Al-hikmah, Al-Mizan & Al-Hakim
Al-Hikmah
Para pencinta riwayat sipolan sangat berpegang kepada hadis. Dan mereka mendakwa apa yang dimaksudkan dengan hadis itu adalah seperti berikut;
Hadith atau hadis (bahasa Arab: alhadīth “الحديث” mufrad, ahādīth “أحاديث” jamak); adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya.
Untuk menegakkan dan mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap hadis atau riwayat sipolan, mereka kemudiannya mendakwa perkataan al-hikmah yang terdapat di dalam Al-Quran merujuk kepada hadis atau sunnah Nabi Muhamad. Misalnya ramai di antara mereka menggunakan ayat 3:164 sebagai dalil melalui kaedah penterjemahan yang licik.
3:164 Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
Bagaimanapun, selepas membuat semakan mudah terhadap perkataan al-hikmah di dalam Al-Quran, saya dapati perkataan itu sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan apa yang didakwa sebagai hadis atau sunnah Nabi Muhamad kerana al-hikmah bukan saja diperolehi oleh Nabi Muhamad atau sesiapa yang mempercayai Al-Quran, tetapi ia juga telah sampai kepada nabi-nabi sebelum Muhamad.
Selain itu saya juga mendapati perkataan al-hikmah yang sebelum ini saya cenderung menterjemahkannya sebagai “kebijaksanaan” sebenarnya lebih sesuai jika diterjemahkan sebagai common sense. Mari kita lihat antara nabi atau mereka yang telah diberikan al-hikmah atau common sense sebelum Nabi Muhamad.
Al-hikmah dan Nabi Isa:
43:63 Apabila Isa telah datang dengan ayat-ayat yang jelas, dia berkata: Sekarang aku telah datang kepada kamu dengan common sense yang banyak dan untuk menjelaskan kepada kamu apa yang kamu perselisihkan maka takutilah Tuhan dan ambil perhatian kepadaku.
Transliterasi 43:63 Walamma jaa AAeesa albayyinati qala qad jitukum bibialhikmati waliobayyina lakum baAAda allathee takhtalifoona feehi faittaqoo Allaha waateeAAooni
Al-hikmah dan Lokman:
31:12 Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan Lokman common sense: “Tunjukkan penghargaan kepada Tuhan. Sesiapa yang menghargai melakukannya untuk keuntungan dirinya sendiri tetapi sesiapa yang tidak menghargai, sesungguhnya Tuhan tidak memerlukan apa-apa, memiliki segala pujian.
Transliterasi 31:12 Walaqad atayna luqmana alhikmata ani oshkur lillahi waman yashkur fainnama yashkuru linafsihi waman kafara fainna Allaha ghaniyyun hameedun
Al-hikmah dan Nabi Daud:
38:20 Kami telah menguatkan kerajaannya dan Kami telah berikannya common sense dan berwibawa dalam ucapan dan keputusan.
Transliterasi 38:20 Washadadna mulkahu waataynahu alhikmata wafasla alkhitabi
Selain dari itu, Tuhan juga memberi beberapa contoh atau petunjuk untuk kita memahami apa yang dimaksudkan perkataan al-hikmah. Dan yang jelas ia langsung tidak sesuai dengan dakwaan-dakwaan para pencinta riwayat sipolan yang kononnya al-hikmah itu riwayat sipolan. Antara contoh-contoh yang Tuhan beri tentang al-hikmah boleh kita renungkan melalui ayat-ayat berikut.
17:39 Ini adalah antara common sense yang banyak yang Pemeliharamu telah inspirasikan kepada kamu. Dan jangan sekutukan Tuhan dengan apa-apa objek/berhala kecuali kamu mahu dicampak ke neraka, bersalah dan ditolak.
Transliterasi 17:39 Thalika mimma awha ilayka rabbuka mina alhikmati wala tajAAal maAAa Allahi ilahan akhara fatulqa fee jahannama malooman madhooran
16:125 Ajaklah kepada jalan Tuhan dengan common sense yang banyak dan ucapan yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan jalan yang terbaik dan paling sopan. Sesungguhnya Pemeliharamu amat mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan siapa yang mendapat petunjuk.
Transliterasi 16:125 OdAAu ila sabeeli rabbika bialhikmati waalmawAAithati alhasanati wajadilhum biallatee hiya ahsanu inna rabbaka huwa aAAlamu biman dalla AAan sabeelihi wahuwa aAAlamu bialmuhtadeena
2:269 Dia kurniakan common sense kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan kepada sesiapa yang dikurniakan common sense sesungguhnya menerima manfaat yang melimpah-ruah, tetapi tiada siapa yang menyedarinya kecuali mereka yang berkefahaman.
Transliterasi 2:269 Yutee alhikmata man yashao waman yuta alhikmata faqad ootiya khayran katheeran wama yaththakkaru illa oloo alalbabi
Al-Mizan
Ada satu lagi perkataan yang digandingkan dengan Al-Kitab selain dari Al-Hikmah. Perkataan itu adalah Al-Mizan. Al-Mizan bermaksud penimbang. Berikut adalah contoh ayat:
57:25 Dan Kami telah mengutuskan sebelum ini para utusan Kami dengan tanda-tanda yang jelas dan menurunkan bersama mereka Kitab dan Penimbang supaya manusia menegakkan keadilan dan Kami menurunkan besi yang di dalamnya terkandung kehebatan dan pelbagai manfaat untuk manusia, supaya Tuhan dapat menguji siapa yang akan membantu Tuhan dan rasulNya walaupun tidak melihatnya. Sesungguhnya Tuhan Kuat Berkuasa ke atas segala-galanya.
Transliterasi 57:25 Laqad arsalna rusulana bialbayyinati waanzalna maAAahumu alkitaba waalmeezana liyaqooma alnnasu bialqisti waanzalna alhadeeda feehi basun shadeedun wamanafiAAu lilnnasi waliyaAAlama Allahu man yansuruhu warusulahu bialghaybi inna Allaha qawiyyun AAazeezun
Pada pendapat saya perkataan Al-Mizan atau penimbang pada dasarnya merujuk kepada salah satu sifat Al-Kitab. Kitab Tuhan – seperti Al-Quran – mengandungi ketetapan-ketetapan atau hukum-hukum khusus untuk mereka yang percaya dan nilai-nilai keadilan umum yang universal – yang pasti dapat diterima oleh sesiapapun tanpa mengira faktor yang mewarnai latarnya. Pendek kata, jika kita mahu berpegang kepada nilai keadilan yang dapat diterima secara universal – Kitab Tuhan akan menjadi sumber rujukan yang sempurna.
Al-Hakim
Selain dari Al-Hikmah dan Al-Mizan, satu lagi perkataan yang mungkin relevan dalam perbincangan ini adalah Al-Hakim. Al-hakim mempunyai akar huruf yang sama dengan al-hikmah tetapi ia banyak dirujuk kepada Tuhan dan Kitab. Tuhan atau Kitab tidak memerlukan “common sense” ataupun “penimbang” sebagaimana manusia. Tetapi Tuhan dan KitabNya memiliki dan mengandungi “sense” yang sempurna. Oleh itu perkataan al-hakim saya percaya membawa maksud “yang memiliki sense”. Berikut adalah antara contoh-contoh ayat yang merujuk kepada Tuhan dan KitabNya sebagai Al-Hakim.
33:1 Wahai Nabi! Takutilah Tuhan dan jangan dengar mereka yang tidak percaya dan yang hipokrit – sesungguhnya Tuhan memiliki pengetahuan dan memiliki “sense”.
Transliterasi: Ya ayyuha alnnabiyyu ittaqi Allaha wala tutiAAi alkafireena waalmunafiqeena inna Allaha kana AAaleeman hakeeman
36:2 Dan Bacaan-Bacaan ini “mengandungi banyak sense”.
Transliterasi: Waalqurani alhakeemi
Saya harap para pembaca budiman dapat berkongsi pandangan.
Salam
Terjemahan “common sense” itu bermakna terjemahan yg bercampur aduk bhs Inggeris dgn bhs Melayu… “common sense” dlm bhs Melayu tuh apa yer?? 🙂
Jebon
January 29, 2011 at 3:57 pm
Salam Jebon,
Saya tidak menemui sebarang perkataan dalam bahasa Melayu yang dapat menggantikan perkataan “common sense”. Tapi kalau tuan Jebon tahu perkataan yang sesuai, beritahulah.
Ada orang menterjemahkan al-hikmah sebagai rasional. Saya berpendapat ia betul juga tetapi “common sense” lebih tepat kerana “common sense” lebih bersifat alat atau tool dalam kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Dan hasil menggunakan “common sense” barulah kita menjadi seorang yang rasional.
Berbalik kepada bahasa, saya melihat bahasa Melayu sebenarnya tidak cukup perbendaharaan kata jika kita mahu menterjemahkan Al-Quran secara sempurna. Bahasa Arab Al-Quran sebenarnya sangat maju perbendaharaan katanya di mana dari satu akar huruf saja ia boleh dinisbahkan dengan pelbagai konteks yang berkaitan.
Untuk mengatasi masalah ini, saya termaksa menggunakan terjemahan bahasa Inggeris sebelum menterjemahkan semula ke dalam bahasa Melayu. Pendek kata, walaupun saya menulis terjemahan saya dalam bahasa Melayu, rujukan saya sentiasa dari terjemahan bahasa Inggeris.
Saya kurang yakin dengan terjemahan bahasa Melayu yang ada. Ini kerana bahasa Inggeris mempunyai perbendaharaan kata yang lebih kaya dan dengan itu sekurang-kurang dapat menggarab maksud sebenar Al-Quran lebih baik dari apa yang telah ditunjukkan oleh para penterjemah bahasa Melayu.
Walaupun penterjemah Inggeris yang pada dasarnya masih menterjemahkan Al-Quran mengikut tafsiran hadis tetapi terjemahan mereka masih lebih bersih berbanding dengan terjemahan Melayu.
tolokminda
January 29, 2011 at 4:49 pm
common sense ni kalau ikut terjemahan kamus ianya bermaksud akal. Tapi Puteri rasa “common sense” memang susah nak terjemahkan kepada satu perkataan Bahasa Melayu.
Kalau menghuraikan “common sense”, Puteri rasa ia merujuk bukan sekadar akal tapi lebih dari itu. Nak cari satu perkataan bahasa Melayu yang ngam-ngam menterjemahkan itu, rasanya belum dijumpai.
Menggunakan segala deria yang kita ada, dari apa yang kita lihat, dengar, hidu, sentuh, rasa, semua itu bergabung, untuk menjana kepada suatu penilaian yang bukan sekadar dari pengetahuan, tapi pengalaman itu sendiri (Mungkin inilah Intelektual vs Experiencing kot…).
Penilaian dari pengetahuan(knowledge) yang kita kumpul dalam diri seperti maklumat-maklumat bacaan(sejarah), bukanlah common sense kerana ia adalah pengalaman orang lain, maklumat orang lain yang kita kumpul dan timbunkan dalam diri, tapi penilaian dari pengalaman kita sendiri, pengalaman berada dalam persekitaran kita, masyarakat kita, realiti kehidupan kita, mungkin itulah common sense.
Dan Puteri sangat bersetuju dengan Tolokminda bila tuan menulis “Dan hasil menggunakan “common sense” barulah kita menjadi seorang yang rasional”.
Puteri
January 29, 2011 at 10:43 pm
Salam Puteri,
Pada umumnya ada tiga perkataan yang terjemahkan sebagai “wisdom” atau kebijaksanaan khususnya oleh para penterjemah bahasa Inggeris iaitu; Al-hikmah, Al-hakim dan AAqiloona.
Saya berpendapat ketiga-tiga perkataan ini seharusnya mempunyai 3 makna berbeza.
Seperti yang saya kemukakan di dalam perbincangan ini, al-hikmata/i sering dirujuk kepada manusia maka ia sesuai ditafsirkan sebagai “common sense”. Manusia memerlukan “common sense” untuk membuat pertimbangan yang rasional, adil, bijak dsbnya. Oleh itu al-hikmah bermaksud “yang memiliki common sense”.
Al-hakim pula mempunyai akar huruf yang sama dengan al-hikmah tetapi ia banyak dirujuk kepada Tuhan dan Kitab. Tuhan atau Kitab tidak memerlukan “common sense” seperti manusia. Tetapi Tuhan memiliki “sense” yang sempurna. Oleh itu perkataan al-hakim saya percaya membawa maksud “yang memiliki sense”. Banyak perkataan al-hakim digandingkan dengan perkataan al-alim (yang memiliki pengetahuan) yang dirujuk kepada Tuhan. Misalnya:
“AAqiloona” berbeza dari dua perkataan di atas – tidak dari akar huruf yang sama – saya berpendapat ia membawa maksud “berfikir”. Ia boleh dilihat dalam contoh ini.
tolokminda
January 30, 2011 at 12:48 am
Puteri setuju bilamana “AAqiloona” huruf “ain, qaf, lam”, dirujuk kepada akal-fikir manusia, kata kerja/perbuatan.
Perkataan Melayu pun kalau kita tengok, banyak juga mencedok dari bahasa asing, seperti pengaruh bahasa Arab.
Al-hikmah ialah kata nama yang lebih merujuk kepada manusia. Kalau dalam bahasa melayu pun, kita biasa guna ayat contohnya “sila beritahu padanya dengan sepenuh hikmah”. Ianya merujuk kepada kebijaksaan manusia secara pengalaman terus yang juga kita katakan common-sense.
Al-hakim ialah kata sifat, jadi memang tak sesuai kalau ia dirujuk kepada manusia, sebab kebijaksaan bukan milik manusia, tapi dari Tuhan. Begitu jugaia digunakan pada merujuk Kitab kerana ianya dari yang bijaksana, iaitu Allah.
Dari perbincangan di atas, nampaknya Puteri lebih cenderung kepada perkataan Melayu, bijaksana. Tapi untuk memahami perkataan “kebijaksanaan” itu dengan sendiri, ia macam tak berapa kena, sebab nanti ia lebih difahami masyrakat Melayu sebagai akal sahaja. Sedangkan kebijaksanaan manusia itu bukanlah akal semata-mata tapi secara keseluruhan.
Puteri
January 30, 2011 at 8:29 am
Salam Puteri,
Ramai orang membaca Al-Quran hanya untuk mengumpul pahala – itulah yang diajar kepada mereka – baca Quran untuk kumpul pahala. Tidak ada unsur pengetahuan atau ilmu di situ. Hanya baca satu huruf pun sudah ada pahala katanya. Faham atau tidak, tidak penting. Yang penting pahalanya saja. Keindahan Al-Quran kepada mereka hanya pada “sedapnya” mereka melagukan bacaan mereka. Juga tidak ada unsur ilmu di situ – hanya hiburan.
Tetapi sesiapa yang benar-benar membaca Al-Quran dan mula memahaminya kekaguman mereka bukan kepada “sedapnya” Al-Quran boleh dilagukan. Bukan pada tajwid, harkat atau sebagainya. Itu ilmu muzik dan senikata. Itu sudah bab lain. Itu akademi fantasia. Kekaguman mereka yang faham Al-Quran selepas mereka menemuinya adalah, Quran itu “make sense”. A whole lot of sense. Sepertimana apabila Albert Einstein mula memahami alam ini beliau juga turut melontarkan kekaguman beliau.
Katanya, “The most incomprehensible thing about the world is that it is at all comprehensible.”
Dengan kata lain, Einstein berkata alam ini “make sense”.
Jika Puteri faham apa yang saya ingin sampaikan – puan akan dapat nampak maksud saya iaitu sama ada Al-Quran atau alam ini, kedua-duanya universally make sense. Dan untuk menurunkan sebuah Kitab yang make sense dan mencipta alam yang juga make sense, Pencipta itu sendiri juga tentulah memiliki “sense” yang sempurna.
Oleh itu perkataan Al-hakim pada pendapat saya bermaksud “yang memiliki sense”. Dan untuk manusia memahami “sense” yang Tuhan hamparkan ke atas seluruh ciptaanNya dan di dalam petunjuk/KitabNya mereka memerlukan banyak common sense – iaitu sense yang boleh diterima secara universal. Common sense adalah sesuatu yang dijana dengan akal dan hasilnya adalah rasional dan kebijaksanaan.
Malang sekali tidak ada perkataan dalam bahasa Melayu yang dapat menggantikan perkataan “sense” secara tepat. Ia adalah satu kerugian besar. Apatah lagi kalau kekurangan itu bukan hanya terletak di dalam perbendaharaan kata.
tolokminda
January 30, 2011 at 10:30 am
Saya tuan Tolokminda,
Puteri faham apa yang tuan cuba sampaikan di atas. Tapi…itulah kan, tak semua perkara boleh diterjemahkan dengan kata-kata.
Jadi sesuatu yang kita fahami adakalanya tidak terluah dengan kata-kata, meski bagaimana pun kita berusaha untuk menyusun kata-kata dalam menjelaskannya. Ianya adalah satu pengalaman dalaman diri seseorang, sesungguhnya FAHAM itu bukan manusia.
Dengan kata lain, Al-Hakim itu adalah yang sifat si empunya universality. Dan begitulah Al-Quran bukanlah terhad kepada yang tekstual sahaja.
Pada Puteri common sense bukanlah sesuatu yang hanya dijana dengan akal SAHAJA, tapi keseluruhan kebijaksanaan diri.
Puteri
January 30, 2011 at 12:05 pm
Salam,
“Menipu adalah perbuatan yang buruk”
Ini adalah salah satu contoh common-sense di mana semua manusia yang waras akalnya boleh mengakui bahawa perbuatan menipu itu suatu yang buruk nilainya. Malah seorang yang suka menipu pun mengakui penipuan itu suatu yang buruk. Sebab itulah orang yang menipu sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri sebab perkiraan akalnya tetap menjustifikasi menipu itu suatu yang buruk, cuma hatinya sahaja berpura-pura kononya penipuan yang dilakukan adalah baik.
“Makan menggunakan mulut”
Secara common-sense manusia tahu untuk makan, dia kena menggunakan mulut, bukannya pada rongga-rongga lain.
Ini menunjukkan common sense itu sesuai dikatakan “masuk akal” atau logik.
Kalau kita lihat kebenaran Al Quran, ayat-ayatnya masuk akal atau logik. Walaupun Al Quran ada sebut pasal syurga dan neraka yang kita tidak tahu lagi macam mana rupa sebenarnya, namun ia suatu yang masuk akal atau logik difikirkan kerana wujudnya konsep syurga dan neraka sejak di dunia lagi.
Contohnya, di antara kereta yang tinggi nilainya dengan kerata buruk dan rosak yang sudah rendah nilainya, kereta yang tinggi nilainya diletakkan ditempat yang indah dan kereta buruk diletakkan di kedai-kedai besi buruk. Macam itulah konsep syurga dan neraka di mana manusia yang tinggi nilainya di sisi Allah diletakkan tempat yang lebih baik daripada manusia yang rendah nilainya di sisi Allah.
Juang
January 30, 2011 at 12:38 pm
ralat dalam tulisan Puteri January 30, 2011 at 12:05 pm yang ditulis “sesungguhnya FAHAM itu bukan manusia.” … sebenarnya Puteri nak tulis ” sesungguhnya FAHAM itu bukan DARI manusia”..
Puteri
January 30, 2011 at 1:56 pm
Puteri menulis,
Salam Puteri,
Kebijaksanaan diri perlu dimanifestasikan melalui penggunaan akal. Akal kepada seseorang ibarat processor di dalam komputer. Tanpa processor kita taruk banyak mana pun maklumat dalam sesebuah komputer ia tidak berguna. Common sense pula ibarat software. Melalui software yang betul, sesuatu maklumat dapat diproses dengan lebih sempurna bagi menepati aplikasi yang lebih spesifik.
Jika komputer itu self-driven maka kebijaksanaannya akan dapat dilihat apabila ia mampu menggunakan processornya untuk memproses apa saja maklumat yang diberikan oleh empunyanya menggunakan pelbagai software yang disediakan sehingga hasilnya menepati apa yang diharapkan.
tolokminda
January 30, 2011 at 6:17 pm
Tuan, bukan ke software bertujuan memudahkan pemprosesan maklumat seperti kira-kira,pembersihan virus, dan juga software adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna software itu akan kesedaran beberapa petunjuk lazim, seperti amaran-amaran, peringatan-peringatan (mungkin la.. sila perbetulkan kalau puteri silap tentang ni sbb tak mahir bidang ini).
Kalau tuan mengibaratkan common sense dengan software yang begitu, kelihatannya common sense mirip akal-logika sebab software itu sendiri dicipta melalui terapan logika-logika manusia siap dengan kondisi-kondisi dan jangkaan-jangkaan yang terjangkau akal fikiran manusia yang mengaturcarakannya dan sememangnya maklumatlah input yang diprosesnya. Sekalipun sebuah komputer itu dikatakan self driven, mungkin terdapat juga sejenis software dalam cip processornya untuk membantu processor itu bekerja sebegitu. (mungkin la… Puteri tak pasti bab ni).. jadi ianya berkisar sekitar logika-logika bila ianya diibaratkan sebagai begitu.
Bagaimana pun, apakah common sense dalam diri manusia itu hanya akal logika sahaja?
Harap tuan tak jemu menjelaskan pada Puteri ye.. ianya belum kelihatan begitu jelas pada Puteri jika dikatakan bahawa common sense itu adalah akal semata.
Puteri
January 31, 2011 at 8:00 pm
Salam Puteri,
Bila puan beli komputer, biasanya ia telah dilengkapi dengan processor. Tetapi komputer yang hanya dilengkapi dengan processor walau sehebat mana keupayaannya tidak akan berguna jika ia tidak turut sama dilengkapi dengan software-software untuk diaplikasikan.
Misalnya puan perlu Microsoft Words untuk menulis artikel. Perlu Mozilla Firefox untuk melayari internet atau Adobe Photoshop untuk memperoses imej. Pendek kata, hanya apabila komputer puan mempunyai software-software yang secukupnya barulah ia menjadi alat yang amat membantu dan dapat memberi manfaat yang banyak kepada puan.
Samalah dengan manusia. Tuhan beri semua orang akal iaitu processor. Ya, seseorang mungkin dapat processor yang lebih lambat atau lebih cepat berbanding yang lain. Tapi ia bukanlah faktor penentu sebenar. Yang penting dia tahu bagaimana melengkapkan diri dengan common sense atau software yang banyak supaya mampu berfungsi sebagai seseorang yang bermanfaat.
Klumbutu Blalala – seorang lelaki gurun Afrika yang keghairahannya minum darah keldai dan menyembah dhab mungkin sebenarnya telah diberikan Tuhan akal atau processor yang hebat. Tetapi oleh kerana dia tidak mengumpul common sense yang sewajarnya maka seluruh hidupnya hanya berlegar dalam kejahilan dan kekarutan.
Begitu juga Mat Prettt, seorang mat rempit muda dari Malaysia yang baru mati kemalangan akibat melakukan aksi Superman di Balakong. Dia juga mungkin telah Tuhan beri processor atau akal yang baik. Tapi sebab tak ada common sense maka sia-sia saja apa yang Tuhan kurniakan.
tolokminda
February 1, 2011 at 2:01 am
Assalamualaikum…
Tuan TM,
1. Manusia memahami perkataan yang terkandung di dalam Al-Quran berdasarkan kefahaman mereka sendiri.
2. Begitu juga dgn Tuan. Tuan memahami perkataan tertentu agak berbeza dgn pemahaman mereka yg lain.
3. Sebagaimana Tuan memahami “Bayt” dari dimensi yg berbeza, satu golongan lain pula memahami Al-Hikmah dari dimensi yang berbeza.
4. Apabila ditanya, masing-masing mengeluarkan pandangan tersendiri.
5. Mengkritik pemahaman tertentu tidak bererti kita benar.
6. Menyalahkan pemahaman orang lain juga tidak membantu menyelesaikan masalah.
7. Berhenti mengulangi kesilapan yang sama.
8. Lebih kerap kita mengulangi, lebih hampir kita dengan kesilapan mereka.
9. Mungkin saya salah. Saya mohon jutaan maaf atas kelemahan saya.
10. Ikhlas…
Ahmad
February 2, 2011 at 10:40 am
Salam,
Yang penting dalam hidup ini adalah tidak berhenti mencari kebenaran. Yang menyebabkan ada segolongan manusia selesa dengan kepercayaan tradisi mereka (yang dirasakan itulah kebenaran yang muktamad) adalah kerana sikap malas nak mengkaji dan mencari kebenaran.
Berkenaan dengan prosesor dan perbandingan dengan otak manusia, otak manusia mampu dipertingkatkan kecerdasannya atau diperlahankan kecerdasannya. Untuk pertingkatkan kecerdasan otak, manusia kena perbanyakkan latihan berfikir seperti membuat pengiraan dan mantik. Ini akan mempertajamkan minda.
Dalam umat Islam hari ini, latihan ke arah kecerdasan minda amat kurang. Mereka hanya tekankan penghafalan, seperti menghafaz kalimah Arab Al Quran untuk dilagu-lagukan daripada memikirkan logik-logik yang ada di dalam sesuatu ayat Al Quran.
Pada pendapat saya, Hikmah yang dikurniakan pada seseorang Nabi kerana kecerdasan otak mereka melihat logik-logik yang orang-orang yang menurut kepercayaan tradisi tidak nampak. Contohnya dalam menafikan dakwaan orang musyrik bahawa tuhan ada ramai, maka Nabi kemukakan ayat 23:91 yang begitu logik sekali. Keupayaan menjelaskan sesuatu perkara secara logik itulah Hikmah yang dipunyai oleh para Nabi.
Orang-orang musyrik mempunyai daya fikir logik yang rendah yang menyebabkan mereka tidak perasan bahawa tidak mungkin di alam semesta ini ada lebih daripada Satu Tuhan.
Daya fikir logik yang tinggi (Hikmah) inilah menyelamatkan manusia daripada menurut membuta-tuli kepercayaan tradisi.
Juang
February 2, 2011 at 11:35 am
Salam Tuan Ahmad
Tuan mengatakan Tuan Tolokminda mempunyai pemahaman perkataan tertentu yang berbeza dengan orang lain katalah dengan seorang Imam Besar misalannya. Masalahnya disini, Tuan Tolokminda tidak menjadikan kefahaman beliau yang berbeza itu sebagai suatu hukum sedangkan Imam Besar mengambil pendapat “Hikmah” itu sebagai “Hadis Nabi” sehingga timbulnya pelbagai hukum hakam. Ini yang tak boleh dilakukan dan dikutuk oleh Allah. Begitu juga jika “bayt” tu bukan rumah maka apa jadi dengan semua hukum hakam berkaitan haji? Bagi saya Tuhan tidak akan menghukum jika kita sedang berhujah tentang sesuatu perkara ketika berusaha mencari kebenaran. Yang pasti akan dihukum adalah mereka yang berbuat hukum selain dari hukum Allah dan membuatkan orang lain berpaling…
gertim
February 2, 2011 at 1:12 pm
Salam Ahmad,
Tidak ada salahnya mengkaji dan terus mengkaji untuk mencari kebenaran. Semua orang perlu mempunyai sifat ingin mahu membuat penyelidikan. Ia adalah satu ketetapan Tuhan kepada siapa saja yang mampu. Tetapi siapakah yang boleh menentukan seseorang itu mampu atau tidak? Ulama? Kerajaan? Lembaga Peperiksaan? Saintis?
Tidak ada sesiapa pun. Yang boleh menentukan samada seseorang mampu atau tidak adalah dirinya sendiri. Kalau dia mahu mengkaji atau menyelidik tidak ada orang lain berhak menghalangnya. Itu haknya. Hak yang datang bersama kelahirannya.
Dalam membuat kajian atau penyelidikan, kita tidak perlu takut membuat salah. Sebenarnya ia juga merupakan sebahagian dari proses “safa” atau penyaringan atau diffussion. Kalau dalam satu perkara, saya dapati pendapat saya salah dan pendapat tuan betul, maka saya tidak boleh berkeras dengan pendapat saya. Saya harus akur kepada apa yang betul dan bukan terus berpegang kepada yang salah walaupun ia pendapat diri saya sendiri.
Kematangan inilah yang berlaku dalam dunia saintifik. Sebab itulah ilmu dalam dunia sains sentiasa berkembang dan tidak berhenti-henti memberi manfaat kepada umat manusia. Saintis tidak pernah takut pendapat mereka dicabar. Malah mereka sentiasa mengalu-alukannya kerana matlamat mereka bukanlah mempertahankan pendapat sendiri sebaliknya matlamat mereka adalah untuk bersama-sama mencari kebenaran.
Dan kerana sifat positif mereka itu pengetahuan manusia terus berkembang dan survival manusia diteruskan dan diperbaiki. Kalau ikut cakap sipolan, perkembangan berhenti di zaman Nabi. Bayangkan kalau tidak kerana ada manusia yang sanggup melawan arus kejahilan dan tidak takut membuat kesilapan dan memilih untuk tidak percaya percaya bulat-bulat kepada sipolan agama masing-masing, bagaimanakah agaknya survival bangsa manusia hari ini?
tolokminda
February 2, 2011 at 1:14 pm
Salam,
Apabila kita tahu apa itu salah, barulah kita tahu apa itu benar. Kalau kita rasakan apa yang bapa-bapa kita buat semuanya benar, macam mana kita nak membezakan benar atau dusta secara adil tanpa bias pada kepercayaan tradisi sendiri?
Yang menyebabkan ada manusia kekal taksub dalam kepercayaan tradisi agama masing-masing kerana mereka rasa itulah yang benarnya dan tak perlu diselidik-selidik lagi. Orang-orang macam inilah yang mewarisi sifat orang-orang musyrik terdahulu tidak kira mereka lahir dari keturunan apa sekali pun.
Jika orang Melayu memulakan langkah untuk menilai kepercayaan tradisi mereka, tidak mustahil kaum-kaum lain juga akan melakukan perkara yang sama seterusnya semua kaum itu akan bersatu di bawah kebenaran yang nyata (Islam sebenar).
Juang
February 2, 2011 at 1:52 pm
Tuan TM,
Bagaimana pendapat tuan jika perkataan “sense” itu diterjemah kepada “kepekaan”?
Puteri
February 3, 2011 at 6:07 pm
Salam Puteri,
Kepekaan okay. Tapi ia tidak mencukupi untuk menggarap maksud “sense”. Ibarat bunga ros yang cantik tetapi puan percontohkan dengan bunga tahi ayam. Begitulah keadaannya.
tolokminda
February 3, 2011 at 9:52 pm
oooooo gitu. nanti kita sama-sama fikir lagi yer!
Saya ingat bunga ros ke bunga tahi ayam ke..itu pun bunga juga, yang beza adalah jenisnya. SEDAR bahawa ROS adalah ROS adalah ROS dan bukan bunga tahi ayam … kan peka tu akan perbezaannya tapi SEDAR yang ia dalam kategori yang sama iaitu BUNGA 😀 … jadi pancaindera saya menangkap maksud nya sebagai peka, bukan sekadar peka ia dari jenis bunga dan bukan jenis buah, tapi juga peka ia adalah khusus bunga jenis apa, peka baunya bagaimana, peka akan rasanya lembut atau berduri, dan juga peka bahawa ia miliki kecantikannya yang tersendiri, bukan cantik yang dilihat hanya dari satu sudut sahaja. Justeru, saya menyangka SENSE tu sesuai dengan perkataan PEKA… ropanya tidak .. tak ngapa, nanti pelan-pelan saya bantu cari ye… (sori TM, saya ni bukan mahir sangat segi bahasa, tp ada hati nak bantu)
Puteri
February 3, 2011 at 10:55 pm
Salam Puteri,
Baguslah kalau masih mahu mencari perkataan Melayu yang boleh menterjemahkan “sense” dengan tepat. Saya sudah give up. Puan teruskanlah mencari kerana ia mungkin dapat membantu mereka yang bergantung sepenuhnya kepada bahasa Melayu.
tolokminda
February 4, 2011 at 12:53 am
Tolokminda
http://www.aastana.com/URDU/default.asp
“the truth about salat”. download.
some new lights.
In case you you have not read it.
Salam
MrZ
February 4, 2011 at 10:30 am
saya kasih saran teman, lebih berat arti dari pada ALKITAB dan ALHIKMAH iaitu KETETAPAN dan HUKUM.
So ALHIKMAH is LAW. cuba tengok 43:63 ganti kata common-sense dengan HUKUM.
satu konteks saya setuju alhikmah sebagai kebijaksanaan (WISDOM)
alhikmah tiada kena dengan hadis sipolan.
ziman
February 11, 2011 at 1:39 am
Salam Ziman,
Al-Quran mengandungi jauh lebih banyak petunjuk yang perlu difikirkan berbanding dengan hukum khusus yang ditetapkan. Saya masih melihat al-hikmah adalah common sense.
tolokminda
February 11, 2011 at 4:12 pm
common sense = Taakulan Minda
Imam Suluken
September 8, 2015 at 4:13 pm