Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Adakah benar haiwan untuk makanan hanya boleh dibunuh dengan cara menyembelih di leher?

with 4 comments

Sebelum ini saya pernah membincangkan tentang babi – yang mana pada pendapat saya, melalui semua petunjuk Al-Quran, ia bukan haiwan yang dilarang untuk kita makan. Semua dalilnya sudah saya bentangkan. Jadi samada para pembaca budiman mahu percaya atau tidak ia terpulang kepada pilihan masing-masing. Jika mahu mengulangkaji perbincangan yang saya maksudkan, sila klik link ini.

Kali ini saya mahu mengajak para pembaca sama-sama memikirkan cara membunuh haiwan untuk dimakan pula. Pada umumnya kita diberitahu bahawa haiwan yang mahu dimakan perlu disembelih. Cara yang diajar adalah dengan mengerat leher haiwan untuk memutuskan saluran darah utamanya. Itu dikatakan satu-satunya kaedah membunuh haiwan yang dibenarkan oleh Tuhan jika ia untuk makanan.

Adakah Tuhan benar-benar menetapkan kaedah itu sebagai satu-satunya cara membunuh haiwan untuk makanan? Jika kita cari di dalam Al-Quran, kaedah menyembelih haiwan dengan memotong leher sebenarnya tidak ada disebut langsung. Oleh itu wajarkah kita kata menyembelih haiwan dengan memotong lehernya sebagai satu ketetapan Tuhan yang mutlak?

Mari kita lihat bagaimana Tuhan menyatakan cara kematian haiwan yang kita tidak boleh makan.

5:3 Ditegah ke atas kamu bangkai, darah, daging yang membusuk, dan yang mana nama selain Tuhan telah disebut. Yang telah dicekik sehingga mati, yang dipukul sehingga mati, yang mati akibat jatuh dari tempat tinggi, yang ditanduk sehingga mati, yang telah dimakan sebahagiannya oleh haiwan lain kecuali kamu selamatkan semasa ia masih hidup, yang dikorbankan kepada berhala, yang dibahagikan melalui anak panah nasib. Semua ini menjijikan….”.

Melalui 5:3, Tuhan memberitahu kita bahawa haiwan yang mati dicekik, haiwan yang dipukul sehingga mati, haiwan yang mati jatuh dari tempat tinggi, haiwan yang mati ditanduk dan haiwan yang mati kerana dimakan oleh haiwan lain, haiwan yang dikorbankan kepada berhala atau haiwan yang diperjudikan nasibnya adalah dilarang untuk kita makan. Ayat ini sebenarnya memberi petunjuk tentang cara membunuh haiwan yang dilarang oleh Tuhan jika kita mahu memprosesnya menjadi makanan.

Ringkasnya, kita tidak boleh makan haiwan itu jika ia dibunuh dengan cara:

1. Turut disebut nama selain Tuhan
2. Dicekik
3. Dipukul
4. Jatuh atau dijatuhkan dari tempat tinggi
5. Ditanduk (saya berpendapat ditikam juga dalam kategori ini)
6. Menjadi mangsa haiwan lain
6. Dikorbankan kepada berhala
7. Pertaruhan nasib

Dan ayat berikut pula adalah panduan yang Tuhan beri jika haiwan yang mahu kita makan itu adalah haiwan yang perlu kita bunuh dengan cara memburu.

5.4 “Mereka bertanya kamu apakah yang dibenarkan kepada mereka. Katakan: Semua benda yang baik adalah dibenarkan kepada kamu dan apa yang telah ditangkap oleh anjing-anjing yang telah kamu ajar sebagaimana Tuhan telah mengajar kamu. Dan sebutlah nama Allah ke atasnya. Kamu harus patuh kepada Tuhan, hukuman Tuhan sangatlah keras”.

5:94 “Wahai kamu yang percaya, Tuhan mahu menguji kamu melalui aktiviti memburu yang mampu kamu lakukan menggunakan tangan atau peralatan kamu. Tuhan mahu memastikan mereka di antara kamu yang takut kepada Tuhan walaupun Dia tidak kelihatan. Sesiapa yang melanggar batasan selepas ini layak menerima hukuman yang menyakitkan”.

22:36 “Ingati nama Tuhan ke atasnya semasa kamu mensasarkannya dan apabila ia jatuh dari kejauhan…” (sebahagian ayat).

Dari semua ayat yang dikemukakan di atas, sekarang kita tahu cara kematian haiwan yang Tuhan tidak benarkan kita jadikan makanan dan juga bagaimana caranya supaya haiwan yang kita bunuh dengan cara buruan boleh kita jadikan makanan. Dalam satu ayat lain, Tuhan turut memberi petunjuk bahawa haiwan yang mati dengan sendiri juga tidak boleh dimakan.

6:145 Katakan: Aku tidak menemui di dalam yang telah diwahyukan kepadaku sebarang larangan kepada seorang pemakan untuk makan kecuali apa yang mati dengan sendirinya, atau darah yang mengalir, atau daging yang membusuk – kerana sesungguhnya ia kotor – atau yang melampaui batas di mana selain Tuhan telah diucapkan ke atasnya, tetapi bagi sesiapa yang terpaksa, bukan hendak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pemaaf dan Mengasihani.

Tetapi bagaimana dengan hukum yang mengatakan haiwan yang kita hendak makan mesti disembelih sepertimana yang kita semua diberitahu? Seperti yang saya telah katakan di atas – ia tidak disebut di dalam Al-Quran. Tuhan tidak menetapkan satu kaedah khusus membunuh haiwan untuk kita makan. Dia hanya memberitahu kita cara kematian haiwan yang tidak dibenarkan untuk kita jadikan makanan. Itulah petunjukNya.

Saya berpendapat asalkan sesuatu haiwan itu dibunuh dengan niat untuk dimakan, tidak dibunuh dengan kaedah yang ganas dan zalim, tidak disebut selain nama Tuhan atau untuk dipersembahkan kepada berhala atau dibunuh kerana pertaruhan nasib, maka kita boleh memakannya apatah lagi jika pemprosesannya dilakukan dengan cara yang elok dan higenik.

Makan makanan orang lain atau makan di negara asing sepatutnya bukan satu masalah kepada seseorang yang benar-benar faham dan percaya kepada petunjuk Tuhannya.

Written by tolokminda

December 31, 2010 at 10:07 pm

Posted in Kehidupan Harian, Makanan

Tagged with

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Saya bersetuju dengan tuan.

    Saya juga terfikir benda yg sama. Pasai apa kita beriya2 sgt diajar agar makan daging yg disembelih saja. Daging lembu kena “electrocuted” atau di bunuh cara lain tak boleh makan.

    Lalu saya terfikir. Ini tak lain kerja geng2 sarban yg pakai gaun labuh. Mungkin mereka nak buat duit lebih. Sbb bila dah kena ikut cara depa, maka nanti depa kasi la label HALAL.. maka semua benda pon kena depa yg verify halal haram. Masyuk la sikit utk geng2 sarban ni..

    Joke aside, tapi pada saya benda2 ritual semelih ni hanya benda yg dicipta oleh org Islam. Lepas tu benda yg depa reka cipta ni pulak yg menyusah kan hidup depa balik.. nak makan benda2 yg tuhan halal pon kan dah jadi susah.. benda tu senang terus jadi susah.. lepas tu dok komplen ke sana sini pasai susah nak cari daging halal.

    Anak Yang Halal

    May 13, 2011 at 12:08 pm

  2. Salam AYH,

    Saya berpendapat kaedah penyembelihan haiwan oleh orang Islam hari ini disalin dari kaedah Yahudi. Tuan boleh periksa kaedah penyembelihan Yahudi yang dipanggil “shechita”.

    tolokminda

    May 22, 2011 at 9:59 pm

  3. Salam.
    Lama Tuan TM tak mnulis. Bnyk bnda yg sya nk bljr dr anda. Tulislah lg.

    Azman

    December 13, 2013 at 7:37 pm

  4. Saya masih tersangkut pada ayat ‘tidak disebut selain nama Tuhan’.
    Mohon huraian dari pemahaman tuan.

    kamaris

    January 19, 2014 at 3:32 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: