Tolokminda belajar…

Perspektifku Mengenai Islam

Mengapa Nabi Ibrahim seorang yang perlu kita contohi?

with 33 comments

Di dalam Al-Quran Tuhan menyuruh kita supaya menjadikan Nabi Ibrahim sebagai contoh. Mengapakah Tuhan memberi status yang begitu istimewa kepada Ibrahim? Apakah kelebihan yang telah Ibrahim capai berbanding nabi-nabi lain?

Saya berpendapat Tuhan menjadikan Ibrahim sebagai contoh kepada seluruh manusia kerana kejayaannya menyempurnakan ujian yang disebut dalam 2:124.

2:124 Dan bila Tuhannya menguji Ibrahim dengan perkataan-perkataan tertentu dia menyempurnakannya…

Saya yakin melalui ayat di atas Tuhan sebenarnya memberitahu kita bahawa Nabi Ibrahim adalah manusia pertama yang berjaya mentafsir dan memahami perkataan-perkataan yang Allah uji atau wahyukan kepadanya. Hasil dari kejayaannya memahami perkataan-perkataan Allah, Nabi Ibrahim percaya kepada Tuhan Yang Satu dan menolak dari termasuk ke dalam golongan yang menyekutukan Tuhan.

Jika kita lihat dengan mendalam, sungguhnya pencapaian Ibrahim ini adalah satu milestone dalam sejarah bangsa manusia di mana Tuhan membuktikan bahawa kita – manusia – mempunyai keupayaan untuk memahami apa yang disampaikan oleh Allah melalui perkataan-perkataan. Sebab itulah selepas Ibrahim, barulah Tuhan mula menurunkan Kitab-Kitab untuk memberi pedoman kepada manusia.

Dan sebab itulah apabila pengikut-pengikut Al-Kitab selepas Ibrahim bertelagah sesama mereka mengenai beliau, Tuhan mengingatkan mereka siapakah Ibrahim sebenarnya.

3:65  Wahai pengikut-pengikut Al-Kitab! Mengapa kamu bertelagah mengenai Ibrahim, sedangkan Taurat dan Injil tidak diwahyukan sehingga selepas dia; kenapa kamu tidak boleh faham?

Di atas kejayaan Ibrahim membuktikan keupayaannya mentafsir dan memahami perkataan-perkataan Tuhan, Tuhan membuat pengisytiharan berikut:

2:124 “…Dia berkata: Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu contoh kepada seluruh manusia…”

Tetapi apakah kaedah yang telah digunapakai oleh Ibrahim dalam usahanya memahami perkataan-perkataan Tuhan sehingga Tuhan menetapkan ia sebagai contoh untuk seluruh manusia selepasnya?  Tuhan tidak menceritakan dengan panjang lebar mengenainya tetapi tidak syak lagi Ibrahim telah menjayakannya melalui kaedah penyelidikan. Ia dijelaskan melalui ayat 3:97 apabila Tuhan menyatakan dan menetapkan:

3:97 Di dalamnya adalah bukti-bukti yang nyata, legasi Ibrahim dan sesiapa memasukinya akan selamat dan penyelidikan terhadap sistem adalah tanggungjawab manusia demi Tuhan ke atas setiap orang yang mampu menemui kaedahnya. Dan kepada sesiapa yang tidak percaya, maka sesungguhnya Tuhan wujud dengan Sendiri, mengatasi semua keperluan alam.

Saya melihat kisah tentang Nabi Ibrahim yang diuji dengan perkataan-perkataan tertentu oleh Tuhan dan berjaya mengatasinya melalui penyelidikannya sendiri adalah kisah yang amat penting dan amat relevan kepada kita semua.

Sesungguhnya hari ini kita sedang menghadapi ujian yang sama, iaitu untuk memahami Al-Quran. Jika dilihat dalam konteks Ibrahim, Al-Quran yang ada di depan kita hari ini juga adalah “perkataan-perkataan Tuhan”. Dan kita mesti berusaha memahaminya seperti mana Ibrahim telah menunjukkan caranya. Iaitu kita kena buat penyelidikan sendiri.

Kita tidak boleh percaya membuta tuli apa yang di bawa oleh ibu bapa, datuk nenek dan moyang tempoyang kita. Kita mesti jadikan Ibrahim sebagai contoh. Kita mesti mengelak dari amalan menyekutukan Tuhan. Kita mesti selidiki sendiri perkataan-perkataan Tuhan yang terkandung di dalam Al-Quran sehingga kita mempunyai keyakinan dan pendirian yang jelas mengenainya.

3:95 Katakan: Allah telah berkata yang benar, oleh itu ikutilah cara hidup Ibrahim – yang berpendirian – dia bukanlah di antara penyekutu Tuhan.

3:96 Sesungguhnya sistem pertama yang ditetapkan kepada manusia di Bakka, diberkati dan petunjuk seluruh alam.

Written by tolokminda

February 9, 2010 at 4:19 pm

Posted in Quran

Tagged with ,

33 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam

    Saya setuju dengan artikel ini di mana sepatutnya setiap orang yang beriman berusaha sendiri menyelidiki Al Quran berbanding menurut membuta-tuli.

    Al Quran datangnya daripada Allah, dan Dia-lah yang menjelaskan maksud2 ayat2Nya kepada manusia yang ingin memahami.

    96:5. Dia (Allah) mengajar manusia apa yang dia tidak tahu.

    Apakah Allah itu lemah dan tidak mampu memberi penjelasan Al Quran kepada manusia? Bukankah Dia tidak memerlukan perantaran untuk menjelaskan ayat2Nya sendiri seperti mana Dia mencipta manusia tanpa sebarang perantaraan?

    Tetapi bagi orang2 yang menyekutukan Allah, mereka tidak yakin Allah mampu mengajar mereka. Hakikatnya hati mereka dengan Allah terlalu jauh walaupun Allah itu mengetahui isi hati mereka. Akibatnya, mereka rasa selamat dengan cara hidup menurut membuta-tuli.

    Akhirnya, bila disuruh sembah batu atau binaan manusia, mereka pergi turut membuta-tuli walhal Nabi Ibrahim melarang manusia menyembah binaan2 manusia.

    Adakah mereka orang2 yang sudah hilang akal dan tidak tahu berfikir?

    Juang

    February 9, 2010 at 5:13 pm

  2. Saya lihat ramai orang yang tidak percaya dan orang-orang yang mempersekutukan Allah membuat komen penuh dengan cemohan-cemohan dan kata-kata kesat kepada Tolokminda kerena menentang apa yang Sdr Tolokminda tulis.

    Saya harap Tolokminda dan orang-orang yang menjalankan kehidupan mereka secara berkomited kepada Al Quran anggaplah perkara ini sebagai satu ujian sepertimana mereka diajar oleh Allah:

    “Sesungguhnya kamu akan diuji dalam harta dan diri kamu sendiri. Dan sesungguhnya kamu akan dengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu serta orang-orang yang mempersekutukan (Allah) banyak kata-kata celaan. Dan jika kamu bersabar dan kamu bertakwa – maka sesungguhnya ianya membuktikan kekuatan diri.” (3:186)

    “Mereka tidak boleh medatangkan sebarang kemudharatan kepada kamu melainkan dengan celaan-celaan sajaha. Sekiranya mereka berperang dengan kamu mereka akan cabut lari – kemudian mereka tidak akan mendapat sebarang pertolongan (dari sesiapa pun).” (3:111)

    Gunumaro

    February 9, 2010 at 9:33 pm

  3. ini lah hasilnya bila kita menyelidiki Alquran sendirian tanpa belajar dari orang yang benar-benar layak tentang ilmu Alquran..”Juang” anda jangan hantar anak anda ke sekolah…barangkali guru disekolah itu semuanya salah.. anda belikan sahaja buku untuk mereka.. study sendiri.. faham dengan cara sendiri..para pembaca sekelian pernah membeli peralatan elektrik? perasankah anda terdapat manual atau tetapan cara untuk kita menggunakan peralatan tersebut? sekiranya kita mengunakan peralatan tersebut dengan berpandukan manual tersebut kita akan mendapati barangan tersebut tahan lebih lama untuk digunakan..sekiranya tidak berpandukan pada manual tersebut, kerosakan mungkin akan berlaku..perasankah manual tersebut kadangkala begitu sukar untuk difahami? sekiranya kita membeli barangan buatan german manual nya akan ditulis dalam bahasa german.. untuk memudahkan kita untuk memahami tatacara pengunaan yang betul, seringkali pengeluar barangan tersebut akan menyediakan seseorang yang akan menerangkan pengunaannya dan penjagaannya berdasarkan kepada manual atau tatacara tersebut..begitulah juga dengan Alquran.. seumpama manual kita agar tidak berlaku kerosakan pada diri kita sendiri.. rasul diutus untuk mengajarkan Alquran kepada kita… melalui para sahabatnya dan anak murid mereka yang lebih ariflah dapat kita mempelajari ilmu daripada Alquran…jikalau tidak… pulang maklum lah kepada semua.. Wallahualam..

    carnivore

    February 10, 2010 at 12:42 am

  4. Salam,

    Pelik betul hidup ini. Kita diberikan al kitab sebagai panduan hidup. Tetapi apabila kita menggunakan al kitab tersebut, kita dicerca, dihina dengan pelbagai kata-kata kesat daripada mereka yang mengaku dialah yang terbaik. Bila diminta berhujah dengan memberikan bukti-bukti yang betul mereka hanya berdolak dalih mengatakan itu dan ini.

    Sayang sekali, kita dianugerahkan akal yang baik daripada Tuhan tetapi kita tidak menggunakan akalyang baik itu sebaik mungkin.

    Penulis

    February 10, 2010 at 1:16 am

  5. A fresh way to start by reading tolokminda site.Alhamdullilah,Allah telah menunjukkan jalan yang sebenar…

    Abdullah

    February 10, 2010 at 1:49 am

  6. Salaam,

    Malah Nabi Muhammad dan kita umatnya pun diarah untuk menteladani Nabi Ibrahim.

    QS 60:4. Kamu ( Muhammad )ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang yang bersama dia,….

    Sangat jelas nama Nabi Ibrahim disebut secara khusus oleh Allah untuk diteladani.

    MataHati

    February 10, 2010 at 4:27 am

  7. Salam,

    Daripada kisah Nabi Adam, sudah ada teladan yang baik untuk kita ikuti. Namun perjuangan Nabi Ibrahim yang paling dilihat sukar dan mencabar kerana pada waktu itu manusia sudah mula buat amalan sembahan terhadap binaan2 daripada tangan manusia sendiri.

    Pada kisah Nabi Ibrahim dibawakan hujah2 bagaimana baginda menghadapi golongan yang menyembah binaan. Baginda terpaksa menghadapi tentangan kaumnya termasuk bapanya sendiri.

    Seperti kita tahu, kebanyakan manusia suka beragama menurut amalan tradisi bapa2 mereka. Tetapi Nabi Ibrahim berjuang melawan tradisi itu demi mencari kebenaran. Itulah keberanian sejati.

    Bukanlah satu keadaan yang mudah bila kita hidup menghadapi kaum kerabat sendiri yang masih terbelenggu mindanya dengan amalan tradisi. Kelak kita akan rasai bagaimana Nabi Ibrahim rasai.

    Juang

    February 10, 2010 at 4:36 am

  8. 2:135. Dan mereka berkata, “Hendaklah kamu menjadi Yahudi atau Nasrani, dan kamu akan mendapat petunjuk.” Katakanlah, “Tidak, tetapi anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan dia bukan orang yang menyekutukan.”

    Dahulu orang2 Yahudi dan Nasrani menyangka mereka sahajalah yang benar. Kononnya nak dapat petunjuk Allah, kena jadi macam mereka. Bagi mereka, ahli2 kitab atau pembesar agama sahajalah yang layak bercakap pasal ajaran yang benar.

    Tetapi Al Quran menunjukkan bahawa menjadikan agama sesempit ajaran ulamak Yahudi atau Nasrani itu bukan ajaran sebenar anutan Nabi Ibrahim. Hanya orang2 musyrik sahaja yang sempitkan kehidupan mengikut sesuatu agama.

    Jika Nabi Ibrahim bukan orang musyrik yang menyempitkan agama, Nabi Muhammad sudah tentu bukan orang musyrik yang sempitkan agama juga.

    Nabi Ibrahim itulah yang meruntuhkan ajaran2 yang menyempitkan kehidupan dengan amalan2 ritual yang tiada bukti kukuh dari sisi Allah.

    Dan sudah tentu Nabi Muhammad juga bukan pembina amalan ritual yang telah diruntuhkan oleh Nabi Ibrahim.

    Tetapi orang yang tidak percaya kepada Al Quran pasti tidak dapat menerima kebenaran Al Quran itu sebab hati mereka sudah taksub dan berkarat dengan ajaran golongan ortodoks mereka.

    Juang

    February 10, 2010 at 5:52 am

  9. 4:125 Ibrahim diambilNya sebagai kawan/kesayangan (khalil)

    Aduh....

    February 10, 2010 at 6:01 am

  10. Dan nabi Ibrahim tak pernah jejak kaki ke Mekah. Dibayangkan dalam ayat ayat 34:44 dan 28:46.

    Tak payah buang duit buat kerja sia sia. Syirik pulak tu!

    Aduh....

    February 10, 2010 at 6:13 am

  11. Aduh…bagus betul aduh…nampak sangat tak faham…

    Abdullah

    February 10, 2010 at 6:18 am

  12. Salam,

    Sebenarnya dengan common sense pun kita boleh nampak yang Nabi Ibrahim tidak akan mengajar manusia pergi sembah binaan batu di sesuatu tempat.

    Bayangkanlah Al Quran ceritakan baginda meruntuhkan patung2 yang dibina oleh tangan2 manusia sendiri, takkanlah baginda nak pergi ke satu tanah lapang, buat satu binaan daripada tangannya sendiri dan suruh manusia pergi sembah ke arah bangunan itu atas nama menyembah Allah pula?

    Apakah mereka tidak boleh nampak perkaitan semudah itu? Di mana mereka letakkan akal mereka?

    Juang

    February 10, 2010 at 6:25 am

  13. Salam,

    Ada orang kata di dalam kaabah sebenarnya terdapat patung-patung lama di simpan di situ. Tak tahulah betul ker tidak.

    Penulis

    February 10, 2010 at 8:57 am

  14. 1) contohilah nabi Ibrahim:  akal > fikir.      mata > lihat.

    2)Intipati ayat quran 34:44 dan 28:46.
    Tiada rasul pernah menjejak kaki ke mekah sebelum Muhamad.

    3)Tiada sebarang bukti pun dalam Quran atau diluar quran menceritakan nabi nabi (musa, Isa, Yusuf dll)  pernah datang ke mekah untuk menunaikan haji.

    3a)Dari  fakta 2) dan 3) nabi ibrahim dan ismail dan semua nabi (kecuali Muhammad)  tidak pernah menjejak kaki ke mekah. 

    4)penganut ugama Kristian & yahudi lansung tidak menaruh minat terhadap mekah tetapi sanggup menumpahkan darah untuk juruselam. Mengapa?

    5)penganut ugama Hindu dalam laman web mereka mengatakan kaabah adalah kuil lord linggam mereka. Mengapa?  (symbol kesuburan) mereka –  Google ‘kaabah lord shiva linggam’. 

    Mengapa bentuk batu aswad berbentuk genitalia wanita?

    6)aswetha (sanskrit) – bermaksud warna hitam.  Batu  hajar Aswad berwarna hitam. Aswetha? Batu aswad? Mirip mirip….

    7)lihat pakaian  penjaga kuil, pendita hindu – adakah mereka memakai pakaian ihram?

    8)resam mengelilingi kaabah sila google  laman – shiva linggam. 

    Hanyalah kebetulan?

    Contohilah nabi Ibrahim kerana dia tidak ikut ugama nenek moyang. Saranan ini ditujukan untuk semua umat manusia dalam dunia ini selari dengan perintah haji dalam quran yang bermula dengan ” Wahai manusia…”

    Aduh.....

    February 10, 2010 at 10:14 am

  15. Aduh-“2)Intipati ayat quran 34:44 dan 28:46.
    Tiada rasul pernah menjejak kaki ke mekah sebelum Muhamad.”

    terjemahan mana yang ko ambil ni? aku x jumpa pun dlm 3 terjemahan Alquran aku..

    carnivore

    February 10, 2010 at 10:50 am

  16. Salam Carnivore,

    Baca Al-Quran dengan ikhlas, tenangkan hati baru boleh nampak dan faham.

    34:44 Kami tidak pernah memberi mereka sebarang Al-Kitab yang mereka baca, tidak juga Kami hantar sebelum kamu seorang pemberi amaran (rasul).

    28:46 Dan kamu bukan berada di sebelah sini gunung ketika kami memanggilnya, tetapi belas kasihan dari Empunyamu supaya kamu memberi amaran kepada sebuah masyararat yang mana tidak pernah datang seorang pemberi amaran sebelum kamu, supaya mereka berfikir.

    Kedua-dua ayat di atas menjelaskan bahawa sebelum Nabi Muhamad, masyarakatnya iaitu orang-orang Arab tidak pernah menerima sebarang rasul atau Al-Kitab. Nabi Muhamad adalah rasul pertama yang dilantik di kalangan mereka.

    Oleh itu cerita bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pernah tinggal di Mekah, membina Kaabah dan sebagainya adalah palsu semata-mata. Jika Nabi Ibrahim dan anaknya pernah tinggal di Mekah Tuhan tidak akan kata mereka (orang-orang Arab) tidak pernah menerima sebarang rasul atau Al-Kitab.

    tolokminda

    February 10, 2010 at 12:01 pm

  17. Salam semua,

    Cakap pasal mencontohi Nabi Ibrahim nih, agaknyer bagaimana Nabi Ibrahim bersolat yer??? Samakah dgn Nabi Muhammad bersolat??? Pelbagai persoalan TAFSIRAN solat dibincangan diblog sy…

    http://doktrinisasi.blogspot.com
    🙂

    Jebon

    February 10, 2010 at 1:43 pm

  18. Salam semua,

    Cakap pasal Nabi Ibrahim sebagai contoh nih, agaknyer bagaimana ropanya Nabi Ibrahim bersolat yer?? Perbincangan pelbagai TAFSIRAN solat di blog sy…

    http://doktrinisasi.blogspot.com

    Sudi2 ler berargumentasi🙂

    Jebon

    February 10, 2010 at 1:47 pm

  19. “Sesungguhnya Ibrahim dianya adalah umat yang patuh kepada Allah dengan lurus dan tidaklah dia dari kalangan yang mempersekutu (Allah)- dia mensyukuri kepada nikmatNya (Allah) – Dia (Allah) memilih beliau dan memberi petunjuk kepadanya kejalan yang lurus. Kami berikannya didunia kebaikan – dan sesungguhnya dia diakhirat termasuk orang-orang yang saleh. KEMUDIAN… Kami wahyukan kepada kamu (Muhammad) – hendaklah kamu ikuti ciri-ciri Ibrahim yang lurus – dan bukanlah dia dari kalangan orang-orang yang mempersekutu (Allah).” (Sura An Nahl atau surah 16 Ayat 120-123)

    Apabila Allah perintah kepada Nabi Muhammad “Ikutilah ciri-ciri Ibrahim” Dia tidak sebut pun perkataan “bersolat” atau “bersilat”.

    Gunumaro

    February 10, 2010 at 6:57 pm

  20. Salam,

    Manusia akan mudah mempersekutukan Allah bila mereka terkial2 mencari cara2 nak buat amalan menyembah Tuhan. Oleh kerana mereka tidka tahu bagaimana cara orang2 terdahulu menyembah Allah, maka mereka menurut membuta-tuli golongan pembesar agama mereka. Akhirnya mereka jadikan golongan pembesar agama mereka sekutu bagi Allah. Inilah punca utama manusia menyekutukan Allah.

    Jadi, untuk mengelakkan manusia kembali sekutukan Allah, sebab itu Al Quran tidak pernah menyuruh manusia buat amalan menyembah Tuhan seperti kaum2 musyrik terdahulu yang memerlukan manusia itu bersangka-sangka macam mana gerak-laku orang2 sebelum mereka.

    Cuba cari dalam Al Quran, tiada satu ayat pun menunjukkan rukun2 bagaimana cara amalan menyembah Tuhan secara spesifik yang dilakukan oleh seseorang Nabi. Para Nabi itu hidup seperti orang biasa yang perlukan pekerjaan, makan-minum dan berjalan2 di pasar2. Tidak ada dalam Quran menceritakan para Nabi duduk di dalam rumah ibadat.

    Orang2 musyrik terpaksa guna kitab2 selain Al Quran yang didakwa kononnya daripada ucapan Nabi2 mereka yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi itu. Mereka tidak mampu bawa ayat2 Allah yang menunjukkan Dia menyuruh manusia buat amalan sembahan.

    Allah tidak memerlukan apa2 daripada manusia. Sama ada manusia taat atau tidak, Allah tidak rugi sedikit habuk pun. Jadi buat apa manusia buat satu bentuk amalan yang mereka katakan “ini untuk Tuhan”?

    Kita beramal untuk diri kita sendiri. Oleh kerana kehidupan kita tidak terikat dengan perbuatan orang2 terdahulu, maka dalam Islam tidak wujud amalan tradisi. Orang2 musyrik sahaja ada amalan tradisi.

    Takkan kita nak samakan Islam dengan amalan orang2 musyrik?

    Juang

    February 11, 2010 at 4:30 am

  21. Salam,

    Di antara orang yang rajin mengkaji dan menyelidiki sesuatu ajaran diterima sebelum ikut dengan orang yang take for granted apa yang diterima secara tradisi, yang mana satu orang yang rajin dan yang mana satu orang yang malas?

    Di kala kaum Nabi Ibrahim hidup sekadar menurut amalan ritual tradisi kaumnya, baginda bersendirian meneroka erti hidup sebagai seorang manusia.

    Di mata kaumnya, baginda seorang yang sesat dan salah, tetapi di sisi Allah, insan yang tidak menurut membuta-tuli itulah hamba2Nya yang benar2 ikhlas mencari kebenaran dan yakin kepadaNya yang mengajar manusia dengan perantaraan tulisan.

    Pedoman Nabi Ibrahim menjadi inspirasi kepada insan-insan yang ingin mencari kebenaran dan keluar dari belenggu pemikiran yang dicipta oleh golongan musyrik yang menyangka mereka ada hak eskluif mendapat petunjuk. Padahal Allah tidak pernah mengatakan dengan jadi sesuatu golongan, manusia itu sahaja dapat petunjuk.

    Sesiapa yang rajin berusaha pada jalan yang layak dapat petunjuk, akan dapatlah petunjuk itu. Siapa yang malas, tak dapatlah dia.

    Samalah macam siapa yang rajin mencari rezeki, akan dapatlah rezeki sebanyak mana yang diusahakan. Sesiapa yang malas, dapat sikitlah.

    Juang

    February 11, 2010 at 8:58 am

  22. Salam,

    Pedoman kisah Nabi Ibrahim menjadi sumber inspirasi kepada orang yang mahu bergantung kepada Allah dalam mencari kebenaran.

    Di kala orang2 musyrik terpaksa bergantung kepada manusia2 yang mereka hormati atas status tertentu, Nabi Ibrahim bergantung kepada dirinya sendiri untuk mencari jawapan pasal Tuhannya sendiri.

    Di kala orang2 musyrik tidak menggunakan akal dalam hidup mereka sehingga menurut membuta-tuli, baginda membuktikan dengan pengunaan akallah baginda nampak secara logik bahawa Tuhan tidak ada sekutu.

    Pada akal itulah ada kunci untuk manusia mengenal Tuhan. Selepas kenal Tuhan, barulah manusia akan kenal diri, iaitu kenal potensi diri. Manusia itu akan memecahkan belenggu2 yang mengongkong akalnya selama ini.

    Selepas berjaya memecah belenggu minda dan keluar daripada ketaksuban untuk pergi keterbukaan, manusia akan itu maju dalam setiap bidang hidupnya.

    Semuanya berkaitan dengan akal manusia itu sendiri.

    Juang

    February 11, 2010 at 9:48 am

  23. Sdr..Aduh,…

    Ingin saya bertanya tentang agama HANIF yg.Ibrahim
    bawakan itu…apakah sudah dimulakan oleh umat lain
    sebelum beliau…?

    Harap dapat tolong beri maklumat terkini.

    Tok Syam

    February 12, 2010 at 5:29 pm

  24. Salam,

    Saya lihat pengajaran Nabi Ibrahim yang anti amalan menyembah binaan manusia mempunyai kunci kepada erti Al Quran diturunkan. Pedoman baginda itulah yang paling banyak kepada manusia yang berusaha menjauhi amalan menyekutukan Allah.

    Baginda terpaksa menghadapi tentangan daripada bapanya sendiri sehingga baginda meninggalkan bapanya kerana padanya tidak setuju dengan pegangan baginda yang dilihat baru bagi amalan tradisi kaumnya itu.

    Mungkin orang2 Islam hari ini yang ingin berubah daripada hidup beritual kepada hidup sujud dan ruku’ pada hukum2 alam dan common sense terpaksa menghadapi dugaan seperti Nabi Ibrahim juga. Jadi dengan membaca pedoman baginda, dapat menjadi sumber inspirasi dan kekuatan menghadapi masyarakat yang suka sembah binaan tangan2 manusia itu.

    Juang

    February 13, 2010 at 3:15 am

  25. Salam To Syam, (TS)

    Hanif dalam quran;
    2:135 / 3:67 / 3:95 / 4:125 / 6:79 / 6:161 / 10:105 / 16:120 /16:123 / 22:31 / 30:30 /
    98:5

    Hanif – membelek belek ayat ayat quran diatas membawa maksud “kecenderungan kepada kebenaran” atau “tulen” atau terus terang. Ibrahim yang hanif mencerminkan karektor Ibrahim seorang sangat condong kepada kebenaran. Pendiriannya tulen dan original (bukan pendirian/pegangan pusaka nenek moyang). Mindanya sentiasa berfikir dan memerhatikan alam sekitar, bulan bintang, lalat langau, bukit bukau dsbnya. Dia tercari cari tuhan mana yang telah mencipta alam ini. Tuhan atau berhala hala patung. Dia mempersoal (challenge) tradisi dan ugama nenek moyang yang disogokkan oleh ibubapanya/masyarakatnya kepada beliau. Proses berfikir (berhujah) yang dialami oleh Ibrahim inilah yang disebut sebagai “hajj” dalam quran.

    Sedikit tentang “agama HANIF yg Ibrahim bawakan” yang TS tulis diatas. Bagi saya tuhan tidak pernah menurunkan ugama. Makna “deen” dalam quran bukan ugama. Makna ” deen” adalah “cara hidup” atau ” sistem hidup”. Yang Tuhan turunkan kepada hambaNya hanyalah ” pesanan pesanan” yang telah dibukukan dalam kitab kitab yang kita ketahui. Bukan ugama seperti yang kita faham. Tapi manusia menukarkan pesanan pesanan itu kepada ugama setelah mendapati pesanan pesanan ini sangat berkesan digunakan sebagai “alat” dalam mengembala minda/jiwa insan.

    Begitu juga Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tidak pernah membawa ugama hanif. Dia cuma memahami dengan sebenarnya apa itu “deen” hasil dari sikap atau karektor ” hanif”nya. Ibrahim dibesarkan oleh ibubapa dan masyarakat yang menyembah berhala. Tetapi kerana karektor “hanif”nya, beliau tidak dapat menerima status kuo yang disogokkan kepada beliau sejak kecil. Hasil kefahaman beliau dari proses “hajj”, beliau telah teraterjemahkan fahaman itu dengan menghancurkan berhala berhala nenek moyang yang ujud ketika itu. Kerana inilahlah Allah menganjorkan kita melalui kitab kitab untuk mencontohi Nabi Ibrahim.

    Kita di hari ini bertanggung jawab menjalani haji (berhujjah dengan diri sendiri). Kita mesti soal diri kita adakah apa fahaman ugama yang kita anuti sekarang ini hasil dari proses “hajj” dan dari fahaman yang kita dapat setelah menghalusi quran. Atau adakah dari pusaka nenek moyang. Kalau kita sudah faham maksud deen, sujud, maqam ibrahim, makkah, buku lali, solaa, baitul maqdis, masjid dan banyak lagi…dengan yakin elok lah kita musnahkan berhala berhala usang yang ada dalam minda kita ini.

    Contohilah Nabi Ibrahim yang hanif.

    Aduh....

    February 13, 2010 at 3:37 am

  26. Salam,

    Saya setuju pendapat saudara Aduh. Proses hajj tersebut bermula dalam diri kita sendiri. Kita kena selalu persoalan segala ajaran yang kita terima sebelum ini dan kaitkan dengan fitrah kejadian kita sebagai makhluk.

    Proses hajj dalam diri kita bermaksud kita melihat sesuatu perkara dalam pelbagai perspektif. Jangan sempitkan pandangan kita mengikut satu arah pandangan. Kita kena terbuka mendengar pendapat2 orang lain sebab manusia hidup dalam perspektif yang berbeza2.

    Tetapi proses itu dijadikan simbolik oleh orang2 tertentu dengan mengelilingi bangunan yang dinamakan Kaabah. Walhal maksud hajj itu supaya kita melihat sesuatu perkara dalam pelbagai perspektif agar kefahaman kita jadi jitu.

    Juang

    February 13, 2010 at 3:49 am

  27. Salam…
    Sebagaimana Allah menyatakan:
    37[83]
    Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.

    Sejarah Nuh sebagai satu renungan juga.Jika kita
    fikirkan tentang 1000 tahun masa diberikan untuk
    manusia berfikir….dimana ketika itu tiada ritual2
    sebagaimana sekarang….melainkan BERTAUHID KPD.TUHAN
    yg.mencipta seluruh alam.

    Namun yg.beriman tidak sampai 100 orang.Umat2 yang
    terselamat dari bencana itulah yg.menjadi genarasi
    terpilih bagi permulaan zaman Ibrahim.

    Usia Ibrahim dianggarkan 130 tahun dan selepas beliau
    diwarisi oleh Ismail,Yakub,Ayub,Musa,Suliman,Daud
    hinggalah Muhammad.

    Pokok Agama masih tetap pada dasar asalnya tidak
    berubah sebagaimana perintah Allah suruh mencontohi
    jalan tauhid Ibrahim.

    Memang kita tertanya tanya…..mengapakah dasar
    jalan agama hari ini terlalu banyak syariat2 yg.
    tak ubah sebagai ADAT dalam agama.

    Seolah olah tuhan menyuruh manusia menyembahnya
    dengan suatu adat tertentu….dan kemudian terdapat
    suatu hukum WAJIB yg.bererti suatu tekanan dalam
    suruhan perintah.

    Dalam suatu ayat lain pula Allah menyatakan ISLAM
    bukan paksaan….dan Allah menjadikan agama itu
    amat mudah dan termampu dilaksanakan oleh semua
    manusia.

    Jom bincangkan…

    Tok Syam

    February 13, 2010 at 1:23 pm

  28. Tok Syam berkata:-
    “Memang kita tertanya tanya…..mengapakah dasar
    jalan agama hari ini terlalu banyak syariat2 yg.
    tak ubah sebagai ADAT dalam agama”

    Komen saya:

    “Tidakkah dia tahu dengan apa yang dalam lembaran-lembaran Musa dan Ibrahim yang disempurnakan? Bahawa tidak akan memikul (dosa) seseorang itu bebaban (dosa) orang lain. Dan tidaklah seseorang manusia itu bertanggungjawab melainkan apa yang dia usaha sendiri – dan setiap apa yang diusahakannya akan disaksi kelak. Kemudian dia akan menerima balasan yang setimpal.” (53:36-41)

    Jadi Tok Syam, kita tak perlu bimbang dengan apa yang orang lain lakukan dalam kehidupan mereka – mereka mahu percaya atau tidak – itu semua bukan urusan kita. Sekiranya kita tahu kita sudah tersilap kita dinasihat oleh Allah:-

    “Sempurnakanlah focus kamu kepada cara hidup yang lurus sebagai “fitrah” Allah yang mencipta semua mansuia sabagai “fitrahNya”. Tidak ada sebarang perubahan dalam ciptaan Allah. Demikian itulah cara hidup yang lurus. Tetapi kebanyakan manusia tidak tahu. KEMBALILAH kepadaNya dan bertakwalah kepadaNya dan sempurnakanlah “komitmen” kamu – dan janganlah kamu jadi orang-orang yang mempersekutukan (Allah). Iaitu mereka yang memecah belahkan cara hidup mereka cara “beragama” (syiia’an). Tiap-tiap kumpulan berbangga dengan apa yang mereka ada.” (30:30-32)

    Gunumaro

    February 13, 2010 at 6:22 pm

  29. Salam…
    Allah juga telah menyatakan,..bahawa urusan memberi
    petunjuk dan iman adalah kerja DIA.Urusan rasul adalah
    penyampai dengan sejelas jelasnya,….bukan sekadar
    dakwah yg.dibuat oleh NGO2 dan majlis2 dimasjid masa
    kini.

    Beratus ribu ahli jemaah tabligh berhimpun setiap
    tahun dimalaysia ,memakmurkan misjid ,majlis ilmu dan memberi makan umat manusia dengan daging korban ,tidak memberi erti sebagaimana firman Allah…:

    Silakan…..beri apa saja firman Allah dlm.Alquran
    yg.merujuk hal tersebut.

    Tok Syam

    February 14, 2010 at 6:53 am

  30. 18:102. Apa, adakah orang-orang yang tidak percaya menyangka bahawa mereka boleh mengambil hamba-hamba-Ku sebagai wali (pelindung), selain daripada Aku? Kami menyediakan Jahanam untuk sajian orang-orang yang tidak percaya.

    Ada manusia jadikan seseorang Nabi sebagai wali mereka. Mereka hidup menyembah “hadis atau sunnah” seseorang Nabi tanpa diselidik benar atau dusta. Seolah2 hidup ini kena disempitkan atas nama “sunnah Nabi”.

    Sedangkan Kitab Allah yang Nabi itu sampaikan pun tak suruh hidup taksub pada apa yang mereka panggil “sunnah” Nabi itu. Malah Al Quran tidak suruh kita taksub pada seseorang Nabi.

    18:103. Katakanlah, “Bolehkah kami memberitahu kamu siapakah yang menjadi yang paling rugi dalam amalan mereka?

    18:104. Orang-orang yang usahanya menjadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat perbuatan baik.

    Mereka sangka amal perbuatan mereka adalah baik. Tetapi apalah erti semua itu jika hidup menyekutukan Allah dan menyembah binaan2 daripada tangan manusia sendiri. Bukankah perangai mereka sama seperti kaum Nabi Ibrahim yang menyembah binaan2 juga?

    18:105. Mereka itulah orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan dengan-Nya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak menegakkan bagi mereka sebarang penimbangan.

    Tiada dosa yang paling besar di sisi Allah melainkan dosa syirik. Sia-sia segala amalan orang2 yang tidak percaya kepada ayat2 Allah (Al Kitab).

    Juang

    February 14, 2010 at 1:38 pm

  31. Tok Syam berkata:
    “Silakan…..beri apa saja firman Allah dlm.Alquran
    yg.merujuk hal tersebut.”

    Mengikut Al Quran:

    “Sesungguhnya telah diilhamkan kepada aku dan kepada orang-orang sebelum aku – sekiranya kamu mempersekutukan (Allah) sudah pasti hapuslah segala amalan-amalan kamu – dan sudah tentu kamu akan termasuk orang-orang yang rugi.” (39:65)

    Gunumaro

    February 14, 2010 at 3:32 pm

  32. Salam…
    Terima kasih Gunumaro dan Juang….kita harap yg.
    lain dapat memilih firman2 Allah dalam menyatakan
    apakah pokok amal terbaik dalam membawa agama Ibrahim
    yg.ingin kita jadikan sebagai dasar tauhid.

    Kerana dasar tauhid itu akan jadi benih yg.menumbuhkan
    pokok yg.kukuh diatas tapak yg.betul.
    Seandainya benih yg.baik,…akan tapi tapaknya tidak
    kukuh….akhirnya pokok yg.baik akan tumbang juga.

    Tok Syam

    February 14, 2010 at 3:57 pm

  33. Kebanyakan manusia suka mempercayai sesuatu yang mereka terima terutama pada pihak2 yang kononnya ahli dalam bidang agama.

    Tetapi daripada kisah Nabi Ibrahim, kita diajar untuk menyelidik sesuatu perkara dahulu sebelum terima atau percaya. Itulah cara hidup yang selamat daripada ditipu-daya.

    Dengan melahirkan masyarakat yang menyelidik dahulu sebelum percaya, kita dapat menjauhi fitnah dan khabar angin.

    Berpecah-belahnya sesuatu masyarakat kerana sikap terlalu cepat mempercayai sesuatu berita yang mereka terima. Mereka malas nak menyelidik dahulu, tetapi terus percaya sehingga menyebabkan mereka mudah termakan dengan provokasi.

    Yang peliknya, ayat2 Al Quran yang terbukti logik dan rasional itu tidak pula mereka cepat nak percaya? Ada-ada sahaja alasan mereka ada-adakan kononnya Al Quran tidak jelas dan perlu kitab lain menjelaskannya.

    Apakah kerana Al Quran adalah ayat2 yang mencabar minda mereka sehingga mereka mengambil cara mudah dengan terus bersandar kepada golongan pembesar agama mereka yang kononnya mengajar daripada Al Quran, walhal apabila diselidik, macam2 ajaran mereka bercanggah dengan Al Quran sehingga menyembah sesuatu objek pun dikatakan ajaran Al Quran.

    Juang

    February 20, 2010 at 8:51 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: