Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Tuhan suruh para peniaga komited kepada ketetapan-ketetapanNya dalam menjalankan urusan mereka dan bukannya membuang masa dengan ketetapan-ketetapan lain yang sia-sia

with 8 comments

Kali ini saya ingin membawa sekali lagi terjemahan iiu.edu.my yang saya fikir maksudnya telah diseleweng sehingga memudarkan mesej Tuhan yang sebenar.

24:36 (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

24:37 (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

24:38 (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.

24:39 Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Transliterasi:

24:36 Fee buyootin athina Allahu an turfaAAa wayuthkara feeha ismuhu yusabbihu lahu feeha bialghuduwwi waal-asali

24:37 Rijalun la tulheehim tijaratun wala bayAAun AAan thikri Allahi wa-iqami alssalati wa-eeta-i alzzakati yakhafoona yawman tataqallabu feehi alquloobu waal-absaru

24:38 Liyajziyahumu Allahu ahsana ma AAamiloo wayazeedahum min fadlihi waAllahu yarzuqu man yashao bighayri hisabin

24:39 Waallatheena kafaroo aAAmaluhum kasarabin biqeeAAatin yahsabuhu alththam-anu maan hatta itha jaahu lam yajidhu shay-an wawajada Allaha AAindahu fawaffahu hisabahu waAllahu sareeAAu alhisabi

Perhatikan bagaimana terjemahan iiu.edu.my telah memasukkan perkataan “ibadat” beberapa kali di dalam terjemahan mereka sedangkan ia tidak disebut di dalam teks asal Al-Quran. Ayat-ayat 24:36-38 jelas merujuk kepada para peniaga tetapi terjemahan iiu.edu.my berlegar dalam hal rumah ibadat, ibadat dan “orang-orang yang kuat imannya”. Para pembaca budiman telitilah sendiri. Saya sertakan sekali transliterasi bagi tujuan itu.

Dan berikut adalah terjemahan semula yang saya lakukan berdasarkan beberapa terjemahan lain.

24:36 Di dalam rumah-rumah yang Tuhan izinkan ia didirikan dan namaNya disebut di dalamnya. Dia diagungkan di dalamnya setiap pagi dan petang.

24:37 Oleh mereka yang tidak terganggu dengan perniagaan dari peringatan Tuhan dan berpegang kepada komitmen dan memurnikannya. Mereka takut satu hari apabila jantung dan penglihatan di terbalikkan.

24:38 Tuhan akan membalas mereka dengan yang terbaik di atas apa yang mereka telah lakukan dan Dia akan menambah untuk mereka kemurahanNya. Dan Tuhan mengurniakan kepada sesiapa saja yang dikehendaki tanpa mengira.

24:39 Dan kepada mereka yang tidak percaya, kerja-kerja mereka adalah seperti fatamorgana di gurun. Orang yang dahaga fikir ia adalah air, sehinggalah ia sampai kepadanya dia tidak menemui apa-apa dan dia dapati Tuhan di sana dan Dia membalas apa yang wajar kepadanya, dan Tuhan amat cepat pengiraannya.

Tafsiran saya:

Para peniaga atau ahli perniagaan yang baik adalah mereka yang tidak lalai dari peringatan Tuhan dalam usaha yang mereka jalankan – mereka sentiasa berpegang kepada komitmen perniagaan yang Tuhan telah tetapkan kepada mereka dan sentiasa memurnikan komitmen tersebut demi Tuhan (24:37). Dengan berbuat demikian mereka sebenarnya mengagungkan Tuhan pada setiap masa ketika menjalankan aktiviti perniagaan di dalam premis-premis (rumah-rumah – buyootin) perniagaan yang pada hakikatnya dapat mereka bina dengan keizinan Tuhan (24:36).

Di atas usaha mereka berniaga dengan baik selaras dengan apa yang telah Tuhan tetapkan, maka Tuhan akan membalas dengan kemurahanNya. Dalam konteks ayat – ia bermaksud keuntungan dan kemakmuran (24:38)

Dengan kata lain, tiga ayat di atas adalah tentang nasihat Tuhan bagi sesiapa yang menjalankan perniagaan. Perniagaan tidak boleh menjadikan mereka lalai kepada peringatan Tuhan sebaliknya perniagaan itu mestilah dijalankan selaras dengan peringatanNya. Ketetapan-ketetapan Tuhan mengenai perniagaan sebenarnya telah digariskan di dalam Quran. Oleh itu para peniaga perlu menjadikan semua ketetapan Tuhan tersebut sebagai komitmen sambil memurnikannya demi Tuhan semata-mata. Jika itu yang dilakukan oleh para peniaga maka premis-premis perniagaan mereka akan sentiasa subur dengan pengagungan kepada Tuhan.

Para peniaga tidak perlu keluar dari premis perniagaan mereka untuk mengagungkan Tuhan. Mereka boleh melakukannya di dalam premis mereka sendiri sepanjang masa – pagi dan petang. Apa yang mereka perlukan hanyalah kepatuhan kepada ketetapan-ketetapan Tuhan dalam aktiviti yang mereka jalankan dan Tuhan akan membalas dengan hasil yang terbaik serta menambahkannya tanpa mengira.

Kemudian ayat 24:39 Tuhan mempertunjukkan perbezaan di antara kerja orang yang percaya – seperti para peniaga yang patuh sebagaimana yang disebut dalam 24:36-38 dengan kerja orang-orang yang tidak percaya. Tuhan memberitahu kita kerja orang yang tidak percaya adalah seperti fatamorgana – yang nampak macam sangat baik atau sangat berbaloi atau sangat berguna atau dapat membantu atau dapat menyelesaikan masalah – ibaratnya kalau orang dahaga dia ingat itu air yang dapat menyelamatkan dirinya – tetapi sebenarnya ia hanyalah khayalan, sia-sia – bukanlah sesuatu yang boleh digantung harap. Apabila mereka menemui Tuhan nanti barulah mereka akan sedar bahawa apa yang mereka lakukan tidak mendatangkan apa-apa manfaat bahkan apa yang menanti hanyalah hukuman Tuhan saja.

Sebagai penutup, saya lontarkan satu persoalan. Adakah iiu.edu.my mahu kita menjadi golongan yang tidak percaya sebagaimana yang disebut oleh Tuhan dalam 24:39 melalui terjemahannya? Para pembaca budiman buatlah penilaian dan semakan sendiri. Saya fikir adalah tidak wajar untuk kita menunggu sehingga mati dan bertemu Tuhan untuk mengetahui apakah yang benar dan apakah yang palsu. Sekarang adalah peluang untuk kita faham mesej-mesej sebenar Pencipta kita jika kita benar-benar mahu menjadi seseorang atau umat yang berjaya baik di dunia mahupun akhirat.

Written by tolokminda

August 21, 2010 at 10:54 am

Posted in Kehidupan Harian

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Teruskan usaha kamu yang murni ini. memang ramai yang membaca dan mengekuti perbincangan kamu secara senyap-senyap. Saya bersyukur kerna dapat membaca blog tuan dan komen-komen yang bernas dari saudara Juang dan lain-lain. Mudah-mudahan KEBENARAN ini menyedarkan kita bahawasahnya kita sudah tertipu – dan kembalilah berpegang pada kitab Allah Alguran.

    Terima kasih untuk kamu dan salam sayang.

    Jagundul

    August 21, 2010 at 4:09 pm

  2. Salam,

    Secara logiknya kalau kita berusaha dan komited dengan jujur dan ikhlas dalam perniagaan, maka kita akan berjaya kecuali dengan kehendak Allah, rezeki adalah ketentuanNya. Mungkin hanya sebagai cobaanNya atau sekadar Tuhan hendak memperingatkan kita.

    Cuma bagi orang yang kononnya berjaya berniaga kerana rasuah dan tipu juga adalah juga cobaan Tuhan bagi usahawan itu. Tuhan tidak paksa kita jalan mana yang kita ikut. Tapi akibat jalan yang salah ada impak negatif dalam hidup kita.

    message114

    September 10, 2010 at 2:53 am

  3. Salam,

    Bergantung kepada perspektif seseorang manusia untuk memahami maksud “berjaya”. Ada manusia menilai kejayaan dari segi material semata-mata. Maka jika kaya dengan hasil rasuah atau menipu, mereka rasa mereka sudah berjaya. Tetapi ada manusia menilai kejayaan berdasar kebaikan atau manfaat yang disumbangkan (pengorbanan diri) untuk sesama manusia. Macam para tentera/polis yang mengorbankan kepentingan diri demi keamanan sejagat, sudah pasti mereka lebih berjaya daripada seorang peniaga yang kaya-raya tetapi penuh rasuah dan penipuan.

    Juang

    September 10, 2010 at 11:43 am

  4. Salam Juang,

    Peranan polis / tentera tidak dapat di nafikan. Mereka bertaruh nyawa menghadapi pelbagai kemungkinan dan tak di sangka-sangka.

    Contoh :

    1. Cabaran tentera bukan hanya setakat berupa musuh manusia atau musuh perang, akan tetapi cabaran bukan bersifat ketenteraan. Contoh tentera darat akan berhadapan cabaran dalam hutan yang tebal, seperti binatang buas. Tentera laut juga akan menghadapi cabaran seperti lanun laut, pencerobohan nelayan asing yang kadang-kadang bersenjata merbahaya. Tentera udara, cabaran masa latihan. Kadang-kadang maut ketika latihan terbang seperti terjun payung.
    Mereka berkorban bukan masa zaman perang, tapi ketika masa aman-damai juga. Mereka ini juga amat diperlukan ketika bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya.

    2. Pihak polis, sentiasa memastikan keamanan. Bukan hanya berhadapan perompak atau gengster. Yang banyak kerenah orang awam biasa yang ada diantaranya tak faham faham undang-undang jalanraya. Bila pihak polis mengeluarkan saman, mereka melenting, sedangkan banyak nyawa terkorban berkecai tubuh badan tidak mereka fikir-fikirkan. Kita patut rasa selesa bila ada polis di persekitaran kita.

    3. Islam maksud peace. Maka peranan tentera dan polis amat bertepatan dengan kehendak Al-Quran. Tak guna rumah besar.kaya raya, tapi selalu di kelilingi perompak yang berkeliaran. Akan tidak selesa bila kawasan perumahan kita bila ada perompak pecuri merayau-rayau.

    Keamanan jiwa dan fizikal sangat penting selain kesihatan.

    message114

    September 10, 2010 at 12:30 pm

  5. Salam message114,

    Tersentuh jiwa saya bila saudara bawakan contoh-contoh pengorbanan tentera/polis. Saya setuju penuh dengan pendapat saudara itu. Sebagai orang awam yang kebanyakan kita hidup diulit kesenangan dan kemewahan, adakala kita terlupa pengorbanan orang-orang di sekeliling kita terutama para tentera/polis demi menjaga keamanan, keselamatan dan keharmonian.

    Ketika kita enak memandu kereta mewah di atas jalanraya, ada insan-insan berpanas-berhujan memastikan keselamatan pengguna. Ketika enak tidur lena di rumah besar, ada insan-insan berjaga malam meronda di kawasan perumahan.

    Bila kita faham erti keamanan dan kedamaian, barulah kita nampak betapa besarnya jasa-jasa mereka terutama menjaga keamanan ketika aman-damai. Menjaga keamanan ketika aman-damai itulah lagi besar cabarannya sebab ramai manusia lalai ketika senang.

    Juang

    September 10, 2010 at 9:35 pm

  6. Salam Juang,

    Betul sekali pendapat anda.

    Keamanan dan kedamaian adalah sangat penting dalam hidup kita bukan hanya dengan kawan, hatta dengan musuh sekali pun. Bak kata orang musuh yang cerdik lebih baik dari kawan yang bodoh.

    Al-Quran sendiri senantiasa mementingkan kedamaian dan keharmonian sebagai pra-syarat dalam segala hal walau cabaran begitu hebat.

    Contoh zaman Nabi Musa.

    Firaun pada zaman itu, kalau dikira berdasarkan tafsiran kebanyakan orang, tak payah di ajak bicara dan rundingan. Sangat keras hati raja sombong itu. Serang saja Firaun itu.

    Tapi Tuhan memberi isyarat kepada kita, ketika Musa diperintah untuk berjumpa dan berdialog dengan Firaun secara lembut. Bayangkan perasaan Musa yang rasa takut dengan cabaran itu sebab keangkuhan Firaun yang sanggup pancung kepala sesuka hati.

    Apa kata Tuhan, “Jangan takut wahai Musa. Aku sentiasa bersamamu. Pergilah” Ini adalah cara Tuhan mendidik kita bagaimana cara bertemu musuh.

    Apa yang puak sunni Taliban/AlQaida sekarang tidak langsung ada strategi, bahan musuh semakin tidak hormat kepada mereka. Apa yang puak Hamas dan PLO buat? Masih bercakaran sama sendiri. Tapi rakyat semakin hidup tertekan dan sangat frustrated.

    Ikut Al-Quran, maka maruah kita terjamin dan dihormati oleh kawan dan lawan.

    message114

    September 11, 2010 at 1:01 am

  7. Salam,

    Saya mengemukakan ayat 24:36-39 kerana tafsiran ulamak terhadap ayat-ayat berkenaan menjurus kepada mempromosikan “rumah ibadat” sedangkan pada hakikatnya ia langsung tiada kaitan dengan “rumah ibadat”.

    Ia adalah tentang menyekutukan Tuhan Vs mengagungkan Tuhan dengan cara yang betul – khusus kepada para peniaga.

    tolokminda

    September 12, 2010 at 6:13 pm

  8. Salam TM,

    Satu ketika dulu, saya tengah memikirkan ayat 24:36-39 ini. Apa yang saya fikirkan ialah apa kaitan masjid dengan perniagaan. Kenapa kerjaya lain seperti tukang besi, tukang kayu, nelayan tidak di sebut-sebut bersama masjid. Asyik perniagaan saja seperti dalam surah Al-JUmaah.

    Macam ada sesuatu yang saya fikir tidak kena dengan penafsiran masjid itu, atau pun ….perniagaan itu. Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan itu sebenarnya?

    Apabila saya terjumpa tulisan Mental Bondage dan blog ini, maka tidak was-was lagi, seolah-olah saya terjumpa light at the end of the tunnel. Tidak syak lagi, walaupun fikiran saya buntu masa dulu, tapi di hati kecil mesti ada sesuatu yang tersirat dalam makna ayat ini.

    Syukur, dengan usaha murni tulisan Aidid Safar Mental Bondage ini, maka terlerailah confusion saya selama ini dalam mencari mutiara dalam Quran ini.

    Maka ayat yang tersebut di atas, sebenarnya dalam pemerhatian saya ada kaitan dengan ekonomi dalam struktur sosial manusia. Memang tepat, sekiranya ada passion, keikhlasan, kejujuran dalam ekonomi perniagaan yang di jalankan dari pagi hingga ke petang maka maju jayalah kita. Maka tidak adalah unsur-unsur penipuan dan rasuah sehingga menyebabkan kerugian pelbagai pihak.

    Kebanyakan orang Islam, bila disebut perniagaan mereka terbayang orang berniaga ala Arab di kota Baghdad masa dulu, contoh jual buah korma dan menipu dengan buah busuk di bawah. Itu cara dulu.

    Sekarang, dengan kemajuan teknologi penipuan perniagaan boleh tersirat di dalam dokumen perniagaan dengan cara yang halus. Dalam perkara inilah apa yang dimaksudkan dengan lalai dari mengingati Allah sehingga sanggup menipu dan merasuah.

    Lihat apa yang terjadi dalam dunia perniagaan besar dunia sekarang, syarikat besar yang kita fikir sangat maju, tetapi rupa-rupanya tong kosong sahaja. Inilah yang menyebabkan runtuhnya sistem sosio ekonomi yng melanda dunia sekarang.

    Kalau di tafsirkan masjid tempat ibadat, maka kita boleh lihat pengurus syarikat besar ada solat 5 waktu, tapi bila balik ke pejabat, lain pula sembahan mereka iaitu menyembah wang iaitu contoh …rasuah dan tipuan ataupun tidak adil kepada pekerja-pekerjanya.

    Jadi pengertian masjid sebagai tempat ibadat adalah tidak tepat sama sekali dan sekiranya ada pakar ekonomi dan komputer membuat satu program analisis intelligent ayat-ayat dalam al-quran maka akan nampak perkataan mana yang akan keluar error message samada masjid ibadat atau masjid ketetapan.

    message114

    September 12, 2010 at 9:57 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: