Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Pendapat kita tanggungjawab kita

with 115 comments

Saya mohon kepada sesiapa yang berpendapat saya menyampaikan “ajaran baru” melalui blog ini, janganlah beranggapan begitu. Saya tidak menyampaikan apa-apa ajaran baru. Saya hanya menyampaikan pandangan berkenaan isu-isu berkaitan kepercayaan saya yang berlandaskan cara hidup Islam mengikut perspektif Al-Quran.

Akan ada salah dan silap dalam tafsiran saya. Akan ada pandangan yang boleh diperdebatkan atau mungkin ada yang wajar ditolak terus. Saya tidak boleh anggap pandangan atau tafsiran saya akan sentiasa betul walaupun secara prinsipnya itulah yang saya sentiasa cuba pastikan. Di pihak pembaca, gunakanlah kebijaksanaan masing-masing dalam membuat penilaian.

Jika para pembaca budiman tidak pasti atau tidak bersetuju dengan saya dalam apa-apa hal, tuan/puan boleh memeriksa sendiri apa-apa hujah dan nas-nas yang saya kemukakan. Malah kalau ingin bersetuju pun, bersetujulah selepas membuat pengesahan dengan pengetahuan sendiri. Setiap seorang dari kita bertanggungjawab ke atas pendapat masing-masing. Kita sama-sama suburkan budaya itu di sini.

Written by tolokminda

March 7, 2010 at 4:30 pm

Posted in Quran

Tagged with , ,

115 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam TM,

    Sesuatu yang asalnya fitrah, tetapi telah lama ditinggalkan oleh kebanyakan orang, dan kemudian ditimbulkan kembali, ia akan dilihat seperti baru. Hakikatnya ia sudah lama wujud cuma tidak popular sahaja.

    Contohnya ajaran tentang mentauhidkan Allah untuk tidak menyekutukanNya. Itu semua sejak awal-awal lagi Allah sudah ajar manusia agar tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.

    Tetapi bila ajaran Allah yang sebenar disembunyikan, dan ditimbulkan ajaran penyekutuan, maka orang-orang yang nak kembali mentauhidkan Allah dilihat membuat ajaran baru.

    Sesuatu yang tidak pernah diciptakan, kemudian wujud, logiklah ia dikatakan baru. Tetapi bila manusia itu memperingatkan balik apa yang Rasul-rasul terdahulu pernah peringatkan, apakah itu ajaran baru?

    Tidakkah mereka mempunyai akal?

    Juang

    March 8, 2010 at 12:30 am

  2. Salam,

    Tidak mustahil ketika Nabi Muhammad menegur orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan Uzair dan Al Masih sebagai anak Allah, baginda dilihat membawa ajaran baru. Ini kerana orang2 Yahudi dan Nasrani pada waktu itu telah dibiasakan dengan ajaran tradisi mereka yang menyekutukan Allah. Jadi bila baginda peringatkan mereka agar kembali mentauhidkan Allah, sudah pasti mereka tidak terima kerana ia bercanggah dengan ajaran tradisi dan dilihat sebagai ajaran baru. Walhal jika mereka periksa balik kitab Taurat atau Injil, pasti mereka sedar apa yang Rasulullah katakan itu sebenarnya telah diperkatakan oleh Rasul-rasul mereka sendiri sebelum itu.

    Samalah apa yang saudara TM alami sekarang ini. Di mata masyarakat yang sudah biasa dengan ajaran tradisinya, mereka melihat TM membawa ajaran baru. Tetapi kalau mereka meneliti balik Al Quran, pasti mereka nampak apa yang TM cuba sampaikan adalah sama macam Rasulullah cuba sampaikan iaitu agar kita tidak menyekutukan Allah. Cuma TM sampaikan dalam bahasa Melayu sedangkan Rasulullah dalam bahasa Arab.

    Begitulah luasnya rahmat Allah. Tidak kira bangsa apa sekali pun, pasti Dia akan sampaikan peringatanNya supaya orang-orang kafir nanti tiada alasan nak berkata, “zaman kami sudah tiada Rasul nak sampaikan KitabMu malah kami tak faham bahasa Arab”. Apakah mereka ingat Allah itu boleh diperbodoh-bodohkan dengan alasan sebegitu?

    Salah satu tanda-tanda Kekuasaan Allah untuk menyampaikan ayat-ayatNya adalah dengan adanya teknologi internet ini. Kita mudah berbincang secara terbuka di dalam blog sebegitu untuk semua yang merasa dirinya benar, membawa hujah2 masing2 dengan matang.

    Kalau setakat buku lali sahaja matang (baligh), tetapi otak tak matang-matang, bagaimana kita nak berhujah dengan tenang?
    🙂

    Juang

    March 8, 2010 at 12:52 am

  3. adakah mereka ingat ALLAH boleh diperbodoh bodohkan dengan alasan sebegitu?,
    tidak dan ianya mustahil bagi ALLAH.,

    kita dianugerahkan dengan akal supaya kita berfikir,mengapa alquran berbahasa arab,mengapa ia diturunkan dengan lafaz yg dibacakan bukan dengan tulisan,dan apabila kita salah pada nahu dan sorof maka sebutan akn berubah dan jelas ia bukan lagi firman ALLAH..,pelajarilah bahasa arab,dan tiada alasan untuk sesiapa yg mencari kebenaran…….,

    sekian,assalamualaikum…..,,

    shah

    March 8, 2010 at 3:20 am

  4. Salam,

    Mari kita fikirkan pula mengapa Allah turunkan Taurat dan Injil bukan dalam bahasa Arab, tetapi Nabi Muhammad mampu memahami pengajarannya untuk tidak menjadikan Uzair dan Al Masih adalah anak Tuhan?

    Al Quran tidak menyebut pun yang Nabi Muhammad belajar bahasa asal Taurat dan Injil itu. Kalau ikutkan, Nabi Muhammad kena belajar dan percaya cakap ahli-ahli kitab tersebut yang lebih memahami bahasa asal kitab Taurat dan Injil. Tetapi macam Rasulullah boleh nampak ajaran yang mengangkat Uzair dan Al Masih sebagai anak Allah itu satu penipuan?

    Saya pernah jumpa orang Kristian berhujah untuk membenarkan Jesus itu adalah Tuhan. Walaupun ada ayat2 dalam Bible yang mengatakan Tuhan sahaja yang patut di sembah, tetapi mereka mampu menampakkan seolah-olah konsep ketuhanan Jesus itu adalah benar menggunakan ayat2 Ibrani walaupun mesej pengajarannya nampak kontradik.

    Begitulah dengan nasib Al Quran. Walaupun ada kisah Nabi Ibrahim melarang kaumnya menyembah binaan manusia, dan ada ayat Al Quran melarang sujud kepada matahari dan bulan, tetapi ada manusia boleh menampakkan seolah-olah amalan ritual mereka benar atas nama bahasa asal Al Quran.

    Hidup ini ada kitaran seperti siang dan malam berulang2. Kalau kita hanya melihat pada sebahagian masa dalam kitaran itu, kita tidak nampak berlaku pengulangan2. Tetapi bila kita melihat secara keseluruhan satu kitaran tersebut, kita akan nampak adanya pengulangan2 (seperti gelombong sinus). Daripada pengulangan itulah kita boleh menjangka sesuatu perkara.

    Ramai orang Islam hari ini melihat ajaran Al Quran selepas Nabi Muhammad. Mereka tidak melihat sebelum Nabi Muhammad dan ketika Nabi Muhammad menyampaikan Al Quran. Jadi mereka tidak mampu relatekan perangai2 atau keadaan2 umat terdahulu dengan keadaan mereka hari ini. Mereka ingat apa yang terjadi pada orang2 terdahulu tidak ada perkaitan dengan mereka lagi.

    Juang

    March 8, 2010 at 4:08 am

  5. Blog anda membincangkan isu berkaitan Islam.

    Di dalamnya, anda mempertikai ibadat orang Islam seperti solat, puasa, haji, zakat dsb.

    Anda buat persamaan ibadat orang Islam kini dengan penyembahan berhala [ Ka’abah ]. Juak-juak anda juga mensifatkan sembahyang 5-waktu orang Islam sebagai upacara tunggang-tunggek menghadap arah berhala Ka’abah. Apa yang anda buat ialah menghina orang Islam melalui ‘pendapat’ anda tentang amal ibadat mereka.

    Setelah lakukan itu semua, anda merayu supaya jangan dituduh membawa ‘ajaran baru’. Anda kata anda cuma dapat semua idea itu dari Al Quran. Anda ciplak ayat Quran sesuka hati, tak ubah macam cerita ‘Pak Guard & Majikan”

    Memang lidah tidak bertulang. Seperti perilaku Pak Guard itu semestinya jugalah: “Pendapat anda, tanggungjawab anda.”

    ==== kisah pak guard tidor malam ===

    oleh: Sisters In Islam
    March 7, 2010 at 8:30 am

    Seorang pak guard yg bekerja shift malam telah dipanggil oleh majikan kerana didapati tidur di waktu kerja.

    Apabila disoal, pak guard tu dgn sombong menjawab:

    6:96 “Dia menyebabkan matahari terbit dan Dia telah menjadikan malam untuk berehat…”

    10:67 “Dia yang telah menjadikan untukmu malam supaya kamu boleh berehat di dalamnya…”

    27:86 “Tidakkah mereka memikirkan yang Kami telah menjadikan malam supaya mereka boleh berehat di dalamnya…”

    Agak-agak tuan, apalah respon majikan dia nanti?

    Sewel ke hapa mamat nih🙂

    cegu pelatih

    March 8, 2010 at 5:30 am

  6. pelik! setahu saya rasullulah mengetahui pembohongan yahudi melalui alquran..,cukuplah,jangan ditambah lagi pembohongan anda.,saya pernah membaca debat antara pelajar islam dan paderi kristen tentang kebenaran,mereka mengguna alquran dan bible sebagai bahan hujah.,akhirnya paderi td menemui jalan buntu,dan mengakui kebenaran islam,dan menjelaskan dia berbuat begitu untuk kepentingan pemimpinnya…,

    berkenaan kiblat.,kita diarah mengadap ke ka’bah bukan menyembah ka’bah,suatu keseragamam yg diperlukan dalam membentuk ummah,cuba bayangkn sembahyang berjemaah tanpa kiblat,tentu bercelaru,kn?

    shah

    March 8, 2010 at 6:25 am

  7. Shah..

    Soalnya di sini bukan tentang keseragaman itu.. jika TM berpendapat bahawa “solaa” itu bukan sembahyang ritual..keseragaman apa yang Shah maksudkan?..

    troopze

    March 8, 2010 at 6:47 am

  8. saya tidak faham kenapa tm berpendapat solaa adalah komitmen,sedangkan komitmen adalah dari bahasa iggeris dan didalam bahasa arab disebut ijtihad.,jauh sekali dengan pengertian solaa kn.,adakah ia juga satu penipuan..,

    shah

    March 8, 2010 at 7:08 am

  9. Selepas kewafatan Musa, ajaran beliau diselewengkan berdasarkan tulisan-tulisan yang ditokok tambah (talmud).

    Selepas kewafatan Isa, ajaran beliau dipesongkan dengan juga dengan tulisan-tulisan yang ditokok tambah melalui gospel.

    Hadith punya hanya lahir beberapa ratus tahun selepas kewafatan Muhammad.

    Ada kemungkinankah ajaran Muhammad yang sebenar juga diselewengkan berdasarkan tulisan-tulisan tambahan yang dinamakan hadith? Pada saya, ada kemungkinannya.

    muaddib

    March 8, 2010 at 9:21 am

  10. Salam,

    “Shah: berkenaan kiblat.,kita diarah mengadap ke ka’bah bukan menyembah ka’bah,suatu keseragamam yg diperlukan dalam membentuk ummah,cuba bayangkn sembahyang berjemaah tanpa kiblat,tentu bercelaru,kn?”

    Alasan common yang biasa kita dengar mengapa perlu mengadap “Kaabah”. Kalau atas alasan keseragaman, mengadap matahari lagi seragam. Tetapi Allah tetap larang sujud pada matahari.

    Takkanlah itu semua tidak terfikir selama ini?

    Juang

    March 8, 2010 at 9:38 am

  11. Salam,

    “Shah: pelik! setahu saya rasullulah mengetahui pembohongan yahudi melalui alquran.”

    Sebelum ni mereka juga yang kata Al Quran turun ada sebab-sebabnya (asbabun nuzul). Kalau Rasulullah dapat tahu pembohongan Yahudi melalui Al Quran, itu menunjukkan Al Quran telah turun tanpa sebab.

    Lainlah macam kita. Kita hidup selepas Al Quran sempurna diturunkan. Of couse kita tahu pembohongan Yahudi daripada Al Quran, sebab kita tidak terikat dengan asbabun nuzul.

    Jadi, oleh kerana penurunan sesuatu ayat Al Quran ada sebab-sebabnya, pastilah mula2 Rasulullah menghadapi sesuatu keadaan yang menyebabkan baginda nampak atau dengar tentang kontradiksi orang2 Yahudi dengan ajaran Taurat sebenar. Selepas itulah barulah turun ayat2 yang memperjelaskan pembohongan Yahudi itu.

    Takkan benda2 camni mereka tidak terfikir selama ini?

    p/s: Perumpamaannya macam kita nampak kontradiksi tentang maksud “kaabah” dan “baligh” dalam Al Quran seperti yang saudara Aduh highlightkan itu. Bila kita nampak kontradiksi itu, timbul ilham2 untuk membuat kesimpulan bahawa tak mustahil ajaran Nabi Muhammad telah diselewengkan seperti nasib2 ajaran Nabi2 terdahulu. Inilah yang kita nak bongkarkan sekarang.

    Juang

    March 8, 2010 at 9:59 am

  12. Salam

    “Shah: komitmen adalah dari bahasa iggeris dan didalam bahasa arab disebut ijtihad”

    Sekadar bertanya, komitmen tu ijtihad ke iltizam? Biasa saya jumpa komitmen dikaitkan dengan iltizam. Ijtihad tu bukan penyelidikan ke?

    Harap pakar2 bahasa boleh tolong beri pencerahan?

    Juang

    March 8, 2010 at 11:02 am

  13. Apa yang saya faham ialah TM secara indirect kata yg dia telah discover atau uncover ajaran Islam [yang sebenar] yg terdapat dalam Quran, maka sebab itu apa-apa yg tertulis dalam blog ini adalah yg asal/asli/lama – Islam Ori, kalau boleh saya katakan begitu, dan bukanlah yang baru atau baru nak dibuat-buat. TM mahu ajak kita kembali kepada firman yang asal. Yang tidak tercemar.

    Kemusykilan saya, apakah Quran ini boleh difaham [tanpa bantuan ulama] dengan jelas oleh orang yg tak lulus STPM macam saya ni? Saya sering baca Quran dalam terjemahan Melayu/English – selalu berdepan dgn ayat-ayat yg pelik susunan ayat dan bertaburan kisah itu dan ini. Saya rasa lebih mudah faham Shakespeare dengan plot yg tersusun dan ayat-ayat yg puitis. Sudah tentunya, bukan tolokbandingan karya Shakespeare dgn Quran.

    Seorang guru tariqat dari New York, pernah menyebut bahawa Shaykh Musafeer adalah nama/panggilan asal si William tu, lidah Inggeris sebut Shakespeare. Mungkin juga Shakesphere berkarya dari ilmu Quran, kerana tersangat bagus mesej yg terkandung dlm karya beliau. Mungkin Shaykh Musafeer ini, salah satu versi insan yang berevolusi seputar Quran – tapi disalahngertikan lalu beliau berkelana jauh membawa diri dan hati ke negara Mat Saleh dan mengajar mereka melalui ‘IQRA’ mengikut cara dia yg tersendiri, melalui sastera dan seni pentas.

    Apa yg saya cuba katakan di sini, ialah saya mula insaf bahawa saya telah menggagalkan potensi akal saya menggapai makna sebenar ayat Quran – mungkin kerna saya tidak cukup berani utk menyanggah pendapat tradisi/ulamak kerana setiap kali saya berbantah saya diugut dengan panas api neraka. Ya, saya akui sy juga pengecut dgn seksaan di akhirat. Saya bukanlah org yg pelajaran tinggi, tak tahu bahasa Arab dan adakalanya apa yang TM tulis bukanlah saya faham sangat – tapi saya fikir TM ada mesej yg penting yg mahu disampaikannya.

    Saya mohon maaf kpd TM, atas terlanjuran sy yang menitip komen yg buruk dalam blog TM tanpa menyumbang apa-apa yg bermakna.

    Salam.

    Junior

    March 8, 2010 at 1:01 pm

  14. Salam,

    “Junior: Kemusykilan saya, apakah Quran ini boleh difaham [tanpa bantuan ulama] dengan jelas oleh orang yg tak lulus STPM macam saya ni?”

    Apakah Rasulullah mampu memahami Al Quran kerana baginda lulusan STPM?

    Apakah ada manusia lain yang membantu Rasulullah faham Al Quran, atau Allah yang membantu baginda?

    Apakah Allah tidak boleh membantu manusia lain selain Rasulullah seperti mana Dialah yang membantu bayi2 di dalam janin seorang ibu?

    Kunci untuk mudah memahami pengajaran Al Quran adalah rajin menggunakan akal dan terbuka mendengar banyak pandangan untuk mengikuti yang paling baik (belajar merendah diri) agar tidak bias atau selektif mengikut puak sendiri sahaja.

    Punca yang menyebabkan susah nak faham Al Quran adalah malas berfikir dan merasa angkuh dengan ajaran tradisi. Bukankah kaum musyrik terdahulu susah nak faham Al Quran kerana mereka merasakan mereka sudah benar dengan ajaran tradisi masing2? Kalau kita tiru perangai kaum musyrik terdahulu, bila masa hati nak capai sifat2 orang beriman?

    Juang

    March 8, 2010 at 1:16 pm

  15. Salam Cegu Pelatih,

    Saya menulis artikel pendek ini sebagai ingatan kepada semua para pembaca termasuk saya bahawa kita tidak boleh hidup hanya dengan menjadi pak turut tetapi tidak memahami atau mengetahui apa-apa. Kita mesti mempunyai pendapat sendiri, keyakinan sendiri. Barulah kita akan menjadi seorang yang berpendirian – yang hanif.

    Kenapa kita perlu pendirian kita sendiri? Sebab nanti kita akan ditanya Tuhan sebagai individu – kita tak boleh bawa sesiapa pun waima mufti atau imam masjid. Jadi kalau di dunia ini kita tidak tahu bagaimana mempertahankan kepercayaan kita sendiri, bagaimana kita nak mempertahankan perkara yang sama di akhirat nanti?

    Bila saya kata – pendapat kita tanggungjawab kita – bukan bermakna saya melepaskan tanggungjawab saya kepada sesiapa. Sememangnya satu hakikat bahawa kita semua akan dipertanggungjawabkan ke atas pendapat kita sendiri di hadapan Tuhan nanti. Tidakkah tuan percaya?

    tolokminda

    March 8, 2010 at 2:14 pm

  16. Salam,

    Dari sudut yang berbeza, mungkin saya boleh katakan begini.

    Selama ini kita diberitahu oleh semua orang di sekeliling kita bahawa sebagai manusia kita sebenarnya boleh terbang. Bagaimanapun tidak semua orang boleh mencapai kelebihan itu, kata mereka. Hanya orang-orang yang memiliki ilmu di luar jangkauan minda sahaja boleh terbang. Ada yang terbang naik garuda, ada yang terbang tumpang sang kelembai, ada yang terbang bersama unicorn.

    Bagaimanapun pada suatu hari kita menemui sebuah kitab – di dalamnya mengandungi ilmu berkaitan hukum-hukum aerodinamik dari A sampai Z yang dapat membuktikan bahawa sebenarnya semua orang boleh terbang kalau mereka berusaha dengan cara yang betul dan menurut hukum-hukum yang juga betul. Iaitu dengan membina pesawat terbang yang mematuhi semua hukum aerodinamik berserta keperluan-keperluan lain yang berkaitan.

    Jadi, jika para pembaca sendiri yang menemui kitab aerodinamik itu wajarkan tuan/puan terus berpegang kepada kepercayaan turun temurun masyarakat yang tetap mempertahankan bahawa hanya orang-orang tertentu dengan ilmu tak tercapai dek akal saja yang boleh terbang?

    Mana lebih berfaedah – menunggu garuda, sang kelembai dan unicorn yang seorang pun tak pernah melihatnya dengan mata kepala sendiri atau terus mengkaji kitab aerodinamik yang jelas dan lengkap dengan bukti-bukti bahawa ia boleh membantu kita membina sesuatu yang boleh terbang?

    tolokminda

    March 8, 2010 at 2:40 pm

  17. Cegu pelatih menulis:

    “Apa yang anda buat ialah menghina orang Islam melalui ‘pendapat’ anda tentang amal ibadat mereka.”

    Komen saya:

    Tiada siapa yang hina sesiapa dalam blog ini.

    Tiada siapa dalam blog ini menyuruh mana-mana orang berhenti daripada bertonggang tonggek atau sembah batu dari jauh atau dari dekat. Sendiri buat sendiri tanggung.

    Tiada siapa dalam blog ini meminta sesiapa bersetuju dengan pendapat-pendapat yang ditulis dalam blog ini.

    Saya percaya TM tidak ada sebarang niat untuk mempengaruhi sesiapa atau untuk mencari pengikut. Boleh dikatakan setiap hari pembaca-pembaca diminta untuk mengunakan akal dan membuka minda mereka – verify ayat-ayat yang diberi oleh TM – kemudian timbang. Selepas verify kalau nak bincang – teruskan perbincangan supaya sama-sama boleh manfaat.

    Tapi kalau ada yang cuba nak cari pasal – no problem – kita juga boleh handle.

    Apabila kita kata orang bertonggang tonggek – Itu adalah satu kebenaran.

    Apabila kita kata orang sembah batu – Itu adalah satu kebenaran – walau apa saja alasan yang kita cuba bagi.

    Tetapi – kebanyakan manusia benci kepada “kebenaran”:-

    “Sesungguhnya Kami datangkan kepada kamu dengan “Kebenaran” – tetapi – kebanyakan mereka “Benci” kepada “Kebenaran” itu.” (43:70)

    Kalau benci kepada “kebenaran” tak perlulah nak buat tuduhan orang lain hina kepercayaan Cegu.

    Gunumaro

    March 8, 2010 at 6:28 pm

  18. Salam,

    “Gunumaro: Apabila kita kata orang bertonggang tonggek – Itu adalah satu kebenaran.
    Apabila kita kata orang sembah batu – Itu adalah satu kebenaran – walau apa saja alasan yang kita cuba bagi.”

    Samalah seperti digambarkan tubuh badan seseorang itu gemuk. Bukannya bermaksud nak menghina, tetapi ia adalah kebenaran.

    Ada sesetengah manusia terlalu sensitif kerana jiwanya lemah. Daripada kecil mereka diajar memandang hina amalan sembahan kaum-kaum yang mereka kata sembah berhala. Mereka dibesarkan dengan jiwa yang angkuh merasakan diri mereka mulia.

    Tiba-tiba bila mereka dewasa, Allah palingkan apa yang mereka katakan pada kaum-kaum lain itu kepada mereka balik. Mulalah mereka rasa sensitif kerana “kulit” jiwa mereka nipis sahaja.

    Juang

    March 9, 2010 at 12:38 am

  19. Salam,
    Nampaknya kita dah banyak buang masa dengan mereka yang tertentu. Apa yang perlu kita lakukan dalam berhujah tentang tajuk yang dibincangkan telah digunakan untuk mempertahankan diri dari serangan mereka itu.

    Nasihat saya kepada golongan tertentu, apabila anda masuk ke sini, kalau tak setuju pun gunakanlah cara yang betul. Kalau silap, tunjukkan mana yang tak betul berdasarkan fikiran yang waras, kalau salah, tunjukkan mana yang bengkoknya berdasarkan minda yang cerdas.

    Quran menuntut kita semua ke arah yang satu tujuan, satu matlamat, satu harapan dan satu kebaikan.

    Sedih sangat bila ada orang Islam yang menuduh orang islam lain yang berpandukan Quran sebagai orang sesat. Kita di sini nak belajar bukannya nak menuduh sesiapa.

    tok janggut

    March 9, 2010 at 1:00 am

  20. Pendapat sy terhadap blog ni adlh perlu atas dasar untuk kita memahami ilmu Allah dgn lebih dalam bdsrkn perspektif yg bbeza2…walaubagaimanapun…ttg pndpt tolokminda terhadap elemen ibadat yg diamalkn oleh org islam dmasa ni pada hemat sy salah… sy faham pokok perdebatan beliau adlh blandaskn al-quran… terjemahn yg dilakukn oleh beliau bdasarkn logik beliau atas dasar pmahaman beliau keats kitab yg mjadi pegangan kita ummat islam… tetapi mgikut pemahaman sy yg kerdil… tidak semua pkr boleh dijelaskn dgn logik semata2… sbg contoh sy percaya semua org dsini percaya dgn kwujudan tuhan… tp bolehkah saudara tolokminda dn rakan2 tunjukan sy dimana tuhan?? bagaimana dgn malaikat dn juga jin? dmana mereka? disini logik akal sudah tidak bsesuain untuk diguna maupun ditafsirkn…tidak semua pekara bole djelaskn secara logik itu yg pasti.. pd pndpt sy pkr yg perlu dperbahaskn disini dlm konteks ibadah umat islam adalah kesahihan hadis.. oleh kerana sy sentiasa melihat tolokminda mgunakn rujukan dr terjemahan Quran mgikut perspektif beliau… maka adalah baik kiranya beliau cuba mnidakan hadis yg berkaitan dgn ibadah ummat islam mgikut perspektif beliau sendiri supaya dpt kita perdebatkn dgn lebih telus… dari sudut apa yg membuatkn beliau mnidakn hadis sahih? atas dasar peribadi ker? sanad yer ke?
    atau apa2 pkr yg bkaitan? sy sbg muslim yg ingin mgenal Allah n ingin mcari keredhaan NYA mhrpkn pkr yg terbaik n benar…

    Hamba Allah

    March 9, 2010 at 2:59 am

  21. boleh tak lepas ni bila bagi komen jangan pakai short form. agak pening membaca.

    janganlah malas.

    sekali lagi jika tak setuju, bagilah hujah berlandaskan Qur’an.

    muaddib

    March 9, 2010 at 3:30 am

  22. assalamualaikum

    muaddib;alquran dan hadis telah dicatitkan pada zaman khalifah uthman lagi,rajin2la baca kisah sahabat eh.,

    juang;ketika ALLAH memerintahkan iblis sujud kepada adam,adakah ia bermakna perintah untuk menyembah adam,malaikat bersujud kepada adam kerana mentaati perintah ALLAH,iblis pula ingkar kerana angkuh.,
    adakah anda ingin mengikuti jejak iblis yg sombong dan telah dilaknat itu?…,

    mengadap matahari?.agaknya macammana kita nk sembahyang zuhur dengan isyak ye?,kena telentang dan bebaring ke atau kena buat masjid yg boleh pusing2?,hehe.,tak masuk akal kn…,
    komitmen kalau dimaksudkan ittizam pun masih bukan solat,kan?…,

    alquran diturunkan untuk menyempurnakan agama ALLAH,apa yg terkandung dalam taurat dan injil(yg asli)telah dibahas dalam alquran,jadi adakah perlu Rasullulah mempelajari kitab2 sebelummya,sedangkan alquran adalah kitab yg sempurna..,

    junior;betul apa yg anda katakan,tafsir yg ada susah untuk difahami,nasihat saya,untuk yg lain juga,pelajarilah bahasa arab,INSYAALLAH anda akan diberi petunjuk,Rasullulah sendiri pun berbahasa arab..,

    tanda arah dah ada,peta pun ada,kalau taknak ikut,sesat la jawabnye.,tidak cukupkah satu ayat untuk buktikan kebenaran ALLAH,jika anda orang2 yg berfikir……,

    sekian……………

    shah

    March 9, 2010 at 3:30 am

  23. Hamba Allah tulis:

    “tp bolehkah saudara tolokminda dn rakan2 tunjukan sy dimana tuhan??”

    Mengikut Al Quran:

    “Dan apabila hamba-hambaKu betanya tentang Aku – maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa-doa orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepadaKu. Dengan itu hendaklah mereka sempurnakan kepadaKu – dan hendaklah mereka percaya kerpadaKu – supaya mereka mendapat petunjuk.” (2:186)

    “Sesungguhnya Kamilah yang mencipta manusia dan sesungguhnya Kamilah yang mengetahui apa saja bisikan-bisikan jiwanya – dan Kami adalah lebih dekat kepadanya dari tali-tali urat lehernya.” (50:16)

    “Kitab itu tidak ada keraguan didalamnya – petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa – iaitu mereka-mereka yanbg percaya dengan yang “GHAIB” dan yang menegakkan komitmen mereka – dan sebahagian dari apa yang Kami rezekikan kepada mereka mereka nafkahkan.” (2:2-3)

    Ramai manusia mengaku mereka percaya kepada yang “GHAIB” tetapi mereka masih juga mahu lihat Allah dan malaikat-malaikatNya. Yang sedihnya mereka guna Islam sebagai kepercayaan mereka.

    Gunumaro

    March 9, 2010 at 3:30 am

  24. Salam,

    Pada pandangan saya, kalau kita tidak menggunakan logik untuk membezakan benar atau salah, maka semua orang boleh dakwa mereka benar tanpa perlu pembuktian.

    Cuba kita renungkan kaum2 terdahulu yang mendakwa tuhan ada banyak, Uzair atau Al Masih adalah anak Tuhan, nak sembah Tuhan perlukan simbol matahari, bulan dan binaan manusia etc, apakah dakwaan mereka ada asas logiknya? Mereka tidak ada apa-apa bukti pun melainkan atas alasan sebab pembesar agama mereka yang cakap macam itu.

    Jadi macam mana kita nak bezakan mana benar dan mana yang dusta kalau tiada satu kayu ukur yang seragam?

    Kalau kita fikirkan, semua manusia telah Allah berikan akal yang sama, yang boleh berfikir secara logik. Sebab itulah kita boleh belajar ilmu yang ada logiknya seperti matematik dan sains tanpa bercakaran.

    Tetapi biasanya dalam bab agama, manusia selalu kata tak boleh pakai logik. Akibatnya kita tidak ada kayu ukur yang sama yang menyebabkan manusia bercakaran sesama sendiri. Lihatlah yang sesama mengaku Islam pun berpecah-belah atas nama Sunni dan Syiah sebab guna riwayat hadis yang berbeza2 tarafnya.

    Itu yang kita nampak kesan buruk bila tiada kayu pengukur yang sama.

    Juang

    March 9, 2010 at 3:37 am

  25. Salam,

    Kadang-kadang kita ni terlalu angkuh. Jauhkanlah aku daripada sifat angkuh ini.

    penulis

    March 9, 2010 at 3:43 am

  26. Salam,

    Di antara Al Quran dan riwayat2 hadis, Al Quran lebih logik ajarannya.

    Jadi kalau kita pakat2 ikut Al Quran, bukankah boleh menyatukan manusia seperti mana semua manusia boleh belajar sains dan matematik yang dalam bahasa apa sekali pun.

    Yang tak mahu ikut Al Quran sebab mereka tak percaya pada logik yang Allah tunjukkan pada mereka sendiri akibat sudah biasa dengan ajaran tradisi yang menggunakan bermacam2 riwayat hadis yang mengandungi cerita2 seperti perumpamaan cerita garuda, sang kelembai dan unicorn (berunsur fantasi).

    Juang

    March 9, 2010 at 3:52 am

  27. shah,

    Sahih Bukhari dikatakan yang paling sahih.

    Imam Bukhari pengumpul hadith hidup 230 tahun selepas kewafatan Muhamamad. Daripada 600,000 hadith yang dikumpul, beliau hanya menyimpan 7,300 hadith yang dikatakan sahih dan kemudian menolak lagi hadith hadith yang dikatakan tidak sahih sehingga tinggal hanya sebanyak 2,762 sahaja.

    Tetapi dalam 2,762 masih banyak hadith yang bertentangan dengan Qur’an dan sains pada zaman sekarang.

    sebagai contoh satunya Hadith yang menyatakan tiada penyakit berjangkit (Hadith 649, mukasurat 435, Volume 7). Berapa banyak penyakit berjangkit sekarang ini? banyak bukan.

    Juga hadith yang menyatakan matahari yang mengelilingi bumi (Hadith 421, mukasurat 283, Volume 4) Jelas sekarang semua planet mengelilingi bumi, bukan sebaliknya.

    Jadi ada sesiapa yang menyambung kerja Bukhari untuk menapis lagi hadith-hadith yang tidak sahih selain dari menelan semua bulat-bulat?

    Ia, saya baca sejarah bagaimana hadith dikumpulkan.

    muaddib

    March 9, 2010 at 4:00 am

  28. Hamba Allah tulis lagi:

    “dari sudut apa yg membuatkn beliau mnidakn hadis sahih? atas dasar peribadi ker? sanad yer ke?”

    Komen saya:

    Tuan Hamba Allah, apabila orang-orang dalam blog ini berhujah – mereka berhujah mengikut asas-asas yang terdapat dalam Al Quran.

    Biasanya mereka lampirkan ayat-ayat Quran untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan orang yang bertanya harus baca, fikir kemudian buat keputusan samada mahu percaya atau tidak – kepada apa yang disebut dalam Al Quran:

    Kalau soalan tentang hadis Al Quran juga memberi panduan kepada kita dalam 28 ayat yang mempunyai perkataan “Hadith” – dan diantaranya:

    “Allah menurunkan “Hadith” yang paling baik sekali sebagai Kitab yang serupa berulang-ulang. Gementar olehnya kulit-kulit mereka yang takut kepada Tuhan mereka – kemudian ianya menjadi tenang kulit-kulit dan hati mereka apabila mengingati Allah – demikian itulah petunjuk Allah – Dan Dia memberi petunjuk dengannya kepada sesiapa Dia kehendaki. (39:23)

    sambungan dari 39:23

    “Dan barang siapa yang disesatkan Allah – maka tidak ada baginya sebarang petunjuk. (39:23)

    “Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepada kamu dengan benar. MAKA DENGAN “HADITH” MANAKAH sesudah Allah dan ayat-ayatNya mereka akan beriman.” (45:6)

    “Celakalah bagi setiap yang banyak membuat dusta dan berdosa – dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya – tetapi dia tetap menyombongkan diri seolah-olah dia tidak mendengarnya. Maka berilah berita gembira kepadanya dengan azab yang pedih.” (45:7-8)

    Baca betul-betul dan fikir. Tuan Hamba Allah mahu percaya atau tidak – itu terpulang pada diri sendiri.
    Kalau rasa apa yang diterjemahkan diatas salah – sila beri terjemahan yang lebih baik – perkataan demi perkataan tanpa tokok ditambah.

    Gunumaro

    March 9, 2010 at 4:03 am

  29. masalahnya anda tidak faham bahasa arab.,dan tafsir anda sangat berbeza dengan alquran yg saya baca.,berani saya katakan anda sedang menyesatkan manusia,apa yg anda lakukan adalah sama seperti apa yg dilakukan oleh kaum yahudi terhadap injil mereka,menulis injil kedalam mana2 bahasa yg mereka kehendaki dan menyembunyikn versi asal,dengan harapan penganut baru tidak menemui kecacatan pada tulisan mereka dan percaya bahawa ia adalah kalam ALLAH,padahal ianya hanyalah tulisan tangan mereka sendiri….,sama dengan apa yg anda sedang lakukan ini…..,

    shah

    March 9, 2010 at 4:15 am

  30. Shah,

    Lagi contoh bagaimana hadith berlawanan dengan Qur’an.

    Ibn Kathir pernah menyatakan bumi ini terletak atas hujung tanduk seekor lembu.

    Sedangkan Quran sudah menyatakan bahawa bumi itu bulat (Q39:5)

    Quran sudah sebut tiada perbezaan dikalangan semua utusan (Q2:285)

    Tetapi hadith Bukhari menyatakan sebaliknya (97/36), Namun hadith yang dikumpul oleh beliau juga menyatakan (65/46) menyatakan pula tiada perbezaan dikalangan Rasul.

    Apabila tiada sambungan kerja Bukhari untuk menapis, kita ambillah Quran sebagai kayu pengukur yang mana sahih dan yang mana tidak.

    Bukan percaya 100% terhadap semua hadith. Hadith yang selari dengan Quran harus kita terima.

    muaddib

    March 9, 2010 at 4:17 am

  31. Sdr Shah, menuduh orang sesat adalah budaya yang ditanamkan oleh ulamak-ulamak apabila mereka berasa mereka tercabar. Pada saya itu adalah budaya kurang ajar.

    Kalau Sdr Shah Shah merasa terjemahan yang ada dalam blog ini salah – tolong berikan terjemahan-terjemahan Sdr fikir lebih betul – kemudian kita bincang tentang perkataan-perkataan yang kita berselisih. Bukankah cara melabel orang lain dengan bermacam-macam label.

    Gunumaro

    March 9, 2010 at 4:23 am

  32. Salam,

    Sebenarnya mudah sahaja kita nak melihat seorang itu angkuh atau tidak.

    Bila diajak belajar, dia malas. Bila diminta tunjukkan bukti di mana salahnya sesuatu perkara yang dia dakwa salah, dia tak mampu.

    Jadi, buang masa sahaja melayan orang yang malas belajar macam itu. Baik kita fokus bawakan bukti2 untuk bongkarkan segala penipuan.

    Ada baiknya kita pakat2 teruskan menggali percanggahan2 dalam Al Quran seperti yang saudara tok janggut usulkan.

    Juang

    March 9, 2010 at 4:27 am

  33. Penganut Kristian, Judaism, Hindu dan lain-lain juga mungkin menuduh Islam sesat.

    Tetapi mana bukti-buktinya.

    Kebanyakan kita disini Islam kerana kita lahir sebagai islam.

    Jika kita lahir sebagai Hindu, kita juga akan kata kita betul dan orang lain tak betul.

    Menuduh orang lain sesat sangat mudah. Tapi bagi lah hujah secara spesifik dimana sesat, dan berdasarkan apa yang sesat.

    Apa yang membuatkan anda yakin terjemahan yang anda baca betul 100%? sudahkah anda buat perbandingan dan penelitian?

    Atau anda hanya terima bulat-bulat apa yang guru agama ajar?

    Hanya anda sahaja yang tahu, dan jawablah sejujur-jujurnya.

    muaddib

    March 9, 2010 at 4:31 am

  34. Salam Shah,

    3:7 Dialah yang telah mewahyukan Kitab ini kepada kamu – sebahagian dari ayat-ayatnya tegas, ia adalah asas kepada Kitab ini, dan sebahagian lagi adalah simbolik, dan kepada mereka yang dalam hatinya ada kedegilan mereka akan mengikut bahagian yang simbolik, mencari-cari apa yang boleh diselewengkan dan mencari-cari takwil untuknya tetapi tidak ada siapa tahu takwilannya kecuali Allah dan mereka yang berdiri di atas asas yang kukuh berkata: Kami percaya isikandungannya, semuanya adalah dari Tuhan dan tiada yang mengambil berat tentangnya kecuali mereka yang mempunyai kefahaman.

    Saya percaya kepada Kitab Allah sepenuhnya walaupun saya tidak faham bahasa Arab. Saya bergantung sepenuhnya kepada terjemahan orang lain. Terjemahan ayat 3:7 di atas itu pun sebenarnya saya terjemahkan semula dari terjemahan Syakir dalam bahasa Inggeris. Kenapa saya tidak mahu menggunakan terjemahan bahasa Malaysia sedia ada? Sebab biasanya terjemahan BM mengandungi terlalu banyak tafsiran dan itu seringkali menenggelamkan maksud asal sesuatu ayat.

    Seperti yang disebut dalam 3:7, saya lebih selesa mengikut ayat-ayat yang jelas dan tegas dalam menilai sesuatu tafsiran. Misalnya ayat-ayat mengenai larangan menyekutukan Tuhan adalah jelas dan tegas. Jadi mana-mana ayat yang ditafsirkan oleh mana-mana penterjemah yang saya dapati tidak konsisten dengan ketegasan dan kejelasan berkaitan larangan menyekutukan Tuhan, maka saya akan buat penilaian saya sendiri.

    Apa-apa pun jika tuan dapati mana-mana terjemahan semula ayat-ayat Al-Quran yang saya kemukakan tidak betul, tuan boleh tolong betulkan. Saya mengalu-alukannya. Saya yakin para pembaca lain pun begitu juga.

    tolokminda

    March 9, 2010 at 4:34 am

  35. Shah,

    “masalahnya anda tidak faham bahasa arab”.,
    >>>>saya percaya anda faham. Syabas saya ucapkan. Tapi saya harap and terus membaca dan menghalusinya. Ya, saya tak faham bahasa arab.

    “dan tafsir anda sangat berbeza dengan alquran yg saya baca.”
    >>>>sebab itulah ujudnya sunni – maliki, hambali blab la bla bla bla bla, syiah 7, 5, 12, anti-hadis, anti-semua hadis, anti separuh hadis, dan entah apa apa lagi……semua ini hamba tuhan.

    “berani saya katakan anda sedang menyesatkan manusia”
    >>>>>sesat atau beriman sesorang itu Tuhan punya domain. Ingat kesah anak Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth? Shah janganlah masuk capur urusan Tuhan. Kita hanya boleh berkongsi pengetahuan. Shah, faham bahasa Arab bagus, tapi bila shah bercakap begini, ianya mendedahkan kepada saya, minda yang tidak mesra quran.

    Aduh....

    March 9, 2010 at 4:40 am

  36. sebenarnya mudah sahaja kita nak tahu seorang itu angkuh atau tidak.,

    bila diajak belajar,dia malas,bila ditunjukkan bukti,tak mahu percaya,meminta2 lagi..,

    jadi buang masa sahaja melayan orang yg malas belajar macam ni,baik kita fokus pada iman dan amal kita agar di redhai ALLAH…,

    ada baiknya kita pakat2 pergi belajar bahasa arab agar kita dapat fahami alquran mengikut istilah bahasanya sendiri,seperti yg dilakukan oleh mereka2 yg telah berjaya dunia dan akhirat,INSYAALLAH….,

    shah

    March 9, 2010 at 4:44 am

  37. …”ada baiknya kita pakat2 pergi belajar bahasa arab agar kita dapat fahami alquran mengikut istilah bahasanya sendiri,seperti yg dilakukan oleh mereka2 yg telah berjaya dunia dan akhirat,INSYAALLAH….,”

    Shah,
    anda pasti semua oranh di Arab Saudi yang faham bahasa quran berjaya di akhirat? Berjaya dunia mungkin sebab banyak duit petrol…diakhirat saya tak tahu…

    Awak kena banyak membaca dan cuba bergaul dengan mereka ni…anda akan faham maksud saya.

    Aduh....

    March 9, 2010 at 4:51 am

  38. Salam Shah,

    Sudah ramai pun pelajar kita belajar bahasa Arab dan masuk universiti mereka sejak berpuluh-puluh tahun dulu. Tetapi bila balik semula ke sini pencapaian mereka tidak lebih sekadar berjaya jadi klon Arab yang hanya tahu menjaja apa yang telah disuruh kepada mereka supaya hafal.

    Saya minta maaf kalau ada yang terasa dengan kenyataan ini. Tapi cubalah renung dalam-dalam.

    tolokminda

    March 9, 2010 at 4:55 am

  39. Shah,

    Bukan soal bahasa. Ini soal hati. Soal ikhlas. Soal yakin. Pada anda saya malas, degil, angkoh. Tapi adalah lebih matang kalau Shah serahkan soal itu pada Allah?
    Dia Maha Mengetaui.

    Aduh....

    March 9, 2010 at 4:58 am

  40. hehe,,maaf la saudara2,saya juga masih seorang pelajar..,

    pernah seorang peniaga bertanya pada saya,kenapa ye ada orang arab yg minum arak,berzina dan berbuat macam2 dosa lagi.,saya tanya balik pada dia,orang arab tu islam ke kafir,dia jawab,xtau tp orang tu pakai jubah,islam kot.,hehe,pakaian orang arab memang la berjubah.,tp bagaimana kita menilai agamanya?,ic tak leh pakai kat akhirat nanti bang..,hehe

    shah

    March 9, 2010 at 5:18 am

  41. Salam,

    Kalau kita letakkan diri kita sama rata semua manusia, layakkah kita kata orang lain sesat sedangkan nasib kita di akhirat pun belum tentu lagi?

    Pada hemat saya, hanya orang yang angkuh sahaja berani mencampuri urusan Allah untuk menghukum mana-mana individu sesat.

    Kalau pihak A kata boleh kata B sesat, pihak B pun boleh kata A sesat. So apa yang mereka dapat? Hanya nak puaskan hawa nafsu mereka sahaja.

    Tidaklah Al Quran itu diturunkan untuk kita menghukum mana2 individu itu sesat. Yang boleh kita lakukan adalah untuk membezakan mana yang benar dan mana yang palsu. Lepas tu, terpulanglah pada diri masing2 nak pilih ikut kepercayaan masing2.

    Macam saudara Aduh sudah bawakan bukti2 kenapa “kaabah” dalam ayat 5:95 lebih sesuai dimaksudkan sebagai buku lali kerana ada perkataan “baligh” yang sesuai dengan maksud kematangan/kekuatan berdasar beberapa ayat yang dia bawakan.

    Tetapi kalau ada yang nak pegang pada bukti2 yang lemah juga, itu hak masing2.

    Juang

    March 9, 2010 at 5:21 am

  42. maaf saudara juang.,mungkin saya terlanjur kata,cuma apa yg saya nampak,yg ada disini menyerupai apa yg kaum yahudi telah lakukan terhadap injil mereka,harap saya tersalah dalam hal ni,maaf ye…,dan ALLAH ta’ala itu maha mengetahui..,

    salam semua,jumpa lagi nanti…………..,

    shah

    March 9, 2010 at 5:32 am

  43. Salam,

    Pada sy ada betolnya jugaks kate shah tuh belaja bhase arab utk memahami Quran, tetapi ramai orang yg tidak bersempatan utk belaja, ada yg sibuk keje, ada yg takde duit nak belaja… oleh itu guna ajerlah terjemahan sebagai kemudahan dari Tuhan… lagi pun apa jaminannya bila kita tahu bahasa Arab kita dapat memahami al-Quran??

    Orang2 Arab itu sendiri pun tak tahu berkenaan tafsiran al-Quran,… ramai orang2 belaja agama ke timur tengah tuh pun akhirnya ramai yg jadi ulama copy n’ paste… sy cakap nih berfakta, tak caya tanyalah orang2 Arab…

    Jebon

    March 9, 2010 at 5:46 am

  44. “ada baiknya kita pakat2 pergi belajar bahasa arab agar kita dapat fahami alquran mengikut istilah bahasanya sendiri,seperti yg dilakukan oleh mereka2 yg telah berjaya dunia dan akhirat,INSYAALLAH”

    Jika hendak memahami Quran kayu pengukur adalah semata-mata bahasa arab, saya rasa silap-silap komputer yang ada depan mata ni belum lagi dicipta, Macbook belum tentu ada, i-pod apalagi.

    Maklumlah, semua orang habis sekolah tak ada masa nak cipta teknologi baru. Semua kena belajar bahasa arab.

    Tidak semua linguist arab menganut islam, ada juga diantara mereka Kristian.

    Jadi saya tidak nampak menguasai bahasa arab itu satu-satunya cara untuk memahami Quran.

    muaddib

    March 9, 2010 at 6:18 am

  45. Salam,

    Apa jua maklumat yang tertulis dalam bahasa apa sekali pun, untuk memahaminya, sudah pasti orang yang tidak memahami maklumat tersebut kena mempelajari bahasa asal itu atau pun mencari terjemahan yang paling hampir.

    Sama konsepnya kita belajar ilmu sains yang dikembangkan dan ditulis oleh para saintis Barat. Sebaiknya, kita belajar bahasa Inggeris untuk memahami.

    Cuma yang saya hairankan, Al Quran sudah lebih kurang 1500 tahun diturunkan. Yang belajar bahasa Arab pun ramai. Tetapi kenapa isi kandungan Al Quran tidak dapat mudah difahami seperti kita mudah faham ilmu sains yang telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu walaupun ilmu sains itu lebih kemudian dikembangkan oleh manusia?

    Jika manusia ikhlas nak meneroka Al Quran macam ilmuan2 ikhlas nak meneroka kitab2 sains, perihal bahasa bukan satu masalah besar. Tetapi bila ada yang tidak jujur menterjemah sesuatu ayat demi mempertahankan amalan tradisi, itu yang jadi sukarnya.

    Cuba buang segala perasaan angkuh, merasa diri mulia dengan keturunan atau atas nama Islam, pada hemat saya, tidak menjadi satu masalah kita nak faham isi kandungan sebenar Al Quran. Yang pentingnya kena letakkan kejujuran. Jangan nak berdusta. Itu sahaja.

    Sesuatu yang benar, bila diterjemahkan secara jujur, ia tidak akan bercanggah. Kita tidak akan jumpa kontradiksi dalam ayat2 yang diterjemahkan.

    Berapa lama kita belajar ilmu sains yang telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Bukankah ramai anak2 Melayu berjaya lanjutkan pelajaran ke luar negeri berasaskan kefahaman sains yang dipelajari dalam bahasa Melayu itu?

    Ini menunjukkan jika sesuatu proses penterjemahan itu dilakukan dengan jujur tanpa niat nak menyembunyikan sesuatu perkara, ia dapat diterjemahkan menghampiri kepada makna asal dan kefahaman sebenar dapat dicapai.

    Kenapa kitab sains boleh diterjemahkan dengan tepat dan kenapa Al Quran tidak?

    Apakah kita memikirkan semua itu terhadap apa yang diperlakukan kepada Al Quran? Jika kita sendiri tidak pedulikan isi kandungan Al Quran, memanglah sampai Kiamat pun makna sebenar Al Quran sukar difahami.

    Juang

    March 9, 2010 at 6:26 am

  46. Salam.

    Saya yakin Quran yg sebenar ialah di dalam hati kita. Ianya ilmu Allah yg diberi kpd hamba-Nya yg bertaqwa. Quran buku itu hanyalah cermin hati. Kalau hati kotor, yg suci juga pun dia nampak kotor. Kalau hati keliru, ayat Quran yg jelas pun nampak kabur. Tidak ada pertolongan untuk org yg hatinya ada penyakit. Quran buku [cermin] itu boleh musnah, boleh dihempas pecah – tapi hati yg taqwa pd Allah tetap teguh berpegang kpd kalimah Allah.

    Mereka yg beriman pd yg ghaib, tidak dikongkong oleh logika saja. Akal yg diberi Allah itu menjaga kita masa kita sedar, bila pengsan atau tidur – ke mana pergi akal itu. Nak jaga keselamatan kita pun dia tak mampu. Kemampuan akal terbatas – kerana itulah dalam Quran disebut tentang kitab yg jadi penunjuk bagi yg percaya pd yg ghaib, pada ruh. Contoh, Nabi Isa yg digelar Ruhullah – sukar utk pendeta Yahudi percaya boleh lahir anak tanpa bapa. Kalau kita pun, mungkin anggapan sama juga dgn Yahudi tu. Tak logik kan?

    Apakah TM, Juang dan rakan2 akan guna logik dan tuduh Nabi Isa tu anak zina?

    Jesus Ben Siapa

    March 9, 2010 at 6:30 am

  47. Dalam Quran ada cerita kah macam mana kejadian Nabi Isa tu?

    Siapa punya sperma + telur Maryam = Isa?

    Jesus Ben Siapa

    March 9, 2010 at 6:33 am

  48. Salam Jesus Ben Siapa,

    Saya percaya Al-Quran dan jawapan kepada soalan tuan sudah pun diberi oleh Tuhan.

    2:253 Kami telah mengurniakan sebahagian dari rasul kelebihan berbanding yang lain: Kepada seorang dari mereka Tuhan telah bercakap (terus – secara langsung), yang lain kami tinggikan martabat mereka, kepada Isa anak Mariam Kami jadikan dia mukjizat yang nyata dan memperkukuhkannya dengan roh kudus. Jika Tuhan berkehendak, generasi selepas mereka tidak akan bergaduh antara satu sama lain, selepas pencerahan sampai kepada mereka, tetapi mereka bertelingkah, ada yang percaya dan yang lain menolak. Jika Tuhan berkehendak, mereka tidak akan bergaduh sesama sendiri, tetapi Tuhan meneruskan apa yang telah dirancangNya.

    Tuhan kata Isa adalah mukjizat yang nyata. Maknanya kelahirannya itu adalah satu mukjizat. Kalau saya boleh percaya bahawa tongkat Musa boleh bertukar menjadi ular, mengapa saya tak boleh percaya Isa lahir tanpa bapa? Kedua-duanya adalah mukjizat Tuhan.

    Logik apa lagi yang tuan nak?

    tolokminda

    March 9, 2010 at 6:52 am

  49. Salam,

    Siapa punya sperma + siapa punya telur = Adam?

    Jadi, adakah penciptaan Isa itu satu yang tak masuk akal?

    Juang

    March 9, 2010 at 7:22 am

  50. Salam,

    Sesuatu yang nyata tidak logik adalah seperti menyamakan terang dengan gelap, benar dengan dusta, tinggi dengan rendah atau Tuhan dengan makhluk.

    Tetapi yang belum digali atau dikaji, jangan cepat kita mengatakan ia tidak logik. Barangkali logiknya ada, cuma akal kita masih tidak tercapai sahaja.

    Kenapa kita dilarang menyamakan Tuhan dengan mana2 makhluk, ia samalah seperti kita menyamakan terang dengan gelap. Mana mungkin itu boleh berlaku?

    Juang

    March 9, 2010 at 7:29 am

  51. Salam.

    Fenomena Adam, Hawa, Isa a.s. membuktikan bahawa akal saja tidak memadai utk menjelaskan sesuatu.

    Begitu juga Quran, penjelasnya ialah Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda a.s. – tanpa Nabi, kitab Quran tu hanyalah media.

    Quran tak jadi petunjuk kpd kafir, musyrik, munafiq sekalipun mereka guna macam2 tolok utk ukur kebenarannya.

    Jesus Ben Siapa

    March 9, 2010 at 7:31 am

  52. Salam,

    Kalau kita tidak guna akal, kita nak guna nafsukah? Apa lagi tool yang Allah berikan kepada manusia untuk menilai dan membezakan sesuatu perkara sebelum hati mempercayai?

    Kalau kita hidup main percaya sahaja, apa bezanya kita dengan orang2 Yahudi yang percaya Uzair itu anak Allah dan orang2 Nasrani yang percaya Al Masih itu anak Allah?

    Bukankah kita nampak perbezaan di antara orang yang memikirkan apa yang dilihat dan didengar dengan orang2 yang main percaya apa yang disuapkan oleh ajaran tradisi?

    Juang

    March 9, 2010 at 7:37 am

  53. Jangan terencat faham juang. Bukan saya kata jangan guna akal, tapi saya kata guna akal dan …

    Kenapa you cepat sangat melatah?

    Jesus Ben Siapa

    March 9, 2010 at 7:39 am

  54. >>>>Quran tak jadi petunjuk kpd kafir, musyrik, munafiq sekalipun mereka guna macam2 tolok utk ukur kebenarannya<<<<<

    Tak benar tu.

    Dalam quran ada kata;
    "wahai manusia…"
    "wahai anak Adam…"

    Kalau ia hanya petunjuk orang Islam sahaja buat apa quran kata begitu? Ayat seruan haji bermula "Hai manusia…" mengapa?

    Quran adalah petunjuk untuk semua manusia.
    Kalau dia hendaklah…Kalau tak nak tu, turunlah sapa pun dari langit.

    Aduh....

    March 9, 2010 at 7:47 am

  55. Salam,

    Kalau saya bertanya, apakah itu namanya melatah?

    “JBS: tapi saya kata guna akal dan …”

    Dan apakah lagi?

    Blog ini tempat belajar. Jika kita nak menyampaikan sesuatu, biarlah jelas dan terang. Habiskan apa yang kita nak maksudkan.

    Berlaku jujur dan ikhlaslah sesama kita.

    Juang

    March 9, 2010 at 7:50 am

  56. Aduh … Aduh … awak ni sama dng watak dlm cerita pak guard tidor malam tuh.

    Jesus Ben Siapa

    March 9, 2010 at 7:51 am

  57. Jesus Ben Siapa tulis:- Fenomena Adam, Hawa, Isa a.s. membuktikan bahawa akal saja tidak memadai utk menjelaskan sesuatu–

    Jadi jika akal saja tidak memadai, apa lagi tool yg boleh kita dpt utk penjelasan sesuatu??

    Jesus Ben Siapa tulis:- Fenomena Adam, Hawa, Isa a.s. membuktikan bahawa akal saja tidak memadai utk menjelaskan sesuatu.–

    Jadi fenomena Nabi Adam, Hawa, Nabi Isa akal tidak dpt menjelaskannya??

    Jesus Ben Siapa tulis:- Begitu juga Quran, penjelasnya ialah Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda a.s. – tanpa Nabi, kitab Quran tu hanyalah media. —

    Jadi bagaimana pula Quran itu sendiri kata pengajar penerangan al-Quran itu ialah Allah??

    Sy menunggu jawapannya :

    Jebon

    March 9, 2010 at 7:53 am

  58. Juang,

    itu bukan pertanyaan. Itu retorika.

    Bukankah saya dah sebut … dan Rasulullah saw + keluarga baginda

    Awak nih main terjah keling lah🙂

    Cuba you fokus sikit, blur macam keling todi jer nih.

    Jesus Ben Siapa

    March 9, 2010 at 7:55 am

  59. JBS;
    Kalau nak cerita pasal Ali, pasal ahlul bait tu, ceritakan jelah. Saya akan baca….jangan malu malu.

    Aduh....

    March 9, 2010 at 7:55 am

  60. tak payah simbolika simbolika…

    Aduh....

    March 9, 2010 at 7:57 am

  61. faham sangat dah aku dengan syiah syiah ni…
    siap tukar tukar nick lagi

    Aduh....

    March 9, 2010 at 7:58 am

  62. Ok lah. Masa rehat dah tamat, esok jumpa lagi.

    Aduh – dont sleep on duty !

    Jesus Ben Siapa

    March 9, 2010 at 7:59 am

  63. Salam,

    “JBS: Bukankah saya dah sebut … dan Rasulullah saw + keluarga baginda”

    Bukankah Rasulullah pun sampaikan ayat2 Allah yang suruh manusia guna akal juga?

    Dan adakah Rasulullah suruh guna tool lain untuk memahami?
    🙂

    Juang

    March 9, 2010 at 8:00 am

  64. Esok kita diskusi, ok?

    ayat Al-Quran mengatakan, “Katakanlah, hai Muhammad, ‘Aku tidak minta upah apa pun atas hal itu (yakni dakwah risalah) kecuali cinta kasih dalam (terhadap) keluarga’.” (QS Asy-Syura: 23).

    Jesus Ben Siapa

    March 9, 2010 at 8:00 am

  65. ohh…touche…

    Aduh....

    March 9, 2010 at 8:00 am

  66. Salam,

    Macamana la orang nak bersetuju… pertanyaan belum terjawab, hujah belom terbentang… dah cabuut!!!🙂

    Jebon

    March 9, 2010 at 8:04 am

  67. Salam,

    “Aduh: faham sangat dah aku dengan syiah syiah ni…
    siap tukar tukar nick lagi”

    Biasalah tu. Orang2 yang tidak tahu bergantung terus kepada Allah yang beri mereka akal memang macam itu. Ada aje taktiknya nak suruh manusia memuja2 seseorang Nabi.

    Sebab itulah mereka kata suruh pakai akal dan Rasul + keluarga Rasul. Mereka tak berani nak suruh manusia pakai akal dan bergantung pada Allah semata-mata. Hati mereka nak juga ke arah penyekutuan.

    Juang

    March 9, 2010 at 8:06 am

  68. wow Aduh .. you’re awake dude? amazing.
    🙂

    Jesus Ben Siapa

    March 9, 2010 at 8:06 am

  69. JBS tulis;

    Juang,

    itu bukan pertanyaan. Itu retorika.

    Bukankah saya dah sebut … dan Rasulullah saw + keluarga baginda

    Awak nih main terjah keling lah

    Cuba you fokus sikit, blur macam keling todi jer nih.

    ———————————

    beginikah sifat ahlul bait?

    ————

    thanks but NO thanks…..

    Aduh....

    March 9, 2010 at 8:15 am

  70. Syiah Melayu ade, Wahabi Melayu ade, Hambali Melayu ade, Syafieyah Melayu ade, Malikiyah Melayu ade etc…

    Macam-macam ade🙂

    Jebon

    March 9, 2010 at 8:20 am

  71. Salam,

    Kenapa orang Melayu ni suka menurut sesuatu golongan2? Tak bolehkah mereka jadi Melayu yang berjati diri? Berdiri atas diri sendiri?

    Kalau kita renungkan, Nabi Ibrahim ada jati diri baginda sendiri. Baginda tak ikut puak penyembah berhala, tak ikut puak penyembah matahari, tak ikut puak penyembah mana2 sekutu. Baginda ikut apa yang Allah tunjukkan pada akalnya sahaja.

    Kenapa ramai orang Melayu tak boleh contohi sifat2 baginda itu?

    Juang

    March 9, 2010 at 8:25 am

  72. Janganlah marah beb, itu semua perumpamaan. Todi, Keling, Blur, Mabuk cuma metafora.
    You all pun suka buat perumpamaan, macam2 lagik :-

    Tungang tunggek = sembahyang 5-waktu
    Berhala Batu = Kaabah
    Cinta Nabi = Syirik dll dll

    Menyamakan mesej I dgn sifat Ahl Bayt?
    C’mon beb … you can do better than that.

    Jesus Ben Siapa

    March 9, 2010 at 8:26 am

  73. Tom Kurus

    March 9, 2010 at 8:38 am

  74. Salam

    Jesus Ben Siapa, soklan sy diatas masih tak terjawab… kate time rehat dah habis, tapi masih2 bermain-main dipinggiran disini… anda nak berhujah atau beretorika??🙂

    Jebon

    March 9, 2010 at 8:47 am

  75. Ash-Shura Verse 23:

    Literal That (is) what God announced good news (to) His worshippers/slaves , those who believed and made/did the correct/righteous deeds, say: “I do not ask/question/demand you on (for) it a reward/wage except the love/affection in the relations/near.” And who perpetrates/does a good/goodness, We increase goodness/beauty for him in it, that truly God (is) forgiving, thanked/thankful/grateful.

    Yusuf Ali That is (the Bounty) whereof Allah gives Glad Tidings to His Servants who believe and do righteous deeds. Say: “No reward do I ask of you for this except the love of those near of kin.” And if any one earns any good, We shall give him an increase of good in respect thereof: for Allah is Oft-Forgiving, Most Ready to appreciate (service).

    Pickthal This it is which Allah announceth unto His bondmen who believe and do good works. Say (O Muhammad, unto mankind): I ask of you no fee therefor, save lovingkindness among kinsfolk. And whoso scoreth a good deed We add unto its good for him. Lo! Allah is Forgiving, Responsive.

    Arberry That is the good tidings God gives to His servants who believe and do righteous deeds. Say: ‘I do not ask of you a wage for this, except love for the kinsfolk; and whosoever gains a good deed, We shall give him increase of good in respect of it. Surely God is All-forgiving, All-thankful.

    Shakir That is of which Allah gives the good news to His servants, (to) those who believe and do good deeds. Say: I do not ask of you any reward for it but love for my near relatives; and whoever earns good, We give him more of good therein; surely Allah is Forgiving, Grateful.

    Sarwar This is the glad news which God gives to His servants, the righteously striving believers. (Muhammad), say, “I do not ask you for any payment for my preaching to you except (your) love of(my near) relatives.” Whoever achieves virtue will have its merit increased. God is All-forgiving and Appreciating.

    H/K/Saheeh It is that of which Allah gives good tidings to His servants who believe and do righteous deeds. Say, [O Mu

    Malik Such a blessing is the good news which Allah gives to His servants who believe and do good deeds. O Prophet, say to them: “I do not ask you any recompense except your love for being my close relatives.” He that does a good deed shall be repaid many times over. Surely Allah is oft-Forgiving, most-Appreciative.[23]

    Maulana Ali** This it is of which Allah gives the goods news to His servants, who believe and do good. Say: I ask of you naught in return for it but love for relatives. And whoever earns good, We give him more of good therein. Surely Allah is Forgiving, Grateful.

    Free Minds Such is the good news from God to His servants who believe and do good works. Say: “I do not ask you for any wage, except that you show compassion to your relatives.” And whosoever earns a good deed, We shall increase it for him in goodness. Surely, God is Forgiving, Appreciative.

    Qaribullah This is the glad tidings that Allah gives to His worshipers, who believe and do good works. Say: ‘For this I ask of you no wage except the love of the (Prophet’s) relatives. We will add good to whosoever gains a good deed. Allah is the Forgiving and the Thanker. ‘

    George Sale This is what God promiseth unto his servants who believe and do good works. Say, I ask not of you, for this my preaching, any reward, except the love of my relations: And whoever shall have deserved well by one good action, unto him will we add the merit of another action thereto; for God is inclined to forgive, and ready to reward.

    JM Rodwell This is what God announceth to his servants who believe and do the things that are right. SAY: For this ask I no wage of you, save the love of my kin. And whoever shall have won the merit of a good deed, we will increase good to him therewith; for God is f

    Asad that [bounty] whereof God gives the glad tiding to such of His servants as attain to faith and do righteous deeds.

    Khalifa** This is the good news from GOD to His servants who believe and lead a righteous life. Say, “I do not ask you for any wage. I do ask each of you to take care of your own relatives.” Anyone who does a righteous work, we multiply his reward for it. GOD is Forgiver, Appreciative.

    Hilali/Khan** That is (the Paradise) whereof Allah gives glad tidings to His slaves who believe (in the Oneness of Allah Islamic Monotheism) and do righteous good deeds. Say (O Muhammad SAW): “No reward do I ask of you for this except to be kind to me for my kinship with you.” And whoever earns a good righteous deed, We shall give him an increase of good in respect thereof. Verily, Allah is Oft-Forgiving, Most Ready to appreciate (the deeds of those who are obedient to Him).

    QXP Shabbir Ahemd** This is the good news from Allah to His servants who believe and lead a righteous life. Say, “No reward do I ask you for this other than that you show loving kindness to the ones near (in the human bond, and thus seek the Way to your Lord (25:57)).” For, anyone who benefits people, We shall grant him additional good. And, verily, Allah is ever Absolver of imperfections, Responsive to gratitude.

    Berbeza-beza.

    muaddib

    March 9, 2010 at 8:49 am

  76. Salam,

    Samalah yang mengajar kata kaum2 lain tu kafir adalah metafora.

    Ada baiknya anggap semua manusia sama sahaja. Aman jiwa.🙂

    Juang

    March 9, 2010 at 8:49 am

  77. Mana ulama2 JAKIM, JAIS, ABIM, IKIM, etc nih, takde yg berani nak berhujah disini ker???

    Takkan duit masuk & populariti baru nak berhujah…🙂

    Jebon

    March 9, 2010 at 9:08 am

  78. Life is too short.

    Hidup ini bukannya untuk benci-membenci sesama manusia.

    Peace🙂

    Juang

    March 9, 2010 at 9:23 am

  79. Salam Muaddib,

    Saya lebih percaya kepada terjemahan Free Minds.

    42:23 “Such is the good news from God to His servants who believe and do good works. Say: “I do not ask you for any wage, except that you show compassion to your relatives.” And whosoever earns a good deed, We shall increase it for him in goodness. Surely, God is Forgiving, Appreciative”.

    Alasan saya:

    1. Nabi tidak berkehendak apa-apa balasan dari tugasnya menyampaikan wahyu Tuhan jadi tidak ada sebab sesuatu perlu dikaitkan dengan keluarganya.

    2. Berbuat baik dan memberi nafkah kepada ibubapa dan ahli keluarga merupakan salah satu amalan baik yang ditetapkan oleh Tuhan dalam banyak ayat-ayat Al-Quran.

    Oleh itu kenyataan “aku tidak minta kamu memberi apa-apa ganjaran, kecuali supaya kamu tunjukkan kasih sayang kepada keluarga kamu” adalah lebih menepati nilai yang disebut berulang-ulang kali di dalam Al-Quran.

    Secara prinsipnya Al-Quran sememangnya diturunkan untuk memberi pedoman kepada setiap individu dan keluarga mereka.

    tolokminda

    March 9, 2010 at 10:02 am

  80. Salam,

    Saya setuju dengan pendapat TM tu. Bermula pada kita, sampaikan kasih sayang kepada isteri dan anak2. Anak2 yang membesar dengan kasih sayang, akan mencontohi perkara yang sama kepada pasangannya dan anak2nya pula. Akhirnya terbentuklah masyarakat yang hidup penuh berkasih-sayang.

    Juang

    March 9, 2010 at 10:37 am

  81. TM,

    saya juga.

    kepada mereka yang menerima bahawa harus cinta pada keluarga Muhammad, sepatutnya bawa bersama justifikasi anda.

    muaddib

    March 9, 2010 at 11:43 am

  82. 54:32. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

    Allah telah janjikan bahawa Al Quran itu mudah difahami asalkan niat hati kita ikhlas nak jadikan Al Quran itu sebagai peringatan. Apakah Allah akan menyalahi janjiNya.

    Jika Allah sudah berjanji memudahkan Al Quran kalau kita mahu mengambil Al Quran sebagai peringatan, apakah ada alasan lagi bagi manusia mengatakan Al Quran itu susah difahami?

    Yang rasa susah nak faham Al Quran kerana mereka tak mahu ambil peringatan, iktibar, pedoman yang ada dalam Al Quran. Itu sahaja puncanya.

    Apakah mereka percaya kepada Allah yang menjanjikan Al Quran itu mudah?

    Juang

    March 9, 2010 at 2:35 pm

  83. Salam/Peace,

    Saya baca komen2 di atas, ada dua jenis komen.

    Satu komen berserta hujah2 yang jelas atau bukti2 yang kukuh atau ayat2 yang nyata.

    Dan satu lagi hanya perkataan perkataan kosong yang disertakan dengan sindiran atau makian.Saya dapati mereka ini masih belum terbuka mindanya.Bangsa Melayu setahu saya adalah bangsa yang pantang dicabar.Tetapi dalam hal yang berkaitan dengan agama keturunan mereka, mereka cepat melatah.Mereka hanya tahu marah dan tidak sabar.Mengapa begini?

    Bukankah Tuhan menyuruh kita berdebat dengan jalan yang baik dan disertakan dengan bukti2/ayat2? Apakah ada bukti2/ayat2 yang dapat disangkal selain dari bukti2/ayat2 Allah?

    Sememangnya terjemahan/tafsiran berbeza-beza dari tiap2 seseorang.Bukankah Allah menciptakan manusia itu berbagai bagai kaum, bangsa, kulit, dan bahasa tidak sama supaya mereka saling kenal mengenal?

    Kita diberi otak untuk berfikir serta diberikan jalan yang kesudahannya baik atau buruk.Jadi terpulanglah pada diri sendiri untuk menentukan….

    39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

    Sangat sesuai dengan tajuk yang diberikan ‘Pendapat kita tanggungjawab kita’…

    Aman/Peace..

    wolverine

    March 9, 2010 at 4:37 pm

  84. Salam Wolverine,

    Semua itu akan berubah bila datang kesedaran untuk menjadi peserta yang bertanggungjawab di dalam blog ini.

    Apabila kita didik diri untuk jadi insan yang bertanggungjawab di dalam blog sebegini yang mana hanya Allah dan kita sahaja yang tahu apa kita buat, maka di dalam kehidupan nyata pun kita akan jadi insan yang bertanggungjawab.

    Ramai manusia menunjuk baik di hadapan orang ramai, tetapi bila mereka dilindungi tabir skrin PC mereka, mulalah terpancar segala yang tersembunyi dalam hati. Tetapi jika di alam yang terselindungi ini pun kita sudah didik diri untuk jadi insan bertanggungjawab, maka di alam sebenar kita akan jadi seperti diri kita sendiri, bukan orang2 yang hipokrit.

    Ada manusia tidak sedar yang Allah memerhatikan apa yang tangan2 mereka tulis pada blog ini. Mereka ingat oleh kerana orang lain tidak nampak mereka, maka mudahlah mereka nak menghamburkan segala ketidakmatangan mereka di sini. Tetapi bukankah amalan baik atau jahat sebesar atom pun Allah akan balasi? Tidakkah mereka mempunyai minda?

    Juang

    March 10, 2010 at 12:57 am

  85. Bukan senang untuk meyakinkan mereka yang sudah sebati dengan agama nenek moyang ni. Tambak2 lagi kalau mereka tu lahir dari golongan ulamak, lmam2, bilal2, ustaz2 dan ustazah2… lebih ketara lagi dari kalangan syeikh2 atau syed2. Bangga sangat dengan pangkal nama tersebut. Pewaris nabilah katakan.

    Saya bernasib baik kerana tidak lahir dari kalangan2 di atas. Sejak kecil saya dah mula memberontak pasal agama. Di sekolah dulu selalu kena marah kat ustaz kerana bertanya yang bukan2. Sehingga dikatakan, ayah dan ibu awak tak ajar ke… Kadang2 terasa malu juga dengan kawan2.

    Bila dewasa pun saya masih nakkan kepastian pada satu-satu perkara mengenai amalan kita seharian. Kenapa begitu, kenapa tak boleh begini.Pelukah kita buat itu dan ini dan kenapa…

    Saya bersyukur kerana saya terbuka dalam hal ini. Pada saya ini satu kebaikan walaupun sering dikatakan dengan pelbagai kata-kata yang tak sedap didengar…

    penulis

    March 10, 2010 at 1:52 am

  86. Salam Penulis,

    Itulah cabaran dalam mencari kebenaran. Saudara bukan berseorangan menghadapi perkara ini. Jika Nabi2 terdahulu pun mengalami nasib yang sama dalam mencari kebenaran, apatah lagi kita.

    Memang benar, jika kita dari kecil telah dididik untuk merasa angkuh dan bangga diri dengan ajaran tradisi, keberangkalian nak terbuka minda itu memang sukar. Perasaan angkuh merasakan dilahirkan dari keturunan yang mengaku Islam itu telah menyebabkan kita merasa kita mulia dan memandang kaum2 lain adalah kafir dan hina. Itu yang diajar oleh para ustaz dan ustazah kita dahulu.

    Walhal macam mana kita merasakan ajaran tradisi kita betul, macam itulah yang kaum2 lain rasa ajaran tradisi mereka betul. Layakkah kita hukum mereka kafir sedangkan kita sendiri takut nak berubah meninggalkan ajaran tradisi?

    Kalau kita kata kaum-kaum lain kafir semata-mata kerana kecintaan mereka pada ajaran tradisi mereka, sebenarnya kita mengatakan pada diri kita sendiri sebab kita pun 2×5 taksub pada ajaran tradisi.

    Ambil contoh seperti Nabi Ibrahim yang berhijrah dahulu daripada ajaran tradisinya dalam mencari kebenaran. Semangat dan keberanian itulah yang patut kita contohi.

    Format balik minda kita yang telah di”install” bermacam-macam “virus” yang merosakkan “sistem operasi” dalam diri kita selama ini.

    Bila sudah format, install balik sistem operasi berkualiti (Al Quran) yang mempunyai “anti-virus” agar kita tidak dijangkiti penyakit-penyakit hati lagi.

    Kemudian kita akan merasakan perubahan diri yang lebih aman, jauh daripada permusuhan, bersistematik seperi sebuah PC yang baru diformat dan diinstall dengan OS yang berkualiti.

    Juang

    March 10, 2010 at 2:13 am

  87. maafkan saya para pembaca…
    pada pemahaman saya yang kerdil ni apa yang cuba disampaikn oleh tolokminda dan rakan 2 adalah… selama ini…ibadah yang telah kita lakukan selama hampir 1500 tahun ini telah salah… rasulullah telah salah, khalifah ar rashidin telah salah, imam2 besar seperti imam syafie, imam ghazali, wali songo dan kemungkinan juga tok, ayah kita telah salah(dalam konteks ibadah/roh islam).. ibadah seperti solat, haji dan sebagainya yangg telah terbukti melalui sejarah adalah tidak betul hanya kerana mereka membuat tafsiran yang baru bagi AL Quran dan tidak berada di zaman rasulluah…hmmm… berat tu….berdebat boleh para sahabat.. tapi berlaku benar la yer… saya sudah katakan..kalau betul tujuan tolokminda kerana ALLAH tolong bincangkan tentang hadis dan juga sunnah.. disudut mana yang anda semua rasa hadis n sunnah tidak boleh dipakai? saya tertanya2..kalo mgikut pegertian sebilangan besar pembaca disini yang berangapan semua jawapan sudah ada didalam al Quran… macamana yer dengan pekara atau keadaan moden di masa sekarang yg tiada didalam Al QUran? pada siapa kita hendak membuat rujukan n perbandingan.. mungkin pada blog ini kot… saya tengok pon, kebanyakan anda semua macam tersangat mahir dgn tafsiran Al Quran… semoga hidayah akan terpancar pada kita semua..insyallah…

    Hamba Allah

    March 10, 2010 at 3:19 am

  88. Jangan hanya beretorik semata2…

    Hamba Allah

    March 10, 2010 at 3:21 am

  89. Mungkin Hamba Allah tidak baca respon saya kepada komen beliau: OK lah saya copy dan paste balik jawapan saya:

    ==========

    Kalau soalan tentang hadis Al Quran juga memberi panduan kepada kita dalam 28 ayat yang mempunyai perkataan “Hadith” – dan diantaranya:

    “Allah menurunkan “Hadith” yang paling baik sekali sebagai Kitab yang serupa berulang-ulang. Gementar olehnya kulit-kulit mereka yang takut kepada Tuhan mereka – kemudian ianya menjadi tenang kulit-kulit dan hati mereka apabila mengingati Allah – demikian itulah petunjuk Allah – Dan Dia memberi petunjuk dengannya kepada sesiapa Dia kehendaki. (39:23)

    sambungan dari 39:23

    “Dan barang siapa yang disesatkan Allah – maka tidak ada baginya sebarang petunjuk. (39:23)

    “Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepada kamu dengan benar. MAKA DENGAN “HADITH” MANAKAH sesudah Allah dan ayat-ayatNya mereka akan beriman.” (45:6)

    “Celakalah bagi setiap yang banyak membuat dusta dan berdosa – dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya – tetapi dia tetap menyombongkan diri seolah-olah dia tidak mendengarnya. Maka berilah berita gembira kepadanya dengan azab yang pedih.” (45:7-8)

    Baca betul-betul dan fikir. Tuan Hamba Allah mahu percaya atau tidak – itu terpulang pada diri sendiri.
    Kalau rasa apa yang diterjemahkan diatas salah – sila beri terjemahan yang lebih baik – perkataan demi perkataan tanpa tokok ditambah.

    ===========

    Pertanyaan saya kepada Hamba Allah:

    Tolong beri nas-nas Al Quran mengapa kita harus percaya kepada “hadith” selain daripada Al Quran. Perkataan “Hadis” kita pinjam dari bahasa Arab.

    Ayat manakah dalam Al Quran Allah menyuruh kita untuk percaya kepada “hadis” selain daripada Al Quran.

    Kalau nak pakai modal ulamak-ulamak penipu dengan petikan ayat-ayat:

    “Taat Allah dan Taat rasul” atau

    “Apa yang rasul beri terimalah – dan apa yang rasul larang tinggallah (dalam sura 59:7)”

    Ini semua sudah basi. Mereka sudah tak berani pakai lagi ayat-ayat ini sebab apabila ayat-ayat ini apabila dibaca dengan penuh – ianya dengan jelas mendedah penipuan mereka.

    Tetapi kalau Hamba Allah nak try juga – boleh juga – sekurang-kurang kita boleh berbincang.

    Apa yang disoal oleh Hamba Allah tentang orang dulu-dulu – Firaun juga membuat soalan yang serupa dengan Hamba Allah: Cerita ini dapat dibaca dalam Sura 20 ayat 49-52 seperti berikut:

    Firaun: “Siapakah Tuhan kamu Wahai Musa?

    Musa: “Tuhan aku Dialah yang mengadakan setiap kejadian dan kemudian Dialah yang memberi petunjuk.”

    Firaun: “Bagaimana dengan orang-orang dulu?”

    Musa: “Pengetahuan tentang itu hanya disisi Tuhanku saja – dalam KitabNya. Tuhanku tidak silap dan Dia tidak lupa.”

    Tuan Hamba Allah – janganlah ikut perangai Firaun yang suka bertanya tentang orang-orang dulu. Orang-orang dulu punya problem Allah akan handle – tapi problem kita sekarang macam mana?

    Gunumaro

    March 10, 2010 at 4:02 am

  90. Terima kasih Gunumaro..
    alhamdulilah rasa-rasa nya saya faham apa yang cuba disampaikan oleh saudara…. tapi adakah saudara faham apa yang cuba disampaikan oleh saya?

    saya harap janganlah saudara mgangap saya seperti firaun dan kafir ya…

    tentang persoalan saudara pula…secara jujur saya tidak mampu menjawabnya..kerana saya tidak mahir….🙂

    insyallah, saya akan cari masa atau sahabat2 sekalian boleh membuka topik ini..

    saya ingin megutarakan lagi persoalan… (maaf saya ni sgt kerdil ilmu nya)

    Apa perlunya Allah s.w.t menurunkan Rasul-Nya jika sudah cukup AlQuran dapat difahami oleh segenap manusia?

    Hamba Allah

    March 10, 2010 at 4:21 am

  91. Salam Hamba Allah,

    Apa perlunya Allah s.w.t menurunkan Rasul-Nya jika sudah cukup AlQuran dapat difahami oleh segenap manusia?

    Perlunya rasul adalah untuk menyampaikan KitabNya kepada kita semua, supaya kita dapat baca dan faham bagaimana Tuhan mahu kita menjalani hidup yang dapat memberi kebaikan di dunia dan akhirat.

    Siapa kita nak pertikai kaedah yang Tuhan gunakan untuk memberi pedoman kepada kita?

    tolokminda

    March 10, 2010 at 5:39 am

  92. Hamba Allah tulis:

    “Apa perlunya Allah s.w.t menurunkan Rasul-Nya jika sudah cukup AlQuran dapat difahami oleh segenap manusia?”

    Respon saya:

    “Katakanlah, taatlah Allah dan taatlah rasul. Sekiranya kamu berpaling – maka ketahuilah – sesungguhnya dia bertanggung jawab atas dirinya sendiri – dan kamu bertanggung jawab atas diri kamu sendiri – dan sekiranya kamu mentaatinya – kamu akan mendapat petunjuk. Tidaklah atas rasul itu ‘KECUALI MENYAMPAIKAN SAHAJA”. (24:54)

    Apa rasul kata tentang apa yang dia sampaikan kepada kita:

    “Sesungguhnya tiada seorang pun (aha-dun) yang dapat melindungi aku dari Allah – dan aku tidak mencari selain daripadaNYa untuk berlindung – KECUALI UNTUK MENYAMPAIKAN DARI ALLAH DAN RISALAHNYA – dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan rasulNya – maka sesungguhnya baginya api Jahanam. Mereka akan kekal didalamnya buat selama-lamanya.” (72:22-23)

    Allah minta hamba-hambaNya supaya Taat kepadaNya dan kepada rasulNya yang membawa risalah Dia. Mengapa harus kita ingkar dengan mentaati manusia-manusia yang tidak dilantik oleh Allah sebagai rasul? Kemudian kita muliakan mereka dengan pelbagai gelaran untuk mengagongkan mereka seolah-olah Allah telah beri mereka kuasa untuk mendapatkan petunjukNya.

    Apakah manusia sudah terlalu buta sehingga tidak dapat membuat perbezaan siapa rasul dan siapa bukan rasul.

    Gunumaro

    March 10, 2010 at 5:58 am

  93. Salam,

    Ramai orang salah anggap ungkapan taat kepada rasul bermaksud mereka perlu taat kepada kitab hadis kerana mereka beranggapan bahawa hadis-hadis yang terkandung di dalamnya benar-benar merekodkan percakapan dan perbuatan Nabi secara verbatim.

    Padahal tugas nabi adalah menyampaikan Al-Quran. Apa yang patut kita tahu tentulah semua ada di dalam Al-Quran.

    tolokminda

    March 10, 2010 at 6:13 am

  94. assalammualailum

    sebenarnya kita bukan sahaja diperintahkan untuk menggunakan akal,tetapi menundukkan nafsu juga adalah satu perintah,menggunakan akal tanpa mengawal nafsu akan ingkarlah kesudahannya.,

    benar nabi Ibrahim alaihi salam mengajar kita berfikir,tetapi masih ada ramai nabi selepas beliau(as),dan nabi Muhammad salallah alai wassalam penutup segala nabi,rasul yg terakhir,membawa agama yg sempurna,mengajar kita menggunakan akal dan menundukkan nafsu,jadi mengapa kita harus berpaling pada agama nenek moyang beliau(saw)?..,

    ikutlah ALLAH dan ikutlah rasulnya,hidup ini hanya untuk mencari keredhaan ALLAH,apa kata berhenti seketika,baca semula komen2 diatas,perhatikan siapa yg sedang merosak dirinya sendiri,nasihat saya bacalah alquran dari mula,bermula dengan bismillah,kemudian mengikut susunan surah2nya,mudah2an kita akan mendapat petunjuk jika ALLAH ingin memberikan petunjukNYA…,

    bukan saya tidak mahu menghadirkan tafsir tapi saya takut akan ada yg mempermainkan ayat2 ALLAH, nauzubillah….,maaf bukan pada kalian tapi hanya pada ALLAH lah ku memohon maaf,hanya DIAlah maha pengampun lagi maha penyayang….,

    disini bukan tempat belajar sebab takde guru disini,jadi pada sesiapa yg nak belajar carilah tempat yg sesuai ye..,anda pun bukan budak2 lagi nak ditunjuk sana sini,nak dipimpin kesana kemari,jadi gunakanlah akal tu sebaik2nya ye.,jangan lupe tundukkan nafsu tu sekali ye,dalam alquran ada caranya…..,

    sama2lah kita cari keredhaan ALLAH,dan aku berserah hanya padamu YA ALLAH………

    shah

    March 10, 2010 at 10:42 am

  95. terima kasih shah…🙂

    alhamdulliah…. saya juga sependapat dengan anda berkaitan tafsiran Quran itu…

    saya juga sudah mula bimbang….

    tapi insyallah… ALLAH bersama dengan pihak yang benar…

    Hamba Allah

    March 11, 2010 at 11:45 am

  96. Jika saya membangkang pendapat2 disini janganlah anggap
    saya membangkang anda.Hanya sekadar membela jalan Allah.
    Jika FIRAUN berkata benar,…maka wajib kita terima.

    Ada manusia mengatakan,..bahawa mereka lihat ramai
    umat Islam menyembah BATU BESAR di Mekah.Pendapat itu
    tak salah dan memang logik ikut HUKUM AKAL.Tapi belum’
    tentu benar dari apa yg.Allah maksudkan.

    Begitu juga saya nampak didalam Kuil2 terdapat orang2
    yg.BERDIRI,..RUKU..dan SUJUD sedangkan hati mereka
    sedang mengeshakan tuhan yg.satu….melalui ritual
    yg.berlainan.

    Tapi…bila manusia tak punya ritual2 tertentu….
    hanya Allah saja tau…KIBLAT mereka dan amal mereka
    sebenar.

    Ada orang buat amalan jimat cermat kerana takut
    susah.
    Yang memahami Alquran,..melakukan amal jimat
    cermat kerana tak suka membazir.Membazir tu amalan
    setan.
    Apakah amalan kedua jenis manusia tu sama.Dari sudut
    ritualnya memanglah sama dan hasilnya pun sama, tapi
    yg.dapat pahala kebajikan akhirat tak sama.

    Tok Syam

    March 14, 2010 at 9:20 pm

  97. Contoh orang yang sayang kepada selain dari Allah – hati mereka “BERIMAN” kepada apa yang mereka cintai.

    Bani Israel umpamanya jatuh cinta kepada “Anak Sapi” yang dibentuk oleh tanggan-tanggan manusia sendiri – satu ide dari Samiri.

    Apabila Nabi Musa minta mereka beriman hanya kepada apa yang diturunkan oleh Allah – mereka kata OK – (serupa dengan kebanyakan orang-orang Melayu termasuklah Tok Syam).

    Tetapi mereka tidak akan mengikutinya – ini disebabkan hati-hati Bani Israel sudah kuat beriman kepada “Anak Sapi” (Serupa dengan hati kebanyakan orang-orang Melayu yang kuat beriman kepada rumah “BATU”):

    “Sesungguhnya Musa telah datang kepada kamu dengan bukti-bukti – kemudian kamu jadikan anak sapi dari sesudahnya – dan kamu adalah orang-orang yang zalim.” (2:92)

    “Dan ketika Kami ambil perjanjian dari kamu, Kami tinggikan atas kamu Thursina – maka berpegang teguhlah kepada apa yang Kami berikan kepada kamu dengan sekuat-kuatnya dan dengarlah! – Mereka berkata “Kami mendengar dan kami tidak akan taat – Dan diserapkan dalam hati mereka ANAK SAPI kerana kekafiran mereka….. (2:93)

    sambungan dari 2:93,

    “Katakanlah, amat buruklah apa yang memerintah kamu dengannya “IMAN” kamu – jika kamu kamu orang-orang mukmin.” (2:93)

    “Sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangkan dalam Quran untuk peringatan – dan tidak lain mereka menggesa lari.” (17:41)

    Tok Syam, lain kali kalau nak beri contoh – cari contoh dari Al Quran sebagai pelajaran. Cerita agama Hindu tak masuk dalam Kitab Allah – tapi boleh jugalah – sebab Tok Syam tidak mahu percaya kepada Kitab Allah – kecuali kalau Tok Syam dibenarkan menokok tambah ayat-ayat dengan hadis-hadis yang dia pelajarai dari tuhan-tuhan lain disamping Allah.

    Gunumaro

    March 15, 2010 at 2:08 am

  98. Salam,

    Orang yang sudah ketagih menghisap rokok, mereka akan beri bermacam-macam alasan untuk menjustifikasikan amalan merokok itu baik. Masa sudah kena penyakit jantung, kanser atau penyakit2 lain yang berisiko besar kepada perokok dan tunggu masa nak mati, barulah mereka nak menyesal “kenapalah aku tak ikut amaran kerajaan tentang bahaya merokok yang tercatat pada kotak rokok itu”.

    Begitulah dengan amalan sembah “Anak Sapi”, “batu” atau objek-objek lain. Orang yang sudah ketagih dengan amalan itu akan memberi bermacam-macam alasan walaupun mereka tahu Kitab Allah tidak mengajar amalan itu. Masa nak mati nantilah baru mereka menyesal kerana mendustai Kitab Allah.

    Juang

    March 15, 2010 at 3:17 am

  99. Tok Syam menulis,

    Ada manusia mengatakan,..bahawa mereka lihat ramai
    umat Islam menyembah BATU BESAR di Mekah.Pendapat itu
    tak salah dan memang logik ikut HUKUM AKAL.Tapi belum’
    tentu benar dari apa yg.Allah maksudkan.

    Saya nak tanya Tok Syam,

    Siapakah sebenarnya yang telah mengajar umat islam sembah batu besar di Mekah?

    Kalau Tuhan, berikan buktinya.

    Kalau Nabi – berikan buktinya.

    Kalau cerita hikayat – berikan bukti Tuhan telah memberi authoriti ke atasnya.

    Saya berpendapat amat-amatlah penting untuk kita pastikan authoriti siapakah yang kita gunapakai untuk mewajarkan kita mengamalkan menyembah batu besar di Mekah sebagaimana yang Tok Syam katakan.

    tolokminda

    March 15, 2010 at 3:55 am

  100. Salam,

    “TS: Ada manusia mengatakan,..bahawa mereka lihat ramai
    umat Islam menyembah BATU BESAR di Mekah.Pendapat itu
    tak salah dan memang logik ikut HUKUM AKAL.Tapi belum’
    tentu benar dari apa yg.Allah maksudkan.”

    Ada manusia mengisahkan burung hud-hud melihat ramai rakyat di bawah kerajaan Ratu Balqis menyembah matahari. Bila burung hud-hud mengkhabarkan kepada Sulaiman, maka akal baginda menjustifikasikan itu adalah amalan menyekutukan Allah. Tetapi apakah hukum akal baginda itu belum tentu benar dari apa yang Allah maksudkan?

    Bagi yang tidak percaya kepada Sulaiman, pastilah mereka beri alasan begitu. Tetapi bagi yang percaya, mereka mudah nampak perbuatan itu adalah menyekutukan Allah (menyembah berhala).

    Juang

    March 15, 2010 at 5:12 am

  101. Terpulang pada anda untuk beriman dan beramal.Itu bukan
    urusan aku.Kalau anda mengatakan umat Islam ke MEKAH
    sebagai sembah batu….maka itu adalah kecenderungan
    akal anda…sedangkan orang yg.tak buat ritual sembah
    batu seperti anda juga tak terkecuali dari taksub
    dengan akal yg.terbatas itu.

    Allah tak suruh guna akal untuk mengubah maksud tafsiran
    sendiri…tapi gunakan akal untuk melihat apa yg.
    diluar Alquran iaitu tanda2 kejadian.

    Kalau dah perkataan BERDIRI,RUKUK dan SUJUD,ZAKAT dan
    PUASA dah disamakan sebagai komitmen biasa…….
    Berok2 kat hutan pun tak pakai kitab dah tau buat
    komitmen.Tau masa tidur,tau waktu cari makan….tak
    payah Allah sebut dengan perkataan Berdiri,solat,
    rukuk dan sujud.

    Tok Syam

    March 15, 2010 at 6:46 am

  102. Salam Tok Syam,

    Beruk di hutan tu hidup patuh kepada perintah Allah kan? Sedang manusia majoritinya sesat jalan. Itulah bezanya beruk dan manusia. Beruk hidup tanpa menyekutukan Tuhan dengan apa-apa pun. Manusia sesat kerana mereka mengada-adakan sekutu kepada Tuhan.

    tolokminda

    March 15, 2010 at 8:23 am

  103. Jika haiwan2 tak berakal sempurna dan Allah telah
    nyatakan manusia lebih sempurna akalnya…..mengapa
    perlu banyak penjelasan dan diulang ulang ayat yg.sama.

    Tak mampu kah manusia tu memahami dengan cara logik.
    Kalau ikut cara ibadah yg.disyorkan anda…rasanya
    mudah saja jalan islam tu.

    Pertama percaya adanya tuhan yg.berkuasa dan padanya
    untuk meminta apa saja.
    Kemudian buat komitmen untuk hidup supaya tak susah
    dan hiidup sebagai manusia yg.berbeda dengan haiwan.

    Kalau hanya untuk pesanan tu….rasanya tak perlu pun
    rasul2 dan nabi.Ulama pun tak payah ikut.Sebab semua
    manusia boleh latih akalnya berfikir logik…..
    sebagaimana haiwan2 boleh patuh dan bertasbih tanpa
    diajar nabi dan rasul atau ulama.

    Mak ayah haiwan tu sendiri pun dah boleh ajar anak2nya.

    Tok Syam

    March 15, 2010 at 9:35 am

  104. Salam Tok Syam,

    Tuhan turunkan Kitab Petunjuk kerana manusia ni cenderung untuk mempersekutukan Tuhan. Tuhan kata Dia memberi Pedoman kerana belas kasihannya terhadap kita. Kalau tak kerana Tuhan kasihan kepada manusia, tentu Dia tak beri kita apa-apa Petunjuk.

    tolokminda

    March 15, 2010 at 9:57 am

  105. Salam

    “TS: Kalau hanya untuk pesanan tu….rasanya tak perlu pun rasul2 dan nabi.Ulama pun tak payah ikut.Sebab semua manusia boleh latih akalnya berfikir logik…..”

    Benar, kalau semua manusia tahu guna akal masing2 untuk membezakan baik-buruk, keadaan manusia itu samalah dengan sifat-sifat Rasul iaitu seorang yang tahu guna akal untuk membezakan baik-buruk.

    Malah walaupun dibangkitkan Rasul dan diturunkan Kitab, ayat-ayat Allah dalam Kitab itu hanya berguna kepada orang-orang yang menggunakan akal.

    Di sini kita nampak, dibangkitkan Rasul dan diturunkan Kitab itu kerana Allah Pengasih kepada manusia kerana ada manusia yang takut guna akal sendiri gara-gara ditakut2kan oleh syaitan2 yang nak mengembala masyarakat.

    Namun bagi yang tak mahu guna akal, walaupun dibangkitkan Rasul dan diturunkan Kitab, sama sahaja keadaan mereka untuk tidak mempercayai lagi. Mereka itu bisu, buta dan pekak.

    Juang

    March 15, 2010 at 10:12 am

  106. Salam Tok Syam,

    Sebagai tambahan saya kemukakan ayat-ayat 17:81-82 jika tuan masih belum jelas mengapa Tuhan menurunkan Al-Quran/Al-Kitab kepada manusia.

    17:81 Dan katakan: Kebenaran telah sampai dan kepalsuan telah lenyap; sesungguhnya kepalsuan sememangnya suatu yang akan lenyap.

    17:82 Dan kami telah mengirimkan kepada kamu Al-Quran yang menyembuhkan dan belas kasihan kepada mereka yang percaya. Dan ia hanya menambahkan kerugian kepada mereka zalim.

    Ayat-ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa Al-Quran diwahyukan Tuhan untuk melenyapkan kepalsuan dan menegakkan kebenaran supaya ia menyembuhkan kita dari kepercayaan yang sia-sia lagi berat hukumannya di sisi Allah. Maka jika kita percaya kepada Al-Quran maknanya kita dilindungi dengan belas kasihan Allah.

    tolokminda

    March 15, 2010 at 1:35 pm

  107. Bukan sebab mereka tak berakal…tapi sebenarnya
    mereka malas memahami Alquran.Sekiranya mereka
    bersungguh sungguh ingin beriman maka yg.utama adalah
    buka Alquran…kemudian barulah baca ilmu2 yg.lain.

    Tanpa Alquran dalam diri,..bagaimana mungkin membuat
    bandingan ilmu hadith yg.kukuh atau lemah.Kalau
    berguru pun…akan jadi pak turut.

    Memang pada mulanya…seseorang tidak akan faham
    Alquran dan melihatnya sebagai cerita2 sejarah lama.
    Sekiranya berkali2 baca pun tak faham….tandanya
    hati tu masih ada kekotoran.Dengan itu..wajiblah
    cuci hati.

    Nak cuci hati,…bukan terus pakai zikir2 power…
    kenalah rukukkan dan sujudkan sifat nafsu yg.biasanya buat kerja tak ikut undang2 dan sistem.

    Bila hati dah mula bersih…barulah ayat2 Allah boleh
    disimpan.Kalau hati kotor…pakai zikir power pun
    tak mujarab.

    Tok Syam

    March 15, 2010 at 5:47 pm

  108. Ada orang yg.memikirkan…kenapa lah tuhan tu adakan
    manusia.Kan ke elok cipta haiwan2 dan tumbuhan.
    Allah pun dah tau akan perihal manusia ne…yang degil,
    yg.jahat,yang zalim dan macam2.Yang baik tu tak payah
    cerita.

    Malaikat2 pun dah berbetah dengan Allah tentang perihal
    manusia.Tapi Allah kata…DIA lebih mengetahui.Apakah
    maksud Allah mengetahui tu ialah tau siapa yg.nak
    disumbatkan ke neraka atau kesurga.

    Allah kata…DIA cipta dunia ne penuh hiburan dan
    permainan yg.melalaikan.Isteri , anak2 dan harta
    benda akan melalaikan.Apakah sengaja Allah nak
    perangkap manusia masuk neraka…?

    Lepas tu…Allah kata…DIA yg.tetapkan siapa nak
    diberi petunjuk dan siapa nak disesatkan.Sebagaimana
    DIA menyatakan manusia ne dah tertulis tentang
    perjalanan komitmennya.

    Jika demikian,…bagaimana manusia nak pandai2
    mengubahnya jika segala ketentuan dah ada tertulis.

    Ha…bagaimana nak fikirkan wahai orang2 yg.berakal
    dan memahami Alquran.

    Tok Syam

    March 15, 2010 at 6:05 pm

  109. Apabila daya pemikiran seseorang itu telah dibelenggu oleh Fitnah-Fitnah yang diajar oleh ulamak-ulamak – dia mula mempersoalkan tentang apa yang harus dan apa yang tidak harus Allah lakukan.

    Apabila dia jadikan ulamak-ulamak sebagai tuhan selain dari Allah maka dia pun membuka mulut dengan kata-kata begini:

    “kenapa lah tuhan tu adakan manusia. Kan ke elok cipta haiwan2 dan tumbuhan”

    Ulamak yang menjadi tuhanya tidak mengajarnya tentang ini:

    “Dan tidaklah SEMUA binatang-binatang dibumi – dan tidak juga burung-burung yang terbang dengan sayap-sayapnya – kecuali “UMMAT-UMAT (Um-matin) SEPERTI KAMU JUGA. Tidaklah Kami tinggalkan sesuatu apa pun dalam Kitab ini – kemudian kepada Tuhan mereka – mereka akan kembali.” (6:38)

    sambungan kontek ayat diatas:

    “Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami – mereka adalah “PEKAK DAN BISU” – Mereka berada dalam kegelapan – Barang siapa dikehendaki Allah – Dia akan menyesatkannya – Dan barang siapa dikehendaki Allah – Dia akan membuatnya berada dijalan yang lurus.” (6:39)

    “CELAKALAH orang-orang yang BERDUSTA – maka dengan “HADIS” manakah selepas ini mereka akan beriman.” (77:49-50)

    Gunumaro

    March 16, 2010 at 12:21 am

  110. Tok Syam menulis,

    Allah kata…DIA cipta dunia ne penuh hiburan dan
    permainan yg.melalaikan.Isteri , anak2 dan harta
    benda akan melalaikan.Apakah sengaja Allah nak
    perangkap manusia masuk neraka…?

    Lepas tu…Allah kata…DIA yg.tetapkan siapa nak
    diberi petunjuk dan siapa nak disesatkan.Sebagaimana
    DIA menyatakan manusia ne dah tertulis tentang
    perjalanan komitmennya.

    Jika demikian,…bagaimana manusia nak pandai2
    mengubahnya jika segala ketentuan dah ada tertulis.

    Ha…bagaimana nak fikirkan wahai orang2 yg.berakal
    dan memahami Alquran.

    Saya berpendapat tidak ada gunanya kita persoalkan mengapa kita dihidupkan oleh Allah menjadi manusia. Terima sajalah kehidupan ini sebagai satu anugerah Allah kepada kita di mana kita berpeluang mengecapi pelbagai nikmat jika kita menggunakan setiap saat yang dilalui dengan membuat perkara-perkara yang baik dan berfaedah.

    Tuhan tak minta apa-apa pun dari kita – Dialah yang memberi kita semua keperluan dan kemudahan untuk kita hidup. Dan Dia jugalah yang membekalkan pelbagai potensi dalam diri kita supaya kita kembangkan menjadi kebolehan atau kemahiran yang dapat memberi manfaat samada kepada diri kita sendiri mahupun manusia lain.

    Saya berpendapat Tuhan tidak menetapkan samada seseorang pasti akan masuk syurga atau neraka. Seperti kejayaan kita di dunia bergantung kepada usaha yang kita lakukan, kejayaan di akhirat juga datang dari cara yang sama. Tuhan kata Dia bersedia memberi petunjuk kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.

    Ciri-ciri orang yang Tuhan akan beri petunjuk sudah pun dinyatakan melalui Kitab-KitabNya. Kalau kita ikut Kitab Tuhan, pasti kita tidak akan sesat. Bagaimanapun jika kita ikut manusia, majoriti mereka akan menyesatkan kita.

    6:116 Dan jika kamu ikut majoriti manusia di bumi ini, mereka akan memimpin kamu sesat dari jalan Allah – mereka hanya menuruti andaian dan mereka hanya berdusta.

    tolokminda

    March 19, 2010 at 11:37 am

  111. Apabila daya pemikiran seseorang tu dah dipengaruhi
    dengan andaian2 bebasnya maka mereka akan memperkatakan
    apa saja yg.tiada suatu pengetahuan yakin,..melainkan
    mengikut kecenderungan apa yg.disangkanya betul
    sedangkan mereka dia tahu Allah tu bersifat HARUS.

    Harus adalah sifat mutlaknya yg.tak berkuasa seseorang
    menentangnya atau mengubahnya.Apa yg.diberi petunjuk
    kepada seeorang tentang sesuatu kefahaman,…maka itu
    adalah bahagiannya dan bukan dipertanggung jawabkan
    untuk menyampaikan.

    Apa yg.telah di ajar oleh semua rasul2 wajiblah di
    taati.Sekiranya dah tau haiwan2 tu umat seperti
    kamu,..tetapi mereka tu contoh makhluk yg.taat.

    Berbanding dengan manusia yg.diberi akal dan mereka
    jadikan akal mereka sebagai tuhan.Lebih jahil lagi
    bila mereka menggunakan ayat2 Alquran sebagai perisai
    untuk menjawab hujah2 tanpa tau tentang kesesuaian
    untuk siapa digunakan.

    Itulah umat yg.lebih zalim dalam mempelajari Alquran.

    Tok Syam

    March 19, 2010 at 8:37 pm

  112. Sesungguhnya mengikut petunjuk Alquran itu tidak akan
    sesat….tapi Allah ada menyebutkan juga terdapat
    orang2 yg.disesatkan oleh Alquran.

    Jadi soal manusia jadi sesat atau mengikut jalan yg.
    betul sebenarnya atas petunjuk hidayah, rahmatnya.
    Mereka2 yg.jadi sesat atas kemurkaannya.

    Apa jasa amalan yg.dimurkai Allah akan mengundang padah.
    Kalau kita imbas kisah2 umat terdahulu,..berbagai cara
    Allah uji….sedangkan dizaman mereka ada nabi dan
    rasul sebagai pemimpin umat.

    Berbanding umat hari ini….yg.sudah cerdik pandai
    hingga mengatakan ulama2 adalah pendusta.Yang tak
    berdusta….adalah AKU.Aku yg.telah menggunakan
    akal untuk memastikan ULAMA2 itu pendusta.

    Apakah tuduhan2 itu telah diyakini.Jika telah diyakini
    maka bersumpahlah dengan nama Allah…bahawa
    sesungguhnya mereka2 itu telah menyesatkan umat
    manusia.

    Hanya bersumpah dengan nama Allah,…kata2 itu akan
    disaksikan.Bukan hanya mengatakan “cukuplah Allah
    sebagai saksi.” Allah tu sentiasa menyaksikan apa
    yg.dilakukan manusia.Tapi Allah akan memegang kata2
    seseorang apabila ia bersumpah.

    Tok Syam

    March 19, 2010 at 8:51 pm

  113. Wahai umat akhir zaman…usahlah mengambil kata2 dari
    orang yg.memyampaikan kebenaran sekiranya mereka takut
    bersumpah.Kerana bersumpah dengan nama Allah kita
    dapat mengetahui seseorang itu telah YAKIN.

    Apakah kita ingin menerima suatu suatu pengajaran ilmu
    dari orang2 yg.tak yakin.Dengan jalan apakah seseorang
    itu mengatakan diri mereka telah yakin.

    Sedangkan rasul2 Allah telah mengurniakan mukjizat
    sebagai bukti kenabian…manusia masih tidak yakin…
    ini kan pula dizaman tiada rasul.Ulama2 pula telah
    berani dihukum secara membabi buta.

    Kalau riwayat2 penulisan hadith telah dipertikaikan…
    maka tiada sebab untuk orang2 beriman
    meyakini sumber ilmu yg.baru di cetuskan.

    Sekiranya Allah ingin membenarkan ilmu2 itu,..ia akan
    memadamkan hadith2 dan segala ajaran ulama.

    Sama2lah kita tunggu sejauh mana kebenaran yg.dibawa
    dapat bertahan haknya.

    Tok Syam

    March 19, 2010 at 9:01 pm

  114. “TS: Sedangkan rasul2 Allah telah mengurniakan mukjizat sebagai bukti kenabian…manusia masih tidak yakin…ini kan pula dizaman tiada rasul.Ulama2 pula telah berani dihukum secara membabi buta.”

    Tidak mustahil semasa Nabi Muhammad menegur dan memberi peringatan kepada ahli2 kitab Yahudi dan Nasrani terdahulu, baginda dilihat berani menghukum ulamak2 mereka itu yang diumpamakan sebagai KELDAI yang membawa kitab. Walhal tiada nama2 individu ulamak2 Yahudi dan Nasrani itu yang disebut oleh Nabi. Nabi hanya beri peringatan secara umum sahaja.

    Konsep peringatan secara umum ini, sesiapa yang merasa “pedas”nya, orang2 itulah yang benar2 buat salah. Ada Nabi hukum dengan berkata, “si polan bin si polan itulah KELDAI membawa kitab”?

    “TS: Kalau riwayat2 penulisan hadith telah dipertikaikan…maka tiada sebab untuk orang2 beriman meyakini sumber ilmu yg.baru di cetuskan.

    Sekiranya Allah ingin membenarkan ilmu2 itu,..ia akan
    memadamkan hadith2 dan segala ajaran ulama.””

    Tidak mustahil semasa Nabi Muhammad tidak menerima gospel2 (riwayat) Nabi Isa (yang mengangkat Nabi Isa sebagai anak Allah) dan baginda hanya membenarkan Injil, baginda dilihat mempertikaikan gospel2 itu.

    Nabi Muhammad juga dilihat membawa sumber ilmu yang baru dicetuskan sedangkan gospel2 Nabi Isa itu telah lama sebati dalam jiwa kaum Nasrani pada waktu itu.

    Kini Allah perlihatkan kembali pengulangannya pada pengikut Nabi Muhammad pula. Yang hairannya, ramai tidak sedar mereka sudah tiru kembali cara hidup orang2 Nasrani itu.

    2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Nasrani, sehingga kamu mengikuti anutan mereka. Katakanlah, “Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar.” Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.

    Benarlah janji Allah. Orang2 Yahudi dan Nasrani itu tidak akan berpuas hati selagi orang2 beriman tidak ikut cara mereka yang tidak yakin kepada Kitab Allah dan lebih percaya kepada pembesar2 agama mereka. Kini jelas kita nampak perangai orang2 yang mengaku sahaja ikut Al Quran telah hilang keyakinan mereka pada Al Quran.

    Siapakah yang lebih benar janjinya selain daripada Allah?

    Juang

    March 20, 2010 at 4:12 am

  115. Salam,

    Walaupun Al Quran sudah lama turun, tetapi gospel2 Nabi Isa yang mengatakan Nabi Isa itu anak Allah masih tidak Allah padamkan. Apakah itu menunjukkan gospel itu benar dan Nabi Isa memang benar2 anak Allah?

    Apakah manusia tidak sedar bahawa baik itu lawannya buruk. Sifat2 buruk pasti wujud untuk mengimbangi kewujudan sifat2 baik. Kalau Allah padamkan yang buruk itu, macam mana kita nak kenal perbezaan baik dan buruk itu?

    Begitulah Allah tetap mengekalkan KitabNya dan kitab2 hikayat untuk mudah manusia menilai yang mana benar dan yang mana dusta.

    Yang menyebabkan jin dan manusia masuk neraka kerana mereka ada kuasa untuk memilih, tetapi kerana mereka tidak guna akal, mereka pilih yang buruk dalam kehidupan mereka. Mereka tidak fikir masak2 terdahulu sebelum buat pilihan. Dan kebanyakan mereka buat pilihan mengikut majoriti. Jika mereka lahir daripada kaum yang majoritinya sembah matahari, sampai ke mati mereka yang tak berfikir itu akan sembah matahari.

    Dan bukan senang nak berlaku adil dengan pilihan masing2.

    Juang

    March 20, 2010 at 4:40 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: