. Segala puji dan sanjungan kepada Dia mengatasi apa yang mereka ada-adakan untukNya.

Dan ketaksuban luarbiasa manusia kepada jin sehingga mereka mencipta perhubungan keluarga di antara Tuhan dengan jin-jin sepertimana yang disebut dalam ayat 6:100 itu pula bukanlah sesuatu yang tidak dianticipate oleh jin-jin itu. Jin-jin itu sebenarnya tahu ke mana manusia akan membawa mereka. Begitulah bodohnya manusia yang terpedaya.

37:158 Dan mereka telah mencipta di antara Dia dan jin-jin itu satu perhubungan. Tetapi sudah tentu jin-jin itu tahu bahawa mereka pasti akan dibawa.

Akibatnya ramai manusia menjadi hamba (yaʿbudūna) kepada jin dan bukannya kepada Tuhan.

34:41 Mereka akan berkata: Segala puji kepada Engkau! Engkau pelindung kami, bukan mereka. Tidak. Sebaliknya mereka menjadi hamba (yaʿbudūna) jin; kebanyakan mereka percaya kepada mereka (jin).

Tuhan juga menyebut bagaimana kerjasama di antara manusia dan jin juga telah mendorong mereka menyelewengkan mesej-mesej Tuhan yang telah disampaikan melalui setiap nabi. Perhatikan betul-betul ayat berikut.

6:112 Dan maka kami jadikan untuk setiap nabi, musuh – syaitan-syaitan jin dan manusia – menginspirasikan di antara satu sama lain kata-kata indah yang menyeleweng. Jika dikehendaki Pemeliharamu, mereka tentu tidak akan dapat melakukannya. Maka tinggalkan mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

Lihat bagaimana 6:112 menjelaskan kepada kita siapa itu syaitan. Mereka adalah musuh nabi-nabi dari kalangan jin dan manusia. Dengan kata lain, mana-mana manusia atau jin yang menghasut atau membisikkan kepada manusia lain perkara-perkara yang boleh menyebabkan mereka menafikan apa yang Tuhan telah wahyukan kepada mereka melalui nabi-nabi – manusia atau jin seperti itulah yang dimaksudkan sebagai syaitan.

Jadi selepas ini tidak perlulah kita gambarkan syaitan itu makhluk berwarna merah yang bertanduk dan berekor sambil memegang tombak bermata tiga. Makhluk itu hanyalah ciptaan syaitan-syaitan yang terdiri dari manusia dan jin untuk mengalih pandangan kita dari mengenali mereka – syaitan yang sebenar.

Jadi selepas kita faham siapa sebenarnya mereka, maka wajarlah kita mengambil jaminan Tuhan bahawa jika Dia mengkehendaki tentulah syaitan-syaitan ini tidak akan dapat menyesatkan kita. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah meninggalkan segala apa yang mereka ada-adakan. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata mereka yang kelihatan indah-indah belaka itu.

Kemudian Tuhan juga memberitahu kita tentang adanya manusia yang mungkin tidak “menyembah” jin per se tetapi mereka mencari pertolongan dari mereka. Dan akhirnya jin-jin itu bukan membantu mereka bahkan menjadikan masalah mereka bertambah teruk.

72:6 Dan ada di antara mereka di kalangan manusia yang mendapatkan pertolongan dari kalangan jin dan mereka (jin-jin itu) telah menambah masalah mereka (manusia yang meminta pertolongan).

Saya melihat ayat 72:6 sangat sesuai untuk menggambarkan apa yang berlaku dalam hal perbomohan, pawang dan sebagainya. Golongan ini, selain dari golongan agama yang saya bincangkan dalam ayat-ayat sebelum ini, juga adalah golongan yang amat bergantung kepada jin. Memang jelas bagaimana jin-jin mereka telah menyebabkan masalah manusia bertambah kronik.

Cuba bayang seorang penduduk sebuah kampung yang mundur terkena penyakit taun lalu pergi berjumpa bomoh. Bomoh itu kemudiannya meminta bantuan jin beliau untuk membantu. Jin itu memberitahu bomoh bahawa orang itu terkena buatan orang dan perlu diberi tangkal pendinding. Orang itu mengambil tangkal pendinding dengan yakin dan memakainya. Dalam masa yang sama beliau akan berkira-kira tentang siapa yang mungkin telah membuat kejahatan kepadanya. Lalu timbul banyak spekulasi dalam masyarakat dan permusuhan bercambah. Orang yang sakit itu pula tidak bertambah baik dan akhirnya mati kerana tidak mendapat sebarang rawatan. Selepas kematian beliau, keadaan tidak bertambah baik tetapi permusuhan mungkin melarat dan penyakit taun yang tidak dibendung pula berkembang menjadi wabak.

Saya percaya memang begitulah bermulanya kepercayaan kepada perkara-perkara karut yang merosakkan masyarakat. Ia dibawa oleh mereka yang mencari pertolongan dari jin-jin yang besar kemungkinan merupakan keturunan Iblis. Cerita pasal hantu, “sihir-menyihir”, buat membuat orang dan sebagainya tidak akan wujud dalam fikiran manusia jika tidak ada syaitan dari kalangan manusia dan jin ini.

Selepas pencerahan ini, saya akan menolak secara total segala kepercayaan atau amalan yang boleh dihubungkaitkan dengan jin. Termasuklah orang-orang yang membawanya. Apa kata para pembaca budiman?

Written by tolokminda

July 17, 2011 at 2:37 pm

Sihir bermaksud tipudaya

with 27 comments

Entry kali ini adalah respon kepada pertanyaan Niasarah mengenai sihir di sini. Mula-mula saya ingat nak respon pendek saja. Tetapi apabila membuat semakan ayat-ayat Quran yang berkaitan, rupanya ia telah mendedahkan sesuatu yang saya fikir amat menarik. Jadi saya ambil keputusan untuk menjadikan jawapan kepada Niasarah ini sebagai entry utama untuk kita sama-sama fikirkan.

Baiklah. Saya berpendapat, “sihir” sebenarnya tidak wujud. Ia sama seperti hantu yang juga sebenarnya tidak wujud. Ramai orang percaya hantu wujud tetapi jika kita teliti tidak ada orang yang pernah dapat tengok hantu sepertimana orang dapat tengok lembu melintas jalan. Maksudnya tidak ada seorang pun yang pernah nampak hantu secara jelas dan nyata di depan mereka. Kepercayaan bahawa hantu wujud hanya berlegar dalam fantasi yang berakar dari amalan dengar-cakap saja.

Masyarakat kita ada banyak hantu. Ada hantu golek, hantu pocong, hantu kum-kum, hantu kopek, hantu penanggal dan sebagainya. Tapi siapa yang benar-benar pernah nampak hantu-hantu itu? Tidak ada. Kita cuma dengar sipolan dari kampung sana nampak. Adik dia nampak, Jiran dia nampak. Tapi tuan badan sendiri tidak pernah nampak. Kalau mereka kata mereka nampak pun, mereka tidak akan berani mengesahkan bahawa mereka telah nampak hantu itu seperti mereka boleh nampak lembu melintas jalan. Kesimpulannya, hantu memang tidak wujud.

Sama juga seperti sihir. Sebenarnya tidak ada tukang sihir yang benar-benar memiliki kelebihan atau kuasa atau mentara yang hebat sehingga mereka boleh terbang dengan penyapu atau bertukar-tukar rupa atau boleh menentukan nasib orang lain. Kisah tukang sihir terbang pakai penyapu dalam masyarakat barat sebenarnya sama dengan kepercayaan masyarakat kita kepada hantu. Tiada siapa pun di kalangan mat saleh pernah nampak tukang sihir terbang naik penyapu sebagaimana orang kita tidak pernah nampak hantu penanggal terbang hanya dengan kepala dan isi perut.

Saya percaya kebanyakan tukang sihir barat dahulu menggunakan “kaedah silap mata” yang diolah dari kefahaman dan aplikasi sains yang disembunyikan atau yang belum diketahui umum. Mereka menggunakan helah yang memanipulasi elemen mekanikal, elektrikal, kimia dan sebagainya. Kepada masyarakat yang rata-rata jahil, kesan tindakbalas kimia yang berlaku di antara 2 bahan pun boleh menyebabkan mereka berasa takjub. Sampai hari ini pun ramai bomoh masih lagi menggunakan kaedah-kaedah silap mata untuk menipu pelanggan mereka yang tidak ada akal.

Contohnya seperti yang boleh kita lihat dalam video ini.

Ahli-ahli sihir Firaun yang disebut di dalam Al-Quran pun sebenarnya sama. Mereka juga menggunakan kaedah silap mata. Apabila mereka menukar tongkat mereka menjadi ular, ia bukanlah apa yang sebenarnya berlaku. Ia trick saja. Sebab itulah apabila tongkat Musa benar-benar menjadi ular dan telan semua peralatan mereka, mereka terus mengaku kalah dan percaya kepada Musa. Mereka tahu sampai mati pun mereka tidak akan dapat buat apa yang Musa buat. Ini dapat kita bayangkan melalui ayat-ayat berikut.

7:113-121 Maka datanglah ahli-ahli sihir itu kepada Firaun. Mereka berkata: Sesungguhnya kami mahukan ganjaran jika kami menang. Dia berkata: Sudah tentu dan kamu akan menjadi orang yang rapat denganku. Mereka berkata: Wahai Musa! Kamu lempar dulu atau kami lempar dulu? Dia kata: Kamu lemparlah. Maka mereka melempar, mereka menakjubkan mata-mata manusia dan menimbulkan ketakutan kepada mereka dan mereka membawa sihir yang hebat. Kami menginspirasi Musa: Lemparkan tongkatmu dan tiba-tiba ia menelan semua yang mereka cipta. Maka kebenaran terbukti dan sia-sia apa yang telah mereka usahakan. Jadi mereka tewas di sana dan pada ketika itu dengan rasa malu. Dan ahli-ahli sihir itu berasa takjub dan menjadi orang-orang yang bersetuju. Mereka berkata: Kami percaya kepada Pemelihara sekalian alam.

Dari semua petunjuk tentang “sihir”, saya berpendapat perkataan sihir sebenarnya bermaksud tipudaya. Misalnya, mari kita teliti betul-betul ayat 2:102. Oleh kerana ia ayat yang agak panjang, saya letak dalam kurungan siapa yang dimaksudkan sebagai “mereka” supaya lebih mudah kita memahaminya.

2:102 Dan mereka (manusia) menurut apa yang syaitan telah ceritakan berkenaan kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukanlah seorang yang menafikan tetapi syaitanlah yang menafikan. Mereka (syaitan) mengajar manusia “sihir” dan mengajar mereka apa yang telah diturunkan kepada dua malaikat di Babil – Harut dan Marut. Mereka (Harut & Marut) tidak mengajar sesiapa kecuali mereka telah berkata; Kami hanya melakukan ujian, oleh itu jangan jadi orang yang menafikan. Tetapi mereka (manusia) belajar dari keduanya apa yang boleh memisahkan seseorang dengan pasangannya tetapi mereka tidak boleh menyebabkan musibah dengannya kepada sesiapa kecuali dengan izin Tuhan. Dan mereka (manusia) belajar apa yang menyebabkan musibah kepada mereka dan bukan yang membawa manfaat kepada mereka. Dan mereka mengetahui sesiapa yang melanggan perkara seperti itu tidak mempunyai tempat di akhirat. Teruk sungguh apa yang mereka jual dengan jiwa mereka jika mereka tahu.

Perhatikan bahawa Harut dan Marut sebenarnya adalah malaikat yang ditugaskan untuk melakukan ujian dan bukan mengajar sihir kepada sesiapa. Sebab itulah sebelum mereka menjalankan tugasan mereka, mereka memaklumkan bahawa mereka hanya melakukan ujian dan berpesan supaya jangan menjadi orang yang menafikan. Pendek kata, malaikat-malaikat itu tidak melakukan sebarang kesalahan pun.

Malangnya, dari mulut agamawan kedua-dua malaikat itu telah mendapat reputasi yang amat buruk. Kononnya mereka telah mengajar sihir kepada manusia. Sedangkan yang mengajar “sihir” adalah syaitan iaitu mereka yang telah memilih untuk mempelajari aspek yang tidak elok dari ujian yang telah dilakukan oleh Harut dan Marut dan menyampaikannya pula kepada orang lain untuk menipudaya mereka. Dan melihat kepada konteks ayat inilah, saya berpendapat apa yang dimaksudkan dengan “sihir” dalam 2:102 sebenarnya adalah “tipudaya” dan bukannya sihir yang boleh dikaitkan dengan mentera dan jampi serapah.

Sebagaimana yang saya katakan tadi, ujian yang dilakukan oleh Harut dan Marut bukanlah bertujuan supaya manusia menjadi golongan yang menafikan atau untuk menyebabkan mereka berpecah-belah. Malangnya apa yang manusia pilih untuk pelajari dari mereka hanyalah sesuatu yang boleh memisahkan seseorang dengan pasangannya. Saya berpendapat apa yang dimaksudkan dengan “memisahkan seseorang dengan pasangannya” tidak boleh kita tafsirkan secara lateral. Sebaliknya ia adalah untuk menggambarkan betapa mendalam dan berkesannya apa yang mereka pilih untuk pelajari itu dalam memecahbelahkan masyarakat manusia sehingga ke peringkat unit yang paling kecil.

Banyak perkara boleh menyebabkan seseorang berpisah dengan pasangannya atau manusia berpecah sesama mereka. Tetapi saya melihat yang paling relevan dan yang paling jelas untuk kita kaitkan dengan ayat 2:102 adalah, kepercayaan agama. Tidak ada suatu kaedah yang lebih mendalam dan berkesan untuk memecah-belahkan manusia selain kepercayaan agama masing-masing. Kita boleh nampak dengan jelas bagaimana kepercayaan-kepercayaan agama yang wujud di dunia hari ini telah menyebabkan perpecahan masyarakat manusia berlaku di setiap peringkat dari sekecil-kecil unit keluarga sehinggalah kepada unit negara.

Pendek kata, 2:102 bukanlah menceritakan asal usul ilmu sihir berasaskan jampi mentera. Ia bukan tentang malaikat sesat. Tetapi ia merupakan satu peringatan supaya kita tidak ikut ajaran syaitan, iaitu manusia yang mengambil pelajaran yang buruk dari ujian Harut & Marut dan kemudian mengajar manusia lain apa yang mereka pelajari itu dengan cara “sihir” iaitu tipudaya. Kita harus fahamkan betul-betul apabila Tuhan menyatakan “…dan mereka (manusia) belajar apa yang menyebabkan musibah kepada mereka dan bukan yang membawa manfaat kepada mereka. Dan mereka mengetahui sesiapa yang melanggan perkara seperti itu tidak mempunyai tempat di akhirat. Teruk sungguh apa yang mereka jual dengan jiwa mereka jika mereka tahu”.

Saya berterima kasih kepada Niasarah yang bertanya tentang sihir. Di atas pertanyaan itu saya mendapat banyak pengetahuan baru hari ini. Misalnya, sihir bermaksud tipudaya. Harut & Marut bukan malaikat sesat. Fitna bermaksud ujian. Dan kufur bermaksud menafikan.

Written by tolokminda

July 16, 2011 at 6:36 pm

Puasa adalah Mengecualikan diri

with 100 comments

Tidak berapa lama lagi orang Islam akan menyambut bulan puasa. Entri kali ini sekali lagi tentang “puasa” tetapi bukanlah kerana saya berasa tidak sabar mahu berlapar dan dahaga di siang hari selama sebulan. Sebaliknya saya hanya mahu berkongsi pemahaman baru saya terhadap perkataan saum atau puasa. Sebelum ini saya menterjemah atau mentafsirkan saum atau puasa sebagai membendung diri dari berinteraksi atau bercakap dengan orang lain. Bagaimanapun sekarang saya yakin telah menemui perkataan yang lebih baik untuk menterjemah atau mentafsirkan saum atau puasa.

Perkataannya adalah “mengecualikan diri”. Saya tidak akan menulis artikel baru bagi menjelaskan terjemahan atau tafsiran ini kerana berpendapat artikel saya mengenainya sebelum ini sudah cukup sesuai untuk menjelaskan apakah saum/puasa dan bagaimanakah ia harus diaplikasikan dalam kehidupan seseorang manusia.

Klik link artikel yang dimaksudkan untuk ulangkaji. Dan berikut adalah kemaskini artikel berkenaan berdasarkan terjemahan atau tafsiran saum/puasa kepada mengecualikan diri. Para pembaca budiman akan melihat pembaikan terhadap isikandungan artikel dan terjemahan ayat-ayat Al-Quran selaras dengan kefahaman yang lebih baik tentang saum/puasa.

TAJUK: PUASA – MENGECUALIKAN DIRI – ADALAH HAK INDIVIDU DEMI KESEJAHTERAAN SEMUA

Saya ada menulis tentang puasa sebelum ini. Artikel dan perbincangan mengenainya boleh di baca di sini. Artikel lain yang berkaitan boleh dibaca di sini. Pada dasarnya puasa menurut petunjuk Al-Quran adalah satu praktis mengecualikan diri – dan bukannya tentang tidak makan dan minum di waktu siang.

Seperti yang telah diperbincangkan sebelum ini, puasa tidak bersifat ritual dan ia juga tidak ada kena mengena dengan bulan atau hari yang khusus. Oleh itu, selepas kita memahami apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan puasa maka wajarlah kita fahami pula apakah sebenarnya fungsi atau peranan puasa kepada seseorang.

Saya berpendapat puasa sebagaimana yang dianjurkan Al-Quran – iaitu mengecualikan diri – dapat membantu seseorang manusia sekurang-kurangnya dalam tiga situasi. Ketiga-tiga situasi ini sebenarnya telah dijelaskan di dalam Al-Quran. Situasi pertama boleh kita fahami dari puasa yang perintahkan oleh Isa ke atas Maryam.

Situasi 1 : Situasi Maryam – Mengecualikan Diri Sebagai Mekanisma Untuk Mengatasi Ketegangan Emosi

19:22  Jadi dia melahirkannya; kemudian dia membawanya ke suatu tempat yang tersorok.

19:23 Dan kesakitan memaksanya (Maryam) berehat di bawah sepohon kurma; dia berkata: Oh, kalaulah aku mati sebelum ini, tentulah ia akan dilupakan!

19:24 Kemudian bersuara dari bawahnya: Janganlah bersedih, sesungguhnya Tuhanmu telah menyediakan air yang mengalir di bawahmu;

19:25 Dan goncangkanlah pohon kurma ini, ia akan menjatuhkan buah-buah kurma segar;

19:26 Jadi makan dan minum dan segarkan diri. Kemudian jika kamu bertemu dengan seseorang, kata; Sesungguhnya aku sedang “mengecualikan diri” untuk Tuhan yang Pemurah, jadi aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pada hari ini.

19:27 Dan dia kembali kepada kaumnya, membawa bersama bayinya. Mereka berkata; Wahai Maryam! Sesungguhnya kamu telah membuat sesuatu yang pelik.

19:28 Wahai adik Harun, ayah kamu bukan seorang yang jahat dan bukan pula ibu kamu seorang yang kotor.

19:29 Tetapi dia (Maryam) menuding kepada bayinya. Mereka berkata: Bagaimana kami nak bercakap dengan seorang bayi di dalam buaian?

19:30 Dia (iaitu bayinya, Isa) berkata; Sesungguhnya aku adalah hamba Allah; Dia telah memberikan aku Al-Kitab dan menjadikan aku seorang nabi;

Dari kisah Maryam yang diceritakan dalam ayat-ayat di atas, Maryam tidak disuruh berpuasa kerana ketika itu “bulan puasa”. Maryam juga tidak disuruh mulakan puasanya dari waktu sebelum subuh sehingga ke senja. Maryam juga tidak disuruh berlapar malah disuruh makan, minum dan segarkan diri. Tetapi apa yang disuruh Isa kepada Maryam adalah supaya ibunya mengecualikan diri dari berinteraksi dengan orang lain.

Saya berpendapat tujuan Maryam disuruh mengecualikan diri adalah untuk membendung tekanan emosi yang sedang dihadapi oleh beliau pada ketika itu. Ayat 19:22-24 memberikan kita satu gambaran jelas tentang keadaan emosi Maryam seperti sedih, bingung, takut sehingga merasakan lebih baik mati dari menghadapi masyarakat. Dengan mengecualikan diri dari sebarang interaksi dengan orang ramai, Maryam dapat meredakan segala kebimbangannya dan seterusnya membina kekuatan diri untuk menghadapi kenyataan sebagai persediaan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Oleh itu jika kita menghadapi tekanan emosi, sepertimana yang telah dialami oleh Maryam, dan tidak kiralah apa sebabnya, maka eloklah kita mengecualikan diri. Bendung interaksi dengan orang lain dan ambil masa untuk menyembuh dan membina kekuatan diri. Dengan kata lain, mengecualikan diri boleh menjadi satu mekanisme pemulihan kepada seseorang yang berada dalam tekanan. Jadi selepas ini, jika kita mendengar seseorang mengatakan bahawa dia sedang mengecualikan diri, maka kita harus memahami dan menghormati bahawa beliau memerlukan masa untuk diri sendiri dan wajarlah kita berikan haknya itu dengan tidak mengganggu sehinggalah dia bersedia untuk kembali berinteraksi seperti biasa.

Situasi 2: Situasi Menyelidik Atau Belajar – Mengecualikan Diri Sebagai Mekanisma Untuk Memperkukuhkan Minda Dan Memberi Sepenuh Tumpuan

Di dalam Al-Quran, pengecualian diri turut disarankan dalam usaha menyelidik dan membangunkan penyelidikan.

2:183 Wahai kamu yang percaya! Pengecualian diri ditetapkan ke atas kamu, sebagaimana ia telah ditetapkan kepada mereka sebelum kamu, supaya kamu menumpukan perhatian.

2:184 Untuk beberapa hari yang tertentu, tetapi bagi yang sakit atau dalam perjalanan, gantikannya dengan hari-hari lain. Dan bagi sesiapa yang tidak dapat melakukannya, gantikan dengan memberi makan seorang fakir, yang demikian sesiapa yang berbuat baik, ia mendatangkan kebaikan kepadanya dan mengecualikan diri adalah lebih baik jika kamu faham.

2:185 Berbulan-bulan beraspirasi yang diinspirasikan di dalamnya Al-Quran, Petunjuk kepada manusia, Penjelasan-Penjelasan kepada Petunjuk, dan Pembeza. Oleh itu, sesiapa di kalangan kamu yang menyaksikan aspirasi itu wajar mengecualikan diri. Dan bagi yang sakit di antara kamu, atau sedang dalam perjalanan, gantikan dengan hari yang lain, Allah mahu memudahkan kamu, dan Dia tidak mahu menyukarkan kamu, dan supaya kamu dapat memenuhinya, dan supaya kamu mengagungkan Tuhan kerana memberi kamu pedoman, supaya kamu menghargai.

2:186 Dan jika hamba-hambaKu bertanya tentang Aku, Aku sentiasa hampir, Aku menerima panggilan dari sesiapa yang memanggilKu. Oleh itu, mereka harus menerima Aku, dan patuh kepadaKu, semoga mereka mendapat pedoman.

2:187 Pada malam pengecualian diri, kamu dibenarkan bermesra dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka. Tuhan tahu kamu juga membuat kesilapan, dan Dia telah menebus kamu dan mengampunkan kamu; sekarang khabarkan kepada mereka berita baik ini dan teruskan mendalami apa yang Tuhan telah tuliskan (kataba Allahu) untuk kamu dan cernakanlah ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh, kemudian teruskan mengecualikan diri sehingga ke malam. Dan jangan kamu bergaul dengan mereka (isteri-isteri) ketika kamu sedang mengerjakan ketetapan yang telah dipersetujui ke atas kamu. Inilah batasan-batasan Tuhan, jadi jangan dekati mereka. Begitulah Tuhan menjelaskan wahyu-wahyuNya kepada manusia supaya mereka memberi perhatian.

Melalui ayat 2:184-187 Tuhan mengajar kita secara khusus supaya mengecualikan diri untuk beberapa hari tertentu apabila kita menyaksikan sebarang aspirasi yang diinspirasikan di dalamnya Al-Quran, seperti yang Tuhan nyatakan dalam ayat 2:184. Walaupun begitu pengecualian diri itu bukanlah satu pengasingan penuh. Sebaliknya kita dibenarkan mengauli pasangan pada waktu malam – 2:187. Kita cuma perlu mengecualikan diri dari mereka sewaktu kita sedang giat melakukan penyelidikan (haj) terhadap sesuatu bahan yang mungkin telah dihasilkan melalui proses pemikiran selama berbulan-bulan oleh seseorang atau mungkin juga sekumpulan orang.

Ini bermakna apa yang perlu kita selidik itu tidak semestinya Al-Quran per se. Bahkan ia adalah apa saja bahan yang pada dasarnya lahir dari aspirasi seseorang atau diri kita sendiri yang boleh dirujuk kembali kepada Al-Quran – samada dalam bentuk buku, artikel, jurnal, idea dan sebagainya. Sebagai contoh, sebelum menulis artikel ini saya telah memikirkan tentang maksud puasa selama berbulan-bulan malah sehingga mencapai bertahun-tahun dan akhirnya saya mendapat inspirasi bahawa perkataan “saum” bermaksud “mengecualikan diri”. Maka sesiapa yang menyaksikan aspirasi saya maka wajar melakukan penyelidikan dengan bersungguh-sungguh dan kalau perlu, lakukan pengecualian diri buat beberapa hari untuk menentukan samada ia benar atau tidak.

Perkara yang sama berlaku apabila saya diperkenalkan kepada buku Mental Bondage oleh Aidid Safar dulu, saya terus menyemak ayat-ayat Al-Quran yang diperbincangkan dalam buku tersebut untuk melihat sendiri samada segala aspirasi Aidid Safar berasas. Saya amat kurang berinteraksi dengan anggota keluarga pada waktu itu. Syukur kerana sekarang saya dapat melihat maksud 2:184-187 dengan kefahaman yang jelas.

2:185 Berbulan-bulan beraspirasi yang diinspirasikan di dalamnya Al-Quran, Petunjuk kepada manusia, Penjelasan-Penjelasan kepada Petunjuk, dan Pembeza. Oleh itu, sesiapa di kalangan kamu yang menyaksikan aspirasi itu wajar mengecualikan diri…

Pendek kata, mesej Tuhan dalam ayat-ayat itu adalah, setiap kali kita menyaksikan atau mendapat tahu aspirasi seseorang atau mungkin aspirasi yang datang dari diri kita sendiri yang di dalamnya boleh dirujuk kepada Al-Quran, maka kita harus menyelidiki aspirasi-aspirasi itu dan melihat samada ia selaras dengan petunjuk dan penjelasan Al-Quran supaya kita dapat membezakan samada ia benar atau salah. Mesej ini kelihatan begitu relevan dan indah apabila di akhir ayat 2:187 Tuhan menyatakan – “Begitulah Tuhan menjelaskan wahyu-wahyuNya kepada manusia supaya mereka beroleh kebenaran”.

Membangunkan Penyelidikan Masing-Masing

Saya berpendapat amatlah penting kita semua faham dan setuju bahawa penyelidikan (haj) dan pembangunan (umra) merupakan dua aktiviti yang disuruhkan oleh Tuhan. Sebagai permulaan setiap orang harus membangunkan penyelidikan mereka sendiri. Bagi golongan yang cepat belajar atau cepat faham atau telah sedia berada dalam masyarakat yang maju dalam aspek ilmu dan budaya tersebut, usaha mereka mungkin lebih mudah dan pantas.

Bagaimanapun bagi golongan yang serba kekurangan, Tuhan ajar bagaimana caranya mereka harus membangunkan penyelidikan mereka. Tuhan kata, mulakannya dengan petunjuk yang mudah sehinggalah ia diterimapakai – maknanya sehingga ia dapat diperjelaskan dan diterima kebenarannya oleh masyarakat.

Bagi golongan yang lebih teruk dari itu pula, iaitu golongan yang tidak mampu atau tidak mempunyai asas pengetahuan yang tersusun – slow learner – Tuhan nasihatkan supaya mereka memperkukuhkan diri mereka dengan melakukan pengecualikan diri atau membuat sumbangan atau pengorbanan lain. Dan apabila mereka sudah mempunyai keyakinan, maka seperti golongan yang kedua tadi, Tuhan nasihatkan supaya mereka mula membangunkan penyelidikan mereka dari petunjuk yang mudah.

Dan akhir sekali, bagi golongan yang gagal dan berada dalam masyarakat yang tidak menekankan kepada masjidilharam atau ketetapan-ketetapan dipersetujui yang direstui – iaitu golongan tidak berada dalam komuniti Muslim yang sebenar, contohnya masyarakat kita sekarang – Tuhan ajar secara spesifik bagaimana mereka harus mengaplikasikan pengecualian diri dalam membangunkan penyelidikan mereka. Tuhan suruh mulakan dengan 3 hari dan jika tempoh itu tidak mencukupi mereka boleh mulakan sekali lagi untuk tempoh 7 hari. Maknanya – menurut Tuhan – jika kita benar-benar mahu berusaha untuk membangunkan penyelidikan sambil memperkukuhkannya dengan mengecualikan diri, paling-paling lambat pun 10 hari kita akan mencapai sesuatu.

Semua ini dijelaskan oleh Tuhan melalui ayat 2:196.

2:196 Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu serba kekurangan, mulakan dengan yang mudah dari petunjuk dan jangan terlepas yang asas sehingga petunjuk itu diterimapakai. Maka jika sesiapa dari kamu tidak mampu atau tidak tersusun pengetahuan asasnya maka perkukuhkan diri kamu dengan mengecualikan diri, atau membuat sumbangan atau pengorbanan. Maka, sebaik saja kamu berkeyakinan – kepada yang berminat membangunkan penyelidikan ambillah mana-mana yang mudah dari petunjuk . Bagaimanapun bagi sesiapa yang gagal – kecualikanlah diri selama 3 hari semasa membuat penyelidikan dan 7 (hari) apabila kamu mula sekali lagi. Itu bermakna 10 (hari) secara keseluruhannya. Ini adalah untuk mereka yang tiada ahli menekankan ketetapan-ketetapan dipersetujui yang direstui. Dan beri perhatian kepada Tuhan dan kamu akan tahu bahawa sesungguhnya Tuhan sangat berat hukumanNya.

Saya berpendapat, amalan mengecualikan diri merupakan satu kebiasaan kepada para penyelidik dan ilmuan dalam pelbagai bidang secara universal. Kebanyakan para saintis yang tersohor dunia tanpa mengira bangsa dan zaman, sememangnya diketahui sebagai orang-orang yang sangat fokus dan lebih banyak menghabiskan masa mengecualikan diri untuk membangunkan penyelidikan yang mereka usahakan.

Situasi 3:  Sebagai Hukuman – Mengecualikan Diri Sebagai Mekanisma Untuk Menimbulkan Keinsafan Dalam Diri

Sebagaimana yang kita tahu pengecualian diri juga merupakan salah satu pilihan hukuman kepada beberapa kesalahan tertentu seperti kesalahan membunuh seseorang yang percaya- 4:92, melanggar sumpah – 5:89 dan membunuh haiwan yang dilarang – 5:95.

4:92  Jangan sekali-kali seorang yang percaya membunuh seorang yang percaya kecuali kerana tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang yang percaya tanpa sengaja maka dia wajar membebaskan seorang hamba dan memberi gantirugi kepada keluarganya kecuali mereka menolaknya secara sukarela. Jika dia seorang dari musuh kamu dan dia seorang yang percaya, maka kamu harus membebaskan seorang hamba yang percaya. Dan jika dia dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kamu, maka beri gantirugi kepada keluarganya dan bebaskan seorang hamba. Sesiapa yang tidak mampu, maka kecualikanlah diri selama 2 bulan terus menerus sebagai jalan keampunan kepada Tuhan; sesungguhnya Tuhan Mengetahui, Bijaksana.

5:89  Tuhan tidak akan mengambilkira apa yang tidak berguna dalam janji kamu, tetapi Dia akan mempertanggungjawabkan  kamu ke atas janji yang kamu nyatakan; sebagai penebusnya beri makan sepuluh orang miskin, pada kadar purata makanan untuk keluarga kamu atau beri mereka pakaian atau bebaskan seorang hamba. Jika ia di luar kemampuan kamu, kecualikanlah diri tiga hari. Itulah penebus-penebus kepada janji-janji yang telah kamu sumpahkan. Tetapi teruskanlah janji kamu. Maka Tuhan menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya, supaya kamu bersyukur.

5:95  Wahai kamu yang percaya! Jangan membunuh hidupan liar yang telah dilarang kepada kamu. Jika sesiapa membunuh dengan sengaja, dia perlu menebus dengan haiwan yang setara dihakimi dua orang yang adil di kalangan kamu untuk memastikan kematangan buku lali (haiwan yang dibunuh). Atau tebus dengan memberi makan orang miskin atau mengecualikan diri, supaya dia merasai akibat dari perbuatannya. Tuhan telah memaafkan kesalahan terdahulu (sebelum peraturan ini ditetapkan). Barang sesiapa mengulangi kesalahannya, Tuhan akan menghukumnya. Tuhan Berkuasa, Pemberi Hukuman.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, jika kita lihat dari petunjuk Al-Quran “puasa” bukanlah suatu ritual yang berteraskan lapar dan dahaga. Ia juga bukanlah amalan common yang perlu dilakukan oleh setiap orang dalam satu masa. “Puasa” yang sebenarnya adalah satu mekanisme yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa saja, pada bila-bila masa jika wujud keadaan di mana beliau memerlukan ruang untuk diri sendiri seperti ketika dalam keadaan emosi yang tertekan atau sedang giat dalam sesuatu penyelidikan atau apabila beliau memerlukannya untuk merenung kembali kesalahan dan seterusnya membangkitkan penyesalan atau penginsafan diri.

Tuhan yang mencipta kita. Tentulah Dia lebih tahu mengapa mekanisma “puasa” – iaitu pengecualian diri dari berinteraksi dengan orang lain ditetapkan kepada manusia dalam situasi-situasi yang tersebut. Ia adalah hak yang telah Tuhan berikan kepada setiap individu.

Saya percaya jika kita faham mesej Tuhan mengenai puasa/pengecualian diri, banyak kes melibatkan tekanan emosi sehingga ada yang membawa kepada gila, membunuh diri dan sebagainya dapat dikurangkan dalam masyarakat kita. Hak untuk mengecualikan diri merupakan suatu mekanisme unik yang dapat membantu proses penyembuhan emosi dan memperkukuhkan diri. Jika hak ini kita gunakan dengan bijak dan dalam masa yang sama kita dapat menghormati hak orang lain apabila mereka berada dalam situasi yang serupa, kesejahteraan jiwa dan hidup setiap anggota masyarakat tentu akan menjadi lebih terjamin.

Dalam pada itu aplikasi ,engecualikan diri (puasa) juga akan menjadi pemangkin yang berkesan untuk menjadikan manusia membangunkan budaya penyelidikan. Dengan aktiviti penyelidikan yang aktif tentulah lebih banyak manfaat dapat dijana dalam pembangunan tamadun manusia supaya mereka dapat merasai kurniaan Tuhan yang tidak terkira banyaknya. Dan semoga dengan itu mereka akan menjadi manusia yang tahu bersyukur kepada Pemelihara mereka.

Nota: Pemahaman baru saya mengenai puasa sebagai “mengecualikan diri diperolehi ketika berusaha menterjemahkan ayat berikut:

22:40 Mereka yang telah dihalau dari rumah mereka secara tidak adil hanya kerana mereka berkata: Pemelihara kami adalah Tuhan. Dan jika tidak kerana Tuhan menghapuskan sebahagian manusia melalui yang lain, pengecualian-pengecualian dan urusan-urusan perniagaan dan jamiman-jaminan (salawatun) dan ketetapan-ketetapan yang dipersetujui di mana nama Tuhan sering disebut di dalamnya tentu tidak berguna. Tuhan akan memberi kemenangan kepada mereka yang menyokongNya. Tuhan Berkuasa, Terhormat.

Written by tolokminda

July 13, 2011 at 1:11 am