Adakah ritual kematian dan pengasingan kawasan kubur mengikut agama anutan dapat membantu si mati?
Kali ini saya mahu mengajak para pembaca budiman melihat satu topik yang mungkin agak menakutkan – iaitu tentang kubur dan pengurusan mayat. Takut atau tidak kita tidak akan dapat lari dari hakikat yang sememangnya berada di hadapan kita. Jadi saya berpendapat ia adalah satu topik yang wajar kita bincangkan.
Kita semua tahu bahawa Tuhan menghidupkan kita dan Dia juga akan mematikan kita.
23:12 Dan sesungguhnya Kami telah cipta manusia dari ekstrak tanah liat,
23:13 Dan Kami jadikan dia dari benih yang halus di dalam ruang bergantung yang kukuh,
23:14 Kemudian benih itu Kami jadikan embrio, kemudian Kami jadikan embrio itu fetus, kemudian Kami jadikan fetus itu tulang, kemudian Kami salut tulang itu dengan daging, kemudian Kami membesarkannya sebagai satu makhluk baru. Jadi pujian kepada Allah, Pencipta yang terbaik.
23:15 Kemudian selepas itu kamu pasti akan mati.
Kemudian Dia akan menghidupkan kita kembali dari kubur masing-masing untuk dihakimi dan diberi balasan yang setimpal di akhirat kelak.
36:51 Dan sangkakala akan ditiup, bilamana dari kubur-kubur mereka mereka akan bergegas ke hadapan Tuhan mereka.
Ayat 36:51 menggambarkan kepada kita bagaimana proses menghidupkan semula setiap manusia yang telah mati akan dilakukan pada hari kiamat nanti. Selepas Sangkakala ditiup kita semua akan bangkit dari kubur masing-masing dan bergegas ke hadapan Tuhan untuk menerima penghakiman.
Tidak ada sesiapa yang akan terlepas dari proses ini. Tidak ada pengecualian. Tidak ada perbezaan. Tidak ada keistimewaan. Dan setiap orang akan bangkit dari kubur dan terus bergegas menuju ke hadapan Tuhan.
70:43 Pada hari di mana mereka akan datang dari kubur-kubur mereka dengan tergesa-gesa seperti mereka sedang bergegas ke arah suatu matlamat,
Jika begitulah keadaannya maknanya di mana pun kita dikuburkan sebenarnya tidak penting. Samada kita dikuburkan di Amerika atau di Malaysia – tidak ada beza. Samada kita dikuburkan di halaman rumah atau di tanah perkuburan yang direzabkan – kita akan dibangkitkan juga.
Oleh itu soalan cepu emas saya dalam perkara ini – apakah relevannya pengkhususan kawasan perkuburan mengikut agama yang diamalkan oleh masyarakat manusia selama ini? Jika semasa hidup kita boleh tinggal dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama dalam satu bangunan atau kawasan – mengapa bila mati tak boleh pula?
Kemudian, tentang amalan-amalan ritual kematian atau pengkebumian. Setiap bangsa atau umat memiliki kaedah ritual kematian dan pengkebumian masing-masing. Dan amalan ritual ini boleh dianggap antara amalan yang paling diambilberat dan sentiasa dipatuhi dalam sesebuah masyarakat – kebiasaannya ia berkait rapat dengan kepercayaan agama mereka.
Umat Islam hari ini juga tidak terlepas dari memiliki set ritual berkaitan kematian. Bermula dari pengurusan mayat sehingga kepada pengkebumian – semua telah ditetapkan syarat dan caranya. Tetapi benarkah ritual-ritual kematian ini benar-benar perlu? Kita lihat bagaimana Tuhan mengajar kita menguruskan mayat.
5:31 Maka Tuhan menghantar seekor gagak untuk menggali tanah dan menunjukkan kepadanya bagaimana dia harus menguruskan mayat adiknya. Dia berkata: Celakalah aku! Aku tidak mampu walaupun untuk menjadi seperti gagak ini dan menguruskan mayat adikku? Maka dia menjadi antara mereka yang menyesal.
Melalui ayat 5:31 di atas Tuhan menjadikan anak Adam yang pertama mati di atas mukabumi ini sebagai contohnya. Si abang telah membunuh si adik dan dia tidak tahu bagaimana mahu menguruskan mayat adiknya. Lalu Tuhan hantar seekor burung gagak untuk mengajar caranya – dipendekkan cerita – caranya adalah korek lubang dan tanam. Semudah itu saja.
Bagaimanapun saya yakin ramai yang tidak akan dapat menerima kaedah yang Tuhan ajar melalui ayat 5:31. Ini kerana mereka sudah terbiasa dengan ritual kematian yang diajar oleh para ulama sejak turun temurun. Tetapi bukankah Tuhan telah menjelaskan status si mati melalui ayat berikut.
6:94 Dan kamu telah datang kepada Kami secara bersendirian sama seperti ketika Kami mencipta kamu pada kali pertama; dan kamu telah meninggalkan di belakang kamu semua yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak nampak semua pengantara yang selama ini kamu dakwa sebagai sekutu-sekutu kamu; semuanya telah terpisah di antara kamu dan segala yang kamu dakwa telah meninggalkan kamu.
Mari kita bincangkan.
Salam,
Tuhan menghidupkan berbillion manusia di atas muka bumi ini dengan harapan supaya mereka menjadi hamba yang patuh kepada cara hidup yang direstuiNya selaras dengan matlamat penciptaan mereka sebagai khalifah.
Semua manusia, tanpa mengira bangsa atau warna kulit, bangsa atau bahasa – adalah sama matlamat kejadian mereka di sisi Tuhan. Pada dasarnya Tuhan tidak pernah membeza-bezakan manusia.
Misalnya, semasa hidup di atas muka bumi ini kita semua berkongsi sumber kehidupan yang sama – yang telah kita sama-sama gunakan berkali-kali dan berganti-ganti bukan saja di antara sesama manusia bahkan juga dengan segala makhluk bernyawa Tuhan yang lain dari dinosour sehinggalah anjing dan babi.
Udara yang kita sedut untuk bernafas, air yang kita minum merupakan udara dan air yang sama yang pernah digunakan dan dikumbahkan oleh dinosour ratusan juta tahun dahulu. Ia hanya melalui proses penapisan dan pembersihan semula yang berulang-ulang. Tetapi hakikatnya ia masih udara dan air yang sama.
Udara yang kita sedut pernah berada dalam paru-paru jutaan haiwan dan manusia lain sebelum ini. Air yang kita minum mungkin pernah menjadi air kencing kuda atau air kencing Lee Kuan Yew.
Pendek kata – kita perlu insaf bahawa dalam kehidupan kita di dunia ini, sejak dari dalam perut ibu sehinggalah nafas terakhir kita, kita sebagai bangsa manusia – sebenarnya semua saling bergantungan di antara satu sama lain, saling berkongsi samada secara langsung atau tidak langsung.
Bangsa dan keturunan tidak dapat memisahkan kita dari saling kebergantungan dan saling perkongsian yang bersifat sejagat ini. Bahasa dan budaya juga tidak dapat memisahkan kita dari saling kebergantungan dan saling perkongsian tersebut. Agama juga tidak dapat memisahkan kita dari perkongsian sejagat yang telah difitrahkan Tuhan.
Jika kita faham hakikat itu, maka apa rasionalnya apabila kita mati kubur kita perlu diasing-asingkan mengikut standard kita pula? Apakah signifikannya kubur kita dengan penghakiman yang Tuhan akan laksanakan ke atas diri kita di akhirat nanti? Adakah kubur kita akan menjadi salah satu faktor penentu yang akan mempengaruhi pertimbangan Tuhan?
tolokminda
March 26, 2010 at 9:10 pm
Salam,
Jika kita renung dalam-dalam, punca wujudnya perkuburan yang berbeza-beza kerana adanya pecahan atas nama agama. Punca wujudnya agama yang berbeza-beza kerana adanya pecahan atas nama kepercayaan amalan ritual pada arah objek-objek tertentu.
Dan di sebaliknya pecahan-pecahan itu kerana adanya syaitan yang mahu melaga-lagakan manusia demi membuktikan bahawa manusia tidak layak jadi khalifah. Kedengkian melihat Adam dijadikan khalifah, menyebabkan dendam kesumat membara untuk membuktikan bahawa Adam dan keturunannya tidak layak jadi khalifah. Orang yang mendengki, sudah pasti mahu merosakkan atau memusnahkan orang yang didengkinya.
Maka ramailah terikut-ikut jejak syaitan yang bermatlamatkan memecah-belahkan manusia.
“TM: Jika kita faham hakikat itu, maka apa rasionalnya apabila kita mati kubur kita perlu diasing-asingkan mengikut standard kita pula?”
Kalau kita fikirkan, ramai manusia boleh terbuka membiarkan rambut2 mereka yang digunting di kedai gunting, dicampur dengan rambut2 bangsa2 lain untuk dilupuskan. Ini kerana tiada ritual dalam menyempurnakan rambut2 yang dibuang itu.
Tetapi dalam urusan menyempurnakan jasad yang telah mati, manusia membuat kaedah2 mengikut standard masing-masing (yang biasanya mengikut ajaran tradisi). Mereka tidak berbuka seperti pelupusan rambut2 yang digunting itu. Kalau mayat itu tidak diurus ikut kepercayaan tradisi, maka dikatakan tidak sempurna. Apakah jasad anak Adam pertama yang mati itu disempurnakan dengan ritual2 tertentu?
“TM: Adakah kubur kita akan menjadi salah satu faktor penentu yang akan mempengaruhi pertimbangan Tuhan?”
Orang yang telah mati, dia tidak ada kuasa nak tentukan jasadnya itu ditanam di mana. Maka tidak logik kubur menjadi pertimbangan Tuhan.
Allah menilai berdasarkan apa yang manusia itu kerjakan. Manusia hanya boleh melakukan sesuatu kerja sementara nyawa dikandung badan.
Juang
March 27, 2010 at 1:39 am
Salam Juang,
Saya gembira dengan komen tuan di atas. Ini menunjukkan konsep kesejagatan manusia mengikut perspektif Al-Quran bukanlah satu konsep yang sukar untuk difahami dan diterima.
tolokminda
March 27, 2010 at 2:18 am
Malangnya manusia lebih suka patuh kepada “tuhan-tuhan” lain tetapi tidak kepada Tuhan yang sebenar – iaitu Tuhan yang telah menghidupkan mereka dan memberi mereka pelbagai kurnia sebelum mematikan dan selepas itu menghidupkan semula supaya mereka dapat diberi ganjaran yang jauh lebih baik dalam satu kehidupan kekal di akhirat.
Sesungguhnya manusia tidak akan sesat jika mereka tidak termakan tipu daya syaitan. Tetapi tidak ramai manusia yang mahu menggunakan akal.
tolokminda
March 27, 2010 at 2:21 am
Arwah nenek saya dulu pernah mewasiatkan. Katanya, “bila nenek mati nanti tanamlah nok tanam mana pun, nak tanam belakang rumah pun boleh”.
Daripada kata-katanya menjelaskan kepada kita bahawa fahaman beliau mungkin sama dengan apa yang kita fahami sekarang. Cuma mungkin kita(saya) pada masa tu tak memahami apa yang difahami oleh beliau.
penulis
March 27, 2010 at 8:07 am
betul2.,kekadang tertanya2 juga.,agaknya orang2 kafir nk ke dikuburkan dengan cara kita ye.,bungkus ngan kain putih je pastu tanam macam tu je.,tak yah la nk membazir letak tanda besar2 kan,siap buat bangunan lagi.,bepuluh2 ribu di abiskan untuk tanam mayat.,kan lebih baik ikut cara islam.,jimat pun jimat.,betul tak?.,
shah
March 27, 2010 at 11:33 am
Salam,
Yang saya tak setuju tu bila ada orang mendakwa cara urus jenazahnya spt yg disuruh Tuhan dan mengatakan cara urus jenazah orang lain tak betul. sedangkan dalam al-quran Allah sudah nyatakan secara umum. jadi terpulang pada kita bagaimana cara yang sesuai nak urus dan tanam mayat.
bayau
March 27, 2010 at 11:49 am
TM lupa makan ubat ka?
nampak makin teruk nih
hehehe 🙂
Dr Love
March 27, 2010 at 11:52 am
Apa yang teruk Dr Love? Setakat cakap macam tu tapi tak ada hujah, tak ada guna juga.
Orang kafir pun cakap “ini sihir yang nyata” kepada para rasul dahulu tanpa ada bukti dan hujah.
Takkanlah anda nak ikut perangai orang kafir.
bayau
March 27, 2010 at 11:58 am
lagi satu ciri2 orang kafir adalah suka memperolok2kn ayat2 dan rasul2 ALLAH ta’ala.,
shah
March 27, 2010 at 12:37 pm
cerita pasal logik.,orang kafir kata,kalau nk jadi pakar perlu ikut ketetapan itu ini,perlu ada kertas2 itu dan ini..,kita pun percaya.,nak jadi pakar matematik.,berpuluh tahun dihabiskan untuk belajar ilmu tersebut..,tup2.,seorang budak kecil yg belum bersekolah dengan selamba menyelesaikan masalah matematik ni,siap boleh buat teori lagi….,yg guru dan pakar pun dok garu kepala.,kenapa?..,rasa tertipu ke,dok berhabis duit untuk perkara yg tak perlu.,sia2 je,kan?….,
shah
March 27, 2010 at 1:22 pm
mat shah , budak tu cuma tau kira +,- jer buat aper , guna calculator lebih dari tu pun boleh .. math ni panjang lagi cerita dia bukan takat tu . sian kat budak tuh
slipar
March 27, 2010 at 1:39 pm
betul la.,apsal tak guna kakulator je ye..,tak payah nk membazir..,kan lagi baik duit tu buat meniaga ke atau sesuatu yg lebih berfaedah.,ada untung boleh gak tolong orang2 yg memerlukan…..,
shah
March 27, 2010 at 1:44 pm
tengok la dunia sekarang ni tuan2.,ais kt kutub mangkin cair.,tapi air yg kat darat boleh kering lak.,mana pegi air2 tu ye.,kalau ikut sains mesti turun balik,kan? tp takde pun..,mana pegi air2 tu..,ke air tu boleh tembus atmosfera lepas ke angkasa?.hehe,dah bercanggah ngan teori korang lak,kan???….,
shah
March 27, 2010 at 1:57 pm
over-simplifed lah pulak kalau kita bertegas nak tuduh Allah suruh tanam mayat macam tu saja 5:31 – mungkin cara tu paling basic. tak pulak ayat tu kata gali lubang sedalam mana 6kaki kah, 4kaki kah? tapi manusia guna akal dan sentiasa cari kaedah yg terbaik atau termampu, whichever comes first. saya boleh hantar sahabat yg sakit ke Prince Court Medical Center atau saya hantar ke Hospital Kerajaan Selayang. tapi kalau saya sendiri boleh sembuhkan dia, saya buatlah kat bilik tetamu saya. semua tu konsep jer. dan ayat Quran banyak lapis kefahaman. saya tak boleh kata, persepsi saya saja yg betul.
anyways, TM .. you jangan lupa makan ubat !
🙂 hehehe
macam kita berpakaianlah, kalau ikut Quran kita kena sopan dan tutup aurat. tak ada pulak disuruh pakai warna oren macam tok sami, atau serba putih-hitam-hijau.
Dr Love
March 27, 2010 at 2:22 pm
jangan marah yer ! 🙂 kita gurau-gura sikit.
a joke a day, will keep the doctor away.
Dr Love
March 27, 2010 at 2:27 pm
hehe., .tapi saya lagi suka rawat penyakit gunakan ayat alquran.,kalau nak pergi kat doktor takut mengharapkan selain ALLAH pula nanti.,takut jatuh syirik lak nti..,
lagipun.,kalau guna ayat2 alquran.,jimat pn jimat……,
shah
March 27, 2010 at 2:29 pm
ermm… tuan shah.. jgn salah jampi/yakin dgn ayat Quran tu plak ye… kang anak mak timah sebelah rumah pulak datang beri salam..
Puteri
March 27, 2010 at 10:59 pm
erm… tuan shah, ttg air tu.. kotnya dia meresap dalam gua2 batu jadi kristal tak? Maap ye… Puteri tak pandai sains, dulu masa sekolah tak lulus..
Puteri
March 27, 2010 at 11:02 pm
hehehe .. comey lotey ker anak mak timah tu?
puteri dah berpunya ke blum … terhingin la pulak. 🙂
Dr Love
March 27, 2010 at 11:50 pm
Saya rasa blog ni dah banyak virus la…
penulis
March 28, 2010 at 8:52 am
Cara menguruskan jenazah haruslah memperlihatkan respek dan kasih sayang. Slalunya dalam mana agama dan budaya pun, mayat akan dibersihkan dulu dan dipakaikan dgn pakaian yg elok supaya orang yang melawat tidak memberi komen yg tak manis didengar.
The Undertaker
March 28, 2010 at 10:59 am
Salam Undertaker,
Saya berpendapat memberi penghormatan dan menunjukkan emosi kasih dan sayang kepada mayat merupakan perkara yang normal apatah lagi jika ia dari kalangan keluarga terdekat. Tetapi adakah kita benar-benar perlu sesuatu yang bersifat ritual kalau sekadar mahu membersihkan mayat dan memberi pakaian yang elok sebelum mengkebumikannya? Ritual adalah apabila sesuatu itu kita kaitkan dengan Tuhan dengan alasan Tuhan yang telah menetapkan upacara berkenaan.
Di artikel ini saya hanya membincangkan samada dalam dalam soal pengurusan mayat dan kubur, adakah kita telah merujuknya kepada Tuhan? Atau kita hanya mengikut mereka yang melampaui authoriti dan common sense dalam hal tersebut?
tolokminda
March 28, 2010 at 11:44 am
apa salahnya jika ritual itu suatu yang baik?
saya tak nampak apa-apa buruk dalam urusan jenazah yg diamalkan oleh orang Islam.
Afundi
March 28, 2010 at 1:02 pm
Buruk tu taklah, tapi kadang-kadang ada part tu yang berlebih-lebihan dan sesetengahnya pula menyusahkan bagi mereka yang kurang kemampuan.
penulis
March 28, 2010 at 2:39 pm
salam penukis.,
tentang perkara itu,rasa rasa pihak jabatan agama kita sedang berusaha untuk menghapuskan amalan bidaah dikubur.,
untuk semua..,
sebenarnya blog ni adalah virus,cuba merosak keyakinan kita terhadap agama ALLAH ta’ala,jikalau tuan2 kata apa yg berlaku disini sebagai perselisihan tafsir alquran,tapi apa yg kami nampak bukan.,sebenarnya apa yg sedang dlakukan oleh pengasas blog ini adalah pemesongan alquran melalui terjemahannya,jika asasnya sudah salah tentu semuanya akan menjadi salah.,untuk mencari ilmu bukan begini caranya,
mencari ilmu wajib melalui guru,rasullulah telah diajar oleh jibril,begitu juga sahabat telah diajar oleh rasulullah,begitulah seterusnya sehinggalah pada kita sekarang ni.,jikalau ada yg mendakwa dia diajar terus oleh Tuhannya,saya rasa tuan2 sendiri boleh buat penilaian,kan.,
cukuplah.,semua ini harus dihentikan segera,kerana apa yg ada disini hanyalah sia2,sedikitpun tidak membawa kebaikan untuk masa depan kita disana nanti,maaf jika kata2 saya sebelum ini ada yg mengguris hati muslim2 disini,apa yg saya hadirkan semuanya adalah kata2 saya sendiri,seorang muslim yg tidak sempurna ilmunya.,kalau ada yg salah atau bercanggah atau meragukan diharap agar tuan2 merujuk pada dalil2 yg soheh,atau pada mereka2 yg lebih tahu dan mempunyai dalil2 yg soheh.,
sampai disini dahulu.,sesungguhnya ALLAH ta’ala sebaik baik penerima taubat.,ingat2 kiamat dah dekat.,WALAHHUALAM
shah
March 29, 2010 at 6:23 am
Saya setuju dengan pandangan shah.
Motif blog ini bukanlah untuk belajar, tetapi sebenarnya adalah untuk menyebar ‘virus penyakit hati’ orang yang berpura-pura mengikut AlQuran. Mustahil AlQuran dapat menjadi pedoman bagi orang yang Allah sendiri kecam [fi qulubihi marad]
Bila mereka menjadikan EGO sebagai guru mereka mempelajari AlQuran, maka setiap ayat akan membantu menyesatkan mereka lebih jauh. Begitu dinamik dan interaktif ayat suci Quran, hingga dapat scan/membaca hati si-penipu dan mendorongnya lebih dekat kepada neraka.
Kita sendiri dapat lihat masalah jiwa yang dialami pemilik blog ini, melalui rencana yang melampau-lampau anti-ritual, anti-ibadah, anti-sunnah, anti-hadith – seolah-olah pemilik blog ini merasakan dirinya sudah berada di maqam yang sangat tinggi di sisi Allah.
Mungkin benar komen Dr Love bahawa TM lupa makan ubat psychotropic !
Ustaz Urban
March 29, 2010 at 9:48 am
Salam..
Allah juga berkata “makanlah apa yang baik bagi kamu..” daging lembu itu baik.. tetapi tidaklah salah jika kita ambil satu daging dan kemudian kita bubuh garam.. lada hitam.. bakar kasi masak.. siram sos black pepper..
.. dalam soal menamam mayat pada saya pun begitu juga.. Allah telah memberikan panduan melalui contoh burung gagak.. tetapi tidaklah menjadi kesalahan jika mayat itu kita mandikan.. kapankan.. sebagai tanda penghormatan terakhir.. penghormatan itu pula bukanlah kepada mayat itu.. sedang mayat itu tidak membawa sebarang erti..tetapi kepada segala kenangan yang selama ini pernah dikongsi semasa empunya diri itu masih hidup.. ibu bapa saya telah lama meninggal dunia.. dan atas alasan apa sekalipun..saya tidak akan mengizinkan mayat ibu atau bapa saya diperlakukan sewenang-wenangnya.. cuma manjadi kesalahan jika kita menganggap bahawa adalah sesuatu yang bersalahan jika mayat itu tidak di uruskan berbeza dengan cara yang selama ini dipraktikkan.. pada pendapat saya jika ada cara yang lebih baik maka gunakanlah cara itu.. tetapi setakat ini cara yang selama ini kita gunapakai adalah yang terbaik.. minus the talkin..
bab pengasingan kubur si mati.. saya bersetuju dengan TM.. ditanam di mana sekalipun tidak membawa sebarang erti.. dan saya tiada masalah jika mayat saya ditanam di tengah-tengah perkuburan kristian sekalipun…
troopze
March 29, 2010 at 10:08 am
Troopze menulis,
Salam Troopze,
Cuma apabila kita bubuh garam, lada hitam dan bakar kasi masak daging itu dan kemudian siram sos black pepper kita tidak akan kata.. apa yang aku lakukan inilah adalah mematuhi ketetapan makan daging oleh Tuhanku.
Itulah pointnya. Tuhan ajar kita menanam mayat tetapi adakah ia bersifat ritual? Jika tidak, siapakah yang menetapkannya menjadi begitu?
tolokminda
March 29, 2010 at 10:19 am
Salam Ustaz Urban,
Blog ini sememangnya tidak berguna bagi kebanyakan orang. Jadi tak payahlah risau sangat. Dan saya tak rasa pun saya berada di makam tertinggi ke apa, saya cuma baca ayat-ayat Al-Quran dan cuba memahami maksudnya. Tuan boleh beritahu saya jika apa yang saya faham itu salah. Saya buka blog ini untuk sesiapa saja memberi pendapat masing-masing. Mana ada ego?
tolokminda
March 29, 2010 at 10:23 am
Salam TM,
Ritual itu antaranya membawa definasi..
1) perkara yang telah ditetapkan dalam upacara agama
atau
2) perbuatan yang menjadi kelaziman..
saya berpendapat tidaklah menjadi kesalahan akan ritual menanam mayat seperti yang lazimnya dilakukan oleh umat islam.. tetapi bersependapat dengan TM adalah bersalahan jika nama tuhan itu disalahgunakan..
troopze
March 29, 2010 at 10:45 am
Salam Troopze,
Saya berpendapat salah satu petunjuk jika sesuatu amalan itu bersifatkan ritual keagamaan adalah apabila kehadiran “pembesar agama” diperlukan.
tolokminda
March 29, 2010 at 10:50 am
“Kita sendiri dapat lihat masalah jiwa yang dialami pemilik blog ini, melalui rencana yang melampau-lampau anti-ritual, anti-ibadah, anti-sunnah, anti-hadith – seolah-olah pemilik blog ini merasakan dirinya sudah berada di maqam yang sangat tinggi di sisi Allah”
Jika anda baca betul-betul semua artikel dan faham, anda tidak akan mengeluarkan kenyataan diatas.
datanglah dengan hujah bukan dengan tuduhan.
pemilik menolak sesetengah ritual dengan hujah, datanglah dengan HUJAH.
dimana yang dikatakan anti-hadis, apabila pemilik HANYA menolak hadith yang BERTENTANGAN dengan Qur’an.
apa yang saudara maksudkan dengan anti-sunnah? apa pemahaman saudara tentang sunnah? bagi lah DEFINISI sunnah dan sekali lagi datanglah dengan hujah.
bila saya sebut datang dengan hujah, datanglah dengan hujah sendiri.
Jika ego pemilik blog ini tinggi, dalam salah satu artikel, tidaklah beliau mengaku yang tulisan beliau tidak berapa tepat dan membetulkan ia kembali.
Itulah, kalau nak berhujah pun, baca lah bagi faham.
Tapi saya rasa yang kononnya ustaz urban ini pun bukan datang nak berhujah, sama seperti mereka yang lain.
datang nak menghukum.
Mungkin sebab saudara sendiri pun bertaklid buta, tak faham sepenuhnya apa yang saudara percaya, maka bagaimana saudara nak datang berhujah dengan tenang.
muaddib
March 29, 2010 at 3:19 pm
Minta maaflah,
Tapi sekadar datang menuduh, anak perempuan saya yang berumur 3 tahun pun boleh buat lebih baik.
Jika tidak pandai datang berhujah, duduk diam-diam atau jangan masuk blog ini langsung. Bukankah buang masa anda.
Kami faham, minda kita ini berbeza-beza keupayaannya, dah tak boleh terima pelajaran sains dan matematik disekolah dahulu yang menyebabkan kebanyakan mereka ini pergi belajar menghafal sebab memang minda mereka sukar untuk memahami sesuatu subjek.
Bila keluar dengan title ‘tukang hafal’, bagaimana nak faham bukan?
muaddib
March 29, 2010 at 3:28 pm
Salam,
“TM: Saya gembira dengan komen tuan di atas. Ini menunjukkan konsep kesejagatan manusia mengikut perspektif Al-Quran bukanlah satu konsep yang sukar untuk difahami dan diterima.”
Andaikata semua manusia melawan rasa ego dan angkuh dengan ajaran tradisi masing-masing dan memikirkan kesejagatan manusia yang diajar melalui kacamata Al Quran, tidak ada siapa nak mengengkari pengajarannya…dan tiada lagi yang datang ke blog saudara sekadar bawa tuduhan seperti mana orang2 musyrik terdahulu menuduh Rasul-rasul terdahulu adalah tukang sihir. 🙂
Juang
March 29, 2010 at 6:24 pm
Tajuk topik ni “Adakah ritual kematian dan pengasingan kawasan kubur mengikut agama anutan dapat membantu si mati?”…. Dah memang lumrah manusia yang hidup ni suka berkelompok-kelompok. Si mati dah tak involve lagi dengan urusan2 keduniaan sebaik aje nyawa berpisah dengan badan. Manusia yang masih hidup, yang menguruskan si matilah yang mengerjakan semua tu… Ada yang kata sebagai tanda hormat, ada yang kata sebagai adat, ada yang kata menurut agama… bukan ke tu semua kerja akal manusia yang hidup?
Puteri
March 30, 2010 at 11:57 am
Puteri,
mungkin topik ini bersangkutan dengan kes yang mana perebutan mayat antara islam dan bukan islam yang pernah berlaku sehingga mayat yang sudah ditanam pun disuruh digali semula dan ditanam ‘mengikut’ cara ‘islam’.
muaddib
March 30, 2010 at 12:25 pm
Yang demikian, ritual adalah cara terbaik untuk mentadbir perlakuan manusia itu sendiri. Supaya manusia itu saling kasih mengasihi. Dan nilai hormat itu menjadi sesuatu yang hak. Selagi cara pengebumian itu tidak menzalimi sebarang makhluk (green project), maka tiadalah apa2 yg patut kita bahaskan mengenai ritual sesebuah kaum. Hormatilah ia spt yg dianjurkan oleh Allah
Sapi betina: 176 = Yang demikian itu adalah karena Allah telah menurunkan Al Kitab dengan membawa kebenaran; dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih tentang (kebenaran) Al Kitab itu, benar-benar dalam penyimpangan yang jauh.
Binatang Ternak: 108 = Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
Nagobonar
April 1, 2010 at 12:08 pm
Salam,
Pengaruh ajaran tradisi menyebabkan sesuatu perkara jadi ritual hatta dalam urusan pengkebumian mayat. Kalau ikut Al Quran, pengkebumian mayat semudah menanamkan ia ke dalam tanah sahaja. Allah tidak membebankan kepada yang hidup kerana yang mati.
Kenapa perlu ditanam mayat itu asasnya adalah untuk mengelakkan bau yang mengganggu kehidupan orang yang masih hidup. Itu sahaja.
Namun bila ada manusia suka mengada-adakan sesuatu ritual yang memecah-belahkan sesama manusia, maka wujudlah golongan yang membeza-bezakan cara pengkebumian mayat dan tanah perkuburan. Satu golongan merasakan cara pengkebumian dan tanah perkuburan mereka lebih mulia daripada cara dan tanah perkuburan bangsa lain. Sampai satu tahap berlaku perebutan cara pengkebumian mayat tidak mengikut ritual sesuatu golongan. Ada mayat yang terpaksa digali kerana status agamanya diragui. Tidakkah itu kerja orang-orang yang tak matang?
Kalau kita fikir dengan waras, itukah yang diajar oleh Allah melalui Al Quran? Berebut-rebut cara nak mengebumikan mayat? Penentuan masuk syurga atau neraka bukannya berdasarkan bagaimana cara mayat itu disempurnakan, tetapi berdasarkan amalan manusia itu sebelum menjadi mayat.
Juang
April 1, 2010 at 10:29 pm
Setuju
wucman
April 6, 2010 at 10:07 am
Sebenarnya kami(muslim) menanam mayat melalui dalil bahwa manusia dari tanah dan dikembalikan pada tanah.,
berkenaan kisah anak adam dan burung gagak,itu hanya perumpamaan,menunjuk pada sifat kelemahan manusia yaitu masih perlu diajar walaupun mereka mampu membuat tipu daya..,
.WALLAHUALAM..,
shah
April 28, 2010 at 10:08 am
Berkenaan dengan majlis2 selepas pengebumian yg menjadi amalan muslim2 dimalaysia ia adalah tinggalan dari ajaran hindu yg mereka gelar sebagai adat.,
Mungkin kerana disebabkan perkara ini telah menjadi kebiasaan,
maka kebiasaan itulah yg telah mendorong mereka untuk mencari dalil2 islam supaya mereka dapat meneruskan amalan tersebut.,
.WALLAHUALAM.,
shah
April 28, 2010 at 10:21 am
Salam,
Ada juga sesetengah golongan manusia menjadikan urusan pengkebumian mayat sebagai satu bisnes. Kalau kita fikir logik, si mati bukannya dapat manfaat daripada segala bentuk upacara pengkebumian mayat. Kenapa perlu membazir duit sebegitu rupa? Bukankah lebih rasional duit itu digunakan untuk masa depan orang yang masih hidup atau untuk manfaat generasi seterusnya?
Jika manusia itu berfikir jauh ke hadapan, mereka mudah nampak nilai-nilai tersebut.
Juang
April 29, 2010 at 4:02 pm
salam shah .. betul ke manusia berasal dari tanah? setakat tu jer ke pemahaman kamu ?
slipar
April 29, 2010 at 7:35 pm
blog ni telah dilabelkan sesat dan mengelirukan serta lari dari konsep Islam yg diamalkan di malaysia..
akan di sekat suatu hari nanti..
terima kasih.. 🙂
w3bcr4wl3r
July 8, 2010 at 1:30 pm
Salam,
Sifat orang kafir terdahulu, bila gagal melawan dengan hujah, mereka akan berkata “inilah sihir yang nyata”. Tetapi apa yang sihir tidak pula ditunjukkan dengan jelas.
Begitulah perangai mereka hari ini, hanya mampu melabelkan orang lain sesat. Tetapi untuk bawakan hujah yang benar daripada mereka, mereka gagal.
Juang
July 8, 2010 at 3:54 pm
adai
August 17, 2010 at 4:52 pm
huh… berpeluh baca Tuan Adai punya penerangan… terima kasih Tuan… tapi geng2 ingkar hadis ni nak dengar ke? kau puasa ke hari ni Juang?
carnivore
August 18, 2010 at 1:50 pm
saya ingin meminta maaf dahulu.
bagi saya tuan adai ini bodoh apabila tidak ada pada mukasurat yang sama yang mana masih meletak justifikasi berdasarkan hadith.
muaddib
August 20, 2010 at 10:07 am
kan aku dah cakap… geng2 ingkar sunnah ni mana nak terima… pusing la ikut mana pon.. macam tu gak dia.. dah takde hidayah tu nak buat macam mana lagi… Astarghfirullahal’azim…
carnivore
August 20, 2010 at 4:20 pm
wahai tuan muaddib yang mulia, sedarkah anda bahwa tuan adoi menyampaikan apa yg Tuan-Tuan Syeikh anda pinta iaitu hujah atau dalil…
tidakkah tuan adoi telah memberikan hujah2nya kenapa anda mengatakan tuan adoi itu bodoh, adakah tuhan anda mengajar anda membodohkan orang-orang yang telah memberikan hujahnya.
anda semua memang pandai berdolak-dalik, apabila sudah diberikan hujah, anda kata bodoh dan bila tiada hujah yg diberikan, anda memaksa suruh berikan hujah. bagaimana lagi untuk kami menyampaikan kepada anda.
p.s – bagaimana jika anda ingin berdakwah tetapi menyangkal hujah/pendapat orang lain dengan sikap demikian. adakah agama anutan anda membenarkannya? adakah orang yg ingin dakwah itu akan menerima anda?
***Anak saya yg umur 3 tahun pun tahu, perkataan itu tidak elok dan dia kata tuhan marah nanti***
masterpiece
August 21, 2010 at 1:30 am
mengenai bab ini, tidak menjadi kesalahan walaubagaimana sekalipun jenazah itu hendak diuruskan, yang pasti mereka semua berjumpa dengan Penciptanya.
dan seperti ayat yang anda berikan 5:31: tanamkan je mengikut contoh yang diberikan oleh sigagak itu, habis cite dan perihal ritual itu pula, ia hanyalah mengikut kehendak/tradisi/amalan orang-orang yang masih hidup dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menguruskan jenazah tersebut.
So,adakah ianya menjadi satu kesalahan bagi anda? Adakah ianya menjadi satu agenda yang amat penting untuk dibahaskan? Walhal ada juga jenazah2 yg dibakar, dibuang kelaut, dilonggokkan dgn batu2 saje dan lain2 lg.
Perkara pokok mengapa ianya perlu ditanam adalah untuk menghindarkan bau busuk dari mayat tersebut.
*** yang baik itu dari Allah swt, dan tidak dari kelemahan dari diri ini…..
masterpiece
August 21, 2010 at 1:47 am
Salam,
Berkenaan perkara pelik ketika berlaku kematian atau semasa urusan jenazah. Adakah perkara pelik seperti mayat tersa berat, kubur penuh dengan air, adakah semua itu ada kaitan dengan amalan buruk semasa hidup orang itu? Ada dinyatakan oleh Quran? Mungkin ada ayat-ayat tertentu?
Ini hanya cerita di kalangan orang Islam. Kalau semasa hidup penuh dosa seperti berzina, rasuah maka teruklah keadaan mayatnya. Satu persoalan. Orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak mensyirikkan TUhan, boleh jadi teruk jenazahnya, sedangkan orang Kristian, tidak pernah setahu saya terjadi keadaan huru-huru hara semasa urus jenazah, bahkan keadaan sunyi sepi sedangkan mereka Kristian lagi syirik amalan mereka dan jenazah para alim Kristian keadaan tenang juga. Bukan maksud saya ini Kristian atau sokong Kristian, tapi hakikatnya begitu.
Teruk sangatkah berita kematian orang Islam yang berdosa sehingga badan hitam macam terbakarlah, jenazah tak di terima kuburlah dan mcm mcm cerita pelik pelik. Contoh, dalam youtube, ada video saat kematian Ahmad Deedat, yang rupa mukanya menyakitkan, adakah golongan ahli sunnah wal jamaah berani mengatakan Ahmad Deedat banyak berdosa? Video ini di perlekehkan oleh orang Kristian megatakan Ahmad Deedat mati berdosa kerana mengejek Kristian. Sedangkan saat nazak banyak kemungkinan, mungkin disebabkan oleh keadaan biologi badan yang tidak menentu dan tidak ada kaitan dengan malan seseorang.
Maksud saya adakah kematian seorang paderi Kristian dengan mukanya yang tenang bermakna dia di redhai Tuhan?
Fikir-fikirkanlah dengan berpandukan AL-Quran.
message114
September 10, 2010 at 4:00 am
Salam,
Cerita pasal balasan pada mayat tidak diiktiraf oleh Al Quran. Malah mayat Firaun zaman Nabi Musa yang zalim itu pun Allah tidak katakan mayat dijadikan teruk keadaannya. Sepatutnya kalau benarlah ada balasan pada mayat, mayat Firaun yang zalim itulah Al Quran perincikan buruk keadaan nasibnya sebagai peringatan manusia.
Nampak tak kepercayaan tradisi umat Islam hari ini penuh cerita karut-marut? Patutlah pemikiran mereka lambat berkembang.
Juang
September 10, 2010 at 11:35 am