Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Tolokminda marah Kassim Ahmad

with 34 comments

Saya tertarik dengan artikel Kassim Ahmad yang bertajuk “Tragedi Bernama Islam” di blognya. Dan saya telah mengambil bahagian dalam perbincangan di ruangan komen. Tidak ada niat buruk, kecuali mahu berkongsi pandangan saya dengan beliau mahupun orang lain. Bagaimanapun komen-komen saya kelihatan mengundang keresahan kepada beberapa peserta dan Kassim Ahmad sendiri.

Apabila komen akhir saya tidak disiarkan oleh Kassim Ahmad, saya menulis email kepada beliau bertanyakan mengapa berlaku begitu sambil saya meminta beliau emailkan kepada saya komen yang telah saya hantar. Sebenarnya saya telah menulis komen yang agak panjang lebar yang disandarkan kepada ayat 5:41. Saya telah mengambil masa untuk menulisnya tetapi saya tidak membuat salinan.

Apa yang telah saya telah tulis mungkin boleh saya gunakan sebagai rujukan di masa lain atau mungkin boleh saya sunting untuk menjadi entry di blog ini pada masa depan. Apabila ia tidak disiarkan saya kehilangan hasil kerja saya itu. Bagaimanapun saya cuma beritahu Kassim Ahmad saya perlukan komen saya semula untuk melihat kemungkinan ia telah menyinggung beliau.

Ini email saya itu.

Saya tidak marah beliau pun. Paling lebih saya minta beliau jelaskan saja. Apa-apa pun – blognya, haknya.

Tetapi apabila saya layari blog beliau, saya dapati beliau telah menulis di ruangan komen yang mengatakan saya telah memarahi beliau melalui email. Ini komennya.

Dan ini pula email jawapan beliau yang beliau katakan dalam komennya itu.

Saya agak terkejut membaca komen Kassim Ahmad yang kononnya saya telah memarahi beliau melalui email kerana tidak menyiarkan komen. Ia sungguh tidak adil kerana tidak ada sesiapa pun tahu tentang komen saya itu kecuali beliau. Dan tidak ada siapa juga tahu apa yang telah saya tulis di dalam komen itu kecuali beliau. Jadi apa perlunya cerita pasal email saya marah beliau tak siar komen itu?

Saya fikir saya telah melakukan yang betul apabila memilih menggunakan saluran email untuk bertanya apa yang berlaku. Email saluran peribadi. Tetapi apabila beliau mewar-warkan kononnya saya telah marah beliau di ruangan komen terbuka di blognya – yang beliau sendiri tahu saya tidak mungkin akan mendapat peluang membela diri di situ – tidak kenalah. Tidak adil dan tidak profesional. Tidak sesuailah dengan status diri beliau sebagai “Malaysia’s foremost thinker and philosopher”.

Jadi saya balas email beliau begini.

Yang kemudian beliau jawab begini.

Saya bukan mahu bertelagah dengan sesiapa. Tetapi entry ini adalah satu-satunya cara yang saya ada untuk mengemukakan cerita di pihak saya. Saya berpendapat penyiaran email-email berkenaan adalah wajar dan adil bagi kedua-dua pihak. Salam.

Written by tolokminda

February 10, 2011 at 5:13 pm

Posted in Isu Semasa

Tagged with

34 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Melihat gambar emel anda seperti account emel gmail.

    Emel yg anda sent kepada Kassim Ahmad mgkin tersimpan dalam “sent item”

    Anda boleh dapatkan semula salinan emel anda.

    Jadi salinan itu bukan isunya.

    Perselisihan antara dua golongan anti-hadith menambah Tragedi…

    Zaibo

    February 10, 2011 at 6:49 pm

  2. Salam Zaibo,

    Komen yang saya maksudkan itu bukan saya hantar melalui email. Tetapi melalui ruangan komen di blog Kassim Ahmad sendiri. Tidak wujud sent item di sana. Saya tidak menganggap komen saya itu satu perselisihan. Saya menganggapnya sebagai perkongsian pendapat. Serupa juga di blog ini. Saya berkongsi pendapat, bukannya nak berselisih. Sebab itu saya tidak tapis komen-komen di blog ini. Siapa pun boleh beri pendapat mereka. Malangnya blog ini telah dinafikan kewujudannya dari pandangan ramai pengunjung. Tapi tak apalah. Saya tidak cari makan dengan blog ini.

    tolokminda

    February 10, 2011 at 6:58 pm

  3. Salam,

    Saya melihat perselisihan ini sama macam ulama hadith..

    Pak Kassim dgn kumpulan IQRA nya. Tolok Minda dengan kumpulannya…

    Muncul pandangan dan fahaman (mazhab) masing2…

    Hanya mengulangi sejarah kejatuhan umat…

    Alangkah sedihnya…

    Zaibo

    February 10, 2011 at 7:06 pm

  4. Salam TM,

    Sebenarnya Pak Kassim sudah berikan jawapan yang cukup bermakna bagi orang-orang yang mahu kembali kepada Al Quran iaitu “sembahyang bukanlah satu keutamaan dalam Islam”.

    Kalau kita renung Al Quran itu sendiri, Nabi juga tidak disuruh menghuraikan macam mana rupa sembahyang dan bagaimana baginda sembahyang. Kalau tidak, sudah pasti Al Quran menceritakan seseorang Nabi itu mengajar kaumnya cara-cara sembahyang. Tetapi tiada satu ayat pun menceritakan nabi-nabi terdahulu mengajar kaum mereka cara-cara bersembahyang. Itu menunjukkan bahawa sembahyang itu bukan satu keutamaan dalam Islam.

    Oleh kerana sembahyang bukan satu keutamaan, maka perbincangan pasal sembahyang tidak perlu ditekankan oleh orang-orang yang mahu kembali pada Al Quran. Kita jangan terikut rentak pencinta riwayat hadis yang terlalu mengutamakan bab sembahyang dan ibadat-ibadat lain sehingga yang tua-tua pun tak habis-habis lagi belajar bab sembahyang. Kita ada misi utama untuk memartabatkan tamadun manusia ke peringkat yang lebih tinggi.

    Cuba fikir perumpamaan ini. Katakan kita hidup di zaman manusia bertelagah sama ada bumi ada rata atau berbentuk glob. Walaupun pun pada waktu itu kita ada tanda-tanda untuk menunjukkan bumi berbentuk glob tetapi kita habiskan masa untuk menafikan bumi adalah rata, ia tidak membawa apa-apa manfaat. Ada baiknya kita fikirkan tentang penciptaan teknologi kamera dan roket yang akhirnya secara tidak orang-orang yang merasakan sebelum ini bumi adalah rata akan sedar dengan sendirinya bahawa bumi itu berbentuk glob. Begitulah juga perihal sembahyang itu.

    Juang

    February 10, 2011 at 7:13 pm

  5. Salam,

    Menurut Juang sembahyang bukan perkara utama…

    Yg anehnya kategori artikel solaa antara yg terbanyak dlm blog ini…

    Tolok Minda sendiri sgt ghairah berkomentar ttg sembahyang diruang Pak Kassim…

    Sangat lucu…Meludah ke langit mungkin…

    Zaibo

    February 10, 2011 at 7:29 pm

  6. Juang,

    Pak Kassim juga menulis “Sembahyang itu jelas maknanya”

    Malah beliau juga menulis:

    “Sembahyang sebagai satu ritual agama tidak ada maknanya kecuali disertai dengan praktik kebaikan”

    Tidak perlu dipertikaikan lagi…Jgn meludah ke langit.

    Zaibo

    February 10, 2011 at 7:38 pm

  7. Juang…

    Amat jelas sekali tulisan Pak Kassim

    “Sembahyang sebagai satu RITUAL agama tidak ada maknanya kecuali disertai dengan praktik kebaikan”

    Bererti tokoh pejuang Quran ini mengiktiraf RITUAL ini.

    Zaibo

    February 10, 2011 at 7:41 pm

  8. Salam,

    “Zaibo: Menurut Juang sembahyang bukan perkara utama…”

    Bukan saya yang kata, tetapi terdapat dalam komen Pak Kassim. Kalau saya yang mula-mula tulis macam itu, logiklah nak kata “menurut Juang”.

    Ini ayat Pak Kassim yang saya maksudkan itu;

    “4. Sembahyang itu jelas maknanya dari berpuluh-puluh ayat dalam Quran. Tetapi sembahyang bukan perkara terpenting dalam ajaran Islam.”

    Saya setuju bahawa dalam Al Quran ada sebut pasal sembahyang seperti sembahyang mengadap patung, bintang, bulan, matahari dan binaan-binaan manusia yang lain. Tetapi sembahyang begitu tidak menjadi keutamaan dalam Islam.

    Jadi ada baiknya saya tidak membuang masa tentangnya. Kalau ada nak membuang masa membuatnya, silalah. Saya berlepas diri daripada orang-orang yang menyekutukanNya. Itu sahaja.

    Selamat…

    Juang

    February 10, 2011 at 7:57 pm

  9. Salam Juang,

    Saya setuju pandangan tuan bahawa kita tidak perlu habiskan masa menjelaskan sesuatu kepada orang yang tidak mahu percaya. Sebenarnya Tuhan sudah beri nasihat tentang perkara ini.

    6:68 Dan apabila kamu melihat mereka terlibat dalam perbincangan sia-sia tentang ayat-ayat Kami, jauhkan diri dari mereka kecuali mereka menukar topik. Jika syaitan menjadikan kamu lupa, kemudian selepas kamu sedar, jangan kamu duduk bersama-sama mereka yang membuat salah.

    Saya sudah menghabiskan terlalu banyak masa di depan komputer melayani orang-orang yang lebih suka kepada perbincangan sia-sia mengenai ayat-ayat Tuhan. Mungkin saya patut melegakan diri saya dan melaksanakan komitmen lain yang lebih berfaedah.

    Walaupun begitu, tentang solaa atau komitmen itu saya tidak setuju jika ia dikatakan kurang penting. Ia adalah perkara yang paling penting. Kalau kita tak faham solaa atau komitmen kita macamana kita nak jadi muslim yang berjaya?

    Memahami komitmen, berpegang kepada komitmen, melaksanakan komitmen adalah perkara yang kita perlu buat sepanjang masa, sepanjang hari dari awal pagi sehingga masuk tidur. Mana boleh tak berapa penting?

    11:114 “Dan laksanakanlah komitmen-komitmen di dua bahagian siang, dan beberapa jam dari malam, sesungguhnya pekerjaan yang baik melenyapkan pekerjaan yang buruk; inilah peringatan kepada mereka yang mahu mengingat”.

    2:238 “Sentiasalah jaga komitmen-komitmen kamu dan lebih-lebih lagi komitmen yang menjadi keutamaan/prioriti (alwusta) dan berdirilah di atas kepatuhan di hadapan Tuhan”.

    Bukan tidak ada sebab sipolan menyifatkan solaa sebagai tiang agama, masalahnya cuma sipolan kata solaa adalah melakukan pekerjaan yang sia-sia itu. Bak kata Nabi Ibrahim kepada bapa dan kaumnya,

    21:66 Dia berkata: Kamu mengabdi di samping Tuhan sesuatu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kamu dan tidak juga mendatangkan mudarat?

    Kalau saban masa asyik ingat nak menghambakan diri kepada benda yang tidak mencipta apa-apa, yang tak mampu buat apa-apa, macamana nak jadi khalifah yang berjaya? Jadi memang amat amat penting orang yang mengaku muslim faham, pegang dan laksanakan solaa atau komitmen mereka.

    tolokminda

    February 10, 2011 at 9:00 pm

  10. Zaibo menulis,

    Saya melihat perselisihan ini sama macam ulama hadith..

    Pak Kassim dgn kumpulan IQRA nya. Tolok Minda dengan kumpulannya…

    Muncul pandangan dan fahaman (mazhab) masing2…

    Hanya mengulangi sejarah kejatuhan umat…

    Alangkah sedihnya…

    Salam Zaibo,

    Saya tidak ada kumpulan. Saya tidak ada pengikut. Saya hanya seorang individu yang meluangkan sedikit masa berusaha memahami mesej-mesej Tuhan di dalam Al-Quran.

    Siapa pun boleh jadi macam saya, malah mungkin mempunyai kebolehan dan kefahaman yang lebih baik lagi dari saya. Mungkin mereka akan nampak apa yang saya tidak nampak. Ada banyak kemungkinan.

    Kalau semua orang baca Al-Quran dan berusaha memahami perkataan-perkataan dan ayat-ayatNya satu persatu bayangkan berapa besarnya kolam maklumat yang boleh kita saring dan perhalusi.

    tolokminda

    February 10, 2011 at 9:38 pm

  11. Zaibo menulis,

    Amat jelas sekali tulisan Pak Kassim

    “Sembahyang sebagai satu RITUAL agama tidak ada maknanya kecuali disertai dengan praktik kebaikan”

    Bererti tokoh pejuang Quran ini mengiktiraf RITUAL ini.

    Salam Zaibo,

    Persoalan yang lebih besar; Tuhan iktiraf tak?

    tolokminda

    February 10, 2011 at 9:40 pm

  12. Salam…

    Berpuluh2 ayat dalam Quran ttg sembahyg baru anda nak tanya Tuhan iktiraf tak?

    Sedihnya…

    Zaibo

    February 11, 2011 at 7:44 am

  13. aikkkk!!!
    Main topic tukar jadi topic solat pula???

    Penting ke di iktiraf atau tak…pengiktirafan ni macam ala-ala terima pingat atas pentas ke?Atau macam dapat pangkat dato’, tan sri atau macam dpt naik pangkat ke?

    tetiba jerrr saya jadi blur.

    masih lagi bersoal jawab tentang solat.

    Posting tolok minda tentang solat ,puasa haji saya baca dan fikirkan lamaaaa….(tak lah lama sangat,kurang lebih 7,8 bulan je).

    Melalui pembacaan dan penggunaan akal saya yg ala-ala bodoh alang ni jugak,saya buang segala keraguan berkisar soal solat dgn satu kesimpulan mudah.

    Bukan apa…sakit jiwa bila dalam solat(subuh,zohor,asar,maghrib,Isya’) setan dok mai kacau n timbulkan soalan -betul ke cara aku solat ni?

    susah hati berhari-hari,berminggu da berbulan.

    Tup2 Allah bagi jawapan….

    kalau betul solat tu -satu pekerjaan dan usaha membangunkan diri sendiri,teknologi,alam dan segala dan segenap yg ada di planet.Solat itu adalah melakukan pekerjaan dgn bersungguh-sungguh dan sepenuh hati…so what???

    Kalau betullah kata yang kita dok solat 5 waktu tu bukan solat yg dimaksudkan menurut Quran…so what???

    Saya ambil kesimpulan mudah.

    Bila saya solat 5 waktu-saya menyembah tuhan saya iaitu Allah yang maha Esa,saya memujiNYA melalui ayat2 yg kononnya perlu dibaca ketika solat.Segala tindakan saya,rukuk,sujud bertahmid memuji ketika solat itu BIARPUN tidak menurut Quran tetapi saya tidak menyelewang dari apa yg Allah mahukan dari hambanya.Saya tidak memperakui tuhan yang lain selain DIA-bukankah berulang disebutkan betapa Allah tidak mahu kita mempersekutukan DIA dgn yang lain.

    Justeru itu saya yakin…solat saya benar.

    Dan bila saya fikirkan kebenaran dan logik kupasan solat TM pula…saya fikir solat cara itu juga benar.

    Jadi,selepas 2 bulan pikir punya pikir saya all out dalam pekerjaan saya,saya bersungguh-sungguh dalam membangunkan perniagaan kecik n humble saya,saya menerapkan konsep amanah dalam setiap urus niaga yg saya lakukan,cuba membaik pulih apa sahaja yg pincang dalam pekerjaan.

    Hasilnya -saya berjaya dlm setiap pekerjaan kerana saya melakukannya sebagai satu ibadah solat.Saya bersungguh-sungguh dan mengharapkan tak lain selain dari redha Allah SWT.

    Jadi…perlu berdebat ke apa solat yg sebenar-jika kita manusia mampu untuk tak menyeleweng hati dan tak mempersekutukan DIA.Perlu berdebat lagikah soal solat,jika kita mampu menjaga diri dari melakukan sesuatu yg kta tak mahu org lain melakukannya ke atas kita?Masih perlu berdebat siapa betul atau salah mengenai soalt ke bila kita manusia mampu merubah diri dan keadaan dari satu keadaan yg kurang baik ke keadaan yang lebih baik.

    Bagaimana mahu mengubah dunia,jika tak mampu mengubah keadaan diri sendiri dahulu dan yakin sepenuh hati tiada tuhan melainkan Allah dan berusaha memakmurkan segala yang telah dikurniakan?

    Penting sangat ke,solat cara mana yg betul atau salah?

    Blur saya..blurrrrr!!!

    Hasilnya…

    nia sarah

    February 11, 2011 at 9:43 am

  14. alaaaa…ralat la plak.

    baris paling akhir tu…tertulis!
    :-))) hehe..sorry!

    p/s cara saya solat-dua2 saya buat dan saya yakin apa dgn apa yg saya buat.Buat apa nak memilih…Allah kan lebih tahu segala dlm hati fikiran kita,manusia.

    nia sarah

    February 11, 2011 at 9:49 am

  15. Salam TM,

    “Walaupun begitu, tentang solaa atau komitmen itu saya tidak setuju jika ia dikatakan kurang penting. Ia adalah perkara yang paling penting. Kalau kita tak faham solaa atau komitmen kita macamana kita nak jadi muslim yang berjaya?”

    Pak Kassim pun tidak mengatakan komitmen suatu yang tidak terpenting dalam Islam. Sebab itu beliau sendiri komited menulis buku.

    Beliau hanya mengatakan sembahyang suatu yang tidak penting dalam Islam. Bukankah sudah jelas di situ?

    Mari kita renungkan 3 faktor penyelewengan umat Islam hari ini yang digariskan oleh Pak Kassim dalam tulisan terkininya (saya kira saudara pun bersetuju pada point utama ini);

    1) Quran dibuat buku nyanyian; Hadith dibuat buku pegangan!

    2) Selepas itu, umat Islam mewujudkan suatu kasta paderi (disebut ‘ulama’, yang tiada dalam ajaran Islam yang asal)) untuk mentafsirkan agama bagi mereka, seperti orang Yahudi, Kristian dan Hindu.

    3) Kemudian mereka pisahkan ilmu kepada dua kelompok yang berlainan: ilmu agama dan ilmu dunia.

    Kalau kita renung apa jua bentuk sembahyang dilakukan oleh kaum-kaum di dunia, semua sembahyang itu tidak terlepas daripada membaca secara berlagu (atau mentera) dalam sembahyang mereka. Kemudian sembahyang itu diajar oleh orang yang ada kasta paderi di dalam agama mereka. Seterusnya mereka memisahkan sembahyang kononnya untuk agama dan perkara lain-lain untuk kehidupan dunia.

    Daripada 3 faktor itu, saudara akan faham sudah pasti solat yang disebut oleh Al Quran adalah suatu yang bebas daripada punca penyelewengan di atas. Jika komitmen saudara bebas daripada 3 faktor di atas, maka tidak mustahil itulah erti solat yang direstui oleh Tuhan.

    Ingat, kita beramal bukannya kerana pengiktirafan mana-mana manusia, tetapi kerana kita sendiri nampak jelas manfaatnya jika dilakukan dan mudharatnya jika ditinggalkan.

    Perlu kita renungkan, tiada penganut agama yang dapat membuang dengan mudah RITUAL agama mereka yang telah dituruti secara tradisi hatta Allah bangkitkan seorang Nabi yang dijadikan pedoman seperti Nabi Ibrahim. Sebab itu amalan mengadap patung tetap wujud di muka bumi ini.

    Ujang

    February 11, 2011 at 11:28 am

  16. Zaibo menulis,

    Berpuluh2 ayat dalam Quran ttg sembahyg baru anda nak tanya Tuhan iktiraf tak?

    Sedihnya…

    Salam Zaibo,

    Jangan sedih kepada saya. Kepercayaan saya sedikit pun tidak akan menjadi penentu kepada nasib tuan samada di dunia atau pun di akhirat.

    tolokminda

    February 11, 2011 at 3:22 pm

  17. Nia Sarah menulis,

    Penting sangat ke,solat cara mana yg betul atau salah?

    Salam Nia Sarah,

    Kalau ia sesuatu yang melibatkan penyekutuan kepada Tuhan memang sangat penting untuk kita menjauhinya. Tuhan kata satu-satunya kesalahan yang tidak akan Dia ampunkan adalah perbuatan menyekutukanNya dengan apa-apapun.

    tolokminda

    February 11, 2011 at 3:34 pm

  18. Salam Ujang,

    Tuan menulis,

    Pak Kassim pun tidak mengatakan komitmen suatu yang tidak terpenting dalam Islam. Sebab itu beliau sendiri komited menulis buku.

    Beliau hanya mengatakan sembahyang suatu yang tidak penting dalam Islam. Bukankah sudah jelas di situ?

    Salam Ujang,

    Solaa pada Pak Kassim adalah sembahyang. Solaa pada saya adalah komitmen. Itu memang jelas.

    Tentang 3 point Pak Kassim, secara akademiknya saya setujulah. Tapi dengan mengetahui 3 point itu bagaimanakah kita boleh membawa umat kembali ke jalan Tuhan yang lurus? Apa tindakan yang boleh kita buat? Di mana kita harus mulakan?

    Saya berpendapat kita perlu terus kepada masalah mereka. Kalau mereka menyekutukan Tuhan, beritahu sajalah mereka menyekutukan Tuhan. Itulah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim.

    Tuan juga menulis,

    Perlu kita renungkan, tiada penganut agama yang dapat membuang dengan mudah RITUAL agama mereka yang telah dituruti secara tradisi hatta Allah bangkitkan seorang Nabi yang dijadikan pedoman seperti Nabi Ibrahim. Sebab itu amalan mengadap patung tetap wujud di muka bumi ini.

    Padanlah Nabi Ibrahim pun ambil keputusan lari dari bapa dan kaumnya sendiri dan membina penempatan baru untuk keturunannya. Sekarang baru saya faham. Memang tak akan berubah walau sejelas mana pun petunjuk yang diberikan. Sampai tahap dah dipecahkan dan diperolok-olokkan batu yang disembah pun tak mahu berubah jugak, kan?

    tolokminda

    February 11, 2011 at 4:04 pm

  19. Salam,

    + Sekurang-kurangnya Nabi Ibrahim berani berhadapan dgn kaumnya.

    + Baginda tidak berselindung dgn nama samaran tertentu.

    + Pak Kassim juga tidak menyembunyikan identitinya.

    + Yg bersifat menyembunyikan diri ini hanyalah Si Munafiq

    + Benar teori Pak Kassim.

    + Pembohongan Si Munafiq perlu di dedahkan.

    Zaibo

    February 11, 2011 at 4:34 pm

  20. Salam Zaibo,

    Kalau ikut petunjuk Al-Quran, orang-orang munafik tidak menyembunyikan identiti mereka. Malah merekalah yang ke depan mengucapkan persaksian dan sumpah yang meyakinkan. Ini berlaku sejak zaman Nabi lagi. Kalau Tuhan tak beritahu, mungkin semua orang akan tertipu dengan mereka. Nasib baik Tuhan membuka topeng mereka sebagai panduan kepada orang-orang yang percaya kepada KitabNya.

    63:1 Apabila mereka yang munafik datang kepadamu mereka berkata: Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah. Dan Tuhan tahu bahawa kamu adalah utusanNya dan Tuhan bersaksi bahawa mereka yang munafik adalah penipu.

    63:2 Mereka telah menjadikan sumpah mereka itu sebagai topeng, dengan cara itu mereka menjauhkan jalan Allah. Jahat sungguh apa yang mereka lakukan.

    63:3 Itu kerana mereka telah percaya, kemudian tidak percaya. Akibatnya, hati mereka tertutup – mereka tidak faham.

    tolokminda

    February 11, 2011 at 5:48 pm

  21. Salam,

    Dalam Quran golongan munafiq menyembunyikan identiti mereka.

    Terdapat lebih 7 hingga 8 kali ayat ttg munafiq disebut

    Tp knp dgn 3 ayat anda boleh membuat kesimpulan?

    Salam

    February 11, 2011 at 9:13 pm

  22. Salam,

    Dalam Quran pn sebut kalimah ‘munafiq’ sahaja tanpa ada pengenalan identiti.

    Maknanya Allah yg beritahu. Kalau x bgtau Nabi xtau.

    Maknanya identiti mereka x diketahui.

    Pandai seleweng.

    Salam

    February 11, 2011 at 9:27 pm

  23. Salam,

    Dalam Quran:

    63:1 Apabila mereka yang MUNAFIK datang kepadamu mereka berkata: Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah.

    Dalam ayat ni x cite pn sape identiti diorg.

    Ada hampir 10 ribu yg berada disekeliling Nabi pd tahun ke 8.

    Jadi dikalangan 10 ribu ni sape diorg?

    Semua dtg bersaksi depan Nabi mengaku menerima Nabi.

    Tp sape dikalangan yg ramai ni yg Munafiq?

    Allah aje yg tahu.

    Salam

    February 11, 2011 at 9:43 pm

  24. Salam Salam,

    Maksud saya orang munafik tidak menyembunyikan identiti mereka bukan bermakna mereka mengisytiharkan atau mengakui secara terbuka bahawa mereka adalah orang munafik.

    Orang munafik hidup bergaul bersama-sama orang lain juga. Mereka hidup seperti biasa. Mereka tidak mengasingkan diri atau menyembunyikan identiti di sebalik anonymous. Mereka dikenali keluarga, rakan dan jiran tetangga atau mungkin peminat dan pemuja.

    Sama saja orang-orang munafik samada yang hidup dalam masyarakat Nabi atau di zaman kita sekarang. Mereka orang biasa. Boleh jadi ada juga sebahagiannya yang menonjol atau jadi orang penting dalam masyarakat.

    Di dalam Quran, Tuhan pun tidak menyebut atau menuding kepada mana-mana individu atau personal identity dalam ayat-ayat berkaitan orang-orang munafik.

    Malah Tuhan menyatakan hanya Dia yang tahu siapa sebenarnya orang munafik. Jadi bukanlah hak kita untuk menuding mana-mana individu dan mengata dia secara peribadi adalah munafik. Dalam perbincangan di sini saya tidak kata atau tuduh sesiapa pun munafik.

    Bagaimanapun Tuhan memberi gambaran kepada kita karakter orang munafik, ucapan orang munafik, persaksian dan sumpah orang munafik, penampilan orang munafik, sifat orang munafik dan sebagainya.

    Dan ayat 63:1-63:3 yang saya kemukakan di atas hanyalah satu contoh bagaimana Tuhan memberi petunjuk tentang ciri orang munafik dari sudut persaksian atau sumpah mereka. Ayat itu tidak merujuk kepada individu. Dan lihat baik-baik, komentar saya juga tidak merujuk kepada individu.

    Selain dari 63:1-63:3, ada banyak lagi ciri-ciri orang munafik yang Tuhan nyatakan di dalam Al-Quran. Dan kepada sesiapa yang percaya kepada Kitab Tuhan itu, ciri-ciri orang munafik yang Tuhan gambarkan tentulah akan dapat membantu mereka sedikit sebanyak.

    Sekurang-kurangnya kalau mereka tidak mampu mengetahui siapa orang munafik yang ada di sekeliling mereka, mereka bolehlah menggunakan pengetahuan mereka untuk menjauhi ciri-ciri orang munafik dari berada dalam diri mereka sendiri.

    Tuhan kata, orang munafik akan diletakkan di lubang paling bawah di neraka. Jadi memang wajarlah kita ambil tahu bagaimana ciri-ciri orang munafik itu supaya kita tidak menjadi salah seorang dari mereka. Saya berpendapat kebanyakan orang munafik sendiri pun sebenarnya tidak tahu mereka munafik. Sebab itulah pentingnya baca petunjuk Tuhan.

    tolokminda

    February 11, 2011 at 11:42 pm

  25. Salam,

    Saya setuju dengan pendapat TM berkaitan munafik itu. Al Quran mengadungi pembeza sifat-sifat manusia. Bagi orang yang jujur, ada sifat-sifatnya. Bagi orang yang hipokrit (munafik), ada karektornya. Namun adalah tak masuk akal kalau kita hukum mana-mana individu itu adalah munafik. Ini kerana selagi manusia itu masih hidup, sama ada di akan kekal munafik atau tidak, hanya masa akan menentukan. Setelah dia mati dan mati dalam keadaan munafik, maka jelaslah bagi si mati bahawa dia adalah munafik.

    Kita kena belajar mengenal sifat-sifat sesuatu perkara dalam hidup ini, kerana itulah yang diajar kepada Adam. Dengan mengenal sifat-sifat itu, diharapkan kita dapat menjauhi daripada sifat terkutuk untuk mendekati kepada sifat-sifat terpuji.

    Juang

    February 11, 2011 at 11:57 pm

  26. Mungkin ke Q47:30 boleh dijadikan rujukan kaitan “bagaimana mengenali mereka?”

    Puteri

    February 14, 2011 at 12:18 am

  27. – Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu?

    – Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu.

    – Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

    Zaibo

    February 14, 2011 at 3:25 pm

  28. Salam

    Saya setuju dengan pndangan Pak Kassim dalam blognya.

    Golongan Ketiga ini amat merbahaya.

    Benar kata Zaibo.. Fahami betul2…

    Mentor Musim Kedua

    February 23, 2011 at 11:43 am

  29. Salam Tuan Zaibo dan Mentor II
    Saya nak tanya sikit. Berdasar ayat Al Qur’an yang Tuan Zaibo bawa dan Tuan Mentor II setuju tu apakah Taghut yang diperintahkan kita kufur engkar kepadanya itu sesuatu yang datang dari Al Qur’an atau dari luar Al Qur’an?

    gertim

    February 25, 2011 at 2:33 pm

  30. Salam TM,

    sudah lama saya tak ikuti blog tuan.

    Walaupun saya lebih banyak tak setuju dgn pandangan tuan, saya fikir tuan seorang yang adil bila mengendali komen pembaca blog tuan.

    Entri yang ini sangat membuka mata saya, bahawa tuan jauh lebih bagus dari Pak Kassim yang ego tak tentu arah. Seolah-olah ‘masa’ dia saja yg sangat berharga, walhal orang yang membaca blog dia juga membayar dengan harga [masa] yang sama.

    Agnostika

    February 27, 2011 at 4:56 pm

  31. last night when i tried to access your blog, the server returned : http://www.skmm.gov.my/antiphishing/?u=https://tolokminda.wordpress.com

    I pikiaq, abih la TM kali ni kalau SKMM ban blog ni.

    and it crossed my mind, could it … becos you have an open fight with Kassim and dissed the so-called “Malaysia foremost thinker-philosopher”?

    Agnostika

    February 28, 2011 at 10:30 am

  32. Salam Agnostika,

    Tidak ada pergaduhan terbuka dengan Kassim Ahmad. Pada dasarnya artikel asal di atas bukan memperdebatkan pandangan saya vs pandangan Kassim Ahmad. Ia hanya untuk menjelaskan perihal sebenar di sebalik dakwaan Pak Kassim bahawa saya telah memarahi beliau melalui email, yang saya fikir tidak benar dan tidak adil. Saya rasa tentu saya tidak akan mendapat ruang untuk membuat penjelasan di blognya berkenaan dakwaannya itu. Maka saya jelaskan dalam blog ini. Itu saja.

    tolokminda

    February 28, 2011 at 10:52 pm

  33. Salam.

    Saya rasa bukan baru sekarang blog TM di-ban with false antiphishing. Sejak dari tahun lepas lagi. Selalunya dilakukan oleh mereka yang dengki dengan blog ni. Tak dapat secara fizikal, cara ‘halus’ pun jadi.
    Tiada kena mengena dengan pendebatan antara KA.

    nazzri

    February 28, 2011 at 11:15 pm

  34. Salam,

    1- Sebenarnya Kassim Ahmad mempunyai ramai pengikut dan pendokong.

    2- Apabila TM dilihat seperti tidak menghormati Pak Kassim, para pengikutnya bertindak membantu tokoh mereka..

    3- Perselisihan dalam blog Pak Kassim menyebabkan aduan rakyat dibuat.

    Cosmonaut

    March 1, 2011 at 8:46 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: