Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Golongan agama merupakan pencetus kepada fenomena pembuangan bayi dan masalah tidak akan selesai selagi kita bergantung kepada mereka

with 51 comments

Hari ini masyarakat kita – masyarakat Islam di Malaysia – sedang dilanda wabak kejam membuang bayi atau dengan perkataan lain – membunuh bayi. Setiap dua-tiga hari dalam seminggu kita akan dapat melihat sekurang-kurangnya satu kes di mana mayat bayi ditemui di sana-sini; di dalam lubang tandas, dihanyutkan sungai, di dalam tong sampah, di surau dan masjid.

Apakah punca sebenar di sebalik kegilaan dan kekejaman ini?

Majoriti orang kita, apabila ditanya pendapat mereka mengenainya, mereka dengan mudah akan menyifatkan ia sebagai berpunca dari pengetahuan agama yang cetek. Perlu kembali kepada ajaran agama, kata mereka. Ironinya mereka lupa bahawa sebenarnya kerana agama merekalah bayi-bayi malang itu dibuang dan menemui ajal. Tidakkah mereka pernah terfikir perkara itu?

Kita semua tahu bahawa semua bayi yang dibuang atau dibunuh itu pada umumnya merupakan bayi-bayi yang dilahirkan hasil perbuatan zina dan mengikut definasi para ulama anak hasil dari zina adalah anak haram. Anak-anak haram ini menurut cerdik pandai Islam, adalah sangat hina tarafnya dan tidak memiliki hak sebagaimana “anak-anak halal” yang lahir dalam suatu ikatan perkahwinan.

Akibatnya, anak-anak hasil zina atau perhubungan luar nikah dianggap tidak bernilai, keji dan memalukan. Seterusnya masyarakat Islam bukan sahaja memandang keji kepada anak haram tetapi yang lebih memburukkan keadaan adalah apabila mereka turut memandang serong kepada keluarga yang berkenaan. Untuk mengelakkan pandangan buruk masyarakat, maka yang terlibat cenderung mengambil jalan keluar mudah – iaitu buang atau bunuh “bayi haram” mereka.

Fenomena ini sebenarnya telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran.

6:137 Dan kepada mereka yang mempersekutukan Tuhan, sekutu-sekutu mereka telah menyebabkan mereka melihat elok untuk mereka membunuh anak-anak mereka sebagai cara untuk merosakkan dan untuk mengelirukan mereka dari cara hidup (deen) mereka. Kalaulah Tuhan berkehendak tentulah mereka tidak akan melakukannya, jadi biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

Melalui ayat di atas, Tuhan memberitahu kita bahawa perbuatan membunuh bayi atau anak-anak merupakan satu fenomena biasa dalam sesebuah masyarakat yang menyekutukan Tuhan di mana orang-orang yang mereka jadikan sekutu kepada Tuhan (golongan agamawan) memberi justifikasi kepada perbuatan membunuh anak-anak sebagai satu cara untuk mereka merosakkan dan mengelirukan masyarakat dari cara hidup sebenar yang direstui Tuhan.

Golongan agamawan yang dimaksudkan mungkin tidak akan mengakui peranan jahat mereka dalam fenomena pembunuhan bayi atau anak-anak yang tidak berdosa, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.

Samada sekarang atau pun di zaman Arab Jahiliah dulu, golongan agamawanlah yang telah menjadi pencetus kepada diskriminasi masyarakat terhadap  anak-anak malang dalam kelompok tertentu. Misalnya di zaman jahiliah dahulu kecenderungan mereka adalah membunuh anak-anak perempuan kerana agama mereka menyebabkan mereka percaya anak-anak perempuan hanya layak untuk Tuhan.

Akibatnya orang-orang Arab jahiliah malu apabila mendapat anak perempuan dan mereka lebih rela membunuhnya dari menerima ejeken masyarakat.

16:58  Dan apabila dimaklumkan anak perempuan kepada seorang dari mereka, mukanya menjadi hitam dan penuh kemarahan.
16:59 Dia menyembunyikan diri dari orang lain kerana berita buruk yang telah diberitakan kepadanya. Adakah wajar dia memeliharanya dengan rasa malu atau menanamnya di dalam pasir? Sesungguhnya kejahatanlah yang menjadi pertimbangan mereka.

43:17 Dan apabila seseorang dari mereka mendapat berita yang dia dipersamakan dengan Tuhan Yang Pemurah, mukanya menjadi hitam dan penuh kemarahan.

Nasib yang menimpa anak-anak perempuan Arab zaman jahiliah sebenarnya sama dengan anak-anak yang lahir di luar ikatan perkahwinan dalam masyarakat kita sekarang. Jika golongan agama masyarakat jahiliah telah menyebabkan masyarakatnya merasa malu apabila mereka mendapat anak perempuan, golongan agamawan kita sekarang pula telah membuatkan kita berasa malu apabila mendapat anak luar nikah.

Saya fikir masyarakat Islam harus menilai semula kepercayaan mereka dalam perkara ini. Mereka perlu mengambil inisiatif untuk menyemak samada Tuhan benar-benar ada membuat ketetapan tentang “anak haram” dan “anak halal”. Atau adakah kepercayaan mereka selama ini sekadar bersandar kepada persepsi yang ditanamkan oleh golongan agama ke atas mereka sebagaimana orang-orang Arab jahiliah dulu juga telah menjadi mangsa kepada persepsi yang serupa?

Bagi saya secara peribadi, hukum tentang anak haram ini adalah suatu yang telah diada-adakan kerana saya tidak menemui apa-apa tentang “anak haram” di dalam Al-Quran. Pandangan serong kita kepada “anak haram” sebenarnya langsung tidak berasas. Ia hanya wujud dalam presepsi masyarakat Islam akibat doktrinisasi yang berpanjangan mengenainya di atas label agama mereka. Dan hanya kerana persepsi ini, anak-anak dibunuh begitu saja.

Mari kita renungkan kenyataan Tuhan berikut:

6:140  Rugilah mereka yang telah membunuh anak-anak mereka dengan kejahilan, tanpa pengetahuan dan mereka mengharamkan apa yang telah direzekikan dengan menipu tentang Tuhan. Mereka telah sesat dan mereka tidak mendapat petunjuk.

Dari ayat di atas, adalah sangat jelas  sesiapa yang membunuh anak-anak mereka kerana kejahilan akibat menurut membuta tuli orang-orang yang telah menipu mereka tentang Tuhan (golongan agamawan) – yang mengharamkan apa yang telah Tuhan rezekikan,  iaitu dalam konteks ayat 6:140 – ANAK.  Tuhan kata mereka itu adalah golongan yang rugi, sesat dan tidak mendapat petunjuk.

Penyelesaian kepada masalah zina, penzina dan anak menurut perspektif Al-Quran

Di kalangan pembaca mungkin akan ada yang membantah apa yang saya utarakan di atas dengan alasan jika anak-anak luar nikah tidak boleh didiskriminasikan, ia ibarat memberi approval kepada perbuatan zina. Saya berpendapat kita boleh selesaikan masalah ini satu persatu bersandarkan kepada Al-Quran. Ini kerana Al-Quran telah menyediakan beberapa ketetapan khusus yang jelas mengenai perkara-perkara yang melibatkan zina, penzina dan juga anak.

Saya melihat penyelesaian yang kita cari-cari selama ini terdapat dalam ketetapan-ketetapan berikut:

  1. Hukuman terhadap penzina
  2. Tanggungjawab ibubapa terhadap anak yang dilahirkan
  3. Perkahwinan di antara penzina

Hukuman terhadap penzina

Tuhan telah memberi satu ketetapan yang jelas tentang kesalahan berzina.

24:2  Perempuan penzina dan lelaki penzina, kamu harus sebat setiap dari mereka dengan seratus sebatan dan jangan biarkan belas kasihan mengatasi kamu dalam cara hidup yang telah ditetapkan Tuhan jika kamu percaya kepada Tuhan dan Hari Kiamat. Dan biarkan sekumpulan orang-orang yang percaya menyaksikan hukuman ke atas mereka.

Jika kita berpegang kepada ayat di atas, maka para penzina tidak ada pilihan lain kecuali disebat 100 kali setiap seorang – yang lelaki dan yang perempuan. Dalam dunia kita yang serba moden hari ini, perlaksanaan undang-undang zina ini sebenarnya menjadi lebih mudah – sangat mudah khususnya bagi mana-mana kes yang melibatkan kandungan. Apa yang diperlukan hanyalah DNA yang padan di antara ibu, bapa dan anak.

Apabila seseorang perempuan mengandung atau melahirkan anak di luar perkahwinan, kita perlu mengenalpasti bapa kepada kandungan atau anak itu. Ia adalah kunci kepada keadilan dan ia boleh dilakukan dengan mendapatkan kenyataan atau pengakuan perempuan yang terlibat dan kemudian pengesahan boleh diperolehi dari bukti forensik seperti padanan DNA. Setelah pengesahan berjaya dilakukan – kedua-duanya wajar dijatuhkan hukuman sebat 100 kali.

Begitupun hukuman sebat ke atas perempuan yang sedang mengandung mungkin wajar dilakukan selepas dia melahirkan dan sudah berada dalam keadaan sihat. Ia selaras dengan prinsip keadilan dalam Islam. Menyebat ibu yang sedang mengandung mungkin akan memberi kesan kepada anak di dalam kandungan. Jika itu berlaku maknanya kita bersikap tidak adil kepada bayi tersebut.

Tanggungjawab ibubapa terhadap anak yang dilahirkan

Hukuman terhadap penzina tidak ada kena mengena dengan anak yang mereka hasilkan. Saya berpendapat samada anak itu mempunyai ibu dan bapa yang telah berkahwin atau belum berkahwin, keperluan dan hak anak ke atas ibu dan bapanya adalah sama.

Dia perlu dibesarkan – diberi makan dan minum, pakaian dan tempat tinggal, pendidikan dan pelajaran. Oleh itu tanggungjawab ibu dan bapa anak tersebut tidak boleh dilepaskan dari mereka berdua. Dalam hal ini kita perlu merujuk kepada ayat 233 – Surah Al-Baqarah yang sebenarnya sesuai untuk mendefinasikan hak dan tanggungjawab ibu atau bapa terhadap anak tanpa mengira status perkahwinan mereka. Sebagai ibu dan bapa kepada anak, mereka tidak boleh terlepas dari tanggungjawab yang terpikul secara automatik di atas bahu mereka.

2:233  Dan ibu-ibu patut menyusukan anak-anak mereka dalam tempoh 2 tahun jika dia (si bapa) yang ingin tempoh penyusuan penuh. Dan lelaki yang telah menyebabkan kelahiran anak itu adalah bertanggungjawab ke atas sara hidup serta pakaian secukupnya. Satu jiwa tidak akan dibebankan kecuali apa yang ia mampu. Tidak ada ibu yang patut ditekan kerana anaknya, tidak juga seorang bapa ditekan kerana anaknya. Begitu juga keperluan kepada penjaganya. Jadi jika mereka ingin berpisah menurut persetujuan dan perbincangan bersama, tidak ada salah ke atas mereka. Dan jika kamu mahu mengupah ibu-ibu asuhan, maka tidak menjadi kesalahan ke atas kamu jika kamu kembalikan apa yang telah diberi ke atas kamu secukupnya. Dan ingatlah Allah sentiasa dan ketahuilah Tuhan melihat apa yang kamu lakukan.

Perkahwinan di antara penzina

Perkara ini juga sebenarnya telah ditetapkan oleh Tuhan tetapi kita terlepas pandang kerana tafsiran yang tidak cukup objektif.

24:3  Lelaki penzina hanya akan mengahwini seorang perempuan penzina atau seorang yang mempersekutukan Tuhan. Dan perempuan penzina dia hanya akan berkahwin kepada seorang lelaki penzina atau seorang yang mempersekutukan Tuhan. Dan yang seperti itu dilarang kepada orang-orang yang percaya.

Kita sebenarnya sangat perlu mengambil berat ayat di atas. Kita harus memastikan penzina berkahwin dengan penzina atau mereka yang mempersekutukan Tuhan kerana  sebagai golongan yang percaya kita dilarang mengahwini mereka.

Maknanya apabila kita berdepan dengan pasangan zina yang telah didapati bersalah, kita harus menasihatkan supaya mereka berkahwin kerana ia adalah tindakan yang paling wajar untuk mereka. Namun jika mereka tidak mencapai persetujuan ke atas perkara itu, maka ia tetap terpulang kepada mereka. Bagaimanapun soal tanggungjawab ke atas anak masih perlu menuruti apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan secara universal.

Sebagai penutup, saya percaya jika kita berani melihat masalah zina dan pembuangan bayi yang begitu berleluasa sekarang dari perspektif Al-Quran, kita akan dapat mencari jalan penyelesaiannya. Bagaimanapun itu bermakna kita terpaksa membersihkan perspektif diri dan masyarakat kita dari belenggu persepsi yang telah ditanamkan oleh golongan agama sejak sekian lama. Dan ia adalah satu usaha yang pastinya sangat sukar untuk dilakukan.

Written by tolokminda

April 13, 2010 at 5:38 am

51 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Mungkin kita kena kaji juga kenapa ada yang memilih zina daripada bernikah. Andaikata tiada faktor-faktor yang menghalang atau menyukarkan sesebuah pernikahan, dorongan untuk ke arah zina dapat diminimakan.

    Juang

    April 13, 2010 at 6:51 am

  2. Salam Juang,

    Saya berpendapat selain dari soal adat perkahwinan faktor utama dalam kegilaan kaum lelaki memerangkap kaum perempuan dalam perzinaan adalah akibat ketiadaan sense of responsibility di kalangan mereka.

    Sebagaimana yang kita tahu, dalam semua kes pembuangan bayi misalnya, hanya pihak perempuan yang menanggung akibatnya. Sedangkan dalam kes seperti itu, bapa bayi sepatutnya tidak dibiarkan dan mesti dipertanggungjawabkan.

    Oleh itu mereka mesti dikenalpasti melalui kaedah pemadanan DNA. Bukan susah – si ibu tentulah tahu siapa bapa kepada anaknya dan dia hanya perlu menyebut satu nama atau beberapa nama di mana selepas itu pemeriksaan DNA boleh dilakukan untuk mendapatkan padanan.

    Dan dalam proses perzinaan, peranan yang dominan biasanya dimainkan oleh pihak lelaki. Selagi mereka yang dominan ini tidak merasa sebarang tanggungjawab biar apapun yang berlaku selepas perbuatan mereka – maka selagi itulah mereka akan terus menjadikan perempuan sebagai mangsa.

    Artikel di atas cuba mencadangkan penyelesaian melalui perspektif Al-Quran di mana lelaki tidak boleh dibiarkan dengan anggapan bahawa mereka tidak akan dipertanggungjawabkan di atas perbuatan mereka sedangkan di pihak perempuan pula mereka terasa begitu teraniaya dan kehilangan segala-galanya sehingga sanggup membunuh bayi sendiri.

    tolokminda

    April 13, 2010 at 9:34 am

  3. Salaam,

    Jika berpandukan tajuk diatas, saya fikirkan ayat berikut dari Al-Quran sangat sesuai untuk difikirkan bersama,Surah Al-A’raaf(7) ayat 176:-

    Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Salaam!!!

    jong

    April 13, 2010 at 9:38 am

  4. Salam TM,

    Saya setuju dengan pendapat saudara. Ketiadaan rasa tanggungjawab di pihak lelaki menyebabkan perkara ini berlaku.

    Lelaki yang tidak bertanggungjawab di atas perbuatannya sendiri adalah seorang pengecut yang berpaling lari.

    Mengapa lahirnya generasi yang tidak bertanggungjawab sebegitu? Rasa tanggungjawab datang daripada iltizam atau komitmen. Kalau seseorang itu jenis suka berkomitmen tinggi, dia akan mempunyai rasa bertanggungjawabnya yang tinggi.

    Al Quran mendidik manusia menjadi insan yang bertanggungjawab. Pertama kena bertanggungjawab pada diri sendiri. Jangan menyekutukan Allah dengan segala sesuatu. Jaga kesejahteraan diri daripada sebarang penyakit terutama penyakit-penyakit hati. Kemudian tanggungjawab kena keluarga seterusnya kepada masyarakat.

    Tetapi kalau manusia itu tidak dididik menjadi seorang yang bertanggungjawab pada diri sendiri, maka ramailah lelaki-lelaki yang mengambil kesempatan di atas kenaifan perempuan.

    Sebagai seorang lelaki, tentu rasa tercabar dengan keburukan perangai kaum sejenis. Kalau yang lelaki-lelaki tidak dapat membantu-membantu mengubah keadaan kaumnya sendiri, sudah pasti nilainya lebih bawah daripada wanita.

    Juang

    April 13, 2010 at 10:55 am

  5. Salam Juang,

    Satu lagi sudut yang wajar kita renungkan adalah perilaku golongan agamawan dalam hal ini. Mereka seperti tidak mampu memberi sebarang pertolongan kepada masalah buang bayi yang menjadi-jadi. Padahal merekalah yang telah menyebabkan orang percaya definasi anak haram yang mereka bawa.

    Perangai mereka ini tak ubah seperti lelaki-lelaki yang telah membuntingkan perempuan-perempuan yang mereka goda. Bila mangsa menghadapi masalah akibat perbuatan mereka, mereka buat-buat tak tahu malah siap tuduh mangsa pula yang tak betul.

    Tengok sajalah jawapan golongan agama apabila diminta pendapat mereka tentang masalah buang bayi. Mereka kata orang yang melakukannya cetek pengetahuan agama sedangkan yang sebenarnya kerana mengikut kepercayaan agama versi merekalah orang-orang itu telah membuang atau membunuh bayi mereka.

    Macamana kita nak percaya mereka dapat tolong kita tentang perkara yang berkaitan akhirat?

    tolokminda

    April 13, 2010 at 1:03 pm

  6. Salam TM,

    Samalah macam masalah kemiskinan, kemunduran, ketinggalan ilmu yang berlaku di merata-rata negara Islam. Apakah agamawan Arab sana datang membantu untuk memajukan negara-negara Islam di tempat lain itu? Yang jelas kita nampak, syarikat2 Barat, Jepun dan Korea itulah yang banyak melabur dan membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak Melayu.

    Walaupun orang Melayu panggil mereka kafir atau bukan Islam, tetapi mereka tetap bekalkan peluang-peluang untuk orang Melayu belajar dan membangun. Tetapi ramai yang buta hati.

    Saya pun sudah susah nak percaya kepada agamawan-agamawan sebegitu. Yang tidak nampak “religous” dan hidup secara biasa itu pun ramai yang lebih baik akhlaknya.

    Juang

    April 13, 2010 at 1:24 pm

  7. baru-baru ini salah seorang dari ‘ulama’ adik beradik yang terkemuka di Malaysia di TV menyatakan yang kita jangan benci anak hasil zina, tetapi mesti kutuk dan benci ibubapa yang bersalah.

    pada pendapat saya, bukan ibubapa itu yang harus dibenci, tetapi perbuatan itu yang harus dibenci dan dikutuk.

    dua benda yang berbeza.

    apabila kita benci dan kutuk mereka, secara tidak langsung kita menurut perangai iblis “aku lebih baik dari kamu”

    sedangkan kita ke syurga adalah kerana Rahmat pencipta, bukan semata-mata dosa dan pahala kita.

    muaddib

    April 13, 2010 at 2:41 pm

  8. Salam Muaddib,

    Saya setuju. Ia bukan tentang kita perlu benci sesiapa. Ia hanyalah tentang cara hidup yang benar dan ketetapan yang perlu dipatuhi. Jika kita sebat penzina 100 kali ia bukan sebab kita benci mereka. Tetapi sebab itulah yang telah Tuhan tetapkan ke atas mereka yang melampaui batas berkenaan.

    Begitu juga apabila kita mahu mereka bertanggungjawab ke atas anak yang mereka lahirkan, ia merupakan fitrah yang sebenarnya juga terpaksa ditanggung oleh orang lain. Kalau dulu ibu dan ayah mereka bersusah payah membesarkan mereka sejak bayi sehingga besar kenapa pula mereka sendiri selepas membuntingkan perempuan senang-senang nak lari dari tanggungjawab terhadap anak yang lahir dari perbuatannya?

    Sebab tak kahwin?

    Adakah mereka fikir mereka binatang atau manusia?

    tolokminda

    April 13, 2010 at 3:01 pm

  9. Topik ini ada kena mengena dengan topik perkahwinan.

    sebelum adanya institusi agama yang melantik jurunikah, pendaftar nikah dan sebagainya, bagaimana manusia berkahwin?

    Sudah tentu ianya bagus dari segi merekodkan status pasangan dan selanjutnya merekodkan juga kelahiran anak.

    banyak kes buang bayi berlaku apabila, pasangan tidak sanggup menghadapi kecaman dari masyarakat yang melihat perkahwinan mesti ada jurunikah dengan lafaz nikah (berbeza-beza mengikut daerah) dan kenduri kahwin yang boleh dikatakan membebankan.

    Sahkah perkahwinan jika bapa perempuan merestui menyerahkan anak beliau kepada pasangan lelaki tanpa sebarang prosedur dari jabatan agama seperti sekarang?

    muaddib

    April 13, 2010 at 3:15 pm

  10. Salam,

    Perkahwinan juga sebuah komitmen supaya si lelaki sanggup memikul tanggungjawab terhadap si perempuan. Pendaftaran perkahwinan adalah penting demi menjaga hak pihak terbabit supaya mana-mana yang teraniaya boleh tuntut keadilan.

    Selagi perjalanan akad (persetujuan) itu berjalan dengan baik, pada pandangan saya sudah pasti perkahwinan itu dirahmati Allah. Tetapi kalau perkahwian itu dibuat atas dasar penganiayaan, sudah pasti ia tidak baik walaupun ikut prosedur apa sekali pun.

    Juang

    April 13, 2010 at 3:26 pm

  11. Very well said Encik Juang.

    muaddib

    April 13, 2010 at 3:29 pm

  12. Salam,

    Topik di atas bukan berkenaan perkahwinan. Tetapi tentang tabiat golongan agama yang suka mengada-adakan ketetapan atau kepercayaan yang menyebabkan masyarakat merasa “tidak apa” untuk membunuh anak mereka atas sebab-sebab tertentu.

    Misalnya di zaman Jahiliah dulu anak-anak perempuan dibunuh kerana kononnya mendapat anak perempuan itu menyamai Tuhan. Dan sekarang orang Islam di Malaysia membunuh anak-anak mereka kerana percaya Tuhan mengkategorikan mereka sebagai anak haram sedangkan hakikatnya Tuhan tidak menetapkan hal yang sedemikian.

    Di sesetengah negara lain umat Islam kadang-kala membunuh anak mereka khususnya yang perempuan kerana memberi malu kepada keluarga. Semua pembunuhan terhadap anak-anak ini dilakukan atas nama Tuhan.

    6:137 Dan kepada mereka yang mempersekutukan Tuhan, sekutu-sekutu mereka telah menyebabkan mereka melihat elok untuk mereka membunuh anak-anak mereka sebagai cara untuk merosakkan dan untuk mengelirukan mereka dari cara hidup (deen) mereka. Kalaulah Tuhan berkehendak tentulah mereka tidak akan melakukannya, jadi biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

    6:140 Rugilah mereka yang telah membunuh anak-anak mereka dengan kejahilan, tanpa pengetahuan dan mereka mengharamkan apa yang telah direzekikan dengan menipu tentang Tuhan. Mereka telah sesat dan mereka tidak mendapat petunjuk.

    tolokminda

    April 13, 2010 at 3:53 pm

  13. Salam,

    Mungkin kebanyakan umat islam di Malaysia hanya tahu melagu-lagukan ayat al-quran tapi tidak memahami mesej yang terkandung di dalamnya atau jika tahu pun sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

    Contohnya ayat ini.

    12:23. Dan perempuan yang di dalam rumahnya dia digoda, menutup pintu-pintu. Dia (perempuan) berkata, “Marilah kepadaku!” Dia berkata, “Pada Allah berlindung! Sesungguhnya pemeliharaku (tuanku) telah memberi aku tempat tinggal yang baik. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung.”

    Hikmah dari ayat di atas (kisah nabi Yusuf);

    *Contohi sifat Nabi Yusuf. Baginda sentiasa berlindung kepada Allah dari godaan-godaan yang boleh menjerumus kepada zina. Sesiapa sahaja yang terdetik di hati untuk melakukan zina, ingat kisah Nabi Yusuf ini.

    bayau

    April 13, 2010 at 11:07 pm

  14. tuan tm.,

    jika tuan membuat kajian dgn mengukur majoriti islam dimalaysia,tuan perlu mengkaji agama asal masyarakat disini(sebelum datangnya islam)..,yaitu hindu.,

    pada saya amalan membunuh untuk menjaga maruah adalah dari ajaran hindu.,dan jelas kita dapat lihat perkara ini masih berlaku pada penganut hindu lama di india misalnya,mereka tidak teragak2 untuk membunuh hanya kerana ingin menutup malu.,

    majlis perkahwinan dinegara kita juga masih terikat dengan amalan hindu sehingga yg mudah menjadi susah..

    shah

    April 27, 2010 at 11:21 am

  15. Salam,

    Jika amalan sujud ke arah binaan manusia pun menyamai amalan Hindu, tidak mustahil banyak unsur-unsur Hindu yang lain meresap dalam orang Melayu di sini.

    Dalam Al Quran dicatatkan bahawa Nabi Ibrahim mengisytiharkan bahawa amalan sujud kepada binaan manusia itu adalah musuhnya dan musuh Allah, maka orang yang mentauhidkan Allah perlu memusuhi amalan-amalan sebegitu.

    Memusuhi amalan itu bermaksud kita tidak sekali-kali akan melakukannya lagi setelah mendapat petunjuk Allah. Samalah seperti kita memusuhi amalan menghisap dadah setelah kita tahu kesan mudaratnya.

    Juang

    May 1, 2010 at 6:03 am

  16. Rasanya gulong agama bukan pencetus isu ini,…sebaliknya hal ini sebit kan gulongan
    JAHIL AGAMA.

    Samada ia yg.berada dalam ahli2 agama atau umat
    yg.jahil agama.

    Dalam masyarakat melayu atau kaum yg.beragama islam,..
    kes buang bayi atas dasar adat….bukan kerana agama
    atau peraturan tuhan.

    Walau pun hukum tuhan dimisalkan tidak begitu keras,..
    paangan zina tetap buang bayi sebab menjaga maruah
    keluarga dan menutup diri dari malu.

    Apa bezanya mereka berzina dan buang bayi disisi
    agama dan disisi maruah…?
    Berzina mungkin dapat disorok…tapi mereka lupa
    Allah tu mengetahui.
    Hal zina terbongkar bila ada bukti dan hal hukum
    dapat jalankan setelah dibicarakan.

    Rumusan nya….buang bayi 70% disebabkan adat dan
    maruah.Bukan sebab hukum tuhan.Orang berzina mana
    takut buat dosa…beb.Kalau hukum Allah tak takut…
    buat apa nak takutkan gulongan agama.

    Yang mereka takut ialah MALU kat keluarga.Kalau mereka
    jujur..apa sebab kedua pasangan tak mau bertanggung
    jawab atas bayinya.

    sammaster

    May 3, 2010 at 5:31 am

  17. Salam,

    Kronologi ke arah pembuangan bayi

    1) Keinginan melakukan hubungan seks.

    Ada 2 pilihan yang pasangan itu boleh pilih. Berkahwin atau berzina.

    2) Keinginan untuk berzina.

    Ada 2 punca. Kesukaran nak berkahwin atau memang tak mahu memikul tanggungjawab (seks bebas).

    Kalau yang sengaja pilih berzina sedangkan jalan ke arah perkahwinan itu mudah, memang itu salah pasangan tersebut. Tetapi jika dorongan kepada zina itu disebabkan urusan perkahwinan disusah-susahkan ikut adat atau cara sesuatu masyarakat, maka orang-orang yang terlibat menyusah-nyusahkan perkahwinan itu turut menyumbang kepada gejala tersebut. Jangan hanya tahu nak salahkan pasangan terbabit sahaja.

    3) Keinginan membuang bayi.

    Andainya pasangan tersebut memiliki perikemanusiaan dan belas kasihan, mereka tidak akan tergamak membuang atau membunuh anak mereka sendiri. Pasti kerana tekanan yang dihadapi seperti malu pada masyarakat atau takut mencalarkan maruah keluarga membawa kepada pembuangan tersebut.

    Sikap masyarakat yang suka memandang buruk moral orang lain dan menyebar-nyebarkan cerita kesalahan orang lain menjadi punca ada pihak yang terbabit dengan sesuatu kesalahan moral merasa malu.

    Di sini, masyarakat terbabit perlu diberi kesedaran bahawa anak hasil zina itu bukannya suatu yang hina. Sekurang-kurangnya yang sudah terlanjur itu tidak sampai tahap tergamak nak bunuh bayi tersebut. Bukankah Allah menerima taubat manusia? Jangan musnahkan hidup hanya kerana satu kesilapan. Bukankah setiap manusia ada masa untuk memperbetulkan kesilapan mereka selagi masih hidup?

    Jika kita fikirkan, yang mencipta dan yang meniupkan ruh manusia ke sesuatu jasad baik daripada hasil zina atau berkahwin, adalah Allah. Jika kita memandang hina bayi itu, samalah seperti kita memandang hina pada Allah yang mencipta manusia.

    Juang

    May 3, 2010 at 4:11 pm

  18. Susah atau senang dalam perjuangan adalah konsep
    perjuangan memasing.
    Ada hal manusia akan berkorban apa saja demi kejayaan
    dan hukum atau syarat bukan penghalang.

    Soal bernikah atau zinah…sebagai manusia tak boleh
    memandai untuk beri pendapat hukum.Hukum hanya satu…
    ia itu nikah cara halal.

    Dalam jalan agama Allah banyak cara boleh dilakukan
    demi HALAL.Mengikut Alquran..telah nyata cara MAS KAWIN nya.

    Hanya dengan Alquran saja sudah cukup sebagai hantaran.
    Bila timbul soal adat…kita jangan semudah itu
    babitkan soal agama atau gulongan agama.

    Pihak majlis islam hanya sebagai juru nikah dan
    bukan mencampuri urusan adat dan nafsu pihak yg.
    membebankan urusan nikah kawin.

    Adakalanya berkawin lebih baik dari membujang….
    ada kalanya Allah suruh menahan diri sekiranya
    perkahwinan itu hanya membiakkan generasi yg.jahil
    akibat kemiskinan keluarga dan sebagainya.

    sammaster

    May 3, 2010 at 6:26 pm

  19. Apa kah di satiap yang terjadi itu adaalah yang di aturlan oleh Allah???
    Apakah perkara2 yang berlaku itu adalah dengan izin Nya??
    Kenapa perkara2 itu berlaku???
    Dimana silap nya ….Allah kah atau manusia??

    INI SEMUA DI ATAS KESILAPAN MANUSIA YANG TIDAK MENGGUNAKAN OTAK DAN AKAL UNTUK BERFIKIR …YANG BAIK ATAU SEBALIK NYA DI SAMPING HUKUM2 ALLAH>>>><<<<///???

    saguputeh

    May 4, 2010 at 4:09 pm

  20. salam..

    anak yang lahir daripada hasil hubungan luar nikah tidak boleh diwalikan dengan wali bapa.. malah meletakkan dirinya sebagai status yang tidak diketahui, biarpun ibu bapanya telah diketahui namun kerana hubungan terlarang tersebut menyebabkan anak tersebut hilang asal keturunannya yang sah..

    ini bukan bermakna anak yang dilahirkan itu dibunuh kerana mereka tidak bersalah ke atas apa yang menimpa mereka, tetapi inilah akibatnya yang berlaku; mereka kehilangan nasab yang sah dan dibunuh tanpa rasa belas kasihan..

    asalkan manusia berbalik semula pada ajaran al-Quran dan as-Sunnah, masalah2 sebegini tidak akan berulang lagi…diskriminasi tidak patut wujud, tapi kerana si ibu bapa, si anak yang menanggung malu..

    mengkelasan kpd anak halal dan anak haram hanya untuk mengenalpasti keturunannya secara sah supaya tidak wujud kekeliruan pada masa hadapan kerana ia berkait rapat dengan pelbagai hal lagi…

    wallahu’alam… =)

    rauda

    June 22, 2010 at 11:11 pm

  21. satu lagi kerja bodoh golongan ingkar sunnah menyalahkan golongan cendikiawan agama..dimana peranan masyarakat “ingkar sunnah” dalam masalah pembuangan bayi ni? hanya tahu komen di blog sahaja? saudara fikir dengan hanya menulis di blog ini mampu menyedarkan orang ramai tentang pembuangan bayi, tentang zina? kenapa saudara tidak terus memberikan pandangan kepada pejabat agama sahaja? takut? hanya berani baling batu dan sembunyi tangan?

    carnivore

    June 29, 2010 at 9:35 am

  22. “tepuk dada tanya hati..”

    bukan.. jauh dari tepat ayat tersebut..

    “tepuk dahi.. tepuk dahi sekali lagi..”
    apabila membaca:

    Golongan agama merupakan pencetus kepada fenomena pembuangan bayi dan masalah tidak akan selesai selagi kita bergantung kepada mereka.

    “tepuk dahi lagi sekali..”

    dan saudara tolokminda dgn bijaksana arif bagai, datang menunding jari lalu berkata:
    “kamu yg arif dan ahli dlm soal agama adalah punca segalanya.. dan nah! sy bentangkan jalan2 penyelesaian
    begini dan begini… nyah!kau!! ahli agama, kami tak perlukan kamu disini”

    maka bertempik, bersoraklah dan bergembiralah pengikut2 si tololminda.(typo error: tolakminda)
    si juanglah yg paling kuat ketawanya..

    tiadalah mereka sedar.. sudah jauh sesatnya

    jolok minda

    June 30, 2010 at 2:36 pm

  23. saudara jolok minda dengan penuh puitis menulis…
    komen banyak, buat takde..suruh tunjuk muke tak berani.. bacul.. cakap siang pandang pandang, cakap belakang, main belakang… sekor2 macam kongkang,

    carnivore

    June 30, 2010 at 2:46 pm

  24. Agama ke kaum..??
    Macam-macam….
    ko lah betul….

    Bahco

    July 8, 2010 at 9:35 pm

  25. Saya kurang bersetuju dengan pak jolok minda yang dengan mudah melaga-lagakan si tolok minda dengan rakan2 pembaca. Malah typo erro (kesalahan menaip) beliau boleh disangkal sama sekali kerana jika sudah tersalah taip, kenapa tak di padamkan (erase) saja dengan kecanggihan teknologi undur-ruang (backspace) yang terdapat di papan kekunci (keyboard)? mungkinkah pc atau komputer pak jolok minda itu tidak mempunyai kemudahan itu sehingga memaksa beliau menyatakan bahawa beliau telah tersalah taip (typo error?) Sudah terang lagikan bersuluh…

    Sungguhpun demikian, saya kurang setuju dengan tajuk yang dikemukakan oleh si tolok minda meskipun topik ini dikupas dengan hujah-hujah bernas berlandaskan firman-firman Allah. Ternyata tajuk topik ini kurang sesuai dengan hujah-hujah yg dikemukakan kerana ia bulat-bulat menyatakan bahawa golongan beragama itu punca kepada fenomena pembuangan bayi. Dengan nyata sekali ia mendakwa bahawa setiap dari mereka yang beragama itu bersalah tanpa mengira samada orang yang beragama itu teguh pendirian agamanya kah,atau sekadar beragama atas nama sahaja. Tambahan pula agama itu tidak dinyatakan dengan jelas & telah mewujudkan kekeliruan dikalangan para pembacanya.

    Lebih keras lagi, diawal topik perbincangan punca fenomena pembuangan bayi ini yang dikaitkan dengan golongan beragama asalnya berpunca daripada agama itu sendiri. Kenyataan ini telah meletakkan si tolok minda di tempat orang yang meludah kelangit, ludah tak sampai kelangit jatuh semula ke muka si peludah. Apakah ini satu kenyataan yang dianggap konkrit sedangkan beliau sendiri mengemukakan nas-nas dari Al-Quran? Atau agama yang disebutkan oleh si tolok minda itu sebenarnya merujuk kepada agama selain dari Islam seperti Hindu, Kristian & sebagainya? Meskipun demikian, adakah hujah-hujah yang dikemukan bagi menyokongnya? Ternyata tajuk topik; “Golongan Beragama merupakan punca pencetus kepada fenomena pembuangan bayi” oleh si tolok minda mengelirukan, tidak sesuai digunakan & amat mudah disangkal sama sekali.

    Saya juga tidak bersetuju dengan telahan si tolok minda apabila beliau menyatakan bahawa masalah tidak akan selesai selagi kita bergantung kepada mereka. Akibat kenyataan beliau ini lebih buruk dari selainnya kerana beliau dengan nyata sekali menanamkan perasaan benci kepada golongan beragama. Jelas sekali beliau menganjurkan kita agar usah terus bergantung harap kepada golongan beragama untuk mencegah fenomena pembuangan bayi ini dari berlaku. Persoalannya,kepada siapa lagi harus kita rujuk masalah ini sekiranya kita menolak kerbergantungan kita kepada golongan beragama ini mentah-mentah? Jika benar bukan kepada golongan beragama, mengapa pula si tolok minda mengemukakan firman-firman Allah sebagai bukti merujuk jalan penyelesaian masalah pembuangan bayi itu? Sejenak difikiran saya timbul persoalan lain iaitu apakah si tolok minda ini adalah seorang cendikiawan Muslim yang mengamalkan prinsip-prinsip Islam & Syariatnya atau pun sebaliknya? Atau pun golongan beragama yang dinyatakan beliau itu sebenarnya harus disebutkan sebagai golongan budayawan atau pemegang adat? Kekeliruan jelas ternyata di artikal beliau ini apabila tajuk topik ini mengatasi hujah-hujah serta friman-firman Allah seperti yang dinyatakan.

    Pada pandangan saya, golongan beragama sebagaimana yang dirujuk si tolok minda dalam karangannya lebih tepat ditukarkan kepada golongan budayawan,penjaga adat,atau pun pemegang adat. Kerana antara punca zina adalah kekangan adat yang dipegang masyarakat dari turun ke temurun. Adat ini pula dilaksanakan & dikuatkuasakan oleh sebilangan mereka yang memegang atau menjaga adat & budaya yang meletakkan syarat-syarat tertentu yang sama sekali tidak selari dengan tuntutan agama. Saya pasti kekeliruan ini akan dapat dielakkan sekirannya beliau menggunakan perkataan ini atau perkataan lain yang lebih tepat daripada menggunakan perkataan golongan beragama.

    Saya tidak menolak apa yang telah diutarakan diperenggan-perenggan seterusnya kerana ia dibuktikan dengan firman-firman Allah. Namun begitu, saya masih perlu memperhalusi lagi setiap baris ayat-ayat yang digandingkan dengan firman-firman Allah sebagai sumber rujukan agar maksud huraian beliau tidak menyimpang dari friman-friman yang digunakan.

    Nasihat saya buat saudara si tolok minda, saudara mintalah nasihat & pandangan pakar bahasa, pemikir-pemikir, atau pun orang yang lebih arif tentang penggunaan bahasa sebagai medium pengantar berita & maklumat terutamnya bahasa Melayu. Ini adalah supaya segala usaha-usaha murni anda tidak menjadi satu uasaha yang sia-sia hanya disebabkan kesalahan penggunaan bahasa atau pun pemahamannya. Semoga saudara Si tolok minda terus berkarya atas landasan Islam demi menegakkan syariat yg diperintahkan Allah.

    Manakala buat pak jolok minda pula, usahlah dicemar kesantunan puisi pusaka Melayu dengan menggunakannya sebagai kambing hitam melaga-lagakan pembaca yang ada. Bukankah lebih bagus & murni sekiranya pak jolok minda turut serta memperkembangkan lagi ilmu yang telah dikongsikan oleh si tolok minda. Setiap manusia itu melakukan kesilapan, namun usah pula kita acap kali mengulanginya hingga berulang-ulang kali. Belajarlah dari kesilapan untuk memperbetulkannya & agar kita sama-sama terus maju kehadapan. Bak kata pepatah Melayu; Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Marilah kita bersatu demi menegakkan syariat yang telah diperintahkan Allah. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Sementelahan muafakat itu membawa berkat.

    Setiap yang mulia itu dari Allah & yang jelek itu dari diri saya. Sekiranya ada yang terkasar bahasa pohon dimaafkan. Setiap teguran bukan bermaksud hasad & dengkian sebaliknya demi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat & betul sebagai bahasa pengantar selain mencegah kekeliruan dikalangan pembaca demi mengelakkan perpecahan dikalangan umah Islam.

    Sekian. Terima Kaseh.

    Panglima Panji Hitam

    August 2, 2010 at 3:01 am

  26. banyak la kau panglima panji hitam…. ko tengok je post diorang dah boleh agak yang diorang ni ingkar pada sunnah nabi.. lagi kau nak menangkan diorang.. daripada tulisan kau, nampak sangat kau sebelah diorang… kau pon ikut ingkar hadis nabi ke?

    carnivore

    August 2, 2010 at 9:31 am

  27. so.. adakah kau ni carnivore mesti dari golongan anti-al-quran? Aku hanya memperbetulkan bahasa yang digunakan mereka, sebaliknya kau carnivore menuduh aku sebagai anti-hadis. Apakah kau ini sebenarnya dari golongan yg selain dari golongan ahlul sunnah wal jamaah tetapi bukan anti-hadis? Dari segi bahasa kau sahaja dah melambangkan yg kau bukan seorang Melayu yang mewarisi kesantunan Melayu, malah tak juga mempunyai sifat-sifat as-sobirrin. Jangan kau mudah-mudah menuduh & malabel seseorang yang kau sendiri belum pasti & tahu sebagai Anti-Hadis. Di Internet, sesiapa sahaja boleh menjadi responder samada individu tersebut ialah seorang anti-hadis, atau pun seorang Muslim. Aku khuatir jika kau ialah sebaliknya, adakah kau juga ialah seorang non-muslim? Kalau kau nak tahu apakah si Tolok Minda dan yang lain-lain nya itu dari golongan anti hadis, mari kita sama-sama selidik & tanya mereka, itu lebih baik dari menuduh tak tentu pasal ibarat anjing menyalak bukit. Anjing tak berhenti menyalak, bukit tak runtuh disalak.

    Kepada saudara Si Tolok Minda, serta rakan-rakan yang lain nya.. Ini merupakan solan permintaan untuk membuktikan apakah kalian dari golongan anti-Hadis. Soalannya: Adakah ANDA semua dari golongan anti-HADIS. Jika anda berani kerana benar, leraikan kekeliruan yang telah melanda diri Sang Carnivore. Buktikan siapa sebenarnya kepada kami jika benar anda berpegang pada tali Allah.

    Panglima Panji Hitam

    August 4, 2010 at 1:16 am

  28. Huh… soalan aku cuma “”kau ikut ingkar hadis nabi ke?”” sahaja… tapi soalan kau pada aku “”adakah kau juga ialah seorang non-muslim?”” aku tak salahkan kau… mungkin kau tak pernah tengok thread diorang sebelum ni atau tak berkesempatan membaca post diorang.. kalau kau dah lama mengikuti geng2 tolok minda ni, mungkin ko akan perasan sesuatu.. itupon kalau kau tak ikut sesat macam diorang la… untuk pengetahuan encik Panglima Panji Hitam, saya adalah seorang islam berketurunan melayu.. bahasa melayu saya tak la sebaik encik panglima, saya masih di tahap hulubalang lagi la..soalan encik Panglima pada geng2 tololminda ni kitorang dah tnaya dah dulu… bukan dalam laman sesawang tololminda je… dalam laman sesawang yang lain pon kitorang dah tanya… sebab itu saya berani mengatakan mereka ini ingkar sunnah… soalan saya pada encik Panglima… macam mana encik panglima solat? macam Tolokminda? macam Juang? atau macam majoriti umat islam hari ini? maaf saya bertanya sedemikiansebab “”Di Internet, sesiapa sahaja boleh menjadi responder samada individu tersebut ialah seorang anti-hadis, atau pun seorang Muslim.”” ..

    carnivore

    August 4, 2010 at 12:10 pm

  29. di jemput saudara dan saudari tuk mendaftr di laman

    http://eminda.forumotion.com

    w pun pernh berdaftr di http://www.e-mindakita.com

    maksudnya kena dftr semula….

    sila sebarkan…

    kiki

    August 7, 2010 at 4:18 pm

  30. Saya setuju dgn Tolokminda. Isu ini perlu ditangani oleh ahli saikoloji, ahli kaunseling, doktor, pakar sosiologi dsbnya. Sami-sami agama seperti tok guru, ustaz, ustaah, lebai dsbnya tidak ada tempat utk bincang isu ini sebab mereka termasuk dlm golongan jahil. Mereka akan senantiasa jahil. Merekalah yg menjadi punca kes buang bayi sebab merekalah yg mahu hukum anak muda yg terlibat dlm bunting luar nikah.

    Sami-sami agama sebenarnya adalah jarum yahudi yg diselitkan dlm masyarakat utk menyesatkan manusia. Segala hujah mereka berasaskan ajaran yahudi yg sangat merbahaya. Hampir semua kepercayaan mereka diambil dari Bible Yahudi dan Kristian.

    Contohnya sahutan mereka utk direjam dgn batu terhadap penzina tidak ada dlm Quran tapi diambil dari kitab Bible.

    Al Quran adalah hadith yg paling cantik dan paling sahih. Sila lihat Surah 39 ayat 23. Maka sesiapa yg percaya Quran, sudahlah dia percaya hadith.

    Perlu kita ingat tulisan Bukhari dan orang yg sewaktu dgn nya tidak termasuk dlm kelompok hidayah atau bimbingan dpd Allah. Sebenarnya tiada bukti utk menunjukkan bhwa Bukhari telah benar wujud pun atau dialah penulis yg menghasilkan buku karya rekaan nya.

    ABPTB

    Aku Boleh Patah Tulang Besi

    August 14, 2010 at 10:05 pm

  31. Pepatah melayu , “biar mati ANAK jangan mati ADAT”. Mati adat menyebabkan rasa malu pada masyarakat. Kalau tak nak malu…. mati anak adalah pilihan yang lain. Malu tercalit pada diri dan keluarga maka budak2 Islam kita yang baru Mumaiz yang baru mengenali nafsu shahwat membuat pilihan ‘mudah’.

    Jgnlah kita menuduh golongan agama pula. Islam terhina disebabkan adat penganutnya. Di Malaysia , Pakistan, Arab dll. Golongan agama serasanya kearah meningggalkan adat2 yang lebih membawa keburukan. Wanita dipinggirkan dari pendidikan dan pekerjaan–adat atau agama? Penilaian ikhlas diperlukan agar kita tidak menzalami mana2 golongan.

    unser

    August 15, 2010 at 10:43 pm

  32. pbuu,

    18.56. Dan Kami tidak utuskan para penyampai melainkan untuk membawa khabar gembira dan memberi amaran akan tetapi telah dipertikaikan oleh orang yang tidak percaya. Mereka mengambil yang palsu untuk mengangkal yang benar dan mereka mengambil ayat-ayatKu sebagai cemuhan dan cacian apabila mereka diberi amaran denganya.

    Semoga dapat pencerahan!!

    chong

    August 16, 2010 at 9:52 am

  33. Tuan,
    Saya setuju dgn pendapat unser.
    Anak haram hanya wujud dlm masyarakat Melayu saja.
    Sepanjang pengajian saya tidak ada cemuhan tentang anak luar nikah oleh para ilmuan Islam.Hanya penzina sahaja yang perlu di persalahkan di dalam ajaran I slam tapi tidak anak luar nikah tersebut.
    Tidak timbul perkara anak haram ini di salahkan kpd Ulama Islam.
    Anak haram adalah hasil dari adat melayu. Dan adat Melayu pun dah tak ujud lagi.Entah apa pasal pengeluar anak anak haram ni nak malu lagi dan sanggup buang anak mereka.
    Siasatan terhadap pembuang/pembunuh anak anak ini sayugia di buat oleh pihak berkuasa melalui padanan DNA. Hukum yang setimpal mengikut undang undang negara hendaklah di jatuhkan kpd pesalah.
    Kalau undang undang Islam boleh di laksanakan lebih baik ikutlah undang undang Islam seperti cadangan tuan.

    mohdnasir

    August 17, 2010 at 10:53 am

  34. Salam,

    Dari ABPTB:
    Al Quran adalah hadith yang paling cantik dan paling sahih. Sila lihat Surah 39 ayat 23. Maka sesiapa yang percaya Quran, sudahlah dia percaya hadith.

    Perlu kita ingat tulisan Bukhari dan orang yang sewaktu dengannya tidak termasuk dalam kelompok hidayah atau bimbingan daripada Allah. Sebenarnya tiada bukti untuk menunjukkan bahawa Bukhari telah benar wujud pun atau dialah penulis yang menghasilkan buku karya rekaannya. – minta izin sambung sikit – entah-entah Donald Benyoun yang menulisnya.

    Fikir-fikirkanlah. sekian terima kasih.

    ABPTB

    Jagundul

    August 28, 2010 at 3:48 pm

  35. Salam,

    Dari ABPTB:
    Al Quran adalah hadith yang paling cantik dan paling sahih. Sila lihat Surah 39 ayat 23. Maka sesiapa yang percaya Quran, sudahlah dia percaya hadith.

    Perlu kita ingat tulisan Bukhari dan orang yang sewaktu dengannya tidak termasuk dalam kelompok hidayah atau bimbingan daripada Allah. Sebenarnya tiada bukti untuk menunjukkan bahawa Bukhari telah benar wujud pun atau dialah penulis yang menghasilkan buku karya rekaannya. – minta izin sambung sikit – entah-entah Donald Benyoun yang menulisnya.

    Fikir-fikirkanlah. sekian terima kasih.

    Jagundul

    August 28, 2010 at 3:49 pm

  36. Sila sertai forum baru….

    http://wahyuilahi.findforum.net

    kiki

    September 20, 2010 at 3:20 am

  37. Salam..
    Selama yang saya telah diberitahu oleh golongan cerdik agama, anak haram bermaksud anak hasil daripada persetubuhan haram (zina) atau anak luar nikah. Betulkan sekiranya saya tersilap. perkataan haram pada anak haram merujuk kepada anak itu hasil daripada perbuatan yang haram.Betulkan sekiranya saya tersilap.Tetapi dari segi hak, ia tidak mempunyai apa2 kekurangan berbanding ‘anak halal’. Dan ‘anak halal tidak mempunyai apa2 kelebihan sebagai manusia berbanding ‘anak haram’.Betulkan sekiranya saya tersilap. Orang yang mengatakan bahawa ‘anak haram’ sangat hina tarafnya adalah jauh terpesong dari landasan ilmu (saya yakin tentang ini). Anak yang lahir itu tidak bersalah dan ia adalah suci kerana ia lahir adalah atas kehendak tuhan yang maha berkuasa lagi maha suci. Tidak ada perbezaan darjat manusia disisiNya kecuali dengan takwa.Betulkan sekiranya saya tersilap. Oleh itu siapalah manusia untuk mengatakan bahawa seseorang itu adalah hina. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.

    Pada pendapat saya, kaitan antara ahli agama (tidak kira agama apa) dengan pembuangan bayi adalah adalah ahli agama melarang dan mengutuk perbuatan itu. Betulkan sekiranya saya tersilap. Pembuangan bayi berlaku adalah kerana bukan disebabkan oleh kurangnya agama atau taraf pendidikannya, tetapi adalah kurangnya kesedaran, rasa tanggungjawab, jati diri serta akhlak individu itu sendiri. Mereka membuang bayi kerana belum bersedia untuk menjadi ayah dan ibu, juga malu berhadapan dengan masyarakat kerana mempunyai anak dan belum berkahwin. Mereka malu kerana mengetahui bahawa perbuatan berzina adalah terkutuk, dan anak itu adalah hasil zina mereka dan bukti perbuatan mereka. Oleh itu untuk menyembunyikan perbuatan mereka daripada umum, dan untuk lari daripada tanggungjawab, maka membuang anak itu adalah satu penyelesaian yang dilihat mereka. Betulkan sekiranya saya tersilap.

    Saya setuju, satu-satunya cara penyelesaian masalah ini adalah kembali kepada hukum Ilahi, hudud. Pasti sangat berkesan. Manusia yang dicipta-Nya, pasti Dia sangat mengetahui tentangnya. Betulkan sekiranya saya tersilap.

    Akhir kata, al-quran adalah nas yang tersusun indah, maka janganlah menyusunnya sehingga merubah maksud asalnya..🙂 sekian..

    Betulkan sekiranya saya tersilap.

    Ilham_Insan

    September 26, 2010 at 4:00 pm

  38. Salam…
    Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.

    Ilham_Insan: “Selama yang saya telah diberitahu oleh golongan cerdik agama, anak haram bermaksud anak hasil daripada persetubuhan haram (zina) atau anak luar nikah. Betulkan sekiranya saya tersilap. perkataan haram pada anak haram merujuk kepada anak itu hasil daripada perbuatan yang haram. Betulkan sekiranya saya tersilap.Tetapi dari segi hak, ia tidak mempunyai apa-apa kekurangan berbanding ‘anak halal’. Dan ‘anak halal tidak mempunyai apa–apa kelebihan sebagai manusia berbanding ‘anak haram’. Betulkan sekiranya saya tersilap. Orang yang mengatakan bahawa ‘anak haram’ sangat hina tarafnya adalah jauh terpesong dari landasan ilmu (saya yakin tentang ini). Anak yang lahir itu tidak bersalah dan ia adalah suci kerana ia lahir adalah atas kehendak tuhan yang maha berkuasa lagi maha suci. Tidak ada perbezaan darjat manusia di sisiNya kecuali dengan takwa. Betulkan sekiranya saya tersilap. Oleh itu siapalah manusia untuk mengatakan bahawa seseorang itu adalah hina. “

    Dengan itu, label ‘anak halal’ dan ‘anak haram’ sepatutnya tiada dalam kamus kita.

    “Al-quran adalah nas yang tersusun indah, maka janganlah menyusunnya sehingga merubah maksud asalnya..” – Sememangnya ia indah dan sempurna serta bersifat universal. Bila ajarannya universal – pastinya, tidak lah perlu kita melawat satu-satu tempat untuk mendapatkan keredhaanNya, di mana-mana pun bisa kan. Allah itu maha mengetahui dan adil. Betulkan jika saya tersilap. Atas dasar ini saya mohon pada saudara-saudara yang berada dalam blog ini dan di luar sana – Teruskan berusaha dan berkorbanlah dengan hati yang terbuka tanpa prejudis untuk mengkaji dan menyelidiki isi Al-quran sehingga maksud asalnya iaitu KEBENARAN kita perolehi demi kita dan generasi akan datang.

    Sekian

    Jagundul

    September 26, 2010 at 6:04 pm

  39. Salam,

    Perkataan “anak haram” ini pada jalan maksud bahasa itu secara dasarnya asal kerana perbuatan “haram” ayah dan ibu.

    Cuma istilah haram itu mempunyai implikasi yang tidak adil kepada anak itu sendiriyang ternyata tiak berdosa.

    Kalau dulu orang kata “orang cacat”. Tapi sekarang “orang kurang upaya”. Kan lebih lembut bunyinya. “Orang miskin” boleh jadi orang kurang ekonominya. Sebab mereka ini tidak bersalah dan sudah menjadi ketentuan Tuhan. Lain pula Mat Rempit. Nama sebegini sudah semacam glamour dan menggalakkan lagi budak terlibat. Lebih baik di gelar Mat Samseng. Nama pun buruklah bunyinya. Dulu “Pertandingan membaca Al-Quran”. Sekarang “Tilawah Quran”. Dulu “Pendatang Haram”. Sekarang pendatang tanpa izin. Dulu “budak cacat”, sekarang budak istimewa.

    Kita tidak dapat menafikan banyak perkara yang dilarang untuk dipraktikkan yang disebut dalam Al-Quran. Contoh menyusahkan anak yatim, memakan bangkai, menipu, berzina dan sebagainya.

    Tapi yang sangat buruklah dalam pandangan masyarakat Islam adalah perbuatan zina. Sebab, bila dengar saja perataan “maksiat” yang mula-mula dalam fikiran kita ialah salah laku seks. Walhal maksiat itu merangkumi banyak aktivti dosa seperti rasuah, merompak, menipu, memfitnah dll.

    Sebab inilah, kita nampak gagalnya ulamak hadis dalam menangani masalah zina dan anak. Kerana konteks hasil dari luar nikah itu tidak diklasifikasikan kes-kes tertentu. Ada anak “haram”, bukan saja dari hubungansukasama suka. Ada juga hasil kerana dirogol. Lihat saja ulamak hadis di Pakistan, satu ketika ada perempuan yang mngandung kerana dirogol menurut sumber, perempuan itu pula yang dipersalahkan.

    Dalam masyarakat kita Melayu atau di rantau ini, sepatutnya, bila ada kes seorang gadis yang melahirkan anak sebelum nikah, janganlah terus menghina gadis tersebut. Oleh kerana mengaku diri mereka Islam dan sudah menjadi hajjah pergi haji berkali-kali, janganlah menjadi jaguh dalam menghentam dan mengejek perempuan tersebut. Dalam Al-Quran ada sebut,janganlah satu golongan perempuan mengejek perempuan yang lain, bahkan mungkin yang diejek itu lebih baik.

    Kalau mengikut Al-Quran kita kena adil dalam melasanakan hukuman berdasarkan pristiwa yang benar-benar berlaku. Kalau tidak saksi, kita yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

    Sepatutnya, kita orang Islam lebih pakar dalam bidang kaunsellng, bukannya bersifat tukang hentam dan kuku besi tanpa usul periksa. Ulamak Islam sepatutnya memberi sifat lebih prihatin terhadap manusia yang buat dosa-dosa seperti ini, agar mereka kembali kepada Al-Quran ecara 100 peratus.

    Bukankah putaran hidup ada kalanya panas, hujan, ribut, guntur kilat, musim sejuk, musim bunga, tenang, angin sepoi-sepoi bahasa. Dalam keadaan tertentu kita pakailah pakaian yang sesuai dengan biologi. Kalau kita keluar tengahari panas terik dengan memakai bush jacket, akibatnya memalukan dan menyusahkan diri sendiri.

    Al-Quran adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua manusia agar yang tidak salah terlindung, dan yang ternyata bersalah dihukum dengan seadil-adilnya.

    message114

    September 26, 2010 at 6:22 pm

  40. Saya ingin berkongsi pengalaman pasai issue anak haram ni. Saya pernah berdebat dgn satu tok lebai pasai isu depa nak buat rumah perlindungan utk anak2 yg lahir dari mak bapak yg tak bernikah. Depa dok pangge tempat tu Baby Hatch ka apa. Pada saya ni benda murni dan amat baik. Dari dok biaq budak2 ni buang anak depa, lebih baik mai hantaq kat sana. Budak tu bole hidup mcm biasa. Bole ada mana2 pasangan ambik jadi anak.

    Tapi tok lebai dungu ni kata idea tu cukup menghina Islam (macam la dia rasa Islam ni macam dia asyik 24/7 rasa terhina).. Dia kata ini menggalakan anak2 muda buat zina dan sekaligus meruntuhkan akhlak dan nilai murni Islam. Dia kata, kalu lagu ni, maka bersedialah kita menghadapi murka tuhan. Lepas ni katanya kita akan dapat bala yg maha besar dari tuhan sbb tuhan dah murka pasai bukak baby hatch..

    Saya kata kat dia, apa tuhan tu adakah se tongong kita dan emosional macam kita?? Kalu kita ni otak singkat apakah tuhan jugak tak pandai mcam kita? Apa depa ingat tuhan tu macam perangai depa ka.. Bodo piang!!

    Saya kata kat dia, benda ni benda baik. Kalu kita dah tak boleh halang depa buat maksiat, kita bole bantu depa. Takkan la kita ni umat yg kejam sangat. Dah lah halang tak boleh, bantu pon tak mo.. nak jadi apa lagu tu?? Makin teruk la umat kita. Lepaih tu pandai pulak komplen salahkan kerajaan sbb ramai kes buang bayi.. saya kata kat dia apa hang ingat tuhan tu bodo macam dia ka..

    Last2 dia kata, inilah tanda akhir zaman yg nabi cakap dalam hadis… pusin punya pusin… last2 cerita Baukari jugak depa dok pakai buat modal..

    Anak Yang Halal

    June 2, 2011 at 11:42 am

  41. Idea KM Melaka: Ali Rustam membina sekolah mengandung harus diberi pujian. Tapi ramai di kalangan penyokong & pemimpin sebuah parti politik ini membantah keras dgn alasan akan menggalakkan muda-mudi membuat maksiat.

    Tapi sekarang hampir separuh dari pelajarnya dtg dari Kelantan. KM Melaka tak dedahkan fakta ini kerana tidak mahu memalukan air muka seorang tok lebai bertaraf MB.

    Islam menggunakan pendekatan mendidik bukannya menghukum.

    http://matguyver.blogspot.com

    Skygyver

    June 2, 2011 at 12:23 pm

  42. Salam,

    Saya berpendapat masalah kelahiran “bayi haram” ini tidak akan dapat ditangani selagi kita tidak bertindak adil kepada kedua-dua pihak yang terlibat, iaitu si ibu dan si bapa. Biasanya beban kelahiran “bayi haram” ditanggung sepenuhnya oleh si ibu sedangkan si bapa akan terlepas begitu saja.

    Ini kerana menurut para pembesar agama, dalam keadaan seperti itu si bapa tidak boleh disabitkan kepada si “anak haramnya”. Si bapa tidak tertakluk pun untuk mengakui bahawa anak itu adalah anaknya.

    Pendek kata si bapa boleh lepas tangan dari semua tanggungjawabnya sebagai bapa kepada bayinya sendiri hanya kerana ia “bayi haram” menurut kacamata pembesar agama. Keadaan ini amat bertentangan dengan mesej yang terkandung di dalam Al-Quran di mana sebagaimana yang saya utarakan melalui artikel di atas.

    Cuba kita renung betul-betul – kalau si bapa boleh dilepaskan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada “anak haramnya”, mengapa si ibu tidak boleh mendapat pelepasan yang sama? Adakah “haramnya” si anak itu hanya kepada bapanya saja?

    Ini menunjukkan para pembesar agama yang mencipta hukum ini langsung tidak mengambilkira unsur keadilan dalam perkara ini.

    Saya percaya jika mana-mana lelaki yang menyebabkan kehamilan mana-mana perempuan ditetapkan supaya mengambil tanggungjawabnya sebagai bapa kepada bayi/anak mereka walaupun ia dilahirkan di luar ikatan perkahwinan, gejala buruk yang bermula dengan zina ini akan dapat dikurangkan kalaupun tidak dapat dibenteras sepenuhnya.

    Anak tetap anak tanpa mengira kesalahan apa yang telah dilakukan oleh ibu dan bapanya. Tuhan telah pun menetapkan bentuk hukuman terhadap kesalahan berzina – hukumlah si ibu dan si bapa dengan apa yang telah ditetapkan tetapi mereka tidak boleh dilepaskan dari tanggungjawab mereka sebagai ibu dan bapa kepada anak mereka.

    Saya pasti si ibu tentu tidak ada banyak masalah untuk membantu pihak berkuasa mengenalpasti bapa kepada anak yang dilahirkannya. Jika si bapa tidak mahu mengaku, buatlah ujian DNA. Kalau perlu panggil 20 orang untuk diuji pun apa salahnya. Berani buat kenalah berani tanggung.

    Rumah perlindungan untuk si ibu hanya akan menyelesaikan masalah jangka pendek saja. Ia tidak akan meredakan gelaja buruk yang berleluasa di luar rumah perlindungan itu.

    Menegakkan keadilan sebagaimana yang disuruh oleh Tuhan sebenarnya tidak memerlukan sebarang kos dan susah payah. Malangnya kebanyakan manusia berasa lebih pandai dari Tuhan.

    tolokminda

    June 2, 2011 at 5:45 pm

  43. Masalah penzinaan dan pembuangan bayi merupakan dua masalah yang memerlukan dua kaedah penyelesaian secara serentak.

    Yg menjadi masalah sekarang ialah, pembesar2 agama mahu menyelesaikan masalah pertama (penzinaan) dengan cara tidak menyelesaikan masalah kedua (pembuangan bayi).

    Hujah mereka ialah jika masalah pembuangan bayi diselesaikan, masalah penzinaan akan terus berlaku menjadi lebih parah.

    Mereka berpendapat bahawa pembuangan bayi tidak harus diselesaikan kerana mereka anggap itu sebagai ‘balasan’ kepada penzina. Mereka mengadakan-adakan hukum Tuhan. Jangan ambil kesempatan utk menghukum bayi yg tidak berdosa kerana ibu bapanya melakukan zina.

    Hukumlah ibu dan ayahnya. Bukan si bayi. Seperti komen sy di atas, tok lebai ini selalu memakai pakaian berwarna putih seolah-olah cuba membuktikan bahawa beliau lebih suci dari anggota masyarakat lain. Masalah mental kot…???? Seorang artis terkenal pun turut berdelusi meniru watak tok lebai ini kerana percaya hanya tok lebai ini sahaja yg layak mengajar Islam kpd masyarakat.

    Orang bo**h tidak akan faham instruction Al-Quran yg sangat mudah. Tapi malangnya mereka berselindung di sebalik gelaran2 agama dan fesyen yg sgt aneh dan mendakwa Al-Quran tidak mampu difahami oleh orang2 biasa. Malaysia and the club of doom….

    Skygyver

    June 2, 2011 at 8:01 pm

  44. Salam

    Tolokminda tulis…
    Saya pasti si ibu tentu tidak ada banyak masalah untuk membantu pihak berkuasa mengenalpasti bapa kepada anak yang dilahirkannya. Jika si bapa tidak mahu mengaku, buatlah ujian DNA. Kalau perlu panggil 20 orang untuk diuji pun apa salahnya. Berani buat kenalah berani tanggung.

    Komen:
    Kalo tak mengaku anak, sumpah laknat tak kena buat ker?? kah-kah-kah…🙂

    Jebon

    June 4, 2011 at 3:32 pm

  45. Skygyver menulis,

    Hujah mereka ialah jika masalah pembuangan bayi diselesaikan, masalah penzinaan akan terus berlaku menjadi lebih parah.

    Mereka berpendapat bahawa pembuangan bayi tidak harus diselesaikan kerana mereka anggap itu sebagai ‘balasan’ kepada penzina. Mereka mengadakan-adakan hukum Tuhan.

    Salam,

    Saya setuju memang ramai orang mempunyai perspektif yang tuan gambarkan. Beberapa hari lepas saya ada terdengar seseorang mengutarakan pendapat yang berbaur sedemikian di dalam sebuah program radio.

    Masalahnya mereka tak nampakkah apabila menganggap mengandung anak di luar ikatan perkahwinan sebagai satu bentuk hukuman kepada penzina mereka sebenarnya menjadi manusia yang tidak rasional dan tidak adil. Berzina itu perbuatan 2 orang. Tetapi mengandung itu dialami oleh seorang saja. Mengapakah lelaki seperti diberi pelepasan pula?

    Saya percaya kunci kepada penyelesaian masalah zina atau mengandung anak luar nikah sebenarnya terletak di pihak lelaki. Ini kerana lelakilah yang selalunya melakukan inisiatif ke arah zina. Lelaki adalah pihak yang dominan.

    Tetapi lelaki yang seperti ini tidak takut kepada Tuhan apatah lagi kepada perempuan yang dipergunakannya. Kalau kita kata kepada mereka jangan berzina, nanti Tuhan marah, mereka tidak akan rasa apa-apa. Kalau kita kata kasihan perempuan yang mereka zalimi, hati mereka tidak akan tersentuh sedikit pun.

    Tapi percayalah, jika mereka tahu bahawa mereka tidak akan terlepas dari memberi nafkah dan bertanggungjawab ke atas anak-anak yang bakal lahir itu, mereka pasti akan berfikir 10 kali sebelum berlanjur.

    tolokminda

    June 5, 2011 at 12:49 am

  46. Jebon menulis,

    Kalo tak mengaku anak, sumpah laknat tak kena buat ker?? kah-kah-kah…

    Saya berpendapat dalam perkara ini, ujian DNA adalah yang terbaik. Tuhan sudah pun memberi kita ilmu tentang DNA dan kita sudah pun tahu bagaimanakah ia boleh digunakan untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik dan lebih adil. Berterima kasihlah kepada Tuhan di atas ilmu yang dikurniakan dengan memanfaatkannya di landasan yang sepatutnya.

    Orang zalim memang tidak akan mengaku zalim. Tetapi Tuhan tidak pernah suruh kita berpihak kepada orang yang zalim. Tuhan suruh kita jadi hakim yang adil.

    Jika ilmu DNA boleh membantu kita menjadi manusia yang adil, tidak ada alasan munasabah untuk kita menolaknya. Kita tidak harus lupa, tanggungjawab kita adalah untuk berbakti kepada Tuhan semata-mata. Jadi tidak boleh bias terhadap sesama manusia selepas Tuhan tunjukkan kepada kita jalan yang lurus.

    Tidakkah tuan Jebon nampak bahawa ujian DNA itu merupakan satu jalan yang lurus ke arah keadilan dalam hal yang melibatkan hubungan di antara anak dan ibubapanya?

    tolokminda

    June 5, 2011 at 1:11 am

  47. Ada satu tok lebai bersarban lilit pakai gaun dari puak2 dewan ulamak PAS kata, hukum kesaksian dalam Islam paling tinggi. Tak sama dgn hukum kapir British. Especially hukum zina..

    Kata tok lebai dungu tu lagi, walaupon ada video ka, DNA ka, apa ka semua tak bole jadi bukti dalam islam sbb katanya quran itu telah lengkap dan tak payah kita dok cari2 bukti lain selain dari saksi dari 4 lelaki beriman (yakni yg tak pernah tinggal jumaat lebih dari 3 kali seumur hidup dan tak pernah buat dosa2 besar dan sederhana)..

    Jadi dlm kes zina ni dia kata kita kena kembali pada islam dan quran.. lepaih dia pon pi la bawak turun sepotong dua ayat2 quran biaq nampak power sikit dia punya argument..

    Jadi katanya, yg menuduh zina itu perlu datangkan 4 saksi beriman yg betul2 melihat “acara” itu berlangsung. Kalu tak dak maka yg menuduh itu kena rotan 80 kali..walaupon yg menuduh itu bawak segala macam bukti yg diterima dalam court kapir.. itulah keindahan islam katanya sambil disambut oleh takbir terpekik terlolong oleh gang2 baju gaun tu..

    Kemudian saya angkat tangan dan tanya kat tok lebai bahalul tu satu soklan. Saya tanya kalu yg kena tutuh tu bini atau anak dia, dan ada video yg record acara tutuh menutuh tu terang2an, apakah dia akan tetap tidak percaya dan sanggup terima bini atau anak dia atas alasan tak da 4 tok lebai lain yg tengok acara tutuh tu…

    Muka tok lebai tu jadi merah padam dan terus kata kat saya, moga api neraka lah yg layak utk saya sbb main2 kan hukum quran…

    Soklan saya dia tak jawab last2 dia pulak jadi tukang jaga register siapa yg masuk sorga neraka..

    Inilah dia contoh puak2 sarban yg bodo yg anggap tuhan tu pon tongong macam mereka..

    Anak Yang Halal

    June 6, 2011 at 10:39 am

  48. Itu antara penyakit orang yang mengada-adakan dusta. Apabila mereka gagal nak jawap sesuatu persoalan, cepat-cepat mereka hukum orang yang mempersoalkan apa yang mereka cakap itu masuk neraka dan sebagainya.

    Suka dengan ayat saudara pasal tukang jaga pendaftaran masuk syurga neraka tu, haha.

    Juang

    June 7, 2011 at 6:27 am

  49. Satu yang saya terfikir, jika disoal oleh manusia biasa pun menyebabkan mereka merah padam menahan marah, macam mana agaknya bila Allah menyoal mereka nanti terhadap apa yang mereka ada-adakan selama ini?

    Juang

    June 7, 2011 at 7:43 am

  50. Salam – memang tak patutlah sedangkan yang tonton video pun saksi juga – ramai lagi tu bilangannya bukan sekadar 4 orang – kan teknologi ilmu video tu ilmu dari Tuhan juga. Asli/palsu. Apa pendapat tuan – hehehe

    Jagundul

    June 7, 2011 at 10:30 am

  51. Itu la yg saya rasa depa ni menunjukkan kebodohan tahap tertinggi mereka pada umat maknusia yg lain.. kalu dah pilih nak jadi tongong, duduk diam2 jer la. Pi canang satu donya pasai apa??

    Tak ka bodoh piang. Dah ada video yg tunjuk acara sudu menyudu live pon depa kata court islam tak boleh terima. Tak ka bingai. Dok mati2 nak kata kena cari 4 lelaki beriman jadi saksi.

    Apalah punya dungu depa ni. Mati idup balik pon depa tak boleh nak sabit. Apa depa ingat org nak buat acara tutuh menutuh tu pi pangge 4 tok lebai ka jadi saksi??

    Betul dalam quran tuhan suruh cari 4 saksi. Tapi pada saya ayat tu kena lihat dari kaca mata zaman sekarang. Arti kata lain kena sesuwai kan dgn peredaran zaman. Kita sekarang ni dah ada hotel, ada motel cukup punya secure privacy dia. Bukan ada nak sudu menyudu dalam khemah2 badwi atau celah2 pohon tamar lagi dah sekarang ni.

    Jadi pada pendapat saya, bila tuhan kata 4 saksi beriman, ianya lebih kepada “penekanan/stress” tuhan pada kesaksian yg cukup tinggi. Maknanya tak boleh satu tapi empat org. Betui punya tinggi dia punya rule of evidence. Mau tunjuk betapa adil nya hukum tuhan tu..

    Secara metaforik nya, tuhan mau kita ni cari atau guna evidence yg cukup ampuh dan mantap. CCTV atau DNA atau apa2 bukti scientific yg lain. Bukan lah bermakna kita kena faham ayat ni secara lateral saja. Tuhan maha mengetahui. Takkan tuhan tak tau yg satu hari nanti ada teknology baru utk gantikan 4 saksi lelaki. Takkan tuhan masih mau umat dia pi menggagau cari 4 lelaki beriman pada zaman sekarang yg jadi penonton acara sudu menyudu di bilik hotel 5 bintang..

    Anak Yang Halal

    June 7, 2011 at 2:50 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: