Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Ikuti Al-Quran, bukan ikut buta-tuli mereka yang mewariskannya

with 38 comments

Ramai di kalangan yang percaya kepada riwayat hadis mempersoalkan bagaimana Al-Quran boleh sampai kepada kita tanpa perantaraan orang-orang yang turut sama meriwayatkan hadis. Mereka berhujah jika kita boleh percaya kepada Al-Quran mengapa kita tidak boleh percaya hadis sedangkan mereka adalah dari kalangan orang yang sama?

Berikut adalah apa yang dijelaskan oleh Tuhan mengenai perkara itu.

35:31 Dan apa yang Kami inspirasikan kepada kamu dari Kitab, adalah sesuatu yang benar, mengesahkan apa yang ada di antara tangan-tangannya. Tuhan mengenali hamba-hambaNya, Melihat.

35:32 Kemudian Kami mewariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih dari hamba-hamba Kami. Bagaimanapun sebahagian dari mereka adalah yang mengikut nafsu mereka dan sebahagian lagi mengambil sedikit dan sebahagian adalah yang bersungguh-sungguh membuat kebaikan menurut apa yang telah ditetapkan Tuhan, begitulah manfaat yang besar.

Dari 35:32 kita dapat tahu bahawa Tuhan mewariskan Al-Quran (dan Kitab-Kitab sebelumnya juga) bukan sahaja melalui orang-orang yang benar. Ada di antara mereka sebenarnya adalah dari kalangan orang-orang yang mengikut nafsu walaupun mereka menjadi sebahagian dari rantaian manusia yang mewariskan Al-Quran dari generasi ke generasi. Kemudian, ada di antara mereka yang hanya menuruti Al-Quran sebahagian-sebahagian saja. Begitupun memang ada di antara mereka yang benar-benar patuh kepada ketetapan-ketetapan Tuhan sebagaimana yang sepatutnya.

Dari penjelasan Tuhan dalam 35:32 juga, maka bolehlah kita simpulkan bahawa bukan semua pewaris Al-Quran adalah dari kalangan mereka yang berada di jalan yang lurus. Oleh itu kita tidak boleh menuruti sesiapa pun secara membuta tuli walaupun mereka dari golongan yang mewariskan Al-Quran. Adalah penting untuk kita faham bahawa yang perlu kita percaya dan turuti adalah Al-Quran, bukan orang yang mewariskannya.

Written by tolokminda

August 21, 2010 at 11:31 pm

Posted in Quran

Tagged with , , ,

38 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Tolokminda tulis:
    — Dari penjelasan Tuhan dalam 35:32 juga, maka bolehlah kita simpulkan bahawa bukan semua pewaris Al-Quran adalah dari kalangan mereka yang berada di jalan yang lurus.—

    Ini terjadi mungkin krn merasa selamat dlm angan-angan yg eksklusif…

    Al-Quran: “ITU BUKANLAH MENURUT ANGAN-ANGAN KAMU, BUKAN JUGA MENURUT ANGAN-ANGAN AHLI KITAB. Barangsiapa mengerjakan kejahatan nescaya akan diberi pembalasan kerana kejahatan itu.” (QS 4:123).

    Salam🙂

    Jebon

    August 22, 2010 at 2:26 pm

  2. Salam,

    Kalau kita beli album lagu seseorang artis, isi album itulah yang menjadi perhatian kita. Bukannya tokey-tokey yang jual album itu. Mereka hanyalah orang yang sampaikan album itu kepada kita. Fokus kita pada isi kandungan album itu iaitu lagu-lagu artis tersebut.

    Tetapi kena bab Al Quran, isi kandungannya tidak menjadi perhatian? Kenapa mereka duk sibukkan orang yang kononnya menyampaikan Al Quran itu kepada kita (pewaris-pewaris Nabi)?

    Nampak tak betapa hikpokritnya mereka terhadap Allah?

    Juang

    August 22, 2010 at 11:42 pm

  3. Salam,

    Kami tetap setuju dan menyokong TM, Saudara Juang dan lain-lain yang sefahaman dan sama kepercayaan. kami telah mengikuti membaca dan menilai perbincangan kamu dalam blog ini, bererti kamu bukan lah ikut membuta tuli kan ha ha ha.

    Salam sejahtera untuk kamu semua.

    Jagundul

    August 23, 2010 at 10:36 am

  4. Salam,

    Kami tetap setuju dan menyokong TM, Saudara Juang dan lain-lain yang sefahaman dan sama kepercayaan. kami telah mengikuti – membaca dan menilai perbincangan kamu dalam blog ini, bererti kami bukan lah ikut membuta tuli kan he he he.

    Salam sejahtera untuk kamu semua.
    Sorry yang di atas tu ada tersilap sikit – perkataan ‘kamu’ sepatutnya ‘kami”

    Jagundul

    August 23, 2010 at 11:19 am

  5. apa bleh buat..klu hati dan kepala otak dah beku, bawak la bukti mcm mana dasyat pon, mereka tak akan percaya…sedangkan orang dalam rumah sendiri pon xnak percaya…mudah-mudahan Tuhan akan bukak hati mereka…

    fariq

    August 23, 2010 at 10:40 pm

  6. ayat 35.31 – menginspirasikan
    35.32 – mewariskan

    35.31 tentulah kepada para nabi dgn wahyu

    35.32 adalah dari nabi kepada umat .

    jadi 35.32 tu dia tak datang sendiri melainkan kena cari .

    slipar

    August 24, 2010 at 4:32 pm

  7. pbuu,
    Yg masaalah bosar ni??depa ta’tau na’cari sendiri lea!!
    Allah dah kato lu dtg sorang lu blk pun sorang??? lu sdri jwb le sama GUA!!!Depa ni na’ikut zaman Musa! Allah kata la!!!ni!!ta’payah lg pakai “TONGKAT” depa na’juga pakai “tongkat” tu yg jadi SESAT BARAT TU!!!!Sila semak:

    20.16. Maka janganlah kamu berpaling darinya dan sesiapa tidak amanah dan mengikuti hawa nafsunya maka mereka pasti dilenyapkan.
    20.17. Dan apakah ditanganmu itu wahai muusaa.
    20.18. Berkata hanyalah tongkat, aku bergantung-harap kepadanya dan digunakan untuk menggugurkan daun-daun sebagai makanan kambingku dan untuk keperluan selainya.
    20.19. Berkata lemparkanlah wahai muusaa.
    20.20. Maka dilemparkanya dan menjelmalah dianya hidup aktif bertenaga.
    20.21. Berkata ambillah dia dan jangan kamu takut, Kami pasti dapat mengembalikanya kepada perjalananya yang asal.

    Ok lea tu!!!

    chong

    August 25, 2010 at 9:16 am

  8. Salam,

    Sifat orang-orang musyrik, mereka “menupang” diri mereka kepada pembesar-pembesar ugama mereka. Mereka tiada semangat yakin pada keupayaan diri sendiri. Itu yang menyebabkan mereka jadi kaum yang lemah dan ketinggalan.

    Bila kita sedar yang kita akan kembali kepada Tuhan berseorangan diri, belajarlah berdikari dalam menentu arah hidup dan mencari kebenaran. Jangan duk menurut membuta-tuli. Kelak nanti dalam kubur jadi orang yang berputus asa sebab tiada pembesar ugama nak tolong jawab apa yang diamalkan selama ini.

    Juang

    August 26, 2010 at 7:54 am

  9. pbuu,

    16:61. Dan jika Allah menghendaki untuk mengambil sekelian manusia kerena kesalahan mereka pasti tidak akan ditinggalkan walau satu mahluk pun akan tetapi telah ditangguhkan mereka kepada suatu tempoh yang telah ditetapkan. Maka apabila datang tempohnya, mereka tidak dapat diundurkan atau didahulukan sesaat pun.
    16:62. Dan mereka telah adakan untuk Allah apa yang mereka sendiri pun membencinya dan lidah mereka mengatakan dusta bahawa mereka sentiasa lakukan kebaikan. Maka tiada keraguan lagi mereka pasti dimasukkan kedalam api dengan segera.
    16:63. Allah yang teramat mulia, telah mengutuskan kepada ummat sebelum kamu akan tetapi watak jahat telah mengilusikan indah segala amalan mereka maka dialah menjadi pemimpin mereka pada hari itu dan pastinya telah disediakan azab yang dahsyat untuk mereka.
    16:64. Dan tidak Kami turunkan kepadamu programnya melainkan telah diperjelaskan dengan apa telah mereka pertikaikan dan sebagai petunjuk dan rahmat pengasihan untuk kaum yang amanah.

    Pse varify the original arabic text for authentication.

    Bye-bye, peace!

    chong

    August 26, 2010 at 9:23 am

  10. Salam,

    Jika kita ingin mendengar sesebuah album lagu, kita akan gunakan telinga kita sendiri untuk menilai kesedapan lagu tersebut. Kita tidak sandarkan kepada telinga tokey-tokey yang menyampaikan album itu kepada kita.

    Begitulah dengan Al Quran. Alat untuk memahami Al Quran adalah menggunakan otak kita sendiri. Jika kita hidup tidak memikirkan Al Quran guna otak sendiri dan menurut cakap orang yang wariskan Al Quran itu kepada kita, samalah macam kita pekakkan telinga sendiri dan hanya suruh tokey-tokey album itu dengar album tersebut.

    Juang

    August 27, 2010 at 6:18 am

  11. pbuu,
    Syukrillah!!ada yg sudi mengembangkan/propagate this idea, now I start post in sura 17 Banii Israa-iila 1pg at-a-time till the whole surah coz this surah make me change totally from nothing to something??????

    17. SURAH BANI ISRAA-IILA – Bani israel.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    1. Dia disanjung yang memperjalankan hambanya disuatu malam dari kepatuhan larangnya kepada kepatuhan lebih jauh, “Kami merestui disekitaranya dan untuk Kami perlihatkan tanda-ayat Kami” maka hanya Dia yang mendengar yang melihat.
    2. Dan Kami berikan muusaa program dan Kami jadikan petunjuk kepada banii israa-iila maka jangan kamu ambil selain Aku mewakilimu.
    3. Mereka keturunan yang Kami bawa bersama nuuhii sesungguhnya dia seorang hamba yang banyak berterima kasih.
    4. Dan Kami telah menetapkan didalam program ini yang banii israa-iila adalah fasik didunia dua kali ganda dan penyombong besar.
    5. Apabila datang janji yang pertama Kami bangkitkan kepadamu hamba Kami yang sangat kuat maka mereka bermaharajalela disegenap daerah dan itulah janji yang pasti terlaksana.
    6. Kemudian Kami kembalikan giliran kamu mengatasi mereka dan Kami sediakan harta dan anak-anak untuk meramaikan kamu.
    7. Jika kamu lakukan kebaikan maka kebaikan itu hanya untuk dirimu dan jika kamu lakukan kejahatan maka didatangkan janji terakhir yang akan memburukkan lagi penampilanmu. Maka mereka akan mengikuti kepatuhan sebagaimana mereka telah mengikutinya kali pertama dan menguasai apa yang telah mereka kuasai dahulunya.
    8. Mudah-mudahan pemeliharamu mengasihanimu dan jika kamu ulang pastinya Kami juga ulang dan Kami jadikan jahannama tempat tahanan untuk orang yang tidak percaya.
    9. Bacaan/-lqur-aana ini memberi petunjuk yang teguh dan khabar gembira kepada orang yang amanah dan mereka yang beramal soleh maka dianya suatu ganjaran yang sangat besar.
    10. Dan kepada orang yang tidak amanah dengan akhiratnya, Kami sediakan azab yang sangat dahsyat.
    11. Manusia menyeru kejahatan sama seperti dia menyeru kebaikan dan manusia sememangnya tergesa-gesa.

    to be cont….

    chong

    August 27, 2010 at 9:48 am

  12. 12. Dan Kami jadikan malam dan siang dua tanda-ayat dan Kami lupuskan malam dan digantikan dengan siang yang terang untuk kamu mencari pemberian pemeliharamu dan untuk mengetahui bilangan dan hitungan tahun dan segalanya telah Kami perjelaskan dengan terperinci.
    13. Dan setiap manusia Kami lekatkan kalongan ramalan dilehernya dan Kami keluarkan semula ramalan itu pada hari kiamat.
    14. Kamu hanya perlu baca program kamu sendiri pada hari perhitungan.
    15. Sesiapa yang mendapat petunjuk dia hanya mendapat petunjuk untuk dirinya dan sesiapa sesat dia hanya sesat atas kehendaknya dan tiada seorang pun akan memikul beban orang lain dan tidaklah Kami azabkan sesiapa melainkan Kami telah utuskan seorang penyampai.
    16. Dan jika Kami menghendaki untuk memusnahkan sesuatu daerah, Kami perintahkan orang yang mewah tetapi fasik berleluasa hingga ketahap kefasikan yang dikehendaki, Kami hancurkan mereka sehancurnya.
    17. Dan telah Kami laknati beberapa banyak generasi sesudah nuuhin. Pemeliharamu menyedari dan melihat segala dosa hambaNya.
    18. Sesiapa menghendaki disegerakan ajalnya pasti Kami segerakan kepadanya dan sesiapa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami jadikan jahannama tempat dia dipanggang dengan hinanya dan terbuang.
    19. Dan sesiapa menghendaki akhirat dan dia berusaha dan amanah kepadanya maka usaha mereka itulah yang diberi terima kasih.
    20. Kami berikan pemberian itu dan ini atas kemurahan pemeliharamu dan tidaklah pemberian pemeliharamu terhad.
    21. Perhatikanlah Kami telah lebihkan sebahagian mereka dari sebahagian yang lain dan pastinya akhirat lebih besar darjat dan kelebihanya.
    22. Janganlah kamu samakan Allah dengan tuhan selainya, jika demikian kamu pasti dicela dan dikecewakan.
    23. Pemeliharamu telah menetapkan jangan kamu berkhidmat selain Dia dan lakukan kebaikan kepada ibubapamu sehingga keusia tuanya dan janganlah kamu berkata kepada mereka walaupun ‘Ah!’ dan jangan kamu membentak mereka maka ucapkanlah kata-kata mulia.
    24. Dan rendahkanlah dirimu kerana telah direndahkan pengasihanNya kepadamu maka katakanlah ‘Pemeliharaku kasihanilah mereka sepertimana mereka kasihani dan memeliharaku sejak dari kecil.
    25. Pemeliharamu mengetahui apa dalam jiwamu dan jika kamu beramal soleh hanya Dia yang pengampun terhadap orang yang bertaubat.
    26. Dan berilah hak keperluan kepada kerabat terdekat dan orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan jangan kamu membazir.
    27. Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara kepada watak jahat dan watak jahat dengan pemeliharanya sangat ingkar.

    chong

    August 28, 2010 at 12:00 pm

  13. 28. Dan walaupun kamu perlu tinggalkan mereka untuk mencari rahmat pengasihan pemeliharamu yang diharapkan maka katakanlah kepada mereka dengan kata-kata yang lemah lembut.
    29. Dan jangan kamu letakkan tanganmu keleher dan menghulurkan segala yang ada kemudian duduk menyesal kehabisan semuanya.
    30. Hanya pemeliharamu yang menghulur dan menetapkan rezeki kepada sesiapa dikehendaki dan Dia yang mengetahui dan yang melihat.
    31. Dan jangan kamu hapuskan anakmu kerana takut kebuluran atau kemiskinan malahan hanya Kami yang menrezekikan mereka dan kamu. Menghapuskan mereka tergolong dalam ketegori dosa besar.
    32. Dan jangan kamu mendekati perlakuan zinah/-zzinaa kerana dianya jalan kepada perlakuan sumbang yang sangat keji.
    33. Dan jangan kamu hapuskan jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan hak sebenar dan sesiapa telah hapuskan dengan zalim maka Kami beri kekuasaan kepada warisnya dan jangan kamu membazir dalam penghapusan jiwa jika demikian dia pasti diberi pertolongan.
    34. Dan jangan kamu mendekati harta anak yatim melainkan dengan yang terbaik sehingga mereka sampai matang dan penuhilah perjanjianmu kerana setiap janji pasti akan dipersoalkan.
    35. Dan cukupkan sukatan dengan adil dan tepat apabila kamu menyukat dan menimbang. Demikian itu keutamaan dan terbaik terjemahanya.
    36. Dan jangan kamu ikuti apa yang kamu tiada ilmu pengetahuan denganya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan perasaan hatimu dan setiap sesuatu itu pastinya akan dipersoalkan.
    37. Dan jangan kamu berkeliaran dibumi gembira berlebihan, kamu tidak dapat menembusi bumi dan meninggi-diri seperti gunung.
    38. Pemeliharamu sangat benci kepada segala bentuk kejahatan.
    39. Itulah sebahagian dari hikmahNya yang telah diilhamkan pemeliharamu maka jangan kamu mengadakan tuhan selain Allah. Jika demikian kamu pasti dilemparkan kedalam jahannama tercela dan terbuang.
    40. Apakah pemeliharamu memilih untukNya anak lelaki dan mengambil dari unsur kuasaNya anak perempuan jika demikian kamu telah ucapkan sesuatu ucapan yang besar akibatnya.
    41. Dan pastinya Kami telah menjelaskan berbagai cara dalam bacaan ini/-lqur-aani supaya mereka ingat malahan tidak menambah apa-apa kepada mereka melainkan mereka lari darinya.
    42. Berkata jika ada bersamaNya tuhan-tuhan lain sepertimana mereka katakan pasti mereka mencari jalan kepada kuasa yang mutlak.
    43. Dia disanjung yang mulia dan terunggul dari apa telah mereka katakan.

    chong

    August 28, 2010 at 12:02 pm

  14. 44. Dia disanjung dan dipuji oleh setiap sesuatu dilangit dan dibumi akan tetapi kamu tidak memahami sanjungan dan pujian mereka dan hanya Dia yang mengetahui yang pengampun.
    45. Dan apabila kamu membaca/qara’ta bacaan/-lqur-aana ini, Kami jadikan antara kamu dan orang yang tidak amanah dengan akhiratnya suatu halangan yang menghalangnya.
    46. Dan Kami jadikan hati mereka tertutup dan telinga mereka tersumbat maka mereka tidak dapat memahami sesuatu pun dan apabila kamu peringatkan dalam bacaan/-lqur-aani ini yang pemeliharamu hanya satu mereka paling kebelakang dan lari.
    47. Dan Kami lebih mengetahui dengan apa telah mereka dengar darimu ketika mereka berbisik-bisik semasa orang yang zalim berkata, kamu hanya mengikuti seorang lelaki yang telah kena sihir.
    48. Perhatikanlah bagaimana mereka telah cetuskan misalan kepadamu maka sesatlah mereka dan tidak dapat lagi mencari jalan.
    49. Dan mereka berkata, apabila kami telah menjadi tulang dan hancur, adakah kami dapat dibangkitkan semula kepada ciptaan yang terkini.
    50. Berkata biar pun kamu jadi batu atau besi.
    51. Atau sesuatu ciptaan lebih besar yang terlintas dihatimu maka mereka berkata siapakah yang akan mengambil kami? Katakanlah yang mencipta kamu pertama kalinya. Mereka menggeleng kepala kepadamu dan berkata bilakah dianya akan tiba? Katakanlah, mudah-mudahan lebih dekat dari apa yang kamu fikirkan.
    52. Pada hari kamu diseru kepadaNya maka kamu perkenankan dengan memujiNya dan menyedari yang kamu tinggal hanya sebentar sahaja.
    53. Dan ucapkanlah kepada hambaKu ucapan yang terbaik tetapi watak jahat telah mengganggu mereka. Sesungguhnya watak jahat adalah musuh-ketat yang jelas untuk manusia.
    54. Pemeliharamu lebih mengetahui hal kamu dan jika dikehendaki diberi rahmat pengasihanya kepada kamu atau diazabkan kamu dan tidaklah Kami utuskan kamu untuk membela dan mewakili mereka.
    55. Dan pemeliharamu lebih mengetahui sesiapa dilangit dan buminya dan pastinya Kami telah melebihkan sebahagian penyebar maka Kami telah berikan daawuuda artikal/zabuuran.
    56. Katakan, serulah mereka yang kamu harapkan selain Dia. Mereka tidak pun berupaya hilangkan atau elakan penderitaan darimu.
    57. Sedangkan mereka yang kamu telah seru pun mencari jalan untuk mendekatkan diri dan mengharapkan rahmat pengasihan dari pemeliharanya kerana takutkan azabNya yang sangat dahsyat.

    chong

    August 28, 2010 at 12:03 pm

  15. Salam Chong…

    Cantek terjemahan?? Tak nak buat projek blog/website terjemahan al-Quran sendiri ker??… macam site ebacaan tuh… apa macam???🙂

    Jebon

    August 28, 2010 at 4:30 pm

  16. Salam,

    Setuju betul dengan cadangan Jebon. Memperbanyakkan terjemahan Al Quran dalam bahasa Melayu juga satu kaedah melapangkan jalan ke arah kebenaran. Agar kefahaman Al Quran tidak dikuasai oleh orang-orang yang menurut hawa nafsu itu.

    Juang

    August 28, 2010 at 7:12 pm

  17. saya sokong..saya memang tengah tunggu projek terjemahan semula sepenuhnya bahasa melayu…masing2 boleh kongsi pendapat..nk hasilkan Quran bahasa melayu se-authentic mungkin..

    fariq

    August 28, 2010 at 9:23 pm

  18. 58. Dan tiadalah suatu khariah pun Kami binasakan sebelum hari kebangkitanya atau diazabkan dengan azab yang dahsyat melainkan telah tercatat didalam programnya.
    59. Dan tiadalah yang menghalang Kami mengutuskan tanda-ayatnya melainkan telah didustakan oleh orang terdahulu dan Kami telah berikan tsamuuda unta betina untuk bukti penjelasan tetapi mereka menzaliminya. Maka tidaklah Kami utuskan tanda-ayatnya melainkan untuk memberi peringatan dan sebagai amaran.
    60. Dan Kami telah katakan yang pemeliharamu mengawasi sekelian manusia dan tidak dijadikan impian dalam mata-hatimu melainkan suatu ujian dari struktur yang dilaknati dalam bacaan/qur-aani ini dan Kami telah beri amaran tetapi tidak menambah sesuatu kepada mereka melainkan kebiadapan dan penentangan besar-besaran.
    61. Dan ketika Kami berkata kepada unsur kuasa, patuhilah kepada aadama semua mereka patuh kecuali ibliisa dia berkata, apakah aku akan patuh kepada siapa yang telah Kamu ciptakan dari tanah.
    62. Dan oleh kerana Kamu telah memandang dia lebih mulia dariku maka tangguhkanlah aku hingga hari kebangkitan/-lqiayaamati supaya dapat aku mempengaruhi semua keturunanya kecuali sedikit.
    63. Berkata pergilah kamu dan sesiapa yang mengikutimu maka hanya jahannama sebagai pembalasan maksima untukmu.
    64. Maka pedayakanlah sesiapa yang kamu sanggup dengan suaramu atau desaklah mereka dengan kekuatan pasukan berkuda atau berjalan dan berkongsilah harta dan anak dan janjikanlah yang indah kepada mereka maka tiadalah janji watak jahat melainkan hanya penipuan.
    65. Dan kamu tidak sama-sekali dapat menguasai hambaku maka cukuplah hanya pemeliharamu yang menjadi pelindung mereka.
    66. Pemeliharamu yang mengemudikan segala perjalanan kapal dilautan untukmu mencari kurnianya dan Dia menyayangimu.
    67. Dan ketika menyentuh kamu penderitaan dilautan, lesaplah siapa yang kamu telah seru selain Dia. Apabila Kami selamatkan kedaratan kamu berpaling maka sememangnya manusia tidak tahu berterima kasih.
    68. Apakah kamu merasa aman setelah dihilangkan sebahagian daratan atau diturunkan ribut pasir dan kamu tidak diberi pelindungan.
    69. Atau apakah kamu merasa aman jika dikembalikan kamu didalamnya sekali lagi atau diturunkan angin ribut dan dilemaskan kamu kerana keingkaranmu dan kamu tidak diberi pembelaan.
    70. Dan Kami telah memuliakan banii aadama dan diangkut mereka didaratan dan dilautan dan diberi rezeki dari yang terbaik dan diberikan kelebihan kepada mereka mengatasi mahluk ciptaan Kami yang lain.

    chong

    August 29, 2010 at 6:58 am

  19. 71. Pada hari Kami menyeru sekelian manusia dan ikutan/bi-imaamihim mereka maka sesiapa amanah dengan program yang dibacanya maka mereka tidak akan dizalimi sedikit pun.
    72. Dan sesiapa buta disini maka diakhirat juga buta dan sesat jalanya.
    73. Dan hampir mereka dapat mempengaruhi kamu dari ilham Kami supaya kamu mengada-adakan selain darinya. Jika demikian pasti mereka mengambil kamu sebagai teman setia.
    74. Dan jika Kami tidak teguhkan kamu pasti kamu hampir tertarik kepada mereka atas sesuatu sebab.
    75. Jika demikian pasti Kami gandakan azab kepadamu ketika hidup dan dilipat-gandakan setelah mati kemudian kamu tidak akan ditolong.
    76. Dan nyaris mereka tidak memperdaya dan memusnahkan dan mengeluarkan kamu dari bumi ini jika demikian mereka tidak akan mengikuti apa yang telah kamu tinggalkan melainkan sedikit.
    77. Ketetapan/sunnata seseorang telah Kami turunkan kepada setiap penyampai Kami dan pastinya kamu tidak akan dapati sebarang perubahan dalam ketetapan Kami itu.
    78. Tegakkanlah komitmen kewajipanmu ketika mula terbit fajar hingga terbenamnya matahari kepada kegelapan malam dan bacaan ketika terbit fajar menjadi saksinya.
    79. Dan pada malamnya jika kamu lepaskan hajatmu itu adalah kelebihan maka pemeliharamu akan angkat kamu kepada status yang terpuji.
    80. Dan katakanlah, wahai pemeliharaku masukkan aku ketempat masuk yang sebenar dan keluarkan aku dari tempat keluar yang sebenar dan berikanlah aku pertolongan dari kekuasaanMu.
    81. Dan katakanlah apabila datangnya yang sebenar maka lenyaplah yang palsu dan pastinya yang palsu tetap akan lenyap.
    82. Dan Kami telah turunkan bacaan ini/qur-aani sebagai rawatan dan rahmat pengasihanya kepada orang yang amanah dan tidak menambah apa-apa kepada orang yang zalim melainkan mendatangkan kerugian.
    83. Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia mereka berpaling dan menjauhkan dirinya dan apabila penderitaan melanda, mereka berputus asa.
    84. Berkata setiap amalan ikut peraturan yang telah ditetapkan maka hanya pemeliharamu mengetahui siapa yang dapat petunjuk kepada jalanNya.
    85. Dan mereka bertanya kamu tentang ruuhi katakan -rruuhu urusanNya dan pemeliharaku tidak memberi pengetahuan melainkan sedikit.
    86. Dan jika Kami kehendaki pasti ditarik-balik apa telah Kami ilhamkan kepadamu maka kamu tidak akan dapat sebarang perlindungan.
    87. Kecuali rahmat pengasihan dari pemeliharamu dan pemberianNya kepadamu adalah suatu kebesaran.

    chong

    August 29, 2010 at 6:59 am

  20. 88. Katakanlah jika berkumpul manusia dan jin untuk mengadakan yang serupa bacaan/-lqur-aani ini pastinya mereka tidak dapat mengadakan yang serupa walaupun diantara mereka saling bantu-membantu.
    89. Dan pastinya Kami telah mengulangi setiap misalan kepada manusia didalam bacaan/-lqur-aani ini akan tetapi kebanyakan dari manusia menolaknya dengan keingkaran mereka.
    90. Dan mereka berkata kami tidak akan amanah kepadamu sehingga kamu dapat mendatangkan limpahan air dari buminya.
    91. Atau kamu adakan ladang palma dan anggur yang dapat mengalirkan sungai-sungai dicelahnya.
    92. Atau kamu runtuhkan kepingan langit seperti kamu mengancam kami atau datangkan Allah dan unsur kuasaNya kehadapan kami.
    93. Atau kamu miliki sebuah rumah dari emas atau kamu naik kelangit. Walaupun benar, kami tidak akan amanah sehingga kamu datangkan suatu program untuk kami bacakan. Berkata pemeliharaku disanjung, aku hanyalah seorang penyampai dari mahluk manusia biasa.
    94. Dan apakah yang menghalang manusia dari amanah ketika datang kepada mereka petunjuk melainkan mereka mengatakan apakah Allah telah mengutuskan seorang penyampai dari mahluk manusia biasa.
    95. Berkata jika ada unsur kuasa berjalan-jalan dibumi dengan tenteram pasti Kami turunkan unsur kuasa dari langit sebagai penyampainya.
    96. Berkata cukuplah hanya Allah sebagai saksi diantara kita dan hanya Dia yang mengetahui dan melihat sekelian hambanya.
    97. Dan sesiapa yang Allah telah beri petunjuk maka dianya orang yang mendapat petunjuk sebenar dan sesiapa telah sesat maka dia tidak akan dapat sesiapa pun akan memimpin mereka didunia dan Kami pasti himpunkan mereka pada hari kiamat dengan penampilan mereka buta dan bisu dan pekak dan tempat penginapan mereka jahannamu dimana setiap kali apinya reda Kami tambahkan kemarakanya.
    98. Demikianlah pembalasan kepada mereka yang mengingkari ayat-ayat Kami dan mereka berkata apakah setelah kami menjadi tulang dan reput kami akan dibangkitkan kepada suatu ciptaan yang terkini.
    99. Apakah tidak mereka perhatikan Allah berupaya mencipta langit dan bumi dengan ciptaan yang serupa dan telah menetapkan tempoh hayat mereka yang tiada keraguan didalamnya akan tetapi orang yang zalim telah menolaknya dengan keingkaran mereka.
    100. Berkata jika kamu dapat menguasai perbendaharaan dan rahmat pengasihan pemeliharaku pasti kamu simpankan/amsaktum takut untuk dibelanjakan dan sememangnya manusia sangat kedekut/qutuuran.

    chong

    August 29, 2010 at 7:00 am

  21. 101. Dan pastinya Kami telah berikan muusaa sembilan ayat bukti yang sangat jelas maka tanyalah banii israa-iila ketika datang kepada mereka fir’aunu berkata, aku menyangka yang muusaa ini telah kena sihir.
    102. Berkata pastinya kamu mengetahui ayat bukti yang benar itu diturunkan dari pemelihara langit dan bumi dan aku menyangka kamu, wahai fir’aunu yang pasti akan dibinasakan.
    103. Maka mereka hendak mengusir kamu dari bumi ini oleh itu Kami lemaskan dia dan sesiapa yang mengikuti dia kesemuanya.
    104. Kemudian Kami berkata kepada banii israa-iila hunilah dibumi ini maka apabila datang janji akhirat pastinya Kami himpunkan kamu dalam satu kumpulan.
    105. Kami turunkan dengan hak sebenarnya maka turunlah dia dengan sebenar penurunan dan tiadalah Kami utuskan kamu melainkan untuk membawa khabar gembira dan memberi amaran.
    106. Dan bacaan/qur-aanan ini Kami bahagi-bahagikan untuk kamu bacakan kepada manusia dengan beransur-ansur walaupun Kami telah turunkan sebagai satu penurunan.
    107. Berkata sama ada kamu amanah atau tidak amanah, perhatikanlah orang yang berilmu sebelum kamu, apabila dibacakan ayatnya, mereka jatuhkan dagu kedada mereka kerana kepatuhan kepadanya.
    108. Dan mereka berkata hanya pemelihara kami yang disanjung dan janji pemelihara kami pasti terlaksana.
    109. Dan mereka jatuhkan dagu kedada dan menangis dan pastinya akan bertambah kekhusyukan/khusyuu’an mereka.
    110. Berkata serulah Allah atau yang Pemurah, nama yang mana pun kamu seru baginya nama-nama yang terbaik/asmaa-ul husnaa dan janganlah kamu lantangkan suaramu ketika komitmen kewajipanmu atau terlampau perlahan maka carilah jalan yang sesuai diantaranya.
    111. Dan katakanlah segala pujian untuk Allah yang tidak mengambil seorang anak dan tiada bagiNya sekutu dalam kuasaNya dan tiada perintahNya yang lemah dan agungkanlah Dia seagung-agungnya.

    Akhirnya Surah (17) Bani Israel. Salaam.

    chong

    August 29, 2010 at 7:01 am

  22. pbuu,

    Bukan untuk membangga diri jauh sekali takabur,
    memang ada keinginan tapi blm tiba masanya!!!!!
    Saya ucapkan trilion ‘syukrillah’ atas cadangan tuan2!
    Diharap dpt bersama ‘betulkan’ mana2 kesilapan n salah
    atau sila semak 1 per 1 ayat2 yg diutarakan n jgn sesekali melupai original ARABIC text, word to word varification, esp. KEY-WORD pd setiap ayat, it’s take me years 2complete 1 surah??????

    Peace! semoga diREDHAI ALLAH atas sokongan!!!

    chong

    August 29, 2010 at 7:14 am

  23. Salam,

    Syabas Chong. Saya dah copy untuk koleksi peribadi saya. Terima kasih diucapkan.

    Kita mencari yang terbaik sahaja.

    Juang

    August 31, 2010 at 12:38 am

  24. pbuu!
    Syukrillah!
    Berikut sila hayati n varify Surah yg ‘AGONG’ ini?????

    1. SURAH AL FAATIHAH – Pembuka(Kunci).

    1. Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.
    2. Segala pujian untuk Allah pemelihara ilmu pengetahuan yang telah diujudkan diseluruh alamnya.
    3. Yang pemurah yang penyayang.
    4. Menguasai hari peraturan hidup.
    5. Hanya Kamu, kami berkhidmat dan hanya Kamu, kami mohon bantuan.
    6. Tunjukkan kami jalan yang mana lurus.
    7. Jalan orang yang telah Kamu beri nikmat ketenangan atas mereka, bukan yang dimurkai atas mereka dan bukan orang yang telah sesat.

    Akhirnya Surah (1) Al Faatihah. Salaam.

    It takes me til 2day to varify??????
    peace be upon u.

    chong

    August 31, 2010 at 6:49 am

  25. Selamat menyambut MERDEKA 1 DUNIA!!!
    Pse varify these verses word-2-word fm ori arabic text??

    21. SURAH AL ANBIYAA-I – Penyebar beritanya.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    1. Sudah terlalu dekat kepada manusia perhitunganya tetapi mereka masih lalai dan terus menolaknya.
    2. Apabila datang kepada mereka peringatan dari pemeliharanya yang terkini mereka mendengarnya tetapi mereka persendakanya.
    3. Hati mereka tidak bersedia dan mereka yang zalim rahsiakan bisikan mereka dan berkata, bukankah dia mahluk biasa seperti kamu dan adakah kamu mengadakan sihir sedangkan kamu telah melihatnya.
    4. Dia berkata pemeliharaku mengetahui segala perkataan dilangit dan dibumi dan Dia yang mendengar yang mengetahui.
    5. Malahan mereka mengatakan suatu igauan mimpi yang mengelirukan dan telah diada-adakanya dan dia seorang penyair maka datangkan kepada kami tanda-ayatnya seperti yang diutuskan terdahulu.
    6. Kami tidak pernah laknati mereka yang amanah sebelum kamu dari khariahnya maka sudahkah mereka amanah.
    7. Dan Kami tidak utuskan sebelum kamu seorang lelaki melainkan Kami turunkan ilham kepadanya maka tanyalah mereka yang kuat ingatanya/ ahlad zikri jika kamu tidak mengetahuinya.
    8. Dan tidaklah Kami jadikan mereka yang berjasad tidak perlukan makanan dan tidaklah mereka akan berkekalan.
    9. Kemudian Kami sahkan kebenaran setiap janji dan diselamatkan mereka dan sesiapa dikehendaki dan dilaknati mereka yang boros.
    10. Pastinya Kami telah turunkan kepadamu program yang penuh dengan peringatan maka tidakkah kamu memahaminya.
    11. Beberapa banyak Kami telah musnahkan khariahnya kerana mereka zalim dan setelah itu digantikan dengan kaum yang canggih dan terkini.
    12. Ketika Kami timpakan bencana keatasnya mereka bertempiaran lari.
    13. Janganlah kamu bertempiaran lari tetapi kembalilah kamu kepada cara hidup dan kediaman mewahmu dimana kamu pasti akan ditanya.
    14. Mereka berkata alahai! Celakalah kami kerana kamilah yang zalim.
    15. Maka itulah seruan mereka sehingga Kami musnahkan mereka kelak.
    16. Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa diantara keduanya untuk dipermainankan semata-mata.

    Apo laei yg ekau nak????ketok kpala tanya MINDA????

    chong

    August 31, 2010 at 10:36 am

  26. pbuu,
    typo err!!!

    21.6. Kami tidak pernah laknati mereka sebelum kamu dari khariahnya melainkan mereka telah amanah.

    21.16. Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa diantara keduanya untuk dipermain-mainkan.

    Pse forgive!! I’m human-being!!!!

    chong

    August 31, 2010 at 10:56 am

  27. Salam Merdeka juga untuk semua yang membaca.

    Bacalah dengan nama Tuhan yang mencipta. Bebaskanlah minda daripada belenggu kepercayaan tak masuk akal. Itulah kemerdekaan sebenar setiap jiwa.

    Hanya ada Satu Pencipta yang patut kita berkhidmat kepadaNya. Setiap perbuatan yang baik akan menghapuskan yang jahat. Setiap pendustaan pasti akan terbongkar jua akhirnya.

    Ceriakan hari-hari mu dengan semangat perjuangan yang harmoni.

    Juang

    August 31, 2010 at 11:23 am

  28. Salam

    Dalam ayat 35:32, Allah menunjukkan 3 jenis manusia yang diwarikan KitabNya.

    1) Orang yang lebih suka menurut hawa nafsu (suka berbangga diri untuk mewujudkan puak-puak).
    2) Orang yang berada dipertengahan, iaitu mengambil separuh-separuh peringatan Tuhan.
    3) Orang yang bersungguh-sungguh nak ikut peringatan Tuhan untuk jadi insan yang merendah diri dan jauh daripada berpuak-puak.

    Kemudian dalam ayat 21:7, Allah menyuruh kita bertanyakan kepada “ahladzikri” untuk mengetahui pasal penurunan ilham (wahyu). Jadi siapakah “ahladzikri” yang patut kita tanya di zaman kita ini? Pastilah orang-orang yang jenis ketiga itu iaitu orang yang bersungguh-sungguh pada peringtan Tuhan, bukannya orang yang berpaling lari daripada Al Quran.

    Juang

    August 31, 2010 at 11:35 am

  29. salam…

    boleh sapa2 jelaskan baina yadaihi-di antara tangan-tangannya..apsal pelik bunyinya

    fariq

    August 31, 2010 at 5:43 pm

  30. 20. SURAH THAA HA – Thaa ha.

    Dengan nama Allah yang pemurah yang penyayang.

    66. Dia berkata kamulah yang melemparkan dan ketika tali dan tongkat mereka menjelma dalam khayalan sihir mereka bergerak-gerak.
    67. Maka muusaa terasa curiga dan gementar ketakutan.
    68. Kami berkata janganlah kamu takut pastinya kamu yang terunggul.
    69. Maka lemparkanlah apa yang ditangan kananmu dan dianya akan menelan apa yang mereka telah usahakanya. Pastinya apa yang mereka usahakan adalah rancangan tipu muslihat ahli sihir dan tidak akan berjaya apa yang telah didatangkan oleh ahli sihir itu.
    70. Maka ahli sihirnya menjatuhkan diri mereka kerana kepatuhan dan berkata kami amanah kepada pemelihara haaruuna dan muusaa.
    71. Berkata apakah kamu amanah kepadanya sebelum aku memberi keizinan maka pastinya dialah pembesar kamu yang mengajar sihir ini. Maka pastinya aku akan potong tangan dan kaki kamu bersilangan dan menyalib kamu kepada batang palma dan kamu akan ketahui siapa diantara kami yang lebih dahsyat dan berkekalan azabnya.
    72. Mereka berkata kami tidak mengharapkan kamu setelah didatangkan bukti-ayat dan penjelasan yang nyata dan yang memulakan kami maka putuslah apa telah kamu tetapkan dalam kehidupan dunia ini.
    73. Maka kami amanah dengan pemelihara kami supaya akan diampunkan kesilapan kami dengan apa telah kamu paksa kami lakukan sihir ini dan hanya Allah yang berkekalan dan keutamaan bagi kami.
    74. Dan sesiapa datang kepada pemeliharanya dengan penuh dosa maka balasanya jahannama didalamnya mereka diantara hidup dan mati.
    75. Dan sesiapa datang kepadaNya dengan amanah dan beramal soleh maka mereka diangkat kepada darjat yang tertinggi.
    76. Taman syurga ‘adnin mengalir dibawahnya sungai dan mereka kekal didalamnya dan itulah balasan kepada siapa yang murnikan dirinya.
    77. Dan Kami ilhamkan muusaa, bergeraklah kamu dengan hambaku maka cetuskanlah untuk mereka suatu laluan dilautan yang telah dikeringkan dan jangan kamu takut dijejaki.
    78. Maka fir’aunu ikuti mereka dari belakang dengan angkatanya maka mereka ditenggelamkan oleh gelora lautan dan hapuslah mereka.
    79. Maka sesatlah fir’aunu dan kaumnya kerana tidak diberi petunjuk.
    80. Wahai banii-israa-iila pastinya Kami telah menyelamatkan kamu dari musuhmu dan Kami telah menjanjikan kamu disebelah kanan suatu gunung dan Kami anugerahkan kepadamu -lmanna wassalwaa.
    81. Maka makanlah dari yang terbaik yang Kami telah rezekikan kamu dan janganlah kamu angkuh maka sesiapa telah ditimpakan kemurkaanKu pastinya musnahlah hidupnya.
    82. Dan Aku yang mengampunkan sesiapa yang bertaubat yang amanah yang beramal soleh dan yang berterusan mengikuti petunjukKu.

    Hanya yang ada ‘AKAI’ sahaja boleh FAHAM n tau mana nak cari bkn asyik dok tadak tangan pg, ptg, siang, malam pastu senang je pulang-balik pd ALLAH, ni!lea!
    yg ditakdirkan Allah pd aku!!!apa na’buat!terima je!!lah???????MER!!!!!!DE!!!!!!!!KAAAAAAAA!!!!!!!!

    chong

    August 31, 2010 at 5:57 pm

  31. pbuu,
    Pse go2 meaning of EMPOWER n CAPABLE n jgn leee! /don’t look 4 Eng/Malay Dict. only?????Wakipedia or sewaktu dgnNya?????
    That’s d answer 2fariq (sudah terang lg bersuluh)hi2222!

    Salaaam fariq!!!acah!! je! tuuuuuuu!!

    chong

    August 31, 2010 at 6:14 pm

  32. pbuu,
    samb.. surah 21:1-16 diatas, maaf terlepas pandang!!!

    21:17. Jika Kami kehendaki pasti Kami mengambilnya sebagai mainan ketika Kami lakukanya pertama dahulu.
    18. Malahan Kami telah jadikan yang hak sebenar mengatasi yang palsu maka lenyaplah dan celakalah atas apa telah kamu huraikan.
    19. Dan sesiapa dilangit dan dibumi dan disekitaranya tidak takabur dan tidak bosan dan tidak keletihan berkhidmat kepadaNya.
    20. Mereka sanjungiNya malam dan siang dan tidak mengada-ada.

    Semoga bahagia/selesa anda semua!!

    chong

    August 31, 2010 at 9:05 pm

  33. pbuu,
    Kini kita dengaq pula cerita ibrahiimu, sgt berkaitan dgn salah 1 rukun wajib yg popular???

    21:21. Apakah mereka telah mengambil tuhan-tuhan dibumi yang dapat menghidupkan mereka semula.
    22. Kalaulah ada diantara keduanya tuhan-tuhan selain Allah pastinya musnah keduanya maka sanjunglah Allah pemelihara yang memiliki kuasa mutlak/-l’arsyi dari apa telah mereka sifatkan.
    23. Dan tidak akan ditanya apa yang telah Dia lakukan tetapi yang pasti ditanya segala apa telah mereka lakukan.
    24. Apakah mereka telah mengambil tuhan-tuhan selain Dia maka katakan kemukakanlah bukti-bukti kamu dari peringatan ini dan sesiapa yang bersama kamu atau dari peringatan sebelumku malahan kebanyakan dari mereka tidak mengetahui yang sebenar maka mereka itulah orang yang telah berpaling darinya.
    25. Dan Kami tidak mengutuskan sebelum kamu seseorang penyampai melainkan Kami berikan ilham kepadanya dan bahawasanya “Tiada tuhan melainkan Aku maka berkhidmatlah kepada Aku”.
    26. Dan mereka berkata yang pemurah telah mengambil seorang anak sedangkan sekelian hambanya menyanjung dan memuliakanNya.
    27. Dan mereka tidak melampau dalam kata-katanya dan mereka laksanakan segala perintahnya.
    28. Hanya Dia yang mengetahui hal mereka yang dahulu dan yang akan datang dan tidaklah mereka diberi perantaran melainkan siapa yang dikehendaki dan mereka takut dan sangat berhati-hati.
    29. Dan sesiapa mengatakan ada diantara mereka tuhan selain Dia maka Kami beri balasan jahannama kepada orang yang zalim.
    30. Apakah orang yang tidak percaya lihat yang langit dan bumi asalnya bercantum maka Kami yang pisahkanya dan setiap yang hidup Kami jadikanya dari air maka apakah mereka masih tidak amanah.
    31. Dan Kami jadikan bumi dipasak untuk imbangan dari gegaran dan telah dibentangkan jalan lurus supaya mereka mendapat petunjuk.
    32. Dan Kami telah jadikan langit sebagai bumbung yang dikawal-selia dengan rapi tetapi mereka masih berpaling dari tanda-ayatnya.
    33. Dan Dia yang telah menciptakan malam dan siang dan matahari dan bulan maka sekelianya melayari falaknya seperti yang telah ditentukan.

    chong

    September 3, 2010 at 8:15 pm

  34. 21:34. Dan Kami tidak jadikan mahluk manusia sebelum kamu berkekalan apakah kamu merasai mati sedangkan mereka hendak dikekalkan.
    35. Maka setiap jiwa pasti merasai mati dan Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan dan hanya kepada Kami, kamu dikembalikan.
    36. Dan apabila orang yang tidak percaya melihat kamu mereka pasti mencemuh dengan berkata inikah orang yang telah menyebut-nyebut tuhan-tuhan kamu sedangkan mereka mengingatkan yang pemurah supaya mereka tidak menjadi ingkar seperti kamu.
    37. Telah diciptakan manusia suka tergesa-gesa dan pastinya Kami akan perlihatkan tanda-ayat Kami maka janganlah kamu minta disegerakan.
    38. Mereka berkata bilakah janjinya jika kamu orang yang benar.
    39. Walaupun orang yang tidak percaya mengetahui waktunya mereka tidak akan dapat menahan penampilan apiNya dari depan atau belakang mereka dan mereka tidak akan mendapat sebarang pertolongan.
    40. Malahan didatangkan kepada mereka dengan segera maka akan membingungkan mereka maka tidak mereka berupaya mengelaknya dan mereka tidak akan diberi tangguh.
    41. Dan telah dipersendakan beberapa penyampai sebelum kamu dan mereka bersekongkol dengan orang yang mengejek diantara mereka dengan apa telah dipersendakan.
    42. Berkata siapa yang mengawasi kamu pada malam dan siang selain yang pemurah malahan mereka berpaling dari mengingati pemeliharanya.
    43. Atau bagi mereka tuhan-tuhan selain Dia akan pertahankan mereka malahan mereka sendiri tidak berkemampuan untuk menolong diri sendiri dan Kami pastinya tidak akan membela mereka sedikit pun.
    44. Malahan Kami telah memberi kesenangan kepada mereka dan bapa-bapa mereka sehingga lanjut usianya. Apakah mereka tidak lihat yang Kami sedang gerakkan bumi ini ke-penghujungnya maka adakah dapat mereka membendungnya.
    45. Berkata aku hanyalah memberi amaran kepadamu dari ilhamNya maka tidak akan mendengar sipekak seruan apabila diberi amaran.
    46. Dan jika meyentuh mereka walau sedikit dari azab pemeliharamu mereka pasti berkata celakalah kami kerana telah berlaku zalim.
    47. Maka Kami adakan timbangan seadil-adilnya pada hari kebangkitan dan tidak akan dizalimi suatu jiwa walau seberat biji sawi pun Kami pasti adilinya maka cukuplah hanya Kami yang buat perhitungan.
    48. Dan pasti Kami telah berikan muusaa dan haaruuna akta pembeza/ furqaana dan cahaya petunjuk/wadhiyaa-an dan peringatan/wadzikran untuk orang yang perihatin.
    49. Orang yang takut kepada pemelihara mereka dengan ghaib dan dengan detik saatnya mereka juga takut.

    chong

    September 3, 2010 at 8:19 pm

  35. 21:50. Maka itulah suatu peringatan telah diberkati yang Kami turunkan, apakah kamu masih ingin memungkirinya.
    51. Pastinya Kami telah berikan ibraahiima bersifat lurus/rusydahuu dari dahulu kerana Kami lebih mengetahui siapa dia.
    52. Ketika dia berkata kepada bapa dan kaumnya, apakah kepada replika berhala ini yang kamu bertekun.
    53. Mereka berkata kami dapati bapa kami telah berkhidmat kepadanya.
    54. Berkata pastinya kamu dan bapa kamu dalam kesesatan yang jelas.
    55. Mereka berkata adakah kamu datangkan yang sebenar atau kamu mempermain-mainkan kami.
    56. Berkata pemeliharamu itulah pemelihara yang mencitpa langit dan bumi dan akulah yang menjadi saksinya.
    57. Maka demi Allah aku akan merancang suatu muslihat keatas replika berhala kamu setelah kamu beredar darinya.
    58. Maka dipecahkanya kecuali yang terbesar/kabiiran darinya untuk mereka rujuk kepadanya apabila kembali kelak.
    59. Mereka berkata siapa yang telah lakukan ini kepada tuhan-tuhan kami pastinya dialah orang yang sangat zalim.
    60. Mereka berkata kami mendengar ada seorang pemuda telah memberi peringatan kepada mereka jika tidak salah namanya ibraahiimu.
    61. Mereka berkata bawalah dia kesini supaya dapat dilihat oleh sekelian manusia sebagai saksinya.
    62. Mereka berkata apakah kamu yang telah melakukan ini keatas tuhan-tuhan kami wahai ibraahiimu.
    63. Dia berkata tidak! malahan telah dilakukan oleh yang terbesar darinya maka tanyalah dia jika dapat dia bercakap denganmu.
    64. Maka mereka kembali kepada sesama sendiri maka mereka berkata kamu inilah orang yang zalim.
    65. Kemudian mereka tundukkan kepala mereka kerana malu lalu berkata pastinya kamu telah ketahui yang dianya tidak boleh bercakap.
    66. Berkata mengapa kamu berkhidmat kepada selain Allah apa yang tidak dapat memberi manafaat atau mudharat sedikit pun kepada kamu.
    67. Sangat memalukan! dengan apa telah kamu berkhidmat dari selain Allah apakah kamu tidak berfikir.
    68. Mereka berkata bakarlah dia dan tolonglah tuhan-tuhanmu jika itu caranya yang kamu kehendaki.
    69. Kami berkata! Wahai api dinginlah dan selamatkan ibraahima.
    70. Mereka telah merancang supaya muslihat mereka terlaksana tetapi Kami telah musnahkanya maka tinggalah mereka dalam kerugian.
    71. Maka Kami selamatkan dia dan luuthan dibumi yang telah diberkati untuk sekelian ummat didalamnya.

    to be cont….

    chong

    September 3, 2010 at 8:24 pm

  36. Salam,

    Adakah hadis menentukan kewujudan Al-Quran atau Al-Quran menetukan kewujudan Hadis? Yang mana turun dahulu, Al-Quran atau Hadis Sahih Bukhari?

    message114

    September 10, 2010 at 2:44 am

  37. Sila sertai forum baru….

    http://wahyuilahi.findforum.net

    kiki

    September 20, 2010 at 3:10 am

  38. Assalamualaikum dan salam sejahtera…

    Sewaktu nabi berada di dalam gua hira (sebutannya hiro),sewaktu baginda berumur 40 tahun(Allah belum mengangkatnya menjadi rasul (sebutannya Rosul)), telah datang malaikt jibril as membawa wahyu pertama dari Allah kepada baginda. Jibril berkata, bacalah.. tetapi baginda dalam keadaan takut(kerana pertama kali melihat rupa jibril), jibril berkata lagi bacalah.. kemudian baginda menjawab “saya tak tahu membaca” lalu jibril membaca surah al alaq ayat 1 – 5. Baginda dalam keadaan takut, terus balik ke rumahnya lalu menutup tubuhnya dengan selimut. Siti Khadijah, isterinya cuba ubtuk mententeramkannya. Kemudian Jibril datang kepada baginda dan berkata “wahai orang yang berselimut, bangunlah serta berilah peringatan”(surah al muddaththir(sebutan th adalah huruf tha-makhrajnya diantara gigi atas dan bawah) ayat 1-2). Ketika ini baginda secara rasminya telah diangkat menjadi rasul.

    Mengenai hadith pula.. menurut istilah syarak, adalah setiap ucapan, perlakuan dan pengakuan(taqrir) nabi saw. Ada juga Ulama menambahkan sifat-sifat nabi saw juga sebagai hadith. Allah telah mngutuskan baginda mengajar manusia tidak terbatas kepada halal, haram, tauhid dan feqah sahaja, tetapi mencakupi segala aspek kehidupan harian tidak kira perbuatan, akhlak, dan hidup bermasyarakat.

    Sumber pertama dalam islam ialah Al-Quran, tetapi jika diambil al-quran sahaja manusia akan cenderung menterjemahkannya mengikut pendapat akal masing-masing, di sinilah fingsinya hadith, menerangkan dan menjelaskan apa-apa yang tidak dihuraikan oleh al-quran sepenuhnya.

    Hadith sahih Bukhari ialah hadith yang dikumpulkan oleh Bukhari, Nama sebenarnya ialah muhammad bin Ibrahim bin Ismail bin Al-mMughirah bin Bardizbah Al Ja’fa al bukhari. Bukhari diambil dari tempat dimana beliau dilahirkan Bukhara. Imam al-Bukhari dilahirkan pada tahun 256 hijrah iaitu selepas lebih kurang 245 tahun kewafatan rasulullah saw. Ikuti sejarah mengenai Imam Al-Bukhari untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau.

    Umat islam sepatutnya tidak mempunyai keraguan terhadap setiap hadis dalam sahih bukhari kerana semuabya adalah hadis sahih. Untuk mengetahui apa itu ‘hadis sahih’ sila bertanya kepada orang yang tahu di tempat anda atau membacanya sendiri kerana penerangannya agak panjang dan mempunyai bahagian yang tertentu pula. Tetapi jika dipendekkan, hadith sahih ini tidak mempunyai cacat celanya sejak dari zaman Rasulullah saw.

    Sekian…

    ilham_insan

    October 2, 2010 at 5:16 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: