Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Tuhan & sistemNya yang sempurna

with 148 comments

Dalam sebahagian besar dari ayat-ayat Al-Quran, Tuhan menggunakan gantinama “Kami”. Saya berpendapat Tuhan gunakan gantinama “Kami” untuk merujuk kepada Dia dan “sistem”Nya. Dalam konteks sesuatu ayat, sistem Tuhan yang dimaksudkan mungkin boleh ditafsirkan secara khusus. Tetapi pada dasarnya sifat sistem Tuhan – menurut kemampuan akal manusia – adalah tidak terbatas.

Segala-gala yang Tuhan cipta dalam alam ini merupakan sebahagian dari sistem Tuhan. Dan manusia biar segigih manapun berusaha mungkin tidak berpeluang untuk mengetahui semuanya. Walaupun begitu Tuhan menjelaskan sistemNya itu merupakan satu kurniaan kepada seluruh manusia dan kita harus menuruti jejak Ibrahim yang berdedikasi untuk memahaminya.

2:125 “Dan Kami jadikan sistem ini sebagai satu kurniaan kepada manusia dan satu keharmonian – dan kamu harus mengambil teladan legasi-legasi Ibrahim yang komited. Dan kami perintahkan Ibrahim dan Ismail supaya mereka bersihkan sistemKu untuk mereka yang mahu mendekatkan diri dan mereka yang berdedikasi dan mereka merendah diri dan bersetuju”.

Sistem Tuhan adalah sebuah sistem yang sempurna. Ini kerana semua ciptaan Tuhan yang terdapat di dalam sistemNya itu sentiasa akur kepada perintah Tuhan. Baik yang wujud di langit mahupun yang wujud di bumi – yang kelihatan mahupun yang ghaib – semuanya patuh kepada ketetapan-ketetapan yang Tuhan telah restui (masjidillah) ke atas mereka. Itulah komitmen (solaa) mereka terhadap Tuhan.

Malah anggota badan kita sendiri pun sebenarnya merupakan sebahagian dari sistem Tuhan yang tidak pernah gagal berfungsi menurut kehendakNya. Setiap zarah yang membina tubuh badan kita akur kepada ketetapan Tuhan pada setiap masa di mana sahaja. Kita tidak sekali-kali dapat menghalang tubuh badan kita dari kepatuhannya kepada Tuhan kecuali kita akan merosakkannya.

Tanyalah doktor. Adakah mereka perlu bekerja menurut sistem tubuh pesakit atau tubuh pesakit yang perlu patuh kepada sistem mereka? Saya fikir jawapannya jelas kepada kita semua. Sebab itulah di akhirat nanti anggota badan kita akan turut menjadi saksi bagi pihak Tuhan. Anggota tubuh badan kita sendiri tidak akan menjadi saksi bagi pihak kita.

36:65  Hari ini, Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka akan bercakap kepada Kami, dan kaki mereka akan menjadi saksi kepada apa yang telah mereka lakukan.

Pendek kata, apabila Tuhan menggunakan gantinama “Kami” ia merujuk kepada Tuhan dan seluruh sistemNya yang maha luas lagi sempurna. Dan ia mungkin turut melibatkan anggota tubuh badan kita sendiri.

Oleh itu jika sekarang jantung kita boleh memahami sesuatu – cubalah fahami betul-betul. Kalau mata kita boleh melihat sesuatu – berusahalah lihat betul-betul. Jika telinga kita boleh mendengar sesuatu – dengarlah betul-betul. Jika deria-deria kita boleh membaca Al-Quran – bacalah betul-betul supaya kita beroleh petunjuk.

Kita harus sedar bahawa semua kemampuan yang ada pada setiap anggota tubuh badan kita adalah kerana mereka mematuhi ketetapan-ketetapan yang telah Tuhan restui ke atas mereka. Jika seluruh anggota badan kita sendiri pun sentiasa patuh kepada Tuhan, apakah wajar kita membiarkan jiwa kita berada dalam keingkaran dan kesesatan?

7:179  Dan Kami telah memberikan neraka ramai dari kalangan Jin dan manusia; mereka ada jantung yang dengannya mereka tidak memahami, dan mereka ada mata yang dengannya mereka tidak melihat dan mereka mempunyai telinga yang dengannya mereka tidak mendengar. Mereka seperti binatang ternak, tidak, mereka lebih jauh sesat. Mereka adalah orang-orang yang tidak sedar.

Nota:
Artikel ini merupakan jawapan saya kepada pertanyaan tentang gantinama “Kami” yang Tuhan gunakan di dalam Al-Quran oleh seorang peserta yang menggelar dirinya “Budak Bodoh”.

Written by tolokminda

April 15, 2010 at 12:26 am

148 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Penggunaan perkatan “kami” itu secara psikologinya dapat memberi kekuatan dalam hati orang yang mahu berhijrah meninggalkan kepercayaan karut tradisi bahawa mereka disertai Allah dan tentera-tenteraNya yang ramai.

    Biarpun di mata kasar orang-orang musyrik, orang-orang yang berhijrah itu golongan yang sedikit, tetapi hakikatnya mereka ramai. Mereka bersama-sama Allah, para malaikat dan segala sistem alam semesta ini yang sama-sama tunduk pada hukum yang Dia telah tetapkan.

    Cuba kita fikirkan, macam mana orang Israel boleh capai keberanian untuk bina sebuah negara yang di keliling oleh orang Arab? Kalau ikut bilangan kuantiti, senang-senang sahaja orang Arab nak bergabung kalahkan Israel yang kecil itu, tetapi kekuatan bukannya dicapai oleh bilangan, tetapi kebijaksanaan.

    Seorang manusia boleh menumpaskan banyak lembu-lembu dengan kebijaksanaan mencipta senapang.

    Juang

    April 15, 2010 at 8:58 am

  2. Salam,

    Ada juga orang yang berpendapat “kami” tu merangkumi Tuhan dan para malaikat. Kenapa? Alasan mereka ialah biasanya Tuhan memerintahkan malaikat untuk menyampaikan itu dan ini seperti wakyu dan sebagainya.

    penulis

    April 15, 2010 at 10:01 am

  3. Salam Penulis,

    Malaikat adalah sebahagian dari sistem Tuhan (baitullah) yang berteras kepada kebenaran. Jika tuan teliti semua ayat yang Tuhan gunakan gantinama Kami, ia boleh dirujuk kepada apa saja dalam sistem Tuhan yang sempurna. Bukan malaikat saja. Manusia pun boleh berpegang teguh kepada kebenaran Tuhan dan menjadi sebahagian dari sistem Tuhan yang sempurna itu. Kita akan harmoni dan berasa aman di dalamnya.

    tolokminda

    April 15, 2010 at 10:59 am

  4. Salam,

    Saya setuju pendapat TM itu. Semua makhluk-makhluk yang tunduk kepada hukum-hukum Tuhan itu menjadi sebahagian daripada sistem Tuhan itu. Mereka itulah “kami” yang dimaksudkan dalam Al Quran.

    Tetapi bagi kaum yang tidak berfikir, disebabkan ada ayat-ayat Allah guna “kami”, maka mereka kata tuhan ada ramai, atau ada anak.

    Juang

    April 15, 2010 at 11:14 am

  5. salam TM

    adakah tuhan mempunyai sestem macam manusia ? yg perlu sestem aku rasa manusia . sestem atau sifat

    slipar

    April 15, 2010 at 11:18 am

  6. Salam,

    Pada pandangan saya, Tuhan buat sistem untuk kebaikan makhluk2nya agar hidup dengan harmoni dan teratur.

    Macam kerajaan buat sistem lalu lintas agar pemanduan boleh dilancarkan. Kalau tiada sistem, semua pemandu nak memandu ikut perasaan masing-masing seterusnya menyebabkan kemalangan jalanraya.

    Jika di atas jalanraya pun kita boleh nampak kehancurannya jika tiada sistem, apatah lagi alam semesta ini jika tidak mempunyai sistem.

    Juang

    April 15, 2010 at 12:06 pm

  7. Salam,

    Saya nampak, dengan kita mengenal sistem yang Allah bina untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan, kita mudah mengenal yang mana satu ketetapan yang Allah adakan, dan yang mana satu ketetapan yang diada-adakan oleh manusia.

    Syaitan adalah pengganggu kelancaran sistem Allah. Syaitan akan memesongkan manusia daripada tunduk kepada sistem Allah, kepada anti-sistem Allah. Andaikata Allah tidak bina sistem anti-syaitan itu, sudah pasti alam semesta ini akan hancur.

    Setiap kali syaitan-syaitan muncul meniupkan api permusuhan sesama manusia, dengan sistem anti-syaitan yang Allah bina, akan padamlah api tersebut.

    Sama konsepnya macam sistem anti-virus yang dibina oleh manusia dalam sistem pengkomputeran.

    Bezanya, pembuat virus ada peluang terlepas daripada pembina sistem komputer itu, tetapi syaitan tidak ada peluang nak terlepas daripada azab Allah.

    Juang

    April 15, 2010 at 12:18 pm

  8. Salam slipar,

    Kita mampu mempelajari, memahami dan memanfaatkan segala ciptaan Tuhan yang ada di sekeliling kita kerana semua bersifat sistematik. Kita dapat memahami hukum aerodinamik dan memanfaatnya melalui teknologi penerbangan kerana ia sistematik dan tidak berubah-ubah sifatnya.

    Maknanya elemen-elemen yang berkaitan dengan aerodinamik patuh kepada ketetapan Tuhan sepanjang masa. Kita dapat memahami dan memanfaatkan gelombang-gelombang dalam spektrum elektromagnetism kerana sebab yang sama. Begitu juga dalam thermodinamik dan cabang-cabang ilmu lain.

    Air misalnya akan sentiasa terdiri dari H2O. Dan sebagainya. Maknanya semua ciptaan Tuhan bersifat sistematik dan boleh dikira dengan tepat dan ia adalah kebenaran sejak hari pertama Tuhan menciptanya.

    25:2 …Dan Dia menciptakan segala-galanya dan menetapkan ukurannya.

    Inilah yang membezakan di antara sistem yang ditetapkan oleh Tuhan dan sistem yang diada-adakan oleh manusia. Sistem Tuhan sentiasa tetap dan jitu – sempurna – kerana semua ciptaanNya tidak pernah ingkar dari ketetapan-ketetapan yang telah ditentukan oleh Tuhan ke atas mereka.

    Sistem yang diada-adakan manusia pula sentiasa berubah-ubah dan berbeza-beza di kalangan mereka walaupun masing-masing mendakwa mereka benar.

    tolokminda

    April 15, 2010 at 12:50 pm

  9. Salam,

    Kalau kita kaji sesuatu ketetapan yang diada-adakan oleh manusia atas nama agama, bukannya kerana mereka nak memastikan sistem Allah itu berfungsi dengan teratur, tetapi sebab mereka nak berbangga diri kononnya amalan ritual mereka itulah tanda mereka sahaja yang sembah Tuhan. Padahal dengan tunduk dan patuh kepada sistem Tuhan itulah erti kita mengabdikan diri kepadaNya.

    Dengan cara kita kembali hidup tunduk dan patuh kepada sistem Allah, kita tidak perlu lagi simpan keangkuhan kononnya kita sahaja yang beribadah kepada Allah dan kaum-kaum lain tidak. Semua makhluk-makhluk di langit dan di bumi melakukan ibadah dengan tunduk dan patuh kepada sistem Allah untuk sama-sama mengharmonikan alam dan memastikan ia berfungi mengikut kejadiannya.

    Barulah kita boleh capai erti keamanan (Islam) yang sebenar.

    Juang

    April 15, 2010 at 1:06 pm

  10. Salam,

    Perkara terpenting dalam memastikan hidup mematuhi sistem Tuhan adalah jangan angkuh macam iblis. Belajar merendah diri, tidak berhasad dengki, dan saling bantu-membantu menjaya keseluruhan sistem. Perasaan mementingkan diri sendiri perlu ditinggalkan untuk bekerja sebagai sebuah pasukan.

    Sama konsepnya macam sebuah pasukan bolasepak. Semua pemain kena tahu fungsi masing-masing. Kalau semua pemain mementingkan diri untuk berebut-rebut jaringkan gol dan meninggalkan komitmen asal masing-masing, pasti pasukan tersebut akan hancur.

    Di dunia ini ada 2 jenis pasukan. Satu pasukan Allah yang hidup mengikut ketetapan sistemNya. Mereka hidup bersatu dan berharmoni. Dan satu lagi pasukan syaitan yang mengada-adakan ketetapan mengikut hawa nafsu masing-masing. Sesama pasukan syaitan itu saling berpecah-belah sesama sendiri kerana kedengkian yang ada dalam hati mereka.

    Jadi terpulanglah kita nak pilih pasukan Allah dengan mematuhi cara hidup yang Allah restui agar sistem alam semesta ini berfungi dengan teratur, atau pasukan-pasukan syaitan yang berbangga diri kononnya mereka sahajalah golongan yang benar dengan amalan ritual masing-masing. Kelak masing-masing dapat balasan berdasarkan pilihan masing-masing.

    Juang

    April 15, 2010 at 2:22 pm

  11. Salaam slipar,

    Mengapaaa??? tak perrrcayaaa kaaaaa????

    (sfu)7:172- “wa idz akhadza rabbuka min banii adama min zhuhurrihim dzurriyatahum wa asyhadahum ‘alaa anfusihim ALASTU biRABBIKUM QAALUU BALAA syahidna an taquulu yauma -lqiyaamati inna kunnaa ‘an haaza ghaafiluna”
    Dalam ayat ini semua yang berNYAWA sudah pun melihat Allah, tapi lu! lu! lupu eaeeei????

    jong

    April 15, 2010 at 3:53 pm

  12. Salaam,
    Sory typing err!! bukan lupu tapi lupa ler!!

    9:67 Almunafiikuna wal munaafiiqatu ba’dhuhum min ba’dhin ya’muruuna bil munkarii wa yanhauna ‘anil ma’ruufi wa yaqbidhuuna aidiyahum NASU -llaaha faNASIYAhum inna -lmunafikiina humma -lfaasiquuna.

    Ayat ini menerangkan, jika kita lupakan Allah maka Allah lagi ler terus lupakan kiteeer???

    jong

    April 15, 2010 at 4:40 pm

  13. terima kasih TM🙂

    budak bodoh

    April 15, 2010 at 6:45 pm

  14. salam jong ..

    allah bagi kita akal supaya kita tidak lupa /lalai mengingati dia . kawe kenal jong pun kerana ada akal kurniaan tuhan . internet hanya sestem dia .

    slipar

    April 15, 2010 at 7:29 pm

  15. Adakah Tuhan perlu buktikan kehebatan Dia melalui buku Quran?

    Athiz

    April 16, 2010 at 10:58 am

  16. hmmm… ha ah..
    perlu ke?

    sudi kiranya peserta mengupas.

    Budak bodoh

    April 16, 2010 at 11:30 am

  17. Salam Athiz,

    Tidak perlu. Tuhan beri Al-Quran dan semua Kitab-KitabNya yang lain bukan untuk membuktikan kehebatan Dia. Tetapi Tuhan beri Kitab kepada manusia kerana belas kasihanNya terhadap manusia yang cenderung memilih jalan yang sesat, sia-sia dan tidak bermanfaat samada untuk dunia dan akhirat.

    Sebenarnya manusia boleh hidup dalam jalan yang lurus walaupun tanpa Kitab Tuhan kerana Tuhan sudah pun membekalkan manusia dengan akal yang dapat melihat dan memanfaatkan kebesaran Tuhan. Akal manusia mampu memilih mana satu betul dan mana satu salah sepertimana ia boleh memilih yang mana satu berguna dan yang mana satu tidak, atau yang mana baik dan yang mana buruk supaya mereka menjauhkan diri dari kesesatan dan menerima akibat yang buruk.

    Sebab itulah semasa Adam diturunkan ke bumi Tuhan tak bekalkan dia Kitab pun. Kebesaran Tuhan bukan terletak di dalam KitabNya tetapi ianya dimanifestasikan melalui kewujudan alam ini termasuklah dalam penciptaan diri kita sendiri. Kitab Tuhan hanyalah untuk memberi petunjuk, amaran dan pembawa berita gembira kepada manusia.

    tolokminda

    April 16, 2010 at 11:59 am

  18. Salam,

    Benar pendapat TM. Allah sudah bekalkan kita akal untuk menilai mana yang terbaik untuk meninggalkan yang buruk.

    Kalau kita fikirkan pun, burung hud-hud, lebah atau semut (atau makhluk-makhluk lain) tidak perlukan buku untuk nampak tanda-tanda Kehebatan Allah. Mereka hanya pakai akal sahaja.

    Melalui akal itulah Allah wahyukan kepada lebah (umpamanya) untuk hidup mengikut landasan yang Dia restui. Melalui akal itulah para semut dapat ilham daripada Allah bahawa kedatangan tentera Sulaiman akan memijak mereka.

    Malah dengan tidak mempunyai sebarang buku pun burung hud-hud boleh menilai dan nampak bahawa amalan sujud kepada matahari itu amalan syaitan (Yang saya hairankan, macam mana yang ada buku Quran boleh kata amalan sujud kepada bangunan batu itu amalan Nabi? Tak logik langsung).

    Malangnya bila ada yang bercakap sesedap mulut seperti “dalam Islam tidak boleh guna logik” atau “tidak boleh guna akal dalam Islam”, di sinilah pentingnya kita merujuk kepada sesuatu Kitab Allah yang mereka ikut itu untuk membuktikan bahawa dakwaan mereka itu berasas atau palsu semata-mata.

    Kitab itulah menjadi saksi sama ada mereka benar-benar komited mengikuti ajarannya atau sekadar dipermain-mainkan atau dilagu-lagukan. Dan Allah menjadi saksi atas apa yang manusia kerjakan.

    Juang

    April 17, 2010 at 3:24 am

  19. Slaam,
    Inilah kalu betul guna akal, dari ayat berikut kafir dah pun cipta aeroplane utk bawa org2 tiap2 thn pi dok sekutu Allah disuatu tpt tlh di’miqaat’kan!!
    3:49 Dan sebagai penyampai kepada banii israaiila dia berkata, aku datang kepadamu dengan tanda ayat dari pemeliharamu yang aku diizinkan Allah mencipta sesuatu seperti bentuk burung, apabila ditiupkan kedalamnya maka jadilah burung dan aku dapat sembuhkan sibuta dan sikusta dan memulihkan yang dihampiri kematian dan boleh khabarkan apa kamu makan dan apa yang disimpan dirumahmu. Demikianlah tanda ayat Allah jika kamu adalah orang yang amanah.

    jong

    April 17, 2010 at 4:44 pm

  20. secara logik, kenapa para saintis menolak Al Quran?

    kalau ikut logik, semua saintis atau hampir semuanya akan jadikan Quran pedoman mereka.

    sekarang ini, para saintis tidak merujuk kpd Quran kerana apa?

    kerana semata-mata logik tidak akan mendekatkan diri kpd Allah.

    Fallen

    April 18, 2010 at 1:21 pm

  21. katakanlah kalau Einstein, Newton, Franklin baca Quran [tafsir] … adakah mereka akan nampak logik di dalam Quran?

    majoriti mereka [saintis] tolak Quran dan tolak Islam, mendapati Quran tidak koheren, tiada konteks, tunggang terbalik dan tidak konsisten dalam pelaporan. memanglah atas dasar logik saintis tolak Quran.

    adakah ini bermakna Quran tak logik dan hanya utk orang bodoh yang sembah batu hitam di Mekah? atau ada ‘makna’ yg lebih mendalam yg para saintis terlepas pandang?

    Athiz

    April 18, 2010 at 4:19 pm

  22. Salam Fallen,

    Tuhan kata sistemNya merupakan satu kurniaan kepada seluruh manusia – yang percaya atau yang tak percaya.

    2:125 “Dan Kami jadikan sistem ini sebagai satu kurniaan kepada manusia dan satu keharmonian…

    Percaya kepada Tuhan bukanlah syarat untuk memahami sistem Tuhan dan mendapat manfaat darinya. Siapa yang berusaha membuat penyelidikan dan pembangunan akan tetap diberi peluang oleh Tuhan untuk menuai hasil usaha mereka.

    2:126 Dan Ibrahim berkata: Tuhanku, jadikanlah tanah ini aman, dan kurniakan untuk penduduknya buah-buahan kepada sesiapa yang percaya kepada Tuhan dan hari kiamat. Dia (Tuhan) berkata: Dan bagi orang-orang yang ingkar pula, Aku akan biarkan mereka berseronok buat sementara, kemudian Aku akan hambat dia ke pembalasan neraka.

    tolokminda

    April 18, 2010 at 9:03 pm

  23. Salam Athiz,

    Al-Quran bukan saja sering dilihat sebagai tidak koheren, tiada konteks, tunggang terbalik dan tidak konsisten dalam pelaporan oleh para saintis tetapi oleh sesiapa sahaja yang cuba membacanya melalui teks terjemahan atau tafsiran. Saya pun mempunyai anggapan seperti itu sebelum ini. Saya fikir sebab itulah ramai orang mengenepikan Al-Quran selepas mereka mencubanya dan membiarkan orang agama saja memberitahu mereka mengenainya.

    Al-Quran hanya akan kelihatan relevan dan sofistikated apabila kita dapat memahaminya tanpa sebarang penyelewengan sebagaimana yang sedang cuba kita usahakan sekarang.

    tolokminda

    April 18, 2010 at 9:16 pm

  24. Salam,

    Fallen:

    secara logik, kenapa para saintis menolak Al Quran?

    kalau ikut logik, semua saintis atau hampir semuanya akan jadikan Quran pedoman mereka.

    sekarang ini, para saintis tidak merujuk kpd Quran kerana apa?

    kerana semata-mata logik tidak akan mendekatkan diri kpd Allah.

    Pada pandangan saya, saintis yang bersikap neural tanpa bias dengan atau taksub dengan kepercayaan tradisi kaumnya, pasti boleh terima kebenaran Al Quran jika orang yang mengikut Al Quran benar-benar jujur menerangkan Al Quran menggunakan logik juga tanpa mengangkat amalan kaumnya untuk mendakwa mereka sahaja benar.

    Malangnya jika umat Islam hari ini yang mendakwa mereka pengikut Al Quran, tetapi menolak logik dan lebih percaya kepada cerita-cerita hikayat dan cakap2 golongan tertentu yang mereka rasakan sekutu Tuhan, macam manalah saintis Barat itu nak mengaku mereka ikut Al Quran secara terbuka?

    Umat Islam hari ini kena kenal di mana kekuatan Al Quran dahulu, menggunakan penyelidikan mereka, barulah mudah nak berhujah dengan para saintis itu nanti.

    Dekat atau tidak manusia itu dengan Allah perlu dinilai berdasarkan keupayaan manusia itu faham sesuatu Kitab dan hikmahnya. Ini kerana Allah tiada kedudukan jarak seperti di antara objek dengan sesuatu objek yang lain.

    Bukti Nabi Muhammad dekat di sisi Allah berbanding ahli-ahli kitab Yahudi dan Nasrani adalah baginda mampu fahami mesej-mesej Allah dalam Taurat, Injil dan Zabur sedangkan ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani yang mewarisi Kitab-kitab terdahulu itu tak mampu faham sehingga tergamak mereka kata Uzair atau Al Masih itu adalah anak Allah.

    Pada pandangan saya saintis yang menolak bahawa Nabi Muhammad mengajar sujud ke arah batu seperti mana ada larangan sujud ke arah matahari dan bulan dalam Al Quran itulah orang yang dekat kepada Allah.

    Juang

    April 19, 2010 at 11:08 am

  25. Salam,

    Athiz: adakah ini bermakna Quran tak logik dan hanya utk orang bodoh yang sembah batu hitam di Mekah? atau ada ‘makna’ yg lebih mendalam yg para saintis terlepas pandang?

    Kita kena jujur melihat ikut perspektif para Nabi yang disebut dalam Al Quran. Jika mengikut perspektif para Nabi terdahulu itu, amalan sujud kepada matahari, bulan atau patung adalah amalan syaitan dan amalan orang yang bodoh, kenapa yang sujud kepada objek-objek lain dikatakan amalan mulia dan benar semata-mata itu dilakukan oleh keturunan sendiri? Bukankah itu menunjukkan kita seorang yang bias atau double standard dalam menyatakan kebenaran?

    Pada pandangan saya, sikap bias atau double standard yang ada pada orang mengaku pengikut Al Quran itulah menjadi punca para saintis menolak kebenaran Al Quran. Mereka tidak jujur menerangkan mesej Allah dalam Al Quran. Mereka hanya nak berbangga diri kononnya cara amalan mereka sahajalah yang Islam, dan para saintis itu dikatakan kafir.

    Pada saya, para saintis sebenarnya banyak membenarkan Al Quran secara tidak langsung melalui penemuan dan penciptaan teknologi mereka sebab yang izinkan mereka dapat ilham sesuatu hukum alam ini adalah Allah yang turunkan Al Quran itu juga.

    Pada zahir mereka nampak macam orang yang tolak Al Quran seperti mana Muhammad dilihat oleh mata orang Yahudi dan Nasrani terdahulu sebagai penolak ajaran Taurat dan Injil, walhal Al Quran yang Muhammad sampaikan itulah yang membenarkan Kitab-kitab terdahulu.

    Cuba belajar meletakkan perspektif kita pada kaum2 lain juga. Nanti kita akan nampak erti kehidupan yang sebenar.

    Juang

    April 19, 2010 at 11:28 am

  26. Salam,

    Bila disebut sains, selalu kita hanya memikirkan hukum yang Allah tetapkan dalam perihal zahir atau jasmani sahaja. Walhal Allah juga menetapkan hukum dalam perihal kerohanian.

    Jika ingin membina kekuatan otot badan, ada hukum-hukum yang telah Allah tetapkan (dalam sistemNya) untuk manusia mencapainya, begitulah juga untuk membina kekuatan jiwa, ada hukum-hukum yang melayakkan manusia mencapainya.

    Bagaimana nak mengubah sikap atau attitude dalam diri, ada hukum-hukum yang telah ditetapkan seperti mana hendak mengubah kedudukan jasad dari satu tempat ke tempat yang lain, ada hukum yang perlu manusia patuhi.

    Baik sesuatu perkara itu melibatkan urusan rohani atau jasmani, ia tetap memerlukan tenaga untuk melakukannya. Ini menunjukkan hukum sains hakikatnya terpakai untuk urusan rohani mahupun jasmani.

    Namun yang sering kita dengar, bila disebut pasal sains, ramai yang menganggap ia hanya melibatkan hal jasmani atau keduniaan sahaja. Akibatnya ramai manusia tidak tahu bagaimana nak ubah sikap, perangai, akhlak atau attitude dalam diri mereka kerana mereka beranggapan ia tiada melibatkan hukum sains. Mereka tidak tahu bereksperimen pada diri mereka sendiri untuk melihat perubahan-perubahan sikap mereka sendiri.

    Maka, lahirlah ramai manusia yang hidup tak sedar diri.

    Juang

    April 19, 2010 at 3:38 pm

  27. Apa daa. Cakap pasal sisteh Allah. Tapi semua ikut sistem Kafir.
    Duit kertas kita berasal dari duit Cina mampos.
    Kenapa Muslim semua pakai duit Cina mampos sedangkan duit ciptaan Allah di tolak tepi ???
    Kenap hah, Kenapa ???

    Kita di jajah oleh Kafir Zionist melalui sistem duit Cina Mampos.

    Ayoh, baca lah di apa itu “sistem duit Cina mampos” di…

    http://warongpakyeh.blogspot.com

    Pak Yeh

    April 19, 2010 at 5:20 pm

  28. kenapa pak yeh guna kata-kata ‘Cina Mampos’

    apakah sistem muslim ala-pak yeh satu sistem yang rasis?

    Athiz

    April 20, 2010 at 7:58 am

  29. Perkataan mampos itu tepat pada kegunaan bagi orang2 yang penyembah berhala dan ia tidak terhad pada Cina sahaja. Ulamak Melayu yang kata begitu.
    Cina kata kita ni Malaikwai(Melayu hantu)dan belacan. Itu baru racist.

    pakyeh

    April 20, 2010 at 8:11 am

  30. Salam,

    Tak habis cerita kalau Melayu kutuk Cina, Cina kutuk Melayu. Orang yang kebudak-budakan sahaja berperangai begitu.

    Sedangkan yang melabelkan manusia atas nama “Melayu”,”Cina”,”India” dan lain-lain itu pun manusia juga. Kalau kita terikut-ikut dengan pelabelan begitu untuk memecah-belahkan sesama manusia, hakikatnya kita sudah tidak ikut sistem Allah.

    Sistem Allah bersifat universal bukannya ikut paras-rupa, status-pangkat, perkauman atau kepercayaan tradisi. Hanya orang yang hendak mengesklusifkan apa yang ada pada dirinya sahaja suka mengkategorikan sesama manusia. Perangai mereka lebih teruk daripada beruk.

    Juang

    April 20, 2010 at 8:26 am

  31. kalau orang itu betul ikut sistem Allah, tidaklah dia melabel ‘cina mampos’

    orang macam tu kunun nak ‘Islamkan’ ekonomi, tapi perkara asas pun dia tak lepas lagi.

    lu pikir la sendili ma !

    sepaluh melayu

    April 20, 2010 at 10:02 am

  32. Encik Sepaluh Melayu.
    Sekali lagi di bahas… Perkataan mampos itu bukan racist tetapi religionist. Mampos adalah perkataan Melayu bagi ganti perkataan mati untok orang2 kafir,mendua,tigakan Allah seperti Christian,penganut tuhan2 palsu yang di berhalakan dan sebagainya.
    Janga kata saya racist. Saya religionist bangsa Melayu dan menguna bahasa Melayu dengan tepatnya.

    pakyeh

    April 20, 2010 at 10:24 am

  33. Salaam,

    Gua! dulu punn kuat lacist looo! Tapi sudah ada sendili punya kolan aaahh! Wa sudah liligionless n
    laceless maaa! Sebab itu ayat cakap ini macam maa!!
    2:131 Ketika berkata pemeliharanya kepadanya aslim/berserah dirilah kamu, dia berkata aku yang terawal aslamtu/menyerah diriku kepada pemelihara ilmu pengetahuan yang telah diujudkan diseluruh alamnya.

    Apa macam lagi mau galoh2222 kaaa????

    jong

    April 20, 2010 at 10:52 am

  34. Ya Sheikh Tolokminda.

    Apabila Allah kata “Kami”, itu bermaana Dia plural/lebeh dari satu.
    Tetapi Allah berkata Dia satu/Ahad.
    Jadi, adakah Allah kontradict dirinya sendiri???

    Jawbnya tidak.
    Allah di umpamakan satu lautan yang darinya timbul ayer,setitik,hujan,sungai dan segala2nya yang di perbuat dari ayer.
    Material setitk ayer,hujan dan sungai adalah di perbuat oleh materail dari lautan.Tetapi ayersetitik,sungai dan barangan cuma sebahagian dari lautan.Lautan adalah macrocosm.

    Begitu juga Tuhan. Semua alam di buat dari material Allah. Jadi dari segi pesepsi, semua alam adalah Tuhan.Alam adalah sebahagian dari Allah .Allah adalah konsep macrocosm.
    Itulah maananya “Kami yang Allah sebutkan.
    Anda perlu kaji falsafah “Wahdatul wujud’ oleh Sheikh Ibni Arabi,untok faham apa Allah berkata bila Dia pangil dirinya”Kami”.

    Bukti dari AlQuran bagi falsafah wahdatul wujud adalah AlQuran 57:3 “He is the First andthe Last, the evident(Zahir) and the inevident (Batin)”/ “Dia adalah yang Pertama dan yang Akhir,yang nampak(Zahir) dan yang tidak nampak(Batin)”.

    Maka Kami itu Allah dan sistem2nya tidak timbul sama sekali.
    Lagipun Allah tidak perlukan sistem. Dia bunoh sesiapapun dengan tsunami, dan malpetaka lain tanpa ada sesuatu sistempun.
    Sistem adalah untok manusia sahaja. Ada 2 kategory sisten …1) yang baik/haq dan 2) yang burok/batil.
    Sistem pemerintahan, economi,pertanian,danlain2 yang ada serata dunia adalah yang batil, seba kita di jajah oleh orang2 Kafir.

    Sudah sampai masanya kita ber Revolusi !!!

    pakyeh

    April 20, 2010 at 10:54 am

  35. Salaam,
    Itu ‘alaamin’ boleh apa pun maananya loo!!! lu suka mau taloh looo!! sendiri fikir ler jgn mau hantam olang saja tau!!! Itu kolan apa satu pun lu ta’faham, mau suloh olang kaaa???? Semua manusia kuat tipu loo!!dari dulu sampai sikaalang maa!!!lg!lg!lg! kuat tipu. Lu tengok ini ayat dulu puuun sudah kuat tipuuu looo!!!!
    3:7 Dia yang menurunkan kepadamu suatu program didalamnya ayat-ayat mukhamatun/penentu itulah intipati program selainya mutasyabihatun/ yang seakan-akan sama. Orang yang dalam hati mereka berniat menyeleweng akan mengikuti yang seakan-akan sama darinya untuk menimbulkan fitnah melalui tafsirnya. Tidak akan mengetahui tafsirnya melainkan Allah. Orang yang mendalami ilmu pengetahuanya, mereka berkata kami amanah kesemuanya datang dari pemelihara kami, tidak mengingatinya melainkan orang yang mempunyai kebijaksanaan.

    Kalu tarak mutut punya lu olang kasi mutut laa!! Gua sini mau belajar lagi manyakkk!! maa!!!

    jong

    April 20, 2010 at 11:15 am

  36. Salaam,
    Itu ayat cerita “TIPU” punya aah! ada 284x disebut dlm Qrn, cari ler! reserch ler! tapi gua bg 1 je!!

    6:24 Perhatikanlah bagaimana mereka mendustakan diri mereka sendiri dan bagaimana apa yang mereka mengada-adakan telah hilang lenyap dari mereka.

    Pinjam sepaloh melayu punya!!

    lu pikir la sendili ma !

    jong

    April 20, 2010 at 11:37 am

  37. Saya berpendapat “Kami” tu merujuk kepada sifat2 Allah yang tidak terbilang, bergantung kepada siuasi… “Kami akan menghukum jika… , kami akan mengasihi…, kami akan merahmati jika…. kami akan menyangi jika… kami maha mentadbir…. kami bla… bla… jika…”

    MataHati

    April 20, 2010 at 11:46 am

  38. Salam,

    jong: Gua! dulu punn kuat lacist looo! Tapi sudah ada sendili punya kolan aaahh! Wa sudah liligionless n laceless maaa!

    Jika kita kaji kisah sejarah peperangan yang terjadi sesama manusia, punca utamanya adalah kerana taksub atas nama bangsa atau agama. Punca-punca inilah digunakan oleh syaitan-syaitan untuk meniup api permusuhan sesama manusia. Akibatnya daripada manusia boleh hidup aman dan harmoni, menjadi hidup yang kacau-bilau.

    Kalau kita renungkan, di hutan sana, tumbuh-tumbuhan boleh hidup aman harmoni biarpun bermacam-macam spesis. Malah beruk, orang hutan, monyet atau kera pun boleh berharmoni menunaikan tanggungjawab mereka sebagai makhluk Tuhan. Malangnya ada manusia sengaja mewujudkan api permusuhan atas nama bangsa atau agama demi memenuhi kepentingan diri masing-masing. Apakah mereka lebih hina daripada beruk-beruk dan kera-kera tersebut?

    Memang benar, jika kita faham mesej-mesej dalam Al Quran menggunakan perspektif akal kita sendiri, perasaan racist atau religionist itu akan hilang dengan sendiri. Pandangan mata kita hanyalah untuk hidup secara aman dan harmoni.

    Namun syaitan-syaitan yang suka api-apikan permusuhan sesama manusia pasti membenci bila ada orang-orang mahu kembali kepada Allah untuk melawan perasaan racist atau religionist itu.

    Juang

    April 20, 2010 at 1:20 pm

  39. Salam,

    Setiap tafsiran sesuatu kata2 mesti dibawakan dgn sokongan bukti, sy nak tahu camner kata “al-Kitab” dlm ayat Q3:7 diterjemahkan sebagai “program” oleh sedara jong??🙂

    Jebon

    April 20, 2010 at 1:35 pm

  40. Ya Athiz

    katakanlah kalau Einstein, Newton, Franklin baca Quran [tafsir] … adakah mereka akan nampak logik di dalam Quran?

    majoriti mereka [saintis] tolak Quran dan tolak Islam, mendapati Quran tidak koheren, tiada konteks, tunggang terbalik dan tidak konsisten dalam pelaporan. memanglah atas dasar logik saintis tolak Quran.

    adakah ini bermakna Quran tak logik dan hanya utk orang bodoh yang sembah batu hitam di Mekah? atau ada ‘makna’ yg lebih mendalam yg para saintis terlepas pandang?

    Sila beri bukti.Jangan tembak semberono.
    Para saintis Baratpun belajar dari saintis2 Arab/Muslim. Lu ada baca sejarah ka ???

    Saintis Muslium zaman sekarang telah pupus sebab agama Islam telah jadi agama hadis.

    pakyeh

    April 20, 2010 at 3:06 pm

  41. Salam,

    Pupusnya saintis Muslim kerana semangat ingin tahu yang tinggi sudah tidak ditanam dalam diri orang Islam sekarang. Bila semangat ingin tahu sudah pupus, mereka ingat sekadar mengaku Islam, mereka sudah Islam. Mereka ingat Allah cipta alam semesta ini untuk mereka bermain-main, bercakaran berebut kuasa, atau berbalah-balah kerana berbeza ikut pendapat imam-imam terdahulu.

    Kalau kita fikirkan, akhlak saintis Barat itu lagi baik kerana mereka boleh berlapang dada menerima perbezaan pendapat berkenaan sesuatu teori yang dikemukakan. Jika saintis hari ini menemui bukti baru yang lebih kuat daripada pendapat saintis terdahulu, mereka terima pendapat yang lebih kukuh itu.

    Tetapi kematangan sebegitu tidak dilihat dalam masyarakat Islam hari ini. Bila ada sesiapa yang bawa pendapat yang lebih kuat buktinya daripada pendapat imam-imam hadis, maka orang itu dilabelkan anti-hadis, sesat dan sebagainya. Macam manalah keadaan umat Islam hari ini nak jadi maju jika tahap pemikiran mereka masih kebudak-budakan dan lambat matang?

    Juang

    April 20, 2010 at 3:26 pm

  42. Salam,

    Setiap tafsiran sesuatu kata2 mesti dibawakan dgn sokongan bukti, sy nak tahu camner kata “al-Kitab” dlm ayat Q3:7 diterjemahkan sebagai “program” oleh sedara jong??

    Selalu bila disebut kitab, kita membayangkan buku. Hakikatnya Kitab itu adalah sesuatu yang Allah tetapkan agar sistem yang Dia bina itu berfungsi mengikut KehendakNya (spesifikasi).

    Umpamanya bumi mengelilingi matahari adalah sesuatu yang telah Allah tetapkan. Ada sebab musababnya kenapa bumi kena kelilingi matahari, bukan keliling marikh. Dengan kata lain Allah telah programkan agar bumi keliling matahari dan bumi komited untuk ikut program Allah itu.

    Begitu juga, manusia pun ada program-program yang Allah telah tetapkan pada diri mereka masing-masing sesuai dengan kejadiannya sebagai khalifah. Jika mereka ikut program Allah itu, mereka selamat. Jika mereka lawan program Allah itu, mereka balik yang dapat padahnya. Ini kerana untuk memastikan sistem alam semesta yang luas ini berfungsi dengan stabil dan teratur, apa jua “virus-virus” yang cuba merosakkan sistem Allah bina itu pasti akan terima padahnya sebelum keseluruhan sistem itu menjadi parah.

    Seorang programmer komputer mungkin lagi-lagi mudah nak memahami ajaran Al Quran sebab perumpamaan bagaimana Allah mengatur sistem alam semesta ini boleh diumpamakan dengan sistem yang dia bina. Tetapi kalau dia seorang yang taksub dengan ajaran tradisi, perangainya sama juga macam kaum Nabi Ibrahim yang taksub dengan ajaran tradisi mereka.

    Juang

    April 20, 2010 at 3:38 pm

  43. Salam juang,

    Jgn berandaian dulu… mesti tunjukkan bukti dari frasa akar kata dari al-Quran itu sendiri, kalu nak mentakwilkan al-Quran… “al-Kitab” berakar kata dari “KTB” bermakna ketentuan atau tulisan…

    [2:282] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berhutang dengan hutang sehingga tempoh yang ditetapkan; kamu mestilah mengkitabkannya. Jurukitab diantara kamu mestilah mengkitabkan secara adil, dan janganlah enggan jurukitab untuk mengkitabkan sebagaimana yang Allah mengajarkannya; dia mestilah mengkitabkan, dan yang terlibat kepadanya mengimlakkannya secara benar; dan bertaqwalah dia kepada Allah Tuhannya, dan janganlah mengurangkannya sesuatu pun. Jika mereka yang terlibat kepadanya sebenarnya tidak tahu, atau lemah, atau tidak dapat mengimlakkan, maka walinya mestilah mengimlakkannya dengan adil; dan disaksikan dua saksi diantara lelaki kamu; tetapi jika keduanya bukan lelaki, maka seorang lelaki, dan dua orang wanita yang diterima diantara para saksi. Jika salah seorang dari keduanya sesat, maka diperingatkan seorang yang lain. Janganlah para saksi enggan apabila mereka dipanggil, dan janganlah jemu untuk mengkitabkannya, yang kecil, atau besar dengan tempohnya; itulah lebih adil disisi Allah, dan lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih dekat untuk kamu tidak ragu-ragu, melainkan ianya perdagangan hadir (tunai) yang kamu menjalankannya diantara kamu, maka tidak ada kesalahan kepada kamu, jika kamu tidak mengkitabkannya; dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah memudaratkan jurukitab, dan saksi, dan jika kamu melakukan, maka sesungguhnya itu pelanggaran dari kamu; dan bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan mengajar kamu; dan Allah mengetahui segala sesuatu.

    Apa talak picaya ke??🙂

    Jebon

    April 20, 2010 at 3:59 pm

  44. Alamak, Soli gua ata salah susun itu Athiz punya komen.

    Athiz kata :
    katakanlah kalau Einstein, Newton, Franklin baca Quran [tafsir] … adakah mereka akan nampak logik di dalam Quran?

    majoriti mereka [saintis] tolak Quran dan tolak Islam, mendapati Quran tidak koheren, tiada konteks, tunggang terbalik dan tidak konsisten dalam pelaporan. memanglah atas dasar logik saintis tolak Quran.

    adakah ini bermakna Quran tak logik dan hanya utk orang bodoh yang sembah batu hitam di Mekah? atau ada ‘makna’ yg lebih mendalam yg para saintis terlepas pandang?

    Pak Yeh kata:
    Sila beri bukti.Jangan tembak semberono.
    Para saintis Baratpun belajar dari saintis2 Arab/Muslim dahulu.
    Lu ada baca sejarah ka ???

    Saintis Muslium zaman sekarang telah pupus sebab agama Islam telah jadi agama hadis.
    Ada Imam AlGazali telah kafirka ahli falsafah.
    Ada hadis kata Allah pun bodoh silap rancang solat sampai 50.
    Ada hadis kata jika guna akal untok tafsir AlQuran perlu sedia di bakar api neraka.
    Therefore Muslim falsafah pun pupus lah.

    Pak Yeh

    April 20, 2010 at 7:26 pm

  45. Salaam,
    Juang!tq jwb 4me!
    Jebon! sudah ke?u cq kata ‘K T B’ ada 263x dlm Qrn.Gua baru je 9,125hari main2 cq suka2 je!!! Jadi gua ambil my own risk 2compile these 263 words as ‘PROGRAM’. Mula2 gua join TM ni gua tilis bahasa Quraisy, ada org kat sini kata ‘I bkn org Quraisy’??? Gua ingat kat TM ni expert Quraisy belaka??? so gua antar le!bm, tapi maaf ler sbb kena pinjam b.penjajah lak????

    Sila banding gua punya koran sama lu punya 2:282
    282. Wahai orang yang amanah apabila kamu meminjam secara berhutang diantara kamu dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah dicatatkan oleh seorang pencatat yang adil. Seorang pencatat tidak boleh menolak untuk mencatat sepertimana telah diajarkan Allah. Setelah dicatatkan peminjam mesti membacakan catatan itu dan dia mesti perihatin kepada Allah. Jangan kamu mengurangi sesuatu dari apa telah dipersetujui. Jika peminjam lemah pemikiran atau kurang upaya dan tidak boleh membaca maka penjaganya hendaklah baca dengan adil. Panggillah dua saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua perempuan yang kamu percayai. Jika salah seorang dari kamu lupa atau tersilap maka salah seorang dari kamu boleh mengingatkanya. Dan janganlah saksi-saksi ini menolak apabila dipanggil dan jangan bosan untuk mencatat walau sekejap atau selama mana pun tempohnya. Dari pandangan Allah adalah lebih adil, lebih telus dalam kesaksian dan lebih sesuai supaya kamu tidak meraguinya. Lainlah jika dianya pinjaman bayaran tunai maka tidaklah bersalahan bagimu jika tidak mencatatnya. Adakanlah saksi-saksi apabila kamu berurusan dan jangan beri tekanan kepada pencatat atau saksi dan jika kamu lakukan juga dianya adalah kefasikan. Perihatinlah Allah yang telah mengajar kamu dan Dia mengetahui segalanya.

    Sama2 ler cq!! itu pun kalu rajin!!gua ni jenis malas jer!!!!

    jong

    April 20, 2010 at 7:39 pm

  46. Salaam,

    4yr info itu olang china aah! sudah aplikasikan kolan dlm pajak gadai depa ribu2 tahun dulu wooo!!! Ni olang ‘kita’kod ayat pun litang pukang!! aiiyaa!!!itu cina tarak cuci bila pangsai maa!!!tapi dia sudah pandai aplikasi ayat2 kolan maa!!!gua manyak malu looo!!!wa punya moyang pun ata hybrid-blood sama itu cina maaa!wa punya nanny lg2222 hybrid maa!! wa tatau apa itu lace mali punya looo!!wokey laa!!wa mau chiek moi!!

    jong

    April 20, 2010 at 8:07 pm

  47. Salaam, mata hati,

    Maaf yer!! na’tanya sikit, ‘kita’ tu ta’termasuk lu,gua, n participents TM sama ke???? Kut2 ler boleh tumpang semangkuk????

    jong

    April 20, 2010 at 9:10 pm

  48. Salam Jong

    Pada ayat Q2:282 anda terjemahan KTB sebagai “catatan” tetapi KTB pada ayat Q3:7 anda terjemahkan jadi “program”, ada konsisten ka??

    [27:28] “Pergilah dengan kitabku ini…

    Bolehkah diterjemahkan dengan “programku”?? Apa celita???

    Jebon

    April 20, 2010 at 9:21 pm

  49. Salam Jong,

    Apabila seseorang berkata kepada orang yang baru dikenalinya….” Kita berasal dari mana ? atau Nama kita siapa ? atau Kita sudah lama tinggal disini ? “…. Apakah si penanya itu bertanya pada dirinya sendiri juga ?

    MataHati

    April 21, 2010 at 7:46 am

  50. Salam,

    Jebon: Jgn berandaian dulu… mesti tunjukkan bukti dari frasa akar kata dari al-Quran itu sendiri, kalu nak mentakwilkan al-Quran… “al-Kitab” berakar kata dari “KTB” bermakna ketentuan atau tulisan…

    Perumpamaan perkataan “Kitab” boleh membawa makna “program” sama seperti perkataan “nisai” boleh memberi makna “percabangan” atau “perbincangan” (seperti yang dikemukakan oleh saudara Faried berkenaan ayat 2:187).

    Apabila kita faham yang Kitab Allah adalah suatu yang logik, maka penyusunan logik-logik tersebut akan membentuk aturcara (program).

    Apatah lagi bila Kitab Allah itu dijadikan pedoman atau aturcara hidup (deen), maka bertambah-tambah jelas kita nampak yang Kitab itu juga sesuai dengan makna program.

    Tetapi kalau Kitab Allah itu sekadar dilihat tulisannya untuk dilagu-lagukan sebutannya, memanglah agak sukar kita nak nampak isi kandungan Kitab Allah itu sebuah program.

    Dan kitab yang ditulis oleh orang yang tak guna logik memanglah tidak sesuai dikatakan program sebab mana ada orang buat program tak guna logik?

    Juang

    April 21, 2010 at 7:48 am

  51. Salaam 2all,
    Tq jebon n mata hati respone 2me!!that’s excellent I code,”Saya bodoh!saya banggang!saya iblis!saya setannnn! Tuannnnnn” Ini kata2 Nabil(raja lawak)in drama, HAJI BAHKIL THE MOVIE at channel 105.Saya terus berlinang air mata n terisak2, sbb ini kata2 saya katakan pd diri saya 25thn dulu??? Jgn tanya pulak kenapa, lu pikir ler sendili???? org lain ambil masa 24jam,2thn,5thn,malahan yg paling cepat saya pernah tahu 2jam je na’faham qrn ni????saya pulak punya le banggang amek smp 9rb + hari utk faham ini PROGRAMMMMMM?????
    7:172- “wa idz akhadza rabbuka min banii adama min zhuhurrihim dzurriyatahum wa asyhadahum ‘alaa anfusihim ALASTU biRABBIKUM QAALUU BALAA syahidna an taquulu yauma -lqiyaamati inna kunnaa ‘an haaza ghaafiluna”
    Dalam ayat ini semua yang berNYAWA sudah pun melihat Allah, tapi lu! lu! lupu eaeeei????
    My trans: Dan ketika pemelihara mereka mengambil dari anak2 aadama(darah-chromosom) tulang belakang mereka keturunan,mrk menyaksikanya atas jiwa mrk sendiri,”Bukankah Aku ini pemeliharamu?”
    Yaa!(BENAR)kami menjadi saksi sebenarnya supaya kami tidak mengatakan pada hari kiamat nanti,ssg hnya kami dari hal ini kami org yg LALAI/LUPA.
    Ini utk jwpan 2all, gua kenal smua lu org sejak azali lagi!!!!!apamacam bolek faham ke??????

    jong

    April 21, 2010 at 9:23 am

  52. Salaam,
    Dlm ayat diatas ada 2x kata ‘syahadah’ kaji ler kalu mau tau!!!!! tu ler asal usul 2xmah syahadah ASWJ????That’s why 2me, all THE al baqoroh
    n baqorohtin on earth ni kelentong 1-dunia sesat???
    haa222222, dulu gua nangis batang hidung sedili malu, sikalang gua gelak lak tengok olang mengelintau dng ayat-tanda(sign-verse)from Allah!!!
    Wokey laa gua ada solla/komitmen kewajipan utk ditunaikan(wajiba)-kalu ta’tunai dpt dosa?????

    jong

    April 21, 2010 at 9:42 am

  53. Salam,

    Sebenarnya kita semua berada di sini atas dasar apa? Berbincang, berkongsi maklumat atau sekadar nak menunjuk yang kita ni bijak, bagus, pandai dan sebagainya. Kalau untuk tujuan yang baik, maka gunakanlah cara yang baik, bahasa yang baik, perkataan yang betu supaya pembaca boleh membaca dengar lancar dan faham apa yang nak disampaikan. Tapi kalau untuk menunjuk yang kita bagus, pandai, bijak, lantak lu la bro…

    penulis

    April 21, 2010 at 11:06 am

  54. salam,

    Setuju dengan penulis.
    Saya dapati blog ini sudah bertukar menjadi medan mencela, mengutuk dan memperbodohkan orang. Timbul pulak dengan bahasa2 kita pun tatak tau punya olang.

    Dulunya saya seronok melayari blog ini dan sekali sekala ada juga menyertai dailog disini. Tetapi sekarang hanya menjadi pemerhati sahaja.

    ramsys pranata

    April 21, 2010 at 11:28 am

  55. Salam,

    Katakan ada 2 biji epal. Satu epal berkeadaan baik dan segar. Satu epal lagi berkeadaan buruk dan busuk.

    Ada manusia kata, epal yang segar itulah yang baik untuk dimakan, dan ada pula yang kata epal yang busuk itulah baik untuk dimakan. Jadi, di antara 2 pendapat itu, yang mana satu lebih benar? Sudah pasti bukti-bukti yang dikemukakan itulah penentu siapa yang benar dan siapa yang tidak.

    Selepas dikemukakan bukti, jika masih ada yang nak makan epal busuk itu, maka mereka tanggunglah sendiri jika kena sakit perut. Nanti jangan salahkan orang lain disebabkan perbuatan sendiri.

    Begitulah matlamat kita di sini. Matlamatnya adalah untuk kemukakan bukti-bukti kukuh sesuatu perkara bagi membezakan mana yang benar dan mana yang dusta. Sesiapa yang masih nak ikut sesuatu yang dusta dan diada-adakan setelah dibawakan bukti untuk membezakannya, maka mereka tanggunglah akibatnya.

    Juang

    April 21, 2010 at 11:31 am

  56. Salaam,
    penulis n ramsys pranata, tq 4yur advice!Dimohon ampun dan maaf kepada pakar bahasa sekelian, saya bersedia tarik diri dr TM ini dgn diakhiri ayat ini
    2:23 Dan jika kamu masih dalam keraguan dari apa kami turunkan kepada pesuruh kami maka adakanlah satu surah seumpamanya dan serulah saksi-saksimu dari selain Allah jika kamu adalah orang yang benar.
    2:24.Maka jika kamu tidak lakukan dan tidak akan dapat kamu lakukan maka prihatinlah api yang bahan bakarnya manusia dan batu-batu disediakan untuk orang yang tidak percaya.

    Salaam aman tenteram selamat n sejatera utk semua

    jong

    April 21, 2010 at 12:16 pm

  57. Salam Juang,

    Juang tulis:- Perumpamaan perkataan “Kitab” boleh membawa makna “program” sama seperti perkataan “nisai” boleh memberi makna “percabangan” atau “perbincangan” (seperti yang dikemukakan oleh saudara Faried berkenaan ayat 2:187). —

    Akar kata perkataan KTB pada ayat Q2:282 dan 27:28 adalah janggal jika diterjemahkan sebagai “program”… nampaknya Juang main takwil ajer tanpa melihat frasa kata dlm konteks ayat yang lain… tafsir ayat al-Quran dgn ayat al-Quran lebih diyakini…

    Jebon

    April 21, 2010 at 12:23 pm

  58. Jong , rilex la .. lu kasi detail sikit la

    slipar

    April 21, 2010 at 12:45 pm

  59. Nasib baik Muslim maseh ada ApQuran tulin/original untok bukti2 kukuh. Kalau dah tak ada Bible original, cuma yang telah di terjemah dan di tafsir sahaja, lingkop lah Muslim semua.

    solaa di terjemah dan di tafsir jadi komittmen entah apa benda.
    Haj di terjemah jadi delidek entah apa benda.
    Baitullah jadi sistem Allah.
    Kami boleh jadi sistem.
    Mengarut betul lah.

    Ini semua macam falsagah “Lateral Thinking” rekaan Edward de Bono.
    Misile/peluru berpanda boleh jadi botol yang di lempar.

    Pak Yeh

    April 21, 2010 at 12:54 pm

  60. Salam Jebon,

    Ayat-ayat Al Quran yang menyebut perkataan “kitab” yang dikaitkan dengan proses-proses yang telah Allah tetapkan berlaku di langit dan di bumi itulah yang sesuai dimaksudkan dengan program. Contohnya seperti ayat-ayat Al Quran di bawah:

    6:59. Pada-Nya kunci-kunci pada yang ghaib; tiada yang mengetahuinya melainkan Dia. Dia mengetahui apa yang di darat dan laut, dan tiada sehelai daun yang jatuh melainkan Dia mengetahuinya. Tiada sebutir biji dalam kegelapan bumi, dan tiada satu benda, segar atau kering, kecuali di dalam Kitab yang jelas.

    6:60. Dia yang mematikan kamu pada malam hari, dan Dia mengetahui apa yang kamu mengerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangkitkan kamu padanya supaya satu tempoh yang telah dinyatakan disempurnakan; kemudian kepada-Nya kamu kembali, lalu Dia memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.

    Yang menyebabkan manusia mati di malam hari, yang menyebabkan manusia akan bangkit kembali, semua itu telah diaturcarakan (diprogramkan) oleh Allah. Kalau manusia sendiri diberi kuasa untuk mengaturcara bila dia akan mati, sudah pasti ramai manusia nak hidup di atas dunia sampai bila-bila.

    Apakah ada kuasa selain Allah mampu mengaturcara peredaran sistem di langit dan di bumi ini?

    Juang

    April 21, 2010 at 1:09 pm

  61. Salam Juang,

    OOOO ropanya dimaksudkan dgn “program” yg universal atribute sebelum dimanifestasikan dlm bentuk tulisan tertulis?? Apa yg Juang maksudkan dgn “program” tuh boleh dimaksudkan dgn “ketentuan/ketetapan” sebagaimana ayat berikut…

    [2:216] Dikitabkan (ditentukan) keatas kamu berperang sedangkan itulah yang kamu benci;

    Memang sunnahtullah itu ditentukan atau ditetapkan… kalu diterjemahkan sebagai “program” agak kureeng sesuai atau nampak janggal jika dikaitkan dgn ayat Q3:7 yg merujuk sebuah kitab yg tertulis…🙂

    Jebon

    April 21, 2010 at 6:15 pm

  62. hahaha .. aku terbayang Allah adalah system analyst yang pakai cermin mata tebal dengan rambut emo menulis program untuk manusia!

    Teruna Recycle

    April 21, 2010 at 6:26 pm

  63. Salam Jebon,

    Ya, memang agak janggal kalau semua perkataan “kitab” yang ada dalam Al Quran itu diterjemahkan sebagai program. Sebab itu saya katakan pada ayat-ayat tertentu yang mengaitkan Kitab dengan apa yang Allah tetapkan di alam semesta ini. Tengok pada konteks ayatnya.🙂

    TR: hahaha .. aku terbayang Allah adalah system analyst yang pakai cermin mata tebal dengan rambut emo menulis program untuk manusia!

    Dalam Al Quran ada sebut “tangan” Allah. Kalau dibayangkan “tangan” Allah itu seperti tangan manusia, itu yang ada pergi buat patung banyak tangan bagi menggambarkan Tuhan boleh buat bermacam-macam perkara.

    Tidak bolehkah manusia itu menjauhi perangai nak kaitkan Tuhan dengan jasad-jasad makhlukNya?

    Juang

    April 21, 2010 at 8:38 pm

  64. Salam Juang,

    Ok, sy faham maksud anda… tetapi nampaknya sdr “Jong” telah berundur… terjemahan beliau ada baiknya… harap beliau jgn berundur dulu, tulis elok2 dulu…🙂

    Jebon

    April 21, 2010 at 9:46 pm

  65. Many Quranites tend to point out hadith, which may seem strange or too supernatural in order to believe it. This is nothing more than an “appeal to emotion” fallacy. Here is the testimony of one Quranite who became an agnostic…

    I was in the middle of laughing at the stories and silently mocking them, when suddenly it hit me that they are no more absurd than the belief that Jesus was born of a virgin, that Moses split the ocean and turned a stick into a snake, or that Solomon had conversations with animals.

    So here we see a Quranite who left Islam because he found the virgin birth and Solomon’s conversations with animals to be absurd. These are to be found in the Qur’an. Will the Quranites accept this as an argument? They will say that these stories are not absurd and that people must put faith in them. Well then why don’t the Quranites do the same with the hadith that they find strange? Who draws the objective standard as to what is too absurd to be true?

    This is nothing more than an “appeal to emotion fallacy” and it is to be ignored.

    ganding

    April 21, 2010 at 10:36 pm

  66. Pak Yeh menulis,

    Maka Kami itu Allah dan sistem2nya tidak timbul sama sekali.
    Lagipun Allah tidak perlukan sistem. Dia bunoh sesiapapun dengan tsunami, dan malpetaka lain tanpa ada sesuatu sistempun.

    Salam,

    Tuhan dengan sifatNya sebagai Tuhan, tidak memerlukan sistem untuk wujud. Tetapi segala ciptaanNya dari sekecil-kecil partikel sub-atomik sehinggalah sebesar-besar galaksi tidak akan wujud tanpa sistem yang telah Tuhan tetapkan atau programkan untuk mereka.

    Kerana kepatuhan kepada sistem yang telah Tuhan tetapkan kepada merekalah alam semesta dan segala isi kandungannya wujud dan berfungsi sebagaimana yang kita lihat sekarang.

    Graviti misalnya merupakan satu sistem yang Tuhan programkan untuk membentuk, mengawal dan mungkin juga memusnahkan galaksi-galaksi, bintang-bintang, planet-planet, bulan-bulan dan segala objek seumpamanya. Tanpa sistem graviti alam ini tidak akan wujud dengan sifat-sifat yang kita dapat lihat sekarang.

    Gempa bumi, tsunami, ribut taufan dan apa saja fenomena bumi yang kita sifatkan sebagai bencana yang boleh membunuh ribuan atau jutaan manusia pun berlaku kerana kepatuhan setiap unsur bumi kepada sistem Tuhan.

    Pergerakan awan, angin, plat tektonik semuanya berlaku dalam ruang lingkup sistem yang telah Tuhan tetapkan dengan sempurna. Dan Tuhan telah pun menyeru supaya manusia mempelajari dan memahami sistem-sistem itu supaya kita bersedia apabila sesuatu bencana berlaku.

    27:88 Dan kamu melihat gunung-gunung, kamu fikir mereka tetap-padu, sedangkan mereka bergerak sebagaimana awan-awan. Ciptaan Tuhan yang menyempurnakan segala-galanya. Sesungguhnya Dia tahu segala yang kamu lakukan.

    Sistem Tuhan tidak akan berubah. Ia sempurna kerana seluruh ciptaan Tuhan patuh kepada sistemNya. Oleh itu jika kita mahu menjadi manusia yang berjaya, kita juga perlu patuh kepada sistem Tuhan. Jika kita tinggal berhampiran kawasan gelinciran plat tektonik maka kita perlu bersedia untuk mengalami gempa bumi atau mungkin juga dilanda tsunami.

    Oleh itu kita perlu membina rumah dan bangunan yang sesuai atau menyediakan sistem-sistem amaran supaya dapat menyelamatkan diri apabila bencana gempa bumi berlaku. Sebagai manusia kita tidak akan mampu melawan sistem Tuhan, tetapi kita telah diberi akal supaya memahami dan bersedia. Sikap bodoh dan sombong hanya akan menjahanamkan kita.

    tolokminda

    April 21, 2010 at 11:35 pm

  67. Salam Ganding,

    Melalui Al-Quran kita dapati Tuhan menyuruh kita percaya kepada semua rasul dan Al-Kitab yang mereka sampaikan. Tetapi tidak ada satu ayat pun yang kata kita perlu percaya kepada mana-mana kitab hadis. Itu point utamanya.

    77:49-50 Celakalah orang-orang yang berdusta. Maka dengan ‘HADIS’ manakah selepas ini mereka akan percaya?

    tolokminda

    April 21, 2010 at 11:52 pm

  68. apa logik untuk explain magis Cyril yg guna bayang untuk patahkan chopstick ni?

    Shadow magic chopsticksCyril | MySpace Video

    Teruna Recycle

    April 22, 2010 at 12:22 am

  69. Salam Pak Yeh,

    Sebenarnya terjemahan Al Quran itu, sesiapa pun bolih buat , maka terpulanglah pada kita untuk memikirkannya dan memahamkannya, mana mana yang kita rasa betul pada pemahaman kita.Sesiapa pun tak bolih mendakwa terjemahannya saja yang betul, walaupun dia seorang ulama besar dunia,sebab pengetahuan dan ilmu itu tuhan bagi pada sesiapa saja yang dia suka.

    Makna sebenar Al Quran adalah disisi Allah SWT, hanya dia saja yang tahu. Kita manusia hanya dapat memahami setakat kemampuan kita, itu pun dengan kehendaknya juga.

    Jadi, jika terjemahan itu logik pada pemikiran kita dan kita yakin setelah kita selideki dari bermacam macam sumber yang ada, maka barulah kita terima dengan senang hati…….

    Itulah sebabnya kita perlu membaca…bacalah…bacalah.dan berfikir, insyallah Allah SWT akan tunjukkan jalannya….bukan ikut..ikut apa orang lain buat….tanpa berfikir.

    Sekian, terima kasih.

    wucman

    April 22, 2010 at 9:51 am

  70. Salam,

    Setakat nak mengaku diri sendiri benar, semua orang boleh melakukannya. Tetapi untuk menjaga akhlak dalam mempertahankan kepercayaan masing-masing itulah yang susahnya.

    Orang kafir terdahulu pun merasakan diri mereka di pihak yang benar. Namun dalam mempertahankan kepercayaan mereka, mereka tunjukkan akhlak yang buruk. Mereka hanya mampu menghukum dengan membawa kata-kata ejek-ejekan seperti “inilah sihir yang nyata” apabila kalah berhujah.

    Takkanlah orang yang buruk akhlaknya itu orang yang beriman dan dekat di sisi Allah?

    Juang

    April 22, 2010 at 10:52 am

  71. 1. Buku itu merekodkan kata-kata Allah, yakni Tuhan dalam bahasa Arab.

    2. Yang mendengar kata-kata itu seorang lelaki Arab bernama Muhammad. Tak ada saksi lain yang dengar kata-kata Allah itu kecuali Muhammad.

    3. Orang yang mencatit kata-kata Allah itu ke dalam bentuk tulisan tidak dapat dikenalpasti.

    4. Melalui usaha alim ulama, buku yang dinamakan Quran itu dipelihara kandungannya dan disebarkan ke seluruh dunia sejak lebih 1400 tahun lalu

    Bahawasanya kalau ikut chain of evidence, bukti Quran itu dari Allah hanya terletak pada lelaki yang bernama Muhammad. Nak tahu makna sebenar ayat-ayat Quran kena tanya Muhammad. Tapi Muhammad sudah wafat. Sebelum wafat Muhammad ada tinggalkan wasiat, bahwa segala rahsia Quran telah diturunkan ‘di-downloadkan’ kepada seseorang dan orang terpilih dari keturunannya. Merekalah yang tahu ‘program’, software dan komputer script – kerana mereka adalah blueprint Quran sebenar.

    Tugas kita ialah mengenalpasti orang itu.

    Sarjan

    April 22, 2010 at 11:53 am

  72. Salam Sarjan,

    Adakah Al Quran yang diturunkan itu, seperti harta pusaka, diturunkan dan diwasiatkan kepada keturunan?

    Yang saya tahu AlQuran itu ditulis oleh tangan tangan jurutulis yang mulia….dan Allah SWT janji menjaga/memeliharanya hingga akhirat.Pengetahuan/rahsia AlQuran akan diberi oleh Allah SWT kepada sesiapa yang dia suka.

    Kemudian kita manusia perlulah mencari/mengenalpasti pula siapa yang memegang wasiat rahsia Al Quran itu, macam teka teki pulak? Kalau tak jumpa orangnya macam mana? Maka sesatlah selama lamanya..adil ke tak adil?

    Sebenarnya senang saja, sesiapa yang nak percaya pada AlQuran bolih percaya serta ikut dan sesiapa yang tak mahu percaya dan ikut selain dari AlQuran pun bolih juga, nanti Allah SWT akan jelaskan diakhirat, masing masing jawab le…itulah yang saya faham….

    Sekian , terima kasih

    wucman

    April 22, 2010 at 12:52 pm

  73. hmm geliga jugak kepala tok sarjan ni. patut naik pangkat jadi sub-inspektor🙂

    kalau kita balik kpd sumber, selepas muhammad yg paling tinggi ilmu quran ialah saidina ali. dilaporkan bahawa nabi muhammad merujuk dirinya sebagai gedung ilmu dan ali adalah pintu gedung. nak masuk ikut pintu. jangan inkut tingkap.

    ikut saidina ali ker, tok sarjan?

    Teruna Recycle

    April 22, 2010 at 1:18 pm

  74. riwayat , hikayat .. darurat . bukan aku nak sokong juang tapi hujah beliau buat kita terfikir akan kebenaran tu tertakluk kepada akal kita yg mampu memikirkannya , bak kata jong kita dulu telah berkenalan dgn tuhan dan telah kenal cuma kita lupa . kalau sekarang pun kita masih lupa dan nak berpegang pada riwayat dan hikayat maka selamanyalah kita akan lupa . dulu kini dan selamanya hanya masa .

    slipar

    April 22, 2010 at 1:31 pm

  75. Ini musti influence aliran syiah nih, kalu menurut “wasiat” al-Quran itu sendiri ialah anjuran al-Quran memikirkan ayat2 al-Quran itu sendiri oleh sesiapa sahaja tak kiralah keturunan Nabi ker, keturunan Mak Bedah ker, keturunan Pak Abu ker, etc…🙂

    Jebon

    April 22, 2010 at 1:36 pm

  76. salam wucman,

    perihal reaksi tuan terhadap tok sarjan, saya setuju memang Allah penjaga Quran. lagipun itu buku Dia.

    hatta, sebagai tool utk memahami kata-kata Allah dan ilmu, Quran ibarat pedang yang boleh penggal kepala osama laden atau kepala obama presiden.

    Quran boleh saja jatuh ke tangan Melayu Cina India Jawa Afrika Latin yg beragama Yahudi Kristen Majusi Shinto dan apa-apa … tapi ada aras tanda utk memahaminya dengan benar.

    Teruna Recycle

    April 22, 2010 at 1:40 pm

  77. Salam,

    Hikmah Al Quran ialah ia menjelaskan dengan sendiri tentang apa apa jua yang terkandung didalamnya dengan izin Allah SWT kepada sesiapa yang mahu memikirkannya.

    Benar kata TM.Jika kita membaca sesuatu ayat AlQuran (terjemahan)itu berulang ulang kali dengan hati ikhlas tanpa jemu , Allah akan membuka gedung ilmunya kepada kita untuk memahami apa yang sebenarnya yang disampaikannya kapada Rasulnya…….

    Sekian.terima kasih.

    wucman

    April 22, 2010 at 3:22 pm

  78. Saqrjan kata:
    Sebelum wafat Muhammad ada tinggalkan wasiat, bahwa segala rahsia Quran telah diturunkan ‘di-downloadkan’ kepada seseorang dan orang terpilih dari keturunannya. Merekalah yang tahu ‘program’, software dan komputer script – kerana mereka adalah blueprint Quran sebenar.

    Pak Yeh kata:
    Nampak macam hujah mazhab Syaiah ajer.
    AlQuran tak sebutpun kita kena pelajari program dari keturunan nabi.
    Itu semua lahwal hadis.!!
    Ayatolah Pak Yeh dan Ayatolah2 lain pun boleh kata saya ada program Nabi Muhammad sebab berketurunan nabi Muhammad. Tapi mana buktinya,siapa saksinya. Ramai Syed 2 pun berperangai macam setan. Jadi mana ada keturunan nabi Muhammad ??? Yang ada adalah keturunan Syedina Ali. Nabi tak ada anak lelaki. Jadi tak ada keturunan untok jadikan monarchy.

    Mazhab Siyah adalah agama lahwal Hadis/bohng sunnat.
    Sial baca rencana saya “Bohong Sunnat = Lahwal Hadis” di ..

    http://warongpakyeh.blogspot.com

    Pak Yeh

    April 22, 2010 at 3:36 pm

  79. Wanita berpakaian tak senonoh penyebab gempa bumi: Ulama Iran

    TEHRAN: Seorang ulama kanan Iran telah menyalahka wanita-wanita yang menghiasi diri mereka dan berpakaian tidak senonoh serta menghasut perbuatan seks luar nikah, sebagai penyebab berlakunya lebih banyak gempa bumi di Iran.

    ‘Ramai wanita yang berpakaian tidak senonoh… menyebabkan para belia sesat, mencemar kesucian mereka dan menghasut ke arah seks luar nikah dalam masyarakat, hingga menyebabkan bertambahnya kejadian gempa bumi,’ kata Ayatollah Kazem Sedighi, dalam khutbah Jumaatnya di Tehran kelmarin.

    ‘Bencana adalah hasil perbuatan manusia,’ kata beliau, sebagaimana dilaporkan dalam akhbar berhaluan reformis Aftab-e Yazd.

    ‘Kita tidak mempunyai jalan kecuali mematuhi (ajaran) Islam untuk mengelakkan bahaya itu,’ tambahnya.

    Berpakaian cara Islam adalah wajib di Iran, dan setiap wanita baligh, tidak kira apa sahaja agama atau warga negaranya, harus menutup rambut dan tubuhnya di khalayak ramai. Para pesalah akan dihukum dan didenda. — AFP

    Berita di atas adalah contoh bagaimana tersasarnya pandangan seorang ulama terhadap sistem Tuhan berkaitan plat tektonik dan gempa bumi. Bagaimana tudung wanita boleh menghentikan pergerakan plat tektonik yang menyebabkan gempa bumi?

    27:88 Dan kamu melihat gunung-gunung, kamu fikir mereka tetap-padu, sedangkan mereka bergerak sebagaimana awan-awan. Ciptaan Tuhan yang menyempurnakan segala-galanya. Sesungguhnya Dia tahu segala yang kamu lakukan.

    tolokminda

    April 22, 2010 at 4:43 pm

  80. Pak Yeh: Jadi mana ada keturunan nabi Muhammad ??? Yang ada adalah keturunan Syedina Ali. Nabi tak ada anak lelaki. Jadi tak ada keturunan untok jadikan monarchy.

    Ya. Logik juga tu. Seperti yang dikhabarkan kepada kita, Nabi Muhammad tiada anak lelaki yang sempat berkahwin dan beranak-cucu. Jadi keturunan Nabi Muhammad tidak ada.

    Kalau kita letakkan diri kita sezaman dengan Nabi Muhammad, ketika itu Allah tidak suruh pun Nabi Muhammad cari keturunan Nabi Musa untuk memahami isi kandungan Taurat yang sebenar. Kalau tidak, dalam Al Quran sudah ada suruhan tersebut sebagai pedoman orang-orang selepas Nabi Muhammad untuk melakukan tindakan yang serupa untuk memahami Al Quran.

    Yang pandai-pandai kata nak fahami Al Quran kena cari keturunan baginda, apakah ia daripada perintah Allah atau ikut hawa nafsu mereka (cakap tanpa bukti)?

    Juang

    April 22, 2010 at 5:01 pm

  81. Mungkin ada benar apa yang Ayatollah Kazem Sedighi cakap tu. Dan sudah pastinya seorang yang bertaraf Ayatollah, dengan ilmu nya jauh lebih tinggi dari TM, tahu apa yang dia cakap.

    TM sekadar mengejek dari jauh macam anjing menyalak piramid.

    Nidji

    April 22, 2010 at 5:05 pm

  82. Salam,

    Wanita berpakaian tak senonoh penyebab gempa bumi: Ulama Iran

    Jika disebabkan wanita tak senonoh penyebab gempa bumi, sudah pasti di pantai-pantai tempat “mat saleh” berbogel atau separuh bogel itu lagi kerap di landa gempa bumi.

    Juang

    April 22, 2010 at 5:12 pm

  83. Kalu camtu camner Mak Bedah nak berkawan dengan Britney Spears…🙂

    Jebon

    April 22, 2010 at 6:53 pm

  84. hahaha … wanita kafir yg berbogel tu dah confirm tolak Allah.

    Ayatollah tu bagi peringatan utk orang Islam bukan untuk Beyonce + Britney.

    Mangkuk betol la depa nih🙂

    Nidji

    April 22, 2010 at 7:03 pm

  85. tak masok akal langsung , tolak betul2 tak tumbang tapi tolak sikit2 boleh tumbang , patut la banyak yg mati katak

    slipar

    April 22, 2010 at 7:16 pm

  86. Jadi kalo Britney Spears datang Iran pakai menjolok mata boleh terjadi gempa bumi dgn wanita2 Iran sekali lingkup???🙂

    Jebon

    April 22, 2010 at 7:24 pm

  87. Bagi tahu Ayatolah Iran tu, bahawa serambi Mekah bernama Acheh dan Iran pun, tempat alim Ulamak,takde telanjang bogel pun kena gempa aabumi/tsunami.Tapi di France,British, tempat telanjang bogel, kenapa takde gempa bumi.???
    Allah tak marah telanjang bogel.Tapi Allah marah mereka yang syirik/menduakan Allah.
    Allah juga marah mereka yang beriman dengan selain dari buku Allah(buku lahwal Hadis).
    Kalau ada gempa bumi kat tempat nuclear di Iran camner ???

    Ayoh ikut Revolusi pak Yeh saja.Kalau dah Revolusi tapi mase pakai “duit Cina mampos lagi kafir tu memang bukan Revolusi Islam.
    Komunis pun kalau maseh pakai duit Cina mampos, mereka maseh belum 100% Revolusi.

    Hidup Revolusi Islam versi Pak Yeh.

    Pak Yeh

    April 22, 2010 at 7:31 pm

  88. Flip flop lahwah hadis🙂

    Jebon

    April 22, 2010 at 7:38 pm

  89. Salam

    slipar: tak masok akal langsung , tolak betul2 tak tumbang tapi tolak sikit2 boleh tumbang , patut la banyak yg mati katak

    Itulah pasal. Patutnya yang orang dikatakan “kafir” itulah lagi kerap kena gempa sama ada mereka berbogel atau tidak. Bukankah kekafiran itu lagi berat dosanya daripada berbogel?🙂

    Juang

    April 22, 2010 at 7:51 pm

  90. hahaha … ghaflah jingga betul korang nih

    dah tak reti bahsa la pulak. yg sorang tu ingat dia che guavara, revolusi buah jambu batu. hehe

    1. golongan kafirun – apa dia buat sama saja . in the end jadi kayu dan batu api neraka. suka hati depa lah nak liwat ka, nak sodom ka , tlanjang ka, drug ka, cifut ka …

    2. peringatan Allah khusus utk orang Islam atas dasar penyeliaan kasih sayang.

    Nidji

    April 22, 2010 at 9:28 pm

  91. nidji , kau paham ke apa yg yg ko tulis tuh . kapir tu bukan ugama lu tau ka ? kapir tu umum kepada perbuatan . perbuatan yg tak ikut sestem / kitab tu kapir . ugama ada satu jer islam .

    slipar

    April 22, 2010 at 11:48 pm

  92. slipar,

    kafir tu penyakit. omputih kata kafir to cover-up. org melayu skarang ni kata cover line. macam juang cover TM dan sebaliknya. to cover up the truth. bila kantoi kena kafarah. hehehe.

    kafir pon ada sistem lah. in fact, apa benda dalam dunia ni yg tak ada sistem? habaq mai sat. so, kafir pon ikut sistem. sistem dajjal yg counteractive dgn sistem Mhmd.

    Islam pulak bukan agama la wey. Islam tu deen, dana, pinjaman. Islam tu apa yg kita pinjam dari Allah dan macam mana kita utilise pinjaman tuh utk selamat dari tipuhelah setan. sori bro, lu kena top-up skit lu punya otak. kredit lu da kureng sesangat tuh.
    🙂

    Nidji

    April 23, 2010 at 1:01 am

  93. Salam,

    Jika kita renung kisah kaum Nabi Musa yang ditimpa gempa (dalam Al Quran), bukan kerana mereka berbogel, tetapi kerana mereka menyekutukan Allah dengan menjadikan patung anak sapi sebagai objek tumpuan sujud mereka. Jadi secara logiknya orang-orang yang suka mengada-adakan amalan ritual sujud kepada sesuatu objek itu yang paling layak ditimpa gempa bumi.

    Jadi di antara pendapat tidak berasaskan pedoman Al Quran, dengan pendapat berasaskan pedoman Al Quran, sudah pasti saya mengikut pedoman Al Quran. Jika tidak ikut pedoman Al Quran, bukankah sama sahaja perangainya macam orang kafir terdahulu yang tak percaya pada Al Quran juga?

    Mereka sibuk mengatakan orang Barat sana kafir, tetapi bila kita bandingkan perangai mereka dengan perangai orang kafir terdahulu, ada persamaannya.
    🙂

    Juang

    April 23, 2010 at 6:19 am

  94. Chop…
    aiseh…
    mane BB ni…
    aku suka tengok dia berdebat dan mengeluarkan hujah dengan juang dan TM…
    bab yang aku paling suke bab 1+1 dan bab kalau juang berada di zaman jahiliyah…
    masyuk wooo..logik ke tak logik, saintifik ke tak saintifik

    aku dah check..Alhikmah mempunyai banyak tafsiran bergantung pada konteks ayat di dalam al quran, bukan hanya kebijaksanaan. BB tolong r cite skit kat depa nie..dari sudut nabi dan rasul pun macam silap sikit..apa yang dipersetujui oleh ulama, rasul membawa syafaat, nabi tidak. tapi diorang ditugaskan untuk menyeru umat manusia ke arah ALLAH.

    ataupun adakah lu sudah berpaling dari golongan GAH ni? bagi lu agama lu bagi diorang agama diorang?

    p.s weh BB, so Nabi Adam ni manusia homo sapiens ke neanderthal? kalau ikut kajian daripada rangka homo neanderthal.spesis ni bodoh berbanding manusia dari homo sapiean.. mengira pun tak mampu. ataupun diorang tu bukan manusia? Tak kan Nabi Adam bodoh plak..

    Chop

    April 23, 2010 at 8:41 am

  95. yg tak ada sestem tu yg tak ikut akal , nyanyi lagu hindustan meleleh air mata

    slipar

    April 23, 2010 at 9:24 am

  96. Salam,

    Benar tu slipar. Kalau kita fikirkan, tubuh badan kita sendiri ada sistem-sistem yang kita tidak boleh nak engkari.

    Contohnya Allah tetapkan sistem untuk tubuh badan kita kena memerlukan oksigen. Kalau kita bernafas, kita dapat kesan baiknya. Kalau kita menolak bernafas, kita juga yang dapat padahnya.

    Begitu juga Allah tetapkan sistem agar tubuh badan kita perlukan makan dan minum yang berkhasiat. Jika kita tunduk pada sistem itu, kita dapat manfaatnya. Jika kita engkar, tubuh badan kita juga yang dapat mudarat.

    Itulah sistem yang benar dan jelas daripada Allah, Pencipta kita.

    Namun ada sejenis manusia yang mengada-adakan amalan ritual yang mana jika dibuat tiada apa-apa kesan baik dan jika ditinggalkan tiada apa-apa kesan mudarat kepada tubuh badan kita.

    Sudah tentulah kalau kita bertanya kepada yang sujud ke arah matahari, mereka akan cakap amalan tersebut perintah Tuhan dan baik. Sudah tentulah kalau kita bertanya kepada yang sujud ke arah patung, mereka akan cakap amalan tersebut perintah Tuhan juga dan amalan itu indah. Begitu jugalah kalau kita tanya kepada orang yang sujud ke arah objek-objek lain, mereka pasti akan kata amalan mereka baik (masuk bakul angkat sendiri), walaupun amalan itu tidak berkaitan langsung dengan sistem yang Tuhan telah tetapkan.

    Juang

    April 23, 2010 at 10:59 am

  97. Sejauh mana kita faham tentang suatu sistem.Lebih2
    lagi membincangkan sistem ciptaan tuhan.

    Apakah manusia punyai sistem…atau sebenarnya sistem
    yg.di hasilkan manusia itu,..juga adalah sistem yg.
    di ilhamkan Allah.

    Sistem adalah suatu susunan yg.tetap.Apabila berubah,..
    mengakibatkan hal kegagalan operasi.
    Sistem ciptaan Allah banyak sudut perlu dilihat.
    Kaitan2 sistem,gabungan sistem,takdir sistem,kada dan kadar sistem,wajib,harus,mustahil dan sebagainya.

    Semuanya dinamakan sunnatuallah yg.tetap.Tidak berubah
    hingga kiamat.Disebalik sistem ada IZIN ALLAH yg.
    berdiri atas dasar sifat HARUS nya.

    sammaster

    May 3, 2010 at 10:24 pm

  98. Sabas ,,,,sammaster >>>>>intipati yang menjadi panduan dan ikutan untuk memperolehi akan kejayaan.
    Jangan di was waskan dan diraguikan lagi.

    saguputeh

    May 4, 2010 at 11:30 pm

  99. Insyaalah….saguputeh,
    Bukalah tujuan nak merendahkan orang2 yg.menggunakan
    akal.Kerana Allah suruh guna akal untuk memikirkan
    kebesarannya,kekuasaan,sifat2nya yg.terdapat dalam
    pelbagai bentuk usaha….serta menyedari bahawa
    manusia itu lemah dan tiada upaya….sekiranya Allah
    tidak membuka jalan akal.

    Cuba selidik kenapa orang boleh jadi gila.Apakah
    sistem urat saraf nya dah rosak.

    sammaster

    May 5, 2010 at 3:31 am

  100. sammaster: Sejauh mana kita faham tentang suatu sistem.Lebih2
    lagi membincangkan sistem ciptaan tuhan.

    Sejauh mana manusia faham sistem ciptaan Tuhan boleh dilihat sejauh mana mereka tunduk kepada sistem Tuhan itu.

    Secara logiknya, Tuhan mencipta sistem agar kehidupan makhluk-makhlukNya teratur, aman, sejahtera atau selamat (Islam). Semua makhluk Allah ada jiwa mereka sendiri. Mereka ada kehendak hati masing-masing seperti kita juga. Jika semua makhluk ikut kehendak hati masing-masing tanpa adanya sistem yang mengawal mereka, pasti alam semesta ini akan hancur.

    Namun ada makhluk-makhlukNya yang tak mahu belajar mengenal sistem Tuhan yang mengakibatkan mereka melanggar sistem Tuhan itu kerana mengikut kehendak hati masing-masing. Akibat melanggar sistem Tuhan, mereka juga dapat akibatnya.

    Contoh sistem Tuhan yang mudah kita nampak adalah untuk mendapatkan ilmu, seseorang manusia kena menggunakan akal. Sistem itu tidak boleh dilanggari. Tiada seorang manusia akan mendapat ilmu yang tinggi dengan pemalas berfikir dan hidup melepak-lepak.

    Orang yang pemalas, mereka nak capai sesuatu kehendak dengan cara yang cepat dan mudah sahaja. Mereka tidak mahu mengharungi kesusahan untuk mendapat sesuatu nikmat Allah. Sedangkan sesuatu nikmat itu diperolehi berdasarkan pengorbanan manusia itu lakukan. Sedikit pengorbanan, dapatlah nikmat yang nilainya rendah. Begitu juga sebaliknya.

    Apabila manusia itu sengaja menempatkan dirinya dalam kategori pemalas berfikir, kesan buruknya mereka jadi golongan yang bodoh. Allah telah bina sistem tersebut. Walaupun si bodoh itu mahu dimasukkan dalam golongan pandai, tetapi kerana dia pemalas berfikir dan berusaha mempelajari, maka Allah halang dia diangkat martabatnya menjadi orang yang pandai seperti para Nabi dan Rasul.

    Mereka perasan dengan mengucap bahawa seseorang Nabi itu adalah Rasul, secara mudahnya mereka akan termasuk dalam golongan Nabi itu. Tetapi mereka tak sedar yang Allah menilai manusia bukannya pada ucapan mulut mereka, tetapi pada usaha, pengorbanan, kerajinan, kesungguhan dan kesabaran dalam menuntut ilmu sebagai mana Adam dimartabatkan sebagai khalifah kerana rajin belajar.

    Oleh kerana itu, jika seseorang itu nampak sistem Allah tersebut, secara semulajadinya dia akan terdorong untuk memajukan dirinya sendiri untuk mengubah nasib kerana Allah tidak akan mengubah nasib manusia itu melainkan manusia itu sendiri mengubahnya.

    Itulah tujuan kita belajar kenal sistem Tuhan agar tak jadi manusia yang pemalas. Manusia tugasnya adalah sebagai khalifah. Kalau nak hidup pemalas dan melepak-lepak, baik jadi lembu atau kerbau. Sudah pikul tugas sebagai khalifah, hiduplah sebagai khalifah. Yang pergi hidup seperti lembu dan kerbau itu buat apa?

    Juang

    May 5, 2010 at 11:57 am

  101. Sebenarnya sistem adalah ciptaan ALLAH ta’ala dan DIA tidak terikat pada sistem tersebut,
    agama adalah fitrah manusia,dan alquran menunjukkan pada cara yg sebenar dan mengingatkan bahwa hidup ini hanyalah ujian,dan rasul pula menunjukkan pada cara melakukan dan memahaminya, .islam adalah mudah,mengimbangi setiap perkara dalam kehidupan,
    dan sistem masih terikat pada takdir ALLAH ta’ala dalam setiap perlakuannya.
    dan jika ALLAH ta’ala menginginkan sesuatu cukuplah dengan berkata kun maka terjadilah ia..

    Shah

    May 5, 2010 at 2:15 pm

  102. Dan bg manusia ditetapkan beberapa perkara.
    -Zikirullah(mengingati ALLAH) dgn mengagungkan dan memujiNYA.
    -Ibadat(memperhambakan diri) hanya kepada dan untukNYA .
    -Amal soleh(melakukan kebaikan) pada diri dan semua mahluk2 NYA.
    Dan semua ini telah diajarkan pada kita melalui kitab yg sempurna(alquran) dan hikmah yg sempurna(assunnah) melalui rasulNYA Muhamad(s,a,w),
    dan sesiapa yg mengingkarinya akan termasuk dlm golongan yg menzalimi,
    dan hidup ini tidak lain hanya untuk mencari keredhaan ALLAH sahaja…

    shah

    May 5, 2010 at 3:38 pm

  103. Sebenarnya tiada apa yg nak dibanggakan dgn dunia ini,memiliki teknologi atau membela jin,sama sahaja alasannya,untuk memudahkan,tetapi jika keduanya menyebabkan kita menidakkan ketetapan dan ketentuan ALLAH ta’ala,tentu kita akan dimurkaiNYA..
    mempelajari dan merealisasikan angan dan membuat sesuatu yg sukar diterima akal adalah fitrah manusia tetapi jika ianya membuatkan kita lupa diri,angkuh dan ingkar,tentu kita akan dimurkaiNYA..
    .NAUZUBILLAH..
    .wasalam alaikum..

    shah

    May 5, 2010 at 4:08 pm

  104. Salam,

    Sebenarnya sistem Allah itu dia telah tentukan,semua makhluk tunduk dan patuh pada sistem tu suka atau terpaksa , tapi manusia suka berbantah bantah tentang sistem itu dan suka cari sistem yang lain…oleh itu layaklah manusia itu diturunkan bala oleh Allah sebab kekafiran mereka kecuali sedikit saja.

    Allah telah pesan dalam AlQuran ikutlah sistem yang dia tentukan dan kalau ikut yang lain, tunggulah saat kehancuran.

    Sekian ,terima kasih. Jika salah sila betulkan.

    wucman

    May 5, 2010 at 6:29 pm

  105. Salam,

    Benar wucman. Tiada tuhan selain Allah yang tetapkan sistem tersebut.

    Jika kini manusia boleh bina sistem perangkap had laju secara automatik untuk mengesan pemandu yang melanggar sistem jalanraya yang ditetapkan, Allah lagi-lagilah hebat mencipta sistem yang akan memerangkap orang-orang yang menyekutukan Allah itu (yang melanggar sistem/sunnah Allah).

    Mereka akan ditarik ke jurang kebinasaan sedikit demi sedikit tanpa mereka sedari oleh perbuatan mereka sendiri. Contohnya bila mereka buat ketetapan dusta mengatakan “dalam Islam tidak boleh guna akal atau logik”, kita lihat bagaimana sistem Allah menarik kaum tersebut ke arah kebodohan, kelemahan, kemunduran, perpecahan dan segala keadaan yang setara dengan keadaan kaum kafir terdahulu.

    Semakin mereka lambat sedar, semakin dekatlah Saat kehancuran yang pernah terjadi pada kaum-kaum kafir terdahulu.

    Juang

    May 5, 2010 at 7:00 pm

  106. Sistem yg.tetap dan tak berubah seperti hukum Allah.
    Berubahnya adalah atas perbuatan manusia yg.suka merosak.

    Akibaynya dialami oleh semua manusia yg.lain,..melainkan
    sesiapa yg.nak diselamatkan Allah.

    Sistem pada diri manusia terdiri dari sistem tubuh.
    Manusia menggunakan akal untuk mengendalikan.Tapi…
    sistem kerohanian bagaimana..?

    Mampukah akal memikirkan sistem bagaimana kedirian
    RUH itu pada SIFA san PERBUATAN.
    Kenapa Allah menyatakan bahawa IA sentiasa mengawasi
    nya,..dan ketika tidur diambilnya dan dikembalikan
    jika belum sampai waktu.Apabila sampai masa saat
    kematian,..maka malaikat menjemputnya.

    Maka inilah satu2nya perlu juga diambil perhatian
    dalam sistem.Walaupun sistem itu dicipta Allah…
    namun hal menguruskannya terletak pada diri manusia.

    Namun begitu…ada sistem yg.Allah tidak izinkan ia
    dikuasai manusia walaupun manusia cuba mengubahnya.

    Manusia percaya bahawa takdir seseorang telah
    tertulis…tak boleh diubah,….berarkah begitu..?

    sammaster

    May 5, 2010 at 7:11 pm

  107. Salam,

    Alam rohani diri bolehlah dimaksudkan sebagai alam sifat-sifat jiwa kita. Akhlak atau perangai manusia itu terletak dalam alam rohani.

    Untuk mengubah sifat daripada malas kepada rajin, penurut kepada perintis, lemah kepada bersemangat, semua itu memerlukan kekuatan mental. Minda perlu dipertajamkan.

    Jadi, sistem kerohanian pun perlukan akal untuk mengubahnya seperti mana fizikal boleh diubah guna akal.

    Umpamanya kalau kita gemuk disebabkan kuat makan. Maka dengan menggunakan akal, kita boleh fikirkan cara-cara bagaimana nak kawal cara permakanan kita. Bagaimana nak kurangkan selera makan dan lebihkan selera pada bidang mengkaji ilmu (misalannya).

    Begitulah juga untuk alam rohani kita. Kalau rohani kita gemuk dengan sifat-sifat buruk (pemalas, angkuh, bangga diri etc), maka guna akal untuk fikirkan bagaimana sifat-sifat buruk itu boleh dikurangkan dan lebihkan kepada sifat-sifat baik.

    Setiap amalan kebaikan akan menghapuskan perangai-perangai buruk dalam diri kita. Banyak sumbangkan manfaat untuk orang lain daripada sibuk mengutamakan keuntungan diri sendiri. Dengan banyak berkorban untuk kesenangan orang lain dapat membentuk sifat-sifat mulia.

    Sebab itulah dengan belajar ilmu sains dan teknologi, kita dapat menyumbangkan banyak manfaat kepada orang lain seterusnya amal kebaikan itu akan membersihkan jiwa kita daripada kegemukan sifat-sifat negatif.

    Sifirnya mudah sahaja. Kalau kita penuhkan masa harian kita dengan buat amalan kebaikan, akan terjauhlah kita daripada sifat-sifat keji dan mungkar. Dengan kata lain, semua itu mudah difikirkan jika kita ada kemahuan mengubah attitude dalam diri kita sendiri.

    Tetapi kalau hati sudah kata tak mahu berubah, tiada siapa akan tolong mengubahnya lagi hatta Allah sekalipun, kerana Allah telah berjanji tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan orang itu ada inisiatif sendiri nak mengubahnya sendiri. Bila orang itu tunjukkan kesungguhan nak berubah, barulah pertolongan Allah datang mencurah-curah.

    Juang

    May 7, 2010 at 8:54 am

  108. Bagi saya kejayaan diri dalam sistem nya adalah
    mencapai jiwa yg.tenang tanpa dipengaruhi sebab
    musabab.

    Seperti kebanyakan manusia akan tenang apabila tiada
    masaalah atau ganguan.Akal mereka boleh terbuntu dan
    tak dapat berfikir lagi.Jika demikian apa kah pula
    selepas akal untuk memikirkan.

    Hal ini telah terbukti kepada seseorang yg.menerima
    tekanan dan ujian tuhan.Tiba disatu tahaf…akal telah
    mengalah.

    Ada yg.bertindak membunuh diri,minum arak,dadah dan
    apa jalan saja,…asalkan dapat melupakan hal yg.
    tidak dapat di fikirkan lagi.Ada juga yg.sakit
    mental akibat tekanan perasaan.

    Ini berlaku apabila akal sudah ketandusan ilmu untuk
    mengerakkan sistem2 diri dalam mencari jalan usaha.

    Maka sebab itu,…kita perlu kaji tentang sistem
    AKAL dan HUBUNGAN akal itu tertakluk pada apa dan
    siapa.Bagaimana menghubungi akal itu kepada sumber
    ilmu sebenar…iaitu petunjuk Allah.

    Kebanyakan manusia terhenti dalam meneruskan hubungan
    punca itu melainkan kepada keupayaan diri berilmu
    saja.Apabila habis sumber ilmu dalam diri dan tiada
    ilmu baru di sampaikan…maka setakat itu saja kerja
    akal.

    Kerana akal juga mempunyai sistem dan peraturan kerja
    terbatas.Akal tidak terbatas apabila ianya di
    sambungkan kepada punca sebenar.

    Sesungguhnya Allah itu lebih tau apa yg.tersembunyi.
    Sekiranya Allah inginkan seseorang itu berjaya atau
    gagal….IA akan mengadakan jalan yg.tak disangka
    sangka dan terfikir oleh akal.

    sammaster

    May 8, 2010 at 1:19 am

  109. kalau kita kecundang , akal dan tuhan tak salah apa2 pun . akal hanya memberi pikiran yg baik . yg memaksa tu nafsu .

    slipar

    May 8, 2010 at 2:19 am

  110. Ya betul…dalam kita menyebut tentang pengaruh nafsu
    dan ramai gagal membawa sistem Allah kerana mengikut
    nafsu.

    Persoalannya….bagaimana mungkin,..setelah begitu
    baik akal dapat membuat kerjanya pada tahaf mencapai
    kejayaan…..akhirnya boleh mendengar pendapat nafsu
    yg.tak pakai akal.

    Tentunya sebelum akal menerima pendapat nafsu yg.ia
    dah tau akan membawa padah…..namun tetap menerimanya.
    Sebelumnya akal telah bertindak waras dalam sistem
    fikirnya.

    Maka….apa pula sebab boleh terjadinya sistem yg.
    baik pada awal boleh berubah di kala tekanan tinggi.
    Dimana kesilapan pada akal untuk kita selidik agar
    tidak terjadi lagi kelemahan kali kedua atau
    seterusnya.

    sammaster

    May 8, 2010 at 4:46 am

  111. sammaster: Ada yg.bertindak membunuh diri,minum arak,dadah dan apa jalan saja,…asalkan dapat melupakan hal yg. tidak dapat di fikirkan lagi.Ada juga yg.sakit mental akibat tekanan perasaan.

    Kalau kita fikirkan, jika seseorang manusia itu sanggup membunuh diri, menghisap dadah, meminum arak untuk merosakkan diri, tiada bezanya mereka dengan orang yang meletupkan diri disebabkan kekecawaan dan kebencian pada sesuatu kaum. Mereka adalah orang yang berputus asa.

    Orang yang beriman kepada Allah, walau macam mana diuji, mereka tetap akan menyumbang apa jua manfaat yang boleh dilakukan. Tiada eri berputus asa.

    Jadi kejayaan manusia yang sebenarnya adalah hidup tidak mengenal erti berputus asa. Sentiasa belajar untuk mengubah keadaan diri daripada sesuatu peringkat kepada peringkat yang lebih baik. Ini kerana manusia itu tidak sempurna sifatnya. Oleh itu tiada nokhtah dalam belajar memperbaiki diri.

    Keupayaan kita untuk konsisten meningkatkan kualiti diri itulah kejayaan yang paling berharga, sebab nak konsisten itu yang sukarnya.

    Juang

    May 8, 2010 at 10:31 am

  112. kalau kita kecundang , akal dan tuhan tak salah apa2 pun . akal hanya memberi pikiran yg baik . yg memaksa tu nafsu

    Saya setuju. Umpamanya seorang penagih dadah yang sudah nak mati akibat ketagihan tersebut. Bukan salah Allah dan salah akalnya. Jika orang itu guna akal untuk berfikir panjang buruk baik menghisap dadah ketika belum terjebak lagi, tidak mustahil dia akan jadi insan yang lebih baik. Tetapi kerana dia menurut hawa nafsunya ingin berkhayal, maka dia sendiri terima padahnya.

    Begitu juga kaum-kaum yang ditimpa kemusnahan akibat dosa yang mereka lakukan sendiri. Bukan salah Allah dan Rasul yang suruh mereka berfikir dahulu sebelum bertindak. Tetapi sebab mereka senditi tak mahu berfikir dan menurut hawa nafsu mereka, maka azab itu akhirnya ditimpa kepada mereka.

    Allah telah siapkan satu sistem yang secara otomatik akan menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal. Tanpa adanya sistem perangkap tersebut, pasti alam semesta ini akan hancur dek kebuasan nafsu.

    Umpamanya kisah orang-orang kafir mahu memerangkap Rasul mereka, tetapi tindakan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri.

    Sebab itu di zaman apa sekali pun, jika datang seseorang memberi nasihat agar menggunakan akal, janganlah nak tunjuk sombong. Sebab nanti mereka balik yang terima padahnya.

    Juang

    May 8, 2010 at 10:54 am

  113. Oleh tu kefaham sistem akan difikirkan akal melalui
    pelbagai peringkat hingga akal itu mampu menghidupkan
    HATI.nya.

    Hati hidup disebabkan akal memikirkan bagaimana untuk
    bersihkan hati.Kerana akal telah memberi pelbagai
    maklumat ilmu agar tubuh berusaha dalam membuat amal
    tertentu.

    Hanya dengan latihan2 amal akan mendidik hati…dimana
    HATI itu adalah tempat simpannya ilmu2 Allah.Hati
    yg.hidup dengan ilmu itu akhirnya menjadi sumber
    tenaga yg.kuat untuk mengatasi nafsu kerana selain
    ia dapat ilmu dari pancaran akal,….ia juga dapat
    melihat dan membantu akal dalam memikirkan apa yg.
    tidak dilihat.

    Maka pandangan saya tentang sistem FIKIR perlu
    difahamkan kepada manusia dengan lebih sempurna,..
    kerana ia adalah NADI pentadbiran ALLAH untuk alam.

    Manusia dikehendaki ALLAH sebagai alat pengerak
    sistem kehidupan BUMI dan ALLAH ingin menguji alat2
    itu sehingga ia mampu berhubung terus kepada punca
    tenaga sistem tanpa melalui perantara.

    Manusia perlu menghidupkan sistem DIRI agar dapat
    membaca KOD2 dari petunjuk ALLAH.
    Oleh kerana ramai manusia tak mampu menterjemah KOD2
    tu kepada bahasa manusia,…maka itu akal mereka
    tak faham dan tak nampak di sebalik sistem.

    sammaster

    May 8, 2010 at 12:56 pm

  114. Benarlah,

    seseorang yg berilmu pasti akan dapat memecahkan kod2 petunjuk ALLAH sehingga mampu membuat sesuatu yg tak dapat diterima oleh logik akal dan lebih hebat dari kemampuan jin,seperti yg berlaku dizaman nabi ALLAH Sulaiman alaihisalam,

    hati adalah kawalan dan nafsu adalah enjin untuk hidup,akal pula neraca yg mengimbangi dan apabila akal telah menuruti nafsu maka ia akan berfikir bagaimana cara untuk memuaskan nafsunya itu,dan hati jika tidak diisi dengan ilmu pasti ia tidakkan dapat mengawal akal.

    shah

    May 9, 2010 at 11:52 pm

  115. Kita lihat pada sistem Komputer.Semuanya berasaskan
    bahasa KOD.Demikianlah Allah mengajar manusia untuk
    mengenal sistemnya.

    Allah mengajar manusia dengan petunjuk alam kejadian.
    Bahasa2 yg.keluarkan oleh ciptan mempunyai bahasa
    disebalik kejadian.

    Seperti Allah mencipta burung.Dari burung itu diilham
    kan untuk mencipta kapal terbang.Apabila manusia
    sudah mula pandai membaca petunjuk,…barulah Allah
    mengajar ilmu2nya.Sebelum itu akal hanya penerima
    kod2 dan mencari terjemahan.

    Jika amal tidak dilakukan,…segala sensor pada diri
    belum mampu berkerja.Hanya mata dapat melihat,telinga
    mendengar,kulit merasa…tampa memahami,apakah
    yg.ingin Allah ajarkan.

    sammaster

    May 10, 2010 at 4:32 am

  116. pbuu!
    4.162. Akan tetapi orang yang pakar mendalami ilmu pengetahuanya dan yang amanah dengan apa telah diturunkan kepadamu dan diturunkan sebelumnya dan yang mendirikan komitmen kewajipan dan tunaikan kemurnianya dan amanah kepada Allah maka pada hari akhiratnya mereka akan Kami berikan ganjaran lumayan.
    4.163 Sesungguhnya kami telah mengilhamkan kepadamu sepertimana kami telah ilhamkan kepada nuuhin dan penyebar-penyebar sesudahnya dan kami ilhamkan kepada ibraahiima dan ismaa’iila dan is-haaqa dan ya’quuba dan sekelian kerabatnya dan ‘iisaa dan ayyuuba dan yuunusa dan haaruuna dan sulaimaana dan kami berikan daawuuda zabuuraan.
    4.164 Dan penyampai yang kami telah ceritakan kepadamu dan penyampai yang tidak kami ceritakan kepadamu dan Allah telah berinteraksi dengan muusaa.
    4.165 Dan para penyampailah yang membawa berita gembira dan pemberi amaran supaya tiada alasan bagi manusia berhujah dengan Allah satelah disampaikanya dan Allah yang perkasa yang bijaksana.
    5.48 Dan Kami telah menurunkan kepadamu program yang sebenar dan mengesahkan apa telah dipertanggung-jawabkan dalam program itu dan mengawal ketulinanya. Maka hukumlah diantara kamu dengan apa telah diturunkan Allah dan jangan kamu mengikuti nafsu ego mereka satelah datang kepadamu yang sebenar. Maka jadikanlah dianya syarat peraturan yang betul dan membuka jalan kepada panduan hidupmu. Jika Allah menghendaki dijadikan kamu satu ummat tetapi demi untuk menguji kamu dengan apa telah diberikan kepadamu. Maka berusaha gigihlah untuk mendapat keutamaan dariNya dan kepada Allah tempat kembalimu dan pasti dikhabarkan apa telah kamu pertikaikan.
    Sama2lah renungkan(tafaakuur) Sekian, semoga berjaya!

    chong

    May 10, 2010 at 9:41 am

  117. Beberapa soalan untuk mereka2 yg telah menterjemahkan solah sebagai komitmen.

    1.bukankah kaum2 terdahulu berkomitmen dalam memperbaiki hidup,tetapi mengapa mereka dilaknat dan diazab?.

    2,Rasul2 ALLAH telah diperintahkan untuk apa?.melarang manusia dari bersembahyang atau melarang mereka dari menyembah selain ALLAH?,

    3.nabi Muhamad(s,a,w) diutus untuk apa dan apa tugas beliau(s,a,w)?,

    4.bagaimana caranya anda menyembah ALLAH subhanahu wa ta’ala?,

    shah

    May 10, 2010 at 3:27 pm

  118. Persoalan2 ini timbul apabila saya cuba berfikir seperti tuan2.
    harap dapat diperjelaskan supaya lebih mudah difahami dan dikenal pasti,
    kerana didalam alquran telah dinyatakan bahwa setiap manusia akan menjadi saksi atas amalan2 mereka dan rasul2 akan menjadi saksi membenarkan amalan2 setiap kaumnya.,

    lagi.,surah alfill adalah suatu peringatan.,untuk siapa?.

    ..wasalam alaikum..

    shah

    May 10, 2010 at 3:39 pm

  119. pbuu,
    5.101 Wahai orang yang amanah janganlah kamu bertanya sesuatu perkara jika diterangkan dianya akan menyusahkan kamu dan jika kamu bertanya semasa –lqur-aanu diturunkan dianya telah pun diterangkan. Allah memaafkan kamu dan Allah yang pengampun dan bijaksana.
    5.102 Oleh kerana telah banyak bertanya kaum dari sebelum kamu maka jadilah mereka orang yang tidak percaya.

    Harap dapat pencerahan!

    chong

    May 12, 2010 at 9:59 am

  120. Terima kasih tuan.,

    Jika demikian saya akan tetap berpegang pada apa yg saya amalkan.,berdasarkan alquran dan assunnah.,krn itulah amalan yg telah diamalkan oleh mereka2 yg menghafal alqur’an dan memeliharanya dengan izin ALLAH ta’ala.,

    dan apa yg telah berlaku disini telah menambah iman(percaya dan keyakinan) saya pada kebenaran alquran dan janji ALLAH ta’ala bahwa DIA akan memelihara agamanya.,

    shah

    May 13, 2010 at 2:24 pm

  121. dan jika tuan2 tertanya2 mengapa pengamal taurat dan injil boleh tersesat disini ada jawapannya.,

    bermula dengan ketamakkan pendeta2 dan pemimpin2 mereka dalam mencari nama dan harta,mereka telah meninggalkan naskah asal dan menterjemah terjemahan dan mendakwa bahwa tulisan mereka adalah wahyu(ilham) dari Tuhan,akhirnya terhasillah bible2 dalam berbagai versi yg menyesatkan.,

    diharap tuan2 didalam mencari kebenaran,tidak meninggalkan alqur’an yg sebenar yaitu yg berbahasa arab.,insyaALLAH.,

    .wasalam..,

    shah

    May 13, 2010 at 2:42 pm

  122. pbuu!
    4.88 Mengapa kamu terbahagi kepada dua golongan munafik sedangkan Allah telah laknati kedua-duanya dengan apa telah mereka usahakan. Apakah kamu hendak memberi petunjuk kepada sesiapa yang Allah telah sesatkan? Sesiapa yang Allah sesatkan maka tiada lagi jalan.
    4.89 Mereka menginginkan kamu ingkar sepertimana mereka telah ingkar supaya kamu sama seperti mereka maka janganlah kamu mengambil mereka sebagai pemimpin sehingga mereka berubah kepada jalan Allah….
    Semoga dicintai Allah!

    chong

    May 13, 2010 at 3:53 pm

  123. 9.97 Orang al a’raabu sangat dahsyat keingkaranya dan kemunafikanya dan sangat wajar atas mereka tidak mengetahui apa-apa pun batas hukum dari petunjuknya yang telah diturunkan Allah. Hanya Allah dan penyampainya yang mengetahui dan bijaksana.

    9.98 Dan dari orang a’raabi yang telah mengambil perbelanjaan dari denda (dam semasa haji) yang tidak berpatutan dan akan menunggu-nunggu peluang baik untuk mereka dan peluang buruk untuk kamu dan Allah yang mendengar yang mengetahui.

    Harap diberkatkan Allah!

    chong

    May 13, 2010 at 4:29 pm

  124. Salam,

    Daripada ayat 9:97 dan 9:98 tersebut, menunjukkan Nabi Muhammad sanggup mengakui perangai buruk kaumnya sendiri. Sama seperti Nabi Ibrahim lakukan.

    Tetapi kalau kita ttengok perangai orang Melayu hari ini, kebanyakan mereka tak sanggup mengakui perangai buruk kaum sendiri. Mereka terawang-awang kononnya mereka lebih mulia daripada bangsa-bangsa lain. Kalau mengutuk bangsa-bangsa lain mereka sukalah.

    Ketidaksanggupan mengakui kelemahan diri menjadi punca sesuatu kaum susah nak berubah dan maju.

    Juang

    May 14, 2010 at 7:09 am

  125. pbuu!

    5.41 Wahai penyampaiKu janganlah kamu bersedih dengan orang yang bersegera menuju kejalan kekufuran dengan berkata kami amanah dengan mulut kami tetapi belum pasti amanah dihati kami dan dari haaduu dan orang yang minat mendengar pembohongan dari kaum yang terakhir kini mereka tidak akan datang kepadamu melainkan mereka telah selewengkan kata-kata daripada yang asalnya dan mereka mengatakan jika diberikan kepadamu ini maka ambilah dan jika tidak diberikan maka waspadalah dan sesiapa dihendaki Allah untuk diuji maka kamu tidak berkuasa menolaknya dan mereka tidak menghendaki Allah membersihkan hati mereka dan suatu kehinaan didunia dan suatu azab yang dahsyat diakhirat untuk mereka.

    5.42 Orang yang suka mendengar pembohongan dan orang yang telah banyak makan rasuah jika mereka datang kepadamu maka beredarlah atau berpalinglah dari mereka dan jika kamu berpaling maka mereka tidak akan dapat memudaratkan kamu sedikitpun maka beredarlah kamu atau berpalinglah dari mereka dengan adil. Allah pasti mencintai orang yang mengamalkan keadilan.

    Semoga sejahtera.

    chong

    May 14, 2010 at 8:28 am

  126. Salam,

    Daripada ayat 5:41, ia menunjukkan kita sifat-sifat orang yang suka berdusta adalah mereka suka menyempit-nyempitkan sesuatu perkara. Umpamanya mereka suruh ambil apa yang disampaikan oleh puak mereka sahaja dan yang selain itu mereka larang. Perangai ini sama macam perangai “golongan agama” dalam umat Islam hari ini. Yang Sunnahnya kata, ikut sahaja ulamak Sunnah dan jangan ikut yang lain. Yang ulamak Syiah pula kata, ikut sahaja yang mereka tetapkan, dan jangan ambil yang lain. Bila kita nak ambil ilmu sains, mereka kata itu sekular dan keduniaan. Mereka memperkecil-kecilkan ilmu sains yang Allah tetapkan.

    Dalam ayat 5:42 pula memberitahu jika datang orang yang suka berpuak-puak itu kepada kita, maka ada 2 option yang boleh kita lakukan iaitu;
    1) berhukum dengan adil kepada mereka (tidak menyebelahi mana-mana puak). Ajak mereka kembali kepada Al Quran jika mereka orang-orang yang benar. Jika yang Sunnahnya taksub pada riwayat hadis standard mereka, dan yang Syiahnya taksub pada riwayat hadis standard mereka, bila masa mereka nak bersatu?
    2) atau menghindari diri daripada mereka kerana hidup berpuak-puak hanya menyebabkan jiwa hilang keharmonian dan ketenteraman.

    Juang

    May 14, 2010 at 8:54 am

  127. pbuu! Juang!

    Tks atas pencerahan kepada 2ayat diatas,
    semoga diberi kekuatan minda utk membenteras
    genjala “tak sedar diri” oleh puak2 yg mereka
    merasa mereka sahaja ummat pilihan Allah sedangkan
    mengikut ayat2 quran tidak ada satu pun yg mengatakan
    puak sipolan shj yg dipilihNya!?? Hanya yg ada, “orang
    yang amanah dan beramal kebajikan” tak terjumpa pun “Hanya yang tahu bahasa ARAB shj boleh faham Al Qura’an”

    Semoga sejahtera dlm hidup!

    chong

    May 16, 2010 at 9:15 am

  128. Salam,

    Ketajaman minda adalah pedang orang yang benar. Kedegilan dan kekerasan hati orang kafir itu umpama batu pengasah untuk menamjamkan minda orang yang benar.

    Mereka menyangka dengan bersikap degil itu, mereka dapat menumpulkan hujah orang yang benar. Tetapi mereka tidak sedar bagaimana pedang semakin diasah dengan batu semakin tajam.

    Sebagaimana orang Yahudi dan Nasrani terdahulu menyangka mereka umat pilihan kerana mendakwa mereka mengikut seseorang Nabi terdahulu, ramai yang mengaku Islam hari ini merasa bangga kononnya mereka umat terbaik kerana mengikut Nabi yang terakhir. Malangnya mereka melupai Allah yang telah menetapkan satu sistem bahawa sesiapa jua manusia yang berbangga diri, pasti akan ditempatkan pada kedudukan yang terbawah. Dan janji Allah itu tidak pernah berubah dan kita telah saksikan pada hari ini bagaimana umat Islam diperusukkan pada kedudukan yang terbawah dan ketinggalan. Namun itu tidak cukup lagi untuk membuka minda dan mata hati mereka.

    Sama ada kita sampaikan ayat-ayat Al Quran kepada mereka atau tidak, bagi mereka sama sahaja. Mereka tetap tidak mahu mempercayai kerana mereka telah taksub dengan ajaran tradisi. Seperti itulah kaum-kaum musyrik terdahulu taksub dengan apa yang ada di sisi mereka.

    Juang

    May 17, 2010 at 10:23 am

  129. sifat2 manusia samada baik atau buruk telahpun dijelaskan dalam alqur’an.,dan sebahgian sifat yg tuan nyatakan bertentangan dengan yg tercatit didalam alqur’an..dan jelas tuan2 ni memandai je..

    cukup2lah,tak usah la dibuktikan lg kebodohan tuan2 tu..memalukan je..

    shah

    May 19, 2010 at 3:39 pm

  130. pbuu,
    2.204 Dan dikalangan manusia ada yang mempesonakan apabila berucap dalam hal kehidupan dunia dan setiap kata-kata dari hatinya bersaksikan Allah, padahal dialah penentang yang sangat degil.

    19.97 Maka Kami telah memudahkanya dengan lisan bahasamu untuk kamu memberi khabar gembira kepada orang yang prihatin dan memberi amaran keras kepada kaum penentang yang sangat degil.

    Semoga bahagialah hidup anda!!

    chong

    May 19, 2010 at 7:01 pm

  131. Salam,

    Hanya orang-orang yang prihatin nasib kaumnya sahaja akan gembira bila ada orang-orang yang sampaikan kembali ayat-ayat Al Quran untuk menyedarkan diri sendiri. Mereka tidak akan menentangnya kerana tidaklah Allah turunkan Al Quran melainkan untuk menyedarkan manusia.

    Namun, bagi orang yang takbur dan tak sedar diri, biarpun Allah sudah tunjukkan kaum mereka dihina, ditindas, lemah, ketinggalan dan mundur, mereka masih tidak tahu di mana silap mereka. Bukannya mereka nak mencari punca kesalahan dalam diri mereka sendiri. Mereka terus perasan kononnya merekalah umat terbaik yang kononnya mereka sahajalah dijanjikan syurga. Jadilah mereka orang-orang yang “ignorance”.

    Kalau di dunia lagi mereka gagal tunjukkan kemampuan mereka mencapai kejayaan, apakah di akhirat mereka mampu mencapainya dengan mudah? Itulah angan-angan yang dijanjikan oleh syaitan.

    Juang

    May 20, 2010 at 6:14 am

  132. pbuu!

    7.98 Dan Dia yang menciptakan kamu dari jiwa yang satu maka ditempatkan sementara ditempat “simpanan khas” pasti Kami telah menjelaskan tanda ayatnya untuk kaum yang memahaminya.
    7.99 Dan Dia yang menurunkan dari langitnya air maka dikeluarkan berbagai tumbuhan menghijau dan dikeluarkan darinya pelbagai biji benih dan dari pohon palma yang mayangnya menjulai bertangkai-tangkai dan kebun anggur dan zaitun dan delima dan yang serupa dan tidak serupa denganya. Rasailah keranuman buah-buahanya ketika berbuah dan demikianlah tanda-ayat untuk kaum yang amanah.
    7.100 Namun mereka mengadakan untuk Allah sekutu-sekutu dari -ljinna sedangkan mereka pun diciptakanNya dan untukNya anak lelaki dan anak perempuan dengan tanpa ilmu pengetahuan. Dia disanjung dan yang terunggul dari apa telah mereka sifafkan.

    Ayoh! tunjukkanlah bukti2 kamu jika kamu benar?????

    chong

    May 20, 2010 at 11:09 am

  133. Salam,

    Banyak sangat artikel di sini yang saya belum jengah.

    Apa yang saya faham mengenai “sistem” dalam (2:215) yang bermaksud satu set peraturan-peraturan/hukum-hukum alam semulajadi yang telah dicipta oleh Tuhan.

    Sistem yang dibangunkan oleh Ibrahim ialah sistem berdebat/berhujah/menyelidik. Sistem ini juga merupakan sebahagian dari sistem Tuhan yang bertujuan memajukan pemahaman manusia mengenai hakikat penciptaan mereka.

    Mungkin sistem Ibrahim ini merupakan kunci kepada pemahaman sistem-sistem Tuhan yang lain. Apabila manusia memahami sistem-sistem Tuhan dan menggunakannya, manusia akan mendapat banyak keuntungan.

    Sebagai contoh, Law of Attraction dan Abundance. Ramai yang faham tentang daya graviti tetapi masih tidak tahu bagaimana Law of Atrraction ini boleh digunakan dalam kehidupan mereka. Ramai yang tahu kelimpahan molekul-molekul oksigen tetapi tidak sedar betapa banyaknya wang/kekayaan yang wujud di dalam dunia ini.

    Contohnya ialah, jika kita selalu berkata dalam hati, “Aku tak cukup duit.” kita akan sentiasa menarik keadaan kemiskinan. Tetapi sebaliknya jika kita berkata, “Aku ada banyak wang.”, kita akan menarik keadaan kekayaan. Fikiran manusia sebenarnya merupakan satu energy generator yang boleh menghasilkan pelbagai gelombang tenaga. Gelombang tenaga yang positif akan menarik keadaan yang positif. Begitu juga sebaliknya. Bak kata orang putih, “Happy go lucky!”.

    Abundance pula ialah satu keadaan kelimpahan. Saya percaya (dari pengalaman saya sendiri) yang sebenarnya di dalam dunia ini terdapat banyak wang/kekayaan. Banyaknya seperti molekul-molekul oksigen yang kita gunakan untuk penafasan. Kita hanya perlu benarkan wang/kekayaan ini masuk ke dalam kehidupan kita dengan menetapkan fikiran positif kita mengenai wang/kekayaan.

    Contohnya, kita mestilah sentiasa berkata dalam hati,

    “I always have enough money to get whatever I want.”

    “I appreciate everything around me.”

    “I just focus on things that make me happy.”

    (Saya baca buku Abraham Hicks mengenai rahsia alam semulajadi ini)

    Fikiran positif akan menarik keadaan positif dan fikiran negatif akan menarik keadaan negatif. Law of Attraction, rahsia yang digunakan semua orang kaya (kaya secara halal) dalam kehidupan mereka. Perubahan hidup mestilah bermula dengan fikiran kita.

    Apa yang baik datang dari Tuhan, dan apa yang buruk datang dari diri kamu sendiri. Rahsia mengenai Law of Attraction dan Abundance boleh TM dan lain-lain tengok di sini:-

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    July 10, 2011 at 6:03 pm

  134. Satu lagi,

    Fenomena2 alam semulajadi seperti puting beliung dan gunung berapi juga sebahagian dari sistem Tuhan.

    Dengan belajar dari fenomena2 alam semulajadi, manusia akan mendapat banyak idea dalam mencipta teknologi. Dulu masa zaman kanak-kanak, saya ada satu set koleksi ensiklopedia ringkas. Ada yang bertajuk TORNADO (puting beliung) dan VOLCANO (gunung berapi)- terjemahan bahasa Melayu.

    Tak sangka saya mendapat idea mencipta sistem tujahan dan launching architecture untuk konsep SSTO dari dua fenomena alam ini. Idea saya ialah semasa SSTO terbang merentas 26 km altitud pertama, empat enjin hypersonic ramjet akan berfungsi dengan memampatkan oksigen dari atmosfera (tornado). Dengan mengambil oksigen dari luar dapat mengurangkan beban bahan pengoksida sekaligus mengurangkan SSTO propellant mass fraction.

    Selepas melepasi paras 26 km, SSTO akan memecut dengan menggunakan dua enjin roket (volcano= JP-8 + oksigen) naik ke orbit rendah. Secara teorinya hypersonic ramjet boleh mencapai kelajuan sehingga 18 Mach. Nasa pernah buat eksperimen dengan X-43 yang menghasilkan kelajuan sehingga 10 Mach. Yang saya hairan ialah NASA tak pernah fikir untuk gunakan idea ini untuk konsep SSTO X-33.

    Jika enjin hypersonic ramjet boleh mencapai kelajuan 18 Mach, enjin roket perlu pecut sebanyak 8 Mach sahaja lagi untuk mencapai kelajuan orbital (26 Mach)- kurang bahan api yang perlu dibawa.

    Tornado + Volcano = Pegasus.

    Masalah terbesar teknologi roket ialah menggunakan konsep tujahan volcano 100%. Kenapa nak sia-siakan kandungan oksigen yang terkandung dalam paras 26 km dari aras laut.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    July 10, 2011 at 6:38 pm

  135. Salam MG,

    2:125 “Dan Kami jadikan sistem ini sebagai satu kurniaan kepada manusia dan satu keharmonian – dan kamu harus mengambil teladan legasi-legasi Ibrahim yang komited. Dan kami perintahkan Ibrahim dan Ismail supaya mereka bersihkan sistemKu untuk mereka yang mahu mendekatkan diri dan mereka yang berdedikasi dan mereka merendah diri dan bersetuju”.

    Sistem yang dimaksudkan adalah segala aturan peraturan yang menjadi latar kepada kewujudan alam ini. Pada dasarnya tidak ada satu apa pun yang tidak tertakluk dari menjadi sebahagian dari sistem Tuhan. Tuan MG mendefinasikan sistem ini sebagai alam semula jadi. Begitulah dalam bahasa yang mudah.

    Legasi yang ditinggalkan oleh Ibrahim adalah penyelidikan (haj) dan pembangunan (umra). Penyelidikan adalah satu kaedah yang mana manusia boleh mempelajari dan memahami apa saja aturan dan peraturan (sistem/alam semulajadi) yang telah Tuhan tetapkan di sebalik setiap kejadian.

    Selepas memperoleh kefahaman tentang sesuatu sistem yang diselidik maka manusia dapat membangunkan teknologi berasaskan sistem yang serupa – cuma dalam keadaan yang terkawal. Melalui aplikasi teknologi berkenaan, manusia dapat mengeluarkan pelbagai peralatan, produk dan persekitaran yang lebih baik selaras dengan kehendak dan keperluan mereka.

    Usaha tuan MG membina Pegasus juga berdiri di atas landasan yang serupa. Tuan MG menyelidik “sistem semulajadi” yang tertentu dan selepas memperolehi kefahaman mengenainya maka tuan bangunkan teknologi yang bertujuan untuk membantu tuan menciplak sistem yang serupa dalam suatu keadaan yang tuan sendiri boleh kawal. Dan dengan kemampuan mengawal sistem berkenaan, tuan bercadang untuk mengaplikasikannya bagi mencipta kenderaan ke angkasa lepas.

    Apabila Tuhan memerintahkan Ibrahim dan Ismail membersihkan sistemNya, saya berpendapat ia bukan bermaksud Ibrahim dan Ismail perlu membasuh sesuatu. Tetapi Ibrahim dan Ismail diperintahkan supaya membasmi kepercayaan-kepercayaan palsu/karut-marut samada ia berkaitan sistem/alam semuladi mahupun Tuhan sendiri. Pembasmian atau pembersihan terhadap Tuhan dan sistemNya hanya dapat dilakukan menerusi proses penyelidikan dan pembangunan.

    Tanpa penyelidikan dan pembangunan, tentu para nelayan masih percaya bahawa rezeki mereka bergantung kepada mood hantu laut dan petani pula percaya hasil tuaian mereka bergantung kepada sukahati dewa hujan. Dan apabila idea untuk mencipta kapal terbang, lampu elektrik, telefon bimbit dan sebagainya dikemukakan kepada orang ramai, mereka pasti ketawa terbahak-bahak dalam kebodohan mereka sendiri. Akibatnya mereka akan kekal menjadi penyembah dewa-dewa dan mengamalkan ritual-ritual bodoh dari muda sampai mati.

    tolokminda

    July 10, 2011 at 8:18 pm

  136. Salam TM,

    Boleh TM terangkan apa maksud “status Ibrahim”? Saya tak berapa mengerti. Apa yang dimaksudkan dengan “status” dalam konteks sistem, penyelidikan dan pembangunan?

    Banyak teknologi yang telah dicipta oleh manusia sememangnya wujud dalam alam sekeliling kita ini. Kita lihat konsep dinamo elektrik yang dicipta Michael Faraday yang sama dengan konsep planet Bumi yang berputar dan menghasilkan medan elektrik dan elektromagnet di sekeliling atmosferanya.

    Von Braun- jurutera roket V-2 semasa Perang Dunia ke-2 yang bekerja untuk Hitler mempunyai cita-cita besar untuk menghantar roket ke Bulan. Selepas Nazi dikalahkan tentera bersekutu, Von Braun menyerah diri dalam Operation Paperclip kepada tentera AS. 2 dekad kemudian, Von Braun berjaya mengalahkan Korolev dalam perlumbaan menghantar manusia ke Bulan. Teknologi Space Shuttle merupakan legasi Saturn-V yang dibangunkan Von Braun.

    Yang peliknya Von Braun tak pernah baca Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab sedangkan orang “Islam” sendiri iaitu Syeikh Amin Al-Husainiy (mufti baitulmaqdis dan juga datuk Yasser Arafat) bersekongkol dengan Adolf Hitler untuk menghapuskan bangsa Yahudi. Sangat memalukan.

    Saya amat mengagumi saintis-saintis Barat (yang makan babi dan minum air anggur/vodka/whiski dsbg.) yang banyak menghabiskan masa dan sanggup berkorban untuk menyelidik/mencipta dan membangunkan hasil penemuan mereka.

    Cakap pasal Michael Faraday beliau pernah mengemukakan teori Wave Particle Duality tetapi malangnya teori beliau ditolak kerana bertentang dengan hukum mekanik Newton. Hampir 100 tahun kemudian barulah Einstein mengemukan teori photoelectric effects yang menyokong teori Wave Particle Duality tanpa menolak hukum mekanik Newton. Win-win. Dari teori photoelectric effects ini Einstein mengembangkan teori beliau kepada Hukum Relativiti. Sangat impresif. Cuba baca di wikipedia mengenai Wave Particle Duality.

    Tetapi umat “Islam” abad ke-21 termasuk orang2 Melayu kita masih sibuk berbincang bagaimana hendak menggalakkan orang ramai membuat amalan-amalan dan ritual-ritual menyembah batu supaya boleh mengembalikan ketamadunan “Islam” zaman dahulu.Sedih saya melihat kebodohan mereka semua yang masih sombong untuk berfikir sejenak mengenai kebenaran kepercayaan mereka selama ini.

    Tapi saya nak lihat reaksi mereka bila saya berjaya nanti. Mungkin ada yang tuduh saya sebagai Dajjal yang menyesatkan umat “Islam” dengan kecanggihan teknologi. Kebodohan mereka ini menggambarkan kebodohan kaum nabi-nabi terdahulu yang sangat ingkar untuk berfikir. Patutlah Muhammad mahu membunuh dirinya.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    July 11, 2011 at 12:40 am

  137. Salam MG,

    Minta maaf di atas perkataan “status Ibrahim” dalam terjemahan yang saya kemukakan. Ia terjemahan lama saya. Pada mula dulu saya memang terjemahkan perkataan “maqam” kepada “status”. Bagaimanapun saya sudah menukar pandangan saya terhadap perkataan maqam dan sudah menterjemahkannya kepada “legasi” sejak beberapa lama. Saya tak perasan terjemahan saya dalam entri ini saya tidak update. Saya akan update supaya kekeliruan tidak akan berlaku lagi.

    Mengenai saintis, saya mengkagumi mereka semua. Saya nampak saintis Muslim dulu tidak kurang kejayaan dan jasa mereka dalam merintis pelbagai bidang ilmu. Saya percaya pencapaian mereka telah didorong tidak lain dari kefahaman yang jelas terhadap Al-Quran. Malangnya pada suatu peringkat kerja-kerja mereka terhenti dan peranan mereka diambil alih oleh para saintis dari barat. Bagaimanapun saya tidak akan menyalahkan barat di atas perkara tersebut.

    Sebaliknya saya melihat kejatuhan dunia saintifik Muslim berkemungkinan besar berlaku akibat dihijack oleh kelompok yang mengagamakan Islam apabila mereka mula mendapat tempat dalam arena politik. Pengaruh dan kuasa golongan penyebar amalan dan kepercayaan karut ini kemudiannya semakin besar dan akibatnya dunia Muslim menjadi semakin celaru dan lemah. Senario yang saya maksudkan masih boleh kita lihat dan relate pada hari ini.

    Di negara kita sendiri misalnya, budaya dan nilai-nilai Melayu jelas mengalami perubahan negatif dengan peningkatan pengaruh dan kuasa golongan agama. Jika kita lihat kepada demonstrasi yang berlaku di KL kelmarin, ia berkait rapat dengan politik golongan agama. Terima atau tidak, sedikit sebanyak mereka yang menyertai demo percaya bahawa apa yang mereka lakukan adalah di atas landasan agama. Jika golongan seperti ini berjaya memegang kuasa di Malaysia, apakah yang boleh kita harapkan? Lihatlah apa yang terjadi kepada Afganistan apabila golongan muda dan mentah tetapi taksub kepada agama mendapat peluang memerintah.

    Saya bukan hendak berpolitik. Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa politik dan agama sentiasa cenderung membawa kemudaratan kepada masyarakat. Ia juga akan menenggelamkan golongan saintis, yang biasanya tidak cenderung untuk terlibat dalam ke dua-dua bidang itu. Tanpa saintis masyarakat tidak akan ke mana-mana. Pembangunan dan kemakmuran dunia pada dasarnya adalah hasil usaha golongan saintis. Tanpa ilmu baru, tanpa teknologi baru – industri tidak akan berkembang. Tanpa perkembangan industri ekonomi akan lumpuh. Ahli politik dan golongan agama sering mendakwa mereka banyak jasa, tetapi percayalah, kalau semua terserah kepada mereka nescaya yang akan terpancar hanyalah kebodohan, perpecahan dan kezaliman.

    tolokminda

    July 11, 2011 at 2:52 am

  138. Salam TM,

    Apa yang TM tulis saya dah nampak di Malaysiakini- KAJIAN: GOLONGAN MUDA ISLAM KELIRU.

    Majoriti belia Islam mengangkat Osama Bin Laden sebagai hero dan mahu Al-Quran menggantikan perlembagaan. Next Afghanistan in the making………………..

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    July 11, 2011 at 2:02 pm

  139. Salam MG

    Mana taknya keliru kalu dah kena doktrinisasi sejak kecil, namun tak semua anak muda keliru, ada yg otaknya cergas, tak caya cuba baca komuniti blog ini…

    http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2011/07/bila-melayu-merancang-bandar.html

    Jebon

    July 11, 2011 at 3:39 pm

  140. Salam TM,

    Mengenai saintis, saya mengkagumi mereka semua. Saya nampak saintis Muslim dulu tidak kurang kejayaan dan jasa mereka dalam merintis pelbagai bidang ilmu. Saya percaya pencapaian mereka telah didorong tidak lain dari kefahaman yang jelas terhadap Al-Quran. Malangnya pada suatu peringkat kerja-kerja mereka terhenti dan peranan mereka diambil alih oleh para saintis dari barat. Bagaimanapun saya tidak akan menyalahkan barat di atas perkara tersebut.

    Sebaliknya saya melihat kejatuhan dunia saintifik Muslim berkemungkinan besar berlaku akibat dihijack oleh kelompok yang mengagamakan Islam apabila mereka mula mendapat tempat dalam arena politik. Pengaruh dan kuasa golongan penyebar amalan dan kepercayaan karut ini kemudiannya semakin besar dan akibatnya dunia Muslim menjadi semakin celaru dan lemah. Senario yang saya maksudkan masih boleh kita lihat dan relate pada hari ini.

    Mungkin inilah yang dikatakan dalam Al-Quran bahawa orang-orang percaya (para saintis ‘islam’) yang berpaling daripada pegangannya akan digantikan dengan kaum lain (para saintis barat).

    5:54. Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada pegangannya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

    syurgaminda

    July 11, 2011 at 5:04 pm

  141. Salam MG & TM

    Forumer di blog yang linknya sy berikan tuh tidak tahu tentang tafsiran macam aidid safar, tetapi banyak guna common sense pun diorang boleh buat statement yang intelek secara spontan, tak caya cuba baca komen salah seorang forumers diblog tuh ini

    Quote:
    Ko nak tau? parents aku baru buat umrah masa cuti skolah lepas.
    Nak cium hajarul aswad pun dah ada yang buat bisnes!!!
    1 kali cium = RM100 kah kah kah – edy.amr

    Jebon

    July 11, 2011 at 6:45 pm

  142. Salam TM,

    Stephen Hawking menulis di dalam buku beliau yang bertajuk ‘The Grand Design’ mengenai konsep sistem alam semulajadi vs. cerita-cerita karut agama :-

    Ignorance of nature’s ways led people in ancient times to invent gods to lord it over every aspect of human life. There were gods of love and war; of the sun, earth, and sky; of the oceans and rivers; of rain and thunderstorms; even of earthquakes and volcanoes. When the gods were pleased, mankind was treated to good weather, peace, and freedom from natural disaster and disease. When they were displeased, there came drought, war, pestilence, and epidemics. Since the connection of cause and effect in nature was invisible to their eyes, these gods appeared inscrutable, and people at their mercy.

    (Chapter 2 : The Rule Of Law)

    ‘The Grand Design’ merupakan salah satu buku yang paling mencabar pernah saya baca selain Mental Bondage In The Name Of God dan The God Delusion. Hawking menekankan bahawa pemahaman kepada hukum-hukum alam semulajadi dapat membawa keharmonian kehidupan manusia sejagat.

    – Mat Guyver –

    Mat Guyver

    July 11, 2011 at 9:12 pm

  143. Salam semua,

    Saya nak tanya, bagaimana anda semua buat tanda koma besar dalam komen-komen anda. Guna HTML ke? Boleh sesiapa ajar?

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    July 11, 2011 at 9:14 pm

  144. Salam SM,

    Saya berpendapat tidak kiralah samada yang dimaksudkan dalam 5:54 itu saintis atau tidak, mana-mana kaum yang berpaling dari berharmoni dengan sistem Tuhan akan jatuh.

    Salam Jebon,

    Memang benar. Nabi-nabi mahupun sesiapa saja yang percaya dari dulu hingga sekarang tidak semestinya perlu membaca Aidid Safar untuk mendapat common sense. Saya percaya Aidid Safar pun mendapat common sense beliau dengan keizinan Tuhan. Orang lain pun serupa.

    Salam MG,

    Kalau golongan agamawan ahli Kitab tidak mempunyai kecenderungan menyelewengkan mesej sebenar Kitab-Kitab yang Tuhan telah turunkan melalui nabi-nabi saya yakin majoriti manusia dapat melihat alam seperti mana Hawking melihatnya. Malangnya akibat doktrinisasi agamawan ahli Kitab yang dilakukan secara sistematik dalam sesuatu masyarakat, orang-orang seperti Hawking pun belum tentu dapat melepaskan sepenuhnya kepercayaan agama mereka. Di sinilah letaknya kepentingan memahami Kitab Tuhan tanpa sebarang elemen penyelewengan. Hanya dengan kefahaman terhadap mesej-mesej sebenar yang disampaikan Tuhan kepada manusia barulah mudah untuk seseorang keluar sepenuhnya dari belenggu kepercayaan yang tidak sepatutnya.

    Tentang koma besar, saya rasa tuan kena jadi ahli WordPress.

    tolokminda

    July 11, 2011 at 10:02 pm

  145. Salam MG,

    Nak keluarkan koma besar, boleh guna HTML tag <blockquote>.🙂

    Juang

    July 12, 2011 at 12:43 am

  146. Salam TM,

    Saya berpendapat tidak kiralah samada yang dimaksudkan dalam 5:54 itu saintis atau tidak, mana-mana kaum yang berpaling dari berharmoni dengan sistem Tuhan akan jatuh.

    Benar, sesiapa sahaja. Saya hanya membuktikan melalui ayat Al-Quran tentang contoh golongan tersebut daripada saudara.

    Salam MG,

    Koma-koma besar, bold dsb guna HTML.

    Sebagai contoh;

    Koma besar:

    Masukkan

    (ayat)

    Bold:

    Masukkan(ayat)

    Nak belajar lebih lanjut kena jadi ahli wordpress spt kata saudara TM.

    Harap dapat membantu.

    syurgaminda

    July 12, 2011 at 1:00 am

  147. Salam,

    Tersilap tulis. Sepatutnya macam ini.

    Koma-koma besar, bold dsb guna HTML.

    Sebagai contoh;

    Koma besar:


    (ayat)

    Bold:

    (ayat)

    Nak belajar lebih lanjut kena jadi ahli wordpress spt kata saudara TM.

    Harap dapat membantu.

    syurgaminda

    July 12, 2011 at 1:03 am

  148. Salam,

    Maaf, salah hantar lagi. Sepatutnya seperti sdr Juang tunjukkan. Terima kasih sdr Juang.

    syurgaminda

    July 12, 2011 at 1:05 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: