Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Memahami analogi 24:35

with 10 comments

24:35 “Tuhan adalah Cahaya langit dan bumi. Perumpamaan CahayaNya adalah seperti sebuah ruang yang di dalamnya ada lampu. Lampu itu diserkup di dalam kaca. Kaca itu bersinar seumpama ia sebutir bintang yang terang. Dinyalakan dari pokok yang penuh rahmat, zaitun. Tanpa mengira timur atau barat, minyaknya seumpama membara walaupun tidak disentuh api. Cahaya demi cahaya! Tuhan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia inginkan kepada CahayaNya. Tuhan melontarkan analogi kepada manusia dan Tuhan mengetahui segala-galanya”.

Apabila Tuhan menyifatkan Dia sebagai cahaya kepada langit dan bumi, ia membawa maksud Tuhan adalah pemberi manfaat kepada seluruh alam. Tetapi apabila Tuhan mengecilkan konteks cahaya atau manfaat itu kepada cahaya dari sebuah lampu minyak zaitun di dalam sebuah ruang kecil seperti dalam analogiNya, saya berpendapat analogi itu dimaksudkan secara khusus kepada perananNya sebagai pemberi manfaat kepada manusia yang mendiami sebahagian kecil dari alamNya yang maha luas.

Jika cahaya adalah manfaat, maka minyak zaitun adalah sumber mentah atau sumber asas. Bagi membolehkan minyak zaitun bertukar menjadi cahaya, ia perlu melalui proses pembakaran menggunakan api. Dan jika kita sabitkan proses pembakaran minyak zaitun itu sebagai satu aplikasi memproses sumber mentah atau sumber asas kepada penghasilan cahaya atau manfaat, maka proses pembakaran atau penyalaan api bolehlah kita sifatkan sebagai suatu bentuk aplikasi teknologi – teknologi asas yang ringkas.

Kemudian apabila Tuhan menyatakan minyak zaitun itu boleh diperolehi tanpa mengira di timur atau di barat dan ia seperti membara walaupun tidak disentuh api, maknanya sumber-sumber mentah atau asas yang boleh menghasilkan pelbagai manfaat kepada manusia sebenarnya boleh didapati di mana-mana saja dan sentiasa terserlah walaupun belum berlaku sebarang aplikasi teknologi ke atasnya.

Misalnya, perihal minyak zaitun yang boleh dijadikan bahan api lampu atau pelita itu pun mungkin telah mengambil masa untuk diketahui kegunaannya oleh manusia.

Pendek kata – apa yang boleh kita simpulkan melalui mesej 24:35 adalah – jika tidak ada manfaat, itu tidak bermakna tidak ada sumber. Ketiadaannya berkemungkinan besar adalah akibat ketiadaan pengetahuan di pihak kita kerana sesungguhnya sumber yang dikurniakan oleh Tuhan sebenarnya ada di mana-mana. Dan Tuhan sendiri bersedia untuk memberi kita manfaat demi manfaat tanpa berkira.

Kefahaman dari 24:35 ini amat menarik sekali kerana kita dapat melihat relevannya dengan pelbagai penemuan oleh manusia ke atas pelbagai sumber mentah atau sumber asas yang tidak terkira banyaknya. Melalui aplikasi teknologi yang berjaya dibangunkan dari pengetahuan-pengetahuan yang dikumpul, sumber-sumber mentah atau asas itu kemudiannya berjaya diolah menjadi produk-produk yang amat bermanfaat dan menjadi tulang belakang di sebalik perkembangan tamadun dan kesejahteraan manusia.

Melalui kefahaman ini juga kita dapat melihat satu lagi sisi mengapa Nabi Ibrahim Tuhan jadikan contoh kepada seluruh manusia. Apabila beliau meninggalkan kaumnya dan memulakan kehidupan baru bersama keluarganya yang kecil di sebuah lembah yang tandus, nampaknya beliau memang seorang yang amat menyakini bahawa “cahaya” Tuhannya ada di mana saja asalkan dia tidak melalaikan diri dengan amalan tidak berasas dan sia-sia. Nabi Ibrahim adalah bapa kepada sebuah sistem yang berdiri di atas amalan atau aplikasi penyelidikan dan pembangunan.

Jadi, selamat menyelidik dan membangunkan sesuatu, para pembaca budiman! Sesungguhnya anda sebenarnya tidak pernah kekurangan sumber untuk memulakannya.

Written by tolokminda

June 12, 2011 at 1:00 am

Posted in Analogi, Quran

10 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam semua,

    “Dan Tuhan telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya, dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian berjalan dengan empat kaki. Tuhan menciptakan apa yang dikehendakiNya, sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu.”
    (24:45)

    Teringat saya lebih kurang 10 tahun lalu menonton siri dokumentari terbitan BBC bertajuk ‘Walking With Dinosaurs’. Dalam episod pertama dinaratifkan bahawa dinosaur berevolusi dari hidupan akuatik lebih kurang 2500 juta (2.5 billion) tahun yang lalu. Proses evolusi tidak berlaku dalam tempoh beberapa jam tetapi beratus-ratus juta tahun.

    Saya percaya Tuhan memberi maklumat kepada manusia bahawa proses evolusi dinosaur bermula lebih kurang 2445 juta lalu berdasarkan nombor surah dan ayat di atas.

    Berkaki dua ialah seperti T-Rex, Spinosaur, Velociraptor, Oviraptor, Pteranodon (dinosaur burung) dll. Berkaki empat seperti Brachiosaur, Allosaur, Stegosaur, Triceratop dll. Berjalan di atas perut seperti buaya, ular sawa dll.

    Setakat hari ini saya belum jumpa orang-orang agama yang mengaku sebagai ‘ulamak’ menceritakan tentang evolusi dinosaur dalam ceramah-ceramah agama.

    “Sesungguhnya ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu sekalian, maka kamu selalu berpaling membelakanginya.”
    (23:66)

    Skygyver

    June 12, 2011 at 11:38 am

  2. Seperti mana cahaya tidak akan menjadikan manusia itu nampak beza warna hitam dan putih, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka matanya, macam itulah cahaya Allah itu tidak akan menjadikan manusia itu nampak beza benar dan palsu jika manusia itu sendiri memilih menutup mindanya sendiri (tidak mahu berfikir) gara-gara beragama menurut membuta-tuli.

    5:71. Dan mereka menyangka bahawa tidak akan menjadi cubaan iaitu mereka menjadi buta, dan menjadi pekak. Kemudian Allah menerima taubat mereka; kemudian mereka menjadi buta lagi, kebanyakan daripada mereka, menjadi pekak; dan Allah melihat apa yang mereka buat.

    Buta yang dimaksudkan adalah buta hati kerana tidak mahu berfikir. Cahaya Allah tidak masuk dalam jiwa mereka kerana menurut membuta-tuli. Mereka jadi kaum yang tidak memahami kerana kekurangan ilmu. Kemudian bila datang kesedaran kepada mereka, Allah terima taubat mereka dan mereka dapat menjalani kehidupan menggunakan ilmu. Namun setelah berlalu masa yang panjang, generasi terkemudian mereka kembali kepada perangai nenek moyang mereka dahulu yang hidup dalam kebutaan.

    Ayat di atas boleh menggambarkan keadaan bangsa Arab hari ini. Dahulu mereka hidup dalam kejahilan (jadi buta dan pekak). Kemudian Allah datangkan Nabi untuk menyucikan mereka dan Dia menjadikan bangsa Arab bangsa yang berilmu tinggi pada waktu itu. Hari ini mereka jadi buta akibat malas berfikir dan mengkaji ilmu. Mereka kembali menjadi bangsa yang kegelapan.

    Dan orang Melayu yang taksub pada bangsa Arab yang disangkakan semua orang Arab buat adalah Islam, turut menjadi kaum yang buta dan pekak. Dibawakan bermacam-macam ayat-ayat Allah pun mereka masih tak faham-faham lagi.

    Juang

    June 12, 2011 at 1:56 pm

  3. Salam Skygyver & Juang,

    Maaf kerana terpaksa membuat balik artikel di atas setelah saya dapati ia kurang menepati intipati ayat 24:35. Sila sambung perbincangan. Terima kasih.

    tolokminda

    June 13, 2011 at 11:08 am

  4. Saudara TM, Juang dan Faried,

    Mohon jasa baik kamu bertiga untuk memberi komen dalam posting terakhir Tun M yang disayangi. (Chedet)
    Sekali-sekalii ada juga komen TM dan Juang saya baca dalam blog tersebut – Cukup simple tapi membawa makna yang ikhlas senang difahami.

    Mohon maaf kiranya memberatkan saudara-saudaraku – Thank u and take care.

    Jagundul

    June 13, 2011 at 5:36 pm

  5. Saudara TM, Juang dan Faried,

    Mohon jasa baik kamu bertiga untuk memberi komen dalam posting terakhir Tun M yang disayangi. (Chedet)
    Sekali-sekalii ada juga komen TM dan Juang saya baca dalam blog tersebut – Cukup simple tapi membawa makna yang ikhlas senang difahami.

    Saya berpendapat tuan-tuan perlu memberi pandangan dalam blog Tun – kerana ada seolah-olah yang baru sedar sains dan teknologi – R&D itu dipisahkan dengan Islam – Tolong perjelaskan pada mereka – please.

    Mohon maaf kiranya memberatkan saudara-saudaraku – Thank u and take care.

    Jagundul

    June 13, 2011 at 8:00 pm

  6. Salam Tolokminda dan semua,

    Saya ingin bertanya pendapat tuan mengenai (16:16),

    “…….Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk.”

    Saya seorang yang percaya kepada astrologi dan masih amatur dalam bidang ini. Ada banyak buku2 berkaitan astrologi yang saya ada termasuk siri Dummies dan The Idiot’s Guide. Saya percaya ilmu ini tidak mempersekutukan Tuhan. Apa pendapat tuan dan yang lain mengenai ilmu astrologi?

    -Mat Guyver-

    Skygyver

    June 13, 2011 at 9:23 pm

  7. Salam Jagundul,

    Tuan juga boleh menyumbang pengetahuan tuan di sana. Jangan takut mengeluarkan pendapat sebab Tuhan berpesan supaya kita mendengar semua pendapat dan pilih yang terbaik. Itu bermakna setiap pendapat ada nilainya. Tidak ada yang terbaik kalau tidak ada yang kurang baik. Mengetahui sesuatu yang kurang baik juga adalah satu bentuk ilmu. Common sense perlu digilap. Kita kena biasakan diri membuat penilaian di antara yang baik dan yang tidak. Saya berpandangan mengeluarkan pendapat walaupun salah adalah lebih baik dari tidak memberi pendapat langsung.

    tolokminda

    June 14, 2011 at 1:51 am

  8. Salam Skygyver,

    Saya berpendapat ayat 16:16 tidak mengaitkan bintang dengan ilmu astrologi. Ia adalah tentang penggunaan bintang sebagai petunjuk arah. Misalnya sebagaimana yang dipraktikkan oleh para pelayar.

    16:16 Dan mercu-mercu tanda (landmarks), dan melalui bintang-bintang mereka menemui arah mereka

    Transliterasi: WaAAalamatin wabialnnajmi hum yahtadoona

    tolokminda

    June 14, 2011 at 2:04 am

  9. Salam TM

    Terima kasih atas respon dan perhargaan yang diberikan – Ia merupakan sesuatu yang bernilai dan berharga pada saya. Tengah mengumpul idea dan tenagalah ni – untuk disumbangkan di sana. Untuk pengetahuan saudara-saudara sememangnya pendapat yang bakal disumbangkan di sana adalah hasil dapatan dari perbincangan dari blog saudara TM juga. Rasanya tentu saudara menyokong kan – Sekali lagi terima kasih.

    Thank u and take care.

    Jagundul

    June 14, 2011 at 5:58 pm

  10. Salam,

    Benar apa yang TM katakan. Jangan takut berkongsi pendapat. Di situ kita belajar yakin dengan petunjuk Tuhan. Kalau kita kaji kisah para Rasul terdahulu pun, mereka tidak gentar menyampaikan apa yang mereka tahu (setelah diberikan tunjuk ajar Tuhan) biarpun pembesar-pembesar agama pada waktu itu ramai yang membenci seseorang Rasul.

    Usaha membuka minda masyarakat bukannya dipikul oleh sesuatu pihak, melainkan kerjasama semua yang ingin mencorak masa depan yang lebih gemilang. Jika orang Eropah yang pernah dibelenggu dengan ajaran agama mereka pun mampu keluar daripada kegelapan untuk menuju kepada kehidupan yang mesra ilmu sains dan teknologi, sudah pasti orang Islam yang ada Al Quran lagi-lagi mudah nak membebaskan diri daripada kepercayaan karut-marut ciptaan penjaja-penjaja agama.

    Juang

    June 15, 2011 at 3:05 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: