Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Apa yang sebenarnya Tuhan suruh tahan sewaktu berpuasa?

with 114 comments

Puasa merupakan satu lagi ritual (amalan agama yang dilakukan mengikut rukun atau kaedah tertentu yang ditetapkan oleh para ulama agama sesuatu agama) yang dianggap wajib oleh orang Islam. Mereka melakukan ibadat puasa sekurang-kurangnya sebulan dalam setahun iaitu di bulan Ramadan. Ada yang melakukannya lebih dari itu, yang mana mereka panggil puasa sunat. Puasa mengikut definasi para ulama Islam adalah seperti berikut;

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara’ bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu. – Rujukan di sini.

Saya menerima definasi puasa sebagai menahan diri. Tetapi apa yang patut ditahan oleh diri mengikut ulama dan pengikut mereka tidak dapat saya terima kerana saya mempunyai kefahaman yang berbeza. Ulama memberitahu kita bahawa apa yang diri kita perlu tahan ketika berpuasa adalah dari menjamah makanan dan minuman.

Kita tidak boleh makan dan minum dari sebelum subuh hingga tiba waktu maghrib. Selain dari makan dan minum kita turut ditegah dari melakukan beberapa perkara lain seperti berjimak dengan isteri dan lain-lain perkara kecil seperti tidak boleh korek hidung, lubang telinga dan sebagainya. Pendek kata, ketika puasa semua jenis lubang atau saluran di badan kita perlu dipastikan bebas dari sebarang kemasukan.

Bagaimanapun saya mendapati jika definasi puasa ulama ini diterima, ia bercanggah dengan kisah puasa Maryam yang ada diceritakan oleh Allah di dalam Al-Quran. Percanggahan ini tidak sepatutnya berlaku kerana menurut Tuhan “puasa” yang ditetapkan ke atas kita adalah sama dengan “puasa” yang telah ditetapkan kepada pengikut Al-Kitab sebelum kita. Dengan kata lain, “puasa” kita mestilah sama dengan “puasa” Maryam.

Mari kita lihat bagaimana Maryam berpuasa.

19:22 Jadi dia melahirkannya; kemudian dia membawanya ke suatu tempat.

19:23 Dan kesakitan memaksanya (Maryam) berehat di bawah sepohon kurma; dia berkata: Oh, kalaulah aku mati sebelum ini, tentulah ia akan dilupakan!

19:24 Kemudian bersuara dari bawahnya (iaitu suara bayinya Isa); Janganlah bersedih, sesungguhnya Tuhanmu telah menyediakan air yang mengalir di bawahmu;

19:25 Dan goncangkanlah pohon kurma ini, ia akan menjatuhkan buah-buah kurma segar;

19:26 Jadi makan dan minum dan segarkan diri. Kemudian jika kamu bertemu dengan seseorang, kata; Sesungguhnya aku sedang berpuasa untuk Tuhan yang Pemurah, jadi aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pada hari ini.

19:27 Dan dia kembali kepada kaumnya, membawa bersama bayinya. Mereka berkata; Wahai Maryam! Sesungguhnya kamu telah membuat sesuatu yang pelik.

19:28 Wahai adik Harun, ayah kamu bukan seorang yang jahat dan bukan pula ibu kamu seorang yang kotor.

19:29 Tetapi dia (Maryam) menuding kepada bayinya. Mereka berkata: Bagaimana kami nak bercakap dengan seorang bayi di dalam buaian?

19:30 Dia (iaitu bayinya, Isa) berkata; Sesungguhnya aku adalah hamba Allah; Dia telah memberikan aku Al-Kitab dan menjadikan aku seorang nabi;

Perhatikan ayat 24, 25 dan 26. Ayat itu menceritakan bagaimana Isa yang baru saja dilahirkan menyuruh ibunya supaya tidak bersedih. Dia memberitahu ibunya bahawa ada air yang mengalir di bawahnya untuk diminum dan juga buah kurma untuk dimakan. Kemudian dia menyuruh ibunya jangan berkata apa-apa (diamkan diri) jika bertemu dengan sesiapa dengan mengatakan sedang berpuasa. Maryam menurut apa yang disuruh, iaitu makan, minum dan menyegarkan dirinya dan selepas itu kembali semula ke tempatnya.

Apabila kaumnya melihat Maryam mereka terus bertanya dan berpandangan serong (ayat 27 & 28). Maka Maryam, tanpa berkata apa-apa terus menuding kepada bayinya sehingga mereka kehairanan bagaimana mungkin mereka boleh bercakap dengan seorang bayi di dalam buaian. Tetapi kehairanan mereka terjawab apabila bayi tersebut berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku adalah hamba Allah; Dia telah memberikan aku Al-Kitab dan menjadikan aku seorang nabi”. (Ayat ke 28)

Dari ayat ini kita dapat penjelasan mengenai apa yang sepatutnya menjadi definasi “puasa”. Oleh kerana Tuhan kata “puasa” yang ditetapkan kepada kita oleh Allah adalah sama dengan “puasa” yang ditetapkan kepada orang beriman sebelum kita maka “puasa” yang disuruh oleh Nabi Isa kepada ibunya dalam ayat-ayat di atas adalah “puasa” yang sama untuk kita laksanakan. Nabi Isa dengan jelas menyuruh ibunya makan dan minum. Apa yang dilarang adalah bercakap dengan orang lain. Oleh itu definasi sebenar “puasa” pada pendapat saya adalah menahan diri dari bercakap/berinteraksi/berkomunikasi dengan orang lain.

Jadi selepas kita faham apakah definasi sebenar puasa, mari kita lihat apakah pula yang dikatakan Tuhan dalam ayat-ayat 2:183-187;

2:183 Wahai kamu yang percaya! Puasa (menahan diri dari bercakap dengan orang lain) ditetapkan ke atas kamu, sebagaimana ia telah ditetapkan kepada mereka sebelum kamu, supaya kamu terpelihara.

2:184 Untuk beberapa hari yang tertentu, tetapi bagi yang sakit atau dalam perjalanan, gantikannya dengan hari-hari lain. Dan bagi sesiapa yang tidak dapat melakukannya, gantikan dengan memberi makan seorang fakir, yang demikian sesiapa yang berbuat baik, ia mendatangkan kebaikan kepadanya dan berpuasa adalah lebih baik jika kamu faham.

2:185 Bahang manifestasi (shahru ramadan) yang mana ia datang bersama Al-Quran, Petunjuk kepada manusia, bukti-bukti mengenainya, dan Pembeza. Oleh itu, sesiapa di kalangan kamu yang merasai manifestasi tersebut wajar berpuasa. Dan bagi yang sakit di antara kamu, atau sedang dalam perjalanan, gantikan dengan hari yang lain, Allah mahu memudahkan kamu, dan Dia tidak mahu menyukarkan kamu, dan supaya kamu dapat memenuhinya, dan supaya kamu mengagungkan Tuhan kerana memberi kamu pedoman, supaya kamu menghargai.

2:186 Dan jika hamba-hambaKu bertanya tentang Aku, Aku sentiasa hampir, Aku menerima panggilan dari sesiapa yang memanggilKu. Oleh itu, mereka harus menerima Aku, dan patuh kepadaKu, semoga mereka mendapat pedoman.

2:187 Pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka. Tuhan tahu kamu juga membuat kesilapan, dan Dia telah menebus kamu dan mengampunkan kamu; sekarang khabarkan kepada mereka berita baik ini dan teruskan mendalami apa yang Tuhan telah tulis (kataba Allahu) untuk kamu dan hadamkanlah (cernakanlah) ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh, kemudian teruskan berpuasa sehingga ke malam. Dan jangan kamu bergaul dengan mereka (isteri-isteri) ketika kamu sedang mengerjakan ketetapan yang telah direstui ke atas kamu. Inilah batasan-batasan Tuhan, jadi jangan dekati mereka. Begitulah Tuhan menjelaskan wahyu-wahyunya kepada manusia supaya mereka beroleh kebenaran.

Selepas membaca ayat-ayat di atas kita akan dapati puasa yang Tuhan tetapkan kepada kita adalah sama dengan yang telah ditetapkan kepada Maryam. Iaitu, menahan diri dari bercakap dengan sesiapa sebaik kita menerima ilham atau hidayah berkenaan Al-Kitab. Dalam kes Maryam, beliau baru saja melahirkan seorang nabi yang membawa kitab – dan oleh yang demikian dia juga baru saja menerima kebenaran atau hidayah yang datang bersama Al-Kitab yang dibawa anaknya, Isa.

Dalam kes kita pula,  Tuhan kata kita akan merasai satu “bahang manifestasi” (syahru ramadan) apabila diberi hidayah ketika membaca Al-Quran. Jika merasainya, kita ketika itulah kita disuruh berpuasa supaya kita dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha memahami Al-Quran dan supaya kita dapat menghargai pedoman yang Tuhan kurniakan kepada kita. (Ayat 2:185).

Berapa hari kita perlu berpuasa? Tuhan kata beberapa hari (2:184). Saya berpendapat ia mengikut kadar kecepatan masing-masing memahami ayat-ayat Tuhan. Jadi jumlah hari itu tidak sama dari satu orang ke satu orang. Mungkin ada orang memerlukan satu hari dan ada orang lain memerlukan lebih dari itu. Saya juga berpendapat usaha memahami Al-Quran ini tidak semestinya satu usaha “one-off” tetapi boleh berlaku secara beransur-ansur. Apa yang penting pada pendapat saya, setiap kali kita menerima sesuatu hidayah mengenai Al-Quran, kita perlu komited mengenainya dan berpuasa untuk menumpukan perhatian.

  • Nota:  Sewaktu membuat kajian untuk menulis tentang Haji dan Umrah, saya telah menemui jawapan kepada jumlah hari yang dtetapkan Tuhan supaya kita berpuasa dalam usaha mendalami Al-Quran. Ia terkandung dalam ayat 2:196 yang mana artikel mengenainya boleh di sini.

Apabila kita telah memahami apa yang disampaikan Tuhan melalui Al-Quran itu, maka apabila ada orang bertanya kepada kita mengenai Dia, kita disuruh beritahu mereka bahawa Tuhan adalah hampir dengan sesiapa saja dan sesiapa saja yang mahu berhubung denganNya Tuhan akan terima. Maknanya sesiapa saja boleh mendapat hidayah Tuhan jika dia memohon kepadaNya. (2:186)

Tuhan menjelaskan lagi dalam tempoh berpuasa, kita dibenarkan menyempurnakan hubungan kita dengan isteri kita pada sebelah malam (tidur dengan isteri) walaupun di waktu lain dalam tempoh berkenaan kita tidak dibenarkan berinteraksi dengan mereka (2:187). Tuhan juga menyuruh kita memberitahu isteri tentang apa yang telah kita fahami hasil dari ketekunan kita membaca Al-Quran. Tuhan kata sebelum Dia beri hidayah kepada kita, kita pun buat silap, jadi sewajarnyalah kita berkongsi dengan isteri apa yang kita tahu, selepas kita mengetahuinya. Saya fikir, secara semulajadinya isteri biasanya akan ikut cakap suami dalam hal seperti ini.

Kemudian Tuhan suruh kita teruskan berpuasa untuk menghadam (mendalami) Al-Quran sehingga ibaratnya kita dapat bezakan benang putih dan benang hitam di waktu subuh. (Baca betul-betul ayat 2:187)

Ini pendapat saya mengenai ibadat puasa berdasarkan kepada ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran. Terima kasih kepada Penulis kerana mengemukakan persoalan mengenainya di sini. Saya harap para pembaca budiman boleh sama-sama mengemukakan pendapat melalui ruangan komen.

Written by tolokminda

January 4, 2010 at 6:30 pm

Posted in Puasa

Tagged with , ,

114 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Memang betul Tuhan suruh kita berpuasa sebagaimana orang-orang terdahulu berpuasa. Melalui Quran hanya satu ayat sahaja yang mengaitkan dengan puasa orang dulu-dulu iaitu tentang puasa maryam,”19:26 Jadi makan dan minum dan segarkan diri. Kemudian jika kamu bertemu dengan seseorang, kata; Sesungguhnya aku sedang berpuasa untuk Tuhan yang Pemurah, jadi aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pada hari ini.

    Daripada situ nampak kepada kita bahawa puasa itu bukan menahan daripada makan dan minum sebab maryam makan dan minum(tetapi kurang pasti makan dan minum maryam itu pada waktu malam atau siang) sebaliknya maryam hanya tidak akan bercakap.

    So dalam konteks ni puasa bermaksud menahan diri daripada percakapan.

    Berbalik kepada ayat 2:187 perkataan yang sama iaitu makan dan minum sebagaimana yang terdapat dalam ayat 19:26 tidak diterjemahkan sebagai makan dan minum sebaliknya diterjemahkan sebagai hadam(agak musykil) sedangkan ia terdiri daripada 2 perkataan.

    Seterusnya kalau puasa itu menahan diri daripada bercakap, ia juga merupakan satu ritual.

    Seterusnya kalau puasa itu menahan diri daripada bercakap, kenapa kita disuruh menggantikan pada hari yang lain ketika kita sakit atau musafir. Pada hemah saya kalau setakat menahan diri dari bercakap, waktu sakit pun kita boleh berbuat demikian.

    Saya bukan menolak pendapat dan pandangan tuan, tetapi cuba mendapatkan pengertian yang sebenar tentang sesuatu perkara itu. Supaya ia lebih jelas supaya kita dapat membuat pilihan yang tepat.

    Sekian

    Penulis

    January 5, 2010 at 5:14 am

  2. Salam Penulis,

    Terima kasih atas respond. Sebenarnya perkataan makan dan minum dalam kedua-dua ayat membawa maksud langsung makan dan minum, tetapi bergantung kepada konteks penggunaan kedua-dua perkataan itu ia juga boleh diterjemahkan dalam satu perkataan yang membawa maksud menikmati, mencernakan, menghadam dan seumpamanya mengikut apa yang menjadi subjek percakapan.

    Dalam ayat mengenai Maryam, subjeknya adalah kurma dan air, iaitu makanan. Tetapi dalam ayat 19:26 subjeknya adalah kandungan Al-Quran. Adakah kita boleh makan dan minum kandungan Al-Quran atau lebih sesuai kalau kita kata menghadam atau mencernakan ilmu-ilmunya? Jadi saya berpendapat biar apa pun keadaannya, perkara pertama untuk kita memahami ayat-ayat Al-Quran adalah memahami konteksnya.

    Mengenai ritual, Isa menyuruh ibunya tidak bercakap. Tetapi adakah dia menetapkan supaya Maryam niat dengan sebutan atau menuruti rukun-rukun tertentu? Tidak. Jadi bukanlah ritual. Kita buat saja bila kita rasa perlu.

    Kalau kita sakit atau dalam perjalanan, susah kita nak mengelak dari bercakap dengan orang lain. Nanti nurse datang tanya dah makan ubat ke belum kita nak jawab macam mana? Atau kalau kita nak check in hotel atau nak beli tiket flight, kena bercakap juga. Nanti peramugari tanya nak makan apa, takkan kita nak buat-buat bisu pulak. Berterima kasihlah sebab Tuhan beri kita kelonggaran.

    Saya tak kisah jika tuan Penulis menolak pendapat saya dan kalau tuan mempunyai pandangan yang lebih baik pun tuan boleh kongsikan di sini. Saya bukan mengajar tuan.

    tolokminda

    January 5, 2010 at 6:13 am

  3. Salam,

    Satu kupasan yang menarik. Terus terang saya tak terfikir lagi pasal puasa itu menahan percakapan. Saya masih melakukan puasa menahan lapar dan dahaga. Tetapi lebih kepada untuk mengawal permakanan sahaja agar berat badan dikawal.

    Apa pun memang ada logiknya juga kita menahan percakapan terutama dalam konsentrasi memikirkan ayat2 Allah. Yang saya sedar, sejak aktif memikirkan Al Quran, memang saya kurang berbual2 kosong. Selera nak berbual2 kosong itu hilang.

    Menahan percakapan sebenarnya ada baiknya terutama dalam memerah ilham dan inspirasi. Kita boleh nampak perbezaan, bila kita kurang bercakap, ilham turun berjela-jela.

    Terlalu banyak bercakap boleh menumpulkan minda sebab selalu manusia bila bercakap, dia akan kurang menggunakan minda, melainkan cakap sesedap mulut. Ini kerana minda memerlukan masa untuk memikirkan sesuatu perkara, sedangkan kalau kita nak bercakap sambil berfikir, sudah pasti terputus2 percakapan kita.

    Selain itu jika kita sedang fokus pada kerja2 penting, sudah pasti jika banyak bercakap akan mengganggu kerja itu.

    Mengumpat dan memfitnah juga mudah berlaku dalam percakapan yang menyebabkan hati jadi kotor. Jadi dengan belajar menahan percakapan, salah satu cara kita menjauhi perkara2 yang boleh mengotorkan hati.

    Terima kasih kerana membawa satu dimensi baru dalam memahami erti puasa.

    Saya makin nampak, sebenarnya Islam itu melapangkan agama dan meruntuhkan ketetapan ritual. Amalan ritual itulah yang menyebabkan hidup manusia jadi sempit.

    Juang

    January 5, 2010 at 11:00 am

  4. Salam Juang,

    Mengasingkan diri/mengurangkan interaksi/khusuk/asyik merupakan antara sifat yang biasanya dimiliki oleh para pengkaji. Ahli sains atau ahli matematik ternama seperti Newton atau Einstein dan yang seangkatan dengan mereka diketahui memiliki sifat ini. Saya percaya ilmuan Islam awal yang begitu berjaya dalam bidang mereka juga merupakan dari kalangan manusia yang berada dalam kategori ini.

    Saya berpendapat sifat asyik atau khusuk merupakan sifat universal yang perlu kita apply untuk mencerna ilmu dalam bidang apa pun. Memahami isi kandungan Al-Quran juga memerlukan kita mengamalkan sifat seperti itu.

    tolokminda

    January 5, 2010 at 3:18 pm

  5. Bagaimana pula tentang puasa di bukan Ramadhan.Apakah
    dibulan itu puasanya serupa yg.dimaksudkan sdr.TM.Iaitu
    menahan kata2…dan bukan sebagaimana yg.umat islam
    amalkan dulu dan masa kini.

    Kalau puasa tu ertinya menahan kata2…buat apalah Allah
    nak berkias kias dengan erti puasa.
    Ayat untuk beradab telah Allah jelaskan dengan ayatnya
    yg.tidak berbelit belit atau kiasan.

    Sila rujuk ayat2 mengenai adab2 berkata,berjalan,
    makan dan sebagainya.Semuanya adalah terus kpd.
    perbuatan sebenar.

    Tok Syam

    January 9, 2010 at 11:20 am

  6. Salam Tok Syam,

    Adakah Tuhan berkias dalam ayat ini?

    19:26 “Jadi makan dan minum dan segarkan diri. Kemudian jika kamu bertemu dengan seseorang, kata; Sesungguhnya aku sedang berpuasa untuk Tuhan yang Pemurah, jadi aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pada hari ini”.

    Ia adalah ayat yang keluar dari mulut Nabi Isa, seorang Nabi/Rasul yang dilantik sebaik saja lahir. Oleh itu kemampuan beliau berkata-kata atau membuat suruhan di atas dalam keadaan sebagai seorang bayi tidak lain semestilah datang terus dari Allah.

    Dan Tuhan juga tak kata kita mesti puasa sebulan. Tuhan kata,

    2:183 Wahai kamu yang percaya! Puasa ditetapkan ke atas kamu, sebagaimana ia telah ditetapkan kepada mereka sebelum kamu, supaya kamu terpelihara.

    2:184 Untuk beberapa hari yang tertentu…”

    Untuk beberapa hari tertentu bukan bermaksud sebulan. Adakah ia tidak cukup jelas atau berkias-kias?

    tolokminda

    January 9, 2010 at 1:50 pm

  7. 2:184. Pada hari-hari yang terhitung; dan jika sesiapa antara kamu sakit, atau jika dia dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain; dan bagi orang-orang yang tidak boleh, ditebus dengan memberi makan seorang miskin, tetapi lebih baik baginya, yang membuat kebaikan dengan sukarela, bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

    Daripada ayat di atas, kalau kita katakan puasa itu menahan daripada berkata-kata, kenapa pula Allah kaitkan dengan memberi makan orang msikin untuk menebus puasa yang kita tinggalkan? Pada saya puasa ada hubung kait dengan makan dan minum.

    tok janggut

    January 9, 2010 at 3:42 pm

  8. Sama juga dengan ayat di bawah,
    58:4. Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin – itu, supaya kamu mempercayai Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud (had-had) Allah; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih.

    Kaitan puasa dengan makan senantiasa ada.

    tok janggut

    January 9, 2010 at 3:48 pm

  9. Fahaman saya dalam ayat di bawah,
    19:26. Maka makan dan minumlah, dan bergembiralah (berdingin mata); dan jika kamu melihat seseorang manusia, katakanlah, ‘Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.

    ialah isa menyuruh ibunya makan dan minum selepas melahirkannya adalah untuk menghilangkan rasa sedih ibunya dan supaya ibunya kembali segar selepas bersalin. Dan selepas itu isa menyuruh ibunya memberitahu orang yang dijumpainya bahawa dia telah bernazar untuk berpuasa pada hari tu dan jangan berkata apa pun supaya segala pertanyaan orang akan dijawab oleh isa.

    tok janggut

    January 9, 2010 at 4:00 pm

  10. 2;[187]
    Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

    Selain2 menahan diri sebagaimana sdr.nyatakan,…
    dalam ayat 187 juga ada menyebut berhenti makan minum
    bila jelas tanda masuk siang.

    Jika mengikut erti puasa sdr.adalah tidak termasuk
    menahan makan dan minum.

    Apakah sengaja sdr.tinggalkan perkataan makan dan
    minum itu.

    Harap dapat selesaikan isu perkataan ini terlebih
    dulu.

    Tok Syam

    January 9, 2010 at 6:46 pm

  11. Salam Tok Syam & Tok Janggut,

    Mari kita periksa satu-satu fakta yang kita ada.

    1. Tuhan suruh kita berpuasa sepertimana yang telah ditetapkan kepada mereka (orang yang percaya/beriman) terdahulu berpuasa (Ayat 2:183). Bagaimana mereka berpuasa? Siapakah yang boleh memberi kita jawapan tersebut atau ia sudah dijelaskan oleh Al-Quran? Saya percaya ia telah dijelaskan oleh Al-Quran sendiri.

    19:26 “Jadi makan dan minum dan segarkan diri. Kemudian jika kamu bertemu dengan seseorang, kata; Sesungguhnya aku sedang berpuasa untuk Tuhan yang Pemurah, jadi aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pada hari ini”.

    Adakah Tuhan ada menggambarkan cara lain orang beriman terdahulu berpuasa selain cara di atas? Tidak ada. Jadi itulah caranya.

    2. Berapa lama kita perlu puasa? Tuhan kata beberapa hari tetapi Dia tidak menetapkan bilangan hari.Ini bermakna ia bergantung kepada keperluan seseorang. Setiap orang tidak sama. Masing-masing lebih tahu selama mana mereka perlu mendisiplinkan diri.

    2:184 “Untuk beberapa hari yang tertentu…”

    3. Bagaimana kalau kita tidak boleh melaksanakan proses berpuasa akibat sakit atau dalam urusan perjalanan dan sebagainya? Tuhan kata kita boleh tebus dengan menggantikannya dengan hari lain, atau memberi makan orang miskin. Memberi makan orang miskin adalah salah satu cara penebusan yang standard yang Tuhan tetapkan jika kita tidak mampu melakukan sendiri sesuatu yang diperintahkan Tuhan ke atas kita.

    Begitupun Tuhan lebih suka jika kita ganti dengan hari lain (2:184 “…dan berpuasa adalah lebih baik jika kamu faham”.)

    Sebab itulah dalam ayat 2:185, apabila Tuhan mengulangi kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa yang tak dapat berpuasa, Dia cuma sebut pasal ganti hari saja.

    2:185 “…Dan bagi yang sakit di antara kamu, atau sedang dalam perjalanan, gantikan dengan hari yang lain, Allah mahu memudahkan kamu, dan Dia tidak mahu menyukarkan kamu, dan supaya kamu dapat memenuhinya”.

    4. Mengapa dan bila kita perlu berpuasa? Tuhan kata apabila kita merasa bahang manifestasi yang datang bersama pembacaan Al-Quran. Maknanya bila kita baca Al-Quran dan mendapat ilham atau hidayah maka kita perlu berpuasa (mendisiplinkan diri) supaya kita boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ilham atau hidayah yang kita terima. Dengan cara mengasingkan diri, menahan interaksi dengan orang lain barulah kita boleh khusyuk atau asyik atau fokus dalam mencernakan isikandungan Al-Quran yang sedang kita kaji.

    2:185 “Bahang manifestasi (shahru ramadan) yang mana ia datang bersama Al-Quran, Petunjuk kepada manusia, bukti-bukti mengenainya, dan Pembeza. Oleh itu, sesiapa di kalangan kamu yang merasai manifestasi tersebut wajar berpuasa…”

    5. Adakah kita perlu mendisiplinkan diri secara total dan tak boleh berinteraksi langsung dengan orang lain apabila kita sedang khusyuk mendalami Al-Quran? Tuhan kata waktu malam kita boleh tidur dengan isteri dan mengauli mereka, malah memberitahu mereka kefahaman/ilmu yang baru kita perolehi dari Al=Quran.

    2:187 “Pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka. Tuhan tahu kamu juga membuat kesilapan, dan Dia telah menebus kamu dan mengampunkan kamu; sekarang khabarkan kepada mereka berita baik ini”.

    6. Sampai bilakah kita perlu meneruskan puasa kita dan mengkaji sesuatu kandungan Al-Quran? Tuhan kata teruskan sampai kita betul-betul faham dan boleh membezakan yang benar dan yang salah seperti ibarat kita boleh membezakan benang putih dan benang hitam di kala subuh.

    2:187 “…dan teruskan mendalami apa yang Tuhan perintahkan kepada kamu dan cernakanlah ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh kemudian teruskan berpuasa sehingga ke malam…”

    7. Kemudian sekali lagi Tuhan ingatkan kita supaya tidak mengauli isteri ketika kita sedang melaksanakan ketetapan yang telah direstui, iaitu dalam konteks ini, berpuasa.

    2:187: “…Dan jangan kamu bergaul dengan mereka (isteri-isteri) ketika kamu sedang mengerjakan ketetapan yang telah direstui ke atas kamu…”

    Penterjemah dan pentafsir standard mengatakan kita tidak dibenarkan bersetubuh di dalam masjid. Ada ke sesiapa yang berminat bersetubuh dengan isteri di dalam masjid ni?

    tolokminda

    January 10, 2010 at 12:45 am

  12. Saya berpendapat puasa iaitu menahan diri dari berinteraksi dengan orang lain adalah satu proses mendisiplinkan diri.

    Keperluan untuk mendisiplinkan diri ini wujud apabila kita perlukan masa, ruang dan peluang untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu yang penting seperti memahami Al-Quran apabila kita merasai bahang manifestasinya. Dengan kata lain bila kita dapat ilham atau hidayah, jangan berlengah, kita perlu terus beri tumpuan dan disiplinkan diri supaya kita dapat kefahaman yang tepat dan jelas.

    Selain itu puasa atau mendisiplinkan diri melalui cara pengasingan akan dapat membantu kita melihat kembali atau menginsafi kesilapan atau kekurangan atau kekurangan atau kejahatan kita. Sebab itulah puasa turut menjadi kaedah ditetapkan Tuhan untuk menebus kekurangan atau kesalahan dalam beberapa perkara lain.

    Sebenarnya kaedah mendisplinkan diri dengan cara ini ada diamalkan dalam masyarakat, khususnya masyarakat barat apabila mereka menghukum anak-anak. Anak-anak yang membuat kesalahan akan didenda dengan kaedah pengasingan di satu sudut supaya mereka insaf atau ‘reflect’ dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.

    Dan kaedah ini sebenarnya turut berkesan jika dilakukan oleh orang dewasa. Bagaimanapun kepada orang dewasa yang sudah boleh berfikir sendiri, mereka fikirlah sendiri samada mahu berpuasa atau tidak. Kecuali jika perintah berpuasa itu jatuh dalam kategori yang telah ditetapkan oleh Tuhan, maka patuhilah Tuhan.

    tolokminda

    January 10, 2010 at 1:07 am

  13. Salam Tok Syam,

    Tuan kata saya tinggalkan perkataan dalam terjemahan saya. Saya tidak tinggal. Kalau tuan lihat perkataan makan dan minum itu saya tukar dengan hadamkan atau cernakan. Ia selaras dengan konteks ayat yang menyuruh kita mencernakan atau menghadam isi kandungan Al-Quran.

    Di sinilah perbezaan kefahaman kita. Tuan faham pasal makan dan minum saja sebab tuan percaya puasa adalah tentang tidak makan dan tidak minum. Bagaimanapun kefahaman saya mengenai ayat-ayat 2:183-187 adalah tentang puasa sebagai satu disiplin dalam usaha kita memahami Al-Quran.

    Jika tuan rasa saya mengurang atau menambah ayat-ayat Quran saya tidak setuju. Saya cuma cuba menterjemahkannya dalam konteks asalnya dan tidak menambah-nambah untuk diselaraskan dengan mana-mana ajaran lain, misalnya ajaran kitab hadis.

    Biasanya saya akan merujuk kepada beberapa terjemahan sebelum membuat keputusan untuk menerima yang mana satu. Dan antara terjemahan “standard” yang saya suka adalah dari Syakir, Pickthall dan Yusuf Ali kerana mereka adalah antara penterjemah yang paling kurang menggunakan tafsiran dalam terjemahan mereka. Dan oleh itu jika ada kejanggalan pun, sedikit sebanyak intipati sesuatu ayat masih boleh dilihat dalam konteks asalnya.

    Jika sesuatu terjemahan itu mengandungi terlalu banyak tafsiran, saya berpendapat akhirnya kita bukan ikut Al-Quran tetapi akan ikut kitab hadis. Saya beri satu contoh, perbezaan terjemahan yang mencadangkan tafsiran yang tak sepatutnya.

    Terjemahan Syakir:

    2:185 “The month of Ramazan is that in which the Quran was revealed, a guidance to men and clear proofs of the guidance and the distinction; therefore whoever of you is present in the month, he shall fast therein, and whoever is sick or upon a journey, then (he shall fast) a (like) number of other days; Allah desires ease for you, and He does not desire for you difficulty, and (He desires) that you should complete the number and that you should exalt the greatness of Allah for His having guided you and that you may give thanks”.

    Terjemahan iiu.edu.my:

    2:185 “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.

    Melihat anak bulan? Mana ada Tuhan sebut! Takkan dalam ayat sebelumnya (2:184) Tuhan cakap pasal puasa beberapa hari tiba-tiba dalam ayat selepasnya (2:185) Tuhan cakap pasal puasa sebulan pulak?

    tolokminda

    January 10, 2010 at 1:37 am

  14. 2:187: “…Dan jangan kamu bergaul dengan mereka (isteri-isteri) ketika kamu sedang mengerjakan ketetapan yang telah direstui ke atas kamu…”

    Penterjemah dan pentafsir standard mengatakan kita tidak dibenarkan bersetubuh di dalam masjid. Ada ke sesiapa yang berminat bersetubuh dengan isteri di dalam masjid ni?
    —————————————————-
    Salam,

    Ya tak ya juga. Takkanlah para sahabat Nabi dahulu bersetubuh dengan isteri2 mereka di masjid sampai keluar ayat2 seperti itu.

    Tapi kalau kita belajar agama main ikut satu pandangan dan tak terbuka menerima pandangan yang lain, perkara2 macam tu kita tidak akan sedari.

    Itu baru sedikit yang dibawa, mungkin banyak lagi yang tersembunyi selama ini kita tidak tahu.

    Jika ada check and balance macam ini, baru mudah kita nak menilai dan mengikut yang paling baik.

    Juang

    January 10, 2010 at 5:28 am

  15. Salam,

    Jika kita jadikan pengajaran Al Quran untuk melawan penyakit berbangga diri (sebab iblis dilaknati kerana penyakit tersebut), kita mudah nampak tafsir mana yang tepat dan yang mana kurang tepat.

    Jika dikatakan puasa itu menahan bercakap agar manusia yang merasakan bahang manifestasi (aura) Al Quran dapat memahami sebetul2 isi pengajaran Al Quran, sudah pasti ia mampu mendatangkan keinsafan dan tunduk merendah diri. Manusia itu dapat pengetahuan membezakan benar atau salah.

    Tetapi jika puasa itu sekadar menahan lapar dan dahaga untuk sesuatu waktu, hanya dapat lapar dan dahaga sahajalah. Bertambah merugikan bila ada yang bersangka yang tahan lapar dan dahaga itulah yang mulia, dan yang tak tahan lapar dan dahaga itulah yang hina.

    Juang

    January 10, 2010 at 5:42 am

  16. Saya masih kurang berpuas hati dengan jawapan tuan terhadap persoalan saya berkaitan ganti puasa atau menebus puasa yang kita tinggalkan dengan memberi makan orang miskin. Kenapa Allah kaitkan dengan memberi makan orang msikin untuk menebus puasa yang kita tinggalkan? Pada saya ini mesti puasa ada hubung kait dengan makan dan minum.

    Jawapan tuan,”Memberi makan orang miskin adalah salah satu cara penebusan yang standard yang Tuhan tetapkan jika kita tidak mampu melakukan sendiri sesuatu yang diperintahkan Tuhan ke atas kita”

    Cuba tuan kosongkan minda tuan dan renungkan suruhan tuhan supaya memberi makan kepada orang miskin untuk menebus puasa kita. Tuhan kata, puasa yang ditinggalkan hendaklah digantikan dengan puasa juga pada masa lain tapi kalau tak boleh juga kena beri makan orang miskin. Kenapa tuhan tak suruh memberikan pakaian kepada orang miskin, kenapa tuhan tak suruh berikan harta benda kepada orang miskin untuk menebus puasa kita sebaliknya hanya menyuruh memberi makan. Pada saya sudah tentu ada hubungkaitnya antara puasa dan makan itu.

    tok janggut

    January 10, 2010 at 5:08 pm

  17. Salam,

    Jika ikut puasa orang2 terdahulu;

    19:26 “Jadi makan dan minum dan segarkan diri. Kemudian jika kamu bertemu dengan seseorang, kata; Sesungguhnya aku sedang berpuasa untuk Tuhan yang Pemurah, jadi aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pada hari ini”.

    Mereka akan makan dan minum dan segarkan diri. Kemudian mereka menahan diri daripada bercakap. Jadi, nak tebus puasa yang tidak mampu dilakukan, maka disuruh bagi makan pada orang2 miskin. Takkan nak suruh orang2 miskin tu tak bercakap pula?

    Memberi makan kepada orang2 miskin adalah semudah-mudah kebaikan yang kita boleh buat pada manusia. Orang miskin yang sudah tentu kelaparan, maka antara pakaian, harta dan makanan, sudah pasti mereka cari makanan dahulu. Bila mereka dapat makanan, mereka akan segar (dpt tenaga).

    Juang

    January 10, 2010 at 6:01 pm

  18. Salam…
    Apakah surah 19;26 menerangkan perihal puasa.Bukan
    kah ianya khusus kepada MARIAM untuk jangan
    berkata kata jika orang bertanya.

    Allah suruh MARYAM katakan ia BERNAZAR dengan tidak mau
    berkata2 hari itu.Perhatikan terjemahan betul2.Semua
    terjemahan menyebutkan BERNAZAR dan tiada perkataan
    ARAB menunjukan PUASA.

    [26]
    “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku BERNAZAR diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.
    [27]
    Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!
    [28]
    ” Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!”
    [29]
    Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?”

    Tok Syam

    January 10, 2010 at 7:24 pm

  19. Salam Tok Janggut,

    Saya tak tau kenapa Tuhan suruh kita tebus puasa yang tak mampu kita buat dengan menggantikan harinya kepada memberi makan orang miskin. Saya rasa itu terpulanglah kepada Tuhan. Tentu ada kebaikan untuk kita. Tuhan kata Dia nak memudahkan kita, bukan menyusahkan.

    Selain dari sebagai penebusan puasa, memberi makan orang miskin juga Tuhan peruntukan untuk penebusan-penebusan lain. Antara contohnya tuan boleh semak 5:89, 58:4,58:9 dsbnya.

    tolokminda

    January 11, 2010 at 1:38 am

  20. Salam Tok Syam,

    Tuhan kata kita diperintahkan berpuasa sepertimana orang-orang yang percaya terdahulu berpuasa. Jadi siapa orang terdahulu di dalam Al-Quran yang Tuhan percontohkan puasanya? Bukankah Mariam yang disuruh melalui Nabi Isa?

    Kemudian tuan cakap tidak ada perkataan puasa dalam ayat 19:26. Sebenarnya tuan merujuk kepada terjemahan yang tidak tepat. Sebab itulah saya lebih rela menterjemahkan semula terjemahan Syakir atau Yusof Ali dari terus mengambil terjemahan bahasa Melayu.

    Biasanya tafsiran ke arah mempertahankan ajaran hadis lebih pekat dalam terjemahan Melayu berbanding 3 penterjemah Inggeris di atas. Saya turunkan petikan transliterasi ayat 19:26, dan lihat sendiri samada perkataan puasa ada atau tidak. Tuan juga boleh terus menyemaknya dalam Al-Quran bahasa Arab. Tuan mesti ada menyimpan naskah Al-Quran dalam bahasa Arab kan?

    19:26 “Fakulee waishrabee waqarree AAaynan fa-imma tarayinna mina albashari ahadan faqoolee innee nathartu lilrrahmani sawman falan okallima alyawma insiyyan”

    Perkataan Sawman bermakna puasa. Cuba tuan ingat niat puasa ramadhan. Saum = Puasa.

    tolokminda

    January 11, 2010 at 1:48 am

  21. Salam,

    Berkenaan menebus puasa yang tidak mampu dengan memberi makan kepada orang2 miskin, ia ada kaitannya dengan fitrah kejadian kita. Cuba renungi masa mula2 diciptakan. Adakah Allah bagi kita makan dulu ke, bagi pakaian dulu ke atau bagi harta?

    Ketika kita di dalam rahim ibu, Allah beri kita makan. Bila kita lahir, barulah kita dibaluti pakaian. Bila dewasa, barulah kita diberi harta benda. Jadi kita nampak keutamaan pada memberi makan dahulu.

    Memberi makan kepada orang yang lapar sebenarnya bermaksud kita memberi mereka tenaga kerana makanan itu membekalkan tenanga. Bila mereka bertenaga, sudah pasti baik untuk melahirkan modal2 insan untuk masyarakat. Mereka boleh mula belajar dan bekerja untuk mengeluarkan diri daripada kemiskinan.

    Banyak hikmah boleh kita fikirkan di sebalik kenapa ditebus puasa dengan memberi makan itu, sebab setiap suruhan Allah itu pasti ada hikmah yang boleh difikirkan.

    Juang

    January 12, 2010 at 1:08 pm

  22. Ada juga orang cukup makan,sihat tubuh badan…
    tapi tak bertenaga dan akalnya pun tak hidup.

    Menebus puasa dengan memberi makan orang miskin….
    mengajar kita tentang orang miskin yg.hidupnya
    berpuasa.Mereka tu susah dan mengikat perut.BErerti
    mereka selalu dalam kelaparan.

    Apa lagi yg.diperlukan oleh si fakir miskin,..kalau
    bukan makanan.Pakaian dan harta benda tak di kesahnya.
    Yg.pernting makanan.Samada memberi beras,gandum atau
    apa saja barang makanan.

    Yang mereka perlu adalah MAKANAN.

    Kita hidup berkerja cari duit ne untuk apa2.Yang
    utama makan la.Kedua baru yg.lain2.Bini cantik
    pun lari kalau suami tak dapat beri makan.

    Tok Syam

    January 12, 2010 at 1:41 pm

  23. Salam,

    Tolokminda menulis “Saya fikir, secara semulajadinya isteri biasanya akan ikut cakap suami dalam hal seperti ini.”, Puteri nak tanya, kalau yang mendapat hidayah ketika membaca Quran tu adalah si isteri, camner pula ek? Apakah si isteri perlu berpuasa terus tanpa memberitahu suami atau masih perlu memberitahu suami? Relaitinya, suami “sombong” dengan isteri ni, lebih ramai dari yang mahu mendengar cerita si isteri yang dapat hidayah lebih dulu dari dia.

    Puteri

    January 20, 2010 at 2:08 pm

  24. Salam Tok Syam,

    Saya setuju. Dalam hidup ini, yang utama adalah makanan dahulu. Sebab itu kita nampak rasional kenapa menebus puasa itu dengan memberi makan kpd orang2 miskin.

    Kalau ada yang terlebih baik hati, selain bagi makan, mereka beri pelajaran, sudah pasti itu bermanfaat besar dalam melahirkan masyarakat yang bertamadun tinggi.

    Juang

    January 21, 2010 at 5:16 am

  25. Salam Juang….
    Dunia ne Allah cipta mengikut persepsi fitrah makhluk.
    Makhluk tu istemiwa sebab semua sifat ia ada.

    Sifat haiwan,sifat malaikat,sifat alam dan tumbuhan dan
    juga sifat2 ketuhanan.

    Semua nya diadunkan sebagai manusia.Permainan dunia
    boleh membawa manusia kepada mana2 sifat itu,…
    bergantung kepada usaha mereka menuntut ilmu dan
    memahami ilmu.

    Ada ilmu banyak pun tak guna juga kalau ilmunya
    dipilih mengikut persepsi kehidupan dunia semata
    mata.

    Sebagai contoh 2 orang islam menanam pokok durian.
    Perbuatan dan amal menanam tu sama baiknya.Tapi beza
    matlamatnya bila dah keluar hasil.

    Ada yg.suka bersedekah dan ada yg.tamak dan kedekut.
    Sampai tupai nak makan pun kena tembak.

    Tok Syam

    January 21, 2010 at 5:58 am

  26. Salam….
    Puasa adalah istilah bahasa yg.boleh difahami sebagai
    menahan diri dari suatu kebiasaan fitrah hidup.

    Maka permulaan manusia kenal erti menahan kelaziman
    fitrah hidup adalah makan dan minum.Itulah suatu fitrah
    keutamaan kehidupan manusia dan selepas itu banyak hal
    akan difahami dari permulaan ritual yg.ditetapkan Allah.

    Apakah mungkin manusia akan memperbaiki diri dengan
    menahan dari berkata kata.Hanya manusia bisu dan buta
    mungkin telah melakukan puasa yg.terbaik sepanjang
    masa….namun telinganya masih tidak dapat dipuasakan.

    Maka itu…menahan diri dari makan dan minum adalah
    suatu yg.dapat diseragamkan dalam mencapai maksud
    ricual berpuasa.

    Dengan tidak makan dan minum,…manusia akan mengalami
    keadaan luar biasa dari fitrah kebiasaan.Dari
    kelaparan manusia mengenal erti nafsu dan kuasa.
    Erti kesyukuran nikmat rezeki,nikmat kesihatan dan
    kemampuan rohani.

    Hakikat puasa adalah batinnya.Batin tidak mengenal
    puasanya jika zahirnya tidak mengingatkan.

    Tok Syam

    January 24, 2010 at 4:51 pm

  27. […] telah mempertemukan saya dengan jumlah hari yang Tuhan tetapkan untuk kita berpuasa. Dalam artikel mengenai puasa sebelum ini, saya telah membentangkan puasa bukan mengenai ritual tidak makan dan tidak minum, tetapi ia adalah […]

  28. huh,,,sama jer SESAT DAN MENYESATKAN….kalau ko betul ISLAM…sbg saudara seagama..bertaubatlah…kalau bukan ISLAM..maka laknatullah la kepada kamu…ko rujuk kepada Maryam…satu pun tak ada rujukan dari Rasullulah…ape bende yang ko cari dalam ISlam ni…hahaaha..ko telah diberi oleh Allah segala kesempurnaan fizikal tetapi jiwa ko buta…akal ko kosong…ko ada jalan lurus tapi memilih untuk berpaling…tetapi mengskui keEsaan Allah tidak mengakui Rasullullah…ko cuma jumpa satu kunci sahaja….sbb tu ko akan terus sesat…ko lihat hanya dari satu sudut..tp aku surenyer ko akan cakap ko lihat dari banyak sudut tapi yg ko lihat smua tak betul….

    Abdullah

    February 8, 2010 at 8:06 pm

  29. Tolokminda:

    “Puasa mengikut definasi para ulama Islam adalah seperti berikut:

    Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara’ bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

    Saya menerima definasi puasa sebagai menahan diri.

    19:26 “Fakulee waishrabee waqarree AAaynan fa-imma tarayinna mina albashari ahadan faqoolee innee nathartu lilrrahmani sawman falan okallima alyawma insiyyan”

    Perkataan Sawman bermakna puasa. Cuba tuan ingat niat puasa ramadhan. Saum = Puasa.”

    Puasa hampir selalu dikaitkan dengan صوم/sawman.
    Kata sawman hanya disebut sekali saja dalam Alquran (19.26).
    Dalam kamus, sawman adalah berarti berpantang/menahan dari makan, minum dan sex.
    Menarik mencermati bentuk kata sawman yang merupakan kata benda tidak tentu (isim nakirah/indefenite noun).
    Bentuk kata tersebut menyiratkan bahwa meskipun dikenal luas, tetapi puasa yang Alquran maksudkan bukanlah berpantang/menahan dari makan, minum dan sex.

    Karena itu, ketika Maryam bermaksud melaksanakan sawman (19.26), kepadanya diperintahkan makan (kurma), minum (air sungai), dan sama sekali tidak ada hubungannya dengan sex karena Maryam tidak memiliki suami.

    Sauman yang telah dikoreksi total dalam 19.26 tersebut adalah sama dengan alshiyam (2.183) yang ditetapkan/diwajibkan (kutiba) atas orang-orang yang beriman.

    Salam.

    Faried

    March 22, 2010 at 2:12 pm

  30. Salam Faried,

    Dalam 2:184 Tuhan tetapkan supaya kita berpuasa – iaitu menahan diri dari berinteraksi dengan orang lain untuk memberi fokus terhadap usaha awal memahami Al-Quran – selama beberapa hari. Tetapi ayat itu tidak menyebut bilangan harinya secara spesifik.

    2:184 Untuk beberapa hari yang tertentu, tetapi bagi yang sakit atau dalam perjalanan, gantikannya dengan hari-hari lain. Dan bagi sesiapa yang tidak dapat melakukannya, gantikan dengan memberi makan seorang fakir, yang demikian sesiapa yang berbuat baik, ia mendatangkan kebaikan kepadanya dan berpuasa adalah lebih baik jika kamu faham.

    Bagaimanapun bilangan hari berpuasa itu disebut dalam 2:196 – iaitu mulakan dengan 3 hari. Tetapi jika dalam tempoh itu kita masih belum dapat memahaminya – mulakan sekali lagi untuk tempoh 7 hari pula. Maknanya kalau ikut cara yang Tuhan tetapkan dalam 10 hari memberi tumpuan penuh kepada Al-Quran, kita sepatutnya mampu memahami KitabNya.

    2:196 Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana bukti yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia terbukti kesahihannya. Maka jika sesiapa dari kamu tidak berkeupayaan atau tidak tersusun pengetahuan asasnya maka perkukuhkan diri kamu dengan melakukan puasa, atau membuat sumbangan atau pengorbanan diri. Maka, sebaik saja kamu pasti; kepada yang berminat membangunkan hasil penyelidikan; maka mulakan dari mana-mana bukti (hasil penyelidikan) yang mudah. Bagaimanapun bagi sesiapa yang gagal memahaminya – berpuasalah selama 3 hari semasa membuat penyelidikan dan 7 (hari) apabila kamu mula sekali lagi. Itu bermakna 10 (hari) secara keseluruhannya. Ini adalah untuk mereka yang bukan berada di dalam komuniti yang mengakui ketetapan-ketetapan yang direstui. Dan patuhi Tuhan dan kamu akan tahu bahawa sesungguhnya Tuhan sangat berat hukumanNya.

    Rujuk artikel di sini.

    .

    tolokminda

    March 22, 2010 at 3:52 pm

  31. Salam,

    Ayat 2:196 itu menyuruh kita mengkaji sesuatu perkara bermula daripada asas. Bila faham yang asas, maka senanglah faham ilmu peringkat seterusnya. Itu memang logik difikirkan.

    Yang menjadi masalah kepada orang-orang Islam hari ini untuk memahami Al Quran kerana mereka tidak diajar daripada asas. Kita tidak diajak untuk memikirkan apakah tujuan manusia diciptakan.

    Kalau kita kaji kisah semasa Allah ingin mencipta Adam, kita akan nampak apa tujuan sebenar Al Quran diturunkan dan apakah ajaran sebenar para Nabi. Malangnya, kita diajar supaya buat amalan2 ritual itu dan ini tanpa perkaitan dengan tugas asas seorang manusia sebagai khalifah di muka bumi.

    Cuba renung balik amalan2 ritual itu dan apakah perkaitannya ke arah menjadi khalifah di muka bumi? Dan contoh khalifah ada pada diri Adam selaku manusia pertama diciptakan.

    Apakah Adam diangkat sebagai khalifah kerana banyaknya amalan ritual baginda lakukan berbanding para malaikat atau kerana banyaknya ilmu yang diketahui oleh baginda berbanding malaikat?

    Juang

    March 22, 2010 at 4:09 pm

  32. Salam Juang,

    Benar sekali sekali Juang. Tapi kebanyakan manusia lebih suka ikut orang dari ikut Al-Quran.

    tolokminda

    March 22, 2010 at 4:53 pm

  33. Juang tulis;
    …….Adam selaku manusia pertama diciptakan.

    ///::::::::::///:::::::::///::::::::

    Salam juang.
    Sorry keluar tajuk sikit.
    FYI. Kalau juang teliti ayat ayat Quran kisah penciptaan Adam, juang tak akan tulis seperti diatas. Halusi lagi. Juang akan nampak.

    Selamat mengkaji.

    Aduh....

    March 22, 2010 at 6:23 pm

  34. Salam Aduh,

    Maksud saudara Adam bukan manusia pertama diciptakan? Ok, saya akan kaji lagi kisah tersebut. Terima kasih kerana mengingatkan.

    Juang

    March 23, 2010 at 8:41 am

  35. Salam tolokminda dan yang lainnya,

    Tolok Minda:
    “Dalam 2:184 Tuhan tetapkan supaya kita berpuasa – iaitu menahan diri dari berinteraksi dengan orang lain untuk memberi fokus terhadap usaha awal memahami Al-Quran – selama beberapa hari.”

    Kita sepaham dengan point di atas bahwa shiyam adalah menahan diri dari berinteraksi dengan orang lain untuk fokus berupaya memahami Alquran. Petunjuknya adalah: makanlah dan minumlah, maksudnya memberikan santapan kepada rohani. Hal tersebut jelas dalam rangkaian ayat 2.183-187.

    Tujuan shiyam adalah untuk mencapai takwa, dan untuk mencapai ketakwaan perlu kitab (2.2).

    Dalam 2.183-187 paling banyak kata tentang kitab, alquran, hudan, bayyinat, furqan dan sinonim lainnya. Berbagai kata tersebut merupakan petunjuk kuat bahwa shiyam adalah dalam kaitan memahami Alquran.

    Dalam upaya memahami Alquran diharuskan untuk menahan diri berinteraksi dengan orang lain, agar lebih fokus dan lebih berkonsentrasi. Hal lainnya yang penting dalam menahan diri berinteraksi dengan orang lain adalah agar pemahaman Alquran yang didapat melalui shiyam merupakan pendapat pribadi sebagai suatu temuan (inovasi).

    “Tetapi ayat itu tidak menyebut bilangan harinya secara spesifik.

    2:184 Untuk beberapa hari yang tertentu, tetapi bagi yang sakit atau dalam perjalanan, gantikannya dengan hari-hari lain. Dan bagi sesiapa yang tidak dapat melakukannya, gantikan dengan memberi makan seorang fakir, yang demikian sesiapa yang berbuat baik, ia mendatangkan kebaikan kepadanya dan berpuasa adalah lebih baik jika kamu faham.”

    Bilangan hari shiyam adalah beberapa hari tertentu (ayyaman ma’dudat) yang jika merujuk kepada kamus berarti antara 3-10 hari.

    Hal yang pasti adalah bahwa shiyam tidak dilakukan sebulan penuh, yang dipertegas dalam 2.184 bahwa penggatian shiyam yang terlewatkan dilakukan pada hari-hari yang lain.

    Jika shiyam dilakukan dalam sebulan penuh, maka jika ada yang terlewatkan, maka penggantiannya dilakukan pada bulan-bulan yang lain.

    Faried

    March 23, 2010 at 9:18 am

  36. Faried menulis,

    Bilangan hari shiyam adalah beberapa hari tertentu (ayyaman ma’dudat) yang jika merujuk kepada kamus berarti antara 3-10 hari.

    Salam,

    Kalau begitu ia selaras dengan bilangan hari ‘berpuasa’ (fasiyamu) yang disebut dalam 2:196. Maka sudah jelas dan nyata bahawa puasa yang Tuhan suruh bukanlah puasa – tak makan/minum di siang hari – selama sebulan di bulan ramadhan. Sebaliknya ia adalah memberi sepenuh tumpuan dalam usaha memahami Al-Quran melalui pengasingan diri dari interaksi dengan orang lain.

    2:196 Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana bukti yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia terbukti kesahihannya. Maka jika sesiapa dari kamu tidak berkeupayaan atau tidak tersusun pengetahuan asasnya maka perkukuhkan diri kamu dengan melakukan puasa, atau membuat sumbangan atau pengorbanan diri. Maka, sebaik saja kamu pasti; kepada yang berminat membangunkan hasil penyelidikan; maka mulakan dari mana-mana bukti (hasil penyelidikan) yang mudah. Bagaimanapun bagi sesiapa yang gagal memahaminya – berpuasalah selama 3 hari semasa membuat penyelidikan dan 7 (hari) apabila kamu mula sekali lagi. Itu bermakna 10 (hari) secara keseluruhannya. Ini adalah untuk mereka yang bukan berada di dalam komuniti yang mengakui ketetapan-ketetapan yang direstui. Dan patuhi Tuhan dan kamu akan tahu bahawa sesungguhnya Tuhan sangat berat hukumanNya.

    tolokminda

    March 23, 2010 at 9:52 am

  37. Salam,

    Bila kita nampak erti puasa adalah menahan percakapan agar dapat fokus pada pengkajian dan penyelidikan, barulah kita nampak logik bagaimana orang-orang Islam terdahulu boleh gemilang dalam bidang ilmu sains.

    Sebelum ini kita hanya digembar-gemburkan pasal zaman kegemilangan Islam terdahulu, tetapi ia tidak dikaitkan dengan ajaran Al Quran yang sebenar. Kita tidak nampak bagaimana orang-orang terdahulu itu boleh capai tahap sebegitu.

    Kita telah nampak, setakat buat amalan ritual, umat Islam bukannya maju dalam keilmuan, semakin ketinggalan adalah.

    Kita kena semaikan balik budaya mengkaji, meneliti, berhujah mengemukakan idea-idea dengan semangat ingin tahu yang tinggi, bukannya budaya menurut membuta-tuli dan take for granted apa yang diterima selama ini.

    Juang

    March 23, 2010 at 10:18 am

  38. Salam Juang,

    Saya pun percaya Adam bukanlah manusia pertama yang telah dicipta oleh Tuhan. Saya harap tuan berkongsi kajian mengenainya nanti.

    tolokminda

    March 23, 2010 at 10:31 am

  39. Salam TM..

    Pernah bercadang-cadang untuk menulis semula terjemahan keseluruh kandungan Al-Quran menurut pemahaman saudara?.. Saya merujuk kepada 18 terjemahan yang ada dan totally berbeza dengan terjemahan 2:196 yang saudara kemukakan.. pun begitu apabila dibaca keseluruhan surah.. terjemahan saudara lebih masuk akal.. dan keseluruhan surah adalah lebih teratur..

    troopze

    March 23, 2010 at 10:48 am

  40. Berikut adalah apa yang saya nampak berkaitan kisah Adam.

    2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, “Aku akan meletakkan di bumi khalifah (pengganti).” Mereka berkata, “Adakah Engkau meletakkan di dalamnya orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, sedang kami menyanjung dengan memuji-Mu dan memanggil Engkau Suci?” Dia berkata, “Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu.

    Daripada ayat di atas menunjukkan manusia telah wujud sebelum Adam. Sebab itu para malaikat boleh buat perbandingan di antara cara hidup manusia dan cara hidup mereka. Cuma pada waktu itu, perangai manusia seumpama haiwan. Kerana itu malaikat bagaikan ingin mempersoalkan urusan Tuhan untuk mengangkat manusia jadi khalifah.

    Manusia pada waktu itu hidup hanya mementingkan makan, minum, melepak, bercakaran dan beranak-pinak (macam haiwan2 lain). Manusia pada waktu itu tidak berfikir secara meluas. Tidak memikirkan pembangunan tamadun. Mereka hidup dengan berfikiran pendek. Hidup hanya untuk memuaskan keinginan sendiri sahaja dan tidak kisah apa yang berlaku pada sekelilingnya.

    Sama macam kita lihat keadaan lembu dan kerbau. Mereka hanya hidup untuk diri mereka sahaja. Kalau tidak disuruh tarik bajak untuk mengambur tanah, jangan harap kerbau nak menariknya sendiri. Tiada sifat sebagai seorang perancang, pemikir dan pencari solusi2 sesuatu permasalahan di sekeliling.

    Adam adalah manusia yang sanggup memikul tugas khalifah untuk memakmurkan muka bumi agar diwujudkan satu sistem kehiupan yang lebih bersistematik yang berbeza dengan keadaan manusia-manusia lain yang lebih suka hidup seperti haiwan-haiwan. Untuk pikul tugas tersebut, sudah pasti memerlukan Adam berubah daripada sifat2 haiwan yang terbatas pengetahuannya, kepada menjadi makhluk yang banyak pengetahuannya. Dengan kata lain, semangat ingin tahu yang tinggi dalam diri Adam itulah yang meng”upgrade” keadaan manusia yang asalnya sama seperti haiwan kepada manusia yang layak menjadi khalifah. Di sini kita nampak, tugas khalifah tidak boleh dipisahkan daripada menggunakan akal kerana tanpa hidup guna akal, mana mungkin manusia akan dapat banyak pengetahuan.

    8:22. Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak menggunakan akal.

    8:55. Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang tidak percaya, yang tidak akan mempercayai,

    Daripada ayat2 Al Quran di atas pula, menjelaskan lagi bahawa manusia adalah kategori haiwan. Andaikata anak-cucu Adam kembali lalai daripada tugas khalifah tersebut iaitu menggunakan akal, mereka akan kembali menjadi haiwan. Malah mereka dikatakan seburuk-buruk haiwan di sisi Allah.

    Mereka ada akal untuk dikembangkan, tetapi mereka malas guna sehingga menyebabkan daya fikir mereka terbantut. Bila daya fikir mereka terbantut, cara hidup mereka kembali kepada sifat-sifat haiwan iaitu mereka suka bercakaran dan berbunuh-bunuhan demi berebut kuasa. Macam kita tengok ayat jantan berlaga.

    Kesimpulannya, Adam bukanlah manusia pertama diciptakan, tetapi Adam adalah manusia yang dilantik sebagai khalifah. Sifat khalifah sepatutnya berilmu tinggi seperti mana Adam buktikan yang baginda lebih berpengetahun berbanding malaikat.

    p/s: Perasaan tak, selama ini kita diajar beragama ke arah kembali menjadi haiwan yang buruk. Diajar supaya jangan guna akal dan logik. Sedangkan burung pun tahu guna logik untuk membenarkan mereka tahu terbang. Selepas manusia kaji logik yang membenarkan burung boleh terbang, barulah Allah izinkan manusia terbang ramai-ramai.

    Jadi yang pergi ke Mekah naik kapal terbang itu, renung-renungkan apa yang mereka sumbangkan kepada ketamadunan manusia sedangkan bangsa-bangsa yang mereka kata kafir itulah yang menunjukkan ciri-ciri khalifah sebenar (berpengetahuan tinggi).

    Juang

    March 23, 2010 at 11:50 am

  41. Salam Troopze,

    Semua terjemahan yang saya gunakan dalam blog ini adalah terjemahan semula dari terjemahan orang lain. Antaranya terjemahan Syakhir, Yusof Ali dan Free Minds. Bagaimanapun terjemahan ayat 2:196 di atas saya ambil dari terjemahan Aidid Safar. Tuan boleh menyemaknya di http://www.aididsafar.com.

    Saya sendiri tidak mampu menterjemahkan Al-Quran kerana saya tidak literate bahasa Arab. Saya cuma gunakan kaedah memilih yang terbaik dalam menentukan terjemahan mana yang saya fikir paling dekat dengan maksud yang sepatutnya. Transliterasi membantu saya sedikit sebanyak.

    Dari penelitian kepada semua faktor yang berkaitan barulah saya buat satu kesimpulan mengikut keyakinan saya sendiri. Misalnya – tafsiran perkataan hajj dan umra sebagai penyelidikan dan pembangunan datang dari kaedah seperti itu.

    Saya berpendapat kita tidak perlu takut untuk membuat semakan dan kesimpulan sendiri terhadap tafsiran Al-Quran asalkan kita faham perkara-perkara yang menjadi asas dan jujur mengenainya.

    Sebagai contoh, kalau penterjemah bertauliah seperti iiu.edu pun boleh melakukan kesilapan yang begitu dahsyat seperti mentafsirkan ayat-ayat yang sepatutnya merujuk kepada Nabi Musa menjadi Nabi Muhamad dan Allah menjadi Jibril (An-Najm:1-18) – Baca artikel ini – adakah kita masih nak berpegang kepada tafsiran mereka tanpa merasa perlu untuk membuat pemeriksaan sendiri?

    tolokminda

    March 23, 2010 at 11:53 am

  42. Juang:
    “Kita kena semaikan balik budaya mengkaji, meneliti, berhujah mengemukakan idea-idea dengan semangat ingin tahu yang tinggi, bukannya budaya menurut membuta-tuli dan take for granted apa yang diterima selama ini.”

    Tolokminda:
    “2:186 Dan jika hamba-hambaKu bertanya tentang Aku, Aku sentiasa hampir, Aku menerima panggilan dari sesiapa yang memanggilKu. Oleh itu, mereka harus menerima Aku, dan patuh kepadaKu, semoga mereka mendapat pedoman.

    2:187 Pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka. Tuhan tahu kamu juga membuat kesilapan, dan Dia telah menebus kamu dan mengampunkan kamu; sekarang khabarkan kepada mereka berita baik ini dan teruskan mendalami apa yang Tuhan perintahkan kepada kamu dan hadamkanlah (cernakanlah) ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh, kemudian teruskan berpuasa sehingga ke malam. Dan jangan kamu bergaul dengan mereka (isteri-isteri) ketika kamu sedang mengerjakan ketetapan yang telah direstui ke atas kamu. Inilah batasan-batasan Tuhan, jadi jangan dekati mereka. Begitulah Tuhan menjelaskan wahyu-wahyunya kepada para lelaki supaya mereka meneliti.”

    Ya, shiyam dimaksudkan untuk melakukan pengkajian dan penelitian tentang Alquran. Hal tersebut ditegaskan dalam tiga perintah:

    …falyastajeeboo lee/maka hendaklah kamu meminta jawaban dari dari Aku …
    2:186 Waitha saalaka AAibadee AAannee fainnee qareebun ojeebu daAAwata alddaAAi itha daAAani falyastajeeboo lee walyuminoo bee laAAallahum yarshudoona

    Dalam shiyam berbagai persoalan dan masalah diminta jawabannya kepada Tuhan yang akan diberikannya melalui petunjuk dalam Alquran.

    …waibtaghoo ma kataba Allahu lakum/maka carilah apa-apa yang ditetapkan Allah atas kamu..
    2:187 Ohilla lakum laylata alssiyami alrrafathu ila nisaikum hunna libasun lakum waantum libasun lahunna AAalima Allahu annakum kuntum takhtanoona anfusakum fataba AAalaykum waAAafa AAankum faalana bashiroohunna waibtaghoo ma kataba Allahu lakum …

    Berbagai ketetapan/kewajiban Allah perlu dicari/dikaji dan diteliti, dan bukan hanya menurut membuta-tuli dan take for granted saja.

    …wakuloo waishraboo/dan makanlah dan minumlah…
    2:187 … wakuloo waishraboo hatta yatabayyana lakumu alkhaytu alabyadu mina alkhayti alaswadi mina alfajri thumma atimmoo alssiyama ila allayli wala tubashiroohunna waantum AAakifoona fee almasajidi tilka hudoodu Allahi fala taqrabooha kathalika yubayyinu Allahu ayatihi lilnnasi laAAallahum yattaqoona

    Dalam shiyam diperintahkan untuk makan dan minum, atau mencerna Alquran sebagai santapan rohani, agar dapat membedakan antara benang hitam dengan benang putih, antara yang baik dengan yang buruk, antara yang benar dan yang salah, dan semacamnya.

    Benang adalah berfungsi untuk mengikat, sebagaimana halnya dengan petunjuk/aturan/ketetapan/kewajiban yang juga berfungsi mengikat aktivitas orang-orang beriman.

    Salam.

    Faried

    March 23, 2010 at 2:02 pm

  43. Salam Faried,

    Terima kasih kerana berkongsi pengetahuan dan pendapat tuan di sini. Saya amat menghargainya.

    tolokminda

    March 23, 2010 at 2:20 pm

  44. Salam

    “Faried: Dalam shiyam diperintahkan untuk makan dan minum, atau mencerna Alquran sebagai santapan rohani, agar dapat membedakan antara benang hitam dengan benang putih, antara yang baik dengan yang buruk, antara yang benar dan yang salah, dan semacamnya.”

    Saya setuju. Manusia akan mengenal sesuatu perkara bila dapat membezakan 2 nilai yang berbeza. Seperti mana sistem komputer dibina dengan membezakan nilai logik 1 dan 0 atau ON dan OFF.

    Kegagalan membezakan 2 nilai tersebut akan menyebabkan perkembangan akal akan terbantut. Bila akal terbantut, manusia susah nak bezakan benar atau dusta. Mereka seumpama orang buta yang tidak dapat bezakan di antara terang atau gelap. Mereka seperti orang pekak yang tidak dapat bezakan bunyi kuat atau perlahan.

    Sifat para Nabi ada bezanya dengan sifat para musyrik. Sifat orang beriman ada bezanya dengan sifat orang kafir. Sifat orang merendah diri ada bezanya dengan orang yang angkuh.

    Tak mungkin seorang Nabi mengajar manusia ke arah keangkuhan, permusuhan dan berpuak2 atas nama agama sebab ia sudah tidak mencerminkan akhlak sebenar para Nabi yang kita lihat melalui Al Quran.

    Juang

    March 23, 2010 at 2:21 pm

  45. Salam tolokminda,

    Saya juga senang berdiskusi di situs sini, karena pemahaman telah sama, tinggal menserasikan saja.

    Belajar dan berbagi ilmu merupakan kewajiban.

    Faried

    March 23, 2010 at 2:52 pm

  46. Salam..

    mmmm…selama ini saya telah mengambil ketetapan bahawa umat islam berpuasa (tidak makan dan minum) bermula dari waktu yang salah dan berbuka dengan waktu yang tidak tepat..memandangkan jika secara literalnya maksud benang putih dan hitam itu diambil waktu puasa itu seharusnya bermula selepas matahari naik dan berbuka apabila benar-benar gelap..

    ..tetapi jika maksud puasa itu bukannya tidak makan dan minum tetapi waktu untuk melakukan pengkajian dan penelitian terhadap AlQuran..maknanya..

    God.. guest I just have to start all over again..

    troopze

    March 23, 2010 at 3:54 pm

  47. Salam Troopze,

    Itu bukan perkara yang pelik jika kita tersalah arah perjalanan. Memang kita kena mulakan perjalanan ke arah baru (yang lebih baik) daripada awal.

    Tetapi sesiapa nak berpuasa dengan cara menahan lapar dan minum, itu hak masing-masing. Sebab yang menanggung kelaparan dan kedahagaan itu adalah tubuh badan sendiri.

    Di sini kita hanya membawa pencerahan erti puasa mengikut Al Quran (umum mengetahui Al Quran itu bersifat universal dan boleh diterima semua kaum jika mahu memikirkan), bukannya mengikut kepercayaan tradisi sesuatu kaum.

    Juang

    March 23, 2010 at 4:45 pm

  48. Salam,

    “ Q2:187 … wakuloo waishraboo hatta yatabayyana lakumu alkhaytu alabyadu mina alkhayti alaswadi mina alfajri thumma atimmoo alssiyama ila allayli wala tubashiroohunna waantum AAakifoona fee almasajidi tilka hudoodu Allahi fala taqrabooha kathalika yubayyinu Allahu ayatihi lilnnasi laAAallahum yattaqoona

    Dalam shiyam diperintahkan untuk makan dan minum, atau mencerna Alquran sebagai santapan rohani, agar dapat membedakan antara benang hitam dengan benang putih, antara yang baik dengan yang buruk, antara yang benar dan yang salah, dan semacamnya. “

    Mengikut kefahaman ayat diatas TM/Juang/Faried menterjemahkan “waishraboo” sebagai makan dan minum rohani/spiritual dan bukan fisikal.
    Bolih jadi kefahaman mereka betul dan bolih jadi mereka salah.

    Bagi memastikan kita hanya perlu mencari ayat ayat yang serupa didalam Quran dan lihat bagaimana tuhan mengunakan ayat ayat tersebut. Sama ada ianya merujuk kepada makan dan minum rohani atau jasmani (spritual or physical)

    Ada 5 ayat yang saya jumpa mengunakan ayat “waishraboo”.

    1.
    Q2:60 (Arabic)Waithi istasqa moosa liqawmihi faqulna idrib biAAasaka alhajara fainfajarat minhu ithnata AAashrata AAaynan qad AAalima kullu onasin mashrabahum kuloo waishraboo min rizqi Allahi wala taAAthaw fee alardi mufsideena

    Q2:60 “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: “”Pukullah batu itu dengan tongkatmu””. Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.”

    2.
    Q77:43 (Arabic) Kuloo waishraboo haneean bima kuntum taAAmaloona

    Q77:43 “(Dikatakan kepada mereka): “”Makan dan minumlah kamu dengan enak karena apa yang telah kamu kerjakan””.”

    Dan yang lain sila rujuk -Q7:31/Q52:19/Q69:24.

    Kalau kita perhatikan tidak ada satu ayat “waishraboo” yang tuhan gunakan untok merujuk kepada makan dan minum rohani sebaliknya ianya adalah makan dan minum jasmani/fisikal.

    ramsys pranata

    March 23, 2010 at 10:18 pm

  49. Salam Ramsys Pranata,

    Terima kasih kerana membuat semakan. Hasilnya saya juga telah membuat semakan dan mendapati terjemahan yang saya kemukakan mengandungi pilihan perkataan yang kurang tepat khususnya di bahagian yang saya boldkan.

    2:187 Pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka. Tuhan tahu kamu juga membuat kesilapan, dan Dia telah menebus kamu dan mengampunkan kamu; sekarang khabarkan kepada mereka berita baik ini dan teruskan mendalami apa yang Tuhan perintahkan kepada kamu dan hadamkanlah (cernakanlah) ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh, kemudian teruskan berpuasa sehingga ke malam. Dan jangan kamu bergaul dengan mereka (isteri-isteri) ketika kamu sedang mengerjakan ketetapan yang telah direstui ke atas kamu. Inilah batasan-batasan Tuhan, jadi jangan dekati mereka. Begitulah Tuhan menjelaskan wahyu-wahyunya kepada manusia supaya mereka beroleh kebenaran.”

    Saya sepatutnya menterjemahkan begini supaya lebih tepat dan jelas maksudnya.

    2:187 Pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka. Tuhan tahu kamu juga membuat kesilapan, dan Dia telah menebus kamu dan mengampunkan kamu; sekarang khabarkan kepada mereka berita baik ini dan teruskan mendalami apa yang Tuhan telah tulis (kataba Allahu) untuk kamu dan hadamkanlah (cernakanlah) ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh, kemudian teruskan berpuasa sehingga ke malam. Dan jangan kamu bergaul dengan mereka (isteri-isteri) ketika kamu sedang mengerjakan ketetapan yang telah direstui ke atas kamu. Inilah batasan-batasan Tuhan, jadi jangan dekati mereka. Begitulah Tuhan menjelaskan wahyu-wahyunya kepada manusia supaya mereka beroleh kebenaran.”

    Dalam konteks ayat di atas, jelas sekali apa yang perlu kita hadamkan atau cernakan (literal – makan & minum) bukanlah bahan makanan atau air minuman. Tetapi ia dirujuk kepada apa yang Tuhan telah tulis atau bukukan (kataba Allahu) – iaitu Al-Quran.

    …dan teruskan mendalami apa yang Tuhan telah tulis (kataba Allahu) untuk kamu dan hadamkanlah (cernakanlah) ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh…

    tolokminda

    March 23, 2010 at 10:57 pm

  50. Salam ramsys pranata dan yang lainnya,

    “Mengikut kefahaman ayat diatas TM/Juang/Faried menterjemahkan “waishraboo” sebagai makan dan minum rohani/spiritual dan bukan fisikal.
    Bolih jadi kefahaman mereka betul dan bolih jadi mereka salah.

    Bagi memastikan kita hanya perlu mencari ayat ayat yang serupa didalam Quran dan lihat bagaimana tuhan mengunakan ayat ayat tersebut. Sama ada ianya merujuk kepada makan dan minum rohani atau jasmani (spritual or physical)

    Ada 5 ayat yang saya jumpa mengunakan ayat “waishraboo”.

    1.
    Q2:60 (Arabic)Waithi istasqa moosa liqawmihi faqulna idrib biAAasaka alhajara fainfajarat minhu ithnata AAashrata AAaynan qad AAalima kullu onasin mashrabahum kuloo waishraboo min rizqi Allahi wala taAAthaw fee alardi mufsideena

    Q2:60 “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: “”Pukullah batu itu dengan tongkatmu””. Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.””

    2.
    Q77:43 (Arabic) Kuloo waishraboo haneean bima kuntum taAAmaloona

    Q77:43 “(Dikatakan kepada mereka): “”Makan dan minumlah kamu dengan enak karena apa yang telah kamu kerjakan””.”

    Dan yang lain sila rujuk -Q7:31/Q52:19/Q69:24.

    Kalau kita perhatikan tidak ada satu ayat “waishraboo” yang tuhan gunakan untok merujuk kepada makan dan minum rohani sebaliknya ianya adalah makan dan minum jasmani/fisikal.”

    Minum (ishraboo) dalam Q2:60, jelas adalah minuman fisikal, karena dalam ayat di atas ada mata air.

    Demikian pula dengan dengan Q77:43, dapat diduga (clue) minuman fisikal karena hasil dari minum adalah enak.

    Semua ayat yang berisi kata “ishraboo” maupun “kuloo” sangat mudah diketahui apakah yang dimaksud adalah makan/minum fisikal atau makan/minum rohani dengan mencermati objek yang dimakan/diminum, atau akibat dari makan/minum, atau tebakan (clue) lainnya.

    Dalam ayat tentang shiyam (2.183-187) di situ sama sekali tidak ada objek yang dapat diminum secara fisikal, yang ada hanyalah objek rohani, yaitu Alquran, Hudan, Bayyinat, Furqan, Kitab dan semacamnya. Hasil dari makan dan minum juga adalah taqwa, sehingga sangat jelas yang diperintahkan untuk dimakan dan diminum adalah Alquran.

    Dalam 2.188 ada kuloo yang bukan fisikal, mengisyaratkan bahwa kuloo dalam 2.188 bukan makanan fisikal, karena kuloo tidak mesti makanan fisikal.

    Dalam 2.93 ada kata waoshriboo yang diterjemahkan dengan diresapkan. Terjemahan tersebut sesuai untuk kata yang sama dalam 2.187.
    Waith akhathna meethaqakum warafaAAna fawqakumu alttoora khuthoo ma ataynakum biquwwatin waismaAAoo qaloo samiAAna waAAasayna waoshriboo fee quloobihimu alAAijla bikufrihim qul bisama yamurukum bihi eemanukum in kuntum mumineena
    • 2:93 (Malay) “Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari kamu dan Kami angkat bukit (Thursina) di atasmu (seraya Kami berfirman): “”Peganglah teguh-teguh apa yang Kami berikan kepadamu dan dengarkanlah!”” Mereka menjawab: “”Kami mendengarkan tetapi tidak menaati””. Dan telah diresapkan ke dalam hati mereka itu (kecintaan menyembah) anak sapi karena kekafirannya. Katakanlah: “”Amat jahat perbuatan yang diperintahkan imanmu kepadamu jika betul kamu beriman (kepada Taurat)””.”

    Kata minum lainnya dapat ditelusuri dalam ayat di bawah:
    Shiin-Ra-Ba = to drink, swallow, sunk in, absorb. shirbun – portion of water, time of drinking. shurbun – drinking. shaaribun – one who drinks. sharaabun – drink, beverage, portion. mashrabun – drinking place. ashraba (vb. 4) – to give to drink, make to drink, permeate as. ushribu fi-qalbihi – love of such and such a thing permeated his heart, the word is so used because love is like alcohol that intoxicates one who partakes of it.

    shariba vb. (1)
    perf. act. 2:249, 2:249
    impf. act. 23:33, 23:33, 56:68, 76:5, 76:6, 83:28
    impv. 2:60, 2:187, 7:31, 19:26, 52:19, 69:24, 77:43
    n.vb. (1) 26:155, 26:155, 54:28
    n.vb. (2) 56:55
    pcple. act. 16:66, 37:46, 47:15, 56:54, 56:55

    mashrab n.m. 2:60, 7:160, 36:73

    sharab n.m. 2:259, 6:70, 10:4, 16:10, 16:69, 18:29, 35:12, 38:42, 38:51, 76:21, 78:24

    ashraba vb. (4) perf. pass. 2:93

    LL, V4, p: 249, 250, 251, 252, 253

    Faried

    March 24, 2010 at 9:17 am

  51. Salam,

    Saya perhatikan ayat 19:23 hingga 19:26, makanan dan minuman yang Mariam makan/minum ketika berpuasa itu adalah bahan-bahan yang segar (bukan dimasak). Adakah ketika berpuasa itu, selain kita menahan banyak bercakap, kita juga dituntut makan/minum sesuatu yang segar seperti buah2an yang terus daripada pokok dan minum air galian/sungai (yang bersih)?

    Maknanya puasa yang Allah tuntut bukannya menahan lapar/dahaga dalam sesuatu tempoh waktu secara ritual, tetapi supaya makan/minum sesuatu yang segar dan kurangkan bercakap (untuk fokus pada yang difikirkankan) agar proses “menghadam” petunjuk Allah itu dapat dipercepatkan (mudah memahami petunjuk2 Allah).

    Berfikir memerlukan oksigen yang banyak. Lagi sukar sesuatu perkara yang difikirkan, lagi2lah otak perlukan banyak oksigen (untuk kesegaran). Maka dituntut kita minum air neutral dan makan buah2an segar supaya memudahkan kita berfikir.

    Barulah kita nampak erti puasa yang ada perkaitannya dengan suruhan menggunakan akal yang banyak dalam Al Quran itu. Sebelum ini, puasa yang kita lakukan lebih kepada atas dasar main buat cukup syarat, tanpa nampak perkaitannya dengan suruhan2 Allah yang wujud dalam Al Quran.

    Kita sudah sedar yang syaitan menipu manusia dengan menghalang manusia berfikir kerana melalui berfikirlah, petunjuk2 Allah mudah sampai. Maka segala amalan untuk mencerdaskan minda itulah amalan para Nabi dan orang2 beriman. Tambahan pula mana ada Nabi yang bodoh dan bengap.

    Juang

    March 25, 2010 at 10:50 am

  52. Salam,

    Persoalan yang dibangkitkan olih TM

    1.“Dan Tuhan juga tak kata kita mesti puasa sebulan. Tuhan kata,

    Q2:183 Wahai kamu yang percaya! Puasa ditetapkan ke atas kamu, sebagaimana ia telah ditetapkan kepada mereka sebelum kamu, supaya kamu terpelihara.

    Q2:184 Untuk beberapa hari yang tertentu…”

    Untuk beberapa hari tertentu bukan bermaksud sebulan.
    Adakah ia tidak cukup jelas atau berkias-kias?”

    2.“Berapa lama kita perlu puasa? Tuhan kata beberapa hari tetapi Dia tidak menetapkan bilangan hari.Ini bermakna ia bergantung kepada keperluan seseorang. Setiap orang tidak sama. Masing-masing lebih tahu selama mana mereka perlu mendisiplinkan diri.“

    Berapa hari kita perlu berpuasa?

    Mengikut TM tuhan tidak menetapkan berapa lama/hari kita perlu berpuasa. Ini kerana ayat Q2:184 hanya menyebut “BEBERAPA HARI YANG TERTENTU” sahaja. Saya setuju dengan TM bahawa ayat Q2:184 kurang jelas.

    Mengapa tuhan menggunakan “BEBERAPA HARI YANG TERTENTU” sahaja? Mengapa tuhan tidak tetapkan bilangan harinya?

    Quran adalah sebuah kitab yang memperjelaskan dirinya sendiri. Apa yang kurang jelas disuatu ayat akan diperjelaskan diayat yang lain. Apa yang ringkas disuatu ayat akan lebih diterperincikan diayat yang lain. Kita Cuma perlu cari. Untok ini kita tidak perlu pergi jauh kerana ayat yang berikut Q2:185 telah menjelaskannya.

    Ayat Q2:184 dan 185 tidak bolih dipisahkan kerana ianya saling memperjelaskan sama yang lain.

    Jadi mengapa tuhan menggunakan “BEBERAPA HARI YANG TERTENTU” sahaja?
    Kerana bilangan hari itu bergantung kepada Q2:185.

    Kalendar Islam berpandukan kepada peredaran bulan (Lunar calendar). Dan mengikut peredaran bulan adakala ianya 29 hari dan adakala ianya 30 hari. Olih kerana faktor ini lah tuhan hanya menggunakan “BEBERAPA HARI YANG TERTENTU” sahaja.

    Bilangan hari yang kita perlu berpuasa bergantung kepada peredaran bulan.

    Mengikut TM lagi:-

    “ Dia tidak menetapkan bilangan hari. Ini bermakna ia bergantung kepada keperluan seseorang.”

    Ini juga tidak bertepatan kerana arahan tuhan didalam Q2:184 yang menetapkan bahawa siapa yang tidak dapat berpuasa sama ada kerana sakit ataupun dalam perjalanan dianya wajib mengantikan hari yang ditinggalkan pada hari yang lain.

    Ini bermakna puasa itu bukan bergantung kepada keperluan seseorang tetapi apa yang dikehendaki olih tuhannya.
    Untok kita mengetahui berapa hari yang perlu kita gantikan kita semestinya sudah mengetahui berapa kah jumlah hari yang perlu kita berpuasa terlebih dahulu.

    ramsys pranata

    March 25, 2010 at 10:51 pm

  53. Salam,

    “Ramsys: Ayat Q2:184 dan 185 tidak bolih dipisahkan kerana ianya saling memperjelaskan sama yang lain.

    Jadi mengapa tuhan menggunakan “BEBERAPA HARI YANG TERTENTU” sahaja?
    Kerana bilangan hari itu bergantung kepada Q2:185.

    Kalendar Islam berpandukan kepada peredaran bulan (Lunar calendar). Dan mengikut peredaran bulan adakala ianya 29 hari dan adakala ianya 30 hari. Olih kerana faktor ini lah tuhan hanya menggunakan “BEBERAPA HARI YANG TERTENTU” sahaja. ”

    Dalam ayat 2:185, tiada perintah menyuruh kita menentukan bilangan hari berpuasa menggunakan kalender Islam atau kalender yang telah wujud terlebih dahulu.

    Apatah lagi kalender hijrah itu dikatakan wujud zaman Umar Al Khatab, sudah pasti tidak masuk akal penentuan bilangan hari berpuasa itu guna kalender yang diilhamkan selepas Rasulullah wafat.

    Juang

    March 25, 2010 at 11:09 pm

  54. Salam Ramsys Pranata,

    Sesungguhnya saya sememangnya belajar melalui blog ini. Semasa saya menulis mengenai puasa dan merujuk kepada 2:183 dan 2:184, saya masih tidak mengetahui apakah yang sebenarnya Tuhan maksudkan dengan puasa. Cuma saya tahu ia bukan tidak makan dan tidak minum kerana sebagaimana Maryam yang Tuhan jadikan sebagai contoh – puasa beliau hanya perlu berdiam diri.

    Bagaimanapun apabila saya menulis artikel ini barulah terdedah kepada saya apakah fungsi sebenar berpuasa dan juga bilangan hari yang Tuhan suruh kita melakukannya. Saya harap tuan ramsys pranata dapat memikirkan dalam-dalam apa yang telah saya temui mengenai puasa.

    2:196 Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana bukti yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia terbukti kesahihannya. Maka jika sesiapa dari kamu tidak berkeupayaan atau tidak tersusun pengetahuan asasnya maka perkukuhkan diri kamu dengan melakukan puasa, atau membuat sumbangan atau pengorbanan diri. Maka, sebaik saja kamu pasti; kepada yang berminat membangunkan hasil penyelidikan; maka mulakan dari mana-mana bukti (hasil penyelidikan) yang mudah. Bagaimanapun bagi sesiapa yang gagal memahaminya – berpuasalah selama 3 hari semasa membuat penyelidikan dan 7 (hari) apabila kamu mula sekali lagi. Itu bermakna 10 (hari) secara keseluruhannya. Ini adalah untuk mereka yang bukan berada di dalam komuniti yang mengakui ketetapan-ketetapan yang direstui. Dan patuhi Tuhan dan kamu akan tahu bahawa sesungguhnya Tuhan sangat berat hukumanNya.

    tolokminda

    March 25, 2010 at 11:34 pm

  55. salam,

    Juang menulis:-

    “Dalam ayat 2:185, tiada perintah menyuruh kita menentukan bilangan hari berpuasa menggunakan kalender Islam atau kalender yang telah wujud terlebih dahulu.

    Apatah lagi kalender hijrah itu dikatakan wujud zaman Umar Al Khatab, sudah pasti tidak masuk akal penentuan bilangan hari berpuasa itu guna kalender yang diilhamkan selepas Rasulullah wafat.”

    Apa yang saya tulis:-

    “Bilangan hari yang kita perlu berpuasa bergantung kepada peredaran bulan.”

    TM,

    Saya juga masih lagi belajar.
    Segala pandangan yang diutarakan olih TM disini saya hormati. Ada sesetenggah pendapat TM dan rakan rakan lain yang saya setuju tetapi ada juga yang saya rasa tidak seperti apa yang saya fahami dan saya terpaksa menolaknya.
    Semua ini adalah proses kita belajar.

    ramsys pranata

    March 26, 2010 at 5:22 pm

  56. Salam Ramsys Pranata,

    Semua orang dalam proses belajar. Saya juga sedang belajar. Saya tak pernah kata apa yang saya kemukakan mesti mutlak betul. Kemungkinan orang lain melihat dari perspektif yang lebih baik dan hasilnya mendapat kesimpulan yang lebih baik.

    Saya boleh menerima apa yang lebih betul dari apa yang telah saya anggap betul sebelumnya. Bagaimanapun saya berpendapat biar apa pun yang cuba kita cari, kita kena sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang asas.

    Ini selaras dengan nasihat Tuhan:

    2:196 Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana bukti yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia terbukti kesahihannya…

    tolokminda

    March 26, 2010 at 8:01 pm

  57. Salam,

    “Ramsys: Bilangan hari yang kita perlu berpuasa bergantung kepada peredaran bulan.”

    Bila saudara bawakan pendapat seperti di atas, maka orang lain ingin mengetahui, apakah ada bukti sandaran pendapat saudara itu? Apakah kerana alasan org Islam guna kalender lunar itu layak dijadikan bukti untuk menentukan bilangan hari berpuasa?

    Tanpa pembuktian, kita tidak dapat belajar. Akal tidak dapat berkembang.

    Moga-moga kita tidak tiru perangai orang2 yang malas belajar yang datang sini tanpa apa2 bukti malah menunjukkan perangai kebudak-budakan.

    Juang

    March 27, 2010 at 1:05 am

  58. “Ramsys: Bilangan hari yang kita perlu berpuasa bergantung kepada peredaran bulan.”

    Ya, saya pun tertanya-tanya kenyataan ini. Moga Ramsys dapat cerahkan kepada saya dan pembaca yang lain.

    terima kasih.

    bayau

    March 27, 2010 at 10:06 am

  59. sebenarnya masa untuk puasa ditentukan ikut pegerakan bulan sabit(anak bulan).,bukan kelendar ye…,

    shah

    March 27, 2010 at 11:38 am

  60. “shah:sebenarnya masa untuk puasa ditentukan ikut pegerakan bulan sabit(anak bulan).,bukan kelendar ye…,”

    1. Mengapa kena ikut pergerakan bulan bukan peredaran matahari?

    2. Maknanya, tak payah tengok kalendar. Nampak anak bulan boleh puasa?

    bayau

    March 27, 2010 at 11:54 am

  61. Juang:
    “Dalam ayat 2:185, tiada perintah menyuruh kita menentukan bilangan hari berpuasa menggunakan kalender Islam atau kalender yang telah wujud terlebih dahulu.

    Apatah lagi kalender hijrah itu dikatakan wujud zaman Umar Al Khatab, sudah pasti tidak masuk akal penentuan bilangan hari berpuasa itu guna kalender yang diilhamkan selepas Rasulullah wafat.”

    Tolokminda:
    “2:185 Bahang manifestasi (shahru ramadan) yang mana ia datang bersama Al-Quran, Petunjuk kepada manusia, bukti-bukti mengenainya, dan Pembeza. Oleh itu, sesiapa di kalangan kamu yang merasai manifestasi tersebut wajar berpuasa. Dan bagi yang sakit di antara kamu, atau sedang dalam perjalanan, gantikan dengan hari yang lain, Allah mahu memudahkan kamu, dan Dia tidak mahu menyukarkan kamu, dan supaya kamu dapat memenuhinya, dan supaya kamu mengagungkan Tuhan kerana memberi kamu pedoman, supaya kamu menghargai.”

    Shiyam dilaksanakan dalam shahru ramadana.

    Shahru = sesuatu yang tampak jelas
    Ramadana = panas menyengat.

    Bulan tampak jelas ketika purnama, dan
    panas menyengat ketika musim panas.

    Shahru ramadana adalah gejala alam yang sangat mudah diamati (sahid), dan gejala alam tersebut dipengaruhi oleh peredaran matahari dan bulan.

    Shahru ramadana adalah purnama pertama setelah tanggal 21 Juni, yang ditandai dengan purnama yang spesifik, bulan tampak berwarna merah dan ukurannya juga kelihatan lebih besar.

    Pendapat tersebut dibicarakan dengan serius, seru, sengit dan alot, yang akhirnya sulit terbantahkan di:

    http://free-minds.org/forum/index.php?topic=9188.0

    Salam.

    Faried

    March 29, 2010 at 10:21 am

  62. Salam,

    Juang:
    “Maknanya puasa yang Allah tuntut bukannya menahan lapar/dahaga dalam sesuatu tempoh waktu secara ritual, tetapi supaya makan/minum sesuatu yang segar dan kurangkan bercakap (untuk fokus pada yang difikirkankan) agar proses “menghadam” petunjuk Allah itu dapat dipercepatkan (mudah memahami petunjuk2 Allah).”

    Kata-kata terakhir,
    Puasa: memahami petunjuk2 Allah.

    Jika dihubungkan dengan 4.43,
    salat juga harus memahami petunjuk2 Allah yang dikatakan pada waktu salat.

    Tolokminda:
    “4:43 Wahai kamu yang percaya! Jangan mendekati komitmen apabila kamu mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu katakan, dan jangan juga apabila kamu dalam keadaan perlukan mandi – kecuali kamu sedang dalam perjalanan – sehinggalah kamu membersihkan diri kamu; dan jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau kamu membuang air atau kamu telah bersama dengan perempuan dan kamu tidak menemui air, ambillah tanah yang bersih kemudian sapukan ke muka kamu dan tangan kamu. Sesungguhnya Tuhan Mengampun dan Memaafkan.

    Artinya, pada prinsipnya puasa = salat = memahami petunjuk2 Allah.

    Perbedaannya,
    dalam puasa, petunjuk Allah dipahami tanpa bicara dengan orang lain, sedangkan

    dalam salat, petunjuk Allah dipahami dengan berbicara atau berinteraksi dengan orang lain.

    Bagaimana pendapatnya?

    Faried

    April 5, 2010 at 3:25 pm

  63. Salam Faried,

    Saya berpendapat puasa merupakan satu perbuatan di mana kita mengasingkan diri dari berinteraksi secara aktif dengan orang lain supaya kita dapat memberi tumpuan penuh terhadap usaha kita menyelidiki dan memahami ayat-ayat Al-Quran. Ketetapan khusus mengenai puasa untuk memahami Al-Quran ini terdapat dalam ayat 2:183-187 yang dibincangkan dalam artikel di atas.

    Jumlah hari ia perlu dilakukan juga telah turut ditetapkan iaitu 3 hari untuk percubaan pertama dan jika tempoh itu tidak mencukupi kita perlu memulakan semula sesi itu selama 7 hari lagi. Ini dijelaskan dalam ayat 2:196 yang saya bincangkan dalam artikel ini.

    Setelah kita faham erti puasa dan fungsi puasa sebagaimana yang diajar oleh Tuhan, maka ia tentulah boleh kita amalkan juga dalam sebarang aktiviti penyelidikan lain – walaupun bukan berkaitan langsung dengan Al-Quran. Misalnya, Albert Einstein sewaktu membuat penyelidikan mengenai teori relativitinya juga kurang berinteraksi dengan aktif sehinggalah apa yang diselidikinya diterbitkan.

    Semua penyelidik besar dan kecil memiliki sifat dan pendekatan seperti ini. Maknanya puasa sebenarnya adalah satu cara atau budaya yang universal bagi para penyelidik apabila mereka mahu fokus dan menjayakan usaha mereka.

    tolokminda

    April 5, 2010 at 3:45 pm

  64. Berkenaan dengan solaa pula.. ia merangkumi satu definasi yang luas. Setiap perbuatan kita boleh kita anggap sebagai komitmen. Setiap kepercayaan kita juga komitmen. Setiap janji dan tanggungjawab juga komitmen.

    Apa yang Tuhan mahu adalah biar apa pun bentuk komitmen kita itu, kita hendaklah sentiasa pastikan supaya ia tidak melampaui batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam) dalam konteks komitmen berkenaan. Misalnya Tuhan benarkan kita makan, tetapi batasannya – jangan makan benda yang dilarang. Satu contoh lagi, Tuhan benarkan kita membuat komitmen dengan orang lain, tetapi batasannya – jangan membuat apa-apa komitmen jika kita sedang mabuk atau tak faham apa yang kita katakan.

    Oleh itu jika kita mahu bercakap tentang apakah yang dimaksudkan dengan perkataan solaa atau komitmen dalam sesuatu ayat Al-Quran, kita haruslah memahami konteks ayat berkenaan terlebih dulu kerana secara khusus ia mungkin berkaitan solaa atau komitmen yang berbeza dari perkataan solaa dalam ayat-ayat yang lain.

    tolokminda

    April 5, 2010 at 4:05 pm

  65. Salam,

    “Faried: Artinya, pada prinsipnya puasa = salat = memahami petunjuk2 Allah.

    Perbedaannya, dalam puasa, petunjuk Allah dipahami tanpa bicara dengan orang lain, sedangkan dalam salat, petunjuk Allah dipahami dengan berbicara atau berinteraksi dengan orang lain.”

    Daripada gabungan pendapat TM dan Faried, saya nampak puasa adalah proses kita memahami sesuatu petunjuk Allah secara sendirian. Otak kita perlukan masa untuk memikirkan sesuatu petunjuk kerana jaringan neuron2 otak belum sempurna lagi terbentuk, maka kita perlukan kesegaran dan pemfokusan.

    Solaa pula adalah praktikal atau amali agar sesuatu petunjuk yang telah difahami itu direalisasikan. Bila kita praktik dan bereksperimen, hasil eksperimen itu membantu kita buat hipotesis yang lebih jitu. Jadi solaa itu tidak spesifik pada sesuatu cara. Ia bergantung kepada situasi yang kita lalui.

    Haji adalah proses kemukakan pandangan (hujah) untuk menguji sejauh mana kejituan pegangan kita. Ia juga adalah proses untuk kita cermin diri kita sendiri. Dengan bertukar-tukar pendapat, kefahaman sesuatu petunjuk Allah lagi mudah dicapai kerana kita dapat melihat sesuatu perkara daripada banyak perspektif. Umpamanya kalau kita melihat objek dari pelbagai sudut, sudah pasti kefahaman kita terhadap objek itu lebih jitu berbanding kita melihat guna satu sudut sahaja.

    Juang

    April 5, 2010 at 5:19 pm

  66. Salam,

    Saya setuju dengan semua pendapat diatas,fahamkan dan kajilah dan buat timbangan masing masing dengan yakin.Sesiapa rasa nak puasa bolih puasa sebulan, dan siapa nak puasa 10 hari pun terpulang, sesiapa yang memahami puasa itu makan dan minum dan lepas tu mendalami Al Quran terpulang juga,mengikut faham masing-masing, sebenarnya tuhan tak memberatkan pemikiran manusia …manusia saja yang suka memberatkan hal hal yang mudah dan lepas tu menghukum sesama sendiri.Yang penting jangan merpersekutukan tuhan dengan SESUATU APA PUN dan ingatlah Al Quran itu sajalah PETUNJUK bagi umat manusia KETIKA HIDUP DIDUNIA INI supaya tidak sesat selama lamanya hingga ke akhirat

    wucman

    April 6, 2010 at 11:09 am

  67. Salam,

    Juang:
    “Daripada gabungan pendapat TM dan Faried, saya nampak puasa adalah proses kita memahami sesuatu petunjuk Allah secara sendirian. Otak kita perlukan masa untuk memikirkan sesuatu petunjuk kerana jaringan neuron2 otak belum sempurna lagi terbentuk, maka kita perlukan kesegaran dan pemfokusan.

    Solaa pula adalah praktikal atau amali agar sesuatu petunjuk yang telah difahami itu direalisasikan. Bila kita praktik dan bereksperimen, hasil eksperimen itu membantu kita buat hipotesis yang lebih jitu. Jadi solaa itu tidak spesifik pada sesuatu cara. Ia bergantung kepada situasi yang kita lalui.

    Haji adalah proses kemukakan pandangan (hujah) untuk menguji sejauh mana kejituan pegangan kita. Ia juga adalah proses untuk kita cermin diri kita sendiri. Dengan bertukar-tukar pendapat, kefahaman sesuatu petunjuk Allah lagi mudah dicapai kerana kita dapat melihat sesuatu perkara daripada banyak perspektif. Umpamanya kalau kita melihat objek dari pelbagai sudut, sudah pasti kefahaman kita terhadap objek itu lebih jitu berbanding kita melihat guna satu sudut sahaja.”

    Kurang lebih pendapat kita hampir sama. Melalui dikusi dalam media ini semoga didapatkan kesepakatan dan kepahaman yang lebih baik.

    Faried

    April 7, 2010 at 8:42 am

  68. Salam,

    Juang:
    “2:187 Pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra (alrrafathu) dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka. Tuhan tahu kamu juga membuat kesilapan, dan Dia telah menebus kamu dan mengampunkan kamu; sekarang khabarkan kepada mereka berita baik ini dan teruskan mendalami apa yang Tuhan telah tulis (kataba Allahu) untuk kamu dan hadamkanlah (cernakanlah) ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh, kemudian teruskan berpuasa sehingga ke malam. Dan jangan kamu bergaul dengan mereka (isteri-isteri) ketika kamu sedang mengerjakan ketetapan yang telah direstui ke atas kamu. Inilah batasan-batasan Tuhan, jadi jangan dekati mereka. Begitulah Tuhan menjelaskan wahyu-wahyunya kepada manusia supaya mereka beroleh kebenaran.

    Saya berpendapat puasa merupakan satu perbuatan di mana kita mengasingkan diri dari berinteraksi secara aktif dengan orang lain supaya kita dapat memberi tumpuan penuh terhadap usaha kita menyelidiki dan memahami ayat-ayat Al-Quran. Ketetapan khusus mengenai puasa untuk memahami Al-Quran ini terdapat dalam ayat 2:183-187 yang dibincangkan dalam artikel di atas.”

    Ohilla lakum laylata alssiyami alrrafathu ila nisaikum hunna libasun lakum waantum libasun lahunna AAalima Allahu annakum kuntum takhtanoona anfusakum fataba AAalaykum waAAafa AAankum faalana bashiroohunna waibtaghoo ma kataba Allahu lakum wakuloo waishraboo hatta yatabayyana lakumu alkhaytu alabyadu mina alkhayti alaswadi mina alfajri thumma atimmoo alssiyama ila allayli wala tubashiroohunna waantum AAakifoona fee almasajidi tilka hudoodu Allahi fala taqrabooha kathalika yubayyinu Allahu ayatihi lilnnasi laAAallahum yattaqoona

    Jika menurut TM shiyam adalah:
    satu perbuatan di mana kita mengasingkan diri dari berinteraksi secara aktif dengan orang lain supaya kita dapat memberi tumpuan penuh terhadap usaha kita menyelidiki dan memahami ayat-ayat Al-Quran,

    sulit melihat hubungan antara shiyam dengan bermesra (alrrafathu).

    Saya cari arti kata tersebut:

    Ra-Fa-Tha = sexual conduct, sex, lie with for sexual relationship, behave obscenity, immodest speech, sexuality, lewdness.

    rafath n.m. 2:187, 2:197

    LL, V3, p: 284, 285.

    Keterangan di atas, alrrafathu adalah berhubungan dengan sex.

    Tetapi jika dibaca Lane Lexicon volume 3, halaman 284 dan 284 dan 285,
    alrrafathu juga dapat berarti peng-copy-an.

    Arti tersebut sangat cocok dengan tujuan shiyam.

    Ketika sedang shiyam di siang hari maka dilarang melakukan peng-copy-an (alrrafathu), sehingga pemahaman yang diperoleh benar-benar adalah merupakan pendapat sendiri.

    Problem besar yang dihadapi umat sekarang adalah karena hampir semua pemahaman merupakan peng-copy-an. Celakanya, pemahaman yang di-copy tidak sejalan dengan petunjuk Alquran.

    Faried

    April 7, 2010 at 9:23 am

  69. salam juang

    kalau kita kembali ke era nabi , agak 2/ gambaran saudara tentang bagaimana proses puasa, salat dan haji ini di praktikan selari dgn kehendak quran yg sebenarnya pada masa tu .

    slipar

    April 7, 2010 at 10:05 am

  70. Faried menulis,

    “sulit melihat hubungan antara shiyam dengan bermesra (alrrafathu)”

    Salam,

    Saya berpendapat amalan berpuasa atau mengelakkan diri dari berinteraksi secara aktif dengan sesiapa sahaja semasa melakukan penyelidikan yang secara khusus dalam perbincangan ini – merujuk kepada usaha memahami Al-Quran – adalah berfungsi untuk memperkukuhkan tumpuan kita.

    Ia adalah satu ketetapan yang direstui maka oleh itu apabila kita melakukannya kita perlulah patuh kepada batasan-batasan yang telah dinyatakan secara khusus. Misalnya dari ayat 2:187 – kita dilarang mengauli isteri atau dengan kata lain mengadakan hubungan seks ketika kita sedang menjalani proses puasa di siang hari.

    Bagaimanapun pada waktu malam apabila kita “break” dari proses syiyam (puasa) untuk berehat atau tidur maka tidak salah jika kita ambil kesempatan tersebut untuk bermesra atau mengadakan hubungan seks dengan isteri kita.

    Mari kita baca baik-baik:

    2:187 Pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka. Tuhan tahu kamu juga membuat kesilapan, dan Dia telah menebus kamu dan mengampunkan kamu; sekarang khabarkan kepada mereka berita baik ini dan teruskan mendalami apa yang Tuhan telah tulis (kataba Allahu) untuk kamu dan hadamkanlah (cernakanlah) ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh, kemudian teruskan berpuasa sehingga ke malam. Dan jangan kamu bergaul dengan mereka (isteri-isteri) ketika kamu sedang mengerjakan ketetapan yang telah direstui ke atas kamu. Inilah batasan-batasan Tuhan, jadi jangan dekati mereka. Begitulah Tuhan menjelaskan wahyu-wahyunya kepada manusia supaya mereka beroleh kebenaran.

    tolokminda

    April 7, 2010 at 10:50 am

  71. Salam Slipar,

    Jika kita mahu memahami keadaan yang dilalui oleh Nabi dalam usaha beliau menyampaikan Al-Quran kepada kaumnya saya berpendapat kita boleh melihat apa yang telah dilalui oleh nabi-nabi lain juga. Semua nabi berhadapan dengan kelompok masyarakat yang sama sifatnya – semuanya sangat kuat beragama, semuanya sangat kuat amalan ritual mereka dan mereka sangat yakin yang mereka di pihak yang benar dan nabi-nabi mereka adalah salah dan cuba menyesatkan mereka.

    Pendek kata, kalau kita benar-benar faham apa yang Tuhan ceritakan di dalam Al-Quran, semua nabi termasuk Nabi Muhamad sebenarnya cuba menghapuskan kepercayaan agama dan amalan ritual kaum mereka supaya mereka menjadi kaum yang berpegang kepada kebenaran Tuhan yang bersih dari segala unsur menyekutukan Tuhan yang sebenarnya sia-sia.

    Tuhan sebenarnya hendak kita hidup mempelajari fitrah yang telah Tuhan tetapkan kepada seluruh ciptaanNya di alam ini supaya kita dapat manfaat dan menjadi manusia yang bersyukur.

    tolokminda

    April 7, 2010 at 11:05 am

  72. Salam slipar,

    Pada pendapat saya Nabi berpuasa dengan mengasingkan dirinya daripada mengikut amalan masyarakatnya supaya masa untuk berfikir lebih banyak daripada masa berborak, mengumpat, mengutuk-keji. Hasil apa yang baginda fikirkan itu, maka diturunkanlah ilham-ilham (wahyu) kepada baginda.

    Andaikata ketika berpuasa itu (kurang bercakap untuk fokus berfikir) baginda dapat wahyu yang menunjukkan tidak logik sujud kepada matahari dan bulan (yang diciptakan daripada “tangan” Allah), maka sudah pasti baginda praktikkan dalam hidup baginda untuk tidak sujud kepada mana-mana binaan manusia. Komitmen baginda untuk tidak menurut amalan pagan kaum baginda sendiri atau kaum-kaum lain itulah solaa baginda.

    Dan ketika baginda berhujah dengan masyarakat baginda untuk membuktikan kebenaran apa yang Allah tunjuki kepada baginda (hasil penyelidikan baginda melalui pengembaraan), itulah proses haji.

    Sebenarnya samalah macam apa yang kita sedang lakukan sekarang ini, cuma bezanya zaman itu tiada kemudahan internet untuk berbincang sesuatu petunjuk Allah itu secara online.

    Juang

    April 7, 2010 at 11:14 am

  73. Salam,

    Dengan kata lain, sesiapa yang membuat kerja-kerja penyelidikan mereka itulah yang sepatutnya mendapat gelaran haji. Dan satu lagi, kita kena ingat bahawa ketetapan supaya melaksanakan penyelidikan bukan saja terpakai untuk “umat Islam” tetapi ia dibentangkan oleh Tuhan kepada seluruh umat manusia. Maka siapa yang menyelidik – tidak kiralah dia bangsa apa, agama apa – dia akan tetap mendapat manfaatnya.

    22:25 Sesungguhnya mereka yang tidak percaya dan mereka menghalang orang lain dari batasan ketetapan-ketetapan yang telah direstui yang telah didedikasikan kepada seluruh manusia supaya dipatuhi bersama-sama – yang sememangnya jelas. Dan sesiapa yang menokok-tambah di dalamnya kejahatan Kami akan pastikan mereka merasai balasannya.

    Perhatikan ayat di atas, walaupun Tuhan kata ilmu hasil penyelidikan telah didedikasikan kepada seluruh umat manusia supaya sama-sama dipatuhi dan dimanfaatkan – golongan yang tidak percaya akan sentiasa cuba menghalang orang lain dari melakukannya. Sebab itulah umat Islam hari ini mundur.

    tolokminda

    April 7, 2010 at 11:49 am

  74. Salam,

    Tolokminda:
    “Bagaimanapun pada waktu malam apabila kita “break” dari proses syiyam (puasa) untuk berehat atau tidur maka tidak salah jika kita ambil kesempatan tersebut untuk bermesra atau mengadakan hubungan seks dengan isteri kita.

    2:187 Pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka. Tuhan tahu kamu juga membuat kesilapan, dan Dia telah menebus kamu dan mengampunkan kamu; sekarang khabarkan kepada mereka berita baik ini dan teruskan mendalami apa yang Tuhan telah tulis (kataba Allahu) untuk kamu dan hadamkanlah (cernakanlah) ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh, kemudian teruskan berpuasa sehingga ke malam. Dan jangan kamu bergaul dengan mereka (isteri-isteri) ketika kamu sedang mengerjakan ketetapan yang telah direstui ke atas kamu. Inilah batasan-batasan Tuhan, jadi jangan dekati mereka. Begitulah Tuhan menjelaskan wahyu-wahyunya kepada manusia supaya mereka beroleh kebenaran.”

    Ohilla lakum laylata alssiyami alrrafathu ila nisaikum hunna libasun lakum waantum libasun lahunna AAalima Allahu annakum kuntum takhtanoona anfusakum fataba AAalaykum waAAafa AAankum faalana bashiroohunna waibtaghoo ma kataba Allahu lakum wakuloo waishraboo hatta yatabayyana lakumu alkhaytu alabyadu mina alkhayti alaswadi mina alfajri thumma atimmoo alssiyama ila allayli wala tubashiroohunna waantum AAakifoona fee almasajidi tilka hudoodu Allahi fala taqrabooha kathalika yubayyinu Allahu ayatihi lilnnasi laAAallahum yattaqoona

    Jika dalam 2.187,

    alrrafathu = bermesra, dan
    nisaikum = isteri-isteri kamu,

    maka hal tersebut berarti bahwa hanya para suami saja diwajibkan berpuasa.

    Juga janggal kenapa hanya kepada suami saja disebutkan halal bermesra, padalah para isteri juga memiliki hasrat bermesra dengan suami.

    Jika dimaksudkan isteri, biasanya Alquran menggunakan kata imraat.

    Dalam 2.183 shiyam diwajibkan kepada orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang beriman yang dimaksud mencakup:

    suami,
    istri,
    duda,
    janda,
    perjaka, dan
    gadis.

    Kata ganti kamu (kum) dari kata ohilla lakum dan nisaikum mencakup suami, istri, duda, janda, perjaka, dan gadis.

    Karena itu, pemahaman menjadi lebih kacau jika kata ganti kamu (kum) dari kata ohilla lakum dan nisaikum mencakup suami, istri, duda, janda, perjaka, dan gadis, dan
    nisai berarti perempuan, sebab hal tersebut berarti bahwa pada malam berpuasa dihalalkan kebebasan sex yang bertentangan dengan banyak ayat/petunjuk Alquran lainnya, karena dengan demikian berarti bahwa pada malam puasa halal bermesra:

    suami x perempuan,
    istri x perempuan,
    duda x perempuan,
    janda x perempuan,
    perjaka x perempuan, dan
    gadis x perempuan.

    Dalam 2.187, nasai tidak cocok diartikan dengan isteri maupun perempuan.

    Faried

    April 7, 2010 at 12:08 pm

  75. Salam Faried,

    Kalau begitu ia mungkin membawa maksud pasangan atau spouse. Cuba tuan selidiki samada ia cocok atau tidak.

    tolokminda

    April 7, 2010 at 12:13 pm

  76. Salam tolokminda,

    Sependapat, seharusnya atau lebih tepat jika digunakan kata pasangan (spouse).

    Hanyasaja dalam Alquran, pasangan (spouse) menggunakan kata aswaj.

    Redaksi Alquran sangat cermat.
    Karena Alquran tidak menggunakan kata aswaj, maka pasti nisai yang Alquran maksudkan adalah hal lain. Nanti kita coba cari apa yang dimaksud.

    Faried

    April 7, 2010 at 12:45 pm

  77. Salam Faried,

    Tetapi perkataan nisa sememangnya bermaksud perempuan. Nisa-ikum bukankah sememangnya boleh diterjemahkan sebagai perempuan kamu atau dengan kata lain – isteri kamu?

    Tentang amalan puasa – kalau kita perhatikah ia bukanlah satu ketetapan yang diwajibkan secara menyeluruh. Ia hanya terpakai kepada mereka yang mahu memperkukuhkan jiwa dan minda dalam membuat penyelidikan – khususnya menyelidiki Al-Quran pada peringkat awal dalam sesebuah masyarakat atau keluarga yang belum menerima Islam. Ini boleh difahami dari ayat berikut:-

    2:196 Dan lakukan penyelidikan (alhajja) dan pembangunan (waalAAumrata) untuk Allah. Dan jika kamu kurang kemampuan, mulakan dari mana-mana bukti yang mudah dan jangan terlepas yang asas sehinggalah ia terbukti kesahihannya. Maka jika sesiapa dari kamu tidak berkeupayaan atau tidak tersusun pengetahuan asasnya maka perkukuhkan diri kamu dengan melakukan puasa, atau membuat sumbangan atau pengorbanan diri. Maka, sebaik saja kamu pasti; kepada yang berminat membangunkan hasil penyelidikan; maka mulakan dari mana-mana bukti (hasil penyelidikan) yang mudah. Bagaimanapun bagi sesiapa yang gagal memahaminya – berpuasalah selama 3 hari semasa membuat penyelidikan dan 7 (hari) apabila kamu mula sekali lagi. Itu bermakna 10 (hari) secara keseluruhannya. Ini adalah untuk mereka yang bukan berada di dalam komuniti/keluarga yang telah mengakui ketetapan-ketetapan yang direstui. Dan patuhi Tuhan dan kamu akan tahu bahawa sesungguhnya Tuhan sangat berat hukumanNya.

    Saya berpendapat alasan mengapa Tuhan merujuk lelaki/suami dalam hal puasa dan membuat penyelidikan untuk memahami Al-Quran pada peringkat awal ini mudah saja logiknya. Kerana secara semulajadinya lelaki atau suami adalah pihak yang lebih dominan dalam keluarga.

    Saya nampak untuk seorang isteri mengasingkan diri dan bertekun kepada sesuatu yang mungkin belum dipercayai oleh suaminya tentulah agak sukar dilakukan. Si suami pasti akan mengganggunya. Tetapi jika suami yang melakukan proses itu, si isteri kemungkinan besar tidak akan memberi sebarang halangan. Sebab itulah apabila si suami berjaya memahami sesuatu petunjuk, dia dinasihatkan supaya berkongsi penemuannya dengan isteri supaya dia juga mendapat hidayat dari Tuhan.

    2:187 Pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka. Tuhan tahu kamu juga membuat kesilapan, dan Dia telah menebus kamu dan mengampunkan kamu; sekarang khabarkan kepada mereka berita baik ini dan teruskan mendalami apa yang Tuhan telah tulis (kataba Allahu) untuk kamu dan hadamkanlah (cernakanlah) ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh, kemudian teruskan berpuasa sehingga ke malam. Dan jangan kamu bergaul dengan mereka (isteri-isteri) ketika kamu sedang mengerjakan ketetapan yang telah direstui ke atas kamu. Inilah batasan-batasan Tuhan, jadi jangan dekati mereka. Begitulah Tuhan menjelaskan wahyu-wahyunya kepada manusia supaya mereka beroleh kebenaran.

    Kepada lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang telah pun berada dalam kepercayaan, Tuhan menasihatkan mereka mencari pasangan yang juga percaya seperti mereka sejak dari awal – sebelum mereka berkahwin. Jadi jika itu keadaannya maka proses puasa yang disebut dalam 2:196 bukanlah suatu yang perlu mereka lakukan.

    tolokminda

    April 7, 2010 at 1:31 pm

  78. Salam,

    “TM: Saya berpendapat alasan mengapa Tuhan merujuk lelaki/suami dalam hal puasa dan membuat penyelidikan untuk memahami Al-Quran pada peringkat awal ini mudah saja logiknya. Kerana secara semulajadinya lelaki atau suami adalah pihak yang lebih dominan dalam keluarga.”

    Saya setuju. Kalau kita fikirkan, kenapa Allah lantik para Rasul di kalangan lelaki, bukannya perempuan? Kenapa Allah pilih Adam dahulu untuk belajar, bukan isterinya?

    Para saintis terkemuka baik di zaman kegemilangan Islam dahulu mahupun zaman kebangkitan Eropah pun ramai di kalangan lelaki.

    Bukanlah bermaksud nak merendahkan keupayaan orang perempuan, tetapi secara kasarnya, orang lelaki lebih mendominasi dalam bidang penyelidikan yang memerlukan daya fikir yang tinggi.

    Jadi, bayangkanlah jika lelaki2 Islam hari ini sudah malas menyelidik dan suka menurut membuta-tuli, macam manalah umat tak jadi mundur kerana kunci kemajuan sesuatu umat bermula daripada para lelakinya.

    Juang

    April 7, 2010 at 2:10 pm

  79. Salam,

    Tolokminda:
    “Saya berpendapat alasan mengapa Tuhan merujuk lelaki/suami dalam hal puasa dan membuat penyelidikan untuk memahami Al-Quran pada peringkat awal ini mudah saja logiknya. Kerana secara semulajadinya lelaki atau suami adalah pihak yang lebih dominan dalam keluarga.”

    Satu-satunya orang berpuasa yang disebutkan dalam Alquran hanyalah Maryam.

    Sangat jelas bahwa dalam hal puasa Tuhan merujuk kepada perempuan, karena Maryam adalah perempuan. Jadi untuk puasa, Tuhan bukan merujuk lelaki/suami.

    Aturan puasa untuk Maryam berlaku untuk umat sekarang, dan aturan puasa dalam Albaqarah 183-187 juga berlaku bagi Maryam.

    Jika petunjuk:
    Ohilla lakum laylata alssiyami alrrafathu ila nisaikum … (2.187),

    maka petunjuk tersebut menjadi salah, karena Maryam tidak memiliki nisai, jika kata tersebut diartikan isteri.

    Tolokminda:
    “Tetapi perkataan nisa sememangnya bermaksud perempuan. Nisa-ikum bukankah sememangnya boleh diterjemahkan sebagai perempuan kamu atau dengan kata lain – isteri kamu?”

    Biasanya nisa diartikan perempuan.

    Sangat menarik menarik arti nisa dalam Lane Lexicon, volume 8, halaman 289.
    Dalam kamus tersebut, nisa tidak ada disebutkan berarti perempuan.
    Dalam Lane Lexicon, nisa umumnya diartikan percabangan:
    the sciatic vein
    the portion, in the thigh, of the vein
    two branches of one (or vein)
    proceeding fron the hip.

    Jika arrafathu = peng-copy-an, dan
    nisaikum = percabangan kamu, maka
    Ohilla lakum laylata alssiyami alrrafathu ila nisaikum/Dihalalakan atas kamu pada malam shiyam peng-copy-an kepada percabangan … (2.187)

    Potongan ayat tersebut saya pahami bahwa pada malam puasa berbagai pemahaman di-copy atau diterima/ditampung saja, hingga pemahaman menjadi bercabang.

    Pemahaman yang bercabang tersebut di siang hari ketika shiyam:

    Diminta jawabannya, mana yang benar
    (…falyastajeeboo lee/maka hendaklah kamu meminta jawaban dari dari Aku …
    2:186 Waitha saalaka AAibadee AAannee fainnee qareebun ojeebu daAAwata alddaAAi itha daAAani falyastajeeboo lee walyuminoo bee laAAallahum yarshudoona)

    Dicari yang mana yang ditetapkan Allah
    (…waibtaghoo ma kataba Allahu lakum/maka carilah apa-apa yang ditetapkan Allah atas kamu..
    2:187 Ohilla lakum laylata alssiyami alrrafathu ila nisaikum hunna libasun lakum waantum libasun lahunna AAalima Allahu annakum kuntum takhtanoona anfusakum fataba AAalaykum waAAafa AAankum faalana bashiroohunna waibtaghoo ma kataba Allahu lakum …), dan

    Dimakan dan diminum atau dicerna, sehingga akan diperoleh pemahaman yang benar sesuai petunjuk Alquran
    …wakuloo waishraboo/dan makanlah dan minumlah…
    2:187 … wakuloo waishraboo hatta yatabayyana lakumu alkhaytu alabyadu mina alkhayti alaswadi mina alfajri thumma atimmoo alssiyama ila allayli wala tubashiroohunna waantum AAakifoona fee almasajidi tilka hudoodu Allahi fala taqrabooha kathalika yubayyinu Allahu ayatihi lilnnasi laAAallahum yattaqoona).

    Faried

    April 8, 2010 at 2:36 pm

  80. Tolokminda:
    “2:187 Pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra dengan isteri-isteri kamu. …”

    2:187 Ohilla lakum laylata alssiyami alrrafathu ila nisaikum

    Mohon ijinkan saya meluruskan terjemahan di atas.

    Jika alrrafathu mau diartikan dengan kata dasar mesra, maka alrrafathu = kemesraan, karena alrrafathu adalah kata benda yang dicirikan oleh alif dan lam pada awal kata.

    Ila biasanya diartikan kepada.
    Untuk kata hubung dengan, biasanya Alquran menggunakan kata bi.

    Demikian sehingga terjemahan dari:
    2:187 Ohilla lakum laylata alssiyami alrrafathu ila nisaikum …, adalah
    2:187 Dibenarkan atas kamu kemesraan kepada isteri-isteri kamu

    Kemesraan penekanannya pada perkataan dan sikap, sedangkan
    bermesra penekanannya pada hubungan tubuh.

    Faried

    April 8, 2010 at 3:37 pm

  81. Salam Faried,

    Apa pendapat saudara tentang ayat “Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka” yang terdapat dalam 2:187 itu? Apakah ia ada pengertian lain jika perkataan “nisai” itu bukannya isteri (wanita), tetapi adalah percabangan (percambahan idea?)?

    Terima kasih kerana bawakan bukti-bukti untuk difikirkan dalam membentangkan sesuatu pendapat yang berbeza daripada TM. Sikap sebeginilah yang kita cari.

    Juang

    April 8, 2010 at 3:43 pm

  82. Salam Faried,

    Ia hanya tentang bagaimana kita mengolah ayat untuk menyampaikan mesej. Saya berpendapat, ia masih membawa maksud yang sama. Jadi ia memang sudah jelas.

    tolokminda

    April 8, 2010 at 4:22 pm

  83. Salam Faried,

    Saya terlepas pendapat tuan tentang Maryam dan puasa yang dilakukan beliau. Saya berpendapat cerita tentang Maryam berpuasa hanya bertujuan untuk menjelaskan kepada kita apakah itu syiyam atau dengan kata lain – definasi syiyam secara umum.

    Bagaimanapun dalam 2:196 dan 2:187, ia merupakan ketetapan khusus bagaimana syiyam patut dipraktiskan dalam usaha kita menyelidik dan memahami Al-Quran.

    tolokminda

    April 8, 2010 at 4:35 pm

  84. Salam,

    Dengan kata lain dalam kisah Mariam itu, ia memberitahu kita bagaimana cara orang terdahulu (sebelum Nabi Muhammad) melakukan puasa. Manakala dalam ayat 2:187 dan 2:196, memberitahu kita bagaimana Muhammad melakukan puasa yang selari dengan maksud puasa dalam kisah Mariam itu.

    Oleh kerana Mariam seorang wanita dan Muhammad seorang lelaki yang sudah beristeri, sudah pasti ada sedikit perbezaan dalam menghadapi situasi berpuasa (wujudnya perkataan isteri2 sebab Nabi ada isteri dan perlu menunaikan tanggungjawab bermesra dengan isteri), tetapi matlamat berpuasa itu tetap sama iaitu untuk mempercepatkan proses memahami petunjuk-petunjuk Allah, dan apa yang perlu dilakukan jika sukar nak faham petunjuk-petunjuk Allah itu.

    Juang

    April 8, 2010 at 4:59 pm

  85. … dan ia menjelaskan bahawa puasa itu bukanlah tentang tidak makan dan tidak minum di waktu siang hari.

    tolokminda

    April 8, 2010 at 5:02 pm

  86. Berfikir menyebabkan perut cepat lapar. Untuk memikirkan ayat-ayat Al Quran (atau petunjuk2 Allah yang lain), adalah tidak logik dalam keadaan kurang sumber-sumber tenaga. Sebab itulah kaedah berpuasa yang diajar dalam Al Quran adalah segarkan diri dengan makan-minum, dan kurangkan bercakap (untuk fokus berfikir).

    Rasional sekali erti puasa mengikut Al Quran. Kita nampak jelas matlamatnya ke arah menjadi khalifah seperti kisah Adam yang rajin belajar itu. Bukan lagi sekadar main buat atas nama amalan ritual atau tradisi seseuatu masyarakat.

    Inilah hikmahnya kita bertukar-tukar pandangan mengenai Al Quran. Macam-macam perkara yang kita tidak tahu sebelum ini telah diberitahu.

    Juang

    April 8, 2010 at 6:00 pm

  87. Salam,

    Tolokminda:
    “Saya terlepas pendapat tuan tentang Maryam dan puasa yang dilakukan beliau. Saya berpendapat cerita tentang Maryam berpuasa hanya bertujuan untuk menjelaskan kepada kita apakah itu syiyam atau dengan kata lain – definasi syiyam secara umum.

    Bagaimanapun dalam 2:196 dan 2:187, ia merupakan ketetapan khusus bagaimana syiyam patut dipraktiskan dalam usaha kita menyelidik dan memahami Al-Quran.”

    Shauman Maryam yang terkoreksi dalam surah Maryam = Alshiyam dalam Albaqarah.

    Dalam berpuasa Maryam makan dan minum nutrisi, juga menyelidik dan memahami petunjuk Tuhan.

    Maryam menyelidik dan memahami petunjuk Tuhan dengan berkata kepada albashari bahwa dia berpuasa untuk Arrahman.

    Dalam Alquran, umumnya albasari menunjuk kepada nabi/rasul; dalam ayat tersebut maksudnya Nabi Isa.

    Hasil dari berkata dengan Nabi Isa adalah pemahaman akan petunjuk Tuhan.

    19:26 Jadi makan dan minum dan segarkan diri. Kemudian jika kamu bertemu dengan seseorang, kata; Sesungguhnya aku sedang berpuasa untuk Tuhan yang Pemurah, jadi aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pada hari ini.

    Fakulee waishrabee waqarree AAaynan faimma tarayinna mina albashari ahadan faqoolee innee nathartu lilrrahmani sawman falan okallima alyawma insiyyan

    Faried

    April 9, 2010 at 8:37 am

  88. Salam,

    Kisah Maryam itu memberi petunjuk kepada kita, pada waktu bila puasa hendak dilakukan. Daripada kisah tersebut, tidak pula dikhabarkan Mariam mulakan berpuasa setelah tengok anak bulan. Jadi ketetapan mengatakan berpuasa kena tengok anak bulan bukan ajaran Al Quran.

    Pada pandangan saya, seseorang itu patut mulakan puasa (segarkan diri dengan makan-minum yang berkhasiat dan mengurangkan bercakap) adalah ketika dia merasai aura atau semangat nak buktikan tanda-tanda Kekuasaan Allah.

    Tanda-tanda Kekuasaan Allah yang ada pada Mariam pada waktu itu adalah kelahiran Nabi Isa tanpa berbapa namun mampu berkata-kata sejak masih bayi. Sudah pasti satu yang sukar bagi Mariam untuk menghadapi masyarakat yang akan melihat beliau sebagai wanita yang keji kerana melahirkan anak tanpa berkahwin. Jika Mariam seorang yang lemah semangat, tidak mustahil anaknya itu dibuang seperti kes pembuangan bayi yang kita lihat pada hari ini.

    Pada bahu Mariam, ada amanah Allah untuk dia bawakan bukti-bukti Kekuasaan Allah kepada masyarakatnya pada waktu itu yang semakin lalai daripada ajaran sebenar Kitab Allah terdahulu. Untuk memikul tugas yang berat, sudah pasti dia perlukan semangat perjuangan yang tinggi.

    Semangat adalah tenaga ataupun keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja. Untuk menghadapi pandangan seorang masyarakat, Mariam perlukan kekuatan diri dengan mengumpul tenaga.

    Di sinilah kita nampak logik puasa adalah perbuatan makan-minum sesuatu yang berkhasiat (penambahan tenaga) dan kurangkan bercakap (pembaziran tenaga).

    Perbuatan bercakap sesuatu yang sia-sia hanya membazirkan tenaga. Orang yang banyak bercakap dusta dan sia-sia akan lemah daya fikirnya berbanding orang yang senyap.

    Oleh itu, untuk jadi seorang yang bijak, kurangkan bercakap yang sia-sia. Bak kata pepatah “diam-diam ubi, tapi berisi”.

    Juang

    April 9, 2010 at 9:00 am

  89. Salam,

    Juang:
    “Apa pendapat saudara tentang ayat “Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka” yang terdapat dalam 2:187 itu? Apakah ia ada pengertian lain jika perkataan “nisai” itu bukannya isteri (wanita), tetapi adalah percabangan (percambahan idea?)?”

    Nisai selalu berbentuk jamak, dan tidak memiliki bentuk tunggal. Kalau berarti perempuan seharusnya ada bentuk tunggal.

    Jika berarti percabangan, tidak ada cabang tunggal. Jadi sama dengan katamata selalu bentuk jamak, glasses/spectacles.

    Kita ambil contoh nisai dalam Alhujurat:

    Ya ayyuha allatheena amanoo la yaskhar qawmun min qawmin AAasa an yakoonoo khayran minhum wala nisaon min nisain AAasa an yakunna khayran minhunna wala talmizoo anfusakum wala tanabazoo bialalqabi bisa alismu alfusooqu baAAda aleemani waman lam yatub faolaika humu alththalimoona

    # 49:11 (Malay) Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita/nisaon (mengolok-olok) wanita-wanita/nisain lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang lalim.

    Orang yang mengolok-olok bukan hanya wanita, lelaki juga suka mengolok-olok.

    Orang yang berpaham kepada Alquran saja adalah merupakan satu percabangan dari pemahaman yang ada. Pemahaman tersebut sering menjadi sasaran olok-olok.

    Faried

    April 9, 2010 at 9:15 am

  90. Salam,

    Juang:
    “Sudah pasti satu yang sukar bagi Mariam untuk menghadapi masyarakat yang akan melihat beliau sebagai wanita yang keji kerana melahirkan anak tanpa berkahwin. Jika Mariam seorang yang lemah semangat, tidak mustahil anaknya itu dibuang seperti kes pembuangan bayi yang kita lihat pada hari ini.”

    Surah Maryam 22-30 menjelaskan tentang puasa, tidak ada hubungan dengan anak zinah/perzinahan.

    Kalau kaum pada waktu itu protes kepada Maryam, maka protesnya adalah karena Maryam berpuasa sambil makan dan minum nutrisi.

    Kaum pada waktu itu protes tentang fariyyan (19.27) dan baghiyyan (19.28).

    Faatat bihi qawmaha tahmiluhu qaloo ya maryamu laqad jiti shayan fariyyan
    # 19:27 (Malay) “Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya. Kaumnya berkata: “”Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar.”

    Ya okhta haroona ma kana abooki imraa sawin wama kanat ommuki baghiyyan
    # 19:28 (Malay) “Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang pezina””,”

    Fariyyan diartikan dengan yang amat mungkar, padahal mungkar bahasa Araby-nya juga adalah mungkar, dan

    baghiyyan diartikan dengan pezinah, padahal zinah kara Araby-nya juga adalah zina.

    Baghiyyan adalah berarti pembangkang, dan saya pikir makan dan minum nutrisi ketika sedang berpuasa dinilai oleh kaum pada waktu itu sebagai pembangkangan.

    Sama dengan kaum sekarang, kalau orang berpuasa tetapi tetap makan dan minum nutrisi maka pasti akan dicap sebagai pembangkang.

    Faried

    April 9, 2010 at 9:46 am

  91. Salam Faried,

    Saya berpendapat penggunaan kata jamak – isteri-isteri kamu adalah selaras dengan “kamu” yang dimaksudkan juga bersifat jamak?

    tolokminda

    April 9, 2010 at 10:49 am

  92. Salam Faried,

    Daripada penjelasan saudara, saya nampak nisai yang saudara ertikan itu adalah orang-orang bercabang pendapat dalam memahami petunjuk-petunjuk Allah (Al Quran). Dalam situasi sekarang, maknanya kita-kita yang sedang bercabang2 pendapat inilah yang dipangil nisai itu? Apakah itu yang saudara maksudkan?

    Berkenaan “fariyyan” pula, ada tak ayat-ayat Al Quran lain yang menggunakan perkataan yang sama tetapi bukan diterjemahkan sebagai “mungkar”? Begitu juga dengan perkataan “bahgiyyan”.

    Terima kasih kerana bawakan cabang-cabang pendapat yang dikira berbeza daripada terjemahan standard.

    Juang

    April 9, 2010 at 10:55 am

  93. Salam Faried,

    Bagaimana pula dengan ayat “4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan-perempuan, dengan sebab Allah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, …”. Juga terdapat perkataan “nisai”.

    Jika dimaksudkan nisai itu adalah percabangan daripada kepercayaan sedia ada, mungkin ayat 4:34 itu agak ganjil konteksnya.

    Dan terdapat beberapa ayat Quran lain (2:230, 33:50,33:52) menggunakan perkataan “halal” berkaitan dengan perhubungan dengan isteri atau perempuan sama seperti ayat 2:187 itu.

    Juang

    April 9, 2010 at 11:44 am

  94. Salam,

    “Saya berpendapat penggunaan kata jamak – isteri-isteri kamu adalah selaras dengan “kamu” yang dimaksudkan juga bersifat jamak?”

    Maksud saya, nisai sama sekali tidak memiliki bentuk tunggal.

    Faried

    April 9, 2010 at 2:26 pm

  95. Salam,

    “Daripada penjelasan saudara, saya nampak nisai yang saudara ertikan itu adalah orang-orang bercabang pendapat dalam memahami petunjuk-petunjuk Allah (Al Quran). Dalam situasi sekarang, maknanya kita-kita yang sedang bercabang2 pendapat inilah yang dipangil nisai itu? Apakah itu yang saudara maksudkan?”

    Ya, dapat demikian.

    Dalam kaitan shiyam, dibutuhkan nisai (percabangan) pemahaman/pendapat untuk:

    dicari mana yang ditetapkan Allah,
    diminta jawabannya nama yang lebih benar,
    dimakan dan diminum, dicerna dengan baik untuk membedakan mana yang putih dan mana yang hitam.

    “Berkenaan “fariyyan” pula, ada tak ayat-ayat Al Quran lain yang menggunakan perkataan yang sama tetapi bukan diterjemahkan sebagai “mungkar”? Begitu juga dengan perkataan “bahgiyyan”.”

    Nanti saya coba cari.

    Fariyyan dalam terjemahan yang saya miliki adalah berarti mengada-ada.

    Faried

    April 9, 2010 at 2:34 pm

  96. Salam Juang,

    “Bagaimana pula dengan ayat “4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan-perempuan, dengan sebab Allah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, …”. Juga terdapat perkataan “nisai”.

    Jika dimaksudkan nisai itu adalah percabangan daripada kepercayaan sedia ada, mungkin ayat 4:34 itu agak ganjil konteksnya.

    Dan terdapat beberapa ayat Quran lain (2:230, 33:50,33:52) menggunakan perkataan “halal” berkaitan dengan perhubungan dengan isteri atau perempuan sama seperti ayat 2:187 itu.”

    Benar ada ayat dimana nisai cocoknya diartikan dengan perempuan/isteri, tetapi

    ada juga dimana nisai tidak cocok diartikan perempuan/isteri.

    Faried

    April 9, 2010 at 2:39 pm

  97. Salam,

    Mindaminda:
    “Tentang amalan puasa – kalau kita perhatikah ia bukanlah satu ketetapan yang diwajibkan secara menyeluruh.”

    Kalau berdasarkan orang yang diseru, yaitu:
    orang-orang yang beriman,
    sebagaimana dinyatakan dalam awal ayat 2.183,
    puasa merupakan ketetapan yang diwajibkan secara menyeluruh kepada orang-orang yang beriman, tanpa kecuali.

    Faried

    April 9, 2010 at 2:48 pm

  98. Salam,

    Faried: Dalam kaitan shiyam, dibutuhkan nisai (percabangan) pemahaman/pendapat untuk:

    dicari mana yang ditetapkan Allah,
    diminta jawabannya nama yang lebih benar,
    dimakan dan diminum, dicerna dengan baik untuk membedakan mana yang putih dan mana yang hitam.

    OK saya baru nampak apa yang saudara maksudkan. Seperti mana ada perkataan makan/minum suatu yang fizikal dan yang tidak fizikal seperti dalam ayat 2:187 juga, maka pada pandangan saudara nisai dalam ayat 2:187 itu juga bukannya fizikal.

    Dengan itu barulah saya nampak maksud “Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka” adalah orang-orang yang berbeza pendapat itu sebenarnya saling lengkap-melengkapi.

    Memang manusia tidak boleh nak fikir semua perkara. Sebab itulah kita perlukan ramai pemikir. Walaupun berbeza pendapat, tetapi setiap pendapat itu dapat melengkapi sesuatu perkara sehingga kita faham gambaran sebenar yang lebih tepat. Samalah konsepnya dalam kisah 4 org tengok gajah pada sudut2 yang berbeza itu. Gabungan perspektif mereka itu akan terhasilkan kesimpulan yang lebih jitu.

    Maka dalam mengkaji Al Quran, sepatutnya kita membuka pintu ijtihad seluas mungkin agar pemahaman Al Quran itu mudah dicapai, bukannya disempitkan ikut cakap ulamak2 silam semata-mata. Apakah saudara berpandangan begitu?

    Juang

    April 9, 2010 at 3:05 pm

  99. Salam Faried,

    Tentang samada syiyam itu satu ketetapan yang menyeluruh atau tidak.

    Saya berpendapat walaupun syiyam merupakan satu ketetapan khusus tetapi ia diseru secara umum kepada orang-orang yang percaya. Maknanya hanya mereka yang merasakan perlu melakukan syiyam sahaja perlu melakukannya. Ia tidak perlu dilakukan oleh seluruh umat secara serentak dalam tempoh masa yang sama.

    Tuhan hanya memberitahu jumlah harinya – iaitu 3 dan 7 tetapi bukan satu rutin yang tetap berdasarkan kepada hari, minggu atau bulan tertentu. 3 atau 7 hari itu boleh jadi pada mana-mana hari, minggu atau bulan – bergantung kepada keperluan seseorang. Cuba bayangkan kalau semua orang melakukan syiyam itu secara serentak, bagaimana dengan urusan seharian dalam masyarakat? Habislah terhenti semuanya, bukan?.

    Oleh itu saya melihatnya sebagai satu ketetapan yang sama seperti ketetapan-ketetapan lain yang hanya terpakai kepada individu yang terlibat. Misalnya, ketetapan Tuhan tentang perkahwinan hanya perlu dilunaskan oleh mereka yang melalui proses itu. Ketetapan Tuhan tentang penceraian juga hanya perlu dipatuhi oleh mereka yang terlibat.

    Kita tidak perlu bimbang tentang ketetapan berkaitan perkahwinan atau penceraian jika kita tidak terlibat dalam urusan berkenaan. Tetapi sebaik saja terlibat, kita mestilah komited untuk menyelesaikan urusan perkahwinan atau penceraian kita itu menurut ketetapan-ketetapan yang telah Tuhan gariskan.

    Begitulah caranya kerana ia lebih menepati prinsip bahawa kita semua akan berdiri sendiri sebagai invidu apabila dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

    2:185 Bahang manifestasi (shahru ramadan) yang mana ia datang bersama Al-Quran, Petunjuk kepada manusia, bukti-bukti mengenainya, dan Pembeza. Oleh itu, sesiapa di kalangan kamu yang merasai manifestasi tersebut wajar berpuasa….

    tolokminda

    April 9, 2010 at 8:43 pm

  100. Salam Juang,

    Saya yakin perkataan nisaikum yang dalam 2:187 itu bermaksud isteri-isteri kamu kerana ia melibatkan ungkapan “pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra…”

    Kalau nak bertukar-tukar fikiran dengan orang lain yang bercabang pendapat, saya berpendapat ia tidak perlu dilakukan pada malam berkenaan.

    Sebenarnya jika kita baca ayat itu secara keseluruhannya siapakah yang dimaksudkan sebagai nisaikum itu akan menjadi jelas dan muktamad.

    2:187 “…Dan jangan kamu bergaul dengan mereka ketika kamu sedang mengerjakan ketetapan yang telah direstui ke atas kamu. Inilah batasan-batasan Tuhan, jadi jangan dekati mereka…”

    2:187 Pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka. Tuhan tahu kamu juga membuat kesilapan, dan Dia telah menebus kamu dan mengampunkan kamu; sekarang khabarkan kepada mereka berita baik ini dan teruskan mendalami apa yang Tuhan telah tulis (kataba Allahu) untuk kamu dan hadamkanlah (cernakanlah) ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh, kemudian teruskan berpuasa sehingga ke malam. Dan jangan kamu bergaul dengan mereka (isteri-isteri) ketika kamu sedang mengerjakan ketetapan yang telah direstui ke atas kamu. Inilah batasan-batasan Tuhan, jadi jangan dekati mereka. Begitulah Tuhan menjelaskan wahyu-wahyunya kepada manusia supaya mereka beroleh kebenaran.

    tolokminda

    April 9, 2010 at 9:03 pm

  101. Salam TM,

    Saya setuju bahawa permulaan berpuasa itu berbeza-beza waktunya untuk setiap individu. Setelah kita faham bahawa matlamat puasa adalah untuk menghadam dan mencerna petunjuk-petunjuk Allah agar dapat difahami, adalah tidak logik semua manusia dipaksa menghadam sesuatu petunjuk Allah itu pada waktu yang sama. Ini kerana rasa “aura” untuk memahami sesuatu petunjuk Allah itu tidak berlaku serentak kepada semua manusia sebab Allah tahu apa yang setiap manusia itu lakukan dan sejauh mana mereka suka berfikir memahami erti hidup yang sebenar.

    Malah kalau kita lihat proses belajar di sekolah, walaupun dalam sesuatu kelas itu para pelajar diajar secara serentak, tetapi tidak semua para pelajar itu dapat fahami subjek itu secara serentak kerana tahap kekaburan hati untuk fahami sesuatu ilmu itu berbeza-beza.

    Tetapi bagi yang anggap puasa itu adalah amalan ritual menahan lapar dan dahaga tanpa bermatlamatkan untuk memahami Al Quran, sudah pasti mereka tidak nampak adalah mustahil puasa ditetapkan serentak untuk semua manusia.

    Juang

    April 10, 2010 at 3:15 am

  102. Salam,

    TM wrote: Saya yakin perkataan nisaikum yang dalam 2:187 itu bermaksud isteri-isteri kamu kerana ia melibatkan ungkapan “pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bermesra…”

    Kalau nak bertukar-tukar fikiran dengan orang lain yang bercabang pendapat, saya berpendapat ia tidak perlu dilakukan pada malam berkenaan.

    Saya nampak, ada logiknya mengapa dimaksudkan “pada malam berpuasa, kamu dibenarkan bertukar-tukar pendapat”. Selaras dengan kaedah puasa yang dilakukan oleh Mariam yang menahan percakapan pada waktu siang berpuasa, sudah pasti tiada ruang untuk bertukar-tukar pendapat di siang hari. Jadi pada waktu malam berpuasa itulah ruang untuk bertukar-tukar pendapat. Jika A sedang berpuasa, B datang nak bertukar-tukar pendapat, sudah pasti akan mengganggu A. Begitu juga sebaliknya. Maka dibenarkanlah bertukar-tukar pendapat pada waktu malam.

    Kemudiannya kalau kita anggap “pada malam berpuasa, kamu dihalalkan bermesra-mesra dengan isteri”, seolah-olah kita masih terikut-ikut dengan kaedah berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam hari ini yang melarang melakukan hubungan seks di siang hari berpuasa itu, walhal daripada kisah Mariam berpuasa itu, tidak wujud pun larangan mengadakan hubungan seks di siang hari.

    Mungkin saudara rasa agak pelik bila perkataan “nisai” itu bermaksud percabangan pendapat, tetapi seperti itulah ada yang rasa pelik bila perkataan “wakuloo waishraboo” itu saudara maksudkan menghadam apa yang telah dikitabkan oleh Allah. Namun bila difikir panjang-panjang, ada logiknya.

    Kalau kita renung matlamat ayat 2:187 itu adalah supaya kita dapat memahami ayat-ayat Allah sehingga mana yang benar (putih) dapat dibezakan daripada yang palsu (hitam) kerana yang menyebabkan ramai masuk neraka kerana mereka gagal membezakan benar atau palsu. Mereka anggap amalan sembah berhala itu benar, walhal itu adalah palsu. Oleh itu, untuk mempercepatkan pemahaman, kita diseru supaya kurang bercakap untuk fokus pada ada yang kita kaji.

    Gangguan yang menyebabkan kita tidak boleh kurang bercakap bukannya pada perhubungan dengan isteri sahaja, tetapi apabila kita mula berbual-bual dengan orang lain. Selalunya yang menyebabkan manusia teruja nak berbual-bual dengan orang lain kerana dia ingin sampaikan pendapat-pendapatnya yang berbeza dengan orang lain (percabangan). Sebab itu orang-orang Melayu dulu suka melepak di kedai-kedai kopi (bagi yang lelaki) dan di tangga rumah jiran (bagi yang wanita) untuk berbual-bual di siang hari.

    Saya melihat perbandingan attitude orang Jepun dan Melayu. Orang Jepun, pada siang hari (ketika tekun bekerja), mereka fokus dan kurang berbual-bual. Mereka akan aktif berbual-bual dengan rakan-rakan mereka pada malam hari setelah balik kerja. Tetapi orang Melayu, siang malam mereka berbual-bual jika ada kelapangan waktu. Sebab itulah Jepun boleh maju berbanding Melayu walaupun orang Melayu ada Al Quran yang suruhan berpuasa (tahan berbual-bual).

    Setelah mengambil kira faktor-faktor di atas, saya nampak ada logiknya apa yang saudara Faried maksudkan mengenai nisai itu.

    Juang

    April 10, 2010 at 4:05 am

  103. Salam Juang,

    Saya pun nampak logiknya cadangan Fareid tu. Cuma sebab ada bahagian kedua dalam ayat itu yang merujuk kepada perhubungan suami-isteri. Dibenarkan waktu malam tetapi tidak dibenarkan di waktu siang…

    Saya akan cuba fahamkan semula slow slow..

    tolokminda

    April 10, 2010 at 10:26 am

  104. Salam:

    “Berkenaan “fariyyan” pula, ada tak ayat-ayat Al Quran lain yang menggunakan perkataan yang sama tetapi bukan diterjemahkan sebagai “mungkar”? Begitu juga dengan perkataan “bahgiyyan”.”

    Fariyyan sepertinya hanya ada satu kata.

    Baghiyyan ada banyak digunakan dengan bentuk kata yang berbeda, misalnya baghya (7.33, 16.90, 42.39) dan baghyan (2.90, 2.213, 3.19, 10.90, 42.14, 45.17).

    Dalam terjemahan Malay/Depag, kata tersebut banyak diartikan dengan kata dasar dengki, padahal untuk dengki Alquran menggunakan kata hasad, misalnya dalam 113.5, 2.109, 6.141.

    Sangat aneh jika dalam 19.28, baghiyyan diartikan pezina, karena dalam ayat-ayat selanjutnya kaum tidak disebutkan agar jangan menfitnah/menuduh Maryam berbuat keji, dan
    menarik memikirkan bahwa dalam 19.35:

    Ma kana lillahi an yattakhitha min waladin subhanahu itha qada amran fainnama yaqoolu lahu kun fayakoonu
    # 19:35 (Malay) “Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: “”Jadilah””, maka jadilah ia.”

    justru kaum pada waktu itu menganggap Isa sebagai anak Allah.

    Jika Maryam dianggap berzina oleh kaumnya, maka logisnya Isa harus dianggap sebagai anak zina/anak haram.

    Dalam 7.33 baghya diberi arti melanggar yang artinya sama dengan membangkang.

    Qul innama harrama rabbiya alfawahisha ma thahara minha wama batana waalithma waalbaghya bighayri alhaqqi waan tushrikoo biAllahi ma lam yunazzil bihi sultanan waan taqooloo AAala Allahi ma la taAAlamoona

    # 7:33 (Malay) “Katakanlah: “”Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji (alfawahisha), baik yang nampak atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar (waalbaghya) hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui””.”

    Faried

    April 10, 2010 at 12:28 pm

  105. Salam,

    Tolokminda:
    “Cuba bayangkan kalau semua orang melakukan syiyam itu secara serentak, bagaimana dengan urusan seharian dalam masyarakat? Habislah terhenti semuanya, bukan?.”

    Point yang sangat penting dan menarik.

    Dalam 2.184 dan 2.185 orang yang masih harus berjalan hendaknya menunda puasa pada hari-hari yang lain. Artinya harus berhenti bekerja jika akan berpuasa. Implikasinya, perekonomian memang dapat lumpuh karena puasa.

    Banyak orang yang tidak dapat menunda untuk tidak berjalan, karena harus bekerja. Tidak berjalan = tidak bekerja = tidak makan, atau

    tidak berjalan = miskin (miskinan, 2.194).

    Orang tersebut sebenarnya tidak miskin benar (almiskin), tetapi miskinnya temporal.

    Bukan hanya orang yang dapat menjadi miskin (miskinan) yang sulit berpuasa, banyak orang kaya juga tidak dapat meninggalkan pekerjaannya karena berbagai alasan.

    Orang-orang demikian tetap harus berpuasa.
    Jalan keluarnya adalah dengan konsep fiyah:

    Ayyaman maAAdoodatin faman kana minkum mareedan aw AAala safarin faAAiddatun min ayyamin okhara waAAala allatheena yuteeqoonahu fidyatun taAAamu miskeenin faman tatawwaAAa khayran fahuwa khayrun lahu waan tasoomoo khayrun lakum in kuntum taAAlamoona
    # 2:184 (Malay) (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

    Orang-orang yang potensial menjadi miskin jika tidak bepergian/tidak bekerja jika berpuasa dapat bekerjasama dalam melaksanakan puasa.

    Satu orang miskin (miskinan) karena tidak bepergian/tidak bekerja karena berpuasa dibantu oleh minimal 3 orang agar dia dapat berpuasa.
    Orang-orang tersebut memberi fidyah kepada orang miskin (miskinan) yang berpuasa tersebut.

    Pemahaman akan petunjuk sebagai hasil dari puasa disampaikan pada malam hari kepada 3 atau lebih orang yang bekontribusi memberi biaya/fidyah.

    Jadi jelas perbedaan antara fidyah dengan sedekah.

    Objek fidyah = miskinan,
    objek sedekah = almiskin

    Fidyah diberikan oleh minimal 3 orang kepada seorang miskinan,
    sedekah tidak mengatur jumlah orang

    Fidyah berkaitan dengan puasa dan ada kewajiban dari yang miskinan untuk menyampaikan hasil puasanya kepada orang-orang yang memberi fidyah kepadanya,
    sedekah tidak mengikat almiskin dengan kewajiban apa pun.

    Faried

    April 10, 2010 at 1:03 pm

  106. Salam,Faried,

    Pada pandangan saudara, bagaimanakah kita hendak melaksanakan puasa itu,jika kita berpandukan kepada hujah hujah yang telah diberikan oleh saudara saudara kita di atas yang berpandukan Al Quran?

    Sekian, terima kasih.

    wucman

    April 22, 2010 at 4:17 pm

  107. wucman:

    “Pada pandangan saudara, bagaimanakah kita hendak melaksanakan puasa itu,jika kita berpandukan kepada hujah hujah yang telah diberikan oleh saudara saudara kita di atas yang berpandukan Al Quran?”

    Puasa (siyam) dilaksanakan dengan:

    1). Tetap makan dan minum pangan nutrisi jasmani
    (19.24-19.26)

    2). Tidak berbicara dengan manusia/insiyyan (19.26).

    3). Tidak sakit dan tidak melakukan perjalanan (2.184,
    2.185)

    4). Melaksanakan perintah:

    …falyastajeeboo lee/maka hendaklah kamu meminta jawaban dari dari Aku … (2.186)

    …waibtaghoo ma kataba Allahu lakum/maka carilah apa-apa yang ditetapkan Allah atas kamu… (2.187)

    …wakuloo waishraboo/dan makanlah dan minumlah… (2.187)
    Makan dan minum yang dimaksud adalah santapan rohani, yaitu Alquran.

    faried

    April 26, 2010 at 2:41 pm

  108. Salam, Faried,

    Terima Kasih..diatas pandangan dan penjelasan anda.

    wucman

    April 27, 2010 at 9:53 am

  109. Maksud disiplin-kamus dewan
    -latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib
    -peraturan yg ditetapkan utk melatih sese¬orang supaya berkelakuan baik
    -kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan
    -hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg di¬tetapkan
    -bersinonim dengan tatatertib, kepatuhan, ketaatan, kawal diri, latih diri,

    183
    Wahai orang-orang yang percaya, ditetapkan atas kamu mendisiplinkan diri(siyam),seperti mana yang diwajibkan atas orang sebelum kamu,agar kamu bertaqwa.

    184
    (iaitu) beberapa hari tertentu.Maka barang siapa diantara kamu yang sakit atau dalam perjalanan(ada tugasan),buatlah pada hari yang lain.Siapa yang mampu untuk Siyam tapi keberatan, fidyahnya memberi makan/keperluan kepada orang miskin.Siapa yang rela hati mengerjakan perintah Allah,maka itu adalah lebih baik .Dan disiplin(siyam) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

    185
    untuk menghadapi situasi panas(shahru ramadan),Quran diturunkan kepada kamu bersama keterangan-keterangan petunjuk dan sebagai pembeda. Maka, barang siapa yang hadir pada situasi itu, dia perlu menahan dirinya kearah itu.Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan(ada tugasan), buatlah di lain hari.Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran.Hendaklah kamu sempurnakannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya kepadamu, agar kamu bersyukur.

    186
    Dan apabila hamba-hambaku bertanya tentangku, sesungguhnya aku dekat,aku mendengar siapa yang memanggil(doa) kepadaku dan menyahutnya.Maka hendaklah mereka meminta jawapan darikku dan percaya kepadaku,agar mereka beroleh kebenaran.

    187
    Telah menjadi halal padamu berkata kesat(rafas) kepada perempuanmu pada malam disiplin.Mereka adalah pakaian bagimu,dan kamu adalah pakaian bagi mereka.Allah mengetahui yang kamu telah membuat kesilapan pada dirimu,tetapi Dia menerima taubat dan memaafkanmu.Maka,senangkanlah hati(basyiru) mereka.Dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah bagimu(mendalami Quran). Cari dan galilah(makan dan minumlah) hingga jelas bagimu antara benang putih dari benang hitam iaitu fajar(cahaya petunjuk).Dan sempurnakanlah disiplin diri selagi gelap(Al-Lail,tidak terang petunjuk,keadaan tidak reda).Tetapi jangan kamu kecilkan hati mereka(la-tubasyiru),ketika kamu menumpukan(akifuna/itikaf) diri pada ketundukan(masjid).Itulah ketentuan Allah,maka janganlah kamu hampirinya(batas itu).Demikian Allah menerangkan ayat2Nya kepada manusia,agar mereka bertakwa.

    Siyam sebagai penebus kesilapan(fidyah)

    2:196
    Dan sempurnakanlah perdebatan(hajja) dan pupuklah(umra)(deenillah) kerana Allah; jika kamu tidak mampu, maka ambilah apa yang mudah daripada petunjuk(hadyu); dan janganlah kamu membebankan fikiranmu sehingga petunjuk(hadyu) itu dapat difahami. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau ada bebanan di fikirannya, maka fidyahnya disiplin diri(siyam), atau bersedekah, atau berkorban. Kemudian apabila kamu kembali aman, maka sesiapa yang mahu memupuk dalam perdebatan(hajji),ambilah apa yang mudah dari petunjuk(quran). Kalau ia tidak dapat, maka hendaklah ia mendisiplinkan diri(siyam) tiga hari dalam masa perdebatan(hajji) dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali pulih; semuanya itu sepuluh. Hukum ini ialah bagi orang yang bukan tergolong(ahlul) dalam ketundukan larangan(masjid Al-Haraam). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat seksaNya.

    4:92
    Dan tidak patut bagi seorang mukmin(beriman) membunuh seorang mukmin kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, merdekakanlah seorang hamba yang beriman serta membayar ganti rugi yang diserahkan kepada ahli keluarganya, kecuali jika mereka sedekahkan(memaafkannya). Tetapi jika dia(yang terbunuh) dari kaum yang memusuhi kamu, sedang dia seorang beriman, maka merdekakanlah seorang hamba yang beriman. Dan jika dia( yang terbunuh) dari kaum yang ada perjanjian damai di antara kamu dengan mereka, maka bayarlah ganti rugi kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan pada sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia mendisiplinkan diri(siyam) dua bulan berturut-turut sebagai taubat kepada Allah. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    5:87-89
    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas; kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
    Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu yang halal dan baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya kamu beriman.

    Allah tidak menghukum kamu tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan , akan tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah yang kamu sengajakan. Maka tebusannya(kafarah) ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang kamu berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka,atau memerdekakan seorang hamba. Barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia mendisiplinkan diri(siyam) selama tiga hari. Yang demikian itu ialah penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya supaya kamu bersyukur.

    58:3-4
    Dan orang-orang yang menceraikan(zihar) isterinya, kemudian menarik kembali apa yang mereka ucapkan , maka merdekakanlah seorang hamba sebelum mereka berdua bercampur.Demikianlah yang diajarkan kepadamu. Dan Allah Mahateliti akan apa yang kamu lakukan.
    Maka barang siapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah dia mendisiplinkan diri(siyam) dua bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Dan siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin. Demikianlah agar kamu beriman kepada Allah dan RasulNya. Dan itulah batas-batas Allah; dan bagi orang-orang yang ingkar disediakan azab yang sangat pedih.

    5:95
    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan yang dilarang(hurumun). Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dia perlu menggantikannya dengan binatang yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, mengikut keputusan dua orang yang adil di antara kamu sebagai penunjuk kematangan(hadyan balighor) binatang itu(yang dibunuh) pada buku lalinya(kaaba), atau tebuslah dengan memberi makan orang-orang miskin, atau mendisiplinkan diri(siyam) sebanyak bilangan makanan yang diberikan kepada orang miskin; supaya dia merasai akibat buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi maka Allah akan menyeksanya; dan Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan seksa.

    fariq

    July 6, 2010 at 6:14 pm

  110. Salam.

    Maaf kerana mencelah.

    (mari kita lihat bagaimana Maryam berpuasa)

    19:24 Kemudian bersuara dari bawahnya (iaitu suara bayinya Isa); Janganlah bersedih, sesungguhnya Tuhanmu telah menyediakan air yang mengalir di bawahmu;

    19:25 Dan goncangkanlah pohon kurma ini, ia akan menjatuhkan buah-buah kurma segar;

    19:26 Jadi makan dan minum dan segarkan diri. Kemudian jika kamu bertemu dengan seseorang, kata; Sesungguhnya aku sedang berpuasa untuk Tuhan yang Pemurah, jadi aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pada hari ini.

    Pendapat saya:
    Pada ayat 19:26 yg sdr petik ada sedikit kesalahan, dimana perkataan “NAZAR” tidak di tulis. Ayat yg betul adalah 19:26. Maka makan dan minumlah, dan bergembiralah (berdingin mata); dan jika kamu melihat seseorang manusia, katakanlah, ‘Aku telah BERNAZAR (NAZARTU) kepada Yang Pemurah untuk berpuasa (sawman), dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'”

    Bacalah dengan bacaaan sebenar (tartil tartilan), kita akan nampak puasa Mariam adalah puasa NAZAR. Dan beliau juga bernazar tidak bercakap kpd sesiapapun. Puasa yakni tidak makan dan minum itulah yg di lakukan oleh Mariam. Ayat-ayat yg diturunkan itu tidak menunjukkan waktu bila dia beranak, bila dia mula berpuasa. Dengan mengandaikan waktu dia makan, minum dan segarkan diri adalah waktu sebelum siang yakni malam, dan dia mula berpuasa pada waktu siang, kita dapati tiada perselisihan dgn puasa yg kita amalkan.

    Sekian. Salam.

    Mr. Mister

    September 21, 2011 at 12:52 pm

  111. Salam.

    Sambung sikit.
    Sdr juga boleh berNAZAR untuk berPUASA (tidak makan, minum ++, di siang hari) dan berNAZAR untuk TIDAK BERCAKAP DGN SESIAPUN jika saudara mahu. Bernazar tidak wajib. Tetapi menepati nazar adalah wajib.

    Sekian. Salam.

    Mr. Mister

    September 21, 2011 at 2:06 pm

  112. Salam. Tapi tuan pernah dengar tak tentang haid dan nifas?

    Gertim

    September 21, 2011 at 4:09 pm

  113. Salam.

    Puasa – siyam
    Untuk memudahkan kefahaman di turunkan sebahagian drp ayat 2:187.
    2:187. .. Dan makan (kulu) dan minumlah (ishrabu), sehingga benang (al-khaytu) putih (al-abyadu) menjadi jelas (yatabayyana) bagi kamu daripada benang (al-khayti) hitam (al-aswadi), pada (mina) fajar (al-fajri), kemudian sempurnakanlah (atimmu) puasa (al-siyama) sampai (ila) malam (al-layli), ..
    Pada ayat di atas, sekiranya kita membacakan dengan bacaan sebenar (tartilan), adalah amat jelas sekali bahawa:
    1. Makan dan minumlah sehingga fajar. Selepas fajar tak boleh. Mudah bukan?
    2. Teknik utk mengetahui waktu fajar juga di ajar oleh Allah dgn menggunakan benang hitam dan benang putih. Sekiranya jelas perbezaannya maka masuklah atau bermulalah waktu fajar. Ayat yg direct. Anda boleh cuba.
    3. Puasa bermula dari fajar hingga atau sampai malam. Simple.

    Pada ayat 2:187 juga ada menyebut:
    “Dihalalkan (uhilla) bagi kamu, pada malam puasa (al-siyami), bercampur (al-rafathu) dengan isteri-isteri (nisa-i) kamu; mereka adalah pakaian (libasun) bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati (takhtanu) diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah (bashiru) mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (kataba/menetapkan) untuk kamu… “
    Jelas disini pada malam puasa (siang berpuasa, malam berbuka) dihalalkan bercampur dengan isteri-isteri. Siang hari atau waktu berpuasa tak boleh.

    Dan di akhir ayat:
    “….. dan jangan mencampuri (tubashiru) mereka sedang kamu bertekun (‘akifuna/iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; jangan keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan Ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.”
    Pada ayat di atas, walaupun mencampuri isteri2 dihalalkan di malam puasa, tetapi jika kamu sedang bertekun di masjid adalah di larang. Of courselah tak boleh! Itulah had-had Allah. Tak payah lah nak bantah!
    u/p: Masjid juga bermakna “TEMPAT SUJUD”. Fikir-fikirkanlah.

    Salam.

    Mr. Mister

    September 21, 2011 at 9:32 pm

  114. Salam MM,

    Terjemahan terkini saya untuk 2:187 adalah seperti berikut.

    2:187 Dibenarkan kepada kamu pada malam pengecualian diri hubungan intim kepada isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka. Tuhan tahu kamu juga pernah memesongkan diri kamu sendiri, dan Dia telah mengampunkan ke atas kamu dan memaafkan kamu; maka sekarang beri mereka berita baik ini dan teruskan mendalami apa yang Tuhan telah tulis untuk kamu dan cernakanlah ia sehingga jelas kepada kamu sebagaimana benang putih boleh dibezakan dengan benang hitam di waktu subuh, kemudian teruskan mengecualikan diri sehingga ke malam. Dan jangan menyebabkan mereka tidak gembira sedang kamu asyik di dalam yang dipersetujui. Inilah batasan Tuhan, jadi jangan kamu mengabaikan mereka. Begitulah Tuhan menjelaskan tanda-tandaNya kepada manusia supaya mereka memberi perhatian.

    Adalah jelas bahawa tujuan mengecualikan diri (syiyam) yang dinyatakan dalam 2:187 bertujuan supaya kita dapat menumpukan perhatian dan memahami “apa yang Tuhan telah tulis” untuk kita. Saya melihat, apabila kita mula memahami Al-Quran, pada dasarnya kita sebenarnya mula bersetuju (sujud) dengannya. Dan ia menimbulkan satu perasaan yang begitu mengujakan. Mungkin sebab itulah Tuhan mengingatkan kita supaya biarpun kita sedang asyik di dalam “yang dipersetujui” (masjid), kita tidak boleh mengabaikan perasaan pasangan kita.

    tolokminda

    September 21, 2011 at 10:44 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: