Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Nabi, rasul dan mereka yang percaya tidak menjana sebarang pendapatan dari wahyu-wahyu Tuhan

with 134 comments

Tuhan telah melantik ramai nabi dan rasul di kalangan umat manusia untuk menyampaikan peringatan, pedoman dan berita baik dalam bentuk wahyu dan Al-Kitab  supaya mereka mengamalkan cara hidup yang direstui Tuhan. Sebahagian darinya kita ketahui nama, bangsa dan pekerjaan mereka. Dan sebahagian pula hanya Allah yang mengetahui siapa mereka.

Dan dari semua nabi dan rasul yang diceritakan kepada kita oleh Tuhan, tidak ada seorang pun dari mereka menyara hidup dengan apa yang mereka sampaikan. Nabi dan rasul tidak menerima sebarang upah atau ganjaran dari sebarang “majikan dunia” untuk menjalankan tugas mereka menyampaikan wahyu Tuhan. Sebagai contoh mari kita lihat apa kata para nabi mengenai upah atau ganjaran mereka.

Nabi Nuh:

26:109 Dan aku tidak meminta dari kamu sebarang ganjaran untuknya – ganjaranku hanyalah dari Pemilik sekelian yang berpengetahuan.

Nabi Hud:

26:127 Dan aku tidak meminta dari kamu sebarang ganjaran untuknya – ganjaranku hanyalah dari Pemilik sekelian yang berpengetahuan.

Nabi Saleh:

26:145 Dan aku tidak meminta dari kamu sebarang ganjaran untuknya – ganjaranku hanyalah dari Pemilik sekelian yang berpengetahuan.

Nabi Luth:

26:164 Dan aku tidak meminta dari kamu sebarang ganjaran untuknya – ganjaranku hanyalah dari Pemilik sekelian yang berpengetahuan.

Nabi Syuib:

26:180 Dan aku tidak meminta dari kamu sebarang ganjaran untuknya – ganjaranku hanyalah dari Pemilik sekelian yang berpengetahuan.

Keadaan ini berlawanan dengan pembesar-pembesar agama golongan penyekutu Tuhan yang biasanya merupakan individu-individu yang mendapat upah atau ganjaran di atas kedudukan mereka. Dari zaman Firaun sehinggalah ke era abad ke 21 – para pembesar agama merupakan golongan yang dinaungi pemerintah dan  mereka menjana sumber pendapatan dalam bentuk upah, gaji, elaun dan sebagainya kerana peranan mereka “menjaga” agama masyarakat.

Tetapi cuba kita lihat apa yang Tuhan suruh Nabi katakan dalam hal ini.

38:86  Katakan: Aku tidak meminta kamu sebarang ganjaran untuknya; tidak juga aku dari kalangan yang mengada-adakan.

38:87  Ia tidak lain adalah satu Peringatan kepada semua yang berpengetahuan.

38:88 Dan sesungguhnya kamu akan mengetahuinya apabila masanya tiba.

Jelas sekali Nabi juga menuruti jejak nabi-nabi terdahulu – ganjaran untuk dirinya di atas tugas sebagai rasul yang menyampaikan wahyu Tuhan hanya disandarkan kepada Allah semata-mata. Untuk menyara kehidupan, Nabi bekerja sebagaimana orang lain.

6:135  Katakan: Wahai kaumku, kerjakanlah pekerjaan yang sesuai, kerana aku juga bekerja. Nanti Kamu akan mengetahui siapakah yang akan mendapat hasilnya. Sesungguhnya tidak akan berjaya mereka yang membuat salah.

Begitu juga Tuhan menggambarkan kepada kita berkenaan orang-orang yang percaya – mereka tidak mengambil apa-apa keuntungan dari wahyu Tuhan yang telah sampai kepada mereka.

3:199 Dan sesungguhnya di kalangan ahli Kitab, yang percaya kepada Allah dan apa yang telah didedahkan kepada kamu dan yang telah didedahkan kepada mereka – mereka merendah diri terhadap Allah – mereka tidak menukar ayat-ayat Tuhan dengan harga yang sedikit; kepada mereka ganjaran mereka adalah dari Pemelihara mereka – sudah tentu Allah sangat cepat membuat perkiraan.

Bagaimana pula pendapat para pembaca semua mengenai perkara ini? Wajarkah kita mengambilnya sebagai satu petunjuk untuk kita membuat penilaian siapa yang patuh kepada Allah – yang mengikuti jejak para nabi dan rasul – dan siapa yang sebaliknya?

Written by tolokminda

March 19, 2010 at 5:14 pm

134 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. TM,

    Nabi kerja sebagai apa ya.
    berkebun di Fadak…?
    🙂

    observer

    March 20, 2010 at 2:55 am

  2. “observer: Nabi kerja sebagai apa ya.
    berkebun di Fadak…?”

    “TM: Sebahagian darinya kita ketahui nama, bangsa dan pekerjaan mereka. Dan sebahagian pula hanya Allah yang mengetahui siapa mereka.”

    “Periwayat: Nabi bekerja sebagai seorang peniaga.”
    🙂

    Juang

    March 20, 2010 at 3:53 am

  3. Salam,

    Antara hikmahnya Allah bangkit Rasul yang tidak menjadikan wahyu-wahyu Allah sebagai cara untuk dapat duit, pangkat atau kemewahan agar peringatan2 Allah dapat disampaikan secara telus.

    Jika Rasul itu dilantik daripada kalangan orang-orang yang cari makan atas nama agama, sudah pasti peringatan2 Allah itu tidak dapat disampaikan secara jujur. Mereka akan selektif terhadap sesuatu wahyu Allah itu. Mana yang ada kepentingan kepada diri, mereka sampaikan, dan mana yang tiada kepentingan, mereka sembunyikan.

    Di sini kita nampak, tugas memberi peringatan (nasihat) sepatutnya dilakukan oleh orang2 yang ada komitmen lain seperti doktor, jurutera, pengaturcara, saintis, penggiat seni etc. Ini kerana mereka tidak perlu cari makan atas nama wahyu Allah itu. Mereka mencari rezeki menggunakan kemahiran yang Allah anugerahkan kepada mereka.

    Bila amanah wahyu Allah itu diberikan kepada orang2 yang pergunakan agama untuk dapatkan duit, pangkat dan kemewahan, maka koruplah ajaran asal wahyu Allah itu. Itulah yang berlaku kepada ajaran Nabi Musa, Nabi Isa dan kini pada ajaran Nabi Muhammad. Mereka yang diharapkan menjaga kemurniaan Al Quran telah mencemarinya dengan hikayat2 tak masuk akal demi menjaga kepentingan mereka cari makan guna agama.

    Juang

    March 20, 2010 at 5:35 am

  4. Salam observer,

    Saya tidak tahu Nabi kerja apa. Tapi saya tahu dia tidak menerima apa-apa upah atau gaji dari mana-mana majikan atau institusi dari usahanya menyampaikan wahyu Tuhan.

    tolokminda

    March 20, 2010 at 7:38 pm

  5. TM tak tahu Nabi kerja apa? Saya percaya ada hikmahnya kenapa Quran tidak menyatakan Nabi kerja apa. Kerana kerja Nabi termasuk dalam sunnah baginda, maka kita turut diajak mengenal Nabi, ‘the walking Quran’. Bukan hanya mengenal kitab dan jadi macam ahli kitab/buku.

    Saya ada terbaca komen dalam blog ini tentang ‘people with a book’ dan saya nampak persamaanya dlm soal ini.

    Menterang

    March 22, 2010 at 10:48 am

  6. Salam

    “Sunnah” Nabi sudah ada dalam Al Quran. Malah bukan sunnah Nabi Muhammad sahaja, sunnah daripada Nabi Adam juga sudah ada direkodkan dalam Al Quran.

    Tetapi ramai yang malas ikut.🙂

    Juang

    March 22, 2010 at 10:51 am

  7. Secara logik, Juang sendiri tak ikut Sunnah Nabi yg dalam Quran tu, kerana juang tidak tahu apa pekerjaan Nabi?
    🙂

    Menterang

    March 22, 2010 at 11:03 am

  8. Salam,

    Ayat Al Quran mana yang kata tidak tak tahu pekerjaan Nabi itu bererti tidak ikut sunnah Nabi? Bukankah pekerjaan itu luas ertinya?🙂

    Juang

    March 22, 2010 at 11:24 am

  9. Nampaknya logik Juang dah tak boleh pakai lagi?
    🙂

    Menterang

    March 22, 2010 at 11:27 am

  10. Salam..

    Maksud Juang adalah segala perbuatan nabi yang selari dengan perintah dan suruhan Allah melalui Al-Quran itulah sunah nabi.. kerana mustahil nabi itu berkelakuan atau berperangai sebaliknya..

    “Pekerjaan’ nabi samada peniaga..penternak dan lain-lainnya adalah tidak relevant..

    troopze

    March 22, 2010 at 11:31 am

  11. ada pulak orang yang jadi jurucakap Juang?

    Menterang

    March 22, 2010 at 11:33 am

  12. salam..

    Itu pemahaman sayalah… dan kalau saudara menterang tak faham… saya bantu kasi fahamlah.. kalau saudara menterang rasa saya salah faham.. bolehlah menterang kasi faham saya yang salah faham ni.. biar semua orang boleh faham… tapi kalau Juang pula rasa yang saya faham ini berlainan dengan apa yang beliau fahamkan..sama-samalah kasi semua faham menurut pemahaman saudara juang.. agar saya faham.. menterang faham dan semua faham… faham memahami amalan mulia…menurut kefahaman sayalah…

    troopze

    March 22, 2010 at 11:56 am

  13. Salam,

    Saya setuju dengan logik yang saudara Troopze kemukakan. Sudah pasti amalan, perbuatan dan kata-kata Nabi (sunnah) selari dengan perintah Allah dalam Al Quran.

    Di dalam Al Quran, ada dicatatkan perbuatan2 Nabi yang ditegur oleh Allah. Tetapi di dalam kitab2 selain Al Quran, siapa nak tegur perbuatan Nabi itu?

    Berbalik pada topik posting ni, maka apa pekerjaan sebenar Nabi untuk mencari rezeki bukan satu perkara yang perlu diketahui. Mesej utama topik ini adalah Nabi tidak guna wahyu Allah untuk cari makan, mengejar pangkat dan kemewahanan.

    Sudah pasti kita akan malu di hadapan Allah nanti jika kita guna wahyu Allah untuk kepentingan peribadi.

    Juang

    March 22, 2010 at 1:16 pm

  14. Salam Menterang,

    Dalam ayat-ayat yang saya kemukakan di atas bukan saja Nabi Muhamad tidak mengambil upah atas peranan mereka menyampaikan wahyu Allah bahkan melalui Surah Ash-Shuaara Tuhan menyenaraikan 5 orang nabi yang disebut silih berganti untuk teladan yang sama.

    Jika sdr semak Al-Quran secara menyeluruh – tuan akan dapat kesimpulan yang sama untuk semua nabi dan rasul. Mereka semua bukan dari kalangan orang yang menerima upah dari pemerintah atau dari umat atas peranan sebagai pembesar agama.

    tolokminda

    March 22, 2010 at 3:35 pm

  15. TM tulis – “Untuk menyara kehidupan, Nabi bekerja sebagaimana orang lain.”

    Bila observer tanya Nabi kerja apa? TM tak boleh jawab. Tak tahu.
    Juang pulak tetiba kena rujuk hikayat perawi kununnya Nabi seorang peniaga.

    Logik yang tersimpul rapi : TM dan Juang tak tahu apa yang mereka tulis dan perkatakan.
    🙂 I rest my case. Goodbye!

    Menterang

    March 22, 2010 at 3:46 pm

  16. Sudah Allah tidak khabarkan Nabi kerja apa, yang kalut-kalut sangat nak tahu Nabi kerja apa tu kenapa?

    Kalau penting sangat pekerjaan Nabi itu untuk menentukan masuk syurga atau tidak, sudah pasti dalam Al Quran dicatatkan seperti mana perbuatan Nabi suruh manusia berbuat baik dan jangan angkuh macam iblis.🙂

    Juang

    March 22, 2010 at 3:58 pm

  17. Salam Menterang,

    Cuba tuan baca betul-betul ayat-ayat ini.

    38:86 Katakan: Aku tidak meminta kamu sebarang ganjaran untuknya; tidak juga aku dari kalangan yang mengada-adakan.

    38:87 Ia tidak lain adalah satu Peringatan kepada semua yang berpengetahuan.

    38:88 Dan sesungguhnya kamu akan mengetahuinya apabila masanya tiba.

    Dan ayat ini.

    6:135 Katakan: Wahai kaumku, kerjakanlah pekerjaan yang sesuai, kerana aku juga bekerja. Kamu kemudian akan mengetahui kepada siapakah hukuman di akhirat kelak. Yang zalim tidak akan berjaya.

    Jelas dalam 6:135 Nabi menyebut dia bekerja dan menyuruh kaumnya juga mencari pekerjaan yang sesuai dengan diri masing-masing dan bekerja sepertimana beliau juga bekerja untuk mencari nafkah.

    Perhatikan bagaimana Allah menyuruh Nabi beritahu kaumnya supaya cari kerja yang sesuai dengan diri masing-masing – maknanya apapun pekerjaan Nabi tidaklah penting. Yang penting bila kita cari kerja – kita carilah kerja yang sesuai dengan diri kita. Dan yang lebih penting lagi kita tahu Nabi tidak “cari makan” dengan menjadi pembesar agama sebagaimana yang disebut dalam 38:86.

    Masih tidak jelas lagikah ayat-ayat Allah? Atau tuan nak saya mengada-adakan cerita pulak? Cuba tuan faham betul-betul ayat berikut.

    38:86 Katakan: Aku tidak meminta kamu sebarang ganjaran untuknya; tidak juga aku dari kalangan yang mengada-adakan.

    Kalau Nabi pun tidak mengada-adakan, takkan saya nak mengada-adakan pula? Saya bukan ulamak.

    tolokminda

    March 22, 2010 at 4:12 pm

  18. Salam,

    Apa yg penting kita tahu yg Nabi tak mengambil upah dlm mengajarkan dan menyampai hal2 agama, itulah pengajarannya… perkara simple macam ini pun ada orang tak paham🙂

    Jebon

    March 22, 2010 at 4:28 pm

  19. Saudara TM dan Juang

    Adakah pada pendapat saudara amalan ritual yang kita sebagai umat Islam ikuti selama ini bukan ritual yang di lakukan olih Nabi Ibrahim juga Nabi Muhammad.??..Maksud saya sembahyang lima waktu, Puasa dibulan Ramadan dan yang lain-lainnya itu.

    Saya bukan pengkaji sejarah atau pengkaji hadis ..saya cuma muskil kalau benar Nabi juga melakukan yang sama makanya apa yang kita ikuti adalah sunah nabi juga ..Kalau benar Nabi sembahyang sepertimana kita sembahyang makanya sudah tentu apa yang kita lakukan mestinya juga suruhan Allah kerana nabi juga melakukan perkara yang sama.

    amkgarcia

    March 22, 2010 at 5:05 pm

  20. Salam Amkgarcia,

    Kalau tuan bertanya saya secara peribadi, maka selepas saya melihat kedudukan ritual-ritual berkenaan dari perspektif Al-Quran, saya percaya tidak ada nabi atau rasul yang melakukan amalan ritual sepertimana yang diamalkan umat Islam sekarang.

    Misalnya, jika benar Nabi Ibrahim atau nabi-nabi lain sudah sembahyang 5 waktu tentulah tidak perlu lagi timbul cerita Nabi Muhamad naik ke langit untuk menerima perintah sembahyang berkenaan siap tawar menawar pula dengan Tuhan. Dan umat-umat agama lain pun tentu turut sibuk dengan sembahyang 5 waktu mereka.

    Begitu juga puasa – Tuhan suruh kita puasa sebagaimana orang terdahulu berpuasa. Di dalam Al-Quran – cerita tentang orang terdahulu berpuasa hanya boleh dirujuk kepada Maryam. Saya berpendapat cukuplah itu sebagai cluenya.

    Ia sama saja dengan clue yang Tuhan beri untuk menyempurnakan orang mati. Tuhan beri contoh dari manusia yang pertama mati (bukan yang kedua atau ketiga – tapi yang pertama) – dan orang yang baik pula tu – tentang bagaimana mayatnya perlu diuruskan. Tuhan hanya turunkan gagak untuk memberi pedoman.

    Cukuplah walaupun sekadar gagak yang mengajar kerana itu cara yang Allah beri supaya kita berfikir.

    Tetapi bagi orang yang tidak pernah yakin dengan apa yang Tuhan ajar – mereka akan buat macam-macam untuk meyakinkan diri mereka sendiri. Ada yang tanam sekali dengan mercedes dan banglo. Ada yang tanam pakai keranda siap telefon. Ada yang tolong sembahyangkan. Dan macam-macam lagilah…

    Secara peribadi – inilah pandangan saya.

    tolokminda

    March 22, 2010 at 5:26 pm

  21. Bukankah Nabi Muhammad dihantar sebagai rasul terakhir, untuk seluruh umat manusia – dan sekaligus mengemaskini agama Islam untuk semua?

    Amalan ritual yang jika tidak disebut dalam Al Quran, maka adalah tugas/pekerjaan Nabi sebagai ‘coach’ memberi keterangan kepada kita melalui sunnah baginda.

    Jika anda ada manual [Quran] dan anda tiada coach [Nabi], pastinya anda kehilangan potensi untuk mencapai hasil yang terbaik.

    Pendapat saya, Nabi sendiri telah melatih keluarga baginda sebagai pelapis coach, terutama Saidina Ali dan keturunan baginda. Mereka adalah certified coach yang telah dilatih dengan detail bagaimana ritual salat, puasa, haji dan lain-lain ibadat. Apa yang mereka buat adalah apa yang Nabi buat. Dan mereka ini walaupun bukan Nabi/Rasul, sudah pastinya berada di maqam yang sangat tinggi sebagai wali-Allah yang menjadi pedoman umat Islam selepas Nabi.

    Sejarah menunjukkan kebanyakan mereka jadi banduan @ tahanan rumah dan pergerakan mereka dikekang oleh pemerintah zalim yang cuba melenyapkan legacy Nabi dan mesej Islam.

    Tradisi orang-orang zalim ini diteruskan lagi hingga kini oleh musuh-musuh Rasulullah, yang kini cuba mencipta kekeliruan dengan menolak sunnah baginda.

    Navigator X

    March 22, 2010 at 9:36 pm

  22. 38:86 Katakan: Aku tidak meminta kamu sebarang ganjaran untuknya; tidak juga aku dari kalangan yang mengada-adakan.

    “Navigator X: Jika anda ada manual [Quran] dan anda tiada coach [Nabi], pastinya anda kehilangan potensi untuk mencapai hasil yang terbaik.”

    Oleh kerana Nabi bukan dari kalangan yang mengada-adakan, maka jika baginda bertindak sebagai coach sekalipun, tak logik baginda ajar amalan yang bercanggah dengan apa yang diajar oleh Nabi-nabi terdahulu mahupun Al Quran.

    Umpamanya, Muhammad sudah bawa kisah Nabi Ibrahim melarang kaumnya sembah binaan-binaan daripada tangan manusia, takkanlah Muhammad tak faham-faham mesej Ibrahim sampaikan itu sehingga baginda suruh manusia menyembah binaan manusia juga atas alasan simbolik? Nabi Muhammmad bukannya bodoh seperti kaum musyrik terdahulu itu.

    Umum mengetahui, Al Quran sudah lengkap semasa Muhammad masih hidup lagi. Kalau kita berpegang pada kitab2 selepas 300 tahun baginda wafat, bukankah itu bererti kita tidak yakin pada kesempurnaan Al Quran.

    Seperti mana kaum Yahudi dan Nasrani pernah ditipu sehingga mereka tidak yakin pada Taurat dan Injil sahaja, seperti itulah orang2 Islam hari ini ditipu sehingga mereka tidak yakin pada Al Quran lagi.

    Alasan mereka kononnya Rasulullah itu coach. Mana ada coach yang ajar bercanggah dengan manual yang diberi kalau coach itu betul2 jujur? Mana ada cikgu mengajar bercanggah dengan silibus yang Kementerian Pendidikan beri kalau cikgu iu betul2 jujur?

    Tidakkah perkaitan semudah itu boleh mereka fikirkan?

    Juang

    March 23, 2010 at 8:36 am

  23. Navigator X menulis,

    Dan mereka ini walaupun bukan Nabi/Rasul, sudah pastinya berada di maqam yang sangat tinggi sebagai wali-Allah yang menjadi pedoman umat Islam selepas Nabi.

    Salam Navigator X,

    Pedoman Nabi dan Pedoman untuk kita semua adalah Al-Quran. Kita kena baca dan faham Al-Quran supaya mendapat petunjuk Allah. Tidak ada manusia yang berupaya memberi petunjuk atau pedoman. Nabi pun suruh kita percaya pada Al-Quran.

    tolokminda

    March 23, 2010 at 10:15 am

  24. Permudahan yang Juang cuba anjurkan itu sebenarnya tidaklah seperti yang digambarkan. Samada seorang itu simpleton yang mudah ditipu atau hanya gullible yang mempercayai ada percanggahan antara Sunnah Nabi dengan Al Quran. Kitab hadith palsu oleh Bukhari, Muslim, Abu Huraira, Tarmidzi sudah memang diperakui – tapi kita tak patut jadikan itu alasan untuk meragui sunnah Nabi apabila ia datang dari sumber yang benar. Apatah lagi kita menutup pintu ijtihad. Saya fikir atas dasar ijtihad juga TM membangunkan blog ini.

    Quran hanyalah kitab, tanpa Muhammad saw ia tak ada apa-apa makna langsung. Tanpa Muhammad saw, Quran adalah jasad yang kehilangan ruh!

    Navigator X

    March 23, 2010 at 11:05 am

  25. Benar Al Quran hanyalah Kitab. Pada saya, bukan tanpa Muhammad Al Quran itu tidak ada apa2 makna, tetapi tanpa Allah. Kalau tanpa Muhammad, Al Quran tidak bermakna, maka sudah pasti Allah panjangkan umur Muhammad sampai Kiamat. Tetapi oleh kerana Allah yang datangkan Al Quran itu tetap Hidup dan tak mungkin mati, maka sebab itulah para Rasul-rasul bersilih-ganti (dibangkikan dan dimatikan).

    Muhammad bukannya pemberi petunjuk kepada kita. Baginda hanyalah contoh manusia yang telah diberikan petunjuk kerana mahu menggunakan akal. Jika kita mencontohi baginda untuk hidup menggunakan akal, sudah pasti kita pun dapat petunjuk kerana Allah Maha Adil.

    Seperti mana Muhammad dapat petunjuk bukan kerana sunnah Nabi Isa yang diriwayat oleh imam-imam Nasrani, seperti itulah kita semua boleh dapat petunjuk Allah bukan kerana sunnah Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh imam-imam Arab itu.

    Bukankah Allah tidak memerlukan sekutu atau perantaraan?

    Juang

    March 23, 2010 at 11:59 am

  26. 39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

    Inilah sunnah Nabi yang melayakkan baginda dapat petunjuk. Sunnah inilah sunnah yang paling penting kerana ia adalah pintu kepada petunjuk Allah masuk ke dalam hati seseorang.

    Andaikata mereka awal2 sudah tolak guna akal, dan tidak mahu mendengar pelbagai pandangan dan ikut yang paling baik, jangan haraplah Bukhari, Muslim etc itu mampu menyelamatkan mereka di akhirat kelak.

    Juang

    March 23, 2010 at 12:11 pm

  27. Salam Navigator X,

    Al-Quran adalah..

    41:1 Ha Mim.

    41:2 Wahyu dari Yang Berkuasa, Yang Mengasihani.

    41:3 Sebuah Kitab yang wahyu-wahyunya terperinci – berbahasa Arab untuk umat yang tahu.

    41:4 Pembawa berita gembira dan satu Peringatan. Tetapi kebanyakan mereka berpaling – mereka tidak mendengar.

    Dan di akhirat nanti siapa yang merujuk kepada orang lain tetapi meninggalkan Al-Quran sebagai asas kepercayaan mereka akan berkata seperti ini.

    41:29 Dan mereka yang menolak (Al-Quran) akan berkata: Wahai Tuhan kami, tunjukkanlah kepada kami mereka yang telah menyesatkan kami dari kalangan jin dan manusia supaya kami boleh pijak mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi yang paling bawah.

    tolokminda

    March 23, 2010 at 12:33 pm

  28. Dunia ini tak pernah sunyi dari para wali-Allah yang menjadi proxy Rasulullah dalam membimbing manusia melalui Quran. Sudah tentulah proxy-proxy ini mendapat izin secara terus semasa Rasul masih hidup atau cara-cara spiritual yang tertentu selepas Rasul wafat. Mereka tidak semestinya bergelar ulama besar seperti Bukhari/Muslim/Tarmidzi dll yang menyebar fitnah terhadap Nabi melalui ratusan ribu hadith palsu.

    Jika boleh dibuat analogy, sebuah blog atau website yang diisi dengan maklumat, tanpa pengendali/penulis blog memberi update, pencerahan atau komen terhadap kandungan blog akan tidak mencapai potensi sebenar. Rasulullah, meskipun di alam ruh sentiasa online dengan umat baginda.

    Begitu jugalah Quran, tanpa panduan Rasul yang hidupkan tautan dengan proxy baginda hanyalah umpama sebuah blog yang kaku tidak bermaya – dan terdedah kepada tafsir sesat oleh orang-orang yang memusuhi Nabi, yakni orang yang tak ada tautan/link atau hanya dead link [tautan palsu] dengan Quran.

    Bagi saya, rujukan utama ialah ALLAH yang sentiasa ONLINE dan gandingan Rasul + Quran yang merupakan rahmat dan sumber ilmu utk sekelian manusia. Ini hanyalah pendapat peribadi saya yg berkemungkinan untuk dipinda bila saja ada hujah yg lebih baik ditemui.

    Navigator X

    March 23, 2010 at 1:01 pm

  29. Kembali kepada topik, memang kita wajib tolak ulama atau sesiapa saja yg menjana pendapatan dari wahyu Allah.

    Selepas mengatakan ini, tumpuan kita pada Mufti yang diupah untuk jaga kepentingan Raja/Pemerintah terlebih dahulu. Malahan, terpaksa mendapat izin Raja untuk keluarkan fatwa.

    Kita lihat pemborosan resos yg dilakukan Raja, seperti kemewahan kereta, kapal layar, istana, party ekslusih – yang merupakan kelucahan terbuka tapi tidak disentuh langsung oleh Mufti. Close one eye. Sebab gaji, elaun dan macam-macam lagi pendapatan Mufti tertakluk kepada pekenan Raja.

    Navigator X

    March 23, 2010 at 1:11 pm

  30. Salam,

    Bagi saya, Allah diutamakan dahulu untuk dapat petunjuk. Kemudian saya tidak membeza-bezakan Kitab-kitab dan Rasul-rasul Allah. Dan kemudian mendengar semua pandangan manusia untuk memilih yang paling baik.

    Mengesklusifkan sesuatu perkara dalam hidup hanya membawa kepada keangkuhan seperti mana iblis merasa angkuh dengan mengesklusifkan kejadiannya daripada api. Kononnya dijadikan daripada api lebih baik daripada unsur-unsur lain.

    Di sini kita nampak, jika sesuatu makhluk itu daripada malaikat sekalipun, namun hidup hanya nak bersikap angkuh, sudah pasti nilainya jatuh menjadi rendah di sisi Allah.

    Ada manusia beragama kerana nak jadi angkuh sesama manusia. Namun para Nabi mencari kebenaran kerana nak hidup merendah diri. Jadi yang mana paling baik diikuti?

    Juang

    March 23, 2010 at 1:20 pm

  31. Salam Navigator X,

    Kalau begitu yang penting bukanlah siapa yang membawanya. Tetapi adakah yang dibawa mereka itu selaras dengan Al-Quran atau tidak. Kita semua dikurniakan akal oleh Tuhan, jadi masing-masing kenalah buat semakan sendiri.

    Jika ada apa-apa yang diperselisihkan tanggungjawab kita adalah untuk merujuknya kepada Al-Kitab kerana ia adalah wahyu dari Tuhan dan itulah sumber yang telah dipatuhi oleh para rasul. Rasul tidak mempunyai authoriti untuk melantik sesiapa menjadi proxynya selain Al-Kitab Tuhan yang telah mereka sampaikan.

    tolokminda

    March 23, 2010 at 1:26 pm

  32. salam..

    “Jika boleh dibuat analogy, sebuah blog atau website yang diisi dengan maklumat, tanpa pengendali/penulis blog memberi update, pencerahan atau komen terhadap kandungan blog akan tidak mencapai potensi sebenar. Rasulullah, meskipun di alam ruh sentiasa online dengan umat baginda.”

    Saya tertarik dengan kenyataan dari Navigator X ini.. dan jika Al-Quran itu kita unpamakan dengan blog atau website..maka pengendalinya tentulah Allah bukan Nabi Muhammad kerana Al-Quran itu adalah wahyu Allah. Nabi itu bolehlah kita umpamakan dengan moderator yang dilantik oleh Allah dan Allah berhak untuk memecat dan mengubah admin atau mederator ini jika melanggar syarat-syarat sebagai moderator seperti yang dituntut..

    ..dan Allahlah yang memastikan AlQuran itu sentiasa terpelihara..

    troopze

    March 23, 2010 at 3:38 pm

  33. Permulaan yang bagu.
    Waima kita perlu terangkan keadaan Ulamak sekarang yang telah komersialkan agama Allah melalui University.
    Pensyarah jual agama pada murid. Murid beli agama dan dapat sijil. Murid jual agama dan sijilnya kapada kerajaan. Kerajaan beli Ulamak dengan gaji bulanan. Ulamak di perhambakan oleh kerajaan.

    pakyeh

    March 24, 2010 at 10:37 am

  34. Saya baca tulisan dalam blog ini dan nampak persamaan dengan aliran anti-hadith Kassim Ahmad, Submitter Aidid Safar, Quranist yg jadi barua kepada Richard Khalif @ Rashad Khalifa seorang con-artist US yang popular di tahun 80-an. Richard pernah menulis dalam salah satu journal Submitters bahawa dialah Rasul yang disebut dalam satu ayat Quran.

    Untuk kenali con-artist yg mengambil nama Rashad Khalifa ini ini sila Google – Mabrouk A El-Sharkawy Phd

    Beliau adalah seorang saintis Mesir yang kenal dengan Rashad dan telah mendedahkan taktik kotor pengetua ajaran anti-hadith dan submitter ini.

    Biskut Maya

    March 24, 2010 at 10:45 am

  35. Salam,

    Yang kesiannya rakyatlah. Hidup berpecah-belah bila diajar agama yang jauh daripada ajaran Tuhan. Macam-macam ketetapan tak masuk akal diada-adakan.

    Juang

    March 24, 2010 at 12:04 pm

  36. Salam Biskut Maya,

    Saya bukan pengikut sesiapa. Saya percaya mereka yang kelihatan menyokong saya dalam blog ini juga tidak menjadi pengikut sesiapa. Saya tidak pernah membaca sebarang artikel Rashad Khalifa, saya tidak join submitters, saya tidak berimamkan Kassim Ahmad.

    Saya baca Aidid Safar tetapi saya tidak mengekor di belakang beliau. Saya mengembangkan pandangan saya sendiri. Mungkin di kalangan mereka, Aidid Safar misalnya, telah membantu saya memahami beberapa perkara, tetapi akhirnya sayalah yang menentukan kepercayaan dan keyakinan saya.

    Mungkin tuan terlalu biasa menjadi pengikut orang-orang yang tuan anggap tokoh, jadi tuan ingat semua orang begitu juga. Sebenarnya tidak. Saya tidak akan ikut tuan kalau pada pandangan saya tuan tidak betul walaupun tuan disembah oleh 14 billion manusia.

    tolokminda

    March 24, 2010 at 12:27 pm

  37. Salam,

    Fenomena apa yg pakyeh katakan tuh memang belaku, ditempat sy selain rakyat tempatan ramai warganegara asing yg belajar dlm jurusan di UIAM…

    Kadang2 sy lihat orang2 belajar syariat atau fiqh, tetapi sebenarnya perkara yg dipelajarinya itu boleh di-common sense-kan sahaja dan telah pun ada dlm al-Quran jika mahu mengkajinya…

    Lepas graduate IPT tentulah depa akan mencari pekerjaan yg berkaitan dgn bidang mereka… sistem inilah menyebabkan belajar agama utk menjana pendapatan…

    Sistem dan syllbus perlu diubah, jika tidak selagi itulah belajar agama utk menjana pendapatan, ini kontradik dgn ajaran al-Quran…🙂

    Jebon

    March 24, 2010 at 12:28 pm

  38. tolokminda:

    “Saya baca Aidid Safar tetapi saya tidak mengekor di belakang beliau. Saya mengembangkan pandangan saya sendiri. Mungkin di kalangan mereka, Aidid Safar misalnya, telah membantu saya memahami beberapa perkara, tetapi akhirnya sayalah yang menentukan kepercayaan dan keyakinan saya.”

    Saya komentar di atas.

    Faried

    March 24, 2010 at 1:03 pm

  39. tolokminda:

    “Saya baca Aidid Safar tetapi saya tidak mengekor di belakang beliau. Saya mengembangkan pandangan saya sendiri. Mungkin di kalangan mereka, Aidid Safar misalnya, telah membantu saya memahami beberapa perkara, tetapi akhirnya sayalah yang menentukan kepercayaan dan keyakinan saya.”

    Saya suka komentar di atas.

    Faried

    March 24, 2010 at 1:03 pm

  40. Salam,

    Kalau kita buat perbandingan, bidang sains menjana ekonomi buat masyarakat. Manusia boleh berjual beli teknologi ciptaan masing-masing. Boleh merapatkan perhubungan antarabangsa. Boleh memakmurkan muka bumi sesuai dengan matlamat khalifah.

    Tetapi bidang ritual agama, masyarakat pula kena bayar untuk ritual-ritual itu. Malah memecah-belahkan perhubungan antarabangsa kerana perbezaan ritual-ritual mereka.

    Lihatlah, yang berperang berbunuh-bunuhan sesama manusia atas nama agama. Orang macam itu perangainya layak masuk syurga?

    Juang

    March 24, 2010 at 1:21 pm

  41. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada TM atas kewujudan blog ini. Paling tidak ianya berfungsi sebagai galakan untuk kita berfikir.

    Saya perasan yg pendapat TM agak bersamaan (mungkin bukan semua) dgn Aidid Safar iaitu tiada sembahyang ritual dalam Islam. Saya sudah baca tulisan beliau bertajuk “Mental Bondage”. Banyak yang mencabar minda tetapi yg buat saya doubtful ialah cara penulisannya yg sangat arrogant. “I’m right, you’re wrong. You don’t believe me, you’re an idol-worshipper” attitude. Bukankah pembesar2 agama sekarangni berpendapat yg sama? Cuma bezanya satu percaya Quran sahaja, manakala ulamak2 percaya Quran & Hadiths. Dua2 golongan merasakan mereka benar dan sangat sombong dengan pendapat mereka.

    Memandangkan saya sudah sembahyang sejak dari kecil lagi, saya rasa pelik bila saya tak sembahyang – rasa macam jauh dari Allah dan leka dengan hidup di dunia sahaja. Kalau sembahyang, at least ada break untuk mengingati Allah & melupakan dunia walaupun hanya untuk 5 minit.

    Saya juga ada membaca pendapat Submission.org mengenai sembahyang yg mereka panggil “Contact Shalat”. Mereka juga berhujah dengan menggunakan ayat2 Al-Quran sahaja. Apa pendapat TM mengenai hujah2 mereka?

    Bacaan lanjut di: http://www.submission.org/salat-where.html

    Mengenai solat ni, saya masih lagi mencari2 kebenaran. Moga2 Allah memberi rahmat & petunjuk kepada saya sebab saya memang betul ikhlas nak menyembah & berbakti kepada Allah sahaja.

    M.Khalid

    March 24, 2010 at 4:09 pm

  42. Salam,

    M.Khalid:
    “Memandangkan saya sudah sembahyang sejak dari kecil lagi, saya rasa pelik bila saya tak sembahyang – rasa macam jauh dari Allah dan leka dengan hidup di dunia sahaja. Kalau sembahyang, at least ada break untuk mengingati Allah & melupakan dunia walaupun hanya untuk 5 minit.”

    Sejak sembahyang pada usia sekitar 4 tahun, saya konsisten melaksanakannya hingga meninggalkan saya sekali. Berat memang, tapi demi ketaatan kepada Tuhan yang jelas saya pahami langsung dari Alquran, saya harus memutuskan demikian. Sekarang saya damai dengan pemahaman tersebut.

    Waktu saya masih sembahyang, sepertinya memang ingat Tuhan pada waktu melaksanakannya.
    Sekarang, ketika tidak lagi sembahyang malah ingat dan harus ingat Tuhan setiap saat. Ingatnya bukan dengan bertasbih, bertahmid dan bertakbir, tetapi berusaha untuk senantiasa mengingat petunjuk dan aturanNya untuk ditegakkan dalam aktivitas keseharian.

    Faried

    March 24, 2010 at 6:20 pm

  43. Salam,

    Saya sepengalaman dengan saudara Faried. Dulu saya ingat Tuhan 5 kali sehari sahaja. Tetapi sejak mula mengkaji Al Quran, setiap masa berfikir pasal tanda-tanda KekuasaanNya. Kalau ada perbincangan Al Quran seperti ini, pasti hati tertarik. Kalau dahulu, Al Quran setakat dilagu2 tanpa nak fahami pengajarannya. Tidak terasa nikmat “menghadam” Al Quran.

    Memang terasa janggal mula-mula menjauhkan diri daripada perkara2 yang tiada dalam Al Quran itu, sebab sudah dibiasakan dengan ajaran tradisi. Tetapi bila keyakinan telah sampai setelah mengetahui yang para Nabi terdahulu pun melalui pengalaman yang sama (terpaksa menghadapi cabaran untuk meninggal amalan ritual tradisi masing-masing), saya kena tempuhi juga.

    Manusia bermotivasi untuk buat kebaikan dan menjauhi keburukan (sama ada orang nampak atau tidak), kerana mereka ingat kepada Tuhan. Jadi setiap saat yang kita lakukan untuk berusaha buat kebaikan dan menjauhi keburukan, ketika itulah kita mengingati Tuhan. Tiada lagi ingat Tuhan pada waktu2 tertentu sahaja.

    Juang

    March 24, 2010 at 8:28 pm

  44. secara jujur saya tidak nampak cara penulisan aididsafar yang dikatakan arrogant.

    ini menunjukkan persepsi anda dan saya berbeza.

    saya pula tidak nampak yang solaa yang didefinisikan sebagai menyembah secara fizikal mengadap bangunan 4 segi dapat mencegah dari perbuataan mungkar.

    muaddib

    March 24, 2010 at 11:04 pm

  45. Salam M. Khalid,

    Saya telah lama menyimpan pelbagai persoalan mengenai ajaran Islam hadis dan otak saya tidak pernah berhenti memikirkannya. Lebih teruk lagi – semakin saya cuba merasionalkan Islam hadis semakin buruk pandangan saya terhadapnya. Misalnya semakin saya tonton ustaz dan ustazah di TV bercakap tentang dosa dan pahala seperti segerombolan pengurus syurga dan neraka – semakin meluat saya kepada mereka. Mengapa mereka langsung tidak bercakap bersandarkan Al-Quran?

    Kemudian saya berpeluang membaca tulisan Aidid Safar (Mental Bondage) – ia seperti dibukakan lampu ketika teraba-raba dalam kegelapan. Akhirnya saya mungkin menemui jawapan yang saya cari-cari. Apa yang dikemukakan oleh Aidid Safar sangat selaras dengan kecenderungan pemikiran saya dan saya berpendapat tidak ada apa yang lebih baik selain untuk saya memeriksa sendiri apa yang dibawa oleh Aidid Safar.

    Sebab itulah saya memulakan blog ini – saya nak belajar. Saya nak tentukan samada apa yang dikatakan oleh Aidid Safar berasas atau tidak. Saya nak pastikan samada samada skeptikal saya terhadap ustaz dan ustazah berasas atau tidak. Jadi jika tuan dapati pendapat saya lebih dekat kepada Aidid Safar berbanding kepada ustaz dan ustazah – ia bukan kerana saya mengikut Aidid Safar. Tetapi ia adalah kerana saya melihat sendiri kebenarannya memang begitu.

    Prinsip saya senang saja – yang betul akan tetap betul dan yang salah tidak akan jadi betul biar apa pun yang orang katakan. Orang boleh kata apa saja tapi kita perlukan bukti untuk meyakinkan diri sendiri. Dan dalam proses pembelajaran saya di blog ini, saya hanya menerima bukti dari sumber yang telah diberi authoriti oleh Tuhan – iaitu Al-Quran dengan cara yang paling baik yang saya mampu untuk memahaminya. Saya tidak mengambil Aidid Safar sebagai bukti saya.

    Tentang Aidid Safar sombong – saya tidak tahu. Saya tidak kenal Aidid Safar. Bagaimanapun biar saya ceritakan pengalaman saya ketika menyiarkan artikel tentang poligami di blog ini. Selepas beberapa komen dari para pembaca saya merasa buntu dan tidak yakin. Saya email Aidid Safar untuk membantu menterjemahkan ayat-ayat yang berkaitan dengan perbincangan berkenaan sebab terjemahan-terjemahan yang standard tidak membantu saya. Aidid Safar menjawab email saya dengan baik tetapi nampaknya dia tidak peduli langsung permintaan saya untuk membantu dengan terjemahan.

    Adakah Aidid Safar sombong kerana tidak membantu menterjemah untuk saya? Adakah saya perlu ambil hati? Atau saya kena cuba fahamkan ayat-ayat berkenaan dan tidak mencari jalan mudah? Saya yakin sekarang saya lebih memahami isu poligami walaupun tanpa bantuan terjemahan yang saya minta dari Aidid Safar. Saya berpendapat Aidid Safar mempunyai alasannya sendiri untuk tidak meletakkan dirinya sebagai sumber rujukan sesiapa. Mungkin “pendekatan sombong” merupakan satu cara untuk mengelakkan dirinya dari dijadikan sebagai “tuhan” oleh orang lain.

    Tentang pendapat Submission mengenai solat – inilah kali pertama saya membacanya. Jawapan saya – saya tidak yakin dengan hujah-hujah mereka. Walaupun mereka kelihatan menyandarkan semua hujah kepada Al-Quran tetapi sebenarnya ia masih tidak lari dari kepompong hadis. Cuba renungkan betul-betul. Benarkan mereka boleh membuat kesimpulan bahawa sembahyang itu begitu caranya, sekerap ini waktunya, sebanyak ini rakaatnya, sebegini bacaan-bacaannya dan sebagainya jika mereka hanya membaca Al-Quran?

    Apa pendapat M. Khalid?

    tolokminda

    March 25, 2010 at 12:16 am

  46. Salam semua,

    Berkaitan solat ni memang susah sikit. Dulu saya solat 5 waktu sebagaimana yang dipelajari daripada ustaz di sekolah2. Lepas tu saya solat 3 kali sehari selepas saya diperkenalkan dengan web bacaan(Quran semata). Saya mengaguminya dan yakin sangat dengan terjemahan quran yang dibawanya. Namun dalam pada itu, saya temui pelbagai lagi rentak solat daripada mereka yang mengakui ahli quran.

    Rasa kekaburan mula mengantui saya. Kalau mereka yang berpegang pada Quran pun masih bercelaru tentang solat, sudah tentu apa yang mereka bawa bertentangan dengan suruhan Allah. Lalu saya terjumpa dengan blog ini. Mula-mula saya mencabar hujah2 beliau. Lama-kelaman saya memahaminya. Dan kini saya merasakan ada kebenaran dengan hujah2 TM.

    Solat bukan sembahyang tetapi komitment kita kepada semua. Bila menterjemahkan sebagai komitment, barulah manusia tidak lagi bertelagah tentang solat kerana setiap manusia ada komitment mereka sendiri. SEbagai pemimpin ini komitmentnya, sebagai rakyat pula ini komitmentnya. Betullah seperti kata Tuhan, burung pun tahu cara solatnya.

    Sekian

    penulis

    March 25, 2010 at 1:26 pm

  47. Salam,

    Setuju dengan pendapat saudara Penulis. Bila kita faham yang solat itu adalah komitmen, tiada sebab manusia nak berpecah-belah kerana perbezaan amalan.

    Apa jua amalan yang mencapai maksud sesuatu komitmen, sudah pasti amalan itu benar dan baik. Tidak lagi kita perlu terkial-kial mencari macam mana gerak laku Nabi.

    Suatu hari nanti kita akan nampak betapa lapang, luas, dan mudahnya ajaran Al Quran itu. Semua orang boleh berdikari untuk hidup berbakti kepada Tuhan. Tidak perlu lagi bergantung kepada golongan2 yang menjadikan wahyu Tuhan sebagai cara nak cari makan atau mengejar pangkat.

    Juang

    March 25, 2010 at 1:37 pm

  48. salam

    tuan2,ALLAH mengajar manusia dengan alkitab dan alhikmah seperti yg tertulis dalam alquran,jika anda berpandukan pada kitabnya sahaja nescaya anda akan tersesat,

    alhikmah adalah assunnah yg mana mereka menamakannya sebagai alhadis,pendapat saya mengenai alhadis bahwa ia akan mengalami nasib yg sama seperti alquran yaitu akan ada yg cuba mengubahnya dan memalsukannya seperti apa yg mereka dan anda telah lakukan terhadap alquran,

    oleh kerana itu kita wajib mempelajari ilmu2 tersebut,didalam alquran dinyatakan,mencari ilmu haruslah meninggalkan tempat tinggal anda dan meninggalkan segala kepentingan dunia,bukan seperti yg anda lakukan ni,sebenarnya anda belum habis baca alquran sebab tu anda tak jumpa perintah2 rukun islam,atau hati anda telah tertutup dari petunjuk ALLAH.,nauzubillah,bertaubatlah tuan2,

    mengapa mazhab yg empat digelar ahli sunnah,sebab mereka tak pernah berselisih tentang alquran,dan hidup mereka hanya untuk mencari ilmu,demi menegakkan agama ALLAH dan mereka tak pernah meminta bayaran diatas apa yg mereka lakukan.,

    Rasullulah juga tidak pernah berkerja selepas kerasulannya,begitu juga para sahabat selepas dilantik menjadi khalifah,mereka tidak meminta sedekah tapi menerima hadiah itupun sekadar cukup untuk meneruskan hidup,kerana apa yg lebih penting adalah menegakkan agama ALLAH.,

    lagi 1,kita wajib belajar untuk mencari ilmu bukan untuk mendapatkan segulung ijazah.,

    shah

    March 25, 2010 at 2:34 pm

  49. lupa nk tanya.,berapa ye mereka bayar anda untuk buat semua ni?.,

    10 tahun lalu ustaz saya pernah mengingatkan bahwa ada beberapa orang melayu diupah untuk mengubah tafsir alquran,adakah mungkin anda orang2 yg ustaz saya maksudkan,atau anda mangsa dari tipu daya mereka???…,

    shah

    March 25, 2010 at 2:38 pm

  50. komitmen yg anda maksudkan bukan untuk mendapatkan upah ke?,

    shah

    March 25, 2010 at 2:40 pm

  51. bagaimana orang kafir menyembah berhala,dengan beritualkan,kemudian ALLAH ta’ala memerintahkan untuk meninggalkan sembahan2 mereka dan menyembah ALLAH ta’ala,bagaimana?,tentulah dengan ritual juga kn.,bagaimana caranya?,ALLAH ta’ala telah mengajarkan hikmahnya pada Muhamad(saw),jadi ikutlah cara dia(saw),

    bukan dengan cara tm yg menyerupai cara golongan aties..,

    shah

    March 25, 2010 at 2:50 pm

  52. lagi,solat yg dapat membentuk peribadi adalah solat yg dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas.,

    shah

    March 25, 2010 at 2:54 pm

  53. Saya fikir, sebagai seorang Islam, di manakah dalam hidup kita ini yang kita anggap non-komitmen? Malah dalam soal bersihkan diri dari najis pun kita komited dgn diajar bab taharah oleh alim ulama.

    Bayangkan orang yang menolak pendapat ulama, sewenang-wenang kencing-berak dan tahu bagaimana bersihkan kemaluan sebab mereka rasa terbelengu oleh tradisi. Atau tidak tahu ghusul selepas hubungan kelamin.

    Ada tradisi baik dan ada tradisi buruk. Apalah salahnya luangkan 5-waktu untuk salat, berkata-kata dgn Allah? Jika ada yang mahu lakukannya sepanjang hari pun seperti bbrpa peserta di sini, tentu dia juga tidak dipersalahkan atas kehebatan dia mengingat Allah sepanjang hari.

    Kita orang Islam bertuah kerana diajar untuk mulakan semua komitmen dengan lafaz Bismillah. Kita sudah solaa/komited sepanjang masa – tapi belum salat seperti yang dianugerahkan oleh Allah, bukan kerana kita taksub pd ulamak.

    Soal ulamak yg peralatkan agama utk kepentingan diri itu, kita serahkan pada Allah. Itu urusan Allah dgn dia – jangan pula sebab itu kita pukalkan semua ulamak sebagai orang jahat. Bukan saja di kalangan ulamak, tapi peguam, polis, doktor, engineer, guru, saintis [Rashad Khalifa] dan macam-macam juga melanggar komitmen mereka kerana apa?

    Rasulullah diancam, malahan cuba dirasuah supaya berhenti menyampaikan mesej Allah. Rasulullah tidak pernah minta upah atas tugas menyampaikan wahyu, maka kedekut sangat kah kita ni hingga tak mahu mengingati baginda, sunnah dan keluarga baginda?

    Lebih dahsyat lagi, sekarang ini makin kedengaran suara2 sumbang yg memperkecilkan peranan Rasulullah; seolah-olah baginda itu tak lebih dari alat perakam kitab Quran !

    Navigator X

    March 25, 2010 at 3:22 pm

  54. dimana letaknya akal,jika anda orang2 yg benar?..,

    shah

    March 25, 2010 at 3:27 pm

  55. Salam,

    Pada pandangan saya, mengatakan Rasulullah mengajar menyembah berhala lagi besar dosanya daripada “suara2 sumbang” yang dikatakan memperkecilkan peranan Rasulullah.

    Sudahlah mereka mendustai Al Quran, kemudian guna nama Rasulullah pula, bukankah itu kekejian yang nyata?

    Samalah macam perangai ulamak2 Nasrani yang mendakwa Nabi Isa yang ajar mengangkat baginda sebagai anak Allah. Sudah pasti pendustaan mereka itu besar dosanya walaupun di mata orang2 Nasrani itu, Nabi Muhammad dilihat bersuara sumbang kerana memperkecilkan peranan Nabi Isa (daripada anak Allah kepada orang biasa sahaja).

    Juang

    March 25, 2010 at 3:34 pm

  56. Juang,

    awak saja yang mengatakan Rasul ajar menyembah berhala!
    Tak usahlah awak memandai nak inter-frame persepsi awak ke atas orang lain.
    Bertanggunjawab sajalah pada perbuatan awak sendiri tanpa membabit orang lain. Jangan jadi macam si CIFUT yang tak habis2 menyalahkan orang lain bila dia masuk lubang tahi!

    Navigator X

    March 25, 2010 at 3:42 pm

  57. Salam Navigator X,

    Oleh kerana Rasulullah tidak mungkin mengajar sembah berhala, maka logiklah amalan sembahyang ritual itu bukan ajaran Rasulullah. Tambahan pula mereka tidak mampu buktikan guna ayat2 Al Quran bagi menunjukkan kebenaran amalan mereka itu.

    Bila dikatakan “merokok membahayakan kesihatan”, kenapa perlu rasa diri dipersalahkan jika diri itu sendiri yang merokok? Orang lain tolong nasihatkan sahaja. Tidak boleh ke?

    Sekarang ini jelas menunjukkan tiada yang mampu buktikan guna Al Quran bahawa Rasulullah mengajar amalan menyembah sesuatu objek. Kenapa sukar nak terima ketidakmampuan diri sendiri itu?

    Yang mereka mampu lakukan di sini hanya untuk bawa komen2 kosong sahaja. Bukannya nak bawa bukti untuk mematahkan hujah2 yang dikemukakan oleh saudara TM.

    Dah berapa bulan saudara TM buka topik pasal erti solat itu, tetapi yang tak setuju dengan beliau tidak matang2 lagi.

    Juang

    March 25, 2010 at 3:51 pm

  58. Salam Navigator X..

    Apabila saya baca sekali dan baca berkali-kali komen Juang.. rasanya tak de pulak Juang kata “Rasul ajar menyembah berhala”.. bahkan Juang mengatakan yang sebaliknya.. iaitu Rasul tak pernah ajar sembah berhala… ke saya yang tak faham?.. takpelah nanti saya baca sekali lagi…

    troopze

    March 25, 2010 at 4:02 pm

  59. Juang punya favurit ialah memasukkan kata-kata dan memutar ayat. Macam lawyer keling pekena todi.

    Navigator X

    March 25, 2010 at 4:07 pm

  60. Korek korek korek … Juang.
    🙂 nampak macam dia , tapi bukan dia!!

    Navigator X

    March 25, 2010 at 4:09 pm

  61. Salam Troopze,

    Itu perkara biasa bagi orang2 yang tidak mampu membawa hujah. Mereka akan bercakap menurut hawa nafsu mereka. Mereka sedar mereka tidak mampu bawakan apa2 bukti dalam kata2 mereka, tetapi malu nak mengakuinya.

    Para Nabi terdahulu pun dikatakan tukang sihir bila mengajak manusia menjauhi berhala2, apatah lagi kita yang bukan nabi.

    Jika saudara nak menyelami bagaimana marahnya kaum2 terdahulu bila para Rasul mereka mengajak mentauhidkan Allah dan meninggalkan berhala-berhala, saudara boleh nampak daripada tulisan2 orang yang marah bila solat itu dibuktikan adalah komitmen, bukannya amalan ritual.
    🙂

    Juang

    March 25, 2010 at 4:22 pm

  62. hehe., saudara juang dimana letaknya akal?..,
    mengikut logik anda..,

    shah

    March 25, 2010 at 4:23 pm

  63. komitmen yg anda maksudkan bukan untuk mencari upah ke?.,
    kan dah bercanggah dengan kata2 teman anda kt atas tu..,
    hehe

    shah

    March 25, 2010 at 4:26 pm

  64. Kalau guna teknik pusing/putar cakap ala-Juang :

    – memang Nabi sembah berhala, sebab nabi buat Umrah dan Haji

    – betul Nabi sembah berhala sebab Nabi tungang tunggek mengadap batu Kaabah

    – wajib Nabi syirik sebab ajar 2 kalimah syahadah

    Juang tak tahu apa pekerjaan Nabi, logik dia kena refer pada perawi hadith. Kalau dia tahu, tak logik refer hadith. Semua yang logik bila sesuai dgn fahaman dia. Jadi tak logik kalau tak ikut cakap dia.

    Adakalanya Keling cakap dengan botol, dalam kes Juang banyak kali botol cakap sama Keling/Juang. Memang logika begitu.

    Navigator X

    March 25, 2010 at 7:57 pm

  65. “shah: komitmen yg anda maksudkan bukan untuk mencari upah ke?.,kan dah bercanggah dengan kata2 teman anda kt atas tu..,hehe”

    “TM: Nabi, rasul dan mereka yang percaya tidak menjana sebarang pendapatan dari wahyu-wahyu Tuhan”

    Bercanggah? Adakah TM tulis “Nabi, rasul dan mereka yang percaya tidak menjana sebarang pendapat daripada komitmen?

    Takkan dah besar panjang tak tahu bezakan di antara wahyu dan komitmen?
    🙂

    Juang

    March 25, 2010 at 8:09 pm

  66. Apabila hanya ayat Quran dijadikan rujukan 100%, maka kalau ikut logik Juang – betul lah fungsi Nabi itu hanya pita rakaman yang Allah guna sebagai media untuk upload segala wahyu.

    Tugas kita download Quran, dan baca baca baca.
    Kalau tak faham nak tanya sapa ya? Tanya logik. Atau tanya Aidid Safar. Kalau Aidid tak mahu atau tak boleh jawab jangan kata dia sombong. Hehe. Dia pun baru nak putar. Betul tak, TM?

    Orang yang ambil duit dgn menjual ayat Allah memanglah jahat.
    Tapi yg lebih jahat ialah orang yang putar ayat Allah, untuk tegakkan ego @ berhala diri.

    Navigator X

    March 25, 2010 at 8:33 pm

  67. kudoss navigator

    sememangnya mereka ini gemar membuat terjemahan diatas akal semata2…..

    insaflah dan cuba bawak g solat nun😉

    Ghaib

    March 25, 2010 at 8:54 pm

  68. Salam,

    Korang dah kaji al-Quran ke belom?? Kalo tak setuju kemukakan dalil2 dari al-Quran dan terjemahan korang… koknya mengepos macam kanak2…🙂

    Jebon

    March 25, 2010 at 9:00 pm

  69. Ada dua jenis musuh Islam

    1. orang kafir
    2. orang munafik

    Mereka cuba timbulkan keraguan di hati orang Islam tentang ibadat.
    Mereka memberi gambaran yg bercampur-campur tentang peribadi Nabi.
    Mereka laga-lagakan orang Islam melalui puak UMNO/PAS, Sunni/Syiah dll
    Mereka mencari kontradikisi seperti mencari peluang

    Sarjan Jono

    March 25, 2010 at 9:06 pm

  70. Salam Jebon,

    Saudara perasan tak, kebanyakan yang orang2 yang tidak setuju dengan kebanyakan hujah-hujah saudara TM dan menunjukkan keantian mereka, tidak mampu bawakan ayat-ayat Al Quran untuk buktikan kebenaran mereka.

    Mereka kata mereka pengikut Al Quran, tetapi bila berhujah tak pun bawa ayat-ayat Al Quran pun. Apakah mereka hanya berpura-pura mengaku ikut Al Quran tetapi dalam hati mereka engkar?

    Amat sedikit sekali mereka menyedari.
    🙂

    Juang

    March 25, 2010 at 9:30 pm

  71. 26:75. Berkata (Ibrahim), “Dan, adakah kamu memikirkan apa yang kamu abdikan,

    26:76. Kamu dan bapa-bapa kamu yang terdahulu?

    26:77. Mereka adalah musuh kepadaku, kecuali Pemelihara semua alam,

    Musuh kepada Nabi Ibrahim adalah syaitan-syaitan yang menyuruh manusia bertekun pada binaan mereka sendiri. Itulah musuh Allah yang sebenar.

    Syaitan-syaitan pada hari ini amat membenci Al Quran disampaikan seperti mana syaitan-syaitan terdahulu membenci bila ayat-ayat Allah melarang manusia sembah berhala-berhala.

    Tidak hairankan Nabi Ibrahim suruh kaumnya memikirkan apa yang mereka abdikan. Ini kerana manusia akan ikut syaitan untuk sembah berhala kerana mereka berkata “dalam agama tidak boleh guna akal”.
    🙂

    Juang

    March 25, 2010 at 9:39 pm

  72. anda belum jawab soalan saya,akal letaknya dimana?,
    sapa kata orang islam sembah berhala,buktikan!..,
    kami dirikan sembahyang kerana itu perintah ALLAH ta’ala untuk menyembahNYA pada waktu2 yg ditentukan.,kami menghadap kaabah kerana itu perintah ALLAH ta’ala.,tertulis didalam surah albaqarah ayat 143 hingga 151,dan didalam ayat itu juga ada dinyatakan rasul yg mana yg wajib kita ikut.,jelas…,dan kami takkan mengikut jejak langkah iblis seperti anda yg tak mahu bersujud.,kami takut dilaknat ALLAH ta’ala,nauzubillah…,

    shah

    March 25, 2010 at 9:52 pm

  73. “Navigator X: Apabila hanya ayat Quran dijadikan rujukan 100%, maka kalau ikut logik Juang – betul lah fungsi Nabi itu hanya pita rakaman yang Allah guna sebagai media untuk upload segala wahyu.”

    Pada Navigator, Nabi hanyalah pita rakaman Allah.

    Pada saya, Nabi adalah orang yang menggunakan akal untuk membezakan benar atau dusta. Dan kerana baginda tahu membezakan benar atau dusta, sudah pasti baginda tidak sujud pada matahari, bulan, batu atau binaan2 manusia yang lain.

    Adalah satu yang memalukan mereka pergi tuduh Nabi buat sujud pada batu tanpa membawa mana-mana ayat Al Quran. Dasar pendusta lagi kuat berpura-pura.
    🙂

    Juang

    March 25, 2010 at 9:55 pm

  74. lagi 1 kalau nk tulis tafsir biarlah sempurna,kalau kisah nabi tulislah dari awal kisah hingga akhirnya.,telah dinyatakan dalam alquran kaum yg mengambil sebahgian2 ayat kemudian dibolak balikkan adalah munafik dan kafir…..,

    shah

    March 25, 2010 at 9:57 pm

  75. dah baca belum surah baqarah tu???.,

    shah

    March 25, 2010 at 9:58 pm

  76. “shah: anda belum jawab soalan saya,akal letaknya dimana?,”

    Pada ruh manusia.

    “shah: sapa kata orang islam sembah berhala,buktikan!..,”

    Sudah tentu orang Islam yang ikut Al Quran tidak akan sembah berhala. Yang sembah berhala itu bukan orang2 yang jujur ikut Al Quran (layakkah mereka dipanggil Islam?). Sebab itu mereka tidak mampu bawakan ayat2 Al Quran untuk membenarkan amalan mereka.

    Siapa mereka? Hanya mereka dan Allah sahaja yang Mengetahui. Sedangkan Nabi pun tidak tahu orang2 munafik di sekitar baginda, apa lagi kita yang bukan nabi.

    “shah: kami dirikan sembahyang kerana itu perintah ALLAH ta’ala untuk menyembahNYA pada waktu2 yg ditentukan.”

    Bawakan bukti2 ayat2 Allah spesifikkan waktu-waktu sembahyang? Jangan bawa hikayat tawar-menawar sudahlah.

    “Shah: kami menghadap kaabah kerana itu perintah ALLAH ta’ala.,tertulis didalam surah albaqarah ayat 143 hingga 151,”

    Bawakan bukti ayat2 Al Quran suruh membongkok ke arah bangunan kiub? Kalau disuruh palingkan muka ke sesuatu arah adalah. Itu pun Al Quran tidak sebut perkataan “kaabah” ketika disuruh palingkan muka itu.

    “shah: dan didalam ayat itu juga ada dinyatakan rasul yg mana yg wajib kita ikut.”

    Bukankah ada ayat Al Quran yang mengatakan Nabi pun tidak membeza2kan Rasul2? Bila Nabi bawa kisah Ibrahim yang tidak sembah binaan2 manusia, kenapa tidak ikut?

    Yang hairannya, macam mana mereka tafsirkan ayat 2:143 sampai ke 2:151 adalah “bersujud ke arah bangunan kiub”? Jauh sangat daripada konteks ayat tersebut. Dasar penipu.

    “shah: jelas…,dan kami takkan mengikut jejak langkah iblis seperti anda yg tak mahu bersujud.,kami takut dilaknat ALLAH ta’ala,nauzubillah…”

    27:24. Aku mendapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia menghalangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak mendapat petunjuk.

    Apabila Nabi Sulaiman tidak mahu ikut amalan kaum Ratu Balqis untuk bersujud pada matahari, apakah baginda diumpamakan ikut jejak langkah iblis yang tidak bersujud?

    Mereka nak membenarkan amalan ritual mereka sampai tak sedar mereka samakan Nabi Sulaiman yang tidak mahu sujud pada matahari itu seperti ikut jejak iblis.

    Dasar tak menggunakan akal.🙂

    Juang

    March 25, 2010 at 10:21 pm

  77. Salam,

    “shah: dah baca belum surah baqarah tu???.”

    Sebab dah baca surah Al Baqarah itulah datang kesedaran untuk tidak sujud kepada batu kerana tiada satu ayat dalam surah tersebut suruh sujud ke arah batu.

    Sampai ke hari ini mereka tidak mampu bawa ayat Al Quran dengan jelas menyuruh manusia sujud ke arah batu.

    Kalau ada perintah sujud pun, Al Quran suruh sujud kepada Allah.

    13:15. Kepada Allah sujud segala yang di langit dan bumi, dengan rela atau membenci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.

    16:48. Tidakkah mereka merenungkan segala sesuatu yang Allah menciptakan yang menebarkan bayangnya ke kanan dan ke kiri, bersujud kepada Allah dengan merendah diri?

    41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

    Takkanlah di antara Allah dengan batu (atau objek2 lain), mereka tidak tahu membezakan?
    🙂

    Juang

    March 25, 2010 at 10:29 pm

  78. Saya bayangkan diri saya orang non-muslim.

    Saya cuba faham ayat 13:15

    Ke arah mana, bagaimana posisi, bila waktunya untuk saya sujud?

    Sarjan Jono

    March 25, 2010 at 10:52 pm

  79. Salam,

    Jika kita kata sujud kepada Allah perlukan arah dan posisi tertentu, itu bermakna kita anggap Allah seperti berhala2 yang disembah oleh orang2 musyrik. Sedangkan Allah tidak ada kedudukan2 tertentu yang membataskanNya. Jadi jangan samakan erti sujud kepada Allah itu seperti sujud kepada matahari (atau objek lain) yang ada arah dan posisinya.

    Bersihkan minda itu daripada menyamakan Tuhan seperti berhala-berhala. Tuhan dan berhala-berhala tidak mungkin sama seperti mana terang dan gelap tidak mungkin sama.

    Cuba bayangkan bumi tidak sujud pada perintah Allah agar mengelilingi matahari untuk beberapa waktu. Katakan bumi nak pergi keliling pluto kejap. Apa akan jadi pada suhu, cuaca dan iklim bumi (bila keluar daripada orbit asalnya untuk menjauhi matahari)? Nampak tak erti sujud yang sebenar?

    Jadi, jika mahkluk2 lain pun tahu sujud kepada Allah sepanjang waktu, kenapa manusia yang berakal kena sujud pada waktu2 tertentu? Tidak bolehkah mereka sujud kepada Allah sepanjang waktu dengan mematuhi fungsi asal mereka diciptakan sebagai manusia iaitu makhluk yang berupaya mengkaji ilmu2 Allah tanpa batas?

    Di antara makhluk yang berilmu tinggi dengan yang tidak berilmu, yang mana layak jadi khalifah? Logikkah khalifah itu di kalangan makhluk2 yang bebal lagi bengap?

    Juang

    March 25, 2010 at 11:35 pm

  80. Jika bumi engkar tidak mahu sujud pada ketetapan Allah supaya mengelilingi matahari, maka bumi sendiri yang akan terima kesan buruknya, begitulah juga bila manusia enggan sujud kepada ketetapan Allah supaya menggunakan akal, maka manusia itu sendiri yang jadi bodoh. Allah tidak rugi sedikit habuk pun jika ada makhluk-makhlukNya engkar ikut ketetapan2Nya.

    Jika Nabi, Rasul dan orang-orang yang percaya tidak gunakan peringatan2 Allah untuk mendapat upah bagi melayakkan mereka dapat kebahagian berkekalan daripada Allah, maka orang2 yang pergunakan wahyu2 Allah untuk gaji, pangkat, jawatan atau nama, pasti tidak dapat nikmat2 yang dirasai oleh para Nabi, Rasul dan orang2 beriman itu. Ini kerana mereka sudah melanggar ketetapan Allah.

    Juang

    March 25, 2010 at 11:55 pm

  81. aiseh men Juang … orang tu tanya simple pon ko nak konar2 jawab.

    kita nih manusia ada waktu jaga, dan ada waktu lelap.
    logik mengatakan kita tak mungkin sujud masa kita lelap tidur. nak sujud sepanjang masa tu bukan fitrah manusia.
    kecuali orang tu suka tidor menonggeng sepanjang masa. hehehe. tak brapa logik lah pulok. mungkin ada kot, kena refer pakar sujud 24/7 Lebai Juang.

    sebab tu lah Allah hadiahkan kita waktu-waktu utk kita sujud pada Dia. itu pun Lebai tak faham-faham lagi ka?
    🙂

    Navigator X

    March 26, 2010 at 12:41 am

  82. Salam Navigator,

    Orang yang sujud – iaitu merendah diri – kepada Tuhan kerana faham dan sedar kedudukan serta peranan dirinya sebagai seorang hamba yang tiada matlamat lain selain hidup untuk berbakti kepada Dia akan sentiasa berusaha menuruti segala nasihat, patuh kepada ketetapan dan menjauhi laranganNya setiap masa dan ketika. Ia adalah penyerahan diri kepada Tuhan secara total.

    Tapi tuan tentulah tidak nampak perkara ini.

    tolokminda

    March 26, 2010 at 12:53 am

  83. Hmm sekarang anda nak berpuisi pasal ‘sujud’ pula.

    Semua makhluk ciptaan Allah dah sujud pada Dia.
    Ada pilihan ka? No Choice. But to choose Allah.
    Cuma ilusi orang saja yang sangka diri dia tak perlu ‘sujud’ 5-waktu sehari menghadap Allah seperti yang disyariatkan melalui Nabi Muhammad saw.

    Tapi tentulah anda tak nampak sebab Islam anda lebih sophisticated.

    … atau anda sengaja complicated, kan?

    Navigator X

    March 26, 2010 at 1:08 am

  84. Salam Navigator X,

    Siapakah yang complicatedkan benda? Saya atau tuan? Saya percaya Tuhan hanya mahu saya hidup mengikut fitrah yang Dia tetapkan. Sebaliknya tuan percaya hidup tuan kena ikut Bukhari, Muslim, Shafie, Hambali, Maliki, syeikh itu, syeikh ini sebelum boleh diterima oleh Tuhan. Bukan begitu?

    tolokminda

    March 26, 2010 at 1:19 am

  85. Saya juga ikut fitrah yg Dia tetapkan, saya bukan alien tau! Tapi kalau saya alien skalipun saya akan ikut fitrah alien yg Allah tetapkan.

    Tradisi Islam bukannya siap macam mee segera.Begitu juga budaya dan peradaban manusia skarang tlah melalui evolusi ribuan tahun. Macam bila saya tanya anda bagaimana jenazah orang Islam diuruskan, anda hanya mampu jawab : samalah macam burung gagak yg mati. Kambus saja. Tak complicated, ya?

    Anda jawab begitu defiance kerana anda sebenarnya tak temui dlm Quran prosedur untuk urusan jenazah. Anda sedar anda dah terkantoi. Tak gitu?

    Navigator X

    March 26, 2010 at 1:59 am

  86. Salam Navigator X,

    Saya kantoi atau tuan yang kantoi? Yang jelas tuan yang berkeras tak nak percaya dan tak nak ikut Al-Quran. Bukan saya. Tuan yang anggap Al-Quran tidak ajar prosidur mengurus mayat. Tetapi saya telah pun membuktikan dengan nas Al-Quran bahawa prosidur itu sudah pun diajar. Kalau tuan tak nak percaya, itu bukan masalah saya.

    tolokminda

    March 26, 2010 at 2:08 am

  87. Anda nak orang percaya bahawa [Quran mengajar] jenazah orang Islam hanya perlu dikambus macam burung gagak mati?

    Hanya semata-mata kerana anda benci ulamak, semua tatacara urusan jenazah anda bakul-sampahkan? Di manakah anda letak nilai-nilai murni dalam komitmen anda …?

    Navigator X

    March 26, 2010 at 2:21 am

  88. Salam Navigator X,

    Saya tak kata saya benci ulamak. Dan apakah yang tidak murninya dengan menanam mayat? Sebenarnya ajaran ulamak yang tuan percayai itu telah membuat tuan percaya tuan boleh berbuat lebih dari sekadar menanam mayat. Tuan ingat tuan boleh menyucikan dia. Tuan ingat tuan boleh sembahyangkan untuk pihak dia. Tuan ingat amalan-amalan tuan itu akan mempengaruhi kedudukan si mati di hadapan Tuhan.

    Sedangkan dah jelas Tuhan kata;

    6:94 dan kamu telah datang kepada Kami secara bersendiri sama seperti ketika Kami mencipta kamu pada kali pertama; dan kamu telah meninggalkan di belakang kamu semua yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak nampak semua pengantara yang selama ini kamu dakwa sebagai sekutu-sekutu kamu; semuanya telah terpisah di antara kamu dan segala yang kamu dakwa telah meninggalkan kamu.

    Dan tuan ingat tuan boleh berbuat lebih dari sekadar menanam mayat?

    tolokminda

    March 26, 2010 at 2:50 am

  89. akhirnya terbukti tuan2 hanya mempermainkan ayat alquran.,dah dinyatakan anda harus mengadap ke baitulharam,dan didalam ayat 5;97 ada diterangkan bahwa kaabah adalah baitulharam,tak nampak ke?.,
    oh ye.,anda telah mengubah maksud ayat tersebut sebab itu anda takkan nampak kebenaran alquran.,takutilah azab ALLAH.,sesungguhnya janji ALLAH itulah sebenar benar janji….,

    shah

    March 26, 2010 at 3:49 am

  90. didalam alquran ada dinyatakan bahwa kita harus merendah diri pada orang2 yg beriman,adakah merendah diri tu dimaksudkan bersujud?,dan yg pasti merendah diri bukan bersujud.,cukup2lah nk dibongkar lagi ke kebodohan tuan2 ni?..,

    shah

    March 26, 2010 at 3:54 am

  91. ruh manusia dimana ye?.,berdasarkan logik yg anda perjuangkan sebelum ni…,

    shah

    March 26, 2010 at 3:58 am

  92. cuba baca kisah nabi musa dan fahamkan apa maksud menyembah ALLAH…,

    shah

    March 26, 2010 at 4:15 am

  93. orang islam diajarkan alkitab dan alhikmah.,tp anda hanya berpandukan kitab sahaja.,layak ke anda mengaku anda orang islam.,dimana anda meletakkan hikmah yg diajarkan ALLAH ta’ala…,

    shah

    March 26, 2010 at 4:21 am

  94. Salam Shah,

    Tuan juga mungkin membuang masa orang lain di blog ini.

    tolokminda

    March 26, 2010 at 4:27 am

  95. tiada masa yg terbuang untuk agama,segalanya akan diberi balasan disana nanti.,dan itulah janji ALLAH…,

    shah

    March 26, 2010 at 4:55 am

  96. Salam,

    “Navigator X: kita nih manusia ada waktu jaga, dan ada waktu lelap. logik mengatakan kita tak mungkin sujud masa kita lelap tidur. nak sujud sepanjang masa tu bukan fitrah manusia.”

    Kesedaran untuk tidur merehatkan badan juga sudah bererti manusia itu sujud pada Allah yang ciptakannya perlukan tidur. Kalau dia engkar untuk melawan keperluan tidur itu, badan dia sendiri yang mudarat.

    Tidakkah perkaitan semudah itu boleh difikirkan? Apakah mereka diciptakan sebagai makhluk yang lembab berfikir?
    🙂

    Juang

    March 26, 2010 at 6:02 am

  97. “shah: akhirnya terbukti tuan2 hanya mempermainkan ayat alquran.,dah dinyatakan anda harus mengadap ke baitulharam,dan didalam ayat 5;97 ada diterangkan bahwa kaabah adalah baitulharam,tak nampak ke?.,
    oh ye.,anda telah mengubah maksud ayat tersebut sebab itu anda takkan nampak kebenaran alquran.,takutilah azab ALLAH.,sesungguhnya janji ALLAH itulah sebenar benar janji….,”

    5:97. Allah membuatkan Kaabah, Rumah haram (baitulharam), sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram (asyahralharam), dan pemberian, dan rantai-rantai leher; itu, supaya kamu mengetahui bahawa Allah mengetahui semua yang di dalam langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.

    Dalam ayat 5:97, ada dua kali perkataan “haram”. Kalau kita guna terjemahan biasa yang mengatakan Kaabah itu adalah bangunan kiub, maka Kaabah itu adalah rumah haram (teringat rumah2 “haram” orang2 Yahudi di Palestin).

    Yang hairannya macam mana satu perkataan haram ditukar jadi suci (rumah suci) dan satu lagi perkataan haram (bulan haram) dikekalkan? Nampak tak punyalah mereka nak menipu?

    Tambahan pula tiada perintah sujud kepada bangunan kiub dalam Al Quran. Sampai ke hari ini mereka tidak mampu buktikan ada ayat Allah yang suruh sujud pada “Kaabah”. Macam mana mereka boleh tafsirkan lebih 6000 ayat Al Quran itu sebagai sujud pada bangunan kiub?

    Mereka nak permain2kan ayat2 Allah ke untuk memperlihatkan amalan sujud kepada batu itu indah seperti mana kaum Ratu Balqis melihat amalan sujud kepada matahari itu indah?

    27:24. Aku mendapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia menghalangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak mendapat petunjuk.

    Takutilah Allah. Jangan sekutukan Dia dengan sesuatu. Tidakkah mereka tahu membezakan di antara sujud kepada Allah dengan sujud kepada batu?

    Sujud kepada Allah boleh dilakukan sepanjang waktu. Sedangkan sujud kepada batu (atau objek2) lain hanya terhad pada waktu2 tertentu. Sebab itulah mereka tidak mampu mencegah kekejian dan kemungkaran.

    Lihatlah keadaan orang2 yang sujud kepada batu di tanah Arab sana. Mereka tidak sedar mereka dipijak2 oleh bangsa2 yang berilmu tinggi. Sedangkan semut di zaman Nabi Sulaiman pun boleh sedar mereka akan dipijak. Betapa kecilnya akal manusia itu.
    🙂

    Juang

    March 26, 2010 at 6:21 am

  98. Kalau salah la cara kita bersolat sepertimana yang kebanyakan orang faham pada ketika ini,bagaimana cara TM dan Juang bersolat?Imam Syafie,Hambali ,Maliki dan Hanafi tidak dapat duit royalti untuk mereka dan keturunan mereka sampai ke hari ni atas ilmu dan kaedah feqah yang mereka semua ajar.Kalau encik TM atau encik Juang selalu membicarakan tentang komitmen,tentula ada boarder line sesuatu komitmen supaya komitmen tersebut dalam guidance yang diterima dan saya pasti komitmen setiap manusia berbeza antara satu sama lain.Komitmen orang yang suka tidur semasa solat subuh tentulah berbeza dengan komitment orang yang rela hati untuk bangun bersolat subuh.Komitmen orang yang akan mabuk bila minum segelas arak tentulah lain dengan komitmen orang yang akan mabuk bila minum sebotol arak. Mestilah ada panduan dalam hal-hal begini.

    Komitmen jika tidak ada panduan,tentula lebih mengutamakan nafsu dan masing-masing akan memilih komitmen yang secucuk dengan citarasa individu. Tetapi,satu pertanyaan,sebelum Tuan TM dan Juang berkomitmen,apakah syahadah Tuan TM dan Juang yang diterima untuk mengikut komitmen seperti yang tuan terangkan?Tidak mustahil akan selepas ini ada mazhab Tolok Mindani dan Juanghi kerana komitmen tuan-tuan juga tentulah berlainan antara satu sama lain.Tidak begitu??

    Orang

    March 26, 2010 at 4:59 pm

  99. Lebai Juang sampai sekarang tak dapat jawab soalan simple Sarjan Jono di atas. Baik aku repeat soalan Sarjan Jono, nak tahu apa Lebai Juang, pakar sujud 24/7, ni nak komen:

    ==================================

    Saya bayangkan diri saya orang non-muslim.

    Saya cuba faham ayat 13:15

    Ke arah mana, bagaimana posisi, bila waktunya untuk saya sujud?

    ===================================

    – kalau orang tu guna logik, dia boleh ekonomikan jawapan dia. tak perlu putar panjang-panjang. Ok Lebai Juang, over to you.🙂

    Navigator X

    March 26, 2010 at 7:30 pm

  100. Salam,

    Kepada Orang: Komitmen kita adalah kepatuhan kepada Al-Quran. Jika kita patuh kepada Al-Quran tentulah kita tidak akan sesat. Sebab ia merupakan Pedoman dari Pencipta kita. Sila baca artikel dan perbincangan berkaitan dalam blog ini.

    Jika tuan tidak bersetuju – abaikan saja. Saya tidak bertanggungjawab ke atas diri tuan. Dan tuan juga tidak bertanggungjawab ke atas diri saya. Hanya Tuhan yang layak dan berhak menjadi hakim terhadap apa saja yang kita perselisihkan.

    Kepada Navigator X: Sampai bila tuan nak buang masa di blog ini?

    tolokminda

    March 26, 2010 at 8:10 pm

  101. “Navigator X: Lebai Juang sampai sekarang tak dapat jawab soalan simple Sarjan Jono di atas.”

    Apa yang tidak dijawabnya? Tunjuklah bukti drp jawab yg telah saya beri?

    Kalau seseorang itu matang, dia akan quote balik sesuatu jawapan yang diberikan, untuk tunjukkan di mana tak betulnya, dan apa pula yg betulnya.

    Ini tidak, setakat datang sini tanpa apa2 bukti, macam budak2.
    🙂

    Juang

    March 27, 2010 at 12:23 am

  102. Salam,

    “TM: Jika tuan tidak bersetuju – abaikan saja. Saya tidak bertanggungjawab ke atas diri tuan. Dan tuan juga tidak bertanggungjawab ke atas diri saya. Hanya Tuhan yang layak dan berhak menjadi hakim terhadap apa saja yang kita perselisihkan.”

    Saya sependapat dengan TM. Seseorang yang matang, jika dia tidak setuju dengan pendapat orang lain dan merasakan dirinya mempunyai bukti2 kukuh nak ditegakkan, bawalah bukti2 itu ke sini. Dan quotekan kata2 yang mereka tidak setuju itu untuk menunjukkan di mana salahnya dan apa yang betul daripada mereka.

    Ini tidak. Datang sini bawa perangai tak matang. Jangan tiru perangai orang kafir terdahulu, bila tidak mampu mematahkan hujah Rasul mereka, sekadar bawa kata-kata “inilah sihir yang nyata”. Mereka tidak mampu patahkan hujah secara berhikmah dan matang.

    Kalau tak boleh sangat nak kawal emosi kebudak-budakan itu bila tidak bersetuju dengan posting2 TM, tak payahlah masuk sini. Pergi main kat playground lagi baik.

    Atau pergilah masuk blog2 ulamak2 faveret mereka itu kalau terasa panas hati bila ajaran tradisi mereka dicanggahi oleh ayat2 Al Quran.

    Di sisni adalah blog untuk menyampaikan nasihat dan peringatan Allah berdasarkan Al Quran. Hanya orang2 yang mahu beringat sahaja dapat berlapang dada dengan perbincangan yang membuka minda daripada ketaksuban ajaran tradisi.
    🙂

    Juang

    March 27, 2010 at 12:34 am

  103. “Orang: Komitmen jika tidak ada panduan,tentula lebih mengutamakan nafsu dan masing-masing akan memilih komitmen yang secucuk dengan citarasa individu.”

    Bila seseorang itu hidup berpandukan Al Quran, maka Al Quranlah panduan dalam apa jua komitmen mereka.

    Tetapi mana2 yang tidak percaya kepada Al Quran, mereka akan komited untuk sembah berhala sampai ke mati.

    Pointnya, jika kita jadikan Al Quran sebagai panduan, maka apa jua komitmen kita lakukan pasti tidak ikut hawa nafsu. Sebab apa? Sebab akal lawannya nafsu. Dan suruhan menggunakan akal itu banyak dalam Al Quran sedangkan suruhan menurut hawa nafsu itu tidak wujud dalam Al Quran. Jadi, yang tak percaya pada Al Quran itu gara2 menurut hawa nafsu-lah.

    “Tidak mustahil akan selepas ini ada mazhab Tolok Mindani dan Juanghi kerana komitmen tuan-tuan juga tentulah berlainan antara satu sama lain.Tidak begitu??”

    Dalam Al Quran, diceritakan para Nabi ada komitmen yang berbeza-beza. Umpamanya Nabi Daub bekerja sebagai pakar membuat baju2 besi. Nabi Isa diberikan kebolehan untuk menyembuhkan penyakit.

    Apakah kerana mereka berbeza komitmen dalam sesuatu bidang, maka mereka wujudkan mazhab Daudi atau mazhab Masihi?

    Yang gatal2 buat mazhab bukannya tuan punya nama tersebut, tetapi pengikut2 taksub sesuatu tokoh itu. Kononnya dengan ikut sesuatu tokoh itu, mereka dikira benar. Yang tak ikut tokoh itu, maka dikatakan tak benar. Perangai macam budak2 tak cukup baligh sahaja.

    Juang

    March 27, 2010 at 12:50 am

  104. nabi2 menyampaikan wahyu tidak memerlukan komitmen ke?..,

    shah

    March 27, 2010 at 2:00 pm

  105. juang.,yg tertulis dalam surah albaqarah,rumah haram ke rumah suci..,nk belit lagi ke?…,

    shah

    March 27, 2010 at 2:08 pm

  106. menjadi persoalan saya..,macammana anda boleh percaya dengan penulisan yahudi yg dah beratus tahun.,tp anda tidak mahu mempercayai alhadis.., .saya rasa teori2 yg anda guna adalah mengarut lagi2 kalau kisah nabi2.,kalau betul ada ajaran2 seperti yg orang2 yahudi tulis tu.,mana dia?.,tunjukkan pada saya.,

    shah

    March 27, 2010 at 2:22 pm

  107. saya berpendapat kitab Quran adalah ajaran yg paling basic untuk kenal Allah. omputih kata primer, atau org melayu sebut ‘pengantar’. walaupun basic, kita diajak meng-explore khazanah Allah. kita tak boleh baca secara literal dan puashati dgn apa yang kita baca atau apa yg ulamak kata. hidup di masa 1000 tahun lalu, sudah tentu tak sama dgn hidup moden. kalau Nabi cakap pasal broadband, internet dan TV plasma pd masyarakat Arab dulu, mungkin baginda dikurung saja dalam gua Hira! hehehe … jadi tak releven lah ajaran Islam.

    oleh itu, disamping kita cuba menilai semula kefahaman kita tentang ayat Quran, kita jangan lupa sunnah Nabi – yg di dalamnya ada tips-tips berguna untuk pencapaian terbaik mengenal Allah.

    Dr Love

    March 27, 2010 at 2:47 pm

  108. betul2., masalahnya dorang ni bila tak faham apa yg dibaca terus rujuk pada kitab2 yahudi.,kesudahannya ikutlah orang yg pernah dilaknat tu.,kesian…………,

    shah

    March 27, 2010 at 3:03 pm

  109. Dalam Al-Quran banyak menggunak perkataan “Kami”..contohnya ayat “Tidak KAMI jadikan manusia…” dsb dan juga ayat lain seperti yang dipetik oleh Tuan TM dalam penulisan yang mana menurut pemahaman saya yang tidak berapa pandai ini adalah ganti nama untuk plural/lebih dari satu.Kalau mengikut pemahaman tafsiran secara terus, adakah ini menunjukkan tuhan adalah banyak?Atau pun tuhan memerlukan bantuan daripada pihak lain untuk memerintah jika pemahaman kata KAMI digunakan. Macam ada persatuan tuhan pulak. Bagaimana komitmen Tuan TM dan Tuan Juang dalam hal ini?

    Orang

    March 27, 2010 at 8:55 pm

  110. Pada zaman ini banyak orang yang memahami bahawa ada tuhan……Tuhan nya yag mana dan yang macam mana untuk di ketahui? Sekira nya maseh tidak mengenal akan diri sendiri diatas kejadian dan intipati nya jangan lah nak pandai2 mengatakan ada nya Tuhan .cakap ta serupa biikin ????? cakap tapi ta kenal ///WAJJAH TU WAJJIAH ……..
    apa yang dicakap ta serupa dengan yang di pandang dan tak tahu apa yang hendak dipandang >>>>PWMBOHONG belaka.
    sekira nya dengan Allah pun dah cakap bohong maka ta perlu lah hendak di pertikaikan …hal2…masaalah…
    yang dikaatakan sebagai sejarah. Dah mati nanti Allah tiada tanyakan masaalah sejarah …..Allah akan tanya hanya 7 soalan ….dan jawapan nya dah di beri HAFAL AJA LAH

    saguputeh

    May 8, 2010 at 2:08 pm

  111. Tugas dakwah yg.diupah atau dawah yg.memerlukan upah
    tentunya berbeda dari konsep kerjanya.Tapi dari matlamat
    kesampaian mesej dakwah kepada manusia telah berjaya
    disampaikan.

    Soal upah…Allah mengetahui apa yg.diusahakan manusia.
    Namun yg.terbaik,…urusan dakwah adalah secara
    ikhlas.Ikhlas akan wujud apabila usaha itu ada pengorbanan besar.Dilakukan bukan kerana sebab adanya
    galakan,imbuhan,upah dan sebagainya.

    Kalau ikut cara nabi,..dakwah akan lebih berkesan
    kerana Allah berserta orang2 yg.ikhlas.Pendakwah
    boleh mendapat rezeki dengan usaha selain dakwah.
    Bukan jadikan dakwah sebagai kerjaya mendapatkan
    upah.

    Tapi tak salah sekiranya pendakwah2 itu mendapat
    sedekah dari orang ramai sebagai membantu usaha
    dakwah.

    Bezanyanya ialah bagaimana sistem ijab kabul tu
    diamalkan…betul pada jalannya.Sebab itu niat amal
    adalah tilikan Allah…bukan banyak sikit atau
    sekadar menjalankan komitmen yg.disuruh.

    Dakwah tu sebenarnya tak perlu belanja besar.Buat
    apa yg.termampu.Jika yg.cacat dengan caranya.Yang
    buta dengan caranya.Yang sempurna dengan bijaksananya.

    sammaster

    May 8, 2010 at 3:20 pm

  112. Salam,

    Saguputih kata: Dah mati nanti Allah tiada tanyakan masaalah sejarah …..Allah akan tanya hanya 7 soalan ….dan jawapan nya dah di beri HAFAL AJA LAH.

    Apa soalannya ? Saya dah cari dan rujuk dalam Al Quran tak ada pun yang dikisahkan tentang 7 soalan soalan yang akan ditanya itu? Bolih tuan berikan ayatnya…

    Terima Kasih, Sila betulkan jika saya salah tanya.

    wucman

    May 8, 2010 at 7:16 pm

  113. tak abih2 dgn komitmeng , macamlah org lain tak ada komitmen, pooorraaah incik juang

    semut api

    May 9, 2010 at 11:47 am

  114. Salam,

    Sekurang-kurangnya yang mengatakan solat adalah komitmen, tidak menspesifikkan kena komitmen macam cara mereka sahaja baru diterima oleh Allah.

    Tetapi yang kata solat adalah sembahyang ritual menspesifikkan kena ikut cara nenek-moyang mereka yang bersujud pada bangunan batu. Kaum-kaum lain yang bersujud ke objek-objek lain dikatakan kafir. Nampak perangai buruk masuk bakul angkat sendiri di situ.

    Tidak mustahil jika mereka dilahirkan dalam kaum yang sembahyang ritual mengadap matahari, pasti mereka kata itulah amalan yang diperintahkan oleh Tuhan.

    Juang

    May 10, 2010 at 4:29 am

  115. tak usah cakapla bab tuhan, tuhan pun kamu tak kenal

    semut api

    May 10, 2010 at 9:10 am

  116. hahahaha… si bangang juang, tolok minda & kawan2 nya… komitmen konon.. sembahyang pun takde procedure nak cakap pasal komitmen… at least orang kafir pon ada kaedah untuk sembahyang.. geng ingkar sunnah ni jangan kata kaedah untuk sembahyang, sembahyang pon tak payah.. patut la orang munafik diletakkan dineraka yang paling bawah & menjadi bahan bakar kepada orang kafir.. macam mana la hidup korang ni semua.. pelik betul aku…

    carnivore

    June 30, 2010 at 9:47 pm

  117. adakah ingkar sunnah menjana sebarang pendapatan dlm usaha menyesatkan dan memesongkan..?

    jolok minda

    July 1, 2010 at 10:49 am

  118. salam,semut api,

    Sebenarnya apa yang dimaksudkan solat oleh TM dan geng adalah tak sama seperti yang biasa dimaksudkan /dilakukan oleh Ahlul Sunnah Wal Jumaah.Ahlul Sunnah Wal Jumaah solat tonggang tonggek mengadap Kaabah(Baitullah@ Rumah Allah).Solat yang dimaksudkan oleh TM dan Geng adalah tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun,merendah diri,tidak angkuh,tidak bongkak,tidak riak,mematuhi perintah Allah SWT yang termaktub dalam Al Quran.Berkomitmen untuk mematuhi yang disuruh dan menjauhi yang dilarang dan menyeru kepada kebaikan. Itulah solat yang dianjurkan,dan itulah sebenarnya kita mengingati Allah, sebab selalu ingat akan perintahnya. Jadi, solat yang dimaksudkan tu tiada rukun rukun,adap adap dan sebagainya.Itu sebab solat itu tidak ada kaedah seperti yang difahamkan oleh semua orang sebab ajaran ulamak itu telah sebati dalam diri orang orang sekarang.

    Dalam AlQuran selalu ada ayat” Mereka bertanya kamu tentang haid,bulan haram dsbnya…kenapa tidak ada ayat tentang “Mereka bertanya kamu tentang Solat? Puasa? Haji?

    Mungkin sahabat2 dulu lupa nak tanya cara solat yang betul betul tepat yang mana mengakibatkan orang orang sekarang mempunyai berbagai bagai versi cara solat? Atau solat tonggang tonggek itu memang tidak ada tapi diada adakan oleh bijak pandai Agama untuk diseragamkan atas nama Agama Islam dimana Allah tidak izinkan? Sekian pendapatan saya.
    Wallah hu aklam.maaf jika tersilap.

    wucman

    July 1, 2010 at 2:15 pm

  119. wucman..
    bukan mintak maaf la..
    mintak taubat.
    mintak petunjuk lagi..

    walaupun dah serius kronik sgt ni,
    tapi pintu taubat masih terbuka..

    mesti masih ada rasa tergerak hati kau nak sembahyang yg rukuk yg sujud tu..kan
    yg TM kata tonggang tonggek tu..

    takkan terus terpadam cahaya kat hati tu.

    jolok minda

    July 2, 2010 at 8:50 am

  120. “””Solat yang dimaksudkan oleh TM dan Geng adalah tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun,merendah diri,tidak angkuh,tidak bongkak,tidak riak,mematuhi perintah Allah SWT yang termaktub dalam Al Quran.Berkomitmen untuk mematuhi yang disuruh dan menjauhi yang dilarang dan menyeru kepada kebaikan. Itulah solat yang dianjurkan,dan itulah sebenarnya kita mengingati Allah, sebab selalu ingat akan perintahnya. Jadi, solat yang dimaksudkan tu tiada rukun rukun,adap adap dan sebagainya.Itu sebab solat itu tidak ada kaedah seperti yang difahamkan oleh semua orang sebab ajaran ulamak itu telah sebati dalam diri orang orang sekarang.”””” wucman

    Makna solat dari segi bahasa adalah doa. Dan dari istilah syarak ialah solat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi pula dengan salam. TM & the geng terjemah maksud sendiri.. itu pasal makna dia jadi lain.. kau pon ikut bodo macam TM & the geng..

    carnivore

    July 2, 2010 at 10:16 am

  121. “Itu sebab solat itu tidak ada kaedah seperti yang difahamkan oleh semua orang sebab ajaran ulamak itu telah sebati dalam diri orang orang sekarang.”quote wucman
    belajar.. kenala dari ulamak
    bukan dari sitololminda. sorry.. tolokminda
    TM pun cakap “tolokminda belajar..”

    nak belajar.. belajar la..
    ni siap mengajar lagi..
    sorry.. menyesatkan lagi

    jolok minda

    July 2, 2010 at 10:30 am

  122. Salam, carnivore,

    Kenapa kau kata aku bodoh? Mana kau tahu aku ikut TM.Aku pun tak kenal siapa TM. Kau jangan pandai pandai buat tuduhan melulu terhadap fahaman/keimanan seseorang. Aku cuma beri pandangan/pendapat sahaja dan kalau kau tak setuju kata tak setuju,tak perlu keluarkan kata kata hina.Macam tu ke perangai orang beriman?

    Sekian,
    Terima kasih.

    Maaf kalau terkasar bahasa.

    wucman

    July 2, 2010 at 1:13 pm

  123. Wucman: Dalam AlQuran selalu ada ayat” Mereka bertanya kamu tentang haid,bulan haram dsbnya…kenapa tidak ada ayat tentang “Mereka bertanya kamu tentang Solat? Puasa? Haji?

    Mungkin sahabat2 dulu lupa nak tanya cara solat yang betul betul tepat yang mana mengakibatkan orang orang sekarang mempunyai berbagai bagai versi cara solat? Atau solat tonggang tonggek itu memang tidak ada tapi diada adakan oleh bijak pandai Agama untuk diseragamkan atas nama Agama Islam dimana Allah tidak izinkan? Sekian pendapatan saya.
    Wallah hu aklam.maaf jika tersilap.

    Salam,

    Pendapat dan pandangan yang bernas. Ya, kenapa Al Quran tidak ada ayat seperti “mereka bertanya tentang cara-cara solat”. Ini menunjukkan erti solat ketika Nabi berdakwah itu adalah suatu yang mudah difahami. Tak payah Nabi nak buat rukun-rukun tertentu kerana solat suatu perkara yang luas caranya. Yang pentingnya matlamat solat itu dicapai.

    Umpamanya bila Nabi diwahyukan untuk menyampaikan ayat seperti “jadikanlah solat dan sabar sebagai penolongmu”, mudah sahaja kita boleh fikir apakah cara solat yang membolehkan kita dapat pertolongan iaitu seperti rajin berusaha mencapai sesuatu cita-cita.

    Begitu juga bila dikatakan “solat mampu mencegah kekejian dan kemungkaran”, dengan mudah kita boleh fikir yang perlunya amalan yang menggunakan masa dengan sebaik-baiknya agar peluang menggunakan masa untuk kejahatan atau perkara yang sia-sia dapat diminimakan.

    Tetapi sebab mereka itu jenis pemalas berfikir dan suka menurut membuta-tuli, ajaran Islam yang mudah pun mereka susah-susahnya. Dasar bengap tak boleh dinasihati lagi.

    Juang

    July 3, 2010 at 1:35 pm

  124. Salam, carnivore,

    Kenapa kau kata aku bodoh? Mana kau tahu aku ikut TM.Aku pun tak kenal siapa TM. Kau jangan pandai pandai buat tuduhan melulu terhadap fahaman/keimanan seseorang. Aku cuma beri pandangan/pendapat sahaja dan kalau kau tak setuju kata tak setuju,tak perlu keluarkan kata kata hina.Macam tu ke perangai orang beriman?

    Sekian,
    Terima kasih.

    Maaf kalau terkasar bahasa.

    Salam,

    Biasalah gelagat orang-orang yang gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran sebagai bukti. Cara mereka nak lepaskan kemarahan dan kegeraman apabila amalan musyrik mereka dinafikan oleh Al Quran adalah dengan cara mencaci individu yang mereka tak berpuas hati.

    Itu resam bila kita sampaikan pendapat, apatah pendapat yang selari dengan Al Quran. Bayangkanlah para Nabi dan Rasul dahulu pun dituduh ahli sihir atau pendusta semata-mata bawakan ayat-ayat Allah untuk membongkarkan penipuan orang-orang musyrik terdahulu, apatah lagi kita yang kembali sampaikan ayat-ayat Allah yang pernah disampaikan dahulu.

    Biarkanlah mereka melepaskan amarah mereka itu. Bukan luak apa pun kat kita.
    🙂

    Juang

    July 3, 2010 at 1:45 pm

  125. Salam Tuan Carnivore,

    itulah tuan, sy dah berpesan jgn kasar sgt bahasa tu,
    kan dah kecik ati encik wucman.
    Sorry encik wucman..
    encik wucman tak bodo.. jgn risau.
    masih ada harapan untuk encik wucman🙂
    Sy percaya en. wucman ni baik org nya..
    bahasa lemah lembut..
    dan sy percaya dia niat nak belajar
    mcm sy jugak..

    Encik TM pun tak bodo jugak..
    dia mmg pandai..

    mmg sangat pandai..

    quote wucman:
    “Kenapa kau kata aku bodoh? Mana kau tahu aku ikut TM.Aku pun tak kenal siapa TM”

    walau apa saja kesan terhadap Hamba Allah bila dia mendapat ilmu disini.
    Sesat, murtad, atau menjadi lebih beriman.
    TM terselamat dari dakwaan, takde sapa kenal TM.
    TM tidak akan didakwa
    Selamat dunia..

    jolokminda

    July 4, 2010 at 8:58 am

  126. oo.. terase? aku peduli apa.. kalau nak belajar agama, carilah guru agama.. bukan beri pendapat & bincangkan sesama mereka yang tak memahami agama.. juang.. kenapa lama sangat bersembunyi.. mari lah kita jumpa.. mula la nak ubah topik tu… dasar pengecut..

    carnivore

    July 8, 2010 at 9:50 am

  127. Ramai manusia mencari kebenaran…
    Semakin dalam semakin asyik…
    Dunia penuh dengan ujian…
    Kenalilah diri sebelum mengenal erti tuhan…
    Sesungguhnya Tuhan mengajak kepadaNya…
    Riak dan bongkak adalah makanan manusia…
    “Aku betul…aku benar…”kata mereka…
    Tetapi apa yang betul dan apa yang benar…??
    Apa beza TM dengan aku..??!!
    TM pun manusia…
    Kenapa harus percaya..??
    Sedangkan Tuhan itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani…
    Tuhan itu Maha Adil…
    Diturunkan Adam hingga ke Muhammad SAW…
    Pasti bersebab…
    Kembalilah ke jalan yg benar…
    Percayalah kepadaNYa….

    Bahco

    July 8, 2010 at 9:28 pm

  128. katakanlah dengan nyata bahawa blog ini diwujudkan untuk golongan anti-Hadis… itu kan lebih mudah bagi semua org. Takkan lah TM yg menjunjung firman-firman Allah itu tak berdaya nak mengaku? Mengaku sajalah jika TM berpegang pada tali Allah.. Mengaku sajalah jika anda sememangnya anti-hadis atau ingkar hadis… Ada BERANI?

    Panglima Panji Hitam

    August 4, 2010 at 2:07 am

  129. Salam,

    Berpuluh-puluh tahun dahulu, apa sebab Islam tidak sampai ke tempat orang-orang asli dan lain-lain kaum dayak di dunia ini, tapi ajaran Kristian sampai. Ini di sebabkan sebahagian orang Islam banyak alasan. Tempat orang asli kotorlah. Banyak babilah. Susah sembahyanglah. Al-Quran tak boleh dipegang oleh orang bukan Islam. Jadi banyak sangat kerenah sehingga cahaya Al-Quran tidak kesampaian.

    Kadang-kadang kalau ceramah ada sebahagian ustaz, ustazah di dalam TV, bunyi macam hendak bergaduh dan bersuara keras. Sedangkan Tuhan memberi amaran kepada Muhammad, jangan bersikap kasar dalam menyampaikan wahyu Tuhan. Akibat sikap kasar, kita mudah melenting bila orang kritik kita seolah-olah kita 100 peratus betul dan susah buka minda untuk berdiaog. Inilah akibatnya macam puak Taliban, terasa konon 100 peratus masuk syurga, anak gadis Islam pergi sekolah pun di simbah dengan asid. Apa jenis fahaman Islam puak Taliban yang berfahaman sunnah ini. Sedangkan dalam Quran lelaki dan perempuan sama rata dalam menuntut ilmu. Kalau ikut sunnah Nabi, kita tidak sewenangnya membunuh dan mengebom meletup diri sendiri dan membunuh orang tua dan wanita yang tidak berdosa samada di pekan atau pasar.

    Itulah sebabnya salah pengertian tentang istilah sunnah nabi ini. Apakah sunnah nabi juga sekitar janggut, serban dan bersugi? Quran tidak beritahu semua ini. Kalau janggut, kaum Yahudi pun berjanggut tebal. Jadi sunnah janggut mendapat sinar cahaya nabi adalah karut. Kalau janggut jadi sunnah, maka Allah tidak adil. Kalau sunnah bercelak mata, orang zaman dan raja Firaun pun celak mata. Orang negeri sebelah Arab memanglah berjanggut, tapi bagi negeri sebelah Asia Timur, rugilah orang yang tidak berjanggut tebal untuk mendapat pahala.

    Biasalah rantau pak arab ni, rasa mereka saja yang betul. Bila Quran di turunkan, mereka selitkan budaya mereka dan fahaman mereka dan di katakan sabda Nabi Muhammad selepas ratus tahun Nabi wafat.

    Sebab itulah dalam hadis-hadis terdapat ajaran yang pelik-pelik. Mungkin kita sedar atau tidak sedar, moga Allah membantu kita untuk keluar dari fahaman karut marut yang berasal dari ajaran Kristian.

    Maka sunnah yang sebenar adalah sunnah Al-Quran.

    message114

    September 10, 2010 at 4:42 am

  130. pbuu,

    Syabas message114!!!

    Anda telah strike ‘all the “idiot,bustard,stupid,fool” its can’t ever think of themself.

    Just analised the 2-verses i’ve posted ie 6:116 n 7:179 n another 2follow………

    7:172. Dan ketika pemeliharamu mengambil setiap banii aadama dari tulang belakangnya keturunan, mereka telah bersaksikan dengan jiwa mereka sendiri! Bukankah Aku ini pemeliharamu? Mereka berkata, Ya! benar, kami menyaksikanya! Maka jangan kamu akan mengatakan pada hari kebangkitan kelak, kami dari ini orang yang lalai.

    Fikir-fikirkanlah,
    Jangan jadi lembu dicucuk hidungnya?????

    chong

    September 10, 2010 at 9:10 am

  131. Salam,

    Sedar atau tidak, selama ini kita ditipu kononnya “Sunnah” itu yang terdapat dalam kitab-kitab riwayat hadis. Sedangkan tiada ayat-ayat Allah mengatakan sunnah bermaksud begitu. Mereka mengada-adakan sahaja.

    Kalau nak ikut perbuatan Nabi, dalam Al Quran banyak conntoh-contoh perbuatan mulia para Nabi. Contohnya mereka menyampaikan risalah Allah tanpa mengharapkan upah. Mereka lakukan kerana dasar kasih sayang sesama insan biarpun ditentang oleh kaum mereka sendiri. Ini kerana bila sesuatu kaum itu lari daripada landasan, kesan buruknya pada kaum itu sendiri.

    Keretapi kalau terkeluar daripada landasan, perjalanannya akan tersekat dan tidak maju ke hadapan dengan lancar. Begitulah jika sesuatu kaum itu lari daripada landasan, mereka tidak boleh maju dan kehidupan mereka kucar-kacir macam kita nampak di Asia Barat itu.

    Juang

    September 10, 2010 at 11:27 am

  132. Salam untuk Chong,

    Tepat sekali.

    Surah 59:21. Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah dsebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya berpikir.

    Point No 1.
    Tuhan telah memberi isyarat, bahawa AL-Quran atau wahyuNya sangat hebat sehingga gunung boleh pecah.
    Yang sedihnya, ulamak Islam berani mengatakan AL-Quran perlu ada penjelasan lanjut dengan hadis sahih Bukhari untuk beramal. Suka sangat manusia ini membantah perintah Tuhan, sedang saiz mereka kerdil kalau dibanding dengan gunung yang besar.

    Point No 2.
    Tuhan telah memberi isyarat ini untuk kita berfikir, bukan berfikir cara karut marut, tapi cara yang luas seluas langit dan bumi supaya kita trapped in a box.

    Kelebihan dan kekuatan Al-Quran tidak akan dapat dinafikan oleh manusia walau PhD dari Universiti Azhar sekalipun atau walau PhD dari Universiti Cambridge juga. Yang hairan ada saintis bukan Islam yang membuat kenyataan sains yang sangat membenarkan apa yang Al-Quran kata, tapi sedih ulamak Islam sendiri bermatian-matian mengatakan Al-Quran ini perlu ada penjelasan untuk melengkapkan setiap fakta.

    message114

    September 10, 2010 at 11:46 am

  133. Salam Juang.

    Betul sekali. Kalau dah keluar dari landasan akibat masuk paritlah jadinya. Sebab itulah hadis sahih bukhari cerita abu hurairah banyak mengandungi fahaman fahaman yang mencemarkan kesucian sebenar Al-Quran.

    Contoh, orang pergi berperang dengan strategi yang lengkap. Si bodoh Taliban Al-Qaida, berperang dengan meletup diri sendiri kononnya atas dasar memerangi kaum kuffar atau geram dengan sikap Yahudi dan Israel di bumi Palestin.

    Masalah sebenarnya ialah sikap kebanyakan umat Islam yang sudah jauh terpesong dari maksud Al0-Quran.

    Berapi-apilah ceramah ulamak Islam, mengatakan umat Islam adalah umat yang terbaik. Kalaulah terbaik, mengapa pulak umat Islam hari ini : berperang sesama sendiri, berbunuh sama sendiri dan lebih sedih, jauh ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi. Lain pulak hal sesama ulamak Islam, yang satu fatwa sudah jadi perbincangan yang tak habis-habis dan tak sudah-sudah. Sedangkan AL-Quran straight the point. Mana ada kias-kias bunga-bunga.

    Itulah sebabnya, umat Islam masih dalam confusion hari ini walau perkara remeh sekalipun…..gara-gara hadis sahih yang sampai bervolume-volume tebalnya.

    message114

    September 10, 2010 at 11:59 am

  134. Minta maaf Chong. Ada sedikit pembetulan.

    Dalam Point No 2.
    bukan “supaya kita trapped in a box”. Yang betul “supaya kita tidak trapped in a box.”

    message114

    September 10, 2010 at 12:03 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: