Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Posts Tagged ‘homoseksual

Menangani gejala homoseksualiti

with 29 comments

Masyarakat manusia hari ini digejalai dengan pelbagai permasalahan moral dan sosial. Di antaranya adalah gejala homoseksualiti atau kecenderungan hubungan sejenis. Kita tahu gelaja ini telah direkodkan sebagai salah satu gelaja yang amat merosakkan dan dimurkai Tuhan. Kaum Nabi Luth adalah yang telah dipercontohkan oleh Tuhan dalam perkara ini.

Tidakkah Tuhan telah menetapkan kaedah untuk membendung kesumbangan golongan homoseksual? Sebenarnya Tuhan telah pun menetapkan kaedahnya. Mari kita lihat, bagaimanakah Tuhan mahu kita menangani gejala homoseksualiti.

4:15 Dan kepada mereka yang bersalah kerana kesumbangan (alfahishata) dari kalangan perempuan, panggillah saksi yang mendakwa mereka empat dari kalangan kamu; maka jika mereka mengesahkan kesaksian kurung mereka di rumah sehingga kematian mengambil mereka pergi atau Tuhan membuka jalan keluar untuk mereka.

4:16 Dan untuk dua orang lelaki yang bersalah melakukannya dari kalangan kamu, beri mereka hukuman itu; kemudian jika mereka insaf dan berubah, lepaskan mereka – sesungguhnya Tuhan Pengampun, Mengasihani.

Transliterasi:

Trasliterasi 4:15 – Waallatee ya/teena alfahishata min nisa-ikum faistashhidoo AAalayhinna arbaAAatan minkum fa-in shahidoo faamsikoohunna fee albuyooti hatta yatawaffahunna almawtu aw yajAAala Allahu lahunna sabeelan

Trasliterasi 4:16 – Waallathani ya/tiyaniha minkum faathoohuma fa-in taba waaslaha faaAAridoo AAanhuma inna Allaha kana tawwaban raheeman

Kunci kepada kesimpulan bahawa ayat 4:15-16 merujuk kepada golongan homoseksual – lelaki mahupun perempuan – adalah perkataan alfahishata (kesumbangan). Perkataan yang sama turut digunakan untuk merujuk kepada kesumbangan kaum Nabi Lut dan ia boleh disemak di dalam ayat-ayat berikut.

7:80  Dan Lut dia berkata kepada kaumnya: Mengapa kamu melakukan kesumbangan yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum kamu di alam ini?

Transliterasi 7:80 – Walootan ith qala liqawmihi ata/toona alfahishata ma sabaqakum biha min ahadin mina alAAalameena

29:28 Dan Lut apabila dia berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya kamu bersalah atas kesumbangan yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum kamu di alam ini.

Transliterasi 29:28 – Walootan ith qala liqawmihi innakum lata/toona alfahishata ma sabaqakum biha min ahadin mina alAAalameena

Oleh itu jika kita gunakan perkataan “alfahisata” sebagai petunjuk, maka ayat 4:15 dan 4:16 sebenarnya merujuk kepada golongan yang sama dengan kaum Nabi Lut yang disebut dalam 7:80 dan 29:28. Dengan kata lain ayat 4:15 dan 4:16 sebenarnya menggariskan bagaimana kita perlu menangani kesumbangan yang dilakukan oleh golongan homoseksual baik dari kalangan yang lelaki mahupun yang perempuan.

Adalah jelas bahawa hanya satu bentuk tindakan yang telah ditetapkan oleh Tuhan bagi kesalahan dilakukan oleh mana-mana gender yang terlibat dalam aktiviti homoseksual  Рiaitu kurung mereka di rumah sehingga akhir hayat kecuali jika mereka telah insaf dan berubah. Inilah cara yang Tuhan mahu kita praktikkan bagi membendung penularan budaya sumbang seperti homoseksualiti di kalangan masyarakat.

Tetapi adakah manusia berminat dengan penyelesaian yang dianjurkan oleh Tuhan? Para pembaca budiman tentu mempunyai jawapan sendiri.

Written by tolokminda

September 6, 2010 at 2:32 am

Posted in Isu Semasa

Tagged with ,