Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Posts Tagged ‘para sahabat

Ikuti Al-Quran, bukan ikut buta-tuli mereka yang mewariskannya

with 38 comments

Ramai di kalangan yang percaya kepada riwayat hadis mempersoalkan bagaimana Al-Quran boleh sampai kepada kita tanpa perantaraan orang-orang yang turut sama meriwayatkan hadis. Mereka berhujah jika kita boleh percaya kepada Al-Quran mengapa kita tidak boleh percaya hadis sedangkan mereka adalah dari kalangan orang yang sama?

Berikut adalah apa yang dijelaskan oleh Tuhan mengenai perkara itu.

35:31 Dan apa yang Kami inspirasikan kepada kamu dari Kitab, adalah sesuatu yang benar, mengesahkan apa yang ada di antara tangan-tangannya. Tuhan mengenali hamba-hambaNya, Melihat.

35:32 Kemudian Kami mewariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih dari hamba-hamba Kami. Bagaimanapun sebahagian dari mereka adalah yang mengikut nafsu mereka dan sebahagian lagi mengambil sedikit dan sebahagian adalah yang bersungguh-sungguh membuat kebaikan menurut apa yang telah ditetapkan Tuhan, begitulah manfaat yang besar.

Dari 35:32 kita dapat tahu bahawa Tuhan mewariskan Al-Quran (dan Kitab-Kitab sebelumnya juga) bukan sahaja melalui orang-orang yang benar. Ada di antara mereka sebenarnya adalah dari kalangan orang-orang yang mengikut nafsu walaupun mereka menjadi sebahagian dari rantaian manusia yang mewariskan Al-Quran dari generasi ke generasi. Kemudian, ada di antara mereka yang hanya menuruti Al-Quran sebahagian-sebahagian saja. Begitupun memang ada di antara mereka yang benar-benar patuh kepada ketetapan-ketetapan Tuhan sebagaimana yang sepatutnya.

Dari penjelasan Tuhan dalam 35:32 juga, maka bolehlah kita simpulkan bahawa bukan semua pewaris Al-Quran adalah dari kalangan mereka yang berada di jalan yang lurus. Oleh itu kita tidak boleh menuruti sesiapa pun secara membuta tuli walaupun mereka dari golongan yang mewariskan Al-Quran. Adalah penting untuk kita faham bahawa yang perlu kita percaya dan turuti adalah Al-Quran, bukan orang yang mewariskannya.

Written by tolokminda

August 21, 2010 at 11:31 pm

Posted in Quran

Tagged with , , ,