Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Siapa saja boleh menawarkan syafaat tetapi syaratnya…

with 38 comments

Secara umumnya umat Islam mentafsirkan perkataan syafaat sebagai pertolongan atau favour. Khususnya pertolongan atau favour dari Nabi kepada umatnya. Dan dalam artikel saya sebelum ini yang bertajuk “Tidak ada manusia berhak menjadi pelindung di samping Allah” saya masih berpandangan yang sama dan dari pandangan saya itu saya telah membuat kesimpulan bahawa tidak ada siapa – walaupun Nabi Muhamad – yang boleh memberi pertolongan kepada orang lain di akhirat kelak.

Bagaimanapun selepas para peserta perbincangan mengemukakan beberapa ayat yang berkaitan, saya berasa agak keliru kerana pendapat saya mengenai syafaat rasul itu tidak selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Tuhan melalui ayat-ayatNya. Namun selepas membaca berulang-ulang kali, akhirnya saya dapat membuat kesimpulan bahawa maksud perkataan syafaat yang sebenarnya bukanlah bermaksud pertolongan atau favour.

Sebaliknya ia membawa maksud “pengantaraan”. Pendek kata jika kita dengar orang kata Nabi memberi syafaat, kita perlu mentafsirkannya sebagai Nabi menawarkan pengantaraan – dan bukan Nabi memberi favour atau pertolongan bagi pihak kita.

Mari kita lihat semula beberapa ayat yang berkenaan. Dan selepas saya mentafsirkan perkataan syafaat dengan perkataan pengantaraan, barulah mesej Tuhan menjadi jelas dan mudah.

20:109 Pada hari itu tiada pengantaraan yang bermanfaat kecuali sesiapa yang dibenarkan oleh Tuhan Yang Pemurah dan mereka yang perkataannya Dia restui.

53:26 Dan berapa ramai malaikat di langit yang pengantaraan mereka tidak memberi manfaat langsung kecuali selepas Tuhan memberi kebenaran kepada sesiapa yang Dia restui dan pilih.

2:254 Wahai kamu yang percaya! Berbelanjalah dari apa yang Kami telah berikan kepadamu sebelum hari itu datang di mana tiada tawar menawar, juga tiada sekutu, juga tiada pengantaraan dan mereka yang tidak percaya – merekalah orang-orang yang zalim.

Kefahaman saya kemudian dibantu oleh ayat 21:27-28. Dalam ayat 21:27 Tuhan menggambarkan kepada kita sikap para rasul apabila mereka berhadapan dengan Tuhan. Mereka adalah individu-individu yang takut, hormat dan patuh sepenuhnya kepada Tuhan. Dan dalam 21:28 – barulah satu clue mengenai kebolehan para rasul menawarkan pengantaraan menjadi benar-benar jelas dan muktamad.

21:27 Mereka (para rasul) tidak bercakap sebelum Dia bercakap, dan mereka bertindak hanya dengan perintah Dia.

21:28 Dia tahu apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak menawarkan pengantaraan kecuali kepada mereka yang direstui dan kerana perasaan takut kepadaNya mereka menggigil.

Perhatikan ayat 21:28 yang menyebut para rasul tidak menawarkan pengantaraan KECUALI kepada mereka yang direstui Tuhan. Inilah cluenya. Nampaknya memang benar para rasul memiliki kelebihan untuk menjadi pengantara bagi menolong kepada orang lain – iaitu orang-orang yang Tuhan restui. Tetapi siapakah orang-orang yang direstui Tuhan dan Tuhan benarkan ke atas mereka pertolongan dari rasul-rasul?

Selepas mencari, saya percaya jawapannya ada dalam ayat ini.

4:69 Dan sesiapa yang patuh kepada Allah dan rasul, mereka akan bersama dengan kalangan yang Allah telah anugerahkan dengan pertolongan dari rasul-rasul dan mereka yang berpegang kepada kebenaran dan para syahid dan mereka yang membuat kebaikan. Betapa indahnya gabungan mereka!

Sekarang terlerailah kekeliruan saya.

Ayat 4:69 memberitahu kita dengan jelas siapakah mereka yang Tuhan restui dan layak mendapat pertolongan dari pengantaraan rasul-rasul. Mereka adalah orang-orang yang patuh kepada Allah dan rasul. Bagaimanapun penemuan fakta yang lebih menarik adalah apabila kita turut diberitahu bahawa kelebihan melakukan pengantaraan bukan hanya eksklusif kepada para rasul, tetapi turut boleh dilakukan oleh orang-orang yang berpegang kepada kebenaran dan orang-orang yang syahid dan orang-orang yang membuat kebaikan.

Pendek kata, bukan rasul saja yang boleh menawarkan pengantaraan, tetapi orang-orang dari kelompok yang Tuhan sebut secara khusus itu juga memiliki kelebihan untuk menawarkan pengantaraan. Jika kita renungkan mereka yang dimaksudkan itu semuanya merupakan individu-individu yang mendapat restu Tuhan – maknanya siapa pun yang diterima Tuhan untuk menyertai kelompok manusia terpilih berkenaan sebenarnya mempunyai kemampuan untuk saling tolong menolong dan saling menjadi pengantara di antara satu sama lain. Dan Tuhan menyifatkan gabungan mereka itu sebagai satu gabungan yang indah, hebat, cantik!

Dengan kata lain, saya berpendapat mereka adalah gabungan orang-orang yang berhak menjadi saksi sesama mereka. Iaitu menjadi saksi kepada kebenaran yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan Yang Satu.

3:81 Dan apabila Allah membuat satu perjanjian di antara nabi-nabi: Sesungguhnya apa yang Aku berikan dari Al-Kitab dan kebijaksanaan – kemudian datang kepada kamu seorang rasul mengesahkan apa yang ada pada kamu, kamu mesti percaya kepadanya, dan kamu mesti membantunya. Dia berkata: Adakah kamu setuju dan terima syaratKu mengenai ini? Mereka berkata: Kami setuju. Dia berkata: Oleh itu bersaksilah, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.

3:53 Wahai Tuhan kami! Kami percaya di dalam apa yang telah Engkau wahyukan dan kami menuruti rasul, oleh itu senaraikanlah kami bersama mereka yang menjadi saksi.

2:143 Dan maka kami telah menjadikan kamu umat yang diutamakan yang kamu akan menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi ke atas kamu…

Akhir kata, dengan tersiarnya artikel ini maka saya mengakui pandangan saya dalam artikel yang bertajuk “Tidak ada manusia berhak menjadi pelindung di samping Allah”  bahawa Nabi tidak boleh menawarkan pengantaraan untuk orang lain adalah kurang tepat. Sekarang saya percaya bukan saja Nabi Muhamad, bahkan semua rasul lain dan semua individu yang Tuhan telah restui dan beri kebenaran boleh menawarkan pengantaraan di antara di antara satu sama lain.  Ini kerana persaksian mereka diterima Allah begitu juga perkataan-perkataan mereka.

20:109 Pada hari itu tiada pengantaraan yang bermanfaat kecuali sesiapa yang dibenarkan oleh Tuhan Yang Pemurah dan mereka yang perkataannya Dia restui.

Bagaimanapun saya masih berpegang kepada kepercayaan bahawa kita tidak boleh mengambil sesiapa pun sebagai pelindung. Untuk melayakkan diri menjadi individu yang diterima persaksian dan percakapan kita di sisi Tuhan, kita tidak boleh menggunakan jalan mudah. Kita tidak boleh menumpang atau meminta perlindungan dari sesiapa. Amalan mengampu Nabi dan menyekutukan beliau dengan Tuhan adalah sia-sia.

21:29 Jika ada sesiapa dari mereka (para rasul) berkata, “aku tuhan di samping Dia”, yang begitu kami akan balas dengan neraka. Begitulah kami membalas mereka yang membuat salah.

Saya harap para pembaca budiman boleh terus bincangkan topik ini melalui perspektif yang baru ini. Sama-sama kita mencari kebenarannya.

Written by tolokminda

March 4, 2010 at 8:12 pm

38 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. para awliya, nabi, rasul boleh beri syafaat.

    begitu juga para shaykh tariqat naqshahbandi

    http://naqshbandi.org/chain/1main.htm

    Junior

    March 5, 2010 at 1:43 pm

  2. TM “Amalan mengampu Nabi dan menyekutukan beliau dengan Tuhan adalah sia-sia.”

    1. saya berpendapat orang islam/melayu tidaklah mengampu nabi dan sekutukan baginda dgn tuhan. pandangan TM tentang ampu nabi + syirik tu tak tepat dan agak keterlaluan.

    2. soal perantaraan itu, semua orang suci – awliya, nabi & rasul … yg mewakili komuniti masing2 boleh menawarkan perantaraan. sheikh2 tariqat juga selalu sebut hal ini, di mana mereka dikatakan dpt beri syafaat kpd murid mereka. http://naqshbandi.org/chain/1main.htm

    junior

    March 5, 2010 at 1:58 pm

  3. Salam,

    Saya selalu tertanya-tanya. Ramai orang Islam hari ini terlalu memuliakan para syeikh mereka yang kononnya boleh beri syafaat kepada murid mereka. Tetapi bila ada negara Islam diperangi, ke mana pergi orang yang dikatakan boleh beri syafaat itu?

    Kenapa nasib orang2 Palestin tidak dapat ditolong setelah sekian lama dijajah? Kenapa nasib orang2 Afghanistan tidak dapat dibantu dengan syafaat para syeikh itu? Kenapa ketika Iraq diperangi, tiada syafaat yang menghalang kemaraan tentera Bersekutu?

    Apakah syafaat tok guru mereka itu tidak mampu menghancurkan kereta kebal, peluru perpandu dan senjata-senjata canggih ciptaan bangsa2 yang mereka kata kafir dan musuh Islam itu?

    Mereka tidak mampu buktikan syafaat mereka itu dalam kehidupan realiti. Kalau ada pun dalam urusan menghalang jin dan hantu sahaja.

    Teringat lagi saya semasa Iraq hendak diserang tentera Bersekutu, kononnya ada jemaah di Acheh hendak membantu pertahankan negara orang Islam itu. Tetapi tetap Allah izinkan Iraq ditawan. Malah tidak lama selepas kejatuhan Iraq, dengan Acheh2 sekali disapu tsunami.

    Nampak tak betapa Hebat dan Agungnya Kuasa Allah. Mengakulah ada taraf wali ke, syeikh ke apa ke, namun bila sampai Kuasa Allah, tiada siapa dapat membantu. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

    Benarlah Al Quran sebut, tiada siapa yang mampu beri syafaat kecuali orang2 yang Allah izinkan. Bila kita nampak Kuasa mutlak mengizinkan syafaat itu diperolehi, secara logiknya pada Allah itulah yang kita Agungkan, bukan selainNya. Mudah bukan kita hendak memikirkannya?

    Juang

    March 6, 2010 at 2:29 am

  4. salam,

    Terlanjur dari mail Juang, apa kata kita bincangkan juga kenapa umat islam sekarang selalu mengalami penderitaan/kekalahan ditanggan kafir.
    Sewaktu Palestin, Iraq dan Afghanistan diserang berjuta umat islam termasuk alim-ulama, syeikh dll mengadakan sembahyang hajad dan sebagainya tetapi doa mereka semuanya tak dimakbulkan olih Allah.
    Soalannya kenapa???

    ramsys pranata

    March 6, 2010 at 2:42 am

  5. Salam,

    Mungkin saudara TM kena buka topik baru pasal ini.🙂

    Pada pandangan saya berdasarkan pengalaman jadi orang Islam ikut-ikutan amalan tradisi dan selepas berhijrah kepada kehidupan yang diajurkan oleh Al Quran, antara sebab2 utama doa umat Islam tidak dimakbulkan adalah;

    1) Kerana mereka tidak kenal Tuhan yang mereka mohon hajat itu. Mereka tahu Tuhan atas nama “Allah” sahaja, bukan pada Sifat-sifatNya yang berbeza dengan sifat2 makhluk. Bila mereka tidak dapat bezakan Pencipta dengan makhluk, mereka merasakan Tuhan itu kuli mereka. Kononnya asalkan mereka berdoa sahaja, Tuhan akan buatkan untuk mereka. Bukannya mereka nak berusaha pada jalan yang telah Tuhan tetapkan untuk mencapai sesuatu kejayaan.

    2) Kerana angkuh dengan amalan tradisi mereka kononnya mereka mulia dan tentera musuh itu hina kerana dilabelkan kafir. Sedangkan Allah tidak menyukai orang yang angkuh dan berbangga diri. Maka macam Allah nak bantu mereka biar berjuta pak syiekh berdoa sekali pun mengadap bangunan kotak sebab mereka tidak mahu belajar merendah diri (sujud).

    3) Kerana malas berusaha untuk mengkaji ilmu2 yang melayakkan mereka mampu mempertahankan diri daripada serangan tentera musuh. Al Quran mengajar suruh siapkan senjata2 yang boleh menggentarkan musuh, malangnya umat Islam tidak tahu mencipta itu semua dan hanya membelinya sahaja. Bila mereka beli senjata daripada bangsa2 yang mereka kata musuh itu, sudah pasti bangsa itu tahu macam mana nak kalahkan senjata yang mereka ciptakan sendiri apabila berlaku peperangan dengan mereka. Common sense kita boleh nampak itu semua.

    Mungkin saudara Ramsys atau sahabat2 yang lain boleh kongsikan pandangan kalian pula.

    p/s: Ada orang Islam hari ini marah bila kita bagi ayat2 yang mereka kata “berbau keangkuhan”. Tetapi mereka tidak sedar yang mereka tengah angkuh sehingga ayat2 Al Quran tidak dipedulikan lagi dan setakat dilagu2kan sahaja (bukannya diambil iktibar).

    Juang

    March 6, 2010 at 2:59 am

  6. Salam,

    Konsep di mana wujudnya golongan manusia yang boleh memberi dan menerima pengantaraan (syafaat) sebenarnya mudah. Namun kerana perspektif kita mengenai perkataan pengantaraan (syafaat) telah terseleweng sejak dari mula kita mengenali perkataan itu, maka ia menjadi agak susah untuk menggantikannya dengan perspektif baru. Keadaannya sama dengan perspektif kita terhadap perkataan solaa, puasa, haji, zakaa, masjid dan sebagainya tu.

    Apabila seseorang dibenarkan oleh Allah menawarkan pengantaraan (syafaat) ia bukan bererti seseorang itu memiliki kuasa sakti yang dapat mengubah penilaian atau keputusan Tuhan terhadap mana-mana makhlukNya yang lain. Saya berpendapat, pengantaraan hanyalah berkaitan doa sahaja – di mana seseorang yang dibenarkan oleh Allah boleh menyampaikan doanya untuk seseorang yang lain, yang orang itu juga mestilah dalam golongan manusia yang dibenarkan Tuhan untuk diterima pengantaraan doa untuknya.

    Saya rasa ini menjawab persoalan mengapa doa umat Islam atau imam-imam kepada pihak lain tidak menunjukkan sebarang kesan.

    tolokminda

    March 6, 2010 at 3:21 am

  7. Salam Juang,

    Tak perlu topik baru. Inilah topiknya.

    Tuhan kata tidak ada satu apa pun – samada batu, kayu, matahari, bulan, bintang, binatang, nabi, rasul, ulama, syeikh, paderi, pope, perdana menteri dan sebagainya – yang patut kita sekutukan dengan Tuhan apabila kita berdoa atau memohon kepadaNya. Benda-benda atau orang-orang lain tu tak dapat memberi sebarang kebaikan mahupun kemudaratan kepada kita. Hanya Allah berkuasa ke atas segala-galaNya. Oleh tu wajarkah Tuhan memakbulkan doa mereka yang mempersekutukan Dia siang dan malam?

    tolokminda

    March 6, 2010 at 3:29 am

  8. Salam,

    Selalu kita dengar orang mengucapkan “semoga anda berjaya” atau “good luck” kepada orang lain yang berusaha sesuatu. Itu adalah contoh bagaimana seseorang itu boleh mendoakan orang lain. Tetapi sama ada doanya itu benar-benar berkesan, ia bergantung juga pada attitude orang yang didoakannya itu.

    Jika orang yang didoakannya itu pemalas teramat sangat, sejuta pak syeikh berdoa pun tak jalan juga. Di sini kita nampak, pak syeikh itu tiada kuasa sedikit habuk pun. Allah Yang Berkuasa nak ubah attitude manusia.

    Nanum Al Quran ada menyebut, Allah tidak akan mengubah nasih sesuatu kaum, melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri. Jadi, kalau sejuta pak syiekh berdoa tetapi kaum itu malas mengubah nasibnya sendiri, macam mana Allah nak makbulkan doa itu?

    Kalau sudah kalah di Palestin, Iraq dan Afghanistan pun masih tak sedar2 diri lagi, macam mana Allah nak izinkan mereka jadi orang2 yang dimenangkan?

    Juang

    March 6, 2010 at 4:37 am

  9. Salam,

    Menawarkan pengantaraan @ syafaat merupakan satu perkara yang baik dan pastinya dilakukan oleh orang-orang yang memiliki kebaikan di hati mereka. Bagaimanapun perjanjian Tuhan dengan kita tidak meliputi mereka yang tidak percaya. Maknanya kita tidak boleh membantu sesiapa pun di sisi Allah jika orang yang kita pohon untuk mereka bantuan itu sendiri adalah orang-orang yang sesat. Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui kisah Ibrahim.

    1. Ibrahim berdoa untuk keampunan bapanya.

    60:4 Sesungguhnya, ada contoh yang baik untuk kamu dalam Ibrahim dan mereka yang bersamanya apabila mereka berkata kepada kaum mereka: Sungguhnya kami bebas dari kamu dan dari apa yang kamu sekutukan di samping Allah. Kami telah mengisytiharkan diri menolak kamu dan telah muncul di antara kita permusuhan serta kebencian sampai bila-bila kecuali kamu percaya kepada Tuhan semata-mata. Tetapi tidak begitu apabila Ibrahim berkata kepada bapanya: Aku pasti akan memohon keampunan untuk kamu walaupun aku tidak mempunyai kuasa ke atas kamu bagi pihak Allah. Tuhanku! Kepada Engkau kami percaya dan kepada Engkau kami memohon keampunan – kepada Engkaulah kesudahan kami.

    9:114 Dan Ibrahim berdoa untuk bapanya keampunan hanya kerana janji yang dia telah berikan kepadanya. Tetapi apabila ia jelas kepadanya (Ibrahim) bahawa dia (bapanya) adalah musuh Allah, dia (Ibrahim) memisahkan diri darinya (bapanya) – begitulah Ibrahim sangat lembut hatinya dan penyabar.

    2. Ibrahim memohon keampunan untuk kaum Lut.

    11:74 Maka apabila kebimbangan berlalu dari Ibrahim dan berita baik sampai kepadanya, dia mula memohon dengan Kami untuk kaum Lut.

    11:75 Sesungguhnya Ibrahim seorang yang penyabar, berhati lembut, berserah kepada Allah.

    11:76 Wahai Ibrahim! Tinggalkan ini (memohon untuk kaum Lut), sesungguhnya ketetapan Tuhanmu telah pun sampai dan sesungguhnya hukuman ke atas mereka tidak dapat dielakkan.

    3. Tuhan menjelaskan kepada Ibrahim bahawa perjanjian di antara beliau dengan Tuhan tidak termasuk untuk orang-orang yang zalim. Secara umumnya orang-orang zalim dimaksudkan sebagai orang-orang yang tidak percaya.

    2:124 Dan apabila Tuhannya menguji Ibrahim dengan perkataan-perkataan tertentu dia menyempurnakannya. Kami berkata: “Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu contoh kepada seluruh manusia”. Dia bertanya: “Dan dari keturunanku?” Aku menjawab: “Janjiku tidak termasuk mereka yang zalim”.

    Saya harap kita dapat sama-sama fikir dan insaf. Sesiapapun boleh menjadi pengantara untuk mendoakan orang lain keampunan atau kebaikan dari Tuhan. Orang yang baik biasanya akan berbuat begitu. Bagaimanapun Tuhan telah pun menetapkan syarat kepada siapa pengantaraan @ syafaat seperti itu boleh mendatangkan manfaat.

    tolokminda

    March 6, 2010 at 11:23 am

  10. Salam,

    Dlm Quran ada menyebut tiada sebarang pengantara/pensyafaat melainkan Allah mengizinkan, secara simple yg sy faham “melainkan Allah mengizinkan” ianya berbalik atau terpulang kpd Allah jugak akhirnya, so jika begitu lebeh baik mohon syafaat terus/direct kpd Allah berbanding melalui pengantara…🙂

    Jebon

    March 6, 2010 at 1:14 pm

  11. Kesemuanya manusia didunia ini adalah “hamba” atau “Abdi” kepada Allah – dan sebagai “hamba” mereka harus mengabdikan diri mereka untuk menjalankan satu cara hidup yang ditetapkan olehNya sahaja.

    “Aku tidak cipta semua jin dan manusia melainkan sebagai hamba-hamba Aku (li-Ya’budun).” (51:57)

    Perkataan Ya’budun diatas berasal dari perkata “Abdi” dan sebagai Abdi tugas kita bukan sebagai “penyembah” tetapi melakukan apa saja yang disuruh mengikut perintah. Sebagai hamba kita diberitahu:

    “Turunnya Kitab dari Allah Amat Perkasa sebagai Hakim. Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan benar – maka – abdikan dirimu kepada Allah (faq-bu-dil-lah) dalam cara hidup dengan ikhlas untukNya. (39:2)

    Ingatlah – kepunyaan Allah saja cara hidup yang suci itu – dan orang-orang yang mengambil selain dariNya sebagai “Awliya” (wali-wali) mereka berkata, “Kami tidak “mengabdikan” diri kami kepada mereka melainkan untuk mendekati diri kami kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan memutuskan diantara mereka tentang apa yang mereka perselisihkan – Sesungguhnya Allah tidak akan beri petunjuk kepada penipu-penipu dan yang ingkar.” (39:3)

    Pengabdian diri kepada “Wali-wali” atau kepada selain dari Allah adalah kepercayaan orang-orang kafir. Mereka percaya mereka harus mempunyai “wali-wali” atau “Awliya” untuk mendekati Allah.

    Mereka tidak akan menjalankan cara hidup mereka mengikut Kitab Allah – tetapi dari apa yang disampaikan oleh “Awliya-Awliya” mereka.

    Bagi orang-orang yang mengabdikan diri mereka secara ikhlas kepada Allah semata-mata mereka berkata:

    “Sesungguhnya “Wali” aku (Wali-ya) hanyalah Allah sahaja – Dia yang menurukan Kitab dan Dialah yang melindungi orang-orang yang ikhlas.” (7:195)

    Apakah orang-orang Melayu yang mengikut ajaran “Awliya” mereka akan kembali kepada ajaran Allah mengikut Al Quran semata-mata? Tidak mungkin!

    Gunumaro

    March 6, 2010 at 1:48 pm

  12. Assalamualaikum,

    maaf saudara WALI tu maksudnya apa ye?

    shah

    March 6, 2010 at 3:10 pm

  13. Tanya kepada Junior. Dia yang mengunakan perkataan “Awliya” iaitu plural atau bilangan banyak kepada perkataan “Wali”.

    Gunumaro

    March 6, 2010 at 4:03 pm

  14. Salam,

    3:28. Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang yang tidak percaya sebagai wali-wali selain daripada orang-orang mukmin, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu, lepaslah ia dari pertolongan Allah, melainkan untuk berhati-hati terhadap sesuatu yang ditakuti daripada mereka, Allah memperingatkan kamu supaya berhati-hati terhadap diri-Nya, dan kepada Allah kepulangan.

    4:144. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil orang-orang yang tidak percaya sebagai wali-wali (sahabat) selain daripada orang-orang mukmin; atau, adakah kamu menghendaki untuk memberi Allah terhadap kamu satu kuasa yang nyata?

    4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak mendapati bagi mereka sebarang penolong.

    Banyak terjemahan memaksudkan wali sebagai “sahabat”. Tetapi berdasarkan ayat2 AQ di atas, wali itulah pemberi pertolongan.

    Allah mengizinkan orang-orang mukmin memberi pertolongan sesama mereka. Dan orang-orang kafir pun saling menolong sesama mereka. Namun pertolongan Allah pula sudah pasti pada orang-orang mukmin. Sebab itulah orang-orang beriman dilarang meminta pertolongan pada orang-orang kafir kerana nanti mereka terlepas daripada pertolongan Allah, melainkan dalam keadaan mereka berhati-hati terhadap sesuatu yang ditakuti daripada orang-orang kafir itu.

    Ingatlah, apabila orang-orang kafir atau hipokrit memberi pertolongan, sudah pasti mereka nak memenangkan amalan penyekutukan mereka itu. Jadi, berhati-hatilah terhadap mereka.

    Juang

    March 7, 2010 at 12:12 am

  15. “Gunumaro: Apakah orang-orang Melayu yang mengikut ajaran “Awliya” mereka akan kembali kepada ajaran Allah mengikut Al Quran semata-mata? Tidak mungkin!”

    10:99. Dan sekiranya Pemelihara kamu mengkehendaki, sesiapa yang di bumi tentu percaya, kesemua mereka, kesemuanya. Adakah kamu akan memaksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang mukmin (yang mempercayai)?

    10:100. Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk mempercayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia meletakkan kotoran ke atas orang-orang yang tidak menggunakan akal.

    Kalau awal-awal lagi mereka sudah tolak akal sendiri, macam mana mereka nak kembali kepada Al Quran yang banyak menyuruh manusia menggunakan akal?

    Juang

    March 7, 2010 at 12:25 am

  16. Kita lihat penulis blog ini, menciplak dan mentafsir ikut suka hati dia. Perhatikan di bawah ini, betapa ilmu yg tinggi dituntut dalam soal tafsir ini:

    Syarat menjadi penafsir al-Quran menurut Dr Fauzi Deraman seseorang itu perlulah
    mempunyai syarat-syarat berikut :
    1. Akidah yang benar. Syarat yang pertama ini adalah terlalu penting kerana akidah memainkan
    peranan yang besar kepada setiap mufassir dan menjadi faktor pendorong kepada seseorang
    mufassir untuk melakukan penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Qur’an dan juga penipuan dalam
    periwayatan.
    2. Bersih daripada hawa nafsu kerana ia akan mendorong dirinya membela dan menegakkan
    kepentingan dan keperluan mazhabnya semata-mata sehingga ia berupaya menipu manusia lain
    dengan ucapan-ucapan lembut dan keterangan-keterangan yang menarik minat seseorang seperti
    yang dilakukan oleh golongan yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
    3. Mempunyai keahlian dalam bidang hadith: riwayat dan dirayah, kerana hadith-hadith nabi
    merupakan penjelasan dalam menafsirkan ayat-ayat mujmal dan mubham dan seterusnya hadith hadith Rasulullah s.`a.w. akan membantu pentafsir dalam menerangkan segala kemusykilan yang
    timbul berhubung dengan perkara ini.
    4. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa dan ilmu-ilmu yang berkaitan
    memandangkan pentafsiran ayat-ayat al-Qur’an berkait rapat dengan i`rab perkataan dan
    tatabahasa. Oleh itu ilmu pengetahuan yang sedikit tidak dapat membantu seseorang mentafsir al-
    Qur’an dengan baik.
    Mujahid bin Jabr berkata:”Tidak wajar bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat
    memperkatakan mengenai kitab Allah sedangkan dia tidak mengetahui dialek-dialek bahasa Arab.
    5. Berpengetahuan dalam ilmu qiraat kerana denganya seseorang itu dapat mengetahui cara-cara
    mengucapkan lafaz-lafaz al-Qur’an dan dapat pula memilih bacaan yang lebih kuat di antara
    pelbagai ragam bacaan yang ada, malah qiraat juga dapat mempastikan maksud yang sebenar
    apabila berlakunya perselisihan.
    6. Mengetahui dalam ilmu Nahu dan Sarf kerana pemahaman sesuatu ayat kebanyakannya
    memerlukan kepada kebolehan mengi`rab seseuatu perkataan dan seseorang yang tidak memiliki
    dua ilmu ini akan mendedahkan pentafsiran al-Qur’an kepada penyelewengan. Contohnya { یوم
    ندعو كل أناس بإمامھم } ada yang berpendapat perkataan { الإمام } adalah kata jama` dari
    perkataan { الأم }. Dengan itu ayat di atas bermaksud “pada hari kiamat setiap seseorang akan
    dipanggil dengan ibu-ibu mereka dan bukannya dengan bapa-bapa”. Pentafsiran ini adalah salah
    menurut pandangan al-Zamakhsyari disebabkan mereka kurang mendalam dalam bidang ilmu
    Sarf.
    7. Berpengetahuan yang luas dalam bidang `Ulum al-Qur’an dapat membantu memahami ayatayat
    al-Qur’an dengan betul dan mendalam. Contohnya Asbab al-Nuzul akan menolong mufassir
    dalam memahami maksud ayat berdasarkan latar belakang penurunan ayat. Begitu juga
    mengetahui Makki dan Madani dapat menyelesaikan kekaburan ini. Contohnya penelitian kepada
    ayat-ayat jihad akan menyebabkan mufassir dapat menggambarkan kewajipan jihad dengan
    maksud yang sebenar.
    8. Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya seseorang mufassir diharapkan
    dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan ketuhanan dan hak-hak Allah
    dengan betul serta tidak mentakwilkannya dengan sewenang-wenangnya atau melampau batas.
    9. Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu mufassir bagaimana hendak
    membuat kesimpualan dari ayat-ayat al-Qur’an dan berdalil dengannya. Begitu juga mengenai
    ayat-ayat mujmal dan mubayyan, umum dan khusus, mutlak dan muqayyad, amar dan nahy dan
    perkara-perkara yang berkaitan.
    10. Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti ilmu sosiologi dan antropologi, zologi dan ilmu-ilmu yang
    berkaitan dengan maklumat umum seperti sejarah, geografi, saikologi dan sebagainya. Semunya
    dapat membantu dalam mentafsirkan al-Qur’an selaras dengan tuntutan kehidupan.
    11. Memulakan tafsir al-Qur’an dengan al-Qur’an itu sendiri, di mana perkara yang diterangkan
    secara ringkas di satu tempat dijelaskan secara terperinci di tempat yang lain.

    12. Mentafsirkan al-Qur’an dengan al-Sunnah kerana akl-Sunnah adalah penjelas kepada al-
    Qur’an.
    13. Sekiranya tidak terdapat tafsiran al-Qur’an dari al-Sunnah, maka hendaklah dirujuk kepada
    pandangan para sahabat kerana mereka lebih memahami perkara tersebut disebabkan mereka
    telah menyaksikan penurunan wahyu dan latar belakangnya.
    14. Merujuk kepada pendapat tabi`in jika tidak terdapat tafsiran para sahabat dengan syarat
    terdapat pada riwayat yang sahih.
    Sebenarnya penterjemah kitab tafsir tidak semestinya pakar dalam ilmu tafsir. Akan tetapi beliau
    mesti mampu menterjemah al-Quran dengan mengimbaukan kehebatan dan kebesaran ayat-ayat
    Allah melalui pemadanan makna yang sesuai dengan ketepatan dan kehebatan al Quran. Apabila
    berhadapan dengan ganti nama merujuk kepada Allah atau Rasul –umpamanya – maka
    perkataan’kamu’ umpamanya tidaklah sesuai untuk digunakan sebagai ganti nama. Perkataan
    yang lebih sopan dan halus sewajarnya dimanfaatkan dalam hubungan ini; sesuai dengan
    martabat Allah dan RasulNya
    Selanjutnya membentuk terjemahan dalam susuk bahasa Melayu mungkin bermakna
    menghilangkan’wau al-ataf’ dengan menggantikannya dengan koma di antara perkataan-perkataan
    yang disebutkan. Frasa ayat yang panjang mungkin boleh dipendekkan dan dijadikan dua ayat
    pendek. Makna yang ‘mahzuf’ mungkin perlu ditampilkan dengan jelas dan terang untuk
    kesesuaian ayat yang diterjemah. Ganti nama diubah kepada nama asal. Ayat pasif boleh diubah
    kepada ayat aktif. Ayat teks asal yang berjela-jela boleh diringkaskan dan sebagainya.
    Pendek kata terjemahan bukan hanya memindahkan makna atau gaya, tetapi juga semangat, roh,
    dan impak afektif dan psikomotornya. Penterjemah yang baik boleh menghasilkan teks yang sama
    baik atau lebih baik dari teks asal.
    Penterjemah perlu memahami wacana dalam keseluruhan perenggan teks yang hendak
    diterjemahkan. Setelah mencerna pelbagai makna dan menghayati semangat wacana berkenaan
    ia mula memindahkannya secara keseluruhan dalam daya ta’akul untuk meraih perkataan
    padanan dan bentuk ayat yang lebih hampir untuk memindahkan makna dan semangat ayat.
    Setelah itu, ia baru melakukan terjemahannya dengan kepekaan seorang ilmuan, seniman,
    sasterawan atau penulis yang berhemat tinggi dan matang.
    Contoh Terjemahan Yang Salah Dan Betul
    Teks asal Juz 27 surah al Waqiah
    ذكر تعالى في سورة “الرحمن” انشقاق السماء (تصدعھا) وذكر ھنا رجّ الأرض فكأن السورتین
    لتلازمھما واتحادھما في الموضوع سورة واحدة ، ولكن مع عكس الترتیب ، فذكر في أول ھذه
    السورة ما ذكره في آخر تلك ، وفي آخر ھذه ما في أول تلك
    Terjemahan yang salah
    Allah SWT ada menyebut tentang surah (ar-Rahman) mengenai terbelahnya langit dan
    kegoncangan bumi maka kedua-dua surah ini macam sepatutnya bersatu dalam tajuk surah yang
    9
    sama. Akan tetapi sebaliknya berlaku pada susunannya, di mana apa yang disebutkan dalam
    surah al Rahman pada awal surah disebutkan dalam surah al Waqiah pada akhir surah, begitulah
    sebaliknya.
    Teks terjemahan yang betul
    Dalam surah al-Rahman, Allah gambarkan mengenai langit yang terbelah. Manakala dalam surah
    al Waqiah ini. Allah menceritakan tentang keberantakan (porak peranda) bumi. Kedua-dua surah
    ini seolah-olah satu surah dilihat dari sudut ini. Cuma susunannya agak berbeda. Apa yang
    diungkapkan dipermulaan surah ini diungkapkan di akhir surah yang kedua. Begitu juga
    sebaliknya.
    Teks ayat 13 -36 al Waqiah :
    “یطوف علیھم ولدان مخلدون” أي یدور علیھم للخدمة غلمان أو صبیان أو خدم لھم ، مخلدون على
    صفة واحدة ، لا یھرمون ولا یتغیرون ، ولایبعد أن یكونوا كالحور العین مخلوقین في الجنة ، للقیام
    بھذه الخدمة.
    “بأكواب وأباریق وكأس من معین ، لا یصدعون عنھا ولا ینزفون” أي یطوفون علیھم بأقداح
    مستدیرة الأفواه لا آذان لھا ولا عرى ولا خراطیم ، وأباریق ذات عرى وخراطیم ، وكؤوس مترعة
    من خمر الجنة الجاریة من الینابیع والعیون ، ولا تعصر عصرا كخمر الدنیا ، فھي صافیة نقیة ، لا
    تتصدع رؤوسھم من شربھا ولا یسكرون منھا ، فتذھب عقولھم
    Terjemahan yang salah
    “Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang
    sentiasa beredar di sekitar mereka”. Maksudnya muqarrabun di kelilingi oleh hamba, kanak-kanak
    lelaki untuk berkhidmat kepada mereka, kanak-kanak ini kekal tidak berubah dan tidak tua dan
    mereka tidak akan binasa seperti bidadari yang bermata cantik iaitu makhluk di syurga terus kekal
    dengan perkhidmatannya.
    “Dengan membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta piala atau gelas yang berisi arak
    (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula
    mabuk dengan sebab menikmatinya”. Maksudnya mereka dikelilingi dengan mangkuk yang
    meleleh mulutnya tidak mempunyai telinga, tidak gondol dan tidak mempunyai belalai, cerek-cerek
    berkilat dan memiliki belalai ( خراطیم ) gelas-gelas berisikan air arak syurga yang mengalir dari
    sungai dan mata air syurga tidak diperah seperti perahan arak di dunia ia bersih hening tidak
    memeningkan kepala dan tidak memabukkan serta tidak menghilangkan akal.
    Teks terjemahan yang betul
    “Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya) mengitari
    mereka.” (al-Waqia’ah, 56:17 ). Maksudnya, golongan muqarrabun tersebut di kelilingi oleh para
    pelayan, dari kalangan remaja lelaki untuk berkhidmat kepada mereka. Para pelayan muda ini
    kekal tidak berubah dan tidak tua serta tidak pula mati. Mereka mungkin dari jenis seperti bidadari
    makhluk syurga yang terus kekal dengan perkidmatannya.
    10
    Firman Allah (bermaksud) : “Sambil membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta gelas
    yang berisi arak yang mengalir. Mereka tidak pening kepala dan tidak pula mabuk (kerana
    menikmatinya)” (al-Waqiah, 56: 18-19). Mereka dikelilingi para pelayan yang membawa piala yang
    corongnya bundar dan khusus untuk minuman. Mereka juga membawa cerek-cerek yang
    bermuncung indah. Gelas-gelasnya penuh berisi arak syurga yang mengalir dari mata air syurga.
    Arak-arak tersebut tidak perlu diperah seperti halnya arak di dunia. Arak yang sangat bermutu dan
    bersih. Ia tidak memeningkan kepala dan tidak memabukkan serta tidak menghilangkan akal.

    cegu pelatih

    March 7, 2010 at 9:13 am

  17. Salam,

    Kenapa tiada yang dapat bawakan syarat menafsir Al Quran menurut Allah? Bukankah Allah itu yang layak diagungkan dahulu? Manusia itu bukannya sekutu Tuhan untuk membuat syarat yang Dia tidak tetapkan.

    Apakah mereka ingat dengan membawa nama-nama manusia lain boleh dijadikan syarat?

    1) Akidah yang benar: Siapakah yang benar, orang2 yang sembah berhala atau tidak?

    2) Bersih hawa nafsu: Siapakah yang tidak menurut nafsu, orang2 yang sembah berhala atau tidak?

    3) Mempunyai keahlian dalam bidang hadis:
    “45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?”

    4) Mempunyai luas dalam bidang bahasa: Cuba buktikan erti “Kaabah” yang disebut dalam Al Quran itu adalah bangunan kotak, bukannya buku lali. (Sila rujuk posting TM pasal buku lali itu).

    5) Berpengetahuan dalam ilmu qiraat: Cuba tunjukkan erti “Kaabah” yang disebut dalam Al Quran itu adalah bangunan kotak mengikut ilmu qiraat, bukannya buku lali.

    6) Mengetahui dalam ilmu Nahu dan Sarf kerana pemahaman sesuatu ayat kebanyakannya: Cuba tunjukkan bukti sujud itu adalah menonggeng ke arah sesuatu objek, bukannya merendah diri (Sila rujuk posting TM pasal sujud adalah merendah diri).

    Pendek kata, buktikanlah apa yang telah TM bawakan selama ini dusta mengikut setiap syarat2 tersebut. Kalau setakat bawa syarat, tetapi tak mampu buktikan, takde maknanya.

    Juang

    March 7, 2010 at 9:47 am

  18. Salam,

    Saya juga ingin Cegu Pelatih tolong buktikan bahawa tafsiran oleh iiu.edu.my untuk Surah An-Najm ayat 1 – 18 yang merujuk ayat-ayat berkenaan kepada Nabi Muhamad adalah benar sedangkan tafsiran saya yang merujuk ayat-ayat yang sama kepada Nabi Musa adalah salah. Jika tuan tidak dapat menegakkan kebenaran untuk pihak iiu.edu.my, jangan kata orang lain menterjemah dan mentafsirkan Al-Quran ikut suka hati. Sekurang-kurangnya orang lain berusaha mencari kebenaran dan tak takut membuat salah.

    Artikel yang membincangkan Surah An-Najm ayat 1-18 boleh diulangkaji di sini.

    tolokminda

    March 7, 2010 at 10:03 am

  19. Salam,

    Saya terfikir, andaikata ada seorang pakar daripada pihak Yahudi atau Nasrani membuat syarat bahawa untuk memahami ajaran Taurat dan Injil, kena tahu bahasa asal tersebut, cara bacaannya, kena jadi ahli talmud atau gospel dahulu, sudah pasti Nabi Muhammad tidak layak mendakwa baginda membenarkan kitab Taurat dan Injil tersebut.

    Dengan itu kreadibiliti baginda untuk mendakwa penganut agama tersebut telah terseleweng boleh dipertikaikan oleh mereka. Maka orang2 yang mengatakan Uzair dan Al Masih anak Allah boleh meneruskan pendustaan mereka.

    Juang

    March 7, 2010 at 10:18 am

  20. Salam,

    Masa Rasulullah mula-mula sampaikan Al Quran, orang2 musyrik hanya berkata “inilah sihir yang nyata”. Sampai lebih 6000 ayat Al Quran diturunkan, orang2 musyrik hanya guna kata-kata sebegitu sahaja untuk menafikan kebenaran Al Quran. Mereka tidak mampu bawakan surah yang benar untuk mencanggahi apa yang ada dalam Al Quran.

    Macam itulah saya lihat yang dialami oleh TM. Daripada awal beliau posting, yang tidak setuju dengan beliau hanya kata “tak betul”, “tak ikut syarat pentafsiran Al Quran” dan macam-macam alasan. Sampai sudah berpuluh-puluh topik beliau bukakan, macam itu sahaja cara berhujah orang-orang yang membangkangnya.

    Apakah minda mereka tidak mampu berkembang?

    Juang

    March 7, 2010 at 1:08 pm

  21. Salam,

    5:76. Katakanlah, “Adakah kamu sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak boleh memudaratkan, atau memanfaatkan kamu? Dan Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.”

    5:77. Katakanlah, “Wahai ahli Kitab, janganlah berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada yang benar, dan janganlah mengikuti keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan menyesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul.”

    Selalu kita jumpa dalam Al Quran, ayat-ayat yang mengaitkan amalan sembahan kepada sesuatu yang tidak boleh mendatangkan mudarat atau manfaat.

    Di sini ada kunci untuk membezakan suruhan Allah dan suruhan manusia. Sesuatu yang ditetapkan oleh Allah, ia akan memberi kesan baik dari segi manfaat atau mudarat. Contohnya bila Allah suruh berfikir, kita boleh nampak manfaatnya jika kita melakukannya dan kita boleh nampak mudaratnya jika kita meninggalkannya. Begitu juga bila Allah suruh jangan angkuh, maka kita nampak kesan mudaratnya kalau kita angkuh dan nampak kesan manfaatnya kalau tidak angkuh.

    Namun sesuatu amalan sembahan yang disuruh oleh syaitan-syaitan, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada manusia.

    Juang

    March 7, 2010 at 2:36 pm

  22. Cegu pelatih tulis:

    “Syarat menjadi penafsir al-Quran menurut Dr Fauzi Deraman seseorang itu perlulah mempunyai syarat-syarat berikut:

    Blaa..Blaa..Blaa…Blaa…Blaa… Blaa…

    Last sekali rumah batu yang dibina oleh Pak Arab dijadikan saluran untuk menyembah Allah.

    ……….

    Cegu pelatih, apa perlu nak tulis panjang berjela-jela apa yang si Fauzi Rahman tu cakap. Apa sebab Cegu tak mahu tulis apa yang Allah cakap? Bukankah Allah saja yang akan menjadi Hakim kita tentang apa yang kita perselisihkan? Bukankah senang kalau Cegu tulis macam ini?

    “Dan apa yang Kami ilhamkan kepada kamu dari Kitab itu adala BENAR yang membenarkan apa yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah Mengetahui dan Melihat hamba-hambaNya. KEMUDIAN KAMI WARISKAN KITAB ITU KEPADA MEREKA YANG KAMI PILIH DIANTARA HAMBA-HAMBA KAMI. (35:31-32)

    sambungan dari ayat 35:32….

    “Sesungguhnya diantara mereka menzalimi diri mereka sendiri – dan ada diantara mereka mengambil jalan tengah – dan ada diantara mereka maju kedepan dengan berbuat kebaikan dengan izin Allah – demikian itu – adalah kurnian yang besar.” (31:32)

    Mengikut ayat-ayat diatas Allah akan MEWARISKAN KitabNya kepada hamba-hamba yang Dia sendiri pilih – bukannya mengikut syarat-syarat budak Fauzi tu! Yang dia sibuk-sibuk masuk campur urusan Allah apa hal?

    Mengapa tidak panggil dia masuk blog ini supaya kita dapat bersembang-sembang dengan dia.

    Gunumaro

    March 7, 2010 at 6:11 pm

  23. Terima kasih Cegu yg telah memberi panduan berguna tentang soal tafsir ayat Quran seperti yg dicadangkan oleh Dr Fauzi Deraman.

    Jelas sekali artikel tersebut mengundang kemarahan beberapa peserta blog ini, kerana senarai kepakaran yg agak panjang itu memang sukar dipenuhi kecuali jika seseorang itu mendedikasi hidupnya untuk tugas menterjemah dan mentafsir.

    Walaupun begitu, memang logik apa yg dinyatakan oleh Dr Fauzi Deraman – kerana tanpa kepakaran tersebut, sukar untuk mentafsir dengan tepat apa yg dimaksudkan dalam ayat-ayat Quran. Contohnya, Asbabun Nuzul menjadi latarbelakang kepada peristiwa ayat itu diturunkan. Tanpa ilmu tersebut, kita kehilangan sebahagian ‘clue’ penting untuk mendapat pencerahan ke atas ayat-ayat Quran.

    Kesimpulannya, tidak ada jalan pintas untuk memahami Quran kerana ianya bukanlah teks buatan manusia yang boleh diberi tafsiran sesuka hati.

    Pemerhati

    March 8, 2010 at 12:50 am

  24. Pada pandangan saya, kalau artikel itu mengundang kemarahan, sudah lama kena delete macam di forum2 agama yang lain.

    Tetapi yang saya nampak, artikel itu tidak mampu menunjukkan di mana silapnya hujah2 yang telah dikemukakan tuan punya blog ini.

    Perumpamaan mereka seperti ingin menembak burung, tetapi senapang di hala ke awan. Kemudian mereka rasa bangga kononnya mereka sudah tembak burung itu. Walhal tak kena pun.

    Mereka masih tidak berjaya mematahkan hujah TM secara spesifik dari satu point ke satu point. Kenapa mereka takut nak spesifikkan komen mereka itu?

    Macam orang musyrik terdahulu, mereka ingat dengan berkata “inilah sihir yang nyata”, mereka sudah berjaya patahkan point2 yang Rasulullah bawakan dahulu.

    Setakat ini peserta bernama “Shah” telah menunjukkan kematangan dengan membawa point-point beliau dalam mencari makna sebenar “Kaabah”. Kita tunggu perbincangan seterusnya.
    🙂

    Juang

    March 8, 2010 at 1:01 am

  25. 1. Pengendali blog ini seorang yg tekun belajar, lagipun ‘marah’ dan ‘delete’ bukanlah respon yg berguna maupun wajar

    2. Artikel itu hanyalah garis panduan umum dari seorang yg bernama Dr Fauzi, dan bukannya ditujukan khusus kepada penulisan blog ini

    3. Perumpamaan itu tidak relevan, malahan agak lucu dan keanak-anakan

    4. Tidak ada unsur berjaya/menang-kalah atau tidak dalam pencerahan ilmu – ini bukan perlumbaan

    5. Menuduh orang lain musyrik hanya kerana mereka tidak sependapat dgn anda adalah tindakan pramatang

    6. Memuji seseorang untuk kepentingan peribadi, juga adalah tindakan pramatang

    Pemerhati

    March 8, 2010 at 1:16 am

  26. Salam,

    Merasakan kata-kata umum yang tidak ditujukan kepada sesiapa, menunjukkan manusia itu sendiri akui dirinya musyrik. Bak kata pepatah, siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya.

    Cuba lihat kata-kata tersebut. Bukannya disebut secara spesifik, siapa yang musyrik tersebut. Hanya dibawa peringatakan tentang perangai orang2 musyrik terdahulu, supaya orang sekarang jangan tiru perangai tersebut.

    Takkanlah nak bawa peringatan yang ada dalam Al Quran tanpa dispesifikkan kepada mana-mana individu, boleh pula ada yang terasa?

    Susahlah nak berbincang dengan matang kalau macam itu?

    Juang

    March 8, 2010 at 1:55 am

  27. Salam,

    Kebanyakan yang masuk blog ini ikhlas nak mencari kebenaran. Nak membezakan mana yang benar dan mana yang bathil.

    Jadi, hormatilah perasaan orang yang ingin mencari kebenaran. Jika ada hujah saudara TM yang salah, tunjukkan di mana salahnya dia, dan bawa bukti2 apa yang mereka rasa benar. So semua yang membacanya boleh menilai dengan saksama.

    Saudara TM sudah cuba sedaya upaya bawa ayat2 Al Quran dan rasional beliau untuk menyatakan pendapat beliau. Seorang yang matang, kalau tidak bersetuju dengan beliau, bawalah point2 yang boleh mematahkan hujah beliau itu. Itu sahaja.

    Takkanlah semudah itu tidak boleh nak lakukan?

    Juang

    March 8, 2010 at 2:09 am

  28. boleh aku aturkan utk jumpa ustak pauji tu .. kalau minat nak sembang dgn dia , tak yah formal pun boleh

    slipar

    March 8, 2010 at 2:31 am

  29. Salam,

    Satu yang menarik tentang perbincangan terbuka sebegini, kita boleh belajar berlapang dada dan berfikiran terbuka. Belajar meletakkan diri sama rata semua insan.

    Pada pandangan saya, yang menyebabkan kita umat Islam hari ini begitu sensitif dalam perihal agama kerana diajar untuk merasa angkuh kononnya kita benar dan kaum2 lain kafir. Perasaan itu dididik sejak kecil sampai dewasa sehingga sukar nak mematangkan diri berbincang secara terbuka.

    Bila ada yang kemukakan pandangan yang dilihat berbeza daripada pandangan mainstream, mereka dicemuh dan diejek. Bukannya nak dibawakan bukti2 untuk menunjukkan di mana salahnya apa yang dikemukakan, dan apa yang lebih baik.

    Bila orang Barat lukis karektor kartun Nabi untuk provoke, ramai orang Islam terbakar hati kepanasan. Walhal masa Nabi diejek oleh kaumnya sendiri, baginda releks sahaja sehingga dikurniakan Al Quran berjela-jela.

    Mari kita jadikan perbincangan seperti di blog TM ini ke arah membuka minda agar kita boleh matang berfikir dan menilai. Buang perasaan sentitif tak tentu hala itu.

    39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

    Juang

    March 8, 2010 at 2:55 am

  30. Penulis artikel tersebut, Dr Fauzi Deraman, boleh dihubungi di alamat emel: drfauzee@gmail.com

    Marilah kita beramai-ramai ajak beliau turut serta dalam blog ini, semoga dapat kita peroleh manfaat dari ilmu/pengalaman beliau.

    Pemerhati

    March 8, 2010 at 3:36 am

  31. Cadangan #8 ini diharapkan dapat dijadikan pedoman, supaya kita jangan ambil mudah mentakwilkan pendapat kita ke atas firman Allah swt :

    8. Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya seseorang mufassir diharapkan dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan ketuhanan dan hak-hak Allah dengan betul serta tidak mentakwilkannya dengan sewenang-wenangnya atau melampau batas.

    Hubungilah Dr Fauzi Deraman, di alamat emel beliau: drfauzee@gmail.com

    Sisters In Islam

    March 8, 2010 at 4:07 am

  32. Sesiapa yang kenal Dr Fauzi tolong jemput beliau masuk dalam blog ini.

    Kalau dia malu ambil bahagian dalam perbincangan diblog ini – sebagai pakar tolong minta dia jawab soalan-soalan yang senang seperti berikut:

    “Siapakah Nabi yang paling berjaya sekali diantara Nabi-Nabi Allah yang mampu membuat ribuan manusia beriman kepada Allah.”

    Minta dia berikan ayat rujukannya sekali dari Al Quran.

    Soalan ini tidak perlu sebarang kepakaran khas sebab ianya hanya melibatkan nama Nabi dan jumlah orang.

    Tapi kalau dia ada dalam blog ini saya lagi suka sebab banyak lagi soalan-soalan yang saya nak tanya.

    Saya juga ingin tanya banyak ayat-ayat dalam Al Quran memerlukan sebarang kepakaran atau tidak.

    Gunumaro

    March 8, 2010 at 5:55 am

  33. Mana dia Dr Fauzi Rahman ni…. saya hantar email dekat dia pun dia tak mahu jawab.

    Mengikut Al Quran semua rasul termasuk Nabi Muhammad kata mereka tidak ambil upah untuk menyampaikan ajaran Allah”.

    Saya bertanya kawan saya mengapa Dr Fauzi Rahman makan gaji kerana agama. Dia jawab, “Habis..kalau tak ambil upah dia nak makan apa?

    Tapi tiada siapa yang mahu tanya kepada Dr Fauzi, “Nabi cari makan macam mana?”

    Gunumaro

    March 10, 2010 at 8:36 pm

  34. Salam,

    Mungkin beliau tidak sempat membaca email itu lagi. Bagus juga kita dapat ajak orang2 “agama” seperti itu untuk menyertai perbincangan sebegini untuk sama2 berfikir.

    Seperti yang kita tahu, yang tidak menggunakan akal itulah orang2 yang bakal menjadi penghuni neraka, maka dengan mengajak orang lain berfikir, sebenarnya kita telah menolong mereka untuk menjauhi diri daripada jurang neraka.

    Namun kalau mereka masih nak teruskan budaya menurut membuta-tuli, maka berlepas dirilah kita daripada mereka. Sesungguhnya penghuni syurga itu bukanlah penjaga bagi penghuni neraka.

    Juang

    March 11, 2010 at 1:10 am

  35. Salam

    Kepada Cegu Pelatih, Pemerhati dan Sisters in Islam, bolehkah saya tahu siapa di kalangan ahli tafsir al-Quran yang telah memenuhi kesemua syarat tersebut? Atau bolehkah memenuhi sebahagian darinya? Dan

    “8. Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya seseorang mufassir diharapkan dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan ketuhanan dan hak-hak Allah dengan betul serta tidak mentakwilkannya dengan sewenang-wenangnya atau melampau batas.”

    Bagaimana kita nak tahu bahawa orang yang telah menguasai ilmu ini tidak mentafsirkan ayat al-Quran dgn sewenang-wenangnya?

    Sudilah kiranya anda menolong saya menjawab soalan2 ini

    Terfikir

    March 18, 2010 at 10:01 am

  36. Salam/Peace…

    96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang
    mencipta,

    96:2. Dia mencipta manusia daripada dadih darah.

    96:3. Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia,

    96:4. Yang mengajar dengan pena,

    96:5. Dia mengajar manusia apa yang dia tidak tahu.

    55:1. Yang Pemurah,

    55:2. Mengajar al-Qur’an.

    55:3. Dia mencipta manusia,

    55:4. Dan Dia mengajarnya Penjelasan.

    Salam/Peace..

    wolverine

    March 18, 2010 at 3:25 pm

  37. 55:4. Dan Dia mengajarnya Penjelasan.

    Mantap sekali ayat ini. Ramai yang mengaku Islam, namun mereka tidak yakin penjelasan Al Quran itu ada pada Allah. Nak juga mereka cari kitab2 riwayat yang kononnya ia adalah penjelasan bagi Al Quran.

    Apakah mereka sudah hilang keyakinan pada Kekuasaan Allah yang tidak memerlukan sesiapa sebagai sekutuNya?

    Juang

    March 18, 2010 at 4:01 pm

  38. juang & the geng masih cuba menegakkan benang yang basah… Al quran ni ingat jatuh atas bukit dari langit ke? sedap2 je nak tafsir guna kepala hotak sendiri tanpa berguru.. berguru la dengan yang lebih tahu.. nak belajar pon takde prinsip, takde kaedah, macam mane nak pandai…saya teringin nak jumpa juang & the geng secara berhadapan.. itupun kalau juang berani la nak tunjuk kan diri.. tegas kan akidah saudara juang.. tapi saya rasa, takkan diorang ni berani kot.. bersembunyi di alam maya, kalau juang & tolok minda ni berada di jalan yang benar, tunjukkan kebenaran itu dengan tegas.. ini macam baling batu sembunyi tangan.. huh.. bacul…

    carnivore

    June 25, 2010 at 9:08 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: