Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Ibrahim memurnikan kepercayaan kepada Tuhan

with 2 comments

Saya ada menulis tentang Nabi Ibrahim sebelum ini. Tentang mengapa beliau Tuhan jadikan contoh untuk seluruh manusia. Bagaimanapun tidak sehingga masa terdekat ini saya memahami apakah pencapaian sebenar Ibrahim. Sekarang saya berasa semakin jelas tentang Ibrahim dan apakah pencapaian-pencapaian beliau dalam hidup sehingga beliau layak mencapai status yang begitu tinggi.

Salah satu pencapaian Ibrahim adalah beliau memurnikan kepercayaanNya kepada Tuhan. Jika kita mahu memurnikan kepercayaan kepada Tuhan, contohilah Ibrahim.

Tuhan telah menetapkan supaya manusia memurnikan kepercayaan mereka kepadaNya. Bagaimana mereka boleh memurnikan, Tuhan menjelaskannya kepada kita di dalam Al-Quran. Berikut adalah penjelasan Tuhan mengenainya.

18:51. Aku tidak menjadikan mereka saksi kepada ciptaan yang ada di langit dan di bumi. Tidak juga saksi kepada ciptaan mereka sendiri dan tidak juga Aku mengambil mereka yang sesat sebagai pembantu.

Dari ayat di atas, saya membuat kesimpulan bahawa:-

  1. Tuhan tidak mahu manusia memberhalakan ciptaanNya yang ada di langit mahupun di bumi – misalnya bulan, bintang, matahari, gunung, bukit, pokok dan sebagainya.
  2. Tuhan tidak mahu manusia memberhalakan ciptaan mereka sendiri – misalnya patung, bangunan, mesin dan sebagainya.
  3. Dan Tuhan tidak mengambil sesiapa yang sesat sebagai pembantu.

Sekarang kita dapat lihat kaitan Ibrahim dengan ayat di atas. Walaupun beliau lahir dan hidup di tengah-tengah masyarakat yang serba sesat, Ibrahim mampu menonjol sebagai seorang yang berjaya memurnikan kepercayaannya kepada Tuhan mengikut standard yang Tuhan telah tetapkan.

Kejayaan beliau mengelak dari memberhalakan ciptaan Tuhan ada direkodkan di dalam Al-Quran.

6:76 Apabila malam menyelubunginya, Dia melihat sebuah bintang. Dia berkata: Inilah Pemeliharaku. Tetapi apabila ia hilang, dia berkata: Aku tidak suka apa yang boleh hilang.

6:77 Apabila dia melihat bulan terbit, dia berkata: Inilah Pemeliharaku. Tetapi apabila ia hilang dia berkata: Jika Pemeliharaku tidak memberiku petunjuk, tentu aku akan termasuk dari kalangan mereka yang sesat.

6:78 Apabila dia melihat keindahan matahari terbit, dia berkata: Inilah Tuhanku, inilah yang paling hebat. Tetapi apabila matahari terbenam dia berkata, Wahai kaumku! Aku sesungguhnya berlepas diri dari menyekutukan Tuhan seperti kamu.

Begitu juga kejayaan Ibrahim mengelak dari memberhalakan ciptaan manusia juga direkodkan. Berikut adalah dialog Ibrahim dengan kaumnya selepas beliau memusnahkan patung-patung yang mereka jadikan berhala.

21:66 Dia berkata: Kamu mengabdi di samping Tuhan sesuatu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kamu dan tidak juga mendatangkan mudarat?

21:67 Aku jijik dengan kamu dan apa yang kamu abdikan di samping Tuhan! Tidakkah kamu mempunyai akal?

Dan kejayaan Ibrahim melepaskan diri dari pengaruh orang-orang yang meletakkan diri mereka sebagai pembantu Tuhan – yang mana walaupun mereka dihormati mengikut standard masyarakatnya  – biarpun antara orang itu adalah bapanya sendiri. Ibrahim tidak ragu-ragu untuk melontarkan ketidakpercayaannya kepada mereka. Ini juga direkodkan di dalam Al-Quran.

21:52 Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Patung-patung apakah ini yang kamu sembah?

21:53 Mereka berkata: Kami dapati bapa-bapa kami menyembah mereka.

21:54 Dia berkata: Kamu dan bapa-bapa kamu sesungguhnya telah sesat.

21:55 Mereka berkata: Adakah kamu datang kepada kami dengan sesuatu yang benar atau kamu cuma main-main?

21:56 Dia berkata: Tidak, Pemelihara kamu yang sebenar adalah Pemelihara apa yang di langit dan di bumi, Yang Satu yang telah mencipta mereka. Aku bersaksi seperti itu.

Begitulah Ibrahim – contoh yang Tuhan paparkan bagi sesiapa saja yang ingin tahu bagaimana carannya untuk memurnikan kepercayaan kepada Tuhan Yang Satu.

Written by tolokminda

February 11, 2011 at 6:10 pm

Posted in Nabi | Rasul

Tagged with ,

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam TM,

    Cuba renung ayat 21:66, di situ ada kunci untuk kita mengenal sesuatu perkara sama ada ia diperintahkan oleh Allah atau tidak. Jika sesuatu itu ditetapkan oleh Allah, pasti ada kesan manfaat jika dilakukan dan ada kesan mudarat jika ditinggalkan. Contohnya, bernafas mempunyai kesan manfaat yang jelas jika dilakukan dan kesan mudarat yang jelas juga jika ditinggalkan. Maka proses bernafas itu jelas ditetapkan oleh Allah, bukannya oleh ulamak agama.

    Tetapi cuba saudara renungkan, banyak amalan ritual ditetapkan oleh ulamak agama yang mana tiada kesan manfaat jika dilakukan dan tiada kesan mudarat jika ditinggalkan. Sebab itu Nabi Ibrahim tidak mendapat kesan mudarat jika tidak membuat amalan ritual seperti yang bapanya sendiri lakukan. Cuma kaumnya sahaja tidak puas hati dan Nabi Ibrahim tersisih daripada kaum keluarganya sendiri (perkara lumrah yang dihadapi oleh orang-orang tidak menurut kepercayaan tradisi).

    Mesej ayat 21:66 juga diulang dalam banyak ayat lain seperti ayat 5:76, 10:106, 22:12, 25:55, 26:73.

    Sifat Nabi Ibrahim yang tidak menurut sesuatu yang tidak memberi apa-apa kesan (manfaat dan mudarat) itulah yang membezakan baginda berbanding majoriti manusia lain di sisi Allah seperti berbezanya sifat permata berbanding pasir.

    Juang

    February 12, 2011 at 11:24 am

  2. Salam,

    – Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya.

    – Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka,

    – Tetapi takutlah kepadaKu, jika betul kamu orang-orang yang beriman. (Al-Quran)

    Zaibo

    February 14, 2011 at 3:22 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: