Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Menangani gejala homoseksualiti

with 29 comments

Masyarakat manusia hari ini digejalai dengan pelbagai permasalahan moral dan sosial. Di antaranya adalah gejala homoseksualiti atau kecenderungan hubungan sejenis. Kita tahu gelaja ini telah direkodkan sebagai salah satu gelaja yang amat merosakkan dan dimurkai Tuhan. Kaum Nabi Luth adalah yang telah dipercontohkan oleh Tuhan dalam perkara ini.

Tidakkah Tuhan telah menetapkan kaedah untuk membendung kesumbangan golongan homoseksual? Sebenarnya Tuhan telah pun menetapkan kaedahnya. Mari kita lihat, bagaimanakah Tuhan mahu kita menangani gejala homoseksualiti.

4:15 Dan kepada mereka yang bersalah kerana kesumbangan (alfahishata) dari kalangan perempuan, panggillah saksi yang mendakwa mereka empat dari kalangan kamu; maka jika mereka mengesahkan kesaksian kurung mereka di rumah sehingga kematian mengambil mereka pergi atau Tuhan membuka jalan keluar untuk mereka.

4:16 Dan untuk dua orang lelaki yang bersalah melakukannya dari kalangan kamu, beri mereka hukuman itu; kemudian jika mereka insaf dan berubah, lepaskan mereka – sesungguhnya Tuhan Pengampun, Mengasihani.

Transliterasi:

Trasliterasi 4:15 – Waallatee ya/teena alfahishata min nisa-ikum faistashhidoo AAalayhinna arbaAAatan minkum fa-in shahidoo faamsikoohunna fee albuyooti hatta yatawaffahunna almawtu aw yajAAala Allahu lahunna sabeelan

Trasliterasi 4:16 – Waallathani ya/tiyaniha minkum faathoohuma fa-in taba waaslaha faaAAridoo AAanhuma inna Allaha kana tawwaban raheeman

Kunci kepada kesimpulan bahawa ayat 4:15-16 merujuk kepada golongan homoseksual – lelaki mahupun perempuan – adalah perkataan alfahishata (kesumbangan). Perkataan yang sama turut digunakan untuk merujuk kepada kesumbangan kaum Nabi Lut dan ia boleh disemak di dalam ayat-ayat berikut.

7:80  Dan Lut dia berkata kepada kaumnya: Mengapa kamu melakukan kesumbangan yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum kamu di alam ini?

Transliterasi 7:80 – Walootan ith qala liqawmihi ata/toona alfahishata ma sabaqakum biha min ahadin mina alAAalameena

29:28 Dan Lut apabila dia berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya kamu bersalah atas kesumbangan yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum kamu di alam ini.

Transliterasi 29:28 – Walootan ith qala liqawmihi innakum lata/toona alfahishata ma sabaqakum biha min ahadin mina alAAalameena

Oleh itu jika kita gunakan perkataan “alfahisata” sebagai petunjuk, maka ayat 4:15 dan 4:16 sebenarnya merujuk kepada golongan yang sama dengan kaum Nabi Lut yang disebut dalam 7:80 dan 29:28. Dengan kata lain ayat 4:15 dan 4:16 sebenarnya menggariskan bagaimana kita perlu menangani kesumbangan yang dilakukan oleh golongan homoseksual baik dari kalangan yang lelaki mahupun yang perempuan.

Adalah jelas bahawa hanya satu bentuk tindakan yang telah ditetapkan oleh Tuhan bagi kesalahan dilakukan oleh mana-mana gender yang terlibat dalam aktiviti homoseksual  – iaitu kurung mereka di rumah sehingga akhir hayat kecuali jika mereka telah insaf dan berubah. Inilah cara yang Tuhan mahu kita praktikkan bagi membendung penularan budaya sumbang seperti homoseksualiti di kalangan masyarakat.

Tetapi adakah manusia berminat dengan penyelesaian yang dianjurkan oleh Tuhan? Para pembaca budiman tentu mempunyai jawapan sendiri.

Written by tolokminda

September 6, 2010 at 2:32 am

Posted in Isu Semasa

Tagged with ,

29 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. salam TM
    Interesting topics though …tapi menurut ungkapan alfahishata [general] yang anda kemukakan ada hal yang harus diperhatikan disini dan merumuskan ayat 4.15 & 4.16 sebagai hukuman yang wajar saya kira tidak tepat. Keduanya lebih sesuai bagi penzina.[yang berhubung dengan sikap immoral berlainan jenis] Saperti yang dijelaskan dalam ayat tersebut dan tidak sesuai bagi kesalahan homosek yakni hubungan sejenis saperti yang berlaku dizaman Nabi Lut..wallahuwa’lam.

    Bersabit dengan menggunakan hukuman allah sudah sewajarnya di laksanakan ..namun olehkerana sikap kesempurnaan yang terbatas dalam manusia yang berasa “sempurna”, hukuman tuhan sering dipertikaian oleh sesetengah golongan sekadar kononnya barbaric dan tidak berperi kemanusiaan sedangkan hakikatnya mereka tidak mengetahui apa yang di tentukan allah itu lebih sempurna dan baik untuk manusia.[kerana allah mengetahui dan lebih maklum apa yang terdahulu dan terkemudian]

    sgray

    September 6, 2010 at 8:41 pm

  2. Salam TM

    Menyuruh mereka berubah iaitu dari mendatangkan kaum sejenis mereka kepada lawan jenis, seolah-olah menyuruh mereka yang normal menyukai kaum sejenis sendiri (perumpamaan). Kerana perasaan menyukai kaum sejenis melebihi kaum sendiri.

    ag

    September 6, 2010 at 8:46 pm

  3. salam TM

    And the two persons (man and woman) among you who commit illegal sexual intercourse, punish them both. And if they repent (promise Allah that they will never repeat, i.e. commit illegal sexual intercourse and other similar sins) and do righteous good deeds, leave them alone. Surely, Allah is Ever the One Who accepts repentance, (and He is) Most Merciful.ayat 4.16

    sgray

    September 6, 2010 at 11:11 pm

  4. Salam,

    Sgray – Saya berpendapat sudah cukup petunjuk yang Tuhan berikan di dalam ayat-ayat yang dikemukakan di atas bahawa perkataan “alfahishata” merujuk kepada kesumbangan yang sama dengan kesumbangan kaum Nabi Lut. Perkataan yang sama tentulah membawa maksud yang sama.

    Jika tuan mahu bercakap tentang persetubuhan haram tuan boleh rujuk di 24:2. 24:2 secara spesifik merujuk kepada kesalahan melakukan persetubuhan haram atau zina yang dilakukan oleh seorang lelaki dan seorang perempuan dan apakah hukuman yang wajar dikenakan ke atas kedua-duanya.

    Sebaliknya ayat 4:15 merujuk kepada kesumbangan (alfahishata) di antara sesama perempauan dan 4:16 merujuk kepada perbuatan yang sama dilakukan oleh sesama lelaki.

    Saya berpendapat dalam usaha memahami dan mematuhi ayat-ayat Tuhan kita perlulah bersifat objektif dan jujur. Katakan A jika ia A dan B jika ia B. Mengada-adakan, menokok tambah atau menyembunyi maksud ayat-ayat Tuhan bukanlah dari golongan orang-orang yang percaya.

    AG – Penjenayah sememangnya akan sentiasa memberi alasan untuk mewajarkan perbuatan mereka. Jadi kita nak ikut cakap penjenayah atau petunjuk Tuhan?

    tolokminda

    September 7, 2010 at 2:03 am

  5. Salam,

    Kesumbangan tersebut adalah sejenis penyakit jiwa. Penyakit yang telah mengubah fitrah manusia yang sepatutnya menyukaikan kaum berlawanan jenis, kepada menyukai sesama jenis.

    Oleh kerana penyakit ini sukar diubati dan boleh merebak dengan cepat, maka Al Quran memberikan petunjuk bagaimana mengawal gelaja ini daripada menular di dalam masyarakat iaitu dengan cara membataskan pergerakan si “pesakit” tersebut. Sama konsepnya macam pesakit H1N1 dibataskan pergerakkannya kerana penyakit itu mudah berjangkit dan merebak.

    Yang boleh mengubah perasaan suka kepada kaum sejenis menjadi suka kepada kaum berlawanan jenis itu hanyalah tuan punya diri. Jika dalam tempoh “kuarintin” itu mereka sedar akan kesilapan dan mengubah tabiat tersebut (mereka telah sembuh), barulah boleh kembali hidup seperti normal.

    Memang ada rasionalnya ayat-ayat Al Quran itu dalam usaha menangani kesumbangan tersebut.

    Juang

    September 7, 2010 at 9:58 am

  6. salam..
    Benar saperti katanya sehina2 hina manusia ciptaannya adalah mereka yang lebih hina dari binatang[hewan]…jika kita sorot kembali kejadian manusia yang diberi akal dan binatang yang tidak punya..…manusia sering berbangga dengan kelebihan kurniaan allah itu sehingga tidak kurang yang terjerumus dari landasan batas kemanusiaan itu sendiri.Dalam hal ini , homoseks..yang berlaku dikalangan manusia yang mengaku sempurna sedangkan hewan tidak langsung mendekatinya Nah mengapa ini berlaku dikalangan kita.Tidak lain kerana kita sering terpedaya dengan akal dan ilmu sehingga sewenang2 wenangnya membuat andaian dengan berdasarkan akal fikiran…yang tidak berlandaskan kebenaran.

    kalau kita lihat dengan jelas ayat 7.84 adalah lebih sesuai bagi mereka dari golongan ini…direjam atau dihujani dengan batu sampai mati.[lebih wajar saperti yang di contohkan ayat tersebut.}

    sgray

    September 7, 2010 at 2:42 pm

  7. Salam TM.

    KATANYA..Saya berpendapat dalam usaha memahami dan mematuhi ayat-ayat Tuhan kita perlulah bersifat objektif dan jujur. Katakan A jika ia A dan B jika ia B. Mengada-adakan, menokok tambah atau menyembunyi maksud ayat-ayat Tuhan bukanlah dari golongan orang-orang yang percaya.

    Saya bersetuju sekali dengan kenyataan anda.Yang harus ditimbangkan adalah persepsi dan pemahaman sesaorang itu…masa saya harus bersetuju dengan pemahaman anda..sebagaimana anda meragui fahaman saya.
    Nobodys perfect bro melainkan Allah.

    sgray

    September 7, 2010 at 2:48 pm

  8. Salam TM,

    TM said – [Saya berpendapat sudah cukup petunjuk yang Tuhan berikan di dalam ayat-ayat yang dikemukakan di atas bahawa perkataan “alfahishata” merujuk kepada kesumbangan yang sama dengan kesumbangan kaum Nabi Lut. Perkataan yang sama tentulah membawa maksud yang sama.]

    Ya, saya faham maksud anda namun dengan alasan perkataan yang sama tidak bererti ianya harus memperkatakan keadaan yang sama.Yang jelas kesumbangan atau lebih tepat sikap immoral itu berbeza antara keduanya.
    Kalau kita hayati sebenarnya perlakuan biadap golongan homoseks ini tidak berlaku sepanjang zaman Muhammad saw dan dikalangan umat2 yang benar2 beriman .Kedatangan islam yang di sampaikan Muhammad sebagai penyambung agama ALLAH jelas menghakis sikap yang diamalkan oleh umatnya nabi lut..peristiwa kebakaran dan musibah menimpa kaum lut jelas Maka saya kira wajar kalau hukuman yang setimpal saperti apa yang di tentukan Allah melalui ayat 7.84…samaada bersetuju atau tidak yang pasti sikap golongan ini , wajar dibasmikan sama sekali [hukuman mati]

    sgray

    September 8, 2010 at 12:28 am

  9. salam TM,

    TM said..[ Jika tuan mahu bercakap tentang persetubuhan haram tuan boleh rujuk di 24:2. 24:2 secara spesifik merujuk kepada kesalahan melakukan persetubuhan haram atau zina yang dilakukan oleh seorang lelaki dan seorang perempuan dan apakah hukuman yang wajar dikenakan ke atas kedua-duanya.
    Sebaliknya ayat 4:15 merujuk kepada kesumbangan (alfahishata) di antara sesama perempauan dan 4:16 merujuk kepada perbuatan yang sama dilakukan oleh sesama lelaki.]

    Ayat2 yang tuan bawakan disini adalah saperti yang saya katakana..hubungan jenis antara dua orang yang berlainan seknya.Ayat 24.2 mengukuhkan lagi secara terperinci apa yang di katakan dalam ayat contoh anda[4:15 & 4:16…] terpulang pada anda untuk memehaminya.
    Ia bukan sesuatu yang ingin saya perkatakan .. Pertikaian ayatnya tidak membawa kita kemana2 yang pasti sejauh mana penerimaan kita yang kononnya berpegang dengan perintah Allah [AG – Penjenayah sememangnya akan sentiasa memberi alasan untuk mewajarkan perbuatan mereka. Jadi kita nak ikut cakap penjenayah atau petunjuk Tuhan?] mahu menerima dan melaksanakan hukuman tersebut.Hukuman Allah yang sering di perkatakan dan di perlekehkan umat [ both believers& non believers] Yang jelas menafikan hukum allah itu kufur.Wallahuwa’lam

    sgray

    September 8, 2010 at 12:30 am

  10. Salam,

    Kehendak biologi atau seks adalah perkara normal. Tapi antara kita dengan haiwan ada bezanya. Manusia di batasi oleh hukum Quran. Haiwan tidak ada masalah dari segi homoseksual. Sememangnya ada haiwan yang melakukan homoseksual seperti cimpanzee dll. Itupun tidak semua kerana pelempiasan nafsu mereka tidak terkawal dalam keadaan tertentu.

    Tapi walau apapun jenis seksual tanpa nikah, samada homoseksual hetroseksual semuanya telah di tunjukkan oleh Tuhan akibatnya di dunia ini. Penyakit siflis, gonorea, aids dll penyakit ganjil yang timbul adalah kerana melanggar perintah Quran. Tuhan mencipta manusia. Tapi manusia melampaui batas. Homoseksual seolah-olah seperti kita memaksa batang magnet positif bertemu positif atau negatif bertemu negatif.

    Penyakit Siflis akibat air mani bercampur air mani yang lain. Air mani asal juga dari darah. Kalau darah O campur darah A, binasalah akibatnya. Sains membuktikan kebenaran Al-Quran.

    Tidak dapat dinafikan semua perbuatan keji ini adalah kerana nafsu semata-mata. Melampaui batas hukum memang buruk akibatnya. Sejarah membuktikannya.

    message114

    September 10, 2010 at 2:36 am

  11. Salam,

    Banyak ayat-ayat Al Quran memperingatkan tentang perbuatan melampau batas. Memang terbukti dalam kehidupan ini, apa jua tindakan yang melampaui batas, pasti akan mendatangkan musibah kepada manusia itu sendiri. Umpamanya makan/minum melampaui batas kepertluan tubuh badan menyebabkan badan cepat naik dan mudah diterkena penyakit kronik. Berbelanja melampaui batas (boros) boleh menyebabkan manusia terbeban dengan hutang dan kepapaan. Memandu dengan kelajuan melampaui batas juga mengundang kecelakaan. Pendek kata, banyak perbuatan manusia yang jika dilakukan dalam keadaan melampau batas, pasti padahnya kembali kepada diri manusia itu sendiri.

    Jika manusia mencari pasangan sama jenis sedangkan pasangan berlawan jenis ramai, sudah pasti itu satu perbuatan yang melampaui batas. Kalau kita merenung panjang, andaikata semua manusia sudah melampaui batas sehingga tertarik dengan pasangan sejenis, tidak mustahil umat manusia akan pupus kerana tiada lagi generasi baru dilahirkan. Perasaan kasih-sayang kepada kaum berlawanan jenis jadi hilang sebab masing-masing hanya memuja kaum yang sejenis sahaja.

    Juang

    September 15, 2010 at 2:42 pm

  12. Sila sertai forum baru….

    http://wahyuilahi.findforum.net

    kiki

    September 20, 2010 at 3:12 am

  13. salam
    Amat benar sekali saperti yang di katakan saudara Juang.

    “And We have certainly created for Hell many of the jinn and mankind. They have hearts with which they do not understand, they have eyes with which they do not see, and they have ears with which they do not hear. Those are like livestock; rather, they are more astray. It is they who are the heedless”.7.179

    sgray

    September 20, 2010 at 1:58 pm

  14. pbuu,

    Shall I seek other then GOD as a source of law, when HE has revealed to you this book fully detailed. Those who received the scripture recognize that it has been revealed from your LORD, thruthfully. You shall not harbor any doubt. (6:114)

    The word of your LORD is complete in truth and justice.Nothing shall abrogate His words. He is the Hearer, the Omniscient. (6:115)

    If you obey the majority of people on earth, they will divert you from the path of GOD. They follow only conjecture and they only guess. (6:116)

    Your LORD is fully aware of those who stray off HIS path, and HE is fully aware of those who are guided (6:117)

    more to follow…..

    chong

    September 20, 2010 at 8:00 pm

  15. Salam,

    If you obey the majority of people on earth, they will divert you from the path of GOD. They follow only conjecture and they only guess. (6:116)

    Bayangkan, ulamak sunni, mengatakan mazhab-mazhab sunni atau ahlul sunnah wal jamaah adalah pengikut yang paling ramai atas planet bumi ini ……

    sehinggakan tak boleh dipertikaikan lagi pendapat-pendapat jumhur ulamak. Bak kata pak ustaz “Tak payah lagi pikir-pikir, ikut saja kitab-kitab kuning, kitab hijau yang telah di tulis oleh ulamak-ulamak muktabar, maka kita tidak akan tersesat…..” Maka bervolume-volumelah kitab-kitab pelbagai warna dalam almari untuk rujukan umat Islam.

    Kononnya, kitab-kitab ini mengupas lebih lanjut perkara yang tidak lengkap diperkatakan dalam Al-Quran.

    Bayangkan mereka berani mengatakan ada perkara yang tidak jelas dalam Al-Quran dan perlu diperjelaskan lagi dengan hadis-hadis.

    Tidakkah mereka memahami apa kata Tuhan dalam Quran:

    The word of your LORD is complete in truth and justice.Nothing shall abrogate His words. He is the Hearer, the Omniscient. (6:115)

    Maka pada sehingga sekarang ada dua golongan iaitu golongan yang ikut Quran 100 peratus dan tidak ada yang lain dan golongan yang kurang yakin dengan Quran tapi dilengkapi dengan hadis-hadis.

    Bukti ayat Quran :

    Your LORD is fully aware of those who stray off HIS path, and HE is fully aware of those who are guided (6:117)

    message114

    September 21, 2010 at 10:13 am

  16. pbuu,

    Thank you! message114,u have the skill! pse keep on emphasised verses that i’ve posted in…i’ve mention earlier that i’ve no skill in that!!!!

    Berikut dlm bm,

    6:114. Apakah aku akan mencari penghakiman dari selain Allah dan Dia yang menurunkan kepadamu programnya dengan terperinci dan orang yang Kami datangkan kepada mereka programnya mereka mengetahui dianya diturunkan oleh pemeliharamu dengan sebenar maka janganlah kamu menjadi orang yang keraguan.
    115. Maka selesailah sudah kalimah pemeliharamu dengan sebenar dan adil dan tiada sesiapa pun dapat mengubah kalimahnya dan Dia yang mendengar yang mengetahui.
    116. Dan jika kamu mentaati kebanyakan dari manusia dibumi mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah, tidaklah mereka mengikuti kecuali prasangka dan hanyalah khayalan dan anggapan mereka.
    117. Pemeliharamu mengetahui siapa telah sesat dari jalanNya dan siapa yang telah mendapat petunjukNya.

    Mana mungkin saya ta’faham Arab??????ada sesiapa masih ragu2 lagi???????

    chong

    September 21, 2010 at 12:34 pm

  17. Salam,

    Dahulu mereka mengemukakan alasan, “si penyampai itu tidak tahu berbahasa Arab, maka hujahnya tidak boleh diterima”.

    Kemudian Allah susuli pula dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab untuk membenarkan apa yang si penyampai itu katakan dengan membawa ayat-ayatNya dalam bahasa yang difahami. Maka orang-orang yang tidak percaya pun berkata, “inilah sihir yang nyata”.

    Juang

    September 22, 2010 at 6:18 am

  18. pbuu,

    Sila hayati ayat2 berikut:-

    3:169. Dan janganlah kamu menganggap orang yang telah gugur dijalan Allah itu meninggal malahan mereka hidup disisi pemelihara mereka dengan pemberian ganjaran lumayan dari Allah.

    4:82. Apakah mereka tidak ambil berat tentang -lqur’aana/bacaan ini, jika dianya dari selain Allah pastinya terdapat banyak perbezaan.
    4:83. Dan apabila datang kepada mereka perintah urusan dari hal keamanan atau kecemasan mereka menghebahkanya dan jika dikembalikan kepada penyampai dan penguasa mereka pasti mengetahui orang yang telah melakukan penyelidikan. Jika Allah tidak berikan pengasihanya pasti kamu mengikuti jejak watak jahat kecuali sedikit dari kamu.

    54. Wahai orang yang amanah sesiapa telah berpaling dari cara hidupNya maka Allah pasti mengujudkan suatu kaum yang dicintaiNya dan mereka mencintai Dia dan Dia sangat berlembut dengan orang yang amanah dan sangat tegas dengan orang yang tidak percaya. Mereka telah berjuang dijalan Allah dan tidak takut kepada cemuhan orang yang mencemuh mereka. Itulah pemberian Allah yang diberikan kepada sesiapa dikehendaki dan Allah mengetahui dan luas pengetahuanya.
    5:55. Wali kamu hanyalah Allah dan penyampainya dan orang yang amanah dan orang yang menegakkan komitmen kewajipan dan menunaikan kemurnianya dan mereka yang patuh.

    47:16. Dan dari mereka yang mendengar kamu apabila beredar darimu mereka berkata apakah ilmu pengetahuan yang baru diceritakan tadi maka Allah pasti menyita hati mereka yang mengikuti hawa nafsunya.
    47:17. Dan mereka yang diberi petunjuk pasti bertambah-tambah petunjuk dan keperihatinan mereka.
    47:18. Maka apakah yang mereka tunggu-tunggukan melaikan detik saatnya yang akan datang dengan serta-merta dan pastinya telah datang isyaratnya kepada mereka melalui peringatan-peringatan/dzikiraahum.

    49:12. Wahai orang yang amanah jauhilah sifat prasangka kerana prasangka adalah dosa dan jangan mengitip dan mengumpat diantara kamu. Apakah kamu suka ‘makan bangkai’ saudara sendiri pasti kamu benci maka prihatinlah Allah dan Dia penerima taubat dan penyayang.
    49:13. Wahai manusia Kami ciptakan kamu dari jantan dan betina dan dijadikan berbagai bangsa dan puak untuk saling mengenali diantara kamu itulah kemuliaan dan keperihatinan disisi Allah dan Allah yang mengetahui yang menyedari.

    Semoga lagi mencerahkan!!!

    chong

    September 22, 2010 at 9:45 am

  19. Salam,

    Sememangnya seperti saya katakan saudara-saudara mempunyai kelebihan, ini adalah anugerah Tuhan untuk dimanfaatkan ke jalan Allah yang lurus dan benar – Please gunakanlah sebaik mungkin dengan ikhlas dan jujur dengan tidak mengenal penat dan berputus asa. Tuhan bersama-sama orang-orang yang percaya dan benar.

    Bangkitlah, bangkitlah saudara-saudaraku sebagai orang-orang yang ditakdirkan memperingkatkan mereka-mereka yang sudah jauh terpesong dari kitab Tuhan. Sedarkanlah mereka yang sudah sekian lama sesat dan mendustakan cara hidup sempurna yang Tuhan programkan untuk umatNya.

    Ingatlah – usaha, perjuangan dan pergorbanan saudara-saudara adalah untuk umat manusia keseluruhannya terutama umat Islam yang sudah ketinggalan dan tercorot dalam bidang kemajuan sains dan teknologi. Kita berharap generasi dan kaum kita berani berubah dan membebaskan diri dari ajaran-ajaran dan kepercayaan yang diada-adakan, karut-marut dan yang celakanya, selain dari menyekutukan Tuhan, ia juga banyak ‘disadvantage’ – contoh: Ketika orang lain berusaha dalam bidang R&D menerokai ilmu-ilmu Tuhan, kaum kita pula berusaha dari mudah hingga ke umur tua memikirkan dan menyimpan untuk urusan lawatan ke Negara Arab dan banyak lagi kelemahan-kelemahan lain seperti saudara-saudara telah bentangkan dalam perbincangan di blog TM ini. Salah satu contoh yang tepat seperti saudara Juang bentangkan iaitu – Pasukan Bola Sepak Agama Islam Arab Vs Pasukan Bola Sepak Agama lain.

    Sekian, terima kasih.

    Jagundul

    September 22, 2010 at 2:07 pm

  20. Salam,

    4:82. Apakah mereka tidak ambil berat tentang -lqur’aana/bacaan ini, jika dianya dari selain Allah pastinya terdapat banyak perbezaan.

    Inilah kekuatan Al Quran berbanding kitab riwayat. Pengajaran di dalam Al Quran tidak saling bercanggahan antara satu sama lain. Konsisten sahaja.

    Jika perbuatan iblis dengki kepada Adam dan keturunannya sudah dikira salah di sisi Allah, sampailah kepada perbuatan ahli-ahli kitab dengki kepada Rasulullah pun dikira salah di sisi Allah.

    Jika Rasul terawal menyeru jangan mempersekutukan Allah, sampai ke Rasul yang terakhir pun menyeru perkara yang sama.

    Jika selepas zaman seseorang Rasul terdahulu, tiada kisah pengumpulan riwayat hadis mereka diperlukan, sampailah ke zaman Rasul terkemudian, Al Quran tidak menceritakan perihal pentingnya pengumpulan riwayat hadis.

    Dengan melihat konsistensi Al Quran itu, kita boleh nampak sesuatu perkara yang diada-adakan yang tidak pernah secara konsistennya dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu.

    Juang

    September 23, 2010 at 7:30 am

  21. salam,

    Wa-itha jaahum amrun minaal-amni awi alkhawfi athaAAoo bihi walaw raddoohu ilaarrasooli wa-ila olee al-amri minhum laAAalimahuallatheena yastanbitoonahu minhum walawla fadluAllahi AAalaykum warahmatuhu lattabaAAtumuashshaytana illa qaleela.QS 4.83

    sgray

    September 26, 2010 at 9:52 pm

  22. Ikuti Al-Quran, bukan ikut buta-tuli

    sgray

    September 26, 2010 at 9:55 pm

  23. pbuu,
    Sila buktikan, ‘Ikuti Al Qur’an membuta-tuli’??????? Jika tidak sila hayati ayat2 berikut:-

    39:18. Orang yang mendengar perkataanNya dan mereka patuh mengikuti yang terbaik darinya maka mereka itulah Allah memberi petunjuk dan mereka bijak menggunakan akal untuk berfikir.

    23. Allah telah menurunkan hadis yang terbaik dianya program yang serupa berulang-ulang maka akan mengeletar kulit orang yang takut kepada pemeliharanya kemudian menjadi lembut kulit dan hatinya apabila mengingati Allah, itulah petunjuk Allah dan telah diberi petunjuk kepada sesiapa dikehendaki dan Allah tidak akan memberi sebarang petunjuk kepada sesiapa yang telah sesat.

    24. Adalah maka siapa telah prihatin dengan penampilan buruk, adalah azabnya pada hari kebangkitanya dan dikatakan untuk orang yang zalim rasakanlah olehmu apa adalah telah kamu usahakanya.

    36. Bukankah Allah telah cukupkan segalanya kepada hambanya tetapi mereka telah takutkan kamu dengan orang selainNya dan sesiapa telah sesat maka Allah tidak akan memberi petunjuk kepadanya.

    45. Dan apabila hanya Allah diperingatkan satu-satunya hati orang yang tidak amanah dengan hari akhiratnya menjadi resah gelisah dan apabila diingatkan selain Allah, mereka melonjak-lonjak keriangan.

    46. Katakanlah Allah pengasas langit dan bumi dan mengetahui yang ghaib dan menjadi saksi atas segalanya dan hanya Kamu yang membuat keputusan atas apa telah mereka pertikaikan.

    Kalau tidak juga!!! hayati ayat berikut:-

    3:119. Kamu sangat menyukai mereka tetapi mereka tidak menyukai kamu dan kamu amanah dengan program kesemuanya dan apabila mereka menemui kamu mereka berkata kami amanah dan apabila mereka menyendiri mereka menggigit jari menunjukkan kebencian kepadamu. Berkata, pergi matilah dengan kebencianmu, sesungguhnya Allah mengetahui segala apa didalam dadamu.
    Salaaaaaaaam!!

    chong

    September 26, 2010 at 11:29 pm

  24. Salam,

    Ayat 3:119 itu paling “power” untuk ditujukan kepada orang-orang yang benci kepada orang-orang yang hanya mahu mengagungkan Allah semata-mata.

    Juang

    September 27, 2010 at 12:37 am

  25. salam

    Perhatikan firman-Nya dalam QS 10: 99. “Dan, jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka, apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?”

    sgray

    September 27, 2010 at 8:38 am

  26. Salam,

    Mari kita renungkan. Kenapa Allah turunkan Al Quran yang ada lebih 6000 ayat itu? Apakah itu satu bentuk paksaan agar manusia beriman?

    Tidak, ia hanyalah menjadi Peringatan kepada orang-orang yang mahu mengambilnya sebagai Peringatan. Kepada yang tak mahu, tiada siapa yang boleh membuka pintu hati orang lain melainkan tuan punya hati itu.

    Bagi mahu yang beriman, dibawakan perumpamaan sekecil nyamuk pun mereka akan beriman. Tetapi bagi yang tak mahu beriman, dibawakan perumapamaan sebesar alam semesta pun mereka tak mahu beriman.

    Juang

    September 27, 2010 at 8:45 am

  27. pbuu,
    Masih ta’caya lg, sila hayati ayat2 berikut:-

    22:51. Dan kepada orang yang berusaha untuk mengecewakan ayat-ayat Kami maka mereka itulah penghuni –ljahiimi.
    52. Dan Kami tidak utuskan sebelum kamu penyampai atau penyebar melainkan mereka telah dilemparan kelamunan/tamannaa dan angan-angan oleh watak jahat. Maka Allah hapuskan apa yang telah dilemparkan watak jahat kemudian Allah menetapkan hukum dengan ayat-ayatNya dan Allah yang mengetahui lagi bijaksana.
    53. Dan dijadikan apa yang telah dilemparkan watak jahat sebagai ujian kepada orang yang sakit hati dan keras hati dan pastinya orang yang zalim sentiasa menentang dan dijauhi.
    54. Dan sesiapa yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui yang benar hanya dari pemeliharamu maka mereka amanah denganya dan lembut hati mereka dan Allah pasti memberi petunjuk kepada jalan lurus untuk mereka yang amanah.
    55. Dan orang yang tidak percaya sentiasa dalam keraguan sehingga datang kepada mereka detik saatnya serta-merta atau ditimpakan azab pada hari kebangkitan keatas mereka.
    56. Pada hari itu kuasa mutlak milik Allah dan diputuskan hukum diantara mereka maka orang yang amanah dan yang beramal soleh dimasukkan ketaman syurganya penuh kenikmatan.
    57. Dan orang yang tidak percaya dan yang mendustakan ayat-ayat Kami dibalas dengan azab yang sangat hina.
    58. Dan mereka yang berpindah kejalan Allah kemudian terbunuh atau mati pastinya Allah rezekikan mereka dari yang terbaik dan Allah yang terutama pemberi rezeki.
    59. Pastinya dimasukkan mereka ketempat masuk yang disenangi dan hanya Allah yang mengetahui segalanya.
    60. Demikianlah balasan yang serupa akan dibalas sekiranya dia ditindas dan pasti Allah menolongnya dan Allah yang pengampun dan pemaaf.
    61. Dan Allah telah masukan malam kedalam siang dan telah masukan siang kedalam malam dan Allah yang mendengar yang melihat.
    62. Dan hanya Allah yang benar dan sesiapa yang telah menyeru selain Dia adalah palsu dan Allah yang terunggul yang agung.
    63. Tidakkah kamu lihat yang Allah telah turunkan dari langitnya air maka suburlah dan hijaulah bumi dan Allah yang teliti yang menyedari.
    64. Pemilik apa yang dilangit dan dibumi dan Allah terkaya dan terpuji.
    65. Apakah tidak kamu lihat Allah telah menundukkan kepadamu segala yang dibumi dan kapal yang belayar dilautan dengan perintahnya dan yang menahan langit dari jatuh kebumi melainkan dengan izinNya dan Allah mengasihi dan menyayangi sekelian manusia.
    66. Dan Dia yang menghidupkan dan mematikan kamu kemudian dihidupkan semula akan tetapi manusia masih ingkar.
    67. Setiap ummat Kami jadikan ibadatnya suatu upacara maka janganlah kamu pertikaikan hal urusan mereka tetapi serulah mereka kepada pemeliharamu supaya bersamamu diatas jalan petunjuk yang lurus.
    68. Dan jika mereka pertikaikan kamu maka katakanlah Allah mengetahui segala apa yang telah kamu kerjakan.
    69. Allah pasti mengadilinya diantara kamu pada hari kebangkitanya atas apa telah kamu pertikaikan tentangnya.
    70. Tidakkah kamu ketahui yang Allah mengetahui segalanya dilangit dan dibumi kerana Dia yang programkanNya itu bagi Allah sangat mudah.
    71. Namun mereka berkhidmat selain Allah apa yang tidak diturunkan kuasa kepadanya dan tiadalah mereka miliki ilmu pengetahuan maka tiada sesiapa akan memberi pertolongan kepada orang yang zalim.
    72. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami dengan terang dan jelas, kamu dapat mengenali penampilan orang yang tidak percaya dan ingkar dan mereka cuba menyerang orang yang telah bacakan ayat-ayat Kami maka katakanlah apakah tidak dikhabarkan kepadamu azab api yang Allah telah janjikan kepada orang yang tidak percaya maka sangatlah buruknya tempat kembalimu.
    73. Wahai manusia telah dicetuskan misalan maka dengarlah misalanya; Mereka yang kamu seru selain Allah tidak pun dapat mencipta sekor lalat walau mereka bersepakatan dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka tidak akan dapat pertahankanya maka sangatlah lemah orang yang tercari-cari/thaalibu dan orang yang dicari/mathluubu.
    74. Mereka tidak dapat menilai Allah dengan sebenar-benar penilaian sedangkan hanya Allah yang perkasa yang agung.
    75. Allah telah memilih dari unsur kuasaNya dan manusia sebagai penyampai utusanNya dan Allah yang mendengar yang melihat.
    76. Dan mengetahui yang telah lalu dan yang akan datang dan kepada Allah segala urusan dikembalikan.
    77. Wahai orang yang amanah akurlah dan patuhlah dan berkhidmatlah kepada pemeliharamu dan amalkan keutamaan pasti kamu berjaya.
    78. Dan berjuanglah dijalan Allah dengan sebenar-benar perjuangan dan Dia telah memilih kamu dan tidak dijadikan kesulitan dalam peraturan hidupmu dan itulah anutan bapamu ibraahiima yang menamakan kamu orang yang menyerah diri sejak dahulu dan penyampainya menjadi saksi dan kamu menjadi saksi kepada manusia maka tegakkanlah komitmen kewajipanmu dan tunaikanlah kemurnianya dan berpegang teguhlah kepada Allah yang memberi pelindungan dan pertolongan.

    Akhirnya Surah (22) Al Hajj. Salaam.

    Salaaaaaaaaaaaaam!!

    chong

    September 27, 2010 at 9:25 am

  28. salam Juang,

    Amat bersetuju sekali dengan kata2 anda..KEBENARAN sudah jelas tinggal pilih shaja.

    amin

    sgray

    September 28, 2010 at 2:17 pm

  29. Salam saudara-saudaraku yang berada dalam blog ini.

    KEBENARAN sudah jelas tinggal pilih sahaja. Dengan itu marilah sama-sama menyebarkan blog yang murni ini – mudah-mudahan dengan keredhaanNya maka lebih ramai lagi akan berpeluang melayari satu-satunya blog seumapanya ini, maksud saya, blog bebas dari dan menolak sekeras-kerasnya penyelewengan dan pendustaan terhadap Alquran. Ya Tuhan Maha Esa, Pencipta Alam Semesta, mengetahui, Penyayang dan Pengampun berkatilah dan restui usaha yang benar, tulus dan ikhlas ini demi kebaikan, keamanan, ketenteraman dan kesejahteraan sejagat khusus umat Islam di negara Malaysia yang tercintai ini supaya menjadi contoh dan akhirnya menjadi ikutan. Jadikanlah kami manusia-manusia patuh pada ketetapanMu – jalan lurus Yang Engkau programkan. Jauhkan kami dari sifat-sifat angkuh, sombong dan bongkak. Jauhkanlah kami dari menyekutukanMu.

    Sekian, terima kasih.

    Jagundul

    October 8, 2010 at 12:56 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: